The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-02-10 09:08:01

Anwar Ibrahim, PAS dan IRC

Anwar Ibrahim, PAS dan IRC

Keywords: irc,anwar ibrahim

Parti al-Islah mempunyai hubungan baik dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh
walaupun beberapa kali berkrisis dalam politik. Hubungan kabilah dan faktor ekonomi
merapatkan hubungan al-Islah dengan rejim Abdullah Saleh. Konflik yang agak kritikal apabila
Hamid al-Ahmar anak Sheikh Abdullah ibn Husayn al-Ahmar pemimpin tentera dan puak di
bawah Ali Mohsen al-Ahmar mengetuai kempen anti-Saleh dalam 2006 pilihan raya presiden.

Krisis dalaman al-Islah berlaku pada tahun 2013 apabila pengaruh Ikhwan dalam parti ini
cuba diketepikan. Setiausaha Agung al-Islah, Abdul Wahab Al-Anesi menuduhkan hubungan
dengan Ikhwan dilakukan oleh Presiden Ali Abdullah Saleh pada tahun 1990. Satu kenyataan
berbunyi seperti di bawah telah dikeluarkan, "tidak ada hubungan organisasi atau politik
menghubungkan kita kepada organisasi antarabangsa Ikhwanul Muslimin, keutamaan al-Islah
sebagai sebuah parti politik yang patriotik". Kenyataan ini menimbulkan perdebatan dalam al-
Islah.

Penyatuan puak-puak berkepentingan dalam sebuah parti atau gabungan sangat mudah
untuk berpecah. Gerakan Islam perlu lebih berhikmah dalam bertindak tanpa menghilangkan
prinsip perjuangan.

7. Sudan
Krisis dalaman Ikhwan Sudan berlaku diantara generasi pengasas yang diwakili oleh Ali Talibullah
dan al Rashid at Tahir dengan generasi muda pimpinan Hassan Turabi dalam persoalan waqi’
politik dimana generasi muda mahu Ikhwan Sudan muncul dalam politik arus perdana Sudan.
Sebagai jalan tengah, kedua-dua pihak bersetuju Ikhwan Sudan kekal dengan status sebalik tabir
atau bawah tanah manakala Hassan Turabi telah memimpin sebuah wadah dalam arus perdana.

Kehadiran wadah-proksi telah menjadikan wadah-proksi lebih relevan daripada jemaah
induk. Wadah-proksi mula menjadi popular melangkaui kuasa jemaah induk sehingga jemaah
induk kelihatan tidak relevan lagi. Pada tahun 1977, Numeiry telah berdamai dengan Parti
Ummah dan Ikhwan. Ikhwan ketika itu dianggap diwakili oleh Hassan Turabi. Hassan Turabi telah
dilantik sebagai Menteri Undang-Undang Sudan.

201

Pelantikan Hassan Turabi dalam Kabinet Numeiry menyebabkan Ikhwan Sudan bergolak
kerana wadah-proksi pimpinan Hassan Turabi bukan mewakili jemaah induk. Wadah-proksi dan
Hassan Turabi mesti mengikuti arahan jemaah induk. Masing-masing telah mendakwa mereka
yang sebenarnya Ikhwan Sudan. Wadah-proksi dan Hassan Turabi telah memilih laluan berbeza
dimana wadah-proksi berada dalam kerangka pemerintahan negara manakala jemaah induk
dibawah pimpinan Sadiq Abdullah masih bergerak di bawah tanah dan mengukuhkan hubungan
dengan Ikhwan Mesir.

Model proksi-jemaah induk Sudan merupakan projek yang gagal mencetuskan
perpecahan yang lebih besar dalam kalangan gerakan Islam. Proksi sukar dikawal oleh jemaah
induk. Sepatutnya, kegagalan model Sudan menjadi pengajaran kepada gerakan Islam lain.

8. Malaysia

Di Malaysia, pemikiran SEPILIS dalam gerakan Islam menonjolkan Pasca Islamisme telah
membenih dalam kalangan anak muda yang berminat dengan intelektualisme-wacana dan
mereka yang pernah mendapat pendidikan di negara Barat. Mereka kelompok reformis dan
progresif dalam gerakan Islam. Kebanyakan tokoh ini berpendidikan Barat rapat dengan tokoh
Ikhwanul Muslimin Antarabangsa.

PAS bukan cawangan Ikhwanul Muslimin. PAS adalah salah satu mata rantai gerakan Islam
peringkat antarabangsa. Teras kepimpinan PAS ialah ulama dan Melayu. Beza PAS dengan
gerakan Islam yang lain ialah peletakan ulama sebagai teras yang sangat penting melalui Majlis
Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS Pusat. Majlis Syura dalam PAS hanya dikhaskan kepada
kelompok ulama berbanding dengan gerakan Islam yang membuka keahlian Majlis Syura mereka
kepada sesiapa sahaja yang layak.

PAS selepas era reformasi (1999) menerima kehadiran ahli daripada pelbagai
latarbelakang dan pemikiran. Antara yang menyertai PAS ialah mantan pimpinan IRC-JIM yang
rapat dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Kelompok ini bersama kelompok Islah
dalam PAS telah membentuk fenomena progresif dalam PAS. Lama-kelamaan kedua-dua

202

kumpulan ini seakan-akan membentuk kubu progresif-reformis untuk bersaing dalam
kepimpinan PAS.

Fenomena progresif dalam sesebuah organisasi adalah fenomena biasa. Cuma tanpa
kebijaksanaan pemimpin untuk mendamaikan dan mendepani fenomena ini dengan baik, ia
boleh membawa organisasi ke arah perpecahan dan perbalahan sesama sendiri.

Pada pandangan penulis, pengeseran dalam PAS mula berputik dengan cadangan
Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia-Pemerintahan Islam Dalam Abad ke 21. Pada bulan
Mei 2001 dalam Muktamar PAS ke 48 di Kota Bharu, Presiden PAS Tuan Guru Mohd Fadzil Mohd
Noor telah mengemukakan Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia-Pemerintahan Islam
Dalam Abad ke 21 atau memorandum rakyat. Memorandum ini dibincangkan diantara Disember
2001 dan Mac 2002 dan satu draf berjumlah empat halaman muka surat telah dibincangkan
bersama pelbagai pihak termasuk NGO. Idea ini dikatakan digerakkan oleh kelompok reformis
dalam PAS seperti Dr Dzukefly Ahmad, Kamarudin Jaafar dan Dr Hassan Ali. Kematian Fadzil Noor
didakwa mengagalkan cadangan idea-idea kelompok reformis. Cadangan kelompok reformis ini
dimatikan dengan pengisyitiharan Dokumen Negara Islam PAS.

Kelompok reformis menggerakkan idea Profesional vs Ulama sehingga membawa kepada
kehangatan dalam setiap kali muktamar PAS. Dikala itu muncul istilah baru yang dikenali
Profesional Ustaz (PROTAZ). Kelompok reformis telah mencalonkan Ustaz Nasharudin Mat Isa
melawan Ustaz Hassan Shukri dalam jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Pemilihan pada tahun
2005. Budaya pertandingan dalam organisasi banyak merosakkan keutuhan sesebuah organisasi.
Dalam kepimpinan, Islam menerapkan budaya syura dimana pemilihan berasaskan perbincangan
bukannya pertandingan. Kata Tuan Guru Dr. Haron Din, syura dengan kaedah meletak bukannya
pertandingan.

Penulis secara peribadi dalam mengesani kepelikan pemikiran setelah membaca akhbar
Harakah keluaran 1-15 April 2005 bertajuk Gerakan Islam dan Kuasa ditulis oleh D.r Dzulkefly
Ahmad mengutarakan idea-idea Olivier Roy, penulis buku The Failure of Political Islam. Begitu
juga tulisan Dr. Mujahid Yusof dalam buku Menuju PAS Baru (2010) dan Rejuvenasi PAS (2012)
yang mengandungi juga Pasca Islamisme. Kita melihat ketiga-tiga tulisan tersebut mengutarakan

203

idea-idea dan pendekatan mahu perubahan agar PAS berada dalam realiti semasa. Ia sekaligus
menunjukkan kehadiran pemikiran Pasca Islamisme dalam PAS.

Strategi dua lapis dikatakan dikemukakan oleh seorang pemikir PAS pro kelompok
reformis (ada yang menyebut Dr. Dzulkefly Ahmad) dimana kertas kerjanya dibaca oleh Presiden
PAS di Bangunan Biro Perkhidmatan Angkasa Kelana Jaya pada tahun 2003 dalam Konvesnyen
Pilihanraya PAS. Strategi ini bertujuan mengikraf Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
Malaysia dan melunak antara PAS dan PKR. Dikatakan pertama dalam sejarah, ucapan Presiden
PAS berpandukan kertas kerja tersebut ditolak oleh persidangan itu kerana mengemukakan idea
pengasingan antara jemaah dan parti politik. Strategi dua lapis adalah amalan biasa Ikhwanul
Muslimin.

Idea Kerajaan Perpaduan atau UG dikatakan dikemukakan oleh seorang pemimpin pro
kelompok reformis (ada yang menyebut Dato Kamarudin Jaafar-pemikir IKD pro Anwar-mantan
pimpinan ABIM) dalam satu permukiman tertutup pemimpin PAS. Kemudian, idea dibawa oleh
Presiden PAS. Malangnya yang berlaku, gagasan UG dijaja sebagai modal untuk menghentam
Presiden PAS, kelompok ulama dan PAS sendiri yang mahu bergabung dengan UMNO.

PASMA Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Mohd
Zawawi. PasMa adalah NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang
menjadi parti politik untuk menggantikan PAS. PasMa36 ditubuhkan oleh anggota PAS untuk
mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat atau pro Pakatan Rakyat dengan
menganjurkan dialog dan wacana. Tujuannya untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah
belah.ix

Pemimpin PAS yang tewas dalam Muktamar PAS ke 61 telah menubuhkan kumpulan G18
Kumpulan G18 yang bertemu buat pertama kali di Muar, Johor, 16 Jun 2015. Kumpulan G18
bersetuju dengan penubuhan sebuah wadah yang dikenali Gerakan Harapan Baru (GHB) yang
telah dilancarkan pada 13 Julai 2015. Kata Mohamad Sabu, HARAPAN BARU akan mendukungi

36 Menarik, pembocoran pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra, Kota Bharu membincangkan
untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mesyuarat rahsia bocor. Nama YB. Dato Husam
Musa disebut sebagai pemimpin kumpulan ini tetapi dinafikan oleh beliau.

