turut menguatkan penjelasan Dawes (2008) dan menyatakan penggunaan skala 5
mata adalah lebih sesuai berbanding nilai skala yang lain. Oleh itu, saranan Dawes
(2008) dan Sekaran dan Bougie (2009) telah dijadikan asas kepada penggunaan
skala Likert 5 mata dalam kajian ini bagi mendapatkan maklum balas responden.
Borang soal selidik dalam kajian ini mengandungi lima bahagian, iaitu
bahagian A, B, C, D, dan E. Pembahagian ini dibuat mengikut variabel yang hendak
diukur. Menurut Mukesh Kumar, Salim Abdul Talib, dan T. Ramayah (2013), tiada
ketetapan berhubung kepanjangan atau jumlah item bagi mengukur sesuatu
variabel. Perkara ini adalah bergantung kepada objektif kajian, variabel yang dikaji
dan latar belakang responden (Mohd. Majid Konting, 2000). Dalam kajian ini
penyelidik menetapkan sebanyak 121 item untuk mengukur konstruk bagi variabel-
variabel yang dikaji, di samping 2 item untuk demografi. Ketetapan ini dilakukan
setelah kajian rintis dijalankan dengan berpandukan analisis faktor dan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach. Kandungan soal selidik kajian mengikut variabel
dan konstruk yang dikaji ditunjukkan dalam Jadual 3.3.
133
Jadual 3.3: Kandungan Soal Selidik Kajian
Bahagian Variabel Bil Sumber
Item
A Maklumat Demografi -
B Kepimpinan Servan Pengetua 02 Greenleaf (1970, 1977,
1991), Laub (1999), James
Menghargai Individu 32 Lemoine (2015), Relly Tasap
Membangunkan Individu (2016)
Membangunkan Komuniti 07
Memperlihatkan Keaslian 05
Menyediakan Kepimpinan 07
07
06
C Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti 40 Cropley (1997), Soh (2010),
Kebebasan 04 Dikici (2014), Dikici dan Soh
Integrasi 05 (2015), Soh (2015), Chan
Motivasi 05 (2015)
Pertimbangan 05
Fleksibiliti 04
Penilaian 05
Pertanyaan 05
Peluang 04
Kekecewaan 03
D Kesediaan Guru 28 Davis (1989), Armenakis et
Penerimaan Teknologi 13 al. (1993), Holt et al. (2007),
Perubahan Organisasi 15 Armenakis & Harris (2009),
Teo (2010), Choi & Ruona
(2011), Holt & Vardaman
(2013), Vakola (2013)
E Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21 21 Martin & Sass (2010), Hsu
Tingkah Laku
Pengajaran 06 (2010), Bhasin (2012),
Pengintegrasian Teknologi 06 Aliakbari & Darabi (2013),
09 Gallogray (2015)
Jumlah Item Keseluruhan 123
134
3.5.1 Maklumat Demografi
Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat demografi responden. Item-item
dalam bahagian ini terdiri daripada jantina dan pengalaman mengajar responden.
Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran latar belakang responden dan
mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan kajian. Menurut Yeo, Ang, Chong,
Huan, dan Quek (2008), pengalaman mengajar dikategorikan kepada tiga kumpulan
utama iaitu guru baharu (novis), guru berpengalaman, dan guru sangat
berpengalaman. Tiga kumpulan tersebut dalam kajian ini diwakili oleh kumpulan
kurang 10 tahun, 10 hingga 20 tahun, dan lebih 20 tahun pengalaman mengajar
secara profesional.
3.5.2 Pengukur Kepimpinan Servan
Bahagian B adalah berkaitan dengan kepimpinan servan pengetua. Kepimpinan
servan pengetua diukur menggunakan Servant Organizational Leadership
Assessment (SOLA). Pengukuran kepimpinan servan yang pertama ini telah
dibangunkan oleh Laub (1999). Beliau menentukan ciri-ciri penting kepimpinan
servan hasil dari kajian komprehensif terhadap literatur yang ada dan digabungkan
dengan teknik tinjauan Delphi dalam kalangan pakar yang menghasilkan enam
kelompok kepimpinan servan (van Dierendonck, 2011). Soal selidik SOLA asalnya
mengandungi 74 item dengan kebolehpercayaan enam konstruk antara 0.55 hingga
0.95. Beberapa penyelidik telah menggunakan instrumen ini seperti Sendjaya dan
Pekerti (2010), Goodwin (2011), dan Relly Tasap (2016).
Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dan diterjemahkan oleh
Relly Tasap (2016) dari instrumen SOLA Laub (1999) dalam penyelidikannya di negeri
Sarawak. Rasional pemilihan ini dilakukan adalah atas kesesuaian dalam konteks
pendidikan di Malaysia. Dengan nilai Alpha Cronbach 0.96 dan bilangan item kajian
sebanyak 34 dari lima konstruk, jelas soal selidik tersebut mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi melalui dua siri kajian rintis yang telah dijalankan oleh
Relly Tasap (2016).
135
Pengukuran kepimpinan servan pengetua kajian ini terdiri daripada 32 item
yang mewakili lima konstruk utama iaitu 7 item konstruk menghargai individu, 5 item
konstruk membangunkan individu, 7 item konstruk membina komuniti, 7 item
konstruk memperlihatkan keaslian, dan 6 item konstruk menyediakan kepimpinan.
Skala pengukuran bagi setiap item yang digunakan pada bahagian ini ialah skala
Likert lima mata, iaitu mata 1 mewakili kenyataan “Sangat Tidak Setuju”, mata 2
mewakili kenyataan “Tidak Setuju”, mata 3 mewakili kenyataan “Tidak Pasti”, mata
4 mewakili kenyataan “Setuju” dan mata 5 mewakili kenyataan “Sangat Setuju”.
Item-item pada bahagian ini semuanya bersifat positif. Konstruk dan nombor item
yang mengukur variabel kepimpinan servan pengetua ditunjukkan dalam Jadual 3.4.
Jadual 3.4: Konstruk dan Nombor Item Variabel Kepimpinan Servan
Pengetua
Konstruk Bil Item Nombor Item
Menghargai Individu 07 01, 06, 09, 11, 31, 32, 33
Membangunkan Individu 05 12, 18, 26, 28, 34
Membina Komuniti 07 04, 05, 07, 10, 13, 16, 23
Memperlihatkan Keaslian 07 15, 19, 20, 21, 24, 25, 29
Menyediakan Kepimpinan 06 02, 03, 08, 14, 17, 27
Jumlah Item 32
3.5.3 Pengukur Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
Bahagian C adalah berkaitan dengan variabel tingkah laku pemupukan kreativiti
dalam kalangan guru. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur variabel ini ialah
Creativity Fostering Teacher Behavior Index (CFTIndex) yang telah dibangunkan Soh
(2010) berpandukan kajian Cropley (1997). Soal selidik asal mempunyai 9 konstruk
yang mengandungi 45 item dengan nilai Alpha Cronbach keseluruhan 0.96. Beberapa
penyelidik terdahulu seperti Chan dan Yuen (2014a), Dikici (2014), Dikici dan Soh
136
(2015), Chan (2015), Lee dan Lee (2015), dan terkini Hui, Cheung, dan Ho (2018)
telah menggunakan alat pengukur ini. Penyelidik telah mengadaptasi instrumen
mengikut kesesuaian lokasi kajian dengan keizinan rasmi pemilik asalnya. Bahagian
ini terdiri daripada 40 item yang mewakili 9 konstruk iaitu 4 item konstruk kebebasan,
5 item konstruk integrasi, 5 item konstruk motivasi, 5 item konstruk pertimbangan,
4 item konstruk fleksibiliti, 5 item konstruk penilaian, 5 item konstruk pertanyaan, 4
item konstruk peluang, dan 3 item konstruk kekecewaan.
Skala pengukuran yang digunakan pada bahagian ini ialah skala Likert lima
mata, iaitu mata 1 mewakili kenyataan “Sangat Jarang”, mata 2 mewakili kenyataan
“Jarang”, mata 3 mewakili kenyataan “Kadang-Kadang”, mata 4 mewakili kenyataan
“Kerap” dan mata 5 mewakili kenyataan “Sangat Kerap”. Semua penyataan item di
dalam bahagian ini adalah berbentuk positif kecuali item 22, 25, 30, 35 dan 39.
Pembahagian item-item mengikut konstruk untuk variabel tingkah laku pemupukan
kreativiti ditunjukkan dalam Jadual 3.5.
Jadual 3.5: Konstruk dan Nombor Item Variabel Tingkah Laku
Pemupukan Kreativiti Guru
Konstruk Bil Item Nombor Item
Kebebasan 04 01, 10, 19, 37
Integrasi 05 02, 11, 20, 29, 38
Motivasi 05 03, 12, 21, 30, 39
Pertimbangan 05 04, 13, 22, 31, 40
Fleksibiliti 04 05, 14, 32, 41
Penilaian 05 06, 15, 24, 33, 42
Pertanyaan 05 07, 16, 25, 34, 43
Peluang 04 08, 17, 35, 44
Kekecewaan 03 09, 18, 36
Jumlah 40
137
3.5.4 Pengukur Kesediaan Guru
Bahagian D adalah berkaitan dengan variabel kesediaan guru terhadap penerimaan
teknologi dan perubahan organisasi sesuai dengan pembudayaan bilik darjah abad
ke-21. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur kesediaan guru ialah gabungan
instrumen Technology Acceptance Measure (TAM) oleh Davis (1989), Technology
Acceptance Measure for Preservice Teachers (TAMPST) oleh Teo (2010) dan
Readiness for Organizational Change Scale yang dibangunkan oleh Holt et al. (2007).
Ketiga-tiga instrumen ini digabungkan kerana bertepatan sebagai pengukuran
variabel kesediaan guru berhubung dengan penerimaan teknologi dan kesediaan
perubahan organisasi dalam konteks pendidikan negara.
Instrumen TAM oleh Davis (1989) telah banyak digunakan dalam kajian di
serata dunia berkaitan penerimaan teknologi. Antaranya oleh Turner, Kitchenham,
Brereton, Charters dan Budgen (2010), Pynoo, Devolder, Tondeur, van Braak, Duyck,
dan Duyck (2011), Chang, Lieu, Liang, Liu, dan Wong (2102), Pynoo, Tondeur, van
Braak, Duyck, Sijnave, dan Duyck (2012), Svendsena, Johnsen, s-Sorensenc, dan
Vittersod (2013), dan Agatha Francis Umbit (2015). Soal selidik yang telah
dibangunkan oleh Teo (2010) pula merupakan hasil adaptasi daripada Davis (1989)
dan dibina khas untuk mengukur sikap penerimaan teknologi dalam kalangan bakal
guru. Beberapa kajian telah menggunakan soal selidik yang dibangunkan oleh Teo
(2010) seperti Teo (2012), Teo (2014), dan Teo, Khlaisang, Thammetar, Ruangrit,
Satiman, dan Sunphakitjumnong (2014).
Bagi mengukur kesediaan guru terhadap perubahan organisasi, soal selidik
yang dibangunkan oleh Holt et al. (2007) telah diadaptasi dan digunakan. Hal ini
demikian kerana instrumen ini terbukti memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi bagi mengukur kesediaan individu untuk berubah (Weiner, Amick, dan Lee,
2008; Haffar, Al-Karaghouli, dan Ghoneim, 2014). Beberapa kajian telah
menggunakan soal selidik ini seperti Holt, Helfrich, Hall, dan Weiner (2009),
Bouckenooghe et al. (2009), Choi dan Ruona (2011), Rusly, Corner, dan Sun (2012),
Tummers, Steijn, dan Bekkers (2012), McKay, Kuntz, dan Naswall (2013), dan Bakari
et al. (2017).
138
Bahagian ini terdiri daripada 28 item yang mewakili dua konstruk variabel
kesediaan guru, iaitu 15 item konstruk perubahan organisasi dan 13 item konstruk
penerimaan teknologi. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan bahawa kedua-dua
konstruk ini mempunyai subkonstruk masing-masing. Konstruk penerimaan teknologi
mempunyai 4 subkonstruk iaitu tanggapan kebergunaan (4 item), tanggapan mudah
guna (3 item), keadaan memudahkan (3 item) dan sikap terhadap penggunaan
teknologi (3 item). Subkonstruk bagi perubahan organisasi pula terdiri daripada
kesesuaian (5 item), sokongan pentadbir (3 item), efikasi berubah (4 item) dan
manfaat peribadi (3 item). Skala pengukuran kendiri bagi setiap item yang digunakan
pada bahagian ini ialah skala Likert 5 mata, iaitu mata 1 mewakili kenyataan “Sangat
Tidak Setuju”, mata 2 mewakili kenyataan “Tidak Setuju”, mata 3 mewakili kenyataan
“Tidak Pasti”, mata 4 mewakili kenyataan “Setuju” dan mata 5 mewakili kenyataan
“Sangat Setuju”. Semua item pada bahagian ini digubal dalam bentuk positif kecuali
item 4, 5, 9, 10, 13, 14, dan 15. Konstruk untuk mengukur kesediaan guru
ditunjukkan pada Jadual 3.6.
