192 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Membina Lukisan Isometri bagi Bongkah yang Mempunyai Permukaan Rata, Condong dan Oblik Rajah 8.3.4 menunjukkan langkah pembinaan lukisan isometri bagi permukaan rata, condong dan oblik. D1 D2 D L1 L2 L T1 T2 T Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi D L T T1 T2 L1 L2 D1 D2 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 Rajah 8.3.4 Kaedah membina lukisan isometri berpermukaan rata, condong dan oblik. Pindahkan jarak dan bina garisan isometri D1, D2, L1, L2, T1, T2 pada kotak isometri. Sambungkan garisan condong. Lukis dan hitamkan garisan objek. Lukis kotak isometri bersaiz D, L dan T pada paksi isometri.
193 Bab 8 | Lukisan Isometri D D1 L L1 Pandangan atas T T1 Pandangan hadapan Pandangan sisi A B C A B C D D1 T T1 Pandangan hadapan Pandangan sisi L Pandangan atas A B C A B C 1 2 3 A' B' C' A B C 1 2 3 T1 T D1 D L1 L L1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 Membina Lukisan Isometri bagi Bongkah yang Mempunyai Permukaan Lengkung Bongkah yang berpermukaan lengkung atau lengkok perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian. Titik-titik pada lengkung atau lengkok perlu diunjurkan pada satah ufuk dan satah tegak. Jarak yang diunjurkan pada satah ufuk dan tegak di lukisan ortografik perlu dipindahkan ke paksi isometri. Titik-titik lengkung atau lengkok yang diperolehi pada lukisan isometri boleh disambungkan dengan menggunakan Lengkung Perancis. Rajah 8.3.5 menunjukkan langkah membina lukisan isometri yang mempunyai permukaan lengkung. Rajah 8.3.5 Kaedah membina lukisan isometri yang mempunyai permukaan lengkung. Lengkung pada lukisan ortografik dibahagikan kepada tiga bahagian dan dilabelkan A, B dan C. Pindahkan titik A, B dan C pada paksi isometri untuk mendapatkan titik lengkung. Sambungkan titik lengkung. Lukis dan hitamkan garisan objek.
194 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 D1 D2 D L L1 L2 R T1 T2 T Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi A B C A B C C B A Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi D2 D L2 L T2 T A B C A B C L1 D1 T1 A' B' C' Membina Lukisan Isometri bagi Bongkah yang Mempunyai Pelbagai Gabungan Permukaan Rajah 8.3.6 menunjukkan langkah pembinaan bongkah isometri yang mempunyai gabungan pelbagai permukaan. Rajah 8.3.6 Kaedah membina lukisan isometri yang mempunyai pelbagai permukaan. Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 Lengkung pada lukisan ortografik dibahagikan kepada tiga bahagian dan dilabelkan A, B dan C. Lukis kotak isometri bersaiz D, L dan T. Pindahkan jarak dan bina garisan D1, D2, L1, L2, T1, T2 pada kotak isometri. Pindahkan titik A, B dan C pada paksi isometri untuk mendapatkan titik lengkung. Lukis dan hitamkan garisan objek.
195 Bab 8 | Lukisan Isometri Rajah 8.4.1 Pendimensian sistem ekaarah dalam lukisan isometri. 8.4 Pendimensian Lukisan Isometri Murid boleh: • menghasilkan lukisan isometri berdimensi dengan menggunakan sistem ekaarah dan sistem terjajar Standard Pembelajaran Pendimensian dalam lukisan isometri dibuat selari dengan paksi isometri. Rajah 8.4.1 menunjukkan kaedah pendimensian menggunakan sistem ekaarah manakala, Rajah 8.4.2 pada halaman seterusnya menunjukkan pendimensian sistem terjajar. 120 50 60 30° 35 70 100 40 35 70 100 Ø40
196 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 120 50 60 30° 35 70 100 40 35 70 100 Ø40 Rajah 8.4.2 Pendimensian sistem terjajar dalam lukisan isometri. Pendimensian perlu seragam di antara satu sama lain. 1. Jangan mencampuradukkan kedua-dua jenis sistem pendimensian dalam satu lukisan isometri. 2. Pendimensian perlu dibuat seragam antara satu sama lain. 3. Garisan dimensi tidak boleh bersilang ataupun bertindih dengan garisan tambahan atau garisan objek.
197 Bab 8 | Lukisan Isometri (a) (b) (c) (d) (e) (f) Latihan Pengukuhan Latihan Pengukuhan 1. Bina lukisan isometri mengikut arah pandangan yang diberi menggunakan saiz kotak grid 10 mm x 10 mm.
