The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN & INOVASI IPGKSAH 2020 (JPPI IPGKSAH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hairul, 2020-11-27 06:22:15

e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN & INOVASI IPGKSAH 2020 (JPPI IPGKSAH)

e-JOURNAL SEMINAR PENYELIDIKAN & INOVASI IPGKSAH 2020 (JPPI IPGKSAH)

Keberkesanan Hanya peserta 3 menerangkan bahawa tahap penguasaan dan kefahaman murid
Pentaksiran Semasa tidak dapat dinilai melalui pembelajaran dalam talian. Lebih-lebih lagi ramai
PKP murid langsung tidak hantar kerja rumah yang diberikan untuk menilai
kefahaman mereka.

Masa Yang Terhad Peserta 2 sahaja yang menyatakan bahawa masa yang amat terhad diberikan bagi
Bagi Melengkapkan melengkapkan sukatan pembelajaran semasa PKP berbanding dengan
Sukatan pembelajaran secara bersemuka yang dijalankan mengikut rancangan tahunan.
Guru hanya dapat berinteraksi dengan murid melalui alam maya dengan pelbagai
halangan. Situasi ini menyebabkan guru-guru tidak dapat melengkapkan sukatan
pada masa yang ditetapkan.

Kekangan Masa dan Hanya peserta 2 meluahkan kekangan masa dan stres yang dialami semasa
Stres Yang Dialami menjalankan PdP secara dalam talian. Peserta ini juga menyatakan bahawa
Oleh Para Guru pembelajaran dalam talian amat terbatas kerana menghadapi pelbagai masalah
seperti capaian internet dan kekurangan alat peranti pintar. Kekangan masa
menjurus kepada masalah kesihatan seperti kekurangan tidur dan stres.
Kenyataan peserta ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Australian
Education Survey Examining the impact of Covid-19. Mengikut Ziebell, Cath dan
Wee Tiong Seah, 2020, 68 peratus guru sekolah rendah menyatakan bahawa
mereka bekerja 6 hingga 20 jam tambahan. Sebilangan guru-guru sekolah rendah
di Australia menerangkan bahawa pembelajaran dalam talian telah mengambil
alih hidup mereka dimana sehari suntuk mereka menjalankan PdP dalam talian,
merancang dan merakam pelajaran, memeriksa dan memberi maklum balas
terhadap hasil kerja rumah murid, menghadiri mesyuarat dan perbincangan dan
sebagainya. Luahan hati guru-guru di Australia membuktikan mereka mengalami
stres yang sangat tinggi. Kekangan masa bekerja menyebabkan mereka tidak
dapat menguruskan percutian yang sihat bersama keluarga (Zeabell et.al, 2020).

Kesediaan Guru Peserta 3 menyatakan bahawa dia masih tidak bersedia untuk menjalankan kelas
Terhadap secara dalam talian.
Pembelajaran Dalam
Talian

Soalan 2: Kemahiran yang perlu dimiliki oleh guru bagi menangani masalah yang wujud supaya
mereka terus efektif di dalam kelas.

Peserta juga mencadangkan kemahiran yang perlu dimiliki oleh para guru bagi menangani masalah
yang wujud supaya mereka terus efektif di dalam kelas. Kemahiran yang diperlukan oleh guru
dibahagikan kepada lima kategori bidang utama yang berkaitan. Berikut merupakan dapatan daripada
proses temu bual.

Jadual 3: Kemahiran Yang Perlu Dimiliki Oleh Para Guru

Kemahiran Dapatan Temubual

Penyediaan Peserta 1
Bahan PdP “Lesson plan yang bagus dan menarik dan yang boleh aa… yang tidak melibatkan

apa jarak yang dekat. Boleh boleh bagi aktiviti seperti brainstorming, debate tapi
dalam apa…duduk dalam tempat masing-masing dengan menjaga jarak sosial.”

100

“Aaa... adalah lebih baik jika guru pada masa hadapan dilatih dengan... dilatih dan

dilengkapi dengan ilmu dalam menggunakan website dalam yang percuma dan aaa
boleh menghasilkan aaa… bahan Pdpc yang bagus.”

Peserta 2
“Saya juga perlu merancang dengan lebih teliti aa... dalam menyediakan aaa…

perancangan pembelajaran.”
“Saya akan menyediakan menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan sesuai
dengan murid-murid, sama ada dalam bentuk video, lembaran kerja, animasi aa…

aplikasi permainan dan sebagainya”
“Kandungan pelajaran yang banyak juga boleh dipecahkan menjadi lebih kecil bagi

memudahkan murid untuk memproses maklumat… dan mengurangkan masa
pembelajaran mereka”.
“Okay, guru perlu terus menggunakan pendekatan pengajaran dalam talian bagi

menyokong pengajaran di bilik darjah...”

Peserta 3
“Mevariasikan cara pengajaran kita… aah… untuk memastikan tahap pemahaman

murid tu pada tahap yang optimum lah dengan cara mugkin… err… perbanyakkan…
err… memberi latihan… ok dengan me… menunjukkan… err apa... simulasi untuk
murid lagi faham, ok menggunakan… err apa… tayangan slide… ahh… macam tu.”

Penggunaan Peserta 1
Aplikasi “Aaa... adalah lebih baik jika guru pada masa hadapan dilatih dengan… dilatih dan
Dalam Talian dilengkapi dengan aaa… ilmu ilmu dalam menggunakan website dalam yang

percuma dan aaa… boleh menghasilkan aaa… bahan Pdpc yang bagus.”

Peserta 2
“Pertama sekali, seorang guru itu... saya… aarrgghh... Saya sendiri perlulah

menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat yang terkini untuk

mengatasi masalah-masalah dalam e-pembelajaran ini. Dan saya perlu me...

memahirkan diri serta lebih fleksible menggunakan aplikasi yang pelbagai seperti

Google Classroom, Google Meet, aa... Microsoft, Telegram, Whatsapp dan
sebagainya.”

Kemahiran Peserta 2
Komunikasi “Selain itu juga sebagai guru kita kena meningkatkan kemahiran komunikasi antara

guru dengan murid dan guru dengan ibu bapa. Ini adalah untuk aaaa kalau komunikasi

guru antara murid adalah untuk memudahkan urusan pembelajaran atas talian dan juga

memotivasikan murid dari semasa ke semasa supaya PdP dapat dijalankan dengan

lebih berkesan. Aaa... komunikasi dengan ibu bapa juga perlu aaa sebagai... supaya

murid dapat membuat dan mengikuti pelajaran dalam talian pada waktu yang
ditentukan”.

Motivasi Peserta 1
Melalui “Aaa... memberi sokongan dan juga memberi insentif. Macam kalau dah siap kerja
Ganjaran
boleh dapat aaa mata dalam mata yang terkumpul itu boleh menukar menjadi aaa
hadiah atau pun benda hadiah.”

Peserta 2
“Aktiviti permainan dalam talian… aaa juga dapat meningkatkan tumpuan murid dan

pemberian ganjaran bagi setiap aktiviti atau soalan secara atas talian juga boleh
meningkatkan motivasi untuk belajar”.

101

“Anugerah khas galakan kepada guru dan murid yang ter… aaa... te... terampil dalam

pembelajaran dalam talian. Dan anugerah ini boleh dikategorikan mengikut

eee...sebagai dalam acara tahunan, sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri
mahupun kebangsaan.”

Peserta 3
“Pastu, adakan sistem ganjaran..ahh..macam sistem Kahoot tu dia adakan sistem

ganjaran dan... err...boleh juga.. err.. guru macam kita ni... err... sentiasa beri dorongan

positif agar murid sentiasa ikut pembelajaran atas talian ni agar... apa orang kata... tak
ada lah murid tercicir untuk ikut pembelajaran kita ni.”

Pembinaan Peserta 2
modul “Saya… aaa... ada lakukan perkongsian bersama rakan-rakan sejawat lain untuk

menyediakan modul dan haaa... perjadualan pembelajaran sebelum melaksanakan
e-pembelajaran ini.”

Jadual 4: Tafsiran Kemahiran Yang Perlu Dimiliki Oleh Para Guru

Kemahiran Dapatan Temubual

Penyediaan Dapatan temu bual jadual 2 menunjukkan ketiga-tiga peserta memberi respon
Bahan terhadap soalan tentang kemahiran penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran Peserta 1 menyatakan rancangan mengajar yang efektif dan menarik perlu
dan disediakan oleh guru bagi murid-murid walaupun dalam talian atapun tidak
Pembelajaran bersemula selepas PKP. Oleh itu, peserta ini menegaskan bahawa penjarakkan sosial
pelu dipatuhi sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran diadakan secara
bersemuka. Oleh itu, Peserta 2 mencadangkan perancangan pembelajaran perlu
dirancang dengan lebih teliti serta menyediakan bahan pembelajaraan yang menarik
dan sesuai bagi murid-murid seperti video, lembaran kerja, animasi, aplikasi
permainan dan sebagainya. Peserta 3 pula menyatakan bahawa guru perlu
meningkatkan kemahiran mevariasikan cara pengajaran dan memastikan tahap
pemahaman murid yang optimum. Contohnya, mengadakan simulasi atau tayangan
slide. Kemahiran ini sangat diperlukan oleh para guru bagi memastikan murid-murid
minat menyertai kelas dalam talian bagi menghabiskan sukatan.

Penggunaan Cadangan ketiga-tiga peserta adalah sama seperti mana yang disyorkan oleh Bekas
Aplikasi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Penggunaan platform interaktif
Dalam Talian mampu merangsang minat guru dan pelajar untuk meneruskan sukatan pelajaran
sedia ada dan cara ini juga boleh menghalang pelajar daripada tepu setelah lama
terperap di rumah. Slot pendidikan yang disediakan di saluran Radio Televisyen
Malaysia (RTM) sekarang juga boleh dipanjangkan tempohnya selain
memperluaskan lagi ke saluran-saluran swasta dan berbayar serta KPM turut perlu
mengambil kira batas dan keupayaan para guru supaya proses sesi PdP dapat
dijalankan dengan sebaiknya (Zainuri 2020).
Peserta 1 berpendapat bahawa guru-guru perlu dilatih dan dilengkapi dengan ilmu
dalam penggunaan laman sesawang yang berkaitan dengan pembelajaran maya.
Manakala peserta 2 menyatakan bahawa penguasaan ilmu pengetahuan dalam
bidang teknologi maklumat terkini amat diperlukan untuk mengatasi masalah-
masalah dalam e-pembelajaran. Para guru juga perlu mempelajari atau perlu
mempunyai kemahiran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan pandai
menggunakan pelbagai aplikasi seperti Google Classroom, Google Meet, Microsoft,
Telegram, Whatsapp dan sebagainya.

102

Kemahiran Kemahiran komunikasi adalah kemahiran yang paling penting bagi seseorang guru
Komunikasi dalam mengendalikan murid-murid semasa PdP dalam talian. Peserta 2 mensyorkan
bahawa seorang guru perlu mengasah dan meningkatkan kemahiran komunikasi
Motivasi mereka supaya dapat berkomunikasi secara efektif dengan murid-murid dan ibu
Melalui bapa. Kemahiran ini amat penting bagi guru menjalankan urusan PdP dalam talian
Ganjaran dan juga memotivasikan murid-murid dari masa ke semasa supaya PdP dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Komunikasi yang positif antara guru-guru dengan
Pembinaan ibu bapa juga dapat mendorong ibu bapa memantau perkembangan pembelajaran
Modul anak-anak mereka dengan mudah.

