The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ain Shuhada, 2023-10-01 00:14:05

MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETIS MELLITUS JENIS 2 (T2DM)

MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 (1)

MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES MELLITUS JENIS 2 (T2DM) Unit Kawalan & Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT KANDUNGAN SUB MODUL 1 : DIABETES MELLITUS JENIS 2 & PRA DIABETES 01 SUB MODUL 2 : KOMPLIKASI DIABETES MELLITUS JENIS 2 02 SUB MODUL 3A : PENJAGAAN KAWALAN DIABETES BAGI IBU MENGANDUNG PRAKATA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SUB MODUL 3B : PENJAGAAN KAWALAN DIABETES DALAM BULAN RAMADAN SUB MODUL 4 : PERANAN DIABETES EDUCATOR PRAKATA TIMBALAN PENGARAH PENGENALAN PENGHARGAAN 03 04 PENYUMBANG TEKNIKAL 05 06 11 32 55 84 105 OBJEKTIF


KANDUNGAN 145 172 197 MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT SUB MODUL 7 : MOTIVATIONAL INTERVIEWING & COUNSELLING SUB MODUL 8 : PENGURUSAN DOKUMENTASI PESAKIT PRA DIABETES & DIABETES SUB MODUL 6 : AKTIVITI FIZIKAL & SENAMAN ASAS PESAKIT DIABETES JENIS 2 SUB MODUL 9A : DIABETIS & UBAT-UBATAN ORAL SUB MODUL 9B : INSULIN & PEMONITORAN KENDIRI PARAS GULA DALAM DARAH 226 296 SUB MODUL 5 : TERAPI PEMAKANAN PERUBATAN BAGI PESAKIT DIABETES MELLITUS 317


MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 01 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT PRAKATA PENGARAH KESIHATAN NEGERI Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Tahniah kepada semua penyumbang dan pasukan daripada Unit Kawalan dan Pencegahan Penyakit Tidak berjangkit, kerana dapat menghasilkan satu Modul Pengurusan Pesakit Diabetes Peringkat Negeri Pahang, edisi pertama, tahun 2023. Inisiatif ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan tahun 2030 (Sustainable Development Goal 2030) dimana sasaran 3.4 menyatakan bahawa "Menjelang 2030, pengurangan sebanyak satu pertiga kematian pramatang daripada penyakit tidak berjangkit melalui pencegahan dan rawatan serta menggalakkan kesihatan mental dan kesejahteraan. Selain daripada ini, ia juga selari dengan matlamat Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit tahun 2016-2025. Objektif utama adalah memastikan masyarakat menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga dan mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka untuk memastikan kehidupan yang berkualiti. Era terkini, kaedah bagi mendapatkan sebarang maklumat adalah sangat cepat dan mudah, iaitu maklumat sentiasa berada dihujung jari dan ini merupakan salah satu cabaran utama dalam pengurusan kesihatan secara amnya. Justeru, modul ini dihasilkan adalah berdasarkan based evidence dan rujukan yang benar serta merangkumi maklumat pengurusan pesakit secara holistik dan komprehensif terutamanya aspek kepentingan amalan gaya hidup sihat, pengambilan ubatubatan dan mengambil kira situasi tertentu, sebagai contoh puasa dan kawalan diabetes semasa bulan Ramadhan. Besar harapan saya, dengan modul ini, maklumat kesihatan dalam modul ini dapat difahami oleh semua anggota kesihatan dan demi manfaat pesakit dan keluarga pesakit bagi mengurangkan komplikasi penyakit Diabetes. Sekian DATO’ INDERA DR NOR AZIMI BINTI YUNUS PENGARAH KESIHATAN NEGERI


MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 02 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT PRAKATA TIMBALAN PENGARAH Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti adalah menjadi keutamaan dalam penjagaan kesihatan masyarakat. Implikasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara selama 3 tahun banyak memberi pengajaran untuk mempertingkatkan dan menambahbaik sistem pengurusan pesakit. Penggunaan sumber manusia yang sedia ada perlu dioptimakan. Maka modul ini, membantu semua anggota kesihatan di lapangan dapat menyampaikan mesej berkaitan pengurusan pesakit Diabetes dengan jelas, tepat serta dapat memotivasikan pesakit dan keluarga pesakit dalam kawalan penyakit ini. Pengurusan pesakit diabetes adalah kompleks dan memerlukan pelbagai profesion bukan hanya kepada rawatan ubat sahaja, namun amalan gaya hidup sihat , termasuk pemilihan makanan yang berkhasiat dan kurang glycemic indeks serta preskripsi jenis senaman dan penjagaan kesihatan mental perlu diberikan kepada pesakit . Justeru, bagi setiap pesakit mendapatkan perkhidmatan yang holistik ini tidak menjadi satu halangan bagi mencapai kawalan diabetes yang optima. Setiap anggota kesihatan di lapangan mampu untuk menyampaikan mesej perkhidmatan kesihatan dengan merujuk modul ini sebagai maklumat asas. Syabas dan terima kasih kepada semua peserta bengkel penyediaan modul ini dan urusetia yang terlibat. Dr Suzana Bt Mohd Hashim Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)