198 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 2. Bina lukisan isometri berdasarkan arah pandangan yang diberikan. Gunakan saiz kotak grid 10 mm x 10 mm. Lukisan ortografik yang diberikan tidak perlu dilukis semula kecuali bagi pengunjuran sudut, lengkok atau bulatan. (a) (b) (c) (d) (e) (f)
199 Bab 8 | Lukisan Isometri 3. Bina lukisan isometri berdasarkan arah pandangan yang diberikan. Gunakan saiz kotak grid 10 mm x 10 mm. Lakukan pendimensian sistem ekaarah. Lukisan ortografik yang diberikan tidak perlu dilukis semula kecuali bagi pengunjuran sudut, lengkok atau bulatan. 4. Bina lukisan isometri berdasarkan arah pandangan yang diberikan. Gunakan saiz kotak grid 10 mm x 10 mm. Lakukan pendimensian sistem terjajar. Lukisan ortografik yang diberikan tidak perlu dilukis semula kecuali bagi pengunjuran sudut, lengkok atau bulatan. (a) (b) (a) (b)
200 Standard Kandungan 9BAB 9LUKISAN OBLIK • Menerangkan konsep dan ciri-ciri lukisan oblik • Melukis lukisan oblik • Melukis lukisan oblik pelbagai bongkah • Pendimensian lukisan oblik Di manakah kebiasaannya anda dapat melihat paip pembentung seperti gambar di sebelah? Apakah kaitannya paip pembentung dengan bab ini? Rujuk kepada guru anda untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
201 201
202 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Standard Pembelajaran 9.1 Konsep dan Ciri Lukisan Oblik Murid boleh: • menerangkan konsep oblik • membezakan ciri-ciri oblik - garisan oblik - garisan bukan oblik - sudut dalam oblik - bulatan dalam oblik - lengkok dalam oblik • menerangkan jenis-jenis lukisan oblik - oblik kavalier - oblik kabinet - oblik am • menentukan orientasi lukisan oblik yang sesuai Lukisan oblik dan lukisan isometri mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menunjukkan objek dalam bentuk 3D. Rajah 9.1.1 menunjukkan perbandingan antara unjuran ortografik dan lukisan oblik yang mana lukisan ortografik mempunyai garisan unjuran yang selari dengan permukaan satah. Manakala, lukisan oblik mempunyai garisan unjuran yang bersudut dengan permukaan satah. Rajah 9.1.1 Lukisan ortografik garisan unjuran bersudut tepat dengan satah unjuran. Ciri-ciri Lukisan Oblik Paksi Oblik Rajah 9.1.3 menunjukkan lukisan oblik dibina di atas tiga paksi iaitu paksi menegak, paksi mengufuk dan paksi condong atau dikenali sebagai paksi surut. Rajah 9.1.2 Paksi oblik. Objek Unjuran ortografik Unjuran oblik 3 2 1 4 2' 1' 4' 3 2 1 4 7 5 6 7' 5' 6' 3' Paksi condong/surut Sebarang sudut Paksi menegak Paksi mengufuk
203 Bab 9 | Lukisan Oblik Sudut Paksi Surut Paksi surut boleh dibina dengan sebarang sudut. Manakala, paksi ufuk dan paksi tegak akan sentiasa bersudut tepat. Pemilihan sudut kecondongan bagi paksi surut adalah bergantung pada bahagian butiran permukaan yang mahu ditonjolkan. Sekiranya permukaan sisi yang mahu ditonjolkan sudut yang sesuai ialah sudut yang kecil dan sekiranya permukaan atas yang hendak ditonjolkan maka sudut yang besar lebih sesuai seperti Rajah 9.1.3. Lazimnya, sudut kecondongan yang biasa digunakan pada lukisan oblik ialah 30˚, 45˚ dan 60˚. Rajah 9.1.3 Pelbagai sudut paksi surut. 60° 30° 45° Garisan Oblik Garisan oblik ialah garisan yang sentiasa selari dengan paksi oblik contoh garisan oblik adalah seperti dalam Rajah 9.1.4 iaitu garisan AB, BC, DE, EF, DG, FG, HI, IJ, FK, JK AJ, BI dan CH. A B K C D E F G H I J Rajah 9.1.4 Garisan oblik dan garisan bukan oblik. Garisan Bukan Oblik Garisan bukan oblik ialah garisan yang tidak selari dengan mana-mana paksi oblik seperti dalam Rajah 9.1.4 iaitu garisan CD dan GH.
204 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Sudut dalam Oblik Sudut dalam lukisan oblik sekiranya dilukis pada satah hadapan iaitu pada unjuran hadapan merupakan ukuran sudut sebenar. Manakala, ukuran sudut pada paksi surut tidak menunjukkan ukuran sudut yang sebenar. Rajah 9.1.5 menunjukkan perbezaan ukuran sudut sebenar dan bukan sudut sebenar. Rajah 9.1.5 Sudut dalam oblik. Bulatan dan Lengkok Oblik Bulatan atau lengkok yang dibina pada satah menegak dan paksi mengufuk adalah bersaiz sebenar dan berbentuk bulat. Manakala, bulatan atau lengkok yang dibina pada paksi surut adalah juga bersaiz sebenar tetapi berbentuk elips. Rajah 9.1.6 Bulatan dan lengkok oblik. Sudut sebenar Bukan sudut sebenar
205 Bab 9 | Lukisan Oblik Oblik Kavalier Rajah 9.1.7 Oblik kavalier. Dalam oblik kavalier ukuran pada semua paksi adalah bersaiz penuh. Rajah 9.1.7 menunjukkan lukisan oblik kavalier bagi sebuah bongkah. Jenis-jenis Lukisan Oblik Lukisan oblik terdiri daripada tiga jenis, iaitu: (a) Oblik Kavalier (b) Oblik Kabinet (c) Oblik Am Oblik Kabinet Dalam lukisan oblik kabinet ukuran pada paksi menegak dan paksi mengufuk adalah bersaiz penuh. Namun, ukuran pada paksi surut dibahagi dua daripada ukuran. Sudut kecondongan menggunakan sebarang sudut sama seperti oblik kavalier. Rajah 9.1.8 di bawah menunjukkan perbezaan lukisan oblik kabinet. Rajah 9.1.8 Oblik kabinet. D 1 2 D
206 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Oblik Am Dalam oblik am, ukuran paksi menegak dan paksi mengufuk bersaiz penuh manakala, ukuran pada paksi surut boleh menggunakan sebarang sudut. Lazimnya, ukuran yang digunakan ialah 1 3 , 2 3 , 3 4 daripada ukuran sebenar. Dalam oblik kabinet dan oblik am, ukuran pada paksi surut dipendekkan bagi mengurangkan herotan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1.9. Pemilihan Orientasi Lukisan Oblik Dalam lukisan oblik, pemilihan kedudukan dan arah pandangan adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan herotan pada objek yang dilukis seperti Rajah 9.1.10. Rajah 9.1.10 Orientasi pandangan oblik. (a) Objek dengan bulatan dan lengkung Permukaan objek yang bersatah selari dengan satah unjuran, ukuran adalah saiz sebenar. Sekiranya rajah tersebut mempunyai bentuk permukaan bulat dan melengkung maka, lebih sesuai dilukis pada satah yang selari dengan unjuran seperti Rajah 9.1.11 dan Rajah 9.1.12. Rajah 9.1.11 Orientasi tidak sesuai. Rajah 9.1.12 Orientasi sesuai. 3 4 D Rajah 9.1.9 Oblik am.