Peserta 1 mensyorkan bahawa guru perlu memberi motivasi, sokongan dan hadiah
bagi hasil murid dengan menggunakan kaedah pengumpulan mata. Peserta 2 pula
memberi cadangan bagi meningkatkan kemahiran motivasi melalui ganjaran iaitu
dengan mengadakan permainan dalam talian serta memberi ganjaran atau anugerah
khas bagi setiap aktiviti atau soalan secara dalam talian bagi meningkatkan tumpuan
dan motivasi murid. Peserta 3 pula mencadangkan supaya guru-guru boleh
menggunakan aplikasi Kahoot untuk memberi dorongan positif agar murid sentiasa
mengikut pembelajaran dalam talian dengan penuh semangat dan keseronokan.

Peserta 2 mensyorkan bahawa guru-guru perlu memiliki kemahiran pembinaan
modul bagi memudahkah PdP dalam situasi PKP. Contoh yang diberikan oleh
peserta adalah semua guru perlu berkerjasama dengan rakan setugas yang lain dalam
menyediakan modul dan jadual untuk e-pembelajaran.

RUMUSAN DAPATAN

Kajian ini memberi gambaran ringkas mengenai pengalaman dan perspektif guru sekolah rendah
setelah berlakunya Covid-19. Data yang dianalisis hasil dapatan temubual mengenal pasti pelbagai
cabaran yang dihadapi oleh guru sekolah rendah yang mempengaruhi PdP semasa dan selepas Covid-
19. Cabaran terkini adalah PdP dalam talian yang dijalankan semasa dan selepas pelaksanaan PKP.
Data yang diperoleh menunjukkan ketiga-tiga peserta kajian kurang berkemampuan untuk transform
pengajaran mereka ke platform pembelajaran dalam talian. Walaubagaimanapun, dua daripada tiga
peserta mencadangkan guru-guru perlu meningkatkan kecekapan digital terkini untuk mengatasi
masalah-masalah dalam e-pembelajaran. KPM juga telah menjalankan pelbagai kursus bagi
menyediakan guru dengan kemahiran menggunakan pelantar pembelajaran digital serta membina
bahan pengajaran. Perkembangan yang positif dapat dikenalpasti apabila ramai guru mampu
menyediakan bahan pembelajaran digital mereka sendiri dan dikongsi dengan rakan guru lain.
Penggunaan pembelajaran digital dalam web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan
peningkatan yang begitu baik sejak PKP dilaksanakan. Pada 7hb Mac 2020, penggunaan aplikasi
pembelajaran digital KPM dalam kalangan murid dan guru adalah seramai 2405 orang manakala pada
30hb Mac 2020, bilangan telah meningkat kepada 177,533 orang (New Straits Times, (2020a).
Namun, tidak dinafikan masih ada segelintir guru memerlukan bimbingan daripada rakan guru
berkemahiran.

Salah seorang peserta menyarankan supaya guru-guru harus cekap dan mahir dalam menghasilkan
modul serta bahan pembelajaran yang menarik menggunakan pelantar pembelajaran dalam talian
kerana ia akan mempengaruhi tahap penerimaan murid generasi masa kini. Dalam hal ini, KPM perlu
mengambil kira kesediaan semua pihak dalam mengadaptasi pendekatan pengajaran dan pembelajaran
terkini.

103

Kekangan perkhidmatan internet dan peranti merupakan satu lagi cabaran yang memberi tekanan
kepada guru-guru. Dua orang peserta menyatakan bahawa PdP dalam talian terbatas akibat masalah
capaian internet serta kekurangan gajet-gajet yang menjadi medium pembelajaran. Kajian KPM yang
melibatkan 670,000 orang ibu bapa dan 900,000 orang pelajar berkenaan pemilikan peranti elektronik
menunjukkan hanya 6 peratus mempunyai komputer peribadi, 5.76 peratus mempunyai tablet,
sembilan peratus mempunyai komputer riba dan 46 peratus mempunyai telefon pintar manakala 36.9
peratus pelajar tidak mempunyai peranti yang cukup (Utama, Semasa, 2020 & semula, 2020). Hasil
kajian membuktikan pemilikan peranti elektronik untuk PdP yang dilaksana di rumah agak terhad.

Ketiga-tiga peserta menjelaskan tentang sikap dan komitmen murid terhadap pembelajaran dalam
talian pada jangka masa panjang tidak memuaskan. Pada mulanya murid-murid amat seronok untuk
menggunakan gajet dalam kelas alam maya tetapi lama kelamaan minat mereka semakin berkurangan
dan kebanyakan murid memberi pelbagai alasan yang kurang memberi sokongan kepada
pembelajaran dalam talian. Pelaksanaan PKP juga telah mengubah lanskap PdP. Oleh itu, cabaran
utama dalam situasi pandemik Covid-19 ialah bagaimana guru mampu bertindak memotivasikan,
memudah cara dan memberi bimbingan supaya murid-murid menunjukkan minat yang berterusan
terhadap PdP dalam talian. Tindakan drastik perlu difikirkan agar motivasi murid-murid sentiasa
berada di tahap yang sama atau lebih tinggi berbanding kaedah konvensional. Kemahiran memberi
motivasi melalui ganjaran amat digalakkan oleh peserta bagi menjaga konsistensi minat murid-murid
dalam proses pembelajaran.

Peserta juga menghadapi masalah sikap ibu bapa yang kurang memberi komitmen terhadap
pembelajaran anak-anak dalam talian menyebabkan kemerosotan penyertaan mereka dalam
pembelajaran dalam talian. Di samping itu, timbul kebimbangan mengenai kurangnya komunikasi dan
kesejahteraan pelajar, terutama bagi pelajar yang hidup dalam keadaan yang mencabar. Peserta juga
berpendapat kemahiran komunikasi yang tinggi boleh membantu guru-guru dapat sokongan daripada
ibu bapa dimana ia akan mendorong peningkatan penglibatan pelajar.

Selain daripada tugasnya sebagai seorang guru pelbagai urusan lain juga perlu dilakukan sehingga
salah seorang peserta menerangkan dia tiada masa untuk berehat semasa PKP. Situasi kekangan masa
menjurus kepada stres. Salah seorang peserta pula menyatakan pentaksiran melalui PdP dalam talian
dan masa yang terhad bagi melengkapkan sukatan amat mencabar. Hasil dapatan kajian ini selari
dengan laporan PdP SK Sungai Tua Baharu, sepanjang tempoh PKP 2020.

Kesan pandemik Covid-19 terhadap pendidikan akan membawa kesan yang besar. Pemahaman yang
lebih baik mengenai pengalaman pendidik di seluruh negara tentang cabaran dan kemahiran yang
dipelukan sangat mustahak untuk mendapatkan sokongan dan penyesuaian yang diperlukan sekarang
dan pada masa depan. Justeru, KPM perlu bertanggungjawab supaya guru-guru dapat meningkatkan
usaha menambah kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam mendepani cabaran agar mereka terus
efektif di dalam kelas.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini hanya melibatkan tiga orang guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah di Daerah
Kuala Kangsar. Oleh itu, kajian lanjutan perlu dilakukan dengan melibatkan lebih ramai guru dari
pelbagai lokasi untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap kajian ini.
Selain itu, dapatan kajian menunjukkan masalah pelaksanaan yang dihadapi oleh guru adalah hampir
sama dalam kalangan ketiga-tiga peserta. PKP tidak dapat dipastikan bilakah akan tamat, malah PKP

104

fasa seterusnya mungkin terjadi sekiranya setiap individu tidak menyokong dan tidak akur kepada
saranan kerajaan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan harus dijalankan untuk
meninjau cabaran baru yang dihadapi oleh para guru semasa penyebaran pandemik Covid-19 dan
langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap pihak yang terlibat bagi menangani masalah yang
wujud supaya guru terus efektif di dalam kelas.

PENUTUP

Dunia semakin mencabar dan kompleks. Sebarang perubahan dan perancangan perlu bersifat tekal
(agility). Ini bermakna setiap guru perlu berubah mengikut keperluan semasa yang dikenali sebagai
zaman milenium. Pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek apabila berhadapan dengan
dunia yang berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa jua keadaan (Drucker, 2017).

RUJUKAN

AACTE. (2010). 21st Century Knowledge and Skills in Educator Preparation. American Association
of Colleges of Teacher Education and the Partnership for 21st Century Skills. Pearson.

Ahmad, A. (2020). Sedia hadapi kelas maya sesuai normal baharu. Retrieved 14 August 2020, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/679003/sedia-hadapi- kelas-maya-
sesuai-normal-baharu

Andrew J. Rotherham & Daniel Willingham.(2009). 21st Century Skill: The Challenge a Head.
University of Virginia,USA: Jossey-Bass.

Bernard HR. Research methods in anthropology: Qualitative and quantitative approaches. 3rd Alta
Mira Press; Walnut Creek, CA: 2002.

Cresswell JW, Plano Clark VL. Designing and conducting mixed method research. 2nd Sage;
Thousand Oaks, CA: 2011.[

Dr Natasha Ziebell, D. D. A., Dr Cath Pearn, Associate Professor Wee Tiong Seah (2020).
Australian Education Survey Examining the impact of COVID-19 Report Summary The
University of Melbourne Victoria, Australia Melbourne Graduate School of Education.

Drucker, P (2017). Human Prosperity in a Changing World. Peter Drucker challenge 2017.
The future economic man. PDC 2017.

Fong, J. (2020). Guru sukar laksana pembelajaran secara 'online' ketika PKP. Retrieved 14
August 2020, from
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/03/gurusukar-laksana-
pembelajaran- secara-online-ketika-pkp/

Hassan, N. (2020). Sesi Pembelajaran Melalui TV Pendidikan Mulai Minggu Depan - KPM.
Retrieved 14 August 2020, from https://siraplimau.com/sesi-pembelajaran-percuma-melalui-
tv-pendidikan-mulai-minggu-depan-kpm/

Helmi Akhtar & Ilhamie Abdul Ghani Azmi (2017). Komunikasi kepimpinan berkesan. Jurnal
Syariah, 25 (3): 531-562.

Ismail, H. (2020). COVID-19 memangkin perubahan pendidikan. Retrieved 14 August 2020,
from https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1839515

105

Merriam, S.B. (1998). “Qualitative Research and Case Study Applications in Educations”. (2nd ed).
San Francisco: Jossey –Buss.

New Straits Times, (2020a). “Readiness for continuity in online learning”, access from,
https://www.nst.com.my/education/2020/04/584436/readiness-continuity-online-learning, on
June 8, 2020.

Parzi, M. (2020). 93% guru pilih mengajar dalam kelas. Retrieved 14 August 2020, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/703079/93-guru-pilih-mengajar-dalam-
kelas

Shariman, T. P. N. T., Razak, N. A., & Noor, N. F. M. (2012). Digital literacy competence for
academic needs: An analysis of Malaysian students in three universities. Procedia-
Social and Behavioral Sciences, 69(1), 1489-1496.

