4.4.1 Mengenal pasti Tahap Refleksi Rakaman Video Pengajaran dan
Pemudah cara (PdPc) guru pelatih di sekolah
Jadual 4. 5 Tahap Refleksi Rakaman Video PdPc di sekolah
Item Konstruk Min SP Interpretasi
Min
RV1 Peralatan rakaman video PdPc yang 4.19 .608 Tinggi
digunakan adalah yang asas
3.89 .620 Sederhana
RV2 Kesilapan teknikal rakaman video 3.98 .643 Tinggi
dapat diatasi 4.02 .741
Sederhana
RV3 Sudut rakaman video PdPc yang Tinggi
sesuai untuk keseluruhan kelas
Tinggi
RV4 Cahaya mencukupi untuk rakaman
video PdPc di dalam kelas 4.12 .768 Sangat Tinggi
RV5 Sumber kuasa elektrik terdapat di 3.90 .737 Sederhana
dalam bilik darjah 4.00 .758 Tinggi
3.98 .686
RV6 Hasil rakaman video PdPc adalah asli 3.84 .632 Tinggi
4.02 .732
RV7 Saya membuat rakaman sendiri Sederhana
Tinggi
RV8 Gambar rakaman yang dihasilkan
terang Sederhana
Tinggi
RV9 Audio rakaman sangat jelas
Tinggi
RV10 Rakaman video tidak menjejaskan
RV11 PdPc 3.91 .817 Sederhana
Murid mengganggu peralatan semasa 4.29 .592 Tinggi
sesi rakaman
Tinggi
RV12 Rakaman dijalankan dalam suasana
RV13 sebenar 4.16 .674 Tinggi
RV14 Murid memberi kerjasama dalam sesi
rakaman video PdPc 3.60 1.068 Sederhana
Tinggi
Aktiviti kelas sebelah mengganggu
rakaman video PdPc
132
RV15 Memainkan rakaman video PdPc 4.09 .691 Tinggi
Tinggi
secara berulang-ulang Tinggi
Tinggi
RV16 Rakaman video membantu refleksi 4.34 .613 Tinggi
Tinggi
selepas PdPc
Tinggi
RV17 Kekerapan rakaman video menambah 4.25 .666
Tinggi
keyakinan diri dalam PdPc Tinggi
Tinggi
RV18 Sokongan guru pelatih membantu 4.33 .650 Tinggi
dalam persediaan rakaman video PdPc Tinggi
Tinggi
RV19 Masalah disiplin juga dapat dikesan 4.40 .663
semasa sesi rakaman video PdPc
RV20 Refleksi Rakaman video PdPc 4.35 .643
RV21 menambahkan keyakinan saya untuk 4.24 .620
RV22 mengajar 4.41 .561
RV23 Rakaman video PdPc dikongsi bersama 4.31 .628
dengan guru pelatih lain untuk tujuan
perbincangan
Rakaman Video PdPc selaras dengan
RPH yang disediakan
Rakaman Video PdPc dapat
memperbaiki personaliti siswa guru
RV24 Rakaman video PdPc memberikan 4.32 .588
impak positif pada PdP seterusnya
RV25 Rakaman video PdPc dapat 4.28 .594
RV26 memperbaiki teknik penyoalan kepada 4.39 .551
murid
Rakaman video PdPc membantu dalam
pengurusan kelas.
Min keseluruhan 4.13 .342
Pada umumnya kebanyakan item dalam Refleksi Rakaman Video PdPc adalah
4.0 ke atas dengan interpretasi Tinggi. Item bagi RV2 mendapat min 3.89 manakala
RV3 mendapat min 3.98, RV6, RV8, RV9, RV11 dan RV14 mendapat interpretasi skor
min Sederhana Tinggi. Ini menunjukkan Min keseluruhan untuk Refleksi Rakaman
Video PdPc adalah 4.13 dengan sisihan piawai .342. Ini menunjukkan serakan tahap
tidak begitu meluas.
133
4.4.2 Mengenal pasti Tahap Refleksi Bimbingan Guru pembimbing
terhadap guru pelatih di sekolah
Jadual 4. 6 Tahap Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing terhadap guru
pelatih di sekolah
Item Konstruk Min SP Interpretasi
0.95 Min
GP27 Menulis hasil pembelajaran 3.52
GP28 dengan tepat. 3.64 Sederhana Tinggi
Menulis isi pembelajaran yang
GP29 sesuai dengan hasil 3.50 0.92 Sederhana Tinggi
GP30 pembelajaran 3.48
GP31 Merancang kaedah dan strategi 3.60 0.91 Sederhana Tinggi
GP32 PdPc yang sesuai 3.54 1.04 Sederhana Tinggi
Memilih sumber PdPc yang 0.97 Sederhana Tinggi
GP33 sesuai 3.46 0.97 Sederhana Tinggi
GP34 Memilih nilai-nilai murni yang 3.07
GP35 sesuai 2.86 1.11 Sederhana Tinggi
GP36 Menyenaraikan unsur-unsur 4.10 1.31 Sederhana Tinggi
GP37 elemen merentas kurikulum 3.65
GP38 yang sesuai 3.53 1.25 Sederhana
GP39 Melaksanakan set induksi 3.15 Rendah
GP40 3.57
GP41 Menjelaskan perkembangan 3.50 0.76 Tinggi
GP42 pengajaran mengikut langkah 4.62 0.80 Sederhana Tinggi
GP43 Melaksanakan kaedah 4.60
pengajaran yang berkesan 0.96 Sederhana Tinggi
Menguasai teknik penyoalan
Menguruskan bilik darjah yang 1.07 Sederhana Tinggi
kondusif
Menerap nilai-nilai murni di bilik 0.97 Sederhana Tinggi
darjah
Mengurus masa pembelajaran 1.10 Sederhana Tinggi
dengan berkesan
Membuat penilaian semasa 0.50 Tinggi
PdPc
Menerapkan unsur pedagogi 0.52 Tinggi
terkini
Membimbing penulisan refleksi
PdPc secara berkesan
Membina pemikiran reflektif
terhadap PdPc
134
GP44 Penampilan semasa bertugas 4.58 0.55 Tinggi
GP45 Keprihatinan terhadap guru 4.65 0.49 Tinggi
pelatih 4.62 0.49 Tinggi
GP46 Pemilikan budi pekerti semasa
4.56 0.51 Tinggi
interaksi di kelas 4.32 0.61 Tinggi
GP47 Memupuk nilai keguruan
GP48 Sifat profesional semasa 3.82 0.85 Sederhana Tinggi
bertugas
Min keseluruhan
Pada tahap refleksi bimbingan guru pembimbing menunjukkan ada beberapa
item sahaja yang menunjukkan skor min yang tinggi iaitu GP36: 4.10, GP42: 4.62,
GP43: 4.60, GP44: 4.58, GP45: 4.65, GP46: 4.62, GP47: 4.56, GP48: 4.32. ini
menujukkan hanya 8 item yang mempunyai skor interpretasi tinggi. Manakala ada
11 item yang mempunyai skor interpretasi sederhana tinggi iaitu GP27 :3.52, GP28
:3.64, GP29 :3.50, GP30: 3.48, GP31: 3.60, GP32: 3.54, GP33: 3.46, GP34: 3.07,
GP39: 3.15, GP40: 3.57, GP41: 3.50. Walau bagaimana pun item GP35 dengan
konstruk Melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan mempunyai skor min2.86
dengan interpretasi sederhana rendah. Ini menunjukkan guru pembimbing kurang
membimbing guru pelatih bagi melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan.
Purata skor min keseluruhan ialah 3.82 dengan interpretasi sederhana tinggi dengan
sisihan piawai 0.85.
135
4.4.3 Mengenal pasti Tahap Refleksi Penyeliaan pensyarah penyelia
terhadap guru pelatih di sekolah
Jadual 4.7 Tahap Refleksi penyeliaan Pensyarah Penyelia di sekolah
Item Konstruk Min SP Interpretasi
Min
PP49 Menulis hasil pembelajaran dengan 4.60 0.53 Tinggi
tepat.
PP50 Menulis isi pembelajaran yang sesuai 4.63 0.50 Tinggi
dengan hasil pembelajaran
PP51 Merancang kaedah dan strategi PdPc 4.65 0.52 Tinggi
yang sesuai
PP52 Memilih sumber PdPc yang sesuai 4.56 0.54 Tinggi
PP53 4.65 0.51 Tinggi
PP54 Memilih nilai-nilai murni yang sesuai 4.64 0.52 Tinggi
PP55 Menyenaraikan unsur-unsur elemen 4.47 0.64 Tinggi
PP56 merentas kurikulum yang sesuai 4.62 0.55 Tinggi
Melaksanakan set induksi
PP57 4.72 0.47 Tinggi
Menjelaskan perkembangan
PP58 pengajaran mengikut langkah 4.63 0.53 Tinggi
PP59 Melaksanakan kaedah pengajaran 4.58 0.55 Tinggi
yang berkesan
PP60 Menguasai teknik penyoalan 4.49 0.63 Tinggi
PP61 Menguruskan bilik darjah yang 4.52 0.54 Tinggi
kondusif
PP62 Menerap nilai-nilai murni di bilik 4.59 0.52 Tinggi
PP63 darjah 4.53 0.59 Tinggi
PP64 Mengurus masa pembelajaran dengan 4.68 0.50 Tinggi
berkesan
PP65 Membuat penilaian semasa PdPc 4.65 0.50 Tinggi
PP66 Menerapkan unsur pedagogi terkini 4.38 0.59 Tinggi
PP67 4.38 0.59 Tinggi
PP68 Membimbing penulisan refleksi PdPc 4.41 0.57 Tinggi
secara berkesan
Membina pemikiran reflektif terhadap
PdPc
Penampilan semasa bertugas
Keprihatinan terhadap guru pelatih
Pemilikan budi pekerti semasa
interaksi di kelas
136
PP69 Memupuk nilai keguruan 4.37 0.61 Tinggi
PP70 Sifat profesional semasa bertugas 4.46 0.54 Tinggi
Min keseluruhan 4.56 0.55 Tinggi
Pada bahagian Refleksi Penyeliaan Pensyarah Penyelia yang mana semua
item mendapat skor min 4.37 hingga 4.72 dengan interpretasi tinggi. Purata skor min
pada bahagian ini ialah 4.56 dengan sisihan piawai 0.55. Ini menunjukkan bahawa
tahap refleksi penyeliaan pensyarah pembimbing adalah tinggi.
4.4.4 Mengenal pasti Tahap Pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah
Jadual 4. 8 Tahap Pencapaian Praktikum guru pelatih di sekolah
Item Konstruk Min SP Interpretasi
Min
CP71 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh 4.57 0.50 Tinggi
Guru Pembimbing semasa Seliaan kali
pertama 4.46 0.52 Tinggi
CP72 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh 4.27 0.73 Tinggi
Guru Pembimbing semasa Seliaan ke-
dua 4.52 0.53 Tinggi
CP73 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh 4.23 0.63 Tinggi
Guru Pembimbing semasa Seliaan ke-
tiga 4.55 0.51 Tinggi
CP74 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh 4.4 0.57 Tinggi
Pensyarah Pembimbing semasa seliaan
kali pertama
CP75 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh
Pensyarah Pembimbing semasa seliaan
kali ke-dua
CP76 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh
Pensyarah Pembimbing semasa seliaan
kali ke-tiga
Min keseluruhan
137
Pada bahagian tahap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah ialah semua item
mendapat skor min 4.23 yang paling rendah dan skor min 4.57. Ini menunjukkan
tahap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah adalah tinggi dengan purata skor
min ialah 4.4 denga sisihan piawai 0.57. Ini menujukkan serakan adalah tinggi.
Perbandingan skor min antara item CP71 Pencapaian bimbingan guru
pembimbing pada bimbingan pada kali pertama ialah 4.57 manakala skor min bagi
item CP74 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Pensyarah Pembimbing semasa
seliaan kali pertama ialah 4.52. Ini menunjukkan guru pelatih mendapat skor yang
tinggi jika dibandingkan dengan bimbingan guru pembimbing kepada guru pelatih
bagi seliaan dan bimbingan pada kali pertama.
