Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai
presiden PMIUM dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM bersetuju
melantik Mohamad Hussein sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai timbalan presiden.
Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri dalam muktamar dengan memberi
laluan kepada Mohd Taib Ahmad. Kumpulan pro Pas yang menjatuhkan juak ABIM terdiri
daripada Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad
Zarkhashi dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan kumpulan pro
PAS. Mereka dikenali kumpulan Kerinchi 6.
Azami Zaharim yang pro ABIM-PKPIM membantah tetapi gagal apabila proksi ABIM hanya
mendapat 35 undi. Kekalahan proksi pro Anwar Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh
ABIM-PKPIM di kampus Universiti Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah perjuangan
pelajar Islam yang baru.
PKPIM-ABIM mula melakukan pewarnaan semula bagi mengarahkan matlamat
perjuangan di kampus. Proksi ini mula kembali semula mengakari PBMUM yang semakin
kelesuan. Pengaruh PKPIM-ABIM terkelihatan dalam PBMUM dengan kehadiran Saifudin
Abdullah sebagai Presiden PBMUM. Pertembungan golongan Islamis pro PAS dengan
golongan Islamis pro ABIM-PKPIM yang telah bergabung dengan golongan Nasionalis tajaan
HEP dan kerajaan telah rancak kembali.
Di UKM, mahasiswa pro PAS dengan mahasiswa pro ABIM dalam ATMA masih boleh
bekerjasama dan kompromi dalam pilihanraya kampus tahun 1983 dan 1984. Kebersamaan
mereka atas dasar Islam. Pada pilihanraya 1984, mahasiswa pro PAS dan mahasiswa pro
ABIM bersetuju meletakkan calon atas tiket ATMA. Ketegangan berlaku semasa proses
pembahagian jawatan dalam PMUKM setelah dimenangi oleh ATMA. Natijahnya, calon
mahasiswa Pro PAS, Wan Ismail Wan Jusoh, SUA Agung PMUKM sesi 1983/84 menarik diri
51
daripada jawatan YDP PMUKM. Jawatan YDP PMUKM diisi dengan mahasiswa Pro ABIM,
Mustafa Kamil Ayub. MPP mahasiswa Pro PAS juga turut meletakkan jawatan dalam PMUKM.
Pada sesi 1985/86, berlaku pertandingan 3 penjuru antara mahasiswa pro PAS (bendera
hijau), mahasiswa Pro ABIM (bendera biru) dan TSB. Perpecahan ini menyebabkan kumpulan
Islam kalah. Selepas kekalahan ini, mahasiswa Pro PAS keluar daripada ATMA menyusup
masuk IPU. Pada sesi 1986/87, IPU bekerjasama dengan CCC menguasai sesei tersebut.
Di UTM, PMIUTM berjaya dibersihkan daripada mahasiswa pro ABIM. Kumpulan Islam
Tulen atau Hizbi Islami yang pro PAS dan pro IRC berjaya mengalahkan mahasiswa pro ABIM.
PMIUTM dijadikan pengkalan dalam usaha menguasai PMUTM. Gerakan mahasiswa Islam
stabil apabila bangkit dalam pilihanraya 1985/86.
Di luar negara, gerakan mahasiswa Islam, Malaysian Islamic Study Group (MISG)
USA/Kanada bergolak selepas kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Dalam muktamar senawi
MISG pada tahun 1983, Muhammad Nur Manuty, penyandang Presiden MISG yang pro
Anwar Ibrahim telah kecundang Rozhan Othman yang dikatakan pro PAS. Kekalahan ini
menyebabkan mahasiswa pro ABIM-Anwar menubuhkan ABIM Amerika Utara.
Anwar Ibrahim masih cuba menguasai MISG dengan mengunakan jaringan persahabatan
beliau dalam kepimpinan Islamic Society Of North America (ISNA) dan gabungannya serta
World Assembly of Muslim Youths (WAMY). Antara tokoh yang seringkali memberi kuliah
ialah Ismail al Faruqi, Tareq Suweidan, Ahmed Zaki Hammad, Tareq Qureishi dan Ghulam Nabi
Fai. Pada tahun 1985, pemimpin mahasiswa pro ABIM-Anwar, Abdul Rahim Ghouse berjaya
menjadi Presiden MISG.
Abdul Rahim Ghouse telah forum Masa Hadapan Islam di Malaysia pada 25 Disember
1986 yang menampilkan Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Zaid Kamarudin (kemudian
52
menjadi Tokoh JIM-IKRAM). Forum ini merimaskan Anwar ekoran mahasiswa mengemukakan
soalan provokatif terhadapnya.
Tidak sampai setahun forum ini, pindaan dibuat terhadap Perlembagaan MISG dengan
meletakkan Polisi Non Partisan yang bertujuan mencegah MISG dikuasai oleh parti politik. Ia
jelas bagi menghalang penularan pengaruh PAS dalam kalangan mahasiswa luar negara.
Natijah daripada polisi ini, MISG telah berpecah kepada beberapa serpihan iaitu MISG Alumni
yang pro IRC dan Malaysian Islamic Society of North America (MISNA) yang pro PAS(1989).
Kemasukkan Anwar ke dalam UMNO menjadi trajedi yang amat menyedihkan apabila
gerakan mahasiswa Islam terpaksa berpecah kerana seorang individu. Perpecahan ini
menelurkan bagasi dendam diantara mahasiswa Pro ABIM dengan mahasiswa Pro PAS
sehingga hari ini.
Ibrah Kemasukkan Anwar Ibrahim ke Dalam UMNO kepada Gerakan Mahasiswa Islam.
1. Perpecahan menyebabkan kekeliruan sehingga para mahasiswa tidak dapat mengenali
siapa sahabat atau siapa musuh. Perpecahan pelbagai peringkat memerlukan tempoh
masa untuk stabil dan proses pembersihan agar mahasiswa pro ABIM atau Anwar
dikeluarkan daripada kepimpinan.
2. Perpecahan menyebabkan GMI mengalami kekalahan dalam pilihanraya kampus.
kekuasaan tergadai ekoran perbalahan sesama sendiri.
3. Dalam perjuangan, jika bertembung antara persahabatan dengan dasar perjuangan,
dasar perjuangan terpaksa dipilih berbanding nilai persahabatan. Persahabatan kekal
persahabatan dalam konteks hubungan semasa bukan lagi ukhwah perjuangan.
4. Wala’ kepada Jemaah bukannya pimpinan luar.
5. Bukan sahaja ABIM dan GMI yang berpecah, perpecahan ini juga memunculkan pelbagai
tanzim baru yang selama ini bersatu dalam ABIM. Daripada perpecahan inilah timbulnya
IRC dan ABIM Utara (KUSDA)
53
6. Keperitan dalam politik berlaku apabila pemimpin harapan masuk parti lain pada saat
yang cukup penting iaitu sebelum pilihanraya. Ia sangat mendukacitakan.
Anwar Mendaki Ke Puncak Kekuasaan Dalam UMNO.
Dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan
bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kata beliau, “saya tidak akan
bertanding melawan Haji Suhaimi Pemuda UMNO dibawahnya sudah elok”. Selang dua hari,
Anwar mengumumkan akan mencabar Haji Suhaimi.
Anwar Ibrahim telah memposisikan orang-orangnya dalam menguasai media massa.
Zainuddin Mydin, Ketua Pengarang Utusan Melayu ditukarkan dengan meletak Johan Jaafar pada
bulan November 1992. Ketua Pengarang Berita Harian dilantik Nazri Abdullah manakala
BERNAMA dilantik Ahli Parlimen Parit Buntar, Rahman Sulaiman.
Dalam Pemilihan UMNO 1993, muncul Tim WAWASAN yang mengumpulkan satu
kumpulan pemimpin UMNO pro-Anwar Ibrahim. Pada mulanya, Anwar Ibrahim menafikan
bahawa dia akan bertanding menentang Timbalan Presiden, Ghafar Baba10.
Antara tajuk berita ketika itu, Anwar tidak kejar jawatan (BH, 24/4/93). Tidak berhasrat
merebut jawatan Ghafar Baba (BH 25/4/93). Ekoran daripada itu, Ghafar Baba menyatakan dia
akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO. (BH&NST, 12/8/93)].
Anwar Ibrahim telah memerangkap semua Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar
untuk menghadiri satu sidang akhbar bagi mengumumkan beliau akan bertanding jawatan
Timbalan Presiden UMNO pada 23 Ogos 1993. Semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Menteri
10 Ghafar Baba bekas guru, banyak menubuhkan cawangan UMNO di Melaka. Sering mengunakan bahasa yang
difahami oleh orang kampong. Tentang Mahathir, Ghafar menganggap Mahathir fokus pada pembangunan negara
sehingga mengabai parti. Maka, politik wang membiak merosakkan parti. Nasihat Ghafar kepada pelapis, perjuangan
bergantung kepada niat. Kalau niat awal nak menjadi Perdana Menteri, maka akan rosak parti. Fitnah, komplot dan
politik wang tidak baik untuk parti.
54
menyatakan sokongan kecuali Sanusi Junid, Abdullah Ahmad Badawi, Rafidah Aziz dan Wan
Mokhtar.
Pada 10 September 1993, Dr Mahathir meminta pemimpin UMNO ‘dont over stay your
welcome’. Kenyataan ini telah dimanipulasikan oleh media massa yang dikuasai oleh orang Anwar
Ibrahim. Pada 14 September 1993, muka depan Utusan Malaysia menerbit tajuk ‘Ramai Yakin
Ghafar Tarik Diri’.
Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba menolak untuk
mempertahankan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau dimalukan oleh
Anwar Ibrahim apabila mendapat 7 pencalonan peringkat bahagian berbanding Anwar Ibrahim
yang mendapat lebih daripada 160 pencalonan.
Anwar Dipecat Oleh Mahathir
Mahathir mendapat laporan daripada Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar bahawa Anwar
Ibrahim seorang homoseksual. Ia disusuli dengan surat Umi Hafilda Ali yang menyokong hujah
itu. Mahathir menolak untuk mempercayainya.
Apabila Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Rahim Noor dan pegawai penyiasat Musa
Hasan menyerahkan bukti, Mahathir secara rahsia mula menyiasat kes ini dengan memanggil
saksi-saksi. Mahathir nekad dengan pendirian, ‘… tidak boleh membenarkan seorang yang
berwatak yang meragukan menjadi penganti saya sebagai Perdana Menteri Malaysia’.
Mahathir telah memanggil semua Menteri Besar UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO untuk
menjelaskan perkara ini. Dengan mengunakan Majlis Tertinggi UMNO, Mahathir telah berjaya
menyingkir Anwar daripada jawatan Timbalan Presiden dan ahli UMNO. Pada 2 September 1998,
Anwar telah disingkir daripada kerajaan.
Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar bersalah dalam kes rasuah dan liwat. Cuma dalam
kes liwat, Mahkamah Persekutuan membatalkan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah
55
Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Menurut Mahkamah Persekutuan, bukti yang dikemukakan tidak
menyokong dakwaan kes liwat Azizan dan Sukma pada tarikh, tempat dan masa yang dinyatakan.
Mahathir sehingga hari ini (15.2.2019- masih berpendirian) menegaskan Anwar masih bersalah
dalam kes liwat. Keputusan mutakhir Mahkamah Persekutuan bahawa Anwar dan Sukma terlibat
dalam kegiatan homoseksual adalah kekal tetapi dibebaskan kerana sebab-sebab teknikal.11
Pada Mahathir, menyingkir Anwar bukanlah satu kesilapan baginya.
Sebelum pemecatan Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu seringkali mengunakan istilah Al
juburi kepada Anwar tetapi setelah Anwar dipecat, Mohamad Sabu merangkul Anwar Ibrahim.
Pemikiran Anwar Ibrahim Pada Hari Ini.
Menurut Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim mempunyai beberapa kelebihan;
1. Imej Islam
2. Jaringan persahabatan dengan tokoh-tokoh antarabangsa, ahli perniagaan, tokoh
pembangkang, para ulama dan cendikiawan.
3. Suka membaca buku terutamanya bidang falsafah dan pemikiran
4. Ucapan yang berpengaruh dengan bahasa sastera dan bersifat populis
5. Kental dalam perjuangan
6. Bercita-cita tinggi
7. Bijak dalam pembinaan imej
8. Keyakinan yang tinggi
9. Pemimpin yang berkesan
Mahathir Mohamad adalah mentor politik Anwar Ibrahim. Satu-satunya orang yang Anwar
tidak berjaya menanganinya.
Menurut seorang tokoh Islam, Anwar Ibrahim mempunyai keyakinan yang terlalu tinggi
kerana daripada kecil sudah terdidik menjadi pemimpin. Beliau tahu kemampuan dan kelemahan
11 Mahathir Mohamad, Doktor Umum.
56
para ustaz kerana hidup bergaul lama dengan mereka. Hanya dua orang ustaz yang beliau betul-
betul hormati iaitu Tuan Guru Niamat Yusuf dan Tuan Guru Fadzil Mohd Noor. Itupun mereka
sendiri gagal menasihati dan mengatasi kedegilan Anwar Ibrahim.
