The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaan LP, 2024-01-14 22:31:18

Setitik Nila 2.0

Setitik Nila 2.0

1. LATAR BELAKANG KES Kementerian X melalui surat bertarikh 15 November 2016 telah melaporkan bahawa Encik Yusof bin Khairil, Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, Bahagian V, Kementerian X, telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 6(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 mulai 14 Oktober 2016. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui surat bertarikh 20 Disember 2016 telah mengenakan Perintah Gantung Kerja mengikut Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa mulai 14 Oktober 2016. 2. PERAKUAN KETUA JABATAN Setiausaha Bahagian V, Kementerian X selaku Ketua Jabatan telah mengemukakan perakuan bertarikh 3 November 2016, sebagaimana diperuntukkan mengikut Peraturan 32(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah membuat perakuan supaya pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat. 3. LAPORAN URUS SETIA Peraturan 33(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, menyatakan jika setelah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa: (a) pegawai itu patut dibuang kerja atau diturun pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 210


(b) alasan yang berdasarkan perintah itu telah dibuat terhadap pegawai itu tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat tetapi mewajarkan pengenaan suatu hukuman yang lebih ringan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu atau lebih hukuman selain buang kerja atau turun pangkat sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 38 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu; atau (c) tiada hukuman patut dikenakan ke atas pegawai, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah membebaskannya. Peraturan 33(3), Peraturan-Peraturan yang sama pula menyatakan jika hukuman selain buang kerja telah dikenakan ke atas pegawai itu atau jika tiada hukuman telah dikenakan ke atasnya, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengarahkan pegawai itu supaya menjalankan semula tugasnya. 4. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan telah membuat keputusan selaras dengan Peraturan 33(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan memutuskan pegawai dikenakan hukuman ‘buang kerja’ berkuat kuasa 1 Januari 2017 dengan alasan-alasan seperti berikut: (a) bahawa pegawai telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 6(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 merupakan kesalahan yang serius kerana kedudukannya sebagai pegawai awam semasa melakukan kesalahan tersebut boleh mencemarkan imej jabatan dan perkhidmatan awam; dan (b) sehubungan itu, pegawai wajar dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 211 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


KEHILANGAN ASET 1. LATAR BELAKANG KES Encik Idham bin Khamis ialah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Jabatan W. Laporan diterima menyatakan bahawa pegawai merupakan individu yang bertanggungjawab atas kehilangan tiga (3) unit komputer riba, iaitu satu (1) unit komputer riba jenama Dell Vostro 1220 dan dua (2) unit komputer riba jenama Lenovo L330 sewaktu bertugas di Bahagian V, Kementerian X sebelum bertukar ke Jabatan W. Jumlah keseluruhan kehilangan adalah sebanyak RM8,470.00. Perkara ini disedari apabila pegawai menerima arahan pertukaran ke Jabatan W mulai 16 Mac 2023. 2. SYOR PERBENDAHARAAN Perbendaharaan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta Tatacara Kewangan 1957. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD ASAS YANG MUNASABAH UNTUK TINDAKAN SURCAJ Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) berpuas hati wujud asas yang munasabah untuk dikenakan tindakan surcaj. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 213


4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Idham bin Khamis (No. Kad Pengenalan: 750327-00-0000), Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, semasa bertugas di Bahagian V, Kementerian X telah cuai menjalankan tanggungjawab untuk mematuhi Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan sehingga menyebabkan kehilangan aset alih kerajaan, iaitu satu (1) unit komputer riba jenama Dell Vostro 1220 [No. daftar aset (KK/ITD/H/10/343)] dan dua (2) unit komputer riba jenama Lenovo L330 [No. daftar aset (KK/ITD/H/11/842) dan (KK/ITD/H/12/635)] di ruang kerja pegawai Bahagian V, Kementerian X. Kegagalan tuan dalam melaksanakan tanggungjawab sedemikian boleh mengakibatkan tuan dikenakan tindakan surcaj selaras dengan Seksyen 18(c) Akta Tatacara Kewangan 1957 yang menyatakan: “18. Surcaj Jika didapati oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan tertentu, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Kewangan, bahawa mana-mana orang yang sedang dan telah berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan sebuah negeri – (c) sedang atau telah bertanggungjawab tentang apa-apa kekurangan, atau tentang kebinasaan, apa-apa wang awam, setem-setem, sekuriti-sekuriti, stor-stor, atau lain-lain harta Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diberi dalam tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya, kepada Suruhanjaya tentang kegagalan untuk memungut pembayaran yang tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disahkan, kekurangan atau kebinasaan, atau gagal untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau gagal membuat pembayaran, atau lewat dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut suatu jumlah yang tidak melebihi amaun bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, pembayaran tertentu, kekurangan atau kehilangan atau nilai harta yang dibinasakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan 214 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


