The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezzahjamilyn12, 2023-11-21 23:17:10

MODUL DCA 2232 BUILDING CONSTRUCTION 1

MODUL DCA 2232 BUILDING CONSTRUCTION 1

44 iii. Bagi tujuan ini Rig perlu dirikan mengikut kaedah pemanduannya 6. Himpun dan susun cerucuk di tapak bina i. Cerucuk perlu dihimpun/stacking dan disusun supaya unit-unit nya ditempatkan pada poin-poin yang akan dirikan. Ini bagi memastikan tegasan berlebihan tidak dikenakan pada sebarang bahagian cerucuk. ii. Perlu disusun pada jarak 300mm dari aras tanah dengan melapik kayu-kayu penyokong yang sama arasnya pada jarak tertentu dan ditempat di atas tanah kukuh bagi mengelakkan dari bengkok. iii. Jarak antara cerucuk perlu bagi memudahkan cerucuk lama diangkat dan tidak mengganggu cerucuk baru di sebelahnya Rajah menunjukkan cara cerucuk dihimpun dan disusun 7. Melakukan kerja Penanaman Cerucuk 7.1 Penanaman Cerucuk Konkrit Pratuang Bertetulang Cerucuk konkrit pratuang merupakan salah satu Cerucuk Terhentak selain dari cerucuk kayu dan keluli . Kaedah penanamannya dilakukan dengan Kaedah Hentakan. • Sebelum proses penanaman cerucuk dilakukan kerja-kerja penyediaan cerucuk perlu dilakukan.


45 Langkah 1 Persediaan Cerucuk i. Siapkan cerucuk dengan kakinya dipasang kasut besi yang ditirus bagi memudahkannya masuk ke dalam tanah.kepala cerucuk perlu dilindungi dari kerosakan yang mungkin disebabkan oleh drop hammer dengan memasang helmet . ii. Kepala Cerucuk konkrit Pratuang perlu dipasang dengan penutup pandu jenis kusyen bagi melindungi cerucuk semasa hentakan Helmet cerucuk Helmet cerucuk


46 Langkah 2 Dirikan Cerucuk iii. Cerucuk didirikan secara menegak pada posisi lokasi yang betul dengan bantuan kerangka cerucuk/piling frame. Bagi mengawal posisi cerucuk,hydraulic lead menggunakan sistem selinder hidraulik disambung antara bawah lead dan driving rig iv. Kepugakan cerucuk perlu diuji biasanya dengan meenggunakan timbang air Helmet cerucuk menerima hentakan


47 LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA Langkah 3 Memandu cerucuk i. Cerucuk dipegang kemas secara sementara dengan toggle bolt atau pile catch. Pada peringkat ini bungkah kayu dengan tebal yang betul diletak diantara cerucuk dan leader sebagai pengalas bagi memastikan cerucuk berada ditengah tengah dibawah penukul. ii. Cerucuk mula dipandu ke dalam tanah dengan kaedah hentakan dengan Tukul Jatuh /drop-hammer dan Rangka Cerucuk/ Piling frame. Tukul Jatuh atau Drop hammer mengandungi pemberat yang boleh diangkat dan dijatuhkan bagi mengetuk kepala cerucuk.


48 LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA Langkah 4 i. BenamCerucuk; Kaedah Hentakan Pilihan: a. Tukul jatuh ( Drop hammer) • Dalam kaedah ini, tukul digantung pada tali yang diletakkan melalui takal dan gelendong.Penyusunan ini disokong sepenuhnya oleh kerangka atau alat pandu cerucuk yang kukuh. • Tukul akan ditarik ke puncak kerangka dengan menggunakan winch yang menggunakan kuasa enjin disel atau elektrik. Selepas itu, tukul akan dijatuhkan mengikut tarikan gravity secara insani. • Kaedah ini memang agak perlahan operasinya. Namun demikian kaedah ini mudah dan tidak memerlukan kemahiran khusus atau penyenggaraan yang banyak. Oleh sebab itu, kaedah ini biasa digunakan bagi kebanyakan kerja penghentakan cerucuk. KERANGKA CERUCUK


49 2.9.2 Hydraulic LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA b. Tukul Tindakan tunggal/Single Acting Hammer – Sama seperti tukul jatuh, dari segi operasinya.Mempunyai penukul yang beratnya 10,000 lb Dalam kaedah ini, tukul ditarik ke puncak kerangka sebelum dihentakkan ke atas cerucuk. Perbezaannya ialah tukul ditarik ke puncak kerangka dengan menggunakan tekanan wap/steam atau udara termampat/hidraulik dan tidak menggunakan winch seperti dalam tukul jatuh. Ia terdiri daripada rod omboh geronggang dan selinder gelangsar. • Kaedah hidraulik berlaku dengan wap atau udara dimasukkan ke dalam rod omboh menerusi injap yang dikawal oleh tuil. Tuil tersebut dapat dikendalikan secara insani atau diset secara automatik untuk mengawal kelajuan. Tukul ini sesuai untuk menghentak cerucuk kayu dan konkrit Pratuang kerana ketinggian jatuhan tukul bagi setiap hentakan adalah terhad. winch


50 LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA Kaedah Disel- Tukul Tindakan Tunggal Disel Proses 1 Piston diangkat bagi memulakan operasi Proses 2 Suntikan minyak disel dan mampatan. Proses 3 Hentakan Proses 4 Lubang ekzos terbuka dan gas dilepaskan Proses 5 Udara di salur melalui lubang ekz


51 LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA d. Tukul dua tindakan/ Double Acting Hammer – Mempunyai penukul yang beratnya antara 5000- 14000 Ib. Tukul Dua Tindakan beroperasi menggunakan wap,tetapi biasanya ia menggunakan kuasa udara termampat bagi menaikkan ram dan mencepatkan jatuhannya. Ia mempunyai ram yang ringan dan beroperasi pada kadar kelajuan tinggi. Tidak efektif untuk memandu tanam asas cerucuk dengan Tukul Tindakan Tunggal. Pelantak yang digunakan juga agak kecil dan secara prinsipnya ia diguna untuk menghentak cerucuk keping ringan dan cerucuk dinding nipis pada tanah yang longgar.Tidak sesuai untuk menanam cerucuk konkrit pratuang kecuali cerucuk konkrit prategasan(prestressed) 1 2 3 4 5


52 LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA Langkah 5 Sambung Cerucuk i. Cerucuk dihentak masuk ke bumi sehingga ke lapisan batu (stratum). Cerucuk mungkin perlu disambung bagi sampai ke lapisan tersebut. Beberapa kaedah yang digunakan bagi menyambung cerucuk adalah seperti berikut; Bar Splicing / Butt Welding - Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30 kali saiz besi tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan. Besi tetulang yang baru kemudian disambung kepada yang lama dengan splicing, links yang baru dipasang balik dengan jaraknya separuh dari jarak links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula dan dikonkritkan dengan konkrit bancuhan yang sama. Jika besi baru hendak disambung dengan ‘butt welding’, jarak konkrit yang perlu dipecahkan adalah 12”. Di dalam kaedah ini, ketegakan besi perlu diperhatikan. Rajah: Tukul dua tindakan, udara Dan wap


