The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-02-10 09:08:01

Anwar Ibrahim, PAS dan IRC

Anwar Ibrahim, PAS dan IRC

Keywords: irc,anwar ibrahim

Sifat Gen 2 sangat digemari oleh Barat. Inilah kehendak Barat kerana Gen 2 membawa
aspirasi Barat. Islam tanpa syariat. Islam mengikuti kehendak Amerika: Islam Amerika. Kelompok
Gen 2 banyak mengunakan dan meminjam konsep, istilah dan slogan daripada Barat. Tidak
cukupkah istilah, konsep dan slogan yang boleh dicerna daripada Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’
ulama dan Qiyas.

Antara konsep, istilah dan slogan yang Islami biasa digunakan oleh kelompok Gen 2 ialah
maqasid syariah dan Islam rahmatan lil’alalmin. Maqasid Syariah digunakan dengan cara yang
salah apabila ia digunakan secara bermudah-mudahan dalam menangguh hukum sehingga DAP
pun pandai bercakap tentang maqasid syariah. Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan
“mereka yang menimbulkan kekeliruan menggunakan Maqasid Syariah dengan tujuan
menyingkirkan hukum Islam”. Umat Islam mesti menilai dari segi keutamaan sumber ilmu
berdasarkan kedudukan pertama iaitu Al-Quran diikuti oleh As-Sunnah, ijma’ ulama , qiyas dan
lain-lain. Kita mahu bermaqasid tetapi tidak mahu ber’al-Quran’. Menurut Dato Dr. Siddiq Fadzil,
tiada Maqasid Syariah jika tiada Maqasid Al-Quran. Dahulukan al-Quran.

Di banyak negara seperti Indonesia, dari konsep, istilah dan slogan Islam rahmatan
lil’alalmin digunakan untuk mengukuhkan syiar Islam dan Islam tanpa syariat. Islam rahmatan
lil’alalmin menelurkan Islam yang ramah, Islam untuk semua, keadilan Islam untuk semua, Islam
Nusantara, Fiqh Malaysia, Manhaj Malaysia, Fiqh Nusantara dan Negara Rahmah. Rumusannya,
Islam rahmatan lil’alalmin digunakan untuk membuktikan bahawa penghayatan Islam
berdasarkan pengaruh kawasan dan kebudayaan tempatan. Daripada inilah datangnya laungan
membuang budaya kearaban, menolak jihad dan menangguh perundangan Islam.

Akhir-akhir ini, perjuangan kelompok Islah-reformasi, salafi dan kelompok SEPILIS
kelihatan senada dan bahu-membahu antara satu sama lain. Hampir tiada kritikan sesama
mereka dan mereka keras bersuara jika bahan kritikan itu adalah gerakan Islam.

151

4. Gagal Mengenali Musuh.
Gerakan Islam gagal mengenali musuh yang sebenar. Gen 2 menganggap ‘musuh’ sebagai rakan
kongsi. Anak didik Rasid Ghannousshi dan pemimpin utama Parti An-Nahdah Tunisia, Said Ferjani
menyatakan Barat adalah rakan kongsi bukannya musuh Islam. Dr. Dzulkefly Ahmad menekankan
agar retorik dan slogan anti-Barat ditiadakan.

Musuh dalam Islam mengunakan pendekatan penentangan secara terbuka; pendekatan
kekerasan; dan pendekatan bersembunyi.

Musuh-musuh Islam ialah
1. Iblis dan syaitan
2. Yahudi-Nasrani
3. Jelas menolak Allah dan Rasul-Nya.
4. Musuh yang menyerang atau menzalimi umat Islam secara kekerasan dan terbuka
5. Musuh yang menentang Islam secara tertutup atau pendekatan intelektualisme serta

kristianisasi (keagamaan)
6. Orang Islam yang mengkhianati Islam dan umat Islam

Pada hari ini, musuh-musuh Islam telah mengkaderkan watak-watak hero kalangan umat
Islam yang membawa aspirasi musuh Islam. Musuh-musuh Islam juga menyalurkan dana dan
bantuan kepada NGO-NGO Islam untuk memperjuangkan aspirasi musuh sekaligus membawa
agenda tersirat pihak musuh. Musuh-musuh Islam mengunakan media massa dan media sosial
serta gajet dalam penyaluran maklumat dan hiburan yang mengubah cara berfikir dan budaya
anak muda Islam.

Sesetengah ulama, sarjana dan pemimpin umat Islam terpengaruh dan terperangkap dengan
aspirasi musuh Islam atas nama rakyat, demokrasi, pembaharuan, keadilan, toleransi, hak sivil,
perubahan, persamaan, reformis, progresif, islah dan inklusif. Mereka mula mencampur-aduk

152

pemikiran Islam dan pemikiran barat. Mereka memilih secara selektif hujah-hujah Islam yang
memenuhi kehendak mereka dalam menghalalkan tindakan mereka.

Kita boleh mengesani diri mereka melalui sifat dibawah:
1. Menerima sebahagian hujah-hujah daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menepati

kehendak mereka dan menolak sebahagian yang lain.
2. Berhujah dengan secara selektif untuk kepentingan diri dan kumpulan mereka sahaja
3. Pengaulan baik mereka dengan kelompok-kelompok yang anti Islam
4. Mengelirukan umat Islam dengan mengangkat pemikiran dan pandangan minoriti-aneh

dalam kalangan ulama.
5. Suka berdebat, berforum atau ceramah berbanding muzakarah.
6. Selesa dengan pandangan Barat. Jika berhujah melalui lisan atau tulisan, pandangan Barat

seringkali diutamakan. Mereka gemar mencampur-adukkan pemikiran Islam dan
pemikiran Barat.
7. Mengunakan istilah-konsep yang bombastik
8. Menjauhi ulama
9. Akhlak yang teruk.

Pemerkasaan Islam dan Gerakan Islam.
1. Mengurus Institusi dan Organisasi

Masalah mengurus institusi atau organisasi dimana gerakan Islam perlu berusaha membaikinya
agar lebih cekap dan efisen. Pengurusan institusi dan organisasi yang berkesan disebabkan oleh
tenaga kerja yang ikhlas, profesional dan tidak dibebankan tugas oleh orang yang sama. Kedua,
tugas dibantu secara berpasukan dan kolektif melalui sistem sokongan yang baik. Ketiga, sistem
yang teratur melalui SOP. Keempat, mesyuarat yang berkualiti.

1. Mempertahankan Institusi Beraja
Institusi Beraja dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia mesti dipertahankan jika
tidak mahu SEPILIS totok menguasai Malaysia. Pelbagai cubaan telah dilakukan untuk
melemahkan institusi beraja dan kedudukan Islam dalam perlembagaan.

153

2. Penjenamaan Semula Imej Gerakan Islam
Persoalan penjenamaan semula imej gerakan Islam kepada masyarakat Malaysia mesti giat
dilakukan. Kelompok reformis berpegang kepada pandangan Syeikh Abdullah Bin Bayyah,
“Sebahagian maqasid syariah adalah menjaga kecantikan imej Islam”. Malangnya yang berlaku
ialah kelompok reformis mengunakan maqasid syariah untuk menghakis kebenaran Islam dengan
menyembunyikan Islam yang sebenarnya. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan, ‘PAS
(pada pandangan penulis, secara amnya umat Islam keseluruhannya) tidak boleh
menyembunyikan kebenaran Islam semata-mata ingin mengambil hati manusia’[Harakah, Bil
2205: Disember 2016].

PAS dalam mentransformasikan imej PAS dengan pendekatan dinamakan Budaya Politik
Matang dan Sejahtera (BPMS).

BPMS bermaksud sebuah budaya berpolitik yang berasaskan kepada kematangan
dalam membuat keputusan dan tindakan, berlandaskan al Quran dan As-Sunnah, sesuai
dengan realiti masyarakat, bermatlamat kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan
keredhaan Allah SWT.

Banyak kepentingan yang boleh diraih oleh gerakan Islam (baca: PAS) melalui amalan
budaya politik matang dan sejahtera, paling menonjol ialah:

1. Mengekang berlakunya ketidakadilan
2. Mengelak penyalahgunaan kuasa
3. Menghindari ketidakstabilan politik
4. Menghindari kemelesetan ekonomi
5. Menghindari keruntuhan sosial
6. Menamatkan perselisihan rakyat
7. Mengurangkan pembaziran masa
8. Mengelakkan campurtangan asing

154

9. Menggalakkan budaya politik ilmu
10. Menyuburkan budaya politik fakta
11. Mendidik rakyat buat keputusan berasaskan maklumat yang benar

Kriteria BPMS yang dicanang oleh PAS ialah
1. Bertunjangkan prinsip perjuangan PAS pasti sahaja berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah.

Justeru itu, apa jua keputusan PAS mestilah menepati syarak.

2. Politik dakwah. PAS berjuang dengan tiga method atau sistem gerakkerjanya secara
seimbang dan sepadu iaitu :-

I. Gerakan Tarbiyah (pembinaan dalaman)
II. Gerakan Dakwah (pembinaan luaran)
III. Gerakan Siasah (pembinaan sultah/kedaulatan)

Adapun situasi berdepan dengan sebuah pemerintahan yang tidak melaksanakan sistem
pemerintahan Islam, PAS akan terus berjuang, berdakwah dan berperanan untuk memastikan
Islam dapat didaulatkan. Peranan tersebut dinyatakan seperti berikut;

I. Memberi nasihat dan bimbingan secara berterusan, bagaimana Islam itu boleh
dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.

II. Berjuang menegakkan syariat (amar makruf) dalam apa jua kesempatan dan ruang
yang boleh dilakukan oleh PAS pada tahap keupayaan yang dimiliki.

III. Menegur, mengkritik, membantah dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar) dan
menentang kezaliman yang berlaku sama ada dalam aspek sosial, ekonomi mahupun
politik. Sekalipun kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah, PAS tegas menyatakan
kebenaran.

IV. Menggerak agenda perubahan total (al-taghyir) ke arah mendaulatkan syariat Allah
secara berterusan. Terutama apabila PAS berdepan dengan sebuah pemerintahan
yang degil dan enggan melaksanakan Islam malah memusuhi Islam.

155

3. Amar Makruf Nahi Mungkar
4. Fokus Penyelesaian Islam
5. Pertentangan Dasar Bukan Pertentangan Fizikal

Penjenamaan Semula Imej PAS melalui BPMS lebih relevan kerana meningkat imej PAS
dengan meningkat imej Islam tanpa merendahkan kepentingan rakyat secara kesleuruhannya.
Keberanian dan ketegasan ini lebih terpuji.

3. Prestasi dan Budaya Kerja Berkualiti
Prestasi dan budaya kerja berkualiti pemimpin gerakan Islam. Berlaku pertembungan dengan
pemimpin yang tidak berapa rajin dan tidak berprestasi baik tanpa dikawal dan dinasihat
menyebabkan rakyat menilai negatif kepada gerakan Islam dan pemerintahan Islam.

Kita semua bebas dan boleh menilai, menegur dan mengkritik corak pemikiran,
prestasi/kualiti kerja, corak kepimpinan, akhlak, kualiti pengurusan dan lain-lain selagi tidak
menfitnah peribadi orangnya dan tidak memutuskan hubungan ukhwah sesama umat Islam.

Pemimpin memerlukan persiapan aqidah perjuangan, sahsiah berlandaskan aqidah dan
pemikiran dibatasi dengan aqidah Islam. Pemikiran beraqidah menjadi penapis agar habuk-habuk
sekularisme tidak terlekat pada perjuangan Islam. Aqidah penting dalam merangka pandangan
alam seseorang pemimpin Islam. Aqidah pula mesti menepati aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Seseorang pemimpin memerlukan persiapan minda yang bersifat menyeluruh mencakupi
kefahaman terhadap hukum-hukum Allah, mengetahui isu-isu semasa, memiliki 'bacaan politik'
(qiraat as-siyasi) yang tajam, memahami keperluan melakukan perubahan, bersikap elastik dan
juga keupayaan membaca serangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang dilancarkan musuh.

156

Tuan Guru Dato Mohd Fadzil Mohd Nor menyatakan, ‘anggota gerakan Islam perlu
sentiasa mempertahankan asas perjuangan (usuliy), berkeupayaan untuk berijtihad, bertindak
mengikut rentak kontemporari (mu'asir) dan memahami kesan futuristik (istiqbaliy)’.

Pemimpin juga perlu berkebolehan dalam komunikasi terutamanya penggunaan bahasa
politik dalam penyampaian pendapat. Pengunaan bahasa politik tidak boleh melangkaui
kehendak dan larangan al-Quran dan as Sunnah.

Pemimpin perlu turun padang dalam mengauli rakyat dan cakna segala permasalahan
rakyat. Pemimpin perlu memahami hati nurani rakyat dengan memperbanyakkan dialog dan
pertemuan dengan rakyat bawahan.

Pemimpin yang baik, mereka perlu banyak membaca dan berdialog dengan para ulama
dan cerdik pandai dalam mendepani permasalahan yang berlaku. Rangkuman idea atau gagasan
hasil perbincangan tadi dilontarkan dengan keberanian untuk hadir dalam debat, forum atau
seminar dengan tema-tema tertentu.

Pemimpin yang baik juga memerlukan pengalaman dalam kesukarelawaan dan
mempunyai jentera yang baik dalam mempromosikan kebajikan, kegeniusan dan kebaktian
seseorang pemimpin sehingga menjadi pemimpin popular. Suka atau tidak, budaya popular atau
selebriti sangat berpengaruh pada hari ini, pemimpin dengan tawaduk perlu menempatkan diri
agar lebih dikenali demi Islam.

