Subur Cinta Kepada Negara Manifestasi Iman
Kebebasan hakiki yang ditegaskan oleh Islam ialah
kemerdekaan jiwa dari dikuasai hawa nafsu dan syahwat dengan
menundukkannya kepada kuasa akal dan iman. Perkara ini
selaras dengan saranan hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Abi Muhammad Abdullah bin Umar bin al-As
bermaksud “Tidak beriman seorang kamu sehingga adalah
hawanya (kemahuannya dan kecenderungannya) mengikut
kepada apa yang aku bawa dengan dia.”
Justeru erti kemerdekaan yang sebenar bukanlah semata-mata
kebebasan di dalam menentukan corak pentadbiran dan
pemerintahan negara serta menikmati segala hasil mahsulnya,
tetapi juga bebas dari sebarang bentuk cengkaman minda dan
jiwa dari sebarang sistem yang menyanggahi matlamat syariat
yang dinyatakan di dalam Maqasid Syariah yang lima iaitu
memelihara agama (hifz al-din), memelihara nyawa (hifz al-nafs),
memelihara keturunan (hifz al-nasl), memelihara akal (hifz al-
a’ql) dan memelihara harta (hifz al-mal).
Di antara hikmah yang dikecapi dari kemerdekaan adalah kualiti
hidup yang lebih baik dari segi pembangunan, pendidikan,
ekonomi dan keselamatan. Melalui kemerdekaan, negara dapat
dibangunkan dengan pelbagai kemudahan yang dapat
meningkatkan taraf hidup serta memberikan keselesaan kepada
36
rakyat. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap warga negara
untuk bersyukur dengan semua kemudahan ini sepertimana
anjuran di dalam firman Allah SWT, Surah Ibrahim ayat 7 yang
bermaksud “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan
tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika
kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Kemerdekaan juga turut membawa nikmat kemakmuran dan
keamanan dalam sesebuah negara. Negara yang makmur
haruslah menepati prinsip “Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun
Ghafur” iaitu sebuah negara gemilang yang bukan sahaja kaya
dan maju, bahkan merupakan sebuah negara yang mendapat
pengampunan daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf ayat 96 bermaksud
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa,
tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan
bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami
timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang
mereka telah usahakan.”
Konsep ‘Baldatun Taiyyibatun Wa Rabbun Ghafur’ adalah
sebuah negara yang dinamik dengan ciri-ciri asas yang tidak
berubah, iaitu berpandukan syariah. Dalam masa yang sama,
37
sebuah negara Islam hendaklah memperakui dan membenarkan
segala peraturan lain demi memelihara kemaslahatan manusia
selagi berada di bawah pengawasan dan pengiktirafan syariah.
Sehingga hari ini, rakyat Malaysia masih dapat menikmati
kehidupan yang tenteram dan aman berbanding persekitaran
dan suasana kehidupan rakyat di kebanyakan negara Islam yang
lain terutamanya di Asia Barat. Dalam hal ini, pergolakan politik,
pergaduhan dan persengketaan antara etnik dan agama yang
membawa kepada pertumpahan darah di beberapa negara luar
sewajarnya menginsafkan kita tentang betapa penting dan tinggi
nilainya erti sebuah perpaduan, keamanan dan kestabilan.
Ajaran Islam menegaskan bahawa semua manusia berasal
daripada asal usul yang sama iaitu Nabi Adam A.S, manakala
Nabi Adam A.S pula diciptakan dari tanah. Kepelbagaian
keturunan, budaya, bangsa, bahasa dan sebagainya adalah
merupakan keistimewaan penciptaan manusia dan tanda
kebesaran Allah SWT. Kepelbagain ini mestilah dijadikan
sebagai suatu kebaikan untuk saling mengenali dan berkasih
sayang serta mengatur kehidupan bermasyarakat secara
harmoni. Firman Allah SWT yang bermaksud “Wahai umat
manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
38
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan
atau bangsanya.” (Surah al-Hujurat (49): 13).
Kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu bagi
meletakkan asas untuk membina sebuah negara yang berdaulat
harus dihayati oleh setiap warga negara tanpa mengira bangsa
dan agama. Pengorbanan ini bukanlah dilakukan demi
kepentingan peribadi atau mengharapkan ganjaran tetapi
keihkhlasan dan daya juang yang tinggi dalam menuntut
kebebasan dan kemerdekaan negara.
Segala kepayahan, kesusahan dan pengorbanan yang terpaksa
dilalui dan dilakukan oleh generasi terdahulu adalah demi
membentuk dan mewujudkan sebuah negara yang sejahtera
seperti yang wujud hari ini. Konsep pengorbanan ini sebenarnya
amat signifikan dan perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia
sebagai sebuah negara yang berbilang agama, bangsa dan
budaya.
Menjadi tanggungjawab setiap warga negara untuk menghayati,
menyuburkan dan membudayakan kembali konsep
pengorbanan dan tolak ansur dalam diri setiap individu mengikut
konteks agama dan pegangan masing-masing dalam semangat
sebagai sebuah bangsa Malaysia. Perkara ini boleh dilakukan
berasaskan prinsip semua agama menyeru ke arah kebaikan
39
dan kesederhanaan melalui budaya pengorbanan dan tolak
ansur mengikut amalan dan cara masing-masing.
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ini diharapkan
setiap rakyat Malaysia dapat bermuhasabah diri dan melihat
kembali sejarah pembentukan negara serta bertekad bersedia
untuk berkorban apa jua demi mempertahankan kedaulatan
negara.
Perasaan ego, mengutamakan kepentingan dan kemahuan
peribadi, prasangka dan prejudis serta sifat tamak perlulah
dikorbankan demi negara tercinta ini.
Kebebasan dianggap sebagai kehormatan bagi manusia atau
sesebuah negara. Kemerdekaan memberikan ruang kebebasan
bagi individu untuk bergerak bebas dan hak mendapatkan
perlindungan daripada sebarang pencerobohan. Negara yang
merdeka memberi jaminan hak kebebasan seperti yang
termaktub di dalam perlembagaan seperti bersuara, hak milik,
beragama, dan berpolitik berasaskan lunas yang ditetapkan.
