The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nie768am, 2022-04-22 21:16:23

E01 SEM1 IS

E01 SEM1 IS

Jenis Kecacatan Penerangan Punca kecacatan
Sink mark
Terdapat kesan 1. Cooling system
tengggelam ataupun acuan yang kurang
permukaan yang berkesan.
tidak sekata pada
produk yang telah
siap.

Jetting Kesan aliran leburan 1. Saiz gate dan runner
plastik yang terlihat yang kecil
jelas pada
permukaan produk 2. Bilangan gate dan
yang disuntik. runner yang tidak
sesuai

3. Cooling system yang
kurang berkesan
menyebabkan suhu
acuan menjadi
terlalu rendah.

2.1. PEMERIKSAAN PRODUK DAN LAPORAN

Bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu mengeluarkan produk
yang memenuhi spesifikasi , setiap produk yang dihasilkan akan menjalani
proses uji-lari (trial run) sebelum acuan diserahkan kepada bahagian
pengeluaran. Pemeriksaan produk dilakukan berpandukan spesifikasi produk yang
ditentukan oleh pelanggan.Produk plastik terdiri dari pelbagai jenis dan keperluan
seperti produk engineering memerlukan spesifikasi yang lebih jitu manakala
produk komoditi seperti peralatan rumah tidak memerlukan spesifikasi yang jitu,
cukup sekadar mempunyai penampilan yang bebas dari kecacatan.

Dalam banyak hal, terutama di mana toleran dimensi terlalu luas,
biasanya spesifikasi komponen boleh dinyatakan sebagai tidak ada kecacatan pada
produk atau tentukan jumlah minimum kecacatan .Ini bermakna produk yang
mempunyai weld lines, flow lines, stray marks, discolouration, flash, coloured
streak, scratches, shorts shot atau sink marks perlu ditolak (reject). Dari masa ke
semasa, contoh produk (sample moulding) dihasilkan untuk menunjukkan
standard minimum kualiti. Spesifikasi ujian sesuatu sample moulding yang
dihasilkan diterangkan seperti di bawah:

2.1.1. KETEPATAN UKURAN (DIMENSIONAL ACCURACY)

Produk plastik boleh diukur dimensinya dengan menggunakan
instrumen pengukuran yang biasa seperti Micrometer, Vernier, Dial test
indicator dan Jangka ‘GO’ atau ‘NO GO.

E01-01-16-LA1/LA2/LA3/LA4/LA5/LA6-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 191

2.1.2. BERAT PRODUK
Perubahan pada berat produk boleh menunjukkan kualiti produk

tersebut sebagai contoh jika produk mengandungi sink marks, voids atau
short shot akan ditimbang lebih ringan berbanding dengan produk yang elok.
Produk yang beratnya lebih dari sepatutnya pula mungkin terdapat flashing

Rajah 6- 21: Menimbang produk plastik dengan penimbang digital

.
2.1.3. PEMERIKSAAN PROFIL

Komponen yang mempunyai profil yang kompleks seperti gear boleh
diperiksa pada alat yang dinamakan optical magnification projector atau
profile projector

Rajah 6- 22: Profile projector digunakan untuk mengukur dimesi fizikal produk

. WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 192

E01-01-16-LA1/LA2/LA3/LA4/LA5/LA6-IS

2.1.4. KETUMPATAN/ SPECIFIC GRAVITY
Untuk produk kegunaan tertentu voids (gelembung udara di dalam

produk) perlu dielakkan. Biasanya ujian ini dilakukan untuk produk tebal di
mana voids sukar untuk dilihat. Pemeriksaan 100% boleh dilakukan dengan
memasukkan produk ke dalam takungan air atau cecair yang mempunyai
ketumpatan kurang sedikit dari bahan yang diuji.

Produk yang elok (tanpa voids) akan tenggelam manakala produk
yang mengandungi voids akan timbul – biasanya sebelah yang
mengandungi banyak voids sebelah atas. Bahagian ini boleh ditanda dan
cuba timbulkan yang sebelah lagi sebagai pemeriksaan jika terdapat bilangan
voids yang lain. Produk juga boleh dipotong untuk memeriksa voids.

3. PENGHASILAN LAPORAN PENGHASILAN PRODUK
Setelah acuan siap disuntik maka, laporan kualiti produk akan dikeluarkan.

Kandungan laporan adalah seperti berikut
a. Kecacatan produk
b. Punca kecacatan
c. Inspection data sheet
d. Masalah pada acuan
e. Product and defect finding
f. Problem solving

3.1. KECACATAN PRODUK
Kecacatan-kecacatan yang telah dikenalpasti akan dicatatkan dan dihuraikan

secara terperinci di dalam bahagian ini.

3.2. PUNCA KECACATAN
Punca-punca sesuatu kecacatan yang dikenalpasti akan dicadangkan di

bahagian ini bagi membolehkan tindakan pembetulan diambil keatas produk yang
perlu dibaiki.

