The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaan LP, 2024-01-14 22:31:18

Setitik Nila 2.0

Setitik Nila 2.0

pergerakan gaji’ bagi tempoh sembilan (9) bulan mengikut Peraturan 38(a) dan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Kedua Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ’tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh sembilan (9) bulan mengikut Peraturan 38(a) dan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai perlu dikenakan hukuman tatatertib bagi mengelakkan pegawai melakukan perkara sama yang berulang; dan (b) hukuman tatatertib dikenakan untuk pegawai memperbaiki diri dan prestasi kerja supaya pegawai lebih mempunyai rasa tanggungjawab agar gaji atau upah yang diterima adalah setimpal dan bertepatan dengan sumbangan pegawai sebagai pegawai awam. 38 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


SKANDAL 1. LATAR BELAKANG KES Y.M. Engku Majid bin Engku Dillah ialah seorang Pustakawan Gred S44 yang bertugas di Jabatan W, Daerah Y, Negeri Z. Terdapat aduan berupa surat tanpa pengirim diterima berkaitan salah laku Y.M. Engku Majid bin Engku Dillah. Pegawai diadu telah menjalinkan hubungan sulit atau skandal bersama seorang pegawai wanita di Jabatan W. Y.M. Engku Majid bin Engku Dillah telah berkeluarga dan pegawai wanita tersebut juga telah berkeluarga. Pegawai dituduh menjalinkan hubungan sulit semasa bertugas di Jabatan W. Terdapat beberapa bukti tangkap layar perbualan mereka melalui aplikasi WhatsApp yang jelas menunjukkan ayat dan perkataan yang bersifat seksual serta terdapat beberapa gambar yang tidak sepatutnya dan tidak sopan. Namun Y.M. Engku Majid bin Engku Dillah tidak mengakui dan menafikan aduan tersebut. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 39


3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Y.M. Engku Majid bin Engku Dillah (No. Kad Pengenalan: 830930-00-0000), Pustakawan Gred S44, semasa bertugas di Jabatan W, melalui Laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman telah didapati: (a) melakukan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain dengan cara pernyataan bertulis melalui aplikasi WhatsApp; dan (b) selaku pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, tuan telah berkelakuan dengan mempunyai kepentingan dan niat persendirian, menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam, memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: ‟4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam” 40 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) semenjak dilantik di Jabatan W, pegawai tidak disenangi sebilangan warga Jabatan W kerana sering membetulkan beberapa proses dan prosedur kerja yang didapati melanggar peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa; (b) pegawai telah memperbetulkan prosedur kewangan dan pentadbiran di Jabatan W yang sebelum ini tidak mematuhi peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa; (c) pegawai berjaya menyelesaikan isu berbangkit yang berkaitan dengan perolehan pada tahun 2013 hingga 2017; dan (d) pegawai mengakui kesalahan yang telah dilakukan berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) representasi awal pegawai tidak menjawab pertuduhan dikemukakan; (b) tiada bukti kukuh untuk menyokong pernyataan dalam representasi pegawai; dan Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 41


(c) pegawai mengakui berhubung secara rapat dengan pegawai wanita tersebut berdasarkan komunikasi peribadi intim yang menjadi bukti dan fakta kes bahawa pegawai telah melanggar peraturan yang sedang berkuat kuasa. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ terhadap kedua-dua pertuduhan mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) wujud kesalahan yang dilakukan berdasarkan kepada laporan siasatan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang diteliti oleh Lembaga Tatatertib; (b) kesalahan yang dilakukan merupakan kesalahan yang boleh mencemarkan imej pegawai awam amnya dan imej Jabatan W khususnya; (c) menjadi pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan; dan (d) membuktikan bahawa Jabatan W mengambil serius berkaitan aduan yang diterima serta bertindak adil dalam perkara melibatkan tatatertib jabatan tanpa prejudis. 42 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


JENAYAH DI LUAR NEGARA 1. LATAR BELAKANG KES Encik Rahimi bin Ahmad Ridhuan ialah seorang Pemandu Kenderaan Gred H11 di Hospital GH. Pegawai didapati bersalah kerana membawa dadah ke negara Brunei Darussalam sehingga dipenjarakan di Penjara Maraburong Fasa 3, Brunei Darussalam dan dijatuhi hukuman lima (5) tahun penjara dan lima (5) kali sebatan seterusnya mencemar imej perkhidmatan awam. Kes yang dibicarakan di luar negara dan didapati bersalah tidak boleh dibicarakan semula di Malaysia kerana Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 adalah tidak terpakai bagi kes jenayah ke atas pegawai yang dibicarakan menurut undang-undang negara luar. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 hanya sah bagi mahkamah yang mempunyai kuasa wibawa untuk membicarakan seseorang bagi suatu kesalahan jenayah mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia. Justeru, kes pegawai di bawa untuk tindakan tatatertib kerana mencemarkan imej perkhidmatan awam. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 43


Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Unit Integriti, Kementerian X selaku Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Rahimi bin Ahmad Ridhuan (No. Kad Pengenalan: 781223-00-0000), Pemandu Kenderaan Gred H11 di Hospital GH telah didapati bersalah kerana membawa dadah ke negara Brunei Darussalam sehingga dipenjarakan di Penjara Maraburong Fasa 3, Brunei Darussalam dan dijatuhi hukuman lima (5) tahun penjara dan lima (5) kali sebatan seterusnya mencemar imej perkhidmatan awam. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam serta tidak bertanggungjawab, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(d) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: "4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; dan (g) tidak bertanggungjawab” 44 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) kejadian bermula pada 31 Ogos 2017 semasa pegawai pulang dari Miri ke Limbang, Sarawak melalui negara Brunei Darussalam. Pemeriksaan pihak Narkotik Brunei Darussalam mendapati ada barang yang dicurigai yang pegawai tidak ketahui tersimpan dalam motosikal pegawai; (b) disebabkan tidak mengaku bersalah, pegawai ditahan reman selama dua (2) tahun untuk menghadiri sebutan kes di mahkamah; (c) semasa dalam tahanan reman, pegawai berasa amat tertekan memikirkan pekerjaan dan hukuman yang akan dilaluinya. Oleh itu, pegawai terpaksa mengubah pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah supaya tidak dijatuhkan hukuman terlalu lama; (d) setelah pengakuan bersalah dimaklumkan semasa sebutan kes di Mahkamah Brunei Darussalam, pegawai hanya diberikan hukuman jangka pendek dan dibebaskan pada 15 Disember 2020; dan (e) pegawai merayu agar diberi kesempatan dan peluang untuk berkhidmat kembali serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 45


(a) justifikasi yang diberikan pegawai adalah tidak relevan. Pegawai telah membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Brunei Darussalam atas kesalahan membawa barangan narkotik; (b) pegawai telah menjalani hukuman penjara atas kesalahan tersebut; (c) pihak Hospital GH memandang serius perkara ini kerana ia telah mencemarkan nama baik Malaysia dan imej Kerajaan khususnya Kementerian X sendiri; dan (d) perkara ini perlu dipandang serius dan menjadi pengajaran kepada pegawai awam yang lain. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah atas pertuduhan yang dikenakan dan dijatuhkan hukuman ‘buang kerja’ mengikut Peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) representasi pegawai adalah lemah dan tidak dapat membebaskan beliau daripada pertuduhan yang dihadapkan; (b) perbuatan pegawai yang mencemarkan imej Kementerian X adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang pegawai awam yang bertanggungjawab dan berdisiplin; dan 46 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(c) perbuatan pegawai adalah melanggar Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 47


Gangguan Seksual


‘SENTUHAN KECUNDANG’ 1. LATAR BELAKANG KES Encik Syed Hamidi bin Syed Arshad ialah seorang Pegawai Bomba Gred KB17 (Memangku Gred KB22) yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Y, Negeri Z. Pegawai telah dilaporkan melakukan gangguan seksual terhadap seorang Pegawai Bomba wanita yang bertugas di balai yang sama. Pada 5 Jun 2019, Encik Syed Hamidi bin Syed Arshad selaku Ketua Pasukan semasa operasi pemadaman api hutan telah melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai gangguan seksual dengan mengangkat Pegawai Bomba wanita di bawah seliaannya, iaitu Cik Mawar Aleena binti Abdul Rashid dengan mendukungnya secara “direct body contact” tanpa menggunakan sebarang peralatan perantaraan, tanpa kerelaan pegawai dan menyebabkan Cik Mawar Aleena binti Abdul Rashid berasa sakit, marah dan terganggu. Encik Syed Hamidi bin Syed Arshad juga telah melakukan perbuatan yang disifatkan gangguan seksual pada 21 Disember 2019 dengan menjengah melalui tingkap kereta Cik Mawar Aleena binti Abdul Rashid dan memandang ke arah dada untuk melihat pakaian dalamnya hingga menyebabkan pegawai berasa tidak selesa dan marah. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 49


