Memudahkan Kerja Pensyarah
Sebagai tenaga pengajar, mereka hanya perlu mencipta kelas secara online sahaja. Pelajar akan
menghantar tugasan secara online dan pensyarah boleh terus membuat penilaian terhadap pelajar
mereka secara lebih sistematik. Proses ini memudahkan pensyarah untuk mengesan pelajar yang telah
menyiapkan tugasan atau belum memuat naik lagi ke dalam platform ini. Proses pemarkahan lebih
mudah kerana tenaga pengajar akan merekod ke dalam medium ini dan pelajar terus boleh menyemak
hasil tugasan masing-masing.
Terdapat Ruangan Forum Dan Perbincangan
Aplikasi Google Classroom ini sangat bagus kerana ia menyediakan ruangan untuk
perbincangan dan berforum dimana pelajar dan pensyarah boleh berkomunikasi antara satu sama lain.
Perkongsian topik dan penghantaran nota juga boleh dilakukan dengan mudah.
Penjimatan Penggunaan Kertas
Penggunaan kertas juga tiada dan sangat menjimatkan walaupun kelas berjalan secara
bersemuka. Pensyarah boleh meminta pelajar untuk mejawab soalan atau tugasan secara dalam talian
sahaja. Ini menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih interaktif.
Boleh Menggunakan Telefon Bimbit Sahaja
Selain daripada menggunakan komputer atau laptop untuk memasuki aplikasi Google Classroom
ini, ia juga boleh dicapai hanya menggunakan telefon bimbit. Pengguna perlu muat turun aplikasi ini di
telefon bimbit melalui Playstore bagi Android dan Appstore bagi IOS.
42
KESIMPULAN
Kesimpulan, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah
memberi banyak perubahan yang positif di kalangan pendidik dan pelajar. Penggunaan aplikasi seperti
Google Classroom ini memberi banyak kesan yang baik dalam proses penyebaran maklumat secara
meluas dan efisien. Disebabkan itu, pihak atasan iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Pengajian Tinggi dicadangkan agar lebih memberi penekanan serta sentiasa menyokong kepada
institusi pendidikan dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
memandangkan ianya membawa impak yang sangat tinggi kepada semua.
RUJUKAN
Herryan Syah bin Tupan@Surian (2019, Jun 24). 20 Manfaat Google Classroom.
http://mudahmengajar.blogspot.com/2019/06/20-manfaat-google-classroom.html.
Majlis Keselamatan Negara (2020, Jun 10). Sektor Pengajian Tnggi.
https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/photos/pcb.2495475573888667/24954
75303888694/?type=3&theatre.
Noriyani Doman (2017). Implikasi Google Apps dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar pesisir
UTHM. http://myto.upm.edu.my/find/Record/my-uthm-ep.9578/Description#tabnav.
Nurhidayah Hairum (2020, April 17). Carian ‘Google Classroom’ Tertinggi Di Dunia.
https://www.sinarharian.com.my/article/79328/BERITA/Nasional/Carian-Google-Classroom-
di-Malaysia-tertinggi-di-dunia.
Pusat Teknologi Maklumat UKM (2020, March 10). Cara-Cara Menggunakan Google Classroom.
http://www.ptm.ukm.my/news/cara-cara-menggunakan-google-classroom/.
Wikipedia (2014, August 12). Google Classroom. https://ms.wikipedia.org/wiki/Google_Classroom.
43
MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF
(FACEBOOK)
Nor Azimah Binti Ibrahim
PENGENALAN
Peralihan pantas teknologi web daripada Web 1.0 kepada Web 2.0 telah mengubah cara
manusia berkomunikasi dan berinteraksi dalam dunia internet. Web 2.0 yang dipopularkan oleh Tim
O‘Reilly ini menggambarkan Web 2.0 sebagai era dimana pengguna mula menyedari kemudahan yang
ditawarkan menerusi web. Menurut Boulos dan Wheeler (2007), Web 2.0 digelar Social Web kerana
kandungan webnya dapat ditulis dan dipapar dengan mudah disamping memanfaatkan kepakaran
pengguna internet secara kolektif. Perbezaan utama Web 1.0 dengan Web 2.0 adalah daripada segi
penglibatan pengguna lebih besar dalam membina dan menguruskan isi kandungan, yang mana ini
menukar sifat dan nilai sesuatu maklumat.
Kelebihan pada teknologi web 2.0 yang dinyatakan ini secara tidak langsung dapat menyokong
proses P&P secara kolaboratif. Teknologi kolaboratif menurut tafsiran Brown, Dennis dan Vankatesh
(2010) adalah satu pakej perkakasan dan perisian yang mempunyai satu atau lebih daripada ciri yang
berikut iaitu: (1) memberi sokongan kepada pengguna untuk berkomunikasi seperti komunikasi
elektronik sama ada untuk menambah baik atau menggantikan komunikasi lisan. Ciri kedua ialah (2)
menyokong pemprosesan maklumat, seperti sistem pengundian (poll); dan juga (3) menyokong untuk
membantu pengguna menerima dan menggunakan teknologi, seperti adanya latihan secara dalam
talian. Media sosial adalah contoh aplikasi berasaskan web yang terbina hasil daripada ideologi dan
teknologi daripada Web 2.0 (Kaplan & Haenlein 2010).
44
PENGERTIAN MEDIA SOSIAL
Menurut Mao (2014), media sosial membolehkan pengguna untuk melibatkan diri dalam pelbagai
jaringan komuniti dalam talian melalui komunikasi, interaksi, perkongsian, berkolaborasi dan mengurus
kandungan web. Terdapat pelbagai media sosial yang dibangun pada masa kini, antaranya yang
disenaraikan oleh Gundecha dan Liu (2014) iaitu (a) media sosial seperti Facebook, Instagram, and
LinkedIn, (b) laman perkongsian video dan gambar seperti YouTube dan Flickr dan juga (c) blog iaitu
laman penghasilan jurnal yang mengandungi teks dan kandungan multimedia.
Media sosial membenarkan individu untuk melakukan 3 perkara berikut iaitu (a) membina profil
awam ke dalam sistem (b) mengenalpasti profil pengguna lain yang berkongsi jaringan yang sama dan
(c) melihat dan melayari laman jaringan sendiri dan juga yang dibina oleh orang lain di dalam sistem
(Boyd dan Ellison, 2007). Penggunaan media sosial dalam konteks pembelajaran dapat memberikan
impak positif sekiranya pelajar saling memberi sokongan dan menghargai karya kreatif masing-masing.
PENGERTIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF
Pembelajaran kolaboratif adalah proses pembelajaran yang melibatkan sekumpulan pelajar yang
saling bekerjasama dalam menyelesaikan masalah dan menyiapkan tugasan (Dillenbourg 1999; Laal
dan Laal 2012). Persekitaran pembelajaran kolaboratif membolehkan pengetahuan saling dikongsi dan
berpindah dalam kalangan pelajar yang mempunyai minat dan matlamat yang sama (Brindley, Walti &
Blaschke 2009). Berdasarkan definisi pembelajaran kolaboratif yang diberikan, pelbagai faedah yang
bakal diperoleh oleh para pelajar hasil daripada pelaksanaan pembelajaran secara kolaboratif.
Terdapat empat elemen yang disenarai oleh Dillenbourg (1999) bagi menerangkan maksud
kolaboratif iaitu situasi, interaksi, proses dan kesan pembelajaran kolaboratif. Situasi kolaboratif berlaku
apabila para pelajar bersama rakan sebaya melakukan suatu tindakan yang sama, mempunyai
matlamat yang sama dan melakukan tugasan bersama-sama. Interaksi kolaboratif berlaku berdasarkan
45
tiga kriteria berikut iaitu a) interaktif b) komunikasi synchronous atau asynchronous dan c) wujudnya
rundingan dalam sesuatu perbicangan.
Antara faedah yang bakal diperoleh menerusi pembelajaran kolaboratif ialah menggalakkan para
pelajar untuk memberi penerangan berdasarkan pemahaman mereka sendiri. Oleh itu, ia dapat
membantu pelajar dalam memperluas dan memperkemas ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu
bidang (Van Boxtel, Linden & Kanselaar 2000). Pembelajaran secara kolaboratif juga dapat membantu
pelajar membina kemahiran berfikir secara kritikal dan bersama-sama dalam mencari penyelesaian
bagi sesuatu permasalahan (Brindley, Walti & Blaschke 2009). Oleh itu secara tidak langsung aktiviti
kolaboratif yang disokong oleh ICT ini dapat mengurangkan tekanan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlangsung.
Dillenbourg (1999) turut menerangkan terdapat empat proses yang terlibat semasa aktiviti
kolaboratif dilaksanakan. Proses pertama ialah induktif iaitu proses percambahan idea akan berlaku.
Kedua ialah proses beban kognitif dimana pelajar saling berkongsi maklumat dan idea bagi menjadikan
sesuatu tugasan lebih mudah untuk dilaksanakan. Ketiga ialah penerangan-kendiri melibatkan
pemahaman kendiri seseorang akan mempengaruhi aktiviti perbincangan dalam kumpulan kolaboratif.
