The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaan LP, 2024-01-14 22:31:18

Setitik Nila 2.0

Setitik Nila 2.0

(a) prestasi kerja pegawai setakat ini adalah agak memuaskan. Pegawai secara dasarnya mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan kerja-kerja hakiki beliau; (b) pegawai mempunyai hubungan yang baik dengan semua pegawai di Jabatan W dan selalu sedia membantu rakan sepejabat. Penyelia kepada pegawai tidak pernah menerima aduan berkaitan dengan sikap pegawai; dan (c) disiplin pegawai adalah memuaskan di mana pegawai tidak pernah ponteng kerja dan jarang hadir lewat ke pejabat kecuali kes-kes yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan. Secara amnya prestasi kerja, sikap dan disiplin pegawai dalam menjalankan tugas hakiki adalah memuaskan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbangkan kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ terhadap pertuduhan tersebut mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perbuatan pegawai membuat pinjaman peribadi atas nama pegawai bagi pihak ahli keluarga telah mengakibatkan pegawai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius; (b) tindakan yang telah dilakukan oleh pegawai bukan sahaja telah membebankan kewangan pegawai, malahan memberi kesan pelanggaran 123 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


peraturan pegawai awam dan pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib; (c) jabatan tidak berhasrat menambahkan bebanan pegawai daripada aspek kewangan kerana kini pegawai sedang membuat potongan bulanan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia; (d) jabatan tidak mahu melihat pegawai tertekan dengan masalah kewangan yang sedang dihadapi sehingga menjejaskan prestasi kerja; dan (e) Lembaga Tatatertib memutuskan bahawa kesalahan pegawai wajar dikenakan hukuman tatatertib yang paling minimum. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 124


HUTANG 1. LATAR BELAKANG KES Encik Gautama Putra ialah seorang Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 di Politeknik PQR. Pegawai ini didapati telah diisytihar bankrap oleh Mahkamah Tinggi Daerah Y, Negeri Z pada 22 Januari 2019 atas permohonan Bank Indahsama Rakyat (M) Berhad dan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia. Berdasarkan Laporan Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Cawangan Y, Negeri Z jumlah tanggungan pegawai adalah sebanyak RM220,000.00 terhutang kepada empat (4) pemiutang tidak bercagar seperti berikut: TAHUN PINJAMAN JENIS PINJAMAN JUMLAH (RM) 2010 Bank Indahsama Rakyat, Negeri ZA 120,000.00 2010 Bank Anda, Negeri ZB 60,000.00 2010 Sejahtera Credit, Negeri ZC 30,000.00 2015 Bahagia Bersama Bank, Negeri ZD 10,000.00 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 125 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Gautama Putra (No. Kad Pengenalan: 821201-00-0000), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 di Politeknik PQR didapati telah diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi di Daerah Y, Negeri Z pada 22 Januari 2019. Perintah penerimaan dan penghukuman tersebut telah dibuat atas permohonan Bank Indahsama Rakyat (M) Bhd. Penghukuman bankrap ke atas tuan menyebabkan tuan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius, iaitu bertentangan dengan Peraturan 13(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai telah memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam” Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 126


5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai memaklumkan bahawa pegawai telah diisytiharkan bankrap kerana tidak dapat membayar segala pinjaman yang dibuat melalui potongan gaji kerana pegawai telah mengambil cuti tanpa gaji dan separuh gaji, kedua-duanya selama enam (6) bulan; (b) pegawai mengambil tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga kedua ibu bapa pegawai yang sakit di kampung; (c) pegawai juga telah membuat janji temu bagi penyatuan hutang bersama pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan sempat membuat bayaran kepada AKPK dalam tempoh satu (1) bulan sahaja; (d) selepas itu, pegawai telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah walaupun pihak AKPK telah berunding dengan pihak bank yang terlibat; (e) jumlah potongan di dalam penyata gaji pegawai juga tidak melebihi 60.00% dan pegawai tidak dapat membuat pembayaran kepada bank-bank yang terlibat kerana kekangan kewangan ketika bercuti tanpa gaji dan separuh gaji; (f) pegawai memohon maaf kerana tindakan dan kelakuan pegawai yang telah memburukkan nama dan imej sebagai seorang pegawai awam; dan (g) pegawai berharap agar pembelaan pegawai ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak Lembaga Tatatertib. 127 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius; dan (b) secara keseluruhan prestasi pegawai adalah pada tahap yang baik. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perbuatan pegawai yang terlibat dalam keterhutangan yang serius jelas telah melanggar Peraturan 13(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (b) perbuatan demikian juga boleh diertikan sebagai memburukkan nama atau mencemar nama perkhidmatan awam, iaitu melanggar Peraturan 4(2)(d), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 128


