The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezzahjamilyn12, 2023-11-21 23:17:10

MODUL DCA 2232 BUILDING CONSTRUCTION 1

MODUL DCA 2232 BUILDING CONSTRUCTION 1

144 b. Paip konkrit Paip konkrit biasanya digunakan untuk sistem sanitari besar yang memerlukan penggunaan paip-paip bersaiz besar lebih daripada 225mm garispusat panjang paip konkrit ialah di antara 900mm hingga 4.0 meter dengan sambungan soket dan spigot Rajah 34 : Paip konkrit yang disambung c. Paip simen asbestos Paip jenis ini mempunyai dinding yang lebih nipis daripada paip konkrit dan biasanya permukaan luarnya disalut dengan bitumen. Sambungannya biasanya menggunakan sambungan sarung Rajah 35 : Paip simen asbestos d. Paip besi Paip jenis ini diperbuat daripada besi tuang, bersoket dan spigot. Paip-paip besi biasanya disaluti dengan bitumen atau tar untuk melindunginya daripada berkarat. Paip-paip jenis ini


145 sesuai digunakan untuk saluran atas tanah atau saluran bawah tanah tetapi biasanya digunakan untuk saluran atas tanah Rajah 36 : Paip besi e. Paip mudah lentur Paip mudah lentur biasanya diperbuat daripada plastik atau polivinil klorida (PVC). Paip jenis ini sesuai digunakan untuk saluran-saluran dalam bangunan dan saluran air hujan. Sambungannya biasanya menggunakan sarung dan glu. Rajah 37 : Paip mudah lentur jenis poly Rajah 38 : Paip mudah lentur jenis PVC serta soket penyambungannya


146 3.5.3 Selekoh dan pencawang Semua jenis paip disediakan dengan kelengkapan oemasangan untuk selekoh dan pencawang. Paip selekoh diperlukan apabila berlaku penukaran arah pada sesuatu sistem saluran. Terdapat beberapa sudut selekoh 15º, 30º, 45º, 60º, 75º dan 90º. Paip-paip pencawang diperlukan untuk menyambung hujung-hujung paip dari arah yang berlainan. Cabangnya sama ada bersudut tepat atau serong 3.5.4 Perangkap sanitari Langkah-langkah perlu diambil untuk menyekat gas-gas kotor dan beracun yang terdapat di dalam saluran daripada masuk ke dalam bangunan. Di antara gas-gas yang terdapat di dalam saluran ialah gas oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hydrogen, hydrogen sulfide, metana, karbon monoksida dan sulfur dioksida. Gas-gas tersebut sesetengahnya sangat bahay pada kesihatan dan boleh membawa maut jika terhidu berlebihan. Penyekatan gas-gas tersebut dilakukan dengan menggunakan perangkap sanitari yang dibuat berasingan atau bergabung dengan kelengkapan sanitari. Konsep perangkap sanitari ini ialah untuk menghasilkan suatu adang gas daripada air yang terperangkap di dalam saluran yang berbentuk U tanpa menghalang kelancaran pengaliran air di dalam paip. Perangkap sanitari sama ada dalam bentuk S atau P dan terdapat sesetengahnya yang berbentuk Q. Disebabkan oleh bentuk-bentuk tersebut, ia dinamakan dengan nama perangkap S, perangkap P dan perangkap Q. Terdapat juga perangkap botol, perangkap gegeluk dan perangkap antara.


147 Rajah 39 : Jenis-jenis perangkap Rajah 40 : Perangkap gegeluk 3.5.5 Pemasangan paip-paip sanitari 3.5.5.1 Mencerunkan dasar parit Saluran sanitari biasanya dipasang di bawah permukaan tanah. Maka, parit-parit sementara perlu digali sama ada dengan menggunakan peralatan tangan atau jentera pengorek. Tidak seperti parit-pairt untuk pembinaan asas, dasar parit-parit untuk saluran sanitari mestilah dibuat cerun. Penentuan kecerunannya adalah bergantung pada saiz paip dan bilangan pengguna. Untuk menjamin kelancaran pengaliran air, kecerunannya mestilah seragam dari hujung ke hujung. Walaupun terdapat alat-alat moden dan automatik, kaedah mencerunkan dasar parit secara tradisi masih lagi diutamakan dan dipraktikkan


148 kerana penggunaan alat-alat moden dan automatik lebih mahal serta memerlukan orang yang mahir untuk mengendalikannya, menyebabkan ia tidak ekonomi bagi projek-projek kecil. Cara yang biasa dilakukan ialah : a. Penggunaan rod aras Kerja-kerja penggalian biasanya dimulakan dari hujung yang cetek. Rajah 41 : Kaedah mencerun parit dengan rod aras • Gali perparitan kira-kira 4 meter panjang dan pacakkan pancang pertama (A) untuk dasar yang tercetek • Pacakkan pancang B, 3 meter dari pancang A dan araskan dengan menggunakan timbang air yang diletakkan di atas papan lurus • Pacakkan pancang B2 dan benamkan 75mm di bawah paras pancang B (untuk cerun 1:40) atau 50mm (untuk cerun 1:60) dan sebagainya • Dirikan rel aras R di atas pancang A. Tinggi di antara bahagian A hendaklah sama dengan ketinggian rod aras yang akan digunakan • Dirikan rel aras R2 pada hujung parit yang terendah sekali. Bagi mendapatkan kecerunan


