dan pengiktirafan. Pelajar juga dilihat takut bersaing dengan usahawan yang sedia ada serta bimbang
untuk mengambil risiko mengalami kerugian. Di institusi pengajian juga tidak ramai pensyarah yang
mahir dalam bidang usahawan kerana ia bukan kerjaya mereka yang utama untuk dijadikan mentor
dan inspirasi kepada pelajar.
AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI KOLEJ KOMUNITI BENTONG
Pelbagai aktiviti yang dirancang dan dijalankan di Kolej Komuniti Bentong dalam memastikan
budaya keusahawanan dapat diwujudkan. Antara usaha dan aktiviti yang telah dijalankan adalah
menyertai pertandingan SME BANK 90-DAYS BUSINESS CHALLENGE, Penubuhan Inkubator
Keusahawanan dan Program ‘Doing Business While Study. Bukan itu sahaja keterlibatan pelajar juga
di dedahkan dengan aktiviti luar kolej seperti;
1. Terlibat dan bersama-sama agensi mengadakan pameran dan jualan contohnya di Program
Karnival Masuk U, Hari keusahawanan sekolah dan pelbagai program yang dianjurkan
2. Jualan produk dijalankan atas talian, seperti blog, facebook dan instagram
3. Promosi kaedah jualan langsung dijalankan.
4. Menyewa tempat di kedai-kedai pilihan untuk meletakkan hasil jualan.
5. Memberi modal permulaan dan pusingan serta membantu pelajar mendaftar perniagaan di
Surunjaya Syarikat Malaysia
6. Mengadakan jualan-jualan amal
7. Outreach promotion strategy
8. Kursus-kursus dari agensi yang memperuntukkan bantuan kerajaan
SME BANK 90-DAYS BUSINESS CHALLENGE
Ketika ramai pelajar yang bercita-cita untuk bekerja di pejabat yang berhawa dingin dan duduk
di kerusi yang tebal, berlainan pula bagi pelajar Kolej Komuniti Bentong yang menumpukan segala
usaha untuk bergelar usahawan. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan menggalakkan pelajar
92
menyertai pertandingan keusahawanan yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun swasta. Salah satu
pertandingan yang diceburi ialah SME Bank 90-Days Business Challenge.
Program Pertandingan SME Bank 90-Days Biz Challenge dianjurkan oleh SME Bank, agensi di
bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik Kolej
Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar dari Kolej Komuniti Bentong telah
berjaya terpilih menjadi 20 finalis SME Bank 90-Days Biz Challenge dari 192 buah Kolej Komuniti dan
Politeknik.
Melalui format pertandingan ini para pelajar telah didedahkan dengan fasa keusahawan yang
penting iaitu bermula dari usaha mewujudkan syarikat, merancang perniagaan, kewangan, pemasaran
online seterusnya menghasilkan jualan. Dalam tempoh tiga bulan sahaja para pelajar telah memberi
seluruh komitmen untuk menghasilkan yang
terbaik.
Kolej Komuniti Bentong diwakili oleh 4 orang
pelajar dan dibimbing oleh seorang pensyarah
melalui syarikat NAJIHAH COCONUT OIL
TRADING yang merupakan syarikat milikan
tunggal yang didaftarkan pada 18 Disember 2018.
Syarikat ini membawa jenama perniagaan D’Ben
SPA & Salon dengan menawarkan khidmat nasihat
kecantikan spa dan salon. D’Ben Spa & Salon turut
menjual produk kecantikan yang mengkhususkan
kepada minyak urut dan minyak aromaterapi.
Rajah 1: Para Pelajar dan pensyarah pembimbing
yang terlibat adalam pertandingan SME Bank 90-
Days Biz Challenge
93
Semua syarikat yang terpilih menjadi finalis telah diberi suntikan modal sebanyak RM1000.00,
yang mana ianya sebagai modal permulaan untuk menjalankan perniagaan masing-masing. Fasa ke
dua semua pelajar yang terlibat telah menghadiri sesi boot camp yang mana antara tujuannya adalah
menilai prestasi perniagaan semasa. Pelajar dapat dibimbing untuk menyediakan laporan perniagaan
dengan lebih terperinci membuat persedian yang rapi untuk membuat pembentangan akhir dihadapan
panel juri.
Untuk membantu para peserta mengembangkan perniagaan masing-masing, SME Bank turut
berkolaborasi bersama Astro Awani melalui program tv SUKSES@90-Days Biz Challenge dengan
memaparkan kisah perjalanan 20 finalis pertandingan ini. SUKSES yang memasuki musim ketiga ini
merupakan satu program televisyen yang asalnya memaparkan kisah, pengalaman dan kejayaan para
usahawan PKS di seluruh negara. SUKSES@90-Days Business Challenge ini ditayangkan di saluran
Awani 501, setiap Rabu pada jam 9.30 malam bermula Mei 2019 hingga Ogos 2019.
Rajah 2: Sesi Rakaman bersama Astro awani
94
Panel juri yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan terdiri daripada wakil SME
Bank, JPPKK, SME Corporation Malaysia, TEKUN Nasional, MARA, Johor Corporation dan Bank
Rakyat dipertanggungjawabkan untuk memilih pemenang dalam pertandingan ini. Format penilaian
adalah bergantung kepada aspek kewangan, pemasaran, teknikal dan pengurusan. Pihak SME Bank
telah melantik firma akauntan profesional untuk mengaudit keputusan pertandingan ini.
Walaupun tidak mendapat tiga tempat utama di dalam pertandingan ini namun impak positif yang
diterima oleh pelajar Kolej Komuniti Bentong adalah sangat besar. Semua peserta pertandingan SME
Bank 90- Days Biz Challenge automatik akan menjadi ahli Alumni Program Usahawan Muda. Di antara
keistimewaan menjadi alumni adalah berpeluang mendapatkan pembiayaan kewangan serta boleh
melibatkan diri dalam program-program keusahawanan oleh SME Bank, kementerian atau agensi-
agensi yang berkaitan.
IMPAK KEBERKESANAN PROGRAM KEUSAHAWANAN
Secara khususnya melalui pelbagai aktiviti keusahawanan yang dijalankan di Kolej Komuniti
Bentong ianya dapat membolehkan pelajar berevolusi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
keusahawanan di dalam bidang perniagaan dengan beretika dan menjalankan perniagaan secara
professional. Pemilihan kerjaya sebagai usahawan adalah satu kerjaya yang mempunyai masa depan
yang cerah, menarik dan dapat membentuk jati diri yang boleh menghadapi pelbagai cabaran, dugaan
dan risiko. Selain itu juga usahawan boleh menyumbang wang dan tenaga kepada kesejahteraan
masyarakat dan negara.
Bukan itu sahaja, pelajar yang sudah berjaya dalam bidang keusahawanan akan menjadi sumber
inspirasi untuk pelajar lain. Mereka boleh bersama-sama berganding bahu meneroka bidang
perniagaan yang lebih luas seterusnya menyumbang kepada masyarakat sebagai tanggungjawab
sosial.
95
Menjadi Usahawan bukan sahaja pilihan pekerjaan alternatif tetapi ia sudah menjadi pilihan utama
sekiranya graduan universiti tidak mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Ciri-
ciri seorang usahawan adalah sanggup dan berani menanggung risiko, kreatif dan inovatif, dan
berwawasan tinggi akan boleh melahirkan usahawan yang hebat. Ia boleh menjadi sumber inspirasi
dan menjadi contoh kepada pelajar lain.
KESIMPULAN
Pelajar tidak boleh bergantung kepada pengetahuan akademik sahaja, mereka mesti proaktif
dan sentiasa mengambil peluang pantas dengan melibatkan diri dalam pelbagai program yang
disediakan oleh pihak kolej sebagai langkah untuk menceburi bidang pekerjaan selepas tamat
pengajian. Abdul Halim et al. (2012) yang merumuskan bahawa kolej komuniti merupakan wadah untuk
mengilap potensi modal insan termasuk daripada golongan yang tercicir malah lebih penting lagi, kolej
komuniti dianggap lebih berpotensi untuk melahirkan usahawan berbanding dengan universitI.i
RUJUKAN
Abdul Halim, Yahya, Mohd Foad, Mohamad Sukeri dan Yaakob Daud 2012. Kajian Impak Program
Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi,
Universiti Utara Malaysia
96
THE COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE FOR LANGUAGES
(CEFR)
Siti Aishah Binti Sahairi
PENGENALAN
The Common European Framework of Reference for Languages atau lebih dikenali sebagai
CEFR merupakan satu framework yang digunapakai di dalam pembelajaran bahasa asing dan tidak
hanya tertumpu kepada pembelajaran Bahasa Inggeris sahaja. CEFR merupakan satu alat yang
praktikal dan membantu guru serta pelajar untuk menghargai setiap pencapaian di dalam pembelajaran
bahasa kedua (North, 2014). CEFR berasal dari Eropah, dan direka khas untuk menggambarkan
kecekapan dan penguasaaan sesuatu bahasa. Ia merangkumi aspek penilaian, pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan CEFR tidak hanya terhad di negara Eropah bahkan ia digunakan secara
meluas di luar Eropah di mana 37 bahasa telah menggunakan CEFR termasuk benua Asia.
TUJUAN CEFR
CEFR bukan merupakan satu bentuk ujian bagi mengetahui tahap penguasaan seseorang
individu di dalam mempelajari bahasa asing. Sebaliknya, CEFR menetapkan enam (6) tahap
penguasaaan bahasa asing menggunakan ‘Can Do’ statements (pernyataan ‘Dapat Melakukan).
