Pembelajaran aktif Minat macam semangat.
(TBM1 / B192)
Penumpuan
Sebab saya dapat mengajar
kawan-kawan saya teruja,
semangat sebab sy jadi
cikgu, saya ajar yang si B.
(TBM1 / B203)
Rasa macam teruja.
(TBM1 / B217)
semangat.
(TBM1 / B219)
Suka.
(TBM1 / B94)
Nak belajar.
(TBM1 / B194)
Sebab cikgu nak suruh
kitorang ni fokus, pandang
cikgu.
(TBM1 / B75, B76)
Kena senyap, pandang
cikgu.
(TBM1 / B92)
Bila kawan tanya, macam
nak bercakap, saya macam
tak kasi cakaplah, macam
saya mmg tak pedulikan,
pastu saya tak main sebab
sy nk fokus dengan kawan
saya buat gaya dengan
bercakap
51
Kognitif Main peranan (TBM1 / B175, B176)
Mengingat
Emmm tak sempat nak
Aplikasi layan.
(TBM1 / B180)
Macam, fokuslah
(TBM1 / B192)
Emmm, tumpukan
perhatian, kena pandang
cikgu, kena senyap.
(TBM1 / B223, B224)
Emmm, kena dengar kata
cikgu, jangan bercakap
(TBM1 / B226, B227)
Emm fokus, berjayalah.
(TBM1 / B293)
bila cikgu cakap kelas
kitorang terus tarik
perhatian
(TBM1 / B295)
Sebab saya boleh jadi cikgu
(TBM1 / B272)
Sebab banyak kali ulang,
(TBM1 / B109)
Ingat.
(TBM1 / B166)
Sebab cikgu selalunya
banyak kali ulang.
(TBM1 / B168)
Ingat.
(TBM1 / B325)
Gaya sendiri.
(TBM1 / B319)
52
Analisis Temu Bual Murid 2
Jadual 10.0
Tema, kategori, respon murid 2
TEMA KATEGORI RESPON MURID
Emosi Emosi positif Seronok.
(TBM2 / B7)
Emosi negatif
Puas hati
Pembelajaran Interaksi sosial (TBM2 / B247)
koperatif
Seronok
Motivasi Minat (TBM2 / B298)
intrinsik
Rasa takut.
Kebimbangan (TBM2 / B95)
terhadap tugasan
Rasa, rasa malu.
Mengingat (TBM2 / B97)
Sebab ada kawan yang ajar.
(TBM2 / B10)
Sebab ada kawan yang
mengajar.
(TBM2 / B30)
Ada kawan yang mengajar kita.
(TBM2 / B61)
Nak ajar kawan, pastu kawan
ajar kita balik.
(TBM2 / B79)
Suka.
(TBM2 / B28)
Fikir nak ajar,
(TBM2 / B187)
Saya rasa berani, walaupun saya
takut.
(TBM2 / B101)
Kognitif
53
Pembelajaran Penumpuan Satu je, saya paling ingat.
aktif (TBM2 / B149)
Dua kali bagi dia paham.
(TBM2 / B157)
kita boleh ingat.
(TBM2 / B304)
pastu semua kena berhenti
menulis, buat kerja lain.
(TBM2 / B36, B37)
Senyap.
(TBM2 / B39)
Pandang cikgu.
(TBM2 / B41)
Fokus.
(TBM2 / B48)
Fokus.
(TBM2 / B124)
Tak, fokus kat cikgu.
(TBM2 / B128)
Kalau dia aktif, dia tak tidur, dia
tak mengantuk, pastu dia
tak…….(diam yang lama)
bermain, dia dengar cakap cikgu
je.
(TBM2 / B193, B194, B195)
Saya tak tidur dalam kelas
(TBM2 / B215)
Hmmm, kita fokus, tak tidur
dalam kelas.
(TBM2 / B220)
Pandang depan, masa aaa,
cikgu tengah bercakap.
(TBM2 / B223, B224)
Saya tak tidur
(TBM2 / B230)
54
Komunikasi Komunikasi lisan takde masa untuk mengantuk
Penglibatan dengan tidur dan main-main.
(TBM2 / B239, B240)
Sebab, dia boleh fokuskan kita,
boleh buat kita dengar
(TBM2/ B283, B284)
sebab dia boleh menarik
perhatian kita sewaktu kita
bermain.
(TBM2 / B298 & B299)
Cikgu sebut tu kuat, boleh saya
dengar.
(TBM2 / B264)
Penglibatan tingkah Mula-mula saya main kat
laku belakang, pahtu cikgu cakap
kuat-kuat…,sampai suara…
(TBM2 / B268, B269)
Aktiviti pergerakan tangan,
pergerakan mulut, dan anggota
badan
(TBM2 / B200, B201)
Aktif..
(TBM2 / B208)
Boleh bergerak
(TBM2 / B288)
Hasil daripada analisis data temu bual murid 1 dan murid 2, saya dapat
mengelaskan 5 tema yang sama iaitu emosi, pembelajaran koperatif,
motivasi intrinsik, penglibatan pembelajaran aktif dan kognitif. Manakala,
terdapat 3 tema yang diperoleh yang tidak sama dari kedua-dua temu bual
iaitu pembelajaran visual, komunikasi dan penglibatan.
55
Tema 1 : Emosi
Tema pertama yang didapati daripada temu bual murid 1 dan 2 ialah tema
emosi murid yang mempunyai kategori emosi positif.
I. Emosi positif
Di bawah tema emosi, murid menunjukkan emosi positif apabila sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid kebanyakkan
memberi respon bahawa mereka seronok dan rasa suka belajar
menggunakan strategi SPKO. Ini dapat dilihat sewaktu di dalam kelas, murid
tidak lekang daripada senyum sewaktu PdP menggunakan SPKO dijalankan.
Jika sebelum ini, sewaktu kelas saya yang tidak menggunakan apa-apa
strategi, murid-murid hanya diam dan ada yang kelihatan mengantuk
terutamanya murid di belakang kelas. Ada juga respon murid yang
menunjukkan murid melihat strategi ini sama seperti bermain yang
memberikan perasaan seronok terhadapnya. Ini dapat ditunjukkan dalam
temu bual bersama murid 1 di bawah yang berulang-ulang menyatakan
perasaan seronok apabila melakukan PdP menggunakan SPKO :
Perasaan, seronok. (TBM1 / B7)
Seronok. (TBM1 / B65)
Rasa best. (TBM1 / B128)
Emmm rasa seronok nak main. (TBM1 / B138)
Haa, best (TBM1 / B219)
Seronok (TBM1 / B302)
56
Temu bual bersama murid 2 juga bersetuju perkara yang sama di mana
mereka merasai emosi positif. Hal ini ditunjukkan dalam respon temu bual
murid 2 di bawah :
Seronok.
(TBM2/ B7)
Tema 2 : Pembelajaran Koperatif
Tema yang seterusnya ialah tema pembelajaran koperatif yang
mengandungi satu kategori iaitu interaksi sosial.
I. Interaksi sosial
Murid terlibat dalam pembelajaran koperatif di mana mereka melakukan
interaksi sosial sewaktu PdP. Kebanyakan respon murid menunjukkan
mereka suka yang saya jalankan disebabkan mereka dapat berinteraksi
bersama rakan-rakan mereka sewaktu belajar. PdP menjadi tidak
membosankan dan aktif apabila murid-murid dipasangkan dengan pasangan
mereka sewaktu Ajar-Okay. Ini dapat ditunjukkan di dalam temu bual murid 1
di bawah :
Sebab ada kawan.
(TBM1 / B13)
Emmm, bila ada kawan
(TBM1 / B20)
sebab buat dengan kawan, kawan tunjukkan.
(TBM1 / B109 & B110)
Mendapat buat aktiviti dengan kawan bersama-sama.
(TBM1 / B230)
57
Temu bual murid 2 juga menunjukkan hal yang sama seperti di bawah :
Sebab ada kawan yang ajar
(TBM2 / B10)
Sebab ada kawan yang mengajar.
(TBM2 / B30)
Nak ajar kawan, pastu kawan ajar kita balik.
(TBM2 / B79)
Tema 3 : Motivasi Intrinsik
Tema seterusnya yang diperoleh daripada kedua-dua temu bual murid ialah
tema motivasi intrinsik yang mempunyai tiga kategori iaitu keterujaan, minat
dan kebimbangan terhadap tugasan.
I. Keterujaan
Keterujaan dapat dilihat sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Hal ini kerana, ramai murid yang memberi respon mengangkat
tangan sewaktu saya meminta sukarela sewaktu aktiviti Ajar-Okay dan
Cermin Perkataan untuk keluar ke hadapan kelas. Keterujaan murid juga
dapat dilihat apabila terdapat murid yang memberi respon bahawa dia teruja
untuk menjadi guru yang mengajar rakannya semasa main peranan Ajar-
Okay. Sebelum ini, murid-murid menunjukkan riak wajah kebosanan dan
menunjukkan perbuatan menongkat dagu dan meletakkan kepala di atas
meja apabila saya melakukan aktiviti semasa pembelajaran. Tetapi pada
PdP yang saya laksanakan menggunakan strategi ini, murid menunjukkan
perubahan tingkah laku dari pasif kepada teruja untuk melibatkan diri dalam
aktiviti. Keterujaan yang ditunjukkan oleh murid memberikan satu semangat
58
kepada saya sewaktu menjalankan PdP. Ini ditunjukkan dalam respon temu
bual murid 1 di bawah :
Ada nervous, ada cam gembira sikit.
