The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Persidangan Antarabangsa Ke-9 Liga Ilmu Serantau 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrrizalmail, 2024-01-03 21:00:07

Edisi Khas LiS 2023

Persidangan Antarabangsa Ke-9 Liga Ilmu Serantau 2023

Keywords: kkbera,ligailmuserantau,lis2023

Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 44 perbezaan kepada peningkatan sosio-ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pemerkasaan digital dan keusahawanan dilihat dapat memberi impak kepada negara dan masyarakat (Vijayalakshmi & Prajeetha, 2008). Menurut Zulkifli & Md Yusoff Daud (2017), jumlah tenaga kerja yang tidak mempunyai kemahiran khusus dalam sektor industri akan menyebabkan negara tidak mencapai status negara maju. Statistik Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 2016 melaporkan penurunan bagi pekerja separa mahir sebanyak 1.0% daripada 60% dan pekerja kurang mahir 0.8% daripada 26%. Justeru itu, dengan pelaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) diperkasakan dari semasa ke semasa bagi melahirkan komuniti yang berkemahiran bagi mencapai status negara maju. Oleh itu, Kolej Komuniti bertanggungjawab dalam menjalankan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) mengikut keperluan dan kehendak komuniti dalam peningkatan sumber ekonomi. Pihak Kementerian merangka pelan kewangan dalam melaksanakan memudahkan Kolej Komuniti untuk pelaksanaan aktiviti yang boleh menarik minat komuniti dalam meningkatkan ilmu serta kemahiran. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kluster kemahiran yang tertinggi pelaksanaan Program Keusahawanan Komuniti serta taburan jumlah peserta mengikut kolej komuniti yang melaksanakan kursus berbanding kolej komuniti yang ada fasiliti dan keupayaan tenaga pengajar mengajar program sepenuh masa kluster yang sama. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian tinjauan ini dilaksanakan dengan pendekatan kuantitatif sebagai reka bentuk kajian dengan berlandaskan kepada data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi daripada statistik data yang diselia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ke atas pelaksanaan PKK Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di 79 buah kolej komuniti di Malaysia bagi tahun 2019 hingga 2022 dengan jumlah peserta sebanyak 2966 orang. Pelaksanaan program adalah tertakluk kepada kelulusan permohonan peruntukan daripada JPPKK. Justeru, tidak semua kolej komuniti melaksanakan program tersebut. Sehubungan dengan itu, kaedah persampelan bagi kajian ini adalah persampelan bertujuan yang mana keseluruhan data diambil dan dianalisa untuk tujuan kajian. Data sekunder diperoleh pula daripada sorotan kajian lepas untuk mengukuhkan lagi perbincangan kajian. Data primer dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 23. 4.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN Data primer berkaitan pelaksanaan PKK PSH di kolej komuniti yang dikumpulkan di peringkat JPPKK dilaporkan mengikut tahun. Jadual 1 menunjukkan jumlah PKK dan PPKK PSH yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019 hingga 2022. Jadual 1: Jumlah PKK PSH yang telah dilaksanakan 2019 hingga 2022 TAHUN 2019 2020 2021 2022 Jumlah Pelaksanaan PKK PSH di Kolej Komuniti 5 2 51 126 4.1 Analisis dan Perbincangan bagi Objektif Kajian 1 Berdasarkan data pada Jadual 2, terdapat 184 program di bawah 16 kluster kemahiran telah dijalankan sepanjang tahun 2019 hingga 2022. Daripada jumlah itu, sebanyak 65 program adalah daripada kluster kemahiran Katering dan Sajian, 20 program daripada kluster kemahiran Program Industri (Pemprosesan Makanan) dan 20 program daripada kluster kemahiran Jahitan dan Pakaian. Kluster Kecantikan dan Dandanan (16 program) dan kluster Teknologi Agro (14 program) merupakan kluster ke empat dan kelima tertinggi bagi bidang yang telah dilaksanakan dalam PKK PSH. Penawaran program-program PKK PSH ini di peringkat kolej komuniti adalah berdasarkan trend kursus-kursus yang telah dijalankan sepanjang tahun di peringkat kolej dan mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti. JPPKK memberi peluang kepada kolej komuniti untuk menentukan jenis kluster kemahiran yang ditawarkan untuk PKK PSH. Jadual 2: Bilangan PKK PSH yang dilaksanakan tahun 2019 hingga 2022 mengikut Kluster Kemahiran Kluster Kemahiran Tahun Jumlah 2019 2020 2021 2022 Bil Bil Bil Bil Bil %


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 45 Bahasa 0 0 0 0 0 0.0 Bangunan 0 0 0 1 1 0.54 Hospitaliti Dan Pelancongan 0 0 1 3 4 2.17 Akuakultur 0 0 0 4 4 2.17 Elektrik Dan Elektronik 0 0 0 8 8 4.38 Grafik Dan Multimedia 0 0 0 3 3 1.63 Kraftangan Dan Hiasan Dalaman 0 0 5 3 8 4.35 Jahitan Dan Pakaian 0 1 4 15 20 10.87 Katering Dan Sajian 2 0 22 41 65 35.33 Kecantikan Dan Dandanan 1 0 3 12 16 8.7 Kenderaan Dan Automotif 0 0 0 1 1 0.54 Kerohanian Dan Keagamaan 0 0 0 0 0 0 Kesenian Dan Kebudayaan 0 0 0 0 0 0 Komputer Dan Teknologi Maklumat 0 0 0 3 3 1.63 Teknologi Hijau 0 0 0 0 0 0 Pembangunan Diri/ Motivasi 0 0 0 0 0 0 Perniagaan Dan Keusahawanan 0 0 0 1 1 0.54 Program Industri-Pemprosesan Makanan 2 0 10 8 20 10.87 Program Industri-Penyaman Udara 0 0 1 5 6 3.26 Sains Dan Matematik 0 0 0 0 0 0 Sains Kesihatan 0 0 0 0 0 0 Seni Kreatif 0 0 0 10 10 5.43 Teknologi Agro 0 1 5 8 14 7.61 Jumlah 5 2 51 126 184 100.0 4.2 Analisis dan Perbincangan bagi Objektif Kajian 2 Jadual 3 menunjukkan jumlah kolej komuniti dan taburan peserta yang telah menyertai PKK PSH sepanjang tahun 2019 hingga 2022 berdasarkan lima kluster tertinggi serta jumlah kolej komuniti yang menjalankan kluster tersebut untuk program pengajian sepenuh masa. Berdasarkan jadual 3 tersebut, seramai 1027 peserta telah menyertai PKK PSH dalam kluster kemahiran katering dan sajian daripada 40 buah kolej komuniti. Walau bagaimanapun, hanya 11 kolej komuniti seluruh Malaysia yang menawarkan program sepenuh masa mengikut kluster kemahiran tersebut. Trend yang sama ditunjukkan dalam kluster kemahiran Teknologi Agro yang mana seramai 224 penyertaan daripada 8 buah kolej komuniti yang menjalankan program walaupun hanya tiga sahaja kolej komuniti yang menawarkan kluster kemahiran tersebut sebagai program sepenuh masa. Ini menunjukkan faktor pemilihan kluster kemahiran dalam pelaksanaan PKK PSH tidak hanya bergantung kepada kapasiti fasiliti yang ada di setiap kolej komuniti sahaja. Jadual 3: Jumlah Kolej Komuniti Dan Taburan Peserta Yang Telah Menyertai PKK PSH Sepanjang Tahun 2019 Hingga 2022 Berdasarkan Lima Kluster Tertinggi Serta Jumlah Kolej Komuniti Yang Menjalankan Kluster Tersebut Untuk Program Pengajian Sepenuh Masa. Kluster Kemahiran Jumlah Peserta Jumlah KK melaksanakan PKK PSH Jumlah KK melaksanakan Program Sepenuh Masa Katering Dan Sajian 1027 40 11 Program Industri-Pemprosesan Makanan 361 12 8


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 46 Jahitan Dan Pakaian 324 15 16 Kecantikan Dan Dandanan 242 11 10 Teknologi Agro 224 8 2 Dapatan ini adalah setara dengan dapatan kajian terdahulu. Billett, S., Le, A.H., Choy, S., Smith, R. (2023) menyatakan faktor yang mempengaruhi orang dewasa memilih sesuatu bidang kemahiran dalam pembelajaran sepanjang hayat adalah disebabkan oleh cadangan atau desakan daripada masyarakat dan komuniti social mereka (contohnya peluang yang ditawarkan, halangan, jemputan, jalinan kolaborasi, unjuran, penyertaan, sokongan jarak dekat dan lain-lain. Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dianggap memberi manfaat kepada orang ramai kerana ia boleh memperbaiki kehidupan mereka dengan meningkatkan kemahiran kerja, meningkatkan sahsiah dan memperoleh lebih banyak pengetahuan. Selain itu, motivasi dan faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran seseorang di setiap negara berbeza dan boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan: faktor yang mempengaruhi keluarga, individu, sosial dan pendidikan. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi keputusan adalah kaedah pembelajaran, keberkesanan, kandungan, tujuan dan perkembangan masa hadapan (Zhiwei Chen dan Ying Liu, 2019). Oleksandra P. dan Maarten de Laat (2021) pula berpendapat, disebabkan pendigitalan berterusan di tempat kerja dan tetapan pendidikan, aktiviti manusia yang menyokong pembelajaran dan kerja semakin dimediasi oleh teknologi. Kemajuan kecerdasan buatan (AI) dan penyepaduannya ke dalam teknologi harian mempengaruhi cara orang ramai terdedah kepada maklumat, berinteraksi, belajar dan membuat keputusan. Pembelajaran sepanjang hayat beralih daripada modal insan kepada pembangunan insan, dengan tumpuan pada keupayaan kemahiran. Justeru, penawaran program kursus PKK adalah sama seperti pelaksanaan program-program PSH yang mana berdasarkan permintaan komuniti dan bukan hanya melihat keupayaan fasiliti sahaja. Kolej Komuniti berupaya berkolaborasi dengan agensi lain yang mempunyai kapasiti fasiliti yang dikehendaki sesuatu kursus. Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sudah menjadi faktor penting dalam sektor pekerjaan dalam membentuk polisi pekerja, baik di dalam kerajaan mahupun di peringkat antarabangsa (Commission of the European Community, July 2007). Faedah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan kepada komuniti memberi peluang kepada seseorang untuk belajar secara berterusan dengan pendekatan pembelajaran fleksibel untuk menyesuaikan diri dengan keperluan alam pekerjaan. Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah dimasukkan ke dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang ditadbir oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berusaha untuk mewujudkan amalan pembelajaran sepanjang hayat dengan mengutamakan "Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat" (KPT, 2015). 5.0 KESIMPULAN Kerajaan Malaysia yang prihatin terhadap keperluan komuniti dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial, pendekatan 6R1 telah dilaksanakan bagi mengurangkan kesan pandemik. Pembukaan sektor sosial dan ekonomi setelah tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jun 2021 dilihat perubahan positif untuk startegi pemulihan. Maka pelaksanaan PKK di lihat sangat relevan untuk terus dilaksanakan terutamanya selepas Malaysia berdepan dengan era pandemik. Situasi ini mungkin dapat diatasi dengan melahirkan lebih banyak usahawan dah tidak bergantungan kepada sektor pekerjaan semata-mata. Pelaksanaan PKK juga mendukung objektif Dasar Ekonomi Nasional antaranya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Dalam menjayakan usaha tersebut, usahawana haruslah bersedia dengan ilmu-ilmu kemahiran dalam bidang yang dipilih dan juga ilmu keusahawanan yang mantap. Maka, gabungan modul kemahiran dan keusahawanan dalam pelaksanaan PKK ini, membantu mempersiapkan peserta untuk berjaya menjadi usahawan. Pemilihan pelaksanaan PKK ini adalah dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti permintaan komuniti, kekuatan kolej komuniti tersebut dan kemudahan peserta memulakan perniagaan setelah selesai menjalani PKK. Berdasarkan hasil kajian, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan dan saranan yang boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Cadangan Kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) Dalam menyediakan pensyarah-pensyarah yang mempunyai ilmu dan kemahiran melalui Training for Trainer (TOT) yang bersesuaian dengan kursus PKK yang ditawarkan. Peningkatan kemahiran kognitif dan psikomotor boleh dipertingkatkan dengan sesi latihan pengkhususan yang berterusan (Muzzafar, M., & Jamalullail, A.W., 2020) dan menurut Saad, N., & Sankaran, S. (2019) juga menyatakan kualiti perkhidmatan dan kemahiran tenaga pengajar boleh melonjakkan prestasi institusi secara produktif melalui peningkatan


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 47 kemahiran yang dihadiri. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan dana peruntukan bagi penyediaan fasiliti dan aset yang bersesuaian dengan penawaran kursus PKK. Menurut Buletin Anjakan (2015) menyatakan sumber dan infrastruktur yang kurang sesuai dengan bilangan peserta yang ramai antara faktor yang menganggu kepada kelancaran kursus. Malahan kemudahan fasiliti kolej boleh memberi keselesaaan kepada peserta ketika melaksanakan latihan atau kursus (Suganti, Asmalaily, Md Hanafiah, Siti Rahayu, 2018). Penghasilan modul pengajaran yang berfokus dapat memenuhi keperluan PKK. Modul menjurus kepada kluster yang berbentuk hands-on dimana peserta PKK berpeluang menyumbang dalam kumpulan dan aktiviti menerapkan kemahiran komunikasi dan teknikal. Tenaga pengajar berhadapan dengan cabaran dalam merancang pengajaran terutama modul kursus yang tidak mengikut keperluan semasa (Norazlin & Siti Rahaimah, 2019). Keberkesanan modul kursus yang bersistematik memberi kelebihan kepada peserta dan kolej terutama dalam pendedahan peralatan, program keusahawanan dan motivasi peserta. (Liu Tse Hui & Nazrina Bt. Bakar (2018). Penerimaan baik komuniti terhadap PKK adalah sesuatu yang positif. Namun di masa akan datang, pelaksanaan PKK boleh memfokuskan kepada tiga kluster utama bagi memudahkan dari segi pelarasan dan penilaian keberkesaan. Pelaksanaan PKK yang menggabungkan modul kemahiran minima 48 jam (minima) dan modul keusahawanan 24 jam (minima) memerlukan komitmen masa dan kewangan dari peserta. Oleh itu, sebagai usaha dalam menambah baik program ini, bantuan dana, modul, pengetahuan tenaga pengajar dan fasiliti dapat membantu menjayakan PKK dengan lebih berkesan di masa akan datang. Perkara – perkara ini juga mampu menjadi daya penarik untuk menarik minat komuniti dalam menyertai PKK. RUJUKAN Azmi, N. I., & Hashim, M. H. M. (2015). Penerapan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional. Retrieved July 31, 2015. Commission of the European Communities. 2012. Delivering Lifelong Learning for Knowledge, Creativity and Innovation. Billett, S., Le, A.H., Choy, S., Smith, R. (2023). The Imperatives of and for Worklife Learning: A Review. In: Billett, S., Salling Olesen, H., Filliettaz, L. (eds) Sustaining Employability Through Work-life Learning. Professional and Practice-based Learning, vol 35. Springer, Singapore. Buletin Anjakan (April, 2015) Ciri-Ciri Pembelajaran Abad ke-21. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, p.2 Davidović, G. R. (2020). Lifelong Learning in Pandemic Situation – Challenge and Need. International Scientific Conference Technics and Informatics in Education, 2(September), 18–20 Ernst & Young. (2020). COVID-19: Business impact survey. Take 5 for business, 8 (7). https://www.ey.com/en_my/take-5-business-alert/covid-19-impact-on-malaysian-businesses Ghazalan, M. S., Abd Samad, N., Ab Halim, F., Hamidon, N. I., & Ahmad Hariri, T. I. A. (2018). Level Readiness Participant of Lifelong Learning (LLL) Program Venture into Entrepreneurship. MATEC Web of Conferences, 150, 1–4. https://doi.org/10.1051/matecconf/201815005029 Hazwani Hasami* & Nor Aishah Buang. (2018). Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terhadap Pengetahuan dan Tahap Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti (The Effectiveness of the Lifelong Learning Programme (PSH) Towards Knowledge and Skill Levels of Students Community College). Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(03), 89–106. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021a). Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden KemiskinanMalaysia2020. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=493&bul_id=VTNHRkdi ZkFzenBNd1Y1dmg2UUlrZz09&menu_id=amVoWU54UTl0a21NWmdhMjFMMWcyZz09 Lateh, H. M., Ismail, M. F. K., & Moha, S. S. M. (2018). Penerimaan Masyarakat Terhadap Kursus Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Bentong 2016-2017. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 1(2), 177–187. Retrieved from http://eprints.utm.my/379/1/MohamadNasirSaludin2006Sumbangankekonomidank.pdf