tentang kegagalan untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut jumlah tertentu sebagaimana pihak Suruhanjaya fikirkan patut.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai mula ditugaskan sebagai Pembantu Pegawai Aset pada awal tahun 2017. Pada ketika itu Pegawai Aset ialah Encik Rahim bin Ayob manakala pegawai bertanggungjawab membantu Pegawai Aset dalam urusan berkaitan aset termasuk menyimpan dan merekod peralatan ICT; (b) pegawai telah memaklumkan bahawa Nota Serah Tugas sepatutnya diserahkan kepada Pegawai Aset yang baharu dan semua aset di bawah tanggungjawab Pegawai Aset yang lama, iaitu Puan Puspawangi binti Zaki perlu ditukar nama kepada Pegawai Aset yang baharu tetapi tidak dilakukan; (c) pegawai juga tidak menerima sebarang Nota Serah Tugas ataupun apa-apa dokumen yang membuktikan aset-aset yang hilang diserahkan kepada beliau mahupun kepada Pegawai Aset beliau pada ketika itu; dan (d) semasa kehilangan, Pegawai Aset yang bertanggungjawab ke atas komputer riba berkenaan ialah Puan Puspawangi binti Zaki seperti mana yang terdapat pada borang KEW.PA-3. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 215


6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) nama Encik Idham bin Khamis tidak tersenarai sebagai Pegawai Aset ataupun pegawai yang memegang aset berkenaan. Aset juga telah dihapus kira pada tahun 2019 berdasarkan nilai yang ditafsirkan seperti yang tertera di KEW.PA-3; dan (b) pegawai juga telah menunjukkan prestasi kerja yang baik dan berintegriti sepanjang bertugas di Jabatan V mulai 22 Mei 2023. Namun demikian, siasatan dan tindakan lanjut masih boleh diambil di bawah budi bicara Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2). 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2) setelah menimbang kes pegawai dan representasi yang dikemukakan memutuskan bahawa pegawai didapati tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan surcaj tersebut dan dikenakan ‘surcaj’ sebanyak RM150.00 di bawah Seksyen 18(c) Akta Tatacara Kewangan 1957. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan; dan (b) menjadi pengajaran kepada pegawai untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. 216 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


KEHILANGAN UBAT 1. LATAR BELAKANG KES Puan Intan Kahani binti Amran ialah seorang Pegawai Farmasi Gred UF44 di Jabatan Kesihatan Negeri Z. Pegawai dilaporkan telah menyebabkan kehilangan 14 jenis ubat semasa bertugas di Klinik Kesihatan Daerah Y, Negeri Z. Perbuatan pegawai yang menyebabkan kehilangan tersebut mengakibatkan pegawai dikenakan tindakan surcaj selaras dengan Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957. 2. SYOR PERBENDAHARAAN Perbendaharaan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD ASAS YANG MUNASABAH UNTUK TINDAKAN SURCAJ Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) berpuas hati wujud asas yang munasabah untuk dikenakan tindakan surcaj. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 217