PENGENALAN Penyakit Diabetes Mellitus merupakan penyakit tidak berjangkit yang memberi ancaman besar kepada individu, keluarga , masyarakat dan negara. Seramai 537 juta orang dewasa iaitu 1 daripada 10 orang menghidap diabetes pada tahun 2021 dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 643 juta menjelang 2030 dan 783 juta menjelang 2045. Di Malaysia , 1 daripada 5 penduduk menghidap diabetes iaitu kira-kira 3.9 juta orang yang berumur 18 tahun dan ke atas. Peningkatan prevalen Diabetes Mellitus Jenis 2 di Malaysia amat membimbangkan iaitu daripada 11.2 peratus , tahun 2011, 13.4 peratus, tahun 2015 dan seterusnya kepada 18.3 peratus bagi tahun 2019. Malah di negeri Pahang menunjukkan peningkatan daripada 14.8 peratus tahun 2015 kepada 25.7 peratus bagi tahun 2019 berdasarkan Tinjauan Kajian Kesihatan Kebangsaan. Seramai 7 daripada pesakit Diabetes ini mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan 3 daripada 10 pesakit yang dirawat di klinik kesihatan kerajaan mencapai tahap kawalan diabetes yang baik iaitu menggunakan indikator HbA1c ≤ 6.5 peratus. Kajian menunjukkan bahawa komplikasi penyakit diabetes berlaku apabila kandungan gula dalam darah tidak dapat dikawal pada tahap optimum. Perkara ini menyebabkan komplikasi kerosakan mata (retinopathy), kerosakan buah pinggang (nephropathy), penyakit jantung, strok , nephropathy dan juga kepada kesihatan mental. Kesan daripada komplikasi ini, menyebabkan kos rawatan sangat tinggi. Anggaran jumlah kos penjagaan kesihatan untuk pesakit diabetes ialah sebanyak RM4.38 bilion (45.38% daripada jumlah kos). MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 03 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Oleh itu, elemen akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan komprehensif bagi pengurusan pesakit Diabetes amat kritikal. Merujuk data National Diabetes Registry (NDR), negeri Pahang, tahun 2023, terdapat 101, 104 pesakit diabetes yang mendaftar, dan daripada jumlah yang berdaftar, seramai 41, 894 (41.43 peratus) pesakit yang aktif, dimana mereka yang menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan secara berkala dalam tahun tersebut. Manakala hanya seramai 83 Diabetic Educator di 88 buah KK yang berdaftar dalam NDR. Justeru Modul Pengurusan Pesakit Diabetes, Negeri Pahang Tahun 2023 ini dibangunkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan terutamanya kepada pesakit Diabetes. Modul ini menggunakan bahasa yang mudah difahami sebagai sumber rujukan dan maklumat kepada anggota kesihatan (health care provider) di peringkat primer dan memberi penekanan kepentingan amalan gaya hidup sihat. Modul ini yang mengandungi 8 tajuk utama dalam pengurusan diabetes dan ia perlu digunapakai bersekali dengan CPG Management Of Type 2 Diabetes Mellitus (6TH edition) bagi tujuan rawatan klinikal dan juga CPG yang berkaitan. Rujukan : 1.International Diabetes Federation. IDF diabetes atlas ninth edition 2019. Available at http://www.diabetesatlas.org/. Accessed February 2021. 2.Lembaran fakta, Hari Diabetes Sedunia 2022, Bahagian Kawalan Penyakit KKM. 3.Direct Health Care Cost of Non Communicable Diseases in Malaysia , 2022. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 04 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Objektif Am : Meningkatkan kualiti pengurusan pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2 (T2DM) Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan penyakit Diabetes kepada anggota kesihatan yang terlibat dalam pengurusan pesakit diabetes secara holistik (patient centred). Membantu pesakit dalam meningkatkan motivasi dalam kawalan diabetes. Memastikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pesakit diabetes dapat dilaksanakan Mengurangkan dan melewatkan komplikasi akibat penyakit diabetes. Menjadikan info kesihatan dalam modul ini dijadikan maklumat yang mudah difahami kepada pesakit dan juga penjaga pesakit. pengetahuan dalam kawalan diabetes kepada pesakit diabetes tentang kepentingan penjagaan diri (self care) Objektif Khusus : 1. 