The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaan LP, 2024-01-14 22:31:18

Setitik Nila 2.0

Setitik Nila 2.0

6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) jawapan dalam representasi bertulis pegawai menunjukkan pegawai adalah bersalah; dan (b) mengesyorkan tindakan tatatertib terhadap pegawai dikenakan tetapi hukuman lebih ringan daripada buang kerja kerana representasi yang pegawai telah kemukakan adalah munasabah dan boleh diterima. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di bawah pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘turun pangkat’ daripada Pegawai Bomba Gred KB22 kepada Pegawai Bomba Gred KB19 mengikut Peraturan 38(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah didapati terlibat dalam kesalahan dadah dan diperakui oleh Dr. Uma Priya a/p Kumaresan, Pegawai Perubatan Gred UD52 dari Jabatan Pesakit Luar Hospital GH pada 22 Ogos 2016 sebagai “dia ialah seorang yang menggunakan atau mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan suatu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952”; 82 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(b) tatacara tindakan tatatertib bagi kes kesalahan dadah pegawai ini adalah tertakluk kepada prosiding yang diperuntukkan di bawah Peraturan 7(1) dan 7(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (c) perbuatan pegawai ini diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama perkhidmatan awam, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 83


POSITIF SYABU 1. LATAR BELAKANG KES Encik Mukri bin Wadi, Pembantu Awam Gred H14 yang bertugas di Bahagian V, Kementerian X didapati positif dadah jenis Methamphetamine (syabu) hasil ujian saringan air kencing secara mengejut yang telah dijalankan pada 29 Jun 2022 oleh Jabatan W dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Y. Hasil ujian pengesanan dadah daripada Jabatan Patologi, Hospital GH bertarikh 29 September 2022, mendapati air kencing pegawai (tarikh spesimen dipungut: 29 Jun 2022) mengandungi dadah jenis Methamphetamine. Pada 5 Oktober 2022, Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital GH telah membuat perakuan menggunakan Borang 4, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bahawa pegawai ialah seorang penagih dadah berbahaya jenis Methamphetamine di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Kes pegawai telah tamat dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2022 dan berkeputusan pegawai dikenakan perintah pengawasan di bawah Pegawai Pemulihan/pegawai polis/pegawai polis tentera/pegawai memerintah selama dua (2) tahun. Pada 27 Januari 2023, pegawai telah diperakukan sebagai seorang penagih dadah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, Hospital GH menggunakan Borang Perakuan yang ditetapkan dalam Jadual kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2007 [P.U. (A) 132/2007]. 84 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib yang dilakukan Pegawai adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Unit Integriti, Kementerian X selaku Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 37(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Mukri bin Wadi (No. Kad Pengenalan: 770817-00-0000), Pembantu Awam Gred H14 yang bertugas di Bahagian V, Kementerian X telah diperakukan sebagai seorang penagih dadah berbahaya jenis Methamphetamine sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 85


Perbuatan tuan tersebut telah melanggar Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “ 7(1) Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali sebagaimana yang diperskripsikan untuk kegunaan bagi maksud perubatan oleh pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis dadah berbahaya.” Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai mencemar nama perkhidmatan awam, iaitu melanggar Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga mencemarkan nama perkhidmatan awam” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai mengakui kesalahan yang telah dilakukan bertentangan dengan etika sebagai pegawai awam; (b) pegawai amat menyesal atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi demi masa depan pegawai, keluarga dan menjaga imej Kementerian X; 86 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(c) pegawai mengaku terlibat dengan pengambilan dadah kerana pengaruh rakan-rakan dan juga akibat tekanan hidup sehingga tersilap langkah mengambil dadah. Pegawai amat menyesal di atas kesilapan yang telah dilakukan; (d) pegawai kini sedang mengikuti Program Pemulihan di bawah kelolaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Y selama dua (2) tahun yang mana pegawai perlu melaporkan diri kepada pegawai AADK yang sentiasa memantau keadaan pegawai; (e) pegawai perlu melakukan ujian air kencing setiap kali melapor diri ke AADK. Pegawai komited menghadirkan diri ke AADK Daerah Y setiap bulan; (f) pegawai berharap agar diberikan peluang untuk menghabiskan program pemulihan di samping bekerja seperti biasa; (g) pegawai memaklumkan bahawa pegawai merupakan ketua keluarga yang mempunyai tanggungan seramai lima (5) orang (seorang isteri dan empat (4) orang anak). Isteri pegawai telah diberhentikan kerja sebagai pembantu kedai makan sejak penularan kes Covid-19 melanda dan kini hanya pegawai yang bekerja menanggung keluarga; (h) seorang anak pegawai masih menuntut di Universiti PQR, Negeri Z manakala dua (2) orang lagi masih bersekolah, iaitu di Sekolah Menengah DEF (Tingkatan 1) dan Sekolah Kebangsaan ABC (Tahun 4); (i) sekiranya pegawai diberhentikan kerja, keluarga pegawai akan hilang punca pendapatan dan ini akan menjejaskan persekolahan anak-anak pegawai dan masa depan mereka; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 87