Perbandingan item CP72 iaitu Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Guru
Pembimbing semasa Seliaan ke-dua dengan skor min ialah 4.46 berbanding dengan
item CP75 iaitu Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Pensyarah Pembimbing
semasa seliaan kali ke-dua dengan skor min 4.23. Perbezaan agak kecil jika
dibandingkan dengan bimbingan guru pembimbing bagi kali ke-dua. Interpretasi min
menunjukkan kedua-duanya menunjukkan tinggi.
Bagi item CP73 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Guru Pembimbing semasa
Seliaan ke-tiga dengan skor min ialah 4.27 manakala item CP76 Tahap Pencapaian
yang diberikan oleh Pensyarah Penyelia semasa seliaan kali ke-tiga dengan skor min
4.55. Perbandingan ini menunjukkan perbezaan yang tidak ketara antara bimbingan
guru pembimbing dengan penyeliaan pensyarah penyelia buat kali ke- tiga. Min
keseluruhan bagi bahagian ini ialah 4.4 dengan sisihan piawai 0.57.
138
4.5. Analisis Inferens
Bagi menganalisis dapatan kajian inferens, pengkaji menggunakan ujian-t bagi
menentukan tahap perbezaan min tahap perbezaan terhadap pencapaian guru
pelatih berdasarkan ciri demografi iaitu jantina.
Penggunaan Ujian Anova sehala pula untuk mengenal pasti perbezaan tahap
min terhadap pencapaian guru pelatih berdasarkan ciri demografi iaitu IPG Kampus
dan kemudahan internet di sekolah.
Di samping itu, pengkaji juga menggunakan analisis korelasi Pearson bagi
mengenal pasti hubungan di antara refleksi rakaman video PdPc, bimbingan guru
pembimbing dan penyeliaan pensyarah penyelia terhadap pencapaian praktikum
guru pelatih di sekolah.
Pengkaji juga menggunakan analisis regresi berganda bagi mengenal pasti
pengaruh faktor peramal refleksi rakaman video PdPc, refleksi bimbingan guru
pembimbing dan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap pencapaian guru
pelatih semasa menjalani praktikum.
Pengkaji juga mencadangkan model sumbangan secara langsung dan tidak
langsung pemboleh ubah refleksi rakaman video PdPc, refleksi bimbingan guru
pembimbing dan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap pencapaian
praktikum di sekolah.
4.5.1 Mengenal pasti Perbezaan Pencapaian guru pelatih berdasarkan ciri
demografi di sekolah
H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian praktikum guru pelatih
berdasarkan lokasi.
Berdasarkan Jadual 4.9 menunjukkan nilai signifikan yang diperoleh adalah kurang
daripada nilai P yang ditentukan (0.05) maka ini bermakna hipotesis kajian iaitu Tidak
terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian praktikum berdasarkan lokasi adalah
139
di tolak. Ini membuktikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu pasangan min
IPGK Kampus guru pelatih menunjukkan perbezaan yang signifikan.
Oleh yang demikian, ujian perbandingan Post-Hoc dengan menggunakan
HSD (Honestly Significant Difference) dilakukan untuk mengenal pasti pasangan min
yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan dari Ujian Tukey
menunjukkan perbezaan yang signifikan adalah guru pelatih dari IPG Kampus Kent
dan IPG Kampus Gaya berbanding dengan IPG Kampus Tawau, IPG Kampus
Keningau. Keterangan tersebut dapat diungkapkan berdasarkan Rajah 4.10.
Jadual 4. 9 Ujian Tukey Pencapaian berdasarkan IPG Kampus Zon Sabah
Pemboleh Ubah Bersandar Mean Std. Sig. 95%
IPG Kampus Zon Sabah Difference Error Confidence
.184
(I-J) .037 Interval
.003 Lower Upper
(I) IPG (J) IPG Bound Bound
Kampus Kampus
-.3201 .0394
Tawau Gaya -.14039 .06955
-.3566 -.0079
Kent -.18222* .06745
-.4395 -.0691
Keningau -.25428* .07164
*. The mean difference is significant at the 0.05 level.
Jadual 4. 10 ANOVA Tahap Pencapaian berdasarkan IPG Kampus
Aspek IPG SS df MS F P
Kampus 2.25 3
Pencapaian Antara .75 4.54 .004
Praktikum kumpulan
Dalam 45.82 277 .16
kumpulan
Jumlah 48.08 280
140
Jadual 4. 11 Ujian Tukey bagi menunjukkan perbezaan min antara IPG
Kampus Zon Sabah
IPG Kampus Zon Sabah N Min
IPG Kampus Tawau 66 4.29
IPG Kampus Gaya 71 4.43
IPG Kampus Kent 81 4.47
IPG Kampus Keningau 63 4.54
H02 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian praktikum
berdasarkan jantina.
Hasil dapatan analisis ujian –t seperti dalam Jadual 4.12 menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam min tahap pencapaian praktikum berdasarkan
jantina guru pelatih lelaki dan perempuan. Ini kerana nilai p = .321 >0.05 daripada
nilai aras keertian. Oleh yang demikian, hipotesis kajian iaitu Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan pencapaian praktikum berdasarkan jantina di gagal tolak.
Jadual 4. 12 Ujian t Tahap Pencapaian berdasarkan Jantina
Aspek Jantina N Min SP Nilai t P
Pencapaian Lelaki 84 4.3 .387 -.993 .321
Praktikum Perempuan 197 4.4 .426
H03 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian praktikum
berdasarkan kemudahan internet di sekolah.
Dapatan Ujian ANOVA seperti yang di tunjukkan di dalam Jadual 4.13
menunjukkan nilai signifikan yang diperoleh adalah lebih tinggi daripada nilai alfa
yang ditentukan pada aras 0.05. Oleh yang demikian hipotesis kajian Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan pencapaian praktikum berdasarkan kemudahan internet
di sekolah adalah gagal di tolak. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan min yang
141
signifikan terhadap pencapaian praktikum berdasarkan kemudahan internet di
sekolah.
Jadual 4. 13 ANOVA Tahap Pencapaian berdasarkan kemudahan internet
di sekolah
Aspek Sumber SS df MS F P
Variasi
Pencapaian Antara 2.24 2 .112 .651 .522
Praktikum kumpulan
Dalam 47.85 278 .172
kumpulan
Jumlah 48.08 280
Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengenal pasti kekuatan hubungan antara tahap
kesan pengaruh refleksi praktikum iaitu Refleksi rakaman video PdPc, Refleksi
Bimbingan guru pembimbing dan Refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap
pencapaian praktikum di sekolah menggunakan analisis korelasi Pearson.
Analisis Korelasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan antara dua pemboleh
ubah yang menggunakan skala ordinal sebagai skala pengukuran. Bagaimanapun
analisis ini hanya menunjukkan kekuatan korelasi tanpa memperlihatkan hubungan
sebab akibat kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Oleh itu berdasarkan kepada pekali
r yang diperoleh daripada analisis korelasi yang dijalankan. pengkaji akan
menghuraikan pengaruh satu pemboleh ubah terhadap pemboleh ubah yang lain.
Analisis korelasi Pearson memperlihatkan perhubungan atau pekali r -1 dan +1
(Palllant, 2011) dan kekuatan korelasi Pearson di interpretasi seperti yang di
tunjukkan dalam Jadual 4.14 di bawah.
142
Jadual 4. 14 Kekuatan nilai pekali korelasi
Saiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi
0.00-0.19 Amat lemah
0.20 -0.39 Lemah
0.40 -0.59 Sederhana
0.60-0.79 Kuat
0.80 -1.00 Amat kuat
Sumber: Lim Chong Hin (2007)
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan analisis Korelasi Pearson untuk
menjawab Objektif 6, (Hipotesis H05) iaitu perhubungan antara faktor refleksi
rakaman video PdPc dengan pencapaian praktikum di sekolah , Objektif 7 (Hipotesis
H06 )iaitu perhubungan antara faktor refleksi bimbingan guru pembimbing dengan
pencapaian praktikum di sekolah, dan Objektif 8 ( Hipotesis H07 ) iaitu perhubungan
refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap pencapaian praktikum di sekolah
semasa menjalani praktikum.
4.5.2 Mengenal pasti Hubungan Antara Refleksi Rakaman Video PdPc
dengan pencapaian praktikum di sekolah
H04 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara refleksi rakaman video PdPc
dengan pencapaian praktikum di sekolah.
Dapatan kajian dari analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat
hubungan antara refleksi rakaman video PdPc dengan pencapaian praktikum di
sekolah walaupun ianya lemah (r = .349, p <0.05) Ini bermakna, hipotesis kajian
iaitu Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara refleksi rakaman video PdPc
dengan pencapaian praktikum di sekolah adalah ditolak.
143
Dalam kata lain terdapat hubungan yang positif tapi lemah di antara pengaruh
hubungan antara refleksi rakaman video PdPc dengan pencapaian praktikum di
sekolah. Dapatan analisis korelasi ini di tunjukkan seperti Jadual 4.15.
Jadual 4. 15 Hubungan antara refleksi Rakaman Video PdPc dengan
Pencapaian praktikum di sekolah
Pencapaian Praktikum Pearson Refleksi Rakaman Video
PdPc
.349**
Correlation
Sig. (2-tailed) .000
N 281
4.5.3 Mengenal pasti Hubungan Antara refleksi bimbingan Guru
pembimbing dengan pencapaian praktikum di sekolah
H05 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara refleksi bimbingan
guru pembimbing dengan pencapaian praktikum di sekolah.
Dapatan kajian dari Korelasi Pearson seperti dalam Jadual 4.17. di bawah
menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang amat lemah yang signifikan di
antara faktor refleksi bimbingan guru pembimbing dengan pencapaian praktikum di
sekolah (r = .144, p <0.05). Ini bermakna hipotesis kajian Tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara refleksi bimbingan guru pembimbing dengan pencapaian
praktikum di sekolah adalah di tolak.
144
Jadual 4. 16 Hubungan antara refleksi bimbingan guru pembimbing
dengan Pencapaian praktikum di sekolah
Pencapaian Praktikum Pearson Refleksi Bimbingan Guru
Pembimbing
.144*
Correlation
Sig. (2-tailed) .016
N 281
4.5.4 Mengenal pasti Hubungan refleksi Penyeliaan pensyarah penyelia
dengan pencapaian praktikum di sekolah
H06 Tidak terdapat hubungan yang signifikan penyeliaan pensyarah penyelia
dengan pencapaian praktikum di sekolah.
Jadual 4. 17 Hubungan antara refleksi penyeliaan pensyarah penyelia
dengan Pencapaian praktikum di sekolah
Pencapaian Praktikum Pearson Refleksi Pensyarah
Penyelia
.672**
Correlation
Sig. (2-tailed) .000
N 281
Dapatan kajian dari analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat
hubungan antara refleksi penyeliaan pensyarah penyelia dengan pencapaian
praktikum di sekolah dengan hubungan yang kuat (r = .672, p <0.05) Ini bermakna,
hipotesis kajian iaitu Tidak terdapat hubungan yang signifikan penyeliaan pensyarah
penyelia dengan pencapaian praktikum di sekolah adalah ditolak.
Dalam kata lain terdapat hubungan yang positif dan kuat di antara pengaruh
hubungan antara penyeliaan pensyarah penyelia dengan pencapaian praktikum di
sekolah. Dapatan analisis korelasi ini di tunjukkan seperti Jadual 4.17 di atas.
145
4.5.5 Mengenal pasti pengaruh faktor-faktor peramal refleksi rakaman
video pengajaran dan pemudah cara, refleksi bimbingan guru pembimbing
dan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap pencapaian
praktikum di sekolah
H07 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor-faktor peramal
(refleksi rakaman video PdPc, refleksi bimbingan guru pembimbing
dan refleksi penyeliaan pensyarah) terhadap pencapaian praktikum
di sekolah
Jadual 4.18: ANOVA
Sum of Mean
Model Squares df Square F Sig.