4. Laras bahasa politik.
Bahasa politik yang terbaik ialah tindakan/bekerja tanpa banyak bercakap, turun ke lapangan
bersama rakyat, sentiasa dekat di hati nurani rakyat dan bijak meletakkan diri agar kehadiran
diRASAI oleh masyarakat (bukan hadir tetapi bagaikan tidak hadir) dengan promosi diri.

157

Dalam memperjuangkan Konsep Negara Islam dan Perundangan Islam, kedua-dua konsep
perlu dipertegaskan tanpa kompromi. Penerangan terhadap inti kedua-dua konsep perlu
diperbanyakkan tanpa menyembunyi dan menolak kedua-dua konsep. Jangan mengunakan
istilah dan slogan yang mengelirukan dalam cubaan menangguh dan menidakkan kedua-dua
konsep kerana tindakan ini merugikan masa depan umat Islam.

5. Kemunculan Korupsi, Kronisme dan Nepotisme dalam kerajaan dan gerakan Islam.
Politik untuk hari akhirat, politik untuk kehidupan selepas mati, politik untuk syurga sudah jarang
disebut oleh pemimpin yang memegang kuasa dan generasi muda. Bagi pemimpin yang berkuasa
dan generasi muda, politik untuk kemenangan, politik kekuasaan, politik untuk ke Putrajaya.
Akibatnya, pahala dan dosa, syurga dan neraka bukan lagi menjadi prinsip penentuan dalam
amal sehingga mereka sudah berani melakukan perbuatan yang melanggari peraturan dan
perintah Allah SWT.

Segala amal itu bermula dengan niat. Jarang sekali gerakan Islam yang lemah dianggotai
oleh individu yang bengkok niatnya.31 Niat yang bengkok apabila gerakan Islam semakin mewah
dan berkuasa. Apabila sudah berkuasa, pemimpin gerakan Islam mula takut mati dan sayang
dunia. Cabaran materialistik dan sayang jawatan-pangkat mula datang. Cabaran ingin membolot
kemewahan seorang diri dan anggota keluarga serta sahabat sekepala mula timbul. Iman mula
menipis, syaitan mula memanggil untuk dihanyutkan ke lautan dosa.

Begitu juga usia yang semakin lanjut sehingga melembutkan hati. Kasih sayang terhadap
keluarga menjadi-jadi. Jawatan dan projek diagih sesama anggota keluarga.

Pada saat ini, anggota bawahan mesti berani memperingatkan para pimpinan agar
kembali ke pangkal jalan melalui saluran yang ditetapkan oleh gerakan Islam. Suruhanjaya Hisbah

31 Pesanan Ustaz Hassan Shukri, [1] Perjuangan tidak dihampar permaidani merah, sebaliknya penuh duri. Jika
sanggup hadapi, maka terimalah tanggungjawab untuk berjuang. Jika belum, tangguh dahulu dan perkemaskan
keadaan hidup. [2] Dalam masjid ada syaitan menghasut. Maka, dalam PAS bukan semua bersifat dan bersikap
seperti malaikat. [3] Yang mengkhianati perjuangan PAS atau Islam, Allah akan tunjukkan ramai yang telah Allah
balas di atas dunia . Dengan hilannya keberkatan atau hidup melarat di akhir hayat.

158

yang dianggotai oleh mantan pimpinan parti yang berwibawa perlu diwujudkan untuk mengawal
dan mengaudit kerajaan yang diperintah oleh gerakan Islam. Suruhanjaya Hisbah diletak dibawah
Majlis Syura.

6. Penyalahgunaan etika dan nilai walaupun betul disisi perundangan dan peraturan.
Ada perkara mengikut lunas peraturan dan perundangan tetapi kurang bermoral dari segi etika
dan kemanusiaan. Ia bergantung kepada siapa yang menilai.

Kebijaksanaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan kes menantu beliau, Ir.
Arif Fahmi dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan boleh dicontohi dimana beliau menasihati
menantu beliau supaya meletak jawatan dalam usaha mematikan fitnah dan kekeliruan
sedangkan dari segi kelulusan, menantu beliau layak menduduki jawatan tersebut.

Bacaan politik yang betul, keberanian mengambil risiko, kepantasan membuat keputusan
yang cepat dan tepat adalah seni politik yang jarang dimiliki oleh ramai politikus. Ia memerlukan
seseorang politikus yang berpengalaman luas dan pembacaan yang banyak serta dinasihati oleh
penasihat yang betul.

7. Orientasi undi yakni kemenangan dalam pilihanraya yang dipengaruhi oleh sentimen
agama, kaum dan parti.

Dato' Onn Jaafar, Pengasas-Yang Dipertuan Pertama UMNO pernah menyatakan, "Ada dua
tempat orang Melayu hendak bertenggek; pertama, kepada jiran-jiran mereka; Kedua, kepada
musuh orang Melayu...kita tidak seharusnya memikirkan usaha untuk mendapatkan kedudukan
sahaja dimasa yang sama kita menolak bangsa kita".[Syed Ali Tawfiq al-Attas] Tertenggek bukan
sekadar duduk biasa tetapi duduk menyombong dengan kelebihan dan kekuatan jiran-jiran atau
musuh orang Melayu sendiri.

Kerisauan yang berlaku akhir-akhir ini ialah [1] perpecahan undi orang Melayu kepada
beberapa kumpulan [UMNO, PAS, PKR, AMANAH, BERSATU] yang mengancam kesinambungan

159

kuasa orang Melayu dalam politik Malaysia dan [2] keterujaan sebahagian pemimpin Melayu
yang ghairah untuk mendapat undi masyarakat bukan Melayu dengan melakukan perbuatan dan
mengeluarkan pandangan merugikan orang Melayu dan Islam. Kerisauan timbul disebabkan oleh
orang Melayu sendiri. Ia membenarkan kata Dato Onn Jaafar, "Sebelum ini saya merujuk kepada
bahaya yang melingkungi orang-orang Melayu di Semenanjung ini tanpa perlu menyebut dari
pihak mana [bahaya ini timbul. Sekarang saya katakan bahawa bahaya ini] timbul dari orang
Melayu sendiri" [Syed Ali Tawfiq al-Attas].

Sememangnya DAP melaungkan mereka tidak mampu membentuk kerajaan tanpa
sekutu-sekutu mereka jika dilihat jumlah kerusi DAP tandingi. Sebenarnya, DAP mampu
menguasai kerajaan-kerajaan Melayu melalui proksi-proksi mereka. Krisis Menteri Besar Perak
pasca Pilihan Raya ke 13 dan Krisis Menteri Besar Selangor-Kajang Move membuktikan
percubaan DAP mendesak Raja-raja Melayu mengakuri keputusan mereka mengikut lunas-lunas
perlembagaan dan secara perundangan. Kita juga boleh melihat penguasaan DAP dalam
pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ketika di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Dato Seri
Mohamad Nizar. Kini, Parti Amanah dilihat sebagai proksi DAP dalam merebut kerusi-kerusi
Orang Melayu yang ditandingi oleh PAS dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Kepentingan Melayu sebagai majoriti, Umat Islam dan majoriti rakyat perlu menjadi
keutamaan kepada parti-parti yang didominasi oleh orang Melayu kerana kemakmuran dan
kesejahteraan Negara Malaysia bergantung kepada kestabilan politik Melayu itu sendiri.

8. Gagalnya pendekatan dalam menangani fitnah dan mengurus persepsi.
Sabda Rasulullah sallallahua’laihi wasallam daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu;
“Bersegeralah dengan melakukan amalan-amalan soleh sebelum berlakunya fitnah seperti
kepingan-kepingan malam yang gelap, (ketika itu) seorang lelaki beriman pada pagi harinya dan
menjadi kufur pada petang harinya, dia beriman pada petang harinya dan menjadi kufur pada
keesokan paginya, dia menjual agamanya dengan habuan dunia.” (Riwayat Muslim dan al-
Tirmizi)

160

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Huzaifah al-Yamani;“Aku (Abu Huzaifah) bertanya: Adakah
selepas kebaikan itu akan datang pula keburukan: Sabda Rasulullah sallallahua’laihi wasallam:
Ya, fitnah buta, penyeru kepada pintu-pintu api neraka. Sesiapa yang menyahut seruan mereka
akan dicampakkan dalamnya. Kata Abu Huzaifah: Wahai Rasulullah, nyatakan sifat mereka
kepada kami. Sabda Rasulullah sallallahua’laihi wasallam: Mereka dari kalangan bangsa kita dan
bercakap menggunakan bahasa kita.” (Riwayat Abi Daud)

Kejahilan bermaharajalela ditengah-tengah maklumat berlimpah ruah dan ilmu dihujung jari,
Kekeliruan mengoncang iman dan membuka pintu fitnah,
Persepsi menjadi barang yang dipercayai,
Dosa dan pahala bercampur,
Akhirat bukan lagi tujuan
Mati itu dilupai
Ketakutan kepada Tuhan sudah tidak berkesan,
Manusia hilang malu dan takut
diulangi dosa dengan menzalimi diri sendiri
Mencari Tuhan di pelusuk dunia
Padahal Tuhan berada dalam rumah sendiri.

Kekeliruan dan fitnah membiak apabila kita gagal mengambil ketetapan dan neraca Allah
SWT sebagai pertimbangan dalam membuat keputusan. Kita membuat keputusan berdasarkan
pertimbangan aqal dan nafsu kita sehingga kepentingan diri mengatasi kepentingan Islam dan
umat Islam.

Kekeliruan dan fitnah dapat dielak jika individu muslim berpegang kepada ajaran Al-Quran
dan As-Sunnah. Surah al-Hujurat perlu menjadi kerangka pemikiran dalam bertindak menghadapi
kekeliruan dan fitnah. Pertama, Jangan mendahului Allah dan Rasulullah SAW dalam sesuatu
perkara [Surah al-Hujurat:1]. Kedua, berhati-hati dalam menerima berita. Siasat siapa yang yang

161

menyebar berita atau maklumat. Orang Fasik seringkali menyampai berita bohong. Ketahuilah
ciri-ciri seorang yang fasik [Surah al-Hujurat: 6]. Ketiga, jangan label-melabel atau kata-mengata
sesama umat Islam[Surah al Hujurat: 11]. Keempat, jauhi buruk sangka sesama umat Islam [Surah
al Hujurat: 12].

9. Kemahiran Mengalih ( divert ) Persoalan/Isu
Salah satu kemahiran seseorang pemimpin yang sangat berharga ialah kemahiran mengalih
persoalan/isu. Dalam dunia komunikasi yang pantas bergerak ini, seseorang pemimpin akan
dihujani dengan pelbagai soalan yang sukar dan perangkap.

Kesimpulan
Menerima istilah-konsep dan pandangan alam Barat menunjukkan diri seseorang individu
teraspirasi dengan perangkap agenda Kebudayaan Barat yang jelas mahu menjatuhkan martabat
Islam.

Kita tidak menafikan niat baik mereka yang mahu mendekatkan Islam dengan Barat tetapi
tunduk kepada Kebudayaan Barat menunjukkan semangat jihad umat Islam semakin merosot
dan aqidah semakin luntur. Tindakan mereka akhirnya akan merugikan Islam. Lihat sahaja Arab
Springs yang telah gagal di Mesir, Syria, Yaman, Tunisia (kembali kelompok sekular memerintah
Tunisia) dan Libya. Paling mampu bertahan hanyalah di Turki. Di Indonesia, PKS disaluti dengan
pelbagai skandal. Disinilah adipentingnya kejelasan fikrah.

162

Bab 9
Dana Penggerak SEPILIS

Kenali Kebudayaan Barat dan Sifat Asasinya

Barat atau Timur itu sebenarnya bukan terletak kedudukan geografi tetapi ia terletak pada
kerangka pemikiran dan pandangan hidup seseorang individu. Teras pemikiran Barat ialah
Kebudayaan Yunani Kuno dan Romawi Purba yang bergabung dengan Kebudayaan Yahudi-
Kristian dan tradisi bangsa-bangsa biadap seperti Inggeris, Perancis dan Jerman.

Sebenarnya, hasil pembacaan hasil karya sarjana Barat kebanyakannya mempunyai sifat
asasi atau tujuan akhir yang hampir sama. Kerangka atau acuan pemikiran dibentuk daripada
Kebudayaan Yunani Kuno, Romawi dan Sekularisisme/humanisme. Asas Kebudayaan Barat juga
boleh dibahagi kepada Zaman Renais, Reformasi, Pencerahan, Revolusi Sains, Revolusi
Perindustrian dan Revolusi-revolusi Politik.

Membaca sebanyak mana hasil karya sarjana Barat sekalipun, akhirnya kita akan ketemui
sifat asasi kerangka pemikiran Kebudayaan Barat iaitu:

1. Penolakkan kehadiran Tuhan dan campurtangan agama dalam urusan kehidupan
manusia seharian [Ekonomi, Politik dan Sosial].

2. Pemujaan terlampau tinggi terhadap diri manusia – akal, badan, kebolehan dan
psikologi.

3. Materialistik atau kebendaan.
4. Dualisme dan Dikotomi
5. Individualistik
6. Kekeliruan dalam konsep ilmu dan kehilangan keadilan
7. Kesatuan, Persamaan dan Samarata
8. Tiada kemutlakkan – ragu-meragu, duga-menduga, berubah-ubah, hipotesis, sentiasa

berwacana dan hilang ketetapan.

163

9. Kebebasan dan pragmatisme
10. Trajedi dan mencari kebahagiaan

Sepuluh Sifat Asasi ini digauli dalam kerangka pemikiran Barat sehingga menghasilkan
pelbagai aliran pemikiran atau ideologi seperti sekularisme, liberalisme, humanisme, pluralisme
dan sebagainya.