Spradley JP. The ethnographic interview. Holt, Rinehart & Winston; New York: 1979.
Utama, L., Semasa, I., 2020, I., & Semula, N. (2020). NUTP - NUTP gesa PdP dalam talian dikaji

semula. Retrieved 14 August 2020, from
https://nutp.org.my/isu-semasa/isu-semasa- 2020/665-nutp-gesa-pdp-dalam-talian-dikaji-
semula
Yin, R. K. (1994). “Case Study Research: Design and Methods.” 2nd ed. Thousand Oak, Calif: Sage.
Zainuri, M. (2020). Bekas Menteri Pendidikan beri idea jika PKP dilanjutkan. Retrieved
14 August 2020, from
https://www.sinarharian.com.my/article/78239/BERITA/Nasional/Bekas-Menteri-
Pendidikan-beri-idea-jika-PKP-dilanjutkan
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/03/guru-sukar-laksana-
pembelajaran-secara-online-ketika-pkp/
Ziebell, N., Acquaro, D., Seah, W. T. & Pearn, C. (2020). Australian Education Survey: Examining
the impact of COVID-19 Report Summary.

106

MENAMBAHBAIK INFORMASI MENGENAI ASPEK HORMON DAN PERUBAHAN
TINGKAHLAKU PELAJAR DALAM MENGAJAR PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 1 HINGGA 5

Rohana bt Yahya Ph.D, Azizah bt Mohamad,
Syed Ahmad Ezahar bin Syed Ambon & Rosli bin Hamid

Corresponding author:
Dr. Rohana binti Yahya

Abstrak

Kajian tindakan ini adalah berkaitan menambah informasi hanya mengenai aspek hormon dan
perubahan tingkahlaku dalam mengajar Pendidikan Kesihatan daripada Tingkatan 1 hingga 5. Fokus
tajuk-tajuk ini adalah kepada Hormon Dan Perubahan Tingkahlaku. Justeru, pandangan dan komen
guru-guru dan Jurulatih utama PJK mengenai kesesuaian topik untuk melengkapkan pelajar dengan
pengetahuan hormon dan perubahan tingkah laku dilaksanakan. Topik-topik yang dibina ditadbir
menggunakan googe form skala likert lima mata. Analisis terhadap Sekolah, bilangan tahun mengajar
dan 5 soalan mengikut aras Taksonomi Bloom Kognitif dilakukan bagi mendapatkan pandangan dan
komen peserta kajian. Seramai 59 orang peserta kajian yang merupakan guru dan Jurulatih utama
daripada lapan negeri telah memberi respon. Kelompok guru dan Jurulatih utama yang mengajar di
bawah 5 tahun adalah 28.8% manakala kelompok yang mengajar 10-15 tahun adalah yang terbesar
iaitu 42.4% manakala yang mengajar melebihi 15 tahun adalah 27.1%. Dapatan keseluruhan
menunjukkan peratusan Sangat Setuju (SS) dengan tajuk yang dibina adalah 33.9% manakala Setuju
(S) 49.2% merupakan kumpulan terbesar dan Tidak pasti (TP) 13.8% dan hanya 1.7% Tidak setuju.
Tiada respon bagi sangat tidak setuju. Terdapat 27 komen-komen peserta kajian yang dinyatakan
dalam google form tersebut dan komen positif bersetuju dengan saranan menambahbaik tajuk-tajuk
yang dibina telah jelas dikenalpasti. Oleh itu, dalam kitaran kedua saranan daripada peserta kajian
bagi menambah baik informasi mengenai aspek hormon dan perubahan tingkahlaku akan dilakukan
dan tajuk-tajuk akan disusun semula.

Kata kunci: hormon dan perubahan tingkahlaku, pandangan, komen guru dan jurulatih

PENGENALAN

Penyelidikan Tindakan ini adalah berkaitan dengan menambahbaik pemahaman pelajar sekolah
menengah mengenai peranan hormon dan perubahan tingkahlaku silibus KSSM Pendidikan Kesihatan.
Kajian ini dilaksanakan dalam konteks pendidikan di Malaysia dalam amalan setiap guru mengajar
menggunakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2011,
Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Pendidikan berkaitan Seksualiti di sekolah yang telah
tertangguh sejak tahun 2006. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dikatakan antara
medium terbaik mengatasi masalah penyampaian mesej berkaitan kesihatan reproduktif, isu seks luar
nikah serta penyakit menular seksual atau STDs’ (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Dalam buku
teks silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan PEERS diajar dalam Pendidikan Kesihatan yang
ditandakan dengan unit 1 dengan diberi tajuk-tajuk di bawahnya. Manakala bagi tingkatan empat dan
lima berada dalam bab 4: Kesihatan diri dan Keluarga dengan tajuk-tajuk kecil dibawahnya.

Hormon seks adalah sejenis bahan kimia yang dirembes oleh kelenjar seks beredar dalam darah dan
mempengaruhi otak, organ-organ lain dan tingkahlaku (Ritchie, Cox, Shen, Lombardo, Reus, Alloza,
Liewald, (2018). Hormon seks yang spesifik iaitu estrogen dan progrestron yang tinggi setelah
perubahan seks sekunder berlaku pada remaja mendatangkan banyak tarikan berlainan jantina dan
kehendak berintimasi (Haussman, 2018). Hormon menyebabkan remaja mempunyai emosi dan

107

perasaan yang sangat kuat terhadap seks tambahan pula kira-kira 120 juta hormon dihasilkan oleh
remaja sehari berbanding dengan 5 hingga 50 juta sehari yang dihasilkan oleh orang dewasa (Ritchie et
al., 2018).

Keinginan merasai nikmat seks pada remaja ini lebih memuncak berbanding dengan orang dewasa
(Morales, Vallejo-Medina, Abello-Luque, Saavedra-Roa, García-Roncallo, Gomez-Lugo, Espada,
(2018). Rembesan hormon akibat kematangan seks sekunder menjadikan keinginan, kemahuan dan
kesukaan terhadap aktiviti seks mengatasi hormon-hormon lain (Safitri, Mudjiran, & Effendi, (2019).
Maka hal berkaitan dengan hormon dan perubahan tingkahlaku dan kecenderungan pelajar perlu
diterokai dan dinilai secara lebih terperinci dan jitu agar sesuatu boleh dilakukan dalam usaha
menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Pada peringkat umur remaja kesilapan membuat keputusan
boleh membawa kemusnahan dalam hidup mereka. Jadual 1 di bawah menunjukkan Unit dan Bab
mengenai Kesihatan diri dan Keluarga dalam buku teks.

Jadual 1: Unit dan Bab PEERS dan Kesihatan Diri dan Keluarga.

Tingkatan Unit dan Bab
Tingkatan 1,2 dan 3 Unit 1: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial PEERS
Tingkatan 4 dan 5 Bab 4: Kesihatan diri dan Keluarga

Malangnya dalam Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) yang diajar daripada
Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Tiga dengan Standard Pembelajaran yang berbeza kurang
menyentuh mengenai peranan hormon dan kesannya kepada tingkahlaku pelajar. Sepatutnya peranan
hormon menjadi satu Standard kandungan yang penting untuk difahamkan kepada pelajar, walaupun
ada faktor lain lagi yang mempengaruhi perwatakan pelajar seperti faktor kebijaksanaan memilih kawan
serta pengaruh video pronografi. Peranan hormon yang membawa kepada rasionalnya masalah
berkaitan perasaan ingin mencuba sesuatu yang luar biasa, berfikiran ke arah keintiman mula berlaku.
Kerap kali pelajar menutup diri kepada teguran, nasihat dan bimbingan (Hamid, Yazid, Juhdi, & Kana,
2019) mengenai hal seks ini walaupun tahu tidak sepatutnya mereka meneroka perkara-perkara
seksualiti untuk keseronokan.

REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN DATA AWAL

Mengajar mengenai hormon adalah implikasi penting untuk meningkatkan pengetahuan dan
menyediakan emosi dan kognitif pelajar dalam memproses menapis dan mempertimbangkan maklumat.
Apabila baligh bermula, otak akan menghantar signal kepada bahagian-bahagian lain dalam badan
untuk mula berkembang dan berubah. Pemahaman mengenai hormon membolehkan remaja
menseimbangkan serta merasionalkan input dari persekitaran. Baik guru atau pelajar kesedaran tinggi
mengenai aspek hormon membolehkan mereka mengurus kendali emosi dan perasaan diri dengan baik
dan membina personaliti.

Dua perkara dalam menambahbaik informasi mengenai hormon dan perubahan tingkahlaku yang
membawa kepada kajian ini dilakukan telah diteliti. Sebagai bukti, dua penemuan menunjukkan hal
berkaitan dengan hormon kurang menjadi tumpuan adalah melalui kajian dalam buku teks KSSM yang
digunapakai sekarang. Terdapat hanya sekali perkataan “hormon” dikesan dalam buku teks ini iaitu
buku teks Tingkatan satu muka surat 166 yang berkaitan dengan 7.0 Penyakit: Jerawat, Sengugut dan
Kanser Servik.

108

Rajah 1: Satu perkataan “hormon” dalam buku teks yang dikesan.

Tiada perkataan “hormon” dan yang menyebut mengenai hormon bagi buku teks Tingkatan 2 dan 3. Ini
terjadi kerana penulisan buku teks adalah mengikut DSKP. Penulis bukannya memasukkan sesuatu
informasi didalam buku teks sesuka hati. Jika aspek mengenai hormon dan perubahan tingkah laku tiada
dalam DSKP maka tajuk tersebut tidak dijelaskan dalam buku teks.

Bukti kedua yang menujukkan rasional dan kepentingan aspek hormon perlu diajar dahulu adalah
apabila analisa standard kandungan buku teks tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga dilakukan tiada
penerangan mengenai hormon tetapi penjelasan peringkat kedua yang saya namakan mengenai
perkembangan seks sekunder, kesihatan reproduktif dan tingkahlaku seksual berisiko ada diceritakan.
Banyak perubahan mengenai diri pelajar dijelaskan dalam buku teks tingkatan 1 dengan dua tajuk tetapi
apabila tiada penjelasan mengenai hormon sebagai penyebab kepada segala perubahan diri pelajar akan
gagal memahami bagaimana perubahan ini mempengaruhi segenap aspek kehidupan mereka selepas
itu.

Proses perkembangan tubuh badan, emosi dan perasaan yang berlaku berterusan merupakan waktu
kritikal bagi pelajar remaja perempuan sama ada dorongan dan tindakan mereka akan mencerahkan atau
menggelapkan masa depan mereka sendiri. Kitaran hormon yang tidak menentu memberi implikasi ke
atas mood dan nilai yang berbeza pada pandangan orang dewasa dan pandangan pelajar remaja itu
sendiri. Rajah 2 di bawah adalah bukti menunjukkan Standard Kandungan yang diajar bagi Tingkatan
Satu hingga Tiga tiada menyentuh peranan hormon penyebab semua perubahan diri berlaku pada
pelajar. Di salin semula sepertimana dalam buku teks.