53 LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA • Dowel bersambung / Plate Welding - Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan disediakan dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada di cerucuk permulaan. Kepingan besi lembut dari kedua-dua cerucuk kemudian dilekatkan dengan fillet di sekeliling. • Kepala cerucuk - Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di dalam JKR adalah : i) Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut ii) Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan keras iii) Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu Dowel bersambung Kimpal temu Cerucuk sedang dikimpal Menunjukkan kerja penyapuan cat anti karat pada bahagian penyambungan cerucuk yang telah siap dikimpal


54 LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA Langkah 6 kerat cerucuk Kaedah Manual/Tradisional • Cara paling asas mengerat kepala cerucuk samada dengan cara pegangan tangan atau plant mounted pneumatic breakers. • Kaedah ini juga melibatkan penggunaan peralatan yang sesuai untuk tugasan tesebut. Alat yang sering digunakan adalah jackhammer dan heavy pneumatic breaker.Bar tetulang pula dipotong dengan kimpalan gas atau elektrik. • Keratan dilakukan memecahkan konkrit bermula dari perimeter ke tengah paksi cerucuk. Ia tidak boleh dilakukan secara menegak kerana boleh menyebabkan serpih dan retak melepasi paras yang ditetapkan • Gergaji cerucuk konkrit rotary juga digunakan secara manual. Lebihan cerucuk yang telah dipotong


55 2.9.3 REPLACEMENT PILES • Dikenali juga sebagai bored piles. • Kaedah ini dijalankan dengan mengorek lubang terlebih dahulu dan diganti dengan in situ concrete atau precast concrete. • Biasanya kaedah ini digunakan di tapak bina yang:- o memerlukan cerucuk diletakkan berhampiran antara satu sama lain o gegaran atau bunyi bising perlu dihadkan • Terbahagi kepada tiga, iaitu:- o Percussion bored o Rotary bored o Prestcore piles PERCUSSION BORED PILE • Sesuai untuk tapak bina yang kecil dan sederhana. • Sesuai digunakan untuk tanah liat atau gravel. • Diameter cerucuk biasanya dari 300mm sehingga 950mm. • Direkabentuk untuk membawa beban sehingga 1500kN. • Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan shear leg or tripod rig yang memerlukan sekurang-kurangnya 1.8m headroom • Steel lining tube (direkabentuk dari panjang 1m sehingga 1.4m) akan dimasukkan dengan menggali tanah menggunakan percussion cutters @ balers (bergantung kepada keadaan tanah yang hendak ditembusi). • Steel lining tube biasanya akan menggali lubang berdasarkan beratnya sendiri tetapi boleh juga dikendalikan dengan menggunakan hidraulics jacks. • Apabila kedalaman yang tepat (bergantung kepada keadaan tanah) dikenalpasti maka tetulang keluli akan diletakkan di dalam liner dan kemudiannya konkrit dicurahkan. • Pemadatan dijalankan apabila liner dikeluarkan dengan menggunakan winch atau hidraulics jacks. • Kaedah air compressed digunakan untuk memadatkan dan mencampurkan konkrit. Internal drop hammer boleh juga digunakan.


56 ROTARY BORED PILE • Diklasifikasikan kegunaannya berdasarkan saiz bored pile. - bored pile yang pendek digunakan untuk kediaman - bored pile yang berdiameter besar digunakan untuk menumpukan • beban pada bangunan multi-storey dan pembinaan jambatan. • Sesuai digunakan untuk kebanyakan tanah cohesive. • Kaedah ini biasanya dijalankan dengan menggunakan auger yang beroperasi bersama dengan steel tube liner (berdasarkan keadaan tanah). • Dua jenis auger yang biasa digunakan ialah:- • a.Cheshire auger • b.Continuous or flight auger


57 Dua jenis auger yang biasa digunakan ialah:- a) Cheshire auger b) Continuous or flight auger


58 a) CHESHIRE AUGER - Mempunyai 1 ½ hingga 2 pusingan helix di hujungnya. - Biasanya diletakkan di atas lori atau traktor - Terdapat kelly bar (sehingga 7.5m panjang) yang terdiri samada teleskopik atau extendable. - Tanah dikorek oleh auger, dinaikkan ke permukaan dan memutarkan helix ke sebelah lubang yang dikorek tadi. b) CONTINUOUS OR FLIGHT AUGER - Biasanya digunakan apabila gerakan spiral yang ada memberikan kerosakan kepada permukaan untuk dipindahkan daripada tapak. - Biasanya diletakkan di atas adapted excavation atau crane power unit. - Walaupun bucket boring tool bukan auger tetapi ia boleh juga digunakan. CONTINUOUS OR FLIGHT AUGER


59 Bored pile yang berdiameter besar 1. Direkabentuk dengan:- - Diameter sehingga 2.60 m. - Panjang di antara 24 m hingga 60 m. - Keupayaan membawa beban dari 2500 higga 8000kN. 2. Sesuai untuk kegunaan - Pada tanah liat yang keras (stiff) - untuk struktur yang mempunyai beban menumpu yang tinggi dan boleh dilapis penuh atau separuh dengan steel tubes. 3. Kadang-kala tidak memerlukan reinforcement. 4. Penuangan konkrit biasanya menggunakan tremie pipe. 5. Test loading sangat mahal. 6. Base atau toe boleh dibesarkan atau dilebarkan sehingga tiga kali diameter shaft untuk menambahkan keupayaan penampungan pile. LARGE DIAMETER BORED PILE


60


61 TYPICAL UNDERREAMING TOOL


62 DRILLING BUCKET PRESTCORE PILES • Salah satu daripada bentuk composite pile yang menggunakan precast dan in situ concrete. • Kaedah ini sama seperti kaedah percussion bored pile. • Kebaikan:- Sesuai untuk tanah yang berair. Mudah untuk mengendalikan peralatan yang memerlukan headroom yang rendah. • Pembentukan untuk kaedah ini boleh dibahagikan kepada empat tingkat yang jelas. 1. Boring- lubang dibentuk separti kaedah percussion bored piles yang menggunakan kaedah tripod rig 2. Assembly - unit precast yang membentuk teras (core) pile disusun guna mandrel yang khas dan reinforcement dimasukkan sebelum teras pile diturunkan ke kedudukannya -menaikkan dan menurunkan teras pile dengan pneumatic winch -tumpukan kepada kepala lining tube untuk menggabungkan lapisan bearing. 3. Pressing the core 4. Grouting - mengeluarkan lining tube dan grout dengan bantuan compressed air untuk memaksa ground water keluar.


63 2.10 PILECAP (TUKUP) Dalam industrI pembinaan, cerucuk merupakan struktur bawah bangunan yang penting.Berperanan sebagai asas menjadikan tapak binaan lebih stabil bagi mendirikan bangunan. Ia biasa diaplikasi pada tanah yang lemah galas tanggungan Apakah Tukup Cerucuk ? Tukup cerucuk adalah struktur konkrit yang merupakan bahagian utama asas bercerucuk yang dibina di atas cerucuk secara berkelompok. Tujuan Tukup Cerucuk Cerucuk biasa digunakan dalam pembinaan asas bangunan terutama bagi menanggung bebanan yang besar di atas tanah keupayaan galas yang rendah.Beban yang terhasil dari atas ini dipindahkan kepada cerucuk melalui binaan yang dikenali sebagai Tukup Cerucuk.