Jadual 3.6: Konstruk dan Nombor Item Variabel Kesediaan Guru
Konstruk Bil Item Nombor Item
A) Perubahan Organisasi 15 01, 02, 03, 04, 05
• Kesesuaian 05 06, 07, 08
• Sokongan Pentadbir 03 09, 10, 11, 12
• Efikasi Berubah 04 13, 14, 15
• Manfaat Peribadi 03
B) Penerimaan Teknologi 13 16, 17, 18, 19
• Tanggapan Kebergunaan 04 20, 21, 22
• Tanggapan Mudah Guna 03 23, 24, 25
• Keadaan Memudahkan 03 26, 27, 28
• Sikap Terhadap Teknologi 03
Jumlah Item 28
139
3.5.5 Pengukur Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
Bahagian E adalah berkaitan dengan variabel bersandar kajian iaitu pengurusan bilik
darjah abad ke-21. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur variabel ini ialah
Behavior and Instructional Management Scale (BIMS) oleh Martin dan Sass (2010)
dan Teacher Integration of Information and Communication Technology Scale
(TIICTS) oleh Hsu (2010). Untuk tujuan kajian ini, BIMS diguna pakai kerana ia
merupakan instrumen yang digunakan secara meluas dalam mengukur pengurusan
bilik darjah (Santiago, 2012).
Soal selidik BIMS oleh Martin dan Sass (2010) telah diguna pakai oleh
beberapa penyelidik terdahulu seperti Sass (2011), Martin et al. (2012), Santiago
(2012), Unal dan Unal (2012), Jalali, Panahzade, dan Firouzmand (2014), Hubbard
(2015), Aliakbari dan Heidarzadi (2015), Saeedi (2016), dan Sass, Lopes, Oliveira,
dan Martin (2016). Manakala soal selidik Teacher Integration of Information and
Communication Technology Scale oleh Hsu (2010) turut digunakan dalam beberapa
kajian penyelidikan seperti Hsu (2011) dan Hsu dan Kuan (2013). Berbanding BIMS,
soal selidik yang dibangunkan Hsu (2010) tidak digunakan sepenuhnya dalam kajian
ini. Terdapat 6 konstruk dalam soal selidik asal Hsu (2010) iaitu persediaan, produksi,
komunikasi, pengajaran, pembangunan kerjaya, dan etika keselamatan. Hanya
konstruk pengajaran (meliputi aspek perancangan, pengajaran dan penilaian) sahaja
yang digunakan sesuai dengan objektif kajian.
Bahagian ini terdiri daripada 21 item yang mewakili tiga konstruk pengurusan
bilik darjah abad ke-21, iaitu 6 item bagi konstruk pengurusan tingkah laku murid, 6
item konstruk pengurusan pengajaran dan 9 item bagi konstruk pengurusan
pengintegrasian teknologi. Skala pengukuran bagi setiap item yang digunakan pada
bahagian ini ialah skala Likert lima mata, iaitu mata 1 mewakili kenyataan “Sangat
Tidak Setuju”, mata 2 mewakili kenyataan “Tidak Setuju”, mata 3 mewakili kenyataan
“Tidak Pasti”, mata 4 mewakili kenyataan “Setuju” dan mata 5 mewakili kenyataan
“Sangat Setuju”. Tiada item bersifat negatif dalam konstruk ini. Konstruk dan nombor
item yang mengukur pengurusan bilik darjah abad ke-21 ditunjukkan dalam Jadual
3.7.
140
Jadual 3.7: Konstruk dan Nombor Item Variabel Pengurusan Bilik Darjah
Abad Ke-21
Konstruk Bil Item Nombor Item
Pengurusan Tingkah Laku 06 01, 03, 14, 16, 20, 22
Murid
06 04, 06, 09, 11, 17, 23
Pengurusan Pengajaran 09 05, 07, 08, 10, 12, 13, 15, 18, 19
Pengurusan Pengintegrasian 21
Teknologi
Jumlah Item
3.6 Kajian Rintis
Sekaran dan Bougie (2009) menjelaskan bahawa kajian rintis penting dilakukan bagi
memastikan kefahaman yang mudah terhadap soal selidik, kejelasan arahan,
jangkaan masa menjawab, dan menilai kesahan serta kebolehpercayaan soal selidik
untuk tujuan penambahbaikan. Dalam memastikan instrumen kajian boleh diguna
pakai, penyelidik telah menjalan kajian rintis bagi menguji kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian terhadap bukan sampel sebenar namun
mempunyai ciri, sifat dan karakter yang sama atau hampir dengan sampel sebenar
seperti yang dinyatakan Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin (2016). Kajian rintis
dijalankan pada 06 hingga 10 Mac 2017 terhadap 100 orang guru sekolah menengah
di daerah Kota Kinabalu dan Tuaran.
Pemilihan sampel guru untuk kajian rintis sebanyak 100 orang adalah sesuai
dan memadai untuk melakukan analisis faktor terhadap item-item soal selidik
(MacCallum, Widaman, Zhang, & Hong, 1999; Coakes, Steed & Ong, 2009). Hal yang
sama turut dikemukakan oleh Zainudin Awang (2012) dan menjelaskan bahawa
sampel tidak boleh kurang daripada 100 orang walaupun bilangan variabel adalah
kurang daripada 20. Hatcher (1994) turut mencadangkan bilangan sampel
seharusnya 5 kali ganda lebih banyak berbanding variabel, atau 100 orang.
141
Sampel untuk kajian rintis dipilih berdasarkan maklumat yang diperoleh
daripada Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berkaitan
sekolah-sekolah yang telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 pada tahun
2016. Empat buah sekolah yang dipilih tidak lagi dilibatkan dalam pengutipan data
kajian sebenar. Dua buah sekolah di daerah Kota Kinabalu yang terlibat dalam kajian
rintis ialah SMK Kolombong dan SMK Pekan Telipok. Sementara dua lagi sekolah
menengah lain yang terlibat ialah SMK Badin dan SMK Tun Fuad Stephens dalam
daerah Tuaran.
3.6.1 Kesahan Kandungan Instrumen Kajian
Umumnya, kesahan bermaksud sejauh manakah sesuatu instrumen yang digunakan
boleh menguji perkara yang sepatutnya ingin diuji (Hair et al., 2010). Fraenkel dan
Wallen (1996) mendefinisikan kesahan sebagai ketepatan, kebenaran, bermakna,
dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Maklumat
kesahan soal selidik merupakan penentu sama ada soal selidik tersebut sesuai atau
tidak untuk mengukur sesuatu variabel kajian. Seterusnya, Fraenkel dan Wallen
(1996) telah membahagikan kesahan instrumen kepada tiga cara iaitu kesahan
kandungan, kesahan kriteria dan kesahan konstruk.
Kesahan instrumen soal selidik boleh dilakukan melalui dua cara (Ghazali
Darusalam dan Sufean Hussin, 2016). Bagi kesahan kandungan dan kesahan kriteria,
penyelidik boleh memohon bantuan sekumpulan pakar dalam bidang berkaitan bagi
mengesahkan instrumen kajian. Bagi tujuan tersebut, borang soal selidik kajian ini
telah disemak oleh lima orang panel pakar yang berpengalaman dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan pendidikan serta mahir dalam keempat-empat variabel
kajian. Semakan pakar dilakukan agar setiap item soal selidik yang digunakan benar-
benar mewakili variabel-variabel yang dikaji. Berpandukan pandangan dan saranan
pakar, beberapa pengubahsuaian dilakukan bagi memantapkan maksud dan
kejelasan setiap item. Setelah proses penggubalan semula dilakukan, kajian rintis
dijalankan bagi memastikan kesahan konstruk dan kebolehpercayaan soal selidik.
142
Dalam kajian ini, kesahan konstruk dijalankan menggunakan analisis faktor
penerokaan (Exploratory Factor Analysis) setelah kajian rintis dilaksanakan bagi
menguji item-item untuk menentukan kesesuaian dalam konstruk berkenaan.
Analisis faktor penerokaan (EFA) adalah kaedah statistik yang digunakan untuk
mendedahkan struktur asas set variabel yang agak besar. EFA adalah teknik dalam
analisis faktor yang matlamat utamanya adalah untuk mengenal pasti hubungan asas
antara variabel yang diukur. EFA digunakan apabila penyelidik mempunyai sedikit
idea mengenai mekanisme asas fenomena sasaran, dan oleh itu, tidak pasti
bagaimana variabel akan beroperasi satu sama lain (Henson & Roberts, 2006).
Para penyelidik menggunakan EFA untuk mengenal pasti satu set faktor yang
tidak dapat diamati (laten) yang membina kerumitan data yang diperhatikan. Hal ini
bermakna bahawa penyelesaian faktor yang diekstrak dari EFA harus menyimpan
semua maklumat penting yang tersedia dari data asal, sementara maklumat yang
tidak perlu atau berlebihan, serta ralat pengukuran dikeluarkan. Dalam erti kata lain,
EFA adalah alat yang digunakan untuk membantu menjana teori baru dengan
meneroka faktor laten yang paling baik untuk variasi dan perhubungan antara
variabel nyata (Henson & Roberts, 2006; Matsunaga, 2010). Perhatikan bahawa
analisis faktor jenis ini digunakan untuk menganggarkan struktur data yang tidak
diketahui. Perkara ini adalah titik kritikal yang membezakan EFA daripada analisis
komponen utama (PCA), yang sering dikelirukan dengan EFA dan oleh itu
disalahgunakan sebagai pengganti atau sebagai variannya (Henson dan Roberts,
2006).
Menurut Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin (2016), ramai dalam kalangan
pengamal kuantitatif membuat kesahan instrumen terlebih dahulu sebelum membuat
ujian kebolehpercayaan. Oleh itu, kajian ini terlebih dahulu membuat pengesahan
instrumen melalui kaedah analisis faktor. Pallant (2013) menjelaskan faktor analisis
digunakan secara intensif dalam penyelidikan khusus bagi membangun dan menilai
sesuatu instrumen baharu. Dalam keadaan tersebut, fungsi faktor analisis adalah
digunakan sepenuhnya. Analisis faktor dilakukan bagi menentukan tahap kesahan
konstruk item dalam satu set instrumen bagi menyusun sebilangan besar item soal
selidik ke dalam konstruk tertentu bagi mengurangkan bilangan item (Bartholomew,
Knott, & Moustaki, 2011; Pallant, 2013). Selain itu, analisis faktor juga boleh
143
digunakan untuk pelbagai tujuan lain mengikut objektif penyelidik sendiri. Sesuai
dengan penjelasan Pallant (2013), analisis faktor dalam kajian ini digunakan
bertujuan mengesahkan item-item mengikut konstruk asal sama ada sesuai atau
tidak berdasarkan faktor muatan masing-masing.
Pada kebiasaannya, item-item dalam sesuatu faktor dipilih berdasarkan
eigenvalues melebihi nilai 1 pada setiap faktor (Comrey & Lee, 1992; Matsunaga,
2010). Menurut Hair et al. (2010), faktor muatan yang lebih besar daripada 0.30
dianggap memenuhi tahap minimum; 0.40 dianggap baik; dan jika muatan adalah
0.50 atau lebih tinggi, ia dianggap sangat baik secara praktikal dalam menentukan
faktor dalam sesuatu skala pengukuran. Menurut Comrey dan Lee (1992) pula, nilai
muatan 0.32 hingga 0.44 adalah dianggap lemah; nilai 0.45 hingga 0.54 adalah
sederhana; nilai 0.55 hingga 0.62 adalah baik; nilai 0.63 hingga 0.70 adalah sangat
baik; dan nilai muatan item yang melebihi 0.71 dianggap varians yang cemerlang
dalam menjelaskan sesuatu faktor. Manakala menurut Tabachnick dan Fidell (2007)
dan Yong dan Pearce (2013), berasaskan kebiasaan dengan menggunakan nilai alfa
0.01 (dua hujung), dan dengan saiz sampel sekurang-kurangnya 300 orang, maka
nilai muatan 0.32 secara statistiknya boleh diterima. Setelah dipertimbangkan
berdasarkan kesesuaian jenis analisis dan saiz sampel, cadangan Hair et al. (2010)
adalah lebih relevan memandangkan analisis kajian ini adalah mencapai peringkat
analisis laluan (SEM). Oleh itu, faktor muatan yang bernilai 0.40 dan ke atas sahaja
diterima dalam kajian ini.
Sebelum melakukan faktor analisis, penyelidik perlu menentukan
kesempurnaan atau kecukupan item terlebih dahulu. Menurut Pallant (2013),
terdapat dua pengukuran statistik yang dapat membantu bagi menentukan sama ada
data tersebut sesuai atau tidak menjalankan faktor analisis iaitu sukatan kecukupan
pensampelan Kaiser-Meyer-Olkin (Kaiser-Meyer-Olkin measure of sampling
adequacy) dan ujian kesferaan Bartlett (Bartlett’s test of sphericity). Variabel yang
menunjukkan sukatan kecukupan pensampelan kurang daripada 0.60 perlu
disingkirkan dari analisis faktor.
