GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL TINGKATAN 4RM25.00 FT324003 ISBN 978-967-0520-72-8 9 789670 520728 4
GRAFIKKOMUNIKASITEKNIKALTINGKATAN4 GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL 4
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL TINGKATAN 4 2016 Penulis KHAIRULAINI JAMIL MOHD YAZID ABU HASAN ASURI NURUL MUKHLIS KOSTOR Editor MASLIYA YAHYA ZAINAB KADIR Pereka Grafik NURAZLINA HAMBAL Ilustrator MOHD NAZIM UDIN MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS
PENGHARGAAN Penerbitan buku ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat. • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Aras Mega (M) Sdn. Bhd. • SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan. • SMT Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menjayakan penerbitan buku ini. No. Siri Buku: 0106 KPM2016 ISBN 978-967-0520-72-8 Cetakan Pertama 2016 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon: 03-8925 8975 No. Faksimili: 03-8925 8985 Laman Web: arasmega.com Reka Letak dan Atur Huruf: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Minion Pro Saiz Taip Teks: 11 point Dicetak oleh: Arif Corporation Sdn. Bhd., No. 42, Jalan Pengasah 15/13, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
ISI KANDUNGAN BAB 1 PENGENALAN KEPADA GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL 2 1.1 Pengenalan Grafik Komunikasi Teknikal 4 1.2 Media dan Peralatan 8 1.3 Menyediakan Kertas Lukisan Teknikal 11 1.4 Melukis Garisan dan Menulis Huruf 13 1.5 Melakar Lukisan Ortografik, Lukisan Isometri, Lukisan Oblik dan Lukisan Perspektif 21 BAB 2 GARISAN, SUDUT DAN BULATAN 36 2.1 Melukis dan Membahagi Garisan dengan Kaedah Geometri 38 2.2 Melukis Pelbagai Sudut dengan Kaedah Geometri 44 2.3 Melukis Bulatan 53 BAB 3 SEGI TIGA, SEGI EMPAT DAN POLIGON 60 3.1 Melukis Segi Tiga 62 3.2 Melukis Segi Empat 71 3.3 Melukis Poligon Sekata 76 BAB 4 PEMBESARAN DAN PENGECILAN 84 4.1 Konsep Pembesaran dan Pengecilan 86 4.2 Melukis Rajah Pengecilan Mengikut Nisbah Sisi 87 4.3 Melukis Rajah Pembesaran Mengikut Nisbah Sisi 91 4.4 Melukis Rajah Pengecilan Mengikut Nisbah Luas 94 4.5 Melukis Rajah Pembesaran Mengikut Nisbah Luas 98 BAB 5 ELIPS, PARABOLA DAN TANGEN 104 5.1 Konsep Elips dan Parabola 106 5.2 Melukis Elips 108 5.3 Melukis Parabola 110 5.4 Konsep dan Ciri-ciri Ketangenan 113 5.5 Melukis Garisan Bertangen pada Bulatan dalam Pelbagai Keadaan 114 5.6 Melukis Bulatan Bertangen pada Garisan dalam Pelbagai Keadaan 119 5.7 Melukis Bulatan Bertangen pada Bulatan dalam Pelbagai Keadaan 121 iii
BAB 6 UNJURAN ORTOGRAFIK 132 6.1 Konsep dan Simbol Satah Unjuran Ortografik 134 6.2 Prinsip Sukuan Ortografik 136 6.3 Melukis Lukisan Ortografik dengan Unjuran Sudut Ketiga 137 6.4 Pendimensian Lukisan Ortografik 146 BAB 7 LUKISAN PANDANGAN TAMBAHAN 152 7.1 Konsep dan Jenis Pandangan Tambahan 154 7.2 Melukis Pandangan Tambahan 161 BAB 8 LUKISAN ISOMETRI 176 8.1 Konsep dan Ciri-ciri Lukisan Isometri 178 8.2 Kaedah Melukis Lukisan Isometri 185 8.3 Melukis Lukisan Isometri Menggunakan Paksi Biasa 189 8.4 Pendimensian Lukisan Isometri 195 BAB 9 LUKISAN OBLIK 200 9.1 Konsep dan Ciri-ciri Lukisan Oblik 202 9.2 Melukis Lukisan Oblik 208 9.3 Membina Lukisan Oblik bagi Pelbagai Bongkah 215 9.4 Pendimensian Lukisan Oblik 220 Latihan Sumatif 224 Rujukan 228 Glosari 229 Indeks 233 iv
PENDAHULUAN Buku teks Grafik Komunikasi Teknikal Tingkatan 4 ini ditulis berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kurikulum ini yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. Seiring dengan matlamat ke arah negara maju dan perkembangan teknologi dalam industri, pembangunan kurikulum Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) berasaskan kompetensi merupakan satu inisiatif dalam usaha menyediakan modal insan menyeluruh dan seimbang, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran insaniah, dan mengamalkan budaya profesional bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Grafik Komunikasi Teknikal Tingkatan 4 adalah MPEI dalam bidang teknologi untuk Tingkatan 4 dan 5. MPEI memberi fokus kepada keperluan perubahan kepada kurikulum dan pentaksiran berasaskan kompetensi yang merujuk kepada standard industri, badan profesional dan badan pensijilan kebangsaan dan antarabangsa. Di dalam buku ini, terdapat sembilan topik utama yang diperkenalkan kepada murid, yang kesemuanya lebih menekankan kepada pemahaman tentang perkara-perkara yang asas terlebih dahulu sebelum menjurus kepada perbincangan lebih mendalam. Kandungan buku teks ini dipersembahkan dengan cara yang ringkas, dan diharap murid akan beroleh manfaat semaksimum mungkin. Selain daripada keterangan dan fakta melalui teks utama, disediakan juga penyendal-penyendal yang boleh menambah pengetahuan murid tentang pelbagai maklumat tambahan yang amat berkaitan dengan topik yang dipelajari. Semua ukuran dinyatakan dalam unit milimeter (mm). Pada akhir setiap bab, disediakan ruang untuk murid menguji dan mengukuhkan lagi kefahaman tentang topik berkenaan. Buku teks Grafik Komunikasi Teknikal ini diharap dapat membantu dalam menyedia dan mengukuhkan murid yang berminat dalam bidang teknikal dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran mata pelajaran lukisan teknikal di peringkat yang lebih tinggi. Diharap buku ini juga dapat dijadikan panduan serta rujukan yang berguna kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penerbit. v