Bagi mempertahankan nikmat kemerdekaan, setiap warga
negara haruslah menghayati tanggungjawab kepada negara
misalnya memberikan taat setia kepada pemerintah. Menurut
panduan Islam setelah memilih Ketua Negara maka masyarakat
bertanggungjawab memberikan ketaatan kepada pemimpin
40
yang dipilih. Ketaatan masyarakat kepada pemimpin adalah
wajib selama mana ia tidak bercanggah dengan syariah Islam.
Ketaatan rakyat kepada pemimpin adalah berasaskan firman
Allah di dalam al-Qurang yang bermaksud “Wahai orang-orang
yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulu al-Amr" dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya (Surah al-Nisa’ (4): 59).
Selain itu warga negara juga bertanggungjawab bekerjasama
dengan para pemimpin untuk mempertahankan negara dari
ancaman musuh dan melaksanakan tanggungjawab keagamaan
dengan melaksanakan hukum hakamnya serta menegakkan
hukum ke atas semua yang menyeleweng dan melanggar
ajarannya.
Memerangi musuh yang mengancam keselamatan negara Islam
juga adalah menjadi tanggungjawab masyarakat dan para
pemimpin. Perkara ini termasuklah menjaga keamanan negara
supaya rakyat dapat hidup dengan aman dan bebas.
41
Setiap warga negara juga bertanggungjawab melaksanakan
dasar dan menyokong program-program pemerintah yang tidak
bercanggah dengan Islam. Allah berfirman di dalam al-Quran
yang bermaksud “dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-
menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan
bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat
berat siksaNya.” (Surah al-Maidah : 2).
Selain itu, setiap warga negara perlu menunaikan hak-hak
kewangan kepada Negara ini seperti menunaikan zakat bagi
orang Islam dan kharaj bagi ahl dzimmah. Firman Allah SWT
yang bermaksud “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan
rukuklah beserta orang-orang yang rukuk (Surah al-Baqarah 2:
43). Masyarakat juga berkewajipan membantu pemerintah
memungut, mengurus dan mengagihkan kutipan zakat dalam
kalangan umat Islam. Perkara ini termasuk juga pentadbiran
harta iaitu merancang pengagihan dari harta Baitulmal dengan
adil dan saksama tanpa pembaziran dan membuat pembayaran
yang tepat pada waktunya.
Umat Islam juga harus saling memperingati di antara satu sama
lain seperti firman Allah SWT yang bermaksud “Dan peliharalah
dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-
orang yang zalim saja di antara kamu. dan ketahuilah bahawa
Allah amat keras siksaan-Nya.” (Surah al-Anfal 8: 25). Ayat
42
tersebut menggambarkan kepada kita tentang pentingnya
masyarakat melaksanakan tanggungjawab menyeru kepada
kebaikan dan melarang kemungkaran dalam konteks hidup
bermasyarakat.
Selain itu, masyarakat juga bertanggungjawab menyampaikan
nasihat dan pesanan kepada pemerintah kerana golongan ini
memainkan peranan yang paling besar dalam menegakkan
agama. Sebahagian besar tanggungjawab agama tidak dapat
dilaksanakan melainkan melalui pemerintahan. Dalam sebuah
hadis, Rasulullah SAW menyifatkan bahawa seruan kepada
pemerintah yang zalim sebagai jihad yang paling besar bagi
seorang mukmin. Walaubagaimanapun teguran dan nasihat ini
haruslah disampaikan secara berhikmah seperti dinyatakan oleh
Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud “Serulah
(manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran
yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang
siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-
Nahl 16: 125).
Marilah kita menghayati erti kemerdekaan yang sebenar
menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata
Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang
bernama Rustum yang bermaksud “Allah mengutuskan kami
43
(orang-orang Islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada
mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri
kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam
dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan
akhirat. Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang
diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa
penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan
bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh
berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.”
Kedatangan Islam melalui pengutusan Nabi Muhammad SAW
yang membebaskan manusia dari belenggu kekufuran
hakikatnya membawa mesej kemerdekaan yang sebenar
sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud “(Dan tiadalah
Kami (Allah) mengutus engkau (Muhammad), kecuali untuk
menjadi rahmat bagi semesta alam) (Al-anbiya’ :107)."
44
Pengorbanan Jiwai Kesatuan
Kedatangan bulan Zulhijjah adalah amat besar maknanya di
dalam kalendar tahunan umat Islam di samping bulan-bulan
Islam yang lain di dalam kalendar Hijrah. 10 hari pertama dalam
bulan Zulhijjah adalah hari yang paling istimewa. Dalam sebuah
hadis daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Tidak ada hari yang amal solehnya lebih dikasihi
Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini.” Para sahabat
bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah
bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang
keluar (berjihad) membawa diri dan hartanya serta tidak kembali
lagi selepas itu (syahid).” (Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi).
Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah telah
menyambut dua hari raya. Maka Rasulullah SAW telah bersabda
maksudnya : ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada
kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya
Aidiladha.'' (Riwayat Imam Ahmad). Hari Raya Aidiladha atau
lebih dikenali dengan Hari Raya Korban ditetapkan pada hari
kesepuluh pada bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam
kalendar Hijrah Islam.
Allah SWT telah menggantikan kepada umat-Nya dua hari yang
pada asalnya hanya untuk berseronok semata-mata dan lalai
pada hari tersebut dengan suatu hari bagi menzahirkan
45
kesyukuran, memohon keampunan dan bermaaf-maafan antara
satu sama lain.
Aidiladha adalah Hari Raya yang paling besar dan mempunyai
banyak kelebihan. Sempena Aidiladha ini juga, umat Islam
dituntut melaksanakan Ibadah korban bagi memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup melaksanakan
perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya
kepada Allah S.WT. Firman Allah SWT di dalam al-Quran yang
bermaksud “Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur
yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya,
Nabi Ibrahim telah bermimpi di mana dalam mimpinya Allah telah
memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama
Ismail. Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya : Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku
bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu?
Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang
diperintahkan kepadamu. Insya Allah, ayah akan mendapati aku
termasuk orang-orang yang sabar.” (Surah as-Saffat, ayat 102).
