The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Persidangan Antarabangsa Ke-9 Liga Ilmu Serantau 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrrizalmail, 2024-01-03 21:00:07

Edisi Khas LiS 2023

Persidangan Antarabangsa Ke-9 Liga Ilmu Serantau 2023

Keywords: kkbera,ligailmuserantau,lis2023

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI PERSIDANGAN ANTARABANGSA KE-9


EDISI KHAS LIGA ILMU SERANTAU 2023 (LIS 2023) Diterbitkan di Malaysia. Cetakan Pertama, 2023 eISSN: 2710-6985 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other noncommercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the publisher, addressed “ Attention: Permissions Coordinator,” at the address below. Diterbitkan Oleh: Politeknik Mersing Jalan Nitar 86800 Mersing Johor Darul Ta'zim Tel : 607-7980001 Faks : 607-7980002 Laman Web : https://pmj.mypolycc.edu.my/ Sidang Editor : Dr. Norazlina Binti Ahmad, Dr. Azman Bin Talib, Aryati Binti Ramlan, Sahrol Bin Ramli, Dayang Ramisah Binti Brahma, Norazida Binti Ali, Nor Damsyik Binti Mohd Said, Ferdyan Wana Saputra, SE., M.Ak. Rekabentuk Grafik : Sahrol Bin Ramli Hakcipta Terpelihara ©2023


Kata Alu-Aluan KETUA PENGARAH PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA Bismillahhirrahmannirahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas rahmat dan kasih sayangNya, kita masih dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian Seminar Liga Ilmu Serantau 2023 atau sinonimnya LIS2023. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggitinggi tahniah kepada Politeknik Mersing dan Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang telah berjaya menganjurkan LIS2023. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan kolaborasi PMJ iaitu Universitas Ibnu Sina Batam (UIS), Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Ibnu Sina Batam dan Politeknik Jambi, Indonesia di atas sokongan penuh dalam menggembleng tenaga sebagai jawatankuasa bersama bagi menjayakan penganjuran LIS2023 kali sembilan (9) ini. Komitmen, kesungguhan serta kerjasama yang dicurahkan amatlah saya hargai. Seminar kali ini mengangkat tema “DIGITAL TRANSFORMATION TOWARDS INFINITE POSSIBILITY”. Tema ini sangat bertepatan dengan amanat Yang Berhormat, Datuk Seri haji Mohamed Khalid Bin Nordin, selaku Menteri Pendidikan Tinggi dalam Amanat Tahun 2023 turut mencadangkan "A New Horizon for Science, Technology and Innovation - A Strategy for Malaysia". Kerajaan memandang serius dalam merancang strategi memajukan ilmu penyelidikan dan inovasi untuk mengurangkan beban pentadbiran. Selain itu, galakan dalam memperkukuhkan Malaysia sebagai hab pengetahuan yang mampu menarik pelajar, penyelidik dan bakat dari seluruh dunia akan diperkasakan semula melalui Agenda Jangkauan Global Malaysia. Bertepatan dengan program hari ini, kita semua dapat berhimpun secara hibrid untuk sesi perkongsian pembentangan idea dan penemuan kajian yang baharu. Ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk memperkasa penemuan dan idea anak tempatan ke pasaran global, melalui transformasi digital tanpa sempadan. Semoga program yang telah diatur ini berjalan dengan lancar dan dapat memberikan input yang berguna kepada Tuan- Tuan dan Puan-Puan semua. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti iii


PENGARAH POLITEKNIK MERSING Bismillahhirrahmannirahim, Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas penganjuran seminar Liga Ilmu Serantau bagi peringkat antarabangsa pada tahun 2023. Politeknik Mersing, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Universitas Ibnu Sina, Batam, Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Ibnu Sina dan Politeknik Jambi, Indonesia sentiasa mencari peluang baharu untuk memperkasakan budaya penghasilan kertas penyelidikan dalam kalangan warga pendidik agar dapat membuka ruang dan peluang bagi penambahbaikan mutu perkhidmatan pendidikan dua negara rumpun ini. Dengan penganjuran kali ke-9 sejak ia dilaksanakan, diharapkan seminar LIS2023 mampu mendukung tema Digital Transformation Towards Infinite Possibility. Tema ini sangat bertepatan dengan perubahan landskap pendidikan tinggi yang sedang berlaku sekarang ini, khususnya melalui kemajuan teknologi dan pendigitalan dalam kurikulum serta peningkatan latihan dan kemahiran para pensyarah dalam meneroka bidang ini. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pembentang kertas kerja, peserta, dan seluruh jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan seminar ini dengan penuh iltizam dan semangat. Akhir kata, semoga seminar LIS2023 bakal mencungkil hasil penyelidikan yang berkualiti dalam dunia pendidikan yang berteknologi baru agar mampu memberi manfaat kepada industri dan komuniti. Sekian, terima kasih. Hilmun Binti Mohamed A.M.(M) Pengarah Politeknik Mersing iv Kata Alu-Aluan


ISI KANDUNGAN iii Prakata: Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Pengarah Politeknik Mersing iv SENARAI KERTAS PENYELIDIKAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1 KEPERLUAN KAEDAH PEMERIKSAAN BERSISTEMATIK BAGI PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN YANG EFEKTIF Nurul Izza Abdul Ghani, Bazuri Ab Ghani dan Mohamad Haszirul Mohd Hashim 1-7 2 PENGGUNAAN PEMODELAN MAKLUMAT BANGUNAN DALAM PROJEK PEMBINAAN YANG MENGGUNAKAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI Noraini Binti Omar dan Zurainah Binti Mohamed Said 8-18 3 SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN MEKANIKAL BATA SIMEN DIUBAHSUAI DENGAN MENGGUNAKAN ABU TERBANG DAN PALM OIL FUEL ASH (POFA) Khairudin Che Husain dan Che Ku Norhazlina Che Ku Maidin 19-26 4 HUBUNGAN ANTARA PENDIDIKAN KEUSAHAWAN DAN PERSEKITARAN KELUARGA TERHADAP MINAT UNTUK MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. Zaili binti Ibrahim, Ainul Bariah binti Talib dan Salmah binti Haji Ijam 27-33 5 KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN WARGA KERJA KOLEJ KOMUNITI BENTONG Norliana binti Ali, Ratna Dewi binti Halifi dan Nurul Nadiah binti Hashim 34-41 6 KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM KEUSAHAWANAN KOMUNITI DI KOLEJ KOMUNITI 2019-2022 Fadzlunsara Fajri, Wan Nadirah Rosli dan Roswani Ab Rahman 42-48 7 PENGGUNAAN MEMORI BOOSTER HURUF HIJAIYYAH BERSAMBUNG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS SPL 3022 BAHASA ARAB KOMUNIKASI DARI ASPEK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LIPIS Shah Rulbani binti Zakaria dan Wan Mohd Zul bin Wan Yusuf 49-54


BIL TAJUK MUKA SURAT 8 EKSPLORASI REKA CORAK BATIK ABSTRAK PADA PRODUK KREATIF KRAF BATIK DI MALAYSIA Mohd Ehfan Bin Ibrahim dan Mohamad Shukri Bin Che Ya 55-71 9 KEBERKESANAN PERLAKSANAAN KURSUS PENDEK BAGI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ DAN PONDOK (PKTP) MENGIKUT PERSEPSI PESERTA Haniza Binti Sidi 72-77 10 KAJIAN PERBANDINGAN KAEDAH PEMPROSESAN TEPUNG USUS AYAM TERHADAP TUMBESARAN IKAN TILAPIA Wan Zufarhati Wan Ahmad, Maziidah Ab Rahman dan Siti Nurafeza Abdullah 78-84 11 KEBERKESANAN PERMAINAN BAHASA ‘SEBUT JANGAN SERABUT’ (SJS) SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGUASAAN SEBUTAN BAHASA MELAYU DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT Nisha A/P Sandrasegaran 85-90 12 KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) KAKI RETORT BERMOTOR BAGI AMALI ARCHIMEDES UNTUK KURSUS DBS10012 ENGINEERING SCIENCE Safuraa Mohd Basir, Mohd Noor Salleh dan Dr Azlan Ramli 91-98 13 PENERIMAAN MAJIKAN TERHADAP PELAJAR SIJIL ASAS PEMPROSESAN MAKANAN KOLEJ KOMUNITI JELEBU DALAM ASPEK KEMAHIRAN PRAKTIKAL DALAM PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI Nor Ashikin Ismail, Saripah Kasim dan Noor Aziana Abu Taib 99-105 14 KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI VIRTUAL REALITY (VR) DALAM KURSUS LUKISAN 3D DAN LUKISAN PERSEMBAHAN BERBANTU KOMPUTER DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN Ts. Azharina binti Azman dan Ts. Mohd. Azmi bin Abd Sukor 106-112 15 PENILAIAN PRESTASI KUALITI UDARA DALAMAN DI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, PAHANG MALAYSIA Mohd Sharif Bin Kadir, Rusnani Binti Ali dan Balkisah Binti Mohd Nor 113-122 16 FACTORS INFLUENCING ONLINE PURCHASE DECISIONS AMONG JOHOR BAHRU METRO POLYTECHNIC STUDENTS Muhammad Nazri Bin Abdul Halim, Faizah Binti Sahbudini and Norazlina Binti Ahmad 123-130 17 CLASSIFIER EVALUATION FOR FAKE NEWS DETECTION Nor Azida Mansor, Nantini a/p Anpalakan and Siti Salmah Md Kassim 131-136 18 THE EFFECTIVENESS OF LEARNING THEORETICAL CONCEPTS AND EXPERIMENTAL-BASED APPROACHES IN FUNDAMENTAL OF RENEWABLE ENERGY COURSE : A COMPARATIVE STUDY Roszaini binti Yahaya and Raja Intan Zarina binti Raja Zaki Hashim 137-144 19 ENTREPRENEURIAL READINESS OF ELECTRICAL ENGINEERING STUDENTS: A STUDY AT TUANKU SULTANAH BAHIYAH POLYTECHNIC Raja Intan Zarina binti Raja Zaki Hashim, Roszaini binti Yahaya and Nurasykin binti Fazil 145-150 20 HUBUNGAN ANTARA BANTUAN KEWANGAN DENGAN PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN MOTIVASI BELAJAR Nor Asmiza binti Zainudi, Ts. Amrul bin Omar dan Ainul Bariah binti Talib 151-157


BIL TAJUK MUKA SURAT 21 PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) BAGI PROGRAM DDT: KAJIAN KES DI POLITEKNIK MERSING Asmah binti Awang dan Siti Noor Marini binti As’ari 158-163 22 KEBERKESANAN APLIKASI SEA’23 DALAM PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI KURSUS ENGINEERING MATHEMATICS 3 PSMZA Norhafiza binti Idris dan Emilawati binti Othman 164-171 23 KAJIAN PENGGUNAAN POLA PERANGGU MEJA TERHADAP KURSUS SOP10153 - BASIC FOOD AND BEVERAGE SKILLS BAGI PELAJAR PROGRAM SIJIL OPERASI PERHOTELAN Tg. Nur-Wina Binti Tuan Abu Bakar dan Noornajmi Idayu Binti Mazlan 172-178 24 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR PROGRAM OPERASI PERHOTELAN DI KOLEJ KOMUNITI PAHANG Nurulkhazimah Abd Rahman, Farhana Anaspekri dan Noor Rahimi Idiris 179-185 25 ACOUSTIC PANEL USING COCONUT FIBER AND MINERAL WOOL Jusmine Hanis Binti Abdullah, Zariasya Binti Jumaat and Abdul Rashid Talib 186-190 26 DEVELOPMENT OF COMPUTER NETWORKING FUNDAMENTALS TRAINER IN ELECTRICAL ENGINEERING DEPARTMENT, MERSING POLYTECHNIC Mohamad Zamri Bin Jamil and Mohamad Don@Mohd Don Bin Abdul Hamid 191-194 27 MENENTUKAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH Zakiah Binti Md Saad, Mohd Syukur bin Azizan dan Nurzaliza Binti Ghazali 195-202 28 DEVELOPMENT OF MICRO HYDRO SYSTEM TRAINER IN THE DEPARTMENT OF ELECTRICAL ENGINEERING, POLITEKNIK MERSING Mohamad Zamri Bin Jamil, Nuwairani Azurawati Binti Siha and Rafiza Binti Hassan 203-206


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 1 KEPERLUAN KAEDAH PEMERIKSAAN BERSISTEMATIK BAGI PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN YANG EFEKTIF Nurul Izza Abdul Ghani1, Bazuri Ab Ghani2 dan Mohamad Haszirul Mohd Hashim3 1Unit Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Tapah, Malaysia [email protected] 2 Kolej Komuniti Tapah, Malaysia [email protected] 3Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Malaysia [email protected] ABSTRAK. Kerja penyelenggaraan adalah gabungan beberapa kaedah pengurusan tanpa diubah fungsi dan ciri- ciri asas struktur bangunan serta sistem perkhidmatan. Dengan penggunaan struktur secara optimum dan dapat menggurangkan kos operasi hasil daripada pengurusan perancangan penyelenggaraan yang efektif. Dalam kaedah pengurusan penyelenggaraan bangunan, pemeriksaan bangunan adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menilai keadaan fizikal struktur bangunan. Kaedah ini adalah perancangan awal bagi mengumpul maklumat, menilai dan mengenalpasti kerosakan pada struktur bangunan. Tujuan kertas kerja ini bertujuan mengenalpasti bagaimana kecacatan diterangkan dan mengenalpasti penilaian tahap kecacatan oleh pemeriksa. Kertas kerja ini terhasil daripada kajian literatur yang mengkaji pelbagai kaedah pemeriksaan struktur merangkumi pemeriksaan bumbung curam dan fasad bangunan. Kajian ini hanya mempertimbangkan penerbitan daripada jurnal, prosiding persidangan, piawaian dan buku. Melalui penjadualan dan diklasifikasikan mengikut tahap kerosakan, kaedah-kaedah pemeriksaan yang digunakan secara meluas dibandingkan.Hasil kajian menunjukan terdapat kelemahan dalam kaedah pemeriksaan struktur bangunan.Ini menyebabkan laporan akhir dalam penyelenggaraan tidak konsisten.Ini menyebabkan penilaian secara subjektif diberikan mengakibatkan laporan akhir boleh ditafsir secara berbeza-beza mengikut pandangan individu. Kesimpulannya, bagi mencapai keseregaman dalam proses pemeriksaan panduan pemeriksaan struktur bangunan diperlukan dan strategi yang khusus diperlukan bagi memastikan dokumen yang disediakan dapat ditafsiran secara konsisten oleh pelbagai pemeriksa. KATA KUNCI: bangunan; pengurusan penyelenggaraan; perancangan penyelenggaraan; penyelenggaraan berkala; penilaian 1 PENGENALAN Pengurusan penyelenggaraan meliputi aktiviti keseluruhan bangunan yang merangkumi struktur bawah, bahagian dalaman dan luaran, dinding, tiang, sistem perkhidmatan bangunan dan bumbung. Ini adalah kerana sistem perkhidmatan bangunan terdiri daripada beberapa elemen yang akan memberi kesan kemerosotan dan memerlukan pengurusan penyelenggaraan berterusan. Penyelenggaraan merupakan aktiviti yang berterusan tanpa mengubah ciri-ciri asas dan fungsi bagi menjaga struktur bangunan atau sistem perkhidmatan selepas siap dibina serta didefinasikan juga sebagai aktiviti yang berisiko dan tidak menentu (Olanrewaju et al., 2010). Pengurusan penyelenggaraan mengabungkan beberapa aktiviti untuk mengekalkan atau mengembalikan keadaan yang boleh diterima (Ismail & Kasim, 2012). Mengoptimumkan dan memaksimumkan penggunaan


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 2 sistem akan menjadikan pengurusan perancangan penyelenggaraan yang efektif (Lateef, 2009). Pengurusan yang yang lebih ekonomi dengan melambatkan kemerosotan, kecacatan dan kegagalan (Rahman et al., 2012). Malah penyelenggaraan juga dapat memaksimunkan jangka hayat bangunan dan mengurangkan kos operasi (Au-Yong et al., 2013). Ini disebabkan 70% kos operasi pengurusan bangunan adalah digunakan kepada perancangan 3 penyelenggaraan bangunan (Olanrewaju et al., 2010). Akhir sekali dapat memberikan pelaburan yang baik kepada pemilik bangunan (Lateef, 2009). Pengurusan penyelenggaraan adalah perancangan awal dalam pelbagai aspek seperti kawalan bajet, bagaimana perancangan penyelenggaraan, halatuju dan pengurusan sumber kewangan (Finch et al., 2007). Ini disebabkan kebanyakan organisasi menyatakan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan adalah bebanan kepada kos operasi (Hollis, 1984). Tambahan daripada (Kothamasu et al., 2009) menyatakan bahawa 90% daripada jangka hayat dalam pembinaan memerlukan penyelenggaraan yang intensif. Ini akan mengakibatkan kos penyelenggaraan yang dibelanjakan melebihi daripada peruntukan yang disediakan (Horner et al., 1997). Perancangan kerja sewajar perlu dititiberatkan agar peruntukan yang diminta bernilai dari apa yang dibelanjakan (BS 8210, 2012). Dalam fasa ini juga maklumat cara penyelenggaraan fasiliti yang baru perlu diketahui agar memudahkan perancangan pengurusan yang teratur. Sekiranya bangunan yang gagal berfungsi secara optimum (Al-Zubaidi, 1997) dan tidak ekonomi untuk diuruskan maka ia akan diubahsuai atau dirobohkan (Kothamasu et al., 2009). Kertas kajian ini bertujuan bagi memastikan objektif penulisan tercapai seperti objektif pertama adalah mengenalpasti bagaimana kecacatan diterangkan dalam senarai semak. Manakala objektif kedua adalah mengenalpasti kaedah penilaian tahap kecacatan oleh pemeriksa. 2. PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN Pengurusan penyelenggaraan hendaklah direka dan dilaksanakan mengikut kaedah kerja yang telah ditetapkan dengan mengambil kira kehendak dan keperluan struktur agar objektif penyelenggaraan dapat dicapai. Strategi pengurusan penyelenggaraan yang baik perlu mempunyai satu rangka kerja yang bersistematik agar perkhidmatan yang dihasilkan adalah lebih berkualiti. Ini dapat menentukan halatuju perkhidmatan penyelenggaraan dan perancangan speksifikasi prestasi yang diperlukan pada setiap struktur bangunan. Ini disebabkan oleh sebahagian besar kecacatan bukan diukur dengan keruntuhan struktur tetapi isu tentang kegagalan struktur seperti tahap kecacatan. Kecacatan kecil ini tidak boleh menyebabkan kecacatan serta merta tetapi tindakan awal yang diperlukan agar setiap ruang yang penting selamat. Sekiranya perkara ini tidak dititiberatkan akan mengakibatkan masalah yang lebih serius pada struktur dan bahagian-bahagian lain di kemudian hari. Pengurusan perancangan penyelenggaraan dibahagikan kepada tiga (3) kaedah iaitu penyelenggaraan terancang, penyelenggaraan tidak terancang (Kamal et al., 2007) dan pemeriksaan keadaan semasa (Che-Ani et al., 2008). Ini disebabkan (Lateef, 2009) telah menyatakan amalan yang dipratikkan dalam pengurusan penyelenggaraan bangunan di Malaysia adalah lebih kepada penyelenggaraan tidak terancang. Terdapat juga kaedah yang digabungkan sebagai strategi dalam pengurusan penyelenggaraan agar kerja-kerja baikpulih, pengantian dan penyelenggaraan dapat dicapai. 2.1 Penyelenggaraan Tidak Terancang Penyelenggaraan yang dijalankan tanpa perancangan yang ditetapkan merupakan penyelenggaraan tidak terancang. Ia bertindak apabila diperlukan (Lee & Scott, 2008). Penyelenggaraan tidak terancang akan dijalankan apabila kecacatan dikenalpasti dan kerja-kerja baikpulih dilakukan dengan kadar segera. Kaedah ini bagi memastikan struktur berfungsi semula. Walau bagaimanapun, penyelenggaraan tidak terancang menyebabkan aktiviti penyelenggaraan masa hadapan menjadi rumit dan kos baikpulih yang mahal (Hong, 2016). 2.2 Penyelenggaraan Terancang Pendekatan penyelenggaraan terancang adalah kerja-kerja yang dirancang secara teratur tanpa menunggu kecacatan atau masalah yang akan berlaku. Proses perancangan penyelenggaraan yang berkesan dan terkawal adalah untuk memastikan setiap struktur terus berfungsi seperti yang dikehendaki. Penyelenggaraan hendaklah dirancang dengan mengambil kira proses kitaran penyelenggaraan setiap struktur dan pemantauan yang dijalankan secara berkala.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 3 3 PEMERIKSAAN Pemeriksaan keadaan semasa sebagai proses utama dalam membuat keputusan penyelenggaraan yang hendak dilakukan (Che-Ani et al., 2008). Teknik pemeriksaan ini berdasarkan rekabentuk speksifikasi dan tindakan yang akan diambil untuk mencapai speksifikasi yang ditetapkan (Yong & Sulieman, 2015). Pemeriksaan keadaan semasa adalah kaedah yang dijalankan tanpa menggunakan jadual yang ditetapkan (Prajapati et al., 2012). Pemeriksaan adalah teknik yang disediakan untuk menilai keadaan berpandukan proses pengumpulan data melalui pemerhatian yang berterusan dengan tujuan menentukan kaedah penyelenggaraan yang sesuai sebelum sebarang kegagalan berlaku (Grall et al., 2002). Pemeriksaan keadaan semasa juga ditakrifkan sebagai pemeriksaan berparameter dalam perancangan awal untuk mendapatkan maklumat dan menilai kecacatan sebagai asas dalam menentukan pengurusan penyelenggaraan yang baik (Straub, 2009). Pemeriksaan adalah satu strategi untuk meminimumkan kos penyelenggaraan, meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan dalam bangunan dan mengurangkan tahap kegagalan operasi sistem perkhidmatan bangunan (Grussing et al., 2006). Kaedah pemeriksaan juga memudahkan perancangan kerja pembaikkan bagi mengelakkan kecacatan menjadi teruk dan mencegah kegagalan struktur tidak dapat berfungsi (Mathew, 2008). Pemeriksaan dapat membantu dalam menyediakan kerja pembaikan (Das & Chew, 2011). Pemeriksaan sebagai peranti untuk memberi isyarat kerja penyelenggaraan yang kecil atau besar perlu dijalankan. Jika tiada penunjuk prestasi yang ditetapkan maka pengurusan penyelenggaraan tidak boleh direkabentuk secara sistematik (Olanrewaju et al., 2011). Pendekatan pemeriksaan ini boleh mengekalkan atau meningkatkan kualiti dari keadaan sediaada (Frankl, 2014). Kaedah ini dapat mengenalpasti penyelenggaraan yang betul dan menyediakan bajet yang sesuai untuk dibaiki (Daragh Naughton & Tiernan, 2012). Pemeriksaan keadaan semasa juga boleh mengurangkan penyelenggaraan yang tidak terancang (Gibson & Lothian, 1983). Kecacatan sifar dapat di capai sekiranya kaedah ini dapat dilaksanakan secara sistematik dan berkualiti (Olanrewaju et al., 2010). Pemeriksaan yang berkualiti dapat menghasilkan satu piawaian yang memberi keselamatan pada penghuni bangunan (Che-Ani et al., 2009). Ini di sokong oleh kajian (Rahman et al., 2012) menyatakan permasalahan utama yang dihadapi oleh personel penyelenggaraan dengan indeks mempengaruhi sebanyak 81.14% adalah kekurangan bahan rujukan serta garispanduan yang dapat membantu mereka dalam kerja-kerja penyelenggaraan. Jadual 1 menunjukkan beberapa kaedah pemeriksaan yang telah dijalankan oleh penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Jadual 1: Kaedah Pemeriksaan No Penulis Pemeriksaan Elemen Struktur Penerangan Kecacatan Penilaian Tahap Kecacatan 1. (Che-Ani et al., 2008) Rumah Kayu di Kemboja Perlu di dikenalpasti oleh pemeriksa Berpandukan kepada punca dan jenis kecacataan Penerangan oleh pemeriksa 2. (Che-Ani et al., 2009) Rumah Kayu di Melaka Perlu di dikenalpasti oleh pemeriksa Berpandukan kepada punca dan jenis kecacataan Penerangan oleh pemeriksa 3. (Drury & Watson, 2002) Bumbung rata, muka bangunan, tingkap dan pintu. bahan binaan Perlu menandakan pada senarai semak sekiranya kecacatan yang ditemui Penerangan oleh pemeriksa 4. (Garcez et al., 2012) Bumbung curam Elemen bahan binaan Perlu menandakan pada senarai semak sekiranya kecacatan yang ditemui Perlu dijelaskan lagi keadaan semasa 5. (Streeter, 1984) Bangunan Elemen bangunan secara umum Perlukan penerangan Perlu dijelaskan lagi keadaan semasa 6. (Mjörnell et al., 2012) Bangunan Kandungan kelembapan dalam bangunan Perlukan penerangan Perlu menjawab soalan setiap perkara berkaitan kandungan kelembapan dalam bangunan 7. (de Oliveira Pedro et al., 2008) Bangunan Elemen keseluruhan bangunan secara umum Perlukan penerangan Perlu dijelaskan lagi keadaan semasa