(j) pegawai memaklumkan bahawa adalah sukar untuk mencari pekerjaan lain disebabkan oleh faktor umur pegawai dan kos sara hidup yang tinggi; (k) pegawai kini menetap di kuarters Kerajaan Kementerian X. Sekiranya pegawai dikenakan hukuman buang kerja, pegawai tidak lagi boleh tinggal di kuarters berkenaan dan perlu menyewa kediaman lain. Ini akan menyebabkan kedudukan kewangan pegawai bertambah sukar kerana pegawai tidak mempunyai pekerjaan dan perlu menanggung keluarga sendirian; (l) anak bongsu pegawai merupakan pesakit Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) yang perlu mendapatkan rawatan secara berkala di Klinik Psikiatri dan Klinik Pemulihan Cara Kerja, Hospital GH. Sekiranya anak pegawai tidak mendapat rawatan sewajarnya, penyakit anak pegawai akan bertambah kronik yang mana menyebabkan anak pegawai menjadi hiperaktif dan sukar dikawal. Anak pegawai akan mengamuk sekiranya tidak mengambil ubat mengikut masa yang ditetapkan; (m) sekiranya pegawai diberhentikan kerja, pegawai bimbang mengenai kos yang perlu dibelanjakan memandangkan pegawai tidak lagi mempunyai punca pendapatan. Ini akan memberi kesan terhadap rawatan anak pegawai dan bimbang tidak dapat memberikan rawatan sewajarnya yang akan mengakibatkan penyakit anak pegawai bertambah kronik; (n) pegawai telah berkhidmat di Kementerian X selama 25 tahun tanpa sebarang masalah tatatertib. Pegawai hadir bekerja tanpa sebarang masalah; (o) pegawai mengharapkan segala perkhidmatan dan sumbangan pegawai kepada Kementerian X selama 25 tahun mendapat pertimbangan sewajarnya; dan 88 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(p) pegawai berjanji sekiranya diberi peluang untuk meneruskan perkhidmatan, pegawai akan memperbaiki diri dan tidak akan terlibat dengan aktiviti penagihan dadah lagi. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai merupakan penanggung tunggal bagi keluarga. Keadaan kewangan keluarga pegawai juga adalah tidak begitu baik. Pegawai perlu menjaga anak yang menghidap penyakit ADHD, anak yang masih bersekolah dan menuntut di universiti; (b) kehadiran pegawai ke lapangan tidak memuaskan dan sering mendatangkan masalah kepada rakan sepasukan. Pegawai sering hadir lewat ke lapangan dan tidak memaklumkan ketidakhadiran kepada Ketua Pasukan yang menyebabkan perancangan kerja harian pasukan sering terganggu; (c) pegawai telah beberapa kali diarahkan untuk bekerja di pejabat sebagai amaran oleh penyelia. Walau bagaimanapun, didapati pegawai masih ada ketikanya gagal hadir ke lapangan tanpa sebab yang munasabah dan tidak memaklumkan kepada Ketua Pasukan; (d) Kementerian X secara dasarnya tidak bersetuju dengan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai; (e) perbuatan pegawai yang terlibat dengan penagihan dadah adalah melanggar Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 89