144
Di samping itu, nilai ujian kesferaan Bartlett yang besar dan signifikan adalah
penting untuk membolehkan analisis faktor dilaksanakan (Coakes et al., 2009; Lay,
Khoo, & Ley, 2016). Bagi membolehkan struktur faktor yang diekstrak dapat
diinterpretasikan dengan lebih baik, analisis komponen utama (Principal Component
Analysis) dan kaedah pemutaran Oblimin dengan Kaiser Normalization digunakan
dalam kajian ini. Pemilihan kaedah putaran tersebut dilakukan kerana penyelidik
memiliki idea awal namun terbatas tentang hubung kait yang sedia wujud antara
item dan pengelasan item mengikut konstruk dalam soal selidik asal seperti yang
dijelaskan Tabachnick dan Fidell (2007).
a) Analisis Faktor Kepimpinan Servan Pengetua
Bagi tujuan kesahan, sebanyak 34 item variabel kepimpinan servan pengetua
dimuatkan untuk dianalisis dengan melibatkan lima konstruk, iaitu menghargai
individu, konstruk membangunkan individu, membina komuniti, memperlihatkan
keaslian, dan menyediakan kepimpinan. Keputusan ujian kesferaan Bartlett adalah
besar dan signifikan ( 2 =3598.02, df=561, p<0.05) dan nilai ujian sukatan
kecukupan pensampelan Kaiser-Meyer-Olkin adalah 0.93, jauh lebih tinggi daripada
nilai 0.60 yang disarankan. Oleh sebab itu, sifat kebolehfaktoran dapat diandaikan
dan ujian diteruskan. Nilai muatan bagi setiap item ditunjukkan pada Jadual 3.8.
145
Jadual 3.8: Nilai Faktor Muatan Konstruk dan Item Variabel Kepimpinan
Servan Pengetua
Konstruk No Item Faktor
Item Muatan
Menghargai
Individu 01 mempercayai guru-guru. 0.81
0.70
06 mengambil berat terhadap guru-guru. 0.63
0.82
09 menyedari keperluan guru-guru. 0.43
0.47
11 menerima setiap individu dengan seadanya. 0.73
0.90
30 pendengar yang baik.
31 meletakkan keperluan guru mengatasi keperluan dirinya sendiri. 0.63
32 menghargai setiap perkara yang saya lakukan. 0.75
33 terbuka untuk mendengar pandangan saya. 0.39
Membangun 12 melihat konflik sebagai peluang untuk belajar. 0.88
Individu 18 mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran. 0.89
Membina 22 mengamalkan tingkah laku yang sama sebagaimana yang 0.91
Komuniti diharapkannya daripada individu lain. 0.60
0.70
Memperlihat 26 membangunkan potensi individu melalui galakan. 0.57
Keaslian 28 menyediakan khidmat nasihat dalam usaha meningkatkan 0.40
0.67
Menyediakan profesionalisme individu guru. 0.45
Kepimpinan 34 memberikan galakan kepada saya.
04 bekerjasama dalam satu pasukan. 0.65
05 menghargai keupayaan individu yang berbeza. 0.60
0.66
07 mempunyai hubungan yang baik dengan guru-guru. 0.57
10 berusaha untuk mengekalkan hubungan kerja yang positif. 0.59
13 mengetahui cara bagaimana bergaul dengan individu lain. 0.63
16 sentiasa berkolaborasi dengan guru-guru, bukannya terpisah 0.62
0.59
daripada mereka 0.79
23 memudahkan pembangunan komuniti. 0.74
0.44
15 bersedia untuk belajar dari individu lain di bawah seliaannya. 0.76
19 bersedia menerima kritikan daripada individu lain. 0.65
0.55
20 melakukan setiap perkara yang dinyatakannya.
21 mengakui kesilapan diri secara terbuka.
24 secara ikhlas menilai dirinya sebelum cuba menilai individu lain.
25 mengambil tindakan yang sesuai apabila diperlukan.
29 bertanggungjawab terhadap individu lain.
02 jelas akan petunjuk matlamat sekolah.
03 mengetahui hala tuju sekolah pada masa hadapan.
08 berpegang kepada amanah untuk mencapai matlamat tugas.
14 menghebahkan visi sekolah dengan jelas.
17 sentiasa menyokong untuk membantu guru mencapai matlamat.
27 menghebahkan matlamat program sekolah dengan jelas.
146
Berdasarkan Jadual 3.8, didapati kebanyakan item dalam konstruk yang
ditetapkan dari instrumen asal mempunyai julat nilai muatan di antara 0.41 hingga
0.91 kecuali item 22 dengan faktor muatan 0.39 dan item 30 yang mempunyai
persamaan faktor muatan bagi dua faktor berbeza pada nilai 0.43 dan 0.41. Oleh itu,
kedua-dua item ini disingkirkan kerana tidak menepati kriteria yang telah ditentukan.
Setelah faktor analisis dilakukan, bilangan item bagi variabel kepimpinan servan
pengetua telah berkurangan menjadi 32 item. Keputusan analisis memperlihatkan
semua item tersebut berada pada tahap baik dan boleh diterima.
b) Analisis Faktor Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
Bagi tujuan kesahan, sebanyak 45 item variabel tingkah laku pemupukan kreativiti
dimuatkan untuk dianalisis dengan melibatkan sembilan konstruk, iaitu kebebasan,
integrasi, motivasi, pertimbangan, fleksibiliti, penilaian, pertanyaan, peluang, dan
kekecewaan. Setiap konstruk mengandungi lima item seperti instrumen asal yang
telah diadaptasi penyelidik. Sebelum faktor analisis dilanjutkan, Ujian Kesferaan
Bartlett dan Sukatan Kecukupan Pensampelan Kaiser-Meyer-Olkin dirujuk terlebih
dahulu. Keputusan ujian Kesferaan Bartlett yang diperoleh adalah besar dan
signifikan ( 2 =2765.27, df =990, p<0.05), dan nilai ujian Sukatan Kecukupan
Pensampelan Kaiser-Meyer-Olkin adalah 0.82. Nilai ini lebih tinggi daripada nilai 0.60
seperti yang disarankan. Perkara ini menunjukkan sifat kebolehfaktoran menepati
andaian dan ujian analisis faktor boleh diteruskan.
Berdasarkan Jadual 3.9, didapati item-item bagi semua konstruk mempunyai
julat nilai muatan di antara 0.26 hingga 0.86. Seperti yang dijelaskan, item yang
mempunyai nilai muatan di bawah 0.40 akan disingkirkan. Demikian juga item yang
mempunyai persamaan nilai muatan dalam dua faktor yang berbeza juga
dipertimbangkan untuk digugurkan. Bagi konstruk kebebasan, item 28 mempunyai
nilai faktor muatan yang tidak mencapai nilai 0.40. Oleh itu, item tersebut
digugurkan. Pengguguran item juga melibatkan beberapa konstruk lain. Item 23
dalam konstruk fleksibiliti digugurkan kerana nilai muatannya di bawah 0.40.
Konstruk peluang juga mengalami pengguguran item iaitu item 26 kerana nilai
muatan yang rendah. Dalam konstruk kekecewaan, dua item iaitu item 27 dan item
147
45 turut digugurkan. Item 27 mempunyai faktor muatan tidak mencapai 0.40.
Manakala item 45 digugurkan kerana mempunyai nilai muatan yang hampir sama
dalam dua faktor berbeza. Secara keseluruhannya, terdapat lima item soal selidik
asal digugurkan. Selepas analisis faktor dijalankan, bilangan item bagi variabel kajian
ini berkurang menjadi 40 item sahaja. Keputusan analisis menunjukkan semua item
berada pada tahap baik dan boleh diterima seperti yang terdapat pada Jadual 3.9.
Jadual 3.9: Nilai Faktor Muatan Konstruk dan Item Variabel Tingkah
Laku Pemupukan Kreativiti Guru
Konstruk No Item Faktor
Kebebasan Muatan
Item Saya menggalakkan murid untuk menunjukkan apa-apa yang telah
Integrasi dipelajari oleh mereka. 0.57
Motivasi 01
Saya mengajar perkara asas kepada murid dan selanjutnya 0.62
Pertimbangan 10 membiarkan mereka mencari jawapan sendiri.
Saya memastikan murid-murid mencari jawapan bagi setiap soalan 0.86
19 yang saya berikan.
Saya mengajar murid tentang perkara asas dan memberikan ruang -0.31
28 untuk pembelajaran kendiri.
Saya memberikan soalan-soalan secara terbuka untuk membolehkan -0.55
37 murid mencari jawapan sendiri.
0.53
02 Murid berpeluang berkongsi idea di dalam kelas saya. 0.57
11
Murid di dalam kelas saya berpeluang melakukan kerja berkumpulan 0.40
20 dengan bebas.
Murid di dalam kelas saya digalakkan menyumbang kepada 0.51
29 pembelajaran melalui idea atau cadangan mereka -0.72
38 Saya menggalakkan murid mengemukakan cadangan di dalam kelas 0.81
03
Saya mengharapkan murid bekerja dalam kumpulan secara koperatif. -0.62
12 0.53
21 Saya bersemangat menekankan pengajaran tentang asas pengetahuan
yang baik. 0.44
30
Saya bersemangat menekankan penguasaan ilmu pengetahuan murid. 0.42
39
Saya memaklumkan murid bahawa menjadi pengharapan saya agar 0.79
04 mereka mempelajari pengetahuan asas dengan baik.
Beralih dari topik ke topik berikutnya secara pantas bukan motivasi -0.72
13 saya dalam kelas.
Menghabiskan sukatan pelajaran bukan pendorong saya berbanding 0.82
22 memastikan murid mempelajari perkara asas dengan baik.
0.61
31 Apabila murid mempunyai idea, saya membuatkan mereka mencari 0.73
40 lebih lanjut sebelum memberikan pendirian.
Apabila murid mencadangkan sesuatu, saya menyusulinya dengan
mengajukan soalan agar mereka berfikir lebih lanjut.
Saya tidak memberikan pandangan serta merta terhadap idea-idea
murid, sama ada bersetuju atau tidak.
Saya mengulas idea murid setelah mereka menerokai sepenuhnya.
Saya menggalakkan murid untuk melakukan sesuatu yang berlainan
walaupun mengambil lebih banyak masa.
148
Konstruk No Item Faktor
Fleksibiliti Muatan
Penilaian Item
0.44
Pertanyaan 05 Di dalam kelas, saya menguji idea murid untuk meningkatkan pemikiran 0.41
Peluang mereka. 0.35
0.76
Kekecewaan 14 Saya memberi kelonggaran kepada murid-murid untuk bertanya soalan 0.81
walaupun tidak berkaitan. 0.63
-0.48
23 Saya menggalakkan murid-murid berfikir dari pelbagai sudut walaupun 0.59
sebahagian idea mungkin tidak relevan. 0.40
0.65
32 Saya suka murid meluangkan masa untuk berfikir dengan cara berbeza. -0.73
0.65
41 Saya mengizinkan murid untuk melakukan sesuatu yang berlainan -0.55
daripada apa yang diarahkan kepada mereka. -0.74
0.43
06 Saya mahu murid dapat menyemak hasil kerja sendiri tanpa menunggu -0.54
saya membetulkannya. 0.43
0.27
15 Saya memberi peluang kepada murid-murid berkongsi kekuatan mereka -0.68
dengan rakan lain. 0.55
0.86
24 Murid sedia maklum bahawa mereka perlu menilai kerja mereka sendiri 0.41
sebelum saya melakukannya. -0.39
-0.50
33 Dalam kelas saya, murid berpeluang menilai diri mereka sendiri sama 0.40
ada betul atau salah.
42 Saya mengizinkan murid untuk menunjukkan hasil kerja sesama
mereka sebelum penghantaran.
07 Saya mengambil perhatian serius kepada setiap cadangan yang
dikemukakan murid.
16 Saya mendengar setiap soalan yang ditanya murid dengan teliti.
25 Murid sedia maklum bahawa saya tidak menolak pertanyaan mereka
dengan mudah.
34 Saya mendengar pertanyaan murid walaupun tidak praktikal.
43 Saya mendengar soalan yang dikemukakan murid dengan sabar
walaupun tidak logik.
08 Saya memberi peluang kepada murid untuk mencuba perkara yang
dipelajari mereka dalam pelbagai situasi.
17 Saya menghargai keupayaan murid-murid mengaplikasikan perkara
yang dipelajari mereka dalam situasi yang berbeza
26 Murid saya digalakkan untuk melakukan perkara yang berbeza daripada
apa-apa yang telah dipelajari di dalam kelas.
35 Saya tidak kisah jika murid mencuba idea sendiri yang berbeza
daripada apa yang telah saya tunjukkan.