1 Regression 21.890 1 21.890 233.177 .001b
Residual 26.191 279 .094
Total 48.081 280
2 Regression 22.918 2 11.459 126.594 .001c
Residual 25.164 278 .091
Total 48.081 280
3 Regression 23.434 3 7.811 87.789 .001d
Residual 24.647 277 .089
Total 48.081 280
a. Dependent Variable: Pencapaian Praktikum
b. Predictors: (Constant), Pensyarah Pembimbing
c. Predictors: (Constant), Pensyarah Pembimbing, Guru Pembimbing
d. Predictors: (Constant), Pensyarah Pembimbing, Guru Pembimbing, Rakaman Video
Jadual 4.18 menunjukkan pengujian hipotesis dibuat berdasarkan
ujian dua hujung pada tahap signifikan ujian p=0.05 untuk skor min analisis
ANOVA dengan darjah kebebasan (df) adalah (N-1) iaitu (280-1=279). Nilai
jumlah sum of squares bagi ketiga-tiga model tersebut adalah 48.081. Nilai F
bagi model 1=233.177, model 2=126.594 dan model 3=87.789.
146
Jadual 4.19: Coefficients
Model Unstandardized Standardized t Sig. 95.0% Confidence
Coefficients Coefficients Interval for B
1 (Constant) 1.606 .109
Std. Beta Lower Upper
B Error Bound Bound
.423 .264
-.096 .942
Pensyarah .880 .058 .675 15.270 .000 .767 .994
Pembimbing .337
2 (Constant) 1.149 3.413 .001 .486 1.812
15.473 .000 .849 1.096
Pensyarah .972 .063 .745
Pembimbing .089 -.162
.348
Guru -.299 -3.370 .001 -.474 -.124
Pembimbing
3 (Constant) .909 2.608 .010 .223 1.595
13.929 .000 .790 1.050
Pensyarah .920 .066 .705
Pembimbing
Guru -.323 .089 -.175 -3.646 .000 -.497 -.149
2.409 .017 .025 .251
Pembimbing
Rakaman .138 .057 .114
Video
a. Dependent Variable: Pencapaian Praktikum
Jadual 4.19 menunjukkan secara signifikan, peramal pensyarah
pembimbing (β=.705, t=13.929), peramal guru pembimbing (β=-.175,
t=3.646) dan peramal rakaman video (β=.114, t=2.409). Oleh itu, peramal
pensyarah pembimbing dan rakaman video mempunyai hubungan positif
manakala peramal guru pembimbing adalah sebaliknya. Justeru, apabila
pemboleh ubah bebas bertambah atau berkurang sebanyak satu sisihan piawai
maka pemboleh ubah bersandar akan meningkat sisihan piawainya.
147
Jadual 4.20: Model Summary
Model R R Adjust Std. Error Change Statistics
Squa ed R of the
1 re Square Estimate R F Change df1 df2 Sig. F
Square Change
.675a .455 .453 .30639 Change 233.177 1 279
.000
.455 .001
.017
2 .690b .477 .473 .30086 .021 11.355 1 278
3 .698c .487 .482 .29829 .011 5.805 1 277
a. Predictors: (Constant), Pensyarah Pembimbing
b. Predictors: (Constant), Pensyarah Pembimbing, Guru Pembimbing
c. Predictors: (Constant), Pensyarah Pembimbing, Guru Pembimbing, Rakaman Video
d. Dependent Variable: Pencapaian Praktikum
Jadual 4.20 menunjukkan Model 3 mempunyai R=.698. Sementara, nilai R
Square (R²) dalam model 3 adalah .487 yang menunjukkan kesemua pemboleh ubah
bebas menyumbang 48.7 peratus daripada jumlah varians terhadap pencapaian
praktikum. Oleh itu, H08 yang menyatakan tidak terdapat pengaruh yang signifikan
faktor-faktor peramal (refleksi rakaman video PdPc, refleksi bimbingan guru
pembimbing dan refleksi penyeliaan pensyarah) terhadap pencapaian praktikum guru
pelatih di sekolah adalah ditolak.
4.5.6. Mencadangkan model sumbangan secara langsung dan tidak
langsung pemboleh ubah refleksi rakaman video PdPc, refleksi bimbingan
guru pembimbing dan refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap
pencapaian praktikum di sekolah
4.6 Analisis Structure Equation Modelling (SEM)
Analisis Structure Equation Modelling (SEM) digunakan untuk membangunkan model
SEM. Analisis ini digunakan untuk menguji model Pencapaian Praktikum di Sekolah
(CP) bagi menyelidik hubungan pemboleh ubah. Fungsi Structure Equation Modelling
(SEM) dapat mengenal pasti perhubungan antara pemboleh ubah dengan model
yang dicadangkan dan untuk mengembangkan model kajian. Hipotesis nol yang
dikaji adalah seperti berikut:
HO8: Tidak terdapat hubungan langsung antara variable bebas Refleksi Rakaman
Video PdPc (PP), Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing (GP), Refleksi
148
Penyeliaan Pensyarah Penyelia (RV) terhadap pemboleh ubah bersandar
Pencapaian Praktikum di Sekolah (CP) melalui model struktur yang
dicadangkan.
4.6.1 Analisis Model Pengukuran
Analisis ini dibuat untuk membuat penilaian kesahan menumpu dan kesahan
diskriminan dalam soal selidik serta kebolehpercayaan.
a. Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan
Analisis ini dibuat untuk melihat nilai Standardized Loading untuk setiap item
dalam analisis SEM. Bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen digunakan
yang mana penilaian terhadap Alpha Cronbach dan nilai Composite Reliability
(CR) perlu dibuat.
Dalam analisis ini nilai Standardized Loading berada antara 0.63 hingga
0.9165 (>0.5 untuk analisis EFA). Analisis Composite Reliability (CR)
menunjukkan nilai CR model pengukuran berada pada julat 0.778 hingga 0.809
setiap pemboleh ubah (CR > 0.700). Ini menunjukkan nilai kesahan pemboleh
ubah yang boleh diterima.
149
Jadual 4.21: Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
SEM
Variable Item Standardized Alpha Composite Average
Loading Cronbach Reliability Variance
Extracted
Refleksi Penyeliaan Pensyarah .893 (CR)
Penyelia (RV) .528 0.778 (AVE)
RV1 0.53 .902 0.548
0.84 .855 0.805
RV2 0.81 0.579
0.809
RV3 0.73 0.585
0.73 0.8
Refleksi Bimbingan Guru 0.82 0.575
Pembimbing (GP) 0.83
0.77
GP1 0.69
GP2 0.63
0.81
GP3 0.82
Refleksi Rakaman Video PdPc (PP)
PP1
PP2
PP3
Pencapaian Praktikum di Sekolah
(CP)
CP1
CP2
CP3
Jadual 4.21 menunjukkan analisis kebolehpercayaan instrumen pengkaji.
Dalam analisis ini nilai Standardized Loading berada antara 0.53 hingga 0.84 (>0.5
untuk analisis EFA). Nilai Alpha Cronbach berada dalam julat .528 hingga .902
menunjukkan kebolehpercayaan tinggi. Analisis Composite Reliability (CR) digunakan
menilai kesahan pada setiap pemboleh ubah. Nilai CR model pengukuran berada
pada julat 0.548 hingga 0.585 yang mana melebihi nilai CR yang dicadangkan (CR >
0.700). Ini menunjukkan nilai kesahan pemboleh ubah yang boleh diterima.
b. Analisis Kesahan Menumpu
Analisis kesahan menumpu ini dibuat berdasarkan nilai Average Variance
Extracted (AVE) untuk setiap variable iaitu PP, GP, RV dan CP yang mana
150
nilai AVE mestilah lebih besar daripada 0.50. Dapatan nilai AVE setiap
variabel iaitu AVE = 0.548 hingga 0.586 (AVE > 0.50). Nilai AVE (PP = 0.548,
GP = 0.579, RV = 0.586 dan CP = 0.575) menunjukkan ketiga-tiga variabel
kajian mempunyai kesahan menumpu yang baik.
c. Analisis Kesahan Diskriminan
Analisis kesahan diskriminan dibuat dengan membuat perbandingan nilai
Average Standard Varian’s (ASV) dan Maximum Standard Varian’s (MSV)
dengan nilai AVE. Didapati nilai ASV dan MSV adalah lebih rendah daripada
nilai AVE. Ini menunjukkan ketiga-tiga variabel adalah berbeza antara satu
sama lain.
Jadual 4.22: Korelasi Antara Variable
No. Item 1 2 3 4
1. Refleksi Penyeliaan Pensyarah 0.778 0.8
0.805 0.809
Penyelia (RV) 0.538a 0. 487a 0. 360a
2. Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing 0. 494a
0.400a
(GP) 0.817a
3. Refleksi Rakaman Video PdPc (PP)
4. Pencapaian Praktikum di Sekolah (CP)
Jadual 4.22 menunjukkan analisis korelasi Pearson r untuk menentukan hubungan
setiap pemboleh ubah kajian. Analisis menunjukkan semua pemboleh ubah kajian
Refleksi Rakaman Video PdPc, Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing, Refleksi
Penyeliaan Pensyarah Penyelia dan Pencapaian Praktikum di Sekolah mempunyai
hubungan positif dan signifikan P < 0.05. Analisis juga menunjukkan bahawa semua
variabel bebas kajian mempunyai hubungan positif yang signifikan antara satu sama
lain.
151
4.6.2 Analisis Model Struktur
Analisis lintasan digunakan untuk mengukur penyesuaian model (model fit). Analisis
ini digunakan untuk melihat hubungan variabel pendam, menguji kesan langsung
dan tidak langsung antara pemboleh ubah serta melihat kesan antara pemboleh ubah
eksogen dengan pemboleh ubah endogen untuk menguji hipotesis HO9.
Jadual 4.23: Pengukuran Penyesuaian Model (Goodness-of-Fit) N=322
Nilai Cadangan / P CFI GFI NFI RMSEA
Nilai Model <3 <0.05 >0.9 >0.9 >0.9 <0.08
2.803 0.00 0.943 0.932 0.914 0.080
Analisis Jadual 4.23 menunjukkan pengukuran penyesuaian model struktur
yang dibangunkan. Data menunjukkan nilai X2/df = 2.803 (p < 0.05). Manakala
Analisis indeks Comparative Fit index (CFI), goodness of fit index (GFI), dan normed
fit index (NFI) menunjukkan nilai lebih besar daripada 0.90 dan nilai indeks root mean
square error of approximation nilai fit yang memuaskan.
Jadual 4.24 Analisis Langsung Variabel Peramal dengan Variabel
Bersandar Kajian
ESTIMATE S.E. C.R. P
Pencapaian Praktikum .017* .032
Ho8 Rakaman (RV) (CP) 6.076 0.000
Pencapaian Praktikum .071* .021
Bimbingan (CP) 7.492 0.000
(GP) Pencapaian Praktikum .773* .023
Penyeliaan (CP) 6.071 0.000
(PP)
* p < 0.05
Dalam Jadual 4.24 menunjukkan analisis kekuatan hubungan langsung antara
pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar berdasarkan model struktur
yang dibangunkan. Dapatan menunjukkan tiga pemboleh ubah bebas menunjukkan
152
hubungan langsung yang signifikan kepada CP. Pemboleh ubah PP adalah penentu
yang paling penting kepada PP (β = 0.773, P>0.05), diikuti oleh pemboleh ubah GP
iaitu (β = 0.71, P>0.05) dan pemboleh ubah RV iaitu (β = 0.17, P>0.05).
