The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaan LP, 2024-01-14 22:31:18

Setitik Nila 2.0

Setitik Nila 2.0

6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai telah melaksanakan pembayaran semula sebanyak RM1,865.80 pada 29 Jun 2018 dengan resit bernombor 3246B; (b) pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang baik dan telah dinasihati supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama; dan (c) pegawai turut menunjukkan keperibadian yang baik serta tahap pergaulan dengan pegawai lain juga baik. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh tiga (3) bulan di bawah Peraturan 38(a) dan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan hukuman: (a) kesalahan pegawai merupakan kesalahan yang serius dan boleh menjejaskan imej Jabatan W; dan (b) menjadi pengajaran dan teladan kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 166 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


GAGAL ISYTIHAR KEPENTINGAN 1. LATAR BELAKANG KES Puan Marissa Richmond ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Pejabat Daerah Y, Negeri Z. Pegawai dilaporkan telah gagal mengisytiharkan kepentingan beliau dalam proses pemilihan Sebut Harga Perkhidmatan Kebersihan serta telah memilih syarikat milik adik ipar pegawai sebagai pembekal semasa berkhidmat di Bahagian V, Kementerian X. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 167


menimbang kes di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Marissa Richmond (No. Kad Pengenalan: 8707230-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 semasa bertugas di Bahagian V, Kementerian X selaku Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga ‘A’ telah gagal untuk mengisytiharkan kepentingan puan dalam proses pemilihan dan memilih Syarikat Astrex Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh adik ipar puan, iaitu Encik Kennedy Loh sebagai pembekal bagi Sebut Harga Perkhidmatan Kebersihan di Bahagian V, Kementerian X untuk tempoh dua (2) tahun semasa Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga ‘A’ pada 20 Disember 2015. Perbuatan puan tersebut yang tidak menarik diri daripada membuat sebarang keputusan dalam Jawatankuasa telah tidak mematuhi Para iii, Surat Akuan Ahli Pihak Berkuasa Melulus seperti berikut: “iii. Saya akan mengisytiharkan apa-apa kepentingan peribadi atau kepentingan terletak hak secara bertulis dan akan menarik diri daripada membuat sebarang keputusan.” Perbuatan puan tersebut juga telah tidak mematuhi Para ii, Surat Akuan Selesai Tugas Pihak Berkuasa Melulus seperti berikut: “ii. Tiada mana-mana ahli keluarga atau saudara terdekat saya mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana urusan perolehan yang dikendalikan oleh saya.” 168 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Perbuatan puan tersebut boleh ditafsirkan sebagai berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa telah membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam, iaitu melanggar Peraturan 4(2)(c)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa- (i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai merupakan Timbalan Pengarah Bahagian V, Kementerian X dan telah diamanahkan untuk menanggung tugas Pengarah yang belum diisi pada ketika itu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga ‘A’ bersama-sama dua (2) orang ahli yang lain; (b) pegawai tidak mengetahui bahawa syarikat adik iparnya, iaitu Encik Kennedy Loh telah menyertai, mengemukakan tawaran sebut harga dan menawarkan harga yang terendah memandangkan ketika penilaian dibuat, pihak Jawatankuasa tidak diberikan maklumat syarikat tetapi hanya diberikan senarai nombor petender seperti 1/9, 2/9, 3/9 dan lain-lain; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 169


(c) pegawai juga menyatakan kedua-dua ahli Jawatankuasa yang dilantik tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan dan sebut harga Kerajaan; dan (d) pegawai berharap penjelasan beliau akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Pegawai berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan pada masa akan datang bagi mengelakkan perkara yang sama berulang. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) sepanjang tempoh pegawai bertugas di Bahagian V, Kementerian X, pegawai adalah seorang yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi kerja yang sangat baik; (b) pegawai tidak terlibat dengan sebarang salah laku mahupun tindakan tatatertib. Pegawai juga didapati tidak pernah melakukan kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam urusan perolehan Kerajaan; dan (c) pihak jabatan menyerahkan kepada Lembaga Tatatertib untuk pertimbangan yang sewajarnya. 170 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perbuatan pegawai adalah menyalahi tatakelakuan sebagai pegawai awam; dan (b) tindakan ini perlu diambil bagi menangani masalah yang sama daripada berulang dan sebagai pengajaran kepada pegawai lain. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 171


276 HARI 1. LATAR BELAKANG KES Encik Ahmad Bakhtiar bin Sarkawi (No. Kad Pengenalan: 770218-00-0000) ialah seorang Pembantu Operasi Gred N11 yang bertugas di Jabatan W, telah dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah dan tidak dapat dikesan selama 276 hari mulai 7 Oktober 2020 sehingga Julai 2021. Semakan yang dilakukan oleh pihak Jabatan W mendapati perkara-perkara seperti berikut: (a) Surat Arahan Hadir Bertugas Serta Merta telah dihantar kepada pegawai secara Pos Berdaftar di alamat akhir yang diketahui. Namun, surat arahan berkenaan telah dikembalikan semula ke Jabatan W oleh pihak Pos Malaysia; (b) beberapa usaha terus dijalankan oleh Ketua Jabatan termasuk menghubungi ahli keluarga pegawai menerusi aplikasi WhatsApp untuk mengetahui perkembangan status pegawai berkenaan. Menerusi perbualan tersebut, didapati ahli keluarga juga gagal mengesan pegawai berkenaan; dan (c) susulan kejadian tersebut, kakak pegawai telah membuat laporan mengenai kehilangan adiknya, Encik Ahmad Bakhtiar bin Sarkawi, kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 173