Standard Pembelajaran PEERS Tingkatan 1:
1.0 PERKEMBANGAN SEKS SEKUNDER
Mengetahui maksud perkembangan seks sekunder
Mengaplikasikan cara mengurus perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal
Mengaplikasi kemahiran membuat keputusan dalam menangani perubahan emosi semasa
perkembangan seksual sekunder
Menilai perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder
2.0 PENGARUH MULTIMEDIA KEPADA TINGKAHLAKU SEKSUAL BERISIKO
Memahami pengaruhi negatif multimedia kepada tingkahlaku seksual berisiko
Mengaplikasi kemahiran menangani pengaruh negatif multimedia terhdp tingkahlaku seksual
Menganalisis pemgaruh negatif multimedia terhdp tingkahlaku seksual berisiko

109

Menjana idea menangani tingkahlaku seksual berisiko/kepentingan penahanan diri drpd seks

Standard Pembelajaran PEERS Tingkatan 2
1.0 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Menghuraikan maksud identiti seksual iaitu setiap orang dilahirkan sbg lelaki atau perempuan
Menghuraikan maksud orientasi seksual iaitu keinginan seksual terhdp berlainan jantina atau sesama
jantina atau kedua-duanya sekali.
Menjana idea untuk menangani kecelaruan identitit seksual dan orientasi seksual yang bertentangan
dgn agama serta budaya dlm masyarakat Malaysia.
Menyatakan maksud kehormatan diri
Menganalisa kepentingan menjaga kehormatan diri dengan mengamalkan kebersihan, keselamatan
dan kesihatan
menilai kesan terhadap diri, keluarga dan masyarakat sekiranya tidak menjaga kehormatan diri

Standard Pembelajaran PEERS Tingkatan 3
1.0 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
1.1.1 Menyatakan maksud gender
1.1.2 Memerihal identiti gender dan peranan gender
1.1.3 Menganalisa perkaitan proses sosialisasi dengan identiti gender dan peranan gender
1.1.4 Menjana idea bagmana proses sosialisasi blh mempengaruhi identiti dan peranan gender
1.2.1 Memerihal steriotaip gender mengikut norma keluarga, budaya dan masyarakat setempat
1.2.2 Menunjuk cara menangani cabaran stereotaip gender dan diskriminasi
1.2.3 Mencadangkan kepentingan menangani cabaran stereotaip gender dan diskriminasi
1.2.4 Menjana idea keperluan membudayakan kesaksamaan gender.

Tingkatan 4
Bab 4: Kesihatan diri dan keluarga
4.1: Kesenggangan, istirehat dan tidur
4.2: Emosi Remaja
4.3: Kekeluargaan
Bab 5: Gaya hidup sihat
5.1: Pemakanan
5.2: Stres dan Pengurusan Konflik
5.3: Penyalahgunaan Bahan

Tingkatan 5
Bab 4: Kesihatan diri dan keluarga
4.1: KESIHATAN DIRI
Saringan Kesihatan
Permasalahan fizikal
Penjagaan Kesihatan
4.2 PERASAAN
Perasaan
4.3 KEKELUARGAAN
Isu kekeluargaan
Akibat seks abnormal

110

Bab 5: Gaya hidup sihat
5.1 Pemakanan
Nutrien tambahan

Rajah 2: Senarai Standard Kandungan PEERS bagi Tingkatan 1 dan 5 buku Teks
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

FOKUS KAJIAN

Dalam membahaskan masalah pelajar yang terlibat dengan salah laku seksual, sandaran kajian daripada
Barat terutamanya sangat kontrakdiksi dalam program dan amalan mencegah aktiviti seks di bangku
sekolah di Malaysia. Hanya aspek bagaimana pengetahuan dan pemahaman yang dibina dalam
kalangan pelajar di barat sahaja yang boleh diambil contoh untuk pelajar di Malaysia. Sebagai contoh
program “not me not now” 2000 di USA dalam mengekang pelajar mendekati seks cuba melanjutkan
usia melakukan hubungan seks yang pertama melepasi usia 18 tahun tanpa nikah. Selain itu, istilah seks
selamat menggunakan kondom menjauhi penyakit berjangkit STDs terutamanya adalah satu cara
menghalalkan seks diusia muda amat tidak boleh diterima amalan beragama dalam negara ini. Di
Malaysia larangan keras dalam agama Islam terutamanya dan agama lain yang seumpamanya mengenai
melibatkan diri seks sebelum nikah adalah mandatori. Tiada kompromi dan perbincangan mengenainya.
Justeru itu, tajuk-tajuk yang dibina perlu mengambil kira mengajar menggunakan kondom adakah
sesuai sepertimana yang berlaku di barat.

Ibu bapa dan guru adalah watak yang paling signifikan terkait dengan episod hormon dan perubahan
tingkahlaku, pemikiran dan pembuatan keputusan dalam kalangan pelajar. Tiada cara, melainkan
membimbing mereka melepasi fasa keremajaan dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya hidup
diteruskan tanpa terpalit dengan kes-kes salah laku seksual. Kaitan PdP mengenai peranan hormon yang
ingin ditingkatkan dalam penyelidikan tindakan ini adalah mengenai kebimbangan remaja semakin
berani mendekati aktiviti berkaitan seks ketika dibangku sekolah lagi. Fokus memahamkan pelajar
mengenai tindak balas hormon adalah rasional mengapa kajian dilakukan.

Memahami adalah tahap kedua selepas mengingat dalam Taksonomi Kognitif Bloom (2001) bererti
pelajar memahami sesuatu dan melihatnya dari berbagai sudut pemahaman serta boleh menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri. Bloom (2001) menyatakan kefahaman dapat dikategorikan kepada
tiga jenis iaitu menterjemah, interpretasi dan mengekstrakporasi daripada maklumat lisan, tulisan dan
grafik sehingga melihat kesan dan implikasi. Belajar memahami sesuatu masalah membantu pelajar
memecahkan masalah walaupun dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman.

Dalam kajian ini pandangan dan komen daripada guru-guru dan jurulatih mengenai tajuk-tajuk yang
dibina daripada Tingkatan 1 hingga 5 perkara penting yang hendak dikenalpasti.

Objektif kajian

1. Untuk mengenalpasti komen guru-guru terhadap tajuk-tajuk hormon dan perubahan
tingkahlaku.

2. Menghasilkan tajuk-tajuk dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai aspek hormon dan
perubahan tingkahlaku kepada pelajar.

111

Persoalan kajian

1. Apakah komen-komen guru terhadap tajuk-tajuk hormon dan perubahan tingkahlaku?

2. Apakah tajuk-tajuk dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai aspek hormon
dan perubahan tingkahlaku kepada pelajar.

TINJAUAN LITERATUR

Teori berkaitan membina pemahaman daripada pengalaman dianalogikan dalam kajian ini
memperjelaskan lagi mengapa pemahaman berlandaskan realiti perlu menjadi asas dalam mengajar
mengenai hormon. Pelajar perlu dibina pemahaman sendiri hasil daripada PdPc guru setelah
memodelkan pemahaman mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengenai tindakbalas
hormon walaupun tarikan pengetahuan seks amat dekat hanya layari digadjet sendiri. Jika internet
dengan pelbagai keseoronokan seolah-olah pelajar sedang belajar berpusatkan guru sahaja boleh
mempengaruhi pelajar, guru-guru dengan kepelbagaian pedagogi “interaksi dua hala” mengajar
berpusatkan murid dan bahan sudah tentu dapat mempengaruhi pelajar bukan sahaja pemikiran malahan
tingkahlaku, persepsi, tindakan dan membawa mereka mendekati realiti sebenar mengenai seks dan
kesan kepada agama, bangsa dan negara. Membiarkan pelajar melalui tarikan perasaan keintiman ini
tanpa memahami hormon adalah puncanya akan membiarkan kapasiti memori bekerja cenderung
mengembara mencuba sesuatu keseronokan yang baru tanpa kawalan fikiran.

Kajian sistematik dan meta-analisis (Marseille et al., 2018) yang dilakukan dari tahun Januari 1985
sehingga September 2016 dalam School Based Program di USA berkaitan usaha mencegah kehamilan
dalam kalangan pelajar. Tiga tahap persekolahan iaitu elementary, middle, high dikaji. Dapatan
menujukkan pelajar remaja harus dibantu dari segi menyediakan mental mereka dengan perubahan
fisiologi dan psikologi yang diakibatkan oleh proses naik turun hormon akibat baligh. Remaja perlu
diajar bahawa mereka boleh mengawal nafsu untuk berintimasi (Jones 2018; Koolschijn, Peper, &
Crone, 2016). Peningkatan hormon (disebabkan proses keremajaan, proses kematangan kognitif dan
emosi memberi kesan terhadap tingkahlaku remaja (Crone, & Dahl, 2012). Begitu juga apabila peranan
hormon dikatakan sebagai penyebab kepada gejala stres dan tekanan hidup (Salvador, 2016). Kaitan
hormon dengan umur remaja perempuan juga memberi implikasi yang sangat besar ke atas proses
pemikiran, emosi serta kognisi (Ellison et al.,2016). Jumlah hormon yang tinggi melebihi orang dewasa
memberi kesan yang sangat dramatik terhadap pelbagai masalah diri (Jackson, 2017). Hormon seks
terutama estrogen mempengaruhi dalam pelbagai tahap aktiviti manusia (Bowen, Turner, & Lightfoot,
2018; Nowell, 2017). Remaja perlu diajar menginterpretasi rangsangan persekitaran berkaitan tarikan
seksual.

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian ini adalah terdiri daripada guru Pendidikan Jasmani dan Jurulatih-jurulatih Utama PJK
lima buah negeri. Guru dan jurulatih utama adalah merujuk kepada peserta kajian yang diminta memberi
pandangan terhadap tajuk-tajuk hormon yang dirangka. Komen dan pendapat mengenai tajuk-tajuk
yang dibentangkan menjawab soalan kajian ini. Terdapat 59 peserta kajian yang menyertai kajian
tindakan ini.

112

METODOLOGI

Penyelidikan tindakan ini menggunakan model Lewin (1956) dalam merancang, membuat tindakan,
mengambil data dan menulis refleksi. Google form yang mengandungi nama sekolah, pengalaman
mengajar dan enam soalan berdasarkan aras Kognitif Taksonomi Bloom digunakan bagi mendapatkan
data mengenai pandangan dan komen peserta kajian mengenai topik-topik dalam tajuk hormon dan
perubahan tingkahlaku. Maklum balas daripada peserta kajian merupakan data penting yang akan
menentukan tajuk-tajuk hormon adalah terbaik yang dihasilkan bagi mengajar tajuk hormon kepada
pelajar dan komen-komen mereka terhadap tajuk-tajuk tersebut.

Jadual 2: Cadangan Tajuk-tajuk hormon dan perubahan tingkah laku Tingkatan 1 hingga 5 hormon
yang dibina

Berdasarkan tajuk-tajuk yang disertakan lima soalan dikemukakan bagi mendapatkan maklumat
daripada guru-guru dan jurulatih utama tersebut. Soalan-soalan tersebut adalah.

Bil Soalan Aras
Nama sekolah
Pengalaman mengajar PJK

1 Tajuk-tajuk di atas bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan, fakta Pengetahuan
asas, khusus serta abstrak mengenai hormon dan perubahan tingkahlaku
pelajar tingkatan 1 hingga 5

2 Tajuk-tajuk di atas membolehkan pelajar menterjemah maklumat, memberi Pemahaman
tafsiran serta melanjutkan huraian mengenai hormon dan perubahan
tingkahlaku.

3 Tajuk-tajuk di atas membolehkan pelajar menggunakan informasi Mengaplikasi
mengenai hormon dalam bertindak serta membuat keputusan terbaik dalam
situasi hidup mereka.

