KONSONAN
PINJAMAN
Pengenalan
Terdapat tiga bahasa yang unsurnya dipinjam oleh
bahasa Melayu, iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris.
Selain itu, terdapat juga unsur bahasa yang
dipinjam daripada bahasa lain misalnya Portugis,
Cina, Tamil dan Parsi.
Abdullah Hassan (2007)
Geseran bibir gigi tidak bersuara (F)
Bibir bawah dirapatkan pada gigi
untuk membuat sempitan
Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan rapat ke belakang
Tekak membuat sekatan udara
dari paru-paru ke rongga nasal
Pita suara direnggangkan dan
tidak digetarkan
Arus udara keluar dari paru-paru
melalui rongga mulut
Contoh :
Fitnah / Sifir / Taraf
Geseran bibir gigi bersuara (v)
Bibir bawah dirapatkan pada gigi
untuk membuat sempitan
Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan rapat ke belakang
Tekak membuat sekatan udara
dari paru-paru ke rongga nasal
Pita suara dirapatkan dan
digetarkan
Arus udara keluar dari paru-paru
melalui rongga mulut
Contoh :
Versi / Universiti / Novel
Geseran gigi tidak bersuara (θ/Th)
Daerah lidah diletakkan antara
gigi atas dan gigi bawah untuk
membuat sempitan udara
Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan rapat ke rongga tekak
untuk sekat arus udara
Arus udara yang keluar dari paru-
paru melalui rongga mulut,
bergeser keluar di daerah
sempitan
Pita suara tidak digetarkan
Contoh :
Othman / Harith
Geseran gigi bersuara (ð/dh)
Daerah lidah diletakkan antara
gigi atas dan gigi bawah untuk
membuat sempitan udara
Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan rapat ke rongga tekak
untuk sekat arus udara
Arus udara yang keluar dari paru-
paru melalui rongga mulut,
bergeser keluar di daerah
sempitan
Pita suara digetarkan
Contoh :
dharab / hadhir
Geseran lelangit keras tidak bersuara (š/sy)
Hadapan lidah dinaikkan antara
gusi dan lelangit keras untuk
membuat sempitan
Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan rapat ke belakang
rongga
Arus udara yang keluar dari paru-
paru melalui rongga mulut
dibiarkan bergeser di sempitan
Pita suara tidak digetarkan
Contoh :
syabas / syahdu / isyak
Geseran lelangit lembut tidak bersuara
(x/kh)
Belakang lidah dinaikkan ke
lelangit lembut
Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan rapat ke
belakang rongga
Arus udara yang keluar dari
paru-paru melalui rongga
mulut
Pita suara tidak digetarkan
Contoh :
Khamis / Khayal
Geseran lelangit lembut bersuara (y/gh)
Hadapan lidah dinaikkan antara
gusi dan lelangit keras untuk
membuat sempitan
Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan rapat ke belakang
rongga
Arus udara yang keluar dari paru-
paru melalui rongga mulut
dibiarkan bergeser di sempitan
Pita suara digetarkan
Contoh :
ghaib / loghat
Geseran gusi bersuara (z)
Hujung lidah dinaikkan dan
menyentuh sedikit bahagian gusi
Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan rapat ke belakang
rongga
Arus udara yang keluar dari paru-
paru melalui rongga mulut
sempitan di anatar lidah dengan
gusi
Pita suara digetarkan
Contoh :
zalim / zuriat / azam
KONSONAN
LETUPAN
Letupan dua bibir
Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan
Arus udara keluar dari paru-paru melalui
rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua
bibir.
Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-
merta .
Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,
bunyi yang dihasilkan ialah (p) - Payung /
Penyu
Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi
yang dihasilkan ialah bunyi (b) - Bakul / Botol
Letupan Gusi
Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit
lembut dinaikkan .
Arus udara keluar dari paru-paru melalui
rongga mulut dan tersekat di pertemuan
hujung lidah dan gusi.
Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-
merta .
Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,
bunyi yang dihasilkan ialah [t] - tilam / tampar
Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi
yang dihasilkan ialah bunyi [d] - dadu / dahi
Letupan lelangit lembut
Belakang lidah ditemukan dengan lelangit
lembut.
Lelangit lembut dinaikkan .
Arus udara keluar dari paru-paru melalui
rongga mulut dan tersekat di pertemuan
belakang lidah dan lelangit lembut.
Glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] -
kayu / kakak
Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis
dirapatkan digetarkan bunyi yang dihasilkan
ialah bunyi [g] - gagah / guli
KONSONAN
GETARAN
Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran, iaitu [r ].
Bunyi ini dihasilkan apabila lidah digetarkan dIm rongga mulut.
Dalam keadaan begini lidah diangkat ke arah gusi.
Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara.
Maka, menghasilkan bunyi getaran [r].
KONSONAN
GESERAN
SISIAN
Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif), dan
malaran.
Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan
terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras
oleh hujung lidah yang menyebabkan udara hanya melalui kawalan sisi di kiri
dan kanan rongga mulut.
Keadaan ini menghasilkan bunyi [ 1 ].
TERIMA
KASIH
FONEM
SUPRASEGMENTAL
DISEDIAKAN UNTUK: DR. HISAMUDDIN BIN
ABDUL GHANI
AHLI KUMPULAN
NURUL AMIRA ASYIKIN NUR FATIN AMIRAH
BINTI NOR ALI BINTI MOHAMAD
NUR SYAZWANI BINTI WAN HASMANIRA BINTI
MOHD ZAIN WAN SULAIMAN
MAKSUD
SUPRASEGMENTAL
Dalam ucapan, suprasegmental merujuk kepada harta fonologi lebih
daripada satu segmen bunyi. Juga dipanggil nonsegmental .
Dikenali sebagai suprapenggalan.
Ciri atau sifat bunyi menindihi atau menumpangai sesuatu fonem.
Ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara
menumpangai bunyi segmental.
Terdiri daripada tekanan, intonasi, jeda dan kelantangan.
Istilah suprasegmental (merujuk kepada fungsi yang "lebih dari" huruf
dan konsonan ) dicipta oleh ahli struktural Amerika pada tahun 1940-an.
TEKANAN INTONASI
CIRI-CIRI FONEM
SUPRASEGMENTAL
JEDA KELANTANGAN
TEKANAN
Tekanan ialah kelantangan sebutan suku kata.
Tujuannya ialah untuk menandakan kekerasan atau kelembutan sesuatu
pengucapan.
Tekanan untuk menyampaikan sesuatu maksud perasaan seperti rasa
marah, hairan, desakan, gembira dan sebagainya.
Tekanan juga merupakan suatu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat
dengan memberi penekanan pada tempat tertentu, terutama pada suku
kata.
Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah /'/
Tekanan tidak membezakan makna
Contoh:
/ma'ta/
/bu'dak/
/me'ja/
JEDA
Jeda ialah nada/ hentian sebutan bagi suku kata setiap baris. (Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka)
Jeda juga disebut sebagai persendian iaitu unsur hentian yang memisahkan
antara unsur-unsur linguistik sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.
Jeda digunakan untuk membezakan makna.
Lambang yang digunakan (#)
Contoh ayat 1:
#Saya sedang membaca buku kakak# (maksudnya dia membaca buku
kepunyaan kakaknya)
#Saya sedang membaca buku# kakak (dia memberitahu kakaknya bahawa
dia sedang membaca buku)
Contoh ayat 2:
#Emak saya sedang makan nasi#
#Emak# saya sedang makan nasi#
INTONASI
Maksud : Turun naik atau tinggi rendah nada suara sewaktu
bercakap. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Bahasa Melayu
terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat.
Contoh :
1.Ayat berita yang menurun pada akhir ayat.
https://youtu.be/a5iBgvUEiGc
2. Ayat tanya meninnggi apabila di akhir ayat.
Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kelantangan dan
jeda secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat
dan digunakan dalam pertuturan seharian
INTONASI
Tujuan :
Menentukan maksud ayat dan membolehkan ayat tersebut
dilafazkan seiring dengan perasaan atau emosi penutur.
Misalnya, perasaan marah, sedih, gembira.
Menyatakan jenis ayat yang jenis ayat yang dilafazakan.
( Ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seru )
KELANTANGAN/tona
Tona merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa
mempunyai tona dan dapat mengubah makna.
Terdapat dua jenis tanda atau lambang yang berbeza digunakan untuk
membezakan tinggi rendahnya bunyi bagi satu-satu perkataan itu iaitu:
menggunakan lambang TONA MENDATAR, TONA MENINGGI, TONA
TURUN NAIK dan TONA MENURUN.
menggunakan TANDA NOMBOR 1 HINGGA 4 bagi menunjukkan
perbezaan tona.
KELANTANGAN/tona
TONA SEDERHANA TINGGI (KERAS-2)
TONA RENDAH (LEMAH-3)
TONA LEMAH (4)
Walaubagaimanpun, terdapat pengarang yang
menggunakan tona 4 untuk tona tinggi (sangat keras), 3
untuk tona sederhana tinggi (keras), 2 untuk tona rendah
(lemah) dan 1 untuk tona sangat rendah (sangat lemah).
KELANTANGAN/tona
CONTOH PERKATAAN
Tona mendatar: seperti “IBU”.
Tona meninggi: contoh “GUNI”.
Tona turun-naik: contoh “KUDA”
Tona menurun: contoh “MARAH”.
