1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sains dilihat sebagai satu cabang ilmu yang melibatkan pemerhatian dan
eksperimen yang memerlukan seseorang melakukan rumusan idea,
penerangan dan pemahaman yang bersistem ke atas fenomena alam
semula jadi. Setiap fenomena alam yang terjadi mempunyai penjelasan yang
berupa konsep Sains di sebaliknya. Seseorang boleh memperoleh
pengetahuan mengenai dunia ini melalui satu set proses Sains yang terdiri
daripada proses saintifik dan nilai-nilai saintifik (Amira Mazlin & Zanaton
Iksan, 2018). Oleh itu, di sekolah, Sains seringkali menjadi suatu subjek yang
kurang diminati oleh murid-murid disebabkan proses-proses saintifik yang
memerlukan murid berfikir dan membuat penaakulan sebab dan akibat yang
menggunakan otak untuk berfikir. Murid lebih meminati subjek-subjek seperti
Muzik yang dilihat lebih menyeronokkan kerana mereka boleh
mengekspresikan diri mereka melalui tarian, nyanyian dan pergerakan.
Maka, sewajarnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains dikaji
semula untuk mencari satu pendekatan yang boleh menarik minat murid
untuk mengekspresikan diri mereka di samping menggunakan otak secara
optimum di dalam kelas. Evelyn (2014) menyatakan dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Sains, guru hendaklah menekankan dan mengambil
berat keperluan, minat dan emosi pelajar kerana ia penting untuk
menggalakkan motivasi intrinsik, meningkatkan penglibatan, menggalakkan
keseronokkan dan kreativiti mereka.
Pendidik, pelajar dan persekitaran dilihat sebagai faktor-faktor yang
menyumbang kepada proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini
kerana interaksi yang baik antara guru dan murid serta persekitaran akan
menyumbang kepada hubungan yang positif dalam bilik darjah. Seterusnya
satu pembelajaran yang berkesan dapat dicipta. Selain itu, suasana
1
pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik minat dapat merangsang
pemikiran murid dan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran murid-
murid. Menurut Che Nizam, Saidatul & Mohd Faizal (2017), pendidik
mempunyai autoriti dalam membentuk satu suasana bilik darjah yang selesa
yang dapat membantu pembelajaran murid-murid. Suasana bilik darjah yang
selesa merangkumi pendekatan PdP yang digunakan oleh guru-guru.
Pendekatan pembelajaran yang menarik mencipta satu pengalaman
pembelajaran yang menarik. Oleh itu, murid akan melibatkan diri secara aktif
dalam proses PdP. Penglibatan murid yang aktif dalam proses PdP seperti
melakukan penyiasatan untuk menyelesaikan masalah boleh memberi satu
impak yang positif terhadap pembelajaran murid-murid (Che Nizam, Saidatul
& Mohd Faizal, 2017).
Pembelajaran aktif penting dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP)
kerana ia memerlukan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang
bermakna dan berfikir mengenai apa yang mereka lakukan. Terdapat dua
jangkaan asas mengenai pembelajaran aktif iaitu (a) pembelajaran
merupakan satu proses aktif secara semulajadi dan (b) setiap individu yang
berbeza belajar melalui cara yang berbeza (Mukhlison Effendi, 2013). Oleh
itu pembelajaran aktif diketahui juga sebagai satu proses pembelajaran yang
berlaku melalui pelbagai cara dan strategi dengan harapan merangsang
murid agar terlibat dengan aktif dalam pembelajaran yang berlaku di dalam
bilik darjah. Proses dalam pembelajaran aktif melibatkan aktiviti-aktiviti
seperti membaca, menulis, perbincangan, penyelesaian masalah,
menganalisis, sintesis dan penilaian kandungan pembelajaran
(Barnes,1989). Ia boleh disampaikan melalui pelbagai cara dan strategi
seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi
dan pendekatan-pendekatan yang menggalakkan pembelajaran aktif di
dalam bilik darjah. Melalui strategi yang bersesuaian, gaya pembelajaran dan
potensi murid-murid diambil kira untuk mencapai pembelajaran yang aktif
dan memuaskan.
2
Gaya pembelajaran setiap murid berbeza antara satu individu dengan
individu yang lain. Hal ini dapat dijelaskan melalui teori yang diperkenalkan
oleh Gardner (1999) di mana terdapat 9 gaya pembelajaran atau kecerdasan
pelbagai yang berbeza iaitu kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual
ruang, kecerdasan linguistik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik,
kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan naturalis
dan kecerdasan spiritual. Sesetengah murid boleh belajar dengan aktif dan
berkesan melalui gaya pembelajaran kinestetik yang memerlukan murid-
murid bergerak dan sebahagian murid yang lain pula belajar dengan lebih
berkesan melalui visual. Otak mereka boleh menerima maklumat apabila
maklumat disampaikan melalui gaya pembelajaran yang selari. Cara murid
menerima, mengumpul dan memproses maklumat di dalam otak dipengaruhi
oleh satu set ciri-ciri peribadi yang dimiliki setiap murid (Dunn, 1993).
Tambahan lagi, pengetahuan yang diperoleh yang diproses dan dianalisis di
dalam otak dilihat kepada cara interaksi murid dengan sesuatu maklumat.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas
adalah sesuatu yang kompleks. Guru yang mengajar mempunyai gaya
pembelajaran yang tersendiri manakala murid yang belajar membentuk gaya
pembelajaran yang tersendiri. Jadi, agak sukar pembelajaran yang aktif dan
mampu merangsang otak kiri dan kanan mereka untuk berlaku apabila
murid-murid diajar menggunakan gaya pembelajaran yang bertentangan
dengan gaya pembelajaran yang dimiliki oleh mereka. Individu akan lebih
cekap, produktif dan berjaya jika individu tersebut boleh mengaplikasikan
kekuatan gaya pembelajarannya sendiri kerana proses pembelajaran yang
serasi dengan gaya pembelajarannya boleh membantu mengekalkan
konsentrasi, fokus, kefahaman dan membantu meningkatkan memori
mengenai maklumat dan idea yang penting (Filiz & Fethi, 2017).
Oleh yang demikian, terdapat keperluan terhadap strategi yang dapat
merangkumkan gaya pembelajaran yang berbeza yang dimiliki oleh kesemua
murid di dalam bilik darjah. Guru memerlukan satu strategi yang mampu
3
mengaplikasikan pelbagai gaya pembelajaran dalam satu-satu masa.
Misalnya, satu strategi yang menggabungkan gaya pembelajaran auditori
atau muzik dengan gaya pembelajaran kinestetik. Murid dapat mengaktifkan
keseluruhan otak apabila guru menggunakan satu strategi yang merangkumi
pelbagai gaya pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran berasaskan
otak dan kecerdasan pelbagai menyokong idea di mana pendidik perlu
merancang dan mereka bentuk satu strategi pembelajaran yang
mengintegrasikan gaya pembelajaran yang utama (auditori, kinestetik dan
visual) berbanding hanya memfokuskan kepada satu gaya pembelajaran
sahaja (Davis, Christodoulou, Seider & Gardner, 2011).
Strategi yang sesuai ialah strategi yang dapat meningkatkan penggunaan
keseluruhan otak kiri dan kanan melalui penekanan terhadap gaya
pembelajaran murid. Murid yang terlibat aktif dalam pembelajaran akan
berfikir dengan lebih mendalam mengenai kandungan pembelajaran dan
mereka lebih menikmati pembelajaran yang berlaku. Hal ini kerana strategi
pembelajaran berasaskan otak mengambil kira keperluan otak dan cara otak
berfungsi secara semulajadi untuk menyerap pembelajaran (Eric Jensen,
2008). Semasa proses PdP, strategi yang mampu mengaktifkan otak secara
keseluruhan diperlukan di mana dipercayai apabila keseluruhan otak
diaktifkan, maka secara langsung PdP yang aktif dicipta dalam bilik darjah.
Proses PdP yang aktif dapat dicirikan dengan aktiviti yang dilakukan lebih
berpusatkan murid dan guru hanyalah sebagai pembimbing dan perangsang
untuk mereka berfikir semasa proses PdP berlaku (Mukhlison Effendi, 2013).
Menurut Dale (1969) pembelajaran yang berlangsung melalui syarahan
daripada guru boleh diserap dan dicerna otak sebanyak dua puluh peratus
sahaja, manakala pembelajaran melalui pembacaan sebanyak sepuluh
peratus dan pembelajaran melalui penglihatan sebanyak tiga puluh peratus
sahaja tetapi apabila pembelajaran itu dilakukan melalui percakapan dan
perbuatan daripada murid itu sendiri, otak berupaya menyerap sebanyak
sembilan puluh peratus daripada maklumat yang ingin diperoleh.
4
Oleh yang demikian, Whole Brain Teaching Strategies atau dikenali sebagai
Strategi Pengajaran Keserasian Otak dapat merangsang penggunaan
keseluruhan otak kiri dan kanan dengan merangsang bahagian-bahagian
otak tertentu melalui pelbagai strategi-strateginya. Chris Biffle (2008)
menyatakan bahawa strategi pembelajaran keseluruhan otak merupakan
pembelajaran melalui pendekatan intruksional yang berasal daripada
gambaran neurolinguistik yang berasaskan kepada fungsi otak kanan dan
fungsi otak kiri. Oleh itu, dalam kajian ini, saya menggunakan Strategi
Pengajaran Keserasian Otak bagi membantu meningkatkan pembelajaran
aktif dalam kalangan murid.
1.2 Konteks
Praktikum ialah satu kursus amalan profesionalisme yang wajib diikuti untuk
melengkapkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Saya
ialah guru pelatih major Sains di Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik (IPGKPT), Bandar Enstek telah mengikuti PISMP selama
7 semester.
Saya merasai pengalaman kali kedua sebagai seorang guru pelatih yang
menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak. Di sana
saya berpraktikum selama tempoh masa 3 bulan. Sekolah Kebangsaan
Taman Semarak yang berjarak 20 kilometer dari institut Pendidikan Guru
terletak di Negeri Sembilan dalam kawasan bandar Nilai. Sekolah ini terletak
di kawasan perumahan flat dan dikelilingi deretan kedai. Sekolah
Kebangsaan Taman Semarak merupakan sekolah yang besar dan
mempunyai bangunan 4 tingkat yang dilengkapi dengan infrastruktur-
infrastruktur seperti dewan, tapak perhimpunan, bengkel Reka Bentuk dan
Teknologi, makmal Sains, Stor Sukan, Bilik Pemulihan, Bilik Bimbingan dan
Kaunseling, Kedai Buku Sekolah, Bilik Akses, Bilik Tayang dan Pusat
5
Sumber Sekolah. Bangunan Surau dan Makmal Komputer pula terpisah
daripada bangunan sekolah yang utama. Infrastruktur di sekolah ini lengkap.
