Norazura – RPA TASKA 2017
Fanpage: http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
Emel : [email protected]
Blog : http://pnnorazuraismail.blogspot.com
1
Norazura – RPA TASKA 2017
Sebarang bahan di dalam buku panduan ini tidak boleh dicetak kembali,
dipindahmilik dalam apa jua format samada mekanikal, elektronik, rakaman,
fotokopi, imbasan atau dalam sebarang format simpanan bagi tujuan komersil tanpa
kebenaran bertulis daripada penulis sendiri kecuali bagi tujuan ulasan.
RPA TASKA ADALAH UNTUK KEGUNAAN TASKA ANDA SAHAJA.
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti TASKA (RPA)
Copyright Januari 2017 oleh Nor Azura Ismail
Hakcipta Terpelihara
Disclaimer
Penulis adalah sedaya upaya memastikan ebook ini mengandungi RPA yang terkini
dan lengkap yang mengikut format dalam Kurikulum PERMATA NEGARA. Namun
demikian penulis tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang perubahan
format tanpa dijangka dalam membangunkan RPA ini.
Penulis juga telah sedaya upaya menghasilkan RPA yang terbaik untuk digunakan
oleh para pendidik di TASKA. Sebarang salah guna terhadap RPA ini adalah tidak
dibenarkan sama sekali. Penjualan semula Ebook ini tanpa kebenaran dan
pengetahuan dari penulis juga adalah suatu kesalahan dan dilarang sama sekali
kecuali telah mendapat kebenaran dari penulis.
Penulis tidak boleh dianggap sebagai seorang pemberi nasihat professional dalam
bidang kewangan, perakauan, perniagaan atau undang-undang kepada pembaca.
Pembaca disarankan mendapat bantuan pakar dan khidmat nasihat daripada yang
berkelayakan.
Penulis juga tidak bertanggungjawab atas segala risiko, kehilangan dan liabiliti
samada secara peribadi atau tidak yang berlaku akibat dari penggunaan secara
langsung atau tidak langsung
Nor Azura Ismail
2
Norazura – RPA TASKA 2017
Tentang Penulis
Nama saya NorAzura Ismail. Saya telah berkecimpung selama lebih dari 16 tahun
dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. Walaupun saya mempunyai
kelulusan akademik yang berbeza dari bidang yang saya ceburi sekarang, kerana
minat saya telah memulakan karier saya dengan mengusahakan perniagaan
TADIKA TASKA sendiri disamping menjadi trainer jemputan.
8 tahun kemudian saya mengambil keputusan untuk bekerja semula dan jawatan
saya ialah sebagai Ketua Program ‘Childcare’ di sebuah Pusat Bertauliah Swasta.
Tugas saya ialah mengetuai segala program dan urusan yang melibatkan bidang
asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Di situ saya juga merupakan salah seorang
pengajar kemahiran untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) juga dalam bidang
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak.
Ketika genap 10 tahun penglibatan saya dalam bidang ini, saya telah diiktiraf
sebagai Pakar Pengajar di dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) di bawah
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Sepanjang
penglibatan dalam bidang ini saya telah berpeluang mengikuti pelbagai kursus
berkaitan yang telah banyak meningkatkan pembangunan dan kemahiran diri saya
sendiri dalam bidang ini . Pernah juga terlibat di dalam siri pembangunan soalan
kemahiran, menjadi panel pembangunan NOSS kemahiran dan juga beberapa kali
terlibat sebagai penilai luar untuk peperiksaan akhir SKM.
Antara penglibatan lain saya dalam bidang ini ialah saya juga telah berpeluang
menjadi jurulatih dan fasilitator untuk Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
PERMATA NEGARA selain pernah terlibat secara langsung sebagai penyelaras
untuk kursus ini.
Kini, saya masih ingin bergiat aktif dalam bidang ini. Saya aktif menulis blog
(http://pnnorazuraismail.blogspot.com) dan mengendalikan pelbagai bengkel
asuhan dan didikan kanak-kanak di bawah syarikat saya sendiri iaitu Norazura
Training and Consultancy. Saya juga dalam perancangan untuk menghasilkan
beberapa buah ebook berkaitan. Selain itu, saya juga aktif memberi perkhidmatan
perunding dan penubuhan TASKA, TADIKA, Pusat Jagaan dan juga khidmat
perunding berkaitan Persijilan Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan
Pencapaian Terdahulu(PPT)
Matlamat jangka panjang saya ialah ingin terus aktif di dalam bidang pendidikan
awal kanak-kanak ini dan akan terus menyalurkan ilmu yang berkaitan. Semoga
usaha saya di berkati dan dapat memberi manfaat kepada industri Pendidikan Awal
Kanak-Kanak.
Nor Azura Ismail
3
Norazura – RPA TASKA 2017
SINGKATAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN
PERKEMBANGAN SAHSIAH, PSSEKR
SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN PF
PERKEMBANGAN FIZIKAL
PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK PAMPL
DAN PEMIKIRAN LOGIK PDPDP
PERKEMBANGAN DERIA DAN PBKLA
PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN BAHASA, PKE
KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL
PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN
ESTETIKA
NOTA:
1. RPA ini dihasilkan mengikut tahap perkembangan mengikut kumpulan umur
kanak-kanak.
2. Pendidik boleh menyesuaikan RPA ini mengikut umur dan bilangan serta
situasi persekitaran kanak-kanak jika perlu.
3. Sebarang aktivti perkembangan boleh dirancang untuk semua kumpulan
kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, yang berbeza ialah cara perancangan
dan pelaksanaan sesuatu akltiviti bergantung kepada tahap perkembangan
dan umur kanak-kanak itu sendiri.
4. Pendidik digalakkan menyediakan bahan aktiviti yang diperbuat sendiri dari
bahan terpakai atau dari bahan kos rendah.
5. Pendidik perlu kreatif dalam mempelbagaikan cara pengendalian aktiviti. RPA
ini sekadar memberi panduan dan idea kepada para pendidik.
6. Adalah diharapkan RPA yang telah dihasilkan ini dapat memberi manfaat dan
digunakan sebaiknya oleh semua pendidik TASKA dan mereka yang
berkaitan dengannya.