Selanjutnya, pihak Jabatan W juga telah mengambil langkah-langkah pengesanan dan membuat semakan status pegawai kepada agensi-agensi seperti berikut: (a) Jabatan Imigresen Malaysia melalui surat no. rujukan XX.XXX/HQ-H/XXX/Y/Z JLD.XX bertarikh 11 Ogos 2021 telah menyertakan maklumat rekod pergerakan keluar/ masuk pegawai berdasarkan Pangkalan Data Sistem Kawalan JIM dan menunjukkan bahawa pegawai tidak melakukan sebarang pergerakan keluar negara; (b) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui surat Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat dengan no. rujukan JPN.LM 000/00/0 Jld. 000 bertarikh 6 Ogos 2021 telah menyertakan maklumat bahawa masih lagi aktif dan tiada rekod kematian dilaporkan; dan (c) Jabatan Penjara Malaysia melalui surat no. rujukan PRIDE.BKI(S)000-0/00/0 Jld. 00 bertarikh 27 Ogos 2021 telah menyertakan maklumat melalui Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah (SMPP). Pegawai tidak pernah ditahan reman atau menjalani hukuman pemenjaraan di mana-mana institusi penjara di Malaysia. 2. PENYIARAN NOTIS DI AKHBAR Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menerima laporan daripada Ketua Jabatan seperti yang disebut dalam Peraturan 26(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 hendaklah menyiarkan satu notis dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian yang diterbitkan dalam Bahasa Kebangsaaan dan mempunyai edaran di seluruh negara. 174 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Penyiaran notis di akhbar tersebut adalah seperti berikut: PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 NOTIS DI BAWAH PERATURAN 26(4) Kepada : Encik Ahmad Bakhtiar bin Sarkawi No. Kad Pengenalan : 770218-00-0000 No. Fail : UI(SP)01/4-XXX Jawatan dan Tempat Kerja : Pembantu Operasi Gred N11 Tarikh Mula Tidak Hadir Bertugas : 7 Oktober 2020 AMBIL PERHATIAN bahawa pegawai di atas telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, maka dengan ini kamu dikehendaki melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh (7) hari tarikh penyiaran notis ini. Sekiranya kamu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penyiaran notis ini, kamu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan berkuat kuasa mulai tarikh kamu tidak hadir bertugas melalui pemberitahuan dalam Warta. Bertarikh: 15 November 2021 Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) Jabatan W Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 175


3. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) bersetuju untuk menyiarkan suatu notis di akhbar harian dan mempunyai edaran seluruh negara mengikut Peraturan 26(4), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah mulai 7 Oktober 2020; dan (b) pegawai juga tidak dapat dikesan kerana surat memanggil beliau kembali bertugas yang telah dihantar melalui pos berdaftar telah dikembalikan semula dalam keadaan tidak terserah. 4. PENYIARAN WARTA Selepas penyiaran notis akhbar pada 15 November 2021 menerusi Berita Harian edaran seluruh negara pegawai berkenaan masih gagal melaporkan diri dalam masa tujuh (7) hari. Mengikut Peraturan 26(6), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 jika pegawai tidak melapor diri untuk bertugas dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penyiaran notis, pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan berkuat kuasa mulai dari tarikh dia tidak hadir bertugas. Sehubungan dengan itu, penyiaran warta adalah seperti berikut: 176 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN FEDERAL CONSTITUTION ________________________________________________________________ PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 PUBLIC OFFICERS (CONDUCT AND DISCIPLINE) REGULATIONS 1993 PEMBERITAHUAN-PEMBERITAHUAN DI BAWAH PERATURAN 26(7) NOTIFICATIONS UNDER SUBREGULATION 26(7) Pegawai yang disebut di bawah ini telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah dari tarikh yang dinyatakan di bawah. Surat Pos Berdaftar Akuan terima telah dihantar ke alamat pegawai itu yang akhir diketahui yang mengarahkan pegawai itu supaya melaporkan diri untuk bertugas dengan serta-merta telah dikembalikan tidak terserah. Notis ini telah disiarkan dalam surat khabar Berita Harian pada 15 November 2021 untuk memberitahu hakikat bahawa pegawai itu telah tidak hadir bertugas dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penyiaran notis itu. Pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tersebut. Oleh yang demikian, menurut subperaturan 26(7) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] adalah diberitahu bahawa pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan mulai dari tarikh dia tidak hadir bertugas. The officer mentioned below has been absent from duty without leave or without prior permission or without reasonable cause from the dates mentioned below. Letters by A.R A Registered Post with Acknowledgement of Receipts was sent to his last known addresses directing the officer to report for duty forthwith have been returned undelivered. A notice has been published in Berita Harian newspaper on 15 November 2021 to notify the fact that the officer has been absent from duty and cannot be traced and requiring the officer to report for duty within seven days from the date of the publication of the notice. The officer failed to report for duty within the said period. Therefore, pursuant to subregulation 26(7) of the Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993 [P.U.(A) 395/1993], it is notified that the officer shall be deemed to have been dismissed from service with effect from the dates he was absent from his duty. Nama Name Jawatan dan Tempat Kerja Designation/Place of Work Tarikh Mula Tidak Hadir Bertugas Commencement of absence Encik Ahmad Bakhtiar bin Sarkawi (KP : 770218-00-0000) Pembantu Operasi Gred N11 Jabatan W 07.10.2020 Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 177


