The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nie768am, 2022-04-22 21:16:23

E01 SEM1 IS

E01 SEM1 IS

KERTAS PENERANGANTERHAD
S PENERANGAN
Bahan Pembelajaran Bertulis

Institusi Latihan
JJaabbaattaann TTeennaaggaaMMaannuussiaia

E01 SIJIL TEKNOLOGI PLASTIK
SEMESTER 1

TERHAD

Edisi Pertama Januari 2007
Edisi Kedua Julai 2009
Edisi Ketiga November 2016

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia
http ://www.jtm.gov.my/kurikulum

Hak Milik Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD untuk kegunaan
ILJTM SAHAJA. Pihak luar tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) dalam apa jua bentuk sebelum
mendapat keizinan bertulis daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Bahan Pembelajaran SEMESTER SATU ini dibangunkan bagi kursus sepenuh masa di
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) oleh Ahli Jawatankuasa
Pembangunan WIM dan disemak serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu
Kurikulum untuk tujuan gunapakai bagi semua ILJTM yang terlibat.

Kod Pengesahan WIM : WIM/E01/12007/S01/P2(22016)
Kod Pengesahan Silibus : SFB/E01/12005/P3(12016)
Tarikh Pengesahan WIM : 02 November 2016

PENGESAHAN JAWATANKUASA PEMANDU KURIKULUM
KLUSTER MEKANIK BAHAN

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) KLUSTER
MEKANIK BAHAN bagi kursus peringkat SIJIL TEKNOLOGI PLASTIK - SEMESTER
SATU telah DISEMAK dan DISAHKAN dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
Kurikulum (MJPK) BIL.2/2016 yang diadakan pada 2 NOVEMBER 2016. Sehubungan itu,
Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) ini hendaklah digunapakai bermula JANUARI 2017
di seluruh Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).

....................................................... ................................................

(MOHD RIZAL BIN AHMAD @ MANAP) (SYED MOHAMAD NOOR BIN SYED MAT ALI)
Pengerusi Kluster Pengerusi

Jawatankuasa Pemandu Kurikulum

KANDUNGAN

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM ................................................i

KERTAS PENERANGAN MODUL 1.................................................................................1

E0-01-11 WORKSHOP PRACTICE AND SAFETY .................................................1

LA1 WORKSHOP SAFETY 4

LA2 PREPARE HAND TOOL 12

LA3 PERFORM FITTING 25

KERTAS PENERANGAN MODUL 2...............................................................................40

E01-01-12 MATERIAL MANAGEMENT ...................................................................40

GROUP CLUSTERING MODULE 2 ............................................................................41

LA1 CONFIRM MATERIAL FOR PRODUCTION 42

KERTAS PENERANGAN MODUL 3...............................................................................54

E01-01-13 FUNDAMENTAL OF MOULD .................................................................54

GROUP CLUSTERING MODULE 3 ............................................................................55

LA1 PERFORM MOULD PREPARATION 57

LA2 IDENTIFY MOULD/PART NUMBER 64

LA3 CHECK EXTERNAL MOULD CONDITION 69

LA4 CHECK COOLING SYSTEM 77

KERTAS PENERANGAN MODUL 4...............................................................................80

E01-01-14 TECHNICAL DRAWING ............................................................................80

GROUP CLUSTERING MODULE 4 ............................................................................81

LA1 INTERPRET DRAWING AGAINST STANDARD 83

LA2 DRAW PART/ OBJECT BY HAND 90

LA3 DRAW BASIC ORTHOGRAPHIC, ISOMETRIC VIEW 101

KERTAS PENERANGAN MODUL 5.............................................................................110

E01-01-15 MOULD INSTALLATION ......................................................................110

GROUP CLUSTERING MODULE 5 ..........................................................................111

LA1 PREPARE MOULD READY FOR PRE- PRODUCTION 113

LA2 PREPARE TOOLS FOR MOULD CHANGE 118

LA3 INSTALL MOULD TO THE MACHINE. 129

LA4 SET MOULDING PARAMETER 134

KERTAS PENERANGAN MODUL 6.............................................................................146

E01-01-16 FUNDAMENTAL OF INJECTION MOULDING .....................................146

GROUP CLUSTERING MODULE 6 ..........................................................................147

LA1 IDENTIFY PRE-PRODUCTION REQUIREMENT 149

LA2 DETERMINE SUITABILITY MACHINE TO BE USED 154

LA3 IDENTIFY MACHINE NUMBER 157

LA4 CHECK MACHINE SYSTEM 165

LA5 VERIFY MACHINE SAFETY FUNCTION 179

LA6 UPDATE MACHINE PREPARATION REPORT 187

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM
KURSUS SIJIL TEKNOLOGI PLASTIK

Ahli Jawatankuasa :

1. Mohd Rizal bin Ahmad @ Manap ADTEC Batu Pahat
(Pengerusi Kluster Mekanik Bahan)

2. Mohd Nazri bin Salim ILP Tangkak

(Penolong Pengerusi Kluster Mekanik Bahan)

3. Mohd Noor Alhadi Bin Mat Yaacob ILP Tangkak
(Ketua Penyelaras)

4. Zulfikri bin Mohd Yusof ILP Bukit Katil

5. Md Isa bin Latif ILP Jitra

6. Shahraine Bin Johar ILP Marang

7. Mohd Zulkhairi Shukri bin Arifin ILP Marang

Urusetia :

1. Pn.Hjh. Amira binti Mohd Noor BKT, Ibu Pejabat

Sesi 1 : : 1 – 4 Ogos 2016
Tarikh dibangunkan : Felda Residence, Kuala Terengganu
Tempat

Sesi 2 : : 19 – 22 September 2016
Tarikh dibangunkan : Hotel Excelsior, Ipoh
Tempat

Sesi 3 : : 17 – 20 Oktober 2016
Tarikh dibangunkan : Institut Latihan Perindustrian Jitra, Kedah
Tempat

i

SENARAI SINGKATAN KOD KURSUS
IS INFORMATION SHEET SEMESTER
WS WORK SHEET NO. MODUL
AS ASSIGNMENT SHEET NO. LA
JENIS WIM
E01-01-11-LA1-IS

ii

KERTAS
PENERANGAN

MODUL 1

E0-01-11 WORKSHOP PRACTICE AND
SAFETY

GROUP CLUSTERING MODULE 1

E01-01-11-LA1 WORKSHOP SAFETY
C01.02A/L2: Prepare hand tools for mould set-up

E01-01-11-LA2 PREPARE HAND TOOL
C01.02/L2: Prepare hand tools for mould set-up

E01-01-11-LA3 PERFORM FITTING
C01.02B/L2: Prepare hand tools for mould set-up

2

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA E01 CERTIFICATE OF PLASTIC TECHNOLOGY
KURSUS

KOD DAN NAMA E01-01-11 WORKSHOP PRACTICE AND SAFETY
MODUL

AKTIVITI LA 1 WORKSHOP SAFETY
PEMBELAJARAN LA 2 PREPARE HAND TOOL
LA 3 PERFORM FITTING

CU.WA NO./ C01.02A/L2, C01.02/L2, C01.02B/L2
LEVEL

OBJEKTIF ORGANIZE WORKSHOP USING PROPER EQUIPMENTS, FACILITIES
PRESTASI AND SAFETY REGULATION SO THAT WORKING ENVIROMENT AND
AKHIRAN (TPO) TOOLS LAYOUT ARE COMPLY WITH SAFETY STANDARD.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 3

LA1 WORKSHOP SAFETY

1. PENGENALAN

Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja, dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan
berlaku dan impaknya kepada pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat
beliau bekerja. Kebarangkalian adalah pengukuran frekuensi berlakunya
kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya kemalangan dan impak
kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh
diminimumkan dan diterima.

Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam
pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah
hazard, risiko dan bahaya.

2. HAZARD

Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu
dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza
ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada
kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health Assessment Series 18002”
(OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca
atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam
konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda,
kerosakan sekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran,
elektrik, biohazard, sistem kerja tidak selamat adalah beberapaa contoh-contoh
hazard.

2.1. HAZARD FIZIKAL

a. Direka tidak selamat dan tidak sempurna
b. Tidak diselenggara dengan baik
c. Digunakan oleh pekerja yang tidak terlatih
d. Digunakan bukan untuk kerja sebenar atau menggunakan

peralatan yang tidak sesuai
e. Digunakan dalam keadaan yang berbeza
f. Ditukar atau dipindah secara haram
g. Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian

semasa bekerja

2.2. HAZARD BIOLOGI

a. Ialah pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi
yang biasanya akan terdeah kepada jangkitan penyakit

b. Tahap bahaya adalah berbeza mengikut :

c. Sifat semula-jadi dan kepekatan agen penyakit

d. Laluan masuk agen penyakit ke dalam badan

e. Ketahanan pekerja yang terdedah

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 4

2.3. HAZARD KIMIA

a. Ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia.

b. Contohnya bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut,
simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat. Bahan-bahan
kimia tersebut merbahaya dan perlu diambil langkah - langkah
keselamatan apabila mengendalinya

c. Ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia.

d. Contohnya bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut,
simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat. Bahan-bahan
kimia tersebut merbahaya dan perlu diambil langkah - langkah
keselamatan apabila mengendalinya

3. KAWALAN HAZARD

Risiko daripada hazard hendaklah dikawal mengikut hirarki kawalan seperti
berikut:

a. Penghapusan (Elimination)

Menghapuskan hazard dari tempat atau proses kerja (misalnya tidak lagi
menggunakan asbestos kerana ia boleh menyebabkan penyakit paru-paru seperti
asbestosis dan barah).

b. Penggantian

Menggantikan hazard yang ada dengan sesuatu yang kurang berisiko
(misalnya pemotong berkuasa pneumatik digunakan dalam kerja memotong yang
melibatkan bahan bakar bagi menggantikan pemotong yang menghasilkan
percikan api).

c. Kejuruteraan

Memasukkan ciri-ciri keselamatan ke dalam peralatan, mesin atau
kelengkapan pekerjaan (misalnya memasang penghadang kepada bahagian
mesin yang berputar)

d. Pentadbiran

Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diurus oleh pihak pengurusan
dan pekerja (misalnya melaksanakan tugas secara bergilir untuk mengurangkan
pendedahan kepada hazard).

e. Kelengkapan atau Pakaian Perlindungan Peribadi (Personal
Protective Equipment, PPE)

Memakai kelengkapan diri yang memberikan perlindungan tambahan kepada
pemakai selepas semua kaedah kawalan di atas telah diambil kira dan
dilaksanakan.

4. RISIKO

Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan
(kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga
boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan faktor-faktor kebarangkalian

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 5

berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut.
Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.

5. BAHAYA

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard.
Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan
sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada
hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang
yang tidak terdedah kepada hazard.

6. PERHUBUNGAN DI ANTARA HAZARD, RISIKO DAN BAHAYA

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan
dengan menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana
sifat intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada
kesihatan manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid
ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka
berbanding dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipet asid dengan
hidroklorik dengan mulut.

7. KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan,
kecederaan atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada
di tempat kerja. Selain daripada memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang
merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi atau syarikat, pencegahan
kemalangan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos rawatan, pampasan,
kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja, kerosakan harta-benda,
perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-lain lagi. Ringkasnya
keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah penting dari sudut:

a. Kemanusiaan dan moral;

b. Perundangan;

c. Kewangan

Kemalangan merupakan sesuatu kejadian yang tidak dapat dijangkakan
yang mengakibatkan kecederaan ataupun kerosakan harta benda. Antara faktor
kemalangan adalah:-

a. Kecuaian manusia

b. Peralatan dan bahan yang tidak diselenggara

c. Persekitaran kerja yang tidak selamat

Cara untuk mengelak kemalangan di tempat kerja iaitu dengan melaporkan
keadaan tidak selamat atau keadaan persekitaran yang terdedah kepada risiko
bahaya. Memastikan peralatan dan bahan berada dalam keadaan baik dan mesin
berfungsi dengan baik. Para pekerja juga mestilah menggunakan alat perlindungan
diri dan menjalani latihan keselamatan yang dianjurkan oleh pihak majikan.
Pekerja juga mestilah berhati-hati apabila terdapat perubahan persekitaran yang
mendatangkan bahaya.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 6

Menurut teori domino kemalangan disebabkan oleh keadaan persekitaran
yang tidak selamat dan mengundang kecuaian manusia melalui tingkah laku
manusia ataupun hazard fizikal manusia. Ini akan menyebabkan kemalangan akan
berlaku dan mengundang risiko kecederaan. Jika salah satu teori tersebut
disingkirkan maka sudah tentunya potensi untuk berlaku kemalangan tidak terjadi.
Elemen tingkah laku manusia ataupun hazard fizikal ataupun mekanikal adalah
teori yang paling mudah untuk disingkirkan.

Menutut teori Hienrich kecederaan adalah disebabkan oleh kemalangan.
Kemalangan berpunca daripada perlakuan yang tidak selamat ataupun keadaan
persekitaran yang tidak selamat. Kelakuan dan keadaan persekitaran yang tidak
selamat ini adalah disebabkan oleh kecuaian manusia ataupun mesin yang tidak
direka dengan sempurna ataupun tidak diselenggara. Kecuaian manusia pula
tercipta daripada persekitaran sosial ataupun diperolehi daripada sikap mengulagi
kesilapan yang sama.

Punca-punca kepada kemalangan Terbahagi kepada 3 sumber utama:

a. Faktor Kemanusiaan

b. Faktor Pentadbiran

c. Faktor Fizikal

7.1. FAKTOR KEMANUSIAAN

7.1.1. KECUAIAN

a. Kurang memberi tumpuan kepada kerja
b. Mengelamun/berkhayal semasa bekerja
c. Kurang pengetahuan
d. mengenai kerja yang di lakukan
e. mengenai langkah-langkah keselamatan
f. mengenai latihan untuk melakukan tugas
g. sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan

dalam melaksanakan tugas dengan betul.

