The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daniel Fitri, 2024-05-22 08:50:14

Grafik Komunikasi Teknikal Tingkatan 4

Grafik Komunikasi Teknikal Tingkatan 4

142 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 3 Langkah 1 Langkah 2 Pindahkan ukuran kelebaran (L, L1, L2) dan kedalaman (D, D1) bagi keseluruhan objek, permukaan P, M, R, N dan S diperoleh. Unjurkan ukuran pandangan atas (L, L1, L2) dan ketinggian (T, T1) ke sukuan ketiga, permukaan pandangan hadapan P, Q, N dan S diperoleh. Unjurkan ukuran pandangan atas (D, D1) melalui garisan unjuran 45° dan ukuran ketinggian (T, T1) dari pandangan hadapan kesukuan keempat, permukaan pandangan sisi kanan O, S, N dan R diperoleh. Rajah 6.3.4 (b) Kaedah membina lukisan ortografik bagi bongkah berpermukaan rata, condong dan oblik. M N P R S L1 L D1 D L2 M N P P N Q R S S T1 T L1 L D1 D L2 M N P P N Q N O R S R S S D1 D 45˚ T1 T L1 L D1 D L2 Lukiskan unjuran ortografik sudut ketiga bagi bongkah pada Rajah 6.3.4. Diberi nilai D=50, D1=20, L = 50, L1= 25, L2=30, T=50 dan T1=20


143 Bab 6 | Unjuran Ortografik M N O P Q R T1 T T2 L1 D1 L D Melukis Bongkah yang Mempunyai Permukaan Rata, Condong dan Lengkung Bongkah berpermukaan lengkung mempunyai permukaan yang melengkung dengan satah mengufuk dan satah mendatar. Rajah 6.3.5 (a) menunjukkan bongkah yang mempunyai permukaan rata, condong dan lengkung. Rajah 6.3.5 (b) menunjukkan kaedah membina lukisan ortografik bagi bongkah berpermukaan rata, condong dan melengkung. Rajah 6.3.5 (a) Bongkah yang mempunyai permukaan rata, condong dan lengkung. Langkah 1 Langkah 2 Pindahkan ukuran kelebaran (L, L1) dan kedalaman (D, D1) bagi keseluruhan objek pada sukuan kedua, permukaan pandangan atas M, N dan Q diperoleh. Unjurkan ukuran kelebaran (L, L1) dari pandangan atas dan memindahkan ukuran (T, T1, T2) kesukuan ketiga, permukaan pandangan hadapan Q, R dan O diperoleh. Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan atas Q N M L1 L D1 D Q R O Q N M T2 1 1 L1 L D1 D T1 T


144 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 3 Rajah 6.3.5 (b) Kaedah membina lukisan ortografik bagi bongkah berpermukaan rata, condong dan melengkung. Rajah 6.3.6 (a) Bongkah yang mempunyai gabungan permukaan. Unjurkan ukuran kedalaman (D, D1) melalui garisan unjuran 45° dan ukuran ketinggian (T, T1) dan pandangan hadapan kesukuan keempat. Bina tiga titik antara digarisan lengkung pada permukaan N. Dari titik antara 1, 2 dan 3, titik tersebut diunjurkan ke pandangan hadapan dan garisan unjuran 45° untuk diunjurkan kesukuan keempat. Titik antara 1, 2, 3 di pandangan hadapan diunjurkan kesukuan keempat, titik 1, 2 dan 3 di pandangan sisi kanan diperoleh. Unjurkan ukuran kedalaman (D, D1) ke garisan 45° dan ukuran (T, T1) dari pandangan hadapan ke sukuan keempat, permukaan pandangan sisi kanan O, P dan N diperoleh. Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan atas Lukiskan unjuran ortografik sudut ketiga bagi bongkah pada Rajah 6.3.5. Diberi nilai D=50, D1=40, L=40, L1=10, T=60, T1=30 dan T2=20. Melukis Bongkah yang Mempunyai Gabungan Permukaan Rajah 6.3.6 (a) menunjukkan bongkah yang mempunyai gabungan permukaan. Manakala, Rajah 6.3.6 (b) menunjukkan kaedah membina lukisan ortografik bagi bongkah tersebut. Q R O Q N M N O P L1 L D1 D T2 T1 T 1 1 2 3 2 3 1 2 3 M N O Q S R L1 L2 D1 D T1 T P


145 Bab 6 | Unjuran Ortografik Langkah 1 Langkah 2 Pindahkan ukuran kelebaran (L, L1, L2) dan ketinggian (T, T1) bagi keseluruhan objek. pada sukuan ketiga, permukaan pandangan hadapan R, S dan P diperoleh. Bina lengkok 1 ke 5. Garisan condong menggunakan pada pandangan hadapan dibahagi kepada tiga bahagian yang dilabel 1, 2, 3, 4 dan 5. Titik tersebut diunjurkan ke pandangan sisi sehingga menyentuh lengkok dan titik 1, 2, 3, 4 dan 5 diperoleh. Permukaan pandangan kelebaran N, O dan Q diperoleh. Langkah 3 Rajah 6.3.6 (b) Kaedah membina lukisan ortografik bagi bongkah yang mempunyai gabungan permukaan. Lukiskan unjuran ortografik sudut ketiga bagi bongkah pada Rajah 6.3.6. Diberi nilai T=50, T1=10, L=60, L1=20, D=50 dan D1=10. Unjurkan ukuran kedalaman (D, D1) ke garisan 45° dan ukuran (L, L1, L2) dari pandangan hadapan ke sukuan kedua. Unjurkan titik 1, 2, 3, 4 dan 5 dari pandangan hadapan ke pandangan atas manakala, titik 1, 2, 3, 4 dan 5 di pandangan sisi di unjurkan ke garisan 45° dan diunjurkan ke sukuan kedua. Titik-titik 1, 2, 3, 4 dan 5 diperoleh. Permukaan pandangan atas M, N, P, Q dan R diperoleh. R S P L2 L1 L T1 T N Q O R S P L2 L1 L T1 T T1 T D1 D 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 N Q O R S P M N P Q R 1 2 3 4 5 1 2 34 5 1 2 3 4 5 D1 D L1 L2L L2 L1 L T1 T T1 T D1 D


