The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzili12-203, 2022-02-08 02:19:35

1 ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON EDUCATION, INNOVATION AND ADAT PERPATIH (ICEIAP 2021): MEREVOLUSI MINDA MELALUI PENYELIDIKAN

iceiap2021

Keywords: education

RUJUKAN

Abdullah Hussain. (2016). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahearn, L. M. (2012). Living Language: An Introduction to Linguistic Anthropology. India:
Wiley-Blackwell.

Budiono Herusatoto (1987). Simbolisme dalam Budaya Jawa. Yogyakarta: Pt. Harindita
Darusalam, G., & Hussin, S. (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan Amalan
dan Analisis Kajian. 2nd Edition. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.Abdullah Hussain, 2016.

Hamzah, Z. A. Z. (2011). Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. Journal of Language
Studies, 11(3), 31-51.

Kalam Jiwa. 2017. Jenis-Jenis Cerita Binatang. Jenis-Jenis Cerita Binatang - NYALA
(ungguncreative.com). html [6.10.2021].

Kamus Institusi Royal Thailand (2000). Phasit, Khampangpueaw, sambuan Thai Chabab
Rachabandityasatan/ Rachabandityasatan (Peribahasa Versi Royal Thailand).
http://libapp.tsu.ac.th/ULIB/dublin.php?ID=923. Html [13 March 2021].

Kancana Naksakul. (1981). Kan Cahi Phasa Thai (Penggunaan Bahasa Thai). Bangkok :
Kled Thai.

Longdo Dict. 2003. https://dict.longdo.com/search. Html [20 September 2563].
Mohamad Azmi Nias Ahmad , Mohd Aripin Amat, Azizi Hashim & Ahmad Mazlan Ahmad
Shamshudin. 2015. Perbandingan antara Peribahasa Melayu dan Peribahasa Cina
Mengikut Pengalaman Bangsa di Tanah Melayu. Konferensi Akademik 2015, hlm. 94-99.

Mohd. Ghazali Abdullah. (2008). Pemikiran Melayu dalam filem Malaysia abad ke-21. Jurnal
Melayu, 3 . pp. 179-218. ISSN 1675-7513.

Nathapong Duangkeaw. (2019). Phan Wai Kru Cak Kruang Bucha Su Sanyalak Thang Kan Muang
leak Kuam Kla Han Thang Kuam Kid. https://thestandard.co/pedestal-tray-symbols/. Html [20
September 2563].

Noriza Daud Umaimah Kamarulzaman Noor Hidayu Parlan. 2013. Simbolisme Haiwan dalam
Peribahasa Melayu. Developing Roles of Language in a Multi-faceted Society. Proceedings
of the International Conference on Languages, Linguistics and Society, 523-534.

Sapir-Whorf. (1921). Language: An Introduction To The Study of Speech. London: Harcourt Brace
Jovanovich Publishers.

Saussure, F. 1959. Course in General Linguistics.Trans. Wade Baskin. New York: Philosophical
Library.

Za’ba. 1965. Ilmu mengarang Melayu (Edisi ejaan rumi baharu). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

145

CABARAN PERLAKSANAAN MASSIVE OPEN ONLINE COURSES
(MOOC) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA:
SATU SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK.

Siti Rosilawati Ramlan
Universiti Sains Islam Malaysia

Sofia Noraina Isa
Ghazali Zainuddin
Irwan Mahazir Ismail
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Abstrak

Massive Open Online Course (MOOC) merupakan satu platform pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang baru di peringkat institusi pengajian tinggi di Malaysia. Namun begitu, MOOC juga tidak
lari dari isu-isu yang berkaitan dengan kekurangannya sehingga boleh mengganggu proses
pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana, banyak kajian literatur membincangkan isu kelebihan
menggunakan MOOC berbanding cabaran yang dihadapi oleh penggunanya. Justeru itu, artikel ini
mengumpulkan dan menganalisis cabaran MOOC sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dari tahun 2016 hingga 2020. Kajian ini memberi tumpuan
kepada kajian-kajian yang yang diterbitkan oleh pangkalan data Google Scholar, Research Gate
dan Scientific Research Publishing. Sebanyak 67 artikel telah dikenalpasti sebagai kajian yang
berkaitan dengan cabaran MOOC. Hanya 10 artikel yang bertaraf akses penuh telah dipilih secara
rawak untuk analisis lanjutan berdasarkan topik kajian, penerbitan kajian dan dapatan. Kertas
konsep ini diharapkan dapat dijadikan sebagai rujukan kepada para penyelidik bagi mendapatkan
informasi berkaitan cabaran terkini dalam penggunaan MOOC sebagai platform PdP dalam talian
secara besar-besaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

Kata Kunci: MOOC, Pengajaran dan pembelajaran (PdP), Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

146

PENDAHULUAN

Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 telah
menggariskan 10 lonjakan dalam penggunaan teknologi agar setanding dengan negara-negara
maju di peringkat global. Perkembangan demi perkembangan dalam era teknologi moden secara
tidak langsung turut memberi kesan dan perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran
khususnya dalam peringkat pengajian tinggi. Penggunaan MOOC merupakan satu platform yang
mula diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Massive
Open Online Courses atau lebih dikenali sebagai MOOC merupakan satu inovasi yang telah
dibangunkan sebagai satu kaedah penyampaian alternatif kepada kaedah pengajaran sedia ada.
Ia berkonsepkan pengajian dalam talian, bersifat berjarak jauh dan cakupannya melangkaui
sempadan masa dan negara serta bertaraf antarabangsa. Ia juga dapat memupuk konsep
pembelajaran sepanjang hayat khususnya dalam kalangan warga Malaysia.

Menurut Ravista (2015) Massive membawa maksud berskala besar yang merangkumi
10,000 sehingga 100,000 orang pelajar dalam satu-satu masa (Farah Nurshahira & Md Yusoff,
2017). Open bermaksud terbuka iaitu kursus yang ditawarkan adalah secara terbuka dan percuma
(Norazah et al., 2015; Patrick et al., 2015; Sandra,2015; Jan, 2014; Lindsie, 2013) dari segi
pendaftaran, kandungan dan dari segi capaian. Online pula membawa maksud “dalam talian”.
MOOC dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian dan tidak terikat dengan masa, dimana
setiap pelajar boleh mengakses pendidikan di mana-mana tanpa mengira jurang waktu dan tempat.
Courses pula membawa maksud berdasarkan kursus atau program yang membawa nilai kredit
untuk pensijilan.

Perkembangan MOOC di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

Kementerian Pendidikan Tinggi mula mengembangkan Massive Open Online Courses (MOOC) di
Malaysia pada awal tahun 2013 apabila kursus melalui MOOC mula ditawarkan oleh Taylor’s
University (Farah Nurshahira & Md Yusoff, 2017). Selaras dengan kemajuan perkembangan
MOOC, empat buah universiti awam telah dijadikan sebagai pemaju kandungan MOOC yang terdiri
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti
Teknologi MARA (UiTM), dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan menawarkan kursus-
kursus di dalam platform MOOC. OpenLearning adalah platform yang dipilih untuk pelaksanaan
MOOC di Malaysia dan kursus-kursus yang ditawarkan boleh dicapai di
https://www.openlearning.com/malaysiamoocs kemudian pengiktirafan dan kredit melalui polisi
yang dikeluarkan oleh Malaysia Qualification Agency. Kini platform MOOC merupakan salah satu
platform pembelajaran dalam talian yang sedang popular digunakan di seluruh dunia terutamanya
di Institusi Pengajian tinggi (Hafiza et al., 2019) khususnya di Malaysia.

MOOC terbahagi kepada dua jenis iaitu c-MOOC dan x-MOOC. Kebiasaannya, kategori x-
MOOC atau Extension MOOC dijadikan pilihan di institusi pengajian tinggi dalam kursus-kursus
MOOC yang disediakan (Haron, Hussin, Rizal, et al. 2019). Disebabkan x-MOOC adalah
berlandaskan teori behaviourisme, sesi pembelajaran adalah lebih kepada pembelajaran
berasaskan pengajar. Konsep pembelajaran yang diperkenalkan dalam x-MOOC ini adalah lebih
kepada kelas tutorial yang dijalankan di alam maya. Pensyarah atau pengajar dianggap sebagai
pengguna yang berpengetahuan tinggi di mana terdapat perkongsian pendapat, perbincangan dan
idea antara pengajar dengan pelajar (Norazah et.al., 2016). Maka, dengan mengambil kira
kelebihan x-MOOCs, x-MOOCs telah dipilih sebagai format utama dalam pembangunan kandungan
kursus-kursus MOOC di Malaysia (Farah Nurshahira & Md Yusoff, 2017).

Manakala c-MOOC atau Connectivist MOOC mempunyai gaya pedagogi berbeza dengan
x-MOOC. C-MOOC lebih memberi penekanan kepada teori hubungan, autonomi pelajar,
pembelajaran rakan sebaya dan rangkaian sosial (Siemens, 2005; Rodriguez, 2013). Oleh kerana
gaya keterbukaan pembelajaran c-MOOC melalui jalinan hubungan banyak-ke-banyak (many-to-
many) berbanding dengan x-MOOC lebih berdasarkan model tutor-centric, menjadikan c-MOOC
tidak menjadi pilihan popular di institusi pengajian tinggi.

147

MOOC semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar dan pengajar. MOOC boleh
menjadi platform yang menggalakkan penerokaan dalam kalangan pendidik yang ingin mencuba
kaedah baharu. MOOC membolehkan pemindahan maklumat antara pensyarah kepada pelajar
berlaku secara dalam talian dan boleh diakses pada bila-bila masa sahaja (Hudiya et al., 2017).
Berdasarkan Garis Panduan Pembangunan & Penyampaian MOOC Malaysia (2016), menunjukkan
bahawa konteks pedagogi MOOC lebih menekankan kepada konsep pembelajaran kendiri yang
menekankan pembelajaran fleksibel yang berasaskan hasil pembelajaran di mana fokus adalah
kepada pencapaian dan hasil pembelajaran pelajar.

Di samping itu, para pengajar mendapati bahawa MOOC dapat meningkatkan minat dan
motivasi pelajar disebabkan kaedah penyampaian dan aktiviti yang interaktif memenuhi keperluan
pembelajaran mereka (Kumar & Al-Samarraie, 2018) serta pendekatan dan isi kandungannya yang
lebih mudah dan menarik. Pembangunan MOOC menawarkan penyampaian kandungan bahan
seperti kuiz, ruang perbincangan atau forum dan sudut bahan atau maklumat untuk sesebuah
subjek (Md Yusoff et al., 2015; Shrader et al., 2016; Wang et al., 2017) dan kandungan bahan
kursus yang sering kali dimuatnaik oleh pengguna MOOC ialah video, tugasan, kuiz dan
peperiksaan akhir.

MOOC juga memberi peluang kepada pelajar pengajian jarah jauh. Keterujaan mereka
menyertai MOOC disebabkan oleh ia boleh diakses secara percuma, jika dikenakan bayaran masih
lagi berpatutan serta menjimatkan masa dan tenaga (Ghazali & Siti Rosilawati, 2018). Melalui
MOOC pelajar mampu memperolehi pengetahuan yang sama tanpa menghadirkan diri ke kelas
secara fizikal, selain boleh meneroka lebih banyak maklumat berkaitan yang dirasakan perlu
(Hudiya et al., 2017). Selain itu juga, MOOC dilihat sangat bersesuaian untuk pembelajaran bahasa
asing kerana ciri-ciri MOOC memberi peluang dalam menggunakan bahan audiovisual,
penggunaan Internet yang membolehkan interaksi lisan dan tulisan antara pelajar bahasa di seluruh
dunia dan peluang kepada pembelajaran kolaboratif serta membenarkan pelajar bahasa
meneruskan pembelajaran dengan cara sendiri (Chacón-Beltrán, 2017).

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa platform MOOC mempunyai peluang yang besar
dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun begitu, ada yang berpendapat bahawa
pembelajaran dalam talian ini menyebabkan gangguan kepada pembelajaran (Farah Nurshahira &
Md Yusoff, 2017). Jadi, tidak dinafikan bahawa telah wujud pelbagai cabaran dan halangan yang
dihadapi oleh masyarakat di seluruh dunia khususnya di Malaysia dalam menggunakan mahupun
membangunkan MOOC sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru.

Metodologi kajian

Kaedah Literatur Sistematik digunakan berdasarkan kepada kerangka Kitchenham et al. (2009).
Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah membolehkan penyelidik melihat secara mendalam
berkaitan permasalahan kajian dan membolehkan satu kajian dikumpulkan dari sumber yang
pelbagai (Kitchenham & Charters, 2007). Tambahan pula hasil sorotan literatur sistematik lebih
telus berbanding kaedah literatur biasa (Stapic, Lopez, Cabot, de Marcos Ortega & Strahonja,
2012). Sorotan Literatur Sistematik mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa perancangan, fasa
perlaksanaan dan fasa pelaporan (Kitchenham, Pearl Brereto, Budgen, urner, Bailey & Linkman,
2009). Penyelidik menerangkan fasa-fasa ini dalam keterangan berikut:

3.1. Fasa Perancangan
Di dalam fasa ini, penyelidik telah mengenalpasti soalan-soalan kajian, kata kunci, pangkalan data,
dan kriteria penerimaan serta pengecualian.

3.1.1. Soalan Kajian
Objektif sorotan literatur sistematik ini adalah untuk memahami sepenuhnya cabaran-cabaran
menggunakan MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Justeru,
persoalan kajian ini adalah seperti berikut:

148

Soalan Kajian: Apakah cabaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan MOOC di Institusi
Pengajian Tinggi Malaysia?

3.1.2. Kata Kunci Kajian
Berdasarkan kepada soalan kajian di atas, kata kuncinya adalah “halangan MOOC dalam
pengajaran dan pembelajaran”, “cabaran perlaksanaan MOOC dalam pengajaran dan
pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia”. Penyelidik telah menggunakan bahasa

Inggeris dalam pencarian dalam pangkalan data dengan menggunakan kata kunci berikut:
“challenges of MOOC for higher education in Malaysia” dan “barriers of MOOC in teaching and
learning in Malaysia”. Setelah kata carian dikenalpasti, maka pencarian artikel diteruskan

menggunakan kaedah Boolean.

3.1.3. Pangkalan Data
Penyelidik telah mengenalpasti tiga pangkalan data yang berpengaruh dalam kalangan penyelidik.
Pangkalan data tersebut adalah Google Scholar, Research Gate dan Scientific Research
Publishing. Penyelidik melihat kekuatan ketiga-tiga pangkalan data ini amat ampuh dan sesuai
untuk kajian ini kerana artikel-artikelnya amat berkualiti dan bersifat kontemporari.

3.1.4. Kriteria Penerimaan dan Penolakan
Penyelidik telah menggariskan dua peringkat dalam kriteria Kemasukan dan Penolakan artikel.
Dalam peringkat pertama, penyelidik menerima dan mengecualikan artikel berdasarkan kriteria
berikut:

a) Kriteria Penolakan
 Mana-mana kajian yang tidak memaparkan kata kunci tersebut.
 Mana-mana kajian yang bukan dalam topik pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi
 Mana-mana kajian yang tidak boleh diakses penuh.
 Kajian ringkas
 Mana-mana kajian yang berulang

b) Kriteria Penerimaan
 Mana-mana kajian yang memaparkan kata kunci tersebut.
 Mana-mana kajian dalam topik pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi
 Mana-mana kajian yang boleh diakses penuh.

Di dalam peringkat kedua, penyelidik telah mengeluarkan semua kajian yang tidak relevan setelah
proses pembacaan teks kajian secara penuh dijalankan.

3.1.5. Strategi Saringan Data
Dalam strategi ini, penyelidik telah menggunakan borang di bawah untuk proses menyaring data
yang diperlukan daripada artikel yang telah dikumpulkan. Berikut merupakan borang tersebut:

Perkara Informasi
ID Kajian Nombor ID ini diletakkan dalam setiap kajian yang
dipilih untuk memudahkan proses saringan dan
Nama tapisan maklumat
Pengarang Nama Pengarang
Tempat Kajian
Penerbitan Kawasan liputan kajian
Kajian Penerbit kajian yang digunakan.
Hasil Kajian
Hasil kajian yang dinyatakan.

Jadual 1: Borang Saringan Data

149

3.2. Fasa Perlaksanaan
Fasa ini mengandungi beberapa langkah seperti berikut: mengenalpasti skop kajian, pemilihan
kajian, penilaian kualiti kajian, saringan data dan sintesis data.

3.2.1. Langkah mengenalpasti Skop Kajian
Setelah mengenalpasti kata kunci carian, penyelidik memulakan proses mencari artikel di dalam
pangkalan data Google Scholar, Research Gate dan Scientific Research Publishing. Hasil carian
proses tersebut dinyatakan dalam Jadual 2 seperti di bawah:

Pangkalan Data Kebolehcapaian Artikel (Open
Access)
Research Gate 30

Google Scholar 31

Scientific Research 6
Publishing
Jumlah 67

Jadual 2: Hasil Carian Pangkalan Data

3.2.2. Langkah Pemilihan Artikel
Berdasarkan kepada kriteria penerimaan dan kriteria penolakan, penyelidik telah menyaring artikel-
artikel yang sesuai. Proses saringan tersebut dinyatakan dalam Rajah 1 seperti di bawah.

