The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TESIS PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM-FINAL-warna

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramlanmala, 2020-12-03 01:03:52

TESIS PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM-FINAL-warna

TESIS PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM-FINAL-warna

PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM
TERHADAP PENCAPAIAN PRAKTIKUM GURU PELATIH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON SABAH

RAMLAN BIN MALA

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2020

PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM
TERHADAP PENCAPAIAN PRAKTIKUM
GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN

GURU ZON SABAH

RAMLAN BIN MALA

TESIS INI DISEDIAKAN BAGI MEMENUHI
SYARAT MEMPEROLEH

IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2020

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM TERHADAP PENCAPAIAN
PRAKTIKUM GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON
SABAH

IJAZAH: DOKTOR FALSAFAH
BIDANG: KURIKULUM DAN PENGAJARAN

Saya RAMLAN BIN MALA, Sesi 2011-2020, mengaku membenarkan tesis
Doktoral ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat
kegunaan seperti berikut: -
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.
4. Sila tandakan ( / ):

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan Oleh,

______________________ ___________________
RAMLAN BIN MALA (Tandatangan Pustakawan)
PT20119185
____________________
Tarikh: 18 Jun 2020 (Profesor Madya Dr. Abdul Said bin Ambotang)

Penyelia Utama

PENGAKUAN

Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

19 Jun 2020 ________________________
Ramlan bin Mala
PT20119185

ii

PENGESAHAN

NAMA : RAMLAN BIN MALA
PT20119185
NO.MA TRIK : PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM TERHADAP
PENCAPAIAN PRAKTIKUM GURU PELATIH
TAJUK : INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON SABAH
DOKTOR FALSAFAH
IJAZAH : KURIKULUM DAN PENGAJARAN
19 JUN 2020
BIDANG :

TARIKH VIVA :

DISAHKAN OLEH:

1. PENYELIA UTAMA Tandatangan
Profesor Madya Dr. Abdul Said bin Ambotang ________________

2. PENYELIA BERSAMA ________________
Dr. Roslee bin Talip

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya penulisan ini dapat
saya sempurnakan kajian dengan jayanya. Saya menyedari sepenuhnya bahawa
kejayaan penulisan ini adalah berkat bantuan dari pelbagai pihak sama ada secara
langsung atau tidak. Untuk itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucap
banyak terima kasih dan penghargaan kepada pihak pentadbiran Universiti Malaysia
Sabah (UMS) terutamanya Fakulti Pendidikan dan Psikologi (FPP) kerana memberi
peluang saya untuk melanjutkan pengajian pada peringkat ini.

Tidak lupa juga kepada Prof. Madya Dr. Abdul Said Ambotang, selaku penyelia
utama, Prof. Madya Dr. Tan Choon Keong dan Dr. Musirin bin Mosin atas segala
tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan kesungguhan beliau membantu dalam
menyempurnakan penulisan ini. Di samping itu juga kepada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah-
pengarah IPGK Zon Sabah kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Semua guru pelatih yang sudi menjadi responden yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam kajian ini atas bantuan dan kerjasama semasa
saya menjalankan kajian rintis dan kajian lapangan. Semua pensyarah dan
kakitangan Fakulti Pendidikan dan Psikologi (FPP) serta kakitangan Pasca Siswazah
atas bantuan yang diberikan. Rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang telah
membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan
penulisan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan buat isteri tersayang, anak-anak, kedua ibu
bapa serta seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan dan galakan sepanjang
pengajian. Semoga Tuhan mempermudah segala urusan dan membalas jasa baik
kalian. Semoga hasil penulisan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada kita
semua.

Ramlan bin Mala
19 Jun 2020

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh refleksi praktikum iaitu Refleksi
rakaman video PdPc, Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan
Pensyarah Penyelia terhadap pencapaian praktikum guru pelatih Institut Pendidikan
Guru Malaysia Kampus Zon Sabah yang ditempatkan di sekolah terpilih dalam negeri
Sabah. Seramai 281 orang pelajar terlibat sebagai responden kajian. Kerangka
konseptual kajian ini telah dibangunkan hasil gabungan dua model iaitu Model
Penyeliaan Klinikal Acheson dan Gall dan Model Refleksi Kolb. Kajian ini
menggunakan rekabentuk konvensional dengan pendekatan kuantitatif melalui
kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dan diedarkan kepada responden guru
pelatih PISMP Ambilan Jun 2015. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS bagi
statistik deskriptif seperti skor min, sisihan piawai manakala analisis inferens bagi
ujian -t , Analisis Varians (ANOVA), dan Analisis Regresi di samping Analisis Model
Struktur (SEM AMOS) sebagai model sumbangan bagi kajian yang dijalankan. Semua
faktor demografi yang diuji dalam kajian menunjukkan wujud pencapaian yang
signifikan berdasarkan lokasi P .004 dan jantina P 0.032 manakala tidak signifikan
pada kemudahan internet yang disediakan P 0.522. Korelasi antara pencapaian
praktikum dengan refleksi praktikum iaitu refleksi rakaman video PdPc ialah r .349
dan refleksi pensyarah penyelia ialah r .672 mempunyai pengaruh yang kuat dalam
pencapaian praktikum manakala sebaliknya bagi refleksi bimbingan guru
pembimbing dengan ialah r .144. Pengaruh faktor peramal R Square (R²) ialah .487
yang menunjukkan kesemua pemboleh ubah bebas menyumbang 48.7 peratus
daripada jumlah varians terhadap pencapaian praktikum. Implikasi kajian ini juga
mencadangkan agar pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memantapkan
pengurusan pelaksanaan program praktikum dalam pelbagai aspek pelaksanaan
praktikum dan membuat penambahbaikan yang difikirkan perlu.

Kata kunci: refleksi, praktikum, penyeliaan, guru pembimbing, pensyarah penyelia,
guru pelatih

v

ABSTRACT

INFLUENCE OF PRACTICAL REFLECTION TOWARDS PRACTICUM
ACHIEVEMENT OF TEACHERS TRAINEE INSTITUTE OF SABAH CAMPUS

ZONE

The purpose of this study is to identify the relationship between the three sources of
practicum reflection; video recording of lessons, school mentor’s supervision
reflection and lecturers’ supervision reflection, on the teacher trainees’ achievement
in the teaching practicum. 281 pre-service teachers from four branch campuses of
the Institute of Teacher Education in Sabah who underwent teaching practicum in
selected schools in Sabah were involved as the respondents. The conceptual
framework of this study has been developed by combining the Acheson and Gall
Clinical Supervision Model and Kolb Reflection Model. This study employs quantitative
approach through survey method by distributing questionnaires to respondents of
PISMP trainee’s June 2015 intake. The data were quantitatively analysed using SPSS
and Structural Model Analysis (SEM AMOS). Descriptive statistics such as mean score,
standard deviation, inferential analysis of test -t, One Way Analysis of Variance
(ANOVA), and Regression Analysis were obtained. SEM AMOS was used to build a
contributing model. All demographic factors tested in the study showed significant
achievement based on location P .004 and gender P 0.032 while not significant on
internet facilities provided P 0.522. The correlation between practicum achievement
with practicum reflection that is PdPc video recording reflection is r .349 and
supervisor lecturer reflection is r .672 has a strong influence in practicum
achievement while on the other hand for reflection guidance of guidance teacher
with is r .144. The influence of the R Square (R²) predictor factor is .487 which
indicates that all independent variables account for 48.7 percent of the total variance
in practicum achievement. Implications of this study include suggesting the Malaysian
Institute of Teacher Education to improve the management of practicum
implementation program in all implementation aspects and devise necessary
improvement.

Keywords: reflection, practicum, supervision, guidance teacher, supervising lecturer,
teacher trainee

vi

SENARAI KANDUNGAN Halaman
i
TAJUK ii
PENGAKUAN iii
PENGESAHAN iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN xii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvi
GLOSARI AKRONIM xvii
SENARAI LAMPIRAN 1
BAB 1. PENDAHULUAN 1
1.1. Pengenalan 4
1.2 Latar Belakang Kajian 9
1.3 Pernyataan Masalah 13
1.4 Tujuan Kajian 14
1.5 Objektif Kajian 15
1.6 Soalan Kajian 16
1.7 Hipotesis Kajian 17
1.8 Kerangka Konseptual kajian 18
1.9 Definisi Operasional 18
1.9.1 Definisi refleksi 20
1.9.2 Refleksi Praktikum 26
1.10 Kepentingan Kajian 27
1.11 Batasan kajian 28
1.12 Rumusan