146 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 6.4 Pendimensian Lukisan Ortografik Komponen Pendimensian Komponen utama dalam pendimensian terdiri daripada garisan dimensi, garisan tambahan, ruang kelegaan dan anak panah. Jadual 6.4 menunjukkan komponen pendimensian dan kegunaannya. Jadual 6.4 Komponen pendimensian dan kegunaannya. Komponen Pendimensian Kegunaan Garisan dimensi Menunjukkan titik mula dan titik akhir sesuatu ukuran. Garisan tambahan Menandakan jarak yang didimensikan dari objek. Garisan penunjuk Menunjukkan butiran di dalam lukisan. Selalunya digunakan untuk menunjukkan bulatan atau lengkok. Ruang kelegaan Merupakan jarak atau ruang kosong di antara garisan tambahan dengan objek. Komponen pendimensian ditunjukkan pada Rajah 6.4.1 seperti di bawah. Standard Pembelajaran Murid boleh: • menerangkan komponen dalam pendimensian - garisan dimensi - garisan penunjuk - garisan tambahan - ruang kelegaan • penerangan konsep dan pendimensian menggunakan sistem terjajar dan ekaarah • menyatakan jenis-jenis dimensi - dimensi saiz - dimensi kedudukan - dimensi jejari - dimensi bulatan dan lengkok - dimensi sudut • mendimensikan lukisan ortografik mengikut sistem ekaarah dan terjajar bagi - dimensi kedudukan - dimensi saiz - dimensi sudut - dimensi jejari - dimensi diameter Rajah 6.4.1 Komponen pendimensian merangkumi garisan dimensi, garisan tambahan, garisan penunjuk dan ruang kelegaan. 60 85 125 Ø9mm x 2 lubang J30 Garisan dimensi Garisan penunjuk Garisan tambahan Ruang kelegaan


147 Bab 6 | Unjuran Ortografik Konsep Pendimensian Sistem Terjajar dan Sistem Ekaarah Pendimensian perlu ditunjukkan mengikut piawaian antarabangsa supaya maklumat yang disampaikan melalui grafik dapat difahami oleh semua pihak. Pendimensian terdiri daripada dua sistem iaitu sistem terjajar dan sistem ekaarah. Rajah 6.4.2 menunjukkan perbandingan di antara kedua-dua sistem tersebut. Sistem Terjajar Sistem Ekaarah Teks ukuran ketinggian dan kelebaran ditulis secara selari dengan garisan pendimensian. Teks ukuran ketinggian dan kelebaran ditulis secara mengufuk dengan garisan pendimensian. 10 20 50 16 6028 30 45 40 J10 10 20 50 40 30 45 16 60 28 J10 Rajah 6.4.2 Perbandingan pendimensian sistem terjajar dan sistem ekaarah. Jenis-jenis Pendimensian Pendimensian boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: • Pendimensian saiz • Pendimensian kedudukan • Pendimensian jejari • Pendimensian bulatan dan lengkok • Pendimensian sudut 1. Anak panah perlu dilukis halus dan runcing serta menyentuh garisan tambahan. 2. Bulatan atau lengkok, anak panah garisan penunjuk jejari atau bulatan mesti menuju ke pusat bulatan atau lengkok. 3. Garisan tambahan perlu mempunyai ruang kelegaan daripada objek yang didimensikan. Jarak antara ruang kelegaan dengan objek ialah 1 mm–2 mm. 4. Ukuran dimensi perlu dilakukan di tengah garisan dimensi atau di atas garisan dimensi. 5. Ukuran perlu diletak berserenjang dengan garisan dimensi. 6. Pendimensian perlu seragam antara satu sama lain. 3 1


148 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Rajah 6.4.3 Menunjukkan lima jenis pendimensian. Pendimensian Lukisan Ortografik Mengikut Sistem Terjajar dan Sistem Ekaarah Pendimensian pada pandangan ortografik dengan menggunakan sistem ekaarah dan sistem terjajar pada Rajah 6.4.4 dan Rajah 6.4.5. Sistem Terjajar Saiz Kedudukan Jejari Diameter Ø Sudut° 15 J50 Ø54 90° 60 75 50 30 15 85 33 30 50 100 Rajah 6.4.4 Kaedah mendimensi mengikut sistem terjajar. Amalan mendimensi di antara dua pandangan. Amalan baik Amalan yang perlu dielakkan 70 70


149 Bab 6 | Unjuran Ortografik Sistem Ekaarah 15 J50 Ø54 90° 60 75 50 30 15 85 33 30 50 100 Rajah 6.4.5 Kaedah mendimensi mengikut sistem ekaarah. Contoh amalan baik dan amalan yang perlu dielakkan dalam pendimensian seperti dalam Rajah 6.4.6. Catatan Amalan baik Amalan yang perlu dielakkan Amalkan mendimensi pada pandangan yang bermaklumat 25 48 68 37 45 25 48 68 37 45 Rajah 6.4.6 Amalan baik dan amalan yang perlu dielakkan dalam pendimensian.


150 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Latihan Pengukuhan Latihan Pengukuhan 1. Namakan komponen dimensi berdasarkan fungsinya. Fungsi Komponen dimensi Menunjukkan butiran dalam lukisan Menandakan jarak yang didimensikan Menunjukkan titik mula dan titik akhir sesuatu ukuran Merupakan jarak di antara objek dengan garisan tambahan 2. Senaraikan lima jenis pendimensian. 3. Terangkan perbezaan antara sistem terjajar dan sistem ekaarah. 4. Lukiskan bentuk anak panah yang perlu digunakan dalam sistem pendimensian. 5. Nyatakan jenis garisan yang perlu dilukis untuk menunjukkan garisan terlindung. 6. Terangkan kaedah yang perlu dilakukan untuk melukis lengkung dalam lukisan ortografik. 7. Dengan menggunakan unjuran sudut ketiga, lukiskan pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi objek seperti dalam rajah di bawah. Grid berukuran 10 mm x 10 mm. (a) (c) (b) (d)


151 Bab 6 | Unjuran Ortografik 8. Rajah di bawah menunjukkan pandangan ortografik yang tidak lengkap. Lengkapkan pandangan tersebut mengikut saiz skala penuh. Saiz grid 10 mm x 10 mm. 9. Dengan menggunakan unjuran sudut ketiga. Lukiskan pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi rajah di bawah. Lakukan pendimensian sistem ekaarah bagi bongkah A dan pendimensian sistem terjajar bagi bongkah B. (a) (a) (c) (b) (b) (d)


152 Standard Kandungan 77PANDANGAN TAMBAHAN BAB • Menerangkan konsep dan jenis pandangan bantuan • Melukis pandangan tambahan pelbagai bongkah Gambar menunjukkan permukaan condong yang sering digunakan untuk mengalihkan barang yang berat dari tempat yang rendah ke satu tempat yang tinggi. Berdasarkan gambar di sebelah kenal pasti di manakah lokasi tersebut?