Jumlah Carian (n: 67)

Saringan Tajuk Dan Kata Kunci (n: 30)

Saringan Abstrak, Pengenalan Dan Kesimpulan (n: 25)

Saringan Artikel Penuh (n: 20)

Selepas Sisih Pertindihan (n: 18)

Selepas Penilaian Kualiti (n: 13)

Artikel Pilihan (n: 10)

Rajah 1: Proses Saringan Artikel

Berikut merupakan sepuluh artikel yang telah dipilih menerusi proses ini. Artikel tersebut seperti
dinyatakan dalam jadual 3 di bawah:

ID Penulis Sumber Tajuk Artikel
M1 Nagaletchimee Annamalai Google scholar How Malaysian Lecturers
View Mooc and Its Challenges
M2 Farah Nurshahira Zulkifli, Google scholar Transformasi Pendidikan: Isu
Md Yusoff Daud Dan Cabaran Pendidikan

150

M3 Chiam Chooi Chea Google Scholar Abad Ke-21 Melalui Aplikasi
Massive Open Online
M4 Hafiza Haron, Google Scholar Courses (Mooc) Di Malaysia
Benefits And Challenges Of
Ahmad Rizal Mohd Yusof, Massive Open Online
Courses
Hafiza Samad, The Platform of Mooc
(Massive Open Online
Noraini Ismail, Anis Juanita Course) On Open Learning:
Issues And Challenges
& Hafidzan Yusof
MOOCs in the Malaysian
M5 Jeya Amantha Kumar and Google Scholar higher education institutions:
the instructors’ perspectives
Hosam Al-Samarraie Introduction to Massive Open
Online Course (MOOC): The
M6 Rozilawati Shaari, Yusdi ResearceGate Issues and Challenges Using
Ismail dan Roseline Anak MOOC as A Teaching and
Kok Learning Method in Malaysian
Polytechnic
M7 Enna Ayub, Lim Chee Research Gate Developing A Pedagogy
Leong Framework For Institution-
Wide Implementation Of
M8 Norliza Ghazali, Research Gate Mooc: A Case Study From A
Mohamad Sahari Nordin Malaysian Private University
The Perception Of University
M9 Samer Ali Al-shami, Safiah Research Gate Lecturers Of
Sedik, Nurulizwa Rashid, Teaching And Learning In
Hanipah Hussin Massive Open Online
Courses (Moocs)
M10 Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Scientific The Barriers That Influence
the Use of Moocs.
Hamzah, Nur Hazeleen Research Case Study from University
Teknikal Malaysia
Bashah Publication Melaka (Utem)
Challenges to Teaching and
Learning Using
MOOC

Jadual 3: Maklumat Artikel Pilihan

3.2.3. Langkah Penilaian Kualiti Kajian
Untuk menilai kualiti artikel yang dipilih, penyelidik telah memilih satu senarai semak yang
dicadangkan oleh Kitchenham dan Charters (2007). Jadual 4 di bawah menunjukkan kandungan
senarai semak tersebut dalam menilai kualiti artikel dari segi objektif, persembahan, hasil kajian
dan sebagainya.

No Soalan Jawapan

Q1 Adakah matlamat kajian jelas dinyatakan? Ya/Tidak/Sebahagi

an

Q2 Adakah kajian ini dipersembahkan secara Ya/Tidak/Sebahagi

mencukupi? an

Q3 Adakah kajian meneroka perspektif dan dimensi Ya/Tidak/Sebahagi

yang pelbagai? an

151

Q4 Adakah objektif kajian membawa kepada Ya/Tidak/Sebahagi

kesimpulan yang jelas? an

Q5 Adakah dapatan kajian penting? Ya/Tidak/Sebahagi

an

Q6 Adakah dapatan kajian negatif dipersembahkan Ya/Tidak/Sebahagi

dalam kajian? an

Q7 Adakah pengkaji menerangkan sebarang akibat Ya/Tidak/Sebahagi

daripada sebarang masalah? an

Q8 Adakah kajian telah menambah kefahaman anda Ya/Tidak/Sebahagi

dalam isu? an

Q9 Adakah dapatan kajian menambah sorotan literature Ya/Tidak/Sebahagi

yang dibuat? an

Jadual 4: Senarai Semak Penilaian Artikel

Kemudian hasil dapatan kajian telah dianalisis menggunakan skala penilaian yang diperkenalkan
oleh Azhar, Mendes dan Riddle (2012) seperti dinyatakan dalam jadual 5. Penyelidik menyimpulkan
bahawa mana-mana kajian yang mencapai skor yang tertinggi maka ia akan menunjukkan kualiti
kajian dan berupaya menjawab persoalan kajian.

Jawapan Skor
Ya 1
0
Tidak 0.5
Sebahagi

an

Jadual 5: Skala Skor Berdasarkan Jawapan

Nilai skor bagi setiap kajian dipaparkan dalam jadual 6. Setiap kajian telah dijumlahkan mata
skornya dan diterjemahkan dalam bentuk peratus untuk memudahkan penafsiran data. Ianya
diletakkan dalam ruangan akhir jadual tersebut (% Max S). Jadual 6 menunjukkan kadar peratusan
yang diberikan kepada setiap artikel berdasarkan kaedah Kitchenham dan Charters (2007) dan
kaedah Azhar, Mendes dan Riddle (2012) seperti di bawah:

ID Q1 Q Q3 Q4 Q5 Q6 Q7 Q8 Q9 Jumlah % Max S

2

M1 1 0. 1 1 1 0 0.5 1 1 7 77.8

5

M2 1 1 1 1 1 0 111 8 88.9

M3 1 0. 1 0.5 1 0.5 1 1 0.5 7 77.8

5

M4 1 1 1 1 1 0 111 8 88.9

M5 1 1 1 1 1 0 111 8 88.9

M6 1 1 1 0.5 1 0 0.5 1 1 7 77.8

M7 1 0. 1 0.5 1 0.5 0.5 1 1 7 77.8

5

M8 1 1 1 1 1 0 111 8 88.9

M9 1 1 0.5 1 1 0 0.5 1 1 7 77.8

M10 1 1 1 1 1 0 111 8 88.9

Jadual 6: Kadar Skor dan Peratusan Setiap Artikel

Jadual 6 menunjukkan bahawa kebanyakkan kajian mendapat skor di antara 7 sehingga 8. Oleh
yang demikian, semua artikel melepasi tahap 50% dan dikekalkan dalam proses tinjauan sistematik
ini. Artikel M2, artikel M4, artikel M5, aktikel M8 dan artikel 10 mendapat skor yang tertinggi

152

sebanyak 8 daripada jumlah skor keseluruhan iaitu 9. Ia bersamaan dengan 100% kerana menepati
kriteria-kriteria penilaian. Manakala artikel M1, artikel M3, artikel M6, artikel M7 dan artikel M9
mendapat skor terendah iaitu 7 daripada 9 bersamaan 77.8%. Menerusi langkah ini, kesemua
artikel yang berjumlah 8 buah ini telah melalui proses penilaian kualiti.

3.2.4. Langkah Pengestrakan Data
Di dalam langkah ini, data diambil daripada 10 artikel yang telah dinilai sebelum ini. Penyelidik
memfokuskan kepada cabaran pembelajaran berasaskan MOOC di INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI. Segala maklumat yang berkaitan telah direkodkan berdasarkan kepada catatan yang telah
dibuat pada borang saringan data (lihat 2.1.5 Strategi Saringan Data). Penyelidik mendapati
bahawa cabaran pembelajaran berasaskan MOOC di Institusi Pengajian Tinggi, boleh disimpulkan
seperti dinyatakan dalam Jadual 7.

ID Penulis Tahun Penerbit Hasil
Kajia 2019
Nagaletchimee 2017 Journal of Cabaran terbahagai kepada dua
n Annamalai 2016 kategori: kehadiran sosial dan
M1 2019 Nusantara kehadiran kognitif
M2 FarahNurshahira
M3 Zulkifli, Md Yusoff 2018 Studies,
Daud
M4 2018 UNISZA
Chiam Chooi 2017
M5 Chea 2016 Perspektif Pengurangan dalam enrolmen
2018
M6 Hafiza Haron, Risalah An-Nur integriti universiti di Malaysia dan
M7 Ahmad Rizal
M8 Mohd Yusof, integriti tenaga pengajar semakin
M9 Hafiza Samad,
Noraini Ismail, merosot
Anis Juanita &
Hafidzan Yusof ASEAN Journal Dua cabaran utama dalam MOOC:
Jeya Amantha of Open
Kumar Distance kadar pengguna tidak
andHosam Al- Learning
Samarraie menghabiskan pembelajaran

RozilawatiShaar, meningkat dan desakan pihak
Yusdi Ismail dan
Roseline Anak institusi dalam mengurangkan kos
Kok
Enna Ayub, Lim International Isu dan cabaran-cabaran: Reka
Chee Leong
Journal of bentuk dan penglibatan dalam
Norliza Ghazali,
Mohamad Sahari Modern MOOC, infrastruktur dan model
Nordin
Education pedagogi, kadar penurunan
Samer Ali Al-
shami, Safiah pengguna meningkat dan kualiti,

pengesahan dan plagiarisme

Routledge Anatara cabaran: konsep

Taylor and redudansi, kekurangan fasilitis,

Francis Group kurang pendedahan, pembangunan

dan reka bentuk kursus,

Kepimpinan dan pembinaan

kapasiti

RMP Pelbagai isu dan cabaran dari
Publication
aspek pengguna MOOC,

infrastruktur dan reka bentuk,

pembangunan ahli-ahli pakar

American Mencari ahli akademik yang pakar
Scientific
Publisher dalam membimbing mereka dalam

MOOC, kurang pengurusan sumber

manusia

Journal of Pengurusan sumber manusia,

Personalized tingkah laku pelajar, kekangan

Learning waktu, keberkesanan diri

pensyarah, masalah teknikal

Journal of Halangan-halangan dalam

Dynamical and menggunakan MOOC antaranya

153

Sedik, Nurulizwa Control ialah disebabkan faktor sosiologi,
Rashid, Hanipah Systems
Hussin psikologi, teknikal, kognitif dan di
Creative
M10 Norfarahi Zulkifli, 2020 Education anggap mudah dalam
Mohd Isa
Hamzah, Nur menggunakannya
Hazeleen Bashah
Cabaran-cabaran PdP dalam

menggunakan MOOC ialah talian

internet yang perlahan, kurang

kefahaman dalam menggunakan

MOOC, peralatan yang tidak

mencukupi, kurang memberi

komitmen, tiada dorongan dalam

melaksanakan PdP berasaskan

MOOC, bahan yang bosan dan

tidak menarik, tiada peruntukan

standard markah dalam MOOC dan

tidak semua kursus menggunakan

MOOC. Cabaran utama adalah

talian internet yang perlahan.

Jadual 7: Saringan Sepuluh Artikel Terpilih

Jadual 7 menunjukkan hasil saringan data sepuluh artikel terpilih daripada pangkalan data Google
Scholar, Research Gate dan Scientific Research Publishing. Terdapat banyak kajian yang telah
dibuat dari tahun 2016 hingga 2020 mengenai cabaran-cabaran pembelajaran berasaskan MOOC
di Institusi Pengajian Tinggi. Terbaru satu kajian telah dibuat pada bulan Mac 2020, dua kajian
dibuat pada tahun 2019 dan dua kajian juga telah dibuat pada setiap tahun 2018 hingga 2016. Hasil
daripada dapatan menunjukkan cabaran utama pembelajaran berasaskan MOOC di Institusi
Pengajian Tinggi terbahagi kepada cabaran pelajar, para pendidik, pihak universiti, infrastruktur dan
reka bentuk MOOC itu sendiri.

Tingkah laku atau sikap pelajar merupakan antara cabaran utama dalam MOOC (Norliza &
Mohamad Sahari, 2016). Ciri utama MOOC yang mengamalkan pembelajaran kendiri dan satu hala
menyebabkan pelajar menganggap pembelajaran melalui MOOC itu mudah (Samer Ali et al., 2018).
Maka, pelajar kurang memberikan komitmen yang baik dalam pembelajaran MOOC hingga terleka
dan bebas untuk meneruskan belajar atau tidak. Pelajar juga menghadapi kekangan waktu untuk
menyiapkan tugasan yang banyak sehingga menjadikan pelajar terbeban untuk menyiapkannya
dan memerlukan masa tambahan untuk menghabiskan kursus tersebut. Pada masa yang sama,
para pelajar juga mengalami masalah apabila mereka tidak faham menggunakan MOOC kerana
kurangnya pendedahan dan sukar untuk mencari ahli akademik yang pakar untuk dibimbing. Hal
ini menyebabkan segelintir pelajar berputus asa dan tidak dapat menghabiskan kursus tersebut.
Maka, tidak hairanlah apabila kadar pelajar atau pengguna MOOC tidak menghabiskan
pembelajaran meningkat dari semasa ke semasa (Chiam Chooi, 2016). Menurut Yu Chengjie
(2015) statistic menunjukkan 5% hingga 15% sahaja yang mampu menamatkan pembelajaran di
MOOC (Norliza & Mohamad Sahari, 2016).

Di Malaysia, masih banyak institusi pengajian tinggi yang masih belum melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan MOOC. Hal ini kerana, cabaran yang dihadapi oleh
pendidik untuk melaksanakan MOOC jelas ditunjukkan apabila mereka sendiri masih kurang
pendedahan dan belum mengetahui sepenuhnya tentang kelebihan MOOC (Jeya Amantha &
Hosam, 2018) serta tiada dorongan untuk melaksanakannya (Norfarahi et al., 2020). Pada masa
yang sama, pensyarah juga mengalami masalah dalam merangka pelbagai kursus berasaskan
MOOC. Hal ini kerana MOOC mempunyai garis panduan yang berbeza untuk setiap subjek (Jeya
Amantha & Hosam, 2018) . Tanpa pendedahan dan latihan teknologi MOOC, para pendidik akan
memilih kaedah tradisional berbanding MOOC (Rozilawati et al., 2018). Selain itu, kewujudan
MOOC telah menyebabkan integriti tenaga pengajar semakin merosot. Menurut Marshall (2014),
tugas-tugas ahli akademik mahupun tenaga pengajar yang melibatkan integriti dilihat semakin

154

berkurang dalam kalangan pengajar mahupun pelajar disebabkan menjalankan tugas atau
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara sambalewa (Farah Nurshahira & Md
Yusoff, 2017). Kehadiran kognitif dan sosial dalam diri pensyarah juga diperbincangkan dalam isu
cabaran MOOC dimana para pensyarah khuwatir terhadap bagaimana platform digital mampu
menghasilkan pembelajaran yang berkesan dalam menghadapi kemahiran berfikir aras tinggi
mahupun rendah serta bagaimana pelajar mengawal perasaan stress, menyendiri dan semangat
mereka (Nagaletchimee, 2019).

Terdapat banyak sebab mengapa pengajar dan pelajar lambat menyesuaikan diri dengan
teknologi baru ini, MOOC. Secara umumnya, disebabkan oleh cabaran pihak institusi iaitu dari segi
pengurusan sumber manusia (Enna & Cl, 2017), masalah teknikal dan kurang kemudahan
infrastruktur yang mampu diberikan. MOOC merupakan platform pembelajaran yang memerlukan
komputer atau telefon pintar, namun tidak semua pelajar mampu menyediakan keperluan tersebut
dan kemudahan yang tidak mencukupi di institusi menyebabkan proses P&P itu terganggu. Di
samping itu, isu talian internet perlahan di institusi juga merupakan halangan utama dalam
melaksanakan P&P berasaskan MOOC (Norfarahi et al., 2020). Akhir sekali ialah cabaran dari segi
reka bentuk kursus MOOC (Rozilawati et al., 2018) yang tiada standard markah ditetapkan, bahan
yang disediakan oleh pengajar membosankan dan tidak menarik (Norfarahi et al., 2020). Isu tahap
kualiti kesahan dan plagiarisme tugasan dalam MOOC juga dipertikaikan (Hafiza et al., 2019).
Menurut Andrew (2015), satu kajian mendapati teknologi MOOC dilihat gagal merevolusikan
pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kebarangkalian tahap kesahan terhadap
sesuatu perkara tidak dapat dijelaskan secara mendalam kerana kurangnya perjumpaan
bersemuka (Farah Nurshahira & Md Yusoff, 2017).
KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa walaupun MOOC adalah suatu inovasi pengajaran dan pembelajaran
alaf baru dalam dunia pendidikan, namun terdapat juga beberapa kelemahan dan cabaran apabila
melaksanakannya. MOOC adalah suatu inovasi pembelajaran dalam talian yang bersifat terbuka
dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa dengan syarat setiap orang yang terlibat
dengan pembangunan MOOC harus bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan baik.
Kertas konsep ini diharapkan dapat membantu para pengkaji dalam meneroka cabaran dan
halangan MOOC pada masa hadapan. Ia sekaligus memberi jalan penyelesaian bagi mengatasi
kelemahan-kelemahan tersebut dengan lebih bersistematik dan berkesan.

155

RUJUKAN

Admiraal, W., Huisman, B., & Pilli, O. (2015). Assessment In Massive Open Online Courses.
The Electronic Journal Of E-Learning, 13(4), 207–216.

Ayub, E., Wei Wei, G., & Seng Yue, W. (2017). Exploring Factors Affecting Lear Ners ’
Acceptance Of Moocs Based O N Kirkpatrick ’ S Model. 0–5.

Azhar, Damir, Mendes, Emilia, & Riddle, Patricia. (2012). A Systematic Review Of Web
Resource Estimation. Paper Presented At The Proceedings Of The 8th International
Conference On Predictive Models In Software Engineering. Lund, Sweden.

Bujak, K. R. Et Al. 2012. The Evolving University: Beyond Disruptive Change And Institutional
Innovation.

Chiam Chooi, C. (2016). Benefits And Challenges. ASEAN Journal Of Open Distance Learning,
8(1), 16–23. Google Scholar.

Enna, A., & Cl, L. (2017). Developing A Pedagogy Framework For Institution- Wide
Implementation Of MOOC : A Case Study From A Malaysian Private University.
February. Research Gate.

Farah Nurshahira, Z., & Md Yusoff, D. (2017). Transformasi Pendidikan : Isu Dan Cabaran
Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) Di
Malaysia. In Simposium Pendidikan Diperibadikan: Perspektif Risalah An-Nur (Sprin
2017). Google Scholar.

Ghazali, Z., & Siti Rosilawati, R. (2018). MOOCs Untuk Pembelajaran Bahasa: Satu Tinjauan
Literatur Sistematik. September, 893–902.

