194 VII. Cat bangunan pencawang Kesemua bangunan pencawang elektrik Bahagian Pembahagian TNB perlu dicatkan dengan warna bersesuaian dengan warna pembangunan sekelilingnya. Bahagian dinding bangunan yang berhadapan dengan laluan jalan utama perlu dicatkan dengan maklumat TNB CareLine. Lantai di dalam bangunan pencawang elektrik perlu dirata dan dilicinkan serta disediakan cat 2 tin 5 litre Epoxy Green Paint. VIII. Keperluan rawatan slab bumbung Arkitek perlu merekabentuk semua bumbung pencawang elektrik / stesen suis utama (kaedah flat-roof dan juga gable roof) supaya ia tidak menakung air dalam segala situasi dan satu lapisan bituminuous pada slab bumbung konkrit kalis air perlu dilaksanakan. Bagi pencawang elektrik /stesen suis (11kV) jenis bersambung (attached), sekiranya terdapat paip melintasi bahagian atas Pencawang, 2 lapisan slab bumbung konkrit kalis air perlu dibina, dimana lapisan pertama (yang paling dekat dengan pencawang elektrik) perlu direkabentuk supaya bumbung tersebut tidak menakung air dalam segala situasi dan mempunyai lapisan bituminuous sebagai bahan kalis air. IX. Keperluan sistem pemadam kebakaran Pencawang Elektrik Bersambung (attached) memerlukan pemasangan sistem pemadam kebakaran oleh pengguna yang memenuhi criteria-kriteria berikut: ▪ Sistem pemadam kebakaran lengkap merangkumi system pemadaman (suppression system), pengesanan dan penggeraan. ▪ Mestilah menggunakan bahan dan komponen yang telah diuji dan mendapat kelulusan dari badan
195 pengujian antarabangsa atau tempatan yang diiktiraf (UL, FM, LPCB atau yang seumpamanya) ▪ Agen pemadam kebakaran perlu mendapat perakuan dari Bomba untuk penggunaan limpahan menyeluruh (total flooding). ▪ Perlu direkabentuk, diuji dan dipasang supaya sesuai dengan binaan bangunan dan pencawang. ▪ Agen pemadaman (extinguishing agent) perlu tidak mengotorkan atau meninggalkan kesan atau mengakibatkan pengaratan kepada perkakasan elektrikal dan elektronik ▪ Agen pemadaman mestilah mesra alam sepertimana yang tersenarai dalam Kyoto Potocol, Montreal Protocol dan EPA SNAP List / EPEE (European Patnership for Energy and Environment). ▪ Agen pemadaman mestilah sesuai untuk kegunaan kawasan berpenghuni. ▪ Mestilah berupaya memadam kebakaran Kelas Api A, B, C dan E. ▪ Jaminan 5 tahun daripada tarikh pemasangan diberi oleh pembekal merangkumi perkaraperkara diatas dan jika belaku discaj secara kemalangan, jaminan tersebut perlu meliputi kesanggupan pengeluar membersih, mengganti sistem dan sebarang aset TNB yang rosak.
196 i. Contoh lukisan rekabentuk bangunan pencawang Rajah : Contoh bangunan pencawang 1 ruang Rajah : Contoh bangunan pencawang 2 ruang
197 Latihan 1. Senaraikan perkara yang perlu diambilkira semasa pembinaan parit saliran luar (C1) ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… 2. Apakah tiga masalah yang akan timbul sekiranya lapisan subtapak tidak dibina dengan prosedur dan mengikut spesifikasi yang betul (C3) ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… 3. Huraikan tiga ciri-ciri tempat letak kereta yang baik (C4) ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… 4. Huraikan 2 panduan penyediaan tapak pencawang (C4) ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………
198 Skema Jawapan 1. Senaraikan perkara yang perlu diambilkira semasa pembinaan parit saliran luar (C1) • Ketahui keperluan menanggung beban projek • Pilihan bahan penutup dan jahitan tengah dan sisi • Ketinggian penutup slot • Penentuan lokasi telaga jatuh dalam sistem slot • Penutup yang sesuai dan betul • Jenis dan saiz alur yang betul • Dikelilingi oleh konkrit yang mempunyai kekuatan yang sesuai. 2. Apakah tiga masalah yang akan timbul sekiranya lapisan subtapak tidak dibina dengan prosedur dan mengikut spesifikasi yang betul (C3) i. Beban kenderaan tidak dapat diagihkan dengan baik, maka kualiti jalan akan menurun ii. idak mampu mengalirkan air larian dengan baik dan boleh menyebabkan takungan air pada jalan iii. Bahan lapisan tapak dan subgred akan bercampur 3. Huraikan 3 ciri-ciri tempat letak kereta yang baik (C4) i. Dimensi laluan sehala dan dua hala bagi semua jenis susun atur di sebelah jalan dan di kedua belah jalan adalah sama ii. Bebendul disediakan sebagai sempadan atau pemisah di antara laluan pejalan kaki dan lorong berbasikal iii. Cahaya hendaklah mencukupi melalui penyediaan lampu jalan 4. Huraikan 2 panduan penyediaan tapak pencawang (C4) i. Rekabentuk bangunan – melambangkan ciri-ciri user friendly - zon penampan hendaklah disediakan ii. Had ketinggian – tidak melebihi 9 meter dan tidak melebihi rumah sesebuah yang berada di persekitaran tersebut
199 RUJUKAN 1. Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 2. Garis Panduan Perancangan Perumahan, JAbatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2016) 3. Garis Panduan Perancangan Tempat Letak Kenderaan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2018) 4. Panduan dan Piawaian Perancangan Tapak Pencawang Elektrik yang Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (1999) 5. Buku Panduan Piawai Rekabentuk Pencawang Elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) 6. Teknologi Binaan Bangunan – Tan Boon Tong (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990) 7. Teknologi Pembinaan Struktur Bangunan (Noor Khazanah Rahman), Dewan Bahasa Dan Pustaka 2019 8. Asas Pengurusan Pembinaan (Mohd Nasarudin Ali), Ibs BUKU 2015 9. Buku Teks Grafik Komunikasi Teknikal Tingkatan 5 (Aras Mega M Sdn.Bhd) 2017 10. Buku Teks Teknologi Pembinaan Tingkatan 4 & 5 (Dewan Bahasa Dan Pustaka) 2007 11. Buku Teks Pengajian Kejuruteraan Awam Ting. 5 (Dewan Bahasa Dan Pustaka) 2003 12. Teknologi Binaan Bangunan (Jahiman Bin Badron) Ibs Buku Sdn.Bhd 2011 13. Website Www.Iwk.Com.My (Indahwater Portal)