113

4 Tajuk-tajuk di atas membolehkan pelajar membezakan, memahami saling Menganalisis
kaitan serta mengesan aspek hormon dan perubahan tingkahlaku secara
eksplisit dan implisit.

5 Tajuk-tajuk ini membolehkan pelajar menilai, menimbang serta Menilai
memberikan pendapat berkaitan hormon dan perubahan tingkahlaku dengan
bukti-bukti semasa memberikan pendapat.

6 Tajuk-tajuk di atas membolehkan pelajar mencadangkan proses-proses Mereka cipta
bagaimana hormon mempengaruhi perwatakan mereka.

DAPATAN DAN ANALISIS DATA
Tajuk-tajuk yang dibina ditadbir menggunakan googe form skala likert lima mata. Analisis terhadap
Sekolah, bilangan tahun mengajar dan 5 soalan mengikut aras Taksonomi Bloom Kognitif dilakukan
bagi mendapatkan pandangan dan komen peserta kajian. Seramai 59 orang peserta kajian yang
merupakan guru dan Jurulatih utama daripada lapan negeri telah memberi respon. Kelompok guru dan
Jurulatih utama yang mengajar di bawah 5 tahun adalah 28.8% manakala kelompok yang mengajar 10-
15 tahun adalah yang terbesar iaitu 42.4% manakala yang mengajar melebihi 15 tahun adalah 27.1%.
Dapatan keseluruhan menunjukkan peratusan Sangat Setuju (SS) dengan tajuk yang dibina adalah
33.9% manakala Setuju (S) 49.2% adalah kumpulan peserta kajian yang terbesar. Manakala, Tidak pasti
(TP) 13.8% dan hanya 1.7% Tidak setuju, tiada respon bagi sangat tidak setuju. Terdapat 27 komen-
komen peserta kajian yang dinyatakan dalam google form tersebut dan komen positif bersetuju dengan
saranan menambahbaik tajuk-tajuk yang dibina telah jelas dikenalpasti.
Data soal selidik menggunakan google form dengan skala likert lima mata di analisis bagi mendapatkan
pandangan dan komen guru-guru yang mengajar PJK serta jurulatih utama PJK seluruh negara Kaedah
pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan google form yang dilink 2020 KAJIAN
TINDAKAN MENAMBAHBAIK TOPIK HORMON DALAM PdP PJK.docx kepada aplikasi
whatsapp supaya memudahkan pencapaian peserta kajian. Keseluruhan peserta kajian adalah seperti
Jadual 3 di bawah. Hasil analisis data adalah seperti di bawah.

Rajah 3: Graf Bar persetujuan skala likert 5 mata
Perkara penting mengenai analisis persetujuan berdasarkan 59 orang peserta kajian yang menjawab
googlesheet adalah skala berada pada 4 dan 5. Oleh tu berdasarkan rajah 3 di atas 49 peserta kajian
mencapai tahap persetujuan pada skala 4 dan 5.

114

Rajah 4: Komen peserta kajian mengenai tajuk Hormon dan Perubahan Tingkah laku seperti dalam
Google Form

Seramai 27 orang peserta kajian memberi komen positif mengenai tajuk yang dibentangkan. 17 daripada
komen adalah bersetuju dengan tajuk yang dibina manakala yang lain mencadangkan jika di ajar
berasingan kepada pelajar lelaki dan perempuan dan mencadangkan hubungkaitan budaya masyarakat
dimasukkan dalam tajuk yang dibina.

Capaian peserta dalam kajian tindakan ini adalah perkara yang tidak disangka berlaku. Kelebihan dalam
networking dan rakan profesyen yang sama antara pihak pengkaji dengan peserta kajian googleform
telah merentas beberapa buah negeri. Sasaran kepada semua peserta kajian yang terdiri daripada guru
PJK telah dapat dicapai. Malahan kelompok jurulatih utama PJK dibeberapa negeri juga respon kepada
googleform yang di whatsapp. Ini menjadikan pandangan dan komen yang diperolehi dalam kajian ini
amat bermakna dan memberi tafsiran yang jitu terhadap tajuk-tajuk yang dibina. Jadual 1 di bawah
adalah bilangan peserta kajian mengikut negeri.

Negeri Rajah 1: Bilangan peserta kajian mengikut negeri
Bil Peserta Kajian
Perlis
Kedah 3
Perak 10
Selangor 4
N.Sembilan 27
Johor 3
Kelantan 4
Trengganu 4
Jumlah 4
59

Nom Item Skala (angka dalam %)
Item STS TS TP S SS
1 Tajuk-tajuk di atas bersesuaian untuk meningkatkan
pengetahuan, fakta asas, khusus serta abstrak mengenai 8.5 55.9 35.6
hormon dan perubahan tingkahlaku pelajar tingkatan 1-5.

115

2 Tajuk-tajuk di atas membolehkan pelajar menterjemahkan 1.7 11.9 55.9 30.9
maklumat, memberi taksiran serta melanjutkan huraian 1.7 11.9 52.5 33.9
mengenai hormon dan perubahan tingkahlaku.
15.3 33.9 30.8
4 Tajuk-tajuk di atas membolehkan pelajar menggunakan
informasi mengenai hormon dalam bertindak serta 15.3 52.2 32.2
membuat keputusan terbaik dalam situasi hidup mereka. 5.1 62.7 32.2

5 Tajuk-tajuk di atas membolehkan pelajar membezakan,
memahami saling kaitan serta mengesan aspek hormon dan
perubahan tingkahlaku secara eksplisit dan implisit.

6 Tajuk-tajuk di atas membolehkan pelajar menilai,
menimbang serta memberikan pendapat berkaitan hormon
dan perubahan tingkahlaku dengan bukti-bukti semasa.

7 Tajuk-tajuk ini membolehkan pelajar mencadangkan
proses-proses bagaimana hormon mempengaruhi
perwatakan mereka

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Pada keadaan yang sebenarnya, bagaimanakah aspek hormon ini hendak diajar di dalam kelas.
Mengajar pendidikan seksualiti di sekolah yang bertujuan untuk membantu dan menyokong
perkembangan keseluruhan kesihatan seksual remaja adalah satu keperluan wajib di pendidikan
Menengah di Amerika Syarikat (Barr, (2014). Kebanyakan remaja mendapat pendidikan seks di barat
sebelum mereka mencapai umur 18 tahun. Pelajaran pertama adalah mengenai seks dan pil pencegah
kehamilan, walau bagaimana pun pencegahan dengan kempen “how to say no to sex” adalah fokus
utama (Martinez, Abma, & Copen, 2010).

Dalam kajian tindakan ini, pandangan dan komen mengenai topik telah dapat dikenalpasti dengan jelas
dan memberi maklumat secara mendalam dan tepat. Ini kerana peserta kajian yang dapat dicapai adalah
sasaran sebenar dan utama dikehendaki bagi mendapatkan maklumbalas tajuk-tajuk hormon dan
perubahan tingkahlaku dalam kajian ini. Terdiri daripada guru-guru dan jurulatih utama PJK komen-
komen yang diberikan menunjukkan peserta kajian bersetuju dan memberi sokongan supaya topik-topik
hormon dapat diajar dengan berkesan, jelas dan pelajar faham peranan hormon yang mempengaruhi
fizikal pemikiran, emosi dan tingkahlaku mereka.

Perasaan keintiman tidak dapat dielakkan kerana proses baligh, berlaku kepada semua spesis manusia.
Oleh itu, kajian ini berusaha bagi membantu para guru dalam PdPc bagi menghasilkan topik-topik yang
mampu memberi info dan menyedarkan pelajar apa yang hormon berupaya lakukan kepada diri mereka.
Aspek hormon adalah salah satu faktor penyebab masalah tingkah laku remaja terhadap aspek-aspek
seksual. Boislard, van de Bongardt, & Blais, (2016) dalam kajian kesengajaan remaja melibatkan diri
dalam seks atas alasan yang mereka sendiri tidak boleh gambarkan secara jelas. Adalah menjadi
harapan pengkaji pelajar dengan pelbagai aras kognitif berupaya memproses info mengenai hormon
dan bagaimana hormon mempengaruhi kehidupan mereka sebagai remaja terutama mengenai tarikan
terhadap seks dan mengimbanginya dengan apa yang cari sendiri.

Oleh itu, topik-topik ini berupaya memberi signal pengkaji untuk merancang memasukkan sub-sub
tajuk untuk diletakkan di bawah tajuk-tajuk yang dibina. Harapan pengkaji adalah pelajar tahu faham
dan boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berkaitan naik turun hormon dalam badan.
Ini kerana hormon bukan sahaja mula mengubah rupa fizikal dan psikologi pelajar kepada dewasa tetapi
pengalaman apabila melayari kegiatan seks di internet lebih kepada keseronokan sehingga membawa
kepada mempraktikkan seks di usia muda sangat berkait dengan hormon (DiVall dan DiBlasi 2018).

116

Oleh itu interpretasi seks perlu di konstruk semula dengan lebih ilmiah sehingga pelajar faham
kerosakan jiwa dan fikiran yang diakibatkan seks merugikan mereka, padahal kesemuanya boleh
dilayani dengan ruang dan waktu yang sesuai nanti. Fenomena perubahan ini bukan sahaja melibatkan
hormon pertumbuhan kepada aspek fizikal tetapi juga membentuk pusingan otak mereka terhadap
perasaan, emosi dan rasa keintiman. Remaja mula mengorganisasikan pemikiran mereka dan
tingkahlaku tertentu terbentuk dengan bantuan hormon yang dikenali sex steroid dan tindakbalas
hormon lain dalam menterjemahkan psycho affective pathology dalam fasa kehidupan mereka Vigil,
Del Rio, Carrera, Aranguiz, Rioseco, & Cortés, (2016).

RUJUKAN

Ritchie, S. J., Cox, S. R., Shen, X., Lombardo, M. V., Reus, L. M., Alloza, C., ... & Liewald,D. C.
(2018). Sex differences in the adult human brain: evidence from 5216 UK Biobank participants.
Cerebral Cortex, 28(8), 2959-2975.

Firmansyah, H. (2016). Perbedaan pengaruh latihan imagery dan tanpa latihan imagery terhadap
keterampilan senam dan kepercayaan diri atlet. Jorpres (Jurnal Olahraga Prestasi), 7(7), 1-10.
doi:https://doi.org/10.21831/jorpres.v7i7.10271

Hamid, R. A., Yazid, Z., Juhdi, N. H., & Kana, L. A. M. (2019). Penyalahgunaan Internet Sewaktu
Kuliah: Kesan daripada Penyerapan Kognitif dan Tabiat Berinternet. Jurnal Pengurusan (UKM
Journal of Management), 56.

Hausmann, M. (2017). Why sex hormones matter for neuroscience: A very short review on sex, sex
hormones, and functional brain asymmetries. Journal of Neuroscience Research, 95(1-2), 40-
49.

Jones, M. (2018). What teenagers are learning from online porn. The New York Times Magazine, 7.

Martinez, G., Abma, J., & Copen, C. (2010). Educating teenagers about sex in the United States. NCHS
Data Brief, (44), 1–8.