Hafiza, H., Ahmad Rizal, M. Y., Hafiza, S., Noraini, I., Anis, J., & Hafidzan, Y. (2019). The
Platform Of MOOC ( Massive Open Online Course ) On Open Learning : Issues And.
International Journal Of Modern Education, 1–9. Google Scholar.

Hudiya, A., Fariza, K., & Aidah, A. K. (2017). Penggunaan Massive Open Online Course (
MOOC ) Sebagai Kaedah Pembelajaran Baharu. Pembelajaran Abad Ke-21: Trend
Integrasi Teknologi, 179–188.

Jeya Amantha, K., & Hosam, A.-S. (2018). Moocs In The Malaysian Higher Education
Institutions: The Instructors’ Perspectives. Reference Librarian., 59(3), 163–177. Google
Scholar

Kitchenham, B., & Charters, S. (2007).Guidelines For Performing Systematic Literature Reviews
In Software Engineering. Engineering, Vol. 2, No.EBSE 2007-001.

Kitchenham, B., Pearl Brereton, O, Budgen, D., Turner, M., Bailey, J., & Linkman, S. (2009).
Systematic Literature Reviews In Software Engineering– A Systematic Literature Review.
Information And Software Technology, 51 (1), 7-15

Manalo, J. M. A. (2014). An Evaluation Of Participants ’ Levels Of Satisfaction And Perceived
Learning Regarding The MOOC In @ RAL Platform. Malaysian Journal Of Distance
Education, 16(1), 101–121.

Md Yusoff, D., Farah Nurshahira, Z., Mohd Jasmy, A. R., & Fariza, K. (2015). Kesediaan
Pelajar Siswazah Menggunakan MOOC Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. 636–
651.

156

Nabila Atika, R., Helmi, N., Mohd Jasmy, A. R., & Nur Atikah, J. (2017). Pendekatan
Pembelajaran Dalam Persekitaran Massive Open Online Courses Bagi Peringkat
Pengajian Tinggi. Seminar Pendidikan Serantau Ke-8, 661–669.

Nagaletchimee, A. (2019). How Malaysian Lecturers View MOOC And Its Challenges. Journal
Of Nusantara Studies (JONUS), 4(2), 144–167. Google Scholar.

Norazah Nordin, Helmi Norman, Mohamed Amin Embi, Ahmad Zamri Mansor & Fazilah Idris.
2016. Factors For Development Of Learning Content And Task For Moocs In An Asian
Context. Journal Of International Education Studies, 9(5), 48-61.

Norfarahi, Z., Mohd Isa, H., & Bashah, N. H. (2020). Challenges To Teaching And Learning
Using. Scientific Research Publishing, 197–205.

Norliza, G., & Mohamad Sahari, N. (2016). The Perception Of University Lecturers Of Teaching
And Learning In Massive Open Online Courses ( MOOCS ). Journal Of Personalized
Learning, 2(1), 52–57. Research Gate

Rozilawati, S., Yusdi, I., & Roseline, A. K. (2018). Introduction To Massive Open Online Course (
MOOC ): The Issues And Challenges Using MOOC As A Teaching And Learning Method
In Malaysian. Research Gate

Rodriguez, O. (2013). The Concept Of Openness Behind C And X-Moocs (Massive Open Online
Courses). Open Praxis, 5(1), 67-73.

Samer Ali, A.-S., Safiah, S., Nurulizwa, R., & Hanipah, H. (2018). The Barriers That Influence
The Use Of Moocs . Case Study From University Teknikal Malaysia Melaka ( Utem ).
August. Research Gate

Sanches-Vera, M. Del M., & Prendes-Espinosa, M. P. (2015). Beyond Objective Testing And
Peer Assessment: Alternative Ways Of Assessment In Moocs. RUSC. Universities
And Knowledge Society Journal, 12(1), 119.

Shrader, S., Wu, M., Owens, D., & Ana, K. S. (2016). Massive Open Online Courses ( MOOCs ):
Participant Activity , Demographics , And Satisfaction. 20(2), 199–216.

Siemens, G. (2005). Connectivism: A Learning Theory For The Digital Age. International Journal
Of Instructional Technology And Distance Learning, 2(1). Retrieved From
Http://Www.Itdl.Org/

Song, L., & Hill, J. R. (2007). A Conceptual Model For Understanding Self-Directed Learning In
Online Environments. Journal Of Interactive Online Learning, 6(1), 27–42.

Stapić, Z., López, E., Cabot, A., De Marcos Ortega, L., & Strahonja, V. (2012). Performing
Systematic Literature Review In Software Engineering. Paper Presented At The CECIIS
2012- 23rd Central European Conference On Information And Intelligent System,
September 19-21, 2012, Varazdin, Crotia

Wang, Y., Baker, R. S., & Paquette, L. (2017). Behavioral Predictors Of MOOC Post-Course
Development.

157

PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA: ANALISIS PEMERHATIAN

Mohd Aderi Che Noh
Siti Rosilawati Ramlam

Noor Azizi Ismail
Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam membentuk generasi
beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketerampilan pada masa hadapan. Pendidikan
Islam perlu sebagai proses pengisian jiwa atau kerohanian bagi seseorang individu. Kertas
kerja ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana Pendidikan Islam dapat membentuk
satu generasi yang mempu memantapkan pegangan mereka dalam menjalani arus
gelombang kehidupan dan tidak mudah terpengaruh dengan sifat-sifat negatif kesan
daripada perubahan zaman. Bagi merealisasikan hasrat ini, anjakan paradigma pendidikan
sangat penting agar dapat mendorong para pendidik untuk memainkan peranan mereka
dengan lebih agresif dan progresif. Metodologi kajian adalah secara kajian kepustakaan
yang mamu mengamati Pendidikan Islam di Malaysia. Moga kertas kerja ini menjadi
pedoman dalam mendidik anak bangsa menjadi pemimpin masa hadapan.

Kata kerja: Pendidikan Islam, pengajaran, kurikulum, penilaian, sahsiah

158

PENDAHULUAN

Sejarah Pendidikan Islam di Malaysia bermula melalui sistem mengaji di rumah imam atau guru
sejak abad ke-15 Masihi. Sistem ini kemudiannya berkembang kepada sistem sekolah pondok, yang
dikenali sebagai madrasah sehingga akhirnya menjadi Sekolah Agama Negeri (SAN) atau Sekolah
Agama Rakyat (SAR) selepas merdeka. Pengajian di sekolah-sekolah ini difokuskan kepada bidang-
bidang Agama Islam dan Bahasa Arab semata-mata. Ekses dan ekuiti pendidikan di sekolah agama
menjadi salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penambahbaikan kurikulum,
tenaga guru dan infrastruktur sekolah.

Manakala dalam era globalisasi ini, peranan guru semakin mencabar dari semasa ke
semasa. Guru dilihat memainkan peranan yang amat penting terhadap pendidikan murid-murid.
Apabila guru terlepas pandang ataupun tersilap langkah murid-murid ini akan cenderung kepada
sikap agresif, tidak menumpukan perhatian dan ada kalanya mereka langsung tidak mempedulikan
keberadaan guru yang mengajar di hadapan kelas.

Institusi-institusi pendidikan ini adalah merupakan salah satu instrumen yang paling penting
dalam pembentukan masa depan negara. Sehinggakan subjek Pendidikan Islam berjaya dijadikan
sebagai salah satu subjek teras bagi pelajar yang beragama Islam. Hal ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Islam untuk menerapkan nilai Islam dan moral dalam diri setiap pelajar yang beragama
Islam. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (2012) adalah berbunyi :

“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab
untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”

Pendidikan Islam Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan Islam mula diperkenalkan dalam arus perdana pendidikan dan mata pelajaran agama
Islam wajib diajar di sekolah apabila Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan. Peruntukan ini telah
dipinda dalam Akta Pendidikan 1996 dengan menetapkan pengajaran mata pelajaran Agama Islam
wajib diadakan jika terdapat 5 atau lebih murid Islam di sesebuah sekolah. Dalam Akta Pendidikan
1996, Seksyen 18 turut menyatakan bahawa Pendidikan Islam adalah salah satu mata pelajaran
teras dan diajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

Pada masa kini, jika terdapat seorang murid muslim di sekolah kebangsaan, Pendidikan
Islam wajib diajar di sekolah berkenaan. Keprihatinan Majlis Raja-Raja Melayu terhadap pendidikan
Islam di negara ini telah terbukti melalui penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM) pada tahun 1955.
Almarhum Sultan Hisahmuddin Alam Shah Sultan Selangor telah mewakafkan istana baginda di
Kampung Jawa Klang untuk didirikan KIM. Setelah persetujuan dicapai antara Lembaga Pengelola
Sekolah KIM dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada tahun 1967 KIM telah diserah
dan diurustadbir oleh pihak KPM dan berstatus sebagai Sekolah Berasrama Penuh (Aliran Agama).

Pada tahun 1977, KPM telah mengambilalih sebanyak 11 buah Sekolah Menengah Agama
Negeri (SMAN). Sekolah-sekolah tersebut dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA) yang mengguna pakai dwi-kurikulum iaitu kurikulum agama dan kurikulum
akademik aliran perdana. Perjuangan KPM untuk memperkasakan sekolah agama dilebar-luaskan
melalui penubuhan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) pada tahun 1982. Disebabkan
permintaan ibu bapa terhadap pendidikan di sekolah agama khususnya di SMKA terlalu tinggi maka
pada tahun 1987 Kementerian telah mengorak langkah mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) di
sekolah menengah kebangsaan. Pakej kurikulum yang ditawarkan di KAA sama seperti di SMKA
dan penubuhannya adalah untuk memenuhi permintaan ibu bapa.

159

Agenda untuk memperkasakan bangsa Melayu beragama Islam di negara ini diteruskan
dengan penubuhan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) pada tahun 2000. Malah usaha
Kementerian untuk terus membantu dan memperkasakan sekolah agama secara konsisten diberi
perhatian. Hasrat ini direalisasikan melalui saranan Laporan Tan Sri Murad tahun 2004 iaitu
pendaftaran Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat (SANSAR) sebagai Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sebanyak 216 sekolah SAN & SAR telah berdaftar
sebagai SABK. Penubuhan sekolah bantuan penuh kerajaan aliran agama adalah untuk melahirkan
teknokrat dan profesional atau hafiz yang mutadayyin, manakala SABK pula untuk melahirkan
pelapis ilmuan Islam yang muthaqqaf atau hafiz.

Kurikulum Pendidikan Islam

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam disampaikan dalam jadual pembelajaran rasmi. Ini
bererti Pendidikan Islam mendapat perhatian yang sama dengan mata pelajaran lain. Lazimnya
kurikulum ini dikemaskini dan disemak setiap empat ataulima tahun sekali. Kurikulum Pendidikan
Islam yang terkandung dalam Kurikulum Kebangsaan adalah seperti berikut:Mata pelajaran
Pendidikan Islam di sekolah rendah dinamakan Pendidikan Islam Teras. Kurikulum ini merangkumi
Tilawah dan Kefahaman al-Quran, Aqidah, Syariah, Sirah,Adab dan Cara Hidup Islam. Selain itu
pendidikan Islam di peringkat ini diperkasakan dengan program j-QAF. Manakala di sekolah
menengah harian, Pendidikan Islam diajar sebagai matapelajaran teras dan Tasawur Islam pula
ditawarkan sebagai matapelajaran elektif di peringkat menengah atas. Komponen Pendidikan Islam
Teras adalah Tilawah dan Kefahaman al-Quran, Aqidah, Syariah, Sirah Nabawiah dan Adab Cara
Hidup Islam.

Kedua-dua peringkat ini Pendidikan Islam wajib diajar kepada semua murid Islam oleh guru
yang bertauliah opsyen Pendidikan Islam. Sementara di SMKA matapelajaran yang ditawarkan
mengandungi komponen Bahasa Arab elektif di peringkat menengah rendahdi samping mata
pelajaran Pendidikan Islam Teras. Manakala Pendidikan Islam Elektif pula terdiri daripada mata
pelajaran Pendidikan al-Quran dan Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Tasawwur Islam di
peringkat menengah atas di samping mata pelajaran Bahasa Arab.

Cadangan menjadikan Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz
(KBDKBT) sebagai sebahagian Kurikulum Kebangsaan merupakan usaha KPM untuk
memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah agama.

Pelaksanaan KBD & KBT sebagai Kurikulum Kebangsaan telah diluluskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, KPM kali ke 200 pada 26 Julai 2012 yang dipengerusikan
oleh Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia,
Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-54 yang
dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pada 03 Disember 2012 dan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-231 pada 27 Februari 2013 secara dasarnya telah bersetuju
mengambil maklum serta memperkenankan cadangan ini untuk dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat mulai tahun 2015.

Mata pelajaran yang ditawarkan dalam KBD seperti Usul al-Din, al-Syariah, al-Lughah al-
‘Arabiah al-Mu’asirah, Manahij al-‘Ulum al-Islamiyah dan al-Adab wa al-Balaghah.
Pelaksanaannnya berfokus di SABK secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2015.Manakala
KBT pula menawarkan mata pelajaran Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran, dan dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2014 di SMKA dan SMAP terpilih dan SABK.

KPM telah melaksanakan Transformasi Pendidikan Islam, antaranya melaksanakan Tahfiz
Model Ulul Albab (TMUA) dengan menggunakan KBT dan Model Ulul Albab melalui pendekatan
Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Malah semua murid yang mengikuti TMUA juga disarankan
mengambil salah satu Bahasa Antarabangsa iaitu sama ada Bahasa Peranchis atau Bahasa
Manderin. Dijangka 15 buah sekolah SMKA dan SBP terpilih seluruh negara akan melaksanakan
TMUA menjelang tahun 2017.

160

KBDKBT dilaksanakan dengan menggunakan Jadual Peruntukan Waktu Khas (JPWK) bagi
seminggu mata pelajaran yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan
Pendidikan Kali Ke-200 pada 26 Julai 2013. JPWK merupakan jadual penyelarasan yang
membolehkan pelaksanaan KBD KBT dijalankan secara lancar dan tidak menjejaskan sistem sedia
ada.

Pelaksanaan KBDKBT pada masa kini lebih difokuskan kepada SABK. Namun pihak
Kementerian tidak menghalang mana-mana sekolah seperti Sekolah Agama Negeri (SAN) dan
Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ingin melaksanakannya. Sehingga kini, jumlah SABK yang
melaksanakan KBD sebanyak 151 sekolah dan 12 sekolah pula melaksanakan KBT.

Dari segi penilaian dan pentaksiran Pendidikan Islam Teras di peringkat sekolah rendah
dilaksanakan di peringkat sekolah. Manakala Pendidikan Islam Terasdan Elektif peringkat
menengah pula dilaksanakan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) kini dikenali sebagai PT3
dan peperiksaan awam KPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Untuk memperkasakan pendidikan Islam dalam sistem arus perdana, KPM melalui Pelan
Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) bercadang untuk melaksanakan Islamisasi
Ilmu yakni menerapkan unsur-unsur tauhid dalam semua mata pelajaran di sekolah agama.

Program Sokongan

Bagi memperkasa dan memantapkan penghayatan murid terhadap Pendidikan Islam yang diajar di
Bilik Darjah, terdapat beberapa program sokongan yang dilaksanakan oleh Kementerian bagi
memastikan keberkesanan Pendidikan Islam. Di antara program tersebut seperti berikut: Langkah
KPM untuk memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dengan
memperkenalkan Program j-QAF bermula tahun 2005 adalah satu tindakan bijak. Program ini
dilaksanakan berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi.

Perkataan j-QAF adalah akronim Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain.Pelaksanaan
program ini adalah satu usaha untuk memperkasa Pendidikan Islam melalui penekanan khusus
dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (penekanan aspek solat) di
peringkat sekolah rendah. Program ini menggabungkan 5 kompenan model yang dilaksanakan
iaituModel Pemulihan Jawi, Model Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Peluasan Bahasa Arab
dan Model Bestari Solat.

Pencapaian keseluruhan Program j-QAF berdasarkan kutipan data pada Oktober 2014 bagi
sekolah kebangsaan (SK) mencapai 93.13% yang melibatkan 4,722 buah sekolah dengan bilangan
murid yang terlibat seramai 1,669,939 orang, manakala pencapaian di sekolah jenis kebangsaan
(SJK) mencapai 82.44% yang melibatkan 384 buah sekolah dengan murid yang terlibat seramai
16,976 orang (pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 sahaja).

Jika dilihat berdasarkan pencapaian model menunjukkan keberkesanan pelaksanaan
program ini amat membanggakan. Pencapaian mengikut model program seperti jadual di bawah :

BIL. MODEL SK SJK
1 B. ARAB 90.61% -
2 JAWI 89.02%
3 AL-QURAN 100.00% 91.99%
4 KBS WUDUK 97.91% 100.00%
90.59%

161

5 KBS SOLAT PELAKUAN 97.91% 91.04%
6 KBS SOLAT BACAAN 84.01% 41.94%

Manakala Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) hanya ditawarkan kepada pelajar di SMKA,
KAA dan telah diperluaskan ke SABK. KKQ mengandungi kemahiran dalam Hafazan al-Quran,
Tarannum, Qiraat as-Sab’ah, Tafsir dan Ulum al-Quran. Murid yang mengikuti KKQ dinilai
pencapaiannya melalui peperiksaan yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka yang memiliki sijil KKQ kini layak untuk memohon
melanjutkan pelajaran di bidang tahfiz di Maahad Tahfiz Darul al-Quran Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia selama setahun. Setelah menamatkan pengajiannya di Mahaad Tahfiz Darul al-Quran,
mereka akan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang
profesional seperti kedoktoran dan kejuruteraan.

Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain

Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting daripada ilmu
Fardhu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, untuk memastikan supaya
setiap murid benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang
betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

Dalam aspek penilaian pula, murid dapat mencapai kefahaman yang betul dan boleh
mengamalkannya secara sah pada tahap yang paling asas dan minimum. Penilaian Perkara Asas
Fardhu Ain (PAFA) telah dilaksanakan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 1994.