4
Norazura – RPA TASKA 2017
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/S
PENGENALAN 07 - 10
RPA 3 – 4 TAHUN 13 - 27
28 - 41
PSSEKR 42 - 55
PF 56 - 81
PAMPL 82 = 90
PDPDP 91 - 104
PBKLA
PKE 106 - 113
114 - 123
RPA 1 – 2 TAHUN 124 - 140
141 - 158
PSSEKR 159 - 169
PF
PAMPL 179 - 185
PDPDP 186 - 194
PBKLA 195 - 201
PKE 202 - 214
215 - 219
RPA 06 – 12 BULAN 220 - 224
PSSEKR 5
PF
PAMPL
PDPDP
PBKLA
PKE
RPA 02 – 06 BULAN Norazura – RPA TASKA 2017
PSSEKR
PF 226 - 230
PAMPL 231 - 235
PDPDP 236 - 238
PBKLA 230 - 243
PKE 244 - 246
247 - 249
PENUTUP
250
LAMPIRAN 252
6
Norazura – RPA TASKA 2017
PENGENALAN
EBOOK RPA TASKA ini telah lama saya rancang untuk dihasilkan dalam bentuk
ebook softcopy ini. Alhamdullillah, dengan izin ALLAH, berkat ketekunan dan
kesungguhan saya sendiri walaupun terpaksa merintangi hari demi hari yang sibuk
dengan pelbagai cabaran, akhirnya ebook ini dapat disiapkan juga. Saya
dedikasikan ebook RPA TASKA ini untuk semua pendidik di TASKA. Ia juga boleh
digunakan oleh ibu bapa yang berminat untuk mengetahui tahap-tahap
perkembangan anak-anak dan aktiviti yang sesuai dijalankan untuk mereka.
Apakah itu Perkembangan Pembelajaran Kanak-kanak?
Tahukah anda bahawa potensi perkembangan pembelajaran seseorang kanak-
kanak bermula sejak awal kanak-kanak dilahirkan lagi, malah ketika di dalam
kandungan lagi. Proses pembelajaran seseorang kanak-kanak bukanlah juga hanya
menjurus kepada sesuatu yang berbentuk akademik sahaja, bahkan ia meliputi
keseluruhan aspek dalam perkembangan kanak-kanak. Dengan kata lain, sepanjang
menyusuri hari-hari awal usianya, kanak-kanak belajar pelbagai perkara dan benda
baru. Uniknya, kebanyakan yang dipelajari oleh kanak-kanak diperolehi hanya
melalui bermain. Bermain merupakan kerja hakiki dan sebahagian dari kehidupan
normal seseorang kanak-kanak.
Pada peringkat awal, kanak-kanak mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan
inteleknya. Pada ketika ini. sangat penting kanak-kanak mendapat pendedahan
pembelajaran mengenai kehidupan secara holistik atau menyeluruh.
Personaliti dan sahsiah kanak-kanak terbentuk sejak dari dalam kandungan ibunya
lagi. Personaliti dan sahsiah diri kanak-kanak dapat dikembangkan dan menjadi
lebih positif lagi sekiranya kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang
betul daripada orang dewasa dan juga persekitarannya.
7
Norazura – RPA TASKA 2017
Perkembangan awal kanak-kanak bukanlah bermaksud pendidikan awal yang
berbentuk akademik semata iaitu memastikan anak-kanak cepat pandai membaca ,
menulis dan mengira di awal usia. Sebaliknya pendidikan awal kanak-kanak adalah
satu bentuk pendidikan yang menekankan aktiviti yang antaranya bagi mencapai
perkara-perkara berikut :
1. Membina emosi dan sahsiah diri yang sihat dan stabil serta positif dalam diri
kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti yang berkait dengan tahap
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian kanak-kanak.
2. Menjadikan kanak-kanak pandai bersosial dan bergaul dengan baik serta
positif bersama rakan-rakan sebayanya.
3. Membimbing kanak-kanak agar boleh menggunakan bahasa percakapan
yang baik, mempunyai keyakinan diri ketika berbual dan berkomunikasi
dengan rakan sebaya atau dengan orang dewasa melalui Perkembangan
Bahasa, Kominikasi dan Literasi Awal.
4. Menanamkan pengetahuan dan memberi bimbingan terhadap cara
pemakanan yang sihat di kalangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti
perkembangan yang dapat membimbing kanak-kanak memilih menu makan
yang baik lagi berkhasiat.
5. Membina hubungan positif dengan sesiapa sahaja di persekitaran kanak-
kanak.
6. Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka, mencuba dan merasai
pelbagai pengalaman dengan dunia persekitarannya melalui pebagai aktiviti
yang menarik dan menyeronokkan bagi menggalakkan Perkembanagan
deria dan Pemahamana Dunia Persekitaran kanak-Kanak.
7. Mendidik kanak-kanak supaya boleh berdikari seawal usia 3 – 4 tahun lagi
dengan memberi peluang kepada kanak-kanak menguruskan keperluan biasa
diri sendiri seperti mandi sendiri, pakai baju dan kasut sendiri serta
mengemas barang permainan selepas bermain.
8
Norazura – RPA TASKA 2017
8. Menjadikan kanak-kanak seorang yang aktif, cergas dan sihat serta
menguatkan perkembanagan moto kasar dan moto halus kanak-kanak
melalui pelbagai aktiviti berkaitan Perkembangan Fizikal kanak-kanak.
9. Membantu kanak-kanak berfikir mengenai sebab dan akibat kepada sesuatu
dan meningkatkan keupayaan kanak-kanak mnenumpukan perhatian bagi
merangsang Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik kanak-
kanak.
10. Memberi peluang kanak-kanak menghayati, menikmati dan menyusuri dunia
awal kanak-kanak mereka melalui pelbagai aktiviti yang kreatif, ceria dan
menarik.
Pada dasarnya. perkara-perkara di atas menunjukkan bahawa pada peringkat awal
kehidupan kanak-kanak apa yang penting ialah menggalakkan tahap-tahap
perkembangan menyeluruh kanak-kanak dalam pelbagai aspek perkembangan
pembelajaran yang dapat membantu mereka melalui kehidupan dengan mudah dan
lebih bermakna di hari seterusnya mereka menempuh pengalaman kehidupan
sebagai seorang kanak-kanak.