153 153


154 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Standard Pembelajaran 7.1 Konsep dan Jenis Pandangan Tambahan Murid boleh: • menerangkan konsep dan kegunaan pandangan tambahan • membandingkan antara pandangan tambahan dan pandangan ortografik Konsep Pandangan Tambahan Pandangan tambahan diperlukan apabila bahagian tertentu sesebuah objek tidak dapat ditunjukkan secara lukisan ortografik. Lazimnya, keadaan ini berlaku apabila objek mempunyai permukaan condong yang perlu dilukis mengikut panjang sebenar dan menghasilkan bentuk sebenar permukaan objek. Keadaan ini ditunjukkan pada Rajah 7.1.1. Rajah 7.1.1 Lukisan ortografik bagi sebuah objek. Memandang tepat ke arah permukaan (secara bersudut tepat) membolehkan kita melihat bentuk, ukuran dan sudut sebenar. Bagi mendapatkan bentuk, saiz, sudut dan panjang sebenar permukaan condong, satu pandangan tepat atau serenjang ke permukaan condong dilakukan. Pandangan inilah yang dinamakan pandangan tambahan. Rajah 7.1.2 menunjukkan arah pandangan dan pandangan tambahan yang dapat menunjukkan bentuk dan saiz sebenar objek. Rajah 7.1.3 menunjukkan panjang sebenar garisan a-b dapat dilihat dengan pandangan tambahan dan Rajah 7.1.4 (a) menunjukkan pandangan ortografik sudut sebenar, Rajah 7.1.4 (b) menunjukkan pandangan ortografik menampakkan bukan sudut sebenar bagi sudut condong dan sudut sebenar boleh dilihat pada Rajah 7.1.4 (c). Objek A Permukaan condong Pandangan sisi Pandangan hadapan Pandangan atas bukan saiz dan panjang sebenar


155 Bab 7 | Pandangan Tambahan Rajah 7.1.2 Pandangan tambahan memperlihatkan bentuk dan saiz sebenar objek. Rajah 7.1.3 Pandangan tambahan digunakan untuk menentukan panjang sebenar. Rajah 7.1.4 Pandangan tambahan digunakan untuk menentukan sudut sebenar. x' y' x a y a b b a b Pandangan hadapan Pandangan atas Pandangan tambahan Bukan panjang sebenar a-b Panjang sebenar a-b (a) Sudut sebenar dapat dilihat apabila pandangan pada sudut tepat (c) Sudut sebenar dilihat apabila pandangan dilihat pada sudut tepat (b) Bukan sudut sebenar dilihat apabila pandangan bukan pada sudut tepat Pandangan sisi Pandangan hadapan Pandangan tambahan Bentuk dan saiz sebenar 101° 67° 78° Pandangan hadapan Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan atas Pandangan tambahan Pandangan atas


156 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Perbezaan antara Pandangan Tambahan dan Pandangan Ortografik Rajah 7.1.5 menunjukkan lukisan ortografik bagi objek A yang terdiri daripada pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Ketiga-tiga pandangan itu menunjukkan bentuk dan saiz sebenar kerana kedudukan permukaan selari dengan satah utama ortografik. Rajah 7.1.5 Pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi lukisan ortografik menggambarkan bentuk dan saiz sebenar objek A. Rajah 7.1.6 menunjukkan lukisan ortografik bagi objek B yang terdiri daripada pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Ketiga-tiga pandangan itu tidak menunjukkan bentuk dan saiz sebenar kerana kedudukan permukaan tidak selari dengan satah utama ortografik. Rajah 7.1.6 Pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi lukisan ortografik tidak menggambarkan bentuk dan saiz sebenar objek B. Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan atas Objek A Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan atas Objek B


157 Bab 7 | Pandangan Tambahan Rajah 7.1.7 menunjukkan objek B jika dilihat tepat ke permukaan condong melalui satah tambahan selari dengan permukaan condong menghasilkan pandangan tambahan. Pandangan tambahan memperlihatkan saiz dan bentuk sebenar permukaan condong objek B. Rajah 7.1.7 Pandangan tambahan objek condong. Aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan diminta mencari beberapa objek yang mempunyai permukaan condong. Setiap kumpulan diminta melukis lukisan ortografik berikut bagi objek yang ditemui: (a) Pandangan hadapan (b) Pandangan sisi (c) Pandangan atas Perbandingan lukisan ortografik dengan bentuk sebenar, saiz sebenar dan panjang sebenar permukaan condong objek dibentangkan dan dibincangkan. Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan tambahan X’ Y’ X Y Satah tambahan Saiz dan bentuk sebenar


158 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Rajah 7.1.8 Pandangan tambahan ketinggian. X' Y' X Y Pandangan tambahan ketinggian Pandangan hadapan Pandangan atas Pandangan tambahan ketinggian Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan atas Satah atas Dalam Tinggi Lebar Tinggi Tinggi Tinggi Satah hadapan Satah tambahan Satah sisi Membezakan Jenis Pandangan Tambahan Terdapat tiga jenis pandangan tambahan yang boleh dihasilkan, iaitu pandangan tambahan ketinggian, pandangan tambahan kelebaran dan pandangan tambahan kedalaman. Bentuk pandangan tersebut bergantung kepada kedudukan permukaan condong yang diunjurkan untuk membina pandangan tambahan. Pandangan Tambahan Ketinggian Rajah 7.1.8 menunjukkan pandangan tambahan ketinggian. Dimensi tinggi pada pandangan tambahan dikekalkan kerana diunjurkan dari dimensi tinggi pandangan hadapan. Saiz dan bentuk sebenar permukaan condong ditunjukkan pada permukaan yang diwarnakan.