vii

BAB 2 SOROTAN LITERATUR 29

2.1 Pengenalan 29

2.2 Persediaan Sebelum Menjalani Praktikum 30

2.3 Konsep Pencapaian Praktikum 34

2.4 Konsep Penyeliaan Praktikum 45

2.4.1 Model Penyeliaan Goldhammer (1969), Anderson dan Krajewski (1990) 48

2.4.2 Model Penyeliaan Mosher dan Purpel (1972) 49

2.4.3 Model Bellon dan Bellon 49

2.4.4 Model Penyeliaan Acheson dan Gall (1980) 49

2.5 Konsep Penilaian Praktikum 53

2.6. Refleksi Video Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc) 54

2.7 Refleksi penyeliaan guru pembimbing 61

2.7.1 Konsep Guru Pembimbing 65

2.8. Refleksi penyeliaan pensyarah penyelia 71

2.8.1 Konsep Pensyarah Penyelia 73

2.9 Kerangka Teoritikal Kajian 76

2.9.1 Teori Sosial Budaya 79

2.9.2 Teori Konstruktivisme 82

2.10 Rumusan 93

BAB 30 METODOLOGI KAJIAN 94

3.1 Pendahuluan 94

3.2 Reka bentuk kajian 94

3.3 Lokasi Kajian 96

3.4 Populasi Kajian 96

3.5 Sampel dan Prosedur Pensampelan Kajian 97

3.6 Instrumen kajian 99

3.6.1 Bahagian A – Demografi 103

viii

3.6.2 Bahagian B – Perancangan dan Pelaksanaan Rakaman Video Pengajaran

dan Pemudah cara (PdPc) 103

3.6.3 Bahagian C – Bimbingan dan Penyeliaan oleh Guru Pembimbing 103

3.6.4 Bahagian D – Bimbingan dan Penyeliaan oleh Pensyarah Penyelia 103

3.6.5 Bahagian E – Pencapaian semasa menjalani praktikum 104

3.7 Kajian rintis 104

3.7.1 Analisis Faktor 105

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 110

3.9 Tatacara pemerolehan dan pengumpulan data 114

3.9.1 Peringkat Pra penyelidikan dan memohon kebenaran 115

3.9.2 Peringkat menjalankan kajian 115

3.10 Analisis Data 115

3.10.1 Analisis Deskriptif 116

3.10.2 Analisis Inferens 117

3.10.3 Analisis Structural Equation Modelling (SEM) 122

3.11 Rumusan 123

BAB 4 ANALISIS DATA 125

4.1 Pengenalan 125

4.2 Profil Responden 125

4.3 Analisis Ujian Normaliti 126

4.4 Analisis Deskriptif 131

4.4.1 Mengenal pasti Tahap Refleksi Rakaman Video Pengajaran dan Pemudah

cara (PdPc) guru pelatih di sekolah 132

4.4.2 Mengenal pasti Tahap Refleksi Bimbingan Guru pembimbing terhadap guru

pelatih di sekolah 134

4.4.3 Mengenal pasti Tahap Refleksi Penyeliaan pensyarah penyelia terhadap guru

pelatih di sekolah 136

4.4.4 Mengenal pasti Tahap Pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah 137

ix

4.5. Analisis Inferens 139

4.5.1 Mengenal pasti Perbezaan Pencapaian guru pelatih berdasarkan ciri

demografi di sekolah 139

4.5.2 Mengenal pasti Hubungan Antara Refleksi Rakaman Video PdPc dengan

pencapaian praktikum di sekolah 143

4.5.3 Mengenal pasti Hubungan Antara refleksi bimbingan Guru pembimbing

dengan pencapaian praktikum di sekolah 144

4.5.4 Mengenal pasti Hubungan refleksi Penyeliaan pensyarah penyelia dengan

pencapaian praktikum di sekolah 145

4.5.5 Mengenal pasti pengaruh faktor-faktor peramal refleksi rakaman video
pengajaran dan pemudah cara, refleksi bimbingan guru pembimbing dan refleksi
penyeliaan pensyarah penyelia terhadap pencapaian praktikum di sekolah 146

4.5.6. Mencadangkan model sumbangan secara langsung dan tidak langsung

pemboleh ubah refleksi rakaman video PdPc, refleksi bimbingan guru pembimbing

dan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap pencapaian praktikum di

sekolah 148

4.6 Analisis Structure Equation Modelling (SEM) 148

4.6.1 Analisis Model Pengukuran 149

4.6.2 Analisis Model Struktur 152

4.7 Rumusan Pengujian Hipotesis 155

4.8 Rumusan 156

BAB 5 125 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN 125

5.1 Pengenalan 125

5.2 Rumusan 158

5.3 Perbincangan 158

5.3.1 Tahap Refleksi Rakaman Video Pengajaran dan Pemudah cara 159

5.3.2 Tahap Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing 160

5.3.3 Tahap Refleksi Bimbingan Pensyarah Penyelia 160

5.3.4 Tahap Pencapaian Praktikum 162

x

5.3.5 Faktor demografi pemboleh ubah 163

5.3.6 Hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah

bersandar 165

5.3.7 Implikasi kajian: 172

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 177

5.5 Penutup 179

RUJUKAN 180

LAMPIRAN 212

xi

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1: Agihan Penyeliaan Program Ijazah Sarjana Muda Halaman
Perguruan (PISMP) 7
Jadual 1.2 Tahap Pencapaian Guru Pelatih Pada Seliaan
Pertama PISMP Ambilan Januari 2013 semasa 8
Jadual 1.3 menjalani Praktikum 1
Jadual 1.4 Kriteria Penganugerahan kepada lulusan PISMP 12
Jadual 2.1 Jadual Pemarkahan dan Penggredan 25
Jadual 2.2 Tahap Pencapaian berdasarkan Bimbingan (PR1) 35
Jadual 2.3 Rumusan Penilaian Praktikum (PR2) 41
Implementasi ciri-ciri teori konstruktivisme dalam 91
Jadual 3.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Bilangan Guru pelatih PISMP mengikut IPKG 98
Jadual 3.2 Kampus Zon Sabah
Bilangan Guru pelatih yang terlibat dalam kajian 99
Jadual 3.3 berdasarkan Krejci dan Morgan
Jadual 3.4 Pembinaan Instrumen soal selidik 101
Jadual 3.5 Taburan Item Instrumen Soal Selidik 102
Jadual 3.6 Indeks Faktor Mudah 106
Jadual KMO dan Bartlett’s Test bagi Refleksi 106
Jadual 3.7 Rakaman Video Praktikum
Jadual KMO dan Bartlett’s Test bagi Refleksi 107
Jadual 3.8 Bimbingan Guru Pembimbing
Jadual KMO dan Bartlett’s Test bagi Refleksi 108
Jadual 3.9 Bimbingan dan Penyeliaan Pensyarah Penyelia
Jadual KMO dan Bartlett’s Test bagi Pencapaian 108
Jadual 3.10 semasa menjalani Praktikum
Perubahan Jumlah Item Soal Selidik Selepas 109
Jadual 3.11 Analisis Faktor Penerokaan (EFA)
Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan Alpha 112
Cronbach

xii

Jadual 3.12 Keputusan Nilai Kebolehpercayaan (Alpha- 112
Cronbach) Instrumen Kajian Rintis
Jadual 3.13 Skor Min dan Interpretasinya 117
Jadual 3.14 Pekali Korelasi 118
Jadual 3.15 Ringkasan Pengujian Hipotesis Analisis Inferens 120
Jadual 4.1 Profil Responden 125
Jadual 4.2 Ujian Taburan Kenormalan Kolmogorov – Smirnov 126
dan Shapiro - Wilk
Jadual 4.3 Ujian Taburan Kenormalan Skewness dan Kurtosis 127
Jadual 4.4 Rumusan Min keseluruhan Refleksi Praktikum dan 131
pencapaian praktikum di sekolah
Jadual 4.5 Tahap Refleksi Rakaman Video PdPc di sekolah 132
Jadual 4.6 Tahap Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing di 134
sekolah
Jadual 4.7 Tahap Refleksi penyeliaan Pensyarah Penyelia di 136
sekolah
Jadual 4.8 Tahap Pencapaian Praktikum di sekolah 137
Jadual 4.9 Ujian Tukey Pencapaian berdasarkan IPG Kampus 140
Zon Sabah
Jadual 4.10 ANOVA Tahap Pencapaian berdasarkan IPG 140
Kampus
Jadual 4.11 Ujian Tukey bagi menunjukkan perbezaan min 141
antara IPG Kampus Zon Sabah
Jadual 4.12 Ujian t Tahap Pencapaian berdasarkan Jantina 141
Jadual 4.13 ANOVA Tahap Pencapaian berdasarkan 142
kemudahan internet di sekolah
Jadual 4.14 Kekuatan nilai pekali korelasi 143
Jadual 4.15 Hubungan antara refleksi Rakaman Video PdPc 144
dengan Pencapaian praktikum di sekolah
Jadual 4.16 Hubungan antara refleksi bimbingan guru 145
pembimbing dengan Pencapaian praktikum di
Jadual 4.17 sekolah 145
Hubungan antara refleksi penyeliaan pensyarah
penyelia dengan Pencapaian praktikum di sekolah

xiii

Jadual 4.18 ANOVA 146
Jadual 4.19 Coefficients 147
Jadual 4.20 Model Summary 148
Jadual 4.21 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 150
Kajian SEM
Jadual 4.22 Korelasi Antara Variable 151
Jadual 4.23 Pengukuran Penyesuaian Model (Goodness-of-Fit) 152
N=322
Jadual 4.24 Analisis Langsung Variabel Peramal dengan 152
Variabel Bersandar Kajian

xiv

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Rangka Konsep Kajian Refleksi Praktikum Halaman
Rajah 2.1 Model Penyeliaan Tiga Peringkat oleh Acheson 17
dan Gall (2003) 50
Rajah 2.2 Model Refleksi Kolb (1984) Empat peringkat
Rajah 2.3 Model Bimbingan CARE 52
Rajah 2.4 64
Rajah 2.5 Aspek Penyeliaan PdPc di sekolah 70
Rajah 2.6 Model Latihan Mengajar Abdul Latif, 2010 71
Rajah 2.7 Kerangka Teoritikal 79
Rajah 2.8 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham 90
Model Refleksi Praktikum Ubahsuai Model 92
Rajah 4.1 Refleksi Kolb (1982) dan Model Penyeliaan Tiga
Rajah 4.2 Peringkat Acheson dan Gall (2003) 128
Taburan Nilai Data Refleksi Rakaman Video PdPc 129
Rajah 4.3 Taburan Nilai Q – Q Plot bagi Refleksi bimbingan
Guru Pembimbing 130
Rajah 4.4 Taburan Nilai Q – Q Plot bagi Refleksi Pensyarah
Rajah 4.5 Penyelia 154
Analisis Model Struktur 155
Pengaruh Refleksi Praktikum Terhadap
Pencapaian Praktikum

xv

GLOSARI AKRONIM

ABM Alat Bantu Mengajar
ANOVA Analisis Varians
BBB Bahan Bantu Belajar
BPPDP (EPRD) Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan
ESSCOM Kawasan Keselamatan Khas Negeri Sabah
IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia
JNSP Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan
KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
KMD Kemahiran Maklumat Dasar
KPLI Kursus Perguruan Lepas Ijazah
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
MQA Agensi Kelayakan Malaysia
MQF Kerangka Kelayakan Malaysia
PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah
PDPC Pengajaran dan Pemudah cara
PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran
PNGK Purata Nilai Gred Kumulatif
PPPM Pelan Perancangan Pendidikan Malaysia
RMK Ringkasan Maklumat Kursus
RPH Rancangan Pengajaran Harian
SEM Model Persamaan Struktur
SGM Standard Guru Malaysia
SPP Suruhanjaya Pendidikan Malaysia
SPSS Pakej Statistik Sains Sosial
TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
UA Universiti Awam
US Universiti Swasta

xvi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Soal selidik Halaman
Lampiran B Borang Bimbingan Praktikum (PR1) 212
Lampiran C Borang Penilaian Praktikum (PR2) 210
Lampiran D Jadual Krichie dan Morgan 212
Lampiran E Surat Kebenaran EPRD 213
Lampiran F Surat Rujukan Pakar 214
Lampiran G Surat Kebenaran IPG Kampus 216
Lampiran H Surat Pemantauan Praktikum 220
Lampiran I Surat Perubahan Praktikum 224
Lampiran J Jadual Rotated Component Matrix bagi 225
Perancangan dan Pelaksanaan Rakaman Video 226
Lampiran K Jadual Rotated Component Matrix bagi Bimbingan
dan Penyeliaan oleh Guru Pembimbing 227
Lampiran L Jadual Rotated Component Matrix bagi Bimbingan
dan Penyeliaan oleh Pensyarah Penyelia 228
Lampiran M Jadual Rotated Component Matrix bagi Capaian
Semasa Menjalani Praktikum 229

xvii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan
Sistem Pendidikan negara dirancang seiring dengan kemajuan selari dengan
perkembangan semasa agar rakyat mampu bersaing selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-2013 – 2025). Pelbagai pelan dan penyata
pendidikan diperkenalkan dalam memperbaharui sistem pendidikan di Malaysia
antaranya adalah Penyata Razak pada 1956, Penyata Rahman Talip 1960 dan
tertubuhnya Akta Pendidikan 1961 yang menjadi tunjang perpaduan dan sistem
pendidikan kebangsaan. Jawatan Kuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974
dalam rangka memperkasa pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Pendidikan merupakan tunggak utama pembangunan modal insan dalam
menyumbang meningkatkan ekonomi negara, pemerkasa kreativiti serta penjana
inovasi bagi melengkapkan generasi muda dengan ilmu dan kemahiran untuk
berdaya saing dalam memenuhi pasaran kerja bagi menjayakan Model Baru Ekonomi,
Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi
asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global (Najib Razak,
PPPM: 2013-2015)

Pendidikan adalah asas pembentukan negara dan perpaduan rakyat. Melalui
pendidikan individu dapat meningkatkan kualiti hidup di samping menjadi
penyumbang idea dan tenaga kepada masyarakat serta aktif dalam pembangunan
negara yang mapan. Guru merupakan insan berperanan dalam mentransformasikan

guru pelatih agar kemenjadian guru menjadi modal insan cemerlang serta menjadi
penyumbang dalam pembangunan bangsa agama dan negara.