Safitri, R., Mudjiran, M., & Effendi, Z. M. (2019). Relationship Adolescent perceptions about the
maturity of the reproductive organs with sexual behavior deviations. International Journal of
Applied Counseling and Social Sciences, 1(1), 72-78.

Goddings, A.-L., Burnett Heyes, S., Bird, G., Viner, R. M., & Blakemore, S.-J. (2012). The relationship
between puberty and social emotion processing. Developmental Science, 15(6), 801–11.
doi:10.1111/j.1467-7687.2012.01174.x

Barr, E. M., Goldfarb, E. S., Russell, S., Seabert, D., Wallen, M., & Wilson, K. L. (2014).Improoving
Sexuality Education: The Development of Teacher-Preparation Standards. Journal of School
Health, 84(6), 396–415. doi:10.1111/josh.12156

Morales, A., Vallejo-Medina, P., Abello-Luque, D., Saavedra-Roa, A., García-Roncallo,P., Gomez-
Lugo, M., ... & Espada, J. P. (2018). Sexual risk among Colombian adolescents: knowledge,
attitudes, normative beliefs, perceived control, intention, and sexual behavior. BMC Public
Health, 18(1), 1377.

117

Boislard, M. A., van de Bongardt, D., & Blais, M. (2016). Sexuality (and lack thereof) in adolescence
and early adulthood: A review of the literature. Behavioral Sciences, 6(1), 8.
doi:10.3390/bs6010008

DiVall S.A., DiBlasi C. (2018) The Endocrinology of Puberty. In: Belfiore A., LeRoith D.(eds)
Principles of Endocrinology and Hormone Action. Endocrinology. Springer, Cham.
https://doi.org/10.1007/978-3-319-44675-2_25.

Eggers, S.M., Mathews, C., Aarø, L.E. et al. AIDS Behav (2017) 21: 1417.
https://doi.org/10.1007/s10461-016-1438-2

Vigil, P., Del Rio, J. P., Carrera, B., Aranguiz, F. C., Rioseco, H., & Cortés, M. E. (2016). Influence of
sex steroid hormones on the adolescent brain and behavior: Annupdate. The Linacre Quarterly,
83(3), 308-329.

Marseille, E., Mirzazadeh, A., Biggs, M.A. et al. Prev Sci (2018) 19: 468.
https://doi.org/10.1007/s11121-017-0861-6

118

AMALAN KONSEP 4C PAK 21 DALAM KALANGAN GURU KBD NEGERI KEDAH

Ishak bin Abd Manaf PhD, Afifah binti Abu Bakar, Amir bin Mohd Nason PhD,
Md Zuki bin Hashim, Muazah binti Abu Samah@ Hashim,
Mohd Alpian bin Ali, Azimah Abdullah & Kholid Salleh

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menilai amalan konsep 4C dalam kalangan guru KBD dalam
mengaplikasikan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP)) di sekolah. Seramai 35 orang guru KBD telah dipilih sebagai responden kajian. Reka bentuk
kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Guru-guru KBD dikehendaki memberi respon kepada
20 indikator melalui empat konstruk amalan konsep 4C iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis
(critical thinking), kolaborasi (collaborative) dan komunikasi (communication). Respon soal selidik
kajian menggunakan skala likert lima mata. Analisis deskriptif kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai digunakan bagi melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian secara keseluruhan mendapati
amalan konsep 4C yang diaplikasikan oleh guru-guru KBD Negeri Kedah berada pada tahap
sederhana (min= 3.76). Manakala analisis berdasarkan empat aspek konsep 4C menunjukkan aspek
kreativiti (min= 3.72) berada pada tahap sederhana dan pemikiran kritis (min= 2.8) berada pada tahap
rendah. Namun aspek kolaborasi (min= 3.40) dan komunikasi (min= 3.40) menunjukkan pada tahap
sederhana. Sebagai rumusan, guru-guru KBD SABK di negeri Kedah perlu didedahkan dengan
pelaksanaan PdP PAK21 khususnya yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Keywords – konsep 4C PAK21, kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi.

PENGENALAN

Sejajar dengan perubahan tamadun dunia, sistem pendidikan juga berlaku perubahan agar rupa dan
bentuk pendidikan sesuai dengan abad ke-21. Pakar-pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah
pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses
kepada internet yang semakin maju. Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia
pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan tranformasi
pendidikan. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu bersedia menerima perubahan serta mampu
mengurus perubahan dengan efisien dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa segar serta
memenuhi aspirasi keperluan murid.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancar inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada
tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai 2015. Pelaksanaan pengajaran
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) sebagai penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Buletin
Anjakan, Bil. 4/2015). KSSR dan KSSM memberi tumpuan kepada aspek-aspek kamahiran dan
kompetensi yang boleh memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.

Pembelajaran abad ke-21 merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid. Antara elemen yang
diperkenalkan dalam PAK 21 ialah Elemen 4C iaitu, komunikasi, pemikiran kritis, dan kreativiti,
kolaboratif serta aplikasi nilai murni dan etika merupakan teras bagi pembelajaran tersebut (KPM,
2017). Elemen ini dianggap sebagai standard asas dalam pembelajaran abad ke-21 (Pendidik2u, 2018,
Januari 26).Seiring dengan itu, guru-guru yang terlibat dengan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) khususnya di negeri Kedah perlu menguasai elemen 4C
bagi mencapai PdP yang terbaik. Guru-Guru Dini perlu cekap dalam pelbagai teknik pengajaran supaya
PdP lebih menarik. Bahkan seorang guru yang berkesan bukan hanya mengajar di dalam bilik darjah,

119

tetapi bertugas tanpa had waktu sebagai tenaga pendidik dan pemudah cara untuk murid (Maria Uffa,
2017). Guru-guru KBD ini perlu memahirkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas, kreatif dan
inovasi serta mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan bagi menghadapi cabaran abad
ke-21 ini.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Tujuan pelaksanaan KBD semenjak 2015 antaranya adalah supaya negara dapat menawarkan kepada
warganegara yang memerlukan pendidikan aliran agama yang lebih berkualiti dan bersistematik kepada
anak-anak mereka dan seterusnya mengukuhkan pendidikan agama dalam aliran perdana. Selain itu ia
juga akan memberi lebih peluang kepada murid dalam menentukan laluan kerjaya mereka. Bahasa Arab
digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pelaksanaan KBD. Usaha ini akan dapat mempertingkatkan
kualiti komunikasi dan berbahasa serta mampu merujuk asas-asas ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab
muktabar (Bahagian Pendidikan Islam KPM, 2015).

KBD adalah penggabungan Kurikulum Dini/azhari yang telah diselaraskan dengan Kurikulum
Kebangsaan sedia ada dalam arus perdana. Pembelajaran KBD menggunakan Bahasa Arab sebagai
Bahasa pengantar (BPI 2015). Senarai Mata Pelajaran Dini adalah seperti berikut (BPI 2015):

1. Usul al-Din: Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Tauhid, al-Tafsir, al-Hadis, alSirah
wa Tarikh al-Islam, dan al-Akhlak wa al-Tasawwuf.

2. Al-Syariah: Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Quran wa a-Hifz, Fiqh al-Ibadat,
Fiqh al-Munakahat, Fiqh-al-Muamalat, dan Fiqh-al-Jinayat.

3. Al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asirah: Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Istima`
wa al-Kalam, al-Qiraah, al-Kitabah, al-Mutalaah wa al-Ta’bir, dan al-Nahu wa al-Sarf.

4. Manahij al-Ulum al- Islamiyah: Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Mantiq dan
Usul al-Fiqh.

5. Al-Adab wa al-Balaghah: Mata pelajaran ini merangkumi bidang al- Adab wa al-Nusus
dan al-Balaghah

Bagi membina dan mempraktikan PdP yang berkesan, guru-guru KBD seharusnya disediakan dan
menguasai kemahiran abad ke 21 meliputi pembelajaran dan kemahiran inovasi (Learning and
innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology
skills), kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills) yang terkandung dalam Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kemahiran-kemahiran ini boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas melalui ciri-ciri atau konsep “4C‟ iaitu kreativiti
(creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaborative) dan komunikasi
(communication) (Buletin Anjakan Bil.4 2015).

Tanggungjawab memupuk kemahiran ‘4C’ dalam kalangan pelajar di SABK di pikul oleh guru-guru
KBD. Oleh yang demikian, guru-guru KBD perlu cekap dalam pelbagai keperluan pembelajaran dan
teknik pengajaran. Pengetahuan perlu disampaikan secara bersepadu ke dalam aktiviti-aktivitisupaya
hasrat dan visi pelaksanaan KBD ini tercapai.

120

PERNYATAAN MASALAH

Untuk merealisasikan matlamat dan tujuan pelaksanaan KBD di SABK, guru KBD seharusnya bersedia
dengan kandungan kurikulum serta pedagogi PdP bagi mempraktikkan konsep 4C dalam PdP yang
dijalankan di dalam bilik darjah, mahu pun luar bilik darjah. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran yang dijalankan perlu bercirikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan berpusatkan
pelajar. Perkara ini perlu dalam usaha mengaplikasikan konsep pembelajaran abad ke-21 (PAK21)
khususnya amalan 4C.

Penerimaan ciri-ciri PAK21 dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap sederhana. Oleh itu, guru-
guru perlu memiliki kemahiran untuk menerapkan pedagogi agar pelaksanaan PAK21 dapat di
tingkatkan. Masyuniza dan Zamri (2013) mendapati aspek komunikasi berkesan dalam PdP abad ke-21
pelajar berada pada rank sederhana (min=3.69) manakala lima komponen kemahiran abad ke-21 yang
dikaji (literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan, penghasilan produktiviti tinggi serta
nilai dan norma kerohanian) juga berada pada tahap sederhana (min=3.92).

Aspek komuikasi berkesan adalah elemen penting dan satu keperluan dalam mewujukan sikap bantu
membantu dalam kalangan pelajar, memupuk sahsiah dan akhlak mulia serta menjalinkan hubungan
ukhwah dalam usaha melahirkan masyarkat yang baik. Ini memerlukan hubungan langsung guru-guru
KBD sebagai mua’lim, mudarris, mursyid, muaddib dan murabbi yang bertanggungjawab mendidik
dan melahirkan generasi Ulul Albab demi kelangsungan ummah. Sekiranya guru-guru KBD tidak
menguasai kemahiran 4C ketika pelaksanaan PdP di dalam kelas, maka hasrat dan matlamat
mengukuhkan laluan pendidikan agama tidak akan berjaya.

Memperkasakan komunikasi berbahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah antara fokus penting dalam
pelaksanaan KBD ini. Perkara ini disebut dengan jelas dalam dokumen maklumat asas pelaksanaan
kurikulum bersepadu dini (pelaksanaan tahun 2015) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamrulzaman (2020) menyaran agar satu usaha yang lebih agresif
perlu dilakukan bagi menyokong dan merealisasikan hasrat pelaksanaan kurikulum ini. Memandangkan
bahasa Arab bukanlah bahasa komunikasi harian masyarakat di Malaysia serta penggunaannya tidak
meluas sebagaimana Bahasa Inggeris, justeru satu ekosistem berbahasa Arab yang kondusif perlu
diwujudkan. Persekitaran bahasa Arab di sekolah perlu diperkasa dengan memberikan lebih tumpuan
dan penekanan pelaksanaannya dalam beberapa aktiviti. Antara aktiviti utama yang perlu diberi
perhatian adalah dalam kelas khususnya berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini penting bagi
menyokong hasrat penggubalan kurikulum ini. Kajian ini akan memberi fokus kepada amalan konsep
4C dalam kalangan guru-guru KBD di SABK Negeri Kedah dalam hasrat merealisasikan matlamat dan
tujuan pelaksanaan KBD ini.