159 Bab 7 | Pandangan Tambahan Rajah 7.1.9 menunjukkan pandangan tambahan kelebaran. Dimensi lebar pada pandangan tambahan dikekalkan kerana diunjurkan dari dimensi lebar pada pandangan hadapan. Saiz dan bentuk sebenar permukaan condong ditunjukkan pada permukaan yang diwarnakan. Pandangan Tambahan Kelebaran Rajah 7.1.9 Pandangan tambahan kelebaran. Tinggi Lebar Dalam Lebar Pandangan hadapan Pandangan tambahan kelebaran Pandangan atas Pandangan sisi Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan tambahan kelebaran Y' X' Y' X' Satah atas Satah sisi Satah hadapan Lebar Lebar Satah tambahan


160 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Rajah 7.1.10 Pandangan tambahan kedalaman. Pandangan Tambahan Kedalaman Rajah 7.1.10 menunjukkan pandangan tambahan kedalaman. Dimensi dalam pada pandangan tambahan dikekalkan kerana diunjurkan dari dimensi dalam pada pandangan sisi. Saiz dan bentuk sebenar permukaan condong ditunjukkan pada permukaan yang diwarnakan. Dalam Pandangan tambahan kedalaman Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi Dalam Lebar Tinggi Satah atas Satah tambahan Satah hadapan Satah sisi Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan tambahan kedalaman Y X Y' X'


161 Bab 7 | Pandangan Tambahan Rajah 7.2.1 Kaedah menentukan satah rujukan dan satah tambahan. Rajah 7.2.2 menunjukkan kesan kedudukan satah rujukan pada pandangan tambahan. Kedudukan satah rujukan akan mempengaruhi kedudukan rajah pandangan tambahan pada satah tambahan. Lihat perbezaan kedudukan satah rujukan 1 dan satah rujukan 2 ke atas satah tambahan dan pandangan tambahan. 7.2 Melukis Pandangan Tambahan bagi Pelbagai Bongkah Terdapat tiga jenis pandangan tambahan yang boleh dihasilkan, iaitu pandangan tambahan ketinggian, pandangan tambahan kelebaran dan pandangan tambahan kedalaman. Bentuk pandangan yang terhasil bergantung kepada dimensi ukuran yang tidak berubah dari pandangan asal kepada pandangan tambahan. Menentukan Satah Rujukan bagi Satu Pandangan Tambahan Pandangan tambahan boleh dilukis berpandukan dua pandangan ortografik. Kedua-dua pandangan akan digunakan sebagai rujukan dan laluan unjuran bagi membina pandangan tambahan. Satah rujukan dibina selari dengan satah utama ortografik manakala, satah tambahan dibina selari permukaan condong objek. Pandangan tambahan dibina pada satah tambahan (Sʹ-Rʹ) dengan merujuk ukuran pada satah rujukan (S-R). Rajah 7.2.1 menunjukkan kaedah menentukan satah tambahan dan satah rujukan bagi objek A. Standard Pembelajaran Murid boleh: • menentukan satah rujukan bagi pandangan tambahan • melukis pandangan tambahan bagi permukaan condong bongkah geometri yang diberi dua pandangan ortografik iaitu: - diberi pandangan hadapan dan pandangan sisi - diberi pandangan atas dan pandangan hadapan • menghasilkan pandangan tambahan bagi bongkah geometri permukaan condong dan lengkung yang diberi dua pandangan ortografik iaitu: - diberi pandangan hadapan - diberi pandangan atas dan pandangan hadapan R S S R S' R' Objek A Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan tambahan Satah rujukan Permukaan condong Satah utama ortografik Satah rujukan Satah tambahan Sudut dan arah pandangan


162 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Rajah 7.2.2 Kesan kedudukan satah rujukan pada pandangan tambahan. Rajah 7.2.3 menunjukkan kesesuaian kedudukan satah rujukan pada pandangan tambahan pada bongkah biasa, bongkah simetri dan bongkah tidak simetri. Kedudukan satah rujukan pada objek sama ada di atas, di bawah atau berada di tengah akan mempengaruhi kedudukan satah tambahan dan pandangan tambahan. Pandangan hadapan Objek B Pandangan atas Pandangan tambahan R S S R S' R' Satah rujukan R S S R S' R' Objek A Pandangan atas Pandangan tambahan Satah rujukan R S S R S' R' (a) Bongkah biasa (b) Bongkah tidak simetri (c) Bongkah simetri R S Pandangan hadapan Objek C Pandangan atas S R S' R' Satah rujukan S1 R1 S'1 R'1 Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan tambahan R1 S1 Objek A R2 S2 Satah rujukan 1 Permukaan condong S2 R2 S'2 R'2 Satah rujukan 2 Rajah 7.2.3 Kesan kedudukan satah rujukan kepada satah rujukan dan pandangan tambahan.


163 Bab 7 | Pandangan Tambahan Langkah 1 Langkah 3 Langkah 2 Langkah 4 Rajah 7.2.4 Kaedah pembinaan pandangan tambahan kelebaran. Menghasilkan Pandangan Tambahan bagi Bongkah Geometri Condong (a) Diberi pandangan hadapan dan pandangan sisi Rajah 7.2.4 menunjukkan langkah pembinaan pandangan tambahan kelebaran. Bina satah tambahan S’-R’ yang selari dengan permukaan condong dan bina satah rujukan yang selari satah utama ortografik. Pindahkan semua ukuran lebar dari satah rujukan ke satah tambahan. Sambungkan semua titik dan lengkapkan rajah pandangan tambahan. Bina garisan serenjang dari pandangan sisi ke satah tambahan. Objek A pandangan hadapan Pandangan sisi R S 3 4 7 5 8 6 9 1 2 Lebar 2/10 1/9 5/7 6/8 3 4 1/2 9/10 8/7 4/3 6/5 Arah pandangan Sebarang jarak S' R' R 10/2 1/9 5/7 6/8 3 4 1/2 9/10 8/7 4/3 6/5 S Satah Satah tambahan Satah rujukan utama ortografik S' R' R 10/2 1/9 5/7 6/8 3 4 1/2 9/10 8/7 4/3 6/5 S R 3 Lebar Lebar S' 10/2 1/9 5/7 6/8 4 1/2 9/10 8/7 4/3 S R' 6/8 1 2 5 7 4 8 9/6 3 10 R' 6/5 S' R' R S 10/2 1/9 5/7 6/8 3 4 1/2 9/10 8/7 4/3 6/5 1 2 5 7 4 8 9/6 3 10


164 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Lukis pandangan tambahan kelebaran pada rajah berikut. (b) Diberi pandangan atas dan hadapan Rajah 7.2.5 (a) menunjukkan langkah pembinaan pandangan tambahan ketinggian. Objek A 30 50 25 25 Pandangan hadapan Pandangan sisi S R Lebar Arah pandangan R 20 S R Objek A Pandangan atas Pandangan hadapan 3/10 2 5 4/7 8/9 6 1 1/2 3 2 4 5 7 8 9 1 6 Tinggi 6/5 4/3 Arah pandangan 8/7 9/10


