Hak Cipta e-JOURNAL © 2020: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
e-ISSN: 2756-844X
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 2
SIDANG EDITOR
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penaung : Dr. Ridzuan bin Ahmad
Pengarah IPGK Sultan Abdul Halim
Penasihat : Dr. Kartini binti Abdul Mutalib
Timbalan Pengarah
IPGK Sultan Abdul Halim
Pengerusi : Dr. Junaidy bin Mohamad Hashim
Ketua Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi
IPGK Sultan Abdul Halim
Ketua Editor/Penyelaras : Dr. Rohana bt Yahya
Sidang Editor : Dr. Junaidy bin Mohamad Hashim
Dr. Arfah bin Ahamad
Dr. Rohana binti Yahya
Dr. Suzana binti Abd Mutalib
Dr. Amir bin Mohd Nason
Hak Cipta e-JOURNAL © 2020: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
e-ISSN: 2756-844X
Penerbit: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sg Petani Kedah
Ketua Editor untuk dihubungi: [email protected]
Sepatah dua kata mengenai e-JOURNAL ini....
e-JOURNAL ini adalah naskah pertama daripada JPPI IPGKSAH setelah menjayakan
Seminar Penyelidikan dan Inovasi peringkat IPGKSAH hasil Bantuan Dana Inisiatif
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) #112 Tahun 2020.
Anugerah peruntukan ini adalah bagi melaksanakan aktiviti penyelidikan dan inovasi
untuk pemerkasaan semua Institusi Pendidikan Guru Kampus.
Diagih berdasarkan bilangan pensyarah bagi menyemarakkan aktiviti kesarjanaan dalam
kalangan pemimpin dan pensyarah.
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGKSAH (JPPI) dengan
Kerjasama Majlis Akademia dan PROSPEN
telah mengambil tanggungjawab ini dengan membuka
ruang secukupnya kepada semua pensyarah melaksanakan penyelidikan dan inovasi.
Hasilnya 18 penyelidikan dan 13 inovasi telah dihasilkan.
Seminar Penyelidikan dan Inovasi 2020 yang dirancang adalah kemuncak usaha
merealisasikan peruntukan ini
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 3
KANDUNGAN
BIL TAJUK KAJIAN PEMBENTANG M/S
7
1 JURANG UJIAN PRA-PASCA KURSUS DALAM WAH MONG
TALIAN COACHING OF COACHES BIMBINGAN WEH
INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Ng Kok Fu PhD & Wah Mong Weh
Jabatan Sains dan Matematik
2 PEMBANGUNAN INSTRUMEN ELEMEN INPUT DR. HJH. 15
UNTUK PROGRAM PENILAIAN PENTAKSIRAN SUZANA BINTI
BILIK DARJAH ABD MUTALIB
Suzana Abd Mutalib, PhD & Mohammad Zeeree Kanreng,
PhD.
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3 PENDEKATAN MODEL INSTRUKSIONAL 5E RAJMAH BT 27
MELALUI INTERVENSI PERMAINAN COMATCH OTHMAN
DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN
PEMBELAJARAN MENGENAL WARNA DALAM
KALANGAN KANAK-KANAK
Rozana Abdul Rahim PhD, Hamidah Abdul Hamid &
Rajmah Othman.
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
4 APLIKASI PETA PEMIKIRAN i-THINK DALAM ARFAH BINTI 42
KURSUS BMLB3013 PELAJAR IPG: SATU TINJAUAN AHAMAD
Arfah Ahamad PhD, Mohd Januri Aiyub, Mohd, Noor Ahmad,
Daud Md. Saman, Ibrahim Bakar & Suheimi Abdul.
Jabatan Pengajian Melayu
5 PERMAINAN VIDEO BERUNSUR POSITIF: SENPAGAM A/P 55
PENINGKATAN TUMPUAN PELAJAR-PELAJAR GURUSAMY
ADHD
Senpagam Gurusamy, Azmi Abu Bakar, Ananthan Nagu PhD,
Mohd Alpian Ali & Zakaria Abdul Wahab.
Jabatan Ilmu Pendidikan
6 KESEDIAAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET BASKARAN A/L 66
SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN SUBRAMANIAM
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI SISWA
GURU DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
SULTAN ABDUL HALIM.
Zakaria Saad, Baskaran Subramaniam, Malar Muthiah PhD,
Abdul Malek Yaakub, Chin Soo Fong & Othayakumaran
Kandasamy.
Jabatan Sains Sosial
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 4
7 PENGLIBATAN PENSYARAH WANITA IPGM DR. JUNAIDY 82
DALAM AKTIVITI KECERGASAN FIZIKAL BIN MOHAMAD
BERDASARKAN AMALAN “7 PERSEPSI CORBIN & HASHIM
LINDSEY [1978]”
Junaidy Mohamad Hashim PhD, Arfah Ahamad PhD, Suzana
Abdul Mutalib PhD, Rohana Yahya PhD & Amir Mohd Nason
PhD
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
8 POS COVID-19: CABARAN DAN KEMAHIRAN GURU SITI HASLINA 92
SEKOLAH RENDAH UNTUK TERUS EFEKTIF DI BINTI
DALAM BILIK DARJAH MOHAMAD
Kamala Sengalrayan, Siti Haslina Mohamad Shah, Rosli SHAH
Abdul Hakim & Intan Zalinda Ahmad Zaini.
Jabatan Ilmu Pendidikan
9 MENAMBAHBAIK INFORMASI MENGENAI ASPEK DR. ROHANA 107
HORMON DAN PERUBAHAN TINGKAHLAKU BT YAHYA
PELAJAR DALAM MENGAJAR PENDIDIKAN
KESIHATAN TINGKATAN 1 HINGGA 5
Rohana Yahya PhD, Azizah Mohamad, Syed Ahmad Ezahar
Syed Ambon & Rosli Hamid
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
10 AMALAN KONSEP 4C PAK 21 DALAM KALANGAN DR. AMIR BIN 119
GURU KBD DINI NEGERI KEDAH MOHD NASON
Ishak Abdul Manaf PhD, Afifah Abu Bakar, Amir Mohd
Nason PhD, Md Zuki Hashim, Muazah Abu Samah, Mohd
Alpian Ali, Kholid Salleh & Azimah Abdullah.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
11 TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU- DR. MALAR A/P 131
GURU BAHARU SEKOLAH RENDAH TERHADAP MUTHIAH
PENGGUNAAN APLIKASI KAHOOT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Malar Muthiah PhD, Mohd Fauzi Rejab, Mahmud Khusairi
Abdullah & Ananthan Nagu PhD
Jabatan Sains Sosial
12 TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH: DR. ROHANI 146
KEMAHIRAN KEPEMIMPINAN, AUTONOMI DAN BIN CHE
TANGGUNGJAWAB (KAT) DALAM KALANGAN HASHIM
SISWA GURU SEMESTER 8 DI IPGK ZON UTARA
Rohani Che Hashim PhD, Abdul Rahim Othman, Hamiza
Ismail & Farah Ziba Zainal Abidin.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
13 PELAKSANAAN PBD DALAM KALANGAN GURU- MOHD JANURI 157
GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BIN AIYUB
Wan Roslina Wan Ismail PhD, Mohd Januri Aiyub, Daud Mat
Saman, Arfah Ahamad PhD & Nafishah Jusoh.
Jabatan Pengajian Melayu
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 5
14 PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK MD ZAHIR BIN 171
PSIKOPENDIDIKAN DALAM MENINGKATKAN ABDUL HAMID 181
MOTIVASI PENCAPAIAN ANGGOTA KUMPULAN 197
PELAKSANA IPGKSAH. 211
Norfashadirah Desa & Md Zahir Abdul Hamid.
Unit Psikologi dan Kaunseling
15 AMALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ROSS LINA
DALAM KOKURIKULUM BINTI MANSOR
Ross Lina Mansor, Mohd Zainuri Embi, Noor Hayati Ariffin,
Nur Eliyawaton Mohd Alias & Ng Kheng Loon.
Unit Kokurikulum
16 SOSIOBUDAYA MASYARAKAT SATUN THAILAND DR. HJH WAN
DAN HUBUNG KAIT DENGAN MASYARAKAT ROSLINA BINTI
MELAYU KEDAH: SATU TINJAUAN WAN ISMAIL
Wan Roslina Wan Ismail PhD, Mohd Noor Ahmad, Abdul
Rahim Othman, Suhemi Abdul, Ibrahim Bakar & Normi Mohd
Dali.
Jabatan Pengajian Melayu
17 ITQAN ASAS PEMUPUKAN BUDAYA KERJA DR. ROHANI
CEMERLANG BINTI CHE
Ridzuan Ahmad PhD, Mohamad Roslan Abdul Razak, Ahmad HASHIM
Nadri Mat Daud & Rohani Che Hashim PhD
Pengurusan IPGKSAH
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 6
JURANG UJIAN PRA-PASCA KURSUS DALAM TALIAN COACHING OF
COACHES BIMBINGAN INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Ng Kok Fu, PhD & Wah Mong Weh
Corresponding author:
Dr. Ng Kok Fu
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jurang ujian pra-pasca sebelum dan selepas peserta mengikuti
kursus dalam talian (DT) Coaching of Coaches (COC) Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik
Darjah (BI-PBD) anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kursus dilaksanakan menerusi pelantar
Google Classroom (GC) semasa tempoh PKPP. Instrumen ujian pra dan ujian pasca dibina
berdasarkan kerangka modul bimbingan instruksional pelaksanaan PBD yang disesuaikan dari model
Impact Cycle. Instrumen mengandungi 35 item dalam 5 aspek kandungan kursus: Konsep dan
Pelaksanaan PBD, Perancangan PdP untuk Tujuan PBD, Persediaan PdP untuk Tujuan PBD,
Pelaksanaan PdP untuk Tujuan PBD, dan Bimbingan Instruksional. Seramai 1,671 peserta seluruh
negara yang menyertai GC telah menyempurnakan ujian pra dan ujian pasca. Respon peserta dianalisis
dan dilaporkan menggunakan statistik deskriptif bagi setiap aspek dalam instrumen. Analisis
menunjukkan peserta mencatatkan peningkatan tahap penilaian kendiri dalam kesemua aspek
kandungan kursus. Dapatan juga menunjukkan aspek Bimbingan Instruksional ialah kandungan kursus
yang paling ramai peserta (19.8%) mencatatkan jurang pra-pasca kursus yang tinggi manakala aspek
Konsep dan Pelaksanaan PBD paling sedikit (10.5%). Bagaimanapun, kesemua aspek kursus
mencatatkan jurang negatif di kalangan 2.9% hingga 3.9% peserta dan jurang sifar di kalangan 16.0%
hingga 23.9% peserta. Ini mencadangkan siasatan lanjut perlu diadakan bagi mengenal pasti punca
jurang sedemikian dalam pelaksanaan kursus.
Kata kunci: Jurang ujian pra-pasca, Bimbingan instruksional, Pentaksiran bilik darjah, Impact cycle
PENGENALAN
Berikutan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan amalan peperiksaan
untuk semua murid tahap 1 mulai tahun 2019, semua sekolah perlu melaksanakan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) bagi mentaksir pembelajaran murid. Satu pasukan Master Trainers (MT) PBD di bawah
Pusat Pembangunan Latihan (PPL), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah ditubuhkan untuk
menyediakan latihan bagi membangunkan kapasiti guru dalam pelaksanaan PBD.
Tugas utama pasukan MT PBD adalah untuk menyediakan latihan pembangunan kapasiti terutamanya
kepada kumpulan kepimpinan utama (Senior Leadership Team atau SLT) dan Penolong Kanan dan
Ketua Panitia (Middle Leadership Team atau MLT) sekolah bagi menjayakan pelaksanaan PBD.
Kumpulan kepimpinan SLT dan MLT berperanan membimbing guru-guru untuk melaksanakan PBD di
dalam bilik darjah. Bagi tujuan tersebut, satu kursus Coaching of Coaches (COC) Bimbingan
Instruksional Pentaksiran Bilik Darjah (COC BI-PBD) telah dibangunkan dan dilaksanakan terhadap
1910 orang SLT pada tahun 2019 untuk tujuan mempertingkatkan kompetensi mereka sebagai
pembimbing instruksional PBD di bawah Inisiatif PPPM #111.
Pada tahun 2020, berikutan tercetusnya pandemik Covid-19 kursus COC BI-PBD dengan sedikit
pengubahsuaian telah ditawarkan kepada semua guru seluruh negara secara dalam talian. Pembangunan
profesionalisme guru adalah penting sebagai langkah mewujudkan pendidikan negara yang lebih baik
tetapi yang lebih penting ialah usaha menentukan keberkesanan pembangunan profesionalisme para
guru (Doucet, Netolicky, Timmers & Tuscano, 2020) terutamanya di era pandemik.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 7
Pernyataan Masalah
Kursus COC BI-PBD telah dilaksanakan secara bersemuka sepanjang tahun 2019 sehingga Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 diumumkan pada bulan Mac 2020. Sehubungan itu IPGM telah
memutuskan supaya kursus COC BI-PBD dibuka kepada semua guru seluruh negara. Kursus dijalankan
secara dalam talian (DT) menggunakan pelantar Google Classroom (GC) dalam tiga kelompok kelas di
mana bilangan maksimum peserta kursus setiap kelas ialah seribu orang. Kandungan kursus disusun
mengikut 13 slot dan setiap slot disediakan penerangan lisan oleh MT menggunakan rakaman suara
dalam setiap slaid yang disediakan. Dalam mod latihan ini, interaksi antara peserta kursus dan fasilitator
adalah minimum dan penyampaian maklumat adalah berbentuk sehala. Di samping itu pengukuran
penguasaan kandungan kursus tidak dijalankan sepanjang tempoh kursus dilaksanakan.
Objektif Kajian
Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan keberkesanan mod latihan
dalam talian khususnya maklumat jurang pengetahuan peserta sebelum dan selepas kursus. Maklumat
ini seterusnya dapat membantu pelaksanaan latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB)
dalam talian yang lebih berkesan di masa akan datang.
Persoalan Kajian
1. Sejauh mana jurang pengetahuan peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus secara dalam talian
COC BI-PBD?
2. Apakah aspek kandungan kursus yang paling ramai peserta kursus mencatatkan jurang pra-pasca
kursus yang tinggi?
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra ditadbir sebelum peserta
memulakan kursus manakala ujian pasca yang sama ditadbir selepas peserta menyempurnakan kursus.
Ujian pra dan ujian pasca ditadbir secara dalam talian melalui aplikasi web yang dibangunkan oleh
pengkaji sendiri.
Kursus COC BI-PBD secara dalam talian dilaksanakan dengan membuka tiga kelompok kelas GC
mengikut zon iaitu zon Utara-Timur, zon Tengah-Selatan dan zon Sabah-Sarawak. Setiap kelas GC
boleh menerima penyertaan maksimum sehingga seribu peserta. Penyertaan kursus adalah secara
sukarela melalui penggunaan kod kelas yang diumumkan secara meluas melalui media sosial. Tempoh
kursus ialah 28 Mei 2020 hingga 30 Jun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
dilaksanakan. Penyertaan dalam ketiga-tiga zon telah mencapai bilangan maksimum di hujung tempoh
kursus.
Sebelum mengikuti kandungan kursus yang disediakan dalam GC, peserta dikehendaki mengambil ujian
pra melalui pautan yang disediakan. Setelah mengikuti semua kandungan kursus, peserta perlu
menjawab ujian pasca sebelum kehadiran kursus direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL)
KPM. Seramai 3,675 responden telah mengambil ujian pra di mana 2,478 daripada responden itu
menjawab ujian pasca. Daripada jumlah itu, seramai 1,671 responden dikenal pasti telah menyertai kelas
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 8
GC yang disediakan. Hanya respon dari 1,671 peserta kursus ini dianalisis dan dilaporkan dalam kajian
ini. Tempoh respon peserta direkodkan ialah dari 8 Jun 2020 hingga 11 Julai 2020.