282 HARI 1. LATAR BELAKANG KES Encik Abdul Malik bin Marwan ialah seorang Pembantu Penguasa Kastam Gred WK22 yang bertugas di Jabatan W. Pegawai telah dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama 282 hari dari 19 Ogos 2019 hingga Oktober 2020 dan telah tidak dapat dikesan. Semakan yang dilakukan oleh pihak Jabatan W mendapati perkara-perkara seperti berikut: (a) Surat Arahan Kembali Bertugas Dengan Serta Merta telah dihantar kepada pegawai melalui Pos Berdaftar ke dua (2) alamat yang berasingan, iaitu alamat kampung pegawai dan alamat terakhir pegawai seperti di dalam HRMIS. Surat tersebut telah dikembalikan oleh Pos Malaysia kerana tidak dituntut oleh pegawai; (b) pelbagai usaha telah dilakukan oleh Ketua Jabatan untuk menjejaki pegawai termasuklah menghubungi pegawai melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp. Namun, tiada maklum balas yang diterima. Semakan ke atas nombor telefon pegawai juga didapati nombor tersebut telah ditamatkan. Rakaman kenyataan bekas isteri pegawai juga dibuat untuk mendapatkan alamat terkini pegawai. Bekas isteri pegawai percaya pegawai telah berkahwin lain dan mencadangkan agar semakan dengan Syarikat Penapis Air White dibuat bagi mendapatkan pengesahan alamat pemasangan produk di bawah nama pegawai. Ini kerana menurut bekas isteri pegawai, beliau pernah dihubungi oleh pihak White untuk melakukan servis tetapi bukan di alamat rumah beliau; dan 178 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(c) surat permohonan pengesahan alamat pemasangan produk White telah dikeluarkan dan berdasarkan maklumat yang diterima menunjukkan bahawa pegawai mempunyai dua (2) akaun White yang beralamat di mana bekas isteri pegawai tinggal dan di suatu premis di Daerah Y, Negeri Z. Lawatan ke premis tersebut yang disyaki merupakan alamat terkini pegawai juga gagal menemui pegawai. Selanjutnya, pihak Jabatan juga telah mengambil langkah-langkah pengesanan dan membuat semakan status pegawai kepada agensi-agensi seperti berikut: (a) semakan secara dalam talian MyIdentity Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 30 Disember 2019 melaporkan yang pegawai masih hidup; (b) melalui surat JPN.SK(S):XXX/XXX/XX Klt.XX (XX) bertarikh 11 Mac 2020 telah mengemukakan maklumat family tree pegawai yang menunjukkan status ahli keluarga yang masih hidup dan telah meninggal dunia; dan (c) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui surat no. rujukan IM.XXX/B-H/XXX/X-X Jld (XX) bertarikh 7 Januari 2020 telah menyertakan maklumat rekod pergerakan keluar/masuk pegawai berdasarkan Pangkalan Data Sistem Kawalan JIM dan menunjukkan bahawa kali terakhir pegawai telah melakukan pergerakan keluar/masuk negara adalah pada bulan April dan Mei 2019 di pintu masuk Bukit Kayu Hitam. 2. PENYIARAN NOTIS DI AKHBAR Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menerima laporan daripada Ketua Jabatan seperti yang disebut di dalam Peraturan 26(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 hendaklah menyiarkan satu notis dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian yang diterbitkan dalam Bahasa Kebangsaan dan mempunyai edaran di seluruh negara. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 179


Penyiaran notis di akhbar tersebut adalah seperti berikut: PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 NOTIS DI BAWAH PERATURAN 26(4) Kepada : Encik Abdul Malik bin Marwan No. Kad Pengenalan : 800112-00-0000 No. Fail : UI(SP)01/4-XXX Jawatan dan Tempat Kerja : Pembantu Penguasa Kastam Gred WK22 Tarikh Mula Tidak Hadir Bertugas : 19 Ogos 2019 AMBIL PERHATIAN bahawa pegawai di atas telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, maka dengan ini kamu dikehendaki melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh (7) hari tarikh penyiaran notis ini. Sekiranya kamu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penyiaran notis ini, kamu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan berkuat kuasa mulai tarikh kamu tidak hadir bertugas melalui pemberitahuan dalam Warta. Bertarikh: 22 November 2021 Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) Jabatan W 180 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


3. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) bersetuju untuk menyiarkan suatu notis di akhbar harian dan mempunyai edaran seluruh negara mengikut Peraturan 26(4), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah mulai 19 Ogos 2019. Pegawai juga tidak dapat dikesan kerana surat memanggil beliau kembali bertugas yang telah dihantar melalui pos berdaftar telah dikembalikan semula dalam keadaan tidak terserah; dan (b) pegawai disifatkan telah dibuang kerja berkuat kuasa mulai tarikh pegawai tidak hadir bertugas kerana tidak melaporkan diri dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh notis siaran akhbar berkenaan. 4. PENYIARAN WARTA Penyiaran warta adalah seperti contoh berikut: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 181