64 Membina Tukup Konkrit Diatas Cerucuk Secara Berkelompok Penentuan kepupayaan cerucuk menanggug dan menyebar bebanan dari superstruktur banyak begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan permukaannya dan semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin kestabilan yang sempurna, tukup cerucuk konkrit dibina di atas cerucuk yang ditanam secara berkelompok. Cerucukcerucuk yang ditanam secara berkelompok dan digabungkan dengan binaan tukup konkrit akan memberi kombinasi sokongan yang begitu padu supaya bebanan dari tiang dpat dipindahkan ke kepala cerucuk dengan berkesan. • Cerucuk berkelompok ialah sekumpulan cerucuk-cerucuk yang telah ditanam bagi menyediakan satu rangkaian asas yang stabil. • Bilangan cerucuk dalam sesuatu kelompok adalah berubah-ubah. Gandingan dua,tiga atau lebih cerucuk di bawah sesebuah tukup cerucuk dikenali sebagai Sistem Tukup Cerucuk dan bilangan cerucuk yang terkandung di dalam sesuatu sistem tukup bergantung kepada beban yang ditanggung oleh tukup cerucuk. • Beban yang diagih dari bangunan menyebabkan tukup cerucuk mengalami momen dan daya ricih. Oleh itu tukup cerucuk perlu direkabentuk supaya ia mampu menanggung momen dan daya ricih serta mengagihkan beban ke cerucuk tanpa mengalami kegagalan.


65 2.10.1 Penggalian Lubang Dan Peparit Cetek Bagi membentuk peparit atau lubang, penggalian tanah merupakan kerja yang diperlu. Penggalian adalah kerja mengorek peparit untuk asas bangunan,lubanglubang asas tiang dan sebagainya yang digali setakat ukuran panjang dan lebar seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan dengan tepinya dirapikan dan bahagian bawahnya dirata dan ditingkatkan seperti mana yang dikehendaki. Semua penggalian hendaklah dijalankan sehingga ke paras tanah yang kukuh. Asas bangunan tidak boleh sekali-kali terletak di atas tanah lambak. Dalamnya asas bangunan hendaklah diputuskan oleh P.P di tapak bina, akan tetapi untuk tujuan membuat tender, kontraktor hendaklah menganggap penggalian yang seragam pada keseluruhannya sedalam 1.5 meter di bawah paras yang dibentuk atau paras yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan. 2.10.2 Tafsiran Kerja-Kerja Penggalian Tanah Kerja-kerja penggalian tanah adalah kerja yang melibatkan penyingkiran dan pembuangan tanah atau batu dari tapak bina bagi membentuk permukaan yang terbuka,lubang ,peparit atau liang-liang menggunakan peralatan,perkakasan atau bahan letupan


66 Penggalian Peparit Dan Lubang i. Kerja-kerja menggali perparitan dan lubanglubang adalah menjadi suatu perkara biasa dalam sesuatu kerja binaan. Parit-parit biasanya dibuat untuk pembinaan asas, pemasangan paip-paip saluran sanitasi serta pembinaan parit-parit longkang sementara lubang-lubang pula dibuat untuk pembinaan asas pad, tangki najis, ruang penapis kerjakerja cerucuk, kepala cerucuk ,penahan peparit penyemburan racun anti serangga dan sebagainya. ii. Parit-parit atau lubang-lubang yang digali kadang-kadang perlu dibiarkan terbuka Untuk jangka waktu yang lama sebelum ianya ditumbus semula. Oleh sebab itu sebagai langkah keselamatan tebing-tebing penggalian tersebut perlu penyokongan sementara dengan tujuan: • Untuk melindungi para pekerja yang bekerja di dalamnya. • Untuk menahan tebing perparitan daripada runtuh dan menutup parit atau lubang sebelum kerja-kerja pembinaan siap dijalankan atau tembok bawah tanah yang dibina cukup kuat untuk menahan himpitan tanah jika tebing penggalian itu runtuh. iii. Untuk kerja-kerja yang boleh disiapkan serta-merta biasanya tebing-tebing parit tidak memerlukan penyokongan sementara. Penyokongan tebing juga mungkin tidak diperlukan jika tanah tebing penggalian itu cukup kuat serta dalamnya tidak melebihi 1.0m iv. Kaedah penyokongan tebing perparitan adalah bergantung kepada sifat semulajadi tanah di mana parit itu dibuat. Selain daripada itu factor-faktor seperti dalam parit, keadaan cuaca dan lama masa sesuatu kerja itu akan dijalankan perlu diambil kira. Ada empat kaedah menahan tebing perparitan iaitu: • Untuk tanah keras • Untuk tanah yang mampat serta kukuh • Untuk tanah gembur • Untuk tanah lembik.


67 Spesifikasi Penggalian Tanah Tapak Bina Terdapat beberapa jenis penggalian yang boleh dilakukan bagi persediaan dalam aktiviti pembinaan: • Penggalian adalah sebarang operasi yang bertujuan merendahkan aras bumi sedia ada kepada kedalaman sehingga 1.5 m atau lebih. • Penggalian cetek adalah sebarang penggalian yang merendahkan aras bumi sedia ada kepada kedalaman kurang dari 1.5 m . • Penggalian yang tidak disokong adalah penggalian dimana sisi lubang atau parit di paras condong (battering)atau ditarah bertingkat (benching) tanpa diberi sebarang tupang atau penahan peparit. • Penggalian yang disokong adalah penggalian yang sisi-sisi lubang atau peparit disokong oleh penahan terdiri dari kayu, keluli konkrit atau lainlain bahan. • Paras condong (battering),tarah bertingkat (benching) dan penahan peparit adalah cara untuk mengawal risiko runtuhan tanah dan menghindari runtuhan dari menimpa pekerja Tarah Bertingkat Paras Condong Jenis-jenis penggalian i. Oversite ✓ Menyingkirkan lapisan atas tanah ✓ Kedalaman antara 150mm – 300mm ✓ Perlu dilakukan kerana lapisan ini mengandungi bahan-bahan tanaman dan bahan reputan menjadikan tanah longgar dan tidak stabil bagi menyokong bangunan. ii. Pengurangan Aras (Reduce Level) ✓ Diperlukan bagi tapak yang tidak seragam bagi membentuk permukaan yang aras ✓ Mengandungi operasi memaras dan menimbus ✓ Aras dimana tanah di kurangkan dipanggil “ ras embentukan”


