The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezzahjamilyn12, 2023-11-21 23:17:10

MODUL DCA 2232 BUILDING CONSTRUCTION 1

MODUL DCA 2232 BUILDING CONSTRUCTION 1

94 LATIHAN 1. Senaraikan jenis-jenis penggalian ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………….. 2. Jelaskan tujuan pembinaan penahan peparit dalam pembinaan ……………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………….. 3. Jelaskan maksud konkrit alas dalam sesebuah pembinaan ……………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………..


95 Jawapan 1. Senaraikan jenis-jenis penggalian ➢ Oversite ➢ Pengurangan Aras (Reduce Level) ➢ Penggalian Peparit 2. Jelaskan tujuan pembinaan penahan peparit dalam pembinaan ➢ Untuk menahan tebing perparitan daripada runtuh dan menutup parit atau lubang yang digali sebelum kerja-kerja pembinaan siap dijalankan ➢ Bagi tujuan keselamatan pekerja yang berkerja di dalam peparit. 3. Jelaskan maksud konkrit alas dalam sesebuah pembinaan ➢ Konkrit alas dibuat dengan kadar bancuhan simen yang rendah. Ini bermakna bancuhannya tidak sekuat seperti mana bancuhan konkrit normal. Bancuhannya juga boleh menggunakan bahan konkrit yang standard. Keadaan ini menjadikan konkrit alas lebih murah, mudah dibuat dan digunakan. ➢ Bancuhan konkrit alas melibatkan penggunaan batu baur , kandungan simen dan air yang rendah. ➢ Bahan dilapis tanpa sambungan selain dari sambungan binaan,dimampat dan diawet


96 BAB 3 INFRASTRUCTURE WORK


97 PENGENALAN Kerja tanah adalah kerja-kerja kejuruteraan yang memfokuskan terhadap kerja memproses bahagian permukaan tanah serta melibatkan kuantiti tanah atau batu yang terdapat di tapak binaan. Kerja tanah dilakukan untuk mendapatkan aras pembentukan sebagaimana rekabentuk di dalam lukisan dan juga untuk kerja pengorekan. Juruukur berlesen dilantik bagi memastikan ketepatan aras pembentukan di tapak. Kerja tanah perlu diawasi dengan sempurna kerana kecuaian akan melibatkan kerugian masa, kos dan juga nyawa. Banyak kerja yang dilakukan perlu menggunakan jentera dan mesin kerana dapat menjimatkan masa dan kos. Pelan topo dan cadangan aras yang disediakan oleh juruukur perlu mendapat kelulusan daripada pegawai penguasa sebelum kerja dilaksanakan. Kerja tanah yang tidak sempurna boleh menyebabkan tanah runtuh, hakisan tanah dan banjir lumpur, pemendapan di kawasan rendah di sekitar atau tanah yang dimajukan, longkang tertimbus dan menyebabkan system aliran sedia ada terganggu, system lalu lintas tergendala, kerosakan harta benda dan tanaman. Masalah yang timbul akan mengganggu kelancaran pelaksanaan pembinaan. Pematuhan syarat daripada Jabatan Alam Sekitar berkaitan dengan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) hendaklah dilaksanakan sebelum kerja tanah dimulakan. Sempadan projek perlu ditandakan dengan betul menggunakan papan tanda “kenderaan berat keluar masuk” bagi memaklumkan kepada orang awam supaya berhati-hati semasa melalui kawasan pembinaan. Kontraktor juga perlu memastikan pemborong tanah mempunyai permit dari Pejabat Tanah dan Galian Tempatan bagi mengelakkan kes perundangan. Kenderaan dan jentera yang keluar dari kawasan pembinaan hendaklah bersih dengan menyediakan takungan air cucian di laluan keluar tapak pembinaan.


98 3.1 Aktiviti Kerja Tanah 3.1.1 Pembersihan Tapak perlu dibersihkan daripada semak samun dan pokok dengan cara menumbangkan dan memotong akar pada arah bertentangan dengan arah pokok tumbang. Selepas itu, potong pula akar pada kedua-dua sisi pokok tersebut yang bersudut tepat dengan potongan pertama. Lapisan tanah atas perlu dikikis (strip) sedalam antara 150mm hingga 300mm. tanah yang dikikis dilonggokkan di tepi tapak untuk digunakan. Kerja perobohan bangunan dan pembersihan tapak perlu dilakukan oleh kontraktor kecil. Batu besar di tapak perlu dikeluarkan menggunakan jentolak atau letupan. 3.1.2 Pengorekan Aktiviti pengorekan bermaksud pemotongan tanah di tapak untuk mendapatkan aras pembentukan. Pemilihan penggunaan jentera atau tenaga manusia bergantung pada kuantiti pengorekan. Kerja pengorekan terbahagi kepada beberapa jenis di antaranya adalah: a. Pengorekan tanah permukaan (topsoil excavation) Penyingkiran lapisan permukaan bumi, termasuk tumbuh-tumbuhan memandangkan lapisan tanah atas mempunyai kandungan lembapan yang lebih kerana berfungsi sebagai penyokong pertumbuhan pokok-pokok b. Pengorekan tanah (earth excavation) - Kerja penyingkiran lapisan bawah tanah permukaan - Pengorekan tanah ini dibuat bagi pembinaan asas, tambak dan biasanya mudah dipindahkan c. Penggalian kotoran (muck excavation) Penyingkiran bahan yang mengandungi jumlah air yang berlebihan serta tanah yang tidak diperlukan


99 d. Penggalian bahan tidak terkategori (unclassified materials excavation) e. Penggalian saliran atau struktur (drainage or structure excavation) Antara jentera yang digunakan untuk kerja pengorekan adalah : Nama Jentera Keterangan Jentolak Dilengkapi dengan plat logam besar dan bilah pada bahagian depannya yang digunakan untuk menolak dan meratakan tanah sehingga bilah tersebut penuh. Tanah di dalam bilah ditolak dan dilonggokkan di tepi tapak sebelum diangkut ke tempat lain. Turut dilengkapi dengan alat pemecah di bahagian belakang bagi memecahkan tanah yang keras. Terdapat dua jenis iaitu roda getah dan trek keluli. Trek keluli mempunyai cengkaman yang lebih kuat dan boleh beroperasi pada kawasan yang curam dan lebih tinggi. Jentolak roda getah pula dapat bergerak lebih laju dan boleh digunakan untuk pemadatan tanah. Jengkaut Badan belakangnya dilengkapi dengan pencakar (riper) dan bilah pengaut di hadapannya untuk melonggarkan bahan atau permukaan tanah yang padat. Digunakan untuk mengorek bahan yang lembut hingga sederhana keras dan memunggahnya ke jentera pengangkut. Tali seret, pengorek kaut dan penyodok juga boleh membantu kerja pengorekan Backhoe Loader Banyak kegunaannya sepanjang kerja pembinaan seperti kerja meroboh berskala kecil, pengangkutan bahan pembinaan, mengorek lubang dan peparit, kerja landskap, memecah batu dan kerja menurap jalanraya Penghentak / Pemadat getar / Penggelek Getar / Penggelek Roda Keluli Licin Digunakan untuk kerja memampat tanah


100 Dump Truck / Lori Jentera pengangkut bahan binaan dari satu tempat ke satu tempat. Pemilihan dibuat berdasarkan muatan yang dapat diangkut dan kelajuan bergerak di tapak. Pencerun Bermotor Mencerun permukaan tanah Jadual 1 : Jentera dan keterangan kerja tanah yang dicadangkan Rajah 1 : Kerja pemotongan dan penambakan Aras pembentukan ialah aras yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menambak tapak bagi menempatkan bangunan yang dicadangkan. Proses penambakan tanah dilakukan dengan membawa tanah menggunakan lori dan dicurahkan di kawasan rendah. Proses ini dilakukan sehingga tahap ketinggian berdasarkan reka bentuk jurutera atau pelan dicapai. Tanah penambakan perlu diratakan dengan jentolak. Tapak yang telah dipotong biasanya telah sedia padat manakala tapak yang ditambak perlu dipadatkan terlebih dahulu. 3.1.3 Pemunggahan / Pengangkutan / Penuangan Aktiviti ini melibatkan pemunggahan dan pengangkutan sekiranya tanah yang dikorek perlu dikeluarkan daripada tapak ke kawasan yang dibenarkan atau digunakan untuk menambak tanah kawasan yang lebih rendah. Jentera yang terlibat dalam aktiviti ini ialah jengkaut dan lori. Lapisan atas atau top soil boleh diletakkan di suatu tempat dalam kawasan projek untuk digunakan bagi tujuan melandskap.


