i Prakata Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua tenaga pengajar Program Teknologi Pembinaan (DVM). Modul ini dibangunkan bertujuan untuk membantu semua tenaga pengajar dalam melaksanakan PdPc. Malah, tujuan modul ini juga untuk membantu dalam penyelarasan dan penyeragaman PdPc. Pembangunan modul ini adalah berpandukan kandungan kursus course outline yang telah dibangunkan oleh Jurulatih Utama Program Teknologi Pembinaan. Untuk makluman, modul yang dibangunkan telah disemak oleh Jurulatih Utama Program Teknologi Pembinaan untuk tujuan kesahan, kebolehpercayaan serta ketekalan. Kandungan modul adalah seperti berikut iaitu; pengenalan, objektif, nota serta isi berkaitan (ringkas mengikut kompetensi), kesimpulan, latihan/penilaian dan jawapan. Bagi pihak pembangun modul, saya ingin merakamkan setinggisetinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan modul ini. Sebarang kekurangan dan kelemahan harap dapat diatasi dari masa ke masa. Semoga modul yang dibangunkan ini dapat dimanfaatkan serta membantu semua tenaga pengajar. Sekian, terima kasih Siva Rabindarang. Penyelaras Panel Pembangun Modul Program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia
ii Penghargaan Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua tenaga pengajar Program Teknologi Pembinaan (DVM). Terima kasih kepada pihak BPLTV untuk memberikan kepercayaan dan sokongan dalam pembangunan modul ini. Pembangunan modul ini dilaksanakan merujuk Tatacara Pembangunan Modul Vokasional yang telah dibangunkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembangun modul daripada Kolej Vokasional seluruh Malaysia. KURSUS KOD NAMA PENSYARAH Green Building Technology DCA 2012 Rozianah Binti Hinnasir (K) Hafizah Binti Khosran Alwani Binti Adnan Landscape DCA 2022 Nor Gayah Binti Mat Khan Irfahaizah Binti Saad Mazni Binti Kasbolah Nor Aniza Binti Khori Arnie Loretta Lagason Nor Azura Binti Busu Ajlaa Anis Binti Azmi Zuraifah Binti Safiee Norisah Binti Rasman Building Construction-I DCA 2232 Atikah Binti Nasaha (K) Sapiah Binti Rahman Siti Nabilah Binti Mohd Sarlan Basic Quantity Surveying DCA 2042 Ts. Aida Norlela Binti Mohamad (K) Siti Nabilah Binti Mohd Sarlan Fitriani Binti Abdul Hamid Setinggi penghargaan juga kepada Ketua JU Puan Alwani binti Adnan serta JU En. Dzul Helmi bin Arifin dan Puan Nur Ain binti Hashim yang menyemak modul untuk tujuan kesahan, kebolehpercayaan serta ketekalan modul. Ribuan terima kasih juga kepada Wan Nuursufila Binti Salleh dan Nurazilla Binti Ahmad Bohari atas sumbangan untuk susun atur dan mengedit modul ini. Usaha murni dan sokongan semua amat dihargai. Terima kasih.
iii Perancangan Kursus
iv SENARAI KANDUNGAN PRAKATA i PENGHARGAAN ii PERANCANGAN KURSUS iii BAB 1 :Kerja Awalan (Preliminary Work) 1 PENGENALAN 2 OBJEKTIF 2 1.1 Garisan sempadan bagi tapak cadangan 4 1.2 Pembersihan tapak 8 1.3 Dinding adang 13 1.4 Meletakkan mesin dan peralatan 16 1.5 Pemancangan 20 KESIMPULAN 22 LATIHAN 23 JAWAPAN 24 BAB 2 : Sub-struktur (Sub-structure) 26 2.1 Pengenalan 28 2.2 Asas 28 2.3 Fungsi asas 28 2.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk asas 29 2.5 Jenis-jenis asas 29 2.5.1 Asas cetek – Asas pad, Asas Rakit dan Asas Jalur 30 2.5.2 Asas dalam – Piling cast in-situ Rc, Concrete piles, Cast in-situ Bore Pile 30 2.6 Jenis cerucuk 31 2.7 Asas cetek 2.7.1 Asas pad 2.7.1.1 Kaedah pembinaan 31 2.7.2 Asas jalur 32 2.7.2.1 Jenis-jenis asas jalur 33 2.7.2.2 Kaedah pembinaan 34
v 2.7.3 Asas rakit 35 2.7.3.1 Jenis-jenis asas rakit 35 2.8 Asas dalam 2.8.1 Pengenalan 36 2.8.2 Pile load method – End bearing pile and Skin friction pile 36 2.8.3 Jenis-jenis cerucuk 37 2.8.4 Alat-alat mencerucuk 40 2.9 Piling method 40 2.9.1 Drop hammer 40 2.9.2 Hydraulic 49 2.9.3 Replacement piles 55 2.10 Pile cap 63 2.10.1 Penggalian lubang dan peparit cetek 65 2.10.2 Tafsiran kerja-kerja penggalian tanah 65 2.10.3 Takrif penahan peparit 78 2.10.4 Rekabentuk dan jenis terkini dalam sistem tupang – Penahan peparit 81 2.10.5 Kerja pemotongan cerucuk 82 2.10.6 Konkrit alas 85 2.11 Tiang tunggul 87 2.11.1 Membina tunggul tiang 88 2.11.2 Gambarajah tunggul tiang 88 2.12 Rasuk bumi 90 2.12.1 Prinsip pembinaan kotak bentuk rasuk bumi 90 2.12.2 Reka bentuk rasuk dan kompenan kotak bentuk 90 2.12.3 Mendirikan kotak bentuk rasuk bumi 91 2.12.4 Persediaan awal mendirikan kotak bentuk rasuk bumi 92 LATIHAN 94 JAWAPAN 95 BAB 3 : Infrastructure Work 96 PENGENALAN 97 3.1 Aktiviti kerja tanah 98 3.2 Kerja sementara 103
vi 3.3 Retikulasi air 105 3.4 Sistem Sanitari 111 3.4.1 Sistem sanitari individu 115 3.4.2 Sistem pembentungan najis dan air sisa 117 3.4.3 Rawatan kumbahan 127 3.5 Paip saluran 141 LATIHAN 154 JAWAPAN 156 BAB 4 : Civil and External works 158 4.1 Saliran luar, Penutup saliran, Apron dan Sistem kumbahan 159 4.2 Kerja jalanraya dan tempat letak kereta atas tanah, permukaan jalan, penandaan jalan, pembahagi jalan dan papan tanda jalan 161 4.3 Pagar dan pinyu pagar 184 4.4 Bangunan pencawang elektrik 190 Senarai Rujukan 199
1
2 PENGENALAN Kerja-kerja awalan adalah kerja yang dibuat selepas kerja pembersihan tapak. Kerja awalan adalah bermula daripada habis kerja clearing tanah dan bermulanya untuk membuat 1 titik mati ukur atau TBM. Kerja awalan yang paling penting adalah laluan samaada sementara atau permanent untuk kemudahan semua urusan ditapak kerja. OBJEKTIF Di akhir unit ini anda akan dapat: i. Menyatakan definisi kerja awalan di tapak bina ii. Menyenaraikan aktiviti bagi kerja awalan di tapak bina iii. Menerangkan kepentingan setiap aktiviti dalam kerja awalan iv. Memilih kerja awalan yang bersesuaian di tapak bina v. Mengatur susun atur tapak di Tapak Pembinaan