Umpamanya, dalam liberalisme terdapat sifat asasi kerangka pemikiran seperti no 2, 3, 7 dan
9.

Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi
Telah berulang kali saya menulis bahawa Kebudayaan Barat kini berteraskan Kebudayaan Yunani
Kuno dan Kebudayaan Romawi. Kebudayaan Barat itulah diri Barat yang sebenarnya.

Pada asalnya, Kebudayaan Barat berteraskan Agama Kristian dan Yahudi tetapi
penyelewengan pihak gereja menyebabkan masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian dan
Yahudi. Raja-raja dan intelektual mereka mula menentang penguasaan pihak gereja sehingga
agama Kristian dipenjara di dalam gereja sebagai urusan keagamaan sahaja.

Penggerak Kebudayaan Barat terbahagi kepada kumpulan iaitu pemerintah-raja,
kelompok intelektual- sarjana, ahli falsafah dan saintis, kumpulan pedagang – kapitalis,
perkembangan teknologi dan tentera mereka. Masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian
dan memilih Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi sebagai teras Kebudayaan Barat.

Perkembangan paling penting dalam Kebudayaan Yunani Kuno adalah keintelektualan-
falsafah, kesenian dan kesusasteraan. Tiga elemen ini menjadi asas Kebudayaan Barat. Pelbagai
falsafah digagaskan pada zaman Yunani kuno seperti aliran Ionia, Platonisme, Stoikisme dan
Aristotlelianisme. Dunia diterangkan berdasarkan kebendaan, sebab musabab dan hukum
hakam.

164

Contohnya, aliran pemikiran Platonisme bersumberkan kepada tiga teras iaitu (1) sebab
utama, (2) akal dan (3) Ruhul Kudus [Roh Umum atau Roh Dunia). Platonisme dianggap sebagai
cara hidup ketika itu dengan nada keagamaan dan tafakur.

Faham humanisme menjalar dalam pemikiran dan kehidupan Bangsa Yunani. Mereka
melakukan pemujaan terhadap akal, kehebatan-kejayaan dan bentuk badan manusia. Upacara
‘agama’ mereka melalui pertandingan, perlawanan dan tari menari yang berasaskan mistik.
Contoh, ‘Sukan Olimpik’, pertandingan sukan tanpa baju.

Sumbangan Kebudayaan Romawi lebih kepada disiplin, organisasi dan kepahlawanan.
Mereka sangat memuja kepahlawanan. Terdapat Sukan Romawi yang melambangkan ciri-ciri
iaitu (1)memuaskan hawa nafsu indera, (2) merendah martabat keperibadian individu, (3)
mengalak rakyat menyukai keganasan. Di Rom, terdapat juga penyair terkenal umpamanya Virgil
dan Horace.

Pada akhir Abad Pertengahan, pengaruh agama Kristian mulai merosot dalam
Kebudayaan Barat. Kemunculan Zaman Renaisans menjadi permulaan bahawa Kebudayaan
Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi mula mendapat tempat dalam Kebudayaan Barat. Sejak
tahun 1397, Manuel Chysoloras, John Bessarion dan Jonus Lascaris dari Constantinople (Rom
Timur), pakar dalam Kebudayaan Yunani datang ke Florence untuk mengajar. Sekitar tahun 1438
hingga 1439, Council of Florence telah membawa ramai ilmuwan Yunani untuk mengkaji kajian
klasik Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi. Mereka yang mengkaji Kebudayaan
yunani Kuno dan Romawi dikenali sebagai humanis.

Kejatuhan Constantinople pada tahun 1453 di tangan Daulah Uthamaniyyah telah
membawa masuk lebih ramai pelarian daripada Rom Timur (Byzantium) ke Itali. Mereka
mengajar, meniru dan menyalin serta menerjemahkan buku-buku hasil daripada Kebudayaan

165

Yunani Kuno. Kelompok humanis inilah banyak berjasa membentuk semula Kebudayaan Barat
berdasarkan Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi.

Asas Kebudayaan Barat: Pensejarahan Pemerintahan Gereja di Eropah

Sesetengah pihak di negara kita cuba mengurangkan atau menghapuskan peranan institusi
agama dan menyerang karakter para ulama. Sememangnya kita boleh menegur atau mengkritik
institusi agama dan peranan ulama, cuma kritikan atau teguran itu perlu dituju kepada
kelemahan ‘orangnya’ bukannya penghapusan institusi agama dan mengkritik agama Islam.

Mereka cuba mengaitkan peranan ulama dan institusi agama dengan pemerintahan
paderi dan gereja di Eropah pada Abad Pertengahan. Ketika pihak gereja mendapat pengaruh
dalam politik terutamanya pada zaman Raja Charlemagne, seorang pendokong Pope Roman
Katolik. Raja-raja yang memerintah akan ditabalkan oleh Pope.

Selepas zaman Charlemagne [768-814TM], Empayar Rom kembali berpecah. Wilayah-
wilayahnya terpisah sehingga mewujudkan kerajaan-kerajaan kecil yang bersifat feudalisme.
Dalam sistem feudal, kuasa tertinggi pada Raja tetapi hakikatnya yang berkuasa ialah Lord
(kelompok Tuan Tanah).

Pada zaman feudal, gereja masih lagi berkuasa melantik raja. Gereja sangat pengaruh
kerana kebanyakan tanah milik gereja. Kebanyakan jawatan dalam gereja seperti Bishop, Abbot
dan pegawai lain biasa terdiri daripada keluarga bangsawan. Kehadiran keluarga bangsawan
sebagai paderi menambahkan pemikiran material mereka.

Tindakan Maharaja Rom, Constantine [312-337 TM] memeluk agama Kristian telah
memantapkan pengaruh agama Kristian dimana agama Kristian dimartabatkan sebagai agama
rasmi dalam Empayar Rom. Sistem Empayar Rom semakin merosak digantikan dengan sistem
pentadbiran gereja. Di merata tempat diwujudkan patriarchates yang menjadi pusat pentadbiran

166

tempatan dan pusat penyebaran agama Kristian. Setiap bandar dalam Empayar Rom mempunyai
paderi dan pembantu paderi membimbing ajaran agama Kristian.

Di Zaman Kemuncak Pertengahan, pengaruh gereja sangat berpengaruh dengan
kemunculan Pope Innnocent III. Kedudukannya dianggap bawah sikit daripada tuhan.
Berhubungan dengan pertalian gereja (papacy) dengan negara, negara mendapat kemuliaan
daripada kekuasaan gereja. Raja-raja memberikan kuasa sekular kepada pihak gereja termasuk
Pope boleh campurtangan dalam mahkamah gereja tempatan, percukaian dan lain-lain.

Gereja Eropah pada tahun 1500M sangat kaya dan berkuasa di Eropah telah melakukan
beberapa penyelewengan. Pertama, mereka menjual sijil pengampunan bagi semua dosa. Kedua,
pegawai-pegawaj gereja hidup mewah umpama raja. Ketiga, bible tidak boleh diterjemah kepada
bahasa tempatan [dimonopoli oleh agamawan sahaja]. Keempat, gereja membuat penambahan
dalam beribadat seperti pemujaan tokoh gereja (Saint). Kelima, institusi menjadi perantaraan
antara Tuhan dengan manusia.

Campurtangan pihak gereja dalam urusan sekular secara berleluasa membangkitkan
kemarahan kepada raja-raja. Raja-raja cuba mematahkan kekuasaan Pope. Raja Philip IV telah
mengenakan cukai kepada gereja. Perjuangan raja-raja Eropah ini disokong oleh pemikir Ortodok
Kristian, Thomas Aquinas dan penemuan semula karya, Aristotle, politics [kembali kepada tradisi
asal]. Gerakan Agama Baru [Protestan] mula muncul di beberapa wilayah.

Adalah tidak adil kita mengaitkan institusi agama dan para ulama dengan sejarah gereja
di Eropah.

Kita juga tidak menafikan bahawa taklidisme, fanatik, taksub dan jumud terdapat dalam
kalangan umat Islam dan kumpulan Islam tertentu. Tetapi itu bukan sifat asasi Islam. Antara sifat
asasi Islam ialah

167

1. Islam adalah agama yang bertunjangkan kekuatan hujah yang benar dan sahih. Umat
Islam perlu ikut hujah terkuat.

2. Pemikiran kritis dalam pembaharuan (tajdid) dan perbezaan pendapat dalam Islam
terjamin selagi mempunyai hujah berdasarkan sumber yang benar dan mengikut
kaedah ilmu Islam.

3. Sumber asasi Islam adalah sumber berautoriti dan dijamin Allah iaitu al Quran dan al
Sunnah.

4. Proses keilmuan dalam Islam sangat terjaga dan teliti sebagaimana sistem
periwayatan hadith.

5. Kewujudan mazhab bertujuan untuk memudahkan dan memenuhi realiti semasa.
Imam mazhab sendiri tidak menghalang orang ramai tidak mengikut mereka.

6. Tiada teokrasi dalam Islam. Sistem pemerintahan asal ialah Sistem Pemerintahan
Awam yang bertunjangkan ketaqwaan.

Raja-raja Eropah, paderi reformis dan cendikiawan Barat mencabar dan mengurangkan
kekuasaan gereja sehingga mencetuskan perbalahan bahkan peperangan agama di Eropah.

Dalam kalangan cendikiawan Barat yang lari dari pengaruh gereja yang mengongkong orang
dengan nama ‘Allah’ (jual agama) telah berusaha untuk menolak dan memungkiri Allah.
Golongan idealis mereka memilih tema akal dan kelompok materialis memilih tema tabiat atau
necer.

Bermulalah faham sekular dan humanisme yang menghakiskan pemikiran agama di Eropah
dan ia juga membawa Kebudayaan Barat kembali kepada tradisi awal iaitu mengimani
Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi.

168

Asas Kebudayaan Barat: Zaman Renains

Renaisans adalah gerakan intelektual yang berkembang di Selatan Eropah pada abad ke 14 hingga
Abad ke 16. Secara mudahnya, renaisans bermaksud kelahiran semula. Kelahiran semula
Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi yang menjadi teras kepada Kebudayaan
Barat.

Ciri-ciri Renaisans ialah pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan
Romawi, golongan humanisme, individualisme, sekularisme dan sifat kritikal.

Pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan menunjukkan mereka
kembali kepada tradisi. Mereka yang membuat kajian ini dinamakan golongan humanis.

Golongan humanis adalah ahli akademik yang mengkaji manusia, idea-idea agung dan
kesenian klasik/kuno. Mereka mementingkan hal ehwal orang ramai dan kebahagiaan di dunia.
Humanisme menekankan peranan akal, budi pekerti, keintelektualan dan kehendak manusia
dalam menyelesaikan segala masalah di dunia ini.

Individualisme iaitu usaha-usaha individu dalam melakukan sesuatu untuk membaiki taraf
hidup diri serta masyarakatnya tanpa disekat atau diikat oleh sesiapa.

Sekularisme mengasingkan atau memisahkan usaha dan urusan duniawi dengan ajaran
agama dan kalawan gereja.Masyarakat tidak lagi mementingkan keagamaan dalam bidang
duniawi tetapi mereka menggunakan pendekatan sainstifik, objektif dan akal-budi mereka dalam
menentukan sesuatu.

Sifat kritikal ialah membandingkan satu sumber dengan sumber yang lain dengan
mengkritik sumber-sumber tersebut.

169

Asas Kebudayaan Barat: Zaman Pencerahan
Pencerahan (enlightenment) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku sekitar tahun 1650
hingga 1800. Zaman ini melahirkan pemikiran liberal dan moden. Perintis gerakan intelektual
ialah kalangan ahli falsafah. Lebih tepat lagi mereka adalah rasionalis atau kelompok rasional.
Mereka mempunyai jiwa renaisans iaitu sifat kritikal terhadap sumber. Walaupun pendapat
mereka bercanggah tetapi mereka mempunyai asas pemikiran yang sama

Asas pemikiran mereka ialah membebaskan pemikiran manusia daripada mitos, fantasi
dan kepercayaan bahawa kebenaran boleh didapati secara mistisisme. Mereka menolak
penerangan teologi dan cuba menghapuskan pemikiran kolot dan lama. mereka cenderung
mengasingkan agama daripada ilmu pengetahuan dan menekankan pencapaian dunia melalui
ilmu pengetahuan bukannya agama. Mereka menolak pentafsiran alam semesta berdasarkan
kitab suci.

Walaupun kelompok rasional ini tidak menolak semua tentang agama tetapi mereka
cenderung menolak kemutlakan agama dan supernaturalisme yang terkandung dalam agama
kerana ia merupakan penghalang kepada toleransi, kebebasan dan penemuan ilmiah.

Kelompok rasionalis berpegang kepada keyakinan kepada tingkat rasional daripada alam
dan pada hukum-hukum ilmiah. Mereka merasakan diri mereka berkuasa penuh dalam memilih
dan menentukan sesuatu perkara. Mereka mengupas persoalan ghaib atau ketuhanan
berdasarkan akal mereka bukannya merujuk kepada kitab suci.

Kelompok rasionalis juga sangat yakin dengan diri mereka sendiri dan optimistik. Mereka
merasakan kemampuan akal mereka dapat mengatasi semua permasalahan termasuk perkara
ghaib.

170

Asas Kebudayaan Barat: Zaman Reformasi
Gerakan Reformasi dipimpin oleh Martin Luther bertujuan untuk membersihkan gereja Katolik
daripada kepincangan dan membebaskan diri daripada kongkongan Pope dan gereja katolik di
Rom.

Martin Luther mempersoalkan doktrin agama yang tidak ada dalam bible seperti
penyembahan patung Mary dan Saint yang dianggap menyeleweng daripada agama. Beliau juga
mempersoalkan konsep paderi sebagai orang perantaraan Tuhan dengan manusia. Beliau juga
berjuang agar bible diterjemahkan kepada bahasa tempatan.