Instrumen yang digunakan dalam ujian pra dan ujian pasca adalah berdasarkan kerangka modul
bimbingan instruksional pelaksanaan PBD (Rajah 1) yang disesuaikan dari model Impact Cycle (Knight,
2007, 2018). Instrumen ini diadaptasi dari instrumen yang dibangunkan oleh pasukan MT PBD (Lee,
Ng, & Mimma, 2019). Instrumen mengandungi 35 item dalam 5 aspek kandungan kursus: 7 item bagi
aspek Konsep dan Pelaksanaan PBD, 8 item bagi aspek Perancangan PdP untuk Tujuan PBD, 6 item
bagi aspek Persediaan PdP untuk Tujuan PBD, 5 item bagi aspek Pelaksanaan PdP untuk Tujuan PBD,
dan 9 item bagi aspek Bimbingan Instruksional. Peserta kursus membuat penilaian kendiri terhadap
setiap item berdasarkan skala Likert 4 mata.
Rajah 1. Kerangka modul bimbingan instruksional pelaksanaan PBD.
Respon peserta dianalisis dan dilaporkan menggunakan statistik deskriptif bagi setiap aspek dalam
instrumen. Purata skor peserta dalam setiap aspek instrumen digunakan untuk menentukan peratus tahap
penilaian kendiri peserta sebelum dan selepas kursus mengikut takrifan dalam Jadual 1.
Jadual 1
Tahap Penilaian Kendiri Skor Ujian Pra dan Pasca
Julat skor purata, x Tahap penilaian kendiri
1.00 ≤ x ≤ 2.00 Rendah
2.00 < x ≤ 3.00 Sederhana
3.00 < x ≤ 4.00
Tinggi
Jurang ujian pra dan ujian pasca bagi setiap peserta ditentukan berdasarkan perbezaan antara skor purata
peserta dalam setiap aspek instrumen. Jurang maksimum ialah +3 iaitu skor pasca 4 tolak skor pra 1.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 9
Jurang minimum ialah –3 iaitu skor pasca 1 tolak skor pra 4. Tahap jurang pra dan pasca dilaporkan
berdasarkan takrifan dalam Jadual 2.
Jadual 2
Tahap Jurang Pra-Pasca Kursus
Julat jurang, j Tahap jurang
1.00 < j ≤ 3.00
0.00 < j ≤ 1.00 Tinggi
Rendah
j=0 Tiada
–3.00 < j < 0 Negatif
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan analisis ujian pra dan ujian pasca kursus dalam talian COC BI-PBD menunjukkan secara
keseluruhan peningkatan yang baik dalam penguasaan kandungan kursus melalui penilaian kendiri
dalam kelima-lima aspek. Kesemua aspek mencatatkan peningkatan dalam peratus responden yang
berada pada kategori Tinggi, dan mencatatkan penurunan yang jelas dalam peratus responden yang
berada dalam kategori Sederhana dan Rendah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3 dan Rajah 2. Hasil
analisis menunjukkan secara keseluruhan kursus dalam talian COC BI-PBD telah berjaya meningkatkan
tahap kompetensi peserta kursus terhadap kesemua aspek kandungan kursus yang disampaikan.
Jadual 3 juga menunjukkan selepas kursus masih terdapat separuh (50.7%) daripada peserta kursus
mencatatkan tahap sederhana dan rendah dalam aspek Bimbingan Instruksional. Hal ini menunjukkan
mod latihan secara dalam talian mungkin tidak begitu berkesan untuk menyampaikan kandungan kursus
ini yang banyak menekankan kemahiran amali bimbingan.
Jadual 4 menunjukkan bilangan peserta yang mencatatkan pelbagai tahap jurang pra-pasca kursus dalam
kelima-lima aspek kandungan kursus. Jurang pra-pasca yang positif (tahap tinggi dan rendah) terjadi
jika skor purata penilaian kendiri peserta selepas kursus (ujian pasca) adalah lebih tinggi dari skor purata
penilaian kendiri peserta sebelum kursus (ujian pra). Sebaliknya jurang pra-pasca yang negatif atau
jurang sifar terjadi jika skor purata ujian pasca adalah lebih rendah dari atau bersamaan dengan skor
purata ujian pra.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 10
Jadual 3
Bilangan Peserta Mengikut Tahap Penilaian Kendiri Pra dan Pasca Kursus DT COC BI-PBD
Tahap penilaian kendiri
Pra kursus Pasca kursus
Aspek kandungan kursus Tinggi Sederhana Rendah Tinggi Sederhana Rendah
Konsep dan 249 1270 152
1062 606 3
Pelaksanaan PBD 14.9% 76.0% 9.1%
63.6% 36.3% 0.2%
Perancangan PdP 191
untuk Tujuan PBD 1218 262 941 723 7
11.4%
Persediaan PdP 72.9% 15.7% 56.3% 43.3% 0.4%
untuk Tujuan PBD 183
1201 287 935 732 4
Pelaksanaan PdP 11.0%
untuk Tujuan PBD 71.9% 17.2% 56.0% 43.8% 0.2%
252
Bimbingan 1152 267 978 688 5
Instruksional 15.1%
68.9% 16.0% 58.5% 41.2% 0.3%
141
1058 472 824 832 15
8.4%
63.3% 28.2% 49.3% 49.8% 0.9%
Rajah 2. Carta menunjukkan perbandingan tahap penilaian kendiri peserta sebelum dan selepas kursus
DT COC BI-PBD.
Dapatan dalam Jadual 4 dan Rajah 3 menunjukkan aspek Bimbingan Instruksional ialah kandungan
kursus yang paling ramai peserta kursus (331 orang atau 19.8%) mencatatkan jurang pra-pasca kursus
yang tinggi. Hal ini berlaku kerana bimbingan instruksional merupakan kandungan kursus yang baharu
untuk peserta kursus. Seramai 472 (28.2%) orang peserta kursus telah merekodkan tahap penilaian
kendiri yang rendah dalam aspek Bimbingan Instruksional sebelum menyertai kursus manakala selepas
kursus angka ini tinggal 15 orang atau 0.9% sahaja (lihat Jadual 3 dan Rajah 2). Oleh yang demikian
kursus COC BI-PBD yang ditawarkan berjaya menambah ilmu dalam bidang bimbingan instruksional
di kalangan peserta kursus.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 11
Jadual 4 juga menunjukkan aspek Konsep dan Pelaksanaan PBD adalah kandungan kursus yang paling
sedikit peserta kursus (175 orang atau 10.5%) mencatatkan jurang pra-pasca kursus yang tinggi. Hal ini
kerana PBD bukan satu perkara yang baharu bagi guru-guru sekolah, malah pentaksiran berasaskan
sekolah telah mula diperkenalkan di sekolah sejak tahun 2011. Amalan PBD yang bermula pada 2016
sebenarnya mengekalkan semua konsep pentaksiran sekolah. Oleh itu ramai peserta kursus telah
mempunyai konsep PBD dan kemahiran pelaksanaan PBD sebelum mengikuti kursus ini. Maka tidak
ramai peserta yang mencatatkan jurang pra-pasca kursus yang tinggi.
Bagaimanapun, Jadual 4 dan Rajah 3 juga menunjukkan kesemua kandungan kursus mencatatkan jurang
negatif di kalangan 2.9% hingga 3.9% peserta dan jurang sifar di kalangan 16.0% hingga 23.9% peserta.
Peserta kursus mendapati kursus yang disertainya tidak banyak menambah ilmunya, malah ada yang
menilai tahap penguasaan selepas kursus lebih rendah dari sebelum mengikuti kursus. Jurang negatif
juga mungkin disebabkan oleh penyampaian kandungan yang mengelirukan peserta kursus lebih-lebih
lagi dalam suasana kursus secara dalam talian dengan kurangnya interaksi antara peserta dan fasilitator.
Siasatan lanjut perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar terjadi jurang sedemikian
terutamanya jurang negatif.
Jadual 4
Bilangan Peserta Mengikut Tahap Jurang Pra-Pasca Kursus DT COC BI-PBD
Tahap jurang pra-pasca kursus
Aspek kandungan kursus Tinggi Rendah Tiada Negatif
Konsep dan 175 1100 345 51
Pelaksanaan PBD
10.5% 65.8% 20.6% 3.1%
Perancangan PdP 242 1103 268 58
untuk Tujuan PBD
14.5% 66.0% 16.0% 3.5%
Persediaan PdP 204 1058 361 48
untuk Tujuan PBD
12.2% 63.3% 21.6% 2.9%
Pelaksanaan PdP 191 1014 400 66
untuk Tujuan PBD
11.4% 60.7% 23.9% 3.9%
Bimbingan 331 1007 279 54
Instruksional
19.8% 60.3% 16.7% 3.2%
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 12
Rajah 3. Carta peratus tahap jurang pra-pasca bagi lima kandungan kursus DT COC BI-PBD.
RUMUSAN
Laporan jurang pra-pasca kursus dalam talian COC BI-PBD ini adalah berdasarkan penilaian kendiri
oleh peserta kursus sebelum dan selepas mengikuti kursus melalui pelantar GC. Pada keseluruhan
kursus berjaya meningkatkan tahap kompetensi peserta kursus dalam kelima-lima aspek kandungan
kursus yang disampaikan. Aspek Bimbingan Instruksional merupakan aspek kandungan kursus paling
ramai peserta mencapai jurang pra-pasca tinggi berbanding aspek lain manakala aspek Konsep dan
Pelaksanaan PBD paling sedikit peserta mencapai jurang pra-pasca tinggi. Oleh itu bimbingan
instruksional adalah aspek kandungan kursus yang dapat memberi nilai tambah kepada guru-guru dan
harus dipertingkatkan lagi manakala kandungan Konsep dan Pelaksanaan PBD boleh dikurangkan
fokus. Selain itu, terdapat jurang negatif pada setiap aspek kandungan kursus. Kaedah pengendalian
kursus secara dalam talian ini perlu dikaji semula dan ditambah baik. Penglibatan fasilitator yang lebih
aktif dalam pengendalian kursus juga perlu dipertingkatkan. Pengukuran penguasaan kandungan kursus
juga perlu dilaksanakan sepanjang kursus. Semua ini bagi memastikan pelaksanaan kursus latihan PBB
adalah lebih berkesan di masa-masa akan datang.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 13
RUJUKAN
Doucet, A., Netolicky, D., Timmers, K., & Tuscano, F. J. (2020). Thinking about pedagogy in an
unfolding pandemic: An independent report on ppproaches to distance learning during
COVID19school closures. https://issuu.com/educationinternational/docs/2020_research_covid-
19_eng
Knight, J. (2007). Instructional coaching: A partnership approach to improving instruction. Thousand
Oaks, CA.: Corwin Press.
Knight, J. (2018). The Impact Cycle: What instructional coaches should do to foster powerful
improvements in teaching. Thousand Oaks, CA.: Sage Publications.
Lee, W. H., Ng, K. F., & Mimma Sayuti Mat Khalid. (2019). Laporan analisis instrumen pra dan pasca
kursus coaching of coaches (COC) bimbingan instruksional pentaksiran bilik darjah.
Unpublished manuscript.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 14
PEMBANGUNAN INSTRUMEN ELEMEN INPUT UNTUK PROGRAM PENILAIAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Suzana binti Abd Mutalib, PhD & Mohammad Zeeree bin Kanreng, PhD
Corresponding author:
Dr. Suzana binti Abdul Mutalib
Abstrak
Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap elemen input pentaksiran bilik darjah yang terdapat
pada guru dan pihak pentakbir. Bagaimanapun, sebelum kajian dijalankan, langkah-langkah
pembinaan instrumen soal selidik elemen input penilaian pentaksiran bilik darjah dikenalpasti terlebih
dahulu melalui kajian literatur. Proses pembinaan item yang tepat dan berkualiti penting bagi
memastikan soal selidik kajian benar-benar mengukur konstruk kajian. Konstruk elemen input penilaian
yang dikenalpasti meliputi aspek pengetahuan, aspek kemahiran dan aspek sikap. Pembinaan item bagi
ketiga-tiga konstruk tersebut dilakukan langkah demi langkah menggunakan senarai semak pembinaan
instrumen empat langkah oleh Benson dan Clark (1983) yang bermula dengan langkah perancangan,
langkah pembinaan, langkah penilaian kuantitatif dan langkah pengesahan item dengan
mengaplikasikan prinsip psychometric. Rujukan literatur dan pembentukan Jadual Spesifikasi Item
dilakukan sebanyak dua draf, dua kali proses pengesahan pakar dilakukan bersekali dengan Teknik
Delphi, tiga kali ujian rintis dengan mengambilkira nilai Cronbach’s Alpha dan nilai jarak antara
kuartil. Saiz sample bagi rintis ketiga ialah 424. Hasil analisis Teknik Delphi pusingan kedua sebanyak
6 item digugurkan kerana mencapai nilai JAK 2.0, manakala item-item lain dimurnikan berdasarkan
analisis komen antara pakar. Keputusan ujian pekali korelasi data kajian rintis ketiga mempunyai nilai
pekali korelasi dengan jumlah skor 0.421 hingga 0.907 bagi semua item. Keputusan analisis faktor data
rintis ketiga menunjukkan item 5 item digugurkan item-item lain mencatatkan nilai melebihi pekali 0.4
item dikekalkan. Nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi ketiga-tiga elemen input berada dalam
lingkungan .792 hingga .966. Keputusan ujian pekali korelasi data kajian rintis ketiga dengan jumlah
skor 0.421 hingga 0.907 bagi semua item. Sebanyak 7 item diterima bagi elemen input pengetahuan, 11
item bagi elemen input kemahiran dan 7 item bagi elemen input sikap.
Kata Kunci: pembinaan item, elemen input, penilaian program, kemahiran pentaksiran bilik
darjah, sikap guru, pengetahuan guru, Teknik Delphi, Jarak antara kuartil.
PENGENALAN
Setiap penyelidik mempunyai etika dan tanggungjawab untuk menjalankan kajian yang berkualiti.
Kajian yang berkualiti adalah bergantung kepada instrumen yang berkualiti dan dibina secara
profesional melalui proses yang bersistematik. Walau bagaimanapun, membina item instrumen
bukanlah tugasan yang mudah, mengambil masa yang lama dan usaha yang jitu. Kumpulan penyelidik
atau penyelidik pakar juga memerlukan masa yang lama, minimun dua bulan untuk membina soal selidik
secara intensif (Korb, 2013). Pelbagai proses dilalui termasuklah melakukan ujian rintis, membina draf-
draf sebelum mempunyai soal selidik yang berkualiti. Seorang penyelidik perlu memperuntukan masa
yang secukupnya untuk merancang, menganalisis kajian-kajian literatur, membina Jadual Spesifikasi
item, membina item, menguji item dengan menjalankan penilaian kuantitatif melalui kajian rintis dan
Teknik Delphi, membuat semakan dan pemurnian. Semua proses-proses ini penting agar item yang
dibina dapat difahami oleh sesiapa sahaja yang menjawab soal selidik tersebut (Benson & Clark, 1983;
Korb, 2013). Pernyataan item yang tidak jelas dan tepat boleh menyebabkan peserta memberikan
jawapan yang salah dan menjadikan sesuatu kajian tidak dapat mengukur perkara yang hendak diukur.
Item instrumen yang berkualiti penting bagi memastikan alat kajian sains sosial seperti seperti soal
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 15
selidik yang digunakan benar-benar tepat mengukur perkara yang dikaji (Cohen & Swerdlik, 2018).
Bagi memastikan soal selidik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, prosedur
pembinaan soal selidik mestilah dipatuhi.