(f) Ketua Jabatan mengesyorkan pegawai dikenakan hukuman tatatertib yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan agar dapat dijadikan sebagai peringatan kepada pegawai lain di masa hadapan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘turun pangkat’ daripada Pembantu Awam Gred H14 ke Pembantu Awam Gred H11 mengikut Peraturan 38(a) dan 38(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kesalahan pegawai telah memburukkan imej perkhidmatan awam kerana telah mengambil dadah dan diperakukan sebagai penagih oleh Pegawai Perubatan Kerajaan; (b) hukuman yang berat perlu dikenakan bagi memberi pengajaran kepada pegawai dan pegawai lain supaya tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah; dan (c) dalam hal ini, mesyuarat turut mengarahkan Ketua Jabatan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas pegawai serta mendapatkan perkembangan terkini rawatan dan pemulihan pegawai dari AADK dari semasa ke semasa. 90 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Hadiah


IMBUHAN WANG TUNAI 1. LATAR BELAKANG KES Encik Tan Hock Chew ialah seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 di Bahagian V Kementerian X. Pegawai didapati telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.00 daripada seorang wakil Syarikat MN Visa Travel Sdn. Bhd. sebagai imbuhan atas bantuan menguruskan satu (1) sesi temujanji perjumpaan pihak syarikat bersama YB Menteri Kementerian X dan satu (1) sesi taklimat oleh pihak syarikat kepada YB Menteri Kementerian X. Unit Integriti, Kementerian X telah menerima aduan daripada pengadu tidak dikenali yang memaklumkan perbuatan pegawai menerima hadiah wang tunai tersebut. Susulan itu, satu (1) siasatan telah dijalankan oleh Unit Integriti bagi memastikan kesahihan dakwaan yang diterima dan mengambil tindakan bersesuaian berdasarkan penemuan hasil siasatan. Pegawai tidak memaklumkan kepada Ketua Jabatan berkenaan dengan penerimaan hadiah wang tunai RM50,000.00 daripada wakil Syarikat MN Visa Travel Sdn. Bhd. kerana beranggapan ia adalah pemberian suci hati oleh pihak syarikat yang membantu mendapatkan slot bersama YB Menteri Kementerian X. Pegawai juga memaklumkan tidak semua hadiah wang itu digunakan oleh dirinya sendiri kerana ia turut digunakan untuk belanja makan rakan-rakan sepejabat, membeli hadiah dan hamper pertandingan sukan pejabat, membeli sebuah peti sejuk dua (2) pintu untuk diletakkan di pantri pejabat dan belanja meraikan hari jadi Ketua Jabatan bersama pegawai-pegawai di sebuah hotel terkemuka. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 92


hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan, iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, Tan Hock Chew (No. Kad Pengenalan: 771130-00-0000), Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 semasa bertugas di Bahagian V, Kementerian X, didapati telah menerima wang tunai berjumlah RM50,000.00 secara tunai pada tarikh 20 Jun 2019 daripada wakil Syarikat MN Travel Sdn. Bhd. sebagai hadiah atas bantuan menguruskan satu (1) sesi perjumpaan pihak syarikat bersama YB Menteri Kementerian X dan juga satu (1) sesi taklimat pihak syarikat kepada YB Menteri Kementerian X. 93 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Perbuatan tuan adalah merupakan kesalahan yang melanggar Peraturan 8(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “8.(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tugas rasminya.” Pertuduhan Kedua Bahawa tuan, Tan Hock Chew (No. Kad Pengenalan: 771130-00-0000), Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 semasa bertugas di Bahagian V, Kementerian X, didapati telah gagal melaporkan kepada Ketua Jabatan berkenaan penerimaan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00 secara tunai pada tarikh 20 Jun 2019 daripada wakil Syarikat MN Travel Sdn. Bhd. sebagai hadiah atas bantuan menguruskan satu (1) sesi perjumpaan pihak syarikat bersama YB Menteri Kementerian X dan satu (1) sesi taklimat pihak syarikat kepada YB Menteri Kementerian X. Perbuatan tuan adalah merupakan kesalahan yang melanggar Peraturan 8(4), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu: “8.(4) Jika – (b) hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini, maka hadiah itu bolehlah diterima secara rasmi tetapi pegawai itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 94