Penjualan surat pengampunan dianggap perbuatan menjual agama dan paderi dilihat
seumpama Tuhan kerana boleh mengampuni kesalahan pesalah.

Menjelang tahun 1600, agama Kristian terbahagi kepada tiga iaitu Katolik, Protestan
(termasuk Anglican, Lutheran dan sebagainya) dan Ortodoks.

Peperangan antara penganut agama Kristian hampir 1 Abad lamanya sekitar abad ke 16
dan ke 17 Masihi. Antara nama peperangan itu ialah The Wars of Religion (1546-1648), The Thirty
Year’s War (1618-1648) dan Sectarian Wars. Dalam kes The Thirty Year’s War, Maharaja
Ferdinand II memburu pengikut Calvinisme dan Lutheranisme.

Di Sepanyol, Mahkamah Penyiasatan wujud selama 375 tahun (1478-1834) ini bertujuan
membanteras orang Islam dan Yahudi digunakan untuk membanteras orang Protestan. Penyiasat
Sepanyol, Torquemada telah membakar 2000 orang hidup-hidup.

Zaman Reformasi kepada kekejaman gereja dan gerakan penentangan terhadap teokrasi.
Malangnya yang berlaku apabila sesetengah orang Islam menyandarkan kekecohan zaman
Reformasi dengan ajaran Islam, institusi dan gerakan Islam.

171

Walaupun politik terkandung dalam Islam, Islam bukanlah teokrasi atau pemerintahan
agama. Islam bergerak sebagai penasihat kepada diri; ahli keluarga; sahabat; kejiranan;
masyarakat; negara dan empayar. Nasihat atas agama Islam bukannya mengikuti ideologi ciptaan
manusia atau akal fikiran sendiri.

Daulah Terpendam Mencaturi Dunia

“Soalan pertama yang kamu mesti jawab, siapa yang untung apabila suatu perkara berlaku?,
Kumpulan tersebut mendapat dana kewangan dari mana?. Dua soalan itu cukup untuk kamu
tahu siapa musuh sebenar kamu”

Daulah Terpendam (Deep State) ialah pemerintahan rahsia disebalik tabir pencaturan
ekonomi, politik dan sosial dunia. Mereka terdiri daripada beberapa buah keluarga yang
berpengaruh di dunia tetapi kehidupan mereka cuba disembunyikan daripada pengetahuan
orang awam. Antara keluarga yang terkenal ialah keluarga Rothschild dan keluarga Rockefeller.

Pengkaji menamakan organisasi ini sebagai New World Order Organization atau
Pemerintahan Dunia Baru. Kumpulan ini ditubuhkan ratusan tahun yang lalu untuk menunggu
kedatangan dajal. Jika kita melihat filem-filem Barat, seringkali unsur-unsur ini dimasukkan.
Keahlian kumpulan berperingkat dan bertingkat sehingga tidak mengenali antara satu sama
kecuali mengetahui simbol-simbol mereka.

Daulah Terpendam merupakan pendana kewangan dan penaja pemimpin dan organisasi
tertentu untuk dicaturi oleh mereka.

Daulah Terpendam mencaturi dunia melalui beberapa cara
1. Menyediakan acuan pemikiran yang diikuti oleh manusia. Acuan-acuan pemikiran ini

tidak semestinya sama bahkan bertentangan sehingga mencetuskan peperangan dan
pembunuhan antara satu sama lain.

172

2. Melatih pemimpin-pemimpin dan intelektual upahan.
3. Mendanai badan-badan pemikir dan pengkaji.
4. Mencetuskan peperangan dan revolusi
5. Menguasai ekonomi melalui proksi-proksi
6. Menguasai media massa
7. Menguasai kumpulan NGO
8. Menubuhkan kumpulan rahsia dan perisikan
9. Menubuhkan dan menguasai kumpulan kewangan
10. Mencetuskan budaya popular
11. Menubuhkan institusi pendidikan

Apa kaitan Daulah Terpendam dengan negara Malaysia?. Daulah Terpendam menentukan
usia pemerintahan sesebuah negara. Mereka melalui proksi mereka berada dalam dua pihak
bertentangan sehingga salah satu daripadanya menang. Menang boleh memerintah atau
menang mencetuskan peperangan dan perbalahan berpanjangan. Daulah Terpendam boleh juga
menguasai ekonomi dan gerakan sosial di negara kita. Ia tidak mustahil bagi mereka.

Pada 24 Oktober 2013, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) telah
mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi
PBB di Geneva menuntut kerajaan Malaysia mengiktiraf Lesbian, Transgender(pondan), Bisexual,
Gay, Intersex. Mereka juga mendesak kerajaan menghapuskan seksyen 377A Kanun Keseksaan
berhubung jenayah liwat. Siapakah COMANGO yang sebenarnya?.

Pada tahun 1970an, KGB (Badan Perisikan Rusia) cuba mendekati Persatuan Mahasiswa
Universiti Malaya (PMUM) dengan menghantar pelajar perempuan daripada Soviet Union.
Antara pendekatan Daulah Terpendam adalah menakluki jiwa anak muda dengan keradikalan
daripada ideologi dan protes terhadap kerajaan.

173

NGO Barat seperti The National Endowment for Democracy (NED), The International
Republican Institute (IRI), The National Democratic Institute (NDI), The Center for The Study of
Islam and Democracy (CSID) dan The Asia Foundation (TAF) mempunyai agenda tertentu di
negara-negara membangun. TAF umpamanya menaja pengajian Nucholish Majid atau Cak Nur
keluar negara, kepulangan Cak Nur menjadi kengerian dalam perjuangan Islam kerana menjadi
seorang liberalis.

Di Malaysia, beberapa badan pemikir dan yayasan kebajikan Barat seperti Asia Foundation
dan Konrad Adenauer Foundation telah bertapak begitu lama. KAF mempunyai hubungan baik
dengan IKD, badan pemikir Anwar Ibrahim dan badan pemikir Dato Seri Mohd Najib Tun Razak,
Malaysian Strategic Research Centre (Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia) pimpinan Abdul
Razak Baginda suatu masa dahulu.

Anak muda dan pemimpin mahasiswa seharusnya sentiasa berwaspada terutamanya yang
aktif dengan NGO liberal dan sosialis. Mereka mengunakan pendekatan halus untuk menarik para
pemimpin mahasiswa. Mereka mempunyai tiga sifat:

1. Taqiyah iaitu menyembunyi niat sebenar
2. Tauriah iaitu tidak bercakap benar atau mengubah suai kisah sebenar dengan niat

tidak jujur.
3. Strategi Izharul Islam, yakni berpura-pura sebagai sebahagian dari kelompok umat

Islam namun dari “dalam” menghancurkan Islam.

Pendekatan NED untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan;
1. Melakukan kerja batu api dengan memprovokasi aktiviti kepembangkangan.
2. Bantuan kewangan kepada parti pembangkang
3. Menyatukan parti pembangkang pelbagai ideologi dibawah satu payung.
4. Peranan media massa
5. Menjejaskan ekonomi
6. Mengunakan media sosial

174

Penggerak SEPILIS

Badan utama penggerak SEPILIS ialah Dewan Hubungan Luar Negeri Amerika Syarikat Council
on Foreign Relation (CFR). Ia menentu polisi Kerajaan Amerika Syarikat dan dunia. Antara institusi
yang mengkaji dan menyelidik serta membantu Kerajaan Amerika Syarikat ialah Brookings
Institute, RAND Coporation, Middle East Institute, Carnegie Endowment for International peace
dan Hudson Institute.

Pendekatan SEPILIS

Barat membina kehendak dan aspirasi mereka melalui wacana, nasihat pakar, laporan, perisikan
dan media. Barat menyediakan kerangka pemikiran melalui ideologi yang kelihatan tesis versus
antitesis tetapi ia sememangnya dicipta untuk sentiasa berkonflik. Tak kisah kelompok mana yang
menang kerana pemenang sebenar adalah daulah terpendam.

Barat juga menyediakan [1] dana, [2] barangan/bahan termasuk buku dan senjata, [3]
penasihat atau jurulatih, [4] pengkaderan, [5] biasiswa , [6] promosi dan [7] boneka.

Dana banyak diberi kepada NGO-NGO tempatan. Dana menjadi senjata jangka masa
panjang dalam mengubah pendirian dan pegangan rakyat yang kuat dengan Islam.

Kelompok SEPILIS, pendokong dan teman seaspirasi dengan mereka menerima bahan-
bahan dan penasihat-penasihat. Bahan seperti buku sememangnya kelihatan baik terutamanya
pemberian buku-buku oleh yayasan-yayasan tertentu seperti Yayasan Asia. Pemberian mereka
biasa mempunyai agenda tersirat terutamanya mengubah minda orang tempatan melalui bahasa
dan pendidikan. Mereka mengirim para guru. Begitu juga bantuan ketenteraan di Afghanistan
berserta jurulatih dan penasihat kepada tentera Mujahidin ketika tahun 1980an.

175

Program pengkaderan melalui latihan jangka masa pendek sebagaimana Sekolah
Demokrasi (SEKDEM) DAP dan Sekolah Politik (SEKPOL) IKD. Kader-kader akan bergerak di
kampus membawa pandangan alam pendokong SEPILIS dan seaspirasi dengannya. Alumi
program seumpama mereka akan bergerak dalam masyarakat.

Bagi sesiapa yang ingin mendapat biasiswa untuk belajar di negara Barat, biasanya
penemuduga akan bertanya, “Mengapa kami perlu memberi anda biasiswa dan tidak kepada
orang lain?. Jika kami berikan anda biasiswa, apa yang anda lakukan setelah 10, 15 tahun akan
datang?”. Apa yang tersirat daripada pertanyaan ini ialah bahwa biasiswa ini bertujuan
menjadikan para pelajar sebagai kader dan pemimpin dibawah kawalan mereka di negara
masing-masing.

Promosi dilakukan melalui media sosial untuk mengubah minda rakyat dan umat Islam.
Pendokong SEPILIS juga bergiat dalam rancangan remaja seperti 3R dalam mempromosi gaya
hidup Barat. Antara gaya hidup Barat ialah pemakaian kondom dalam melakukan hubungan seks
walaupun belum berkahwin.

Pemimpin palsu dan intelektual bebal merupakan menjadi boneka bagi Barat
menjalankan tugas-tugas pemerintahan sesebuah negara seperti di Afghanistan oleh bekas
Presiden Hamid Karzai.

Berwaspada Dengan Musuh Islam

Kebudayaan Barat (Barat) datang melalui (1) serangan bersifat kekuasaan Imperialis Anglo-
Amerika dan sekutu mereka seperti serangan tentera dan sekatan ekonomi, (2) membentuk
proksi termasuk pemimpin dan organisasi tertentu dan (3) serangan pemikiran, penerapan
ideologi, budaya dan sebagainya. Acuan Kebudayaan Barat dapat dihasilkan tanpa dididikkan
langsung daripada mereka. Pengikut buta hanya ikut Kebudayaan Barat secara melulu dan
menolak kebenaran Islam serta kehilangan jati diri.

176

Islam tidak memusuhi orang bukan Islam. Musuh Islam ialah penentang agama Islam
secara terbuka, dan mengancam dan menyerang (menceroboh) umat Islam (al Baqarah: 216).
Tiada masalah menolak Islam dengan cara tertutup atau sembunyi, dalam hati dan dengan hujah
melalui forum, buku dan seminar dengan syarat tanpa emosi dan tidak mengancam serta
menfitnah Islam. Tiada paksaan kepada orang Bukan Islam menganuti Islam (al Baqarah: 256).
dan Islam menghormati dan mengakui Orang Bukan Islam mengamalkanagama mereka (al-
Kafirun: 6).

Islam telah mengariskan beberapa perkara yang perlu waspada dalam menjalin hubungan
dengan Kebudayaan Barat. Ia bukan bersifat memusuhi tetapi berwaspada. Dalil-dalil al Quran
yang menerangkan tentang jalinan hubungan antara Umat Islam dengan Orang Kafir.

Jangan taat kepada orang kafir kerana itu akan membawa kita ke arah kekufuran (Ali
Imran: 149:150).

Kebencian terhadap Islam dapat dilihat pada pertuturan dan tindakan musuh Islam.
Jangan mengambil orang bukan kalangan kamu termasuk bukan Islam dan proksi sebagai orang
yang dipercayai (Ali Imran: 118). Orang bukan kalangan kamu termasuk bukan Islam dan proksi
Kebudayaan Barat terutamanya sekularis dan liberalis.

Islam melarang kita melakukan perkara yang salah (Ali Imran: 110) termasuk menerima
ideologi ciptaan manusia.

Kelompok Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepada Umat Islam
selagi Umat Islam tidak menurut agama mereka (al Baqarah: 120).

Jangan menjadikan kelompok Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat umat Islam. (al
Maidah: 51-52, an Nisa: 144). Bersahabat dengan sifat waspada.

177

Kemenangan hak mutlak Allah (Ali Imran:160). Jangan sangka kemenangan berpunca
daripada Umat Islam bersekutu dengan Bukan Islam. Kemenangan dengan izin Allah.

Orang kafir saling bantu membantu sesama orang kafir (Al Anfal: 73). Walaupun musuh
kelihat berbeza dan saling benci membenci antara satu sama lain. Pemusuhan dengan Islam
dapat menyatukan mereka. Lihat Perang Salib dan peperangan di Syria (2015) dimana Rusia dan
Amerika menyerang musuh yang sama (ISIS) walaupun mereka pihak yang bertentangan.