Fokus kajian adalah mengenai pembangunan instrumen elemen input dalam kajian penilaian pentaksiran
bilik darjah dengan menggunakan pembanguan instrumen Benson dan Clark (1983) yang meliputi
empat langkah. Langkah pertama ialah perancangan yang meliputi penetapan tujuan kajian dan
kumpulan sasaran, mengenalpasti konstruk kajian, mencari kajian literatur berkaitan konstruk kajian
atau variable yang terlibat serta memilih format item instrumen. Sebagaimana fokus kajian yang
berkaitan pembinaan item instrumen elemen input bagi penilaian pentaskiran bilik darjah, maka
kumpulan sasaran adalah guru-guru. Penetapan dibuat untuk mengambil guru pendidikan awal kanak-
kanak sebagai sasaran kajian ini. Keputusan ini dibuat atas keyakinan bahawa guru-guru prasekolah
memiliki kepakaran menjalankan pentaksiran bilik darjah berdasarkan peruntukan Akta Pendidikan
1996. Pentaksiran bilik darjah adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan
dijalankan secara berterusan dan dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Akta Pendidikan 1996
– Akta 550 (KSPK, 2017). Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan
diperjelaskan lagi dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan (Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam
perenggan 5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan
murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Sebagaimana yang difahami, pentaksiran bilik darjah adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dan dijalankan secara berterusan serta bersifat formatif (Chappuis, Stiggins, Chappuis &
Arter, 2012; Griffin & Care, 2014). Atas tujuan melaksanakan kajian berkaitan penilaian pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah, analisis literatur dilakukan. Konstruk atau variable pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru sebagai pelaksana antara yang kerap dikaji. Pengetahuan guru berkaitan pentaksiran
adalah peringkat asas dan konsep, namun pengetahuan ini sangat penting untuk memastikan guru benar-
benar memahami pentaksiran agar pengaplikasiannya dalam proses pengajaran dan penbemalajaran
tepat dan benar-benar mengukur perkembangan murid-murid. Atas dasar pembinaan item, maka skala
yang digunakan untuk mengukur kesepakatan pakar ialah 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju,
3=kurang setuju, 4=setuju dan 5=sangat setuju. Penggunaan skala likert 5 mata untuk kesepakatan pakar
digunakan memandangkan bukan mereka yang menjawab item tersebut, namum kandungan item yang
diambilkira. Namun skala yang digunakan untuk kajian rintis ialah “ya” mewakili tahu dan “tidak” bagi
mewakili tidak tahu. Item yang dibina juga mempunyai pemeringkatan aras dari aplikasi sehingga
kepada penilaian.
Kemahiran guru dalam melaksanakan PBD perlu diberikan perhatian yang serius. Kemahiran guru
termasuklah merancang secara sistematik, mempelbagaikan teknik pentaksiran, pengumpulan data,
memberikan maklum balas yang berkesan serta melakukan proses pengayaaan untuk meningkatkan lagi
kualiti pembelajaran murid (Graham, Hebert & Haris, 2015; Follmer & Stefanou 2014). Kemahiran guru
diukur dengan Skala Likert 1=sangat rendah, 2=rendah, 3=sederhana, 4=tinggi dan 5=sangat tinggi.
Penyelidik membina item bagi menilai pembentukan sikap positif guru terhadap pentaksiran.
Memandangkan tiada instrumen khusus untuk mengukur sikap guru terhadap pelaksanaan Pentaksiran
Sekolah, maka penyelidik membina dan mengubah suai item berkaitan penilaian sikap daripada kajian
yang dijalankan Jamil (2002). Item sikap dinilai dengan 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=kurang
setuju, 4=setuju dan 5=sangat setuju.
Pengkaji-pengkaji seperti Black (2013, 2015), Black dan Wiliam (1998, 2009), Wiliam (2011), Wiliam
dan Thompson (2017), pengkaji dalam negara seperti Faizah (2011), Suzana (2015), Suzana dan Jamil
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 16
(2012), Aniza dan Zamri (2015), Noraini dan Zamri (2016), Azhar (2017), Ramlah, Jamil & analisa
(2015) SH. Siti Hauzimah (2018), Nor farahin dan Mohd Isa (2019), Nor Zaiton dan Jamaludin (2016),
Talib, Kamsah, Naim, Latif, Abu Naim dan Abdul Latif (2014), Zaiton dan Jamaludin (2016), Rahaya
dan Mohd Najid menggunakan konstruk pengetahuan, kemahiran dan sikap sebagai elemen utama
dalam kajian mereka terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Walau bagaimanapun, penekanan
item instrumen masing-masing bergantung kepada fokus kajian masing-masing.
Peringkat kedua dalam pembinaan Instrumen oleh Benson dan Clark (1982) ialah membina item. Item
dibina berpandukan penjelasan konstruk dan aras item yang ditetapkan pengkaji dalam JSI. Dalam
pembinaan draf pertama, sejumlah 13 item untuk aspek pengetahuan, 20 item untuk aspek kemahiran
dan 11 aspek sikap. Kesemua item disemak dengan merujuk kepada JSI. Item yang tidak menepati JSI
dibaiki dan item yang bertindan dibuang. Proses penyemakan item dilakukan sehingga pengkaji berpuas
hati dan membuat keputusan supaya draf instrumen melalui peringkat ketiga iaitu penilaian kuantitatif.
Peringkat penilaian kuantitatif bermula serentak untuk kajian rintis dan semakan pakar melalui Tenik
Delphi. Data rintis pertama, kedua dan ketiga dianalisis untuk menguji kesahan melalui kesahan kriteria
dan kebolehpercayaan item instrumen manakala data semakan pakar melalui Teknik Delphi pusingan
pertama dan kedua dilakukan untuk menguji kesahan kandungan (Mohd Majid 1998). Semakan pakar
melalui Teknik Delphi bertujuan mendapatkan ketepatan instrumen kerana instrumen masih baharu,
belum dibuktikan lagi dan bertujuan untuk meningkatkan kesahan instrumen itu sendiri. Instrumen ini
kemudiannya dimurnikan berdasarkan hasil analisis kajian rintis dan hasil analisis kualitatif dan
kuantitatif proses semakan pakar. Semua item diteliti semula dan item yang mempunyai nilai koefisien
korelasi kurang daripada 0.30 digugurkan seperti yang sarankan oleh Nunnally (1978). Item yang
mempunyai nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang kurang daripada 0.7 dibaiki atau digugurkan.
Begitu juga item yang mempunyai nilai Jarak Antara Kuartal (JAK) 1.01 hingga ≥ 2.00 telah dibaiki
atau digugurkan. Data Teknik Delphi dilakukan analisis persetujuan dengan mengira JAK, manakala
komen pakar dilakukan untuk analisis kualitatif.
Peringkat pengesahan bertujuan untuk mengesahkan instrumen. Analisis faktor dijalankan untuk
mendapatkan kesahan konstruk. Data Teknik Delphi pusingan kedua pula dilakukan analisis persetujuan
JAK, manakala komen pakar dilakukan analisis kualitatif. Berdasarkan analisis persetujauan JAK dan
analisis kualitatif komen pakar, pemurnian akhir dilakukan sebelum 25 item instrumen yang lengkap
dibentuk.
Objektif
1. Mengenal pasti item-item untuk instrumen soal selidik kajian input penilaian program
pentaksiran bilik darjah
Persoalan Kajian
1. Apakah item-item instrumen soal selidik kajian input penilaian program pentaksiran bilik
darjah
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif melalui kaedah tinjauan disamping
mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui Teknik Delphi. Kedua-dua pendekatan digunakan secara
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 17
bergabung atas tujuan mendapatkan data yang jitu berkaitan dengan program pentaksiran formatif
melalui penilaian input item instrumen dibina terlebih dahulu. Dengan mengintegrasikan kepelbagaian
kaedah pengutipan data dan kepelbagaian kaedah analisis pembinaan item instrumen dapat dijalankan
dengan lancar. Kajian rintis melalui kaedah tinjauan tidak dijalankan secara serentak dengan Teknik
Delphi. Kedua-dua pendekatan dan kaedah dijalankan secara serentak dalam proses pengumpulan data
Teknik Delphi sahaja. Ini bermaksud melalui Teknik Delphi, kedua-dua jenis data kuantitatif dan data
kualitatif diperoleh secara serentak. Analisis kedua-dua pendekatan dibuat secara berfasa berdasarkan
empat langkah pembinaan item yang dicadangkan oleh Benson dan Clark (1983).
Sampel Kajian
Sampel kajian rintis adalah guru-guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Peserta dipilih
secara rawak mudah. Seramai 103 orang sampel dalam rintis 1, 526 sampel dalam rintis kedua dan 424
sampel dalam rintis ketiga. Sample Teknik Delphi ialah terdiri dari sepuluh orang pakar pentaksiran
yang dipilih secara sampel bertujuan. Tiga orang Jurulatih Utama (JU) prasekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia, tiga orang pensyarah IPTA, seorang Pegawai Pendidikan Negeri, seorang
Pegawai Bahagian Perkembangan Kurikulum, seorang Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia dan
seorang Profesor yang juga merupakan Penasihat Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Malaysia
(MAPACE).
Analisis Data
Ujian kesahan dilakukan melalui tiga aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan
kriteria manakala kebolehpercayaan instrumen diukur dengan mengira nilai Koefisien Alpha Cronbach
untuk mengukur ketekalan dalaman. Kesemua ujian kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan data
rintis dan Teknik Delphi.
a. Kesahan kandungan
Kesahan kandungan merujuk kepada keupayaan instrumen kajian mengukur kandungan bidang yang
dikaji dengan berkesan. Bagi menentukan kesahan kandungan instrumen kajian ini, pengkaji telah
melakukannya melalui peringkat perancangan dan pembinaan dalam langkah perancangan dan
pembinaan merujuk pembinaan item Benson dan Clark (1983) dan semakan pakar (Mohd Majid 1998).
Dalam peringkat perancangan dan pembinaan instrumen, kesahan kandungan dijalankan melalui
pembinaan JSI mengikut konstruk dan aras kesukaran. Menurut Abd Majid (1998) pembinaan JSI
membantu menetapkan kandungan bidang yang dikaji secara terperinci. Dengan menggunakan JSI item-
item dibina, disemak dan dibaiki sehingga pengkaji mengambil pertimbangan professional untuk agar
item ditadbir ujian rintis dan Teknik Delphi.
b. Kesahan Konstruk
Kesahan konstruk perlu dijalankan untuk melihat item instrumen mewakili konstruk yang diukur kerana
konstruk dibentuk daripada gabungan konsep melalui kajian perpustakaan (Mohd Majid 1998). Jenis
analisis faktor yang dijalankan ialah analisis faktor penerokaan (EFA) untuk menentukan item
berkelompok menjadi satu faktor sehingga mengukur suatu konstruk atau pemboleh ubah atau dimensi
kajian (Mohd Majid 1998; Tabachnick & Fidell, 2001). Dalam kajian ini analisis faktor dijalankan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 18
sebanyak 2 kali menggunakan data rintis kedua dan rintis ketiga bagi memastikan item benar-benar
berada di bawah konstruk dan memastikan item tekal pada konstruk yang betul.
c. Kesahan Kriteria
Kesahan kriteria boleh diukur melalui korelasi antara jumlah skor dengan skor setiap item atau pekali
kesahan. Menurut Mohd Majid (1998) pekali kesahan menyamai pekali korelasi, iaitu pekali kesahan
diukur melalui pekali korelasi. Nunnally (1978) menyatakan item yang mempunyai nilai korelasi item
yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correction) 0.40 ke atas mempunyai
kesahan yang tinggi, nilai 0.30 hingga 0.40 mempunyai kesahan sederhana tinggi, manakala nilai kurang
daripada 0.30 menunjukkan kesahan item rendah. Nilai pekali kesahan yang rendah menunjukkan item
mengukur sesuatu yang berbeza dengan konstruk yang hendak diukur dan item sepatutnya digugurkan
(Pallant 2011).
d. Teknik Delphi
Analisis kuantitatif data Teknik Delphi dilakukan dengan mengambil kira Jarak Antara Kuartil (JAK)
bertujuan untuk mengukur tahap kesepakatan setiap peserta kajian tentang item-item dalam draf
instrumen soal selidik. Jadual 2 menunjukkan nilai JAK.
Jadual 1
Nilai Jarak Antara Kuartal dan tahap kesepakatan penilai
Nilai JAK Tahap kesepakatan penilai
0.00 – 1.00 kesepakatan yang tinggi
1.01 – 1.99 kesepakatan yang sederhana
≥ 2.00 tiada kesepakatan
DAPATAN KAJIAN
Atas tujuan mendapatkan item kajian penilaian yang berkualiti elemen input pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru analisis terperinci dilakukan. Dapatan dibincangkan mengikut
proses analisis yang dilakukan. Jadual 2, 3 dan 4 menunjukkan hasil analisis Teknik Delphi
dan kesahan kandungan yang telah ditadbir kepada sepuluh orang pakar.
Jadual 2
Hasil analisis Teknik Delphi dan kesahan kandungan aspek pengetahuan pentaksiran
bilik darjah
Bil. Item pusingan kedua teknik Delphi Nilai JAK dan Item baharu
rumusan komen
B1 Pentaksiran formatif merupakan Pentaksiran formatif merupakan
proses pentaksiran yang Pakar Penilai proses pentaksiran yang
diintegrasikan dalam proses p&p. (kesahan kandungan) dijalankankan sepanjang proses
JAK=0.00, Perkataan p&p.
B2 Pentaksiran formatif mewajibkan diintegrasi boleh Pentaksiran formatif memerlukan
guru menyatakan dengan jelas mengelirukan. Item di guru menyatakan standard
baiki.
JAK=0.75. item dibaiki
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 19
standard pembelajaran yang hendak pembelajaran yang perlu dicapai
dicapai kepada murid. kepada murid.
B3 Pentaksiran formatif membekalkan JAK=0.00. Pentaksiran formatif membekalkan
maklumat serta merta tentang prestasi maklumat serta-merta tentang
pembelajaran murid. prestasi pembelajaran murid.
B4 Pentaksiran formatif mengandungi JAK=0.00. Pentaksiran formatif mengandungi
maklum balas bertujuan membantu maklum balas yang bertujuan
meningkatkan pembelajaran murid. membantu meningkatkan
pembelajaran murid.
B5 Pentaksiran formatif membenarkan JAK=0.00. item dibaiki Pentaksiran formatif menggunakan
penggunaan pelbagai teknik pelbagai teknik untuk mendapat
pentaksiran untuk mendapat maklumat pembelajaran murid.
maklumat pembelajaran murid.
B6 Pentaksiran formatif mengalakkan Item di murnikan Gred dan markah tidak penting
guru memberikan gred atau markah (cadangan 3 pakar dalam pentaksiran formatif.
kepada hasil tugasan dan latihan penilai).
murid.
B7 Maklumat pentaksiran formatif JAK=0.00. Maklumat pentaksiran formatif
digunakan untuk membuat keputusan digunakan untuk membuat
berkaitan p&p bagi meningkatkan keputusan berkaitan p&p.
keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran murid.
* JAK – nilai Jarak antara kuartil (JAK) diperolehi daripada analisis Persetujuan pakar Penilai Kesahan instrumen
Berdasarkan Jadual 2, nilai JAK bagi semua item ialah pada 0.00 - 1.00, bermakna semua item
mempunyai nilai kesepakatan yang tinggi untuk dikekalkan. Namun, analisis kandungan
menunjukkan semua item perlu dimurnikan dari aspek bahasa agar lebih bermakna dan
menepati pengetahuan terhadap konsep asas pentaksiran bilik darjah.
Jadual 3
Hasil analisis Teknik Delphi dan kesahan kandungan aspek kemahiran pentaksiran
bilik darjah
Bil Item pusingan kedua teknik Nilai JAK dan Item baharu
Delphi rumusan komen Pakar
Penilai (kesahan
kandungan)
C8 Merancang aktiviti pentaksiran JAK=0.00. Merancang aktiviti pentaksiran
formatif untuk diaplikasikan dalam formatif untuk diaplikasikan dalam
proses p&p. proses p&p.
C9 Membina soalan latihan, tugasan JAK=0.75. Soalan Membina aktiviti supaya selari
dengan standard/objektif
dan projek pentaksiran formatif latihan tukar kepada pembelajaran yang hendak dicapai.
supaya selari dengan aktiviti.
standard/objektif pembelajaran yang
hendak dicapai.
C10 Kemahiran mengendalikan aktiviti JAK=1.75. Bahasa Mengendalikan aktiviti pentaksiran
pentaksiran formatif dan p&p secara dibaiki kerana perkataan formatif semasa proses p&p.
bergabung (embedded). bergabung boleh
mengelirukan.