SEKIAN
TERIMA KASIH
BMMB3813
SUPRAFSOENGEMMENTAL
PENSYARAH:
DR. HISAMUDDIN BIN ABDUL GHANI
AHLI
KUMPULAN:
DHANIA ADRIAN 'AISYAH
Mora FONEM Tanda
panjang SUPRASEGMENTAL baca
pendek
Prosodi
mora
panjang
pendek
MORA
PANJANG PENDEK
Panjang pendek atau disebut kepanjangan
bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat
pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu.
Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini
boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa
tertentu seperti bahasa Inggeris dan bahasa
Arab tetapi tidak membezakan makna dalam
bahasa Melayu.
Ciri panjang pendek ini ditandakan dengan
tanda titik yang dipanggil mora.
MORA
PANJANG PENDEK
Suprasegmental membantu murid
mempelajari cara menyebut sesuatu
perkataan mengikut panjang pendek bunyi
diucapkan.
Panjang pendek sesuatu suku kata atau
perkataan diucapkan bergantung pada
situasi dan keadaan.
Guru perlu memberi perhatian semasa
meujarkan sesuatu perkataan atau ayat.
TANDA MORA
Satu titik [.]
Kepanjangan bunyinya ialah setengah mora
Dua titik [:]
Kepanjangan bunyinya ialah satu mora
Empat titik [:]
Kepanjangan bunyinya ialah dua mora
CONTOH :
MORA P
ENDEK MORA PA
NJANG
sit = d
uduk si:t = tem
pat duduk
ship =
kapal
fit = s
esuai shi:p = kamb
ing biri-biri
fi:t =
kaki
prosodi
Menjelaskan segala perkara yang Merujuk kepada kepanjangan suku
berpandukan bentuk bunyi bahasa kata,kelantangan nada dan perkara
yang berkaitan dengan struktur bunyi
yang dapat didengar di telinga
seperti ujaran ujaran yang dituturkan
PROSODI
Bunyi-bunyi tertentu Tanda baca seperti tanda
digunakan pada noktah,koma,noktah bertindih,koma
kata,frasa,klausa dan ayat bagi bernoktah,tanda seru atau tanda
menarik perhatian pendengar soal digunakan untuk menandakan
sesuatu agar pembaca peka terhadap
teks yang dibaca
TEKANAN DAN CIRI-CIRI INTONASI
KELANTANGAN PROSODI Digunakan untuk menyatakan
Untuk menyedapkan percakapan maksud tertentu kepada
atau bacaan, misalnya bacaan pendengar dengan
sajak atau aspek yang perlu meninggikan atau menurunkan
ton suara
diberikan perhatian.
TEMPO Untuk memberi perbezaan
Memberi kesan terhadap terhadap ujaran tersebut
sesuatu maksud, misalnya sama ada berbentuk penyataan
atau penyoalan
untuk memberi
rangsangan dan
mendapatkan perhatian.
RIMA CIRI-CIRI JEDA
Rima merujuk kepada bunyi PROSODI Digunakan untuk
yang sama pada huruf akhir memisahkan elemen-elemen
atau kata akhir sesuatu linguistik seperti
rangkap seperti syair perkataan, rangkai kata atau
Dalam bentuk ujaran lazimnya ayat.
dilafazkan secara spontan Lambang jeda ialah [=] dan
oleh punutur boleh membawa makna yang
berbeza
MORA
Kadar sesuatu bunyi itu
diucapkan dan tidak
membezakan makna
TEKANAN
cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberi penekanan
pada tempat tertentu
Contohnya:
Ø Prog res
bermaksud kemajuan (kata nama)
Ø Pro gres
bermaksud memajukan (kata kerja) Dengan perkataan conduct
insult
Lambang bagi tekanan ialah [ ‘ ]. Misalnya [bu’dak], [ker’tas], [me’ja]
dan lain-lain.
INTONASI
Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2 iaitu bagi
menunjukan terdapat permulaan ujaran. Kemudian nada itu akan
menaik bila ada tekanan dan turun hingga nada atau angka 1.
Contohnya, saya hendak balik.
Dalam bahasa Melayu nada tidak bersifat fonemik sebagaimana
dalam bahasa Cina, sebagaimana contoh berikut:
ma 1 -- bererti kuda ma 3 – bererti jerami
ma 2 – bererti emak
TEMPO
Merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu
percakapan, untuk tujuan atau sebab-sebab yang
tertentu.
Contohnya apabila sesorang membuat ulasan selari sesuatu
pertandingan memerlukan penutur bercakap cepat dengan
ujaran yang padat dalam tempoh yang singkat.
RIMA
Terhasil daripada penggunaan pola tekanan,tempo dan nada.
Ahli bahasa mengatakan semua ujaran ada rima. Contohnya apabila
ujaran itu diulang-ulang dengan menggunakan pola yang sama.
Contoh lain, dalam pantun, sajak mahupun syair rima akhir adalah
berbeza. Contoh pantun rima akhir mestilah a,b,a,b atau
berselang seli.Misalnya:
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.