Penulis membahagikan fasa perjuangan Anwar Ibrahim kepada fasa
1. Gerakan Mahasiswa-Pelajar
2. Harakah Islamiyyah-ABIM
3. Nasionalisme Islamisme-UMNO
4. Demokrat Liberal-PKR
Dalam episod kehidupan politik dan intelektualisme Anwar Ibrahim, penulis lihat ada sedikit
keanehan;
1. Kenapa drastik keputusan Anwar Ibrahim menyertai UMNO dalam kehangatan massa
yang meramalkan beliau masuk PAS?
2. Kenapa seakan-akan ada perubahan konsep masyarakat madani yang pada mulanya
mendekati idea Syed Muhammad Naquib al Attas kemudiannya berubah kepada idea-
idea masyarakat sivil ala Barat dan orientalisme?
Anwar Selepas Keluar Penjara dan Pemikiran Sekularisme-Liberalisme-Pluralisme.
Selepas keluar daripada penjara Sungai Buloh, pemikiran Liberal-Pluralisme semakin jelas
dan terang dalam perjuangan beliau terutamanya ketika berada di Barat.
Kemuncaknya pada 18 Mac 2010 bertempat di London School of Economic, London
dimana beliau telah memberi ucapan bertajuk, ‘Religion and Pluralism In A Divided World’.
Petikan ucapan beliau seperti di bawah. Penulis mengambil pendapat Ustaz Aizam Mas’udi dalam
mendekati pemikiran Anwar Ibrahim dalam ucapan tersebut.
Mempertikaikan kebenaran aqidah yang eksklusif
57
DSAI : "But I say bear it we must for indeed, it is a stark reality of our world that certain religious
groups hold that only certain fundamental doctrines may lead to salvation. This exclusivist
outlook unfortunately cuts across the board as between religions as well as within the
denominations".
Maksudnya : "Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia
merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu
menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke arah
jalan keselamatan (salvation). Pandangan yang ekslusif ini (yang mengangap hanya satu agama
sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agama-agama
dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya".
Mengakui faham The Transcendent Unity of Religions : satu kebenaran banyak jalan
DSAI : "Back in the 13th century, the mystical poet Jelaluddin al-Rumi wrote in the Masnavi:
“The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at
the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality.”
Those verses couldn’t be more relevant for us today. Despite rancorous debates linking religion to
conflict and discrimination, it remains a fact that at a personal level religious experience boils
down to certain universal concepts. Where does man come from? What is his purpose? What
happens when he dies? The spiritual path subscribes us to a universal quest for truth and the
pursuit of justice and virtue.
Maksudnya : "Kembali ke belakang, dalam abad ke 13, seorang penyair sufi Jelaluddin al-Rumi
menulis dalam Masnawinya (Koleksi Puisi Arab-Parsi) :
Lampu-lampunya adalah berlainan, tetapi Cahaya itu adalah sama, ia datang dari Seberang Sana;
Seandainya kamu terus menerus melihat pada lampu, kamu akan tersesat; kerana dari sana
muncul pelbagai bilangan dan kemajmukan (plurality).
58
Bait (puisi) itu adalah sangat relevan kepada kita hari ini. Walaupun terdapat perdebatan-
perdebatan yang penuh dengan kebencian berlaku (hari ini) yang menghubungkan agama
dengan konflik dan diskriminasi, (tetapi) yang menjadi hakikat bahawa tahap pengalaman
keagamaan peribadi akhirnya kembali kepada konsep universal tertentu. Dari mana datangnya
manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku selepas meninggal dunia? Jalan kerohanian
itu akan membawa kita kepada satu pencarian universal tentang kebenaran dan usaha untuk
mencapai keadilan serta sifat keunggulan".
Dengan pluralisme agama tiada agama yang lebih tinggi dari agama lain
DSAI : "Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an
entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favouring one religion
over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being against
the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established democracies in
Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been virtually taken
for granted until recently".
Maksudnya : "Pada hari ini, kebebasan beragama (freedom of religion) yang tidak ada Pluralisme
Agama (religious pluralism), adalah tertanam teguh sebagai kebebasan dalam perlembagaan
dalam negara-negara demokrasi. Dengan demikian, maka memihak kepada sesuatu agama
(tertentu sahaja) dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang mengorbankan yang
lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme agama. Namun perkara
ini masih berlaku walaupun dalam negara-negara demokrasi yang teguh kedudukannya di
Eropah, manakala di Timur Tengah pula dan di Asia Tenggara, sikap bercanggahan di antara dua
perkara yang saling berlawanan ini disifat sebagai perkara lumrah yang biasa berlaku(taken for
granted) sehingga akhir- akhir ini".
Menafikan konsep Islam dan kafir, benar dan sesat
59
DSAI : "I believe I’m not alone in saying that for religious pluralism to flourish in a divided world,
it is morally unacceptable to say to people of other faiths:
“We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you believe
in is wrong.”
Maksudnya : "Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan tentang
pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka
adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang itu berkata kepada
orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih benar) daripadanya:
Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan
anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar".
Terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) dan Kesatuan Metafizik
(Metaphysical Unity)
DSAI : "Whatever the religion, whether it be Islam, Christianity, Judaism, Sikhism, Hinduism and
many others, I believe that the higher truths which go beyond mere practice and ritual all
converge on the singular truth: and that is from God we were sent forth and unto God shall we
return. Yet certain leaders of the major world religions continue to make exclusivist claims to the
eternal truths rather than accepting the commonality that binds us. If we accept that there can
be unity in diversity, religious pluralism can therefore be a unifying force, not a cause of division.
That is the way to take us away from darkness into light, from war to peace and from hatred and
evil to love and kindness".
Maksudnya : "Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain,
saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi
amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas kebenaran
yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita kembali.
60
Tetapi terdapat pemimpin-pemimpin agama tertentu di dunia yang terus menerus membuat
dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) yang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi
(the eternal truths) berbanding dengan penerimaan terhadap kebersamaan (commonality) yang
boleh mengikat di antara kita. Kalaulah kita menerima bahawa (kita) boleh menjadi kesatuan
dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama adalah satu tenaga penyatuan tersebut, (dan)
bukannya faktor perpecahan. Itulah jalannya untuk kita keluar daripada kegelapan kepada
cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih sayang
dan kebaikan".
Para pentaksub Anwar Ibrahim mengatakan beliau menyatakan konsep pluraliti bukannya
pluralism.
Pemikiran bercampur-aduk dengan pemikiran SEPILIS menampakkan asas-asas pemikiran
Islam Anwar Ibrahim semakin bercelaru dan pragmatis. Ia dapat dilihat seperti yang dinyatakan
oleh beliau sendiri,
‘Dialog Asian Renaissance-Revisited dengan peserta dari Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina
dan Singapura memberikan ruang untuk saya membahas semula gagasan nahdah dan
pembaharuan, maqasid shariah dan kupasan John Locke dan Russeau, dasar ekonomi manusiawi
berbeda dari falsafah pembangunan dan ekonomi semasa.’ii
Hubungan Anwar Ibrahim dengan kelompok SEPILIS boleh dilihat melalui:
1. Pengaulan dengan tokoh, para pemimpin, intelektual dan aktivis berfahaman serta
berjuang berdasarkan SEPILIS.
2. Penglibatan Anwar Ibrahim dalam majlis mereka seperti forum, seminar, diskusi dan
kuliah.
3. Penglibatan dan hubungan baik Anwar Ibrahim dengan institusi tertentu sama ada badan
pemikir, institusi pembekal dana kewangan dan NGO-NGO antarabangsa.
61
Penglibatan dan pengaulan Anwar Ibrahim dalam institusi yang berpegang kepada pemikiran
SEPILIS mengelirukan banyak pihak. Anwar Ibrahim menjadi pensyarah jemputan di Center for
Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown di bawah selia oleh John
Esposito sebagai Pengarah dan John Voll, Timbalan Pengarah CMCU
Anwar juga terlibat aktif dalam CSID (Center for the Study of Islam and Democracy) sebuah
badan yang menyebarkan gagasan Islam Liberal. CSID banyak dipengaruhi oleh John Esposito
dengan gagasan idea ‘Demokrasi Islam dan Muslim Moderat. Pada tahun 2005, CSID
menganugerahkan gelaran ‘Muslim Moderat’ kepada Anwar Ibrahim.
Di peringkat antarabangsa, organisasi pembekal dana kewangan dan penasihat serta
pemikir terkenal seperti Foudation For The Future, The Brookings Institute, The Rand Corps, The
Sasakawa Peace Foundation, The Asia Foundation, Konrad Adenauer Stiftung dan Friedrich
Naumann Foudation. Organisasi banyak memberi dana kepada kelompok SEPILIS untuk
mengerakkan aktiviti di negara masing-masing.
Badan Pemikir Utama atau ‘otak’ yang memandu pemikiran Anwar Ibrahim, Institut Kajian
Dasar (IKD) mendapat dana daripada Konrad Adenauer Foundation (KAF). Sememangnya Konrad
Adenauer Foundation (KAF), The Asia Foundation dan Friedrich Naumann Foudation, organisasi
antarabangsa yang aktif di Malaysia. Pemikiran Anwar Ibrahim bergantung kepada IKD melalui
pemimpin utama IKD. Kaji pemikiran IKD, maka terbukalah pemikiran Anwar Ibrahim.
Kecelaruan pemikiran dan pragmatism Anwar Ibrahim menyebabkan para pengikut beliau
berada dalam kekeliruan dalam menangani isu aqidah. Dilema mereka ialah antara aqidah atau
kekuasaan/kemenangan dalam politik.
62
Rumusan
Anwar Ibrahim merupakan lagenda dan tokoh yang cukup berjasa untuk Islam, bangsa Melayu
dan Negara Malaysia. Pengiktirafan ini tidak membenarkan diri kita menerima pemikiran dan
tindakan beliau yang pragmatis dan SEPILIS.
Kita sebagai rakyat mesti menerima gagasan pemikiran Islam berbanding gagasan
pemikiran SEPILIS. Campur aduk antara pemikiran Islam dengan pemikiran SEPILIS menyebabkan
pemikiran Islam kurang mendominasi pemikiran seseorang. Tanpa kelurusan pemikiran dan
darjah keimanan yang tinggi, seseorang mudah terperangkap dengan gagasan pemikiran SEPILIS.
Jangan mudah terpengaruh dengan keperibadian dan ucapan yang beretorik dan berapi.
Anwar Ibrahim mempunyai kemahiran komunikasi tahap tinggi dalam membina hubungan
interaksi dengan orang ramai terutamanya anak muda. Beliau memilih istilah, kosa kata dan
pendapat tokoh yang sesuai dengan konteks audien sehingga ucapan beliau berjaya menjentik
jiwa para pendengar. Ucapan beliau bertambah menarik dengan lelucon dan itonasi suara yang
menarik.
Pemimpin pada hari ini perlu lebih warak dalam menjaga hubungan dengan pihak SEPILIS
dan jangan membuat keputusan yang merugikan Islam dan umat Islam.
Umat Islam perlu lebih berhati-hati menerima dan mengikuti para pimpinan mereka agar
tidak termasuk sebagai pengikut SEPILIS.
63
Bab 4
Islamic Representative Council (IRC)
“Masa depan tidak bersama Islam politik, tidak bersama para Islamis, masa depan juga tidak bersama parti politik
berasaskan Islam di negara-negara umat Islam. Itu hakikatnya. Masa depan adalah bersama masyarakat terbuka
(open society). Islam politik mahupun Muslim demokrat tidak boleh hidup secara eksklusif,”
Maszlee Malik (Dr.)
Dalam bab ini, kita akan menelusuri beberapa perkara dibawah
1. Mengenali Sejarah IRC
2. Menyelusuri pendekatan yang digunakan oleh Tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia.
Membicarakan tentang IRC, ia bagaikan membicarakan kisah dongeng dan mitos. Benar atau
tidak?. Ia disebabkan pimpinan lama IRC tidak mahu menulis secara jelas tentang kewujudan
mereka.
Menjelang penubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia, pimpinan Jamaah Islah Malaysia
(JIM) telah merungkaikan persoalan kewujudan jamaah yang selama ini disebut ‘IRC’ dalam
Ucapan Dasar Presiden JIM dalam PPN ke 20 (2010) dan PPN ke 21 serta Ucaptama Sempena
Majlis Penubuhan IKRAM. Ketiga-tiga ucapan ini menjadi penting kerana ia akuan rasmi
mengesahkan kewujudan IRC yang rahsia selama ini. Bahkan akuan ini juga memungkinkan kita
mengesah segala cakap orang dan kertas kerja wujudnya IRC selama ini.
IRC mempunyai proses pentarbiahan dan dakwah bukan politik yang terbaik. Ini tidak
dapat dinafikan. Penulisan ini cuba menyelusuri liku-liku ‘dakwah politik’ IRC.
Satu Jemaah yang tidak bernama dikenali sebagai al Jemaah memuncul diri sebagai
Islamic Representative (IRC) pada akhir tahun 1970an. IRC dianggap sebagai Harakah Islamiaih
Syumuliah (HIS) yang bermatlamat menegakkan Islam sebagai sistem hidup. IRC mempunyai
tanzim dan kepimpinan rahsia.
64
Penulis mengunakan IRC dalam merujuk kepada Ikhwanul Muslimin Malaysia atau Ikhwan
Melayu. IRC hasil gabungan Alami Mesir dan IRC UK.