Variable Item Standardized Alpha Composite Average
Loading Cronbach Reliability Variance
Refleksi Penyeliaan Extracted
0.53 .893 (CR)
Pensyarah Penyelia (RV) 0.84 0.778 (AVE)
0.81 .528 0.548
RV1 0.805
0.73 .902 0.579
RV2 0.73 0.809
0.82 .855 0.585
RV3 0.8
0.83 0.575
Refleksi Bimbingan Guru 0.77
0.69
Pembimbing (GP)
0.63
GP1 0.81
0.82
GP2
GP3
Refleksi Rakaman Video
PdPc (PP)
PP1
PP2
PP3
Pencapaian Praktikum di
Sekolah (CP)
CP1
CP2
CP3
153
Rajah 4.4 Analisis Model Struktur
Rajah 4.4 di atas menunjukkan analisis model struktur yang menepati syarat model
fit berdasarkan data kajian. Analisis menunjukkan variabel bebas RV, GP dan PP
menyumbang sebanyak 67 peratus kepada jumlah varian dalam pencapaian
praktikum di sekolah PP (R^2=0.67, p < 0.05). Item e1 dan item e2 menunjukkan
hubungan (0.34) item yang mengukur CP yang sama bagi memenuhi syarat RAMSEA.
Berdasarkan analisis ini hipotesis nol kajian Ho9 adalah ditolak. Analisis menunjukkan
terdapat bukti yang mencukupi untuk membuat kesimpulan model kajian yang
dicadangkan mempunyai persamaan dengan model fit yang diuji berdasarkan data
empirikal.
154
RV
.02 21
.07
GP CP
.77
PP
Rajah 4.5 Pengaruh Refleksi Praktikum terhadap pencapaian
praktikum guru pelatih di sekolah.
4.7 Rumusan Pengujian Hipotesis
Berikut adalah rumusan hipotesis yang telah diuji pada kajian ini. Pengkaji
merumuskan hasil ujian bagi hipotesis kajian.
H Null Hipotesis Keputusan
H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Ditolak
terhadap pencapaian praktikum berdasarkan
Lokasi.
H02 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Gagal ditolak
terhadap pencapaian praktikum berdasarkan
jantina.
H03 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Gagal ditolak
terhadap pencapaian praktikum berdasarkan
kemudahan internet di sekolah
H04 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Ditolak
refleksi rakaman video PdPc dengan pencapaian
praktikum di sekolah
155
H05 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Ditolak
refleksi bimbingan guru pembimbing dengan Ditolak
pencapaian praktikum di sekolah. Ditolak
H06 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Ditolak
penyeliaan pensyarah penyelia dengan
pencapaian praktikum di sekolah.
H07 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan
terhadap faktor-faktor peramal (refleksi
rakaman video PdPc, refleksi bimbingan dan
penyeliaan guru pembimbing dan refleksi
penyeliaan pensyarah penyelia) terhadap
pencapaian praktikum di sekolah.
H08 Tidak terdapat model sumbangan langsung dan
tidak langsung pemboleh-pemboleh ubah
refleksi rakaman video Pengajaran dan
Pemudah cara (PdPc), refleksi bimbingan dan
penyeliaan guru pembimbing dan refleksi
penyeliaan pensyarah penyelia terhadap
pencapaian praktikum di sekolah
4.8 Rumusan
Secara keseluruhan bab ini telah membincangkan dapatan kajian secara menyeluruh
berdasarkan data empirikal yang diperoleh. Walau bagaimanapun, data yang dikutip
sangat bergantung kepada kejujuran dan integriti daripada responden. Berdasarkan
penilaian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa responden sememangnya
memberikan maklumat yang benar berdasarkan pengamatan mereka. Di samping itu
pengkaji telah mengedar dan mengutip soal selidik responden bagi meningkatkan
nilai data yang diperoleh untuk dianalisis. Justeru, pengkaji berpendapat bahawa
data kajian ini mempunyai nilai yang tinggi dan analisis dapatan kajian yang dibuat
secara empirikal boleh diterima pakai.
156
BAB 5
RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Perbincangan dalam bab ini menjurus kepada analisis dapatan kajian lapangan yang
dijalankan berdasarkan data empirikal yang diperoleh. Secara keseluruhan bab ini
juga membincangkan secara menyeluruh tentang hasil kajian merangkumi kombinasi
bab satu, dua tiga dan empat. Oleh yang demikian setiap hujah yang dibentangkan
adalah berkait rapat dengan soalan dan objektif kajian yang diketengahkan. Di
samping itu, perbincangan juga merangkumi teori dan model berkaitan yang
digunakan serta dapatan kajian-kajian terdahulu. Bab ini terdiri daripada empat
bahagian iaitu perbincangan, rumusan, implikasi dan cadangan kajian.
Secara keseluruhan bab ini membincangkan dan membuat kesimpulan
dapatan kajian seperti yang terkandung dalam Bab 4 serta diselaraskan dengan
objektif dan soalan kajian dalam Bab 1. Bab ini juga merupakan inti perbincangan
kepada kajian yang telah dijalankan khususnya terhadap guru pelatih IPG Kampus
Zon Sabah yang terlibat sebagai subjek kajian. Justeru tumpuan pengkaji dalam bab
ini adalah untuk memperincikan lagi dapatan kajian berdasarkan objektif kajian yang
dinyatakan dalam bab satu. Perbincangan juga meliputi dapatan kajian terdahulu
yang berkaitan dengan kajian ini. Di samping itu, pengkaji juga membincangkan
implikasi kajian dengan lebih terperinci serta diakhiri dengan cadangan tindakan dan
kajian lanjutan. Bab ini bertindak sebagai penutup dan kesimpulan kepada kajian
yang telah dijalankan.
5.2 Rumusan
Di dalam proses tindakan awal kajian ini, pengkaji merujuk Garis panduan Amalan
Profesional yang merupakan satu bahan rujukan dalam melaksanakan Amalan
Profesional yang merangkumi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Persediaan
Pengajaran dan Pembelajaran, Praktikum dan Internship. Semua kursus tersebut
mesti dilaksanakan bagi melayakkan guru pelatih bergraduat dengan jayanya.
Refleksi Praktikum yang merangkumi Refleksi Rakaman Video PdPc, Refleksi
Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah Penyelia bagi
melihat pengaruh terhadap pencapaian praktikum semasa menjalani praktikum di
sekolah. Sehubungan perkara tersebut, terdapat beberapa kajian berkaitan refleksi
rakaman video PdPc, Refleksi bimbingan guru pembimbing dan refleksi penyeliaan
pensyarah penyelia telah dilaksanakan oleh para pengkaji yang terdahulu mencakupi
kajian daripada dalam dan luar negara.
5.3 Perbincangan
Pencapaian praktikum dapat melahirkan guru permulaan yang berkualiti dan bersedia
untuk berkhidmat tanpa mengira lokasi dan pelosok di Malaysia. KPM berusaha
meningkatkan taraf guru seperti dalam PPPM 2013-2025 pada Gelombang 2 (2016 -
2020) KPM sentiasa meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi
serta memantapkan laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion
keguruan (KPM,2013). KPM dan IPGM sentiasa berusaha menjadikan profesion
perguruan menjadi profesion pilihan dan bukannya pilihan terakhir. Sehubungan
dengan itu tahap pengambilan guru pelatih semakin ketat dan tahap kelulusan
ditingkatkan bagi melahirkan guru yang berilmu (IPGM,2016). Proses lantikan ke
jawatan tetap menjadi jelas dan realistik (Sabah Times, 2013).
Dalam konteks kajian ini, pengkaji berjaya menemukan bukti empirikal untuk
menyokong andaian awal bahawa refleksi praktikum yang terdiri refleksi rakaman
video PdPc, refleksi bimbingan guru pembimbing dan refleksi pensyarah penyelia
mempengaruhi pencapaian praktikum semasa menjalani praktikum di sekolah. Pada
tahap ini, data kajian yang mengkhusus kepada guru pelatih PISMP Ambilan Jun
2014 dan PISMP Ambilan Jun 2015 bagi IPGK Zon Sabah berjaya membuktikan
bahawa refleksi praktikum juga mempunyai hubungan dalam pencapaian praktikum
158
secara umum. Oleh yang demikian dalam perbincangan ini, pengkaji akan membuat
kupasan yang lebih terperinci berkaitan data empirikal kajian yang diperoleh selaras
objektif utama kajian.
Pada perbincangan ini pengkaji memberi tumpuan kepada perbahasan
berkenaan tahap refleksi praktikum guru pelatih dan tahap pencapaian praktikum
berdasarkan maklum balas responden kajian. Perbincangan ini bersesuaian dengan
objektif pertama hingga objektif ketiga kajian untuk menentukan tahap pencapaian
praktikum semasa menjalani praktikum di sekolah. Perbincangan ini juga meneliti
teori berkaitan dan dapatan kajian terdahulu untuk dibandingkan dengan dapatan
kajian ini. Pengkaji juga membincangkan dapatan daripada penulisan tokoh
akademik berkaitan isu refleksi praktikum dan pencapaian guru pelatih khususnya
yang berkaitan secara langsung dengan pencapaian praktikum guru pelatih. Justeru
tumpuan harus diberikan kepada perkembangan tahap refleksi praktikum dalam
meningkatkan pencapaian praktikum guru pelatih semasa menjalani praktikum di
sekolah. Perbincangan selanjutnya memperincikan tahap refleksi praktikum dan
pencapaian guru pelatih mengikut dimensi yang terlibat.
5.3.1 Tahap Refleksi Rakaman Video Pengajaran dan Pemudah cara
Refleksi rakaman video PdPc yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan hasil yang
positif. Min keseluruhan ialah 4.14 yang mempunyai interpretasi yang tinggi. Ini
menunjukkan bahawa refleksi rakaman video PdPc selaras dengan kajian yang
lakukan oleh Sewall (2009) Baecher, McCormack, dan Kung, S. C. (2014), Baecher
dan McCormack (2014) dan Susoy (2015).
Pengkaji mendapati refleksi rakaman video pengajaran dan pembelajaran
dapat meningkatkan keyakinan diri, memberi peluang guru pelatih melihat setiap
segmen yang dikehendaki dan memainkan semula dan mengadakan perbincangan
dengan rakan guru pelatih, guru pembimbing atau pensyarah penyelia. Ini dapat
melahirkan satu idea yang bernas dan tindakan penambahbaikan yang sewajarnya
dilakukan untuk sesi pengajaran seterusnya.
159
Kajian Baecher, dan McCormack (2014) mendapati penggunaan video sama
ada rakaman atau siaran terus memberi impak positif. Guru pelatih dapat menangkap
terus maklumat atau menelaah apabila guru pelatih mempunyai kelapangan. Ini
menjadikan guru pelatih dapat memanfaatkan rakaman video tersebut. Hasil dari
penelitian rakaman video guru pelatih dapat membuat perubahan atau refleksi
(Cheung, 2009)
5.3.2 Tahap Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing
Purata skor Min bagi refleksi bimbingan guru pembimbing ialah 3.82 yang
menunjukkan interpretasi min Sederhana Tinggi manakala Sisihan Piawai (SP) ialah
0.85. Konstruk GP35 dalam perkara melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan
mendapat skor Min 2.86 iaitu interpretasi Min Sederhana Rendah manakala SP ialah
1.04 iaitu menumpu pada Tahap 2 hingga 3. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak
dapat dipenuhi oleh guru pembimbing.
Kajian Abd Rashid dan Zurida (2003) selari dengan dapatan pengkaji yang
mana guru pembimbing tidak mendapat pencerahan dari pihak institusi. Ia juga
melibatkan guru pembimbing yang terbeban kerana kekurangan guru pembimbing
dari opsyen yang sepatutnya (Mei, 2008, Zainuddin 2006)
5.3.3 Tahap Refleksi Bimbingan Pensyarah Penyelia
Dapatan Tahap Refleksi Min keseluruhan kajian ialah 4.56 dan interpretasi min tinggi
manakala Sisihan Piawai (SP) ialah 0.55 iaitu mempunyai taburan skor yang sekata.
Ini menunjukkan bahawa guru pelatih sangat berpuas hati dengan tahap bimbingan
yang di berikan oleh pensyarah penyelia.
Kajian yang dijalankan oleh Nazaruddin et. al (2017) selaras denga kajian
pengkaji yang mana penyeliaan pensyarah penyelia memberi impak yang positif
terhadap penyeliaan dan bimbingan guru pelatih. Kajian lepas menunjukkan
penyeliaan pensyarah telah meningkatkan refleksi dan profesionalisme guru pelatih,
tahap kesediaan mengajar, penyeliaan latihan mengajar dan penyeliaan klinikal.
