Hak Cipta Terpelihara
Cetakan Pertama
© Kolej Komuniti Bentong
Hak cipta terpelihara ini tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan
isi kandungan buku dalam bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum meminta izin bertulis daripada Kolej Komuniti Bentong.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
Corat Coret PKP
eISBN: 978-967-11372-5-3
1. Academic Writing. I. Judul
Diterbit / Dicetak / Diedarkan:
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
Kolej Komuniti Bentong
KM 6, Karak Setia,
28600 Karak,
Pahang
i
Pengerusi
Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz
Timbalan Pengerusi I
Mohd Faridz bin Zubir
Timbalan Pengerusi II
Wan Azimas binti Wan Mahmud
Ketua Koordinator Terbitan
Engku Mohamad bin Engku Abdullah
Setiausaha dan Koordinator
Noorhidayah binti Mohd Jaafar
Grafik dan Susunatur
Haryati binti Baharuddin
Ketua Editor
Siti Juliana binti Hamim
Editor
Norliana binti Ali
Siti Khairunnisa binti Baharudin
Zayanah binti Supyan
Nor Fauziana binti Mohd Salleh
ii
PRAKATA
PENGERUSI
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan
izin-Nya, e-Book Corat Coret PKP, Kolej Komuniti Bentong berjaya diterbitkan.
Saya ingin merakamkan segulung ucapan penghargaan serta tahniah kepada
semua penulis serta pasukan sidang redaksi yang telah bertungkus-lumus
menyiapkan e-Book ini.
Penulisan Ilmiah ini merupakan suatu inisiatif yang diambil Pihak
Pengurusan bagi mengisi waktu warga Kolej Komuniti Bentong sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) yang memerlukan semua
Penjawat Awam Bekerja dari Rumah (BDR). Tanpa menetapkan sebarang tema, penulis boleh
menyumbang idea penulisan yang merupakan kajian, pendapat atau cadangan.
Disamping itu, ia juga diharap boleh menjadi platform untuk mengasah bakat penulisan dalam
kalangan warga Kolej Komuniti Bentong dan seterusnya boleh digunakan di dalam penilaian Kriteria
Kecemerlangan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT).
Semoga penerbitan e-Book ini akan bersambung di dalam siri yang berikutnya bagi menjadi
rutin tahunan yang boleh dibanggakan oleh Kolej Komuniti Bentong pada masa akan datang.
“Kita Mesti Menang”
‘Kita Jaga Kita’
AHMAD MUZAFFAR BIN ABDUL AZIZ,
PENGARAH
JULAI 2020
iii
PRAKATA
TIMBALAN PENGERUSI I
Alhamdulillah dan sekalung tahniah kepada kakitangan Kolej Komuniti
Bentong dan pasukan sidang redaksi atas penghasilan e-Book Corat Coret
PKP. Salam perjuangan buat mereka yang terlibat dengan penerbitan naskah
edisi digital pada kali ini.
Kita dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang menular di peringkat
global dan Kolej Komuniti Bentong juga menghadapi situasi yang sama.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), warga kerja Kolej
Komuniti Bentong telah berjaya menghasilkan penulisan walaupun terdapat
banyak kekangan semasa tempoh tersebut.
Moga dengan kehadiran penulisan kali ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada
semua pembaca. Akhir kata, jaga diri dan teruskan menulis.
Sekian, terima kasih.
MOHD FARIDZ BIN ZUBIR,
TIMBALAN PENGARAH (AKADEMIK)
JULAI 2020
iv
PRAKATA
TIMBALAN PENGERUSI II
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, e-Book
Corat Coret PKP ini berjaya diterbitkan.
e-Book ini diterbitkan sebagai galakan dan juga semangat kepada
semua pensyarah dan staf yang ingin menerbitkan artikel penulisan ilmiah di
bawah Penerbitan KUPIK Kolej Komuniti Bentong.
Dalam membantu para pensyarah dan staf menghasilkan penerbitan,
pihak kolej di bawah Unit KUPIK sedang dalam usaha untuk menerbitkan e-
Book ini. Sebagai usaha awal e-Book ini merupakan salah satu cara untuk
memberi galakan dan juga penghargaan kepada staff Kolej Komuniti Bentong untul lebih aktif lagi
dalam menghasilkan artikel, jurnal dan sebagainya.
Bagi pihak Pengurusan Tertinggi Kolej komuniti Bentong, saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa e-Book di atas usaha mereka menghasilkan e-Book
ini. Semoga e-Book ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua penulis / ahli akademik
yang lain.
Sekian, terima kasih
WAN AZIMAS BINTI WAN MAHMUD,
TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN)
JULAI 2020
v
ISI KANDUNGAN
NORMA BAHARU1
PEMULIHAN KITARAN EKONOMI SUSULAN PENULARAN PANDEMIK COVID19........... 2
IMPLIKASI PSIKOLOGI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN AKIBAT
COVID-19 KEPADA REMAJA .......................................................................................................... 9
KEUSAHAWANAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)..................... 14
PANDEMIK CORONAVIRUS (COVID-19): PENGGUNAAN ICT DALAM SESI
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) ........................................................................... 18
PEMBELAJARAN ATAS TALIAN, SATU PILIHAN ATAU KEPERLUAN: ............................ 24
COVID-19 ............................................................................................................................................ 24
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
MICROSOFT TEAMS VS GOOGLE CLASSROOM DALAM PENDIDIKAN: MENCARI
APLIKASI TERBAIK BAGI MODEL “BLENDED LEARNING” ................................................ 29
KEBAIKAN PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN ................................................................................................................... 38
MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF
(FACEBOOK) ..................................................................................................................................... 44
LITAR AKHIR PENDAWAIAN ELEKTRIK ................................................................................... 54
PEMBUDAYAAN ‘HANDS ON SKILL PRACTICE’ PENDAWAIAN DAN PEMASANGAN
ELEKTRIK DI KOLEJ KOMUNITI .................................................................................................. 63
PERNIAGAAN ONLINE MEMBANTU MENJANA PENDAPATAN PELAJAR KOLEJ
KOMUNITI........................................................................................................................................... 72
USAHA MELAHIRKAN USAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ
KOMUNITI BENTONG...................................................................................................................... 91
vi
THE COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE FOR LANGUAGES (CEFR)
.............................................................................................................................................................. 97
TEKNOLOGI
RASPBERRY PI DAN ARDUINO? MANAKAH PILIHAN ANDA? ......................................... 105
APLIKASI PERSEMBAHAN SLAID POWER POINT ............................................................... 111
PENULISAN KREATIF
BULI SIBER:
NORMA BAHARU ........................................................................................................................... 118
KEPERLUAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI
KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA .................................................................................................... 128
KENALI JURNAL DALAM PENERBITAN HASIL PENYELIDIKAN ...................................... 135
PENGURUSAN LEAN .................................................................................................................... 142
KESUSASTERAAN MALAYSIA DALAM BAHASA INGGERIS ............................................ 150
PUNCA-PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA ..................................................................... 153
AMALAN PRAKTIKAL MEMUPUK KECEMERLANGAN KERJA DI KOLEJ KOMUNITI
BENTONG......................................................................................................................................... 161
S.E.R.O.N.O.K.................................................................................................................................. 177
vii
NORMA BAHARU
1
PEMULIHAN KITARAN EKONOMI SUSULAN PENULARAN PANDEMIK COVID19
Engku Mohamad Engku Abdullah
[email protected]
PENGENALAN
Permintaan secara amnya menerangkan permintaan pembeli terhadap sesuatu barang dan
perkhidmatan serta penawaran pula menerangkan ciri-ciri penawaran penjual terhadap barang dan
perkhidmatan. Permintaan dan penawaran merupakan model asas dalam kitaran ekonomi yang
merupakan interaksi manusia dalam aktiviti perniagaan. Aktiviti perniagaan ini amat penting kerana
melibatkan interaksi antara penjual dan pembeli yang mana aktiviti ini saling memerlukan dalam model
kitaran ekonomi. Interaksi antara penjual dan pembeli memainkan peranan penting dalam menentukan
kitaran sesuatu ekonomi di setiap negara. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) susulan daripada penularan pandemik COVID 19 menyebabkan prinsip asas dalam
model kitaran ekonomi terganggu kerana interaksi antara pembeli dan penjual menjadi terhad.
Sekiranya kerajaan tidak melaksanakan penguatkuasaan PKP, penularan pandemik COVID 19 akan
merebak semakin tinggi serta menyebabkan interaksi antara pembeli dan penjual semakin terhad
seterusnya mengakibatkan gangguan kepada kitaran ekonomi. Kerajaan Malaysia dan Bank Negara
Malaysia perlu melaksanakan dasar kitaran secara tindak balas untuk mengurangkan kesan yang besar
terhadap gangguan kitaran ekonomi akibat penularan pandemik COVID 19.