2. 3. 4. 5. OBJEKTIF Pegawai Perubatan. Kumpulan Paramedik. Pegawai Psikologi. Anggota kesihatan yang berkepentingan dalam pengurusan pesakit Diabetes. Kumpulan Sasaran 1. 2. 3. 4. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 05 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PENGHARGAAN MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 06 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya modul ini dapat dibangunkan, susulan daripada bengkel Pembangunan Modul Pengurusan Diabetes pada bulan Februari 2023. Pertama sekali, ucapan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) atas galakan kepada pasukan NCDC, JKN Pahang untuk sentiasa menambahbaik program NCDC secara amnya dari masa ke semasa. Unit NCDC juga sangat menghargai semua peserta bengkel yang bertungkus lumus dalam usaha ini daripada pelbagai bahagian, unit, Pakar Perubatan Keluarga ,Diabetic Educator dan pelbagai pegawai sokongan. Moga usaha ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam pengurusan diabetes. Dr. Aizuniza bt Abdullah Ketua Unit Kawalan dan Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Sub Modul 1 : Diabetes Mellitus Jenis 2 & Pra Diabetes Dr. Adienuar Ahmad Norawi Pakar Perunding Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Kuantan Dr. Wan Zainal Abidin Wan Azmin Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Kuantan PENYUMBANG TEKNIKAL


Sub Modul 2 : Komplikasi Diabetes Mellitus Jenis 2 Dr. Norhayaty Sharman binti Khamis @ Roslee Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Balok Dr. Nurnisya binti Fazam Pakar Perubatan Keluarga (Pra Warta) Klinik Kesihatan Balok Dr. Mohd Farid bin Ramdan Pakar Perubatan Keluarga (Pra Warta) Klinik Kesihatan Balok Sub Modul 3A & 3B : Penjagaan Diabetes bagi Ibu Mengandung & Penjagaan Diabetes di Bulan Ramadan Dr. Saniah Senik Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Maran Dr. Nurul Najmi Mohamad Ishak Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Padang Luas, PKD Bera Dr. Zakiah Salwa Zabri Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Lancang Dr. Farizahanim Binti Zainal Ariffin Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Maran MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 07 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Sub Modul 4 : Peranan Diabetes Educator Dr. Kok Sim Hui Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bentong Dr. Chong Pui Sin Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Karak Pn. Suriati Binti Saad Jururawat Kesihatan KUP Klinik Kesihatan Bandar Kuantan Sub Modul 5 : Terapi Pemakanan Perubatan bagi Pesakit Diabetes Mellitus Encik Ilman Hadree Bin Idris Pegawai Dietetik Klinik Kesihatan Bandar Kuantan Puan Sharifah Mariam Binti Syed Zaizal Abidin Pegawai Dietetik Klinik Kesihatan Temerloh Encik Mohd Fauzee Bin Mohd Zaki Pegawai Dietetik Klinik Kesihatan Bandar Jerantut Sub Modul 6 : Aktiviti Fizikal & Senaman Asas Pesakit Diabetes Jenis 2 Puan Siti Fatimah binti Hassan Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi Klinik Kesihatan Bandar Kuantan Puan Norizan binti Zakaria Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi Klinik Kesihatan Balok Encik Mohd Zaidey bin Mohd Noor Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi Klinik Kesihatan Indera Mahkota MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 08 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 09 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT Sub Modul 7 : Motivational Interviewing & Counselling Puan Zanariah binti Zainuddin Unit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Puan Noor Bashirah binti Harun Pegawai Psikologi Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Rompin Sub Modul 8 : Dokumentasi Pesakit Diabetes & Pra Diabetes Dr. Aizuniza Bt Abdullah Pakar Perubatan Kesihatan Awam Unit Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Dr. Sharifah Fairuz Zaffan Bt Syed Hamdan Pegawai Perubatan Unit Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Encik Mohd Hafiz Bin Jailani Penolong Pegawai Perubatan U32 Unit Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Puan Anita Binti Kassim Ketua Jururawat Kesihatan (Diabetic Educator) Klinik Kesihatan Bandar Jerantut