Perlu diingat bahawa sememangnya kanak-kanak sentiasa ingin belajar mengenai
sesuatu yang baru dalam kehidupannya. Dan hakikatnya kanak-kanak belajar
melalui bermain. Kanak-Kanak main apa sahaja yang disukainya tanpa mengetahui
sebab dan akibat. Maka peranan pendidik ialah untuk merancang dan
mengendalikan aktiviti yang menyeronojkkan (persis seperti bermain) untuk kanak-
kanak. Seorang pendidik perlu memahami setiap tahap perkembangan dan
tingkahlaku semulajadi kanak-kanak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di TASKA
khasnya secara tidak langsung dapat membantu merangsang perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh dan tidak hanya pada aspek-aspek tertentu sahaja.
9
Norazura – RPA TASKA 2017
Kanak-kanak tidak usah dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukainya misalnya
memaksa kanak-kanak belajar membaca terlau awal. Perlu diketahui bahawa kanak-
kanak adalah individu yang unik. Mereka mempunyai keunikan sendiri sedari lahir
lagi dan ia perlu dikembangakan bagi mengenalpasti potensi yang ada pada diri
mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi diri yang berbeza antara satu sama
lain. Justeru itu pencapaian kanak-kanak dalam apa jua bidang, tidak sama antara
satu sama lain. Dengan kata lain, setiap kanak-kanak mempunyai sesuatu potensi
unik yang tersendiri dalam dirinya. Potensi itulah yang perlu dicari dan digilap oleh
pendidik dan juga ibu bapa serta masyarkat di persekitaran kanak-kanak.
Adalah diharapkan sekali agar RPA yang dikongsi di dalam ebook ini dapat menjadi
panduan kepada semua pendidik di TASKA. Jadikan TASKA anda TASKA yang
berkualiti dan professional yang melahirkan kanak-kanak yang cemerlang serta
gemilang di dalam pelbagai aspek perkembangan pembelajaran yang sesuai
mengikut tahap umurnya.
Akhir kata saya doakan anda sekalian, para pendidik di TASKA terus cemerlang dan
gemilang, beretika dan akhirnya menjadi seorang pendidik kanak-kanak yang
berilmu, berkemahiran lagi professional.
10
Norazura – RPA TASKA 2017
RPA
TASKA
______________________
( Nama TASKA)
ALAMAT :
______________________
______________________
______________________
11
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN
PERLAKSANAAN
AKTIVITI (RPA)
UMUR : 3 – 4 TAHUN
12
Norazura – RPA TASKA 2017
PERKEMBANGAN SAHSIAH,
SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN
13
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 1
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk Jom berus gigi
Bidang PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
Perkembangan KEROHANIAN
Pengetahuan Kanak-kanak sudah boleh menjaga kebersihan diri (PSSEKR)
sedia ada
Objektif 1. Kanak-Kanak boleh tahu kepentingan menggosok gigi.
(PSSEKR)
Tempat/Ruang
Bahan 2. Kanak-Kanak boleh memicit ubat gigi pada berus gigi.
(PF)
3. Kanak-kanak boleh tahu kegunaan ubat gigi. (PAMPL)
Ruang Aktiviti/ Halaman TASKA
Berus gigi ( setiap kanak-kanak)
Ubat gigi ( setiap kanak-kanak)
Bekas berisi air untuk berkumur (setiap kanak-kanak)
Buku besar- Mari Berus gigi (dibuat sendiri)
Replika gigi dan berus gigi besar
14
Langkah Norazura – RPA TASKA 2017
pelaksanaan
1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik memulakan aktiviti dengan mengajak kanak-
kanak menyanyi lagu ‘Bangun Pagi’
3. Pendidik keluarkan buku besar bertajuk ‘Mari Berus gigi’
4. Pendidik membuka setiap helaian buku besar dan
bercerita kepada kanak-kanak mengenai kepentingan
memberus gigi.
5. Pendidik keluarkan replika gigi dan berus gigi besar lalu
tunjukkan kepada kanak-kanak cara memberus gigi
dengan betul.
6. Pendidik beritahu kanak-kanak kegunaan ubat gigi dan
tunjukkan cara picit ubat gigi pada berus gigi.
7. Pendidik kemudiannya memberi kepada kanak-kanak
berus gigi, ubat gigi dan bekas kumur masing-masing.
8. Pendidik beritahu kanak-kanak aktiviti yang akan
dijalankan dan bawa kanak-kanak ke halaman TASKA
untuk teruskan aktiviti – memberus gigi.
9. Pendidik minta kanak-kanak picit ubat gigi pada berus gigi
dan mula memberus gigi masing-masing.
10. Pendidik beri galakan dan dorongan kepada kanak-kanak
supaya memberus gigi dengan cara yang betul seperti
yang telah ditunjukkan tadi.
11. Pendidik beri pujian kepada kanak-kanak jika kanak-
kanak telah berus gigi dengan betul.
12. Pendidik terus beri galakan jika kanak-kanak belum boleh
berus gigi dengan betul.
13. Pendidik biarkan kanak-kanak terus mencuba belajar
berus gigi dengan betul.
14. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengajak kanak-kanak
sama-sama mengemas, membersihkan bekas kumur
serta menyimpan berus gigi dan ubat gigi masing-masing.
15. Pendidik ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.
15
Perhatian Norazura – RPA TASKA 2017
Refleksi Pendidik
1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran tempat aktiiviti selamat.
3. Pastikan ubat gigi yang digunakan sesuai dan juga
selamat.
4. Pastikan kanak-kanak tidak menelan ubat gigi.
Refleksi Kanak-
Kanak
16
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI ( RPA) 2
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema Keluarga Saya
Tajuk
Bidang Jom menyanyi bersama-sama
Perkembangan
Pengetahuan PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
Sedia Ada KEROHANIAN
Objektif
Kanak-kanak sudah boleh menunjukkan respon rasa kasih
Ruang sayang.
Bahan
1. Kanak-kanak boleh menunjukkan rasa kasih sayang
melalui kata-kata.( PSSEKR)
2. Kanak-kanak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan.
( PBKLA)
3. Kanak-kanak boleh menari dan bergerak seperti yang
ditunjukkan oleh pendidik.( PF)
Bilik aktiviti
Lirik lagu, video klip lagu “Barney”
I love you, you love me, We’re a happy family, With a great
big hug and a kiss from me to you,
Won’t you say you love me too.
Kad berbentuk hati
Langkah 1. Pendidik bermesra dengan kanak-kanak dan mengucapkan
Pelaksanaan salam.