204

Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. Kami
komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya “Rahmat untuk Semua” dalam
memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah
negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama
dan budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian
(Politik Li Ta’arafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah
dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak.

“Di samping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan syariat
Islam dan Maqasid Syariah (Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan
bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran “Rahmat dan
Keadilan” yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara,”.

GHB telah mengambil-alih Parti Pekerja ditransformasikan sebagai Parti Amanah Negara
(AMANAH) yang dilancarkan pada 16 September 2015. Parti Islam kedua lebih inklusif. Sebelum
ini, gerakan itu berhajat untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI) tetapi ROS menolak
permohonan itu. Penasihat Utama ialah Tuan Guru Haji Ahmad Awang dan Presiden Amanah
pertama ialah Tuan Haji Mohamad Sabu.

Dalam penelitian penulis, aliran keanggotaan Parti Amanah boleh dibahagikan kepada
dua iaitu [1] kelompok jemaah dalam jemaah termasuk pengikut berdasarkan pengaulan, taat
kepada individu tertentu dan [2] kelompok kecewa dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
sesetengah ulama muda, PAS dan pemimpin yang kalah dalam jawatan.

Sifat jemaah dalam jemaah ini adalah sifat asasi IRC-JIM-IKRAM dimana mereka gemar
memposisikan anggota mereka dalam mana-mana organisasi yang mereka sertai. Sifat ala parasit
banyak merosakkan organisasi sebagaimana yang berlaku dalam ABIM dan PAS pada akhir tahun
1970an dan 1980an dahulu. Sifat ini akhirnya makan diri sendiri apabila HALUAN dan ISMA tidak
memilih bergabung di bawah payung IKRAM.

205

Pada tahun 2001, para pendokong IRC-JIM menyerbu masuk ke dalam PAS dan Parti
Keadilan Nasional (PKN) setelah lama berada dalam NGO dan UMNO. Dalam PKN, mereka
menguasai hampir sepenuhnya sayap wanita PKN dan Jawatankuasa Pusat. Dalam PAS, mereka
merapati Ustaz Fadzil Noor dengan idea-idea yang bernas. Kemasukan pendokong IRC-JIM ini
adalah pencetus keributan dalam PAS sehingga PAS berpecah pada tahun 2015.

Sifat jemaah dalam jemaah muncul apabila sesetengah anggota berkiblat kepada individu
tertentu dan bergerak dalam PAS berdasarkan pengaulan. Antara individu yang dimaksudkan
ialah YB. Dato Husam Musa, YB. Dato Mahfuz Omar, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Tuan Haji
Mohamad Sabu. Mereka rapat dengan orang muda dan mahasiswa serta mempunyai jalur
persahabatan dan pengaulan yang kuat dalam PAS.

Sifat jemaah dalam jemaah akan merosakkan organisasi apabila pendokong mereka
mempunyai agenda tersirat, mesyuarat dalam mesyuarat dan akhirnya mencetus kumpulan
dalam kumpulan sehingga mencetuskan persaingan dalam perebutan kuasa.

Pemimpin PAS yang menyertai Amanah berorientasi undi yang diperolehi yakni
kemenangan dalam pilihanraya. Ia berdasarkan kemahuan kuasa. Sedangkan paling besar dalam
PAS ialah mendapat keredhaan Allah tanpa mengadaikan prinsip Islam dalam politik seperti
perundangan Islam. Kemenangan pilihanraya itu penting tetapi jika ia melanggari prinsip Islam,
bersifat pragmatis dan menghalalkan cara, ia adalah tindakan yang tidak diredhai Allah kerana
dilakukan tanpa nas dan kaedah-kaedah yang menyimpang daripada sumber ilmu Islam.

8. Jordan
Ikhwanul Muslimin Jordan sangat menarik kerana mereka dan Ikhwanul Muslimin Mesir dapat
didaftarkan atas nama Ikhwanul Muslimin pada tahun 1950an (bahkan ada pendapat lebih awal
iaitu tahun 1940an) berbanding Ikhwan di negara lain yang didaftar atas nama lain. Punbegitu
Ikhwan Jordan menubuhkan sayap politiknya iaitu Jabhat al-Amal al-Islami (Islamic Action Front-
IAF atau Barisan Tindakan Islam).

IAF diasaskan oleh Ir. Ahmed Azaida, Dr. Is'haq Farhan and Dr. Abdul Latif Arabiyat dengan
keahlian 350 orang pada tahun 1992. Ia diketuai oleh Sheikh Hamza Mansour. Krisis dalaman

206

Ikhwan Jordan berlaku pada tahun 2012 apabila Rohile Gharaibeh, bekas pegawai IAF
mewujudkan Zamzam Initiative yang bertujuan menamatkan monopoli Ikhwan dalam membuat
keputusan berkaitan Islam dan mempromosi inklusif, kepelbagaian Islam dan tidak
mengasingkan Ikhwan daripada masyarakat. Majlis Syura Ikhwan melarang anggotanya
berinteraksi dengan kumpulan baru tersebut.

Zamzam Initiative (Ikhwan Baru) bermula pada tahun 2008 dan telah dilancarkan secara
rasmi pada 5 Oktober 2012. Matlamat Ikhwan Baru termasuk "reformasi politik, terutamanya
pembaharuan perlembagaan dilakukan kerana ia adalah asas kepada apa-apa pembaharuan
politik, ekonomi dan sosial, serta membangunkan dan memperbaharui retorik Islam yang lebih
serasi dengan rangka kerja ummah [komuniti Islam].”

Perbalahan dalaman berlaku setelah pemilihan dalaman tahun 2008, sehingga kelompok
moderat merasakan kehadiran mereka dalam Ikhwan satu pembaziran masa, memandangkan
perbezaan pendapat dalaman besar mereka. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk
keluar daripada sendiri.

Pada tahun 2015, berlaku perpecahan dalam IAF antara kelompok reformis dan bukan
reformis bertembung dimana Abdul Majeed Thneibat, Qassem Taamneh, Mamdouh Muheisen,
Khalil Askar, Ali Tarawneh, Jaber Abul Hija and Mohammad Qaramseh telah dipecat. Mereka
menubuhkan Ikhwan baru. Dalam bulan disember 2015, 400 ahli telah keluar IAF termasuk
Hamzeh Mansour.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin Antarabangsa, Ibrahim Munir menolak kepimpinan Abdul
Majeed Thneibat yang menubuhkan Ikhwan Jordan yang baru. Ikhwan Antarabangsa masih
mengiktiraf kepimpinan Dr. Hamman Said sebagai wakil Ikhwan yang sah. Ikhwan Antarabangsa
kecewa dengan tuduhan Zunaibat yang mengatakan Ikhwan Muslimin pertubuhan pengganas
dan terlibat dengan aktiviti keganasan kerana beliau sendiri adalah Muraqib Am Ikhwan Muslimin
Jordan selama 12 tahun sejak tahun 1994 sehingga 2006.

207

Pada awal tahun 2016, Ikhwan Jordan mengumumkan akan memutuskan hubungan
dengan Ikhwanul Muslimin Antarabangsa dan Ikhwanul Muslimin Mesir demi kepentingan politik
tempatan.

9. Syria
Pada tahun 1969, al-Ikhwan Syria menghadapi krisis dalaman apabila mereka berpecah kepada
dua kumpulan iaitu penyokong ،Isam al-،Attar dan pengikut ،Abd al-Fattah Abu Ghuddah.
Sentimen perpecahan bermula pada 1968 apabila timbulnya perbezaan pendapat dari sudut
metod dan kepimpinan. Sejak 1963, ،Isam al-،Attar yang mengepalai kepimpinan terus
menggerakkan al-Ikhwan al-Muslimun melalui perwakilan tempatan tanpa memberi reaksi
kepada tuntutan golongan agresif yang inginkan perubahan dalam metod dan objektif organisasi.

Krisis dalaman memuncak pada 1969 dalam satu mesyuarat sulit al-Ikhwan al-Muslimun
Syria. al-،Attar telah menamakan tiga tokoh yang menonjol untuk mendominasi mesyuarat iaitu
Dr.Mufawwaq al-Dabbul, Amin Yakan dari Halab dan ،Adnan Sa،id dari al-Ladhikiyyah. Dalam
mesyuarat, perpecahan berlaku di antara Markaz Damsyik dengan Markaz Janub yang terdiri
daripada Hamah, Halab dan al-Ladhakiyah. Kumpulan Damsyik tidak bersetuju dengan
konfrontasi tentera dalam berdepan dengan rejim Ba،th. Mereka meyokong ،Isam al-،Attar yang
mahukan al-Ikhwan berdepan dengan rejim secara diplomasi. Antara mereka yang berada dalam
kumpulan ini ialah Muwaffaq al-Dabbul, Muhammad al-Hawari, ،Ali Masy،al, Zuhayr al-Syawisy,
Hasan Huwaydi dan lain-lain lagi. Mereka juga mempunyai penyokong dari luar Damsyik tetapi
tidak ramai. Pihak yang menyokong pandangan konfrontasi ketenteraan pula ialah seperti Amin
Yakan, ،Adnan Sa،id, ،Abd al-Fattah Abu Ghuddah, ،Adnan Sa،d al-Din dan lain-lain lagi.

Pada tahun 1971, al-Ikhwan al-Muslimun dari Jordan, Mesir, Sudan dan negara Teluk
berusaha menjadi orang tengah di antara kedua belah pihak. Mereka meminta supaya
menghentikan perselisihan. Satu pemilihan sulit dilakukan, namun pemilihan pertama diboikot
oleh pengikut ،Isam al-،Attar. Pada pemilihan kedua, pengiktirafan diberikan kepada al-Tanzim
al-،Alami al-Ikhwan al-Muslimin Suriya. Pimpinan yang baru dilantik tidak mendapat sokongan
daripada kumpulan Damsyik dan pengikut ،Isam al-،Attar tetapi mereka mendapat sokongan
daripada majoriti belia al-Ikhwan al-Muslimun. Oleh itu, sejak tahun 1971 terdapat dua

208

organisasi al-Ikhwan al-Muslimun Syria. Krisis kepimpinan ini tidak selesai sehingga al-Jabhah al-
Islamiyyah ditubuhkan pada tahun 1981.