3 BAB 1: KERJA AWALAN (PRELIMINARY WORK) 1.0 PENGENALAN Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam kerja-kerja Awalan atau Preliminaries dalam sesuatu pelaksanaan kerja. Walaubagimanapun, ia tertakluk mengikut kesesuaian skop kerja: a) Bon Pelaksanaan b) Insuran Kerja c) Insuran Tanggungan Awam d) Bon Untuk Bayaran Pendahuluan e) Papan Tanda Projek f) Levy CIDB untuk projek RM 500,000.00 ke atas g) Hoarding h) Site Office i) Work Programme j) Site Security k) Penjilidan Dokumen Kontrak l) Kenderaan Untuk Pegawai Penguasa (SO) m) Bekalan Air dan Elektrik n) Kemudahan Untuk Pejabat Tapak seperti mesin fax, mesin fotokopi, komputer , kamera dan lain-lain lagi. o) Design Guarantee Bond p) Kebersihan Di Tapak Projek
4 Rajah 1.1 : Prosedur Persediaan untuk membina 1.1 GARISAN SEMPADAN BAGI TAPAK CADANGAN (BOUNDARY LINES FOR THE PROPOSED SITE) • Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, kedudukan sempadan tapak bina hendaklah terlebih dahulu dikenalpasti (penentuan sempadan). Ini adalah penting supaya kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan betulbetul dilakukan di dalam tapak yang dicadangkan dan tidak memasuki ke dalam lot tanah milik orang lain. • Untuk tujuan ini, kerja-kerja mencari dan menentukan kedudukan sempadan perlulah dilakukan dengan teliti oleh pekerja yang mahir dan berpengalaman dengan mengukur dan menanda menggunakan peralatan-peralatan yang berkaitan seperti pelan, alat ukur, peg penanda, pita pengukur, hammer dan lain-lain.
5 • Kerja-kerja menentukan sempadan ini dimulakan dengan mencari batubatu sempadan yang ditanam berpandukan kepada pelan-pelan tanah / tapak yang telah disahkan. • Antara masalah yang mungkin timbul semasa mencari batu sempadan ialah batu sempadan hilang. Kehilangan ini mungkin disebabkan oleh batu-batu sempadan yang ditanam dahulu tenggelam akibat pergerakan tanah atau ditutupi oleh akar atau pokok-pokok yang besar dan juga kemungkinan dialih atau dibuang oleh manusia. • Kerja mengukur tanah perlu dilakukan ke atas batu-batu sempadan untuk memastikan keluasan sebenar sesebuah lot tanah itu sama seperti yang terdapat di dalam pelan. Pernah terjadi di mana, batu-batu sempadan dialih oleh manusia bagi tujuan tertentu sehingga keluasan tanah mungkin berkurangan atau bertambah daripada keluasan sebenar yang terdapat di dalam pelan atau geran tanah. Rajah 1.2 : Rajah Pelan Lokasi dan Pelan Tapak untuk Kenal Pasti Garisan Sempadan 1.1.1 Penandaan Peg Penandaan peg hendaklah dilakukan pada batu-batu sempadan yang telah dikenalpasti. Tujuannya ialah untuk memberi penglihatan yang lebih jelas supaya dapat memudahkan melakukan kerja-kerja seterusnya.
6 Kayu peg dibuat daripada kayu bersaiz 25mm x 50mm yang ditajamkan hujungnya bagi memudahkan ianya ditanam di dalam tanam bersebelahan dengan batu sempadan. Pada hujung satu lagi pula hendaklah dicatkan dengan warna merah. Kayu peg hendaklah ditanam lebih dalam supaya ianya tidak mudah tercabut dan tidak mengganggu kerja-kerja yang akan dilakukan. 1.1.2 Lawatan / Tinjauan tapak Dalam melaksanakan sesebuah projek binaan, seorang jurutera merupakan orang yang bertanggungjawab untuk merekabentuk dan merancang asas bangunan. Asas bangunan merupakan satu struktur bangunan yang disokong oleh tanah. Pihak jurutera tidak boleh menukar atau merubah keadaan tanah yang sebenar tetapi sebaliknya mereka harus mengetahui keadaan tanah yang sebenar sebelum merekabentuk asas bangunan. Rajah 1.3 : Lawatan Tapak / Tinjauan Tapak Tinjauan tapak adalah satu perkara yang penting sebelum kerja-kerja pembinaan seterusnya dijalankan. Oleh itu, sebelum membuat sebarang pemilihan, maklumat-maklumat mengenai kawasan cadangan perlu diketahui seperti dibawah.
7 a) Kedudukan tapak bina itu amat penting. Dari faktor ini, kita dapat mengetahui dari arah manakah matahari naik. Adalah mustahak jika ruang-ruang dalam bangunan mendapat cahaya matahari. b) Pandangan perlu diambil kira. Pandangan yang cantik mendapat harga pasaran yang baik dan disukai ramai. c) Tapak bina itu tidak akan mengalami banjir dalam musim hujan. Elakkan dari tempat yang rendah yang berhampiran dengan sungai. d) Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik dan juga perhubungan melalui telefon. Di samping itu, adalah penting kemudahan pengangkutan, pelajaran, membeli-belah, perubatan dan pusat rekreasi perlu juga disediakan. e) Pastikan tapak bina itu adalah daripada tanah asal dan bukan bekas tanah sawah atau tanah timbun, di mana sampah sarap dibuangkan. f) Elakkan dari tempat-tempat kendalian lombong dan lapangan terbang kerana gegaran mungkin berlaku dan bunyinya yang bising mungkin mengganggu ketenteraman. 1.1.3 Kepentingan lawatan tapak Lawatan tapak hendaklah dilakukan ke tempat dimana sesuatu projek itu akan dilaksanakan. Ia bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap keadaan sekeliling yang mungkin boleh mempengaruhi kerja pembinaan. Lawatan tapak ini boleh dilakukan oleh penganggar atau wakil pihak pengurusan atau kedua-duanya. Satu laporan tapak perlu dibuat untuk mengkaji keadaan muka bumi dan keadaan sekeliling di kawasan tapak projek serta dijadikan sebagai sumber maklumat untuk melakukan anggaran kos pembinaan.