3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Pegawai telah dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, Syed Hamidi bin Syed Arshad (No. Kad Pengenalan: 830312-00-0000), seorang Pegawai Bomba Gred KB17 (Memangku Gred KB22) yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Y, Negeri Z selaku Ketua Pasukan, pada 5 Jun 2019 di antara jam 4:00 petang hingga 7:00 petang semasa operasi pemadaman api hutan di kawasan Taman Murni, telah didapati melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai gangguan seksual dengan mengangkat Pegawai Bomba wanita di bawah seliaan tuan, iaitu Cik Mawar Aleena binti Abdul Rashid (No. Kad Pengenalan: 971125-00-0000), Pegawai Bomba Gred KB17 dengan mendukung secara “direct body contact” tanpa menggunakan sebarang peralatan perantaraan, tanpa kerelaan pegawai dan menyebabkan pegawai berasa sakit, marah dan terganggu. Perbuatan tuan melakukan gangguan seksual itu adalah melanggar Peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh – 50 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau (b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.” Oleh itu, tuan boleh disifatkan sebagai mencemar imej perkhidmatan awam, iaitu bertentangan dengan tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama perkhidmatan awam” Pertuduhan Kedua Bahawa tuan, Syed Hamidi bin Syed Arshad (No. Kad Pengenalan: 830312-00-0000), Pegawai Bomba Gred KB17 (Memangku Gred KB22) yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Y, Negeri Z selaku Ketua Pasukan, pada 21 Disember 2019 telah didapati melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai gangguan seksual dengan menjengah melalui cermin tingkap kereta Pegawai Bomba wanita di bawah seliaan tuan, iaitu Cik Mawar Aleena binti Abdul Rashid (No. Kad Pengenalan: 971125-00-0000), Pegawai Bomba Gred KB17 dan memandang ke arah dadanya untuk melihat pakaian dalamnya hingga menyebabkan pegawai berasa tidak selesa dan marah. Perbuatan tuan melakukan gangguan seksual itu adalah melanggar Peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 51


“4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh – (a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau (b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.” Oleh itu, tuan boleh disifatkan sebagai mencemar imej perkhidmatan awam, iaitu bertentangan dengan tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama perkhidmatan awam” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai seperti nama dan alamat di atas dan sebagai Penyelia atau yang lebih kanan bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar dan membimbing anggota bawahan pegawai dari segi ilmu serta adab sebagai seorang penjawat awam sebagaimana yang diamanahkan oleh Jabatan W dan juga Kementerian X; (b) ketegasan seseorang Penyelia atau Ketua Pasukan akan menyebabkan seseorang kurang berpuas hati (sakit hati) dan juga pegawai atau mereka yang berfikiran negatif (buruk sangka). Kejadian di tempat operasi (Api Hutan pada 5 Jun 2019 di antara jam 4:00 petang hingga 7:00 petang) 52 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


pegawai sebagai Penyelia atau Ketua Pasukan hanya bertanggungjawab membantu pegawai/anggota yang dalam kesusahan tanpa ada apa-apa niat yang serong atau salah perlakuan terhadap pegawai wanita berkenaan; (c) semasa pasukan pegawai menjalankan aktiviti Jadual Tugas Harian (JTH) di dalam kawasan balai (padang kawad), tanpa diundang seorang penjawat awam berpakaian orang awam yang kurang sopan dan mencolok mata (iaitu Pegawai Bomba wanita, Cik Mawar Aleena binti Abdul Rashid) memasuki kawasan larangan latihan dengan menaiki kereta jenis Perodua. Pegawai telah bercakap dengannya mengenai tujuan pegawai wanita tersebut namun pandangan mata pegawai dan teguran pegawai telah disalahertikan sebagaimana yang didakwa oleh beliau; (d) sebagai seorang Penyelia/Ketua Pasukan, pegawai sememangnya akan terdedah dengan pertuduhan yang liar seperti ini yang mana Penyelia yang tegas seperti pegawai, ramai yang berfikiran negatif (sakit hati). Justeru, pegawai mengharapkan pihak tuan menimbangkan kesesuaian atau relevankah seseorang perempuan ditempatkan bersama-sama pegawai lelaki seramai 15-20 orang pegawai dalam suatu kerja operasi kebakaran atau menyelamat atau bertugas di balai yang mana pertuduhan seperti ini juga boleh disabitkan kepada mana-mana pegawai lelaki lain di masa akan datang; dan (e) dengan ini kedua-dua pertuduhan ke atas pegawai adalah tidak benar dan pegawai tidak bersalah dalam pertuduhan ini. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 53