44 Murid-murid dibenarkan melangkaui apa-apa yang telah diajar kepada
mereka dalam subjek saya.
09 Murid yang mengalami kekecewaan boleh berjumpa saya untuk
sokongan emosi.
18 Saya membantu murid yang mengalami kegagalan untuk mendapatkan
keyakinan semula
27 Saya membantu murid saya untuk mengambil pengajaran daripada
kegagalan mereka.
36 Saya mendorong murid yang mengalami kekecewaan untuk
menerimanya sebagai sebahagian dari proses pembelajaran.
45 Saya menggalakkan murid yang mengalami kegagalan untuk mencari
penyelesaian lain.
149
c) Analisis Faktor Kesediaan Guru
Sebanyak 28 item variabel kesediaan guru dimuatkan untuk dianalisis dengan
melibatkan lapan konstruk. Daripada lapan konstruk, terdapat empat konstruk adalah
mewakili aspek perubahan organisasi iaitu kesesuaian, sokongan pentadbir, efikasi
berubah, dan manfaat peribadi. Empat lagi merupakan konstruk dari aspek
penerimaan teknologi iaitu tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna,
keadaan memudahkan, dan sikap terhadap teknologi.
Keputusan analisis Ujian Kesferaan Bartlett yang diperoleh adalah besar dan
signifikan ( 2 =2030.39, df=378, p<0.05) dan nilai Ujian Sukatan Kecukupan
Pensampelan Kaiser-Meyer-Olkin adalah 0.77. Perkara ini menjadi petunjuk berkaitan
sifat kebolehfaktoran yang menepati andaian. Oleh itu ujian analisis faktor boleh
diteruskan. Berdasarkan Jadual 3.10, didapati item-item bagi semua konstruk
mempunyai nilai muatan yang melebihi 0.40 iaitu julat di antara 0.51 hingga 0.90.
Oleh itu, semua item yang telah ditentukan mengikut konstruk masing-masing
dikekalkan. Keputusan analisis menunjukkan semua item tersebut berada pada tahap
baik dan boleh diterima. Bilangan item bagi variabel kajian iaitu kesediaan guru tidak
berubah iaitu dikekalkan pada 28 item.
150
Jadual 3.10: Nilai Faktor Muatan Konstruk dan Item Variabel Kesediaan
Guru
Konstruk No Item akan mendapat faedah Faktor
Kesesuaian organisasi Muatan
Item
0.81
01 Saya beranggapan bahawa
daripada perubahan ini. 0.68
02 Perubahan ini akan meningkatkan kecekapan organisasi secara 0.59
keseluruhan. 0.58
03 Perubahan ini memudahkan kerja saya. 0.67
04 Apabila perubahan ini dilaksanakan, saya percaya bahawa tiada 0.78
manfaat yang akan saya peroleh. -0.82
-0.88
05 Masa yang kita gunakan untuk perubahan ini sepatutnya digunakan
untuk perkara lain. 0.67
Sokongan 06 Pentadbir sekolah menggalakkan guru-guru menerima perubahan ini 0.67
Pentadbir 07 Setiap pentadbir sekolah menekankan kepentingan perubahan ini.
-0.64
08 Pihak pembuat keputusan tertinggi sekolah menyokong penuh segala
usaha di sebalik perubahan ini. 0.83
Efikasi 09 Saya tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan 0.81
Berubah kerja yang akan saya lakukan apabila perubahan ini diterima.
0.87
10 Terdapat beberapa tugas yang diperlukan apabila berlaku perubahan
ini, yang tidak mampu saya lakukan dengan baik. 0.87
0.88
11 Saya mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan 0.90
perubahan ini. 0.89
0.79
12 Pengalaman lampau membuatkan saya yakin boleh melaksanakan 0.76
perubahan ini dengan jayanya. 0.51
-0.88
Manfaat 13 Saya bimbang akan kehilangan status dalam organisasi sekiranya -0.89
Peribadi perubahan ini dilaksanakan.
-0.88
14 Perubahan ini akan mengganggu banyak hubungan peribadi yang
telah saya jalinkan. -0.68
15 Perubahan ini akan menyebabkan masa depan kerja saya terhad. 0.53
-0.42
Tanggapan 16 Prestasi kerja saya akan meningkat dengan penggunaan teknologi. -0.66
Kebergunaan 17 Produktiviti saya akan meningkat dengan penggunaan teknologi.
18 Keberkesanan kerja saya meningkat dengan penggunaan teknologi.
Tanggapan 19 Teknologi merupakan alat berguna dalam kerja saya.
Mudah Guna 20 Teknologi memudahkan kerja yang ingin saya lakukan.
21 Teknologi adalah mudah untuk digunakan.
22 Interaksi saya dengan teknologi adalah jelas/ mudah difahami
Keadaan 23 Kakitangan khas tersedia ketika saya memerlukan bantuan
Memudahkan menggunakan teknologi.
24 Bimbingan khas disediakan ketika saya memerlukan bantuan
menggunakan teknologi.
25 Terdapat panduan khusus yang boleh membantu saya semasa
menggunakan teknologi.
Sikap terhadap 26 Bekerja menggunakan teknologi adalah menyeronokkan.
Penggunaan
Teknologi 27 Saya suka menggunakan teknologi.
28 Saya berharap semua tugasan memerlukan saya menggunakan
teknologi.
151
d) Analisis Faktor Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
Sebanyak 24 item variabel pengurusan bilik darjah abad ke-21 dimuatkan untuk
dianalisis dengan melibatkan tiga konstruk iaitu pengurusan tingkah laku,
pengurusan pengajaran dan pengurusan pengintegrasian teknologi. Keputusan Ujian
Kesferaan Bartlett yang diperoleh adalah besar dan signifikan ( 2=1138.29, df=276,
p<0.05) dan nilai ujian Sukatan Kecukupan Pensampelan Kaiser-Meyer-Olkin adalah
0.86. Perkara ini menunjukkan sifat kebolehfaktoran menepati andaian dan ujian
analisis faktor boleh dilaksanakan.
Berdasarkan Jadual 3.11, didapati item-item bagi semua konstruk mempunyai
julat nilai muatan di antara 0.36 hingga 0.87. Memandangkan item 21 bagi konstruk
Pengintegrasian Teknologi mempunyai nilai muatan di bawah 0.40, maka ia terpaksa
disingkirkan. Demikian juga item 24 turut disingkirkan kerana mempunyai persamaan
nilai muatan dalam dua faktor yang berbeza. Oleh itu, bilangan item bagi konstruk
pengurusan pengintegrasian teknologi telah berkurang kepada 10 item selepas faktor
analisis dilakukan. Pengguguran tersebut menjadikan jumlah keseluruhan item
berjumlah 22 item. Semua item tersebut berada pada tahap baik dan boleh diterima.
152
Jadual 3.11: Nilai Faktor Muatan Konstruk dan Item Variabel Pengurusan
Bilik Darjah Abad Ke-21
Konstruk No Item Faktor
Tingkah Laku Muatan
Item menegur murid apabila bercakap pada masa yang tidak sesuai.
-0.58
01 0.87
-0.47
03 membataskan perbualan murid.
-0.84
14 menegaskan bahawa murid harus kembali ke topik asal sekiranya
mereka tersasar. -0.74
16 menegaskan agar murid mematuhi peraturan sepanjang masa di -0.75
dalam bilik darjah.
0.81
20 tegas menguatkuasakan peraturan bilik darjah untuk mengawal
tingkah laku murid. 0.60
22 meminta murid mematuhi peraturan bilik darjah saya jika berlaku 0.65
04 tingkah laku ingkar. 0.81
Pengajaran menggunakan teknik pembelajaran kolaboratif untuk meneroka -0.77
persoalan yang timbul.
0.51
06 melibatkan murid dalam perbincangan aktif tentang isu berkaitan
09 aplikasi dunia sebenar. 0.85
11 0.75
menggunakan kaedah kerja berkumpulan di dalam bilik darjah.
0.55
menggunakan input daripada murid apabila membuat projek
mereka. 0.60
17 mengubah suai arahan sebagai respon kepada keperluan 0.56
individu murid.
0.40
23 merancang pengajaran yang menggalakkan interaksi antara
murid. 0.59
02
Integrasi 05 Membentuk pelbagai kriteria penilaian aktiviti ICT di bilik darjah. 0.58
Teknologi 0.76
Memastikan murid berkemahiran ICT yang mencukupi bagi 0.79
melaksanakan tugasan. 0.36
-0.49
07 Menilai strategi pengintegrasian teknologi untuk
penambahbaikan pengajaran.
08 Membimbing murid menggunakan ICT untuk mengumpul
maklumat bagi membuat laporan projek.
10 Memimpin murid bagaimana mencari maklumat berguna
daripada laman web.
12 Menggunakan teknologi untuk mencari maklumat tambahan bagi
kegunaan murid.
13 Merancang penggunaan teknologi untuk menghasilkan bahan
pengajaran.
15 Memilih bahan ICT yang sesuai dengan matlamat pengajaran.
18
19 menganalisis perkembangan murid melalui aktiviti kumpulan
21 dalam pengajaran berbantu ICT
24 menyusun aktiviti pembelajaran ICT yang berbeza berdasarkan
tahap pencapaian murid
berbincang dengan guru lain tentang pembelajaran murid dalam
kelas integrasi teknologi.
mengajar murid menilai ketepatan maklumat sebelum akses ke
dalam talian.
153
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
Setelah analisis faktor dilakukan, langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan
penyelidik ialah melakukan ujian kebolehpercayaan item (Ghazali Darusalam &
Sufean Hussin, 2016). Sekaran dan Bougie (2009) menyatakan kebolehpercayaan
merujuk kepada konsistensi soal selidik mengukur apa sahaja konsep yang hendak
diukur. Kebolehpercayaan instrumen kajian juga menerangkan ketekalan sesuatu
instrumen dalam melahirkan skor yang setara (Fraenkel & Wallen, 1996). Menurut
Chua (2006) dan Sekaran dan Bougie (2009), kajian kuantitatif sering menggunakan
kaedah pengukuran dengan mengira nilai pekali Alpha Cronbach dalam menentukan
kebolehpercayaan sesuatu instrumen. Hal yang sama dipersetujui Ghazali Darusalam
dan Sufean Hussin (2016), terutamanya dalam mengukur kebolehpercayaan item-
item soal selidik yang menggunakan skala Likert 5 mata.
Pelbagai pandangan dikemukakan berkaitan nilai pekali kebolehpercayaan
yang boleh diterima dan mencukupi bagi sesuatu instrumen. Ramlee Ismail,
Jamal@Nordin Yunus, dan Hariri Kamis (2011) menyatakan nilai Alpha Cronbach
adalah sekurang-kurangnya 0.70 untuk diterima. Borg dan Gall (1983), Popham
(1990), dan Chua (2006) menganggap nilai Alpha Cronbach sekitar 0.65 hingga 0.95
adalah baik dan mencukupi. Manakala Fraenkel dan Wallen (1996) pula menganggap
tahap terbaik nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah antara 0.71 hingga 0.99.
Dapatan kajian rintis berkaitan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ditunjukkan
dalam Jadual 3.12.
Jadual 3.12: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan Item Kajian Rintis
Variabel Sampel Bil Alpha
Kajian (N) Item Cronbach
Kepimpinan Servan Pengetua 100 32 0.97
Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti 100 40 0.93
Kesediaan Guru 100 28 0.84
Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21 100 21 0.89
Keseluruhan 100 121 0.95
154
Merujuk kepada Jadual 3.12, nilai pekali Alpha Cronbach bagi variabel
kepimpinan servan ialah 0.97, tingkah laku pemupukan kreativiti sebanyak 0.93,
kesediaan guru sebanyak 0.84, dan pengurusan bilik darjah abad ke-21 sebanyak
0.89. Nilai Alpha Cronbach keseluruhan item kajian ini ialah 0.95. Keputusan kajian
rintis ini menunjukkan kebolehpercayaan terhadap item-item dalam setiap konstruk
instrumen kajian adalah tinggi. Hal ini demikian kerana nilai Alpha Cronbach di antara
0.80 hingga 0.97 yang diperoleh menerusi kajian rintis adalah sesuai dengan
pandangan Fraenkel dan Wallen (1996). Tambahan pula, pekali yang menghampiri
nilai Alpha 1.00 merupakan pekali yang dianggap mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi (Mohd. Majid Konting, 2000).
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam lajur Cronbach’s Alpha if item
deleted, sesuatu item boleh dipertimbangkan untuk dikekalkan atau disingkirkan
berdasarkan nilai koefisien kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang dicadangkan.