4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Intan Kahani binti Amran (No. Kad Pengenalan: 841027-00-0000), Pegawai Farmasi Gred UF44, semasa bertugas di Klinik Kesihatan Daerah Y, Negeri Z telah bertanggungjawab menyebabkan kehilangan 14 jenis ubat-ubatan yang bernilai RM37,277.81 di Klinik Kesihatan Daerah Y. Perbuatan puan yang menyebabkan kehilangan tersebut boleh puan dikenakan tindakan surcaj selaras dengan Peraturan 51(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 kerana telah melanggar Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957 yang berbunyi seperti berikut: “18. Surcaj Jika didapati oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan tertentu, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Kewangan, bahawa mana-mana orang yang sedang dan telah berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan sebuah negeri- (c) sedang atau telah bertanggungjawab tentang apa-apa kekurangan, atau tentang kebinasaan, apa-apa wang awam, setem-setem, sekuriti-sekuriti, stor-stor, atau lain-lain harta kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diberi dalam tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya, kepada Suruhanjaya tentang kegagalan untuk memungut pembayaran yang tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disahkan, kekurangan atau kebinasaan, atau gagal untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau gagal membuat pembayaran, atau lewat dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut suatu jumlah yang tidak melebihi amaun bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, pembayaran tertentu, kekurangan atau kehilangan atau nilai harta yang dibinasakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tentang kegagalan untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka 218 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut jumlah tertentu sebagaimana pihak Suruhanjaya fikirkan patut.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai seorang yang bertanggungjawab dan tidak akan bertolak ansur kepada kecuaian dan tugasan di bawah pengendaliannya; (b) pegawai memaklumkan bahawa kunci Farmasi Alpha, Klinik Kesihatan Daerah Y turut dipegang oleh beberapa pihak lain. Dalam pengetahuan pegawai, Buku Pegang Kunci hanya akan direkodkan secara rambang bagi tujuan rekod. Semua Pegawai Farmasi dan Pembantu Pegawai Farmasi diarah untuk membuat pemeriksaan suhu peti sejuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad seperti jadual yang telah disediakan; (c) setiap ahli farmasi masuk dan keluar premis secara rambang semasa pemeriksaan suhu pertama pada sebelah pagi dan pemeriksaan suhu kedua pada sebelah petang. Kebanyakan hari dilakukan tanpa pengawasan Pengawal Keselamatan; (d) pegawai memaklumkan bahawa jumlah, bilangan dan kos kehilangan tidak diketahui kerana kebanyakan masa bergantung pada hari ubat diagihkan kepada pesakit tanpa rekod dalam sistem Pharmacy Information System (PhIS) pada waktu kemuncak. Hal ini disebabkan oleh terlalu ramai pesakit dan masa menunggu yang terlalu lama bagi tujuan mengejar masa. Kemungkinan ubat yang dikatakan hilang sebenarnya telah diagihkan kepada pesakit; dan (e) pegawai berharap penjelasannya adalah munasabah dan diterima oleh pihak Lembaga Tatatertib untuk pertimbangan sewajarnya. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 219


6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai menunjukkan sikap akauntabiliti yang tinggi terhadap setiap tugasan yang diberikan; (b) prestasi kerja beliau sentiasa di tahap yang cemerlang dan dipertimbangkan untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2019; (c) pegawai tidak pernah mempunyai masalah ketidakhadiran bertugas; dan (d) pegawai seorang yang bertanggungjawab dan efisien. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai dan representasi yang dikemukakan memutuskan bahawa pegawai didapati tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan surcaj tersebut dan dikenakan ‘surcaj’ sebanyak RM360.00. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Bin Card ubat bagi pengeluaran 547 unit ubat atas nama pesakit yang tidak wujud telah ditandatangani oleh pegawai; dan 220 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(b) pegawai telah menyebabkan kerugian yang ditanggung oleh pihak Kerajaan akibat daripada kehilangan 547 unit ubat antara 20 September 2016 hingga 16 November 2017. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 221


