The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TESIS PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM-FINAL-warna

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramlanmala, 2020-12-03 01:03:52

TESIS PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM-FINAL-warna

TESIS PENGARUH REFLEKSI PRAKTIKUM-FINAL-warna

guru pelatih ke tahap prestasi yang lebih tinggi (Hill dan Miller, 2013). Perancah
pembelajaran digunakan dalam penyelidikan sosiobudaya untuk mengkaji "zon
pembangunan proksimal"; apa yang guru pelatih mampu pada masa ini, dan apa
yang boleh dilakukan guru pelatih apabila diberikan sokongan (Vygotsky, 1978). Para
pengkaji menggunakan konsep perancah Bruner (1985) untuk membincangkan
interaksi sosial sebagai komponen penting untuk pembelajaran guru pelatih.

Proses pembentukan masyarakat melalui amalan bimbingan berpasangan
dalam kajian Lave dan Wenger berkaitan pembelajaran, komuniti amalan, dan
pembentukan identiti (Lave, 1991, 1996; Lave dan Wenger, 1991; Wenger, 1998)
berkait dan selari Vygotsky dan teori aktiviti mempelajari pembelajaran dalam amalan
dalam komuniti adalah sangat berkesan.

2.9.2 Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme diambil dari perkataan konstruk yang membawa maksud membina.
pengetahuan yang dibina di dalam minda guru pelatih berdasarkan pengalaman guru
pelatih. Teori ini juga menekankan pembelajaran aktif di mana guru pelatih terlibat
di dalam aktiviti yang diadakan. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
dan guru berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing. Abu Hassan (2003),
Hidayat (2004), Bahbahani, (2006) berpendapat bahawa antara isu penting dalam
konstruktivisme adalah guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid,
pembelajaran adalah hasil usaha murid sendiri, pembelajaran berlaku apabila murid
menghubungkan idea asal dengan idea baharu bagi menstrukturkan semula idea
mereka dan seterusnya memberi peluang guru pelatih dan guru bekerjasama,
berkongsi idea, pengalaman dan membuat refleksi.

Teori konstruktivisme telah wujud sejak sekian lama dan berasal daripada
falsafah dan diaplikasikan kepada sosiologi antropologi, psikologi kognitif dan
pendidikan (Hanley,1994). Konstruktivisme bermaksud mengalami sesuatu yang
baharu melalui pengalaman silam atau pengetahuan yang telah terbina sebelum ini
(Crowther, 1997). Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran di mana setiap
guru pelatih digalakkan membina idea mereka sendiri menjadikan ianya lebih
bermakna dan kekal (Mohaiadin, 1999). Kaedah, konstruktivisme juga menekankan

82

pembangunan keupayaan guru pelatih menyelesaikan masalah dalam kehidupan
sebenar (Huang, ·2002). Banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan
pembelajaran laman Web' berasaskan teori konstruktivisme. (Mohaiadin 1999; Ali,
2001; Wilson et al. 1995). Teori ini merupakan hasil usaha ahli-ahli psikologi seperti
Jerome Bruner, Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Terdapat dua cabang utama teori
konstruktivisme iaitu' kognitif dan sosial.

Jean Piaget (1976), dalam bukunya ‘To Understand is to Invent: The Future
of Education’ mengatakan pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan
pengetahuan individu selepas pemahaman individu tersebut. Piaget menekankan
pengetahuan semasa bersifat sementara dan bertukar mengikut masa. Proses ini
berjalan secara berterusan dan sentiasa disusun semula. Konsep konstruktivisme
merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menerangkan cara
manusia belajar dengan pengetahuan disusun dalam minda manusia.

Unsur-unsur konstruktivisme telah dipraktikkan dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran di semua peringkat sejak dahulu lagi. Konstruktivisme telah
dipelopori oleh Lev Semyonich Vygotsky (1978). iaitu seorang ahli psikologi melalui
bukunya ‘Mind in Society’. Beliau memisahkan antara pemikiran dan bahasa bebas
dan berkembang secara terpisah. Beliau juga menumpukan kepada Zon
Perkembangan Proksimal (ZPD) yang relevan dengan teknologi pengajaran masa
kini.

Dalam pembelajaran konstruktivisme kognitif bahawa ia satu teori
mengetahui dan mendapat tahu (Yang, 2001) iaitu seseorang mengetahui dan
mencuba untuk mendapa pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan yang sedia
ada. Pengalaman yang diperoleh dan dikongsi kan bersama dalam pelbagai keadaan
dinamakan konstruktivisme sosial. Pengetahuan paradigmatik konstruktivisme yang
mana individu menempuh dunia dan memahami pengalaman mereka, pensosialan
dan pentamadunan tidak diambil kira (Matthews, 2000). Konstruktivisme adalah
sintesis iaitu saling mempengaruhi di antara konstruktivisme sosial dan kognitif yang
mana pembelajaran adalah merupakan proses konstruktif yang berlaku secara
individu, tetapi di dalam satu domain sosial; dan pembelajaran juga ialah proses
individual, psikologikal dan sosial di dalam rangkaian kebudayaan (Yang, 2001).

83

Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai
panduan dalam pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa
prinsip asas, iaitu pengetahuan dibina oleh setiap guru pelatih memiliki idea dan
pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan
guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan guru pelatih. Penggunaan
pendekatan teori PdPc memainkan peranan penting dalam menentukan
keberkesanan sesuatu PdPc dalam bidang pendidikan.

Teori pembelajaran memainkan peranan yang penting menerusi teori-teori ini
guru pelatih akan memahami proses pembelajaran yang berlaku., memahami faktor
yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para guru pelatih
(Arif, 1987). Selain itu, guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil
yang diharapkan dari proses PdPc. Sehubungan dengan itu, salah satu teori yang
berkesan dalam proses PdPc adalah konstruktivisme. Teori ini pada umumnya adalah
merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda manusia. Mc Brien dan Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme
adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana
manusia belajar.

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa guru pelatih membina makna
tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baharu kepada apa yang mereka
telah fahami sebelum ini (Brooks dan Brooks 1993). Mereka membentuk peraturan
melalui refleksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan
objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan
sama ada penginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan
yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar
dapat menerangkan maklumat baharu ini dengan lebih baik.

Pendekatan konstruktivisme dapat menggalakkan guru pelatih untuk belajar
secara kendiri dalam mencari ilmu. Guru pelatih menggunakan rakaman video
menggunakan telefon pintar. Hasil rakaman akan dijadikan bahan untuk membuat
refleksi. Guru pelatih memainkan semula rakaman tersebut sebagai medium untuk
guru pelatih melihat kekuatan dan kelemahan PdPc yang mereka laksanakan. Hasil

84

refleksi akan mengubahsuai pendekatan pengajaran mereka dapat mengadakan sesi
PdPc dengan lebih seronok dan bermakna pada masa akan datang. Syahida (2015)
mendapati guru pelatih lebih mudah memberi maklum balas sekiranya murid
didedahkan dengan pembelajaran konstruktivisme kerana mereka dapat membuat
pencarian maklumat sendiri mengikut kehendak dan kesediaan masing-masing.

Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru sebagai
pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid berpeluang membina
pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran
terdahulu dengan pembelajaran terbaharu. Pembelajaran terdahulu dikaitkan
dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Hal ini
kerana menurut teori konstruktivisme ini, konsep-konsep yang dibina pada struktur
kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan
atau pengalaman baharu.

Menurut Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005), menjelaskan bahawa
seseorang dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan pengetahuan
yang sedia ada padanya dan proses ini dikenali sebagai “accretion”. Pendekatan
konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan
membina konsep sendiri dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan
pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Dalam hal ini, sekali gus murid dapat
meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

Kajian yang dijalankan oleh Marohaini dan Zulkifli (1997), mendapati
penumpuan guru diberikan kepada hasil karangan daripada proses mengarang itu
sendiri. Maka beliau mencadangkan agar bentuk pengajaran lebih menekankan
aspek input isi daripada strategi mengarang. Bentuk pengajaran hendaklah lebih
berpusatkan murid. Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa aplikasi
pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan berupaya melahirkan murid yang
boleh membina pengalaman dan pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme adalah
satu alternatif yang wajar diaplikasikan oleh guru. Faridah, Nooreiny dan Raja Mohd
Fauzi (2001), pula dalam kajian terhadap penulisan murid sekolah menengah
mendapati murid yang guru melakukan perubahan dalam penulisan ialah menilai

85

proses kognitif yang menggunakan pendekatan konstruktivisme seperti
perbincangan kumpulan murid boleh menambah minat dan mampu menulis dengan
baik. Jones dan Arage (2002) mendapati konstruktivisme memberi peluang kepada
guru untuk menyediakan pembelajaran yang aktif, membentuk pra konsep sendiri,
perkembangan minda secara kompleks dan mendalam untuk pemahaman yang
kukuh dan jelas.

Halizah dan Ishak (2008), yang menggunakan pendekatan konstruktivisme
model Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) ke atas 60 orang murid kejuruteraan
mendapati PBL dapat membantu murid meningkatkan kebolehan pemikiran mereka
seperti berfikir kritis, kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah berbanding
pendekatan secara konvensional. Kombinasi pemikiran kreatif dan kemahiran
teknikal membolehkan murid kejuruteraan bersedia menghadapi cabaran dalam
industri kelak. Ibrahim, Erdal dan Mustafa (2009), pula menggunakan
konstruktivisme dalam model PBL juga mendapati respondennya iaitu murid
universiti (undergraduate)menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding
kumpulan yang dikawal tetapi tidak ada perbandingan prestasi dalam bilangan
masalah. Menurut Peter, Abiadun dan Jonathan (2010), kajian mereka melihat kesan
konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran mekanikal. Mereka mendapati
murid belajar dan mahir kemahiran lebih maksimum apabila digalakkan menyertai
pembelajaran secara aktif melalui aktiviti interaktif secara tidak langsung dengan
guru dan rakan serta bekerja dalam kumpulan.

Berdasarkan beberapa kajian lepas seperti kajian Subadrah Nair dan Malar
Muthiah (2005) dalam mata pelajaran Sejarah dan kajian Noor Azliza dan Lilia (2002),
didapati kajian yang menggunakan model konstruktivisme dalam mata pelajaran
Bahasa dan mata pelajaran yang lainnya. Ini kerana guru pelatih akan mengajar
mata pelajaran berdasarkan pengkhususan dan mata pelajaran pilihan yang telah di
tentukan semasa mereka di tawarkan program PISMP berkenaan Dalam kajian ini,
Model Konstruktivisme Lima Fasa Neeedham (1987) digunakan untuk mengenal pasti
keberkesanan pembelajaran semasa guru pelatih menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). RPH ini akan digunakan di dalam bilik darjah sebagai
panduan bertulis dan eviden yang akan di nilai oleh guru pembimbing dan pensyarah
penyelia semasa proses bimbingan dijalankan.

86

a. Konsep Konstruktivisme
Jean Piaget (1976), dalam bukunya ‘To Understand is to Invent: The Future of
Education’ menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan
pengetahuan individu selepas pemahaman individu tersebut. Piaget menekankan
pengetahuan semasa bersifat sementara dan bertukar mengikut masa. Ia merupakan
sebuah proses secara berterusan dan sentiasa disusun semula. Konsep
konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
menerangkan bagaimana manusia belajar dengan cara pengetahuan disusun dalam
minda manusia.

Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat. Konstruktivisme telah dipelopori
oleh Lev Semyonich Vygotsky (1978). iaitu seorang ahli psikologi melalui bukunya
‘Mind in Society’. Beliau memisahkan antara pemikiran dan bahasa bebas dan
berkembang secara terpisah. Beliau juga menumpukan kepada Zon Perkembangan
Proksimal (ZPD) yang relevan dengan teknologi pengajaran.

Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana teori ini terbukti
sangat dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perubahan
paradigma kepada pendekatan yang lebih berasaskan kognitif. Kajian yang dilakukan
oleh Peter, Abiadun dan Jonathan (2010), menunjukkan bahawa pendekatan
konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada akademik murid.

Teori ini menyangkal dengan menyatakan perkembangan kognitif sebagai
hasil pengumpulan pengetahuan dan perubahan perkembangan hanya akan berlaku
apabila mencapai kematangan iaitu pendapat Piaget yang berpendapat pembelajaran
hanya akan berlaku apabila perkembangan telah terbentuk. Pembelajaran
berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata
pelajaran sains menurut Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005).

Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan
bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesiskan pengalaman
baharu terhadap apa-apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka

87

menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina
secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Manakala
menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008), mendapati guru yang
menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid dalam
penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran.

Ahli konstruktivisme menegaskan pengetahuan dibina secara aktif melalui
proses saling pengaruh antara maklumat dahulu dan maklumat terbaharu (Piaget,
1967). Tindakan individu terhadap sesuatu situasi baharu bergantung kepada makna
yang ditafsirkan dalam situasi pembelajaran yang sedang berlangsung. Pendekatan
teori seperti konstruktivisme menjelaskan bagaimana seseorang pelajar belajar. Guru
pelatih akan lebih cenderung untuk bermotivasi di dalam proses pembelajaran
sekiranya mereka berasa proses tersebut tidak membosankan. Motivasi dapat
dicungkil dengan bantuan pengajaran yang kreatif, inovatif dan menarik daripada
guru yang terlibat. Situasi ini sudah semestinya dapat diwujudkan sekiranya guru
dapat menyampaikan pengajaran dengan bantuan bahan dan media hasil dari
kepelbagaian perkembangan teknologi (Hairiah, 2012).

McBrien dan Brandit (1997), menyatakan konstruktivisme adalah satu
pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana
manusia belajar. Kebanyakan pengkaji berpendapat setiap individu membina
pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Nik Aziz Nik
Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen
terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna
bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil
daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat
atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar.

Terdapat faedah teoritis, logistik dan cabaran organisasi yang menimbulkan
halangan kepada penggunaan refleksi video yang disokong. ini mungkin refleksi tidak
diterima sebagai bahagian penting dalam tugas guru pelatih (Jay dan Johnson, 2002)
guru pelatih tidak pasti bagaimana dan apa yang perlu dipertimbangkan (Jadallah,
1996), Terdapat kaedah sistematik yang tersedia untuk guru pelatih menganalisis
video (Pailliotet, 1995), dan rakaman video lemah dan tidak sesuai untuk guru pelatih

88

terutamanya bagi mereka yang kali pertama membuat rakam video PdPc untuk
memberi tumpuan kepada yang khusus (Brophy, 2004) dan ianya dapat memberi
manfaat pada pelaksanaan refleksi video PdP yang dipertingkatkan proses analisis
dalam usaha untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang kesan proses
ini pada refleksi guru.

b. Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
Model Needham 5 Fasa telah dihasilkan oleh Richard Needham di United Kingdom
pada tahun 1987. Needham telah mencadangkan model pengajaran dan
pembelajaran ini dalam “Children’s Learning in Science Project” di University of Leeds
untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains serta
menggalakkan pelajar terlibat aktif dalam bilik darjah.

Dalam kajian ini guru pelatih menggunakan kaedah pembelajaran model
konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran
yang merangkumi lima fasa berikut berdasarkan komponen-komponen yang penting
dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH):

i. Orientasi: Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan
menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan
untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah dengan
menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, teka-teki, lakonan dan
simulasi.

ii. Pencetusan idea: Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti
perbincangan kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta
membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Murid akan
berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta
interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan peranan
sebagai fasilitator dengan membekalkan bahan pembelajaran dan
membimbing murid untuk membuat pembelajaran inkuri atau
pembelajaran berasaskan masalah yang diberi.

89

iii. Penstrukturan semula idea: Guru menyediakan aktiviti atau memberi
tugasan berstruktur untuk membolehkan murid mencabar idea asal
mereka atau idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang
lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran berbahasa akan
membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea
mengikut turutan dan setiap satu idea mempunyai kesinambungan idea
yang kelihatan tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah
mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya.

iv. Aplikasi idea: Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan
menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat
mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan proses inkuiri
di dalam diri murid. 5. Refleksi: Murid membandingkan pengetahuan asal
dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran
yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Murid juga boleh
membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal mereka telah
berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri,
perbincangan kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau
memantau tahap pemahaman murid-muridnya.

Orientasi

Pencetusan Idea

Penstrukturan Semula

Aplikasi Idea

Refleksi

Rajah 2.7 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham

90

Deskriptor ini menjadi lebih teori kerana pemahaman sebenar tentang realiti
hari ke hari di bilik darjah menyokong deskripsi guru-guru konstruktivis yang
sebahagiannya menggunakan data mentah dan sumber utama, bersama-sama
dengan manipulasi, interaktif, dan bahan-bahan sebenar. Jawapan guru pelatih
untuk memacu pengajaran, mengubah strategi pengajaran, dan mengubah
kandungan dan galakkan guru pelatih untuk terlibat dalam dialog, sama ada dengan
guru dan sesama murid (Sandra,1995).

Jadual 2.3 Implementasi ciri-ciri teori konstruktivisme dalam Penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Ciri Konstruktivisme Implementasi dalam Rancangan

Pengajaran Harian (RPH)

Membantu guru pelatih membuat Set Induksi
perkaitan di antara topik sebelum dan
telah dipelajari

Menggalakkan proses inkuiri pelajar Aktiviti Perkembangan
Aktiviti dalam kumpulan / Individu

Pelajar mempunyai pilihan mengikuti Aktiviti Perkembangan
pembelajaran berdasarkan bimbingan Aktiviti kumpulan yang dibentuk oleh
yang diberikan oleh guru pelatih murid

Penggunaan konsep pengembaraan Aktiviti Perkembangan
Pelajar membuat hipotesis Aktiviti dalam kumpulan
Aktiviti Perkembangan
Membantu murid mengaitkan Membuat rumusan berdasarkan latihan
pembelajaran dengan pengalaman atau yang diberikan oleh guru pelatih
kehidupan seharian. Sesi Penutup
Penutup sosial / Penutup Kognitif

Mempunyai peta konsep yang Aktiviti Perkembangan
membantu pelajar meilustrasi secara (aktiviti individu / Aktiviti Peneguhan)
keseluruhan pembelajaran yang telah
dipelajari.

91

Semasa menjalani praktikum guru pelatih digalakkan menggunakan
Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) kaedah pembelajaran di abad 21. Guru pelatih
bergantung penuh pada ICT dalam menjalankan perhubungan dan pelaksanaan
PdPc. Teknologi Komunikasi dan multimedia mendominasi peranan teknologi di
dalam bilik darjah Jonassen et al. (1999). Penggunaan Web sebagai pembangunan
pengetahuan ini dilakukan melalui aspek komunikasi dan capaian kepada pelbagai
sumber maklumat yang sedia ada di laman Web (Kekkonen-Moneta dan Moneta,
2002). Guru pelatih harus belajar dengan teknologi, bukannya belajar dari teknologi.
Teknologi harus menjadi rakan intelektual guru pelatih. ICT dapat menyokong
kepada pembelajaran yang berasaskan kepada teori konstruktivisme (Jonassen,
1999).

Rajah 2.8 Model Refleksi Praktikum Ubahsuai Model Refleksi Kolb
(1982) dan Model Penyeliaan Tiga Peringkat Acheson dan Gall (2003)

92

Pada Model Refleksi Praktikum pada Rajah 2.7 adalah gabungan dan ubahsuai
daripada Model Penyeliaan Tiga Peringkat oleh Acheson dan Gall (2003) dan Model
Refleksi Kolb (1982). Aktiviti refleksi yang dilakukan boleh digabungkan berdasarkan
peringkat yang hampir sama dengan aktiviti yang berkaitan dengan praktikum.

2.10 Rumusan
Bab ini telah membincangkan keseluruhan asas teori yang menjadi rangka kajian
secara menyeluruh. Teori yang dibincangkan merangkumi konsep refleksi praktikum
guru pelatih yang dikaitkan dengan teori dan model refleksi. Secara dasarnya bab ini
merupakan asas kepada keseluruhan kajian yang akan dijalankan ini. Hasil penelitian
terhadap teori dan model tersebut, pengkaji menghasilkan kerangka konsep selaras
dengan keperluan kajian ini. Sebagai kesimpulan, pengkaji berharap keseluruhan
teori dan model berkaitan dapat membantu menjawab soalan kajian seterusnya
mencapai objektif kajian ini.

93

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh refleksi praktikum dalam pelaksanaan
praktikum di sekolah bagi Guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Sabah
yang mempunyai latar belakang sekolah yang berbeza seperti jantina, lokasi sekolah
dan kemudahan internet. Faktor tersebut dapat mempengaruhi pelaksanaan
praktikum di sekolah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti
faktor-faktor yang menyebabkan refleksi praktikum dapat membantu Guru pelatih
untuk meningkatkan aktiviti Pengajaran dan Pemudah cara berjalan dengan lebih
efektif dan berkesan.

Di dalam bab ini juga pengkaji menumpukan perbincangan kepada
metodologi kajian bagi mencapai tujuan kajian berkenaan iaitu dari aspek
pendekatan kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, teknik
pengumpulan dan analisis data serta kesahan dan kebolehpercayaan kajian.

3.2 Reka bentuk kajian
Apa pun kajian yang dibuat, tiada satu kaedah pun yang sempurna dalam
mendapatkan data (Van Dalen 1999). Ianya adalah teknik dan kaedah tertentu untuk
memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dengan
melibatkan proses membuat keputusan dan pilihan yang berpandukan pada tujuan
kajian, strategi kajian, jenis kajian, unit analisis kajian, reka bentuk pensampelan
pengumpulan data, pengukuran dan penganalisisan data (Sekaran 2000, Mohd Majid
2004).

Gay dan Diehl (1990) yang menyatakan bahawa reka bentuk ini sesuai
digunakan untuk menguji hipotesis, menjawab persoalan kajian, mengenal pasti
hubungan antara pemboleh ubah kajian dan menentukan pengaruh pemboleh ubah
bebas terhadap pemboleh ubah bersandar kajian untuk membuat ramalan. Reka
bentuk kajian ini juga melibatkan pengumpulan dan pengukuran data sesuatu
variabel bagi menentukan pengaruhnya terhadap variabel yang lain (Johnson dan
Christensen, 2005).

Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik yang dijawab oleh
responden dalam reka bentuk kajian deskriptif (Johnson dan Christensen, 2005).
Penggunaan soal selidik berupaya untuk merangkumi sampel yang ramai dengan kos
yang minima dan menyebabkan perbandingan antara kajian menjadi lebih terperinci
serta tahap objektiviti yang lebih tinggi (Sackman, 1991). Kelebihan kaedah tinjauan
soal selidik membolehkan penyelidik mengumpul banyak maklumat pada satu-satu
masa dengan kos yang rendah dan mudah dikendalikan (Mohd. Majid, 2009; Cohen,
2000; Awang, Afthanorhan dan Asri, 2015; Ghazali dan Sufean, 2016)). Kaedah ini
digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang penyelidikan dan sesuai untuk
mengumpul maklumat berkaitan tingkah laku (Gorard, 2001). Pernyataan ini selaras
dengan Mohd. Majid (2009) menyatakan kaedah soal selidik sesuai digunakan untuk
mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta seperti profil responden,
kepercayaan, kehendak dan sebagainya daripada responden. Kaedah ini juga telah
digunakan untuk menentukan refleksi dan bimbingan praktikum di sekolah (Syed
Ismail ,2013).

Pendekatan kajian kuantitatif salah satu penyelidikan pendidikan yang mana
pengkaji yang memutuskan payang hendak dikaji, bertanyakan soalan yang khusus
dalam bentuk pemilihan jawapan yang disediakan dengan data yang dikumpulkan
dan boleh dikuantitatifkan, menganalisisnya menggunakan statistik dan menjalankan
inkuiri dalam bentuk objektif dan tidak bias (Cresswell, 2005). Manakala Newman
(2006) pula, kajian kuantitatif merupakan suatu pertanyaan berkaitan masalah yang
dikenal pasti berpandukan teori-teori yang dibentuk oleh pemboleh ubah, di ukur
menggunakan nombor dan dianalisis menggunakan statistik dengan menggunakan
perisian yang sesuai.

95

Dengan sebab itu, melalui pendekatan kuantitatif, pengkaji boleh melihat apa
yang berlaku dengan memahami fenomena refleksi guru pelatih IPGK Zon Sabah
melalui soal selidik dengan menggunakan sampel yang besar dan semoga dapatan
boleh digeneralisasikan daripada sampel kepada populasi dengan mudah (Mokhtar
2011).

Oleh itu kelebihan menggunakan saiz sampel yang besar yang terdiri daripada
guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2015 Zon Sabah agar ianya dapat digeneralisasikan
kepada populasi (Mohamad Najib, 1999). Di samping itu pengkaji dapat mengambil
kira masa, kos dan tenaga dalam mengutip data memandangkan responden yang
ramai dan lokasi yang jauh walaupun di dalam negeri Sabah.

3.3 Lokasi Kajian
Terdapat 26 buah IPGK di Malaysia dan Pusat Pentadbiran Utama iaitu Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) terletak di Cyberjaya, Putrajaya. Kajian ini
dijalankan di empat buah IPG Kampus Zon Sabah iaitu IPGK Gaya, Kota Kinabalu,
IPGK Kent, Tuaran, IPGK Keningau dan IPGK Tawau. Refleksi rakaman video PdPc
hanya dijalankan di IPGK Zon Sabah sahaja. Ini berdasarkan keputusan JKIAPIPG
Zon Sabah (2015).

3.4 Populasi Kajian
Pensampelan merupakan proses statistik bagi memilih sampel daripada populasi
yang terlibat dengan kajian (Mohd Majid, 1993), Kenneth dan Bruce (2011), Anol
(2012) pada sebahagian unsur populasi yang terlibat. Sesiapa yang terlibat dalam
memberikan maklumat yang diperlukan merupakan sampel (Frankel dan Wallen
(2000).

Pensampelan Kelompok atau Pensampelan Kluster di mana populasi yang
luas dan dibahagikan kluster mengikut zon (Anol, 2012). Pengkaji memilih Zon Sabah
sebagai sampel daripada 6 Zon yang telah ditentukan oleh IPGM. Ini kerana kajian

96

yang dijalankan oleh pengkaji hanya bagi guru pelatih yang belajar di IPG Kampus
Zon Sabah sahaja (JKIAPIPG Zon Sabah, 2015).

Populasi yang terlibat ialah Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Pengajaran (PISMP) yang belajar di 4 buah Institut Pendidikan Guru Kampus Zon
Sabah Ambilan Jun 2015 (N=346) yang menjalani Praktikum 1 selama 12 minggu
pada fasa praktikum seperti yang ditentukan dalam Struktur Kursus PISMP
(IPGM,2012). Responden menjalani Praktikum Fasa 1 pada Semester 1 2018 bermula
3 Julai 2017 hingga 25 Sept. 2017 berdasarkan Takwim IPGM 2017 (Lampiran). Ini
berpandukan Struktur Kursus PISPM Ambulan Jun 2015.

3.5 Sampel dan Prosedur Pensampelan Kajian
Menurut Mohd Majid (1993) pensampelan merupakan strategi kajian bilamana
pengkaji boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada
sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut. Sebahagian individu yang
diambil melalui pensampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji dinamakan
sampel. Manakala kaedah statistik yang menyediakan cara untuk mendapatkan
maklumat bagi menyelesaikan sesuatu masalah tanpa menggunakan seluruh ahli
sesuatu populasi dinamakan pensampelan.

Johnson dan Christensen (2008) pula menyatakan bahawa kualiti sesuatu
bidang kajian bukan sekadar berasaskan kekuatan kaedah kajian dan instrumen yang
diguna pakai oleh pengkaji sahaja, tetapi juga dinilai dari segi strategi pemilihan
sampel yang sesuai untuk diadaptasikan dalam sesuatu kajian. Oleh itu, hasil kajian
biasanya menggambarkan ciri populasi yang dikaji. Populasi ini merupakan sampel
yang terdiri daripada kumpulan entiti, unsur, benda atau objek yang menjadi subjek
kajian bagi seseorang pengkaji. Sehubungan itu, isu refleksi praktikum iaitu Refleksi
rakaman video PdP, Refleksi bimbingan guru pembimbing dan refleksi penyeliaan
pensyarah pembimbing bagi pencapaian praktikum guru pelatih IPG Kampus Zon
Sabah.

Pensampelan yang digunakan melalui kaedah pensampelan rawak mudah.
Populasi yang terlibat adalah Guru Pelatih Ambilan PISMP Jun 2015 di IPGK Zon

97

Sabah untuk membolehkan persoalan kajian terjawab. Pemilihan peserta kajian
menepati ciri-ciri diperlukan dan dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh
pengkaji (Mason 2002 dalam Jafri 2010).

Jadual 3.1 Bilangan Guru pelatih PISMP mengikut IPKG Kampus Zon

Sabah

IPGK Zon Sabah Ambilan Bilangan Guru
PISMP Ambilan Jun 2015 pelatih
IPG Kampus Gaya, Kota PISMP Ambilan Jun 2015 87
Kinabalu
IPG Kampus Kent, Tuaran 103

IPG Kampus Keningau, PISMP Ambilan Jun 2015 76

IPG Kampus Tawau, PISMP Ambilan Jun 2015 80

JUMLAH 346

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Antarabangsa IPGM (2016)

Prosedur pensampelan bertujuan dilaksanakan untuk memilih secara rawak
beberapa IPG Kampus yang mewakili kategori IPG berkaitan. Pengkaji mengambil
saiz sampel IPG Kampus Zon Sabah dengan menggunakan kaedah Krejci dan Morgan
(1970). Ia dilampirkan oleh pengkaji merujuk pada jadual pada Lampiran 4. Merujuk
kepada saiz populasi sampel sebanyak 346 orang guru pelatih, pengkaji
menggunakan pensampelan dengan kadar nilai 0.5 peratus margin of error, pada
aras keyakinan 95 peratus. Oleh kerana jumlah populasi kajian seramai 346 orang,
maka saiz sampel yang dicadangkan adalah antara 280 hingga 285 orang. Jumlah
cadangan sampel kajian ini juga menepati jadual pensampelan yang dikemukakan
oleh Krejci dan Morgan (1970) antara 280 hingga 285 orang responden. Jadual 3.2
di bawah menunjukkan taburan responden kajian mengikut IPGK Zon Sabah yang
terpilih dalam kajian lapangan.

98

Jadual 3.2 Bilangan Guru pelatih yang terlibat dalam kajian

berdasarkan Krejci dan Morgan

Bil IPG Kampus Bilangan guru **Krejci dan
1 IPG Kampus Gaya, Kota pelatih Morgan
87 71

Kinabalu

2 IPK Kampus Kent, Tuaran 103 81

3 IPK Kampus Keningau, 76 63

Keningau

4 IPK Kampus Tawau, Tawau 80 66

Jumlah 346 281

** Krejci dan Morgan (1970)

Berdasarkan Jadual 3.2, pengkaji membahagikan populasi bagi menyediakan borang
soal selidik berdasarkan jumlah responden setiap IPGK yang akan dilawati. Pengkaji
menganggarkan jumlah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden antara
280 hingga 290. Jumlah responden yang ramai penting untuk memastikan sampel
yang akan dipilih selepas menilai soal selidik diterima kelak menepati jumlah sampel
yang disasarkan oleh pengkaji.

Semakin besar sampel yang mewakili populasi maka semakin tinggi ketepatan
data yang diperoleh (Ghazali et al., 2016). Justeru itu, pengkaji mengambil
keputusan untuk menetapkan jumlah sampel kajian antara 280 hingga 285 sampel
daripada jumlah responden bagi meningkatkan ketepatan data kajian untuk
digeneralisasikan kepada populasi kajian. Hal ini selaras dengan Ghazali et al. (2016)
yang mencadangkan penentuan jumlah sampel yang banyak dalam penyelidikan
deskriptif.

3.6 Instrumen kajian
Alat untuk mengutip data dan mempengaruhi analisis data pengkaji dinamakan
instrumen kajian (Mohd Najib, 1999). Alat ini gunakan bagi mendapatkan maklumat
yang dikehendaki dan seterusnya dapat menjawab persoalan kajian. Instrumen
kajian boleh di bina sendiri oleh pengkaji atau menggunakan instrumen yang sedia

99

ada dengan pengubahsuaian atau menggunakan instrumen sepenuhnya jika sesuai
dengan kajian pengkaji (Creswell 2008, 2014).

Dalam hal ini pengkaji boleh menggunakan instrumen yang sedia ada yang
telah dibina oleh orang lain. Kelebihan yang ada pada instrumen yang sedia ada
berkaitan dengan kesahan dan kebolehpercayaan yang tidak perlu diragukan lagi
kerana telah dibuktikan oleh pembina instrumen berkenaan. Ini berbeza jika
instrumen itu dibina sendiri yang memerlukan proses yang rumit sebelum boleh
digunakan untuk mengutip data.

Teknik menggunakan soal selidik bagi memudahkan responden memberikan
jawapan pada soalan yang disediakan (Mohd Najib 2003). Soal selidik merupakan
soalan kendiri yang mana responden menjawab soalan demografi yang dikemukakan
(Lim, 2007) pemboleh ubah-pemboleh ubah yang diminati pengkaji. Sementara itu
Noraini (2010), Soal selidik yang dimaksudkan sebagai subjek memberi jawapan atau
respond kepada soalan dengan menulis atau menandakan kertas jawapan. Soal
selidik biasanya terdiri daripada sebahagian soalan atau item yang dibaca dan
dijawab oleh responden.