8 Laporan yang lengkap perlulah disediakan berhubung dengan semua perkara yang melibatkan kos, cara pembinaan dan kedudukan tapak serta keadaan sekeliling. Perkara-perkara utama yang perlu diperhatikan semasa lawatan tapak dijalankan adalah : a. Kedudukan tapak, berhubung dengan pengangkutan b. Nama pihak berkuasa tempatan c. Keterangan mengenai topografi di tapak d. Kerja meruntuh dan menjaga persekitaran e. Jalan masuk dan kemungkinan susulan tapak f. Kaedah tanah berkait dengan kerja-kerja penggalian g. Kemudahan pembuangan tanah dan sebagainya h. Perkhidmatan air, pembetungan, elektrik, telefon dan sebagainya i. Keselamatan j. Keadaan tenaga kerja setempat k. Kemudahan mendapat bahan-bahan l. Keadaan cuaca m. Peraturan-peraturan pihak penguasa seperti polis, bomba dan majlis tempatan n. Lakaran kasar keadaan di tapak perlu juga dibuat untuk menunjukkan keadaan tapak dan kemungkinan susunannya. o. Pemeriksaan juga perlu dibuat ke atas perkara-perkara tertentu di tapak dengan mengambil ukuran dan direkodkan bagi membantu untuk pengiraan anggaran kos. 1.2 PEMBERSIHAN TAPAK (SITE CLEARING) Kerja pembersihan tapak bina perlu dibersihkan secara keseluruhannya sehingga mencapai struktur asal tanah tersebut dan seterusnya diratakan mengikut had yang ditetapkan dalam pelan-pelan yang diusul. Antara kerja pembersihan yang perlu diutamakan ialah :
9 a) Menebang, meroboh dan membuang pokok-pokok, akar, semaksamun, tumbuhanan, tunggul tanah serta segala jenis struktur binaan lama yang menghalang proses pembinaan yang terdapat dalam lingkungan kawasan tapak bina tersebut. b) Membersihkan sampah-sarap, tanah buangan dan bahan kimia juga perlu dialih dan dibuang daripada mengganggu kawasan tersebut. Pembersihan perlukan dilakukan dengan menggunakan mesin jengkaut dan jentolak. Adalah sangat penting dalam pembersihan tapak bina, kawasan sempadan projek telah ditentukan dan ditanda di atas tanah supaya kerja-kerja pembersihan tersebut tidak melebihi kawasan yang ditetapkan. Kerja ini perlu diberi perhatian dari sudut keselamatan di mana terdapat beberapa kawasan tapak bina mungkin telah tersedia ada menjadi laluan penghubung bagi kabel bawah tanah, paip gas dan sebagainya. Rajah 1.4 : Kerja Pembersihan Tapak 1.2.1 Tujuan pembersihan Tujuan pembersihan tapak meliputi: i. Memberi kemudahan untuk kerja-kerja penyediaan tapak seperti kerja tanah, pemancangan dan penyahairan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
10 ii. Kerja-kerja dalam peringkat pembinaan meliputi struktur bawah, strukur atas dan kerja luar dapat disediakan. iii. Mengutamakan keselamatan pekerja-pekerja binaan. iv. Menyediakan laluan keluar masuk sementara v. Dapat menyediakan kawasan-kawasan penting seperti bangunan sementara, tempat simpanan bahan binaan, tangki minyak dan sebagainya 1.2.2 Kerja Tanah (Earthwork) Kerja tanah merupakan kerja kejuruteraan dalam proses penyediaan tapak dan bermaksud penyediaan aras pembentukan (formation level) seperti yang dikehendaki dalam lukisan tapak. Aras pembentukan ialah aras yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menimbun tanah pada tapak bagi menempatkan struktur bangunan yang dicadangkan. Ia melibatkan a) Kerja pemotongan (excavation) b) Penambakan (embankment) c) Pemadatan dan d) Pencerunan tanah di tapak bina. Melalui formasi dan profil tapak asal yang telah dibersihkan, pelan kerja tanah dirujuk untuk memberi gambaran aras tanah yang perlu dipotong dan ditimbus. 1. Jika aras tanah yang tinggi daripada aras pembentukan, kerja pemotongan tanah perlu dilakukan manakala 2. Jika aras tapak tersebut lebih rendah daripada aras pembentukan, kerja penimbunan tanah diperlukan. 3. Tapak yang mempunyai aras yang sama seperti aras pembentukan, ia perlu dikekalkan dan kerja tanah tidak diperlukan.
11 Sesuatu tanah yang dipotong kebiasaannya struktur tanah tersebut telah sedia ada padat manakala tanah yang ditimbun perlu dimampat dan dipadatkan terledih dahulu. Proses tersebut merupakan proses yang paling besar dalam penyediaan tapak kerana ia melibatkan jentera pengangkutan yang banyak seperti pengorek, jengkaut, jentolak, lori. mesin kompakter dan sebagainya. Tambahan pula, ia memakan masa yang lama untuk dikerjakan kerana setiap daripadanya perlu dilakukan lapis demi lapis lebih-lebih lagi jika melibatkan topografi yang tidak rata ataupun berbukit dan gaung. Dalam kes-kes tertentu di tapak binaan yang melibatkan kawasan yang berbatu, kerja pengalihan batu perlu dilakukan dan dibuang di tempat yang dibenarkan. Jika batu besar yang tidak boleh diangkut ke tempat lain, proses letupan batu (rock blasting) perlu dilakukan sehingga kawasan tersebut benar- benar bebas daripada material keras yang mengganggu pembinaan terutamanya di dalam tanah. Pemadatan ialah proses untuk meningkatkan ketumpatan tanah yang longgar. Tujuannya agar dapat mengelakkan hakisan tanah pada tapak yang sudah mencapai aras pembentukan. Ia mampu merapatkan butiran tanah dan membuang air dan udara yang terkandung dalam tanah tersebut. Namun, proses ini perlukan dilakukan secara berperingkat di mana lapisan demi lapisan tanah dimampatkan. Pencerunan adalah proses untuk mendapatkan permukaan mengikut bentuk dan kecerunan yang dikehendaki dalam pelan. Cerun adalah penting kepada kerja tanah kerana ia menjadi penampan atau dinding semula jadi dalam dua aras tanah yang berbeza. Cerun juga perlulah dilakukan dengan mengikut standard piawai yang diluluskan. Ia melibatkan proses merata dan melicinkan permukaan tanah dan seterusnya perlu ditanam rumput sebagai penampan hakisan.