Keempat ialah konflik akibat daripada percanggahan pendapat antara ahli kumpulan. Proses terakhir
adalah kesan yang diperoleh hasil daripada pembelajaran secara kolaboratif. Kelima-lima proses ini
menjadikan aktiviti kolaboratif dalam kalangan pelajar lebih efektif dan efisyen.
Kajian yang dilakukan oleh Yusliza dan Farrah Dina (2011) menyatakan pembelajaran
menggunakan blog secara kolaboratif dalam matapelajaran Ekonomi Asas dapat meningkatkan
kefahaman pelajar di dalam aktiviti pembelajaran mereka. Ini kerana pelajar mendapat maklum balas
yang cepat kerana dihubungkan dengan guru-guru yang pakar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas.
Begitu juga hasil kajian yang dilakukan oleh Yang dan Chang (2012) mendapati penggunaan blog
secara interaktif dalam kalangan pelajar dapat menambah baik kaedah komunikasi antara mereka dan
secara tidak langsung meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
46
KAEDAH KOMUNIKASI DALAM PERSEKITARAN KOLABORATIF
Pelaksanaan aktiviti P&P secara kolaboratif melibatkan komunikasi di antara pelajar dengan
pelajar dan pelajar dengan pensyarah. Menurut Marjanovic (1999), terdapat 2 kaedah komunikasi
yang boleh berlaku dalam persekitaran kolaboratif iaitu:
a) Asyhchronous – Persekitaran kolaboratif berlaku pada bila-bila masa atau di mana juga dengan
memberi kebebasan masa kepada pelajar untuk mengkaji, menyedia usul, dan ruang untuk
refleksi diri. Kaedah asyhchronous ini sangat sesuai bagi pembelajaran jarak jauh dengan
wujudnya kemudahan internet berserta aplikasi yang sesuai.
b) Synchronous – Persekitaran kolaboratif berlaku pada masa yang sama, tempat yang sama
atau pada masa yang sama, tempat yang berbeza. Kaedah synchronous memerlukan
kesegeraan, perancangan yang pantas, penyelesaian masalah dan proses membuat
keputusan.
Kaedah komunikasi asynchronous digunakan dengan lebih kerap berbanding kaedah
syncronous. Ini kerana kaedah komunikasi asynchronous membenarkan komunikasi yang lebih
fleksibel berbanding syncronous. Mengaplikasikan kedua-dua kaedah komunikasi ini dengan
menggunakan e-pembelajaran membolehkan komuniti dalam talian dapat diwujudkan sebagi contoh
ruangan forum atau kumpulan perbincangan di dalam kelas. E-pembelajaran memberi peluang kepada
semua pelajar untuk berdiskusi dan berkomunikasi secara dalam talian, yang mungkin tidak berlaku di
dalam sesi P&P secara tradisional iaitu bersemuka di dalam kelas.
Kelebihan e-pembelajaran yang menyokong pembelajaran secara kolaboratif telah banyak
dihuraikan dalam kajian penyelidikan yang lepas. Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Smith
(2013) mendapati pelajar lebih bersemangat untuk mengambil bahagian dalam perbincangan secara
dalam talian berbanding perbincangan secara bersemuka. Pelaksanaan pembelajaran secara
kolaboratif secara dalam talian ini dapat dilakukan dengan menggunakan mana-mana platform e-
47
pembelajaran yang bersesuaian dengan sesi P&P yang ingin dilaksanakan. Terutamanya pada
platform e-pembelajaran yang menawarkan teknologi web 2.0.
KELEBIHAN FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM P&P
Potensi media sosial sebagai medium pembelajaran tidak dapat disangkal lagi. Berdasarkan
model teoritikal yang diusul oleh Mazman dan Usluel (2009), terdapat 4 faktor yang mempengaruhi
penggunaan media sosial bagi tujuan pembelajaran. Faktor-faktor tersebut menurut beliau ialah faktor
sosial, kemudahgunaan, kebergunaan dan inovatif. Kunci utama kejayaan Facebook sebagai medium
pembelajaran adalah aplikasinya yang mesra pengguna dan fungsi-fungsi yang disediakan mudah
untuk digunakan. Ini menjadikan Facebook sebagai pilihan utama sebagai medium pembelajaran
berbanding aplikasi media sosial yang lain. Perkembangan teknologi internet dan telefon pintar juga
secara tidak langsung membantu dalam penerimaan media sosial sebagai medium pembelajaran
(Weber 2012).
Kebanyakan pelajar pada masa kini telah mempunyai akaun Facebook dan sedang aktif
menggunakannya. Bancian elektronik yang dilakukan oleh Hootsuite pada awal tahun 2020 mendapati
seramai 26 juta penduduk Malaysia aktif mengunakan media sosial. Penduduk Malaysia secara
puratanya akan berinteraksi dengan alat peranti elektronik selama 3 jam sehari. Daripada jumlah ini, 6
juta (23.2%) pengguna media sosial terdiri daripada golongan remaja yang berumur dalam lingkungan
18- 24 tahun.
48
Jumlah pengguna yang aktif menggunakan media sosial di Malaysia. Sumber: Hootsuite.
Facebook menawarkan aplikasi yang dapat menarik minat para pelajar seperti adanya wall,
Facebook Group, koen, tagging dan mesej peribadi menjadikan pelajar selesa untuk berkomunikasi
seperti berada dalam dunia nyata. Pada 28 Januari 2016 yang lalu, Facebook telah melancarkan
aplikasi Live Streaming yang mana pengguna internet dapat merakam aktiviti yang dilakukan dan
disiarkan secara langsung kepada penonton. Kesemua fungsi ini sangat ideal bagi tujuan memberi
keseronokkan dalam proses pembelajaran.
Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar terhadap penggunaan media sosial dapat
memberi peluang terbaik kepada pensyarah untuk mengaplikasi sesi P&P menggunakan Facebook.
Aplikasi Facebook yang paling banyak digunakan bagi tujuan pembelajaran ialah Facebook Group.
49
Aplikasi Facebook Group membenarkan pengguna membina kumpulan belajar di alam maya untuk
melaksanakan perbincangan secara berkumpulan sama ada bagi sesuatu kelas, subjek tertentu
mahupun komuniti. Menurut Manca dan Ranieri (2013), terdapat sebanyak 17 kajian yang telah
dijalankan berkenaan aplikasi Facebook Group berbanding aplikasi-aplikasi Facebook yang lain.
Antara faedah aplikasi Facebook Group ialah membenarkan pelajar berkongsi kandungan
pembelajaran, menulis komen, menulis pada wall Facebook, berdiskusi dan sebagainya.
Facebook menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif dengan kaedah perbincangan dan
memberikan idea atau pendapat. Ini terbukti berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh Gonzalez,
Llopis dan Gasco (2016) mendapati 22 kajian berkenaan topik pembelajaran secara kolaboratif
dilakukan terhadap Facebook berbanding penggunaan aplikasi web yang lain. Kepelbagaian aplikasi
yang disediakan Facebook membantu mereka untuk berkolaboratif dan saling membantu antara satu
sama lain dalam sesi soal jawab dalam pembelajaran (Ractham & Firpo 2011). Para pelajar juga
didapati sangat aktif dalam melakukan aktiviti komunikasi dan berkolaboratif di dalam kelas.
Selain itu, pensyarah juga boleh menggunakan Facebook untuk mendekati pelajar yang kurang
aktif di dalam kelas. Pelajar ini mungkin kurang yakin diri apabila berada di khalayak ramai.
Penggunaan Facebook dapat membantu mereka yang pasif ini untuk mengaktifkan diri dalam memberi
pendapat dan pandangan secara dalam talian. Di samping itu, pembinaan jati diri pelajar juga dapat
ditingkatkan (Argyris & Xu 2016) dengan cara mendapatkan sokongan sosial dengan saling memberi
mesej atau komen yang positif dalam kalangan mereka.
Selain memberi keseronokan, aplikasi Facebook juga dapat menjadi medium pembelajaran
secara tidak formal (Cain & Policastri 2011). Misalnya pelajar boleh menggunakan Facebook untuk
menambah pemahaman bagi sesuatu silibus dengan kaedah pembelajaran secara kendiri. Menurut
Cain dan Policastri (2011), kehadiran pakar bagi sesuatu bidang misalnya seorang jurutera yang turut
turut menggunakan aplikasi Facebook menjadikan mereka sebagai tempat rujukan bagi pelajar dalam
menimba pengalaman yang sebenar dalam dunia pekerjaan.
50
KESIMPULAN
Pelbagai aplikasi web 2.0 telah tersedia untuk digunakan dan kebanyakkannya boleh didapati
secara percuma. Aplikasi ini berpotensi digunakan dalam pembelajaran secara kolaboratif dan
merupakan alternatif kepada Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) sedia ada. Sehubungan dengan
itu, teknologi ini perlu sentiasa diterokai dan dimanipulasi oleh pensyarah dan pelajar. Sementelah lagi,
dunia kini sedang dilanda wabak yang menyukarkan sesi P&P dilaksanakan secara bersemuka. Oleh
itu, kaedah pembelajaran secara dalam talian (e-pembelajaran) seharusnya dilakukan dengan lebih
kerap. Tidak kira sama ada e-pembelajaran dilaksanakan secara sepenuhnya atau secara teradun, ia
memerlukan komitmen pensyarah dan pelajar bagi memastikan bahawa objektif e-pembelajaran dapat
dicapai dengan baik.
