The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MoLIB - Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (LIiterasi)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by enjen04sktm, 2023-01-30 21:50:55

MoLIB - Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (Literasi)

MoLIB - Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (LIiterasi)

1


MoLIB Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza #24 PLaN Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah LITERASI


#24 PLaN #MoLIB-Literasi INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


#24 PLaN #MoLIB-Literasi Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza - Literasi Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diterbitkan oleh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel : 03-83126666 Faks : 03-83126655 Web : http://ipgm.moe.edu.my/ © Hak cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia Semua hak cipta terpelihara. Hak cipta Kementerian Pendidikan Malaysia 2019. Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya t a n p a m e n d a p a t k e i z i n a n d a r i p a d a p e n e r b i t . September 2020


PENYELARAS PANEL Dr. Ruslan bin Abdullah, IPGK Bahasa Melayu Zaharilah binti Abdul Kadir, IPGK Raja Melewar Dr. Yusfarina binti Mohd Yussof, IPGK Pendidikan Islam Dr. Zarina binti Ahmad, IPGK Pendidikan Islam Anuar bin Mohd Amin, PPD Klang Mahzir bin Ibrahim, PPD Klang Syariman bin Jahari, PPD Sepang Azahari bin Daud, PPD Hulu Selangor Mahat bin Mohamed Amin, SJK(C) Sg. Chua, Kajang Robeah binti Salman, SJK(T) Kajang, Kajang Mas Ahmad Ezanee b. Mohd Yusoff, SK Damansara Damai 1 Abdul Rani bin Abdul Rahman, SK Taman Seri Gombak Abdul Hafiz b. Seman@Kamarulzaman, SK Kampung Tunku Dr. Zainal Abiddin bin Masleh, IPGK Batu Lintang Rodzita binti Yahaya, IPGK Keningau Dr. Rahmah binti Abdul Ghani, IPGK Gaya Mazania bin Kasimin, IPGK Tawau Syahidatunisa binti Samian, SJKC Chong Hwa Rengit Mohd. Khairi Azuan bin Sopa’ai, SK Ladang Yong Peng Sukiman bin Saad, IPGK Tun Hussein Onn. Zaiton binti Arshad, Pusat Pembangunan Latihan Dr. Isnariah binti Idris, Pusat Kecemerlangan Akademik KETUA PANEL Siti Salamah Binti Mohamad Yusof , IPGK Bahasa Melayu REKA BENTUK DAN REKA LETAK HALAMAN Rubiaton binti Ibrahim, JPN Selangor Rohaizan binti Mohamad Sahid, PPD Kuala Selangor Nor Hayati binti Mohd Shaharim, PPD Petaling Perdana Syuhaila binti Elias, PPD Gombak Siti Zuhaidah binti Md Zubir, PPD Klang Tan Pei Choo, PPD Gombak Siti Suhaili binti Sarif, PPD Kuala Selangor Chia Lee Shan, SJKC Pandamaran A, Klang PENASIHAT Dr Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor IPGM Dr Jamiah binti Mohamad, Timbalan Rektor Kanan, PKA Dr Yazid bin Abdul Manap, Timbalan Rektor, PPL PENILAI MODUL Dr Mazlan bin Ismail, KPP BPK Dr Abdul Razak bin Othman, IPGK Pulau Pinang Hamdan bin Abdul Kadir, JPN Kelantan Shamdzul bin Ahmad, JPN Pahang Mohd Kamal bin Ismail, JPN Terengganu Rubiaton binti Ibrahim, JPN Selangor PANEL SOP MoLIB Literasi i PANEL PENULIS MoLIB-LITERASI PENOLONG KETUA PANEL Mazura binti Sulaiman, IPGK Bahasa Melayu


ISI KANDUNGAN MoLIB-LITERASI 01 02 Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza Garis Panduan MoLib Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza Pedagogi Berfokus dan Terbeza Panel Penulis Isi Kandungan Kata Alu-aluan Penghargaan …. i …. ii …. iii … 1 … 6 … 233 MoLIB Literasi ii 03 04 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Aspek Seni Bahasa Aspek Tatabahasa MoLIB TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Aspek Seni Bahasa Aspek Tatabahasa MoLIB TAHUN 3 … 12 … 129 … 14 … 30 … 55 … 80 … 97 … 131 … 149 … 170 … 190 … 206