Murid-murid di sekolah kebangsaan Taman Semarak terdiri daripada 3 kaum
utama negara Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India tetapi majoritinya
berbangsa Melayu. Terdapat juga murid warga asing seperti berasal
daripada Indonesia dan Bangladesh. Sepanjang menjalani praktikum, saya
diberi peluang untuk mengajar kelas 4 Marjan di mana kelas tersebut
merupakan kelas kedua daripada 5 kelas tahun 4. Kelas 4 Marjan terdiri
daripada 18 lelaki dan 24 perempuan. Sebanyak 70 % murid kelas 4 Marjan
mempunyai tahap pencapaian yang agak sederhana dan 30 % lagi
mempunyai tahap yang cemerlang. Sosioekonomi murid-murid di sini agak
sederhana. Ini dapat dilihat sewaktu datang ke sekolah ibu bapa akan
menghantar anak-anak dan sesetengahnya akan dihantar oleh van.
Berbeza daripada sekolah praktikum sebelumnya, sekolah kali ini
mempunyai lebih kurang 80 orang guru lelaki dan perempuan. Guru-guru di
sekolah ini peramah, mudah didekati dan tidak lokek ilmu serta mudah
membantu apabila saya memerlukan pertolongan.
Di sekolah tersebut, saya mengajar subjek Sains bagi murid Tahun 4 dan
Tahun 3. Subjek sains memerlukan saya melakukan banyak eksperimen dan
penyiasatan bagi memenuhi kehendak sukatan pembelajaran dan buku teks.
6
1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa berpraktikum saya pernah menggunakan pendekatan pembelajaran
koperatif ke atas murid-murid. Saya menggunakan pendekatan Think, Pair
and Share sewaktu mengajar tajuk Keadaan Jirim. Dalam topik tersebut,
murid perlu mencapai objektif : menyatakan jirim wujud dalam tiga keadaan
iaitu pepejal, cecair dan gas beserta contoh yang bersesuaian. Pelaksanaan
Think, Pair dan Share dilakukan melalui 3 fasa iaitu fasa Think, fasa Pair dan
fasa Share. Sewaktu fasa Think murid dikehendaki “brainstorming” mengenai
soalan tugasan yang diberikan dan pada fasa Pair murid perlu berpasangan
serta terus memasuki fasa Share di mana mereka berkongsi hasil
“brainstorming” bersama pasangan. Semasa melaksanakan ketiga-tiga fasa
ini, saya memberikan kebebasan bagaimana cara mereka berkongsi di
antara satu sama lain. Mereka boleh berkomunikasi secara dua hala atau
mereka boleh menuliskan hasil “brainstorming” mereka serta sekiranya
memerlukan maklumat tambahan mereka boleh merujuk buku teks atau
merujuk guru. Seterusnya, murid-murid perlu menuliskan apa yang
dikongsikan bersama di dalam buku tulis masing-masing supaya mereka
lebih ingat.
Melalui pendekatan Think, Pair dan Share saya mengandaikan murid-murid
boleh berkomunikasi secara dua hala tanpa ada masalah dan secara tidak
langsung akan mengasah kemahiran berkomunikasi sewaktu Think, Pair dan
Share dijalankan. Kemahiran berkomunikasi dapat dibentuk melalui
persekitaran yang menggalakkan komunikasi (Nurul Salmi Dazali, 2014)
Saya juga mengandaikan mereka dapat melakukan perbincangan dan
mengeluarkan idea dengan aktif sehinggakan saya membayangkan sebelum
melakukan pendekatan Think, Pair dan Share ini suasana kelas akan bising
dengan suara-suara murid-murid yang berbincang dan berkomunikasi
dengan pasangan mereka dengan aktifnya. Menurut Engle & Ochoa, (1988),
salah satu strategi penting dalam pengajaran ialah perbincangan dalam bilik
7
darjah yang menyumbang kepada pemikiran kritis dan membentuk komuniti
bilik darjah.
Namun begitu, realiti tidak seindah mimpi kerana yang berlaku adalah
sebaliknya. Hal ini kerana semasa fasa Share suasana di dalam bilik darjah
menjadi senyap dan murid dilihat terkebil-kebil memandang pasangan
masing-masing. Situasi yang ada pula hanyalah kelihatan seorang murid
yang bercakap mengeluarkan idea dan pandangan manakala rakannya
hanyalah menjadi pendengar atau sesetengah pasangan yang lain, rakannya
melakukan perkara lain dan tidak fokus terhadapnya. Apabila saya
memantau dan menegur perbuatan mereka, barulah mereka berusaha untuk
berkomunikasi dan berbincang antara satu sama lain. Terdapat pula murid
yang berpura-pura melakukan perbincangan yang aktif apabila saya
menghampiri mereka dan sewaktu saya meninggalkan tempat mereka,
mereka terus menjadi pasif kembali. Ini menunjukkan tingkah laku mereka
yang tiada akauntabiliti ke atas tugasan yang diberikan.
Semasa saya memberikan arahan tugasan sewaktu melakukan fasa-fasa
tersebut murid-murid kelihatan seakan tidak memahami apa yang perlu
dilakukan. Saya meminta murid melakukan perkongsian dalam fasa share
dengan memberitahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka sewaktu
memasuki fasa share tetapi apabila memasuki fasa share, mereka masih
tidak dapat melakukan apa yang dikehendaki semasa fasa tersebut dengan
jayanya. Maka, di sini, saya berfikir mungkin penjelasan arahan tugasan
yang saya berikan tidak cukup jelas atau terlalu panjang sehingga mereka
menjadi keliru apa sebenarnya yang perlu dilakukan. Penyampaian arahan
mempunyai kesan secara langsung ke atas pembelajaran. Ini dinyatakan
oleh Cote (2017), satu pembelajaran atau aktiviti boleh menjadi huru hara
dan gagal dilaksanakan dengan jayanya apabila murid tidak memahami apa
yang sepatutnya dilakukan oleh mereka. Disebabkan tidak memahami
arahan, saya perlu mengulang arahan beberapa kali dan mengakibatkan
penggunaan masa yang lama hanya untuk mengulang-ulang arahan yang
8
sama. Ini akan menganggu masa yang diperuntukkan untuk satu-satu fasa.
Jelas di sini, punca PdP saya tidak berjalan lancar adalah disebabkan
penjelasan arahan tugasan yang berjela-jela dan berulang-ulang.
Penggunaan bahan bantu mengajar juga menjadi punca terhadap keadaan
pembelajaran yang tidak bermaya berlaku di dalam kelas saya. Hal ini
kerana, sewaktu memberikan arahan saya tidak menggunakan sesuatu yang
konkrit yang jelas boleh dilihat oleh mereka untuk memahami arahan saya.
Disebabkan itu, murid hanya bergantung kepada penjelasan arahan secara
verbal sahaja sedangkan tidak semua murid boleh membina suatu visual di
dalam otak mereka jika melalui auditori semata. Penyampaian maklumat
berkaitan mata pelajaran yang diajar lebih jelas dan sistematik boleh dicapai
melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang membolehkan murid lebih
mengikuti apa yang disampaikan dengan lebih baik (Faizah Ja’apar, 2017).
Hal ini menyebabkan murid tidak dapat memahami dengan jelas kehendak
tugasan yang seterusnya menyumbang kepada tidak berjayanya aktiviti
pembelajaran koperatif tersebut. Maka, bahan bantu mengajar merupakan
sesuatu yang penting sewaktu PdP.
Manakala apabila merenung kembali sesi PdP saya, didapati saya tidak
mengambil berat gaya pembelajaran murid-murid. Setiap individu
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Semasa murid melakukan
Think, Pair dan Share, murid kebanyakannya tidak dapat melalui fasa share
dengan baik. Mereka menjadi pasif dan tidak bersemangat. Gaya
pembelajaran sewaktu PdP tersebut ialah verbal sahaja di mana mereka
perlu berbincang dan berkongsi pendapat antara satu sama lain. Sedangkan
menurut Dunn & Dunn (1978), melalui strategi pengajaran guru yang
memadankan gaya pembelajaran murid-murid dapat menjadikan
pembelajaran lebih berkesan dan murid mempunyai motivasi untuk terlibat
dengan pembelajaran. Tetapi saya menganggap semua murid mempunyai
gaya pembelajaran yang sama dan hasilnya mereka tidak dapat mengikuti
sesi PdP secara optimum. Menurut Kagan dan Kagan (2009), murid yang
9
lemah dari segi kecerdasan verbal tetapi mempunyai kecerdasan yang baik
dari segi visual, kurang memahami pembelajaran yang hanya
dipersembahkan menggunakan syarahan tetapi lebih memahami
pembelajaran dengan lebih baik apabila pembelajaran dipersembahkan dlam
bentuk rajah.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Pemilihan Fokus Kajian
Setelah melihat kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran saya, saya
berhasrat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran saya dan
sekaligus meningkatkan pembelajaran aktif murid dalam PdP menggunakan
strategi Pengajaran Keserasian Otak. Strategi ini dipilih disebabkan ia dapat
membantu mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran saya di dalam
kelas. Saya cuba untuk menjadikan suasana kelas aktif dan murid dapat
mencapai objektif PdP menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Think,
Pair and Share tetapi saya gagal menjayakan kaedah tersebut disebabkan
kelemahan diri sendiri iaitu tidak mengambil kira keperluan pembelajaran
murid-murid yang memerlukan satu strategi yang lebih santai,
menyeronokkan dan sesuai bagi semua tahap murid. Kesannya, murid-murid
menjadi pasif dan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam proses PdP
saya. Oleh itu, saya telah memilih Strategi Pengajaran Keserasian Otak
(SPKO) yang diambil dan diadaptasi daripada kaedah “Whole Brain
Teaching” atau lebih dikenali sebagai “Power Teaching”. Strategi ini dilihat
mampu menarik perhatian murid dan mampu meningkatkan pembelajaran
aktif dalam bilik darjah serta memberikan keseronokan kepada murid-murid.