207 Bab 9 | Lukisan Oblik (b) Objek yang berpaksi panjang Bahagian yang panjang tidak sesuai dilukis paksi surut kerana akan menampakkan herotan yang agak jelas. Untuk mengurangkan kesan herotan perlu dilukis pada paksi yang selari dengan satah unjuran. Rajah 9.1.13 Orientasi sesuai. Rajah 9.1.14 Orientasi tidak sesuai. 9.1 1. Nyatakan perbezaan antara lukisan oblik dan lukisan isometri. 2. Senaraikan tiga sudut paksi surut yang lazim digunakan. 3. Senaraikan tiga jenis oblik. 4. Terangkan mengapakah sudut paksi surut digunakan: (a) Sudut paksi 60°? (b) Sudut paksi surut 30°?
208 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Standard Pembelajaran 9.2 Melukis Lukisan Oblik Melukis lukisan oblik dengan kaedah: (a) Kotak Langkah-langkah untuk membina lukisan oblik dengan kaedah kotak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2.1 seperti yang berikut. Murid boleh: • membina lukisan oblik dengan kaedah - kotak - kerangka • menghasilkan bulatan oblik dan lengkok oblik dengan kaedah empat pusat dan koordinat Tentukan orientasi. Pindahkan ukuran T, D dan L1, L2 untuk melukis kotak oblik. Pindahkan ukuran L1, L2, T1, T2, T3 dan J pada satah hadapan. Langkah 1 Langkah 2 T T1 T2 T3 Pandangan atas Pandangan hadapan D T L1 L2 T1 T2 T3
209 Bab 9 | Lukisan Oblik Langkah 3 Langkah 4 Bina butiran satah atas. Bina butiran pada satah surut. Lukis dan hitamkan garisan objek. Rajah 9.2.1 Membina lukisan oblik dengan kaedah kotak. (b) Kerangka Langkah-langkah melukis dengan menggunakan kaedah rangka adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 9.2.2. D1 D2 L2 L1 Pandangan atas Pandangan hadapan
210 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 1 Bina rangka berpandukan pusat bulatan pada Bina butiran pada satah hadapan. satah hadapan dan unjurkan pada paksi surut. Sambungkan garisan unjuran dan lengkapkan. Lukis dan hitamkan garisan objek. Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Rajah 9.2.2 Membina lukisan oblik dengan kaedah kerangka. Menghasilkan Bulatan Oblik dan Lengkok Oblik dengan Kaedah Empat Pusat dan Koordinat Adakalanya bulatan perlu dibuat pada paksi surut. Ini berlaku apabila pada kedua-dua satah hadapan dan satah surut mempunyai bulatan. Bulatan pada satah surut boleh dilukis dengan dua kaedah iaitu: i. Kaedah empat pusat ii. Kaedah koordinat
211 Bab 9 | Lukisan Oblik Kaedah Empat Pusat Kaedah melukis bulatan oblik menggunakan kaedah empat pusat ditunjukkan dalam Rajah 9.2.3. Langkah 1 Langkah 2 Bina garisan bersudut tepat pada titik C dan D sehingga menyilang di P. Bina garisan bersudut tepat pada titik A dan B sehingga menyilang di Q. Berpusat di Q , bina lengkok dari A ke B dan berpusat di P, bina lengkok dari C ke D. Berpusat di R, bina lengkok dari A ke C dan berpusat di S bina lengkok dari B ke D. Bina kotak oblik pada satah paksi surut dan bahagi dua sama sisi. A B C D A B P Q C D A B R S Q P C D Langkah 3
212 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Kaedah Koordinat Langkah 4 Lukis dan hitamkan lengkok ABCD bulatan oblik. Kaedah membina bulatan oblik pada satah surut. Rajah 9.2.3 Menghasilkan bulatan oblik dan lengkok dengan menggunakan kaedah empat pusat. A B R S Q P C D B B1 C1 Pandangan atas A A1 C1 Pandangan hadapan Diberi pandangan atas dan pandangan hadapan bulatan lukisan ortografik. Sudut oblik 45° adalah lazimnya digunakan untuk menonjolkan permukaan yang dikehendaki.