Di dalam mempelajari sesuatu bahasa, terdapat lima (5) kemahiran bahasa yang perlu dikuasai
iaitu Spoken Interaction, Spoken Production, Listening, Reading and Writing. Sebagai rujukan, huraian
terperinci bagi ‘Can Do’ statements ini boleh diperolehi mengikut kelima-lima kemahiran bahasa
tersebut bagi setiap tahap CEFR.
97
CEFR DI MALAYSIA
i. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025)
PPPM telah menyasarkan pelajar untuk menguasai dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, PPPM mencadangkan agar pendidikan Bahasa Inggeris
diberi penanda aras di peringkat antarabangsa untuk memastikan tahap bahasa Inggeris di Malaysia
selaras dengan standard antarabangsa.
ii. Baseline Study 2013
Satu kajian empirikal iaitu Baseline Study 2013 telah dijalankan oleh pihak Cambridge untuk
menilai kaedah pembelajaran, pengajaran dan penilaian dari tahap pendidikan pra sekolah sehinggalah
ke universiti. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris masih tidak
mencukupi untuk Malaysia terus bersaing di dalam era globalisasi yang memerlukan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantara di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, pembaharuan perlu
dilakukan di mana English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap 2015 – 2025 mula
diperkenalkan.
iii. English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap 2015 – 2025
Roadmap ini merupakan pelan pembaharuan 10 tahun bagi meningkatkan kualiti pendidikan
Bahasa Inggeris di Malaysia. Ia bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang fasih berbahasa
Inggeris di mana ia mengambil kira pendidikan Bahasa Inggeris sebagai pendidikan berterusan dari
tahap pra sekolah sehingga bergelar graduan universiti. Roadmap merupakan pendekatan yang holistik
dan bersepadu, yang menggabungkan semua komponen sistem pendidikan bahasa Inggeris seperti
kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran (Menteri Pendidikan Malaysia, 2018).
TAHAP DAN DESKRIPTOR CEFR
CEFR telah mengklasifikasikan pengguna kepada tiga kategori iaitu proficient user, independent
user dan basic user (Rajah 1). Setiap kategori pengguna ini mewakili tahap CEFR yang tertentu.
98
Terdapat enam (6) tahap CEFR yang perlu diketahui - A1 (tahap permulaan), A2 (tahap kemahiran
asas), B1 (tahap pertengahan), B2 (tahap pertengahan atas), C1 (tahap maju) dan C2 (tahap mahir).
Berbeza dengan tahap pengredan yang lain, CEFR telah menetapkan C2 sebagai tahap tertinggi,
manakala tahap terendah pula adalah A1. Proficient user berada pada tahap C1 dan C2. Independent
user berada pada tahap B1 dan B2. Basic user berada pada tahap A1 dan A2.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan kumpulan sasaran bagi setiap tahap CEFR
dan pencapaian pelajar akan dilihat sekitar tahun 2025 iaitu pada fasa ketiga CEFR (Rajah 2). Tahap
A1 merujuk kepada pelajar pra sekolah manakala tahap A2 merujuk kepada pelajar sekolah rendah.
Bagi tahap B1 pula, ia merujuk kepada pelajar sekolah menengah, dan tahap B2 adalah pelajar lepasan
menengah serta pelajar universiti. Selain itu, tahap C1 juga merujuk kepada pelajar universiti dan
merupakan tahap minimum untuk guru Bahasa Inggeris.
Senarai lengkap deskriptor CEFR memudahkan pengguna untuk melihat perbezaan setiap tahap
mengikut kategori pengguna. Penerangan ringkas deskriptor adalah seperti di Rajah 3.
Rajah 1: Tahap CEFR
99
Rajah 2: Sasaran tahap CEFR di Malaysia mengikut kelayakan akademik
100
Rajah 3: Deskriptor CEFR
101
PENUTUP
CEFR telah diperkenalkan oleh Majlis Eropah pada tahun 1990 dan terbukti dapat memperkasa
kemahiran Bahasa Inggeris melalui perlaksanaannya di negara-negara Eropah. Melalui framework
CEFR ini, konsep pembelajaran dan pendekatan pendidikan Bahasa Inggeris sentiasa ditambahbaik
mengikut penilaian dan keperluan tuntutan semasa. Ia bukan sekadar kepentingan dalam pemantapan
akademik tetapi sebagai landasan pemerkasaan modal insan. Kini CEFR juga mula diperkenalkan di
peringkat politeknik dan kolej komuniti dengan memberi pendedahan awal kepada pensyarah-
pensyarah Bahasa Inggeris sebelum bermulanya pelaksanaan penuh kurikulum yang berlandaskan
CEFR.
RUJUKAN
https://www.moe.gov.my/en/menumedia/printed-media/newspaper-clippings/what-the-cefr-is-and-isn-
t-free-malaysia-today-27-mei-
2019#:~:text=CEFR%20is%20a%20suitable%20and,language%20teaching%2C%20learning
%20and%20assessment.
https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2018/02/ringkasan-eksekutif.pdf
https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2019/05/490405/rethink-revamp-teaching-and-learning-
english
https://www.pendidik.com.my/2019/06/11/cefr-a-new-initiative-to-empower-english/
http://www.cikgushare.com/2019/05/salah-faham-kerangka-asas-cefr-di.html?m=1
http://www.cikgushare.com/2019/05/kenapa-perlu-cefr-di-malaysia-part-2.html
https://www.englishprofile.org/the-cefr
https://www.englishprofile.org/images/pdf/GuideToCEFR.pdf
https://www.padu.edu.my/articles/boosting-english-standards/
102
https://www.researchgate.net/publication/327980406_CEFR_in_Malaysia_Current_issues_and_challe
nges_in_the_implementation_of_the_framework
https://www.moe.gov.my/muat-turun/teks-ucapan-dan-slide/2019-7/2988-20190502-a-ucapan-yb-
menteri-watikah/file
North, B. (2014). The CEFR in Practice (Vol. 4). Cambridge University Press
103
TEKNOLOGI
104
RASPBERRY PI DAN ARDUINO? MANAKAH PILIHAN ANDA?
Anizawati Binti Mukhtar
PENGENALAN
IoT ialah singkatan kepada Internet of Things. IoT adalah satu konsep di mana peralatan, mesin,
sensor dan peranti dihubungkan dengan internet dan berlaku pengumpulan dan perpindahan data
menerusi rangkaian. Konsep IoT ini sangat luas dan boleh diaplikasikan di pelbagai bidang dan
teknologi.
Perkembangan IoT semakin meningkat dari hari ke hari. Ia terhasil dari gabungan internet dan
elektronik sekaligus memberi manfaat dalam kehidupan manusia. Namun di negara kita masih lagi
belum menerima pembaharuan sebegini sepenuhnya akan tetapi di negara – negara maju idea
teknologi pintar ini telah mula diperkenalkan dan dipraktikkan. Ia juga termasuk di dalam Revolusi
Industri 4.0 (IR 4.0) yang telah menjadi trend semasa dan pertukaran data dalam teknologi.
IoT adalah sistem yang terdiri daripada sebilangan besar objek pintar yang boleh berkomunikasi
dan berinteraksi antara satu sama lain serta dapat membina rangkaian objek yang saling berkaitan
dengan pengguna akhir atau entiti lain di dalam rangkaian. (D. Miorandi et al, 2012)
Terdapat pelbagai jenis platform yang kerap digunakan dalam pembangunan IoT di antaranya
adalah Raspberry Pi dan Arduino. Di mana ia tidak asing lagi bagi kebanyakan pengguna IoT pada hari
ini. Secara umumnya Raspberry PI adalah microprocessor dan Arduino pula adalah microcontroller.
Penulisan ini akan menerangkan secara ringkas mengenai perbezaan di antara keduanya.
105
APA ITU RASPBERRY PI?
Raspberry Pi merupakan komputer mini yang mempunyai input dan peranti output yang
membolehkannya berinteraksi dengan komponen lain. Ia hanya memerlukan sumber kuasa dengan
output 5v dan memori SD kad di mana hanya perlu memasang sistem operasi Linux untuk
memulakannya. Ia bersaiz sebesar kad kredit dan mempunyai beberapa komponen utama padanya. Ia
dibangunkan untuk memudahkan orang ramai mempelajari pelbagai perkara berkaitan perkomputeran
dengan kos yang lebih rendah.
Terdapat beberapa port terbina seperti High-Definition Multimedia Interface (HDMI) untuk
dihubungkan ke monitor atau televisyen, port micro-SD untuk storan sistem dan fail dan juga port USB
untuk tetikus dan papan kekunci. Terdapat dua variasi, iaitu set A dan Set B. Perbezaan antara
keduanya ialah Set B mempunyai sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna
menghubungkan talian internet melaluinya. Bagi sokongan kuasa pula, ia hanya perlu menggunakan
kabel micro-USB yang sedia digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih pada hari ini.
106
Sekiranya menggunakan monitor lama dan tiada port HDMI, converter HDMI ke VGA perlu
disediakan terlebih dahulu sebelum ia dapat digunakan. Namun jika ia dihubungkan ke monitor yang
mempunyai port HDMI maka tiada masalah dalam menggunakan penyambungan kabel HDMI.
Raspberry Pi menggunakan sistem operasi dari linux iaitu Raspbian. Terdapat beberapa langkah
pemasangan yang perlu dilakukan terlebih dahulu iaitu pertama, memformat Micro SD kad
menggunakan SD Card Formatter. Kedua muat turun Raspbian Image dan extract ia. Ketiga, muat
turun Etcher dan masukkan ia ke dalam Micro SD kad. Setelah selesai semua proses tersebut
pengguna boleh menghubungkan ia ke skrin monitor dan boleh terus menggunakan Raspberry Pi
seperti komputer biasa. Ia boleh ditulis dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang berbeza
seperti Python, C dan Java.
