The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FULL_JILID_2_RT_DAERAH_JELEBU_2035_PENGGANTIAN_8_2_2023_Final_1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ICT MDJelebu Majlis Daerah Jelebu, 2023-03-28 00:02:38

FULL_JILID_2_RT_DAERAH_JELEBU_2035_PENGGANTIAN_8_2_2023_Final_1

FULL_JILID_2_RT_DAERAH_JELEBU_2035_PENGGANTIAN_8_2_2023_Final_1

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D1 : PENGENALAN Garis panduan merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi panduan dan bahan rujukan dalam melakukan sesuatu pembangunan. Ianya mengandungi aspek-aspek perancangan pembangunan yang perlu diambilkira dan dipatuhi untuk mendapatkan kelulusan bagi sebarang permohonan kebenaran merancang di dalam kawasan Rancangan Tempatan Daerah Jelebu, 2035 (Penggantian). Selain itu, garis panduan ini juga mengandungi beberapa elemen penting yang menjadi panduan kepada pihak berkuasa dan agensi-agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan cadangan-cadangan pembangunan yang telah dirangka bagi daerah Jelebu sehingga tahun 2035. MELIBATKAN DUA (2) KATEGORI Garis panduan yang telah disediakan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia) dan PLANMalaysia@Negeri Sembilan yang telah diterimapakai oleh Kerajaan Negeri Garis panduan yang khusus bagi Daerah Jelebu yang melibatkan perkara-perkara khusus yang perlu diambikira untuk kawasan atau cadangan pembangunan tertentu selaras dengan hala tuju pembangunan Daerah Jelebu 2035 BAHAGIAN D GARIS PANDUAN PERANCANGAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERACANGAN G A R I S P A N D U A N U M U M G A R I S PA N D U A N K H U S U S GARIS PANDUAN DI PERINGKAT NEGERI GARIS PANDUAN DI PERINGKAT PERSEKUTUAN GARIS PANDUAN PUSAT BANDAR, REKA BENTUK BANDAR DAN PEMELIHARAAN BANGUNAN WARISAN 5 GARIS PANDUAN PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DAN PENGEKALAN BIODIVERSITI 6 D-1 6 4


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN BA H AG I A N D D2 : GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM Pemakaian garis panduan perancangan umum bagi pelaksanaan pembangunan di Daerah Jelebu adalah berdasarkan Garis panduan yang telah disediakan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia) dan PLANMalaysia@Negeri Sembilan yang telah diterimapakai oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Dengan adanya garis panduan pembagunan umum ini, penyediaan susun atur, reka bentuk bangunan serta kemudahan asas dan awam dapat diselaraskan untuk mencapai proses perancangan yang lebih berkesan . BIL GARIS PANDUAN & PIAWAIAN PERANCANGAN UMUM TARIKH LULUS JPN MMKN TARIKH NO KERTAS 1 Garis Panduan Perancangan Dan Tatacara Permohonan Menara Dan Struktur Sistem Pemancar Telekomunikasi Negeri Sembilan 15 Jun 2021 15 September 2021 1588/2 021 2 Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat Negeri Sembilan 12 Oktober 2021 5 Januari 2022 87/202 2 3 Panduan Pelaksanaan Peluasan Dan Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi ProjekProjek Kerajaan Di Bawah Seksyen 20A Akta 172 Di Negeri Sembilan 17 Ogos 2021 8 Disember 2021 2162/2 021 4 Panduan Pelaksanaan Memudahcara Proses Permohonan Penternakan Ayam Negeri Sembilan 10 Mac 2020 30 September 2020 1586/2 020 5 Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan 26 Oktober 2020 13 Januari 2021 162/20 21 6 Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan i. Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Perumahan ii. Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Perdagangan iii. Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Perindustrian iv. Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kemudahan Masyarakat v. Garis Panduan Dan Piawaian Aspek Alam Sekitar Dalam Perancangan vi. Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Aspek Infrastruktur Dan Utiliti a. Menara Dan Struktur Sistem Pemancar Telekomunikasi Negeri Sembilan b. Laluan Kemudahan Utiliti c. Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Dan Buangan Terjadual Negeri Sembilan d. Terminal Pengangkutan Awam - Light Rail System/Komuter/Bas/Teksi/Lainlain Mod Pengangkutan a. Terminal Kenderaan Berat b. Perletakan Pencawang Elektrik c. Papan Iklan Luar d. Sistem Pembentungan i. Garis Panduan Ternakan Ayam ii. Garis Panduan Pengangkutan Dan Lalulintas iii. Garis Panduan Reka Bentuk Tempat Letak Kenderaan iv. Garis Panduan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design) 23 November 2020 21 April 2021 880/20 21 BIL GARIS PANDUAN & PIAWAIAN PERANCANGAN UMUM TARIKH LULUS JPN MMKN TARIKH NO KERTAS 1 Garis Panduan Perancangan Dan Pembangunan Sejagat Edisi Kedua 5 Disember 2000 14 Februari 2001 521 2 Piawaian Perancangan Pembangunan Fizikal PulauPulau 5 Februari 2002 17 April 2002 1305 3 Garis Panduan Pembangunan Burung Walit (1GP) 19 April 2011 6 Julai 2012 1775 4 Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield 15 Oktober 2012 5 Disember 2012 3484 GARIS PANDUAN – PLANMALAYSIA NEGERI SEMBILAN GARIS PANDUAN – PLANMALAYSIA D-2


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-3 D3 : GARIS PANDUAN PERANCANGAN KHUSUS Garis Panduan Perancangan Khusus (GPK) adalah satu bentuk kenyataan bertulis yang mengandungi panduan yang menjadi rujukan dalam memajukan pembangunan bagi sesuatu kawasan khusus yang melibatkan perkara-perkara khusus di dalam Daerah Jelebu. Ianya digunakan oleh Majlis Daerah Jelebu (MDJ) dan agensi berkaitan untuk mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah. Semua perubahan ke atas tanah yang di rancangkan tertakluk kepada permohonan kebenaran merancang dan mematuhi Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2035 (Penggantian). Berikut merupakan senarai garis panduan pembangunan khusus yang perlu dipatuhi P U S A T B A N D A R , R E K A B E N T U K B A N D A R D A N P E M E L I H A R A A N B A N G U N A N W A R I S A N ( P E R L U D I R U J U K B E R S A M A P E L A N I N D U K Z O N W A R I S A N ) Garis Panduan 01 Pengubahsuaian Bangunan Warisan Garis Panduan Pemasangan Papan Iklan, Sistem 02 Pencahayaan Dan Penghawa Dingin Bangunan Warisan Garis Panduan 03 Kawalan Ketinggian Bangunan Rumah Kedai Lama Garis Panduan 04 Penggunaan Cat Dan Warna Pada Bangunan Garis Panduan 05 Lukisan Dinding (Mural Painting) Bangunan P E M U L I H A R A A N DA N P E M E L I H A R A A N A L A M S E K I TA R DA N P E N G E K A L A N B I O D I V E R S I T I Garis Panduan Pemeliharaan Hutan Simpan Dan Taman Negeri 06 Garis Panduan Pemeliharaan Kawasan Tanah Tinggi, Bercerun & Lereng Bukit 07 Garis Panduan Pemeliharaan Rizab Sungai Dan Empangan 08 Garis Panduan Penilaian Tahap Kesesuaian Geo Tapak Ke Arah Pewartaaan Tapak Warisan 09 Garis Panduan Perancangan Pembangunan Dan Pengurusan Di Kawasan Berisiko Bencana Gempa Bumi 10 Garis Panduan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi dan Rangkaian Ekologi CFS 11