laporan bertulis kepada Ketua Jabatannya yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran nilai hadiah itu dan hal keadaan hadiah itu diterima.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai memohon maaf jika perbuatan pegawai adalah menjadi kesalahan seperti pertuduhan yang dikenakan ke atas pegawai kerana pada pandangan pegawai, pihak Syarikat MN Visa Travel Sdn. Bhd. tidak mempunyai sebarang kontrak kerja rasmi dengan kementerian dan pegawai hanya membantu memudahkan urusan pihak syarikat; (b) pegawai memaklumkan pemberian wang tunai RM50,000.00 daripada Syarikat MN Visa Travel Sdn. Bhd. kepada pegawai adalah atas dasar berterima kasih atas bantuan pegawai dalam menguruskan perjumpaan pihak syarikat bersama YB Menteri Kementerian X dan pegawai tidak pernah sesekali meminta imbuhan wang tunai tersebut; (c) pegawai juga memaklumkan pemberian wang tunai tersebut juga atas niat suci hati pihak syarikat kepada pegawai selepas berjaya mendapatkan sesi perjumpaan bersama YB Menteri Kementerian X dan Unit Integriti boleh mengesahkan hal ini dengan wakil syarikat berkenaan; (d) pegawai memaklumkan tidak isytihar kepada Ketua Jabatan kerana beranggapan hadiah wang tunai tersebut bukan hasil daripada urusan rasmi pekerjaan pegawai dan hanya merupakan pemberian suci hati pihak syarikat atas bantuan diberikan; (e) pegawai sedia maklum bahawa sebagai seorang pegawai awam, pegawai perlu sentiasa jujur, amanah dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Selama 20 tahun 95 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


perkhidmatan, pegawai tidak pernah sekalipun terfikir untuk melakukan kesalahan; (f) jika perkara ini menjadi kesalahan, ia merupakan kesalahan pertama pegawai dan pegawai berjanji tidak akan sesekali mengulangi kesalahan ini pada masa akan datang dan akan berwaspada supaya tidak melanggar peraturan; dan (g) pegawai menyesal menerima hadiah wang tunai tersebut dan berada dalam keadaan tersepit pada masa itu kerana dipujuk oleh wakil syarikat untuk menerima hadiah wang tunai atas bantuan yang diberikan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai seorang yang rajin bekerja dan sentiasa berusaha untuk memberikan komitmen dalam setiap tugasan yang diberikan. Disebabkan itu juga pegawai mendapat markah LNPT melebihi 85.00% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut; (b) urusan mendapatkan slot perjumpaan dan taklimat kepada YB Menteri Kementerian X bagi pihak syarikat bukan di bawah bidang kuasa dan skop tugas pegawai. Perkara ini dilakukan tanpa pengetahuan penyelia pegawai; dan (c) Ketua Jabatan dan penyelia pegawai tidak dimaklumkan berkenaan penerimaan hadiah wang tunai dan seharusnya menjadi tanggungjawab pegawai untuk mengisytihar dan memaklumkan kepada Ketua jabatan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 96