68 iii. Penggalian Peparit ✓ Memerlukan kedalaman dan lebar yang diperlukan sebelum membina asas ✓ Penggalian dilakukan dengan kedua dua cara manual dan mekanikal. Kaedah Penggalian Jenis projek pembinaan yang dilakukan akan menentukan pemilihan kaedah penggalian samada penggalian peparit/Trenching, terowong/Tunneling atau Shaft. Daripada ketiga-tiga kaedah penggalian ini juga akan menentukan pemilihan peralatan dan jentera yang diperlukan untuk operasi. Operasi penggalian yang dilakukan tidak kira samada secara manual atau jentera perlu melalui langkah-langkah yang betul . Sebelum melakukan penggalian langkahlangkah berikut perlu diambil ; • Periksa pelan plot bagi perkhidmatan bawah tanah • Keseluruhan Kawasan kerja perlu diperiksa mengikut pelan perhkidmatan bawah tanah dan perlu di imbas menggunakan peralatan penghindar kabel yang diluluskan bagi memastikan kehadiran kabel elektrik dan perkhidmatan bawah tanah (pemasangan perpaipan) • Dapatkan permit kerja yng diperlukan dengan disokong oleh sijil penggalian.. Kerja-kerja penggalian yang dilakukan perlu mematuhi beberapa prosedur atau kaedah penggalian tanah yang ditetapkan dengan didahului kerja-kerja merancang tanda ukuran disekitar tapak bina. Langkah-langkah Penggalian yang perlu dilakukan: Rancang tanda ukuran bagi Penggalian


69 Mengenalpasti dan memilih peralatan menggali Penggalian secara manual biasanya memerlukan penggalian cetek kurang dari 1.5m di tanah lembut. Peralatan yang digunakan tidak melibatkan mesin atau jentera. i. Peralatan Penggalian Manual Spade atau shovel adalah alat tangan yang paling biasa diguna untuk keja –kerja menggali. Pelbagai jenis alat-alat mengali manual ditunjuk dalam rajah dibawah. Jenis-jenis spade/Shovel Jenis (a): Spade penggali tanah liat dengan bilah bulat yang boleh diguna untuk menggali kedua-dua jenis tanah iaitu tanah liat dan tanah loamy berat Jenis (b): Spade dengan bilah hujung persegi sesuai untuk memotong bahan gentian dan membuang tumbuhan rumpai (cth: tumbuhan liar dipermukaan tanah dan rumput) Jenis (c): Shovel Jurubina dengan sisi terbengkok ke atas bagi mengelakkan tanah dari tertumpah . Alat penggalian tangan paling efisien ,ideal bagi tugas umum dan membancuh. Type (d): Shovel berlengkuk dengan hujung berbentuk tirus . Ia bertujuan untuk mengendalikan kerja asphalt dalam industry pembinaan. Kurang sesuai untuk kerja-kerja menggali atau membancuh bahan. Type (e): pick-hoe sesuai diguna untuk menggali, memecah tanah keras dan berketul ketul. Amat efisien untuk tugas penggalian dan membancuh. Selain dari pick hoe, rajah disebelahnya adalah alat pickaxe dengan fungsi yang sama.


70 Spade atau shovel mengandungi batang pemegang dengan panjang dan saiz bilah yang berbeza . Bentuk standard spade ialah 29cm panjang dan 19cm lebar,sedangkan bilah shovel adalah 29cm panjang dan 24 cm lebar. Jenis Pemegang Spade dan shovel yang ditunjukkan dalam rajah membariskan tiga jenis pemegang yang berbeza. • Jenis (a); A Pemegang bentuk-T mempunyai binaan agak ringkas dan mudah patah. • Jenis (b): Berbentuk D yang boleh memberikan kawalan sepenuhnya ke atas spade atau shovel tetapi mempunyai jangkahayat terhad kerana tanggam pada pemegang sering terdedah kepada air yang boleh menyebabkan reput pramatang dan serpihan Pemasangan pin keluli juga boleh menyebabkannya berkarat ,lemah dan serpihan pada kayu. • Jenis (c): Pemmegang berbentuk ‘YD’ adalah paling selesa untuk dipegang.Saiznya yang lebih besar dari bentuk D. Memberi kawalan yang lebih baik dan paling efisien digunakan. Bagaimanapun ia paling mahal diantara ketiga-tiga jenis pemegang berban Melakukan Penggalian Secara Manual - Kaedah Penggalian manual Penggalian manual adalah penggalian dengan tangan menggunakan peralatan menggali menggunakan spade. Kaedah ini lebih sesuai untuk Penggalian Cetek. i. Menentukan aras dasar penggalian Seorang pekerja mestilah ditugaskan untuk membantu jentera menggali. Kebiasaannya aras dasar penggalian akan diukur dari permukaan platform. Kaedah mengukur boleh dibuat dengan menggunakan sebatang kayu yang telah ditandakan dengan kedalaman sesuatu penggalian tersebut. Aras yang sebenar akan ditentukan dengan menggunakan alat dumpy level kemudiannya.Kaji perincian pada pelan dan tentukan betul-betul kedalaman penggalian sebelum memulakan kerja. Satu point rujukan aras mestilah didapatkan dari juru ukur


71 sebelum memulakan kerja. Secara konvensional, level dipindahkan dengan menggunakan sesalur getah. Namun begitu penggunaan dumpy level adalah lebih praktikal kerana ianya tepat, cepat dan ringkas.Pada peringkat menentukan level sebenar penggalian, pembetulan kepada aras tersebut dibuat secara manual oleh pekerja dengan menggunakan cangkul. Dasar penggalian tersebut mestilah dipadatkan dan diratakan dengan mesin pemampat (compactor) Peralatan Penggalian Berjentera / Mesin-Mesin Penggalian Jentera yang digunakan untuk kerja-kerja penggalian meliputi kerja penolakan tanah (dozer) dan penggalian tanah dengan jengkaut (excavator). Terdapat 2 jenis jentera yang sesuai untuk kerja-kerja penggalian dalam iaitu Jengkaut (excavator) dan back hoe. Sekiranya kedudukan asas-asas berjauhan, mungkin penggunaan back hoe lebih sesuai di mana penggalian secara individu dapat dilakukan. Namun begitu jika kedudukan asas adalah rapat dan penggalian individu tidak mungkin dibuat, penggunaan Jengkaut (excavator) mungkin lebih praktikal.Harus diingat, dalam pemilihan jenis Jengkaut ini biarlah sepadan dengan kerja yang akan dibuat. Tidak guna menyewa Jengkaut berkapasiti besar sekiranya jengkaut yang kecil juga dapat mencapai kedudukan asas-asas tersebut. Bagi sesuatu kawasan yang besar, penggunaaan lori mungkin perlu untuk membawa keluar tanah yang digali supaya tidak mengganggu kerja-kerja membina asas. Namun begitu, keadaan ini dapat dielakkan dengan perancangan penggalian berdasarkan pergerakan jentera Jentolak (Bulldozer) Jentera jenis ini merupakan jentera paling lasak digunakan untuk menolak dan meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi,bertayar getah atau beroda. Disebelah hadapan dilengkapkan dengan peparang berhidraulik untuk kerja menolak, menorah,memotong dan meratakan tanah Jentolak (Bulldozer) Jengkaut (Excavator)