Penilaian fokus kajian ini adalah berdasarkan kepada tiga kriteria iaitu
kebolehtadbiran, kebolehgunaan dan kolaboratif. Kebolehtadbiran
10
bermaksud kebolehan mengurus pengutipan data dan dalam ruang lingkup
kuasa guru, boleh menangani masalah dan segala persiapan yang perlu
dilakukan untuk menjalankan kajian Kartini, Ahamad Shabudin, Rosli &
Badrul, 2012). Kajian ini adalah kajian tindakan yang mana boleh ditadbirkan
dalam kelas yang diajar bagi memberi ruang kepada penambahbaikan dalam
PdP iaitu kelas 4 Marjan. Saya telah ditugaskan mengajar mata pelajaran
Sains bagi kelas 4 Marjan. Sebagai guru Sains kelas tersebut, saya telah
mengenali latar belakang murid-murid kelas seperti nama dan tingkah laku
mereka. Sebagai guru Sains kelas tersebut, saya terlibat sepenuhnya
dengan proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Maka, saya mudah
untuk mengatur dan memilih masa yang sesuai untuk membiasakan murid-
murid dengan peraturan-peraturan SPKO iaitu saya boleh mengambil sedikit
masa di awal PdP. Saya juga boleh mengutip data dengan mudah kerana
data saya memerlukan saya menemubual beberapa orang murid di dalam
kelas itu, maka senang bagi saya menemubual murid-murid tersebut.
Selain itu, fokus kajian ini dipilih kerana kebolehgunaan dalam pengajaran
dan pembelajaran merentas semua subjek dan tahap murid. Kajian ini
merupakan strategi yang boleh digunakan kepada semua tahun di sekolah
rendah. Hal ini kerana strategi ini menggunakan pergerakan dan peniruan
yang memberikan keseronokan dan meningkatkan penglibatan serta
pembelajaran aktif dalam kelas. Strategi ini juga boleh digunapakai kepada
semua mata pelajaran bukan sahaja mata pelajaran Sains tetapi boleh juga
diaplikasikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan lain-lain mata pelajaran lagi disebabkan oleh strategi SPKO
ini fleksibel. Menurut Jeff B. (2010), SPKO ini boleh digunakan pada setiap
peringkat pengajaran yang mengintegrasikan pengurusan bilik darjah dengan
teknik pengajaran yang berkesan, dari prasekolah sehinggalah pada
peringkat kolej dan didapati memberikan maklumbalas yang positif.
Seterusnya, dari aspek kolaboratif pula kajian ini boleh dilaksanakan dengan
bantuan rakan atau guru lain. Disebabkan terdapat guru-guru Sains yang
11
berpengalaman dalam bidang Sains, saya berkolaborasi dengan mereka
dengan meminta pandangan dan tunjuk ajar untuk membuat rancangan
pengajaran harian menggunakan SPKO. Saya juga mengadakan
perbincangan sebelum memilih strategi SPKO yang dirasakan sesuai untuk
membantu meningkatkan pembelajaran aktif dan menyeronokkan dalam
kelas. Guru yang bekerja bersama seperti bekerja dalam pasukan, berkongsi
tanggungjawab dan memberi maklum balas mempunyai impak yang positif
terhadap satu sama lain dan juga terhadap perkembangan murid (Arkansas,
2017). Selain itu juga, saya meminta bantuan dan kerjasama rakan
praktikum semasa menjalankan pengutipan data bagi kajian ini. Sewaktu
saya melaksanakan PdP menggunakan SPKO, rakan saya membantu
merakam video pengajaran menggunakan perakam video.
Kajian ini penting bagi murid, guru dan sekolah itu sendiri. Hal ini kerana,
guru sering menghadapi masalah dalam melaksanakan PdP yang mampu
memberikan keseronokan dan sekaligus meningkatkan pembelajaran aktif
murid. Maka melalui kajian ini, guru dapat menggunakan strategi ini untuk
diaplikasikan dalam PdP mereka menggantikan pendekatan tradisional yang
menggunakan syarahan dari guru. PdP yang hambar dan tidak berkesan
menjadikan murid bosan yang membawa kepada PdP yang tidak bermaya
dan pasif. Akhirnya murid hilang minat terhadap mata pelajaran Sains yang
sepatutnya menarik dan menyeronokkan. Kajian ini penting kepada murid
pula disebabkan murid beroleh keseronokkan dengan pembelajaran yang
diajar secara aktif melalui penggunaan kata kunci, gaya, bahasa badan dan
peniruan di mana murid dapat mengekspresikan diri di samping belajar di
dalam kelas. Menurut Maria dan Megan (2010) strategi ini melibatkan murid
melihat, mendengar, melakukan, bercakap dan merasai ketika mereka
sedang dalam keadaan seronok belajar.
12
2.2 Pengumpulan data awal
Bagi memastikan kajian ini berada pada landasan yang betul, saya telah
melakukan pengumpulan data awal dengan melihat dan menganalisis
refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran dan borang PR1 semasa
praktikum lepas. Berdasarkan analisis refleksi selepas PdP saya telah
menemui kenyataan bermakna yang menjurus terhadap masalah kajian ini.
Pada refleksi selepas PdP yang pertama saya telah menjumpai refleksi
selepas PdP seperti yang dinyatakan di bawah :
telah menggunakan abstrak dan penerangan sahaja.
(Refleksi PdP 1)
Ini menunjukkan saya telah melakukan kaedah pembelajaran yang
berasaskan verbal sahaja. Kaedah yang menggunakan kinestetik,
pergerakan, dan visual tidak dilaksanakan. Murid hanya bergantung terhadap
penerangan guru sahaja. Mereka menggunakan minda mereka untuk
membayangkan penerangan guru secara abstrak. Hal ini menyebabkan
murid-murid duduk di tempat masing-masing dan mendengar penerangan
daripada guru. Kaedah ini dilihat mempunyai banyak kelemahan. Salah satu
kelemahannya ialah murid tidak menggunakan anggota badan mereka
dengan semaksima mungkin untuk terlibat dengan pembelajaran dalam bilik
darjah. Bagi mengaktifkan otak kiri dan kanan, fizikal perlu bergerak secara
aktif, barulah otak akan ikut aktif sekali.
Selain itu, kaedah penerangan menunjukkan guru banyak bercakap sewaktu
PdP berbanding murid-murid. Apabila guru banyak bercakap, kurang
peluang untuk murid bercakap menyebabkan murid menjadi pendengar. Ini
menunjukkan sedikit penglibatan murid tetapi guru yang banyak terlibat
dengan pembelajaran. Pembelajaran abad ke-21 pada masa kini
memerlukan murid untuk lebih banyak terlibat dalam proses pdp. Mereka
perlu mengaitkan pengalaman mereka yang lalu dengan pembelajaran yang
13
baru diterima mereka secara kekal dan kukuh iaitu melalui pengalaman
mereka sendiri. Perkara yang dilihat sewaktu kelas berlangsung adalah
murid lebih banyak menerima berbanding menyumbang. Penyumbangan
daripada murid-murid hanyalah pada aktiviti pembentangan yang diadakan di
akhir PdP. Disebabkan ini murid menjadi tidak aktif dan bosan di dalam
kelas.
Pada refleksi selepas PdP yang kedua pula, saya menemukan refleksi diri
saya sendiri seperti yang dinyatakan di bawah :
Memberikan arahan yang agak kurang jelas menyebabkan murid
keliru untuk memulakan aktiviti.
(Refleksi PdP 2)
Kenyataan ini menunjukkan saya menggunakan arahan yang panjang
sehingga mengelirukan murid-murid untuk melakukan apa yang dikehendaki
oleh tugasan. Sebagai seorang guru amat perlu untuk kreatif memberikan
arahan yang dapat menarik minat murid dan memudahkan murid memahami
arahan tersebut. Hal ini kerana melalui arahan sesuatu aktiviti dalam kelas
dapat dilaksanakan dengan lancar. Disebabkan sewaktu proses PdP guru
telah memberikan arahan yang panjang, murid meminta arahan diulangi
supaya mereka faham apa yang disuruh oleh guru. Secara tidak langsung,
masa lebih diperuntukkan untuk sesuatu fasa pdp sehingga mengganggu
pelan asal perancangan PdP.
Selain itu, dalam refleksi pdp yang ketiga, kenyataan di bawah menunjukkan
sewaktu pdp berlangsung guru melakukan aktiviti yang tidak mencabar
penggunaan keseluruhan otak kiri dan kanan.
aktiviti yang dibuat terlalu ringkas dan mudah.
(Refleksi PdP 3)
14
Sewaktu pdp ini, aktiviti utama yang dilakukan ialah murid perlu memberikan
contoh tiga keadaan jirim setelah berbincang dengan rakan di dalam kelas.
Bagi murid yang mempunyai tahap kognitif yang agak tinggi aktiviti yang
dilakukan mudah untuk mereka jalankan. Murid-murid ini akan lebih cepat
menyiapkan tugasan yang diberikan. Tugasan ini tidak membuatkan murid-
murid menggunakan otak kiri dan kanan mereka secara maksimum.
Kenyataan ini disokong oleh ulasan pensyarah pembimbing dalam borang
PR1 yang bertarikh 10 Julai 2017 yang menyatakan :
perlu melakukan aktiviti yang lebih mencabar dan bersesuaian dengan
tahap 2 tahun 5.
(Ulasan PdP borang PR1)
Ini jelas menunjukkan guru perlu menekankan aktiviti yang merangkumi
penggunaan keseluruhan otak dengan menyeluruh. Ketiga-tiga kenyataan
refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran guru boleh dirumuskan
berdasarkan jadual 1 dibawah.
Jadual 1.0
Rumusan analisis refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran (pdp) guru.
Nama Kenyataan Bermakna Rumusan analisis
refleksi
PdP “…telah menggunakan abstrak Kaedah pengajaran yang
Refleksi
PdP 1 dan penerangan sahaja…” tidak melibatkan aspek
Refleksi verbal, kinestetik, dan
PdP 2
visual.
Refleksi “…memberikan arahan yang Arahan yang diberikan
agak kurang jelas menyebabkan tidak kreatif menyebabkan
murid keliru untuk memulakan otak kiri dan kanan tidak
aktiviti…” aktif.
“…aktiviti yang dibuat terlalu Kaedah pengajaran tidak
15
PdP 3 ringkas dan mudah…” melibatkan penggunaan
keseluruhan otak kiri dan
otak kanan
Jadual 2 pula menunjukkan rumusan borang PR1 selepas pengajaran dan
pembelajaran (pdp) guru yang terdapat dalam borang PR1.
Jadual 2.0
Rumusan analisis borang PR1 selepas pengajaran dan pembelajaran (PdP)
guru.