213 Bab 9 | Lukisan Oblik Rajah 9.2.4 Kaedah membina bulatan oblik pada satah surut. Langkah 1 Langkah 2 A C1 A1 B B1 C1 A A1 B/2 B/2 C C1 B1 Pindahkan A1 dari ketinggian A di pandangan hadapan ke paksi oblik. Pindahkan C1 dari kelebaran C di pandangan hadapan ke paksi surut oblik. Pindahkan titik yang lain pada garisan ke paksi surut oblik. Sambungkan titik dan hitamkan. Pindahkan B1 dari ketinggian B dari pandangan atas ke paksi surut atas. Pindahkan C1 dari kelebaran C dari pandangan atas ke paksi oblik. Pindahkan titik yang lain pada garisan ke paksi surut oblik. Sambungkan titik dan hitamkan.
214 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 9.2 1. Rajah di bawah menunjukkan sebuah lukisan ortografik. Lukiskan oblik kavalier dengan saiz penuh. Ukuran diberi dalam mm. Langkah untuk membina bulatan dengan kaedah koordinat adalah ditunjukkan seperti Rajah 9.2.5. D T L Pandangan atas Pandangan hadapan D1 L1 g f e d c b a T L Pandangan hadapan D1 g f e d c b a D1 g f e d c b a L1 Bina rangka oblik dan pindahkan jarak D1 pada setiap garisan pembahagian a, b, c, d, e, f dan g. Bina bulatan oblik dengan menyambungkan titik lengkok. Pindahkan jarak lengkok L1 dan jarak pada setiap garisan pembahagian. Rajah 9.2.5 Kaedah membina bulatan menggunakan kaedah koordinat. 60 Ø80
215 Bab 9 | Lukisan Oblik Standard Pembelajaran Langkah 1 Langkah 2 9.3 Melukis Lukisan Oblik bagi Pelbagai Bongkah Membina Lukisan Oblik bagi Bongkah yang Mempunyai Permukaan Rata, Condong dan Oblik Murid boleh: • membina lukisan oblik bagi bongkah yang mempunyai permukaan rata, condong dan oblik • menghasilkan lukisan oblik bagi bongkah yang mempunyai permukaan bulat dan lengkok • membina lukisan oblik bagi bongkah yang mempunyai gabungan permukaan Bina kotak oblik, pindah jarak T, L dan D. Pindahkan jarak T1, T2, D2 dan D3 pada paksi oblik dan jarak L1. D T L1 D3 T1 T2 D2 L Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi A B D C E F G H I J L T D A B D C E F G H I J T U T2 T1 D2 D3 L
216 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Langkah 3 Langkah 4 Bina butiran permukaaan oblik XYZ. Lukis dan hitamkan garisan objek CD, CT, GU, DT, EU, EH, HI, IJ, JG, GZ, Ex, Iy, xy, xz dan zy. Rajah 9.3.1 Kaedah membina lukisan oblik bagi bongkah yang mempunyai permukaan rata, condong dan oblik. Menghasilkan Lukisan Oblik bagi Bongkah yang Mempunyai Permukaan Bulat dan Lengkuk T L D D1 T1 D2 T2 Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi A B D C E F G H I J z y x T U A B D C E F G H I J z y x T U
217 Bab 9 | Lukisan Oblik Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Bina kotak oblik, pindah jarak T, L D pada kotak oblik. Pindah jarak D1 dan D2 pada rajah dan bina bulatan pada satah ufuk. Bina bulatan elips dengan kaedah empat pusat. Rajah 9.3.2 Kaedah melukis lukisan oblik bagi bongkah yang mempunyai permukaan bulat dan lengkuk. Lukis dan hitamkan garisan objek AB, BE, EF, CD, IG, AH, CI dan bulatan oblik. Pindah T1 dan T2 pada rajah dan bina bulatan. D L T T1 T2 F E D I H G F E D A B D2 D1 I H G A F E D B C
218 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Membina Lukisan Oblik bagi Bongkah yang Mempunyai Gabungan Permukaan Langkah 1 Langkah 2 Bina kotak segi empat dengan jarak T, L, D. Pindahkan jarak T1, T2, L1 dan L2. L T D L1 L2 T2 T1 D T T1 T2 D1 T3 L1 L D2 L2 T4 Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan atas
219 Bab 9 | Lukisan Oblik Langkah 3 Pindahkan jarak D1, D2 dan T4. Langkah 4 Lukis dan hitamkan garisan objek AB, BC, CD, DE, EF, FH, HI, IG GD, DE, JK, KC, JM, MN, NL dan OB. Rajah 9.3.3 Kaedah melukis lukisan oblik bagi bongkah yang mempunyai gabungan permukaan. D2 D1 T4 A B C D E F H I O M J N L K A B C D E F H I O M J N L K Diberi pandangan atas dan pandangan hadapan objek pada rajah di bawah. Lukis semula dalam lukisan oblik kavalier dan oblik kabinet. Gunakan grid berukuran 10 mm x 10 mm. (a) (b) (c)
220 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 Standard Pembelajaran 9.4 Pendimensian Lukisan Oblik Prinsip pendimensian lukisan oblik adalah sama dengan lukisan isometri seperti yang ditunjukkan rajah di bawah. Terdapat dua sistem iaitu sistem terjajar dan sistem ekaarah. Melukis Lukisan Oblik Berdimensi dengan Menggunakan Sistem Ekaarah dan Terjajar Murid boleh: • membina lukisan oblik berdimensi dengan menggunakan sistem ekaarah dan sistem terjajar Rajah 9.4.2 Sistem terjajar. Rajah 9.4.1 Sistem ekaarah. 60° 20 50 60 40 10 J10 60° 20 50 60 40 10 J10
221 Bab 9 | Lukisan Oblik Latihan Pengukuhan Latihan Pengukuhan 1. Lukis oblik kavalier. (a) (b) (c) (d)
222 Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4 2. Lukis oblik kabinet. (a) (b) (c) (d)
223 Bab 9 | Lukisan Oblik 3. Lukiskan oblik am. (a) (b)
LATIHAN SUMATIF 224 1. Lukiskan rajah berikut mengikut skala penuh. C, D dan E adalah titik tangen. 2. Lukiskan rajah berikut mengikut skala penuh. A, B, C, dan F adalah titik tangen. B C D E A Separuh parabola 60 120 J40 J60 J30 15 C D B E F A Suku elips Paksi major 80 Paksi minor 60 J25 J50 J40 Jx 75 100 3. Satu pentagon sekata dengan ukuran sisi 50mm terletak 30° dengan garisan mendatar. Lukiskan pentagon tersebut. 4. Satu oktagon sekata terletak dalam satu bulatan berdiameter 60 mm. Lukiskan oktagon tersebut. 5. Lukiskan satu heksagon sekata yang diberi sisi pada kedudukan 15° condong dengan satah mengufuk. Panjang sisi heksagon tersebut ialah 30 mm.