Bulan Zulhijjah adalah bulan istimewa kerana ia adalah bulan
umat Islam mengerjakan haji di samping ramai di antara kita
mengerjakan ibadah korban. Setiap kali perayaan ini tiba, kita
diingatkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi
Ismail a.s serta berusaha menterjemahkan pengorbanan
tersebut di dalam kehidupan seharian.
46
Antara hikmah disyariatkan ibadah korban adalah bagi
meneladani perjuangan, pengorbanan dan ketaatan Nabi
Ibrahim a.s serta keluarganya terhadap perintah Allah SWT.
Ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. dalam
melaksanakan perintah Allah jelas menunjukkan betapa
teguhnya keimanan mereka terhadap Allah SWT. Peristiwa
pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi
Ismail a.s. memberi makna yang amat besar kepada seluruh
umat Islam dan ia memperlihatkan secara jelas sifat ketakwaan
dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan
apa sahaja di dalam menegakkan syiar Islam.
Kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anak
kesayangannya Nabi Ismail a.s. bukan semata-mata didorong
oleh perasaan taat setia secara membuta tuli, sebaliknya ia
didorong oleh keyakinan bahawa perintah Allah SWT tersebut
merupakan suatu yang harus dipatuhi dan dilaksanakan dengan
penuh keikhlasan.
Di samping menghayati erti pengorbanan, Hari Raya Aidiladha
turut membawa bersama mesej dan pengajaran penting yang
berkait rapat dengan kesatuan umat melalui falsafah ibadah haji.
Walaupun umat Islam di seluruh dunia terdiri daripada pelbagai
bangsa, bahasa, warna kulit, budaya dan negara, namun ia
adalah umat yang satu dan menyembah Tuhan yang satu iaitu
Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran, ayat 103
47
yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu berpegang teguh
dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-
berai”.
Berdasarkan ayat tersebut, penting bagi umat Islam untuk
mengambil pengajaran dan iktibar di sebalik Aidiladha bahawa
betapa pentingnya memelihara kesatuan dan perpaduan ummah
dalam masyarakat serta memahami tentang kedudukan manusia
yang sama di sisi Allah SWT. Perkara yang membezakan
kedudukan manusia di sisi Allah hanyalah sifat takwa yang
dimilikinya. Justeru, bagi mencapai matlamat perpaduan ini,
pengorbanan yang sangat besar dan kerjasama yang berterusan
adalah diperlukan daripada semua pihak.
Setiap tahun ketika perayaan Aidiladha, umat Islam
menyembelih binatang-binatang korban dan mengagihkan
kepada golongan yang kurang bernasib baik. Seperti Hari Raya
Aidilfitri, Pada Hari Raya Korban ini juga, orang Islam disunatkan
memakai pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga
memakai wangi-wangian. Umat Islam akan mengerjakan Solat
Sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat
pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya Solat Sunat Aidiladha dicepatkan sedikit
berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit
waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak
48
masa untuk penyembelihan korban. Manakala hikmah
dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah untuk
memberikan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat
menunaikan kewajipan mereka serta disunatkan makan dahulu
sebelum ke masjid.
Manakala bagi Solat Sunat Aidiladha, hikmah disunatkan makan
selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada
hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas solat Hari
Raya, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan
biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai
di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang
ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Penyembelihan binatang korban merupakan ibadah sunat yang
sangat dituntut di dalam Islam dan harus dilaksanakan oleh
mereka yang mampu sebagaimana yang dinyatakan dalam
firman Allah SWT dalam surah al-Kautsar, ayat 1-2 yang
bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan
kepadamu (wahai Nabi Muhammad) nikmat yang banyak
(antaranya sungai al-Kautsar di syurga), maka dirikanlah
sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah binatang korban
(kerana mensyukuri nikmat-nikmat-Nya)”.
Disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan
penyembelihan iatu dengan menumpahkan darah mana-mana
49
binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan. Bagi yang
menunaikan haji, mereka selanjutnya melontar jamrah,
disyariatkan juga ke atas mereka untuk bertahallul daripada
perkara yang diharamkan haji, melakukan sunat haji,
menunaikan nazar mereka, menyembelih binatang untuk
dikorbankan kemudian melakukan tawaf di Baitul ‘Atiq (Kaabah).
Kaum muslimin yang lain pula berkumpul untuk melakukan zikir,
takbir dan solat sunat hari raya.
Ibadah korban merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi
Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah
mensyariatkan ke atas Nabi Ibrahim ketika Allah menebus anak
Nabi Ibrahim dengan seekor binatang sembelihan yang besar.
Dalam hadis riwayat Zaid bin Arqam, dikatakan kepada
Rasulullah SAW: Maksudnya: ''Apa itu korban?.'' Baginda
bersabda, ''Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim,'' Beliau
bertanya lagi, ''Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai
Rasulullah ?'' Baginda bersabda,''Setiap helai rambut adalah
pahala.'' Katanya lagi, ''Bagaimana pula dengan bulunya?''
Baginda bersabda, ''Setiap helaian rambut daripada bulunya
ialah pahala.'' Riwayat Imam Ahmad (19283), al-Baihaqi (19489)
di dalam Sunan al-Kubra,Ibnu Majah (3217).
Pelaksanaan ibadah korban adalah untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT dan sebagai tanda kesyukuran di atas segala
nikmat kurniaan-Nya. Selain itu, ibadah korban juga dapat
50
melatih umat Islam agar dapat menghakis sifat tamak dan bakhil
dalam mengeluarkan harta serta melahirkan sifat pemurah untuk
membelanjakan harta ke jalan Allah SWT demi membela dan
membantu golongan yang lebih memerlukan seperti golongan
fakir dan miskin.
Semangat berkorban harus disuburkan dalam diri umat Islam
dan seluruh warga masyarakat. Sebagai contoh, sifat bukan
semata-mata menjadi penerima bahkan bersemangat untuk
menjadi pemberi harus menjadi sebahagian daripada budaya
hidup kita. Sifat memberi sewajarnya diterapkan dan menjadi
sifat utama orang bertakwa yang sentiasa berinfaq sama ada
dalam keadaan lapang mahupun kesempitan.