[Kisah Krisis Kepimpinan Ikhwan di Syria diambil dari blog Dr. Noramuddin Umar)

Kesimpulan

“Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan
dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan pemimpin di
zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam
masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan
berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar.”– Tuan Guru Abdul Hadi
Awang, Februari, 2012

Muslim Demokrat hanya deretan istilah yang diheboh berdasarkan zaman. Hakikat
sebenarnya ialah SEPILIS. Antara ciri-ciri penting pendokong SEPILIS ialah

1. Permisahan antara urusan dunia dengan urusan Islam; agama Islam adalah amalan
peribadi bukannya agenda negara; pemisahan antara jemaah Islam dengan parti politik;
tidak mahu Islam dimonopoli atau dimanipulasi.

2. Islam tidak dimuliakan dan Islam tidak didahulukan dalam banyak perkara terutamanya
urusan pemerintahan negara.

3. Islam dianggap sebagai setakat agama bukannya Satu Cara Hidup; Satu Peraturan Hidup;
Satu-satunya penyelesaian dalam kehidupan.

4. Banyak beralasan untuk menegakkan Islam
5. Menolak sebahagian hujah al-Quran dan menerima sebahagian hujah yang lain

berdasarkan kehendak akal dan nafsu mereka.
6. Mengikut hujah-hujah orientalis. Berhujah dengan Islam untuk menolak Islam atas nama

adanya alternatif dalam Islam. Mencampur-aduk pandangan Islam dengan pandangan
manusia sehingga pandangan manusia boleh mendominasi dan menolak pandangan
Islam.

209

7. Hilangnya warak dan zuhud
Krisis kepimpinan mempunyai hubungan dengan individu, aliran pemikiran, pengaulan,
kumpulan dalam kumpulan, mesyuarat dalam mesyuarat, arahan daripada luar-proksi dan
perbezaan pendekatan. Ia berlaku dalam mana-mana organisasi termasuk organisasi Islam
seperti Ikhwanul Muslimin.

Dalam perjuangan, jangan lihat pada individu atau organisasinya tetapi lihat pada apa
perjuangannya. Perjuangan kita adalah Islam berdasarkan al-Quran, as Sunnah, ijma’ dan qiyas.
Jika ada dua pihak yang memperjuangkan Islam, lihat pihak mana yang lebih mendekati dasar al-
Quran, as Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Jika kedua-dua pihak ini memang berpegang teguh kepada
keempat-empat dasar perjuangan tadi, maka pilihlah pihak yang paling kita sukai pendekatannya.
Kemudiannya, jaga akhlak diri kita dalam perbezaan pandangan.

‘Hujah yang benar berdasarkan sumber yang benar dan disampaikan oleh orang benar’ dan
‘caranya benar dan ilmunya benar tetapi matlamatnya batil’. Akhir-akhir ini, ramai orang
berhujah dengan hujah-hujah agama yang bersumberkan al-Quran, hadith dan pandangan
ulama. Jika orang itu seorang ulama, sarjana atau lepasan agama, orang ramai mudah terikut
tanpa melihat akhlak orang yang menyampaikan hujah-hujah yang benar itu.

Berapa banyak hadith-hadith yang ditolak pengambilan hadith oleh para ulama hadith kerana
akhlak penyampai hadith itu buruk, tidak beradab, tidak berakhlak dan tidak beramal dengan
ilmunya. Bukanlah ulama hadith menolak hadith tetapi menolak orang yang mempunyai hadith
tersebut.

Justeru, kita perlu mengenali orang yang berhujah. Bagaimana imannya, Islamnya, ihsannya,
ibadahnya, akhlaknya, ilmunya, latar belakang kehidupannya. Siapa gurunya. Pertanyaan seperti
ini membolehkan kita melihat kewibawaan penyampai ilmu agar ilmu itu diabsahkan benar,
diamal dalam diri penyampai dan tidak diherotkan matlamatnya.

Kegagalan mengenali sahabat dan musuh menyebabkan kekeliruan dan fitnah akan
berterusan. Ia bertambah teruk apabila kita mencampur-adukkan antara kebenaran dan

210

kebatilan. Pilihlah sahabat yang baik, bergaullah dengan orang yang saleh, dan lihatlah akhlak
orang yang ingin kita terima ilmu daripadanya.

Carilah sahabat dan ulama yang warak kerana warak adalah harga barang yang cukup mahal
pada akhir zaman.

211

Bab 11
Sekularisasi-Liberalisasi Dalam Gerakan Islam

“Jangan takut pada sekularisme”
Erdogan

Dalam penulisan kita dapat
1) Mengetahui tentang sekularisasi-liberalisasi kelompok Islam
2) Pasca Islamisme-Pragmatisme-Liberalisme

“...dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah
yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Surah at Taubah:40)

Penulis tertarik dengan penafsiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang istilah
kalimatullah dalam ayat di atas. Menurut beliau, apabila disebut kalimatullah, ia membawa
maksud bahawa seluruh ajaran Islam adalah satu ajaran yang padu sehingga kesemuanya tidak
boleh dibelah bahagi atau dipotong-potong menurut kehendak hawa nafsu. Jika al Quran itu
dikerat-kerat atau dipotong-potong antara satu sama lain, maka al Quran tidak dapat dihayati.
Perkara ini menunjukkan bahawa Islam itu syumul mencakupi seluruh aspek kehidupan secara
holistik.

Elemen-elemen sekular semakin menular dalam gerakan Islam seluruh dunia. Kita boleh
belajar tentang sekularisme-pluralisme-liberalisme dan boleh ambil manfaat daripadanya tetapi
untuk menjadi tunjang pemikiran, perlulah ditolak oleh para pendokong gerakan Islam. Paling
menonjol pada hari ini ialah liberalisme. Paling malang apabila berlakunya sekularisasi-liberalisasi
dalam gerakan Islam dan terdapat Islamis yang berjaya dipengaruhinya.

Cuba kita lihat, bagaimanakah pendekatan dan pemikiran tokoh yang terpengaruh
dengan sekularisme?. Islam semakin jarang disebut, Islam hanya alat untuk mengukuhkan
sekularisme, Islam dikesampingkan berbanding pemikiran dan pendekatan sekular. Perkaitan

212

Islam dengan dunia semakin jauh. Kesyumulan Islam diratahi oleh sekularisme. Islam diucapkan
untuk kemenangan politik sahaja.

Sekularisme meliputi semua buah pemikiran dan pendekatan serta nilai yang tidak
bertunjangkan agama. Antara sekularisme termasuk liberalisme, sosialisme, post Islamisme,
Inklusif, masyarakat sivil, ruang awam dan sebagainya. Bukannya kita tak boleh ambil kebaikan
daripada konsep buah pemikiran Barat, cuma lakukanlah Islamisasi agar ia beraqidah dan tak
meminggirkan Islam.

Ada kalangan kita memberi alasan bercakap dalam bahasa ‘orang’ sekarang atau dalam
bahasa konteks semasa iaitu melihat audien. Pendokong Islam perlu bercakap dalam bahasa
Islam bukannya mengagung atau mengangkat idea-idea ciptaan manusia. Bahasa ‘idea’ manusia
lagi sukar untuk difahami oleh rakyat jelata berbanding sesetengah elitis dan kelompok
terpelajar. Perkataan seperti Inklusif atau urus tadbir yang baik agak sukar difahami berbanding
perkataan amanah, adil dan menerima pendapat orang lain.

Penghalalkan Sekularisme dan Penjenamaan Islam untuk Kepentingan Tertentu

Kita biasa dengar istilah-istilah Islami yang unik seperti Islam Hadhari, Dialog Antara Tamadun,
Masyarakat Madani, Dasar Penerapan Islam dan Islamisasi.

Kita juga biasa dengar dan membaca hujah-hujah yang menempelkan kepada maqasid
syariah, pemikiran Yusuf al Qaradhawi, pemikiran Abdullah Bayyah, fiqh ikhtilaf, fiqh keutamaan
dan kepelbagaian jemaah.

Semua tempelan hujah dan istilah tersebut sudah tentu mendambakan kebaikan dan
tujuan yang baik, cuma sesetengah kelompok mengambil peluang untuk bermudah-mudahan
dalam sesuatu perkara dan menyambar peluang pengukuhan politik diri dan kelompok masing-
masing.

213

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH), generasi al salaf as soleh muncul dengan akidah
yang unggul dan mengutamakan ikatan persaudaraan Islam berjaya mengatasi cabaran dalaman
dan luaran. Musuh Islam menumpukan fahaman akidah memberi kesan berbahaya. Ideologi
moden yang dibawa oleh fahaman sekular yang menular ke dalam masyarakat Islam. Kemudian
ia menyadurkan dengan nama Islam lalu mewujudkan fenomena baru yang membahayakan
akidah.x

Menurut Abdul Hadi Awang lagi, insan dibenarkan untuk membuat sebarang penyesuaian dari
segi pendekatan dan teknikal yang sesuai dengan kehendak zaman tanpa mengganggu gugat
dasarnya sebagaimana termaktub dalam al Quran dan al hadith.xi

Jika Islam dikaitkan dengan negara, pemerintahan, politik dan perundangan, ia sangat ditakuti
oleh Barat dan sekutu mereka. Jangan sesekali menyamakan Islam dengan pensejarahan gereja
di Eropah. Menurut Ustaz Umar Tilmisani pula, mantan Mursyidul Aam Ikhwan Mesir, dalam
masa yang sama, pemimpin-pemimpin ini cuba menakut-nakutkan rakyat jelata kerana
menyangka negara Islam tak ubah seperti pemerintahan gereja pertengahan abad yang lampau,
dimana kesudahannya akan berulang-ulang trajedi huru hara, pertumpahan darah, kafir
mengkafir dan sebagainya.