ISI KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERVENSI LITERASI DAN NUMERASI (MOLIB-LITERASI) MoLIB | Numerasi 7 Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kata Alu-aluan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Institut Pendidikan Guru Malaysia menjadi peneraju dalam melaksanakan program literasi dan numerasi demi mencapai hasrat kemenjadian murid menjelang 2025 melalui inisiatif #24. Program Literasi dan Numerasi sekolah rendah (Inisiatif #24) perlu dilaksanakan secara kemas dan tersusun bagi menjamin kemenjadian murid dalam penyampaian ilmu dan kemahiran oleh para guru. Oleh itu, Modul Literasi dan Numerasi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) dibina untuk membantu para guru Bahasa Melayu dan Matematik sekolah rendah dalam menguasai dan melaksanakan pendekatan pedagogi berfokus dan terbeza. Hal ini bagi membolehkan penyampaian ilmu dan kemahiran bahasa Melayu dan matematik dapat disalurkan dengan lebih tepat dan sampai kepada kumpulan sasarannya . Kumpulan sasaran MoLiB ialah murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 sekolah rendah bagi menguasai tahap penguasaan III dalam pentaksiran bilik darjah (PBD). MoLIB juga jika dapat digunakan sebagai bahan sokongan untuk membantu muridmurid yang sudah mencapai tahap penguasaan III bagi mencapai tahap penguasaan yang lebih baik. Murid-murid ini sudah mempelajari kemahiran asas literasi dan numerasi namun perlu diberikan aktiviti pengukuhan. Bagi mencapai tujuan ini, para guru Bahasa Melayu dan Matematik perlu didedahkan dengan pedagogi berfokus dan terbeza. Pendekatan pedagogi berfokus dan terbeza mendasari modul ini. Pedagogi secara umum ditafsirkan sebagai sains dan seni yang membantu guru mereka bentuk pengajaran untuk memastikan ilmu yang disampaikan kepada murid dapat diterima dan dimanfaatkan dalam kehidupan mereka. Pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa (DSKP,2017:06). Penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi membolehkan murid-murid tahap I menguasai kemahiran asas dengan mantap dan seterusnya mereka berupaya menguasai fasa-fasa tahap kemahiran yang seterusnya. Institut Pendidikan Guru Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB). Semoga pelaksanaan MoLIB akan mencapai hasrat dan matlamat untuk memberdayakan murid-murid menguasai literasi dan numerasi. DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia MoLIB Literasi iii


Kemahiran guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan peranan utama dalam pencapaian murid. Guru yang baik mampu mempelbagaikan aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Oleh itu, guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam merencana pencapaian tahap penguasaan seseorang murid. Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) yang dihasilkan ini boleh dijadikan rujukan untuk guru merancang PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Matematik yang berkesan pada tahap 1 sekolah rendah. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI), guru perlu merujuk Scheme of Work (SoW) seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berasaskan Common European Framework of Reference (CEFR). Modul ini dibina berasaskan kemahiran yang terkandung di dalam DSKP serta mengandungi aktiviti dan bahan yang berbeza berdasarkan pelbagai tahap penguasaan murid. Modul ini juga mampu membantu guru yang bukan opsyen untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan PdP. Pelaksanaan rintis bagi modul ini telah dilaksanakan pada September - Oktober 2019 di 54 buah sekolah melibatkan daerah Sepang Selangor, Pitas Sabah dan Julau Sarawak. Dapatan daripada pelaksanaan rintis berkenaan, usaha menambah baik MoLIB telah dilaksanakan untuk menjadikan modul ini lebih mudah digunakan. Sehubungan dengan itu, MoLIB diperluas pelaksanaannya kepada sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2020. 01 01 Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza GARIS PANDUAN MoLIB PENGENALAN MoLIB 2.0 1 Mo Modul L Latihan I Intervensi B berfokus dan terbeza


Berdasarkan kajian, beberapa sekolah yang pencapaian akademiknya rendah ialah sekolah yang kapasiti muridnya ramai dalam satu kelas, murid orang asli atau peribumi yang diajar oleh guru bukan orang asli dan guru yang bukan opsyen mengajar mata pelajaran teras. Guru kurang berkemahiran dalam merancang aktiviti yang melibatkan murid dengan pelbagai aras tahap penguasaan. Masalah ini berlanjutan sehingga defisit pembelajaran dibawa ke tahap dua. 02 03 RASIONAL MATLAMAT Modul MoLIB dibangunkan sebagai panduan serta rujukan kepada para guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran secara berfokus dan terbeza bagi pelaksanaan PdP yang lebih berkesan. Memastikan guru berkebolehan merancang PdP yang berfokus dan terbeza bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Selain itu, guru boleh menjadikan amalan Professional Learning Community (PLC) sebagai gerak kerja dalam merancang PdP supaya berlaku perkongsian idea dan keberhasilan bersama. MoLIB 2.0 2 Pada akhir pelaksanaan MoLIB ini, guru dapat: menguasai asas kemahiran merancang PdP yang berkesan berdasarkan pelbagai aras kebolehan murid (asas, sederhana dan tinggi); melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam mempertingkat tahap penguasaan murid; dan menjadikan PLC sebagai amalan dalam meningkatkan pengetahuan dalam merancang PdP. 04 OBJEKTIF Tema: Keluarga 05 SASARAN SEKOLAH Pelaksanaan MoLIB melibatkan semua sekolah rendah bawah KPM. 06 SASARAN GURU Guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1 yang mengajar di kelas yang kapasiti muridnya ramai; a. MURID RAMAI c. ASLI/PERIBUMI Guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1 yang mengajar murid orang asli atau peribumi. b. BUKAN OPSYEN Guru bukan opsyen yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1


07 08 09 KERANGKA KONSEP Tema: Keluarga GARIS MASA PELAKSANAAN KAEDAH PELAKSANAAN MoLIB 2.0 3 Melaksanakan PdP berfokus dan terbeza berpandukan DSKP dan MoLIB; PDP TERBEZA PAK-21 1 3 Pengurusan PdP menggunakan kerangka konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang terdiri daripada lima elemen, iaitu perancangan pembelajaran, pembelajaran koperatif dan kolaboratif, kemahiran berfikir, pentaksiran pembelajaran, dan ekosistem bilik darjah yang positif berdasarkan standard asas PAK21, iaitu komunikasi, kolaboratif, kreatif dan kritis, serta nilai (4K1N). SKPMg2 STANDARD 4 2 Aktiviti yang dirancang dalam RPH berdasarkan cadangan MoLIB dilaksanakan semasa PdP setiap mata pelajaran terlibat berasaskan kepada SKPMg2 Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).