PENERANGAN IKON Mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir, berbincang dan mengeluarkan pandangan masing-masing. Ini dapat mencetuskan sesi perbincangan dan memberi peluang kepada guru untuk menilai keupayaan murid membuat penaakulan. Memberi penekanan kepada murid tentang maklumat penting yang perlu diberi perhatian berkenaan topik yang dibincangkan di dalam buku teks. Kegiatan tambahan yang dapat membantu murid meningkatkan lagi kefahaman tentang topik yang dipelajari. Mengemukakan fakta-fakta menarik tentang perkara yang relevan dengan topik perbincangan di dalam teks. Memberikan maklumat tambahan tentang topik yang sedang dipelajari, untuk memberi nilai tambah kepada murid. Memberikan maklumat dalam bentuk QR Code yang boleh diimbas menggunakan aplikasi khas di dalam telefon pintar atau alat. Selain itu, dicatatkan juga pautan yang berkenaan, bagi membolehkan murid menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Sesuatu yang menarik untuk dieksplorasi. Untuk mengimbas kod ini, pengguna perlu memuat turun aplikasi khas pengimbas di dalam telefon pintar atau alat terlebih dahulu. Mengemukakan soalan yang dapat mencetuskan kemahiran berfikir aras tinggi yang sesuai dengan keupayaan murid. Dapatkan: Dapatkan aplikasi QR Code di: Layari laman web www.arasmega. com/ar-apps untuk memuat turun aplikasi pengimbas Augmented Reality(AR)Layari laman web www.arasmega. com/qr-apps untuk memuat turun aplikasi pengimbas Quick Response (QR) Code. Layari laman web www.arasmega. com/ar-apps untuk memuat turun aplikasi pengimbas Augmented Reality (AR). Layari laman web www.arasmega. com/qr-apps untuk memuat turun aplikasi pengimbas Quick Response (QR) Code. vi
1
2 1 Standard Kandungan 1 PENGENALAN KEPADA GRAFIK KOMUNIKASI BAB TEKNIKAL • Pengenalan Grafik Komunikasi Teknikal • Media dan peralatan Grafik Komunikasi Teknikal • Menyediakan kertas lukisan teknikal • Melukis garisan dan menulis huruf dengan teknik yang betul • Melakar lukisan ortografik, lukisan isometri, lukisan oblik dan lukisan perspektif Pernahkah anda mendengar istilah Grafik Komunikasi Teknikal? Tahukah anda maksud di sebaliknya? Tahukah anda kita boleh menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan lukisan teknikal yang menggambarkan sesuatu bongkah yang ingin kita bina?
3 3
4 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 1.1 Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Evolusi Lukisan Teknikal Sejak dari zaman dahulu lagi, manusia menggunakan lukisan sebagai salah satu medium untuk berkomunikasi. Catatan sejarah tamadun manusia menyaksikan bahawa pelbagai simbol dan ukiran telah digunakan sebelum wujudnya tulisan. Sebagai contoh Rajah 1.1.1 menunjukkan huruf hieroglif yang digunakan oleh bangsa Mesir yang menyerupai pelbagai bentuk termasuk haiwan dan manusia bagi menyampaikan mesej tertentu. Rajah 1.1.2 menunjukkan lukisan Jam Gajah yang dihasilkan oleh Ibnu Ismail al-Jazari pada tahun 1206M berkaitan prinsip humanoid automation. Di negara kita, perkembangan lukisan juga telah lama wujud. Penemuan lukisan di dinding gua dan batu telah membuktikan masyarakat pada ketika itu telah pun menggunakan lukisan sebagai satu medium untuk berkomunikasi dan menyampaikan pemikiran mereka kepada orang lain. Bermula dalam tahun 90-an, revolusi komputer telah mula mengubah landskap teknologi dan komunikasi maklumat dalam kehidupan manusia. Penggunaan perisian Lukisan Berbantu Komputer (CAD) dalam menyiapkan lukisan, bukan sahaja lebih cepat, tetapi berupaya meningkatkan kualiti persembahan secara lebih mudah, terperinci dan berkesan. Rajah 1.1.3 menunjukkan contoh lukisan yang dihasilkan menggunakan perisian CAD. Anda telah mengetahui perkembangan evolusi tulisan dan lukisan sebagai media komunikasi sejak dahulu sehingga kini. Bolehkah anda ramalkan bentuk komunikasi pada masa akan datang? Standard Pembelajaran Murid boleh: • menerangkan evolusi lukisan teknikal • mengenal pasti agensi yang terlibat dalam kepiawaian lukisan teknikal di dalam dan di luar negara • membezakan sistem unjuran - sistem unjuran berpusat - sistem unjuran selari • mentafsir GKT sebagai media komunikasi dalam bentuk grafik • mentafsir GKT sebagai media pemberi maklumat berkaitan bidang teknikal • mencadangkan bidang kerjaya yang berkaitan dengan GKT Rajah 1.1.1 Huruf hieroglif yang digunakan oleh bangsa Mesir. Rajah 1.1.2 Lukisan Jam Gajah yang dihasilkan oleh Ibnu Ismail al-Jazari pada 1206M. Perisian CAD digunakan secara meluas dalam bidang lukisan teknikal. Imbas QR Code di atas untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rajah 1.1.1 dan Rajah 1.1.2.
5 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Agensi-agensi Penting dalam Kepiawaian Lukisan Teknikal Terdapat beberapa institusi kepiawaian di peringkat tempatan dan antarabangsa yang ditubuhkan untuk menyeragamkan segala butiran dan simbol yang digunakan oleh pelukis teknikal. Kepiawaian ini adalah sangat penting agar semua simbol tersebut dapat dibaca dalam tafsiran yang betul dan difahami secara tepat oleh semua pihak. Berikut adalah institusi yang bertanggungjawab dalam kepiawaian lukisan teknikal: (a) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). (http://www.sirim.my) (b) Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI). (http://www.ansi.org) (c) Jabatan Standard Malaysia (JSM). (http://www.jsm.gov.my) (d) Kepiawaian British (BS). (http://www.bsigroup.com) (e) Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa (ISO). (http://www.iso.mrg) (f) Kepiawaian Australia (AS). (http://www.standards.org.au) (g) Institut Kepiawaian German (DIN). (http://www.din.de/en) (h) Kepiawaian Kanada (CS). (http://www.csagroup.org) (i) Kepiawaian Perindustrian Jepun (JIS). (http://www.jisc.gov.jp.eng) Selain kepiawaian simbol, terdapat juga kepiawaian ukuran. Pada sekitar tahun 1960-an, sistem metrik telah mula digunakan sebagai ukuran piawai di kebanyakan negara di peringkat antarabangsa. Walaupun ukuran metrik digunakan secara meluas di seluruh dunia, ukuran imperial masih tetap diguna pakai. Contoh Pengukuran Piawai: Imperial Metrik 1 in 2.54 cm 1 kaki 0.3048 m 30.48 cm 1 ela 91.44 cm 1 batu 1.6093 km Rajah 1.1.3 Contoh lukisan dihasilkan menggunakan perisian CAD. Imbas QR Code di atas untuk mengetahui kaedah mengukur panjang menggunakan sistem metrik.