Soal selidik adalah alat yang paling praktikal dan berkesan bagi kajian
tinjauan terutamanya jika melibatkan populasi yang besar dan jika kedudukan
sampel adalah jauh antara satu dengan yang lain. Penggunaan soal selidik juga
bersesuaian dengan tujuan umum kajian yang mengenal pasti profil, perbezaan dan
perhubungan antara pemboleh ubah serta sumbangan pemboleh ubah bersandar.
Alat ukuran ini dapat mengurangkan perbelanjaan, masa dan tenaga bagi
pengumpulan data (Mohd. Majid (2009), Noraini ( 2010). Oleh itu di dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan soal selidik kerana responden yang berjauhan seperti Tawau,
Keningau, Tuaran dan Kota Kinabalu.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik yang mempunyai soalan
tertutup bagi memudahkan responden menjawabnya. Menurut Van Dalen (1999),
soal selidik berbentuk tertutup atau berstruktur mengandungi senarai soalan yang
konkrit yang disediakan dan pilihan jawapan.

100

Kaedah kutipan data dilakukan menggunakan soal selidik yang diubahsuai Geoffrey
A. Wright (2008), KPM (2016), Syed Ismail (2015). Ubah suaian yang buat
berdasarkan keperluan dan kehendak yang berkaitan.

Jadual 3.3 Pembinaan Instrumen soal selidik

Bahagian Item / Perkara Bil. Sumber Teori
Item
A Demografi Ubah suai dengan Teori Sosial
B Perancangan dan 3 Geoffrey A. Budaya Vygotsky
26 Wright (2008), (1978)
pelaksanaan
Rakaman Video
Pengajaran dan
Pemudah cara

C Bimbingan dan 22 KPM (2016) Teori
penyeliaan oleh Guru
Pembimbing LAM PT 05-12 Konstruktivisme

Syed Ismail

(2015)

D Bimbingan dan 22 KPM (2016) Teori
penyeliaan oleh Konstruktivisme
Pensyarah Penyelia LAM PT 05-12

Syed Ismail
(2015)

E Pencapaian semasa 6 KPM (2016) Teori
Konstruktivisme
menjalani praktikum

Jumlah Besar 79

Secara dasarnya instrumen ini selaras kehendak Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (KPM, 2013) pada Bab 8 Memartabatkan
Profesion Perguruan. Soal selidik mengandungi 79 item yang dibahagikan kepada 5
bahagian iaitu Bahagian A: Demografi responden yang mengandungi 3 item,
Bahagian B: Perancangan dan Pelaksanaan Rakaman Video Pengajaran dan
Pemudah cara (PdPc) mengandungi 26 item, Bahagian C: Bimbingan dan Penyeliaan
oleh Guru Pembimbing mengandungi 22 item, Bahagian D: Bimbingan dan

101

Penyeliaan oleh Pensyarah Penyelia mengandungi 22 item dan Bahagian E
Pencapaian Semasa Menjalani Praktikum mengandungi 6 item seperti di Lampiran 1.

Jadual 3.4: Taburan Item Instrumen Soal Selidik

Bahagian Konstruk Bilangan Nombor item
Bahagian A Demografi
Bahagian B item
3 A1, A2, A3,
Bahagian C.
Perancangan dan Pelaksanaan 26 RV1, RV2, RV3, RV4
Bahagian D
Rakaman Video Pengajaran dan RV5, RV6, RV7, RV8,
Pemudah cara (PdPc) RV8, RV9, RV10, RV11

RV12, RV13, RV14,

RV15, RV16, RV17,
RV18, RV19, RV20,

RV21, RV22, RV23,
RV24, RV25, RV26

Bimbingan dan penyeliaan oleh 22 GP27, GP28, GP29,
Guru Pembimbing GP30, GP31, GP32,

GP33, GP34, GP35,
GP36, GP37, GP38,

GP39, GP40, GP41,
GP42, GP43, GP44,

GP45, GP46, GP47

GP48

Bimbingan dan penyeliaan oleh 22 PP49, PP50, PP51,
Pensyarah Penyelia PP52, PP53, PP54,

PP55, PP56, PP57,

PP58, PP59, PP60,
PP61, PP62, PP63,

PP64, PP65, PP66,
PP67, PP68, PP69,

PP70,,

Bahagian E. Pencapaian semasa menjalani 6 CP71, CP72, CP73,
praktikum CP74, CP75, CP76,

Jumlah item 79

Bagi memastikan soal selidik yang digunakan dapat mengukur apa yang
hendak diukur, pengkaji merujuk kepada instrumen penyelidikan yang telah
digunakan oleh pengkaji terdahulu dan disesuaikan dengan setiap pemboleh ubah
kajian.

102

3.6.1 Bahagian A – Demografi
Bahagian ini untuk mengetahui tentang demografi responden yang dikemukakan
dalam 3 item yang mempunyai jawapan yang dipilih oleh responden. Ia berkaitan
tentang jantina responden, IPG Kampus lokasi responden menuntut, dan
kemudahan internet yang disediakan oleh pihak sekolah.

3.6.2 Bahagian B – Perancangan dan Pelaksanaan Rakaman Video
Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc)
Bahagian ini mendapatkan maklumat tentang persediaan dan pelaksanaan rakaman
video pengajaran dan pemudah cara. Berdasarkan rakaman video ini guru pelatih
akan membuat refleksi dan penambahbaikan yang difikirkan perlu Geoffery (2008).
Bahagian ini mempunyai 26 item dengan mempunyai 5 pilihan berdasarkan Skala
Likert 5 mata iaitu 1: untuk Sangat Tidak Setuju, 2: Tidak Setuju, 3: Kurang Setuju,
4: Setuju dan 5: Sangat Setuju.

3.6.3 Bahagian C – Bimbingan dan Penyeliaan oleh Guru Pembimbing
Bahagian ini mendapat maklumat tentang bimbingan dan seliaan yang telah lakukan
oleh guru pembimbing berdasarkan persepsi dan pengalaman yang diperoleh oleh
guru pelatih. (MS ISO 9001 – 2008). Bahagian ini mempunyai 22 item dengan
mempunyai 5 pilihan berdasarkan Skala Likert 5 mata iaitu 1: untuk Sangat Tidak
Setuju, 2: Tidak Setuju, 3: Kurang Setuju, 4: Setuju dan 5: Sangat Setuju.

3.6.4 Bahagian D – Bimbingan dan Penyeliaan oleh Pensyarah Penyelia
Bahagian ini mendapat maklumat tentang bimbingan dan seliaan yang telah lakukan
oleh pensyarah penyelia berdasarkan persepsi dan kehadiran pensyarah penyelia di
lokasi serta menjalankan penyeliaan klinikal secara bersemuka (MS ISO – 9001 –
2008). Bahagian mempunyai 22 item dengan mempunyai 5 pilihan berdasarkan Skala
Likert 5 mata iaitu 1: untuk Sangat Tidak Setuju, 2: Tidak Setuju, 3: Kurang Setuju,
4: Setuju dan 5: Sangat Setuju.

103

3.6.5 Bahagian E – Pencapaian semasa menjalani praktikum
Bahagian ini mendapat maklumat tentang pencapaian semasa menjalani praktikum
yang telah dilakukan oleh guru pelatih berdasarkan rekod Penyeliaan dan Bimbingan
oleh Guru Pembimbing dan Pensyarah Penyelia (Rujuk Lampiran B:/ PR1) dan Rekod
Penilaian Penyeliaan Pensyarah penyelia dan Guru Pembimbing yang dikenali
sebagai Penyeliaan Bersama (Rujuk Lampiran C: (PR2) semasa penyeliaan
bersemuka di lokasi semasa menjalankan penyeliaan klinikal.

Bahagian ini mempunyai 6 item mempunyai 5 pilihan berdasarkan Skala
Likert 5 mata iaitu Tahap 1: Terdapat banyak kelemahan yang perlu diberi perhatian,
Tahap 2: Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian, Tahap 3:
Pencapaian sederhana, masih perlu peningkatan, Tahap 4: Baik dalam banyak aspek
, Tahap 5: Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek berdasarkan MS ISO
9001:2008 ( 2016), Penerangan lebih lanjut tentang Rumusan Tahap Penilaian
Praktikum pada Jadual 2.2.

3.7 Kajian rintis
Kajian rintis adalah kajian yang berskala kecil yang dilakukan sebelum kajian sebenar
dijalankan (Chua, 2006). Kajian rintis juga merupakan permulaan percubaan sebelum
item-item dari kajian sebenar digunakan kepada sampel sebenar. Tujuan kajian rintis
dijalankan adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang
digunakan oleh pengkaji. Selain itu, ianya juga digunakan untuk menguji kaedah
terbaik mentadbir instrumen, mengenal sampel, dan kesesuaian kaedah analisis
(Mohamad Najib, 2003).

Kajian rintis juga digunakan bagi menguji kefahaman responden terhadap
konsep-konsep yang digunakan dalam instrumen kajian terutamanya kekurangan
dan kekeliruan serta bahasa instrumen (Wiersna,2000). Dalam kata lain kajian rintis
dilakukan oleh pengkaji bagi mengenal pasti kekurangan instrumen dan membuat
penambahbaikan agar ianya tidak menjejaskan dapatan kajian.

Sampel kajian rintis ini merupakan dari populasi yang sama di dalam populasi
tetapi tidak terlibat dengan kajian sebenar iaitu PISMP Ambilan Jun. 2014 di IPG

104

Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Data yang di peroleh dianalisis
menggunakan SPSS Versi 22 bagi menguji kesahan Konstruk menggunakan pekali
Alpha Cronbach. Hasil kajian rintis yang dijalankan ditunjukkan oleh pengkaji di
bahagian kebolehpercayaan dalam kajian ini.

3.7.1 Analisis Faktor
Analisis faktor merupakan satu pendekatan statistik yang digunakan untuk
menganalisis hubungan antara beberapa pemboleh ubah dan menerangkan
pemboleh ubah tersebut dalam bentuk faktor pendam tertentu (Hairet al. 2010;
Chua, 2009). Ia merupakan pendekatan statistik yang digunakan untuk
meringkaskan maklumat yang terdapat dalam beberapa pemboleh ubah asal kepada
dimensi yang lebih kecil atau bersifat umum. Pendekatan untuk analisis faktor dapat
dikelompokkan kepada dua pendekatan yang berbeza secara fundamental iaitu
(Exploratory Factor Analysis) dan analisis faktor pengesahan (Confirmatory Factor
Analysis).

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan Analisis faktor penerokaan (EFA)
dikaitkan dengan penganggaran, mengekstrak faktor-faktor; memutuskan berapa
banyak faktor untuk dikekalkan dan memutarkan faktor kepada orientasi yang boleh
ditafsirkan. Pada kebiasaannya terma digunakan dalam faktor analisis ialah faktor
beban (factor loading) memberikan maklumat sejauh manakah faktor menentukan
skor ujian dibina dengan membandingkannya dengan pengukuran lain. Jika
perbandingan dibuat dengan pengukuran lain yang mengukur konstruk yang sama,
faktor beban yang tinggi memberikan bukti kesahan menumpu. Jika perbandingan
dibuat dengan pengukuran lain yang mengukur konstruk yang berbeza menurut
ramalan teori, faktor beban yang sederhana dan rendah akan memberikan bukti
kesahan membeza bagi kesahan konstruk (Cohen dan Swerdlik ,2010).