(Jamian et al. 2015; Abu Bakar dan Anwar, 2014; Baharuddin, 2014; Ghafa dan
160
Ariffin, 2012; Idris et al; 2008; Idris dan Hamzah, 2012; Avalos, 2011; Johari dan
Juliana, 2011; Zakaria et al. 1995).
Berdasarkan dapatan kajian Syed Ismail et. al (2015), Gursoy et. al (2016)
Rebecca et. all. (2016) mendapati satu mekanisme yang selaras dalam melaksanakan
sesuatu penyeliaan pengajaran diperlukan pada masa yang akan datang.
Perancangan dan persediaan pengajaran guru pelatih boleh dirumuskan kepada
beberapa aspek perancangan dan persediaan, iaitu peningkatan profesionalisme
guru, perancangan yang lebih strategik, peningkatan mutu penampilan, peningkatan
kemampuan emosi guru, peningkatan kesediaan guru, dan peningkatan mutu bahan
bantu mengajar (BBM). Kesan penyeliaan yang dibuat membolehkan guru membuat
pengubahsuaian amalan pengajaran yang baik dan berkesan (Abdul Hakim et. al,
2014).
Walau bagaimana pun kajian Mohd Zolkifli (2007) menunjukkan bahawa
peranan pensyarah penyelia kurang berkesan semasa sesi penyeliaan dan
bimbingan. Guru pelatih kurang berpuas hati dengan proses penyeliaan dan
bimbingan apabila situasi sebenar tidak menepati jangkaan mereka. Guru pelatih
mengharapkan pensyarah penyelia dapat memberi cadangan penambahbaikan
aktiviti yang mereka telah jalankan dan memberi bimbingan yang sewajarnya.
Penerangan pascapenyelian juga terlalu ringkas dan tidak memenuhi seperti
kehendak Model Penyeliaan (Acheson dan Gall, 2003).
Guru pembimbing dan pensyarah penyelia memberikan sokongan kognitif,
afektif, dan sokongan sosial kepada guru pelatih. Latihan tidak ternilai, walaupun
hanya untuk jangka masa pendek - tiga bulan. Walaupun para mentor berasal dari
pelbagai latar belakang dan budaya, mereka mempunyai objektif yang sama iaitu,
mengoptimumkan peluang untukguru pelatih mengalami praktikum yang bermakna
Guru pembimbing dan pensyarah penyelia saling melengkapi. Pada akhirnya guru
pelatih memperoleh sokongan holistik (Rohaya et. all. 2020).
161
5.3.4 Tahap Pencapaian Praktikum
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Min keseluruhan Seliaan Guru Pembimbing
adalah sama iaitu 4.33. Walau bagai mana pun jika dibandingkan antara bimbingan
guru pembimbing dengan penyeliaan pensyarah penyelia adalah seimbang dengan
melebihi skor min yang tinggi iaitu melebihi 4.0.
Kajian Lim et. al (2010) menunjukkan bahawa maklum balas tentang prestasi
pengurusan pelajar untuk program praktikum adalah baik dan banyak menerima
pujian organisasi. Hal ini mungkin dapat dikaitkan dengan cara pengurusan program
praktikum yang berkesan semenjak dimulakan pada tahun 1985. Pengurusan
program praktikum telah diurus tadbir oleh sebuah pusat khas yang
bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan guru pelatihnya untuk
menjalani praktikum.
Sewall (2009) pencapaian guru pelatih berkait dengan kesediaan guru pelatih
untuk diselia dan tahap bimbingan diberikan. Mohd. Zolkifli et. al (2007) mendapati
guru pembimbing hendaklah memaklumkan guru pelatih penambahbaikan yang
perlu diambil selepas seliaan. Semua faktor meningkatkan pencapaian seperti
perancangan yang kemas dan terancang. Kepelbagaian ABM dan BBM terbukti
mendatangkan kesan yang positif dalam kalangan guru pelatih.
Dapatan ini mengukuhkan kenyataan Abd. Ghafar (2003) yang menyatakan
bahawa realia atau bahan sebenar boleh dijadikan alat bantu mengajar yang
berkesan. Sementara itu Zawawi (1990) dan Kamarudin (1986) pula menyatakan
gambar, carta, kad imbasan adalah BBM dan ABM diselami dengan baik oleh guru
pelatih. Dapatan ini menunjukkan bahawa GPPI berjaya mengaplikasikan teknik
perbincangan dalam pengajaran dan melaksanakannya sebagai satu teknik yang
menarik minat guru pelatih untuk belajar. Kenyataan ini disokong oleh Kamarudin
(1991) yang menjelaskan perbincangan sebagai satu jenis aktiviti pembelajaran yang
berupaya menyediakan peluang untuk guru pelatih memperkembangkan
pertumbuhan diri dan sosial secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian
praktikum yang mereka kendalikan.
162
Kajian Md Yusof (2006) menemui faktor yang menghalang kelancaran
pelaksanaannya terutama pemahaman guru pelatih dan guru pembimbing terhadap
kemahiran berfikir, alat-alat berfikir, cara pelaksanaannya dalam bilik darjah dan
penggunaan alat berfikir yang sesuai. Begitu juga dapatan kajian oleh Pushpalatha
(2006) jelas menunjukkan tafsiran guru tentang komponen KBAT. Ini akan
merencatkan aktiviti dan pencapaian walaupun ianya dalam konteks Guru Pelatih
Cemerlang.
5.3.5 Faktor demografi pemboleh ubah
a. Lokasi
Dalam kajian ini IPGK yang terlibat semua IPGK Zon Sabah yang terdiri dari IPGK
Gaya, Kota Kinabalu, IPGK Kent, Tuaran, IPGK Keningau, Keningau dan IPGK
Tawau, Tawau. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai signifikan yang
diperoleh adalah kurang daripada nilai P yang ditentukan (0.05) iaitu P=0.04 maka
ini menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian berdasarkan lokasi semasa
menjalani praktikum. Ini membuktikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu
pasangan min IPGK Kampus iaitu IPG Kampus Kent Tuaran yang mendapat nilai
P 0.06 berbanding dengan IPGK yang lain.
Berdasarkan Ujian Tukey dalam Jadual 4.9 menunjukkan perbezaan yang
signifikan adalah pencapaian guru pelatih dari IPG Kampus Kent, Tuaran dan IPG
Kampus Gaya, Kota Kinabalu berbanding dengan IPG Kampus Tawau dan IPG
Kampus Keningau. Kajian ini juga tidak sama dengan kajian yang dilakukan oleh
Najamuddin (2014) yang mana lokasi IPG Kampus tidak mempengaruhi data
kajian.
b. Jantina
Jantina merupakan faktor yang sering dijadikan pemboleh ubah dalam kajian yang
dijalankan (Chong et al. 2016). Dalam kajian ini jantina ialah perbezaan gender
antara guru pelatih yang terbahagi kepada dua iaitu lelaki dan perempuan.
Dapatan kajian pengkaji menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian
praktikum berdasarkan jantina. Hasil Ujian t ialah nilai P = .321 >0.05 daripada
163
nilai aras keertian. Ini bermaksud pencapaian praktikum berdasarkan jantina
adalah positif iaitu hipotesis kajian gagal ditolak.
Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian domain reflektif yang dilakukan
oleh Kolb’s (1984) dan Magolda’s (1989). Manakala kajian yang di lakukan oleh
Othman (1997) pula bahawa wanita refleksi dalaman menurun dalam dimensi
pembelajaran dan Sevenries (1994) mendapati lelaki lebih cenderung berbanding
perempuan dalam refleksi stail pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa faktor
jantina dapat mempengaruhi dapatan dalam kajian yang dilakukan. Faktor jantina
juga memainkan peranan yang penting selaras dengan objektif kajian yang dibina.
Walau bagaimanapun dapatan kajian ini berbeza dengan kajian yang dilakukan
oleh Najamuddin (2014).
Berdasarkan analisis data kajian daripada maklum balas responden
menunjukkan faktor jantina bukan penentu pencapaian praktikum guru pelatih
semasa menjalani praktikum di sekolah.
c. Kemudahan Internet
Projek 1BestariNet telah menghubungkan lebih sepuluh ribu buah sekolah
kerajaan dengan jaringan internet (BTP,2018) dengan kuasa 4G dengan
menyediakan platform ICT yang canggih. Malaysia merupakan negara yang
menggunakan aplikasi MyFrog VLE manakala Abdul Razak dan Norazlina (2010)
hanya 59.1 peratus mempunyai kemudahan internet di sekolah.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa nilai signifikan yang diperoleh
adalah lebih tinggi iaitu 0.522 daripada nilai alfa yang ditentukan pada aras 0.05.
Ini bermakna tidak terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap pencapaian
praktikum berdasarkan kemudahan internet di sekolah. Kajian Ahmad Basri (2003)
bertentangan dengan dapatan pengkaji beberapa faktor yang menghalang guru-
guru daripada menjalankan tugas dengan sempurna misalnya sikap masyarakat
dan kekurangan kemudahan khususnya kemudahan internet di sekolah. Saharani
et al (2005) Aplikasi internet memudahkan dan menarik minat murid dan
memudahkan guru mencari bahan PdPc.
164
5.3.6 Hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah
bersandar
a. Hubungan Antara Refleksi Rakaman video Pengajaran dan Pemudah
cara (PdPc) dengan pencapaian praktikum di sekolah.
Rakaman Video Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc) adalah satu mekanisme
yang dijalankan oleh pengkaji di IPGK Zon Sabah sahaja. Ini adalah untuk mencari
alternatif bimbingan bagi guru pelatih membuat refleksi tanpa kehadiran orang
lain semasa PdPc sedang dijalankan.
Dapatan kajian analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat
hubungan antara refleksi rakaman video PdPc dengan pencapaian praktikum di
sekolah walaupun ianya lemah (r = .349, p <0.05) Ini bermakna, hipotesis kajian
iaitu Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara refleksi rakaman video PdPc
dengan pencapaian praktikum di sekolah adalah ditolak. sekali gus
menterjemahkan bahawa refleksi rakaman video PdPc dengan mempunyai
hubungan yang signifikan.
Dalam kata lain terdapat hubungan yang positif tapi lemah di antara
pengaruh hubungan antara refleksi rakaman video PdPc dengan pencapaian
praktikum di sekolah. Kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Akcan
2010; Halter 2006; Rich and Hannafin 2008; Tripp dan Rich 2011. Guru pelatih
selesa untuk memainkan semula rakaman video PdPc dengan pensyarah penyelia
berbanding sendiri Aktiviti ikan secara langsung mewujudkan hubungan yang baik
antara guru pelatih dengan pensyarah pembimbing dan pensyarah penyelia.
Kajian (Fitchett, Starker, dan Salyers, 2012) selari dengan dapatan kajian
ini, Guru pelatih memanfaatkan rakaman video sebagai alat untuk membuat
refleksi dengan berkesan. Kajian ini juga disokong oleh Wolfram Verlaan Sue
Verlaan (2015).
165
b. Hubungan Antara refleksi bimbingan Guru pembimbing dengan
pencapaian praktikum di sekolah
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang jelas antara
refleksi guru pembimbing dengan pencapaian praktikum walaupun ianya adalah
lemah iaitu nilai r = .144, p <0.05. Ini bermakna hipotesis kajian Tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara refleksi bimbingan guru pembimbing dengan
pencapaian praktikum di sekolah adalah di tolak. Kajian ini selaras dengan kajian
Abd Rashid dan Zurida (2003) yang mana guru pembimbing berjaya
menyesuaikan pelatih dengan keadaan sebenar sekolah dan bilik darjah di
samping memberikan maklum balas tentang prestasi pengajaran.
Berpandukan kriteria bimbingan yang dikemukakan kepada guru
pembimbing, terdapat usaha-usaha mereka menjurus ke arah peningkatan
prestasi guru pelatih untuk mencapai cemerlang. Kehadiran guru pembimbing
yang dilatih untuk memberi bimbingan kemahiran profesional keguruan dalam
rancangan latihan mengajar seharusnya diterima dengan yakin oleh pelatih.