APA IT ARDUINO?
Arduino adalah platform elektronik sumber terbuka berdasarkan perkakasan dan perisian yang
mudah digunakan. Arduino mampu berinteraksi dengan kebanyakan komponen elektronik dari yang
107
kecil seperti LED, butang atau suis, elektrik motor, kamera, unit GPS, sehingga komponen-komponen
besar dan canggih dengan menggunakan litar perantaraan.
Arduino sangat sesuai digunakan bagi pengguna yang ingin belajar asas elektronik khususnya
microcontroller kerana Arduino tidak memerlukan perkakasan tambahan. Ia hanya memerlukan kabel
USB saja untuk disambungkan dari komputer ke papan Arduino. Bahasa pengaturcaraan yang
digunakan pada Arduino IDE pula adalah Bahasa Pengaturcaraan C++.
PERBANDINGAN ANTARA RASBPERRY PI 3 MODEL B+ DAN ARDUINO
Jadual 1: Perbandingan ciri-ciri antara Rasperry Pi 3 dan Arduino
108
Berdasarkan Jadual 1, Arduino dan Raspberry Pi 3 mempunyai ukuran yang lebih kurang sama
tetapi mempunyai ciri yang berbeza. Kelajuan Raspberry Pi 3 lebih cepat berbanding dengan Arduino,
dimana ia memiliki 1.2 GHz sedangkan Arduino hanya 16 MHz sahaja. Arduino beroperasi dalam
kelajuan rendah dan tidak mempunyai rangkaian terbina padanya tetapi ia sangat mudah untuk
digunakan dan hanya dapat menjalankan satu program pada satu masa sahaja. Raspberry Pi 3 pula
digunakan sebagai komputer biasa kerana kelajuannya yang tinggi serta mempunyai sistem operasi
yang tersendiri dan dapat melakukan pelbagai tugas pada satu – satu masa. Kombinasi kedua – dua
ini jika digunakan dengan betul dapat memudahkan lagi sistem IoT.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, untuk pemilihan penggunaan Arduino mahupun Raspberry Pi, ia
sebenarnya bergantung kepada projek yang ingin kita bangunkan. Sebagai contoh sekiranya ingin
membuat projek elektronik yang tidak memerlukan tugasan yang kompleks iaitu seperti pengawalan
menggunakan motor, sensor, lampu dan lain-lain maka Arduino ialah pilihan yang tepat manakala
Raspberry Pi pula lebih sesuai untuk projek sains komputer seperti web, server, permainan video dan
tugas-tugas yang lebih kompleks iaitu data processing, graphical user interface (GUI) dan image
processing.
109
RUJUKAN
D. Miorandi et al., (2012) "Internet of things: Vision, applications and research challenges," Ad Hoc
Networks 10, 1497–1516
Ko, J., & Shim, J. (2015). A Comparison of the Construction for IoT System in Smart Clothing. Journal
of Multimedia Information System, 2(4), 327–332. Diperoleh daripada
https://doi.org/10.9717/JMIS.2015.2.4.327
N. Kortas, H. Azzabi, A. Ben Arbia, and J. B. Tahar, (2015) “Communication within Cloudlet using the
Raspberry,” Procedia Comput. Sci., vol. 73, no. Awict, pp. 193–198,
Arduino (2005), Arduino Uno Rev3. Diperoleh daripada https://store.arduino.cc/usa/ arduino-uno-rev3
Raspberry Pi Foundation (2008), Raspberry Pi 3 Model B+. Diperoleh daripada
https://www.raspberrypi.org/,
110
APLIKASI PERSEMBAHAN SLAID POWER POINT
Nor Hisham bin Mayidin
PENDAHULUAN
Tayangan persembahan slaid adalah persembahan daripada sekumpulan gambar yang pegun
pada paparan peranti elektronik. Pergerakan paparan persembahan boleh diatur samaada secara
automatik (iaitu ditetapkan masa persembahan) atau dikendalikan secara manual. Tayangan
persembahan slaid asalnya adalah satu ciri slaid fotografi yang dipancarkan ke skrin menggunakan
projektor.
Tayangan slaid persembahan mungkin terdiri dari persembahan gambar sahaja tanpa teks dan
komen kerana persembahan slaid tersebut adalah ingin menyampaikan sesuatu kepada penonton dan
dalam masa yang sama mengekalkan nilai ‘artistiknya’. Persembahan slaid ketika ini, menggunakan
peranti paparan video elektronik atau perisian persembahan di komputer. Namun begitu, masih
terdapat persembahan slaid yang menggunakan projector carusel dan overhead projector.
Tayangan slaid persembahan hari ini boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Contohnya,
slaid foto digital perkahwinan yang dihasilkan dalam format video telah banyak menyumbang
pendapatan kepada jurufoto yang menghasilkan slaid daripada majlis perkahwinan dan disimpan hard
disc atau DVD. Perisian atau aplikasi foto memudahkan tayangan persembahan gambar kerana tidak
perlu membeli gambar atau filem yang mahal dan ianya hanya memerlukan kamera digital dan
komputer. Perisian tayangan slaid memberi lebih banyak pilihan dan seterusnya menghasilkan
persembahan yang lebih berkualiti dan menarik.
LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN SLAID PERSEMBAHAN YANG MENARIK
Bagi menjadikan persembahan slaid lebih menarik, berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan
ketika menyediakan slaid persembahan.
111
i. Memasukkan elemen video ke dalam slaid.
Bagi menjadikan persembahan yang lebih menarik, pembentang boleh memasukkan unsur video
ke dalam slaid dan dipersembahkan kepada penonton. Penggunaan perisian Microsoft
Powerpoint dalam penghasilan slaid persembahan adalah memudahkan kerja, dan mesra
pengguna kerana fungsinya yang mudah difahami dan digunakan. Berikut adalah langkah
memasukkan elemen video ke dalam slaid.
a. Daripada Insert tab, klik Video drop-down arrow, dan pilih Video on My PC.
b. Kenalpasti dan pilih video yang dikehendaki, seterusnya klik Insert.
c. Seterusnya, video akan dimasukkan ke dalam slaid.
112
d. Laras dan sesuaikan tempoh masa video di dalam slaid
ii. Memasukkan elemen audio (suara) ke dalam slaid persembahan.
Pengguna atau pembentang boleh memasukkan elemen audio didalam menghasilkan slaid
pembentangan. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan.
a. Masukkan audio dari fail di dalam komputer.
b. Set audio pada slaid yang dipilih
113
c. Pada playback button pengguna boleh merancang kesediaan seperti tempoh masa yang
pengguna kehendaki. Audio juga boleh dimainkan pada sebagai latar muzik sepanjang
slaid ditayangkan atau pada masa yang tertentu.
iii. Memasukkan gambar ke dalam slaid
Menambah gambar dapat menjadikan persembahan pengguna atau pembentang lebih menarik
dan menarik. Pengguna boleh memasukkan gambar dari fail di komputer anda ke mana mana
slaid yang dikehendaki. Berikut ialah langkah bagi memasukkan gambar ke dalam slaid
persembahan.
a. Pilih tab Insert, kemudian klik arahan Picture dalam kumpulan Imej.
114
b. Kotak dialog akan muncul. Cari dan pilih fail gambar yang diingini, dan klik Insert.
iv. Memasukkan elemen animasi teks atau objek
Slaid persembahan akan menjadi lebih menarik sekiranya ditambah dengan animasi. Fungsi ini
membantu pengguna menghasilkan slaid persembahan yang interaktif dan infografik. Langkah
menetapkan animasi adalah seperti berikut:
a. Pilih objek atau teks pada slaid yang ingin di animasikan.
b. Pada tab Animasi, klik Tambah Animasi, dan pilih kesan animasi.
115
Penutup
Penggunaan aplikasi perisian powerpoint sangat membantu menghasilkan slaid persembahan
yang menarik. Pengguna seharusnya memperbagaikan elemen persembahan menggunakan segala
teknologi yang ada dalam perisian bagi memastikan penonton sentiasa tertarik dengan slaid yang
dihasilkan. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), penggunaan slaid persembahan
sangat membantu dalam penyampaian PdP daripada guru kepada pelajar. Persembahan slaid
menggunakan aplikasi power point sangat mudah untuk digunakan dan menyeronokkan untuk diterokai
tanpa mengira had umur. Evolusi yang pantas dalam bidang multimedia akan memudahkan kerja
pengguna ke tahap yang lebih baik dengan menyediakan aplikasi yang lebih interaktif, mudah dan
friendly user.
Rujukan
Ngin.W.H. (2012). Keberkesanan Penggunaan Powerpoint Terhadap Penguasaan Konsep Sains Bagi
Murid Tahun 5. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.61-70.
Smith.B. (2020 Mei, 20). 50 Effective PowerPoint Presentation Tips (To Improve Your Skills).
https://business.tutsplus.com/articles/37-effective-powerpoint-presentation-tips--cms-25421.
Wikipedia. (2020, Jun 22). Microsoft Power point.https://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft_PowerPoint.
116
PENULISAN
KREATIF
117
BULI SIBER:
NORMA BAHARU
Muhammad Anwar Bin Abdul Halim
[email protected]
PENDAHULUAN
Fenomena tular atau lebih komersial dikenali sebagai viral merupakan trend yang sudah sinonim
di kalangan rakyat Malaysia. Menyingkap kembali isu-isu viral di laman sosial semasa berlangsungnya
Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) seperti kes tular mengenai Vivy Yusof, usahawan selebriti yang
dikecam kerana setuju dengan kenyataan berbaur menghina golongan miskin ketika Covid-19.