10 11 STRATEGI PELAKSANAAN PdP BERPANDUKAN MoLIB PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MoLIB 2.0 4 Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Merancang aktiviti PdP berdasarkan aras dalam MoLIB; a) Guru boleh memilih mana-mana aras yang bersesuaian dengan tahap murid dalam kelas, atau b) Guru boleh gunakan ketiga-tiga aras dalam satu PdP Menyediakan bahan sokongan PdP berpandukan cadangan aktiviti MoLIB. Melaksanakan PdP secara berfokus dan membuat rumusan atau refleksi PdP. Menyediakan RPH dengan memilih Standard Pembelajaran (SP) yang sesuai dengan merujuk MoLIB. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) a) Mengurus, menyelaras dan menilai kebolehlaksanaan modul b) Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan bahagian-bahagian KPM dan JPN c) Merancang dan melaksanakan penataran kepada JPN, PPD dan sekolah d) Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada JPN Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) a) Membantu KPM merancang dan melaksanakan penataran kepada PPD dan sekolah b) Memastikan pelaksanaan mengikut garis panduan yang disediakan c) Mengurus, menyelaras dan menilai pelaksanaan peringkat JPN d) Memantau pelaksanaan MoLIB secara berkala e) Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada PPD f) Melaporkan dapatan pelaksanaan MoLIB kepada KPM


MoLIB 2.0 5 Pentadbir Sekolah a) Memastikan pelaksanaan MoLIB mengikut garis panduan yang disediakan b) Membimbing guru melaksanakan PdP berkesan melalui PLC c) Mencerap PdP guru secara berkala d) Membincangkan keberkesanan pelaksanaan MoLIB dalam dialog prestasi e) Melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan pelaksanaan MoLIB kepada PPD Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) a) Membimbing sekolah melaksanakan MoLIB mengikut garis panduan yang ditetapkan b) Menganalisis dapatan semasa sesi bimbingan c) Memastikan keberkesanan pelaksanaan oleh pihak sekolah d) Melaporkan pelaksanaan MoLIB kepada pengurusan PPD dan JPN e) Membuat tindakan susulan untuk penambahbaikan Guru Mata Pelajaran a) Merancang dan melaksanakan PdP yang berfokus dan terbeza b) Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan murid semasa PdP c) Menambah baik PdP bagi membantu murid yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum d) Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berdasarkan DSKP 12 RUMUSAN Garis panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat melaksanakan MoLIB dalam PdP murid tahap satu di sekolah rendah. Diharapkan pelaksanaan MoLIB ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak demi membantu meningkatkan penguasaan berbahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid di sekolah.


Pengajaran Terbeza, ialah proses memastikan apa yang pelajar belajar dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang dipelajari selaras dengan tahap kesediaan pelajar, minat dan cara pembelajaran yang terbaik. Tomlinson (2014) 01 02 Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza PEDAGOGI BERFOKUS DAN TERBEZA PENGENALAN 6 Sumber: Modul Pedagogi Terbeza, IPGKBM (2019) MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza


02 ELEMEN PEDAGOGI TERBEZA Sumber: Modul Pedagogi Terbeza, IPGKBM (2019) Aplikasi pengajaran literasi berfokus dan terbeza ini dijelmakan dengan setiap kemahiran dan aspek bahasa memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran tiga kumpulan murid berbeza aras kognitif iaitu aras rendah, aras sederhana dan aras tinggi. Pengajaran berfokus bermaksud memastikan murid pelbagai aras ini mencapai objektif yang sama selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. 03 KUMPULAN MURID 02 ARAS SEDERHANA 03 ARAS TINGGI 01 ARAS ASAS MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 7


04 ELEMEN BERFOKUS Tema: Keluarga FOKUS : Mencapai Objektif yang sama pada akhir PdP Kumpulan Murid • Asas • Sederhana • Tinggi Kemahiran Menulis: Menulis Ayat Majmuk Aras Tinggi Aras Sederhana Aras Rendah MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 8 FOKUS KEPADA DSKP BM ASPEK SENI BAHASA ASPEK TATABAHASA KEMAHIRAM MENDENGAR DAN BERTUTUR KEMAHIRAN MEMBACA KEMAHIRAN MENULIS


b) Terbeza Produk Contoh| Kemahiran Menulis :Tulisan Berangkai Aras Asas • Murid menulis tulisan berangkai pada gambar tunggal Aras Sederhana • Murid menulis tulisan pada kad ucapan Aras Tinggi • Murid menghasilkan seni kata lagu bertulisan berangkai c) Terbeza Kandungan Contoh| Kemahiran Menulis : Menulis Karangan Berpandu Aras Asas • Murid menulis karangan • 2 isi • Tajuk mudah : Aku sebatang pen Aras Sederhana • Murid menulis karangan • 3 isi • Tajuk agak sukar : • Aku sebuah kereta Aras Tinggi • Murid menulis karangan • 4 isi • Tajuk lebih sukar : • Aku sebuah buku MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 9 Aras Asas • Murid menulis tulisan berangkai putusputus Aras Sederhana • Murid meniru tulisan berangkai Aras Tinggi • Murid menulis tulisan berangkai daripada tulisan biasa Contoh| Kemahiran Menulis :Tulisan Berangkai a) Terbeza Proses 05 MoLIB LITERASI Aspek pengajaran yang terbeza dicadangkan dalam MoLIB; a) Terbeza Proses, b) Terbeza Produk, dan c) Terbeza Kandungan.