Norusis (1994) menyatakan Ujian Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling
Adequacy (KMO) adalah cara untuk menentukan kesempurnaan atau kecukupan item
dengan membandingkan magnitud bagi pekali korelasi separa. Ujian KMO dijalankan
untuk menentukan sama ada data tersebut sesuai untuk dianalisis faktor.

105

Jadual 3.5 Indeks Faktor Mudah
0.00 to 0.49 Sangat lemah
0.50 to 0.59 Lemah
0.60 to 0.69 Kurang baik
0.70 to 0.79 Sederhana
0.80 to 0.89 Baik
0.90 to 1.00 Cemerlang

Sumber: Kaiser, F H. (1974)

Jadual 3.6 Jadual KMO dan Bartlett’s Test bagi Refleksi
Rakaman Video Praktikum

KMO and Bartlett's Test .713
Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. 4792.892
Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square
300
df .000
Sig.

Berdasarkan Bartlett’s Test of Sphericity dengan Chi-Square 4792.892 (df
300) dan nilai sig = 0.000 < 0.05 menunjukkan bahawa matriks korelasi bukan
merupakan matriks identiti sehingga boleh dianalisis komponen utama. Di samping
itu, Nilai Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy (KMO) yang diperoleh
adalah 0.713 serta p-value 0,000 (<0.05), nilai tersebut dalam kategori “sederhana”
namun layak untuk kepentingan analisis faktor. (Afifi dan Clark (1990)

Coakes et al (2009) menyatakan jika nilai ujian Bartiest’s adalah besar dan
signifikan serta ujian KMO melebihi nilai 0.6, maka sifat kebolehfaktoran dapat
diandaikan dan ujian boleh diteruskan.

Rotated Component Matrix menunjukkan korelasi antara item selepas
pusingan Varimax. Ia menunjukkan bahawa terdapat 26 item dalam 4 faktor
menunjukkan setiap faktor melebihi 0.50

106

Nilai item RV22 =.923 adalah nilai loading factor iaitu faktor nilai 93.3peratus.
Nilai loading faktor dalam rotated component matrix yang diterima > 0.50
(Faktor sebesar 50peratus). Berdasarkan koefisien (hampir r=1). Jika faktor
item <0.50 maka item tersebut hendaklah digugurkan. Ini menunjukkan
bahawa semua item RV2 hingga RV26 adalah dikekalkan (Lampiran J)

Jadual 3.7 Jadual KMO dan Bartlett’s Test bagi Refleksi
Bimbingan Guru Pembimbing

KMO and Bartlett's Test .816
Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. 2016.580
Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square
105
df .000
Sig.

Berdasarkan Bartlett’s Test of Sphericity dengan Chi-Square 2016.580
(df 105) dan nilai sig = 0,000 < 0.05 menunjukkan bahawa matriks korelasi
bukan merupakan matriks identiti sehingga boleh dianalisis komponen utama.
Di samping itu, Nilai Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy
(KMO) yang diperoleh adalah 0.816 serta p-value 0.000 (<0.05), nilai
tersebut dalam kategori “baik” layak untuk kepentingan analisis faktor. (Afifi
dan Clark (1990).

Rotated Component Matrix menunjukkan korelasi antara item selepas
pusingan Varimax. Ia menunjukkan bahawa terdapat 15 item dalam 3 faktor.
Semua item mempunyai nilai pekali korelasi melebih 0.50. Ini menunjukkan
bahawa semua item GP27 hingga GP41 adalah dikekalkan (Lampiran K).

107

Jadual 3.8 Jadual KMO dan Bartlett’s Test bagi Refleksi Bimbingan dan
Penyeliaan Pensyarah Penyelia

KMO and Bartlett's Test

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. .795
2564.018
Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square
120
df .000

Sig.

Berdasarkan Bartlett’s Test of Sphericity dengan Chi-Square 2564.018 (df
120) dan nilai sig = 0,000 < 0.05 menunjukkan bahawa matriks korelasi bukan
merupakan matriks identiti sehingga boleh dianalisis komponen utama. Di samping
itu, Nilai Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy (KMO) yang diperoleh
adalah 0.795 serta p-value 0.000 (<0.05), nilai tersebut dalam kategori “sederhana”
layak untuk kepentingan analisis faktor. (Afifi dan Clark (1990)

Rotated Component Matrix menunjukkan korelasi antara item selepas
pemutaran Varimax. Ia menunjukkan bahawa terdapat 16 item dalam 4 faktor. Item
PP42 hingga 57 mempunyai nilai 0.50 mempunyai nilai pekali korelasi dan semua
item ini perlu dikekalkan (Lampiran L)

Jadual 3.9 Jadual KMO dan Bartlett’s Test bagi
Pencapaian semasa menjalani Praktikum

KMO and Bartlett's Test .606
Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. 3898.152
Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square
190
Df .000
Sig.

Berdasarkan Bartlett’s Test of Sphericity dengan Chi-Square 3898.152 (df
190) dan nilai sig = 0.000 < 0.05 menunjukkan bahawa matriks korelasi bukan
merupakan matriks identiti sehingga boleh dianalisis komponen utama. Di samping
itu, Nilai Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy (KMO) yang diperoleh

108

adalah 0.606 serta p-value 0,000 (<0.05), nilai tersebut dalam kategori “kurang baik”
namun layak untuk kepentingan analisis faktor. (Afifi dan Clark (1990)

Rotated Component Matrix menunjukkan korelasi antara item selepas
pusingan Varimax. Ia menunjukkan bahawa terdapat 20 item dalam 4 faktor. Semua
item mempunyai nilai pekali korelasi yang berbeza, oleh yang demikian tiada item
yang disingkirkan. (Lampiran M)

Hasil daripada analisis faktor yang dijalankan, Beberapa item terpaksa
digugurkan berdasarkan jadual di bawah.

Jadual 3.10: Perubahan Jumlah Item Soal Selidik Selepas Analisis
Faktor Penerokaan (EFA)

Bahagian Konstruk Item Bil. Item Item No. Item Di
Awal Digugurkan Baharu Digugurkan
A Demografi
B Perancangan dan 3 0 3 -
1 1
Pelaksanaan 27 26
Rakaman Video 0
Pengajaran dan 22 0 22
Pemudah Cara 0 22 0
C Bimbingan dan 22 06
Penyeliaan oleh 0
Guru Pembimbing 6 1 79 0
D Bimbingan dan
Penyeliaan oleh 80
Pensyarah Penyelia
E Pencapaian Semasa
menjalani Praktikum

Jumlah

109

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Kesahan boleh diertikan sebagai dapatan kajian yang dapat digambarkan dengan
tepat situasi yang sebenar dan disokong oleh bukti yang tidak meragukan (Othman,
2009). Kesahan juga boleh diertikan satu ujian yang dikatakan sah jika ujian tersebut
boleh dipercayai, mengukur apa yang hendak diukur (Sulaiman, 2002) serta
menghasilkan kesimpulan yang baik tentang populasi dari sampel yang dikaji
(Cresswell, 2005). Bagi Azizi et al. (2007) apabila pengkaji itu berjaya menghasilkan
dan membina instrumen bagi mengukur data yang sepatutnya diukur. Hasil kajian
dianggap baik dan sesuai bagi menjalankan kajian dan mengedar soal selidik. Dalam
kajian ini, pengkaji telah membuat kesahan kandungan sebelum menjalankan kajian
rintis dan kesahan konstruk semasa kajian rintis dijalankan.

Menurut Othman (2009), kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian
menunjukkan sejauh manakah dapatan kajian menggambarkan dunia yang dikaji
akan diterima dalam kajian tekal dan tepat. Dengan sebab itu, kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian amat penting bagi
mempertahankan kejituan instrumen. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan, maka semakin jitu dapatan kajian yang akan diperoleh bagi
menghasilkan satu kajian yang bermutu dan berkualiti. Bagi memastikan dapatan
kajian sentiasa berada di dalam dan menghasilkan satu menggunakan berapa
pendekatan. Oleh itu bagi memastikan dapatan kajian sentiasa berada di dalam tekal
dan tepat maka pengkaji telah menggunakan beberapa pendekatan untuk
memastikan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi di dalam kajian ini.

Bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian maka kajian
rintis dijalankan terhadap soal selidik. Menurut Chua (2006) elemen kajian rintis
adalah untuk memastikan instrumen kajian berkesan dan boleh digunakan tanpa
masalah. Selain itu, kajian rintis juga boleh menilai keberkesanan pensampelan yang
dibuat oleh pengkaji.

Dalam kajian ini, terdapat tiga pemboleh ubah yang perlu melalui ujian
kesahan dan kebolehpercayaan iaitu refleksi rakaman video PdPc semasa menjalani
praktikum di sekolah, refleksi penyeliaan dan bimbingan guru pembimbing semasa

110

menjalani praktikum dan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia semasa menjalani
praktikum yang mempengaruhi pencapaian praktikum di sekolah.

Kajian Kebolehpercayaan pula adalah dengan ketepatan dan kestabilan data,
setakat mana dapatan kajian boleh diulang pada masa, lokasi dan responden yang
sama. Menurut Alias Baba (1997) kebolehpercayaan ialah satu ukuran yang
menunjukkan keputusan yang konsisten. Zikmund (2003) menyatakan terdapat tiga
kaedah menguji kebolehpercayaan iaitu dengan melakukan kaedah uji sekali lagi
(test-retest), ketekalan dalaman (internal consistency) dan kebolehpercayaan belah
tengah (Split-half). Walau bagaimanapun menurut Sekaran (2000) Alpha Cronbach
merupakan indeks yang mencukupi untuk menguji kebolehpercayaan antara item.
Secara ringkasnya kebolehpercayaan berkait dengan maklumat yang dapat mewakili
realiti yang tepat dan tidak menimbulkan syak hasil dapatan kajian dan ini dijelaskan
oleh Merriam (2009). Untuk memastikan in kajian mempunyai kesahan, instrumen
kajian memainkan peranan penting ai penentuan kesahan hasil dapatan kajian.

Kebolehpercayaan instrumen soal selidik melihat kebolehpercayaan item, dua
jenis analisis dengan menggunakan aplikasi SPSS untuk melihat nilai Alpha Cronbach
dan korelasi antara item. Dalam kajian ini bagi memastikan soal selidik pengukuran
pengaruh refleksi praktikum dalam menjalankan praktikum di sekolah mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi maka kaedah konsistensi dalaman dilakukan terhadap
item-item dalam instrumen. Menurut Ismail Baba (1997) nilai korelasi boleh
digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan instrumen.

Ujian Reliability Analysis-Scale Alpha yang dijalankan dan hasilnya didapati
kebolehpercayaan semua item dalam soal selidik seperti yang tertera dalam jadual
di bawah. Purata hasil yang di peroleh pada indeks kebolehpercayaan dan kesahan
melebihi 0.9 adalah boleh digunakan sebagai alat ukur sesuatu kajian. Oleh itu adalah
diyakini bahawa semua item dalam soal selidik tersebut mempunyai
kebolehpercayaan yang sangat tinggi.