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN FEDERAL CONSTITUTION ________________________________________________________________ PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 PUBLIC OFFICERS (CONDUCT AND DISCIPLINE) REGULATIONS 1993 PEMBERITAHUAN-PEMBERITAHUAN DI BAWAH PERATURAN 26(7) NOTIFICATIONS UNDER SUBREGULATION 26(7) Pegawai yang disebut di bawah ini telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah dari tarikh yang dinyatakan di bawah. Surat Pos Berdaftar Akuan terima telah dihantar ke alamat pegawai itu yang akhir diketahui yang mengarahkan pegawai itu supaya melaporkan diri untuk bertugas dengan serta-merta telah dikembalikan tidak terserah. Notis ini telah disiarkan dalam surat khabar Utusan Malaysia pada 22 November 2021 untuk memberitahu hakikat bahawa pegawai itu telah tidak hadir bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis itu. Pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tersebut. Oleh yang demikian, menurut subperaturan 26(7) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] adalah diberitahu bahawa pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan mulai dari tarikh dia tidak hadir bertugas. The officer mentioned below has been absent from duty without leave or without prior permission or without reasonable cause from the dates mentioned below. Letters by A.R A Registered Post with Acknowledgement of Receipts was sent to his last known addresses directing the officer to report for duty forthwith have been returned undelivered. A notice has been published in Utusan Malaysia newspaper on 22 November 2021 to notify the fact that the officer has been absent from duty and cannot be traced and requiring the officer to report for duty within seven days from the date of the publication of the notice. The officer failed to report for duty within the said period. Therefore, pursuant to subregulation 26(7) of the Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993 [P.U.(A) 395/1993], it is notified that the officer shall be deemed to have been dismissed from service with effect from the dates he was absent from his duty Nama Name Jawatan dan Tempat Kerja Designation/Place of Work Tarikh Mula Tidak Hadir Bertugas Commencement of absence Encik Abdul Malik bin Marwan (KP : 800112-00-0000) Pembantu Penguasa Kastam WK22 Jabatan W 19.08.2019 182 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


KETUM 1. LATAR BELAKANG KES Encik Fikri bin Fariz (No. Kad Pengenalan: 890824-00-0000) ialah seorang Pembantu Awam Gred H11 di Kementerian X telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000.00 di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 [Akta 366] pada 25 November 2021 oleh Mahkamah Majistret Daerah Y kerana didapati dalam kawalannya memiliki satu (1) botol plastik air minuman bergas yang mengandungi 230 mililiter Mitragynine (ketum) dan satu (1) botol plastik air minuman bergas yang mengandungi 800 mililiter Mitragynine yang disenaraikan dalam Jadual I dan Jadual III (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952 [Akta 366]. 2. MAKLUMAT BERKAITAN PROSIDING DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH (a) Mahkamah Majistret Daerah Y menerusi surat bertarikh 25 November 2021 kepada Setiausaha Bahagian V, Kementerian X telah melaporkan mengenai pegawai yang dituduh melakukan kes jenayah. Laporan tersebut memaklumkan pegawai telah dituduh kerana didapati dalam kawalannya memiliki satu (1) botol plastik air minuman bergas mengandungi 230 mililiter Mitragynine dan satu (1) botol plastik air minuman bergas mengandungi 800 mililiter Mitragynine yang disenaraikan dalam Jadual I dan Jadual III (Bahan Psikotropik) Akta 366. (b) Laporan tersebut menyatakan bahawa pegawai ditangkap pada 24 Ogos 2018 pada jam 11.30 malam bertempat di tangga Blok D, Flat Cempaka, Daerah Y, Negeri Z atas kesalahan tersebut di bawah Seksyen 30(3), Akta 366 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5), Akta 366 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Jika didapati bersalah, pegawai boleh dihukum denda tidak lebih daripada Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 184


RM10,000.00 atau penjara tidak lebih daripada empat (4) tahun atau kedua-duanya sekali mengikut peruntukan seksyen dan akta yang sama. (c) Berdasarkan laporan mahkamah, Mahkamah Majistret Daerah Y bertarikh 30 Disember 2021 telah membuat sabitan terhadap pegawai pada 25 November 2021 dan pegawai didapati bersalah di bawah Seksyen 30(3), Akta 366 dan dikenakan denda sebanyak RM2,000.00. (d) Laporan lanjut tersebut juga menyatakan bahawa pegawai telah membayar denda tersebut dan tiada notis rayuan difailkan oleh pegawai. (e) Pada 11 Ogos 2022, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) telah memutuskan pegawai digantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa mulai dari tarikh sabitan, iaitu 25 November 2021. 3. SYOR KETUA JABATAN KEPADA LEMBAGA TATATERTIB Ketua Jabatan mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) supaya pegawai patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 29(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 4. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan pegawai dikenakan hukuman ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh dua belas (12) bulan di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa 11 Ogos 2022. 185 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Lembaga Tatatertib berpandangan bahawa perbuatan pegawai itu boleh disifatkan sebagai melanggar Peraturan 4(2)(d) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (b) berdasarkan laporan sabitan kes dan Kertas Pertuduhan daripada Mahkamah Majistret Daerah Y, kesalahan yang telah dilakukan oleh pegawai adalah benar dan wajar dikenakan hukuman tatatertib ke atas pegawai awam yang telah melakukan kesalahan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 186