06 KELEBIHAN MoLIB Guru menguasai asas kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berdasarkan pelbagai aras kebolehan murid. 1. KEMAHIRAN GURU 3. PEDAGOGI TERBEZA Guru melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam meningkatkan penguasaan murid. 2. PDP Guru berkeupayaan membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza berdasarkan keperluan murid 4. MODUL MoLIB Manual penggunaan yang mudah dan mesra pengguna . 5.SENI BAHASA Kreatif, inovatif dan didik hibur MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 10


07 RUMUSAN KEMAHIRAN GURU Pemilihan aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan murid. Guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi yang berfokus dan terbeza. TERBEZA Aktiviti kebahasaan seperti pantun, syair, gurindam, sajak dan nyanyian lagu kanak-kanak, lagu rakyat hendaklah mengikut aras penguasaan dan kecerdasan pelbagai murid. BAHAN SAMA Bahan yang sama digunakan untuk 3 aras (asas, sederhana, tinggi) yang berbeza dengan aktiviti yang berbeza. MODEL GURU Guru menjadi model melakukan aktiviti kebahasaan bagi meyakinkan murid. AUDIO VISUAL Bahan audio visual boleh juga digunakan tetapi kompetensi guru perlu lebih menyerlah. MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 11


Tahun 2 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Mendengar dan memberikan respons 1.1.1 Mendengar, mengecam, memahami dan menyebut dengan betul dan tepat; (i) frasa 1.1.2 Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap; (i) soalan 1.1.3 Mendengar, dan memberikan respons dengan membuat tafsiran terhadap; (i) soalan bercapah 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks. 1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. MoLIB | Literasi 13


1.1 Mendengar dan memberikan respons 1.1.1 Mendengar, mengecam, memahami dan menyebut dengan betul dan tepat; (i) frasa (ii) ayat tunggal ASAS Dengar dan Ajuk 1. Mengajuk sebutan guru sambil melihat gambar. Contoh frasa: - selamat pagi - menjemur kasut - mencuci basikal - memesin rumput 2. Menyebut frasa secara berulang-ulang sambil melihat gambar. Bahan cadangan; Kad gambar Kad frasa Kad perkataan Pasang Telinga dan Sebut 1. Mendengar rakaman audio dan menyebut semula frasa yang didengar. Contoh frasa: - selamat pagi - menjemur kasut - mencuci basikal - memesin rumput Bahan cadangan; Kad gambar Kad frasa Rakaman audio Teka Frasa 1. Melihat gambar dan menyebut frasa yang sesuai dengan gambar. Contoh frasa: - mengetuk pintu - mencuci kasut - memesin rumput 2. Mendengar bunyi, sebut dan teka frasa yang sesuai. 3. Menonton video dan meneka frasa yang sesuai daripada video yang ditonton. Bahan cadangan; Bahan audio & video Kad perkataan Kad gambar SEDERHANA TINGGI 01 TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN Standard Kandungan 1.1.1 MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 14 02 Standard Pembelajaran 03 Aktiviti yang dicadangkan


Standard Kandungan Standard Pembelajaran 1.1 Mendengar dan memberikan respons Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS 1.1.1 Mendengar, mengecam, memahami dan menyebut dengan betul dan tepat; (i) frasa (ii) ayat tunggal MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 15 Pasang Telinga dan Sebut Perhatian: Guru perlu membuat rakaman audio. Murid mendengar rakaman audio dan murid menyebut semula frasa. Selamat pagi Memesin rumput Menjemur kasut Mencuci basikal Dengar dan Ajuk 1. Dengar dan ajuk sebutan guru sambil melihat gambar. 2. Sebut frasa secara berulang-ulang sambil melihat gambar. Selamat pagi Memesin rumput Menjemur kasut Mencuci basikal LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA


Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 16 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Teka Frasa! Perhatian: Guru perlu merakam atau memuat turun audio, gambar dan video. 1. Murid melihat gambar dan menyebut frasa yang sesuai dengan gambar. Menyanyikan lagu Mencuci kasut Memesin rumput 2. Murid mendengar rakaman bunyi dan teka frasa yang sesuai. Contoh: Bunyi bertepuk tangan Bunyi mencuci kasut Bunyi mesin rumput Bunyi tapak kasut Bunyi pintu sedang dibuka Bunyi kucing mengiau Klik pautan atau imbas kod QR: http://gg.gg/lqysr 3. Murid menonton video dan meneka frasa yang sesuai dengan aktiviti di dalam video yang ditonton. Klik pautan atau imbas kod QR: http://gg.gg/lqv0t


1.1 Mendengar dan memberikan respons 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap; (i) soalan (iii) pesanan (ii) suruhan (iv) permintaan ASAS Jom Ikut Cikgu 1. Mendengar dan mengajuk soalan dan respons daripada guru. Contoh: Adakah kamu mempunyai kawan baik? Respons: Ya, saya mempunyai kawan baik. Siapakah nama kawan baik kamu? Respons: Nama kawan baik saya Chong Beng. Bahan cadangan; Kad gambar Kad soalan Kad jawapan Permainan Kerusi Panas 1. Memberi respons terhadap soalan yang dikemukakan oleh kawan-kawan dalam kumpulan. Contoh: Soalan: Nama kawan baik kamu siapa? Respons: Nama kawan baik saya Muthu. Soalan: Mengapakah kamu suka berkawan dengan Muthu? Respons: Saya suka berkawan dengan Muthu kerana dia baik hati. Bahan cadangan; Kad soalan Kad jawapan Kamera, Sedia, Lakon 1. Murid melakonkan watak Amir dan Selvam menggunakan dialog yang mengandungi soalan dan jawapan. Murid lain pula menilai lakonan mereka dengan memberi markah atau bintang. Contoh: Amir: Selvam, mari kita ke padang petang ini. Selvam: Boleh, Amir. Pukul berapakah kita hendak ke padang? Amir: Lebih kurang pukul 5:00 petang. Selvam: Boleh saya mengajak Jia Le sekali? Amir: Boleh, Selvam. Dia kawan baik saya juga. Bahan cadangan; Kad dialog Kad / Carta ayat Kad pujian SEDERHANA TINGGI TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN 01 Standard Kandungan 1.1.2 MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 17 02 Standard Pembelajaran 03 Aktiviti yang dicadangkan Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi aktiviti dan penggunaannya berbeza.