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 48 Liu Tse Hui & Nazrina Bt. Bakar (2018). Persepsi pelatih: keberkesanan Program kursus pendek pastri bermodul di Taman Sri Puteri.Penulisan Ilmiah IDEAS.eISBN 978 967 1626306 Muzzafar, M., & Jamalullail, A. W. (2020). Kepimpinan lestari pengarah dan hubungannya dengan amalan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Wilayah Selatan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 33(1). Nguyen, Q. & Vu, V. (2021). Vietnam: Southeast Asia's Next Digital Powerhouse. The Jakarta Globe. https://jakartaglobe.id/opinion/vietnam-southeast-asias-next-digitalpowerhouse Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali (2019), Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Proceeding of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management. Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (UniSZA) Oleksandra P. dan Maarten de Laat (2021). Developing capabilities: Lifelong learning in the age of AI. British Journal of Educational Technology. Volume 52, Issue 4 pp 1695- 1708 Kementerian Pengajian Tinggi (2015). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Saad, N., & Sankaran, S. (2019). Kelestarian pembangunan profesionalisme guru dalam pembelajaran sepanjang hayat (Sustainability of Teacher Professional Development in Lifelong Learning). Jurnal Pembangunan Sosial, 22, 11-22. Sarimah Binti Che Hassan, Aidah Abdul Karim & Norlizah Che Hassan (2020). Memperkasakan Usahawan Wanita Menerusi Pendekatan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (Tvet) Dan Keusahawanan Dalam Sistem Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jurnal Dunia Pengurusan e-ISSN: 2682-8251, Vol. 2, No.3, 101-111, 2020.http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpg Suganti, Asmalaily, Md Hanafiah, Siti Rahayu (2018). Keberkesanan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan Pekebun Kecil Risda. Vijayalakshmi, G & Prajeetha, B. (2008). Empowerment of Women through Entrepreneurship. Dlm. L Rathakrishnan (ed.), Empowerment of Women through Entrepreneurship. New Delhi: Gyan Publishing House. Watisin, W. 2017. Pelaksanaan program pembelajaran berasaskan kerja politeknik bersama industri. (Doctoral Dissertation). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Zhiwei Chen dan Ying Liu (2019). The different style of lifelong learning in China and the USA based on influencing motivations and factors. International Journal of Education Research. Volume 95, PP 13-25 Zulkifli & Md Yusoff Daud. (2016). Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui Massive Open Online Courses (MOOC). Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi Teknologi. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 49 PENGGUNAAN MEMORI BOOSTER HURUF HIJAIYYAH BERSAMBUNG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS SPL 3022 BAHASA ARAB KOMUNIKASI DARI ASPEK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LIPIS Shah Rulbani binti Zakaria1 dan Wan Mohd Zul bin Wan Yusuf1 1Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Lipis [email protected], [email protected] ABSTRAK. Dalam Kursus SPL 3022- Bahasa Arab Komunikasi, pelajar perlu belajar menulis dan membaca dalam Bahasa Arab. Hal ini mendatangkan kebimbangan dalam kalangan pelajar terutama sekali pelajar bukan Islam dan pelajar Islam yang lemah dalam aspek menulis. Kekangan masa mengajar yang terhad serta jumlah pelajar yang ramai dalam satu-satu kelas menjadi faktor yang menghalang pelajar tersebut boleh menguasai aspek menulis dengan baik. Justeru Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan pelajar dalam menulis huruf bersambung sebelum dan selepas menggunakan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung. Seramai 18 orang peserta yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 3 kumpulan pelajar yang berada dalam semester 3 bagi sesi yang berbeza. Metodologi kajian adalah menggunakan instrument ujian pra dan ujian pasca bagi melihat perbandingan keberkesanan sebelum dan selepas menggunakan kaedah ini. Daripada keputusan yang diperolehi, purata min adalah meningkat bagi setiap sesi masing-masing sebanyak 2.16, 4.35 dan 1.57. maka, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung menunjukkan peningkatan markah dalam kalangan pelajar selepas menggunakannya. Ini jelas menunjukkan bahawa Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung memberi kesan dalam meningkatkan pencapaian PdP pelajar yang lemah. sehubungan dengan itu, Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung adalah relevan dan praktikal untuk dilaksanakan di dalam kelas kerana mampu menarik minat pelajar serta membantu memudahkan mereka menyambung huruf dengan lebih berkesan. Diharapkan Memori Booster Huruf Hijaiyyah membantu dalam meningkatkan pencapaian penulisan dalam bahasa Arab terutama sekali bagi pelajar yang lemah dalam menyambungkan huruf. KATA KUNCI: memori booster; huruf hijaiyyah bersambung; PdP; kursus Bahasa Arab Komunikasi 1 PENGENALAN Bahasa Arab merupakan antara bahasa yang paling terkenal dan dipelajari di serata dunia dan juga merupakan bahasa yang ditutur oleh sebahagian penduduk dunia kini malah diajar bermula dari tadika, pra sekolah lagi sehinggalah ke peringkat pengajian tingggi bahkan ia merupakan bahasa ibadah yang fardu seperti solat dan sebagainya (Nik Siti Maria et al. 2021). Bagi Kolej Komuniti yang menawarkan Program Pengembaraan Pelancongan, mata pelajaran SPL3022 Bahasa Arab Komunikasi merupakan antara subjek wajib diajar. Tujuan kursus Bahasa Arab Komunikasi adalah usaha ke arah melahirkan insan yang berilmu dan mempunyai kompetensi untuk bertutur dalam Bahasa Arab untuk kepentingan pelbagai aspek dalam kehidupan terutamanya di negara yang mempunyai pelbagai bilangan kaum. Antara kandungan dalam silibus dalam dalam pelajaran Bahasa Arab Komunikasi ini ialah mengenali Huruf Hijaiyyah iaitu menulis, membezakan setiap bentuk huruf, menyambung dan juga membina perkataan (Struktur Program SPL 2017). Namun sebagai tenaga pengajar Bahasa Arab, pensyarah menghadapi beberapa kesukaran dalam mengajar huruf hijaiyyah yang bersambung terutama sekali kepada pelajar yang bukan Islam dan juga pelajar Islam yang lemah dalam Bahasa Arab keranan mereka tidak mampu menulis dan mebaca dengan betul. Sehubungan ini itu, maka satu inisiatif diambil bagi membantu golongan pelajar tersebut oleh pengkaji dengan mencipta Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung sebagai satu bahan bantu mengajar (BBM) bagi mengatasi masalah ini.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 50 1.1 Objektif Kajian: Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyambung huruf hijaiyyah, maka objektif kajian adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti penguasaan para pelajar dalam menyambung huruf hijaiyyah sebelum penggunaan penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung. ii. Mengenal pasti penguasaan para pelajar dalam menyambung huruf hijaiyyah selepas penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah bersambung. 1.2 Soalan Kajian: i. Apakah tahap penguasaan para pelajar dalam menyambung huruf hijaiyyah sebelum penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah bersambung? ii. Apakah tahap penguasaan para pelajar dalam menyambung huruf hijaiyyah selepas penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah bersambung? 1.3 Pernyataan Masalah Dalam PdP Kursus Bahasa Arab Komunikasi, pelajar perlu belajar menulis dan membaca dalam Bahasa Arab. Perkara ini mendatangkan kebimbangan dalam kalangan pelajar terutama sekali pelajar bukan Islam dan pelajar Islam yang lemah dalam Bahasa Arab. Kekangan masa mengajar yang terhad dan silibus yang perlu dihabiskan dalam masa yang tertentu antara faktor yang menghalang pelajar tersebut boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Arab. Menurut Nurkholis (2018) wujudnya kesalahan dalam pembelajaran bahasa biasanya disebabkan oleh kecelaruan antara bahasa pertama (bahsa ibunda) dan kedua (bahasa yang baru dipelajari). Bagi pelajar bukan Islam, Bahasa Arab sebagai satu bahasa yang baru mereka pelajari manakala bagi pelajar Islam yang lemah dalam Bahsa Arab, mereka masih lagi ada masalah dalam kemahiran menulis dan membaca dalam Bahsa Arab. Menurut Nur Syamira dan Mohd Isa Hamzah (2021) bahawa jika seseorang murid bermasalah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis boleh menyebabkan tidak berminat dan berasa lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Isu penguasaan kemahiran menulis juga sering menjadi perbincangan dalam kalangan ahli akademik, guru, ibu bapa bahkan para pelajar itu sendiri. Kajian salma Endut et.al (2016) dalam Mohd Nasir et al. (2017) mendapati bahawa pencapaia ujian Bahasa Arab hanya mencapai tahap lulus dalam kemahiran menulis. Tatik Mahila (2019) dan Nik Siti Maria et al. (2021) menjelaskan bahawa antara masalah pembelajaran dalam Bahasa Arab ialah masalah dalam menyambung huruf hijaiyyah. Perkara ini boleh menyebabkan pelajar berasa kurang berminat dan bermotivasi untuk menulis dalam Bahasa Arab kerana mereka bertanggapan bahawa menyambung huruf hijaiyyah adalah sesuatu yang agak sukar. Berdasarkan pernyataan di atas menunjukkan bahasa aspek kemahiran bertulis yang berkaitan dengan penyembungan huruf adalah sangat penting dalam PdP Bahasa Arab. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penguasaan para pelajar dalam menyambung huruf hijaiyyah sebelum penggunaan penggunaan BBM Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung dan juga selepas penggunaannya. 2 KAJIAN LITERATUR Terdapat pelbagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan oleh para pendidik untuk menjadikan PdP mereka lebih menarik dan berkesan. Abdul Hamid (1981) dalam Nurzaemah et al. (2015) menjelaskan bahawa BBM adalah satu bahagian yang padu dalam proses pembelajaran bertujuan menambah kelancaran perhubungan guru dan murid, murid dengan guru, murid sesama murid serta membantu dalam mempercepatkan proses pemahaman mereka. Ikhsan dan Norila (2005) dalam Nurzaemah et al. (2015) juga mentakrifkan BBM sebagai bahan yang digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses PdP ke arah mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Saifuddin & Muhammad Idham (2017) mentakrifkan BBM sebagai alat pembelajaran yang digunakan untuk mencapai tujuan pembelajaran. BBM merangkumi semua benda yang boleh didengar, dilihat, dibaca, dipegang, dihidu, dikisahkan, digunakan dan sebagainya (Nur Syafiqah & Nurul Nazirah, 2018). Antara ciri guru yang kreatif dan inovatif dalam PdP ialah kebolehan guru dalam mengadaptasi BBM yang sedia ada kearah yang lebih baik yang mana BBM bukan sahaja menjadikan fungsi guru sebagai pemudah cara bahkan dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran berpusatkan murid di dalam kelas (Nurzaemah et al. 2015). Penggunaan BBM bersama rancangan PdP yang sesuai dan tersusun juga dapat membantu pelajar untuk memahami isi kandungan PdP dengan lebih baik


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 51 (Abdullah et al.2021). Penggunaan BBM juga meningkatkan motivasi pelajar bahkan pada masa yang sama dapat memupuk semangat pelajar untuk memahami sesuatu topik dan meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran (Nik Tasnim dan Harun 2021). Pada masa yang sama BBM mampu mewujudkan reaksi pelajar yang positif dan pembelajaran yang aktif dan bermakna (Nur Syafiqah et al. 2018). Terdapat beberapa kajian mengenai BBM dapat membantu pencapaian pelajar dalam meningkatkan akademik mereka. Antaranya ialah kajian Hasfatasha (2010) mengenai penggunaan kaedah kod warna beraliran sebagai BBM bagi membantu murid tahun 5 mengenal pasti dan mengingati kedudukan benua-benua. Kajian ini dilakukan terhadap 25 orang murid tahun lima disebuah sekolah dengan menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca bagi melihat perbandingan keberkesanan sebelum dan selepas menggunakan BBM mendapati bahawa purata min pada ujian pasca adalah sebanyak 6.8 di mana mengalami peningkatan sebanyak 5.72 selepas kaedah kod warna beraliran dijalankan. Beliau menyatakan bahawa rangsangan warna beraliran ini dapat merangsang minda murid dalam mengingati dan mengenal pasti benua-benua dalam peta dunia. Kajian El-Ghamry, (2016) yang mengkaji keberkesanan penggunaan peta semantik sebagai BBM terhadap pemerolehan kosa kata bahasa inggeris. Kajian secara kuasi-eksperimen ini melibatkan kumpulan kawalan dan rawatan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dengan jumlah yang sama. Dapatan kajian melaporkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap keputusan ujian pasca antara dua kumpulan. Penggunaan peta semantik lebih efektif berbanding kaedah tradisional. Kajian Uraidah & Lily Hanefarezan (2021) mengenai keberkesanan strategi pemetaan semantik sebagai BBM di dalam pembelajaran kolokasi. Kajian mendapati pencapaian ujian pasca bagi kumpulan eksperimen mengatasi kumpulan kawalan. Dapatan ini membuktikan bahawa strategi pemetaan semantik memberi kesan terhadap peningkatan elemen kolokasi berbanding strategi pembelajaran tradisional. Berdasarkan kajian yang telah dirujuk, menunjukkan kajian berkaitan strategi memori di dalam pembelajaran bahasa arab banyak melibatkan pelajar peringkat menengah dan tinggi (Nadirah et al. 2021). Oleh itu, Memori Booster Huruf Hijaiyyah bersambung adalah satu BBM yang berbentuk visual dalam bentuk flash kad dan juga bentuk apps dalam membantu pelajar menguasai kemahiran bertulis. Muhamad Hassan (2000) menyatakan bahawa berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan maka penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding sentuhan, rasa, pendengaran mahupun bau. Perkara ini menunjukkan bahawa bahan visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan (Looi Hooi Chen 2016). 3 METODOLOGI Pengkaji menggunakan ujian pra dan ujian pasca bagi menilai keberkesanan penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung kepada semua pelajar semester 3 yang mengambil Bahasa Arab Komunikasi yang mana merupakan kursus wajib bagi setiap pelajar selama 3 sesi secara berturut-turut iaitu pada sesi Mac 2019, sesi Jun 2019 dan juga sesi Disember 2020. Ujian pra dan ujian pasca digunakan dengan bertujuan melihat perbezaan teknik mengajar secara tradisional dangan teknik mengajar menggunakan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung. Perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca adalah dari segi kaedah teknik pengajaran yang digunakan manakalab Bentuk item soalan ujian pra dan pasca bagi kedua-dua item soalan ujian adalah dari jenis yang sama iaitu item huruf hijaiyyah yang berpisah perlu disambungkan dengan betul.manakala data dianalisis dengan menggunakan perisisan Microsoft Excel versi 2019. Penganalisian data dilihat dari segiperbezaan markah dan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan. 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Ujian Pra dan Pasca Untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung ini, maka penyarah membuat ujian perbandingan iaitu ujian sebelum dan sesudah menggunakannya. Ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan terhadap tiga kumpulan pelajar Kolej komuniti Lipis. Kumpulan pertama terdiri daripada 7 orang yang mengambil Bahasa Arab Komunikasi pada sesi Mac 2019, kumpulan kedua terdiri daripada 4 orang pelajar yang mengambil Bahasa Arab pada sesi Jun 2019 manakala kumpulan ketiga terdiri daripada 7 orang pelajar yang mengambil bahasa Arab pada sesi Disember 2020.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 52 Jadual 1: Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung dalam kalangan pelajar kolej komuniti Lipis bagi sesi Mac 2019. Bil Nama Responden Ujian Pra ( /10) Ujian Pasca ( /10) Perbezaan Markah 1 CHONG 0 0 0 2 RATHI MALAR 1 3 2 3 MUHAMMAD AMIN 5 8 3 4 SITI NUR AZLIN FAZLINA 4 7 3 5 NORAINI 0 3 3 6 JALIHA 1 3 2 Jumlah 11 24 13 Min 1.83 4 2.16 Jadual 1 menunjukkan terdapat perbezaan skor markah bagi pelajar sebelum dan selepas penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung yang mana markah keseluruhannya bagi ujian pra ialah 11 markah dan markah ujian pasca ialah 24, terdapat peningkatan sebanyak 13 markah secara keseluruhan apabila pelajar menggunakan bahawa Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung sewaktu ujian ini dijalankan dengan purata peningkatan min = 2.16. Jadual 2 : hasil pre test dan post test penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung dalam kalangan pelajar kolej komuniti Lipis bagi sesi Jun 2019. Bil Nama Responden Ujian Pra ( /10) Ujian Pasca ( /10) Perbezaan Markah 1 NUR ATIQAH 8 9 1 2 ARIN 5 10 6 3 NUR HASNI 7 9 2 4 ROSIE 2 9 7 Jumlah 21 37 16 Min 5.25 9.25 4.35 Jadual 2 menunjukkan terdapat perbezaan skor markah bagi pelajar sebelum dan selepas penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung yang mana markah keseluruhannya bagi ujian pra ialah 21 markah dan markah ujian post ialah 37 markah, terdapat peningkatan sebanyak 16 markah secara keseluruhan apabila pelajar menggunakan bahawa Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung sewaktu ujian ini dijalankan dengan purata peningkatan min = 4.35. Jadual 3 : hasil ujian pre dan post test penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung dalam kalangan pelajar kolej komuniti Lipis bagi sesi Disember 2020. Bil Nama Responden Ujian Pra ( /10) Ujian Pasca ( /10) Perbezaan Markah 1 Nur Safiah Yasmin 7 10 3 2 Nurhani Amimi 9 10 1 3 Ahmad Taqiuddin 8 10 2 4 Nur Atirah 6 7 1 5 Siti Zulaikha 9 9 0 6 Amirul Mustaqim 8 10 1 7 Nurul Shamimie 5 8 3 Jumlah 52 64 11 Min 7.42 9.14 1.57 Jadual 3 menunjukkan terdapat perbezaan skor markah bagi pelajar sebelum dan selepas penggunaan Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung yang mana markah keseluruhannya bagi ujian pra ialah 52 markah dan markah ujian pasca ialah 64 markah, terdapat peningkatan sebanyak 11 markah secara keseluruhan apabila pelajar menggunakan bahawa Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung sewaktu ujian ini dijalankan dengan purata peningkatan min = 1.57.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 53 4.3 Perbincangan hasil ujian Pra dan pasca Dapatan kajian terhadap pelajar semseter 3 selama tiga semester secara berturut-turut yang menggunakan teknik pengajaran secara tradisional dan teknik pengajaran menggunakan BBM berbentuk Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung mendapati bahawa berlaku peningkatan markah bagi Ujian Pra dan Pasca. Ini jelas menunujukkan bahwa Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung membantu pelajar meningkatkan kemahiran bertulis huruf hijaiyyah yang bersambung. Sehubungan dengan itu, penggunaan BBM Memori Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung adalah praktikal dan berkesan dalam menigkatkan pencapaian pelajar dalam PdP Bahasa Arab dari aspek penulisan. Dapatan kajian ini adalah selari serta menyokong kajian Hasfatasha (2010), El-Ghamry, (2016) dan Uraidah & Lily Hanefarezan (2021) bahawa penggunaan BBM dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam kelas. 5 KESIMPULAN Secara rumusannya, dapatan kajian ini telah mencapai objektif kajian dan menjawab persoalan kajian bahawa terdapat peningkatan markah dalam kalangan pelajar sebelum dan selepas menggunakan BBM Memory Booster Huruf Hijaiyyah Bersambung. Kajian ini juga membuktikan bahawa penggunaan BBM adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan oleh para pendidik untuk memudahkan urusan kefahaman para pelajar dan juga membantu meningkatkan pencapaian dalam akademik mereka. RUJUKAN Abdullah, R., Wan Mat Ali, W. N., & Jusoh, A. (2021). The Use of Teaching Aids (BBM) in the Subject Theme of “Colonization in Southeast Asia in the 19th Century”. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 13(1), 1-13. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol13.1.1.2021 Konferensi NasionalBahasa Arab V. Malang. Hasfatasha Binti Halim. 2010. Penggunaan Kaedah Kod Warna Beraliran Bagi Membantu Murid Tahun 5 Mengenal Pasti Dan Mengingati Kedudukan Benua-Benua. Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG-KBA 2010. El-ghamry, H., & Hussein, M. (2016). The Effect of Semantic Mapping Strategy Instruction on EFL Elementary Stage Students' Vocabulary Acquisition. Majallat Kuliah Tarbiyyah Bainaha, 108(2): 521-551. https://platform.almanhal.com/Reader/Article/98119 Looi Hooi Chen. (2016). Apa Yang Dimaksudkan Bahan Visual Dan Apakah Peranannya Dalam Kontek Pengajaran Dan Pembelajaran. Deperoleh dari https://www.scribd.com/document pada 12 Jun 2023. Mohd Nasir Mohd Nor, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Wan Normeza Wan Zakaria. (2021). Tahap kemahiran menulis bahasa Arab di tiga jenis sekolah. Jurnal Teknikal &Sains Sosial. Bil 8, Jil 1. Dis 2017. eISSN 2289-7356. Nadirah Kusnin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff M. Khalid M. Nasir. 2021. Penggunaan Strategi Memori Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kosa Kata Arab Sekolah Rendah: Kajian Kepustakaan. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara- SKEPEN 2021. Nik Siti Maria Nik Yaacob, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Khalid Mohd Nasir. (2021). Satu Kajian Kepustakaan Berkaitan Kemahiran Menulis Dan Analisis Kesalahan Penulisan Bahasa Arab Di Kalangan Murid Orang Asli. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-7 2021. Nik Tasnim Ab Ghaffar &Harun Baharuddin (2021), Pengaruh ICT(BBM) Dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Pelajar. International Conference on Business Studies and Education (ICBE). e-ISBN: 978-967-18414 100 Received: 07 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 54 Nur Syafiqah Isa , Nurul Nazirah Mohd Imam Ma’arof (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk Dan Teknologi. Jurnal Sains Humanika, 10(3-3), 81-87. Nur Syamira binti Mohamad Nor & Mohd Isa Hamzah. (2021). Masalah Dan Gaya Pembelajaran Murid Disleksia Dalam Membaca Dan Menulis Perkataan Bahasa Arab. Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021) Nurkholis (2018) Analisis kesalahan berbahasa dalam bahasa Arab 1, edisi J: 1–94 Nurzaemah Binti Ismail, Maimun Aqsha Lubis, Junaidah Bt Mat Isa. (2015). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran Bahasa Arab. Proceeding The 8th International Workshop And Conference Of Asean Studies On Islamic And Arabic Education And Civilization (POLMED - UKM - STAI AL-HIKMAH) Saifuddin, M., & Muhammad Idham. (2017). Strategi belajar mengajar. Indonesia: Syiah Kuala University Press. Struktur Program Pengembaraan Pelancongan (SPL) 2017. Jabatan Pendidikan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Tatik Mahila (2019) Pengembangan Buku “Aku Pintar Menulis Huruf Arab”. Prosiding Konferensi NasionalBahasa Arab V. Malang.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 55 EKSPLORASI REKA CORAK BATIK ABSTRAK PADA PRODUK KREATIF KRAF BATIK DI MALAYSIA Mohd Ehfan Bin Ibrahim1 dan Mohamad Shukri Bin Che Ya2 1Program Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Temerloh [email protected] 2Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia [email protected] ABSTRAK Industri kreatif di Malaysia dalam sektor pembuatan produk kreatif kraf dilihat sebagai industri yang mempunyai penyumbang kepada ekonomi negara. Namun bagi mengekalkan dan meningkatkan ekonomi produk kraf batik Malaysia, pembuatan produk kraf batik harus bergerak selaras dengan kaedah pembuatan trend rekaan semasa. Kebiasaannya, produk kraf sedia ada dihasilkan dengan menggunakan kain batik untuk dibuat pakaian dan ianya kurang sesuai. Kajian ini bertujuan untuk mengeksplorasi pengaplikasian reka corak batik abstrak sebagai medium utama dalam penghasilan produk kraf. Kaedah pemerhatian, temu bual dan kajian soal selidik telah digunakan dan seramai 5 orang responden yang terdiri daripada pembeli dan pengusaha batik yang berpengalaman telah ditemu bual. Seramai 44 orang responden berumur antara 28-40 tahun telah terlibat didalam kajian soal selidik yang diedarkan kepada responden terpilih di sekitar kompleks Pasar Payang Kuala Terengganu. Segala dapatan kajian daripada kaji selidik tersebut telah direkodkan dan dianalisa untuk penambahbaikan. Hasil daripada dapatan daripada instrumen soal selidik telah mencatatkan seramai (n=14) orang responden telah menjawab corak abstrak bagi soalan corak batik yang kebiasaan digunakan bagi menghasilkan produk kreatif kraf batik iaitu sebanyak 31% peratus. Dapatan daripada temubual juga telah merekodkan bahawa pembeli produk kreatif kraf lebih gemar produk yang bercorak abstrak kerana ianya lebih universal dan sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa reka corak batik abstrak berpotensi untuk dieksplorasi dan dikembangkan dengan kepelbagaian variasi dalam penghasilan produk kraf. Kajian ini penting dan perlu diteruskan bagi memperkasakan industri produk kreatif kraf batik tempatan seterusnya memartabatkan produk Malaysia ke peringkat pasaran global. KATA KUNCI: eksplorasi batik, batik abstrak, produk kreatif kraf 1 PENGENALAN Sejarah batik bermula pada abad ke-12 di pulau Jawa, dan akhirnya meluas ke seluruh Nusantara termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Istilah "Batik" berasal daripada perkataan Jawa "tik", bermaksud menitis atau menulis mata manakala "Ambatik" bermaksud melukis, menulis, atau menitis (Hearsk, 1975 & Samin et al., 2018). Pada awal abad ke-20, pengeluaran batik bermula dan berkembang, khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu (Arney, 1987). Batik merupakan salah satu seni kraftangan yang mempunyai keunikan tersendiri yang amat dihargai oleh rakyat Malaysia (Lias & Abd Hamid, 2020). Industri batik di Malaysia dibahagikan kepada empat kategori: Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin, dan Batik Pewarnaan Asli, masing-masing mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri (Hassan et al., 2018). Kenyataan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (2019) berkata, “Teknik pembuatan batik perlu dipelbagaikan dan perlu menjalankan banyak kajian dari segi teknik agar lebih peka kepada kehendak pengguna”. Di dalam situasi ini kepelbagaian teknik dan inovasi serta kajian yang mendalam dari segi teknik perlu dititik berat oleh pereka dalam memenuhi kehendak pengguna di pasaran. Pada hari ini, pengusaha perlu mencuba menghasilkan batik yang mempunyai reka corak tersendiri