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-4 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS LOKASI Pengubahsuaian Bangunan Warisan i. Melantik konservator dan kontraktor berpengalaman dalam kerja pemeliharaan bangunan warisan Bangunan Rumah Kedai Lama (Gred 1), Muzium Adat, Masjid Kuala Dulang, Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu dll. ii. Menentukan prinsip, proses dan pendekatan kerja pemeliharaan yang bersesuaian melibatkan aktiviti pengubahsuaian (renovation), penjagaan (maintenance), pemulihan (restoration), pembinaan semula (reconstruction) dan penyesuaiangunaan (adaptive reuse) bangunan warisan mengikut kategori iii. Menyediakan dokumentasi berkaitan penyelidikan sejarah bangunan, kajian kerosakan dan impak terhadap sebarang perubahan struktur dan gaya senibina serta persekitaran bandar (setting) iv. Perubahan reka bentuk fasad bangunan rumah kedai tradisional baharu perlu mengambil kira kesinambungan visual seni bina bangunan sekitar v. Memastikan perubahan guna bangunan yang dicadangkan adalah sesuai dengan fungsi, imej dan identiti kawasan serta tidak ada percanggahan ketara vi. Memastikan segala penggunaan semula premis warisan juga membawa kepada peningkatan ke atas seni bina bangunan yang unik vii. Pengubahsuaian mestilah tidak mengubah bentuk dan fungsi asal bangunan dan menggunakan bahan binaan yang harmoni dengan keseluruhan rupa bangunan dari segi warna dan reka bentuk yang hampir sama dengan asal. • Tapak Dan Bangunan Warisan sekitar daerah Jelebu • Bangunan Rumah Kedai Lama di Pekan Kuala Klawang, Pekan Titi dan Pertang Penyediaan Garis Panduan Pengubahsuaian Bangunan Warisan (GPPBW) memainkan peranan penting dalam memastikan kerja pemeliharaan, penjagaan, pemuliharaan, pembinaan semula serta penyesuaigunaan semula bangunan warisan dilaksanakan dengan baik. Tahap kepentingan dan signifikasi nilai warisan bangunan ditetapkan mengikut tahap tahap/ kategori yang ditetapkan dengan mengambil kira keadaan sekeliling dan kesinambungan visual bangunan sekitar. GPPBW terpakai di Pusat Bandar atau Pekan di sekitar Daerah Jelebu untuk memastikan kelangsungan imej dan identitinya sebagai sebuah ‘Bandar Mampan’ di samping tidak menjejaskan persekitaran senibina, rupa bandar (urban form) dan seni bandar (townscape). ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS LOKASI Lokasi, Saiz, Warna & Rekabentuk Papan Iklan i. Jelas, menarik, selamat dan mudah difahami. ii. Papan iklan/ ukiran nama perniagaan tulisan Jawi & Cina/ logo asal pada bangunan rumah kedai tradisional hendaklah dikekalkan iii. Rekabentuk papan iklan perlu diselaraskan/ teradun dengan karakter unit bangunan tanpa menjejaskan tahap kualiti visual, nilai warisan dan sejarah setempat iv. Kedudukan papan iklan perniagaan tidak menghalang bukaan pengudaraan dan pencahayaan dalam bangunan (tingkap hadapan/ tepi bangunan) v. Papan iklan tidak boleh diletakkan di mana-mana bahagian fasad bangunan yang boleh melindungi ciri-ciri, tahun pembinaan, ukiran dan gaya senibina asal bangunan tersebut vi. Papan iklan tidak boleh menutup keseluruhan bahagian fasad bangunan vii. Papan iklan tidak dibenarkan diletakkan di atas bumbung atau menonjol dari cucur atap viii. Papan iklan tidak dibenarkan menonjol lebih daripada 0.6m dari mana-mana bahagian bangunan ix. Papan iklan menegak yang diletakkan di atas tiang di tingkat bawah hendaklah tidak melebihi 0.5m ketinggian tingkat bawah x. Papan iklan menegak yang diletakkan di atas tiang di tingkat atas hendaklah tidak melebihi 0.75m ketinggian tingkat atas xi. Ketinggian papan iklan mendatar hendaklah mengikut ketinggian panel di bawah garisan tingkap atas atau ketinggian rasuk (beam) hadapan bangunan xii. Penggunaan bidai buluh untuk tujuan pengiklanan perniagaan adalah digalakkan xiii. Papan iklan/ huruf-huruf diperbuat daripada logam dan stainless steel dibenarkan manakala kayu tidak dibenarkan dan mestilah dicat dengan warna yang sesuai dengan reka bentuknya xiv. Papan iklan yang diperbuat daripada kotak plastik/ akrilik tidak dibenarkan kecuali bangunan dari reka bentuk era moden dan terletak dalam kawasan zon penampan xv. Papan iklan yang dipasang tidak dibenarkan menghalang laluan pejalan kaki/ kaki lima kedai xvi. Pemilihan warna papan iklan hendaklah tidak terlalu bercanggah/ tidak harmoni dengan warna premis/ persekitaran. i. Bangunan Rumah Kedai Lama Pemasangan papan iklan, sistem pencahayaan dan penghawa dingin pada bangunan warisan perlu diuruskan dengan sewajarnya kerana menyumbang kepada kualiti visual dan estetik persekitaran bandar. Penyediaan garis panduan ini bertujuan untuk mengurangkan kesan visual yang tidak menarik disebabkan pemasangan papan iklan, sistem pencahayaan dan penghawa dingin pada bangunan bernilai warisan. Terdapat sebahagian unit rumah kedai tradisional terlindung dengan kewujudan papan iklan dan kompresor penghawa dingin yang menutup rupa fasad asal. Garis panduan umum ini berupaya memberi panduan kepada pengusaha atau pemilik bangunan dalam memasang papan tanda iklan mereka. Garis Panduan 01 Pengubahsuaian Bangunan Warisan Garis Panduan 02 Pemasangan Papan Iklan, Sistem Pencahayaan Dan Penghawa Dingin Bangunan Warisan


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-5 ILUSTRASI PEMASANGAN PAPAN IKLAN


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-6 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS LOKASI Lokasi, Saiz, Warna & Rekabentuk Papan Tanda Informasi i. Maklumat dan informasi yang disampaikan adalah mudah, cepat dan mudah difahami oleh orang ramai ii. Menggunakan tipografi (atur huruf & muka taip) yang bersesuaian, harmoni namun memberi kesan visual yang jelas (cth. Sans Serif) iii. Pemasangan papan informasi tidak dibenarkan menghalang pandangan pemandu kereta dari jalan dan laluan pejalan kaki. iv. Papan informasi hendaklah menonjol tidak lebih dari 0.8m dari sebatang tiang atau dinding luar bangunan dengan ketinggian jelas 2.4m v. Papan informasi nama jalan, maklumat sejarah bangunan/ tempat yang bersejarah dibenarkan dipasang di dinding luar bangunan vi. Rekabentuk papan informasi perlu diterapkan dengan hiasan Minangkabau atau penggunaan warna rasmi Negeri Sembilan / Daerah Jelebu atau seumpanya. vii. Penggunaan papan tanda arah/ informasi digital (Kod QR) amatlah digalakkan dan diletakkan pada lokasi strategi laluan pejalan kaki seperti di persimpangan jalan/ Lorong tepi/ lorong belakang/ pintu masuk/ tempat pelancongan. viii. Tanda arah/ informasi pada permukaan jalan/ laluan pejalan kaki juga digalakkan menggunakan warna berbeza mengikut tema/ konsep tertentu setiap zon. ix. Papan tanda tunjuk arah standard perlu mematuhi Arahan Teknik Jalan JKR sedia ada. x. Papan tanda informasi dapat berfungsi pada waktu siang dan malam. Bahan-bahan binaan papan iklan dari jenis yang boleh memberikan silauan kepada pemandu kenderaan adalah tidak dibenarkan xi. Tiang untuk papan tanda hendaklah dibuat daripada besi bergalvani (galvanized iron). Pencahayaan i. Papan tanda/ informasi bercahaya LED tidak boleh mengakibatkan kesan silau (pantulan cahaya) pada pemandu/ pejalan kaki/ penduduk setempat ii. Papan tanda di fasad bangunan hendaklah dicahayakan dengan spot. Papan iklan berlampu/ LED jenis menutup fasad bangunan adalah tidak dibenarkan pada zon warisan iii. Pencahayaan dari belakang papan tanda (backlighting) dengan menggunakan lampu LED atau neon digalakkan iv. Kaedah pencahayaan tidak memberikan impak negatif kepada struktur warisan sehingga merosakkan permukaan fasad asal (kesan haba). v. Pemilihan kaedah pencahayaan mestilah mengambilkira faktor warna dan kadar tindakbalas yang ingin diperolehi terhadap permukaan bangunan warisan. i. Bangunan Rumah Kedai Lama ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS LOKASI vi. Penggunaan lampu-lampu kecil yang dipasang di atas fasad untuk mencerahkan elemen senibina (ukiran/ corak) yang unik seperti lampu limpahan cahaya yang kecil (mini floodlights) dan LED (light-emitting diode) adalah digalakkan vii. Penggunaan lampu jenis neon, lampu warna-warni atau lampu yang berkelip-kelip pada permukaan bangunan tidak digalakkan viii. Penggunaan lampu pentas untuk memberi cahaya berwarna, corak yang bergerak atau imej. Pelbagai bentuk pencahayaan digunakan bergantung kepada kesan visual yang diinginkan seperti spotlight (lampu par) pelbagai warna, floodlight berbagai warna, neon, LED, lampu dari lantai dan sebagainya dibenarkan secara sementara semasa tempoh perayaan/ majlis/ program tertakluk kepada kelulusan MDJ. Penghawa Dingin i. Pemasangan kemudahan sistem penghawa dingin perlu sensitif dan tidak mencacatkan seni bina bangunan kerana peralatan hawa dingin bukan elemen asal bangunan warisan ii. Kewujudan kompresor unit hawa dingin perlu dilindungi dari pemandangan umum dan tidak dibenarkan di pasang pada permukaan fasad bangunan/ diletak di kaki lima. iii. Penggunaan pelindung seperti jejala (trellises), sirip (louvres) dan panel berongga (perforated panels) untuk menutup kompresor atau sebarang cara lain yang difikirkan sesuai tanpa menjejaskan visual seni bina bangunan warisan adalah digalakkan iv. Pendawaian/pepaipan tidak menjejaskan struktur asli bangunan warisan seperti dinding, tiang, lantai, bumbung atau merosak dan memindahkan elemen bangunan seperti ukiran, kerja lepaan (plasterworks), pintu dan tingkap asal. v. Memastikan sistem pembuangan air/ pengudaraan kompresor penghawa dingin tidak menjejaskan permukaan fasad bangunan vi. Pemasangan kemudahan sistem penghawa dingin perlu sensitif dan tidak mencacatkan seni bina bangunan kerana peralatan hawa dingin bukan elemen asal bangunan warisan vii. Kewujudan kompresor unit hawa dingin perlu dilindungi dari pemandangan umum dan tidak dibenarkan di bahagian hadapan fasad bangunan. Alternatif yang bersesuaian perlulah diambil dengan meletakkan alat penghawa dingin di tempat yang bersesuaian viii. Pendawaian tidak menjejaskan struktur asli bangunan warisan seperti dinding, tiang, lantai, bumbung atau merosak dan memindahkan elemen bangunan seperti ukiran, kerja lepaan (plasterworks), pintu dan tingkap asal. Garis Panduan 02 Pemasangan Papan Iklan, Sistem Pencahayaan Dan Penghawa Dingin Bangunan Warisan (sambungan)