(a) pegawai didapati melanggar Peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (b) perbuatan pegawai ini boleh disifatkan telah memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam, iaitu bertentangan dengan tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Pertuduhan Pertama Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’, dan ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh enam (6) bulan Peraturan 38(a) dan 38(d), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Kedua Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan mengikut Peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: 54 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(a) perbuatan pegawai telah melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (b) kesalahan pegawai adalah suatu kesalahan yang berat dan serius; (c) Lembaga Tatatertib mendapati bahawa Jawatankuasa Siasatan telah berjaya membuktikan bahawa tiada sebarang keraguan tentang salah laku gangguan seksual yang telah dilakukan oleh pegawai selari dengan Peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (d) perbuatan pegawai adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang pegawai awam yang bertanggungjawab dan berdisiplin; (e) sebagai pegawai awam, pegawai sepatutnya sedia maklum dan mengetahui peraturan sedia ada yang telah ditetapkan oleh Jabatan W; (f) kesalahan tersebut akan menjadi pengajaran kepada pegawai untuk lebih berhati-hati; dan (g) menjadi teladan kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib berdasarkan alasan-alasan berikut: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 55


(a) perayu tidak mengaku melakukan kesalahan tersebut dan menyatakan bahawa hanya berlaku salah faham; dan (b) perayu merayu supaya meringankan hukuman yang telah dikenakan. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan mengemukakan ulasan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas perayu adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam setelah menimbang rayuan pegawai memutuskan bahawa rayuan perayu ditolak dan Lembaga Rayuan mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib tentang salah laku perayu, tetapi mengubah hukuman itu kepada yang lebih ringan. Keputusan Lembaga Tatatertib dipinda dengan mengubah hukuman kepada ‘amaran’ bagi pertuduhan pertama. 56 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


GODA BOS 1. LATAR BELAKANG KES Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin ialah seorang Pegawai Pertanian Gred G32 yang bertugas di Jabatan W, Negeri Z dikatakan telah mengganggu secara fizikal dan emosi terhadap penyelia beliau, iaitu Cik Long Piah a/p Majuan, Pegawai Pertanian Gred G41 yang bertugas di Jabatan W, Negeri Z sejak Oktober 2020 hingga Januari 2021. Cik Long Piah a/p Majuan dikatakan telah beberapa kali menerima pesanan berunsur ucapan sayang, rindu dan manja daripada Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin, sering bergurau dengan memanggil pegawai dengan panggilan manja di hadapan beberapa pegawai dan kakitangan di pejabat serta menyatakan hasrat untuk mengahwini Cik Long Piah a/p Majuan. Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin, juga cuba melakukan sentuhan terhadap penyelia dengan menggunakan pen. Cik Long Piah a/p Majuan pernah beberapa kali meminta Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin untuk menghentikan perbuatan tersebut tetapi tidak dihiraukan. Kini, Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin tidak lagi mengganggu Cik Long Piah a/p Majuan kerana telah diberi amaran untuk melaporkan perbuatan tersebut kepada Unit Integriti, Jabatan W. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 57


3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin (No. Kad Pengenalan: 851221-00-0000), Pegawai Pertanian Gred G32 yang bertugas di Jabatan W, Kementerian X telah melakukan perbuatan bersifat gangguan seksual sejak Oktober 2020 hingga Januari 2021 ke atas Cik Long Piah a/p Majuan (No. Kad Pengenalan: 940526-00-0000), Pegawai Pertanian Gred G41 dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp, iaitu “syg, i rindu lah...” dan secara lisan sehingga mangsa berasa terganggu dan tidak selesa. Perbuatan tuan tersebut adalah melanggar Peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: ‟4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh – (a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau (b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, dan akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina dan terugut”. 58 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Perbuatan tuan itu juga boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: ‟ 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai memohon kemaafan atas kesilapan dan kealpaan pegawai sehingga melanggar tatakelakuan tanpa niat kepada penyelia beliau; (b) pegawai menyatakan dengan penuh rendah diri memohon pertimbangan yang sewajarnya dan tidak dikenakan apa-apa tindakan tatatertib terhadap pegawai; dan (c) pegawai menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian pada masa hadapan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 59