225 8. Rajah 1 menunjukkan pandangan bergambar bagi satu bongkah. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga bagi pandangan-pandangan berikut bagi bongkah itu. Semua garisan terlindung hendaklah ditunjukkan. (i) Pandangan atas (ii) Pandangan sisi yang dilihat dari arah B (iii)Pandangan hadapan yang dilihat dari arah A 7. Lukiskan rajah berikut mengikut skala penuh. C, D dan E adalah titik tangen. 25 20 30 30 70 15 40 15 60 60 A B Suku elips Paksi major 160 Paksi minor 100 A B C D E J50 J20 J30 6. Besarkan rajah di bawah dengan nisbah luas 4:3. (a) (b) (c) Rajah 1
226 9. Rajah 2 menunjukkan pandangan bergambar bagi satu bongkah. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga bagi pandangan-pandangan berikut bagi bongkah itu. Semua garisan terlindung hendaklah ditunjukkan. (i) Pandangan atas (ii) Pandangan hadapan yang dilihat dari arah A (iii)Pandangan sisi yang dilihat dari arah B 25 55 30 50 60 55 75 110 50 A B Rajah 2 Rajah 3 10. Rajah 3 menunjukkan pandangan bergambar bagi satu bongkah. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan-pandangan berikut bagi bongkah itu. Semua garisan terlindung hendaklah ditunjukkan. (i) Pandangan atas (ii) Pandangan hadapan yang dilihat dari arah A (iii)Pandangan sisi yang dilihat dari arah B 30 30 20 35 20 33 30 10 55 40 35 Ø25 J30 A B
227 11. Lukis semula dalam lukisan oblik kavalier dan oblik kabinet. Gunakan grid berukuran 10 mm x 10 mm. Diberi pandangan atas dan pandangan hadapan objek pada rajah di bawah. (a) (b)
228 GLOSARI Arah Pandangan kedudukan mata semasa melihat permukaan objek. Bentuk Sebenar bentuk yang sama berbanding bentuk objek sebenar. Bulatan dalam Oblik bulatan yang dilukis pada satah oblik. Dekagon poligon yang mempunyai sepuluh sisi. Diameter garis lurus dari tepi ke tepi sesuatu bulatan melalui pusat bulatan itu; garis pusat. Dimensi ukuran. Direktriks garisan lurus serenjang dengan paksi simetri pada parabola. Elips lokus titik bergerak supaya jumlah jarak dari titik tetap (fokus) adalah sama. Garisan Binaan garisan yang digunakan pada peringkat awal kerja melukis. Garisan Bukan Isometri garisan yang tidak selari dengan paksi isometri. Garisan Dimensi garisan di antara titik mula dengan titik akhir sesuatu ukuran. Garisan Isometri mewakili garisan mengufuk dan garisan menegak pada lukisan ortografik dan garisan yang kedudukannya selari dengan paksi isometri. Garisan Normal garisan yang menyambungkan pusat bulatan kepada titik sentuhan (tangen) pada lilitan bulatan. Garisan Objek garisan yang menunjukkan bentuk terakhir. Garisan Oblik garisan yang selari dengan paksi oblik. Garisan Penunjuk butiran dalam lukisan. Garisan Sejenjang garis yang bersilang dan membentuk sudut tegak (90°) Garisan Selari dua garisan yang sama jarak di antaranya. Garisan Tambahan garisan untuk menanda jarak yang didimensikan. Garisan Tengah garisan yang melalui di tengah-tengah satu bulatan. Garisan Terlindung dilukis bagi menunjukkan bahagian yang tidak kelihatan. Heksagon rajah yang mempunyai enam sempadan; segi enam. Heptagon rajah yang mempunyai tujuh sempadan; segi tujuh. Hipotenus sisi segi tiga yang paling panjang. Jejari jarak di antara pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. Kaedah Geometri cabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah. Lelayang dua pasang sisi bertentangan, sisi sama panjang terletak bersebelahan dan pepenjurunya bersilang dengan sudut tepat 90°. Lengkok yang bersambung membentuk bulatan. Lengkok Dalam Oblik sebahagian daripada bulatan yang dilukis pada satah oblik. Lengkung Fleksibel alatan yang digunakan untuk membina lengkung. Lengkung Perancis alatan yang digunakan untuk membina lengkung. Lilitan lengkok yang bersambung membentuk bulatan. Lukisan Isometri lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi, iaitu ukuran kelebaran, ketinggian dan kedalaman.