Setelah analisis kebolehpercayaan dilakukan, terdapat satu item yang perlu
disingkirkan iaitu item 2 kerana nilai koefisien kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi
variabel pengurusan bilik darjah abad ke-21 secara keseluruhannya meningkat
kepada 0.89 jika item tersebut digugurkan. Akhirnya, setelah analisis terhadap faktor
muatan dan nilai koefisien kebolehpercayaan Alpha Cronbach dilakukan, terdapat 32
item bagi variabel kepimpinan servan pengetua, 40 item bagi variabel tingkah laku
pemupukan kreativiti, 28 item bagi variabel kesediaan guru, dan 21 item bagi variabel
pengurusan bilik darjah abad ke-21. Dengan 2 soalan berkaitan demografi, Jumlah
keseluruhan item dalam soal selidik kajian ini ialah 123.
3.7 Prosedur Pengumpulan Data
Proses pemungutan data primer dalam kajian ini akan melibatkan guru-guru di
sekolah menengah harian biasa di negeri Sabah. Sebelum proses pengumpulan data
primer, beberapa prosedur dan langkah perlu dipatuhi penyelidik. Penyelidik terlebih
dahulu memohon kebenaran menjalankan kajian dari pihak Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya,
kebenaran juga dipohon dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk
melaksanakan kutipan data di sekolah-sekolah menengah harian biasa yang terpilih.
155
Langkah ini bertujuan agar pihak yang terlibat dalam proses pengumpulan data
khususnya pengetua dapat memberi kerjasama sepenuhnya, di samping memastikan
proses pengumpulan data dapat dibuat mengikut prosedur yang betul dan berjalan
lancar. Prosedur pengumpulan data untuk kajian ini telah dibahagikan kepada dua
peringkat. Pada peringkat pertama, penyelidik telah mengadakan lawatan ke
sekolah-sekolah yang dikenal pasti bagi setiap daerah di Sabah dan mengenal pasti
responden yang bakal dijadikan sampel. Pengetua sekolah yang terlibat dihubungi
terlebih dahulu untuk menjelaskan objektif kajian dijalankan. Tindakan ini dilakukan
agar kos, masa dan tenaga dapat dijimatkan, di samping memastikan kelancaran
semasa soal selidik ditadbir.
Peringkat kedua, penyelidik mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah yang
telah dikenal pasti di setiap daerah untuk mentadbir soal selidik terhadap responden.
Beberapa usaha diambil semasa proses pemungutan data dijalankan bagi tujuan
meminimumkan pelbagai kekangan seperti gangguan waktu pengajaran dan
pembelajaran serta waktu rehat guru. Para responden diberi penerangan terperinci
berhubung tujuan kajian dan alasan mereka dipilih sebagai sampel kajian sebelum
menjawab soal selidik. Selain itu, para responden juga diberi penerangan terperinci
tentang tatacara menjawab soal selidik. Aspek berhubung kerahsiaan maklumat yang
diberi juga dijelaskan. Penjelasan berhubung aspek-aspek ini perlu dilakukan agar
responden dapat memberi kerjasama dan tumpuan yang sepenuhnya dapat
diberikan, ketika menjawab soal selidik yang diedarkan.
3.8 Analisis Data
Data yang diperoleh penyelidik seterusnya dianalisis menggunakan program IBM
SPSS Statistics Version 21.0 dan IBM SPSS Amos Version 21.0. Data terlebih dahulu
dianalisis untuk menentukan kenormalan dan kebolehpercayaan. Taburan data kajian
dianalisis berdasarkan serakan skor min kepimpinan servan pengetua, skor min
tingkah laku pemupukan kreativiti, skor min kesediaan guru, dan skor min
pengurusan bilik darjah abad ke-21 untuk menguji kenormalannya. Seterusnya,
analisis pekali kebolehpercayaan dengan menggunakan Alpha Cronbach dijalankan.
Analisis data kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis
156
deskriptif bertujuan untuk menganalisis dan merumus latar belakang responden.
Manakala, analisis inferensi dalam kajian ini akan melibatkan ujian-t, analisis varians
sehala (ANOVA), korelasi Pearson, dan analisis laluan (SEM).
3.8.1 Kaedah Deskriptif
Kaedah ini digunakan untuk memerihalkan secara menyeluruh latar belakang
responden iaitu jantina dan pengalaman mengajar serta variabel-variabel yang dikaji.
Analisis statistik ini adalah melibatkan frekuensi, peratusan, dan min. Pengukur tahap
kepimpinan servan pengetua, tingkah laku pemupukan kreativiti, kesediaan guru,
dan pengurusan bilik darjah abad ke-21 adalah berdasarkan tiga tahap skor min, iaitu
tinggi, sederhana, dan rendah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.13.
Jadual 3.13: Tafsiran Skor Min
Purata Min Pengelasan Tahap
1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.67
3.68 - 5.00 Sederhana
Tinggi
Sumber: Levin dan Rubin (1998); Mohd Yusof Abdullah (2006)
3.8.2 Kaedah Inferensi
Menurut Mohd. Majid Konting (2000), statistik inferensi merupakan kaedah yang
membantu dalam membuat kesimpulan terhadap sesuatu populasi. Kesimpulan
terhadap populasi ini dapat diperoleh melalui Ujian-t, Analisis Varians Sehala (One
Way ANOVA), pekali korelasi Pearson, dan analisis laluan (SEM). Dalam kajian ini,
aras signifikan p<0.05 telah ditetapkan untuk semua analisis data.
157
a) Ujian-t dan Analisis Varians Sehala
Ujian-t (t-Test) dan Analisis Varians Sehala (One Way ANOVA) adalah untuk
membuat perbandingan atau perbezaan skor min sesuatu variabel yang dikaji (Chua,
2009). Analisis ini dilaksanakan apabila terdapat satu atau lebih variabel bersandar
dalam data. Dalam analisis yang melibatkan ujian ini, nilai p dijadikan sebagai
petunjuk. Nilai p<0.05 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara
dua atau lebih skor min variabel bebas. Sementara itu nilai p˃0.05 menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara dua atau lebih skor min variabel
bebas. Ujian-t dan Analisis Varians Sehala digunakan untuk menguji hipotesis nul
kajian pertama hingga kelapan (Ho1 hingga Ho8).
b) Ujian Pekali Korelasi Pearson
Ujian pekali korelasi Pearson bertujuan untuk mengukur kekuatan hubungan linear
antara dua variabel. Keputusan analisis ini menunjukkan darjah hubungan kedua-
dua variabel. Ujian pekali korelasi Pearson digunakan untuk mengukur perhubungan
di antara variabel bebas dan variabel bersandar. Bagi meneliti kekuatan hubungan
antara variabel-variabel tersebut, klasifikasi yang dicadangkan oleh Cohen et al.
(2007) dijadikan sebagai rujukan. Dalam ujian ini, nilai ‘r’ menjadi penentu kekuatan
hubungan antara dua variabel. Kekuatan perhubungan dapat dikenal pasti
berdasarkan satu julat numerik nilai ‘r’ di antara –1.0 sehingga +1.0. Kekuatan
perhubungan antara dua variabel dijelaskan dalam Jadual 3.14. Ujian pekali korelasi
Pearson ini akan digunakan untuk menguji hipotesis nul kesembilan (Ho9).
158
Jadual 3.14: Nilai Kekuatan Korelasi
Nilai Pekali ‘r’ Kekuatan Perhubungan
0.81 -1.00 Sangat Kuat
0.61 - 0.80 Kuat
0.41 - 0.60
0.21 - 0.40 Sederhana kuat
0.01 - 0.20 Lemah
Sangat lemah/ Boleh Diabaikan
Sumber: Cohen et al. (2007)
c) Analisis Laluan Model Persamaan Struktur (SEM)
Menerusi kajian ini, analisis laluan SEM digunakan untuk mengenal pasti pengaruh
perubahan dalam dua atau lebih variabel peramal (eksogenus) yang menyumbang
kepada perubahan varians dalam variabel bebas (endogenus). Dalam analisis ini, nilai
R² dijadikan petunjuk dalam menerangkan sumbangan terhadap perubahan sesuatu
variabel peramal terhadap variabel bebas kajian. Kekuatan pengaruh variabel
eksogenus ditunjukkan dalam nilai pemberatan beta (β). Analisis laluan SEM
digunakan untuk menguji hipotesis nul kajian yang kesepuluh dan kesebelas (Ho10
dan Ho11).
Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) dalam kajian ini juga
digunakan untuk menentukan pengaruh secara langsung dan tidak langsung serta
menentukan kesepadanan model yang dibangun dengan data sampel kajian. Bagi
tujuan menentukan kesepadanan model, Hair et al. (2010), dan Zainudin Awang, Lim
Siew Hui, dan Nur Fairuza Syahira Zainudin (2018) mengesyorkan penggunaan
sekurang-kurangnya satu indeks dari setiap kategori kesesuaian model. Kategori
tersebut terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Absolute Fit, Incremental Fit, dan
Parsimonious Fit seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.15.
159
Jadual 3.15: Indeks Kebagusan Penyesuaian Model
(Goodness of Fit Index)
Kategori Nama Indeks
Chi-Square - Discrepancy Chi Square
Indeks Penyesuaian RMSEA - Root Mean Square Error of Approximation
Mutlak GFI - Goodness of Fit Index
AGFI - Adjusted Goodness of Fit Index
(Absolute Fit Index) CFI - Comparative Fit Index
TLI - Tucker Lewis Index
Indeks Penyesuaian NFI - Normed Fit Index
Penambahan Chisq/ df - Chi-square/ Degree of Freedom
(Incremental Fit Index)
Indeks Penyesuaian
Persimoni
(Parsimonious Fit Index)
Sumber: Hair et al. (2010); Zainudin Awang et al. (2018)
Menurut Zainuddin Awang et al. (2018), nilai penerimaan yang dilaporkan
para penyelidik adalah berbeza bergantung kepada sokongan literatur yang dirujuk.
Daripada ketiga-tiga kategori tersebut, beliau seterusnya menjelaskan bahawa
RMSEA, GFI, CFI, dan Chisq/ df adalah disyorkan sebagai indeks penting kerana
sering menjadi pilihan para penyelidik untuk dilaporkan dalam kajian masing-masing.
Norazah Mohd Suki dan Norbayah Mohd Suki (2016) turut sehaluan dengan indeks
yang dicadangkan tersebut. Justeru, seseorang penyelidik perlu memerhatikan
beberapa indeks seperti yang disarankan untuk membuat keputusan bagi
menentukan kesesuaian model kajian yang dicadangkan (Hair et al., 2006; Hooper,
Coughlan, & Mullen, 2008; Byrne, 2013).
Kesesuaian model yang baik biasanya ditentukan oleh nisbah 2⧸df =0.900,
dan nilai SRMR dan RMSEA kira-kira 0.050 (Kline, 2011). Byrne (2010) juga
mencadangkan bahawa nilai CFI dan TLI di atas 0.950 menunjukkan kesesuaian yang
sangat baik, manakala nilai antara 0.900 dan 0.950 menunjukkan kesesuaian yang
mencukupi. Indeks khi kuasa dua sebenarnya boleh diabaikan sekiranya saiz sampel
kajian melebihi 200 orang. Hal ini disebabkan sensitivitinya terhadap saiz sampel
yang besar (Hair et al., 1996; Jöreskog & Sörbom, 1996). Analisis khi kuasa dua turut
160
cenderung memberikan keputusan tidak signifikan walaupun segala syarat ujian
statistik telah dipatuhi (Bentler & Bonnet, 1980; McIntosh, 2006).
Model khi kuasa dua yang sesuai akan memberikan hasil yang tidak signifikan
pada aras p= 0.05 (Barrett, 2007). Sebaliknya, jika sampel kecil digunakan, statistik
khi kuasa dua tidak mempunyai kuasa, malah mungkin tidak mampu membezakan
di antara model yang sesuai dan tidak sesuai (Kenny & McCoach, 2003). Walaupun
tidak ada persetujuan umum mengenai nisbah yang boleh diterima untuk ujian khi
kuasa dua, namun cadangan nilai kesesuaian adalah di antara 2.0 hingga 5.0
(Wheaton, Muthen, Alwin, & Summers, 1977; Tabachnick & Fidell, 2007). Oleh itu,
dalam kajian ini ketetapan diambil untuk menggunakan gabungan asas kesesuaian
model oleh MacCallum, Browne, dan Sugawara (1996), Hair et al. (2006), Steiger
(2007), Byrne (2010), Kline (2011), Kenny (2014), serta Loehlin dan Beaujean (2016)
seperti yang terdapat dalam Jadual 3.16.