149 menyeluruh, dirikan rod aras di atas pancang B2 dan laras ketinggian rel aras R2 dengan memerhati dari R sehingga kedudukan rel pada R, rod aras dan rel pada R2 sejajar (menjadi satu garis lintang) Kerja mencerunkan dasar parit seterusnya ialah dengan bantuan rod aras tadi yang dilaras dengan panduan rel aras R dan rel aras R2 dengan cara tilikan atau dengan merentangkan benang di antara kedua-dua rel tersebut. Pancang-pancang paras dasar hendaklah diletakkan di jarak-jarak yang sesuai. b. Penggunaan alat aras spirit dan papan lurus Rajah 42 : Kaedah mencerun parit dengan alat aras spirit Kerja-kerja mencerunkan dasar parit dengan menggunakan alat aras spirit dijalankan bersama-sama dengan sebatang papan lurus kira-kira 3 meter panjang. Papan tersebut diserongkan mengikut kecerunan parit yang ditetapkan. Setelah dasar parit dicerunkan secara rambang, papan lurus diletakkan dengan hujung yang lebar berada pada bahagian parit yang dalam. Letakkan


150 alat aras spirit di atasnya. Jika kedudukan buih pada alat aras spirit berada di tengah-tengah bermakna cerun dasar parit tersebut adalah betul Rajah 43 : Kecerunan paip yang betul dan salah 3.5.5.2 Menyusun paip-paip saluran Batang-batang paip saluran bersoket mestilah diletakkan dengan keseluruhan bahagian paipnya berada di atas dasar pasir setebal 75mm dan soketnya menghala kea rah hujung yang tinggi. DI bawah sambungan-sambungan, dasar parit hendaklah dilekukan untuk ruang tangan supaya kerja-kerja mengisi mortar pada soket dapat dijalankan dengan sempurna. Apabila menyambung hujung-hujung paip hendaklah ditemukan dengan kemas dan rapat kerana jika terdapat ruang di antara kedua-dua hujung


151 tersebut, mortar akan masuk ke dalamnya dan seterusnya timbul ke permukaan paip. Cara yang biasa dilakukan apabila menyambung paip ialah dengan meletakkan mortar pada bahagian bawah soket sebelum memasukkan hujung spigot paip. Semasa memasukkan hujung spigot, ia hendaklah dilakukan dengan mangangkat dan melaras sehingga kedudukannya tepat sebelum menolak masuk dengan cermat dan jangan sampai tertolak mortar di dalam soket. Apabila sudah tepat kedudukannya, barulah mortar diisikan sepenuhnya dan dikemaskan dengan kulir. Untuk menguji kecerunan setiap paip, biasanya dijalankan dengan menggunakan alat aras spirit dan sebatang kayu lurus yang dibuat dengan kayu 25mm x 50mm x 750mm panjang. Sebatang skru dipasang pada satu daripada hujungnya yang mana julurnya bergantung pada cerun pemasangan paip. Ujian dijalankan pada bahagian dalam paip. 3.5.5.3 Menguji pemasangan saluran sanitari Selepas kerja-kerja pemasangan paip siap, beberapa ujian perlu dijalankan untuk menjamin keberkesanannya. Tujuan ujian-ujian ini dijalankan adalah untuk : a. Menguji kedap udara dan kedap airnya Ia boleh dijalankan dengan menggunakan salah satu daripada tiga cara iaitu : Ujian air – Hujung saluran yang lebih rendah terlebih dahulu disumbat dengan penyumbat. Hujung saluran yang tertinggi pula disambung


152 dengan paip selekoh dan paip lurus sementara yang dipasang secara tegak. Melalui paip tegak tadi, isikan air sehingga penuh termasuk paip tegak tadi. Biarkan selama kira-kira satu jam dan tandakan kedudukan paras air di dalam paip. Selepas dibiar selama satu jam, kita akan dapati paras air yang penuh tadi akan menurun disebabkan sebahagian kecil air akan meresap ke dalam mortar dan lubang-lubang seni pada paip. Paras air biasanya tidak akan turun lagi apabila diperiksa dalam masa 30 minit jika tiada berlaku kebocoran dimana-mana sepanjang saluran yang diuji. Ujian tekanan atau udara – Kedua-dua hujung saluran hendaklah disumbat dengan ketat. Dengan menggunakan pam yang dilengkapi jangka tekanan, pamkan angin ke dalamnya sehingga mencapai 100mm dan biarkan selama 5 minit. Jika tekanannya turun tidak melebihi 25mm, bermakna saluran yang diuji adalah baik. Ujian asap – Prosedurnya sama dengan ujian angina, tetapi sebarang kebocoran akan dapat dikesan disebabkan oleh asap yang dipamkan ke dalam saluran. b. Menguji kelurusan saluran Kaedah digunakan dengan menggunakan cermin dan cahaya atau api. Jika hujung saluran dapat dilihat dengan jelas pada hujung saluran satu lagi maka paip sanitasi ini adalah dalam keadaan lurus. Memastikan tiada sebarang mortar yang terunjur ke permukaan dalam saluran