Sub Modul 9A & 9B : Diabetes dan Ubat-ubatan Oral & Insulin dan Pemonitoran Kendiri Paras Gula Dalam Darah Encik Rahmat bin Mohamed Tahir KPPK (A&P Farmasi) Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Puan Ng Sin Ye Pegawai Farmasi UF52 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Urusetia Unit Kawalan dan Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit dan sebagai editor : Dr. Aizuniza Bt Abdullah Dr. Sharifah Fairuz Zaffan bt Syed Hamdan Dr. Zulaiha Bt Abdul Jalil Encik Mohd Hafiz Bin Jailani Cik Ain Shuhada Bt Khairul Anwar MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 10 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SUB MODUL 1 : DIABETES MELLITUS JENIS 2 & PRA DIABETES Saringan Rawatan Rujukan MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 11 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Apakah Diabetes ? Diabetes adalah penyakit kronik yang berlaku apabila pankreas tidak dapat menghasilkan insulin mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan baik. Ini menjejaskan tubuh badan anda menukar makanan kepada tenaga. Dalam kebanyakkan kes, diabetes ialah penyakit jangka masa panjang atau kronik. Jenis - Jenis Diabetes Diabetes Jenis 1 (T1DM) Berlaku apabila pankreas tidak berupaya menghasilkan insulin oleh kerana sel-sel yang menghasilkan insulin telah dirosakkan oleh sistem imun tubuh sendiri Diabetes Jenis 2 (T2DM) Berlaku apabila tubuh tidak menghasilkan insulin secukupnya serta tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Ianya dipanggil kerintangan insulin. Faktor risiko termasuk obesiti, makan tidak sihat, tidak aktif secara fizikal atau keturunan. Diabetes ketika hamil (GDM) GDM merupakan keadaan yang dimana paras gula dalam darah yang tinggi semasa kehamilan. GDM berlaku apabila insulin yang dihasilkan oleh ibu tidak mencukupi bagi mengawal gula yang beredar di dalam darah. Akibatnya, paras gula meningkat, maka menyebabkan GDM. Faktor risiko GDM termasuk : Usia melebihi 25 tahun Berlebihan berat badan/ obes semasa kehamilan Keturunan Sejarah melahirkan bayi bersaiz besar melebihi 4 kg MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 12 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Pra-Diabetes adalah suatu keadaan di mana anda mungkin tidak mampu membuat insulin secukupnya selepas makan, atau badan anda tidak bertindak balas sebaiknya pada insulin. Tanpa intervensi, pra diabetes akan menjadi diabetes jenis 2 dalam 5 tahun. Pra diabetes boleh merosakkan jantung dan sistem sirkulatori anda jauh sebelum diabetes jenis 2 berlaku. Apakah Pra Diabetes ? MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 13 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Pra-Diabetes dan Diabetes Pra diabetes dan diabetes adalah suatu penyakit kronik yang progresif. Kegagalan fungsi pankreas yang menghasilkan insulin bertambah kritikal dengan peningkatan usia. Kadar kerosakan pankreas ini bertambah teruk sekiranya kawalan diabetes tidak optima dan pesakit mengalami masalah obesiti (kerintangan insulin) MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 14 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Punca Penyakit Diabetes Jenis 2 Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 15 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Saringan Diabetes Usia >35 tahun Sejarah Keluarga BMI >23kg/m2 Sejarah GDM Ko-morbid Hypertensi dan Kolesterol tinggi Tidak Aktif/Sedentari Kategori individu disyorkan untuk menjalani ujian saringan diabetes : Kaedah Saringan Saringan diabetes boleh dilakukan dengan membuat ujian darah di mana-mana klinik kerajaan, swasta atau hospital. Sekiranya anda berisiko tetapi tidak mempunyai gejala diabetes, ujian kapilari darah dilakukan. Lazimnya, ia dilakukan dengan mengambil beberapa titis darah daripada hujung jari. Darah ini kemudiannya diuji menggunakan mesin glucometer. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 16 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