Objektif Kajian

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

1. Mengenal pasti tahap amalan aspek kreativiti dalam PdP PAK21 guru-guru KBD SABK
Negeri Kedah.

2. Mengenal pasti tahap amalan aspek pemikiran kritis dalam PdP PAK21 guru-guru KBD
SABK Negeri Kedah.

121

3. Mengenal pasti tahap amalan kolaboratif dalam PdP PAK21 guru-guru KBD SABK Negeri
Kedah.

4. Mengenal pasti tahap amalan komunikasi dalam PdP PAK21 guru-guru KBD SABK Negeri
Kedah.

Persoalan kajian
Berdasarkan objektif kajian, maka terhasil persoalan kajian berikut:

1. Apakah tahap amalan 4C aspek kreativiti dalam PdP PAK21 guru-guru KBD SABK Negeri
Kedah?

2. Apakah tahap amalan 4C aspek pemikiran kreatif dalam PdP PAK21 guru-guru KBD SABK
Negeri Kedah?

3. Apakah tahap amalan 4C aspek kolaboratif dalam PdP PAK21 guru-guru KBD SABK Negeri
Kedah?

4. Apakah tahap amalan 4C aspek komunikasi dalam PdP PAK21 guru-guru KBD SABK Negeri
Kedah?

KAJIAN LITERATUR
Dalam menjalani PAK-21, dalam PdP, kemahiran pedagogi seseorang guru amat perlu. Antara
kemahiran yang perlu adalah kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan
teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu terdapat elemen-elemen yang perlu diberi perhatian dalam
menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut:

Ciri-Ciri Guru KBD Abad Ke-21
Sebagai pelaksana di peringkat sekolah, guru-guru KBD perlu mempunyai ciri-ciri guru abad ke 21
seperti yang disarankan oleh KPM. Antara;

122

a. Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum

Guru KBD abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik.
Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui oleh setiap guru.

b. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi.

Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru KBD perlu mempunyai pelbagai pengetahuan
berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan, setiap guru KBD sewajarnya memahami dan
menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik
dan strategi mengajar. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa
guru mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding
pelajar.

c. Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka

Guru KBD yang baik ialah guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian kemahiran mengajar,
tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap anak pelajar yang di dalam kelas
yang diajarnya. Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amat diperlukan untuk membantu guru KBD
memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri
pelajarnya. Pengetahuan guru KBD tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru KBD
menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar berkenaan.

d. Memahami psikologi pembelajaran.

Guru KBD perlulah memahami dan menguasai sepenuhnya psikologi pembelajaran untuk mengawal
dan membentuk sikap pelajar. Teori-teori psikologi pembelajaran yang dipelajari perlulah digunakan
semula dan diaplikasikan kepada pelajar. Sebagai seorang guru, guru-guru KBD perlu memahami
sepenuhnya psikologi pembelajaran dan mengetahui kegunaannya bagi setiap masalah pelajar.

Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya
fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai
modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

e. Memiliki kemahiran kaunseling.

Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitik beratkan perlakuan baik,
peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat
penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian negara.

f. Menggunakan teknologi terkini.

Guru KBD memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari
laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan
bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya
meningkat.

123

Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi,
semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility
(bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti
Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti
Wikipedia dan YouTube. Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah
dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu
berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat
untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian rekabentuk kuantitatif yang dijalankan ini adalah untuk melihat tahap amalan 4C PAK-21 dalam
kalangan guru-guru KBD di SABK negeri Kedah. Data kajian di kumpul menggunakan soal selidik
yang dihantar kepada semua pengetua melalui google form.

Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan seramai guru-guru KBD yang mengajar di SABK di negeri Kedah. Pemilihan
sampel kajian dibuat dengan pembahagian guru-guru Dini SABK di seluruh negeri Kedah kepada 7 zon
daerah pendidikan. Sampel mewakili setiap zon dalam negeri Kedah. Guru-guru Dini SABK yang
terpilih adalah mewakili setiap daerah pendidikan dalam negeri Kedah.

Instrumen Kajian

Pembinaan instrumen kajian berdasarkan pembacaan dan pengalaman pengkaji terhadap amalan konsep
4C PAK-21. Soal selidik terdiri daripada dua bahagian; bahagian A yang mengandungi 6 item yang
mengandungi maklumat tentang jantina, umur, pengalaman sebagai guru Dini, tahap pendidikan, mata
pelajaran yang di ajar dan soalan berkaitan pengalaman menghadiri kursus berkaitan PAK-21.
Manakala bahagian B adalah soalan berkaitan amalan konsep 4C PAK-21 dalam kalangan guru_guru
Dini SABK.

Empat aspek amalan yang di soal ialah aspek kreativiti, aspek pemikiran kritis, aspek kolaboratif dan
aspek komunikasi. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik skala likert 5 mata yang mengandungi
empat konstruk iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi
(collaborative) dan komunikasi (communication). Keseluruhan 20 item atau indikator yang digunakan
mempunyai niai kebolehpercayaan yang tinggi. Indikator-indikator ini digunakan guru-guru KBD
dalam mengaplikasikan konsep 4C semasa pelaksanaan PdP di sekolah. Tanda aras skor min yang
digunakan adalah berpandukan kepada skala likert 5 mata dengan kaedah skornya ialah Tidak Pernah
(TP) dengan skor 1 mata, Jarang (J) dengan skor 2 mata, Sederhana (S) dengan skor 3 mata, Kerap (K)
dengan skor 4 mata dan Sangat Kerap (SK) dengan skor 5 mata. Skor min yang diperolehi daripada
instrumen soal selidik dibahagikan kepada empat tahap iaitu lemah, rendah, sederhana dan tinggi seperti
digambarkan dalam Jadual 1 di bawah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for The Social Science (SPSS) Version 22. Analisis data secara statistik deskriptif melibatkan
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan dapatan kajian.

Jadual 1: Jadual Tahap dan Julat Bacaan Skor Min

Skor Min Tahap
4.0 hingga 5.0 Tinggi
3.0 hingga 3.99 Sederhana
2.0 hingga 2.99 Rendah
1.0 hingga 1.99 Lemah

124

DAPATAN KAJIAN

Sampel Soal Selidik

Profil responden seramai 35 orang sampel yang diperolehi daripada soal selidik kajian yang
merangkumi aspek jantina, umur, pengalaman sebagai guru Dini, tahap pendidikan, mata pelajaran yang
di ajar dan soalan berkaitan pengalaman menghadiri kursus berkaitan PAK-21. Berdasarkan jadual 2,
kajian mendapati seramai 22 sampel (62.9) adalah perempuan dan 13 sampel (37.1) adalah lelaki.

Dari segi umur sampel, kajian mendapati 19 sampel (54.3) berumur antara 25 – 30 tahun, 7 sampel
(20.0) berumur antara 31 – 35 tahun, 6 sampel (17.1) berumur 51 – 45 tahun dan 3 sampel (8.6) berumur
46 tahun ke atas. Manakala dari segi pengalaman mengajar sebagai guru KBD, seramai 24 sampel (68.6)
berpengalaman antara 1 – 3 tahun, 6 sampel (17.1) mempunyai pengalaman antara 4 – 6 tahun dan 5
sampel mempunyai pengalaman melebihi 6 tahun.

Kajian juga mendapati bahawa hampir keseluruhan guru-guru KBD adalah guru yang memiliki ijazah

sarjana muda iaitu 30 sampel (85.7), 4 sampel (11.4) mempunyai pendidikan di peringkat sarjana dan

hanya 1 sampel (2.9) mempunyai pendidikan tahap diploma. Manakala mata pelajaran yang di ajar,
kajian mendapati seramai 19 sampel (54.3) mengajar ‫اللغة العربية المعاصرة‬, 8 sampel (22.9) mengajar ‫أصول‬
‫الدين‬, 5 sampel (14.3) mengajar ‫ علوم الشريعة‬dan 3 sampel (8.6) mengajar ‫الأداب والبلاغة‬.

Kajian seterusnya mendapati seramai 23 guru KBD (65.7) pernah menghadiri kursus berkaitan PAK
21, 10 guru KBD (28.6) tidak pernah dan 2 sampel (5.7) tidak pasti samada pernah menghadiri atau
tidak kursus tersebut.

Jadual 2: Profil Responden Kajian

Bil Perkara Dapatan Sampel %
13 37.1
1. Jantina Lelaki 22 62.9
19 54.3
2. Umur Perempuan 7 20.0
25 – 30 tahun 0 -
31 – 35 tahun 6 17.1
3 8.6
36 – 40 tahun 24 68.6
41 – 45 tahun 6 17.1
5 14.3
46 tahun ke atas 1 2.9
30 85.7
3. Pengalaman Sebagai Guru Dini 1 – 3 tahun 4 11.4
4 – 6 tahun - -
19 54.3
Melebihi 6 tahun 8 22.9
5 14.3
4. Tahap Pendidikan Diploma 3 8.6
- -
Sarjana Muda 23 65.7
10 28.6
Sarjana 2 5.7

5. Mata pelajaran di ajar PhD
‫اللغة العربية المعاصرة‬
‫أصول الدين‬
‫علوم الشريعة‬

‫الأداب والبلاغة‬
‫مناهج العلوم‬

6. Pernah menghadiri Kursus Pernah

Berkaitan PAK ke 21 Tidak Pernah

Mungkin

125

Amalan Konsep 4C PAK21 Dalam Kalangan Guru KBD SABK Negeri Kedah aspek kreativiti.

Berdasarkan jadual 3, 3 item berada pada tahap tinggi iaitu item A3 (Saya mengamalkan penyoalan
yang kreatif dalam PdP saya) dengan nilai min =4.65; sisihan piawai =0.489 dan A2 (Saya menyediakan
BBM yang kreatif dalam PdP saya) nilai min =4.6 dan sisihan piawai =0.587 bagi A2. Manakala item
A5 (Saya menggalakkan pelajar mengeluarkan pendapat dalam PdP saya) nilai min =4.0. Namun skor
keseluruhan bagi amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD SABK Negeri Kedah aspek
kreativiti berada pada tahap sederhana dengan nilai min =3.72; sisihan piawai =0.

Jadual 3: Skor min dan sisihan piawai amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD
SABK negeri Kedah aspek kreativiti

Bil Kandungan Min S.P Interpretasi
0.587 Sederhana
A1 Saya menerapkan unsur kreatif dalam aktiviti PdP saya 3.15 0.502 Tinggi
0.489 Tinggi
A2 Saya menyediakan BBM yang kreatif dalam PdP saya 4.60 0.833 Sederhana
0.000 Tinggi
A3 Saya mengamalkan penyoalan yang kreatif dalam PdP saya 4.65

A4 Saya menjana idea pelajar dalam penyoalan ketika PdP saya 3.20

A5 Saya menggalakkan pelajar mengeluarkan pendapat dalam 4.00

PdP saya

Keseluruhan 3.72 0.000 Sederhana

Amalan Konsep 4C PAK21 Dalam Kalangan Guru KBD SABK Negeri Kedah aspek pemikiran
kreatif.