CUAI DALAM MENGAWAL PERBELANJAAN 1. LATAR BELAKANG KES Dato’ Khairul Anuar bin Shariff ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B (Memangku Gred Utama A), Ketua Setiausaha Kementerian X. Pegawai ini dilaporkan telah meluluskan perbelanjaan projek berjumlah RM260,000.00 sedangkan peruntukan yang diluluskan hanya sebanyak RM160,000.00 sahaja. Dalam kes ini, pegawai didapati telah meluluskan sejumlah RM100,000.00 tanpa peruntukan. Perbuatan pegawai mengakibatkan pegawai dikenakan tindakan surcaj selaras dengan Seksyen 18(b) Akta Prosedur Kewangan 1957. 2. SYOR PERBENDAHARAAN Perbendaharaan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan surcaj dan tatatertib. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD ASAS YANG MUNASABAH UNTUK TINDAKAN SURCAJ Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) berpuas hati wujud asas yang munasabah untuk dikenakan tindakan surcaj. 222 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Dato’ Khairul Anuar bin Shariff (Kad Pengenalan: 691101-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B (Memangku Gred Utama A), Ketua Setiausaha Kementerian X didapati telah cuai dalam mengawal perbelanjaan di Kementerian X bagi Projek-Projek Kecil Kawasan Peranginan Bukit Siguntang (BP1) sehingga menyebabkan komitmen perbelanjaan bagi Program Gemilang melebihi peruntukan yang diluluskan sebanyak RM160,000.00 bagi tahun 2018. Perbuatan tuan adalah bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab tuan sebagai pegawai perakaunan dan pegawai yang diwakilkan kuasa oleh Pegawai Pengawal, yang menyatakan: (a) Seksyen 4 Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61] “Tugas-tugas pegawai-pegawai perakaunan 4. Tiap-tiap pegawai perakaunan adalah tertakluk kepada Akta ini dan hendaklah menjalankan apa-apa kerugian menyenggara buku dan menyediakan akaun yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau oleh arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan mengenai perkara tatacara kewangan dan perakaunan yang tidak bertentangan dengannya: Dengan syarat bahawa seorang Pegawai Perakaunan Negeri hendaklah selanjutnya tertakluk kepada apa-apa arahan pihak berkuasa kewangan Negeri selaras dengan apa yang tersebut di atas.”; (b) Arahan Perbendaharaan 9 “Pegawai Perakaunan 9. Seseorang pegawai yang ada urusan berkenaan dengan Wang Awam atau Aset Awam adalah seorang Pegawai Perakaunan dalam erti seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. Istilah ini hendaklah dipakai bagi Ketua Jabatan atau bagi pegawai bawahannya yang paling rendah, apabila mereka Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 223


menguruskan Wang Awam atau Aset Awam, sebagaimana juga dipakai bagi akauntan dan pegawai kewangan.”; dan (c) Arahan Perbendaharaan 92(b)(ii) “Tanggungjawab Pegawai Pengawal Dan Pegawai Yang Diwakilkan Olehnya 92. ... Tanggungjawab Bagi Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan (b)(ii)Seseorang pegawai harus memastikan bahawa tiada bayaran yang akan menyebabkan baki sedia ada untuk sesuatu Maksud Perbelanjaan atau Akaun Amanah tidak mencukupi untuk menyelesaikan tanggungjawab yang telah dipertanggungkan kepada Maksud Perbelanjaan atau Akaun Amanah itu.”. Perbuatan tuan tersebut boleh mengakibatkan tuan dikenakan tindakan surcaj selaras dengan Peraturan 18(b) Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61] yang memperuntukkan seperti yang berikut: “18. Surcaj Jika didapati oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan tertentu, selepas berunding dengan pihak berkuasa kewangan, bahawa mana-mana orang yang sedang dan telah berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan sebuah negeri – (c) sedang atau telah bertanggungjawab tentang apa-apa kekurangan, atau tentang kebinasaan, apa-apa wang awam, setem-setem, sekuriti-sekuriti, stor-stor, atau lain-lain harta kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diberi dalam tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya, kepada Suruhanjaya tentang kegagalan untuk memungut pembayaran yang tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disahkan, kekurangan atau 224 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