Jangan sampai menjadi fasik apabila menjadikan orang kafir dan musyrik sebagai teman
rapat umat Islam (al maidah: 80-18). Ekoran terlebih bertoleransi yang melampaui batas iman
dan kufur dengan Bukan Islam, akhirnya menjerumus Umat Islam ke lembah kefasikkan.

Jangan mengambil orang yang menjadikan agama Islam sebagai ejekan dan permainan
mereka sebagai teman rapat dan penolong umat Islam (al Maidah: 57). Orang Bukan Islam dan
sesetengah orang Islam suka menjadikan Islam sebagai bahan ejekan dan permainan mereka,
jangan jadikan mereka sebagai sahabat, sekutu dan pembantu.

Kedengkian ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terhadap umat Islam menyebabkan mereka
suka Umat Islam meninggalkan agama Islam (al Baqarah: 109).

Kesukaran akan berlaku apabila Umat Islam membuat perjanjian dengan orang kafir dan
musyrik kerana mereka tak menghormati hubungan kerabat dan perjanjian setianya. Mereka
hanya menyukakan umat Islam dengan kata-kata yang manis sedangkan hati mereka menolak
Islam (at Taubah: 8).

Orang kafir sanggup membelanjakan harta mereka untuk menghalang manusia dari jalan
Allah (al Anfal: 36). Jangan jadikan ahli keluarga sebagai pendamping jika mereka memilih kufur
(at taubah: 23).

178

Jangan sesekali Umat Islam mengambil musuh Allah dan musuh Umat Islam sebagai
teman rapat dengan cara menyampaikan maklumat-makulmat rahsia kepada mereka. (al
Mumtahinah: 1).

Dana Asing Untuk Revolusi dan Tranformasi Negara
Bantuan dana asing dibahagikan kepada dua iaitu dana ketenteraan dan dana penyebaran
ideologi. Bantuan dana diberi kepada organisasi masyarakat sivil dan parti politik supaya ideologi
dipromosi dan dilaksanakan di negara-negara tertentu.

Di Malaysia, dana diberi kepada NGO dan parti politik untuk demokrasi, pendemokrasian,
promosi demokrasi-liberalism-pluralisme. Antara pendana asing yang aktif di Malaysia ialah
National Endowment for Democracy (NED), The Asia Foundation (TAF), Open Society Foundation
(OSF), Konrad Adenauer Stiftung (KAF) dan lain-lain. Antara badan yang pernah menerima
bantuan asing ialah IKD, Malaysiakini dan BERSIH.

Penerimaan dana asing atas nama berpihak kepada pendana dan ada atas bantuan
kebajikan. Walaubagaimanapun, kebanyakan penerima bantuan akan berpihak kepada pemberi
dana secara terus atau seapirasi yang sama.

Selain dana asing, NGO dan parti politik juga menerima dana daripada taikun-taikun
perniagaan tempatan. Campurtangan taikun perniagaan disebalik tabir bukan perbuatan yang
baik. Dalam kes parti politik, kepimpinan parti sudah tentu termakan budi dengan para taikun
tersebut. Taikun-taikun ini juga rapat dengan kongsi-kongsi gelap Cina.

Kemenangan PH dilihat disokong oleh ramai taikun perniagaan. Antara yang terkenal ialah
Robert Kuok. Wakil para taikun ini dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan, satu badan
paling berkuasa pada era 100 hari pemerintahan PH.

179

Kelompok Evangelis32
Kelompok Evangelis berada dimana-mana posisi dalam NGO, parti politik33 dan kerajaan. Beza
mereka dengan orang Kristian ialah mereka membawa Misi Perang Salib34 melalui kristianisasi.
Kita tidak menghalang mereka menganuti, mengamalkan dan menyebar agama Kristian dengan
syarat mematuhi undang-undang negara ini.

Paling bahaya, kelompok Evangelis menyelinap masuk ke dalam politik kekuasaan.
Mereka mengunakan politik kekuasaan untuk menegakkan Misi Perang Salib mereka. Ini sudah
tentu mencetuskan ketidakstabilan politik dalam negara ini. Mereka adalah mubaligh Kristian
yang menggunakan pendekatan sopan tetapi tajam menusuk.

Tentang kelompok Evangelis, ramai orang Muslim memuji akhlak dan kebaikan mereka.
Kita mudah hanyut dengan kebaikan mereka. Pada masa yang sama, mereka menjalankan misi
Perang Salib mereka.

32 Golongan ini dikatakan tidak lagi membawa fahaman sebenar Kristian tetapi membuat tafsiran dengan
bersandarkan motif politik dan juga dikaitkan dengan konflik yang berakhir dengan keuntungan dari penjualan
senjata. Fahaman mereka ini berdasarkan teologi “Dominisme” – yang mahu menakluk, merampas dan
memerintah dunia. Rujuk tulisa haji Abdul Karim, https://akarimomar.wordpress.com/category/pelampau-
evangelis/,
33 https://www.youtube.com/watch?v=v29HuV_Mfd4, https://www.youtube.com/watch?v=iI-kVj7C94U,

34

https://www.facebook.com/AlFaqirMuhammadAsyraf/videos/1842894855763297/?q=evangelis%20negeri%20se
mbilan&epa=SEARCH_BOX, https://www.youtube.com/watch?v=YMNLO8hY2Ws&pbjreload=10

180

Bab 10
Gerakan Islam Rebah Dalam Selimut SEPILIS
“Saya yakin, disamping Tunisia, negara seperti Malaysia, Indonesia, Morocco dan Turki boleh
menjadi negara contoh di dunia walaupun kita belajar dari Timur Tengah,”

Lim Kit Siang
Dalam bab ini, kita dapat;

1. Pengaruh Ikhwanul Muslimin dalam politik Islam Antarabangsa
2. Menerima kehendak akal dan nafsu dengan memenuhi agenda dan aspirasi Barat adalah

satu kehinaan bagi Islam dan umat Islam.
3. Melihat pengaruh kelompok progresif dan pembaharuan di Maghribi, Turki, Tunisia dan

Malaysia.
Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS) bermula apabila sarjana Islam dan
pemimpin Islam yang palsu mencampur aduk pandangan antara kebenaran disisi Allah dan
pemikiran berasaskan ideologi. Ada yang betul-betul menganuti faham SEPILIS dan ada yang
membawa aspirasi SEPILIS (lebih tepat: Barat).

Muslim Moderat dan Muslim Demokrat adalah aspirasi daripada kehendak Barat yang
berdasarkan kehendak aqal dan nafsu sahaja. SEPILIS telah dibalutkan dengan pakaian Islam
sehingga membawa fitnah kepada umat Islam.

Muslim Demokrat dan Anwar Ibrahim

Dato Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO serta
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Pengerusi World Forum for Muslim
Democrats. Beliau bersama B.J Habibie, Abdullah Gul, Dr. Tariq Ramadhan (cucu Imam Hassan al

181

Banna) dan Rashid Ghannousshi menjadi pengerak utama gagasan Muslim Demokrat peringkat
antarabangsa.

Anwar Ibrahim, seorang negarawan yang rapat dengan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa, pemimpin politik dan sarjana Barat. Beliau antara tokoh ternama yang rapat dan
mendapat penghormatan daripada Pusat Kajian Islam dan Demokrasi (CSID) dan Institut
Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) yang berpusat di Amerika Syarikat.

Muslim Demokrat: Memenuhi Impian DAP?

Parti Tindakan Demokratik (DAP) memainkan peranan dalam Persidangan Muslim Demokrat
Pertama yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Kemudian DAP melakukan lawatan ke Jordan dan
Mesir. Zairil Khir Johari menulis, ‘Mulai 13 April hingga 15 April 2015, rombongan Ahli Parlimen
DAP yang diketuai oleh Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang telah
membuat lawatan ke Jordan. Anggota-anggota rombongan lain adalah Ahli Parlimen Seputeh
Teresa Kok, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari,
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, serta beberapa staf sokongan.’

‘Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari dengan lebih mendalam budaya dan
dinamik politik Asia Barat, khususnya berkenaan gerakan siasah Islam yang makin berkembang
di rantau ini. Dalam pada itu, kami telah berjumpa dan berdialog dengan pelbagai organisasi
bukan kerajaan seperti Phoenix Center Jordan dan Debate Foundation, serta tokoh-tokoh ilmiah
seperti Dr Mohammad Abu-Rummah daripada University of Jordan dan Dr Fathi Malkawi
daripada International Institute of Islamic Thought.’

DAP juga mengadakan lawatan ke Tunisia dan Turki, kubu kuat Muslim Demokrat melalui
parti an Nahda dan pemimpin mereka, Sheikh Rashid Ghannousshi. Ahli Parlimen DAP Bukit
Bendera, Zairil Khir Johari, berkata mereka membuat kunjungan hormat kepada Presiden
Ennahdah, Sheikh Rached Ghannouchi membincangkan pelbagai bidang termasuk kepentingan

182

permuafakatan politik antara semua pihak dan Maqasid Syariah yang menekankan kepentingan
nilai berdasarkan konsep Rahmatul-Lil-Alamin. Di Turki, delegasi DAP menemui Abdullah Gul,
mantan Presiden Turki. Liew Chin Tong35 mencatat, ‘Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkongsi
visi beliau dengan bekas Presiden Turki Abdullah Gul. Kit Siang harap demokrat Islam dan
demokrat sosial sedunia dapat berdialog supaya menyelesaikan masalah serantau dan dunia.”
(16.10.2015)

Terbaru, DAP melawat Indonesia

dan mengunjungi Setiausaha Agung

Nahdlatul Ulama merangkap jurucakap

Abdul Rahman Wahib atau Gus Dur,

Yahya Cholil Staquf dan bekas Ketua

Umum Muhammadiyyah, Ahmad

Syafiee Maarif. Delegasi DAP juga

bertemu dengan Goenawan

Mohammad, penulis liberal yang

terkenal, Ulil Abshar Abdalla bapa Jaringan Islam Liberal (JIL), pemikir syiah Jalaluddin Rahmat,

Pengarah Center for Study of religion and Culture, Irfan Abu Bakar dan setiausaha agung parti

Solidaritas Indonesia, Raja Juli Antoni. Pihak DAP juga bekerjasama dan berbincang dengan

intelektual seperti Prof Dr. Purwo Santoso, Novriatoni Kahar dan Lufti Assyaukaunie.

35 Tokoh muda meningkat naik dalam DAP. Chin Tong merupakan seorang penyelidik DAP. Beliau pernah menjadi
Pengarah Eksekutif Penang Institute, Pengarah Eksekutif SERI (Socio-Economic and Environmental Research
Institute) dan penyelidik pelawat di ISEAS (Institute of Southeast Asian Studies), Singapura.

Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif REFSA (Research For Social Advancement), satu badan pemikir yang
pernah bekerjasama dengan NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED (National Endowment for
Democracy), satu-satu badan yang menjadi perintis untuk menggerakkan BERSIH di Malaysia pada tahun 2005.

183

Perkembangan Demokrat-Moderat Islam

Pasca Islamisme dan Muslim Demokrat membuahkan hasil yang ditanam oleh para orientalis
Barat. Hasilnya ialah apabila gerakan Islam serata dunia berubah menjadi moderat. Perubahan
terbahagi kepada

1. Memisahkan fungsi antara gerakan Islam dan parti politik secara berasingan.
2. Menjadi sebuah parti politik sekular-demokrat yang bebas daripada pengaruh Islam dan

gerakan Islam.
Kebiasaannya mengunakan istilah ‘keadilan’, ‘pembangunan’ dan ‘kemajuan’ dan
‘kebebasan’ pada nama parti mereka. Antara parti tersebut ialah Justice and Development Party
(PJD) Maghribi, Parti Keadilan Nasional (KEADILAN) Malaysia, Freedom and Justice Parti (FJP)
Mesir, Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia dan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP)
Turki.

Menurut Ulil Abshar Abada, perkataan ‘kebebasan’ pada nama parti-parti yang dikatakan pro
Islam menunjukkan pengaruh liberal sedang membiak cergas dalam parti tersebut. Pada hemat
penulis, perkataan keadilan, kebebasan dan pembangunan seringkali digunakan oleh kelompok
SEPILIS (Pasca-Islamimse) menjadi simbol berkembangnya pengaruh Sekularisme dan
Liberalisme dalam sesebuah gerakan Islam.

Antara idea-idea dan pendekatan kelompok SEPILIS (Demokrat-Moderat) ialah

 Bergerak dalam ruang lingkup politik dalam kerangka ‘nation state’ iaitu bergerak dalam
kerangka Perlembagaan Persekutuan.

 Menjana gagasan neo-fundamentalisme ke arah penyatuan ummah yang universal
berteraskan syariah.

 Tindakan politik perlu mengatasi ideologi sesebuah organisasi.

184

Ikhwanul Muslimin Antarabangsa Mengalami Krisis Kecelaruan Fikrah?

Setelah diharamkan di Mesir dan diasak dengan kekerasan, ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin
Mesir bertindak berhijrah ke luar negara terutamanya di negara-negara Barat. Penghijrahan para
pemimpin senior Ikhwanul Muslimin Mesir, Syria, Iraq dan Timur Tengah yang lain ke Barat
melahirkan pelbagai aliran pemikiran dan pendekatan yang baru dalam Ikhwanul Muslimin
terutamanya menghadapi hubungan dengan Barat.