(TBM1 / B38)
Sebab saya dapat mengajar kawan-kawan saya teruja, semangat
sebab sy jadi cikgu, saya ajar yang si B.
(TBM1 / B203)
Rasa macam teruja.
(TBM1 / B217)
II. Minat
Seterusnya, murid menunjukkan minat sewaktu terlibat dalam PdP yang
saya jalankan. Murid 1 dan 2 menunjukkan mereka menyukai pembelajaran
saya yang menggunakan strategi-strategi dalam SPKO berbanding PdP
sebelum ini yang tidak menggunakan SPKO. Apabila ditanya mengapa
mereka minat, murid menjawab mereka berasa seronok sewaktu
pembelajaran kerana mereka boleh berinteraksi bersama kawan-kawan.
Kedua-dua murid ini menyatakan lagi mereka hanya fikir hendak mengajar
dan hendak belajar sewaktu PdP. Ini menunjukkan mereka mempunyai
keinginan dan minat untuk mengajar dan belajar bersama rakan mereka. Ini
dapat ditunjukkan dalam respon temu bual murid 1 di bawah :
Suka.
(TBM1 / B94)
Nak belajar.
(TBM1 / B194)
59
Temu bual murid 2 juga menunjukkan respon yang sama seperti yang dapat
dilihat di bawah :
Suka.
(TBM2 / B28)
Fikir nak ajar
(TBM2 / B187)
Tema 4 : Penglibatan Pembelajaran Aktif
Tema seterusnya ialah penglibatan pembelajaran aktif yang mengandungi
dua kategori iaitu penumpuan dan main peranan.
I. Penumpuan
Penumpuan murid dapat ditingkatkan kerana murid berjaya dikawal sewaktu
pembelajaran berlaku. Dalam PdP saya sebelum ini, sukar untuk saya
mengawal murid disebabkan mereka yang bising dan melakukan perbuatan-
perbuatan yang mengganggu kelas seperti mengacau kawan dan berkhayal.
Sewaktu PdP, murid yang berada dalam keadaan bising, mula senyap dan
memberikan perhatian kepada saya apabila menggunakan Kelas-Ya. Ini
dapat ditunjukkan dalam respon temu bual daripada murid 1 dan 2 di bawah :
Sebab cikgu nak suruh kitorang ni fokus, pandang cikgu
(TBM1 / B75, B76)
Emmm, tumpukan perhatian, kena pandang cikgu, kena senyap.
(TBM1 / B223, B224)
Pandang depan, masa aaa, cikgu tengah bercakap
(TBM2 / B223, B224)
sebab dia boleh menarik perhatian kita sewaktu kita bermain.
(TBM2 / B298 & B299)
60
Selain itu juga, murid-murid fokus dan menumpukan perhatian kepada apa
yang saya lakukan di mana murid tidak sempat untuk melakukan perkara-
perkara mengganggu proses PdP kerana mereka perlu fokus untuk melihat,
memerhatikan tingkah laku, percakapan, dan gaya badan saya dan meniru
kembali apa yang dilihatnya. Hal ini supaya mereka tidak tertinggal gaya
badan, perkataan atau tingkah laku yang saya lakukan.
Kalau dia aktif, dia tak tidur, dia tak mengantuk, pastu dia
tak…….(diam yang lama) bermain, dia dengar cakap cikgu je.
(TBM2 / B193, B194, B195)
takde masa untuk mengantuk dengan tidur dan main-main.
(TBM2 / B239, B240)
Terdapat juga murid yang mengatakan dia tidak sempat untuk bersembang
dengan rakan dan memberi respon terhadap rakannya yang mengacaunya
kerana dia sibuk menumpukan perhatian terhadap rakannya yang
mengajarnya dalam strategi Ajar-Okay! Ini menunjukkan murid terlibat
dengan proses PdP dan juga menunjukkan pengajaran dan pembelajaran
saya mampu untuk menarik fokus dan tumpuan mereka sewaktu PdP. Ini
juga menyebabkan saya menjadi bersemangat untuk terus mengajar apabila
murid memberikan tumpuan kepada saya. Ini dapat dibuktikan daripada
respon murid 1 di bawah :
Bila kawan tanya, macam nak bercakap, saya macam tak kasi
cakaplah, macam saya mmg tak pedulikan, pastu saya tak main sebab
sy nk fokus dengan kawan saya buat gaya dengan bercakap.
(TBM1 / B175, B176)
Tema 5 : Kognitif
Tema seterusnya ialah kognitif yang mempunyai dua kategori iaitu
mengingat dan aplikasi.
61
I. Aplikasi
Hasil temu bual murid bersetuju bahawa strategi-strategi dalam SPKO dapat
membantu murid secara kognitif iaitu murid dapat membuat aplikasi. Ini
dapat dilihat apabila saya mengajarkan terlebih dahulu kepada murid-murid
cara mengaitkan kata kunci tertentu atau perkataan tertentu mengenai
konsep sains dengan gaya badan. Setelah itu, saya meminta mereka
membuat gaya badan sendiri dan mengaitkan dengan kata kunci atau
perkataan mereka sendiri. Murid dilihat dapat mengaplikasikannya semasa
mereka melakukan strategi tersebut di hadapan kelas. Ini menunjukkan
SPKO berjaya meningkatkan pembelajaran aktif murid apabila ia berjaya
membuatkan murid terlibat secara kognitif iaitu dapat mengaplikasikan apa
yang diajarkan kepada mereka.
Ini dapat dilihat dalam respon temu bual murid di bawah :
Haaa, masa tu awak keluar dekat depan tu aaa awak buat gaya tu
awak buat gaya sendiri ke, gaya tu yang cikgu bagi?
Gaya sendiri.
(TBM1 / B319)
II. Mengingat
Proses kognitif murid iaitu mengingat dapat ditingkatkan sewaktu
pembelajaran disebabkan murid melakukan pengulangan isi penting yang
telah saya gariskan. Murid dilihat mengajar rakan mereka isi penting sewaktu
Ajar-Okay menggunakan gaya badan secara berulang kali. Ini menyebabkan
murid-murid mudah untuk mengingat sewaktu pembelajaran. Dalam PdP
sebelum ini, murid mendengar saya bercakap menerangkan isi penting,
tetapi dalam PdP ini, murid mendengar dan mengulangi apa yang diulangi
menjadikan mereka mudah untuk mengingat. Ini dapat ditunjukkan di bawah
:
kalau cikgu suruh keluar daripada kelas pun awak ingat tak aaa apa
yang cikgu ajar tu guna ajar-okay tu, kan yang tadi cara mencegah
pengaratan kan, bila awak keluar kelas kalau cikgu tanya lagi awak
rasa awak ingat tak ?
62
Ingat.
Ingat? Sebab ?
Sebab cikgu selalunya banyak kali ulang.
(TBM1 / B168)
Murid 2 juga menyatakan mudah untuk mengingat menggunakan kaedah ini.
Ini ditunjukkan dalam respon temu bual murid 2 di bawah :
Mudah ingat tak masa awak buat ni ?
Mudah.
(TBM2 / B306)
Tema 6 : Pembelajaran Visual
Tema yang seterusnya ialah pembelajaran visual yang mempunyai satu
kategori iaitu tingkah laku peniruan.
I. Tingkah laku peniruan
Tingkah laku peniruan dapat dilihat sewaktu saya menjalankan pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini kerana, murid melihat, memerhatikan dan meniru
tingkah laku dan perkataan yang saya tunjukkan di hadapan kelas sewaktu
Cermin Perkataan. Murid juga melihat tingkah laku, pergerakan dan gaya
badan rakan mereka sewaktu Ajar Okay dan meniru tingkah laku tersebut. Ini
menunjukkan saya dapat melaksanakan pembelajaran aktif dari segi tingkah
laku peniruan yang ditunjukkan oleh murid sewaktu PdP. Ini ditunjukkan
dapat ditunjukkan di bawah :
Sebab dapat aaa ikut kawan-kawan buat gaya kat depan.
(TBM1 / B10, B11)
Emm, buat gaya.
(TBM1 / B24)
63
Sebab ada kawan-kawan ikut nanti.
(TBM1 / B40)
Dua-dua (verbal dan visual), cakap dengan gaya.
(TBM1 / B57)
pastu kawan-kawan kena ikut gaya, cakap saya
(TBM1 / B228, B229)
Lepas tu,…kena ikut.
(TBM1 / B244)
kawan-kawan boleh ikut gaya yang kita buat.
(TBM1 / B273)
Tema 7 : Komunikasi
Tema yang seterusnya ialah tema komunikasi yang mempunyai satu kategori
iaitu komunikasi lisan.
I. Komunikasi lisan
Komunikasi lisan saya dapat ditambah baik kerana perhatian murid dapat
diperoleh supaya tertumpu kepada saya apabila saya ingin bercakap di
hadapan kelas. Murid-murid yang bermain dan bercakap dengan rakan
dilihat terus memberi respon apabila saya menggunakan kata kunci Kelas!
Untuk mendapatkan perhatian mereka. Hal ini kerana, suara yang saya
gunakan ringkas, jelas dan cukup kuat untuk murid dengar dan memberi
respon. Jika dalam PdP sebelum ini, murid hanya buat acuh tah acuh sahaja
apabila saya menyuruh mereka diam dan memandang saya yang ingin
bercakapp di hadapan kelas. Tetapi, apabila saya menggunakan Kelas-Ya!,
murid terus memberi tindak balas yang diinginkan. Ini menunjukkan saya
dapat meningkatkan pembelajaran aktif murid dari segi kawalan kelas
melalui komunikasi lisan saya yang telah ditambah baik. Ini dapat
ditunjukkan dalam temu bual murid di bawah :
64
Cikgu sebut tu kuat, boleh saya dengar.