3.3. HELAIAN PEMERIKSAAN DATA (INSPECTION DATA SHEET)
Helaian Inspection data sheet yang diisi semasa pemeriksaan visual dan ujilari

suntikan produk akan dilampirkan bersama sebagai bukti pemeriksaan ke atas
produk yang telah siap.

E01-01-16-LA1/LA2/LA3/LA4/LA5/LA6-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 193

Rajah 6- 23: Contoh Inspection Check Sheet

3.4. MASALAH-MASALAH YANG DIKENALPASTI PADA ACUAN.

Masalah-masalah lain yang dikenalpasti turut disertakan pada bahagian ini
jika berkaitan.

3.5. SUMMARIZED PRODUCT AND DEFECT FINDING

Pada bahagian ini keseluruhan dapatan kecacatan pada sesuatu produk akan
disenaraikan beserta tindakan-tindakan pembetulan yang boleh diambil pada acuan
suntikan tersebut.

3.6. PROBLEM SOLVING TECHNIQUE

Bahagian terakhir pada laporan pemeriksaan ini akan ditulis tindakan
pembetulan yang telah diambil serta kesimpulan samada acuan suntikan tersebut
boleh dihantar kepada pelanggan ataupun dilupuskan sekiranya tindakan yang
diambil gagal membetulkan kecacatan yang ada.

E01-01-16-LA1/LA2/LA3/LA4/LA5/LA6-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 194

Terdapat berbagai bentuk dan gaya laporan dilakukan. Semuanya bermatlamat
memberi dan menunjukkan data-data atau maklumat yang diperlukan dalam bentuk
termudah untuk difahami dan disimpan. Laporan penting sebagai rujukan pihak lain untuk
mengetahui status proses kerja, kualiti dan permasalahan yang timbul atau sebagai
rujukan untuk kajian. Sebagai contoh:-

a. Inspection plan
b. Defect form

3.7. INSPECTION PLAN

Pelan pemeriksaan adalah dokumen panduan pemeriksaan kualiti ke atas
produk yang dikeluarkan dari acuan bagi mengenal pasti kecacatan pada
produk. Lajur description menerangkan jenis kecacatan atau ukuran produk
yang perlu dipastikan ketepatannya, lajur equipment used menyatakan kaedah
atau alat yang digunakan untuk memastikan kecacatan produk atau ukuran.

3.8. DEFECT FORM

Borang kecacatan adalah dokumen yang merekodkan kuantiti kecacatan
produk mengikut jenis. Lajur description menerangkan jenis kecacatan atau
ukuran produk yang perlu dipastikan ketepatannya, lajur quantity adalah ruang
yang dicatatkan kuantiti kecacatan dan lajur remarks adalah ruang catatan
terperinci punca kecacatan produk.

Kedua-dua Defect form dan Repair form hendaklah dikepilkan bersama dan
dimajukan kepada pihak penyelia sebagai satu laporan.

E01-01-16-LA1/LA2/LA3/LA4/LA5/LA6-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 195

Rajah 6- 24: Contoh defect form

E01-01-16-LA1/LA2/LA3/LA4/LA5/LA6-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 196

LATIHAN

1. Nyatakan punca utama berlakunya flashing semasa proses ujilari dilakukan.
2. Namakan dua jenis borang yang perlu dilampirkan semasa menghantar laporan

pemeriksaan produk.
3. Bincangkan kepentingan Inspection Plan kepada seorang juruteknik QC.
4. Mengapakah laporan pemeriksaan kualiti produk perlu diserahkan kepada penyelia

semasa proses shift handover?
5. Bincangkan faktor penyumbang kecacatan berikut

a. Sink mark
b. Burn mark
c. Short shot

RUJUKAN

1. Dominick V., R., Donald V., R., & Marlene G., R. (2000). Injection Molding Handbook.
New York: Springer.

2. Goodship, V. (2004). Practical Guide to Injection Molding. United Kingdom: Rapra
Technology Limited and ARBURG Limited.

3. Kazmer, D. O. (2007). Injection Mold Design Engineering (1st Edition ed.). Munchen,
Germany: Carl Hanser Verlag GmbH & Co. KG .

4. Parr, A. (1999). Hydraulics and Pneumatics: A Technician's and Engineer's Guide.
Butterworth-Heinemann: London.

5. Tim A., O., Lih-Sheng, T., & Paul, G. (2007). Injection Molding Handbook. Germany:
Hanser Verlag.

6. Yi, Y., Xi, C., Ningyun, L., & Furong, G. (2016). Injection Molding Process Control,
Monitoring, and Optimization. Germany: Hanser Verlag.

E01-01-16-LA1/LA2/LA3/LA4/LA5/LA6-IS WIM/E01/12007/S01/P2(22016) 197


Click to View FlipBook Version