229 Lukisan Oblik lukisan bergambar yang dilukis berdasarkan kepada tiga paksi, iaitu paksi mengufuk, paksi menegak dan paksi surut. Gambaran bentuk objek yang dilukis dipengaruhi oleh sudut paksi surut. Lukisan Ortografik lukisan unjuran tepat atau pada sudut 90° kepada satah mendatar atau menegak. Lukisan Perspektif lukisan dari sudut pandangan yang tirus Mercu titik puncak parabola persilangan pada paksi simetri dengan lengkung parabola. Nisbah Luas perkadaran sesuatu rajah mengikut keluasan. Nisbah Sisi perkadaran sesuatu rajah mengikut sisi. Nonagon poligon yang mempunyai sembilan sisi. Oblik Am ukuran kedalaman garisan paksi surut yang dilukis pada skala daripada saiz sebenar. Oblik Kabinet ukuran kedalaman garisan paksi surut yang dilukis pada skala daripada saiz sebenar. Oblik Kavalier ukuran yang dilukis mengikut ukuran sebenar pada semua garisan. Oblik lukisan bergambar yang dilukis dengan tiga paksi, iaitu paksi mengufuk, paksi menegak dan paksi surut. Oktagon rajah yang mempunyai lapan sisi dan lapan sudut. Paksi Major paksi panjang yang merentasi titik tengah pada bentuk elips. Paksi Minor paksi pendek yang merentasi titik tengah pada bentuk elips. Paksi Simetri garisan lurus yang merentasi titik fokus serenjang dengan garisan direktriks. Pandangan Tambahan Kedalaman pandangan yang dibina pada satah tambahan dengan unjuran selari permukaan condong objek. Dimensi dalam sebenar objek kekal. Pandangan Tambahan Kelebaran pandangan yang dibina pada satah tambahan dengan unjuran selari permukaan condong objek. Dimensi lebar sebenar objek kekal. Pandangan Tambahan Ketinggian pandangan yang dibina pada satah tambahan dengan unjuran selari permukaan condong objek. Dimensi tinggi sebenar objek kekal. Pandangan Tambahan pandangan yang dibina pada satah tambahan dengan unjuran selari permukaan condong objek. Panjang Sebenar panjang yang sama 1:1 berbanding panjang objek sebenar. Papan Lukisan permukaan rata yang di samping buci di sebelah kiri dan kanan yang kemas, digunakan untuk mengalas kertas lukisan. Parabola lokus titik yang bergerak dengan jaraknya dari titik tetap sentiasa sama dengan jaraknya dari satu garisan lurus tetap (direktriks). Pembesaran sesuatu rajah yang dibesarkan dengan bentuk yang sama dengan nisbah luas atau nisbah sisi. Pendimensian proses memberikan maklumat untuk menjelaskan sesuatu butiran dalam lukisan atau yang dilukis. Pengecilan sesuatu rajah yang dikecilkan dengan bentuk yang sama dengan nisbah luas atau nisbah sisi. Penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu dan mempunyai pusat atau titik tetap. Pentagon rajah yang mempunyai lima sisi dan lima sudut. Perentas satu garisan yang merentas dua titik pada bulatan. Poligon bidang atau rajah yang bersegi lebih daripada empat. Prinsip Lakaran peraturan melakar dengan menggunakan alatan asas seperti pensil, pemadam dan kertas. Rombus segi empat selari yang mempunyai empat sisi sama panjang dan sudut dalamnya bukan sudut tepat. Ruang Kelegaan jarak antara garisan tambahan dengan hujung objek. Saiz Sebenar saiz yang sama 1:1 berbanding saiz objek sebenar.