KITARAN EKONOMI COVID 19
Semasa arahan PKP, semua aktiviti perniagaan dan pengeluaran diarahkan untuk tidak
beroperasi kecuali aktiviti kritikal seperti makanan, kesihatan dan keselamatan. Perkara ini
menyebabkan interaksi antara penjual dan pembeli menjadi terhad kepada aktiviti tertentu sahaja.
Aktiviti perniagaan kritikal dibenarkan beroperasi dengan syarat yang ketat mengikut Prosedur
Kendalian Standard (SOP) di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia. Penularan
2
pandemik COVID-19 telah meninggalkan kesan kepada corak kehidupan dan punca pendapatan rakyat
di Malaysia iaitu hampir 2 juta pekerjaan iaitu lebih kurang 8% daripada tenaga kerja yang diunjurkan
berisiko sehingga akhir tahun 2020. Tahap pengangguran diunjurkan lebih tinggi berbanding dengan
Krisis Kewangan Global 2008 dan 2009 serta Krisis Kewangan Asia 1997 dan 19981. Oleh itu, Kerajaan
Malaysia perlu mengambil langkah proaktif bagi melindungi dan memperkasakan rakyat dalam jangka
masa pendek bagi menangani isu pengganguran yang semakin mencabar. Ramai pekerja telah
diberikan cuti tanpa gaji dan diberhentikan kerja disebabkan oleh aktiviti pengeluaran bidang bukan
kritikal yang tidak dibenarkan beroperasi berikutan mengikut arahan PKP oleh kerajaan. Penularan
pandemik COVID 19 menyebabkan gangguan yang besar kepada aktiviti permintaan dan penawaran
barang serta perkhidmatan yang memberi kesan kepada kitaran ekonomi. Pada tahun 2020, jurang
dalam pengeluaran juga diunjurkan menjadi negatif walaupun pengeluaran berpotensi dijangka akan
berkembang pada kadar 4.3 – 4.8%. Pengeluaran sebenar akan terjejas dengan lebih ketara akibat
kesan buruk penularan pandemik COVID 19. Secara langsung, pengeluaran sebenar diunjurkan terus
meningkat pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan pengeluaran yang berpotensi pada
tahun 20202.
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI (PRIHATIN)
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau lebih dikenali sebagai PRIHATIN yang bernilai
RM 250 bilion adalah untuk memulihkan semula kitaran ekonomi dan mengukuhkan semula ekonomi
negara yang telah menyaksikan pembukaan sektor ekonomi secara terkawal dan teratur secara
berperingkat mengikut SOP. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion untuk
memperkukuhkan eokonomi negara, RM 100 bilion untuk menyokong Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) dan RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat3. Selain itu,
1 Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Jun - Disember 2020
2 Tinjauan Ekonomi dan Monetari, Bank Negara Malaysia, 2020
3 Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Perdana Menteri Malaysia.
3
peruntukkan RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi yang ditunjangi oleh tiga
strategi sebelum ini adalah seperti berikut:
i) Strategi Pertama: Menangani impak COVID-19
ii) Strategi Kedua: Memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat
iii) Strategi Ketiga: Menggalakkan pelaburan berkualiti
Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia telah
ditambah sebanyak RM7.9 bilion iaitu RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion dengan mewujudkan Geran
Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan
akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat PKS mikro yang akan
memberikan manfaat kepada hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara4. Syarikat PKS mikro
mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan. Kerajaan juga akan
memperolehi senarai syarikat PKS mikro yang berkelayakan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu, Pakej PRIHATIN ini merupakan perancangan
kerajaan bagi membantu mengurangkan beban dan usahawan bagi menjaga kebajikan, keselamatan
dan kesejahteraan rakyat di negara ini sebagai suntikan fiskal langsung yang berjumlah RM25 bilion.
Strategi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan adalah berdasarkan kepada ketersediaan aliran tunai
pasaran kewangan domestik dan keupayaan fiskal semasa untuk mengharungi cabaran dalam kitaran
ekonomi. Kerjasama daripada rakyat amat penting untuk mematuhi arahan kerajaan akan membantu
dalam pemulihan kitaran ekonomi bagi memutuskan penularan pandemik COVID 19. Pemulihan
kitaran ekonomi ini perlu dilaksanakan dengan sistematik selepas tiga fasa telah dilaksanakan oleh
Kerajaan Malaysia iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk fasa pertama, Perintah Kawalan
4 Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), (2020), Teks Ucapan Perdana
Menteri Malaysia.
4
Pergerakan Bersyarat (PKPB) unutk fasa kedua dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
untuk fasa ketiga.
PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA
PENJANA akan memberi fokus kepada tiga teras utama dalam memulihkan semula kitaran
ekonomi negara iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan, dan merangsang ekonomi.
Pemulihan kitaran ekonomi negara ini mesti diberi perhatian penuh oleh kerajaan untuk mengambil
tindakan bagi melindungi nyawa, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan semula ekonomi
negara. Kerajaan telah berupaya menangani keadaan kitaran ekonomi yang mencabar ini melalui enam
pendekatan utama seperti ketegasan (Resolve), ketahanan (Resilience), memulakan semula (Restart),
Pemulihan (Recovery), memperkasa (Revitalise), dan seterusnya di peringkat akhir ialah menyusun
semula (Reform)5. Antara Pelan Jana Ekonomi bagi memperkasakan rakyat yang dilaksanakan oleh
kerajaan adalah seperti Program Subsidi Upah, Menaik Taraf Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara,
Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, Perkhidmatan Internet untuk Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP), Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran, Insentif Pengaturan Kerja
Fleksibel, Bantuan Sosial bagi Golongan Mudah Terjejas, Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40
(PEKA B40), Subsidi Penjagaan Anak, Subsidi Pengangkutan Awam RM30 untuk 30 Hari Tanpa Had
(MY30), Peningkatan Produktiviti Pengeluaran dan Perlindungan Latihan dan Sosial bagi Pekerjaan
Sementara atau Fleksibel (Ekonomi GIG). Antara Pelan Jana Ekonomi bagi melonjakkan perniagaan
yang dilaksanakan oleh kerajaan pula adalah seperti Kedai Malaysia dalam talian (Shop Malaysia
Online), Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS, Penggunaan Teknikal dan Digital bagi
PKS serta Syarikat di Peringkat Pertengahan (MTC), Pusat Sehenti MyAssist PKS, Pembiayaan PKS
PENJANA, Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA, Pembiayaan Mikrokredit PENJANA,
Pembiayaan Mudah Bumiputera, Skim SME-Go bagi Membantu Aliran Tunai PKS, Mempercepat
5 Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
5
Pembayaran untuk Rangkaian Bekalan GLC dan Syarikat Korporat, Potongan Cukai untuk
Perbelanjaan berkaitan susulan pandemik COVID-19, Sokongan bagi Meringankan Beban Kewangan
Perniagaan, Melonjakkan Perusahaan Sosial dan Memacu Penubuhan Perniagaan Baharu. Selain itu,
antara Pelan Jana Ekonomi yang lain bagi merangsang ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan
Mal;aysia adalah seperti Dana PENJANA Nasional, Pendigitalan Penyampaian Penyampaian
Perkhidmatan Kerajaan, National Technology and Innovation Sandbox, ePENJANA, Kempen Beli
Barangan Buatan Malaysia, Insentif Cukai Pembelian Kereta, Insentif Sektor Hartanah, Pelanjutan
Waktu Perkhidmatan dalam Norma Baharu, Sokongan Sektor Pelancongan, Malaysia Destinasi
Pelaburan Pilihan, Sokongan Sektor Pelancongan, Sokongan Sektor Pertanian serta Makanan,
Sokongan Sektor Seni, Budaya serta Hiburan, Sokongan Sektor Komoditi, Rang Undang-Undang
COVID-19 yang dilaksanakan untuk sementara dan Sukuk PRIHATIN.
NORMA BAHARU
Susulan penularan pandemik COVID 19, rakyat mesti mengamalkan norma baharu dalam
setiap aktiviti kehidupan bagi menjamin kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan yang menyeluruh.