6 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Grafik Komunikasi Teknikal sebagai Media Pemberi Maklumat Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) merupakan media perhubungan dalam bentuk grafik yang mengandungi maklumat lengkap bagi menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Setiap garisan yang dilukis secara teknikal dengan ciri-ciri dan ketebalan tertentu mempunyai maksud tersendiri. Simbol khusus juga digunakan untuk menyampaikan mesej atau maklumat yang hanya boleh difahami oleh ahli profesional yang pakar dalam bidang masing-masing. Setiap catatan dalam lukisan teknikal memberikan maklumat yang lengkap tentang sesuatu objek yang dilukis, contohnya maklumat tentang keadaan permukaan, kedalaman, ketebalan, bahan dan alatan yang digunakan. Sistem Unjuran Unjuran Berpusat Perspektif linear Perspektif satu titik Perspektif dua titik Perspektif tiga titik Unjuran oblik Oblik am Oblik kabinet Oblik kavalier Perspektif udara Unjuran ortografik Sudut pertama Sudut ketiga Sudut kedua Sudut keempat Unjuran isometri Unjuran dimetri Unjuran trimetri Unjuran pelbagai pandangan Unjuran Selari Unjuran aksonometri Sistem Unjuran Sistem unjuran terbahagi kepada dua jenis iaitu unjuran berpusat dan unjuran selari. Kedua-dua sistem unjuran ini mengandungi sub unjuran yang mana setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sistem pengkelasan unjuran ditunjukkan di dalam Rajah 1.1.4. Rajah 1.1.4 Sistem unjuran dalam lukisan teknikal. Bentukkan kumpulan seramai lima atau enam orang murid. Bincangkan bagaimana teknologi komunikasi dan maklumat dapat membantu murid dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam mata pelajaran GKT. Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan pada akhir sesi.
7 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Kerjaya yang berkaitan dengan Grafik Komunikasi Teknikal GKT digunakan secara meluas dalam bidang kejuruteraan, seni bina dan hiasan dalaman. Jurutera, pereka bentuk dan pelukis teknikal diperlukan dalam bidang kejuruteraan untuk mengemuka dan mengembangkan idea dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk. Semua idea yang tercetus perlu diterjemahkan dalam bentuk grafik. Jadual 1.1.1 menunjukkan kerjaya yang terlibat secara langsung dalam bidang GKT, iaitu: Jadual 1.1.1 Kerjaya yang terlibat dalam GKT. Pekerjaan Tugas Jurutera Menyediakan idea dan konsep awal reka bentuk, memahami dan mengesahkan lukisan teknikal. Arkitek Merangka idea pembinaan bangunan, memahami dan mengesahkan pelan. Pelukis Pelan Menyediakan lukisan teknikal yang terperinci berdasarkan konsep awal reka bentuk atau idea pembinaan bangunan. Pereka Bentuk Membuat reka bentuk, sama ada dalam bentuk model atau ciptaan sebenar, berdasarkan lukisan teknikal terperinci. 1.1 Lakukan sesi sumbang saran tentang skop pekerjaan yang melibatkan GKT. Pada akhir sesi, hasilkan tayangan video berkenaan kerjaya dalam bidang berkaitan dan tanggungjawabnya. Antara bidang kerjaya yang melibatkan GKT: (a) Mekanikal dan Pembuatan (b) Elektrik dan Elektronik (c) Kejuruteraan Awam (d) Juru Ukur (e) Seni Bina (f) Hiasan Dalaman 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Grafik Komunikasi Teknikal? 2. Nyatakan tiga jenis unjuran oblik dalam sistem unjuran. 3. Senaraikan tiga contoh perisian komputer yang boleh digunakan dalam GKT. 4. Senaraikan tiga jenis pekerjaan yang memerlukan kemahiran GKT dalam tugasan mereka. 5. Terangkan perbezaan antara Grafik Komunikasi Teknikal dengan Pendidikan Seni Visual.
8 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 1.2 Media dan Peralatan Bagi tujuan melukis secara manual, terdapat pelbagai peralatan asas yang perlu digunakan. Setiap alatan ini mempunyai ciri dan fungsi yang tersendiri. Sebelum mula melukis, kita perlu mengenal pasti jenis peralatan, cara penggunaan dan penjagaan peralatan tersebut. Kemahiran serta pengetahuan asas mengendalikan peralatan melukis ini amat penting bagi memastikan lukisan yang dihasilkan bermutu dan tepat. Papan Lukisan atau Meja Lukisan Sesiku–T Sesiku Set Papan lukisan atau meja lukisan berfungsi sebagai tempat alas untuk melukis dengan permukaan yang rata. Papan lukisan mudah dibawa ke mana-mana. Meja lukisan pula adalah meja khusus untuk melukis kerana dapat memberi keselesaan kepada pengguna disebabkan ketinggian dan kecondongan meja ini boleh dilaras mengikut kesesuaian. Foto 1.2.1 dan Foto 1.2.2 menunjukkan meja lukisan dan papan lukisan. Papan lukisan atau meja lukisan seharusnya dijaga rapi agar dapat berfungsi dengan baik. Ini termasuklah dalam aspek kebersihan permukaan dan sisi yang rata dan lurus. Sesiku-T diperbuat daripada kayu atau plastik. Sesiku-T mempunyai dua bahagian utama iaitu kepala dan bilah panjang yang saling bersudut tepat, seperti yang ditunjukkan dalam Foto 1.2.3. Sesiku-T digunakan bersama dengan papan lukisan atau meja lukisan. Sesiku-T digunakan untuk membina garisan ufuk dengan lurus. Ciri-ciri sesiku-T yang baik ialah bahagian pinggir bilah panjang dan lurus, penyambung antara bilah dan kepala kukuh serta tidak melengkung. Sesiku set terdiri daripada satu sesiku yang mempunyai sudut 30°, 60° dan 90° manakala satu lagi sesiku mempunyai sudut 45°, 45° dan 90° seperti yang ditunjukkan dalam Foto 1.2.4. Fungsi sesiku set adalah untuk menghasilkan garisan tegak, condong dan selari. Sesiku set digunakan bersama dengan sesiku-T. Ciri-ciri sesiku set yang baik ialah: (i) Bahagian tepi sesiku set dalam keadaan lurus (ii) Sesiku set tidak melengkung Peralatan GKT dan Fungsinya Foto 1.2.1 Meja lukisan. Foto 1.2.3 Sesiku-T. Foto 1.2.2 Papan lukisan. Foto 1.2.4 Sesiku set. Standard Pembelajaran Murid boleh: • menamakan peralatan teknikal • menerangkan fungsi peralatan GKT
9 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Jangka Lukis Lengkung Perancis dan Lengkung Fleksibel Jangka lukis seperti yang ditunjukkan dalam Foto 1.2.5 mempunyai pelbagai kegunaan seperti membina bulatan, memindahkan jarak serta melukis lengkok. Lengkung Perancis seperti dalam Foto 1.2.6 diperbuat daripada plastik dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Lengkung Perancis digunakan untuk kerja melukis garisan lengkung, iaitu dengan menyesuaikan bentuk alat pada titik-titik garisan lengkung yang hendak dilukis. Lengkung fleksibel juga boleh digunakan untuk membina garis lengkung. Lengkung fleksibel boleh dilenturkan mengikut kesesuaian bagi mendapatkan garisan lengkung yang dikehendaki. Foto 1.2.6 Lengkung Perancis dan lengkung fleksibel. Foto 1.2.5 Jangka lukis. Pensel Mata pensel yang digunakan untuk melukis mempunyai gred kehitaman tertentu, iaitu gred keras, gred sederhana dan gred lembut seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.2.5. Gred kehitaman ini dikenali dengan siri H, F, HB dan B. Pensel gred ini menghasilkan garisan yang tebal. 7B 6B 5B 4B 3B 2B B Gred Lembut Pensel jenis ini menghasilkan garisan bertona cerah untuk garisan binaan, garisan panduan penghurufan dan garisan yang memerlukan ketepatan. Pensel gred ini menghasilkan garisan sederhana bertona cerah. Pensel gred ini sesuai untuk membuat lakaran, penghurufan, tanda anak panah, garisan objek dan garisan tengah. B HB F H 2H 3H Gred Keras Gred Sederhana 4H 5H 6H 7H 8H 9H Rajah 1.2.1 Gred-gred pensel dan kegunaannya.