7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Pertuduhan Pertama Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan terhadap pertuduhan tersebut mengikut Peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kesalahan yang dilakukan oleh pegawai merupakan kesalahan yang serius oleh pegawai awam melibatkan penerimaan hadiah wang tunai daripada pihak syarikat dan perlu diambil tindakan; (b) berdasarkan siasatan, representasi dan ulasan Ketua Jabatan, walaupun kesalahan yang dilakukan bukan berpunca sepenuhnya daripada pegawai tetapi setelah ditawarkan hadiah wang tunai RM50,000.00 pegawai tetap mengambilnya dan tidak melaporkan kepada Ketua Jabatan; dan (c) Lembaga Tatatertib memutuskan bahawa tindakan tatatertib perlu diambil bagi menangani masalah yang sama daripada berulang dan sebagai pengajaran kepada pegawai lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. 97 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Pertuduhan Kedua Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati tidak bersalah kerana terdapat kesilapan teknikal, iaitu jumlah hadiah wang tunai yang dinyatakan dalam surat pertuduhan tidak sama dengan jumlah yang diterima oleh pegawai kerana pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua adalah berkaitan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 98


Keraian


MAKAN MALAM MEWAH 1. LATAR BELAKANG KES Encik Peter Manesh ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 dan merupakan Pengarah Bahagian V, Jabatan W. Pegawai didapati telah menerima keraian majlis makan malam bernilai RM1,992.55 (salinan resit diperolehi daripada pengurus restoran) dan dibiayai oleh Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. yang mempunyai urusan rasmi dengan Jabatan W sempena pertukaran pegawai sebagai Pengarah Bahagian V, Jabatan W. Unit Integriti telah menerima aduan daripada seorang pengadu yang tidak dikenali memaklumkan perbuatan pegawai menerima keraian tersebut. Gambar pegawai sedang menikmati makan malam bersama beberapa kakitangan syarikat yang diadakan di Restoran Minah & Leman Lobster Putrajaya pada waktu malam, 2 Julai 2019 turut disertakan. Susulan itu, Unit Integriti Jabatan W telah diarahkan untuk menjalankan siasatan. Pegawai menafikan menerima keraian tersebut dan hanya hadir majlis makan malam jemputan pengurus Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. atas dasar jemputan seorang rakan kerana pegawai telah lama mengenali beliau. Pegawai memaklumkan bahawa kehadiran pegawai pada malam itu turut ditemani tiga (3) orang pegawai Bahagian V, Jabatan W selain lima (5) orang kakitangan syarikat termasuk Dato’ Mona Ferry selaku Pengurus Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. yang pegawai anggap sebagai rakan baiknya. Majlis makan malam ini tidak dimaklumkan kepada Ketua Jabatan kerana pegawai berpandangan jemputan tersebut hanyalah daripada seorang rakan dan bukannya urusan rasmi serta di luar waktu pejabat. Pegawai juga sedia maklum bahawa Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. tersebut mempunyai kontrak pembersihan dengan Jabatan W selama tiga (3) tahun yang bakal tamat dan proses tender terbaharu akan dibuat tidak lama lagi. Namun, pegawai memaklumkan tidak akan campur tangan dalam urusan tersebut dan akan bersikap berkecuali. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 100


2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Peter Manesh (No. Kad Pengenalan: 720523-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 semasa bertugas sebagai Pengarah Bahagian V, Jabatan W didapati telah menerima keraian berbentuk pembiayaan makan malam di Restoran Minah & Leman Lobster Putrajaya pada 2 Julai 2019 antara jam 8.00 malam hingga 11.00 malam berjumlah RM1,992.55 yang telah dibiayai oleh Pengurus Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. yang diketahui mempunyai urusan rasmi dengan Jabatan W. Perbuatan tuan didapati tidak selaras dengan Peraturan 9(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: 101 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


“9. Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima daripada mana-mana orang apa-apa jenis keraian jika (b) pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan Peraturan 4.” Maka dengan itu, perbuatan tuan adalah merupakan kesalahan yang melanggar Peraturan 4(2)(c)(ii), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak munasabah bahawa – (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai menafikan pertuduhan yang dikenakan dan menyatakan bahawa majlis makan malam tersebut bukan bertujuan meraikan pertukaran pegawai sebagai Pengarah Jabatan W, sebaliknya hanya memenuhi undangan daripada seorang rakan yang kebetulan merupakan Pengurus Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. yang mempunyai kontrak pembersihan dengan Jabatan W; (b) pegawai memaklumkan telah lama mengenali Dato’ Mona Ferry dan bagi pegawai ia tidak menjadi suatu kesalahan untuk keluar bersama rakan baik serta pertemuan tersebut berlaku di luar waktu pejabat. Disebabkan itu juga pegawai tidak memaklumkan kepada Ketua Jabatan dan hanya mengajak tiga (3) pegawai Bahagian V, Jabatan W untuk menemani Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 102