(TBM2 / B264)
Mula-mula saya main kat belakang, pahtu cikgu cakap kuat-
kuat…,sampai suara…
(TBM2 / B268, B269)
Tema 8 : Penglibatan
Tema seterusnya ialah tema penglibatan yang mengandungi satu kategori
iaitu penglibatan tingkah laku.
I. Penglibatan tingkah laku
Penglibatan tingkah laku murid dapat ditingkatkan semasa saya melakukan
PdP kerana murid menjadi pembelajar aktif. Hal ini kerana, semasa saya
melakukan Ajar-Okay, murid melakukan pergerakan tangan, pergerakan
mulut dan anggota badan. Dalam PdP saya sebelum ini, murid berada di
tempat duduk mereka sambil mendengar apa yang saya sampaikan di
hadapan dan menyalin apa yang ditulis di papan putih. Ini menyebabkan
murid mudah bosan dan kelihatan pasif. Tetapi perubahan tingkah laku murid
dilihat pada pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini apabila murid
tidak lagi pasif tetapi aktif melibatkan diri dari segi tingkah laku. Ini
menunjukkan saya telah dapat meningkatkan pembelajaran aktif murid dari
segi penglibatan tingkah laku murid-murid. Ini dapat dilihat dalam temu bual
di bawah :
So, maksudnya dalam kelas tu dia ada buat aktiviti ke yang
menunjukkan dia aktif ?
Ada.
Kalau yang ni dia buat aktiviti apa ?
65
Aktiviti pergerakan tangan, pergerakan mulut, dan anggota badan
(TBM2 / B200, B201)
5.3.3 Analisis Data Rakaman Video
Pengekodan data rakaman video dibuat berdasarkan jenis kaedah dan baris
transkrip. Kod DRV digunakan untuk mewakili kaedah pengumpulan data
rakaman video manakala kod B digunakan untuk mewakili baris dan nombor
4 untuk menunjukkan baris transkrip di dalam jadual transkrip. Pengekodan
dan pengkategorian analisis data rakaman video adalah seperti dalam jadual
11.0 di bawah :
Jadual 11.0
Contoh transkrip data rakaman video
Minit Baris Tindakan Guru Respon Murid Kategori Kod
16 Guru memulakan Semua murid diam
17 pengajaran dan mendengar arahan Penump DRV /
18 pembelajaran (PdP) daripada guru. uan B16 &
19 dengan Semua murid tertumpu ke B17
20 memberikan arahan hadapan kepada cikgu.
21
Terdapat dalam 2 atau 3
kepada murid untuk
22 orang murid yang
23 mencari perkataan mengangkat tangan lebih
23 tersembunyi dalam awal walaupun guru DRV /
masih belum meminta Keteruja B23 &
25 crossword puzzle di mereka mengangkat an B25
26 papan putih di tangan untuk hadir ke
27 hadapan.
28 hadapan kelas.
29 Guru berada di
30 hadapan kelas dan
31 bercakap bagi
menerangkan
arahan.
Setelah melakukan rakaman video, saya menganalisis data dan dapat
mengeluarkan tema dan kategori seperti di dalam jadual di bawah :
66
Jadual 12.0
Tema, kategori dan contoh pengekodan rakaman video
TEMA KATEGORI CONTOH PENGEKODAN
Penglibatan Penglibatan tingkah laku Murid yang siap terus melakukan hands-
off.
(DRV / B220 & B221)
Semua murid menyahut Ya!
(DRV / B275)
Murid menyahut Ya! dengan tegas dan
membuat gaya genggaman tangan.
(DRV / B293, B294, B295 & B296)
Semua murid menyahut sama ada “Yes!”
atau “Ya!”
(DRV / B379, B380 & B381)
Murid menyebut “Okay” dengan kuat dan
bergerak berada di dalam pasangan.
(DRV / B750, B751, B752, B753 & B754)
67
Pembelajaran Penumpuan Semua murid diam mendengar arahan
aktif daripada guru
(DRV / B16 & B17)
Semua murid menyahut Ya! dan murid
memandang ke hadapan kepada guru.
(DRV / B276 &277)
Semua murid tertumpu ke hadapan
kepada cikgu
(DRV / B20)
Murid mendengar penerangan guru
tanpa sebarang suara.
(DRV / B61 & B62)
Semua murid tertumpu kepada guru
(DRV / B93, B94 & B95)
Murid masih mendengar dengan fokus
dan tanpa membuat bising.
(DRV / B99, B100, B101 & B102)
memandang guru.
(DRV / B235)
murid memandang ke hadapan
(DRV / B276 &277)
Motivasi Semangat Mereka menyahut Ya! sekali lagi
Intrinsik Keterujaan dengan suara yang lebih kuat dan
tegas.
(DRV / B11, B13, B14 & B15)
Ramai murid mengangkat tangan untuk
menjawab
(DRV / B34)
Ramai murid yang mengangkat tangan
(DRV / B66)
orang murid yang mengangkat tangan
lebih awal
(DRV / B23 & B25)
68
Pembelajaran Interaksi Sosial terdapat murid yang berbincang jawapan
koperatif antara satu sama lain,
(DRV / B158, B159 & B160)
ketua kumpulan mereka berbincang
bersama-sama ahli untuk mendapatkan
jawapan.
(DRV / B170, B171, B172)
Dalam keadaan berpasangan, seorang
murid melakukan teknik Ajar Okay
dengan menyebut ayat…
(DRV / B769 & B770)
Murid aktif membuat gaya dan mengajar
pasangan mereka dengan diikuti oleh
pasangan mereka mengajar mereka
pula.
(DRV / B829, B830, B832 & B833)
Murid kelihatan gembira melakukan
aktiviti bersama kawan mereka.
(DRV / B B796)
Pembelajaran Tingkah laku peniruan dalam irama dan nada yang sama
secara visual dengan guru.
(DRV / B381, B382 & B383)
Murid mengikut guru menepuk tangan
sekali.
(DRV / B457, B458, B459)
Murid meniru perbuatan guru dari segi
percakapan dan gaya anggota badan
(DRV / B466, B467, B468 & B469)
Murid meniru perbuatan guru iaitu
percakapan dan gaya.
(DRV / B470, B371, B472 & B473)
Murid meniru percakapan guru dengan
suara yang kuat.
(DRV / B474, B475, B476 & B477)
Murid tersebut melakukan penerangan
isi pelajaran menggunakan ayatnya
sendiri dan gayanya sendiri.
(DRV / B526, B527, B528, B529 & B530)
Murid meniru gaya dan perbuatan guru.
(DRV / B742, & B743)
69
Kognitif Aplikasi Murid tersebut menunjukkan gaya yang
Emosi Emosi positif ingin dilakukan olehnya.
(DRV / B549, B550 & B551)
menyampaikan isi pelajaran
menggunakan ayat sendiri di hadapan
kelas.
(DRV / B943, B944, B945 & B946)
Murid kelihatan gembira melakukan
aktiviti
(DRV / B794)
Setelah menganalisis data rakaman video, saya dapat mengenalpasti tujuh
tema iaitu penglibatan, pembelajaran aktif, motivasi intrinsik, pembelajaran
koperatif, pembelajaran secara visual, kognitif dan emosi.
Tema 1 : Penglibatan
Tema pertama yang dikenalpasti ialah penglibatan yang terdiri daripada satu
kategori iaitu penglibatan tingkah laku.
I. Penglibatan tingkah laku
Penglibatan tingkah laku dapat dilihat sewaktu saya melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran kerana murid memberi respon dan
menunjukkan penglibatan. Jika saya menyebut kata kunci Kelas murid terus
memberi respon segera dengan menyahut dengan nada dan intonasi yang
sama serta membuat gaya “genggaman tangan”. Murid-murid lain yang
kurang peka juga dilihat ikut terlibat dalam memberi respon dari segi verbal
dan perbuatan apabila menyedari perbuatan rakannya. Ini berbeza dari PdP
saya sebelum ini di mana murid tidak mengendahkan apabila saya
memanggil mereka secara verbal. Ini dipersetujui oleh pemerhatian di dalam
data rakaman video di bawah :
Semua murid menyahut sama ada “Yes!” atau “Ya!”
(DRV / B379, B380 & B381)
70
Murid menyahut Ya! dengan tegas dan membuat gaya genggaman
tangan.
(DRV / B293, B294, B295 & B296)
Murid juga dilihat memberi penglibatan tingkah laku yang sepenuhnya
apabila saya memberitahu arahan kata kunci sewaktu Ajar-Okay mereka
terus memberi respon menurut apa yang saya suruh. Ini dibuktikan melalui
pemerhatian dalam rakaman video di bawah :
Murid menyebut “Okay” dengan kuat dan bergerak berada di dalam
pasangan.
Oleh itu, ia menunjukkan terdapat penambah baikan terhadap proses PdP
saya apabila setelah menggunakan strategi-strategi ini di mana murid
memberikan maklum balas secara penglibatan tingkah laku dengan baik
berbanding dulu. Jika sebelum ini, sekiranya saya melakukan PdP biasa,
ada murid yang melakukan perbuatan bersembang dengan kawan tanpa
mempedulikan apa yang saya lakukan dan ajar di hadapan kelas. Oleh itu,
ini menunjukkan saya telah dapat meningkatkan pembelajaran aktif murid
sewaktu pembelajaran dari segi penglibatan tingkah laku mereka.