C a r t a A lir P e n g e n d a lia n S a rin g a n D a n Dia g n o s a MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 17 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Rawatan Diabetes MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 18 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Komponen Dalam Perawatan Diabetes MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 19 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 20 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Pendidikan Diabetes (Diabetes Self Management and Education) Pendidikan Diabetes kepada setiap pesakit akan membantu pesakit memahami penyakit diabetes, bagaimana merawat dan mencegah komplikasi. Ianya teras kepada pemerkasaan pesakit dalam mempastikan kawalan diabetes yang optima. Medical Nutrition Therapy (MNT) (sila rujuk Modul 5) Makanan berkhasiat merupakan aspek penting dalam kawalan penyakit diabetes. Pemakanan yang betul, bersenam dan pengambilan ubat secara tetap memainkan peranan penting dalam mengawal glukosa darah di paras optimum. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 21 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Senaman (sila rujuk Modul 6) Senaman membantu dalam memperbaiki kawalan gula darah di samping memperkuatkan otot, tulang dan kesihatan kardiovaskular. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit dalam seminggu. Bagi yang bermasalah dan mengalami keadaan kesihatan tertentu, tahap kecergasan pesakit perlu dinilai oleh pegawai perubatan dan boleh dirujuk kepada pegawai fisioterapi untuk preskripsi senaman. Farmakoterapi: Oral Glycemic Lowering Drugs dan Insulin Rawatan Farmakoterapi untuk Diabetes Jenis 2 ASCVD = Atherosclerotic CVD DPP-4i = DPP-4 inhibitor GLP1-RA = Glucagon-like peptide-1 receptor agonist SGLT2i = SGLT2 inhibitor SU = Sulfonylurea TZD = Thiazolidinedione Singkatan MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 22 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 23 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Rawatan Insulin MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 24 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Lower LDLcholesterol with statin 2.6 mmol/L Blood pressure <140/80 mmHg Reductions improve macrovascular complications Sasaran Perawatan Diabetes Menyeluruh HbA1c <6.5% Kawalan berat badan Reductions improve microvascular complications MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 25 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Parameter Levels Glycaemic control* Fasting or pre-prandial 4.4-7.0 mmol/L Post-prandial** 4.4-8.5 mmol/L A1c** ≤ 6.5% Lipids Triglycerides ≤ 1.7 mmol/L HDL-cholesterol > 1.0 mmol/L (male) > 1.2 mmol/L (female) LDL-cholesterol ≤ 2.6 mmol/L ≠ Blood pressure ≤ 135/75 mm Hg Exercise 150 minutes/ week Body weight If overweight or obese, aim for 5-10 % weight loss in 6 months Sasaran Komponen Rawatan Diabetes MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 26 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Sasaran Kawalan Gula HbA1C 6-6.5% ← More intense (126-140 mg/dL) HbA1C 7% (Avg glucose 154 mg/dL) Less intense → 8% (183 mg/dL) Jangka masa pendek mempunyai diabetes (Short duration of diabetes) Umur muda Tiada komplikasi microvascular atau macrovascular Risiko rendah mengalami hypoglycemia adverse outcomes : Kurang komorbiditi Pengambilan ubat / rawatan yang baik Good adherence/compliance Struktur sokongan kuat Faktor menyokong mencapai sasaran kawalan HbA1c Jangka masa yang lama mempunyai diabetes Umur tua Telah mempunyai masalah komplikasi microvascular or macrovascular disease Risiko tinggi masalah hypoglycemia adverse outcomes : Banyak komorbiditi Pengambilan rawatan dan ubatubatan tidak teratur (poor adherence/compliance Kurang sokongan (Poor support structure) Faktor yang menyumbang paras tinggi untuk HbA1c MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 27 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Pemantauan Glukosa Darah Kendiri (SMBG) Pengendalian tertumpu kepada amalan gaya hidup sihat melalui penjagaan diet dan melakukan aktiviti senaman. Bagi mereka yang mengalami masalah obesiti, menurunkan berat badan secara sihat disyorkan. Rawatan Metformin boleh dicadangkan oleh doktor selain amalan gaya hidup sihat. Saringan Diabetes dilakukan sekurang-kurangnya setiap tahun. Pemantauan glukosa darah kendiri adalah antara komponen utama dalam mempastikan kawalan diabetes yang optima. Ianya membantu memperkasakan pesakit dalam memahami konsep rawatan dan mengawal tahap gula darah mereka. Dua kaedah yang digunakan iaitu : 1. Penggunaan mesin glukometer dan 2. Kaedah Continuous Glucose Monitoring (CGM) Pengendalian dan Rawatan Pra-Diabetes MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 28 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Komplikasi Diabetes dan Rawatan (rujuk Modul 2) Diabetes boleh menyebabkan komplikasi mikrovascular dan makrovaskular. Setiap pesakit diabetes mesti menjalani rawatan susulan dan mengawal paras gula dan parameter lain agar dapat menghadkan komplikasi. Contoh: Neuropati diabetes mesti didiagnosa awal bagi mendapatkan rawatan awal, bagi mengawal dan menghadkan tahap kerosakan pada saraf. Ambil perhatian serius bagi tanda-tanda dan simptom-simptom neuropati diabetes. Contohnya, kudis kecil yang tidak sembuh dan ini akan menyebabkan ulser di kaki. Sekiranya tidak dirawat segera, boleh menjadi kelemayuh (di mana tisu mati) dan memerlukan pembedahan atau amputasi kaki. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 29 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Rujukan Kepada Pegawai Perubatan Rujukan kepada pegawai dietetik adalah sebahagian daripada komponen pendidikan pesakit diabetes. Intervensi dilakukan secara individu atau berkumpulan (lihat modul diet) Bagi pesakit-pesakit diabetes khusus yang berkomplikasi atau mengalami keadaan ko-morbid, mereka boleh dirujuk kepada pegawai fisioterapi untuk preskripsi senaman (exercise prescription) yang sesuai mengikut keadaan kesihatan dan keupayaan pesakit (lihat modul fisioterapi) Pesakit diabetes yang mengalami kemurungan juga boleh dirujuk kepada Pegawai Psikologi untuk kaunseling dan pengendalian stres dan modifikasi tingkahlaku. Pesakit yang mengalami masalah diabetic foot dirujuk kepada Pegawai Jurupulih Carakerja. Pesakit mengalami masalah kewangan dan kurang sokongan sosial dirujuk kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP). MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 30 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Kawalan Diabetes semudah ABC! A – A1c atau ujian hemoglobin A1c Saranan KKM kurang daripada 6.5% B – Blood pressure (tekanan darah) Saranan KKM kurang daripada 140/80 mmHg C – Cholesterol (kolesterol) LDL (kolesterol tidak baik) kurang 2.6 mmol/L HDL (kolesterol baik) melebihi 1.6 mmol/L D – Diet (kawalan gula dan berat badan) E – Exercise (senaman 3-5 kali seminggu) MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 31 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 32 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT SUB MODUL 2 : KOMPLIKASI DIABETES JENIS 2


PENGENALAN Diabetes yang tidak terkawal meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi akut dan kronik. Komplikasi diabetes penyumbang utama morbiditi dan mortaliti. APAKAH KOMPLIKASI DIABETES ? Hipoglisemia Hiperglisemia Mikrovaskular (salur darah halus) Makrovaskular (salur darah besar) Kombinasi kedua-duanya (kaki pesakit diabetes) Komplikasi Akut Komplikasi Kronik MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 33 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Pengambilan makanan terlalu sedikit Lewat makan / tidak makan Suntikan insulin berlebihan Waktu makan tidak sesuai dengan waktu suntikan insulin Senaman yang berlebihan Pengambilan alkohol yang terlalu banyak 1 sudu makan madu 1/2 cawan jus buah (150-200 ml) 3 sudu teh gula Sebab-sebab berlaku hipoglisemia : Sekiranya berlaku hipoglisemia, pesakit disarankan mengambil 15-20g glukos atau karbohidrat ringkas seperti : Selepas 15 minit paras glukos hendaklah diperiksa dan sekiranya bacaan masih rendah, hendaklah mendapatkan rawatan segera dengan berjumpa