(a) pegawai adalah seorang pegawai yang berprestasi tinggi dalam melaksanakan tugasannya sebelum ini; (b) mencadangkan pegawai ditukarkan ke tempat lain memandangkan kes ini berlaku di antara pegawai dan penyelia pegawai; dan (c) berdasarkan pemerhatian, kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan tidak dapat dilakukan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah melanggar Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (b) pegawai juga telah jelas melanggar Peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 60 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


RABA TANPA RELA 1. LATAR BELAKANG KES Encik Nizam Adli bin Hamzah ialah seorang Jurutera Awam Gred J48 yang bertugas di Bahagian V, Kementerian X. Pegawai didapati telah melakukan perbuatan yang bersifat seksual terhadap Encik Isaac Iman bin Abd Tamar, Pembantu Tadbir Gred 19 (MySTEP) dan Encik Ahmad Helmi bin Ghazali, Pembantu Tadbir Gred 19 (MySTEP) pada 3 Mac 2023, antara jam 9.40 pagi hingga 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 12, Kementerian X dengan membuat sentuhan di bahagian dada kedua-dua mangsa tersebut sehingga mangsa berasa tidak selesa dan tidak selamat. Laporan telah dikemukakan oleh Penolong Setiausaha Bahagian V, Kementerian X melalui Borang Aduan Salah Laku Gangguan Seksual bertarikh 13 Mac 2023 mengenai kelakuan pegawai. Pegawai juga dikatakan telah mengeluarkan kata-kata lucah kepada mangsa di hadapan rakan pejabat yang lain. Berdasarkan Laporan Psikologi yang dibuat ke atas kedua-dua mangsa mendapati mangsa-mangsa masih boleh bekerja dan tidak berasa terancam di tempat kerja sekarang kerana jadual bertugas mereka juga telah diatur supaya tidak bertembung dengan pegawai. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 61


3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Nizam Adli bin Hamzah (No. Kad Pengenalan: 820517-00-0000), Jurutera Awam Gred J48 semasa bertugas di Bahagian V, Kementerian X telah didapati melakukan perbuatan yang bersifat seksual terhadap Encik Isaac Iman bin Abd Tamar (No. Kad Pengenalan: 011101-00-0000), Pembantu Tadbir Gred 19 (MySTEP) dan Encik Ahmad Helmi bin Ghazali (No. Kad Pengenalan: 000216-00-0000), Pembantu Tadbir Gred 19 (MySTEP) pada 3 Mac 2023, antara jam 9.40 pagi hingga 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 12, Kementerian X dengan membuat sentuhan di bahagian dada kedua-dua mangsa tersebut sehingga mangsa berasa tidak selesa dan tidak selamat. Perbuatan tuan tersebut adalah melanggar Peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: ‟4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh – (a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau (b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, dan akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina dan terugut.” 62 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Perbuatan tuan itu juga boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: ‟ 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pada 3 Mac 2023 antara jam 9.40 pagi hingga 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 12, Kementerian X telah diadakan satu sesi bergambar beramai-ramai lanjutan daripada majlis perpisahan staf pentadbiran. Insiden berlaku apabila pegawai bergambar bersama dua (2) staf lelaki dengan aksi freestyle meletakkan tangan ke bahu mereka dengan niat tanda keakraban sesama pegawai di Bahagian V, Kementerian X tanpa sebarang niat lain; (b) persepsi dan pendapat mereka yang kurang bijak serta kurang profesional membuat laporan ini seolah-olah ingin mencemar nama baik serta mengaibkan pegawai tanpa mengetahui perkara sebenar; (c) pegawai bersama dua (2) staf lelaki berkenaan berkawan rapat serta menjalani kehidupan bekerja seperti biasa setiap hari dan yang paling penting pegawai dan dua (2) staf berkenaan adalah lelaki. Berseloroh dan lawak kasar itu perkara biasa, cuma persepsi orang sahaja yang berlainan serta aduan oleh kedua-dua staf berkenaan yang mendakwa perbuatan ini Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 63