Dalam menyediakan guru terlatih yang berkelayakan, ada tiga agensi yang
dipertanggungjawabkan iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada satu
ketika dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan, Institusi Pendidikan Tinggi Awam
atau Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta atau Universiti
Swasta (US) Kementerian Pelajaran Malaysia, (KPM, 2009). IPGM berperanan
menyediakan bakal guru sekolah rendah seluruh Malaysia sementara Universiti Awam
dan Universiti Swasta menyediakan guru-guru sekolah menengah dalam pelbagai
opsyen yang diperlukan.

IPGM mula menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
pada tahun 2006, mengambil masa selama empat tahun yang mana sebelum ini
hanya mengeluarkan graduan diploma pendidikan setelah dinaiktarafkan oleh
Jemaah Menteri pada Julai, 2005 (BPPDP, 2006). Bagi menjamin kualiti guru yang
dihasilkan mempunyai identiti profesional yang mantap, kurikulum pendidikan guru
di IPGM telah direka bentuk berdasarkan dua komponen penting iaitu pengalaman
pembelajaran untuk belajar dan mengajar (KPM, 2010). Salah satu komponen
penting dalam kurikulum pendidikan guru bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh
dunia adalah komponen praktikum (Grudnoff, 2011; Mohd Azhar, 2008; OECD, 2011;
Zailani et al. 2013).

Komponen Praktikum atau latihan mengajar (LM) dilihat sebagai teras dalam
penghasilan guru-guru novis melalui pendedahan pengalaman dalam situasi sebenar.
Aspek ini diberi penekanan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian
Malaysia (2006) di mana semasa latihan mengajar, pengalaman yang diperoleh
dianggap sebagai sumber paling berpengaruh dalam sosialisasi seorang guru novis.
Lanjutan daripada itu, semua guru pelatih diwajibkan menjalani latihan praktikum
(KPM, 2006).

Amalan praktikum telah dilaksanakan secara menyeluruh sebagai komponen
yang amat penting dalam latihan pendidikan guru dan sentiasa dipandang tinggi oleh
guru pelatih sebagai aktiviti yang mampu membangunkan kecekapan dan identiti

2

profesional mereka sebagai guru (Beach dan Pearson, 1998; Darling-Hammond,
2010; Grudnoff, 2011; Mohamad Azhar Ayob, 2008; Peters, 2008; Starkey dan
Rawlins, 2011; Zailani et al. 2013).

Struktur Kursus dan Kurikulum di IPGM terdiri daripada tiga komponen utama
iaitu Kursus Teras (Major), Kursus Wajib Universiti dan Kursus Elektif Teras (Minor).
Latihan praktikum merupakan salah satu komponen dalam Kursus Teras yang
dikenali sebagai Amalan Profesional. Kursus Teras Amalan Profesional ini pula terdiri
daripada tiga komponen iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS); Praktikum; dan
Internship (KPM, 2008). Praktikum dalam konteks IPGM bermaksud latihan amali di
sekolah yang memberi peluang guru pelatih untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai keguruan secara menyeluruh dalam situasi sebenar bilik darjah
dan sekolah melalui bimbingan serta kolaborasi dengan guru pembimbing, pensyarah
pembimbing dan rakan guru pelatih dalam pelbagai situasi (KPM, 2008).

Pengambilan guru pelatih yang mempunyai keputusan SPM yang cemerlang
minima lima subjek dan ini merupakan mekanisme penting bagi meningkatkan kualiti
guru. Latihan Pra perkhidmatan menyediakan asas yang kukuh kepada guru untuk
memberikan sumbangan berkesan dalam bilik darjah sejak hari pertama
perkhidmatan mereka. Seramai 69,000 orang pelajar lepasan SPM tahun 2015
manakala 27 000 orang pelajar daripadanya mencapai 5A yang memohon untuk
mengisi 3,200 kekosongan untuk latihan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
(Harian Metro, 8 Dis, 2015). Ini menunjukkan kerjaya guru bukanlah menjadi pilihan
yang terakhir.

Pada tahun 2015 jumlah guru sekolah rendah ialah 233,365 orang peningkatan
sebanyak 1,133 orang berbanding pada tahun sebelumnya manakala bilangan guru
sekolah menengah adalah 181,975 orang pada 2015 dengan peningkatan sebanyak
1,751 berbanding pada tahun 2014. Nisbah murid guru di sekolah menengah
kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia menurun daripada 12.5 pada tahun 2014
kepada 12.0 pada tahun 2015. Jabatan Perangkaan (2016). Oleh yang demikian
program Latihan Perguruan perlu di perkasa selaras dengan Pelan Induk
Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK, 2016) menjadikan faktor utama
untuk memastikan matlamat PPPM 2013-2025 tercapai bergantung kepada kualiti

3

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan amalan nilai profesionalisme keguruan
seperti yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia (SGM).

1.2 Latar Belakang Kajian
IPGM membuat pengambilan guru pelatih diperkukuhkan dengan beberapa
pendekatan yang lebih holistik untuk menarik calon daripada pelbagai latar belakang
dan tahap pengalaman. Pada masa yang sama kurikulum latihan guru dimantapkan
dengan menambah waktu praktikum, menyesuaikan kemahiran dalam pelbagai dan
menerapkan kemahiran kepimpinan serta pengurusan. (KPM, 2013, 2016).

Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia di
naik taraf kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada 13 Julai 2005. Pada
mulanya Institusi ini hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini
institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang
bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan
program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah
menamatkan pengajian dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun
2011. Pengambilan guru pelatih baharu mestilah mempunyai syarat minima dengan
pencapaian cemerlang 5 mata pelajaran dan lulus Bahasa Inggeris, Sejarah dan
cemerlang bagi opsyen yang dipilih (IPGM, 2016).

IPGM dan IPGK telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan
Perguruan Pra perkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang termaktub dalam
Akta Pendidikan 1996. Senat diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-
dasar akademik. IPGM bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan
Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPGK.

Kepelbagaian program dan opsyen pendidikan perguruan pra perkhidmatan di
Universiti Awam, Universiti Swasta dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
menjadikan komponen praktikum dilihat sebagai teras dalam penghasilan guru
permulaan (novis) melalui pendedahan pengalaman pada situasi sebenar. Aspek ini
diberi penekanan oleh KPT dan KPM semasa menjalani praktikum, pengalaman yang

4

diperoleh dianggap sebagai sumber paling berpengaruh dalam sosialisasi seorang
guru novis. Lanjutan daripada itu, semua guru pelatih diwajibkan menjalani latihan
praktikum (KPM, 2006) selaras dengan struktur program yang dirancang.

Kurikulum Latihan perguruan perlu dirancang dengan penuh teliti. Ini kerana
mengajar adalah satu proses yang kompleks yang mana bermula dengan murid dan
berakhir dengan murid. (Enerson,1997). Praktikum menjadi satu elemen penting
dalam kurikulum latihan perguruan yang melayakkan penganugerahan Diploma
Perguruan Malaysia (DPM) atau Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) bagi
seseorang itu berkelayakan untuk dilantik mengajar di institusi pendidikan atau
sekolah setelah melalui proses sekatan tertentu. Kelayakan Ikhtisas yang diiktiraf
oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA, 2011) merupakan mandatori dalam proses
perlantikan ke Perkhidmatan Awam di Malaysia, khususnya di Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Program Latihan Perguruan Sepenuh Masa merupakan pendekatan latihan bagi
mengatasi kekurangan guru yang serius di sekolah rendah dan perubahan nisbah
guru di sekolah-sekolah serta dalam masa yang sama bertujuan untuk mencapai
sasaran dasar pensiswazahan guru di sekolah rendah 50 peratus menjelang 2010.
(BPG, 2003). Guru pelatih mempunyai masa yang mencukupi merangkumi kuliah
bersemuka dan tugasan yang diberikan sama ada secara kumpulan atau individu
sebelum menjalani praktikum.

Kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) membolehkan guru
mengekal dan meningkatkan set kemahiran, pedagogi dan penyediaan sumber
pengajaran yang pelbagai dan berteknologi serta memenuhi konsep ICT. Walau
bagaimanapun program pra perkhidmatan di Malaysia mempunyai komponen
praktikum yang terhad berdasarkan struktur yang dirancangkan, membataskan guru
pelatih mengamalkan kemahiran mereka di sekolah di bawah bimbingan dan seliaan
guru-guru yang berpengalaman. Sebagai contoh, dalam Kursus Perguruan Lepas
Ijazah (KPLI), kira-kira 20 peratus jam kredit diperuntukkan kepada praktikum.
Sebaliknya, program pendidikan guru yang berprestasi tinggi di National Institute of
Education, Singapura dan di Melbourne Graduate School of Education, Australia
memperuntukkan kira-kira 40 peratus waktu kursus kepada komponen praktikum

5

(KPM, 2013). Bagi guru pelatih PISMP menjalani Praktikum sebanyak enam kredit
dalam tempoh masa 12 minggu persekolahan. Praktikum di tawarkan sebanyak dua
kursus iaitu Praktikum 1 dan Praktikum 2. Ini menjadikan praktikum mempunyai
ruang yang mencukupi bagi guru pelatih menimba pengalaman sebelum terjun ke
dunia sebenar (IPGM, 2015)

Guru pelatih merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi
dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan tahap pencapaian
pada tahap yang optimum secara berterusan (JNJK ,2010). Garis Panduan Amalan
Profesional (KPM 2009, 2015) sentiasa dikemas kini selari dengan perubahan dan
penambahbaikan yang melibatkan pelbagai program dan ambilan kursus yang di
tawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Institusi-institusi latihan pendidikan guru merupakan tempat untuk membentuk
insan guru agar dapat berkhidmat di mana-mana lokasi dan situasi. Bagi sesetengah
masyarakat, guru dilihat sebagai agen perubahan yang perlu mempunyai ilmu selari
dengan perubahan yang pantas dan bergolak. Oleh yang demikian bakal guru yang
dilahirkan mestilah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam penyediaan PdPc, strategi
dan penyusunan isi pelajaran yang mantap berdasarkan Dokumen Rujukan Sukatan
Pelajaran (DSKP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) serta penyediaan,
penggunaan media pengajaran yang sesuai dengan objektif Pengajaran dan
Pemudah cara yang hendak dicapai (Aziz Nordin et al., 1990).