PIL KUDA & ICE 1. LATAR BELAKANG KES Encik Suresh a/l Nagan (No. Kad Pengenalan: 800107-00-0000) ialah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Kementerian X telah disabitkan bersalah di bawah Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu kesalahan memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badan. Pegawai telah dituduh di Mahkamah Majistret Daerah Y. Selain itu, tiada rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah. Kes selesai sepenuhnya pada 11 Ogos 2022. 2. MAKLUMAT BERKAITAN PROSIDING DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH (a) Pada 2 Februari 2020 jam lebih kurang 5.28 petang bertempat di Pejabat Narkotik, ujian saringan awal telah dijalankan ke atas pegawai dan didapati pegawai positif dadah jenis Methamphetamine. (b) Pegawai telah dituduh di Mahkamah Majistret Daerah Y pada 2 Mac 2020 di bawah Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu kesalahan memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badan. (c) Mahkamah Majistret Daerah Y melalui surat bertarikh 2 Mac 2020 telah mengemukakan Laporan Mengenai Pegawai Kerajaan Yang Dituduh Melakukan Kes Jenayah kepada Urus Setia Lembaga Tatatertib. (d) Pada tarikh 2 Mac 2020, pegawai telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret Daerah Y dan dikenakan hukuman denda sebanyak 187 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


RM2,000.00, sekiranya pegawai gagal membayar denda pegawai akan dipenjarakan selama tujuh (7) bulan dan dua (2) tahun pengawasan. (e) Ketua Jabatan telah mengemukakan perakuan di bawah Peraturan 29(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan turut mengesyorkan agar pegawai ditukarkan ke jabatan lain. 3. SYOR KETUA JABATAN KEPADA LEMBAGA TATATERTIB Ketua Jabatan mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) supaya pegawai dikenakan Perintah Gantung Kerja di bawah Peraturan 28(6) dan 45(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 4. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbangkan kes pegawai memutuskan bahawa pegawai dikenakan perintah gantung kerja di bawah Peraturan 28(6) dan 45(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa mulai daripada tarikh sabitan, iaitu 2 Mac 2020. Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang dengan teliti laporan, rekod perkhidmatan dan Perakuan 29(2) oleh Ketua Jabatan memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah ke atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ di bawah Peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 188


(a) pegawai telah disabitkan bersalah oleh mahkamah dan tindakan mengenakan perintah gantung kerja adalah selari dengan Peraturan 28(6) dan Peraturan 45(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (b) kesalahan yang disabitkan ke atas pegawai merupakan suatu kesalahan yang serius kerana melibatkan penyalahgunaan dadah. Hal ini telah mencemarkan nama baik dan imej jabatan; dan (c) hukuman tatatertib ini menjadi teladan kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. 5. RAYUAN PEGAWAI TERHADAP HUKUMAN Pegawai telah mengemukakan rayuan hukuman tatatertib bertarikh 22 Julai 2021 kepada Urus Setia Lembaga Tatatertib. Manakala, laporan lengkap telah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 13 Disember 2021. 6. PERAKUAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam perakuannya menyatakan: (a) sebagai pengajaran terhadap pegawai, dicadangkan agar pegawai ini dikenakan tindakan yang minimum tanpa dibuang kerja; (b) pegawai seorang pegawai awam yang sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam kerjayanya sehingga dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan cemerlang (APC) pada tahun 2020 di peringkat bahagian 189 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi kepada Ketua Jabatan serta organisasi tanpa mengira masa dan waktu tugas apabila diperlukan; (c) merupakan seorang pegawai awam yang berdisiplin tinggi, berdedikasi dan mempunyai keterampilan yang disenangi oleh semua pegawai; dan (d) pegawai mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang tinggi dalam bidang kerjaya dan menghasilkan kualiti kerja yang sangat baik. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Lembaga Rayuan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Ogos 2022 setelah menimbangkan laporan rayuan, rekod perkhidmatan dan perakuan syor Ketua Jabatan dalam mesyuaratnya bersetuju mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib Kementerian X bahawa keputusan ‘buang kerja’ adalah dikekalkan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 190


CABUL KEHORMATAN 1. LATAR BELAKANG KES Encik Ng Kor Mun (No. Kad Pengenalan: 840310-00-0000) ialah seorang Pembantu Operasi Gred N16 di Jabatan W dan telah disabitkan bersalah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun yang sama, iaitu kesalahan mencabul kehormatan dan kesalahan mengeluarkan perkataan lucah terhadap pengadu. Pegawai telah dituduh di Mahkamah Majistret Daerah Y pada 30 April 2021. Selain itu, pegawai dan pihak Pendakwa Raya juga mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah ke Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur pada 31 Mei 2022. Walau bagaimanapun, pegawai telah menarik semula rayuan yang difailkan setelah selesai menjalani hukuman penjara dan dibebaskan pada 8 September 2022. Kes selesai sepenuhnya pada 13 Oktober 2022. 2. MAKLUMAT BERKAITAN PROSIDING DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH (a) Pada 5 Mac 2021, pegawai telah ditangkap berhubung laporan polis yang dibuat oleh pengadu. Pegawai telah dituduh di Mahkamah Majistret Daerah Y pada 30 April 2021 di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mencabul kehormatan dan kesalahan mengeluarkan perkataan lucah terhadap pengadu. (b) Ketua Jabatan telah melaporkan kes berkenaan kepada Lembaga Tatatertib pada 3 November 2021. (c) Pada 9 Mei 2022, pegawai telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret Daerah Y terhadap kedua-dua pertuduhan dan diperintahkan 191 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