Norma baharu seperti penjarakan sosial, penjagaan kebersihan diri, penggunaan pembasmi kuman
dan tidak bersesak di tempat awam harus menjadi rutin harian yang baharu kepada rakyat di negara
ini. Norma baharu yang disebabkan oleh penularan pandemik COVID 19 juga telah mengubah rakyat
merombak semula budaya kerja dan interaksi dalam kitaran ekonomi. Oleh itu, kerajaan juga sedar
betapa pentingnya untuk menghadapi cabaran ini bagi memastikan aktiviti ekonomi yang berproduktiviti
tinggi, menjamin kesejahteraan serta keselamatan untuk pemulihan dalam kemaslahatan ekonomi
negara. Semua pihak memainkan peranan penting dalam membangunkan sebuah ekosistem mengikut
norma baharu yang dapat membantu rakyat bekerja dan menyesuaikan diri dengan budaya kerja
baharu. Ini termasuk memberikan insentif bagi penggunaan teknologi untuk memudahkan pekerja
bekerja dari rumah dengan mudah, selesa dan sistematik. Selain itu, golongan rakyat seperti warga
tua, orang kelainan upaya, pelajar di luar bandar, masyarakat B40 dan golongan terpinggir di kota amat
6
memerlukan bantuan kerajaan untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan dalam norma
baharu ini. Sementara itu, cabaran teknologi digital susulan penularan pandemik COVID 19 menguji
keupayaan rakyat bagi menyesuaikan kehidupan norma baharu menuju ke arah negara yang
berteknologi tinggi.
PENUTUP
Apabila penularan pandemik COVID-19 melanda negara, rakyat telah menyedari perniagaan
konvensional yang dilakukan sekarang tidak sepenuhnya sesuai terhadap ekonomi masa kini. Isu
pemulihan kitaran ekonomi di negara ini belum dapat menyesuaikan model baru dengan persekitaran
ekonomi digital dan masih tidak seiring dari segi penggunaan teknologi. Pada masa ini, faktor peranti
dan akses kepada internet adalah elemen penting yang perlu dipertimbangkan dalam menghadapi
cabaran untuk menyediakan kemudahan teknologi digital dalam mengejar Revolusi Industri 4.0. Walau
bagaimanapun, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang giat mempromosikan
penggunaan teknologi digital termasuk kursus dalam talian bagi meningkatkan operasi, pengeluaran
dan daya saing PKS dari semasa ke semasa bagi tujuan membudayakan penggunaan teknologi digital
dalam kalangan rakyat. Penggunaan media sosial juga boleh menjadi satu platform untuk rakyat
membudayakan teknologi digital bagi memulakan perniagaan dalam talian seperti Facebook, Twitter
dan Instagram. Penggunaan teknologi digital amat relevan semasa norma baharu terutamanya bagi
rakyat yang telah hilang pekerjaan dan ingin memulakan perniagaan dalam talian. Kerajaan juga perlu
sentiasa memastikan perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan adalah berkelajuan tinggi supaya rakyat
dapat menggunakan teknologi digital dengan mudah dan selesa dalam norma baharu selepas
berlakunya situasi penularan wabak COVID 19 yang mencabar ini.
7
RUJUKAN
Garis Panduan Pengurusan COVID 19 di Malaysia, No.5, (2020), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), (2020), Teks
Ucapan Perdana Menteri Malaysia.
Memulakan (Restarting) Ekonomi Demi Kesejahteraan Rakyat Dan Kemampanan Ekonomi, 2 Mei
(2020), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), (2020), Teks Ucapan Perdana Menteri
Malaysia,
Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, Jun-Disember (2020), Kementerian Kewangan Malaysia
dan Bank Negara Malaysia.
Sadono Sukirno (1998), Miroekonomi Edisi Ketiga, Cetakan Keenam, Aneka Publishing, Berlian Sdn.
Bhd.
Tinjauan Ekonomi dan Monetari, (2020), Bank Negara Malaysia.
www.bank.negara.gov.my
www.treasury.gov.my
8
IMPLIKASI PSIKOLOGI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
AKIBAT COVID-19 KEPADA REMAJA
Nur Hafiza Ishak
[email protected]
PENGENALAN
Dunia digemparkan dengan penularan wabak COVID-19 yang mula dikesan di sebuah
bandaraya Wuhan di wilayah Hubei, China pada pertengahan Disember 2019. Virus ini mula merebak
secara global di lebih 100 buah negara sehingga memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengumumkan COVID-19 sebagai pandemik. Sehingga 15 Jun 2020,
Amerika Syarikat kekal berada di tangga pertama yang mempunyai melebihi 100, 000 kes Berdasarkan
statitstik yang dikeluarkan oleh Crisis Preparedness and Response Center Malaysia (CPRC). Malaysia
pula berada di kedudukan ke-67 bagi bilangan jumlah kes COVID-19 bagi negara-negara di seluruh
dunia. Laporan terkini menunjukkan di Malaysia terdapat 8453 kes yang positif dan kekal aktif manakala
bilangan yang masih menerima rawatan adalah sebanyak 986 kes.
Bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 daripada menjadi semakin serius di Malaysia,
kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 hingga 31
Ogos 2020 yang telah diumumkan secara berperingkat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin. PKP ini dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang melarang semua aktiviti ekonomi dan sosial dijalankan.
Setiap rakyat Malaysia wajib berada di rumah masing-masing agar rantaian penularan pandemik ini
dapat diputuskan.
IMPAK COVID-19 TERHADAP PSIKOLOGI REMAJA
Pandemik ini telah mencetuskan gangguan sosio ekonomi global dan ketakutan yang meluas
akibat kekurangan bekalan yang mendorong pembelian panik dalam kalangan rakyat (WHO, 2020).
Pelbagai teori dan konspirasi palsu berkaitan COVID-19 turut tersebar. Tambahan pula, pelaksanaan
9
PKP di negara ini menyebabkan sesetengah individu mengalami tekanan psikologi. Antara individu
yang amat terkesan adalah frontliner, individu yang kehilangan pekerjaan dan kanak-kanak. Perasaan
ketakutan, ketidakpastian, ketidakstabilan ekonomi dan keadaan terkurung menjadi punca tekanan
psikologi. Kesihatan mental remaja juga tidak terkecuali daripada terkena tempias PKP ini. Isu ini dapat
dilihat apabila perkhidmatan kaunseling melalui talian psikososial di institusi pendidikan naik dengan
mendadak.
Seperti mana yang diketahui, golongan remaja inginkan kebebasan namun disebabkan
pandemik COVID-19 ini telah mengubah corak kehidupan mereka. Mereka tidak lagi dibenarkan keluar
dan menjalankan aktiviti kebiasaan sepanjang tempoh PKP ini. Kesan psikologi yang dapat dilihat
apabila PKP ini dilaksanakan adalah mereka ini kemurungan tambahan lagi bagi pelajar yang tidak
dapat pulang ke kampung dan terpaksa berada di rumah sewa atau asrama yang disediakan. Berada
dalam keadaan terkurung dalam tempoh yang lama boleh mengundang pelbagai emosi negatif
antaranya ialah sedih berpanjangan, kerisauan yang tidak menentu, pola tidur dan makan yang
bercelaru serta kurang minat dengan aktiviti biasa yang dilakukannya (Abdullah, 2020). Ada juga
remaja yang mengalami kemurungan disebabkan persekitaran rumah yang tidak kondusif. Sebagai
contoh, keadaan keluarga remaja yang terpaksa berada di dalam rumah yang hanya mempunyai 2
buah bilik tidur yang perlu dikongsi bersama enam orang adik-beradik yang lain. Secara tidak langsung
keadaan rumah dan penghuni dalam rumah tersebut memainkan faktor yang jelas terhadap kesihatan
mental (Wenjun Cao, 2020).
Selain itu, isu kesihatan mental yang sering timbul dalam kalangan remaja adalah kebimbangan
yang serius. Mereka kerap kali runsing tentang keadaan di rumah keluarga terutama bagi individu yang
mempunyai ibu bapa yang tinggal berseorangan. Mereka juga kerap berfikir sekiranya mereka dijangkiti
wabak ini ini apa yang akan berlaku dan bagaimana dengan nasib keluarga. Faktor demografi dan
kestabilan ekonomi keluarga boleh memberi kesan kepada remaja untuk mudah mengalami isu
kesihatan mental yang serius (Wenjun Cao, 2020). Isu kesihatan mental yang paling kerap
10
berlaku adalah serangan panik. Antara gejala fizikal yang dapat dikesan apabila mengalami serangan
panik ini ialah sesak nafas, meggeletar, tekanan di dada, jantung berdebar-debar, berpeluh dan hampir
pengsan. Biasanya gelaja ini berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang punca. Serangan panik ini
seringkali disalah tafsir sebagai serangan jantung.