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 56 sebagai cara ke hadapan yang lebih kontemporari dan bebas. Batik yang bercorak abstrak merupakan hasil seni fabrik batik dengan reka corak yang bebas tanpa sempadan peraturan khusus tetapi masih mengekalkan element seni budaya pada fabrik batik yang dihasilkan (Harozila, 2018). Samin et al., (2018), pada masa kini, reka corak fabrik batik moden dan kontemporari semakin mendapat perhatian masyarakat kerana eksplorasinya bukan sahaja untuk produk pakaian, malah untuk produk kreatif kraf. Produk kraf batik merupakan antara bidang industri pembuatan hasil kerja kraf tangan tradisional yang istimewa di Malaysia selain tekstil songket sehingga Majlis Kraf Dunia-Asia Pasifik mengiktiraf batik Malaysia antara yang tersenarai dalam produk kreatif kraf tempatan yang terbaik dan terkenal pada peringkat global (Amiera, 2020). Menurut ketua pengarah kraftangan Malaysia, Ainu Sham Ramli (2022), nilai jualan dijana menerusi produk kreatif kraf berasaskan batik bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022 adalah sebanyak RM69.2 juta berbanding hanya RM38.9 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2021. Terdapat pelbagai jenis kategori bagi penghasilan produk kreatif kraf batik ini dan antara yang mendapat sambutan di pasaran Malaysia adalah produk kraf untuk hiasan dalaman rumah, produk kraf untuk sektor perlancongan dan produk kreatif kraf (Ikhwan, 2022). 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Batik Batik merupakan seni kraf tradisional yang masih releven dan diterima di dalam industri ekonomi Malaysia terutamanya bagi sektor pembuatan pakaian (Misbun, 2019). Teknik penghasilan batik yang pelbagai, peletakkan reka bentuk yang tersendiri dan media yang digunakan menjadikan ia sebagai seni yang kreatif dan unik. Eksplorasi karya batik yang berinovasi dengan teknik penghasilan yang unik boleh menjadikan ia sebagai karya batik ekslusif dan mempunyai nilai yang tinggi terhadap reka bentuk yang dihasilkan (Kamaria, 2018). Batik merupakan hasil kerja tangan dengan mempertaruhkan hasil kreatif yang mampu menterjemahkan identiti budaya sesuatu bangsa dan budaya di Malaysia menerusi rekaan motif, perletakkan corak dan warnanya (Syazwani, 2020). Menurut Pengerusi Kraftangan Malaysia, Suryani Alias (2019) menyatakan teknik pembuatan batik yang pelbagai dengan kaedah ekplorasi batik perlu diperkasakan dengan penyelidikan berterusan tentang inovasi teknik batik bagi memastikan harga yang ditawarkan kepada pembeli lebih berpatutan berbanding dengan kaedah tradisional yang kompleks. Aliran seni ekplorasi batik berkembang positif setelah ramai graduan tekstil mula menguasai pasaran tempatan dengan membawa idea dan narrative baru terhadap teknik pembuatan batik yang lebih berinovasi dengan kepelbagaian ekplorasi dari segi corak yang lebih abstrak dan keunikan kombinasi warna (Firdauz, 2022). Penghasilan karya ekplorasi batik abstrak di Indonesia dan Jepun telah berjaya mewarnai festival tekstil di luar negara dengan menawarkan kepelbagaian hasil produk yang kreatif (Ghuna, 2019). Menurut Ibrahim Ismail (2019) yang merupakan ketua pengarah perbadanan kemajuan kraftangan Malaysia, menyatakan bahawa pada tahun 2018, hasil produk kreatif kraf di Malaysia mula menggunakan teknik batik abstrak sebagai salah satu alternatif bagi melonjakkan industri kreatif tekstil tempatan ke satu peringkat yang lebih baik. 2.2 Pengaplikasian reka corak batik abstrak Motif abstrak merupakan idea rekaan batik yang moden dengan kualiti ragam hias bebas tanpa peraturan tetapi masih berpaksikan budaya asli negara yang mencipta reka batik tersebut (Harozila, 2018). Di Malaysia, reka corak batik yang menggunakan reka corak batik abstrak kurang mendapat sambutan dalam penghasilan produk pakaian, kerana sifat corak abstrak yang penuh telah menyebabkan ianya kurang digemari. Menurut Hawa (2022) didalam penulisan kajianya yang bertajuk ciri ciri corak abstrak telah melaporkan bahawa, reka corak abstrak yang penuh dapat diharmonikan dengan memilih kombinasi warna tona yang senada sebagai panduan mewarna reka corak batik abstrak. Dalam penghasilan batik abstrak, media yang digunakan adalah bebas tiada peraturan yang khusus dan setiap hasil ekplorasi batik abstrak yang terhasil merupakan hasil material fabrik yang unik. Penggunaan corak batik abstrak sebagai bahan utama dalam penghasilan produk kreatif kraf adalah lebih menjimatkan (Pispa, 2022). Menurut Safuan Ihkram (2019), yang merupakan pengusaha batik dalam kenyataan beliau pada artikel Kraf Batik terbitan akhbar Kosmo menyatakan bahawa, batik yang bercorak abstrak dapat mengurangkan masalah pembaziran kain kerana setiap sudut kain bercorak batik abstrak boleh digunakan untuk dijadikan produk.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 57 2.3 Produk kreatif kraf batik Setiap penghasilan produk batik mempunyai keperluan dan sasaran pemasaran yang tersendiri dan untuk produk kreatif kraf batik, tawaran sasaran pemasaran agak terhad dan lebih menumpukan kepada jualan di pasaran luar negara (Quzairi, 2018). Produk yang menawarkan kreativiti kepelbagaian fungsi dengan gabungan pemilihan batik yang sesuai mampu membawa kepada pulangan jualan yang lumayan. Menurut pengusaha batik tempatan, Normah Ali (2022) memaklumkan hasil produk kreatif bag yang lebih mesra pengguna untuk remaja seperti tote bag, pouch bag dan coin bag mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli tempatan. Hasil perbualan peribadi bersama pengusaha batik di kompleks Pasar Payang Kuala Terengganu, Zabidi (2022) memaklumkan bahawa pelancong asing tiada masalah dengan tawaran harga dan mereka lebih berminat dengan produk kreatif kraf bag yang mengabungkan tekstil batik abstark dan mempunyai kepelbagaian fungsi. Hasil jumlah meter tekstil batik abstark yang terhad telah menyebabkan, produk kreatif kraf bag yang dihasilkan lebih tertumpu kepada bag yang bersaiz sederhana besar sahaja (Hilmaza, 2020). Terdapat pelbagai kategori dan jenis bag yang dijual dipasaran tempatan dan selain daripada produk kreatif kraf bag, alat perhiasan peralatan pejabat dan mainan untuk kanakkanak yang diperbuat daripada tekstil batik juga antara produk kreatif kraf lain yang ditawarkan (Shubaidi, 2022). Hasil bantuan dan sumbangan kerajaan kepada pengusaha pembuatan produk kraf batik tempatan telah banyak membantu dari segi promosi, ruang perniagaan dan kerjasama bersama pihak industri bagi mendorong pengusaha kecil mengeluarkan produk dengan jumlah kos pembuatan yang rendah untuk memastikan keuntungan mencapai ke tahap yang lebih tinggi (Wazni, 2022). Produk kreatif bag yang terjual dipasaran Malaysia merupakan inisiatif kerajaan bagi memberi dorongan kepada industri pembuatan kecil tempatan untuk menghasilkan produk tersebut dalam membantu menjana pendapatan ekonomi mereka. Menurut pengusaha produk batik tempatan, Fauziah Jamal (2022), produk kreatif bag menerima sambutan yang menggalakkan kerana produk tersebut sering dibeli oleh pelancong luar mahupun tempatan sebagai satu produk cenderahati. Ketua setiausaha kementerian pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Saraya Arbi (2022) usaha memperkasakan produk kreatif kraf batik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, kecintaan serta ilmu pengetahuan mengenai produk kraf Malaysia dalam kalangan masyarakat. 3 PERSOALAN KAJIAN a. Bagaimanakah penerimaan pengusaha batik terhadap keperluan ekplorasi reka corak batik abstrak kepada peningkatan hasil jualan produk kreatif kraf batik? b. Bagaimanakah penerimaan pembeli terhadap produk kreatif kraf yang menggunakan tekstil eksplorasi reka corak batik abstrak sebagai bahan utama? 3.1 OBJEKTIF KAJIAN a. Mengenalpasti ekplorasi reka corak batik abstrak yang dapat memenuhi kehendak pengusaha batik bagi memperkasakan jualan produk kreatif kraf batik ke peringkat global. b. Membangunkan produk kreatif kraf batik yang mempunyai ciri ciri inovasi dan kepelbagaian fungsi dengan menggunakan tekstil ekplorasi reka corak batik abstrak sebagai bahan utama. c. Mendapatkan maklum balas penerimaan pembeli terhadap reka corak batik abstrak yang di eksplorasikan pada produk kreatif kraf batik yang dihasilkan. 4 METODOLOGI Kajian berbentuk deskriptif telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan peristiwa atau pendapat perseorangan tentang sesuatu keperluan yang sedang berlaku. Hasil dapatan kajian mengenai penerimaan pengusaha batik terhadap ekplorasi reka corak batik abstrak pada produk kreatif kraf batik di Malaysia telah dikumpul yang telah diperolehi daripada hasil dapatan edaran borang soal selidik kepada pengusaha batik dan temu bual secara terus kepada pembeli. Hasil dapatan kajian telah dianalisis dan direkodkan. Reka bentuk kajian yang terperinci juga telah dibangunkan bagi memastikan maklumat yang diperlukan dapat dikumpulkan berdasarkan objektif kajian dan bagi menjawab persoalan kajian. Kaedah pemerhatian merupakan satu langkah kajian bagi memerhatikan proses pemboleh ubah atau perubahan yang dijangka berlaku terhadap sesuatu perkara (Mosman, 2018). Menurut Iswan tahun (2020), di dalam penulisan kajianya tentang pengurusan organisasi kajian fabrik merekodkan bahawa, kajian pemerhatian sesuai digunakan sebagai instrumen bagi kajian yang berkaitan dengan reka corak fabrik. Kaedah pemerhatian ini penting bagi mendapatkan maklumat daripada tingkah laku spontan


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 58 responden terhadap sesuatu subjek yang ingin dikaji (Adiaya, 2019). Kaedah pemerhatian yang dijalankan bagi kajian ini adalah dengan menetapkan kompleks Pasar Payang Kuala Terengganu dan sebanyak 6 buah premis perniagaan yang menjual produk kreatif kraf batik sebagai lokasi pemerhatian bagi mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Berdasarkan daripada rekod pendaftaran perniagaan pengkhususan produk kraf batik dari Majlis Perbandaraan Kuala Terengganu (2021), merekodkan sebanyak 53 orang pengusaha batik yang telah mendaftar perniagaan mereka berdasarkan kategori tersebut. Merujuk kepada kaedah pemilihan jumlah sampel dari jadual ciptaan kajian Krejcie dan Morgan (2018), telah menetapkan jumlah sampel yang terlibat bagi nombor atau rekod 53 adalah sebanyak 44 sampel sahaja. Edaran borang soal selidik merupakan instrumen yang digunakan didalam kajian ini bagi mendapatkan data politomus serta maklumbalas daripada responden yang dipilih secara persampelan bertujuan atau purposive sampling dan seramai 44 orang responden telah terlibat. Penyediaan soalan soal selidik yang baik dapat menghasilkan item-item yang konsisten dan dipercayai (Majid, 2004). Soalan soal selidik yang berstruktur telah dibina dan mempunyai 3 bahagian utama. Pertamanya adalah soalan yang berkenaan data ringkas syarikat responden yang hanya melibatkan tempoh pengalaman perusahaan dan anggaran jumlah hasil pendapatan syarikat. Keduanya adalah persoalan yang melibatkan jenis material, corak batik dan jenis produk yang kebiasaan terdapat dipasaran Malaysia khususnya bagi produk kreatif kraf batik. Seterusnya adalah bahagian ke tiga adalah lebih tertumpu kepada penerimaan responden terhadap eksplorasi reka corak batik abstrak terhadap produk kreatif kraf batik yang telah dihasilkan. Segala dapatan dan hasil kajian soal selidik ini telah di analisis dan direkodkan di dalam bentuk jadual. Soalan temu bual untuk penyelidikan ini dibina dengan 5 konstruk utama. Konstruk pertama adalah mengenai penerimaan responden terhadap produk kreatif kraf batik abstrak. Bagi soalan kedua, pengkaji ingin mendapatkan pandangan responden terhadap harga yang telah ditetapkan dan adakah ianya harga mampu milik dan konstruk yang ketiga adalah berkenaan pendapat responden tentang reka corak batik abstrak yang digunakan pada produk pakaian. Seterusnya adalah persoalan tentang status kesedaran dan tahap promosi mencintai batik tempatan dikalangan masyarakat luar dan akhir sekali adalah harapan dan cadangan responden terhadap produk kreatif kraf batik di Malaysia. Hasil dapatan kajian temubual ini telah di analisis dan direkodkan di dalam bentuk jadual penerangan.


54.1 Reka Bentuk Penyelidikan KAJIAN LITERObjektif 01 Ekplorasi Batik Abstrak Objektif 01 Kajian Rintis Mengenalpastik fabrik untuk produk kraf Pelancong asing / pemborong Umur 28 – 40 tahun Ekplorasi warna batik Ekplorasi reka corak batik abstrak Kuala Terengganu Uji ketahanan warna batik Sasaran responden (purposive sampling) Mengenalpasti gabungan fabrik Pembinaan item soalan (kajian soal selidik) Mengenalpasti aksesori tambahan Edaran borang soal selidik Dapatan hasil kajian direkodkan Dapatan akhir (pengesahan isu)


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 9 RATUR Objektif 02 Prototaip Produk Kraf Mengenalpasti produk kreatif kraf Persembahan idea Inpirasi Perkembangan idea produk kraf batik Rekaan akhir produk Penghasilan pola dan proses menjahit Dapatan akhir, Rumusan dan Cadangan penambahbaikan Objektif 03 Produk Kreatif Kraf Pameran produk kraf di Pasar Payang KT Dapatan akhir (maklumbalas)


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 60 4.2 Reka Bentuk Penyelidikan (Model ADDIE) Jadual 1: Reka bentuk penyelidikan berpandukan model ADDIE. A Menganalisis /Analyze Objektif 01 Pemerhatian • Mengenalpasti pemasalahan yang wujud terhadap produk kreatif kraf batik tempatan Malaysia. • Membuat pemerhatian terhadap produk kraf batik yang sedia ada dipasaran tempatan (Pasar Payang Kuala Terengganu). • Mengenalpasti jenis kategori pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk kraf. • Mengenalpasti kategori umur pelanggan yang membeli produk kreatif kraf batik. D Reka bentuk ciptaan /Design Objektif 01 Pemerhatian • Mengenalpasti jenis produk kraf batik yang sering di beli oleh pelanggan. • Mengenalpasti tawaran harga bagi produk kreatif kraf batik. • Menjalankan komunikasi secara peribadi kepada pengusaha. • Menjalankan komunikasi secara peribadi kepada pelanggan. D Pembangunan Prototaip /Develop Objektif 02 Edaran borang soal selidik • Mengedarkan borang soal selidik kepada pengusaha produk kraf batik. • Memperolehi maklumat dari pengusaha batik tentang produk kraf batik yang sering mendapat jualan yang tinggi. • Memperolehi maklumat dari pengusaha batik tentang jenis reka corak batik yang sering menjadi pilihan pembeli. I Pelaksanaan /Implement Objektif 02 Hasil dapatan jawapan borang soal selidik • Melakar idea rekaan produk kraf batik berdasarkan dapatan kajian soal selidik yang diperolehi. • Menghasilkan pengaplikasian reka corak batik abstrak sebagai medium kain batik dalam penghasilan produk kraf. • Membangunkan produk berdasarkan lakaran akhir. • Menghasilkan prototaip produk dengan menggunakan fabrik ekplorasi batik yang telah dibangunkan. E Penilaian /Evaluate Objektif 03 Temu bual • Membuat pameran produk kraf batik di ruang pengusaha batik yang dipilih (persampelan bertujuan). • Sesi temu bual serta menyampaikan maklumat tentang produk, cadangan promosi dan kesedaran tentang keunikan produk kraf batik yang menggunakan reka corak batik abstrak kepada pengusaha batik. • Sesi temu bual bersama pelanggan yang telah membeli barangan produk kreatif kraf batik. • Hasil dapatan kajian temubual di analisis dan direkodkan di dalam bentuk jadual penerangan.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 61 5 DAPATAN KAJIAN 5.1 Dapatan Kajian Hasil Ekplorasi Reka Corak Batik Abstrak Rajah 1: Ekplorasi menggunakan batang paip pvc sebagai medium mencanting batik Rajah 2: Membentangkan hasil ekplorasi pertama dan mewarna untuk lapisan 1 Rajah 3: Hasil warna lapisan 1, di eksplorasikan untuk kali kedua dengan teknik yang sama. Rajah 4: Ekplorasi batik blok dan mewarna.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 62 5.2 Dapatan Kajian Hasil Produk Kreatif Kraf Batik Rajah 5: Proses penghasilan produk kreatif kraf batik bag. Rajah 6: Produk kreatif kraf batik abstrak sandal dan mainan kanak kanak. Rajah 7: Produk kreatif kraf batik abstrak pelitup mata dan sejadah.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 63 5.3 Dapatan Kajian (Pemerhatian) Di dalam kajian ini, pengkaji telah memilih lokasi pemerhatian di kompleks perniagaan Pasar Payang Kuala Terengganu dan hanya pengusaha yang menjual produk kreatif kraf batik sahaja yang terlibat. Sebanyak 6 buah kedai dari berbeza sudut lokasi tapak perniagaan telah dipilih dan kajian pemerhatian ini dibuat bagi menjawab persoalan kajian yang pertama. Segala maklumat dari hasil pemerhatian telah dianalisis dan direkodkan sebagai hasil dapatan kajian di dalam bentuk jadual. Jadual 2: Dapatan kajian hasil daripada kaedah pemerhatian Jenis pemerhatian Dapatan kajian pemerhatian Mengenalpasti pemasalahan • Jenis pilihan produk kreatif kraf batik yang dipamerkan oleh pengusaha agak terhad. • Produk kreatif kraf yang bercorak abstark moden agak terhad. • Perletakkan motif corak batik bunga dan berdaun yang tidak penuh pada produk kreatif kraf batik. • Lambakan motif corak batik berbunga. • Harga jualan produk kreatif kraf batik yang tidak selaras. Jenis produk • Produk kreatif kraf batik untuk kelengkapan alat tulis. • Produk kreatif kraf batik untuk hiasan dalaman rumah dan pejabat. • Produk kreatif kraf batik untuk produk kegunaan harian (bag). Jenis reka corak batik pd produk sedia ada. • Produk kreatif kraf batik dengan reka corak batik berbunga yang besar. • Produk kreatif kraf batik yang bercorak rona gelap. • Pengusaha mengalami lambakan produk dengan reka corak batik berbunga dan motif yang lama. Dapatan pemerhatian • Berdasarkan daripada pemerhatian, pelancong asing lebih gemar membeli produk kraf batik berbanding pelancong tempatan. • Pembeli (pelancong asing) lebih gemar dengan corak batik yang abstrak. • Pembeli lebih tertarik kepada produk kreatif kraf batik bag. • Pilihan produk kreatif kraf batik berwarna cerah dan terang menjadi pilihan pembeli. Hasil daripada dapatan kajian pemerhatian yang direkodkan pada jadual 2 ini, telah menjelaskan bahawa produk kreatif kraf batik berwarna terang dan produk berjenis bag merupakan item yang menjadi pilihan pembeli. Berdasarkan daripada pemerhatian dan komunikasi peribadi pengkaji bersama Habsah yang merupakan pemilik syarikat Kami Pedagang Batik menjelaskan bahawa, reka corak abstark sering menjadi pilihan pembeli tetapi pengusaha sukar untuk mendapatkan produk yang bercorak abstrak kerana penghasilan fabrik tersebut kurang berbanding fabrik bermotifkan bunga batik. Menurut Habsah, fabrik batik bercorak abstrak menjadi pilihan pembeli kerana rata-rata pelanggannya adalah terdiri daripada pelancong asing dan reka corak batik berbunga jarang menjadi pilihan. Berdasarkan daripada pemerhatian terhadap premis yang berikutnya, pengkaji telah mendapati bahawa jenis produk yang sering mendapat perhatian pelanggan adalah jenis produk yang boleh digunakan dan pratikal. Antara contoh produk yang akan dibeli oleh pelanggan adalah seperti bag uncang batik, bag silang batik, topi batik, sarung buku diari batik dan bantal batik. Dapatan kajian pemerhatian dapat dirumuskan bahawa, pengusaha batik sedar akan kepentingan penghasilan fabrik yang bereksplorasikan reka corak batik abstrak dalam penghasilan produk kreatif kraf. Pengusaha batik juga setuju bahawa reka corak batik abstrak yang berwarna terang dan produk kreatif kraf batik yang bermanfaat serta praktikal merupakan pilihan pelanggan terutamanya bagi pembeli daripada pelancong asing. 5.4 Dapatan Kajian (Kajian Soal Selidik) Dalam kajian ini, seramai 44 orang responden telah dipilih dengan teliti berdasarkan ketetapan yang ditetapkan di sekitar kompleks Pasar Payang Kuala Terengganu untuk menjawab soal selidik ini. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk memilih hanya pengusaha batik yang menjual produk kreatif kraf