Tema 2 : Pembelajaran aktif
Selain itu, tema yang dapat diperoleh juga ialah tema penglibatan
pembelajaran aktif yang terdiri daripada penumpuan.
I. Penumpuan
Penumpuan murid dapat ditingkatkan kerana murid dapat memberikan fokus
yang baik sewaktu saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Murid
dapat difokuskan dengan baik apabila saya menggunakan Kelas-Ya di mana
murid terus memandang kepada saya yang berada di hadapan dan
71
mendengar penerangan dan penyampaian saya dengan tekun tanpa
membuat bising. Ini memudahkan saya menyampaikan arahan dan
penerangan apabila murid tidak lagi membuat bising. Ini dapat ditunjukkan di
bawah :
Semua murid menyahut Ya! dan murid memandang ke hadapan
kepada guru.
(DRV / B276 &277)
Semua murid diam mendengar arahan daripada guru
(DRV / B16 & B17)
Semua murid tertumpu ke hadapan kepada cikgu
(DRV / B20)
Murid mendengar penerangan guru tanpa sebarang suara.
(DRV / B61 & B62)
Murid masih mendengar dengan fokus dan tanpa membuat bising.
(DRV / B99, B100, B101 & B102)
Tema 3 : Motivasi Intrinsik
Tema seterusnya ialah motivasi intrinsik yang terdiri daripada dua kategori
iaitu keterujaan dan semangat.
I. Keterujaan
Keterujaan dapat dilihat sewaktu saya menjalankan pengajaran dan
pembelajaran disebabkan murid menunjukkan keinginan yang kuat untuk
melakukan aktiviti. Kebanyakkan murid dilihat mengangkat tangan lebih awal
sebelum saya memberi arahan untuk memilih wakil bagi melakukan tugasan
72
di hadapan kelas. Ini berbeza daripada PdP saya sebelum ini, di mana
apabila saya meminta murid secara sukarela ke hadapan kelas atau untuk
menjawab tugasan tertentu, semua murid diam dan hanya memandang guru
dan rakan mereka yang lain. Tetapi sewaktu saya melakukan pembelajaran
menggunakan SPKO, ramai murid menawarkan diri secara sukarela untuk
melakukan sesuatu tugasan. Ini menunjukkan saya telah meningkatkan
pembelajaran aktif murid dari segi keterujaan murid sehingga mereka
memilih untuk melibatkan diri dalam PdP secara suka. Ini ditunjukkan dalam
pemerhatian rakaman video di bawah :
murid yang mengangkat tangan lebih awal
(DRV / B23 & B25)
II. Semangat
Murid menunjukkan semangat sewaktu saya melaksanakan PdP. Hal ini
kerana, murid menjadi peka dan tertunggu-tunggu saya menyebut kata kunci
dalam aktiviti Kelas-Ya dan mereka memberi respon dengan suara dan nada
yang kuat. Apabila melihat murid bersemangat, saya juga turut bersemangat
untuk meneruskan pengajaran. Ini menunjukkan saya dapat meningkatkan
pembelajaran aktif murid dari segi semangat dalam pembelajaran. Ini dapat
ditunjukkan dalam pemerhatian rakaman video di bawah :
mereka menyahut Ya! sekali lagi dengan suara yang lebih kuat dan
tegas.
(DRV / B11, B13, B14 & B15)
Tema 4 : Pembelajaran Koperatif
Tema yang seterusnya ialah pembelajaran koperatif yang mempunyai satu
tema iaitu interaksi sosial.
73
I. Interaksi sosial
Interaksi sosial dapat dilihat semasa saya melaksanakan pembelajaran
kerana murid membantu antara satu sama lain dalam aktiviti yang dilakukan.
Hal ini dapat dilihat sewaktu saya melakukan Ajar-Okay, murid mengajar dan
membimbing murid yang menjadi pasangan mereka dalam membuat gaya
badan dan pergerakan dan mengaitkan dengan kata kunci yang telah
digariskan. Dalam pembelajaran sebelum ini, murid kurang menunjukkan
interaksi antara murid kerana saya memonopoli PdP di mana murid hanya
melakukan interaksi dengan saya tetapi pada PdP ini, murid menunjukkan
interaksi sosial antara mereka dengan cara membimbing rakan dalam PdP.
Ini menunjukkan saya berjaya meningkatkan pembelajaran aktif murid dari
segi interaksi sosial antara murid. Ini ditunjukkan dalam pemerhatian
rakaman video di bawah :
Dalam keadaan berpasangan, seorang murid melakukan teknik Ajar
Okay dengan menyebut ayat…
(DRV / B769 & B770)
Murid kelihatan gembira melakukan aktiviti bersama kawan mereka.
(DRV / B B796)
Murid aktif membuat gaya dan mengajar pasangan mereka dengan
diikuti oleh pasangan mereka mengajar mereka pula.
(DRV / B829, B830, B832 & B833)
Tema 5 : Pembelajaran Visual
Tema yang berikut ialah pembelajaran secara visual di mana mengandungi
satu kategori iaitu tingkah laku peniruan.
74
I. Tingkah laku peniruan
Tingkah laku peniruan oleh murid ditunjukkan sewaktu saya melakukan PdP.
Hal ini kerana, murid melihat, memerhatikan dan meniru tingkah laku yang
saya tunjukkan di hadapan kelas. Sebelum ini, pembelajaran di dalam kelas
agak membosankan disebabkan saya kurang menggunakan pergerakan,
irama, percakapan dan gaya badan tetapi banyak menggunakan perkataan
dalam menyampaikan pengajaran. Tetapi sewaktu saya melaksanakan
aktiviti Ajar-Okay murid kelihatan seronok meniru tingkah laku dan gaya
badan yang saya tunjukkan. Sebahagian murid yang pada awalnya kelihatan
malu-malu untuk melakukan pergerakan, lama kelamaan turut serta apabila
melihat rakan-rakan yang lain. Ini menunjukkan saya berjaya meningkatkan
pembelajaran aktif murid dari segi tingkah laku peniruan yang mengaktifkan
murid dalam PdP. Ini ditunjukkan di dalam analisis rakaman video di bawah :
Murid meniru perbuatan guru dari segi percakapan dan gaya anggota
badan
(DRV / B466, B467, B468 & B469)
…dalam irama dan nada yang sama dengan guru.
(DRV / B381, B382 & B383)
Tema 6 : Kognitif
Seterusnya, tema yang dapat dikeluarkan daripada rakaman video ialah
tema kognitif yang terdiri daripada satu kategori iaitu aplikasi.
I. Aplikasi
Kognitif murid dari segi aplikasi dapat ditingkatkan semasa pembelajaran
kerana murid dapat mempraktikkan kembali apa yang dipelajari sewaktu
PdP. Hal ini kerana, murid dilihat dapat membuat pelbagai pergerakan dan
gaya sendiri semasa melakukan aktiviti di hadapan kelas. Ini dilihat sewaktu
75
murid melakukan strategi Cermin Perkataan, saya meminta murid
menggunakan ayat, bahasa dan gaya sendiri di hadapan kelas. Tetapi
sebelum itu, saya memberikan tunjuk ajar dan contoh cara gaya dan bahasa
yang perlu dibuat. Murid dilihat dapat melakukannya dengan melihat contoh
tersebut dan mengaplikasikannya semasa aktiviti cermin perkataan di
hadapan kelas. Ini menunjukkan saya dapat meningkatkan pembelajaran
aktif murid semasa pelaksanaan PdP saya dari segi mengaplikasikan
kembali apa yang telah diajar. Ini dapat dilihat daripada analisis rakaman
video di bawah :
Murid tersebut menunjukkan gaya yang ingin dilakukan olehnya.
(DRV / B549, B550 & B551)
menyampaikan isi pelajaran menggunakan ayat sendiri di hadapan
kelas.
(DRV / B943, B944, B945 & B946)
Tema 7 : Emosi
Tema yang terakhir ialah tema emosi di mana mempunyai satu kategori iaitu
emosi positif.
I. Emosi positif
Emosi positif dapat dilihat sewaktu saya melaksanakan pembelajaran dan
pengajaran. Hal ini kerana, murid menunjukkan kegembiraan dan
keseronokan sewaktu melakukan aktiviti. Murid tidak melakukan tingkah laku
yang menunjukkan bosan seperti memandang ke tempat lain dan menongkat
dagu tetapi murid dilihat leka dan sibuk melakukan aktiviti semasa PdP.
Suasana di dalam kelas saya menjadi “hidup” dengan keseronokan dan
aktiviti aktif yang berlaku. Ini menunjukkan proses PdP saya ditambah baik
76
kerana murid menunjukkan emosi yang positif sewaktu berada dalam kelas
saya. Ini dapat ditunjukkan melalui pemerhatian rakaman video di bawah :
Murid kelihatan gembira melakukan aktiviti
(DRV / B794)
Hasil daripada analisis data yang telah dilakukan, beberapa tema telah
dikenalpasti dan telah ditriangulasikan melalui tiga kaedah pengumpulan
data iaitu kaedah temu bual murid, temu bual guru dan rakaman video.