pegawai sebagai saksi bahawa makan malam yang dihadiri tersebut tidak membincangkan hal-hal berkaitan tender/perolehan Jabatan W; dan (c) pegawai juga memaklumkan hendak membayar kos makan malam tersebut namun telah dibayar terlebih dahulu oleh Dato’ Mona Ferry. Tiga (3) orang pegawai yang hadir bersama pegawai boleh mengesahkan perkara ini. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai seorang yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas sehingga diberi kepercayaan untuk dinaikkan pangkat serta dilantik sebagai Pengarah Bahagian V, Jabatan W; (b) Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. memenangi sebut harga kontrak pembersihan di Jabatan W sebelum pegawai dilantik sebagai Pengarah Bahagian V dan pegawai turut memaklumkan akan berkecuali sekiranya Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. memasuki tender/sebut harga di Jabatan W; (c) sepanjang tiga (3) tahun pegawai berkhidmat di Jabatan W, pegawai tidak pernah dilaporkan mempunyai sebarang kes aduan; dan (d) Ketua Jabatan berasakan tindakan pegawai bukan disebabkan kepentingan peribadi dan dengan ini menyerahkan sepenuhnya kepada Lembaga Tatatertib untuk membuat keputusan sewajarnya. 103 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kesalahan yang dilakukan oleh pegawai wajar untuk diambil tindakan kerana pihak Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. masih mempunyai urusan rasmi dengan Jabatan W dan pegawai merupakan Pengarah Bahagian V, Jabatan W yang baharu dilantik. Makan malam tersebut juga turut disertai oleh lima (5) orang kakitangan syarikat dan bukan hanya antara pegawai dan Dato’ Mona Ferry sahaja yang dikatakan rakan baik kepada pegawai. Oleh yang demikian, representasi pegawai tidak dapat membebaskan pegawai daripada pertuduhan yang dikenakan; dan (b) hukuman yang dikenakan sebagai pengajaran kepada pegawai dan pegawai lain supaya berusaha untuk tidak meletakkan diri dalam situasi yang boleh menjejaskan integriti. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 104


Pemunyaan Harta


TIDAK ISYTIHAR HARTA 1. LATAR BELAKANG KES Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan Laporan SPRM (LSPRM) berkenaan Dato’ Rizal bin Ishak, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama C (Memangku Utama B) setelah siasatan yang dibuat terhadap pegawai tidak diteruskan pendakwaan di mahkamah. Berdasarkan maklum balas oleh pegawai kepada Surat Tunjuk Sebab (STS) yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan, didapati bahawa pegawai mempunyai harta yang tidak diisytihar. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 106


Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Dato’ Rizal bin Ishak (No. Kad Pengenalan: 680303-00-0000) Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama C (Memangku Utama B) semasa bertugas di Kementerian X didapati telah tidak mengisytiharkan pemunyaan harta-harta tuan seperti berikut: i. wang tunai berjumlah RM800,000.00; ii. rumah beralamat No. 91, Jalan Megah Raya 4, Taman Megah Raya, Negeri ZA; iii. rumah beralamat No. 25, Jalan Naga Sakti 7, Taman Naga, Negeri ZB; dan iv. rumah beralamat No. 223, Jalan Kasuma 8, Taman Bakti, Negeri ZC. Perbuatan tuan yang tidak mengisytihar pemunyaan harta tersebut adalah melanggar Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan tersebut juga boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 107 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai mengaku tidak mengisytiharkan pemunyaan harta-harta tersebut kerana kesibukan tugas; dan (b) pegawai memaklumkan bahawa wang berkenaan adalah wang yang dipinjam daripada rakan untuk membeli sebidang tanah manakala rumah-rumah berkenaan dibeli dengan menggunakan wang hasil sewaan beberapa rumah pusaka. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan sebarang ulasan terhadap representasi pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh tiga (3) bulan mengikut Peraturan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 108


Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perbuatan pegawai adalah menyalahi tatakelakuan sebagai pegawai awam; dan (b) sebagai pegawai tinggi Kerajaan, kegagalan pegawai mengisytiharkan harta adalah satu kesalahan yang serius dan wajar dijadikan teladan kepada pegawai lain. 109 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Menyenggara Taraf Hidup


TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN 1. LATAR BELAKANG KES Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan Laporan SPRM (LSPRM) berkenaan Datin Dayang Munirah binti Awang Seman, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 (Memangku Utama C) setelah siasatan yang dibuat terhadap pegawai tidak diteruskan pendakwaan di mahkamah. Berdasarkan maklum balas oleh pegawai kepada Surat Tunjuk Sebab (STS) yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan, didapati bahawa pegawai menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 111


3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Datin Dayang Munirah binti Awang Seman (No. Kad Pengenalan: 750903-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 (Memangku Utama C) semasa bertugas di Bahagian V, Kementerian X didapati telah menyenggara taraf hidup melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah dengan memiliki harta-harta seperti berikut: i. wang tunai berjumlah RM300,000.00; ii. pelbagai mata wang asing berjumlah hampir RM100,000.00; iii. kereta bermotor jenis Range Rover Velar bernombor pendaftaran DAM 1; iv. kereta bermotor jenis Lamborghini Aventador S bernombor pendaftaran DMS 75; v. rumah beralamat No. 1, Jalan Permata, Taman Berlian, Negeri Z; dan vi. rumah beralamat No. 7, Lengkok Budi, Taman Pendeta, Negeri Z. Perbuatan puan yang tidak mengisytihar pemunyaan harta tersebut adalah melanggar Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan tersebut juga boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(c) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: 112 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa: (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai tidak mengaku telah menyenggara taraf hidup melebihi emolumen atau pendapatan persendirian yang sah; dan (b) pegawai memaklumkan bahawa harta-harta berkenaan dibeli dengan menggunakan wang hasil pendapatan sampingan pegawai sebagai ejen insurans RosyLife Berhad. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan sebarang ulasan terhadap representasi pegawai. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 113


7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh tiga (3) bulan mengikut Peraturan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) penafian pegawai tidak disertakan dengan bukti pelantikan dan pendapatan sebagai ejen insurans; dan (b) sebagai pegawai tinggi Kerajaan, tindakan pegawai boleh mengundang persepsi negatif kepada perkhidmatan awam. 114 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Meminjam Wang


PINJAM DUIT 1. LATAR BELAKANG KES Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan Laporan SPRM (LSPRM) berkenaan Datuk Jesper a/l Maniam, Pegawai Undang-Undang Gred L54 (Memangku Utama C). Berdasarkan maklum balas oleh pegawai kepada Surat Tunjuk Sebab (STS) yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan, pegawai didapati meminjam wang daripada individu yang mungkin ada hubungan rasmi dengan pegawai. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam |116


4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Datuk Jesper a/l Maniam (No. Kad Pengenalan: 760701-00-0000), Pegawai Undang-Undang Gred L54 (Memangku Utama C) semasa bertugas di Jabatan W didapati telah meminjam wang berjumlah RM500,000.00 daripada individu-individu berikut: i. Encik Fook Fong Min pinjaman berjumlah RM100,000.00; ii. Datuk Aariz bin Zakuan pinjaman berjumlah RM300,000.00; dan iii. Encik Vallikana a/l Raveen pinjaman berjumlah RM150,000.00. Perbuatan tuan yang meminjam wang daripada individu-individu yang mungkin ada urusan rasmi dengan tuan adalah melanggar Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan tersebut juga boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(c) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa – (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri; (g) tidak bertanggungjawab” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: 117 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(a) pegawai tidak mengaku telah meminjam wang daripada individu-individu yang ada urusan rasmi dengan pegawai; dan (b) pegawai memaklumkan bahawa individu-individu berkenaan adalah rakan yang telah dikenali sejak di sekolah lagi. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan sebarang ulasan terhadap representasi pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan mengikut Peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) penafian pegawai menerima wang bahawa individu-individu berkenaan adalah rakan sekolah adalah tidak munasabah; dan (b) sebagai pegawai tinggi Kerajaan, tindakan pegawai boleh mengundang persepsi negatif kepada Kerajaan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam |118