Pernyataan Awam


MEDIA SOSIAL 1. LATAR BELAKANG KES Puan Chew Leng Pei (No. Kad Pengenalan: 790816-00-0000), Pegawai Siasatan Gred P53 di Bahagian V, Jabatan W, Negeri Z telah dihadapkan dengan pertuduhan di Mahkamah Majistret Negeri Z kerana dengan sengaja mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan dengan berkata “polis bodoh” di media sosial, Facebook pada 15 Mac 2021. Sehubungan dengan itu, pegawai tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret Negeri Z dan jika bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. Pegawai telah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Negeri Z dan dijatuhkan hukuman denda RM100.00 atau dipenjara 14 hari. 2. PERAKUAN KETUA JABATAN Setelah menimbangkan kronologi kes, perwatakan serta prestasi kerja pegawai, Ketua Jabatan telah mengesyorkan agar pegawai dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 32(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu pegawai itu patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 130


3. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 131 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Kegiatan Berpolitik


1. LATAR BELAKANG KES Encik Rafa bin Abdullah ialah seorang Pegawai Penyelidik Gred Q52 di Kementerian X. Pada 12 Jun 2018, pegawai dilaporkan telah menemani seorang ahli politik ketika lawatan ke Hospital GH dengan memakai baju berlambang parti politik tersebut. Kejadian ini juga telah dirakam dan dimuat naik di media sosial rasmi parti politik tersebut. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 133


4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Rafa bin Abdullah (No. Kad Pengenalan: 760213-00-0000), pada 12 Jun 2018 telah didapati berpakaian kemeja yang mempunyai lambang parti Politik Labu Labi semasa menemani seorang ahli politik yang merupakan Menteri Kementerian X pada ketika itu semasa membuat lawatan ke Hospital GH di mana ia mendapat liputan media elektronik, media cetak dan media sosial. Perbuatan tuan telah melanggar Peraturan 21(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “21. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam sub-peraturan (3), seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik…” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai tidak mengaku bersalah kerana hanya telah menurut arahan stakeholder Kementerian X, iaitu Menteri Kementerian X; dan (b) pegawai juga menyatakan pakaian yang dikenakan adalah hadiah daripada Menteri Kementerian X dan tidak bermaksud sokongan kepada mana-mana parti politik. 134 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan sebarang ulasan terhadap representasi pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ seperti di Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) walaupun pegawai tidak mengaku bersalah, perbuatan pegawai yang memakai simbol parti politik adalah terang bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993; (b) representasi pegawai yang menyatakan bahawa pegawai hanya mengikut arahan Menteri Kementerian X adalah tidak munasabah, memandangkan apa yang lebih penting ialah kehadiran pegawai bersama Menteri Kementerian X semasa lawatan ke Hospital GH tersebut; dan (c) hukuman ‘amaran’ yang dikenakan adalah sebagai peringatan kepada pegawai-pegawai lain pada masa akan datang. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 135


Tidak Hadir Bertugas


55 HARI 1. LATAR BELAKANG KES Puan Ramlah binti Ismail ialah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Hospital GH, Daerah Y, Negeri Z. Pegawai ini dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah secara berselang-seli mulai Oktober 2020 sehingga Januari 2021 selama 55 hari. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 137