101 3.1.4 Pemadatan Kawasan yang ditambak perlu dipadatkan bertujuan untuk meningkatkan ketumpatan tanah yang longgar. Proses ini dapat memaksa butiran tanah menjadi rapat seterusnya mengeluarkan udara dan air daripada tanah seterusnya dapat meningkatkan keupayaan galas tanah, mengurangkan kebolehmampatan, mengurangkan kebolehtelapan dan hakisan. Proses pemadatan dilakukan secara berperingkat mengikut lapisan demi lapisan. Tanah yang longgar akan dituang dan direbakkan dalam lapisan setebal 150mm hingga 250mm. sebelum dipadatkan, tanah perlu diberi kelembapan yang optimum yang berfungsi sebagai bahan pelincir dalam proses pemadatan. Rajah 2 : Ujian Pemadatan Tanah Rajah 3 : Jentera pemadatan


102 3.1.5 Pencerunan Pencerunan merupakan proses untuk mendapatkan permukaan mengikut bentuk dan kecerunan yang dikehendaki dalam pelan. Ia melibatkan proses merata dan melicinkan permukaan dan biasanya akan segera ditanam dengan rumput rapat atau jarang bagi mengelakkan hakisan. Panduan Mereka Bentuk Cerun (Guideline for Slope Design) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Cawangan Cerun hendaklah digunakan dalam merekabentuk cerun di tapak binaan. Aktiviti pencerunan ini bertujuan mendapatkan bentuk cerun yang selamat dan bersesuaian dengan jenis tanah. Kolam pemendapan perlu disediakan di tapak supaya tidak berlaku banjir lumpur di sekitar projek pembinaan. Rajah 4 : Kerja pencerunan Rajah 5 : Perlindungan cerun daripada hakisan


103 Rajah 6 : Rumput rapat untuk mengelakkan hakisan tanah 3.2 Kerja sementara Merupakan satu bahagian kerja awalan yang dilakukan untuk memberikan segala bentuk kemudahan dan keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar dilakukan. Ianya dijalankan selepas kerja-kerja penyediaan tapak selesai. Susun atur tapak bina perlu dibuat : 3.2.1 Laluan sementara Untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran bahanbahan, peralatan dan sebagainya ke tapak bina. Laluan yang dikenalpasti biasanya akan ditabur batu sebagai asas jalan dan apabila kerja-kerja telah selesai barulah jalan itu disempurnakan. Jalan masuk dan keluar sebaiknya satu laluan sahaja. Papan tanda penunjuk perlu dipasang bagi memudahkan pergerakan kenderaan dan jentera. Kedudukan kemudahan seperti paip air, peparit dan jarak dengan binaan perlu disusun dengan baik supaya tidak menghalang pergerakan jentera-jentera. 3.2.2 Pejabat, stor dan tempat tinggal sementara Bagi projek besar yang memakan masa agak lama untuk disiapkan, pejabat sementara, tempat tinggal pekerja, kantin, stor penyimpanan bahan binaan, jentera serta peralatan dan tempat berteduh diperlukan. Stor-stor harus terkawal dan diletak berhampiran dengan pejabat tapak. Lazimnya ia dibuat daripada kabin berkunci. Kantin dan kemudahan kebajikan seperti ruang solat dan istirehat juga perlu diadakan.


104 3.2.3 Lindungan sementara, papan iklan, pagar adangan (hoarding) Berfungsi untuk menandakan sempadan tapak binaan dan menghalang daripada pencerobohan oleh manusia dan haiwan. Pagar adangan mestilah dibina dengan kukuh dengan ketinggian minimum 1.80 meter. Dinding adang merupakan sejenis pagar yang dibina daripada beberapa jenis bahan seperti papan, dek keluli dan plastic. Selain itu ia dapat melindungi dan memberikan pemandangan yang cantik kepada orang awam. Bagi kawasan berhampiran dengan laluan awam, pelantar pelindung kepala perlu disediakan bagi menahan sebarang objek daripada menimpa orang awam. Kontraktor juga hendaklah mengadakan, mendirikan, mengecat dan menyenggara papan tanda dalam Bahasa Melayu seperti yang diarahkan dan diluluskan oleh Pegawai Penguasa dan ianya perlu didirikan di tempat yang jelas dilihat Rajah 7 : Contoh pagar adangan (hoarding) Rajahb 8 : Papan iklan informasi projek pembinaan


105 3.2.4 Bekalan air dan sistem saliran Pembinaan system saliran perlu mengambil kira beberapa perkara antaranya jumlah air hujan, air yang dating dari kawasan sekitar, system saliran di luar kawasan dan system saliran yang kekal dibina. Ia bertujujan memastikan kawan pembinaan sentiasa kering bagi memberi keselesaan kepada pekerja dan jentera semasa kerja pembinaan dijalankan. Perangkap kelodak hendaklah disediakan secara berperingkat dan hanya air bersih yang dilepaskan ke saluran di luar kawasan pembinaan. Rajah 9 : Kesan sistem saliran yang kurang sempurna 3.2.5 Lampu dan kuasa untuk kerja Kegunaan tenaga kuasa ini bertujuan untuk mengendalikan peralatan-peralatan mesin dan juga pemasangan lampu pada waktu malam bagi tujuan keselamatan. 3.3 Retikulasi Air Retikulasi air adalah satu rangkaian pengagihan air yang dihantar kepada pengguna melalui tangki-tangki simpanan. Matlamat pengagihan air adalah untuk membekalkan air yang boleh diminum pada tekanan dan kuantiti yang mencukupi. Suatu sistem agihan yang sempurna hendaklah mematuhi keperluan berikut :


106 a. Dapat membekalkan air bersih yang mencukupi kepada penggunapengguna b. Tekanan air sentiasa memuaskan terutama sekali apabila berlaku kecemasan c. Mampu membekalkan air secara berterusan dengan penyenggraan yang minimum d. Bekalan hendaklah sentiasa ada walaupun berlaku kerosakan pada suatu tempat talian paip e. Rangkaian paip tidak ditanam di bawah jalan melainkan sekiranya tidak boleh dielakkan f. Bahan yang digunakan hendaklah tahan lasak dan tidak mendatangkan kesan buruk jangka panjang kepada pengguna Rajah 10 : Sistem Bekalan Air


107 a. Loji Rawatan Air (Water Treatment Plant) Rajah 11 : Carta Alir Proses Rawatan Air Dalam Loji Rawatan Air Asas utama sistem bekalan air bersih di mana di sinilah tempat air mentah dari sungai, tasik dan empangan dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna. Kapasiti loji rawatan air dinilai daripada keupayaan loji tersebut merawat bekalan air bersih dalam sehari. Biasanya diukur dalam unit Juta Liter Per Hari atau Million Liter Per Day (MLD). Air yang dirawat perlu melalui proses-proses yang tertentu supaya dapat menjamin kebersihannya. b. Tangki Imbangan (Balancing Tank) Tangki imbangan biasanya terletak jauh dari loji rawatan air. Fungsi utamanya adalah menyediakan kuantiti air dan turus yang mencukupi untuk menampung penyusutan kedalaman tangka perkhidmatan (service tank) pada hilir (downstream) sistem disebabkan oleh penggunaan yang tinggi. Biasanya tangka direkabentuk dengan kapasiti yang besar bertujuan untuk menampung kadar alir keluar tangka yang menampung lebih daripada 1 tangki perkihidmatan di hilir sistem.