Nama Ulasan borang Kenyataan bermakna Rumusan analisis
PR1 melakukan Kaedah pengajaran
Ulasan PdP borang “…perlu
PR1 1 aktiviti yang lebih tidak melibatkan
mencabar minda dan penggunaan aktif
bersesuaian dengan keseluruhan otak kiri
tahap 2 tahun 5…” dan otak kanan
16
2.3 Tindakan
Dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan model penyelidikan tindakan
yang diperkenalkan oleh Kurt Lewin (1946). Kurt Lewin menyatakan kajian
tindakan berkitar pada beberapa tahap. Setiap tahap pula terdiri daripada
beberapa langkah iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Lingkaran model kajian tindakan kurt Lewin adalah seperti di bawah :
Ke gelung kedua
RANCANGAN
REFLEKSI TINDAKAN
PEMERHATIAN
Rajah 1.0 : Gelung penyelidikan tindakan Model Kurt Lewin
17
Rancangan
Pada fasa perancangan, saya merancang melakukan kajian tindakan
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya telah melakukan
pengumpulan data awal sebelum memilih fokus kajian ini. Setelah melihat
kepada refleksi PdP, saya mendapati proses PdP saya mempunyai
kelemahan dari segi pembelajaran aktif murid. Murid dilihat menjadi pasif dan
kurang melibatkan diri dalam aktiviti atau tugasan yang saya jalankan di
dalam kelas. Pengumpulan data awal juga menyokong refleksi PdP di mana
menunjukkan murid tidak menggunakan kedua hemisfera otak kiri dan kanan
yang menunjukkan murid tidak terlibat secara semasa proses PdP saya
berlangsung dan juga kaedah pengajaran saya tidak melibatkan gabungan
elemen visual, verbal dan kinestetik.Oleh itu, saya telah merancang
menggunakan strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO) bagi membantu
mengatasi kelemahan ini. Menurut Palasigue (2009) Whole Brain Teaching
mampu menjadikan murid terlibat dalam proses aktif pembelajaran
disebabkan teknik ini menggabungkan elemen auditori, verbal dan visual
dalam pengajaran di mana murid-murid menikmati pembelajaran dengan
menyeronokkan.
Selain itu, saya juga merancang cara mengumpul data iaitu menggunakan
kaedah temu bual guru, temu bual murid dan rakaman video.
Tindakan
Seterusnya, pada fasa ini, saya melaksanakan pelan tindakan bagi
mengatasi masalah yang dihadapi. Saya memperkenalkan murid dengan
SPKO dan menjelaskan strategi-strategi dan peraturan-peraturan yang ada
dalam SPKO. Setelah itu, saya membiasakan murid dengan strategi dan
peraturan tersebut. Seterusnya, saya membuat praktikal proses PdP
menggunakan SPKO dalam kelas. Saya juga melaksanakan pengumpulan
18
data bagi melihat respon dan tingkah laku murid terhadap strategi ini.
Pengumpulan data dilakukan setelah murid terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran menggunakan SPKO.
Pemerhatian
Pada fasa pemerhatian pula, saya memerhatikan semula pelaksanaan
strategi ini melalui pengumpulan data melalui kaedah temu bual dan
rakaman video. Rakaman video saya melaksanakan PdP menggunakan
SPKO dilihat, diperhatikan dan dianalisis bagi melihat sejauhmana SPKO
dapat membantu saya menambah baik proses PdP dan sekaligus
meningkatkan pembelajaran aktif dalam kalangan murid. Selain itu, saya
juga membuat analisis terhadap temu bual bersama murid dan guru untuk
melihat respon dan maklum balas mereka terhadap strategi ini. Hasil analisis
data direkodkan dan dibandingkan.
Refleksi
Pada fasa refleksi, saya akan melihat kembali hasil analisis dan dapatan
kajian terhadap penggunaan SPKO dalam PdP. Di sini, saya perlu melihat
analisis dan dapatan kajian dan melihat peluang penambahbaikan walaupun
analisis data dan dapatan menunjukkan maklumbalas yang positif terhadap
SPKO. Saya perlu mereflek dan mencari kelemahan dan mencadangkan
penambahbaikan terhadap SPKO dan terus memasuki gelung kedua kajian
tindakan di mana objektif baru akan dicapai.
19
2.4 Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO)
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan ialah Whole Brain
Teaching Strategies atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Strategi
Pengajaran Keserasian Otak. Strategi ini diperkenalkan oleh Chris Biffle
pada tahun 1999 yang dahulunya dikenali sebagai Power Teaching.
Pendekatan ini memfokuskan kearah menjadikan pembelajaran sesuatu
yang aktif dan menyeronokkan melalui penglibatan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid melihat, mengatakan,
mendengar dan bergerak secara fizikal. Menurut Baiq Sri Handayani dan
Corebima (2017) Pengajaran Keserasian Otak ialah selari dengan prinsip
pembelajaran kanak-kanak yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu visual,
verbal dan kinestetik. Strategi ini menekankan pembelajaran secara aktif
murid melalui aksi, bahasa badan, bahasa isyarat, pergerakan tertentu,
tugasan yang ringkas, arahan yang ringkas dan respon yang ringkas di mana
kesemua aktiviti-aktiviti ini memberikan kesan kepada dua hemisfera otak kiri
dan kanan dalam membuat perhubungan (Ling, 2012).
Strategi ini memerlukan guru mencipta suasana bilik darjah yang kondusif
melalui pembelajaran kreatif dan menyeronokkan. Guru perlu bertindak
sebagai pengemudi untuk memastikan suasana bilik darjah menyeronokkan,
inovatif, kreatif, menarik dan kondusif (Baiq Sri Handayani & Corebima,
2017). Untuk menarik perhatian murid, sewaktu strategi ini diaplikasikan guru
boleh menggunakan suara dengan intonasi yang tertentu apabila memberi
penerangan isi penting atau guru juga boleh melakukan aksi dan bahasa
isyarat yang direka sendiri yang dirasakan bersesuaian. Menurut Preslee dan
Prakasha (2017), strategi ini menggabungkan pergerakan, membuat bahasa
isyarat, menyanyi, menari, mengajar satu sama lain, bekerja dalam pasukan
dan memberi maklumbalas yang segera. Melalui cara ini, guru dapat
memastikan dan memaksimumkan penglibatan murid kerana murid
disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan sehingga tiada ruang
untuk murid terpisah daripada proses PdP.
20
Pengajaran keserasian otak terdiri daripada 7 strategi iaitu strategi yang
diberi nama The Big Seven yang terdiri daripada Class-Yes, Five Classroom
Rules, Teach-Okay, The Scoreboard, Switch, Mirror Words dan Hands and
Eyes. Dalam kajian tindakan ini saya menggunakan 3 jenis strategi sahaja
iaitu Class-Yes, Mirror-Words dan Teach-Okay. Saya memilih tiga strategi
sahaja berdasarkan objektif kajian saya iaitu meningkatkan pembelajaran
aktif murid di dalam proses PdP dan menambahbaik proses PdP. Tiga
strategi ini dilihat sudah memadai untuk meningkatkan pembelajaran aktif
murid dalam PdP. Hal ini kerana, untuk menjadikan proses PdP yang
berjaya, objektif pembelajaran perlu dicapai. Bagi mencapai objektif
pembelajaran, murid perlu melalui satu proses pembelajaran yang aktif yang
menjadikan mereka terlibat dalam PdP. Pembelajaran aktif akan melibatkan
murid menggunakan kedua-dua fizikal dan mental mereka dalam PdP.
Apabila fizikal mereka diaktifkan secara tidak langsung otak murid akan
diaktifkan. Pergerakan badan membolehkan murid untuk mengakses
sebahagian otak yang sebelumnya tidak digunakan untuk membantu
pembelajaran (Laxman dan Chin, 2010). Kelas-Ya ! dipilih disebabkan
strategi ini dapat mengaktifkan bahagian otak Pre Frontal Cortex yang
berfungsi merangsang kesediaan murid-murid untuk memasuki fasa
pembelajaran. Menurut Wolker (2017), Kelas-Ya melibatkan bahagian Pre
Frontal Cortex iaitu pusat penaakulan otak yang perlu diaktifkan oleh otak
untuk memproses maklumat. Bagi melibatkan murid dalam pembelajaran
aktif, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendapatkan perhatian
dan kesediaan murid untuk memasuki proses PdP. Apabila murid bersedia,
barulah murid boleh melalui proses pembelajaran secara aktif.
Seterusnya, Ajar-Okay dipilih disebabkan startegi ini dapat mengaktifkan
beberapa bahagian otak iaitu Pre-Frontal Cortex, Kawasan Broca, Kawasan
Wernicke, Visual Cortex, Motor Cortex, The Limbic System dan
Hippocampus. Setiap bahagian otak yang diaktifkan ini berfungsi terhadap
proses mendengar, melihat, bercakap, membuat isyarat pergerakan,
21
mengaktifkan sistem motor tangan, dan merangsang memori jangka masa
panjang. Ajar-Okay memerlukan murid untuk membina isyarat dan
menggunakan gaya bahasa badan tertentu yang mana ia mengaktifkan
sistem motor tangan murid-murid. Selain itu, sewaktu melakukan gaya dan
isyarat murid-murid perlu bercakap bagi mengajarkan kata kunci atau
ringkasan konsep sains terhadap pasangan yang mana mengaktifkan
bahagian otak berkaitan dengan bercakap. Dalam strategi ini, murid
memainkan kedua-dua peranan iaitu, mengajar pasangan dan diajar oleh
pasangan. Kedua-dua peranan ini memerlukan mereka menggunakan
penglihatan, pendengaran, membuat isyarat dan gaya bahasa badan dan
bercakap. Kesemua proses ini akan mengaktifkan bahagian otak dan
seterusnya membantu otak memproses maklumat. Apabila murid menjadi
pengajar dan diajar, mereka akan mengulang-ngulang fakta yang telah
digariskan. Proses pengulangan mengaktifkan otak untuk menyimpan
maklumat dalam jangka masa yang panjang. Menurut Wolker (2017), beliau
menyimpulkan, otak belajar secara optimum dan terbaik melalui melalui
pengulangan, pengalaman emosi yang mempengaruhi pengekalan dan
kepekaan otak yang meningkatkan memori jangka masa panjang murid,
meningkatkan perhatian dan meningkatkan proses pembelajaran melalui
latihan mental.
Seterusnya, strategi Cermin Perkataan dipilih juga disebabkan strategi ini
memerlukan murid melihat perbuatan dan tingkah laku guru dan murid perlu
meniru guru. Misalnya jika guru membuat gaya memegang pensel, murid
perlu melihat gaya guru dan meniru dengan menggunakan anggota badan
yang sama. Secara automatik, bahagian otak visual cortex dan motor cortex
diaktifkan apabila murid melakukan pergerakan fizikal dan menggunakan
deria penglihatan. Ini membantu otak memproses maklumat. Laxman dan
Chin (2010) menyatakan salah satu strategi pembelajaran berasaskan otak
ialah menerokai menggunakan pergerakan fizikal semasa pengajaran untuk
meningkatkan peredaran darah dan seterusnya meningkatkan fungsi otak
dalam memproses maklumat.