7.1.2. TIDAK BERDISIPLIN

a. Bergurau semasa bekerja
b. gagal mematuhi peraturan-mengambil jalan pintas

7.1.3. FAKTOR PENTADBIRAN

a. Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak di
laksanakan dengan bersungguh-sungguh

b. Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum
memulakan tugas

c. Kawalan keselamatan yang longgar
d. Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan

tugas
e. Tiada prosedur kerja yang ditetapkan
f. Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 7

7.2. FAKTOR FIZIKAL

7.2.1. PERSEKITARAN

a. Kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian seperti
tidak dibersihkan, licin, berselerak-pencahayaan tempat
kerja yang tidak mencukupi

b. Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang
sepatutnya akan memberi kesan psikologi, mengganggu
komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran

c. Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu
kecerdasan minda dan tumpuan individu-penyimpanan,
pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh
membawa akibat buruk kepada persekitaran

7.2.2. PERALATAN DAN MESIN

a. Susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai
kerja-keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai di
gunakan lagi

b. Keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di
selenggara dengan baik

c. Penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah
d. Penggunaan dan penyimpanan mesin yang tidak teratur
e. Pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.

7.2.3. SISTEM PENDAWAIAN

a. Pendawaian yang uzur
b. Kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan

kebocoran arus elektrik
c. Beban lebih had (overload)
d. Pendawaian tambahan tanpa kebenaran-pendawaian

yang salah pada alatan yang di gunakan

7.3. LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

7.3.1. TINDAKAN PENGURUSAN KESELAMATAN

a. Memastikan arahan lengkap.
b. Memastikan peraturan dikuatkuasakan.
c. Menentukan keselamatan merupakan sebahagian dari

tatacara kerja.
d. Memastikan hazard yang ada dikawal dengan baik.
e. Meningkatkan interaksi antara pihak pengurusan

keselamatan dan kesihatan dengan pekerja.
f. Membekalkan kelengkapan atau pakaian perlindungan

peribadi yang sesuai.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 8

7.3.2. KEADAAN FIZIKAL PEKERJA

a. Tingkatkan kecergasan.
b. Mengenalpasti pekerja yang kurang upaya.

7.3.3. KEADAAN MENTAL PEKERJA kepentingan

a. Meningkatkan kesedaran tentang
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

b. Meningkatkan koordinasi
c. Meningkatkan reaksi psiko-motor.
d. Menanamkan sikap yang baik.
e. Meningkatkan daya tumpuan
f. Memastikan emosi stabil.
g. Jangan mudah panik.
h. Kawal kemarahan

8. LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENGENALPASTI DAN
MENGAWAL KEMALANGAN

8.1. MELAKUKAN HIRA (HAZARD IDENTIFICATION AND RISK
ASSESSMENT)

HIRA bermaksud mengenal pasti hazard dan menaksir risiko. Ia
melibatkan proses:

a. Mengenal pasti hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja.

b. Menaksir risiko setiap hazard.

c. Menentu dan menyusun risiko hazard tersebut mengikut
arasnya. Iaitu sama ada risiko tersebut boleh diterima tanpa
apa-apa syarat (risk acceptable), diterima dengan syarat
kawalan tertentu (risk acceptable with control) atau menolak
hazard kerana risiko tidak boleh diterima (risk not acceptable).

d. Melakukan kawalan melalui hirarki

9. PENDEKATAN LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
(BENGKEL/OPERASI PENGELUARAN)

a. Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan.

b. Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin.

c. Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada dibengkel.

d. Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan
tersebut.

e. Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang
ditetapkan.

f. Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan
yang ditetapkan.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 9

g. Pastikan peralatan yang rosak atau kebocoran bar elektrik dibaiki
segera.

h. Pastikan alat yang digunakan sentiasa berkeadaan baik.

i. Pastikan penghadang keselamatan pada mesin tidak ditanggalkan.
Ketatkan skru penghadang keselamatan jika longgar.

j. Setiap mesin hendaklah disenggarakan secara berkala.

k. Mesin perlu disusun dengan teratur

l. Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan
berjalan tidak dihalang

m. Sistem pengalih-udara dan pencahayaan perlu berfungsi dengan
baik.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 10

LATIHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan hazard?
_______________________________________________________________

2. Senaraikan 3 jenis hazard?
a. ___________________________________
b. ___________________________________
c. ___________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko?
_______________________________________________________________

4. Senaraikan 5 Peralatan Perlindungan Personel (PPE) yang wajib dipakai oleh
pelajar di dalam bengkel Teknologi Plastik.
a. ________________________________
b. ________________________________
c. ________________________________
d. ________________________________
e. ________________________________

5. Senaraikan 3 punca kemalangan yang mungkin berlaku di dalam bengkel
Teknologi Plastik.
a. ________________________________________________________
b. ________________________________________________________
c. ________________________________________________________

RUJUKAN

1. Ismail, B. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Kuala
Lumpur: McGraw Hill Malaysia.

2. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016, Julai 23). Garis Panduan Pencegahan
Kemalangan di Tempat Kerja. Retrieved from
http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/pekerjaan/PKTK.pdf

3. Muhammd Hasmi, A. H., & Norliza, K. (2006). Penghantar Pengurusan. Kuala
Lumpur: Utusan Publication.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 11

LA2 PREPARE HAND TOOL

1. ALATAN TANGAN ASAS
Antara alatan tangan yang terlibat dalam kerja pemasangan dan peleraian

acuan (mold) adqlah ialah seperti berikut
a. Sepana (Spanner)
b. Allen key
c. Pemutar skru

1.1. SEPANA (SPANNER)
Sepana berfungsi untuk mengetatkan dan melonggarkan pengikat seperti

bolt, nat dan skru tudung berkepala heksagon. Terdapat beberapa jenis sepana
seperti

1.1.1. SEPANA HUJUNG TERBUKA (OPEN END SPANNER)
a. Sepana hujung terbuka mempunyai 2 bahagian hujung yang terbuka
berbentuk 'U'.
b. Terdapat 2 jenis saiz pada satu sepana hujung terbuka

Rajah 1- 1: Open end spanner

1.1.2. SEPANA GELANG (RING SPANNER)
a. Sepana gelang mempunyai 2 hujung yang berbentuk gelang dengan
saiz yang berbeza.
b. Saiz sepana gelang ditentukan oleh diameter bahagian dalam gelang.

Rajah 1- 2: Ring spanner

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 12

1.1.3. SEPANA GABUNG
a. Sepana gabung mempunyai satu hujung terbuka dan satu hujung lagi
berbentuk gelang dalam saiz yang sama.

Rajah 1- 3: Combination spanner

1.1.4. SEPANA BOLEH LARAS
a. Sepana boleh laras mempunyai satu rahang bergerak dan boleh
dilaraskan kepada pelbagai saiz bolt dan nat.
b. Pelarasan adalah bergantung kepada bukaan maksimum mulut
spanner seperti yang ditandakan pada permukaan spanner i.e. 8” =
200 mm bukaan maksimum spana.

Rajah 1- 4: Adjustable spanner

1.2. PERENGKUH ALLEN (ALLEN WRENCH/ALLEN KEY)
Perengkuh allen merupakan alat berbentuk segi enam yang digunakan

untuk mengetat dan melonggarkan bolt dan skru yang mempunyai kepala
soket berbentuk segi enam.

Rajah 1- 5: Allen wrench dan socket head cap screw

a. Perengkuh allen boleh di dapati dalam saiz metrik seperti 6, 8,
10 mm dan sebagainya.

b. Di dalam saiz inci pula 5/32 inci, 3/16 inci, ¼ inci dan
sebagainya.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 13

1.3. PEMUTAR SKRU
Pemutar skru digunakan untuk memasang atau menanggalkan skru.

Pemilihan jenis pemutar skru bergantung pada jenis kepala skru yang akan
dipasang atau ditanggalkan.