12 Rajah 1.5 : Kerja Mengaut Tanah Rajah 1.6 : Proses menggerudi batu untuk aktiviti meletupkan batu Rajah 1.7 : Proses membuat cerun bukit
13 1.3 DINDING ADANG (HOARDING BOARD) Kerja-kerja pembinaan amat memerlukan pagar dan dinding adang yang sementara. Mengikut garis panduan dalam kerja pembinaan, ia amat diperlukan dalam satu-satu tapak bina atas tujuan yang pelbagai. 1.3.1 Tujuan Pemasangan Hording Board Antara sebab utama diperlukan pagar tersebut adalah kerana faktor keselamatan dalaman dan luaran pada tapak binaan. Ia meliputi : a. Keselamatan Awam Dan Keselamatan Tapak Binaan Ia dapat diasingkan daripada orang ramai yang berada di sekitar. secara amnya ia dapat menghalang orang yang tidak berkenaan daripada memasuki tapak binaan. Hal yang demikian kerana kawasan pembinaan adalah tempat berisiko tinggi akibat daripada kerja-kerja berat dalam pembinaan, termasuklah segala peralatan dan suasananya yang tidak memberi keselesaan. Justeru, ia adalah berbahaya yang memberi risiko kecederaan fizikal mahupun kematian kepada manusia jika terjadi perkara-perkara yang tidak diduga. b. Keselamatan Kepada Kontraktor Apabila pihak yang tidak berkenaan dapat memasuki tapak binaan dengan mudah, risiko untuk terjadinya kecurian, rompakan dan sebagainya adalah tinggi yang akan memberi kerugiaan kepada kontraktor. Ini kerana segala jentera, peralatan, bahan binaan dan para pekerja yang merupakan aset mudah menerima ancaman tersebut. Justeru, dengan adanya pagar ini maka keselamatan tapak binaan akan lebih terjaga kerana dapat menyukarkan kemasukan orang yang tidak berkenaan.
14 Secara amnya, pagar yang terdapat di kawasan pembinaan mestilah cukup tinggi sekurang-kurangnya 2 meter tinggi yang menyukarkan orang untuk masuk, melompat dan memanjat pagar tersebut. Ia perlulah cukup jelas memberi gambaran serta penegasan bahawa tempat itu adalah berisiko tinggi dan sedang dijalankan kerja pembinaan. Pagar perlu diletakkan pada sempadan projek pembinaan. Akan tetapi, rupa bentuk pagar, struktur dan ciri-ciri pagar adalah berbeza-beza mengikut keperluan tapak binaan. Pagar yang menutupi lingkungan kawasan pembinaan perlulah mempunyai pintu keluar masuk utama yang sesuai serta perlu dijaga oleh pengawal yang berfungsi untuk mengawasi dan memantau kawasan itu. Sebagai nilai tambah pada fungsi pagar tersebut, pihak pemaju atau kontraktor disarankan menggunakan idea mereka untuk menghasilkan mesej yang mempunyai pelbagai kreativiti untuk masyarakat umum. Ini termasuklah membuat iklan promosi berkenaan projek yang sedang dijalankan, memberi maklumat projek, peta interaktif, iklan kesedaran dan bermacam-macam lagi bergantung kepada kesesuaian yang mampu menarik perhatian umum. Malah, terdapat juga pemaju projek yang membuat keuntungan dengan menyewakan ruangan pagar untuk iklan kepada syarikat luar, sekaligus dapat memberi variasi dalam bentuk pengiklanan. 1.3.2 Contoh Garis Panduan Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Rekabentuk Bandar & Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berkenaan Pagar Perlindungan Sementara Di Tapak Pembinaan. Antara syarat-syarat amnya ialah: a) Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan sehingga pagar perlindungan sementara didirikan untuk mengasingkan kawasan tapak bina b) Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina sepenuhnya di sekeliling dan menutupi kawasan tapak bina c) Bagi pagar perlindungan yang berhadapan dengan jalan utama, pemaju diwajibkan untuk menghiasi pagar dan pintu masuk dengan
15 illustrasi yang menarik yang berkenaan dengan pembangunan tersebut. d) Warna pagar perlindungan sementara yang dibenarkan adalah biru atau kelabu e) Pagar perlindungan sementara hendaklah tidak menghalang pili bomba dan alat perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada. f) Kain kanvas atau plastik hendaklah direntang sekiranya pagar perlindungan sementara dibuka sementara waktu. g) Kerja-kerja seperti membina sheetpile, longkang tepi dan sebagainya yang perlu dijalankan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah dililitkan dengan pita amaran dengan jarak 1 meter dari kawasan kerja. Kawasan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah diawasi oleh pengawal untuk menghalang orang-orang awam daripada mencerobohi ke dalam tapak pembinaan. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina semula sebaik sahaja kerja-kerja tersebut siap dijalankan. Rajah 1.8 : Ilustrasi rupa bentuk pagar perlindungan sementara
16 Rajah 1.9 : Pagar penghandang sementara yang dihias untuk tujuan pengiklanan Rajah 1.10 : Pagar asas yang biasa digunakan (biru) 1.4 MELETAKKAN MESIN DAN PERALATAN (PLACING MACHINERIES AND EQUIPMENT TO PROPOSED SITE) Di satu kawasan tapak pembinaan, tapak perlu disusun atur sebelum sesuatu projek pembinaan dijalankan. Pelan susun atur tapak perlu disediakan melibatkan bangunan dan jalan sementara. Susun atur tapak merupakan faktor kecekapan kerja binaan bagi mencapai sasaran kerja binaan di mana ia perlu mengikut spek masa, kos dan kualiti.