C11 Memberikan maklum balas untuk JAK=0.00. Memberikan maklum balas untuk
meningkatkan pembelajaran murid. meningkatkan pembelajaran murid.
C12 Kemahiran memadankan strategi JAK=0.00. Soalan dwi Memadankan strategi p&p dengan
p&p dengan keperluan personaliti dimensi. Bahasa dibaiki. tahap kebolehan murid secara
dan kepintaran murid secara
individu. individu.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 20
C13 Menjalankan pemerhatian terhadap JAK=0.00. Soalan Membuat pemerhatian (terhadap
interaksi, tingkah laku, proses dan pelbagai dimensi. Baiki interaksi, tingkahlaku, proses dan
hasil kerja murid. bahasa. hasil kerja murid).
C14 Mencatat maklumat hasil JAK=0.00. Baiki Mencatat maklumat hasil
pentaksiran dilaksanakan secara bahasa. pemerhatian dilaksanakan secara
sistematik. bersistematik.
C15 Mentaksir dan menginterpretasi data JAK=0.75. Soalan dwi Menginterpretasi hasil pemerhatian
pentaksiran formatif untuk memberi dimensi. Bahasa dibaiki. untuk memberi skor (tahap
skor (tahap penguasaan) penguasaan) berdasarkan standard
berdasarkan standard prestasi. prestasi.
C16 Mengurus dan menyimpan JAK=0.75. Soalan dwi Mengurus maklumat pentaksiran
maklumat pentaksiran dengan dimensi. Bahasa dibaiki dengan bersistematik.
sistematik.
C17 Menggunakan maklumat JAK=0.00. Soalan dwi Menggunakan maklumat
pentaksiran formatif untuk membuat dimensi. Bahasa dibaiki pentaksiran formatif untuk
keputusan p&p dan membuat membuat perancangan pengajaran
perancangan pengajaran akan akan datang.
datang.
C18 Kemahiran melatih murid supaya JAK=0.75. Soalan dwi Membimbing murid mengenal pasti
berkebolehan mengenal pasti dimensi. Bahasa dibaiki kekuatan dalam pembelajaran
kekuatan dan kelemahan dalam untuk tingkatkan motivasi
pembelajaran serta untuk
meningkatkan motivasi mereka.
Berdasarkan Jadual 3, nilai JAK bagi sepuluh item ialah pada 0.00 - 1.00, bermakna semua item
mempunyai nilai kesepakatan yang tinggi untuk dikekalkan, manakala nilai item C10 ialah
1.75 kesepakatan sederhana. Berdasarkan analisis kandungan semua item perlu dimurnikan
tetapi di murnikan agar tidak bersifat ’socially desirable’ dan menepati kemahiran untuk
melaksanakan pentaksiran bilik darjah.
Jadual 4
Hasil analisis Teknik Delphi dan kesahan kandungan aspek sikap pentaksiran bilik
darjah
Bil. Item pusingan kedua teknik Delphi Nilai JAK dan Item baharu
rumusan komen
D19 Saya menjalankan pentaksiran formatif Saya menjalankan pentaksiran
kerana percaya dapat membantu Pakar Penilai formatif kerana percaya dapat
meningkatkan prestasi murid. (kesahan membantu meningkatkan prestasi
murid.
kandungan) Saya berusaha meningkatkan
JAK=0.00. kemahiran diri dalam p&p supaya
dapat mengendalikan pentaksiran
D20 Saya berusaha meningkatkan kemahiran JAK=0.00. formatif yang berkualiti.
diri untuk mengendalikan pentaksiran Saya sentiasa mengatur masa p&p
formatif supaya lebih berkualiti. dengan baik supaya dapat
menjalankan aktiviti pentaksiran
D21 Saya sentiasa mengatur masa p&p JAK=0.00. formatif.
dengan baik supaya dapat menjalankan Saya berusaha belajar untuk
aktiviti pentaksiran formatif. memahami ilmu berkaitan
pentaksiran formatif.
D22 Saya berusaha mempelajari dan JAK=0.00. Soalan
memahami ilmu berkaitan pentaksiran dwi dimensi. Bahasa
formatif. dibaiki
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 21
D23 Saya berusaha mencari maklumat JAK=0.00. Soalan Saya berusaha mencari maklumat
tambahan dari pelbagai sumber
tambahan berkaitan pentaksiran formatif multi dimensi. berkaitan pentaksiran formatif.
melalui pembacaan buku, melayari Bahasa dibaiki
internet dan bertanya kepada guru lain.
D24 Saya sentiasa memperuntuk masa untuk JAK=0.00. Bahasa Saya berusaha menyediakan
menyediakan pelbagai aktiviti dibaiki pelbagai aktiviti yang menarik
pentaksiran formatif yang menarik dalam proses p&p.
dalam proses p&p.
D25 Saya sentiasa memberikan pertolongan JAK=0.00. Memberi Saya sentiasa membantu guru-
kepada guru-guru yang memerlukan pertolongan tukar guru yang memerlukan bantuan
bantuan berkaitan pentaksiran formatif. kepada membantu. berkaitan pentaksiran formatif.
Berdasarkan Jadual 4, nilai JAK bagi semua item ialah pada 0.00 - 1.00, bermakna semua item
mempunyai nilai kesepakatan yang tinggi untuk dikekalkan. Dapatan analisis kandungan
menunjukkan semua item perlu dimurnikan dari aspek bahasa agar tidak bersifat ’socially
desirable’ dan menepati sikap positif berkaitan pentaksiran bilik darjah.
ii. Kesahan konstruk
Secara keseluruhannya keputusan analisis faktor data rintis ketiga menunjukkan item B02 di
gugurkan kerana membentuk faktor tersendiri. Semua item yang mencatatkan nilai melebihi
pekali 0.4 item dikekalkan walaupun terdapat pertindihan faktor (cross loading) dengan
mengambil kira kajian perpustakaan dan perbincangan dengan penyelia. Terdapat lapan faktor
bagi elemen input. Berdasarkan keputusan analisis faktor penerokaan data rintis ketiga
menggunakan analisis prinsipal komponen dan putaran varimaks, rumusan taburan item
mengikut konstruk selepas analisis EFA di tunjukkan dalam Jadual 5.
Jadual 5
Taburan item mengikut konstruk selepas analisis faktor penerokaan data rintis ketiga
Elemen Item Konstruk / keputusan
Input B01, B03, B04, B05, B06 dan B07 Pengetahuan guru
C08, C09, C10, C11, C12, C13, C14, C15, C16, C17 dan Kemahiran guru
C18
D19, D20, D21, D22, D23, D24 dan D25 Sikap guru
Berdasarkan Jadual 5, lapan faktor yang terbentuk bagi elemen input ialah faktor 1, iaitu
pengetahuan guru, faktor 2, iaitu kemahiran guru dan faktor 3, iaitu sikap guru.
c. Kesahan kriteria
Keputusan ujian pekali korelasi data kajian rintis ketiga mempunyai nilai pekali korelasi dengan
jumlah skor (Corrected-item-total correlation) 0.421 hingga 0.770 bagi semua item kecuali
item b06 (.338) (rujuk Jadual 6). Item b06 mempunyai kesahan kriteria yang sederhana tinggi
bagi mengukur aspek pengetahuan guru. Justeru dapatan ini membuktikan item-item soal
instrumen penilaian pentaksiran bilik darjah mempunyai kesahan yang tinggi. Dapatan ini juga
bermakna item-item tersebut mengukur konstruk yang hendak diukur dengan tepat.
d. Ujian kebolehpercayaan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 22
Elemen Corrected-item- Cronbach's Alpha if Nilai Alfa
Konstruk Item total correlation Item Deleted keseluruhan
b01 .595 .751
Input Pengetahuan guru b02 .421 .787 .793
b03 .616 .749
b04 .637 .749
b05 .610 .753
b06 .338 .816
b07 .594 .757
Kemahiran guru b08 .705 .915
b09 .678 .916 .923
b10 .673 .917
b11 .728 .914
b12 .655 .918
b13 .640 .918
b14 .659 .918
b15 .729 .914
b16 .757 .913
b17 .723 .914
b18 .661 .917
Sikap guru b19 .625 .888
prasekolah terhadap b20 .692 .880 .895
pentaksiran bilik b21 .662 .884
darjah b22 .770 .871
b23 .750 .873
b24 .709 .878
b25 .668 .884
Berdasarkan keputusan analisis data rintis kedua, nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach
menunjukkan tidak terdapat kumpulan item yang mempunyai nilai kurang daripada 0.7. Walau
bagaimanapun, keputusan analisis data rintis ketiga menunjukkan nilai kebolehpercayaan Alfa
Cronbach bagi semua kumpulan item berada dalam lingkungan .793 hingga .923 (Rujuk Jadual
6).
RUMUSAN
Item instrumen dibina menggunakan Pembinaan item Benson dan Clark (1983) dengan melalui
empat langkah. Keempat-empat langkah dilakukan secara berfasa, item melalui proses
pemurnian sebelum melalui lengkah-langkah seterusnya. Langkah perancangan termasuklah
menetapkan tujuan pembinaan untuk mendapatkan item instrumen untuk kegunaan penilaian
elemen input pentassiran bilik darjah melibatkan kosntruk pengetahuan, kemahiran dan sikap
guru. Melalui langkah kedua iaitu pembinaan Instrumen, JSI terlebih dahulu dibina
berpandukan kajian literatur. Berpandukan JSI, item dibina serta disemak. Proses menyemak
dan membaiki item instrumen dibuat sebanyak dua draf.
Langkah ketiga ialah penilaian kuantitatif. Item yang dimurnikan membentuk draf ketiga
instrumen dan dihantar untuk ujian rintis pertama dan semakan pakar menerusi Teknik Delphi
pusingan I. Data ujian rintis pertama dianalisis kebolehpercayaan dan pekali korelasi manakala
semakan pakar menerusi Teknik Delphi pusingan I dianalisis JAK dan analisis kandungan.
Analisis data menunjukkan semua item perlu dibaiki. Langkah terakhir ialah pengesahan.
Melalui langkah ini item-item disahkan melalui proses Menerusi ujian rintis kedua, data di
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 23
analisis kebolehpercayaan, pekali korelasi dan analisis faktor, manakala data Teknik Delphi
pusingan 2 juga dianalisis JAK dan analisis kandungan. Dapatan menunjukkan semua item
perlu dimurnikan dari aspek bahasa. Hasilnya ialah instrumen kajian penilaian pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah bagi elemen input ialah 25 item. Semua item mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi dan sangat sesuai digunakan untuk menilai program pentaksiran
bilik darjah dalam kalangan guru prasekolah.
Peringkat pengesahan bertujuan untuk mengesahkan instrumen. Dalam langkah ini, perlu
diulangi semula proses-proses penilaian kuantitatif. Ini bermakna pengulangan proses perlu
dilakukan untuk memastikan dapatan benar-benar tekal. Analisis faktor turut dijalankan untuk
mendapatkan kesahan konstruk. Data Teknik Delphi pusingan kedua pula dilakukan analisis
persetujuan JAK, manakala komen pakar dilakukan analisis kualitatif. Berdasarkan analisis
persetujauan JAK dan analisis kualitatif komen pakar, pemurnian akhir dilakukan sebelum 25
item instrumen yang lengkap dibentuk. Kesahan dan kebolehpaercyaan 25 item instrumen
untuk mengkaji elemen input pentaksiran bilik darjah ini adalah tinggi dan boleh digunakan
untuk mengkaji penilaian input.
Pembinaan item instrumen telah melalui langkah menyeluruh yang dilakukan secara berfasa,
termasuklah mengenal pasti konstruk dan pemboleh ubah berkaitan input penilaian pentaksiran
bilik darjah, mengenalpasti trait atau ciri-ciri bagi pemboleh ubah-pemboleh ubah setiap
konstruk, pembinaan item, menentukan kesahan, menentukan skor data setiap konstruk,
menentukan kebolehpercayaan. Jadual Spesifikasi Instrumen digunakan dalam proses
pembinaan item-item penilaian. Kemudian kesahan item disemak oleh panel pakar yang
berkenaan. Data kuantitatif dan kualitatif dikumpul dari kajian rintis dan Teknik Delphi.
Langkah-langkah merupakan panduan dan boleh dirujuk serta diikuti dalam membina item-
item instrumen yang baharu dalam mana-mana kajian kuantitatif dan kualitatif.
RUJUKAN
Andrade, H., and Brookhart, S. M (2019). Classroom assessment as the co-regulation of
learning. Assessmment Educational Principles Policy Practice. doi:
10.1080/0969594X.2019.1571992
Andrade, H., and Brookhart, S. M. (2016). “The role of classroom assessment in supporting
self-regulated learning,” in Assessment for Learning: Meeting the Challenge of
Implementation, eds D. Laveault and L. Allal (Heidelberg: Springer), 293–309. doi:
10.1007/978-3-319-39211-0_17
Aniza Ahmad & Zamri Mahamod (2015). Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah
menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina,
opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1): 18-29.
Cohen, R. J., & Swerdlik, M. E. (2018). Psychological testing and assessment: An
introduction to tests and measurement (9th ed.). McGraw-Hill Education: New York.
Faizah A. Majid. (2011). School-based assessment in Malaysia schools: The concerns of the
English teacher. Journal of US-China Education Review, 8 (10): 1548 - 6613.
Gall, M. D., Gall, J. P., & Borg, W. R. (2003). Educational Research: An Introduction (7th
ed.). Boston: Allyn and Bacon.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 24
Haizumah, S. S. (2019). Knowledge, Skills, Attitude and Problem of Teacher’s in
implementing Classroom Assessment (Vol. 9, Bil. 1, pp. 56-67). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Pengurusan dan pengendalian pentaksiran bilik
darjah sekolah rendah. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh, Norasmah Othman. (2019). Isu Dan Permasalahan Pentaksiran
Alternatif Dalam Sistem Penilaian Di Malaysia. E-Prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. 24-25 April. Kolej Universiti Islam
Antarabgsa Selangor.
Mohd Isha Awang. (2011). Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah: Pengetahuan dan
amalan guru di sekolah menengah agama milik kerajaan negeri. Prosiding Seminar
Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2011.
Noraini Bidin & Zamri Mahamod. (2016). Kesediaan murid sekolah menengah terhadap
pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (1): 64-76.
Norfarahin Mohd zamri & Mohd Isa Hamzah, M. I. B. (2019). Teachers’ Competency in
Implementation of Classroom Assessment in Learning. Creative Education, 10, 2939-
2946. https://doi.org/10.4236/ce.2019.1012218
Nor Zaiton Hanafi & Jamaludin Badusah. (2016). Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Prosiding Seminar
Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali
Kelima, 539-546. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Omar, H. M., & Sinnasamy, P. (2017). Between the ideal and reality: teachers’perception of
the implementation of school-based oral english assessment. The English Teacher, 17
Ramlah ab khalid, Jamil ahmad & Analisa hamdan. 2015. pembentukan sikap positif guru
terhadap pelaksanaan aktiviti pentaksiran. journal of personalized learning 1(1):77-84
Rohaya Talib and Abd. Ghafar, Mohd. Najib (2008) Pembinaan dan pengesahan instrumen
bagi mengukur tahap literasi pentaksiran guru sekolah menengah di malaysia. In:
Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008,
Universiti Teknologi Malaysia.
Suzana Abd Mutalib & Jamil Ahmad. (2012). Penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam
subjek Bahasa Melayu darjah satu: kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2
(1): 17-30
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 25
Talib, R., Kamsah, M. Z., Naim, H. A., Latif, A. A., Abu Naim, H., & Abdul Latif, A. (2014).
From principle to practice: Assessment for learning in Malaysian school based
assessment classroom. International Journal of Social Sciences & Education, 4 (4),
850-857.
Tuan Azlyna Tuan Soh. (2013). Kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah
Bahasa Melayu di sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kaufman, A. S. (2018). Contemporary intellectual assessment: Theories, tests, and issues.
Guilford Publications.