111

Jadual 3.11 Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Indikator Nilai Alpha Cronbach
Sangat tinggi >0.90
Tinggi
Sederhana 0.70 – 0.89
Rendah 0.30 – 0.69

<0.30

Sumber: Nunnally dan Bernstein (1994),

Jadual 3.12: Keputusan Nilai Kebolehpercayaan (Alpha-Cronbach)

Instrumen Kajian Rintis

Bahagian Konstruk Jumlah Nilai
Item Pekali
3 Alpha-
Cronbach

A Demografi

B Refleksi penyediaan dan rakaman 26 .962
video PdPc .957
C Refleksi bimbingan dan 22 .955
penyeliaan Guru Pembimbing .878
D Refleksi bimbingan dan 22 .938
penyeliaan Pensyarah Penyelia
E Tahap Pencapaian semasa 6
menjalani praktikum

Jumlah Item / Purata 79
Keseluruhan

Kesahan kandungan merujuk kepada apakah isi dalam ujian iaitu soalan-
soalan menguji apa yang ingin diuji (Mohamad Najib 1999). Menurut Creswel (2003),
kesahan kandungan merujuk kepada setakat mana item mengukur kandungan yang
diukur. Kesahan kandungan dibuat berdasarkan darjah persetujuan yang diberikan
oleh pakar-pakar yang terlibat. Oleh itu tahap kesahan kandungan ini dapat
dipertingkatkan dengan mendapatkan pandangan pakar atau beberapa orang
difikirkan layak untuk menentukan kesahan kandungan soal selidik ini.

112

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan gabungan kepakaran dua
orang pensyarah di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, Universiti Sains
Malaysia (USM) iaitu Prof. Dr. Wan Mohd Fauzi bin Wan Ismail , Dr. Merza bin Abas
dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Dr.
Mohd Nordin bin Abu Bakar selaku Ketua Unit Praktikum di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) di Cyberjaya di bawah Pusat Pembangunan Akademik (PPA). Soal
selidik yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris dengan bantuan Dr. Noraini Said
selaku Ketua Jabatan Bahasa di IPG Kampus Tawau dan memastikan terjemahan
tersebut adalah tepat dan tidak tersasar daripada maksud asal. Bagi menyemak
penggunaan Bahasa Malaysia yang tepat dan betul dari segi struktur dan tatabahasa
pengkaji mendapat bantuan dari seorang guru iaitu Puan Samsiah binti Hj. Sundu
yang mengajar di sebuah sekolah daerah Tawau yang bertaraf Munsyi Dewan.
(Lampiran F).

Tujuan pengkaji merujuk kepada beberapa orang panel penilai atau pakar
adalah untuk menyemak reka bentuk soal selidik yang digunakan dan memberikan
komen sama ada item tersebut meliputi semua kandungan yang ingin diuji (Lim dan
Chee 2011). Ini bermakna satu siri penyemakan telah dilakukan iaitu untuk melihat
sama ada sesebuah ujian itu sah dari segi isi kandungan, hubungannya dengan
kriteria yang lain dan dari segi wujud atau tidak gagasan yang sepatutnya diukur
(Mokhtar 2011). Oleh yang demikian segala teguran dan komen yang diberikan oleh
pakar-pakar berkenaan telah diambil kira serta diguna pakai bagi memantapkan lagi
maksud, kandungan, bahasa yang digunakan dalam soal selidik.

Bagi memudahkan pakar untuk menilai instrumen kajian, pengkaji telah
menyediakan satu set borang penilaian instrumen yang mengandungi semua item-
item yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Soal selidik dibahagikan kepada
5 bahagian iaitu Bahagian A: Demografi responden yang mengandungi 3 item,
Bahagian B: Perancangan dan Pelaksanaan Rakaman Video Pengajaran dan
Pemudah cara (PdPc) mengandungi 26 item, Bahagian C: Bimbingan dan Penyeliaan
oleh Guru Pembimbing mengandungi 22 item, Bahagian D: Bimbingan dan
Penyeliaan oleh Pensyarah Penyelia mengandungi 22 item. Manakala Bahagian E:
Pencapaian Semasa Menjalani Praktikum yang mempunyai 6 item. Setiap item di nilai
oleh pakar dengan memberikan pernyataan setuju atau tidak setuju terhadap

113

penyataan item berkenaan dan cadangan memperbaiki item berkenaan. Pakar juga
memberi cadangan terhadap mana-mana item yang sukar difahami, sukar dijawab
dan item tidak relevan.

3.9 Tatacara pemerolehan dan pengumpulan data
Sebelum pengkaji menjalankan kajian di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK)
Zon Sabah, kebenaran perlu diperoleh daripada pihak-pihak tertentu. Menurut
Ghaziah et al. (2010) tanpa kebenaran daripada pihak-pihak terbabit, sesebuah
penyelidikan bukan sahaja berkemungkinan besar didakwa tidak beretika, malah
dapatan juga boleh dipertikai kesahihannya. Oleh itu, sebagai langkah awal, pengkaji
mendapatkan kebenaran bertulis daripada Bahagian Dasar, Pembangunan dan
Penyelidikan (EPRD) Kementerian Pendidikan Malaysia, Rektor Institut Pendidikan
Guru dan Pengarah IPG Kampus Zon Sabah.

Setelah mendapat surat kebenaran daripada pihak-pihak tersebut, maka
barulah pengkaji dapat memulakan proses pengutipan data di IPG Kampus Zon
Sabah. Oleh kerana responden yang dipilih adalah terdiri daripada Guru pelatih
PISMP Ambilan Jun 2015 daripada pelbagai opsyen. Data enrolmen guru pelatih
tersebut diperoleh dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Antarabangsa,
Institut Pendidikan Guru Malaysia secara atas talian.

Dengan adanya kebenaran dari pihak Pengarah-pengarah IPG Kampus Zon
Sabah akan memudahkan soal selidik diedarkan kepada responden. Bagi
memudahkan pengutipan semula soal selidik, pengkaji sendiri akan menjalankan
proses pengedaran soal selidik ini. Ini akan membantu pengkaji memberi penerangan
tentang tujuan dan kepentingan kajian ni dijalankan di samping menjelaskan
masalah-masalah yang mungkin timbul ketika menjawab soal selidik berkenaan. Oleh
kerana lokasi IPGK Zon Sabah berjauhan antara satu dengan yang lain, pengkaji
akan menggunakan teknik pengeposan soal selidik kepada Ketua Unit Praktikum IPG
Kampus Zon Sabah sebagai wakil mengedar dan mengutip semula soal selidik
berkenaan. Soal selidik diserahkan kepada responden apabila mereka selesai
menjalani praktikum dalam semester semasa. Guru pelatih diberi tempoh 2 minggu

114

untuk mengembalikan semula soal selidik berkenaan kepada Ketua Unit Praktikum
IPG Kampus Zon Sabah.

3.9.1 Peringkat Pra penyelidikan dan memohon kebenaran
Pada peringkat ini, pengkaji telah membuat permohonan kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan KPM (EPRD) dengan mengemukakan borang
kebenaran menjalankan penyelidikan di semua IPGK Zon Sabah. Pihak EPRD telah
membalas permohonan pengkaji dengan surat kelulusan kajian di sekolah, institut
pendidikan guru dan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia bertarikh 27 Jun 2017 (Lampiran E).

3.9.2 Peringkat menjalankan kajian
Pada peringkat ini, pengkaji sendiri pergi ke kawasan responden selepas tempoh
praktikum berakhir iaitu pada 1 Februari. 2017. Peringkat ini adalah peringkat yang
sangat mencabar. Pengkaji membuat temu janji dengan Ketua Unit Praktikum IPGK
yang terlibat dalam Zon Sabah untuk menyerahkan soal selidik kepada responden
dan mengutip sendiri soal selidik berkenaan bagi mengelakkan daripada ianya tercicir
dan tak sampai ke matlamat yang sebenar.

Pengkaji ke IPG Kampus berikutnya sehinggalah kesemua soal selidik dapat
diserahkan dan dikutip semula daripada responden. Kaedah ini akan memastikan soal
selidik dapat dimanfaatkan sepenuhnya seperti yang rancang.

3.10 Analisis Data
Analisis data ialah prosedur bagi mengubah data mentah ke dalam satu bentuk yang
membolehkan pengkaji meringkaskan data yang bersesuaian atau menguji hipotesis
(Van Dalen 1999). Bagi Mohamad Majid (2009) pula mengatakan ianya merupakan
aktiviti untuk memperoleh maklumat yang berguna daripada markah mentah. Ini
bermaksud data yang diperoleh melalui soal selidik perlu disusun dan diproses
dengan sistematik berpandukan soalan kajian. Dari sini pengkaji akan membuat
analisis menggunakan maklumat berkenaan untuk membuat sesuatu keputusan.

115

Menurut Chong (2007) data kuantitatif terdiri daripada angka yang terhasil apabila
pemboleh ubah yang diminati pada setiap responden diukur dengan menggunakan
skala pengurusan yang bersesuaian melalui instrumen kutipan data.

3.10.1 Analisis Deskriptif

Menurut Creswell (2008), analisis deskriptif adalah analisis data paling asas yang

biasanya digunakan terhadap skala nominal responden. Data dibentangkan dalam

bentuk peratusan, min, median dan mode untuk menggambarkan kekerapan

responden kesemua sampel kajian terhadap item di dalam instrumen yang akan

digunakan.

Analisis statistik deskriptif data kajian ini melibatkan penghuraian menyeluruh
tentang faktor latar belakang responden dan skor min. Dalam kajian ini, lokasi IPG
kampus, jantina, Ambilan Program dan kemudahan internet di sekolah lokasi guru
pelatih menjalani praktikum. Analisis ini membolehkan penghuraian berkenaan latar
belakang dan ciri-ciri data demografi responden dalam kajian. Analisis deskriptif juga
telah digunakan untuk mendapatkan maklumat berhubung tahap refleksi praktikum
bagi guru pelatih PISMP IPG Kampus Zon Sabah berdasarkan kekerapan min. Analisis
deskriptif dibuat untuk menerangkan statistik sampel tanpa membuat sebarang
pentadbiran ke atas parameter populasi (Ghazali dan Sufean, 2016).

Dalam konteks kajian ini, pengkaji menggunakan analisis deskriptif untuk
melaporkan data-data kajian melibatkan data demografi responden yang
dibentangkan dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai.

116

Jadual 3.13 Skor Min dan Interpretasinya

Skor Min Interpretasi (Tahap)
4.01 - 5.00 Tinggi
3.01 – 4.00
2.01. – 3.00 Sederhana Tinggi
1.00 – 2.00 Sederhana Rendah

Rendah

Sumber: Nunnally dan Bernstein (1994)

Pengkaji merujuk kepada interpretasi tahap skor min berdasarkan Jadual 3.17
berikut iaitu nilai skor min rendah adalah antara 1.00 hingga 2.00, skor min
sederhana Rendah ialah di antara 2.10 hingga 3.00, nilai skor min Sederhana Tinggi
antara 3.01 hingga 4.00 dan skor min Tinggi ialah antara 4.01 hingga 5.00.

3.10.2 Analisis Inferens

Analisis Inferens digunakan bagi inferens tentang data penyelidikan tentang data

penyelidikan dan mengaitkan dapatan kepada sampel atau populasi, (Norizan, et al.