tidak selesa dan tidak selamat sememangnya tidak logik akal dan tidak munasabah; (d) melalui insiden berkenaan, pegawai sendiri yang forward gambar tersebut ke aplikasi WhatsApp group unit dengan caption “hah kan dah kena” dengan tujuan berseloroh. Persepsi pegawai lain dalam aplikasi WhatsApp group adalah tidak sama dari segi hati, budi dan pemikiran; dan (e) gambar berkenaan juga boleh membawa banyak pengertian. Selepas insiden tersebut, pegawai dan kedua-dua staf berkenaan menjalani rutin harian seperti bekerja, keluar makan, bergurau dan berseloroh setiap hari serta tidak timbul isu tidak selesa atau tidak selamat. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) Ketua Jabatan telah meneliti kes ini dan telah berjumpa dengan Encik Nizam Adli bin Hamzah selepas beliau menerima surat pertuduhan tersebut pada 15 April 2023. Berdasarkan sesi perjumpaan dengan pegawai, yang turut dihadiri oleh Encik Ahmad Faisol bin Abdullah, pegawai telah menerangkan bahawa berlaku salah faham di pihak pengadu/pelapor. Hubungan pegawai dengan ‘mangsa’ adalah baik dan mereka sering berbalas gurauan yang boleh dianggap sensitif oleh pihak lain. Sehingga kini, hubungan antara pegawai dan ‘mangsa’ masih baik dan bertegur sapa walaupun telah dipindahkan ke unit dan aras bangunan yang berbeza; (b) Ketua Jabatan juga telah menemui kedua-dua mangsa pada 8 Mei 2023 dan keduanya melaporkan masih berkomunikasi baik dengan pegawai; 64 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(c) pegawai telah ditegur untuk tidak mengulangi kesilapan ini dan supaya peka dengan peraturan baharu yang berkuat kuasa berhubung gangguan seksual; (d) merujuk kepada prestasi pegawai pula, pegawai sememangnya seorang yang komited terhadap kerja. Walaupun dikenakan pertuduhan, ia tidak menjejaskan prestasi kerja malah pegawai terus komited terhadap setiap tugasan yang diberikan; dan (e) mengesyorkan pegawai diberikan teguran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan terhadapnya; (b) pegawai merasakan tindakannya bukanlah gangguan seksual tetapi tanda berseloroh dan lawak kasar; (c) pegawai merasakan tindakannya hanya gurauan, namun mangsa dan pengadu berasa terganggu dan tidak selesa dengan tindakan pegawai; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 65


(d) perbuatan pegawai mencemarkan imej perkhidmatan awam; dan (e) menjadi pengajaran dan teladan supaya pegawai tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. 66 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Pekerjaan Luar


SIDE INCOME 1. LATAR BELAKANG KES Encik Pubalan a/l Baskaran ialah seorang Penolong Pembantu Perubatan Gred U42 di Hospital GH. Pegawai ini dilaporkan telah melakukan pekerjaan luar sebagai ejen produk Old Living dalam waktu pejabat dengan menggunakan aset kerajaan, iaitu komputer di Hospital GH antara 4 Oktober 2022 hingga 13 Oktober 2022. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 68


4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik Pubalan a/l Baskaran (No. Kad Pengenalan: 761013-00-0000), Penolong Pegawai Perubatan Gred U42 semasa bertugas di Hospital GH didapati telah melakukan pekerjaan luar sebagai ejen produk Old Living dalam waktu pejabat dengan menggunakan aset kerajaan, iaitu komputer di Hospital GH antara 4 Oktober 2022 hingga 13 Oktober 2022. Perbuatan tuan yang dikatakan melakukan pekerjaan luar dalam waktu pejabat dengan menggunakan aset kerajaan boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 9 Tahun 2015, berkenaan Garis Panduan Permohonan Kelulusan Melakukan Pekerjaan Luar/Kerja Sambilan bagi Penjawat Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia para 4.1 dan 4.2 seperti berikut: “4.1 Pemohon hendaklah mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing tertakluk kepada prestasi kerja dan keperluan perkhidmatan. Dalam menimbangkan untuk menyokong atau tidak sesuatu permohonan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil perhatian tentang tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan 5 (3) [P.U.(A) 395] seperti berikut: 4.1.1 tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya.” “4.2 Pemohon tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan rasmi penjawat awam (contoh: kenderaan, telefon dan lain-lain) untuk sebarang tujuan berkaitan pekerjaan luar/kerja sambilan.” Perbuatan tuan tersebut juga boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: 69 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai merupakan ahli Old Living dan bukanlah seorang ejen kerana dengan menjadi ahli, harga produk adalah 24% lebih murah daripada harga pasaran; (b) pegawai mengakui ada melayari laman web Old Living bagi mendapatkan informasi produk tersebut untuk kegunaan sendiri bagi masalah kulit yang pegawai hadapi sambil menjalankan tugas rutin; dan (c) pegawai berharap penjelasan yang diberikan akan dipertimbangkan sewajarnya. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai selaku pegawai awam yang telah lama bertugas sepatutnya mengetahui bahawa penggunaan aset kerajaan bagi sebarang tujuan peribadi adalah melanggar Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Perbuatan pegawai ini telah memberikan contoh yang tidak baik kepada pegawai lain; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 70