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 4 8. (Bastidas, 1998) Bumbung sekolah Periksa permukaan luar bumbung, longkang dan paip jatuh Perlukan penerangan Penjelasan dengan lebih terperinci oleh pemeriksa 9. (Oberle & James, 2008) Bumbung curam Elemen bumbung secara umum Perlukan penerangan Penjelasan oleh pemeriksa Kajian literatur ini akan meneliti dapatan dan hujah berkenaan dengan pengurusan bangunan untuk sistem pengurusan penyelenggaraan bangunan yang sesuai untuk mencapai matlamat pengurusan penyelenggaraan. Tinjauan awalan merupakan langkah untuk mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman yang lebih efisien terhadap program penyelenggaraan bangunan. Bagi mempraktikkan pengurusan penyelenggaraan yang lebih berstruktur dan efektif, mengenalpasti semua sistem perkhidmatan operasi dalam bangunan amatlah penting untuk melancarkan gerak kerja reka bentuk jadual penyelenggaraan berkala. Hal ini kerana, pengurusan penyelenggaraan yang sistematik diperlukan untuk mengelakkan kemerosotan kondusi bangunan dan akhirnya menjadi liabiliti seperti pengunaan elektrik, penyamanan udara, pencahayaan dan peningkatan penggunaan peralatan elektrik untuk memberi keselesaan pada penghuni bangunan. Pemeriksaan yang baik juga memerlukan keseragaman urutan komponen dan sub komponen yang fleksibel disamping penilaian kekuatan dalam menentukan kestabilan komponen dalam bangunan. 4 KAEDAH PENYELIDIKAN Kajian ini dijalankan secara tinjauan literatur berdasarkan kajian terdahulu (Hauashdh et al., 2020). Pembacaan literatur dari sumber yang relevan dengan tajuk kajian seperti buku rujukan, majalah, jurnal, kertas kerja, laporan dan lain-lain lagi. Pembacaan ini untuk mendapatkan maklumat teori kepada konsep pemeriksaan bangunan atau struktur yang berkaitan dengan kecacatan. Pembacaan juga akan mengkaji pemilihan kaedah pemeriksaan yang telah dibangunkan oleh pelbagai penulis dalam pengukuran tahap kecacatan dan kerosakkan. Piawaian British dan Australia digunakan sebagai garis panduan dalam merekabentuk sampel penyenggaraan. Panduan yang dirujuk hendaklah bersesuaian dengan keadaan struktur dan sistem perkhidmatan bangunan di Malaysia. 5 ANALISA DAN PERBINCANGAN Aktiviti penyelenggaraan adalah penting kepada pengurusan bangunan. Penyelenggaraan hendaklah dirancang sebelum pembinaan bangunan dan dipantau semasa pembinaan bagi memastikan kontraktor memenuhi spesifikasi pembinaan. Ini kerana beberapa elemen sistem perkhidmatan bangunan menjadi kurang berkesan dan memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Pemeriksaan adalah kaedah visual menggunakan mata sebagai penilaian mengenai keadaan komponen untuk diperiksa. Pemeriksaan visual adalah proses penilaian tanpa bantuan, bersendirian atau bersama dengan pelbagai bantuan alatan sebagai mekanisme deria untuk penilaian berkaitan keadaan semasa pemeriksaan. Pandangan visual adalah cara bagaimana keadaan dilihat oleh mata kasar berdasarkan sifat atau parameter terhadap keadaan tersebut. Kaedah ini bagi mendapatkan maklumbalas semasa pemeriksaan tentang prestasi struktur. Terdapat juga beberapa isu yang berkaitan dalam pemeriksaan antaranya: 5.1 Pemeriksa Kurang Pengetahuan Kurang pengetahuan adalah masalah dalam penilaiaan kecacatan dan keadaan pada struktur tanpa mengetahui tahap sebenar dan terbatas. Selain itu, pemeriksaan berpandukan kepada budi bicara, persepsi, pengetahuan dan emosi semasa pemeriksaan dijalankan dan kecacatan pada komponen mendorong kepada isu semasa pemeriksaan. 5.2 Pemeriksa Kurang Pengalaman Masalah yang dihadapi akan menyebabkan maklumat penilaian tidak konsisten dan berubahubah kerana persepsi yang berbeza, laporan akhir menjadi subjektif dan tidak menentu. Pemeriksaan subjektif adalah antara kelemahan dalam proses pemeriksaan keadaan semasa. Penilaian yang tidak konsisten disebabkan oleh kekurangan pengetahuan dengan mengambil jalan mudah dalam pemeriksaan.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 5 5.3 Pemeriksa Subjektif Pemeriksaan yang subjektif akan mengakibatkan perbandingan pemilihan, tahap prestasi penilaian dan menentukan pengukuran keputusan produk akhir daripada pemeriksaan. Kepelbagaian andaian jangka hayat struktur juga akan mengakibatkan pendekatan pemeriksaan yang tidak boleh dipercayai dan boleh dipersoalkan. Ini disebabkan terdapat kelemahan pada kaedah pemeriksaan masa kini iaitu ketidakselarasan dalam pengumpulan data, andaian yang tidak realistik dalam ketepatan data yang mengakibatkan data dapat dimanipulasi. Ia akan mengakibatkan pelbagai maklumat oleh pelbagai pemeriksa. Andaian yang tanpa mengetahui tahap keseriusan yang sebenar akan menyebabkan kaedah penyelenggaraan akan menjadi berat sebelah atau tidak relevan. 6 CADANGAN KAJIAN Pendekatan bimbingan merupakan panduan dalam pemeriksaan visual agar proses pemeriksaan yang lebih cepat, kurang maklumat yang subjektif dan sesuai untuk pemeriksa yang kurang berpengalaman. Kepelbagaian tahap dan keadaan kecacatan atau kerosakan memberi kesukaran untuk meramal kaedah penyelenggaraan yang sesuai. Oleh yang demikian, berdasarkan rujukan penyelidikan memerlukan panduan bagi mencapai keseragaman dalam proses pemeriksaan. Tambahan pula, strategi yang khusus diperlukan bagi memastikan dokumen yang disediakan dapat ditafsiran secara konsisten oleh pelbagai pemeriksa. Keperluan rekabentuk penandaaras panduan perlu dilaksanakan oleh pemilik bangunan. Ini bagi mengelakkan pemeriksaan yang kurang jelas untuk difahami. 7 KESIMPULAN Kertas kerja ini telah menyemak secara sistematik berkaitan isu-isu dalam pemeriksaan bangunan khususnya dalam penyelenggaraan bangunan. Penemuan membuktikan bahawa amalan pemeriksaan visual adalah kaedah yang digunakan untuk menilai integriti komponen. Memahami bagaimana isu pemeriksaan visual adalah proses penilaian tanpa bantuan dan cara yang tersendiri berdasarkan sifat pada tahap keadaan. Setiap keadaan akan dikategorikan sebagai baik, sederhana, teruk atau kritikal tanpa mengetahui keadaan sebenar. Oleh itu pendekatan bimbingan merupakan panduan untuk pemeriksaan visual agar proses pemeriksaan yang lebih cepat, kurang maklumat yang subjektif dan sesuai untuk pemeriksa yang kurang berpengalaman. RUJUKAN Al-Zubaidi, H. (1997). Assessing the demand for building maintenance in a major hospital complex. Property Management, 15(3), 173–183. Au-Yong, C. P., Ali, A. S., & Ahmad, F. (2013). Significant characteristics of scheduled and conditionbased maintenance in office buildings. Journal of Performance of Constructed Facilities, 28(2), 257–263. Bastidas, P. (1998). Maintenance Manual for School Buildings in the Caribbean. BS 8210, Guide to facilities maintenance management, (2012). Che-Ani, A.-I., Ramly, A., Mohd-Zain, M.-F., Mohd-Tawil, N., & Hashim, A.-E. (2008). Assessing the condition of traditional Khmer timber houses in Cambodia: A priority ranking approach. Journal of Building Appraisal, 4(2), 87–102. Che-Ani, Zaharim, A., Zain, M. F. M., Mohd-Tawil, N., & Surat, M. (2009). Timber defects in building: a study of Telapak Naning, Malacca, Malaysia. WSEAS Transactions on Environment and Development, 5(1), 109–118. Daragh Naughton, M., & Tiernan, P. (2012). Individualising maintenance management: a proposed framework and case study. Journal of Quality in Maintenance Engineering, 18(3), 267–281. Das, S., & Chew, M. Y. L. (2011). Generic method of grading building defects using FMECA to


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 6 improve maintainability decisions. Journal of Performance of Constructed Facilities, 25(6), 522– 533. de Oliveira Pedro, J., de Paiva, J., & José Dâmaso Santos Matos Vilhena, A. (2008). Portuguese method for building condition assessment. Structural Survey, 26(4), 322–335. Drury, C. G., & Watson, J. (2002). Good practices in visual inspection. Human Factors in Aviation Maintenance-Phase Nine, Progress Report, FAA/Human Factors in Aviation Maintenance.@ URL: Http://Hfskyway. Faa. Gov. Finch, E., Jones, K., & Sharp, M. (2007). A new performance-based process model for built asset maintenance. Facilities, 25(13/14), 525–535. Frankl, J. (2014). Wood-Damaging Fungi in Truss Structures of Baroque Churches. Journal of Performance of Constructed Facilities, 29(5), 4014138. Garcez, N., Lopes, N., de Brito, J. d, & Sá, G. (2012). Pathology, diagnosis and repair of pitched roofs with ceramic tiles: Statistical characterisation and lessons learned from inspections. Construction and Building Materials, 36, 807–819. Gibson, A. P., & Lothian, M. T. (1983). Surveying for timber decay. Structural Survey, 1(3), 262–268. Grall, A., Bérenguer, C., & Dieulle, L. (2002). A condition-based maintenance policy for stochastically deteriorating systems. Reliability Engineering & System Safety, 76(2), 167–180. Grussing, M. N., Uzarski, D. R., & Marrano, L. R. (2006). Condition and reliability prediction models using the Weibull probability distribution. In Applications of Advanced Technology in Transportation (pp. 19–24). Hauashdh, A., Jailani, J., Abdul Rahman, I., & AL-fadhali, N. (2020). Building maintenance practices in Malaysia: a systematic review of issues, effects and the way forward. International Journal of Building Pathology and Adaptation, 38(5), 653–672. Hollis, M. (1984). Survey of an office building. Structural Survey, 2(1), 47–51. Hong, C. H. (2016). Investigation of Defects in New Buildings in Malaysia. UTAR. Horner, R. M. W., El-Haram, M. A., & Munns, A. K. (1997). Building maintenance strategy: a new management approach. Journal of Quality in Maintenance Engineering, 3(4), 273–280. Ismail, Z.-A., & Kasim, N. (2012). Improving maintenance management practices on conventional method at Malaysian polytechnic. Kamal, K. S., Ahmad, A. G., & Ab Wahab, L. (2007). Kecacatan Bangunan dan Kepentingan Pemuliharaan Warisan di Bandaraya Ipoh. Proceedings: National Conference On Malaysia Cityscape, 28–29. Kothamasu, R., Huang, S. H., & VerDuin, W. H. (2009). System health monitoring and prognostics--a review of current paradigms and practices. In Handbook of maintenance management and engineering (pp. 337–362). Springer. Lateef, O. A. (2009). Building maintenance management in Malaysia. Journal of Building Appraisal, 4(3), 207–214. Lee, H. Y. H., & Scott, D. (2008). Identification of main aspects in the management of building maintenance operation processes. Surveyors Times’, Hong Kong Institute of Surveyors, 17(6), 37–41. Mathew, S. (2008). An inspection maintenance strategy using the inspection factor. International