153 c. Menguji kelicinan sambungan-sambungan dan pembelokan Ujian kelicinan menggunakan sebiji bola seperti bola pingpong yang saiznya lebih kecil dari garis pusat paip. Cara bola digolekkan ke dalam paip tanpa sebarang sekatan. Rajah 44 : Contoh paip-paip yang telah disambung sebelum ditimbus dengan tanah 3.5.6 Ruang pemeriksaan Lurang atau ruang pemeriksaan mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memudahkan kerja pemeriksaan dan kerja penyelenggaraan saluran tersebut. Perbezaannya ialah ruang pemeriksaan yang dalamnya melebihi 900mm dipanggil lurang manakala yang kuran 900mm dipanggil ruang pemeriksaan. Lazimnya, ruang pemeriksaan diperlukan apabila sesuatu saluran itu berterusan terlalu panjang. Ia juga diperlukan apabila sesuatu saluran itu berterusan terlalu panjang, membelok, bercabang atau berubah kecerunan. Rajah 45 : Ruang pemeriksaan


154 Latihan BC1 K3 1. Senaraikan aktiviti yang terlibat dalam kerja tanah (C1) …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… ……………………. 2. Apakah masalah yang akan timbul sekiranya perangkap kelodak tidak disediakan dalam tapak pembinaan yang sedang dijalankan? (C3) …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… ……………………. 3. Sistem sanitari merupakan sistem saliran pengaliran air basuhan dan kotoran dari bangunan bagi tujuan penghapusan. Lakarkan sistem sanitari tersebut (C3) Aliran Sisa Dari Bangunan Ke Kumbahan Lurang Jalan Kebuk Pemeriksaan Air Hujan


155 4. Paip salir terbahagi kepada tiga jenis. Bandingkan ketiga-tiga sistem tersebut dalam bentuk jadual (C4) Sistem Paip Salir Perbezaan / Keterangan Berasingan • Menggunakan dua paip salir iaitu satu paip salir menyalirkan najis dan air sisa dan lagi satu paip salir untuk menyalirkan air permukaan sahaja ke pembetungan. • Diameter paip salir yang digunakan lebih kecil berbanding dengan diameter paip salir yang digunakan dalam sistem gabungan • Kelebihan, tiada kesan yang ketara apabila berlaku hujan lebat yang menyebabkan kuantiti air permukaan menjadi tinggi Kekurangan, kerja pembinaan dan pemasangan paip lebih banyak Gabungan • Sistem yang menyalirkan najis, air sisa dan air permukaan melalui satu set paip salir menuju ke pembetung awam • Perlu menggunakan paip salir berdiameter besar • Akan menghadapi masalah sekiranya berlaku kadar hujan yang tinggi, maka jumlah aliran kumbahan dan air permukaan menjadi lebih tinggi Berasingan separa • Sistem yang menggunakan dua paip salir Jika dibandingkan dengan sistem berasingan, sistem ini menggunakan paip salir air permukaan yang lebih pendek maka kos dapat dikurangkan kerana pengurangan kerja pemasangan, penyambungan, penyokongan dan bilangan paip.


156 Skema Jawapan 1. Senaraikan aktiviti yang terlibat dalam kerja tanah (C1) i. Pembersihan ii. Pengorekan iii. Pemunggahan / Pengangkutan iv. Pemadatan v. Pencerunan 2. Apakah masalah yang akan timbul sekiranya perangkap kelodak tidak disediakan dalam tapak pembinaan yang sedang dijalankan? (C3) Jalan keluar mauk akan menjadi becak dan berselut kerana tidak diasingkan terlebih dahulu dari tayar jentera Kemungkinan air yang dilpeaskan ke saluran luar kawasan pembinaankotor dan boleh menyebabkan tersumbat 3. Sistem sanitari merupakan sistem saliran pengaliran air basuhan dan kotoran dari bangunan bagi tujuan penghapusan. Lakarkan sistem sanitari tersebut (C3) Aliran Sisa Dari Bangunan Ke Kumbahan Lurang Jalan Kebuk Pemeriksaan Air Hujan


157 4. Paip salir terbahagi kepada tiga jenis. Bandingkan ketiga-tiga sistem tersebut dalam bentuk jadual (C4) Sistem Paip Salir Perbezaan / Keterangan Berasingan • Menggunakan dua paip salir iaitu satu paip salir menyalirkan najis dan air sisa dan lagi satu paip salir untuk menyalirkan air permukaan sahaja ke pembetungan. • Diameter paip salir yang digunakan lebih kecil berbanding dengan diameter paip salir yang digunakan dalam sistem gabungan • Kelebihan, tiada kesan yang ketara apabila berlaku hujan lebat yang menyebabkan kuantiti air permukaan menjadi tinggi • Kekurangan, kerja pembinaan dan pemasangan paip lebih banyak Gabungan • Sistem yang menyalirkan najis, air sisa dan air permukaan melalui satu set paip salir menuju ke pembetung awam • Perlu menggunakan paip salir berdiameter besar • Akan menghadapi masalah sekiranya berlaku kadar hujan yang tinggi, maka jumlah aliran kumbahan dan air permukaan menjadi lebih tinggi Berasingan separa • Sistem yang menggunakan dua paip salir • Jika dibandingkan dengan sistem berasingan, sistem ini menggunakan paip salir air permukaan yang lebih pendek maka kos dapat dikurangkan kerana pengurangan kerja pemasangan, penyambungan, penyokongan dan bilangan paip.