Kebanyakan konsep atau istilah hasil kajian para ulama dan sarjana Islam disalah-guna oleh
kelompok SEPILIS. Tujuan mereka adalah baik dalam mereaslisasikan Islam itu mudah dan Islam
itu rahmat untuk semua manusia. Ada sesetengah pihak mengambil kesempatan atas konsep
tertentu untuk memenuhi tujuan dan kehendak nafsu diri dan kumpulan mereka. Mereka juga
bermudah-mudahan dalam beragama dan cuba menyingkirkan hukum Islam. Dalam persoalan
maqasid syariah umpamanya, Abdul Hadi Awang menyatakan “mereka yang menimbulkan
kekeliruan menggunakan Maqasid Syariah dengan tujuan menyingkirkan hukum Islam”. Umat
Islam perlu bijak dan berilmu dalam menilai hujah-hujah yang kelihatan benar oleh sebahagian
daripada mereka yang bertujuan batil.

214

Kelompok SEPILIS menggunakan nama dan pemikiran tokoh Islam tertentu dalam
menangani pihak penentang mereka. Sebenarnya, kelompok SEPILIS tahu bahawa tokoh di atas
mempunyai pemikiran berdasarkan al Quran, al Sunnah, ijma, Qiyas dan ijtihad ulama muktabar
yang utuh dan ampuh. Mereka adalah ulama dan pemimpin Islam yang cukup disiplin dan
istiqamah sehingga meninggal dunia dalam perjuangan Islam. Perbezaan diantara pimpinan
gerakan Islam hanyalah persoalan pendekatan, pendapat dan komunikasi (bahasa) yang
digunakan sahaja.

Konsep Barat yang diterima pakai sebahagian tokoh Islam ialah
1. Muslim Demokrat
2. Pasca (Post) Islamisme
3. Masyarakat Sivil
4. Islam Nusantara

Sangat mendukacitakan apabila ulama atau tokoh Islam memakai konsep-konsep pemikiran
yang bertunjang sekularisme seperti Post Islamisme, Islam Progresif atau Islam Liberal. Seorang
politikus Islam perlu jelas akan aqidah perjuangannya dan mengelakkan menggunakan atau
menyebarkan pemikiran sekular ke dalam masyarakat dan jemaah Islam

Sekularisasi-Liberalisasi Dalam Kalangan Islamis

Seperti yang dijelaskan di atas, sekularisme mencakupi pemisahan antara perkara dunia dengan
agama. Sekularisme itu meliputi ideologi ciptaan manusia seperti liberalisme, komunisme, pasca
Islamisme, Inklusif, Pluralisme dan lain-lain.

Sukar kita menilai para Islamis sebagai elemen sekular kerana mereka terbahagi kepada
beberapa kelompok;

215

a) Kelompok yang mengikut tanpa sedar dan terperangkap dengan istilah dan konsep
pemikiran Barat.

b) Kelompok yang menyokong dengan sedar tetapi bergerak disebalik gerakan Islam dan
hujah Islam.

c) Kelompok yang bersandar dengan pemikiran-idea ciptaan manusia demi Islam, bercakap
dengan bahasa politik untuk meletakkan Islam dalam konteks semasa dan khalayak
masyarakat pelbagai kaum dan agama. Hanya menggunakan pendekatan bukannya
berimankan pemikiran tersebut. Malangnya,ada kalangan mereka tenggelam dalam
khayalan apabila Islam seakan-akan menjadi isu sampingan sahaja dalam penghujahan
dan perjuangan mereka.

Penilaian kita menjadi sukar apabila ia melibatkan isi hati yang tidak diketahui oleh sesiapa
pun kecuali empunya diri dan Allah. Cuma kita boleh melihat mereka dari segi pengaulan,
penulisan, percakapan dan idea yang mereka gagaskan sama ada mendekati Islam atau menjauhi
Islam.

Menurut Ulil Abshar Abada, tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, antara ciri-ciri liberalisasi
dalam kalangan Islamis ialah;

1. Mereka meninggalkan idea negara Islam dan memeluk demokrasi.
2. Mereka meninggalkan idea penerapan syariat, lebih konsentrasi kepada realiti semasa

yang praktis
3. Selesa memeluk ekonomi bebas
4. Meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil.
5. Mereka lebih realistik dan pragmatis idea dalam melihat keadaan, tak dogmatis

memegang ideologi Islamisme
6. Mengatakan urusan moral, agama dan akhlak adalah urusan peribadi.

Menurut Ustaz Sharipudin Abd. Kadirxii, kita boleh menilai daripada kesan liberalisasi kepada
gerakan Islam yang dikemukakan oleh beliau iaitu

216

a) Merubah pendekatan dakwah kebanyakan gerakan Islam di Malaysia tanpa melihat
kepada perancangan musuh Islam yang terselindung. Setiap isu disokong dan dihujah
secara syarak dan aqal tanpa melihat kepada kepentingannya di Malaysia dan kesannya
kepada rakyat majoriti.

b) Merubah strategi dakwah gerakan Islam. Daripada membela keadilan untuk Islam kepada
hanya berdialog dan berdiskusi kononnya secara hikmah. Digambarkan seolah-olah Islam
hanya mengutamakan dialog dan diskusi walaupun Islam diserang dari segenap penjuru.
Mana-mana gerakan Islam yang ke depan membela Islam dengan agak agresif dituduh
sebagai melampau atau tidak memahami uslub dakwah.

c) “Mengkijangkan harimau”. Perkataan “musuh Islam” telah ditukar kepada “mad’u kita”
walaupun ajaran tersebut jelas memusuhi Islam dengan pelbagai perancangan secara
senyap ataupun zahir.

d) Para cerdik pandai yang menyalahkan gerakan Islam kerana cuba menanamkan sifat
permusuhan dengan penganut agama lain sedangkan di sana terdapat titik-titik
persamaan antara Islam dengan agama tersebut seperti Kristian dan Yahudi. Sepatutnya
orang Islam menggunakan titik persamaan tersebut ke arah perdamaian dan keamanan
dengan membina titik persefahaman.

e) Mengenepikan tamadun bangsa yang pernah dicipta oleh generasi terdahulu walaupun
syarak mengharuskannya dengan syarat-syaratnya yang jelas. Mereka mendakwa bangsa
tidak ada apa-apa kepentingan untuk agama. Bangsa tak wujud pun tak mengapa asalkan
Islam ada.

Pasca Islamisme
Menurut Haris Zalkapli, maksud pasca-Islamisme itu sebagai satu kondisi gerakan Islam bercakap
dalam bahasa semasa dan menangani hal-hal semasa yang bukan menurut istilah yang biasa
dengan gerakan Islam. Tetapi pasca-Islamisme pergi lebih jauh lagi, dan ditakrifkan juga sebagai
satu bentuk baru gerakan Islam yang mengambil sepenuhnya wacana baru dan bersifat sebagai
demokrat dan menjadi lebih liberal, menjadikan mereka pasca-Islamis.

217

Asef Bayat menyatakan pasca Islamisme bukanlah anti Islam atau sekular, ia tidak
mengubah Islam tetapi memberi tumpuan kepada hak asasi warganegara. Asef Bayat
berpendapat pasca Islamisme sebagai satu keadaan, berikutan satu fasa eksperimentasi, tarikan,
tenaga, simbol dan sumber keabasahan Islamisme semakin susut walaupun dalam kalangan
penyokong kuatnya sebelumnya.

Kita juga boleh memahami pasca Islamisme sebagai satu keadaan parti berasaskan Islam
bercakap dalam bahasa kontemporari dan memberi prioriti kepada isu-isu urus tadbir, ekonomi
dan kebajikan rakyat yang majoriti berbanding isu yang lebih bersumber wacana agama dan
ideologi parti terbabit.

Pada pendapat penulis, Pasca Islamisme meneruskan legasi Islam Amerika iaitu
perjuangan Islam tanpa syariat. Perjuangan Islam berdasarkan prinsip, nilai dan moral (baca:
akhlak) serta tasawuf sahaja. Islam bagaikan air (nilai) tanpa bekas air (syariat), mana mungkin
air boleh diminum tanpa bekas air (cawan, gelas dan sebagainya). Ada sesetengah pendapat
mengatakan bahawa Islamisme itu adalah Islam Politik. Mereka mendakwa Islam Politik perlu
dibanteras kerana menghasilkan pemikiran radikal dan ektremisme. Dakwaan mereka dangkal
kerana cuba memisahkan Islam dan politik padahal politik itu salah satu elemen dalam Islam.

Model terbaik pasca Islamisme ialah AKP Turki di bawah pimpinan Erdogan dan an
Nahdah dipimpin oleh Rashid Ghannoushi. Menurut Ulil Abshar Abada, perkataan ‘kebebasan’
pada nama parti-parti yang dikatakan pro Islam menunjukkan pengaruh liberal sedang membiak
cergas dalam parti tersebut. Perkataan keadilan, kebebasan dan pembangunan seringkali
digunakan oleh kelompok pasca Islamise menunjukkan sifat progresif dan pembaharuan.

Lihat pula kenyataan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi;

“Jika saya mendapat tempat di dalam kerajaan, ia tidak akan jadi sekiranya saya
memberitahu wanita muda berapa sentimeter skirt mereka harus memakai untuk melindungi

218

kaki mereka. Itu bukan urusan saya. Ia tidak mungkin, bagaimanapun, untuk sesiapa sahaja
untuk mengancam punca kebebasan awam di Maghribi "

Perkara ini menunjukkan urusan agama adalah urusan peribadi. Kenyataan sebegini
secara langsung mempunyai ciri-ciri sekelompok Islam sudah diliberalisasi.

Dalam gerakan Islam, terdapat sesetengah pemimpin yang terperangkap, terpengaruh
dan seronok dengan permainan konsep pemikiran Barat yang kaya dengan istilah. Mereka
seronok dengan istilah inklusif, pasca Islamisme, good governance, muslim democrat, pluralism
dan sebagainya. Pelbagai cara untuk menghalalkan penggunaan istilah dan konsep daripada
pemikiran Barat. Umpamanya pluralism dihujah dengan pluraliti dalam masyarakat majmuk.

Kita boleh belajar dan mengunakan pendekatan mereka tetapi kita tidak boleh larut
dalam pemikiran mereka. Sepatutnya kita mengangkat hujah-hujah dan alternatif Islam dalam
masyarakat dan negara. Kita bawa pendapat dari sisi Islam dikemukakan dalam kehidupan.
Berwacana dari perspektif Islam memerlukan hujah-hujah atau dalil daripada sumber yang ada
autoriti. Dari situlah kita mengemukakan Islam sebagai penyelesaian.