KAUNSELING DAN TALIAN PSIKOSIAL
Justeru, pendekatan saling membantu dan mengambil berat perlu menjadi keutamaan dalam
menstabilkan kesihatan mental sepanjang tempoh PKP ini. Bantuan dari segi sokongan krisis
kaunseling wajar diberikan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mental yang
terkesan dapat dibantu secepat mungkin (Lloys L, 2020). Sehubungan itu Kementerian Kesihatan
Malaysia dan pelbagai agensi kerajaan serta NGO telah mengambil inisiatif mengadakan talian
Psikososial bagi membantu golongan remaja yang terkesan dengan PKP ini. Para kaunselor universiti
awam, politeknik dan kolej komuniti bersama berganding bahu membantu memberikan perkhidmatan
kaunseling yang terbaik kepada mereka yang terkesan. Perkhidmatan kaunseling yang diberikan
adalah sulit dan menjaga etika kerahsiaan klien (Arif, 2009).
Perkhidmatan talian psikososial ini dikendalikan oleh pegawai psikologi, kaunselor berdaftar dan
sukarelawan yang mempunyai kelayakan yang bersesuaian. Perkhidmatan yang disediakan berbentuk
sokongan emosi dan kaunseling berlandaskan Psychological First Aid.Talian ini juga turut menerima
aduan-aduan isu-isu wanita, keluarga dan masyarakat khususnya menangani kejadian kecemasan
berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan.
TIPS DAN CADANGAN
Tindakan proaktif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membantu menstabilkan emosi
rakyat yang terganggu wajar diberi perhargaan. Penyaluran maklumat yang tepat, pendidikan kesihatan
yang berterusan serta panduan pengurusan emosi dan tekanan dapat mencegah impak psikologi
remaja berpanjangan. Mereka perlu dipujuk agar tidak merasa takut dan gentar untuk berbincang dan
11
berkongsi masalah bersama dengan kaunselor. Dalam keadaan tertekan ini, wajar bagi individu
terkesan bercerita dan meluahkan perasaan dan bukan sahaja memendam perasaan tersebut.
Keadaan memendam perasaan akan memburukkan lagi permikiran, emosi dan fizikal individu.
Justeru, antara tips yang boleh diamalkan dalam pengurusan emosi dan tekanan bagi remaja
sepanjang tempoh PKP ini adalah seperti berikut:
a) Sentiasa berkomunikasi bersama rakan dan keluarga. Gunakan kecanggihan teknologi bagi
merapatkan hubungan yang jauh
b) Mengurangkan tempoh masa melayari media sosial berkenaan Covid-19 bagi meredakan
kebimbangan yang serius
c) Mengamalkan cara hidup yang sihat selari dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.
d) Sentiasa berfikiran positif dan melakukan aktiviti yang memberikan ketenangan sama ada
menerusi senaman pernafasan, mendengar muzik, memasak, berkebun dan sebagainya
kerana dapat mengurangkan tekanan serta berasa lebih tenang.
e) Berhubung terus dengan pegawai psikologi bagi membincangkan isu yang dialami melalui
talian Psikososial yang disediakan
PENUTUP
Kesihatan mental semasa PKP perlu dititikberatkan agar kehidupan dapat kembali dengan baik
dan normal khususnya para remaja. Pastikan sentiasa berkomunikasi dengan orang lain walaupun
dalam keadaan terkurung. Kesihatan mental adalah tanggungjawab kita bersama.
12
RUJUKAN
Abdullah, M. F. (April 2020). Staying On Csmpus During MCO A Strain On Students.
ARIF, M. A. (2009). Kemahiran dan Bimbingan Kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Lloys L.Sedered, M. (2020). Crisis Counselling, Not Therapy Is What's Needed In The Wake of COVID-
19.
Organization, W. H. (2020). Getting your workplace ready for COVID-19.
Wenjun Cao, Z. F. (2020). The Psychological Impact of The COVID-19 Epidemic On College Students
In China. Elsevier.
13
KEUSAHAWANAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Noorhidayah Binti Mohd Jaafar @ Abd Rahman
PENGENALAN
Pada penghujung 2019, masyarakat digemparkan dengan suatu fenomena baharu yang belum
pernah dialami di dunia. Kemunculan penyakit yang dikenali sebagai virus COVID-19 telah
menyebabkan seluruh dunia ketakutan kerana ia boleh menyebabkan kematian. Keadaan dunia
menjadi semakin teruk dan kelam kabut apabila sehingga kini masih lagi tiada vaksin ditemui untuk
mengubati penyakit tersebut. Dunia semakin panik dengan penyakit baharu ini. Semua negara sedang
menghadapi masalah yang sama dan keadaan semakin teruk. Penularan wabak ini semakin aktif dan
cepat di seluruh dunia.
Malaysia juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan masalah ini. Mulai 18 Mac 2020,
kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara holistik di seluruh
negara. Kerajaan mula memandang serius dengan masalah pandemik yang di hadapi ini. Pelbagai
langkah yang dibuat bagi membendung wabak ini. Di samping itu, jarak sosial dan penjagaan
kebersihan menjadi agenda utama sebagai usaha bersepadu untuk memastikan rantaian COVID-19
dapat diputuskan. Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilaksanakan sebelum ini
terpaksa dibatalkan atau diberhentikan. Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa semua rakyat
Malaysia perlu mematuhi arahan untuk duduk di rumah sahaja (stay at home) bagi mengurangkan dan
memutuskan rangkaian virus ini.
Senario sebegini boleh memberi implikasi yang negatif kepada kemakmuran dan kesejahteraan
negara jika ia berlarutan dalam jangka waktu yang lama. Di antara implikasi negatif yang akan dirasai
sekiranya fenomena PKP berlarutan ialah kesan psikologi, sosial dan emosi masyarakat. Selain itu,
negara juga tidak akan terlepas daripada kesan ekonomi dan politik. Melalui pandemik ini ramai
masyarakat yang mengambil peluang menceburi bidang baru dalam perniagaan. Perniagaan yang
14
dijalankan adalah bagi mengisi masa semasa arahan duduk di rumah atau menyara kehidupan
sepanjang krisis wabak ini berlangsung.
Ramai mungkin tidak menjangkakan krisis wabak COVID-19 telah membawa bencana yang lebih
besar kepada ekonomi Malaysia berbanding dengan krisis-krisis lain seperti perang dagangan China-
Amerika Syarikat. COVID-19 secara amnya telah menjejaskan kesihatan ekonomi dunia dan tidak
terkecuali Malaysia bagi tahun 2020 dan dijangkakan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih
seperti sediakala. Namum begitu, pasti terdapat hikmah yang boleh dirungkai kesan daripada
penularan virus ini. Di sebalik rintihan masyarakat di peringkat awal pelaksanaan PKP, timbul beberapa
perkara positif dan masyarakat boleh menyesuaikan diri serta merebut peluang yang ada seperti dalam
bidang keusahawanan.
KEUSAHAWANAN DAN PKP
Aspek keusahawanan merupakan sebuah indikator yang amat signifikan dalam pelaksanaan
pendidikan keusahawanan di Malaysia. Bidang keusahawanan boleh diceburi oleh semua lapisan
masyarakat tanpa mengira jantina, usia, bangsa dan agama. Sepanjang musim PKP, ramai yang
mengambil peluang menceburi bidang keusahawanan secara atas talian (online) kerana melalui
perniagaan yang dijalankan seseorang akan memperolehi keuntungan serta menambah pendapatan
isi rumah bagi meneruskan kehidupan harian seseorang. Penjualan dan pembelian secara atas talian
semakin meluas semasa PKP berlangsung. Pemilihan produk atau perkhidmatan yang diniagakan
boleh dipilih berdasarkan permintaan, minat, peluang, keadaan semasa, lokasi atau barang yang
sedang tular yang dicari oleh pengguna.
Masyarakat juga boleh mengambil peluang samada memulakan perniagaan baru atau
mengembangkan perniagaan sedia ada dengan mempelbagaikan produk perniagaan. Peniaga meraih
keuntungan yang berlipat ganda dengan kaedah penjualan atas talian. Disebalik arahan PKP yang
dilaksanakan, masyarakat mulai sedar tentang kepentingan perniagaan. Selain itu, melalui perniagaan
15
yang dijalankan, peniaga mendapat pelanggan baru melalui senarai pelanggan yang sedia ada. Secara
tidak langsung ia membantu mempromosikan perniagaan atas talian yang dijalankan.