Kajian yang dijalankan oleh Collier (1999) menunjukkan bahawa usaha
untuk membina guru-guru yang melaksanakan amalan refleksi, bukanlah sesuatu
yang mudah. Selaras dengan keputusan kajian, guru pembimbing mungkin
menemui kesukaran dalam membimbing guru pelatih tentang aspek ini. Guru
pelatih di Chile telah didedahkan kaedah penilaian oleh pemeriksa luar
berpandukan Dasar Pendidikan Chile yang dikendalikan oleh OECD (2004) walau
pun demikian guru pelatih tidak dapat bimbingan yang optimum kerana guru
pembimbing mempunyai beban tugas yang rencam. Pihak pengurusan tidak
memainkan peranan dalam proses penyeliaan. Ianya diserahkan kepada penyelia
sepenuhnya. (Ussher,2010).
Dapatan kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zanzali, Noor Azlan dan Lim,
Wee Mei (2010) bahawa bimbingan guru pembimbing tidak mencapai yang
kehendaki kerana bebanan tugas, tiada latihan dan pencerahan yang dilakukan
oleh pihak penganjur. Cabaran-cabaran yang dihadapi guru pelatih dan gagal
ditangani serta tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya, maka guru pelatih
akan menghadapi tekanan (Mei, 2008). Ini akan menjadikan kurang
bersemangat, rendah diri, mudah berputus asa dan bersikap negatif terhadap
166
program praktikum (Ivylenda, 2007). Tanpa bimbingan daripada pensyarah guru
pembimbing, kestabilan emosi siswa pendidik akan tergugat (Zainudin, 2006).
Dapatan Ahmad Zanzali, Noor Azlan dan Lim, Wee Mei (2010) bertentangan
dengan dapat kajian pengkaji kerana guru pembimbing jarang atau tidak pernah
memberi sebarang bimbingan berkenaan dengan kemahiran membuat refleksi
dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru kepada guru pelatih semasa
mereka menjalankan latihan mengajar. ini akan memberi sumbangan dalam
hubungan yang lemah antara guru pelatih dengan guru pembimbing. Dapatan
tersebut dapat disimpulkan bahawa sebilangan besar guru pelatih memahami
kepentingan dan faedah penulisan reflektif dalam program praktikum yang
dijalankan. Kenyataan ini turut terbukti melalui pandangan kebanyakan guru
pelatih yang beranggapan bahawa penulisan reflektif membolehkan mereka
mengesan kekuatan dan kelemahan diri. Semua responden kajian berpendapat
mereka mengalami peningkatan berkenaan aspek kemahiran membuat refleksi
ini, namun begitu sebilangan besar responden kajian telah menunjukkan respon
negatif terhadap bimbingan guru pembimbing mereka, kejadian ini adalah kerana
mereka tidak bersetuju dengan guru pembimbing mereka pernah membimbing
mereka dalam aspek tersebut.
Guru pembimbing bukan projek iaitu program bukan USM didapati telah
mengurangkan markah guru pelatih dengan memberikan skor “selamat”. Ini
bererti pembimbing yang tidak terlatih atau kurang mendapat pendedahan tidak
dapat memahami dan menghayati kriteria-kriteria pencerapan yang diamalkan di
PPIP. Mereka mungkin mengambil jalan selamat dengan memberikan gred-gred
yang tinggi untuk pelatih tanpa menghalusi kualiti pengajaran mereka. Tambahan
pula, pembimbing-pembimbing yang tidak mendapat latihan didapati agak
keberatan untuk membuat penilaian prestasi pelatih. Abd Rashid dan Zurida
(2003) dan berbeza jika di banding dengan pembimbing yang dilatih untuk
membimbing dan menilai guru pelatih adalah boleh dipercayai untuk menjalankan
tugas-tugas berkenaan. Cadangan yang diberi kepada guru pelatih dianggap
praktikal dan membantu guru pelatih memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang
lemah yang per1u diperbaiki. Guru pembimbing berjaya menyesuaikan pelatih
dengan keadaan sebenar sekolah dan bilik darjah di samping memberikan maklum
167
balas tentang prestasi pengajaran. Berpandukan kriteria bimbingan yang
dikemukakan kepada pembimbing, didapati usaha-usaha mereka menjurus ke
arah peningkatan prestasi pelatih untuk mencapai tahap 'amat baik.' Justeru,
kehadiran guru pembimbing yang dilatih untuk memberi bimbingan kemahiran
profesional keguruan dalam rancangan latihan mengajar seharusnya diterima
dengan yakin oleh pelatih.
Selaras dengan kajian Mohd. Zolkifli et. al (2007) mendapati guru pelatih
mengharapkan guru pembimbing dapat mengenal pasti kelemahan guru pelatih
dan memaklumkan kepada mereka dan mencadangkan penambahbaikan untuk
mengatasinya. Guru pelatih juga bimbang akan opsyen guru pembimbing yang
berlainan kepakaran kerana ketiadaan guru pembimbing disebabkan kekurangan
guru pembimbing kerana bercuti, beban tugas yang banyak dan rencam dan
memberikan penilaian yang tidak adil dan menjejaskan pencapaian mereka.
Dapatan Nor Asimah (2010) bahawa guru pembimbing memberi bimbingan
kerap kali dalam persediaan mengajar, penyampaian isi pelajaran dan penilaian
pengajaran serta peningkatan profesionalisme keguruan. Peranan yang dimainkan
oleh guru pembimbing memberi pengaruh yang kuat kepada guru pelatih kerana
mereka menjadi rol model dalam pembentukan personaliti guru pelatih sebagai
seorang guru (Syed Ismail et, al 2015). Guru pembimbing bukan saja memainkan
peranan dalam memberi bimbingan dalam pengajaran dan pembelajaran malah
membimbing guru pelatih dalam meningkatkan profesionalisme keguruan guru
pelatih bagi menyediakan bakal guru yang akan menjadi seorang pengurus dan
pentadbir profesional kelas pertama (Abd Rashid dan Zurida 2003: Nor Asimah,
2010, Syed Ismail, 2015).
c. Hubungan refleksi Penyeliaan pensyarah penyelia dengan pencapaian
praktikum di sekolah
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara refleksi penyeliaan
pensyarah penyelia dengan pencapaian praktikum di sekolah dengan hubungan
yang kuat dengan nilai r = .672, p <0.05. Ini bermakna hipotesis kajian iaitu
Tidak terdapat hubungan yang signifikan penyeliaan pensyarah penyelia dengan
168
pencapaian praktikum di sekolah adalah ditolak. Dalam kata lain terdapat
hubungan yang positif dan kuat di antara pengaruh hubungan antara penyeliaan
pensyarah penyelia dengan pencapaian praktikum di sekolah.
Dapatan kajian ini selari dengan kajian oleh Nazaruddin et. al (2017), Idris
dan Hamzah, 2012; Avalos, 2011; Johari dan Juliana, 2011; menunjukkan bahawa
hubungan pada tahap sederhana antara guru pelatih dan pensyarah penyelia.
Kajian lepas menunjukkan penyeliaan pensyarah telah meningkatkan refleksi dan
profesionalisme guru pelatih, tahap kesediaan mengajar, penyeliaan latihan
mengajar dan penyeliaan klinikal. (Jamian et al. 2015; Abu Bakar dan Anwar,
2014; Baharuddin, 2014; Ghafa dan Ariffin, 2012; Idris et al; 2008; Zakaria et al.
1995).
Walau bagai bagaimana pun kajian ini bertentangan dengan kajian yang
dijalankan oleh Mohd. Zolkifli et. al (2007) kerana beberapa kepincangan berlaku
terutama dalam pengurusan dan mempengaruhi kesediaan untuk diselia dengan
berkesan.
Penyelia pembimbing dari opsyen yang berlainan mewujudkan
kebimbangan pada guru pelatih. 75.4 peratus daripada 85 orang guru pelatih
diselia daripada bukan opsyen sebenar. Ini berlaku kerana kekurangan pensyarah
pembimbing dari opsyen yang sepatutnya dan konsep tolong bantu dan
bimbingan daripada penyelia yang berlainan opsyen. Persetujuan pendapat
(consensus opinion) daripada responden memberi gambaran jelas bahawa guru
pelatih sangat memerlukan pensyarah pembimbing untuk mengenal pasti masalah
atau kelemahan dan menegur serta mencadangkan tindakan yang perlu diambil.
kerana Guru pelatih adalah dewasa tetapi mereka juga seorang guru pelatih
(Hagger et al. 2008).
Kajian di Chile menunjukkan guru pelatih terputus dengan sekolah dengan
universiti kerana kehadiran penyelia yang pelbagai watak di sekolah. Kelemahan
di tempat kerja membawa kepada penyeliaan yang lemah (Montecinos et. al,
2015). Manakala Ahmad Kamal (2016) mendapati penyeliaan yang dilakukan
kepada guru dapat meningkatkan pengurusan kurikulum, persekitaran guru
169
pelatih dan motivasi kepada responden. Ini juga dilakukan kepada guru pelatih
secara langsung semasa proses penyeliaan dan bimbingan dijalankan.
Pihak jawatankuasa yang mengurus dan mengelolakan praktikum
hendaklah sebaiknya mendampingkan guru pelatih dengan penyelia yang
mempunyai kepakaran yang sama dengan opsyen yang diikuti oleh guru pelatih.
Pensyarah pembimbing, selaku penyelia digalakkan mengamalkan stail penyeliaan
berbentuk direktif di awal penyeliaan praktikum dan secara beransur-ansur
berganjak ke arah tidak direktif (Mohd. Zolkifli et. al, 2007) Hal ini berlaku apabila
kekerapan seliaan dikurangkan berdasarkan Surat Siaran KP(BPG)9561/Jld 76
(76) bertarikh 2 Disember 2009 dan pengurangan pemantauan berdasarkan Surat
Siaran KP(IPG)8282/600/2/5/1 Jld.5 (07) bertarikh 8 Ogos 2014. Lawatan serta
bimbingan dilaksanakan dalam sebulan sekali. dan bimbingan semakin
dipertingkatkan bagi guru pelatih intensif yang memerlukan bimbingan yang lebih.
(Piper dan Zuilkowski 2015).
d. Pengaruh Faktor Peramal Refleksi Rakaman Video PdPc, Refleksi
Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Pensyarah Penyelia terhadap
Pencapaian praktikum di sekolah
Dalam kajian ini, pengkaji cuba untuk menentukan kekuatan pengaruh refleksi
praktikum iaitu refleksi rakaman video PdPc, Refleksi bimbingan guru pembimbing
dan Refleksi penyeliaan pensyarah penyelia terhadap variabel pencapaian
praktikum guru pelatih IPGK Zon Sabah di sekolah. Secara umum pengkaji melihat
kesemua elemen refleksi praktikum sememangnya berpotensi untuk
mempengaruhi tahap pencapaian guru pelatih dalam pelbagai aspek penilaian
khususnya dalam aspek penilaian terutama bersifat pencapaian akademik.
Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan refleksi praktikum merupakan
peramal yang signifikan kepada variabel pencapaian praktikum guru pelatih
berdasarkan penilaian responden kajian. Kesemua refleksi praktikum yang terdiri
dari refleksi rakaman video PdPc. Refleksi bimbingan guru pembimbing dan
170
Refleksi penyeliaan pensyarah penyelia menyumbang kepada pencapaian
praktikum guru pelatih ketika menjalani praktikum di sekolah
Berdasarkan data kajian yang diperoleh peramal refleksi penyeliaan
pensyarah pembimbing (β=.705, t=13.929), manakala peramal refleksi guru
pembimbing (β=-.175, t=-3.646) dan peramal refleksi rakaman video (β=.114,
t=2.409). Oleh itu, peramal pensyarah pembimbing dan rakaman video
mempunyai hubungan positif manakala peramal guru pembimbing adalah
sebaliknya. Ini menunjukkan Refleksi Rakaman Video PdPc dan Refleksi
Penyeliaan Pensyarah Penyelia mempengaruhi pencapaian praktikum guru pelatih
semasa menjalan praktikum di sekolah.
e. Kesesuaian model sumbangan pemboleh ubah Refleksi praktikum terdiri
dari Refleksi Rakaman Video PdPc, Refleksi Bimbingan Guru
Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah Penyelia terhadap
Pencapaian guru pelatih IPGK Son Sabah semasa menjalani Praktikum
di sekolah
Dalam bahagian ini berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh daripada
analisis Structural Equation Modelling (SEM) bagi menguji hipotesis yang telah
dibentuk. Secara umum kajian ini cuba mendapatkan bukti empirikal hubungan
langsung terhadap Refleksi Praktikum yang terdiri Refleksi Rakaman Video PdPc,
Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah Penyelia
terhadap pencapaian praktikum guru pelatih IPGK Zon Sabah semasa menjalani
praktikum di sekolah. Ini kerana sebahagian besar penemuan terdahulu
menunjukkan hubungan langsung yang signifikan. Dalam konteks kajian ini,
analisis SEM digunakan untuk menguji model pengukuran dan model struktur
kajian yang telah dibangunkan.
Berdasarkan analisis model struktur, pengkaji mendapati wujud hubungan
yang signifikan antara refleksi praktikum. Kekuatan hubungan refleksi praktikum
menunjukkan saling memerlukan antara satu dimensi dengan dimensi yang lain.
171
Dapatan ini menunjukkan persamaan bahawa Model Penyeliaan Klinikal Acheson
dan Gall (2003) dan Model Refleksi Kolb (1982).
Keputusan analisis model struktur ini juga menunjukkan terdapat pengaruh
langsung yang signifikan dalam tiga variabel luaran kajian iaitu refleksi rakaman
video PdPc, dan refleksi pensyarah penyelia terhadap variabel dalaman iaitu
pencapaian praktikum guru pelatih. Manakala variabel luaran refleksi bimbingan
guru pembimbing menunjukkan nilai hubungan langsung yang tidak signifikan
dengan variabel dalaman dalam pencapaian praktikum guru pelatih. Walaupun
terdapat satu variabel yang tidak signifikan, namun analisis keseluruhan
menunjukkan kesemua variabel mampu meramal kepada kemenjadian guru
pelatih. Secara keseluruhannya, dapatan ini membuktikan bahawa model struktur
yang dibangunkan mempunyai keselarasan dengan kerangka konsep kajian.
Kejayaan analisis ini adalah dengan penghasilan satu model refleksi
praktikum yang telah diuji secara empirikal. Oleh yang demikian, variabel peramal
yang diuji dalam kajian ini seharusnya diambil perhatian secara serius oleh semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan
praktikum di institusi berkenaan. Langkah ini penting untuk menyelesaikan
pelbagai isu pelaksanaan praktikum yang sepatutnya dapat menarik minat guru
pelatih daripada menjadi igauan yang mengerikan semasa menjalani praktikum.
5.3.7 Implikasi kajian:
a. Rakaman Video PdPc
Implikasi kajian terhadap refleksi rakaman video PdPc kali pertama dijalankan di
IPGM. Kajian in boleh dijadikan sandaran untuk diaplikasikan di semua IPGK untuk
menjadi satu kaedah alternatif yang boleh dipraktikkan untuk kegunaan guru
pelatih, guru pembimbing dan pensyarah penyelia di sekolah semasa menjalani
praktikum.
Kaedah rakaman video ini sudah diamalkan semasa guru pelatih menjalani
microteaching dan macroteaching. Ketika itu guru pelatih dan pensyarah
berbincang tentang kelebihan dan kelemahan yang mereka lakukan semasa
172
aktiviti dijalankan. Begitu juga aktiviti macroteaching dilaksanakan, guru pelatih
akan memainkan semula rakaman video dengan memilih segmen-segmen yang
diperlukan untuk diperbincangkan dengan bantuan pensyarah dan sesama guru
pelatih. Ini meningkatkan keyakinan kepada guru pelatih untuk menerima teguran
dari pensyarah dan rakan sepengajian.
Guru pelatih juga tak perlu melibatkan orang lain semasa menjalankan
rakaman iaitu dengan menyediakan peralatan seperti monopod, tripod dan
meletakkan kamera atau handphone yang mempunyai camera video untuk
membuat rakaman. ini akan mewujudkan perasaan yakin dan menghilangkan rasa
gemuruh untuk sesi PdPc akan datang terutama jika melibatkan seliaan bermuka
dengan guru pembimbing atau pensyarah penyelia. Ini akan mengurangkan masa
guru pelatih untuk proses menyesuaikan diri dalam kelas dengan adanya orang
asing duduk di belakang kelas atau di sudut padang untuk tujuan pemerhatian
dan menilai.
Kaedah rakaman video PdPc dapat mengurangkan beban tugas pensyarah
penyelia dengan memberi komen membina apabila guru pelatih berkongsi
rakaman video PdPc kepada pensyarah penyelia untuk semakan. Guru pelatih
menggunakan medium media sosial untuk perkongsian tersebut. Pensyarah
penyelia dapat menjalankan seliaan secara bersemuka dengan persediaan yang
lebih baik oleh guru pelatih setelah perbincangan berdasarkan rakaman PdPc.
Secara tidak langsung akan dapat meningkatkan tahap pencapaian pada seliaan
pertama dan seterusnya. Ini akan memudahkan tugas pensyarah penyelia dan
dapat mengurangkan tekanan tugas yang dihadapi.
Pendemik Covid19 yang melanda dunia dan Malaysia khususnya telah
meyebabkan kerajaan mengambil langkah drastik menguatkuasakan Perintah
Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 pada 16 Mac 2020 (Artina, 2020).
Rakaman boleh diaplikasikan semasa pergerakan pensayarah terbatas dan
penilaian dalam talian dijalankan. Ini akan menjadikan penilaian praktikum tidak
173
tergendala sehingga perlu penyelarasan masa praktikum yang panjang dan
menggangu pentadbiran dan kalendar praktikum semasa.
Kaedah ini sudah dilaksanakan di universiti awam atau universiti swasta
dalam menjalankan penyeliaan kepada guru pelatih mereka dalam rangka
menyediakan guru pelatih yang lebih bersedia untuk seliaan seterusnya.
b. Bimbingan guru pembimbing dan pensyarah penyelia
Bimbingan praktikum amat diperlukan oleh guru pelatih semasa menjalani
praktikum di sekolah. Bagi pihak IPGM yang melantik pensyarah penyelia untuk
membimbing guru pelatih melalui Unit Praktikum IPG Kampus untuk membimbing
dan menilai pencapaian guru pelatih. Garis Panduan Amalan Profesional yang
berkuat kuasa semasa digunakan sebagai bahan rujukan yang utama. Pensyarah
yang dilantik adalah sesuai dengan pengalaman dan bidang kepakaran. Walau
bagaimana pun pensyarah yang berpengalaman dan telah diberi bimbingan yang
sewajarnya boleh dilantik jika keadaan memerlukan.
Bagi pihak sekolah yang bersedia menerima kehadiran guru pelat hendaklah
menyediakan guru pembimbing sekurang kurangnya seorang guru pembimbing
untuk dua orang guru pelatih setiap opsyen. Guru pembimbing tersebut hendaklah
guru yang berpengalaman dan mahir dalam bidang berkenaan.
Bagi pentadbiran sekolah pula hendaklah menyediakan kelas yang sesuai,
kalau boleh kelas yang pelbagai aras pengetahuan dan bukannya kelas khas
(streaming class). Di samping itu jadual hendaklah disediakan denga masa yang
sesuai. Pihak sekolah sepatutnya tidak membebankan guru pelatih dengan tugas
tambahan yang lain seperti guru ganti, guru pengiring, jurulatih sukan dan aktiviti
lain di luar masa praktikum. Pihak sekolah hendaklah hadir dalam taklimat yang
di adakan oleh pihak IPG Kampus dan menyebarkan kepada semua guru
pembimbing yang terlibat supaya tiada ketirisan maklumat berlaku.
Pihak IPG Kampus hendaklah menyediakan pensyarah penyelia secukupnya
dan tidak melebihi lima hingga enam orang guru pelatih bagi seorang pensyarah
174
penyelia (IPGM,2013). Terdapat pensyarah penyelia yang menyelia sehingga
lapan orang guru pelatih dengan pelbagai opsyen. Kursus induksi opsyen
hendaklah diberikan kepada pensyarah yang bukan opsyen agar mereka dapat
pendedahan awal berkaitan opsyen guru pelatih yang dibimbing atau diselia.
Perancangan yang lebih sistematik hendaklah dilakukan oleh guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing agar proses bimbingan dan seliaan
berjalan dengan lancar. Ini akan mengelakkan bimbingan saat akhir yang akan
menimbulkan kegusaran dan tekanan kepada guru pelatih dan secara tidak
langsung akan memberikan kesan negatif ke atas pencapaian praktikum guru
pelatih.
Hubungan antara guru pembimbing dengan pensyarah pembimbing
hendaklah rapat dan selari dengan pendapat berkaitan kemajuan guru pelatih
yang dibimbing. Ini akan mewujudkan suasana harmonis antara guru pelatih, guru
pembimbing dan pensyarah penyelia.
c. Model Penyeliaan Klinikal
Berdasarkan kajian ini, Model Penyeliaan Acheson dan Gall (1980, 2003) sebagai
sesuai dengan penjelasan bersama Model Refleksi Kolb (1983). Guru pelatih dapat
menggunakan Model Acheson dan Gall (1980) yang mengandungi tiga
peringkatan.
Fasa Pra penyeliaan digunakan oleh guru pembimbing dan pensyarah
penyelia untuk mengadakan perbincangan awal sebelum guru pelatih memasuki
kelas untuk sesi PdPc. sesi ini akan menimbulkan rasa keyakinan kepada guru
pelatih. Perasaan gelisah telah dapat diatasi melalui rapport yang ditunjukkan oleh
guru pembimbing dan pensyarah penyelia.
Pada fasa ini juga bagi guru pelatih yang membuat rakaman video telah
bersedia dengan peralatan rakaman video, RPH, ABM, BBM dan yang berkaitan
sebagai langkah awal untuk mengadakan rakaman. In juga akan menimbulkan
rasa keyakinan kerana tiada orang ketiga dalam sesi PdPc yang dijalankan.
175
Pada Fasa Pemerhatian sesi pencerapan sedang dilakukan oleh guru
pembimbing dan pensyarah penyelia dijalankan. Catatan aktiviti PdPc dirakamkan.
sesi ini menjadi aktiviti utama yang menjadi teras PdPc selaras dengan RPH yang
dirancangkan.
Pada Fasa Pasca penyeliaan dijalankan sesi refleksi di antara guru pelatih,
guru pembimbing atau pensyarah penyelia. Catatan yang dibuat oleh para
penyelia akan menjadi rujukan aktiviti PdPc. Guru pelatih yang membuat rakaman
video PdPc perlu memainkan semula rakaman mengikut segmen demi segmen
untuk guru pelatih membuat refleksi sama ada dengan rakan guru pelatih atau
dengan bantuan guru pembimbing dan pensyarah penyelia. in secara tidak
langsung guru pelatih dapat mengesan kekuatan dan kelemahan sesi PdPc yang
mereka telah jalankan.
Walau bagai mana pun, model penyelidikan klinikal yang lain juga boleh
digunakan berdasarkan kesesuaian. Pencerapan Klinikal in selaras dengan
kehendak Garis Panduan Amalan Profesional yang disediakan oleh Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM, 2013).
d. Kementerian Pendidikan Malaysia dan pemegang taruh
Kementerian Pendidikan Malaysia institusi induk di IPGM dengan pelbagai
pemegang taruh yang terlibat dalam pelaksanaan praktikum. Antaranya ialah
IPGM, Bahagian Kewangan, Sekolah, Institusi berkaitan seperti JPN, KEMAS,
JAHEINS yang terlibat secara langsung dalam program tersebut. IPGK mempunyai
tugasan yang berat memandangkan institusi berkenan menghantar guru untuk
dilatih. Apabila tiba masa menjalani praktikum timbul isu guru pembimbing kerana
majoriti guru di institusi berkenan tidak mempunyai kelulusan ikhtisas dan belum
dilantik secara rasmi sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan oleh JPA/SPP.