doktor. Sekiranya mengalami masalah hipoglisemia yang serius atau tidak sedarkan diri (koma) hendaklah ke hospital dengan kadar segera. Jika tanda-tanda hipoglisemia tidak dirawat, ia boleh membawa kesan kepada otak dan menyebabkan kematian. KOMPLIKASI AKUT HIPOGLISEMIA Akut hipoglisemia terjadi apabila paras gula rendah mencecah bawah 4.0 mmol/L dengan segera. Tanda-tanda hipoglisemia : MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 34 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Dos insulin tidak mencukupi Tidak memakan ubat mengikut arahan doktor Memakan terlalu banyak makanan yang bergula atau karbohidrat Jangkitan kuman, demam Tekanan perasaan Bertambah berat badan Akut hiperglisemia terjadi apabila paras gula terlalu tinggi > 15 mmol/L bersama gejala-gejala (seperti di atas), hendaklah berjumpa doktor dengan kadar segera untuk mengelakkan komplikasi akut yang boleh membawa maut seperti diabetes ketoacidosis (DKA), euglycaemic ketoacidosis dan hyperglycemic hyperosmolar state (HHS). Hiperglisemia boleh disebabkan sekiranya : Sekiranya hiperglisemia berlaku secara kronik dan progresif serta tidak dirawat , ia boleh membawa kepada komplikasi kronik diabetes. KOMPLIKASI AKUT HIPERGLISEMIA MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 35 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KOMPLIKASI KRONIK DIABETES kerosakan pada mata (retinopathy) yang menyebabkan masalah penglihatan seperti kebutaan kerosakan buah pinggang (nephropathy) yang membawa kepada kegagalan buah pinggang kerosakan saraf (neuropathy) yang membawa kepada masalah kaki diabetik (termasuk jangkitan teruk yang membawa kepada amputasi) dan mati pucuk. Serangan jantung Angin ahmar Kekurangan aliran darah ke kaki (peripheral vascular disease) Komplikasi mikrovaskular merangkumi : Komplikasi makrovaskular menyumbang kepada faktor risiko kardiovaskular seperti : “Diabetic Foot Ulcer” adalah komplikasi kronik diabetes mikrovaskular (kerosakan saraf) dan makrovaskular (peripheral vascular disease). MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 36 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 37 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT PERBEZAAN GAMBAR RAJAH MATA UNTUK PESAKIT NORMAL DAN MASALAH MATA BAGI PESAKIT MEMPUNYAI KOMPLIKASI DIABETES (RETINOPATHY) KOMPLIKASI RETINOPATI Kekaburan secara perlahan-lahan Floaters (imej terapung-apung pada penglihatan) Bayangan atau kegelapan pada kawasan tertentu dalam penglihatan Kesukaran melihat pada waktu malam Retinopati diabetes adalah antara kesan diabetes yang paling lazim dikenal pasti yang menyebabkan cacat penglihatan dan seterusnya kebutaan. Majoriti tiada gejala sehinggalah kerosakan teruk telah berlaku. Gejala yang boleh berlaku :


Visual acuity test Ujian fundoskopi Ujian digital retinal kamera Diagnosis perubahan awal dalam salur darah retina boleh dibuat melalui pemeriksaan mata secara tahunan (fundoscopy). Saringan awal retinopati boleh dilakukan menggunakan : Jangan tunggu sehingga ada gejala baru mahu mendapatkan rawatan. SARINGAN RAWATAN & PEMANTAUAN Mengawal tekanan darah dan paras glukos Ubat anti-VEGF (anti-vascular endothelial growth factor) Rawatan laser Pembedahan vitrectomy Melakukan pemeriksaan mata secara tahunan Segera berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala kabur mata. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 38 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KOMPLIKASI NEFROPATI Nefropati bermaksud penyakit atau kerosakan pada buah pinggang. Punca utama kepada kerosakan fungsi buah pinggang adalah diabetes. Paras glukos yang tidak terkawal dalam jangka masa panjang mengakibatkan kerosakan fungsi buah pinggang. Jika tiada sebarang pemantauan dan rawatan diterima oleh pesakit mereka akan memerlukan cucian darah (dialysis). MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 39 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SARINGAN RAWATAN & PEMANTAUAN UFEME : Protein negatif Urine microalbumin: < 30 mg/L Urine A:C Ratio <3.4 mg/mmol Ujian RP atau renal profile untuk melihat fungsi buah pinggang eg.Creatinine Saringan nefropati adalah melalui ujian UFEME / urine microalbumin, sekiranya perlu