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif iaitu meningkatkan pembelajaran
aktif dalam kalangan murid menggunakan SPKO dan menambah baik PdP
menggunakan SPKO. Soalan kajian ialah :Setelah saya menganalisis
kesemua data yang dikumpulkan, saya dapati bahawa ketiga-tiga data yang
telah saya kutip saling menyokong antara satu sama lain. Di bawah ini
menunjukkan triangulasi data antara ketiga-tiga kaedah pengumpulan data
yang telah diambil. Rakaman video
Penglibatan Temu bual murid
Pembelajaran aktif
Motivasi intrinsik
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran secara visual
Kognitif
Emosi
Temu bual guru Emosi
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran aktif Motivasi intrinsik
Kognitif Kognitif
Pembelajaran Pembelajaran aktif
Komunikasi
koperatif Pembelajaran visual
Penglibatan
Emosi
Rajah 3.0 : Rajah Triangulasi data
Kajian yang telah dijalankan adalah berpandukan dua soalan kajian iaitu
bagaimanakah saya dapat meningkatkan pembelajaran aktif murid dalam
mata pelajaran Sains dengan menggunakan Strategi Pengajaran Keserasian
77
Otak (SPKO) dan sejauh mana saya dapat melaksanakan SPKO untuk
menambah baik PdP saya di dalam kelas. Hasil pengumpulan data melalui
tiga kaedah iaitu kaedah temu bual guru, temu bual murid dan rakaman
video menunjukkan bagaimana Strategi Pengajaran Keserasian Otak
(SPKO) yang telah dilakukan kepada murid dapat meningkatkan
pembelajaran aktif dan menambah baik proses PdP saya. Berdasarkan
semua data yang telah dikumpulkan, dengan menjalankan triangulasi data
saya mendapati ketiga-tiga bentuk data yang dikumpulkan adalah saling
menyokong antara satu sama lain.
6.0 DAPATAN KAJIAN
6.1 Pembelajaran aktif
Hasil analisis kajian ini mendapati pembelajaran aktif murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat ditingkatkan melalui
penggunaan strategi pengajaran keserasian otak (SPKO). Salah satu faktor
yang menyebabkan pembelajaran aktif berlaku ialah melalui penumpuan
yang ditunjukkan oleh murid. Bagi satu proses pembelajaran berlaku, murid
perlu terlebih dahulu bersedia dengan memberikan tumpuan kepada guru
supaya minda lebih bersedia untuk menerima maklumat yang akan diberikan
Menurut James (1890), penumpuan berlaku di dalam minda seseorang dan
ia terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada
satu masa. Penumpuan juga berkait rapat dengan konsep kesedaran minda
terhadap satu situasi yang dialami secara sedar. Ini bermakna untuk
berlakunya satu pembelajaran aktif, murid perlu bersedia secara mental
melalui penumpuan yang difokuskan secara sedar ke arah guru.
Apabila melaksanakan Kelas-Ya sewaktu PdP, ia menunjukkan berlaku
proses penumpuan. Murid akan memberi respon segera apabila guru
menarik perhatian murid melalui kata kunci dan isyarat tertentu. Oleh itu,
78
proses penumpuan diketengahkan sewaktu PdP di mana murid berjaya
fokus dan memberi tumpuan kepada guru sewaktu guru menarik perhatian
mereka sehinggakan perbuatan-perbuatan seperti bising, bercakap dengan
rakan dan berkhayal tidak lagi ditunjukkan sewaktu PdP. Hal ini membantu
murid menerima dan memproses maklumat disebabkan tiada gangguan-
gangguan daripada persekitaran yang menghalang penerimaan maklumat.
Biffle (2013) menjelaskan Kelas-Ya melibatkan prefrontal cortex iaitu pusat
penaakulan yang perlu diaktifkan untuk membantu otak memproses
maklumat.
Tambahan lagi, ia menunjukkan berlakunya pembelajaran berpusatkan murid
apabila murid dilibatkan dalam PdP lebih banyak berbanding guru. Dalam
strategi ini pelajar diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam setiap
sesi pembelajaran dibantu oleh pengajar yang berperanan sebagai fasilitator
(Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad, 2003).
Semasa melaksanakan strategi pengajaran keserasian otak, ketiga-tiga
strategi iaitu Kelas-Ya, Ajar-Okay dan Cermin Perkataan membuktikan
pembelajaran yang berlaku berpusatkan murid. Ini ditunjukkan melalui
respon positif yang diperoleh daripada murid di mana mereka memberi
respon segera secara tingkah laku dan verbal sewaktu Kelas-Ya.
Murid juga melibatkan diri melalui kaedah pembelajaran main peranan
sebagai pengajar dan diajar rakan secara tingkah laku dan verbal sewaktu
Ajar-Okay dan murid menunjukkan tingkah laku peniruan sewaktu Cermin
Perkataan. Pedagogi pembelajaran aktif yang sering digunakan termasuklah
pembelajaran koperatif, debat, drama, main peranan, simulasi dan pengajar
rakan sebaya (Bonwell, Charles, Eison & James, 1991). Kaedah atau teknik
pengajaran berpusatkan pelajar yang sering digunakan ialah simulasi,
perbincangan,, sumbangsaran dan main peranan (Abdul Sukor Shaari, Mohd
Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof dan Mohd Isha Awang, 2016). Murid
terlibat dalam melakukan tindakan dan memberi respon semasa strategi ini
dijalankan, manakala guru menjadi pemangkin dan perangsang terhadap
79
berlakunya kesan positif pembelajaran berpusatkan murid. Menurut Suhaida
Abd Kadir (2002) mendapati pembelajaran berpusatkan pelajar membawa
kesan yang positif kepada pelajar di mana murid didorong untuk melibatkan
diri dengan aktif sepanjang aktiviti PdP dijalankan. Oleh itu, ternyata strategi
pengajaran keserasian otak menunjukkan kesan signifikan terhadap
pembelajaran aktif murid seterusnya membantu menambahbaik proses
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam mata pelajaran Sains.
6.2 Perkembangan kognitif murid
Hasil analisis kajian ini juga menunjukkan berlaku perkembangan kognitif
murid melalui penggunaan strategi pengajaran keserasian otak.
Perkembangan kognitif dari segi memahami, mengaplikasi dan mengingat
dapat ditunjukkan dalam PdP menggunakan SPKO. Menurut Sprenger
(2007) proses berfikir ialah aktif. Oleh itu, bagi sesuatu pembelajaran aktif
berlaku ia memerlukan proses pemikiran yang juga aktif. Mengingat
memerlukan murid mengenali informasi yang disimpan dan berupaya untuk
menggali kembali memori yang disimpan (Anderson et al, 2001). Semasa
melaksanakan SPKO, strategi Ajar-Okay merangsang proses kognitif
mengingat di mana murid melakukan pengulangan isi penting berulang kali
sewaktu mengajar rakan dan diajar rakan. Otak belajar secara optimum
melalui pengulangan, pengalaman secara emosi yang mempengaruhi
pengekalan dan kepekaan otak di mana berkemungkinan meningkatkan
ingatan murid, perhatian murid dan proses pembelajaran melalui latihan
mental (Wolker (2017).
Tambahan pula, murid memahami apa yang diajar oleh guru sewaku PdP
melalui SPKO di mana ia mempengaruhi pengekalan informasi dalam
memori jangka panjang murid. Apabila manusia memberi perhatian terhadap
maklumat dalam persekitaran pembelajaran mereka, maklumat tersebut
akan memasuki memori kerja terlebih dahulu sebelum memasuki memori
80
jangka panjang (Wilingham, 2010). Semasa melakukan strategi pengajaran
keserasian otak, strategi Cermin Perkataan dapat dikaitkan bersama Ajar-
Okay dalam menunjukkan murid melakukan proses perkembangan kognitif.
Hal ini kerana murid menerima maklumat ringkas dari guru sewaktu Cermin
Perkataan di mana murid berusaha memahami maklumat ringkas yang
diberikan dan seterusnya mengaplikasikan sewaktu Ajar-Okay dengan
mengajar rakan sebaya dan diajar rakan sebaya. Kajian daripada Psikologi
Kognitif menunjukkan salah satu cara terbaik untuk meningkatkan
kefahaman ialah dengan mengajar bahan pembelajaran kepada rakan
sebaya (Topping dan Stewart, 1998). Secara berturutan murid melakukan
proses kognitif memahami maklumat dan seterusnya mengaplikasikan
maklumat. Menurut Asha Pandey (2017), mengaplikasi ialah keupayaan
seseorang untuk menggunakan kefahaman maklumat ke dalam satu situasi
yang baru atau sama untuk menyelesaikan masalah atau tugasan
menggunakan pengetahuan, teknik atau fakta yang diperoleh. Di sini berlaku
perkembangan dan perkaitan secara kognitif di dalam minda murid sewaktu
memproses maklumat.
Ternyata strategi pengajaran keserasian otak menunjukkan kesan signifikan
terhadap pembelajaran aktif murid melalui perkembangan kognitif murid
seterusnya membantu menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran
guru di dalam mata pelajaran Sains.
6.3 Perkembangan emosi murid
Kajian yang dijalankan menunjukkan bagaimana Strategi Pengajaran
Keserasian Otak telah dapat mewujudkan emosi positif murid sewaktu
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Apabila murid
menunjukkan keseronokan dan kegembiraan sewaktu PdP, maka jelaslah
murid menunjukkan penglibatan secara emosi yang positif yang seterusnya
merangsang pembelajaran aktif murid. Kebanyakkan murid-murid
81
menyatakan perasaan seronok dan puas hati sewaktu PdP kerana mereka
merasakan strategi yang digunakan bagaikan permainan yang
menyeronokkan. Perasaan positif yang ditunjukkan oleh murid-murid menjadi
satu perangsang untuk murid terus melibatkan diri secara aktif dalam PdP
yang berlangsung. Murid yang terlibat secara emosi akan mengalami reaksi
afektif seperti minat kesenangan, atau rasa kepunyaan (Trowler, 2010).