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 64 batik sahaja yang terlibat. Proses pengumpulan data daripada responden yang dipilih mengambil masa lebih kurang 1 bulan. Tinjauan ini dijalankan untuk mengumpul data bagi menjawab persoalan kajian yang pertama. 5.4.1 Bahagian A: Maklumat syarikat responden. Bahagian pertama ini, terdapat dua soalan sahaja yang perlu dijawab oleh responden. Kedua-dua soalan adalah mengenai maklumat syarikat perusahaan responden, dan segala maklumat telah disemak dan direkodkan sebagai dapatan kajian. Tempoh pengalaman Rajah 8: Tempoh pengalaman pengusaha batik mengikut ketetapan tahun yang telah ditetapkan Anggaran pendapatan hasil jualan Rajah 9: Jumlah anggaran pendapatn hasil jualan produk kreatif kraf batik bagi tahun 2022. Merujuk kepada hasil dapatan kajian bagi soalan soal selidik pada bahagian A, pengkaji telah mendapati bahawa responden yang terlibat adalah mereka yang berpengalaman di dalam bidang perniagaan batik khususnya bagi produk kreatif kraf batik. Direkodkan sebanyak 62% peratus (n= 27) orang responden telah memilih jawapan bagi tempoh pengalaman lebih daripada 20 tahun, manakala peratus kedua tertinggi pula adalah responden seramai (n=12), iaitu 28% peratus telah menyatakan pengalaman mereka selama 15 tahun di dalam perusahaan perniagaan tersebut. 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 20 Tahun 15 Tahun 10 Tahun 5 Tahun 3 Tahun 20 Tahun 15 Tahun 10 Tahun 5 Tahun 3 Tahun Tempoh pengalaman didalam bidang perusahaan perniagaan produk kreatif kraf batik? 62% 28% 10% 0% 0% Tempoh pengalaman didalam bidang perusahaan perniagaan produk kreatif kraf batik? 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% RM 5,000.00 Keatas RM 10,000.00 Keatas RM 15,000.00 Keatas RM 20,000.00 Keatas RM 25,000.00 Keatas RM 5,000.00 Keatas RM 10,000.00 Keatas RM 15,000.00 Keatas RM 20,000.00 Keatas RM 25,000.00 Keatas Anggaran jumlah pendapatan hasil jualan produk kreatif kraf batik bagi tempoh tahun 2022 12% 21% 35% 28% 5% Anggaran jumlah pendapatan hasil jualan produk kreatif kraf batik bagi tempoh tahun 2022


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 65 Berdasarkan kepada pengalaman perniagaan responden, anggaran jumlah pendapatan hasil jualan produk kreatif kraf batik bagi tempoh tahun 2022 adalah dalam keadaan baik dan dimaklumkan juga oleh salah seorang responden yang terlibat menyatakan bahawa hasil jualan responden beransur pulih selepas krisis pandemic covid-19 tamat pada tahun 2021. Oleh yang demikian, pada tahun 2022 anggaran jumlah pendapatan hasil jualan yang tertinggi adalah pada ketetapan jumlah RM 15,000.00 yang telah dipilih oleh (n=15) orang responden yang merekodkan sebanyak 35% peratus. Seterusnya sebanyak 28% peratus telah memilih bagi ketetapan jawapan RM20,000.00 yang merekodkan seramai (n=12) orang responden. 5.4.2 Bahagian B: Jenis material, corak batik dan jenis produk yang kebiasaan terdapat dipasaran Malaysia khususnya bagi produk kreatif kraf batik. Terdapat tiga soalan berstruktur yang dibina pada bahagian ini dan segala hasil dapatan kajian ini telah dianalisis dan direkodkan dalam bentuk graf berserta penerangan ringkas. Jenis material Rajah 10: Jenis material yang sering digunakan untuk produk kreatif kraf batik. Pemilihan corak batik Rajah 11: Pemilihan corak batik yang sering digunakan untuk produk kreatif kraf batik. Cotton Satin crepe Satin silk Jacquar d Fuji Rayon Jenis material yang sering digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan produk kreatif kraf batik 49% 17% 0% 0% 21% 13% 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% Jenis material yang sering digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan produk kreatif kraf batik Corak bunga Corak klasik Corak moden Corak abstrak Corak berdaun Corak geometri k Corak batik yang kebiasaan digunakan bagi menghasilkan produk kreatif kraf batik 28% 13% 4% 31% 10% 14% 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% Corak batik yang kebiasaan digunakan bagi menghasilkan produk kreatif kraf batik


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 66 Jenis produk kreatif kraf batik Rajah 12: Jenis produk kreatif kraf batik yang sering dibeli oleh pelancong asing. Bahagian B ini adalah persoalan pengkaji kepada responden berkenaan status terkini jenis material, perletakkan pemilihan corak batik dan yang terakhir adalah jenis produk kreatif kraf batik sedia ada dipasaran yang sering dibeli oleh pelancong asing. Berdasarkan daripada rekod untuk persoalan jenis material produk, sebanyak 49% peratus memilih bagi jawapan material cotton, iaitu seramai (n=22) orang responden yang telah menjawab dan setersunya adalah persoalan yang berkaitan aturan pemilihan corak batik yang telah merekodkan melalui figure 4, mencatatkan seramai (n=14) orang responden telah menjawab corak abstrak iaitu sebanyak 31% peratus. Bagi graf yang terakhir adalah persoalan yang telah merekodkan sebanyak 47% peratus menjawab bag batik sebagai pilihan produk yang sering dibeli oleh pelancong asing dengan jumlah responden yang menjawab seramai (n=21) orang. 5.4.3 Bahagian C: Penerimaan pengusaha batik terhadap eksplorasi reka corak batik abstrak Hasil dapatan kajian melalui instrumen soal selidik untuk bahagian C adalah berkenaan persoalan kajian tentang penerimaan pengusaha batik terhadap ekplorasi reka corak batik abstrak pada produk kreatif kraf batik telah dianalisis dan direkodkan di dalam bentuk graf dan penerangan. Pelitup muka Topi batik Sarung diari Bag batik Penanda buku Bantal batik Jenis produk kreatif kraf batik yang sering mendapat sambutan dan dibeli oleh pelancong asing 6% 19% 4% 47% 3% 21% 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45% 50% Jenis produk kreatif kraf batik yang sering mendapat sambutan dan dibeli oleh pelancong asing


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 67 Penerimaan terhadap tekstil eksplorasi reka corak batik abstrak Rajah 13: Penerimaan pegusaha batik terhadap produk kreatif kraf batik yang menggunakan tekstil eksplorasi reka corak batik abstrak sebagai bahan utama. Penerimaan terhadap tekstil ekplorasi reka corak batik abstrak kepada produk pakaian Rajah 14: Penerimaan pengusaha batik terhadap penggunaan tekstil eksplorasi reka corak batik abstrak kepada produk pakaian. 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45% Sangat Setuju Setuju Memuaskan Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju Setuju Memuaskan Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Produk kreatif kraf batik bag yang menggunakan tekstil ekplorasi reka corak batik abstrak menarik dan sesuai untuk perkembangan pasaran batik Malaysia 40% 34% 18% 8% 0% Produk kreatif kraf batik bag yang menggunakan tekstil ekplorasi reka corak batik abstrak menarik dan sesuai untuk perkembangan pasaran batik Malaysia 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45% 50% Sangat Setuju Setuju Neutral Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju Setuju Neutral Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Tekstil ekplorasi reka corak batik abstrak menarik dan sesuai untuk dijadikan sebagai produk pakaian 2% 6% 30% 47% 15% Tekstil ekplorasi reka corak batik abstrak menarik dan sesuai untuk dijadikan sebagai produk pakaian


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 68 Tawaran harga Rajah 15: Tawaran harga bagi produk kreatif kraf batik yang menggunakan tekstil eksplorasi reka corak batik abstrak sebagai bahan utama. Terdapat tiga soalan berstruktur untuk bahagian C, yang pertamanya adalah berkenaan penerimaan pengusaha batik terhadap produk yang telah dihasilkan. Soalan kedua adalah penerimaan pengusaha batik terhadap eksplorasi reka corak batik abstrak pada produk pakaian dan akhir sekali adalah pendapat pengusaha batik terhadap tawaran harga bagi produk ekplorasi teknik batik shibori yang telah ditetapkan. Persoalan kajian tentang produk kreatif kraf batik bag yang menggunakan tekstil ekplorasi reka corak batik abstrak, adalah menarik dan sesuai untuk perkembangan pasaran batik Malaysia telah mendapat respon yang memberangsangkan daripada responden dengan peratusan sebanyak 40% peratus telah memilih jawapan sangat setuju yang mencatatkan seramai (n=18) orang responden. Namun persoalan tentang tekstil ekplorasi reka corak batik abstrak menarik dan sesuai untuk dijadikan sebagai produk pakaian mendapat penerimaan yang berbeza daripada responden kerana, daripada figure 7 telah merekodkan seramai (n=21) orang responden tidak bersetuju dengan persoalan tersebut yang membawa kepada 47% peratus memilih bagi jawapan tersebut. Pengalaman yang lama dalam perusahaan perniagaan produk kreatif kraf batik telah menyebabkan pengkaji mudah untuk menerangkan proses dapatan hasil eksplorasi reka corak batik abstrak kepada responden dan seramai (n=31) orang sangat setuju dengan tawaran harga yang telah ditetapkan kerana proses penghasilannya yang unik dan rekod telah mencatatkan sebanyak 71% peratus responden memilih jawapan sangat setuju. 5.5 Dapatan Kajian (Kajian Temu Bual) Pengkaji telah mengadakan sesi temu bual bersama pembeli pelancong asing dan pemborong produk kreatif kraf batik untuk mendapatkan maklumat dan mencari jawapan kepada persoalan kajian yang kedua. Sesi temu bual ini dijalankan dengan kaedah temu bual langsung dan secara peribadi dengan soalan terbuka. Responden yang dipilih bagi kategori pemborong adalah mereka yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pengusahaan batik. Persoalan dan struktur soalan temu bual adalah menjurus kepada persoalan kajian tentang penerimaan dan pendapat pembeli terhadap produk kreatif kraf batik abstrak dengan tawaran harga yang telah ditetapkan. Jadual soalan adalah seperti berikut. Jadual 2: Penerimaan dan pendapat pembeli terhadap tekstil dan produk kreatif kraf batik shibori. Bil Soalan temu bual 1 Adakah produk kreatif kraf batik abstrak ini menarik minat pembeli? 2 Adakah tawaran harga yang ditetapkan berpatutan dan mampu dibeli oleh pembeli? 3 Adakah tekstil eksplorasi reka corak batik abstrak ini sesuai untuk dijadikan sebagai produk pakaian? 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% Sangat Setuju Setuju Neutral Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju Setuju Neutral Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Tawaran harga yang ditetapkan adalah berpatutan dan sesuai untuk pasaran tempatan 71% 13% 5% 11% 0% Tawaran harga yang ditetapkan adalah berpatutan dan sesuai untuk pasaran tempatan


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 69 4 Adakah Malaysia telah mempromosikan batik tempatan dengan baik? 5 Apakah ekplorasi batik yang diharapkan oleh pembeli terhadap produk kreatif kraf batik di Malaysia khususnya bagi produk kreatif kraf batik? Sesi temu bual telah dijalankan di ruang rehat di dalam kompleks Pasar Payang Kuala Terengganu dan lokasi ini dipilih kerana ianya merupakan satu pusat beli belah yang terkenal dengan penjualan produk kreatif kraf tempatan dikalangan pelancong asing yang boleh dijadikan sebagai cenderahati kenangan. Sesi temubual telah direkodkan dan perbualan adalah secara santai dan ringkas. Hasil dapatan kajian menerusi temu bual telah merekodkan bahawa, pembeli (pelancong asing) yang ditemu bual adalah mereka yang gemar mengumpul produk kreatif kraf batik sebagai kenangan cenderahati dan mereka juga mempunyai kepelbagaian koleksi dan corak batik yang telah dikumpul sebelum ini. Hasil ekplorasi batik dengan reka corak abtsrak ini telah menarik minat pembeli untuk membeli dan menambahkan koleksi batik mereka. Dimaklumkan bahawa kebiasaan produk kreatif kraf batik yang terdapat di pasaran Malaysia adalah sama sepanjang zaman dan tiada perubahan dari segi corak batik, jenis produk dan kualiti produk. Menurut Syerin yang berasal dari United Kingdom menyatakan bahawa beliau tidak kisah berkenaan tawaran harga yang ditetapkan selagi mana produk tersebut menarik dan sesuatu yang baru dari yang sebelum. Sesuatu produk yang baru haruslah unik, eklusif dan praktikal. Pelancong Joseph yang berasal dari Philipines pula berkongsi pendapat bahawa produk pakaian sesuai dengan tekstil yang asal, iaitu tekstil batik lukis atau batik blok yang asli. Ianya lebih ekslusif dan masih menjaga keaslian batik berbanding penggunaan batik yang bereksplorasi moden. Pendapat Joseph juga disokong oleh Azhar iaitu pemborong produk kreatif kraf batik tempatan yang menjelaskan bahawa, produk kreatif kraf batik sesuai dengan reka corak yang abstrak, kerana coraknya yang universal dan sesuai untuk pembeli lelaki dan perempuan. Hasil temu bual bersama Mika yang berasal daripada Thailand menyatakan bahawa di negara beliau juga menggunakan corak thai abstrak sebagai bahan produk kraf, berbanding corak thai asli yang kurang mendapat sambutan di zaman yang moden ini. Era yang moden kini telah menyediakan pelbagai pentas digital untuk menjalankan promosi perniagaan. Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dibuat oleh kerajaan dan pihak berwajib dalam mempromosikan barangan batik tempatan tetapi menurut pendapat Pak Yup pula yang merupakan pelanggan tempatan berpendapat bahawa, persaingan produk kraf dari batik Indonesia yang lebih bereksplorasi telah menyebabkan produk batik tempatan sukar untuk menembusi pasaran global kerana produk Indonesia lebih kedepan dengan kaedah eksplorasi batik yang pelbagai dan berinovasi. Justeru itu, harapan dan penerimaan daripada 5 orang responden yang terlibat ketika sesi temubual ini dibuat adalah sama iaitu, produk kreatif kraf batik Malaysia seharusnya menggunakan tekstil ekplorasi yang baru bagi mewujudkan kepelbagaian variasi produk tetapi masih mengekalkan identiti Malaysia. Hasil kajian dan gerak kerja yang baik mampu membawa produk kreatif kraf batik tempatan seiring dengan produk kraf di negara lain selain mampu meningkatkan pendapatan jualan produk kreatif kraf batik tempatan dan membantu menjana ekonomi bagi pengusaha industri kecil pembuatan produk. Di akhir sesi temu bual, pengkaji mendapati responden amat mengharapkan eksplorasi batik dapat dikembangkan lagi seiring dengan perkembangan tekstil di benua asia yang semakin kedepan dan berinovasi. 5.5.1 Ringkasan dapatan kajian temu bual Jadual 3: Ringkasan dapatan kajian temu bual berdasarkan kepada penerimaan responden terhadap ekplorasi reka corak batik abstrak dijadikan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk kreatif kraf. Tema/ kata kunci Dapatan Kesesuaian reka corak batik abstrak sebagai kaedah alternative pembuatan batik • Sangat sesuai. • Boleh diperkembangkan kepada ekplorasi yang berikutnya. • Usaha yang baik. • Proses penghasilan batik yang cepat. • Dapat mengurangkan pembaziran kain Ekspolrasi reka corak batik abstrak yang dihasilkan • Moden dan kontemporari • Segar • Eksklusif • Sesuai untuk sepanjang zaman


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 70 Penggunaan warna pada fabrik batik abstrak • Menarik • Kombinasi warna yang moden Reka bentuk produk kreatif kraf batik yang telah dihasilkan • Produk yang berinovasi • Sesuai untuk dijadikan cenderahati • Unik dan baru Tawaran harga bagi produk kreatif kraf batik shibori • Berpatutan • Bersesuaian dengan kualiti 6 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini penyelidik mendapati bahawa eksplorasi reka corak batik abstrak yang pelbagai dapat membantu sebagai kaedah alternatif dalam penghasilkan variasi fabrik batik terutamnya dalam pembuatan produk kreatif kraf. Pengusaha batik juga bersetuju dengan kepentingan variasi reka corak batik abstrak pada produk kraf dan menerima ianya sebagai satu reka corak batik abstrak yang relevan. Menurut Prof. Madya Sulaiman Abdul Ghani (2001), perkembangan teknologi di dalam penghasilan tekstil semakin hebat maka wajarlah tekstil tradisional ini mengorak langkah, mencari nafas baru dari aspek teknik, warna dan ragam hias. Oleh itu, penggabungan kepelbagaian teknik batik dalam satu rekaan tekstil adalah sangat menarik dan menghasilkan corak yang kontemporari serta moden. Dalam penyelidikan ini, ekplorasi dan teknik batik telah diolah dan direka bentuk serta digunakan sebagai medium utama dalam penghasilan rekaan produk kreatif kraf. Penerimaan pengguna terhadap produk kreatif kraf batik abstrak juga positif dengan maklum balas yang baik. Berdasarkan hasil dapatan kajian mendapati rekaan produk kreatif kraf hasil corak batik abstrak yang dihasilkan menepati citarasa pengguna pada masa kini. Di samping itu, hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan dapatan kepada pengusaha batik dan mahasiswa yang melibatkan diri di dalam pengeluaran penghasilan batik di Malaysia. Kajian eksplorasi ini harus diteruskan lagi dengan mengaplikasikan teknik teknik lain yang diteraju bersama pakar bidang serta pakar akademik bagi memastikan hasil tekstil tempatan seiring dengan perkembangan kehendak pasaran semasa dan secara tidak langsung melonjakkan hasil kerja tangan produk kreatif kraf Malaysia ke peringkat antarabangsa. RUJUKAN Barriyah, I. Q., Dewi Pamungkas, D. ., Fatmayanti, B. ., & Triyono, T. (2023). Eksplorasi Teknik Shibori Dalam Pengembangan Motif Geometrik Pada Kain Sandang. KELUARGA: Jurnal Ilmiah Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, 9(1), 24–36. https://doi.org/10.30738/keluarga.v9i1.14325 Hawa bt. R. (2022). Ciri ciri corak abstrak. Kertas Kajian, Universiti Sains Malaysia, Minde, Pulau Pinang. Pispa J. N. (2022). Seni abstrak: falsafah dan kritikan seni. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sulatn Idris. Firdauz b. M. (2022). Seni Lukis batik dan warna. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shubaidi B.M. (2022). Batik kita: Falsafah dan sejarahnya. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Che Ya, M. S. (2021). Reka Corak Batik Kontemporari Berinspirasikan Pua Kumbu Dengan Menggabungkan Teknik Batik Dan Shibori (pp. 129-139). E-Prosiding 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar, Kolej Komuniti Temerloh. Irvan, M., Ilmi, A. M., Nada, R. F., Isnaini, S. L., & Khorinah, S. A. (2020). Pembuatan Batik Shibori Untuk Meningkatkan Kreativitas Masyarakat Pada Masa Pandemi Covid-19. Jurnal Graha Pengabdian, 2(3), 223-232.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 71 Lias, H., Ismail, A. R., & Abd Hamid, H. (2020, August). Malaysia textile craft industry: Innovation inspired by bamboo for batik block contemporary design. In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science (Vol. 549, No. 1, p. 012087). IOP Publishing. Kraftangan Malaysia: Laporan Tahunan 2020. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Diambil semula pada 1 Mac 2022 dari web www.kraftangan.gov.my Hilmaza bt. A.H. (2020). Nilai Estetika dan motif reka batik etnik Borneo. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Che Ya, M. S. (2019). Motif Alam Semulajadi Sebagai Sumber Inspirasi Dalam Penghasilan Batik Shibori (pp. 657-667). Prosiding 9th National Conference In Education Technical & Vocational Education and Training, Politeknik Banting. Ghuna L. dan Wagner Frits, A. (2019). Indonesia textiles. Leiden: N.V. Mouton & Co. Harozila M. b. C.Y. (2018). Eksperimnetasi teknik resist pada fabrik denim terbuang bagi rekaan batik. Kertas Projek, Universiti Malaysia Sarawak, Kuching, Sarawak. Quzairi b. A. b. (2018). Batik: Perkembangan dan keistimewaanya. Akademika, 37 (Disember 2018), pp 73-90. Hassan, S. A. A., & Hanafiah, M. G. (2018). Teknologi pemprosesan batik Melayu di Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1-8. Mandegani, G. B., Setiawan, J., Haerudin, A., & Atika, V. (2018). Persepsi Kualitas Batik Tulis. Dinamika Kerajinan Dan Batik, 35(2), 75-84. Samin, M. A., Rafeah, L., & Kari, R. (2018). Alternative Batik-the potential of its outcome and designing methods. 0126-5822, 22(SI), 54-58. Yusrina, T., & Ramadhan, M. S. (2018). Pengaplikasian Teknik Shibori Dengan Eksplorasi Motif Dan Tekstur Taktil Pada Produk Fashion. ATRAT: Jurnal Seni Rupa, 6(3).