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-7 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS LOKASI Kawalan Ketinggian i. Bagi pembangunan infill, reka bentuk bangunan yang hendak dibina perlu mengambilkira bangunan-bangunan sekitar seperti ketinggian, rekabentuk dan perincian bangunan. Ia bertujuan untuk mengekalkan identiti Bandar Kuala Klawang sebagai bandar warisan. Penyeragaman ketinggian bangunan bertujuan bagi memastikan latar langit bagi kawasan kajian lebih kemas dan tersusun. Bangunan Rumah Kedai Lama Garis Panduan 03 Kawalan Ketinggian Bangunan Rumah Kedai Lama Garis panduan ini disediakan untuk mengawal ketinggian bangunan di sekitar Kawasan Pusat Bandar. GP ini perlu dipatuhi terutama dalam pecangan pembangunan baharu atau pembangunan infill.


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-8 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS LOKASI Warna Bangunan i. Penyeragaman warna pada bangunan dapat menyerlahkan lagi imej kawasan pusat bandar dan menimbulkan “sense of identity” dan “sense of welcoming”. ii. Penggunaan warna pastel yang mempunyai unsur warna yang lembut adalah dicadangkan untuk dijadikan sebagai warna rujukan atau panduan kepada bangunan-bangunan di kawasan rumah kedai lama Bandar Kuala Klawang. iii. Bahan atau material cat yang dibenarkan adalah cat dari limewash bagi membolehkan fasad bangunan bertahan lebih lama. • Tapak Dan Bangunan Warisan • Bangunan Rumah Kedai Lama ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS LOKASI Lokasi, Saiz, Warna & Rekabentuk i. Lukisan dinding di sekitar Daerah Jelebu boleh dilukis di kawasan reruang awam dan harta persendirian (kaki lima, dinding tepi dan dinding belakang) yang boleh diakses oleh orang awam dengan kebenaran daripada MDJ ii. Pelukis/ Pemohon perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pemilik bangunan dan menghantar permohonan kepada MDJ. Paparan lukisan hanya dibenarkan dipamerkan selamat 1 tahun dari tarikh permit dikeluarkan. Pemilik/ pelukis bertanggungjawab untuk mengecat semula kepada keadaan asal apabila difikirkan perlu/ wajar oleh MDJ iii. Pemohon hendaklah menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa dan memastikan tapak / public art tersebut adalah kemas, kukuh dan tidak luntur sepanjang tempoh sah permit (1 tahun dari tarikh permit dikeluarkan) iv. Aktiviti melukis perlu dipastikan tidak menggangu aliran lalu lintas setempat. Sebarang pemasangan perancah besi / penggunaan jentera skylift perlu dipastikan tidak menghalang laluan/ menutup jalan. v. Tema/ penceritaan lukisan perlu disahkan/ disemak fakta/ maklumat. Tidak boleh menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan keharmonian atau digunakan untuk mempromosi iklan/produk perniagaan tertentu. vi. Rupa wajah tokoh/ tema yang dianggap tidak ada kaitan dengan sejarah Malaysia/ Negeri Sembilan/ Jelebu adalah tidak dibenarkan kecuali ia berkait langsung dengan sejarah setempat vii. Lukisan dinding hendaklah mempunyai nilai artistik dan estetik, kreatif, berkualiti atau memperkukuhkan lagi nilai-nilai warisan di Daerah Jelebu. Corak bertemakan elemen Minangkabau atau sejarah tempatan (mengikut lokasi) adalah digalakkan viii. Lukisan dinding yang dipamerkan atau dipaparkan hendaklah tidak merosakkan dinding atau struktur bangunan. Bagi bangunan warisan, penggunaan bahan mengecat atau melukis hendaklah dari jenis yang berasaskan air (water based) dan hanya dibenarkan dilukis pada permukaan dinding tepi/ belakang bangunan rumah kedai tradisional sahaja. Ruang fasad hadapan adalah tidak dibenarkan ix. Tiada lukisan dinding dibenarkan dilukis pada bangunan warisan sesebuah/ institusi/ awam di Jelebu (masjid/ sekolah/ pejabat kerajaan/ rumah agam dan lain-lain.) • Bangunan Rumah Kedai Lama Lukisan dinding (mural painting) yang mempunyai nilai artistik, estetik, kreatif dan berkualiti dapat memperkukuhkan lagi tema/ penceritaan sejarah tempatan secara visual. Kini pelbagai lukisan dinding yang menjadi salah satu tarikan pelancongan, garis panduan lukisan dinding (mural) bangunan warisan diperkenalkan bertujuan mengintegrasikan reka bentuk karya seni yang dapat mempromosikan sejarah-sejarah Daerah Jelebu tanpa menjejaskan keindahan atau reka bentuk asal bangunan warisan. Tanggalkan kertas dinding (wallpaper) jika perlu berhati-hati supaya lapisan cat akhir tidak tanggal . Sapu dengan air, lembapkan dinding untuk kesan kertas dinding yang susah untuk ditanggalkan bagi memudahkan ia untuk ditanggalkan Kajian Skim Warna Cat Kikis cat selapis demi selapis. Dokumen skim warna cat secara fotografi. Catatkan warna cat yang ketara ada di pasaran. Kikis di beberapa spot kecil pada setiap bahagian dinding bagi memastikan ada bahagian yang berbeza warna. Kikis seluruh lapisan dinding secara lembut (pengikis dicondong 25 darjah). Elakkan dari merosakkan plaster asal. Lindung dinding (luar) dengan kanvas atau jaring kerana dinding yang telah dikikis menyerap air hujan dengan efektif. Tatacara Pengikisan Cat ELEMEN CIRI-CIRI TINDAKAN/KAWALAN Tingkap Warna pada rangka tingkap yang diperbuat daripada kayu Penggunaan cat mengikut warna kayu.Pemakaian ‘syaleq’ digalakkan Pintu Pintu kayu Digalakkan pemakaian warna kayu dan ‘syaleq’ Grill Besi Warna asalnya dikekalkan penukaran warnanya tidak digalakkan Shutter Besi Digalakkan pemakaian warna yang selari dengan fasad bangunan Jaluosi/ Ventilation Bahan dari plaster Bahan daripada kayu Digalakkan pemakaian warna asal Digalakkan pemakaian warna kayu dan syaleq Hiasan dinding (plaster) Corak atau hiasan pada column, atas cornice dan bawah roof trim. Digalakkan pemakaian warna asal pemakaian warna yang tidak terlalu kontra/ terang digalakkan. Langkah Kawalan Pemakaian Warna Pada Elemen Fasad SEBELUM KEDAI PAKAIAN RESTORAN ALI SELEPAS Garis Panduan 04 Penggunaan Cat Dan Warna Pada Bangunan Garis Panduan 05 Lukisan Dinding (Mural Painting) Bangunan