72 Jengkaut (Excavator) Jentera jenis ini digunakan untuk kerja menggali lubang, longkang dan peparit. Jengkaut didapati dalam pelbagai jenis yang popular seperti jenis jengkaut bajak belakang (back hoe), jengkaut seret (dragline) dan jengkaut serbaguna. Backhoe diperlengkapkan denan timba bergigi berukuran 0.13m3 hingga 1.6 m3 berjoran hidraulik sesuai di gunakan di ruang yang sempit, tanah lembut danmendaki bukit.Jengkaut beroda rantai perlu diangkut dengan trailer semasadipindahkan dari satu tapak ke tapak binaan yang lain. Jengkaut serbaguna beroda getah lebih kecil daripada jengkaut bajak belakang dan sangat popular untuk kerja – kerja binaan yang kecil dan sederhana. Penyelenggaraan Alat Alat Penggalian i. Bersih peralatan dan perkakasan pembinaan selepas menggunakannya. Mengelap dan menyingkirkan kekotoran berat adalah kunci untuk memanjangkan jangkahayat setiap peralatan selepas digunakan.. ii. Pastikan kord elektrik dilindungi daripada laluan penjalan kaki dan lintasan kenderaan pembinaan . Forklift atau sebarang mesin bermotor boleh memotong atau meronyokkan kord dan hos. Tutup kord elektrik dengan salut sarung/kasing. iii. Minyakkan alat-alat pneumatik/tekanan udara sebelum digunakan.Pemeluwapan dalam saluran udara /hos membentuk karat dalam alat-alat pneumatik. Salut komponen dalaman dengan minyak atau air-tool oil akan menyingkirkan lembapan dan terhindar dari karat.. iv. Periksa dan baiki semua peralatan atau perkakasan setelah selesai kerja.Lakukan semua pembaikan yang perlu untuk kerja-kerja pembinaan akan datang. Ini akan menggelakkan masa terbuang dengan membaiki peralatan yang sememang sudah rosak.


73 Rekod Kemajuan Kerja-Kerja Penggalian Merekodkan kemajuan kerja-kerja penggalian harian adalah amat penting. Pengurus projek bertanggungjawab memastikan rekod projek disimpan dengan data rekod kemajuan yang tepat dan mencukupi. Adalah lebih lengkap jika menambah data rekod dengan perjalanan dan situasi projek dengan lakaran,gambar/foto,rakaman video atau lain-lain kaedah yang sesuai. Pengurus projek dan lain-lain personel projek perlu merekodkan maklumat projek melibatkan: • Cuaca, personel kontraktor dan peralatan(termasuk senarai peralatan dan subkontraktor) • Lokasi dan deskripsi kerja serta kuantiti anggaran yang dilakukan pada hari bekenaan. • Ketibaan dan penghantaran peralatan major • Keadaan kawalan trafik dan laluan,juga merekodkan perubahan perubahan penting atau masaalah dengan kawalan trafik dan perkakasannya. • Komunikasi yang signifikan dengan kontraktor, khususnya melibatkan jadual kerja, kaedah kerja,bahan-bahan atau bayaran. • Arahan-arahan yang diberi kepada kontraktor. Pengurus projek perlu menghantar memo atau surat bagi mengesahkan instruksi lisan atau perjanjian yang dikeluarkan. • Merujuk kepada surat-surat penting,minit mesyuarat dan kehadiran, laporan,foto,perbualan telefon dan sebagainya. • Ketidaksefahaman dengan kontraktor berhubung dengan kualiti kerja atau prestasi termasuk kerja-kerja atau bahan yang ditolak. • Penangguhan, kesukaran,kemalangan,kerosakan utility dan lain-lain kondisi yang luar biasa. Huraikan factor atau keadaan yang boleh menghalang operasi kontaraktor dan sebab-sebab penangguhan.Juga masukkan masa yang tertangguh atau ringkasan kerja dan penerangan . • Perbandingan antara aktiviti kerja berjadual dan aktiviti kerja sebena. Jelaskan perbezaannya. • Hari-hari atau masa apabila tiada progres kerja atau tiada kerja dilakukan dan alasan-alasannya . Prosedur Keselamatan Risiko bahaya sering dihadapi oleh pekerja apabila menggali secara manual. Bahaya keruntuhan tanah dan tertimbus adalah bahaya utama penggalian manual Prosedur berikut perlu dipatuhi apabila menggali lubang atau peparit dalam.


74 Pekerja tidak seharusnya berada dalam lubang atau peparit melebihi kedalaman 1.5m kecuali dilatak penahan peparit.Kegagalan tanah untuk berada stabil disebabkan peresapan air menyebabkan keretakan tegangan pada permukaan dan sisi lubang menjadi kembung. Tupang Dan Penahan Peparit Tupang dan penahan peparit adalah binaan sementara yang sering digunakan untuk kerja menyokong. Bagi tupang, ia amat sesuai untuk menyangga tembok yang meretak dan memerlukan pembaikan atau menyangga struktur tertentu yang perlu diroboh. Penahan peparit pula sering digunakan dalam kerja-kerja penggalian tanah dimana tebing tanah yang digali mungkin perlu ditahan bagi mengelakkannya dari tertimbus semula. Takrif Tupang : Tupang adalah binaan sementara yang dibina bagi menyokong struktur bangunan yang kurang selamat sehingga ianya diteguhkan atau selamat untuk digunakan. Pekerja mengalami kecederaan teruk dan mungkin tertekap muka disebabkan tanah yang runtuh. Berat tanah melebihi 1m panjang parit dan 2 m dalam adalah kira kira 3 ton. 1. Kawasan tegangan menunjukkan tanah mula runtuh. 2. Satah gelinciran 3. Resapan sepanjang satah gelinciran menjejaskan kestabilan tanah


75 TUJUAN PEMBINAAN TUPANG : i. Bagi bangunan ia diguna untuk mencegah dinding-dinding (tembok) yang merbahaya daripada meretak atau menyebabkan bertambahnya tanda-tanda keruntuhan. Ia boleh berperanan menyokong struktur seperti rasuk dan lantai semasa tiang atau tembok dirobohkan. Dalam situasi ini penyokong tegak diperlukan sebagai penyokong sementara menggantika tiang atau tembok tersebut. ii. Menyokong kestabilan struktur . Apabila terdapat kegagalan pada dinding atau tembok, nyatalah struktur telah menerima beban atau tujahan yang berlebihan dan tidak dapat menahannya lagi. Oleh yang demikian, suatu penyokong diperlukan dan tupang hendaklah disediakan untuk mengukuhkan struktur tersebut. iii. Bagi peparit ia berguna semasa kerja-kerja penggalian untuk menyokong tanah dari runtuh. JENIS-JENIS TUPANG : Terdapat 3 jenis tupang: i. Tupang Sadak (Raking Shore) ii. Tupang Lintang ( flying Shore) iii. Tupang Pugak atau tupang Mati (dead shore) i. TUPANG SADAK : • Mengandungi kepingan kayu yang ditempatkan dalam keadaan condong dengan satu hujung bersandar pada permukaan dinding yang rosak dan hujung yang satu lagi di atas tanah. • Sudut yang mudah dan baik untuk kegunaan praktikal ialah 60° yang boleh diubah-ubah kepada 75°. • Ianya didirikan dalam rangka-rangka atau sistem dan bertujuan untuk menahan dinding runtuh keluar. • Ianya tidak digunakan untuk memberi sokongan tepat kepada mana-mana bahagian struktur. • Hujung sebelah bawah tupang ini disokong dengan pengalas condong yang tertanam teguh di dalam tanah untuk menyebarkan tekanan kepada tanah dengan selamatnya, • Sistem tupang ini boleh dirapatkan lagi dengan penebat-penebat yang dipaku pada sebelah tepinya. Ini memberikan lagi keteguhan sisian kepada tupang-tupang dan mengikatnya sekali kepada satu rangka yang bersatu.