Aidiladha juga merupakan masa yang tepat untuk kita
mendalami makna di sebalik ibadah haji yang melambangkan
kebersamaan dan kesatuan umat. Falsafah di sebalik ibadah haji
yang merupakan proses pentarbiyahan diri tentang solidariti
sosial, ukhuwah Islamiyah, perdamaian, kesucian, kebersihan,
serta keperihatinan terhadap umat Islam yang lain melalui
pengagihan sembelihan korban, jika benar-benar dihayati akan
menatijahkan rahmah dalam kehidupan.
Syariat berkorban akan melahirkan umat yang memiliki sifat
empati dan simpati sesama insan, memperkukuh dan
menguatkan hubungan dengan Allah SWT serta mengeratkan
51
hubungan sesama manusia. Setiap individu perlu menyedari
bahawa semua umat Islam adalah bersaudara dan tunjang
utamanya adalah ketakwaan kepada Allah SWT. Justeru, hanya
generasi yang bertakwa sahaja mampu memimpin umat untuk
bersatu hati menjiwai semangat kesatuan. Firman Allah SWT
dalam surah al-Hujjurat, ayat 10 yang
bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah
bersaudara, maka kerana itu damaikanlah antara kedua
saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
mendapat rahmat.”
52
Masjid Rahmah, Pusat Kegemilangan Ummah
Idea dan konsep Masjid RAHMAH yang mengandungi
elemen Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat
adalah selari dengan usaha Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) untuk memperkukuhkan lagi fungsi dan
peranan institusi masjid sebagai pusat kegemilangan ummah.
JAWI sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap
pengurusan dan pentadbiran masjid di Wilayah Persekutuan
sentiasa mengemaskini segala tindakan dan gerak kerja bagi
menterjemahkan konsep tersebut. Di antara pendekatan yang
telah dilaksanakan termasuklah Pertama ; Memperkasakan
beberapa peraturan dan garis panduan seperti memperkenalkan
Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid Dan Surau serta
Mewujudkan Kaedah-Kaedah Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2018.
Pemerkasaan peraturan ini menjurus kepada penambahbaikan
efisensi dan integriti dalam pengurusan masjid sekaligus dapat
menyerlahkan mesej RAHMAH melalalui tadbir urus masjid yang
baik.
Kedua ; Memberi penarafan bintang kepada Masjid. JAWI telah
melancarkan Standard Penarafan Masjid Wilayah Persekutuan
pada 26 Februari 2019 dan proses penilaian akan mula
dilaksanakan pada Ogos 2019. Berdasarkan Standard ini,
53
masjid-masjid perlu memenuhi 4 kriteria yang ditetapkan iaitu
pengurusan organisasi, pengimarahan, kemudahan prasarana
dan persekitaran. Dengan memenuhi kriteria ini, institusi masjid
sebenarnya dapat merealisasikan mesej RAHMAH yang
dimaksudkan. Selain itu, JAWI turut memperkenalkan inisiatif
penjenamaan semula masjid-masjid di Wilayah Persekutuan
kepada Masjid Ilmu, Masjid Pelancongan, Masjid Pertanian,
Masjid Digital, Masjid Hijau, dan Masjid Dalam Taman.
Ketiga ; Menyemarak Aktiviti Pengimarahan. JAWI merangka
pelbagai program pengimarahan berkonsepkan merakyatkan
fungsi masjid. Program Gerobok Rezeki, Mesin ATM Beras,
JAWI Food Bank, Search to Serve, Rakan Hospital, Jelajah
RAHMAH, Kempen Masjid Alami, Sukarelawan Pelancongan
Masjid, Program Agihan Makanan Asnaf dan lain-lain telah mula
dilaksanakan dan mendapat sambutan yang amat
menggalakkan.
JAWI mempunyai 89 buah masjid di Wilayah Persekutuan
termasuk Labuan dan Putrajaya. Masjid-masjid ini ditadbir oleh
11 orang ahli jawatankuasa dan beberapa pegawai masjid. Oleh
itu, JAWI sentiasa berhubung dengan barisan pentadbir masjid
bagi menyelaras dan mengatur aktiviti khususnya bagi menjaga
kebajikan asnaf. JAWI sentiasa menyokong inisiatif yang
dilaksanakan oleh pihak masjid yang menghulurkan bantuan
54
kepada asnaf sama ada dalam bentuk wang ringgit, barangan
keperluan harian dan sebagainya.
Pelbagai program menyantuni asnaf yang telah dilaksanakan
berpusatkan masjid telah memberikan manfaat yang besar
kepada masyarakat.
Sepertimana dimaklumi, Islam adalah agama keharmonian dan
perpaduan. Islam juga adalah agama yang membawa rahmat
kepada seluruh alam. Rahmat Islam ini turut disebarkan melalui
institusi masjid. Jika kita menelusuri sirah, Nabi Muhammad
SAW membina masjid bagi tujuan penyatuan ummah selain
sebagai medium penyebaran dakwah.
JAWI menyedari bahawa masjid-masjid di Wilayah Persekutuan
dikelilingi oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang dan lapisan tanpa mengira bangsa, agama dan
budaya. Oleh itu, masjid wajar dijadikan sebagai lokasi
pertemuan mahabbah dalam kalangan orang Islam dan bukan
Islam bagi mewujudkan suasana persefahaman dan
keharmonian. Di Wilayah Persekutuan, terdapat masjid yang
menganjurkan program dengan turut melibatkan orang bukan
Islam untuk turut serta seperti Majlis Sambutan Tahun Baharu
Cina. Selain itu JAWI melalui Masjid Wilayah Persekutuan turut
melaksanakan Dialog Harmoni bersama ketua-ketua agama lain
serta program sukarelawan pelancongan masjid yang
55
mendekatkan pelancong asing terutama bukan Islam kepada
institusi masjid. Bahkan JAWI baru-baru ini telah menganjurkan
Program Street Raya 2019 yang menggabungkan semua masjid
dan surau Jumaat bagi menyantuni masyarakat pelbagai bangsa
dan agama. Semua inisiatif ini dapat menyerlahkan mesej
keamanan dan keharmonian dalam Islam yang berkonsepkan
kesepaduan dalam kepelbagaian.