Walaupun KPM telah melaksanakan beberapa program sokongan untuk memperkasakan
Pendidikan Islam dalam arus perdana, namun sumbangan pihak luar seperti Kelas Al-Quran dan
Fardhu Ain (KAFA) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tetap memberi impak
tambahan kepada murid-murid Islam di peringkat sekolah rendah.

Pentaksiran

Mata pelajaran Pendidikan Islam peringkat rendah ditaksir oleh guru Pendidikan Islam peringkat
sekolah sahaja. Mata pelajaran Pendidikan Islam Teras peringkat menengah ditaksir melalui dua
peringkat iaitu PT3 dan SPM. Manakala untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Elektif ditaksir
hanya di peringkat SPM sahaja.

Walaupun begitu Pendidikan Islam selepas menengah atas ditaksir melalui dua kaedah iaitu
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Islam (STAM).

Pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada lepasan STAM yang telah disamatarafkan dengan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai bukti keprihatinan Kerajaan. Bahkan lepasan sijil ini
bukan sahaja diterima masuk ke Universiti al-Azhar malah telah diterima masuk mengikuti
pengajian di bidang Pengajian Islam dan bidang Sains Sosial di Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) di Malaysia. Kementerian juga telah memasarkan STAM ke beberapa buah negara di Asia
Tenggara antaranya melibatkan pelajar dari Thailand dan Kemboja.

Pemantapan Sahsiah

Untuk memantapkan pemahaman dan penghayatan ilmu yang diperoleh dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) dalam kalangan murid, KPM telah menetapkan bahawa kegiatan kerohanian dan
kokurikulum Pendidikan Islam juga wajib melibatkan murid-murid Islam. Tujuannya adalah bagi
mengukuh kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap pendidikan Islam. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah, majlis sambutan Hari Kebesaran
Islam, Perkhemahan Ibadat, Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam, Kem Bestari Solat, Khatam al-

162

Quran Perdana, Festival Nasyid, Kompang Selawatdan Program Sakhsiah Unggul (SUMUR).
Manakala di SMKA pula terdapat aktiviti tambahan iaitu Majlis Ihtifal SMKA. Aktiviti ini juga
dijalankan bukan sahaja di peringkat sekolah, tetapi juga peringkat daerah, peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan.

Bagi mencapai tujuan di atas, KPM memerlukan sejumlah kos untuk terus memberi latihan
dan kursus kepada Guru Pendidikan Islam (GPI). Pembinaan sahsiah murid bermula daripada
keunggulan sahsiah guru. Justeru itu, kursus atau latihan tersebut adalah untuk melahirkan GPI
yang mempunyai lima sifat (5M) iaitu Mudarris, Muallim, Muaddib, Murabbidan Mursyid.

Sumber Manusia Murabbi

Untuk melahirkan modal insan di negara ini yang memiliki kualiti akhlak yang boleh menjadi sumber
contoh dan ikutan, KPM telah melantik seramai 37,378 GPI di sekolah rendah dan seramai 14,826
GPI di sekolah menengah (GPI keseluruhannya seramai 52,204). Malah pengiktirafan kepada GPI
supaya setaraf dengan kerjaya guru akademik yang lain, KPM telah melantik seramai 761 guru
cemerlang bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bertugas di peringkat sekolah rendah dan
menengah (670 guru cemerlang Pendidikan Islam dan 91 guru cemerlang Bahasa Arab).

Mekanisma Penggubalan Kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan Islam digubal oleh sekumpulan pakar yang dilantik oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM. Secara dasarnya, kurikulum ini dikemaskini dan disemak
setiap empat atau lima tahun sekali mengikut keperluan semasa. Penggubalan kurikulum yang
dilaksanakan oleh KPM adalah untuk memastikan setiap murid disemai dengan nilai Islam sebenar.
Justeru itu, beberapa tindakan telah dilaksanakan seperti berikut:

Mata pelajaran Pendidikan Islam ditambah baik melalui Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan memasukkan
elemen-elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Konsep Wasatiyah dan sebagainya. Penyediaan
dan pembinaan kurikulum pendidikan Islam, bahan sokongan kurikulum, bahan pengajaran dan
pembelajaran digubal dengan merujuk kepada sumber rujukan yang sahih dan kitab-kitab muktabar
karangan ulama aliran Ahli Sunnah wal Jamaah; dan

Bagi menyelaraskan kefahaman dan amalan murid, segala bahan sokongan dan proses
pembelajaran dan pengajaran dibina dan dilaksanakan berdasarkan fahaman Ahli Sunnah wal
Jamaah dan pendapat muktabar daripada mazhab Al-Shafie serta keputusan-keputusan yang
diterima pakai daripada pihak berkuasa dalam urusan agama Islam di Malaysia.

Pengiktirafan Antarabangsa

Pendidikan Islam Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini memperkukuhkan lagi
lonjakan pendidikan negara di persada peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, kementerian sering
menerima kunjungan penanda aras dari luar negara yang ingin melihat sistem Pendidikan Islam.
Mereka berminat terhadap pendekatan harmoni dan integrasi yang diamalkan oleh KPM dalam
menerapkan pendidikan dan budaya Islam di sekolah- sekolah khususnya di SMKA.

Kementerian juga mengadakan pembentangan dan penjelasan tentang dasar dan
pendekatan Pendidikan Islam dalam diskusi akademik dan persidangan pendidikan di luar negara.
Pendekatan sederhana (wasatiyah/moderate) mengikut acuan Malaysia, menjadi fokus yang
dikongsi bersama dengan pihak luar negara dalam menampilkan Pendidikan Islam di sebuah
negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai agama, budaya dan bangsa.

Antara kesannya, pihak UNESCO bersetuju untuk menjadikan Pendidikan Islam Model
Malaysia contoh untuk dilaksanakan di Pakistan dan Afghanistan. Bahkan sejak tahun 2008,
kerajaan Thailand telah menghantar 240 orang murid untuk mengikuti program pendidikan di

163

Sekolah Berasrama Penuh aliran agama di negara ini. Di samping itu KPM turut melatih guru-guru
dari negara Afghanistan, Acheh dan Thailand atas permintaan negara-negara tersebut dalam
bidang keguruan.

Cabaran Pendidikan Islam

Dalam menghadapi era globalisasi semakin rencam sifatnya, ketulusan nilai dan penghayatan
Pendidikan Islam dalam kalangan murid dan kakitangan KPM sentiasa diuji. Justeru itu, secara
ringkasnya Pendidikan Islam menghadapi cabaran seperti berikut: Pertama: Pendidikan Islam wajib
diajar kepada murid Islam sehingga tingkatan 5 sahaja. Penerusan pengajaran pendidikan Islam
selepas tingkatan 5 hanya kepada murid yang berminat atau mengikuti aliran agama. Pemetaan
Pendidikan Islam dari prasekolah hingga ke IPT wajar diselaraskan oleh badan berautoriti Kerajaan.

Kedua: Peruntukan untuk kursus peningkatan guru pendidikan Islam amat terhad dan tidak
konsisten. Bagi memastikan kompetensi GPI, peruntukan latihan yang mencukupi perlu diberi
pertimbangan sewajarnya; Ketiga: Kedudukan Pendidikan Islam di SJKC/SJKT dan Kolej
Vokasional masih belum setabil dan tidak mantap. Penguatkuasaan dan nilai taraf kandungan
sukatan Pendidikan Islam di institusi berkenaan perlu diberi perhatian.

Keempat: Kedudukan BPI sebagai badan berautoriti untuk mengawal dan menapis
Kurikulum Pendidikan Islam dalam Kementerian perlu diperkasakan. Manakala LEPAI sebagai
badan berautoriti mengawalselia Kurikulum Pendidikan Islam seluruh negara; Kelima:
Keseragaman pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam antara agensi perlu dilaksanakan seperti
penyelarasanantara Program j-QAF dan KAFA.

Keenam: Syarat kemasukan ke IPTA dengan MUET Band 2 memberi implikasi besar
kepada murid di SABK, SAN dan SAR; Ketujuh: Standard pensijilan Bahasa Arab yang diikhtiraf
seperti TOFEL diwujudkan atau diguna pakai untuk kemasukan ke tahun satu (1) fakulti lughah
tanpa perlu melalui temuduga/ kursus persediaan.

Kelapan: Perlu diwujudkan dasar Standard Guru Pendidikan Islam bagi memastikan
kompetensi GPI utuh; Kesembilan: Untuk memperkasa SABK (rendah), Kurikulum Dini Azhari
peringkat sekolah rendah perlu diiktiraf sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan; Kesepuluh:
Memastikan bantuan fizikal prasarana sekolah agama diberi secara konsisten dan berterusan bagi
meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah tersebut.

Kesebelas: Terdapat sebahagian SAN SAR belum melaksanakan KBDKBT.
Berkemungkinan besar jika IPT meletakkan keutamaan syarat kemasukan ke Pengajian Islam
adalah murid-murid lepasan KBDKBT, maka peluang murid SANSAR makin terbatas; dan kedua
belas: KPM akan melaksanakan penstrukturan semula dalam tempoh terdekat. Justeru itu, BPI
wajar diberi pertimbangan semula diangkat menjadi Jabatan Pendidikan Islam kerana fungsi dan
peranannya semakin meluas.

164

PENUTUP
Perancangan strategik Pendidikan Islam yang lebih komprehensif pada masa kini telahpun
disarankan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan dilancarkan
oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan Malaysia pada 6 September 2013. Melalui PPPM, KPM telah menggariskan
dua inisiatif khusus berkaitan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz dalam kerangka memperluas
dan mengukuhkan laluan pendidikan agama dalam sistem pendidikan Malaysia. Inisiatif tersebut
dikenali sebagai inisiatif “Pembangunan Kurikulum Kebangsaan bagi Sekolah Agama Berdasarkan
Dini dan Tahfiz” dan inisiatif “Pensijilan Bagi Graduan Sekolah Agama”. Kedua-dua inisiatif tersebut
telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI).

Ini merupakan satu suntikan transformasi pendidikan Islam kepada Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia khususnya dalam aliran agama. KPM yakin dan percaya melalui Kurikulum
Pendidikan Islam mampu melahirkan warganegara Malaysia yang moderat, cintakan keamanan
dan kedamaian, pembina kemajuan, pengerak perpaduan bangsa dan menghormati pelbagai
budaya serta hindarkan diri daripada bersikap eksterim dan prejudis. Selain itu, ia juga berupaya
menyediakan golongan profesional, teknokrat dan usahawan yang mutadayyin (mengamalkan
ajaran Islam), dan mampu memberikan sumbangan kepada pembentukan masyarakat yang
sejahtera dan negara yang maju berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

165

RUJUKAN
Abdullah Md Din (2014); Sekolah Aliran Tahfiz di Malaysia: Sumbangan, Cabaran Semasa dan

Potensi Masa Depan di Seminar Anjuran IKIM, 5 September 2014.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2007), Buku Panduan: Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan

Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF, Putrajaya, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2009),Pelan Perancangan Hala Tuju Pendidikan Islam,

Putrajaya, Bahagian Pendidikan Islam.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010), Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan Islam,

Cyberjaya, Bahagian Pendidikan Islam.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan Islam,

Cyberjaya, Bahagian Pendidikan Islam.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Status Cadangan Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu

Dini Dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sebagai Kurikulum Kebangsaan Di Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK), Cyberjaya, Bahagian Pendidikan Islam.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), Peluasan Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab Di
Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai 2015; Cyberjaya, Bahagian
Pendidikan Islam.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), Putrajaya, KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2009), 50 Tahun Pendidikan Islam di Malaysia,
Putrajaya,Bahagian Pendidikan Islam.
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas (2014); Pertanyaan dan Jawapan Lisan
dan Bertulis Serta Ucapan di Parlimen, Unit Hal Ehwal Parlimen KPM.
Nor Hayati L. Isa & Mohd Kamal Mahdi (2014): Cabaran Guru Pendidikan Islam Dalam Arus
Kurikulum Negara, Seminar Anjuran IAB Genting Highland, Mac 2014.
Hassanuddin Hamid (2015): Pendidikan Islam Pemangkin Konsep Wasatiyah Malaysia: Cabaran
dan Harapan Masa Depan, Konvensyen Wasatiyah, Institut Wasatiyah Negara, JPM, Julai
2015.
Nor Hayati L. Isa (2015): Pendidikan Islam: Sejarah, Cabaran Semasa dan Harapan Masa Depan,
Konvensyen Wasatiyah, Universiti Sains Islam Malaysia, September 2015.
Utusan Malaysia, (2014, 18 Julai) Konsep Tahfiz Ulul Albab

166

PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DAN PENGARUHNYA TERHADAP SIKAP,
MOTIVASI SERTA PENCAPAIAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM

Irwan Fariza Bin Sidik, PhD
SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran abad ke 21
terhadap sikap, motivasi dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Pengajian Am. Kemahiran
abad ke-21 merupakan kemahiran pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar
untuk berdaya saing pada abad ini. Pembelajaran abad ke-21 mempunyai kaitan dengan pelbagai
elemen yang diperlukan selari dengan teknologi masa kini, iaitu meliputi kemahiran berfikir aras
tinggi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal,
kemahiran intrapersonal dan sebagainya. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Seramai 30 orang pelajar tingkatan enam aliran Sains dan Sains Sosial
daripada Pusat Tingkatan Enam, SMK Tunku Ampuan Durah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel
kajian dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan
sisihan piawai untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap tahap sikap, motivasi
dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh pembelajaran abad ke-21
banyak memberi kesan positif kepada sikap, motivasi dan pencapaian pelajar ketika mempelajari
Pengajian Am. Implikasi kajian ialah pembelajaran abad ke-21 memberi kesan positif terhadap
sikap dan motivasi pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran
Pengajian Am.

.
Kata kunci : Sikap, motivasi, pencapaian pelajar, pembelajaran abad ke-21, pembelajaran

Pengajian Am

167

PENGENALAN

Pengajian Am ialah satu mata pelajaran peringkat STPM yang menyepadukan pelbagai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pembelajaran sepanjang hayat. Kandungan mata
pelajaran ini meliputi aspek sains, sains sosial, kenegaraan, isu dan cabaran semasa. Mata
pelajaran ini menekankan keupayaan kepada pelajar untuk berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif,
melaksanakan kajian saintifik serta menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran
dan kehidupan seharian. Menerusi mata pelajaran, menerapkan kesedaran tentang pengalaman
manusia dan persekitaran termasuk warisan sendiri. Selain itu, memupuk rasa cinta akan negara,
tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, komuniti, dan masyarakat serta hormat terhadap
budaya dan masyarakat lain (Kementerian Pendidikan Malaysia 2012).

Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha mewujudkan kemahiran abad ke-21 ke
dalam semua mata pelajaran di sekolah. Ini bertujuan bagi menghadapi cabaran globalisasi, rakyat
Malaysia perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran asas dalam bidang pendidikan serta latihan
yang kukuh dan mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan dalam berkomunikasi,
menguasai pelbagai bahasa, berfikiran kritis dan berinovatif. Penekanan dalam menguasai
kemahiran abad ke-21 dalam proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) haruslah bermula
dengan menerapkan konstruk kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc (Ainun Rahman Iberahim
et al. 2017). Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh menerusi proses pembelajaran
merupakan aset penting kepada pelajar. Tanpa ilmu dan kemahiran yang mencukupi, pastinya akan
menyebabkan para pelajar gagal untuk bersaing bagi merebut segala peluang yang ada. (Abdul
Talib Hashim et al. 2012).

Selain itu, pencapaian murid sentiasa menjadi ukuran kepada keberhasilan proses
pembelajaran yang dialami murid dalam bilik darjah. Hal ini kerana PdPc yang bermakna sangat
membantu murid meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat. Oleh itu, penerapan kemahiran abad ke-21 akan dapat membantu pelajar dalam
mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran globalisasi dengan lebih berkeyakinan dalam
bidang pendidikan, malah dalam bidang kerjaya. Sikap, motivasi dan pencapaian dalam akademik
sedikit sebanyak mampu mendorong pelajar untuk menguasai kemahiran abad ke-21 dengan lebih
cepat dan mudah (Ainun Rahman Iberahim et al. 2017).

Subjek Pengajian Am STPM adalah modular dan diajar mengikut semester. Menerusi
sukatan pelajaran, penekanan diberikan kepada pelajar dalam aspek meningkatkan kemahiran
menulis, mencari dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi secara
berkesan dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, diharapkan pelajar tingkatan enam
seharusnya berfikiran matang, berpengetahuan luas dan berupaya untuk menyampaikan idea
secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi (Md Lasa Yahya et. al. 2020).

Fokus Kajian

Pengkaji memfokuskan kajian kepada sikap, motivasi dan pencapaian pelajar terhadap
pembelajaran Pengajian Am dengan kemahiran abad ke-21 setelah guru menerapkan kemahiran
abad ke 21 dalam PdPc atau PdPR. Kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar dan guru dalam
menghadapi cabaran di sekolah dan ketika sesi pembelajaran dari rumah dalam menjayakan
proses PdPc atau PdPR berasaskan kemahiran abad ke 21. Pengkaji berhasrat semoga pelajar
bersikap proaktif dengan mengambil usaha untuk memupuk kemahiran abad ke 21 dalam diri
sesuai dengan dunia globalisasi pada hari ini.

168

Pengaruh Kemahiran
Pembelajaran Abad ke 21

 Sikap
 Motivasi
 Pencapaian

Rajah 1: Kerangka konseptual kajian

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini terbahagi kepada dua objektif iaitu objektif umum dan objektif khusus

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap, motivasi dan pencapaian pelajar untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran Pengajian Am setelah diterapkan kemahiran abad ke-21 dalam
kalangan pelajar tingkatan enam.

Objektif Khusus

Terdapat tiga objektif khusus kajian yang hendak dicapai, iaitu:

1. Mengenal pasti sikap pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am setelah
diterapkan kemahiran abad ke-21.

2. Mengenal pasti motivasi pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am setelah
diterapkan kemahiran abad ke-21.