Seterusnya golongan penggiat seni yang dikecam kerana mempertikaikan tindakan kerajaan yang tidak
memberikan peruntukkan khas Covid-19 kepada mereka. Kes tular wanita sarat mengandung dari zon
merah balik ke Kelantan untuk bersalin disahkan positif Covid-19, Lelaki kongsi tips lepas sekatan polis
semasa Covid -19. Selain melibatkan isu-isu di dalam negara, kes tular ini turut melibatkan individu di
luar negara seperti artikel yang diterbitkan oleh mStar yang bertajuk Memalukan! Gara-gara jadi bahan
ketawa netizen Malaysia, artis Kpop terpaksa tutup komen IG - “Saya tidak tahu negara anda, tak
berminat dengan bahasa anda!
Berita tular seperti ini menjadi perdebatan hangat di kalangan warga net yang juga dikenali
dengan pelbagai gelaran seperti nitizen, mak cik bawang, bawang rangers, keyboard warriors dan
sebagainya. Meraka ini terdiri daripada individu dan juga kumpulan-kumpulan yang pelbagai dari aspek
bilangan. Semasa PKP, isu viral ini seolah-olah menjadi salah satu new normal di kalangan rakyat
Malaysia. Jika dilihat kembali dan diperhalusi isu-isu viral ini, secara tidak disedari telah membuktikan
hak kebebasan bersuara semakin disalah gunakan dan seterusnya menjerumus kepada gejala buli
siber, yang mana boleh dikategorikan sebagai jenayah dan merupakan kesalahan yang serius.
Buli Siber
118
Tidak dinafikan teknologi pintar melalui Industri 4.0 atau lebih sinonim dengan gelaran Revolusi
4.0 menawarkan pelbagai pembaharuan yang bakal meningkatkan tahap kualiti kehidupan manusia.
Malaysia adalah antara negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkembangan Revolusi 4.0.
Revolusi pesat telefon pintar dan ledakkan aplikasi sosial telah memberi dimensi baharu terhadap
gejala buli. Gejala ini sebenarnya telah lama wujud di negara kita dan seolah-olah sudah sinonim
seperti di sekolah, asrama, tempat pekerjaan dan sebagainya. Seiring dengan perkembangan
teknologi, gejala buli pada masa kini telah beralih ke arah dimensi dalam talian yang dikenali sebagai
buli siber.
Buli siber ditakrifkan sebagai perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang
melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit
atau permainan internet berdasarkan Portal Rasmi MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli
siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.
Pensyarah Kanan dan Penyelidik di Advanced Communication Research Unit (ACRU), Pusat
Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Khairie Ahmad
mendefinisikan buli siber sebagai permasalahan sedia ada yang berkadar langsung dengan aliran
teknologi semasa. Buli siber merupakan satu bentuk perilaku siber oleh individu atau kumpulan tertentu
yang bertujuan untuk memanipulasikan, meningkatkan reputasi dan penguasaan sosial terhadap
individu atau kumpulan lain bagi kepentingan sesuatu pihak sahaja. Gejala buli siber boleh menjadi
rantaian memandangkan alam siber adalah komunikasi terbuka lebih-lebih lagi melibatkan media
sosial, oleh yang demikian impak dari gejala ini adalah lebih besar dan memudaratkan.
Buli siber boleh dibahagikan kepada (1) intai siber (cyberstalking) dan hasutan maya (internet
trolling). Intai siber atau lebih komersial dengan nama stalker adalah perbuatan mengintip menerusi
alam siber, tanpa diketahui umum untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Maklumat tersebut
kemudianya dimanipulasikan untuk kepentingan pengintip sebagai contoh mengganggu, memantau
119
atau mengancam individu berkenaan (2), hasutan maya pula merujuk kepada provokasi yang dilakukan
di atas talian yang mengundang kemarahan atau menyinggung perasaan mangsa yang akhir nya akan
menyebabkan perdebatan di atas talian yang melibatkan lebih ramai individu dan kumpulan yang
terlibat.
Shaari, A. H., & Kamaluddin, M. R. (2019) mengklasifikasikan buli siber bedasarkan Jadual 1
Bil. Jenis Buli Siber Jadual 1: Jenis-Jenis Buli Siber
Gangguan berterusan Penerangan dan Bentuk Bahasa/Linguistik
Tindakan menghantar mesej yang menyakitkan hati, kasar, dan
1. menghina atau menggunakan kata-kata kesat. Ulasan jahat atau
(Harassment) memalukan pada siaran, foto dan bilik sembang. Contoh:
Panggilan nama seperti gemuk, perempuan murahan atau
pelacur.
Pemalsuan Maklumat- Tindakan memalsukan maklumat serta menyebarkan maklumat
2. Fakta, Foto atau Video palsu tersebut bagi tujuan menjatuhkan seseorang. Ini termasuk
berkongsi foto seseorang untuk tujuan menghina, menyebarkan
(Denigration) khabar angin palsu dan juga gosip yang tidak benar. Mengubah
gambar orang lain dan menyiarkannya secara online untuk tujuan
memalukan juga dianggap sebagai jenayah buli siber.
Penyebaran berita Penggunaan bahasa yang melampau dan menyinggung perasaan
3. berbentuk provokasi bertujuan untuk mengapi-apikan serta mencetuskan konflik dan
pergaduhan. Pembuli siber biasanya menyebarkan berita-berita
(Flaming) berbentuk provokasi bagi mencetuskan perasaan marah orang
120
Bil. Jenis Buli Siber Penerangan dan Bentuk Bahasa/Linguistik
lain lalu menimbulkan reaksi negatif terhadap mangsa bagi tujuan
menyakitkan mangsa.
Tindakan menggodam akaun e-mel atau rangkaian sosial
seseorang dan menggunakan identiti dalam talian mangsa untuk
menghantar, menyebar atau menyiarkan bahan atau maklumat
Penyamaran, pemalsuan
(bagi pihak si mangsa) yang berunsur lucah, ganas atau tidak
akaun media sosial serta
4. bertanggung jawab bagi tujuan memalukan mangsa.
kecurian identiti
Penggunakan profil serta identiti palsu di laman sosial begitu
(Impersonation)
berleluasa pada masa ini dan kadangkala agak sukar untuk akaun-
akaun palsu ini ditutup dengan begitu sahaja.
Pemerdayaan dan tipu Tindakan mempengaruhi atau memperdayakan seseorang untuk
5. helah mendedahkan maklumat peribadinya seperti latarbelakang,
gambar, mahupun video. Maklumat ini kemudiannya disebarkan
(Outing and Trickery) kepada orang lain oleh si pembuli tanpa pengatahuan mangsa.
Penghendapan siber Tindakan siber hendap dilakukan atas banyak alasan seperti
6. perasaan obses, minat atau benci yang melampau terhadap
seseorang. Siber hendap adalah tindakan ‘mengekori’ pergerakan
(Cyber Stalking) mangsa di media sosial serta pengumpulan data dan maklumat
peribadi bagi tujuan yang tidak baik. Penyerang kemudiannya
menggunakan maklumat tersebut untuk menyebar serta
menghantar e mail berbaur ugutan dan ancaman, menyebabkan
mangsa merasa tertekan dan ketakutan.
121
Bil. Jenis Buli Siber Penerangan dan Bentuk Bahasa/Linguistik
Penyisihan Tindakan menyisihkan seseorang daripada komuniti tertentu di
laman sosial secara sengaja bagi tujuan memalukan serta
7. menyakiti perasaan individu tersebut. Tindakan sebegini juga
(Exclusion) diklasifikasikan sebagai buli siber.
Ugutan dan grooming Grooming melibatkan eksploitasi ke atas wanita, gadis dan kanak-
8. (Blackmail and kanak tanpa sentuhan fizikal daripada penjenayah. Pembuli
memulakan strategi mereka dengan ‘melatih’ mangsa untuk
grooming) melakukan aksi seksual melalui Internet. Mereka biasanya akan
menggunakan ayat-ayat yang manis untuk memperdaya mangsa.
Malahan ada juga pembuli yang memulakan serangannya dengan
menjalin hubungan persahabatan atau cinta dengan mangsa
sebelum mempengaruhi mangsa untuk mendedahkan tubuh
mereka melalui kamera web atau menghantar gambar-gambar
tertentu. Pembuli kemudiannya mengancam atau mengugut
mangsa menggunakan gambar atau video miliknya sendiri.
Penyebaran Gambar Tindakan menyebarkan gambar seseorang tanpa kebenaran
9. Tidak Senonoh sebagai bahan ketawa atau untuk mempersendakan mangsa juga
dianggap sebagai salah satu jenis buli siber yang biasa dilakukan
(Inappropriate images) oleh ramai orang. Tanpa disedari (atau mungkin dengan sengaja),
tindakan berkongsi gambar yang diubahsuai untuk menjadi bahan
ketawa (sekiranya tidak diketahui dan diizikan oleh si pemilik
gambar) boleh mengaibkan serta menjatuhkan maruah mangsa.
Ianya juga boleh memberi impak yang negatif terhadap imej
122
Bil. Jenis Buli Siber Penerangan dan Bentuk Bahasa/Linguistik
mangsa serta memberi tanggapan yang buruk terhadap mangsa
oleh masyarakat di sekelilingnya.
Buli Vs Buli Siber
Buli siber adalah lebih kritikal dan sukar dibendung jika dibandingkan dengan gejala buli yang
lain. Gejala buli yang berbentuk fizikal boleh dilihat melalui luka dan kecederaan yang dialami oleh
mangsa. Selain itu, pembuli juga dapat dikenal pasti dan seterusnya hukuman dan tindakan
pencegahan boleh diambil. Namun begitu, tidak bagi gejala buli siber. Pembuli siber sukar untuk
dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar dengan menggunakan akaun palsu.