108 c. Tangki Perkhidmatan (Service Tank) Tangki perkhidmatan menakung air sebelum menyalurkannya ke sistem paip retikulasi. Biasanya tangka perkhidmatan direkabentuk dengan saiz minima dengan keperluar air selama sehari (24jam) termasuk keperluan semasa berlaku kebakaran. d. Tangki Sedutan (Suction Tank) Diperlukan apabila terdapat penggunaan pam dalam sistem bekalan. Tekanan dan kuantiti air pada hulu pam dipastikan mencukupi untuk membolehkan pam beroperasi dan tidak mengganggu tekanan dan keperluan di hulu sistem. Tangka sedutan berfungsi menyediakan tekanan dan kuantiti yang cukup pada masukan (inlet) pam tanpa mengganggu tekanan dan keperluan di hulu sistem. e. Pam Pam diperlukan untuk menyediakan turus yang cukup untuk menghantar air ke kawasan yang tinggi atau jauh. Terdapat banyak jenis pam tetapi pam empar (empirical pump) adaah jenis pam yang banyak digunakan dalam sistem bekalan air. Sistem Bekalan Air ke Bangunan / Rumah Air yang telah diproses di loji rawatan air dialirkan melalui saluran paip air untuk disimpan di dalam kolam dan seterusnya dialirkan melalui satu sistem paip induk yang ditanam di bawah jalanraya. Perkhidmatan kepada setiap bangunan / rumah ialah melalui sambungan yang dibuat antara paip induk dengan paip perkhidmatan bangunan / rumah tersebut. Untuk kawasan perumahan yang menghadapi tekanan yang rendah / perumahan di kawasan yang tinggi kebiasaannya dilengkapi dengan satu tangki pusat tempat air bersih disimpan sebelum dibekalkan kepada kawasan pengguna. mengikut kehendak peraturan tempatan, kaedah yang digunakan untuk agihan air ke sesebuah kediaman ialah melalui kaedah :


109 i. Kaedah graviti ii. Kaedah pam iii. Kaedah pam dan takungan


110 Kaedah Ciri Kelebihan Kekurangan Graviti Digunakan apabila loji rawatan air terletak pada aras yang lebih tinggi dari kawasan bekalan Tidak menggunakan pam, menjimatkan kos operasi dari segi penggunaan elektrik dan penyenggaraan Jika kawasan bekalan terletak terlalu rendah berbanding loji rawatan air, tekanan di dalam paip menjadi terlalu tinggi dan mudah merosakkan paip dan sistem agihan Pam Digunakan apabila didapati kawasan bekalan berada sama aras atau lebih tinggi dari aras tangki simpanan. Air dipamkan terus ke kawasan agihan Boleh membekalkan air ke kawasan yang lebih tinggi Bekalan air akan terputus apabila bekalan elektrik terputus. Tekanan di dalam paip akan menjadi tinggi pada masa permintaan rendah (waktu malam) dan akan menyebabkan kerosakan paip. sistem ini memerlukan kawalan dan khidmat senggara yang kerap bagi memastikan bekalan air sentiasa berada pada tahap optimum. kos operasi tinggi untuk penyenggaraan pam dan system agihan


111 Pam dan takungan Sebahagian air dipam ke kawasan agihan dan sebahagiannya ke tangki perkhidmatan yang diletakkan di kawasan yang lebih tinggi dari kawasan bekalan. air yang disimpan di tangki perkhidmatan akan diagihkan semasa permintaan tinggi pada waktu puncak. pada masa permintaan rendah (waktu malam), air disimpan di dalam tangka perkhidmatan untuk diagihkan pada waktu puncak keesokan harinya Sangat ekonomik kerana proses pengepaman beroperasi pada kadar yang tetap seterusnya menghasilkan kecekapan yang tinggi serta kurang kos penyelenggaraan. kerosakan pada paip dan sistem agihan dapat dikurangkan Tiada kekurangan yang ketara Jadual 2 : Kaedah agihan air kepada pengguna 3.4 Sistem Sanitari Bagi membekalkan air kepada pengguna, satu rangkaian paip perlu dipasang bagi tujuan pengagihan. Rangkaian paip lazimnya ditanam di bawah tanah bersebelahan jalanraya. Pemasangan paip dilakukan di tepi jalan raya kerana tidak terdapat sebarang halangan di atasnya dan juga dapat memudahkan kerja yang melibatkan pemasangan dan senggaraan paip jika berlaku kerosakan. Kos pengendalian dapat dikurangkan. Terdapat beberapa jenis sistem rangkaian paip pengagihan air yang digunakan. Pemilihan sistem yang akan digunakan ditentukan oleh rupa bentuk bumi dan kawasan tempat agihan yang hendak dilakukan. Kawasan agihan terbahagi kepada kawasan bandar, taman perumahan, perindustrian dan kampung. Sistem perpaipan terdiri daripada rangkaian paip dan injap iaitu:


112 a. Paip Utama / Paip Induk Paip yang membawa bekalan air dari loji rawatan ke tangki pengagihan atau terus ke kawasan agihan. Air boleh juga dihantar ke kawasan agihan secara langsung tanpa melalui tangki simpanan sekiranya kedudukan loji rawatan lebih tinggi dari kawasan agihan. Panjang paip utama bergantung kepada jarak air yang dibekalkan b. Paip Cawangan Paip yang disambungkan secara terus kepada paip utama untuk pengagihan air ke kawasan industri atau kawasan perumahan c. Injap Diperlukan untuk mengawal kadar aliran air, memberhentikan aliran air, melepaskan udara yang terperangkap di dalam paip, mengimbangi tekanan di dalam paip dan membuang kotoran. Jadual di bawah merupakan kelebihan dan kekurangan sistem perpaipan agihan air yang sering digunakan iaitu: Sistem Perpaipan Agihan Air Kelebihan Kekurangan • Sistem Hujung Mati • Satu sistem yang mudah dan murah pemasangannya • Mudah membuat sambungan jika bekalan baru diperlukan • Kos pemasangan rendah kerana panjang paip adalah minimum jika dibandingkan dengan sistem lain • Air yang lalu sehala sahaja maka kerosakan kepada satu bahagian dalam sistem ini akan menjejaskan bekalan air ke bahagian lain • Tekanan air tidak dapat Ditingkatkan terutama apabila air diperlukan semasa kebakaran • Enapan akan terkumpul pada paip hujung mati dan memerlukan injap salir keluar membuang enapan


113 • Sistem Grid • Semua hujung paip disambung antara satu sama lain • Sesuai digunakan dalam kawasan perumahan • Air mengalir dalam pelbagai arah, tiada air bergenang • Bekalan tidak terputus apabila penyenggaraan dibuat • Tekanan terkawal • Kos pemasangan yang tinggi dan sukar direka bentuk kerana banyak menggunakan batang paip, injap dan sambungan • Sistem Berjejarian • Air diagihkan dari tangki agihan dan perkhidmatan secara berjejarian ke kawasan bekalan. bekalan sentiasa diperolehi pada tekanan yang tetap. • Penyenggaraan pada satu paip agihan tidak mengganggu agihan air ke kawasan lain • Perlu menyediakan banyak tangki agihan dan injap yang melibatkan kos yang tinggi Jadual 3 : Perbandingan sistem agihan air