Seramai 5000 orang Guru KAFA akan diserap ke jawatan tetap setelah
mengikuti kursus perguruan (Utusan, 18 Sept. 2018). Ini merupakan peluang
emas bagi IPGM melebarkan sayapnya kepada Guru KAFA. Strategi kuliah dan
176
bimbingan atas talian hendaklah dimanfaatkan secara optima bagi memanfaatkan
ruang dan peluang yang terhidang.
Pihak sekolah dan pihak pemegang taruh memanfaatkan infrastruktur dan
sumber kepakaran di IPG Kampus untuk membantu dalam peningkatan
profesionalisme pendidikan dalam rangka mencapai perancangan PPPM 2013-
2025. Masa praktikum di panjangkan berbanding mengadkan praktikum kepada 2
fasa yang berbeza. Ini akan memberi ruang kepada guru pelatih untuk menimba
pengalaman dan memperbaiki kelemahan yang mereka hadapi (Sulistiyo et. al.
2017).
KPM juga dapat memanfaatkan kajian ini kerana ianya dapat mengurangkan
kos tuntutan elaun pensyarah dan dapat mengurangkan pemantauan berdasarkan
surat siaran yang berkuat kuasa tanpa menjejaskan kualiti pendidikan yang
diberikan. Peluang menjadikan IPGM selaku peneraju latihan perguruan selaras
dengan visi dan misi IPGM tanpa berkompromi dengan kemahiran dan pencapaian
guru pelatih dalam menyediakan guru permulaan yang berpengetahuan dan
berdaya maju.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Berdasarkan kepada batasan kajian yang terdapat dalam kajian ini, beberapa
cadangan kajian lanjutan boleh dilaksanakan oleh para pengkaji pada masa akan
datang. Kajian ini juga boleh diteruskan bagi guru pelatih seluruh IPG Kampus di
seluruh Malaysia dengan membuat beberapa penambahbaikan seperti membuat
kajian secara khusus seperti refleksi rakaman video sahaja secara spesifik. Kajian ini
juga dapat membuat penilaian terus melalui rakaman video PdPc. Segmen-segmen
khusus dapat dijadikan fokus penilaian dan bimbingan oleh pensyarah penyelia
sebelum penyeliaan sebenar dilakukan oleh pensyarah penyelia. Di samping itu guru
pelatih boleh diwajibkan mengaplikasikan rakaman video PdPc untuk tujuan refleksi
dan mewujudkan keyakinan diri untuk seliaan seterusnya.
Antara kajian yang telah dikenal pasti oleh pengkaji iaitu membuat kajian
lebih mendalam berkaitan refleksi praktikum secara terus yang dilakukan oleh guru
177
pelatih yang mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) kerana guru pelatih mod KDC jarang
mendapat peluang bertemu muka dengan pensyarah. Guru pelatih hanya
menjalankan interaksi semasa cuti sekolah. Oleh yang demikian keterbatasan masa
menjadikan guru pelatih KDC agak terasing. Dewasa ini terdapat pelbagai program
yang dijalankan di IPGK terpilih dalam Mod KDC iaitu Kursus Perguruan Diploma
Lepas Ijazah –KDC iaitu DINI-TAHFIZ, INTERIM manakala Kursus Diploma
Pendidikan Malaysia (KDPM)- Mod KDC ialah KEMAS, JPNIN, PERMATA, JHEINS.
Kajian selanjutnya juga boleh dilakukan kepada guru permulaan semasa
mereka ditempatkan di sekolah mereka mula bertugas. Ini bertujuan bagi
memastikan guru permulaan masih mengamalkan refleksi pengajaran selepas PdPc
setelah dilantik menjadi penjawat awam. Sentimen penyapu baharu dapat dielakkan.
Media sosial seperti Facebook, WassApp, Telegram, Schoology, e-mel boleh dijadikan
medium agar kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh KPM dapat dimanfaatkan
secara optimum.
Impak daripada kajian-kajian tersebut dapat mengurang beban kerja
pensyarah penyelia kerana para pensyarah penyelia dapat membuat pemantauan
secara atas talian atau off line. Ini secara tidak langsung dapat memberikan ruang
pada pensyarah untuk membuat perancangan yang lebih jelas dalam bimbingan
praktikum pensyarah. Ini juga akan mengurangkan stress pensyarah dalam
melaksanakan tugas harian yang semakin rencam. Konsep masa pembelajaran 12
jam seminggu atau aktiviti 39 jam seminggu tidak termasuk aktiviti Kursus Dalam
Perkhidmatan bagi peningkatan profesionalisme guru dan pegawai perkhidmatan
pendidikan yang lainnya terutama pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) selaras dengan PPPM 2015-2025.
Kajian seterusnya juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kewangan
kerana pensyarah dapat mengurangkan bimbingan secara bimbingan bersemuka.
dalam era kegawatan ekonomi global secara langsung telah mengheret Malaysia
mengamalkan perbelanjaan berhemat.
178
5.5 Penutup
Kajian Refleksi Praktikum yang melibatkan Refleksi Rakaman Video PdPc, Refleksi
Bimbingan Guru Pembimbing, Refleksi Pensyarah Penyelia memang mempengaruhi
pencapaian praktikum dan selaras dengan Transformasi IPG untuk menjadikan
kerjaya guru menjadi pilihan utama seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025
(KPM,2013). Program Praktikum adalah Program Utama yang melahirkan guru
permulaan yang cemerlang dan berdaya saing mengharungi cabaran pendidikan
yang semakin mencabar.
Kajian refleksi praktikum ini juga perlu dipertingkatkan agar keperluan refleksi
seiring dengan keperluan pendidikan semasa dalam mencari pembaharuan dan
peningkatan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel tapi mampu meneroka semua
bidang terutama sekolah di luar bandar.
179
RUJUKAN
A.A. Afifi, V. Clark 1990. Computer Aided Multivariate Analysis (3rd Edition), Chapman
dan Halurc, New York
Abd. Ghafar Md. Din 2003, Prinsip dan amalan pengajaran, Kuala lumpur: Utusan
Publications dan Distributors Sdn. Bhd
Abdullah Idi, 2011. Sosiologi Pendidikan (Individu, Masyarakat, dan Pendidikan).
Penerbit PT Raja Grafindo Persada: Jakarta
Abdul Aziz Sultan 1988. “Latihan Mengajar: Penilaian Atau Penyeliaan?” Jurnal
Pendidikan Guru. Bil 4.
Abdul Hakim Abdullah, Mustafa Che Omar, Rahimah Embong, Ilni Suhada Ismail, Nor
Suhaily Abu Bakar, 2014 Persepsi terhadap pengalaman praktikum dalam
kalangan Guru pelatih Pendidikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala
Terengganu dalam Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA,
2014, Universiti Malaya.
Abdul Malek Tahir dan Siti Zohora Yassin.2001. Persepsi Guru Pelatih Terhadap
Pementoran Mentor (guru pembimbing) sekolah semasa praktikum. Sarawak:
Maktab Perguruan Batu Lintang
Abu Hassan bin Kassim 2003. Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Johor: Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Abu Hassan Kasim dan Meor Ibrahim Kamaruddin. 1997) Latihan mengajar: Apakah
Persediaan Guru pelatih. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Abd. Ghafar Md. Din. 2003. Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan, Prinsip dan Amalan
Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd
Abdul Jalil Othman dan Bahtiar Omar. 2005. Aplikasi pembelajaran secara
konstruktivisme dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4:
6- 8
Abdul Latif, G. 2010.Domain penilaian dalam teknologi pendidikan. Tanjong Malim,
Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Rahim Mohd Yunus, 2002. Stress di kalangan Guru Sek. Men. Dan Kaitannya.
Terhadap keperluan Pendidikan, Sage Publications
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md. Din, dan Mohamad
Haron. 1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Abdul Raof Dalip, dan T. Subahan Mohd. Meerah. 1991. Isu-isu Latihan Mengajar.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Abdul Rashid Mohamed, Zurida Ismail 2003. Peranan Guru Pembimbing dalam
Penyeliaan Latihan mengajar, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 18,
2002/2003 diakses pada 6 Mac 2017 jam 9.10pm
Abd Rashid Mohamed, Zurida Ismail,2000, Pengalaman Belajar – Mengajar Guru-Guru
pelatih Universiti Sains Malaysia, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 17,
2000/2001, Sekolah Pengajian Pendidikan, USM, Pulau Pinang.
Abdul Razak Abd Manaf dan Ahmad Shukri Abdul Hamid. 2002. Tinjauan Terhadap
Permasalahan dan Penilaian ke Atas Komponen Latihan Praktikum 1 Program
180
Pengurusan Kerja Sosial. Laporan Penyelidikan. Sekolah Pembangunan Sosial,
Universiti Utara Malaysia
Abdul Razak Idris dan Norazlina Adam 2010 Penggunaan Internet Dalam Kalangan
Guru-Guru Sekolah Rendah Di Sekitar Johor Bahru, Johor. Penggunaan Internet
Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Di Sekitar Johor Bahru, Johor. . pp.
1-8. (Unpublished)
Abdul Sukor Shaari. 2011. Pedagogi : Dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi. Sintok:
Universiti Utara Malaysia
Abu Hassan Kassim, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohammad Bilal Ali, Mohd. Salleh Abu,
dan Osman, M. 1994. Penilaian Penyeliaan Latihan Praktik Mengajar Dari
Perspektif Guru Pelatih. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Latihan
Kegururan Antara Universiti Ke 9, Bangi:UKM
Acheson, K. A., dan Smith, S.C. 1986. It is time for principals to share the responsibility
for instructional leadership with others. Eugene: Oregon School Study Council.
(Eric Document Reproduction Service No. ED 267510)
Ahmad Basri Hashim 2003. Pendidikan Dalam Internet. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributor Sdn Bhd
Ahmad Kamal Ariffin, Abd. Rahman Idris dan Zuraidah Abdullah 2015. Factors affecting
the teachers’ motivation towards the implementation of teaching supervision in
secondary schools. Journal of Advanced Review on Scientific Research Vol. 12,
No.1. 1-10, 2015 ISSN. 2289-7887
Ahmad Kamal bin Ariffin 2016, Pelaksanaan Penyeliaan Pengajaran Dan Motivasi Kerja
Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Selangor, Tesis yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur, Universiti Malaya
Ahmad Fauzi Abdul Hamid 2003, Inter-Movement Tension among Resurgent Muslims in
Malaysia: Response to the State Clampdown on Darul Arqam in 1994’, Asian
Studies Review (Brisbane), vol. 27, no. 3, pp. 361-387
Ahmad Zanzali, Noor Azlan dan Lim, Wee Mei 2010 Bimbingan Oleh Guru Pembimbing
Kepada Guru Pelatih Utm. Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru
Pelatih Utm . pp. 1-11. (Unpublished)
Akcan, S. 2010. Watching Teacher Candidates Watch Themselves: Reflections on a
Practicum Program in Turkey. Profile 12 (1): 33_45
Ali, M. F. 2001 Distance education: constructivism and the Internet. In M. A. Ismail
(Ed.).Kepelbagaian Dalam Teknologi Instruksional: Isu dan Cabaran. Kuala
Lumpur. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. pp:233-241
Alias Baba 1997, Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial, Bangi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alger, C. 2006. ‘What went well, what didn’t go so well’: Growth of reflection in pre-
service teachers. Reflective Practice, 7(3), 287-301.
Almahdi Mohammad Almahdi Ahmed. 2006 Identifying Jurnal Pendidikan Malaysia 38(1)
Alverde, L. 1982. The self-evolving supervisor. In T. Sergiovanni (Ed) Supervision of
teaching (p. 81-89). Alexandria: Association for Supervision and Curriculum
Development
181