Dalam konteks pentadbiran, JAWI telah mewujudkan 6 buah
pusat pentadbiran zon bagi mengawal selia masjid-masjid di
Wilayah Persekutuan. Perkara ini bertujuan menyusun
pentadbiran secara sistematik agar masjid-masjid dapat diselia
dengan baik dan program-program yang dilaksanakan di masjid-
masjid dapat diselaraskan. Melalui pusat pentadbiran zon,
perancangan tahunan masjid meliputi pelbagai aktiviti dan
program dapat disusun dengan rapi. Aktiviti harian seperti kuliah
Maghrib, kelas-kelas pengajian dan aktiviti bulanan seperti forum
perdana dijalankan sepanjang tahun. Semua program ini
dilaksanakan bertujuan menyebarkan kefahaman Islam dan
mesej perpaduan dalam kalangan umat Islam.
Selain itu, JAWI sentiasa berusaha memastikan masjid-masjid
ditadbir secara profesional berdasarkan akta dan garis panduan
yang berkuatkuasa agar institusi ini sentiasa bebas dari
sebarang anasir yang memecahbelahkan masyarakat.
56
Semoga semua inisiatif yang dilaksanakan oleh JAWI ini akan
dapat merealisasikan agenda masjid sebagai pusat
kegemilangan ummah berasaskan prinsip-prinsip maqasid
syariah seterusnya menjadi model pengurusan masjid terbaik di
peringkat dalam dan luar negara.
57
Islam Muliakan Martabat Wanita
Islam adalah agama rahmat kepada seluruh alam. Di antara
tanda rahmat itu ialah Allah SWT menciptakan manusia yang
terdiri daripada lelaki dan wanita serta kepelbagaian bangsa dan
budaya dengan tujuan saling melengkapkan di antara satu sama
lain. Di dalam pandangan Islam, semua manusia sama ada lelaki
atau wanita tidak dibezakan dari segi darjat dan kedudukan
melainkan nilai ketaqwaannya di sisi Allah SWT. Firman Allah
SWT di dalam al-Quran Surah al-Hujurat ayat 13 yang
bermaksud “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan
keadaan dan amalan kamu).”
Semenjak awal kedatangan Islam melalui pengutusan baginda
Nabi Muhammad SAW, kedudukan dan darjat wanita diletakkan
pada status yang mulia berbanding dengan yang diperlakukan
terhadapnya ketika zaman jahiliyah. Ajaran Islam telah
memperbetulkan pandangan dan layanan masyarakat terhadap
golongan wanita. Pada zaman jahiliyah wanita dipandang
58
rendah serta menjadi hamba nafsu semata-mata. Pandangan
masyarakat terhadap wanita ketika zaman tersebut amat rendah
bahkan mereka tidak dibenarkan menjalani kehidupan. Justeru
sesiapa sahaja yang melahirkan anak perempuan ketika itu akan
membunuh anaknya hidup-hidup. Perkara ini digambarkan
dengan jelas di dalam firman Allah SWT yang bermaksud “Dan
apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia
beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari
(kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan
marahnya dalam hati. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana
(merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan
kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia
berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan
yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah?
Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.”
(Surah Al-Nahl : 58-59)
Di dalam ayat yang lain juga diceritakan perkara yang sama
tentang bagaimana masyarakat sebelum kedatangan Islam
memperlakukan wanita. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran
yang bermaksud “Dan apabila anak perempuan yang ditanam
hidup-hidup: ditanya, - Dengan dosa apakah ia dibunuh?” (Al-
Takwir : 8-9).
Semasa zaman jahiliyah wanita juga tidak diberikan hak
pewarisan. Namun apabila syariat Islam datang, ia bukan sahaja
59
memberikan hak pewarisan kepada wanita tetapi juga
memberikan hak-hak yang lain kepada wanita dalam masalah
perkahwinan, perceraian, pemilikan harta, pendidikan, dan
sebagainya. Firman Allah SWT yang bermaksud “Orang-orang
lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan
kerabat dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka
dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau
banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah
diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)” (Al-Nisa’ : 7)
Hakikatnya, Islam datang untuk mengangkat darjat wanita dan
memuliakannya dengan pelbagai keistimewaan. Justeru
terdapat banyak hadis yang memberi peringatan agar
mengawasi tindak tanduk supaya tidak menzalimi golongan
wanita khususnya yang bergelar isteri. Dalam hal ini, Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud “Bertaqwalah kamu kepada
Allah dalam urusan wanita, sesungguhnya kamu telah
mengambil mereka dengan amanah Allah dan perhubungan
kamu dengan mereka telah dihalalkan dengan perkataan-
perkataan Allah” (Hadis Riwayat Muslim).
Masyarakat juga diingatkan tentang tanggungjawab untuk
melindungi dan memelihara hak golongan wanita seperti firman
Allah SWT yang bermaksud “Kaum lelaki itu adalah pemimpin
dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang
60
lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta
mereka.” (al-Nisa', 4:34).
Memelihara hak dan kemuliaan golongan wanita ini adalah
selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui
agenda pembangunan lestari 2030 yang menekankan hak
kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita selagi mana ia
menepati tujuan syarak dan acuan budaya masyarakat Malaysia.
Wanita harus memelihara maruah dan kehormatan diri dan
melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan tuntutan
syariat agar sesuai dengan darjat yang telah dimuliakan
kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan
sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan
Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai
kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan
rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta
Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas
banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” (al-Isra’ 17
: 70).
Beberapa keistimewaan terhadap wanita yang diberikan oleh
Islam termasuklah hak untuk melaksanakan ibadah dan meraih
ganjaran pahala dan syurga seperti firman Allah SWT yang
61
bermaksud Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah
dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka
memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang
baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-
ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang
mulia” (Al-Hadid 57 : 18). Firman Allah dalam ayat yang lain
bermaksud “Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki dan
perempuan, sedang dia beriman, kami akan menghidupkannya
dengan kehidupan yang baik. Sesungguhnya kami akan
membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik
daripada apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Nahl (16): 97).
Wanita solehah adalah wanita yang bertaqwa kepada Allah,
yang mengerjakan amal baik dan meninggalkan larangan-Nya.