22
Kesimpulannya, apabila murid terlibat aktif secara fizikal, secara tidak
langsung, otak akan terlibat dalam pembelajaran. Strategi-strategi dalam
SPKO menunjukkan murid bukanlah penerima maklumat yang pasif tetapi
mereka peneroka maklumat yang aktif dengan melakukan pergerakan, gaya
bahasa badan, menggunakan deria-deria yang ada dalam memproses
maklumat dari guru. Ini dapat menjawab persoalan kajian di mana SPKO
dapat meningkatkan pembelajaran aktif murid dan membantu menambah
baik proses PdP saya kerana jika murid telah terlibat dalam pembelajaran
aktif, maka kemungkinan untuk tingkah laku negatif seperti bermain-main
dengan kawan, membuat bising dan mengacau kawan tidak akan berlaku. Ia
menambaik proses PdP saya di mana saya lebih teratur dalam
menyampaikan konsep penting dan memberi arahan dan tidak
menggunakan ayat yang panjang sehingga menyukarkan murid untuk
memahaminya serta kawalan kelas lebih baik. Tugasan yang ringkas dan
respon yang ringkas merupakan ciri-ciri Whole Brain Teaching Strategies
yang menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan membantu guru mencipta
pembelajaran kreatif, kondusif dan menyeronokkan bagi murid dan guru itu
sendiri (Baiq Sri Handayani & Corebima, 2017). Saya juga dapat mengatasi
isu di mana PdP saya menjadi bosan disebabkan menggunakan satu aspek
sahaja seperti verbal sahaja atau visual sahaja. Hal ini kerana, whole brain
teaching mengenalpasti prinsip pembelajaran kanak-kanak yang terdiri
daripada gabungan tiga bahagian iaitu visual, verbal dan kinestetik (Baiq Sri
Handayani & Corebima, 2017).
Jadual di bawah menunjukkan elemen SPKO yang mengaktifkan bahagian
otak tertentu dan fungsi bahagian otak.
23
Jadual 3.0
Elemen SPKO dan fungsinya terhadap bahagian otak tertentu yang
dikemukakan dalam Biffle, C (2008)
Elemen Bahagian Otak Fungsi
Class-Yes (Kelas- Pre Frontal Cortex Kawasan ini seolah-olah
Ya) suis lampu yang mesti
dibuka untuk merangsang
bahagian otak yang lain
untuk memproses
maklumat dengan
mengulangi Kelas-Ya!
Teach-Okay (Ajar- Pre-Frontal Cortex Bertindak sebagai penarik
Okay)
perhatian
Kawasan Broca
Kawasan Wernicke Mendengar
Visual Cortex
Motor Cortex Bercakap
The Limbic System
Hippocampus Melihat
Sistem motor tangan
Membuat isyarat (cue)
Ingatan jangka masa
panjang
Switch (Tukar) Kawasan Bronca Membolehkan murid
meningkatkan keupayaan
mendengar
Kawasan Wernicke Membolehkan murid
meningkatkan keupayaan
bertutur.
Scoreboard Limbic System’s Membina isyarat
Emotions
Amygdala (Mighty Oh Menyatakan perasaan iaitu
Yeah Mighty Groan!) gembira dan sedih melalui
ganjaran dan hukuman
24
Hands and eyes Pre-Frontal Cortex Memberi fokus semua
(Tangan dan Mata) aktiviti mental dengan
melihat dan mendengar
Mirror words Visual Cortex penerangan guru.
Melihat
(Cermin Motor Cortex Sistem motor tangan
Perkataan)
Kesemua elemen ini mempunyai cara pelaksanaan yang tertentu seperti
yang telah digariskan oleh Chris Biffle (2008).
Jadual 4.0
Elemen SPKO dan cara pelaksanaannya seperti yang dikemukakan oleh
Baiq Sri Handayani dan Corebima (2017)
Elemen Cara pelaksanaan
Class-Yes (Kelas-Ya) Guru menyebutkan Kelas ! Kelas !
dengan menggunakan intonasi
Teach-Okay (Ajar-Okay) tertentu.
Murid akan memberi respon Ya ! Ya !
Switch (Tukar) dengan intonasi yang sama dibuat
oleh guru.
Guru menerangkan sebahagian isi
kandungan atau konsep yang penting
dalam beberapa saat menggunakan
pergerakan, kemudian, guru
menyebut perkataan Ajar diikuti
menepuk tangan, murid menjelaskan
kepada rakan mereka melalui
pergerakan.
Guru memberikan peluang murid
menjelaskan konsep penting kepada
rakan mereka, kemudian setelah
25
beberapa minit, guru menyebut Tukar
! Murid akan menukar peranan
mereka.
Scoreboard Sebagai memberi motivasi kepada
murid-murid, guru memberikan
gambar senyum apabila tugasan
diselesaikan dan memberikan
gambar sedih apabila tugasan gagal
disiapkan.
Hands and eyes (Tangan dan Guru memberi isyarat dan menyebut
Mata) Tangan dan Mata ! Murid akan
memberi respon dengan meniru
perbuatan dan percakapan guru.
Setelah itu, murid-murid meletakkan
tangan ke atas meja dan mendengar
dengan teliti penjelasan guru.
Mirror words (Cermin Perkataan ) Guru memberi isyarat dengan
menyebut Cermin Perkataan ! Murid
akan memberi respon yang sama
dengan guru. Kemudian guru
menjelaskan konsep penting atau isi
kandungan menggunakan bahasa
badan. Murid-murid mengikut
perbuatan dan perkataan guru.
26
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Am
Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan pembelajaran aktif murid
menggunakan Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO) dalam subjek
Sains.
3.2 Objektif Khusus
1. Meningkatkan pembelajaran aktif dalam kalangan murid tahun 4
dengan menggunakan Strategi Pembelajaran Keserasian Otak
(SPKO).
2. Menambah baik pelaksanaan PdP saya dengan menggunakan
Strategi Pembelajaran Keserasian Otak (SPKO) dalam subjek Sains.
3.3 Soalan Kajian
Kajian ini memberikan fokus terhadap soalan kajian :
1. Bagaimanakah saya dapat meningkatkan pembelajaran aktif murid
dalam mata pelajaran Sains dengan menggunakan Strategi
Pembelajaran Keserasian Otak (SPKO) ?
2. Sejauhmanakah saya dapat melaksanakan Strategi Pengajaran
Keserasian Otak untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran
(PdP) saya dalam kelas yang saya ajar ?
27
4.0 PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang dipilih adalah dalam kalangan murid Tahun 4 di sebuah
sekolah di Nilai, Negeri Sembilan. Peserta kajian yang dipilih adalah meliputi
aspek-aspek berikut iaitu bilangan, jantina, nama kelas, jawatan, prestasi
akademik dan ciri-ciri unik yang lain. Bilangan murid yang dipilih sebagai
peserta kajian adalah seramai 42 orang murid tahun 4. Keseluruhan kelas ini
digunakan sebagai sampel bagi meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini.
Dari aspek jantina, murid adalah dari kalangan kumpulan heterogen yang
terdapat percampuran di antara murid lelaki dan murid perempuan. Seramai
18 murid lelaki dan 24 murid perempuan terpilih untuk menjalankan kajian ini.
Kelas yang terpilih ini merupakan kelas yang kedua daripada 3 kelas tahun 4
iaitu kelas tahun 4 Marjan. Murid dalam kelas 4 Marjan kebanyakkannya
memegang jawatan tertentu seperti pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber dan selebihnya ialah murid biasa. Tambahan pula, murid-murid
tahun 4 tersebut mempunyai ciri-ciri unik untuk dipilih sebagai peserta kajian.
Dari segi prestasi akademik 70% murid 4 Marjan mempunyai tahap
pencapaian yang sederhana dan 30% lagi mempunyai pencapaian yang
cemerlang. Bagi peperiksaan akhir tahun baru-baru ini, murid-murid 4 marjan
kebanyakkannya mendapat gred B,C dan D. Tiada murid yang memperoleh
gred A. sebanyak 30 peratus murid mendapat gred B dan lagi 70 peratus
mendapat gred C dan D. Ciri unik lain yang didapati ialah murid-murid 4
Marjan dilihat suka bersaing antara satu sama lain. Jika guru meminta
bantuan, kebanyakkan murid akan secara sukarela menawarkan diri mereka.
Sekiranya guru meminta murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan,
ramai yang mengangkat tangan walaupun mereka tidak tahu jawapan
terhadap soalan tersebut.
28
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Langkah-Langkah Tindakan
Prosedur tindakan dirangka secara sistematik yang mana terdiri daripada
empat langkah iaitu langkah pertama memperkenalkan dan melatih murid
dengan strategi-strategi dalam Strategi Pengajaran Keserasian Otak
(SPKO), langkah kedua ialah membuat pemilihan satu topik, langkah ketiga
melaksanakan SPKO kepada murid-murid dan terakhir membuat penilaian
terhadap SPKO. Rajah di bawah menunjukkan satu carta alir yang
menjelaskan setiap langkah-langkah dalam prosedur aktiviti
1. Memperkenalkan dan melatih murid dengan strategi-strategi dalam Strategi
Pengajaran Keserasian Otak (SPKO)
2. Pemilihan satu topik
3. Melaksanakan Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO) kepada murid
4. Penilaian terhadap Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO)
Rajah 2.0 Langkah-langkah tindakan Strategi Pengajaran Keserasian Otak
(SPKO)
29
Langkah 1 : Memperkenalkan dan melatih murid dengan strategi-
strategi dalam Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO)
Strategi-strategi dalam Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO) yang
akan digunakan ialah Cermin Perkataan, Kelas-Ya dan Ajar-Okay. Teknik-
teknik ini dijelaskan dalam Jadual 5.0 di bawah :
Jadual 5.0
Kaedah pelaksanaan Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO).
Bil. Strategi Kaedah Pelaksanaan
1. Kelas-Ya 1. Guru akan menyebut perkataan
2. Cermin Perkataan Kelas ! dengan menggunakan
nada, gaya dan intonasi yang
3. Ajar-Okay tertentu
2. Murid pula akan membalas Ya !
dengan menggunakan nada, gaya
dan intonasi yang sama dengan
guru.
1. Guru menyebut cermin perkataan
dan guru menerangkan bahan atau
isi pelajaran dengan nada, intonasi
atau gaya tertentu.
2. Murid akan mengikut apa yang
dilakukan oleh guru.