Apabila emosi murid yang positif berkembang, pembelajaran menjadi satu
keseronokan dan bukanlah satu paksaan. Murid mempunyai motivasi
dalaman untuk terlibat dalam pembelajaran disebabkan pendekatan yang
digunakan dalam SPKO menyeronokkan bagi mereka. Motivasi intrinsik
merupakan perbuatan atau tingkah laku yang dibuat untuk kepuasan diri
sendiri berbanding untuk memperoleh akibat yang boleh dipisahkan (Ryan
dan Deci, 2000). Froailand, Oros, Smith & Hirchert. (2012) motivasi intrinsik
jika dipupuk boleh membawa kepada penambahbaikan akademik, sosial dan
perkembangan emosi.
Semasa melakukan Kelas-Ya, Ajar-Okay dan Cermin Perkataan, murid
berinteraksi dengan rakan, melakukan pergerakan, gaya badan, bahasa
isyarat, mimik muka dan menyebut menggunakan intonasi dan irama yang
tertentu yang dilihat menyeronokkan dan menimbulkan kesenangan belajar.
Strategi Pembelajaran Keserasian Otak menggunakan prinsip pembelajaran
kanak-kanak yang terdiri daripada verbal, visual dan kinestetik di mana guru
melaksanakan pembelajaran yang kreatif dan inovatif (Baiq Sri Handayani &
Corebima, 2017). Ini bermakna, pelaksanaan strategi pengajaran keserasian
otak oleh guru sewaktu PdP berjaya memberi kesan signifikan iaitu
meningkatkan pembelajaran aktif murid dan menambah baik proses PdP
guru dalam mata pelajaran Sains.
82
6.4 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Koperatif merupakan proses pembelajaran di mana individu
belajar dalam kumpulan kecil dan saling bantu membantu (Yash Pal Singh &
Anju Agrawal, 2011). Dalam pembelajaran menggunakan SPKO, murid
melakukan perbuatan saling bantu membantu antara satu sama lain semasa
strategi Ajar-Okay. Murid yang lebih mahir membantu mengajar dan memberi
bimbingan kepada murid yang kurang mahir dalam mengaitkan kata kunci
dengan gaya badan semasa Ajar-Okay. Menurut Kagan dan Kagan (2012),
kebergantungan positif mewujudkan sokongan yang bersama, mewujudkan
norma rakan sebaya ke arah pencapaian dan meningkatkan frekuensi dan
kualiti tutor rakan sebaya. Tambahan lagi, interaksi sosial yang positif antara
rakan sebaya diwujudkan apabila murid saling kebergantungan positif dalam
pasukan di mana murid saling menjadi pembimbing untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan.
Konflik antara pasukan dielakkan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Sewaktu aktiviti berpasangan semasa Ajar-Okay, setiap ahli kumpulan
berusaha menyelesaikan tugasan berkumpulan dan membantu ahli yang
lemah supaya kejayaan kumpulan dinikmati bersama. Bagi bekerja bersama
dalam satu pasukan, murid dikehendaki terlibat dalam keupayaan interaktif
seperti kepimpinan, pembinaan kepercayaan, pengurusan konflik, kritikan
membina, sokongan, dan penjelasan (Johnson, Jonhson & Holubec, 1993). ).
Ini bermakna, pelaksanaan strategi pengajaran keserasian otak oleh guru
sewaktu PdP berjaya memberi kesan signifikan iaitu meningkatkan
pembelajaran aktif murid melalui pembelajaran koperatif dan menambah baik
proses PdP guru dalam mata pelajaran Sains.
83
7.0 REFLEKSI
Setelah melihat kembali pelaksanaan Strategi Pengajaran Keserasian Otak
(SPKO) terhadap murid yang telah dilaksanakan, saya akui terdapat banyak
kelemahan yang ditemui sepanjang saya menjalankan kajian menggunakan
Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO) dalam fasa pencetusan idea
dan fasa penstrukturan idea yang perlu diberi perhatian. Kelemahan pertama
yang dilihat ialah sewaktu saya menggunakan strategi Kelas-Ya ! Saya
kadang-kadang kehilangan idea untuk mempelbagaikan nada dan intonasi
suara supaya murid-murid tidak berasa bosan dengan satu nada atau
intonasi sahaja. Disebabkan fokus saya ialah untuk mendapatkan tumpuan
daripada murid-murid, maka saya mengabaikan aspek kreativiti sewaktu
melakukan strategi Kelas-Ya! yang menyebabkan murid kelihatan penat dan
kurang bersemangat untuk memberi respon terhadap murid. Sedangkan
menurut Abdul Rasid & Hasmah (2013), guru perlu kreatif dalam
melaksanakan PdP yang boleh menarik minat murid-murid dari segi
penggunaan bahasa dan bahasa tubuh yang boleh menimbulkan
keseronokan kepada murid.
Selain itu, penggunaan gaya bahasa badan juga kadang-kadang sukar diikuti
oleh murid. Walaupun saya telah merancang gaya yang akan diajarkan
kepada mereka namun, mungkin gaya tersebut terlalu sukar untuk kelas
yang mempunyai pelbagai tahap murid lebih-lebih lagi murid yang berada
pada tahap rendah. Ini menyebabkan murid mudah lupa gaya badan yang
digunakan untuk kata kunci atau istilah tertentu menyebabkan murid-murid
hanya menyebut penerangan sahaja tanpa melakukan gaya badan yang
telah ditetapkan semasa murid melakukan Cermin Perkataan di hadapan
kelas.
Seterusnya, saya juga mengakui akan kelemahan diri sewaktu saya
memberikan ringkasan penerangan yang perlu diikuti oleh murid-murid
84
sebenarnya tidak seringkas yang dibayangkan. Hal ini disebabkan oleh
keupayaan saya dalam meringkaskan isi kandungan pelajaran kurang
mantap. Malahan saya juga tidak sempat meminta bantuan guru sebelum
melaksanakan proses PdP menggunakan SPKO.
Selain itu, dapat dilihat juga antara kelemahan diri sendiri ialah saya tidak
konsisten terhadap gaya untuk kata kunci, istilah atau penerangan tertentu.
Ini menimbulkan kekeliruan kepada saya dan murid itu sendiri. Sewaktu
menetapkan gaya pada awal melakukan strategi Cermin Perkataan dan Ajar
Okay, saya menetapkan gaya pertama, namun masuk kepada pertengahan
pelaksanaan, saya merasakan gaya tersebut tidak sesuai, maka saya
menukarkan gaya tersebut. Hal ini menyebabkan murid keliru gaya yang
perlu mereka ikuti. Sepatutnya saya lebih konsisten dengan apa yang telah
saya rancangkan sebelum masuk ke kelas. Pengajaran efektif memerlukan
perancangan dan persediaan rapi dalam pelaksanaannya (Abdul Sukor
Shaari, 2008).
Strategi Pengajaran Keserasian Otak ini juga mungkin sukar digunakan
dalam bilik darjah yang mempunyai bilangan murid yang banyak dan murid
yang terlampau aktif dan sukar dikawal. Hal ini kerana, ia menjadikan proses
kawalan kelas lebih sukar dan memakan masa. Dapat dilihat bahawa
semasa data rakaman video, saya mengulangi arahan Kelas! banyak kali
sebelum semua murid memberi respon terhadap saya. Ini menyebabkan
masa dihabiskan hanya untuk menarik perhatian murid supaya memberikan
tumpuan kepada PdP yang berlangsung. Ini memenatkan saya untuk
mengulangi arahan Kelas! yang sama supaya semua murid memandang
saya dan memberi tumpuan kepada PdP.
Oleh yang demikian, saya perlu mencari cadangan penyelesaian yang
dirasakan sesuai bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang ditemui dalam
SPKO ini.
85
8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kajian yang saya jalankan ini bertujuan meningkatkan pembelajaran murid
dengan menggunakan Strategi Pengajaran Keserasian Otak (SPKO)
sekaligus menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran saya
dengan melaksanakan PdP menggunakan SPKO. Hasil dapatan kajian
menunjukkan SPKO dapat meningkatkan pembelajaran aktif murid dan
kajian ini banyak membantu saya menambahbaik kelemahan dalam proses
PdP.
Cadangan yang dirasakan sesuai dan dapat mengatasi kelemahan saya
dalam melaksanakan SPKO ialah saya perlu merancang terlebih dahulu
gaya badan, nada dan intonasi yang ingin dilakukan dalam kelas pada PdP
setiap kali menggunakan SPKO. Ini akan membantu saya supaya tidak
menggunakan gaya, nada dan intonasi yang sama setiap kali sehingga murid
tidak lagi tertarik untuk menumpukan perhatian terhadap saya. Saya juga
perlu mempunyai senarai gaya badan dan isyarat yang boleh digunakan
dalam strategi-strategi SPKO supaya ia boleh memudahkan sewaktu saya
merancang pengajaran menggunakan SPKO. Dengan melakukan
perancangan yang mantap sebelum pelaksanaan SPKO juga dapat
mengatasi kelemahan saya yang tidak konsisten terhadap gaya yang
dilakukan di dalam kelas. Ini akan membantu mengelakkan kekeliruan dalam
diri murid dan melatih saya konsisten terhadap satu gaya untuk satu kata
kunci sahaja.