Standard Kandungan Standard Pembelajaran 1.1 Mendengar dan memberikan respons Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap; (i) soalan (iii) pesanan (ii) suruhan (iv) permintaan MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 18 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA Jom Ikut Cikgu 1. Murid mendengar dan mengajuk soalan serta respons yang guru sebut dengan kuat. Adakah kamu mempunyai kawan baik? Ya, saya mempunyai kawan baik. Siapakah nama kawan baik kamu? Nama kawan baik saya, Chong Beng. Apakah hobi kawan baik kamu? Hobi kawan baik saya bermain badminton. Permainan Kerusi Panas Perhatian: Guru meminta murid menyusun kerusi untuk permainan ini. 1. Murid mengambil tempat masing-masing dan menyediakan soalan. 2. Murid yang duduk di kerusi panas perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kawankawan. Nama kawan baik kamu siapa? Mengapakah kamu suka berkawan dengan (nama)? Apakah hobi kawan baik kamu? Namakan aktiviti yang kamu dan kawan baik kamu lakukan? Bagaimana kamu membantu kawan kamu yang menghadapi masalah dalam pelajaran? a b c


Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 19 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kamera, Sedia, Lakon Perhatian: Guru perlu menyediakan dialog untuk dilakonkan oleh murid. Murid melakonkan watak Amir dan Selvam menggunakan dialog yang mengandungi soalan dan jawapan. Murid lain pula menilai lakonan mereka dengan memberi markah atau bintang. Amir : Selvam, mari kita ke padang petang ini. Selvam : Boleh, Amir. Pukul berapa kita hendak ke padang? Amir : Lebih kurang pukul 5:00 petang. Selvam : Boleh saya mengajak Jia Le sekali? Amir : Boleh, Selvam. Dia kawan baik saya juga. Selvam : Baiklah. Terima kasih, Amir. Amir jangan lupa membawa bola ya. Amir : Baiklah, Selvam.


1.1 Mendengar dan memberikan respons 1.1.3 Mendengar, dan memberikan respons dengan membuat tafsiran terhadap; (i) soalan bercapah (ii) pesanan ASAS Kerjaya Kita 1. Melafazkan dialog dengan bimbingan guru. 2. Murid melafazkan dialog yang dibaca oleh guru atau rakan-rakan. Bahan cadangan; Kad dialog Permainan Bola Beracun 1. Murid yang terkena bola perlu menjawab soalan yang dipilih dari balang kaca yang mengandungi pelbagai soalan bercapah. Bahan cadangan; Bola getah Balang kaca Gulungan kertas yang mengandungi soalan bercapah Jiranku 1. Murid berbincang dalam kumpulan dan menjawab soalan-soalan bercapah yang diambil dari balang kaca yang mengandungi pelbagai soalan bercapah. Bahan cadangan; Bola getah Balang kaca Gulungan kertas yang mengandungi soalan bercapah SEDERHANA TINGGI 01 TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN Standard Kandungan 1.1.3 MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 20 02 Standard Pembelajaran 03 Aktiviti yang dicadangkan Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi aktiviti dan penggunaannya berbeza.


Standard Kandungan Standard Pembelajaran 1.1 Mendengar dan memberikan respons Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS 1.1.3 Mendengar memberikan respon dengan membuat tafsiran terhadap; (i) soalan bercapah (ii) pesanan MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 21 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA Permainan Bola Beracun Bola getah yang lembut dilambung secara rawak. Murid yang terkena bola getah itu perlu menjawab soalan bercapah yang diambil dari balang kaca. Soalan : Mengapakah kita mesti berbaik-baik dengan jiran? Soalan : Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran? Soalan : Apakah hadiah atau cenderamata yang sesuai untuk diberikan kepada jiran? Soalan : Mengapakah kita perlu melawat jiran yang sakit? Guru boleh menambah beberapa soalan bercapah yang sesuai. Murid melafazkan dialog yang dibaca oleh guru. Amin : Apakah pekerjaan Pak Cik Osman? Amrita : Pak Cik Osman bekerja sebagai kerani di pejabat sekolah kita. Amin : Isteri Pak Cik Osman pula bekerja sebagai apa? Amrita : Isteri Pak Cik Osman suri rumah tangga.


Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 22 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Perbincangan Kumpulan Murid berbincang dalam kumpulan dan menjawab soalan-soalan bercapah yang diambil dari balang kaca. Soalan : Mengapakah kita mesti berbaik-baik dengan jiran? Soalan : Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran? Soalan : Apakah hadiah atau cenderamata yang sesuai untuk diberikan kepada jiran? Soalan : Sekiranya jiran kamu sakit, apakah tindakan yang patut kamu lakukan? Soalan : Jiran kamu pergi bercuti selama seminggu. Mereka meminta kamu menjaga rumahnya. Senaraikan perkara yang perlu kamu buat. Soalan : Kamu dan anak jiran kamu sebaya. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh kamu lakukan bersama-sama. Soalan : Jiran kamu bercadang untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk anaknya. Sebagai jiran yang baik hati, apakah yang boleh kamu lakukan untuk membantu mereka? Guru boleh menambah beberapa soalan bercapah yang sesuai.