3. Mengenal pasti pencapaian pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am setelah
diterapkan kemahiran abad ke-21.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah seramai 30 pelajar Pra-U1, Pusat Tingkatan 6, SMK Tunku
Ampuan Durah.

Pelaksanaan Kajian

Kajian tindakan ini dilaksanakan bermula bulan Januari hingga Jun 2021. Pengkaji melaksanakan
kajian dengan membuat tinjauan masalah, analisis tinjauan masalah dan seterusnya pelaksanaan
tindakan bagi menangani masalah. Refleksi juga dilaksanakan bagi menilai kajian yang
dilaksanakan

Jadual 5.1 Pelaksanaan Kajian

Perkara Pelaksanaan
(bulan)
Guru membuat tunjauan masalah berkaitan Januari
dengan kajian
Guru membuat analisa keputusan Januari
Peperiksaan Percubaan Semester 1
Guru membuat item soal selidik pelajar Februari
berdasarkan kerangka konseptual kajian
Guru membuat kajian rintis terhadap 9 orang Februari
pelajar (Sains dan Sains Sosial)

169

Guru menjalankan kajian sebenar kepada 30 Mac
orang pelajar (Sains dan Sains Sosial) April
Guru menganalisis data menggunakan
SPSS versi 24

Tinjauan Masalah

Pada minggu pertama persekolahan, guru membincangkan tajuk berdasarkan tema mengikut
sukatan pelajaran Pengajian Am kepada pelajar. Guru memberitahu pelajar sama ada dalam kelas
ataupun menerusi telegram kelas tentang tajuk-tajuk yang akan dibincangkan pada minggu
berikutnya. Ini bertujuan bagi mengingatkan pelajar supaya membuat persediaan untuk sesi
pembelajaran yang seterusnya. Dalam pada itu, guru turut bertanyakan pada pelajar tentang
persediaan menghadapi pembelajaran Pengajian Am. Majoriti menunjukkan bahawa mereka
mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran Pengajian Am. Selain itu, mereka mempunyai
motivasi ketika mengikuti pembelajaran Pengajian Am. Faktor yang mendorong dan memotivasikan
pelajar untuk mempelajari Pengajian Am kerana mata pelajaran ini memberikan pendedahan
tentang hal ehwal kenegaraan Malaysia selain mereka perlu mendapatkan keputusan lulus penuh
atau gred terbaik dalam peperiksaan STPM setiap semester.

Pelajar yang bermotivasi tinggi akan dapat belajar dengan cepat dan lebih banyak
berbanding dengan pelajar yang kurang bermotivasi. Pada situasi pembelajaran tertentu, pelajar
yang kurang bermotivasi kebiasaannya cepat hilang tumpuan. Sebaliknya, pelajar yang bermotivasi
tinggi mempunyai tumpuan dan aktif kerana mereka sering bertanya. Guru mengalakkan pelajar
untuk bertanya sekiranya mereka tidak memahami tajuk yang dibincangkan. Sekiranya pelajar
kurang memahami tentang tajuk yang dibincangkan, guru akan memberikan peneguhan kepada
pelajar. Guru juga akan melontarkan soalan kepada pelajar lain tentang tajuk-tajuk yang rakan
mereka kurang faham semasa sesi pembelajaran. Selain itu, guru turut memberi galakan,
dorongan, sokongan, pujian dan senyuman yang akan membangkitkan semamngat, minat dan
motivasi pelajar.

Analisis Tinjauan Masalah

Pada minggu sebelumnya, guru telah memberitahu pelajar tentang tajuk-tajuk yang akan dipelajari
dan dibincangkan ketika sesi pembelajaran dalam kelas ataupun menerusi telegram kelas. Semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru berbincang tentang tajuk pengajaran pada
hari ini. Guru akan melontarkan soalan secara spontan kepada pelajar. Sekiranya pelajar tidak
dapat menjawab soalan, guru akan memberitahu jawapan kepada soalan tersebut. Walaupun
aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih dua hala, antara guru dengan pelajar dan pelajar
dengan guru tetapi pemberatan masih tetap berpusatkan kepada guru.

Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru menyebabkan pelajar tidak
mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan sendiri dan hal ini tidak menggalakkan mereka
untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru juga
bertanyakan soalan secara spontan kepada pelajar. Guru mendapati terdapat sebahagian pelajar
yang tidak berupaya menunjukkan sikap positif terhadap masalah yang sukar, mereka tidak dapat
menyesuaikan idea dengan keadaan semasa, sukar untuk berfikir pelbagai kaedah bagi
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran, tidak berupaya merancang strategi dalam
pembelajaran dan kurang berkeyakinan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Guru membimbing dan memberi panduan kepada pelajar dalam membuat keputusan.
Selain itu, pelajar yang tidak dapat membuat keputusan disebabkan mereka sudah biasa
bergantung atau mengharapkan guru untuk membuat keputusan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Pembelajaran abad ke-21 masih lagi berpusatkan guru yang
menyebabkan pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan sendiri dan hal ini
tidak menggalakkan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

170

Tindakan Menangani Masalah

Setelah pengkaji mengenal pasti kelemahan yang menjejaskan skor pelajar, pengkaji telah
merancang dan melaksanakan empat aktiviti program intervensi. Pengkaji telah mencari
pendekatan dan tidak lagi menggunakan kaedah tutorial atau kuliah. Program yang dirancang
berhasrat untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap tahap sikap, motivasi dan
seterusnya pencapaian pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat memberi kesan
positif kepada sikap, motivasi dan pencapaian pelajar ketika mempelajari Pengajian Am. Empat
aktiviti program intervensi adalah seperti berikut:

i. Aktiviti 1 : Pemilihan ahli kumpulan
ii. Aktiviti 2 : Tugasan setiap kumpulan
iii. Aktiviti 3 : Pembentangan menggunakan peranti elektronik
iv. Aktiviti 4 : Perbincangan

Jadual 5.2 : Aktiviti / Langkah yang dijalankan

Aktiviti Langkah
Aktiviti 1
 Guru menggunakan pendekaan pelajar menjalankan tugasan secara
berkumpulan (kolaboratif) dan mencari maklumat dengan pelbagai
kaedah.

 Guru membentuk kumpulan perbincangan dan memilih ahli
kumpulan secara rawak.

 Dua hingga tiga orang pelajar dalam setiap kumpulan

Aktiviti 2  Guru memberikan tajuk pada setiap kumpulan untuk berbincang,

mencari isi/idea dan membuat pembentangan.
 Tajuk pembentangan merupakan tajuk-tajuk mengikut sukatan

pelajaran Pengajian Am dan soalan esei (Bahagian C), yang diambil

dari soalan-soalan Peperiksaan STPM Pengajian Am yang lepas.
 Guru memberi masa untuk setiap kumpulan menyelesaikan tugasan.

Aktiviti 3  Setiap kumpulan akan membuat slaid pembentangan mengikut

kreativiti masing-masing dengan menggunakan peranti elektronik.
 Setiap kumpulan perlu menyiapkan slaid pembentangan sehari

sebelum sesi pembentangan diadakan.
 Guru meminta setiap ahli dalam kumpulan bergilir-gilir untuk

membuat pembentangan.

Aktiviti 4  Setelah selesai pembentangan, guru meminta ahli kumpulan

bertanyakan soalan kepada rakan-rakan mereka.
 Rakan-rakan mereka juga boleh bertanyakan soalan kepada setiap

ahli kumpulan yang membuat pembentangan.
 Guru dan pelajar akan membuat ulasan berkaitan dengan

pembentangan.

Bagi memudahkan proses pemerolehan data untuk kajian ini, instrumen soal selidik telah dipilih.
Soal selidik diadaptasi daripada kajian Ainun Rahman Iberahim et al. (2017) dan Abdul Talib
Hashim et al. (2012). Setelah dibuat kajian rintis, nilai alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.098.
Hal ini bermakna item soal selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Semua data
dikumpulkan telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science
(SPSS) versi 24.0. Analisis deskriptif telah digunakan bagi mengenal pasti taburan kekerapan,
sisihan piawai dan purata bagi kajian ini.

171

Dapatan Kajian

Profil demografi dan Pencapaian sampel kajian

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan enam. Soal selidik diedarkan kepada (33.3%)
pelajar aliran Sains dan (66.7%) pelajar aliran Sains Sosial. Jadual menunjukkan seramai 30 orang
pelajar iaitu (20%) pelajar lelaki dan (80%) pelajar perempuan. Menerusi jadual, seramai 23 orang
iaitu (76.6%) mendapat lulus penuh bagi mata pelajaran Pengajian Am, manakala 5 orang iaitu
(16.7%) mendapat lulus sebahagian dan hanya 2 orang iaitu (6.7%) yang gagal.

Jadual 5.3 Profil demografi dan pencapaian sampel kajian

Kategori Jumlah Peratus
(N) (%)
Jantina Lelaki 6 20
Gred Pengajian Am Perempuan 24 80
A
Aliran A- 3 10.0
B+ 4 13.3
B 4 13.3
B- 7 23.3
C+ 5 16.7
C 2 6.7
C- 2 6.7
D+ 1 3.3
D 2 6.7
F 10 33.3
Sains 20 66.7
Sains Sosial

Tahap sikap pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am

Hasil kajian mendapati bahawa tahap sikap pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am setelah
diterapkan kemahiran abad ke-21 pada keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana tinggi.
Berdasarkan Jadual 5.4, analisis data kajian menunjukkan empat item memberikan interpretasi min
yang tinggi dan lapan item memberikan interpretasi min yang sederhana tinggi berkenaan sikap
pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am setelah diterapkan kemahiran abad ke-21 dalam
pembelajaran Pengajian Am. Item B1, B4, B8 dan B9 memberikan skor min antara 4.07 hingga 4.27
yang menunjukkan sikap pelajar pada item-item berkenaan berada pada tahap tinggi. Item B2, B3,
B5, B6, B7, B10, B11, dan B12 masing-masing memberikan skor min antara 3.63 hingga 3.93 yang
menunjukkan sikap pelajar berada pada tahap yang sederhana tinggi.

Jadual 5.4 : Tahap sikap pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am setelah diterapkan
kemahiran abad ke-21.

Bil Item Min Sisihan Tahap
Min keseluruhan
Piawai intepretas

i

3.92 0.746 Sederhan
a Tinggi

Tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am

Hasil kajian mendapati bahawa tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am
setelah diterapkan kemahiran abad ke-21 pada keseluruhannya adalah berada pada tahap yang
sederhana tinggi. Berdasarkan Jadual 5.5, analisis menunjukkan tiga item yang memberikan

172

interpretasi min yang tinggi dan sembilan item memberikan interpretasi min yang sederhana tinggi
berkenaan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am setelah diterapkan kemahiran
abad ke-21 dalam pembelajaran Pengajian Am. Item lmu Pengajian Am berguna kepada saya, saya
selalu menyiapkan tugasan Pengajian Am dan saya bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam
semua keadaan semasa memberikan skor min antara 4.00 hingga 4.27 yang menunjukkan motivasi
pelajar pada item-item berkenaan berada pada tahap tinggi. Item yang lain masing-masing
memberikan skor min antara 3.37 hingga 3.93 yang menunjukkan sikap pelajar berada pada tahap
yang sederhana tinggi.

Jadual 5.5 : Tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am setelah diterapkan
kemahiran abad ke-21.

Bil Item Min Sisihan Tahap
Min keseluruhan
Piawai intepretasi

3.81 0.743 Sederhana
Tinggi

Tahap pencapaian pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am

Hasil kajian mendapati bahawa tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Am
berada pada tahap yang agak memuaskan atau melepasi sasaran sekolah setelah guru Pengajian
Am menerapkan kemahiran abad ke-21. Data yang diperoleh secara keseluruhannya berada pada
tahap yang sederhana tinggi. Berdasarkan Jadual 5.6, analisis menunjukkan interpretasi min yang
sederhana tinggi berkenaan tahap pencapaian pelajar Pengajian Am selepas menerapkan konstruk
pembelajaran abad ke-21. Rumusannya, pencapaian pelajar dalam Pengajian Am setelah
diterapkan kemahiran abad ke-21 oleh guru Pengajian Am adalah sederhana tinggi. Hal ini
bermakna kemahiran abad ke-21 amat berkesan dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam
mata pelajaran Pengajian Am. Kemahiran abad ke-21 membantu meningkatkan pencapaian
Pengajian Am dalam kalangan pelajar.

Jadual 5.6 Tahap pencapaian pelajar terhadap pembelajaran Pengajian Am Setelah diterapkan
kemahiran abad ke-21.

Bil Item Min Sisihan Tahap
Min keseluruhan
Piawai intepretasi

3.78 0.782 Sederhana
Tinggi

Refleksi Kajian

Pengkaji mendapati bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif dan bermotivasi. Ini kerana
responden sedar bahawa Pengajian Am merupakan mata pelajaran wajib untuk mendapat
keputusan lulus penuh atau gred yang terbaik dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya dalam pendidikan. Dengan
itu, pelajar mempunyai kesediaan dari aspek sikap, tingkah laku dan emosi serta melibatkan diri
ketika melakukan aktiviti pembelajaran. Guru pula memainkan peranan sebagai pembimbing,
memberi motivasi dan berupaya mempengaruhi sikap pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru menerapkan kemahiran
pembelajaran abad ke-21 kepada pelajar.

Sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Am berkeupayaan untuk
mempengaruhi tingkah laku dan sahsiah meraka. Sikap mempunyai perkaitan rapat dengan
pencapaian pelajar dalam pembelajarannya. Sikap merupakan suatu yang abstrak dan hanya dapat
dilihat atau dirasa melalui tindakan yang diambil. Manakala motivasi dianggap sebagai unsur yang
membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
akan menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna, berfaedah dan

173

menyeronokkan. Guru sentiasa memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk selain memberi
galakan, dorongan, sokongan, pujian dan senyuman yang akan membangkitkan semamngat, minat
dan motivasi pelajar. Secara tidak langsung, ia dapat mempertingkatkan lagi motivasi serta
pencapaian pelajar-pelajarnya.

Pencapaian akademik pelajar pada dasarnya bukan hanya bergantung kepada bagaimana
proses pengajaran dilakukan dalam bilik darjah, malah ia juga bergantung kepada bagaimana
proses keperibadian individu itu terbentuk dan aspek kekeluargaan diterapkan yang seterusnya
mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar itu sendiri. Aspek sikap dan motivasi pembelajaran
pelajar yang diterapkan semasa di rumah atau persekitaran boleh mempengaruhi tahap pencapaian
akademik seseorang pelajar itu di sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru dan
masyarakat sekeliling memainkan peranan penting dalam meningkatkan motivasi pelajar serta
memahami sikap mereka dalam proses pembelajaran.

Impak Kajian

Impak kajian terhadap pelajar-pelajar

Sepanjang kajian dijalankan, pengkaji mendapat Kemahiran abad ke-21 bukanlah satu konstruk
yang sukar untuk diterapkan dalam pembelajaran Pengajian Am. Salah satu konstruk yang
ditekankan dalam pembelajaran di sekolah pada abad ini adalah penggunaan teknologi. Justeru
itu, penggunaan teknologi dalam PdPc memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah
kepelbagaian kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran
pemikiran kritis, kemahiran penyelesaian masalah dan sebagainya. Pengkaji juga telah melihat
perubahan sikap dan tingkah laku pelajar yang lebih positif berbanding amalan biasa semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru menggunakan pendekaan dengan membentuk kumpulan perbincangan. Guru
memberikan tajuk pada setiap kumpulan untuk berbincang, mencari maklumat dengan pelbagai
kaedah mencari isi/idea dan membuat pembentangan. Guru mendapati bahawa setiap ahli
kumpulan bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing. Setiap ahli kumpulan akan diberi
peluang berfikir dan memberi pendapat semasa sesi perbincangan. Dalam pada itu, pelajar akan
berasa gembira apabila mereka dapat menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Ahli kumpulan akan membuat pembentangan secara bergilir-gilir. Selepas
pembentangan, diadakan sesi soal jawab. Guru akan memberi peneguhan selain galakan dan
dorongan untuk meningkatkan motivasi pelajar. Hal ini kerana pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna sangat membantu pelajar meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Impak kajian terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Kepelbagaian teknik dan pengajaran guru sangat penting untuk melahirkan para pelajar yang
cemerlang daripada pelbagai bidang terutama bidang pembelajaran dan insaniah. Oleh yang
demikian, pengetahuan tentang kemahiran abad ke-21 penting untuk guru dan pelajar untuk supaya
dapat menguasai aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah dalam keadaaan yang
tidak bosan dan menyeronokkan. Selain itu, guru dapat mengenal pasti tahap kelemahan dan
kekurangan terhadap penguasaan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar dengan melihat
tahap sikap, motivasi dan tahap pencapaian. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu guru untuk
merancang kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif, menarik serta mempunyai ciri-ciri
pembelajaran abad ke-21 seperti yang ditekankan oleh Kementerin Pendidikan Malaysia.

Perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah menitikberatkan penguasaan
kemahiran abad ke-21 dengan mengadakan lebih banyak aktiviti yang berpusatkan pelajar. Ini telah
mendedahkan mereka dengan kehendak global pada masa kini. Ini dapat memupuk dan
meningkatkan kemahiran insaniah pelajar untuk menghadapi cabaran dalam dunia sebenar tidak
kira dunia pekerjaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan komuniti. Selain

174

itu, guru mahir dalam mengelolakan bahan pengajaran sehingga ianya dapat menarik minat pelajar
untuk terus mengikuti pembelajaran. Guru telah melaksanakan pengajaran yang
mempertimbangkan kepelbagaian pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti dan bahan untuk memenuhi
kepelbagaian pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang dan sosio-ekonomi.