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 7 Journal of Quality & Reliability Management, 25(5), 532–540. Mjörnell, K., Arfvidsson, J., & Sikander, E. (2012). A method for including moisture safety in the building process. Indoor and Built Environment, 21(4), 583–594. Oberle, R., & James, W. G. (2008). Developing O&M plans for homeowners associations: Case study. Journal of Architectural Engineering, 14(3), 76–84. Olanrewaju, A. L., Khamidi, M. F., & Idrus, A. (2011). Validation of building maintenance performance model for Malaysian universities. International Journal of Human and Social Sciences, 6(3), 159– 163. Olanrewaju, Khamidi, M. F., & Idrus, A. (2010). Quantitative analysis of defects in Malaysian university buildings: Providers’ perspective. Journal of Retail & Leisure Property, 9(2), 137–149. Prajapati, A., Bechtel, J., & Ganesan, S. (2012). Condition based maintenance: a survey. Journal of Quality in Maintenance Engineering, 18(4), 384–400. Rahman, M. A. A., Akasah, Z. A., & Zuraidi, S. N. F. (2012). Analisis Tren Semasa Demografi Personel Penyenggaraan Bangunan Warisan di Malaysia. Journal of Surveying, Construction and Property, 2(2). Straub, A. (2009). Dutch standard for condition assessment of buildings. Structural Survey, 27(1), 23– 35. Streeter, J. (1984). BS on building maintenance. Facilities, 2(12), 4–5. Yong, C. Y., & Sulieman, M. Z. (2015). Assessment of Building Maintenance Management Practice and Occupant Satisfaction of School Buildings in Perak, Malaysia.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 8 PENGGUNAAN PEMODELAN MAKLUMAT BANGUNAN DALAM PROJEK PEMBINAAN YANG MENGGUNAKAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI Noraini Binti Omar1 dan Zurainah Binti Mohamed Said1 1 Kolej Komuniti Bandar Penawar [email protected], [email protected] ABSTRAK. Sistem Binaan Berindustri (IBS) merupakan salah satu sistem teknologi binaan yang dikenalpasti dapat meningkatkan kualiti, keberkesanan dan kecekapan sesebuah bangunan. Namun begitu, masih lagi terdapat kekurangan dari aspek pengurusan aliran kerja yang tidak sistematik menyebabkan berlakunya peningkatan dari segi kos. Kekurangan ini dapat diatasi apabila penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi IBS. Penggunaan BIM dalam IBS bertujuan untuk memudahkan dan menyeragamkan proses rekabentuk, perwakilan digital, penjadualan projek dan mengawal pengurusan projek dari segi masa, kos dan kualiti. Walau bagaimanapun, teknologi BIM tidak digunakan secara meluas dalam projek IBS. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui kelebihan yang paling berpotensi, tahap kesedaran serta mengenalpasti persepsi dan halangan yang wujud dari penggunaan teknologi BIM dalam projek pembinaan yang menggabungkan sistem IBS. Responden kajian seramai 96 orang terdiri daripada pihak yang terlibat dalam industri pembinaan seperti pekerja binaan, pelanggan, kontraktor, perunding, pengendali syarikat pembuatan IBS dan BIM serta kakitangan beberapa syarikat pembinaan dan pensampelan di pilih secara rawak. Data kajian berbetuk kuantitatif yang melibatkan analisis skor min menggunakan perisian SPSS. Hasil dapatan kajian menunjukkan kelebihan yang paling berpotensi apabila menggunakan BIM di peringkat perancangan yang membolehkan semua pihak yang terlibat dengan projek pembinaan untuk koordinasi setiap elemen sebelum pembinaan bermula dengan skor min 5.260. Manakala tahap kesedaran tertinggi adalah melalui penggunaan BIM, pereka dapat merekabentuk bangunan secara 3D dengan skor min 5.177. Selain itu, persepsi dan halangan yang dihadapi adalah penggunaan BIM dimonopoli oleh syarikat besar dan ini telah menghadkan peluang kepada kontraktor lain terutamanya syarikat kecil serta perlaksanaannya memerlukan sumber kewangan yang besar dengan skor min 5.042. Secara kesimpulannya, penggunaan BIM dalam sistem IBS perlu dioptimumkan penggunaannya kerana memberi impak positif dari aspek kualiti dan produktiviti industri pembinaan di Malaysia. KATAKUNCI: IBS; BIM; industri pembinaan; kualiti; produktiviti. 1 PENGENALAN Industri pembinaan merupakan antara industri terpenting di Malaysia yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kepentingan ini dapat dilihat dengan jelas melalui kerancakkan projek pembinaan yang sedang berkembang pesat seperti pembinaan perumahan, perdagangan, industri dan prasarana. Industri pembinaan bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi turut melibatkan fasa pra-pembinaan dan pasca pembinaan (Bakar, 2014; Ismail, 2017). Untuk memastikan industri pembinaan mampu bersaing di peringkat antarabangsa, pelbagai perubahan ke arah globalisasi perlu dilakukan agar produk binaan yang dihasilkan lebih berkualiti. Antaranya seperti peningkatan kemahiran dan peralatan baru perlu digunakan bagi mewujudkan pembinaan yang lebih cekap, munasabah dan menyeluruh dapat dibangunkan. Namun begitu, pembinaan merupakan antara sektor yang paling kurang pendedahan berkaitan teknologi atau aspek pendigitalan kerana kebanyakkan daripada operasinya masih menggunakan tenaga kerja manusia. Penggunaan BIM diperkenalkan dalam sektor pembinaan terutamanya IBS bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan industri pembinaan. Gabungan kedua-dua teknologi ini dapat mengoptimumkan proses kerja, meminimumkan kos buruh dan mengurangkan pembaziran bahan serta isu alam sekitar. Semua peringkat pembinaan akan menjadi lebih sistematik, terkawal, efisien dan secara tidak langsung akan mewujudkan pembinaan yang lestari.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 9 1.1 Pernyataan Masalah Teknologi IBS melibatkan pelbagai pihak bermula dari peringkat pembuatan sehingga pembinaan. Pelbagai kerja perlu disediakan di peringkat penyediaan dokumen seperti lukisan rekabentuk, senarai kuantiti, laporan kemajuan kerja dan sebagainya. Kerja ini melibatkan kepakaran banyak pihak untuk menyediakan, menyemak, memantau dan membuat keputusan sepanjang pembinaan berlangsung. Apabila melibatkan pelbagai pihak, akan timbul pelbagai masalah seperti konflik, ketidakpastian dan keberkesanan komunikasi. Masalah ini memberi kesan kepada projek pembinaan seperti kelewatan, lebihan kos, kualiti dan produktiviti yang rendah (Khosrowshahi and Arayici, 2012). Penggunaan teknologi BIM dalam IBS mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengamal IBS ini. Selain itu, penggunaan BIM turut membantu menyeragamkan dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada semua pihak yang terlibat bermula dari awal sehingga projek siap. BIM menjadikan maklumat yang diterima dari pelbagai sumber berbeza menjadi satu data yang lebih sistematik. Disamping itu, BIM juga berperanan untuk menyeragamkan elemen pasang siap bermula dari peringkat rekabentuk, pengeluaran, pemasangan dan juga pembinaan. Tetapi yang menjadi kebimbangan adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran kepada pengamal IBS yang menjadi salah satu sebab perlaksanaannya sehingga kini masih berada pada tahap yang sangat rendah. Di samping itu, semua pihak terlibat seperti kerajaan, swasta, agensi dan masyarakat perlu merancang strategi untuk meningkatkan kesedaran tentang keupayaan dan penggunaan BIM dalam IBS. 1.2 Objektif Kajian i. Mengenalpasti kelebihan yang paling berpotensi apabila menggunakan teknologi BIM dalam projek pembinaan yang menggunakan sistem IBS. ii. Mengenalpasti tahap kesedaran mengenai penggunaan teknologi BIM di dalam projek pembinaan yang menggunakan sistem IBS. iii. Mengenalpasti persepsi dan halangan yang wujud dalam menggunakan teknologi BIM dalam projek pembinaan yang menerapkan sistem IBS. 2 KAJIAN LITERATUR IBS merupakan salah satu sistem binaan terkini yang dikenal pasti mampumeningkatkan kualiti, keberkesanan dan kecekapan sesebuah bangunan. Namun begitu masih lagi terdapat kekurangan dari aspek pengurusan aliran kerja yang tidak sistematik menyebabkan peningkatan besar dari aspek kos (Yunus & Yang, 2012; Bari, et al., 2012). Kekurangan ini dapat diatasi apabila BIM diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi IBS dari aspek masa, kos dan kualiti (Saar, et al., 2019). Penggunaan BIM dalam IBS bertujuan untuk memudahkan dan menyeragamkan proses rekabentuk, perwakilan digital, penjadualan projek dan mengawal pengurusan projek dari segi kos dan masa (Memon, et al., 2014). Di samping itu, ianya dapat mewujudkan komunikasi berkesan dan memudahkan interaksi antara semua pihak yang terlibat dalam fasa rekabentuk, pembuatan, penyampaian, pemasangan, pengoperasian dan penyelenggaraan (Gardezi, et al., 2013; Costa & Madrazo, 2015; Ismail, 2018). BIM juga mampu menyatukan aliran kerja menjadi lebih teratur serta dapat meningkatkan keseragaman yang standard bagi elemen pasang siap (Nath, et al., 2015). Selain itu, kepelbagaian sumber dan maklumat diterima secara serentak yang menyebabkan kerumitan dalam komunikasi antara industri pembuatan dan pembinaan dapat diatasi (Rahim,et al., 2012). 2.1 Cabaran Perlaksanaan BIM dalam Sistem IBS Kepentingan penggunaan BIM dalam IBS ditegaskan oleh banyak pihak. Namun implementasinya masih di tahap rendah dalam projek pembinaan di Malaysia (CIDB, 2019). Cabaran yang dihadapi untuk meningkatkan penggunaan BIM dalam industri pembinaan terbahagi kepada 4 kategori utama iaitu teknologi, manusia, polisi dan proses kerja (Vukovic, 2015). Penggunaan teknologi BIM melibatkan kos yang tinggi dari aspek perisian, peningkatan latihan, kemahiran, pengetahuan dan penyelarasan dokumen pembinaan. Faktor kos menjadi isu paling mencabar dan kritikal bagi kebanyakkan syarikat pembinaan terutama syarikat yang sumber pendapatan kecil (CIDB, 2019). Faktor kedua adalah kerana tenaga kerja professional yang terhad, kurang pengalaman, pengetahuan dan berkebolehan untuk mengendalikan BIM dalam sektor pembinaan menjadi antara cabaran yang membataskan penggunaan BIM secara menyeluruh.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 10 Kekurangan ini memberi kesan kepada penurunan produktiviti di kalangan penggiat industri pembinaan (Latiffi, et al., 2016; CIDB, 2019). Faktor ketiga adalah berkaitan dengan kekurangan polisi atau dasar yang jelas terhadap perlaksanaan BIM menyebabkan penggunaan BIM menjadi tidak produktif dan bergerak perlahan terhadap sesetengah projek pembinaan. Garis panduan yang dibangunkan oleh sebahagian besar pengiat industri pembinaan tidak seragam serta menimbulkan kekeliruan dikalangan pengguna (Latiffi, et al., 2016; CIDB, 2019). Manakala faktor terakhir iaitu melibatkan aliran proses kerja dalam dokumen kontrak tidak mewajibkan penggunaan BIM sebagai antara syarat untuk memulakan sesuatu projek pembinaan (CIDB, 2019). 3 METODOLOGI Kajian ini menggunakan empat langkah kerangka kajian bagi mencapai objektif seperti di dalam Rajah 1. Rajah 1: Kerangka Kajian 3.1 Instrumen Kajian Borang soal selidik merupakan instrumen yang direkabentuk bagi data kuantitatif kajian ini. Secara umumnya soal selidik ini mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Instrumen Kajian Bahagian Dimensi No. Item Jumlah A Maklumat Demografi A1 - A6 6 B Kelebihan yang paling berpotensi apabila menggunakan BIM dalam projek pembinaan yang menggunakan sistem IBS. B1 - B10 10 C Tahap kesedaran mengenai penggunaan BIM dalam projek pembinaan yang menggunakan sistem IBS. C1 - C13 13 D Persepsi dan halangan yang wujud dalam menggunakan BIM dalam projek pembinaan yang menerapkan sistem IBS. D1 - D10 10 Jumlah 39 Data kuantitatif akan dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf, peratusan, min, frekuensi dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian SPSS. Kajian rintis melibatkan 30 sampel turut dijalankan dalam kajian ini bagi melihat kestabilan nilai Alpha Cronbach. 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Analisis dilakukan berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu untuk mengkaji kelebihan yang paling berpotensi, tahap kesedaran, persepsi dan halangan apabila menggunakan BIM dalam projek pembinaan yang menggunakan sistem IBS. 4.1 Tahap Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik Berdasarkan kepada pekali Alpha Cronbach yang diperolehi, tidak terdapat perbezaan nilai yang besar antara kajian rintis dan kajian sebenar. Kajian rintis menggunakan 30 sampel manakala kajian sebenar melibatkan 96 sampel seperti yang dirumuskan dalam Jadual 2. Pekali Alpha Cronbach kesemua bahagian diperolehi menunjukkan soal selidik adalah sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi. Pemilihan Topik Cadangan Kajian Penyediaan, pengumpulan dan Analisis Data Kesimpulan dan Cadangan


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 11 Jadual 2: Pekali Alpha Cronbach bagi Kajian Rintis dan Kajian Sebenar Bahagian Pekali Alpha Cronbach Kajian Rintis Kajian Sebenar Bahagian B 0.890 0.869 Bahagian C 0.959 0.927 Bahagian D 0.869 0.878 4.2 Latar Belakang Responden Kajian ini melibatkan 96 responden sepertimana di dalam Jadual 3 yang menunjukkan maklumat latar belakang responden. Responden berumur 31 hingga 40 tahun mewakili kumpulan terbesar iaitu 54 peratus serta memiliki ijazah sebagai tahap pendidikan sebanyak 53 peratus. Kebanyakkan responden bekerja sebagai jurutera seramai 38 yang mewakili 40 peratus. Bagi sektor pekerjaan pula, sebanyak 71 peratus bekerja di syarikat swasta berbanding dengan kerajaan. Manakala 51 peratus daripada jumlah responden mempunyai pengalaman bekerja menggunakan BIM dalam projek IBS dengan tempoh penglibatan tertinggi adalah 2 tahun dan ke bawah sebanyak 34 peratus. Walaupun seramai 47 responden tidak pernah terlibat menggunakan BIM dalam projek pembinaan yang menggunakan sistem IBS, mereka tetap mempunyai pengetahuan tentang BIM. Berdasarkan pengetahuan tersebut membolehkan responden untuk menjawab dan memberi maklum balas terhadap soal selidik yang diedarkan dengan sebaiknya. Jadual 3: Latar belakang responden kajian. Perkara Kekerapan Peratus (%) Umur: 30 tahun dan ke bawah 31 32 31 hingga 40 tahun 52 54 41 hingga 50 tahun 10 10 51 hingga 60 tahun 2 2 60 tahun dan ke atas 1 1 Tahap Pendidikan: SPM/Sijil 8 8 STPM/Diploma/Setaraf 26 27 Ijazah 51 53 Sarjana/PhD 10 10 Lain-lain 1 1 Bidang Kerja: Pekerja Binaan 10 10 Penyelaras Projek 14 15 Arkitek 3 3 Jurutera 38 40 Kontraktor/Konsultan 26 27 Pengendali atau Pengeluar IBS/BIM 5 5 Sektor Pekerjaan: Lain-lain 1 1 Swasta 68 71 Kerajaan 27 28 Pengalaman Bekerja Menggunakan BIM dalam Projek IBS: Ya 49 51


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 12 Tidak 47 49 Tempoh Penglibatan Menggunakan BIM dalam Projek IBS: tidak berkenaan 47 49 2 tahun dan ke bawah 33 34 3 - 4 tahun 8 8 5 tahun dan ke atas 8 8 Jumlah 96 100 4.3 Kelebihan Yang Paling Berpotensi Apabila Menggunakan BIM Dalam Projek Pembinaan Yang Menggunakan Sistem IBS. Analisis data di bahagian B menunjukkan kelebihan yang paling berpotensi apabila menggunakan BIM adalah di peringkat perancangan yang membolehkan semua pihak yang terlibat dengan projekpembinaan untuk mengkoordinasi setiap elemen sebelum pembinaan bermula dengan skor mintertinggi 5.260. Manakala penggunaan BIM dapat mengurangkan kos pembinaan sesuatu projek yang dilaksanakan berada pada kedudukan terakhir dengan skor min terendah 4.385. Secara keseluruhannya, indikator B1 hingga B10 yang dinilai pada tahap sederhana dengan purata skor min 4.974. Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa kelebihan yang paling berpotensi apabila menggunakan BIM dalam projek pembinaan yang menggunakan sistem IBS adalah penggunaan BIM di peringkat perancangan yang membolehkan semua pihak yang terlibat dengan projek pembinaan untuk koordinasi setiap elemen sebelum pembinaan bermula. Masalah utama yang sering berlaku dalam projek pembinaan yang menggunakan sistem IBS adalah faktor koordinasi yang diperlukan dalam proses merekabentuk, pembuatan dan pembinaan. Kekurangan penggunaan rekabentuk yang standard bagi komponen IBS akan mempengaruhi kualiti penghasilan komponen di peringkat pembuatan dan pembinaan (CIDB, 2020). Masalah ini dapat diatasi jika menggunakan teknologi BIM yang mampu menyelaraskan semua komponen atau elemen yang terlibat dalam pembinaan. Koordinasi BIM yang terlibat dalam pembinaan kebanyakan boleh ditukar ganti dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian projek pembinaan yang dilaksanakan. Perubahan yang dilakukan terutamanya di peringkat perancangan dianggap penting untuk direalisasikan kepada pembinaan sebenar sepertimana yang diharapkan tanpa ada sebarang masalah. Melalui penggunaan perisian BIM, semua pihak terlibat boleh melakukan pemeriksaan atau mengesan percanggahan yang wujud antara elemen dengan mengenalpasti lokasi antara dua elemen yang saling bertentangan. Permasalahan ini dapat diselesaikan dengan mengkoordinasi elemen yang terlibat melalui penggunaan BIM (Levy, 2012; Fadzil & Yahya, 2021). Secara amnya, penggunaan BIM akan memudahkan kerjasama yang lebih cekap dan cepat dengan menggabungkan semua idea, pandangan dan pendapat antara pihak terlibat untuk menghasilkan sebuah model lukisan 3D yang lengkap. Elemen terpenting dalam koordinasi BIM 3D adalah yang melibatkan pengesanan pertembungan. Dengan menggunaan BIM, ia dapat mengesan isu antara rekabentuk dan model yang berbeza untuk mencari cara yang paling berkesan untuk membetulkannya dan secara tidak langsung akan lebih meningkatkan produktiviti pembinaan yang menggunakan sistem IBS. Pengesanan pertembungan di antara elemen yang terlibat boleh dilakukan dengan mudah dan cepat apabila menggunakan BIM berbandingkan dengan model 2D dalam AutoCAD. Jika percanggahan elemen yang timbul tidak diselesaikan dengan segera, ia akan memberi kesan yang buruk seperti kualiti pembinaan yang rendah dan peningkatan kos terutamanya di peringkat penyelenggaraan. Penyelarasan elemen melalui teknologi BIM dalam projek pembinaan yang menggunakan sistem IBS menawarkan pelbagai manfaat untuk projek pembinaan secara keseluruhannya. Hasil analisis data adalah sepertimana dalam Jadual 4 di bawah.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 13 Jadual 4: Kelebihan Yang Paling Berpotensi Apabila Menggunakan BIM Dalam ProjekPembinaan Yang Menggunakan Sistem IBS. No. Item Dimensi Skor Min Kedudukan B1 Penggunaan BIM di peringkat perancangan membolehkan semua pihak yang terlibat dengan projek pembinaan untuk visualkan setiap elemen sebelum pembinaan bermula. 5.219 2 B2 Penggunaan BIM di peringkat perancangan membolehkan semua pihak yang terlibat dengan projek pembinaan untuk koordinasikan setiap elemen sebelum pembinaan bermula. 5.260 1 B3 Penggunaan BIM di peringkat perancangan membolehkan semua pihak yang terlibat dengan projek pembinaan untuk menganalisa ciri-ciri fizikal dan fungsi utama setiap elemen sebelum pembinaan bermula. 5.104 3 B4 Penggunaan BIM dapat meningkatkan kecekapan keseluruhan proses pembinaan menggunakan sistem IBS. 5.073 4 B5 Penggunaan BIM dapat meningkatkan produktiviti keseluruhan proses pembinaan menggunakan sistem IBS. 5.052 5 B6 Penggunaan BIM dapat meningkatkan kualiti keseluruhan proses pembinaan menggunakan sistem IBS. 4.917 7 B7 Penggunaan BIM dapat mengurangkan kos pembinaan sesuatu projek yang dilaksanakan. 4.385 10 B8 Penggunaan BIM dapat menyeragamkan elemen pasangsiap bermula dari peringkat rekabentuk, pengeluaran,pemasangan dan juga pembinaan. 5.010 6 B9 Penggunaan BIM membantu pihak pengurusan penyelenggaraan dan fasiliti sesebuah bangunan menjadi lebih efektif. 4.813 9 B10 Penggunaan BIM dapat mengelakkan masalah rekabentuk dalam fasa perancangan sesebuah projek pembinaan menggunakan sistem IBS. 4.906 8 4.4 Tahap Kesedaran Mengenai Penggunaan BIM Dalam Projek Pembinaan Yang Menggunakan Sistem IBS. Analisis data di bahagian C menunjukkan bahawa tahap kesedaran responden terhadap penggunaan BIM adalah pereka dapat merekabentuk bangunan secara 3D dengan skor min tertinggi 5.177. Manakala tahap kesedaran responden berkaitan dengan kerja-kerja merekabentuk dan dokumentasi boleh dilakukan serentak di dalam sistem dan bukan secara bersiri berada pada kedudukan terakhir dengan skor min terendah 4.615. Secara keseluruhannya, indikator C1 hingga C13 yang dinilai pada tahap sederhana dengan purata skor min 4.835. Berdasarkan kepada soal selidik yang telah dianalisis, item C2 merupakan tahap kesedaran tertinggi yang merujuk kepada melalui penggunaan BIM, pereka akan dapat merekabentuk bangunan secara 3D. Institut Kanser Negara merupakan projek pertama JKR yang menggunakan BIM melalui penggunaan model digital untuk mereka bentuk, menyelaras pembinaan dan penyelenggaraan melalui visualisasi dan simulasi 3D serta mengaplikasikan IBS dengan skor sebanyak 70%. Penggunaan teknologi komputer berteraskan 3D banyak membantu penggiat industri pembinaan dalam menghasilkan kualiti dan produktiviti yang terbaik dalam sesebuah projek pembinaan berbanding dengan kaedah konvensional yang sinonim dengan lakaran pelan pada kertas dan seterusnya beralih kepada Autocad yang berkonsepkan 2D. Melalui rekabentuk 3D ini secara keseluruhan membolehkan bangunan dapat dilihat dari semua arah dan bukan hanya dalam bentuk pelan sahaja. Penggunaan BIM menerusi teknologi 3D yang digunakan bermula dari proses rekabentuk, pembinaan dan sehingga tamat kitaran hidup sebuah bangunan yang dihasilkan melalui rekabentuk model bangunan sebenar (Mohamad & Nawi, 2013). Model lukisan 3D yang lengkap dan tepat terhasil dengan menggabungkan kolaborasi antara arkitek, jurutera dan jurukur bahan. Kerjasama antara


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 14 semua pihak terlibat dapat mengelakkan sebarang masalah apabila bangunan sebenar dibina. Peringkat rekabentuk akan menjadi lebih mudah, sistematik dan efektif apabila BIM digunakan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti serta dapat membantu dari aspek penjimatan kos dan masa. Melalui rekabentuk model bangunan secara 3D, pelbagai maklumat boleh diperolehi menerusi teknologi digital dimana membolehkan semua pihak yang terlibat dengan projek mencapai objektif yang ditetapkan sepanjang fasa perlaksanaan sesebuah projek pembinaan. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja mengenai rekabentuk bangunan sahaja malah turut mengandungi maklumat yang lebih terperinci seperti bahan, saiz, tarikh pemasangan, pengilang dan sebagainya. Kelebihan ini bukan sahaja terpakai di peringkat rekabentuk, turut digunakan sehingga ke peringkat pengurusan fasiliti apabila sesebuah bangunan atau projek siap dan beroperasi sepenuhnya. Hasil analisis data adalah sepertimana dalam Jadual 5 di bawah. Jadual 5: Tahap Kesedaran Mengenai Penggunaan BIM Dalam Projek Pembinaan Yang Menggunakan Sistem IBS. No. Item Dimensi Skor Min Kedudukan C1 Penggunaan BIM dapat mengimbangi skop projek, jadual dan kos. 4.698 11 C2 Melalui penggunaan BIM, pereka dapat merekabentuk bangunan secara 3D. 5.177 1 C3 Semasa proses merekabentuk, segala maklumat penting mengenai maklumat rekabentuk dan geometri boleh didapati dengan segera. 4.844 5 C4 Pereka boleh membuat keputusan mengenai projek dengan lebih cepat dan berkesan. 4.771 9 C5 Pasukan projek dapat menyelaras projek jika terdapat perubahan ketika proses reka bentuk mahupun dokumentasi dijalankan berbanding dengan perisian autocad yang digunakan ketika ini dalam IBS yang tidak jelas dari segi visualisasinya. 4.677 12 C6 Kerja-kerja merekabentuk dan dokumentasi boleh dilakukan serentak di dalam sistem dan bukan secara bersiri. 4.615 13 C7 Penyelarasan secara automatik apabila berlaku perubahan yang ditawarkan dapat mengelakkan kesilapan penyelarasan dan dapat membantu meningkatkan kualiti keseluruhan projek. 4.729 10 C8 Pada peringkat fasa pembinaan, BIM berfungsi sebagai data bagi menyimpan maklumat mengenai kualiti, jadual dan kos. 4.833 6 C9 BIM membantu dalam visualkan rekabentuk bangunan agar mudah difahami dan boleh dikaji dengan mudah. 4.990 3 C10 BIM dapat membantu arkitek untuk lebih mudah berkomunikasi dan menerangkan kepada pemilik mengenai struktur bangunan dan dapat meminimumkan kesan operasi pembinaan pemilik. 5.010 2 C11 BIM berfungsi sebagai pembuat maklumat dan pada masa yangsama berfungsi dalam menyelidik prestasi bangunan, bilangan penghuni dan kandungan bangunan yang diperlukan semasa fasa pengurusan. 4.833 7 C12 BIM berfungsi sebagai manual bangunan dan dapat mengetahui mengenai maklumat bangunan dengan lebih terperinci berbanding penggunaan konvensional kini. 4.823 8