Jejak mereka sukar dikesan dan memerlukan kepakaran untuk mengesan si pelaku. Alam maya tidak
bersempadan, ancaman boleh dilakukan menggunakan pelbagai medium komunikasi dari pelbagai
platform oleh sesiapa sahaja yang menyebabkan mangsa buli siber seolah-olah diperhatikan dan
diawasi setiap masa dan dimana-mana sahaja.
Mangsa Buli Siber
Seiring dengan konsep alam tanpa sempadan buli siber juga tiada batasannya, sesiapa sahaja
boleh menjadi mangsa kepada gejala ini, buli siber tidak mengenal mangsa, tiada golongan khusus.
Buli siber membuktikan bahawa hak kebebasan bersuara semakin disalah gunakan di kalangan rakyat
Malaysia. Institusi Raja di Malaysia turut mendapat tempias melalui kes penghinaan raja-raja di media
sosial.
Wan, Amizah & Pitchan, Muhammad Adnan. (2017) menyatakan kebebasan bersuara yang
diberikan kepada rakyat melalui Perlembagaan Persekutuan Malaysia perlu di kawal, di mana kawalan
ini perlu merentasi pelbagai medium dan platform yang digunakan. Tambahan pula, kepesatan
perkembangan media sosial yang seiring dengan revolusi 4.0 menjadikan hak kebebasan bersuara
123
menjadi lebih luas dan sukar untuk dikawal. Garis panduan perlu disediakan untuk dijadikan rujukan
yang boleh diakses dari masa ke masa oleh semua golongan masyarakat.
Selain itu para pemimpin negara juga turut menjadi mangsa kepada gejala ini. Para selebriti
negara juga di antara golongan sasaran utama mangsa buli di media sosial dan banyak lagi. Seperti
yang telah dinyatakan buli siber tidak mengenal mangsa, semua individu berpotensi untuk menjadi
mangsa.
Tahap Buli Siber Di Malaysia
Menurut data dari Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan
portal MyHealth Malaysia, daripada lebih 5,000 responden mendapati 3 daripada 10 golongan muda
Malaysia menjadi mangsa buli siber yang mempengaruhi pendidikan dan kehidupan sosial mereka.
457 responden (9%) mengaku menggunakan platform digital untuk mengganggu manakala 63 peratus
responden tidak menyedari wujudnya perkhidmatan bantuan talian buli siber. Pada 2018, Malaysia
berada di kedudukan yang keenam dari 28 negara yang mencatatkan kes buli siber terbanyak di
seluruh dunia. Sementara itu, 28% daripada 6,953 remaja di Malaysia mendakwa bahawa mereka telah
menjadi mangsa buli dalam talian, dengan 43% mengalaminya melalui permainan dalam talian, mesej
peribadi dan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube dan Twitter. Ini
menunjukkan bahawa fenomena buli siber telah menjadi semakin runcing di negara kita.
Berdasarkan dapatan tersebut dapat dinyatakan bahawa gejala buli siber semakin kritikal di
negara kita. Namun begitu, kesan daripada gejala ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat ini
kerana penderaan emosi yang bersifat abstrak dan tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar secara
terus. Hal ini menyebabkan proses untuk mengenalpasti isu dan mangsa buli siber menjadi lebih sukar.
Kesan Buli Siber
Buli siber meninggalkan kesan terhadap mental dah emosi mangsa berbeza dari buli berbentuk
fizikal. Kesan ini tidak dapat dikenal pasti secara terus dan seterusnya mengambil masa dan kaedah
psikologi untuk mengenalpastinya. Apa yang lebih membimbangkan, tahap kesedaran mengenai buli
124
siber adalah rendah dan kebanyakkan rakyat Malaysia menganggap perkara ini tidak serius dan tidak
mendatangkan kemudaratan kepada mangsa buli.
Tanggapan tersebut adalah tidak benar, buli siber adalah sejenis jenayah yang memberikan
kesan yang negatif sama seperti atau mungkin lebih kritikal daripada jenayah yang lain. Di antara kesan
siber buli yang boleh dilihat melalui respon mangsa adalah seperti mengasingkan diri, kegelisahan,
kemurungan, perubahan sikap dan minat yang ketara, prestasi yang merosot, sentiasa penat dan
mengantuk, masalah dengan aturan tidur sama ada insomnia atau terlebih tidur dan banyak lagi. Kesan
ini juga boleh dilihat melalui serangan fizikal seperti migraine, gastric, kekejangan dan sebagainya.
Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa cenderung untuk membunuh diri.
Wan Hassan et al. (2017), mengesa pihak yang berkenaan untuk bertindak dengan lebih proaktif
bagi memberikan perhatian yang lebih serius terhadap fenomena buli siber. Ini kerana fenomena ini
merupakan gejala yang tidak sihat yang semakin meruncing di kalangan rakyat Malaysia. Negara barat
juga mengalami fenomena ini, statistik dan kajian kes impak negatif mengenai buli siber yang berlaku
boleh dirujuk untuk mendapatkan gambaran mengenai isu ini. Sehubungan dengan itu tindakan
pencegahan perlu diambil sementara isu ini masih lagi di tahap yang boleh dikawal.
Tahap Kesedaran
Pendedahan mengenai siber buli di kalangan rakyat Malaysia masih di tahap yang rendah
terutama bagi kelompok luar bandar, golongan yang berumur dan juga golongan yang kurang literasi
di dalam bidang teknologi maklumat. Bagi golongan tersebut secara umumnya permasalahan ini dilihat
sebagai tidak penting dan kurang berisiko kepada mangsanya.
Selain itu, menurut kajian mendapati mangsa buli siber tidak membuat aduan kerana mereka
berasa terhina dengan stigma sosial dan bimbang jika ibu bapa akan mengambil telefon pintar atau
tablet mereka dengan serta-merta. Hasil dapatan menunjukkan ibu bapa ingin membantu untuk
mencegah dan menangani masalah buli siber tetapi mereka tidak mengetahui langkah-langkah yang
125
perlu di ambil. Malah, ada sesetengah daripada mereka yang langsung tidak menyedari yang anak-
anak mereka sedang dibuli siber atau adalah seorang pembuli siber.
Cara Mengatasi
Gejala buli siber perlu dibanteras, gejala ini merupakan ancaman kepada masyarakat. Diantara
langkah yang boleh dilakukan adalah bermula dengan peningkatan tahap kesedaran mengenai buli
siber melalui bacaan, tontonan video, menghadiri kursus pendek atau kursus atas talian dan
sebagainya. Seterusnya mengetahui badan-badan yang menawarkan perkhidmatan untuk melaoprkan
kes buli, sebagai contoh pihak polis dan Pusat Bantuan Cyber999. Sebagai langkah keselamatan dan
rujukan sila pastikan semua mesej, gambar dan teks (dengan tarikh dan masa) disimpan yang
membuktikan mangsa dibuli siber. Hal ini penting apabila buli siber menjadi semakin serius, jadi anda
mempunyai bukti yang boleh digunakan untuk membuat laporan polis dan memudahkan pegawai
penguatkuasa undang-undang membuat pendakwaan.
Pengetahuan mengenai buli siber dapat membantu individu untuk mengenal pasti gejala ini
dengan lebih awal dan seterusnya mengambil langkah pencegahan dan mengumpul bukti untuk aduan
supaya pembuli dapat dikenalpasti dan tindakan undang-undang dapat di ambil. Selain itu, undang-
undang dan akta yang berkaitan dengan yang memperihalkan perkara berkaitan buli siber seperti Akta
Jenayah Komputer 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Kanak-Kanak 2001perlu
diperhalusi bagi menghasilkan undang-undang dan akta yang lebih khusus dan menyeluruh yang
bukan sahaja berfokus hanya kepada tindakan terhadap pembuli, malahan berkebolehan untuk
menghindari dan melindungi seseorang daripada menjadi mangsa buli siber.Perkara ini perlu diambil
perhatian serius oleh pihak yang berkenaan bagi mengelakkan gejala ini dari terus menjadi lebih kritikal.
Penutup
Buli siber adalah jenayah dan perlu dibanteras. Isu ini merupakan masalah sejagat, semua pihak
perlu memainkan peranan di dalam usaha untuk membanteras gejala ini. Pihak berkenaan yang
berautoriti perlu memainkan peranan yang lebih proaktif. Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia
126
perlu menyokong usaha ini dengan memberikan kerjasama secara menyeluruh, menjadi lebih prihatin
dengan meningkatkan tahap kesedaran mengenai buli siber serta kesannya, supaya gejala negatif ini
dapat dibendung, seterusnya dihentikan dan tidak berulang di masa akan datang. Situasi ini berkadar
langsung dengan hastag norma baharu “kita jaga kita”.
Rujukan
Hargeet Kaur, B.S (2016, July 26). Buli Siber. Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia, Kuala
Lumpur. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/
Kamarudin, K. (2018, December 25). Revolusi Industri 4.0: Perlu Bersiap, Perubahan Pantas -
Pensyarah. Petaling Jaya, Selangor. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/457633
Malaysia Gazette (2020, March 10). Buli Siber: Gejala Buli Zaman Moden. Sungai Besi, Kuala
Lumpur. Retrieved from https://malaysiagazette.com/2020/03/10/buli-siber-gejala-buli-zaman-
moden
Shaari, A. H., & Kamaluddin, M. R. (2019). Buli Siber: Ketidaksantunan Bahasa Dan Etika Media
Sosial Dalam Kalangan Remaja Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Shahimi, S. I. M. A. (2019, May 28). Tangani Buli Siber. Kuala Lumpur, Malaysia. Retrieved From
https://www.hmetro.com.my/hati/2019/05/460049/tangani-buli-siber
Sahib, S. Z. (2019, September 10). Cegah Buli Siber. Kuala Lumpur, Malaysia. Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/hati/2019/09/495010/cegah-buli-siber
Wan, Amizah & Pitchan, Muhammad Adnan. (2017). Media Baharu dan Institusi Raja di Malaysia:
Kes Penghinaan Raja-raja di Media Sosial (New Media and the Royal Institution in Malaysia:
Cases of Insult to the Rulers in Social Media). Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of
Communication. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Wan Hassan, Zulaili, Zetty Heriza, Mardhiyana, Farisah. (2017) Kajian Tinjauan: Buli Siber Di
Kalangan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Johor
Baharu.