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-9 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Taman Negeri Kenaboi i. Pelan pengurusan khusus untuk Taman Negeri Kenaboi perlu disediakan untuk menyepadukan semua peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kawasan ini. Pelan Pengurusan hendaklah dikemas kini setiap dua tahun. ii. Jawatankuasa Pengurusan Taman Negeri hendaklah diwujudkan untuk menyelaraskan semua agensi yang terlibat dengan pengurusan semua kawasan yang termasuk dalam Taman Negeri, terdiri daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan PERHILITAN, LUAS, JPBD, JPS Negeri Sembilan, JMG Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan ahli lain yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. iii. Semua pelawat yang hendak mendaki Taman Negeri Kenaboi mestilah mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Taman Negeri dan di bawah pengawasan pemandu arah yang bertauliah dan berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. iv. Zon Penampan selebar 500m disediakan sekitar sempadan Taman Negeri dan ditanda dengan jelas. Guna tanah zon penampan tertakluk kepada syarat tanah pertanian dan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Taman Eko Rimba Jeram Toi i. Kawasan ini mempunyai nilai tarikan rekreasi yang tinggi dan berpotensi untuk diperkembangkan sebagai destinasi ekopelancongan. ii. Satu pelan pengurusan taman eko rimba hendaklah disediakan dan dikemas kini setiap dua tahun. Pelan pengurusan hendaklah menetapkan zon mengikut kegunaan atau aktiviti pelawat dan langkah-langkah mitigasi & penyenggaraan untuk menangani kesesakan, pelupusan sampah-sarap, pemampatan tanah (soil compaction), pemuliharaan tumbuhan dan sebagainya. (Diolah dari Pelan Ekopelancongan Malaysia: Garis Panduan No. 6, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Kerajaan Malaysia) iii. Kemudahan kawalan pelawat berikut perlu disediakan:- • Penyediaan dan pengurusan ruang meletak kenderaan; • Kawalan dan pengurusan sampah; dan • Kawalan mengelak kerosakan tumbuhan akibat daripada penebangan, dipijak dan dibakar. iv. Pembangunan Taman Eko Rimba perlu mematuhi Pelan Pembangunan Hutan Lipur yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. AKTIVITI YANG DIBENARKAN AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN a. Memerhati burung b. Fotografi c. Memerhati hidupan liar d. Pendidikan alam semula jadi e. Mendaki (dengan pengawasan pemandu arah berdaftar) a. Mengutip sebarang batuan, kristal kuarza, tumbuhan dan haiwan sebagai cenderamata b. Memotong kayu untuk berkhemah dan unggun api c. Merosakkan struktur geologi d. Memburu e. Sebarang kegiatan lain yang dilarang di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perlindungan Hidupan Liar (Taman Negeri Kenaboi) AKTIVITI YANG DIBENARKAN AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN a. Berkelah b. Berkhemah c. Berenang d. Memerhati Burung e. Fotografi f. Pendidikan Alam Semula JadiBerjalan Kaki/ ‘Trekking’/ Rentas Hutan a. Mencemarkan air b. Memotong pokok dan anak pokok c. Mengambil sebarang tumbuhan atau sebahagiannya d. Membuang sampah e. Menjerat binatang & hidupan liar f. Sebarang kegiatan lain yang dilarang di bawah Akta Perhutanan 1984 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Hutan Simpan Kekal Daerah Jelebu i. Pelan pengurusan khusus untuk kawasan hutan simpan perlu disediakan untuk menyepadukan semua peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kawasan ini. Pelan Pengurusan hendaklah dikemas kini setiap dua tahun. ii. Perancangan dan pengurusan tapak:- • Kawasan hutan simpan perlu dizonkan mengikut jenis penggunaan dan tahap laluan yang dibenarkan. Zon untuk penggunaan kerap, zon di mana bangunan boleh ditempatkan , zon untuk penggunaan yang rendah dan zon larangan perlu ditetapkan. • Zon Penampan selebar 20m – 50m disediakan sekitar sempadan Hutan Simpan dan di tanda dengan jelas. Guna tanah zon penampan tertakluk kepada syarat tanah pertanian dan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. • Pusat pelawat hendaklah ditempatkan di jalan masuk utama ke Hutan Simpan. • Sebarang pembinaan kemudahan infrastruktur (kemudahan penginapan, restoran, kedai dan tempat letak kenderaan) perlu ditempatkan di luar atau di pinggir sempadan hutan simpan untuk mengurangkan kesan ke atas kawasan berkenaan. • Setiap pelawat perlu mendaftar dengan pihak berkuasa sebelum memasuki hutan simpan. • Kemudahan pelancongan perlu diasingkan daripada kawasan pentadbiran. • Cara dan bahan pembinaan perlu direkabentuk untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar; menggunakan kayu yang telah dirawat. • Bangunan tidak boleh melebihi ketinggian pokok dan dihadkan kepada dua tingkat maksimum, kecuali bagi menara tinjau. • Penanaman pokok landskap menggunakan spesies tempatan setempat sahaja dibenarkan. Spesies eksotik hiasan tidak dibenarkan sama sekali AKTIVITI YANG DIBENARKAN AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN a. Memerhati burung b. Fotografi c. Memerhati hidupan liar d. Pendidikan alam semula jadi e. Berkhemah f. Merentas hutan (trekking) a. Mengutip tumbuhan dan haiwan sebagai cenderamata b. Memotong kayu untuk berkhemah dan unggun api c. Kegiatan yang mencemarkan badan air, air tanah dan laluan air d. Aktiviti sukan bermotor e. Kegiatan yang dilarang di bawah warta Taman Negeri, Akta Perhutanan Negara 1984 Garis Panduan 06 Pemeliharaan Hutan Simpan Dan Taman Negeri


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-10 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Topografi i. Pemaju hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal tanah seberapa boleh. • Sebarang pemotongan bukit hendaklah dilaksanakan pada kadar yang minimum dan hanya boleh dibenarkan bagi tujuan penyediaan infrastruktur seperti jalan dan pembinaan struktur yang terbabit sahaja. Ini bererti bahawa tindakan pemotongan bukit bagi tujuan meratakan permukaan keseluruhan tapak pembangunan adalah tidak dibenarkan. ii. Penyusunan bangunan bagi sesuatu pemajuan di kawasan berbukit hendaklah dilaksanakan seperti berikut: - • Mengikut kontur asal tanah termasuk tebing tasik, aliran sungai dan sebagainya; • Menyusun secara bertingkat (staggered) dengan mengambil kira kecerunan maksimum untuk cadangan jalan mengikut kehendak yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkenaan; dan • Digalakkan mempelbagaikan penyusunan bangunan termasuk penyusunan secara tidak berderet seperti berek. Perancangan i. Kepadatan pembangunan hendaklah bercirikan kepadatan sederhana. Kepadatan tinggi adalah tidak dibenarkan. • Tahap peratusan kawasan tepu bina hendaklah dihadkan kepada 25% bagi semua jenis guna tanah kecuali bangunan sesebuah banglo atau berkembar yang boleh dihadkan kepada 30%; • Nisbah plot hendaklah pada kadar 1:1:25 iaitu yang sesuai dengan pembangunan yang berkepadatan rendah di kawasan berbukit; • Ketinggian maksimum sesuatu pembangunan di kawasan bukit adalah digalakkan tidak melebihi 5 tingkat. • Penggunaan tanah mestilah dihadkan kepada 30% daripada pemajuan tanah sedia ada dan 5% dikhaskan untuk kolam pemendapan serta kolam takungan air. Walau bagaimanapun bagi kawasan yang mempunyai keluasan melebihi 10 hektar, pemaju wajib mengkhaskan satu kawasan seluas 5% daripada jumlah keluasan keseluruhan untuk digunakan sebagai perangkap lumpur kekal (permanent silt trap) dan kolam takungan banjir (‘flood retention pond’); • Anjakan bangunan yang terletak di tepi tebing hendaklah secara umumnya mempunyai jarak minimum seperti berikut : • Struktur berhampiran kaki cerun : zon penampan sekurang-kurangnya dua kali ganda ketinggian cerun itu. Laporan i. Pemaju hendaklah mengemukakan laporan-laporan yang berkenaan kepada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) tujuan pelaksanaan pembangunan seperti berikut: - • Permohonan Kebenaran Merancang • Peringkat permohonan kelulusan pelan pendirian bangunan ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Pelaksanaan KerjaKerja Binaan Langkah-langkah kawalan di peringkat pembinaan yang diperlukan: - i. Kerja-Kerja Tanah: - • Kerja-kerja tanah hendaklah dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Tanah termasuk penyediaan dan penyenggaraan kolam takungan, perangkap mendap, penyediaan sistem perparitan sementara dan kekal dan penyediaan jalan sementara batu kelikir (‘Crusher Run Road Surfacing’). Langkah-langkah pemuliharaan yang ditetapkan dalam kelulusan pelan hendaklah diambil sebelum sesuatu kerja tanah dimulakan. ii. Penyediaan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) • EMP disediakan bagi semua projek yang mendapat kelulusan EIA atau jika disyaratkan oleh PBPT. Perlu mendapat kelulusan EMP sebelum sebarang kerja pembinaan dimulakan. EMP perlu dikemas kini setiap 12 bulan. iii. Pemantauan dan Audit Alam Sekitar • Program pemantauan alam sekitar dan audit alam sekitar dijalankan setiap bulan atau mengikut syarat kelulusan EIA. Laporan pemantauan dan audit hendaklah dikemukakan kepada JAS setiap tiga bulan atau seperti diarahkan oleh JAS atau PBPT. iv. Pelan Tindakan Kecemasan (‘Emergency Response Plan’) • Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) juga perlu disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan JAS sebelum sebarang kerja pembinaan dimulakan Garis Panduan 07 Pemeliharaan Kawasan Tanah Tinggi, Bercerun & Lereng Bukit