10 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Pemadam Plat Pencontoh Terdapat dua jenis pemadam, iaitu pemadam pensel dan pemadam dakwat. Pemadam pensel yang bertekstur lembut dapat memadam dengan bersih tanpa merosakkan kertas lukisan. Pemadam dakwat pula bertekstur kasar. Foto 1.2.8 menunjukkan kedua-dua jenis pemadam. Plat pencontoh seperti dalam Foto 1.2.9 digunakan sebagai alat tambahan untuk membantu pelukis mendapatkan keseragaman bentuk dalam melukis. Terdapat pelbagai jenis plat pencontoh mengikut bidang dan kegunaannya sendiri. Foto 1.2.8 Pemadam pensel dan pemadam dakwat. Foto 1.2.9 Plat pencontoh. Di samping penggunaan pensel kayu, pensel mekanikal digunakan secara meluas dalam grafik komunikasi teknikal. Foto 1.2.7 menunjukkan pensel yang digunakan dalam kerja-kerja melukis. Pensel kayu Pensel mekanikal 1.2 1. Namakan alatan GKT yang sesuai digunakan untuk: (a) Membina garisan ufuk. (b) Mendapatkan keseragaman bentuk dalam melukis. (c) Melukis garisan selari. (d) Membina garisan serenjang. (e) Membina bulatan dengan tepat. (f) Membina lengkung dengan kemas. 2. Tandakan ( ✓ ) bagi penyataan yang BETUL atau ( 7 ) bagi penyataan yang SALAH. Penyataan Betul Salah Penggunaan pensel bergred 2H sesuai untuk melukis garisan binaan. Penggunaan pensel bergred 2B akan menghasilkan garisan yang tebal. Penggunaan pensel bergred 5H sesuai untuk membina garisan objek. Foto 1.2.7 Pensel yang digunakan dalam kerja-kerja melukis.
11 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Standard Pembelajaran Murid boleh: • mengenal pasti saiz kertas - kertas A4 - kertas A3 - kertas A2 - kertas A1 - kertas A0 • melaraskan kertas di atas papan lukisan 1.3 Menyediakan Kertas Lukisan Teknikal Kertas Lukisan Terdapat pelbagai saiz kertas lukisan yang biasa digunakan. Saiz kertas lukisan yang dipilih mestilah sesuai dengan keperluan penggunaannya. Untuk tujuan pembelajaran, saiz kertas yang lazim digunakan ialah A4 atau A3. Saiz kertas lukisan yang biasa digunakan dalam lukisan teknikal seperti dalam Rajah 1.3.1. Rajah 1.3.1 Saiz kertas. Hasilkan satu kertas A0 dengan mencantumkan kertas A4. Gunakan pita perekat yang sesuai. Seterusnya dapatkan saiz A5 dan A6 daripada kertas bersaiz A4. A4 A5 297 mm x 210 mm 148 mm x 210 mm 297 mm x 420 mm 594 mm x 420 mm 594 mm x 841 mm 1189 mm x 841 mm A3 A2 A1 A0 Selain daripada saiz siri A, kertas juga boleh didapati dalam siri saiz B, C, R dan F Saiz siri B lebih besar daripada saiz A. Ia selalu digunakan untuk melukis poster dan lukisan dinding. Saiz siri C lebih kecil, selalu dijadikan saiz untuk sampul surat. Saiz siri R biasanya menggunakan kertas tebal bagi tujuan mencetak gambar. Saiz siri F biasa digunakan untuk persuratan atau salinan. Biasanya disebut kertas HVS. Perkataan kertas (paper dalam bahasa Inggeris) namanya diperoleh daripada pohon papyrus yang diperkenalkan semasa tamadun Sumeria terdahulu. Daripada perkataan ini juga, kertas turut dikenali sebagai papier (bahasa Jerman) dan papel (bahasa Sepanyol).