3. Murid akan menyebut Cermin
Perkataaan dan menerangkan
bahan atau isi pelajaran dengan
nada, intonasi atau gaya tertentu.
4. Murid lain akan mengikut apa yang
dilakukan oleh murid itu.
1. Murid berada dalam pasangan.
2. Guru memberi peluang murid
mengajar rakan dengan menyebut
30
ajar !
3. Murid akan menyebut Okay !
4. Seorang murid menjadi pengajar
dan seorang lagi akan menjadi
yang diajar.
5. Murid menggunakan nada, gaya
dan intonasi yang telah dipersetujui
untuk mengajar rakan mereka.
6. Seterusnya guru akan menyebut
Tukar ! dan murid akan menukar
peranan antara mereka.
Sepanjang bulan pertama, saya mengambil masa selama 10 minit dalam
PdP Sains pada akhir atau awal waktu interaksi supaya dapat melatih murid
mengenai cara dan peraturan setiap strategi-strategi SPKO serta
mengingatkan murid terhadap istilah dan nama strategi ini. Hal ini dilakukan
kerana supaya tindakan kajian dijalankan, murid sudah dapat menggunakan
strategi SPKO.
Langkah 2 : Pemilihan satu topik
Saya telah memilih topik 8.0 Pengaratan bahan iaitu standard pembelajaran
8.1.4 iaitu menyatakan cara mencegah pengaratan seperti mengecat,
menyalut, menyadur dan menyapu minyak atau gris. Strategi Pengajaran
Keserasian Otak (SPKO) boleh disesuaikan untuk kesemua topik dalam. Ia
hanyalah bergantung kepada kreativiti guru untuk menyesuaikannya supaya
tidak tersasar daripada cara sebenar strategi ini dilaksanakan. Saya memilih
topik ini kerana isi kandungannya yang dilihat tidak terlalu berat untuk
diterima oleh murid-murid apabila melaksanakan PdP menggunakan SPKO.
Sebelum saya memilih topik ini, saya berbincang dengan guru sains
mengenai topik yang mana yang harus dipilih untuk memudahkan proses
pengumpulan data. Setelah topik dipilih, saya membina rancangan
31
pengajaran harian (RPH) yang mengintegrasikan SPKO. Semasa saya
mereka RPH, saya telah meneliti strategi-strategi yang sesuai dimasukkan
pada fasa-fasa di dalam RPH. Strategi Kelas-Ya akan diintegrasikan
sepanjang fasa RPH, strategi Ajar-Okay dan Cermin Perkataan pula saya
fokuskan pada fasa penstrukturan idea sahaja.
Saya memilih untuk mengintegrasikan strategi ini sepanjang fasa di dalam
RPH. Strategi Kelas-Ya akan diintegrasikan sepanjang pelaksanaan fasa
RPH iaitu bermula daripada fasa orientasi sehinggalah fasa penutup. Hal ini
disebabkan strategi Kelas-Ya digunakan untuk menarik perhatian dan
memberikan kesediaan kepada murid sebelum guru masuk kepada isi
pelajaran. Ia bertindak sebagai kawalan kelas supaya murid menumpukan
perhatian terhadap guru dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh
mengganggu proses PdP.
Manakala strategi Ajar-Okay dan Cermin Perkataan pula dipilih untuk
diintegrasikan sewaktu fasa penstrukturan idea sahaja. Semasa fasa
pencetusan idea, aktiviti sumbang saran akan dijalankan di mana murid perlu
berbincang mengenai cara-cara yang mereka ketahui untuk mencegah
pengaratan. Mereka dikehendaki membina peta buih dan mengeluarkan idea
mereka sendiri mengenai cara mencegah pengaratan yang diketahui. Idea-
idea yang diperoleh daripada murid-murid dibincangkan kembali oleh guru
dan dibetulkan kembali semasa fasa penstrukturan idea. Pada fasa ini saya
akan menggunakan slaid bagi menerangkan mengenai cara-cara mencegah
pengaratan yang betul. Setelah itu murid-murid dikehendaki menggunakan
strategi Cermin Perkataan untuk menerangkan cara-cara mencegah
pengaratan. Pada waktu ini, saya membiarkan murid untuk mencipta ayat
dan gaya bahasa badan dan isyarat mereka sendiri terlebih dahulu. Semasa
merancang RPH, saya telah menetapkan gaya bahasa badan dan isyarat
untuk digunakan dalam strategi Ajar-Okay dan Cermin Perkataan tetapi saya
ingin murid berfikir terlebih dahulu sebelum saya memberikan idea saya
sendiri. Seterusnya, saya akan meminta wakil untuk melakukan Cermin
32
Perkataan di hadapan kelas dan murid lain dikehendaki mengikutinya.
Setelah itu, saya akan memilih gaya bahasa badan yang dirasakan sesuai
dan membantu murid membina ayat dan kata kunci yang ringkas dan
menetapkan untuk melakukan strategi Ajar-Okay pula. Setelah itu, murid-
murid akan melakukan strategi Ajar-Okay menggunakan kata kunci, ayat
yang ringkas dan gaya bahasa badan atau isyarat yang telah ditetapkan.
Pada fasa ini juga Strategi Kelas-Ya akan digunakan sekiranya kawalan
kelas dan penumpuan murid tidak terkawal.
Semasa fasa aplikasi idea, dan penutup, saya akan melaksanakan tugasan
biasa iaitu meminta murid menjawab soalan lembaran kerja mengenai apa
yang telah dipelajari semasa di fasa pencetusan dan penstrukturan idea.
Walaubagaimanapun, strategi Kelas-Ya masih lagi digunakan mengikut
kesesuaian situasi semasa fasa tersebut berlangsung. Dengan ini saya
sertakan RPH yang mengintegrasikan SPKO di Lampiran A.
Langkah 3 : Melaksanakan Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO)
kepada murid
Setelah memilih topik dan mereka bentuk RPH saya melaksanakan PdP
mengikut RPH. Aktiviti yang dilakukan pada fasa orientasi ialah aktiviti
mencari perkataan tersembunyi mengenai topik yang akan dipelajari. Di sini,
saya menggunakan Kelas-Ya untuk menarik perhatian murid dan menjadikan
murid tertumpu kepada saya supaya murid lebih bersedia untuk memasuki
proses PdP. Kelas-Ya juga membantu saya mengawal kelas sekiranya
keadaan kelas tidak terkawal.
Seterusnya pada fasa pencetusan idea pula, saya ingin melihat pengetahuan
sedia ada murid-murid dengan meminta murid membina peta buih mengenai
cara mencegah pengaratan yang diketahui mereka. Pada fasa ini, strategi
Kelas-Ya digunakan mengikut kesesuaian. Hal ini kerana, sewaktu PdP ini
33
kemungkinan murid akan berbincang dalam kumpulan dan suasana kelas
mungkin akan bising dan tidak terkawal. Maka, untuk menarik perhatian dan
menumpukan mereka kembali kepada saya, strategi Kelas-Ya digunakan.
Pada fasa penstrukturan idea, saya akan menggunakan strategi Cermin
Perkataan dan Ajar-Okay. Pada fasa ini, saya akan mengajar menggunakan
slaid cara mencegah pengaratan yang betul. Semua idea-idea yang
diberikan oleh murid akan disemak dan dibetulkan kembali pada fasa ini.
Setelah itu, saya akan menggunakan strategi Cermin Perkataan di mana
setelah saya selesai menyampaikan pengajaran, saya meminta murid pula
menerangkan kembali dengan menggunakan bahasa sendiri dan gaya
sendiri. Beberapa wakil murid akan dipilih untuk menerangkan kembali apa
yang difahami menggunakan Cermin Perkataan. Setelah itu, saya akan
berbincang bersama murid untuk memilih bahasa dan gaya yang sesuai
untuk melakukan strategi Ajar-Okay pula. Saya akan melakukan Cermin
Perkataan untuk menerangkan cara mencegah pengaratan dengan bahasa
dan gaya yang telah ditetapkan. Murid mengikut perbuatan saya dalam
beberapa minit. Sewaktu strategi Ajar-Okay saya meminta murid berada
dalam pasangan dan mengajar pasangan menggunakan ayat dan gaya yang
telah ditetapkan.
Manakala semasa fasa aplikasi idea, saya melakukan aktiviti menjawab
lembaran kerja mengenai pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Kelas-
Ya akan digunakan mengikut kesesuaian.
Langkah 4 : Penilaian terhadap Strategi Pengajaran Keserasian Otak
(SPKO)
Setelah pelaksanaan kajian tindakan tersebut, saya menilai kembali
pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan SPKO dengan melihat
kembali rakaman video dan membuat transkrip tingkah laku murid dan guru.
Setelah itu, saya akan menganalisis tema dan kategori yang dapat diperoleh
dari data rakaman video tersebut. Selain itu, saya juga menemubual
34
beberapa orang murid dan menemubual guru mata pelajaran Sains
mengenai pengajaran dan pembelajaran menggunakan SPKO. Setelah itu,
saya membuat transkrip temu bual murid dan guru dan menganalisis tema
dan kategori yang dapat dikeluarkan daripada data tersebut. Ini bertujuan
supaya, saya dapat melihat dari aspek mana penambahbaikan PdP saya
berlaku apabila menggunakan SPKO ini. Hal ini supaya, saya dapat
mencapai tujuan pelaksanaan strategi tersebut dan tidak hanya “syok
sendiri” semata.
5.2 Kaedah Mengumpul Data
Untuk menghasilkan data deskriptif saya telah menggunakan dua kaedah
pengumpulan data iaitu rakaman video dan temubual guru dan murid.
Melalui dua kaedah pengumpulan data ini saya dapat mengumpul banyak
maklumat dan berupaya menganalisis data-data yang dikumpulkan bagi
mencapai objektif kajian.
Dalam melakukan kajian, kesahan perlu diambil kira agar ilmu yang
disampaikan boleh dipercayai dan seterusnya diamalkan. Kesahan berkaitan
dengan bagaimana dapatan kajian sepadan dengan realiti sebenar (Merriam,
2001).
Kesahan data yang diambil perlu dilakukan melalui proses triangulasi data
iaitu proses menggunakan pelbagai teknik pengumpulan data yang juga
dikenali sebagai “kesahan silang” atau “pemeriksaan silang”. Triangulasi juga
membawa maksud penggunaan pelbagai sumber data, penyelidik, kaedah
pemungutan data dan analisis (Bailey, 2007). Melalui penggunaan pelbagai
kaedah pengumpulan data, kesahan dan kesahihan dapatan dapat
ditingkatkan kerana setiap data yang diperoleh daripada satu kaedah boleh
diperkuatkan lagi dengan kaedah yang lain.