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-11 KATEGORI DAN CIRI-CIRI TANAH TINGGI, BERCERUN DAN LERENG BUKIT JENIS PEMBANGUNAN DASAR KAWALAN SYARAT-SYARAT KELAS I Sesuai untuk semua jenis pembangunan KELAS II Sesuai untuk semua jenis pembangunan tetapi dengan syarat :- i. Kepadatan sederhana ii. Densiti Perumahan dan ruang rantai – 6 unit seekar dan maksimum ruang rantai 30,000 kaki persegi (1,524 meter persegi)/ekar iii. Rekabentuk bangunan – perlu mengikut alunan cerun untuk kurangkan pemotongan dan kerja-kerja tanah iv. Nisbah plot tidak melebihi 1:1.25 v. Kawalan ketinggian :- a. Maksimum 5 tingkat b. Maksimum 3 tingkat (teres, sesebuah, berkembar) Hendaklah merujuk kepada :- i. Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar); ii. Jadual 2.0 berhubung dengan Komponen Kawasan Berbukit dan Tanah Tinggi dalam Garis Panduan Perancangan JPBD bil. 15/97; iii. Garis Panduan Kawalan Hakisan dan Kelodakan, 1996 (Jabatan Alam Sekitar); iv. Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun ( Jabatan Pertanian Malaysia, 2000); v. Bab 47 dalam Manual Saliran Mesra Alam Malaysia 2000 (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia) Menyertakan laporan-laporan teknikal yang disediakan oleh jurutera berdaftar iaitu : i. Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis Kestabilan Cerun ii. Laporan EIA iii. Laporan geomorfologi iv. Laporan Saliran dan Pengairan KELAS III Tidak dibenarkan sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik. Hendaklah disediakan laporan EIA terperinci. KELAS IV Garis Panduan dan Piawaian Perancangan KELAS I DAN KELAS II KELAS III KELAS IV KELAS BERCAMPUR i. Kawasan Kelas I dan Kelas II adalah kawasan tanah tinggi yang pada amnya mempunyai kecerunan <25°. Kawasan ini mempunyai batasan geoteknikal yang rendah seperti :- • Terain in situ dengan kecerunan <15 • Cerun yang di potong dengan kecerunan <15° ii. Bagi kawasan Kelas II batasan geoteknikal adalah seperti berikut:- • Terain in situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun; • Terrain in situ dengan kecerunan <15° dengan tandatanda wujudnya hakisan dan kestabilan cerun; • Puncak bukit atau rabung (‘ridges’); • Terrain in situ dengan kecerunan <15° yang terdiri dari kolovium atau bahan geologi yang sensitif; dan • Kawasan ancaman banjir. i. Kawasan Kelas III adalah kawasan tanah tinggi yang pada amnya mempunyai kecerunan ≥25° hingga <35°. pembatasan Geoteknikal adalah sederhana seperti berikut :- • Terrain in situ dengan kecerunan dari ≥25° hingga <35° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun; • Terrain in situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° dengan tanda-tanda wujudnya hakisan sederhana teruk dan ketidakstabilan cerun; • Terrain in situ dengan kecerunan <15° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif dengan mempunyai tandatanda ketidakstabilan cerun; • Kawasan yang mempunyai kecerunan ≥15° hingga < 25° yang terdiri dari batu kapur, paya, tanah gambut dan bekas lombong; dan • Kawasan ancaman banjir lumpur. i. Kawasan Kelas IV adalah kawasan tanah tinggi yang pada amnya mempunyai kecerunan ≥35°. kawasan ini mempunyai pembatasan geoteknikal yang ekstrem iaitu:- • Terrain in situ dengan kecerunan ≥35° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun • Terrain in situ dengan kecerunan ≥25° hingga <35°dengan tanda-tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun; • Terrain in situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° yang terdiri dari kolovium atau bahan geologi yang sensitif • Terrain in situ dengan kecerunan ≥15° hingga <25° yang terdiri dari kolovium atau bahan geologi yang sensitif dengan mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun dan; • Kawasan ancaman banjir puing (debris flow) i. Bagi cadangan pembangunan yang terletak dalam kawasan yang mempunyai kelas bercampur-campur, pembangunan yang dicadangkan hendaklah tidak menyentuh kawasan yang dikategorikan sebagai Kelas III & Kelas IV. ii. Bagi projek pembangunan yang sebahagian kawasannya diklasifikasikan sebagai Kelas III, maka laporan EIA perlu disediakan bagi keseluruhan kawasan projek.


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-12 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Rzab Sungai Tanpa mengira keadaan status tanah, segala perancangan pembangunan di dalam lingkungan 20 meter daripada rizab sungai termasuk untuk kegunaan rekreasi perlu dikaji dengan terperinci berdasarkan kepada kriteria yang disebut di bawah :- i. Sungai Sebagai Tumpuan Utama Dalam Perancangan Pembangunan Baharu • Pemindahan jajaran sungai tidak digalakkan • Sungai perlu diberi tumpuan utama sebelum lain-lain perancangan pembangunan di dalam perancangan susun atur. ii. Pelaksanaan Kerja -Kerja Pengindahan Rizab/Simpanan Sungai • Pemaju perlu diwajibkan menyediakan pelan pengindahan dan rekreasi di kawasan rizab sungai yang diluluskan oleh JPS semasa mengemukakan pelan susun atur kepada MDJ. • Rizab sungai boleh digunakan secara maksimum sebagai kawasan rekreasi, kawasan hijau dan pengindahan dan pihak pemaju dibenarkan mengusahakannya. iii. Pembangunan Tidak meningkatkan Kadar Aliran Kepada Sungai • Kawasan Pembangunan yang mempunyai keluasan 10 hektar dan lebih, perlu menyediakan kawasan kolam takungan “detention pond” atau “retention pond” untuk mengawal kadar aliran kepada sungai. • Pengiraan keluasan kolam tersebut berdasarkan kepada 3%-5% daripada keseluruhan keluasan kawasan pembangunan. iv. Bangunan -Bangunan Dan Infrastruktur Yang Kekal Tidak Dibenarkan Sama Sekali Berada Di dalam Sungai dan Rizabnya • Bangunan seperti bangunan pejabat, rumah, tiang elektrik, dan sebagainya termasuk paip gas, paip air dan kabel yang diletakkan /ditanam selari sepanjang sungai tidak dibenarkan. • Hanya kemudahan berkaitan seperti jeti atau kemudahan-kemudahan rekreasi yang dapat digunakan semasa aliran air sungai rendah dan tidak mengganggu semasa aliran air banjir dibenarkan. v. Keperluan Menyediakan Aras Platform Bangunan Yang Mencukupi • Aras platform minimum bergantung kepada keadaan setempat bagi tujuan melindungi dan mengurangkan kerosakan akibat banjir. • Kawasan perbandaran boleh menggunakan rekabentuk kala ulang 100 tahun manakala bagi kawasan pertanian adalah 50 tahun vi. Bangunan dan Pembangunan Infrastruktur Yang Dibina Perlu Mengambil Konsep Pembangunan Di Tepi Sungai • Perancangan dibuat agar pintu hadapan rumah menghadap sungai. • Perancangan jalan masuk ke kawasan sungai dan boleh juga sebagai kawasan jalan masuk untuk kerja-kerja pengendalian dan penyelenggaraan. vii. Bangunan Dan Pembangunan Infrastruktur Hendaklah Tidak Menghalang Pemandangan Persekitaran Sungai • Bangunan perlu dirancang dengan mendirikan bangunan yang rendah di hadapan dan tinggi di belakang bagi memastikan tiada halangan pemandangan sungai viii. Kawasan Lapang Yang Sedia Ada Di Sungai Hendaklah Dikekalkan • Perancangan infrastruktur berhampiran dengan sungai yang akan menghalang atau menutupkan kawasan sungai dan sungai adalah tidak digalakkan. ix. Rizab Sungai Hendaklah Terbuka Kepada Orang Ramai • Kawasan persekitaran sungai adalah harta awam atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan (kecuali harta hak milik persendirian). x. Persekitaran Semula jadi dan Kehidupan Sungai Dipelihara Dan Dipertingkatkan • Mengekalkan keadaan semula jadi di rizab sungai sebagai zon hijau untuk pembiakan flora dan fauna serta kehidupan air seperti ikan, udang dan lain-lain. • Mengehadkan pembinaan struktur konkrit di tebing-tebing sungai dan membenarkan sungai mengalir berliku-liku ke tahap yang tidak membahayakan. • Pokok-pokok lama yang ada nilai-nilai komersial dan sebagainya tidak dibenarkan ditebang atau dipotong. xi. Kegiatan Rekreasi Di Sungai Perlu Dipelihara dan Dipertingkatkan • Kegiatan memancing, berperahu dengan mengadakan tangga-tangga di tebing sungai, tempat perkelahan dan sepertinya dibenarkan. xii. Memastikan Semua Saluran Keluar Dipusatkan Sebelum Disalurkan Ke Sungai. • Semua saluran keluar air kumbahan dari kawasan setempat hendaklah dipusatkan menjadi saluran utama sebelum disalurkan keluar ke sungai bagi mengelakkan terlalu banyak saluran keluar menghala ke sungai. • Air kumbahan hendaklah dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan ke sungai untuk mengawal pencemaran sungai. • Kaedah ini boleh digunakan bagi perancangan kawasan pembangunan yang melebihi 10 hektar. ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Empangan i. Aktiviti pembalakan atau pembukaan hutan, tidak dibenarkan sama sekali ii. Aktiviti-aktiviti penternakan hendaklah dikawal. Sebagai tambahan, bahan buangan yang dikeluarkan dari aktiviti ini hendaklah disalurkan kepada sebuah kolam di mana bahan-bahan pejal diasingkan dan diberi rawatan dan sisa buangan ini mestilah mengikut piawaian seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iii. Bahan buangan dari penternakan babi tidak dibenarkan sama sekali masuk ke sungai dan cabang-cabangnya iv. Aktiviti perlombongan tidak boleh dibenarkan sama sekali dijalankan dalam kawasan tadahan air v. Aktiviti pembangunan boleh dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar dan pengawalan-pengawalan berikut: • Rancangan Perumahan dikehendaki mengadakan sistem pembentungan dan rawatan najis yang diawasi secukupnya untuk memastikan sistem ini berjalan dengan sempurna • Industri bahan kimia dan bahan petro kimia, kilang-kilang getah dan kilang kelapa sawit tidak dibenarkan menjalankan aktivitinya di mana-mana kawasan tadahan air dalam keadaan apa sekalipun • Aktiviti perindustrian ringan seperti bengkel kereta hendaklah ditempatkan di satu kawasan yang khas untuk mengelakkan bahan buangan masuk ke sungai dan satu Sistem Pembentungan Berpusat hendaklah disediakan • Semua kawasan perniagaan hendaklah diadakan Sistem Pembentungan Berpusat • Industri yang tidak berasaskan kepada penggunaan air dan tidak mengeluarkan bahan buangan boleh dibenarkan beroperasi tanpa sekatan vi. Aktiviti nuklear dan bahan radioaktif tidak dibenarkan sama sekali beroperasi di kawasan tadahan air vii. Lain-lain aktiviti yang tidak dinyatakan di atas dan yang boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber air di dalam kawasan tadahan sungai tidak disokong untuk dilaksanakan Garis Panduan 08 Pemeliharaan Rizab Sungai Dan Empangan