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 72 KEBERKESANAN PERLAKSANAAN KURSUS PENDEK BAGI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ DAN PONDOK (PKTP) MENGIKUT PERSEPSI PESERTA Haniza Binti Sidi Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Jelebu [email protected] ABSTRAK. Kursus pendek merupakan pembelajaran yang menggabungkan maklumat dan latihan tertentu dalam masa yang terhad. Kajian keberkesanan perlaksanaan kursus pendek yang dijalankan kepada peserta dilakukan bagi mengetahui impak perlaksanaannya. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan kursus dan keberkesanan kursus berdasarkan persepsi peserta. Reka bentuk kajian adalah penyelidikan kuantitatif berbentuk kajian deskriptif yang menggunakan borang soal selidik. Responden adalah terdiri daripada pelajar tahfiz dan pondok yang terdiri daripada Madrasah Al Aliyah, Madrasah Tahfiz As Salihin dan Madrasah Al Hikmah. Data dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 26 dengan menggunakan pendekatan skala Likert dan skor min. Kajian menunjukkan tahap perlaksanaan kursus yang diberikan kepada peserta mendapat skor min 4.05 (sisihan piawai 0.68). Ini menunjukkan perlaksanaan kursus yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kehendak peserta. Manakala persepsi peserta terhadap keberkesanan kursus mendapat skor min 4.10 (sisihan piawai 0.68). Secara tidak langsung ini menunjukkan peserta mendapat manfaat di atas kursus dijalankan. Oleh itu, perlaksanaan Program Latihan Kemahiran Kepada Pelajar Tahfiz Dan Pondok (PKTP) yang dijalankan berkesan. Kesesuaian penawaran kursus mengikut peringkat umur perlu diberikan perhatian agar kursus yang dilaksanakan mempunyai impak yang lebih tinggi dan bermanfaat kepada peserta. KATA KUNCI: keberkesanan; latihan kemahiran; kursus pendek; tahfiz pondok 1 PENGENALAN Kursus pendek ialah latihan atau program pembelajaran yang memberikan anda maklumat atau latihan kemahiran tertentu dalam masa yang terhad. Kursus pendek cenderung menumpukan pada aspek praktikal, sedikit teori dan memberikan anda lebih banyak pengalaman langsung dalam bidang yang diminati. Manakala latihan adalah bagaimana cara pemindahan ilmu pengetahuan itu berlaku secara teratur dan mengikut hukum. Bertujuan untuk menambah nilai pengetahuan serta kemahiran bagi melengkapi keperluan dan tuntutan semasa latihan merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh manamana jabatan, bahagian atau agensi luar dan dalam negara secara berterusan. Jenis aktiviti termasuklah kursus, bengkel dan seminar. Kamus Dewan Bahasa (edisi ketiga) menjelaskan bahawa kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian. Kemahiran teknikal merujuk kepada bekebolehan dan ketangkasan dalam mengurus dan memahami dalam mengaplikasi teknik, kaedah peralatan serta prosedur. Institusi pengajian awam menawarkan kepada yang ingin belajar termasuklah Kolej Komuniti telah menyediakan pelbagai jurusan latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknikal. Kolej Komuniti telah dibina di setiap daerah dan negeri dianggarkan lebih 100 buah yang bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu yang ingin menambah kemahiran melalui kursus pendek melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Nurliyana Abdul Malik et al. (2018) menyatakan bahawa pendekatan PSH mampu memberi peluang pembelajaran secara berterusan kepada seseorang secara fleksibel. Bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi keperluan kerja, PSH ini membentangkan pelbagai kursus yang memerlukan kompetensi. Solahuddin Ismail, (2016) ada menyatakan bahawa perkembangan institusi tahfiz dan pondok di Malaysia pada masa kini amat memberangsangkan. Kesedaran masyarakat Islam di Malaysia umumnya tentang perlunya mendekatkan diri dengan al-Quran semakin menebal dan mendapat perhatian. Pengajian tahfiz bermula dalam bentuk yang tidak formal yang digandingkan bersama mata pelajaran asas Islam yang berkaitan fardu ain dan fardu kifayah sehinggalah penubuhan pengajian tahfiz secara formal, sistematik dan tersusun. Program Latihan Kemahiran kepada Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP) merupakan program dengan peruntukan dana RM 1.25 juta pada tahun 2021 dengan penglibatan 55 kolej komuniti dan telah diteruskan pada


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 73 tahun 2022. Ini adalah sebagai langkah untuk memberikan kemahiran kepada pelajar tahfiz atau pondok agar mereka mampu mengharungi kemajuan negara iaitu cabaran modenisasi akibat pembangunan negara yang berkembang maju. 1.1 Objektif Kajian Secara amnya, objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap perlaksanaan kursus pendek bagi PKTP yang telah dijalankan. Penekanan diberikan dalam kajian ini ialah mengenai perlaksanaan kursus dan keberkesanan kursus. Objektif yang lebih jelas adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti tahap perlaksanaan kursus pendek berdasarkan persepsi peserta. ii. Mengenal pasti tahap keberkesanan kursus pendek berdasarkan persepsi peserta. 1.2 Kepentingan Kajian PKTP merupakan program dengan peruntukan dana RM 1.25 juta pada tahun 2021 dengan penglibatan 55 kolej komuniti dan telah diteruskan pada tahun 2022. Kajian ini dilakukan untuk mengukur tahap perlaksanaan kursus pendek bagi Program Latihan Kemahiran kepada Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP) yang telah dijalankan. Dapatan yang diperolehi akan dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji bagi meningkatkan lagi pengurusan program disediakan dalam merancang kursus yang sesuai pada masa akan datang. Maklumbalas ini juga akan dikongsikan kepada tenaga pengajar, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di institusi, Unit PSH di Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej (JPPKK) dan institusi tahfiz yang telibat bagi sama-sama mengetahui tahap perlaksanaan kursus. 2 KAJIAN LITERATUR Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) mendapat perhatian dari kerajaan. Ini bagi menjamin masyarakat diberi peluang pendidikan tanpa mengira peringkat umur, latar belakang pendidikan dan tempat pembelajaran. Peluang pendidikan disediakan kepada semua golongan masyarakat dengan memberikan ilmu asas yang diperlukan melalui program yang ditawarkan di sesebuah institusi. Peserta yang mengikuti kursus PSH akan meningkat tahap pengetahuan dan kemahiran mereka (Hazwani dan Nor Aishah, 2018). Mohd Faizullah et al. (2014) menegaskan bahawa masyarakat perlu digesa untuk menyertai kursus PSH agar mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran bagi membantu mereka dalam meningkatkan kualiti hidup. Kursus yang ditawarkan perlulah memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Selain itu, tatkala semua institusi berusaha untuk kekal relevan, pelbagai kaedah penawaran pengajian dilakukan oleh universiti awam dan swasta. Hal ini turut dimeriahkan pihak lain yang turut menawarkan pelbagai kursus untuk disertai oleh orang awam yang berminat (Mohamad Abdullah, 2022). Pendapat Abd Hair Awang et al. (2007) bagi institusi latihan kemahiran ialah, institusi latihan kemahiran ini perlu sentiasa meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya. Malah keperluan menilai keberkesanan boleh mengetahui perancangan yang lebih memberi impak. Ini kerana hasilnya dapat membantu untuk membuat keputusan khususnya dalam menyalurkan sumber-sumber menerusi latihan. Rizarina Ekhwan et al. (2020) dalam kajian Keberkesanan Kursus Jangka Pendek Anjuran Kolej Komuniti Ledang Johor Terhadap Alumni menyatakan keberkesanan perlaksanaan kerja ditentukan oleh faktor latihan yang diterima. Latihan yang dimaksudkan ialah latihan yang bersistematik serta dilaksanakan secara berterusan dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tugas oleh pekerja. Dapatan kajian lain juga ada menyatakan bagi memastikan kursus berupa latihan yang diberi kepada pemimpin pendidikan adalah berkesan dan membawa kepada perubahan tingkah laku peserta dalam menjalankan tugasan mereka, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan kursus, prasarana serta kompetensi dan peranan pensyarah Norhiza Mohd Salleh et al. (2022). Absah Md Yusof et al. (2020) ada menyatakan tawaran kursus pendek bersama dengan maahad tahfiz dapat membuka peluang kerjaya kepada mereka kerana adanya pendedahan dan peningkatan nilai tambah dari aspek ilmu pengetahuan dan keyakinan hasil daripada kursus yang dipelajari. Menurut Solahuddin (2016), beliau membahagikan tiga cabaran yang dihadapi oleh pihak tahfiz dalam mengharungi kemajuan negara iaitu cabaran pembangunan negara yang bergerak pantas, cabaran teknologi hasil daripada kepesatan teknologi yang memberi cabaran baru kesan kepada pendidikan serta cabaran yang terakhir sekali ialah cabaran persijilan iaitu penarafan sijil sebagai lambang kejayaan setelah bergelut dengan pelbagai ujian dan kesulitan semasa pengajian. Oleh itu, melalui perlaksanaan kursus pendek dan latihan kemahiran ini, sedikit sebanyak dapat membantu institusi tahfiz dalam mempelbagaikan kursus dalam pengajian mereka apabila menggabungkan ilmu hafazan dengan ilmu-ilmu kovensional lain yang lebih bersifat teknikal.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 74 3 KAEDAH PENYELIDIKAN Metodologi kajian diterangkan dalam bahagian ini berkaitan bagaimana kaedah kajian dilaksanakan. Kajian ini menggunakan penyelidikan jenis kuantitatif berbentuk deskriptif. Di mana, kajian ini menunjukkan data yang diambil daripada responden menggunakan statistik asas seperti peratusan, min dan skor min. Populasi dan responden kajian adalah terdiri daripada tiga buah institusi tahfiz dan pondok di sekitar Jelebu dan Seremban yang terpilih mengikuti kursus di Kolej Komuniti Jelebu pada tahun 2022. Tahfiz yang terlibat ialah Madrasah Tahfiz Al Aliyah dan Madrasah Tahfiz As-Salihin di Seremban manakala Madrasah Tahfiz Al Hikmah di Jelebu. Seramai 319 responden telah mengikuti enam kursus yang dijalankan di antaranya Kursus Asas Litar Elektronik, Kursus Pembuatan Cement Ferro, Kursus Pembuatan Stepping Stone, Kursus Penghasilan Berasaskan Soya, Kursus Penghasilan Makanan Sejuk Beku serta Kursus Penghasilan Sos. Instrumen soal selidik digunakan bagi mencapai objektif kajian. Ini kerana dalam kajian tinjauan, soal selidik merupakan amalan yang biasa digunakan. Soal selidik ini diedarkan kepada responden setelah selesai kursus dijalankan. Pilihan jawapan menggunakan skala likert dalam menjawab soal selidik digunakan seperti di Jadual 1. Jadual 1: Skala Likert Skala 1 2 3 4 5 Tahap Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju Hasil analisis kajian Realiability Analysis – Scale Alpa menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 26 nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.966. Ini menunjukkan kesemua item yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Analisis data dibuat dengan menyatakan nilai dalam kaedah statistik iaitu peratus dan skor min. Bagi menjelaskan maklumat berkenaan latar belakang responden keadah peratus ditunjukkan, manakala bagi menjelaskan persepsi responden terhadap perlaksanaan kursus dan keberkesanan kursus nilai skor min dan sisihan piawai dinyatakan. Penentuan aras persetujuan responden adalah merujuk kepada jadual Landell (1977). 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian yang diperolehi dianalisa menggunakan pendekatan statistik deskriptif bagi menerangkan maklumbalas yang diberikan oleh responden semasa perlaksanaan kursus pendek bagi Program Latihan Kemahiran kepada Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP) dilaksanakan. Dapatan yang diperolehi digambarkan dalam jadual bagi memberi erti maklumat dengan lebih jelas. Dapatan yang diperolehi dipecahkan kepada tiga bahagian mengikut latar belakang responden yang akan dianalisi menggunakan nilai peratus. Manakala bahagian kedua dan ketiga iaitu perlaksanaan kursus dan keberkesanan kursus dianalisis menggunakan nilai skor min dan sisihan piawai bagi setiap item yang dinilai. Penggunaan nilai skor min adalah untuk menentukan aras persetujuan responden sama ada rendah, sederhana dan tinggi kepada soalan yang diberikan. 4.1 Latar Belakang Responden Jadual 2 menerangkan maklumat latar belakang responden berkaitan jantina, madrasah yang terlibat dan kursus yang diikuti oleh responden. Hasil kajian mengenai jantina yang ditunjukkan oleh Jadual 2 mendapati program ini lebih didominasi oleh peserta lelaki. Hanya 11.6% peserta yang dikaji terdiri daripada perempuan. Penyertaan lelaki secara relatifnya tinggi berbanding perempuan. Ini menunjukkan institusi tahfiz atau pondok lebih membuka peluang kepada kaum lelaki untuk menyertai kursus. Jumlah peserta dari Madrasah Al Hikmah mendahului bilangan penyertaannya dengan jumlah 67.1% berbanding Madrasah As-Salihin dan Madrasah Al Aliyah yang masing-masing mempunyai jumlah 19.1% dan 13.8%. Secara keseluruhannya, Kursus Litar Elektronik mendapat jumlah peratus penyertaan tertinggi berbanding kursus-kursus lain dengan 24.5%. Kursus penghasilan sos dan Kursus Penghasilan Makanan Sejuk Beku merupakan peratus penyertaan yang terendah dengan 6.9%. Hasil kajian ini, kursus yang diikuti oleh peserta lebih cenderung kepada kursus teknikal yang sinonim dengan kaum lelaki seperti Kursus Litar Elektronik, Kursus Pembuatan Stepping Stone dan Cement Ferro yang mendapat peratus penyertaan yang tinggi antara 20% hinggga 25%. Jadual 2: Maklumat latar belakang responden Demografi Faktor Kekerapan Peratus Jantina Lelaki 282 88.4 Perempuan 37 11.6


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 75 Jumlah 319 100 Madrasah Madrasah Al Aliyah 44 13.8 Madrasah Tahfiz As Salihin 61 19.1 Madrasah Al Hikmah 214 67.1 Jumlah 319 100 Kursus Penghasilan Sos Penghasilan Makanan Sejuk Beku 22 22 6.9 6.9 Produk Soya 61 19.1 Stepping Stone 70 21.9 Cement Ferro 66 20.7 Litar Elektronik 78 24.5 Jumlah 319 100 4.2 Perlaksanaan Kursus Respon bagi objektif yang pertama akan dibincangkan pada bahagian ini berkaitan mengenal pasti tahap perlaksanaan kursus berdasarkan persepsi peserta. Kursus yang dimaksudkan ialah isi dan cara penyampaian yang disampaikan kepada peserta. Terdapat tujuh item yang dinilai pada bahagian ini iaitu dari segi objektif kursus, kandungan kursus, pengendalian urusetia, alat bantuan mengajar, pengendalian fasilitator, masa dan tempoh kursus, serta bahan dan peralatan kursus. Jadual 3: Analisis Min Pengukuran Perlaksanaan Kursus Item Min Sisihan Piawai Aras Persetujuan Objektif Kursus 4.04 0.98 Tinggi Kandungan kursus 4.01 0.88 Tinggi Pengendalian urusetia 4.10 0.79 Tinggi Alat bantuan mengajar 4.15 0.79 Tinggi Pengendalian fasilitator 4.11 0.90 Tinggi Masa dan tempoh kursus 3.94 0.97 Tinggi Bahan dan peralatan kursus 3.99 0.96 Tinggi Min keseluruhan 4.05 0.68 Tinggi Berdasarkan Jadual 3, responden telah memberikan maklum balas yang positif pada lima daripada tujuh item yang dinilai dimana skor min berada di antara 4.01 hingga 4.11. Responden kurang bersetuju pada dua item iaitu masa dan tempoh (skor min 3.94) dan bahan dan peralatan kursus (skor min 3.99). Namun kesemua item ini masih lagi berada pada aras persetujuan yang tinggi. Min keseluruhan ialah 4.05 dimana ini menunjukkan responden bersetuju secara keseluruhannya pada perlaksanaan kursus pendek yang dijalankan. Sisihan piawai yang diperolehi ialah 0.68 yang memberi erti bahawa maklumbalas responden pada pengukuran yang dikemukakan adalah terfokus. Dapatan ini positif dengan kajian-kajian terdahulu dimana keberkesanan perlaksanaan adalah bergantung kepada aspek latihan yang diterima Rizarina Ekhwan et al. (2020). Selain daripada itu, pengurusan kursus, prasarana serta kompetensi dan peranan urusetia dan fasilator dalam menjalankan tugas Norhiza Mohd Salleh et al. (2022). Oleh itu, perlaksanaan kursus yang dikaji telah memberi mendapat persetujuan yang tinggi oleh peserta selaras dengan peranan dan matlamat Kolej Komuniti sebagai pusat pendidikan yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran. 4.3 Keberkesanan Kursus Respon bagi objektif yang kedua akan dibincangkan pada habagian ini iaitu mengenal pasti tahap keberkesanan kursus berdasarkan persepsi peserta. Perlaksanaan yang dimaksudkan ialah hasil ataupun impak kepada kursus yang dijalankan. Pada bahagian ini, terdapat sebelas item yang dinilai iaitu kepuasan peserta, mempraktikkan ilmu, perkongsian ilmu kepada orang lain, peningkatan kemahiran, peningkatan pengetahuan, peningkatan kefahaman, minat, keseronokan, bermanfaat, meningkatkan silaturrahim dan akhir sekali mengikuti semula kursus.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 76 Jadual 4: Analisis Min Pengukuran Keberkesanan Kursus Item Min Sisihan Piawai Aras Persetujuan Kepuasan peserta 4.07 0.98 Tinggi Mempraktikkan ilmu 3.92 0.96 Tinggi Perkongsian ilmu 3.98 0.90 Tinggi Peningkatan kemahiran 4.15 0.82 Tinggi Peningkatan pengetahuan 4.34 2.98 Tinggi Peningkatan kefahaman 4.29 2.38 Tinggi Minat 3.95 0.95 Tinggi Keseronokan 4.06 0.91 Tinggi Bermanfaat 4.21 0.87 Tinggi Meningkatkan silaturrahim 4.22 0.86 Tinggi Mengikuti semula kursus 3.95 1.01 Tinggi Min keseluruhan 4.10 0.68 Tinggi Min keseluruhan di dalam Jadual 4 di atas ialah 4.10 dan ini menunjukkan responden bersetuju kursus yang dilaksanakan itu adalah berkesan mengikut item-item yang disenaraikan. Didapati terdapat tiga item mempunyai nilai sisihan piawai melebihi nilai 1 yang menunjukkan maklum balas responden adalah tidak terfokus terhadap ketiga-tiga item tersebut. Responden berpendapat peningkatan pengetahuan dengan nilai min 4.34 lebih diperolehi setelah mengikuti kursus. Keberkesanankeberkesanan lain yang dikemukakan juga dipersetujui oleh responden dengan min berada di antara 3.92 hingga 4.29. Sesuai dengan kenyataan Hazwani dan Nor Aishah (2018), menyatakan bahawa peningkatan pengetahuan akan meningkat dari satu tahap ke satu tahap melalui latihan yang dijalani. Dapatan pengukuran ini sangat membantu unit PSH dalam menilai tahap keberkesanan kursus yang dianjurkan. Kajian daripada Mohd Faizullah et al. (2014) mengukuhkan lagi dapatan dimana ada menyatakan kursus PSH cukup untuk menambaihbaik kualiti hidup melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Dapatan ini seiring dengan kehendak unit PSH Kolej Komuniti dalam penyediakan perkhidmatan yang disampaikan. 5 KESIMPULAN Berdasarkan analisis data yang dijalankan, jelas menunjukkan peserta kursus pendek menerima dengan baik perlaksanaan Program Latihan Kemahiran Kepada Pelajar Tahfiz Dan Pondok (PKTP) yang dilaksanakan oleh unit PSH, Kolej Komuniti Jelebu. Mereka juga bersetuju dengan perlaksanaan kursus dan keberkesanan kursus yang dinilai dalam soal selidik setelah tamat kursus. Merujuk kepada pengukuran yang diperolehi setelah mengikuti kursus pendek, jelas menunjukkan responden telah menerima kebaikan hasil daripada kursus. Kedua-dua item perlaksanaan dan keberkesanan kursus dipersetujui pada aras yang tinggi oleh peserta program. Dapatan ini seiring dengan dapatan kajian lepas dan pandangan-pandangan berkaitan yang telah dikemukakan mengenai kursus pendek dan tahfiz dan pondok yang dijalankan oleh Mohamad Abdullah et al. (2007) dan Absah Md Yusof et al. (2020) berkaitan kursus perlulah memenuhi kehendak dan keperluan semasa agar institusi kekal relevan disertai oleh orang awam yang berminat serta dapat membuka peluang kerjaya hasil pendedahan dan peningkatan nilai tambah yang diberikan. Dapatan kajian juga dapat menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh institusi tahfiz atau pondok seperti yang dinyatakan oleh Solahuddin (2016) iaitu cabaran institusi tahfiz dalam mengharungi kemajuan negara yang membawa banyak perubahan dalam kehidupan rakyat, cabaran teknologi akibat daripada kepesatan teknologi masa kini dan cabaran persijilan. Oleh itu, sewajarnya Perlaksanaan Kursus Pendek Bagi Program Latihan Kemahiran Kepada Pelajar Tahfiz Dan Pondok (PKTP) diteruskan. Ini kerana bukan sahaja program itu dapat memberi input pengetahuan dan kemahiran sematamata kepada mereka malah dapat membina kualiti huffaz agar mampu mendepani kepesatan dan pembangunan agar tidak terpinggir oleh kemajuan. Usaha menggabungkan tahfiz dan sains telah mencetuskan transformasi baru dalam sistem pendidikan agama di Malaysia. Cadangan kajian yang akan datang adalah mengkaji impak perlaksanaan bagi pihak tahfiz selepas kursus ataupun program yang telah dijalankan. Cadangan ini adalah untuk melihat kesan bagi jangka masa panjang untuk meninjau latihan yang diberikan sama ada dipraktik ataupun tidak.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 77 RUJUKAN Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Jegak Uli, Asma Ahmad dan Rahmah Ismail, (2007) Program Latihan Kemahiran: Perbandingan Kos, Kebolehpasaran dan Pendapatan Pelatih. IJMS 14 (1). 212-214 Absah Md Yusof, Alias Umar dan Norashikin Mohd Zahir, (2020) Tinjauan Terhadap Persepsi Peserta Kursus Pendek Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Bawah Program Tahfiz Berkemahiran Bersama KK 2019, Kolej Komuniti Negeri Perak. Proceeding International Multidiscriplinary Conference (IMC 2020). 218-225 Haniza Sidi, (2019) Persepsi Graduan Terhadap Keberkesanan Perkhidmatan Pengajian di Kolej Komuniti. E-Jurnal Liga Ilmu Serantau 2019, 310. Hazwani Hasami dan Nor Aishah Buang, (2018) Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terhadap Pengetahuan dan Tahap Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti. Jurnal Pendidikan Malaysia S1. 89-106. ISSN 2180-0782 Mohamad Abdullah. (2022, September 10), Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Jana Masyarakat Berilmu. Berita Harian. Dimuat turun pada 10 Jun 2023 daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/09/998699/program-pembelajaran-sepanjanghayat-jana-masyarakat-berilmu Mohd Faizullah Mohamed, Badaruddin Ibrahim dan Norlida Shaari, (2014). Tinjauan Terhadap Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. CiE-TVET 2014. 793-800. eISBN 978-967-0468-99-0 Norhiza Mohd Salleh, Paridon Sahid, Siti Suhaini Zaharin, Shahrul Sulaiman, Rashidah Mohd Said, Nor Zanariah Talib dan Noraisah Mohd Yusof, (2022). Tahap Keberkesanan Perlaksanaan Kursus Bersemuka Progam NPQEL Secara Dalam Talian. Proceeding International Conference on Educational Leadership And Management. 282-294 Nurliyana Abdul Malik, Izariani ismail dan Siti Nurlaili Nasuka, (2018) Persepsi Peserta Kursus pendek Terhadap Kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti MasjidTanah. Dimuat turun pada 11 April 2023 daripada file:///C:/Users/Asus%20VivoBook/Downloads/4708-805-15770-2-10- 20181231.pdf Rizarina Ekhwan, Siti Hazwani Rosli dan Razzatul Iza Zurita Rasalli, (2020) Keberkesanan Kursus Jangka Pendek Anjuran Kolej Komuniti Ledang Johor Terhadap Alumni. Asian Journal of Civilication Studies. e-ISSN 2682-8022.68-79 Solahuddin Ismail, (2016) Institusi Tahfiz di Malaysia: Prospek dan Cabaran. Dimuat turun pada 23 Mas 2023 daripada https://www.academia.edu/30103458/INSTITUSI_TAHFIZ_DI_MALAYSIA_PROSPEK_and_CABARAN Wan Ajrul Asward Wan Hashim, Siti Mahani Shaik Ismail dan Nurhalisa Mohd Ali, (2023) Kajian Keberkesanan Program Latihan Kemahiran Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz di Pasir Gudang. Technical and Vacational Education International Journal. Vol.3. 98-106