12 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Imbas di sini untuk memahami kaedah melaras kertas di papan lukisan. Melaraskan Kertas di atas Papan Lukisan Rapatkan bahagian kepala sesiku-T pada tepi kiri papan lukisan. Letakkan kertas di atas pinggir bilah sesiku-T. Kemudian lekatkan pita perekat di kedua-dua penjuru atas kertas. Gerakkan sesiku-T ke bahagian tengah kertas dan lekatkan pita perekat di kedua-dua penjuru bawah kertas. Rajah 1.3.2 Langkah-langkah melaras kertas di papan lukisan. 1. Nyatakan ukuran kertas bersaiz A4 dan A3. 2. Nyatakan perbezaan kertas bersiri A dengan kertas bersiri B. 1.3 Langkah 1 Langkah 3 Langkah 2
13 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal 1.4 Melukis Garisan dan Menulis Huruf Abjad Garisan dan Ciri-cirinya Dalam bidang teknikal, garisan yang digunakan dalam lukisan mempunyai maksud yang tersendiri. Terdapat beberapa abjad garisan yang perlu dipelajari oleh individu yang terlibat dalam GKT. Setiap garisan itu mempunyai ciri dan fungsinya yang tertentu, contohnya: • Garisan binaan merupakan garisan yang digunakan pada peringkat awal kerja melukis. • Garisan objek merupakan garisan yang digunakan pada peringkat akhir kerja melukis yang perlu dihitamkan. • Garisan terlindung merupakan garisan yang digunakan untuk menunjukkan bahagian yang terlindung dan dilukis secara putus-putus. Setiap garisan perlu dilukis mengikut darjah kehitaman dan ketebalan yang seragam. Jadual 1.4.1 menunjukkan perincian tentang abjad garisan, bentuk dan ciri-cirinya. Standard Pembelajaran Murid boleh: • menyatakan abjad garisan dan ciri-cirinya - garisan binaan - garisan objek - garisan terlindung - garisan tengah - garisan satah pemotongan - garisan dimensi - garisan fantom - garisan tambahan/ unjuran • menyatakan jenis-jenis garisan dan kegunaannya dalam GKT - garisan lurus tegak - garisan mengufuk - garisan condong - garisan serenjang - garisan selari • membina garisan sempadan dan ruang tajuk dengan abjad garisan yang betul • menghasilkan garisan pada darjah kehitaman dan ketebalan yang seragam dengan menggunakan peralatan serta teknik yang betul • menghasilkan huruf mengikut teknik penghurufan yang betul Garisan binaan Cerah dan halus 2H / 0.3 mm Garisan objek Hitam dan tebal HB / 0.5 - 0.7 mm Garisan terlindung Hitam dan halus HB / 0.3 - 0.5 mm Garisan tengah Hitam dan halus H / 0.3 mm Garisan satah pemotongan Hitam dan halus HB / 0.5 - 0.7 mm Garisan dimensi Hitam dan halus H / 0.25 mm Garisan fantom Hitam dan halus H / 0.3 mm Garisan tambahan/unjuran Hitam dan halus H / 0.3 mm Nama Garisan Bentuk Ciri Gred Pensel/Saiz Jadual 1.4.1 Abjad garisan dan ciri-cirinya. x Dipetik dan disesuaikan daripada buku Technical Drawing oleh Frederick E. Giesecke, Alva Mitchell, Henry Cecil Spencer, John Thomas Dygdon, James E. Novak, MacMillan Publishing Company, New York, 1991.
14 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Jenis Garisan Terdapat beberapa jenis garisan yang biasa digunakan dalam lukisan teknikal seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.4.2. Garisan ufuk Garisan tegak Garisan condong Garisan selari Garisan serenjang Rajah 1.4.2 Jenis-jenis garisan yang digunakan dalam GKT. Rajah 1.4.1 Penggunaan abjad garisan. Garisan terlindung Garisan tengah Garisan objek Garisan satah pemotongan
15 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Melukis Garisan Tegak Melukis Garisan Ufuk Amalan yang salah dalam penggunaan sesiku-T. Menggunakan sesiku-T dan sesiku set seperti Rajah 1.4.3. Kaedah melukis garisan ufuk seperti Rajah 1.4.4. Garisan mengufuk Kepala sesiku-T sentiasa rapat ke papan lukisan. Melukis Garisan Condong Rajah 1.4.5 menunjukkan kaedah melukis garisan condong dengan menggunakan sesiku-T dan sesiku set. 15° 75° 75° A B (a) Melukis garisan condong sudut 15°. (d) Melukis garisan condong sudut 60°. (b) Melukis garisan condong sudut 30°. (e) Melukis garisan condong sudut 75°. (c) Melukis garisan condong sudut 45°. (f) Melukis garisan condong 75° dengan garisan AB. Rajah 1.4.4 Kaedah membina garisan ufuk. Rajah 1.4.5 Kaedah melukis garisan condong menggunakan gabungan sesiku-T dan sesiku set. Rajah 1.4.3 Kaedah membina garisan tegak.
16 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Melukis Garisan Selari Gabungan sesiku set juga boleh digunakan untuk menghasilkan garisan condong dengan pelbagai sudut seperti Rajah 1.4.6. Rajah 1.4.7 menunjukkan kaedah melukis garisan selari dengan menggunakan gabungan sesiku set. Rajah 1.4.6 Kaedah melukis garisan condong dalam pelbagai sudut. Laraskan sesiku set supaya kedudukannya selari dengan garisan condong yang diberi. Lukiskan garisan selari. Gerakkan sesiku set ke tempat yang hendak dilukis. Garisan selari ialah garisan-garisan yang mempunyai jarak serenjang yang sama antara satu sama lain. Langkah 1 Langkah 3 Langkah 2 Rajah 1.4.7 Kaedah melukis garisan jejari. 15° 30° 45° 60° 75° 90° 15° 30° 45° 60° 75° 0° 0°
17 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Garisan serenjang ialah garisan-garisan yang bersudut tepat (90˚) antara satu sama lain. 90˚ Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Melukis Garisan Serenjang Rajah 1.4.8 Kaedah melukis garisan serenjang. Rajah 1.4.8 menunjukkan kaedah melukis garisan serenjang dengan menggunakan sesiku set. Laraskan sesiku 45° supaya kedudukannya selari dengan garisan condong. Gerakkan sesiku set ke tempat garisan serenjang yang ingin dilukis. Lukiskan garisan serenjang yang dikehendaki. Membina Garisan Sempadan dan Ruang Tajuk dengan Abjad Garisan yang Betul Rajah 1.4.9 menunjukkan langkah-langkah menyediakan garisan sempadan dan ruang tajuk pada kertas lukisan. Garisan sempadan dan ruang tajuk disediakan untuk menulis maklumat penting tentang sesuatu tugasan lukisan teknikal yang sedang dijalankan, seperti tajuk projek, tarikh lukisan disiapkan, skala yang digunakan dan sebagainya. Langkah 1 Langkah 2 Ukurkan jarak 10 mm di bahagian atas dan bawah kertas dan tandakan dengan pensel. Lukis garisan sempadan mendatar dengan menggunakan sesiku set dan pensel HB. Lakukan perkara yang sama pada bahagian kiri dan kanan kertas. Lukis garisan sempadan menegak dengan menggunakan sesiku set.