158 BAB 4 CIVIL AND EXTERNAL WORKS


159 4.1 Saliran Luar, Penutup Saliran, Apron dan Sistem Kumbahan 4.1.1 Pengenalan Pemasangan parit saliran di sekeliling bangunan danteknologi pembinaan menjejaskan fungsi perkhidmatan bangunan terutamanya bagi bangunan tinggi. Ia berkaitan dengan kos pembinaan dan menentukan sama ada rancangan pembinaan dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, adalah perlu untuk menjelaskan parit saliran mengikut keperluan sebenar bangunan. Titik pemasangan, meningkatkan tahap teknikal yang berkaitan, dengan pembangunan ekonomi, serta keperluan material rakyat, semakin banyak bangunan tinggi telah berjaya dibina, menyediakan perumahan dan pejabat untuk orang ramai, dan pembinaan bangunan tinggi juga telah membawa banyak pembinaan berskala besar. Masalah, seperti masalah saliran, adalah salah satu masalah yang paling serius. Dengan perkembangan sains dan teknologi, walaupun negara saya sudah mempunyai sistem perparitan yang canggih, masih banyak masalah di pinggir bangunan yang banyak, dan masalah sistem perparitan tidak dapat diselesaikan. , akan menjejaskan kehidupan rakyat. Editor industri berikut akan berkongsi dengan anda tentang pemasangan sistem parit saliran di sekeliling bangunan dan masalah dalam pembinaan, dan mencadangkan langkah balas, dengan harapan dapat memberikan bantuan kepada kakitangan yang berkaitan. Parit saliran pinggir bangunan menentukan keselamatan dan keselesaan bangunan. Oleh itu, parit saliran luar bangunan mestilah direka bentuk secara saintifik. Untuk air sisa domestik dan air sisa lain di dalam bangunan, kaedah yang cekap dan menjimatkan mesti diguna pakai, dan reka bentuk sistem perparitan Ia berkaitan dengan reka bentuk dan meletakkan paip. Bagi


160 pemasangan parit saliran di sekeliling bangunan, bentuk parit saliran yang berbeza hendaklah dipasang mengikut bentuk pelan yang berbeza. Sebagai contoh, parit saliran siap yang diperbuat daripada konkrit resin mempunyai kelebihan rintangan kakisan dan perlindungan alam sekitar, dan ia mempunyai ciri-ciri penurunan berat badan, anti-penuaan, anti-beku dan rintangan kakisan, kapasiti galas yang kuat, permukaan licin dan kebolehtelapan sifar. . Kunci anti-kecurian yang unik digunakan di antara setiap plat penutup parit saliran dan parit untuk memastikan integriti sistem parit saliran. Ciri-ciri kutipan air dan kapasiti saliran yang mengagumkan dapat mengelakkan penenggelaman tanah di dataran sekitar bangunan pada tahap tertentu. Akhir sekali, pelabuhan pemeriksaan perlu disediakan. Port pemeriksaan perlu disediakan setiap lapisan lain di antara lapisan bawah riser dan lapisan atas yang mengandungi peralatan kebersihan. Paip saliran juga perlu dipasang dan disediakan sebelum pembinaan. pembangunan ke arah yang telah ditetapkan. Dan dalam proses pelaksanaan, beri perhatian kepada perkara-perkara yang perlu diberi perhatian, selepas pemasangan dan pembinaan selesai, menjalankan pemeriksaan, mencari kesilapan dalam masa, dan merekodkannya untuk mengumpul pengalaman untuk generasi akan datang. 4.1.2 Ciri-ciri pemasangan parit saliran di luar bangunan Parit saliran linear sesuai untuk pinggir bangunan. Permukaan kerja pembinaan sangat kecil, operasi keseluruhannya mudah, dan kelajuan pemasangan adalah pantas. Ia tidak perlu meletakkan bata dan memasang acuan seperti parit tuangan simen biasa, dan ia tidak akan mengambil terlalu banyak ruang dan mengurangkan kerja yang berkaitan. Bahan operasi juga menjimatkan sebahagian daripada kos bahan. Kesan selepas siap cantik dan tahan lama. Pada masa yang sama, kerana parit saliran