Praktikum merupakan satu komponen amali atau praktikal dalam syllabus
latihan perguruan. Guru pelatih akan dihantar ke sekolah dalam tempoh tertentu
untuk mengaplikasikan teori yang telah dipelajari di bilik kuliah atau kampus. Proses
bimbingan dan penilaian yang dilakukan bagi mengesahkan bahawa guru pelatih
telah menguasai kemahiran dan pengetahuan yang tetapkan oleh sukatan atau
proforma kursus.

Praktikum adalah satu daripada dua tempoh transisi dalam meniti profesion
keguruan. Ianya bermula dengan latihan perguruan pra perkhidmatan sehinggalah
mereka disahkan dalam jawatan sebagai guru siswazah terlatih. Transisi berikutnya
ialah semasa guru dalam tempoh percubaan (probationary period) mengambil masa

6

selama tiga tahun. Kedua-dua tempoh transisi ini dianggap kritikal kerana di
dalamnya terdapat elemen penilaian yang diguna bagi menentukan prestasi
pencapaian. Transisi pertama adalah yang amat kritikal terutama bagi guru pelatih
yang menjalani praktikum. Ini adalah kerana lulus atau gagal praktikum menjadikan
seseorang guru pelatih itu akan mencorakkan laluan baki pengajian mereka di UA
dan IPG. Kegagalan praktikum bererti mereka mengulang praktikum dan peluang
mereka untuk diserapkan ke dalam perkhidmatan pendidikan tertunda (Mohd Zolkifli
et. al, 2017).

Pengalaman Praktikum, yang disokong oleh guru-guru pembimbing dan
pensyarah penyelia, adalah penting untuk pembangunan literasi guru. Di kebanyakan
program pendidikan guru anjuran IPGM, guru pembimbing dan pensyarah penyelia
mengambil peranan mentor ini. Kajian luas yang mengkaji peranan, guru
pembimbing dan pensyarah penyelia dalam pengalaman praktikum guru pelatih telah
mendapati bahawa, guru pembimbing dan pensyarah penyelia jarang menerima
persediaan rasmi untuk peranan mereka (Hoffman et al., 2015).

Pensyarah penyelia dikehendaki memenuhi kekerapan lawatan dan penyeliaan
seperti yang termaktub dalam Garis Panduan Amalan Profesional Program Ijazah
Sarjana Muda Keguruan dengan Kepujian. Bilangan penyeliaan seperti dalam Jadual
1.1 di bawah.

Jadual 1.1: Bilangan Penyeliaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP)

Praktikum Mata *Pra IPG Sekolah Penyeliaan Jumlah
Pelajaran penyeliaan Bersama

Praktikum 1 Bidang Teras 1 34 19
16
(12 minggu) Elektif Teras **3 2

Praktikum 2 Bidang Teras 1 34 19
16
(12 minggu) Elektif Teras **3 2

*Untuk bidang teras sahaja
** Kokurikulum
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Garis Panduan Amalan

Profesional. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

7

Guru pelatih kecewa kerana kebanyakan penyeliaan dan bimbingan kali
pertama yang dilakukan oleh Guru Pembimbing dan Pensyarah penyelia tidak
memuaskan hati guru pelatih. (KU Praktikum IPGM, 2012). Ini menyebabkan guru
pelatih kurang bermotivasi. Alasan yang diberikan oleh pensyarah penyelia dan guru
pembimbing adalah lumrah bagi seliaan kali pertama pelajar tidak dapat tahap yang
tinggi.

Pada tahun 2013 seramai 2780 orang (Sabah Times, 2013) telah mengikuti
Program Rintis Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) guru cemerlang
manakala 2555 orang telah dilantik mengisi kekosongan perjawatan. Kriteria
pemilihan adalah berdasarkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 yang mana
peserta dicadangkan oleh IPGM dan UA. Untuk melahirkan guru cemerlang sudah
tentu praktikum memainkan peranan yang utama. Ini kerana mengajar adalah core
business seorang guru yang boleh dilihat persamaannya dalam praktikum.

Jadual 1.2: Tahap Pencapaian Guru Pelatih Pada Seliaan Pertama PISMP
Ambilan Januari 2014 semasa menjalani Praktikum 1

IPGK Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Gaya 3 6 9 12 0
Kent 5 9 10 15 0
Keningau 10 13 23 17 0
Tawau 3 9 10 8 0

Sumber: Minit Mesyuarat JKIAPIPG Zon Sabah 2015, Tidak diterbitkan

Berdasarkan data dalam Jadual 1.2 menunjukkan seramai 21 orang guru
pelatih dalam Tahap 1, Ianya bermaksud terdapat banyak kelemahan yang perlu
diberi perhatian. Pada tahap ini pencapaian guru pelatih adalah lemah dan banyak
elemen yang perlu dibaiki. Seramai 37 orang guru pelatih pula berada pada Tahap 2
yang menunjukkan terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberikan perhatian dan
diambil tindakan yang sewajarnya. Pencapaian pada Tahap 3 iaitu pencapaian yang
sederhana dan masih perlu peningkatan seramai 52 orang guru pelatih manakala
hanya 52 orang yang berada Tahap 4 bermaksud pencapaian yang baik dalam
banyak aspek. Walau bagaimana pun tiada seorang guru pelatih mencapai Tahap 5

8

iaitu amat baik, cemerlang dalam banyak aspek pada seliaan kali pertama yang
dilakukan oleh pensyarah penyelia semasa menjalani praktikum.

Pencapaian guru pelatih semasa praktikum telah dikaji oleh beberapa orang
pengkaji dan menunjukkan hasil yang pada umumnya berada di tahap sederhana
baik. Dalam aspek persediaan mengajar, guru pelatih didapati sederhana baik,
manakala dari segi penyampaian pelajaran hanya setakat sederhana sahaja (Shariff
Omar et al., 1994).

Berasaskan kepada permasalahan ini, kaedah menggunakan rakaman video
pengajaran sebagai bahan membuat refleksi bagi menyediakan guru pelatih
membuat refleksi sebelum kehadiran guru pembimbing atau pensyarah penyelia
untuk membuat bimbingan dan penyeliaan pada kali pertama.

1.3 Pernyataan Masalah
Dalam konteks latihan perguruan pra perkhidmatan yang dilaksanakan oleh IPG
Kampus, bimbingan dalam kelas oleh pembimbing sering dikaitkan dengan
penyeliaan pengajaran untuk memudahkan pencapaian hasil pembelajaran dengan
mengekalkan kualiti persekitaran yang sesuai dengan kebolehan guru pelatih
(Furlong dan Maynard 1995; Glickman et al. 2001; Murray dan Harvey 2001).
Kejayaan penyeliaan pengajaran melibatkan proses pengaruh sosial untuk mengurus,
mengarah dan memotivasikan guru pelatih (Page, 2002; Park dan Henkin 2005;
Southworth, 2002; Suseela 2005).

Antara masalah yang dihadapi oleh guru pelatih ketika menjalani praktikum
antaranya adalah tahap kesediaan dan pengetahuan pedagogi guru pelatih dikatakan
kurang memuaskan (Abdul Razak dan Ahmad Shukri 2002; Hazil,1995); minat, sikap,
pengetahuan dan kemahiran mengajar yang sederhana (Baharin 2006; Halimah
2006; Shariff et al. 1994); keyakinan guru pelatih dalam menyampaikan pengajaran
masih pada tahap minimum (Hashim dan Mohd Daud 2001); prestasi guru pelatih
semasa praktikum kurang memuaskan (KPTM dan KPM 2005); dan kurangnya usaha
guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran mengajar dan memperbaiki pengajaran
(Zakaria et al. 2001).

9

Ops Daulat dilaksanakan akibat pencerobohan Pengganas Filipina di Kampong
Tanduo, Lahad Datu pada 17 Februari 2013 dan serangan awal pada1 Mac 2013
(Reuters, 2013) telah menjejaskan Praktikum Semester 1, 2013 (IPGK Tawau,2013)
pada masa itu melibatkan Kursus Diploma Perguruan Lepas Ijazah bagi Guru
Sandaran Tidak Terlatih (KPLI-GSTT) Ambilan Disember 2011 dan Diploma
Perguruan Lepas Ijazah (DPLI-jQAF) Ambilan Januari 2012. Ini menyebabkan
kerajaan terpaksa mengeluarkan kos tidak dijangka sebanyak RM176.9 juta untuk
menangani masalah tersebut. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan
kepada kementerian yang lain.

Lokasi Guru pelatih yang menjalani praktikum berada dalam lingkungan Zon
Perintah Berkurung (ESSCOM, 2015). Perintah berkurung Peringkat Pertama di
isytiharkan pada 19 Julai 2013 (BH,2013) di perairan Zon Selamat Timur (ESSZONE)
bermula dari kawasan perairan Kudat hingga ke kawasan perairan Tawau mengikut
Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967 dan dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-101
(BH,2018). Kejayaan ESSCOM mengekang aktiviti lanun, penculikan dan jenayah
rentas sempadan menunjukkan keberkesanan perintah berkurung yang dilaksanakan
(Ramli dan Mohd Zambri, 2015).

Van Dick dan Wagner (2001) mendapati faktor beban kerja, kesihatan,
persekitaran yang di hadapi oleh guru pelatih akan mempengaruhi prestasi. Tekanan
kerja dalam kalangan guru pelatih, faktor hubungan dengan ibu bapa guru pelatih
dan faktor penghargaan, ganjaran dan sokongan perlu diberi perhatian sama ada
guru, pentadbir mahupun Jabatan Pendidikan (Fazura, Tajulasyikin, Mohd Burhan
(2013).

Montgomery dan Rupp (2005) telah menjalankan analisis terhadap 65 kajian
lepas berkaitan stres guru mendapati tiga faktor stres luaran secara sederhana
mempengaruhi peningkatan burnout dalam kalangan guru. Egu (2013) mendapati
bahawa penyebab terbesar tekanan adalah beban kerja guru. Apabila pensyarah
mengajar terlalu ramai guru pelatih, menandakan skrip peperiksaan, tekanan
menetapkan dalam membuat mereka tidak dapat memenuhi pada tarikh akhir. Beban
kerja adalah faktor inklusif dan penting yang menyumbang kepada stres di kalangan

10

pekerja tanpa mengira sektor kerja dan jenis pekerjaan mereka (Rossi et al., 2010;
Zuraidah dan Nur Farahiyyah, 2015).