18 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Melukis Garisan dengan Kehitaman dan Ketebalan yang Seragam Bagi menghasilkan lukisan teknikal yang tepat, teknik dan pensel atau pen yang digunakan mestilah betul. Kedudukan tangan ketika memegang pensel atau pen hendaklah jauh sedikit daripada matanya. Pegang dengan kemas dan tekan pensel atau pen dengan tekanan yang sama semasa melukis garisan seperti Foto 1.4.10. Pada peringkat permulaan, murid perlulah membiasakan diri dengan teknik ini dan melakukan latihan sebanyak mungkin. Garisan halus, sederhana atau tebal menunjukkan abjad garisan yang berbeza. Pemilihan gred pensel mestilah betul bagi menghasilkan abjad garisan dikehendaki seperti Rajah 1.4.10. Foto 1.4.10 Cara memegang pensel. Poin tajam Garisan cerah dan halus (Garisan binaan) Poin sederhana tajam Garisan sederhana hitam (Garisan dimensi) Poin tumpul Garisan tebal dan hitam (Garisan objek) Rajah 1.4.10 Ciri abjad garisan. Langkah 3 Bahagikan ruang tajuk kepada empat bahagian dengan ukuran seperti di atas. Rajah 1.4.9 Kaedah membina garisan sempadan dan ruang tajuk. Ukurkan jarak 15 mm dari garisan sempadan bawah dan lukis satu garisan mendatar. Ini adalah ruang tajuk. Dengan menggunakan pensel H, buat empat garisan mendatar yang berselang 3 mm antara satu sama lain dalam ruang tajuk. 115 mm 115 mm 80 mm 10 mm 3 NAMA SEKOLAH NAMA TAJUK TARIKH KURSUS SKALA MARKAH 10 mm 15 mm
19 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Teknik Penghurufan Teknik yang sering digunakan dalam lukisan teknikal ialah teknik penghurufan lejang tunggal. Huruf ditulis berdasarkan satu ciri lejang tunggal seperti Rajah 1.4.11 (a) dan Rajah 1.4.11 (b). Sebagai panduan anak panah digunakan untuk menunjukkan arah gerakan pensel ketika menulis. Tekanan pensel yang sama digunakan ketika menulis dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan. 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 5 3 4 2 2 3 2 4 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 4 2 3 3 1 4 2 3 75° 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 3 5 4 2 2 3 24 4 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 4 2 3 3 3 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 5 3 4 2 2 3 2 4 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 4 2 3 3 1 4 2 3 75° 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 3 5 4 2 2 3 24 4 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 4 2 3 3 3 Rajah 1.4.11 (a) Teknik penghurufan tegak dengan lejang tunggal. Rajah 1.4.11 (b) Teknik penghurufan condong dengan lejang tunggal. Jarak antara Huruf dan Jarak antara Perkataan Teknik menulis huruf yang betul ialah dengan menggunakan jarak yang sama antara huruf. Jarak yang dimaksudkan ialah suatu ukuran yang tetap dan sesuai bagi selang setiap huruf. Kaedah ini akan menyebabkan tulisan yang dibuat kelihatan cantik dan kemas. Rajah 1.4.12 (a) dan Rajah 1.4.12 (b) menunjukkan bentuk persembahan yang baik dan kurang baik. Jarak di antara huruf Selang antara barisan hendaklah dijarakkan pada kadar separuh daripada ketinggian huruf. H H H1 2 Jarak di antara huruf Rajah 1.4.12 (a) Bentuk persembahan yang baik, dengan jarak di antara huruf adalah seragam. Rajah 1.4.13 Teknik menulis jarak di antara perkataan. Rajah 1.4.12 (b) Bentuk persembahan yang kurang baik, dengan jarak di antara huruf tidak seragam. Begitu juga bagi selang antara perkataan boleh ditulis dengan mengandaikan huruf “O” berada di antara perkataan seperti Rajah 1.4.13.
20 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Rajah 1.4.14 Penghurufan yang baik dan beberapa kesalahan ketika penghurufan. Penghurufan Kesilapan Gaya penghurufan tidak seragam. Ketinggian huruf tidak seragam. Kecondongan huruf tidak seragam. Ketebalan huruf tidak seragam. Jarak antara huruf tidak seragam. Penghurufan Keterangan Gaya penghurufan yang seragam. Penghurufan yang Seragam Untuk mendapatkan hasil yang baik, penghurufan haruslah dibuat secara seragam. Ketika menulis huruf dan perkataan, gaya, saiz, kecondongan, ketebalan dan jarak perlu diberi perhatian. Rajah 1.4.14 menunjukkan penghurufan yang baik dan beberapa kesalahan penghurufan. Tuliskan perkataan berikut mengikut ketinggian yang dinyatakan dalam aktiviti di bawah: (i) (ii) 7 3 3 6
21 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Standard Pembelajaran 1.5 Melakar Lukisan Ortografik, Lukisan Isometri, Lukisan Oblik dan Lukisan Perspektif Prinsip Lakaran Lakaran merupakan proses awal untuk melukis, dan hanya menggunakan alatan asas seperti pensel, pemadam dan kertas. Jika melukis secara lakaran, objek yang dilukis masih tertakluk kepada ciri-ciri lukisan teknikal. Lakaran boleh dibuat dalam dua atau tiga dimensi. Ketebalan, kehitaman dan jenis garisan yang betul perlu dititikberatkan dalam membuat lakaran. Melakar dapat membantu pereka bentuk merekodkan idea dengan pantas. Garisan ufuk, tegak dan condong kerap digunakan dalam GKT seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.1. Kemahiran melakar garisan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya dapat melukis untuk memperoleh lakaran yang baik. Kaedah Melakar Garisan Lurus P Q Rajah 1.5.1 Kaedah melakar garisan lurus. Murid boleh: • menerangkan prinsip lakaran • melakar garisan lurus, bulatan, lengkok, lengkung dan bentuk dengan kaedah yang betul • menghasilkan lakaran bongkah asas mengikut perkadaran yang betul - prisma - silinder - kon - piramid • melakar jenis-jenis lukisan yang berikut - ortografik - isometri - oblik - perspektif Langkah 2 Langkah 1 Langkah 3 Melakar garisan PQ. Mulakan lakaran dari P ke Q. Tandakan titik P dan Q. Sambungkan garisan PQ. P Q P Q P Q
22 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Kaedah Melakar Bulatan Terdapat dua kaedah untuk melakar bulatan seperti Rajah 1.5.2 dan Rajah 1.5.3. Kaedah Jejari Kaedah Kotak Melakar bulatan dengan dengan menggunakan kaedah jejari yang diberi ukuran jejari. Melakar bulatan dengan kaedah kotak diberi ukuran diameter. Lakarkan lengkok melalui titik yang telah ditandakan sehingga membentuk bulatan. Lakarkan garisan tengah. Lakarkan segi empat sama mengikut ukuran diamater bulatan. Lakarkan garisan menyilang. Tandakan anggaran jejari pada setiap garisan. Rajah 1.5.2 Melakar bulatan dengan kaedah jejari. Langkah 2 Langkah 1 Langkah 1 Langkah 3 Langkah 4