161 linear menggunakan mod pengeluaran dan pemasangan modular, lebih mudah untuk beroperasi dan dipasang secara manual semasa pembinaan. Pemasangannya sangat mudah dan pantas, dan tempoh pembinaannya juga singkat. Ia boleh mengurangkan kos buruh dan kos pemasangan. Menurut ringkasan pelbagai projek yang sebenarnya dibekalkan sebelum ini, dua orang bekerjasama untuk memasang, dan pemasangan harian boleh mencapai kirakira 100 meter. Sekiranya bilangan longkang banyak, kemudahan pemasangan adalah lebih menyerlah. 4.1.3 Perkara yang perlu diambil kira semasa pembinaan parit saliran luar • Ketahui keperluan menanggung beban projek • Pilihan bahan penutup dan jahitan tengah dan sisi • Ketinggian penutup slot • Penentuan lokasi telaga jatuh dalam sistem slot • Penutup yang sesuai dan betul • Jenis dan saiz alur yang betul • Dikelilingi oleh konkrit yang mempunyai kekuatan yang sesuai. 4.2 Kerja Jalanraya dan Tempat Letak Kereta Atas Tanah, Permukaan Jalan, Penandaan Jalan, Pembahagi Jalan (Kerbs) dan Papan Tanda Jalan 4.2.1 Pengenalan Jalanraya ialah yang menghubungkaitkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Secara asasnya, pembinaan jalan raya ialah proses pembukaan ruangan-trafik yang mengatasi pelbagai rintangan geografi. Proses ini melibatkan pengalihan muka bumi, pembinaan jambatan dan terowong, malah pengalihan tumbuhtumbuhan(Ini mungkin melibatkan penyahhutanan). Pelbagai jenis jentera-bina-jalan akan digunakan untuk proses ini.


162 Muka Bumi harus diuji untuk melihat sama ada ia mampu untuk menampung keberatan kenderaan. Seterusnya, jika perlu, tanah yang lembut akan diganti dengan tanah yang lebih keras. Lapisan tanah ini akan dianggap sebagai lapisan asas. Seterusnya, di atas lapisan asasan ini akan dilapisi dengan satu lapisan lagi yang dipanggil lapisan muka. Biasanya lapisan muka adalah terbina daripada Tar ataupun konkrit. Pengaliran air merupakan salah satu faktor yang harus diambil kira dalam pembinaan jalan raya. Air yang menakung di atas jalan raya selepas hujan bukan sahaja akan membahayakan pengguna jalan raya, malah ia akan menghakis dan sekali gus merosakkan struktur jalan raya. Daripada itu permukaan jalan raya sebenarnya tidak betul-betul rata, sebaliknya mempunyai landaian yang berarah ke longkang di tepi. Daripada itu, air akan mengalir ke longkang secara semula jadi. Selepas itu, retroflector akan dipasang di tempat-tempat yang genting seperti selekoh yang tajam. Di permukaan jalan mungkin juga akan diletak "mata kucing", yakni sejenis objek bersinar seperti batu yang "ditatahkan" di atas jalan raya. Fungsinya adalah untuk menandakan sempadan laluan. Seperti semua bangunan/binaan lain, kualiti jalan akan merosot dengan masa. Rekahan dan lubang akan terjadi. Namun, terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan jalan rosak dengan cepat: • Kualiti jalan yang kurang, contohnya tiada sistem saliran yang cekap atau lapisan tar yang terlalu nipis. • Berat kenderaan melebihi kapasiti, sama ada kerana jumlah trafik yang banyak atau digunakan oleh kenderaan yang lebih muatan.


163 4.2.2 Pengelasan Jalanraya Jalanraya boleh dikelaskan seperti dalam Jadual 1 : Jenis Jalanraya Keterangan Jalan Persekutuan Jalan yang menghubungkan antara negeri dengan saiz lebar 6.10m bagi lalulintas 2 hala dan tebal 0.23m (9 inci). Jalan Negeri Jalan yang menghubungkan antara bandar dalam negeri berkenaan dengan saiz yang sama. Jalan Bandar Rangkaian jalan dalam bandar dengan saiz yang sama tetapi dengan ketebalan 20mm Jalan Kampung Merujuk kepada laluan bagi mengangkut produk ke pasaran. Ketebalan minimum adalah 15 mm dan lebar 4.50 meter Jadual 1 4.2.3 Kerja-Kerja Dalam Pembinaan Jalan a) Kerja tanah • Pembersihan Tanah dan Grubbing [Grubbing iaitu proses mengeluarkan semua pokokpokok, semak-semak, tumbuhan-tumbuhan, tunggultunggul, akar-akar dan menyingkirkan tanah atas] • Menyingkir struktur (tidak diperlukan) • Menggali laluan jalan • Menggali untuk struktur ( Peparit untuk saluran) • Penambakan • Penyediaan Subgred


164 b) Lapisan tapak dan subtapak Penempatan, pemampatan batu baur atau pasir dan kelikir. Kerja tapak dan lapisan tapak adalah penyediaan untuk subgred jalan raya. c) Lapisan permukaan Turapan terbahagi kepada dua iaitu turapan tegar (konkrit) dan turapan boleh lentur (bitumen). Turapan Konkrit samada bertetulang atau tanpa tetulang d) Saliran dan perlindungan cerun Item ini mengandungi pembinaan dan pembinaan semula paip culvert dan saliran rebut : • Riprap Turapan /Grouted Riprap - mortar dituang untuk diguna bagi melindungi tanah curam dari berlaku gelinciran dan runtuhan • Masonri batu - diguna bagi membina struktur minor seperti tembok penahan dan headwall (culvert). • Tembok gabion 4.2.4 Bahagian-bahagian Jalanraya Bahagian-bahagian jalan bergantung kepada jenis jalan samada Turapan Lentur atau Turapan Tegar. Turapan Tegar diperkuatkan dengan lapisan papak konkrit bertetulang Turapan Lentur tidak mempunyai tetulang dan terdiri dari lapisanlapisan berikut: Lapisan Subgrade Lapisan Subtapak Lapisan Tapak Lapisan Permukaan Berbitumen • Lapisan pengikat (Binder Course) • Lapisan Haus (Wearing Course)