165 Bab 7 | Pandangan Tambahan Langkah 1 Langkah 2 S R S' R' 3/10 2 54/7 8/9 6 1 9/10 1/2 8/7 6/5 4/3 Satah utama Satah rujukan Satah tambahan ortografik S R 3/10 2 4/7 5 8/9 6 1 S' R' 9/10 8/7 6/5 1/2 4/3 Bina satah tambahan Sʹ-Rʹ yang selari dengan permukaan condong dan bina satah rujukan yang selari satah utama ortografik. Bina garisan unjuran yang serenjang dengan satah tambahan dari pandangan atas. Rajah 7.2.5 (a) Kaedah pembinaan pandangan tambahan ketinggian. S R 3/10 2 4/7 5 8/9 6 1 S' R' 9/10 8/7 6/5 1/2 Tinggi 8 4 7 5 10 3 2 6/9 1 4/3 Tinggi S R R' S' 3/10 2 4/7 5 8/9 6 1 9/10 8/7 6/5 1/2 8 4 7 5 10 9/6 3 2 1 4/3 Langkah 3 Langkah 4 Pindahkan semua ukuran tinggi dari satah rujukan ke satah tambahan. Sambungkan semua titik dan lengkapkan rajah pandangan tambahan.


166 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Rajah 7.2.5 (b) menunjukkan langkah pembinaan pandangan tambahan kedalaman. Lukis pandangan tambahan ketinggian pada rajah berikut. S R Objek A 30 50 25 25 Pandangan atas 20 Pandangan hadapan Tinggi Arah pandangan 1 Pandangan atas Pandangan hadapan Arah pandangan 1/2 9/10 8/7 4/3 6/5 2 S R 1 6 5 4/7 3/10 8/9 S R Dalam Objek A 2 3 4 5 7 8 9 6


167 Bab 7 | Pandangan Tambahan Rajah 7.2.5 (b) Kaedah pembinaan pandangan tambahan kedalaman. Langkah 1 Langkah 3 Langkah 2 Langkah 4 Bina satah tambahan Sʹ-Rʹ yang selari dengan permukaan condong dan bina satah rujukan yang selari satah utama ortografik. Pindahkan semua ukuran dalam, dari satah rujukan ke satah tambahan. Bina garisan serenjang dari pandangan hadapan ke satah tambahan. Sambungkan semua titik dan lengkapkan rajah pandangan tambahan. S' R' S R 1/2 9 8/7 4/3 6/5 Satah utama ortografik Satah rujukan Satah tambahan 1 8/9 5 4/7 6 2 3/10 1/2 9 8/7 4/3 S R S' R' 1 8/9 5 4/7 6 2 3/10 6/5 Dalam Dalam 1/2 9/10 8/7 4/3 6/5 S R R' 1 5 7 4 8 6/9 3 S' 2 10 1 8/9 5 4/7 6 2 3/10 1/2 9/10 8/7 4/3 6/5 S R R' 1 5 7 4 8 3 S' 2 10 1 8/9 5 4/7 6 2 3/10 6/9


168 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Menghasilkan Pandangan Tambahan bagi Bongkah Geometri Condong dan Lengkung Kaedah pembinaan pandangan tambahan jika melibatkan lengkung masih menggunakan cara yang sama. Bahagian lengkung pula dibina dengan kaedah pembahagian. (a) Diberi pandangan hadapan dan sisi Rajah 7.2.6 menunjukkan pembinaan pandangan tambahan kelebaran bongkah condong dengan lengkung. Langkah 1 Lukiskan pandangan tambahan kedalaman pada rajah berikut. Bina satah tambahan Sʹ-Rʹ yang selari dengan permukaan condong dan bina satah rujukan yang selari satah utama ortografik. S R Objek A 30 50 25 25 Pandangan atas Pandangan hadapan Arah pandangan Kedalaman S' R' Satah utama Satah tambahan Satah rujukan ortografik 1/7 5/6 3 4 1/2 7/8 6 4/3 5 S R 2/8 Objek A Pandangan hadapan Pandangan sisi S Lebar Arah pandangan R 2/8 1/7 5/6 3 4 1/2 7/8 6 4/3 5 3 4 6 5 7 1 2


169 Bab 7 | Pandangan Tambahan Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 Langkah 2 Rajah 7.2.6 Pandangan tambahan kelebaran permukaan condong dengan lengkung. Lukiskan pandangan tambahan kelebaran dan lengkung pada rajah di bawah. Bina garisan serenjang dari pandangan sisi ke satah tambahan. Bahagi lengkung 1-5 dan 7-6 pandangan hadapan. Pindahkan ukuran kelebaran a dan b dari satah rujukan S-R ke satah tambahan Sʹ-Rʹ. Pindahkan semua ukuran lebar dari satah rujukan S-R ke satah tambahan Sʹ-Rʹ. Sambungkan semua titik dan lengkapkan rajah pandangan tambahan. Objek A 50 25 25 Pandangan hadapan Pandangan sisi S Lebar Arah pandangan R 25 50 S R S' R' 1/7 5/6 3 4 1/2 7/8 6 4/3 5 2/8 7/8 R' S' Lebar 1/7 5/6 3 4 1/2 6 4/3 5 S R Lebar R' 1 2 5 4 3 7 6 2/8 8 R' S' b a 3 S R 1 2 5 4 3 7 6 a b 1/2 7/8 6 4/3 5 1/7 5/6 4 a b 2/8 8 R' S' S R b b a a 1 2 5 4 3 7 6 1/2 7/8 6 4/3 5 1/7 5/6 3 4 2/8 8


170 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 (b) Diberi pandangan atas dan hadapan Rajah 7.2.7 (a) menunjukkan pembinaan pandangan tambahan kedalaman bongkah condong dengan lengkung. Bina satah tambahan Sʹ-Rʹ yang selari dengan permukaan condong dan bina satah rujukan yang selari satah utama ortografik. Bina garisan serenjang dari pandangan sisi ke satah tambahan. Pindahkan semua ukuran dalam dari satah rujukan S-R ke satah tambahan Sʹ-Rʹ. Objek A S Lebar R 3 4 6 5 7 1 2 Pandangan atas Pandangan hadapan Arah pandangan 1/2 7/8 6 4/3 5 1 7 5 4/6 2 3/8 Satah rujukan Satah tambahan Satah utama ortografik S' R' 5 4/6 2 1 7 1/2 6 4/3 5 S R 7/8 3/8 S' R' S R 4/65 2 1 7 1/2 6 4/3 5 7/8 3/8 Dalam Dalam S' R' S R 5 4/6 2 1 7 1/2 6 4/3 5 1 7 4 3 2 5 6 7/8 3/8 8