RUJUKAN
Argyris, Y. E. & Xu, J. 2016. Enhancing self-efficacy for career development in Facebook. Computers
in Human Behavior 55: 921–931. doi: 10.1016/j.chb.2015.10.023
Brown, S. A., Dennis, A. R. & Venkatesh, V. 2010. Predicting Collaboration Technology Use:
Integrating Technology Adoption and Collaboration Research. Journal of Management
Information Systems 27(2): 9–54. doi:10.2753/MIS07421222270201
Boulos, M. N. K. & Wheeler, S. 2007. The emerging Web 2.0 social software: An enabling suite of
sociable technologies in health and health care education.
Health Information and Libraries Journal 24(1): 2–23. doi:10.1111/j.14711842.2007. 00701.x
Cain, J. & Policastri, A. 2011. Using Facebook as an informal learning environment. American
journal of pharmaceutical education 75(10): 207. doi:10.5688/ajpe7510207
Dillenbourg, P. 1999. What do you mean by â€TM collaborative learning ‘? Collaborative learning
Cognitive and computational approaches 1(6): 1–15. doi:10.1.1.167.4896
González, M. R., Gasco, J. & Llopis, J. 2016. Facebook and academic performance: A positive
outcome. Anthropologist 23(1–2): 59–67.
51
doi:10.1080/09720073.2016.11891924
Kalayci, S. 2015. Students ‘Attitudes Towards Collaborative Tools in A Virtual Learning Environment.
Educational Process: International Journal 4(1–2): 71–
86. doi:10.12973/edupij.2015.412.6
Kaplan, A. M. & Haenlein, M. 2010. Users of the world, unite! The challenges and opportunities of
Social Media. Business Horizons 53(1): 59–68. doi: 10.1016/j.bushor.2009.09.003
Liu, P. G., Gundecha, P. & Liu, H. 2014. INFORMS Tutorials in Operations Research
Mining Social Media: A Brief Introduction Mining Social Media: A Brief Introduction (February
2015).
Manca, S. & Ranieri, M. 2013. Is it a tool suitable for learning? A critical review of the literature on
Facebook as a technology-enhanced learning environment. Journal of Computer Assisted
Learning 29(6): 487–504. doi:10.1111/jcal.12007
Mao, J. 2014. Social media for learning: A mixed methods study on high school students’ technology
affordances and perspectives Computers in Human Behavior 33: 213–223. doi:
10.1016/j.chb.2014.01.002
Marjanovic, O. 1999. Learning and teaching in a synchronous collaborative environment. Journal of
Computer Assisted Learning 15(2): 129–138. doi:10.1046/j.1365-2729.1999. 152085.x
Mazman, S. G. & Usluel, Y. K. 2009. The Usage of Social Networks in Educational Context. World
Academy of Science, Engineering and Technology 49(1): 404– 408.
Pinto-Llorente, A. M., Sánchez-Gómez, M. C., García-Peñalvo, F. J., & Casillas-Martín, S. (2017).
Stu-dents’ perceptions and attitudes towards asynchronous technological tools in blended-
learning training to improve grammatical competence in English as a second language.
Computers in Human Behavior,72, 632–643.
52
Smith, N. V. 2013. Face-to-face vs. Blended Learning: Effects on Secondary Students Perceptions
and Performance. Procedia - Social and Behavioral Sciences 89: 79–83. doi:
10.1016/j.sbspro.2013.08.813
Taranto, G., Dalbon, M. & Gaetano, J. 2011. Academic social networking brings Web 2.0
technologies to the middle grades. Middle School Journal May (5): 12–19. doi:10.2307/23047750
Weber, A. S. 2012. Considerations for social network site (sns) use in education. International Journal
of Digital Information and Wireless Communications 2(4): 37–52.
Yang, C. & Chang, Y. S. 2012. Assessing the effects of interactive blogging on student attitudes
towards peer interaction, learning motivation, and academic achievements. Journal of Computer
Assisted Learning 28(2): 126–135. doi:10.1111/j.1365-2729.2011. 00423.x
Young, A. 2008. Structuring asynchronous discussions to incorporate learning principles in an online
class: One professor ‘s course analysis. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching 4(2):
217–225. Retrieved from
http://jolt.merlot.org/vol4no2/young0608.pdf
Yusliza Baharin & Farrah Dina Yusop. 2011. Pembelajaran Kolaboratif menggunakan blog dalam
pembelajaran mata pelajaran Ekonomi Asas. Jurnal Pendidikan 31(January 2011): 79–89.
53
LITAR AKHIR PENDAWAIAN ELEKTRIK
Norazlin Binti Ahmad
[email protected]
PENGENALAN
Adalah menjadi satu keperluan bagi setiap individu untuk mengetahui asas pendawaian elektrik.
Ini kerana adalah sesuatu penyambungan bekalan elektrik dapat membantu untuk kerja-kerja asas
pemasangan dan pembaikan. Oleh itu, penulisan ini dibuat bagi memberi panduan asas berkenaan
dengan pilihan yang mungkin dibuat bagi sesuatu penyambungan dan pemasangan kabel serta
perkakasan elektrik samada penyambungan dan pendawaian baru atau baik pulih litar.
Umumnya, pendawaian elektrik merupakan satu rangkaian pengalir elektrik yang berfungsi
sebagai laluan pengangkutan bagi arus elektrik. Sistem pendawaian elektrik di Malaysia tertakluk
kepada Suruhanjaya Tenaga Malaysia di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of Building’, MS 1936:2006
‘Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC 60364’ dan MS 1979:2007 ‘Electrical Intallation of
Building – Code of Practice’. Setiap pemasangan pendawaian yang sedia untuk digunakan akan
dilengkapi dengan sistem perlindungan dan litar akhir yang telah siap dipasang serta diuji sistem
perlindungannya.
PENDAWAIAN LITAR AKHIR ATAU LITAR PENGGUNA
Litar yang disambungkan selepas kotak fius agihan dipanggil litar akhir. Litar ini dipasang selepas
pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke meter kilowatt jam atau meter KwJ. Litar
pengguna bermula dengan papan suis utama atau pengasing berkadar 60, 80 dan 100A. Seterusnya
ialah pemutus litar ke bumi. Seterusnya diikuti dengan papan fius agihan. Di papan fius agihan ini
terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar hidup (L), neutral (N) dan bumi (E). Fius pemutus litar
miniatur atau miniature circuit breaker (MCB) yang berkadaran sama ada 6, 16 dan 32 A ini akan
54
disambung daripada busbar ke litar akhir yang bersesuaian. Terdapat tiga (3) jenis litar akhir iaitu litar
akhir pengcahayaan, litar akhir kuasa dan litar akhir khas. Setiap litar ini berbeza mengikut bilangan
mata untuk pemasangan aksesori, saiz kabel yang disambung dan bilangan beban yang disarankan.
LITAR AKHIR PENGCAHAYAAN
Litar akhir Pengcahayaan atau dikenali dengan litar lampu adalah litar yang keluar dari papan
fius agiahan (p.f.a) kepada mata lampu dan kipas. Keadah pemasangan litar ini dipasang dengan cara
pengalir kabel litar akhir lampu yang disambung dari papan fius agihan dan ditamatkan pada terminal
siling ros atau pemegang lampu. Litar ini menggunakan 1 unit pemutus litar kenit (MCB) bersaiz 6
Ampere. Selain itu, bilangan maksimum bilangan mata lampu yang dibenarkan adalah 10 unit sahaja
bagi 1 litar.
Terdapat beberapa pilihan pemasangan yang dibenarkan bagi pemasangan dan pendawaian
litar akhir pengcahayaan. Di antara cara sambungan yang biasa dilakukan adalah sambungan sehala,
sambungan dua hala dan sambungan perantaraan. Asas sambungan litar akhir pengcahayaan ini turut
digunakan dalam pendawaian litar loceng dan kipas.
Sambungan litar akhir pengcahayaan terbahagi kepada 4 jenis iaitu sambungan sehala, dua
hala, perantaraan dan tambahan, Sambungan sehala adalah sambungan kabel kabel neutral (N) dari
k.f.a terus salah satu mata poin lampu. Penyambungan ini dipasang dengan cara menyambung kabel
neutral (N) dari k.f.a terus salah satu mata poin lampu. Seterusnya membuat sambungan daripada poin
hidup k.f.a (L) kepada salah satu mata suis dan seterusnya menyambung sambungan terus kepada
beban atau poin mentol. Akhir sekali, sebagai perlindungan alat dan pengguna litar akan dipasangkan
wayar bumi (E) dari K.F.A terus kepada suis dan ditamatkan pada mata lampu. Sambungan ini turut
digunakan pada pemasangan kipas.