menjalani hukuman bermula dari tarikh sabitan. Pertuduhan pertama, pegawai dikenakan hukuman penjara selama tempoh enam (6) bulan dari tarikh jatuh hukum dan denda sebanyak RM5,000.00. Sekiranya pegawai gagal membayar denda, pegawai akan dipenjarakan selama satu (1) tahun. Bagi pertuduhan kedua, pegawai dikenakan hukuman penjara selama tempoh tiga (3) bulan dari tarikh jatuh hukum dan denda sebanyak RM3,000.00. Sekiranya pegawai gagal membayar denda, pegawai akan dipenjarakan selama satu (1) tahun. Pegawai telah membayar kedua-dua denda bagi kedua-dua pertuduhan tersebut. (d) Pada 31 Mei 2022, pegawai dan pihak Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. (e) Ketua Jabatan pegawai telah mengemukakan memo kepada Lembaga Tatatertib pada 4 Oktober 2022 bagi memaklumkan status kes pegawai dan pegawai telah selesai menjalani hukuman pada 8 September 2022. 3. SYOR KETUA JABATAN KEPADA LEMBAGA TATATERTIB Ketua Jabatan mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) supaya pegawai dikenakan tindakan selanjutnya di bawah Peraturan 29(2)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu tindakan sehingga buang kerja atau turun pangkat di atas justifikasi pegawai tersebut telah mencemarkan imej Kementerian serta memburukkan nama perkhidmatan awam. 4. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbangkan kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai dikenakan perintah gantung kerja di bawah Peraturan 28(6) dan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 mulai dari tarikh sabitan, iaitu 9 Mei 2022. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 192


Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang dengan teliti laporan, rekod perkhidmatan dan Perakuan 29(2) oleh Ketua Jabatan memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah ke atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘turun pangkat’ di bawah Peraturan 38(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah disabitkan bersalah oleh mahkamah dan tindakan mengenakan perintah gantung kerja adalah selari dengan Peraturan 28(6), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (b) kesalahan yang disabitkan ke atas pegawai merupakan suatu kesalahan yang melibatkan maruah, sensitiviti dan keselamatan di tempat kerja yang dipandang serius. Walau bagaimanapun, Lembaga Tatatertib tidak terikat dengan keputusan mahkamah yang telah mensabitkan pegawai dengan hanya pengakuan salah atau faktor-faktor seperti desakan oleh pihak-pihak tertentu; (c) mengambil kira prestasi kerja pegawai yang cemerlang dalam tempoh tiga (3) tahun terkini melalui pemarkahan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pegawai, iaitu 91.17% pada tahun 2019, 91.46% pada tahun 2020 dan 90.05% pada tahun 2021. Pegawai juga telah menerima pelbagai jenis Anugerah Kepujian dan Anugerah Kecemerlangan sepanjang perkhidmatan beliau dalam Perkhidmatan Awam. Antara anugerah yang diterima pegawai adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak empat (4) kali, iaitu pada tahun 1996, 2001, 2008 dan 2012. Pegawai tidak pernah mempunyai sebarang salah laku tatatertib sepanjang perkhidmatan pegawai; dan (d) hukuman turun pangkat bersesuaian dengan jenis dan keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh pegawai yang telah berkelakuan 193 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Walau bagaimanapun, kesalahan pegawai tidak mendatangkan kesan terhadap ketenteraman awam dan negara namun lebih bersifat peribadi. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 194


KHALWAT 1. LATAR BELAKANG KES Encik Omar Onn bin Ujang (No. Kad Pengenalan: 751114-00-0000) ialah seorang Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 yang bertugas di Bahagian V, Jabatan W. Pegawai dilaporkan telah disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di atas pertuduhan berkhalwat. Pada tahun 29 Mei 2022 di Daerah Y, pegawai berada dalam hal keadaan yang boleh mendatangkan syak melakukan maksiat dengan seorang perempuan bernama Puan Alia binti Harun yang bukan mahram atau isteri yang sah di sisi hukum syarak. Pegawai telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah pada 15 Julai 2022 kerana disabitkan dengan jenayah khalwat di bawah Seksyen 27(1)(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Z) 1997. Pada 29 Ogos 2022, pegawai didapati bersalah atas pertuduhan dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500.00 atau jika ingkar membayar denda, penjara selama lima (5) bulan. 2. LAPORAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam laporannya menyatakan: (a) laporan Jenayah Syariah Kakitangan Awam daripada Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Y, Negeri Z menyatakan bahawa Encik Omar Onn bin Ujang telah ditahan, ditangkap dan dituduh di Mahkamah di bawah Seksyen 27(1)(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Z) 1997 kerana melakukan jenayah khalwat; dan (b) Ketua Jabatan mengemukakan syor kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun 195 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


pangkat) agar pegawai dikenakan tindakan paling minimum di bawah Peraturan 29(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. PERINTAH GANTUNG KERJA Pegawai telah dikenakan Perintah Gantung Kerja oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 28(6) dan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 4. PERAKUAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan telah mengemukakan perakuan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) sebagaimana yang dikehendaki dalam Peraturan 29(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 5. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘turun gaji’ sebanyak dua (2) pergerakan gaji bagi tempoh dua belas (12) bulan di bawah Peraturan 38(a) dan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 196


