The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ain Shuhada, 2023-10-01 00:14:05

MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETIS MELLITUS JENIS 2 (T2DM)

MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 (1)

SARINGAN RAWATAN & PEMANTAUAN Pengesanan awal dibuat oleh diabetes educator melalui saringan soalan IIEF (International Index of Erectile Function) dan rujukan kepada doktor sekiranya perlu. Rawatan medikal : Phosphodiesterase-5 (PDE-5) inhibitors seperti sildenafil dan tadalafil. Terapi testosterone hanya diberikan kepada pesakit yang bergejala dan mengalami hypogonadism dan mesti di pantau pakar. Kaunseling psikoseksual adalah digalakkan Elakkan sebarang ubat yang menyebabkan atau menerukkan erectile dysfunction. Rawatan lain termasuklah intracavernosal injections, intraurethral alprostadil, dan vacuum devices with constricting band. Rujukan kepada Pakar Urologi perlu pada kes-kes yang tidak menunjukkan kesan positif kepada rawatan awal. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 48 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KOMPLIKASI PENYAKIT JANTUNG KORONARI Paras glukos yang tinggi meningkatkan risiko pemendapan kolestrol pada pembuluh darah jantung. Salur darah menjadi sempit dan keras mengakibatkan pengaliran darah ke jantung terhalang. Baseline (Saringan asas) Tekanan darah tinggi (hipertensi) Pesakit bersimptomatik dan disyaki mengalami penyakit jantung koronari ECG perlu dijalankan terhadap pesakit diabetes : SARINGAN RAWATAN & PEMANTAUAN Beberapa risiko yang boleh dikawal adalah merokok, tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi dan obesiti. Jika risiko-risiko ini dicegah, komplikasi ini juga dapat dielakkan. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 49 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KOMPLIKASI STROK Disebabkan pembuluh darah yang tersumbat separa atau sepenuhnya. Otak mengalami kekurangan bekalan oksigen. Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan. Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba. Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba. Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu. Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata. Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba. Sukar menelan. Gejala strok/angin ahmar adalah seperti berikut : MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 50 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SARINGAN Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran. Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu (CT scan) RAWATAN Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak. Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu. Pembedahan untuk menghentikan pendarahan otak jika berkaitan. Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu : Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian (ADL) MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 51 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KAWALAN DIABETES UNTUK MENGELAK KOMPLIKASI MENGIKUT FORMULA ABCDEF A - A1c ( Ujian Hemoglobin A1c ) - Albumin ( Protein dalam air kencing ) - Alkohol B - Blood pressure ( Tekanan darah ) & BMI C - Cholesterol ( Kolesterol ) - Creatinine ( Fungsi ginjal ) - Cigaratte ( Rokok ), CXR ( Saringan TB) D - Diet ( Kawalan gula, garam & berat badan ) - Drug ( Ubat-ubatan ) E - Exercise ( Senaman 3-5 kali seminggu ) - Eye ( Pemeriksaan mata ) - ECG ( Pemeriksaan jantung ) - ED ( Saringan "eractile dysfunction" ) F - Foot ( Pemeriksaan kaki ) MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 52 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


FLIP CHART : ASAS PENGENDALIAN PENYAKIT DIABETES MENGGUNAKAN KONSEP ABCDEF PKD KUANTAN 2015 MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 53 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


RUJUKAN CPG Management of Type 2 Diabetes Mellitus (6th Edition) 2020. CPG Management of Chronic Kidney Disease (Second Edition) 2018. CPG Management of Diabetic Foot (Second Edition) 2018. Kuliah 17 : Penjagaan Kaki, Pengendalian Perkhidmatan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Untuk Paramedik, KKM 2017. Flip Chart Asas Pengendalian Penyakit Diabetes Menggunakan Konsep ABCDEF PKD Kuantan 2015. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 54 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SUB MODUL 3A : DIABETES SEBELUM HAMIL (PRE-EXISTING DIABETES) 2023 MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 55 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PENJAGAAN PRA KEHAMILAN BAGI PESAKIT DIABETES Mulakan supplement folic acid 3 bulan sebelum kehamilan Menurunkan berat badan sekiranya overweight/ obese Bersenam ≥ 150 minit seminggu Memastikan BP <130/80 mmHg HbA1c < 6.5% Menyemak ubatan Menjalani saringan komplikasi DM (retinopathy, nephropathy) Menjalani saringan cardiovascular sebelum kehamilan MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 56 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