23 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Tandakan anggaran jejari pada setiap garisan pepenjuru. Lakarkan lengkok pada titik yang telah ditandakan sehingga membentuk bulatan. Lakarkan garisan pepenjuru. Tandakan titik tengah pada setiap sisi. Langkah 2 Langkah 1 Langkah 3 Langkah 4 Rajah 1.5.3 Melakar bulatan dengan kaedah kotak. Kaedah Melakar Lengkok Melakar lengkok yang diberi ukuran jejari. Tandakan pusat O, titik A dan B dengan anggaran OA=OB. A O B A O B Langkah 2 Langkah 3 Lakarkan segi empat sama. Lakarkan garisan pepenjuru. Tandakan titik D dengan anggaran OA=OB=OD. A O B C A O B C A O B C Langkah 4 Lakarkan lengkok. Rajah 1.5.4 Melakar lengkok. D D
24 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Kaedah Melakar Lengkung Diberi lengkung AB. Langkah 1 Lakarkan garisan OP dan OQ pada lengkung yang diberikan. Bahagikan lengkung kepada beberapa bahagian dan tandakan titik tersebut sebagai koordinat. Kaedah Melakar Bentuk Heksagon Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 Lakarkan semula garisan OP dan OQ dan beberapa bahagian yang telah dibuat pada langkah 1 di kedudukan baru. Pindahkan titik koordinat. Sambungkan titik-titik koordinat supaya menjadi lengkung. Rajah 1.5.5 Kaedah melakar lengkung. Diberi heksagon sekata. Lakarkan bulatan dengan mengambil kira jarak antara pepenjuru heksagon sebagai diameter bulatan. O P Q O P Q O P Q A B A A B B
25 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Langkah 2 Langkah 3 Rajah 1.5.6 Kaedah melakar heksagon. Tandakan anggaran jarak sisi heksagon pada lilitan bulatan. Sambungkan garisan untuk melengkapkan lakaran bentuk heksagon. Kaedah Melakar Bentuk Elips Melakar elips yang diberi paksi major dan paksi minor. Paksi Minor Paksi Major Langkah 1 Lakar kotak segi empat tepat. Bina paksi major dan minor di bahagian tengah sisi segi empat. Lakarkan lengkok bertangen pada keempat-empat sisi segi empat. Sambungkan garisan lengkok yang dibina. Lengkapkan lakaran bentuk elips. Rajah 1.5.7 Kaedah melakar elips. Langkah 2 Langkah 3
26 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Lebar Tinggi Menentukan Perkadaran Pengetahuan tentang cara-cara membuat lakaran sebagaimana yang telah dipelajari sebelum ini boleh digunakan sepenuhnya untuk melakar objek sebenar. Walau bagaimanapun, lakaran berdasarkan objek itu mestilah dibuat dengan perkadaran yang betul. Bagi mendapatkan perkadaran yang betul, dimensi objek sebenar diukur dengan cara membuat anggaran menggunakan jari atau pensel melalui pemerhatian dari sudut pandangan mata. Anggaran ukuran tersebut akan dipindahkan pada kertas dengan membina garisan-garisan binaan sebagai lakaran objek sebenar seperti Rajah 1.5.8 dan Rajah 1.5.9. Langkah 1 Rajah 1.5.8 Melakar objek meja dengan menganggarkan ukuran. Anggarkan ketinggian dan kelebaran objek yang bakal dilakar. Langkah 2 Langkah 3 Rajah 1.5.9 Melakar objek dengan menganggarkan ukuran. Bentuk lakaran objek separuh siap. Lakaran objek sebenar dari arah hadapan yang telah siap.
27 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Melakar objek berbentuk prisma dengan menganggarkan ukuran melalui pemerhatian. Rajah 1.5.10 Kaedah melakar objek prisma dengan menganggarkan ukuran. Anggaran ketinggian dan kelebaran objek yang bakal dilakar. Diberi contoh objek berbentuk prisma. Diberi contoh objek berbentuk silinder. Bentuk lakaran objek separuh siap. Lakaran objek sebenar dari arah hadapan yang telah siap. Prisma Melakar Bongkah Asas Mengikut Perkadaran yang Betul Silinder Melakar objek berbentuk silinder dengan menganggarkan ukuran melalui pemerhatian. Langkah 1 Anggaran ketinggian dan kelebaran objek yang dilakar.
28 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Kon Langkah 1 Melakar segi empat dengan anggaran ketinggian kon “t” dan lebar j² kon. Melakar objek berbentuk kon dengan tinggi “t” dan jejari “j” pada tapak. Langkah 2 Langkah 3 Bentuk lakaran objek separuh siap. Rajah 1.5.11 Kaedah melakar objek berbentuk silinder dengan menganggarkan ukuran. Lakaran objek sebenar telah siap. Langkah 2 Langkah 3 Garisan tengah segi empat untuk tentukan puncak kon dilakar dan elips pada tapak dilakar. Lakaran objek sebenar telah siap. Rajah 1.5.12 Kaedah melakar objek berbentuk kon dengan menganggarkan ukuran. t j t j
29 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Piramid Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Melakar segi empat dengan menganggar ukuran tinggi dan lebar piramid. Melakar objek berbentuk piramid dengan menganggarkan ukuran melalui pemerhatian. Garisan tengah segi empat dilakar untuk tentukan puncak piramid. Segi empat pada tapak piramid dilakarkan. Langkah 4 Lakaran objek sebenar telah siap. Rajah 1.5.13 Kaedah melakar objek berbentuk piramid dengan menganggarkan ukuran.
30 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Pandangan hadapan bongkah dilakarkan. Pandangan sisi bongkah dilakarkan. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Melakar Pelbagai Jenis Lukisan Lukisan teknikal boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu lukisan ortografik, isometri, oblik dan perspektif. Melakar Lukisan Ortografik Lukisan ortografik digunakan untuk menunjukkan pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi bagi sesuatu objek. Diberi lukisan ortografik. Paksi ortografik dengan sudut 45° dilukis. Pandangan atas bongkah dilakarkan. Rajah 1.5.14 Kaedah melakar lukisan ortografik.
31 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Langkah 1 Melakar Lukisan Isometri Lukisan isometri adalah kaedah untuk menunjukkan sesuatu objek dalam bentuk 3-dimensi. Ia menggunakan lukisan pandangan dalam lukisan ortografik dan dilukis ke isometri. Diberi bongkah berbentuk lukisan isometri. Kotak isometri dilakar dengan menganggarkan panjang, lebar dan tinggi bongkah. Langkah 2 Langkah 3 Garisan permukaan bongkah dilakarkan mengikut paksi isometri. Lakaran lukisan isometri dalam bentuk 3-dimensi. Rajah 1.5.15 Kaedah melakar lukisan isometri daripada lukisan ortografik yang diberikan.
32 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 2 Langkah 3 Diberi bongkah berbentuk lukisan oblik. Kotak oblik dilakar dengan menganggarkan panjang, lebar dan tinggi bongkah. Langkah 1 Garisan permukaan bongkah dilakarkan mengikut paksi oblik. Lakaran lukisan oblik dalam bentuk 2-dimensi. Rajah 1.5.16 Kaedah melakar lukisan oblik. Melakar Lukisan Oblik Lukisan oblik ialah kaedah untuk menunjukkan bongkah dalam bentuk 2-dimensi.