17 1.4.1 Kepentingan Susun Atur Tapak Di antara kepentingan susun atur tapak bagi menempatkan bangunan dan jalan sementara ialah: a) Menyediakan tempat penyimpanan segala jentera dan peralatan dengan baik b) Menjamin keselamata pekerja c) Penggunaan ruang secara optimum bagi menjalan kerja pembinaan d) Penggunaan tenaga kerja, bahan dan komponen pembinaan yang minimum 1.4.2 Senarai Susun Atur Tapak Yang Terdapat Dalam Tapak Pembinaan Antara susun atur tapak yang terdapat dalam tapak pembinaan ialah meliputi: a) Pejabat tapak b) Rumah pekerja (kongsi) c) Kantin d) Tempat mengumpul bahan binaan / storv. e) Kawasan tangki minyak dan bahan mudah terbakar f) Jalan keluar masuk jentera pengangkutan g) Jalan sementara yang menghubungkan kawasan pembinaan 1.4.3 Laluan Keluar Masuk dan Jalan Sementara Laluan keluar masuk perlu diutamakan di peringkat awal pembinaan bagi mengelakkan berlakunya kelewatan projek disebabkan tiada laluan. Laluan keluar masuk perlu mencukupi dari segi kelebaran dan keupayaan galas tanah supaya dapat menanggung beban jentera berat. Fungsi jalan sementara adalah untuk membawa masuk dan keluar bahan-bahan dan komponen. Jalan sementara mestilah saling berhubung antara laluan masuk, kawasan simpanan dan kerja-kerja pembinaan. Seperti mana laluan keluar masuk, ia juga perlu
18 mempunyai keupayaan galas yang tinggi untuk menampung beban agar tidak rosak. Rajah 1.11: Jalan sementara yang menghubungkan tapak pembinaan 1.4.4 Pejabat Tapak Projek yang besar memerlukan pejabat tapak bagi maksud pengurusan pembinaan. Pejabat tapak digunakan oleh kakitangan pengurusan konktraktor dan perundingan. Setiap perbincangan adalah dilakukan disitu. Rajah 1.12: Pejabat tapak di kawasan pembinaan 1.4.5 Rumah Pekerja Dibina berhampiran dengan tapak bina tapi berasingan daripada bangunan di tapak bina sebagai tempat untuk pekerja beristirehat. Pemaju perlu menyediakan
19 keperluan pekerja, keselamatan dan kesihatan dipatuhi merujuk kepada peraturan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) seperti longkang, tandas, bilik mandi berbumbung, ruang memasak, alat pemadam api dan menyediakan tong. Rajah 1.13: Rumah pekerja di tapak binaan (rumah kongsi) 1.4.6 Stor Simpanan Dibina berdekatan dengan laluan masuk mudah untuk membuat simpanan barang dan menyimpan bahan serta peralatan yang perlu di beri perlindungan Cuaca. Contohnya simen, cat, kerja besi, untuk tingkap dan pintu papan lembut dan lain-lain. kedudukan stor ini perlu lebih hampir kepada tempat kerja. Mempunyai ciri2 keselamatan. Rajah 1.14: Cara Penyimpanan Bahan Yang Selamat Di Tapak Bina
20 1.4.7 Kantin Berhampiran dengan tempat kerja. Menjimatkan masa perjalanan untuk mencari tempat makan dan minum. Kemudahan asas juga mestilah disediakan agar senang untuk.membeli. 1.5 PEMANCANGAN (SETTING OUT) Pemancangan ialah kerja tanah yang melibatkan proses ukur untuk menanda bagi menentukan kedudukan titik melibatkan koordinat serta aras ketinggian di atas tanah berdasarkan penetapan dalam pelan susun atur (layout plan) dan precom plan. Pemancangan ini merupakan satu bentuk rujukan yang menterjemah lukisan di atas pelan ke atas tanah. Justeru, bentuk yang terdapat di dalam pelan akan dilukis semula di atas tanah supaya bentuk asal serta aras yang dikehendaki itu dapat diberikan maklumat tepat untuk proses penyediaan tapak. Sebelum kaedah pemancangan dilakukan, adalah perlu untuk titik panduan atau titik datum yang mempunyai koordinat lokasi dan aras ketinggian lokasi tersebut untuk dirujuk. Titik panduan ini adalah penentu bagi setiap posisi yang akan ditanda dan diaraskan. Titik datum yang mempunyai aras tanah itu merujuk kepada aras tanah dari paras laut. Titik datum ini kebiasaannya perlu diletakkan di kawasan tinggi yang tidak mudah diganggu dan disediakan oleh jurukur yang bertauliah. Kerja-kerja mengaras dan memancang dilakukan oleh jurukur tanah dan pemancangan itu kebiasaannya menggunakan pancang buluh, kayu atau besi. 1.5.1 Perkara yang boleh dipancang untuk kawasan pembinaan Antara perkara yang boleh dipancang untuk kawasan pembinaan termasuklah: a. Tapak rumah b. Jalan c. Cerun d. Struktur binaan (atas & bawah) e. Sistem pengairan
21 Rajah 1.15 : Pemancangan Tapak Rumah Dan Jalan Selepas Dipotong Rajah 1.16 : Pemancangan Pada Struktur Asas Binaan Rajah 1.17 : Hasil kerja pemancangan selepas kerja tanah untuk mendapatkan asas tanah binaan rumah dan jalan
22 1.6 KESIMPULAN Kerja-kerja awal merujuk kepada semua aktiviti yang terlibat dalam tapak pembinaan sebelum kerja sebenar dimulakan, seperti perobohan, pembersihan tapak, ukur tapak, ukur tanah, perancangan, reka bentuk dan anggaran kos. Kerja-kerja awal memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan dan penyiapan sesuatu projek. Kerja awal termasuk perancangan, penjadualan, belanjawan, kejuruteraan nilai, dan keputusan kualiti yang dibuat yang akan memberi impak yang ketara ke atas pembinaan dan kos akhir projek. 1. Tapak bina mestilah disusun atur dengan rapi untuk melicinkan kerjakerja pembinaan. 2. Kemudahan sementara yang di wujudkan mestilah sesuai dengan kos, saiz dan jenis kerja yang dijalankan di tapak. 3. Kerja permulaan tertentu perlu dilakukan untuk memastikan pengurusan tapak berlangsung dengan baik.
23 1.7 LATIHAN / PENILAIAN 1. Lawatan tapak adalah satu perkara yang penting diperingkat kerja awalan iaitu sebelum kerja-kerja pembinaan seterusnya dijalankan. Terangkan dua (2) kepentingan lawatan tapak? a. ……………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………… b. ……………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………. 2. Jelaskan dua (2) kemungkinan yang berlaku sekiranya dinding adang tidak didirikan di tapak bina? a. ……………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………… b. ……………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………. 3. Kerja pembersihan tapak dan kerja tanah adalah proses penting dalam penyediaan tapak bina. Kerja-kerja yang terlibat dalam kerja tanah adalah seperti kerja pemotongan (excavation), penambakan (embankment), pemadatan dan pencerunan tanah di tapak bina. Berdasarkan rajah di bawah, terangkan kerja yang perlu dilakukan bagi Kawasan A dan Kawasan B serta jelaskan kenapa kerja itu dilakukan di Kawasan tersebut. A Aras formasi B
24 1.8 JAWAPAN 1. Lawatan tapak adalah satu perkara yang penting diperingkat kerja awalan iaitu sebelum kerja-kerja pembinaan seterusnya dijalankan. Terangkan dua (2) kepentingan lawatan tapak? Daripada lawatan tapak, maklumat-maklumat tersebut boleh diperolehi demi melancarkan proses pembinaan seterusnya. a. Kedudukan tapak, berhubung dengan pengangkutan b. Nama pihak berkuasa tempatan c. Keterangan mengenai topografi di tapak d. Kerja meruntuh dan menjaga persekitaran e. Jalan masuk dan kemungkinan susulan tapak f. Kaedah tanah berkait dengan kerja-kerja penggalian g. Kemudahan pembuangan tanah dan sebagainya h. Perkhidmatan air, pembetungan, elektrik, telefon dan sebagainya i. Keselamatan j. Keadaan tenaga kerja setempat k. Kemudahan mendapat bahan-bahan l. Keadaan cuaca m. Peraturan-peraturan pihak penguasa seperti polis, bomba dan majlis tempatan n. Lakaran kasar keadaan di tapak perlu juga dibuat untuk menunjukkan keadaan tapak dan kemungkinan susunannya. o. Pemeriksaan juga perlu dibuat ke atas perkara-perkara tertentu di tapak dengan mengambil ukuran dan direkodkan bagi membantu untuk pengiraan anggaran kos.