Bebanan kerja pensyarah penyelia berdasarkan Surat Siaran MQA.100-17/2
(9) bertarikh 1 Oktober 2014 selaras dengan bidang dan skop tugas. Terdapat
hubungan antara tekanan dan kepuasan Guru pelatih. Ini menunjukkan stres dalam
kalangan pensyarah terhadap kepuasan Guru pelatih saling berkait (Mohd Nasir et.
all, 2012; Kamarudin dan Mubin, 2013).

Tahap stres guru pelatih semester akhir di IPGM pada tahap yang sederhana
iaitu min 2.42 semasa menjalani praktikum (Hasnah, 2016). Dapatan ini menyamai
kajian Samina Malik dan Fouzia Ajmal (2010) terhadap guru pelatih di Islamabad
yang mendapati bahawa stres guru-guru pelatih berada pada tahap yang sederhana
semasa menjalani praktikum. Ini menunjukkan bahawa punca stres yang utama
semasa praktikum dalam kalangan guru-guru pelatih PISMP di IPGM adalah
disebabkan oleh faktor staf dalam organisasi sekolah selain daripada faktor beban
tugas, iklim kerja dan disiplin guru pelatih. Faktor-faktor ini juga akan mempengaruhi
pencapaian praktikum.

Krisis Ekonomi tahun 2009 menganjurkan jabatan kerajaan mengamalkan
Perbelanjaan Berhemat. IPGM tidak terkecuali berdasarkan surat siaran KP(BPG)9561
Jld.76 (76) bertarikh 21 Disember 2009 (Lampiran I). Nilai Ringgit Malaysia
menjunam berbanding Dolar Amerika (USD1.00 =RM 4.188, BNM). manakala
peruntukan bagi OS21(tuntutan perjalanan) dikurangkan. Ini bermakna tuntutan
perjalanan semasa pergi menyelia dan mengadakan bimbingan guru pelatih
dikurangkan. Ini menyebabkan bilangan kekerapan lawatan tidak dapat dipenuhi
seperti yang dikehendaki oleh Garis panduan Amalan Profesional.

Ketidaktentuan Ekonomi Global telah mengheret Malaysia dalam masalah
ekonomi tempatan. Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diadakan pada 28 Januari 2016
menyarankan agensi kerajaan akan lebih bijaksana dan berhemah dalam
perbelanjaan terutamanya bahagian bekalan dan perkhidmatan. Bagi meneruskan
usaha merasionalisasikan pemberian geran kepada Tabung Amanah Kerajaan, Badan
Berkanun Persekutuan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), serta menyusun

11

semula entiti merangkumi Company Limited by Guarantee dan badan berkanun.
(Kementerian Kewangan 2016). Ini secara tidak langsung akan mengurangkan
peruntukan kepada kementerian pendidikan.

Ini sejajar dengan surat siaran KP(BPG)9561/Jld.76 (76) bertarikh 21
Disember 2009 yang menyatakan beberapa perubahan bilangan praktikum kerana
kekangan ekonomi. Hal ini disusuli dengan surat siaran KP(IPG)8282/600/2/5/1 Jld.5
(27) bertarikh 8 Ogos 2014 (Lampiran H) yang melibatkan Pemantauan Praktikum
bagi praktikum yang mempunyai kes yang kritikal. Semua surat siaran ini berkait
rapat dengan kekangan ekonomi yang dihadapi negara secara tidak langsung
memberi kesan yang sangat tinggi kepada pensyarah terhadap tuntutan perjalanan
penyeliaan dan bimbingan praktikum.

Kriteria Pengijazahan yang melayakkan guru pelatih untuk layak
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama yang perlu dipenuhi
oleh guru pelatih iaitu pencapaian cemerlang pada semua peringkat praktikum yang
guru pelatih jalani. Semua ini akan memungkinkan Guru pelatih dapat menjalani
praktikum yang berkualiti dan mendapat skor yang cemerlang. Ini akan memberi
peluang guru pelatih untuk melepasi sekatan ke Penganugerahan Kelas Cemerlang
semasa majlis pengijazahan.

Jadual 1.3 Kriteria Penganugerahan kepada lulusan PISMP

Pangkat PMGT Praktikum Kokurikulum
Cemerlang 3.75 – 4.00 A A
Kepujian 3.25 – 3.74 B+ B+
Lulus 2.00 – 3.24 C C
Tidak Layak 0.00 – 1.99 - -
dianugerahkan
Diploma

Sumber: Panduan dan syarat Penganugerahan Sijil/ Diploma / Ijazah, (IPGM
2013, 2018)

Guru pelatih yang mencapai skor Purata Nilai Gred ≥ 3.75 (CGPA) dibaca
bersama Panduan dan Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah Berdasarkan

12

adalah layak untuk dianugerahkan Kelas Pertama, (IPGM, 2018) walau bagaimana
pun guru pelatih layak mendapat Kelas Pertama jika gabungan gred markah
Praktikum tidak mendapat gred A. Ini menjadikan Praktikum sebagai prasyarat untuk
mendapat Kelas 1 Tertinggi.

Oleh yang demikian adakah refleksi rakaman video PdPc, refleksi guru
pembimbing dan refleksi pensyarah penyelia juga memberikan kesan terhadap
pencapaian guru pelatih semasa mereka menjalani praktikum di sekolah. Ini akan
kita lihat dalam perbincangan seterusnya.

1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini mengkaji pengaruh refleksi praktikum terhadap pencapaian guru pelatih
semasa menjalani praktikum di sekolah terpilih yang berhampiran dengan IPGK. Ada
tiga bentuk refleksi praktikum yang guru pelatih akan hadapi iaitu Refleksi Praktikum
berdasarkan rakaman video Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc), Refleksi
Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah Penyelia. Refleksi
Praktikum ini juga akan mengkaji kekerapan pensyarah hadir di lokasi untuk menyelia
berdasarkan garis panduan yang mesti di patuhi dengan beban tugas pensyarah dan
kekangan masa yang diperuntukkan dan tugas rasmi.

Semasa menjalani praktikum, guru pelatih boleh memanfaatkan gajet dan
kecanggihan aplikasi dalam membuat refleksi yang dikehendaki seperti sistem e-mel,
sistem pesanan ringkas (SMS), program media sosial seperti Facebook, Telegram,
WassApp , YouTube dan seumpamanya yang mudah dicapai oleh guru pelatih pada
jarak yang jauh dalam masa yang berlainan untuk tujuan bimbingan dan penyeliaan
dalam kalangan guru pelatih mod sepenuh masa Institut Pendidikan Guru Kampus
Zon Sabah.

Kajian ini juga cuba mengetengahkan aspek refleksi bimbingan praktikum yang
dibimbing oleh guru pembimbing y ang dilantik oleh pihak sekolah di sekolah terpilih
dan refleksi penyeliaan oleh pensyarah penyelia yang dilantik oleh pihak IPGK yang
terlibat sama ada dijalankan penyeliaan bersemuka masa sebenar atau dalam bentuk
rakaman video “off-line” bagi membantu bimbingan guru pelatih.

13

1.5 Objektif Kajian
Kajian ini menetapkan objektif kajian yang perlu dicapai:

a. Mengenal pasti tahap refleksi rakaman video Pengajaran dan
Pemudah cara (PdPc) di sekolah

b. Mengenal pasti tahap refleksi bimbingan guru pembimbing di sekolah
c. Mengenal pasti tahap refleksi penyeliaan pensyarah penyelia di

sekolah
d. Mengenal pasti tahap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah
e. Mengenal pasti perbezaan pencapaian praktikum guru pelatih

berdasarkan ciri demografi di sekolah
f. Mengenal pasti hubungan antara refleksi rakaman video Pengajaran

dan Pemudah cara dengan pencapaian praktikum guru pelatih di
sekolah.
g. Mengenal pasti hubungan antara refleksi penyeliaan guru pembimbing
dengan pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah
h. Mengenal pasti hubungan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia
dengan pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah
i. Mengenal pasti pengaruh faktor-faktor peramal (refleksi rakaman
video pengajaran dan pemudah cara, refleksi penyeliaan dan
bimbingan guru pembimbing dan refleksi penyeliaan pensyarah
penyelia) terhadap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah.
j. Mencadangkan model sumbangan secara langsung dan tidak langsung
pemboleh ubah refleksi rakaman video Pengajaran dan Pemudah cara,
refleksi penyeliaan guru pembimbing dan refleksi penyeliaan
pensyarah penyelia terhadap pencapaian praktikum guru pelatih di
sekolah.

14

1.6 Soalan Kajian
Kajian ini akan cuba menjelaskan soalan berikut:

a. Apakah tahap refleksi rakaman video Pengajaran dan Pemudah cara
(PdPc) guru pelatih di sekolah?

b. Apakah tahap refleksi bimbingan guru pembimbing terhadap guru
pelatih di sekolah?

c. Apakah tahap refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap guru
pelatih di sekolah?

e. Apakah tahap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah?
f. Apakah perbezaan pencapaian praktikum guru pelatih berdasarkan ciri

demografi di sekolah?
g. Adakah terdapat hubungan antara refleksi rakaman video Pengajaran

dan Pemudah cara dengan pencapaian praktikum guru pelatih di
sekolah?
h. Adakah terdapat hubungan antara bimbingan guru pembimbing
dengan pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah?
i. Adakah terdapat hubungan penyeliaan pensyarah penyelia dengan
pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah?
j. Adakah terdapat pengaruh faktor-faktor peramal (refleksi rakaman
video pengajaran dan pemudah cara, refleksi penyeliaan dan
bimbingan guru pembimbing dan refleksi penyeliaan pensyarah
penyelia) terhadap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah?
k. Adakah terdapat sumbangan model secara langsung dan tidak
langsung pemboleh ubah refleksi rakaman video Pengajaran dan
Pemudah cara, refleksi penyeliaan guru pembimbing dan refleksi
penyeliaan pensyarah penyelia terhadap pencapaian praktikum guru
pelatih di sekolah?

15

1.7 Hipotesis Kajian
H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
praktikum guru pelatih berdasarkan lokasi.
H02 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
praktikum guru pelatih berdasarkan jantina.
H03 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian
praktikum guru pelatih berdasarkan kemudahan internet di sekolah.
H04 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara refleksi rakaman
video PdPc dengan pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah.
H05 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara refleksi bimbingan
guru pembimbing dengan pencapaian praktikum guru pelatih di
sekolah.
H06 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penyeliaan pensyarah
penyelia dengan pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah.
H07 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan terhadap faktor-faktor
peramal (refleksi rakaman video PdPc, refleksi bimbingan dan
penyeliaan guru pembimbing dan refleksi penyeliaan pensyarah
penyelia) terhadap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah.
H08 Tidak terdapat model sumbangan langsung dan tidak langsung
pemboleh-pemboleh ubah refleksi rakaman video Pengajaran dan
Pemudah cara (PdPc), refleksi bimbingan dan penyeliaan guru
pembimbing dan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap
pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah.