kebinasaan, atau gagal untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau gagal membuat pembayaran, atau lewat dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut suatu jumlah yang tidak melebihi amaun bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, pembayaran tertentu, kekurangan atau kehilangan atau nilai harta yang dibinasakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tentang kegagalan untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut jumlah tertentu sebagaimana pihak Suruhanjaya fikirkan patut.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) butiran Projek-Projek Kecil Kawasan Peranginan Bukit Siguntang (BP1) mengikut negeri adalah secara pentadbiran sahaja. Kelulusan yang diberikan tidak melebihi peruntukan keseluruhan projek; (b) perbelanjaan yang diluluskan tidak melibatkan kerugian kepada kerajaan; (c) peruntukan yang diluluskan di Parlimen adalah secara one-line item dan tiada peruntukan mengikut negeri; dan (d) kelulusan yang diberikan adalah atas tekanan YB Menteri Kementerian X. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 225


6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan sebarang ulasan terhadap representasi pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai dan representasi yang dikemukakan memutuskan bahawa pegawai didapati tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan surcaj tersebut dan dikenakan ‘surcaj’ sebanyak RM100,000.00. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) representasi pegawai lebih kepada mengaitkan isu teknikal. Walaupun peruntukan yang diluluskan adalah secara one-line item, peruntukan yang disalurkan adalah mengikut butiran projek/negeri; (b) tiada bukti yang menunjukkan wujud tekanan daripada YB Menteri Kementerian X untuk kelulusan berkenaan. Semua minit bebas jelas menunjukkan syor oleh pegawai untuk meluluskan peruntukan berkaitan; dan (c) penemuan audit oleh Unit Audit Dalam menunjukkan terdapat ketirisan dalam perbelanjaan projek-projek yang dilaksanakan. 226 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


MAJOR DEPRESSIVE DISORDER 1. LATAR BELAKANG KES Encik Uwais bin Jebat (810527-00-0000) ialah seorang Pembantu Penguasa Kastam Gred WK22 dari Jabatan W, Negeri Z. Pegawai telah dilantik secara tetap pada 6 Oktober 2003 dan disahkan jawatan pada 7 Oktober 2004. Pegawai telah tidak hadir bertugas selama 133 hari mulai Oktober 2010 hingga Mei 2011. Pegawai juga didapati telah gagal hadir bertugas mulai 3 Ogos 2011 hingga 24 Oktober 2011. Selain itu, pegawai telah bertindak memarahi dan mengancam untuk mencari parang apabila wakil Jabatan W mengunjungi rumah pegawai pada 18 Ogos 2011 bagi memujuk supaya kembali bertugas. Kemudian, pada hari yang sama pegawai telah hadir ke pejabat dengan membawa sebilah parang dan mengamuk, yang mana telah meninggalkan kesan trauma kepada lebih 80 orang pegawai di Jabatan W. Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) mendapati pegawai tidak bersalah setelah mengambil kira laporan perubatan Doktor Pakar Psikiatri, Jabatan Psikiatri dan Mental, Hospital GH, Negeri Z. Lembaga Tatatertib berpendapat bahawa pegawai yang menghidap penyakit jiwa atau mental tidak boleh dihadapkan dengan apa-apa pertuduhan kerana dianggap tidak berupaya untuk membuat pembelaan diri terhadap pertuduhan. Lembaga Tatatertib memutuskan pegawai dibebaskan daripada pertuduhan tidak hadir bertugas tetapi mengesyorkan pegawai ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam (PDKA) di bawah Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 228