Terdapat lapan jenis pemutar skru iaitu:
a. Pemutar skru kepala rata (slotted)
b. Pemutar skru kepala Philips
c. Pemutar skru Torx
d. Pemutar skru Pozi
e. Pemutar skru Heksagon

1.3.1. PEMILIHAN JENIS KEPALA SKRU:

a. Pemutar skru kepala rata (slotted) digunakan untuk
memutarkan kepala bolt atau nat yang lurus.

b. Pemutar skru kepala Philip (cross slot) bersudut 30° dan
digunakan untuk memutarkan bolt dan nat yang mempunyai
kepala berbentuk Philip.

c. Pemutar skru Pozidriv, digunakan untuk memutarkan kepala
bolt atau nat yang sesuai dengan kepala pemutar skru.

d. Pemutar skru Torx, digunakan pada celah-celah atau bahagian-
bahagian apabila pemutar skru kepala rata dan kepala Philip
tidak boleh digunakan.

e. Pemutar skru Heksagon, igunakan untuk memutar skru yang
mempunyai lubang berbentuk heksagon.

Rajah 1- 6: Jenis pemutar skru dan jenis kepala skru

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 14

2. ALAT PENGUKURAN ASAS

Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa digunakan
dalam kerja-kerja menanda. Dibawai ini disenaraikan beberapa alat penting yang
biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan mekanikal.

a. Pembaris keluli

b. Sesiku bergabung

c. Angkup luar dan angkup dalam

d. Jangka tolok

e. Penggarit

f. Sesiku L

g. Sesiku serong

h. Jangka sudut

i. Jangka sudut vernier

j. Tolok permukaan

2.1. PEMBARIS KELULI

Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat.
Skalanya dalam unit inci dan metrik. Pembaris keluli metrik boleh didapati
dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga1
meter, bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter
hingga 300 milimeter.

Pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu
millimeter, sementara pembaris keluli inci dibuat senggatan dalam pecahan
dan perpuluhan. Pecahan yang, biasa ialah1/64, 1/32, 1/16 dan1/8 inci.
Pembaris jenis perpuluhan pula membolehkan pecahan yang lebih kecil
daripada 1/64 inci dibaca, kerana pembaris jenis ini mempunyai senggatan
0.100 (1/10 inci), 0.050 (1/20inci), 0.020 (1/50inci) dan 0.010 (1/100inci).
Rajah dibawah menunjukkan nilai tiap-tiap satu senggatan yang terdapat
dalm ketiga-tiga jenis ukuran, iaitu metrik, pecahan dan perpuluhan.

Rajah 1- 7: Pembaris keluli

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 15

2.2. MIKROMETER
Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan

dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling
kecil dengan tepat. Terdapat berbagai jenis micrometer yang biasa
digunakan, antaranya ialah :

a. Mikrometer luar
b. Mikrometer dalam
c. Mikrometer tolok dalam
Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik
dan unit imperial. Biasanya ukuran yang paling kecil yang boleh dibaca oleh
micrometer ialah 1/100 milimeter(0.01). Manakala micrometer inci pula boleh
membaca sehingga 1/1000 inci (0.001inci) dan 1/10000 inci (0.0001 inci).

2.2.1. MIKROMETER LUAR
Terdapat tiga saiz micrometer yang biasa digunakan untuk

kesemua jenis-jenis micrometer diatas iaitu :
a. Mikrometer 0 – 25 mm

Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada
laras sejajar dengan angka sifar pada bidal dan bacaannya ialah 0mm.

Rajah 1- 8: Mikrometer 0 – 25 mm

b. Mikrometer 25 – 50 mm
Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan yang lain tetapi
jarak muka ukuran ialah 25mm dan bacaan bermula daripada 25mm.

Rajah 1- 9: Mikrometer 25 – 50 mm

c. Mikrometer 100 –150 mm
Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100mm.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 16

2.2.2. BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER.

Rajah 1- 10: Micrometer

A Bingkai (Frame)
Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal di

bahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah kiri.

B Andas (Anvil)
Andas dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi setengah-

setengah andas, tip tungsten karbida dikimpal loyangkan pada
bahagian mukanya supaya tidak cepat haus.

C Spindal (Spindle)
Dibahagian hujung sebelah kanan terdapat benang yang boleh

berputar dengan bantuan nat yang dilekagtkan pada bidal. Apabila
bidal diputar spindal akan bergerak maju dan mundur kepermukaan
andas.

Bahagian hujung sebelah kiri spindal juga dikimpal loyangkan
dengan tip tungsten karbida. Kedua-dua permukaan andas dan spindal
merupakan muka ukuran. Ia mestilah rata, bersudut tepat dengan garis
pusat spindal dan swelari diantara satu dengan lain.

D Laras (Barrel)
Pada bahagian laras terdapat senggatan-senggatan yang dibuat

di sebelah menyebelah garisan selari, yang menjadi datum kepada
mikrometer. Bahagian atas disenggaatkan kepada 25 bahgian yang
sama, tiap-tiap senggatan bersamaan 1 mm. Biasanya dinomborkanb
setiap lima senggatan. Di bahagian bawah pula, senggatan dibuat
membahagia dua senggatan bahagian atas, ini bermakna tipa-tiap satu
garisan bersamaan 0.5 mm.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 17

E Bidal (Thimble)

Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 25 bahagian yang sama.
Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01 mm.

F Penganjak Halus (Ratchet)

Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya ialah untuk
memastikan ketepatan ukuran yang dibuat kerana ia boleh menfgawal
dan mengelakkan bidal diputar berlebihan. Untuk mendapatkan bacaan
yang tepat, tekanan mengukur mestilah tekal dan berdasarkan rasa
sentuhan.

2.2.3. PRINSIP MEMBACA MIKROMETER.

Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Perhatikan
Rajah yang menunjukkan keratan rentas satu mikrometer. Spindalnya
mempunyai skru dengan pic ulir 0.5 milimeter yang dicanai dengan
gtepatnya. Ia boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada
bidal.

Apabila bidal diputar, spindal akan bergerak maju atau mundur
ke permukaan andas. Oleh sebab pic ulir mikrometer ialah 0.5 mm,
maka tiap tiap satu putaran penuh bidal, spindal bergerak 0.5 mm.
Laras mempunyai satu skala melintang dengan senggatan dibuat
disebelah memyebelah garisan ini.

Skala sebelah atas mempunyai 25 senggatan, tiap tiap satu
senggatan bersamaan 1 mm. Senggatan disebelah bawah pula
membahgai dua senggatan disebelah atas, ini bermakna tiap-tiap satu
senggatan bersamaan 0.5 mm.

Bidal pula disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Oleh
sebab tipa-tiap satu pusingan bidal pergerakan yang dibuat oleh
spindal sejauh 0.5 mm, maka tiap-tiap satu senggatan bidal ialah 1/50
X 0.5 = 0.01 mm .