171 Bab 7 | Pandangan Tambahan Langkah 4 Langkah 5 Bahagi lengkung 1-5 dan 7-6 pandangan hadapan. Pindahkan ukuran kedalaman a, b dan c dari satah rujukan S-R ke satah tambahan Sʹ-Rʹ. Sambungkan semua titik menggunakan lengkung Perancis dan lengkapkan rajah pandangan tambahan. Rajah 7.2.7 (a) Kaedah pembinaan pandangan tambahan kedalaman bongkah condong dengan lengkung. Lukiskan pandangan tambahan kelebaran dan lengkung pada rajah di bawah. a S' R' S R 4/6 5 2 1 7 1/2 6 4/3 5 b a b 1 7 4 3 2 5 6 7/8 3/8 8 1 7 4 3 2 5 6 1/2 6 4/3 5 S R 5 4/6 2 1 7 S' R' 7/8 3/8 8 Objek A 50 25 25 S Lebar R 20 50 Pandangan atas Pandangan hadapan Arah pandangan


172 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Bina satah tambahan Sʹ-Rʹ yang selari dengan permukaan condong dan bina satah rujukan yang selari satah utama ortografik. Bina garisan serenjang dari pandangan sisi ke satah tambahan. Pindahkan semua ukuran tinggi dari satah rujukan S-R ke satah tambahan Sʹ-Rʹ. Rajah 7.2.7 (b) menunjukkan pembinaan pandangan tambahan ketinggian bongkah condong dengan lengkung. R S Objek A Pandangan atas Pandangan hadapan 3/8 2 4 5/6 1 1/2 3 2 4 5 6 7 1 Tinggi 7/8 5 4/3 Arah pandangan 6 7 2 5/6 4 1 1/2 5 4/3 6 7 S' R' S R 3/8 7/8 Satah rujukan Satah tambahan Satah utama ortografik S R 2 4 5/6 1 1/2 5 4/3 6 7 S' R' 3/8 7/8 Tinggi 3/8 2 4 1 7/8 1/2 5 4/3 6 7 S R S' R' Tinggi 1 6 4 5 2 3 7 5/6 8


173 Bab 7 | Pandangan Tambahan Langkah 4 Langkah 5 Lukiskan pandangan tambahan ketinggian dan lengkung pada rajah di bawah. Bahagi lengkung 1-5 dan 7-6 pandangan hadapan. Pindahkan ukuran ketinggian a, b dan c dari satah rujukan S-R ke satah tambahan Sʹ-Rʹ. Sambungkan semua titik dan lengkapkan rajah pandangan tambahan. Rajah 7.2.7 (b) Pandangan tambahan ketinggian permukaan condong dengan lengkung. 2 4 5/6 1 1/2 5 4/3 6 7 S R S' R' a b 1 6 4 5 2 3 7 b a 3/8 7/8 8 2 4 5/6 1 1/2 5 4/3 6 7 S R S' R' 1 6 4 5 2 3 7 3/8 7/8 8 R S Objek A 50 25 Pandangan atas 20 Pandangan hadapan Tinggi Arah pandangan 50 25


174 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 7.2 Pandangan sisi Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan hadapan Pandangan tambahan Pandangan tambahan Pandangan atas Pandangan tambahan 1. Nyatakan apakah hasil yang diperoleh dari pandangan tambahan berikut sama ada sudut sebenar, panjang sebenar, bentuk sebenar atau saiz sebenar berdasarkan rajah di bawah. (a) (b) (c) 2. Lukiskan pandangan tambahan pada rajah berikut. Kemudian nyatakan jenis pandangan tambahan yang telah anda lukiskan sama ada pandangan tambahan kelebaran, ketinggian atau kedalaman. (a) (b) (c) 3. Lukiskan pandangan tambahan bagi rajah dengan permukaan lengkung yang diberi. (a) (b) (c)


175 Bab 7 | Pandangan Tambahan Latihan Pengukuhan Latihan Pengukuhan 1. Senaraikan tiga jenis pandangan tambahan. 2. Senaraikan tiga perbezaan antara lukisan ortografik dengan pandangan tambahan. 3. Lukiskan pandangan tambahan bagi objek berikut mengikut arah pandangan yang diberi. Saiz grid adalah 10 mm x 10 mm. 4. Lukiskan pandangan tambahan objek condong dengan lengkung pada rajah berikut. Saiz grid adalah 10 mm x 10 mm. (a) (b) (c) (d) (e) (c) (d) (e) (a) (b)


176 Standard Kandungan 88LUKISAN ISOMETRI BAB • Menerangkan konsep dan ciri-ciri lukisan isometri • Menjelaskan kaedah melukis lukisan isometri • Melukis lukisan isometri paksi biasa bagi pelbagai bongkah • Pendimensian lukisan isometri Lukisan isometri adalah lukisan sebenar sesuatu bongkah secara 3D. Lukisan isometri mengandungi pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan atas sesuatu bongkah. Perhatikan dengan teliti objek di sekeliling anda dan kenal pasti objek yang mempunyai ciri-ciri bongkah 3D.


177 177


178 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 8.1 Konsep dan Ciri Lukisan Isometri Lukisan isometri merupakan lukisan bergambar tiga dimensi yang menunjukkan ukuran kelebaran, ketinggian dan kedalaman sesuatu objek. Lukisan isometri akan memperlihatkan objek yang dilukis itu dari tiga sudut pandangan, iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Rajah 8.1.1 dan Rajah 8.1.2 menunjukkan perbandingan objek yang dilukis secara lukisan ortografik dan lukisan isometri. Rajah 8.1.1 Bongkah yang dilukis dalam unjuran ortografik. Rajah 8.1.2 Bongkah yang dilukis dalam lukisan isometri. Murid boleh: • menerangkan konsep isometri bagi paksi biasa, paksi panjang dan paksi terbalik • membezakan ciri garisan isometri dan garisan bukan isometri • menerangkan ciri sudut, bulatan dan lengkung dalam isometri Standard Pembelajaran Pandangan atas 45˚ Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi


179 Bab 8 | Lukisan Isometri Konsep Isometri bagi Paksi Biasa, Paksi Panjang dan Paksi Terbalik Lukisan isometri ialah lukisan tiga dimensi yang menggunakan paksi condong bersudut 30˚ daripada garisan ufuk. Ia ditunjukkan seperti Rajah 8.1.3. Rajah 8.1.3 Lukisan tiga dimensi dengan garisan ufuk 30°. Terdapat tiga jenis paksi isometri, iaitu: (a) Paksi biasa (b) Paksi terbalik (c) Paksi panjang Paksi Biasa Apabila objek dilukis dalam isometri paksi biasa, permukaan atas objek dapat ditunjukkan dengan lebih jelas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1.4. Garisan isometri dilukis bersudut 30° dengan garisan mengufuk dan titik x adalah titik terendah. Rajah 8.1.4 Lukisan isometri paksi biasa. 30° 30° x x D (Kedalaman) L (Kelebaran) T (Ketinggian) 120° 120° 120° 30° 30° Paksi isometri Garisan isometri D (Kedalaman) L (Kelebaran) T (Ketinggian) 120° 120° 120° 30° 30° Paksi isometri Garisan isometri Paksi condong Garisan ufuk 120˚ 120˚ 120˚ Paksi condong yang bersudut 30° daripada garisan ufuk.