2. Pendidik menerangkan aktiviti yang akan dijalankan
3. Pendidik menayangkan video klip lagu “Barney”
4. Pendidik menyanyi lagu sambil menunjukkan aksi.
17
Norazura – RPA TASKA 2017
5. Pendidik menggalakkan kanak-kanak menyanyi dan
melakukan aksi seperti yang ditunjukkan oleh pendidik.
6. Pendidik meminta kanak-kanak menyanyi dan menari
bersama-sama pendidik sambil klip video ditayangkan.
7. Pendidik meminta kanak-kanak teruskan aktiviti menyanyi
dan menari secara berpasangan
8. Pendidik meminta kanak-kanak tukar pasangan apabila
lagu berulang
9. Pendidik bertanya kepada kanak-kanak samada mereka
berasa gembira dan seronok.
10. Pendidik teruskan menari dan menyanyi bersama-sama
kanak-kanak.
11. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak kerana telah
menari dan menyanyi bersama-sama.
12. Akhir sekali, pendidik mengucapkan terimakasih kepada
kanak-kanak
Perhatian
1. Ruang aktiviti mestilah selamat , luas dan tidak licin
2. Ruang aktiviti tiada mempunyai peralatan yang
merbahaya.
3. Ruang aktiviti mestilah bersih dan mempunyai
pengudaraan yang segar.
4. Pastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat dan
keperluan kanak-kanak telah dipenuhi.
Refleksi Pendidik
Refleksi Kanak-
Kanak
18
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI ( RPA) 3
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema Warna
Tajuk
Bidang Mari main Teng Teng
Perkembangan
Pengetahuan PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
Sedia Ada KEROHANIAN
Objektif Kanak-kanak sudah boleh main bersama-sama.
Ruang 1. Kanak-kanak boleh menunggu giirannya ( PSSEKR)
Bahan 2. Kanak-kanak boleh mengenal pelbagai warna di petak
Langkah teng teng (PAMPL)
Perlaksanaan 3. Kanak-kanak boleh melompat ke dalam petak teng teng
(PBKLA)
Bilik aktiviti
Teng-teng diperbuat daripada kotak terpakai, diwarnakan
dengan pelbagai warna.
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik memulakan aktiviti dengan mengajak kanak-
kanak menyanyi lagu ‘If u are happy’.
3. Pendidik minta kanak-kanak buat satu bulatan besar,
sambil memegang tangan kawan, lompat bersama-sama
dalam satu bulatan.
4. Pendidik minta kanak-kanak lepaskan tangan kawan.
19
Perhatian Norazura – RPA TASKA 2017
5. Pendidik keluarkan papan kotak teng teng yang besar
dan beritahu kanak-kanak aktiviti yang akan dijalankan
iaitu main lompat teng teng.
6. Pendidik beritahu jika nak main teng teng kanak-kanak
perlu beratur dan lompat ke petak teng teng mengikut
giliran.
7. Pendidik tunjukkan cara melompat ke petak teng teng
dan minta kanak-kanak sabar menunggu giliran masing-
masing setiap seorang.
8. Pendidik minta kanak-kanak lompat ke semua petak
sambil pendidik bimbing kanak-kanak sebut nama warna
pada setiap kotak.
9. Pendidik galakkan kanak-kanak meneruskan aktiviti -
lompat di petak teng teng mengikut giliran.
10. Pendidik puji kanak-kanak kerana sabar menunggu
giliran.
11. Pendidik akhiri aktiviti dengan meminta kanak-kanak
sama mengemas.
12. Pendidik ucapkan terima kasih.
1. Ruang aktiviti mestilah selamat , luas dan tidak licin
2. Ruang aktiviti tiada mempunyai peralatan yang
merbahaya.
3. Ruang aktiviti mestilah bersih dan mempunyai
pengudaraan yang segar.
4. Pastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat dan
keperluan kanak-kanak telah dipenuhi.
20
Norazura – RPA TASKA 2017
Refleksi Pendidik
Refleksi Kanak-
Kanak
21
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI ( RPA) 4
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk Kemas barang saya
Bidang PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
Perkembangan KEROHANIAN
Pengetahuan Kanak-kanak sudah boleh menunjukkan keinginan untuk buat
Sedia Ada sendiri.
Objektif
1. Kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran urus diri
Ruang sendiri.( PSSEKR)
Bahan
2. Kanak-kanak boleh menyusun barangan peribadinya di
Langkah tempat yang sesuai. (PF)
Pelaksanaan
3. Kanak-kanak boleh mengasingkan barangan peribadinya
mengikut jenis.( PAMPL)
Ruang penyimpanan barangan peribadi kanak-kanak
Barangan peribadi kanak-kanak yang dibawa dari rumah
– pakaian, tuala mandi, barangan persiapan diri dan
barangan mandian.
1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang penyimpanan
barangan peribadi.
2. Pendidik minta kanak-kanak mengambil beg barangan
peribadi masing-masing.
3. Pendidik beritahu kanak-kanak aktiviti yang akan
dijalankan iaitu menyimpan barangan peribadi masing-
22
Perhatian Norazura – RPA TASKA 2017
masing di tempat yang telah ditetapkan.
4. Pendidik minta kanak-kanak keluarkan semua
barangan peribadi dari beg mereka.
5. Pendidik minta kanak-kanak asingkan barangan
peribadi masing-masing mengikut jenis.
- Pakaian
- Tuala
- Barangan Persiapan diri (bedak/lotion)
- Barangan mandian ( sabun mandi/bahan mandian
atau syampu rambut)
6. Pendidik beritahu dan tunjukkan tempat di mana
barang-barang tersebut perlu disusun dan disimpan.
7. Pendidik minta kanak-kanak mula bawa barangan
peribadi ke tempat yang ditetapkan dan susun di situ.
8. Pendidik beri galakan kepada kanak-kanak untuk
menyimpan dan susun barangan peribadi masing-
masing.
9. Pendidik beri pujian kepada kanak-kanak bila kanak-
kanak tunjukkan rajin menyusun barangan peribadi
sendiri.
10. Pendidik terus beri bimbingan jika ada kanak-kanak
yang tersalah simpan atau susun barangan peribadi
masing-masing.
11. Pendidik akhiri aktiviti dengan bertepuk tangan dan
beri pujian atas kerajinan kanak-kanak urus barangan
peribadi sendiri.