Selain itu juga bagi mengatasi kelemahan keupayaan meringkaskan, saya
perlu meminta bantuan dan melakukan perbincangan dengan guru yang
lebih berpengalaman supaya saya tidak tertinggal kata kunci atau istilah-
istilah sains sewaktu dalam ayat yang ringkas yang diberikan kepada murid-
murid.
86
Cadangan lain yang boleh digunakan semasa SPKO ialah dengan
mempelbagaikan penggunaan komunikasi bukan lisan seperti gaya bahasa
badan termasuklah mimik muka supaya murid lebih tertarik dan seronok
melakukan aktiviti PdP. Apabila murid seronok, murid akan suka untuk terus
terliibat secara aktif di dalam PdP dan ia juga menyebabkan murid berminat
untuk belajar.
87
9.0 RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran
menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 46-63.
Abdul Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd
Isha Awang. (2016). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan
masalah yang dihadapi guru-guru pelatih program pensiswazahan
guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan pelajar semasa
praktikum. International Seminar on Generating Knowledge Through
Research, 1, 599-608.
Abdul Sukor Shaari. (2008). Guru berkesan petua dan panduan. Sintok:
Universiti Utara Malaysia.
Amira Mazlin & Zanaton Iksan. (2018). Kesan pendekatan pengajaran
berasaskan otak terhadap motivasi pembelajaran fizik. Seminar
Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, (1), 54.
Anderson, L., Krathwohl, D., Airasian, P., Cruikshank, K., Mayer, R., Pintrich,
P., et al. (2001). A taxonomy for learning, teaching and assessing.
New York: Longman.
Arkansas. (2017). The importance of teachers collaboration. Retrieved from
https://degree.astate.edu/articles/k-12-education/importance-of-
teacher-collaboration.aspx
Asha Pandey. (2017). Understanding the basics of bloom’s taxonomy
application in eLearning. Retrieved from
https://www.eidesign.net/understanding-basics-blooms-taxonomy-
application-elearning/
Bailey, C. A. (2007). A Guide to Qualitative Field Research. London: Pine
Forge Press.
Baiq Handayani & Corebima. (2017). Model brain based learning (BBL) and
whole brain teaching (WBT) in learning. International Journal of
Science and Applied Science: Conference Series, 1(2), 153-161.
88
Barnes, D.R. (1989). Active Learning. United Kingdom: Leeds University.
Biffle, C. (2008). Power tecahers training manual. Retrieved from
http://homepage.mac.com/chrisbiffle/Menu3_8.html
Biffle, C. (2013). Whole brain teaching for challenging kids. California: Whole
Brain Teaching.
Bonwell, Charles, C., Eison, & James, A. (1991). Active Learning: Creating
Excitement in the Classroom. Washington: The George Washington
University.
Che Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shaharim & Mohd Faizal Nizam
Lee Abdullah. (2017). Teacher-Student Interactions, Learning
Commitment Learning Environment and Their Relationship with Student
Learning Comfort Journal of Turkish Science Education, 14(1), 57-72.
Cote d’Ivoire. (2017). Good Instruction-Giving in the Second-Language
Classroom. English Teaching Forum. Retrieve from
https://americanenglish.state.gov/files/ae/resource_files/etf_55_3_pg1
0-19.pdf
Dale, E. (1969). Audio-Visual Methods in Teaching. New York: Rinehart &
Winston.
Davis, K., Christodoulou, J., Seider, S., & Gardner, H. (2011 month day). The
Theory of Multiple Intelligence. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/317388610_The_Theory_of_
Multiple_Intelligences
Dunn, R., & Dunn, K. (1978). Teaching students through their individual
learning styles. Reston, VA: Reston
Dunn, R., & Dunn, K. (1993). Teaching elementary students through their
individual learning styles: Practical approaches for grades 3-6. Boston:
Allyn & Bacon.
Engle, S., & Ochoa, A. (1988). Education for democratic citizenship: Decision
making in the social studies. New York: Teachers College Press.
89
Evelyn, W.Z.S. (2014). Study on the effectiveness of hands-on experiments
in learning science among year 4 students. Journal of Primary
Education, 3 (1), 29-40.
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Daerah Pontian. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, 1, 1-48.
Filiz Kayalar, Fethi Kayalar. (2017). The effects of auditory learning strategy
on learning skills of language learners. Journal of Humanities and
Social Science, 22(10), 4-20.
Froailand, J.M., Oros, E., Smith, L., & Hirchert, T. (2012). Intrinsic motivation
to learn: The nexus between psychological health and academic
success. Contemporary School Psychology, 16, 91-100.
Gardner, H. (1999). Intelligence Reframed : Multiple intelligences for the 21st
century. New York: Basic Books.
James, W. (1890). Principles of psychology. New York: Holt
Jeff, B. (2010). Whole brain teaching : Learning the way brain is designed.
Retrieve from https://www.advanc-ed.org/source/whole-brain-teaching-
_____learning-way-brain-designed
Jensen, E. (2008). Brain-based Learning: The New Paradigm of Teaching.
United States: SAGE Publications Inc.
Johnson, D.W., Johnson, R.T., & Holubec, E.J. (1993). Circles of learning:
cooperation in the classroom, 4th edition. Edina, MN: Interaction
Book.
Kagan, S., & Kagan, M. (2009). Kagan Cooperative Learning. San Clemente:
Kagan Publishing.
Kagan, S., & Kagan, M. (2012). Cooperative Learning. California: Kagan
Publishing
90
Kamarul Jasmi. (2012). Metodologi dalam pengumpulan dalam penyelidikan
kualitatif. Faculty of Islamic Civilization, 1(1), 1-15.
Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahya, Rosli Sahat & Badrul
Hisham. (2012). Menguasai penyelidikan tindakan : Untuk PISMP
dan DPLI. Perpustakaan Negara Malaysia: Percetakan Lee Sdn. Bhd.
Ling M., T. (2012). Pembelajaran aktif melalui Whole Brain Teaching bagi
menarik dan mengekalkan perhatian pelajar dalam subjek sains
tingkatan 3. Retrieved from
______https://www.academia.edu/5165598/PEMBELAJARAN_AKTIF_MELA
______LUI_W______HOLE_BRAIN_TEACHING_BAGI_MENARIK_DAN_M
______ENGEKALKAN_PER_______HATIAN_PELAJAR_DALAM_SUBJEK
______SAINS_TINGKATAN_TIGA
Laxman, K., & Chin, Y.K. (2010). Brain-based education: Its pedagogical
Impications and research relevance. Journal on Education
Psychology, 4(2), 1-5.
Maria, S., & Megan, M. (2010). How can whole brain teaching impact our
classroom environment. Final Inquiry paper, 1, 1-51.
Merriam, S.B. (2001). Qualitative Research and Case Study Applications in
Education. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Mukhlison Effendi. (2013). Integrasi Pembelajaran Active Learning dan
Internet-Based Learning dalam Meningkatkan Keaktifan dan
Kreativitas Belajar. Jurnal Pendidikan Islam, 7(2), 1-27.
Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Muhammad Yusof Arshad. (2006).
Refleksi: Penilaian Kendiri Guru Yang Berkesan. International
Conference on Assessment, 1(1), 1-18.
Nurul Salmi Dazali. (2014). Tahap komunikasi dalam kalangan pelajar
Sarjanan muda pendidikan IPTA di utara semenanjung Malaysia.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 44-56.
Palasigue, J.T. (2009). Integrating Whole Brain Teaching Strategies to
Create a More Engaged Learning Environment. Action Research, 1,
1-24.
91
Preslee, D.K., & Prakasha, G.S. (2017). Whole brain teaching. IOSR Journal
of Humanities and Social Science, 22(6), 76-83.
Ryan, R.M., & Deci, E.L. (2000). Intrinsic and extrinsic motivation: Classic
definitions and new directions. Contemporary Educational
Psychology, 25, 54-67.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003).
Pedagogi 1: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong,
Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Sprenger, M. (2007). Becoming a “Wiz” at Brain Based Teaching: How to
make every year around your best year. United Kingdom: Sage
Publications Ltd.
Suhaida Abd Kadir. (2002). Perbandingan pembelajaran koperatif dan
tradisional terhadap prestasi atribusi pencapaian, konsep kendiri
akademik dan hubungan sosial dalamm pendidikan perakaunan.
Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor.
Topping, K., & Stewart, E. (1998). Peer-Assisted Learning. Mahwah, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates Inc.
Trowler, V. (2010). Student engagement literature review. Heslington: The
Higher Education Academy.
Wilingham, D.T. (2010). Why don’t students like school?: A Cognitive
Scientist Answers Questions About How the Mind works and what it
means for the classroom. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Wolken, A.S. (2017). Brain-Based Learning and Whole Brain Teaching
Retrieved from
_______http://nwcommons.nwciowa.edu/education_masters/43/
Yash Pal Singh & Anju Agrawal. (2011). Introduction to co-operative learning.
Indian Stream Research Journal, 1(2), 1-10.
92
LAMPIRAN A
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SPKO
Topik 8.0 Pengaratan Bahan
Standard Kandungan 8.1 Pengaratan Bahan
Standard Pembelajaran 8.1.4 Menyatakan cara mencegah
pengaratan seperti mengecat,
Objektif pembelajaran menyalut, menyadur dan menyapu
minyak atau gris.