1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks ASAS Mari Dengar Ceritaku 1. Menceritakan pengalaman melakukan aktiviti yang menarik dengan menggunakan gambar atau benda maujud. Contoh: menanam pokok bunga masa, tempat dan aktiviti yang dilakukan bertatasusila terima kasih ucapan selamat puji-pujian Bahan cadangan; Kad gambar Kad ayat Bahan maujud Apa Kau Rasa? 1. Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti. Murid menunjukkan kad riak muka sambil menyatakan perasaan. Contoh: rasa gembira, sedih, teruja bertatasusila terima kasih ucapan selamat puji-pujian Bahan cadangan; Kad ayat Kad riak muka Wah, Banyaknya Faedah! 1. Menyatakan faedah-faedah aktiviti menanam pokok di rumah. Murid bercerita menggunakan boneka stoking. Contoh: Faedah: mengisi masa lapang mengeratkan hubungan Menambah pengetahuan bertatasusila terima kasih ucapan selamat puji-pujian Bahan cadangan; Kad gambar Boneka stoking SEDERHANA TINGGI 01 TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN Standard Kandungan 1.2. 1 MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 23 02 Standard Pembelajaran 03 Aktiviti yang dicadangkan Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi aktiviti dan penggunaannya berbeza.


Standard Kandungan Standard Pembelajaran 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 24 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA Mari Dengar Ceritaku Menceritakan pengalaman melakukan aktiviti yang menarik dengan menggunakan gambar atau benda maujud. Contoh: Menanam pokok Apa Kau Rasa? Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti. Murid menunjukkan kad riak muka sambil menyatakan perasaan. Contoh: Bertatasusila : Terima kasih Ucapan selamat Puji-pujian Gembira Sedih Teruja


Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 25 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Wah, banyaknya faedah! Bertatasusila Terima kasih Ucapan selamat Puji-pujian Menyatakan faedah-faedah aktiviti menanam pokok di rumah. Murid bercerita menggunakan boneka stoking. Menambah pengetahuan Mengeratkan hubungan Mengisi masa lapang


1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan 1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif ASAS Cuaca Hari Ini 1. Bersoal jawab untuk memahami maklumat tentang cuaca pada hari ini. Murid melihat gambar sambil bertutur. Maklumat tersurat - cuaca panas Maklumat tersirat - tidak boleh bermain di luar rumah - boleh menyebabkan demam atau sakit Maklumat tersurat - Hujan turun Maklumat tersirat - segera masuk ke dalam rumah - tidak kesejukan - tidak selesema / sakit Bahan cadangan; Kad ayat Kad gambar Kad maklumat Cuaca, Oh, Cuaca! 1. Menyatakan maklumat tersirat dan tersurat berdasarkan dialog yang dibaca. Emak: Suzi, jangan bermain di luar rumah. Sila masuk sekarang. Suzi: Baiklah, mak. Jom, Ai Ling. Mari kita masuk ke dalam rumah. Emak saya memanggil kita masuk. Ai Ling: Mengapa emak kamu menyuruh kita masuk, Suzi? Suzi: Oh, cuaca panas la, Ai Ling! Emak saya bimbang, kita akan demam nanti. Bahan cadangan; • Kad dialog Ramalan Cuaca Hari Ini 1. Membuat simulasi menggunakan maklumat tersurat dan tersirat yang dibincangkan dalam kumpulan. Emak: Suzi, jangan bermain di luar rumah. Cuaca hari ini panas. Sila masuk sekarang. Suzi : Baiklah, mak. Jom, Ai Ling. Mari kita masuk ke dalam rumah. Emak saya memanggil kita masuk. Ai Ling: Mengapa emak kamu menyuruh kita masuk, Suzi? Suzi: Oh, cuaca panas la, Ai Ling! Emak saya bimbang, kita akan demam nanti. 2. Minta murid membuat simulasi dengan menggunakan situasi yang lain. Contohnya, musim hujan, musim angin kencang dan lain-lain. SEDERHANA TINGGI 01 TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN Standard Kandungan 1.2.2 MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 26 02 Standard Pembelajaran 03 Aktiviti yang dicadangkan Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi aktiviti dan penggunaannya berbeza.


Standard Kandungan Standard Pembelajaran 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS 1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 27 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bersoal jawab untuk memahami maklumat tentang cuaca pada hari ini. Murid melihat gambar sambil bertutur. Maklumat Tersurat cuaca panas Maklumat Tersirat - tidak boleh bermain di luar rumah - boleh menyebabkan demam Maklumat Tersurat Hujan turun Maklumat Tersirat - segera masuk ke dalam rumah - supaya tidak kesejukan - supaya tidak selesema Cuaca Hari Ini


Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 28 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI Cuaca, Oh, Cuaca! Menyatakan maklumat tersirat dan tersurat berdasarkan dialog yang dibaca. Emak : Suzi, jangan bermain di luar rumah. Sila masuk sekarang ya. Suzi : Baiklah, emak. Jom, Ai Ling. Mari kita masuk ke dalam rumah. Emak saya memanggil kita masuk. Ai Ling : Mengapa emak kamu menyuruh kita masuk, Suzi ? Suzi : Oh, cuaca panas la, Ai Ling! Emak saya bimbang, kita akan demam nanti. Ramalan Cuaca Hari Ini Membuat simulasi menggunakan maklumat tersurat dan tersirat yang dibincangkan dalam kumpulan. Emak : Suzi, jangan bermain di luar rumah. Cuaca panas hari ini. Masuk cepat! Suzi : Baiklah, mak. Jom Ai Ling. Mari kita masuk ke dalam rumah. Emak saya memanggil kita masuk. Ai Ling : Mengapa mak kamu menyuruh kita masuk, Suzi ? Suzi : Oh, cuaca panas la, Ai Lin! Mak saya bimbang, kita akan demam nanti. Minta murid membuat simulasi dengan menggunakan situasi yang lain. Contoh : Musim hujan, musim angin kencang dan lain-lain.


29 TAHUN 2 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Asas membaca dan memahami. 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (ii) ayat 2.1.2 Membaca dan memahami; (i) perkataan 2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik. 2.2.1 Membaca, memahami, dan mengenal pasti; (i) kosa kata 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 2.3.1 Membaca, mengenal pasti dan menyatakan nilai daripada bahan bukan sastera dan bahan sastera; (i) lagu kanak-kanak 2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (iii) pantun MoLIB | Literasi


2.1 Asas membaca dan memahami 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (i) perkataan (ii) perenggan (ii) ayat (iv) petikan ASAS Permainan Kembar Tiga 1. Contoh petikan: Sambutan Hari Kemerdekaan. (Rujuk Lampiran A) Bahan cadangan; Kad huruf / Kad suku kata Kad gambar Kad ayat Permainan Kotak Beracun 1. Contoh petikan: Sambutan Hari Kemerdekaan. (Rujuk Lampiran A) Bahan cadangan; Teks petikan Kad perkataan Kerusi Kad gambar Baca dan Fahami 1. Contoh petikan: Sambutan Hari Kemerdekaan. (Rujuk Lampiran B) 2. Perenggan dan petikan. 3. Main Peranan : Giliran Kasih. Bahan cadangan; Petikan Kad perkataan Kad / Carta ayat Kad gambar SEDERHANA TINGGI 01 TAHUN 2 Kemahiran Membaca PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN Standard Kandungan 2.1.1 Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi aktiviti dan penggunaannya berbeza. MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 30 02 Standard Pembelajaran 03 Aktiviti yang dicadangkan


TAHUN 2 Kemahiran Membaca PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN LAMPIRAN A 2.1.1 Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan ini mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan adalah seperti pertandingan nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan ini mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan adalah seperti pertandingan nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Murid juga dapat belajar cara tokoh-tokoh kemerdekaan berjuang. Dengan itu, sambutan Hari Kemerdekaan dapat menanam semangat jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia. MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 31 LAMPIRAN B 2.1.1


Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2.1 Asas membaca dan memahami Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (i) perkataan (iii) perenggan (ii) ayat (iv) petikan MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 32 Permainan Kembar Tiga 1. Guru menyediakan beberapa kad ayat. 2. Murid memilih tiga kad ayat yang diberikan. 3. Murid membaca kad ayat yang dipilih dengan susunan yang betul. Contoh petikan: LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Membaca Sambutan Hari Kemerdekaan Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan ini mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan seperti pertandingan nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Contoh bahan interaktif: (Lagu suku kata) https://youtu.be/ikRNErwR0pc disambut pada tanggal Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita 31 Ogos setiap tahun


Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 33 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Membaca Permainan Kotak Beracun 1. Guru mengedarkan kotak beracun yang mengandungi petikan. 2. Murid bermain permainan kotak beracun dengan tertib. 3. Murid yang memegang kotak beracun perlu membaca satu ayat dalam petikan mengikut nombor yang diterima. 4. Permainan diteruskan sehingga semua murid yang terlibat membaca ayat yang diberi. Contoh ayat: 1. Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. 2. Sambutan Hari Kemerdekaan ini ada banyak kebaikannya. 3. Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. 4. Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan adalah seperti pertandingan nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya.


Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 34 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Membaca Baca dan Fahami 1. Guru mengedarkan petikan. 2. Murid bergilir-gilir membaca dua ayat atau lebih dalam perenggan. 3. Guru memberi sokongan / pujian kepada murid yang dapat membaca dengan lancar. Contoh petikan: Perayaan Hari Kemerdekaan Negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan ini ada banyak kebaikannya. Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan adalah seperti pertandingan nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Murid juga dapat belajar cara tokoh-tokoh kemerdekaan berjuang. Dengan itu, sambutan Hari Kemerdekaan dapat menanam semangat jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.