230 Satah satu permukaan andaian yang rata. Jika dilihat dari hadapan rata, dilihat dari pinggir seperti garisan lurus. Satah Atas satu permukaan andaian yang rata untuk melihat pandangan atas objek. Satah Hadapan satu permukaan andaian yang rata untuk melihat pandangan hadapan objek. Satah Menegak satu permukaan yang tegak, bersudut 90°. Satah Mengufuk satu permukaan yang rata, bersudut 0°. Satah Rujukan satu permukaan andaian yang rata selari satah utama ortografik digunakan untuk melukis pandangan tambahan. Satah Sisi satu permukaan andaian yang rata untuk melihat pandangan sisi objek. Satah Tambahan satu permukaan andaian yang rata selari permukaan condong objek digunakan untuk melukis pandangan tambahan. Satah Utama Ortografik satu permukaan andaian yang rata sama ada menegak atau mendatar. Segi Empat Sama segi empat yang setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90°. Segi Empat Selari segi empat yang tiap-tiap sepasang sisinya yang bertentangan adalah selari. Segi Empat Selari sesuatu rajah berbentuk segi empat yang mempunyai dua sisi yang sama, selari dan bersudut. Segi Empat sesuatu rajah berbentuk segi empat. Segi Empat Tepat segi empat yang mempunyai dua pasang sisi bertentangan yang sama panjang dan setiap sudutnya 90°. Segi Empat Tepat sesuatu rajah berbentuk segi empat yang mempunyai dua sisi yang sama panjang dan selari dan bersudut tepat. Segi Tiga Kaki Sama sesuatu rajah berbentuk segi tiga yang mempunyai dua panjang sisi yang sama. Segi Tiga sesuatu rajah berbentuk segi tiga. Segi Tiga Sisi Sama sesuatu rajah berbentuk segi tiga yang mempunyai panjang sisi yang sama. Segi Tiga Tak Sama Kaki sesuatu rajah berbentuk segi tiga yang mempunyai tiga panjang sisi yang berbeza. Segi Tiga Tepat sesuatu rajah berbentuk segi tiga yang mempunyai sudut tepat. Sesiku Set sesiku tiga segi. Set Jangka Lukis alat berkaki dua yang dapat dilebarkan atau dikecilkan saiznya untuk membuat bulatan atau untuk mengukur jarak pada peta. Sistem Ekaarah satu kaedah pendimensian, iaitu angka dimensi ditulis tidak sejajar dengan garisan dimensi, kesemua angka dimensi pada lukisan ditulis secara mengufuk. Sistem Terjajar kaedah pendimensian iaitu angka ditulis supaya terjajar dengan garisan dimensi. Sistem Unjuran Berpusat garis putus-putus yang dibuat untuk menunjukkan pelbagai pandangan terhadap sesuatu objek yang bertumpu. Sistem Unjuran Selari garis putus-putus yang dibuat untuk menunjukkan pelbagai pandangan terhadap sesuatu objek yang sama jarak di antaranya (dari pangkal hingga ke hujung). Sudut Cakah sudut yang melebihi 90° tetapi kurang daripada 180°. Sudut dalam Oblik sudut yang dilukis dalam lukisan oblik. Sudut Pelengkap dua sudut yang berjumlah 90°. Sudut Penggenap dua sudut yang apabila ditambah akan menjadi 180°. Sudut Refleks magnitud sudut melebihi 180° tetapi kurang daripada 360°. Sudut Tepat sudut yang sama 90°. Sudut Tirus sudut yang kurang daripada 90°.
231 Sukuan bulatan dengan bersudut 90°. Tangen satu titik sentuhan pada bulatan yang bercantum dengan garisan atau bulatan dengan bulatan. Tembereng potongan sebahagian dari bulatan tanpa melibatkan pusat. Disebut segment dalam bahasa Inggeris. Titik Fokus satu titik tetap pada paksi simetri dalam pembinaan parabola. Trapezium bentuk segi empat yang mempunyai dua sempadan yang selari dan sempadan ini tidak sama panjang. Unjuran Ortografik unjuran yang dibuat secara bersudut tegak.
232 SENARAI RUJUKAN A. Yarwood & Thomas Nelson. (1998). Geometrical and Technical Drawing. Sons. Ltd. Frederick E. Giesecke... [et al]. (1991). Technical Drawing (Ninth Edition). New York. Macmillan Publishing Company. Hideo Izumida. (1982). Lukisan Teknik Binaan Bangunan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. James H. Earle. (1996). Graphics for Engineers. Addison Wesley Publishing Company. James H. Earle. (1996). Graphics Technology. Addison Wesley Publishing Company. Kirkpatrick. (1997). Engineering Drawing and Models Using AutoCAD. Prentice Hall. Mat Aris b. Abdul Hadi. (2003). Lukisan Kejuruteraan Modul Satu (Edisi Kemaskini). Kuala Lumpur. PTS Publications dan Distributor Sdn. Bhd. Mohd Fadzil Daud & Khairul Anwar Hanafiah. (2005). Panduan Asas Lukisan Kejuruteraan Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Noh bin Sarip & Md Nasir bin Abd Manan. (2015). Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. S. Waterhouse & B. Haliwell. (1981). Lukisan Geometri untuk Sekolah Menengah Vokasional. Syarikat Supplies Sdn. Bhd. Spencer, Dygdon & Novak. (2000). Basic Technical Drawing. New York. McGraw Hill Book Co. Inc. Thomas E. French. (1980). Mechanical Drawing. New York. McGraw Hill Book Co. Inc. Thomas E. French, Charles J. Vierck & Robert J. Foster. (1993). Engineering Drawing and Graphics. General Engineering Series. Zainal Abidin Akasah, Maizam Alias & Liaw Yin Huat. (2013). Lukisan Kejuruteraan: Teknik Umum ke Spesifik (UKeS). Skudai, Johor. Penerbit UTHM.