180 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Rajah 8.1.5 Isometri paksi terbalik. Paksi Panjang Dengan menggunakan isometri paksi panjang, objek yang berbentuk panjang dapat digambarkan dengan lebih jelas. Contoh objek dalam isometri paksi panjang ditunjukkan dalam Rajah 8.1.6. Satu daripada paksi isometri adalah selari dengan garisan mengufuk dan paksi condong pula dilukis 120° daripada garisan panjang. Paksi Terbalik Apabila objek dilukis dengan isometri paksi terbalik, permukaan bawah objek dapat ditunjukkan dengan lebih jelas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1.5. Garisan isometri bersudut 30° dilukis di bawah ialah garisan mengufuk. Rajah 8.1.6 Isometri paksi panjang. 30° 30° x x 120° 120° x x x


181 Bab 8 | Lukisan Isometri Perbezaan Garisan Isometri dengan Garisan Bukan Isometri Garisan Isometri dan Bukan Isometri Garisan isometri merupakan garisan yang kedudukannya selari dengan paksi isometri. Manakala, garisan bukan isometri merupakan garisan yang kedudukannya tidak selari dengan paksi isometri. Perbezaan garisan tersebut boleh dilihat dalam Rajah 8.1.7. Rajah 8.1.7 Perbezaan garisan isometri dengan garisan bukan isometri. Paksi isometri Garisan isometri Garisan bukan isometri Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi 30° 30°


182 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Ciri Sudut, Bulatan, Lengkung dan Arah Pandangan dalam Lukisan Isometri Sudut dalam Lukisan Isometri Rajah 8.1.8 menunjukkan sudut yang dilukis dalam lukisan isometri. Sudut pada lukisan ortografik perlu diunjurkan pada satah menegak dan satah mengufuk. Jarak W, X, Y dan Z merupakan dimensi yang perlu dipindahkan ke paksi isometri. Rajah 8.1.8 Sudut dalam lukisan isometri. Bulatan dalam Lukisan Isometri Rajah 8.1.9 menunjukkan bentuk bulatan dalam lukisan isometri. Kaedah empat pusat atau kaedah koordinat boleh digunakan untuk melukis bulatan isometri. Rajah 8.1.9 Bulatan dalam lukisan isometri. X X Y U D T L U V D T X X L V Y Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi D Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi L D T D T L T


183 Bab 8 | Lukisan Isometri Lengkung dalam Lukisan Isometri Rajah 8.1.10 menunjukkan lengkung dalam lukisan isometri yang dilukis menggunakan kaedah koordinat. Lengkung tersebut dapat dilihat pada arah pandangan atas dan pandangan hadapan dalam lukisan ortografik. Rajah 8.1.10 Lengkung dalam lukisan isometri. L X D X D Y T Y T X D L Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5


184 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Arah Pandangan Arah pandangan dalam lukisan isometri menunjukkan kedudukan mata pada pandangan objek yang dilihat. Rajah 8.1.11 menunjukkan kedudukan arahan pandangan dalam lukisan isometri. Rajah 8.1.11 Pelbagai arah pandangan dalam lukisan isometri. Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi A B Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi C C Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi D D


185 Bab 8 | Lukisan Isometri 8.2 Kaedah Melukis Lukisan Isometri Dalam melukis lukisan isometri, terdapat dua kaedah yang biasa digunakan iaitu kaedah kotak dan kaedah kerangka. Kaedah kotak bermula dengan pelukis membayangkan objek yang perlu dilukis berada di dalam kotak khayalan. Kaedah kerangka pula bermula apabila seorang pelukis membayangkan ketinggian bongkah untuk mendapatkan gambaran bentuknya. Kaedah kerangka ini selalunya digunakan untuk melukis bongkah kon atau piramid. Rajah 8.2.1 (a) dan Rajah 8.2.1 (b) menunjukkan kaedah melukis lukisan isometri dengan menggunakan kedua-dua kaedah. Murid boleh: • menerangkan kaedah melukis lukisan isometri dengan kaedah kotak dan kerangka • melukis bulatan dan lengkok dengan kaedah empat pusat dan koordinat Standard Pembelajaran Rajah 8.2.1 (a) Kaedah membina lukisan isometri menggunakan kaedah kotak. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 (a) Kaedah Kotak Lukis kotak isometri bersaiz D, L dan T. Pindahkan ukuran kedalaman (D, D2, D1), ukuran kelebaran (L, L1) dan ketinggian (T, T1) pada paksi isometri. Lukis dan hitamkan garisan objek. L1 L D1 D2 D D1 D2 D T1 T Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi D L T 30˚ 30˚ D2 D L1 L T1 T D1


186 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Rajah 8.2.1 (b) Kaedah membina lukisan isometri menggunakan kaedah kerangka. (b) Kaedah Kerangka Pindahkan ukuran D dan L pada paksi isometri untuk melukis tapak piramid. Pindahkan ukuran D1, D2, L1, L2 dan T pada paksi isometri. Lukis dan hitamkan garisan objek ABCD. D L A B C D Imbas di sini untuk mempelajari kaedah melukis isometri. L1 L2 L D1 D2 D T Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi D1 D2 L1 L2 T Lukis semula Rajah 8.2.1 (b) dalam lukisan isometri. Diberi nilai: L=60, L1=25, L3=30 D=40, D1=20, D2=25, T=60