127
KEPERLUAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN DI KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
Khairiana Binti Razali
PENGENALAN
Bersediakah kita menghadapi situasi cemas di tempat kerja? Siapakah rujukan kita dalam
memastikan tempat kerja kita selamat diduduki? Persoalan ini jarang sekali bermain di minda kita rakyat
Malaysia kerana kita sudah terbiasa dengan situasi: berlaku dahulu, tindakan kemudian. Umum sedia
maklum, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini bukan lah perkara baru di luar negara. Di Malaysia,
kebanyakan sektor awam dan swasta dalam bidang apa sekalipun telah mula mempraktikkan
perlaksanaannya secara asas dan mendalam dengan mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP), memaparkan papan tanda amaran di setiap sudut dan mengadakan
latihan menghadapi situasi cemas kepada semua kakitangan. Walaubagaimanapun, terdapat juga
institusi yang masih diperingkat permulaan dalam mewujudkan dan melaksanakan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan ini. Institusi yang dimaksudkan adalah Institusi Pendidikan Awam khususnya Kolej
Komuniti di Malaysia. Ini terjadi kerana kebanyakkan Kolej Komuniti berada di dalam lingkungan kerja
atau bangunan kedai yang kecil serta bilangan kakitangan dan pelajar yang sedikit. Namun, ini bukan
lah alasan untuk mengabaikan keselamatan dan kesihatan individu yang berada di dalam permis
tersebut.
Dalam mewujudkan suasana tempat kerja yang selamat dan sentiasa bersedia dalam
menghadapi sebarang situasi kecemasan sekiranya berlaku di tempat kerja, Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu diwujudkan.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan antara penggerak terpenting dalam
sesebuah organisasi. Di samping kita mengejar kecemerlangan dalam pendidikan, kita juga komited
dalam memastikan semua kakitangan, pelajar dan mereka yang bekerja dalam situasi yang selamat.
Walaubagaimanapun kemalangan masih boleh berlaku dalam usaha kita untuk memastikan
128
persekitaran tempat kerja kita itu selamat. Dengan memahami fungsi dan peranan setiap individu di
dalam institusi, tindakan kecemasan akan dapat melancarkan proses kerja semasa kes kecemasan
berlaku. Di sini JKKP memainkan peranan yang penting di mana urusan membuat keputusan pada
masa kecemasan dan langkah-langkah yang hendak diambil bagi menangani situasi kecemasan
tersebut dapat diputuskan tanpa membelakangkan Ketua Jabatan.
PEMATUHAN AKTA
Menurut Seksyen 30, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994),
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan perlu diwujudkan di tempat kerja jika terdapat 40 pekerja
atau lebih dan atas arahan Ketua Pengarah.
OBJEKTIF JKKP
Memastikan keselamatan, kesihatan, serta persekitaran yang selamat bagi mereka yang berada di
dalam Kolej Komuniti.
FUNGSI JKKP
i. Memastikan dasar / polisi Kolej Komuniti dilaksanakan.
ii. Membantu dalam pembentukan kaedah dan sistem kerja selamat.
iii. Merancang dan melaksanakan program berkaitan ke arah mewujudkan satu tempat kerja yang
selamat dan sihat.
iv. Melakukan kajian semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan yang telah
dilaksanakan.
v. Melaksanakan kajian tentang budaya kemalangan, kejadian dan penyakit.
vi. Melaporkan keadaan dan amalan kerja tidak selamat dengan cadangan pembaikan.
vii. Menjalankan siasatan ke atas sebarang aduan yang diterima, termasuklah kemalangan nyaris,
kemalangan dan penyakit pekerjaan serta keracunan pekerjaan.
129
viii. Melaksanakan pemantauan terhadap keselamatan & kesihatan di tempat kerja yang berpunca
dari aktiviti kerja yang dijalankan.
ix. Menganjurkan program berbentuk latihan, promosi dan galakan, ceramah dan kempen yang
berkaitan dengan persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
SIAPAKAH YANG TERLIBAT?
Lazimnya, JKKP dianggotai oleh mereka yang dilantik secara dalaman oleh Ketua Jabatan bagi
memenuhi jawatan Pengerusi, Setiausaha (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) atau orang
lain yang dilantik), wakil Majikan dan wakil Pekerja. Wakil ini bergantung kepada jumlah pekerja bagi
sesebuah organisasi iaitu sekiranya organisasi tersebut mempunyai bilangan pekerja 100 orang atau
kurang, sekurang – kurangnya 2 orang wakil bagi setiap majikan dan pekerja. Manakala sekiranya
melebihi 100 orang pekerja, sekurang – kurangnya 4 orang wakil bagi setiap majikan dan pekerja.
Majikan memainkan peranan penting dalam memastikan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)
dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna termasuklah menyediakan kemudahan yang
sesuai termasuk peralatan, latihan dan maklumat yang mencukupi kepada Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan (SHO), membenarkan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) menghadiri apa-apa
program sekali dalam setahun serta majikan boleh mengarahkan penyelia tempat kerja membantu
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) dalam mana-mana penyiasatan kemalangan yang berlaku
di dalam organisasi.
SHO yang dilantik pula berperanan menasihati / membantu majikan atau Jawatankuasa dalam
menganjur dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan selain menjadi setiausaha kepada
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan. Selain menyediakan laporan bulanan kepada majikan,
SHO juga turut membantu Jawatankuasa dalam mana-mana pemeriksaan tempat kerja, memungut,
menganalisa dan menyenggara statistic kemalangan / penyakit pekerjaan, membantu mana-mana
pegawai dalam menjalankan kewajipan di bawah Akta dan peraturan serta menjalankan apa-apa
arahan lain yang dibuat oleh majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab.
130
PERANCANGAN PROGRAM KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN
Mewujudkan dasar organisasi. Dasar merupakan arahtuju / matlamat sesebuah organisasi.
Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu kenyataan yang ditandatangani oleh pihak
pengurusan atasan yang memaklumkan komitmen mereka terhadap isu keselamatan dan kesihatan
ini. Dasar boleh dijadikan titik permulaan untuk perancangan dan perlaksanaan aktiviti OSH di Kolej
Komuniti. Kenyataan dasar juga boleh digunakan untuk meningkatkan moral dan motivasi pekerja jika
pihak pengurusan serius dengan kenyataan mereka untuk melatih kakitangan atau komitmen untuk
menjaga kebajikan pekerja. Ia menunjukkan bahawa pihak pengurusan mengambil berat terhadap isu
keselamatan mereka yang berada di dalam institusi.
Selain itu, menurut Peraturan 21 menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(OSHA 1994), iaitu Kekerapan Mesyuarat memperuntukkan mesyuarat perlu dilakukan sekerap yang
perlu setara dengan risiko di tempat kerja. Ianya tidak kurang daripada 3 bulan sekali. (sebaiknya
selepas pemeriksaan tempat kerja dilakukan agar laporan pemeriksaan tersebut dapat dibentangkan
ketika mesyuarat. Ahli mesyuarat boleh dipanggil dengan serta-merta jika berlaku kemalangan di
tempat kerja.
Pemeriksaan tempat kerja merupakan antara langkah pencegahan atau tindakan awal JKKP
sebelum berlakunya kecemasan. Kekerapan pemeriksaan ini tertakluk kepada institusi setara dengan
risiko yang ada. Walaubagaimanapun, bagi Kolej Komuniti dan institusi Pendidikan lain kebiasaan nya
pemeriksaan ini dilakukan sekerap 3 bulan sekali. Ini seiring dengan mesyuarat jawatankuasa yang
memperuntukkan laporan pemeriksaan tersebut dibentangkan sekaligus diminitkan ketika mesyuarat
berlangsung. Pengesahan atau tindakan daripada majikan diperlukan bagi setiap laporan pemeriksaan
tempat kerja agar perkara yang berbangkit menunjukkan SHO telah melaksanakan tanggungjawab iaitu
menasihati majikan untuk tindakan sewajarnya oleh atasan. Antara perkara yang dititikberatkan ketika
pemeriksaan dilakukan adalah memastikan tempat berkumpul dalam keadaan yang sesuai, tiada
halangan di laluan kecemasan, tiada perkara atau punca yang boleh menyebabkan sesuatu
kemalangan itu berlaku, alat pemadam api berada dalam fungsi yang baik dan belum tarikh luput,
131
papan tanda tunjuk arah laluan / amaran berada di lokasi sepatutnya, setiap alat atau bahan merbahaya
(kimia) telah di labelkan serta setiap lokasi seperti kantin, pejabat, kelas, surau dan tandas mempunyai
pelan lantai / pelan kecemasan.
Pelan tindakan kecemasan perlu diwujudkan bagi menyediakan kakitangan dan organisasi
dalam menghadapi sebarang kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kehilangan nyawa
serta meminimumkan kerosakkan harta benda.