Kebanyakan pemimpin senior Ikhwanul Muslimin menubuhkan kumpulan tersendiri yang
rohnya masih terikat dengan Ikhwanul Muslimin. Individu-individu ini mewujudkan pendekatan
yang tersendiri berdasarkan pemikiran, pengalaman dan pengaulan mereka. Kader-kader baru
yang ditarbiah mereka masih mengikut fikrah Ikhwanul Muslimin yang asal tetapi banyak
dipengaruhi oleh keperibadian dan pemikiran daripada bagasi pengalaman para pentarbiah
mereka. Kepelbagaian pentafsiran pemikiran ini dan ketaatan berdasarkan pengaulan dengan
pemimpin Ikhwanul Muslimin tertentu menyebabkan kelahiran pelbagai kumpulan Ikhwan
walaupun di tempat yang sama. Perkara ini disebabkan mereka ditarbiah oleh tokoh yang
berbeza dan di negara yang berbeza. Kepelbagaian kumpulan ini akhirnya mencetuskan
persaingan sesama sendiri kumpulan-kumpulan yang mengaku Ikhwan di sesebuah tempat yang
sama. Paling teruk ialah apabila sebahagian Ikhwan ini menganuti pemikiran SEPILIS yang selari
dengan aspirasi dan kehendak Barat.

Di Malaysia, terdapat beberapa aliran pemikiran Ikhwan. Pertama, kelompok yang
menyertai organisasi Islam bersifat mata rantai Islam yang paling awal ditubuhkan dan masih
berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, kelompok yang menubuhkan kumpulan baru.
Kebanyakan kader Ikhwan yang balik dari Barat menyertai organisasi Islam yang sedia ada di
tempat sendiri iaitu PAS dan ABIM ketika itu. Masalah yang timbul ialah apabila kader-kader
Ikhwan ini mula mewujudkan jemaah dalam jemaah sehingga berlakunya persaingan kuasa

185

antara puak dalam jemaah Islam. Selepas banyak permasalahan berlaku, mereka keluar
daripada organisasi mata rantai Islam (organisasi Islam yang tidak berba’ah dengan Ikhwan) dan
membentuk organisasi Islam yang baru. Ketiga, kelompok yang terpengaruh dengan pemikiran
SEPILIS.

Di negara kita sendiri, organisasi yang mengaku sebagai wakil Ikhwan berkiblat
berdasarkan tokoh-tokoh senior Ikhwan. HALUAN Malaysia lebih mendekati Ikhwan Iraq dan
Mesir. ISMA lebih dekat Ikhwan Mesir. IKRAM lebih dekat dengan Ikhwan Antarabangsa, Mesir
dan UK. ABIM sebagai mata rantai gerakan Islam sedunia lebih dekat dengan Ikhwan
Antarabangsa dan Ikhwan di USA melalui IIIT dan WAMY. PAS pula dekat dengan Ikhwan
Antarabangsa dan Ikhwan Mesir.

Salah seorang senior Ikhwanul Muslimin, Syeikh Prof Dr Hesham Hosni Sakr menyatakan,
yang bertanggungjawab ke atas perpecahan yang berlaku ialah qiyadah atau pimpinan. Mereka
tidak dapat mengawal orang bawahan dan kader-kader mereka serta gagal bertindak secara bijak
dalam menghadapi ketidak-puasan hati mereka. Dalam menghadapi persengketaan ini, kader
Ikhwan perlu mempunyai sikap memaafkan dan bertoleransi dalam jemaah dan jemaah lain yang
turut mengakui kumpulan Ikhwan.

Idea penubuhan International Institute of Islamic Thought (IIIT) diutarakan dalam sebuah
persidangan yang dihadiri oleh tokoh-tokoh utama gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa termasuk Dr Yusuf al-Qaradhawi pada tahun 1977 di Lugano, Switzerland yang
dinaungi oleh Persatuan Muslim Saintis Sosial atau Association of Muslim Social Scientists
(AMSS). Pertubuhan Pelajar Muslim atau Muslim Student’s Association (MSA) adalah pertubuhan
pertama dibawah pengaruh Ikhwanul Muslimin diwujudkan di Amerika Syarikat.

Secara rasmi, IIIT ditubuhkan pada tahun 1981. Antara pengasasnya ialah Ismail Raji Al-
Faruqi, Abdul Hamid Abu-Sulayman, Dr. Taha Jabir Al-Alwani, Dr. Jamal al-Barzinji, Ahmad Totonji
dan Anwar Ibrahim terdiri daripada MSA, AMSS dan Persidangan Belia Islam Antarabangsa atau
World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Jamal al-Bazinji, Dr. Hisham Yahya Altalib dan Abdul
Hamid Abu-Sulayman dari Ikhwanul Muslimin di negara masing-masing.

186

Pada tahun 1998, Pusat Kajian Islam dan Demokrasi (CSID) ditubuhkan dalam usaha
senior-senior Ikhwanul Muslimin cuba merapatkan hubungan dengan Jabatan Negara, Amerika
Syarikat (Barat). Antara anggota awal Lembaga Pengarah CSID ialah Jamal Barzinji dan Taha Al-
Alwani, kedua-duanya dikaitkan dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT). Antara
pengasas utama IIIT ialah Dato Seri Anwar Ibrahim. CSID telah berhujah bahawa kerajaan AS perlu
menyokong gerakan Islam di negara-negara asing, mempertemukan sarjana-sarjana dan aktivis-
aktivis bagi menggalakkan demokrasi dalam dunia Islam. CSID menerima sokongan kewangan
daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat dan National Endowment for Democracy. CSID telah
menerbitkan risalah Muslim Democrat untuk menerangkan dan mempromosikan Muslim
Demokrat.

CSID mengemukakan tokoh terkemuka yang boleh dicontohi ialah Anwar Ibrahim
(Malaysia), Saadeddine Al-Othmani (Maghribi) dan Abdurrahman Wahid (Indonesia). Anwar
Ibrahim pernah dinobatkan dengan Anugerah Muslim Moderat 2005 oleh CSID. Konsep Muslim
Demokrat adalah evolusi daripada konsep Muslim Moderat yang digerakkan oleh CSID untuk
mendekatkan demokrasi dengan umat Islam seterusnya agenda mendekatkan Islam dengan
Barat dan Islam mesti mengikut kehendak Barat.

Kelompok ini mula menerima sekularisme yang dianggap sekularisme baik. Mereka
menerima orientalis yang kononnya ada orientalis pro Islam. Mereka menerima pluralisme yang
dikatakan pluraliti. Liberal dikatakan keterbukaan, kesederhanaan dan rasional. Mereka menolak
konsep Negara Islam dan Perundangan Islam atas konsep maqasid syariah dan rahmat untuk
semua.

Sikap bermudah-mudahan menerima pemikiran dan pendekatan mengikut kehendak
Barat atau memenuhi aspirasi Barat banyak menghasilkan pemikiran yang diteledorkan daripada
prinsip amal Islami yang bertunjangkan kebenaran nas al-Quran dan as-Sunnah. Akhirnya,
kemuliaan atau izzah Islam sebagai satu sistem peraturan hidup mula tergadai dinodai oleh

187

pemikiran ciptaan manusia berdasarkan kehendak akal dan nafsu manusia. Hak Allah telah
dinafikan.

Orang ramai mudah terkeliru dengan pemikiran kelompok reformis-progresif dengan
kelompok SEPILIS. Hakikat sebenarnya, mereka membawa pemikiran yang sama. Jika dilihat,
mereka boleh saling bahu membahu dalam pelbagai program dan mempunyai kebulatan
sependapat dalam banyak isu serta jarang mengkritik sesama mereka. Cuba kita melihat aktiviti
IRF, Institut al Qayyim dan Penang Institute. Keterlibatan sarjana dan ulama Islam bersama
pendokong SEPILIS melahirkan istilah baru iaitu Salafi Demokrat.

Setiap pemikiran dihasilkan [1] aspirasi daripada Barat, [2] didanai oleh Barat dan [3]
meneruskan agenda Barat MESTI ditolak. Hujah al-Quran dan As-Sunnah dicelup untuk
memperlihatkan ia sebagai produk pemikiran Islam tetapi sebenarnya mempunyai agenda
tersirat Barat menjauhi umat Islam daripada memahami Islam secara holistik.

Krisis Kepimpinan Dalam Gerakan Islam

Tulisan di bawah cuba menonjolkan perubahan yang dilakukan oleh kelompok Progresif-Reformis
dalam gerakan Islam. Penulis mengambarkan ia sebagai kelompok SEPILIS kerana hakikatnya
mereka memang membawa aspirasi SEPILIS atas nama perubahan. Mereka bimbang
mengunakan nama Islam kerana dapat mengurangkan undi dan kalah dalam pilihanraya serta
kehilangan kuasa.

Perjuangan Islam perlu berprinsip. Gerakan Islam mesti sanggup kalah atas nama prinsip
Islam. Jangan kita menjual Islam dan meninggalkan Islam atas kehendak dunia yang sementara.

1. Maghribi
Sebagaimana Jordan, politik Maghribi sangat rapat dengan institusi diraja. Hubungan gerakan
politik dengan Raja Maghribi perlu sentiasa rapat jika mahu berkuasa di Maghribi. Secara

188

formalnya, Maghribi mempunyai struktur dan institusi yang demokratis. Namun disebalik sifat
demokratis ini, struktur dan institusi ini dibayangi oleh sktruktur pemerintahan Makhzen iaitu
jaringan kerajaan yang menguasasi penentuan keputusan politik merangkap pengawal kepada
segala bentuk reformasi politik. Justeru, reformasi politik di Maghribi bersifat selektif.

Gerakan Politik Islam paling awal di Maghribi dikenali sebagai Shabiba al-Islamiyah (Belia
Islam) yang ditubuhkan pada tahun 1972 oleh bekas nasionalis, Abdelkarim Moutia. Shabiba
adalah sebuah gerakan fundamentalis Sunni dan ahli-ahlinya telah diisi oleh guru-guru dan
pelajar yang Moutia menekankan kepada pentarbiyyahan dan pendidikan. Shabiba juga
mempunyai sayap separa tentera dibawah pimpinan Abdelaziz Nouamani.

Pada tahun 1975, anggota Shabiba telah dituduh membunuh salah seorang pemimpin
politik dikenali Omar Benjelloun. Pembunuhan ini memberi alasan kepada Kerajaan Maghribi
untuk mengetatkan kawalan ke atas organisasi. Moutia melarikan diri ke Arab Saudi
meninggalkan kumpulannya yang kucar-kacir.

Pada awal tahun 1980-an politik Islam telah mula mengumpul momentum sebenar di dalam
kerajaan. Sisa-sisa Shabiba telah berpecah kepada beberapa organisasi yang lebih kecil. Antara
pemimpin Shahiba yang sederhana ialah Abdelilah Benkirane menubuhkan Ahl al-jamaah
Islamiyah dan dijenamakan semula sebagai Hizb al-Ahdala wa Tanmia (Parti Keadilan dan
Pembangunan).

Abdelaziz Noumani menubuh Harakat al-Mujahidin al-Maghrabia (Maghribi Mujahideen
Movement). Kumpulan-kumpulan militan yang terlibat dalam beberapa siri bantahan pada awal
tahun 1980-an dan terlibat dalam pengemboman. Pada masa ini, sisa-sisa lain Shabiba
meninggalkan negara ini dan mengikut Moutia sama ada pergi ke Iran, selepas telah diilhamkan
oleh revolusi Islam atau pergi berperang di Afghanistan.

Pemimpin moderat Shahiba bergerak dengan nama Pergerakan Perlembagaan dan
Demokratik yang ditranformasikan sebaga Pergerakan Perpaduan dan Reformasi. Pada tahun
1998, Pergerakan Perpaduan dan Reformasi telah ditranformasikan sebagai Parti Keadilan dan

189

Pembangunan (PJD). Antara pemimpin utama PJD ialah Abdelillah Benkirane, Abdelkrim al-Khatib
dan Saadeddine Othmani.

PJD mengamalkan pendekatan politik penyertaan dalam kerajaan, pembangkang dan
mengetuai pemerintahan. PJD pernah memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri
Parti Sosialis Youssoufi walaupun kekal sebagai pembangkang.

Sejak akhir tahun 1990an, PJD lebih fokus mempertahankan kepentingan rakyat. Ia telah
menjadi organisasi yang lebih terbuka yang semakin menarik pengundi, ahli, dan calon-calon
daripada pelbagai lapisan masyarakat Maghribi. PJD telah memberi tumpuan kepada usaha
meningkatkan ketelusan dan memerangi rasuah.

Kemuncak kejayaan PJD ialah pelantikan Abdelillah Benkirane sebagai Perdana Menteri
Maghribi pada 29 November 2011. PJD mengamalkan konsep Muslim Demokrat. Saadeddine
Othmani antara tokoh berpengaruh dalam konsep Muslim Moderat dan Muslim Demokrat sudah
tentu banyak mempengaruhi pucuk pimpinan PJD. Pengasingan antara jemaah dan parti politik
telah berlaku dalam PJD. Agama Islam telah menjadi amalan peribadi bukannya agenda negara.

Lihat kenyataan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi;“Jika saya
mendapat tempat di dalam kerajaan, ia tidak akan jadi sekiranya saya memberitahu wanita
muda berapa sentimeter skirt mereka harus memakai untuk melindungi kaki mereka. Itu bukan
urusan saya. Ia tidak mungkin, bagaimanapun, untuk sesiapa sahaja untuk mengancam punca
kebebasan awam di Maghribi "

Perkara ini menunjukkan urusan agama adalah urusan peribadi. Kenyataan sebegini
secara langsung mempunyai ciri-ciri sekelompok Islam sudah diliberalisasi.

2. Tunisia
Kebangkitan rakyat Tunisia memarak pada 17 Disember 2010 apabila Mohammed Bouazizi
seorang peniaga jalanan membakar dirinya dalam membantah penyalahgunaan kuasa dan
rasuah kerajaan sehingga mencetuskan protes berpanjangan. Pada 14 Januari 2011, Presiden
Tunisia, Ben Ali telah melarikan diri ke Arab Saudi.