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 15 C13 BIM boleh diaplikasikan sebagai rekod digital yang berfungsi dalam pengubahsuaian dan mempercepatkan adaptasi prototaip standard bangunan bagi mengkaji keadaan tapak untuk pembinaan bangunan yang sama di lokasi yang berbeza. 4.854 4 4.5 Persepsi Dan Halangan Yang Wujud Dalam Menggunakan BIM Dalam Projek Pembinaan Yang Menerapkan Sistem IBS Analisis di bahagian D menunjukkan halangan terbesar dalam penggunaan BIM adalah dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar dan ini telah menghadkan peluang kepada kontraktor lain terutamanya syarikat kecil serta memerlukan sumber kewangan yang besar untuk perlaksanaannya dan skor min tertinggi 5.042. Manakala indikator D3 berada pada kedudukan terakhir iaitu melibatkan persepsi responden menyatakan tiada keperluan untuk perubahan daripada penggunaan kaedah konvensional kepada teknologi moden seperti BIM dengan skor min terendah 3.906. Secara keseluruhannya, indikator D1 hingga D10 yang dinilai pada tahap sederhana dengan purata skor min 4.670. Secara umumnya, gabungan penggunaan BIM dan IBS dalam sektor pembinaan memberi peluang yang lebih tinggi untuk menembusi pasaran antarabangsa, peningkatan ekonomi dan pengembangan syarikat di peringkat global. Namun terdapat pelbagai halangan bagi merealisasikan matlamat ini. Berdasarkan kepada hasil dapatan maklum balas kajian, halangan utama menggunakan BIM dalam IBS berkaitan dengan penggunaan BIM dimonopoli oleh syarikat besar. Ini telah menghadkan peluang kepada kontraktor lain terutamanya syarikat kecil. Selain itu faktor kewangan turut menjadi halangan terhadap penggunaan BIM secara optimum. Terdapat beberapa faktor yang menghadkan penggunaan BIM di syarikat kecil seperti faktor kewangan, kepakaran dan fasiliti yang dimiliki. Syarikat besar memiliki sumber kewangan yang lebih kukuh dan stabil untuk menyediakan perisian dan fasiliti berkaitan BIM. Pekerja perlu dihantar berkursus dan menjalani latihan bagi meningkatkan dan menambah kemahiran berkaitan BIM. Proses menyediakan fasiliti ini memerlukan sumber kewangan yang banyak bagi merealisasikan penggunaan BIM secara efisien. Selain itu, syarikat besar mempunyai bilangan pekerja yang ramai membolehkan pihak pengurusan menentukan dan memilih pekerja yang sesuai untuk mendalami penggunaan teknologi BIM dengan sebaik mungkin. Pemilihan pekerja yang memiliki kemahiran, pengetahuan, dapat mengendalikan teknologi BIM secara berkesan serta dapat memberi pulangan yang baik kepada syarikat dari aspek mutu dan kualiti kerja yang diperlukan. Berbeza dengan syarikat kecil yang memiliki sumber tenaga kerja yang terhad. Ini akan menyukarkan pekerja untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran teknologi baru seperti BIM kerana mereka perlu melakukan pelbagai tugas lain disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja pakar. Dari aspek menyediakan latihan yang berkesan dan mencukupi, syarikat besar mempunyai keupayaan yang lebih berbanding syarikat kecil. Syarikat besar boleh menyediakan latihan yang cukup seperti seminar, kursus, pemindahan pengetahuan dan kemahiran dari tenaga pakar berkaitan dengan BIM. Kesemua latihan ini memerlukan peruntukan kewangan yang banyak bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja mereka. Ini secara tidak langsung menghadkan keupayaan syarikat kecil untuk bersaing dalam mengoptimumkan penggunaan BIM dalam industri pembinaan. Kesemua faktor yang telah dinyatakan seperti sumber kewangan, tenaga kerja pakar, kemahiran, pengetahuan dan fasiliti jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi BIM secara efisien sememangnya terbuka luas dan dimonopoli oleh syarikat besar berbanding dengan syarikat kecil yang terlibat secara langsung dalam sektor pembinaan di Malaysia. Faktor kewangan juga merupakan antara halangan utama untuk menggunakan teknologi BIM dalam sektor pembinaan. Di peringkat awal penggunaan BIM, pihak syarikat memerlukan sumber kewangan yang besar untuk membeli perisian BIM. Perisian BIM terbahagi kepada dua jenis iaitu perisian utama (Authoring Tools) dan perisian sokongan (Supporting Tools). Perisian utama yang sering digunakan seperti Revit (Autodesk), ArchiCAD (Graphisoft), SketchUP PRO dan Tekla Structures (Trimble), Microstation (Bentley) dan TiffinBIM. Manakala perisian sokongan pula melibatkan archiBUS, CostX (Exactal), Navisworks (Autodesk) dan sebagainya. Perisian sokongan ini berfungsi sebagai perisian platform spesifik yang diperlukan oleh pemegang taruh seperti arkitek,


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 16 jurutera dan jurukur bahan (Fadzil & Yahya, 2021). Selain daripada pembelian perisian, keperluan server yang besar diperlukan dalam penggunaan BIM. Keperluan server ini disebabkan oleh penggunaan data yang besar untuk menukar lukisan 2D kepada 3D. Oleh yang demikian, penyediaan server ini memerlukan syarikat menyediakan dan mengeluarkan sumber kewangan yang besar untuk menampung penyediaan teknologi BIM kerana kemudahan sedia ada tidak mencukupi. Sumber kewangan yang banyak turut diperlukan untuk membeli dan menyediakan perkakas dan peralatan komputer yang dilengkapi dengan high spec dan kad grafik yang tinggi bagi menampung penggunaan BIM yang memerlukan penyimpanan data yang besar serta berteknologi tinggi. Peruntukan untuk menyediakan perisian, server, perkakas dan peralatan komputer memerlukan syarikat menyediakan kos kewangan yang besar bagi melaksanakan penggunaan BIM di dalam sesebuah projek pembinaan. Faktor kewangan ini menjadi antara halangan utama dalam melaksanakan penggunaan BIM secara efisien dan berkesan dalam sektor pembinaan di Malaysia. Hasil analisis data adalah seperti di dalam Jadual 6 di bawah. Jadual 6: Persepsi Dan Halangan Yang Wujud Dalam Menggunakan BIM Dalam Projek Pembinaan Yang Menerapkan Sistem IBS No. Item Dimensi Skor Min Kedudukan D1 BIM kurang popular di kalangan perunding rekabentuk yang menggunakan sistem IBS. 4.563 8 D2 Kekurangan pengetahuan dikalangan pereka. 4.542 9 D3 Tiada keperluan untuk perubahan daripada penggunaan kaedah konvensional kepada teknologi moden seperti BIM. 3.906 10 D4 Kekurangan sokongan dan penerimaan yang perlahan terutamanya daripada sektor swasta. 4.760 5 D5 Dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar, menghadkan peluang kepada kontraktor lain terutamanya syarikat kecil. 5.042 1 D6 Kekurangan tenaga kerja pakar untuk pengendalian dan pemasangan komponen di tapak bina. 4.813 3 D7 Kekurangan kemahiran untuk pengendalian dan pemasangan komponen di tapak bina. 4.771 4 D8 Kekurangan peralatan khas dan jentera untuk pengendalian dan pemasangan komponen di tapak bina. 4.604 7 D9 Ketidaksepadanan antara kesediaan sistem IBS dengan teknologi BIM di dalam projek pembinaan. 4.656 6 D10 Memerlukan sumber kewangan yang besar untuk perlaksanaan. 5.042 2 5 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini telah mencapai kesemua objektif kajian yang dikehendaki. Kesemua pihak yang terlibat dalam projek pembinaan di Malaysia perlu bekerjasama untuk mencapai penggunaan teknologi BIM secara menyeluruh dalam sektor pembinaan yang menggunakan sistem IBS. Pihak kerajaan juga perlu sama-sama membantu bagi memudahkan dan merealisasikan pencapaian penggunaan BIM secara optimum. Penggunaan BIM secara optimum dalam sistem IBS dapat meningkatkan kualiti, mengurangkan kos dan mempercepatkan masa penyiapan projek pembinaan. Ini dapat menjadikan industri pembinaan lebih cekap, berkesan, fleksibel dan inovatif di samping dapat meningkatkan produktiviti negara. Berdasarkan penelitian yang dilakukan terhadap kajian dan penyelidikan sebelum ini, didapati tidak banyak kajian yang dijalankan terhadap penggunaan BIM dalam industri pembinaan yang menggunakan sistem IBS. Kajian lepas lebih menumpukan kepada industri pembinaan secara umum yang melibatkan bidang kerja seperti kontraktor, arkitek dan pengurusan fasiliti sahaja. Justeru itu hasil dapatan kajian ini diharap dapat menjadi panduan dan rujukan yang berguna kepada organisasi, syarikat dan orang perseorangan terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 17 pembinaan yang menggunakan sistem IBS. Selain itu diharap kajian ini dapat membantu ahli akademik yang menjalankan kajian berkaitan dengan penggunaan BIM dalam sistem IBS. RUJUKAN Bakar, A. H. A., (2014). Industri Binaan Malaysia: Satu Tinjauan, Universiti Sains Malaysia. Bari, N. A. A., Abdullah, N. A., Yusuff, R., Ismail, N., &Jaapar, A. 2012. Environmental Awareness and Benefits of Industrialized Building Systems (IBS). Procedia-Social and Behavioral Sciences, 50(1): 392-404. Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB), (2019). Malaysia Building Information Modelling Report 2019. CIDB Technical Report Publication No. 208. Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB), (2020). Tahap Penggunaan IBS Bagi Sektor Kerajaan & Swasta Di Malaysia Pada Tahun 2019. Sektor Pembangunan Teknologi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, CIDB. Costa, G., and Madrazo, L. (2015). Connecting Building Component Catalogues with BIM Models Using Semantic Technologies: An Application for Precast Concrete Components. Automation in Construction.57: 239-248. Fadzil, M. I. A dan Yahya Y. M., (2021). Pelaksanaan Sistem Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) bagi Mengurangkan Kos dalam Pengurusan Fasiliti. Research in Management of Technology and Business Vol. 2 No. 1 (2021) 892-904 © Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office. Gardezi, S. S. S., Shafiq, N. and Khamidi, M. F. B. (2013). Prospects of Building Information Modeling (BIM) in Malaysian Construction Industry as Conflict Resolution Tool. Journal of Energy Technologies and Policy, 3: 345-350. Ismail, A. Z., (2017). Pemodelan Maklumat Bangunan: Aplikasi Dan Amalan. Universiti Malaysia Perlis. Ismail, Z. Z., (2018). Cabaran Industri Pembinaan Di Malaysia Terhadap Revolusi Industri 4.0. Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia. Khosrowshahi, F. and Arayici, F. (2012) Roadmap for implementation of BIM in the UK construction industry. “Engineering, Construction and Architectural Management”, 19(6), 610-635. Latiffi, A. A., Mohd, S., & Rakiman, U. S. (2016). Product lifecycle management in the era of internet of things: 12th IFIP WG 5.1 international conference, PLM 2015 doha, Qatar, October 19-21, 2015 revised selected papers. IFIP Advances in Information and Communication Technology, 467, 149–158. Levy, F. (2012). BIM in Small-scale sustainable design. Hoboken, New Jersey: John Wiley & Son, Inc. Memon, A. H., Rahman, I. A., Memon, I. and Azman, N. I. A. (2014). BIM in Malaysian Construction Industry: Status, Advantages, Barriers and Strategies to Enhance the Implementation Level. Research Journal of Applied Sciences, Engineering and Technology. 8(5): 606-614. Mohamad, A. F. M., Nawi, M. N. M. (2013). Potensi Penggunaan Maklumat Permodelan Bangunan (BIM) Dalan Sistem Binaan Berindustri (IBS). Prosiding Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi & Logistik, (SIPTIK IV). 4-16 Mei 2013, Universiti Utara Malaysia Nath, T., Attarzadeh, M., Tiong, R. L. K., Chidambaram C. and Yu, Z. (2015). Productivity Improvement of Precast Shop Drawings Generation Through BIM-based Process ReEngineering. Automation in Construction, 54:54–68.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 18 Rahim, A. A., Hamid, A. Z., Hj Zen, I., Ismail Z. and Kamar K. A. M. (2012). Adaptable Housing of Precast Panel System in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 50: 369-382. Saar, C. C., Siang, C. T., Bajuri, A. A. F., Chuing, S. L., Yusof, M. A., Sheng, X. L., (2019). Building information modelling in Malaysian industrialised building system. IOP Conf. Ser.: Mater. Sci. Eng. 620 012047 Vukovic, N. D. V. (2015). Whole Lifecycle Information Flow Underpinned By Bim: Technology, Process, Policy and People. 2nd International Conference on Civil and Building Engineering Informatics, 7(696114), 1–7. Yunus, R. and Yang, J. (2012). Critical Sustainability Factors in Industrialised Building Systems, Construction Innovation, 12(4): 447-460.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 19 SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN MEKANIKAL BATA SIMEN DIUBAHSUAI DENGAN MENGGUNAKAN ABU TERBANG DAN PALM OIL FUEL ASH (POFA) Khairudin Che Husain1 dan Che Ku Norhazlina Che Ku Maidin1 1Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin [email protected], [email protected] ABSTRAK. Bata simen merupakan bahan binaan yang diperbuat daripada campuran simen dan pasir yang berbentuk empat segi tepat. Bata simen secara amnya digunakan bagi pembinaan rumah kediaman atau bangunan kecil, harganya juga murah dan ia biasanya digunakan bagi struktur yang tidak menanggung beban. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji sifat fizikal dan mekanikal bata simen. Kepentingan kajian ini adalah bagi memberi gambaran tentang sifat bata simen, faktor-faktor yang mempengaruhi sifatnya serta kesan pengunaan POFA dan Abu Terbang dalam adunan bata simen. Objektif kajian adalah bagi menentukan hubungan adunan terhadap sifat fizikal bata iaitu toleransi dimensi, ketumpatan, kadar serapan awal, serapan lembapan dan sifat mekanikal iaitu kekuatan mampatan bata simen. Kajian ini dijalankan dengan mengambil sampel daripada tiga (3) kilang yang berlainan di Negeri Terengganu. Setiap kilang diambil 24 biji bata simen untuk persampelan. Manakala sampel bata simen terubahsuai menggunakan POFA dan bata simen menggunakan abu terbang juga disediakan 24 biji sampel. Sampel kawalan juga disediakan sebanyak 24 biji bata simen. Kajian menunjukkan bata simen diubahsuai menggunakan POFA menghasilkan paling tinggi nilai ketumpatan dan nilai kekuatan mampatan dan tetapi rendah nilai dalam ujian serapan awal. Begitu juga bata simen menggunakan abu terbang mempunyai nilai tinggi dari aspek ujian kekuatan mampatan dan ujian ketumpatan berbanding sampel yang lain. Semua sampel yang diuji memenuhi piawaian JKR dari segi kekuatan mampatan. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan POFA dan Abu Terbang di dalam adunan bata simen memberi kesan yang positif terhadap sifat fizikal dan mekanikal terutamanya terhadap kekuatan mampatan. Adunan bata simen terubahsuai didapati sangat mempengaruhi sifat fizikal dan mekanikalnya. KATA KUNCI: bata simen; POFA; sifat fizikal; kekuatan 1 PENGENALAN Malaysia adalah diantara sebuah negara pengeluar utama minyak kelapa sawit. Menurut Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) sehingga tahun 2009 terdapat lebih 4.6 juta hektar tanah di Malaysia diliputi penanaman kelapa sawit. Setelah minyak diekstrak daripada tandan kelapa sawit, tandan tersebut di bakar dan dibuang dan sebahagian dijadikan baja dengan meletakkannya di umbi kepala sawit. POFA adalah produk yang diperolehi dengan membakar gentian, cengkerang dan tandan buah kosong sebagai bahan api dalam dandang kilang minyak sawit. Setiap tahun negara kita telah menghasilkan 4 juta tan Abu Terbang daripada kelapa Sawit (POFA) (Teo, et al, 2006). Bahan ini sekiranya tidak dimanfaatkan atau difikirkan penggunaannya akan menyebabkan pencemaran alam sekitar dengan peningkatan dan permintan pengeluaran hasil daripada komoditi kelapa sawit saban tahun. POFA telah didapati mempunyai ciri-ciri pozzolana seperti kandungan simen yang mana terdapat kandungan silika oksida di dalamnya (Awal dan Hussin, 1997). Bahan silika atau alumina diperlukan dalam dalam simen kerana bahan ini akan bertindakbalas dengan kalsium hidroksida dengan kehadiran bagi membentuk sebatian yang mengikat molekul-molekul diantara satu sama lain. Secara umumnya terdapat dua jenis bata. Jenis pertama yang digunakan adalah dipanggil bata simen dan jenis kedua adalah bata tanah liat. Penggunaan bata tanah liat atau dalam sinonimnya dipanggil bata merah sebenarnya melibatkan jumlah penggunaan tenaga yang banyak kerana penghasilan bata ini melibatkan proses pembakaran dan seterusnya menyebabkan pencemaran akibat daripada penggunaan bahan bakar seperti minyak selinder terbuang untuk proses pembakaran (Riza