2.2.4. LANGKAH MENGGUNAKAN MIKROMETER

a. Bacaan senggatan terakhir pada laras atas yang dilalui
oleh bidal didarab dengan 1 mm.

b. Bacaan senggatan pada laras bawah yang terhampir
dengan 1 mm didarabkan dengan 0.50 mm.

c. Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan
garisan skala laras didarabkan dengan 0.01 mm.

d. Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas. Jumlah nilai
tersebut merupakan bacaan bagi mikrometer itu.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 18

Contoh

Bil Langkah Bacaan (mm) Hasil
11.00
1 Bacaan senggatan terakhir 11.00 0.50

2 Bacaan pada laras bawah yang terhampir 1 x 0.50
dengan 1 mm

3 Bacaan senggatan bidal selari dengan 36 x 0.01 0.36
skala melintang pada laras

4 Jumlah bacaan sebenar 11.86

Contoh

Bil Langkah Bacaan (mm) Hasil
8.00
1 Bacaan senggatan terakhir 8.00 0.50
1 x 0.50
2 Bacaan pada laras bawah yang 0.39
terhampir dengan 1 mm 39 x 0.01 8.89

Bacaan senggatan bidal selari
3 dengan skala melintang pada

laras

4 Jumlah bacaan sebenar

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 19

2.2.5. MICROMETER DALAM
Mikrometer dalam tidak mempunyai bingkai atau spindal tetapi

mempunyai satu kepala pengukur (Rajah 1.0). Panjang kepala pengukur
ialah 25 mm, tetapi ia dibekalkan dengan satu set batang sibar yang terdiri
daripada berbagai-bagai ukuran, biasanya antara 50 mm - 200 mm.

Satu relang penjarak 12 mm juga dibekalkan bagi menambah lagi jarak
yang boleh diukur. Bagi ukuran yang lebih besar daripada ini, batang sibar
pembuluh digunakan untuk mengelakkan berat yang berlebihan

Rajah 1- 11: Inside Micrometer

Cara mengambil bacaan daripada mikrometer dan cara
menggunakannya adalah sama dengan mikrometer biasa, tetapi saiz dan
kedukukan muka ukurannya adalah berbeza. Bagi mikrometer biasa, andas
dan spindal merupakan muka ukuran, manakala bagi mikrometer dalam,
muka ukurannya ialah diantara titik sentuh dengan hujung batang sibar.

Kegunaan Mikrometer Dalam.
a. Untuk mendapatkan ukuran-ukuran sebelah dalam seperti garis
pusat lubang, lubang silinder atau jarak diantara dua
permukaan selari pada lurah.

2.3. ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPER)
Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur

dengan tepat sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm.
Alat ini lazimnya digunakan didalam bengkel mesin. Angkup vernier
mempunyai dua skala iaiut

a. Skala utama
b. Skala vernier.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 20

Rajah 1- 12: Binaan asas angkup vernier

Rajah 1- 13: Binaan Angkup Vernier

2.3.1. BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER.

A Badan.

Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang
mempunyai sanggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini
dinamakan skala utama. Panjang badan ini menetukan saiz angkup
vernier.

B Plat Vernier.

Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-
gerakkan disepangjang badan.

C Rahang.

Rahang terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar.
Rahang tetap merupakan sebahgian daripada badan yang bengkok,
manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat
vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan
rahang tetap. Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan
muka ukuran bagi angkup Vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh,
bacaannya ialah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar
dengan angka sifar pada skala tetap.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 21

D Rusuk / Rahang Dalam
Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas.Binaannya

hampir sama dengan rahang tetapi iadigunakan untuk mengukur
ukuran sebelah dalam.

E Skru Pengunci.
Skru pengunci digunakan untuk mengunci palt vernier supaya

kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup Vernier dikeluarkan
dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

F Penganjak halus.
Ada juga angkup Vernier yang dilengkapkan dengan penganjak

halus. Pengapit halus ini hendaklah diketakan terlebih dahulu supaya
nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat vernier.

G Bilah Pengukur Dalam.
Ini merupakan satu bilah yang kecil, boleh digerakkan keluar atau

masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.

2.3.2. PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER

Contoh membaca angkup Vernier.

Jenis Skala Bacaan
Skala Utama (cm) 3.20
Skala Vernier (cm) 0.02
Bacaan Akhir (cm) 3.22

Rajah 1- 14: Contoh Skala Utama dan Skala Vernier

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 22

Jenis Skala Bacaan
Skala Utama (cm) 1.40
Skala Vernier (cm) 0.01
Bacaan Akhir (cm) 1.41

Rajah 1- 15: Contoh Skala Utama dan Skala Vernier

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 23

LATIHAN
JAWAB SEMUA SOALAN

1. Apakah fungsi sepana terbuka hujung (open end spanner).
_____________________________________________________________

2. Nyatakan 2 dimensi pengukuran yang boleh diukur dengan menggunakan
angkup Vernier (Vernier caliper).
a. _______________________________
b. _______________________________

3. Nyatakan 2 kegunaan micrometer dalaman (internal micrometer).
a. _______________________________
b. _______________________________

4. Labelkan dengan jelas bahagian angkup Vernier (Vernier caliper).

5. Labelkan dengan jelas bahagian micrometer

.

RUJUKAN

1. Singh, R. (2010). Introduction to Basic Manufacturing Process & Workshop
Technology . New Delhi: New Age International.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 24

LA3 PERFORM FITTING

1. PENGENALAN ALATAN TANGAN (HAND TOOL)
Dalam bengkel kejuruteraan kita perlu tahu berkaitan dengan jenis peralatan

dan kegunaannya Ia merangkumi semua alat ketukangan, peralatan tangan dan
juga mesin yang berkaitan dengan kerja kerja menggegas.

1.1. GERGAJI BESI TANGAN (HAND HACKSAW)
Diantara berbagai alat pemotong, gergaji tanganlah yang lazimnya

digunakan bagi kerja-kerja menggegas Ianya adalah alat yang mudah
digunakan atau dikendalikan serta cepat untuk memotong atau memisahkan
dua kepingan logam.

1.1.1. BAHAGIAN BAHAGIAN GERGAJI TANGAN (HACK SAW)
a. Bingkai
Bingkai gergaji kuat dan teguh untuk memegang mata gergaji
semasa ianya tegang dan terdapat dalam berbagai bentuk.
Terdapat dua jenis bingkai, iaitu bingkai tetap dan bingkai boleh
laras. Bingkai tetap hanya boleh memegang mata gergaji yang sama
panjangnya. Sementara bingkai boleh laras pula, boleh memegang
mata gergaji yang berlainan panjangnya kerana ia boleh dilaraskan
mengikut panjang mata gergaji tersebut.

Rajah 1- 16: Bahagian Gergaji Tangan

b. Hulu
Hulu gergaji terdiri daripada berbagai-bagai jenis seperti yang

ditunjukkan dalam gambarajah. Terdapat hulu bentuk lurus dan hulu
bentuk pistol. Pemilihan hulu adalah bergantung pada keselesaan
pengguna.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 25

c. Nat Pelaras

Nat pelaras membolehkan mata gergaji yang panjangnya
berlainan dipegang pada bingkai. Ketegangan mata gergaji itu boleh
dilaraskan dengan nut pelaras yang berkepak.
d. Mata

Pemilihan mata gergaji amatlah penting untuk mengergaji
sesuatu jenis logam dengan baik. Beberapa faktor perlu diberi
perhatian bagi memilih mata gergaji, diantaranya ialah:

1.1.2. JENIS-JENIS BILAH MATA GERGAJI.

a. All Hard Blade.