37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Ramlah binti Ismail (No. Kad Pengenalan: 881213-00-0000), Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Hospital GH, Daerah Y, Negeri Z semasa bertugas telah didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama 55 hari pada tarikh-tarikh seperti berikut: BULAN TARIKH TIDAK HADIR BERTUGAS JUMLAH (HARI) Tahun 2020 Oktober 28, 30 2 November 3, 4, 5, 6, 9, 10, 11, 12, 13, 16, 17, 18, 19, 20, 23, 24, 25, 26, 27, 30 20 Disember 1, 2, 3, 4, 7, 8, 9, 10, 11, 14, 15, 16, 17, 18, 21, 22, 23, 24, 28, 29, 30, 31 22 Tahun 2021 Januari 4, 5, 6, 7, 8, 11, 12, 13, 14, 15, 18 11 JUMLAH KESELURUHAN HARI TIDAK HADIR BERTUGAS 55 Perbuatan puan itu boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh– (g) tidak bertanggungjawab” 138 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai tidak mengemukakan sebarang representasi. 6. ULASAN KETUA JABATAN Tiada ulasan daripada Ketua Jabatan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ mengikut Peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) jumlah ketidakhadiran bertugas tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah oleh pegawai ialah 55 hari; (b) pegawai telah menerima surat pertuduhan pada 15 Mac 2021 tetapi tidak mengemukakan representasi dan ini menunjukkan pegawai tidak berminat untuk membela diri; (c) ketidakhadiran bertugas tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah oleh pegawai adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh ditafsirkan telah Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 139


melanggar Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (d) hukuman yang dikenakan adalah sebagai pengajaran kepada pegawai dan juga pegawai-pegawai yang lain. 140 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


37 HARI 1. LATAR BELAKANG KES Encik Sabu bin Sugeng ialah seorang Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 di Bahagian V, Jabatan W. Pegawai ini dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah selama 37 hari, iaitu selama lapan (8) hari pada bulan Mei 2022, 18 hari pada bulan Jun 2022 dan 11 hari pada bulan Julai 2022. Encik Sabu bin Sugeng juga didapati telah tidak hadir bertugas secara serta merta ke pejabatnya walaupun selepas Surat Arahan Bertugas Serta Merta bertarikh 8 Jun 2022 dikeluarkan kepadanya. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 141


4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan, iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, Sabu bin Sugeng (No. Kad Pengenalan: 890408-00-0000), Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 di Bahagian V, Jabatan W didapati telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh seperti berikut: BULAN TARIKH TIDAK HADIR BERTUGAS JUMLAH (HARI) Tahun 2022 Mei 10, 13, 20, 25, 26, 27, 30, 31 8 Jun 3, 7, 8, 9, 10, 13, 14, 15, 16, 17, 20, 21, 22, 23, 24, 27, 29, 30 18 Julai 1, 4, 5, 6, 7, 8, 12, 13, 14, 15, 18 11 JUMLAH KESELURUHAN HARI TIDAK HADIR BERTUGAS 37 Perbuatan tuan tersebut juga boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab” 142 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Pertuduhan Kedua Bahawa tuan, Sabu bin Sugeng (No. Kad Pengenalan: 840408-00-0000), Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 di Bahagian V, Jabatan W telah didapati tidak hadir bertugas serta merta ke Bahagian V, Jabatan W selepas Surat Arahan Bertugas Serta Merta bertarikh 8 Jun 2022 dikeluarkan. Tuan sepatutnya dikehendaki hadir bertugas serta merta ke Pejabat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat tersebut diterima. Perbuatan tuan tersebut boleh diertikan sebagai suatu perbuatan yang ingkar perintah dan melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah;” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) bagi pertuduhan pertama, pegawai mengalami masalah yang menjejaskan kehidupan peribadinya, di mana secara tidak langsung ia akan mengganggu prestasi kerja sekiranya pegawai hadir bertugas; (b) pegawai mengakui dalam keadaan serabut, tidak boleh berfikir dengan waras dan berasa amat payah untuk menyelesaikan masalahnya sehingga terlewat untuk memohon Cuti Tanpa Gaji (CTG). Pegawai tidak mempunyai ahli keluarga selain ibu yang uzur, buta dan tuli pendengaran berusia 78 tahun; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 143


