KETUA EDITOR
Siti Juliana Binti Hamim mula berkhidmat di Kolej Komuniti Bentong dari tahun 2006 hingga
kini sebagai pensyarah dalam bidang teknologi elektrik. Beliau pemegang Diploma Kejuruteraan
Elektrik serta Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian dari
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM) serta Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Telekomunikasi
dan Maklumat dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga berpengalaman selama 13 tahun
dalam bidang kajian dan penyelidikan. Terdapat beberapa penyelidikan yang telah dibentangkan dan
diterbitkan di persidangan tempatan dan antarabangsa.
192
EDITOR
Siti Khairunnisa binti Baharudin dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raub, Pahang. Kemudian menyambung persekolahan di SM
Seri Jengka, Maran dan SMK Tengku Kudin, Raub. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer,
UTM Skudai (2007) dan Sarjana Teknologi Maklumat di UiTM Shah Alam (2014). Mula bekerja sebagai
Pensyarah bidang IT di Kolej Komuniti Masjid Tanah (2007) dan Kolej Komuniti Bentong (sehingga
kini). Beliau juga berpengalaman selama 13 tahun dalam bidang kajian dan penyelidikan. Terdapat
beberapa penyelidikan yang telah dibentangkan dan diterbitkan di persidangan tempatan dan
antarabangsa.
193
EDITOR
Norliana binti Ali adalah pensyarah di Kolej Komuniti Bentong. Mula bertugasa di Kolej
Komuniti Bentong pada tahun 2009. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
(Kepujian), UMT dan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan), UUM. Berpengalaman dalam bidang
perakaunan dan perniagaan seperti asas perakaunan, pengekosan, percukaian, asas pengurusan dan
telah mengendalikan kursus-kursus berkaitan bidang asas perakaunan kepada pentadbir masjid,
peniaga kecil, jabatan kerajaan dan lain-lain lagi. Beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan dan
membentangkan kertas kerja tersebut di beberapa persidangan tempatan dan antarabangsa.
194
EDITOR
Nor Fauziana binti Mohd Salleh: Anak jati Pulau Pinang ini mula berkhidmat di Kolej Komuniti
Bentong dari tahun 2009 sehingga kini sebagai pensyarah dalam bidang perniagaan dan kini
memegang jawatan sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar. Beliau juga berpengalaman selama 8
tahun dalam bidang kajian dan penyelidikan. Terdapat beberapa penyelidikan yang telah dibentangkan
dan diterbitkan di persidangan tempatan dan antarabangsa. Pemegang Ijazah Sarjana Muda
Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Kewangan) dari Universiti Teknologi MARA ini mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Pulau Pinang, kemudian menyambung
pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal dan SMK Permatang Rawa, Pulau
Pinang.
195
EDITOR
Zayanah Binti Supyan berasal dari kota metropolitan, Kuala Lumpur. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Ampang Campuran sehingga darjah 5, kemudian
berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat 1. Seterusnya meneruskan pendidikan ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat, Selangor. Setelah mendapat keputusan SPM pada
tahun 2002, beliau berhijrah dan meneruskan pendidikan di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. Beliau
melanjutkan pembelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM Johor. Memulakan karier pada akhir tahun 2008 sebagai
Design Engineer di Jurutera Perunding RiZ Sdn. Bhd yang banyak memberi pengalaman kepada beliau
dalam bidang teknologi kejuruteraan awam. Seterusnya, beliau bertukar profesion sebagai pensyarah
Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Mukah Sarawak pada tahun 2010. Bermula dari tahun 2012
sehingga 2017 beliau merupakan pensyarah dalam bidang Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej
Komuniti Bentong dan kini beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Peperiksaan di Kolej Komuniti
Bentong. Terdapat beberapa kertas kajian yang telah dibentangkan peringkat tempatan dan telah
diterbitkan sebagai rujukan.
196
KETUA KOORDINATOR TERBITAN
Engku Mohamad bin Engku Abdullah
SETIAUSAHA DAN KOORDINATOR GRAFIK DAN SUSUNATUR
Noorhidayah binti Mohd Jaafar Haryati binti Baharuddin
197