Sambungan dulu hala pula adalah sambungan dipasang dengan cara menyambung kabel
neutral (N) dari k.f.a terus salah satu mata poin lampu. Seterusnya membuat sambungan daripada poin
hidup k.f.a (L) kepada salah satu mata suis dan seterusnya menyambung sambungan terus kepada
55
beban atau poin mentol. Akhir sekali, sebagai perlindungan alat dan pengguna litar akan dipasangkan
wayar bumi (E) dari K.F.A terus kepada suis dan ditamatkan pada mata lampu.
Manakala sambungan perantaraan pula merupakan litar pensuisan biasanya digunakan untuk
mengawal lampu dari dua lokasi yang berasingan. Kebiasaannya, litar ini diguna pakai di bahagian
koridor atau kaki lima bangunan serta tangga. Ini bertujuan untuk penjimatan bekalan elektrik agar tidak
dibazirkan penggunaannya serta memastikan jangka hayat perkakasan seperti mentol mampu
bertahan lebih lama.
Gambar 1.1: Litar pendawaian sehala
Gambar 1.1: Litar pendawaian suis satu hala
56
Gambar 1.2: Litar pendawaian suis dua hala
Gambar 1.3: Litar pendawaian suis perantaraan
57
Selain daripada sambungan sehala, sambungan dua hala dan sambungan perantaraan, litar
pemalap lampu dan kipas siling turut dikategorikan litar lampu/lipas. Bagi pendawaian litar pemalap
dan kipas, ia menggunakan konsep yang sama dengan sambungan menggunakan litar pendawaian
sehala. Perbezaannya hanya pada fungsi khusus pemalap lampu di mana ia digunakan untuk
mengawal kecerahan lampu di mana suis lampu berbentuk punat yang boleh dilaras atau dipusing bagi
mendapatkan tahap kecerahan lampu yang diingini. Manakala pendawaian kipas siling disambungkan
kepada masukkan pada punat pelaras terendah dan kabel keluarannya akan disambungkan terus
kepada kipas. Ini bertujuan kelajuan kipas yang dipilih semasa digunakan adalah betul. Kemudian,
kabel neutral dari mata lampu da kipas akan disambungkan terus kepada kotak fius agihan.
Pemasangan kabel bumi penting dan perlu dipasang pada kipas bagi memastikan bekalan diputuskan
sekiranya terdapat gangguan seperti kebakaran gegelung akibat daripada tahap kepanasan yang
tinggi.
Gambar 1.4: Litar pendawaian kipas
58
LITAR AKHIR KUASA
Litar akhir kuasa ialah litar yang keluar dari papan fius agihan (p.f.a) terus kepada soket alur
keluar (s.a.k). Kaedah pemasangan litar ini dipasang secara jejari dan gelang. Pemilihan kaedah
pemasangan litar bergantung kepada bilangan beban yang akan disambung kepadanya. Terdapat 2
jenis soket alir keluar aiatu 13A dan 15A. bagi soket 13A, bentuk pin bagi S.A.K 13 Amp ini adalah
petak dan dilengkapi dengan punat pemutus litar. Manakal soket bagi 15A pula, bentuk pin adalah bulat
dan sesetengah SAK ini dilengkapi dengan punat pemutus litar.
Gambar: Soket Alir Keluar 13 Ampere
Gambar: Soket Alir Keluar 15 Ampere
Terdapat 2 jenis sambungan bagi litar kuasa iaitu sambungan jejari dan gelang. Bagi sambungan
jejari ia dipasang dengan cara kabel hidup, neutral dan bumi yang disambung dari papan fius agihan
59
(p.f.a) akan melalui setiap soket alir keluar dan akan tamat pada soket alir keluar yang terakhir.
Mengikut peraturan IEEE ke 16, bilangan pemasangan soket alir keluar adalah bergantung kepada
keluasan lantai bilik atau kawasan dan kadaran perlindungan yang disambung kepadanya.
Saranan berdasarkan pengalaman jurutera elektrik, 6 unit soket alir keluar adalah ideal untuk
meliputi kawasan seluas 50m2. Litar ini menggunakan kabel bersaiz 2.5mm2 bertebat PVC dan
disambung kepada pemutus litar kenit (MCB) bersaiz 16A.
E
2.1.1 Pemasangan secara jejari
N
L
Gambar: Pemasangan secara jejari
Manakala litar gelang adalah litar yang mana kedua-dua hujung kabel disambung pada
pemutus litar kenit (MCB) yang sama. Bagi pengggunaan litar gelang, tiada had pemasangan soket
alur keluar (S.A.K) 13A pada sesuatu litar. Walaubagaimanapun, ianya ideal untuk sambungan 10-unit
S.A.K bagi ruang seluas 100mm2. Saiz wayar yang disarankan bagi litar ini adalah 2.5mm2 bertebat
PVC dan disambung kepada MCB bersaiz 32A.
60
E
N
L
Gambar: Pemasangan secara gelang
LITAR AKHIR KHAS
Litar akhir khas ialah litar yang dipasang secara berasingan dalam litar akhir lampu dan kuasa
disebabkan penggunaan arus rendah. Sepeti litar loceng atau penggera elektrik, litar lampu kecemasan
seperti papan tanda KELUAR dan EMERGENCY dan itar soket pencukur.
Peralatan ini menggunakan kaedah pemasangan dan penyambungan serta peraturan adalah
berdasarkan litar lampu dan litar kuasa serta mengikut kesesuaian alat yang dipasang.
PENUTUP
Litar pendawaian amat penting dan sangat membantu pengguna membuat perancangan bagi
merancang dan seterusnya melaksanakan kerja berkaitan seperti kerja-kerja pemasangan, mengesan
kerosakan litar dan penyelenggaraan litar. Berdasarkan kaedah yang telah diterangkan hal ini amat
membantu para pengguna untuk diaplikasikan dalam mengenal pasti litar pendawaian mereka
seterusnya dapat membantu proses kerja baik pulih dan ubahsuai yang bersesuaian dengan litar
mereka. Adalah menjadi satu keperluan bagi setiap individu untuk mengetahui asas pendawaian
61
elektrik. Ini kerana adalah sesuatu penyambungan bekalan elektrik dapat membantu untuk kerja-kerja
asas pemasangan dan pembaikan. Oleh itu, penulisan ini dibuat bagi memberi panduan asas
berkenaan dengan pilihan yang mungkin dibuat bagi sesuatu penyambungan dan pemasangan kabel
serta perkakasan elektrik samada penyambungan dan pendawaian baru atau baik pulih litar.
RUJUKAN
Spekman (2013) Panduan merekabentuk pendawaian elektrik.
Najib (2012). Teknologi Elektrik. Sedutan 15 Jun 2020. http://najibblades.blogspot.com/2011/07/nota-
pendawaian-permukaan.html
Dimas (2020). Peraturan-peraturan elektrik (pindaan) 2013. http://jabelektrikk.blogspot.com/
62
PEMBUDAYAAN ‘HANDS ON SKILL PRACTICE’ PENDAWAIAN DAN
PEMASANGAN ELEKTRIK DI KOLEJ KOMUNITI
Widyawatie Binti Nawi
PENGENALAN
Program Sijil Teknologi Elektrik merupakan program yang berkaitan dengan bidang kerja yang
memerlukan komitmen dan kemahiran seseorang individu dalam pendawaian dan pemasangan
elektrik. Bagi melengkapkan program ini, pelajar perlu mempelajari modul Pendawaian Elektrik Tiga
Fasa pada semester 2. Pendawaian Elektrik Tiga Fasa mengandungi pembelajaran teori dan latihan
amali bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan pemasangan elektrik mengikut Akta Bekalan Elektrik
447 dan garis panduan MS IEC 60364 Jabatan Standard. Spesifikasi bekalan 3 fasa mengikut standard
MS IEC 60038:2006 – IEC standard voltages ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2008.
Sistem pendawaian elektrik merupakan suatu sistem pemasangan litar-litar elektrik yang
merangkumi pengalir, penebat dan perlindungan mekanikal untuk kabel yang digunakan. Sistem
pendawaian terbahagi kepada dua iaitu:
i. Pendawaian Fasa Tunggal yang mempunyai dua (2) kabel dari bekalan ke beban iaitu
kabel hidup (L) dan kabel neutral (N). Pendawaian ini digunakan di kawasan kediaman
kecil dan sederhana yang membekalkan 240V
ii. Pendawaian Tiga Fasa yang mempunyai tiga (3) kabel dari bekalan ke beban iaitu Fasa
Merah (R), Fasa Kuning (Y) dan Fasa Biru (B). Sistem ini digunakan untuk kawasan industri
dan komersial yang membekalkan 415V.
Malaysia menggunakan pembumian Sistem TT dimana pengalir fasa dan neutral diambil dari
pihak pembekal Tenaga Nasional Berhad (TNB) manakala pihak pengguna mempunyai pengalir
63
buminya sendiri. Pihak pengguna juga perlu memasang pemutus litr (RCD) sendiri. Bacaan nilai
galangan bumi (Z) hendaklah di bawah 10 ohm.