1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berupaya mengurus
barangan peribadinya.
2. Pastikan kanak-kanak mengambil beg yang betul. (beg
barangan peribadi sendiri)
3. Pastikan kanak-kanak tidak berebut ketika menyimpan
barangan.
23
Norazura – RPA TASKA 2017
4. Pastikan persekitaran kanak-kanak selamat.
Refleksi Pendidik
Refleksi kanak-
Kanak
24
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI ( RPA) 5
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk Mari makan
Bidang PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
Perkembangan KEROHANIAN
Pengetahuan Kanak-kanak sudah boleh menunjukkan sikap yang baik.
Sedia Ada
Objektif 1. Kanak-kanak boleh menunjukkan rasa bersyukur
sebelum dan selepas makan.( PSSEKR)
Ruang
Bahan 2. Kanak-kanak boleh membaca doa dengan jelas.
( PBKLA)
Langkah
Pelaksanaan 3. Kanak-kanak boleh tahu makan buah epal baik untuk
kulit (PDPDP)
Ruang aktiviti
Buah epal yang telah dipotong kecil.
Buku cerita bergambar – ‘Syukur, Epal Sedap’
1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik minta kanak-kanak mencuci tangan.
3. Pendidik beritahu aktiviti yang akan dijalankan iaitu
mengucapkan syukur kerana diberi rezeki.
4. Pendidik keluarkan buku cerita bergambar yang besar
bertajuk ‘ Syukur, epal sedap’
25
Perhatian Norazura – RPA TASKA 2017
5. Buku tersebut menceritakan seorang kanak-kanak
yang mengucapkan syukur kerana diberi hadiah buah
epal merah oleh cikgunya selepas dia membantu cikgu
mengemas.
6. Pendidik beritahu mengenai perlunya membaca doa
sebelum makan dan selepas makan. Pendidik beritahu
doa dibaca sebagai tanda syukur pada tuhan atas
rezeki yang diberi.
7. Pendidik baca doa makan perlahan-lahan dan minta
kanak-kanak ikut bacaan pendidik.
8. Pendidik keluarkan potongan buah epal dan letakkan
di dalam pinggan di depan kanak-kanak.
9. Pendidik minta dan beri galakan kanak-kanak ikut
sekali lagi baca doa makan dan makan buah epal
tersebut.
10. Pendidik beri pujian jika kanak-kanak dapat ikut
bacaan doa makan dengan baik.
11. Jika ada kanak-kanak yang susah ikut bacaan doa,
pendidik ulang lagi perlahan-lahan dan minta kanak-
kanak ikut.
12. Pendidik ulang baca doa selepas makan pula.
13. Pendidik akhiri aktiviti dengan meminta kanak-kanak
cuci tangan sekali lagi.
1. Pastikan kanak-kanak sihat,
2. Pastikan persekitaran kanak-kanak selamat.
3. Pastikan bahan yang digunakan sesuai.
26
Norazura – RPA TASKA 2017
Refleksi Pendidik
Refleksi Kanak-
kanak
27
Norazura – RPA TASKA 2017
PERKEMBANGAN FIZIKAL
28
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 6
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu
Umur 4 Tahun Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk -
Bidang
Perkembangan Melompat ke dalam gelung
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN FIZIKAL
Objektif
Kanak-Kanak sudah boleh melompat secara bebas dan rawak.
Tempat/Ruang
Bahan 1. Kanak-kanak boleh melompat ke dalam gelung. (PF)
2. Kanak-kanak boleh mendengar arahan. (PBKLA)
3. Kanak-kanak boleh bermain dalam kumpulan besar.
(PSEKR)
Halaman TASKA
8 gelung plastik
Langkah 1. Pendidik membawa meminta kanak-kanak beratur dan
Pelaksanaan membawa kanak-kanak ke halaman TASKA dalam satu
barisan.
2. Pendidik memulakan aktiviti dengan mengucapkan
selamat pagi dan bertanya khabar kepada kanak-kanak.
3. Pendidik meminta kanak-kanak berlari setempat dengan
pendidik menunjukkan contoh.
4. Pendidik kemudian meminta kanak-kanak melompat
setempat dengan menunjukkan contoh.
29
Norazura – RPA TASKA 2017
5. Pendidik seterusnya meminta kanak-kanak melompat
bebas sekitar halaman TASKA tersebut.
6. Setelah kanak-kanak puas melompat, pendidik meminta
kanak-kanak beratur dalam satu barisan semula
mengadap pendidik.
7. Pendidik lalu mengeluarkan bahan aktiviti iaitu 8 gelung
plastic dan menyusunnya secara rawak di halaman
TASKA.
8. Pendidik beritahu kepada kanak-kanak cara aktiviti akan
dijalankan iaitu:
i. Kanak-kanak diminta berlari bebas sekeliling
halaman.
ii. Kanak-kanak diminta dengar arahan pendidik.
iii. Apabila pendidik berkata ‘lompat ke dalam gelung’,
kanak-kanak perlu segera lompat ke mana-mana
gelung sambil menyebut perkataan ‘lompat ke
dalam gelung’.
9. Setelah beri penerangan, pendidik minta kanak-kanak
mencuba aktiviti tersebut bersama-sama.
10. Pendidik beri bimbingan kepada kanak-kanak.
11. Sekiranya ada kanak-kanak yang lambat atau gagal
melompat ke dalam gelung, pendidik terus beri galakan
dan tunjukajar.
12. Sekiranya kanak-kanak melompat segera ke dalam
gelung setelah mendengar arahan, pendidik beri pujian.
13. Pendidik mengulangi aktiviti beberapa kali lagi sehingga
kanak-kanak puas bermain bersama.
14. Akhir sekali pendidik meminta kanak-kanak mengemas
bahan aktiviti bersama dan mencuci tangan.
15. Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.
30
Perhatian Norazura – RPA TASKA 2017
1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk menjalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran tempat aktiviti adalah selamat.
3. Pastikan bahan yang digunakan selamat.
Refleksi Pendidik
Refleksi Kanak-
Kanak
31
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 7
Nama Pendidik
Tarikh/Hari/Masa
Umur / Bil Kanak-
Kanak 4 tahun / 10 orang
Tema
Tajuk Lompat ke petak warna
Bidang PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan
Pengetahuan Kanak-kanak sudah boleh melompat secara bebas samada
sedia ada menggunakan satu kaki atau dua kaki.