2010) Ujian ini digunakan bagi menjawab soalan kajian atau hipotesis yang boleh

memberikan gambaran tentang perbezaan dan perhubungan pemboleh ubah

bersandar dengan pemboleh ubah tidak bersandar yang memberi pengaruh kepada

refleksi praktikum dalam pencapaian praktikum.

i. Ujian - t
Ujian ini digunakan bagi mengukur hubungan dua faktor pada pemboleh ubah bebas
(refleksi praktikum dengan pencapaian) dengan faktor bersandar iaitu tahap
pencapaian semasa praktikum. Ujian–t dilakukan untuk menunjukkan sama ada
terdapatnya perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek misalnya, jantina guru
pelatih dan program ambilan guru pelatih yang menjalani praktikum. Ujian–t juga
merupakan statistik parametrik yang mensyaratkan data setiap pemboleh ubah yang
dianalisis adalah bersih dan normal.

117

Menurut Hair et al. (2006), Ujian–t digunakan untuk menguji perbezaan skor
min antara dua kumpulan sampel. Mengikut Tabachnick dan Fidell (2001) pula,
Ujian–t boleh digunakan sekiranya pemboleh ubah mempunyai dua kategori. Secara
khusus, Ujian–t digunakan untuk menjawab soalan kajian.

Hipotesis akan diuji pada aras signifikan p = 0.05. Jika nilai t <0.05, maka
hipotesis null akan ditolak. Ini bermakna, terdapat perhubungan yang signifikan di
antara pemboleh ubah yang dikaji.

iii. Ujian korelasi Pearson
Ujian ini digunakan bagi mengenal pasti perhubungan di antara dua variabel yang
menggunakan skala ordinal. Kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah
ditentukan melalui pekali r yang mengambil nilai antara -1.00 sehingga + 1.00.
Simbol (-) menandakan hubungan yang negatif manakala symbol (+) menandakan
perhubungan yang positif antara dua pemboleh ubah. Dapatan kajian di interpretasi
berdasarkan interpretasi pekali korelasi seperti di bawah;

Jadual 3.14 Pekali Korelasi

Skor Pernyataan
0.10-0.19 Hubungan amat lemah
0.20 -0.39 Hubungan lemah
0.40 -0.59 Hubungan sederhana
0.60-0.79 Hubungan kuat
0.80 -1.00 Hubungan amat kuat

Sumber: Lim Chong Hin (2007)

118

iv. Analisis Varian (ANOVA)
ANOVA merupakan kaedah statistik yang dapat menguji perbezaan pada lebih
daripada dua kelompok kumpulan sampel. Ujian ini merupakan salah satu teknik
analisis perbandingan min yang berfungsi membezakan purata yang lebih kumpulan
data dengan cara membandingkan varian nya. Analisis variance termasuk dalam
kategori statistik parametrik. Ujian andaian seperti ujian normality, dan random
sampling (Ghazali, 2009) perlu dilakukan untuk menggunakan formula ANOVA.

ANOVA digunakan bagi mengetahui apakah terdapat sebarang perbezaan
yang signifikan antara sekurang-kurangnya tiga kelompok sampel yang dikaji (Gall
et al., 2003) berdasarkan faktor-faktor demografi responden seperti lokasi guru
pelatih mendapat latihan (IPGK), sekolah yang menyediakan kemudahan internet.

Pengkaji menggunakan kaedah analisis ANOVA ini dengan memenuhi tiga syarat
andaian utama, iaitu:
i. Populasi kajian bertaburan normal
ii. Mempunyai lebih daripada dua kumpulan sampel.
iii. Sampel tidak berhubungan antara satu sama lain (tidak bersandar).

Setiap hipotesis akan diuji pada aras signifikan p=0.05. Sekiranya nilai p<0.05,
maka hipotesis null akan ditolak. Ini bermakna terdapat perhubungan yang
signifikan terhadap pemboleh ubah yang dikaji.

v. Ujian Regresi
Ujian Regresi adalah ujian statistik yang mampu meramalkan faktor-faktor yang
mempengaruhi sesuatu pemboleh ubah bersandar. Sebelum analisis dilakukan,
pengkaji akan terlebih dahulu menentukan data kajian adalah bersifat normal.
Sehubungan itu, kajian ini akan merujuk kepada plot normal regresi dan taburan graf
sebagai panduan. Ujian ini merupakan set prosedur statistik yang digunakan untuk
meramal dan menerangkan nilai bagi pemboleh ubah bersandar berdasarkan nilai
bagi satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar.

Pengkaji turut mengambil kira beberapa syarat pelaksanaan analisis regresi
seperti taburan normal, kewujudan multicollinearity dan singularity. Data pencilan

119

atau outlier yang dikenal pasti juga telah disingkirkan sebelum analisis regresi
dijalankan. Menurut Chua (2006), ujian regresi ini dapat membantu pengkaji
mengenal pasti faktor-faktor peramal tanpa mempunyai syarat pemboleh ubah-
pemboleh ubah yang berkorelasi secara linear jika dibandingkan dengan syarat
regresi pelbagai yang memerlukan semua pemboleh ubah peramal berkorelasi secara
linear dengan pemboleh ubah kriterianya.

Kajian Ujian Regresi ini juga mengenal pasti pemboleh ubah bebas yang
dinamakan sebagai pemboleh ubah peramal (predictor variable), manakala Ujian
normaliti pemboleh ubah bersandar pula dinamakan sebagai pemboleh ubah
diramalkan (predicted variable). Persamaan Regresi atau juga dipanggil sebagai
Model Regresi.

Jadual 3.15. Ringkasan Pengujian Hipotesis Analisis Inferens

Bil Soalan Kajian Hipotesis Analisis
1 Apakah perbezaan pencapaian
H01 Tidak terdapat ANOVA
praktikum guru pelatih perbezaan yang
berdasarkan ciri demografi di signifikan pencapaian
sekolah? praktikum berdasarkan
Lokasi.
2 Apakah terdapat hubungan
antara refleksi rakaman video H02 Tidak terdapat Ujian t
Pengajaran dan Pemudah cara perbezaan yang
dengan pencapaian praktikum signifikan pencapaian
di sekolah? praktikum berdasarkan
jantina.

H03 Tidak terdapat ANOVA
perbezaan yang
signifikan pencapaian
praktikum berdasarkan
kemudahan internet di
sekolah.

H04 Tidak terdapat Korelasi
hubungan yang Pearson
signifikan antara
refleksi rakaman video
PdPc dengan
pencapaian praktikum
di sekolah.

120

3 Apakah terdapat hubungan H05 Tidak terdapat Korelasi
antara penyeliaan guru hubungan yang Pearson
pembimbing dengan pencapaian signifikan antara
praktikum di sekolah? refleksi bimbingan
guru pembimbing
dengan pencapaian
praktikum di sekolah.

4 Apakah terdapat hubungan H06 Tidak terdapat Korelasi
penyeliaan pencapaian hubungan yang Pearson
praktikum dengan pensyarah signifikan penyeliaan
penyelia di sekolah? pensyarah penyelia
dengan pencapaian
praktikum di sekolah.

5 Apakah terdapat pengaruh H07 Tidak terdapat Regresi
faktor-faktor peramal (refleksi pengaruh yang
rakaman video pengajaran dan signifikan faktor-faktor
pemudah cara, refleksi peramal (refleksi
penyeliaan dan bimbingan guru rakaman video PdPc,
pembimbing dan refleksi refleksi bimbingan
penyeliaan pensyarah penyelia) guru pembimbing dan

terhadap pencapaian praktikum refleksi penyeliaan
di sekolah? pensyarah) terhadap
pencapaian praktikum
di sekolah.

6 Adakah terdapat sumbangan H08. Tidak terdapat model Analisis
model secara langsung dan sumbangan langsung SEM
tidak langsung pemboleh ubah dan tidak langsung
refleksi rakaman video pemboleh ubah-
Pengajaran dan Pemudah cara, pemboleh ubah
refleksi penyeliaan guru refleksi rakaman video
pembimbing dan refleksi Pengajaran dan

penyeliaan pensyarah penyelia Pemudah cara (PdPc),
terhadap pencapaian praktikum refleksi guru
di sekolah? pembimbing dan
refleksi pensyarah
penyelia terhadap
pencapaian praktikum
di sekolah.

121

3.10.3 Analisis Structural Equation Modelling (SEM)

Structural Equation Modelling (SEM) merupakan kaedah analisis yang di reka khas

untuk menganalisis data kuantitatif. SEM menggunakan kaedah menguji model

(model testing) untuk mengkaji perhubungan sebab-akibat antara sekumpulan

variabel dalam kajian (Chua, 2009).

Analisis ini digunakan untuk menguji model hipotesis Refleksi rakaman video
PdPc, Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah
Penyelia sebagai peramal kepada pencapaian praktikum. Analisis SEM menentukan
sama ada model hipotesis adalah sepadan dengan data kajian. Dalam kajian ini,
analisis SEM digunakan untuk mengenal pasti sama ada pemboleh ubah bebas
dalam model hipotesis adalah sepadan dengan data sebenar. Petunjuk-petunjuk
padanan yang digunakan dalam analisis SEM untuk mengenal pasti corak varians dan
kovarians ialah Khi Kuasa Dua (x2/df), Goodness-of-fit Index (OF!), Tucker-Lewis
Index (TLI), Comparative Fit Index (CFI), dan Root Mean Square Error of
Approximation (RMSEA). Ubahsuai model dilakukan seandainya model awal yang
diperoleh tidak memenuhi syarat padanan yang baik. Proses ubahsuai kemungkinan
melibatkan pengguguran item ataupun dimensi yang terkandung di dalam konstruk
kajian.

Secara umum analisis SEM melibatkan dua langkah utama (Awang, 2014;
Hair et al., 2010). Pertama, penyelidik perlu menjalankan analisis model pengukuran
untuk membuat penilaian terhadap kebolehpercayaan, kesahan Convergent dan
kesahan discriminant item soal selidik kajian. Kedua, penyelidik menjalankan analisis
model struktur untuk mengukur penyesuaian model (model fit ) bagi model struktur
yang dibangunkan dalam kajian ini. Kedua-dua analisis ini perlu dijalankan untuk
memastikan model yang dihasilkan memenuhi syarat analisis SEM (Awang, 2014).

Dalam kajian ini, prosedur pelaksanaan Analisis Persamaan Struktur (SEM)
adalah merujuk kepada pendekatan analisis oleh Hair et al. (2010).

122

3.11 Rumusan
Proses metodologi penyelidikan terutamanya pemilihan dan penganalisisan data
adalah penting bagi memastikan objektif dan persoalan kajian benar-benar dapat
dicapai. Kegagalan memilih metodologi penyelidikan yang sesuai bukan sahaja
membuang masa pengkaji tetapi juga masalah kajian tidak dapat diberi jawapannya.
Oleh itu, kepekaan dan pengetahuan pengkaji dalam soal metodologi amatlah
dipentingkan. Begitu juga dengan proses instrumen kajian yang digunakan adalah
mampu untuk menghasilkan maklumat yang mendalam dan tepat bagi memastikan
kesahan dan kebolehpercayaannya tidak diragui oleh pembaca. Demikian juga
penganalisisan data sama ada secara manual atau berbantukan komputer.