Sistem pengagihan bekalan elektrik bermula dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca
pemasangan pengguna. Terdapat beberapa cara sistem pengagihan punca bekalan kuasa yang boleh
diagihkan kepada pengguna iatu dengan sistem TN, Sistem TT dan Sistem IT.
APA ITU HANDS ON SKILL PRACTICE
Pembelajaran hands on merupakan satu pembelajaran autentik yang bermaksud pembelajaran
yang berlaku secara langsung dengan pengalaman pelajar. Pembelajaran ini menggunakan
sepenuhnya keupayaan tangan pelajar dimana ia juga dapat memberikan pengalaman sebenar dalam
proses pembelajaran pelajar disamping meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal.
‘Pembelajaran secara hands on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya
untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang boleh berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan
apa yang dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran untuk
menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.’ (Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St.
Mary’s Elementary School, Sandusky, OH).
Bagi Program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti, proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) merangkumi 70% aktiviti hands on di dalam kelas. Proses PdP dimulakan dengan penerangan
secara teori dan dipraktikkan secara amali. Pelajar melakukan kerja amali pendawaian dan
pemasangan elektrik di wayering bay yang disediakan di dalam bengkel. Setelah siap kerja amali
pendawaian dan pemasangan, pelajar melakukan pemeriksaan secara visual, membuat pengujian litar
mati dan hidup dibawah pengawasan pensyarah. Litar pendawaian yang telah siap diperiksa oleh
pensyarah perlu dibuka dan dileraikan untuk memberi ruang kerja amali yang seterusnya.
Oleh sebab itu, pensyarah bagi Modul Pendawaian Elektrik telah mengambil inisiatif
melaksanakan proses PdP secara hands on practice atau dengan nama lainnya ‘learning by pratice’
kepada pelajar Semester 2 bagi Program Sijil Teknologi Elektrik di lapangan sebenar. Pembelajaran
64
hands on ini tidak dilakukan didalam bengkel (wayering bay) seperti kebiasaannya, tetapi dilakukan di
sebuah kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam daerah Bentong. Inisiatif pembelajaran ini
dilakukan bagi tujuan memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar melaksanakan kerja
pendawaian dan pemasangan elektrik dengan seliaan pensyarah dan orang kompeten.
KEPENTINGAN HANDS ON SKILL PRACTICE KEPADA PELAJAR
Setelah mengikuti pembelajaran ‘hands on practice’ ini, pelajar akan dapat:
i. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ii. Meningkatkan minat pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
iii. Meningkatkan daya ingatan pelajar tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat.
iv. Memudahkan pelajar memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah.
PERLAKSANAAN HANDS ON SKILL PRACTICE
Aktiviti PdP ‘hands on practice’ ini mendapat kerjasama syarikat MTY Solution (M) Sdn Bhd dan
Restu Wibawa Enterprise. Syarikat MTY Solution (M) Sdn Bhd ialah syarikat kontraktor elektrik
tempatan yang berdaftar telah memberi tunjuk ajar serta khidmat nasihat kepada pensyarah dan
pelajar. Manakala syarikat Restu Wibawa Enterprise merupakan IKS tempatan yang memerlukan
khidmat pendawaian dan pemasangan elektrik tambahan baru bagi mesin elektrik dan syarikat ini telah
mengeluarkan peruntukkan bagi bahan, makan dan minum serta penginapan pelajar bagi
kelangsungan aktiviti pembelajaran ‘hands on practice’ ini.
Bagi perlaksanaan ‘hands on practice’ ini, pelajar menggunakan sistem Pendawaian Sesalur
Logam. Sistem pendawaian sesalur logam ini dipilih kerana dapat menampung kabel yang banyak
disamping dapat memberikan perlindungan mekanikal yang baik. Faktor ruang bagi sistem pendawaian
sesalur logam ialah 45%.
65
Rajah 1 : Pelajar mengukur dan membentuk sesalur logam
66
Rajah 2: Proses pemasangan sesalur logam untuk menempatkan kabel
67
Rajah 3 : Kerja-kerja pendawaian elektrik sedang dijalankan
Setelah memasang sesalur logam, kerja-kerja pendawaian elektrik seperti menarik kabel dari
punca bekalan kuasa ke beban dijalankan. Pemasangan eksesori seperti 3 Phase Insulator 63A dan
Clipsal13A Socket juga dipasang sebagai perlindungan mekanikal atau digunakan sebagai pengasing.
68
Rajah 4: Pemasangan aksesori 3 Phase Insulator 63A dan Clipsal 13A Socket
Setiap pemasangan elektrik yang telah siap diperiksa dan diuji sebelum diberikan bekalan.
Tujuan pemeriksaan dan pengujian litar adalah bagi memastikan pepasangan betul-betul selamat dan
mematuhi peraturan IEE. Pemeriksaan secara visual atau mata kasar ialah pemerhatian melalui deria
mata, sentuhan dan pendengaran. Tujuan pemeriksaan secara visual ini bagi memastikan:
i. Bahan-bahan dan alat-alat yang dipasang mengikut piawaian Bristish Standard (BS) atau
dengan kelulusan SIRIM.
69
ii. Pemasangan dijalan mengikut peraturan IEE, LLN dan JKR
iii. Kerosakan yang nyata (boleh dilihat) ke atas pemasangan atau kelengkapan elektrik.
Jenis-jenis pengujian elektrik yang telah dilakukan iaitu:
i. Ujian Keterusan
ii. Ujian Kekutuban
iii. Ujian Rintangan Penebatan
iv. Ujian Rintangan Elektrod Bumi
Rajah 5: Kerja-kerja pemeriksaan dan pengujian litar dilaksanakan
70
PENUTUP
Secara keseluruhannya, aktiviti PdP ini berjalan lancar dengan kerjasama semua pelajar.
Setelah melalui proses PdP secara ‘hands on practice’ di lapangan yang sebenar, pelajar dapat
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari semasa kerja amali dibengkel pada lapangan sebenar.
Pelajar dapat merasai sendiri pengalaman sebenar kerja pendawaian dan pemasangan elektrik diluar
bengkel. Pencapaian kendiri pelajar juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi ‘hands on
practice’ di lapangan sebenar ini.
RUJUKAN
Hj. Md Nasir Hj. Abd Manan (2005). Panduan Pendawaian Elektrik Domestik Edisi Kedua. IBS Buku
Sdn. Bhd. Selangor.
MDC Publishers Sdn Bhd (2009). Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 Edisi
Keenambelas, MDC Publishers Sdn Bhd
Hanahadi (2011). Pembelajaran Secara Hands On.
http://onitsukahana.blogspot.com/2011/05/pembelajaran-secara-hands-on.html
71
PERNIAGAAN ONLINE MEMBANTU MENJANA PENDAPATAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI
Nur Syahira binti Mohd Salleh
[email protected]
Anjakan perubahan dalam ekonomi dan keperluan kepada guna tenaga kerja dalam negara hari
ini adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan zaman. Sesuai dengan perubahan zaman,
capaian internet menjadi nadi penghubung di dalam pelbagai sektor kehidupan manusia sejagat pada
hari ini. Pada hari ini, masyarakat dunia amnya, dan rakyat Malaysia khasnya, rata-rata mempunyai
gajet dan data internet bagi mengakses maklumat. Apatahlagi slogan ‘maklumat di hujung jari’ adalah
sangat menyumbang kepada cepatnya rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai masyarakat
berinformasi.
Sesuai dengan perkembangan teknologi sehingga menjadikannya ia sebagai salah satu “gaya
kehidupan’ hari ini telah mencetuskan peluang dan ruang untuk menjana pendapatan. Pihak IPT di
negara ini sedar bahawa perubahan ekonomi dan teknologi akan mempengaruhi gaya, pendapatan isi
rumah, corak kehidupan masyarakat dan lain-lain. Pihak IPT mula menawarkan bidang kursus yang
lebih sesuai dengan perkembangan teknologi. Sebagai contoh, kebanyakan IPT telah mengaplikasi
pembelajaran dalam talian bagi penyampian PdP mereka. Pihak IPT turut melihat perkembangan
ekonomi dan teknolgi juga mempengaruhi trend guna tenaga, pendapatan isi rumah, sosial dan lain-
lain. Pihak IPT telah menawarkan kursus perniagaan online kepada pelajar-pelajar mereka. Ini
disebabkan kesedaran tentang nilai dan potensi perniagaan online yang boleh menyumbang
pendapatan, mempengaruhi tenaga kerja seterusnya kehidupan manusia pada hari ini yang ‘hidup
bersama teknologi’.
Kesedaran masyarakat kepada perniagaan online telah meningkat dalam beberapa tahun
kebelakangan ini. Begitu juga peluang pekerjaan perniagaan dalam talian juga telah meningkat sama
ada ‘mencipta kerja’ atau bekerja makan gaji seperti dropship, jurufoto produk, duta produk, produk
review dan lain-lain yang menyumbang kepada menjana pendapatan utama, pendapatan sampingan,
72
mewujudkan peluang pekerjaan, menambah peluang pekerjaan dan seterusnya menyumbang
pendapatan negara.