Dalam setiap perniagaan, pasti akan ada cabaran dan rintangan. Walaupun perniagaan secara
atas talian ini mempunyai banyak kelebihan, peniaga haruslah mengambil tahu apakah cabaran yang
menanti sekiranya ingin memulakan perniagaan tersebut. Masalah penghantaran barang merupakan
kekangan yang dihadapi semasa musim PKP. Pelanggan mahukan barang mereka dihantar dengan
cepat namun kaedah penghantaran barang kepada pelanggan secara terus adalah sangat sukar
memandangkan pergerakan yang agak terhad. Semasa tempoh awal PKP, kebanyakan syarikat
penghantaran barang seperti Pos Malaysia, J&T, DHL, Ninja Van dan lain-lain beroperasi dalam
tempoh yang terhad. Selain itu juga masalah lambakan barang yang banyak akibat pembelian atas
talian di syarikat kurier juga mengakibatkan barang lambat sampai ke pelanggan dalam tempoh yang
sepatutnya barang tersebut diterima. Sekiranya menggunakan perkhidmatan runner, setiap caj
penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. Caj Cash On Delivery (COD) dikira mengikut jarak lokasi
yang dihantar. Cabaran, risiko dan juga dugaan ini merupakan perkara biasa dalam menjalankan
sesuatu perniagaan.
CADANGAN MENINGKATKAN JUALAN SEMASA PKP
Di sebalik cabaran dan rintangan yang dilalui, seseorang peniaga perlu berusaha untuk
meningkatkan perniagaan melalui:
i. Mencuba minat dan bidang baru
Seseorang perlu mencuba atau menerokai minat baru walaupun pada asalnya tidak
terlintas atau tidak berminat langsung dengan dunia perniagaan.
ii. Mempelbagaikan pilihan produk yang sedia ada
Peniaga boleh mempelbagaikan produk jualan yang sedia ada contohnya berdasarkan
permintaan atau produk yang sedang tular di pasaran. Peniaga juga boleh
16
memperkenalkan produk baru untuk mencuba perniagaan dengan kos dan modal yang
rendah bagi mengelakkan kerugian besar.
iii. Tingkatkan Pemasaran
Peniaga perlu sentiasa meningkatkan usaha pemasaran dalam perniagaan, samada
produk atau perkhidmatan yang dijalankan. Pemasaran boleh dijalankan melalui pelbagai
kaedah dan cara. Pemasaran produk secara atas talian melalui aplikasi tik tok merupakan
trend terkini. Kaedah ini mendekatkan peniaga dengan pengguna sekaligus
mempromosikan produk dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, terdapat juga saluran
dan platform untuk mempromosikan produk seperti laman web, blog, group telegram,
whatsapp, dan banyak lagi.
PENUTUP
Keusahawanan merupakan suatu bidang yang boleh diteroka samada secara sepenuh masa
atau separuh masa. Kejayaan seseorang peniaga tidak datang dengan sendiri, tetapi ianya
memerlukan usaha, pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Perniagaan atas talian merupakan bidang
yang menarik untuk diceburi. Oleh yang demikian, peniaga yang muncul di era PKP diharap dapat
meneruskan usaha dalam perniagaan. Usaha tangga kejayaan. Hanya kesabaran dan kesungguhan
akan menentukan kejayaan atau kegagalan.
RUJUKAN
Suara Sinar. (2020, Mei 1). Bisnes dalam talian main peranan penting ketika PKP.
www.sinarharian.com.my
Zaleha Yazid, Che Aniza Che Wei & Nor Asiah Omar. (2016). Persepsi mahasiswa terhadap urusan
pembelian atas talian. Jurnal Personalia Pelajar 19(2) 17-25.
Garis Panduan Pengurusan COVID 19 di Malaysia, No.5, (2020), Kementerian Kesihatan Malaysia.
17
PANDEMIK CORONAVIRUS (COVID-19): PENGGUNAAN ICT DALAM SESI
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP)
Nor Fauziana binti Mohd Salleh
PENGENALAN
Teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communications Technology (ICT)
merupakan merupakan suatu kemahiran yang perlu ada dalam diri individu pada masa kini. Jika
dahulunya sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hanya dilakukan secara bersemuka di sekolah
atau institusi-institusi pendidikan, kini sesi PdP juga boleh dilakukan secara atas talian. Begitu juga
dengan aktiviti jual beli di antara peniaga dan pembeli. Jika dahulu peniaga perlu mempunyai premis
atau membuka kedai supaya pembeli dapat datang ke premis atau kedai tersebut untuk membuat
pembelian, sekarang peniaga dan pembeli boleh berurusan secara atas talian. Kecanggihan dan
peredaran teknologi ini berlaku dengan pantas.
Kemunculan Fourth Industrial Revolution atau Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) membawa
perkembangan ICT secara lebih meluas. Kenyataan ini disokong oleh Klaus Schwab menerusi bukunya
The Fourth Industrial Revolution yang menyatakan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup.
Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi
sembilan tonggak Industri 4.0 yang merangkumi Simulasi dan Realiti Maya, Integrasi Sistem Menegak
dan Melintang, Industri Internet of Things (IOT), Keselamatan Siber, Pengkomputeran Awan,
Pembuatan Bahan Tambahan, Rantaian Bekalan, Analisis Data Raya dan Robot Automasi.
Oleh yang demikian, kemahiran ICT ini menjadi suatu keperluan dalam diri setiap individu di era
digitalisasi ini. Seseorang individu perlu menerima perubahan dan cuba menyesuaikan diri supaya tidak
ketinggalan dan seiring dengan perkembangan ICT semasa.
18
PENGGUNAAN ICT DALAM SESI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
“Melentur buluh, biar dari rebungnya”. Bagi memastikan kemahiran ICT ini diterapkan dalam diri
seseorang, kemahiran ini perlu diperkenalkan kepada pelajar dari bangku persekolahan lagi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Program Pembestarian Sekolah membudayaan
penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti PdP, keberkesanan pengurusan dan
pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan. Melalui program ini, KPM berusaha
melengkapkan sekolah-sekolah di bawah KPM dengan kemudahan, aplikasi, perisian, perkakasan,
memberikan latihan kepada guru serta mengadakan program pengurusan perubahan (change
management) yang bersesuaian. Dengan adanya infrastruktur yang lengkap serta guru yang terlatih,
pelajar-pelajar sekolah didedahkan dengan penggunaan komputer dan internet, penggunaan perisian
seperti Microsoft Words, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint dan pelbagai kemahiran ICT lain yang
berkaitan bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan kemahiran ICT pelajar.
Pada tahun 2020, dunia dikejutkan dengan penularan wabak Coronavirus terbaru yang ditemui
di China iaitu Novel Coronavirus 2019 (COVID-19) yang menyerang seluruh dunia. Penularan wabak
ini dikategorikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana ianya adalah
penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga
melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia. Langkah kerajaan Malaysia untuk
menutup sekolah dan institusi pendidikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
mengekang penularan wabak ini menyebabkan pelajar dan guru perlu menggunakan kemahiran ICT
untuk meneruskan sesi PdP secara atas talian di rumah masing-masing.
Pelbagai medium dan aplikasi digunakan bagi meneruskan sesi PdP dalam tempoh PKP.
Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk meluaskan penyampaian ilmu kepada pelajar melalui saluran
televisyen (TV) pendidikan. Jadual rancangan TV pendidikan itu diutamakan kepada pelajar-pelajar
yang bakal menghadapi peperiksaan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara subjek yang diajar melalui saluran TV
pendidikan adalah Matematik SPM, Bahasa Melayu Tahun 4 & 5, Biologi, Sejarah dan sebagainya.
19
Rajah 1: Capaian ICT oleh isi rumah di Malaysia, 2019 dan 2018
Statistik capaian ICT oleh isi rumah di Malaysia bagi tahun 2019 dan 2018 (Rajah 1) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa terdapat peningkatan peratusan
capaian ICT melalui TV berbayar daripada 73.1% pada tahun 2018 kepada 75.8% pada tahun 2019,
manakala berlaku sedikit penurunan peratusan capaian ICT melalui TV sebanyak 1% pada tahun 2019.
Ini jelas menunjukkan bahawa majoriti rakyat di Malaysia mempunyai televisyen dan kaedah
penyampaian ilmu melalui TV sesuai dipraktikkan.
Selain televisyen, sesi PdP secara atas talian juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi dan
laman web yang berkaitan samada menggunakan telefon pintar atau komputer mahupun komputer riba
20
yang mempunyai internet. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah Telegram, Facebook,
Whatsapp, YouTube, Webex, Google Classroom, Microsoft Teams dan sebagainya. Pendidik juga
boleh menggunakan blog sebagai platform perkongsian ilmu bersama pelajar.