Pengkaji amat berpuas hati dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 untuk
meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam. Hal ini memberi
pengajaran kepada pengkaji agar selalu membuat perubahan dan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran.
Kemahiran ini dapat membantu pelajar semasa menjalani proses pembelajaran dalam bilik darjah
serta ketika mereka barada di alam pekerjaan nanti. Pelaksanaan kemahiran abad ke-21 dalam
pembelajaran Pengajian Am bukan sahaja memberi kepentingan kepada pelajar malah turut
memberi impak yang positif kepada guru demi menambahbaik proses pengajaran dan
pembelajaran masing-masing. PdPc menerusi kemahiran abad ke-21 sangat membantu guru dan
pelajar dalam usaha mencapai aspirasi pendidikan negara.

Cadangan Kajian Seterusnya

Pengkaji juga berhasrat untuk menggunakan kaedah ini bagi pengajaran dan pembelajaran pada
Semester hadapan dan tahun-tahun berikutnya. Kepelbagaian teknik dan pengajaran guru penting
untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang terutama bidang pembelajaran
dan kemahiran insaniah. Oleh itu, pengetahuan kemahiran abad ke-21 penting kepada guru dan
pelajar supaya mereka dapat menguasai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
bagi mewujudkan keadaaan yang menyeronokkan.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap, motivasi dan pencapaian pelajar untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran Pengajian Am setelah diterapkan kemahiran abad ke-21 dalam
kalangan pelajar tingkatan enam. Pengkaji mencadangkan kajian yang lebih menyeluruh perlu
dijalankan dan tidak hanya dihadkan kepada aspek sikap dan motivasi terhadap pencapaian mata
pelajaran Pengajian Am. Ini kerana proses pembelajaran murid meliputi pelbagai perkara sama ada
di sekolah atau di rumah ataupun ketika mereka berada dalam masyarakat.

Dalam pada itu, pengkaji berharap semoga kajian ini dapat membantu guru untuk
merancang kaedah pengajaran yang lebih kreatif, inovatif dan menarik serta mempunyai ciri-ciri
pembelajaran abad ke-21 setelah mengenal pasti sikap dan motivasi pelajar. Kesimpulannya, kajian
menunjukkan bahawa pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif terhadap sikap dan
motivasi pelajar dalam pembelajaran Pengajian Am yang seterusnya meningkatkan pencapaian
bagi mata pelajaran Pengajian Am.

175

RUJUKAN
Abdul Talib Hashim, Amir Hasan Dawi, Hamidah Yusof dan Zahari Suppian. 2012.

Gaya Pembelajaran Pelajar Tingkatan Enam di Malaysia. Jurnal Bitara
vol (5):21–30.
Ainun Rahman Iberahim, Zamri Mahmood & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad.
2017. Pembelajaran Abad ke-21 dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi dan
Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. Vol. 7(2): 77–88.
Kamaruddin Husin. 1997. Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Sukatan Pelajaran 900, Pengajian Am dan
Kertas Soalan Contoh. Putrajaya: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013–2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Md Lasa Yahya, Sumaiyah Maisaah & Sara Fieya. 2020. Nota Minda & Lembaran
Praktis, Pengajian Am, STPM (Semester 1), Puchong: Local Publications (M)
Sdn. Bhd.
Suradi Salim. 1987. Tinjauan Sikap dan Tabiat Belajar Sekolah-Sekolah Menengah
Negeri Sembilan. Jurnal Pendidikan.77-90.

176

UNSUR-UNSUR KEPIMPINAN DALAM TEROMBA
ADAT PERPATIH BERDASARKAN TEORI BEHAVIORAL

Mazlan bin Aris, PhD
Mashitah binti Mohammad Yusof, PhD

Mohamad Fadzili bin Baharin
IPG Kampus Raja Melewar

ABSTRAK
Setiap pemimpin di sesebuah negara mahupun masyarakat mempunyai identiti dan ciri tersendiri
yang mencerminkan budaya aslinya dengan menggali dan mengamalkan nilai-nilai murni budaya
tempatan. Mengimplementasi dan mengembangkan nilai-nilai budaya tempatan secara berterusan
boleh membawa kejayaan kepada sesebuah masyarakat. Pemimpin dalam sesebuah masyarakat
merupakan ketua yang menunjukkan tingkah laku dan nilai yang boleh menjadi contoh dan ikutan
kepada ahli masyarakat dibawah pentadbirannya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur
kepemimpinan dalam kalangan pemimpin masyarakat Adat Perpatih yang dijelmakan melalui
teromba iaitu sejenis puisi berdasarkan elemen yang terdapat di dalam teori behavioral (tingkah
laku). Kajian ini juga telah menghasilkan pola unsur-unsur kepemimpinan berdasarkan elemen teori
tingkah laku. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan
pendekatan analisis kandungan. Kajian menunjukkan bahawa terdapat empat elemen
kepemimpinan berdasarkan teori tingkah laku iaitu elemen amalan, nilai, kepercayaan dan
hubungan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat unsur status, hormat menghormati,
ketegasan, dinamik dan contoh teladan dalam elemen amalan kepimpinan. Begitu juga elemen nilai
terdapat unsur kepandaian dan kecerdikan, tanggungjawab, penyelesaian masalah, demokrasi dan
ketulenan. Elemen kepercayaan pula merangkumi unsur mentaati, kepatuhan, mendengar
pendapat, kredibiliti dan tingkahlaku. Analisis yang dilakukan juga mendapati unsur hubungan,
keakraban, rapat, muafakat dan empati dalam elemen hubungan. Kajian ini didapati mempunyai
impak yang besar terhadap keupayaan elemen teromba dalam Adab Pepatih bagi mendapatkan
unsur-unsur yang diperlukan dalam kepimpinan yang berkesan.

Keywords: pemimpin, masyarakat, adat perpatih, teori behavioral, teromba

177

PENGENALAN

Pemimpin yang wujud dalam masyarakat Adat Perpatih ialah pemimpin yang berkebolehan,
bertanggungjawab, dan sentiasa mengambil tahu tentang keadaan anak buahnya, Pemimpin
tersebut sentiasa dihormati, dijadikan tempat berlindung dan tempat untuk membuat rujukan. Jika
berlaku seperti ini, kehidupan masyarakat adat perpatih akan sentiasa berada dalam keadaan
harmonis. Apabila anak buah pergi meninggalkan kampung, pemergiannya akan dimaklumkan,
Apabila dia balik dia juga diberitahu akan kepulangannya (Mohd. Rosli Saludin, 2005).

Menurut Sri Qamariah, Norizah dan Umaimah (2014), teromba boleh dikatakan sebagai
medium komunikasi masyarakat Adat Perpatih. Komunikasi penting dalam kehidupan dan tanpa
komunikasi kita tidak akan dapat berkembang dan berhubung dengan baik dalam membentuk
masyarakat. Pengungkapan teromba dalam kepimpinan Adat Perpatih dapat membina manusia
dalam keperluan hidup bermasyarakat sebagai salah satu alat komunikasi. Masyarakat adat sangat
bergantung kepada komunikasi beradat. Tanpa komunikasi teromba yang berkesan tidak mungkin
adanya kehidupan bermasyarakat. Ungkapan komunikasi teromba berperanan dalam
menyampaikan norma, nilai-nilai budaya dan tradisi agar terus dibina, dikembangkan dan
dilestarikan. Benteng masyarakat adat ialah amalan ungkapan komunikasi teromba yang disusun
atas dasar kebenaran dan muafakat. Adat Perpatih menganjurkan dua konsep kepimpinan iaitu
muafakat dan budi. Kedua-duanya merupakan nilai yang asas dalam Adat Perpatih. Sumbangan
budi biasanya menerusi pemberian dalam bentuk material, tenaga, hormat menghormati dan
sebagainya. Peranan muafakat pula dapat dilihat melalui pencapaian terhadap sesuatu keputusan.
Dengan kata lain, kata putus harus diberi oleh setiap anggota yang menghadiri musyawarah sama
ada dalam adat berkampung atau kerapatan.

Menurut Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA (2018) teromba merupakan puisi adat
yang mengandungi tata cara adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya
tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial. Teromba penuh dengan
nasihat, sindiran, gurauan, dan hiburan yang boleh membawa kepada pencerminan diri, kesedaran
diri, keinsafan, dan keasyikan. Teromba itu dalam penggunaan yang sebenarnya diwariskan turun-
temurun, misalnya dalam majlis perbincangan yang beradat, istiadat meminang, nikah kahwin dan
lain-lain. Masyarakat Minangkabau sebelum kedatangan Islam telah mempunyai peraturan yang
mengajar tentang pentingnya nilai kemanusiaan yang berbudi luhur, hormat-menghormati, cinta-
mencintai, bantu-membantu, tolong-menolong dan mengamalkan semangat kerjasama yang erat.
Masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih ini telah terbukti mempunyai satu sistem yang teratur
dan terpimpin dalam mencapai kebaikan bersama. Tema dan nilai dalam teromba bertindak
sebagai panduan dan pembentukan masyarakat adat yang mengamalkannya. Masyarakat yang
mementingkan adat akan melahirkan masyarakat yang mementingkan budi bahasa dan sopan
santun. Selain itu, teromba jua mengandungi nilai-nilai leluhur masyarakat Melayu seperti nilai adat
istiadat, kekeluargaan, bertanggungjawab, kesabaran, kepakaran, politik, ekonomi dan sebagainya.
Teromba yang pelbagai tema diubah dalam bentuk susunan kata-kata berirama dan puitis.
Pemimpin yang wujud dalam masyarakat Adat Perpatih ialah pemimpin yang berkebolehan,
bertanggungjawab, dan sentiasa mengambil tahu tentang keadaan anak buahnya.

Menurut Ani Omar (2013) masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih ini telah terbukti
mempunyai satu sistem yang teratur dan terpimpin dalam mencapai kebaikan bersama. Kertas
kerja ini akan membincangkan unsur-unsur kepimpinan yang terdapat di dalam teromba sebagai
lambang pemerkasaan masyarakat dalam semua aspek kehidupan dan pentadbiran di negeri
beradat iaitu di Negeri Sembilan. Kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan telah
digunakan bagi merungkai gaya kepimpinan apabila ketua adat (buapak) mengungkapkan teromba.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat unsur-unsur kepemimpinan berdasarkan teori behavioral di
dalam teromba adat perpatih yang diungkapkan. Unsur-unsur tersebut seperti nilai, amalan,
kepercayaan dan perhubungan sesama manusia. Ini menunjukkan bahawa pemikiran orang-orang
terdahulu di rantau nusantara ini boleh dikatakan sama dengan pemikiran barat yang mempelopori
teori behavioral.

178

Tinjauan Literatur

Pelopor teori-teori dalam bidang kepemimpinan telah mengalami evolusi mengikut peredaran
zaman. Teori-teori kepemimpinan seperti Traits Theory (Great Man Theory oleh Thomas Carlyle,
Trait and Skill Theory oleh Ralph M. Stogdill, Big Five personality model), Contingency Theories
(The Fiedler Model, Situational Leadership Theory, Path-Goal Theory, Leaders Member Exchange
Theory) dan Behavioral Theory (Ohio State Studies, University of Michigan’s Studies dan
Managerial Grid) adalah di antara teori yang termasyur dan masih menjadi sumber rujukan para
penyelidik bidang kepimpinan sehingga ke hari ini. Kegagalan kajian awal berkaitan tingkah laku
pemimpin telah menyebabkan penyelidik pada akhir tahun 1940-an hingga tahun 1960-an mengkaji
tentang tingkah laku unik yang perlu ada di dalam diri seorang pemimpin yang berkesan.
Penyelidikan ini telah menyarankan supaya memilih orang yang tepat dan mempunyai tingkah laku
yang unik untuk menjadi pemimpin. Lantaran itu, teori tingkah laku atau Behavioral Theories
merupakan teori atau amalan kepimpinan yang tersirat bagi melatih orang supaya mempunyai
tingkah laku yang unik dalam situasi yang berbeza supaya boleh menjadi pemimpin yang berkesan.

Bagi tujuan penyelidikan ini, penulis ingin membincangkan elemen dan unsur-unsur yang
terdapat di dalam Behavioral Theories yang telah diadaptasi oleh sebuah badan latihan kepimpinan
profesional iaitu Technofune. TechnoFunc adalah sebuah organisasi latihan pengembangan dan
pengurusan di peringkat antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan seperti latihan dalam
bidang perniagaan, industri dan kepemimpinan termasuk kursus dalam talian, penulisan artikel,
seminar, simulasi perniagaan, dan produk latihan perniagaan kepada pelanggan di seluruh dunia.
Rajah 1 menunjukkan ringkasan teori behavioral yang telah dikemukakan oleh Technofune iaitu
gabungan elemen dari aspek bidang pengajian kepimpinan (studies), gaya kepimpinan (styles) dan
tingkah laku pemimpin (behaviours).

Rajah 1: Gabungan
teori kepemimpinan
dari
aspek bidang
gaya pengajian
tingkah
kepimpinan,
https://www.technofunc.com kepimpinan dan
laku pemimpin.

Sumber:

Bagi tujuan kajian ini, penulis akan memfokuskan kepada teori tingkah laku (behavioral theories)
yang terdiri daripada empat elemen iaitu amalan (actions), nilai (values), kepercayaan (beliefs) dan
hubungan (relations) yang terkandung di dalam teromba iaitu sejenis puisi yang dihasilkan dalam
kalangan pemimpin masyarakat adat perpatih yang dikenali sebagai buapak sebagai salah satu
alat komunikasi antara buapak dengan pengikut atau anak buahnya bagi melicinkan proses
pentadbiran mengikut adat, undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

(i) Amalan

Amalan adalah merujuk kepada pemimpin yang memberi inspirasi kepada diri mereka sendiri dan
orang lain untuk melakukan perkara yang betul pada masa yang tepat. Pemimpin yang
menunjukkan amalan yang baik adalah pemimpin yang membangun visi, memberi inspirasi,

179

menetapkan arah dan hala tuju serta menciptakan sesuatu yang baharu yang mampu mengubah
kepercayaan yang sekian lama membelenggu organisasi. Amalan dalam kepimpinan adalah
mengenai bagaimana menetapkan arah yang hendak dituju bagi memperolehi kejayaan sebagai
satu pasukan atau organisasi dengan menggunakan pendekatan bersifat dinamik, menarik dan
memberi inspirasi. Selain menetapkan arah dan hala tuju, para pemimpin juga diharapkan dapat
menggunakan kemahiran pengurusan untuk membimbing orang-orang mereka ke destinasi yang
tepat, dengan cara yang lancar dan efisien. Pemimpin mesti memimpin sebagai contoh teladan bagi
mencapai visi dan tujuan utama. Pemimpin harus mempunyai semangat yang tidak pernah padam
untuk berjaya melaksanakan visi dan misi organisasi tanpa menghiraukan ketidaksetujuan individu-
individu yang gagal melihat hala tuju organisasi dalam gambaran yang lebih besar.

(ii) Nilai

Nilai kepemimpinan adalah kepercayaan dan prinsip utama yang membimbing seseorang
pemimpin dalam menjalani kehidupan peribadi dan profesional. Nilai dalam kepimpinan boleh
ditakrifkan sebagai perkara-perkara yang dipercaya paling penting untuk mencapai matlamat dan
menjadi bahagia. Nilai kepimpinan berkait rapat dengan kedua-dua nilai teras peribadi dan nilai
yang hendak diterapkan dalam organisasi. Nilai kepemimpinan adalah penting kerana ia membantu
pemimpin menentukan bagaimana ingin mencapai matlamat dan jenis pemimpin yang diinginkan.
Nilai kepimpinan penting dalam membimbing untuk membuat keputusan dan tindakan yang
dilakukan setiap hari. Nilai kepimpinan juga membantu sesebuah organisasi untuk berkembang
secara peribadi dan profesional. Mempunyai sekumpulan pengikut yang mempunyai nilai-nilai teras
yang kuat dapat membantu pemimpin membina rasa saling hormat-menghormati antara satu sama
lain dan kepercayaan dalam kalangan pengikut dalam sesebuah organisasi. Ini menjadi asas
kepada pemimpin untuk mempengaruhi pengikut dengan cara positif yang mendorong ke arah
prestasi tinggi bagi memacu kecemerlangan. Untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik,
adalah penting untuk mengenal pasti dan meningkatkan nilai kepimpinan teras dan dengan
memahami apakah nilai kepimpinan teras yang ingin diterapkan ke dalam gaya kepemimpinan
seorang pemimpin dapat membantu meningkatkan hubungan dengan pengikut sehingga menjadi
pemimpin yang lebih efektif. Di antara nilai kepimpinan teras termasuklah hormat, integriti,
ketulenan, keberanian, perkhidmatan, kerendahan hati, kebijaksanaan, keyakinan, ketelusan,
empati, inovasi dan kepercayaan (Respect, Integrity, Authenticity, Courage, Service, Humility,
Wisdom, Confidence, Transparency, Empathy, Innovation, Trust).

(iii) Kepercayaan

Pemimpin memperoleh kepercayaan dengan mengadakan perbincangan, menepati janji dan
menunjukkan tingkah laku bagi mendorong kepercayaan pengikut. Pemimpin yang dipercayai
adalah pemimpin yang mudah didekati dan senang diakses iaitu yang boleh dihubungi pada bila-
bila masa dan di mana jua. Pemimpin yang dipercayai adalah pemimpin yang mempunyai kredibiliti,
berkeyakinan beserta boleh mengakui kesalahan yang dilakukan. Pemimpin yang jujur dan telus
juga adalah pemimpin yang boleh dipercayai kerana ia banyak membantu mengeratkan hubungan
serta membina kepercayaan pengikut. Pemimpin yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan
kepada orang lain serta sentiasa konsisten adalah pemimpin yang boleh dipercayai kerana kata-
kata dan tindakan seorang pemimpin itu diguna pakai bukan pada waktu itu sahaja malahan diingati
sepanjang waktu. Sekiranya kata-kata dan tindakan pemimpin tidak konsisten maka adalah sukar
untuk pengikut membina kepercayaan kepada pemimpin. Pemimpin yang dipercayai juga adalah
seorang yang mempunyai kemahiran aktif mendengar, kemahiran mengajukan soalan serta
mengambil kira pandangan dan pendapat orang lain kerana ini akan meningkatkan keyakinan
pengikut bahawa suara mereka didengari oleh pemimpin. Pemimpin yang dipercayai adalah
pemimpin yang mempunyai rasa empati terhadap orang lain kerana perasaan empati adalah
kemampuan untuk melihat situasi dari perspektif orang lain yang melibatkan sudut pandang, emosi
dan kesulitan yang dialami oleh orang lain. Pemimpin yang mempunyai rasa empati berupaya
menempatkan diri pada posisi dan merasakan apa yang orang lain rasakan yang mana situasi ini
mudah membina kepercayaan. Pemimpin yang bersyukur dan memberi penghargaan kepada
orang lain yang telah melakukan kerja dengan baik adalah pemimpin yang dipercayai kerana

180

berjaya mewujudkan budaya menghargai orang lain. Pemimpin yang memahami kepentingan untuk
membina kepercayaan akan sentiasa menjaga kata-kata dan tindakan dalam menjalankan tugas
harian agar dapat dipercayai oleh pengikut.