16

1.8 Kerangka Konseptual kajian
Kerangka konseptual adalah konsep yang dinyatakan dalam kajian yang
menggambarkan pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas mempunyai
hubungan dan perkaitan yang saling mempengaruhi pemboleh ubah yang lain atau
tidak (Iskandar, 2008).

Setiap satu isu dan masalah yang diketengahkan mestilah mengandungi dua
atau lebih pemboleh ubah dalam sesuatu kajian inferens (Ghazali dan Sufean,
2016). Hal ini selaras dengan Sugiono (2010) yang menyatakan hubungan-
hubungan dalam mereka bentuk pemboleh ubah kajian dibuat berdasarkan hipotesis
kajian bagi menentukan jenis dan analisis statistik yang akan digunakan oleh
pengkaji. Dalam konteks kajian ini kerangka konseptual kajian diubah suai
berdasarkan Model Refleksi Kolb 4 IV = 1 DV yang dicadangkan (Ghazali et al.,
2016).

Demografi Pencapaian
Praktikum di Sekolah
Refleksi Rakaman
Video PdPc

Refleksi Bimbingan
Guru Pembimbing

Refleksi Penyeliaan
Pensyarah Penyelia

Rajah 1.1 Rangka konsep Kajian Refleksi Praktikum

17

Berdasarkan Rangka konsep Kajian Refleksi Praktikum terdapat tiga
pemboleh ubah bebas (IV) iaitu Rakaman Video PdPc, Bimbingan oleh Guru
Pembimbing dan Penyeliaan dan bimbingan Pensyarah Penyelia dan kepada guru
pelatih. Ketiga-tiga pemboleh ubah bebas ini akan mempengaruhi atau tidak
pencapaian praktikum (DV) guru pelatih semasa menjalani praktikum di sekolah.

Menurut Ghazali et al. (2016) model hubungan berganda 4 IV = 1 DV
menjelaskan hubungan antara tiga pemboleh ubah bebas dengan satu pemboleh
ubah bersandar kajian.

1.9 Definisi Operasional
Dalam topik ini pengkaji akan membincangkan definisi setiap dimensi kajian secara
terperinci. Perbincangan ini merangkumi definisi setiap dimensi secara teori dan
operasional mengikut kesesuaian kajian yang dijalankan. Definisi Refleksi Praktikum
akan dibincangkan kepada Refleksi Rakaman Video PdPc, Refleksi Bimbingan Guru
Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah Pembimbing.

1.9.1 Definisi refleksi
Refleksi menurut Dewey (1933), ialah pemeriksaan semula secara aktif, teliti dan
bersungguh-sungguh terhadap kepercayaan atau sebagai pengetahuan, Refleksi
sebagai proses berterusan di mana masalah ditimbulkan dan penyelesaian
dibangunkan dan mencuba, dan refleksi adalah proses yang berterusan guru
membangunkan sebagai profesional pengajaran.

Richards dan Lockhart (1994) Pengajaran refleksi dalam kelas PdPc kedua
setelah mengumpul data pengajaran mereka, memeriksa sikap, kepercayaan,
anggapan dan amalan mengajar serta menggunakan maklumat yang diperoleh
sebagai asas untuk refleksi kritis selepas kelas terdahulu atau sebelumnya

Boud, Keogh, dan Walker (1985). Refleksi adalah aktiviti manusia yang penting
di mana orang menilai semula pengalaman mereka, berfikir mengenainya,
memikirkan tindakan selanjutnya menjadikan pengalaman yang baharu manakala

18

David Boud, Lee Andresen dan Ruth Cohen (1985), menyatakan Refleksi terdiri
daripada tiga elemen iaitu mengulangi pengalaman, memahami perasaan dan emosi
dan menilai semula pengalaman.

Amalan refleksi membantu guru membina pengetahuan profesional
(Greenwood, 1998; Bulman dan Schutz, 2004; Pedro, 2005; Roadman, 2010; Anita,
2011; Osterman dan Kottkamp, 2004; McGregor dan Cartwright, 2011). Setiap
profesional memahami tindakan mereka dengan berfikir tentang tindakan mereka
manakala Garmston (2001) menyatakan bahawa refleksi menyediakan peluang
terbaik untuk membentuk kefahaman profesional dengan melakukan penilaian
kendiri berdasarkan aktiviti yang lalu.

Menurut Jasper (2006), amalan refleksi adalah aktiviti yang sengaja dan
bijaksana untuk meningkatkan kefahaman profesional dan memperoleh idea dan
pandangan baharu. Ghaye (2000) berpendapat bahawa amalan reflektif adalah satu
cara untuk mencari jalan untuk menangani ketidakpastian profesional. Refleksi
menggalakkan guru-guru bekerja dengan cekap dan. Proses refleksi memerlukan
kesediaan dan komitmen untuk memperoleh idea dan pandangan baharu (Boud et
al., 1998; Mezirow, 1981; Larrivee, 2010). Keupayaan untuk melibatkan diri dalam
amalan reflektif di kalangan guru pelatih semasa dalam latihan (Schon, 1983, 1987;
Loughran, 2002; Brookfield, 1995; Osterman dan Kottamp, 2004).

Refleksi memudahkan para guru pelatih untuk menghadapi dan mencabar
konsep mereka semasa mengenai proses pengajaran dan membantu guru pelatih
untuk menilai amalan semasa mereka, mengenal pasti bidang penambahbaikan,
menjadi pembuat keputusan yang lebih baik dan menangani kekaburan, tekanan dan
keadaan yang sentiasa berubah.

Dalam kajian ini refleksi adalah kajian berdasarkan pengalaman dan aktiviti
yang lalu dengan mengkaji keperluan penambahbaikan untuk mempertingkatkan
pengalaman yang lebih bermakna pada masa akan datang dan dijadikan satu hasil
pengalaman yang baharu serta dapat mengubah tingkah laku yang bermakna.

19

1.9.2 Refleksi Praktikum
Refleksi praktikum ialah renungan, imbas semula aktiviti PdPc telah dilaksanakan.
(Fendler, 2003). Perkara merupakan rutin bagi guru pra perkhidmatan yang
menjalani latihan mengajar yang kini dikenali sebagai praktikum. Dalam konteks
praktikum refleksi ialah aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan Pengajaran
dan Pemudah cara (PdPc) yang telah dilakukan untuk mempertingkatkan kemahiran
guru. Refleksi merupakan satu proses mengingat, merenung kembali pengalaman
serta aktiviti yang telah dilaksanakan serta menganalisis dan menilai kelebihan dan
kekurangan untuk memikirkan cara memperbaiki dan mengubah suai termasuk
memikirkan cara penambahbaikan untuk panduan dan kegunaan pada masa akan
datang (Zainab et al ,2015).

Guru pelatih menganggap refleksi sebagai kualiti asas untuk mendapatkan
kesedaran diri, yang dibangunkan melalui refleksi praktikum. Kebiasaan refleksi
dalam-tindakan meningkatkan kesedaran di kalangan guru pelatih untuk memahami
tindakan profesional mereka sendiri melalui rakaman video PdPc, tugasan
microteaching, jurnal pembelajaran reflektif, maklum balas murid dan melalui
maklum balas rakan sebaya (Erginel, 2006). Penglibatan dalam refleksi dalam
tindakan membawa guru-guru pelatih untuk mengenal pasti dan membetulkan
kesilapan profesional mereka sendiri semasa mengajar. Guru-guru reflektif secara
berterusan mengkaji kepercayaan profesional mereka. Proses penilaian diri
memudahkan para guru untuk memahami motif mereka di sebalik aktiviti dalam bilik
darjah. Refleksi diri sangat berharga bagi guru untuk meredakan situasi yang
mengganggu (Spiller, 2011). Refleksi memimpin guru untuk menerima tindak balas
corak dalam mana-mana situasi kelas yang diberikan (Peters, 1991).

Guru-guru pelatih meletakkan usaha yang serius untuk mengkaji keberkesanan
pengajaran mereka dan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar mereka dengan
cara yang lebih baik (Myers, 2009; Rodgers, 2002; Larrivee dan Cooper, 2006;
Zengaro dan Nejad, 2007; NCATE, 2008). Penglibatan guru dalam amalan reflektif
mendorong mereka untuk menerima pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Guru reflektif biasanya memecah bahan pengajaran ke dalam bahagian-bahagian
yang lebih difahami (Roadman, 2010). Penglibatan dalam amalan reflektif
mendorong guru untuk menjadi responsif kepada pelajar mereka dan memenuhi

20

keperluan pembelajaran pelajar dengan cara yang lebih baik (Moon, 2003; Titus dan
Gremler, 2010).

Penyelidikan mengenai usaha reformasi Pendidikan Refleksi Praktikum
menekankan keperluan guru dan guru pelatih dalam perkhidmatan untuk
merenungkan amalan mereka (Calderhead 1993). Refleksi adalah komponen kritikal
penyediaan guru dan menyediakan keperluan amali untuk guru pelatih untuk
memeriksa kepercayaan dan keyakinan mereka tentang pengajaran dan
pembelajaran. Penyelidikan Dewey (1933) menyatakan bahawa refleksi adalah
"pertimbangan yang aktif dan teliti terhadap apa-apa kepercayaan atau bentuk
pengetahuan yang sepatutnya berdasarkan alasan yang menyokongnya dan
kesimpulan selanjutnya yang mana ia cenderung.

Dalam kajian ini refleksi praktikum merujuk kepada proses mengimbas semula,
membuat penilaian dan memperbaiki keberkesanan proses PdPc yang telah dilalui
oleh Guru pelatih. Pembelajaran adalah bergantung pada integrasi pengalaman
dengan renungan dan teori dengan amalan (Humphreys dan Susak, 2000; Dewey
,1933) menegaskan bahawa tindakan itu penting dalam membina makna oleh itu,
pendekatan cuba jaya (try and error) perlu bagi pembelajaran, ia tidak mencukupi
dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan fikiran serta amali yang perlu disediakan,
bermaksud bahawa guru pelatih memerlukan pengalaman dan berfikir.

a. Refleksi rakaman video PdPc
Miyata (2002) menyatakan bahawa penyeliaan dan penilaian pensyarah penyelia dan
guru pembimbing mungkin satu-satunya sumber utama data semasa praktikum dan
ini akan mengurangkan pemerhatian dan penyeliaan mereka. Dalam kajian ini
rakaman video PdPc akan dilakukan oleh guru pelatih dengan membuat rakaman
sendiri atau dengan bantuan rakan guru pelatih. Guru pelatih akan memainkan
semula rakaman tersebut pada masa lapang. Ini bertujuan untuk melihat kekuatan
dan kelemahan sesi pengajaran tadi. Rakaman Video PdPc yang dirakam dalam
pengajaran sebenar membawa suasana nyata kepada penyelia di luar masa sebenar.
Sherin (2003).