Rajah 2: Penggunaan ICT oleh Individu di Malaysia, 2019 dan 2018
Statistik penggunaan ICT oleh individu di Malaysia bagi tahun 2019 dan 2018 (Rajah 2) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 70% individu di
Malaysia menggunakan telefon bimbit, komputer dan juga mempunyai internet pada tahun 2018 dan
21
2019 dalam kehidupan seharian. Justeru itu, penggunaan medium ini juga amatlah sesuai digunakan
untuk menyampaikan ilmu secara dua hala di antara pendidik dan pelajar bagi meneruskan sesi PdP
yang berkaitan. Penggunaan medium ini lebih dekat atau mesra pengguna kerana pelajar boleh
berinteraksi dengan pendidik secara live dan boleh mendapatkan maklumbalas tentang sesuatu
perkara dengan cepat.
Di peringkat institusi pengajian tinggi, platform e-pembelajaran disediakan oleh kebanyakan
universiti bagi memudahkan pelajar meneruskan pengajian di rumah. Kaedah penilaian pelajar juga
disesuaikan dengan mengambilkira batasan-batasan semasa tempoh PKP. Ibu bapa perlu menyokong
dan memberikan galakan kepada anak-anak untuk belajar secara atas talian. dalam tempoh PKP
semasa penularan wabak COVID-19 ini. Namun begitu, ibu bapa juga harus memantau penggunaan
ICT anak-anak. Penggunaan ICT tanpa had, tanpa sempadan dan tanpa kawalan ini akan
memudaratkan anak-anak. Antara cadangan yang disarankan untuk ibu bapa adalah menetapkan
tetapan privasi ke atas laman sesawang seperti YouTube (Parental Control), memantau sejarah enjin
carian (Search Engine) sama ada Google, Mozilla Firefox, MSN, Yahoo atau Internet Explorer,
menetapkan had masa penggunaan peranti ICT dalam satu hari dan sebagainya.
Di sebalik musibah penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan penutupan sekolah dan
institusi pendidikan, terdapat hikmah di sebaliknya. Ibu bapa dan anak-anak dapat bersama-sama
belajar dan menyelesaikan tugasan bersama-sama di rumah, Ianya secara tidak langsung akan
menyemarakkan lagi kasih sayang di dalam keluarga apabila melakukan aktiviti bersama-sama. Ibu
bapa juga dapat membantu para pendidik mengendalikan sesi PdP di luar kelas dan menyelesaikan
tugasan dengan menambahkan elemen-elemen kreatif di rumah. Anak-anak pula dapat meneroka dan
mendapat pengalaman belajar yang baru dan tidak tertumpu hanya di dalam kelas semata-mata.
22
RUJUKAN
Blanco, Lucía & Martínez-González, Raquel-Amaya & Iglesias, Mª & Pérez, Mª. (2013). The challenging
role of educating children at home.
Klaus Schwab (2016). The Fourth Industrial Revolution.
https://www.dosm.gov.my/
http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/FAQ-COVID-19.pdf
https://www.undp.org/content/undp/en/home/coronavirus.html
23
PEMBELAJARAN ATAS TALIAN, SATU PILIHAN ATAU KEPERLUAN:
COVID-19
Norliana binti Ali
Ketika negara China pertama kali melaporkan kes berkaitan radang paru-paru (pneumonia)
yang muncul di Wuhan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Disember 2019, ia tidak
begitu mendapat perhatian daripada masyarakat dunia. Namun begitu, keadaan pada hari ini adalah
berbeza apabila virus Corona yang kini dikenali sebagai COVID-19 telah menjelajah seluruh dunia.
Malaysia juga turut tidak terkecuali menghadapi ancaman virus tersebut. Kerajaan Malaysia telah
mengambil langkah pencegahan dengan memperkenalkan dan melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) yang bermula pada 18.3.2020 dan sehingga
kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih lagi dilaksanakan. Langkah pencegahan
melalui PKP, PKPB, dan PKPD telah memberi kesan kepada kualiti kehidupan harian masyarakat
Malaysia. Ia telah memberi kesan kepada ekonomi, pendapatan, pendidikan, gaya hidup, sosial dan
lain-lain lagi.
Bidang pendidikan juga turut tidak terkecuali terjejas angkara pendemik COVID-19.
Persekolahan terpaksa dibatalkan, manakala peperiksaan awam seperti SPM, STPM ditangguhkan.
Sektor pendidikan tinggi seperti IPTA, IPTA, Institusi latihan teknikal dan vokasional turut terkesan
apabila PKP dilaksanakan. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pembelajaran dan
Pengajaran (PdP) disusun kembali antaranya dengan dan kaedah pembelajaran atas talian yang kini
menjadi satu keperluan. Kebanyakan institusi pendidikan di Malaysia tiada pilihan lain selain
menggunakan kaedah pembelajaran secara maya bagi memastikan silibus pengajaran dapat
disampaikan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan. Ini dibuktikan pada 16 April
yang lalu, Search Trends untuk frasa ‘Goole Classroom” di Malaysia meningkat ke tangga ke dua dunia,
mendahului negara-negara maju yang memiliki sistem dan teknologi pembelajaran atas talian yang
lebih canggih.
24
Apabila PdP secara atas talian dilaksanakan, tidak dapat dinafikan pihak tenaga pengajar dan
pelajar terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan. Pelaksaaan PdP atas talian sebenarnya
telah lama dilaksanakan oleh negara maju. Jika sebelum ini pembelajaran atas talian hanyalah satu
pilihan, tetapi dengan penguatkuasaan PKP, ia menjadi suatu keperluan. Antara kekangan yang
dihadapi oleh tenaga pengajar dan pelajar adalah:
i. Akses capaian internet yang lemah (faktor geografi atau faktor kekangan pendapatan
keluarga).
ii. Fasiliti seperti komputer, komputer riba, peralatan percetakan, dan telefon bimbit yang
tidak lengkap, dan kurang canggih.
Selain itu, cabaran lain yang dihadapi antaranya,
i. Pelajar yang berada di rumah sepanjang tempoh PKP perlu membantu ibu bapa
menguruskan aktiviti harian,
ii. Kediaman yang tidak selesa, dan
iii. Pelajar dan tenaga pengajar yang tinggal di pedalaman yang liputan atau akses internet
terbatas dan keperluan PdP atas talian yang lain.
Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan
mempunyai banyak ruang untuk dieksplorasi seperti Blackboard, Edmodo, Google
Classroom dan ClassDojo. Namun begitu tenaga pengajar perlu bijak menyesuaikan dengan
keperluan dan keadaan semasa pelajar. Antara cadangan pembelajaran secara atas talian dengan
kekangan yang berbeza adalah seperti berikut:
i. Bagi kawasan yang mempunyai capaian internet yang stabil dan baik, pelajar dan
tenaga pengajar digalakkan menggunakan pembelajaran segerak seperti Zoom, Webex,
Google Meet. Manakala ujian boleh dilaksanakan atas talian boleh dilakukan melalui
Kahoot, Google Form atau Quizizz.
25
ii. Bagai kawasan yang mempunyai capaian internet yang rendah dan tidak stabil, pelajar
dan tenaga pengajar digalakkan menggunakan e-pembelajaran tidak segerak seperti
google classroom dan Edmodo. Interakasi pembelajaran berlaku bukan secara “real time”
dan guru serta pelajar tidak perlu hadir dalam masa yang sama. E-pembelajaran juga
boleh dirakam dalam bentuk audio atau video dan dimuatnaik ke aplikasi Facebook,
Youtube, Whatapp, Telegram, e-mel, dan seterusnya dapat dikongsikan dengan pelajar.
iii. Di kawasan yang tiada capaian internet atau mempunyai capaian internet yang sangat
lemah, tenaga pengajar dan pelajar bolehlah menggunakan khidmat pesanan ringkas
SMS sebagai medium PdP walaupun ia agak terbatas penggunaannya.