233 INDEKS Bongkah 132, 137, 140 Bulatan 178, 182, 202 Bulatan dan lengkok 53, 54, 146, 147, 185, 187, 204 Bulatan sepusat 108 Condong 106, 137, 202 Dekagon 76 Diameter 24, 53, 54, 55, 146, 148,187 Dimensi 18, 21, 26, 31, 136, 146, 158, 161, 178, 196 saiz 146 kedudukan 146 Elips 25, 28, 106, 108, 109, 204 Gabungan permukaan 144, 189, 194, 218 Garisan oblik 202, 203 bukan oblik 202, 203 sempadan 13, 17, 18 binaan 9, 13, 18, 26 objek 9, 13, 14, 18, 185 terlindung 13, 14 tengah 9, 13, 14, 22, 28, 29 satah pemotongan 13, 14 dimensi 13, 18, 146, 147, 196 fantom 13 tambahan 13, 146, 147, 196 unjuran 202, 210 lurus tegak 13 mengufuk 13, 15, 108, 179, 180 condong 13, 14, 15, 16, 17, 41, 42, 65, 91, 92 serenjang 14, 16, 17, 38, 39, 53, 54, 56, 62, 71, 72, 107, 113, 147, 154 selari 4, 6, 8, 14, 16, 39, 71, 72, 139, 138, 141, 147, 156, 157, 161, 180, 181, 195, 202, 203, 206, 207 penunjuk 146, 147 lurus 8, 21, 44, 62, 87, 88, 91, 94, 96, 98, 100, 107, 113, 119, 120 bulatan 9, 22, 36, 43, 53, 54, 55, 56, 57, 77, 78, 88, 92, 94, 96, 98, 101, 104, 106, 108, 109, 113, 114, 115, 116, 119, 120, 121, 122, 123, 124, 125, 126, 127, 135, 140, 146, 147, 182, 187, 191, 204, 206, 210, 211, 212, 214 lengkok 9, 23, 53, 54, 88, 92, 96, 100, 113, 146, 147, 187, 188, 193, 204, 210, 217 lengkung 9, 24, 109, 111, 143, 168, 170, 172, 182, 183, 193, 206 Geometri 36, 38, 39, 44, 47, 48, 50, 163, 168 Heksagon 24, 76, 79, 80, 81 Hipotenus 62, 64 Huruf 2, 4, 13, 19, 20 Isometri 6, 21, 30, 31, 176, 178, 179, 180, 181, 182, 183, 184, 185, 186, 189, 190, 191, 193, 194, 195, 196, 202, 220 Jarak menyerong sudut 76, 80 menyerong rata 76, 81 Jejari 16, 22, 23, 28, 53, 54, 56 Kaedah kotak 22, 185, 208 kerangka 185, 186, 210 empat pusat 182, 185, 187, 191, 208, 210, 211, 217 koordinat 182, 183, 187, 189, 210, 212, 214 Kertas 2, 10, 11, 12, 17, 21, 26, 135 Kon 21, 28, 106, 135, 185 Lelayang 71, 72 Lengkok 9, 23, 53, 54, 88, 92, 96, 100, 113, 146, 147, 187, 188, 193, 204, 210, 217 Lilitan 53, 114 Lukisan ortografik 2, 21, 30, 31, 132, 137, 138, 140, 141, 143, 144, 146, 148, 154, 156, 178, 182, 183, 193, 202, 214
234 isometri 31, 176, 178, 179, 182, 183, 184, 185, 189, 190, 191, 192, 193, 194, 195, 196, 202, 220 oblik 2, 32, 200, 202, 203, 204, 205, 206, 208, 215, 216, 218, 220 perspektif 2, 21, 33, 34 Mercu 106, 107, 111 Nisbah sisi 62, 65, 84, 86, 87, 88, 91, 92 Nonagon 76 Oblik kavalier 6, 202, 205 kabinet 6, 202, 205, 206 am 6, 202, 205, 206 Oktagon 76 Paksi major 25, 106, 107, 108 minor 25, 106, 107, 108 simetri 76, 107 Pandangan atas 30, 134, 135, 136, 137, 140, 143, 144, 154, 155, 156, 157, 158, 159, 161 Pandangan hadapan 30, 134, 135, 136, 154, 155, 156, 157, 158, 159, 161, 163, 168, 176, 178, 183 Pandangan ortografik 34, 141, 148, 154, 156, 161 Pandangan tambahan 152, 154, 155, 156, 157, 159, 160, 161, 162, 163, 164, 166, 168, 170, 172 Papan lukisan 8, 11, 12 Parabola 104, 106, 107, 110, 111 Pendimensian 132, 146, 147, 148, 148, 195, 196, 200, 220 Pentagon 76, 77, 78 Perentas 53, 54 Perimeter 62, 65 Piawai 5 Piramid 21, 29, 185 Plat pencontoh 10 Poligon 51, 60, 76, 78 Prinsip sukuan 132, 136 Prisma 21, 27 Pusat bulatan 53, 56, 113, 147 lengkok 54, 88, 92, 96 Rajah satah 62, 76, 87, 88, 91, 92, 94, 96, 98, 100 Rata 8, 76, 81, 137, 138, 140, 141, 143, 189, 190, 192, 215 Rombus 71 Ruang kelegaan 146, 147 Segi empat sama 22, 71, 72 tepat 71, 73, 74, 86, 110 selari 71 Segi tiga sama sisi 62, 63 kaki sama 62 tepat 62, 64 sama kaki 63 Sektor 53 Sesiku-T 8, 15 Set sesiku 8 Silinder 21, 27 Sistem ekaarah 146, 147, 148, 195, 220 terjajar 146, 147, 148, 195, 220 Sistem unjuran berpusat 4 selari 4 Sudut tirus 44 tepat 44, 71, 155 cakah 44 penggenap 44 refleks 44 pelengkap 44 Sukuan 53, 132, 134, 135, 136 Tangen 104, 113, 114, 119, 121, 125, 126 Tapak 28, 62, 67, 68, 69 Tembereng 53, 67 Titik 6, 9, 33, 34, 38, 39, 53, 54, 55, 68, 69, 106, 107, 109, 111, 113, 114, 119, 121, 125, 126, 127, 146, 179, 188, 193 Trapezium 71, 72 Unjuran sudut pertama 134, 135, 136 sudut ketiga 132, 134, 135, 136, 137
Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan. Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah Nombor Perolehan: Tarikh Penerimaan: BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh Terima