(c) bagi pertuduhan kedua, semasa diarahkan bertugas semula, masalah masih belum selesai dan pegawai masih tidak dapat hadir bertugas. Pegawai memaklumkan beliau tidak sengaja untuk ingkar perintah kerana keadaannya amat tidak mengizinkan umpama “ditelan mati emak, diluah mati bapa”. Setelah menerima arahan hadir bertugas serta merta, pegawai baru teringat untuk mengemukakan permohonan CTG. Pegawai telah menghantar permohonan CTG melalui aplikasi WhatsApp kepada penyelia dan memaklumkan keadaannya. Malangnya, permohonan telah ditolak oleh Ketua Jabatan; (d) oleh kerana permohonannya ditolak, pegawai terpaksa menyerahkan semuanya kepada takdir kerana masalah dialaminya masih belum selesai. Pegawai menyatakan pihak atasan hanya bertindak mengikut buku dan peraturan-peraturan yang diperuntukkan tanpa mengambil berat tentang kebajikannya sehinggalah pegawai dicadangkan untuk diambil tindakan tatatertib atas kesalahan tidak bertugas; (e) sebelum 1 September 2022, pegawai telah bertanya kepada penyelia apakah bentuk tindakan yang telah dikenakan terhadapnya. Namun, surat pertuduhan masih belum diterima dan penyelia memberitahu, pegawai berkemungkinan akan dikenakan tindakan turun pangkat, ditukarkan atau dibuang kerja. Melalui perbualan dengan penyelia ketika itu, penyelia memaklumkan sekiranya ingin bertugas semula, gaji pegawai akan dibayar secara harian dan bukan secara bulanan seperti biasa; dan (f) pegawai telah menolak untuk hadir bertugas bukanlah kerana tawaran gaji harian tetapi beranggapan kemungkinan pegawai tetap akan dikenakan hukuman tatatertib buang kerja walaupun setelah pegawai hadir bertugas semula. 144 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) penyelia berpendapat alasan yang diberikan oleh pegawai adalah tidak munasabah dan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib; (b) alasan pegawai terlupa dan lewat mengemukakan permohonan CTG juga adalah tidak munasabah. Pegawai didapati telah tidak hadir bertugas sebelumnya dan hanya mengemukakan permohonan CTG pada 21 Jun 2022 melalui aplikasi WhatsApp tanpa sebarang dokumen sokongan; (c) selain itu, alasan-alasan lain yang dikemukakan turut didapati tidak munasabah dan tidak menyatakan secara terperinci masalah yang dihadapi pegawai; (d) pegawai juga pernah diberikan teguran secara bertulis melalui memo bertarikh 27 April 2022 kerana hanya datang ke pejabat untuk punch in dan punch out sahaja. Pegawai juga telah diberi teguran untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, namun pegawai tidak berusaha untuk memperbaiki sikap; dan (e) pegawai telah diarah untuk hadir bertugas serta-merta melalui surat bertarikh 8 Jun 2022. Namun, pegawai masih gagal untuk mematuhi arahan tersebut. Pegawai tidak dapat dihubungi sepanjang tempoh ketidakhadirannya. Pegawai juga tidak menunjukkan usaha atau inisiatif untuk memaklumkan kepada penyelia berkenaan ketidakhadirannya. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 145


7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Pertuduhan Pertama Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Kedua Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘lucut hak emolumen’ sebanyak 37 hari mengikut Peraturan 38(c), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) berpendapat pegawai patut dikenakan hukuman tatatertib sebagai pengajaran kepada pegawai awam lain supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan; (b) walaupun emolumen pegawai telah dipotong secara pentadbiran sebanyak 29 hari oleh Ketua Jabatan, Lembaga Tatatertib memutuskan hukuman ‘lucut hak emolumen’ dikenakan ke atas pegawai. 146 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Pemotongan emolumen tidak perlu dijalankan bagi tarikh-tarikh yang telah dilucut hak tetapi baki lapan (8) hari perlu dilucut hak kerana belum dilakukan pemotongan; dan (c) Ketua Jabatan dan penyelia pegawai diminta untuk memantau kehadiran pegawai di pejabat selepas pegawai dikenakan hukuman tatatertib ini dan menghantar laporan ke Unit Integriti sekiranya pegawai masih tidak hadir ke pejabat. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 147