Bermulanya Sebuah Tanzim
Tanzim Ikhwanul Musliminiii berkembang ke seluruh dunia sangat bergantung kepada pemikiran
tokoh-tokoh dan cawangan Ikhwan di tempat seseorang itu belajar. Ikhwanul Muslimin (Ikhwan)
Mesir ditindas oleh kerajaan Mesir. Penindasan ini menyebabkan kebangkitan radikalisme dalam
Ikhwan. Radikalisme juga disebabkan oleh pemikiran Sayyid Qutb yang berlandaskan pelurusan
dan kemantapan aqidah. Pemikiran Sayyid Qutbiv mendominasi pemikiran anak muda dalam
Ikhwan sehingga menjadikan mereka radikal.
Mursyidul Aam selepas Imam Hassan al Banna, Imam Hassan al Hudaybi, Ustaz Umar
Tilmisani, Ustaz Muhammad Hamid Abu Nasr dan Ustaz Mustafa Masyhur cuba mengendurkan
para pendamba pemikiran Sayyid Qutb yang keras. Walaubagaimanapun, usaha ini sukar
dijalankan ekoran penindasan berterusan dan pengharaman terhadap Ikhwanul Muslimin oleh
pemerintah Mesir.
Pada zaman Ustaz Umar Tilmisani, beliau cuba mengurangkan ketegangan politik dan
konflik dengan kerajaan. Antara usaha beliau memberi tumpuan utama kepada pengkaderan,
pentarbiahan dan penguasaan organisasi melalui penyusupan kader dan kawalan entiti yang
dikuasai melalui pemayungan oleh ‘kerajaan ghaib’ atau daulah terpendam. Ustaz Umar dibantu
oleh pakar tarbiah seperti Ustaz Abbas as Saisi.
Ikhwanul Muslimin juga berkembang di Barat apabila pemimpin Ikhwan berada dalam
buangan menubuhkan Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Antara penggerak utama Ikhwanul
Muslimin Antarabangsa ialah Ustaz Mustafa Masyhur di Jerman. Selain itu, ramai tokoh Ikhwan
Iraq, Ikhwan Syria dan Ikhwan Mesir yang menjadi pelarian politik menyambung pelajaran dan
65
mendapat PhD mengajar di Barat. Muktakhir ini, tokoh Ikhwan Tunisia, Syeikh Rashid Ghannosshi
merupakan pemimpin buangan Ikhwan yang cukup berpengaruh kepada gerakan Islam pada hari
ini.
Ikhwanul Muslimin juga tersebar ke seluruh negara umat Islam melalui penubuhan
cawangannya. Cawangan Ikhwan yang berpengaruh ialah Ikhwanul Muslimin Cawangan Syria dan
Iraq. Kedua-dua cawangan ini banyak melahirkan pemikir agung Ikhwanul Muslimin. Di Syria,
antara pimpinan terkenal Mustafa as Sibaie dan Said Hawwa. Manakala Ikhwan Iraq terkenal
dengan Abdul Karim Zaidan dan Abdul Aziz al Badri. Di Sudan, tokoh terkenal Ikhwan di sana ialah
Hassan Turabi. Pada muktakhir ini, Ikhwan Jordan dan Nahdah Tunisia banyak mempengaruhi
pemikiran politik Ikhwan di seluruh dunia.
Fenomena Berbilang-bilang Jemaah: Pembentukan Tanzim dan Pengaruhnya di Malaysia
Pembentukan tanzim bergantung kepada tempat kader-kader Ikhwan belajar dan siapa murabbi
mereka. Dalam pemikiran politik, Ikhwan Syria dan Ikhwan Iraq lebih ke depan berbanding induk
mereka Ikhwan Mesir. Ikhwan Mesir mengutama pentarbiahan dan pengkaderan. Ikhwanul
Muslimin Antarabangsa juga mengutamakan pentarbiahan dan pengkajian tentang
ketamadunan Barat terutamanya demokrasi dan hak asasi manusia.
Kewujudan banyak Tanzim Ikhwan di sesebuah negara juga dibentuk oleh pengaruh
pemikiran tokoh-tokoh Ikhwan yang mentarbiah dan mementori para kader dakwah. Sudah
tentu pemikiran tokoh-tokoh Ikhwan mempunyai perbezaan terutamanya dari segi pendekatan
dakwah.
Penulis tertarik dengan pendapat Youssef Nada yang mengatakan ‘politik Timur Tengah
penuh kerahsiaan, namun Ikhwan Muslimin ada di mana-mana di seluruh dunia. Ia bukan
berasaskan sistem keahlian tetapi berdasarkan cara seseorang berfikir”. Cara seseorang berfikir
66
melahirkan kesatuan mereka sekaligus membawa kesatuan amal yang bertujuannya kerana
Allah. Walaupun ada pelbagai tanzim dan nama, mereka dapat disatukan dengan cara berfikir.
Ada yang bercerita di sesetengah negara, tanzim Ikhwan ada 10 buah. Ia bukanlah satu
kepelikkan kerana pemikiran tokoh dan tempat belajar yang berbeza. Di Malaysia, antara tokoh
awal mempunyai pemikiran Ikhwan ialah Prof. Dr Zulkifli Mohamad. Beliau belajar di Mesir dan
pernah menjawat Timbalan Yang Dipertua PAS Pusat. Kemudian kelompok Ustaz Hassan Shukri
menerapkan pemikiran Ikhwan dalam PAS dan sahabat beliau, Ustaz Dahlan Mohd Zain dalam
ABIM. Diikuti oleh peranan Tuan Guru Yahya Othman dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam
ABIM. Kemudian kelompok tua Alami Mesir-IRC UK (IRC), Suara Islam UK (masuk PAS), HALUAN
Malaysia dan kelompok muda Alami Mesir (ISMA).
Ikhwanul Muslimin mementingkan sofwatul mukhtarah iaitu pembinaan golongan
terpilih (orang cerdik) dalam jemaah.v Alat pentarbiahan yang sangat penting adalah usrah.
Usrah yang terkenal yang dikatakan ‘usrah ibu segala murabbi’ ialah usrah yang dipimpin oleh
Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa di Mesir. Antara yang dikatakan anggota usrah itu ialah
Ustaz Zawawi Ali (IRC), Ustaz Mohd Parid Sheikh Ahmad(IRC), Ustaz Mohamad Kamil Majid (UM),
Ustaz Abdul Rahim (Negeri Sembilan), Ustaz Darus Senawi (HALUAN), Dr Hatta Shaharom (IRC)
dan Ustaz Alias Othman. Usrah ini dikatakan diserahkan kepada Ustaz Mustafa Masyhur setelah
Tuan Guru Abdul Hadi pulang ke Malaysia. Tokoh-tokoh ini menjadi murabbi jemaah Islam di
Malaysia dan cukup berpengaruh dalam al jamaah-IRC-JIM-IKRAM, HALUAN, ABIM dan PAS.
Walaupun Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendapat pengaruh Ikhwan Mesir, beliau
terlebih dahulu dipengaruhi oleh pemikiran tokoh Ikhwan Syria, Said Hawwa. Pemikiran politik
dan tanggungjawab jemaah menyebabkan Tuan Guru Abdul Hadi bergerak dalam PAS
berbanding IRC 12.
12 Adakah TGHH sendiri merupakan pemimpin IRC? TGHH seakan-akan mengizinkan kelompok IRC menguasai Lujnah
Tarbiah PAS pada tahun tahun 1980an. Seorang tokoh memberitahu, TGHH sendiri cuba menguasai pentarbiahan
ABIM tetapi gagal. Setengah pimpinan IRC, TGHH adalah pemimpin ‘idola’ mereka. Semasa IRC berada dalam PAS,
IRC sering menjadi jentera pilihanraya TGHH. Pemimpin IRC menyukai pemimpin yang warak. Sejak penubuhan JIM-
IKRAM, kelompok ALAMI Mesir dalam JIM-IKRAM dipengaruhi oleh kelompok IRC UK yang progresif dan pro-Anwar.
67
Tokoh unik yang mendapat celupan Ikhwanul Muslimin adalah Tuan Guru Yahya Othman
(mantan ahli Majlis Syura Ulama PAS dan Majlis Syura ABIM). Beliau pernah berguru dengan
pemimpin Ikhwan Syria yang terkemuka iaitu Ustaz Mustafa as Sibai. Kemudian beliau mendapat
tarbiah Ikhwan Iraq seterusnya mendapat tarbiah Ikhwan Mesir. Beliau pernah berikrar bersama
sahabat beliau untuk memperjuangkan Islam di Malaysia semasa beliau di Mesir. Menariknya,
Tuan Guru Yahya Othman pernah bergerak cergas dalam WAMY yang digerakkan oleh Ikhwanul
Muslimin Antarabangsa.
Gelombang besar yang mendapat pengaruh Ikhwanul Muslimin Iraq ialah sekumpulan pelajar
Malaysia yang dihantar belajar ke Iraq. Mereka adalah
1. Hassan Shukri (PAS)
2. Muhammad bin Daud (PAS)
3. Abdul Rahim bin Muhammad Zain (pensyarah UM)
4. Hasbullah Kasban (pensyarah UTM)
5. Hashim Jasin (PAS)
6. Azmi bin Ahmad (ABIM Kedah)
7. Abdul Ghani bin Kasa (guru agama)
8. Abdul Halim Yahya (pegawai agama FELDA)
9. Isamuddin bin Ahmad (ahli perniagaan)
10. Dahlan Mohd Zain (ABIM Perlis-KUSDA-HALUAN)
Dalam membicarakan tentang pengaruh Ikhwanul Muslimin di Malaysia, adalah tidak adil
tidak menyebut tentang peranan Dato Mohd Asri Muda. Beliau mempunyai hubungan baik
dengan pimpinan gerakan Islam di dunia. Antaranya dengan Muhamad Natsir (MASYUMI) dan
Kamal as Sananiri (Ikhwan Mesir, suami Hamidah Qutb). Dengan hubungan baik ini jugalah, Dato
Asri mendapat tajaan daripada Kerajaan Iraq(masa itu rapat dengan Ikhwan) kepada 10 pelajar
68
di atas dan mendapat bantuan kader untuk membantu PAS atas saranan pimpinan gerakan Islam
antarabangsa.
Dasar Ekonomi Baru membolehkan kelompok pelajar cemerlang kalangan bumiputera ditaja
belajar ke luar negara terutamanya Britain. Kesedaran Islam semasa di sana membolehkan
mereka merapati pemimpin Ikhwanul Muslimin dalam buangan. Selain itu, mereka juga
mendekati tokoh Islam daripada Jamaati Islami Pakistan dan Jamaah Nur dari Turki. Di Britain,
MISG sudah ada sejak 1971 dan bergabung dengan Kesatuan Pertubuhan-pertubuhan Pelajar
Islam (FOSIS). FOSIS bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar Islam.
Perasaan tidak berpuas hati terhadap mula memutik apabila pelajar Malaysia tidak dapat
menerima pendekatan Islam FOSIS dan penguasaan pelajar Islam daripada negara-negara Islam
yang minoriti berbanding pelajar Malaysia yang majoriti dalam FOSIS. Isu-isu Malaysia kurang
dicakna oleh FOSIS.
Pada awal tahun 1975, Suara Islam telah ditubuhkan oleh pelajar Malaysia. Suara Islam
dipengaruhi oleh pemikiran Jamaati Islami Pakistan. Mentor Suara Islam ialah Javed Ansari,
seorang tokoh Jamaati Islami yang menjadi pensyarah di sana. Javed mempunyai pemikiran
radikal dan kritis. Beliau memberi penerangan perbandingan Islam dengan komunisme Mao dan
Stalin. Antara kepercayaan Suara Islam ialah ‘revolusi Islam perlu dipimpin oleh sebuah parti
politik’. Mereka bercadang ingin menubuhkan Parti Revolusi Islam (ada pendapat Parti Negara
Islam) sekembali mereka ke Malaysia.13
Kemudian muncul IRC yang menggunakan pendekatan dakwah dan tarbiah. Mereka
mengunakan pendekatan Ikhwan iaitu menembusi organisasi sedia ada dan cuba melakukan
perubahan daripada dalam organisasi tersebut. IRC mengunakan usrah-usrah untuk merapat
hubungan sesama anggota dan mengalakkan anggota mereka dalam penyertaan dalam
pembangunan masyarakat.
13 Antara pimpinan mereka ialah Ir Khalid Samad, Ir Izham dan Ir Nizar.
69
Perkembangan Tanzim Ikhwan Di Malaysia.
Di Malaysia, Tanzim Ikhwan dikatakan terbahagi 3 iaitu Tanzim IKRAM, ISMA dan HALUAN
Malaysia. Masing-masing mengaku dan menisbahkan mereka sebagai wakil sah sebagai
cawangan Ikhwan di Malaysia. Persaingan sengit antara IKRAM, ISMA dan HALUAN.
Dalam sejarah Tanzim Ikhwan di negara ini, kita wajar melihat siapa yang paling awal
menceburi diri dalam Ikhwan. Setakat hari ini, sejarah membuktikan generasi semasa Prof Dr
Zulkifli Mohamad adalah generasi awal yang mendapat pengaruh pemikiran Ikhwan. Prof Dr
Zulkifli Mohamad sendiri mendapat tarbiah secara langsung melalui kuliah hari selasa yang
diadakan oleh Ikhwan di Kaherah semasa beliau belajar.14 Cuma yang tidak dapat dibuktikan
adalah keahlian beliau dalam Ikhwan.