2. CADANGAN JABATAN/KEMENTERIAN Jabatan W telah memperakukan supaya pegawai ditamatkan demi kepentingan awam (PDKA) di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ketua Jabatan, merangkap Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) Jabatan W, Negeri Z telah melaporkan kelakuan pegawai kepada Ketua Pengarah Jabatan W yang mana telah bersetuju supaya pegawai ditamatkan perkhidmatannya demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993. Ketua Pengarah Jabatan W telah memajukan surat cadangan PDKA kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 3. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PDKA Asas-asas pertimbangan adalah seperti berikut: (a) pegawai menghadapi masalah Major Depressive Disorder dan didapati telah beberapa kali gagal untuk hadir ke sesi temujanji bersama doktor di hospital bagi mendapatkan rawatan. Kegagalan menghadiri sesi rawatan menyebabkan kemurungan yang dihadapi oleh pegawai berterusan; (b) pegawai pernah dikenakan hukuman tatatertib ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji selama 12 bulan atas kesalahan tidak hadir bertugas selama 75 hari mulai Jun 2007 hingga November 2007. Hukuman ini telah menambahkan tekanan emosi dan mental pegawai. Namun, pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama apabila tidak hadir bertugas selama 133 hari mulai Oktober 2010 hingga Mei 2011 dan juga mulai 3 Ogos 2011 hingga 24 Oktober 2011; (c) laporan wakil Jabatan W menyatakan yang pegawai telah memarahi dan mengancam dengan sebilah parang apabila mereka hadir ke rumah 229 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


pegawai untuk memujuk beliau supaya hadir bekerja pada 18 Ogos 2011; dan (d) laporan polis bertarikh 18 Ogos 2011 telah dibuat terhadap pegawai yang hadir ke pejabat pada hari yang sama dengan membawa parang dan mengamuk sehingga telah meninggalkan kesan trauma kepada warga Jabatan W. 4. FAEDAH PERSARAAN Masalah kesihatan dan disiplin pegawai telah menjejaskan tugas hakiki pegawai dan mengakibatkan sistem penyampaian Kerajaan terjejas serta boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam. Dalam hal ini, faedah persaraan yang telah dikurniakan kepada pegawai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebanyak 90.00% sahaja selaras dengan peruntukan Seksyen 13, Akta Pencen 1980 (Akta 227). 5. KEPUTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membersarakan Encik Uwais bin Jebat daripada perkhidmatan awam di bawah Peraturan 10(5)(d), Akta Pencen 1980 (Akta 227). Tetapi faedah persaraanya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak dapat mengikut Seksyen 13, akta yang sama. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 230


GANGGUAN SEKSUAL 1. LATAR BELAKANG KES Dato’ Dr. Sheikh Zamani bin Sheikh Annuar merupakan seorang Doktor Pakar Perunding Perubatan Gred Khas B di Hospital GH di Negeri Y. Pegawai menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1990 dengan taraf perkhidmatan tetap dan berpencen. Pada pertengahan tahun 2017, Kementerian X telah menerima satu aduan berkenaan pegawai yang dikatakan telah melakukan gangguan seksual ke atas beberapa orang Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) yang diletakkan di bawah seliaan beliau. Susulan aduan tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian X telah mengarahkan penubuhan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas (JSB) bagi menyiasat kebenaran dakwaan ini dan mengambil tindakan bersesuaian berdasarkan penemuan dan hasil siasatan. JSB dianggotai oleh enam (6) orang pegawai daripada Kementerian X dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hasil siasatan mendapati keterangan lima belas (15) orang saksi dan lapan (8) orang mangsa gangguan seksual adalah konsisten walaupun mangsa tidak mengenali antara satu sama lain dan diselia oleh pegawai pada masa yang berlainan dalam tempoh tiga (3) tahun terkini. Menurut keterangan semua mangsa, pegawai telah mencium pipi dan memegang tangan serta mengusap bahagian punggung mangsa semasa berbincang berkenaan rawatan pesakit di dalam bilik pegawai. Selain itu, pegawai juga memberitahu mangsa dia sangat geram melihat rupa dan tubuh mangsa yang cantik. Melihat keadaan mangsa yang tidak selesa dengan perlakuan itu, pegawai memberitahu mangsa supaya merahsiakan perkara itu jika tidak mereka akan mendapat penilaian yang teruk oleh pegawai yang akan menjejaskan kerjaya mereka. Semua mangsa memaklumkan gangguan seumpama ini berlaku sekurang-kurangnya sekali seminggu tetapi pada masa itu mangsa tidak berani membuat aduan kerana bimbang akan mendapat penilaian yang teruk dan takut dikatakan menipu memandangkan pegawai seorang berjawatan tinggi dan disegani di hospital berkenaan. 231 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