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 78 KAJIAN PERBANDINGAN KAEDAH PEMPROSESAN TEPUNG USUS AYAM TERHADAP TUMBESARAN IKAN TILAPIA Wan Zufarhati Wan Ahmad1, Maziidah Ab Rahman1 dan Siti Nurafeza Abdullah1 1Unit Akuakultur, Kolej Komuniti Bera Pahang [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK. Permintaan yang tinggi terhadap tepung ikan dalam penghasilan pelet ikan telah mendorong kepada kenaikan harga tepung ikan. Oleh itu, alternatif lain seperti tepung usus ayam sebagai sumber protein yang murah boleh digunakan. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk melihat perbandingan kaedah pemprosesan tepung usus ayam. Tiga kaedah pemprosesan berbeza digunakan iaitu secara mentah (TM), pemanasan (TP) dan pensterilan (TS). Tepung usus ayam kaedah mentah dibasuh dan dikeringkan dalam ketuhar pengering dengan suhu 60oC selama 48 jam. Tepung usus ayam kaedah pemanasan disediakan dengan cara direbus pada suhu 100oC selama 15 minit dan dikeringkan dalam ketuhar pengeringan pada suhu 60oC selama 48 jam. Sementara bagi kaedah pensterilan, tepung usus ayam disterilkan menggunakan autoklaf pada suhu 120oC selama 20 minit dan dikeringkan pada suhu 60oC selama 48 jam. Semua sampel kemudian dikisar halus menggunakan mesin pengisar dan disimpan kering pada suhu 4oC sehingga analisis proksimat dijalankan. Keputusan eksperimen kadar pemberian makanan ikan tilapia mendapati bahawa ikan yang diberi makan dengan pelet menggunakan tepung usus ayam kaedah pemanasan (TP), menunjukkan kadar tumbesaran yang lebih tinggi berbanding yang lain. Analisa proksimat menunjukkan kaedah ini memberi nilai protein yang tinggi dan sama seperti tepung ikan. Secara keseluruhannya, tepung usus ayam boleh dijadikan bahan alternatif yang lebih efisien dalam membantu penternak industri akuakultur mengurangkan kos operasi penternakan. KATA KUNCI: tepung usus ayam; analisis proksimat; kaedah pemprosesan; ikan tilapia 1 PENGENALAN Ikan merupakan komponen penting dalam diet manusia yang menyediakan lebih kurang 20% purata pengambilan protein haiwan kepada 3.1 billion manusia. Menjelang tahun 2030, dianggarkan dunia memerlukan sekurang-kurangnya 23 juta tan ikan bagi memenuhi permintaan kerana peningkatan populasi global dan tangkapan ikan marin yang tidak stabil dan ini perlu disokong oleh industri akuakultur (FAO, 2022). Statistik yang dikeluarkan oleh FAO (2022) juga menunjukkan trend global dalam peningkatan pengeluaran akuakultur meningkat dari 26% pada tahun 2020 kepada 49% menjelang tahun 2020. Hal ini mungkin tercetus akibat daripada penangkapan sektor perikanan berkurang dari 74% (2000) kepada 51% (2022). Justeru itu, untuk mengekalkan permintaan bekalan ikan, sektor akuakultur memainkan peranan yang sangat penting dalam peningkatan peratusan jumlah bekalan ikan. Namun begitu, penghasilan makanan ikan ternakan sering menjadi kekangan terbesar dalam industri akuakultur. Ini kerana, peningkatan kos operasi (makanan) akan memberi impak kepada industri seterusnya kepada penghasilan bekalan ikan (Omojowo et al. 2010). Secara umumnya, kos bagi makanan ikan merangkumi 50-70% dari jumlah kos operasi. Tambahan, penyediaan makanan ikan perlu mengambil kira faktor-faktor seperti kitar hidup ikan, keperluan nutrien ikan, kadar nutrien di dalam makanan ikan serta ciri-ciri penghasilan makanan ikan (Vishnu, 2023). Pemilihan alternatif bahan mentah makanan ikan yang murah, efisien, tanpa menjejaskan kualiti dan nutrisi merupakan bidang kajian yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dalam memastikan industri akuakultur kekal relevan.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 79 2 KAJIAN LITERATUR Industri akuakultur semakin berkembang pesat sebagai sektor pengeluaran makanan yang penting (Hodar et al. 2020; Mengo et al. 2023). Antara isu kritikal yang mengancam kelestarian dan perkembangan penghasilan produk akuakultur ialah kebergantungan kepada tepung ikan sebagai bahan utama penghasilan makanan ikan. Tepung ikan dan minyak ikan diperolehi daripada ikan pelagik marin kecil dan digunakan secara meluas dalam formulasi makanan ikan kerana nilai pemakanan yang mengandungi keperluan asid amino penting dan asid lemak. Tepung ikan merupakan sumber protein terbesar untuk makanan ikan yang mengandungi sehingga 20%-60% dalam diet ikan (Glencross et al. 2007; Watanabe, 2002). Tepung ikan juga telah menjadi sumber pilihan utama dalam diet ikan bagi kebanyakan ikan yang diternak kerana kandungan yang tinggi protein, asid amino yang seimbang, kebolehan penghadaman dan rasa yang boleh diterima ikan serta kekurangan faktor anti-pemakanan (Karapanagiotidis, 2014). Kekurangan pengeluaran dunia dan peningkatan permintaan tepung ikan dan minyak ikan menyebabkan peningkatan harga dan menjadikan ia mahal (Olses, 2012). Pengeluaran yang terhad di sesetengah tempat terutama di negara beriklim sederhana membuatkan ia menjadi lebih mahal dan susah untuk diperolehi di kebanyakan negara beriklim tropika yang menjalankan kegiatan akuakultur (Ng et al. 2008). Disebabkan peningkatan pengeluaran akuakultur yang semakin meningkat, kebergantungan kepada tepung ikan (FM) sahaja tidak dapat memenuhi permintaan makanan ikan (Wang et al. 2023; FAO 2022). Oleh itu, sangat penting untuk mencari pelbagai sumber protein gantian tepung ikan samaada dari sumber tumbuhan atau haiwan yang lebih murah serta produk setempat yang mudah dicari bagi meminimumkan kos pengeluaran dan penghasilan makanan ikan kepada kos yang lebih efektif. Sumber protein haiwan dianggap sebagai pengganti paling sesuai dalam formulasi makanan ikan kerana sumber protein dan lemak yang tinggi, mengandungi keperluan asid amino penting dan rasa yang sedap. Oleh itu, menggunakan sumber sisa haiwan seperti usus ayam bagi menggantikan tepung ikan sebagai bahan utama dipercayai mampu untuk mengurangkan kos penghasilan makanan ikan (Omojowo et al. 2010). Dapatan ini turut disokong oleh Osiniye et al. (2020) dimana tepung usus ayam boleh digunakan pada tahap 100% sebagai pengganti tepung ikan dalam diet ikan keli, Clarias gariepinus. Kajian yang dijalankan oleh Bureau et al. (1999) mendapati bahawa organ dalaman ayam sangat mudah dihadam oleh ikan dan mempunyai komposisi nutrien yang tinggi. Amtul & Amna (2012) mengkaji untuk menilai kesesuaian usus ayam sebagai sumber protein gantian tepung ikan sebagai diet benih ikan kap rumput. Usus ayam mempunyai protein yang tinggi dan hasil pembesaran ikan yang tinggi direkodkan untuk diet yang mengandungi 22.5% usus ayam. Sementara itu, kajian oleh Sealey et al, (2011) menunjukkan bahawa penggantian sepenuhnya serbuk sisa poltri boleh dilakukan dalam formulasi makanan dengan keperluan asid amino yang lengkap. Falaye et al. (2011) menjumpai 30% dengan penggantian tepung ikan kepada tepung organ dalaman ayam dalam diet Clarias gariepinus menunjukkan kadar pembesaran yang positif kerana kadar kemandirian yang tinggi dan penerimaan kepada tepung organ dalaman yang baik. Selain itu, Tabinda et al. (2013) bersetuju yang penggantian 100% usus ayam ke dalam diet anak ikan Cirrhinus mirigala membantu dalam peningkatan kemandirian dan pembesaran benih ikan, tetapi eksperimen diet yang terbaik adalah pada kadar penggantian 75% usus ayam. Penemuan ini juga disokong oleh Srour et al. (2016) dimana kajian kesan penggantian tepung ikan kepada tepung sisa poltri (PBM) dan kesan ke atas kemandirian, tumbesaran, penggunaan makanan dan ‘microbial load’ benih European Seabass, Dicentrarchus Labrax menunjukkan diet penggantian 60% PBM diterima tetapi penggantian sebanyak 40% PBM merupakan yang paling optimum. Sementara itu, Belal et al (1995) telah memberi makan juvenil Oreochormis niloticus (10.8g) dengan diet yang mengandungi 0-20% silaj ofal ayam (COS) yang diperbuat daripada organ dalaman ayam sebagai pengganti kepada tepung ikan. Daripada kajian tersebut, mereka mendapati kadar tumbesaran dan komposisi badan yang diberi makan COS meningkat sehingga kadar 20% sama dengan ikan yang diberi makan menggunakan diet tepung ikan. Bahan sampingan sisa poltri seperti kepala, kaki dan organ dalaman sering digunakan oleh penternak untuk dijadikan makanan dan diberi terus kepada ternakan ikan tanpa melalui apa-apa kaedah pemprosesan. Kaedah ini tidak digalakkan kerana akan menyebabkan kualiti air sistem ternakan terjejas dan air menjadi kotor. Selain itu, pemberian secara terus bahan sisa poltri kepada ternakan menyebabkan ikan yang diternak mempunyai kandungan lemak tinggi (Farahiya et al. 2015). Oleh itu, cara terbaik bagi menggunakan sisa bahan sampingan ini adalah dengan melalui kaedah perawatan dan diproses untuk dijadikan tepung. Teknik pemprosesan usus ayam menggunakan kaedah fermentasi asid silaj yang dijalankan oleh Abdullah et al. (2020) menunjukkan kadar kelembapan dan kandungan lemak berkurang dan ia penting dalam mengawal ketengikan bahan mentah melindungi daripada mikroorganisma semasa penyimpanan. Namun begitu, proses ini


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 80 memakan masa yang panjang iaitu selama 13 hari bagi menghasilkan produk akhir. Sehingga kini, terdapat banyak kajian telah dijalankan menggunakan usus ayam sebagai alternatif kepada pengganti protein dalam makanan ikan. Bagaimanapun, hanya terhad kepada kaedah pemprosesan usus ayam. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji perbandingan teknik pemprosesan tepung usus ayam terhadap kandungan nutrisi melalui analisa proksimat tepung usus ayam. Eksperimen kadar tumbesaran ikan juga dijalankan untuk mengetahui kesan kaedah pemprosesan tepung usus ayam terhadap pertumbuhan ikan ternakan. 3 METODOLOGI 3.1 Penyediaan sampel Usus ayam diperolehi dari pasar basah di Triang, Pahang. Tepung usus dihasilkan menggunakan kaedah pemprosesan berbeza iaitu secara mentah (TM), pemanasan (TP) dan pensterilan (TS) (Falaye et al. 2011; Farahiya et al. 2015). Bagi menyediakan TM, usus ayam dicuci dengan air bersih untuk menghilangkan kotoran. Kemudian usus ayam dikeringkan dalam ketuhar pengeringan pada suhu 60oC selama 48 jam. Kaedah rawatan TP pula disediakan dengan usus ayam direbus dalam air mendidih pada suhu 100oC selama 15 minit (Falaye et al. 2011). Sampel dikeringkan dalam ketuhar pengeringan pada suhu 60oC selama 48 jam. Sementara itu bagi proses penyediaan TS, usus ayam dicuci dengan air bersih untuk menghilangkan kotoran. Usus tersebut kemudiannya telah disterilkan menggunakan autoklaf pada suhu 120oC selama 20 minit (Farahiya et al. 2015). Kemudian sampel dikeringkan dalam ketuhar pengeringan pada suhu 60oC selama 48 jam. Kesemua sampel kering kemudian dikisar secara berasingan bagi menghasilkan produk akhir rawatan tepung usus ayam TM, TP dan TS menggunakan mesin pengisar serbuk. Semua sampel disimpan di tempat sejuk yang kering pada suhu 4o C sehingga analisa proksimat. 3.2 Penyediaan pelet Penyediaan pelet diformulasi berdasarkan peratus keperluan optimum nutrisi ikan tilapia sebagai contoh protein sekitar 30-40%. Tiga jenis pelet iaitu pelet TM, pelet TP dan pelet TS diformulasi dalam penyediaan pelet bagi menggantikan sumber protein tepung ikan. Kesemua bahan yang diperlukan ditimbang berdasarkan jadual formulasi dan diadun menggunakan mesin pengadun. Adunan yang telah sebati kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin pelet ekstruder dengan ketetapan saiz mata 2 mm bagi memenuhi keperluan bukaan mulut bagi ikan tilapia bersaiz juvenil. Kaedah ekstrusi yang menggunakan haba yang tinggi meningkatkan kadar kehadaman pelet yang terhasil serta mengurangkan impak faktor antinutrisi yang terdapat di dalam bahan mentah (Yong et al. 2021; Yong & Farahiyah, 2021). Pelet yang terhasil melalui proses pengeringan menggunakan oven pengering dengan suhu 60oC selama 8 jam. Pelet yang telah siap kemudian disimpan di tempat penyimpanan sejuk pada suhu -20oC sehingga digunakan bagi kajian pemakanan ikan. 3.3 Kajian pemakanan Kajian pemakanan diadaptasi dari Osineye et al. (2020), dengan sedikit perubahan, menggunakan sepuluh ekor ikan tilapia, Oreochromis sp., (purata berat ± 50 mg) yang diperolehi dari Kolej Komuniti Bera. Sampel ikan dimasukkan ke dalam tangki kaca akuarium berukuran 60cm x 30cm x 30cm. Eksperimen telah dijalankan di Kolej Komuniti Bera, iaitu terdiri daripada empat rawatan (satu diet kontrol (komersial) dan tiga diet rawatan) dengan 3 replikasi bagi setiap rawatan. Setiap akuarium dibekalkan dengan pengudaraan dan 70% air ditukar setiap minggu. Sehari sebelum percubaan, sampel dipuasakan untuk memastikan usus ikan dikosongkan sepenuhnya daripada pelet komersial. Ikan diberi makan dua kali sehari sehingga kenyang pada waktu pagi (0900) dan petang (1700) setiap hari. Kadar pertumbuhan ikan dianalisis iaitu berat ikan setiap tangki direkodkan pada minggu ke-1, minggu ke-4 dan minggu ke-8. 3.4 Analisa proksimat Analisa proksimat telah dijalankan di Makmal Bioproses Makanan Haiwan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Bahan-bahan yang digunakan formulasi pelet ikan serta pelet yang telah diformulasi telah dianalisis kandungan protein mentah, lipid mentah, abu, lembapan dan fiber menggunakan kaedah yang diterangkan oleh Persatuan Ahli Kimia Analitik Rasmi (AOAC, 2000). Penentuan protein mentah telah dijalankan mengikut kaedah Kjeldahl (penganalisis protein Gerhardt, United Kingdom) kerana kandungan nitrogen yang diperoleh daripada faktor penukaran masa sampel (N x 6.25). Lipid mentah diukur menggunakan sistem pengekstrakan Soxtec (Soxtec