Pengaruh pemikiran Ikhwan juga dikesan pada tahun 1957 apabila seorang pelarian dari
Mesir, Syeikh Taqiyuddin datang mengajar pelajar sekolah agama di Kedah. Beliau mengunakan
sistem usrah yang digilirkan antara rumah ahli usrah. Menariknya, antara ahli usrah ini adalah
Ustaz Jais Anwar yang kelaknya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 1968/70.
Peringkat yang penting adalah pada tahun 1963 apabila 10 orang pelajar Malaysia
dihantar ke Iraq atas saranan Dato Mohd Asri Muda dengan kerjasama Presiden Iraq pro Ikhwan,
Muhamma Arif Abdul Salam. Antara mereka ialah Ustaz Hassan Shukri (PAS), Ustaz Muhammad
Daud al Iraqi (PAS) dan Ustaz Dahlan Muhammad Zain (ABIM Perlis-KUSDA-HALUAN Malaysia).
Kelompok PAS dalam kumpulan ini menyebarkan pemikiran Ikhwan dalam PAS dalam ceramah
dan penulisan mereka. Ustaz Dahlan Mohamad Zain pimpinan ABIM Perlis tidak bersetuju
pendapat ABIM yang ‘melepaskan’ Anwar Ibrahim masuk UMNO. Akibatnya, beliau menubuhkan
kumpulan sendiri yang dikenali Kumpulan Ustaz Dahlan atau KUSDA dan kemudiannya menjadi
HALUAN.
14 Kisah ini dinukilkan oleh Maulana Abu Hassan an Nadwi
70
Kelompok ketiga ialah kelompok Alami Mesir dan diikuti oleh IRC UK15. Gabungan Alami
dan IRC lebih dikenali sebagai IRC kemudian berevolusi menjadi JIM dan IKRAM.
Sebenarnya ada satu lagi kumpulan usrah di London yang diusahakan oleh pimpinan
PKPIM. Usrah ini dipimpin oleh Ustaz Razali Nawawi di London ini diadakan pada tahun 1968.
Anggota lain usrah ini ialah Syed Ibrahim Abdul Rahman, Wan Ismail Wan Ibrahim dan
Hishamuddin Yahya. Cuma kita kekurangan maklumat tentang hubungan Ikhwan dengan usrah
ini. Adakah ia dipengaruhi setakat pertemuan dan bahan bacaan atau tidak mendapat pengaruh
daripada Ikhwan.
IRC bermula daripada kumpulan pelajar yang pulang daripada luar negara16 pada tahun
1970an. Mereka hidup dalam organisasi yang tidak berdaftar melalui usrah-usrah. Ramai
kalangan mereka menyerap-masuk atau menyusup ke dalam ABIM. Pendekatan mereka adalah
dakwah dan tarbiah17. IRC (atau al jamaah atau sebuah pertubuhan tidak diberi nama)
mengetepikan untuk bergerak di bawah gerakan dibina sendiri demi menjaga kesatuan ummah.
Pada tahun 1990, baru sebuah entiti yang dikenali JIM ditubuhkan untuk meneruskan usaha IRC
dalam dakwah.
Abdul Hadi Awang, Yahya Othman, PAS dan Ikhwanul Muslimin.
Baru-baru ini heboh berita di Mesir yang mendakwa Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dilantik
sebagai Setiausaha Agung Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Kemudian berita ini dinafikan oleh
PAS. Ada yang mendakwa Abdul Hadi menganggotai Ikhwan sejak akhir 1960an.
Abdul Hadi Awang kurang bersetuju dengan pemikiran dan pendekatan konsep Ikhwan
Alami. Konsep Ikhwan Alami bukanlah fikrah Ikhwan yang asal dan tidak dipersetujui oleh senior-
15 April 1974
16 Mesir, UK, Australia, US dan lain-lain.
17 Mereka ditabiah oleh IM, Jemaah Islam dan Jemaah Nursi.
71
senior dalam Ikhwan. Ikhwan Alami digerakkan oleh tokoh muda Ikhwan yang pernah
mengerakkan Ikhwan di negara Barat. Ikhwan Alami mahu menubuhkan jemaah baru walaupun
di negara tersebut sudah ada jemaah Islam yang sedia ada.
Menurut Abdul Hadi Awang, asal usul Ikhwan Alami Malaysia apabila beliau
memperkenalkan sekelompok pelajar Melayu lepasan Nilam Puri (kemudian menjadi tokoh
Alami) kepada pihak Ikhwan. Abdul Hadi bersangka baik dengan mereka kerana mereka datang
daripada Nilam Puri yang dibawah PAS.18
Apabila mereka pulang ke Malaysia, mereka mahu menubuhkan Ikhwan di Malaysia.
Abdul Hadi tidak bersetuju dengan mereka. Menurut Abdul Hadi, mereka ini tidak ihtiram
(menghormati) orang yang lebih khibrah (berpengalaman) dalam memahami waqie' (realiti).
Murabbi umat celupan Ikhwan Mesir, Ikhwan Syria dan Ikhwan Iraq serta Ikhwan
Antarabangsa (melalui WAMY), Tuan Guru Yahya Othman juga tidak bersetuju dengan
penubuhan jemaah baru. Beliau pernah dijemput untuk menjadi murabbi atau mas’ul tarbiah
sebuah jemaah tetapi beliau menolak. Beliau memberitahu bahawa beliau dan sahabat beliau
dinasihati oleh Ikhwanul Muslimin menyertai PAS dalam usaha memperkuatkan PAS khususnya
dalam bidang tarbiah dan dakwah. Nasihat Yahya Othman, ‘PAS ini terbuka akhi, sesiapa sahaja
boleh masuk PAS, tak perlu tubuh jemaah baru”. Begitu nasihat Yahya Othman kepada pemimpin
sebuah jemaah.
Kamal Helbawy pernah menyarankan HALUAN, ISMA dan JIM memilih PAS sebagai
platform perjuangan dalam memastikan suasana politik yang adil. Kumpulan-kumpulan Islam ini
bergerak bersama-sama dengan PAS dalam kondisi saling memahami antara satu sama lain.
Jangan bersikap melampau dan provokatif antara satu sama lain.
18 Catatan Hazmi Dibok
72
Hassan al Banna sendiri mengakuri dan bersetuju pendapat Raja Saudi, al Malik Faisal
tidak membenarkan Ikhwan ditubuhkan di sana kerana menganggap beliau juga sebahagian
daripada Ikhwan. Abdul Hadi bersetuju dengan idea mentor beliau, Said Hawwa yang mengkritik
pendekatan Ikhwan Alami yang dianggap tidak perlu. Sudah cukup dengan adanya front
antarabangsa untuk menyatukan ikhwan daripada seluruh bukannya menubuhkan Ikhwan di
negara yang sudah ada jemaah Islam.
Kepimpinan Ikhwanul Muslimin Antarabangsa menjadi wakil jemaah seluruh dunia. Front
ini berperanan membuat qarar (ketetapan) yang dipersetujui bersama. Semua jamaah di negara-
negara umat Islam tadi wajib melaksanakan qarar-qarar tersebut semampu mungkin. Namun jika
bertembung dengan realiti di negara masing-masing mengekang, maka qarar itu boleh untuk
tidak dilaksana.19
Dalam mengatasi permasalahan perbezaan antara jemaah Islam, pendekatan sederhana,
berhikmah dan lembut wajib digunakan. Seteruk mana sekalipun mereka, mereka tetap anasir-
anasir Islam. Mereka sendiri bukan musuh. Dalam keluarga, setiap anggotanya ada fungsi. Ada
yang berwatak emak, watak ayah dan watak anak. Ibu garang, ayah menasihati.
Kemunculan HALUAN, JIM, ISMA dan IKRAM
Jemaah Islah Malaysia (JIM) ditubuhkan 27 Julai 1990. JIM merupakan salah satu atau sebahagian
entiti Tanzim Ikhwan Malaysia. Setelah 15 tahun bergerak tanpa organisasi sendiri, satu
keperluan untuk IRC bergerak dalam ruang terbuka.
Visi JIM ialah membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat
Islam menjelang 2020. Motto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".
Presiden pertama JIM ialah Ir. Saari Sungip dikatakan salah pimpinan IRC UK. Antara kejayaan
penting JIM ialah
19 Catatan Hazmi Dibok
73
1. Kedudukannya (positioning) kalangan NGO Islam
2. Kedudukan JIM dalam kalangan NGO lain dan masyarakat Madani
3. Kedudukan dalam parti politik
4. Jaringan dengan pelbagai agensi kerajaan
5. Dikenali dengan institusi seperti sekolah al Amin.
Pertubuhan IKRAM Malaysia(IKRAM) diluluskan pendaftaran pada 22 Oktober 2009. Antara
tujuannya ialah menyatukan entiti IRC yang bertaburan yang menyukarkan arahan pusat.
Presiden pertama ialah Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. Cogan kata IKRAM ialah “Ukhuwah
Teras Kegemilangan”. Dasar IKRAM ialah Islam, dan asas pegangannya ialah Al-Qur’an, As-
Sunnah, Ijma’ dan Ijtihad.
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN Malaysia)
mempunyai susur galur daripada ABIM Perlis atau ABIM Utara. Ada juga mengenali kelompok ini
sebagai ‘Sahabat Utara’ atau Kumpulan Ustaz Dahlan (KUSDA). Pada tahun 1988, kumpulan ini
menjelmakan diri sebagai HALUAN Malaysia. Haluan Malaysia lebih menumpukan kepada
kebajikan dan pentarbiahan. Pusat pengajian popular mereka ialah Ma’had Attarbiyah al
Islamiyyah (MATRI) diasaskan oleh Ustaz Dahlan Mohamad Zainvi. Motto iaitu “berakhlak,
mendidik dan berbakti”.
Ikatan Siswazah Muslim Malaysia (ISMA) ditubuhkan pada tahun 1997 yang menjadi
sebahagian daripada Tanzim IRC. Pada tahun 2005, penjenamaan ISMA berlaku. Ia dikenali
sebagai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan menarik diri daripada pengaruh IRC. ISMA berasal
usul daripada kelompok Alami Mesir kalangan anak muda. Diketuai oleh Ustaz Abdullah Zaik bin
Abdul Rahman. ISMA mempunyai dua motto iaitu ‘Membangun Umat Beragenda’ dan ‘Melayu
Sepakat, Islam Berdaulat’. Pada pilihanraya umum 2013, ISMA telah melakukan ijtihad dengan
menghantar calon-calon mereka melalui parti BERJASA. Dalam bidang bantuan kemanusiaan,
agensi ISMA iaitu Aman Palestin terkenal di Malaysia.
74
IRC-JIM-IKRAM dan Politik Malaysia
Pada pertengahan 1970an, kader dakwah Alami Mesir dan IRC UK pulang ke Malaysia. Ramai
kalangan mereka menjadi pensyarah universiti. Tumpuan mereka kepada pentarbiahan dan
pengkaderan. Oleh kerana ABIM dan PAS sudah lama bertapak, mereka tidak menubuhkan
gerakan baru tetapi diarahkan untuk memperkuatkan organisasi mata rantai gerakan Islam yang
sedia ada. Pada waktu itu PAS berada dalam BN, kader dakwah ini mula menyusupi ABIM. Mereka
mengunakan pendekatan rahsia dan tidak mendedahkan identiti mereka.
Pendekatan kerahsiaan, pemayungan dan penyusupan dalam organisasi dilakukan
semasa zaman ustaz Umar Tilmisani bagi mengelakkan Ikhwan ditindas. Anggota Ikhwan Mesir
telah menyusup masuk ke dalam banyak pertubuhan profesional di Mesir. Pertubuhan-
pertubuhan ini diletakkan dibawah kawalan Ikhwan dan cuba mengaburi pihak berkuasa. Ia
menjadikan pertubuhan tersebut hanya proksi.
Ada pihak mendakwa terdapat Konsep Harakah Islamiyyah Syumuliah (HIS) diaturkan
oleh IRC (al jamaah) dimana menjadikan PUM (ulama), ABIM (NGO) dan PAS (sayap politik)
sebagai proksi dimana kekuasaan sebenar terletak kepada Amir IRC bukan kepimpinan PUM, PAS
dan ABIM.
IRC cuba menguasai pentarbiahan ABIM20 tetapi kurang berkesan apabila ABIM cuba
menjarakkan diri mereka daripada pemikiran Sayyid Qutb21. Penguasaan ini juga tidak berjaya
kerana pentarbiahan ABIM didominasi oleh Anwarinas (setia dengan Anwar Ibrahim).
Penguasaan IRC dalam ABIM sangat berjaya sehingga berjaya menghuni ‘Majlis Syura’ ABIM.
20 Ada yang mendakwa ia dilakukan oleh TGHH
21 Pimpinan ABIM mula menjauhi pemikiran Sayyid Qutb dengan menyantuni pemikiran Muhammad Natsir.
Pemikiran Sayyid Qutb bersifat revolusioner dimana ia sangat mementingkan pemantapan dan kelurusan aqidah
tanpa kompromi. Pemikiran ini bertunjang La ilaha illallah. Ia menolak secara tuntas menolak dan menentang
terhadap toghut dan jahilillah moden. Pemikiran ini tidak memberikan pilihan lain kepada orang beriman dan bukan
Islam dalam konsep kemasyarakatan dapat dilihat pembahagian konsep masyarakat iaitu masyarakat Islam atau
tidak.