35
Oleh itu, saya telah memilih kaedah pengumpulan data temubual guru,
temubual murid dan video pemerhatian dalam melaksanakan kajian ini. Dua
kaedah pengumpulan data telah menunjukkan berlakunya triangulasi antara
data. Triangulasi adalah sebahagian daripada pengumpulan data yang
bersilang sama ada menggunakan dua atau lebih kaedah pengumpulan data
atau punca sumber data (Kartini, Ahamad Shabudin, Rosli & Badrul, 2012).
5.2.1 Temubual murid dan guru
Pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah temu bual dengan dua
orang murid dan seorang guru mata pelajaran Sains. Responden daripada
murid terdiri daripada seorang murid perempuan dan seorang murid lelaki
manakala responden dari kalangan guru pula merupakan seorang guru
Sains perempuan. Murid yang terpilih dipilih secara rawak daripada peserta
kajian. Jenis temubual yang saya gunakan ialah temubual separa berstruktur
iaitu sebelum menemubual responden saya telah membina dan merancang
terlebih dahulu soalan yang hendak diajukan. Jenis temubual ini menjadikan
proses temubual bersama responden lebih santai kerana cara soalan
diajukan, turutan soalan dan bentuk soalan lebih fleksibel berdasarkan
respon dan jawapan daripada responden. Menurut Sabitha, (2009) dalam
Kartini, Ahamad Shabudin, Rosli & Badrul, 2012) temu bual memerlukan
interaksi secara bersemuka antara penemubual dan responden. Saya juga
lebih mengajukan soalan-soalan yang berbentuk terbuka (open-ended
question) untuk mendapatkan jawapan yang lebih meluas daripada
responden. Menurut Kamarul Jasmi (2012), penemubual perlu mencari jalan
dan cara yang terbaik untuk mengarahkan sesi temubual menjadi terbuka
dan menjadikan responden bersedia untuk berkongsi pengalaman dan
pandangan dengan lebih jelas.
36
Sebelum menjalankan proses menemu bual, saya telah mengambil kira
beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi tindak balas dan respon
responden iaitu :
a) Saya telah memilih waktu yang sesuai iaitu di luar waktu PdP iaitu
selepas sesi persekolahan tamat.
b) Saya telah memilih tempat bebas dari gangguan seperti bunyi bising
iaitu saya memilih kawasan kantin sekolah setelah kantin ditutup.
c) Saya telah meminta kebenaran untuk menemubual dan merakamkan
temu bual bersama dengan responden.
Temu bual bersama guru dijalankan dengan melihat waktu lapang guru
tersebut. Telefon pintar android digunakan untuk merekodkan temubual
dalam bentuk audio MP3.
5.2.2 Pemerhatian Rakaman Video
Selain itu, saya juga mengumpul data melalui kaedah pemerhatian rakaman
video. Melalui rakaman video segala perbualan, bunyi serta pergerakan
dapat dirakam dan direkodkan. Saya merekod pengajaran di dalam bilik
darjah dengan bantuan rakan dengan menggunakan kamera digital. Untuk
memastikan data yang diambil tidak rosak saya telah mengambil langkah-
langkah seperti :
1. Cuba merekodkan pengajaran dan pembelajaran dan melihat
rakaman tersebut kembali agar rakaman jelas dan tidak kabur.
2. Mengambil rakaman dalam sudut yang tertentu.
3. Memastikan bateri kamera digital dicas penuh dan terdapat bateri
simpanan.
4. Memberitahu murid bahawa pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut akan dirakam.
37
Semasa rakaman video, saya terlibat sebagai peserta di dalam bilik darjah.
Pemerhatian melalui rakaman video boleh digunakan untuk melihat dan
mencerap interaksi yang berlaku sepanjang PdP iaitu interaksi antara guru
dengan murid dan interaksi antara murid dengan guru. Setiap aspek yang
boleh diambil sebagai data akan dianalisis. Rakaman video digunakan
sebagai cara mengumpul data kerana data rakaman video boleh dilihat
kembali untuk pemerhatian semula secara berulangkali bagi mengumpulkan
data mengenai tingkah laku, respons dan pergerakan murid-murid semasa
pengajaran dan pembelajaran (Kartini, Ahamad Shabudin, Rosli & Badrul,
2012). Saya merekodkan rakaman video bermula dari fasa orientasi
sehingga fasa refleksi Rancangan Pengajaran Harian.
Pemerhatian dilakukan terhadap data rakaman video dan ditranskripkan
setiap tindakan guru dan tindakan murid di dalam satu jadual. Masa
pemerhatian diambil secara berperingkat iaitu diambil dalam durasi 5 minit
bagi setiap pemerhatian yang ditranskrip sehingga video tamat. Jumlah
durasi video rakaman ialah 40 minit 21 saat.
5.3 Cara Menganalisis Data
Bahagian ini membincangkan perancangan analisis dan interpretasi data
yang akan dilakukan melalui dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah
temubual guru, temubual murid dan rakaman video pemerhatian.
5.3.1 Temu Bual Guru
Pengekodan data temu bual guru dibuat berdasarkan jenis kaedah, jenis
responden dan baris transkrip. Kod TB digunakan untuk mewakili kaedah
pengumpulan data temu bual, manakala kod GS mewakili responden iaitu
guru sains. Huruf B4 digunakan untuk mewakili baris dan nombor 4 untuk
38
menunjukkan baris transkrip di dalam jadual itu. Ini boleh dilihat dalam
contoh di bawah.
Jadual 6.0
Contoh transkrip temu bual guru Sains
Baris Penyelidik/ Dialog Kategori Kod
37 Responden
38
39 Guru S Mereka terus memberi respon TBGS /
40 B42,
41 secara spontan dan jika aaa B43,
42 B44 &
43 guru mengulang perkataan B45
44
45 kelas-kelas-kelas !, mereka pun Penumpuan
46
turut mengulangnya dengan
bilangan yang sama iaitu satu
attraction pada murid supaya
mereka dapat memberikan
perhatian dengan spontan.
Untuk teknik…
Dari Jadual 6.0, pengekodan data temu bual guru ialah seperti berikut :
mereka pun turut mengulangnya dengan bilangan yang sama iaitu
satu attraction pada murid supaya mereka dapat memberikan
perhatian dengan spontan.
(TBGS / B40 & B41)
Setelah menemu bual guru, saya menganalisis data dan dapat
mengeluarkan tema dan kategori seperti di dalam jadual di bawah :
39
Jadual 7.0
Tema, kategori dan respon murid dalam analisis temu bual guru
TEMA KATEGORI RESPON GURU
Pembelajaran aktif Penumpuan
menarik perhatian murid untuk memberikan
tumpuan kepada pengajaran guru, jadi
mereka akan fokus dan memberi reaksi
spontan sewaktu aaa dipanggil.
(TBGS / B29, B30, B31)
satu attraction pada murid supaya mereka
dapat memberikan perhatian dengan
spontan
(TBGS / B40, B41)
mereka memberi tumpuan
(TBGS / B83)
mereka memberi sepenuh perhatian dan
tumpuan,
(TBGS / B85, B86)
tidak ada masalah murid yang aa
mengambil kesempatan untuk bersembang
dengan kawan ataupun mereka mungkin
takde masalah nak dreaming rasanya…
(TBGS / B86, B87 B88, B89)
untuk membantu mereka lebih fokus
(TBGS / B248 & B249)
Berpusatkan murid aktiviti ini berpusatkan murid
(TBGS / B98)
Kognitif memang berfokuskan murid
(TBGS / B102)
Mengingat
dapat menguatkan daya ingatan dan dapat
mengulang apa yang telah dipelajari,
(TBGS / B56 & B57)
dapat membantu ingatan mereka untuk
lebih mengingat untuk jangka masa
panjang
(TBGS / B59 & B60)
40
maknanya mereka dapat mengulang balik,
mengulang semula perkataan tu…
(TBGS / B71, B72 & B73)
dapat membantu mengukuhkan memori
muridlah
(TBGS / B75 & B76)
mereka boleh ingat.
(TBGS / B237)
lebih lebih ingat
(TBGS / B249)
Memahami menterjemahkan kembali apa yang
difahami
(TBGS / B58)
Aplikasi dapat aaa menghubungkaitkan dengan
gaya mereka dengan aaa, dengan ingatan
mereka
(TBGS / B64 & B65)
mereka dapat mengaplikasikan semula
teknik mereka
(TBGS / B68 & B69)
Pembelajaran Kebergantungan kolaborasi telah berlaku di situ di kalangan
koperatif positif mereka dan kawan-kawan
(TBGS / B103, B104)
Interaksi sosial menunjuk ajar dalam masa yang sama
dapat membimbing kawan-kawan,haaa.
(TBGS / B233, B234)
Penglibatan Penglibatan tingkah nampaknya keseluruhan murid
laku menjayakannya sepenuhnya hundred
percent. Jadi takdelah aaa murid yang
mengambil kesempatan untuk bermain-
main
(TBGS / B145, B146, B 147)
kesemua murid tidak terkecuali daripada
tidak melakukannya
(TBGS / B230, B231)
mereka aktif dalam kelas sepenuhnya
41
sebab mereka ,em sebab mereka dapat
melakukannya
(TBGS / B96, B97)
Emosi Emosi positif Seronoklah
(TBGS / B229)
Hasil dapatan temu bual dapat menjawab kedua-dua objektif kajian iaitu
objektif pertama, SPKO dapat meningkatkan pembelajaran aktif dalam
kalangan murid tahun 4 dan objektif kedua ialah sejauh mana SPKO dapat
menambah baik pelaksanaan PdP saya. Hasil daripada analisis data temu
bual, saya dapat mengelaskan 5 tema iaitu, dari segi pembelajaran aktif
murid, kognitif murid, pembelajaran koperatif murid , penglibatan murid dan
emosi murid.
Tema pertama yang saya perolehi ialah penglibatan pembelajaran aktif murid
yang mengandungi dua kategori iaitu penumpuan dan berpusatkan murid.
Tema 1 : Pembelajaran aktif
I. Penumpuan
Penumpuan murid menunjukkan peningkatan kerana mereka tidak
melakukan kebisingan melampau sewaktu pembelajaran. Jika mereka
terlalu seronok melakukan aktiviti sewaktu pembelajaran, saya
menggunakan Kelas-Ya untuk mengembalikan semula fokus mereka.
Ini dapat ditunjukkan di dalam temu bual di bawah :
menarik perhatian murid untuk memberikan tumpuan kepada
pengajaran guru, jadi mereka akan fokus dan memberi reaksi spontan
sewaktu aaa dipanggil.