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 81 8000, Foss, Sweden). Sementara itu, penentuan fiber dilakukan menggunakan Fibertec™ 2021/2023 Fibercap System, FOSS, Sweden). Semua data yang dikumpul daripada analisa proksimat telah diuji secara statistik menggunakan versi perisian minitab (Minitab 14.0 Inc., PA. USA). 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, keputusan bagi kajian perbandingan kaedah pemprosesan tepung usus ayam menunjukkan bahawa terdapat signifikasi di antara ketiga-tiga kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Perbezaan kandungan proksimat (min dan sisihan piawai) bagi kaedah pemprosesan tepung usus ayam secara terperinci adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Kandungan parameter analisis proksimat bagi rawatan tepung usus ayam Parameter (%) Rawatan TM TP TS Bahan Kering 98.31 ±0.16 96.36±0.32 96.62±0.31 Kelembapan 1.69±0.16 3.65±0.32 3.38±0.31 Protein Kasar 40.13±0.02 65.77±0.19 70.43±0.29 Lemak Kasar 41.38±1.89 17.84±0.21 15.27±0.34 Abu 2.92±0.26 5.83±0.62 4.86±0.29 Nilai (min ± sisihan piawai), TM- kaedah mentah; TP-kaedah pemanasan; TS-kaedah pensterilan. Hasil analisis one-way ANOVA menunjukkan perbezaan ketara dari segi peratusan protein kasar dan lemak kasar di antara ketiga-tiga kaedah pemprosesan TM, TP dan TS (P < 0.05). Dapatan ini dapat dikaitkan dengan jelas oleh pengaruh kaedah pemprosesan dalam penghasilan tepung usus ayam. Kaedah pemprosesan TS menunjukan peratusan protein kasar yang paling tinggi 70.43% berbanding kaedah TP (65.77%) dan TM (40.13%). Hal ini selari dengan kajian oleh Farahiyah et al (2015) yang menunjukkan kaedah pensterilan bahan mentah dapat meningkatkan komposisi protein dalam produk yang dihasilkan. Selain itu, kajian terdahulu mendapati bahawa proses autoklaf tepung soya dengan suhu 130oC selama 40 minit menunjukkan membantu dalam meningkatkan kadar keboleh kecernaan protein serta kadar pertumbuhan Channel catfish, Ictalurus puntatus (Helena et al. 2003; Tanti et al. 2022). Selain itu, kajian oleh Falaye et al. (2011) yang menggunakan kaedah pemanasan (100o C) bahan mentah menunjukkan kandungan protein kasar sehingga 62.12%. Namun demikian, hasil kajian ini bertentangan dengan kajian oleh Tabinda et al. (2013) yang mendapati, kaedah pengeringan bahan mentah di bawah cahaya matahari dapat menghasilkan kandungan protein kasar yang tinggi sehingga 70%. Walaubagaimanapun, kaedah konvensional ini mempunyai banyak kelemahan seperti kebergantungan kepada cuaca semasa dan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan produk akhir. Data kajian ini juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan (P > 0.05) bagi parameter proksimat yang lain seperti kelembapan, bahan kering, dan abu di antara kaedah pemprosesan tepung usus ayam. Hal ini boleh dikaitkan dengan kaedah pengeringan yang hampir sama iaitu pada suhu 60oC dan masa pengeringan di dalam oven selama 48 jam. Secara keseluruhannya, kaedah TP dan dan TS merupakan alternatif yang baik dalam meningkatkan komposisi protein di dalam produk yang dihasilkan. Seterusnya, bagi kandungan analisis proksimat pelet ikan, kajian ini mendapati bahawa kaedah pemprosesan TS menunjukkan kandungan peratusan protein kasar yang paling tinggi dalam pelet ikan berbanding kaedah TM dan TP serta pelet komersial yang terdapat di pasaran. Hasil dapatan ini sejajar dengan penemuan kajian oleh Tabinda et al. (2013) yang bersetuju yang penggantian tepung usus ayam menggunakan kaedah pensterilan ke dalam diet anak ikan Cirrhinus mirigala membantu dalam peningkatan kemandirian dan pembesaran benih ikan yang digunakan dalam kajian. Jadual 2: Kandungan parameter analisis proksimat bagi formulasi pelet ikan Parameter % Formulasi Pelet Ikan Komersial TM TP TS Protein Kasar 50.59±0.05 50.62±0.70 50.08±0.40 67.25±0.08 Lemak Kasar 8.52±0.09 19.48±0.05 15.45±0.01 13.35±0.05 Tenaga (Kcal) 119.44 240.26 360.93 279.96 Nilai (min ± sisihan piawai), TM- kaedah mentah; TP-kaedah pemanasan; TS-kaedah pensterilan.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 82 Selain itu, kandungan lemak kasar di dalam formulasi pelet tepung usus ayam juga lebih tinggi berbanding pelet komersial (tepung ikan) di pasaran (one-way ANOVA, P < 0.05). Peratusan kandungan lemak sangat penting dalam penghasilan formulasi pelet ikan. Kandungan lemak membekalkan dua kali ganda tenaga seperti protein dan karbohidrat yang mana ia membantu membekalkan asid lemak penting (EFA) dan berfungsi sebagai pengangkut bagi vitamin larut lemak. Menurut FAO (2023), keperluan minimum lemak dalam diet tilapia ialah 5%. Namun begitu, peningkatan kadar pertumbuhan tilapia serta kecekapan penggunaan protein dilaporkan dengan pertambahan 10-15% lemak dalam diet ikan. Trend terkini dalam pemakanan ikan menggunakan tahap lipid yang lebih tinggi dalam diet melebihi paras minimum mampu menyokong pertumbuhan ikan yang lebih tinggi disebabkan oleh penjimatan protein (NRC, 2011). Hal ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Eid et al. (2019) yang menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan, penambahan berat badan, kadar pertumbuhan khusus (SGR) dan nisbah kecekapan protein (PER) paling rendah bagi tilapia yang diberikan diet dengan jumlah lemak 4% berbanding dengan tilapia yang diberikan dengan diet yang mengandungi lipid sebanyak 10%. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa penggunaan tepung usus ayam dapat meningkatkan kandungan nutrisi penting dalam penghasilan pelet ikan. Perbezaan kadar pertumbuhan ikan terhadap formulasi pelet ikan yang digunakan dalam kajian ini dapat dilihat melalui Rajah 1. Formulasi pelet kaedah TP dan TS menunjukkan nilai skala min berat ikan yang lebih tinggi berbanding pelet komersial dan pelet kaedah TM di akhir eksperimen pemakanan yang dijalankan. Rajah 1: Kadar pertumbuhan ikan terhadap formulasi pelet ikan. (Komersial- pelet komersial, TMkaedah mentah; TP-kaedah pemanasan; TS-kaedah pensterilan). Hasil analisis ujian one-way ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan ketara pada kadar pertumbuhan ikan di antara kaedah rawatan pelet yang digunakan di awal (Minggu 1) dan akhir eksperimen (Minggu 8). Perbandingan tahap penilaian ini adalah berdasarkan nilai min pada kebarangkalian kurang daripada (P < 0.05). Formulasi pelet menggunakan kaedah rawatan TP dan TS menunjukkan peningkatan purata berat ikan yang paling ketara iaitu; 70.60 g dan 66.13 g, masingmasing pada minggu ke-8, berbanding pelet TM dan pelet komersial dengan 61.25 g dan 60.10 g, masing-masing. Hal ini selari dengan ujian post hoc yang menunjukkan kurang perbezaan ketara bagi formulasi TM dan pelet komersial (P > 0.05). Kajian ini menunjukkan kaedah rawatan bahan mentah memberi impak kepada nutrisi dalam penghasilan pelet makanan ikan seterusnya memberi kesan kepada kadar pertumbuhan ikan ternakan. Penggunaan tepung usus ayam dalam kajian ini juga meningkatkan kadar pertumbuhan ikan ternakan berbanding pelet komersial yang menggunakan tepung ikan sebagai bahan mentah dan sumber utama protein. Namun, masih terdapat faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada perbezaan kadar pertumbuhan ini seperti jangka masa eksperimen yang dijalankan. Kajian susulan boleh dilaksanakan di masa hadapan dengan mengambil kira peringkat umur ternakan dan juga jangka masa eksperimen yang lebih panjang bagi mendapatkan keputusan yang lebih terperinci. 0 10 20 30 40 50 60 70 80 Minggu 1 Minggu 4 Minggu 8 Min Berat Ikan (g) Perbandingan Kadar Pertumbuhan Ikan Terhadap Formulasi Pelet Ikan Komersial TM TP TS


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 83 5 KESIMPULAN Penggunaan tepung usus ayam sebagai sumber protein utama bagi menggantikan tepung ikan adalah alternatif yang sangat efisien. Selain mengandungi kandungan protein yang tinggi, tepung usus ayam mampu membantu penternak dalam mengurangkan kos operasi penternakan yang diusahakan. Selain itu, kadar tumbesaran ikan juga meningkat dengan penggunaan pelet tepung usus ayam berbanding pelet komersial yang digunakan dengan kaedah pemanasan (TP) menunjukkan tumbesaran yang tertinggi. 6 PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Bera di atas khidmat nasihat serta bimbingan kepada penyelidik sepanjang tempoh kajian dilaksanakan. Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan Makmal Bioproses Makanan Haiwan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang memberikan akses penuh kepada penyelidik untuk memproses, menghasilkan serta menganalisa bahan mentah dan pelet menggunakan kemudahan makmal yang diperlukan. RUJUKAN Abdullah, A., Akhtar, A., Sikder, M. N. A., Alam, M. W., & Zamal, H. (2020). An approach to converting raw animal waste to fish feed formulation: a case study for sustainable industrial waste management using acid silage methods. Indian Journal of Geo Marine Sciences, 49(04), 590- 595. Amtul, B. T., & Amna, B. (2012). Replacement of fishmeal with poultry by-product meal (chicken intestine) as a protein source in grass carp fry diet. Pakistan Journal Zoology, 44(5), 1373-1381 Belal, I. E. H., Al-Owaifeir, A. & Al-Dosari, M. (1995). Replacing fish meal with chicken offal silage in commercial Oreochromis niloticus feed. Aquaculture Res, 26, 855-858 Bereu, D.P, Harris, A. M & Cho, C.Y. (1999). Apparent digestibility of rendered animal protein ingredients for rainbow trout (Oncorhynchus mykiss). Aquaculture,180 (3-4), 345-358. Eid, A. E., Ragaa, A. A., Baghdady, E.S., Amal, E. & Asmaa, S. A. A. N. (2019). Dietary lipids requirement for nile tilapia (Oreochromis niloticus) larvae. Egyptian Journal Nutrition and Feeds, 22(2), 407- 413. Falaye A.E., Omoike A., Ajani E.K., and Kolawole O.T. (2011). Replacement of fishmeal using poultry offal meal in practical feeds for fry of the african catfish (Clarias gariepinus). The Israeli Journal of Aquaculture. Food and Agriculture Organization (FAO). (2022). Statistical pocketbook world food and agriculture 2022. Retrieved from https://www.fao.org/3/cc2212en/cc2212en.pdf. Food and Agriculture Organization (FAO). (2022). The state of world fisheries and aquaculture 2022. Retrieved from https://www.fao.org/3/cc0461en/online/sofia/2022/fisheries-and-aquacultureprojections.html Food and Agriculture Organization (FAO). (2023). Nile tilapia - Nutritional requirements. Retrieved from https://www.fao.org/fishery/affris/species-profiles/nile-tilapia/nutritional-requirements/en/ Farahiyah, I. J., Wong, H. K., Zainal, A.A.R., and Ahmad A. (2015). Fish offal meal as an alternative source of fish meal for Tilapia, Oreochromis sp., Malaysia Journal of Animal Science, 18(2), 81- 86. Farahiyah, I. J & Yong, S. T. (2021). Penilaian potensi bahan mentah tempatan dalam formulasi makanan ikan patin. Buletin Teknologi MARDI Bil. 28 (2021) Khas Ternakan Lestari, 2(145 – 152).


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 84 Glencross B.D., Booth M., Allan G. L. (2007). A feed is only as good as its ingredients – a review of ingredient evaluation strategies for aquaculture feeds. Aquaculture Nutrition, 13(1). Hodar, A. R., Vasava, R. J., Mahavadiya D. R., and Joshi A. H. (2020) Fish meal and fish oil replacement for aqua feed formulation by using alternative sources: A review. Journal Exp. Zool India, 23(1), 13-21. Helena P., Chhorn L., and Philip H. K. (2003). Nutritional value of heat treated soybean meal for channel catfish (Ictalurus punctatus), Aquaculture, 225(1-4),67–82. Karapanagiotidis, I. T. (2014). The re-authorization of non ruminant processed animal proteins in European aqua feeds. Fisheries and Aquaculture Journal, 5(4) Mengo, E., Grilli, G., Murray, J. M., Capuzzo, E., Eisma-Osorio, R.-L., Tan, A. (2023). Seaweed aquaculture through the lens of gender: Participation, roles, pay and empowerment in Bantayan, Philippines. Journal of Rural Studies, 100, 103025. National Research Council. (2011). Nutrient Requirements of Fish and Shrimp. Washington, DC. The National Academies Press. Ng, S., Lee, W., Tan, L., and Lim, C. (2008). Challenges of Fishmeal Availability and Costs in Tropical Countries Practicing Aquaculture. Journal of Aquaculture Economics and Management, 22(443- 458). Olsen, A. R., & Hasan, M. R. (2012). Limited supply of fishmeal: Impact on future increases in global aquaculture production. Trends in Food Science & Technology, 27(120-128). Omojowo, T. M., Omojowo, F. S., and Alatise, P. S. (2010). Growth response and nutritional evaluation of mango peel-based diets on Tilapia (Oreochromis Niloticus) fingerlings. National Institute for Freshwater Fisheries Research, 2(6). Osineye, O. M., Mangai, E. O., Okeke, E. G., Olubiyi, O. A., Adenigba, I. A., Raji, L. L. (2020). Fishmeal replacement with dried chicken intestine as sole animal protein in C. Gariepinus nutrition. Journal of Sustainable Development, 17 (1&2). Sealey, M. W., Hardy, R. W., Hardy, Barrows, F. T., Qing. P., and Stone. (2011). Evaluation of 100% fish meal substitution with chicken concentrate, protein poultry by-product blend, and chicken and egg concentrate on growth and disease resistance of juvenile rainbow trout, Oncorhynchus mykiss. Journal of The Word Aquaculture Society, 42(1), 46-55. Srour, T. M., Essa, M. A., Abdel-Rahim, M. M., and Mansour, M. A (2016). Replacement of fish meal with poultry by-product meal (PBM) and its effects on the Survival, Growth, Feed Utilization, and Microbial Load of European Seabass, Dicentrarchus Labrax fry. Global Advanced Research Journal of Agricultural Science, 294-301. Tabinda, A.B., Ghazala, R., Yasar, A., and Ashraf, M. (2013). Utilization of chicken intestine as an alternative protein source in the diet for fingerlings of Cirrhinus mirigala. Journal of Animal Plant Scince, 3: 1603–1608. Vishnu, K.M. (2023). Fish feed nutrition and its management in aquaculture. International Journal of Fisheries and Aquatic Studies, 11(2), 58-61. Watanabe. T. (2007). Strategies for further development of aquatic feeds. Aquaculture Nutrition, 68(2). Wang, X., Wu, Y., Fang, H., and Ma, H. (2023). Supplementation of selenium-yeast enhances fishmeal replacement by soy protein concentrate in diets for golden pompano (Trachinotus ovatus), Journal of Hindawi Aquaculture Research. Yong, S. t., Arifen, A. W & Tang, H. C. (2021). Penghasilan pelet ikan berskala kecil dengan teknik penyemperitan. Buletin Teknologi MARDI Bil. 28 (2021) Khas Ternakan Lestari, 2(161 – 169).


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 85 KEBERKESANAN PERMAINAN BAHASA ‘SEBUT JANGAN SERABUT’ (SJS) SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGUASAAN SEBUTAN BAHASA MELAYU DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT Nisha A/P Sandrasegaran Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Hulu Langat [email protected] ABSTRAK. Bahasa Kebangsaan A merupakan salah satu Mata Pelajaran Umum (MPU) yang dipelajari oleh pelajar diperingkat sijil di Kolej Komuniti. Kursus ini menawarkan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan Bahasa Melayu dikalangan para pelajar agak kurang memuaskan terutamanya kemahiran bertutur. Malah tumpuan para pelajar semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) juga dilihat sering terganggu. Oleh yang demikian, kepelbagaian andragogi dalam pembelajaran Bahasa Melayu adalah penting agar dapat menarik minat para pelajar untuk menguasai Bahasa Melayu. Justeru, permainan bahasa ‘Sebut Jangan Serabut’ dihasilkan sebagai alat bantu mengajar dalam penguasaan sebutan Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan permainan tersebut dalam mengurangkan masalah sebutan serta meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden dalam kalangan pelajar semester 1 Sijil Teknologi Maklumat dari Kolej Komuniti Hulu Langat. Kajian ini menggunakan data yang diperolehi menerusi ujian pra lisan, ujian pasca lisan, kajian soal selidik, pemerhatian dan temu-bual. Dapatan kajian menunjukkan perubahan positif dari segi kelancaran sebutan serta peningkatan markah ujian lisan dikalangan para pelajar. Hasil kajian juga mendapati bahawa penggunaaan permainan ini telah berjaya menarik minat para pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, permainan bahasa ‘Sebut Jangan Serabut’ merupakan alat bantu mengajar yang efektif dan berjaya meningkatkan penguasaan bahasa serta minat pelajar dalam berbahasa Melayu. KATA KUNCI: permainan bahasa; pematah lidah; alat bantu mengajar 1 PENGENALAN Permainan bahasa merupakan pendekatan yang kreatif dan efektif dalam pengajaran bidang bahasa. Penggunaan permainan sebagai alat bantu mengajar dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar (Csizér et al. 2005), memperkaya pengalaman belajar (Djohan et al. 2015), dan membantu memperkuat pemahaman dan penggunaan bahasa Melayu (Noor Azam et al. 2018). Selain itu, permainan bahasa dapat mewujudkan interaksi sosial antara pelajar. Dalam permainan berpasangan atau permainan berkumpulan, pelajar saling berinteraksi, dan berkolaborasi dalam mencapai objektif permainan, sehingga mereka dapat mengasah keterampilan berbahasa dan meningkatkan pemahaman bahasa (Li et al. 2011). Justeru, permainan bahasa ‘Sebut Jangan Serabut’ (SJS) telah direka sebagai alat bantu mengajar bagi Modul Bahasa Kebangsaan A di Kolej Komuniti Hulu Langat dalam membantu pelajar menguasai sebutan Bahasa Melayu dalam komunikasi seharian mereka. Permainan SJS terdiri daripada 15 kad pematah lidah Bahasa Melayu yang digunakan untuk melatih sebutan para pelajar dalam bentuk permainan secara berkumpulan. Penggunaan grafik berwarna pada kad-kad permainan SJS ini dapat membangkitkan minat pelajar untuk bermain permainan ini. Permainan SJS ini dihasilkan sebagai alat bantu mengajar Modul Kebangsaan MPU 12012 di Kolej Komuniti Hulu Langat. Ia digunakan bagi merawat masalah kelancaran sebutan dikalangan pelajar. Permainan ini diperhebatkan dengan suntikan elemen Revolusi 4.0 dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi mengatasi masalah pelajar kurang berminat dalam sesi pembelajaran Bahasa Melayu. Gambarajah 1 menunjukkan “Permainaan Bahasa - Sebut Jangan Serabut” yang digunakan dalam kajian ini.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 86 Gambarajah 1: Permainan Bahasa - Sebut Jangan Serabut 1.1 Permasalahan Kajian Proses pembelajaran yang menggunakan alat bantu pembelajaran yang tepat akan memberi kesan yang terbaik kepada pelajar (Noor Azam Abdul Rahman et al. 2018). Berdasarkan pemerhatian pengkaji sepanjang proses pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelajar tidak mempunyai tahap kelancaran yang tinggi dalam sebutan Bahasa Melayu serta tidak menunjukkan minat dalam mempelajari bahasa tersebut. Oleh yang demikian, satu alat bantu mengajar SJS telah dihasilkan dan dijangka dapat mengatasi masalah-masalah tersebut dan kajian perlu dijalankan untuk melihat impak penggunaan alat bantu mengajar SJS dalam pencapaian sebutan Bahasa Melayu pelajar serta dalam memenuhi minat mereka mempelajari bahasa tersebut. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan permainan bahasa SJS ini terhadap penguasaan sebutan Bahasa Melayu dikalangan pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat. Selain itu, kajian juga meliputi respon dan minat para pelajar terhadap penggunaan permainan SJS ini sebagai alat bantu mengajar dalam proses pembelajaran di Kolej Komuniti Hulu Langat. 1.3 Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian berikut: a) Adakah alat permainan bahasa ‘Sebut Jangan Serabut’ (SJS) berkesan meningkatkan penguasaan serta minat para pelajar terhadap proses pembelajaran Bahasa Melayu? 1.4 Kepentingan Kajian Dapatan daripada kajian ini boleh dijadikan rujukan penting bagi pengkaji yang ingin mengkaji keberkesanalat bantu pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu. 2 KAJIAN LITERATUR Banyak kajian penggunaan permainan bahasa sebagai alat bantu dalam penguasaan bahasa Melayu telah dijalankan. Pembelajaran secara santai atau dengan istilah “belajar sambil bermain” didapati dapat menarik minat dan lebih efektif didalam proses pembelajara dikalangan kanak-kanak (Sharifah Nor Puteh et al. 2011). Perkaitan diantara humor dengan kelucuan dapat menarik menarik minat dan menambah fokus para pelajar (Yahya et al. 2012). Malah, amalan jenaka dikalangan tenaga