Kebanyakan bilah jenis all hard ini dikeras(hardened) dan
dibaja(tempered) pada keseluruhan bilah. Selalunya ia diperbuat dari
keluli tahan lasak (High speed steel) dan digunakan untuk memotong
keluli keras seperti keluli pancalogam, besi tuangan kerana logam-
logam tersebut rapuh dan perlu potongan yang lurus dan tetap. Bahan
kerja yang dipotong perlu diapit dengan kemas pada vice ini kerana
bilah tersebut mudah patah kalau ia bergoyang semasa memotong dan
selalunya diguna untuk pekerja mahir.

b. Flexible Blade.

Manakala bilah jenis ini dikeras dan dibaja hanya pada bahagian
gigi mata gergaji saja manakala dibahagian lain adalah lembut. Bilah
jenis ini digunakan untuk kerja-kerja am dan juga pada tempat yang
sukar untuk dipotong. Sesuai untuk pekerja separuh mahir atau kurang
mahir kerana bilah jenis ini tidak mudah patah.

1.1.3. GRED GIGI GERGAJI

Kekasaran dan kahalusan gigi mata gergaji bergantung jarak
antara satu gigi, manakala bilangan gigi yang terdapat dalam satu inci
dipanggil tooth per inch (TPI). Ia dibuat mengikut kesesuaian benda
kerja yang hendak dipotong supaya kerja-kerja yang dilakukan
memberi hasil yang baik. Pitch biasanya didapati diantara kasar,
sederhana dan halus.

Rajah 1- 17: Hubungan kualiti Pemotongan dengan bilangan TPI

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 26

a. Pitch Kasar / Coarse.
Biasanya bilah jenis ini mempunyai antara 14 – 18 gigi dalam

satu inci dan jarak pitchnya antara 1.8mm untuk 14 TPI. dan 1.4mm
untuk 18 TPI. Ia selalu digunakan untuk memotong benda kerja yang
permukaan yang lebar atau tebal. Kebanyakaannya digunakan di
dalam bengkel untuk memotong kerja-kerja Am. Selain daripada itu ia
juga digunakan untuk memotong bahan bendakerja yang keras seperti
keluli lembut, keluli alat, keluli berkarbon tinggi dan sebagainya.

b. Pitch Sederhana / Medium.
Gigi jenis sedarhana mempuanyai 24 gigi dalam se inci 1.0 mm

pitch, digunakan untuk memotong angle iron, bronze, brass dan
sebagainya.

c. Pitch Halus/ Fine.
Bilah jenis halus mempunyai 32 gigi dalam se inci, digunakan

untuk memotong batang paip, kepingan logam dan paip conduit.
Di bawah adalah senarai logam serta mata gigi gergagi yang

digunakan untuk memotong

Jadual 1- 1: Bilangan TPI dan kesesuaian keadaan pemotongan.

Jadual 1- 2: Hubungan di antara ketebalan dan jenis bendakerja dan bilangan TPI

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 27

1.2. KIKIR (FILE)

Kikir adalah sejenis alat pemotong yang selalu digunakan dalam kerja-
kerja kejuruteraan terutamanya dalam operasi menggegas. Ia boleh merata
serta melincinkan permukaan, membesarkan lubang, membentuk sudut dan
pelbagai jenis bentuk bendakerja.

Kikir diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Permukaan kikir dibuat
dengan cara menghentakkan pahat yang dikenakan pada blank yang telah
disepuh lindap terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir
dikeraskan pada suhu 800 darjah celsius dan kemudiannya dilakukan
penormalan dengan larutan khas. Kegunaan kikir ialah untuk memotong ,
menipiskan dan melincinkan permukaan sesuatu kompenan atau
bendakerja. Proses memotong, menipiskan dan melincinkan ini dinamakan
mengikir.

1.2.1. JENIS-JENIS KIKIR

a. Kikir pipih tirus
Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan

berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir ini dikelaskan
kepada gred kasar, sederhana, halus, dan sangat halus.

Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan
terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi. Dua pertiga panjangnya
dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya kehujung
berbentuk tirus.

Rajah 1- 18: Kikir Pipih Tirus

b. Kikir Pipih Kasar
Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata.

Salah satu daripada tepi kikir tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut
tepi selamat.

Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat
halus.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS Rajah 1- 19: Kikir Pipih Kasar 28

WIM/E01/12007/S01/P2(22016)

c. Kikir Separuh Bulat (Half Round Bastard File)
Kikir belah rotan atau dipanggil juga kikir separuh bulat

digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap.
Gigi pada permukaan yang rata berbentuk wajik dan gigi pada
permukaan yang melengkung berbentuk silang.

Gigi kikir ini digredkan kepada kasar, halus dan sangat halus.

Rajah 1- 20: Half Round Bastard File

d. Kikir bulat (Round bastard file)
Kikir bulat kadangkala disebut juga kikir ekor tikus. Gunanya ialah

untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang
melengkung.

Gred kikir ini terdiri daripada kasar hinggalah sangat halus.
Giginya berbentuk lurus dan bersilang.

Rajah 1- 21: Kikir Bulat (Half round bastard file)

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 29

e. Kikir Segitiga
Kikir segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang

tajam. Ia juga digunakan untuk membersihkan penjuru yang bersudut.
Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.

Rajah 1- 22: Kikir Segitiga (Triangle bastard file)

f. Jenis Kikir Yang Lain
Selain kikir-kikir yang telah dibincangkan, terdapat sejenis lagi

kikir yang digunakan untuk kerja-kerja khas. Kikir ini dinamakan kikir
jarum. Kikir jarum biasanya terdapat dalam satu set. Satu set
mengandungi antara 4 hingga 12 jenis kikir.

Kikir-kikir ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyudahan
selepas sesuatu bendakerja itu dimesin. Kikir jenis ini digunakan oleh
tukang jam dan pembuat alat dan acuan. Grednya dikelaskan daripada
00, 0, 1, 2 hinggalah 6. Gred nombor 6 adalah kikir yang paling halus.
Kikir jarum terdapat dalam tiga saiz iaitu 100 mm, 140 mm dan 160
mm.

Rajah 1- 23: Kikir Jarum (Needle Files)

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 30

1.3. TUKUL KEJURUTERAAN.

Tukul kejuruteraan digunakan untuk mengetuk sesuatu kerja. Ia terdiri
dari berbagai saiz dan bentuk dan digunakan bergantung kepada
kesesuaiannya. Tukul adalah salah satu alatan tangan yang digunakan
dalam bengkel kejuruteraan.

1.3.1. TUKUL BESI.

Tukul besi digunakan untuk kerja-kerja menggegas dan
menanda. Muka dan bongkol kepala tukul dikeraskan dan dibaja
dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila
ditukul. Berat tukul besi ialah antara 0.25 kg hingga 1.5 kg. Untuk kerja-
kerja am, tukul seberat 0.5 kg hingga 1 kg digunakan. Tukul yang
ringan digunakan untuk kerja-kerja menanda. Memukul juga boleh
dilakukan dengan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan
tangan.

a. Tukul Bongkol Bulat

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian
permukaan yang rata digunakan untuk membuat kerja-kerja am seperti
menukul kepala pahat dan alat-alat penanda. Bongkol pula digunakan
untuk merivet.