2. CADANGAN JABATAN/ KEMENTERIAN Ketua Setiausaha Kementerian X melalui surat bil. SULIT KK.SS(63/25/2018(11) bertarikh 10 November 2018 telah memperakukan supaya cadangan dikemukakan kepada Kerajaan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 . Perkara ini diputuskan oleh Kementerian X setelah mengambil kira perkara-perkara berikut: (a) kesalahan pegawai berjaya dibuktikan melalui keterangan konsisten lapan (8) orang mangsa sahaja dan tiada bukti sokongan lain. Perkara ini berisiko jika dicabar di mahkamah oleh pegawai sekiranya hukuman tatatertib dikenakan ke atas pegawai; (b) butiran semua mangsa juga akan dinyatakan di dalam surat pertuduhan dan terdedah kepada pegawai yang mungkin akan mengganggu mangsa; (c) kemungkinan campur tangan pihak tertentu dalam prosiding tatatertib memandangkan pegawai sering merawat VVIP dan ahli keluarga VVIP; dan (d) pegawai juga telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan mempunyai jasa tersendiri kepada pembangunan kesihatan awam. Jika ditamatkan perkhidmatan melalui Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA), pegawai masih layak untuk faedah persaraan bagi menghargai sumbangan Pegawai kepada perkhidmatan awam selama hampir 27 tahun. Kementerian X telah memajukan surat cadangan PDKA kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 232


3. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PDKA Asas-asas pertimbangan adalah seperti berikut: (a) kesalahan yang dilakukan oleh pegawai tidak sesuai untuk diuruskan melalui prosiding tatatertib kerana akan mendedahkan identiti mangsa yang mana semua lapan (8) mangsa enggan nama mereka didedahkan; (b) pegawai tidak semestinya dikenakan hukuman buang kerja dan jika dikenakan hukuman selain buang kerja, pegawai kekal dalam perkhidmatan awam dan tiada jaminan pegawai akan berubah sikap; (c) hukuman tatatertib berkemungkinan akan dicabar di mahkamah dan pegawai mempunyai peluang untuk menang kes memandangkan pihak Lembaga Tatatertib hanya berpegang kepada keterangan mangsa yang konsisten sahaja sebagai asas utama pembuktian kesalahan untuk mengenakan hukuman tatatertib; dan (d) ini bagi menghargai sumbangan pegawai kepada perkhidmatan awam selama hampir 27 tahun. 4. FAEDAH PERSARAAN Perbuatan pegawai sebagai seorang pegawai pengurusan tertinggi adalah sangat serius dan boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam. Dalam hal ini, disyorkan supaya faedah persaraan yang akan dikurniakan kepada pegawai oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebanyak 30.00% sahaja selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pencen (Akta 227). 233 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


5. KEPUTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membersarakan Dato’ Dr. Sheikh Zamani bin Sheikh Annuar daripada perkhidmatan awam di bawah Peraturan 10(5)(d), Akta Pencen 1980 (Akta 227). Tetapi faedah persaraanya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak dapat mengikut Seksyen 13, akta yang sama. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 234