76 Rajah menunjukkan kecondongan tupang ditentukan mengikut kedudukan lantai dengan galas tembok,lantai dengan galas plat tembok dan lantai selari dengan tembok ii. TUPANG LINTANG/UFUK : • Terdiri daripada tupang Tunggal dan Tupang Berganda. Tupang Tunggal mempunyai satu tupang lintang dan tupang berganda mempunyai dua tupang lintang, atas dan bawah. • Digunakan untuk menyokong dua tembok yang bertentangan apabila salah satu atau kedua-duanya menunjukkan tanda-tanda kerosakan. • Jarak maksimum yang boleh disokong oleh tupang ini adalah lebih kurang 10-12 meter. Bagi jarak yang lebih dari ini, tupang ufuk berganda digunakan.


77 • Satu tupang mengandungi sebatang kayu yang dipasangkan antara dua tembok yang hendak disokong dengan hujungnya menyandar pada pendinding yang dipasang kepada dinding tersebut. Ini diteguhkan dengan tupang-tupang condong di atas dan di bawah kepada setiap hujung. iii. TUPANG PUGAK ATAU TUPANG MATI • Sistem tupang pugak ini digunakan apabila sebahagian daripada dinding bangunan dibuka, dinding di bahagian atas hendaklah disokong sementara kerja-kerja pembinaan di bawahnya diteruskan. • Ia juga berfungsi untuk menyokong bangunan di sebelah atas semasa mendalamkan asas bangunan yang sedia ada atau menggantikan asas yang lama dengan asas yang baru yang boleh menerima beban yang lebih besar. • Dalam sistem ini, jejarum dimasukkan melalui dinding-dinding dan disokong oleh tupang-tupang pugak. • Tupang pugak ini hendaklah didirikan pugak di atas pengalas atau pelapik yang mempunyai asas yang padat. • Hendaklah diperhatikan bahawa tupang-tupang yang digunakan adalah cukup kuat untuk menanggung beban binaan dan dapat menyebarkannya sama rata ke tanah. Ini dilakukan dengan menggunakan pelapik yang cukup lebar bagi tanah-tanah yang agak lembut. Rajah menunjukkan Tupang Lintang Tunggal


78 • Tupang tegak merupakan sebatang tiang dan oleh kerana ia membawa beban yang sangat berat, tupang ini tertakluk kepada tegasan yang besar. Bagi tupang yang tertakluk kepada tegasan yang besar, kegagalan mungkin boleh berlaku. Oleh itu, nisbah yang betul mestilah dipelihara antara panjangnya dan ukuran kelilingnya. PENAHAN PEPARIT 2.10.3 Takrif Penahan Peparit Ialah binaan sementara terdiri daripada kayu atau keluli yang dibina disebelah tebing peparit atau lubang bagi tujuan menahan tanah tebing khususnya tanah lembut atau berpasir dari runtuh. Cara menahan peparit atau lubang yang diamalkan bergantung kepada tiga factor; i. Keadaan dan sifat tanah ii. Tekanan yang perlu disokong iii. Kedalaman peparit atau lubang iv. Aras air bumi/ Water table level v. Cuaca semasa kerja tersebut dijalankan Rajah menunjukkan kaedah binaan tupang pugak/tupang mati yang sedang menyokong struktur atas


79 Bagaimanapun bagi tanah yang keras dan kedalaman peparit atau lubang yang digali tidak melebihi 1m , penahan peparit tidak diperlukan.Bagi tanah liat ,sokongan tidak diperlukan sehingga kedalaman 1.5m Tujuan pembinaan penahan peparit : i. Untuk menahan tebing perparitan daripada runtuh dan menutup parit atau lubang yang digali sebelum kerja-kerja pembinaan siap dijalankan ii. Bagi tujuan keselamatan pekerja yang berkerja di dalam peparit. Rekabentuk Penahan Peparit Pembinaan penahan peparit cetek boleh dilakukan dengan 4 cara mengikut jenis dan keadaan tanah iaitu: i. Untuk tanah keras ii. Untuk tanah mampat serta kukuh iii. Untuk tanah gembur iv. Untuk taanah lembik Jarak minimum diantara tupang yang merentangi peparit hendaklah dihadkan kepada 1.8m supaya tidak menganggu kerja-kerja didalam peparit . Kaedah Sokongan i. Tanah keras- Rembat Penyokong/Stay Bracing Bagi penggalian melebihi 1.5 dalam tanah liat padat, biasanya mencukupi menggunakan sistem tahanan terbuka. Penyendal antara papan penahan/poling board dipasang secara pugak pada jarak 1.8m adalah bersesuaian bagi pekerja selesa berkerja didalamnya.


80 ii. Tanah mampat serta kukuh - Rembat Penyokong/Stay Bracing Untuk tanah mampat dan agak lembut,adalah perlu menggunakan papan penahan yang dipasang lebih rapat bagi mengelakkan tebing peparit antara penyendal runtuh. Bagi menyokong kayu penahan,susur penahan /walling dipasang melintang peparit atau papan penahan. Kaedah pemasangan adalah sama seperti penahan peparit tanah keras. Bezanya pada bilangan papan penahan lebih banyak kerana jarak pemasangannya lebih rapat. iii. Tanah Gembur /berpasir- Penahan Kotak melintang/ Box Horizontal Sheeting Bagi peparit pada tanah gembur berpasir, adalah perlu menggunakan papan penahan/sheeting dengan dipasang rapat melintang menutupi keseluruhan teping peparit. Papan penahan ini diperkuatkan kedudukannya dengan sokongan penahan tegak. iv. Tanah Lembik/longgar- Penahan Kotak Pugak /Box Vertical Sheeting Tanah lembik memerlukan papan penahan yang dipasang rapat antara satu sama lain. Berbeza cara pemasangan papan penahan pada peparit tanah gembur, papan penahan untuk tanah lembik dan longgar ini dipasang berdiri dan disokong melintang peparit dengan penyendal.


81 2.10.4 REKABENTUK DAN JENIS TERKINI DALAM SiSTEM TUPANG PENAHAN PEPARIT – ➢ Sistem Penahan Peparit Aluminium Unit tupang aluminium mempunyai sokongan tebing sehingga kedalaman peparit 1.75m, sangat lazim digunakan untuk meletak saluran gas dan air.Bagi tupang penuh, panel –panel dihubungkan dengan pepasang dan pin-pin ➢ Jenis-jenis Tupang Terkini - Tupang Pneumatic/hidraulik - Tupang Jek berskru ➢ Aplikasi tupang hidraulik aluminium pada peparit cetek Sistem sokongan hidraulik biasa digunakan bagi menyediakan sokongan sementara atau sokong yang boleh bergerak sementara sokongan lain (timbering) dipasang padanya. Apabila peparit telah ditupang sepenuhnya,sistem sokongan hidraulik ini perlu ditanggalkan bagi menggelakkan kerosakan.