diteruskan penilaian dengan 24 H urine protein / urine ACR. Saringan keputusan normal adalah seperti berikut : Kawalan tekanan darah ≤ 130/80 mmHg Kawalan paras glukos dan kolesterol yang optima Rujuk pegawai dietitk ( CKD diet ) Berhenti merokok Pengurangan berat badan Rujukan ke Nephrologist mengikut garis panduan CPG MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 40 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Diabetik neuropati yang kerap berlaku adalah di bahagian anggota bawah dan selalunya dalam bentuk bertambahnya kehilangan deria rasa yang mendedahkan pesakit kepada komplikasi “Diabetic Foot”. Selain itu, bentuk-bentuk lain neuropati termasuklah “mononeuropathy, autonomic neuropathy and diabetic amyotrophy”. Setiap pesakit diabetes hendaklah diberi kesedaran berkaitan kepentingan rasa kebas di bahagian kaki atau tangan. Rawatan perubatan yang segera perlu diperolehi sekiranya berlaku kecederaan atau ulser di bahagian kaki. Bagi pesakit diabetes yang kronik atau tidak terkawal, kesedaran tentang kemungkinan berlakunya “autonomic dysfunction” perlu diberitahu. Bagi pesakit lelaki, kemungkinan kesan mati pucuk perlu dijelaskan. KOMPLIKASI PERIPHERAL NEUROPATHY MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 41 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SARINGAN Monofilament 10g test telah digunakan secara standad oleh klinik untuk mengesan neuropati. Pesakit diabetes yang bermasalah tidak akan merasa tekanan tersebut. Rasa getaran dengan menggunakan “128 Hz tuning fork” “Position sense” Rasa sentuhan (menggunakan kapas dan sentuhan sakit) “Ankle jerk” (samada bertambah atau berkurang) Bukti otot-otot kecil menyusut (wasting) dan “foot drop” Lain-lain pemeriksaan – rasa panas pada permukaan kulit, denyutan nadi. Sekiranya positif, pemeriksaan kaki secara lebih terperinci diteruskan, antaranya : MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 42 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


MASALAH KAKI YANG SERING BERLAKU PADA PESAKIT DIABETES Athlete’s foot (jangkitan kulat di celah jari) Kulit kering Jangkitan kulat di kuku Kalus / penebalan lapisan epidermal kulit “Diabetic foot ulcer” MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 43 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


CARA PENJAGAAN KAKI UNTUK PESAKIT DIABETES MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 44 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KOMPLIKASI PERIPHERAL VASCULAR DISEASE Disebabkan penyempitan salur darah arteri Peredaran darah ke otot kaki lemah Kurang bekalan oksigen dan nutrisi di tisu dan kulit Pesakit diabetes mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mendapat penyakit vaskular periferi Pengesanan awal adalah dengan cara “palpation” nadi periferi (Dorsalis Pedis, Posterior Tibial, Popliteal, Femoral artery) Tanda-tanda pesakit perlu dirujuk segera jika mereka mengalami masalah ulser kaki, tanda-tanda jangkitan kuman dan perubahan pada warna kulit (gangrene) Palpation of dorsalis pedis pulse Perubahan pada warna kulit (gangrene) MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 45 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KLASIFIKASI DIABETIC FOOT Diabetic Foot diklasifikasi melalui kaedah Meggitt Wagner dari 0 hingga 5 untuk kegunaan perawat dan doktor. Untuk orang awam, kaedah ini tidak digunakan kerana apa yang penting ialah rujukan awal dapat menyelamatkan kaki daripada amputasi malah jangkitan darah dan maut. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 46 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KOMPLIKASI “ERECTILE DYSFUNCTION” (MATI PUCUK) Disebabkan peningkatan glukos dalam darah yang kronik. Kerosakan salur darah kecil - kurang aliran darah ke zakar. Kerosakan saraf zakar. Mati pucuk adalah salah satu tanda berpotensi untuk mendapat komplikasi penyakit kardiovaskular. Mati pucuk adalah kesukaran untuk mengekalkan ereksi yang cukup untuk melakukan hubungan seksual yang boleh disebabkan gangguan neurologi, salur darah, psikologi, hormon dan kombinasi. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 47 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Click to View FlipBook Version