165 Rajah 1 : Keratan Jalanraya a. Lapisan permukaan Terdiri daripada 2 lapisan iaitu : • Lapisan pengikat Digunakan untuk mengagihkan beban ke bawah jalan. Menyediakan permukaan yang rata untuk membina lapisan serta saiz maksimum batu baur yang digunakan adalah 28mm dan dicampurkan dengan peratusan bitumen dari 4-6%. • Lapisan haus Lapisan pada permukaan yang paling atas dengan fungsi utamanya adalah kepada keselamatan pengguna jalanraya. Saiz maksimum batu baur adalah 20mm dan dicampurkan dengan bitumen dengan peratusan 4.5-7%. Selain itu, ia berfungsi sebagai: - Menyediakan rintangan gelinciran - Melindungi permukaan jalan - Menyediakan permukaan selamat dan selesa - Mengekalkan lelasan (abrasion) daripada trafik - Sebagai penyaliran dengan menyediakan lapisan kalis air, laluan air larian permukaan ke longkang sebelah.


166 b. Lapisan tapak Lapisan ini biasanya mengandungi bahan berbutir/granular seperti crushed stone, crushed/uncrushed slog, crushed/uncrushed gravel dan sand (Unbound). Lapisan tapak turapan lentur mesti bertujuan membantu untuk mengagihkan beban. Cukup kuat untuk menanggung beban tanpa kegagalan ricih dan aluran yang terhasil. Mesti membenarkan air mengalir ke sisi struktur turapan. Lapisan tapak juga mesti menghalang penyusupan bahan ke subgred c. Lapisan subtapak •Komponen subtapak terdiri daripada bahan berkualiti tinggi yang biasanya digunakan untuk pembinaan subgred. Keperluan untuk bahan subtapak biasanya dari segi penggredan, kualiti dan kekuatan. •Fungsi subtapak adalah: - Mengekalkan lapisan tapak jalan dan mengagihkan beban dari kenderaan. - Bertindak sebagai lapisan saliran (jika bahan yang digunakan mampu mengalirkan air - Boleh digunakan sebagai jalan sementara semasa pembinaan - Untuk melindungi subgred dari kegagalan disebabkan kesan iklim. - Sebagai lapisan penghalang untuk mengelakkan pencampuran bahan lapisan tapak dan subgred. 4.2.4 Proses pembinaan jalanraya Proses pembinaan jalan raya mengandungi beberapa prosedur. Dalam kes tertentu prosedur-prosedur yang dinyatakan juga berkait dengan kontrak yang perlu dipatuhi. Oleh itu perhatian dan


167 penelitian perlu diberi sebaik mungkin supaya kerja-kerja yang dijalankan mengikut perjanjian kontrak. Proses pembinaan ini mengandungi perincian / prosedur seperti berikut: 1. Menjalankan kerja survey bagi menentukan poin rujukan pada kawasan pavemen sedia ada bertujuan menentukan kawasan kerja pembinaan. 2. Menyingkir lapisan tumbuhan dan mengasingkan atau menempat semula pokok-pokok yang perlu dikekalkan 3. Jika kerja-kerja utiliti seperti pemasangan paip pembetung perlu dilakukan dalam program kerja kontraktor, maka kerja– kerja tersebut perlu dilakukan sebelum bermulanya kerja–kerja pembinaan jalan raya. 4. Jika penempatan lampu jalan perlu dilakukan, penapak konkrit perlu dibina sebelum curb and gutters ditempatkan. Konduit elektrik akan diletakkan kemudian. 5. Menempatkan bebendul konkrit dan saliran (Concrete kerb and gutter) serta kaki lima konkrit. Rajah 2 : Bebendul konkrit dan saliran 6. Sebarang conduit elektrik akan ditempatkan di belakang bebendul jalan yang baru. 7. Lapisan asas asphalt ditempatkan selepas bebendul konkrit telah mengeras dan terawet secukupnya serta siap semua kerja utiliti.


168 8. Pembinaan landskap dan pembersihan tapak adalah kerjakerja akhir yang perlu dilakukan bagi menyempurnakan projek pembinaan jalanraya. 4.2.5 Penandaan JalanTempat letak kenderaan Penandaan permukaan jalan raya atau garisan jalan adalah bahan yang digunakan pada permukaan jalan yang terdiri daripada garisan memanjang serta penanda jalan seperti anak panah. Ianya berfungsi sebagai menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya dan mengawal aliran trafik lancar. Contoh penandaan jalan yang biasa antaranya adalah : a. Pepaku jalan Pepaku jalan adalah alat kawalan lalu lintas yang digunakan secara umum untuk memberi kesan baik kepada pemandu semasa waktu hujan. Ianya dicipta oleh Percy Shaw dari Boothtown, Halifax, West Yorkshire, England pada tahun 1930. Antara lokasilokasi yang memerlukan pepaku jalan ialah selekoh, persimpangan, hujung pembahagi jalan dan sebagainya Rajah 3 : Pepaku jalan