Jadual 3.16: Pengukuran Kesepadanan Model
Pengukuran Kesepadanan Pekali /Indeks
Chi Kuasa Dua ( 2) Antara 2.0 hingga 5.0
Darjah Kebebasan (df) Positif
Aras Signifikan bagi Khi Kuasa Dua, (p) > .05
Indeks Kebagusan Penyesuaian (GFI) ≥ .90
Indeks Kebagusan Penyesuaian Ubah Suai (AGFI) ≥ .90
Indeks Penyesuaian Norma (NFI) ≥ .90
Indeks Penyesuaian Relatif (RFI) ≥ .90
Indeks Penyesuaian Penambahan (IFI) ≥ .90
Indeks Tucker-Lewis (TLI) ≥ .90
Indeks Penyesuaian Perbandingan (CFI) ≥ .90
Ralat Anggaran Punca Kuasa Dua Min (RMSEA) ≤ .08
Sumber: MacCallum et al. (1996); Hair et al., (2006); Steiger (2007); Byrne (2010);
Kline (2011); Kenny (2014); Loehlin dan Beaujean (2016)
161
Menerusi kajian ini, analisis laluan (SEM) turut berfungsi untuk meneliti
pengaruh variabel pengantara di antara hubungan variabel bebas dan variabel
bersandar. Menurut Chua (2013), Kenny (2014), dan Zainudin Awang (2014), analisis
laluan berupaya menentukan pengaruh variabel pengantara secara terperinci dalam
hubungan antara variabel peramal dan variabel bersandar. Penelitian pengaruh
variabel pengantara di antara hubungan variabel-variabel kajian menggunakan
analisis laluan dapat meningkatkan aras keyakinan terhadap dapatan yang diperoleh.
Pengesahan secara tidak langsung pengaruh sesuatu variabel pengantara dapat
dilakukan dengan melaksanakan ujian Post Hoc menggunakan prosedur
bootstrapping (Cribbie, 2012; Chua, 2013; Kenny, 2014; Zainudin Awang, 2014).
Beberapa penyelidik terdahulu seperti Sukarmin (2010), Lokman Mohd Tahir,
Khadijah Daud, dan Rozita Rahmat (2011), Halimatus Saadiah Mat Saad, Baharom
Mohamad, dan Sharifah Hayaati Syed Ismail (2013), dan Relly Tasap (2016) telah
menggunakan kaedah analisis laluan untuk melihat pengaruh variabel pengantara di
antara hubungan variabel bebas dan variabel bersandar. Justeru, dalam
melaksanakan analisis laluan untuk menguji pengaruh variabel pengantara, prosedur
yang disarankan oleh Baron dan Kenny (1986), Chua (2013), dan Zainuddin Awang
(2014) dijadikan panduan. Ringkasan keseluruhan kaedah dalam menganalisis data
kajian yang telah dibincangkan ditunjukkan dalam Jadual 3.17.
Jadual 3.17: Ringkasan Kaedah Dalam Menganalisis Data
Objektif Dan Hipotesis Kajian Kaedah
Analisis Data
i) Objektif Pertama Deskriptif
Mengukur tahap kepimpinan servan pengetua, tingkah laku (Kekerapan,
pemupukan kreativiti, kesediaan guru, dan pengurusan bilik darjah peratusan, dan
abad ke-21 sekolah-sekolah menengah negeri Sabah.
Min)
162
Objektif Dan Hipotesis Kajian Kaedah
Analisis Data
ii) Objektif Kedua
Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor min kepimpinan Ujian-t
servan pengetua, tingkah laku pemupukan kreativiti, kesediaan guru,
dan pengurusan bilik darjah abad ke-21 berdasarkan jantina.
[Hipotesis: Ho1, Ho2, Ho3, Ho4]
iii) Objektif Ketiga Analisis Varians
Sehala
Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor min kepimpinan
servan pengetua, tingkah laku pemupukan kreativiti, kesediaan guru, (One Way
dan pengurusan bilik darjah abad ke-21 berdasarkan pengalaman ANOVA)
mengajar. [Hipotesis: Ho5, Ho6, Ho7, Ho8]
iv) Objektif Keempat Analisis Korelasi
Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan kepimpinan servan Pearson
pengetua, tingkah laku pemupukan kreativiti, dan kesediaan guru,
dengan pengurusan bilik darjah abad ke-21. [Hipotesis: Ho9]
v) Objektif Kelima Analisis Laluan
Mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh kepimpinan servan (SEM)
pengetua, dan tingkah laku pemupukan kreativiti terhadap kesediaan
guru. [Hipotesis: Ho10]
vi) Objektif Keenam Analisis Laluan
Mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh kepimpinan servan (SEM)
pengetua, tingkah laku pemupukan kreativiti, dan kesediaan guru
terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. [Hipotesis: Ho11]
vii) Objektif Ketujuh Analisis Laluan
Mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh secara langsung dan (SEM)
tidak langsung kepimpinan servan pengetua, tingkah laku pemupukan
kreativiti, dan kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad
ke-21. [Hipotesis: Ho12]
163
3.9 Rumusan
Keseluruhannya bab ini memberi penerangan berhubung kaedah kajian yang menjadi
asas kepada penyediaan bab yang seterusnya. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif
yang menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi sesuai dengan persoalan, objektif
dan hipotesis kajian. Populasi dan pensampelan kajian adalah dalam kalangan guru
sekolah menengah harian biasa yang menerima bantuan penuh kerajaan. Borang
soal selidik dijadikan sebagai instrumen utama untuk mendapatkan data.
164
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bahagian ini melaporkan dapatan yang diperoleh hasil daripada analisis data yang
dijalankan berdasarkan objektif dan hipotesis kajian. Pelaporan dapatan kajian
merangkumi hasil analisis data deskriptif yang melibatkan pemerihalan ciri demografi
dan variabel-variabel kajian. Pemerihalan ini memberi tumpuan khusus kepada
mengenal pasti tahap kepimpinan servan pengetua, tingkah laku pemupukan
kreativiti, kesediaan guru, dan pengurusan bilik darjah abad ke-21. Di samping itu,
fokus juga diberikan kepada mengenal pasti perbezaan skor min antara variabel-
variabel kajian berdasarkan ciri demografi terpilih. Analisis inferensi yang melibatkan
Ujian-t, ANOVA sehala, korelasi, dan analisis laluan (SEM) dilaporkan bagi
menjelaskan pengaruh secara langsung dan tidak langsung antara variabel-variabel
bebas dengan variabel bersandar.
4.2 Latar Belakang Demografi Responden
Analisis latar belakang demografi adalah melibatkan taburan, jantina, dan
pengalaman mengajar responden. Perbincangan ini merupakan gambaran awal
berhubung responden kajian, yang melengkapi variabel bebas dan variabel
bersandar yang dikaji.
4.2.1 Taburan Responden Kajian
Responden kajian terdiri daripada 439 orang guru sekolah menengah harian biasa
yang mendapat bantuan penuh kerajaan di Sabah. Berdasarkan jumlah taburan
responden mengikut sekolah terpilih yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1, didapati
setiap sekolah terpilih mempunyai sampel yang lebih daripada cadangan minimum
30 orang (berkadaran 40%). Perincian responden bagi setiap bahagian adalah seperti
berikut: Utara - 64 orang (14.57%), Barat - 74 orang (16.85%), Selatan - 64 orang
(14.57%), Pedalaman - 73 orang (16.62%), Sandakan - 83 orang (18.90%), dan
Tenggara - 81 orang (18.45%). Dengan bilangan 439 orang, sampel ini adalah
memadai bagi tujuan perwakilan seluruh populasi guru sekolah menengah harian
biasa bantuan penuh kerajaan di Sabah seperti yang terdapat dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Sekolah Terpilih
Bil Bahagian Daerah Nama sekolah Sampel
(40%)
1. Utara Kudat SMK Abdul Rahim
SMK Kota Marudu 30
Kota Marudu SMK Sanzac 43
SMK Tenghilan 38
2. Barat Kota Kinabalu SMK Beaufort II 33
SMK Majakir 30
Tuaran SMK Gunsanad 33
SMK Tenom 40
3. Selatan Beaufort SMK Elopura 30
SMK Telupid 41
Papar SMK Balung 40
SMK Kunak 41
4. Pedalaman Keningau Jumlah Keseluruhan 40
439
Tenom
5. Sandakan Sandakan
Telupid
6. Tenggara Tawau
Kunak
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina dan Pengalaman Mengajar
Berdasarkan analisis deskriptif yang dijalankan terhadap variabel jantina, didapati
sebanyak 157 orang (35.8%) adalah guru lelaki, manakala selebihnya iaitu 282 orang
(64.2%) merupakan guru perempuan. Bilangan guru perempuan adalah majoriti
dalam kajian ini. Dari segi pengalaman mengajar, sebanyak 112 orang (25.5%)
adalah dari kumpulan guru berpengalaman mengajar kurang 10 tahun. Kumpulan ini
166
merupakan jumlah yang terendah dalam kategori berbanding kumpulan lain.
Responden yang mempunyai pengalaman mengajar di antara 10 hingga 20 tahun
dan kumpulan responden yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 20 tahun
adalah hampir seimbang dari segi jumlah, iaitu masing-masing mempunyai 165 orang
(37.6%) dan 162 orang (36.9%). Taburan responden mengikut jantina dan
pengalaman mengajar ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Jantina dan Pengalaman
Mengajar
Demografi Variabel Kekerapan Peratusan
Jantina Lelaki 157 35.8
Perempuan 282 64.2
Pengalaman Bawah 10 Tahun 112 25.5
10 – 20 Tahun 165 37.6
Lebih 20 Tahun 162 36.9
4.3 Semakan Data Kajian
Dalam penyelidikan, semakan dan tapisan data kajian adalah sangat penting.
Langkah ini merupakan titik penting yang perlu dilakukan penyelidik terlebih dahulu
bagi memastikan kenormalan taburan data kajian. Menurut Coakes et al. (2009) dan
Lay et al. (2016), terdapat banyak kepentingan untuk menyemak kenormalan
taburan data. Taburan normal data boleh diandaikan melalui kaedah grafik seperti
semakan histogram, plot Q-Q (normal Q-Q plot), stem-and-leaf, dan kotak plot
(boxplot). Selain itu, andaian kenormalan data juga boleh diperoleh dengan
menggunakan teknik statistik seperti Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk,
Skewness dan Kurtosis. Dalam kajian ini, penyelidik memilih untuk menggunakan
kedua-dua teknik statistik (Skewness dan Kurtosis) dan grafik (histogram, plot Q-Q,
dan kotak plot) untuk membuat andaian normaliti taburan data.
167
Berdasarkan Jadual 4.3, ujian kenormalan data menunjukkan nilai skewness
dan kurtosis keseluruhan variabel diandaikan pada paras normal dan munasabah.
Hal ini demikian kerana data bertabur di antara nilai -1 hingga +1 seperti yang
dijelaskan Hair et al. (2010). Dalam kajian ini, data bagi setiap variabel iaitu
kepimpinan servan pengetua (skewness=0.586, kurtosis=-0.646), tingkah laku
pemupukan kreativiti (skewness=0.414, kurtosis=-0.120), kesediaan guru
(skewness=0.358, kurtosis=-0.236), dan pengurusan bilik darjah abad ke-21
(skewness=0.470, kurtosis=-0.201) mempunyai julat di antara nilai -1 hingga +1.
Jadual 4.3: Ujian Normaliti Data
N M SP Skewness Kurtosis
Kepimpinan Servan Pengetua 439 4.066 .388 Statistic Statistic
Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
Kesediaan Guru .586 -.464
Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
439 4.004 .357 .414 -.120
439 3.927 .337 .358 -.236
439 4.019 .357 .470 -.201
Normaliti data kajian juga ditunjukkan dalam bentuk grafik histogram, plot
normal Q-Q plot, dan kotak plot (Lampiran Kajian). Gambaran histogram
menjelaskan semua variabel kajian mempunyai ciri yang berbentuk “gaussian” yang
sering dirujuk sebagai ciri taburan normal. Gambaran grafik yang terdapat pada plot
Q-Q dan kotak plot juga turut menyokong ciri kenormalan data apabila semua nilai
jatuh di sekitar garisan jangkaan normal.
4.4 Kebolehpercayaan Alat Kajian
Ujian kebolehpercayaan menggunakan analisis Cronbach’s Alpha terhadap bilangan
sampel 439 orang (N=439) telah dilakukan untuk memastikan ketekalan soal selidik
yang digunakan. Penyelidik menggunakan pekali alpha untuk melihat ketekalan
antara item dan memastikan setiap item yang diuji mencerminkan sifat yang diukur.
168
Aspek ini dilakukan agar soal selidik yang digunakan benar-benar mengukur variabel-
variabel yang dikaji, serta memastikan ujian inferensi dapat dijalankan dengan betul
tanpa banyak ralat. Merujuk kepada Jadual 4.4, keseluruhan nilai alpha adalah lebih
tinggi dari 0.800 sebagaimana yang dicadangkan oleh Mohd. Majid Konting (2000)
dan Sekaran (2006). Menurut Cohen et al. (2007) dan Hair et al. (2010), instrumen
dianggap mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi apabila sama atau melebihi
0.800. Dengan mengambil kira pandangan tersebut, maka disimpulkan bahawa alat
ukur bagi semua variabel kajian mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi.