Zi Yan & Chi Keung Cheng. (2015). Primary teachers' attitudes, intentions and practices
regarding formative assessment. Teacher and Teacher Education. Vol 45. 128-136.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 26
PENDEKATAN MODEL INSTRUKSIONAL 5E MELALUI INTERVENSI PERMAINAN
COMATCH DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN PEMBELAJARAN MENGENAL
WARNA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Rozana binti Abdul Rahim PhD, Hamidah binti Abdul Hamid & Rajmah binti Othman
Corresponding author:
Dr. Rozana binti Abdul Rahim
Abstrak
Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan aplikasi Model Instruksional 5E dalam pembelajaran
Tunjang Sains dan Teknologi Pendidikan Awal Kanak-kanak melalui aktiviti intervensi permainan
CoMatch dalam membantu murid di peringkat awal kanak-kanak dalam mengenali dan seterusnya
memadankan warna. Model Instruksional 5E yang mempunyai lima fasa diaplikasikan bagi mendorong
murid prasekolah mengakses fakta berkaitan sains, mengembangkan sifat inkuiri dan meneroka
persekitaran serta menjalankan eksperimen. Aktiviti permainan CoMatch tiga peringkat yang
dilaksanakan menggunakan pendekatan 5E membantu meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal
dan memadankan warna asas serta warna sekunder. Melalui fasa pertama, iaitu Engagement, murid
dilibatkan dalam dua aktiviti iaitu Putar dan Sebut dan Cari Padanan. Aktiviti ketiga Jom Campur:
Campuran Dua Asas memberi peluang kepada murid membuat penerokaan (Explore). Pada aktiviti Jom
Campur: Campuran Dua Asas juga murid berpeluang membuat pemerhatian dan memberi penjelasan
(Explanation) kepada pemerhatian yang dibuat. Fasa seterusnya iaitu Pengembangan (Elaboration),
murid diberi aktiviti pengukuhan dan pengayaan serta mengaplikasikan konsep dan kemahiran baharu
mereka dalam permainan Jom Campur: Teka Warna Campuran. Fasa terakhir iaitu Penilaian
(Evaluation), murid berpeluang menilai pembelajaran mereka sendiri seterusnya menggalakkan
mereka membuat penyiasatan lanjutan melalui permainan Masih Ingat Lagi: Akrilik Berwarna dan
permainan Papan Heksagon. Kajian yang dijalankan di sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak
dengan bilangan seramai 15 orang menunjukkan pendekatan Model Instruksional 5E melalui intervensi
permainan CoMatch berupaya memberi kesan positif terhadap pembelajaran mengenal dan
memadankan warna.
Kata kunci: Model instruksional 5E, Intervensi CoMatch, Padanan warna
PENGENALAN
Perhatian kepada pendidikan sains sejak peringkat pendidikan awal kanak-kanak adalah suatu usaha
yang penting bagi membolehkan murid mengembangkan keupayaan kemahiran sains pada peringkat
lebih tinggi. Justeru peluang dan pengalaman perlu disediakan kepada murid untuk memupuk
kemahiran-kemahiran sains dan membentuk kefahaman konsep. Kajian-kajian lepas telah membuktikan
kanak-kanak berkemampuan membentuk pembelajaran berasaskan konsep dan berupaya menggunakan
daya fikir dan inkuiri (National Research Council, 2012) apabila mereka diberi peluang meneroka.
Menurut Suppiah (2018), bagi meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam pemahaman berkaitan
pembelajaran sains atau matematik, tidak semestinya diajarkan terus kepada mereka. Sebaliknya
langkah kepada penerapan Sains Awal atau Matematik Awal boleh dilaksanakan melalui pelbagai
aktiviti yang melibatkan interaksi dan pengalaman dengan persekitaran. Hal ini adalah kerana kanak-
kanak belajar secara tidak langsung melalui persekitaran mereka. Berikutan itu, kebanyakan program
awal kanak-kanak pada awal tahun pembelajaran adalah berkaitan dengan warna dan bentuk (Rozana
dan Hamidah, 2020). Warna dan bentuk merupakan dua sifat yang sangat ketara di sekeliling kanak-
kanak. Apabila mereka memerhati di sekeliling, semua yang mereka nampak mempunyai warna dan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 27
bentuk – daun segar yang menghijau, daun kering yang kekuningan, langit yang membiru, awan putih,
basikal merah dan sebagainya. Selain itu, proses-proses pembelajaran tidak formal tentang warna juga
berlaku semasa mereka bermain.
Justeru, kajian ini memfokuskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berkaitan warna yang
seterusnya merangsang pemikiran inkuiri kanak-kanak lantas membolehkan murid membina
pengetahuan dan kefahaman sendiri. Proses inkuiri berlaku apabila murid membuat penyiasatan dan
penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada (Suppiah, 2018) mereka tentang warna. Ia bermula
daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan. Sifat ingin
tahu seterusnya merangsang tindakan supaya terus membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan dan
konsep awal. Pelaksanaan pendekatan ini seperti pembelajaran berasaskan projek, penyiasatan saintifik,
pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif adalah berfokus kepada learning by
doing yang melibatkan murid melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara
reflektif dan penemuan ilmu baharu (NGSS Lead States, 2013). Proses ini ditunjukkan dengan lebih
jelas melalui Model Instruksional 5E, iaitu Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate, yang
menyediakan strategi bagi keterlibatan murid dalam aktiviti pembelajaran (Bybee, Taylor, Gardner,
Scotter, Powell, Westbrook, Landes, 2006; Tanner, 2010).). Pembelajaran mereka akan menjadi lebih
bermakna apabila mereka dapat mengaitkannya dengan alam sekeliling mereka. Murid membina
pengetahuan dan mengembangkan kemahiran kognitif mereka melalui pengalaman hands-on dengan
real-life (NGSS Lead States, 2013). Apabila mereka meneroka persekitaran dan membuat perkaitan
pembelajaran, mereka dapat menimba pengalaman dan pengetahuan serta menggunakannya secara aktif
untuk membentuk pengetahuan yang baharu. Oleh itu integrasi pengalaman dalam kehidupan murid
adalah penting dalam membentuk pemikiran peringkat yang lebih tinggi.
Penyataan masalah
Terdapat beberapa sebab penting bagi memperkenalkan pendidikan sains dari peringkat awal kanak-
kanak lagi. Antaranya adalah kanak-kanak secara semula jadi mempunyai sifat yang cenderung
kepada pemerhatian dan ingin mengetahui berkaitan sesuatu fenomena (Eshach & Fried, 2005;
French, 2004). Seterusnya, membiasakan kanak-kanak dengan bahasa sains mudah dapat
membantu mereka memperkembangkan pemahaman berkaitan konsep sains secara positif
(Andersson & Annica, 2012). Oleh yang demikian, sains dijadikan sebagai sebahagian daripada
kurikulum pendidikan awal kanak-kanak seperti yang terkandung dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Tunjang Sains dan Teknologi yang dinamakan Sains
Awal. Pembelajaran sains tidak hanya berlaku dalam Tunjang Sains malahan boleh disepadukan
dalam tunjang-tunjang lain dalam KSPK. Hal ini kerana persekitaran kehidupan adalah sains, ia
wujud di alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal (Eshach & Fried, 2005).
Namun, keupayaan kanak-kanak mempelajari idea-idea sains di awal usia cenderung dipandang
rendah oleh pelbagai pihak. Selain itu, mereka juga gagal menyediakan peluan g dan pengalaman
kepada kanak-kanak untuk memupuk kemahiran-kemahiran sains dan membentuk kefahaman
konsep. Kanak-kanak juga dianggap tidak dapat memberi fokus kepada penerokaan sains dalam
tempoh masa yang lama, sedangkan penyiasatan sains yang berkesan mampu melibatkan kanak-
kanak memberi tumpuan yang mendalam dalam jangka masa yang lama. Kajian yang dijalankan
oleh Norhaliza (2019) menyatakan bahawa guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam
menjalankan aktiviti Sains Awal menyebabkan guru lebih memilih untuk mengajar Sains Awal
secara teori sahaja. Sebagai contoh, semasa pengajaran dan pembelajaran berkaitan warna, kanak-
kanak diajar mengenali warna-warna asas, iaitu merah, biru dan kuning. Selain itu mereka juga
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 28
diajar mengenali warna-warna seperti hijau, oren, ungu dan sebagainya. Namun, berdasarkan
pemerhatian di pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak (Rozana & Hamidah, 2020), majoriti
mereka tidak dapat mengenal pasti warna yang terhasil dari campuran dua warna asas. Hal ini
kerana mereka tidak disediakan peluang dan pengalaman untuk meneroka bahawa warna-warna
tersebut adalah warna sekunder yang terhasil daripada campuran dua warna asas. Hal ini
menyebabkan murid prasekolah didapati kurang memahami konsep, aplikasi dan kemahiran proses
sains yang terdapat dalam sesuatu aktiviti. Merujuk kepada situasi ini, maka pendekatan lima fasa
Model Instruksional 5E diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran mengenal warna melalui
intervensi permainan CoMatch dalam kalangan murid prasekolah.
Objektif kajian
1. Meninjau kesan pendekatan Model Instruksional 5E melalui intervensi permainan CoMatch
terhadap pencapaian murid prasekolah dalam mengenal warna.
Persoalan kajian
1. Apakah kesan pendekatan Model Instruksional 5E melalui intervensi permainan CoMatch
terhadap pencapaian murid prasekolah dalam mengenal warna.
Tinjauan literatur
Sains dan teknologi merupakan antara tunjang yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019) yang merangkumi Sains Awal dan Matematik
Awal. Sains Awal menekankan pembentukan sikap dan kemahiran proses sains melalui penyiasatan
terhadap alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal. Pembangunan pengetahuan dalam sains berpunca
daripada perasaan ingin tahu, inovasi dan kreatif. Pengalaman awal kanak-kanak dalam sains lebih
kepada penerokaan dan peluang berinteraksi dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran mereka.
Peluang pembelajaran diperoleh melalui pemerhatian mereka ke atas objek dan fenomena yang terdapat
di persekitaran (Suppiah, 2018) bukan melalui pengajaran konsep-konsep sains (Norhaliza, 2019).
Pembelajaran sains seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan kanak-kanak yang lebih suka
bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti serta pergerakan.
Pendidikan sains dari peringkat awal kanak-kanak adalah penting agar kanak-kanak berupaya
mengembangkan keupayaan mereka tentang sains pada peringkat yang lebih tinggi. Pendidikan sains
merupakan proses yang mendorong kanak-kanak mengakses fakta berkaitan sains, mengembangkan
sifat inkuiri dan meneroka persekitaran serta menjalankan eksperimen di dalam mahupun di luar bilik
darjah Nor ‘Aini, Roszikin dan Zainab, (2010). Namun, kajian oleh Evelyn (2014) menyatakan bahawa
pendidikan sains sering dijalankan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan
guru. Penggunaan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid seperti eksperimen kurang digunakan.
Antara pembelajaran berpusatkan murid yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah konstruktivisme (Jaswardi Anwar Md Yaacob, Nor Kamilah Makhtar dan Mohammad Shukeri,
2018). Konstruktivisme merupakan satu proses pembelajaran aktif di mana murid membina
pengetahuan mereka sendiri, iaitu pengetahuan harus dibina, bukannya ‘disuap’ dan pembelajaran harus
berfungsi dengan baik bagi memudahkan proses pembinaan pengetahuan. Pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri adalah merupakan satu pendekatan pengajaran yang diaplikasikan dalam proses
pembelajaran berpusatkan murid (Nur Aqilah dan Noor Dayana, 2020). Pembelajaran berasaskan
inkuiri adalah merupakan pendekatan pengajaran berpusatkan murid yang melibatkan proses pertanyaan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 29
dan rasa ingin tahu murid (Mohd Paris, 2016) serta menggalakkan murid membuat penyiasatan masalah,
penerokaan dan penemuan untuk mendapatkan maklumat serta pemahaman yang mendalam terhadap
sesuatu tugasan yang diberikan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2016). Antara alternatif pembelajaran yang menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme
dan pendekatan berasaskan inkuiri ialah Model Instruksional 5E.
Beberapa kajian lepas oleh Jaswardi Anwar Md Yaacob, Nor Kamilah Makhtar dan Mohammad
Shukeri, (2018) berkaitan penggunaan pendekatan Model Instruksional 5E telah disorot. Namun kajian-
kajian berkenaan lebih memberi tumpuan kepada pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah
dalam bidang matematik dan sains sebagai sampel. Kajian-kajian yang menjadikan golongan awal
kanak-kanak sebagai sampel amat kurang dilaksanakan di Malaysia sedangkan model ini juga sesuai
diaplikasikan kepada murid prasekolah atau awal kanak-kanak. Kajian-kajian lepas juga telah
membuktikan kanak-kanak mempunyai kemampuan membentuk pembelajaran berasaskan konsep dan
berupaya menggunakan daya fikir dan inkuiri (National Research Council, 2012) apabila mereka diberi
peluang meneroka. Inkuiri mementingkan ‘mengapa’dan ‘bagaimana’ berbanding dengan ‘apa’
terhadap sesuatu perkara atau kejadian. Peluang meneroka fenomena sains yang terdapat di pelbagai
tempat dan keadaan, seperti di dapur, kawasan sekolah, tepi kolam, tepi laut, muzium, zoo serta di
tempat-tempat permainan menimbulkan rasa ingin tahu dan menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya.
Melalui proses inkuiri ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta
menggalakkan pembelajaran kendiri kanak-kanak dalam Buku Penerangan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).
Model Instruksional 5E merupakan model yang dibangunkan oleh sekumpulan pengkaji dari organisasi
Biological Science Curriculum Study (BSCS) (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016) yang
digunakan untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar sains di Colorado, USA. Menurut salah
seorang penyelidik yang membangunkan model ini, Roger Bybee (2006), model 5E berasal daripada
kitaran pembelajaran oleh Atkin & Karplus, Science Curriculum Improvement Study (SCIS) pada tahun
1987, yang terdiri daripada tiga peringkat, iaitu Explore, Invent, Discover. Berdasarkan tiga peringkat
ini BSCS mengembangkan dan mendalami konsep-konsep ini dan menghasilkan Model Instruksional
5E.
Model 5E ini terdiri daripada lima fasa proses pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013), (Rajah 1). Lima fasa tersebut adalah Pelibatan (Engagement), Penerokaan
(Exploration), Penerangan (Explanation), Pengembangan (Elaboration) dan Penilaian (Evaluation).
Setiap langkah yang diwakili membantu proses pembelajaran murid secara tersusun untuk
membolehkan mereka mengalami aktiviti yang biasa menggunakan pengetahuan asas untuk membentuk
makna dan akhirnya meningkatkan kefahaman kepada konsep secara berterusan (Turk & Calik, 2008).
Namun memurut Tanner (2010), penggunaan Model Instruksional 5E ini tidak semestinya dijalankan
serentak dalam satu sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tetapi boleh dilakukan secara berasingan
mengikut kemampuan murid yang terlibat. Hal ini adalah disebabkan latar belakang tahap pembelajaran
murid-murid yang berbeza.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 30
Rajah 1: Model Instruksional 5E
Fasa pertama iaitu fasa Engagement atau Pelibatan merupakan fasa untuk menarik minat serta perhatian
murid untuk terus memberi tumpuan terhadap pembelajaran. Minat dan perhatian murid dibina melalui
aktiviti menarik dan merangsang minda seperti kuiz, video, gambar, dan sebagainya. Selain itu, fasa
pelibatan juga meningkatkan rasa ingin tahu murid mengenai ‘the big idea’ terhadap kandungan
pembelajaran kerana ia akan membantu mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia ada murid
dengan pengetahuan baharu yang akan dipelajari (Bybee et al., 2006, Tanner, 2010) serta mengesan
salah konsep mereka. Fasa ini juga membolehkan guru mengetahui kaedah memulakan pembangunan
pemahaman murid.