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-13 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Zon Penampan i. Zon penampan perlu diadakan mengelilingi Taman dan Monumen Geologi. Hanya pembangunan intensiti rendah dibenarkan di dalam zon penampan. ii. Zon penampan mestilah ditetapkan melalui kajian terperinci oleh orang yang berkelayakan, bergantung kepada jenis dan tahap kesensitifan warisan tersebut. iii. Bagi kawasan geotapak (geological site), zon penampan tidak diperlukan bagi Kawasan pemuliharaan yang amat kecil seperti tapak spesifik kehadiran fosil. Perancangan dan pelaksanaan projek ekopelancongan i. Kawasan semula jadi yang dikhaskan mestilah mempunyai pelan pengurusan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. ii. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti ekopelancongan mesti berpandukan undang-undang dan pelan pengurusan kawasan tersebut. iii. Setiap hotel, restoran dan rangkaian kedai perlu ditempatkan di luar kawasan taman. Pengunjung hanya dibenarkan memasuki Kawasan taman pada waktu siang sahaja kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa. iv. Kaedah pembinaan dan bahan binaan yang digunakan hendaklah berimpak rendah terhadap alam sekitar. Pembinaan bangunan hendaklah menggunakan kayu yang telah dirawat dan boleh mempunyai asas, tapak dan sokongan struktur konkrit sekiranya perlu. v. Bangunan yang didirikan mestilah lebih rendah daripada kanopi pokok dan ketinggiannya dihadkan kepada satu atau dua tingkat sahaja. vi. Laluan boardwalk/Canopy walkaway yang berstruktur kayu, bermutu dan mempunyai papan arah digalakkan supaya tidak mengganggu ekosistem semula jadi. vii. Pencahayaan di Kawasan ekopelancongan hendaklah direka khas supaya tidak memberi kesan negatif terhadap flora dan fauna. Kawalan pemusnahan fitur geologi, graffiti dan vandalisme i. Kawasan tapak geologi yang diisytiharkan sebagai khazanah geologi mesti dipagari. Yuran kemasukan yang berpatutan dicadangkan dikutip untuk pembiayaan kerja-kerja pemuliharaan tersebut. ii. Syarat mesti dipatuhi oleh pelawat semasa dalam kawasan khazanah geologi: iii. Pelawat tidak dibenarkan mengutip sebarang sampel bahan bumi mahupun fosil, mineral, serpihan batuan, pasir, kelikir, tanah dan lain-lain (termasuk bunga, pokok dan bahagian tumbuh-tumbuhan) kecuali dengan kebenaran bertulis dari pegawai/pengurus taman/geomonumen/geotapak. iv. Pelawat dilarang menconteng di permukaan batuan atau dalam gua atau sebarang permukaan batuan mahupun pokok dan tumbuh-tumbuhan yang ada pada taman/geomonumen dan geotapak. v. Orang ramai dilarang menjalankan penjelajahan (prospecting), mendulang, mengorek lubang di dalam kawasan taman geologi/geo-monumen/geotapak atau dalam kawasan zon penampan. vi. Sesiapa yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan penalti denda. vii. Orang awam perlu mematuhi peruntukan Seksyen 112, Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). viii. c. Perlu ada pemantauan dan penilaian oleh agensi yang berkaitan. ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Kawalan pengkuarian bawah permukaan i. Permohonan pengkuarian mesti mendapat kelulusan dan cadangan yang sewajarnya daripada JMG Negeri. ii. Kajian EIA dan HIA mesti dilakukan sebelum memulakan aktiviti pengkuarian di sesuatu tempat. iii. Satu pernyataan alam sekitar (Environmental Statement) diperlukan juga untuk mengetahui sama ada kawasan tersebut mengandungi fitur geologi atau tidak. iv. Kawasan yang mengandungi fitur geologi atau gua yang berpotensi dijadikan khazanah geologi adalah dilarang daripada menjalani aktiviti pengkuarian Contoh stalaktit (stalactites) danstalagmit (stalagmites) di dalam gua Stalaktit Stalagmit Garis Panduan 09 Penilaian Tahap Kesesuaian Geo Tapak Ke Arah Pewartaaan Tapak Warisan