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 87 pengajar memberi peranan utama untuk menjadikan persekitaran PdP menjadi lebihmenyeronokkan dan efektif (Shafee et al. 2011). Selain itu, kajian terhadap penggunaan kosa kata didalam bahasa Melayu dikalangan para pelajar meningkat selepas permainan bahasa diperkenalkan. Selain itu, kaedah ini juga dapat merangsang minat dan semangat mereka dalam mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu (Ilangko Subramaniam 2014). Kajian juga mendapati permainan dapat membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran seperti kurang berkeyakinan, tidak minat dan tidak fokus. Mereka kelihatan gembira, lebih berminat dan lebih fokus apabila proses pembelajaran dilakukan secara santai dan mereka dapat belajar sambil bermain (Chin Suk Mei 2014). Selain itu, ada juga kajian yang mendapati pelajar menjadi lebih fokus dalam sesi pembelajaran yang berasaskan permainan kerana kaedah yang digunakan lebih menarik (Nurul Huda Mohd Saad et al. 2018). Terdapat perbezaan yang positif dikalangan para pelajar terhadap penguasaan bahasa cerpen setelah proses pembelajaran dilakukan secara permainan. Perbezaan ini jelas dinyatakan malalui data keputusan ujian pra dan ujian pasca (Adenan Ayob 2018). Kajian yang dilakukan terhadap penggunaan permainan papan yang disebut "Permainan Sebutan" berjaya meningkatkan kemampuan sebutan bahasa Melayu dikalangan para pelajar sekolah rendah serta berjaya meningkatkan minat dan motivasi mereka (Abdullah et al. 2015). Justeru itu, kajian ini adalah untuk mengkaji permainan bahasa SJS yang dijangka dapat menjadi alat bantu yang efektif dalam mengajar dan meningkatkan penguasaan sebutan Bahasa Melayu dikalangan pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. Kajian ini juga dapat mengenal pasti keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar permainan bahasa ‘Sebut Jangan Serabut’ (SJS) bagi kursus Bahasa Kebangsaan A. selain itu, kajian ini juga dapat mengenal pasti tahap tumpuan pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Kebangsaan A. Kajian ini dilakukan dikalangan pelajar semester 1 Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Hulu Langat yang mengambil kursus Bahasa Kebangsaan A (MPU12022). 3 METODOLOGI 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian secara deskriptif dan kuantitatif berdasarkan data yang dikumpul daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. 3.2 Responden Kajian Kajian ini melibatkan seluruh populasi iaitu pelajar semester 1 Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Hulu Langat yang mengambil kursus Bahasa Kebangsaan A (MPU12022). Kelas ini terdiri daripada 30 orang pelajar dimana terdapat 24 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Manakala 26 orang pelajar tersebut berbangsa Melayu dan 4 orang pelajar berbangsa India. 3.3 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah ujian pra lisan dan ujian pasca lisan yang telah diadaptasi daripada https://www.bumigemilang.com. Bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian, pengkaji telah menjalankan soal selidik berskala Likert yang diadaptasi dari Dr. Tay Meng Guat bagi isu “Pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu”. Selain itu, pemerhatian juga telah dijalankan sebagai set induksi bagi Topik Sebutan selama 2 minggu. Pemerhatian ini dilakukan semasa proses PdP dijalankan iaitu sekitar jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Bagi sesi soal selidk, terdapat empat orang pelajar dan dua orang tenaga pengajar yang terlibat. Mereka dipilih secara rawak dan ditanya beberapa soalan berkenaan permainan bahasa SJS. Soalan yag diajukan lebih merujuk terhadap respon mereka terhadap permainan bahasa SJS dan sejauh mana permainan ini dapat membantu mereka dalam kursus Bahasa Kebangsaan A (MPU12022). 3.4 Analisis Data Data yang dikumpul dari ujian pra-lisan dan pasca-lisan, soal selidik, pemerhatian dan soal selidik yang dikemukakan telah dianalisis dan dijelaskan secara deskriptif. 4 DAPATAN KAJIAN Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian iaitu Markah Pra Ujian Lisan dan Pasca Ujian Lisan Subjek yang terdiri daripada 30 orang pelajar semester 1 Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Hulu


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 88 Langat yang mengambil kursus Bahasa Kebangsaan A (MPU12022). Manakala Gambarajah 2 menunjukkan Skor Ujian Permainan SJS yang merumuskan keputusan skor A, B dan C bagi keduadua ujian pra lisan dan pasca lisan. Gambarajah 2: Skor Ujian Permainan SJS Jadual 1: Markah Pra Ujian Lisan dan Pasca Ujian Lisan Subjek Senarai subjek Skor Ujian Pra Lisan (%) Gred Skor Ujian Pasca Lisan (%) Gred Perbezaan skor Subjek 1 70 B+ 80 A +10 Subjek 2 65 B 85 A +20 Subjek 3 66 B 90 A+ +24 Subjek 4 70 B+ 92 A+ +22 Subjek 5 60 B- 68 B +8 Subjek 6 62 B- 66 B +6 Subjek 7 55 C+ 85 A +33 Subjek 8 70 B+ 94 A+ +24 Subjek 9 60 B- 85 A +25 Subjek 10 66 B 91 A+ +25 Subjek 11 62 A 82 A +20 Subjek 12 65 B 90 A+ +5 Subjek 13 78 A- 82 A +4 Subjek 14 55 C+ 75 A- +20 Subjek 15 78 A 95 A+ +17 Subjek 16 75 A- 82 A +17 Subjek 17 75 B- 80 A +5 Subjek 18 60 B+ 80 A +20 Subjek 19 74 B- 84 A +10 Subjek 20 62 B- 88 A +26 Subjek 21 60 B- 90 A+ +30 Subjek 22 55 C+ 71 B+ +16 Subjek 23 60 B- 93 A+ +13 Subjek 24 74 A- 80 A +6 Subjek 25 66 B 74 B+ +8 Subjek 26 58 C+ 70 B+ +12 Subjek 27 70 B+ 78 A- +8 Subjek 28 59 C+ 83 A +24 Subjek 29 78 A- 96 A+ +18 Subjek 30 59 C+ 80 A +21 Jumlah skor 1967 2489 +522 Skor min 65.5 83.0 +17.5 6 18 6 25 5 0 A B C SKOR UJIAN PERMAINAN SJS Ujian Pra Lisan Ujian Pasca Lisan


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 89 Skor markah para pelajar dari kedua-dua ujian dijadualkan untuk melihat perbezaan skor markah.Jadual menunjukkan perbezaan skor yang besar dari Ujian Pra Lisan ke Ujian Pasca Lisan. Sesunguhnya, terdapat impak positif dalam tahap penguasaan sebutan dalam kalangan pelajar. Min bagi ujian pra ialah 65.5 manakala min bagi ujian pasca ialah 83.0. Min dalam ujian pra telah meningkat sebanyak 17.5 peratus dalam ujian pasca. Ini menunjukkan bahawa markah pelajar kini lebih hampir kepada min 83.0 iaitu kategori gred A. Sebelum ini, pelajar berada dalam kategori gred B (min= 65.5). Statistik di atas membuktikan bahawa permainan bahasa SJS berjaya meningkatkan penguasaan sebutan Bahasa Melayu pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. Hasil kajian ini adalah sama seperti hasil kajian yang telah dijalankan oleh Adenan Ayob pada tahun 2018. Gambarajah 2 menunjukkan perubahan ketara bagi pencapaian para pelajar terhadap penguasaan sebutan Bahasa Melayu dikalangan para pelajar. Berlaku peningkatan yang mendadak iaitu lebih daripda 50% bagi skor A dari Ujian Pra Lisan ke Ujian Pasca Lisan. Didapati pengurangan pencapaian skor C sehingga tiada pelajar yang memperoleh skor C bagi Ujian Pasca Lisan.ini membuktikan pembelajaran secara santai melalui permainan SJS ini berjaya menarik minat, perhatian dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan penguasaan penggunaan sebutan Bahasa Melayu dikalangan para pelajar. Terbukti, permainan SJS ini merupakan alat bantu mengajar yang efektif bagi meningkatkan fokus serta prestasi para pelajar dalam mencapai objektif pengajaran tersebut. Kajian soal selidik yang dijalankan mendapati hampir 50% daripada jumlah keseluruhan pelajar sangat berpuas hati dengan permainan SJS ini. Mereka bersetuju bahawa permainan SJS ini merupakan kaedah atau alat bantu mengajar yang efektif dari aspek suasana pembejaran mahupun dari aspek pencapaian dikalangan para pelajar. Hasil kajian ini adalah sama seperti hasil kajian yang telah dijalankan oleh Noor Azam Abdul Rahman et al.pada tahun 2018 di mana majoriti responden beliau bersetuju bahawa permainan bahasa PETAH sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi mempelajari Bahasa Melayu dengan efektif. Selain dari itu, rekod pemerhatian juga menunjukkan terdapat perubahan positif dalam tingkahlaku para pelajar semasa penggunaan permainan bahasa SJS dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar nampak ceria apabila bermain sambil belajar. Riak wajah mereka menjadi relaks dan tidak serius seperti sebelum ini. Mereka mula menunjukkan minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dan mula bersuara serta bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang lain. Keadaan diri mereka juga nampak selesa dan santai. Mereka lebih yakin untuk membaca dan bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun ada membuat kesilapan sebutan semasa bermain permainan SJS ini. Rekod pemerhatian ini menunjukkan permainan bahasa SJS berjaya meningkatkan minat para pelajar untuk belajar Bahasa Melayu di Kolej Komuniti Hulu Langat. Malah, dapatan kajian bagi sesi temu-bual diantara empat orang pelajar dan dua orang tenaga pengajar juga mendapati respon yang sangat positif terhadap permainan ini. Sebuah permainan bahasa yang sangat menarik dan dapat memotivasi para pelajar untuk meningkatkan penguasaan sebutan dalam Bahasa Melayu. 5 PENUTUP Kesimpulannya, penggunaan permainan bahasa sebagai alat bantu mengajar Bahasa Melayu dapat mewujudkan pengalaman belajar yang berkesan dan bermakna kepada pelajar serta membuatkan pelajar kekal aktif sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Oleh itu, alat bantu pembelajaran seperti permainan bahasa SJS ini perlu diperbanyakkan dalam sesi pembelajaran bahasa. Hal ini bertepatan dengan data yand diporelehi daripada kajian yang telah dijalankan di mana hasilnya permainan bahasa SJS telah berjaya meningkatkan penguasaan sebutan Bahasa Melayu para pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. Diharapkan alat bantu mengajar ini dapat digunapakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Bahasa Kebangsaan A untuk seluruh Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Sesunguhnya, kaedah bermain terbukti sangat efektif dalam menggalakkan pencapaian dan minat murid dalam proses P&P (Nurul Huda Mohd Saad et al. 2018). 6 PENGHARGAAN Segala sokongan dari Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Hulu Langat sangat dihargai.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 90 RUJUKAN Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. 2013. Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 3(2), 49-63. Abdullah, N., & Saad, S. M. (2015). Teaching pronunciation using board game in primary classroom. Journal of Education and Human Development, 4(1), 29-39. Adenan Ayob. 2018. Manipulasi kebolehcapaian murid dalam gaya bahasa berasaskan teks interaktif permainan bahasa.International Journal of Education, Psychology and Counseling 3(10): 50-64. Chin Suk Mei (2014). Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik-Permainan Bahasa researchgate.net Csizér, K., & Dörnyei, Z. (2005). The internal structure of language learning motivation and its relationship with language choice and learning effort. Modern Language Journal, 89(1), 19-36. Djohan Abdul Rahman, Siti Hazlilah Jumali, Khairunisak Hussain, & Muhammad Hafiz Md Said. (2015). Permainan Bahasa sebagai Satu Pendekatan Alternatif dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Ilangko Subramaniam. (2014). Aktiviti Permainan Bahasa, Wahana Penguasaan Kosa Kata, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. (4) pp 1-9. Li, Y. (2011). The effect of games on EFL learners' English learning motivation. Theory and Practice in Language Studies, 1(10), 1325-1329. Noor Azam Abdul Rahman & Noraziah Mohd Amin. (2018). Petah Sebagai Alat Bantu Pengajaran BahasaMelayu dalam Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 4(2), 62-68. Nurul Huda Mohd Saad, Rafidah Abd. Karim, Farahidatul Akmar & Zainab Mohd Zain. (nd). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Permainan Bahasa Dalam Pembelajaran Penterjemahan Peribahasa. Patricia Antai Robin, Mahizer Hamzah & Madeline Pandang. 2020. Penguasaan Kosa Kata Bahasa Melayu Kanak-Kanak Iban Melalui Lagu Didi & Friends. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, (Special Issue) 9, 41-51. Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi. (2011). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Jurnal Pendidik dan Pendidikan Asia Pasifik, 26 (1): 125-144. Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. 2011. Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan Literasi bagi pendidikan prasekolah.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2): 1-15. Yahya Othman. (2012). Humor dalam pengajaran bahasa.Selasa, 15 Mei, 2012. Dilayari pada 15 September 2012 dari laman webhttp://yahyaothman.blogsport.com/2012/ humor-dalampengajaran-bahasa.html. http://www.academia.edu/9211308/PERMAINAN_BAHASA_SEBAGAI_SATU_PENDEKATAN_ALTE RNATIF_DALAM_PEMBELAJARAN_BAHASA_MELAYU https://www.bumigemilang.com/ujian-lisan-bertutur-bahasa-melayu-spm-tips-panduan-peringatan/


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 91 KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) KAKI RETORT BERMOTOR BAGI AMALI ARCHIMEDES UNTUK KURSUS DBS10012 ENGINEERING SCIENCE Safuraa Mohd Basir1, Mohd Noor Salleh1 dan Dr Azlan Ramli2 1Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Muadzam Shah [email protected], [email protected], 2Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah [email protected] ABSTRAK. Kajian ini membincangkan berkenaan keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) kaki retort bermotor yang telah dibangunkan untuk digunakan dalam Kursus DBS10012 sains kejuruteraan. Idea pembangunan ABM kaki retort ini dibangunkan adalah sebagai satu inisiatif penambahbaikan kepada peralatan yang sedia ada di dalam makmal yang telah uzur. Tujuan ABMpembangunan ABM ini dilaksanakan adalah sebagai nilai tambah kepada prosedur amali sedia ada supaya para pelajar dapat mendapatkan hasil keputusan amali yang jitu dan dapat membuat kesimpulan amali dengan baik dan berkesan dengan membuat perbandingan antara bacaan yang diperoleh daripada kedua peralatan. Terdapat tiga komponen utama yang terlibat dalam pembangunan sistem ini iaitu reka bentuk awal, pembangunan sistem dan ujian di mana peringkat ini dilaksanakan di makmal semasa amali dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perbezaan bacaan daya apung bagi amali menggunakan alatan amali yang biasa digunakan dengan bacaan ketika menggunakan kaki retort bermotor bagi amali Archimedes Principles iaitu bagi Wood sebanyak 27.2%, Plastic sebanyak 4.7% dan Metal sebanyak 34.2%. Bacaan data yang diperolehi daripada ABM ini dijadikan sebagai penanda aras (benchmark) kepada para pelajar supaya perbandingan dapat dilaksanakan bagi mengurangkan ralat paralaks dalam melaksanakan ekperimen. KATA KUNCI: amali kejuruteraan sains; amali archimedes lab; kejuruteraan politeknik; ABM 1 PENGENALAN Kursus DBS10012 sains kejuruteraan merupakan subjek wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar kejuruteraan semasa berada di semester satu (1). Kursus ini memperkenalkan konsep fizikal yang diperlukan dalam disiplin kejuruteraan. Pelajar akan mempelajari pengetahuan fizik asas untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah fizik kejuruteraan serta akan dapat melakukan amali dan aktiviti untuk menguasai konsep fizik. Idea pembangunan ABM kaki retort ini dibangunkan adalah sebagai satu inisiatif penambahbaikan kepada peralatan yang sedia ada di dalam makmal. Prinsip Archimedes merupakan salah satu dari tiga experiment yang perlu dilaksanakan oleh para pelajar. Dalam ekperimen ini pelajar dikehendaki mengambil data dan mendapatkan hasil analisa melalui formula yang diberikan dan dibincangkan dalam dapatan ekperimen. Walau bagaimanapun, hasil dapatan yang diperolehi oleh para pelajar adalah pelbagai dan tiada nilai penanda aras bagi membolehkan pelajar membuat perbincangan hasil dapatan mereka dengan nilai penanda aras. Oleh itu, ABM ini membolehkan pelajar membuat perbincangan dan perbandingan nilai dapatan mereka dengan nilai penanda aras supaya pelajar dapat mengaitkan faktor-faktor yang mempengaruhi dapatan ekperimen mereka. Kertas kerja ini membincangkan rekabentuk dan pembangunan ABM kaki retort bermotor sebagai alat penanda aras nilai bacaaan ekperimen pelajar. Melalui ABM ini dapat membantu para pelajar lebih memahami konsep dalam melaksanakan ekperimen serta membuat perbincangan dapatan dengan betul. Sebelum projek dilaksanakan, prosedur amali yang dilaksanakan oleh pelajar adalah mengikut amalan amali yang biasa dilaksanakan menggunakan kaki retort makmal. Pelajar menggunakan cara manual untuk menurunkan beban ke dalam air dan kebolehan setiap pelajar menurunkan beban kedalam air adalah berbeza dan tidak seragam disebabkan oleh faktor individu.


Edisi Khas Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS23). eISSN : 2710-6985 92 Perbezaan kedudukan beban yang tidak seragam ditambah pula dengan ralat semasa menurunkan beban seperti tangan terketar semasa menurunkan beban dan terlebih takat turun beban menyebabkan air yang terlimpah tidak memenuhi syarat sebenar untuk mendapatkan bacaan. Bacaan yang tidak konsisten akan memberi impak kepada hasil dapatan dan perbincangan pelajar nanti. Pelajar Politeknik Malaysia yang mengambil jurusan teknikal kejuruteraan perlu menguasai konsep fizik bagi membolehkan mereka mereka mengenalpasti dan menyelesaikan permasalahan dalam bidang kejuruteran. Oleh yang demikian, satu kursus yang telah dibentuk bagi memenuhi keperluan ini adalah Kursus DBS 10012 Sains Kejuruteraan yang mana wajib diambil oleh semua pelajar kejuruteraan untuk memenuhi keperluan dalam bidang kejuruteraan. Pembangunan ABM ini adalah selaras dengan Course Learning Outcome (CLO) DBS10012 Engineering Science dalam pemetaan CLO3 Perform appropriate activities related to physics concept yang dihubungkait dengan Clusters of Learning Domain (CLS), CLS3a Practical Skills. 1.1 Pernyataan Masalah Punca utama yang dikenalpasti bagi membolehkan kajian dilaksanakan adalah kerana tiada bacaan penanda aras (benchmark) untuk rujukan kepada data yang diambil oleh pelajar semasa amali. Selain itu faktor individu memberi nilai data yang tidak konsisten menyebabkan setiap bacaan yang diperolehi adalah berbeza. Selain faktor individu, faktor peralatan yang lama juga memainkan peranan dalam memberi impak kepada data yang diambil oleh pelajar. Ini menyebabkan kesukaran untuk para pelajar membuat perbandingan dan perbincangan hasil dapatan mereka bagi mengaitkan faktor-faktor yang mempengaruhi amali mereka. 1.2 Objektif Kajian Objektif kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut: i. Merekabentuk kaki retort yang bersesuaian menggunakan sumber yang sedia ada. ii. Mengintegrasikan rekabentuk kaki retort baharu dengan motor bagi menghasilkan pembangunan ABM kaki retort bermotor untuk kegunaan amali Prinsip Archimedes 2 KAJIAN LITERASI Kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang digunakan oleh pelajar jurusan sains dan teknologi yang melibatkan amali dan juga eksperiman dapat memberikan pengalaman penyelidikan dan kajian yang mendalam, serta dapat mengembangkan potensi-potensi pelajar-pelajar yang mengikuti jurusan sains dan teknologi dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta dapat memperkukuhkan kepada kemahiran-kemahiran baru yang dicapai melalui amali dan juga amali (Md Husain, Noridahayu; Ali, Norhayati; Rubi, 2015). Selain itu juga, pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dapat meningkatkan kefahaman, kreativiti dan daya ABM pelajar-pelajar semasa menjalankan aktiviti-aktiviti amali di makmal (Adam, Nur Amelia; Halim, 2019). Pelajar yang ingin membangunkan kepakaran dalam sains yang komprehensif serta kemahiran penyiasatan adalah terdapat keperluan untuk mengubah suai kurikulum yang dilaksanakan untuk dimasukkan lebih banyak aktiviti makmal gaya penyiasatan di mana pelajar boleh mempunyai peluang untuk mengamalkan kemahiran analisis masalah dan perancangan terkawal amali (W.Hackling, Mark; J Garnett, 2016). Selain daripada itu juga, pelajar-pelajar perlu di ajar tentang pengetahuan konseptual secara eksplisit yang merangkumi struktur amali terkawal, khususnya konsep hipotesis, pembolehubah bebas, bersandar dan juga terkawal serta kemahiran-kemahiran baru yang berkaitan dengan hukumhukum fizik dan juga bendalir dan seterusnya juga dapat mencapai tahap literasi sains yang mana memahirkan diri dengan kemahiran saintifik dan membudayakan diri dengan nilai-nilai sains dalam setiap dimensi kehidupan (Osman, Kamisah; Haji Iksan, Zanaton; Halim, 2007). Kemahiran-kemahiran baru yang berkaitan dengan hukum-hukum fizik dan juga bendalir yang boleh dikuasai oleh pelajarpelajar semasa menjalankan ujikaji-uijkaji dimakmal di antaranya ialah hukum Archimedes. Hukum Archimedes adalah salah satu undang-undang fizik dan bendalir yang paling penting dalam bidang mekanik bendalir (Mohazzab, 2017). Hukum Archimedes menyatakan bahawa daya tujah ke atas yang dialami oleh suatu jasad yang tenggelam sepenuhnya atau separa tenggelam adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad itu (Chondros, 2010). Daya tujahan di dalam bendalir adalah disebabkan oleh beza tekanan di antara permukaan bawah dengan permukaan atas. Oleh sebab itu, di dapati bahawa jumlah daya keapungan adalah sama dengan berat air yang disesarkan oleh objek dan boleh dinyatakan dengan, W = m x g; di mana W ialah berat objek, m ialah jisim objek, dan g ialah graviti Bumi (9.807 m/s2) (Hidayat et al., 2020). Tujahan ke atas ialah daya yang bertindak pada arah ke atas terhadap suatu jasad yang direndam separuh atau sepenuhnya dalam suatu cecair. Daya yang bertindak pada arah ke atas terhadap jasad yang direndam (Fz) adalah seperti hidrostatik, berbeza-beza secara linear dengan


Click to View FlipBook Version