eGFR <60 atau creatinine >124umol/L Tekanan darah yang tidak terkawal Proteinuria teruk (>1g/day) Penyakit sistemik aktif Kehamilan perlu dielakkan sekiranya pesakit diabetes : MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 57 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PERANCANG KEHAMILAN UNTUK PESAKIT DIABETES Sila rujuk MEC dan WHO kriteria MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 58 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Sekiranya bacaan OGTT : Puasa (FPG) > 7.0mmol/L atau 2 jam selepas (2HPP) OGTT > 11.1, OVERT DIABETES disyaki Bacaan kedua perlu diambil untuk diagnosis (FPG/RPG/OGTT) Overt diabetes perlu dirawat seperti pesakit diabetes OVERT DIABETES DALAM KEHAMILAN MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 59 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KOD WARNA TAGGING BAGI PESAKIT DIABETES Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/ Pakar Perubatan Keluarga dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 60 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PEMANTAUAN PARAS GULA SARAPAN PAGI MAKAN TENGAH HARI MAKAN MALAM Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas/ Sebelum tidur OGLD atau single dose insulin √ √ √ √ Multiple dose insulin √ √ √ √ √ √ MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 61 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


TARGET PARAS GULA Puasa/ Sebelum makan : ≤5.3mmol/L 1 jam selepas makan : ≤7.8mmol/L 2 jam selepas makan : ≤6.7mmol/L MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 62 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SARINGAN/RAWATAN KOMPLIKASI DIABETES Pemeriksaan retina semasa awal kehamilan dan diulang pada 28 minggu kehamilan bagi ibu yang menghidap Diabetes sebelum hamil. Ujian saringan retina juga dibuat bagi ibu yang dikesan diabetes semasa trimester pertama Ibu Diabetes dengan masalah buah pinggang perlu dirujuk untuk penjagaan bersama dengan pakar hospital. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 63 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


RUJUKAN KEPADA NEPHROLOGIST Bacaan creatinine >120umol/L Urine ACR >30mg/mmol 24 hour urine protein >0.5g/day MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 64 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PEMAKANAN Sila rujuk Modul 5 : Terapi Pemakanan Perubatan Pesakit Diabetes (MNT) MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 65 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


RAWATAN DIABETES SEMASA KEHAMILAN Metformin perlu disambung sepanjang kehamilan METFORMIN Boleh dimulakan di klinik kesihatan apabila : Tidak mencapai target gula selepas MNT, senaman dan metformin Kontraindikasi/intolerance kepada metformin FBG ≥ 7.0mmol/L ketika diagnosis (dengan atau tanpa metformin) FBG antara 6.0 - 6.9mmol/L dengan komplikasi : mulakan rawatan insulin secepat mungkin (dengan atau tanpa metformin) INSULIN MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 66 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PRE-ECLAMPSIA PROFILAKSIS BAGI IBU DENGAN DIABETES SEBELUM HAMIL T.Aspirin 150 mg setiap malam - Diberi dari 12 minggu kehamilan sehingga 36 minggu / bermula proses kelahiran / ibu mendapat pre-eclampsia. T. Calcium carbonate 1g BD atau T. Calcium Lactate 600mg TDS - Diberi selepas 20 minggu sehingga kelahiran. Pre-Eclampsia adalah satu keadaan komplikasi kehamilan yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi berserta beberapa tanda kerosakan pada sistem organ tubuh yang lain. Biasanya ia melibatkan organ hati dan juga buah pinggang. Ia biasa berlaku pada minggu ke-20 kehamilan bagi ibu hamil yang mana sebelum ini, tekanan darahnya berada pada keadaan yang normal. Apa itu Pre-Eclampsia ? MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 67 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PEMERIKSAAN ULTRASOUND (USG) SEPANJANG KEHAMILAN USIA KANDUNGAN PARAMETER 11-14 minggu Memastikan usia kandungan Melihat kecacatan janin yang ketara seperti anencephaly Scan USG dilakukan untuk : 18-20 minggu Scan USG yang lebih terperinci (anomali scan) 28-36 minggu Scan USG untuk melihat tumbesaran janin secara berkala dan mengukur indeks cecair amnion (AFI)* * Sekiranya bayi mengalami komplikasi seperti IUGR / SGA, pemantauan ultrasound yang lebih kerap perlu dilakukan. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 68 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SARANAN WAKTU UNTUK KELAHIRAN DIAGNOSA UMUR KEHAMILAN Diabetes Tanpa komplikasi Antara 37 - 38 minggu + 6 hari Komplikasi kepada ibu atau janin* Sebelum 37 minggu** *Contoh komplikasi ibu : Polyhydramnios, Pre-eclampsia, PIH Janin : SGA/IUGR/Macrosomia. **Tertakluk kepada keadaan ibu dan bayi selepas perbincangan dengan Pakar O&G. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 69 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PENJAGAAN POST PARTUM DIABETES Pesakit dalam rawatan insulin perlu menurunkan dos selepas bersalin kerana risiko hypoglycemia terutamanya ketika menyusu bayi. Pemantauan bacaan gula perlu dilakukan untuk memastikan dos insulin sesuai selepas melahirkan Penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan Pengambilan perancang kehamilan yang bersesuaian Sambung rawatan di klinik kesihatan secara berkala MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 70 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