2.1 Asas membaca dan memahami 2.1.2 Membaca dan memahami; (i) perkataan (ii) perenggan (ii) ayat (iv) petikan ASAS Permainan Memancing Perkataan 1. Contoh perkataan: Ogos bendera tokoh sekolah perayaan gemilang kebangsaan kemudahan sambutan pejabat Bahan cadangan; Kad huruf / Kad suku kata Petikan Kad gambar Alatan memancing Kad perkataan Permainan Sambut Kasih 1. Contoh petikan: Rujuk Lampiran C 2. Contoh perkataan: Ogos sekolah perayaan gemilang kebangsaan negara Bahan cadangan; Teks petikan Kad perkataan Kerusi Kad gambar Main Peranan: Giliran Kasih 1. Contoh petikan: Rujuk Lampiran D 2. Contoh perkataan: bendera berhias perayaan menyambut kemerdekaan pasukan sambutan pejabat Bahan cadangan; Petikan Kad perkataan Kad / Carta ayat Kad gambar SEDERHANA TINGGI 01 TAHUN 2 Kemahiran Membaca PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN Standard Kandungan 2.1.2 Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi aktiviti dan penggunaannya berbeza. MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 35 02 Standard Pembelajaran 03 Aktiviti yang dicadangkan


TAHUN 2 Kemahiran Membaca PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN LAMPIRAN C 2.1.2 Negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan setiap tahun. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, bendera Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan rumah kediaman. Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan di setiap negeri di Malaysia. Acara tersebut akan disertai pasukan polis dan tentera. Selain itu, pelajar-pelajar, pekerja dan pasukan sukarela turut mengambil bahagian. MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 36 LAMPIRAN D Setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan rumah kediaman. 2.1.2


Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2.1 Asas membaca dan memahami Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS 2.1.2 Membaca dan memahami; (i) perkataan (iii) perenggan (ii) ayat (iv) petikan MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 37 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Membaca Permainan Memancing Perkataan 1.Guru menyediakan alatan memancing dan juga kad perkataan. 2.Murid memancing kad perkataan secara individu dan bergilir-gilir. 3.Murid akan membaca perkataan yang terdapat pada kad yang berjaya dipancing oleh murid. 4.Murid dapat menjelaskan maksud perkataan yang telah dibacanya. Contoh: Contoh bahan interaktif: (Lagu suku kata) https://youtu.be/ikRNErwR0pc kebangsaan sekolah kemerdekaan tokoh bendera Ogos pejabat perayaan gemilang


Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 38 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Membaca Permainan Sambut Kasih 1. Guru menayangkan video tentang sambutan Hari Kemerdekaan. 2. Guru memaparkan perkataan yang terdapat dalam petikan. 3. Murid membaca dan mencari perkataan tersebut dalam petikan yang diberi. Murid membaca ayat yang mempunyai perkataan tersebut secara bergilir-gilir. Contoh petikan: Ogos sekolah perayaan gemilang kebangsaan negara Negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan setiap tahun. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan rumah kediaman.


Negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan setiap tahun. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, bendera Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan rumah kediaman. Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan di setiap negeri di Malaysia. Acara tersebut akan disertai pasukan polis dan tentera. Selain itu, pelajar-pelajar, pekerja dan pasukan sukarela turut mengambil bahagian. Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 39 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Membaca Main Peranan : Giliran Kasih 1. Guru menayangkan video tentang sambutan Hari Kemerdekaan. 2. Guru mengedarkan petikan. 3. Murid bergilir-gilir membaca perkataan dalam petikan-petikan tersebut.


2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik 2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan untuk mendapatkan: (i) kosa kata (iv) idea utama (ii) isi tersurat (v) idea sampingan (iii) isi tersirat (vi) idea keseluruhan ASAS Permainan Meneka Simbol Bahan grafik Kad gambar yang mengandungi simbol-simbol tertentu seperti: Pondok telefon Tandas lelaki Tandas wanita Tempat letak kereta Restoran 1. Murid membaca kad perkataan dan memadankan dengan simbol. Contoh: • Telefon • Lelaki • Wanita • Parkir Permainan Meneka Simbol Bahan grafik Kad gambar yang mengandungi simbol-simbol tertentu seperti: Pondok telefon Tandas lelaki Tandas wanita Tempat letak kereta Restoran 1. Murid membaca kad frasa dan memadankan dengan simbol yang sesuai. Contoh: • Pondok telefon • Tandas lelaki • Tandas wanita • Parkir kereta Permainan Meneka Simbol Bahan grafik Kad gambar yang mengandungi simbol-simbol tertentu seperti: Pondok telefon Tandas lelaki Tandas wanita Tempat letak kereta Restoran 1. Murid membaca penyataan dan memadankan dengan simbol yang sesuai. Contoh: • Tempat orang awam menggunakan perkhidmatan telefon. • Tandas yang digunakan hanya untuk orang lelaki. SEDERHANA TINGGI 01 TAHUN 2 Kemahiran Membaca PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN Standard Kandungan 2.2.1 MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 40 02 Standard Pembelajaran 03 Aktiviti yang dicadangkan


TAHUN 2 Kemahiran Membaca PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN ASAS Bahan cadangan; Kad gambar Bahan maujud Kad perkataan Bahan cadangan; Video Kad / Carta perkataan Bahan cadangan; Gambar tunggal SEDERHANA TINGGI Bahan yang sama boleh dibina untuk ketigatiga tahap penguasaan tetapi aktiviti dan penggunaannya berbeza. MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 41 03 Aktiviti yang dicadangkan 2.2.1


Standard Kandungan Standard Pembelajaran 2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS 2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan untuk mendapatkan: (i) kosa kata (iv) idea utama (ii) isi tersurat (v) idea sampingan (iii) isi tersirat (vi) idea keseluruhan MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 42 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Membaca Permainan Meneka Simbol Murid membaca kad perkataan dan memadankan dengan simbol. restoran telefon parkir lelaki OKU dilarang merokok wanita


Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 43 LEMBARAN KERJA TAHUN 2 Kemahiran Membaca Permainan Meneka Simbol 1. Murid membaca kad frasa dan memadankan dengan simbol yang sesuai. kedai makan pondok telefon parkir kereta tandas lelaki tandas wanita dilarang merokok Orang Kelainan Upaya


Click to View FlipBook Version