21

Pensyarah penyelia kemudian memainkan semula rakam video PdPc yang
dimuat turun dari laman sosial atau dengan serahan tangan oleh guru pelatih dan
melihat segmen serta menilai dan memberi maklum balas kepada guru pelatih.
Proses ini boleh dibuat berulang-ulang setelah guru pelatih berpuas hati dengan
tindakan penambahbaikan terhadap rakaman video PdPc yang lalu. Menurut Eroz-
Tua (2013), refleksi harus menjadi amalan biasa bagi pelatih guru dan pelatih.

Guru pelatih juga dapat memperbaiki kualiti Pengajaran dan Pemudah cara
dengan melihat video secara berulang-ulang. Maklum balas pensyarah melalui
aplikasi media sosial dijadikan panduan oleh guru pelatih. Walau bagaimanapun
pensyarah perlu datang pada seliaan akhir bagi menyelaraskan penilaian bersama
guru pembimbing melainkan jika ada sesuatu yang mendesak. Maklum balas dari
guru pembimbing dan pensyarah penyelia sama ada secara penyeliaan bersemuka
(face to face observation) atau bimbingan berterusan amat diperlukan semasa guru
pelatih menjalani praktikum di sekolah.

Rakaman Video boleh membantu guru pelatih memperbesar, secara harfiah
dan kiasan, apabila ada saat-saat yang menimbulkan sesuatu yang keliru ataupun
tak pasti (Ballenger, 2009). Dalam detik-detik kejutan atau ketegangan, guru pelatih
melihat dengan teliti seorang pelajar tertentu atau mendengar lebih teliti dengan
bahasa kita sendiri untuk memahami apa yang sedang berlaku.

Rakaman video dalam pembinaan adalah alat penting. Guru pelatih boleh
bekerjasama berkaitan soalan-soalan mengenai pendekatan evaluatif dan arahan
berbanding pendekatan yang lebih mencerminkan kepada pembinaan dan
bimbingan. Semua rakaman video boleh membawa guru pelatih ke kaedah
pengajaran ini kerana mereka akan cekap dalam membuat refleksi seperti cara kita
diajar untuk mengajar. Rakaman video PdPc adalah alat penting untuk melihat,
mendengar, pendekatan menilai dan perbincangan antara guru pelatih dengan guru
pembimbing dan pensyarah penyelia dalam membina penilaian terus dan penilaian
berdasarkan bimbingan. (Mosley, Maloch dan Hoffman, 2016) dan rakaman video
adalah alat yang berkuasa (Hoffman et. al, 2014).

22

Dalam kajian ini guru pelatih menggunakan refleksi rakaman video PdPc
sebagai bahan untuk membuat refleksi bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
yang perlu ditambah baik untuk sesi PdPc yang akan datang. Rakaman dijadikan
bahan penilaian dan bimbingan pada pensyarah untuk membimbing dan menilai
pengajaran guru pelatih tanpa kehadiran pensyarah penyelia pada masa sebenar. Ini
akan mengurangkan beban semasa pensyarah. Rakaman video ini juga akan menjadi
bahan untuk guru pelatih menjalankan refleksi aktiviti Pengajaran dan Pemudah cara
selepas di selia oleh guru pembimbing atau pensyarah penyelia.

b. Refleksi penyeliaan guru pembimbing
Guru pembimbing praktikum ialah seorang guru yang terlatih selain mengajar pada
mata pelajaran tertentu tetapi terlibat juga dalam membimbing guru pelatih yang
menjalani praktikum di sekolah (Andi Mapiare, 2006).

Guru pelatih dibimbing oleh guru pembimbing yang dilantik oleh sekolah
berdasarkan bidang kepakaran, pengalaman mengajar dan kesediaan untuk menjadi
guru pembimbing guru pelatih praktikum. Pihak IPGK akan membuat taklimat kepada
semua guru pembimbing. Guru pembimbing yang mendapat taklimat yang jelas
perjalanan praktikum akan memberikan skor yang memuaskan kepada Guru pelatih
(Abdul Rashid dan Zurida, 2003).

Guru pembimbing akan membimbing berdasarkan Garis panduan Amalan
Profesional yang dibekalkan oleh IPGM. Sebelum Guru pelatih diselia, Guru
pembimbing akan membimbing Guru pelatih dari aspek persediaan mengajar
termasuk penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), penyediaan dan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), Alat Bantu Mengajar (ABM) dan perkara
yang berkaitan. Setelah guru pembimbing berpuas hati maka guru pembimbing akan
menyelia guru pelatih. Setelah selesai di cerap, guru pembimbing akan berbincang
tentang kelemahan dan kekuatan sesi PdPc yang dijalankan tadi. Guru pelatih akan
mengambil tindakan berdasarkan perbincangan yang dijalankan dengan bantuan
guru pembimbing. Guru pembimbing boleh membuat penyeliaan dan bimbingan
dengan lebih kerap kerana guru pelatih menjalani praktikum di sekolah yang sama
dengan guru pembimbing.

23

Dalam kajian ini refleksi penyeliaan dan bimbingan oleh guru pembimbing
dibuat sebelum dan selepas PdPc dijalankan. Perbincangan dan bimbingan untuk
membuat penambahbaikan ke atas kelemahan yang dikesan semasa proses PdPc
dijalankan. Proses refleksi ini dijalankan secara berterusan sehinggalah guru
pembimbing merasa yakin dan berpuas hati dengan pencapaian yang dikehendaki.

c. Refleksi penyeliaan pensyarah penyelia
Pensyarah penyelia ialah mentor atau pemudahcara yang dilantik oleh institusi bagi
membimbing, menilai dan membantu guru pelatih semasa menjalani praktikum di
sekolah (Hairon, Loh,Lim, Govindani, Tan, dan Tay.2020).

Pensyarah penyelia bertanggungjawab menyelia guru pelatih yang
ditempatkan di sekolah oleh Unit Amalan Profesional, IPG Kampus. Pensyarah
penyelia dilantik oleh pengurusan IPG Kampus berdasarkan disiplin kepakaran di
jabatan akademik IPGK. Pensyarah hendaklah menyelia dan membimbing guru
pelatih berkenaan berdasarkan Garis panduan Amalan Profesional, PISPM yang
berkuat kuasa pada tahun semasa IPGM (2006).

Refleksi bukanlah satu proses yang lazim (Dewey 1933), sebaliknya ia adalah
satu proses belajar yang memerlukan galakan, tetulang, penyeliaan dan latihan.
Begitu juga, Valli (1997) menekankan kepentingan pemantauan supaya
menggalakkan refleksi, Penjelasan bahawa peranan penyelia dalam proses refleksi
adalah salah satu panduan yang meminta dan menggalakkan guru pelatih untuk
bertanya soalan untuk analisis diri dalam perbualan sesi refleksi

Mengetahui dan memahami perasaan guru pelatih, keperluan fizikal
merupakan satu maklumat terbaik bagi mengekang masalah yang akan timbul di
sepanjang latihan mengajar. Pihak IPGM hendaklah mendampingkan guru pelatih
dengan penyelia yang mempunyai kepakaran yang sama opsyen guru pelatih.
Pensyarah penyelia selaku penyelia di saran mengamalkan stail penyeliaan
terbimbing di awal penyeliaan praktikum dan secara beransur-ansur secara bebas
berdasarkan perancangan guru pelatih (Mohd. Zolkifli et. al 2007).

24

Dalam kajian ini refleksi penyeliaan dilakukan setelah penyeliaan dilakukan oleh
pensyarah penyelia. Kekuatan dan kelemahan yang dikesan akan diambil tindakan
oleh guru pelatih untuk tujuan penambahbaikan yang sepatutnya dan diaplikasikan
pada PdPc yang selanjutnya.

d. Pencapaian Praktikum
Pencapaian praktikum ialah skor, gred atau pangkat (Kerlinger, 1989) Yap, Wan,
Ismail (1991) tahap kecekapan, prestasi (Mavis, 2005) yang diperoleh oleh guru
pelatih berdasarkan penilaian yang dijalankan berdasarkan Garis panduan Amalan
Profesional yang diamalkan (IPGM, 2016).

Jadual 1.4 Jadual Pemarkahan dan Penggredan

Peratus Nilai Kredit Gred BIG

0 0.00 F G

10 0.67 E G

20 1.00 D G

30 1.33 D+ G

40 1.67 C- G

50 2.00 C L

55 2.33 C+ L

60 2.67 B- L

65 3.00 B L

70 3.33 B+ L

75 3.67 A- L

80 3.84 A L

90 4.00 A+ L

Sumber: Panduan dan syarat penganugerahan, (IPGM 2013, MS:21)

Pengkaji akan mengkaji pengaruh refleksi rakaman video Pengajaran dan
Pemudah cara yang dirakamkan oleh guru pelatih untuk membuat refleksi sendiri

25

dalam usaha menambah baik kelemahan dan kekuatan semasa mereka di kelas
tanpa perlu menunggu kehadiran pensyarah penyelia.

Dalam kajian ini pencapaian praktikum adalah kejayaan seseorang guru pelatih
memperoleh Tahap yang mempunyai maksud yang tersendiri berdasarkan tahap
yang diperoleh berdasarkan borang Bimbingan Praktikum (PR1) yang digunakan
semasa sesi bimbingan dijalankan.

1.10 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini diharap akan memberikan dapatan keberkesanan latihan
perguruan pra-perkhidmatan menggunakan refleksi praktikum yang terdiri dari tiga
jenis refleksi iaitu refleksi rakaman video Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc),
refleksi bimbingan guru pembimbing dan refleksi pensyarah penyelia sama ada
penyeliaan bersemuka dengan guru pelatih atau bimbingan berpandukan rakaman
video PdPc. Guru pelatih dapat menjadikan refleksi sebagai kaedah untuk
memperbaiki dan meningkatkan setiap aktiviti yang dilakukan.

Para guru pembimbing, pensyarah penyelia pentadbir IPG Kampus dan
pentadbir sekolah sentiasa menggalakkan guru pelatih menyampaikan pelajaran
dengan kreatif dan inovatif, menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan
perkembangan PdPc Abad 21 kepada semua rakan guru pelatih. Kemahiran dan
pengetahuan yang ada pada guru pembimbing dapat membantu guru pelatih
melaksanakan praktikum dengan jayanya di sekolah.

Oleh itu kumpulan guru pelatih yang tergolong dalam kelompok guru pra
perkhidmatan yang mana program latihan praktikum merupakan saluran untuk
memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam pedagogi selepas didedahkan
konsep dan teori-teori pedagogi di bilik kuliah.