169 b. Jalur bergetar Jalur bergetar adalah ciri keselamatan jalan raya untuk memberikan amaran kepada pemandu yang hilang tumpuan disebabkan mengantuk atau keletihan dengan melalui bunyi getaran dan gegaran permukaan apabila tayar bergerak di atas permukaan jalur tersebut.[10] Dengan adanya jalur bergetar, ianya dapat menyedarkan pemandu yang tersasar dari laluan jalan raya yang sepatutnya pemandu berada atau untuk mengelakkan memasuki laluan bertentangan arah dan akan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. c. Garisan jalan Terdapat banyak jenis garisan jalan yang digunakan antaranya menggunakan : a) Cat : kadang-kadang dengan bahan tambahan seperti manik kaca pantul songsang,[11] dan biasanya digunakan untuk menandakan garisan jalan. Ianya juga digunakan untuk menandai ruang di tempat letak kereta atau ruang tujuan khas untuk tempat letak kenderaan kurang upaya, dan kawasan parkir terhad b) Batu : Di jalan-jalan yang ditar dengan batubatuan atau batu bata, garisan jalan ini boleh dibuat dengan batu berwarna putih, seperti marmar atau batu berwarna terang lainnya. Penandaan sejenis ini tahan lama, tetapi boleh menjadi licin dalam keadaan hujan atau basah c) Manik kaca : Manik kaca atau glass beads digunakan untuk memantulkan cahaya dari permukaan garisan jalan yang dapat dilihat sama ada basah atau kering


170 Jenis-jenis garisan jalan adalah : Rajah 4 : Jenis-jenis garisan jalan 4.2.6 Papan Tanda Jalanraya Kewujudan papan tanda di jalan raya adalah untuk memberikan panduan kepada para pengguna jalan raya. Semua papan tanda yang ada di atas jalan raya adalah mudah untuk di fahami dan memiliki saiz huruf yang sesuai bagi tujuan memudahkan para pengguna jalan raya untuk membacanya. Setiap papan tanda mempunyai arahan dan juga tujuan yang tertentu dan dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu papan tanda mandatori, papan tanda larangan, papan tanda amaran dan papan tanda maklumat.


171 Papan tanda ini adalah merupakan salah satu undangundang yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) supaya keselamatan orang ramai lebih terjamin. Maka, kepatuhan terhadap papan tanda adalah amat penting untuk mengelakkan risiko kemalangan daripada berlaku. Tujuan papan tanda ini adalah untuk mengingatkan kita agar lebih berhati-hati dan beringat sewaktu memandu. Namun, kebanyakan rakyat Malaysia sering mengingkari papan tanda jalan raya ini dan menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan dan pergaduhan di atas jalan raya. Maka, untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku, pematuhan terhadap papan tanda jalan raya adalah amat penting. Papan tanda jalan raya berfungsi untuk melancarkan trafik lalu lintas. Kebiasaannya, papan tanda ‘dilarang meletakkan kenderaan’ diletakkan di beberapa kawasan yang tertentu bertujuan bagi mengelakkan kesesakan berlaku.


172 4.2.7 Contoh papan tanda jalanraya a. Papan tanda larangan


173 b. Papan tanda mandatory c. Papan tanda had laju


174 d. Papan tanda amaran


175 e. Papan tanda pembinaan sementara f. Papan tanda maklumat


176 g. Papan tanda lebuh raya 4.2.8 Tempat Letak Kenderaan Tempat letak kenderaan (TLK) ialah ruang atau kawasan khas atau lot atau petak yang disediakan secara terancang dan tersusun sebagai tempat untuk meletak kenderaan. TLK juga perlu disokong dengan penyediaan elemen lain seperti landas angkat (ramp), laluan bagi orang kurang upaya (OKU), papan tanda, laluan pejalan kaki dan susunatur landskap. Peruntukan perundangan, piawaian dan garis panduan yang perlu diambilkira dalam perancangan dan pembangunan kemudahan TLK antaranya ialah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 [Akta 172], Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 [Akta 133],


177 Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 dan lainlain lagi. Satu garis panduan telah dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2018. Garis Panduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan Pihak Berkuasa negeri (PBN), Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), agensi teknikal dan pihak-pihak yang terlibat dalam merancang, mengawal dan membangunkan kawasan khususnya keperluan TLK semasa penyediaan pelan-pelan pembangunan. ( Garis panduan ). Terdapat lima prinsip perancangan yang digunakan dalam pembinaan TLK iaitu : a. Sistematik dan mesra pengguna b. Kemudahsampaian c. Inovatif dan responsif d. Estetik dan keindahan e. Keselamatan