Dalam gerakan Islam di Malaysia, pasca Islamisme sedang membenih terutamanya dalam
kalangan anak muda dan mereka yang pernah mendapat pendidikan di negara Barat.
Kebanyakan tokoh yang berpendidikan Barat rapat dengan tokoh Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa tertentu yang terpengaruhi gagasan pasca Islamisme. Mereka sebenarnya dilihat
kelompok elitis yang membawa idea asing yang kurang difahami oleh rakyat jelata dan anggota
bawahan.

Penulis menyifatkan kelompok pimpinan pendamba pasca Islamisme adalah minoriti
dalam fenomena progresif dalam gerakan Islam. Mereka bersama dalam fenomena progresif
kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu perubahan tampuk kepimpinan dan pendekatan
gerakan Islam menghadapi realiti zaman. Pada hemat penulis, fenomena progresif hanya

219

persaingan kuasa antara kelompok elitis dalam gerakan Islam. Ia hanya sekitar perebutan kuasa
dan hanya perubahan pendekatan bukannya prinsip. Sebilangan kecil daripada mereka
terperangkap dan dicandukan dengan gagasan pasca Islamisme.

Dalam pemerhatian penulis, sejak tahun 2005, idea pasca Islamisme dimainkan oleh
kelompok tertentu dalam PAS termasuk dalam Harakah.37 Punbegitu, kita masih lagi
beranggapan bahawa mereka hanyalah menggunakan pendekatan bukannya mengimani dengan
pemikiran konsep tersebut. Pandangan baik sangka kita, ia hanya proses penyesuaian
pendekatan dan teknikal untuk mendepani zaman.

Antara idea-idea dan pendekatan kelompok dalam gerakan Islam di Malaysia yang
terpengaruh dengan pasca Islamisme;

a. Bergerak dalam ruang lingkup politik dalam kerangka ‘nation state’ iaitu bergerak dalam
kerangka Perlembagaan Persekutuan.

b. Menjana gagasan neo-fundamentalisme ke arah penyatuan ummah yang universal
berteraskan syariah.

c. Tindakan politik perlu mengatasi ideologi. Tindakan sebegini memunculkan pragmatism.
d. Pengunaan istilah seperti inklusif dan urus tadbir yang baik
e. Menempel dengan maqasid syariah. Pengunaan maqasid syariah bukan untuk

mengukuhkan Islam tetapi meminggirkan Islam.

Persoalan yang timbul, apakah pilihan gerakan Islam sama ada memilih bersama Islamisme
atau pasca Islamisme?.

Pada hemat penulis, ia bergantung kepada niat seseorang dan sifat waspada seseorang
tentang penyusupan gagasan pemikiran Barat yang tidak Islami dalam keanggotaan jemaah Islam

37 Harakah keluaran 1-15 April 2005 bertajuk Gerakan Islam dan Kuasa ditulis oleh Dr Dzulkefli Ahmad
mengutarakan idea-idea Olivier Roy, penulis buku The Failure of Political Islam. Begitu juga tulisan Dr. Mujahid
Yusof dalam buku Menuju PAS Baru yang mengandungi juga idea Olivier Roy. Kita melihat kedua-dua tulisan
tersebut mengutarakan idea-idea dan pendekatan mahu perubahan agar PAS berada dalam reality semasa.

220

secara sedar, tidak sedar atau selesa dengan pemikiran tersebut. Dalam pasca Islamisme ada
beberapa perkara yang kita boleh mengunakannya sebagai pendekatan tetapi bukannya ‘isme’
dan tunjang pemikiran jemaah Islam. Sebagai gerakan Islam, kita perlu kembali kepada
pandangan sarwajagat berdasarkan al Quran dan al Sunnah bukannya pemikiran Barat.

Antara sifat pasca Islamisme ialah lebih plural, inklusif, toleransi, demokrat, kepentingan
masyarakat sivil, perjuangan hak asasi manusia dan hubungan antara agama manakala Islamisme
terpalit dengan radikal, keras dan eksklusif. Ada sarjana melihat bahawa pasca Islamisme menjadi
ubat kepada Islamisme yang lama.

Perkembangan komunikasi dan gajet menyebabkan ramai anak muda mudah tertarik dengan
pasca Islamisme. Pasca Islamisme hasil lontaran sarjana Barat dan sarjana Islam terpinggir
berakar umbi daripada pemikiran liberalisme-pragmatisme. Menurut Ulil Abshar Abdala,
fenomena pragmatisme parti Islam berhaluan sederhana beriringan dengan fenomena
melunturnya ideologi dalam politik. Walaupun pasca Islamisme dikatakan melunturkan ideologi
politik tetapi pasca Islamisme sendiri bakal menjadi ‘isme’ atau ideologi yang baru. Pada hemat
penulis, pasca Islamisme akan meranapkan teras Islam yang mengutamakan dalil bersumber
autoriti (al Quran dan al hadith) kerana mementingkan kemenangan politik berbanding matlamat
dakwah.

Dalam menanggapi kemenangan politik, ia melibatkan kemenangan bersifat jangka pendek
atau jangka panjang. Kemenangan itu perlu menitik berat perkara di bawah;

1. Kemenangan yang diredhai Allah
2. Kemenangan dengan cara yang benar bukannya matlamat menghalalkan cara.
3. Kemenangan untuk Islam bukannya kehendak nafsu diri dan kumpulan
4. Kemenangan yang boleh memberi kebahagiaan kepada manusia (termasuk bukan Islam)

dan alam sekitar.

221

Dalam politik dan demokrasi, kemenangan itu penting tetapi kita tidak mahu kemenangan
yang cacat iaitu kemenangan yang tidak diredhai Allah terutamanya kelompok pragmatis yang
seringkali menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara. Kelompok pragmatislah yang
menongkah arus gerakan Islam dengan menerima secular-liberal sekaligus menjayakan
sekularisasi-liberalisasi.

Ada beberapa pendapat tentang kesan buruk yang dapat ditimbulkan oleh pragmatisme dalam
mengejar tujuan politik seperti di bawah:
1. Bagi sesebuah parti Islam yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Parti itu akan

terancam oleh penghakisan ‘ideologi’. Maknanya, pemikiran bersumberkan dalil al Quran
dan al Sunnah akan terhakis oleh kemenangan politik sahaja. Menurut Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS pernah menjelaskan bagaimana parti Al ISTIQLAL Maghribi, yang dahulunya
berpegang dengan dasar ISLAM, sekarang bertukar menjadi sekular Liberal. Begitu juga
terjadi kepada Liga Muslim Pakistan yang diasaskan oleh Ali Jinnah atas dasar ISLAM,
sekarang berubah menjadi parti yang mendahului pendekatan sekular dan liberal walaupun
majoriti umat ISLAM di Pakistan.
2. Kesan kepada persepsi masyarakat awam. Pragmatisme38 politik bakal memberikan implikasi
buruk kepada masyarakat. Pragmatisme politik parti-parti Islam boleh menimbulkan imej
buruk pada Islam itu sendiri dan parti Islam yang benar-benar memperjuangkan Islam.
Pemimpin yang terpengaruh dengan pragmatism sanggup melakukan apa sahaja demi
kemenangan politik. Tanpa dalil yang kukuh dan adab Islam, imej parti berasaskan Islam akan
tercalar.
3. Kesan kepada para pendokong parti Islam itu. Bahaya ini muncul kerana pendokong parti
Islam umumnya adalah orang-orang yang lurus, ikhlas, wala’ dan patuh kepada pimpinan
parti. Dengan berkiblat kepada pragmatisme politik, bererti parti Islam itu telah menipu
penyokongnya. Penyokong mengira partinya adalah parti Islam sejati, padahal parti itu telah

38 Pragmatisme ialah kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin bergantung kepada
kegunaannya secara praktik. Antara tokoh pemikiran pragmatism ialah Karl Marx dan William James

222

menyimpang dari Islam kerana terjerumus ke dalam langkah-langkah pragmatis tanpa
mempedulikan halal-haram.

Kesimpulan
Perjuangan Islam memerlukan keaslian yang bersumber al Quran dan hadith serta tegas dalam
persoalan aqidah. Segala konsep pemikiran manusia dengan pelbagai alasan adalah ditolak.

Tokoh ulama Islam seperti Yusuf al Qaradhawi, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang,
Muhammad al Ghazali mengutamakan dalil-dalil al Quran, al Sunnah dan ijtihad ulama yang
muktabar dalam memperkuatkan hujah-hujah mereka. Jarang sekali kita membaca dan
mendengar gagasan pemikiran Barat yang mereka sokong. Perkara ini diambil remeh sesetengah
pemimpin Islam atas dasar berdialog dan laras bahasa ‘politik’ untuk mendekati bukan Islam. Kita
hidup untuk menegakkan agama dalam diri dan kehidupan kita bukannya menghidupkan
pemikiran manusia atau kita sendiri.

Jangan sesekali kita bersikap taqiyah politik dan tauriah (suka bercakap tidak benar)
dalam politik. Sesiapa yang tak jelas dalam pendirian politik Islam kebanyakan mengalami
kecelaruan sebagaimana dihadapi oleh sesetengah pemimpin dan gerakan Islam. Taqiyah dan
tauriah politik menyebabkan pahala dan dosa bercampur sehingga menimbulkan fitnah kepada
Islam.

Jangan menjadikan kebencian kita kepada pimpinan tertentu dalam gerakan Islam atau
pembawaan tertentu dalam sesebuah gerakan Islam sebagai hujah dan dalil untuk kita
mengenepikan Islam dan gerakan Islam. Kita wajar mengubah gerakan Islam daripada dalam
bukannya menyerang daripada luar. Kehendak dan pendapat kita digerakkan dalam keaktifan
kita dalam gerakan Islam secara evolusi bukannya bersikap pemberontak sentiasa memberontak
dalam gerakan Islam.