Oleh itu Allah SAW akan memberikan ganjaran dengan jaminan
memasuki syurga dari pintu mana pun yang diinginkannya
sepertimana hadis oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud
“apabila seorang wanita telah melaksanakan solat lima
waktunya, melaksanakan puasa, menjaga kemaluannya, dan
taat pada suaminya, maka dia akan masuk syurga dari pintu
manapun yang disukainya.”
Kedudukan wanita sebagai ibu juga amat dimuliakan. Perkara ini
dapat dilihat berdasarkan sebuah hadis oleh Abu Hurairah RA
bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W
‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk
62
aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W.
menjawab: Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling
berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu
kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu. Maka diambil
manfaat daripada hadis ini bahawa seorang ibu didahulukan
dalam proses berbuat baiknya seorang anak itu kepada kedua
ibubapanya sebanyak tiga kali ke atas bapanya. (Riwayat
Muslim (2548).
Golongan wanita juga dipelihara kehormatannya melalui syariat
menutup aurat. Ajaran Islam menetapkan agar wanita
memelihara auratnya supaya terhindar dari pelbagai bentuk
fitnah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang
bermaksud “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka
dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Pada zaman kini, golongan wanita telah diberikan ruang untuk
turut serta menyumbang kepada masyarakat melalui penglibatan
dalam pelbagai bidang seperti politik ,sosial, dan ekonomi selain
tugas tradisinya menguruskan keluarga dan rumah tangga.
Semua penglibatan dan sumbangan ini diraikan oleh Islam
63
selagimana pekerjaan yang dilakukan mengikut syarak, menjaga
adab wanita muslimah, serta tidak mengabaikan tugas yang lain
kepada suami, anak-anak dan keluarga.
Justeru marilah bersama-sama kita menginsafi segala bentuk
pembelaan yang telah diberikan dan dijamin oleh Islam dalam
mengangkat darjat wanita serta memelihara mereka dari
sebarang bentuk diskriminasi seiring dengan panduan syariat
Islam.
64
Dakwah Kreatif Di Era Baharu
Dakwah adalah bertujuan melaksanakan islah kepada ummah
dan penambahbaikan dalam masyarakat. Firman Allah SWT di
dalam surah Ali Imran ayat 104 bermaksud “Dan hendaklah ada
di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang
salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah
orang-orang yang berjaya.” Justeru pendekatan dakwah harus
dipelbagaikan agar ia kekal relevan dan menepati keperluan
kelompok sasaran. Dalam konteks kreativiti dakwah, pelbagai
aspek perlu dipertimbangkan termasuklah memanfaatkan media
sebagai platform penyebaran dakwah yang berkesan.
Dakwah di era baharu perlu digerakkan melalui pelbagai bentuk
program termasuklah melalui media massa seperti radio dan
televisyen, media cetak dan media baharu seperti facebook,
whatsapp, instagram, youtube dan lain-lain. Perkara ini seiring
dengan perkembangan revolusi industri 4.0 yang memanfaatkan
pelbagai aplikasi digital sebagai medium interaksi masyarakat.
Susulan itu, penyediaan kandungan dan bahan-bahan dakwah
untuk tujuan hebahan seperti tazkirah pendek, kapsul dakwah,
sketsa dan drama pendek, poster digital, serta status facebook
dan whatsapp yang mengandungi mesej dakwah yang ringkas,
padat dan menarik minat pembaca amat wajar dipergiatkan.
65
Mengambil kira perubahan kelompok masyarakat yang menjadi
sasaran dakwah seiring dengan perubahan masa dan zaman,
lebih-lebih lagi masyarakat kini turut terdiri daripada khalayak
yang rata-ratanya merupakan generasi baharu yang lebih tertarik
dengan kandungan kreatif dan penggunaan media sosial, maka
pendekatan dakwah yang lebih santai, interaktif dan menarik
minat pelbagai golongan terutama golongan muda wajar
dipertingkatkan. Perkara ini penting agar minat dan perhatian
masyarakat tidak hanya tertumpu kepada pelbagai bentuk
kandungan yang sia-sia dan melalaikan.
Penyampaian dakwah kreatif harus digerakkan melalui
penggunaan media sosial yang menjadi pilihan utama
sebahagian besar masyarakat berbanding media konvensional
seperti radio dan televisyen. Gaya hidup masyarakat kini
menuntut mereka agar mendapat akses kepada pelbagai
maklumat termasuk mesej-mesej dakwah pada bila-bila masa
dan di mana-mana sahaja berada. Selain itu, kreativiti dakwah
sama ada dalam bentuk penyampaian atau program perlu
dilaksanakan bagi menarik lebih ramai masyarakat untuk hadir
mengimarahkan masjid dan surau. Para pendakwah juga boleh
melaksanakan pendekatan dakwah menemui masyarakat
melalui aktiviti seperti street dakwah atau dakwah santai di
lapangan mendekati kumpulan sasaran.
66
Masjid dan surau yang menjadi institusi dakwah juga harus
dikekalkan fungsi dan peranannya sebagai pusat beribadah dan
penyatuan ummah. Elakkan menjadikan masjid sebagai tempat
bersengketa dan membesar-besarkan jurang perbezaan. Firman
Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 108 bermaksud “Jangan
engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana
sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai
Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula
(wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di
dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil
berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi
orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”
Justeru pihak yang dipertanggungjawabkan menjalankan tadbir
urus masjid dan surau perlu merancang dan melaksanakan
pelbagai bentuk program pengimarahan sama ada berbentuk
tradisi mahupun kreatif mengambil kira keperluan masyarakat
setempat. Program-program pengimarahan juga harus
dipelbagaikan agar dapat menarik minat pelbagai latar belakang
masyarakat untuk menyertainya.
Di Wilayah Persekutuan, pelbagai bentuk program
pengimarahan di masjid-masjid telah dilaksanakan. Program
dakwah tidak lagi hanya terhad kepada ceramah, kuliah, kelas
pengajian dan tazkirah secara tradisional, tetapi program
dakwah kreatif turut dilakukan melalui konsep penganjuran
67
karnival yang dipenuhi dengan pelbagai pengisian dakwah
secara tidak langsung seperti program JAWI Food Bank,
pemberian wang saku pelajar sekolah, pemberian minyak petrol
motorsikal, perkhidmatan gunting rambut, open market, hiburan
santai kumpulan buskers, pelbagai acara sukan, larian amal dan
berbasikal, konvoi bermotorsikal, tayangan filem dakwah,
program televisyen Ma’idatul Quran bekonsepkan hiburan rohani
yang membudayakan Al-Quran di kaca televisyen, dan pelbagai
bentuk penglibatan dakwah di media sosial yang menarik minat
masyarakat.