(TBGS / B28, B29, B30 && B31)
satu attraction pada murid supaya mereka dapat memberikan
perhatian dengan spontan
42
(TBGS / B40 & B41)
mereka memberi tumpuan
(TBGS / B83)
mereka memberi sepenuh perhatian dan tumpuan
(TBGS / B85 & B86)
tidak ada masalah murid yang aa mengambil kesempatan untuk
bersembang dengan kawan ataupun mereka mungkin takde masalah
nak dreaming rasanya…
(TBGS / B86, B87, B88 & B89)
untuk membantu mereka lebih fokus
(TBGS / B248 & B249)
II. Aktiviti berpusatkan murid
Aktiviti yang saya jalankan berpusatkan murid kerana murid melakukan
aktiviti secara berpasangan dengan menggunakan pergerakan, percakapan,
dan gaya badan. Murid-murid yang sebelum ini pendiam dan pasif turut
melakukan aktiviti apabila melihat rakan-rakan mereka. Hal ini ditunjukkan
melalui respon temu bual di bawah :
aktiviti ini berpusatkan murid (TBGS / B98)
memang berfokuskan murid (TBGS / B102)
43
Tema 2 : Kognitif
Tema kedua yang dapat dianalisis daripada data temu bual ialah dari aspek
kognitif yang mengandungi tiga kategori iaitu mengingat, memahami dan
mengaplikasi.
I. Mengingat
Kognitif murid dalam mengingat meningkat sewaktu pembelajaran
berlangsung kerana murid-murid mudah mengingat kata kunci atau
perkataan. Murid melakukan aktiviti mengajar rakan mereka berulang kali
dengan menyebut kata kunci yang telah digariskan berulang kali. Ini dapat
ditunjukkan di dalam temu bual di bawah :
dapat menguatkan daya ingatan dan dapat mengulang apa yang telah
dipelajari
(TBGS / B56 & B57)
dapat membantu ingatan mereka untuk lebih mengingat untuk jangka
masa panjang
(TBGS / B59 & B60)
maknanya mereka dapat mengulang balik, mengulang semula
perkataan tu…
(TBGS / B71, B72 & B73)
dapat membantu mengukuhkan memori muridlah
(TBGS / B75 & B76)
mereka boleh ingat
(TBGS / B237)
mereka lebih ingat
(TBGS / B249)
44
II. Memahami
Pemahaman murid juga meningkat kerana murid senang faham isi pelajaran
sewaktu pembelajaran berlangsung. Ini dapat dilihat sewaktu pembelajaran,
rakan mereka yang lebih memahami isi pelajaran, mengajar mereka apa
yang telah difahami daripada saya. Proses kognitif dalam minda berlaku
apabila murid berfikir untuk memahami apa yang diajar oleh guru. Hal ini
ditunjukkan melalui temu bual di bawah.
menterjemahkan kembali apa yang difahami
(TBGS / B58)
III. Mengaplikasi
Proses mengaplikasi menunjukkan peningkatan kerana murid dapat
menghubungkaitkan kata kunci dengan gaya badan sewaktu pembelajaran.
Contoh yang saya tunjukkan diperhatikan dan diaplikasikan dengan mereka
melakukan gaya badan sendiri dihubungkaitkan dengan kata kunci tertentu.
Hal ini ditunjukkan dalam respon temu bual di bawah :
dapat aaa menghubungkaitkan dengan gaya mereka dengan aaa,
dengan ingatan mereka
(TBGS / B64 & B65)
mereka dapat mengaplikasikan semula teknik mereka
(TBGS / B68 & B69)
Tema 3 : Pembelajaran koperatif
Seterusnya, tema yang diperolehi juga daripada temu bual ini ialah tema
pembelajaran koperatif yang mengandungi dua kategori iaitu
kebergantungan positif dan interaksi sosial.
I. Kebergantungan positif
Kebergantungan positif dalam kalangan murid menunjukkan peningkatan
disebabkan murid membantu satu sama lain sewaktu melakukan aktiviti
berkumpulan. Sewaktu aktiviti berpasangan, murid yang lebih mahir dilihat
45
mengajar dan memberi bimbingan kepada murid yang kurang mahir dalam
mengaitkan kata kunci dengan gaya badan semasa Ajar-Okay. Setiap ahli
kumpulan berusaha menyelesaikan tugasan berkumpulan dan membantu
ahli yang lemah supaya kejayaan kumpulan dinikmati bersama. Ini
menunjukkan pembelajaran aktif di mana murid aktif dan sibuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Proses pengajaran dan
pembelajaran saya ditambahbaik apabila penggunaan peneguhan atau token
tidak perlu untuk memancing murid melaksanakan tugasan kumpulan
dengan baik. Hal ini ditunjukkan oleh respon temu bual guru seperti di bawah
:
kolaborasi telah berlaku di situ di kalangan mereka dan kawan-kawan
(TBGS / B103, B104)
II. Interaksi Sosial
Interaksi sosial di antara murid-murid menunjukkan peningkatan kerana
mereka bergaul antara mereka melalui cara mengajar dan memberi
bimbingan sewaktu pembelajaran Ajar-Okay. Apabila murid melakukan
aktiviti bersama rakan, mereka rasa seronok dan menjadi suka untuk terlibat
dalam aktiviti yang dijalankan. Ini memberikan keseronokan kepada saya
apabila melihat murid-murid dapat berinteraksi secara harmoni sambil
melakukan pembelajaran. Ini ditunjukkan dalam respon temu bual seperti di
bawah
menunjuk ajar dalam masa yang sama dapat membimbing kawan-
kawan,haaa.
(TBGS / B233, B234)
Tema 4 : Penglibatan
Tema seterusnya yang dapat dikeluarkan dari data temu bual ialah tema
penglibatan yang mempunyai kategori iaitu penglibatan tingkah laku.
46
I. Penglibatan tingkah laku
Penglibatan tingkah laku murid menunjukkan peningkatan apabila murid
memberikan maklumbalas dan respon yang positif apabila aktiviti dijalankan.
Murid melakukan pergerakan, gaya badan dan perkataan sewaktu saya
menggunakan Kelas-Ya, Ajar Okay dan Cermin Perkataan. Perbuatan-
perbuatan yang menganggu kelas seperti tidur, bermain dengan rakan dan
berkhayal dapat dikurangkan. Ini menunjukkan murid terlibat secara tingkah
laku yang menyebabkan murid aktif sewaktu pembelajaran. Ini dapat dilihat
dalam temu bual di bawah :
nampaknya keseluruhan murid menjayakannya sepenuhnya hundred
percent. Jadi takdelah aaa murid yang mengambil kesempatan untuk
bermain-main
(TBGS / B145, B146, B 147)
kesemua murid tidak terkecuali daripada tidak melakukannya
(TBGS / B230, B231)
mereka aktif dalam kelas sepenuhnya sebab mereka ,em sebab
mereka dapat melakukannya
(TBGS / B96, B97)
Tema 5 : Emosi
Tema yang terakhir ialah tema emosi yang mengandungi satu kategori iaitu
emosi positif.
I. Emosi positif
Emosi positif murid menunjukkan peningkatan apabila murid-murid gembira
melakukan aktiviti bersama rakan-rakan sewaktu pembelajaran berlaku.
Saya menggunakan Ajar-Okay yang memberi keseronokan terhadap murid-
murid kerana mereka perlu bergaul dengan rakan-rakan sambil melakukan
pergerakan-pergerakan, percakapan berintonasi, mimik muka dan gaya
47
badan yang menyeronokkan. Ini ditunjukkan dalam respon temu bual guru di
bawah :
Aaa seronoklah sebab mereka , maknanya pergaulan murid secara
keseluruhannya…
(TBGS / B229)
5.3.2 Analisis Temu Bual Murid 1 Dan 2
Pengekodan data temu bual murid dibuat berdasarkan jenis kaedah, jenis
responden dan baris transkrip. Kod TB digunakan untuk mewakili kaedah
pengumpulan data temu bual, manakala kod M1 dan M2 mewakili responden
iaitu murid 1 atau murid 2. Huruf B4 digunakan untuk mewakili baris dan
nombor 4 untuk menunjukkan baris transkrip di dalam jadual itu. Ini boleh
dilihat dalam contoh di bawah. Pengekodan dan pengkategorian analisis
data temu bual murid adalah seperti dalam jadual 8.0 di bawah :
Jadual 8.0
Contoh transkrip temu bual murid
Baris Penyelidik / Dialog Kategori Kod
7
Responden
MURID 1 Perasaan, seronok. Emosi TBM1
positif / B7
Setelah menemu bual murid 1 dan murid 2, saya menganalisis data dan
dapat mengeluarkan tema dan kategori seperti di dalam jadual di bawah :
48
Analisis Temu Bual Murid 1
Jadual 9.0
Tema, kategori dan respon murid 1
TEMA KATEGORI RESPON MURID
Emosi Emosi positif Perasaan, seronok.
(TBM1 / B7)
Seronok.
(TBM1 / B65)
Seronok.
(TBM1 / B96)
Rasa best.
(TBM1 / B128)
Emmm rasa seronok nak
main.
(TBM1 / B138)
Haa, best
(TBM1 / B219)
Seronok.
(TBM1 / B302)
Pembelajaran visual Tingkah laku peniruan Sebab dapat aaa ikut
kawan-kawan buat gaya kat
depan.
(TBM1 / B10, B11)
Emm, buat gaya.
(TBM1 / B24)
Sebab ada kawan-kawan
ikut nanti.
(TBM1 / B40)
Dua-dua (verbal dan visual),
cakap dengan gaya.
49
Pembelajaran Interaksi sosial (TBM1 / B57)
koperatif Keterujaan
Ikut.
Motivasi intrinsik (TBM1 / B118)
pastu kawan-kawan kena
ikut gaya, cakap saya
(TBM1 / B228, B229)
Lepas tu,…kena ikut.
(TBM1 / B244)
kawan-kawan boleh ikut
gaya yang kita buat.
(TBM1 / B273)
Sebab ada kawan.
(TBM1 / B13)
Emmm, bila ada kawan.
(TBM1 / B20)
sebab buat dengan kawan,
kawan tunjukkan.
(TBM1 / B109 & B110)
Belajar, dengan kawan.
(TBM1 / B183)
Mendapat buat aktiviti
dengan kawan bersama-
sama.
(TBM1 / B230)
Sebab kawan-kawan
(TBM1 / B279)
Sebab ada kawan.
(TBM1 / B304)
Ada nervous, ada cam
gembira sikit.
(TBM1 / B38)
Semangat.
(TBM1 / B131)
50