Pada akhir pembelajaran murid
dapat
Menyatakan sekurang-kurangnya 4
cara mencegah pengaratan secara
lisan dan bertulis.
FASA ISI AKTIVITI PDP CATATAN
KANDUNGAN
Orientasi Perkataan Aktiviti : Crossword puzzle KPS:
(5 minit) tersembunyi : 1. Murid dikehendaki mencari Berkomunikasi
Mencegah perkataan tersembunyi yang ada BBM :
Pengaratan dalam crossword puzzle. Crossword
2. Jawapan murid dikaitkan puzzle besar
dengan tajuk yang akan diajar.
Pencetusa Isi kandungan Aktiviti : Peta Buih BBM : Kertas
n Idea peta buih 1. Murid diminta mengeluarkan A4
(15 minit) bergantung idea masing-masing mengenai
kepada jawapan cara-cara mencegah pengaratan.
murid. 2. Murid diminta menulis di dalam
kertas yang diberikan.
3.Murid memberitahu guru idea-
idea yang mereka ketahui tetapi
mereka dikehendaki menyebut
93
sambil membuat gaya.
4. Guru dan murid masuk ke fasa
seterusnya
5. Murid difokuskan kembali
sekiranya tidak fokus dengan
teknik Kelas-Ya.
Penstruktu Cara mencegah Aktiviti : Betul Ke Tidak BBM : laptop,
ran Idea pengaratan : 7. Murid dan guru berbincang LCD
(20 minit) - Sapu minyak mengenai cara mencegah
atau gris pengaratan yang betul.
- Mengecat 8. Murid melihat slaid
- Menyadur mengenai cara-cara
- Menyalut mencegah pengaratan
yang betul.
9. Murid dikehendaki
menerangkan kembali
cara-cara mencegah
pengaratan menggunakan
teknik Cermin - Perkataan
.
10. Murid menerangkan cara-
cara mencegah
pengaratan sambil
membuat gaya di hadapan
kelas dan diikuti oleh
murid-murid yang lain.
11. Setelah itu, murid berada
secara berpasangan dan
melakukan teknik Ajar-
Okey setelah guru
menyebut perkataan Ajar !
Murid dikehendaki
menyebut perkataan Okey,
dan mengajar rakan-
rakannya dalam masa 1
hingga 3 minit.
94
12. Setelah itu, guru menyebut
perkataan Tukar, murid A
dan murid B akan bertukar
peranan antara satu sama
lain tetapi masih
menerangkan isi
kandungan yang sama
menggunakan gaya yang
sama.
Aplikasi Cara mencegah Aktiviti : Jom Jawab BBM : Kertas
Idea pengaratan :
(15 minit) - Sapu minyak 1. Murid diberikan lembaran lembaran kerja
atau gris
- Mengecat kerja mengenai cara
- Menyadur
- Menyalut mencegah pengaratan dan
dikehendaki menjawab
lembaran kerja yang
diberikan.
2. Murid dan guru berbincang
jawapan lembaran kerja.
.
Penutup Cara mencegah Guru membuat rumusan bersama BBM : Traffic
(5 minit)
pengaratan : murid dengan mengemukakan light
- Sapu minyak beberapa soalan :
atau gris Soalan guru :
- Mengecat i. Apakah
- Menyadur pengetahuan
- Menyalut baharu yang kamu
perolehi pada hari
ini?
ii. Apakah kamu rasai
semasa
bekerjasama dalam
menjalankan aktiviti
berkumpulan?
95
CARTA GANTT PELAKS
BULAN OGOS
BIL. AKTIVITI / TINDAKAN M1 M2 M3 M
1. Pengenalan terhadap Strategi
Pembelajaran Keserasian Otak
2. Praktikal penggunaan Strategi
Pembelajaran Keserasian Otak
3. Merancang Pemilihan Satu
Topik
4. Membina Rancangan
Pengajaran Harian
5. Mengambil data (Membuat
Rakaman Video PdP
menggunakan SPKO)
6. Mengambil data temubual
murid
7. Mengambil data temubual guru
LAMPIRAN B
SANAAN KAJIAN SPKO
SEPTEMBER OKTOBER
M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
96
LAMPIRAN C
TRANSKRIP TEMUBUAL GURU SAINS : TBGS
BARIS PENY DIALOG KATEG KOD
1 ELIDI Emmm, okay soalan untuk cikgu, emmmm, cikgu dah ORI
K/
RESP
OND
EN
Peny
2 elidik tengok kan tadi video mengenai SPKO tu jadi saya nak
3 tanya la apa yang cikgu rasa bila tengok aaa anak-anak
4 murid semua tu belajar menggunakan teknik Kelas-Ya,
5 Ajar-Okay, Cermin Perkataan.
6 Guru Okey, selaku, aaaa, seorang guru yang mengajar kelas
7 S tersebut saya rasa itu adalah satu inovasi yang boleh
8 diaplikasikan untuk masa depan, tapi nak menyatakan Inovasi TBGS /
PdP B7, B8
9
perasaan tu lah yang perasaan apa yang dialami,
10 hahahaha (gelak). Emm cuma dapat menyatakan ia
11
adalah satu teknik yang baiklah yang boleh dikekalkan
12
13 untuk masa-masa akan datang. Ha, takde perasaan, TBGS /
hahaha (gelak). B11
Teknik
PdP
14 Peny Okay takpe hahahaha (gelak), yang perasaan tu
15 elidik hahaha (gelak), kita teruskan dulu eh, ammm, tadi cikgu
16 dah tengok kan video tu boleh tak cikgu terangkan ikut
17 apa yang cikgu faham atau cikgu gambarkan dengan
18 jelas apa yang, apa teknik tu, apa teknik SPKO yang
19
cikgu lihat tu, maksudnya cikgu faham kan apa yang
20
telah dialami oleh budak-budak tu, jadi aaaa, cuba cikgu
21
22 terangkan mengikut apa yang cikgu lihat masa diorang
buat tu?
23 Guru Berdasarkan yang mana?, yang tadi, yang pertama tu
97
24 S ke?
25 Peny Haah, yang teknik…
elidik
26 Guru Kelas-Ya ?
S
27 Peny Haah.
elidik
28 Guru Kalau Kelas-Ya tu aaa, bagus sebab ia dapat menarik Penump TBGS /
29 S perhatian murid untuk memberikan tumpuan kepada uan B29,
B30,
30 pengajaran guru, jadi mereka akan fokus dan memberi B31
31 reaksi spontan sewaktu aaa dipanggil.
32 Peny Maksudnya aaa, cikgu tengok tu Kelas-Ya tu macam
33 elidik mana dia buat ? yang cikgu tengok.
34 Guru Maknanya bila guru menyatakan, guru memanggil kelas
35 S !, mereka akan terus respon segera kan ?
36 Peny Haah.
elidik
37 Guru Mereka terus memberi respon secara spontan dan jika TBGS /
38 S aaa guru mengulang perkataan kelas-kelas-kelas !, B40,
39 mereka pun turut mengulangnya dengan bilangan yang B41
40 sama iaitu satu attraction pada murid supaya mereka
41 dapat memberikan perhatian dengan spontan. Untuk Penump
uan
42 teknik…
43 Peny Ajar-Okay dengan Cermin Perkataan.
elidik
44 Guru Untuk Ajar-Okay…. teknik Ajar-Okay tu yang macam
45 S mana eh ?
98
46 PenY Ajar okay tu yang aaa bila cikgu, bila murid tu dah habis
47 elidik cermin perkataan tu, saya akan suruh dorang ajar,
48 saya akan sebut Ajar ! pastu diorang akan cakap Okay
49 !, diorang pun akan ajar kawan diorang dalam secara
50 berpasangan.
51 Guru Okey, maknanya ia adalah kesinambungan daripada
52 S Cermin Perkataan eh?
53 Peny Haah. Cermin Perkataan dahulu baru Ajar-Okay.
elidik
54 Guru Okey, jadi berdasarkan Cermin Perkataan tu maknanya Teknik TBGS /
PdPc B55
55 S ia juga satu teknik yang bagus bagi membantu murid
56 dapat menguatkan daya ingatan dan dapat mengulang Menging
at TBGS /
57 apa yang telah dipelajari, mereka dapat aaa, B56, 57
58 menterjemahkan kembali apa yang difahami dan Menging
at
59 sekurang-kurangnya dapat membantu ingatan mereka TBGS /
Memaha B58
60 untuk lebih mengingat untuk jangka masa panjang dan mi
61 diharapkan teknik itu, dapat mereka ingat sewaktu Menging TBGS /
62 mereka menduduki peperiksaan sebab kerana melalui at G59,
63 teknik itu mereka melakukan dengan gaya-gaya yang B60
64 tertentu yang dapat aaa menghubungkaitkan dengan TBGS /
65 gaya mereka dengan aaa, dengan ingatan mereka, B64,
Aplikasi B65
66 maknanya dengan memori memori mereka berkenaan
67 dengan isi kandungan yang telah dipelajari dan bila
68 teknik Ajar-Okay tu maknanya mereka dapat
69 mengaplikasikan semula teknik mereka kalau mereka
70 sebelum ni melihat kawan melakukan dan bila guru kata TBGS /
Aplikasi B68,
71 Ajar! Mereka sambut dengan Okay! maknanya mereka B69
72 dapat mengulang balik, mengulang semula perkataan
73 tu… Menging TBGS /
at B71,
B72
99