Manual Standard Penarafan Masjid di Wilayah Persekutuan juga
diperkenalkan sebagai usaha menyediakan persekitaran masjid
yang kondusif yang diharapkan dapat meningkatkan penyertaan
masyarakat dalam majlis ilmu dan program pengimarahan di
masjid di samping menetapkan kepada para pendakwah agar
mengikuti syarat pentauliahan sedia ada di Wilayah Persekutuan
agar menepati standard penyampaian dakwah yang telah
ditetapkan.
68
Siapkan Bekalan Ilmu, Akhlak Ceburi Bidang Dakwah
Islam menganjurkan manusia agar bekerja bagi mencari rezeki
dalam menjalani kehidupan. Malah Islam menetapkan orang
yang berkemampuan wajib bekerja. Islam amat memuji pekerja-
pekerja yang mahir lagi profesional. Islam juga menegah
manusia meminta-minta. Allah SWT berfirman dalam Surah at-
Taubah ayat 105 yang bermaksud “Dan katakanlah (wahai
Muhammad): Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat
pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin,
dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui
yang ghaib dan nyata. Lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa
yang telah kamu kerjakan.”
Pekerjaan boleh sahaja dilakukan dalam pelbagai bidang dan
lapangan. Salah satu daripada bidang pekerjaan adalah dalam
perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam.
Bidang kerjaya ini mungkin popular bagi sesetengah pihak,
mungkin juga kurang popular bagi sesetengah pihak yang lain.
Mereka yang terlibat dalam bidang kerjaya ini lazimnya digelar
Pegawai Agama atau Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz, Ustazah,
Imam, ‘Orang Agama’ dan pelbagai gelaran lain yang
menggambarkan tugasannya menyampaikan dakwah kepada
masyarakat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan.
Sesetengah daripada mereka bergelar selebriti media sosial,
69
televisyen, radio dan akhbar. Sesetengahnya pula berkhidmat di
kampung-kampung dan kawasan pedalaman. Golongan ini
sering diharapkan menjadi penggerak, pembimbing dan menjadi
rujukan masyarakat dalam perkara berkaitan agama.
Perkhidmatan hal ehwal Islam telah menyerlahkan potensi dan
keupayaannya melalui pelbagai khidmat dan tugasan yang
dilaksanakan sama ada di peringkat tempatan mahupun
antarabangsa. Bidang tugas perkhidmatan ini secara umumnya
berpandukan beberapa bidang teras hal ehwal Islam yang
membentuk fungsi utama pentadbiran sama ada di peringkat
Persekutuan mahupun agensi agama negeri merangkumi
dakwah, pendidikan, masjid dan surau, penyelarasan dan
penguatkuasaan undang-undang syariah, kekeluargaan Islam,
akidah dan akhlak. Hakikatnya golongan ini melaksanakan tugas
dan amanah yang mencabar dalam pelbagai bidang meliputi
dakwah kepada masyarakat awam, saudara baru dan golongan
bukan Islam meliputi kawasan bandar dan pedalaman,
menguruskan jenazah dan pengebumian, membaca doa,
memimpin majlis tahlil dan doa selamat, mengimamkan solat
berjemaah, mengajar dan menyampaikan kuliah di masjid dan
surau, menguatkuasakan undang-undang syariah serta menjadi
jurunikah dan juru runding cara permasalahan rumah tangga.
Inilah tugas-tugas tradisi yang dilaksanakan oleh pegawai hal
ehwal Islam dalam masa yang sama mereka juga melaksanakan
tugas pentadbiran dan pengurusan dalam merancang dan
70
mengawal selia pelbagai dasar yang digubal bagi memastikan
perkembangan dan kemajuan hal ehwal Islam dalam negara.
Semua tugasan yang dilaksanakan ini selain daripada sebagai
kerjaya, dalam masa yang sama turut merealisasikan
tanggungjawab berdakwah kepada ummah. Berdakwah adalah
tugas dan tuntutan mulia dalam masyarakat sehingga
digandingkan dengan gelaran umat terbaik sepertimana firman
Allah SAW di dalam al-Quran Surah Ali Imran ayat 110 yang
bermaksud “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik
umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu
pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Matlamat dakwah ialah membawa masyarakat ke arah
perubahan sosial secara menyeluruh merangkumi individu,
keluarga, masyarakat sama ada dalam aspek berfikir mahupun
cara hidup.
Justeru selain syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi
menyertai sesuatu skim perkhidmatan, mereka yang ingin
menceburkan diri dalam bidang kerjaya ini perlu memiliki ciri-ciri
asas dan persiapan pendakwah seperti menguasai ilmu
pengetahuan yang luas terutama dalam bidang agama,
mempunyai keimanan yang kuat bagi menghadapi pelbagai
71
cabaran dan halangan, mempunyai perasaan cinta kepada Allah
SWT dan tidak pernah putus asa dari rahmat Allah. Selain itu
mereka juga perlu memiliki ciri-ciri Murabbi (pembimbing), Arif
(berpengetahuan), Rahmah (santun), Wehdah (bersatu hati),
beradab dan berhikmah di samping mempunyai kemahiran
terkini yang diperlukan dalam pengurusan dan pentadbiran bagi
mendepani cabaran semasa serta menerajui pentadbiran hal
ehwal Islam di Malaysia.
Bidang tugas yang dilaksanakan ini adalah amat penting dalam
usaha menegakkan dan mendaulatkan syiar Islam di negara
Malaysia tercinta. Selain itu, bidang kerjaya ini juga berhadapan
dengan cabaran untuk mengembalikan keyakinan masyarakat
terhadap pentadbiran Hal Ehwal Islam di dalam Negara. Justeru
ia bukan suatu langkah atau kerja yang mudah. Usaha
pemerkasaan terhadap bidang tugas kerjaya ini perlu terus
dilakukan dari semasa ke semasa.