75
Perkara ini jelas sesudah Anwar Ibrahim masuk UMNO dimana ada kalangan mereka mula
menunjukkan imej sebenar mereka dengan meninggalkan ABIM.
Kebanyakan pemimpin IRC cuba menyusupi gerakan mahasiswa Islam22 dan PAS yang
kesedihan kerana kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Lujnah Tarbiah PAS Pusat telah
menjemput dua anggota Majlis Syura IRC untuk bersama mereka pada pertengahan tahun
1980an. Peluang ini diambil oleh anggota IRC untuk memperkukuhkan kedudukan mereka ke
dalam PAS.
IRC bukan sahaja mentarbiahkan anggota PAS dan gerakan mahasiswa Islam tetapi telah
memilih unsur terpilih dan terbaik dalam PAS untuk diserapkan ke dalam IRC secara rahsia.
Gerakan jemaah dalam jemaah ini berjaya dikesan oleh Dewan Pemuda PAS dan akar umbi
menolak kehadiran mereka. Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri hampir terperangkap apabila
pemimpin yang dikatakan proksi IRC Ir. Mustafa Kader antara calon yang dicadangkan sebagai
Ketua DPPP. Syura DPPP telah memilih Ustaz Abdul Halim Arshad sebagai Ketua DPPP. Mereka
juga cuba menguasai peringkat kawasan.
Jemaah Islam Malaysia dikatakan diusahakan pada tahun 198823 dan ditubuhkan pada 29
Julai 1990. Ia ditubuhkan pengislahan secara dakwah tidak berkesan dan dakwah tidak terpimpin.
Justeru, IRC(al jamaah) memutuskan ‘jamaahlah HIS’ dimana sebuah jamaah yang
mengambarkan identiti IRC diwujudkan. Ada berpendapat JIM bukan IRC tetapi ia sebahagian
IRC.
Menariknya, pada bulan Mac 1990, didakwa satu dokumen bertajuk ‘Pembentangan Usul
Pendekatan Terhadap UMNO’ dibentangkan oleh wakil Majlis Syura Jemaah(MSJ). Melalui usul
ini, IRC mahu menghalalkan dan mewujudkan penglibatan anggota mereka ke dalam UMNO.
Tetapi usul ini telah ditolak.
22 Antara tokoh yang sering memberi kuliah kepada pimpinan PMIUM dan PMAPIUM ialah Ustaz Mohd Darus (IRC-
HALUAN) dan Ustaz Alias Othman (IRC-JIM-IKRAM)
23 HALUAN Malaysia juga ditubuh pada tahun 1988.
76
Zaman reformasi pada tahun 1998 ekoran pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim membuka
peluang JIM untuk mengunakan pendekatan politik. Presiden JIM, Ir Saari Sungip dan Sahri Bahri
berserta ramai lagi pimpin JIM masuk Parti Keadilan Nasional berketuakan Datin Seri Wan Azizah
Wan Ismail. Menariknya, pemimpin yang ada kaitan dengan IRC seperti Dr Dzulkefly Ahmad
masuk PAS.
Pendekatan politik IRC-JIM selepas tahun 1998 sangat berjaya apabila pimpinan mereka
berjaya menduduki tampuk kepimpinan tertinggi dalam PAS dan PKN (PKR). Antaranya Fuziah
Salleh sebagai Ketua Wanita PKN dan Ir Sahri Bahri sebagai Setiausaha Agung PKN. Dalam PAS,
Dr Dzukefly Ahmad dilantik sebagai Ketua Dewan Penyelidikan PAS Pusat. Dalam pilihanraya pula,
ramai daripada pemimpin yang bersusur galurkan Ikhwan di Malaysia iaitu IRC-JIM dan Suara
Islam terpilih sebagai calon. Antaranya Ir Khalid Samad (SI), Ir Mohamad Nizar (SI), Saari Sungip
(JIM) dan ramai lagi.
Perpecahan PAS pada tahun 2015 menyebabkan tertubuhnya Parti Amanah Nasional.
Sebahagian besar kelompok IRC-SI-JIM-ABIM dalam PAS yang kecewa dan kalah dalam pemilihan
bertindak menubuhkan sebuah parti Islam baru. Menariknya ada wakil IKRAM, Ustaz Hassanudin
Mohd Yunus telah dilantik sebagai Naib Presiden PAN. Dalam PAN, ramai pemimpin mantan
pimpinan senior IRC-JIM dan IKRAM, anak kepada pimpin IRC-JIM disamping ada yang mendapat
tarbiah IRC semasa di alam kampus.
Pada masa yang sama, JIM-IKRAM memperkuatkan cengkaman mereka dalam PKR
dengan menghantar Syed Ibrahim 24 yang dilantik sebagai ketua Penerangan PKR dan seorang
lagi dikatakan turut dikaitkan dengan IKRAM ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain,
pimpinan muda IKRAM turut menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK). Antaranya ialah Wan
24 Syed Ibrahim pemimpin utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berjuang memansuhkan ISA dan membantu
mangsa-mangsa ISA. Menariknya, antara pemimpin muda GMI adalah Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias mantan
Presiden PMIUM yang kemudiannya masuk PAS. Terkini Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias telah menyertai Parti
Amanah Negara (AMANAH).
77
Abdullah Mujahid Hasanuddin dan Mohd Mustaqim Abdul Jalil. Kedua-duanya mereka adalah
anggota Parlimen Belia Malaysia.
JIM, Demokrasi dan Hak Asasi Manusia
JIM mahu berada dalam barisan hadapan dalam kalangan organisasi Islam dan dalam kalangan
masyarakat madani. JIM mempunyai pendekatan yang unik dalam menangani demokrasi, hak
asasi manusia, urus tadbir baik kerajaan, masyarakat madani dan penglibatan dalam NGO
berasaskan sekularisme. JIM membina hubungan yang baik dengan NGO-NGO dan aktif dalam
penglibatan dalam isu-isu yang diperjuangkan oleh NGO terbabit. Antara NGO terbabit ialah
BERSIH, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free And Fair Election (Mafrel), dan Allied
Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
Terbaru wakil JIM-IKRAM terlibat dalam Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara
Malaysia( Negara-ku).
JIM berusaha meletakkan kedudukan mereka di kalangan NGO lain dan masyarakat
madani. Walau pun pegangan JIM jelas, memperjuangkan pelaksanaan syariah, JIM tetap
bersama dan diterima oleh NGO lain dalam usaha sama memperjuangkan keadilan, hak asasi
manusia, good governance dan kebaikan, untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik.
JIM-IKRAM juga mengutamakan pengunaan secara optimun sumber tenaganya dalam
pelbagai NGO. Ia dapat meningkatkan lagi kerjasama dan permuafakatan dengan pelbagai NGO.
dan menambah pengalaman anggota JIM-IKRAM.
Persoalan yang timbul pula, ada pertubuhan atau pemimpin25 yang jelas menentang
pelaksanaan Islam dalam pemerintahan. Adakah JIM-IKRAM bertaqiyah pendirian pelaksanaan
25 Majlis Peguam Malaysia antara pertubuhan yang banyak menentang pelaksanaan Islam. Selepas PRU ke 12, Majlis
Peguam mengadakan satu majlis makan malam. Tun Abdul Hamid, mantan Ketua Hakim Negara mencatatkan “Encik
Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang
memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke
pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Tokoh Majlis Peguam yang aktif dalam BERSIH dan
78
syariah dalam masa yang sama bergerak dalam pertubuhan pro sekularisme dan hak asasi
manusia?.
Peranan PAS Penyatuan Tanzim-tanzim Ikhwan di Malaysia.
Tuan Guru Fadzil Noor berpendapat tidak boleh ada dua wadah politik Islam.26 Kewujudan dua
parti Islam boleh mengundang perpecahan masyarakat dan ia boleh melemahkan gerakan Islam
itu sendiri. Dalam sejarah politik gerakan Islam, penubuhan parti baru lebih mejuruskan
pertembungan sesama sendiri. Umpamanya, Parti Saadet dengan AKP di Turki dan FJP dengan
Parti an Nur di Mesir.
IRC-JIM-IKRAM mempunyai pengalaman tiada penyatuan dalam organisasi. Betapa
pentingnya keperluan sebumbung, satu nama, satu tanzim, satu kepimpinan dan satu tumpuan
wala’ dan tiada pertindihan penggunaan sumber. Setelah 15 tahun, IRC tanpa wadah, ia memberi
kesan negatif. Antaranya
1. Tiada wadah utama dan tiada ‘rallying point’ untuk dakwah.
2. Tidak dapat mengamal sepenuhnya semua piawaian, best practices dan urus tadbir baik
dalam organisasi.
3. Kewujudan tidak dapat dirasai oleh masyarakat umum.
4. Terbentuk pandangan yang insular (eksklusif dan dalaman) kalangan sebahagian anggota.
5. ramai memilih bertebaran dalam pelbagai organisasi tanpa perancangan.
6. Tidak optimun sumber tenaga dan program kerana berlaku pertindihan.
Pengalaman ini wajar memberi pengajaran kepada IRC agar mereka meleburkan diri ke dalam
PAS dan ABIM seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. Apabila sudah ada jemaah Islam yang
berpandukan al Quran dan hadith, tradisi Ikhwan ialah anggota mereka menjadi pembantu dan
tentera kepada jemaah yang sedia ada. Mereka perlu membuang matlamat mahu menguasai
jemaah lain, berdengki dan dendam lama dalam menyatukan gerakan Islam di Malaysia.
Negara-Ku ialah Dato Ambiga. Lihat Tun Abdul Hamid Mohamad, “PEMBANGKANG, MAJLIS PEGUAM DAN
COMANGO “MERAMPAS” MKPN (NUCC”).
26 https://www.youtube.com/watch?v=mYvrcKDPF3o durasi 0.53 saat dan 1.43 minit
79
Usaha penyatuan tanzim Ikhwan Malaysia pernah diusahakan pada tahun 1995 di Kelana
Jaya. Ia dikenali sebagai peristiwa “indimaj” antara tanzim Abu Urwah dan tanzim Ustaz Dahlan
tetapi gagal. Menurut THTLvii, Tanzim Ikhwan Malaysia tidak berjaya disatukan disebabkan oleh
1. masing-masing kumpulan mendapat latihan dari tempat yang berbeza dan mendapat
penekanan latihan dan ilmu yang diterima tidak sama
2. masing-masing kumpulan mempunyai strategi politik dan manhaj operasi dakwah dan
tarbiyah yang berbeza.
3. sikap terhadap pemerintah yang tidak sama
4. taksub kepada pemimpin kumpulan masing-masing
5. Tidak ada kepercayaan antara satu sama lain.
Pendekatan terbaik penyatuan tanzim ialah menyertai PAS. Sebagai gerakan Islam berasal
daripada Ikhwanul Muslimin, ‘hakikat politik’ ada tersemai dalam perjuangan mereka. Justeru,
mereka perlu memasuki sebuah organisasi yang kukuh, bersifat politik dan mempunyai sejarah
yang cukup lama dalam politik. Tiada lain selain PAS. Apabila memasuki PAS, wajar mereka
memulakan perjuangan mereka daripada bawah. Sifat perjuangan bukannya menyusup atau
mewujudkan jemaah dalam jemaah tetapi bersifat pembantu. PAS era Tuan Guru Abdul Hadi
Awang yang dekat dengan pimpinan Alami Mesir sewajarnya diambil peluang oleh IRC untuk
merapatkan hubungan dan meleburkan diri mereka ke dalam PAS dengan membuang imej IRC
mereka.
Penyusupan dalam parti politik Islam oleh kader dakwah jemaah Islam adalah satu kaedah
yang terbaik. Cuma masalah yang berlaku apabila kewujudan mereka menjuruskan kepada
jemaah dalam jemaah. Sebaiknya kesetiaan dan sifat berkumpulan berdasarkan jemaah lain
perlu dileburkan. Perkara ini pernah berlaku dalam Parti Keadilan Nasional(PKN) apabila ABIM
dikatakan melakukan proses PengABIMAN PKN. IRC juga didakwa pernah cuba menguasai
kepimpinan pemuda PAS. Menariknya, penyertaan pimpinan ABIM ke dalam PAS pada akhir
80
1970an dulu membuktikan keupayaan mereka meleburkan jemaah lama mereka setelah masuk
ke dalam PAS.
Di Indonesia terdapat pelbagai parti beraspirasi Islam. Tanpa penyatuan, kepelbagaian parti
itu merugikan perjuangan Islam. Kader Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama dihantar ke
GOLKAR, Parti Amanat Nasional, Parti kebangkitan Umat dan lain-lain. Dalam konteks tersebut,
sewajarnya, Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama berbincang dan menghasilkan sebuah parti
politik Islam di Indonesia.