Objektif Pelan Tindakan Kecemasan adalah:
a. Pekerja dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlaku kecemasan di tempat
kerja.
b. Perlaksanaan dan tanggungjawab oleh kakitangan yang dilantik untuk bertindak apabila
berlaku kecemasan.
c. Penggunaan peralatan kecemasan dengan selamat dan betul.
d. Pengosongan bangunan / premis dengan pantas, teratur dan selamat tanpa panik.
Matlamat utama pelan tindakan kecemasan adalah:
a. Tidak merisikokan nyawa penyelamat walaupun situasi yang melibatkan ramai mangsa dan
banyak
b. kecederaan, tetapi sumber menyelamat pula adalah terhad, perkhidmatan pertolongan cemas
perlu diutamakan.
c. Memastikan keselamatan asset, harta benda dan reputasi organisasi terjaga.
d. Memastikan keselamatan orang awam dan serta alam sekitar terpelihara.
Fasa Kecemasan
Terdapat TIGA (3) fasa yang perlu diambil kira dalam persediaan menghadapi kecemasan iaitu:
132
a. Fasa Pertama iaitu sebelum kecemasan berlaku. Ini adalah masa perancangan dan persediaan
bagi menghadapi kecemasan.
b. Fasa Kedua adalah semasa kecemasan berlaku. Ketika ini tindakbalas segera diperlukan untuk
mengawal kecemasan supaya tidak menjadi krisis.
c. Fasa Ketiga adalah setelah kecemasan berlaku atau apabila ianya sudah berada di bawah
kawalan. Fasa ini adalah proses pembersihan dan pemulihan dilakukan.
PENUTUP
Secara kesimpulannya mewujudkan JKKP di institusi pendidikan khususnya Kolej Komuniti
merupakan tindakan yang harus diikuti oleh semua organisasi walaupun organisasi yang kecil. Ianya
mampu memberikan impak yang besar dari segi kepercayaan orang awam terhadap faktor
keselamatan yang Kolej Komuniti cuba terapkan. Keyakinan ibu bapa terhadap keselamatan anak
mereka ketika berada di dalam Kolej Komuniti serta pandangan masyarakat luar terhadap
kesungguhan organisasi dalam meletakkan keselamatan dan kesihatan perkara utama. Bagi
menjayakan hasrat ini, sokongan daripada pihak pengurusan Kolej Komuniti amat lah diharapkan.
Kerjasama yang erat boleh dipupuk antara Angkatan Pertahanan Awam, Pihak Bomba serta Jabatan
Kesihatan dan Kolej Komuniti. Hasrat ini mampu direalisasikan sekiranya latihan, kempen dan
penekanan yang tinggi diberikan. Sehubungan dengan itu juga, adalah wajar pengurusan Kolej
Komuniti lebih memandang serius tentang pengetahuan serta tindakan awal menyelamat. Permulaan
dan sokongan dari atasan merupakan platform yang terbaik bagi mendidik dan memastikan tenaga
pengajar, kakitangan, pelajar serta mereka yang bekerja di dalam Kolej Komuniti berpengetahuan
dalam bidang menyelamat.
Jelas membuktikan bahawa pada masa kini kemalangan atau situasi cemas boleh berlaku dalam
masa yang tidak disangka oleh manusia. Oleh yang demikian, menjadi satu kewajipan kepada semua
pihak agar berupaya memberikan khidmat bantuan awal kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
Mungkin dengan bantuan awal yang sedikit ini mampu menyelamatkan nyawa seseorang.
133
RUJUKAN
MDC Publishers Sdn. Bhd. (2017). Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Peraturan –
Peraturan.
MDC Publishers Sdn. Bhd. (2015). Akta Kilang Dan Jentera Dan Peraturan – Peraturan.
Mohd Khairul Domadi & Koo Kean Eng. (2016). Occupational Safety and Health. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar.
Hj. Abdul Rahim & Fakharuldin Ishak (2018). Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.
134
KENALI JURNAL DALAM PENERBITAN HASIL PENYELIDIKAN
Siti Juliana Binti Hamim
Pengenalan
Jurnal adalah penerbitan ilmiah yang mengandungi koleksi laporan penyelidikan yang diterbitkan
secara berkala seperti dua atau empat kali setahun. Laporan penyelidikan yang ditulis untuk jurnal perlu
disemak atau dinilai oleh pakar dalam bidang sebelum diterbitkan. Penyemak laporan penyelidikan
biasanya lebih daripada seorang yang pakar dalam bidang pengajian tertentu mengikut topik yang
ditulis dalam laporan penyelidikan tersebut. Tujuan utama jurnal adalah untuk mengembangkan
penyelidikan yang telah ditulis serta menjadi rujukan kepada penyelidik lain yang melakukan aktiviti
penyelidikan yang hampir sama. Laporan penyelidikan yang dihasilkan terdiri dari beberapa bahagian
seperti tajuk, abstrak, pengenalan, kajian literatur, metodologi, hasil analisis, perbincangan dan
cadangan penambahbaikan serta rujukan.
Penerbitan jurnal adalah menjadi satu keperluan bagi pelajar pascasiswazah dan ahli akademik.
Bagi pelajar pascasiswazah, samada calon Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD), penerbitan jurnal
adalah salah satu syarat yang perlu dipenuhi sepanjang tempoh pengajian. Manakala bagi ahli
akademik pula, penerbitan jurnal menjadi salah satu perkara yang dinilai dalam pencapaian tahunan
khususnya bagi sektor pendidikan. Dengan ini, pengetahuan tentang jenis-jenis dan kategori jurnal
yang ada dapat membantu seseorang penyelidik untuk menerbitkan hasil penyelidikan mereka dalam
jurnal yang terbaik. Oleh yang demikian, pengetahuan dalam pemilihan jurnal mampu memberikan
impak kepada hasil penulisan seseorang penyelidik.
Jenis-Jenis Jurnal
Secara umum, jurnal terbahagi kepada lima kategori berdasarkan kepada tahap kualiti
penerbitan jurnal tersebut. Jurnal juga dinilai dari pelbagai aspek seperti kesan penerbitan jurnal
135
tersebut kepada golongan penyelidik, ahli akademik dan dan masyarakat. Kategori jurnal yang pertama
ialah jurnal yang tidak berindeks. Jurnal jenis ini adalah kategori jurnal yang rendah kualitinya kerana
ianya tidak layak untuk diindeks di dalam pangkalan data ilmiah. Jurnal kategori ini tidak melalui proses
perwasitan seperti buletin dan majalah.
Kategori jurnal yang kedua ialah jurnal berindeks. Jurnal berindeks adalah jurnal yang
disenaraikan dalam senarai indeks bibliografi tertentu atau pangkalan data ilmiah yang boleh dijadikan
rujukan atau petikan dilakukan terhadapnya seperti Scopus dan ISI Thomson. Walaubagaimanapun,
jurnal kategori ini bukan semuanya tergolong dalam kategori jurnal berwasit dan berkemungkinan
masih lagi tidak dapat memberikan impak yang tinggi.
Seterusnya, kategori jurnal yang ketiga ialah jurnal berwasit. Jurnal berwasit adalah jurnal yang
laporan penyelidikan didalamnya mengalami proses pembacaan dan kritikan atau perwasitan oleh
pakar bidang tertentu yang dilantik samada penilai dalaman atau penilai luaran. Penilai ini biasanya
dua hingga lima orang pakar dalam bidang yang ditugaskan untuk menyemak kualiti penulisan samada
layak untuk diterbitkan tanpa pembaikkan, diterbitkan dengan pembaikkan ataupun ditolak. Proses
perwasitan ini biasanya akan mengambil masa yang lama bagi memastikan artikal yang dihantar adalah
berkualiti. Terdapat tiga jenis penulisan dalam kategori jurnal berwasit iaitu jurnal asal, jurnal pendek
dan ulasan buku. Jurnal jenis ini juga dikenali sebagai ‘peer reviewed journals’ dan tidak semestinya
berimpak atau berindeks.
Kategori jurnal yang keempat pula ialah jurnal tidak berwasit. Jurnal tidak berwasit adalah jurnal
yang tidak melalui proses perwasitan atau pembacaan dan kritikan. Ini bermaksud laporan penyelidikan
yang dihantar tidak dirujuk kepada pakar bidang tertentu untuk dinilai kualiti penulisan tersebut. Proses
penyuntingan bagi jurnal ini berkemungkinan hanya dilakukan oleh pihak editor jurnal tersebut dan
mungkin hanya membabitkan aspek teknikal dan bahasa. Manakala, kategori jurnal yang kelima pula
adalah jurnal berimpak. Jurnal berimpak merupakan satu jurnal yang mempunyai kualiti yang tinggi dari
segi data, penemuan penyelidikan dan sebagainya serta boleh dijadikan sebagai rujukan oleh ahli
akademik dan para penyelidik di seluruh dunia.
136
Kekuatan Jurnal
Terdapat lima kategori umum bagi jurnal seperti yang telah dinyatakan iaitu jurnal tidak
berindeks, berindeks, tidak berwasit, berwasit dan berimpak. Hasil penyelidikan boleh diterbitkan dalam
mana-mana jurnal tersebut bergantung kepada keperluan penulis. Namun demikian, jurnal berimpak
telah dipecahkan kepada empat bahagian iaitu jurnal berimpak Q1, jurnal berimpak Q2, jurnal berimpak
Q3 dan jurnal berimpak Q4. Jurnal yang paling berkualiti adalah dalam kategori Q1 diikuti oleh Q2, Q3,
dan Q4. Dengan ini, penulis akan dapat mengetahui tahap kualiti penulisan yang dihasilkan melalui
penerbitan yang dibuat di dalam jurnal yang terpilih.