25 2. Jelaskan dua (2) kemungkinan yang berlaku sekiranya dinding adang tidak didirikan di tapak bina? a. Menjejaskan keselamatan Awam Dan Keselamatan Tapak Binaan kerana orang awam boleh masuk sesuka hati b. Menjejaskan Keselamatan Kontraktor sekiranya berlaku kecurian atau kerosakan pada peralatan atau bahan ditapak bina. 3. Kerja pembersihan tapak dan kerja tanah adalah proses penting dalam penyediaan tapak bina. Kerja-kerja yang terlibat dalam kerja tanah adalah seperti kerja pemotongan (excavation), penambakan (embankment), pemadatan dan pencerunan tanah di tapak bina. Berdasarkan rajah di bawah, terangkan kerja yang perlu dilakukan bagi Kawasan A dan Kawasan B serta jelaskan kenapa kerja itu dilakukan di Kawasan tersebut. Kawasan A perlu dilakukan kerja pemotongan kerana aras tanah yang tinggi daripada aras formasi manakala Kawasan B perlu dilakukan kerja penambakan/penimbunan kerana aras tapak tersebut lebih rendah daripada aras formasi Aras formasi A B
26
27 PENGENALAN Asas bangunan merupakan bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan. Tiap-tiap bangunan bermula daripada asasnya. Oleh sebab itu asas menentukan kejayaan atau kegagalan pembinaan bangunan tersebut. Asas bagi sesebuah bangunan ialah bahagian paling bawah terletak diatas tanah yang menanggungnya. Asas mengandungi struktur bangunan dibawah tanah yang di panggil substruktur termasuk penapak dan cerucuk jika cerucuk digunakan. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus supaya cukup kukuh dan kekal untuk menanggung segala beban diatasnya. OBJEKTIF Di akhir unit ini anda akan dapat: vi. Mentakrifkan definisi Asas yang termasuk dalam substruktur vii. Menerangkan fungsi dan faktor rekabentuk asas. viii. Membezakan diantara Asas Dalam dan Asas Cetek. ix. Menyatakan jenis- jenis Asas Pad, Asas Jalur dan Asas rakit dan kegunaannya. x. Menyenaraikan jenis-jenis cerucuk dan kegunaannya xi. Menerangkan kaedah pembinaan asas.
28 KANDUNGAN 2 : SUB STRUKTUR (SUB-STRUCTURE) 2.1. PENGENALAN (INTRODUCTION) Substruktur ialah struktur bahagian bawah atau struktur yang pada dasar atau menyokong struktur/binaan. Substruktur juga boleh didefinisikan sebagai struktur bahagian bawah bangunan yang biasanya terletak di bawah paras tanah. Sub struktur yang menghantar beban daripada super-struktur ke tanah dengan tujuan memberi sokongan. Sub-struktur ini terdiri daripada asas, tunggul tiang dan rasuk bumi termasuk lantai aras bawah atau aras bawah tanah. Rajah 2.1 : Menunjukkan Sub Struktur dan Super Struktur 2.2. ASAS (FOUNDATION) Asas sesebuah struktur boleh ditakrifkan sebagai bahagian struktur paling bawah bangunan atau struktur sivil yang bersentuhan langsung dengan tanah. Tanah akan mengalami enapan dan kadangkalanya gagal apabila dibebankan kerana biasanya tanah adalah jauh lebih lemah daripada konkrit, keluli dan kayu. Asas merupakan ‘alat’ yang bertujuan untuk memindahkan beban struktur kepada bumi dengan selamat iaitu selamat dari segi keupayaan tanah dan juga enapan yang tidak melebihi had-had tertentu. 2.3. FUNGSI ASAS (FUNCTIONS OF FOUNDATION) a) Menyediakan kestabilan bagi keseluruhan struktur bangunan b) Menyediakan permukaan yang rata untuk pembinaan substruktur c) Mengagihkan sepenuhnya beban dari struktur ke atas kawasan tapak yang besar dan kemudian ke tanah di bawahnya. Pengagihan Beban dijalankan secara sama rata. d) Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
29 e) Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya. Ini sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah. f) Keamatan beban dikurangkan supaya berada dalam kapasiti keupayaan galas tanah yang selamat. g) Kesan pergerakan tanah dapat ditentang dan dihalang melalui pembinaan asas. 2.4. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REKA BENTUK ASAS (FACTORS INFLUENCING DESIGN OF FOUNDATION) a) Jenis tanah - Keadaan fizikal tanah dan keupayaan tanggungnya serta tidak mempunyai kegagalan ricih. b) Saiz dan bentuk beban - Beban daripada superstruktur bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin yang ditanggungnya. c) Ekonomi – perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan. 2.5. JENIS-JENIS ASAS (TYPES OF FOUNDATION) Terdapat beberapa jenis asas dalam pembinaan. Asas (Foundation) boleh kelaskan kepada dua iaitu asas cetek dan asas dalam. Asas cetek merupakan asas yang memindahkan beban struktur kepada tanah yang berada pada kedalaman yang cetek atau yang berdekatan dengan permukaan tanah. Sementara asas dalam adalah asas yang memindahkan beban struktur ke lapisan tanah pada kedalaman yang lebih dalam di bawah permukaan tanah. Rajah 2.2 : Perbezaan di antara asas cetek dan asas dalam (sumber : Quara)
30 2.5.1 Asas Cetek (Shallow foundation) – Asas Pad (Pad Foundation), Asas Rakit (Raft Foundation) and Asas Jalur (Strip Foundation) Asas cetek adalah asas yang dalamnya kurang dari 3m di bawah paras kemasan / finished ground level. (BS 8004:1986) Kebiasaannya, asas cetek digunakan untuk bangunan yang bersaiz kecil hingga sederhana. Selain daripada saiz bangunan, keadaan permukaan tanah juga memainkan peranan. Contohnya, sekiranya terdapat batuan dasar (bedrock) yang cetek, asas cetek juga boleh digunakan untuk bangunan yang besar. Sekiranya keadaan permukaan tanah adalah tidak baik tetapi telah diubah suai menggunakan teknik pembaikan tanah, maka asas cetek juga boleh digunakan. Contoh-contoh teknik pembaikan tanah ialah penyingkiran dan pemadatan semula (removal and recompaction), penurapan pemadatan (compaction grouting) dan pencampuran tanah (soil mixing). Pembinaan asas cetek kebiasannya mudah dan hanya menelan belanja yang rendah jika dibandingkan dengan pembinaan asas dalam. Beberapa jenis asas cetek ialah pad foundation, mat or raft foundation dan strip foundation. 2.5.2 Asas Dalam (Deep Foundation) – Piling Cast in-situ RC, Concrete pile, Pre cast concrete piles, cast-in-situ Bore Pile. Asas dalam adalah merupakan asas yang kedalamannya melebihi 3m dari permukaan tanah dan biasanya digunakan untuk bangunan-bangunan yang besar dan tinggi atau di mana lapisan tanah dibahagian atas mempunyai kekuatan bawa beban yang rendah Asas dalam (cerucuk) digunakan bila tanah bawah tidak sesuai untuk menanggung beban disebabkan: • Keupayaan galas tanah yang rendah. • Mendapan yang berlebihan. • Keadaan aras air bawah tanah yang tidak menentu. • Beban mengufuk. Beberapa jenis asas dalam ialah Piling Cast in-situ RC, Concrete pile, Pre cast concrete piles, cast-in-situ Bore Pile.