(b) Ketua Jabatan berharap penjelasan oleh pegawai dapat diberikan pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira prestasi kerja pegawai yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan; dan (c) pihak Jabatan W menyerahkan kepada Lembaga Tatatertib untuk pertimbangan yang sewajarnya. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perbuatan pegawai adalah menyalahi tatakelakuan sebagai pegawai awam; dan (b) tindakan ini perlu diambil bagi menangani masalah yang sama daripada berulang dan sebagai pengajaran kepada pegawai lain di Kementerian X. 71 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Etika Pemakaian


SEKSI 1. LATAR BELAKANG KES Cik Rina binti Ramli ialah seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 yang bertugas di kaunter utama lobi Jabatan W. Pegawai telah didapati memakai pakaian yang melanggar etika pakaian pegawai awam, iaitu pakaian yang ketat, jarang dan mencolok mata serta tidak selaras dengan ketetapan dalam peraturan yang berkuat kuasa. Pelanggaran tatakelakuan oleh pegawai tersebut dilakukan pada 13 September 2023, 20 September 2023, 27 September 2023, 11 Oktober 2023 dan 18 Oktober 2023. Terdapat beberapa gambar pegawai telah diambil oleh penyelia di Unit Pentadbiran, Jabatan W sebagai bukti sewaktu kejadian, iaitu semasa pegawai sedang bertugas di kaunter pejabat. Pada masa yang sama, terdapat rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) turut dijadikan sebagai bahan bukti menunjukkan pegawai berpakaian ketat, jarang dan mencolok mata semasa sedang bertugas di kaunter utama lobi Jabatan W. Penyelia pegawai, iaitu Puan Fatehah binti Mohamad telah membuat teguran secara lisan pada 15 September 2023 setelah mendapat tahu perihal pegawai memakai pakaian yang tidak sesuai di pejabat berdasarkan gambar yang ditunjukkan kepada beliau. Ketua Jabatan pegawai juga telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) bertarikh 2 Oktober 2023 mengarahkan pegawai mematuhi peraturan yang ditetapkan berhubung tatacara pemakaian di pejabat dan pada masa yang sama mengarahkan pegawai mengemukakan penjelasan atas ketidakpatuhan yang berlaku. Namun, tiada penjelasan yang diterima oleh Jabatan W daripada pegawai terhadap STS tersebut. Pada 11 Oktober 2023 dan 18 Oktober 2023, pegawai sekali lagi masih mengulangi perbuatan yang sama memakai pakaian yang tidak sesuai (ketat, jarang dan mencolok mata) di pejabat dan kawasan kaunter utama lobi sehingga menyebabkan timbul persepsi negatif di kalangan pelanggan yang berurusan dengan Jabatan W. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 73


2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Rina binti Ramli (No. Kad Pengenalan: 950523-00-0000), Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19, Jabatan W semasa bertugas sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di kaunter utama lobi Jabatan W, puan didapati telah berpakaian ketat, jarang dan mencolok mata serta tidak bersesuaian dengan etika pegawai awam sebagaimana ditetapkan dalam peraturan yang berkuat kuasa. Perlakuan tersebut dilakukan oleh puan sebanyak lima (5) kali, iaitu pada 13 September 2023, 20 September 2023, 27 September 2023, 11 Oktober 2023 dan 18 Oktober 2023 di ruang kaunter utama lobi Jabatan W. Perbuatan puan adalah melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 6(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: 74 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


“6(1) Seseorang semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.” Perbuatan puan juga boleh ditafsirkan sebagai kesalahan yang melanggar Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: ‟ 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai menafikan pertuduhan yang dikenakan dan menyatakan bahawa pakaian yang telah dipakai semasa bertugas pada tarikh-tarikh tersebut adalah pakaian yang bersesuaian sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan ataupun penyambut tetamu di kaunter lobi; (b) pegawai memaklumkan telah mengambil tindakan yang sewajarnya setelah teguran dibuat oleh pegawai penyelianya dengan memakai pakaian yang bersesuaian dan lebih sopan; dan (c) pegawai juga memohon maaf dan berharap pihak Lembaga Tatatertib tidak mengenakan tindakan tatatertib kepada beliau serta berjanji akan memastikan pakaian yang dipakai selari dengan kehendak peraturan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 75