82 2.10.5 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK Secara lazimnya, terdapat dua jenis cerucuk yang biasa digunakan dalam bidang pembinaan iaitu : (i) Cerucuk Spun (berbentuk bulat) Biasanya cerucuk spun dipotong menggunakan Diamond Cutter. Ini kerana pemotongan dengan kaedah ini lebih selamta dan kurang risiko jika dibandingkan dengan pemotongan Hacker. Ia juga boleh mengelakkan kerosakan pada cerucuk spun yang sememangnya mudah rosak jika disalah potong. (ii) Cerucuk RC (berbentuk segiempat) Cerucuk RC biasanya dipotongan dengan menggunakan Hacker. Ini kerana cerucuk RC tidak mudah rosak.


83 Pekerja sedang memotong cerucuk Pekerja sedang membantu untuk mengalihkan lebihan cerucuk menggunkan kren Cerucuk yang telah dipotong Pemotongan cerucuk adalah proses mengerat dan menyingkirkan cerucuk konkrit terlebih yang telah ditanam dilokasi tapak bina. Melalui kaedah penggunaan mesin, yang dapat memegang kedudukan cerucuk dengan kemas bagi membenarkan sebarang sudut incision disamping memudahkan penyingkiran bahagian yang tidak diperlukan dengan selamat. • Cerucuk perlu dipotong pada jarak spesifik.panjang yang dipotong perlu mencukupi bagi membolehkan penyingkiran semua bahan yang musnah.Shell keluli atau sarung konkrit untuk cerucuk konkrit tung ditempat/ in situ perlu dipotong pada jarak menegak spesifik sebelum diisi dengan konkrit.


84 • Cerucuk konkrit Pratuang dan sarung konkrit perlu dikerat dalam kaedah yang boleh menghindari kerosakan kepada bahagian cerucuk yang lain atau sarung atau kepada tetulang yang terunjur yang diperlukan bagi menyambung cerucuk kepada struktur • Cerucuk kayu yang kepalanya perlu ditutup dengan cap perlu dipotong dengaan tepat supaya galasan yang tepat diperolehi dan tidak memerlukan pelapik/shims Cerucuk yang sudah ditanam sebelum dikerat Alat-alat mengerat: Kaedah Automatik - Hydraulic pile breaking Kaedah ini melibatkan penggunaan perkakasan hidraulik dipanggil beavers yang memecahkan cerucuk pada arah melintang bersudut tepat dengan paksi cerucuk. Melalui kaedah ini Cerucuk di mampat dengan dua rahang hidraulik yang memberi mampatan seragam pada empat sisi cerucuk. Daya menegak selari dengan paksi memanjang cerucuk dikenakan bagi melengkapkan proses keratin. Hand-held Cut-off Saw Cut-off Saw Jackhammer Heavy Pneumatic Breaker


85 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK (PILECAP) Selepas kerja pemotongan cerucuk, kerja pembinaan yang seterusnya ialah kerja pembinaan pilecp. Pilecap dibina sebelum pembinaan rasuk tanah. Pilecap ini dibian dari konkrit bertetulang. Jenis gred konkrit yang digunakan dalam pembinaan pilecap ialah G25 nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:1½:3 dan jenis simen yang digunakan ialah simen Portland biasa. Kerja penimbusan tanah untuk menutupi pilecap dijalankan selepas kerja pemotongan cerucuk selesai. Kerja penimbusan ini dilakukan dengan berhatihati untuk mengelakkan kerosakan pada pilecap. Konkrit alas mengandungi batu baur, pasir dan simen yang dibancuh dengan sebati dan dicampur air. Prosedur yang digunakan untuk menempatkan konkrit alas adalah sama seperti mana proses konvensional penuangan konkrit. Penempatan konkrit alas amat perlu terutama dalam kerja pengkonkritan struktur bawah seperti asas,rasuk bawah dan lantai bawah padu. 2.10.6 KONKRIT ALAS/ LEAN CONCRETE i. Konkrit alas dibuat dengan kadar bancuhan simen yang rendah. Ini bermakna bancuhannya tidak sekuat seperti mana bancuhan konkrit normal. Bancuhannya juga boleh menggunakan bahan konkrit yang standard. Keadaan ini menjadikan konkrit alas lebih murah, mudah dibuat dan digunakan. ii. Bancuhan konkrit alas melibatkan penggunaan batu baur , kandungan simen dan air yang rendah. iii. Bahan dilapis tanpa sambungan selain dari sambungan binaan,dimampat dan diawet. Pile Beaver


86 Kegunaan : i. Ia digunakan dalam ruang dimana sokongan dan kekuatan tidak kritikal. Kontraktor mungkin menggunakan konkrit alas bagi memenuhi ruang atau sambungan dan bukan untuk tugasan struktur. Ini boleh membantu mengurangkan kos bagi keseluruhan projek pembinaan. Bancuhan ini juga lebih cair berbanding konkrit biasa. ii. Menyediakan permukaan yang rata bagi menerima besi tetulang dan struktur asas utama seperti asas rakit, asas pad , lantai bawah padu dan sebagainya ditempatkan. iii. Bagi melindungi asas utama daripada tanah dibawahnya yang menjejaskan dan melemahkan konkrit disebabkan kelembapan atau bahan kimia dalam tanah seperti sulfat. iv. Menyediakan permukaan yang teguh bagi memastikan lapisan membrane kalis lembab tidak terkoyak disebabkan batu kelikir tajam. Jika lapisan membran terkoyak, lembapan dari bawah tanah akan menyerap melalui tindakan kapilari dan boleh menyebabkan lantai bawah basah atau lembab. v. Menghindari dari berlaku mendapan yang boleh menyebabkan tiangnya tenggelam dan memberi kesan kepada arasnya. Komposisi • Konkrit alas / Lean concrete terdiri dari bancuhan simen Portland, batu baur halus dan air dengan nisbah bancuhan yang sesuai . • Nisbah bancuhannya adalah pelbagai. Nisbah atau ratio bancuhan nominal adalah 1:3:6 / 1:4:8 / 1:5:10 / 1:8:16 diletak dibawah asas konkrit. Bagaimanapun melalui ekperimen pembinaan sebenar yang nisbah 1:8:16 mampu mengurangkan kos pembinaan asas konkrit.


87 Rajah dibawah menunjukkan keratan asas dengan lapisan konkrit alas dibawahnya. 2.11 TIANG TUNGGUL Tunggul tiang merupakan komponen sub struktur yang pugak dimana ia ialah komponen tiang yang berada di bawah tanah juga dikenali sebagai Column Stump. Apakah Tunggul Tiang? Tunggul tiang dibina di atas tukup cerucuk dan terus bersambung dengan tiang bangunan. Tujuan Tukup Cerucuk. Tunggul tiang merupakan komponen yang memindahkan beban daripada rasuk dan bumbung ke tukup cerucuk dan terus ke cerucuk dan tanah dibawahnya.