31 2.6 TYPES OF PILES – STEEL PILES, COMPOSITE PILES & WOODEN PILES Terdapat cerucuk yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam asas cerucuk. Secara amnya empat jenis cerucuk digunakan dalam asas cerucuk bergantung kepada bahan yang digunakan untuk cerucuk. • Cerucuk konkrit • Cerucuk Keluli • Cerucuk Kayu • Cerucuk komposit Rajah 2.3 : Cerucuk kayu, keluli, konkrit dan komposit 2.7 SHALLOW FOUNDATION 2.7.1 Pad Foundation • Asas pad biasanya digunakan sebagai asas kepada bangunan atau rumah kediaman yang tidak melebihi empat tingkat di atas tanah kukuh seperti tanah berbatu kelikir. Kebanyakan bangunan sedemikian berupa struktur kerangka yang bertiang. Beban yang ditanggung oleh tiang ini tidaklah besar kerana bangunannya rendah. Oleh yang demikian, penggunaan asas pad sudah memadai. • Asas pad merupakan alas tiang. Saiz asas pad bergantung kepada saiz beban yang ditanggungnya serta keupayaan galas tanah. Bagi bangunan yang lebih tinggi dan lebih besar, asas pad tidaklah sesuai. Untuk menanggung beban tinggi sudah tentu asas pad yang sangat besar diperlukan dan perkara ini menyebabkan pembinaannya tidak praktikal dan tidak ekonomi. • Direkabentuk dengan tanggaan atau sendian untuk menanggung beban tiang yang besar
32 Rajah 2.4 : Contoh Asas Pad 2.7.1.1 Kaedah Pembinaan (Construction process) Biasanya dibina daripada konkrit bertetulang. Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1: 2: 4 (simen : batu baur halus : batu baur kasar ). Tetulang keluli digunakan dalam pembinaan asas pad untuk mengukuhkan asas serta mengurangkan ketebalan asas tersebut. Jenis tetulang keluli yang biasa digunakan ialah tetulang keluli tegangan tinggi. 1. Penggalian untuk pile cap / asas pad termasuk pemadatan tanah. 2. Pemasangan kotak acuan kepada ‘pile cap’ / asas pad. 3. Pemasangan tetulang kepada ‘pile cap’ / asas pad dan tiangnya. 4. Kerja konkrit kepada ‘pile cap’ / asas pad. 5. Penanggalan kotak acuan pada ‘pile cap’ / asas pad dan pemasangan kotak kepada tiangnya (stump). 6. Pautan video kaedah pembinaan asas pad https://youtu.be/D5ZMhNEqNMY https://youtu.be/2DYomngDCAo 2.7.2 Asas Jalur (Strip Foundation) • Terdapat bangunan yang tidak mempunyai tiang tetapi menggunakan dinding yang bertindak mengagihkan beban daripada komponen- komponen lain kepada asas bangunan. • Oleh sebab dinding merupakan komponen yang panjang, maka asas yang dibina di bawah dinding ini dinamakan asas jalur.
33 2.7.2.1 Jenis-Jenis Asas Jalur (Types of strip foundation) Asas jalur boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu: ▪ Asas jalur biasa ▪ Asas jalur lebar ▪ Asas jalur dalam Jadual 2.1 : Menunjukkan jenis asas jalur dan kegunaannya manakala rajah menunjukkan jenis asas jalur. Jenis asas jalur dan kegunaannya Jenis Asas Jalur Kegunaan Gambar Asas Asas Jalur Biasa Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas tinggi dan tidak mengecut seperti tanah berbatu kelikir. Asas Jalur Dalam Digunakan pada tanah berkelodak atau tanah liat yang cenderung mengembang dan mengecut mengikut kandungan lembapannya. Asas Jalur Lebar Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas rendah. Contohnya tanah liat lembut dan tanah kampus atau tambak.
34 2.7.2.2 Construction process • Penggalian untuk asas jalur termasuk pemadatan tanah. • Pemasangan kotak acuan kepada asas jalur. • Meletakkan batu penjarak. • Pemasangan tetulang kepada asas jalur dan tiangnya. • Kerja konkrit kepada ‘pile cap’ / asas pad. • Asas jalur dibina daripada konkrit. Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1 : 2 : 4. • Penanggalan kotak acuan pada asas Jalur dan pemasangan kotak kepada tiangnya (stump). • Pautan Video pembinaan Asas Jalur https://youtu.be/vX5tNMGpsfQ 2.7.3 Asas Rakit (Raft Foundation) • Asas rakit diperlukan di tanah yang berkeupayaan galas tanah dan cenderung mengenap secara tidak sekata apabila dikenakan beban. Jika asas pad atau asas jalur dibina, luas pad atau lebar jalur agak besar dan hampir menutupi seluruh luas tapak bangunan. Tambahan pula, enapan yang tidak sekata akan menyebabkan keretakan pada komponen- komponen bangunan. • Oleh itu, papak konkrit lebih sesuai dibina sebagai asas bangunan itu. Papak jenis ini dinamakan asas rakit. 2.7.3.1 Jenis-Jenis Asas Rakit (Types of Raft Foundation) Asas rakit boleh dibina dalam beberapa jenis, iaitu: ▪ Asas rakit papak padu ▪ Asas rakit rasuk dan papak ▪ Asas rakit bersel
35 Jadual 2.2 : Menunjukkan jenis asas rakit dan kegunaannya Jenis asas rakit Jenis Asas Rakit Kegunaan Papak Padu Sesuai digunakan bagi bangunan yang tidak melebihi dua tingkat apabila beban yang dikenakan ke atas asas adalah rendah. Oleh itu, papak yang tidak sampai 300 mm tebal sudah memadai. Rasuk dan Papak Sekiranya beban bangunan terlalu besar hingga memerlukan ketebalan papak melebihi 300 mm, maka lebih sesuai jika asas rasuk dan papak dibina. Bersel Sesuai digunakan pada tanah yang longgar atau tanah yang cenderung mengenap secara tak sekata seperti tanah bekas tapak lombong yang dikambus. Tebal keseluruhan asas yang dibina mungkin mencapai 1 m atau lebih. Asas lain tidaklah ekonomi Rajah 2.5 : Contoh Asas Rakit
36 2.8 Deep Foundation (Piling) 2.8.1 Introduction Melebihi 3m kedalaman dan mengagihkan beban jauh ke dalam tanah. Asas cerucuk digunakan apabila strata tanah yang mempunyai keupayaan galas yang tinggi berada jauh ke dalam tanah. Keupayaan galas tanah ialah kemampuan tanah menerima dan menanggung beban dengan selamat tanpa enapan atau kegagalan. Asas ini membawa beban dari bangunan dan disebarkan kebawah melaui tiang cerucuk dan seterusnya ke tanah. 2.8.2 Pile Load Method – Galas Hujung (End-bearing Pile) dan Geseran (Skin Friction Pile) Asas Cerucuk Galas Hujung 1. Cerucuk Galas Hujung memindahkan beban bangunan terus kepada lapisan kukuh yang terdapat di dalam tanah. 2. Tiang dibina sehingga ke lapisan tanah keras. 3. Cerucuk ini biasanya lebih panjang. 4. Bahan yang digunakan sebagai cerucuk ialah konkrit, keluli dan kayu. 5. Cerucuk boleh bertindak secara bersendirian atau secara berkumpulan. 6. Biasanya cerucuk dibina secara berkumpulan dan bahagian atas tiang cerucuk akan dibina tukup tiang atau tukup cerucuk supaya beban dapat diagihkan.