(a) pegawai didapati bersalah; dan (b) sebagai pengajaran kepada pegawai lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. 6. RAYUAN PEGAWAI Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib berdasarkan alasan-alasan berikut : (a) perayu memohon agar dapat dipertimbangkan permohonan rayuan untuk meringankan hukuman yang dikenakan terhadapnya kerana perayu tidak pernah melakukan sebarang salah laku sebelum ini sepanjang 33 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam; dan (b) perayu berjanji untuk menjaga disiplin, tingkah laku serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah sepertimana yang dituntut oleh Jabatan W. 7. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) menyokong rayuan yang dikemukakan oleh perayu kerana mendapati perayu telah sedar dan berjanji akan menjaga nama baik pegawai awam di bawah Jabatan W pada masa akan datang; 197 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(b) perayu juga merupakan seorang yang komited dalam tugas, sentiasa memberikan komitmen kerja di samping menunjukkan imej yang baik di pejabat; dan (c) perayu juga telah menyumbang kepada kecemerlangan pejabat. 8. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam setelah menimbang rayuan pegawai memutuskan bahawa rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertib dikekalkan. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) rayuan perayu tidak mempunyai asas yang kukuh bagi mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan W; dan (b) keputusan Lembaga Tatatertib dikekalkan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 198


GAGAL LAPOR SOGOKAN 1. LATAR BELAKANG KES Puan Elaine Khoo (No. Kad Pengenalan: 850213-00-0000), semasa bertugas sebagai Penolong Akauntan Gred W29 di Bahagian V, Kementerian X, telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500.00 di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] pada 2 Disember 2020 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Negeri Z atas kesalahan gagal melaporkan transaksi penyogokan terhadap penawaran wang rasuah berjumlah RM500.00. 2. LAPORAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam laporannya menyatakan: (a) pada 16 Julai 2020, sewaktu berkhidmat sebagai Penolong Akauntan Gred W29 di Bahagian V, Kementerian X, pegawai telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan aduan mengenai kesalahan menerima suapan di bawah Seksyen 16(a)B, Akta 694; (b) pegawai telah direman selama enam (6) hari bermula dari 17 Julai 2020 sehingga 22 Julai 2020 bagi membantu siasatan kes. Hasil siasatan tersebut, pegawai didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500.00 di bawah Seksyen 25(1) Akta 694 pada 2 Disember 2020 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Negeri Z atas kesalahan kegagalan melaporkan transaksi penyogokan terhadap penawaran wang rasuah berjumlah RM500.00; 199 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(c) pegawai mengaku bersalah bagi pertuduhan dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500.00 di bawah Seksyen 25(1) Akta 694 pada 2 Disember 2020 di Mahkamah Sesyen Negeri Z. Denda telah dibayar pada 2 Disember 2020; dan (d) Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) telah memutuskan pegawai digantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa pada tarikh sabitan, iaitu pada 2 Disember 2020 sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib. 3. PERINTAH TAHAN KERJA BAGI MAKSUD PENYIASATAN Pegawai telah dikenakan Perintah Tahan Kerja Bagi Maksud Penyiasatan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 43(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa 25 September 2020. 4. PERINTAH TAHAN KERJA Pegawai telah dikenakan Perintah Tahan Kerja oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 44(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 200


5. PERINTAH GANTUNG KERJA Pegawai telah dikenakan Perintah Gantung Kerja oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 28(6) dan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa 2 Disember 2020. 6. PERAKUAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan telah mengemukakan perakuan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) sebagaimana yang dikehendaki dalam Peraturan 29(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ulasan Ketua Jabatan adalah: (a) Ketua Jabatan memaklumkan bahawa pegawai tidak mempunyai masalah disiplin. Pegawai juga mempunyai prestasi kerja yang cemerlang dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2018; (b) pegawai mempunyai peribadi yang baik, bersikap positif terhadap tugasan di pejabat, selain mematuhi arahan penyelia. Pegawai bersedia bertugas melebihi waktu pejabat dan hujung minggu untuk memproses permohonan pendaftaran syarikat bagi mematuhi piawaian pensijilan MS ISO 9001 dan komited dalam melaksanakan tugas di kaunter Unit T mengikut giliran yang ditetapkan; dan (c) walau bagaimanapun, Bahagian V menerima dan akur kepada keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan keputusan Mahkamah Negeri Z yang telah 201 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


menjatuhkan hukuman kepada pegawai tersebut selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan berharap perkara ini dijadikan panduan kepada pegawai lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ di bawah Peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Lembaga Tatatertib berpandangan bahawa ulasan Ketua Jabatan yang diterima adalah bercanggah dengan pertuduhan yang mana dinyatakan pegawai komited terhadap tugasnya dan mematuhi arahan penyelia, namun hakikatnya pegawai boleh disifatkan sebagai melanggar Peraturan 4(2)(c)(i), 4(2)(d) dan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (b) walaupun kesalahan kegagalan melaporkan transaksi penyogokan terhadap penawaran wang rasuah dianggap ringan, ia sebenarnya merupakan kesalahan serius dan berat. Ini boleh menjurus kepada amalan kegiatan rasuah. Hukuman tersebut wajar dijadikan pengajaran kepada pegawai awam supaya kesalahan tersebut tidak berulang dan tidak diambil mudah. 8. RAYUAN Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib berdasarkan alasan-alasan berikut : Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 202