Rajah 1- 24: Tukul Bongkol Bulat

b. Tukul Bongkol Lurus
Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Ia digunakan

untuk menukul bahagian-bahagian yang tidak boleh dilakukan oleh
tukul kepala bulat.

Rajah 1- 25: Tukul Bongkol Lurus

c. Tukul Bongkol Tirus

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 31

Kepala tukul bersudut tepat kepada paksi hulunya. Kegunaannya
sama seperti tukul bongkol lurus kecuali sudut penggunaannya sahaja
yang berbeza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak boleh
digunakan.

Rajah 1- 26: Tukul Bongkol Tirus

1.3.2. TUKUL LEMBUT ( MALLET )
Tukul lembut digunakan untuk menukul benda kerja yang telah

siap supaya permukaan benda kerja itu tidak rosak.

Rajah 2- 1: Antara Jenis Tukul Lembut

a. Tukul Bongkol Kulit
Tukul ini digunakan pada logam lembut seperti tembaga atau

loyang. Ia tidak meninggalkan kesan pada benda kerja.

Rajah 1- 27: Tukul Bongkol Kulit

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 32

b. Tukul bongkol plastik
Tukul jenis ini boleh digunakan pada logam-logam yang biasa

digunakan dalam bengkel. Hendaklah berhati-hati apabila digunakan
pada logam yang lembut supaya tidak meninggalkan kesan.

Rajah 1- 28: Tukul bongkol plastik

c. Tukul bongkol gangsa
Ia digunakan semasa kerja-kerja pemasangan. Hentakan yang

kuat boleh dibuat tetapi harus berhati-hati jika logam yang dihentak itu
adalah logam lembut.

Rajah 1- 29: Tukul bongkol gangsa

1.4. PAHAT (CHISELS)
Pahat ialah salah satu alat ketukangan tangan yang digunakan

bersama tukul bagi memotong kepingan logam, membuat lurah kunci (key
way), membuang bahan dari permukaan bendakerja dan lain-lain lagi. Pahat
ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu.

Rajah 1- 30: Pahat dan bahagian-bahagian pahat

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 33

Sebagaimana kikir, pahat juga merupakan alat tangan yang diperbuat
daripada keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan dibaja. Ia digunakan
untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan
dengan tukul biasa ataupun dengan tukul pneumatik.

1.4.1. JENIS-JENIS PAHAT
a. Pahat Mata Rata
Pahat ini biasanya digunakan untuk kerja-kerja am. Saiz pahat

yang sesuai untuk kerja-kerja am ialah 25 x 200, iaitu 25 mm lebar dan
200 mm panjang. Sudut pemotong mata pahat ini dicanai mengikut
kekerasan bahan yang hendak dipotong.

Rajah 1- 31: Pahat Rata

b. Pahat Mata Melintang
Untuk kerja-kerja biasa pahat ini berukuran lebih kurang 200 mm

panjang dan 6 hingga 12 mm lebar. Rajah menunjukkan penggunaan
pahat mata melintang pada permukaan tertentu.

Pahat ini digunakan untuk :
i. Memotong celah yang tidak dapat dipotong oleh pahat
mata rata
ii. Memotong alur-alur pada permukaan yang lebar.
iii. Memotong alur kunci pada shaf dan takal.

Rajah 1- 32: Pahat Mata Melintang

c. Pahat Mata Bulat
Pahat ini digunakan untuk:
i. Memotong alur-alur minyak dalam pengalas dan pada
tempat-tempat lain yang tidak boleh dilakukan oleh mesin.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 34

ii. Memotong atau membetulkan penjuru bulat pada lubang
yang dalam.

iii. Pahat mata bulat yang bengkok, kadangkala digunakan
untuk menyudahkan pemotongan alur minyak dalam
pengalas separuh bulat. Perhatikan gambarajah dibawah.

Rajah 1- 33: Pahat Mata Bulat

d. Pahat Mata Bentuk Intan
Pahat ini digunakan untuk:
i. Membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak dari
pusatnya semasa hendak menggerudi.
ii. Memotong penjuru-penjuru tajam.
iii. Pahat jenis ini juga digunakan untuk memotong kepingan
logam supaya boleh dipecahkan dengan mudah.

Rajah 1- 34: Pahat Mata Bentuk Intan

1.5. PELULAS (HAND REAMERS)
Sesuatu lubang yang memerlukan kelurusan serta ketepatan yang jitu,

melulas adalah perlu dilakukan untuk menghasilkan lubang tersebut. Ada
beberapa jenis pelulas yang biasa digunakan dibengkel-bengkel
kejuruteraan. antaranya ialah pelulas tangan atau hand reamer lubang yang
dibuat dengan menggunakan gerudi tidak begitu tinggi ketepatan serta
kehalusan permukaan lubangnya, pelulas boleh mengatasi masalah ini.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS Rajah 1- 35: Pelulas (Hand Reamer) 35

WIM/E01/12007/S01/P2(22016)

Pelulas tidak boleh memotong bahan dengan banyak seperti gerudi
tetapi ia hanya membuang sedikit bahan serta membesarkan lubang yang
telah digerudi. Pelulas merupakan alat pemotong yang jitu kerana:

i. Menghasilkan ketepatan saiz lubang yang tinggi
umpamanya bagi garispusat 12 mm ketepatannya pada
had 0.01 mm.

ii. Membuang permukaan yang tidak sekata seterusnya
menghasilkan bentuk lubang yang betul betul bulat dan
tepat.

iii. Tindakan matanya mengikis dan melulas dapat
menghasilkan permukaan lubang yang licin dan halus.

Melulas juga dikatakan sebagai proses penyudahan, kerana
sebelum proses ini dilakukan, lubang terpaksa digerudi atau digerek
terlebih dahulu iaitu terkecil sedikit daripada saiz pelulas, antara 0.05
mm hingga 0.25 mm.

Walaubagaimanapun banyak bahan yang boleh dibuang dengan
alat ini bergantung pada:

i. Penyudahan yang dikehendaki .
ii. Bahan bendakerja.
iii. Rekabentuk pelulas.
iv. Penghantaran yang digunakan.
v. Dalamnya lubang.
Kerja melulas dilakukan dengan tangan Ia tidak boleh diputarkan
terbalik walaupun untuk mengeluarkan daripada lubang. Ini
mengelakkan matanya daripada sumbing dan meninggalkan kesan
kepada permukaan lubang. Kebanyakkan pelulas dibuat daripada keluli
tahan lasak dan boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz sama ada
dalam unit metrik ataupun unit imperial.

1.6. HAND TAP DAN DIE

Didalam bengkel-bengkel kejuruteraan bagi menghasilkan
bebenang untuk kerja-kerja penyambungan dan pengikatan, dengan
mudah alat yang digunakan ialah (HAND TAP dan DIE).

Rajah 1- 36: Tap

Tap atau pembenang dalam mempunyai tiga atau empat lurah
pemotong dibahagian batang hingga kebahagian hujungnya. Lurah-
lurah ini membentuk tepi pemotong disamping berfungsi sebagai lorong
untuk tatal keluar dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 36

pemotong turun ketepi mata pemotong bebenang dalam. Batang tap
berbentuk lurus.