Perniagaan secara dalam talian memudahkan pengguna untuk membeli barangan dan
perkhidmatan dengan hanya di hujung jari pada bila–bila masa, di mana jua berada dan peniaga perlu
merebut peluang yang ada. Sebagai contoh pada waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) iaitu
semasa penularan jangkitan COVID-19, pembelian secara dalam talian menjadi pilihan utama
masyarakat dunia. Ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat membantu seorang pelajar mengubah
kehidupan mereka di mana pelajar dapat memperolehi pendapatan hasil pembelajaran perniagaan
seperti menggunakan platform online seperti Facebook, Instagram, website dan etc bagi menampung
kos sara hidup semasa belajar dan membantu mengurangkan tanggungan ibu bapa dalam membayar
yuran pengajian mereka sepanjang belajar di IPT berbanding di zaman persekolahan yang tidak
memerlukan perbelanjaan yang banyak.
Bagi pengguna, urusan pembelian secara dalam talian sebenarnya lebih mudah dan
menjimatkan masa mereka untuk membeli belah tanpa perlu ke kedai, dan menjimatkan kos dari segi
minyak/tol dan parking untuk ke sesuatu kedai. Menurut data dari Laporan Digital yang di keluarkan
oleh Hootsuit dan We Are Social, di dapati jumlah pengguna Internet di Malaysia menunjukkan
peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah
berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam
sehari di laman media sosial untuk mencari info produk yang ingin dibeli.
Menurut Husniyah, Jariah, Laily dan Britt (2004), pembangunan dan kemajuan dalam sistem
pendidikan negara telah mendorong mahasiswa atau pelajar di universiti untuk melakukan transaksi
atas talian. Golongan ini menjadi segmen pasaran yang penting pada masa sekarang. Golongan pelajar
mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam melakukan transaksi dalam talian. Ini adalah kerana
kecenderungan tinggi bagi golongan ini dalam memenuhi keinginan dan kehendak mereka, faktor
73
kuasa beli juga tinggi yang sebahagian besar memiliki wang pemberian dari ibu bapa, duit biasiswa,
pinjaman pembelajaran dan membuat kerja sambilan.
Malaysia berada di tangga ke-5 dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 75
peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian dan jumlah penduduk yang
menggunakan internet di negara ini adalah 25.08 juta pengguna iaitu mewakili 79 peratus penduduk
Malaysia, berdasarkan kepada sumber kajian dan hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan We Are
Social dan Hootsuit. Berdasarkan kenyataan tersebut, ia menunjukkan kepada peluang untuk meraih
pendapatan menerusi perniagaan online kepada pelajar Kolej Komuniti.
Gambarajah 1: Penggunaan e-dagang di Malaysia (Hootsuite)
74
Gambarajah 1 di atas menunjukkan penggunaan e-dagang di kalangan penduduk Malaysia yang
menjadikan Malaysia berada di tangga ke 5.
Pelajar Kolej Komuniti perlu mengambil kursus Keusahawanan yang di tawarkan oleh unit
Pengajian Am, dan Pemasaran Digital bagi Program Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP). Bagi
kursus tersebut, pelajar di ajar untuk melaksanakan perniagaan online, seterusnya, mengaplikasikan
melalui amali perniagaan online. Pelajar perlu membuat amali jualan dalam talian dan markah adalah
diberikan berdasarkan rubriks yang dibekalkan oleh JPPKK. Aktiviti amali ini dapat menarik minat
pelajar untuk mendalami jualan online. Seterusnya memenuhi keperluan kursus berkenaan. Pelajar
akan berasa yakin dan bertambah minat untuk meneruskan perniagaan tersebut apabila dapat
menghasilkan jualan dan dapat membantu mereka dari segi kewangan. Pelajar perlu merebut peluang
kemasan yang ada semasa mempelajari kursus tersebut dengan tidak terbatas kepada pembelajaran
sahaja malah boleh menjana pendapatan sepanjang pembelajaran tersebut dilaksanakan.
Gambarajah 2: Perbezaan perniagaan Offline dan Online
75
Berdasarkan Gambarajah 2, menunjukkan perniagaan offline iaitu pemasaran menggunakan
cara tradisional yang memerlukan kos yang dikeluarkan seperti menyewa kedai, mengajikan pekerja,
pembayaran bil seperti elektrik, air dan telefon, pelanggan dan pemasaran yang terhad di mana
pelanggan hanya sekitar kedai atau yang mengunjungi kedai manakala perniagan dalam talian tidak
memerlukan kos-kos perbelanjaan tersebut dan pelanggan mereka meluas, melepasi sempadan
negara seperti Brunie dan Singapura. Dari segi risiko pula, perniagaan offline atau tradisonal ini lebih
berisiko di mana sekiranya jualan kurang atau tiada, peniaga perlu menanggung kos seperti yang
dinyatakan di atas manakala bagi perniagaan online ianya tidak perlu menyimpan stok pada permulaan
perniagaan sekiranya kekurangan modal iaitu bermula sebagai dropship. Selain itu, modal untuk
perniagan offline agak besar, dan memerlukan penyimpanan stok di kedai berbanding perniagaan
dalam talian yang tidak memerlukan modal besar disebabkan penjimatan kos-kos perbelanjaan lain.
Lokasi kedai bagi perniagaan offline memainkan peranan dalam perniagaan sekiranya tersalah memilih
lokasi akan memberi kesan kepada perniagaannya dan peniaga perlu sepenuh masa berada di kedai
fizikal tersebut berbanding peniaga online yang bebas menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja
asalkan ada komputer/laptop dan sambungan internet dan kedai online di buka 24 jam tanpa perlu
menjaga kedai. Ada juga yang berkata, peniaga online akan dapat menjana jualan walaupun peniaga
tersebut tidur berbanding peniaga offline yang hanya dapat menjana jualan apabila kedai tersebut di
buka sahaja.
Bagi pelajar yang mengikuti bidang pengajian selain Sijil Pengoperasian Perniagaan, pelajar juga
akan mempelajari kursus Keusahawanan yang juga memerlukan pelajar membuat jualan dalam talian
yang merupakan hasil pembelajaran mereka bagi kursus tersebut. Pelajar boleh membuat jualan
melalui aplikasi seperti Website, Whatsapp juga selain Facebook dan Instagram.
Pada masa sekarang, perniagaan tidak hanya tertumpu kepada Facebook, Instagram dan laman
sesawang, Shopee dan Lazada adalah medium yang membolehkan pelajar untuk membuat jualan
pada masa kini. Pelajar tidak perlu risau untuk berniaga sekiranya tiada modal untuk memulakan
perniagaan (jualan). Mereka boleh mendaftar untuk menjadi dropship dan membuat jualan secara pre-
76
order. Ini menujukkan berniaga secara dalam talian lebih menguntungkan berbanding perniagaan
secara tradisonal di mana pelajar tidak perlu menyewa kedai, membayar kos seperti gaji pekerja, bil
elektrik, telefon dan sebagainya.
Pelajar hanya memerlukan telefon dan sambungan internet untuk berjual beli yang
membolehkan urusniaga perniagaan dalam talian tersebut di buat pada bila-bila masa. Kebanyakan
pelajar melayari Internet di kolej kediaman, dan wifi di sekitar kolej yang sangat memudahkan pelajar
untuk berurusniaga di waktu rehat tanpa menggangu sesi pembelajaran mereka. Pada masa kini,
produk baru kebanyakannya diperkenalkan dan dijual secara dalam talian berbanding produk yang
ditempatkan di premis perniagaan dan menjadi tumpuan pengguna untuk mendapatkannya secara
dalam talian.
Antara produk yang menjadi pilihan pelajar untuk melakukan perniagaan dalam talian adalah
seperti produk makanan, minuman, bahan bacaan seperti majalah, komik dan buku diikuti dengan
peralatan sukan seperti kasut sukan, jersi, bola dan sebagainya. Seterusnya, tiga medium sosial yang
popular dan digunakan untuk tujuan pemasaran adalah Facebook, Instagram dan Whatsapp dan yang
terbaru adalah menggunakan youtube. Seseorang itu perlu merakam video mengenai produk mereka
dengan memuatnaik ke youtube. Sekiranya video produk tersebut viral atau tular di youtube boleh
menjadikan produk sesorang itu meletop namun ianya kurang di gunakan di sebabkan kurang
pendedahan sebagai satu medium promosi pengiklanan.