178 Jadual 2


179 Jadual 3


180 Jadual 4


181 Jadual 5


182 Jadual 6


183 Jadual 7


184 4.3 Pagar dan Pintu Pagar Kerja memagar sering dilakukan pada satu kawasan kediaman atau sebarang kawasan bangunan. Tujuan utama pembinaan pagar dan pintu pagar adalah sebagai penentuan sempadan, menunjukkan had tapak bina atau suatu kawasan, sebagai halangan atau perlindungan, membantu mengehadkan atau menghalang pandangan, membentuk signal visual serta dijadikan sebagai nilai estetika dan prestij. Satu garis panduan yang dinamakan Garis Panduan Perancangan Gated Community and Guarded Neighbourhood telah disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), pihak berkuasa tempatan (PBT), dan agensi-agensi teknikal dalam merancang dan mengawal pembangunan perumahan berkonsepkan gated community (GC) dan guarded neighbourhood (GN). Garis panduan ini juga memberi panduan asas kepada pemaju dan persatuan penduduk dalam membangunkan GC dan GN ini. (Garis Panduan). Rajah 5 : Panduan pembinaan pagar, pintu pagar dan tembok di kawasan perumahan


185 Rajah 6 : Ilustrasi pagar yang mempunyai kesan daya kenampakan yang terlalu tinggi 4.3.1 Jenis-jenis pagar • Pagar besi • Pagar kayu


186 • Pagar setengah • Pagar batu • Pagar simen


187 • Pagar logam • Pagar chain link • Pagar railing tangga


188 • Pagar laser cutting ornament • Pagar tinggi • Pagar bata dan besi


189 4.3.2 Jenis-jenis Pintu Pagar • Jenis buka Biasanya digunakan untuk saiz pagar yang tidak begitu besar antara 9 – 12 kaki. Sekiranya melebihi ukuran 12 kaki, dibimbangi pagar jenis ini akan mudah jatuh dan tanggal • Jenis lipat Jenis ini sangat menjimatkan ruang semasa pintu pagar dibuka. Saiz yang terbaik adalah antara 15 – 20 kaki, ini membolehkan pemilik mendapatkan kelegaan maksimum di laman rumah dan tempat letak kereta.


190 • Jenis menggelangsar (sliding) Jenis ini sering dipilih oleh pengguna kerana mudah dikendalikan. Saiz yang sangat sesuai adalah antara 10 – 16 kaki. Sekiranya melebihi 16 kaki, pintu pagar jenis ini akan mengalami sedikit gegaran semasa proses tolakan buka dan tutup pintu pagar 4.4 Bangunan Pencawang Elektrik 4.4.1 Prinsip perancangan penyediaan tapak pencawang elektrik perlu mematuhi setiap aspek berikut : I. Keselamatan Perancangan dan pembangunan tapak pencawang elektrik diletakkan di tempat yang bersesuaian dan selamat kepada individu dan masayarakat setempat. II. Kebersihan dan keindahan Kawasan sekitar tapak pencawang hendaklah dilandskapkan dengan pokok-pokok yang bersesuaian untuk mewujudkan pemandangan yang menarik. Selain itu, rekabentuk bangunan yang menarik dan tidak menjejaskan, membuat gangguan dari segi bunyi dan aspek visual terhadap alam sekitar. Ia juga perlu menyediakan kawasan penampan dan anjakan bangunan yang bersesuaian.


191 4.4.2 Garis panduan penyediaan tapak pencawang elektrik I. Lokasi Tapak • Lokasi suatu pencawang sub-station adalah mengikut keperluan bekalan elektrik untuk kegunaan domestic, perdagangan dan industri • Pembinaan pencawang masuk utama (PMU) 275kV tidak sesuai berhampiran dengan perumahan, kawasan lapang dan kemudahan awam. Zon penampan diperlukan • Bentuk bangunan hendaklah disesuaikan dengan kawasan persekitaran seperti bentuk rumah batu atau bahan semula jadi yang lain II. Saiz dan fungsi Saiz bekalan (load) adalah mengikut keperluan domestic, perdagangan dan industry (tertakluk kepada keperluan TNB). Jadual 8 : Jenis-jenis tapak pencawang elektrik mengikut saiz


192 III. Rekabentuk bangunan • Perlu selaras dan sesuai dengan rekabentuk persekitaran tapak pencawang • Melambangkan ciri-ciri user friendly • Bangunan tertutup hendaklah tidak mencacatkan pandangan serta menjamin keselamatan masyarakat • Kawasan sekitar hendaklah dilandskap supaya tidak terlalu menonjol atau terasing daripada bangunan persekitaran • Keperluan menyediakan zon penampan adalah seperti berikut:


193 Rajah 6 : Lokasi yang sesuai diletakkan pencawang IV. Had Ketinggian Untuk pencawang masuk utama (PMU) ketinggian bangunan tidak melebihi 9 meter (30 kaki). Ini bertujuan untuk menyelaraskan ketinggian dengan pembangunan persekitaran sebagai contoh di kawasan perumahan kepadatann rendah (rumah sesebuah), ketinggia PMU tidak harus melebihi ketinggian rumah sesebuah V. Jalan Masuk Perlu disediakan laluan masuk untuk pengurusan dan penyelenggaraan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) VI. Sistem Perparitan Perlu disediakan sistem perparitan yang disambungkan dengan sistem perparitan persekitaran. Perlu juga mematuhi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (Akta 133) dan Sewage and Effluent Regulation 1979, bagi mengurangkan bahaya kesihatan awam dan kebersihan alam sekitar


Click to View FlipBook Version