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 20 et al., 2010). Secara puratanya bata simen menggunakan tenaga kurang 10% daripada bata tanah liat (Waziri et al., 2013). Pembebasan gas karbon dioksida adalah diketahui antara penyebab penipisan lapisan ozon dan menyumbang kepada pemanasan global. Proses penghasilan bata liat secara amnya akan menyebabkan pembebasan gas karbon dioksida, yang telah dikenalpasti sebagai bahan pencemar udara apabila kandungannya dalam udara adalah berlebihan. Berdasarkan permasalahan yang wujud akibat daripada pembuangan sisa sisa kelapa sawit yang di istilahkan sebagai POFA serta permasalahan penghasilan bata tanah liat yang banyak menggunakan tenaga untuk pembakaran, maka penggunaan POFA dan abu terbang sebagai campuran dalam penghasilan bata simen dilakukan dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan sifat fizikal dan sifat mekanikal bata simen ubah suai menggunakan POFA dan abu terbang berdasarkan piawaian ujian ujian yang telah ditetapkan. Hasil keputusan kajian bata simen yang diubah suai menggunakan POFA dan abu terbang dibandingkan dengan piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan British Standard (BS). Kajian sebelumnya banyak menggunakan POFA sebagai campuran dalam penghasilan konkrit berbanding POFA sebagai bata simen. Kajian ini menggunakan peratusan campuran berbeza dengan kajian kajian sebelumnya. 2 KAJIAN LITERATUR Bata atau blok konkrit menghasilkan 143 kg CO2/tan manakala bata tanah liat biasa pula menghasilkan sebanyak 200 kg CO2/tan (Fetra Venny Riza, Ismail Abdul Rahman, 2011; Riza et al., 2012). Penggunaan bata simen, boleh membantu untuk mengelakkan pencemaran dan menjaga alam sekitar. Beberapa kajian yang lepas mendapati bahawa penggunaan Abu Terbang berupaya untuk menggantikan sejumlah simen dalam proses penghasilan konkrit (Naik & Singh, 1994). Sifat Abu Terbang yang mana menunjukkan sebahagian daripada sifat simen, iaitu kebolehan untuk bertindak balas dengan kalsium oksida dengan kehadiran air untuk menghasilkan bahan bersimen tinggi yang tidak larut air dinamakan sebagai tindakbalas pozzolana. Tindak balas ini dipengaruhi oleh beberapa parameter seperti kehalusan, kandungan kimia dan mineral, kandungan bahan karbon tidak terbakar seperti Abu Terbang (Naik & Singh, 1994). Disebabkan oleh kehalusan dan sifat pozzolananya, penggunaan Abu Terbang dalam simen secara signifikannya berupaya untuk meningkatkan kualiti sesuatu dan struktur mikro sesuatu pasta simen. Selaras dengan penambahbaikan berterusan terhadap pengurangan lompang udara di dalam konkrit, peningkatan kekuatan berkadar dengan jumlah masa pengawetan dapat dicapai dengan penggunaan Abu Terbang. Kehalusan adalah merupakan satu sifat fizikal yang penting bagi Abu Terbang, dan sangat mempengaruhi tindakbalas pozolana (Naik & Singh, 1994). Saiz purata bagi Abu Terbang adalah 7–12μm (Rani & Tejaanvesh, 2015). Beberapa kajian telah dilaksanakan dengan menggantikan Abu Terbang dalam simen pada kadar 10-40% (Naik et al., 1997) dan mendapati bahawa bagi setiap 10% Abu Terbang digunakan, kebolehkerjaan meningkat pada kadar sebanyak 3-4% dalam penambahan kandungan air. Kajian telah dijalankan mendapati kekuatan mampatan konkrit yang mengandungi POFA bahawa kandungan pada kadar 30% sebagai pengganti simen, kekuatan mampatan maksimum bagi konkrit yang dihasilkan berjaya dicapai (Yahaya et al., 2015). Begitu juga bahawa pada peringkat awal umurnya, konkrit yang mengandungi POFA sebagai pengganti simen pada kadar 10,20 dan 30% mencatatkan kekuatan yang rendah berbanding spesimen kawalan, namun selepas 28 hari ia mencapai kekuatan yang lebih tinggi (Sajjadi, 2014). Penggunaan POFA pada kadar 20% dalam simen mencatatkan kekuatan mampatan yang paling tinggi berbanding peratusan lain (Yahaya et al., 2015). 3 REKABENTUK KAJIAN 3.1 Temubual Proses temubual dijalankan pada setiap pusat pengeluaran terhadap individu tertentu yang menyelia proses pengeluaran bata simen. Temubual ini dilaksanakan untuk mengenalpasti maklumat berikut: i. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bata simen ii. Penisbahan bahan yang digunakan dalam adunan bata simen iii. Teknik pengeluaran yang dipraktikkan untuk menghasilkan bata simen. Maklumat yang diperolehi daripada setiap pusat pengeluaran direkod dalam borang temubual yang disediakan. Jadual 1 menunjukkan jumlah sampel yang diambil daripada tiga kilang yang berlainan dan dilabelkan sampel M, sampel F dan sampel F.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 21 Jadual 1: Sampel Bata Simen daripada kilang Sampel Lokasi Kilang Kuantiti (biji) Sampel M Dungun, Terengganu 24 Sampel F Kuala Terengganu, Terengganu 24 Sampel A Kuala Terengganu, Terengganu 24 3.2 Pengujian Sampel Nisbah bancuhan simen dan aggregat bagi bata simen kawalan dan ubah suai ialah pada kadar 1:3.5, iaitu melibatkan penggunaan simen sebanyak 17%. Terdapat dua jenis aggregat yang digunakan dalam bancuhan ini, iaitu pasir dan juga debu kuari. Nisbah aggregat dalam bancuhan ini pula adalah 60% pasir dan 40% debu adunan yang diperolehi dari kuari. Nisbah air-simen yang digunakan bagi bancuhan adunan adalah 0.5. Kesemua formula hasil daripada rujukan dalam kajian literatur dan maklumat yang diperolehi hasil lawatan ke kilang. Penggunaan POFA dan Abu Terbang sebagai pengganti simen dalam bancuhan adunan bata ini dibuat pada satu peratusan campuran sahaja iaitu POFA pada kadar 20% dan Abu Terbang pada kadar 50%. Penyelidik memilih peratusan ini adalah kerana berdasarkan kepada kajian literatur. Sampel yang diambil dari setiap pusat pengeluaran diuji di makmal untuk mengenalpasti ciri-ciri kualitinya. Jumlah sampel yang diuji adalah 24 biji bagi setiap bata simen ubah suai menggunakan POFA dan abu terbang. Sebanyak 24 biji bata simen sebagai sampel kawalan juga disediakan. Jadual 2 menunjukkan lokasi pengujian sampel dilakukan. Jadual 2: Lokasi Makmal Pengujian Bagi Sampel Bata Simen Kajian Bil Makmal Ujian 1 Makmal Teknologi Konkrit, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Ujian Serapan Lembapan, Ujian Kadar Serapan Awal, Ujian Dimensi dan Ujian Penentuan Ketumpatan 2 Makmal Babena Sdn Bhd, Paka Dungun Ujian Kekuatan Mampatan Kerja-kerja pengujian sampel bata dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam piawaian tertentu, berikut adalah ujian-ujian yang dilaksanakan: 3.2.1 Ujian Toleransi Dimensi Dimensi toleransi bagi sampel bata simen diukur berdasarkan panjang, lebar dan tinggi keseluruhan 24 biji bata disusun sebaris dan juga untuk setiap unit bata tersebut. Ujikaji dilakukan terhadap 24 bata simen untuk menguji toleransi dimensi berdasarkan BS 3921 (1985). Purata dimensi bagi panjang, lebar dan tinggi sampel bata simen dari setiap pusat pengeluaran yang berbeza dilaporkan dalam bentuk jadual dan disemak dengan toleransi yang dibenarkan dalam piawaian. 3.2.2 Ujian Kadar Serapan Awal Sebanyak 5 unit sampel bata digunakan untuk tujuan ujikaji ini. Prosedur ujikaji dijalankan berdasarkan (ASTM, 2012) dan dimulakan dengan mengeringkan sampel bata ini di dalam oven pada suhu 110° C selama 2 hari setengah. Bata kemudian dikeluarkan dari oven dan dibiarkan menyejuk pada suhu bilik selama lebih kurang 4 jam. Sebaik sahaja disejukkan sampel bata ditimbang dan berat keringnya direkodkan sebagai mw. Sampel bata kemudian diletakkan di dalam sebuah dulang cetek bersaiz 600mm x 600mm yang luasnya 0.36m2 yang diisi dengan air pada ketinggian 3mm ± 1mm. Sampel bata dibiarkan terendam selama 1 minit dan kemudian lebihan air di permukaannya di keringkan dengan menggunakan kain basah. Sampel seterusnya ditimbang dan bacaan direkodkan sebagai md. Kadar serapan awal sampel bata dikira dengan menggunakan persamaan (1). KSA = (md – mv) / ( A gross) (1) 3.2.3 Ujian Serapan Lembapan Bata kering yang digunakan untuk ujian serapan awal digunakan kembali bagi ujikaji ini. Rajah 1 menunjukkan sampel bata kajian yang telah dikeringkan dalam oven. Prosedur ujikaji ini adalah merujuk kepada BS 3921 (1985). Maklumat berat kering bagi sampel bata tersebut telah diperolehi daripada ujikaji sebelum ini iaitu mw. Sebuah tangki yang boleh memuatkan 5 biji bata digunakan untuk merendam bata di dalam air. Bata disusun di dalam tangki untuk membolehkan air dapat bergerak melalui setiap sampel bata dan dibiarkan dalam air selama 24 jam kemudian ditimbang kepada gram


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 22 terdekat dan direkodkan sebagai ms. Serapan lembapan sesuatu bata dikira dengan menggunakan persamaan (2). Serapan Lembapan = 100 (ms – mw) / mw (2) Kadar serapan lembapan sampel unit bata daripada pusat pengeluaran berbeza yang diperolehi, kemudian di analisa. 3.2.4 Ujian Kekuatan Mampatan Ujikaji ini dilaksanakan berdasarkan BS 3921(1985), menggunakan 5 sampel bata simen. Setiap sampel bata direndam dalam air selama 16 jam dengan suhu air dikekalkan antara 10°C hingga 25°C di dalam sebuah tangki. Sampel bata kemudian dikeluarkan dari tangki, dibiarkan kering selama lebih kurang setengah jam pada suhu bilik. Guni basah digunakan untuk menutup permukaan atas bata, untuk mengelakkan kehilangan lebihan lembapan semasa proses pengeringan. Setelah itu, lebihan lembapan pada unit bata dikeringkan dengan bantuan kain. Sampel bata kemudiannya diuji dengan mesin mampatan dengan kadar kenaikan beban tidak melebihi 35 N/mm2 per minit. Semasa ujian berlangsung permukaan unit bata yang diuji dilapik dengan papan lapis setebal lebih kurang 4mm untuk memastikan keseragaman beban mampatan yang dikenakan. Beban maksimum yang mampu ditanggung oleh setiap sampel bata direkod dan kekuatan mampatan bata tersebut dikira dengan menggunakan persamaan (3). Kekuatan Mampatan = ( Beban Maksimum) / (Luas terkecil) (3) Kekuatan mampatan sampel unit bata yang diperolehi dilaporkan dalam jadual bagi setiap pusat pengeluaran berbeza dan disemak dengan piawaian yang dicadangkan oleh BS 3921(1985) dan piawaian JKR 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Beberapa ujian telah dijalankan bagi membandingkan enam sampel bata simen. Tiga sampel bata simen dipilih daripada tiga kilang yang berbeza dan tiga sampel bata simen dihasilkan oleh penyelidik di makmal. Hasil ujian telah dibincangkan dan diolah dalam bentuk graf. Hubung kait diantara hasil ujian dengan bata simen samaada bata simen daripada kilang atau bata simen dibuat dimakmal dipamerkan dalam bentuk graf. Begitu juga perbandingan dengan piawaian antarabangsa dilakukan dengan hasil ujian. Hubung kait hasil ujian serapan awal dengan kekuatan mampatan, hubung kait ketumpatan dengan kekuatan mampatan, hubung kait kandungan simen dengan kekuatan bata telah dibincangkan. Beberapa analisa graf dipamerkan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Berdasar kepada Rajah 1, ketumpatan purata paling tinggi direkodkan oleh bata simen diubahsuai menggunakan POFA iaitu 1997 kg/m3. Ini disebabkan oleh penggunaan POFA di dalam adunan simen didapati meningkatkan kebolehkerjaan adunan seterusnya menjadikan adunan menjadi lebih mampat. Rajah 1: Ketumpatan purata bata simen kajian


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 23 Menurut (Poole, 1995), kadar serapan awal bata yang yang baik ialah antara 0.25 kg/m2/min hingga 2.00 kg/m2 /min. ASTMC65 (1990) pula menetapkan kadar serapan awal bata yang baik adalah dari 0.50kg/m2/min hingga 1.55 kg/m2/min. Nilai-nilai ini boleh dijadikan rujukan untuk menilai prestasi kadar serapan awal sesuatu bata. Rajah 2 menunjukkan sampel daripada Kilang F, Kilang A dan Kilang M melebihi nilai maksimum berdasarkan ASTMC65 (1990). Rajah 2: Kadar Serapan Awal Purata Bata Simen Kajian Penggunaan bahan mentah simen yang tinggi akan memberi kesan terhadap serapan lembapan bata bertambah yang telah dibuktikan oleh kajian lepas. Walau bagaimanapun, serapan lembapan ini dapat dikurangkan dengan menambahkan tempoh pengawetan (Deboucha & Hashim, 2011). Berdasarkan Rajah 3, kadar serapan lembapan yang paling tinggi dicatatkan oleh bata yang diambil dari kilang F iaitu 12.11%. Keadaan ini dapat dijelaskan dengan ketumpatan bata kilang F yang lebih rendah berbanding bata lain. Serapan lembapan yang terendah dicatatkan oleh bata simen ubahsuai menggunakan Abu Terbang iaitu 7.11%. Ini kerana penggunaan Abu Terbang dalam bancuhan simen dapat membantu dari segi kebolehkerjaan seterusnya menjadikan bancuhan senang dimampatkan dan mendorong adunan menjadi lebih tumpat, kesannya kadar serapan lembapan menurun. Rajah 3: Serapan Lembapan Tertinggi Bata Melawan Jenis Bata Simen Berpandukan Rajah 4, kekuatan mampatan paling tinggi dihasilkan oleh bata simen yang diubahsuai dengan penambahan POFA iaitu 25.12 N/mm2 diikuti bata simen Abu Terbang 20.23 N/mm2 dan seterusnya bata simen kawalan iaitu 17.71 N/mm2 . Penggunaan POFA dan Abu Terbang didapati dapat meningkatkan kekuatan mampatan sesuatu bata simen. Keadaan ini dapat dijelaskan dengan membuat perbandingan antara bata POFA dan Abu Terbang dengan spesimen kawalan. Kekuatan mampatan bagi sampel bata yang diambil di kilang-kilang paling tinggi dicatatkan oleh kilang M iaitu 15.57 N/mm2. Walaupun bata yang dihasilkan oleh kilang F hanya mencatatkan bacaan 5.41 N/mm2, namun masih lagi memenuhi piawaian minima kekuatan mampatan yang dibenarkan oleh JKR


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 24 iaitu 5.20 N/mm2 . Berdasarkan BS 3921 (1985) had yang kekuatan mampatan minimum yang dibenarkan pula adalah 5.00 N/mm2 . Rajah 4: Kekuatan Mampatan Bagi Semua Jenis Bata Simen Kajian Pengurangan serapan lembapan dalam bata simen akan meningkatkan kekuatan bata simen tersebut (Deboucha & Hashim, 2011). Hubungkait antara serapan lembapan dengan kekuatan mampatan bagi bata simen kajian ditunjukkan dengan jelas oleh graf dalam Rajah 5. Graf menunjukkan purata kekuatan mampatan secara keseluruhannya akan meningkat sekiranya serapan lembapannya rendah. Ini dengan jelas dibuktikan oleh Kilang F iaitu serapan lembapan sebanyak 12.11% menghasilkan kekuatan hanya 5.41 N/mm2. Manakala bata simen ubahsuai dengan POFA mempunyai serapan lembapan sebanyak 8.90% menghasilkan kekuatan mampatan sebanyak 25.12 N/mm2. Rajah 5: Hubungan Serapan Lembapan Dan Kekuatan Mampatan Bata Simen Kajian Rajah 6 menunjukkan hubungan antara kandungan simen dengan kekuatan mampatan bata simen. Secara amnya, graf jelas menunjukkan bahawa kandungan simen tidak mempunyai pengaruh yang jelas terhadap kekuatan. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan melihat perbandingan yang wujud antara Bata Kilang F dan Kilang A, walaupun dengan jumlah simen yang sama kekuatannya adalah berbeza. Walaupun begitu, secara amnya terdapat peningkatan kekuatan selari dengan pertambahan jumlah simen. Ini dapat dibuktikan dengan melihat perbezaan antara kilang A dan kilang M di mana kilang A menggunakan simen sebanyak 11% dan kilang M menggunakan simen sebanyak 22% menghasilkankan kekuatan yang berbeza-beza iaitu 7.96 N/mm2 dan 15.57 N/mm2 setiap satu.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 25 Rajah 6: Hubungan Kandungan Simen Dan Kekuatan Mampatan Terendam Secara keseluruhan dalam analisis dan perbincangan terhadap ujikaji yang telah dilaksanakan adalah pertamanya, ujian toleransi dimensi yang dijalankan mendapati bahawa terdapat sedikit ketidakseragaman dari segi saiz bata namun masih lagi mematuhi had yang dibenarkan. Penggunaan POFA mempunyai kesan terhadap peningkatan ketumpatan bata sekaligus menandakan terdapat peningkatan tahap kebolehkerjaan adunan manakala Abu Terbang mencatatkan keputusan yang sebaliknya. Dari ujian kadar serapan awal, bagi sampel bata simen yang diambil di kilang didapati bahawa kadar serapan bata lebih tinggi berbanding spesimen kawalan dan juga bata simen ubahsuai POFA serta Abu Terbang yang dihasilkan. Ini berkait rapat dengan ketumpatan bata simen tersebut, di mana didapati bata simen yang diambil di kilang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding bata yang dihasilkan. Ujian serapan lembapan juga membuktikan bahawa bata simen yang diperolehi dari kilang mempunyai serapan lembapan yang tinggi berbanding spesimen kawalan dan bata simen ubahsuai dengan Abu Terbang. Ini disebabkan oleh penggunaan Abu Terbang dapat memberikan kebolehkerjaan yang baik terhadap adunan simen seterusnya adunan yang dibancuh senang dimampatkan dan menghasilkan bata simen yang mempunyai ketumpatan yang tinggi, apabila ketumpatan tinggi, kebolehserapan lembapan juga akan menurun. Secara amnya, kajian yang dijalankan juga mendapati bahawa, bata simen kawalan yang dihasilkan secara manual dan juga penggunaan POFA serta Abu Terbang boleh diperluaskan kerana ia memberi kesan yang positif kepada bata simen berbanding bata yang dihasilkan di kilang dari segi kadar serapan awal, serapan lembapan, ketumpatan mahupun kekuatan mampatan. Ini jelas dibuktikan melalui ujikaji, kekuatan mampatan bagi bata simen ubahsuai dengan campuran POFA adalah 25.12 N/mm2, bagi bata campuran Abu Terbang kekuatannya mencapai 20.23 N/mm2 dan spesimen kawalan ialah 17.71 N/mm2 . Manakala kekuatan mampatan tertinggi yang dapat dihasilkan di kilang adalah 15.57 N/mm2 . 5 KESIMPULAN Kos yang murah dalam industri pembinaan adalah faktor yang diberi keutamaan samaada dari pihak pemaju ataupun pembeli. Alternatif dalam usaha ini adalah salah satunya dengan menggunakan sisa bahan buangan. Salah satunya bahan buangan yang boleh digunakan adalah POFA dan abu terbang sebagai pengganti simen kerana sifat fizikal dan kimia bahan buangan ini menyerupai simen. Selain daripada itu, usaha penggunaan bahan ini juga akan menyelesaikan isu alam sekitar. Kajian ini mengkaji peranan POFA sebagai pengisi dalam bata simen dalam menggantikan sebahagian simen dalam pengeluaran bata simen. POFA yang digunakan adalah 20% manakala abu terbang adalah 50% daripada berat simen yang digunakan. Kesimpulan secara keseluruhannya adalah penggunaan POFA dan abu terbang boleh meningkatkan kekuatan mampatan bata simen. Kekuatan mampatan dengan penggunaan campuran ini meningkat melebihi 50% berbanding sampel yang menggunakan bata simen konvensional. Kajian ini juga mencapai objektif kajian dengan mempamerkan hasil ujian melepasi piawaian kekuatan yang telah digariskan oleh Jabatan Kerja Raya ataupun British Standard (BS). Cadangan untuk pengkaji akan datang adalah membandingkan penjimatan kos secara spesifik dan statistik dari penggunaan POFA dan abu terbang.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 26 6 PENGHARGAAN Penulis ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di atas kebenaran menggunakan kemudahan makmal dan bengkel. RUJUKAN ASTM. (2012). ASTM Standard C216-12a, Standard Specification for Facing Brick (Solid Masonry Units Made from Clay or Shale). ASTM International, 1–14. https://doi.org/10.1520/C0216-12A. Deboucha, S., & Hashim, R. (2011). A review on bricks and stabilized compressed earth blocks. Scientific Research and Essays, 6(3), 499–506. https://doi.org/10.5897/SRE09.356 Fetra Venny Riza, Ismail Abdul Rahman, A. M. A. Z. (2011). Preliminary Study of Compressed Stabilized Earth Brick (CSEB). Australian Journal of Basic and Applied Science, 5(9), 6–12. http://scholar.google.com/scholar?hl=en&btnG=Search&q=intitle:Preliminary+Study+of+Compre ssed+Stabilized+Earth+Brick+(+CSEB+)#0 Naik, T. R., & Singh, S. S. (1994). Use of High-Calcium Fly Ash in Cement-Based Construction Materials. 5th International CANMET/ACI Conference on the Use of Fly Ash, Silica Fume, Slag, and Natural Pozzolans in Concrete, 1–67. Naik, T. R., Singh, S. S., & Ramme, B. W. (1997). Durability Of Fly Ash Concrete System Incorporating High-Calcium Fly Ash - A Review. ASCE Journal of Materials in Civil Engineering, C. Poole, T. S. (1995). of Fly Ash in Concrete Technical Report SL-95-9, April. Rani, M. S., & Tejaanvesh, M. (2015). Performance of Concrete By Using Palm Oil Fuel Ash As a Cement Replacement Material. Journal of Engineering Research and Applications, 5(4), 8–12. https://doi.org/10.4028/www.scientific.net/AMM.815.29 Riza, F. V., Abdul, I., Zaidi, A. M. A., & Loo, L. Y. (2012). Effect of Soil Type in Compressed Earth Brick (CEB) with Uncontrolled Burnt Rice Husk Ash (RHA). Advanced Materials Research, 626, 971– 975. https://doi.org/10.4028/www.scientific.net/AMR.626.971 Riza, F. V., Rahman, I. A., Mujahid, A., & Zaidi, A. (2010). A brief review of Compressed Stabilized Earth Brick (CSEB). CSSR 2010 - 2010 International Conference on Science and Social Research, Cssr, 999–1004. https://doi.org/10.1109/CSSR.2010.5773936 Sajjadi, S. M. ahdi. (2014). Binary effect of fly ash and palm oil fuel ash on heat of hydration aerated concrete. The Scientific World Journal, 2014, 461241. https://doi.org/10.1155/2014/461241 Teo, D. C. L., Mannan, M. A., Kurian, V. J., & Ganapathy, C. (2007). Lightweight concrete made from oil palm shell (OPS): Structural bond and durability properties. Building and Environment, 42(7), 2614–2621. https://doi.org/10.1016/j.buildenv.2006.06.013 Waziri, B. S., Lawan, Z. A., Mala, M., Shehu Waziri, B., Alhaji Lawan, Z., & Mala, aji. (2013). Properties of Compressed Stabilized Earth Blocks (CSEB) For Low- Cost Housing Construction: A Preliminary Investigation. International Journal of Sustainable Construction Engineering & Technology, 4(2), 2180–3242. Yahaya, M. F., Muthusamy, K., & Hussin. (2015). Effect of Curing Regime on Compressive Strength of Aerated Concrete Containing Palm Oil Fuel Ash as Partial Sand Replacement Effect of Curing Regime on Compressive Strength of Aerated Concrete Containing Palm Oil Fuel Ash as Partial Sand Replacement. 6 (JUNE), 54–59.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 27 HUBUNGAN ANTARA PENDIDIKAN KEUSAHAWAN DAN PERSEKITARAN KELUARGA TERHADAP MINAT UNTUK MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI Zaili binti Ibrahim1, Ainul Bariah binti Talib1 dan Salmah binti Haji Ijam1 1 Unit Komputer, Kolej Komuniti Bandar Darulaman [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK. Kehadiran revolusi industri 4.0 (IR 4.0) telah memberikan cabaran besar kepada Insititusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam peranan menyediakan tenaga kerja. Justeru, IPT telah mengambil inisiatif ke arah melahirkan graduan job creator. Senario pada hari ini menunjukkan ramai pekerja telah diberhentikan, graduan menggangur, masalah kemiskinan bandar dan lainlain. Oleh itu peningkatan kemahiran keusahawanan dan menceburi bidang perniagaan adalah digalakkan. Pendidikan keusahawanan dan persekitaran keluarga adalah antara faktor yang mempengaruhi minat keusahawanan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara pendidikan keusahawanan dan persekitaran keluarga terhadap minat keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti. Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 35 orang pelajar untuk mengesahkan instrumen kajian yang diadaptasi dari kajian lepas. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian menggunakan google form. Seramai 383 responden telah menjawab soal selidik ini. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 23. Hasil dapatan kajian menunjukkan pendidikan keusahawanan dan persekitaran keluarga mempunyai hubungan yang positif terhadap minat keusahawanan. Cadangan kajian akan datang adalah dengan mengkaji pembolehubah lain seperti elemen personaliti, sikap, motivasi, kecenderungan dalam mengambil risiko dan lain-lain dalam mempengaruhi minat keusahawanan. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar di Kolej Komuniti Negeri Kedah dan Perlis. Oleh itu dicadangkan kajian ini diperluaskan kepada skop respoden yang lebih luas. KATA KUNCI: pendidikan keusahawanan; persekitaran keluarga; minat keusahawanan; Kolej Komuniti 1. PENGENALAN Masalah penggangguran dalam kalangan graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia bukan lagi satu isu baharu terutamanya dengan kehadiran revolusi industri 4.0 (IR 4.0) kerana kebanyakan tugas manusia telah diambil alih oleh mesin dan teknologi. Hal ini telah memberikan tamparan hebat kepada IPT dalam memainkan peranan sebagai penyedia tenaga kerja ke arah pembangunan negara. Bagi berhadapan dengan cabaran ini, IPT telah mengorak langkah mengatur pelbagai strategi dalam melahirkan lebih ramai graduan usahawan atau job creator yang mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerja kepada masyarakat. Berdasarkan data Kebolehpasaran Graduan TVET 2022 yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kadar kebolehpasaran graduan Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) adalah tinggi iaitu sebanyak 92.5% di mana kadar kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti adalah sebanyak 96.8 %. Walaubagaimanapun, data peratusan graduan yang menceburi bidang keusahawanan pada tahun 2022 semakin menurun kepada 11.3% berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2021-2025 telah dilancarkan bagi memantapkan agenda keusahawanan untuk melahirkan lebih ramai pelajar dan graduan usahawan. Dengan 3 teras utama yang digariskan dalam pelan tersebut ia akan dapat mememberikan panduan kepada pihak IPT ke arah melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan. Selain itu, ia juga merupakan salah satu strategi bagi menggalakkan pelajar IPT menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian. IPT perlu menyemaikan budaya dan pendidikan keusahawanan dalam kalangan pelajar. Namun Pendidikan keusahawanan yang diperoleh dari IPT semata-mata tidak cukup untuk menggalakkan minat mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Persekitaran keluarga juga turut menjadi faktor penting (Siska & Adi, 2019).