Fasa Exploration (Penerokaan), iaitu fasa yang paling penting, merupakan fasa yang membenarkan
murid meneroka tentang dapatan pembelajaran mereka, melakukan perbincangan dalam kumpulan serta
menggalakkan pelibatan aktif antara murid dan guru (Bybee et.al., 2006; Tanner, 2010) di mana mereka
dibimbing atau diberi maklumat tambahan bagi memudahkan pembelajaran mereka. Fasa ini membantu
murid mencari penyelesaian kepada masalah yang wujud dalam pembelajaran mereka. Justeru, mereka
dapat membina pemahaman konsep mereka, menguasai konsep pembelajaran, membetulkan konsep
pemahaman, menguasai proses pemikiran serta kemahiran yang diperlukan berasaskan ‘first hand
experience’, lantas meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan merangsang mereka untuk
melontarkan pertanyaan (Tanner, 2010; Norhailmi, 2017).
Merujuk kepada Tanner (2010), fasa ketiga iaitu Explanation adalah fasa yang memerlukan murid
menjelaskan kefahaman yang diperoleh melalui fasa pelibatan dan penerokaan yang perlu dibuat
peningkatan. Fasa ini memberi peluang kepada murid untuk menterjemahkan pemahaman konseptual,
kemahiran serta kelakuan yang telah dipelajari (Bybee et al., 2006).
Fasa Elaboration iaitu fasa Pengembangan atau Penghuraian memerlukan murid mengaplikasikan
pemahaman yang dimiliki melalui aktiviti yang dapat membantu mengukuhkan lagi pemahaman dan
penguasaan mereka. Fasa ini merupakan fasa yang membenarkan murid menjelaskan segala kekeliruan
dan kesalahfahaman konsep serta ketidakfahaman pembelajaran supaya dapat difahami dengan lebih
mendalam (Bybee et al., 2006; Tanner, 2010). Oleh itu ia memerlukan tahap pemikiran kognitif yang
tinggi bagi menjana minda murid untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh.
Fasa kelima iaitu fasa terakhir dalam model 5E ini adalah merupakan fasa penilaian guru terhadap
pengetahuan, pemahaman, proses kemahiran serta konsep pembelajaran yang telah dipelajari (Bybee et
al., 2006; Tanner, 2010). Pada fasa ini, murid dan guru sama-sama membuat penilaian dengan
berdialog, bersoal jawab dan membuat refleksi. Murid diberi peluang mengenal pasti penambahbaikan
dan mengeluarkan pendapat melalui percambahan idea. Selain itu, penilaian murid boleh dilakukan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 31
melalui aktiviti soal jawab, kuiz atau latihan yang dibuat oleh murid dalam fasa-fasa sebelum ini.
Walaupun penilaian secara formatif boleh berlaku pada mana-mana fasa dalam model ini, fasa penilaian
khususnya bertujuan memperoleh bukti penguasaan murid terhadap pembelajaran melalui pencapaian
hasil pembelajaran sesuatu topik. Dalam hal ini, guru boleh menilai pemahaman konsep yang telah
dikuasai murid atau yang perlu dibuat penambahbaikan.
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah pemerhatian bertujuan meninjau keberkesanan
pendekatan Model Instruksional 5E melalui intervensi permainan CoMatch dalam membantu
meningkatkan pembelajaran mengenal warna di peringkat awal kanak-kanak. Permainan mengenal
warna ini merangkumi mengenal warna-warna asas, mengenal dan memadankan warna dengan objek,
serta mengenal pasti warna yang terhasil dari campuran warna asas, iaitu warna sekunder. Keberkesanan
pendekatan model ini melalui intervensi permainan CoMatch dinilai melalui permainan akhir yang
merangkumi kesemua peringkat permainan.
Reka Bentuk Kajian
Kajian yang melibatkan 15 orang murid prasekolah di sebuah pusat awal kanak-kanak daerah Seberang
Perai ini telah mengadaptasi Model Instruksional 5E yang diasaskan oleh Bybee et al., (2006). Ia
melibatkan tiga peringkat permainan, iaitu peringkat pertama permainan Putar dan Sebut, peringkat ke
dua Cari Padanan, dan peringkat ketiga Jom Campur dan akhir sekali pada fasa penilaian melalui
permainan Masih Ingat Lagi. Jadual 1 berikut menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan intervensi
permainan CoMatch yang telah dijalankan berpandukan kepada fasa-fasa dalam Model Instruksional
5E.
Jadual 1:
Aktiviti intervensi permainan CoMatch berpandukan Model Instruksional 5E
Fasa Permainan Aktiviti Tujuan Penilaian
Engagement / Putar dan 1. Sampel diberikan roda i. Menarik minat murid Menggunakan
Pelibatan Sebut Lembaran Senarai
warna yang serta menimbulkan Semak Jadual 2
Cari mengandungi warna- perasaan keterujaan Jika sampel
Padanan: warna asas dan warna- untuk mengikuti menyebut nama
Bebola warna sekunder pembelajaran warna dengan betul,
Uncang 2. Sampel memutarkan seterusnya. lajur ditandakan (/).
Warna roda warna (Rajah 2) ii. Mengenal pasti Jika dijawab dengan
3. Setelah roda berhenti pengetahuan sedia ada salah ditandakan (X)
berputar dan jarum murid berkaitan warna pada lajur
menunjukkan ke arah iii. Memberi gambaran
warna, sampel awal kepada murid *Setiap sampel
dikehendaki tentang aktiviti yang diberikan peluang
menyebut nama warna akan dijalankan tiga kali pusingan
tersebut dan pada setiap
pusingan jawapan
1. Sampel memasukkan mereka ditandakan
bebola kapas berwarna Menggunakan
ke dalam uncang yang Lembaran Senarai
berwarna sepadan Semak Jadual 3.
dengan bebola kapas Pada akhir masa lima
yang telah disediakan minit, jumlah bebola
kapas berwarna yang
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 32
(Rajah 3) dimasukkan ke
2. Sampel diberikan
dalam uncang
masa lima minit untuk
memasukkan 10 unit berwarna sepadan
bebola kapas pelbagai
warna ke dalam dikira.
uncang
*Sampel diberi satu
kali peluang pada
aktiviti Cari Padanan
Jom 1. Sampel diberikan i. Menjana pemikiran Menggunakan
Campur : enam bekas kosong murid mengenal pasti Lembaran Senarai
Campuran setiap seorang (Rajah dan mengumpul Semak Jadual 4.
Dua Asas 4) maklumat Tekaan campuran
Exploration / 2. Sampel juga diberikan ii.Menggalakkan warna asas 1 dan
Penerokaan tiub warna air, iaitu aplikasi Kemahiran warna asas 2 bagi
warna merah, biru dan Proses Sains: menghasilkan warna
kuning serta tiga Kemahiran Memerhati sekunder
batang pipet Kemahiran dibandingkan dengan
3. Sampel perlu meneka Perbandingan hasil campuran
warna yang akan Membuat Pengelasan warna-warna
dihasilkan (warna Membuat Pengukuran berkenaan.
sekunder) apabila satu iii. Memberi peluang Tekaan warna asas 1
warna asas murid membuat dan jumlah tekaan
dicampurkan dengan penerokaan bagi warna asas 2 yang
satu warna asas yang membina penjelasan betul dan salah
lain. terhadap sesuatu dijumlahkan.
4. Menjalankan ujikaji fenomena Sampel dibenarkan
dengan mengambil membuat penerokaan
beberapa titis warna beberapa kali
asas yang telah sehingga mereka
dibancuh, dimasukkan mendapat jawapan
Explanation / ke dalam bekas yang betul
Penjelasan
kosong dan
mencampurkannya *Sampel diberi tiga
dengan beberapa titis warna sekunder
warna asas yang lain. untuk dibuat
5. Membuat penerokaan
perbandingan jawapan campuran dua warna
yang diberikan dengan asas. Dalam kajian
jawapan yang ini, warna sekunder
diperoleh. yang diberi adalah
hijau, ungu dan oren
Elaboration / Jom 1. Sampel perlu i. Mengukuhkan, Menggunakan
Pengembangan Campur : membuat tekaan mendalami dan
Teka jawapan kepada mengembangkan Lembaran Senarai
Campuran soalan yang pemahaman konsep
disediakan. melalui mengaplikasi Semak Jadual 5.
konsep
2. Sampel diberikan satu Hasil ujikaji mereka
carta yang ii. Pengayaan terhadap
mengandungi tahap kefahaman dibandingkan dengan
beberapa set soalan. murid
jawapan yang
3. Kad warna sekunder iii. Penilaian hasil dapatan
dilekatkan pada carta murid diberikan.
dan sampel diminta
menyebut campuran iv. Aplikasi kefahaman *Sampel diberi
dua warna asas yang idea dalam konteks
menghasilkan warna yang berbeza peluang mengulang
sekunder tersebut
v. Membantu murid ujikaji yang
4. Dua kad warna asas memindahkan
kefahaman baharu dilakukan beberapa
kali sehingga
mendapat jawapan
yang tepat.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 33
juga dilekatkan pada terhadap konsep dan
carta dan sampel kemahiran sains
diminta menyebut menggunakan sumber
warna sekunder yang yang pelbagai
dihasilkan
5. Sampel diberikan tiub
warna air dan putik
kapas serta piring
kertas.
6. Sampel diminta
mendapatkan jawapan
sebenar kepada soalan
yang dikemukakan
dengan
mencampurkan warna
air menggunakan
putik kapas.
Evaluation / Masih 1. Sampel diberikan i. Membantu Menggunakan
Penilaian Ingat beberapa batang meningkatkan Lembaran Senarai
Lagi: akrilik pelbagai warna kefahaman murid Semak Jadual 6.
Batang (Rajah 5) terhadap pembelajaran
Akrilik dan menjana
Berwarna 2. Sampel diminta pemikiran aras tinggi
memadankan batang murid dengan lebih
Masih akrilik tersebut dengan berkesan
Ingat batang akrilik lain
Lagi: yang sepadan susunan ii. Menilai kemajuan dan
Papan warna pengetahuan sendiri
Heksagon
3. Sampel juga diberikan iii. Mencari bukti-bukti
batang akrilik yang menunjukkan
berwarna sekunder murid telah mengubah
(Rajah 6) dan diminta tingkah laku dan
mencari batang akrilik pemikiran mereka
warna asas yang
membentuk warna iv. Menggalakkan
sekunder tersebut mengemukakan soalan
berkaitan yang
1. Sampel membaling menggalakkan
dadu dan bergerak penyiasatan lanjutan
mengikut bilangan seperti “Apakah warna
nombor pada dadu. yang diperoleh jika
mencampurkan tiga
2. Sampel menjawab warna asas atau warna
soalan yang tertera sekunder dengan
pada Papan Heksagon warna sekunder yang
(Rajah 7) lain?”
3. Membaling dadu
sebanyak enam kali
pusingan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 34
Rajah 2: Roda warna
Jadual 2: Penilaian Putar dan Sebut
Pusingan Kanak-kanak / Sampel
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
1
2
3
Jumlah
Rajah 3: Bebola Uncang Warna
Jadual 3: Penilaian Cari Padanan: Bebola Uncang Warna
Uncang Kanak-kanak / Bilangan Bebola Warna
Warna 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Merah
Kuning
Biru
Oren
Ungu
Hijau
Oren
Kemerahan
Oren
Kekuningan
Ungu
Kemerahan
Hijau
Kekuningan
Hijau
Kebiruan
Ungu
Kebiruan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 35
Rajah 4: Campuran Dua Asas
Jadual 4: Penilaian Jom Campur: Campuran Dua Asas
Sekunder 1 Kanak-kanak 4
Warna Tekaan 23 Warna Tekaan
Hijau A1 A2 (/) (x) Warna Tekaan Warna Tekaan A1 A2 (/) (x)
Ungu A1 A2 (/) (x) A1 A2 (/) (x)
Oren
Jumlah
Jadual 5: Penilaian Cari Padanan: Bebola Uncang Warna
Kad 1 Kanak-kanak 4
Warna Warna Tekaan 23 Warna Tekaan
A1 A2 (/) (x) Warna Tekaan Warna Tekaan A1 A2 (/) (x)
A1 A2 (/) (x) A1 A2 (/) (x)
Sekunder Sekunder Sekunder Sekunder
+
+
+
Jumlah
betul (/)
Jumlah
salah (x)
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 36
DAPATAN KAJIAN
Bahagian berikut menganalisis keseluruhan dapatan intervensi permainan CoMatch dalam pembelajaran
mengenal warna berpandukan Model Instruksional 5E.
Dapatan Intervensi Permainan Putar dan Sebut
Jadual 6: Analisis keseluruhan dapatan permainan Putar dan Sebut
Pusingan Kanak-kanak / Sampel
1/2/3
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Jumlah 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2
Jadual 7: Analisis keseluruhan dapatan permainan Cari Padanan: Uncang Bebola Warna
Uncang 1 234 Kanak-kanak / Bilangan Bebola Warna 13 14 15
Warna 8 10 5 7 5 6 7 8 9 10 11 12 837
Merah 6 996 88453796 10 10 7
Kuning 9 854 10 5 6 2 3 9 10 3 976
Biru 7 9 10 4 10 6 3 3 10 8 9 3 779
Oren 7 7 10 9 64589383 548
Ungu 5 10 4 5 96939377 9 9 10
Hijau 3 664 6 2 10 2 1 7 8 3 758
Oren 46547879
Kemerahan 4
Oren 85879868595888
Kekuningan 6
Ungu 14623737278946
Kemerahan 5
Hijau 46464773893976
Kekuningan 3
Hijau 35629597865438
Kebiruan 7
Ungu 53595638759685
Kebiruan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 37
Dapatan Permainan Masih Ingat Lagi: Padanan Batang Akrilik
Rajah 5: Padanan Batang Akrillik
Jadual 8: Analisis keseluruhan dapatan permainan Masih Ingat Lagi: Padanan Batang Akrilik
Batang Kanak-kanak / Sampel
Akrilik
1/2/3/4/5/6
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Jumlah 5 6 6 5 5 6 6 5 6 6 5 5 6 6 5
Rajah 6: Padanan Akrilik Sekunder
Dapatan Permainan Masih Ingat Lagi: Akrilik Sekunder
Jadual 9: Analisis keseluruhan dapatan permainan Masih Ingat Lagi: Akrilik Sekunder
Akrilik 1 2 Kanak-kanak / Sampel 6 7
Sekunder A1 A2 A1 A2 A1 A2 A1 A2
33 33 345 33 33
1/2/3 A1 A2 A1 A2 A1 A2
323233
Jumlah
Akrilik 8 9 Kanak-kanak / Sampel 14 15
Sekunder A1 A2 A1 A2 A1 A2 A1 A2
33 32 10 11 12 13 33 33
1/2/3 A1 A2 A1 A2 A1 A2 A1 A2
32332332
Jumlah
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 38
Dapatan Permainan Masih Ingat Lagi: Papan Heksagon
Rajah 7: Papan Heksagon
Jadual 10: Analisis keseluruhan dapatan permainan Masih Ingat Lagi: Papan Heksagon
Pusingan Kanak-kanak / Sampel
1/2/3/4/5/6
1 2 3 4 5 6 7
Jumlah /x /x /x /x /x /x /x
60 51 51 60 60 51 51
Pusingan Kanak-kanak / Sampel
1/2/3/4/5/6
8 9 10 11 12 13 14 15
Jumlah /x /x /x /x /x /x /x /x
51 60 60 60 51 60 60 51
PERBINCANGAN
Daripada dapatan pada fasa penilaian melalui permainan Masih Ingat Lagi yang dijalankan, didapati
terdapat keberkesanan pada pembelajaran mengenal warna dalam kalangan murid. Dapat dilihat di awal
intervensi iaitu pada permainan Putar dan Sebut, kesemua 15 orang kanak-kanak hanya dapat menyebut
dua warna yang betul daripada tiga warna yang mereka peroleh. Warna-warna tersebut adalah warna-
warna asas dan sekunder yang biasa mereka temui.
Aktiviti-aktiviti intervensi yang dijalankan juga membantu mereka dalam mengenal warna dengan lebih
baik. Pada permainan Masih Ingat Lagi: Padanan Batang Akrilik, dapat dilihat lapan sampel iaitu 53%
dapat memadankan warna pada batang akrilik dengan tepat. Seramai tujuh orang atau 47% pula dapat
memadankan lima batang akrilik mengikut susunan warna dengan betul.