Pengkaji perlu melakukannya dengan penuh kejujuran, integriti dan penuh
komitmen agar hasil yang diperoleh nanti akan menyumbang kepada perkembangan
ilmu. Berdasarkan pendekatan kajian yang digunakan oleh pengkaji ia itu pendekatan
kuantitatif menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada
guru pelatih IPGK Zon Sabah, pengkaji yakin ianya dapat menjawab segala persoalan
kajian yang digariskan terlebih dahulu. Malahan, pemilihan sampel dengan
menggunakan pensampelan Kluster adalah bersesuaian dengan bilangan populasi
yang besar dan terletak berjauhan antara satu sama lain di Sabah. Oleh itu, bagi
memperoleh data yang boleh dipercayai dan disahkan ketekalan, pengkaji terlebih
dahulu mendapatkan pengesahan pakar untuk memperoleh kesahan kandungan.

Kebolehpercayaan dan kesahan konstruk turut diperoleh melalui kajian rintis
yang dijalankan. Hasilnya menunjukkan item-item yang digunakan memangnya
sesuai untuk digunakan di dalam kajian sebenar. Bahkan, pemilihan penganalisisan
data iaitu analisis deskriptif, ujian-t, anova, korelasi serta regresi memangnya
bertepatan untuk menjawab semua hipotesis yang ditetapkan di dalam kajian ini.

123

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis kaedah kuantitatif. Data
diperoleh melalui set instrumen soal selidik Pengaruh Refleksi Praktikum Terhadap
Pencapaian Praktikum Guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Sabah. Soal
selidik telah dijawab oleh 281 guru pelatih bagi Institut Pendidikan Guru Zon Sabah.

Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan
perisian program SPSS - 22.0 For Windows. Data-data ini dianalisis dengan
menggunakan analisis statistik bagi menjawab setiap soalan kajian. Di antara analisis
statistik yang digunakan ialah analisis deskriptif bagi analisis kekerapan, peratusan
dan skor min. Statistik inferens yang melibatkan analisis Ujian – t dan ujian ANOVA
digunakan untuk melihat perbezaan dari segi faktor-faktor demografi. Manakala Ujian
Regresi digunakan bagi melihat pengaruh semua faktor semua pemboleh ubah
refleksi praktikum iaitu refleksi rakaman video PdPc, refleksi bimbingan guru
pembimbing dan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia.

Peringkat pertama membincangkan data deskriptif yang merangkumi
demografi guru pelatih yang terlibat di dalam kajian ini. Profil responden guru
menjelaskan bilangan dan peratus responden mengikut lokasi IPG Kampus, jantina
guru pelatih dan kemudahan internet di sekolah.

Peringkat kedua pula menghuraikan refleksi praktikum yang terdiri daripada
refleksi rakaman video PdPc, Refleksi bimbingan guru pembimbing dan refleksi

penyeliaan pensyarah penyelia dan penjelasan secara sistematik untuk melihat
pencapaian praktikum yang signifikan.

4.2 Profil Responden
Analisis mengenai profil responden meliputi IPG Kampus, jantina dan kemudahan
internet di sekolah. Berdasarkan Jadual 4.1 menunjukkan guru pelatih IPG Kampus
Kent Tuaran mempunyai guru pelatih terpilih sebagai responden iaitu 81 orang atau
28.8 peratus diikuti oleh IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu seramai 71 orang atau 25.3
peratus. Seterusnya dan yang terakhir ialah IPG Kampus Tawau seramai 66 orang
atau 23.5 peratus manakala IPG Kampus Keningau seramai 63 orang atau 22.4
peratus. Guru pelatih perempuan mewakili 69.8 peratus atau 196 guru pelatih yang
terlibat manakala guru pelatih lelaki seramai 85 orang atau 30.2 peratus. Sekolah
mempunyai kemudahan internet tetapi lambat sebanyak 167 sekolah atau 59.4
peratus manakala hanya 63 buah sekolah atau 22.4 peratus yang mempunyai
kemudahan internet dan laju manakala 51 buah sekolah atau 18.1 peratus sekolah
yang tidak mempunyai kemudahan internet.

Jadual 4.1 Profil Responden

IPG Kampus Aspek Bilangan Peratus
IPGK Gaya, Kota Kinabalu 71 25.3
Jantina IPGK Kent, Tuaran 81 28.8
Kemudahan IPGK Keningau, Keningau 63 22.4
Internet IPGK Tawau, Tawau 66 23.5
Lelaki 85 30.2
Perempuan 196 69.8
Ada dan laju 63 22.4
Ada tapi lambat 167 59.4
Tiada 51 18.1

IPG Kampus Kent, Tuaran menyumbang 28.8 peratus responden di susuli
oleh IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu menyumbang 25.3 peratus di ikuti oleh IPG

125

Kampus Tawau dan IPG Kampus Kent masing- masing menyumbang 23.5 peratus
dan 22.4 peratus. Guru pelatih perempuan menyumbang 69.8 peratus dan 30.2
peratus bagi guru pelatih lelaki. Ini menunjukkan guru pelatih perempuan melebihi
39.6 peratus. Bagi kemudahan internet pula 59.4 peratus menujukkan bahawa
sekolah mempunyai kemudahan internet tetapi lambat manakala 22.4 peratus
mempunyai kemudahan internet dan capaian yang laju manakala 18.1 peratus
sekolah tiada kemudahan internet.

4.3 Analisis Ujian Normaliti
Sebelum analisis data dijalankan, pengkaji akan menjalankan kenormalan data
setelah menjalankan Kajian Rintis. Kajian ini sesuai menganalisis persoalan kajian
yang memerlukan penolakan dan penerimaan hipotesis dan menepati syarat-syarat
bagi penggunaan ujian statistik inferens. Dalam kajian ini pengkaji akan
menggunakan Ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk memandangkan ianya
sesuai untuk menguji kenormalan data (Keskin. 2006, Menders dan Pala. 2003, Nor
Aishah et al.2011, Normadiah dan Yap.2011). Kedua-dua jenis ujian ini adalah untuk
menentukan bahawa data yang di cerap merupakan sampel daripada populasi yang
mempunyai taburan normal.

Jadual 4.2 Ujian Taburan Kenormalan Kolmogorov – Smirnov dan

Shapiro - Wilk

Pemboleh Ubah Kolmogorov – Smirnov Shapiro - Wilk

Statistic df Sig. Statistic df Sig.

Pencapaian Praktikum .136 281 .000 .926 281 .001

Refleksi Rakaman Video .084 281 .000 .979 281 .001

PdPc

Refleksi Bimbingan Guru .089 281 .000 .989 281 .039

Pembimbing

Refleksi Penyeliaan .094 281 .000 .953 281 .00

Pensyarah Penyelia

126

Berdasarkan kepada ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk dalam
Jadual 4.2 menunjukkan bahawa nilai signifikan adalah pada p<0.05 yang
memperlihatkan taburan data berbeza aras signifikan daripada taburan normal. Ini
bermakna taburan data adalah tidak normal.

Bagaimanapun, Pallant (2011) mengatakan nilai signifikan 0.000 adalah
diandaikan bertaburan normal bagi sampel yang besar. Ini diakui oleh Lay dan Kho
(2008) bahawa apa bila saiz sampel besar, ujian-ujian kenormalan tersebut
cenderung untuk menolak hipotesis nol yang mengatakan bahawa data yang dicerap
merupakan sampel daripada populasi yang mempunyai taburan yang normal hanya
disebabkan oleh penyimpangan yang kecil daripada taburan normal. Bagi
membuktikan andaian Pallant (2011) Lay dan Khoo (2008), pengkaji menjalankan
ujian Skewness dan Kurtosis iaitu ujian menentukan kepencongan dan kelebaran
taburan daripada taburan normal. Jika nilai berada di antara -2 dan 2, maka kita
boleh katakan taburan data adalah normal (Sekaran2000). Dapatan ujian Skewness
dan Kurtosis ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 4.3 Ujian Taburan Kenormalan Skewness dan Kurtosis

Pemboleh Ubah Skewness Kurtosis
Refleksi Rakaman Video PdPc .033 -.180
Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing .112 -.201
Refleksi Penyeliaan Pensyarah -.485 -.424
Penyelia
Pencapaian Praktikum -.132 -1.157

Berdasarkan dapatan ujian skewness dan kurtosis di dalam Jadual 4.3,
didapati taburan data bagi semua pemboleh ubah adalah di antara -2 dan +2 yang
menunjukkan taburan data adalah normal. Sementara nilai kurtosis pula merujuk
pada tinggi atau rendah sesuatu taburan data. Nilai kurtosis positif digambarkan
melalui bentuk lingkungan taburan yang tinggi yang dikenali sebagai bentuk
leptokurtik, sementara nilai kurtosis negatif digambarkan bentuk taburan yang

127

rendah dan dikenali sebagai bentuk platikurtik. Dengan kata lain, kurtosis dilihat pada
puncak graf yang kuncup atau kurus menunjukkan positif berbeza dengan puncak
graf normal (kelok loceng).

Rajah 4.1 Taburan Nilai Data Refleksi Rakaman Video PdPc
Rajah 4. 1 menunjukkan Taburan Nilai data Normal bagi Refleksi Rakaman
Video PdPc. Nilai data normal bagi skewness dan kurtosis merujuk pada bentuk
taburan data iaitu nilai bagi skewness dan kurtosis adalah 0 (Tabacnick dan Fidell
.2007).

128

Rajah 4.2 Taburan Nilai Q – Q Plot bagi Refleksi bimbingan Guru
Pembimbing

Rajah 4.2 menunjukkan Q-Q Plot taburan data yang mengikuti garis lurus bermula
+/-2 sepanjang aliran data tersebut. Grafik menunjukkan bahawa data refleksi
guru pembimbing adalah bertaburan normal.

129

Rajah 4.3 Taburan Nilai Q – Q Plot bagi Refleksi Pensyarah Penyelia

Data bertaburan secara normal apabila kedua-dua nilai berada pada julat +/-1.7 atau
+/-2. Bagi Chou dan Bentler (1995) nilai yang dianggap melebihi +/-3.0 dijadikan
penanda aras bagi melihat kenormalan nilai skewness dan kurtosis.

Kesimpulannya, taburan data adalah normal dan sesuai untuk menjalankan
ujian inferens seperti analisis multivariat berdasarkan ujian skewness dan kurtosis
biarpun ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk memperlihatkan sebaliknya iaitu
data bertaburan tidak normal.

130

4.4 Analisis Deskriptif

Jadual 4. 4 Rumusan Min keseluruhan Refleksi Praktikum dan
pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah

Refleksi Praktikum Min SP Interpretasi Min

Refleksi Rakaman Video PdPc 4.13 .342 Tinggi

Refleksi Bimbingan Guru 3.82 .224 Sederhana Tinggi
Pembimbing 4.55 .317 Tinggi
4.43 .414 Tinggi
Refleksi Penyeliaan Pensyarah
Penyelia
Pencapaian Praktikum di
sekolah

Berdasarkan Jadual 4.4 di atas Purata Min Refleksi Praktikum dan Purata Min
Pencapaian praktikum adalah tinggi. Purata Min Refleksi Penyeliaan Pensyarah
Penyelia mempunyai skor tertinggi iaitu 4.55, di ikuti oleh Refleksi Rakaman Video
PdPc iaitu 4.13 Manakala Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing ialah 3.82 dengan
interpretasi sederhana tinggi. Purata Skor Min bagi Pencapaian Praktikum di sekolah
ialah 4.43 dengan interpretasi tinggi.

131


Click to View FlipBook Version