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 28 1.1 Pernyataan Masalah Senario di negara kita hari ini menampakkan bahawa ramai pekerja yang telah diberhentikan kerja, graduan mengganggur dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan, kemiskinan bandar dan sebagainya. Demi kelangsungan hidup mereka, peningkatan dalam kemahiran keusahawanan amatlah digalakkan untuk dapat menjana pendapatan sampingan serta menjamin sosio ekonomi keluarga. Kajian mendapati minat untuk menceburi bidang keusahawanan adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu pendidikan keusahawanan (Siska & Adi, 2019; Takawira, 2020) dan persekitaran keluarga (Cuong, 2018; Zainal & Marwan, 2019), Pendidikan keusahawanan adalah signifikan sebagai pemangkin kepada pembangunan negara ke arah melahirkan graduan pencipta pekerjaan. Justeru, usaha memperkenalkan pendidikan keusahawanan perlu diperkasa agar generasi muda hari ini dapat mengadaptasi kehadiran teknologi IR 4.0. Pendidikan keusahawanan juga akan dapat memupuk minat dan kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar seterusnya menjadikan mereka mahir, cekap dan positif dalam menghadapi cabaran akan datang. Oleh itu, pendidikan keusahawanan menjadi salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi minat keusahawanan mereka (Siska, & Adi, 2019). Kajian Criaco 2017, menunjukkan persekitaran keluarga adalah antara faktor dalam memupuk kecenderungan seseorang kepada minat keusahawanan. Persekitaran keluarga seperti kaedah didikan ibu bapa, budaya keluarga, serta persekitaran rumah akan memberikan inspirasi kepada anak-anak dalam menentukan masa depan mereka. Persekitaran keluarga turut ditakrifkan sebagai dorongan dan galakan yang positif daripada ahli keluarga, serta pengalaman membantu keluarga menguruskan perniagaan. Selain itu, keinginan untuk menambah baik ekonomi keluarga dan pengalaman melihat masalah pengganguran dalam kalangan ahli keluarga turut menjadi pencetus kepada faktor ini (Noor Azman, 2017). 1.2 Objektif Kajian Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk :- i) Untuk mengkaji hubungan antara kursus keusahawanan dengan minat untuk menceburi bidang keusahawanan. ii) Untuk mengkaji hubungan antara persekitaran keluarga dengan minat untuk menceburi bidang keusahawanan. 1.3 Skop Kajian Kajian ini melibatkan pelajar - pelajar sepenuh masa di 10 buah Kolej Komuniti Negeri Kedah dan 2 buah Kolej Komuniti di Negeri Perlis. 2.0 TINJAUAN LITERATUR Minat Keusahawanan Minat keusahawanan adalah keinginan seseorang individu itu untuk memulakan sesebuah perniagaan. Mereka menetapkan matlamat keusahawanan, berfikiran kreatif serta mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencipta suatu teras dan nilai yang baharu untuk memulakan perniagaan (Esfandiar et al,2019). Minat keusahawanan juga boleh ditakrifkan sebagai matlamat mereka untuk memulakan perniagaan baharu atau akan melaksanakannya pada masa hadapan (Bae et al., 2014). Selari dengan matlamat yang ingin dicapai, tindakan mereka juga seiring dan sentiasa berusaha ke arah mencapai hasrat untuk memulakan perniagaan dan merealisasikan apa yang telah dirancang (Kautonen et al., 2015) Pendidikan Keusahawanan Mumtaz et al. (2016) telah menjalankan kajian terhadap 118 orang pelajar dari pelbagai bidang di Kolej Professional MARA telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara pendidikan keusahawanan dengan minat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Pendidikan keusahawanan adalah aktiviti berbentuk pengetahuan, pembudayaan keusahawanan dan kemahiran dalam menjalankan perniagaan serta memanfaatkan peluang perniagaan yang ada (Wibowo, & Pramudana, 2016). Menurut Nilam, Azis dan Inanna, 2018, Pendidikan keusahawanan adalah


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 29 penekanan terhadap konsep asas motivasi seseorang individu, kemahiran sosial dan kemahiran dalam mengatur strategi ke arah memajukan atau mencapai impian untuk menubuhkan syarikat. Latihan yang intensif dalam kandungan kurikulum pendidikan keusahawanan seharusnya tidak sahaja menekankan kepada kecekapan kognitif, tetapi juga diberikan penekanan terhadap aspek praktikal keusahawanan. Oleh itu, pelajar yang telah diterapkan dengan latihan keusahawan akan mahir serta memberikan impak yang positif terhadap tingkah laku dan pemikiran mereka (Hoppe et al., 2017). Persekitaran Keluarga Dapatan kajian Sidek & Abu Bakar (2010) mendapati bahawa keluarga hanya merupakan faktor yang sederhana dalam mempengaruhi minat pelajar dalam bidang keusahawanan namun Noor Azman (2017) dalam kajiannya mendapati bahawa persekitaran keluarga telah memberikan kesan positif terhadap minat keusahawanan. Menurut Boon & Bohari, (2016) dan Siska, (2019) Keluarga juga merupakan contoh terbaik dalam membentuk kecenderungan anak-anak. Mereka yang mempunyai latar belakang keluarga usahawan sangat cenderung untuk turut berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan disebabkan pendedahan awal yang diperolehi sejak kecil serta pengalaman aktiviti keluarga setiap hari turut menimbulkan minat mereka. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dengan skala likert 5 mata yang diadaptasi dari kajian lepas dengan item-item soal selidik dari kajian Sukmawati (2021). Borang ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A : Maklumat Demografi Responden dan Bahagian B mengandungi soalan-soalan kajian untuk mendapatkan maklumbalas responden terhadap pembolehubah yang dikaji. Jumlah populasi kajian adalah seramai 3,356 orang. Borang soal selidik telah diedarkan secara atas talian melalui google form. Seramai 383 orang responden telah menjawab borang soal selidik tersebut. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. 4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN 4.1 Analisis Kebolehpercayaan Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 35 orang pelajar di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Hasil analisis di Jadual 1 menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi untuk semua item soalan kajian adalah tinggi iaitu .906. Ini bermaksud instrumen kajian yang digunakan adalah sah untuk digunakan dalam kajian sebenar. Jadual 1 : Nilai Kebolehpercayaan Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha Based on Standardized Items N of Items .906 .909 16 4.2 Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Pembolehubah Kajian Jadual 2 di bawah menunjukkan analisis statistik deskriptif bagi ketiga-tiga pembolehubah kajian. Nilai Skor min dibahagikan kepada tiga tahap dengan klasifikasi seperti berikut : iaitu rendah (1.00 – 2.25), sederhana (2.26 – 3.75), dan tinggi (3.76 – 5.00). Hasil analisis menunjukkan bahawa minat pelajar Kolej Komuniti untuk menceburi bidang keusahawanan adalah sederhana dengan skor min (M= 3.55, SD=.844) manakala majoriti pelajar Kolej Komuniti berpendapat pendidikan keusahawanan dan pengaruh keluarga memainkan peranan yang penting dalam menentukan minat dan kecenderungan mereka untuk menceburi bidang keusahawanan kerana hasil analisis menunjukkan skor min bagi kedua-dua pembolehubah ini adalah tinggi iaitu (M=3.97, SD=.796) dan (M=3.74, SD=.803). Jadual 2 : Nilai Min dan Sisihan Piawai N Minimum Maximum Mean Std. Deviation MINAT KEUSAHAWANAN 383 1.00 5.00 3.5531 .84396


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 30 PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN 383 1.00 5.00 3.9723 .79565 PERSEKITARAN KELUARGA 383 1.00 5.00 3.7358 .80297 Valid N (listwise) 383 4.3 Demografi Responden Analisis deskriptif ditunjukkan pada Jadual 3 digunakan untuk menerangkan ciri-ciri responden. Keseluruhan bilangan responden adalah seimbang di mana peratus responden perempuan adalah sebanyak 51.7% manakala lelaki sebanyak 48.3%. Kesemua, 100% responden mengambil kursus keusahawanan dan majoriti daripadanya, 69.5% menyatakan bahawa mereka berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan hanya 30.5% responden tidak berminat untuk menjadi usahawan. Sebanyak 53.5% responden bukan dari latar belakang keluarga usahawan berbanding 46.5% adalah dari keluarga yang menjalankan perniagaan. Jadual 3 : Demografi Responden Pembolehubah Karakter Frekuensi Percentage Jantina Lelaki 185 48.3 Perempuan 198 51.7 Mengambil Kursus Keusahawanan Ya 100 100.0 Tidak 0 0.0 Minat menceburi Bidang Keusahawanan Ya 266 69.5 Tidak 117 30.5 Latar Belakang Keluarga Usahawan Ya 178 46.5 Tidak 205 53.5 4.4 Ujian Kenormalan Ujian ini dilaksanakan untuk menentukan bahawa data responden yang diperolehi adalah bertabur secara normal bagi membolehkan ujian jenis parametrik seterusnya dapat dilaksanakan. Berdasarkan graf histogram yang diplot seperti Rajah 1 di bawah, garis taburan data berbentuk loceng dan kesimpulan yang boleh adalah data responden yang diperolehi adalah normal. Rajah 1 : Graf Histogram bagi Ujian Kenormalan Data Responden 4.5 Analisis Kolerasi Analisis korelasi Pearson digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Pada masa yang sama, ia juga digunakan untuk mencapai objektif kajian. Ujian korelasi dijalankan, bagi menentukan sama ada terdapat hubungan antara pembolehubah bebas dan bersandar. Hubungan antara pendidikan keusahawanan dengan minat keusahawanan Hasil analisis kolerasi Pearson di Jadual 4 mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara pendidikan keusahawanan dengan dengan minat untuk menceburi keusahawanan dan terdapat hubungan yang kuat antara kedua-dua pembolehubah dengan nilai r = 0.698, n = 383, p < 0.01. Jadual 4 : Analisis Kolerasi Pearson Untuk Pembolehubah Pendidikan Keusahawanan dan Minat Keusahawanan MINAT KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 31 MINAT KEUSAHAWANAN Pearson Correlation 1 .698** Sig. (2-tailed) .000 N 383 383 PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN Pearson Correlation .698** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 383 383 **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Hubungan antara persekitaran keluarga dengan minat keusahawanan Hasil analisis koleresi Pearson antara pembolehubah Persekitaran Keluarga dan Minat Keusahawanan yang ditunjukkan pada Jadual 5 dibawah mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif dan kuat antara kedua-dua pembolehubah dengan nilai r = 0.717, n = 383, p < 0.01. Jadual 5 : Analisis Kolerasi Pearson Untuk Pembolehubah Persekitaran Keluarga dan Minat Keusahawanan MINAT KEUSAHAWANAN PERSEKITARAN KELUARGA MINAT KEUSAHAWANAN Pearson Correlation 1 .717** Sig. (2-tailed) .000 N 383 383 PERSEKITARAN KELUARGA Pearson Correlation .717** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 383 383 **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed) 5. PERBINCANGAN Objektif kajian pertama adalah untuk mengkaji hubungan antara kursus keusahawanan dengan minat untuk menceburi bidang keusahawanan. Tung (2011) menyatakan pendidikan keusahawanan adalah aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang keusahawan untuk memanfaatkan peluang perniagaan sedia ada. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan positif antara pendidikan keusahawanan dengan minat untuk menceburi bidang keusahawanan. Ini menunjukkan bahawa pendidikan keusahawanan mempunyai pengaruh yang sangat tinggi terhadap minat keusahawanan. Dapatan kajian ini adalah selari dengan pernyataan Sidek & Abu Bakar , 2010; Siska & Adi Setiawan, 2019 yang menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi minat keusahawanan serta mampu merangsang minat mereka untuk terus mendalami ilmu keusahawanan. Kajian yang dilakukakn oleh Sidek & Abu Bakar (2010) menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa pendidikan keusahawanan memainkan peranan dalam mendorong pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Ini membuktikan bahawa pendidikan keusahawanan memainkan peranan penting dalam memupuk minat, semangat dan kemahiran keusahawanan. Kajian ini turut disokong oleh Mumtaz et al. (2016) yang menyatakan bahawa keberkesanan pendidikan keusahawanan akan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran, minat serta sikap yang positif ke arah menjadi seorang usahawan yang berjaya. Objektif kajian yang kedua adalah untuk mengkaji hubungan antara persekitaran keluarga dengan minat untuk menceburi bidang keusahawanan. Georgescu dan Emilia (2020) juga menyatakan bahawa anak-anak yang berasal dari keluarga yang berlatar belakang usahawan mempunyai kecenderungan untuk turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ini disebabkan oleh mereka telah didedahkan dengan kemahiran ini sejak dari kecil lagi. Persepsi mereka terhadap bidang keusahawanan dipengaruhi oleh keluarga dan seterusnya mampu menimbulkan minat. Analisis kolerasi Pearson yang telah dijalankan mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang kuat antara faktor persekitaran keluarga terhadap minat keusahawanan pelajar Kolej Komuniti. Dapatan kajian ini selari dengan beberapa kajian lepas yang telah menunjukkan kesan positif yang signifikan antara latar belakang perniagaan keluarga terhadap dengan minat keusahawanan (Abbassi & Sta, 2019; Herman, 2019; Raji et al., 2020;).Hasil analisis data dalam kajian yang dilaksanakan oleh Othman & Misman (2010) terhadap pelajar tahun 4 Sarjana Muda, Univerisiti Teknologi Malaysia menunjukkan majoriti keluarga menyokong pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Ibu bapa merupakan faktor penting dalam mendorong minat anak-


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 32 anak terhadap bidang pembelajaran dan minat dalam menceburi sesuatu kerjaya. Pelajar yang datang dari persekitaran keluarga usahawan juga secara tidak langsung menyokong minat pelajar terhadap bidang keusahawanan serta memberi peluang untuk mereka memahami dan mempelajari kemahiran berniaga. Keseluruhan analisis dapatan kajian mendapati pendidikan keusahawanan dan persekitaran keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi minat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh ikon usahawan Malaysia iaitu Datuk Wira Ameer Mydin, Pengarah urusan Mydin Holdings yang merupakan graduan Sarjana Perniagaan Antarabangsa dan berasal dari latar belakang keluarga usahawan. Hasil dari galakan dan pengalaman membantu keluarga dalam perniagaan serta latar belakang pendidikan, beliau kini berjaya melebarkan sayap perniagaan bapanya iaitu Pasaraya Mydin dan seterusnya menjadi usahawan yang dikagumi. 6. KESIMPULAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan antara pendidikan keusahawanan dan persekitaran keluarga terhadap minat keusahawanan. Penyelidikan ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap elemen-elemen yang mendorong kepada minat keusahawanan. Berdasarkan analisis kolerasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat bagi setiap pembolehubah yang dikaji dengan minat keusahawaan. Secara amnya, dapatan kajian ini dapat digunakan untuk menjelaskan bagaimana persekitaran keluarga menjadi faktor dalam meningkatkan minat pelajar Kolej Komuniti untuk menceburi bidang keusahawanan. Hasil daripada dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak tertentu, khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) dalam mengatur strategi dan usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta membudayakan keusahawanan seterusnya mencapai matlamat yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2013-2025 dan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2021-2025. Cadangan untuk kajian di masa akan datang adalah dengan mengkaji pembolehubah-pembolehubah yang lain seperti personaliti diri, motivasi, kecenderungan mengambil risiko dan lain-lain lagi dalam mepengaruhi minat keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar di Kolej Komuniti Negeri Kedah dan Perlis. Oleh itu dicadangkan kajian ini diperluaskan kepada skop respoden yang lebih luas. RUJUKAN Abbasianchavari, A., & Moritz, A. The impact of role models on entrepreneurial intentions and behaviour : a review of the literature. Management Review Quarterly, 2020, 1-14. https://doi.org/10.1007/s11301- 019-00179- 0 Bae, T. J., Qian, S., Miao, C., &Fiet, J. O. (2014). The relationship between entrepreneurship education and entrepreneurial intentions: A meta–analytic review. Entrepreneurship theory and practice, 38(2), 217- 254. DOI: 10.1111%2Fetap.12095 Boon, Y. B., & Bohari, S. B., (2016), Kesediaan untuk menceburi bidang keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar bumiputera tingkatan empat di tiga buah sekolah sekitar Skudai, Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Retrieved from https://core.ac.uk/download/pdf/11786110.pdf Criaco G, Phillip Sieger, Karl Jonnas Wenberg, and Franscesco Chirico (2017). Parents‘ Performance in Entrepreneurship as a ―Double-Edged Sword‖ for the Intergenerational Transmission of Entrepreneurship. Small Business Economics 49(2). Cuong Nguyen, (2018). Demographic factors, family background and prior selfemployment on entrepreneurial intention - Vietnamese business students are different: why?. Industrial University of Ho Chi Minh. Journal of Global Entrepreneurship Research (2018) 8:10 Esfandiar, K.; Sharifi-Tehrani, M.; Pratt, S.; Altinay, L (2019). Understanding entrepreneurial intentions: A developed integrated structural model approach. J. Bus. Res. 172–182. Georgescu, M. ., & Emilia Herman, (2020), The Impact Of The Family Background On Students’ Entrepreneurial Intentions: An Empirical Analysis. Sustainability (Switzerland), 12(11). https://doi.org/10.3390/su12114775 Herman, E., & Stefanescu, D. (2017). Can higher education stimulate entrepreneurial intentions among engineering and business students?. Educational Studies, 43(3), 312-327. https://doi.org/10.1080/03055698.2016.1277134