Bagi tujuan pemerkasaan perkhidmatan, Persatuan Kakitangan
Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jakim misalnya telah
melaksanakan pelbagai aktiviti bagi memelihara kebajikan,
menarik minat masyarakat awam serta memberi latihan pelbagai
kemahiran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kerjaya hal
ehwal Islam khususnya bagi warga Jakim. Semua usaha bagi
memperkasakan bidang kerjaya ini perlu terus dilakukan agar
tugasan dan kerjaya murni ini akan dapat menarik lebih ramai
72
penyertaan di samping menyerlahkan imej perkhidmatan hal
ehwal Islam yang setanding bahkan lebih hebat dari sektor
pengurusan dan pentadbiran yang lain.
73
Hayati Mukjizat Al-Quran Dalam Kehidupan
Al-Quran merupakan panduan dan rujukan terpenting umat
Islam di dalam segenap aspek kehidupan. Melalui amalan
membaca, memahami, dan mengamalkan isi kandungan Al-
Quran, ia akan menjadi inspirasi dan pemangkin semangat bagi
masyarakat Islam untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan
di dunia dan di akhirat. Penghayatan terhadap mesej yang
terkandung di dalam Al-Quran juga dapat menyuntik motivasi diri
agar lebih maju dan berjaya dalam kehidupan. Allah SWT
berfirman dalam Surah al-Jaathiyah, ayat 20 yang bermaksud:
“Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka
matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta
membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).”
Amalan membaca al-Quran mengandungi fadilat yang besar.
Justeru golongan yang membaca al-Quran sebagai rutin
hariannya diganjari oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala
yang banyak. Pahala membaca al-Quran itu bukan hanya dikira
berdasarkan keseluruhan ayat atau surah, tetapi setiap huruf itu
diberikan ganjarannya 10 pahala. Abdullah bin Mas’ud
menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia
melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu
dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam
74
Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf
dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)
Selain itu, di dalam al-Quran juga terkandung mesej dan nilai-
nilai RAHMAH (Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami, Hormat)
yang dapat dihayati oleh umat Islam. Pemahaman terhadap nilai-
nilai dan mesej RAHMAH ini akan dapat menjadi panduan dan
pengajaran dalam usaha kita menterjemahkan Islam sebagai
agama rahmah dalam kehidupan. Sebagai contoh, ajaran Islam
menganjurkan supaya umat manusia hidup secara muafakat,
bekerjasama dan bertolak ansur. Islam juga adalah agama yang
menganjurkan supaya manusia bersikap adil dan ihsan kepada
sesama manusia. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah,
ayat 15 yang bermaksud: “Dengan (Al-Quran) itu Allah
menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan
kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya)
Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya
(iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya
juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”
Walaupun cabaran untuk memperkukuhkan kefahaman dan
penghayatan masyarakat kepada Al-Quran sentiasa ada, namun
usaha menganjurkan pelbagai inisiatif bagi memupuk budaya
mencintai dan mendekati Al-Quran perlu diteruskan dan
dipergiatkan dalam kalangan masyarakat Islam bermula dari
keluarga.
75
Dalam konteks Wilayah Persekutuan, pelbagai inisiatif
membudayakan al-Quran dalam kehidupan dilaksanakan
termasuklah melalui penganjuran secara tahunan Majlis Tilawah
dan Mengafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan, serta
aktiviti-aktiviti kelas pengajian Al-Quran sama ada yang
dianjurkan di masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan
serta pendidikan awal di sekolah-sekolah agama peringkat
rendah. Usaha seperti ini sangat penting di dalam memupuk
budaya mencintai dan mendekati Al-Quran dalam kalangan
masyarakat Islam.
Aktiviti-aktiviti menyampaikan mesej keindahan Islam melalui
penghayatan al-Quran ini bukan sahaja melibatkan masyarakat
Islam tetapi boleh diperluas kepada masyarakat bukan Islam
agar golongan ini juga dapat menikmati keindahan dan nilai
rahmah Islam.
Program penghayatan Al-Quran perlu terus disemarakkan serta
disebarluaskan kepada semua pihak dan golongan masyarakat
dalam mendaulatkan kitab suci al-Quran yang menjadi rujukan
utama dalam kehidupan seharian seorang muslim.
Inisiatif seperti ini dapat mengembangkan lagi syiar Islam malah
al-Quran mampu menghidupkan jiwa, mendidik rohani dan
membangunkan minda selari dengan fitrah manusiawi.
76
Doa, Usaha, Dan Tawakal Hadapi Musibah
Orang mukmin itu apabila ditimpa musibah dalam kehidupannya,
maka dia mengucapkan "Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Amalan
ini selaras dengan maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan
sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-
buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang
yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan, “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.”
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan
rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 155-157).
Musibah adalah perkara yang tidak dapat diduga oleh manusia.
Walaubagaimanapun musibah juga adalah ujian dan lumrah
dalam kehidupan. Ia boleh datang pada bila-bila masa. Oleh itu,
kita perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk sebarang
kemungkinan sekiranya musibah datang melanda. Musibah
mungkin hadir dalam pelbagai bentuk seperti kehilangan,
kematian, kecelakaan, kemalangan, kemusnahan, kesakitan,
kesengsaraan, bencana alam atau wabak penyakit.
Sewaktu ditimpa musibah, beberapa perkara boleh dilakukan
antaranya ialah dengan bersabar dan berdoa agar segala urusan
77
dipermudahkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan
mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.
Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang
yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa
mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan
kembali kepada-Nya" (Al-Baqarah: 45-46).
Sebagai mukmin, kita dituntut agar memperbanyakkan doa agar
diberikan kekuatan untuk menghadapi sebarang jenis musibah
dan ujian serta berdoa agar musibah yang datang adalah
sesuatu yang boleh kita hadapi. Beberapa doa yang diajar oleh
Rasulullah SAW agar dijauhkan daripada perkara-perkara yang
memudharatkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh
sebahagian sahabat Nabi SAW. Antaranya ialah : Daripada
Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca: (Dengan nama Allah
yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi
kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia
tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga
subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh
sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang
secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud
(5088)]
78