Objektif 1. Kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran melompat.
(PF)
2. Kanak-kanak boleh tahu warna lain selain warna asas. –
(PAMPL)
3. Kanak-kanak boleh mendengar arahan pendidik(PBKLA)
Ruang Ruang luar TASKA
Senarai bahan/alat Kotak yang mempunyai bahagian-bahagian berwarna
tertentu.
Langkah-langkah 1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang halaman
Pelaksanaan luar TASKA .
2. Pendidik bermesra dengan kanak-kanak sambil
membuat senaman ringan iaitu melompat secara bebas.
3. Pendidik menghamparkan kotak besar yang
mempunyai bahagian berwarna tertentu.
32
Perhatian Norazura – RPA TASKA 2017
4. Pendidik beritahu pada kanak-kanak aktiviti yang akan
dijalankan.
5. Pendidik meminta kanak-kanak melompat secara bebas
pula ke dalam hamparan kotak berwarna tersebut.
6. Pendidik meminta kanak-kanak dengar arahan pendidik.
Bila pendidik sebut ‘merah lompat ’, pendidik tunjukkan
di mana kanak-kanak harus lompat ke petak berwarna
merah.
7. Pendidik mulakan aktiviti dengan memberi arahan.
‘ merah lompat’
‘ biru lompat’
‘hijau lompat’
‘coklat lompat’
‘oren lompat’
8. Pendidik beri galakan untuk kanak-kanak meningkatkan
kemahiran melompatnya.
9. Pendidik beri pujian bila kanak-kanak telah melompat ke
petak yang betul.
10. Pendidik betulkan kanak-kanak jika kanak-kanak salah
melompat ke petak yang diarahkan.
11. Pendidik mengenalkan kepada kanak-kanak warna-
warna asas yang terdapat pada kotak iaitu merah, biru
kuning, hijau selain warna oren dan coklat.
12. Pendidik beri peluang, galakan dan pujian kepada
kanak-kanak untuk teruskan aktiviti
1. Pastikan ruang laman TASKA sesuai dan selamat
untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3. Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan
kanak-kanak.
33
Norazura – RPA TASKA 2017
Refleksi Pendidik
Refleksi Kanak-
Kanak
34
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 8
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 - 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk Susun rendah ke tinggi
Bidang PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan
Pengetahuan Kanak-kanak boleh susun 4 blok dari rendah ke tinggi.
sedia ada
Objektif 1. Kanak-Kanak boleh susun lebih dari 5 blok dari rendah ke
tinggi. (PF)
Tempat/Ruang
Bahan 2. Kanak-kanak boleh berfikir untuk menyusun blok kotak
dari rendah ke paling tinggi. (PAMPL)
Langkah
pelaksanaan 3. Kanak-Kanak boleh susun blok bersama rakannya.
(PSSEKR)
Ruang Aktiviti TASKA
Pelbagai saiz kotak terpakai bersaiz sederhana seperti kotak
ubat gigi, kotak sabun yang dibalut dengan kertas majalah.
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti TASKA.
2. Pendidik bermesra dengan kanak-kanak dengan
perbualan mesra berkaitan diri kanak-kanak.
3. Pendidik beritahu kanak-kanak aktiviti yang akan
dijalankan.
4. Pendidik keluarkan kotak rahsia dan minta kank-kanak
teka apa yang ada dalam kotak rahsia.
5. Pendidik keluarkan 4 blok kotak terpakai di hadapan
kanak-kanak.
35
Norazura – RPA TASKA 2017
Perhatian 6. Pendidik minta kanak-kanak susun dahulu 4 kotak dari
Refleksi Pendidik rendah ke tinggi.
7. Pendidik memuji kanak-kanak yang sudah boleh susun
blok kotak dari rendah ke tinggi.
8. Pendidik keluarkan lagi beberapa blok kotak dari kotak
rahsia.
9. Pendidik meminta kanak-kanak untuk menyusun blok
kotak tersebut setinggi yang boleh bersama dengan
rakannya.
10. Pendidik memberi galakan dan bimbingan kepada kanak-
kanak.
11. Pendidik berikan pujian jika kanak-kanak boleh susun blok
kotak setinggi yang boleh.
12. Sekiranya ada kanak-kanak yang tidak boleh susun lebih
tinggi, pendidik mnta kanak-kanak susun rendah ke tinggi
setakat yang kanak-kanak boleh susun sahaja.
13. Pendidik minta kanak-kanak ulang aktiviti sehingga
kanak-kanak puas bermain.
14. Pendidik minta kanak-kanak bantu mengemas.
15. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengucapkan terimakasih
kepada kanak-kanak.
1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk menjalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran tempat aktiviti adalah selamat.
3. Pastikan bahan yang digunakan selamat.
Refleksi kanak-
kanak
36
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 9
Nama Pendidik
Minggu
Hari / Tarikh
Masa
Umur Kanak-Kanak /
Bil : 3 – 4 Tahun / 10 orang
Tema :
Tajuk : BALING BOLA KE DALAM KOTAK
Bidang
Perkembangan Perkembangan Fizikal (PF)
Pengetahuan Sedia
Ada : Kanak-Kanak sudah boleh membaling bola kertas secara bebas.
Objektif 1. Kanak-Kanak boleh membaling bola kertas ke dalam kotak.
(PF)
2. Kanak-kanak boleh mengetahui konsep jarak yang dekat
atau kebih jauh . ( PAMPL)
3. Kanak-kanak boleh membaling bola ke dalam kotak secara
bergilir-gilir. ( PSSKER)
Ruang aktiviti Ruang halaman TASKA
Bahan : Kotak bersaiz sederhana besar ditebuk lubang di tengah-tengah
kotak. ( 2 biji )
Bola sederhana besar diperbuat daripada kertas dan dibalut dengan
plastik ( 10 biji)
37
Langkah Norazura – RPA TASKA 2017
Pelaksanaan
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang halaman
TASKA..
2. Pendidik bermesra dengan kanak-kanak sambil meminta
kanak-kanak membuat beberapa pergerakan senaman
ringan.
3. Pendidik bahagikan kanak-kanak kepada 2 kumpulan.
4. Pendidik meminta kanak-kanak berbaris lurus dan
memberikan sebiji bola plastik kepada setiap kanak-kanak
lalu meminta kanak-kanak membaling bola tersebut secara
bebas.