77
Jadual 1: Taburan Penggunaan Media Sosial di Malaysia (UPM)
Merujuk kepada Jadual 1, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Norazila M., Nurmaizura M.,
Jamsari A., Nur Atikah A. (2016). Penglibatan Mahasiswa dalam E- Dagang: Kajian Kes di UKM. Jurnal
Personalia Pelajar 19(2). 59-69 (Preview Copy) menunjukkan media sosial yang paling popular di
kalangan remaja pada masa kini adalah Whatsapp. Ini disebabkan, Whatsapp mempunyai ciri-ciri yang
lebih mudah dan privasi iaitu pengguna boleh mengemaskini status dengan memuatnaik gambar
produk tersebut di whatsapp dan nombor kenalan yang di simpan di telefon bimbit akan dapat melihat
status tersebut. Secara tidak langsung, pelajar dapat mempromosikan produk mereka dengan mudah
dan pantas. Selain itu, Whatsapp juga mempunyai whatsapp perniagaan iaitu satu aplikasi WhatsApp
yang mengfokuskan kepada keperluaan kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS). WhatsApp
Business dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan yang tiada pada aplikasi WhatsApp konvensional
yang memudahkan pelanggan untuk melihat katalog produk pada whatsapp tersebut.
78
Gambarajah 3: Pengiklanan di Aplikasi Whatsapp
79
Gambarajah 3 menunjukkan iklan di status Whatapp. Iklan tersebut dibuat oleh pelajar kolej
komuniti Bentong yang menjalankan perniagaan dalam talian dengan menggunakan medium
Whatsapp. Beliau menjual gubahan jambangan bunga dan key chain berdasarkan permintaan
pelanggan dan berjaya membuat jualan hasil daripada promosi beliau.
Facebook pula berperanan sebagai medium untuk pencarian maklumat terkini dan membina
jaringan sosial. Instagram pula dilihat sebagai satu saluran untuk mendokumentasikan aktiviti harian
dan perniagaan dalam bentuk video dan gambar adalah lebih sesuai. Berbanding Facebook dan
Instagram, Instagram lebih di gemari oleh anak muda dalam mengemaskini perkembangan mereka
seperti memuat naik gambar aktiviti mereka. Sebagai contoh ramai artis yang berjaya dalam
mempromosikan produk mereka menggunakan platform Instagram seperti Neelofa yang menjual
tudung jenama beliau iaitu Naelofar.
80
Gambarajah 4: Pengiklanan di Instagram
Berdasarkan Gambarajah 4, ini adalah contoh promosi oleh pelajar SPP, kolej Komuniti Bentong
yang menggunakan medium Instagram yang menjalankan perniagaan dalam talian. Beliau berjaya
menjana jualan peribadi dan menunjukkan pembelajaran kursus Pemasaran Digital dan Prinsip
81
Pemasaran adalah berkesan. Pelajar ini menjual selendang dengan harga mampu milik dan jualan
yang di perolehi agak lumayan.
Gambarajah 5: Pengiklanan di Facebook
Gambarajah 5 di atas menunjukkan contoh pengiklanan pelajar SPP, kolej Komuniti Bentong
yang menjalankan perniagaan dalam talian dan menggunakan medium Facebook. Pelajar ini membuat
posting pengiklanan dan berjaya membuat jualan dengan produk kekacang yang di jual.
82
Bagi remaja pada hari ini, WeChat merupakan aplikasi media sosial yang paling popular
digunakan untuk berinteraksi dan menjalinkan perhubungan secara langsung. Bagi aplikasi ini, chat
perniagaan dalam talian boleh dilakukan dengan menyebar luas promosi di antara pengguna wechat.
Pelajar boleh memulakan perniagaan dengan menjual barang secara online dengan menjadi
dropship, agen atau stokis bergantung kepada faktor kewangan untuk dijadikan modal untuk berniaga.
Bagi pelajar yang tidak mempunyai modal, mereka boleh menjual barangan yang mereka gemari
dengan menjadi dropship. Dropship menjadi trend bagi anak muda hari ini dalam memulakan
perniagaan sekiranya tidak mempunyai modal. Dropship merupakan perniagaan yang melibatkan
penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar. Dropshipper merupakan orang tengah atau
ejen di antara pembekal dan pembeli.
Ejen atau dropship hanya perlu membayar kepada pembekal harga produk dan servis yang di
jual kepada pembeli. Tugas dropship hanya mempromosikan produk yang di jual oleh pembekal
berdasarkan gambar produk yang diberikan oleh pembekal. Pengeposan barang di lakukan oleh
pembekal setelah menerima pembayaran daripada dropshipper terus kepada pembeli berdasarkan
maklumat yang diberikan oleh pembeli. Konsep perniagaan ini amat mudah di mana dropshipper
memperoleh keuntungan “atas angin”, iaitu tanpa perlu menyimpan stok atau menyediakan modal yang
tinggi dalam memulakan perniagaan secara dalam talian.
Pelajar akan memilih produk atau perkhidmatan yang mereka akan jual berdasarkan minat
kecendurungan mereka. Contohnya jika pelajar meminati tudung, pelajar boleh menjual tudung
tersebut sebagai produk mereka kerana kena dengan ‘jiwa’ dan citarasanya. Ini memudahkan proses
jual beli bagi pelajar tersebut, antaranya apabila boleh menerangkan produk tersebut secara terperinci
kepada bakal pembeli.
83
Jadual 2: Faktor-faktor Pendorong Melakukan Perniagaan Secara Dalam Talian (UKM)
Jadual 2 menunjukkan faktor – faktor yang mendorong pelajar melakukan perniagaan dalam
talian. Faktor utama adalah disebabkan mudah mendapat pelanggan. Internet mampu menjadikan
dunia tanpa sempadan dan potensi untuk meluaskan produk dalam pasaran melalui perniagaan e-
dagang. Faktor kedua adalah disebabkan internet yang memudahkan pemasaran barang jualan yang
mana fungsi internet itu telah menjadikan sumber pendapatan kepada masyarakat selain berfungsi
untuk mendapatkan maklumat, hiburan, pendidikan dan saluran komunikasi.
Faktor seterusnya adalah kos yang rendah iaitu penjual tidak perlu menyewa kedai, menjimatkan
kos seperti elektrik dan tidak perlu pekerja untuk menjaga kedai secara fizikal. Seterusnya adalah
kemahiran menggunakan komputer yang mana pelajar pada zaman sekarang kebanyakannya sudah
mahir menggunakan komputer malah boleh menggunakan telefon bimbit sahaja untuk menjual pada
bila – bila masa.
Faktor pendorong memulakan perniagaan dalam talian yang lain adalah perniagaan online
menggunakan internet adalah sesuai selaras dengan penggunaan internet yang semakin meluas oleh
semua golongan dengan pengaruh sosial serta orang di persekitaran menggunakannya. Selain
84
daripada itu, faktor lain yang mendorong adalah mengambil kesempatan daripada suasana ekonomi
yang baik dan pelajar kolej komuniti harus mengambil peluang yang ada. Gaya hidup pada masa kini
yang lebih suka membeli belah secara dalam talian berbanding secara tradisonal sepatutnya dilihat
sebagai peluang kepada pelajar untuk menjana pendapatan. Faktor seterusnya adalah faktor
kemudahan teknologi iaitu kemudahan yang tersedia dapat membantu rangkaian perniagaan dalam
talian. Sebaran maklumat perniagaan pelajar dalam talian akan menjadi lebih pantas
Faktor yang terakhir adalah faktor kecenderungan personal yang mana sumber dan peluang
telah tersedia ada untuk pelajar contohnya pelajar telah ada gajet dan internet seperti ibu bapa yang
berada seterusnya membantu pelajar tersebut untuk berniaga dengan mudah.
Minat berniaga dapat dipupuk apabila pelajar itu sendiri seronok dapat membuat jualan dan akan
terus bersemangat untuk membuat jualan seterusnya menambahkan lagi pendapatan pelajar. Di
samping itu, pelajar perlu mempunyai keinginan untuk bekerja sendiri dan perniagaan online adalah
lebih selamat berbanding perniagaan tradisional kerana kos seperti sewa kedai, kos elektrik, air dan
menggajikan pekerja untuk menguruskan perniagaan boleh dijimatkan.
85
Gambarajah 6: Contoh Pelajar Membuat Jualan Secara Talian.
86
Penulis mencadangkan agar pelajar dan pensyarah kolej komuniti diberikan kursus tambahan
bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka perniagaan online. Selain itu, pelajar kolej komuniti boleh
di beri lebih kemahiran dalam membuat ayat pengiklanan copywritting yang menarik seperti ayat
berikut, “Cium-cium boleh kurus”. Kemahiran menghasilkan ayat iklan yang lebih mantap oleh
penceramah membolehkan mereka bersaing dengan peniaga online yang lain.
Selain itu, aktiviti lawatan ke premis-premis perniagaan yang berkaitan bagi memberi
pendedahan kepada pelajar, agar pelajar dapat melihat secara realiti bagaimana proses perniagaan itu
berlaku, dan proses untuk menguruskannya apabila ada pembelian dan mengurus pertanyaan
pelanggan mengenai produk atau perkhidmatan yang di tawarkan contohnya lawatan ke syarikat
Avana. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan untuk perniagaan dalam talian seperti Facebook,
Instagram dan Website. Di samping itu, pelajar juga boleh mempelajari cara membuat ads iaitu melalui
Facebook dan Instagram yang membantu menambah jualan serta menambah like atau follower
peniaga tersebut. Pihak Kolej Komuniti juga menganjurkan hari keusahawanan iaitu pelajar boleh
mempromosikan produk mereka masing-masing. Mereka juga boleh menjemput dan promosi kepada
pelanggan untuk mengujungi Facebook atau Instagram untuk maklumat lanjut atau pembelian
seterusnya.