Satu poll ringkas telah diedarkan kepada pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan Semester Dua
seramai 11 orang. Seramai 7 orang pelajar tinggal dikawasan agak pedalaman. Mereka memberikan
respon yang pelbagai bagi pelaksanaan pembelajaran secara atas talian antaranya:
Bil Soalan Poll Dapatan daripada Poll
1. Kesedian pelajar kearah pembelajaran secara atas - 27 % - pelajar bersedia
talian. Adakah pelajar telah bersedia? - 18 % - tidak bersedia
- 55 % - Sederhana
2. Bagaimanakan persediaan fasiliti pelajar seperti - 36 % - bermasalah
kelajuan internet, komputer riba, telefon bimbit, - 9 % - tiada masalah
peralatan mencetak bagi pelaksaaan pembelajaran - 55 % - sederhana
secara atas talian
3. Penyampaian pembelajaran atas talian yang lebih - 11 % - berkelompok seperti
sesuai dengan pelajar menggunakan aplikasi zoom
- 33 % - menggunakan video
- 56 % - Forum seperti di group
Telegram & Whatapp
4. Adakah pelajar boleh memberikan komitmen kepada - 44 % - boleh memberikan komitmen
pembelajaran atas talian? - 0 % - tidak boleh memberikan
komitmen
- 56 % - Sederhana bagi memberikan
komitmen
26
Pembelajaran atas talian sebelum ini mungkin adalah pilihan disebabkan tenaga pengajar dan
pelajar lebih menyukai pembelajaran secara bersemuka kerana ia melibatkan komunikasi, dan aktiviti
yang dilaksanakan secara langsung. Selain itu, yang lebih penting adalah keberadaan dan kawalan
kelas adalah di depan mata guru dan pensyarah. Namun begitu, keadaan telah berubah, dan
pembelajaran secara atas talian merupakan satu keperluan dan semua pihak perlu menggunakannya
secara optimum. Seorang pendidik yang proaktif perlu bijak menangani isu tersebut secara berhemah
bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran, serta matlamat utama pembelajaran adalah
tercapai.
Rujukan:
Nor Hidayati Mokhtar (2020). Pembelajaran Atas Talian Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat.
https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-untuk-pembelajaran-sepanjang-hayat
Siti Asmah Bakar (2015). Pembelajaran Atas Talian (Online Learning): Ciri-Ciri Online Learning
Yang Berkesan. https://prezi.com/94fzo5vrzfao/pembelajaran-atas-talian-online-learning-ciri-ciri-
online-learning-yang-berkesan
Zahiah Binti Kassim & Abdul Razaq Bin Ahmad. (2010). E-Pembelajaran: Evolusi Internet
Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat.
http://library.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/file_attachments/odl-
resources/159456/epembelajaran.pdf
27
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
(PdP)
28
MICROSOFT TEAMS VS GOOGLE CLASSROOM DALAM PENDIDIKAN:
MENCARI APLIKASI TERBAIK BAGI MODEL “BLENDED LEARNING”
Nurfarhana Binti Hamdan
PENGENALAN
Blended learning merupakan satu model pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan
pengajaran dan pembelajaran secara lansung dan dalam talian (virtual). Antara perisian yang boleh di
gunapakai bagi model blended learning ialah Microsoft Teams dan Google Classroom.Penulisan ini
akan mengupas apa yang boleh diberi oleh kedua-dua aplikasi ini kepada pensyarah dan pelajar bagi
mencari aplikasi terbaik bagi model blended learning.
Model Blended Learning merupakan satu model pengajaran dan pembelajaran yang sedang
hangat diperkatakan dewasa ini. Secara sedar atau tidak sedar, ramai dalam kalangan pendidik telah
menggunapakai model ini dalam pengajaran mereka bagi mengikuti arus Revolusi Industri 4.0. Blended
Learning ialah satu konsep kombinasi teknik pembelajaran konvensional dan teknik pembelajaran
dalam talian. Model pembelajaran ini berasal dari perkataan Blended dan Learning yang mana
membawa maksud campuran dan belajar. Oleh itu, dapat ditakrifkan bahawa konsep ini merupakan
percampuran pola belajar. Menurut Thorne (2003), blended learning adalah perpaduan dari teknologi
multimedia, CD ROM video streaming, kelas virtual, peti suara, email, telephone conference, animasi
teks dalam talian dan video streaming. Semua ini dikombinasi dengan bentuk tradisional pelatihan
dikelas dan pelatihan satu-satu.
Microsoft Teams yang juga dikenali sebagai Teams diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun
2017. Ia merupakan platform yang menggabungkan komunikasi dan kolaborasi iaitu percakapan
tempat kerja (workplace chat), video meeting, penyimpanan fail dan juga aplikasi integrasi. Microsoft
telah memperkenalkan Teams for Education yang mana sangat sesuai bagi model blended learning.
29
Teams Education ini membenarkan pentadbir atau pun pensyarah untuk mencipta kelas-kelas tertentu
bagi pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Microsoft Teams membolehkan pensyarah
mengedarkan, memberi maklum balas, dan menilai tugasan pelajar yang diserahkan melalui Teams
menggunakan menu Tugasan, yang tersedia untuk pelanggan Office 365 for Education. Kuiz juga boleh
diberikan kepada pelajar melalui penyatuan dengan Office Forms.
Rajah 1: Antaramuka Utama Microsoft Teams
30
Google Classroom telah diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Google bagi memberi
perkhidmatan web percuma kepada institusi pendidikan yang bertujuan untuk mempermudahkan
membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Google
Classroom telah diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Google bagi memberi perkhidmatan web
percuma kepada institusi pendidikan yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan
dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk
menyelaraskan proses perkongsian fail antara pensyarah dan pelajar. Ia mempunyai keupayaan untuk
pensyarah memberi markah tugasan, kuiz, dan memberi latihan kepada pelajar secara dalam talian.
Pensyarah juga boleh mengedar kandungan pengajaran dan pembelajaran seperti video, fail dan lain-
lain.
31
Rajah 2: Antaramuka Utama Google Classroom
Hasil semakan di Google Trends pada carian 16 Jun 2020, Malaysia merekodkan carian frasa
Google Classroom tertinggi di dunia selepas United States manakala Microsoft Teams berada
dikedudukan 54 dunia dalam carian di Google. Hal ini membuktikan impak terhadap usaha golongan
pendidik di negara ini menggunakan medium pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dah
mengaplikasikan teknik blended learning sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ketika krisis wabak koronavirus (Covid-19). Hasil dari carian ini juga membuktikan model blended
32
learning ini paling tinggi digunapakai oleh semua pengajar sewaktu tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan seperti yang tertera dalam rajah bawah:
Rajah 3: Carian popular berkaitan Google Classroom paling tinggi di Malaysia
dicatatkan pada bulan April 2020
33
Rajah 4: Carian popular berkaitan Microsoft Teams paling tinggi di Malaysia turut dicatatkan
pada bulan April 2020
PENYATAAN MASALAH
Sejajar dengan Revolusi Industri 4.0, terdapat pelbagai model pengajaran dan pembelajaran
yang diperkenalkan. Walaubagaimanapun, pengajar masih lagi selesa dengan teknik pengajaran
konvensional kerana kurang diberi pendedahan dan kemahiran mengenai model blended learning.
Baru-baru ini, Malaysia telah digemparkan dengan serangan pandemik yang sekaligus menjejaskan
institusi pendidikan negara kerana semua aktiviti akademik tidak dapat dijalankan secara langsung.
Pada 16 Mei 2020, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan cadangan Kementerian
34
Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pendidikan
Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP. KPT memaklumkan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Semua
aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
Antara solusi bagi pernyataan diatas, penggunaan aplikasi Microsoft Teams dan Google
Classroom telah menjadi salah satu platform pilihan tenaga pengajar dalam melaksanakan proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sekaligus menjadi antara aplikasi terbaik dalam model blended
learning.
APA YANG MICROSOFT TEAMS BOLEH LAKUKAN UNTUK KELAS ANDA?
Satu tarikan utama Microsoft Teams adalah jumlah kawalan yang diberikan kepada pensyarah,
pelajar dan pentadbir terhadap peranan masing-masing dalam pendidikan. OneNote, misalnya,
membolehkan pelajar dan pensyarah menyusun nota mereka di satu lokasi dalam talian yang dapat
diakses pada mana-mana peranti yang disambungkan. Dengan menggunakan aplikasi ini, pensyarah
dapat mengumpulkan rancangan pelajaran interaktif untuk setiap kelas ke dalam satu platform. Hal ini
memudahkan nota untuk diedarkan kepada pelajar dan berkongsi dengan rakan pensyarah.
Melalui Teams dan Class Notebook, pensyarah dapat memasukkan bahan pengajaran secara
langsung kepada pelajar, atau pensyarah boleh memasukkan nota kelas ke dalam buku nota pelajar.
Oleh itu, pelajar akan mendapat maklumat daripada pensyarah mereka dengan serta-merta. Teams
adalah cara untuk pelajar berinteraksi, mengumpulkan maklumat, dan terus berkongsi maklumat ketika
mereka memerlukannya.
Microsoft Teams juga membantu pensyarah berkolaborasi dalam rancangan pelajaran dan
inisiatif institusi pendidikan. Aplikasi Flipgrid oleh Microsoft baru-baru ini menambahkan alat konferensi
video terbina dalam Teams, yang memberi pensyarah cara lain untuk berhubung di seluruh institusi
pendidikan dan di pelbagai daerah. Kolaborasi dengan ahli Teams boleh dilakukan pada bila-bila masa
dan di mana sahaja.