114 Air daripada paip induk / paip perhubungan akan mengalir ke dalam kawasan rumah melalui meter air yang dipasangkan ke paip perkhidmatan / paip servis. Di sebelah meter air yang dipasangkan pili penutup yang berfungsi sebagai kawalan bekalan jika berlaku kerosakan atau kebocoran pada manamana paip. Meter air membolehkan jumlah air yang digunakan pada setiap bulan dapat dijelaskan bayarannya. Sekiranya berlakunya pemotongan air, meter air ini akan diambil semula oleh pihak berkuasa. Air dari meter seterusnya akan dialirkan naik ke tangki simpanan yang biasanya terletak di tempat lebih tinggi bagi mendapatkan tekanan yang memuaskan semasa digunakan. Tangki simpanan merupakan satu bekas air yang diperbuat daripada plastic polypropylene dan kaca gentian digunakan untuk menggantikan tangka keluli bergalvani kerana lebih mudah, ringan, tidak berkarat dan kosnya lebih rendah. Tangki simpanan hendaklah dipasang 2 meter lebih tinggi daripada kelengkapan sanitasi serta memrlukan ruang yang cukup bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan pengendalian. Muatan tangka simpanan untuk rumah kediaman adalah di antara 270 hingga 450 liter. Rajah 12 : Contoh susunatur dan sistem bekalan perpaipan untuk sebuah rumah kediaman Paip Perhubungan / Paip Induk Paip Servis / Paip Perkhidmatan


115 Air dalam paip servis / paip perkhidmatan dialirkan terus ke tangki simpanan supaya mendapat tekanan yang stabil dan memuaskan semasa digunakan. Air dari tangki simpanan diagihkan melalui paip-paip agihan ke tandas, bilik air dan tempat membasuh di dalam rumah. Lazimnya, air dari tangki simpanan tidak berapa bersih disebabkan oleh kotoran yang terkumpul dan mendak di dasar tangki. Oleh sebab itu, air tangki tidak sesuai digunakan untuk memasak makanan dan minuman maka satu saluran paip berasingan perlu dipasang terus dari paip servis / paip perkhidmatan ke dapur. Nama Paip Fungsi Paip Perhubungan / Induk Menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air Paip Servis / Perkhidmatan Menyalurkan bekalan air dari meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur Paip Agihan Mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan seperti sinki, bilik air dan tandas Paip Cuci Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan Paip Limpah Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan sekiranya berlaku kerosakan pada injap bebola Jadual 13 : Nama paip dan setiap fungsinya 3.4.1 Sistem Sanitari Individu Sistem sanitari atau sistem pembersihan merupakan satu sistem saliran pengaliran air basuhan dan bahan-bahan kotoran dari bangunan bagi tujuan penghapusan. Pembinaan sistem sanitari ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pemasangan kelengkapan sanitari di dalam bangunan, pemasangan paip-paip saluran, pembinaan ruangruang pemeriksaan dan pembinaan tangka penghapus. Najis dan air sisa


116 yang tidak disalirkan dan dirawat dengan sempurna biasanya akan mencemarkan sumber air seperti air bumi, sungai dan kawasan tadahan air. Najis dan air sisa ini perlu disalirkan dari bangunan ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan. Oleh itu, satu paip saliran yang terdiri dari paip lekapan dan paip saliran diperlukan. Rajah 14 : Sistem sanitari dari bangunan Najis dan air sisa atau dalam istilahnya kumbahan merupakan cecair buangan yang tidak bersih dan berpunca dari lekapan sanitari yang terdapat di dalam tandas, bilik air, sinki dan sebagainya yang terdapat dalam bangunan. Najis dan air sisa yang tidak diurus dengan sempurna akan meninggalkan risiko berlakunya pencemaran kepada persekitaran. Pencemaran berlaku apabila ia dibuang ke dalam sungaitanpa melalui sistem pembersihan. Rajah 15 : Carta aliran najis dan air sisa Tandas dan Bilik Air Dapur Aliran Sisa Dari Bangunan Ke Kumbahan Lurang Jalan Kebuk Pemeriksaan Air Hujan


117 Rajah 16 : Aliran najis dan air sisa dari bangunan mengalir menuju ke sungai atau laut 3.4.2 Sistem Pembetungan Najis Dan Air Sisa Pengumpulan najis dan air sisa perlu dilakukan secara sistematik. Najis dan air sisa dikumpulkan dengan menggunakan lekapan sanitari. Lekapan sanitari dilengkapi dengan tap air untuk tujuan bersuci. Semua lekapan sanitari ini kebanyakannya diperbuat dari bahan-bahan seperti tanah liat (seramik), logam dan plastik. Lekapan sanitari dibahagikan kepada dua jenis iaitu lekapan najis dan lekapan air sisa dijelaskan dalam Rajah : Rajah 17 : Jenis lekapan sanitari sebuah bangunan


118 i) Lekapan najis • Tandas cangkung terdiri daripada mangkuk najis, ruang cangkung, tempat pemijak dan tangki simbah. Mangkuk najis disambungkan dengan perangkap dan terus ke paip najis Rajah 18 : Tandas cangkung • Tandas duduk terdiri daripada mangkuk najis yang dilengkapi dengan perangkap, tempat duduk, penutup mangkuk dan tangka simbah. Dipasang di atas lantai Rajah 18 : Tandas duduk • Urinal hanya dipasang di bilik air lelaki dalam bangunan komersil, pejabat, tandas awam, kilang dan institusi pengajian. Terdapat tiga jenis urinal iaitu jenis papak, jeis kandang dan jenis mangkuk Rajah 18 : Urinal


119 ii) Lekapan air sisa • Air sisa bermaksud air yang telah digunakan tetapi tidak dicemari oleh air najis. Contohnya air basuhan pinggan mangkuk di sinki dapur dan air cucian tangan di sinki bilik mandi. • Terdiri daripada dulang pancuran atau mandian (shower tray), tab mandian (bath tub), besen cuci tangan (wash hand basin) dan sinki (sink) Sistem pembetungan najis dan air sisa ialah suatu sistem saliran yang menyalirkan najis dan air sisa lekapan sanitari ke tempat rawatan kumbahan. Najis dan air sisa dari lekapan sanitari disalirkan melalui paip lekapan di luar bangunan sama ada secara berasingan atau secara gabungan. Kaedah penyaliran najis dan air sisa bergantung kepada jenis sistem paip lekapan yang digunakan dalam bangunan berkenaan. Paip lekapan adalah paip yang membawa air sisa sahaja atau membawa najis sahaja. Ia terdiri daripada paip cabang, paip tumpu dan paip bolong. Paip bolong dipasang kepada paip tumpu najis supaya proses pengudaraan berjalan dengan lancar. Rangkaian paip dalam sistem pembetungan najis dan air sisa terbahagi kepada 2 iaitu : a. Sistem paip lekapan – dipasang dalam bangunan merangkumi Paip Cabang Paip yang bermula dari lekapan sanitari dan bersambung ke paip tumpu Paip Tumpu Paip yang dipasang secara pugak yang bertujuan memudahkan penyaliran najis dan air sisa Paip Bolong Melepaskan udara termampat