Perniagaan dalam talian ini sudah menjadi trend pada masa kini dalam menambah pendapatan
bermula dari pelajar yang masih bersekolah sehingga yang telah bekerja. Selain menambah
pendapatan, dapat juga mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Pelajar yang berniaga dalam
talian ini tidak menggangu waktu pembelajaran mereka iaitu mereka boleh menguruskan perniagaan
pada bila-bila masa dan di hujung jari mereka. Pendedahan terhadap perniagaan dalam talian dapat
memupuk minat pelajar kolej komuniti untuk menjadikan perniagaan ini sebagai salah satu peluang
untuk menjana pendapatan di samping menampung perbelanjaan mereka sepanjang penggajian
mereka di kolej komuniti. Mungkin juga sebagai kerjaya selepas tamat pengajian mereka nanti.
87
Pelajar perlu merebut peluang yang ada dengan menggunakan sebaik mungkin ilmu yang
dipelajari di dalam kelas (berniaga dalam talian) untuk mempraktikkannya dalam usaha menambah
pendapatan walaupun sudah tamat belajar kerana potensi berniaga secara dalam talian amatlah
meluas bagi mereka yang minat dengan perniagaan. Peluang berniaga itu terbentang luas dengan
adanya teknologi pada masa sekarang. Oleh itu pelajar mempunyai pilihan samaada berniaga atau
bekerja makan gaji atau berniaga secara sambilan. Pelajar kolej komunti sangat bertuah kerana
dibimbing dengan ilmu perniagaan dalam talian secara percuma tidak seperti masyarakat lain yang
menghadiri kelas berbayar untuk mendapatkan ilmu tersebut. Oleh itu pelajar perlu memanafaatkan
ilmu yang diperolehi dengan sebaik mungkin.
Bagi pelajar yang perniagaannya telah berkembang maju, kerisauan mengenai modal mungkin
ada, namun begitu di Malaysia ini terdapat pelbagai jenis pembiayaan dan kemudahan yang di
sediakan oleh pihak kerajaan dalam membantu usahawan dalam talian yang di lahirkan di kalangan
pelajar. Justeru itu, tiada alasan perlu di berikan oleh pelajar tersebut bagi menjadikan perniagaan
dalam talian ini sebagai salah satu pendapatan atau kerjaya dalam hidup mereka.
Kewujudan perniagaan dalam talian dapat mengurangkan isu pengganguran di kalangan
penduduk Malaysia. Ia juga dapat membantu ekonomi negara dengan menggalakkan rakyat berbelanja
di hujung jari tanpa perlu bersesak dan menghadap kesesakan lalulintas bagi mendapatkan sesuatu
barang dan perkhidmatan. Beberapa pelajar telah berjaya dalam perniagaan dalam talian dengan
memanfaatkan internet dan seterusnya memberi manafaat kepada diri sendiri.
Dapat di rumuskan kecendurungan pelajar itu dalam perniagaan dalam talian boleh di kelaskan
kepada tiga iaitu faktor utama iaitu sumber dorongan yang dalam diri pelajar itu sendiri iaitu keinginan
untuk membantu keluarga kerana mungkin pelajar ini berlatarbelakang keluarga yang susah atau tidak
mahu menambah beban kepada keluarga dengan mencari duit poket sendiri.
Kesimpuannya, pelajar kolej haruslah menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin iaitu
perniagaan dalam talian yang menjadi tumpuan terutama apabila negara Malaysia yang melaksanakan
PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) semasa penularan jangkitan COVID-19 pada 18 Mac sehingga 3
88
Mei yang lalu. Ketika itu, penduduk tidak boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa dan hanya ketua
keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barang menyebabkan perniagaan dalam talian melonjak
tinggi permintaannya. Sehingga kini, orang ramai masih risau untuk keluar membeli belah selagi
negara Malaysia belum bebas sepenuhnya daripada jangkitan tersebut. Bahkan peniaga pasar malam
dan peniaga kecil-kecilan juga beralih menjual secara talian buat masa sekarang akibat tempias
daripada COVID-19 ini. Perniagaan dalam talian memainkan peranan penting dalam mencipta rantaian
pendapatan dalam sesebuah masyarakat iaitu membantu peniaga meneruskan perniagaan yang
diusahakan, malah turut membantu syarikat penghantaran meneruskan operasi dan menawarkan
peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.
89
RUJUKAN
Izzat Muzaqeer & Yasmin Ahmad. (2019). Relationship between the Use of Social Media Technology
and Healthy Life Style Practice among Undergraduate Students. Journal of Physics.
https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-6596/1529/3/032073.
Maziharita Mohamaaod, Suria Md Yusof & Siti Zaliha Omar (2015). Ekosistem keusahawanan digital
dalam kalangan pelajar jabatan perdagangan politeknik. 1st National Conference on Business
&Innovation.
http://repository.psa.edu.my/bitstream/123456789/116/1/Ekosistem%20keusahawanan%20di
gital%20dalam%20kalangan%20pelajar%20Jabatan%20Perdagangan%20Politeknik.pdf.
Norasmah Othman, Azzyyati Anuar, & Muhammad Husin. (2009). Kekangan dalam menjalankan
perniagaan dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia
Pelajar Bil (87-107).
Norazila Mat, Nurmaizura Marzuki, Jamsari Alias, Nur Atikah Abdullah. (2016). Penglibatan Mahasiswa
dalam E- Dagang: Kajian Kes di UKM. Jurnal Personalia Pelajar 19(2). 59-69.
Suara Sinar. (2020, Mei 1). Bisnes dalam talian main peranan penting ketika PKP.
www.sinarharian.com.my/article/81386/SUARA-SINAR/Lidah-Pengarang/Bisnes-dalam-
talian-main-peranan-penting-ketika-PKP.
Ummul Balqis Rahiimi, Nor Fazira Mohd Kamal, Siti Pamatimah Abdul Razak, Putri Haryani Mansor,
Nurul Hidayati Abdul Wahab, Kishaan Naidu. K. (2016). Kajian terhadap perniagaan dropship
yang dijalankan oleh pelajar IPTA sebagai pendapatan sampingan di Permatang Pauh, Pulau
Pinang. http://repository.psp.edu.my/xmlui/bitstream/handle/123456789/2038/dropship.pdf
Zaleha Yazid, Che Aniza Che Wei & Nor Asiah Omar. (2016). Persepsi mahasiswa terhadap urusan
pembelian atas talian. Jurnal Personalia Pelajar 19(2) 17-25.
http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2016/12/Artikel-3_Zaleha-Yazid.pdf.
90
USAHA MELAHIRKAN USAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ
KOMUNITI BENTONG
Norzi Binti Ngavi
PENGENALAN
Melahirkan usahawan di kalangan pelajar Kolej Komuniti merupakan agenda Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada masa kini. Ketika negara sedang menuju ke arah
Revolusi Industri ke 4, kerjaya menjadi usahawan merupakan satu pilihan yang sangat digalakkan
untuk diceburi oleh para pelajar. Walaubagaimanapun daripada kajian yang diperolehi menunjukkan
bilangan pelajar yang menceburi bidang usahawan ini masih dianggap rendah.
Walaupun pelbagai usaha dijalankan namun kesedaran dan minat yang ditunjukkan oleh para
pelajar terhadap kerjaya sebagai usahawan adalah tidak menggalakkan. Antara usaha yang telah
dilakukan ialah dengan menjadikan subjek pembelajaran Keusahawanan sebagai satu silibus di dalam
kokurikulum. Selain itu juga pelbagai program keusahawanan yang telah direncanakan di Pusat
Pengajian Tinggi antaranya adalah seperti memberi pusingan modal awal sebagai insentif untuk
memulakan perniagaan, memberi kursus dalam merancang perniagaan, pendedahan pemasaran
secara online atau offline serta menghubungkan kolaborasi di antara perniagaan pihak graduan
bersama-sama pihak indusrtri.
Namun begitu kita juga perlu melihat dari aspek pelajar itu sendiri mengapa usahawan bukan
menjadi pilihan kerjaya mereka. Mungkin di kalangan keluarga yang bekerja makan gaji sangat
mempengaruhi pelajar untuk tidak memilih menjadi usahawan sebagai kerjaya pilihan. Ada segelintir
di kalangan pelajar yang sudah selesa memilih pekerjaan makan gaji yang mana disebabkan beberapa
faktor iaitu berpunca daripada masalah kewangan dan kekurangan modal. Masalah-masalah ini
menyebabkan kerjaya sebagai usahawan dipandang sepi.
Selain itu juga faktor psikologi juga boleh mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang pelajar di
mana mereka melihat kepada faktor dalaman seperti kepuasan hati, kejayaan diri, pembangunan diri
91