6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai seorang yang komited dalam tugasnya dan telah melaksanakan arahan yang diberikan dengan baik berkaitan tugasnya sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan dan hal-hal berkaitan urusan di kaunter utama. Namun, pegawai dilihat sebagai individu yang mementingkan penampilan diri dan cenderung memakai pakaian yang ketat serta menampakkan bentuk tubuh badan. Perbuatan pegawai adalah tidak bertepatan dengan kod etika pakaian, iaitu Garis Panduan Etika Berpakaian dan Penampilan Ke Pejabat yang dikeluarkan oleh Jabatan W; (b) berdasarkan bukti bergambar dan rakaman video CCTV pada tarikh-tarikh yang dituduh, pakaian yang dipakai oleh pegawai sememangnya tidak bersesuaian sebagai pegawai awam dan telah menjadi ‘buah mulut’ dalam kalangan warga Jabatan W dan pelanggan yang berurusan; dan (c) ketidakpatuhan pegawai dalam tatacara pemakaian walaupun telah dibuat teguran secara lisan dan STS secara bertulis membuktikan pegawai gagal mengikuti ketetapan peraturan dan mengambil sikap sambil lewa terhadap teguran yang diberikan oleh penyelianya serta perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 76 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perbuatan yang dilakukan oleh pegawai wajar dikenakan tindakan kerana pematuhan berkaitan peraturan pegawai awam telah dinyatakan di bawah Peraturan 6(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Representasi pegawai juga adalah tidak kukuh dan tidak dapat membebaskannya daripada pertuduhan yang dihadapkan; (b) hukuman yang dikenakan juga bertujuan memberikan pengajaran kepada pegawai lain supaya sentiasa mematuhi peraturan yang berkuat kuasa walaupun berkaitan dengan etika pemakaian di pejabat; dan (c) nama baik dan imej perkhidmatan awam perlu dipelihara sebaiknya malah perilaku yang boleh menimbulkan persepsi negatif kepada orang awam dan pelanggan perlu dielakkan sama sekali. Tindakan pegawai yang tidak mengendahkan teguran lisan dan STS yang dikeluarkan oleh penyelianya juga mewajarkan pegawai dikenakan hukuman yang setimpal. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 77


Dadah


HISAP GANJA 1. LATAR BELAKANG KES Encik Wong Weng Keat ialah seorang Pegawai Bomba Gred KB22 yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Y, Negeri Z. Pegawai telah dilaporkan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Pada 22 Ogos 2016, pegawai perubatan di Hospital GH telah mengesahkan dan memperakukan bahawa pegawai ialah seorang penagih dadah berbahaya jenis “11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid” (ganja), iaitu suatu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang boleh dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan kes ini di Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 79


bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Wong Weng Keat (No. Kad Pengenalan: 831103-00-0000) Pegawai Bomba Gred KB22 di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Y, Negeri Z telah didapati positif dadah jenis “11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid” dan telah diperakukan oleh Dr. Uma Priya a/p Kumaresan, Pegawai Perubatan Gred UD52 daripada Jabatan Pesakit Luar Hospital GH pada 22 Ogos 2016 sebagai “dia ialah seorang yang menggunakan atau mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan suatu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952”. Perbuatan tuan tersebut telah melanggar Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “7(1) Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971) atau menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya”. Perbuatan tuan boleh disifatkan sebagai mencemar nama perkhidmatan awam, iaitu bertentangan dengan tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga mencemarkan nama perkhidmatan awam” 80 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai mengaku tidak bersalah; (b) pegawai mengalami masalah sakit di bahagian lutut yang agak serius; (c) pegawai menggunakan ubat-ubatan dari farmasi, kampung dan kedai ubat tabib Cina; (d) pegawai tidak mengetahui kandungan ubat tersebut mengandungi dadah terlarang; (e) pegawai telah berkhidmat di balai Bomba dan Penyelamat Daerah Y, Negeri Z selama 20 tahun dan tidak pernah melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depan kerjayanya; (f) pegawai menyedari bahawa sebagai Pegawai Bomba, pegawai tidak boleh berada di bawah pengaruh dadah; dan (g) pegawai mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan memohon jasa baik Lembaga Tatatertib untuk memberi peluang kepadanya untuk membela diri dan menjalani ujian saringan air kencing kali kedua. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 81


Click to View FlipBook Version