120 3 sistem pemasangan paip lekapan najis dan air sisa : i. Sistem dua paip • Sistem paling awal digunakan • Menggunakan dua paip tumpu iaitu paip tumpu najis (menyalirkan najis dan sisa buangan dari mangkuk tandas dan urinal) dan paip tumpu air sisa (menyalirkan air sisa seperti air sabun dari tab mandi, besen basuh dll) • Kedua-duanya mempunyai pengudaraan tersendiri • Paip cabang dari lekapan najis bersambung kepada paip tumpu najis yang berkeadaan tegak • Paip tumpu najis bersambung dengan paip salir bawah bangunan • Paip cabang dari lekapan air sisa bersambung kepada pip tumpu air sisa yang berkeadaan tegak. • Paip tumpu ini bercantum dengan paip salir bawah tanah • Sistem ini sesuai apabila lekapan najis terletak jauh dari lekapan air sisa contohnya bangunan sekolah, hospital dan kilang


121 ii. Sistem satu paip • Sistem yang menggunakan hanya satu paip sebagai tumpuan. penyaliran najis dan air sisa. • Semua lekapan sanitari disambungkan kepada satu paip sahaja. • Sambungan dilakukan melalui paip cabang • Satu paip tumpu bolong dipasang secara tegak serta bersambung kepada paip tumpu najis dan air sisa yang berfungsi sebagai pelepasan udara termampat yang mungkin wujud di dasar paip • Paip tumpu bolong disambungkan kepada lekapan sanitari dengan menggunakan cabang bolong • Salah satu ciri sistem ini adalah lekapan sanitari hendaklah berdekatan dengan paip tumpu najis dan air sisa, maka paip cabang tidak perlu panjang • Lebih ekonomi dan mudah berbanding sistem dua paip


122 iii. Sistem paip tumpu • Hanya satu paip yang digunakan serta tidak menggunakan paip bolong • semua paip cabang najis dan air sisa disalirkan melalui paip tumpu najis dan air sisa ke paip salir • sesuai dengan bangunan bertingkat kerana lekapan sanitari yang dipasang berdekatan dengan paip tumpu supaya tidak memerlukan paip cabang yang panjang • Bunyi daripada aliran bahan luahan dalam paip dapat dikurangkan • Lekapan sanitari perlu disambungkan ke paip tumpu secara berasingan • Sistem ini lebih mudah dipasang dan paling ekonomi


123 Perbandingan ciri-ciri sistem dua paip, satu paip dan sistem paip tumpu seperti Jadual 3 di bawah : Sistem Jenis Paip Kelebihan Kekurangan Dua Paip Paip tumpu najis Paip tumpu air sisa Penyaliran lebih berkesan Perlu dipasang dua jenis paip Kerja pemasangan yang rumit Satu Paip Paip tumpu najis dan air sisa Paip bolong Memerlukan satu paip sahaja Pemasangan lebih ringkas Kerumitan dihadapi ketika pemasangan paip bolong Memerlukan lebih banyak paip cabang bolong Paip Tumpu Paip tumpu najis dan air sisa tunggal Memerlukan satu paip tumpu Pengudaraan kurang lancar b. Sistem Paip Salir Paip salir ialah paip yang dipasang di bawah tanah dan berfungsi menyalirkan najis dan air sisa serta air permukaan (air hujan yang turun di atas bumbung dan sekeliling bangunan) dari sesebuah bangunan. Sistem paip salir mempunyai ciri-ciri dan kaedah pemasangan yang berbeza daripada sistem lekapan. Bahan bagi paip salir perlulah kuat, tahan lasak serta tahan tekanan kerana terdedah kepada beban. Sebagai contoh paip tanah liat, paip besi tuang, gentian kaca, konkrit dan uPVC (polivinil klorida tanpa plastik).


124 Sistem paip salir terbahagi kepada 3 iaitu: i. Sistem berasingan • Sistem yang menggunakan dua paip salir iaitu satu paip salir menyalirkan najis dan air sisa dan lagi satu paip salir untuk menyalirkan air permukaan sahaja ke pembetungan. • Diameter paip salir yang digunakan lebih kecil berbanding dengan diameter paip salir yang digunakan dalam sistem gabungan. • Najis dan air sisa dari lekapan sanitari dalam bangunan disalirkan ke pembentung awam melalui paip salir yang dibina di bawah permukaan. • Air permukaan pula disalirkan ke paip salir kedua yang berfungsi menyalirkan air permukaan ke pembetung air permukaan seterusnya ke sungai dan laut. • Kelebihannya, tiada kesan yang ketara apabila berlaku hujan lebat yang menyebabkan kuantiti air permukaan menjadi tingg.i • Kekurangannya, kerja pembinaan dan pemasangan paip lebih banyak. Rajah 19 : Sistem berasingan


125 ii. Sistem gabungan • Sistem yang menyalirkan najis, air sisa dan air permukaan melalui satu set paip salir menuju ke pembetung awam • Perlu menggunakan paip salir berdiameter besar • Pembinaannya lebih mudah disebabkan semua paip bangunan disambungkan ke satu paip salir sahaja • Akan menghadapi masalah sekiranya berlaku kadar hujan yang tinggi, maka jumlah aliran kumbahan dan air permukaan menjadi lebih tinggi • Loji rawatan kumbahan yang besar perlu dibina bagi menampung jumlah kumbahan yang banyak Rajah 20 : Sistem gabungan


126 iii. Sistem berasingan separa • sistem yang menggunakan dua paip salir • satu paip salir menyalirkan najis dan air sisa dari lekapan sanitari ke pembetung awam, manakala yang satu lagi menyalirkan air permukaan ke kawasan sekeliling bangunan ke pembetung air permukaan • keunikan sistem ini adalah paip salir air permukaan yang kedudukannya berhampiran dengan paip salir najis dan air sisa akan disambungkan terus ke paip salir najis dan air sisa, maka penggunaan paip dapat dikurangkan • jika dibandingkan dengan sistem berasingan, sistem ini menggunakan paip salir air permukaan yang lebih pendek maka kos dapat dikurangkan kerana pengurangan kerja pemasangan, penyambungan, penyokongan dan bilangan paip. Rajah 21 : Sistem berasingan separa


127 3.4.3 Rawatan Kumbahan 3.4.3.1 Evolusi Rawatan Kumbahan di Malaysia Ketika masyarakat berpindah daripada budaya nomad ke pembinaan tapak-tapak kekal, kebimbangan mengenai penghapusan bahan buangan (pepejal dan air kumbahan) menjadi isu yang penting. Isu ini telah ditangani dengan pelbagai cara dan pengetahuan mengenainya juga bertambah. Sewaktu masyarakat hidup sebagai pemburu dan pengumpul, pereputan (compost) dikendalikan dengan sampah sarap dan bahan buangan manusia secara semulajadi. Ketika bandar-bandar membangun, mekanisme-mekanisme lain adalah diperlukan untuk mengatasi isu bahan buangan ini. Kita perlu memahami bahawa "sehingga kini, sanitasi air kumbahan tertumpu kepada mengurangkan risiko kesihatan, terutamanya penyakit berjangkit. Baru-baru ini, skop isu-isu bahan buangan telah diperkembangkan dan ia melibatkan risiko-risiko kesihatan kronik dan kebimbangan persekitaran". (Burks & Minnis, 1994:1). Ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem pembetungan yang ditinggalkan oleh penjajah pada masa itu terdiri daripada pelbagai jenis tandas termasuk tandas jamban. Sistem pembetungan hampir tiada ketika itu. Berikutan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, sistem pembetungan seperti Tangki septik individu / Tangki septik komunal, Tangki Imhoff, Kolam Pengoksidaan dan Sistem Sambungan Mekanikal telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Sistem ini diharapkan dapat mencapai matlamat dalam meningkatkan kesihatan masyarakat. Namun, pengurusan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa pada masa itu tidak menyeluruh dan peningkatan jumlah penduduk menyumbang kepada tahap pencemaran sungai dan sistem perparitan serta memberi kesan negatif terhadap kualiti persekitaran. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah


128 menggubal undang-undang khas, Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508), yang telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Jun 1993. Akta 508, memberi mandat kepada Kerajaan Persekutuan untuk bertanggungjawab sepenuhnya dan kawalan ke atas pembangunan, pengurusan dan peraturan pengurusan kumbahan di seluruh negara. Pada masa ini, lahirnya syarikat pembetungan nasional bagi menguruskan perkhidmatan pembetungan yang setanding dengan syarikat-syarikat utiliti lain. Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd mula beroperasi pada 2 April 1994, dan tahuntahun berikutnya menjadi titik tolak bagi syarikat utiliti tersebut terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawab bagi pengurusan kumbahan di Malaysia. 3.4.3.2 Rawatan Kumbahan di Malaysia Di Malaysia, sistem-sistem rawatan utama yang digunakan secara menyeluruh adalah tangki septik komunal, tangki Imhoff dan sistem-sistem kos rendah seperti kolam-kolam pengoksidaan. Tambahan pula, kawasan bandar besar masih menggunakan Tangki Septik Individu (IST) dan terdapat lebih daripada sejuta tangki septik individu di Malaysia. Tangki-tangki ini hanya merawat kumbahan secara separa, melepaskan efluen yang masih mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi. Ini berpotensi untuk mengakibatkan masalah kesihatan orang awam dan persekitaran terutamanya di kawasan bandar. Dalam jangka masa panjang, adalah diharap agar sistem pembetungan Malaysia akan menjadi lebih cekap menerusi pelarasan piawaian jenis-jenis loji yang digunakan. Kumbahan ditakrifkan sebagai air buangan yang terdiri daripada najis dan air sisa dari rumah, premis industri dan pertanian. Kumbahan boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu:


129 a. Kumbahan domestik – Kumbahan yang berasal dari rumah kediaman, bangunan awam dan pusat komersil b. Kumbahan pertanian – Kumbahan yang dihasilkan oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan c. Kumbahan industri – Kumbahan yang dihasilkan oleh aktiviti perindustrian Kumbahan mengandungi bahan-bahan pencemar yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar sekiranya dibiarkan tidak diurus dengan baik. Oleh itu, kumbahan mestilah dirawat sebelum dilepaskan ke longkang atau saliran air. Terdapat dua kaedah rawatan kumbahan iaitu tangki septik dan loji rawatan kumbahan. 3.4.3.3 Tangki septik • Struktur yang dibina dalam tanah mengikut spesifikasi tertentu untuk merawat air kumbahan • Banyak digunakan di rumah kediaman persendirian, bangunan sekolah, hotel dan bangunan pejabat • Saiz tangki bergantung kepada penghasilan kumbahan pada premis-premis tersebut • Tangki septik boleh diatur secara selari untuk menampung kumbahan yang banyak • Boleh dibina satu untuk sebuah rumah atau satu untuk beberapa buah rumah • Mempunyai paip alur masuk (influen akan masuk melalui ia), paip alur keluar dan paip pengudaraan • Influen ialah kumbahan yang belum dirawat dan disalirkan ke dalam loji rawatan. Efluen pula ialah kumbahan yang telah dirawat dan dikeluarkan dari loji rawatan. Efluen boleh disalirkan melalui saluran penerima seperti parit, sungai dan sebagainya. • Tangki septik mempunyai satu, dua atau tiga kebuk. Tangki dua kebuk digunakan sangat meluas serta lebih baik kerana


130 masa tahanannya lebih panjang dan memberi masa untuk pepejal terampai mengenap ke bawah serta memberi masa yang lebih untuk bakteria menguraikan bahan enap cemar yang terdapat di dalam air • Perlu dibina dengan menggunakan bahan binaan berkualiti dan mempunyai kekuatan jangka panjang untuk menahan tekanan tanah, tidak reput dan tahan kakis apabila bertindak dengan kumbahan yang disalirkan ke dalamnya. • Di dalam tangki septik, pepejal kumbahan akan mendap ke bawah dan mengalami proses penguraian anerob. • Boleh juga dianggap sebagai tangki pengenapan kerana pepejal kumbahan yang mendap akan diuraikan oleh bakteria dan seterusnya mengurangkan isipadu sisa pepejal tersebut • Sisa ini lama kelamaan akan bertambah dan terpaksa dikeluarkan Rajah 22 : Tangki septik • Apabila kumbahan memasuki tangki septik, komponen pepejal akan mendap lalu membentuk satu lapisan yang dinamakan enap cemar • Bahan minyak dan gris akan terapung lalu membentuk lapisan kekam di atas permukaan air Penutup Kekam Enap Cemar Efluen keluar Influen masuk Kebuk pemeriksaan


131 • Air kumbahan dan lapisan enap cemar akan melalui penguraian tidak berudara oleh mikrob yang terdapat di dalam lapisan ini secara semulajadi • Dalam proses ini, mikrob akan menguraikan bahan cemar yang terdapat dalam kumbahan tanpa menggunakan oksigen dan menghasilkan gas metana, hydrogen sulfide dan bahanbahan lain yang berbau • Gas yang terhasil akan keluar melalui paip pengudaraan yang dipasang pada tangki septik • Peranan Indah Water Konsortium (IWK) ialah untuk mengosongkan tangki septik • Berikut merupakan kelebihan dan kekurangan tangki septik: Kelebihan Kekurangan Boleh digunakan untuk merawat isipadu kumbahan yang kecil Tidak mempunyai kecekapan yang tinggi untuk merawat kumbahan Boleh digunakan untuk merawat kumbahan dari rumah individu Tidak berapa sesuai bagi bilangan rumah yang banyak Kos yang rendah untuk pembinaan dan penyenggaraan Rajah 23 : Tangki septik HDPE (High Density Polyethylene)


132 3.4.3.4 Loji rawatan kumbahan Di Malaysia, sistem-sistem rawatan utama yang digunakan secara menyeluruh adalah tangki septik komunal, tangki Imhoff dan sistem-sistem kos rendah seperti kolam-kolam pengoksidaan. Bagi bandar-bandar besar, sistem yang digunapakai adalah menggunakan Tangki Septik Individu (IST) yang mana akhirnya ia akan diuraikan di loji-loji olahan yang disambungkan melalui paippaip pembetungan yang dibina di kawasan bandar. IST ini kemudiannya akan menyalurkan kumbahan ke kemudahan rawatan sekunder yang lebih moden. IST ini tidak merawat sisa kumbahan secara keseluruhannya tapi secara separa sahaja, dan masih melepaskan efluen yang masih mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi. Ini berpotensi untuk mengakibatkan masalah kesihatan awam dan persekitaran, terutamanya di kawasan bandar. Terdapat lebih daripada sejuta IST di seluruh Malaysia. Di Malaysia, 38 peratus daripada loji olahan kumbahan adalah loji-loji mekanikal. Loji-loji ini beroperasi menggunakan perkakasan mekanikal yang mempercepatkan pemecahan kumbahan. Sistem mekanikal ini dapat beroperasi pada tahap optimum jika sistem pemantauan dan penyelenggaraan dijaga dengan baik. Melalui akta yang dikuatkuasakan juga, Malaysia dilihat amat menitikberatkan efluen yang di lepaskan ke kawasan tadahan Rajah 24 : Pekerja IWK sedang mengosongkan tangki septik