DIABETES KETIKA HAMIL (GESTATIONAL DIABETES MELLITUS) GDM MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 71 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


FAKTOR RISIKO UNTUK SARINGAN GDM BMI > 27kg/m2 Sejarah GDM Ahli keluarga menghidap DM (First degree relative) Sejarah kelahiran anak besar >4kg Masalah obstetric yang lalu (kematian janin, kecacatan bayi dahulu) Masalah obstetric kini (darah tinggi ketika hamil, air ketuban berlebihan, menggunakan steroid) Gula dalam urine ≥ 2 kali ketika hamil MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 72 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KOMPLIKASI GDM Saiz bayi lebih besar ( lebih 4 kg ) Bayi mati dalam kandungan Hypoglycemia Jaundice Kelahiran secara pembedahan Kelahiran pramatang Polyhydramnios Jangkitan salur kencing Berisiko untuk mendapat diabetes ketoasidosis Berisiko menghidap kencing manis MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 73 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SARINGAN DAN DIAGNOSA GDM Wanita yang berisiko untuk mendapat GDM perlu disaring semasa booking menggunakan ujian 75- gram OGTT. Sekiranya ujian didapati negatif, perlu diulang pada 24 - 28 minggu kehamilan Sekiranya wanita berumur 25 tahun dan ke atas tetapi tiada faktor risiko, saringan perlu dilakukan pada 24 - 28 minggu kehamilan MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 74 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 75 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kad warna putih). KOD WARNA TAGGING BAGI PESAKIT DIABETES MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 76 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PEMANTAUAN PARAS GULA GDM Sarapan pagi Makan tengahari Makan malam Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas Diet control √ √ √ √ OGLD atau single dose insulin √ √ √ √ Multiple dose insulin √ √ √ √ √ √ MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 77 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


TARGET PARAS GULA GDM Puasa/ Sebelum makan : ≤5.3mmol/L 1 jam selepas makan : ≤7.8mmol/L 2 jam selepas makan : ≤6.7mmol/L MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 78 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


RAWATAN SEMASA KEHAMILAN BAGI GDM Rujukan awal kepada dietitian untuk Terapi Pemakanan Perubatan (MNT) : Rujuk Modul 5 Boleh dimulakan sekiranya MNT dan senaman tidak dapat mengawal paras gula dalam 1 – 2 minggu. Metformin Boleh dimulakan di klinik kesihatan apabila : Tidak mencapai target gula selepas MNT, senaman dan metformin Kontraindikasi/intolerance kepada metformin FBG ≥ 7.0mmol/L ketika diagnosis (dengan atau tanpa metformin) FBG antara 6.0 - 6.9mmol/L dengan komplikasi : mulakan rawatan insulin secepat mungkin (dengan atau tanpa metformin) Insulin MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 79 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PEMERIKSAAN ULTRASOUND SEPANJANG KEHAMILAN GDM USIA KANDUNGAN PARAMETER 11-14 minggu Memastikan usia kandungan Melihat kecacatan janin yang ketara seperti anencephaly Scan USG dilakukan untuk : 18-20 minggu Scan USG yang lebih terperinci (anomali scan) 28-36 minggu Scan USG untuk melihat tumbesaran janin secara berkala dan mengukur indeks cecair amnion (AFI)* * Sekiranya bayi mengalami komplikasi seperti IUGR/SGA, pemantauan ultrasound yang lebih kerap perlu dilakukan. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 80 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SARANAN WAKTU UNTUK KELAHIRAN GDM DIAGNOSA UMUR KEHAMILAN GDM Kawalan diet sahaja tanpa komplikasi Sebelum 40 minggu Dalam rawatan Metformin atau Insulin Antara 37 – 38 minggu + 6 hari Dengan komplikasi ibu atau janin* Sebelum 37 minggu** *Contoh komplikasi ibu : Polyhydramnios, pre-eclampsia, PIH Janin : Macrosomia **Tertakluk kepada keadaan ibu dan bayi selepas perbincangan dengan Pakar O&G MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 81 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PENJAGAAN POST PARTUM BAGI GDM Pesakit dalam rawatan insulin perlu diberhentikan serta merta dos selepas bersalin. Membuat ujian OGTT 6 minggu selepas kelahiran dan sekiranya negatif ujian diulang setiap tahun. Pengambilan perancang kehamilan yang bersesuaian. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 82 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