223

Barat tidak takut kepada Islam. Barat hanya mahu Islam yang sesuai dengan kehendak
mereka. Paling malang apabila pemimpin gerakan Islam sendiri terlibat dalam proses
penyesuaian Islam dengan Barat sehingga terhakis aqidah dan syariat Islam. Pemikiran Barat
secara tuntas cuba membawa pemisahan Islam dengan perkara di bawah;

a) Islam dan politik
b) Islam dan negara
c) Islam dan syariat (lebih tepat hukum hudud)
Ketiga-tiga perkara ini banyak mengajar kita dalam menilai seseorang Islam dan gerakan
Islam yang syumul atau tidak, tulen atau palsu. Islam adalah agama yang sudah lengkap, apabila
sudah lengkap tiada alas an untuk tidak menegakkan agama Islam secara keseluruhan.

224

Bab 12
TAHALUF SIYASI, DAP DAN GERAKAN ISLAM

“Allah SWT tidak akan mengizinkan musuh-musuh dari luar menghancurkan Islam dan
kekuatan umatnya, tetapi gerakan Islam itu akan dihancurkan sendiri oleh ancaman dari dalam

diri mereka”
Fadzil Mohd Noor

Tahaluf Siyasi adalah kerjasama politik atas kesepakatan bersama. Para ulama Islam mempunyai
dua pendapat menyokong atau membantah tahaluf siyasi. Punbegitu hukumnya harus.

Perkara yang paling penting dalam bertahaluf ialah garis panduan yang meliputi dalil,
syarat dan sebab dalam mengeluarkan hukum berkenaan tahaluf siyasi dalam suasana politik
semasa.

Kita boleh belajar dan mengkaji tahaluf siyasi yang dilakukan pada zaman Rasulullah SAW.
Antara tahaluf siyasi tersebut ialah;

1. Perjanjian Rasulullah SAW bersama Abu Talib,
2. Kisah perlindungan orang kafir kepada sahabat Nabi SAW,
3. Perjanjian Half-al-Fudhul,
4. Perjanjian Mutayyibin,
5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Muth’im bin ‘Adi dan Abdullah Bin Uraiqith,
6. Perjanjian Bai’atul ‘Aqabah
7. Perjanjian Rasulullah SAW bersama Bani Khuza’ah
8. Tahaluf siyasi telah berlaku antara kerajaan Madinah dan beberapa puak serta kabilah

yang lain seperti Muhajirin dan Ansar, bangsa Quraish dan puak Yahudi.

225

Pendapat Membantah Konsep Tahaluf Siyasi

Imam Hassan al Banna dan Sayyid Qutb antara tokoh Islam yang tidak bersetuju dengan konsep
tahaluf siyasi berdasarkan konteks zaman dan realiti semasa ketika itu. Hassan al Banna
menyatakan “Ikhwan al Muslimin yakin idea persefahaman antara parti-parti tidak
mendatangkan apa apa kebaikan. Ikhwan yakin cara ini hanyalah bersifat sementara bukannya
penyelesai masalah sebenar. Lambat laun parti-parti yang menjalinkan persefahaman ini akan
berpecah semula. Malah persengketaan mereka akan bertambah sengit lebih buruk daripada
persefahaman diwujudkan”xiii

Di Malaysia, PAS gagal dan tidak pernah serik melakukan tahaluf siyasi dalam kerajaan
campuran, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan
Rakyat. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pernah mencadangkan Kerajaan Perpaduan iaitu
kerajaan tanpa pembangkang antara usaha tahaluf siyasi.

Pengalaman PAS yang tidak pernah serik dalam tahaluf siyasi sangat mengagumkan.
Hassan al Banna telah memberitahu bahawa tahaluf siyasi dengan pihak yang jelas menentang
Islam bukanlah satu penyelesaian masalah sebenar. Ia akan menghasilkan perpecahan yang
berulang-ulang.

Pendapat Menyokong Konsep tahaluf Siyasi

Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi menyatakan pengharaman tolong menolong dengan orang berbuat
zalim merupakan hukum asas atau prinsip umum. Dalam keadaan tertentu menyebabkan
terkeluar dari hukum asas ini melalui pertimbangan yang masih diakui oleh syarat. Antara
pertimbangan tersebut ialah;

226

1. Tuntutan meminimunkan kejahatan dan kezaliman menurut kesanggupan.
2. Melakukan mudarat yang paling ringan
3. Melepaskan nilai paling tinggi lalu turun ke realiti paling rendah.
4. Bertahap

Menurut Syeikh Muhammad Munir al Ghatban, prinsip-prinsip tahaluf siyasi ialah
1. Tidak berkompromi dalam perkara akidah dan prinsip
2. Menjamin kemaslahatan ummah
3. Harakah Islam berada dalam keadaan kuat
4. Kepimpinan dan ahli jamaah kuat
5. Bertahaluf dengan pihak yang boleh bagi manfaat kepada jamaah Islam
6. Menjamin kebebasan dakwah
7. Tidak berkrompomi dalam perkara batil
8. Perjanjian yang sesuai dengan Islam boleh dilaksanakan

Pada pendapat Mustafa Tahan, ciri-ciri penting yang dipertahankan oleh Rasulullah SAW
dalam pelaksanaan tahaluf siyasi;

1. Melindungi kepentingan komuniti muslim.
2. Mengeratkan ukhwah sesama Islam.
3. Kekuatan maksima pemimpin gerakan Islam
4. Kebebasan dakwah
5. Tidak bekerjasama dengan pemimpin zalim.

Menurut pengkajian dan perbandingan, Syeikh Muhammad Ahmad ar Rasyid menyatakan
agak sukar tahaluf siyasi boleh dilakukan pada zaman ini. Beliau menyatakan tidak mustahil tetapi
untuk memenuhi syarat-syaratnya adalah terlalu jarang dan kecil kebarangkaliannya boleh
terlaksana.

Syeikh Muhammad Ahmad ar Rasyid menyatakan syarat tahaluf siyasi ialah

227

1. Hukum Islam lebih dominan, syaukah (mempunyai dokongan kuat daripada bangsa
sendiri yang boleh mempertahankan kuasa mereka) Islam lebih jelas dan nyata.

2. Dakwah Islam melepasi fasa ta’asis dan bina, sekarang menuju fasa kemajuan.
3. Anggota terlibat dalam tahaluf mestilah pemimpin-pemimpin yang mempunyai

kedudukan yang sama tinggi dengan barisan pemimpin dakwah.
4. Tahaluf itu benar-benar diperlukan dalam situasi untuk menguatkan barisan pendakwah

bukannya lambang semata-mata.
5. Pihak yang menerima tahaluf adalah boleh dipercayaai.
6. Mengambil kira kadar negatif yang mungkin berlaku ketika tahaluf.

Pengalaman PAS dalam Tahaluf Siyasi

1. Konvensi Nasional
2. Kerajaan Campuran (Perikatan-PAS)
3. Barisan Nasional
4. Kerjasama PAS-CCC
5. Angkatan Perpaduan Ummah
6. Barisan Alternatif
7. Pakatan Rakyat

Perbalahan, Kerjasama dan Perbalahan: Di mana Kesudahan Tahaluf Siyasi?

Permisahan atas pengolakkan dalam sebuah gabungan bukanlah bersifat mutlak. Kerjasama
politik atas kesepakatan bersama datang daripada kebijaksanaan politikus dan parti dalam usaha
menangani permasalahan semasa bergantung kepada situasi, persetujuan bersama dan
kepentingan rakyat serta kesejahteraan negara.

228

Pengalaman tahaluf siyasi di Malaysia, perbalahan bersifat sementara ekoran
pertembungan pendekatan dan dasar serta peribadi antara parti dalam gabungan. Akhirnya, ia
membawa kepada ‘penceraian’. Penceraian yang bukan bersifat mutlak dan selamanya, ia
bersifat sementara untuk ‘merawat’ emosi. Keberangkalian untuk bersama kembali cukup tinggi
apabila melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Apabila DAP keluar daripada Barisan Alternatif, Nik Abdul Aziz melaporkan berkata ‘Saya
tak nampak hubungan kami akan renggang dengan DAP pada masa depan’.xiv Kenyataan ini
dibuktikan apabila DAP kembali bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Dalam politik, kepentingan semasa berlatarbelakangkan situasi akan mengatasi prinsip
dan dasar sesebuah parti terutamanya apabila melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Pemimpin politik muda perlu mencari nafas panjang menghadapi situasi politik yang
kacau bilau, keliru dan celaru ini. Melihat, merenung dan mengelakkan diri daripada pengolakkan
lebih baik untuk memberi nafas yang panjang bagi seseorang politikus.

Isu Penubuhan Negara Islam dan DAP keluar Barisan Alternatif pada tahun 2001.

DAP keluar Barisan Alternatif (BA) pada 21 September 2001 disebabkan oleh isu penubuhan
negara Islam. Isu ini disemarak apabila dunia ketika itu sangat terkesan dengan Peristiwa WTC
yang dilanggar oleh pesawat. Peristiwa ini mengemparkan dunia dan menyemarakkan
Islamfobia.

Orang Cina menekan DAP agar PAS menggugurkan perjuangan penubuhan sebuah negara
Islam. PAS terus bertegas dengan prinsip menolak saranan DAP atas dasar menghormati dasar
yang tak dipersetujui secara bersama.

229

PASxv yang diwakili oleh Nik Abdul Aziz (Mursyidul Aam), Abdul Hadi Awang (Timbalan
Presiden) dan Nasarudin Mat Isa (SUA) bermesyuarat selama dua jam dengan DAP bagi
berbincang isu penubuhan negara Islam. Setelah kegagalan mesyuarat tersebut, DAP
mengadakan mesyuarat tergempar dan akhirnya memutuskan penarikkan diri dari BA.xvi

Setiausaha Agung DAP Kerk Kim Hock menyatakan"Melihat kepada kegagalan DAP dan
PAS dalam menyelesaikan isu penubuhan negara Islam, CEC memutuskan bahawa tidak ada lagi
keperluan untuk DAP terus bersama BA”.xvii

Dalam perbincangan dengan PAS, DAP telah mengemukakan lima formula untuk
menyelesaikan permasalahan. Menurut Malaysiakini, hanya dua sahaja formula tersebut
dipersetujui. Lima formula itu ialah

Pertama "Sebarang usaha oleh mana-mana parti komponen untuk mengejar
pengwujudan sebuah negara Islam, negara Buddhist atau negara Kristian adalah bertentangan
dengan Manifesto BA."