133 air (sungai/tasik). Kesemua Loji Olahan Kumbahan yang melepaskan efluen ke kawasan tadahan air perlu dinaiktaraf sistemnya bagi mematuhi piawaian ‘Standard A’ yang telah ditetapkan. Program-program untuk menaiktaraf dan merevolusikan pengurusan kumbahan domestik di Malaysia sedang giat dijalankan. Keseluruhan infrastruktur pembetungan akan melalui proses perubahan kepada yang lebih efisyen dan mesra alam. Anggaran mengenai jumlah dan jenis loji-loji olahan awam di Malaysia adalah seperti berikut. Menurut sumber dari IWK, loji kumbahan awam yang dibina di Malaysia adalah: i. Tangki Imhoff (IT) Rajah : Tangki Imhoff Rajah 25 : Tangki imhoff Tangki Imhoff merupakan loji olahan kumbahan yang paling ringkas dan memerlukan kemahiran pengendali yang minima. Tiada perkakasan mekanikal untuk diselenggarakan dan operasinya meliputi penyingkiran sekam, penukaran arah aliran untuk pengagihan enapcemar yang sama rata dan juga penyingkiran enapcemar. Tangki Imhoff merupakan jenis loji kumbahan kedua yang kerap digunakan. Ia menyediakan olahan kumbahan yang terhad dan tidak sesuai untuk jangka masa panjang. Effluen daripada tangki ini boleh menjadi semakin teruk sekiranya tangka-tangki ini tidak disenggara dengan betul. Ia mempunyai dua ruang diletakkan di atas satu sama lain. Di ruang atas, pemendapan


134 berlaku dengan pepejal melalui bukaan ke ruang yang di bawah. Pepejal termendap akan membentuk enapcemar di ruang bawah dan akan melalui pencernaan anarobik. Gas-gas daripada tangki di bawah akan dilepaskan ke udara. Sekam pula dikumpul di bahagian atas tangki. Tangki Imhoff selalunya digunakan untuk komuniti-komuniti kecil sehingga keseteraan penduduk (PE) adalah 1000. Tangki ini murah untuk dipasang, dikendalikan dan diselenggara. Walaubagaimanapun, Tangki Imhoff juga seperti Tangki Septik. Ia hanya merawat kumbahan secara separa. Efluen daripada tangka ini tidak memenuhi syarat-syarat persekitaran yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Rajah 26 : Bahagian-bahagian dalam tangki imhoff Rajah 27 : Contoh tangki imhoff di kawasan komuniti kecil


135 ii. Kolam Pengoksidaan Kolam pengoksidaan atau kolam penstabilan sisa merupakan kaedah olahan kumbahan yang popular untuk komuniti kecil disebabkan oleh kos pembinaan dan operasi yang rendah. Kolam pengoksidaan ini boleh mengolah kumbahan ke tahap efluen Piawaian B tetapi memerlukan penyelenggaraan dan pengosongan berjadual bagi mengekalkan piawaian ini. Kolam pengoksidaan mempunyai satu atau lebih kolamkolam cetek bersiri. Proses-proses semulajadi di dalam pertumbuhan alga dan bakteria juga wujud dalam hubungan saling bergantung. Kolam pengoksidaan memerlukan kawasan yang luas bagi menampung jumlah air sisa yang dirawat serta jumlah rawatan adalah bergantung kepada cuaca. Kolam memerlukan permukaan lebar bagi memudahkan oksigen larut ke dalam air melalui proses aruhan angin semulajadi. Oksigen merupakan komponen utama proses penguraian bahan cemar oleh bakteria berudara. Proses rawatan bermula dengan bahan organic diuraikan terlebih dahuu oleh bakteria aerob yang menghasilkan karbon dioksida dan bahan bukan organic yang berbentuk nitrogen dan fosforus. Bahan bukan organik ini kemudiannya digunakan oleh alga dan tumbuhan dalam kolam untuk proses fotosintesis. Oksigen ini boleh digunakan oleh bakteria aerob untuk proses penguraian bahan organic yang juga merupakan bahan pencemar di dalam kumbahan. Bekalan utama oksigen didapati daripada aruhan angina di atas permukaan kolam. Ia juga perlu dikosongkan lebih kurang 10 tahun sekali bergantung kepada rekabentuknya. Rajah 28: Kolam penstabilan sisa


136 Rajah 29 : Proses dalam kolam penstabilan sisa Kelebihan Kekurangan • Mudah disenggara dan tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi • Kecekapan rawatan mencapai sehingga 90% • Tidak boleh merawat sisa industri yang mempunyai kepekatan yang tinggi • Tidak sesuai dibina di kawasan bandar kerana kos tanah yang tinggi • Memerlukan kawasan tanah yang luas iii. Enap Cemar Teraktif Rajah 30 : Kaedah rawatan enap cemar teraktif menggunakan pengocak


137 Suatu kaedah rawatan kumbahan aerob. Bakteria dalam bentuk pepejal diampaikan di dalam kumbahan lalu bertindak menguraikan bahan organic dengan bantuan oksigen. Sistem enap cemar teraktif mengandungi tangki rawatan enap cemar teraktif dan tangka penjernihan serta tapak pelupusan. Tangki ini selalunya berbentuk segiempat tetapi terdapat juga yang berbentuk bulat. Udara atau oksigen boleh dibekalkan ke dalam tangka rawatan enap cemar teraktif melalui dua cara, iaitu : i. Menggunakan pengocak pada permukaan tangki ii. Menggunakan peresap udara pada bahagian bawah tangki Dalam sistem ini, kumbahan dari kawasan perumahan dan lain-lain yang masuk ke dalam tangki rawatan enap cemar teraktif dicampurkan dengan sedikit enap cemar (20-30%) yang dikitar semula dari tangki rawatan sekunder. Enap cemar yang dikitarkan semula ke dalam tangka rawatan enap cemar teraktif dinamakan enap cemar teraktif kerana enap cemar ini mengandungi bakteria atau mikrob yang telah menyesuaikan diri dengan iklim kumbahan. Enap cemar ini bersedia untuk menguraikan bahan organic dengan lebih aktif lagi. Bakteria aerob menguraikan bahan organic di dalam tangka rawatan enap cemar teraktif dan mengubahnya kepada bentuk yang lebih mudah, iaitu air dan karbon dioksida. Dengan kadar kitaran semula 30% daripada jumlah enapcemar di dalam tangka penjernihan ke dalam tangki rawatan. Enap cemar teraktif, proses enap cemar teraktif ini boleh dijalankan berterusan. Lazimya, masa tahanan yang pendek, iaitu 8 jam hingga 12 jam sahaja diperlukan dalam rawatan enap cemar teraktif. Bekalan oksigen yang mencukupi akan menentukan kecekapan sistem enap cemar teraktif, iaitu keupayaan menyingkirkan pencemaran di dalam kumbahan.


138 Kelebihan Kekurangan • Kedah rawatan yang lebih cekap kerana enap cemar yang dihasilkan dikitar semula bagi membantu rawatan seterusnya • Tidak memerlukan kawasan yang luas untuk pembinaan • Masa tahanan yang singkat membolehkan saiz tangki dikecilkan • Kos pengendalian tinggi disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik untuk menjalankan pengocak permukaan atau membekalkan udara peresap • Memerlukan kemahiran teknikal untuk penyenggaraan dan operasi sistem Jadual 30 : Kelebihan dan kekurangan enap cemar teraktif iv. Turas Cucur (Trickling Filters) Jadual 31 : Turas cucur Suatu kaedah rawatan aerob. Kumbahan disiramkan di lapisan atas penuras dan mengalir ke bawah melalui celah-celah medium penuras. Bakteria yang membiak dan menyelaputi medium penuras memerangkap dan menguraikan bahan organic yang terdapat di dalam kumbahan apabila kumbahan mengalir melaluinya. Turas cucur terdiri daripada sebuah tangki bulat yang mengandungi medium penuras seperti batu kelikir atau plastik yang berukuran 50-100mm. Saiz medium yang disarankan ini dapat mengelakkan medium penuras tersumbat. Medium penuras yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:


139 a. Nisbah luas permukaan kepada isipadu yang tinggi untuk pembiakan maksimum bakteria b. Saiz liang antara medium yang mencukupi supaya bakteria mendapat bekalan oksigen yang cukup c. Permukaan kasar supaya selaput bakteria dapat melekat dengan baik dan tidak mudah tertanggal d. Kos yang murah, tahan lama dan tidak mudah tersumbat Turas cucur memerlukan alat untuk menyiramkan kumbahan di atas permukaan medium penuras secara seragam. Alat ini dipanggil lengan penyebar. Bilangan lengan penyebar ditentukan oleh isipadu kumbahan yang hendak disiramkan atau diagihkan. Di atas lengan dipasangkan penyembur atau nozel yang dapat menyemburkan kumbahan ke atas medium penuras. Biasanya terdapat dua atau lebih lengan penyiram. Lengan penyebar dipasangkan dengan menggunakan struktur khas yang berpusing supaya penyiram dapat mengagihkan kumbahan di atas medium penyebar pada kadar yang ditetapkan. Dalam proses rawatan, selaput bakteria yang melekat dan membiak di atas medium penuras memerangkap dan menguraikan bahan organic yang terdapat di dalam kumbahan untuk dijadikan makanan. Apabila bahan organic diuraikan, selaput akan menjadi lebih tebal kerana pembiakan bakteria yang berlaku. Selaput akhirnya terlucut dari lekatan ke atas medium dan disalirkan keluar bersama bahan kumbahan yang telah dirawat. Kumbahan dikeluarkan melalui lantai tangki turas yang berliang dan dikumpulkan serta dialirkan ke tangki pengenapan bagi menyingkirkan pepejal terampai yang terhasil dari medium penuras. Kecekapan turas cucur adalah antara 50% hingga 90%.


140 Kelebihan Kekurangan • Sangat sesuai digunakan untuk merawat kumbahan domestic • memerlukan kawasan pembinaan yang kecil • sesuai dibina di kawasan bandar • Mudah tersumbat jika selaput bertambah apabila bakteria membiak dengan cepat • Memerlukan kemahiran teknikal untuk penyenggaraan Jadual 3 : Kelebihan dan kekurangan turas cucur v. Penyentuh Biologi Berputar (Rotating Biological Contractors, RBC) Merupakan kaedah rawatan kumbahan yang menggunakan bakteria aerob dan fakultatif. Bakteria yang dibiakkan di atas cakera berputar menyentuh kumbahan dan menyerap serta menguraikan bahan organik di dalamnya. Bakteria membiak di atas cakera yang berputar dengan 40% daripada bahagian tenggelam dalam kumbahan. Pembiakan mikrob berlaku apabila mikrob yang terdapat di dalam kumbahan melekat pada cakera semasa cakera tenggelam dan berputar. Mikrob yang melekat pada cakera akan terus membiak sehingga membentuk lapisan yang mempunyai ketebalan 2mm sehingga 4mm. Mikrob menguraikan organik di dalam kumbahan untuk dijadikan makanan dengan mendapat bekalan oksigen di dalam kumbahan untuk dijadikan makanan dengan mendapat bekalan oksigen apabila cakera bersentuh dengan udara. Daripada bekalan makanan yang berterusan, mikrob tersebut akan terus membiak dan ketebalannya akan bertambah. Apabila mencapai tahap maksimum, mikrob berlebihan akan terlucut dari cakera dan jatuh ke dalam tangka takungan dan disingkirkan ke dalam tangki penjernihan. Kecekapan sistem ini bergantung pada kadar bebanan hidraulik dan masa tahanan. Beberapa buah penyentuh biologi berputar boleh disusun secara selari untuk merawat kuantiti


141 Penyentuh biologi berputar terdiri daripada bahagian berikut : a. Cakera bulat diperbuat daripada plastik atau bahan yang tahan karat dan tahan lama b. Batang aci dipasang pada cakera bulat untuk putaran c. Motor tahan lasak diperlukan untuk memutarkan aci pada halaju rendah d. Tangki untuk menakung kumbahan Rajah 32 : Tangki biologi berputar 3.5 Paip Saluran Fungsi utama paip saluran ialah untuk menyalurkan air bersama kotoran kelengkapan sanitari dari tandas, bilik mandi dan dapur untuk dihapuskan. Sistem saluran juga berfungsi untuk menyalurkan air hujan dari bumbung dan air dari lantai bangunan. Sistem saluran boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :


142 a) Sistem bersepadu : Air dari semua kelengkapan sanitasi di dalam bangunan dan air hujan dari bumbung disalurkan melalui satu sistem saluran dan dihantar ke tempat penghapusan yang sama b) Sistem berasingan : Bahan-bahan kotoran dari mangkuk tandas dan mangkuk air kencing, air basuhan dari sinki, besen basuh dan bilik mandi disalurkan melalui satu saluran untuk dihantar ke tangka penghapus sementara air hujan dari bumbung disalurkan melalui saluran lain untuk dihapuskan atau dibuang ke sungai, parit dan sebagainya c) Sistem separuh asing : Sistem ini juga menggunakan dua sistem saluran, satu saluran digunakan untuk menyalurkan air dan kotoran dari kelengkapan sanitari dan sebahagian dari air hujan yang dating dari umbung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam tangka penghapusan secara berlebihan. Sistem saluran yang baik mestilah dapat memenuhi keperluan-keperluan berikut: i. Tiada sebarang kebocoran – Hal ini boleh dijamin dengan penggunaan paip yang bermutu dan kerja-kerja penyambungan yang sempurna ii. Kelancaran pengaliran – Pengaliran air boleh berjalan lancar dengan penggunaan paip-paip yang permukaan dalamnya licin, saiz yang tepat dan dipasang dengan kecerunan yang secukupnya iii. Tidak ada udara kotor masuk ke dalam bangunan dengan penggunaan perangkap-perangkap sanitari yang sesuai iv. Mempunyai ciri-ciri ketahanlasakan seperti tahan karat, tahan dari serangan kimia dan tidak mudah pecah v. Disediakan dengan kemudahan untuk kerja-kerja pembersihan, pemeriksaan dan membuang sekatan serta menyediakan ruangruang pemeriksaan terutama sekali di pembelokan dan persimpangan vi. Penempatan kelengkapan-kelengkapan sanitari yang sesuai vii. Ekonomi dari segi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan viii. Elakkan seberapa yang boleh pemasangan paip-paip saluran di bawah bangunan


143 3.5.1 Saiz Paip dan Kecerunan Paip-paip saluran sanitari mestilah dipasang dengan kecerunan yang sesuai untuk memastikan kelancaran pengalirannya. Saiz paip dan kecerunan pemasangannya hendaklah ditentukan dengan teliti supaya air tidak akan sampai pada tahap memenuhi ruang dalam saluran. RUmah-rumah kediaman biasanya menggunakan paip yang bergaris pusat 100mm dan diletakkan pada kecerunan 1:80 dan tidak lebih 1:40. 3.5.2 Jenis-jenis Paip Saluran a. Paip tanah liat Paip jenis ini diperbuat daripada latah liat yang digunakan untuk membuat tembikar atau bata dan proses pembuatannya juga adalah sama. Ia dibuat dalam beberapa saiz dengan garis pusatnya dari 100mm hingga 300mm dan panjangnya dari 600mm hingga 1500mm. Penggunaan paip-paip tanah masih lagi popular kerana ia ringan, tahan lasak dan murah. Paip tanah liat juga tahan asid dan tahan tindak balas bahan alkali kerana bahagian dalamnya yang bergerlis. Paip-paip tanah liat biasanya disambung dengan soket dan spigot. Rajah 33 : Paip tanah liat dan soket penyambung


Click to View FlipBook Version