Intervensi permainan CoMatch iaitu Jom Campur telah memberi pengalaman baru kepada sampel. Jika
sebelum permainan ini, mereka hanya mengenal warna sekunder tanpa mengetahui bahawa warna
sekunder adalah merupakan campuran dua warna asas. Dapatan permainan Masih Ingat Lagi: Akrilik
Sekunder menunjukkan sembilan daripada 15 peserta, iaitu 60% dapat mengenal pasti campuran dua
warna asas bagi menghasilkan warna sekunder yang dikemukakan. Sebanyak 40% sampel pula dapat
mengenal pasti sekurang-kurangnya dua daripada tiga warna asas bagi menghasilkan warna sekunder.
Dapatan daripada permainan Papan Heksagon membuktikan intervensi permainan CoMatch amat
membantu dalam pembelajaran mengenal warna. Hal ini dapat dilihat dari dapatan yang menunjukkan
53% atau lapan daripada 15 sampel dapat menjawab permasalahan yang dikemukakan pada Papan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 39
Heksagon dengan tepat. Seramai tujuh sampel iaitu 47% mendapat lima daripada enam jawapan yang
betul.
RUMUSAN
Dapatan-dapatan ini menunjukkan bahawa pendekatan Model Instruksional 5E memberi kesan positif
yang sangat baik kepada sampel. Hal ini dapat dilihat pada peratusan sampel yang mendapat jawapan
betul yang tinggi pada fasa penilaian. Peluang yang diberikan kepada sampel untuk meneroka dan
membentuk konsep menyumbang kepada dapatan begini. Walaupun dapatan menunjukkan sampel
tidak menunjukkan keputusan yang konsisten dalam kalangan mereka pada setiap intervensi, namun
proses pembelajaran berlaku pada setiap sampel kajian ini. Justeru, pendekatan Model Instruksional 5E
bukan sahaja dapat diterapkan dalam Tunjang Sains dan Teknologi malahan juga dalam tunjang-tunjang
lain dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
RUJUKAN
Andersson, K. & Annica G. (2012). What is science in preschool and what do teachers have to know to
empower children? Cultural Studies of Science Education. 9.10.1007/s11422-012-9439-6
Bybee, R.W., Taylor, A.J., Gardner, A., Scotter, P.V., Powell, J.C., Westbrook, A. & Landes, N. (2006).
The BSCS 5E instructional model: Origin, effectiveness and applications.
http://www.bscs.org/pdf/bscs5eexecsummary.pdf
Eshach, H., & Fried, M.N. (2005). Should science be taught in early child hood? Journal of Science
Education and Technology, 14(3), 315-336
Evelyn, W.Z.S. (2014). A study on the effectiveness of hands-on experiments in learning science among
year 4 students. International Online Journal of Primary Education, 3(1), 29-40.
https://goo.gl/YAvJRg
French, L. (2004). Science as the center of a coherent, integrated early childhood curriculum. Early
childhood Research Quarterly, 19(1), 138.
Jaswardi Anwar Md Yaacob, Nor Kamilah Makhtar & Mohammad Shukeri. (2018). Model
Pembelajaran 5E: Satu keperluan dalam pembelajaran Biologi.
https://www.academia.edu/27991468
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan : Dokumen
standard kurikulum dan pentaksiran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Buku penerangan: Kurikulum standard prasekolah
kebangsaan : Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (Semakan 2017). Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Buku penerangan kurikulum standard sekolah menengah
(KSSM). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mohd Paris Saleh (2016). Model pengajaran M-Pembelajaran berasaskan kaedah inkuiri mata
pelajaran sejarah peringkat menengah. Tesis ijazah kedoktoran yang tidak diterbitkan,
Universiti Malaya
National Research Council. (2013). A framework for K-12 science education: Practices, crosscutting
concepts, and core ideas. Washington, DC: National Academies Press.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 40
NGSS Lead States. (2013). Next Generation Science Standards: For states, by states. Washington,
DC: National Academies Press.
Nor ‘Aini Tahir, Rosziki Zakaria & Zainab Zakaria., (2010). Perkembangan kognitif dan pembelajaran
kanak-kanak. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Norhailmi Abdul Mutalib (2017). Model pembelajaran 5E.
https://www.cikguhailmi.com/2017/02/kitar-pembelajaran-5e.html
Norhaliza Abdul Wahab (2019). Tahap Kompetensi Guru Prasekolah Menjalankan Eksperimen dalam
Sains Awal. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Sungai Petani: IPG Kampus Sultan
Abdul Halim.
Nur Aqilah Rozali & Noor Dayana Abd Halim. (2020). Kesan pembelajaran berasaskan inkuiri dengan
integrasi video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran matematik. Innovative
Teaching and Learning Journal, 3(2), 42-60.
Rozana Abdul Rahim & Hamidah Abdul Hamid. (2020). Intervensi permainan CoMatch dalam
membantu meningkatkan pembelajaran mengenal warna dalam kalangan kanak-kanak. Kertas
kerja Seminar Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan 2020 Peringkat Kebangsaan. Miri :
IPGK Sarawak.
Suppiah Nachiappan. (2018). Panduan pendidikan awal kanak-kanak: Teori, model, kaedah dan aktiviti
ke arah perkembangan kognisi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tanner, K.D. (2010). Order matters. Using the 5E model to align teaching with how people learn. CBE-
Life Sciences Education, 9(3), 159-164.
Turk, F. & Calik, M. (2008). Using different conceptual change methods embedded within 5E model:
A sample teaching of endothermic-exothermic reactions. Asia-Pacific Forum on Science
Learning and Teaching, 9(1), Article 5.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 41
APLIKASI PETA PEMIKIRAN i-THINK DALAM KURSUS BMLB3013 PELAJAR IPG:
SATU TINJAUAN
Arfah binti Ahamad, PhD, Mohd. Januri bin Aiyub, Mohd. Noor bin Ahmad
Daud bin Md. Saman, Suheimi bin Abdul & Ibrahim bin Bakar
Corresponding author:
Dr. Arfah binti Ahamad
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji keupayaan pelajar kursus BMLB3013 mengubah suai dan
menghasilkan lagu rakyat setelah mengaplikasikan Peta Pemikiran i-THINK. Kajian ini melihat
bagaimana proses pemikiran Peta Pemikiran i-THINK memainkan peranan dalam usaha
mengupayakan pelajar mengubah suai dan menghasilkan lirik lagu rakyat. Proses pengubahsuaian dan
penghasilan lagu rakyat ialah aras mencipta yang merupakan aras kemahiran berfikir paling tinggi
dalam Taksonomi Bloom semakan semula (2001). Kajian ini secara tidak langsung melihat keupayaan
pelajar dalam kemahiran berfikir aras tinggi. Peta Pemikiran i-THINK yang terlibat dalam kajian ini
ialah Peta Bulatan dan Peta Alir. Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar semester 8 di salah sebuah
IPG yang mengambil kursus BMLB3013 Bahasa Melayu Lestari daripada tiga pengajian yang berbeza
iaitu Pengajian Agama Islam, Bahasa Arab dan Pengajian Bahasa Inggeris (TESL). Kaedah kajian
kualitatif digunakan dalam kajian ini, iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian Peta Pemikiran i-THINK iaitu Peta Bulatan dan Peta Alir
telah membantu mengupayakan pelajar mengubah suai dan menghasilkan lirik lagu rakyat dengan lebih
baik dan autentik (tulen).
Kata kunci: Peta Pemikiran i-THINK, Bahasa Melayu Lestari dan lagu rakyat
PENGENALAN
Kemunculan abad ke-21 turut mengubah landskap kurikulum pendidikan di Malaysia. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)
merupakan satu Transformasi Kurikulum Pendidikan yang menekankan aspek Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Melalui pelan transformasi ini adalah diharapkan pelajar-pelajar pada abad ini mampu
untuk bersaing dengan negara-negara maju apabila transformasi minda juga diperhebatkan setelah
KBAT diperkenalkan dalam sistem pendidikan yang antara lain bermatlamat untuk melahirkan generasi
yang berkeupayaan berfikir secara kritis dan kreatif pada aras tinggi (Arfah, Fadzilah & Rohizani, 2014;
2016a; 2018). Bagi mencapai hasrat mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir untuk
melahirkan pelajar yang berinovatif, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah memperkenalkan program i-THINK agar murid akan dan bersedia
dilengkapi dengan kemahiran yang tepat (Agensi Inovasi Malaysia, 2012).
Bagi mencapai hasrat ini, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga tidak terkecuali menyahut
cabaran dan menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) di setiap
kampus. Matlamat ini harus didokong agar pelajar-pelajar di setiap IPG berkeupayaan berfikir pada aras
tinggi dan mampu berdaya saing dalam persekitaran dunia yang semakin mencabar. Pelbagai kursus
ditawarkan kepada pelajar-pelajar IPG bagi mencapai matlamat tersebut. Antara kursus yang ditawarkan
ialah kursus BMLB3013, iaitu kursus Elektif Terbuka Bahasa Melayu Lestari. Kursus ini
membincangkan isu, cabaran dan program pelestarian bahasa Melayu melalui nyanyian lagu rakyat,
nilai dan pemikiran dalam lagu rakyat, kreativiti dan inovasi dalam nyanyian lagu rakyat, penyampaian
dan persembahan lagu rakyat, dan pembelajaran berasaskan projek bersumberkan lagu rakyat
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Sebagaimana pandangan Aripin Said (2011) bahawa lagu-
Iagu rakyat atau nyanyian rakyat telah banyak memberi sumbangan bagi mempertingkatkan martabat
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 42
insan dan hal ini selaras dengan kemenjadian seorang pelajar, termasuk pelajar di IPG yang memerlukan
sifat insaniah yang tinggi dalam mendidik generasi akan datang.
Melalui kursus ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai ilmu tentang isu, cabaran dan
program-program pelestarian Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Fokus utama pelestarian Bahasa Melayu dalam kursus ini ialah melalui nyanyian lagu-lagu rakyat yang
mengaitkan nilai dan pemikiran dalam lagu rakyat, kreativiti dan inovasi dalam nyanyian lagu rakyat,
penyampaian dan persembahan lagu rakyat, dan pembelajaran berasaskan projek bersumberkan lagu
rakyat. Oleh itu, kajian ini melihat daripada perspektif kreativiti dan inovasi dalam nyanyian lagu rakyat
yang memfokuskan kepada keupayaan pelajar untuk mengubah suai dan menghasilkan lirik lagu rakyat
dengan lebih baik dan autentik (tulen) melalui pengaplikasian Peta Pemikiran i-THINK iaitu Peta
Bulatan dan Peta Alir.
Pernyataan Masalah
Sejak tahun 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program kemahiran
berfikir kreatif dan kritis (KBKK) dalam sistem pendidikan. Hal ini bermakna, kemahiran berfikir
bukanlah suatu perkara yang baharu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelbagai jenis alat berfikir
telah diperkenalkan kepada guru dan pelajar sebagai satu inisiatif untuk menjayakan program KBKK
serta merealisasikan hasrat KPM untuk melahirkan pelajar yang berfikir.
Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa pelajar masih kurang mengaplikasikan kemahiran
berfikir dalam PdP (Rajendran, 2000). Selain itu, kajian Rosnani (2012) juga menunjukkan bahawa
penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar juga masih lemah. Dengan
kata lain, pelajar-pelajar di Malaysia kurang diberi penekanan kepada kemahiran berfikir (Phillips, 1995;
Mohd. Hussain 1995; Rajendran, 2000; Balakrishan, 2002; Rohaida & Zamri, 2015; A. Rahman,
Jamaludin dan Zamri, 2015). Selain itu, melalui temu bual juga antara lain pelajar menyatakan bahawa
mereka sukar untuk mengubah suai dan menghasilkan lirik lagu rakyat kerana segala idea tidak
tersusun dengan rapi.
Melalui aplikasi Peta Pemikiran i-THINK, kajian Muhammad Sidek (2013) mendapati bahawa kesan
aplikasi peta pemikiran i-THINK dapat meningkatkan aras kemahiran berfikir pelajar. Manakala kajian
Lee & Gan (2012) mendapati bahawa Peta Pemikiran i-THINK dapat membantu pemahaman dan
mengorganisasi pemikiran pelajar-pelajar. Oleh itu, kajian ini ingin melihat bagaimana proses alat
berfikir Peta Pemikiran i-THINK yang diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 – 2025 memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar menguasai kemahiran
berfikir aras tinggi terutama pada aras mencipta, iaitu mengubah suai dan menghasilkan lagu rakyat
yang baharu.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah:
1. Mengkaji keupayaan pelajar kursus BMLB3013 mengubah suai dan menghasilkan lagu rakyat
setelah mengaplikasikan Peta Pemikiran i-THINK.
2. Mendapatkan pandangan pelajar kursus BMLB3013 terhadap keberkesanan pengaplikasian Peta
Pemikiran i-THINK.
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut:
1. Sejauh manakah pelajar kursus BMLB3013 berupaya mengubah suai dan menghasilkan lagu
rakyat setelah mengaplikasikan Peta Pemiran i-THINK.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 43
2. Apakah pandangan pelajar kursus BMLB3013 terhadap keberkesanan pengaplikasian Peta
Pemikiran i-THINK
TINJAUAN LITERATUR
Dalam proses PdP, pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai dan bermakna penting dan ia perlu
mengikut keupayaan individu pelajar kerana setiap individu mempunyai kebolehan yang pelbagai
(Honey & Mumford, 1992). Oleh itu, pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah dalam
usaha menjana minda agar mereka dapat menghayati dan menguasai kemahiran berfikir. Menurut
Rajendran (2002) hampir kesemua aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah mempunyai unsur
kemahiran berfikir. Konsep ini bermakna bahawa apabila seseorang menghadapi sebarang masalah,
mereka perlu lebih kreatif dengan mempunyai lebih dari satu cara penyelesaian. Alat berfikir yang
menjadi fokus kajian ialah Peta Pemikiran yang dibangunkan oleh Hyerle (2007) dan dipersembahkan
dalam lapan bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami. Justeru, untuk
mencapai matlamat tersebut, Peta Pemikiran i-THINK amat sesuai sebagai satu teknik alternatif alat
berfikir yang tepat pada abad ke-21. Hal ini adalah selaras dengan hasrat negara yang inginkan generasi
yang boleh berfikir secara kreatif dan membuat rumusan menerusi pemikiran.
Peta Pemikiran i-THINK merupakan salah satu alat berfikir yang sangat efektif. Berdasarkan kajian
Jensen (1998) mendapati bahawa 80% daripada maklumat yang diterima oleh otak adalah dalam bentuk
visual, manakala 40% daripada saraf gentian dalam badan yang disambung ke bahagian otak adalah
dihubungkan dengan retina. Manakala dalam masa satu jam sebanyak 36,000 mesej dalam bentuk visual
dapat diterima oleh mata. Oleh itu, peta pemikiran dianggap sesuai digunakan untuk menerima
maklumat dengan sewajarnya. Kajian Lee & Gan (2012) menjelaskan bahawa peta pemikiran dapat
membantu pelajar dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta
membantu pelajar membentangkan idea-idea yang bernas dan baru. Selain itu, berdasarkan visual yang
tertentu melalui penggunaan peta pemikiran pelajar dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas
(Arfah et al., 2019).
METODOLOGI
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji keupayaan pelajar kursus BMLB3013 mengubah suai dan
menghasilkan lagu rakyat setelah mengaplikasikan Peta Pemikiran i-THINK. Oleh itu, terdapat
beberapa aspek yang berkaitan dengan metodologi kajian digunakan dalam kajian ini, iaitu reka bentuk
kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan teknik menganalisis data yang
diperoleh.
Reka bentuk kajian
Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan temu bual bertulis, pemerhatian dan dokumen
untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan objektif dan persoalan kajian.