190

Pada 23 Oktober 2011, pilihan raya Parlimen telah diadakan. Parti an Nahdah telah
memenangi 89 daripada 217 kerusi Dewan Negara. Sebanyak lebih 90 peratus keluar mengundi
di sesetengah kawasan. An-Nahdah membentuk pakatan dengan dua parti bukan agama,
Ettakatol dan Kongres Parti Republikan.

Kontroversi tercetus apabila Setiausaha Agung An-Nahdah, Hamadi Jebali kerajaan baru
Tunisia sebagai khalifah Islam yang keenam menyebabkan Parti Ettakatol untuk menggantung
penyertaan dalam gabungan pemerintahan baru. Kemudian ia menarik balik keputusan tersebut.

Hamdi Jebali dipilih sebagai Perdana Menteri Tunisia. Moncef Marzouki Kongres untuk
Parti Republik dicalonkan untuk jawatan Presiden Tunisia. Calon Ettakatol, Mustafa Ben Jaafar
dinamakan sebagai Speaker Dewan Negara.

Pada ulang tahun ke-56 kemerdekaan Tunisia dari Perancis, beribu-ribu berarak di Tunis
mendesak agar Tunisia menjadi sebuah negara sivil. Pada 24 Mac 2012, satu sidang media yang
dihadiri oleh 60 parti politik dan diketuai oleh bekas Perdana Menteri Essebsi mengkritik an-
Nahdah. Pada keesokkan harinya beribu-ribu orang rakyat membantah di Tunis menolak
penubuhan sebuah negara Islam. Parti An-Nahdah mengumumkan bahawa undang-undang
syariah tidak akan termaktub dalam perlembagaan baru.

Sepanjang tahun 2012-2013, 3 pengaruh yang penting dalam menentukan masa depan
Tunisia amnya dan Parti An-Nahdah khususnya iaitu [1] penolakkan sebahagian besar rakyat
terhadap Negara Islam dan perundangan Islam, [2] kemunculan kelompok Islam jalur keras iaitu
Ansar al Syariah dan [3] pengaruh kelompok Sekular (Sosialis, nasionalis dan bekas pemimpin
rejim- golongan berhaluan kiri atau ‘Gauchiste’ yang bermakna kiri dalam bahasa Perancis yang
bersikap anti-Islam dan juga anti an-Nahdah.). Rakyat kembali memilih tokoh sekular dan bekas
pemimpin rejim sebagai pemerintah baru Tunisia.

Pada tahun 2016, An-Nahdah melakukan penjenamaan semula dengan evolusi paling
besar dalam gerakan Islam di dunia apabila membuang ‘baju dakwah’. Dalam Persidangan Parti
Kebangsaan kesepuluh di Rades, Tunisia dari 20-25 Mei 2016. An-Nahdah memperbaharui visi
dan program untuk mengukuhkan identitinya sebagai parti politik demokrasi terbuka

191

berdasarkan nilai-nilai Islam. Pengasingan antara Islam dan politik bagi mengelakkan An-Nahdah
dituduh memanipulasi agama untuk kepentingan politik.

Kata Rashid Ghannousshi, "Kami meninggalkan politik Islam untuk memasuki demokrasi
Islam. Kami adalah demokrat Muslim yang tidak lagi membuat tuntutan politik Islam ". Tambah
beliau lagi, "Kami belajar untuk menguruskan kepentingan berbeza. Kita perlu belajar bagaimana
untuk hidup bersama, untuk hidup dengan perbezaan. "

Penjenamaan semula An-Nahdah disebabkan oleh dua faktor iaitu [1] konteks politik
Tunisia sebagai dinyatakan di atas dan [2] ‘ideologi’ yang dikenali Muslim Demokrat.

3. Turki
Turki adalah model terbaik Muslim Demokrat. Gabungan Abdullah Gul dan Rasid Tayyib Erdogan
membuktikan bahawa konsep Muslim Demokrat boleh melembutkan rejim sekular Turki yang
berteraskan kepada tentera, birokrat dan kehakiman.

Di Turki ada banyak jemaah Islam yang biasanya berakar-umbi daripada pemikiran
Badiuzzaman Said Nursi. Antaranya jemaah Nur, jemaah Hizmet-Gulen dan Milli Gorus. Madrasah
Milli Gorus digerakkan oleh Necmettin Erbakan berdasarkan pendekatan politik Islam. Daripada
madrasah Milli Gorus politik Islam berkembang dengan pelbagai nama parti politik dan NGO-
NGO.

Selepas Erbakan dan parti Refah ditumbangkan, kelompok Islamis menubuhkan parti
baru, parti Fazilet yang dipimpin oleh Rajai Kutan. Namun parti ini diharamkan. Pengharaman
mewujudkan dua kelompok dalam iaitu menyokong pendekatan gerakan Islam pimpinan
Erbakan dan kelompok moderat pimpinan Erdogan dan Abdullah Gul. Akhirnya, muncullah parti
Saadet pro Erbakan dan Parti keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Abdullah Gul dan
Erdogan. Bermula tahun 2002 hingga 2016 (tulisan ini), AKP dan Erdogan terus berkuasa di Turki
dengan pendekatan moderat, pragmatis dan sekular.

Kisah perpecahan dalam Parti Fazilet bermula apabila kelompok moderat merasakan
pendemokrasian dalam parti tidak ada ekoran penguasaan kelompok pro Erbakan. Dalam
pilihanraya Umum 1999 dan pilihanraya Majlis Perbandaran, prestasi Parti Fazilet telah merosot.

192

Abdullah Gul daripada kelompok moderat muncul menentang kepimpinan Rajai Kutan
yang pro Erbakan. Namun Abdullah Gul gagal dalam pemilihan parti dimana Kutan memperolehi
undi sebanyak 633 undi berbanding Abdullah mendapat 521 undi. Undi Abdullah Gul
mengambarkan kekuatan kelompok moderat.

Pengharaman Fazilet memberi peluang kepada dua pihak menubuhkan dua parti
berdasarkan pandangan dan pendekatan masing-masing. Parti Saadet ditubuhkan pada bulan
Julai 2001 yang mengunakan pendekatan Islam. Parti AKP ditubuhkan pada bulan Ogos 2001. AKP
bersifat sekular, moderat dan pragmatis walaupun mereka berlatar belakangkan Islam. Dalam
Pilihanraya Umum 2002, Saadet hanya mendapat 2.5% undi manakala AKP mendapat 34.3%.

Erbakan pemimpin agung Milli Gorus menyatakan Erdogan adalah produk gagal madrasah
Milli Gorus kerana melanggar prinsip Milli Gorus sepanjang pemerintahannya. Erdogan telah
mengadakan hubungan baik dengan pemimpin Yahudi termasuk dengan pemimpin Israel.
Banyak dasar-dasar pemerintahan Abdullah Gul dan Erdogan dikecam oleh Erbakan. Erbakan
menyeru Erdogan kembali kepada kesedaran Islam yang sebenar.

Madrasah Milli Gorus mengalami perpecahan apabila Parti Saadet berpecah ekoran
pengeseran dalaman. Pada tahun 2008, Kongres Parti Saadet telah memilih Numan Kurtulmus
sebagai Pengerusi Saadet. Dalam kongres Parti Saadet tahun 2010, Erbakan telah campurtangan
dalam pemilihan dengan mengemukakan senarai nama calon pilihannya (cai) yang terdapat
anggota keluarga terdekatnya. Numan Kurtulmus menolak senarai cadangan Erbakan walaupun
nama terdapat dalam senarai tersebut.

Keadaan menjadi tegang apabila perwakilan pro Erbakan memulau pemilihan. Numan
menang dalam pemilihan tersebut dengan undi 310 daripada 1250 perwakilan. Hanya 634
perwakilan mengundi berikutan menyokong pemulauan yang diseru oleh kelompok pro Erbakan.
Sokongan terhadap Numan semakin kurang menentu apabila khabar angin mengatakan beliau
akan menyertai AKP.

Kelompok pro Erdogan mengumpul tandatangan 600 perwakilan untuk memanggil
kongres luar biasa dan membawa isu pemilihan ke mahkamah. Mahkamah membatalkan

193

pelantikan Numan sebagai Pengerusi Parti Saadet. Pada 17 Oktober 2010, Erbakan kembali
menerajui Saadet. Numan menubuhkan parti baru iaitu Parti Suara Rakyat (HSP) pada 1
November 2010 tetapi pada bulan September 2012, HSP telah menyertai AKP.

4. Indonesia
Asal-usul Partai Keadilan Sejahtera (PKS) bermula apabila kader Rohis (BADAR Sekolah di
Malaysia) dan Jemaah Tarbiah (Jemaah Islam Kampus-JIK di Malaysia) mula mendominasi
kampus-kampus di Indonesia pada tahun 1980an. Mereka telah mendirikan Lembaga Dakwah
Kampus (Persatuan Mahasiswa Islam-PMI di Malaysia). LDK menjalankan usrah-usrah di kampus.
Pada tahun 1986, mereka semua bersepakat menubuhkan Forum Silaturahmi Lembaga Dakwah
Kampus (FSLDK). Dalam pertemuan tahunan ke-10 FSLDK di Malang pada 1998, mereka telah
sepakat untuk meluncurkan deklarasi penubuhan Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia-
KAMMI (sebagaimana GAMIS di Malaysia).

Era rejim Suharto, gerakan politik Islam ditindas. Mohammad Natsir melakukan
tranformasi Majlis Syura Islam (MASYUMI) yang diharamkan dengan menubuhkan Dewan
Dakwah Islamiyyah Indonesia (DDMI) dan membina kader-kader dakwah dalam LDK.

Setelah rejim Suharto tumbang pada era reformasi tahun 1998, para pemimpin KAMMI
bersepakat menubuhkan sebuah parti Islam dikenali Parti Keadilan (PK). Parti Keadilan telah
dideklarasikan di Masjid Al-Azhar, Kebayoran Baru, Jakarta, pada 20 Julai 1998 dan mengangkat
Nurmahmudi Isma'il sebagai presiden pertamanya. Apabila PK gagal dalam pilihanraya, para
pemimpin PK bersepakat melakukan penjenamaan semula dengan menubuhkan Parti Keadilan
Sejahtera (PKS) pada tahun 2002.

Dalam politik dalaman PKS, berlaku pertembungan dan persaingan antara dua puak
utama dalam PKS iaitu Faksi Kesejahteraan atau Faksi Pragmatis-realistik atau Faksi Moderat yang
lebih menghendaki agar PKS menjadi parti lebih inklusif, realistik berdasarkan keadaan di
lapangan, agresif dalam menarik sokongan masyarakat Bukan Islam. Faksi Keadilan atau Faksi
Idealis-Ideologi atau Faksi Fundamentalis mahu PKS kekal dengan nilai-nilai Islam yang
konservatif.

194

Faksi Kesejahteraan dimotori oleh Setiausaha Agung PKS Anis Matta, anggota FPKS DPR
Fachry Hamzah dengan sokongan dari Ketua Majelis Syuro PKS, Hilmi Aminuddin. Dengan
komposisi seperti ini, faksi ini sangat besar pengaruhnya dalam politik dalaman PKS. Kader PKS
yang mendapat pendidikan di institusi pendidikan tempatan dalam negeri terutamanya mantan
anggota Kesatuan Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) masuk kelompok moderat (“Faksi
Kesejahteraan”) yang berfikir lebih rasional.

Faksi Keadilan dimotori oleh Abu Ridho, Mashadi, dan Hidayat Nur Wahid. Abu Ridho
adalah tokoh yang sangat berjasa dalam menerjemahkan buku-buku tentang Ikhwanul Muslimin
ke Bahasa Indonesia. Abu Rido adalah juga menggerakkan Jemaah Tarbiah di Indonesia menjadi
Lembaga Dakwah Kampus (LDK), KAMMI pada 1998 dan muncul Partai Keadilan (PK) pada 1999.
Mashadi saat ini menjadi Ketua Umum Forum Umat Islam (FUI). Faksi Keadilan kebanyakan
dipengaruh oleh pemikiran Ikhwanul Muslimin dan ramai mendapat pendidikan di luar negara.

Kemuncak pertembungan ini berlaku pada tahun 2008 dalam Musyawarah Kerja Nasional
(MUKERNAS) di Hotel Inna Grand Beach, Sanur, Denpasar, Bali, pada 1 Februari 2008. Sebahagian
besar elit PKS mendeklarasikan PKS sebagai parti terbuka, yang bermaksud PKS akan menerima
calon non-Muslim bertanding atas tiket parti tersebut Ketua Dewan Syariah Pusat, Surahman
Hidayat menyatakan mendukung langkah tersebut. Keputusan ini ditentang habis-habisan oleh
salah seorang pengasas PK, Yusuf Supendi. Beliau menyatakan Ketua Majelis Syura PKS, Hilmi
Aminuddin, dan Setiausaha Agung PKS ketika itu, Anis Matta sebagai perancang utama PKS
menjadi sebuah parti inklusif.

Faksi kesejahteraan telah mengukuhkan pengaruh dan cengkaman mereka dalam
MUKERNAS kedua di Hotel Ritz Carlton, Jakarta (16 Jun 2010) dibahas pula kemungkinan non-
Muslim duduk dalam kepengurusan parti dan PKS akan mencalonkan calon-calon no-Muslim
dalam pilihanraya.