Kedua: "Suatu pengulangan yang jelas bahawa di bawah Manifesto BA, undi untuk BA
adalah undi untuk demokrasi, keadilan dan pemerintahan baik dan bukan untuk sebuah negara
Islam - dan PAS mestilah bersetuju sepanjang tempoh BA, akan berganding bahu dengan parti
BA lain pada semua peringkat ke arah Malaysia yang adil dan bukan sebuah negara Islam."

Ketiga: "Majlis BA harus diberi notis terdahulu tentang apa-apa enakmen atau langkah
cadangan negara negeri Kelantan dan Terengganu yang mungkin menyinggung perasaan
agama, masyarakat dan parti politik yang berbeza supaya membenarkan perundingan dan
persetujuan sepenuhnya."

230

Keempat: "Suatu jawatankuasa BA khas harus ditubuhkan untuk memastikan bahawa
pengumuman dan kenyataan keagamaan yang kontroversi atau sensitif terhadap manifesto BA
dibuat hanya selepas perundingan terdahulu dan untuk menangani kes-kes perlanggaran."

Kelima: "Walaupun PAS memegang kepada prinsip negara Islam tetapi PAS sedia
menerima hakikat bahawa di dalam sebuah negara yang majmuk, penubuhan negara Islam tidak
sesuai dan tidak praktikal bagi Malaysia."

Menurut Nik Abdul Aziz, isu penubuhan negara Islam tidak berjaya ditangani dalam
dalaman DAP. ``Ia berpunca daripada ketidakupayaan dan tekanan yang dihadapi oleh pucuk
pimpinan DAP dalam menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh penyokongnya
berhubung isu negara Islam”.xviii

Penulis melihat DAP keluar BA pada 21 September 2001 ada beberapa sebab iaitu

1. Aliran progresif dalam DAP yang mengkritik kepimpinan Lim Kit Siang dalam Kongres
Kebangsaan DAP ke-13 telah berlangsung pada 18-19 Ogos 2001. Dalam kongres ini, ketua
pemuda DAP Teng Chang Khim yang secara terbuka meminta Lim Kit Siang menolak
pencalonan semula sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bagi membuka jalan
kepada pemimpin pelapis parti DAP.xix Satu resolusi juga mencadangkan supaya jawatan
Setiausaha Agung dan Pengerusi parti dihadkan kepada tiga penggal atau sembilan tahun
saja. Tetapi resolusi ini tidak dibahas. Resolusi dilihat dituju kepada Kit Siang, yang telah
menerajui DAP selama 32 tahun.

2. Pengaruh DAP Sarawak mengatasi DAP Pusat. Pengerusi DAP Sarawak, Richard Wong
Hong Leng juga telah mengumumkan pakatan pembangkang tidak wujud di Sarawak. DAP
Sarawak lebih awal keluar BA Sarawak daripada DAP Pusat.

3. Isu penubuhan Negara Islam.
4. Islamfobia ekoran Peristiwa Pelanggaran WTC.
5. Pilihanraya Negeri Sarawak

231

6. Kes ‘pencurian’ atau penghijrahan ahli ke dalam sekutu BA. Bekas ahli DAP seperti Low
Chee Chong, Sim Kwang Yang, Teoh Teik Huat, Gooi Hock Seng dan Dominic Ng telah
diterima masuk oleh Keadilan, malahan diberikan layanan 'permaidani merah'. Begitu
juga dengan penyertaan SK Soong ke PRM.xx

7. Matlamat tak sama. Jika pada pilihanraya umum 1999, PAS, Keadilan dan PRM bercita-
cita besar untuk menumbangkan BN di peringkat parlimen, tetapi cita-cita DAP hanyalah
untuk menafikan majoriti dua pertiga BN. Walaupun, kedua-dua cita-cita itu gagal, namun
ternyata cita-cita DAP lebih berpijak di bumi yang nyata.xxi

Krisis Kerajaan Kelantan 1978xxii

Krisis 1978 merupakan krisis paling besar dan paling rumit yang pernah dialami oleh PAS kerana
ia melibatkan rakyat, parti, antara parti dan kerajaan.

Dato Muhammad Nasir dikatakan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan atas restu Tun
Abdul Razak, Perdana Menteri ketika ituxxiii. Ia menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak
dalam PAS. Usaha menyingkirkan Dato Muhammad Nasir pada bulan September 1977. Kumpulan
20 yang terdiri daripada ADUN memberi dua pilihan kepada Nasir sama ada meletak jawatan atau
menghadapi undi tidak percaya dalam sidang DUN bulan Oktober 1977.

Dewan Ulama PAS Kelantan mengalami kemelut apabila Ustaz Mahmud Zuhdi, setiausaha
Dewan Ulama Kelantan menyokong Nasirxxiv manakala Naib Ketuanya Zakaria Ismail menafikan
kenyataan Mahmud Zuhdi. Nasir semakin kuat apabila rakyat Kelantan berada teguh dibelakang
kepimpinan beliau. Persatuan Pengajian Tinggi Nilam Puri, Badan Pengembangan Kebudayaan
Malaysia (BABAK), mahasiswa Kelantan UKM (PERDANA) menyokong Nasir. Pada 24 September
1977, lebih 80000 orang berhimpun di Padang Merdeka untuk menyatakan sokongan kepada
Nasir.

232

Nasir dipecat daripada PAS pada 29 September 1977 oleh Jawatankuasa Agung PAS. Lapan yang
menyokong pemecatan Nasir ialah Nik Abdul Aziz (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat), Wan Ismail
Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Kelantan), Zahari Awang, Khaidir Khatib, Sakinah Junid
(Ketua Dewan Muslimat), Jamal Idris, Daud Samad, Hakim Abdullah dan Asri Muda (Yang
Dipertua PAS Pusat). Mereka yang menentang pemecatan ialah Ali Taib dan Baharuddin Latiff.
Kelompok yang mengundi agar pemecatan tersebut ditangguhkan ialah Mustafa Ali (Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat), Salmah Husein, Ishak Rejab, Harun Din, Hassan Shukri (SUA PAS
Pusat), Daeng Sanusi (Naib YDP), Wahab Yunus dan Suffian Mohamad. Walau bagaimanapun,
keputusan ini dianggap ‘kesilapan teknik’ yang diumumkan pada 4 Oktober 1977. Satu
rombongan telah dibawa ke Kelantan untuk memohon maaf kepada Nasir.

Pada 10 Oktober 1977, sekali lagi sidang Jawatankuasa Agung PAS Pusat memutuskan
pemecatan Nasir. Mohd Asri Muda berkecuali dalam mesyuarat ini. Kelompok menyokong
pemecatan ialah Abu Bakar Omar (Naib YDP), Nik Abdul Aziz, Sakinah Junid, Wahab Yunus, Zahari
Awang, Salmah Husein, Daud Abdul Samad, Wan Ismail Wan Ibrahim, Tengku Kamaruzaman
Tengku Hamid, Khaidir Khatib, Zabidi Ali, Jamahir Idris dan Abdul Hakim Muhammad. Kelompok
menentang pemecatan ialah Hassan Adli (Timbalan YDP PAS Pusat), Hassan Shukri (SUA Agung),
Harun Din, Ishak Rejab, Abbas Alias (mantan YDP/AJK), Baharuddin Latiff dan Sufian Mohammad.
Mustafa Ali dan Daeng Sanusi berkecuali.

Pada 15 Oktober 1977, dalam Dewan Undangan Negeri, kumpulan 20 telah mengadakan
undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Dato Muhamad Nasir dan usul berkenaan diluluskan.
Kerajaan Kelantan pimpinan Nasir digulingkan. Seramai 13 ADUN UMNO dan seorang anggota
MCA serta Nasir meninggalkan DUN semasa pengundian diadakan.

Kemuncak pada 19 Oktober 1977, kacau bilau dan rusuhan melanda Kota Bharu.
Beberapa siri rusuhan berlaku di Kelantan. Perintah berkurung 24 jam diadakan bagi menjamin
keselamatan dan keamanan. Pada 8 November 1977, Rang Undang-undang Kuasa-kuasa Darurat

233

dibentang dan diluluskan setelah 8 jam dibahaskan. PAS dan DAP menentang rang tersebut.
Seramai 118 anggota Parlimen termasuk daripada PAS (Hassan Adli) manakala 18 menentang.

Kelulusan rang ini membawa krisis antara BN dengan PAS apabila PAS melalui Asri, dua
timbalan menteri dan dua setiausaha parlimen daripada PAS meletak jawatan dalam kerajaan.
Hassan Adli (Timbalan YDP PAS Pusat) ingkar arahan dan tidak mahu meletak jawatan akhirnya
dipecat daripada PAS.

Darurat selama 95 hari. Nasir masih dikekalkan sebagai Menteri Besar tanpa kuasa.
Pengarah Kerajaan berkuasa. Kerajaan ini dinamakan kerajaan MAGERAN.

Pada 5 Disember 1977, Dewan Majlis Tertinggi BN telah bersidang, 9 parti dalam BN
mengundi PAS dipecat daripada BN, PPP berkecuali dan PAS menentang. Maka, tamatlah riwayat
PAS dalam BN.

Nasir telah menubuhkan parti baru ialah Barisan Jamaah Islamiyyah SeMalaysia
(BERJASA) pada 25 September 1977. Pada awalnya, Nasir nak menamakan parti baru sebagai
Parti Progresif Islam atau Parti Tindakan Islam. Menurut sesetengah penulis politik, kelahiran
BERJASA mempunyai kaitan dengan UMNO dalam menumbangkan PAS sebagaimana kelahiran
BERJAYA menumbangkan USNO di Sabah.

Dalam BERJASA, antara tokoh ternama dalamnya ialah Nasir (YDP), Ali Taib (Timbalan
YDP), Hassan Adli (Naib YDP), Abu Bakar Hamzah (Naib YDP), Wan Hashim Wan Ahmad (AJK),
Mahmud Zuhdi (SUA), Ibrahim Ali (Ketua Pemuda) dan Mohamad Che Wook (Ketua Dewan
Ulama). Pada pilihanraya Umum 1978, BERJASA berjaya mendapat 11 kerusi manakala BN
mendapat 23 kerusi.