RUJUKAN Management of Diabetes in Pregnancy, 2017. Perinatal Manual Care, 4th edition, 2022. International Federation of Gynecology and Obstetrics, 2020. 1. 2. 3. MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 83 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


SUB MODUL 3B: DIABETESDALAM KUMPULAN KHAS PENJAGAAN DIABETES DIBULAN RAMADAN MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 84 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Berpuasa di bulan Ramadan memberi banyak faedah dari sudut perubatan Risiko yang dihadapi oleh pesakit kencing manis untuk berpuasa dapat diukur menggunakan markah PENGENALAN Kebanyakan orang Islam memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan meskipun mereka boleh dikecualikan Perancangan awal bagi menyiapkan diri menghadapi bulan Ramadan akan banyak membantu pesakit untuk berpuasa pada bulan Ramadan Pemantauan gula dalam darah sepanjang bulan Ramadan amat digalakkan MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 85 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


KEBAIKAN DARI SUDUT PERUBATAN BERPUASA DI BULAN RAMADAN Pengurangan indeks jisim tubuh HbA1c bertambah baik Perubahan kolesterol dalam darah Darah tinggi bertambah baik Menyah toxin Pertumbuhan semula ‘stem cell’ Pengurangan indikator dalam darah yang terlibat dalam penyakit jantung Kurang Berat Badan Meningkatkan kolesterol baik (HDL) Kawalan gula bertambah baik Darah tinggi bertambah baik Peningkatan imuniti Pengurangan risiko sakit jantung MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 86 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


A) Pemeriksaan 1-2 bulan sebelum Ramadan PERSEDIAAN AWAL MENYAMBUT BULAN RAMADHAN Kesihatan keseluruhan Kawalan kolesterol Komplikasi Diabetes Penyakit lain bukan diabetes Kawalan darah tinggi Kawalan gula B) Perubahan regim diet dan ubatan Mendapat regim yang selamat dan berkesan Mengawal bacaan gula sebelum puasa C) Konsultasi pre-ramadan Untuk menasihatkan cara terbaik menghadapinya Menggalakkan berhenti merokok D) Ubatan Dos sesetengah ubat perlu disesuaikan dengan puasa E) Risiko berpuasa Perlu tahu risiko berpuasa bagi golongan-golongan tertentu F) Kelaskan mengikut risiko Dinasihatkan berpuasa atau tidak, mengikut faktor risiko masing-masing G) Percubaan berpuasa Boleh bermula dahulu sebelum bulan puasa sebenar bermula MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 87 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PERSEDIAAN AWAL PESAKIT DIABETES UNTUK BERPUASA Diet yang seimbang dan aktiviti fizikal harus dikekalkan sepanjang bulan Ramadan Perubahan pada dos ubat makan dan insulin harus diambil kira sebelum hendak memulakan puasa di Bulan Ramadan Jangan lupa kembali ke dos asal selepas bulan puasa MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 88 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PENDIDIKAN BERSTRUKTUR UNTUK SEMUA PESAKIT DIABETES Stratifikasi Risiko Berpuasa Pemantauan Gula Di Rumah (SMBG) Semasa Bulan Ramadan Bila Perlu Berbuka Puasa Aktiviti Fizikal Di Bulan Ramadan Pemakanan Di Bulan Ramadan Terapi Ubatan/Insulin Di Bulan Ramadan MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 89 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PERSEDIAAN AWAL PESAKIT DIABETES UNTUK BERPUASA Berjumpa doktor untuk mengetahui status penyakit dan apa yang perlu dilakukan semasa berpuasa termasuklah penilaian aspek perubatan dan kesihatan sebelum berpuasa iaitu : Keadaan keseluruhan pesakit Ubat dan rawatan diabetes Kawalan paras gula Penyakit-penyakit kronik Komplikasi diabetes Pesakit dan penjaga/ ahli keluarga terdekat mesti menerima pendidikan kesihatan pengendalian kendiri penyakit diabetes di rumah Risiko / kesan berpuasa Pengendalian kendiri paras gula dalam darah Indikasi berbuka puasa Perancangan & pemilihan pemakanan dan pengambilan air Bersenam / aktiviti fizikal Pengubahsuaian cara pengambilan ubat pil / insulin MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 90 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