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-14 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Kestabilan cerun Kajian geologi tapak dan siasatan tanah perlu dijalankan terlebih dahulu serta mengelakkan bangunan di kawasan cerun yang tidak stabil dan mempunyai ancaman bahaya risiko jatuhan batuan. Zon penampan Perlu ada zon pemampan antara bangunan dan tebing curam dan sungai. Tebing yang curam berisiko terhadap kemungkinan terjadinya gelinciran tanah sehinggakan bangunan perlu dijauhkan dari tebing tersebut. Begitu juga dengan sungai yang mempunyai risiko amblesan akibat liquefaction tanah. Pembinaan harus dielakkan pada kawasan cerun yang berpotensi mengalami gelinciran tanah. Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia 2016 Kekangan sensitif geologi Mengelakkan pembinaan bangunan di kawasan yang sensitif geologi yang cenderung untuk mengalami gelinciran tanah, batu runtuh, amblesan, pencecairan dan mendapan tanah tidak sekata (differential settlement). Contoh jenis geologi yang terdedah kepada risiko gempa bumi:- • Tanah gambut • Tanah berpaya • Tanah berpasir • Endapan koluvium/talus • Batuan slump breksia • Batuan hancur di kawasan zon sesar • Jujukan batuan syal dan batu lumpur Garis sesar dan zon sesar Garis sesar yang dapat diperhatikan dengan jelas dan ketara melalui mata kasar hendaklah dielakkan dari pembinaan bangunan. Jika pembinaan bangunan perlu dibuat di kawasan garis sesar yang berhampiran, jenis bangunan yang dibina haruslah mempunyai struktur yang ringan dan fleksibel. ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Cerun yang tidak stabil Siasatan geologi dan geologi kejuruteraan hendaklah dijalankan di kawasan cerun. Jika hasil siasatan mendapati bahawa cerun tersebut adalah tidak stabil dan cenderung untuk mengalami gelinciran tanah, maka kawasan ini hendaklah dielakkan untuk dibina bangunan. Risiko Geobencana Golekan Bongkah Batuan (Boulders) Siasatan geologi dan geologi kejuruteraan hendaklah dijalankan di kawasan cerun yang mempunyai banyak endapan bongkah-bongkah batuan (boulders). Taburan bongkah-bongkah batuan ini hendaklah dipetakan dan dianalisis sama ada mempunyai risiko mengalami golekan jika berlaku gegaran gempa. Jika didapati bahawa bongkah-bongkah batuan ini mempunyai risiko golekan makan kawasan ini hendaklah dielakkan untuk dibangunkan atau perlu membina benteng penghalang untuk menghalang bongkah-bongkah batuan ini daripada tergolek dan menghempap bangunan. Jika hasil siasatan mendapati bahawa cerun tersebut adalah tidak stabil dan cenderung untuk mengalami gelinciran tanah, maka kawasan ini hendaklah dielakkan untuk dibina bangunan. Tebing sungai Kawasan tebing sungai hendaklah dielakkan untuk dibina bangunan. Pembinaan hanya boleh dipertimbangkan jika keperluan mitigasi cerun boleh menjamin pengukuhan cerun Kawasan berpaya Pembinaan bangunan hendaklah mengambilkira geologi tapak di kawasan ini. Kawasan tambakan Pendasaran bangunan hendaklah tidak duduk di atas kawasan tambakan, dasar bangunan hendaklah diikat sehingga ke batuan dasar melintasi kawasan tambakan Peta Risiko Bencana Dalam aspek kawalan perancangan, pengenalpastian dan penyediaan Peta Risiko Bencana adalah sangat penting. Mengintegrasikan peta kawasan garis sesar aktif yang dikenalpasti oleh pihak JMG Malaysia dengan peta cadangan pembangunan. Dengan menghasilkan peta tersebut, pihak PBT dan agensi teknikal berkaitan dapat memberi ulasan teknikal berkaitan keperluan-keperluan tertentu untuk meminimunkan risiko bencana. Kawalan Perancangan i. Anjakan bangunan - Penyediaan anjak undur bangunan (Ketinggian bangunan bersudut 45° bersamaan separuh kelebaran jalan) ii. Kawasan Lapang – Kepentingan kawasan lapang di kawasan berisiko gempa bumi adalah sebagai tempat berkumpul (assembly area). iii. Laluan Keselamatan - Penyediaan laluan keselamatan dan pusat mangsa bencana adalah sangat penting. Laluan keselamatan ini akan digunakan oleh kenderaan pasukan keselamatan seperti bomba, polis, tentera, APM, ambulans dan sebagainya bagi mengangkut peralatan, logistik, barang-barang keperluan serta memindahkan mangsamangsa yang ditimpa bencana. iv. Pusat Bencana – Penyediaan bangunan pusat mangsa bencana yang terancang bagi menempatkan segala keperluan termasuk mangsa bencana. v. Kesedaran Awam – Kempen kesedaran awam terhadap risiko bencana perlu dijalankan mengikut tempoh masa yang sesuai. Antara perkara yang ditekankan dalam kempen ini adalah berhubung jenis bahaya bencana, peri pentingnya diadakan langkah-langkah kesiapsiagaan, perlu yang perlu dilakukan sewaktu kecemasan dan peranan agensi yang bertanggungjawab dalam program mencari dan menyelamat. vi. Pemeliharaan Sumber Semulajadi - Kawasan paya bakau laut, kawasan pokok rhu dapat mengurangkan impak tsunami sekiranya pusat gempa berlaku di dasar laut. Pengekalan dan pemuliharaan kawasan tampungan air bawah tanah terutama di kawasan berisiko gempa bumi. vii. Struktur Binaan – Menggunakan jenis sistem struktur lebih baik dalam membina bangunan yang tahan gempa bumi iaitu berdasarkan bahan pembinaan konkrit, batu, besi atau kayu. Manakala melalui sistem struktur luaran contohnya menggunakan dinding atau bingkai. Zon penampan 2H bagi cerun semulajadi (tiada langkah mitigasi) Zon penampan 1H bagi cerun yang mempunyai langkah mitigasi Kawasan tambakan perlu dielakkan untuk sebarang binaan Garis Panduan 10 Perancangan Pembangunan Dan Pengurusan Di Kawasan Berisiko Bencana Gempa Bumi Garis Pengurusan Garis Panduan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi dan Rangkaian Ekologi CFS


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-15 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Merancang Lintasan Hidupan Liar Kriteria Untuk Pemilihan Kepada Keperluan Lintasan Hidupan Liar Kawalan Pembangunan Eko Pelancongan dalam Rangkaian Ekologi Zon pelancongan dalam rangkaian ekologi perlu mengikut ciri semulajadi rangkaian ekologi dan khususnya kerapuhan dan tahap tampungan. Pengurusan zon untuk pembangunan pelancongan dalam rangkaian ekologi harus menunjukkan di mana pembangunan fizikal boleh dan tidak boleh dijalankan dan tahap tampungan mesti ditentukan dengan berhati-hati untuk setiap zon pelancongan. Umumnya, pengezonan zon-zon pelancongan dalam rangkaian ekologi boleh dikategorikan seperti berikut:- ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Kawalan Pembangunan Petempatan dan Perkampungan Dalam Koridor Ekologi i. Penempatan dalam Rangkaian Utama (PL) a. Peranan sebagai ESA • Semua penempatan dalam Rangkaian Sekunder (Primary Linkages - PLs) adalah dikategorikan sebagai ESA tahap rendah iaitu Tahap 3 - Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan akan dikawal dengan ketat dan dikenal pasti. b. Sempadan • Sempadan-sempadan bagi setiap penempatan/perkampungan ditentukan untuk memastikan tiada lagi pencerobohan ke atas penempatan dalam hutan simpan dan koridor-koridor hidupan liar. • Penentuan sempadan seharusnya mempertimbangkan profil demografi masyarakat dan keperluan ekonomi masa depan mereka dari segi keperluan tambahan untuk tanah bagi penanaman untuk menyokong kehidupan. c. Aktiviti • Kediaman kepadatan rendah. • Kesan pertanian berskala kecil dan rendah. Amalan pertanian adalah berpandukan garis panduan pertanian mampan. • Untuk kawasan di mana konflik gajah-manusia wujud, komuniti boleh menggali parit sekitar tanah mereka, atau menanam satu halangan tumbuh-tumbuhan berduri yang sukar ditembusi gajah, ataupun menanam tanaman yang mengusir gajah ii. Penempatan Berdekatan dengan Koridor Hidupan Liar dalam Rangkaian Utama, Hutan Simpan dan/atau dalam Rangkaian Sekunder (Secondary Linkages - SL) a. Sempadan • Sempadan bagi setiap penempatan/perkampungan ditentukan untuk memastikan tiada lagi pencerobohan petempatan dalam rizab hutan simpan dan koridor hidupan liar. • Penentuan sempadan seharusnya mempertimbangkan profil demografi masyarakat dan keperluan ekonomi masa depan mereka dari segi keperluan tambahan untuk tanah bagi penanaman untuk menyokong kehidupan. b. Aktiviti • Kediaman kepadatan rendah. • Kesan pertanian berskala kecil dan rendah. Amalan pertanian adalah berpandukan garis panduan pada pertanian mampan. • Eko pelancongan digalakkan selaras dengan garis panduan eko pelancongan. c. ‘Vegetation Buffer’ • Untuk kawasan tanah terletak bersebelahan dengan koridor hidupan liar yang dikenalpasti dan hutan simpan perlu menyediakan penampan tumbuhan antara sempadan hutan dan Kawasan tanah • Untuk kawasan di mana konflik gajah-manusia wujud, komuniti boleh menggali parit sekitar tanah mereka, atau menanam satu halangan tumbuh-tumbuhan berduri yang sukar ditembusi gajah, ataupun menanam tanaman yang mengusir gajah BIL KRITERIA HURAIAN 1 Kehadiran Hidupan Liar Jika terdapat kemungkinan di mana jalan itu mampu menjejaskan hidupan liar, lintasan harus dipertimbangkan. 2 Rekod kematian hidupan liar/ perlanggaran hidupan liar/ konflik Rekod perlanggaran kenderaan-hidupan liar di Malaysia sukar didapati, bagaimanapun ia penting untuk membuktikan bahawa terdapatnya hidupan liar yang menyeberangi jalan di kawasan itu. Maka, lintasan hidupan liar adalah perlu. 3 Jumlah trafik Jumlah trafik yang tinggi akan mewujudkan satu halangan untuk lintasan hidupan liar menyeberang jalan dan insiden kemalangan maut akan meningkat. 4 Had laju Had laju lebih tinggi akan meningkatkan kebarangkalian perlanggaran hidupan liar. 5 Halangan fizikal untuk melintas Rekabentuk jalan mungkin menghalang lintasan hidupan liar. Contohnya potongan tinggi dan benteng penuh, parit dalam, dinding penahan adalah halangan yang menghadkan pergerakan hidupan liar. 6 Jumlah lorong Jumlah lorong adalah satu penunjuk kelebaran berturap sebenar yang terpaksa dilintas oleh hidupan liar. Lebih banyak lorong umumnya akan membawa kepada kebarangkalian lebih tinggi pelanggaran hidupan liar. 7 Cahaya Cahaya lampu buatan di jalan akan menghalang pergerakan hidupan liar. ZON PENGURUSAN PELANCONGAN CIRI-CIRI APLIKASI KE RANGKAIAN EKOLOGI Zon Kawalan dan Perlindungan • Di mana pelancong tidak dibenarkan masuk • Tiada Zon Penggunanan Terlarang/ Zon Hidupan Liar • Di mana pelancong dibenarkan masuk tetapi hanya berjalan kaki • Rangkaian Utama Zon Penggunaan Pelancongan Sederhana • Di mana pelawat boleh masuk dan aktiviti pelancongan yang serasi boleh dijalankan • Mempunyai had, servis pelancongan terhad dan mesra alam • Rangkaian Utama Zon Pembangunan • Di mana kemudahan tertumpu, termasuklah penginapan, pejabat pengurusan, kawasan meletak kereta dan kemudahan binaan lain • Rangkaian Sekunder. • Pintu masuk pekan terpencil. Garis Panduan 11 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi dan Rangkaian Ekologi CFS