Berdasarkan analisis ujian kebolehpercayaan yang dijalankan, didapati nilai
pekali alpha berada pada paras tinggi iaitu 0.953 bagi semua 121 item yang
digunakan untuk mengukur variabel-variabel kajian. Nilai pekali alpha bagi variabel
kepimpinan servan pengetua yang mengandungi 32 item adalah 0.946, variabel
tingkah laku pemupukan kreativiti yang mengandungi 40 item berada pada nilai
0.929, variabel kesediaan guru pada nilai 0.883 dengan 28 item, dan variabel
pengurusan bilik darjah abad ke-21 berada pada nilai 0.851 dengan 21 item. Nilai
pekali alpha bagi setiap variabel kajian ditunjukkan pada Jadual 4.4.
Jadual 4.4: Ujian Kebolehpercayaan Alat Kajian
Kepimpinan Servan Pengetua N Cronbach's Alpha
Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
Kesediaan Guru 32 0.946
Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21 40 0.929
Jumlah Keseluruhan 28 0.883
21 0.851
121 0.953
4.5 Dapatan Kajian Deskriptif
Analisis deskriptif yang dijalankan menunjukkan skor min bagi semua variabel kajian
adalah pada tahap tinggi berdasarkan tafsiran cadangan Levin dan Rubin (1998) dan
Mohd Yusof Abdullah (2006), iaitu kepimpinan servan pengetua (M=4.066,
SP=0.388), tingkah laku pemupukan kreativiti (M=4.004, SP=0.356), kesediaan guru
169
(M=3.927, SP=0.336), dan pengurusan bilik darjah abad ke-21 (M=4.019,
SP=0.357). Skor min semua variabel menunjukkan nilai yang melebihi 3.67, iaitu
menghampiri nilai maksimum 5 (sangat setuju/ sangat kerap). Skor min variabel
kepimpinan servan pengetua adalah yang tertinggi. Manakala skor min variabel
kesediaan guru merupakan yang terendah berdasarkan persepsi sampel guru di
negeri Sabah.
Skor min berdasarkan konstruk juga dipersepsikan tinggi apabila nilai yang
melebihi 3.67 diperoleh bagi semua variabel. Bagi variabel Kepimpinan Servan
Pengetua, konstruk menyediakan kepimpinan (M=4.240, SP=0.428) memperoleh
skor tertinggi. Manakala, skor min konstruk memperlihat keaslian (M=3.900,
SP=0.466) adalah yang terendah. Variabel Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti pula
menunjukkan konstruk integrasi mempunyai skor min tertinggi (M=4.214, SP=0.431)
dan konstruk penilaian (M=3.769, SP=0.511) merupakan skor min terendah.
Terdapat dua konstruk memiliki skor min yang sama iaitu peluang (M=4.004,
SP=0.445) dan kekecewaan (M=4.004, SP=0.566).
Bagi variabel Kesediaan Guru, skor min konstruk kesediaan penerimaan
teknologi (M=3.944, SP=0.421) adalah lebih tinggi berbanding kesediaan perubahan
organisasi (M=3.911, SP=0.353). Sementara itu, skor min konstruk pengurusan
pengajaran (M=4.067, SP=0.420) adalah yang tertinggi bagi variabel Pengurusan
Bilik Darjah Abad Ke-21, diikuti konstruk pengurusan tingkah laku (M=4.015,
SP=0.440), dan pengurusan pengintegrasian teknologi (M=3.990, SP=0.423).
Dapatan analisis deskriptif berdasarkan skor min mengikut variabel dan konstruk
ditunjukkan dengan lebih terperinci dalam Jadual 4.5.
170
Jadual 4.5: Skor Min Variabel dan Konstruk Kajian
Variabel/ Konstruk N Min SP
439
Kepimpinan Servan Pengetua (KSP) 4.066 .388
• Menghargai Individu 439 4.006 .475
• Membangun Individu 4.065 .425
• Membina Komuniti 439 4.142 .451
• Memperlihat Keaslian 439 3.900 .466
• Menyediakan Kepimpinan 4.240 .428
Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti (TPK) 4.004 .356
• Kebebasan 4.034 .443
• Integrasi 4.215 .431
• Motivasi 4.106 .409
• Pertimbangan 3.968 .425
• Fleksibiliti 3.879 .485
• Penilaian 3.769 .511
• Pertanyaan 4.032 .424
• Peluang 4.004 .445
• Kekecewaan 4.004 .566
Kesediaan Guru (KG) 3.927 .336
• Kesediaan Perubahan Organisasi 3.911 .353
• Kesediaan Penerimaan Teknologi 3.944 .421
Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21 (PBD21) 4.019 .357
• Pengurusan Tingkah Laku 4.015 .440
• Pengurusan Pengajaran 4.067 .420
• Pengurusan Pengintegrasian Teknologi 3.990 .423
Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan skor min responden lelaki dan
perempuan adalah pada tahap tinggi bagi setiap variabel. Secara bandingan, skor
min responden perempuan didapati lebih tinggi berbanding skor min responden lelaki
bagi semua variabel kecuali kesediaan guru (M=3.918, SP=0.343). Skor min
responden lelaki didapati lebih rendah berbanding perempuan bagi variabel
kepimpinan servan pengetua (M=4.054, SP=0.401), tingkah laku pemupukan
kreativiti (M=3.984, SP=0.355), dan pengurusan bilik darjah abad ke-21 (M=4.000,
171
SP=0.366). Sungguhpun didapati wujud perbezaan skor min antara jantina, namun
nilai tersebut sebenarnya agak kecil antara satu sama lain. Secara umumnya, analisis
menunjukkan responden lelaki dan perempuan mempunyai tahap yang tinggi sama
ada dalam persetujuan, kekerapan melakukan, atau persepsi mereka terhadap
amalan kepimpinan servan pengetua, tingkah laku pemupukan kreativiti, kesediaan,
dan pengurusan bilik darjah abad ke-21. Keputusan perbandingan skor min setiap
variabel mengikut jantina boleh ditunjukkan lebih lanjut pada Jadual 4.6.
Jadual 4.6: Skor Min Variabel Kajian Mengikut Jantina
Jantina KSP TPK KG PBD21
3.984 3.943 4.000
Lelaki Min 4.054 0.355 0.325 0.366
157 157 157
SP 0.401 4.015 3.918 4.030
0.358 0.343 0.352
N 157 282 282 282
4.004 3.927 4.019
Perempuan Min 4.073 0.356 0.336 0.357
439 439 439
SP 0.382
N 282
Jumlah Min 4.066
SP 0.388
N 439
KSP - Kepimpinan Servan Pengetua
TPK - Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
KG - Kesediaan Guru
PBD21 - Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
Analisis terhadap semua variabel kajian berdasarkan pengalaman mengajar
menunjukkan keputusan yang sama dengan jantina. Bagi amalan kepimpinan servan
pengetua, responden berpengalaman mengajar kurang 10 tahun (M=4.069,
SP=0.386), 10-20 tahun (M=4.058, SP=0.410), dan lebih 20 tahun (M=4.072,
SP=0.369) masing-masing mempunyai skor min lebih daripada M=4.000. Bagi
variabel tingkah laku pemupukan kreativiti, hanya responden berpengalaman kurang
10 tahun (M=3.923, SP=0.329) sahaja yang mempunyai skor min di bawah M=4.000
berbanding kumpulan berpengalaman 10 hingga 20 tahun (M=4.006, SP=0.374) dan
172
lebih 20 tahun (M=4.057, SP=0.348). Variabel kesediaan guru merupakan satu-
satunya variabel yang menunjukkan nilai skor min di bawah M=4.000 bagi semua
kumpulan pengalaman iaitu bawah 10 tahun (M=3.912, SP=0.289), 10 hingga 20
tahun (M=3.921, SP=0.338), dan lebih 20 tahun (M=3.944, SP=0.365). Akhir sekali,
bagi variabel pengurusan bilik darjah abad ke-21, didapati skor min guru
berpengalaman kurang 10 tahun (M=3.997, SP=0.350) adalah yang terendah.
Sebagai kesimpulan, keputusan skor min berdasarkan pengalaman mengajar secara
keseluruhan berada pada tahap tinggi bagi semua kumpulan pengalaman. Skor min
variabel kajian berdasarkan pengalaman mengajar adalah seperti dalam Jadual 4.7.
Jadual 4.7: Skor Min Variabel Kajian Mengikut Pengalaman Mengajar
Pengalaman KSP TPK KG PBD21
Kurang 10 Tahun Min 4.069 3.923 3.912 3.997
SP 0.386 0.329 0.289 0.350
N 112 112 112 112
4.006 3.921 4.033
10 - 20 Tahun Min 4.058 0.374 0.338 0.351
SP 0.410 165 165 165
N 165 4.057 3.944 4.022
0.348 0.365 0.368
Lebih 20 Tahun Min 4.072 162 162 162
SP 0.369 4.004 3.927 4.019
N 162 0.356 0.336 0.357
439 439 439
Jumlah Min 4.066
SP 0.388
N 439
KSP - Kepimpinan Servan Pengetua
TPK - Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
KG - Kesediaan Guru
PBD21 - Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
173
4.6 Dapatan Kajian
Analisis yang dijalankan adalah berasaskan objektif dan hipotesis kajian yang telah
dibentuk lebih awal. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan bagi mencapai
objektif dan menjawab andaian-andaian hipotesis. Sebanyak 8 objektif telah dibentuk
bagi kajian ini. Enam daripada objektif tersebut (Objektif 2 hingga 7) telah diandaikan
dalam 12 hipotesis semuanya. Soalan dan hipotesis kajian dijawab secara
pemerihalan, diterima, ataupun ditolak mengikut teknik analisis yang digunakan.
4.6.1 Tahap Kepimpinan Servan Pengetua, Tingkah Laku Pemupukan
Kreativiti, Kesediaan Guru, dan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
(Objektif 1)
Analisis deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, dan min digunakan untuk menentukan
tahap kepimpinan servan pengetua, tingkah laku pemupukan kreativiti, kesediaan
guru, dan pengurusan bilik darjah abad ke-21. Tahap pemeringkatan ini dilaporkan
sama ada tinggi, sederhana, atau rendah. Keputusan analisis pemeringkatan tahap
ditunjukkan dalam Jadual 4.8. Hasil analisis menunjukkan semua variabel berada
pada tahap sederhana dan tinggi. Penelitian terhadap bilangan dan peratusan
membuktikan bahawa responden berpendapat kepimpinan servan pengetua, tingkah
laku pemupukan kreativiti, kesediaan guru, dan pengurusan bilik darjah abad ke-21
berada pada tahap tinggi. Hanya sebilangan kecil dalam kalangan responden
mempersepsi keempat-empat variabel ini pada tahap sederhana.
Bagi variabel kepimpinan servan, 377 orang (85.9%) beranggapan pengetua
mempunyai amalan yang tinggi dalam pengurusan pentadbiran di sekolah. Manakala
62 orang (14.1%) mempersepsi tahap kepimpinan servan pengetua secara
sederhana. Variabel tingkah laku pemupukan kreativiti juga berada pada tahap tinggi
(85.0%) berdasarkan kekerapan responden melakukannya di dalam bilik darjah.
Dapatan yang sama diperoleh bagi variabel kesediaan guru yang mencatatkan
persetujuan sebanyak 345 orang (78.6%). Walaupun sedikit rendah, namun hal
tersebut sudah membuktikan majoriti guru mempunyai kesediaan yang tinggi
terhadap perubahan pendidikan. Variabel pengurusan bilik darjah abad ke-21 turut
didapati berada pada tahap tinggi (83.8%).
174
Jadual 4.8: Tahap Pemeringkatan Variable-Variabel Kajian
Variabel Tahap Jumlah
Kepimpinan Servan Pengetua Sederhana Tinggi 439
Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti N (%) N (%) 439
Kesediaan Guru 439
Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21 62 (14.1%) 377 (85.9%) 439
66 (15.0%) 373 (85.0%)
94 (21.4%) 345 (78.6%)
71 (16.2%) 368 (83.8%)
4.6.2 Perbezaan Skor Min Kepimpinan Servan Pengetua, Tingkah laku
pemupukan kreativiti, Kesediaan Guru, dan Pengurusan Bilik Darjah Abad
Ke-21 Berdasarkan Jantina (Objektif 2)
Hipotesis nul kajian ini (Ho1, Ho2, Ho3, dan Ho4) diuji menggunakan teknik
perbandingan group statistics bagi membandingkan skor min kumpulan melalui
Ujian-t (Independent Samples Test). Ujian ini sesuai digunakan bagi membuat
perbandingan dua kumpulan khususnya mengenal pasti perbezaan antara skor min
variabel bebas dan variabel bersandar. Aras signifikan yang ditetapkan adalah
p<0.05. Ujian persamaan varian Levene juga digunakan untuk memastikan
ketepatan data.
a. Perbezaan Skor Min Kepimpinan Servan Pengetua Berdasarkan Jantina
Hipotesis Nul 1 (Ho1): Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan
kepimpinan servan pengetua berdasarkan jantina.