37 Asas Cerucuk Geseran 1. Cerucuk ini ditanam tidak sampai ke tanah yang keras. 2. Keupayaan menggalas beban bergantung pada daya geseran permukaan cerucuk daengan tanah disekelilingnya. 3. Luas permukaan keratan cerucuk dapat meningkatkan daya geseran. 4. Oleh itu, cerucuk geseran perlu mempunyai permukaan yang kasar dan tanah pula daripada jenis yang bergeseran tinggi. 5. Contohnya: Cerucuk konkrit di dalam tanah pasir padat. 2.8.3 Jenis-jenis cerucuk Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut : JENIS CERUCUK GAMBARAJAH i.Cerucuk Bakau • Saiz 3” atau 5” bulat • Beban yang dibenarkan 3/2 – 1 tan Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.
38 ii.Cerucuk kayu berubat (Tanalised Timebr Pile) • Saiz 5” x 5”, 6” x 6” • Jenis kayu : kempas & keruing Beban yang dibenarkan 8- 15 tan iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile ) • Saiz 12” x 12”, 14” x 14”, 15” x 15” • Beban yang dibenarkan 42– 65 tan iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu • Saiz 10” x 10”, 12” x 12”, 14” x 14”, 16” x 16” • Beban yang dibenarkan 45 –110 tan
39 v.Cerucuk keluli H • Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12” x 12” • Beban yang dibenarkan 50 – 150 tan vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile ) • Saiz 18” – 160” bulat • Beban 60 – 1000 tan. vii. Cerucuk Komposite (partially preformed piles) • Mempunyai gabungan precast & in-situ concrete atau steel & in-situ concrete. • Sistem piling bagi marin dan kawasan perairan. • Pile jenis ini terdiri daripada steel casing dengan hollow spun concrete core. • Merupakan gabungan kualiti concrete core yang tinggi dan kekuatan hightensile pada permukaan steel casing. • Mampu menampung beban sebanyak 2800 kN
40 Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerucuk adalah seperti berikut: 1) Kayu – kayu bakau atau kayu lain yang terawet 2) Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang) 3) Rencam (composite) – kayu atau keluli (bahagian atas) 4) Tuang disitu 5) Keluli - Cerucuk H, Cerucuk paip, Cerucuk kepingan 2.8.4 Alat-alat mencerucuk (pile driving) bagi Displacement Pile 2.9 Piling Method 2.9.1 Drop hammer • Jenis alat mencerucuk yang paling lama • Biasanya digunakan untuk projek yang kecil • Terdiri daripada 1bongkah iron/steel • Standart ram weight adalah 2.5-50 kN Single acting hammer • Diaktifkan oleh steam atau tekanan udara • Hammer jatuh kerana daya graviti • Tenaga yang dihasilkan biasanya 10-2250 kN/m • Kadar operasi 35-60 blow seminit • Kebaikan: ~operasi yang konsisten ~kadar hentakan yang lebih tinggi berbanding drop hammer Drop hammer Kebaikan drop hammer • Kos penyelenggaraan yang kurang • Cara kerja yang mudah Keburukan drop hammer • Operasi yang perlahan • Sangat bergantung kepada kemahiran operator • Drop height mudah berubah
41 Double acting hammer • Hammer yang menggunakan udara atau steam dan daya graviti bagi pukulan ram • Popular untuk mencerucuk sheet pile • Lebih laju 2 kali ganda daripada single acting hammer Hydraulic impact hammer (BSP 375-9) • Menggunakan sumber tenaga luar untuk menggerakkan hammer • Hydaulic power pack membekalkan tekanan bendalir untuk menggerakkan hammer • Kebaikan hydraulic hammer ✓ Daya hentakan (blow) dikawal sepenuhnya ✓ Kurang bising ✓ Boleh diguna untuk kawasan yang bertanah lembut Diesel hammer • Terbahagi kepada dua iaitu open end/single acting diesel hammer • Konsep-ram jatuh dengan daya graviti,oleh itu ia juga dikenali dengan single acting hammer • Diaktifkan oleh liquid fuel • Langkah Kerja Cerucuk
42 Open end single acting hammer Gambaran dalam diesel hammer Close End Diesel Hammer/Double Acting Hammer Kejatuhan ram adalah merujuk kepada tindakan daya graviti dan tekanan dalam bounce chamber 8 bahagian penting dalam close end diesel hammer ~piston/ram ~impact block ~cylinder ~fuel pump ~fuel injector ~exhaus port ~recoil damper ~bounce chamber
43 LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA 1. Terjemah Lukisan Projek • Fahami dan tentukan kehendak lukisan produk • Tentukan jenis kerja yang akan dilakukan • Tentukan spesifikasi dan bahan • Menentukan ukuran dan jarak 2. Sediakan peralatan • Kenalpasti alat yang diperlukan • Sediakan alat-alat yang sesuai dan berkaitan dengan tugasan 3. Kenalpasti dan sedia bahan • Kenalpasti bahan yang diperlukan • Sediakan bahan yang telah ditetapkan mengikut senarai MELAKUKAN KERJA –KERJA CERUCUK 4. Menanda Poin-Poin Cerucuk i. Lakukan kerja – kerja menentukan lokasi penanaman cerucuk menggunakan teodolit. ii. Kawasan – kawasan yang hendak ditanamkan cerucuk akan ditandakan dengan pin keluli yang diletakkan tanda merah diatasnya supaya jelas kelihatan dari jauh. LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA 5. Mendirikan Kerangka Cerucuk/Set up the piling rings frame i. Cerucuk dimasuk ke dalam tanah dengan rig yang menyokong leader bertujuan mendirikan cerucuk dan operasi penukul. ii. Rig moden menggunakan pemanduan getar berbanding rig model lama menggunakan penukul impak. Rajah menunjukkan dua jenis jentera cerucuk yang dirikan