5. Pendidik memberitahu kepada kanak-kanak aktiviti yang
akan dijalankan iaitu aktiviti membaling bola ke dalam kotak
pada jarak tertentu.
6. Pendidik mengeluarkan pula kotak dan meletakkan pada
tempat yang sesuai.
7. Pendidik menunjukkan cara membaling bola ke dalam
kotak.
8. Pendidik meminta kanak-kanak bergerak dalam barisan ke
garisan yang telah ditetapkan oleh pendidik.
9. Pendidik perlu memastikan jarak garisan dengan kotak
adalah sesuai.
10. Pendidik meminta kanak-kanak membaling bola ke dalam
kotak mengikut giliran.
11. Sekiranya kanak-kanak boleh membaling bola ke dalam
kotak tersebut pada jarak yang telah ditetapkan, pendidik
akan memberi pujian kepada kanak-kanak.
12. Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya membaling bole ke
dalam kotak, pendidik akan mendekatkan lagi jarak balingan
kanak-kanak dengan kotak.
13. Pendidik terus beri galakan dan bimbingan dan meminta
kanak-kanak mengulangi aktiviti beberapa kali.
38
Norazura – RPA TASKA 2017
Perhatian 14. Pendidik minta kanak-kanak sama-sama membantu
Refleksi Pendidik menyimpan bahan.
15. Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.
1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk menjalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran tempat aktiviti adalah selamat.
3. Pastikan bahan yang digunakan selamat.
Refleksi Kanak-
kanak
39
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 10
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 - 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk Seronoknya main doh
Bidang PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan
Pengetahuan Kanak-Kanak sudah boleh mengenggam sesuatu dengan baik
sedia ada
Objektif 1. Kanak-Kanak boleh menguli tepung menjadi doh (PF)
2. Kanak-kanak boleh membuat bentuk pelbagai dari doh
Tempat/Ruang
Bahan mengikut kreativiti mereka sendiri.(PKE)
3. Kanak-kanak boleh merasa tekstur tepung gandum yang
Langkah
Pelaksanaan telah menjadi doh (PDPDP)
Ruang Aktiviti TASKA
Tepung yang telah dibuat doh
Plastik besar
1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik pakaikan kanak-kanak dengan apron.
3. Pendidik beritahu aktiviti yang akan dijalankan iaitu main
doh tepung gandum.
4. Pendidik minta kanak-kanak duduk dalam 2 kumpulan.
5. Pendidik bentang plastik besar di hadapan kanak-kanak
dan letakkan doh di depan kanak-kanak.
6. Pendidik beritahu kanak-kanak rasa tekstur doh tersebut
adalah lembut dan minta kanak-kanak cuba rasa tekstur
doh.
40
Norazura – RPA TASKA 2017
Perhatian 7. Pendidik minta kanak-kanak cubit dan genggam doh
Refleksi Pendidik tersebut.
8. Pendidik tunjuk pula cara untuk uli doh supaya doh
menjadi lebih lembut.
9. Pendidik minta dan galakkan pula kanak-kanak uli doh
tersebut.
10. Pendidik beri pujian jika kanak-kanak dapat uli doh.
11. Pendidik beri lagi galakan kepada kanak-kanak.
12. Pendidik minta kanak-kanak buat apa sahaja kreativiti
sendiri dengan doh tersebut.
13. Pendidik teruskan aktiviti hingga kanak-kanak rasa puas
bermain dengan doh.
14. Pendidik minta kanak-kanak sama-sama mengemas dan
mencuci tangan.
1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran selamat.
3. Pastikan bahan yang digunakan juga selamat dan
sesuai.
Refleksi kanak-
kanak
41
Norazura – RPA TASKA 2017
PERKEMBANGAN AWAL
MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK
42
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 11
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu
Umur 4 tahun Bil. Kanak-Kanak : 5
Tema
Tajuk Kenderaan
Bidang
Perkembangan Kenderaan bergerak
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN
Objektif
LOGIK
Tempat/Ruang
Bahan Kanak-kanak sudah boleh mengenal jenis kenderaan.
Langkah 1. Kanak-Kanak boleh mengelaskan gambar kenderaan
pelaksanaan mengikut jenis. ( kereta, lori, motosikal)(PAMPL)
2. Kanak-kanak boleh tahu bagaimana kenderaan yang
bergerak di jalanraya. (PDPDP)
3. Kanak-kanak boleh menyebut nama kenderaan (kereta,
lori, motosikal) (PBKLA)
Ruang Aktiviti TASKA
Gambar-gambar pelbagai jenis kenderaan darat yang berbeza
( kereta, lori, motosikal)
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik memulakan aktiviti dengan mengajak kanak-
kanak menyanyikan lagu ‘Bapaku pulang dari Kota’
3. Pendidik minta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
43
Perhatian Norazura – RPA TASKA 2017
4. Pendidik bercerita sedikit mengenai kenderaan yang
bergerak di darat, sambil bertanya kepada kanak-kanak,
“Siapa tahu, apa yang bergerak di jalanraya?”
5. Pendidik kemudiannya mengeluarkan bahan-bahan
aktiviti, iaitu pelbagai gambar kenderaan yang bergerak di
jalanraya seperti pelbagai jenis kereta, lori dan motosikal.
6. Pendidik beritahu kanak-kanak apa yang perlu dilakukan
iaitu asingkan gambar-gambar kenderaan tersebut
mengikut jenis . (kereta, lori, motosikal).
7. Pendidik beri galakan dan dorongan kepada kanak-kanak
untuk mengasingkan gambar kenderaan tersebut
mengikut jenis kenderaan.
8. Pendidik beri pujian jika kanak-kanak mengasingkan
kenderaan dengan betul.
9. Pendidik segera beri galakan lagi jika kanak-kanak
tersilap meletakkan kenderaan mengikut jenisnya.
10. Setelah siap kenderaan diasingkan, pendidik minta kanak-
kanak bersama menyebut nama-nama jenis kenderaan
yang ada bersama-sama ( kereta, lori, motosikal)
11. Pendidik juga bercerita kepada kanak-kanak bagaimana
kenderaan tersebut bergerak di atas jalanraya dan minta
kanak-kanak mengayakan cara kenderaan bergerak.
12. Selesai aktiviti, pendidik ucapkan terima kasih.
1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran tempat aktiiviti selamat.