(iv) Hubungan

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam
sesebuah organisasi. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang
berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan
pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam
sesebuah organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh
pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan keazaman ke arah kecemerlangan
organisasi. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung kepada
kebijaksanaan seorang pemimpin. Untuk benar-benar menjadi pemimpin yang berkesan, pemimpin
harus menguasai kemampuan untuk mempengaruhi orang lain. Tanpa kemampuan untuk
mempengaruhi orang lain, kemampuan anda untuk membuat apa yang anda ingin lakukan tidak
dapat dilaksanakan tanpa bantuan dari orang lain. Tanpa kemampuan untuk mempengaruhi orang
lain, perkara yang penting dalam pekerjaan tidak akan dapat dicapai. Pemimpin yang berkesan
tidak hanya memerintah, mereka memberi inspirasi, memujuk dan mendorong. Kepimpinan adalah
proses mempengaruhi dan pengaruh memerlukan hubungan. Pemimpin sentiasa berinteraksi
dengan pelbagai orang. Pemimpin harus mencari cara untuk menjalin dan memupuk hubungan
yang baik. Kepimpinan adalah melibatkan hubungan sekumpulan orang. Pemimpin harus
memelihara hubungan yang baik dengan pelbagai orang dan hubungan tersebut berlaku di dalam
dan di luar organisasi. Apabila pemimpin menyedari kekuatan dan impak hubungan yang baik
dengan orang-orang disekelilingnya maka pemimpin akan mula menyedari berapa banyak
hubungan yang perlu dijalin, dipupuk dan dipelihara serta bagaimana kesannya kepada dasar sedia
ada. Kepimpinan bukanlah semata-mata untuk menyelesaikan tugas sebaliknya adalah mengenai
membina hubungan dan seterusnya berinteraksi dengan baik demi kecemerlangan organisasi.

Apa yang membezakan pemimpin yang hebat dengan pemimpin yang baik adalah kemampuan
seseorang pemimpin itu untuk menjalin hubungan yang mendalam dan mempercayai orang-orang
di sekelilingnya. Seorang pemimpin perlu berusaha untuk meneraju pasukan yang tepat dan
membina hubungan yang baik dan saling mempercayai. Menurut Kouzes dan Posner (2018),
kepimpinan yang didasari berdasarkan hubungan dengan orang lain, orang-orang tersebut akan
berani mengambil risiko, membuat kemajuan, dan mempengaruhi perubahan. Dalam kepimpinan,
seorang pemimpin boleh mengeratkan hubungan dengan membudayakan nilai kepercayaan,
mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan dan mempunyai rasa empati yang mendalam.
Apabila pemimpin berkongsi semangat dan visi secara terbuka dan jelas di seluruh organisasi ianya
akan mendorong pengikut bekerja ke arah mencapai visi, matlamat dan pencapaian yang
diharapkan. Pemimpin boleh mengeratkan hubungan melalui kemahiran mendengar dengan penuh
kasih sayang untuk memahami sentimen, kebimbangan dan minat orang lain. Dengan cara ini,
pemimpin dapat membina persekitaran yang selamat di mana semua orang dalam pasukan dapat
mendengar suara orang lain dengan mewujudkan ruang yang selamat mengemukakan soalan
menerima jawapan yang jujur untuk menjalin hubungan dua hala yang berterusan. Pemimpin yang
mempunyai rasa empati adalah apabila pemimpin tersebut dapat meletakkan diri mereka dalam
perspektif pengikut mereka kerana ianya dapat mewujudkan hubungan yang saling mempercayai
dan akan terjalin dengan baik.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini akan memfokuskan kepada teori tingkah laku pemimpin iaitu yang terdiri daripada empat
unsur seperti amalan (actions), nilai (values), kepercayaan (beliefs) dan hubungan (relations)
(seperti yang dibincangkan di dalam tinjauan literatur) di dalam teromba adat perpatih. Menurut
laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS, 2021), Adat Perpatih
berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama
Sutan Balun yang bergelar Datuk' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan

181

hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu.
Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa
ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau
pada abad ke 14 Masehi. Adat ini mungkin berumur 3000-4000 tahun berdasarkan dari banyaknya
persamaan adat ini dengan orang Polynesia, Mikronesia dan Melanesia yang telah berhijrah ke
sana dan membawa adat resam ini bersama mereka. Contohnya orang Palau salah satu etnik
penutur bahasa-bahasa Melayu-Polinesia masih mewariskan harta sepenuhnya kepada anak
perempuan dan dijaga oleh anak lelaki, ketua suku dan raja mereka. Bagi memastikan adat perpatih
ini dapat dipatuhi dengan baik serta bagi memastikan masyarakat Adat Perpatih dapat ditadbir
dengan betul sudah pasti memerlukan seorang pemimpin yang hebat. Banyak unsur-unsur
kepemimpinan telah dibincangkan dalam masyarakat Adat Perpatih namun begitu kajian ini akan
memfokuskan kepada teromba iaitu sejenis puisi yang dihasilkan sebagai satu medium komunikasi
antara pemimpin dan masyarakat Adat Perpatih. Masyarakat Adat Perpatih memerlukan
kepimpinann yang dinamik, berpengaruh dan dapat membuat perubahan. Oleh itu beberapa aspek
atau unsur kepemimpinan perlu wujud dalam kalangan mereka yang memegang teraju sesebuah
masyarakat agar dapat menjadi pemimpin yang unggul dan berkesan. Pemimpin perlu
mempertingkatkan bakat, kebolehan dan kemampuan dalam bidang kepimpinan. Bagi tujuan
menjadi pemimpin yang berkesan dan berpengaruh. Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud
dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka
terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan content analysis (analisis
kandungan) di mana pengkajian menggunakan sumber dari jurnal, buku, dan sebagainya untuk
mengolah kandungan artikel (Fraenkel & Wallen, 1993). Di dalam menggunakan kaedah analisis
kandungan ini, ia perlu dimulakan dengan menyediakan latar belakang atau menjelaskan teori
kajian. Ini bermakna penulis perlu mengetahui aspek yang hendak dikaji dengan memfokuskan
kepada kandungan untuk diperbahasakan. Ini dilakukan dengan membaca, menganalisis dan
menstrukturkan kandungan yang relevan mengikut topik kajian literatur. Seterusnya, hubung kait
antara cadangan atau topik kajian literatur dengan penyelidikan yang telah dilakukan dicari.
Hubung kait juga perlu dilakukan terhadap sumber tidak rasmi seperti surat khabar, majalah dan
buletin. Kemudian bahan ini telah diintegrasikan dengan hasil kajian iaitu kandungan yang telah
dihubung kait untuk dipadukan dengan pengetahuan sendiri. Proses ini juga memerlukan analisis
kritikal sebelum melakukan proses terakhir di mana laporan penuh disediakan dengan
menggabungkan bahan-bahan berhubung teori behavioral dan teromba adat perpatih yang dirujuk
serta pengetahuan sedia ada. Rajah 2 di bawah menunjukkan proses analisis kandungan yang
diguna pakai untuk menghasilkan penulisan ilmiah ini.

Rajah 2: Proses analisis kandungan. Sumber: Adaptasi dari Rashidi et al. (2014)

182

MATLAMAT KAJIAN

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti unsur-unsur dalam elemen amalan, nilai, kepercayaan dan hubungan
berdasarkan teori tingkah laku pemimpin dalam teromba adat perpatih Negeri Sembilan.

2. Menghasilkan pola unsur-unsur kepimpinan dalam teromba adat perpatih

Dapatan Kajian dan Hasil Perbincangan

Elemen Amalan, Nilai, Kepercayaan dan Hubungan dalam teori tingkah laku (behavioral theory)
mempunyai banyak hubungkait dengan teromba yang dihasilkan dalam kalangan pemimpin dan
masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Secara umumnya Adat Perpatih merupakan satu
sistem kemasyarakatan yang lengkap. Sistem ini lebih bersifat dinamik kerana ianya memberi
ruang, peluang dan peraturan untuk mengubahnya mengikut masa, keadaan dan zaman.
Kedinamikan adat ini termaktub dalam perlembagaannya yang dipaparkan dalam bentuk teromba
seperti berikut:

Baik diterima dek muafakat,
Buruk ditolak dek rundingan,
Tak ada yang keruh yang tak jernih,
Tak ada yang kusut yang tak selesai.
Usang-usang diperbaharui,
Lapuk-lapuk dikajangi.
Sekali air bah,
Sekali tebing berubah,
Sekali raja mangkat,
Sekali adat beralih,
Sekali tahun beredar,
Sekali musim bertukar.

(Rosiswandy Mohd Salleh, 2016)

Begitu juga apabila seorang pemimpin membuat keputusan dalam menghadapi sebarang
masalah maka setiap keputusan yang akan diambil bagi menangani masalah tersebut haruslah
seperti yang diterjemahkan dalam teromba berikut:

Palu-palu ular dalam benih,
benih tidak rosak,
tanah tidak lembang,
pemalu tak patah.
ular mati juga;
umpama menghela rambut dalam tepung,
rambut tak putus,
tepung tak berserakan.

(Ani Omar, 2017)

Begitu demokratiknya Adat Perpatih di mana setiap pemimpin yang dipilih bertanggungjawab
untuk sentiasa memelihara kaum kerabat dan anak buahnya dengan adil dan bijaksana.
Pemerintahan secara demokrasi ini menurut keadilan dalam setiap aspek yang dilakukan.
Sekiranya pemimpin itu zalim maka ia harus dipecat seperti teromba berikut:

183

Raja adil raja disembah,
Raja zalim raja disanggah.

(Ani Omar, 2017)

Objektif (i)
Mengenal pasti unsur-unsur dalam elemen amalan, nilai, kepercayaan dan hubungan berdasarkan
teori tingkah laku pemimpin dalam teromba adat perpatih Negeri Sembilan.
Berikut dibincangkan mengenai unsur-unsur dalam elemen amalan, nilai, kepercayaan dan
hubungan berdasarkan teori tingkah laku pemimpin dalam teromba adat perpatih Negeri Sembilan.

(i) Unsur dalam elemen amalan tingkah laku pemimpin dalam teromba Adat Perpatih

Tumbuh kerana ditanam
Tinggi kerana disanjung
Besar kerana dipupuk
Mulia kerana dihormati
Bukan mencucur dari langit
Bukan membusut

(teromba/am/01/)
(Norhalim Ibrahim, 1999)

Hasil analisis teromba/am/01 terdapat unsur status sebagai seorang pemimpin dalam masyarakat
Adat Perpatih memerlukan seorang ketua yang amalannya adalah berkualiti. Kesembilan kualiti
dasar ini menjelaskan bahawa setiap pemimpin yang dipilih mestilah seorang yang bermuamalah
dengan sikap dan tingkah laku anak buah dan memastikan orang yang dipimpin menuju ke
matlamat yang betul. Anak-anak buah tidak boleh dipaksa untuk mencapai matlamat yang
diinginkan, perlu adanya proses menggerakkan kumpulan melalui kekuatan, kepercayaan dan
penghormatan antara pemimpin dan anak buah.

Yang baik bagi kita
Disukai pula orang lain
Enak bagi kita
Enak pula bagi orang lain
Sakit bagi kita
Sakit pula bagi orang lain

(teromba/am/02/)
(Samah Lenja, 2001 dalam Mohd Rosli Saludin, 2009)

Hasil analisis teromba/am/02 terdapat unsur hormat-menghormati antara satu sama lain dalam
bentuk kekeluargaan. Masyarakat Adat perpatih telah dididik untuk menghormati pemimpin. Adat
perpatih bukanlah berbentuk individual tetapi ia lebih kepada bercorak kekeluargaan. Pemimpin
digambarkan sebagai seorang yang boleh melaksanakan kepemimpinannya secara berkelompok
dalam bentuk keluarga dan bukan untuk individu sahaja seperti digambarkan dalam
teromba/am02/.

Menarik rambut di dalam tepung:
Tepung jangan terserak,
Rambut jangan putus.

(teromba/am/03/)
(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985)

Hasil analisis teromba /am/03 terdapat unsur ketegasan pada pemimpin dalam masyarakat
Adat perpatih. Ketegasan yang ada pada pemimpin mampu menyelesaikan perselisihan dan
mendamaikan persengketaan namun sebagai seorang ketua harus berhati-hati supaya tidak
berlaku kekecohan umpama teromba/am03/.

184

Menjadi pemimpin hatinya lurus,
Imannya teguh budinya pun halus,
Dijadikan pemimpin amatlah bagus,
Dijadikan pemimpin bertungkus lumus,
Dijadikan pemimpin tahu mengurus,
Memimpin rakyat semua terurus.

(teromba/am/04/)
(Mohd Rosli Saludin, 2008)

Hasil analisis teromba/am/04 terdapat unsur dinamik. Pemimpin yang tahu mengurus secara lurus,
jujur pekerti, mengikut undang-undang yang ada dan berkhidmat sepenuhnya dengan ketulusan
dan sentiasa mementingkan rakyat jelata.

Raja yang memakai syarak dan kitabullah,
Dalam adat perlukan syarak tidak dilupa,
Syarak mengata, adat memakai,
Syarat mendaki, adat menurun,
Syarak sendi segala adat yang diadatkan,
Karam di laut jadi pelambung, panas di darat jadi pelampung,
Basah di hilir jadi penudung, Patah di hulu jadi penyumbang.

(teromba/am/05/)
(Mohd Rosli & Siti Hajar, 2008)

Hasil analisis teromba/am/05 terdapat unsur contoh teladan dalam kalangan pemimpin. Teromba
ini menjelaskan mengenai seorang Raja yang sentiasa menjadikan syarak sebagai perlembagaan
utama dan adat-adat mestilah bersendikan kepada agama. Raja yang juga merupakan pelindung
kepada rakyat jelata menunjukkan contoh teladan supaya rakyat menjadikan syarak dan adat
sebagai ikutan.

(ii) Unsur dalam elemen nilai tingkah laku pemimpin dalam teromba Adat Perpatih.

Jika cerdik teman berunding
Jika bingung disuruh arah
Jika buta disuruh menghembus lesung
Jika patah di suruh menunggu jemuran
Yang pekak disuruh mencuci meriam
Yang berani dibuat kepala lawan
Kalau kaya hendakkan emasnya
Kalau alim hendakkan doanya.

(teromba/ni/01/)
(Ani Omar, 2020)

Hasil analisis teromba/ni/01 terdapat unsur nilai tingkah laku kepandaian dan kecerdikan. Setiap
pemimpin adalah bergantung kepada kepandaian dan kecerdasannya. Teromba adalah lambang
kebitaraan. Kebitaraan yang membawa maksud kepandaian atau kepintaran merupakan nilai
tingkah laku pemimpin yang disebut dalam teromba. Seorang pemimpin bukan hanya perlu bijak
memimpin, malahan perlu bijak mengatur peranan yang perlu dimainkan oleh anak buahnya.

Buapak yang beranak buah
Lembaga yang bersuku
Penghulu yang berluak
Raja yang beralam

185

(teromba/ni/02/)
(A. Samad Idris, 1996)

Hasil analisis teromba/ni/02 terdapat unsur nilai tingkah laku tanggungjawab. Setiap pemimpin
dalam sistem pentadbiran adat perpatih mempunyai tanggungjawab, tugas dan peranan terhadap
anak buahnya. Ia dijelaskan melalui teromba/ni/02/.

Tidak ada kusut yang tidak boleh diselesaikan;
Tidak ada keruh yang tidak dapat dijernihkan

(teromba/ni/03/)
(Nordin Selat & Abdullah Hassan, 2015)

Hasil analisis teromba/ni/03 terdapat unsur penyelesai masalah pada pemimpin. Pemimpin yang
berkesan adalah pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah (penyelesai masalah) dengan
bijak seperti diterjemahkan di dalam teromba/ni/03/.

Raja memerintah alam
undang memerintah luak
Lembaga memerintah suku
Buapak memerintah anak buahnya

(teromba/ni/04/)
(Abdullah Siddik, 1975)

Hasil analisis teromba/ni/04 terdapat unsur demokrasi iaitu pembahagian kuasa pemimpin. Jelas
disini cara pemerintahan dalam masyarakat adat mempunyai nilai demokrasi.

Ditinting diteras
Digesek sehabis antah
Ditengkuh dedak di nyiru
Gubal melayang
Teras memangguh
Nan elok dipakai
Nan buruk dibuang

(teromba/ni/05/)
(Khalid Bonget, 1997)

Hasil analisis teromba/ni/05 terdapat unsur ketulenan (authenticity) iaitu berkaitan ciri-ciri yang
perlu ada kepada seorang pemimpin. Pemimpin mestilah lelaki, beragama islam, sudah baligh,
diperakui tentang perlatikannya dan mempunyai kedudukan ekonomi yang baik. Teromba di atas
menerangkan proses memilih pemimpin ibarat menapis untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

(iii) Unsur dalam elemen kepercayaan tingkah laku pemimpin dalam teromba Adat Perpatih

Pemimpin menjadi abdi rakyat,
Hidupnya menyatu dengan masyarakat,
Menjalankan tugas ianya taat,
Bekerja rajin beramal kuat,
Dengan orang tua-tua ianya dekat,
Dengan orang muda-muda ianya bersifat,
Duduk tegaknya elok tabiat,
Sebarang kerja dengan muafakat,
Sebarang laku menuruti adat,
Dijadikan pemimpin besar muafakat,

186

Negeri sentosa sempurna manfaat,
Orang suka jauh dan dekat,
Rahmatnya ada dunia akhirat,
Dijadikan tua ianya tepat,
Kerana hidupnya bersama umat,
Memimpin negeri membawa berkat,
Tuahnya banyak maruah terangkat.