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2035 (PENGGANTIAN) GARIS PANDUAN PERANCANGAN D-16 ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Kawalan Pembangunan Mengurangkan Konflik Manusia dan Hidupan Liar i. Latihan Pengurusan Terbaik Bagi Konflik Gajah-Manusia (Human-Elephant Conflict-HEC) a. “Repellents” • Bunyi bising adalah satu pengusir biasa digunakan terutamanya oleh pekerja ladang untuk mengingatkan kehadiran manusia dan menakutkan haiwan liar. Kaedah yang digunakan termasuk mercun, paip atau meriam ladum (dengan kebenaran oleh pihak berkuasa), hon udara, radio, hon kenderaan, jeritan, tembakan senapang dan “whip-cracking”. • Sebarang bentuk cahaya boleh digunakan sebagai pengusir (lampu minyak) ditempatkan di keliling kawasan perladangan. • Api sebagai satu pengusir yang visual kerana asap daripada kebakaran mungkin menghalang gajah daripada memasuki perladangan. b. Halangan Gajah • Oleh kerana gajah dapat membuka pagar biasa dengan mudah, pagar elektrik biasanya digunakan bagi menghalang gajah dari mencerobohi ladang. Pagar ini mengandungi lebih atau satu (biasanya dua) gulung keluli galvani dengan ketinggian yang sesuai di atas tanah. Ia biasanya berjarak sehingga 20m dari satu ketegangan dawai 180kg. • Ia berfungsi pada prinsip bahawa gajah itu tidak suka capsaicin – iaitu bahan kimia yang membuat cili pedas. • Parit telah juga digunakan sebagai satu halangan. Sebatang parit perlu menjadi sekurang-kurangnya 2m dalam, 2m merentasi di bahagian atas, dan 1.5m merentasi di pangkal untuk mencegah gajah daripada melintas. c. Pengawasan • Skuad peronda ditubuhkan bagi menjalankan kegiatan pengawasan ladang dan perkampungan harian/setiap malam. • Satu menara pemerhati dibina atas pokok atau seperti satu struktur, boleh menyokong peronda skuad dalam mengawasi pencerobohan gajah. d. Perlindungan Habitat dan Sumber-Makanan • Setiap dan mana-mana teknik di atas mestilah digunakan dan digabungkan untuk perlindungan habitat gajah dan sumber makanan semula jadi. Haiwan tersebut mesti mempunyai alternatif untuk menyerbu ladang tersebut. Ia juga kritikal supaya binatang tidak tertumpu kepada bahagian kecil hutan. Dengan kata lain, koridor hidupan liar antara kelompok habitat semulajadi adalah sebahagian kombinasi yang penting. ii. Amalan Pengurusan Terbaik Bagi Konflik Manusia-Hidupan Liar (Umum) a. Pendidikan dan kesedaran • Bahan bercetak, termasuk poster, risalah dan persembahan video adalah berguna untuk menyediakan maklumat untuk komuniti tempatan. • Program kesedaran, termasuk dialog dengan komuniti tempatan dan aktiviti sekolah dengan kerjasama NGOs (iaitu WWF-Malaysia) untuk menubuh dialog dengan komuniti tempatan, dan bagi membantu mereka bagi mendapatkan satu pemahaman yang lebih baik tentang situasi dan isu. • Latihan dan melaksanakan model projek untuk menyediakan pemahaman lebih baik tentang apa yang dikehendaki untuk pelaksanaan BMPs (Best Management Practices) untuk komuniti yang terjejas. b. Inseftif • Membentuk satu skim kewangan sesuai bagi membolehkan komuniti tempatan melaksanakan pelbagai garis panduan di atas. • Menguruskan pemuliharaan hidupan liar sebagai satu bahagian pembangunan ekopelancongan untuk komuniti tempatan di mana manfaat kewangan itu adalah dari kawasan tarikan pelancong. ASPEK KAWALAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN KHUSUS Kawalan Pembangunan Anti Berburu untuk Rangkaian CFS i. Pihak pengurusan haruslah bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara serta agensi lain yang berkaitan untuk membanteras pemburuan. ii. Pegawai harus dilantik dalam bidang kuasa pengurusan dengan tanggungjawab tertentu yang mana mengawasi peristiwa berkaitan pemburuan haram hidupan liar dan perdagangan dan akan mencadangkan tindakan yang sesuai. iii. Aktiviti pemburuan seharusnya diawasi melalui kajian berkala dan kajian semula dagangan hidupan liar. iv. Mengawal akses untuk habitat hidupan liar utama (ini mungkin termasuk jejambat, jalan pembalakan lama dan laluan lain termasuk ke dalam hutan) melalui pengawasan harian, menempatkan tempat pemeriksaan atau sekatan jalan pada tempat strategik sepanjang jalan raya. v. Di mana haiwan perlu diumpan untuk menggunakan lintasan melalui wujudnya “salt licks” tiruan, ini sepatutnya diberi perlindungan dan seboleh mungkin, dihapuskan apabila haiwan tersebut sudah biasa dengan laluan itu. vi. Menguatkuasakan undang-undang pemburuan dan penggunaan teknologi pemburuan. vii. Memastikan mekanisma wujud supaya ahli komuniti terlibat dalam pengawasan aktiviti pemburuan. viii. Meningkatkan tanggungjawab komuniti luar bandar untuk pengurusan hidupan liar. Ini harus meliputi: ix. Pelantikan individu berbayar daripada komuniti tersebut, bagi membantu dalam memberi kesan kepada peruntukan bagi hidupan liar masing-masing atau undang-undang pemeliharaan sebagai satu tanda pengiktirafan perkhidmatan terhadap hidupan liar dan pemuliharaan habitat hidupan liar dalam negeri; x. Pewartaan hak pemburuan eksklusif untuk komuniti khusus dalam hutan di luar kawasan rangkaian ekologi. xi. Mengurangkan permintaan tempatan untuk daging binatang liar dengan penubuhan program untuk menyediakan haiwan tempatan (atau sumber protein lain untuk keperluan pemakanan luar bandar). xii. Mengehad atau menghalang penukaran tanah di dalam kawasan rangkaian, di mana memelihara habitat penting untuk hidupan liar dan had akses untuk pemburuan. xiii. Mewujudkan pendaftaran oleh penduduk tempatan bagi membenarkan aktiviti memburu, dan mekanisma untuk memastikan bahawa orang luar tidak berdaftar tidak boleh memburu di tempat tersebut. xiv. Pendidikan dan program kesedaran mensasarkan masyarakat tempatan, supaya mereka sedar akan masalah pemburuan, potensi penyelesaian dan faedah jangka panjang pemuliharaan hidupan liar. xv. Meneroka peluang pelancongan yang berasaskan hidupan liar. xvi. Penguatkuasaan ke atas kesalahan biasa: • Dagangan (berjual beli) daging binatang liar dalam kawasan bandar • Daging binatang liar di restoran • Daging binatang liar di kawasan luar bandar • Dagangan bahagian binatang liar sebagai cenderamata • Dagangan binatang liar sebagai ubat-ubatan • Mempunyai mana-mana bahagian atau terbitan semua spesis dilindungi • Menyimpan haiwan liar sebagai haiwan peliharaan • Memburu spesis haiwan terlindung sepenuhnya dan terlindung • Perdagangan haiwan liar untuk pasaran gelap antarabangsa • Koleksi dan dagangan tumbuh-tumbuhan yang dilindungi • Operasi ladang hidupan liar secara komersil


Click to View FlipBook Version