33 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 Lukisan Perspektif Satu Titik Melakar Lukisan Perspektif Lukisan perspektif digunakan untuk menunjukkan gambaran objek atau binaan sebenar dalam bentuk 3-dimensi. Lukisan perspektif boleh dilukis dalam dua jenis iaitu Lukisan Perspektif Satu Titik atau Lukisan Perspektif Dua Titik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.17 dan Rajah 1.5.18. Diberi lukisan perspektif satu titik. Setiap bucu bongkah disambung ke titik lenyap (TL). Lakaran lukisan perspektif satu titik. Titik lenyap (TL) ditentukan dan bongkah asal dilukis. Rajah 1.5.17 Kaedah melakar lukisan perspektif satu titik. TL TL TL TL
34 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 Lukisan Perspektif Dua Titik Pandangan ortografik bongkah. Setiap bucu bongkah disambung ke titik lenyap 1 (TL1) dan titik lenyap 2 (TL2). Lakaran lukisan perspektif dua titik. Titik lenyap 1 (TL1) dan titik lenyap 2 (TL2) ditentukan dan bongkah asal dilukis serta disambung ke titik TL1 dan TL2. Rajah 1.5.18 Kaedah melakar lukisan perspektif dua titik. Latihan Pengukuhan Latihan Pengukuhan 1. (a) Senaraikan empat institusi piawaian dalam lukisan teknikal. (b) Senaraikan bidang kerjaya yang boleh diceburi bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dalam lukisan teknikal. 2. Senaraikan lima peralatan asas melukis yang biasa digunakan dalam lukisan teknikal dan nyatakan fungsi alatan itu. TL1 TL1 TL1 TL2 TL1 TL2 TL2 TL2 Lakarkan garisan lurus, garisan condong, bulatan dan lengkok seperti dalam rajah di bawah.
35 Bab 1 | Pengenalan kepada Grafik Komunikasi Teknikal 4. Lukiskan objek di bawah dengan menggunakan peralatan melukis yang sesuai. Dimensi tidak perlu ditunjukkan. (a) (b) Rajah 1.13 3. (a) Berpandukan Rajah 1.13, lukiskan semula garisan sempadan dengan menggunakan peralatan seperti sesiku-T, sesiku set dan pensel pada kertas A3. (c) (d) 45° J50 mm 100 60 60 J50 J25 60 100 J10 10 115 115 80 20 20 3 20 20
22GARISAN, SUDUT DAN BAB BULATAN Standard Kandungan 36 • Melukis dan membahagi garisan dengan kaedah geometri • Melukis pelbagai sudut dengan kaedah geometri • Melukis bulatan mengikut ciri-ciri yang diberi “Eye on Malaysia” telah dipasang dan beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sebagai suatu tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Ia mempunyai 42 unit gondola yang boleh memuatkan lapan orang setiap satu unit dan setiap pusingan mengambil masa 12 minit. Untuk setiap pusingan, pengunjungnya dapat menyaksikan pemandangan 360° sejauh 12 km persegi sekitar bandar raya. Roda Ferris yang mencapai ketinggian 60 m ini kemudiannya dipindahkan ke Melaka pada tahun 2008. Dapatkah anda melihat garisan, sudut dan bulatan dalam reka bentuk “Eye on Malaysia” ini?
37
38 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 2.1 Melukis dan Membahagi Garisan dengan Kaedah Geometri Garisan Serenjang Garisan serenjang ialah dua garisan yang bersilang di suatu titik pada sudut tepat, iaitu 900. Kaedah melukis garisan serenjang menggunakan kaedah geometri pada satu titik di garisan dan melukis garisan serenjang pada satu titik di luar garisan ditunjukkan dalam Rajah 2.1.1 dan Rajah 2.1.2. (a) Melukis garisan serenjang pada satu titik di garisan Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Murid boleh: • melukis garisan serenjang pada - satu titik di garisan - satu titik di luar garisan dengan kaedah geometri • melukis garisan selari dengan kaedah geometri • melukis dan membahagi dua sama garisan dengan kaedah geometri • melukis dan membahagi garisan kepada beberapa bahagian yang sama dengan kaedah geometri • melukis dan membahagi garisan mengikut nisbah tertentu dengan kaedah geometri Standard Pembelajaran Diberi satu garisan dan titik X. Dengan membina lengkok yang memotong garisan berpusat di X, titik di A dan B diperoleh. Lukiskan garisan serenjang X-C. Dengan membina lengkok berjejari yang sama berpusat di A dan B, titik C diperoleh. Rajah 2.1.1 Kaedah melukis garisan serenjang pada satu titik di garisan. X A X B A X B C A X B C
39 Bab 2 | Garisan, Sudut dan Bulatan (b) Melukis garisan serenjang pada satu titik di luar garisan Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Diberi satu garisan dan titik X. Dengan membina lengkok berjejari sama berpusat di A dan B, titik persilangan C diperoleh. Berpusat di X bina lengkok yang memotong di garisan. Titik A dan B diperoleh. Lukis garisan serenjang X-C. Rajah 2.1.2 Kaedah melukis garisan serenjang pada satu titik di luar garisan. Garisan Selari Garisan selari bermaksud dua atau lebih garisan yang mempunyai jarak serenjang yang sama di sepanjang garisan. Kaedah melukis garisan selari dengan kaedah geometri ditunjukkan dalam Rajah 2.1.3. Diberi garisan AB dan jarak t. Lukis dua garisan serenjang pada garisan AB. Langkah 1 X A B X A B X C A B X C A B t A B
40 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Bina lengkok dengan jejari t yang bersilang pada titik C dan D. Diberi satu garisan AB. Lukiskan garisan CD yang membahagi serenjang AB. Rajah 2.1.4 Kaedah melukis membahagi garisan kepada dua bahagian yang sama panjang. Berpusat di A dan B bina dua lengkok berjejari sama. Titik persilangan C dan D diperoleh. Lukis garisan CD. Garisan CD adalah selari dengan garisan AB. Rajah 2.1.3 Kaedah melukis garisan selari. Membahagi Garisan kepada Dua Bahagian yang Sama Panjang Langkah 2 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 t t A B C D C D t A B A B A B D C D C A B
41 Bab 2 | Garisan, Sudut dan Bulatan Langkah 2 Langkah 4 Langkah 5 Langkah 3 Langkah 1 Membahagi Garisan kepada Beberapa Bahagian yang Sama Diberi satu garisan AB. Bahagikan kepada lima bahagian yang sama. Bahagikan garisan condong kepada lima bahagian yang sama besar menggunakan jangka lukis. Bina garisan yang selari dengan garisan B5 pada titik 1, 2, 3 dan 4. Lima bahagian yang sama diperoleh. Garisan AB telah dibahagikan kepada lima bahagian yang sama. Bina satu garisan condong dari titik A. Bina garisan dari B ke 5. Rajah 2.1.5 Kaedah melukis membahagi garisan kepada beberapa bahagian yang sama. A B A B 1 2 3 4 5 A B 1 2 3 4 5 A B 1 2 3 4 5 A B A 0 1 2 3 4 5 B