Keputusan ujian ditunjukkan dalam Jadual 4.9 yang memaparkan hasil analisis
deskriptif perbandingan skor min responden lelaki dan perempuan. Bagi sampel
kajian ini (N=439), terbukti bahawa terdapat perbezaan skor min yang sangat kecil
(M=0.018) terhadap kepimpinan servan pengetua. Analisis menunjukkan min
responden lelaki (M=4.054, SP=0.401, N=157) lebih rendah berbanding min
perempuan (M=4.073, SP=0.381, N=282). Nilai min yang lebih tinggi bagi kumpulan
175
responden perempuan menunjukkan persepsi mereka lebih tinggi terhadap amalan
kepimpinan servan pengetua. Berdasarkan Jadual 4.9, keputusan ujian-t yang
diperoleh adalah tidak signifikan (t=-0.472, df=437, p>0.05). Oleh itu, Hipotesis Nul
1 (Ho1) gagal ditolak. Justeru, dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan bagi variabel kepimpinan servan pengetua antara guru lelaki dan
perempuan.
Jadual 4.9: Analisis Ujian-t Kepimpinan Servan Pengetua Berdasarkan
Jantina
Variabel M SP F Nilai-t df Sig
(2-Hujung)
KSP Lelaki 4.054 0.401 .446 -.472 437 .505
Perempuan 4.073 0.381
*Signifikan pada tahap p<0.05 (2-Hujung)
KSP - Kepimpinan Servan Pengetua
b. Perbezaan Skor Min Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Berdasarkan
Jantina
Hipotesis Nul 2 (Ho2): Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan tingkah
laku pemupukan kreativiti berdasarkan jantina.
Analisis bagi sampel kajian ini (N=439) menunjukkan terdapat perbezaan skor min
sebanyak 0.030 di antara kedua-dua kumpulan responden berhubung tingkah laku
pemupukan kreativiti di dalam bilik darjah. Analisis menunjukkan skor min lelaki
(M=3.984, SP=0.353, N=157) lebih rendah sedikit berbanding skor min perempuan
(M=4.015, SP=0.358, N=282). Nilai min yang lebih tinggi bagi kumpulan responden
perempuan menunjukkan mereka mempunyai tingkah laku pemupukan kreativiti
lebih kerap berbanding lelaki. Berdasarkan hasil ujian-t, keputusan yang diperoleh
adalah tidak signifikan (t=-0.853, df=437, p>0.05). Hal ini bermakna Hipotesis Nul
2 (Ho2) gagal ditolak. Oleh itu, dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan tingkah laku pemupukan kreativiti antara guru lelaki dan perempuan.
176
Jadual 4.10: Analisis Ujian-t Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
Berdasarkan Jantina
Variabel M SP F Nilai-t df Sig
(2-Hujung)
TPK Lelaki 3.984 0.353 .004 -.853 437 .947
Perempuan 4.015 0.358
*Signifikan pada tahap p<0.05 (2-Hujung)
TPK - Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
c. Perbezaan Skor Min Kesediaan Guru Berdasarkan Jantina
Hipotesis Nul 3 (Ho3): Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan
kesediaan guru berdasarkan jantina.
Analisis bagi sampel kajian ini (N=439) menunjukkan terdapat perbezaan skor min
sebanyak 0.025 di antara kedua-dua kumpulan responden berhubung kesediaan
guru dalam konteks perubahan pendidikan negara. Analisis yang dilakukan
menunjukkan bahawa min responden lelaki (M=3.943, SP=0.325, N=157) lebih
tinggi sedikit berbanding min responden perempuan (M=3.918, SP=0.343, N=282).
Hal ini memberikan gambaran yang jelas bahawa responden lelaki memiliki
kesediaan yang sedikit lebih tinggi berbanding responden perempuan berhubung soal
perubahan pendidikan negara khususnya dalam konteks pendidikan abad ke-21.
Berdasarkan Jadual 4.11 yang memaparkan hasil analisis Ujian-t bagi variabel
kesediaan guru, keputusan yang diperoleh bagi sampel kajian ini (N=439) adalah
tidak signifikan (t=-.758, df=437, p>0.05). Hal ini bermakna Hipotesis Nul 3 (Ho3)
gagal ditolak. Justeru, dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
bagi variabel kesediaan guru berdasarkan jantina.
177
Jadual 4.11: Analisis Ujian-t Kesediaan Guru Berdasarkan Jantina
Variabel M SP F Nilai-t df Sig
(2-Hujung)
KG Lelaki 3.943 0.325 .140 .758 437 .449
Perempuan 3.918 0.343
*Signifikan pada tahap p<0.05 (2-Hujung)
KG - Kesediaan Guru
d. Perbezaan Skor Min Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21 Berdasarkan
Jantina
Hipotesis Nul 4 (Ho4): Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan
pengurusan bilik darjah guru berdasarkan jantina.
Analisis bagi sampel kajian ini (N=439) menunjukkan terdapat perbezaan min yang
kecil sebanyak M=0.030 antara kedua-dua kumpulan responden dalam pelaksanaan
pengurusan bilik darjah abad ke-21. Analisis yang dilakukan menunjukkan min
responden lelaki (M=4.00, SP=0.366, N=157) sedikit lebih rendah berbanding min
responden perempuan (M=4.030, SP=0.351, N=282). Perkara ini membuktikan
responden perempuan melaksanakan pengurusan bilik darjah abad ke-21 lebih baik
berbanding responden lelaki. Berdasarkan Jadual 4.12, keputusan yang diperoleh
bagi sampel kajian ini (N=439) adalah tidak signifikan (t=-.847, df=437, p>0.05).
Hal ini bermakna Hipotesis Nul 4 (Ho4) gagal ditolak. Oleh itu, dapatan ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bagi variabel pengurusan bilik darjah
abad ke-21 antara guru lelaki dan perempuan.
178
Jadual 4.12: Analisis Ujian-t Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
Berdasarkan Jantina
Variabel M SP F Nilai-t df Sig
(2-Hujung)
4.000 0.366
PBD21 Lelaki 4.030 0.351 .066 -.847 437 .398
Perempuan
*Signifikan pada tahap p<0.05 (2-Hujung)
PBD21 - Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
4.6.3 Perbezaan Skor Min Kepimpinan Servan Pengetua, Tingkah Laku
Pemupukan Kreativiti, Kesediaan Guru dan Pengurusan Bilik Darjah Abad
Ke-21 Berdasarkan Pengalaman Mengajar (Objektif 3)
Berdasarkan objektif dan hipotesis kajian, statistik inferensi yang sesuai digunakan
bagi menguji hipotesis nul (Ho5, Ho6, Ho7, dan Ho8) adalah ANOVA Sehala. Pemilihan
ini adalah berdasarkan kesesuaian statistik ujian ANOVA Sehala dengan tujuan
mengenal pasti perbezaan skor min bagi dua atau lebih kumpulan secara serentak.
Aras signifikan ditetapkan pada p<0.05. Seandainya nilai F dalam analisis ANOVA
sehala didapati signifikan, maka langkah penyelidik seterusnya ialah melakukan ujian
perbandingan pelbagai Post Hoc untuk mengesan pasangan min yang menyebabkan
perbezaan yang signifikan secara lebih terperinci.
a. Perbezaan Skor Min Kepimpinan Servan Pengetua Berdasarkan
Pengalaman Mengajar
Hipotesis Nul 5 (Ho5): Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan
kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar.
Berdasarkan analisis deskriptif perbezaan skor min kepimpinan servan pengetua
berdasarkan pengalaman mengajar dalam Jadual 4.13, daripada jumlah sampel
kajian (N=439), didapati skor min guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih
20 tahun adalah sedikit lebih tinggi (M=4.072, SP=0.369, N=162) berbanding
dengan skor min kumpulan responden berpengalaman kurang 10 tahun (M=4.069,
SP=0.386, N=112) dan pengalaman antara 10 - 20 tahun (M=4.058, SP=0.409,
179
N=165). Sungguhpun perbezaan agak kecil, namun kelebihan dari segi tempoh
berkhidmat menjadikan responden berpengalaman lebih 20 tahun menunjukkan
persepsi yang lebih baik berkaitan amalan kepimpinan servan pengetua.
Jadual 4.13: Analisis Deskriptif Kepimpinan Servan Pengetua
Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Variabel N M SP
Kepimpinan Servan Kurang 10 Tahun 112 4.069 .386
Pengetua 10 - 20 Tahun
Lebih 20 Tahun 165 4.058 .409
Jum Keseluruhan
162 4.072 .369
439 4.066 .388
Jadual 4.14 memaparkan keputusan ANOVA sehala untuk membandingkan
kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar. Berdasarkan
statistik-F, kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar didapati
tidak signifikan, F (df=2, 436) =0.061, p>0.05. Oleh itu, Hipotesis Nul 5 (Ho5) gagal
ditolak. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan kepimpinan
servan pengetua berdasarkan kumpulan pengalaman mengajar guru.
Jadual 4.14: Analisis ANOVA Sehala Kepimpinan Servan Pengetua
Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Variabel Ss df MS F Sig
Kepimpinan Servan Antara Kumpulan .019 2 .009 .061 .941
66.007 436 .151
Pengetua Dalam Kumpulan 66.026 438
Jum Keseluruhan
*Signifikan pada tahap p<0.05 (2-Hujung)
180
b. Perbezaan Skor Min Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Berdasarkan
Pengalaman Mengajar
Hipotesis Nul 6 (Ho6): Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan tingkah
laku pemupukan kreativiti berdasarkan pengalaman mengajar.
Berdasarkan analisis deskriptif perbezaan skor min tingkah laku pemupukan kreativiti
berdasarkan pengalaman mengajar dalam Jadual 4.15, daripada jumlah sampel
kajian (N=439), didapati skor min guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih
20 tahun adalah lebih tinggi (M=4.057, SP=0.369, N=162) berbanding dengan skor
min kumpulan responden berpengalaman kurang 10 tahun (M=3.923, SP=0.329,
N=112) dan pengalaman antara 10 - 20 tahun (M=4.006, SP=0.374, N=165).
Perbezaan skor min ini menunjukkan kumpulan responden lebih 20 tahun
pengalaman mengajar mengamalkan tingkah laku pemupukan kreativiti dan
melakukannya lebih kerap di bilik darjah. Dapatan ini juga menunjukkan guru
berpengalaman mengajar kurang 10 tahun adalah kumpulan yang paling rendah
secara bandingan dalam amalan tingkah laku pemupukan kreativiti.
Jadual 4.15: Analisis Deskriptif Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Variabel N M SP
Tingkah Laku Pemupukan Kurang 10 Tahun 112 3.923 .329
Kreativiti
10 - 20 Tahun 165 4.006 .374
Lebih 20 Tahun 162 4.057 .348
Jum Keseluruhan 439 4.004 .357
Keputusan ANOVA sehala untuk membandingkan tingkah laku pemupukan
kreativiti guru berdasarkan pengalaman mengajar ditunjukkan dalam Jadual 4.16.
Berpandukan kepada nilai statistik-F, didapati tingkah laku pemupukan kreativiti
berdasarkan pengalaman mengajar adalah signifikan (F [df=2, 436] =4.746, p<0.05).
Oleh itu, Hipotesis Nul 6 (Ho6) ditolak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan tingkah laku pemupukan kreativiti berdasarkan
181
pengalaman mengajar. Memandangkan keputusan menunjukkan terdapat perbezaan
skor min yang diperoleh dan tidak ditunjukkan dalam analisis ANOVA Sehala, maka
analisis Post Hoc Multiple Comparisons dijalankan bagi meneliti pasangan skor min
dalam kumpulan sama yang menunjukkan perbezaan secara signifikan.
Jadual 4.16: Analisis ANOVA Sehala Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti
Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Variabel Ss df MS F Sig
Tingkah Laku Antara Kumpulan 1.187 2 .593 4.746 .009
Pemupukan Dalam Kumpulan
Kreativiti Jumlah 54.512 436 .125
55.698 438
*Signifikan pada tahap p<0.05 (2-Hujung)
Jadual 4.17 memaparkan keputusan analisis Post Hoc Multiple Comparisons
yang dilakukan bagi meneliti pasangan skor min dalam kumpulan sama yang
menunjukkan perbezaan yang signifikan. Keputusan ujian pengesahan menunjukkan
terdapat perbezaan skor min yang signifikan variabel tingkah laku pemupukan
kreativiti berdasarkan pengalaman mengajar, iaitu bagi responden yang mempunyai
pengalaman mengajar 10 tahun ke bawah dengan lebih 20 tahun ke atas (p=0.006).
Merujuk kepada nilai skor min, kumpulan responden yang berpengalaman mengajar
10 tahun ke bawah (M=3.923) adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan
responden yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 20 tahun (M=4.057). Nilai
perbezaan min ialah sebanyak 0.134. Keputusan ini mengesahkan dengan lebih
terperinci perbezaan skor min antara kumpulan pengalaman mengajar guru yang
menyebabkan Hipotesis Nul 6 (Ho6) ditolak. Justeru, dapatan kajian menyimpulkan
bahawa terdapat perbezaan bagi variabel tingkah laku pemupukan kreativiti
berdasarkan pengalaman mengajar guru.
182