(a) perayu telah berkhidmat selama 14 tahun. Penempatan pertama hingga sekarang adalah di Kementerian X; (b) perayu telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap tugas yang diamanahkan; (c) perayu telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan pernah mendapat APC pada tahun 2018; (d) perayu telah bercerai pada tahun 2016 dan tidak mempunyai pendapatan tetap yang lain untuk menyara kehidupan. Perayu mempunyai komitmen bulanan pinjaman komputer dan mempunyai tanggungan terhadap kedua ibu bapa dan adik di kampung. Kedua ibu bapa perayu mempunyai penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis; (e) perayu telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500.00 di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2 Disember 2020; dan (f) perayu mengakui dan menginsafi segala kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. Perayu sedar kesalahan tersebut mencemar imej Kementerian dan perkhidmatan awam. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan telah mengemukakan ulasan bahawa selaras dengan kehendak di bawah Peraturan 15(2), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, Ketua Jabatan memperakukan bahawa pegawai patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat. 203 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


10. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam setelah menimbang rayuan pegawai memutuskan bahawa rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertib dikekalkan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 204


RASUAH 1. LATAR BELAKANG KES Encik Sivaji a/l Sivakumar (No. Kad Pengenalan: 860327-00-0000) ialah seorang Pegawai Sains Gred C44, Jabatan W, Negeri Z telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 1 (Khas Rasuah) Negeri Z pada 24 Ogos 2020 atas satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Kes selesai sepenuhnya pada 24 Ogos 2020. 2. LAPORAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam laporannya menyatakan: (a) Mahkamah Sesyen Z telah mengeluarkan surat bertarikh 26 November 2019 kepada Pengarah Jabatan W, Negeri Z memaklumkan Laporan Pegawai Kerajaan Yang Dituduh Melakukan Kesalahan Kes Jenayah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Laporan memaklumkan bahawa pegawai telah ditangkap pada 25 Julai 2019, dituduh di Mahkamah pada 26 November 2019 dan dibicarakan pada 22 Disember 2019; (b) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Z telah mengemukakan surat bertarikh 9 Disember 2019 kepada Pengarah Jabatan W, Negeri Z dengan memaklumkan bahawa pada 26 November 2019, pegawai telah dituduh di Mahkamah Sesyen Daerah Y di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Pegawai telah mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dan dilepaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM20,000.00 bagi semua pertuduhan [empat (4) pertuduhan]; 205 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


(c) Ketua Jabatan melalui surat bertarikh 20 Disember 2019 telah mengemukakan laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib memaklumkan pegawai telah dimulakan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen Daerah Y; (d) Mahkamah Sesyen Daerah Y telah mengemukakan surat bertarikh 28 September 2020 kepada Pengarah Jabatan W, Negeri Z memaklumkan laporan kes pegawai telah diselesaikan pada 24 Ogos 2020 di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 (Khas Rasuah) Negeri Z dengan keputusan bagi Pertuduhan Pertama, Kedua dan Ketiga adalah Take Into Consideration dan Pertuduhan Keempat disabitkan hukuman denda RM3,000.00 jika gagal bayar penjara selama empat (4) bulan; dan (e) Ketua Jabatan telah mengemukakan laporan kes telah diselesaikan melalui surat bertarikh 5 Oktober 2020 kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 3. PERINTAH TAHAN KERJA Pegawai telah dikenakan Perintah Tahan Kerja oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 44(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 4. PERINTAH GANTUNG KERJA Pegawai telah dikenakan Perintah Gantung Kerja oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 28(6) dan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa 24 Ogos 2020. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 206


5. PERAKUAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan telah mengemukakan perakuan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) sebagaimana yang dikehendaki dalam Peraturan 29(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ulasan Ketua Jabatan adalah: (a) hanya satu (1) daripada empat (4) pertuduhan sahaja yang telah disabitkan, iaitu pertuduhan “telah menerima diri kamu, suatu benda berharga, iaitu wang berjumlah RM200.00 di dalam akaun Bank Sutra Malaysia Bhd. ….”; (b) pegawai telah ditahan kerja mulai 25 November 2019. Pegawai menerima setengah bahagian emolumen dalam tempoh tahan kerja tersebut; (c) pegawai menunjukkan prestasi cemerlang dari tahun ke tahun dan wajar diberi peluang untuk terus berkhidmat sebagai pegawai awam; (d) pegawai mempunyai kualiti kepimpinan yang baik dalam mengendalikan tugas dan berpengetahuan luas dalam bidang tugasnya; dan (e) hukuman yang dikenakan ke atas pegawai boleh menjadi pengajaran buat pegawai berkenaan. 207 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam


6. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ di bawah Peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas pertimbangan keputusan: (a) setelah menimbang laporan sabitan pegawai oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 1 (Khas Rasuah) Negeri Z pada 24 Ogos 2020 ke atas pertuduhan keempat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000.00 serta perakuan Ketua Jabatan, mendapati kesalahan serta sabitan ke atas pegawai itu telah mencemarkan imej perkhidmatan awam dan seterusnya memutuskan pegawai dikenakan hukuman buang kerja berkuat kuasa pada 18 Januari 2021. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 208


Click to View FlipBook Version