Dua wala’ perlu diharamkan dalam gerakan Islam. Dua wala’ berlaku apabila jemaah
menghantar kader mereka ke dalam jemaah islam yang lain dengan tujuan membantu dan ada
bertujuan menguasai jemaah tersebut. Persoalan yang timbul, apabila berlakunya pertembungan
pendapat antara jemaah asal dengan jemaah sekarang, dimanakah wala’ kader dakwah, jemaah
baru atau jemaah lama?. Apa yang akan dilakukan oleh anggota PKR yang berasal daripada JIM-
IKRAM jika berlaku pertembungan wala’ antara IKRAM dengan PKR?. Apa yang akan berlaku jika
PAN yang mempunyai anggota IKRAM bertembung dengan PKR yang turut disertai oleh anggota
IKRAM, kepada siapakah wala’ anggota JIM-IKRAM yang berada dalam PAN dan PKR? Jemaah
atau parti?.
Kewujudan jemaah dan ‘front’ atau proksi bukanlah suatu yang baik dalam tempoh masa
yang panjang. Ia boleh menghasilkan penentangan bahkan pertembungan antara jemaah dengan
proksi. Perkara ini pernah berlaku di Sudan apabila Proksi yang dipimpin oleh Hassan Turabi
menentang keputusan jemaah.
IRC dan Gerakan Mahasiswa Islam
Pada awal 1980an, kedua-dua kumpulan iaitu Ikhwan Alami dan IRC UK bergabung membentuk
IRC. Perjuangan mereka secara rahsia dan melalui proses pentarbiahan.
81
Pertembungan antara IRC (baca:JIM atau IKRAM) dengan PAS bermula sejak peringkat
sekolah melalui proses pentarbiahan, pengkaderan dan penguasaan persatuan pelajar (BADAR).
Ada pengaruh utama yang menyebabkan pertembungan ini ialah terdapat mentor dalam
kalangan guru dan pentadbir sekolah, anak anggota JIM dan PAS dan penyertaan pelajar dalam
pertubuhan pelapis (Kelab Remaja JIM). Antara medan utama pertembungan ini adalah di
sekolah berasama penuh terutamanya sekolah agama seperti Kolej Islam Klang (KISAS).
Kemudian anak-anak JIM/IKRAM/IRC melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan
bergiat dalam kegiatan universiti. Pembawaan ‘ideologi’ JIM/IRC/IKRAM turut sama dibawa
bersama mereka. Di universiti, selain daripada anak-anak anggota, ada juga pelajar universiti
yang sememang dilatih dan diindoktrinasi di sekolah-sekolah milik JIM/IKRAM, ABIM, HALUAN
dan PAS. Mereka ini turut berpengaruh dalam mengerakkan aktiviti gerakan Islam di kampus.
IRC pernah memegang tampuk pentarbiahan mahasiswa terutamanya pentarbiahan
mahasiswa di Universiti Malaya. Penyusupan mereka secara rahsia. Pentarbiahan mereka untuk
memilih kader berkualiti untuk diserapkan dalam IRC bukannya PAS yang menguasai Jemaah
Islam Kampus (JIK).
Pada era tahun 1986-1988, berlaku perselisihan faham antara kelompok pro PAS dengan
pro IRC. Akibatnya, IRC disingkirkan dalam PMIUM. Ekoran penyingkiran ini, IRC bertindak balas
menyingkirkan kelompok pro PAS daripada Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam
UM(PMAPIUM). Kemudian kelompok pro PAS berjaya menguasai PMAPIUM pada sesi 1988/89.
Pada tahun seterusnya, IRC menghantar wakil dalam Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) yang pro
HEP. Antara pimpinan IRC terkenal ialah Nazman Mustafa.
Di UKM, IPU pernah membentuk Majlis Syura hasil gabungan mahasiswa pro PAS dan pro
IRC. Lujnah tarbiah dipegang oleh IRC manakala lujnah politik oleh IPU. Pada tahun 1987, berlaku
pengeseran apabila IPU mendakwa IRC menarik ahli-ahli IPU untuk masuk dalam IRC dan
melakukan program untuk kepentingan IRC tanpa pengetahuan Majlis Syura.
82
Pada mesyuarat agung Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan Islam UKM(PMFPI) sesi
1988/89, IRC bertanding untuk melawan calon-calon IPU. Perkara ini berlanjutan dalam
muktamar ISIUKM dimana calon IPU dan IRC bertarung secara terbuka sehingga terpaksa
dilakukan dua kali kerana kehadiran yang luar biasa.
Di UTM, IRC gagal menguasai PMUTM dan PMIUTM tetapi mereka kembali bangkit
apabila Syed Mohd Famy dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor HEP. IRC cuba menguasai kolej
melalui HEP. Pada sesi muktamar PMIUTM sesi 1988/89, ada juga berlaku pertembungan antara
IRC dengan pro PAS. Kekalahan mereka menyebabkan mereka berundur daripada PMIUTM.
Tindakan IRC menarik keanggotan PMI sehingga membentuk Jemaah dalam Jemaah
adalah satu tindakan terkutuk. Ia satu penyusupan yang tidak beradab dalam berjemaah, apatah
lagi mengunakan kekuatan orang lain untuk memperkuatkan diri sendiri tanpa pengetahuan
pihak terbabit.
Kesimpulan
Tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia terdiri daripada IRC-JIM-IKRAM, HALUAN, Suara Islam dan
ISMA. IRC terdiri Alami Mesir dan IRC UK yang didominasi oleh IRC UK dalam pentadbirannya,
syuranya oleh Ikhwan Alami. Kewujudan IKRAM mengangkatkan memaparkan pemimpin Alami
Mesir sebagai ketua.
ISMA ialah kelompok muda Alami Mesir manakala HALUAN lebih kepada tanzim Ustaz
Dahlan.
Tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia dipecahkan kepada tiga pengaruh iaitu Ikhwan
Mesir, Ikhwan Iraq-Syria dan Ikhwan Antarabangsa. Pemikiran dan pendekatan mereka cukup
berbeza dalam menangani permasalahan.
83
Penulisan ini mengakui jasa dan perjuangan semua tanzim Ikhwan Malaysia. Cuma paling
baik mereka bersatu dibawah satu bumbung iaitu dalam PAS atas hakikat sebenar mereka adalah
politik Islam.
Ibrah daripada pengkisahan ini ialah
1. Jika kita seorang Islamis, dalam politik kita perlu menjadi pembantu bukannya bercita-cita
tinggi mahu pemimpin atau menguasai jemaah Islam yang lain. Jika kita mengejar jawatan
dalam kepimpinan, kita membuka ruang kepada permusuhan dalaman.
2. Keaktifan kita di peringkat lujnah negeri dan kawasan. Atau berjuang berdasarkan isu
seperti alam sekitar, pengguna, hak pekerja dan orang asal. Jangan sangka keaktifan
peringkat negeri atau kawasan itu tidak bermakna, Dato Husam Musa umpamanya, hanya
tokoh Pemuda peringkat Negeri Kelantan yang akhirnya dipilih sebagai Naib Presiden PAS.
3. Tanzim Ikhwan Malaysia perlu menjadikan PAS sebagai wadah penyatuan mereka. Tuan
Guru Abdul Hadi Awang merupakan naqib usrah kepada murabbi IRC-JIM-IKRAM dan
HALUAN. Kedekatan ini sewajarnya merapatkan lagi hubungan PAS dengan tanzim
Ikhwan. Alternatifnya leburkan organisasi dan sertai PAS. Menjadi tentera dan pembantu
bukannya menyimpan cita-cita menjadi pemimpin atau menguasai PAS.
4. Tanzim Ikhwan perlu menjadikan pengalaman dulu sebagai ibrah penting. Penyatuan dan
perpaduan organisasi perlu diutamakan.
84
Bab 5
IKRAM, Politik Kepartian dan Pemerintahan:
Dari al Jamaah Hingga Parti Amanah Nasional.
“Allah SWT tidak akan mengizinkan musuh-musuh dari luar menghancurkan Islam dan
kekuatan umatnya, tetapi gerakan Islam itu akan dihancurkan sendiri oleh ancaman dari dalam
diri mereka” -Fadzil Mohd Noor
Dalam tajuk ini, kita mempelajari;
a) Sejarah penubuhan IKRAM
b) Idealisme Politik IKRAM
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Dalam penulisan ini, kebanyakannya penulis masukkan ucapan dan penulisan tokoh-tokoh
Pertubuhan IKRAM Malaysia tanpa edit atau sedikit edit. Ia penting dalam mengambarkan idea
sebenar IKRAM dalam politik.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) didakwa sebagai Ikhwanul Muslimin cawangan
Malaysia. IKRAM merupakan pemayungan semua organisasi yang dipengaruhi oleh Ikhwanul
Muslimin dan sealiran dengannya.
Pemayungan ini didakwa mempunyai visi yang jauh iaitu penerimaan IKRAM sebagai
wakil atau cawangan Ikhwan secara mutlak kerana selama ini pengiktirafan hanya dikatakan
diberi hanya pandangan segelintir pihak dalam Ikhwan. Pemayungan IKRAM sedikit terencat
apabila dua organisasi besar yang turut mengakui wakil Ikhwan tidak menyertai IKRAM iaitu
85
Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN Malaysia) dan Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) tidak menyertainya.
Visi kedua ialah IKRAM ditubuhkan sebagai NGO. Menurut Badlihisham Mohd Nasir,
fahaman Ikhwan terhadap dakwah adalah ingin menegakkan tuntutan Islam yang syumul
khususnya dalam politik bagi merealisasikan semua objektif pelaksanaan Islam dengan lebih
berkesan. Fahaman Ikhwan sendiri mempunyai hakikat politik iaitu keterlibatan dalam politik.
Menariknya, ada pendapat mengatakan IKRAM barangkali mengambil masa 5 tahun atau
setelah merasakan dirinya kuat dan dikehendaki, IKRAM boleh mengisytiharkan dirinya sebagai
sebuah parti politik Islam yang baru (sebagaimana PKS di Indonesia, dan cukup menarik apabila
kebelakangan ini, IKRAM seringkali merujuk kepada PKS) atau menjadi affiliasi politik kepada
mana-mana parti politik yang hauskan imej dan pendekatan Islam yang berbeza dengan PAS.viii
Pada tahun 2015, IKRAM menyokong penubuhan Parti Amanah Nasional (PAN) sebagai
parti Islam kedua. Timbalan Presiden IKRAM telah dilantik sebagai Naib Presiden PAN.
Adakah tercapai hasrat IKRAM menggantikan PAS sebagai parti Islam ulung di negara ini?
Sama-samalah kita lihat.
Sejarah Penubuhan IKRAM
Asal usul IKRAM bermula apabila pelajar Malaysia yang berada di luar negara seperti United
Kingdom, Mesir, Amerika, Autralia, Kuwait, India, Maghribi, Jordan dan beberapa negara lagi
telah mendapat tarbiah daripada gerakan Islam iaitu Ikhwanul Muslimin, Gerakan Nursi dan
Jamaat Islami. Mereka menggunakan pendekatan tarbiah dan dakwah.
Pada pertengahan 1970an, mereka pulang ke Malaysia dan menggerakkan usaha dakwah
dan tarbiah terutamanya di kampus-kampus. Penglibatan mereka dalam pelbagai wadah dan
86
saluran. Mereka lebih dikenali sebagai al Jamaah. Al Jamaah menarik kalangan pelajar universiti
yang genius dan berpontensi untuk ditarbiah dan dijadikan sebagai kader dakwah.
Pada peringkat permulaan kepulangan mereka, al jamaah berhimpun membina jamaah
dalam kalangan umat Islam setempat bagi menyempurnakan tanggungjawab bersama. Semasa
di luar negara, pada April 1974 Islamic Representative Council (IRC) telah ditubuhkan bertujuan
membina jamaah yang menyatukan pelajar dari Malaysia.
Pada 27 Julai 1990, Jemaah Islah Malaysia (JIM) ditubuhkan. JIM kehilangan 15 tahun
kerana tidak bergerak secara terbuka dan tokoh IRC kehilangan zaman belia mereka sebagai
tokoh jemaah.
IKRAM ditubuhkan pada 22 Oktober 2009. Sejak tahun 2003, perbincangan telah
dilakukan untuk mengumpul ahli dan usaha dalam satu wahana, menyatukan kembali sahabat
yang telah menceburi pelbagai bidang. Objektif utamanya ialah untuk menilai pencapaian dan
pengalaman dan menggariskan langkah terbaik untuk dakwah di Malaysia. Syura memutuskan
penubuhan sebuah NGO Islam pada bulan Mac 2006. Wadah NGO dipilih untuk membawa risalah
dakwah dalam konteks Malaysia.
Jawatankuasa Pusat JIM telah mencadangkan status akhir iaitu pembubaran JIM. Pada 24
Julai 2010, Perhimpunan Perwakilan Nasional Khas diadakan bersetuju untuk menyokong dan
menjayakan Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Kenyataan Zaid Kamarudin, Presiden JIM selepas Perhimpunan Perwakilan Nasional Khas
JIM
“Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumber-sumber organisasi
bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi
melonjakkan lagi dakwah,”
87
Walaupun kita melihat IKRAM seakan-akan mengantikan JIM tetapi ia sebenarnya bukan
mengantikan JIM. JIM dan wahana-wahana yang lain disatukan dalam sebuah pertubuhan. JIM
merupakan kumpulan terbesar dan terkehadapan dalam masyarakat dalam kalangan wahana al
Jamaah atau IRC. Ada dua wahana yang tidak menyertai IKRAM iaitu HALUAN Malaysia dan ISMA.