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 33 Hoppe, Westerberg, & Leffier (2017). Educational approaches to entrepreneurship in higher education A view from the Swedish horizon. Education Training Vol. 59 No. 7/8, pp. 751-767 Kementerian Pendidikan Tinggi (n.d.). Kebolehpasaran Graduan TVET 2022. Graduates Reference Hub for Employment and Training. https://great.mohe.gov.my/Statistik Kautonen, T., Van Gelderen, M., & Fink, M. (2015). Robustness of the theory of planned behavior in predicting entrepreneurial intentions and actions. Entrepreneurship theory and practice, 39(3), 655-674. DOI: 10.1111%2Fetap.12056 Mumtaz Begam, A. K., Munirah, S., & Halimahton, K. (2016). Factors affecting entrepreneurial intentions among MARA Professional College Students. World Journal of Entrepreneurship, Management and Sustainable Development, 12 (1), 19–39, pp. 2015-2029. Nilam Cahya Syahruddin, Muhammad Azis, Inanna (2018). Relationship Of Entrepreneurship Education And Enterprise Interest On Students 'Attitudes Of Faculty Of Economics, State University Of Makassar. Journal Economy and Education. Hal. 38-44 Noor Azman Abdullah, (2017), Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar Kolej Matrikulasi Perak dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya. In Universiti Pendidikan Sultan Idris. (Vol. 91, Issue 5), Retrieved from https://ir-upsi.edu.my.ezpustaka2.upsi.edu.my/doc.php?t=d&id= 845bdd01c813ae6603f14cdfd4a9eeb660e8a29bc1d7b Othman , N., & Misman, S. S. (2010, October 11). Persepsi Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar 4sph Dalam Bidang Keusahawanan. Academia.edu. Retrieved June 19, 2023, from https://www.academia.edu/62706016/Persepsi_Terhadap_Faktor_Faktor_Yang_Mempengaruhi_Mina t_Pelajar_4sph_Dalam_Bidang_Keusahawanan Raji, i. A., Arekemase, t. A., & Ajayi, o. M. (2020). Determinants of entrepreneurial practice among students in nigerian higher institutions of learning: a structural equation model (sem) approach. Fountain university osogbo journal of management, 4(3). Sidek, R. Z. S., & Abu Bakar , N. (2010, December 15). Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar Tahun Akhir Terhadap Bidang Keusahawanan Di UTM. . Retrieved June 16, 2023,. Siska Ernawati Fatimah, Adi Setiawan. (2019). Family Background Factors And Entrepreneurship Education Toward Entrepreneurial Intent Through Self Efficacy. International Journal of Business and Technology Management eISSN: 2682 – 7646 Vol.1, No.4,19-25 Sukmawati, A. R. (2021). Factors influencing entrepreneurial intention among undergraduate students in Indonesia [Master's Thesis, Universiti Utara Malaysia]. https://etd.uum.edu.my/9765/ Takawira Munyaradzi Ndofirepi. (2020). Relationship between entrepreneurship education and entrepreneurial goal intentions: psychological traits as mediators. Journal of Innovation and Entrepreneurship, 9(1), 2 Tung, Lo Choi. (2011). The Impact of Entrepreneurship Education on Entrepreneurial Intention of Engineering Students. City University of Hongkong: Run Run Shaw Library. Management Decision 55(2):00-00 Wibowo, S., & Pramudana, K. A. S. (2016). The Influence Entrepreneurship Education Towards Entrepreneurial Intention Mediated by Entrepreneurial Attitudes. E-Jurnal Manajemen, 5(12). Zainal Abidin Siregar, and Marwan (2019). The Influence of Family Environment, Entrepreneurship Knowledge and Entrepreneurship Motivation on Students‘ Entrepreneurship Interest of Islamic Education Management Program of Universitas Islam Negeri Sumatera Utara. Advances in Economics, Business and Management Research, volume 12


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 34 KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN WARGA KERJA KOLEJ KOMUNITI BENTONG Norliana binti Ali1 , Ratna Dewi binti Halifi2 dan Nurul Nadiah binti Hashim3 Pengoperasian Perniagaan, Kolej Komuniti Bentong [email protected] Teknologi Pembinaan Banggunan, Kolej Komuniti Bentong [email protected] Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Bentong [email protected] ABSTRAK. Kajian ini dilaksanakan bagi meninjau tahap kepuasan kerja dalam kalangan warga kerja Kolej Komuniti Bentong dalam dimensi perkhidmatan yang berbeza. Kajian ini berbentuk deskriptif, menggunakan kaedah kuantitatif. Instrumen soal selidik telah diedarkan kepada warga kerja Kolej Komuniti Bentong. Faktor kepuasan kerja yang diukur adalah gaji, peluang kenaikan pangkat, ganjaran komitmen, penyeliaan, rakan sekerja, prosedur operasi, sifat kerja dan komunikasi. Seramai 40 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai, dan statistik inferensi iaitu ujian ANOVA. Dapatan menunjukkan tahap kepuasan kerja keseluruhan warga kerja Kolej Komuniti Bentong adalah sederhana. Dapatan turut menunjukkan kumpulan perkhidmatan pentadbiran dan kewangan mendapat kepuasan kerja tertinggi, berbanding dua lagi kumpulan perkhidmatan. Tahap kepuasan kerja yang sederhana, jika tidak diatasi segera akan menyebabkan tahap kepuasan kerja menurun ke tahap yang rendah. Pihak pengurusan perlu mengambil tindakan sebaiknya bagi menangani isu-isu yang tidak berjaya ditangani sebelum ini antaranya pertindahan antara tugasan dan bukan tugasan hakiki melalui perbincangan bersama warga kerja. KATA KUNCI: kepuasan kerja; kumpulan perkhidmatan; SPSS,Job Satisfaction Survey 1 PENGENALAN Organisasi merupakan sistem yang disusun untuk mencapai matlamat. Perkataan organisasi adalah datangnya dari bahasa Inggeris iaitu organisation, yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu organon yang bermaksud "organ". Organisasi yang cekap dan mantap memerlukan kerjasama daripada seluruh warga organisasi. Pekerja merupakan salah satu sumber organisasi yang menggerakan visi, misi, matlamat dan objektif sesebuah organisasi. Oleh itu, hubungan yang positif dan harmoni di antara pekerja dan organisasi perlulah sentiasa diberi perhatian oleh pihak pengurusan di sesebuah organisasi. Salah satu elemen penting di dalam menjayakan hubungan yang positif dan harmoni di antara pekerja dan organisasi adalah kepuasan kerja. Kepuasan di dalam kehidupan adalah sesuatu perkara yang amat penting kepada setiap manusia dan bagi pekerja pula, kepuasan kerja adalah penting sepanjang tempoh bekerja. (Zaffar Ahmad Nadaf, 2018). Kepuasan kerja merupakan satu pencapaian kepada seorang pekerja dalam sebuah organisasi. Mencapai kepuasan kerja bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak faktor menyumbang kepada kepuasan kerja kepada seorang pekerja. Sesorang pekerja menghabiskan masa 2/3 daripada kehidupan mereka di tempat kerja, seterusnya, kepuasan kerja memberikan kesan besar kepada kepada kehidupan seorang pekerja kerana tempoh masa banyak dihabiskan di tempat kerja berbanding berada di rumah. Perubahan dalam matlamat organisasi, tranformasi cara kerja, persekitaran dan teknologi, boleh mempengaruhi kepuasan kerja di Kolej Komuniti Bentong, apatahlagi perubahan ini menuntut tenaga kerja disini supaya lebih komited dan berdedikasi dalam menjayakan tugasan yang diamanahkan. Melihat kepada kajian kepuasan kerja yang telah banyak dilaksanakan di tempat lain, maka Kolej Komuniti Bentong mengambil inisiatif untuk melihat akan tahap kepuasan kerja dan seterusnya menentukan tindakan yang sesuai untuk diambil bagi memberikan persekitaran dan suasana kerja yang gembira kepada warga kerja Kolej Komuniti Bentong. Pastinya visi bagi menjadi peneraju dalam institusi TVET boleh dicapai.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 35 2 KAJIAN LITERATUR Kepuasan kerja yang tinggi akan memberi kepuasan hati yang tinggi kepada diri seorang pekerja. Pekerja yang sentiasa gembira dan selesa dengan kerjanya akan memberi kesan positif kepada diri pekerja tersebut dan organisasi amnya. (Zaffar Ahmad Nadaf, 2018). Kepuasan tempat kerja tidak boleh dinafikan sebagai salah satu alat untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Menurut Vip Paramatha & Tendi Haruman (2005) antara faktor kepuasan kerja adalah dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran yang berkaitan pekerja itu sendiri dan faktor kepuasan kedua adalah dipengaruhi dengan proses dan hasil kerja. Terdapat 20 faktor kepuasan kerja iaitu kemampuan untuk bekerja, prestasi, penghargaan/pengiktirafan, variasi kerja, rasa tangungjawab, kemajuan dalam kerja, pampasan, penyeliaan, persekitaran tempat kerja, polisi dan amalan tempat kerja, jaminan pekerjaan, status sosial, kuasa, kreativiti, rakan sekerja, kemahiran berdikari, kesibukan, nilai moral, dan khidmat sosial. Manakala menurut Spector (1997), terdapat tiga ciri penting berkaitan kepuasan kerja iaitu untuk mencapai tahap kepuasan kerja yang tinggi, memerlukan organisasi dipandu dengan nilai kemanusian pada aspek penghormatan dan layanan yang adil walaupun berbeza jawatan dan pangkat. Ciri kedua adalah sikap pekerja dipengaruhi oleh tahap kepuasan kerja yang akan mempengaruhi aktiviti dan fungsi organisasi. Ciri ketiga, kepuasan kerja adalah salah satu penentu kejayaan sesebuah organisasi. Antara faktor yang boleh meningkatkan tahap kepuasan bekerja adalah menjaga hubungan pekerja, penyeliaan, meningkatkan pemberian ganjaran dan bonus, meningkatkan komunikasi dalam hubungan rakan sekerja (hygine). (Alawiyah Tengah & Normazaini Saleh, 2018). Apabila faktor ini hygine factor dipenuhi akan mengurangkan rasa ketidakpuasan kerja terhadap majikan dan pekerjaan itu sendiri. Pelbagai set soalan yang telah dibangunkan untuk mengukur tahap kepuasan kerja dalam organisasi, antaranya adalah Job Satisfaction Survey (JSS), Job Descriptive Index (JDI), dan Minnesota Satisfaction Questionaire (MSQ). Dalam penyelidikan ini menggunakan JSS yang telah dibina oleh Spector (1985) bagi mengukur tahap kepuasan kerja warga kerja Kolej Komuniti Bentong. Lapan aspek yang diukur adalah gaji, peluang kenaikan pangkat, ganjaran komitmen, penyeliaan, rakan sekerja, prosedur operasi, sifat kerja, komunikasi. Antara pengkaji yang menggunakan JSS adalah Iskandar Padzil et al (2013) dan R Zirwatul Aida R Ibrahim (2014), Mohammad Zaid Mustafa et al (2019). 3 PENYATAAN MASALAH Kolej Komuniti berhasrat untuk menjadi peneraju institusi TVET bagi melahirkan modal insan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Bagi mencapai hasrat tersebut, enam teras strategik yang berfokus kepada Pendidikan Tinggi Negara antaranya adalah menghasilkan graduan TVET yang berkualiti. Ia adalah sejajar dengan keperluan dan permintaan semasa pihak industri yang mahukan graduan yang kompeten daripada pelbagai dimensi antaranya ilmu pengetahuan, kemahiran, soft skill, dan keusahawanan. Menjadi tanggungjawab kepada Kolej Komuniti Bentong untuk membudayakan budaya kerja yang sihat, persekitaran tempat kerja yang selamat, harmoni dan kondusif, pengurusan yang cekap, berhemah, adil dan telus, hubungan kemanusian dan komunikasi yang baik diantara pekerja, pelajar dan masyarakat sekitar supaya ia sentiasa selari dengan matlamat pendidikan iaitu menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta mampu menyumbang kembali kepada negara. Arus perubahan bagi mengisi permintaan dan keperluan semasa, menagih lebih komitmen dan dedikasi kerja yang tinggi dari warga kerja. Beban kerja yang semakin bertambah berat dan lebih mencapah, boleh menyumbang kepada masalah emosi seperti stress, kecelaruan, keresahan dan kemurungan, dan mungkin juga turut menyumbang kepada kewujudan masalah peribadi seperti kegagalan mengurus diri dan keluarga dengan baik sekiranya perubahan cara kerja ini tidak diuruskan dengan baik oleh pihak pengurusan. Arus perubahan dan tranformasi yang diuruskan dengan baik oleh pihak pengurusan dapat menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi oleh warga kerja, meningkatkan kualiti emosi dan diri pekerja, seterusnya menyumbang kepada kehidupan peribadi yang lebih stabil, dan dapat memberi kembali kepada masyarakat dan negara.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 36 4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dilaksanakan adalah: i. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan warga kerja Kolej Komuniti Bentong ii. Mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan warga kerja Kolej Komuniti Bentong iii. Mengenalpasti perbezaan kepuasan kerja kerja antara kumpulan perkhidmatan di Kolej Komuniti Bentong 5 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini telah dijalankan kepada warga kerja Kolej Komuniti Bentong yang terdiri daripada kumpulan kerja pengurusan, pentadbiran, dan pensyarah. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kepuasan kerja dalam kalangan warga kerja Kolej Komuniti Bentong 6 METODOLOGI Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan edaran soal selidik yang diedarkan oleh penyelidik kepada warga kerja Kolej Komuniti Bentong. Persampelan yang telah dilakukan adalah secara rawak. Kajian tinjauan secara deskriptif adalah kajian terhadap perkara yang sedang berlaku. Keadaan ini melibatkan pengumpulan data-data, membuat interprestasi (taksiran), perbandingan dan merumus generalisasi (kesimpulan secara umum) (Van Dalen, 1993). Kerangka model kajian yang telah dibentuk terdiri daripada pemboleh ubah bersandar (DV) kepuasan kerja dan pemboleh ubah tidak bersandar (IV) adalah faktor-faktor penyumbang kepuasan kerja. 6.1 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian warga kerja Kolej Komuniti Bentong seramai 60 orang yang terdiri dari dimensi kerja pengurusan, pentadbiran dan pensyarah. Berdasarkan Krejcie dan Morgan jumlah sampel yang perlu dipilih adalah seramai 52 orang. 6.2 Instrumen Kajian Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan maklumat dan data. Soal selidik ini telah disediakan dalam bentuk google form dan dikongsikan kepada warga kerja Kolej Komuniti Bentong menggunakan emel dan kumpulan telegram rasmi. Tempoh masa dua minggu telah diberikan kepada responden untuk menjawab soal selidik berkenaan. Set soal selidik terdiri dari dua bahagian iaitu bahagian A yang berkaitan degan latar belakang responden (4 soalan) dan bahagian B yang berkaitan dengan kepuasan kerja (36 soalan). Jumlah keseluruhan soalan yang perlu dijawab oleh responden adalah sebanyak 40 soalan. Soal selidik ini telah melalui proses uji kebolehpercayaan dan mendapat nilai alpha cronbach = 0.989. Soal selidik bagi kepuasan kerja adalah menggunakan soalan Job Satisfaction Survey yang telah dibangunkan oleh Spector (1985). Set soalan ini telah digunakan dan diuji oleh oleh R Zirwatul Aida R Ibrahim (2014), dengan melihat faktor perbezaan budaya, latar belakang pendapatan negara, dan demografi negara dan menghasilkan bahawa set soal selidik tersebut adalah sesuai untuk digunakan dalam persekitaran kerja di Malaysia. 7 DAPATAN KAJIAN Kajian ini telah dilaksanakan kepada 40 responden yang terdiri daripada kumpulan kerja yang berbeza seperti pengurusan, pentadbiran dan pensyarah yang merupakan warga kerja Kolej Komuniti Bentong bagi melihat tahap kepuasan kerja di Kolej Komuniti Bentong. 7.1 Maklumat Diri Responden Berikut adalah maklumat diri responden yang telah menjawab soal selidik yang diedarkan di Kolej Komuniti Bentong.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 37 Jadual 1: Dapatan maklumat diri responden Item Kekerapan Peratus (%) Jantina (n=40) 11 27.5 Lelaki 29 72.5 Perempuan Kumpulan Perkhidmatan (n=40) Pengurusan Utama 2 5.0 Pentadbiran & Kewangan 11 27.5 Pensyarah 27 67.5 Umur (n=40) 20-29 tahun 1 2.5 30-39 tahun 20 50.0 40-49 tahun 19 47.5 Tempoh Perkhidmatan di Sektor Awam Kurang 5 tahun 3 7.5 6-10 tahun 5 12.5 11-15 tahun 21 52.5 16-20 tahun 9 22.5 21-25 tahun 2 5 Tempoh Perkhidmatan di Sektor Awam Kurang 5 tahun 10 25 6-10 tahun 15 37.5 11-15 tahun 10 25 16-20 tahun 5 12.5 7.2 Dapatan objektif 1: Tahap Kepuasan Kerja dalam kalangan warga kerja Kolej Komuniti Bentong Jadual 2: Min, Sisihan Piawai dan Tahap Kepuasan Kerja Aspek Sampel (N) Min Sisihan Piawai Tahap Kepuasan Kerja 40 3.3542 0.54283 Sederhana Jumlah 40 Daripada Jadual 2, diatas menunjukkan tahap kepuasan kerja dalam kalangan warga kerja Kolej Komuniti Bentong keseluruhannya adalah pada tahap sederhana. (M= 3.3542, SP=0.54283). Ini menunjukkan kepuasan kerja di Kolej Komuniti Bentong adalah memuaskan. 7.3 Dapatan objektif 2: Faktor kepuasan kerja yang lebih dominan dalam kalangan warga kerja Kolej Komuniti Bentong. Objektif kajian ini meninjau kepuasan kerja yang lebih dominan dalam kalangan warga kerja Kolej Komuniti Bentong berdasarkan kepada lapan dimensi iaitu gaji/bayaran, peluang kenaikan pangkat, ganjaran komitmen, penyeliaan, rakan sekerja, prosedur kerja, sifat kerja, dan komunikasi. Tahap kepuasan kerja pula ditentukan dengan merujuk interpretasi skor min Neuman (2012). Menerusi item-item soal selidik yang digunakan, penyelidik dapat meninjau sikap, kepercayaan, persepsi dan tingkah laku bagi kumpulan sasaran yang diselidiki. (Newman, 2012). Jadual 3: Perbandingan Min, Sisihan Piawai dan Tahap Kepuasan Kerja Dimensi Kepuasan Kerja Min Sisihan Piawai Tahap Gaji/Bayaran 3.4687 0.79499 Sederhana


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 38 Peluang Kenaikan Pangkat 3.5500 0.74507 Sederhana Ganjaran Komitmen 3.2125 0.76701 Sederhana Penyeliaan: Pengarah 3.4500 0.77872 Sederhana Penyeliaan: TPA/TPP 3.4563 0.76562 Sederhana Rakan Sekerja 3.4625 0.52364 Sederhana Prosedur Kerja 3.0687 0.92851 Sederhana Sifat Kerja 3.5438 0.65752 Sederhana Komunikasi 2.9750 0.87486 Sederhana Kepuasan Kerja Keseluruhan 3.3542 0.54283 Sederhana Jadual 3 diatas, menunjukkan kesemua lapan dimensi kepuasan kerja berada pada tahap sederhana. Dimensi peluang kenaikan pangkat menunjukkan min tertinggi (M=3.5500, SP=0.74507). Dimensi sifat kerja menunjukkan min kedua tertinggi iaitu (M=3.5438, SP=0.65752), manakala dimensi prosedur kerja menunjukkan min ketiga tertinggi iaitu (M=3.0687, SP=0.92851). Dapatan ini menunjukkan kepuasan kerja di Kolej Komuniti Bentong adalah memuaskan. 7.4 Dapatan objektif 3: Perbezaan kepuasan kerja antara kumpulan perkhidmatan di Kolej Komuniti Bentong Objektif kajian ini menunjukkan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan kerja antara kumpulan perkhidmatan di Kolej Komuniti Bentong. Data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif min dan piawai dan statistik inferensi Ujian Anova satu hala. Min dan Sisihan piawai dimensi dimensi kepuasan kerja antara kumpulan perkhidmatan adalah seperti dibawah: Jadual 4: Perbandingan Min, Sisihan Piawai Dimensi Kepuasan Kerja antara Kumpulan Perkhidmatan Dimensi Kepuasan Kerja Kumpulan Perkhidmatan Bilangan Sampel Min Sisihan Piawai Gaji/Bayaran PU 2 3.3750 0.17678 P&K 11 3.5000 0.95525 Pensyarah 27 3.4630 0.77119 Peluang Kenaikan Pangkat PU 2 3.6250 0.17678 P&K 11 3.3182 0.90892 Pensyarah 27 3.6389 0.69453 Ganjaran Komitmen PU 2 2.8750 0.53033 P&K 11 3.5455 0.76500 Pensyarah 27 3.1019 0.76037 Penyeliaan: Pengarah PU 2 3.3750 0.88388 P&K 11 3.7955 0.81254 Pensyarah 27 3.3148 0.74548 Penyeliaan: TPA/TPP PU 2 3.3750 0.88388 P&K 11 3.7045 0.89316 Pensyarah 27 3.3611 0.71163 Rakan Sekerja PU 2 3.1250 0.17678 P&K 11 3.7279 0.61699 Pensyarah 27 3.3796 0.46704 Prosedur Kerja PU 2 2.6250 0.88388 P&K 11 3.3182 1.00057 Pensyarah 27 3.0000 0.91199 Sifat Kerja PU 2 3.0000 0.35355 P&K 11 3.7273 0.60678 Pensyarah 27 3.5093 0.68107 Komunikasi PU 2 3.1250 0.17678 P&K 11 3.5682 0.75076 Pensyarah 27 2.7222 0.84448 PU 2 3.1667 0.47140