234

Konvensi Nasional vs Konferensi Nasional

Di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad juga, PAS telah dijemput untuk menghadiri dua
persidangan yang dianggap penting pada negara ketika itu, iaitu persidangan yang dikenali
sebagai National Conference (Konferensi Nasional) yang ditaja oleh Datuk Onn Jaafar bersama
tujuh orang Menteri Besar dan National Convention (Konvensi Nasional) yang ditaja oleh Tuanku
Abdul Rahman Putra al-Haj (UMNO – MCA).

Tujuan persidangan ini diadakan ialah untuk menyelaraskan usaha bagi mencapai
kemerdekaan negara serta mencari satu formula dalam menyelesaikan beberapa perkara
berbangkit seperti status kerakyatan, hak untuk mengundi dan sebagainya.

Ekoran daripada itu, satu Mesyuarat Agung Khas PAS telah diadakan di Tanah Liat, Bukit
Mertajam pada 23hb. September 1953 bagi menentukan sikap PAS dalam menghadapi
kehendak-kehendak Ahli Jawatankuasa Agung pada masa itu yang berbeza-beza di antara yang
menyokong National Convention dengan yang menyokong National Conference.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, PAS telah menerima saranan yang dikemukakan oleh
PAS Pasir Mas menerusi wakilnya Amaluddin Darus. Cadangan PAS Pasir Mas itu ialah mengambil
sikap menyokong National Convention, tetapi tidak terikat kepadanya sekiranya langkah-langkah
National Convention itu pada pendapat PAS akan merugikan bangsa Melayu amnya dan umat
Islam khasnya. PAS telah menolak gagasan yang ditaja oleh Datuk Onn itu kerana pada
pandangan PAS ia mengiktiraf kerakyatan dan persamaan hak bagi seluruh kaum yang ada di
negara ini pada waktu itu.

Dengan itu, PAS bertegas tidak akan menyertai persidangan National Conference yang
ditaja oleh Datuk Onn, tetapi akan menghadiri dan menyatakan pendapat di dalam persidangan
National Convention yang ditaja oleh UMNO-MCA (Tunku Abdul Rahman).

235

Mesyuarat Agung Khas pada 23hb. September 1953 itu juga telah bersetuju untuk
membebaskan PAS daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak dengan mengekalkan PAS
sebagai sebuah organisasi yang bebas dan berdikari. Dengan itu, undang-undang tubuh PAS telah
dicadangkan supaya dipinda bagi menentukan tidak ada orang yang menjadi anggota parti politik
lain dibolehkan untuk dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS atau pegawai-pegawai yang
mengendalikan urusan PAS.

Semasa di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, PAS masih berada pada
tahap lemah dan kekurangan dari segenap segi. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan adalah merupakan
rakan dan penyokong kuat kepada Datuk Onn Jaafar. Krisis UMNO-IMP (Independence of Malaya
Party) sedikit sebanyak telah menjejaskan kepimpinan beliau di dalam PAS. Percubaan beliau
untuk membawa PAS bekerjasama dengan IMP telah ditolak oleh ahlinya - menyebabkan
kepimpinan beliau telah mula dipersoalkan dan dengan demikian juga telah memberi kesan
terhadap perjuangan politik PAS.

Ekoran kegagalan beliau membawa PAS untuk bersama-sama dengan IMP pimpinan
Datuk Onn Jaafar, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan telah meninggalkan perjuangan politik PAS
secara rasmi pada 26hb. September 1953 - seterusnya beliau menyertai IMP dan Parti Negara
apabila IMP dibubarkan.

Krisis Dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Tengku Razaleigh Hamzah putera diraja Kelantan adalah tokoh politik Kelantan yang seringkali
dinobatkan sebagai Perdana Menteri dalam pembikinan. Beliau dan kumpulan beliau telah tewas
kepada Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987.
Kekalahan ini menyebabkan beliau dan bersama kumpulan beliau menubuhkan Parti Semangat
46.

236

Dalam menewaskan UMNO-BN, Tengku Razaleigh dan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah sedia
membentuk perikatan politik baru yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah terdiri
daripada PAS, Semangat 46, HAMIM, Berjasa, KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia). Parti
Semangat 46 menubuhkan GAGASAN RAKYAT yang terdiri daripada DAP, PRM, Parti Bersatu
Sabah (PBS) dan Barisan Progresif India (IPF). Penyelarasan, penyesuaian dan pengimbangan
antara dua gabungan yang bertentangan fahaman berjaya disatukan oleh Parti Semangat 46.

Masalah dalam pentadbiran, sentimen istana dan monopoli kuasa oleh PAS menyebabkan
perpecahan APU. Gerakan pemisahan mula dikesan pada tahun 1991 apabila YB Ibrahim Ali tidak
puas atas penguasaan PAS dalam kerajaan Negeri Kelantan.

Pada 2 Jan 1996, keretakan hubungan PAS-S46 semakin ketara apabila enam anggota S46
memulaukan upacara mengangkat sumpah sebagai anggota MajlisPerbandaran Kota Baharu
kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi.

Pada 7 Feb 1996 , Ketua Penerangan S46 Ahmad Shabery Chik berkata partinya sedia
menyertai perayaan ulangtahun ke-50 Umno pada bulan Mei 1996 dan diikuti dengan kenyataan
Tengku Razaleigh pada 10 Februari 1996.

Kemuncaknya apabila Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan cadangan
kerajaan negeri meminda Perlembagaan Negeri bagi menghadkan kuasa-kuasa Sultan dan
mengelak campurtangan Istana dalam pentadbiran negeri. Parti Semangat 46 segera membantah
cadangan itu. Pada 26 April 1996, Dr Mahathir mengesahkan telah bertemu Tengku Razaleigh.

237

Sebagai reaksi Nik Aziz berkata pertemuan bagi membincangkan kemasukan semula Tengku
Razaleigh ke dalam Umno itu bererti S46 telah berkubur.

APU gagal apabila Parti Semangat 46 kehilangan sinergi sehingga akur kehendak Dr
Mahathir yang menyeru ke arah penyatuan Orang Melayu. Pada 6 Oktober 1996, Parti Semangat
46 dibubarkan menandakan mereka telah meninggalkan APU.

Krisis Dalam Pakatan Rakyat
Krisis dalaman Pakatan Rakyat berpunca daripada krisis dalaman PAS, Langkah Kajang oleh Yang
Berhormat Rafizi dan campurtangan DAP dalam urusan kepimpinan PAS.

Menurut Lim Sian See, PR berkrisis disebabkan oleh
238

1) tiada keputusan konsensus pakatan dalam kes Langkah Kajang. PAS tidak
bersetuju dan tidak dibawa berunding.

2) fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
3) PAS percaya PKR & DAP telah ‘mencuri’ 2 orang ADUN PAS.
4) PAS percaya PKR & DAP telah mungkir janji & tidak menghormati keputusan

konsensus untuk membenarkan pas melaksanakan kerajaan islam serta hudud.

PAS menyatakan sikap DAP yang campur tangan dalam pemilihan Muktamar PAS menjadi
punca perpecahan PR manakala DAP menyalahkan kepimpinan PAS terututamanya Presiden PAS.
Menurut YB Ir Khalid Samad, punca perpecahan dalaman PAS ialah

239

1. ‘ketidak selesaan’ pimpinan utama PAS
2. September 16 dan konsep UG
3. menangani ‘masalah’ pemimpin dan ahli ‘terlalu’ pro-PR

Perpecahan dalaman PR memberi impak kepada pembangkang apabila kalah teruk dalam
Pilihanraya Negeri Sarawak dan kalah dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Panduan dalam menghadapi kemelut dalam tahaluf siyasi.

Tahaluf Siyasi dengan Parti Semangat 46 dan Penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah.

Penulis tertarik pemikiran, pendekatan dan keberanian Fadzil Mohd Noor dalam cubaan
mengatasi kemelut isu penubuhan Negara Islam yang ditentang oleh DAP. Fadzil Mohd Noor
telah mengemukakan panduan yang baik dalam menyelesaikan krisis dalam bertahaluf.

Fadzil Mohd Noor menegaskan, PAS bersetuju Manifesto Bersama BA 1999 itu menjadi
satu dokumen perjanjian yang patut dipatuhi oleh semua parti terbabit. PAS bersetuju untuk
menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan BA kerana:

1. Tidak berbangkit soal negara Islam dalam Manifesto;
2. Tidak boleh memaksa ideologi PAS ke atas rakan dalam pakatan;
3. Dalam komposisi rakyat negara ini, tidak ada parti boleh memerintah secara bersendirian;
4. PAS perlu berkerjasama dengan rakan pakatan BA atas perkara- perkara yang sudah

dipersetujui.

Dalam kes PR, Majlis Syura Ulama bertindak memberi beberapa garis panduan dalam tahaluf
siyasi Pakatan Rakyat yang perlu diikuti oleh pemimpin dan anggota PAS iaitu

240

1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan
kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.

2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan

kepada
Pakatan Tahaluf.
4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.
6. Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan

tahaluf siyasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke
semasa.

Tahaluf Siyasi: Saranan Kepada PAS Pada Masa Depan.

Tahaluf Siyasi berpandukan ta’awun ala birri wa al takwa (kerjasama atas kebaikan dan takwa).
Di Malaysia, PAS menghadapi kesukaran untuk kerjasama atas dasar takwa kerana sifat Islam PAS
yang mahu penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan hukum Hudud. Realiti politik Malaysia
berteraskan perkauman menyukar perpaduan kebangsaan dan pada masa yang sama perpaduan
kaum atau permuafakatan kaum itu sendiri adalah realiti politik Malaysia. Jika PAS mahu
memerintah Malaysia, mereka perlu melakukan tahaluf siyasi dengan kaum lain. Pengalaman
kerjasama dengan BN, DAP dan APU telah banyak memberi pengajaran kepada PAS.
Sejauhmanakah tahaluf siyasi dapat bertahan?. Dan isu apa yang menyebabkan tahaluf siyasi
gagal bertahan?.

PAS perlu terus melakukan hubungan atau kerjasama longgar dengan parti pembangkang dan
kaum lain. Kerjasama pada masa akan datang tidaklah memerlukan PAS menganggotai pakatan
pembangkang tetapi menjalinkan hubungan atas dasar dibawah;

1. Kesepakatan bersama menumbangkan pihak yang banyak menyeleweng kuasa, rasuah,
kronisme, nepotisme dan korup.

241


















Click to View FlipBook Version