3. Pastikan bahan yang digunakan sesuai dan selamat.
44
Norazura – RPA TASKA 2017
Refleksi Pendidik
Refleksi Kanak-
Kanak
45
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 12
Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu
Umur 4 tahun Bil. Kanak-Kanak : 5
Tema
Tajuk Cuaca
Bidang
Perkembangan Hujan dan panas
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN
Objektif
LOGIK
Tempat/Ruang
Bahan-bahan Kanak-kanak sudah boleh berfikir secara logik mengenai kaitan
Langkah sesuatu dalam persekitaran.
Pelaksanaan
1. Kanak-kanak boleh berfikir untuk mengaitkan dan
memadankan gambar objek dengan keadaan cuaca.
(PAMPL)
2. Kanak-kanak boleh memahami keadaan cuaca di
persekitaran. (PDPDP)
3. Kanak-kanak boleh berbual mengenai keadaan cuaca di
persekitaran. (PBKLA)
Ruang Aktiviti TASKA
Kad imbasan cuaca – hujan, panas, sejuk diperbuat daripada
Kepingan kotak( bersaiz kertas A4) .
Kad imbasan objek – payung, topi, baju sejuk diperbuat daripada
Kepingan kotak (bersaiz A 4)
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti dan
meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
2. Pendidik bermesra terlebih dahulu dengan kanak-kanak
dan mengajak mereka menyanyikan lagu bertajuk
‘ hujan oh hujan’
46
Norazura – RPA TASKA 2017
Hujan turun hatiku riang
Hujan turun dengan lebatnya
Ibu hadiahkan payung yang cantik
Ku guna bila hujan turun.
(guna versi lagu ‘Happy Birthday’)
3. Selesai menyanyi bersama, pendidik mula bercerita
tentang hujan dan bertanya kepada kanak-kanak.
“ Siapa tahu, kalau hujan turun, kita guna apa supaya
tidak basah?
Pendidik beritahu jawapannya kepada kanak-kanak.
4. Pendidik keluarkan set kad imbasan besar (diperbuat
sendiri) gambar cuaca – panas, hujan, sejuk)
5. Pendidik bercerita satu persatu mengenai keadaan cuaca
yang ada di persekitaran kanak-kanak.
6. Pendidik kemudiannya mengambil pula set kad imbasan
besar (gambar - payung, topi, baju sejuk) yang berkaitan
dengan keadaan cuaca yang diceritakan sebelum itu.
7. Pendidik minta kanak-kanak cuba berfikir objek mana yang
disesuai dipadankan mengikut keadaan sesuatu cuaca.
8. Pendidik memberi galakan dan dorongan kepada kanak-
kanak untuk membuat aktiviti padanan objek mengikut
cuaca.
9. Jika kanak-kanak tersalah padan, pendidik terus beri
bimbingan kepada kanak-kanak.
10. Sebaliknya, jika kanak-kanak berjaya padankan objek
mengikut cuaca, pendidik terus beri pujian.
11. Setelah dipadankan, pendidik berbual bersama kanak-
kanak mengenai cuaca dan padanan objek.
12. Sebelum aktiviti, berakhir, pendidik minta kanak-kanak
nyanyikan lagu ‘hujan oh hujan’ sekali lagi dan minta
kanak-kanak untuk mengemas bersama.
47
Norazura – RPA TASKA 2017
Perhatian 13. Akhirnya, pendidik ucapkan terima kasih kepada kanak-
Refleksi Pendidik kanak.
1. Pastikan bahan aktiviti sesuai dan diperbuat
daripada bahan yang selamat.
2. Pastikan kanak-kanak sihat dan ceria sepanjang
aktiviti.
3. Pastikan persekitaran kondusif untuk jalankan
aktiviti.
Refleksi kanak-
kanak
48
Norazura – RPA TASKA 2017
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 13
Nama Pendidik 3 tahun / 5 orang
Hari/Tarikh/Masa
Umur /Bil Padankan petak sama warna
Tema Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
Tajuk
Bidang Kanak-Kanak sudah boleh mengenal warna-warna asas -
Perkembangan merah, biru, hijau, kuning
Pengetahuan
sedia ada 1. Kanak-kanak boleh memadankan petak warna yang
Objektif sama. (PAMPL)
Bahan 2. Kanak-kanak boleh menyebut nama –nama warna.
(PBKLA))
Ruang
Langkah-langkah 3. Kanak-kanak boleh bekerjasama jalankan aktiviti
Perlaksanaan (PSSEKR)
Kotak kepingan petak kecil dibalut dengan warna asas.
Petak-petak mengikut warna dalam satu bekas
‘Flash card’ berwarna – warna asas
Ruang aktiviit TASKA
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti
TASKA .
2. Pendidik minta kanak-kanak duduk di atas tikar yang
disediakan
3. Pendidik bermesra sambil bertanya khabar kanak-kanak
4. Pendidik tunjukkan ‘flash card berwarna (warna asas)
kepada kanak-kanak dan minta kanak-kanak sebut
nama warna tersebut.
49
Perhatian Norazura – RPA TASKA 2017
5. Pendidik keluarkan pula bekas mengandungi petak-
petak berwarna bersama kepingan-kepingan berwarna
asas.
6. Pendidik beritahu aktiviti yang perlu dilakukan iaitu
padankan kepingan berwarna mengikut petak yang
sama warna dengannya.
7. Pendidik tunjukkan cara aktiviti tersebut dijalankan.
8. Pendidik minta kanak-kanak untuk cuba buat aktiviti
seperti yang telah ditunjukkan.
9. Pendidik beri galakan dan dorongan untuk kanak-kanak.
10. Pendidik puji kanak-kanak bila kanak-kanak berjaya
padankan kepingan dan petak tersebut.
11. Pendidik terus beri galakan jika ada kanak-kanak yang
tidak berjaya padankan dengan betul.
12. Pendidik sekalikan kenalkan warna asas dan pastikan
kanak-kanak sebut nama warna-warna asas tersebut.
13. Pendidik minta kanak-kanak buat aktiviti ini secara
kerjasama dalam kumpulan.
14. Pendidik biarkan kanak-kanak teruskan aktiviti.
15. Pendidik akhiri aktiviti dengan ucapkan terima kasih
pada kanak-kanak.
1. Pastikan ruang aktiviti TASKA sesuai dan selamat
untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3. Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan
kanak-kanak.
50