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 39 Kepuasan Kerja Keseluruhan P&K 11 3.5783 0.63195 Pensyarah 27 3.3542 0.49967 **PU-Pengurusan Utama, P&K – Pentadbiran dan Kewangan Jadual 4 menunjukkan skor min dan sisihan piawai dimensi Gaji/Bayaran, Peluang, Kenaikan Pangkat, Ganjaran Komitmen, Penyeliaan: Pengarah, Penyeliaan: TPA/TPP, Rakan Sekerja, Prosedur Kerja, Sifat Kerja dan Komunikasi dan Kumpulan Perkhidmatan. Skor min kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan mendapat skor tertinggi iaitu M=3.5783, SP=0.63195 berbanding kumpulan pengurusan utama yang mendapat skor kepuasan kerja terendah iaitu M=3.1667, SP= 0.47140. Skor bagi setiap demensi juga memberikan dapatan yang berbeza. Bagi dimensi bayaran, kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan mendapat skor tertinggi iaitu M=3.5000, SP=0.95525, manakala skor terendah adalah kumpulan perkhidmatan Pengurusan Utama iaitu M=3.3750, SP=0.17678. Dimensi peluang kenaikan pangkat pula, kumpulan perkhidmatan pensyarah mendapat skor tertinggi iaitu M=3.6389, SP=0.69453, manakala kumpulan perkidmatan Pentadbiran & Kewangan mendapat skor terendah bagi dimensi ini iaitu M=3.3182, SP=0.90892. Dimensi ganjaran pula kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan mendapat skor tertinggi iaitu M=3.5455, SP=0.76500, manakala kumpulan perkhidmatan Pengurusan Utama mendapat skor terendah bagi dimensi ini iaitu M=2.8750, SP=0.53033. Dimensi Penyeliaan Pengarah pula, kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan mendapat skor tertinggi iaitu M=3.7955, SP=0.81254, manakala, kumpulan perkhidmatan pensyarah mendapat skor terendah iaitu M=3.3148, SP=0.74548. Dimensi Penyeliaan TPA/TPP, kumpulan perkhidmatan mendapat kumpulan perkhidmatan Pentadibiran & Kewangan mendapat skor tertinggi iaitu M=3.7045, SP=0.89316, manakala kumpulan skor terendah bagi dimensi ini diperolehi oleh kumpulan perkhidmatan Pensyarah dengan skor M=3.3611, SP=0.71163. Kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan mendapat skor tertinggi bagi dimensi rakan sekerja iaitu M=3.7273, SP=0.61699, manakala, bagi kumpulan perkhidmatan Pengurusan Utama mendapat skor terendah iaitu M=3.1250, SP=0.17678. Bagi dimensi prosedur kerja, kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan mendapat skor tertinggi iaitu M= 3.3182, SP=1.00057, manakala kumpulan perkhidmatan Pengurusan Utama mendapat skor terendah adalah kumpulan perkhidmatan Pengurusan Utama dengan skor M=2.6250, SP=0.88388. Dimensi sifat kerja pula, kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan mendapat skor tertinggi iaitu M=3.7273, SP=0.60678, manakala, Pengurusan Utama mendapat skor terendah M=3.0000, SP=0.35355. Dimensi terakhir iaitu komunikasi pula, kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan mendapat skor tertinggi iaitu M=3.5682, SP=0.75076, dan kumpulan perkhidmatan pensyarah mendapat skor terendah iaitu M=2.7222, SP=0.84448. Ujian ANOVA satu hala digunakan untuk meninjau samaada terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan kerja antara kumpulan perkhidmatan yang berbeza di Kolej Komuniti Bentong. Dapatan adalah seperti jadual 4.5 dibawah. Jadual 5: ANOVA Perbandingan Min, Sisihan Piawai Dimensi Kepuasan Kerja antara Kumpulan Perkhidmatan Dimensi Kepuasan Kerja Kumpulan Perkhidmatan Bilangan Sampel Min Sisihan Piawai F Sig Gaji/Bayaran PU 2 3.3750 0.17678 P&K 11 3.5000 0.95525 0.022 0.978 Pensyarah 27 3.4630 0.77119 Peluang Kenaikan Pangkat PU 2 3.6250 0.17678 P&K 11 3.3182 0.90892 0.724 0.491 Pensyarah 27 3.6389 0.69453 Ganjaran Komitmen PU 2 2.8750 0.53033 P&K 11 3.5455 0.76500 1.554 0.225 Pensyarah 27 3.1019 0.76037 Penyeliaan: Pengarah PU 2 3.3750 0.88388 P&K 11 3.7955 0.81254 1.540 0.228 Pensyarah 27 3.3148 0.74548 Penyeliaan: TPA/TPP PU 2 3.3750 0.88388 P&K 11 3.7045 0.89316 0.790 0.462 Pensyarah 27 3.3611 0.71163 Rakan Sekerja PU 2 3.1250 0.17678 2.304 0.114


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 40 P&K 11 3.7279 0.61699 Pensyarah 27 3.3796 0.46704 Prosedur Kerja PU 2 2.6250 0.88388 P&K 11 3.3182 1.00057 0.688 0.509 Pensyarah 27 3.0000 0.91199 Sifat Kerja PU 2 3.0000 0.35355 P&K 11 3.7273 0.60678 1.159 0.325 Pensyarah 27 3.5093 0.68107 Komunikasi PU 2 3.1250 0.17678 P&K 11 3.5682 0.75076 4.310 0.021 Pensyarah 27 2.7222 0.84448 Kepuasan Kerja Keseluruhan PU 2 3.1667 0.47140 P&K 11 3.5783 0.63195 1.356 0.270 Pensyarah 27 3.3542 0.49967 **PU-Pengurusan Utama, P&K – Pentadbiran dan Kewangan Jadual 5 diatas, menunjukkan dapatan daripada analisis min dan ANOVA yang telah dilaksanakan. Dapatan menunjukkan, tiada perbezaan yang signifikan kepada keseluruhan kepuasan kerja bagi kumpulan perkhidmatan yang berbeza iaitu kumpulan Pengurusan Utama (M=3.1667, SP=0.47140), Pentadbiran & Kewangan (M=3.5783, SP= 0.63195) dan Pensyarah (M=3.3542, SP=0.49967: F=1.356, Sig 0.270). Dapatan juga menunjukkan kumpulan perkhidmatan Pengurusan Utama dan Pensyarah berpuas hati dengan peluang kenaikan pangkat manakala kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan berpuas hati dengan penyeliaan oleh pengarah. Dapatan turut menunjukkan terdapat perbezaan kepuasan kerja yang signifikan dengan kumpulan perkhidmatan iaitu dalam dimensi komunikasi dari kumpulan perkhidmatan yang berbeza iaitu Pengurusan Utama (M=3.1250, SP=0.17678), Pentadbiran & Kewangan (M=3.5682, SP=0.75076) dan Pensyarah (M=2.7222, SP=0.84448: F= 4.310, Sig= 0.021). Ujian ANOVA sehala yang telah dilaksanakan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara dimensi kepuasan kerja dan kumpulan perkhidmatan seperti dimensi gaji, peluang kenaikan pangkat, ganjaran komitmen, penyeliaan: pengarah, tpa/tpp, rakan sekerja, prosedur kerja dan sifat kerja. 8 KESIMPULAN Berdasarkan hasil dapatan ujian dan analisis yang telah dijalankan, didapati, tahap kepuasan kerja warga kerja Kolej Komuniti Bentong adalah pada tahap sederhana dan dapatan yang didapati adalah sama dengan Mohamad Rezal Hamzah et all. (2010). Kumpulan perkhidmatan yang berada teratas tahap kepuasan kerja adalah kumpulan perkhidmatan Pentadbiran dan Kewangan (M=3.5783), diikuti kumpulan perkhidmatan Pensyarah (M=3.3542) dan Pengurusan Utama (M= 3.1667). Dapatan ini sedikit berbeza dengan dapatan dalam kajian oleh Zainab Nawab Khan et al (2020), iaitu tahap kepuasan kerja dalam kumpulan perkhidmatan pengurusan & profesional (pensyarah) di IPG Kampus Keningan lebih tinggi berbanding kumpulan perkhidmatan pelaksana (pentadbiran & kewangan). Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan domain kepuasan bagi kumpulan perkhidmatan yang berbeza iaitu bagi Pengurusan Utama dan Pensyarah berpuas hati dengan peluang kenaikan pangkat manakala kumpulan perkhidmatan Pentadbiran & Kewangan berpuas hati dengan penyeliaan oleh pengarah. Dapatan turut menunjukkan, tiada perbezaan yang signifikan kepada keseluruhan kepuasan kerja bagi kumpulan perkhidmatan yang berbeza iaitu kumpulan Pengurusan Utama, Pentadbiran & Kewangan dan Pensyarah. Tahap kepuasan kerja yang sederhana, jika tidak diatasi segera akan berkemungkinan akan membawa kepada penurunan tahap kepuasan kerja yang lebih rendah. Oleh itu, pihak pengurusan Kolej Komuniti Bentong perlu mengkaji semula dan mengambil tindakan yang bersesuaian terutama melibatkan isu-isu yang tidak berjaya untuk ditangani sebelum ini, antaranya, pertindihan tugasan antara tugasan hakiki dan tugasan lain yang tidak berkaitan, pemformalan di tempat kerja, tindakan kepada pekerja yang bermasalah, penghargaan kepada pekerja-pekerja yang betul-betul layak, mengurangkan politik tempat kerja dan layanan yang adil kepada setiap pekerja melalui perbincangan bersama pekerja seperti mesyuarat bersama jabatan. Cadangan pada masa hadapan, kajian boleh dibesarkan dengan memasukkan aspek komitmen kerja bagi melihat keyakinan seseorang pekerja yang mendorong kelakuan dirinya dalam pencapaian organisasi.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 41 RUJUKAN Alawiyah Tengah & Normazaini Saleh. (2018).Kepuasan kerja di institut pengajian tinggi swasta dan hubungannya dengan komitmen terhadap organisasi: Satu Tinjauan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kajang, Selangor. Proceeding of the 5th International Conference on Management and Muamalah. Agusramadani & Lia Amalia (2018). The influence of job involvement and job satisfaction toward employee turnover intention (Case in Indonesia Broadcasting). IOSR Journal of Business and Management, 20 (5). 11-18 Arne L. Kalleberg. (1974). Acausal approach to the measurement of job satisfaction. Working paper 72- 2 USA. Inoyatova. S. (2021). The job satisfaction: a review of widely used measured and indexed. Palarch’s Jornal of Archelogy of Egypt/Egyptology. 18(2), 456-464. Locke, E.A. (1969). What is job satisfaction?. Organizational Behaviour and Human Performance. 4. 309-336 Mohammad Rezal Hamzah, Abdul Aziz Mahmuddin, Suffian Hadi Ayub, Norizah Ahmad & Norshahrizan Nordin. (2010). Perbandingan Tahap Kepuasan Bekerja diKalangan Satf Akademik dan Bukan Akademik: Kajian Kes di Universiti Malaysia Perlis. ICoHSE Neuman W.L (2012). Understanding Research Canada. Prentice Hall Publisher Nor Azida Mansor, Jamalludin Mohd Ali, Zarina Samin & AbRahim Ma’sum. (2015). Faktor Kepuasan Kerja dalam Kalangan Penyarah Kolej Komuniti Ledang dan Kolej Komuniti Pagoh. 1 st National Conference on Bussiness & Innovation. Noor Hidayah Samsudin & Rindam, M. (2018). Kepuasan kerja dalam kalangan pekerja di jabatan keselamatan UniversitI Sains Malaysia. Journal of Human Capital Development, vol 11. Peeter, M. (2014). An Introduction to Contemporary Work Psychology. John Wiley & Sons, Inc. R Zirwatul Aida R Ibrahim, Ohtsuka, K., Mazidah Mohd Dagang & Azlina Abu Bakar. (2014). Job Satisfaction Among Malaysian Employees: An Application of Spector’s Job Satisfaction Survey in the South East Asian Context. Jurnal Pengurusan 41, pg 69-79. Spector, P.E. (1977). Job satisfaction: An application, assessment, causes and consequences. Thousand Oaks, CA. Sage Publication, Inc. Spector, P.E. (1985). Measurement of human service staff satisfaction: Development of the job satisfaction survey. American Journal of Community Psychology, 13, 693-713 Suhaya Deraman & Siti Zubaidah Mohd Isa. (2016). Tahap Kepuasan Kerja dalam Kalangan Kakitangan Penjara. Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of Communication. Jilid 1 2016:149- 161. Vip Paramatha & Tendi Haruman. (2005). Kepuasan Kerja: Kosnep, terori, pendekatan dan skala pengukurannya. Jurnal Bisnis, Managemen dan Ekonomi, 6(3),487-502. Zainab Nawab Khan, Subramaniam. V, Afinah A.D Matsud, Gopal. V, Ekon. R, Marcus.A. (2020). Tahap Kepuasan Kerja Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020. Vol 1.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 42 KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM KEUSAHAWANAN KOMUNITI DI KOLEJ KOMUNITI 2019-2022 Fadzlunsara Fajri1 , Wan Nadirah Rosli2 dan Roswani Ab Rahman3 1Kolej Komuniti Bandar Tenggara [email protected] 2Kolej Komuniti Jelebu [email protected] 3Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti [email protected] ABSTRAK. Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Malaysia telah dilaksanakan sejak tahun 2003 dengan menumpukan peningkatan pengetahuan dan kemahiran mengikut kehendak komuniti. Pelaksanaan Program Keusahawanan Komuniti (PKK) PSH sejak 2019 adalah seiring dengan perlu dikaji agar pelaksanaannya pada masa akan datang lebih berstruktur, seragam dan menunjukkan impak yang lebih besar kepada komuniti selepas pandemik Covid19. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti lima kluster kemahiran tertinggi yang telah dilaksanakan bagi PKK PSH dan melihat jumlah taburan peserta yang menyertai PKK PSH serta perbandingan jumlah kolej yang menawarkan bidang tersebut untuk program sepenuh masa. Sampel kajian terdiri daripada 23 kluster kemahiran. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif (tinjauan) dengan menggunakan bilangan kertas kerja dan laporan PKK yang telah dihantar kepada JPPKK. Dapatan kajian menunjukkan lima kluster tertinggi iaitu katering sajian, program industri (teknologi makanan, jahitan dan pakaian, kecantikan dan dandanan dan teknologi agro. Manakala taburan peserta dan kolej komuniti berbeza dengan jumlah kolej komuniti yang menawarkan kluster yang sama bagi program sepenuh masa. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan semua program PKK adalah tidak dipengaruhi oleh kapasiti fasiliti di kolej komuniti. KATA KUNCI: Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH); Kolej Komuniti; Program Keusahawanan Komuniti (PKK); keusahahawanan 1.0 PENGENALAN Pelaksanaan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti adalah untuk peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pendidikan andragogi bagi menjadikan peserta lebih berdaya saing di pasaran buruh serta untuk memenuhi kehendak diri (Davidović, 2020; Hazwani Hasami* & Nor Aishah Buang, 2018). Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) dirangka dengan pelbagai peluang latihan agar mempunyai daya saing yang tinggi agar komuniti lebih berminat untuk menimba pengetahuan selaras dengan misi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak tahun penubuhannya 2003. Menurut (Lateh, Ismail, & Moha, 2018) Kolej Komuniti ditubuhkan setiap kawasan parlimen bertujuan bukan sahaja memperkasakan pendidikan TVET di Malaysia dalam dikalangan pelajar lepasan menengah, malah melaksanakan kursus pendek (PSH) kepada masyarakat setempat agar lebih dinamik. KPT telah menjadikan visi pendidikan serta menjalankan latihan keusahawanan dalam PSH untuk mengatasi isu berkaitan kebolehpasaran graduan dan komuniti amnya (Ghazalan, Abd Samad, Ab Halim, Hamidon, & Ahmad Hariri, 2018). Unit program pembangunan PSH di peringkat JPPKK merangka satu program iaitu Program Keusahawanan Komuniti (PKK) dalam memainkan peranan penting dalam pemerkasaan sosioekonomi dalam keusahawanan berketrampilan dan berwawasan. Menurut Menteri Pengajian Tinggi melalui Nota bertarikh 17 Julai 2020 (No. N234/2020) kerajaan perlu memperkukuhkan keusahawaan dan komuniti celik digital seiring dengan 4IR. Maka program PKK PSH dirancang akan mampu membangunkan komuniti celik digital mengikut kepesatan teknologi atas talian melalui program keusahawanan. Mengambil kirapandemik COVID-19, Malaysia berdepan dengan isu dalam pertumbuhan ekonomi. Program intervensi awal kerajaan Malaysia yang telah dilaksanakan membantu supaya ketika


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 43 fasa pandemik ini negara masih utuh dari segi ekonomi dan sosial. Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara, kepesatan ekonomi Malaysia secara umumnya dan jurang pendapatan dalam kalangan penduduk Malaysia tidak ketara tetapi apabila pandemik COVID-19 tercetus pada akhir tahun 2020, pekali pendapatan isi rumah (GINI) meningkat sebanyak 0.004 dari tahun 2019 ke tahun 2020 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021a). Ini disebabkan penurunan pendapatan isi rumah pada negerinegeri yang sumber ekonomi terdiri dari sektor perindustrian dan pertanian seperti Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Maka dengan itu, komuniti yang berkemahiran dalam hardskills dan soft skills seperti kebolehan asas, teknikal dan kepimpinan dapat meningkatkan sumber ekonomi semasa (Watisin 2017). Bagi mewujudkan komuniti yang berkemahiran dan berpengetahuan dengan aliran semasa, institusi pembekal kemahiran seperti kolej komuniti perlu memainkan peranana yang sewajarnya (Azmi, N. I., & Hashim, M. H. M., 2015). Pelaksanaan PKK PSH bermula 2019 perlu dikaji agar pelaksanaannya pada masa akan datang lebih berstruktur, seragam dan menunjukkan impak yang lebih besar kepada komuniti selepas pandemik Covid-19. Justeru itu, kajian ini bertujuan menentukan tiga kluster kemahiran tertinggi yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti dibawah PKK PSH yang telah berlangsung dari tahun 2019 hingga 2022. 1.1 Objektif Dalam kajian ini, dua objektif telah ditetapkan berdasarkan keperluan kajian seperti berikut: i.Mengenalpasti lima (5) kluster kemahiran tertinggi yang telah dilaksanakan PKK Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti. ii.Melihat jumlah taburan peserta yang menyertai PKK PSH serta perbandingan jumlah kolej yang menawarkan bidang tersebut untuk program sepenuh masa. 2.0 TINJAUAN LITERATUR Akibat wabak COVID19 yang melanda, kadar kemiskinan tegar telah melalui peningkatan sebanyak 0.8% dan menjadikan 76,000 isi rumah di dalam kemiskinan tegar (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021a). Pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Malaysia adalah langkah yang terbaik dalam membantu golongan B40 yang berpendapatan rendah bagi menaiktaraf sosio-ekonomi dan kemakmuran komuniti melalui program kemahiran dan latihan (Sarimah, Aidah & Norlizah, 2020). Maklumbalas yang diterima juga menyatakan penawaran kursus yang pelbagai dibawah program PSH membantu kepada peningkatan jumlah peserta. Penawaran kursus menjurus kepada kluster yang mendapat permintaan tinggi dari komuniti terdiri daripada kursus bahasa, bangunan, hospitaliti, akuakultur, elektrik dan elektronik, grafik dan multimedia, kraftangan dan hiasan dalaman, jahitan dan pakaian, katering dan sajian, kecantikan dan dandanan, kenderaan dan automotif,kerohanian dan keagamaan,kesenian dan kebudayaan, komputer dan teknologi maklumat, teknologi hijau, pembangunan diri/motivasi, perniagaan dan keusahawanan, program industri, sains dan matematik, sains kesihatan, seni kreatif dan teknologi agro (PSPTN, 2020). Sasaran peserta PSH di kolej komuniti yang terdiri dari kalangan B40 terdiri daripada komuniti miskin tegar, ibu tunggal, orang asli, warga emas / pesara, orang kelainan upaya (OKU), dan belia yang tiada pendapatan tetap. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik COVID-19 juga telah memaksa penggiat ekonomi iaitu pengusaha mega, kecil dan sederhana beralih kepada operasi daripada fizikal ke atas talian (online). Menurut Ernst & Young (2020), 32% syarikat mega dan 30% kecil sederhana mengambil keputusaan agar pekerja mereka bekerja secara di atas talian dari rumah. Manakala negara ASEAN yang lain telah menggunakan peluang membangunkan ekonomi digitalisasi dan teknologi atas talian terlebih dahulu. Impak penggunaan perkhidmatan digital juga meningkat secara mendadak dalam menjalankan operasi epembayaran, urusan jual beli, periklanan dan perkhidmatan kerajaan semasa pandemik. Pihak pengurusan JPPKK telah mengurangkan dana aktiviti kursus pendek dan menyebabkan pelaksanaan PKK juga tergendala. PKP selama 2 tahun telah melumpuhkan ekonomi negara dan memberi kesan negatif kepada pendapatan komuniti. Sehubungan itu, bagi meningkatkan pendapatan usahawan, usaha baru diperkenalkan dengan menggunakan teknologi digital dengan intensiti yang lebih tinggi. Kursus yang ditawarkan membantu dalam pemahaman konsep digital dan mengatasi kekangan digital. Menurut Nguyen & Vu (2021), Malaysia terkebelakang dalam sektor ekonomi yang melibat digitalisasi dan teknologi di antara negaranegara dalam ASEAN. Maka melalui pemerkasaan kemahiran digital dan teknologi, akan dapat


Click to View FlipBook Version