RISIKO BERPUASA DI BULAN RAMADAN Hipoglisemia Hiperglisemia/ Ketoacidosis Dehidrasi Kurang makan Ketika berpuasa meningkatkan risiko hipoglisemia terutamanya pesakit yang mengambil SU (gliclazide) atau insulin Pengambilan makanan berlebihan ketika buka puasa atau pengurangan dos ubatan meningkatkan risiko hiperglisemia Kurang minum Ketika berpuasa meningkatkan risiko dehidrasi terutama di negara cuaca panas Dehidrasi dikaitkan dengan isu kesihatan lain termasuk pengsan, jatuh, kelesuan haba dan meninggikan risiko darah beku (thrombosis) MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 91 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


STRATIFIKASI RISIKO BERPUASA Pesakit diabetes yang ingin berpuasa di bulan Ramadan perlu dilakukan saringan risiko bagi mengenal pasti pesakit yang di benarkan untuk berpuasa dan yang di nasihatkan tidak berpuasa RISIKO SUDUT PERUBATAN SUDUT AGAMA Risiko Rendah Berpuasa adalah selamat Puasa adalah wajib Di benarkan tidak berpuasa sekiranya uzur atau perlu mengambil ubat di siang hari Risiko Sederhana Perlu penilaian perubatan Perlu melaraskan ubatan Pemantauan rapi Digalakkan berpuasa, kecuali risau akan kesihatan diri selepas mendapatkan konsultasi dari doctor dan pengalaman lalu Sekiranya ingin berpuasa, perlu mengikut rekomendasi perubatan termasuk pemantauan gula di rumah Risiko Tinggi Di nasihatkan tidak berpuasa Di nasihatkan tidak berpuasa MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 92 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PEMANTAUAN GULA DI RUMAH (SMBG) SEMASA BULAN RAMADAN MODE OF TREATMENT SAHUR MIDDAY IFTAR PRE POST PRE POST/ PREBED OGLDs (especially SU) √ √ √ Insulin Basal √ √ √ Premixed BD √ √ √ √ √ Prandial/ Bolus √ √ √ √ √ MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 93 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


PEMAKANAN DI BULAN RAMADAN Sila rujuk Modul 5 : Terapi Pemakanan Perubatan Pesakit Diabetes (MNT) MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 94 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


AKTIVITI FIZIKAL DI BULAN RAMADAN Gula digunakan Tingkatkan sensitiviti badan terhadap insulin Kesannya kekal selama 24 jam atau lebih Kepentingan aktiviti fizikal : Senaman ringan dan sederhana secara berkala Elakkan aktiviti berat ketika berpuasa kerana risiko hipoglisemia Mulakan aktiviti fizikal 1 - 2 jam selepas berbuka Solat Terawih bantu mengekalkan aktiviti fizikal MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 95 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


REGIM SAHUR IFTAR α-glucosidase inhibitors (Acarbose) Tidak berubah Tidak berubah Biguanide (Metformin) 2 kali sehari 3 kali sehari Tidak berubah 1/3 dos Tidak berubah 2/3 dos Extended release (XR) - Tidak berubah DPP4-i (Vildagliptin, Sitagliptin) Tidak berubah Tidak berubah Sulphonylurea Gliclazide Kurang separuh atau berhenti sementara Tidak berubah Gliclazide MR, Glimepiride Tukar kepada Iftar - SGLT2-i (Empagliflozin) Tukar kepada Iftar Tidak berubah TERAPI UBAT MAKAN (DIABETES) KETIKA BULAN RAMADAN MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 96 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


REGIM INSULIN TYPE 2 DIABETES MELLITUS Basal Insulin sahaja Basal insulin diambil pada waktu sebelum tidur malam. Mungkin perlu turunkan dos insulin jika ada risiko hipoglisemia waktu siang Premixed Insulin sekali sehari Ambil dos insulin seperti biasa Premixed insulin dua kali sehari Dos pagi diambil waktu Iftar dan dos petang diambil waktu sahur Dos insulin sewaktu sahur diturunkan 20-50% bagi mengelakkan hipoglisemia Atau Tukar kepada short/rapid acting insulin Basal insulin Bolus/prandial insulin Basal bolus insulin Insulin diambil pada waktu sebelum tidur malam. Mungkin perlu penurunan dos insulin jika ada tanda hipoglisemia pada waktu siang Sahur - Dos biasa insulin sebelum waktu sarapan pre-Ramadhan. Mungkin perlu penurunan dos insulin jika ada tanda hipoglisemia pada waktu siang Waktu tengahari - Tidak perlu ambil insulin Iftar - Dos biasa insulin sebelum makan malam pre-Ramadhan TERAPI INSULIN KETIKA BULAN RAMADAN MODUL PENGURUSAN PESAKIT DIABETES 2023 97 PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT


Click to View FlipBook Version