Sampel kajian
Sampel kajian terdiri daripada pelajar kursus BMLB3013 di salah sebuah Institut Pendidikan Guru di
Zon Utara. Dalam kajian ini seramai 10 orang responden terlibat, iaitu terdiri daripada empat orang
pelajar kursus TESL, empat orang pelajar kursus Bahasa Arab dan dua orang pelajar kursus Pengajian
Islam. Menurut Spencer dan Spencer (1993) tujuh orang sampel kajian memadai bagi mendapat data
kualitatif yang bernilai. Patton (1990) juga menjelaskan bahawa bilangan peserta yang kecil
membolehkan pengkaji menyiasat perkara yang diselidik dengan lebih mendalam. Manakala untuk
analisis dokumen ialah hasil daripada pengubahsuaian dan penghasilan tiga buah lirik lagu daripada tiga
kumpulan yang terlibat.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 44
Pemilihan sampel kajian ini dibuat menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling)
berdasarkan cadangan Gay (1996), iaitu sampel kajian ini dipilih dengan tujuan tertentu dan memberi
banyak maklumat yang berkaitan (Silverman, 2002).
Instrumen kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah instrumen temu bual bertulis, pemerhatian dan
dokumen. Soalan temu bual bertulis menggunakan google form mengenai pendapat pelajar kursus
BMLB3013 selepas mereka mengaplikasikan Peta Pemikiran i-THINK, iaitu Peta Bulatan dan Peta Alir.
Soalan-soalan dikemukakan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang proses PdP kursus
BMLB3013, seperti pandangan mereka apabila mengaplikasikan Peta Pemikiran i-THINK sebagai alat
berfikir dalam sub topik pengubahsuaian dan penghasilan lagu rakyat. Pemerhatian dilakukan semasa
pelajar mengaplikasikan Peta bulatan dan Peta Alir untuk menyiapkan tugasan mengubahsuai dan
menghasilkan lirik lagu rakyat. Manakala dokumen ialah hasil pelajar secara berkumpulan setelah
mereka mengaplikasikan Peta Bulatan dan Peta Alir akan dianalisis untuk mendapatkan data tentang
keupayaan mereka untuk mengubahsuai dan menghasilkan lirik lagu rakyat yang baru dan autentik.
Kaedah pengumpulan data
Dalam kajian ini, data dikumpulkan dari kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu temu bual bertulis,
pemerhatian dan dokumen. Temu bual pelajar dijalankan pada peringkat pasca kajian iaitu setelah
pelajar mengaplikasikan Peta Bulatan dan Peta Alir dalam pengubahsuaian dan penghasilan lagu rakyat.
Pemerhatian pula dilakukan semasa pelajar mengaplikasikan Peta bulatan dan Peta Alir bagi
menyelesaikan tugasan mengubahsuai dan menghasilkan lirik lagu rakyat. Manakala dokumen pelajar
dianalisis hasil daripada pengaplikasian Peta Bulatan dan Peta Alir untuk mengubahsuai dan
menghasilkan lirik lagu rakyat yang baharu dan autentik.
Teknik menganalisis data
Analisis data-data kajian yang berbentuk kualitatif seperti analisis pemerhatian dan dokumen akan
dianalisis sepanjang proses pengumpulan data kajian. Manakala analisis temu bual bertulis akan
dilakukan selepas semua data dikumpulkan.
Dapatan Penyelidikan
Laporan analisis ini bertujuan untuk menjawab soalan kajian pertama dan kedua. Kajian ini
menggunakan teknik analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual bertulis untuk mendapatkan data
kualitatif. Analisis dokumen dilakukan ke atas pengubahsuaian dan penghasilan lirik lagu rakyat oleh
tiga kumpulan. Manakala analisis temu bual bertulis dilakukan ke atas pelajar pada akhir kajian. Data-
data ini adalah untuk menjawab soalan kajian pertama dan kedua seperti berikut;
1. Sejauh manakah pelajar kursus BMLB3013 berupaya mengubah suai dan menghasilkan lagu
rakyat setelah mengaplikasikan Peta Pemikiran i-THINK
2. Apakah pandangan pelajar kursus BMLB3013 terhadap keberkesanan pengaplikasian Peta
Pemikiran i-THINK
Analisis dokumen dan pemerhatian
1. Sejauh manakah pelajar kursus BMLB3013 berupaya mengubah suai dan menghasilkan lagu
rakyat setelah mengaplikasikan Peta Pemikiran i-THINK
Teknik analisis dokumen dilakukan ke atas lirik lagu rakyat yang diubah suai dan dihasilkan kembali
oleh tiga kumpulan pelajar tersebut. Pengubahsuaian dan penghasilan lirik lagu rakyat ini adalah aras
mencipta dalam Taksonomi Anderson dan Krathwohl atau Bloom semakan semula (2001). Bagi
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 45
menjawab soalan kajian ini, ketiga-tiga lirik lagu rakyat yang diubah suai dan dihasilkan kembali
dianalisis untuk melihat aras mencipta dalam kemahiran berfikir aras tinggi pelajar kursus BMLB3013.
Tujuan analisis dokumen ini adalah untuk melihat keupayaan pelajar kursus BMLB3013 dalam
mengubah suai dan menghasilkan lirik lagu rakyat , iaitu aras tertinggi dalam kemahiran berfikir setelah
mereka mengaplikasikan Peta Pemikiran i-THINK, iaitu Peta Bulatan dan Peta Alir.
Bagi setiap dokumen, data-data diambil melalui lirik lagu rakyat yang diubah suai dan dihasilkan oleh
setiap kumpulan. Hasil kerja pelajar tersebut dianalisis untuk melihat keupayaan pelajar mengubah suai
dan mencipta lirik lagu rakyat kesan daripada pengaplikasian Peta Bulatan dan Peta Alir. Analisis
dokumen ini melihat aspek tema dan kesepaduan idea yang yang membentuk tema yang dipilih serta
plot cerita yang dijalinkan sehingga membentuk satu kesatuan lirik yang membawa makna dan autentik.
Ketiga-tiga lirik lagu asal yang diubah suai iaitu lagu Chan Mali Chan (Keluargaku Sayang), Seloka
Pak Kaduk (Buat Anak Muda) dan Jong-jong Inai (O…O Sayang). Jadual 1 menunjukkan rumusan
tema, idea dan plot atau alur cerita hasil daripada proses pengubahsuaian dan penciptaan lirik yang
baharu.
Jadual 1
Rumusan tema, idea dan plot atau alur cerita lirik lagu rakyat yang baharu.
Tajuk Lagu Tema Tajuk Lagu Tema Idea Plot/Alur Cerita
Rakyat (Asal) Rakyat (Baru) (Peta Bulatan) (Peta Alir)
Hiburan
Chan Mali kanak-kanak Keluargaku Kekeluargaan kasih sayang, ibu, Pelajar mengolah
Chan Sayang membelai, idea-idea tersebut
sakinah, adab, menjadi cerita yang
anak, syurga, terdiri daripada 13
sopan, baris lirik lagu dan 3
kekeluargaan, rangkap lirik lagu
hormat dan yang baharu yang
silaturrahim mengisahkan
tentang
kekeluargaan
sekarang.
Jong Jong Permainan O… O Sayang Cinta Sejati Mari pulang, cinta Pelajar mengolah
Inai zaman (Anak Muda) sejati, rindu, idea-idea tersebut
dahulu kesetiaan, menjadi cerita yang
penantian, terdiri daripada 9
kebahagiaan, dan baris lirik lagu dan 3
kasih sayang rangkap lirik lagu
antara kekasih. yang baharu yang
mengisahkan
tentang cinta sejati
pasangan anak muda
sekarang.
Seloka Pak Kebodohan/ Buat Anak Nasihat Jaga diri, hormat Pelajar mengolah
Kaduk tidak mampu Muda orang tua, idea-idea tersebut
berfikir berusaha, pelihara menjadi cerita yang
secara maruah, jaga diri, terdiri daripada 12
rasional jangan meninggi baris dan 3 rangkap
diri, jujur, lirik lagu yang
berusaha, dan baharu yang
pandai pilih mengisahkan
kawan. tentang nasihat
kepada anak muda
zaman sekarang.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 46
Analisis pemerhatian pula dilakukan ke atas pelajar kursus BMLB3013 semasa mereka sedang
mengaplikasikan Peta Bulatan dan Peta Alir untuk menyiapkan tugasan mengubahsuai dan
menghasilkan lagu rakyat yang baru dan autentik. Pemerhatian ini melihat aspek keupayaan pelajar
untuk merangsang dan mengeluarkan idea, serta menyambung idea-idea menjadi kesatuan idea yang
utuh bagi menghasilkan lirik lagu rakyat yang baharu dan autentik. Ketiga-tiga lirik lagu asal yang
diubah suai iaitu lagu Chan Mali Chan (Keluargaku Sayang), Seloka Pak Kaduk (Buat Anak
Muda) dan Jong-jong Inai (O…O Sayang). Jadual 2 menunjukkan analisis keupayaan pelajar kursus
BMLB3013 dalam proses pengubahsuaian dan penciptaan lirik lagu rakyat yang baharu dan autentik.
Jadual 2
Analisis pemerhatian keupayaan pelajar kursus BMLB3103 mengubah suai dan menghasilkan lagu
rakyat
Hasil Tugasan
Kumpulan Tugasan Tema Aplikasi Aplikasi Kesan
Peta Bulatan Peta Alir (mengubah suai
Kumpulan Mengubah suai Hiburan
1 dan kanak- Pelajar dapat Pelajar kurang dan
menghasilkan kanak mengaplikasikan mahir tetapi menghasilkan
(Hang lirik lagu proses pemikiran dapat lirik lagu rakyat)
Jebat) rakyat Chan Peta Bulatan mengaplikasikan Berjaya
Mali Chan dengan baik dan proses pemikiran mengolah idea
(Keluargaku tepat Alir dengan baik daripada Peta
Sayang) dan tepat Bulatan dan
Pelajar dapat mencantumkan
merangsang dan Pelajar agak idea-idea
mengeluarkan boleh mencantum tersebut
idea berkaitan idea berkaitan menggunakan
dengan tema tajuk dengan tema Peta Alir.
lirik lagu yang tajuk lirik lagu Olahan dan
ingin dihasilkan. yang ingin cantuman idea
dihasilkan. berjaya
Pemilihan kosa mengubah suai
kata (idea) tepat Masa yang agak lirik lagu rakyat
lama Chan Mai
Masa yang diperuntukkan Chan menjadi
sekejap untuk proses lirik lagu baru
diperuntukkan cantuman idea Keluargaku
untuk merangsang Sayang dengan
idea tema yang baru
tanpa mengubah
Bilangan kosa irama asal.
kata yang banyak
Kumpulan Mengubah suai Permainan Pelajar dapat Pelajar mahir dan Berjaya
2 dan zaman mengaplikasikan dapat mengolah idea
menghasilkan dahulu proses pemikiran mengaplikasikan daripada Peta
(Hang lirik lagu Peta Bulatan proses pemikiran Bulatan dan
Tuah) rakyat Jong dengan agak baik Alir dengan baik mencantumkan
dan tepat idea-idea
Jong Inai Pelajar dapat tersebut
(O… O merangsang dan Pelajar boleh menggunakan
Sayang) mengeluarkan mencantum idea Peta Alir.
idea berkaitan berkaitan dengan
dengan tema tajuk tema tajuk lirik Olahan dan
lirik lagu yang lagu yang ingin cantuman idea
ingin dihasilkan. dihasilkan. berjaya
mengubah suai
Pemilihan kosa Masa yang lirik lagu rakyat
kata (idea) tepat sekejap
diperuntukkan
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 47
Masa yang agak untuk proses Jong Jong Inai
cantuman idea menjadi lirik
lama lagu baru O... O
Pelajar sangat Sayang dengan
diperuntukkan mahir dan dapat tema yang baru
mengaplikasikan tanpa mengubah
untuk merangsang proses pemikiran irama asal.
Alir dengan baik
idea dan tepat Berjaya
mengolah idea
Bilangan kosa Pelajar sangat daripada Peta
boleh mencantum Bulatan dan
kata tidak begitu idea berkaitan mencantumkan
dengan tema idea-idea
banyak tajuk lirik lagu tersebut
yang ingin menggunakan
Kumpulan Mengubah suai Kebodohan Pelajar dapat dihasilkan. Peta Alir.
3 dan
menghasilkan /tidak mengaplikasikan Masa yang Olahan dan
(Hang lirik lagu sekejap cantuman idea
Lekiu) rakyat Seloka mampu proses pemikiran diperuntukkan berjaya
Pak Kaduk untuk proses mengubah suai
(Buat Anak berfikir Peta Bulatan cantuman idea lirik lagu rakyat
Muda) Seloka Pak
secara dengan baik dan Kaduk menjadi
lirik lagu baru
rasional tepat Buat Anak
Muda dengan
Pelajar dapat tema yang baru
tanpa mengubah
merangsang dan irama asal.
mengeluarkan
idea berkaitan
dengan tema tajuk
lirik lagu yang
ingin dihasilkan.
Pemilihan kosa
kata (idea) tepat
Masa yang tidak
lama
diperuntukkan
untuk merangsang
idea
Bilangan kosa
kata yang banyak
Analisis Temu bual bertulis
2. Apakah pandangan pelajar kursus BMLB3013 terhadap keberkesanan pengaplikasian Peta
Pemikiran i-THINK?
Bagi menjawab soalan kajian kedua dan menyokong hasil dapatan analisis dokumen, pengkaji telah
menjalankan temu bual bertulis ke atas sepuluh orang responden yang mewakili pelajar kursus
BMLB3013. Temu bual yang dijalankan adalah berbentuk temu bual bertulis. Analisis temu bual ini
bertujuan untuk mengetahui pendapat pelajar kursus BMLB3013 terhadap keberkesanan pengaplikasian
Peta Bulatan dan Peta Alir dalam proses mengubah suai dan menghasilkan lirik lagu rakyat yang baharu.
Analisis dapatan temu bual ini telah diringkaskan dalam bentuk tematik melalui Rajah 1. Dapatan
daripada temu bual pelajar mendapati dua tema utama yang menjelaskan pendapat pelajar terhadap
kesan pengaplikasian Peta Bulatan dan Peta Alir dalam proses mengubah suai dan menghasilkan lirik
lagu rakyat yang baharu. Tema-tema yang dikenalpasti ialah, (a) mudah mengeluarkan idea; dan (b)
dapat menyusun cerita.
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 48
PANDANGAN PELAJAR KURSUS BMLB3013
TERHADAP KEBERKESANAN PENGAPLIKASIAN PETA BULATAN DAN PETA ALIR
PETA BULATAN PETA ALIR
mudah mengeluarkan idea dapat menyusun cerita
Rajah 1. Ringkasan tematik data kualitatif (pandangan pelajar)
Berdasarkan temu bual ke atas pelajar menunjukkan bahawa mereka dapat mengeluarkan idea dengan
lebih tersusun dan sistematik dengan menggunakan Peta Bulatan.
Peta Bulatan membantu dalam proses penghasilan idea baru selain
mengelakkan daripada berlakunya percanggahan idea mengikut tema yang dipilih.
(P1)
Bagus untuk memberi idea kerana daripada kita senaraikan, kita dapat lihat
lebih senang jika satu perkataan itu berkait dengan perkataan lain.
(P3)
Bagus untuk memberi idea kerana daripada kita senaraikan, kita dapat lihat
lebih senang jika satu perkataan itu berkait dengan perkataan lain.
(P5)
Betul, kerana Peta Bulatan menunjukkan proses berfikir bagi menjana idea
dan menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada.
(P6)
Ya, sangat membantu. Peta Bulatan menjadi perangsang kepada saya untuk
mengumpulkan idea sebanyak mungkin kerana saya ingin memenuhkan bulatan itu.
(P10)
Pelajar juga menjelaskan bahawa pengaplikasian Peta Alir juga memudahkan mereka untuk
menyusun atur cerita ke dalam lirik lagu baharu mengikut tema dengan lebih cepat dan tersusun.
Sangat membantu kerana segala idea telah disusun mengikut turutan dan
memudahkan saya untuk membina lirik baru.
(P1)
Ya. Turutan idea dapat dilihat secara jelas dan mudah
(P2)
Ia membantu saya menyusun keutamaan isi untuk menulis lirik lagu…
(P4)
e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI PERINGKAT IPGKSAH DANA INISIATIF PPPM #112 49