Apapun sebilangan tokoh pengasas ISMA menyertai IKRAM. Antaranya, Dr Abdul Hadi Abdul
Rahman (Presiden Pengasas ISMA, 1997-2000), Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf (SUA ISMA), Mohd
Noor Omar (Naib Presiden ISMA) dan Zulkfli Saad (Penolong SUA ISMA).
IKRAM diketuai oleh Ustaz Dr Haji Mohd Parid Sheikh Ahmad daripada kumpulan Alami
Mesir, keturunan ulama tersohor Negeri Sembilan dan anak usrah Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul
Hadi Awang, Presiden PAS. Antara anak usrah yang lain ialah Ustaz Dr Mohamad Kamil (UM),
Ustaz Dr Zawawi Ali (adik Dato Mustafa Ali, IRC-JIM), Ustaz Abdul Rahim (Negeri Sembilan-PAS),
Ustaz Darus Senawi (HALUAN), Dr Hatta Shaharom (IRC-JIM) dan Ustaz Alias Othman (IRC-JIM).
Dr Mohamad Hatta Shaharom dalam bukunya, Istiqamah menyatakan Alami diasaskan
daripada usrah yang dimulakan pada tahun 1975 di Mesir. Ia bermula seramai 8 orang Rijal dan
mengabungkan 3 usrah kecil. Sebenarnya, ia penerusan usaha yang para asatizah mereka pada
hujung 1974 dimana mereka belajar di Nilam Puri sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti
al-Azhar. Kemudian, ia semakin berkembang bertahap-tahap. Menurut Dr Hatta, 8 pengasas awal
ialah Mohd Parid Sheikh Ahmad, Alias Othman, Abdul Rahim Yusuf, Zawawi Ali, Sayuti Ramli, Abu
Kassim Manaf, Adam Mat Lama dan Mohamad Hatta Shaharom. Maklumat sumber pertama yang
penulis terima dengan tulisan Dr Hatta ada perbezaan iaitu tentang dua anggota usrah yang lain
Darus Senawi dan Mohamad Kamil dan naqib usrah mereka ialah Abdul Hadi Awang.
Menurut Dr Hatta lagi, jemaah ini awalnya tidak bernama tetapi dikenali al jamaah. Cuma
lama-kelamaan, pelajar Malaysia di Mesir mengelarkan mereka sebagai kumpulan Alami. Mereka
sendiri lebih menyukai gelaran jamaah Misri. Pertengahan tahun 1970an, jemaah Misri telah
berkenalan dengan para aktivis IRC dari UK dan Eire. IRC dicadangkan pada Disember 1974 dan
88
dirasmikan pada Disember 1975 di Masjid ar Rahmah, Liverpool, England. Antara pemimpin IRC
ialah Abang Abdullah Abang Ali, Ahmad Termizi Ramli, Mustafa Abdul Kadir, Fuad Abbas,
Dzulkefly Ahmad, Saari Sungip, Zaid Kamarudin, Azhari Mohd Salleh, Ahmad Tamby Kadir dan
Ariffin Hassan.
Pada tahun 1975, ikhwah Arab menyarankan Jemaah Misri membuat kajian fikrah ke atas
IRC dan Suara Islam. Pengabungan Misri dengan IRC di Malaysia berlaku bertahap-tahap dan
serius pada tahun 1980-1982. Pengabungan IRC dan Misri pada mulanya tidak bernama. Tetapi
ramai memanggil mereka sebagai IRC. Mereka hanya bergerak sebagai ‘tanzim’ melalui pelbagai
kumpulan kecil bukannya organisasi rasmi. Tanzim ini menumpang dalam ABIM dan PAS.
Antaranya kumpulan yang popular ialah Majlis Syura Gombak Selayang.
Semasa era JIM-IRC, kelompok IRC UK yang terdiri kalangan profesional lebih ke depan
dan menonjol berbanding Alami Mesir kalangan ulama. Justeru, masyarakat seringkali
menganggap bahawa IRC itu hanya kelompok profesional. Menariknya, pengaruh profesional
dalam JIM-IRC sangat kuat sehingga timbul istilah seperti Tanzim Abu Urwah (Ir Saari Sungip) dan
JIM dipimpin oleh profesional.
Pendirian Politik IKRAM
Di bawah, penulis lampirkan kenyataan Sekretariat Biro Politik IKRAM tentang pendirian IKRAM
dalam politik.
Pendirian politik IKRAM hinggakan ada yang buat andaian kiranya IKRAM jadi parti politik
di masa akan datang, akan berlaku perpecahan ummat Islam di Malaysia. Pada saya, apa yang
akan berlaku di masa akan datang adalah persoalan lain. Yang penting adalah apa yang IKRAM
boleh buat SEKARANG dengan senario politik tanah air yang tidak stabil. Apa pun spekulasi yang
keluar, adalah sangat baik kiranya pendirian sebuah pertubuhan itu dirujuk kepada mereka yang
lebih pakar.
89
Baru-baru ini, Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM baru sahaja meluluskan pendirian
politiknya supaya masyarakat jelas tentang peranan IKRAM dalam politik sekali pun sebagai
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan bukan parti politik. Satu perkara yang kita kena faham,
tidak semesti parti politik sahaja yang boleh melakukan perubahan politik tanah air, tapi NGO-
NGO juga boleh memainkan peranan dalam memastikan kestabilan politik negara terjamin.
Setiap orang atau pertubuhan punya peranan mereka yang tersendiri dalam penjuru dan
kemampuan mereka.
1.0 LATAR BELAKANG IKRAM
1.1 Dasar Pertubuhan IKRAM Malaysia ialah Islam.
1.2 IKRAM adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Pendaftar pertubuhan Malaysia
yang bersifat pertubuhan dakwah dan bukannya parti politik.
1.3 IKRAM diasaskan dengan manhaj yang menekankan tarbiyyah dan pembinaan peribadi soleh
dan musleh. Walaupun IKRAM bukan sebuah parti politik, ia tetap prihatin dan mengambil berat
terhadap urusan politik dan pemerintahan, serta hal ehwal umat Islam, masyarakat dan negara.
1.4 Fasal 4 Perlembagaan IKRAM menyatakan matlamat IKRAM seperti berikut(Perenggan 4.4
sehingga 4.8 berkait rapat dengan urusan politik):
“IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam
di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:
a. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan
dan syubahat;
90
b. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang
mulia;
c. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
d. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan,
kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan
agama;
e. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di
kalangan mereka;
f. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
g. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan
kepentingan umat Islam;
h. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi
memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.”
1.5 IKRAM berwawasan agar Syari’ah Islam dilaksanakan di bumi Malaysia pada tahun 2020.
1.6 IKRAM berpegang dengan prinsip menyeru kepada yang baik, menyuruh kepada yang ma’aruf
dan mencegah daripada yang munkar.
PENDIRIAN POLITIK IKRAM
Maka:
1. IKRAM ialah sebuah organisasi Islam yang bebas dan tersendiri, berdiri teguh di atas prinsip,
dan tidak terikat dengan mana-mana parti atau gerakan politik, serta pertubuhan lain.
2. IKRAM akan menyokong pendirian politik yang datang daripada mana-mana pihak samada
individu, parti atau pertubuhan, yang bertepatan dengan kehendak Islam dan mendatangkan
manfaat kepada ummah, masyarakat dan negara.
91
3. IKRAM akan menentukan pendirian terhadap sebarang isu dan bebas terlibat dalam proses
demokrasi dan pilihanraya berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:
(a) Islam
(b) Maqasid Syariah
(c) Kesatuan dan Perpaduan (Unity and Solidarity)
(d) Secara Bebas (Independent)
(e) Keadilan dan Kemuliaan Insan (Justice and Human Dignity)
(f) Ketelusan dan Kebertanggungjawaban (Transparency and Accountability)
(g) Mengambilkira pandangan rakyat
(h) Pendekatan Aman (Non-violence)
4. IKRAM mendokong penambahbaikan pelaksanaan sistem demokrasi di Malaysia, serta
menggerakkan usaha-usaha bagi memastikan berlakunya ketelusan, kebertanggungjawaban dan
urus tadbir baik (good governance) dalam sistem pemerintahan negara. Untuk itu IKRAM
menyokong usaha untuk memantapkan sistem “check and balance” yang sihat melalui sistem
dwiparti dalam kerangka demokrasi di Malaysia.
5. IKRAM beriltizam menerajui usaha-usaha ke arah kesatuan ummah, dan menolak segala
bentuk percaturan yang memecahbelahkan masyarakat.
6. IKRAM menolak sebarang pendekatan yang berlandaskan keganasan dan tindakan tidak
syar’ie.
7. IKRAM mendokong sebarang usaha yang mendatangkan manfaat secara keseluruhannya
kepada ummah, masyarakat dan negara.
92
IKRAM dan Politik Kepartian
IKRAM menafikan bahawa mereka terlibat dalam politik kepartian. Menurut Jamaluddin
Abdullah (Ir), Yang Dipertua IKRAM Pulau Pinang, “Bukan pertubuhan politik, tapi sebuah NGO
dakwah, tarbiyyah dan kebajikan. IKRAM ini adalah pertubuhan yang prihatin dengan kehidupan
bermasyarakat, sejajar dengan cara hidup Islam, berlandaskan kepada Al-Quran, as-Sunnah,
Ijmak dan Qias.” Mereka hanya pertubuhan dakwah yang sudah tentu mencakupi seluruh aspek
kehidupan termasuk politik.
Menurut Jamaludin Abdullah lagi, IKRAM (baca termasuk al Jamaah-IRC-JIM) “dianggap
sebagai pertubuhan politik mungkin kerana ada begitu ramai bekas ikon pertubuhan-pertubuhan
tersebut kini aktif dalam wadah politik.” Antaranya tokoh mereka ialah YB Ir Saari Sungip
(Presiden JIM, Abu Urwah), Dr Dzulkefly Ahmad(Abu Iman), Fuziah Salleh, Syed Ibrahim Syed Noh,
Dato’ Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang), Mohd. Tuah Ismail
(Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Betong) dan Mohd Bakhtiar Wan
Chik (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP).
IKRAM tidak terlibat secara rasmi dalam politik kepartian tak semestinya IKRAM tidak
terlibat dengan politik negara. Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM menyatakan “Kita
melibatkan diri dalam politik negara dengan tujuan membangunkan umat dan masyarakat yang
celik politik, memiliki kematangan dan keberanian bertindak secara politik yang tinggi sehingga
mampu menggerakkan perubahan kepemimpinan politik negara, menggerakkan agenda politik
yang akan menghantar pemimpin terbaik ke mercu kekuasaan, memimpin negara dengan penuh
kewibawaan, mendukung satu sistem politik yang adil dan cemerlang”
Walaupun IKRAM tidak terlibat secara rasmi dalam politik kepartian, IKRAM akan
menyokong calon dan parti Islam. Kenyataan Presiden IKRAM, Mohd Parid Sheikh dapat dilihat
dalam kenyataan di bawah “Ikram telah membuat keputusan untuk menyokong parti dan calon
yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam”
93
Penglibatan Ahli IKRAM Dalam Politik Kepartian
IKRAM membawa bagasi negatif dalam gerakan Islam kerana pendekatan penyusupan mereka
yang menghasilkan masalah dalam gerakan Islam seperti fenomena jemaah dalam jemaah.
Apabila al Jamaah-IRC-JIM-IKRAM melepaskan anggota mereka untuk menyertai parti politik, ia
menghasilkan kewaspadaan kepada sesebuah parti.
Anggota IKRAM yang dilepaskan perlu membawa budaya dan sifat yang dipelajari dalam
IKRAM untuk dipraktis dalam politik kepartian dan pemerintahan negara. Ahli yang menyertai
politik diminta melepaskan jawatan jemaah IKRAM.
Bagi mengelakkan anggota IKRAM yang menyertai sesebuah parti terpengaruh dengan
budaya baru, Presiden IKRAM, Mohd Parid Sheikh Ahmad menggariskan sembilan objektif
penglibatan ahli-ahli IKRAM dalam politik, iaitu:
1. membangunkan kecelikan politik rakyat
2. membangunkan budaya politik yang bersih dan sihat
3. mewujudkan perubahan lanskap politik negara
4. ke arah peralihan kuasa secara demokratik
5. pertukaran pemerintahan secara aman
6. mengangkat pemimpin terbaik menerajui kepemimpian negara
7. membentuk pemerintahan yang bertanggungjawab
8. membangunkan sistem politik yang adil
9. membangunkan daulah ar-risalah
Pendekatan Strategi Dua Lapis: Pengalaman JIM
JIM menggunakan pendekatan dua lapis dalam menangani isu masyarakat dan bertindak sebagai
sebuah gerakan masyarakat madani. Kelebihan pendekatan ini ialah JIM dapat mendalami,
94
mempelajari dan mendekati pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia selain berfungsi
sebagai gerakan dakwah.
Antara pendekatan JIM ialah
a) Meletakkan kedudukan JIM dalam kalangan NGO Islam seperti ACCIN dan MAIM.
b) Meletakkan kedudukan JIM dalam kalangan NGO lain dan masyarakat madani.