RASUAH 1. LATAR BELAKANG KES Dato’ Sri Shah Imran Khan ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama A (Memangku Turus Ⅲ) di Kementerian X. Pada awal tahun 2019 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima satu (1) Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM) berkenaan tatakelakuan pegawai yang dikatakan telah mendapat imbuhan wang tunai berjumlah RM850,000.00 daripada pihak kontraktor yang mempunyai hubungan rasmi dengan Kementerian X. Dalam LSPRM berkenaan, pegawai juga didakwa mempunyai satu akaun bank di Singapura dengan simpanan dianggarkan berjumlah SGD1.67 Juta (RM3.5 Juta). Hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Bebas (JSB) mendapati, Dato’ Sri Shah Imran Khan telah mengadakan pertemuan dengan Dato’ Steven Foo, kontraktor Syarikat Mega Sdn. Bhd. di mana syarikat tersebut mempunyai hubungan rasmi dengan Kementerian X. Perkara ini disahkan oleh pemandu kenderaan rasmi pegawai, iaitu Encik Ismail bin Razali yang pernah membawa pegawai ke sebuah restoran di Kuala Lumpur sebanyak empat (4) kali untuk bertemu dengan Dato’ Steven Foo. Setiap kali selepas pertemuan, pegawai akan membawa sebuah beg sandang yang dipercayai mengandungi wang tunai. Ini adalah kerana pegawai sering memberikan sejumlah wang tunai dalam lingkungan RM500.00 hingga RM1,000.00 yang diambil daripada beg sandang berkenaan kepada Encik Ismail bin Razali. Hasil siasatan JSB mendapati, wujud satu (1) akaun di atas nama pegawai di Great Singapore Bank dengan jumlah simpanan beranggaran SGD1.67 Juta bersamaan dengan RM3.5 Juta. Siasatan juga mendapati pegawai memiliki empat (4) buah rumah kediaman yang tidak diisytiharkan bernilai RM6.34 Juta yang dibeli dalam tempoh sepuluh (10) tahun ke belakang. Setelah semakan 235 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


dibuat, bayaran pendahuluan bagi membeli empat (4) buah rumah tersebut gagal dibuktikan dengan jelas oleh pegawai. 2. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PDKA Asas-asas pertimbangan adalah seperti berikut: (a) pegawai memiliki harta/aset yang meragukan dan didapati mudah terdedah kepada menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi dengan penerimaan wang tunai daripada pihak yang mempunyai kepentingan dengan tugas rasmi pegawai; (b) pegawai berisiko terdedah kepada perlakuan rasuah jika terus kekal dalam perkhidmatan awam; (c) tatakelakuan pegawai dan integritinya dalam segala hal keadaan boleh dipersoalkan dan kurang dipercayai; (d) syor PDKA ini mencerminkan tindakan serius Kerajaan memerangi perlakuan rasuah dalam perkhidmatan awam; dan (e) pegawai masih layak untuk menerima faedah persaraannya tetapi nilai pencen pegawai boleh disusut nilai mengikut isu tatakelakuan yang dilakukan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 236


3. FAEDAH PERSARAAN Perbuatan pegawai sebagai seorang pegawai pengurusan tertinggi adalah sangat serius dan boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam. Dalam hal ini, disyorkan supaya faedah persaraan yang akan dikurniakan kepada pegawai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebanyak 20.00% sahaja selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pencen (Akta 227). 4. KEPUTUSAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membersarakan Dato’ Sri Shah Imran Khan daripada perkhidmatan awam di bawah Peraturan 10(5)(d), Akta Pencen 1980 (Akta 227). Tetapi faedah persaraanya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak dapat mengikut Seksyen 13, akta yang sama. 237 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


SIDANG EDITOR Pengerusi Ahmad Azhan Mohd Noh Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Timbalan Pengerusi Rusnida Muhammad Radzi Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Editor Aireen Ahmad Shahuddin Puteh Nabilah Moamat Mastam Penolong Editor Ilyani Md Razak Aznirul Fariz Alwi Nor Zahidi Abdul Rahman Muhammad Fikri Karmajaman Sofiah Ab Hamid Amiruddin Abdul Karim Urus Setia Nadiah Kamarudin Noorazizah Omar Rosliza Wati Husin Mohd Yus Shahzmier Ahmad Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 238


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Blok C1-C3, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia Tel: +603 8000 8000 E-mel: [email protected] www.jpa.gov.my Jabatan Perkhidmatan Awam www.jpa.gov.my @jpagov Jabatan Perkhidmatan Awam


Click to View FlipBook Version