Pada MUKERNAS ketiga PKS, secara rasminya diumumkan Muhammad Sohibul Iman
sebagai Presiden PKS mengantikan Anis Matta. Suharna Surapranata sebagai Ketua Majelis
Pertimbangan Pusat (MPP), Surahman Hidayat sebagai Ketua Dewan Syariah Pusat (DSP) dan
Ketua Majelis Syuro PKS, dipimpin Salim Segaf Aljufri. Pelantikan Muhammad Sohibul Iman

195

menjadi kontroversi kerana beliau merupakan mantan Rektor Universitas Paramadina. Kampus
berciri Islam moden yang selama ini dikenali sebagai kubu kuat kelompok intelektual Jaringan
Islam Liberal (JIL) dan Syiah yang dimentori oleh Nucholish Majdid. Manakala Salim Segaf Aljufri
keturunan habib yang lahir dan dibesarkan dalam tradisi Islam Ahlulbait yang dilihat ‘mesra’
syiah.

Penguasaan kelompok cenderung SEPILIS dalam PKS melengkapkan penguasaan mereka
ke atas gerakan Islam yang berpengaruh di Indonesia. Dalam Nahdlatul Ulama, kelompok
cenderung SEPILIS, KH Said Aqil Siradj terpilih sebagai ketua umum PB Nahdlatul Ulama untuk
tempoh tahun 2015-2020 semasa muktamar ke-33 di Jombang, manakala Muhammadiyah
memilih Haedar Nashir sebagai ketua Umum PP Muhammadiyah tempoh tahun 2015-2020
menggantikan ketua sebelumnya, Din Syamsudin semasa muktamar di Makassar. Prof Dr
Nasaruddin Umar tokoh SEPILIS pro Syiah sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta
menggantikan KH Ali Mustafa Yaqub. Pelantikan dilakukan oleh Menteri Agama, Lukman Hakim
Saifuddin pada hari Jumaat (22/1/2016), di Jakarta.

Pengaruh kelompok SEPILIS Paramadina yang dimotori oleh Nucholish Majdid semakin
berkembang dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam institusi dan organisasi yang
berpengaruhi di Indonesia.

5. Ikhwanul Muslimin
Ikhwan Muslimin seolah-olah telah berpecah kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan berhujah
bahawa mereka perlu memutus hubungan Ikhwan dengan kerajaan. Kumpulan kedua mahu
Ikhwan mesra dan selaras dengan kerajaan, manakala kumpulan ketiga mahu Ikhwan
meninggalkan status mereka sebagai gerakan Islam dan menjadi semata-mata sebuah parti
politik.

Sejarah gerakan sederhana dalam Ikhwan sudah bermula sejak zaman Mursyidul Aam
Ikhwan kedua, Imam Hassan Ismail Hudaybi dan Mursyidul Aam ketiga, Umar Tilmisani bagi
mengekang pengaruh anak muda yang menyalah tafsirkan hujah-hujah tokoh ideolog Ikhwan,
Sayyid Qutb.

196

Gelombang pertama, reaksi kelompok yang mempunyai pemikiran SEPILIS (Moderat)
ialah menubuhkan Parti Wasat pada tahun 1996 yang dipimpin tokoh buangan Ikhwan Abul A’la
El-Madi dan Issam Sultan. Penubuhan parti Wasat merupakan tanda protes kelompok anak muda
untuk penyegaran dalam Ikhwan dan politik Mesir. Ada sesetengah pendapat, parti ini direstui
oleh Ustaz Mustafa Masyhur sebagai strategi dua lapis.

Gelombang kedua pada tahun 2008 dimana kelompok SEPILIS (Pasca Islamisme)
mengerakkan ‘Gerakan 6 April’ bersama jurnalis Ayman Nour. Kelompok ‘6 April’ di Mesir itu
melakukan solidariti ke atas mogok buruh di Mahallah El-Kubra, Mesir. Gerakan 6 April
menggunakan media sosial dalam menggerakkan aktiviti. Kelompok Fundamentalis dalam
Ikhwan tidak bersetuju dengan gerakan 6 April akhir memecat Muhammad al Qassas dan Islam
Lotfy. Menariknya gerakan 6 April inilah akhirnya yang mengerakkan gerakan menumbangkan
Mubarak. Selepas revolusi menumbangkan Mubarak, kumpulan ini dikenali Revolutionary Youth
Council (RYC).

Dalam Ikhwanul Muslimin Mesir (Ikhwan), kelompok SEPILIS (Pasca Islamisme) telah cuba
menggerakkan pendekatan dan wacana Pasca Islamisme. Dalam proses menumbang Husni
Mubarak, Issam Al-Erian, seorang pemimpin Ikhwan pernah berkata, “kita tidak perlu lagi negara
Islam yang direbut secara revolusioner”. Maksudnya, negara Islam tidak perlu wujud secara
kaffah melalui revolusi, sudah cukup dengan penerapan Islam. Ada yang menyatakan Pasca
Islamisme bakal membiakkan ‘Islam Amerika’ iaitu Islam tanpa syariat. Islam hanya bersifat moral
dan ibadah dalam kehidupan. Islam hanya ditadbir bukannya Islam mentadbir.

Antara tokoh Ikhwan yang dikatakan terpengaruh dengan SEPILIS (Pasca Islamisme) ialah
Abdul Mun’im Abul Futuh, Issam Al-Erian, Mohammad Habib, Ibrahim Al-Zafarani dan Abul A’la
El-Mady. Mereka juga dikenali kelompok Neo-Fundementalis-Pragmatis yang mahu perubahan
dalam Ikhwan.

Pada tahun 2010, Ikhwanul Muslimin Mesir mengalami krisis dalaman apabila Mursyidul
Aam ketujuh, Ustaz Muhammad Mahdi Akef mahu kelompok reformis mengambil tampuk
kepimpinan Ikhwan. Beliau pernah memperkenal dan mempromosi Essam al-Erian antara bakal

197

pemimpin utama Ikhwan. Beliau mahu kepimpinan Ikhwan berasaskan kepimpinan institusional
bukannya kepimpinan individu.

Ustaz Mahdi Akef juga mahu meletak jawatan Mursyidul Aam dan mahu mewakilkan
kuasa kepada timbalan beliau daripada kalangan reformis iaitu Dr Muhammad Habib. Tindakan
ini membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan anggota senior Ikhwan. Dr.
Muhammad Habib antara kelompok reformis yang cuba mengendurkan ketegangan antara
Ikhwan dengan Kerajaan Mesir.

Dalam pemilihan pimpinan pada tahun 2010, kelompok Konservatif berjaya menguasai
Maktab Irsyad dan memilih Ustaz Dr Muhammad Badie sebagai Mursyidul Aam yang baru. Bekas
Timbalan Mursyidul Aam, Dr Muhammad Habib, Sabri Arafa, Ustaz Abdullah Khatib dan tokoh
idola anak muda, Dr Abdel Monem Abul Fotouh telah tersingkir daripada anggota Maktab Irsyadi.
Hanya Dr Essam El Erian yang terpilih.

Kenaikkan Muhamad Badie sebagai Mursyidul Aam, leluhur pemikiran Sayyid Qutb
mengekang kemaraan kelompok reformis dalam Ikhwan setelah Muhammad Mahdi Akef
meletakkan jawatan.

Selepas Revolusi Mesir 2011, Ikhwanul Muslimun mengumumkan penubuhan Parti
Kebebasan dan Keadilan pada 21 Februari 2011 dan dipimpin Saad Al-Katatny. Secara rasminya,
FJP pada 30 April 2011 dan mengumumkan bahawa ia akan bertanding dalam hampir separuh
kerusi pada pilihan raya parlimen yang akan datang.

Ikhwan melantik Mohammed Mursi sebagai presiden Parti Kebebasan dan Keadilan,
Essam el-Erian sebagai naib presiden, dan Saad Al-Katatny sebagai setiausaha agung. Ketiga-tiga
mereka merupakan mantan anggota Maktab al-Irshad, badan tertinggi dalam Ikhwanul
Muslimun Mesir. FJP membentuk Perikatan Demokratik Mesir bersama-sama dengan 10 parti
lain dan memenangi 235 daripada sejumlah 498 kerusi, atau 47% kerusi di Parlimen.

Pada tahun 2011, Ikhwan menyatakan mereka tidak berhasrat memasuki pilihanraya
memilih Presiden Mesir. Keputusan ini tidak dipersetujui oleh Abdul Mun’im Abul Futuh, tokoh
berpengaruh dalam kalangan anak muda merangkap anak didik Umar Tilmisani dan Abbas As

198

Siisi. Abul Futuh telah melanggari keputusan Syura Ikhwan dengan mengikuti ijtihad peribadi
untuk memasuki pertandingan Presiden Mesir. Akhirnya Abu Futuh dipecat. Tokoh Ikhwan
kelompok reformis lain seperti Muhammad Habib, Ibrahim Al-Za’farani, Salah Abd Karim dan
Haytham Abu Khalil pernah menarik diri dari Ikhwan.

Pendirian tidak mencalonkan calon presiden telah ditarik balik. Ikhwan telah
mencalonkan seorang jutawan pro Ikhwan, Khairat as Syatir sebagai calon Presiden dan
Mohamad Morsi menjadi calon alternatif. Khairat as Syatir gagal menjadi calon kerana masalah
undang-undang, maka Mohamad Morsi menjadi calon Presiden daripada FJP.

Tanggal 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir telah mengumumkan bahawa Morsi
berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir dengan mengalahkan Ahmed Shafiq, perdana menteri
terakhir di bawah pemimpin Mesir yang disingkirkan Hosni Mubarak. Suruhanjaya berkata Morsi
mendapat 51.7 peratus undi menang berbanding lawannya hanya 48.3 peratus undi sokong
untuk Shafiq. Pada 3 Julai 2013, Presiden Mesir, Mohamad Morsi telah ditumbangkan dengan
rampasan kuasa oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattash as Sisi.

Jika kita menelusuri politik dalaman Ikhwan, kita dapat melihat bahawa pihak konvervatif
yang menguasai Ikhwan menerima konsep pengasingan jemaah dengan parti politik. Kegagalan
kelompok reformis disebabkan oleh doktrin qiyadah wal jundiyah atau tanzhim wal jama’ah
bertapak dalam Ikhwan. Semasa penubuhan sayap politik Ikhwan, FJP, masih terdapat beberapa
tokoh reformasi dalam Ikhwan. Antaranya Essam al Erian dan al Betagy. Dalam pemilihan
Presiden FJP, Essam al Erian kalah kepada Saad el Katatny. Ini menandakan pengaruh kelompok
konservatif masih kuat. Walaubagaimanapun, pengaruh kelompok reformasi masih meluas
dalam Ikhwanul Muslimin Antarabangsa.

6. Parti Islah Yaman
Yaman sebuah negara yang unik kerana ditunjangi oleh politik kesukuan, politik wilayah dan
politik ideologi. Dalam kepelbagaian ini, muncul Parti Islah Yaman pada tahun 1990 yang
diasaskan oleh Abdullah ibn Husayn al -Ahmar, Ali Mohsen al-Ahmar, Abdul Majeed al-Zindani,
Mohammed al-Yadumi dan Yahya Rassam. Perancangan utama Parti Islah Yaman ialah mengislah
undang-undang dengan mentakrifkan Parti Islah Yaman (ISLAH) sebagai "sebuah organisasi

199

politik yang paling popular yang bertujuan pembaharuan semua aspek kehidupan berdasarkan
prinsip-prinsip Islam.”

Parti Islah adalah gabungan longgar suku kaum, Salafi-Wahabi dan Ikhwanul Muslimin
dalam sebuah parti politik. Asal-usulnya adalah Barisan Islam, militia Ikhwanul Muslimin yang
dibiayai oleh Arab Saudi untuk memerangi Barisan Demokratik Kebangsaan Marxsis. Barisan
Islam memperkukuhkan kedudukannya selepas penyatuan Yaman pada tahun 1990 dibawah
panji-panji Parti Islah dengan sokongan kewangan yang besar dari Arab Saudi.

Parti Islah berbeza daripada kebanyakan gerakan Islam Arab yang lain. Parti itu
menggabungkan pengaruh puak, Salafi-wahabi dengan orang-orang Ikhwanul Muslimin Yaman.
Komposisi ini menyebabkan matlamat Parti Islah kurang jelas kerana gagal mengimbangi
kepentingan puak dan politik. Parti Islah boleh digambarkan sebagai sebuah parti konservatif
yang menggalakkan nilai-nilai suku kaum dan agama.

Secara detailnya, Al-Islah telah digambarkan sebagai yang terdiri daripada tiga
komponen. Pertama ialah puak politik, Ikhwanul Muslimin Yaman yang diketuai oleh Mohammed
Qahtan. Kedua ialah persekutuan puak yang diketuai oleh ketua puak Abdullah Al Ahmar
sehingga kematiannya pada tahun 2007 dimana beliau telah digantikan oleh anaknya Sadeq.
Ketiga adalah gerakan Salafi, yang diketuai oleh ulama Sunni di negara ini yang paling menonjol,
Abdul Majeed al -Zindani. Muhammad Al-Yadomi sebagai ketua parti Islah pada 28 Disember
2007.

Pada tahun 2003 apabila Parti Islah dan parti sosialis bersama beberapa parti kecil
membentuk satu pakatan untuk menghadapi pilihanraya. Dalam pilihanraya itu, gabungan parti
itu memenangi 22.6% undi popular dan 46 daripada 301 kerusi.

Sehingga tahun 2010, 13 ahli parlimen Al-Islah ini adalah wanita, termasuk aktivis hak
asasi manusia dan pemenang Nobel Tawakel Karman yang menubuhkan kumpulan aktivis
Wartawan Wanita Independen menjadi wanita Arab memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada
tahun 2011. Sehingga 2014 parti itu adalah parti politik kedua terbesar selepas Kongres Rakyat
Negara (GPC).

200


Click to View FlipBook Version