88 2.11.1 Membina Tunggul Tiang • Tunggul tiang dibina di atas tukup cerucuk dengan menggunakn konkrit bancuhan 1:3:6. • Tetulang bagi tunggul tiang disediakan terlebih dahulu. • Kotak acuan bagi tunggul tiang disediakan dan dikukuhkan pada kedudukannya. • Konkrit dituang kedalam acuan. 2.11.2 GAMBARAJAH TUNGGUL TIANG Rajah: Kumpulan-kumpulan Cerucuk


89


90 2.12 KERJA PEMBINAAN RASUK BUMI Dalam Pembinaan bangunan, struktur rasuk bumi berada diparas ketiga selepas struktur asas dan stump. Rasuk bumi dibina di atas tiang tunggul / stump yang perlu diunjurkan 1'-0" bagi memudahkan febrikasi tetulang. Oleh itu kotak bentuknya perlu dibina dan didirikan di atas tiang tunggul / stump yang menyokongnya. Pembinaannya memerlukan penyediaan ruang yang teliti di mana ruang kedudukan rasuk dibersihkan, dibuat peparit dan mungkin perlu dibina dalam peparit yang disediakan tersebut. 2.12.1 Prinsip Pembinaan Kotak Bentuk Rasuk Bumi Prinsip pembinaan kotak bentuk rasuk bumi memerlukan penelitian secukupnya sebelum kotak bentuk difebrikasi menutupi besi tetulang berkenaan. Beberapa kaedah perlu dipatuhi bagi menghasilkan kualiti struktur yang baik. Di antara kaedah yang perlu diberi perhatian adalah : • Besi t tetulang dari tiang tunggul / stump perlu diunjur keluar supaya besi tetulang tiang dan besi tetulang rasuk bumi yang difebrikasi melintang di atas stump dapat diikat dan dikemaskan posisinya. • Terdapat dua cara mendirikan kotak bentuk iaitu sama ada mendirikannya setelah besi tetulang siap di tempat dan dipasang pada posisinya sepenuhnya atau mendirikan kotak bentuk terlebih dahulu diikuti pemasangan besi tetulang. • Setelah siap pemasangan besi tetulang pada posisinya, kotak bentuk didirikan pada kedua-dua belah sisi rasuk. Kedudukannya perlu betul-betul kemas, rapat dan teguh bagi mengelakkan kehilangan air konkrit yang boleh menyebabkan honey combing. • Pembinaannya mestilah kuat dan kukuh untuk menahan getaran semasa kerja–kerja pemadatan konkrit dijalankan. 2.12.2 Reka Bentuk Rasuk Tingkat Bumi Dan Komponen-Komponen Kotak Bentuk Komponen kotak bentuk terdiri daripada dua unit pampan acuan / sisi yang dirikan antara sisi ke sisi jarak mengikut ketebalan rasuk yang ditetapkan. Reka bentuk kotak bentuk: • Reka bentuk dan posisi rasuk bergantung pada reka bentuk bangunan di atas pelan. • Ketinggian / kedalaman pampan tepi sebelah luar bagi Rasuk Sisi bangunan direka lebih tinggi dari pampan tepi sebelah dalamnya. Ia bertujuan menerima atau menampung ketebalan lantai yang akan bergabung dengan rasuk.


91 • Bagaimanapun kaedah ini tidak tetap bergantung pada kehendak pelan. Sekiranya lantai bawah padu perlu dibina bersebelahan rasuk (tidak bergabung) maka ketinggian kedua-dua pampan tepi acuan adalah sama. • Jika struktur lantai, rasuk dan tiang bergabung maka reka bentuknya perlu disesuaikan dengan pemasangan dan posisi besi tetulangnya. 2.12.3 Mendirikan Kotak Bentuk Rasuk Bumi Teknik mendirikan rasuk bumi adalah pelbagai mengikut kesesuaian kerja, lokasi dan posisi rasuk. Terdapat dua cara pemasangan berpandukan gambar rajah di bawah iaitu: (a) Dilakukan dengan memasang dan meletak tetulang di sepanjang kedudukannya terlebih dahulu kemudian diikuti dengan memasang pampan tepi acuan. (b) Mendirikan pampan tepi acuan terlebih dahulu dan diikuti dengan memasang dan meletak besi tetulan


92 2.12.4 Persediaan awal mendirikan kotak bentuk Rasuk Bumi Sebelum mendirikan kotak bentuk berkenaan, beberapa penentuan perlu dilakukan bagi melancarkan kerja. Apa yang perlu adalah dengan merujuk dan mentafsir pelan projek yang melibatkan binaan rasuk bumi. Berdasar reka bentuk kotak bentuk : Jika binaan rasuk bumi melibatkan kombinasi besi tetulang antara struktur lain, maka pembinaan kotak bentuknya perlu disesuaikan dengan tetulang struktur berkenaan seperti tetulang lantai, tetulang rasuk dan tetulang tiang. I. Bagi struktur lantai yang digabung dengan rasuk bumi (rasuk sisi), Pampan acuan sisi di sebelah luarnya akan lebih tinggi bagi menampung ketebalan lantai. II. Bagi struktur tiang yang digabung dengan rasuk bumi, tempatkan kotak bentuk tiang mengelilingi besi tetulang tiang stump sedia ada. Sangga dan topangkan pampan yang didirikan bagi mengukuhkan kedudukannya III. Jika binaannya tidak melibatkan kombinasi maka saiz tinggi pampan acuan perlu dibina sama tinggi. Oleh itu buat penentuan dan penetapan reka bentuk kotak terlebih dahulu. (a) Menunjukkan besi tetulang didirikan di sepanjang posisinya, tiada kotak bentuk kelihatan didirikan di peringkat ini. (b) Menunjukkan kotak bentuk yang siap dipasang, besi tetulang diletak di sepanjang posisinya, dengan ditahan oleh beloti.


93 Peraturan Keselamatan Pembinaan Kotak Bentuk i. Pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina kotak bentuk mengikut penentuan-penentuannya. Elakkan dari menggunakan bahanbahan cacat ii. Pemasangan kotak bentuk mestilah kukuh, disokong dengan tegak menggunakan papan pengalas dan baji pada kaki jermang / tiang. iii. Semua jermang / tiang hendaklah dipasak dengan rembat dan topang. iv. Lakukan pemeriksaan sebelum menuang konkrit ke dalam kotak bentuk bagi memastikan kekukuhannya. v. Kawasan pembinaan kotak bentuk hendaklah dipagar. vi. Permukaan dalaman kotak bentuk hendaklah disapu minyak, air sabun atau cat kapur supaya konkrit tidak melekat dan menyukarkan kerja-kerja menanggal nanti. vii. Basahkan pampan acuan dengan air supaya ia tidak menyerap terlalu banyak lembapan dari konkrit basah. viii. Jangan biarkan bahan-bahan tidak terpakai, alat-alat dan sampah sarap berselerak. ix. Papan tanda amaran mengutamakan keselamatan hendaklah dipamerkan. Rujukan: 1. Mohd Nasarudin Ali (2015). Asas Pengurusan Pembinaan. IBS Buku Sdn. Bhd. 2. R. Barry (2007). Kursus Seni Bina Jiid 1. IBS Buku Sdn. Bhd. 3. Jahiman Badron (2015). Teknologi Binaan Bangunan. IBS Buku Sdn. Bhd. 4. Zuklifi Hanafi (2009). Reka Bentuk Bangunan Dalam Iklim Panas dan Lembap di Malaysia. Amber-Solara Publication. 5. A.M Neville & J.J Brooks (2012). Teknologi Konkrit. ITBM


Click to View FlipBook Version