Terdapat mekanisma, prosedur, kaedah dan pengiraan tertentu untuk mengira ‘citation index’
bagi ‘Scimago journal rank’ (SJR) yang digunakan untuk menentukan kedudukan sesebuah jurnal
samada dalam peringkat jurnal berimpak Q1, Q2, Q3 ataupun Q4. Antara kaedah yang digunakan untuk
mengukur kecemerlangan sesuatu jurnal ialah berdasarkan jumlah ‘citations’ diperolehi oleh jurnal
tersebut. Ukuran kecemerlangan sesuatu jurnal ini dikenali sebagai ‘Impact Factor (IF)’. Secara
ringkasnya, Artikel yang banyak dirujuk atau cited oleh artikel lain akan mempunyai IF yang lebih tinggi.
Menurut taburan ‘SJR citation index’, Q1 merujuk kepada jurnal yang berada dalam 25% tertinggi dalam
bidang dari taburan IF. Manakala, Q2 merujuk kepada jurnal yang berada antara 25% tertinggi dan
50% tertinggi dari IF. Jurnal berimpak Q3 pula adalah merujuk kepada 75% tertinggi hingga 50%
tertinggi dari taburan IF dan jurnal berimpak Q4 merupakan jurnal yang mempunyai 25% terendah
daripada keseluruhan taburan IF. Namun demikian, kedudukan sesebuah jurnal juga boleh berubah-
ubah mengikut pencapaian IF.
Jurnal yang baik adalah jurnal “Citation-Indexed Journals” (C.I.J). Jurnal ini diindeks mengikut
syarat tertentu bagi menjamin kualiti. Banyak organisasi yang memberi indeks kepada jurnal seperti
EBSCOHOST, PubMed, DOAJ, SCOPUS, ISI Thompson, SCIRUS, ProQuest, Google Scholar, Ulrich’s
dan sebagainya. Berikut adalah senarai pengindeks jurnal yang sering menjadi rujukan kepada para
penyelidik:
137
i. PubMed - https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/
ii. DOAJ (The Directory of Open Access Journal) - https://doaj.org/
iii. WOS (Web of Science) - https://webofknowledge.com/
iv. SCOPUS - https://www.scopus.com/
v. PLOSE ONE (Ambra open platform for journal publishing) -
http://journals.plos.org/plosone/
vi. ScholarOne Manuscripts - http://scholarone.com/
vii. IPI (Indonesian Publication Index) - http://id.portalgaruda.org/
viii. ISJD (Indonesian Scientific Journal Database) - http://isjd.pdii.lipi.go.id.ipaddress.com/
ix. PKP (Public Knowledg Project) - https://pkp.sfu.ca/
x. WORLD CAT - https://www.worldcat.org/
xi. OPenACS - http://openacs.org/
xii. DpuBS (Digital Publishing System) - http://dpubs.org/
xiii. ProQuest - http://www.proquest.com/
xiv. IJPEDS (International Journal of Power Electronics and Drive System) -
http://iaesjournal.com/online/index.php/IJPEDS
xv. IDCI (Indonesian Citation Index) - http://citation.itb.ac.id/
xvi. GOOGLE Scholar - https://scholar.google.com/
xvii. EBSCO - https://www.ebscohost.com/
xviii. TELKOMNIKA - http://telkomnika.ee.uad.ac.id/
xix. CORE (Knowledge Media KMI Institute) - https://www.ebscohost.com/
xx. JournalSeek - http://journalseek.net/
xxi. CressRef/DOL - https://www.crossref.org/
xxii. IEE Explore - http://ieeexplore.ieee.org/Xplore/home.jsp
xxiii. Thomson Scientific - https://isindexing.com/isi/
138
Lazimnya Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di negara kita, Malaysia meminta calon
Sarjana atau PhD merujuk kepada jurnal yang diindeks oleh Scopus dan ISI Thomson. Scopus
merupakan satu pangkalan data ilmiah yang dikendalikan oleh Elsevier yang berpusat di Amsterdam.
Ribuan jurnal telah diterbitkan dalam pangkalan data ilmiah ini dengan melalui proses yang agak ketat
oleh satu badan penasihat yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang. Manakala, ISI Thomson
pula merupakan satu pangkalan data ilmiah yang dikelolakan oleh Thomson Reuters Corporation yang
berpusat di New York. ISI merupakan singkatan bagi The Institute for Scientific Information, namun
sekarang ia dikenali sebagai Thomson Reuters Web of Knowledge. Agensi penarafan ini akan
mengeluarkan senarai Journal Citation Report (JCR) dengan IF pada setiap tahun. Scopus juga
mengeluarkan IF seperti ISI Thomson kepada jurnal yang layak, namun terdapat juga jurnal yang
diindeks oleh Scopus tidak mencapai tahap untuk mendapat IF. Secara ringkasnya, jurnal yang
terindeks dalam pangkalan data ISI Thomson mempunyai piawai yang lebih tinggi daripada Scopus.
Manakala, kekuatan jurnal dan hasil penyelidikan yang tersiar dalam Scopus dan ISI Thomson akan
dikira melalui SJR dan “Source Normalised Impact per Paper” (SNIP). Oleh itu, kedudukan jurnal serta
nilai hasil penyelidikan yang tersiar akan dinilai dari tahun ke tahun.
Setiap satu pangkalan data ini mempunyai kriteria tertentu dan syarat yang ketat dalam
penyenaraian jurnal bagi menjamin kualiti hasil penyelidikan yang akan diterbitkan. Bukan semua jurnal
terindeks dalam Scopus diindekskan dalam jurnal ISI, begitulah sebaliknya, bukan semua jurnal
terindeks dalam ISI diindekskan dalam Scopus. Jurnal-jurnal berimpak tinggi khususnya yang terindeks
dalam Scopus dan ISI Thomson sangat menitikberatkan skop penulisan. Oleh itu, jurnal yang tidak
memenuhi kriteria yang diperlukan akan ditolak tanpa diwasitkan.
Kaedah Dan Faktor Pemilihan Jurnal
Bagi memastikan hasil penyelidikan diterbitkan dalam jurnal yang terbaik, penulis perlulah
membuat rujukan terhadap kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan bidang yang dikaji. Berikut
adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam mencari jurnal yang sesuai.
139
i. Melalui pangkalan data.
ii. Melalui penerbit, contohnya Taylor and Francis dan Sage. Namun perlu pastikan status
jurnal tersebut kerana tidak semuanya terindeks dalam Scopus atau ISI Thompson.
iii. Melalui laman web universiti yang menerbitkan artikel.
iv. Melalui laman web jurnal yang memaparkan ruangan related journals.
v. Melalui artikel jurnal yang dibaca dan dirujuk.
vi. Melalui senarai bibliografi dalam artikel yang dibaca. Lihat juga artikel lain yang dipetik
dalam jurnal yang dibaca melalui google.
vii. Melalui nama tokoh dalam bidang tersebut dengan membuat carian dalam pangkalan data
atau google.
viii. Melalui cadangan daripada pensyarah dan rakan.
Terdapat beberapa faktor yang perlu di beri perhatian dalam memilih jurnal untuk menerbitkan
hasil penyelidikan. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh digunakan sebagai panduan.
i. Jurnal yang akan menerbitkan hasil penyelidikan mestilah dalam bidang. Jurnal ISI sangat
spesifik. Jurnal lain mungkin lebih umum seperti sains kemanusiaan dan sebagainya.
ii. Jurnal yang ingin diterbitkan perlulah menjalani proses perwasitan.
iii. Kekerapan penerbitan dalam setahun sama ada penerbitan secara dalam talian (softcopy)
ataupun dalam bentuk hardcopy.
iv. Faktor penggunaan bahasa seperti Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
v. Faktor status jurnal seperti ISI Thomson, Scopus atau berwasit biasa.
vi. Matlamat penulis sama ada untuk menamatkan pengajian phd, sarjana ataupun
digunakan untuk kenaikan pangkat dan lain-lain.
140
vii. Faktor jurnal berbayar atau tidak. Jurnal yang berbayar lebih mudah diterbitkan
berbanding jurnal yang tidak berbayar.
Penutup
Kewujudan jurnal secara umumnya dapat memberikan manfaat kepada semua khususnya
kepada pelajar, penyelidik dan ahli akademik. Diantara kebaikan jurnal ialah sumber rujukan yang
cepat dan mudah untuk diakses. Kos untuk penerbitan jurnal adalah tidak terlalu tinggi malah penulis
boleh mengenakan bayaran kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat dari jurnal tersebut
secara dalam talian. Selain itu, ia juga dapat melahirkan lebih ramai penulis jurnal, serta melahirkan
pelajar yang berpengetahuan tinggi. Dalam bidang pendidikan, bimbingan daripada tenaga pengajar
adalah penting untuk memberikan garis panduan kepada pelajar berkaitan penerbitan hasil
penyelidikan di dalam jurnal yang baik. Pengetahuan berkaitan jurnal adalah amat penting agar hasil
penyelidikan dapat diiktiraf di peringkat yang lebih tinggi serta menjadi rujukan kepada para penyelidik
yang lain.
RUJUKAN
Razali, C.M., Nurul, J.A.H. & Siti, N.A.K., (2019). Majalah dan Jurnal Digital: Menongkah Arus,
Menggapai Awan. https://pemacudbp.dbp.gov.my/
Ummi, A. (2018). Apa itu Jurnal Q1, Q2, Q3, Q4 dalam Penerbitan Hasil Penyelidikan.
https://www.ukm.my/portal/pascasiswazah/
Ghazali, Y.A.R. (2019). Penerbitan Artikal Jurnal – Satu Pengalaman.
https://ghazaliyusri.wordpress.com/
141