35
Menawarkan collaborative sharing yang lebih nyata, menjadikan setiap ahli Teams boleh menulis
di atas satu papan putih yang sama. Ia berguna untuk pelajar kongsikan hasil penulisan jawapan atau
latihan mereka secara langsung dan pensyarah boleh terus semak jawapan mereka. Pensyarah juga
boleh meminta pelajar-pelajar yang lain untuk menyemak. Selain itu, perkongsian papan putih ini juga
membolehkan setiap ahli menulis idea mereka secara tiba-tiba atau segera. Ciri-ciri ini sangat sesuai
untuk melukis peta minta, i-think dan membuat kesimpulan sesuatu hasil pembelajaran Microsoft
Teams juga menyediakan SSync, utiliti penyegerakan sistem fail, di mana ia secara automatik membuat
profil pelajar dalam Microsoft Teams berdasarkan data daftar institusi pendidikan.
APA YANG GOOGLE CLASSROOM BOLEH LAKUKAN UNTUK KELAS ANDA?
Pensyarah yang menggunakan Google Classroom memuji kebolehcapaian yang mudah
digunakan oleh pengguna serta antaramuka yang mesra pengguna. Selain itu, aplikasi ini juga adalah
percuma. Google merancang suite kelas agar mudah digunakan, jadi pensyarah yang kurang
pengalaman dalam teknologi dapat memasukkannya dengan cepat ke dalam pengajaran mereka.
Google Classroom juga menawarkan komponen maklum balas yang kuat. Pensyarah boleh
menggunakan alat komen dalam semua tawaran utama untuk membuat nota mengenai hasil kerja
pelajar, dari mula tugasan hingga selesai. Pensyarah boleh memberi komen mengenai tugasan yang
sedang berjalan dan juga memberikan bantuan sepanjang proses tugasan berlaku. Maklum balas
mengenai kerja yang diselesaikan boleh menjadi perbualan dua hala, mencerminkan persidangan
dalam kelas.
Sebagai tindak balas kepada banyak tugas pentadbiran yang mesti ditangani oleh pensyarah,
Google juga menyertakan pelbagai alat pengurusan bilik darjah. Contohnya, halaman Tugas Kelas
membolehkan pensyarah bertukar dengan cepat antara tugasan. Selain itu, terdapat fungsi yang
membantu supaya pengredan lebih cepat dan efisien.
Google Classroom juga serasi dengan banyak aplikasi yang dapat ditambahkan oleh pensyarah
ke profil mereka untuk memperbaiki rancangan pelajaran. Sebagai contoh, pengguna mempunyai
36
capaian ke Workbench, platform dalam talian yang berfokus pada kandungan sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik, di mana pensyarah dapat membuat dan berkongsi rancangan pelajaran.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kedua-dua aplikasi Google Classroom dan Microsoft Teams dapat
membantu pensyarah mencapai hasil pembelajaran kursus melalui model Blended Learning dan
kedua-duanya sesuai dengan model ini. Kerjasama antara pengurusan institusi dan pensyarah boleh
menjadi kaedah yang terbaik untuk memahami aplikasi atau perisian mana yang paling sesuai
digunakan di institusi masing-masing dengan mengambil kira kapasiti pelajar, kos dan lain-lain.
Teknologi sentiasa berkembang dan begitu juga dengan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran.
Sebagai pensyarah, kita hendaklah sentiasa cakna dengan teknologi dan model pengajaran dan
pembelajaran terbaru.
RUJUKAN
Wikipedia. (2020, January 10). Google Classroom. https://ms.wikipedia.org/wiki/Google_Classroom
Wikipedia. (2020, June 11). Microsoft Teams. https://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft_Teams
Hussein, Z., Siraj, S., Darussalam, G., & Mohd Salleh, N. (2015, January). Kajian Model Blended
Learning Dalam Jurnal Terpilih: Satu Analisa Kandungan.
https://juku.um.edu.my/article/view/8142/5630
Zimmerman, E., Eli, & University of Maryland's Philip Merrill School of Journalism. (2019, June 05).
Google Classroom and Microsoft Teams for Education: Find the Blended Learning Tool that
Works Best. https://edtechmagazine.com/k12/article/2019/02/google-classroom-and-
microsoft-teams-education-find-blended-learning-tool-works-best-perfcon
37
KEBAIKAN PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Siti Khairunnisa Binti Baharudin
PENGENALAN
Google Classroom merupakan satu perkhidmatan web percuma yang telah dicipta oleh Google
untuk institusi pendidikan yang bertujuan untuk membantu pengguna dalam membuat, mengedarkan
serta mengukur tugasan dalam cara yang mudah serta tanpa penggunaan kertas. Matlamat utama
kewujudan Google Classroom ini adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara para
pendidik iaitu pensyarah atau guru bersama pelajar. Google Classroom telah mengumpulkan semua
bahan dalam Google Drive untuk proses pengedaran dan penyimpanan tugasan-tugasan yang diberi
kepada pelajar, semua jenis dokumen Google, semua bentuk slaid untuk penulisan, berkomunikasi
antara pelajar dan guru serta aktiviti penjadualan. Para pendidik atau tenaga pengajar akan menjemput
pelajar untuk menyertai kelas yang telah didaftarkan, atau dijemput secara automatik dimana mereka
akan diimport dari domain institusi. Folder berasingan mengikut pelajar boleh diwujudkan dalam proses
untuk penghantaran tugasan yang akan dinilai oleh tenaga pengajar.
Google Classroom berfungsi untuk pengurusan tugasan-tugasan yang diberikan oleh tenaga
pengajar, boleh menyediakan kuiz, pengajar boleh memberi markah kepada pelajar mereka serta
latihan diadakan melalui dalam talian. Proses Pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi
semakin interaktif kerana bahan-bahan pengajaran seperti video, fail-fail yang berkaitan topik
pembelajaran dan lain-lain boleh dimuat naik dan dimuat turun dalam platform ini.
38
Rajah 1: Antaramuka Utama Google Classroom
Semakan di Google Trends untuk Google Classroom telah membukti bahawa Malaysia telah
mendahului negara-negara lain di dunia termasuklah negara-negara maju lain yang turut terlibat dalam
carian popular itu dalam tempoh 90 hari (10 Mac 2020 sehingga 10 Jun 2020) yang lalu. Negara
Indonesia berada di tangga kedua selepas Malaysia dan diikuti Serbia dan Romania serta United States
bagi kedudukan lima teratas. Oleh itu, rekod itu telah menunjukkan bahawa tenaga pengajar dan murid
serta pelajar-pelajar pengajian tinggi di Malaysia sangat berminat dengan perisian tersebut untuk
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Ini membuktikan bahawa
golongan pendidik di negara ini telah menunjukkan kecenderungan yang tinggi terhadap platform
39
Google Clasroom sebagai pemudahcara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ketika krisis wabak koronavirus (Covid-19).
Rajah 2: Carian popular berkaitan Google Classroom untuk tempoh 90 hari
(10 Mac 2020 sehingga 10 Jun 2020)
40
PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan Kenyataan Media berkaitan Pengendalian Aktiviti Akademik Di Kampus Institusi
Pendidikan Tinggi Semasa Dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 27 Mei 2020, Mesyuarat
Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan
Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa dan
pasca PKP. KPT memaklumkan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hendaklah
dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Semua aktiviti PdP secara bersemuka
adalah tidak dibenarkan.
Disebabkan itu, timbulnya sedikit kesukaran dikalangan tenaga pengajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang bakal ditempuhi mengikut norma baharu yang telah ditetapkan
sepanjang tempoh PKP di Malaysia memandangkan sebelum ini aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
bersama pelajar-pelajar adalah secara bersemuka. Pelaksanaan kelas secara dalam talian adalah
menjadi keutamaan dan perlu dilaksanakan dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, penggunaan Google Classroom adalah menjadi salah satu platform yang sesuai
diaplikasikan oleh tenaga pengajar bersama pelajar dalam pelaksanaan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) sepanjang tempoh PKP di Malaysia.
KEBAIKAN PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM
Percuma
Google Classroom merupakan satu platform yang sangat bagus kerana ianya percuma.
Pengguna juga boleh daftar untuk menggunakan platform ini menggunakan akaun gmail sahaja.
Selepas berjaya mendaftar masuk, pengguna boleh membuat pilihan sama ada untuk mencipta kelas
atau menyertai kelas yang telah disediakan.
41