(teromba/ke/01/)
(Mohd Rosli Saludin, 2008)

Hasil analisis teromba/ke/01 terdapat unsur mentaati pemimpin dan merupakan satu pegangan
kepada masyarakat yang beradat. Pemimpin yang baik sentiasa mendahulukan kepentingan anak
buah dan masyarakat.

Di atas Raja,
Di tengah Undang,
Di bawah Lembaga,
Raja berdaulat dalam alamnya,
Penghulu berdaulat dalam luasnya,
Lembaga bernobat dalam anak buahnya.

(teromba/ke/02/)
(Abdul Kadir Yusof, 1972)

Hasil analisis teromba/ke/02 terdapat unsur taat setia dan kepatuhan kepada pemimpin merupakan
nilai yang perlu dimiliki oleh anak-anak buah. Kepatuhan dan kesetiaan dalam Adat Perpatih ini
juga perlu dihayati oleh masyarakat. Jika ada yang menentang arus dan mencalarkan maruah,
kesannya bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi juga kepada semua ahli dalam bukunya.
Lantaran itulah kepatuhan dan kesetiaan in dapat menghindarkan rasa malu bak kata perbilangan:

Malu tak dapat diagih
Suku tak dapat dianjak.

(Ani Omar, 2012)

Dahan kemuning biarlah patah
Asal mengkudu jangan punah
Pada lahir pemimpin yang disembah
Dalam batin rakyat yang memerintah

(teromba/ke/03/)
(Abraham Ilyas, 2014)

Hasil analisis teromba/ke/03 terdapat unsur pemimpin yang mendengar dan mengambil kira
pendapat orang lain. Ini akan meningkatkan keyakinan pengikut bahawa suara mereka didengari
oleh pemimpin.

Yang dikemukakan oleh rakyatnya
Yang dimuliakan oleh kaumnya
Yang didudukkan pada patutnya
Yang ditegakkan pada layaknya
Yang dikukuhkan dengan adatnya
Yang ditinggikan dari orang banyak
Yang didahulukan dari orang ramai
Yang diutamakan dari orang biasa
Sesuai menurut adat lembaga

187

(teromba/ke/04/)
(Tenas Effendy, 2000)

Hasil analisis teromba/ke/04 terdapat unsur kredibiliti pada pemimpin yang dipercayai oleh anak
buah. Teromba ini juga membuktikan jatuh bangunnya seseorang pemimpin berdasarkan kredibiliti
dan kepercayaan orang bawah terhadap ketuanya.

Yang dikatakan pemimpin,
Elok lahir sempurna batin,
Eloknya boleh ditengok sempurnanya boleh dirasa
Elok tingkah dengan lakunya
Elok budi dengan bahasanya
Elok tegur dengan sapanya
Elok tutur dengan katanya
Elok langkah dengan lenggangnya

(teromba/ke/05/)
(Tenas Effendy, 1994)

Hasil analisis teromba/ke/05 terdapat unsur tingkah laku atau perbuatan yang mendorong
pembinaan kepercayaan kepada pemimpin. Tingkah laku ini juga berkait rapat dengan etika
pemimpin yang menjadi perhatian anak buah pada setiap masa.

(iv) Unsur dalam elemen hubungan tingkah laku pemimpin dalam teromba Adat Perpatih

Jauh tidak berjarak
Dekat tak berantara

(teromba/hu/01/)
(Norhalim Ibrahim, 1999)

Hasil analisis teromba/hu/01 terdapat unsur hubungan antara pemimpin dengan anak buah.
Hubungan antara pemimpin dengan anak buah adalah perkara asas yang dititik beratkan dalam
sistem pemerintahan Adat Perpatih. Kewujudan pemimpin berdasarkan kebolehan, tanggungjawab
dan sikap yang sentiasa mengambil tahu keadaan anak buahnya. Pemimpin yang mempunyai
hubungan yang baik dengan anak buahnya, akan sentiasa dihormati, dijadikan sebagai rujukan
untuk menyelesaikan permasalahan. Hubungan yang baik menjadikan kehidupan dalam
masyarakat berada dalam keadaan harmoni.

Yang didahulukan selangkah
Yang ditinggikan seranting
Yang dilebihkan serambut
Yang dimuliakan sekuku

(teromba/hu/02/)
(Tenas Effendy, 2000)

Hasil analisis teromba/hu/02 terdapat unsur keakraban. Perbilangan ini menjelaskan jarak
hubungan antara pemimpin dan anak buahnya sangat minima. Ia juga membawa erti bahawa
pemimpin itu hendaklah mudah didekati. Perbilangan yang seterusnya pula membayangkan
keakraban antara pemimpin dan anak buahnya.

Yang diberi kepercayaan
Yang diberi kekuasaan
Yang diberi beban yang berat

188

Yang diberi tanggungjawab
Yang diikat janji dan sumpah
Yang disimpan petua dan amanah

(teromba/hu/03/)
(Siti Hajar Idrus & Saiful Bahari Md Radzi, 2016)

Hasil analisis teromba/hu/03 terdapat unsur hubungan yang rapat. Teromba di atas menjelaskan
lagi hubungan pemimpin dan anak buah. Perbezaan yang minima itu menjelaskan hubungan rapat
antara pemimpin dengan anak buah.

Janji ea tough
Setio tak berubah
Kato dulu kata bertobat
Kato kendian kato bercarik
Muafakat oso sekato
Bulat segolek pipih selayang

(teromba/hu/04/)
(Siti Hajar Idrus & Saiful Bahari Md Radzi, 2016)

Hasil analisis teromba/hu/04 terdapat unsur muafakat. Hubungan yang rapat antara pemimpin
dengan anak buah menjadikan kehidupan masyarakat berada dalam keadaan harmoni dan aman
dan masyarakat diperintah dengan adil melalui muafakat antara pemimpin dan anak buah. Ia
bersesuaian dengan lafaz janji pemimpin ketika dilantik bersesuaian dengan teromba/hu/04/.

Sebagai pemimpin, ianya penyabar,
Fikiran panjang, dada pun lebar,
Menghadapi rakyat jiwanya besar,
Dingumpat dikeji, ia mendengar,
Duduknya kukuh, tegaknya toga (jubah hitam),
Ilmunya tinggi, wawasan besar,
Rajin menolong, rakyat terlantar.

(teromba/hu/05/)
(Mohd Rosli Saludin, 2008)

Hasil analisis teromba/hu/05 terdapat unsur empati. Pemimpin yang mempunyai hubungan yang
baik dengan anak buah sentiasa menjadi pendengar yang baik terhadap setiap permasalahan.
Pada setiap permasalahan pemimpin perlu mempunyai hati yang penyabar, penyantun, berlembut
lidah dan sentiasa menolong anak buah yang menghadapi masalah.

Objektif (ii)

Menghasilkan pola unsur-unsur kepemimpinan dalam teromba adat perpatih

Berikut merupakan dapatan hasil analisis:

189

(iia) Pola unsur amalan dalam elemen kepimpinan teori behavioral.

Rajah 3: Pola unsur amalan dalam elemen kepimpinan teori behavioral.
(iib) Pola unsur nilai dalam elemen kepimpinan teori behavioral.

Rajah 4: Pola unsur nilai dalam elemen kepimpinan teori behavioral.

190

(iic) Pola unsur kepercayaan dalam elemen kepimpinan teori behavioral.

Rajah 5: Pola unsur kepercayaan dalam elemen kepimpinan teori behavioral.
(iid) Pola unsur hubungan dalam elemen kepimpinan teori behavioral.

Rajah 6: Pola unsur hubungan dalam elemen kepimpinan teori behavioral.
Perbincangan Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa satu pola unsur-unsur kepemimpinan dalam keempat-
empat elemen yang terdapat di dalam teori tingkah laku dan teromba adat perpatih boleh dihasilkan
yang mana elemen dan unsur-unsur ini boleh dijadikan sebagai satu panduan dan amalan
pemimpin pada hari ini. Rajah 3 hingga 6 menunjukkan pola kepemimpinan berdasarkan empat
elemen dan dua puluh unsur-unsur yang telah berjaya dibangunkan oleh penyelidik.

Pola unsur-unsur kepemimpinan bagi elemen Amalan, Nilai, Kepercayaan dan Hubungan
merupakan gabungan elemen dan unsur kepemimpinan dalam teori tingkah laku dengan teromba
adat perpatih. Bagi elemen Amalan terdapat sebanyak lima unsur-unsur yang dikenal pasti iaitu
status, hormat, ketegasan, dinamik dan contoh teladan. Bagi elemen Nilai terdapat lima unsur-unsur
kepemimpinan iaitu kepandaian dan kecerdikan, tanggungjawab, penyelesai masalah, demokrasi
dan ketulenan. Bagi elemen Kepercayaan pula terdapat lima unsur-unsur yang dikenal pasti iaitu
mentaati, kepatuhan, mendengar pendapat, kredibiliti dan tingkah laku. Manakala bagi elemen

191

Hubungan pula terdapat unsur-unsur kepemimpinan yang dikenal pasti iaitu unsur hubungan itu
sendiri, keakraban, rapat, muafakat dan empati.

Bagi elemen amalan, unsur-unsur yang telah dikenalpasti ialah status, hormat, ketegasan,
dinamik dan contoh teladan. Pemimpin adat adalah dalam kalangan individu yang mempunyai
status yang tinggi dalam masyarakat dan dihormati, memimpin masyarakat secara dinamik dan
menetapkan hala tuju untuk memperoleh sesuatu. Pemimpin adat juga merupakan contoh teladan
kepada masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Dapatan ini selari dengan kenyataan Bush
(2008) yang menyatakan perlunya pemimpin bersifat tegas supaya dapat mempengaruhi orang lain;
yang seterusnya akan merangsang dan membolehkan orang lain menyumbang kepada
keberkesanan dan kejayaan organisasi.

Dalam elemen nilai, unsur-unsur kepandaian dan kecerdikan, tanggungjawab, penyelesai
masalah, demokrasi dan ketulenan mendominasi tingkahlaku kepimpinan. Pemimpin adat adalah
dalam kalangan individu yang bijak pandai dan berpengetahuan tinggi dan bertanggungjawab
dalam setiap perkara yang telah diamanahkan. Pemimpin adat juga seorang yang mampu
menyelesaikan masalah dan bersifat demokrasi ketika memimpin dan mestilah seorang pemimpin
yang datang dari latar belakang yang diakui ketulenannya. Ini selari dengan kajian Cherif et al.
(2009) yang mendapati pemimpin yang mempunyai pengetahuan dalam bidangnya akan lebih
dihormati staf dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Seterusnya adalah elemen kepercayaan yang mempunyai unsur-unsur yang telah
dikenalpasti ialah mentaati, kepatuhan, mengambil kira pendapat, kredibiliti dan tingkahlaku. Setiap
ahli dalam masyarakat perlu mentaati dan sentiasa mengamalkan kepatuhan kepada pemimpin
adat. Sebagai seorang pemimpin adat, mengambil kira pendapat dalam kalangan ahli masyarakat
adalah penting untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada pemimpin. Pemimpin yang
dipercayai mempunyai kredibiliti yang tinggi. Kepercayaan masyarakat akan bertambah baik
dengan adanya pemimpin adat yang mempunyai tingkah laku baik. Dapatan ini selari dengan
Boyatzis (2011) yang menyarankan agar pemimpin perlu membina hubungan rapat dengan staf
iaitu dengan mewujudkan perhubungan yang berasaskan kepercayaan dengan staf di bawahnya.

Untuk elemen hubungan, unsur-unsurnya adalah hubungan, keakraban, rapat, muafakat
dan empati. Hubungan pemimpin dan pengikut adalah penting bagi mencapai kecemerlangan.
Pemimpin adat sentiasa memastikan keakraban antara mereka dan pengikut sentiasa berada
dalam jarak yang sangat minima. Pemimpin adat mestilah yang mudah didekati dan rapat dengan
setiap lapisan masyarakat. Keharmonian dalam masyarakat Adat perpatih adalah berlandaskan
kepada muafakat antara pemimpin dan masyarakat. Pemimpin juga memiliki sifat empati yang
sentiasa mengerti dan memahami keperluan masyarakat. Dapatan ini selari dengn Roselena &
Mohd Ezham (2015) yang menyatakan Staf suka berkongsi maklumat dengan pemimpin yang
mempunyai sifat empati kerana pemimpin ini lebih bersikap terbuka. Pemimpin sedemikian akan
mempunyai hubungan yang baik dengan staf kerana pemimpin dipercayai staf dan mudah
mendapat kerjasama daripada staf.

KESIMPULAN

Kepimpinan secara umumnya adalah satu bidang yang sangat luas yang melibatkan pelbagai
aspek dalam kehidupan. Kejayaan dan kemajuan sesebuah organisasi bergantung kepada
pemimpin dan berkait rapat dengan gaya kepimpinan dan tingkah laku yang terdapat pada seorang
pemimpin tersebut. Dalam teori tingkahlaku (behavioral theories) menyatakan empat elemen
berkaitan tingkah laku pemimpin iaitu amalan, nilai, kepercayaan dan hubungan. Pemimpin adat
yang diungkapkan dalam teromba Adat Perpatih adalah terdiri daripada pemimpin yang dalam
kalangan mereka mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkualiti tinggi. Adat Perpatih adalah satu
sistem yang lengkap yang bersifat dinamik dan merentas zaman serta bersesuaian untuk
dipraktikkan dalam gaya kepimpinan moden.

192

Kajian ini telah berjaya mengenal pasti unsur-unsur dalam elemen amalan, nilai,
kepercayaan dan hubungan dalam teromba Adat Perpatih. Unsur-unsur kepemimpinan yang telah
dikenal pasti adalah berdasarkan ungkapan mengenai ciri-ciri dan gaya kepemimpinan seseorang
pemimpin adat. Ungkapan yang terdapat dalam teromba Adat Perpatih berperanan sebagai
komunikasi untuk menyampaikan nilai-nilai budaya secara lestari termasuklah berkaitan unsur-
unsur kepimpinan.

Jika unsur kepemimpinan ini diterapkan dalam gaya kepemimpinan sesebuah organisasi
akan memberi impak yang besar kepada kemajuan dan perancangan yang hendak dilaksanakan.
Hal ini berkaitan dengan impak positif yang diwujudkan oleh kepemimpinan dalam Adat Perpatih
yang memberi sumbangan kepada struktur dan susun atur adab mentadbir sesebuah organisasi
atau negara. Cadangan untuk kajian akan datang memberi tumpuan kepada pembinaan modul
latihan kepada pemimpin sesbuah organisasi berteraskan kepada unsur-unsur dan elemen-elemen
kepimpinan dalam Adat Perpatih.

193

RUJUKAN

Abdullah Siddik. (1975). Pengantar undang-undang adat di Malaysia. Penerbit Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.

Abdul Kadir Yusof. (1972). Mengenal Adat Perpatih, struktur dan organisasinya. Dewan
Masyarakat.

Abdul Latif Abu Bakar. (2004). Kepimpinan Adat Melayu Serumpun. Institut Seni Malaysia Melaka
(ISMMA), Melaka, Malaysia.

Abdul Samad Idris, & Negeri Sembilan. (1994). Negeri Sembilan, gemuk dipupuk, segar bersiram:
Adat merentas zaman Adat merentas zaman. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya
Negeri Sembilan, Seremban.

Abdul Samad Idris. (1996). Secebis mengenai: Adat Perpatih, nilai dan falsafahnya. Seminar
Kerapatan Adat Negeri Sembilan. 24 Julai 1996.

Abraham Ilyas. (2014). Minangkabau worldview: knowing of the four, understanding of the two,
beliefs in oneness God. Lembaga Kekarabatan Dato Soda.

Ani Omar. (2013). Keindahan bahasa dalam teromba lambang pemerkasaan masyarakat negeri
beradat. Jurnal Peradaban Melayu. (pp.111-131). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ani Omar. (2012). Melestarikan Adat Perpatih dalam Gagasan Satu Malaysia. Jurnal Peradaban.
(pp.67-91) Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ani Omar. (2020). Nilai sejagat dalam adat perpatih mendepani masalah sosial dalam arus
globalisasi. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5. (pp. 1063-
1075).

Ani Omar. (2017). Melestarikan Adat Perpatih dalam Gagasan Satu Malaysia. Jurnal Peradaban.
(pp. 67-91). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bosak, E. (2019, September 27). Leadership is a relationship: Focus on people and not just data.
Explorance.com. https://explorance.com/blog/leadership-is-a-relationship-focus-on-people-
and-not-just-data/.

Boyatzis, R.E. 2011. Managerial and leadership competencies: A behavioral approach to
emotional, social and cognitive intelligence. Vision: The Journal of Business Perspective
15(2): 91-100.

Bush, T. 2008. Leadership and Management Development in Education. London: Sage
Publications Ltd.

Cherif, A., Overbye, D. & Stefurak, L. 2009. Developing a paradigm for academic leadership
development. The Journal of Higher Education Management 24(1): 16-34.

Daskal, L. (2019, August 14). How successful Leaders build trust with their people - Lolly DASKAL
|. ollydaskal.com. https://www.lollydaskal.com/leadership/how-successful-leaders-build-
trust-with-their-people/.

Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (1993). How to design and evaluate research in education (2nd
Ed.). Boston, MA: McGraw Hill.

194


Click to View FlipBook Version