Pada masa tersebut guru pelatih dapat membuat refleksi pencapaian hasil
pembelajaran mereka pada hari tersebut dengan memainkan semula (play back)
rakaman video tersebut. Ini akan memberi peluang meneliti setiap minit untuk
mencari kekuatan dan kelemahan semasa PdPc yang telah mereka jalankan.

26

Kekuatan itu akan dikekalkan untuk sesi PdPc seterusnya manakala kelemahan akan
cuba diatasi atau ditambah baik.

Bakal guru perlu mencapai beberapa tahap dan ianya bergantung kepada
kemahiran dan daya usaha mereka apabila dilantik secara rasmi sebagai penjawat
awam. Menurut Steffy et al. (2000) guru-guru ini akan cuba mewujudkan
persekitaran PdPc yang bermakna di samping dapat meningkatkan keyakinan diri dan
proaktif terhadap muridnya.

Dari sudut yang lain sebagai guru pelatih sudah tentu mempunyai kecelaruan
semasa memahami konsep pengajaran dan penggunaan media serta menyesuaikan
di antara teori-teori pedagogi dan amalan persekitaran sekolah. Ini kerana mengikut
dalam pusingan kerjaya sebagai guru mempunyai beberapa peringkat iaitu Guru
Cemerlang, Guru Dalam Latihan, Guru Profesional, Guru Pakar, Guru Unggul dan
Pesara Guru.

Satu kajian secara menyeluruh dan mendalam terhadap refleksi praktikum dan
pengaruh terhadap pencapaian guru pelatih perlu dilakukan. Fokus utama kajian ini
adalah untuk mengenal pasti amalan refleksi praktikum iaitu amalan refleksi rakaman
video PdPc, refleksi bimbingan pengajaran oleh guru pembimbing dan amalan refleksi
pensyarah penyelia.

1.11 Batasan kajian
Kajian ini menumpukan refleksi praktikum iaitu refleksi rakaman video Pengajaran
dan Pemudah cara (PdPc), refleksi bimbingan oleh guru pembimbing dan refleksi
penyeliaan pensyarah penyelia terhadap guru pelatih sepenuh masa Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2015 di Institut
Pendidikan Guru Kampus Zon Sabah.

Refleksi rakaman video Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc) yang dihantar
oleh Guru pelatih kepada pensyarah pembimbing melalui medium internet
menggunakan program media sosial seperti Facebook, WassApp, Telegram,
Schoology, e-mel dan lain medium alternatif atau menggunakan serahan tangan.

27

Guru pelatih akan ditempatkan sekolah-sekolah terpilih seluruh Sabah semasa
mereka menjalani praktikum. Kualiti rakaman video dan audio adalah di luar kawalan
guru pelatih seperti gangguan suara dari kelas sebelah atau bunyi luar yang tidak
dapat dikawal.

Guru pelatih juga tidak terikat untuk membuat rakaman lebih dari satu
rakaman. Ketiadaan bekalan kuasa elektrik yang berterusan akan menjejaskan kualiti
rakaman. Ruang simpanan alat perakam video dan audio perlulah mampu
menyediakan ruang simpanan rakaman sama ada 30 minit atau 60 minit untuk satu
sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kajian ini juga pengkaji tidak dapat mengawal guru pelatih, guru
pembimbing yang terbeban dengan beban kerja dan aktiviti sekolah dan pensyarah
penyelia untuk membimbing dan menyelia di saat akhir (last minute observation)
yang akan mempengaruhi dapatan kajian. Pengkaji terikat dengan tempoh praktikum
guru pelatih selama 12 minggu yang telah ditentukan oleh IPGM.

1.12 Rumusan
Bab ini menumpukan peranan refleksi praktikum dapat membantu meningkatkan
pencapaian guru pelatih semasa menjalankan praktikum. Pengkaji mengkaji
pengaruh refleksi rakaman video PdPc yang dirakamkan oleh guru pelatih untuk
membuat refleksi sendiri dalam usaha menambah baik kelemahan dan kekuatan
semasa mereka di kelas tanpa perlu menunggu kehadiran pensyarah penyelia. Dalam
hal yang demikian juga refleksi guru pembimbing dan refleksi pensyarah penyelia
juga mempunyai pengaruh terhadap pencapaian guru pelatih semasa mereka
menjalani praktikum di sekolah. Objektif kajian selaras dengan soalan kajian yang
akan jawab kelak. Definisi operasional menjelaskan maksud frasa dalam konteks
kajian yang dijalankan. Kepentingan kajian dan batasan kajian telah diterangkan
dalam bab ini. Kajian lepas dalam sorotan literatur yang akan diterangkan pada Bab
dua dan seterusnya

28

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Dalam bab ini perbincangan dimulai dengan maklumat mengenai proses
perlaksanaan praktikum atau Latihan Mengajar (LM) dalam kalangan guru pelatih
atau siswa guru di Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Seterusnya perbincangan
difokuskan dengan lebih khusus kepada perlaksanaan praktikum di IPG Kampus Zon
Sabah. Bab ini juga membincangkan mengenai refleksi praktikum yang terdiri
daripada rakaman Video Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc) dalam atau di luar
bilik darjah termasuklah perbincangan mengenai kelebihan dan kelemahan
penggunaan Rakaman Video PdPc. Refleksi Bimbingan dan penyeliaan guru
pembimbing praktikum dan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia. Kajian yang
berkaitan turut dibincangkan di dalam bab ini dalam pelbagai perspektif.

Amalan Profesional adalah salah satu komponen kursus yang menyediakan
guru pelatih mengaplikasikan teori, konsep, kemahiran, nilai dilaksanakan di dalam
dan luar bilik darjah bagi menghasilkan guru yang kompeten dan berdaya saing
dalam arus perdana. Kreativiti dan kesediaan guru pelatih merupakan faktor utama
dalam pelaksanaan praktikum di sekolah. Komponen praktikum termasuk dalam
kumpulan Amalan Profesional. (IPGM,2013).

Pengurusan program praktikum yang dikendalikan oleh University Industrial
Link bagi Universiti Tempatan dan Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru, IPGM-
KPM adalah berpandukan Garis panduan Amalan Profesional 2015 yang berkuat
kuasa selari dengan kehendak MS ISO 9001:2000. Berdasarkan piawaian ini

pengurusan praktikum mengikut prosedur seperti penempatan guru pelatih,
penyeliaan guru pelatih dan penilaian guru pelatih berpandukan garis panduan yang
telah ditentukan. (Lim et. al ,2010; IPGM, 2013).

2.2 Persediaan Sebelum Menjalani Praktikum
Praktikum atau latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program
Pendidikan Guru. Praktikum adalah medan untuk melahirkan dan mengaplikasikan
teori dan pedagogi yang dipelajari. Pengetahuan dan pengalaman ini dipindahkan
kepada guru pelatih melalui pelaksanaan Pengajaran dan Pemudah cara di bilik
darjah dan di luar bilik darjah (Abdul Latif,2010).

Komponen praktikum diberi penekanan yang utama dalam semua latihan
perguruan di dunia. Teori di sebalik praktikum dan hasil yang sama diharapkan pada
semua institusi latihan perguruan walaupun proses dan pelaksanaan agak berbeza
dari satu institusi dengan institusi yang lain. Ianya bergantung pada situasi, iklim,
kaedah di sesuatu tempat (Wu dan Lee, 1999; Zeichner, 1990; Hastings dan Squires,
2002; Burant dan Kirby, 2002).

Sebilangan guru pelatih yang tidak bersedia untuk menjalani praktikum di
dalam iklim bilik darjah sebenar (Stuart dan Thurlow,2000). Mereka tidak mampu
menghadapi masalah semasa praktikum menyebabkan mereka kecewa hasil yang
mereka capai. Perdebatan sama ada guru pelatih sesuai dengan guru pembimbing
atau iklim sekolah yang tidak kondusif. Mereka mengharapkan guru pelatih
melakukan satu kerja yang terbaik semasa praktikum (Clark, 2002).

Faktor tekanan atau stress juga akan mempengaruhi pencapaian guru
pelatih. Kajian oleh Mazlan Aris, Faizah Abd Ghani dan Syed Mohd Shafeq Syed
Mansor (2002) Abdul Rahim Mohd Yunus (2002) mendapati bahawa faktor salah
laku guru pelatih, beban kerja dan kekangan masa merupakan faktor yang
mempunyai nilai purata tertinggi dalam menyebabkan stres kerja dalam kalangan
guru dan guru pelatih.

30

Pelaksanaan praktikum di sekolah selaras dengan Pekeliling Ikhtisas Bil.
7/1985 yang membenarkan guru pelatih menjalani praktikum di sekolah-sekolah di
Malaysia. Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada proses PdPc dengan
bimbingan pensyarah penyelia dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan
permuafakatan antara agensi-agensi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(IPGM, 2016).

Penguasaan dan pelaksanaan praktikum salah satu hasil pembelajaran yang
perlu dicapai di dalam kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) tanpa mengira bidang pengajian yang ditawarkan di IPG. Pelaksanaan
praktikum dalam program PISMP selain untuk memenuhi hasil pembelajaran
program dan hasil pembelajaran kursus (bidang pengajian) juga untuk mematuhi
Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework, MQF).
Matlamat hasil pembelajaran tersebut adalah untuk melahirkan bakal guru yang
kreatif, inovatif, menangani cabaran dan masalah dengan berhikmah dan dapat
berfikir dan menjadi seorang guru yang berjaya.

Matlamat jangka panjang program praktikum di dalam pendidikan guru
ialah agar guru pra perkhidmatan yang dilahirkan oleh IPG dapat mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan sikap dedikasi dalam kehidupan mereka kelak
(BPG, 2010).

Kepentingan praktikum dalam latihan perguruan pra perkhidmatan diakui
oleh ramai pengkaji dan ahli akademik (Ramlah Hamzah et al. 2001; Abdul Raof Dalip
dan Subahan, Mohd. Meerah, 1991; Abdul Rahim Abdul Rashid et al. 1992; Abu
Hassan Kassim et al. 1994). Walau bagaimanapun banyak lagi masalah yang dihadapi
oleh guru pelatih di bincang dan dibahaskan. Antaranya, guru pelatih berhadapan
dengan masalah dalam usaha belajar untuk mengajar dan memperbaiki pengajaran
(Zakaria et al. 2001), tahap penguasaan pedagogi guru pelatih yang kurang
memuaskan (Abu Hassan Kassim et al. 1994); keyakinan diri dalam menyampaikan
isi pelajaran masih rendah (Hashim Othman dan Mohd Daud Hamzah, 2001); prestasi
yang kurang memuaskan (KPTM dan KPM, 2005) serta tahap kesediaan, minat dan
sikap, pengetahuan dan kemahiran mengajar yang sederhana (Baharin Abu, 2006;
Shariff Omar et al. 1994; Raths 2001).

31


Click to View FlipBook Version