Keterhutangan Kewangan yang Serius


PINJAMAN PERIBADI 1. LATAR BELAKANG KES Puan Nik Mahani binti Nik Abdullah ialah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 yang berkhidmat di Jabatan W, Daerah Y, Negeri Z. Pegawai didapati telah membuat pinjaman peribadi atas nama pegawai dengan Bank Sutera Malaysia Berhad bagi pihak abang iparnya dan atas dasar kekeluargaan bagi membiayai pengajian anak saudaranya ke Jordan sebanyak RM126,779.10 termasuk faedah. Oleh kerana abang ipar pegawai tidak membayar ansuran bulanan pinjaman tersebut, Bank Sutera Malaysia Berhad telah memfailkan penghutang penghakiman terhadap Puan Nik Mahani binti Nik Abdullah kerana pinjaman peribadi telah dibuat atas namanya. Mahkamah Tinggi Daerah Y pada 14 Ogos 2018 telah mengeluarkan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dalam perkara kebankrapan No. DA-29NCC-234-03/2018 terhadap Puan Nik Mahani binti Nik Abdullah dan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia adalah pentadbir bagi penerima hak harta dan tanggungannya. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 120


3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Nik Mahani binti Nik Abdullah (No. Kad Pengenalan: 901113-00-0000), Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Jabatan W, Daerah Y, Negeri Z didapati telah diisytiharkan Muflis oleh Mahkamah Tinggi Daerah Y melalui Perintah Kebankrapan bertarikh 14 Ogos 2018 dalam perkara kebankrapan No. DA-29NCC-234-03/2018 dan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia merupakan pentadbir bagi penerima hak harta dan tanggungan atas estet puan. Perbuatan puan yang bertentangan dengan Peraturan 13(1) dan 13(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “13(1) Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. 13(2) Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa-apa jua pun sebab, selain akibat malang yang tidak dapat dielakkan yang tidak disebabkan dengan apa-apa cara oleh pegawai itu sendiri, hendaklah dianggap sebagai memburukkan nama perkhidmatan awam dan hendaklah menyebabkan pegawai itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.” 121 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai memaklumkan bahawa pinjaman peribadi tersebut adalah untuk anak saudaranya yang belajar di Universiti PQR, Jordan kerana ibu bapa anak saudaranya hanya bekerja di kampung sahaja dan mereka tidak mampu untuk membiayai pembelajarannya. Tetapi mereka berjanji dengan pegawai untuk membayar pinjaman secara ansuran bulanan; (b) tiga (3) tahun pembayaran berjalan dengan lancar sehingga anak saudara tamat belajar. Malangnya anak saudara pegawai ini tidak dapat dihubungi dan tidak balik ke Malaysia sehingga sekarang; (c) pegawai sekarang telah membuat pembayaran dengan pihak Jabatan Insolvensi sebanyak RM300.00 sebulan. Pegawai juga dimaklumkan oleh Jabatan Insolvensi dalam masa tiga (3) tahun, kes ini akan dapat diselesaikan apabila pegawai membuat pembayaran yang banyak dan berkala; dan (d) pegawai dengan rendah hati memohon pertimbangan Lembaga Tatatertib seperti alasan-alasan di atas agar pegawai diberi peluang untuk menyelesaikan masalah keberhutangan ini dalam masa terdekat. Pegawai berjanji tidak akan melakukan perkara yang sama pada masa akan datang. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 122


Click to View FlipBook Version