Umpamanya dalam Gerakan Mansuh ISA dan Mafrel.
c) Meletakkan kedudukan JIM dalam kalangan parti politik seperti dalam PKR dan PAS. (kini
PAN)
d) Membina jaringan dengan pelbagai agensi kerajaan. Contoh dalam PEMADAM.
e) Pendidikan melalui institusi seperti Sekolah Rendah al Amin.
f) Pengeksportan ahli ke pelbagai institusi awam, swasta dan NGO.
Pendekatan ini mempunyai banyak kelemahan terutamanya bab kesatuan dan wala’. Antara
kelemahan yang dikesan ialah
a) Tiada wadah utama dan boleh menyebabkan perpecahan. Perlu sebumbung, satu nama,
satu tanzim, satu kepimpinan dan satu tumpuan wala’.
b) Tidak dapat mengamal sepenuhnya semua piawaian dalam organisasi
c) Kewujudan tidak dirasai oleh masyarakat.
d) Terdapat pandangan yang insular(dalaman, eksklusif) dalam sebahagian ahli.
e) Ramai kader dan pemimpin bertebaran memilih bidang penglibatan, membina nama dan
institusi sendiri tanpa berpandukan perancangan tersusun.
f) Tidak optimen tenaga penggerak kerana program sama pendekatan dan bentuk
Permasalahan menimbulkan keperluan menyepadukan semua ahli sejak usrah bermula sampai
sekarang, sumber dan pencapaian di bawah satu organisasi dan satu perancangan. Organisasi
juga lebih mantap, menginstitusikan amalan tanzimi Islam, penekanan kepada tarbiah serta
mengembang jaringan dan kegiatan pada peringkat antarabangsa.
95
Idealisme IKRAM Dalam Politik
Fokus politik IKRAM untuk pembaikan adalah pengukuhan sistem dwi-parti. IKRAM
mencadangkan agar diperkasakan semak imbang (check and balance ) yang berkesan menerusi
sistem dua parti yang utuh. Dalam konteks Malaysia, perlu wujud dua gabungan parti yang sama
kuat, sama mampu bersaing secara sihat, bersih dan adil dan saling mampu memerintah,
berupaya menjadi pemerintah.
Persaingan ini akan mematangkan penguasaan rakyat terhadap proses demokrasi dan
menyerlahkan yang terbaik daripada sistem tersebut. Kita perlu kepada sistem dua parti yang
memberi ruang kepada semua pihak untuk mencabar penyalahan guna kuasa. (Power corrupts;
Absolute power corrupts absolutely ). Oleh itu, monopoli kuasa oleh mana-mana pihak perlu
ditentang.
Pimpinan IKRAM merasa bertanggungjawab untuk mewujudkan perubahan situasi politik
negara ke arah situasi politik yang lebih baik, lebih sihat dan adil yang akan mewujudkam ruang
yang luas dan berkekalan bagi pembaikan perjalanan negara menuju negara rahmah untuk
manusia dan alam semesta. Untuk menjayakan hasrat tersebut pihak pimpinan akan sentiasa
memantau keadaan dan perkembangan politik negara dan dunia, bertindak proaktif ke arah
perkembangan-perkembangan tersebut agar umat tidak terpinggir, Islam akhirnya dapat
dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya. “Memimpin manusia dan dunia”.
Secara ringkas dan jelas, tanpa berselindung, kita ingin menegaskan kepada semua, kita
akan mempersiapkan diri untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan terjadi, agar umat
memiliki pembela nasibnya yang tulen, pejuang cita-citanya yang manusiawi dan murni.
Parti terbaik menguasai majoriti kerusi parlimen serta menubuhkan kerajaan baru yang
bertanggungjawab dan berwibawa. Pemegang tampuk pemerintahan adalah satu kedudukan
96
yang paling tinggi dalam Islam, ( ولايةعامةwilayah ammah). Lantaran itu, ia sepatutnya diserahkan
kepada peribadi-peribadi yang layak dan mempunyai( القوىالأمينkebolehan dan integriti).
Parti terbaik harus meningkatkan budaya dialog dan "engagement" dengan kumpulan-
kumpulan selain mereka dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan bersama dan nasional.
Mereka harus bertukar-tukar buah fikiran dengan pertubuhan-pertubuhan keIslaman yang lain,
ia sangat baik untuk bekerjasama membangunkan umat Islam. Tetapi mereka juga harus
berdialog, berkomunikasi dan bersedia bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan di luar aliran
"Islamisme", kerana akhirnya yang kita mahu ialah menyampaikan mesej Islam kepada semua
pihak, bukannya Islam menjadi terpencil dan jauh daripada ruang awam atas alasan "mahu
selamat".
Penglibatan IRC-JIM-IKRAM dalam Politik Malaysia
Penglibatan IRC dalam politik berkembang pesat setelah Anwar Ibrahim (Dato Seri) masuk ke
dalam UMNO. Kemasukkan Anwar Ibrahim menyebabkan sebahagian pemimpin IRC yang
memimpin ABIM mendalangi usul penolakkan keputusan Anwar Ibrahim menyertai UMNO.
Anwar Ibrahim sendiri sangat rapat dengan gerakan Islam antarabangsa melalui WAMY.
Menariknya pada akhir tahun 1980am, satu kertas kerja mengusulkan anggota IRC masuk UMNO
tetapi usul ini ditolak serta diakhiri dengan penubuhan JIM.
Walaupun ditolak unsur bersama UMNO, JIM semasa Anwar Ibrahim bersama UMNO
berperanan menguatkan UMNO. Antara kader mereka yang masuk UMNO ialah Abdul Rahim
Ghouse, Wan Husni Wan Hasan dan Sahri Bahari. Berlaku pertembungan IRC-JIM dengan PAS
berlaku termasuk di kampus.
Pemecatan Anwar Ibrahim menyebabkan hubungan IRC-JIM dengan UMNO menjadi
kendur. JIM telah bersama GERAK yang dipimpin oleh Fadzil Mohd Noor. JIM juga ‘mengeksport’
pemimpin mereka ke dalam Parti Keadilan Nasional. Antaranya ialah Saari Sungip, Rodziah
97
Ismail27, Fuziah Salleh, Sahri Bahri dan lain-lain. Manakala Dr Dzulkefly Ahmad masuk PAS.
Kemudianya, Ir Saari Saari menyertai PAS. Pada ketika itu, sayap wanita PKN dikuasai oleh Wanita
JIM dan kelompok liberal. Antara Haniza Talha, Rodziah Ismail dan Fuziah salleh. Kemudian Saari
Sungip telah menyertai PAS.
IRC-JIM-IKRAM terus menghantar tokoh mereka seperti Syed Ibrahim Syed Noh ke dalam
PKR sebagai Ketua Penerangan. Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga mula dibanjiri oleh
pimpinan muda daripada IKRAM termasuk Ahli Parlimen Belia. Paling mengejutkan, perpecahan
PAS menyebabkan sebahagian besar pimpinan PAS daripada latarbelakang IRC-JIM-IKRAM, Suara
Islam dan ABIM keluar menubuhkan parti baru iaitu Parti Amanah Nasional (PAN). 28
PAN didukungi sepenuhnya oleh IKRAM. Pemimpin IKRAM dihantar untuk
memperkuatkan PAN. IKRAM melepaskan Timbalan Presiden IKRAM, Hasanuddin Mohd Yunus
untuk bergerak aktif dalam PAN melalui jawatan Naib Presiden PAN. PAN digerakkan oleh tokoh
27 Ketua Wanita, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Petaling Selangor 1996-1998, Ahli Exco Wanita JIM
1998-2000 dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia, 1983-86. Beliau juga mendapat
bimbingan dari Mengikuti Kursus Antarabangsa oleh Fredick Newman Foundation (German)..
28 Fathi Aris Omar mendedahkan satu berita yang menarik. Lihat Fathi Aris Omar, Parti baru gasak PAS, PKR juga
tersepit, Malaysiakini, 14 Jul 2015. Dalam masa yang sama tahun lalu (2014), di belakang tabir politik yang tidak
disedari ramai, beberapa elemen yang dikaitkan dengan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) ingin membentuk
parti Islam baru.
Beberapa elemen yang dikaitkan dengan Ikram itu, atau selalunya disebut Islamic Representative Council (IRC),
sering pula dituduh menyusup dalam PAS dan ingin mengambil alih parti itu dari dalam.
Akibatnya, sejak di muktamar 1986 di Rusila, PAS menyingkirkan mereka yang digelar "orang IRC".
Di muktamar (2015) yang menyingkirkan G18 baru-baru ini, sebuah buku yang mendedahkan permainan licik IRC
dalam parti Islam itu dipromosikan dan mendapat sambutan hangat.
Tidak pasti Ikram sebagai sebuah pertubuhan Islam terlibat secara rasmi atau tidak.
Kemungkinan besar mereka berbelah bahagi sebab beberapa tokoh atasan Ikram menemui PAS tahun lepas
memberi amaran tentang projek parti baru ini.
PAS kemudian meminta pemimpin atasan Ikram agar menenangkan elemen-elemen itu dan tidak cuba memecah-
belahkan gerakan Islam dengan mendirikan sebuah lagi parti Islam.
Namun seorang pemimpin Ikram baru-baru ini menyatakan sokongan kepada "harapan baru" G18, yang kebetulan
ada hubungan rapat selama beberapa dekad dengan NGO tersebut.
98
IRC-JIM-Suara Islam seperti Ir Nizar Jamaludin (Suara Islam), Ir Izham Hashim (Suara Islam), Ir
Khalid Samad (Suara Islam), Dzulkefly Ahmad (IRC), Saari Sungip (IRC-JIM), Mujahid Yusuf (Alami-
JIM) dan lain-lain.
IKRAM dan Pemerintahan: Malaysia Menuju Negara Rahmah
Negara Islam versi IKRAM boleh dilihat dalam Gagasan: “Malaysia Menuju Negara Rahmah”.
Fasa 2 dinamakan Fasa pengukuhan tahap Idealismenya, di peringkat nasional. Antara ciri-cirinya
ialah;
I. Negara yang disebut di dalam al-Quran sebagai ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur.’
II. Negara yang berdiri atas asas Hakimiah Allah SWT
III. Negara yang pemerintahnya terdiri daripada pimpinan yang adil, tidak melakukan
pelanggaran-pelanggaran hukum yang besar, mungkin pernah melakukan maksiat yang
kecil sahaja, mendaulatkan syariat sepanjang pemerintahannya.
IV. Negara yang menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya.
V. Negara yang melaksanakan tuntutan syariah.
VI. Negara yang meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada pemerintahan dan
pentadbiran.
VII. Negara yang menaungi semua rakyatnya atas prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaaan
manusia sejagat.
VIII. Negara yang memastikan hak-hak semua lapisan masyarakatnya tanpa mengira agama
dan bangsa dipertahankan atas landasan syariat dan maqasid syariah.
IX. Negara yang mengamalkan pemerintahan yang didasarkan atas rundingan (syura) dan
kesepakatan serta memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih kerajaan
mengikut lunas-lunas perlembagaan.
X. Negara yang memastikan risalah dan dakwah Islam ditegakkan dan menjadikannya ciri
utama kepada kelangsungan pentadbirannya.
99
XI. Negara yang memastikan urus tadbir yang baik serta meletakkan kesejahteraan rakyat
sebagai matlamat penting dalam kewujudannya.
Semua pernyataan ini bersesuaian dengan kehendak siyasah syar’iyyah yang menuntut
pengurusan kehidupan rakyat dan pentadbiran negara sejajar dengan tuntutan-tuntutan
syariah, unjuran-unjuran syariah bagi maksud menegakkan Islam dalam negara dan kehidupan
manusia serta menertibkan perjalanan dunia berasaskan bimbingannya.
Pernyataan ini sejajar dengan peryataan-pernyataan ulama’-ulama’ ummah yang tersohor
sewaktu berbicara tentang siyasah syar’iyyah atau maksud daripada penegakan pemerintahan
dan negara Islam. Penyataan ulama iaitu
“Siyasah syar’iyyah ialah pengurusan seorang pemimpin yangadil terhadap urusan-urusan yang
dikongsi bersama oleh semua rakyat sejajardengan kehendak-kehendak syariah.”
“Penegakan agama dan pengurusan (perjalanan) negaradengan (bimbingan) agama (Islam).”29
Muhasabah Untuk Kelompok Pendokong IKRAM Dalam Menggapai Cita-cita Politik
1. Para pendokong IKRAM dalam politik kepartian seringkali mengutarakan istilah inklusif.
Malangnya pada yang sama, IKRAM sendiri adalah eksklusif. Lihat sahaja dari segi
pemeringkatan jenis keahlian dalam IKRAM.
2. Sifat taqiyah dan tauriah para pendokong IKRAM dalam politik kepartian bakal
mencelarukan pemikiran Islam mereka. Dalam masa jangka panjang, pihak sekular akan
menganggap kelompok pendokong IKRAM akan menipu mereka.
3. Sifat menumpang parti politik seperti PAN dan PKR bakal mencetuskan gelombang
perpecahan dalaman suatu hari kelak.
29 Mohd Parid Sheikh Ahmad, Ucapan Dasar Presiden IKRAM - "Malaysia Menuju Negara Rahmah" , 25.10.2014
100