Laporan SuruhanjayaPencegahan RasuahMalaysia


TUNTUTAN PALSU 1. LATAR BELAKANG KES Encik Sabirin bin Kasdani ialah seorang Pemandu Kenderaan Gred H11 di Jabatan W2, Kementerian X. Pegawai ini dilaporkan telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan tuntutan bayaran hotel dan memalsukan tandatangan penyelianya pada tahun 2016 semasa pegawai bertugas di Jabatan W1, Kementerian X. Berdasarkan kepada Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM), pegawai telah disiasat di bawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009. Hasil siasatan mendapati pegawai telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan tuntutan resit hotel melalui tuntutan perjalanan bagi bulan Februari, Mac dan April tahun 2016. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 149


3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan empat (4) pertuduhan, iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, Sabirin bin Kasdani (No. Kad Pengenalan: 870808-00-0000), Pemandu Kenderaan Gred H11 di Jabatan W2, Kementerian X semasa bertugas di Jabatan W1, Kementerian X telah mengemukakan elaun perjalanan dalam negeri bagi bulan Februari 2016 atas urusan rasmi, iaitu lawatan tapak pembinaan bersama Pengarah di Daerah Y, Negeri Z. Tuan telah mengemukakan dua (2) resit palsu untuk tuntutan penginapan di Hotel Riadah sebanyak RM320.00 melalui resit bertarikh 20 Februari 2016 dan RM160.00 melalui resit bertarikh 29 Februari 2016. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai tidak jujur dan tidak amanah serta tidak bertanggungjawab, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: 150 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur dan tidak amanah; dan (g) tidak bertanggungjawab” Pertuduhan Kedua Bahawa tuan, Sabirin bin Kasdani (No. Kad Pengenalan: 870808-00-0000), Pemandu Kenderaan Gred H11 di Jabatan W2, Kementerian X semasa bertugas di Jabatan W1, Kementerian X telah mengemukakan elaun perjalanan dalam negeri bagi bulan Mac 2016 atas urusan rasmi, iaitu lawatan tapak pembinaan bersama Pengarah di Daerah Y, Negeri Z. Tuan telah mengemukakan resit palsu untuk tuntutan penginapan di Hotel Riadah sebanyak RM320.00 melalui resit bertarikh 27 Mac 2016. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah” Pertuduhan Ketiga Bahawa tuan, Sabirin bin Kasdani (No. Kad Pengenalan: 870808-00-0000), Pemandu Kenderaan Gred H11 di Jabatan W2, Kementerian X semasa bertugas di Jabatan W1, Kementerian X telah mengemukakan elaun perjalanan dalam negeri bagi bulan April 2016 atas urusan rasmi, iaitu lawatan tapak pembinaan bersama Pengarah di Daerah Y, Negeri Z. Tuan telah mengemukakan resit palsu untuk tuntutan penginapan di Hotel Riadah sebanyak RM320.00 melalui resit bertarikh 10 April 2016. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 151


Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah” Pertuduhan Keempat Bahawa tuan, Sabirin bin Kasdani (No. Kad Pengenalan: 870808-00-0000), Pemandu Kenderaan Gred H11 di Jabatan W2, Kementerian X semasa bertugas di Jabatan W1, Kementerian X telah memalsukan tandatangan penyelia tuan di Jabatan W1, iaitu Encik Saadon bin Saat semasa menyediakan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri melalui surat, memo, resit hotel dan pengesahan dokumen tuntutan bagi bulan Februari 2016, Mac 2016 dan April 2016 seperti jadual berikut: Bil. Tahun Bulan No. Baucar Tarikh Bayaran Nilai Tuntutan 1. 2016 Februari B4246 22 Mac 2016 RM480.00 2. Mac B5096 6 April 2016 RM320.00 3. April B8838 30 Mei 2016 RM320.00 JUMLAH KESELURUHAN RM1,120.00 Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah” 152 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai mengaku kesalahannya adalah kali pertama sepanjang 12 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Kesalahan pegawai pada 2016 adalah disebabkan pegawai terpaksa menggunakan kenderaannya sendiri untuk melaksanakan tugas rasmi sejak hari pertama bertugas di Jabatan W1. Ini adalah atas dasar rasa tanggungjawab dalam menjalankan amanah sebagai seorang pemandu; (b) pegawai juga memaklumkan bahawa kelulusan permohonan untuk mendapatkan kenderaan jabatan adalah sukar dan perlu dimohon seminggu lebih awal. Keadaan itu menyebabkan pegawai terpaksa menggunakan sumber kewangan dan kenderaan peribadi dalam menjalankan tugas rasmi apabila menerima arahan daripada pihak atasan secara mengejut; (c) pegawai mengaku kesilapannya memohon pihak Hotel Riadah mengeluarkan resit mengikut kelayakan pegawai Gred H11 sebanyak RM160.00 satu (1) malam sedangkan harga hotel RM80.00 satu (1) malam. Pihak hotel tidak dapat menyediakan resit bercetak kerana masalah teknikal. Oleh itu, pegawai telah diberikan resit manual secara tulisan tangan seperti amaun yang diminta sebanyak RM480.00 untuk tiga (3) malam penginapan; (d) terdapat kekeliruan dan salah faham antara pegawai dan penyelianya. Pegawai beranggapan bahawa pegawai sendiri yang boleh mewakilkan penyelianya untuk menandatangani dokumen tersebut setelah penyelia memberi kebenaran secara lisan; (e) pegawai menghadapi masalah kewangan kerana mempunyai tiga (3) anak yang masih kecil dan masih bersekolah. Pegawai juga perlu Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 153


menanggung ibu kandung serta ibu mertua yang telah uzur atas faktor usia dan kesihatan; dan (f) pegawai memohon pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Lembaga Tatatertib dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Pegawai berharap diberi peluang untuk memperbaiki diri dan meneruskan perkhidmatan sebagai pegawai awam. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai mempunyai prestasi yang baik sepanjang bertugas di Jabatan W2, Kementerian X dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pada tiga (3) tahun kebelakangan amat memuaskan, iaitu melebihi 92.00%; (b) pegawai tidak pernah menimbulkan masalah. Dari segi sikap dan komitmen kerja adalah memuaskan. Pegawai juga boleh bekerja secara berpasukan dengan baik sepanjang perkhidmatan di Jabatan W2; (c) pegawai mengakui pernah melakukan kesilapan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri pada tahun 2016 di Jabatan W1; (d) pegawai telah insaf dengan perbuatan tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut; (e) kesan dan akibat kesilapan lampau, pegawai trauma dan jarang membuat tuntutan lebih masa atau tuntutan perjalanan dalam negeri sepanjang bertugas di Jabatan W2, Kementerian X; dan 154 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(f) semua tuntutan akan disemak dan melalui Pengarah Jabatan W2, Kementerian X terlebih dahulu sebelum diproses oleh Bahagian Kewangan, Kementerian X sebagai langkah kawalan dalaman. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Pertuduhan Pertama Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Kedua Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Ketiga Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 155


Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Keempat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak dua (2) pergerakan gaji bagi tempoh 24 bulan mengikut Peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas pertimbangan keputusan: (a) representasi yang dikemukakan oleh pegawai adalah penafian semata-mata dan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan yang dikenakan. 156 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


PEMALSUAN DOKUMEN 1. LATAR BELAKANG KES Puan Mardhiah Izzati binti Daus ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Jabatan W2. Kes pegawai telah dilaporkan melalui Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM) bertarikh 12 Disember 2019. Pegawai didapati telah memalsukan surat kelulusan tanggung kerja dan membuat tuntutan elaun sebanyak RM9,500.00 melalui akaun Bank Indahsama Rakyat semasa bertugas di Jabatan W1, Negeri Z. Pegawai juga didapati telah tidak membuat potongan separuh daripada Elaun Bantuan Sara Hidup berjumlah RM150.00 sebulan daripada gaji bulanan sepanjang menduduki kuarters Jabatan W1, Negeri Z dari bulan Oktober 2018 sehingga Mac 2019. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 157


mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan, iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa puan, Mardhiah Izzati binti Daus (No. Kad Pengenalan: 860503-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Jabatan W2 semasa menjalankan tugas di Jabatan W1, Negeri Z antara bulan Mei 2018 hingga September 2018 dan Jun 2019 didapati telah membuat surat kelulusan tanggung kerja palsu dan elaun tanggung kerja sebanyak RM9,500.00 telah dibuat pembayarannya kepada puan melalui akaun Bank Indahsama Rakyat yang tercatat dalam slip gaji bulan Mei, Jun, Julai, Ogos, dan September tahun 2018 serta bulan Jun tahun 2019. Perbuatan puan itu boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab, iaitu melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “ 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; dan (g) tidak bertanggungjawab” 158 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Jika puan disabitkan dan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, puan boleh dihukum mana-mana satu (1) atau apa-apa gabungan dua (2) atau lebih hukuman yang dinyatakan dalam Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Kedua Bahawa puan, Mardhiah Izzati binti Daus (No. Kad Pengenalan: 860503-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Jabatan W2 semasa menjalankan tugas di Jabatan W1, Negeri Z didapati telah tidak membuat pemotongan separuh daripada Elaun Bantuan Sara Hidup berjumlah RM150.00 sebulan daripada gaji bulanan puan sepanjang menduduki kuarters Jabatan W1, Negeri Z dari 1 Oktober 2018 sehingga 31 Mac 2019. Perbuatan puan itu boleh diertikan suatu perbuatan yang ingkar perintah dan melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah“ Jika puan disabitkan dan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, puan boleh dihukum mana-mana satu (1) atau apa-apa gabungan dua (2) atau lebih hukuman yang dinyatakan dalam Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 159


(a) pegawai telah membuat bayaran sepenuhnya sepertimana surat tuntutan bayaran balik yang dikemukakan oleh Jabatan W1, Negeri Z. Bayaran telah dibuat melalui Bank Draf bernombor 9752 atas nama “Pengarah Jabatan W1 Negeri Z” berjumlah RM11,000.00; (b) pegawai mengakui menerima amaun seperti dinyatakan dalam surat pertuduhan dalam akaun bank pegawai tetapi tidak mengiakan pertuduhan. Bayaran tidak sepatutnya dibayar ke akaun pegawai sekiranya pihak yang mengeluarkan dokumen Kew. 8 dan penyelia berkaitan membuat penyeliaan yang teliti ke atas perkara ini; dan (c) pegawai merayu untuk tidak dijatuhkan tindakan yang berat ke atasnya. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) Kerajaan tidak mengalami apa-apa kerugian setelah mengambil kira pembayaran balik yang dibuat oleh pegawai berjumlah RM11,000.00; dan (b) Jabatan W2 mengesyorkan agar pegawai dikenakan hukuman tatatertib yang paling minimum setelah mengambil kira kesalahan yang telah dilakukan oleh pegawai dan tindakan pembayaran balik yang telah dibuat. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: 160 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Pertuduhan Pertama Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak tiga (3) pergerakan gaji bagi tempoh 36 bulan mengikut Peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Kedua Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak tiga (3) pergerakan gaji bagi tempoh 36 bulan mengikut Peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Lembaga Tatatertib berpendapat pegawai patut dikenakan hukuman tatatertib sebagai pengajaran kepada pegawai dan pegawai lain supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan; dan (b) perbuatan pegawai jika dibiarkan boleh membawa kepada perlakuan yang lebih serius seperti pecah amanah dan rasuah. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 161


BUTIR MATAN PALSU 1. LATAR BELAKANG KES (a) Laporan telah diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 April 2018 dan 30 April 2018 mengenai kelakuan Encik Kilau bin Dahlan, Renjer Hutan Gred G22, Pejabat LMN, Jabatan W, Negeri Z. (b) Berdasarkan Laporan SPRM, pegawai didapati telah mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butir matan palsu, iaitu 12 resit sewaan hotel palsu sedangkan pegawai tidak menginap di hotel seperti yang dinyatakan dalam invois dengan jumlah keseluruhan tuntutan sebanyak RM1,865.80 seperti berikut: TUNTUTAN PERJALANAN TARIKH TEMPAT PENGINAPAN NO. INVOIS JUMLAH Januari 2016 20.01.2016 – 21.01.2016 Hotel King Kong 9615 RM154.00 22.01.2016 Telipok Garden HHG15/3658 RM120.00 Mei 2016 11.05.2016 – 12.05.2016 Hotel King Kong 9816 RM130.00 13.05.2016 Hotel Senangin 3334 RM120.00 Jun 2016 17.06.2016 – 18.06.2016 Hotel King Kong 9924 RM130.00 19.06.2016 Telipok Garden HHG18/3292 RM135.00 25.06.2016 – 26.06.2016 Hotel King Kong 10132 RM130.00 162 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