Kepalanya berbentuk segiempat sama supaya bolih diputar
dengan perengkuh. Saiz dan jenis bebenang ditandakan pada
bahagian batangnya. Tap diperbuat daripada keluli berkarbon atau
keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibaja. Ia terdiri dari berbagai-
bagai saiz dalam ukuran metrik dan inci.

1.6.1. JENIS-JENIS TAP

a. Tap Tirus

Bahagian hujungnya iaitu kira-kira enam gigi ulirnya, ditiruskan.
Fungsinya ialah supaya tap mudah masuk untuk memulakan
pemotongan. Bentuknya yang tirus memudahkan ianya berada dalam
kedudukkan tegak.

b. Tap Palam

Hanya tiga atau empat gigi ulir dibuat tirus. Tap ini digunakan
selepas tap tirus, bagaimanapun dalam kerja-kerja harian tap palam ini
jarang digunakan.

c. Tap Bottoming

Jenis ini mempunyai satu atau dua gigi ulir yang ditiruskan
dihujungnya. Tap bottoming boleh memotong ulir hingga kedasar
lubang, jadi ia sesuai digunakan untuk mengulir dalam lubang buntu.

1.6.2. SAIZ GERUDI TAP

Sebelum mengulir dalam, lubang hendaklah terlebih dahulu
digerudi. Lubang ini hendaklah lebih kecil daripada saiz tap supaya
bahan yang ada mencukupi untuk alat ini membentuk ulir. Jika bahan
yang ditinggalkan berlebihan (iaitu saiz lubang terlalu kecil), akan
menyukarkan tap untuk memotong dan ini boleh menyebabkannya
patah.

Sebaliknya jika bahan yang ditinggalkan terlalu nipis (iaitu saiz
lubang terlalu besar), bahan yang diperlukan untuk membentuk ulir
tidak mencukupi, akibatnya ulir tidak cukup dalam atau tidak ada ulir
langsung.

1.6.3. MENGIRA DENGAN MENGGUNAKAN FORMULA

Saiz gerudi tap = Diameter Ulir (mm) − pic ulir (mm)

Contoh:

Hitung saiz gerudi tap yang digunakan untuk memotong
bebenang M22 x 2.5

Diameter ulir (mm) Pic ulir (mm) Saiz gerudi tap

(A) (B) (A)-(B)

22 2.5 22 – 2.5 = 19.5 mm

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 37

1.6.4. MENGAMBIL BACAAN DARIPADA TANDA PADA BATANG TAP
Tanda saiz yang terdapat pada bahagian batang tap ialah seperti

yang berikut. Tap metrik ditandakan :
M4 x 0.7
Dengan M = Benang metrik
4 = Garis pusat major ulir dalam milimeter
0.7 = Pic ulir dalam millimeter

1.6.5. PERENGKUH TAP (TAP WRENCH)
Fungsi perengkuh ialah untuk memutar masuk dan memutar

keluar tap. Perengkuh terbahagi kepada dua jenis iaitu:

a. Perengkuh biasa
Terdapat dua jenis perengkuh biasa iaitu perengkuh padu dan

perengkuh boleh laras.

Rajah 1- 37: Perengkuh Tap boleh laras (Adjustable tap wrench)

b. Perengkuh jenis cuk (Ratcheting Tap Wrench)
Bentuknya seperti cuk tetapi saiznya kecil. Ia sesuai digunakan

untuk memegang tap yang kecil saiznya.

Rajah 1- 38: Perengkuh Jenis Cuk (Ratcheting Tap Wrench)

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 38

1.6.6. JENIS JENIS DIE (PEMBENANG LUAR)
Die digunakan untuk memotong bebenang luar. Sebagaimana

tap, alat ini juga digunakan bersama-sama perengkuh.

Rajah 1- 39: Die (Pembenang Luar)

a. Die jenis padu
Die jenis padu sesuai digunakan untuk membaiki atau memotong

semula bebenang yang telah rosak. Walau bagaimanapun ia juga
digunakan untuk membuat bebenang baru.

Die ini dibezakan dengan cetakan pada permukaan die, i.e. M4 x
0.7 mm.

Rajah 1- 40: Die jenis padu (solid die set) M4 x 0.7

b. Die jenis belah
Die jenis ini berbentuk bulat tetapi terbelah hingga kebahagian

pusatnya. Tujuannya ialah supaya saiznya boleh dibesarkan atau
dikecilkan dengan cara mengetatkan atau melonggarkan nat pelaras.

Rajah 1- 41: Die jenis belah (Slit type threading die)

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 39

c. Die jenis bercerai
Die jenis ini dibuat berasingan (terpisah). Ia dicantumkan

kedalam plat pemandu dan dipasangkan pada kolet. Untuk
memudahkan pemasangan tiap-tiap keping, ia ditandakan dengan
nombor siri saiz supaya dapat dipasang dengan betul. Alat ini bolih
didapati dalam bentuk bulat atau segiempat. Jenis segiempat dipasang
terus kedalam perengkuh, ia sesuai untuk memotong bebenang yang
lebih besar saiznya.

Rajah 1- 42: Die jenis tercerai (Split type threading die)

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 40

LATIHAN
JAWAB SEMUA SOALAN

1. Nyatakan kegunaan pelulas (reamer).
____________________________________________________________

2. Nyatakan kepentingan Tooth Per Inch (TPI) di dalam pemilihan mata gergaji.
____________________________________________________________

3. Nyatakan kesesuaian TPI berdasarkan kepada bahan yang akan dipotong seperti

yang disenaraikan di bawah.

a. Aluminium = __________ TPI

b. Keluli = __________ TPI

c. Gangsa = __________ TPI

4. Apakah yang dimaksudkan dengan M7 x 0.25
M7
0.25

5. Senaraiakan TIGA (3) jenis tukul yang digunakan untuk membuka mold.
a. ___________________________
b. ___________________________
c. ___________________________

RUJUKAN

1. Singh, R. (2010). Introduction to Basic Manufacturing Process & Workshop
Technology . New Delhi: New Age International.

E01-01-11-LA1/LA2/LA3-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 41

KERTAS
PENERANGAN

MODUL 2

E01-01-12 MATERIAL MANAGEMENT

40

E01-01-12-LA1 GROUP CLUSTERING MODULE 2

CONFIRM MATERIAL FOR PRODUCTION
C01.05/L2: Confirm Material for Production

41

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA E01 SIJIL TEKNOLOGI PLASTIK
KURSUS

KOD DAN NAMA E01-01-12 MATERIAL MANAGEMENT
MODUL

AKTIVITI LA 1 CONFIRM MATERIAL FOR PRODUCTION
PEMBELAJARAN

CU.WA NO./ C01.05/L2
LEVEL

OBJEKTIF MANAGE MATERIAL HANDLING BY USING PROPER MATERIALS
PRESTASI AND EQUIPMENT SO THAT MATERIALS ARE ALWAYS AVAILABLE
AKHIRAN (TPO) AND SUITABLE FOR PROCESSING AND ACCORDINGLY WITH
STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP).

E01-01-12-LA1-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 41


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKAN HANYA BUKU SEBAGAI JENDELA DUNIA SEKARANG INI, JUDA INTERNET
Next Book
buku khatam 22