187 Bab 8 | Lukisan Isometri ØB T T T T Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi 1 4 3 2 O1 O2 ØB ØB A B C D A' B' D' C' 1' 4' 3' 2' O1 ' 1 4 3 2 ØB ØB A C D D' C' 4' 3' 1 4 3 2 ØB ØB A B C D A' D' C' 1' 4' 3' 2' A' 2' B' 1' O2 ' O1 O2 O1 ' O2 ' O1 O2 O1 ' O2 ' B B' ØB T T T T Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi 1 4 3 2 O1 O2 ØB ØB A B C D A' B' D' C' 1' 4' 3' 2' O1 ' 1 4 3 2 ØB ØB A C D D' C' 4' 3' 1 4 3 2 ØB ØB A B C D A' D' C' 1' 4' 3' 2' A' 2' B' 1' O2 ' O1 O2 O1 ' O2 ' O1 O2 O1 ' O2 ' B B' Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 (a) Kaedah Empat Pusat Melukis Bulatan dan Lengkok Rajah 8.2.2 (a) dan Rajah 8.2.2 (b) menunjukkan kaedah melukis bulatan dengan menggunakan kaedah empat sepusat, dan lengkok menggunakan kaedah koordinat. Rajah 8.2.2 (a) Kaedah membina bulatan dengan kaedah empat pusat. Lukiskan segi empat sama isometri dengan menggunakan θB sebagai sisi A'B'C'D'. Titik 1'2'3'4' diperoleh dengan membina titik tengah A'B', B'C', CD' dan D'A. Titik 3', 4' disambung ke A' dan titik 1', 2' ke C, maka titik pusat bulatan O1 dan O2 diperoleh. Binaan segi empat sama ABCD dan titik tengah 1', 2, 3', 4 serta titik pusat bulatan dibina dengan ketinggian T. Berpusat di C dan A, lengkok 1-2 dan 3-4 diperoleh. Berpusat di C' dan A', lengkok 1'- 2' dan 3'-4' diperoleh. Sambungkan titik pusat bulatan O1 ke 1-4 dan O2 ke 2-3. Lukis dan hitamkan garisan objek 1, 1', 2, 2', 3, 3', 4 dan 4'.


188 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 D1 D L1 L1 L T1 T Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi P Q R 3 2 1 T1 T L P Q R P' Q' R' P' P Q Q' R R' D D1 Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 (b) Kaedah Koordinat Dalam kaedah ini lengkok dibahagikan kepada beberapa bahagian dan titik-titik pembahagian pada lengkok diunjurkan kepada satah ufuk dan satah tegak. Lengkung pada pandangan hadapan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1, 2 dan 3. Bina garisan mengufuk sehingga menyilang lengkung yang dilabelkan P, Q dan R. Lukis kotak isometri bersaiz D, L dan T. Pindahkan jarak T1, L1 dan D1 pada kotak dan bina garisan isometri. Pindahkan jarak 1, 2 dan 3 dan bina garis isometri. Dengan menggunakan jangka lukis pindahkan koordinat 1–R, 2–Q dan 3–P dari pandangan hadapan ke kotak isometri. Menggunakan jarak D1, titik P', Q' dan R' diperoleh. Dengan menggunakan lengkung Perancis sambungkan titik P, Q dan R dan P', Q' dan R' . Lukis dan hitamkan garisan objek. Rajah 8.2.2 (b) Kaedah membina lengkok dengan kaedah koordinat. Lukis semula Rajah 8.2.2(b) dalam lukisan isometri. Diberi nilai: L= 70, L1 = 20; D = 50 , D1 = 20; T = 50, T1=10


189 Bab 8 | Lukisan Isometri Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Lukiskan kotak isometri bersaiz D, L dan T. Pindahkan jarak dan bina garisan isometri D1, L1 dan T1 pada kotak isometri. Lukis dan hitamkan garisan objek. Rajah 8.3.1 Kaedah membina lukisan isometri berpermukaan rata. Membina Lukisan Isometri bagi Bongkah yang Mempunyai Permukaan Rata Rajah 8.3.1 menunjukkan langkah pembinaan lukisan isometri bagi bongkah berpermukaan rata. 8.3 Lukisan Isometri Bagi Pelbagai Bongkah Murid boleh: • membina lukisan isometri bagi bongkah yang mempunyai permukaan rata • membina lukisan isometri bagi bongkah yang mempunyai permukaan rata dan condong • membina lukisan isometri bagi bongkah yang mempunyai permukaan lengkok/bulat • membina lukisan isometri bagi bongkah yang mempunyai permukaan rata, condong dan oblik • membina lukisan isometri bagi bongkah yang mempunyai permukaan lengkung • menghasilkan lukisan isometri bagi bongkah yang mempunyai gabungan permukaan Standard Pembelajaran D L T 30° 30° L1 L D1 D D1 D T1 T Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi Lukis semula Rajah 8.3.1 dalam lukisan isometri. Diberi nilai: L= 50, L1 = 25 D = 50, D1 = 20 T = 50, T1 = 10


190 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 L1 L D1 D2 D T1 T2 T T1 T2 L1 D1 D2 Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi D L T Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 Membina Lukisan Isometri bagi Bongkah Berpermukaan Rata dan Condong Rajah 8.3.2 menunjukkan langkah pembinaan lukisan isometri bagi bongkah berpermukaan rata dan condong. Dimensi sisi yang condong perlu diunjurkan ke satah ufuk dan tegak untuk mendapatkan panjangnya. Rajah 8.3.2 Kaedah membina lukisan isometri berpermukaan rata dan condong. Lukiskan kotak isometri bersaiz D, L dan T pada paksi isometri. Pindahkan jarak dan bina garisan isometri D1, D2, LI, T1, T2 pada kotak isometri. Hujung garisan condong disambung. Lukis dan hitamkan garisan objek.


191 Bab 8 | Lukisan Isometri D1 D L1 L2 L R T1 T Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi D L T D1 L1 T1 L2 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 Rajah 8.3.3 Kaedah membina lukisan isometri berpermukaan bulat. Pindahkan jarak dan bina garisan D1, L1, L2 dan T1 pada kotak isometri. Pusat bulatan ditentukan. Dengan menggunakan jejeri R, lukis segi empat sama dari pusat bulatan. Gunakan kaedah empat sepusat, sambungkan bucu-bucu segi empat sama untuk mendapatkan titik-titik lengkok. Dengan menggunakan titik yang diperoleh daripada kaedah empat sepusat. Hitamkan garisan untuk bulatan menggunakan jangka lukis. Sambungkan garisan condong. Lukis dan hitamkan garisan objek. Membina Lukisan Isometri bagi Bongkah yang Mempunyai Permukaan Bulat Rajah 8.3.3 menunjukkan langkah pembinaan lukisan isometri bagi bongkah berpermukaan bulat dengan menggunakan kaedah empat pusat. Lukis kotak isometri bersaiz D, L dan T pada paksi isometri.


Click to View FlipBook Version