TUNTUTAN PERJALANAN TARIKH TEMPAT PENGINAPAN NO. INVOIS JUMLAH Julai 2016 27.07.2016 Hotel Senangin 5513 RM120.00 Oktober 2016 5.10.2016 – 7.10.2016 Hotel King Kong 9955 RM296.80 November 2016 17.11.2016 Telipok Garden HHG16/2452 RM254.40 23.11.2016 – 24.11.2016 Hotel King Kong 9219 RM137.80 24.11.2016 – 25.11.2016 Haute Inn 3234 RM137.80 JUMLAH KESELURUHAN TUNTUTAN RM1,865.80 (c) SPRM telah menyarankan Unit Integriti agar sejumlah RM1,865.80 dituntut daripada pegawai melalui surat No. Rujukan: 6371A bertarikh 16 Mei 2018. Ketua Jabatan pegawai, iaitu Encik Salehan bin Mohd Man, Pengarah Jabatan W telah mengeluarkan arahan pembayaran balik berjumlah RM1,865.80 bertarikh 23 Mei 2018. (d) Pegawai telah menjelaskan bayaran berjumlah RM1,865.80 kepada Unit Kewangan Pejabat LMN pada 29 Jun 2018. Salinan resit bernombor 3246B turut dilampirkan. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 163


3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Kilau bin Dahlan (No. Kad Pengenalan: 820521-00-0000), Renjer Hutan Gred G22, Pejabat LMN, Jabatan W, Negeri Z telah mengemukakan 12 resit penginapan yang mengandungi butir matan palsu bagi tuntutan perjalanan tuan sedangkan pihak hotel telah mengesahkan bahawa tuan tidak menginap di hotel-hotel seperti yang dinyatakan dalam resit penginapan tersebut seperti berikut: TUNTUTAN PERJALANAN TARIKH TEMPAT PENGINAPAN NO. INVOIS JUMLAH Januari 2016 20.01.2016 – 21.01.2016 Hotel King Kong 9615 RM154.00 22.01.2016 Telipok Garden HHG15/3658 RM120.00 Mei 2016 11.05.2016 – 12.05.2016 Hotel King Kong 9816 RM130.00 13.05.2016 Hotel Senangin 3334 RM120.00 Jun 2016 17.06.2016 – 18.06.2016 Hotel King Kong 9924 RM130.00 19.06.2016 Telipok Garden HHG18/3292 RM135.00 25.06.2016 – 26.06.2016 Hotel King Kong 10132 RM130.00 Julai 2016 27.07.2016 Hotel Senangin 5513 RM120.00 164 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


TUNTUTAN PERJALANAN TARIKH TEMPAT PENGINAPAN NO. INVOIS JUMLAH Oktober 2016 5.10.2016 – 7.10.2016 Hotel King Kong 9955 RM296.80 November 2016 17.11.2016 Telipok Garden HHG16/2452 RM254.40 23.11.2016 – 24.11.2016 Hotel King Kong 9219 RM137.80 24.11.2016 – 25.11.2016 Haute Inn 3234 RM137.80 JUMLAH KESELURUHAN TUNTUTAN RM1,865.80 Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib dan boleh ditafsirkan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab, iaitu melanggar Peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; dan (g) tidak bertanggungjawab” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) mengaku bersalah dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut pada masa akan datang; dan (b) pegawai memohon agar pihak Lembaga Tatatertib dapat meringankan hukuman tatatertib terhadapnya kerana pegawai seorang sahaja yang bekerja bagi menanggung keluarganya. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 165


Click to View FlipBook Version