Berdasarkan jadual 4, kajian mendapati 4 item daripada 5 item berada pada tahap sederhana dan 2 ietm
berada pada tahap rendah. Item yang berada pada tahap sederhana ialah item B1 (Saya merancang setiap
soalan yang diajukan kepada pelajar dalam PdP saya), nilai min =3.9; sisihan piawai =0.552, item B3
(Saya mengajukan soalan yang menentukan sebab dan penjelasan dalam PdP) nilai min =3.85; sisihan
piawai = 0.745, item B4 (Saya mengajukan soalan yang meneroka pandangan pelajar) nilai min
=3.75; sisihan piawai =0.716 dan item B5 (Saya mengajukan soalan yang menguji implikasi dan
akibat dalam PdP) nilai min =3.45; sisihan piawai =0.510. Manakala item B2 (Saya mengajukan
soalan yang menjelaskan pemikiran dalam PdP saya) berada pada tahap rendah dengan nilai min =2.8;
sisihan piawai =0.410.

Skor keseluruhan bagi amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan Guru KBD SABK negeri Kedah
aspek pemikiran kreatif berada pada tahap rendah, dengan nilai min =2.8; sisihan piawai =0.447.

Jadual 4: Skor min dan sisihan piawai amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD
SABK negeri Kedah aspek pemikiran kreatif

Bil Kandungan Min S.P Interpretasi

B1 Saya merancang setiap soalan yang diajukan kepada 3.90 0.552 Sederhana
pelajar dalam PdP saya

B2 Saya mengajukan soalan yang menjelaskan pemikiran 2.80 0.410 Rendah
dalam PdP saya

B3 Saya mengajukan soalan yang menentukan sebab dan 3.85 0.745 Sederhana
penjelasan dalam PdP

B4 Saya mengajukan soalan yang meneroka pandangan 3.75 0.716 Sederhana
pelajar

B5 Saya mengajukan soalan yang menguji implikasi dan 3.45 0.510 Sederhana
akibat dalam PdP

Keseluruhan 2.8 0.447 Rendah

126

Amalan Konsep 4C PAK21 Dalam Kalangan Guru KBD SABK Negeri Kedah aspek
kolaboratif.

Berdasarkan jadual 5, kajian mendapati amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD SABK
Negeri Kedah aspek kolaboratif, 4 item berada pada tahap sederhana. Item-item tersebut adalah item
C5 (Saya menjalankan aktiviti yang bercorak inkuiri penemuan dalam PdP), nilai min =3.8; sisihan
piawai =0.894, item C4 (Saya menggunakan peta pemikiran untuk menjana idea pelajar dalam PdP)
nilai min = 3.65; sisihan piawai =0.489, item C3 (Saya menggalakkan aktiviti lakonan dan simulasi
dalam PdP) nilai min =3.45; sisihan piawai =0.825, dan item C1 (Saya menggalakkan PdP secara
berkumpulan dalam PdP) nilai min = 3.5; sisihan piawai =0.512. Item C2 (Saya menggalakkan PdP
yang bercorak penyelesaian masalah) berada pada tahap rendah dengan nilai min =2.65; sisihan
piawai =0.489.

Skor keseluruhan bagi amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD SABK Negeri Kedah
aspek kolaboratif berada pada tahap sederhana dengan nilai min =3.4; sisihan piawai =0.894.

Jadual 5: Skor min dan sisihan piawai amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD
SABK negeri Kedah aspek kolaboratif

Bil Kandungan Min S.P Interpretasi

C1 Saya menggalakkan PdP secara berkumpulan dalam PdP 3.5 0.512 Sederhana

C2 Saya menggalakkan PdP yang bercorak penyelesaian 2.65 0.489 Rendah
masalah

C3 Saya menggalakkan aktiviti lakonan dan simulasi dalam 3.45 0.825 Sederhana
PdP

C4 Saya menggunakan peta pemikiran untuk menjana idea 3.65 0.489 Sederhana
pelajar dalam PdP

C5 Saya menjalankan aktiviti yang bercorak inkuiri 3.8 0.695 Sederhana
penemuan dalam PdP

Keseluruhan 3.4 0.894 Sederhana

Amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD SABK negeri Kedah aspek komunikasi

Seterusnya berdasarkan jadual 6, dalam amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD SABK
negeri Kedah aspek komunikasi kajian mendapati 4 item berada pada tahap tinggi. Item tersebut ialah
item D2 (Saya menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai bahan untuk pembentangan dalam PdP)
nilai min =5.0; sisihan piawai =0.000. Item kedua yang berada pada tahap tinggi adalah item D4
(Saya sentiasa menggalakkan pelajar memberikan idea dalam aktiviti berkumpulan dalam PdP)
dengan nilai min =4.25; sisihan piawai =0.444. Ketiga item D1 (Saya menggalakkan kaedah
perbincangan dalam kumpulan dalam PdP) nilai min =4.2; sisihan piawai =0.951. Keempat item D3
(Saya menggalakkan perkongsian pengetahuan dalam pembentangan dalam PdP) nilai min =4.20;
sisihan piawai =0.695. Manakala item D5 (Saya membimbing kemahiran komunikasi pelajar dalam
PdP) nilai min =2.8; sisihan piawai =0.410 berada pada tahap rendah.

Min keseluruhan bagi amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD SABK negeri Kedah aspek
komunikasi berada pada tahap sederhana dengan nilai yang diperolehi adalah =3.4; manakala sisihan
piawai =0.547.

127

Jadual 6: Skor min dan sisihan piawai amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru KBD
SABK negeri Kedah aspek komunikasi

Bil Kandungan Min S.P Interpretasi
D1 Saya menggalakkan kaedah perbincangan dalam 4.2 0.951 Tinggi
5.0 0.000 Tinggi
kumpulan dalam PdP 4.2 0.695 Tinggi
D2 Saya menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai bahan 4.25 0.444 Tinggi
2.8 0.410 Rendah
untuk pembentangan dalam PdP
D3 Saya menggalakkan perkongsian pengetahuan dalam

pembentangan dalam PdP
D4 Saya sentiasa menggalakkan pelajar memberikan idea

dalam aktiviti berkumpulan dalam PdP
D5 Saya membimbing kemahiran komunikasi pelajar dalam

PdP

Keseluruhan 3.4 0.547 Sederhana

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, tahap amalan konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru-guru KBD di SABK
Negeri Kedah berada pada tahap sederhana. Ini berdasarkan dapatan kajian daripada 35 sampel yang
terlibat. Berdasarkan Jadual 7 skor min keseluhan menunjukkan min =3.76. Dapatan ini selaras dengan
pandangan seorang pakar pendidikan (Mohamed Amin, 2016) yang mengatakan bahawa guru perlu
mempersiapkan diri untuk melakukan tranformasi dalam PdP bagi memenuhi kehendak pembelajaran
abad ke-21.

Konsep PdP abad ke-21 memerlukan guru-guru KBD untuk merubah paradigma sedia ada kepada
pembelajaran yang mementingkan penglibatan murid dalam setiap PdP yang dijalankan. Reka bentuk
pendidikan seperti ini akan melahirkan pelajar yang kreatif, aktif dan toleran sebagai warganegara,
pekerja dan pemimpin (Ehrcke. T., 2013) seterusnya akan dapat menyumbang kepada pembangunan
negara. Guru-guru pada zaman perkembangan ledakan teknologi yang pesat perlu bijak menyelidik dan
menyiasat sumber yang berguna untuk kegunaan PdP seperti pengajaran berbentuk kendiri, inkuiri dan
kolaboratif dengan menggunakan medium terkini seperti media sosial, mobile learning, internet dan
bahan multimedia.

Ravitz, J. (2014) berpendapat kemahiran kreatif dan inovasi sebagai keupayaan murid menjana dan
menyelesaikan masalah dan tugasan yang kompleks berasaskan sintesis dan analisis tentang sesuatu
tajuk atau isi pelajaran serta dapat menjelaskan semula apa yang telah dipelajari. Namun, dapatan bagi
konsep 4C aspek kreatif dan pemikiran kritikal berada pada tahap rendah. Aspek kreatif dan pemikiran
kritikal yang ditumpukan dalam kajian ialah unsur kreativiti dalam PdP, pembinaan bahan, penyoalan
dan memupuk pemikiran kritikal. Aspek penerapan unsur kreatif dan inovatif dalam pembinaan bahan
PdP jarang diamalkan walaupun terdapat sebahagian daripada mereka yang melaksanakan PdP yang
menggunakan bahan interaktif yang bersifat aplikasi TMK. Terdapat juga dalam kalangan guru-guru
KBD yang tidak pernah menggalakkan pelajar untuk mengeluarkan pendapat ketika melaksanakan sesi
PdP.

Dapatan kajian Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2015) selari dengan kajian ini dimana elemen
KBAT berada pada tahap sederhana. Guru-guru KBD perlu mengaplikasikan elemen KBAT untuk
merangsang proses PdP terutama dari sudut penglibatan murid dalam pembelajaran secara koperatif
serta membentuk minda murid yang positif. Walaupun kemahiran PAK21 yang dikaji melibatkan
amalan 4C, namun aspek yang dikaji memberi kesan langsung kepada guru –guru KBD yang menerima
pendedahan ciri-ciri 4C PAK21 daripada pensyarah terlibat.

128

Jadual 7: Taburan min dan sisihan piawai keseluruhan amalan konsep 4C PAK21 dalam
kalangan guru-guru KBD SABK Negeri Kedah.

Konsep 4C Skor SP Tahap
Kreativiti 3.72 0.000 Sederhana
Pemikiran Kritis 2.80 0.447 Rendah
Kolaboratif 3.40 0.894 Sederhana
Komunikasi 3.40 0.547 Sederhana
3.76 0.275 Sederhana
Keseluruhan

KESIMPULAN

Rumusannya, guru-guru KBD SABK Negeri Kedah perlu diberi pendedahan secara teori dan praktikal
berkaitan konsep kreatif, pemikiran kritikal, collaborative dan communicative oleh pihak-pihak yang
berkaitan samada JPN, PPD bahkan IPG juga turut perlu membantu. Kolaboratif pihak-pihak ini akan
menghasilkan guru-guru KBD yang kompeten selaras dengan matlamat dan tujuan pelaksanaan KBD.

Pemahaman tentang PAK21 dan KBAT yang melibatkan unsur kreatif dan berfikir secara kritikal juga
perlu diberi penekanan lebih khusus melalui latihan, kursus serta bengkel-bengkel dalam pelaksanaan
PdP PAK21 di SABK Negeri Kedah. Masalah dari segi kemudahan infrastruktur seperti bilik darjah
yang kondusif, peralatan TMK dan capaian jalur lebar juga perlu di atasi agar dapat menyuntik motivasi
dan kesungguhan guru-guru KBD menggerak dan mendokong agenda transformasi pendidikan alaf
baru ini.

Lebih mencabar lagi, paradigma baru PAK21 memerlukan PdP berbentuk dinamik untuk mendidik
generasi muda yang dipengaruhi globalisasi dan revolusi teknologi digital (Benade, L., 2015).
Kandungan pembelajaran dan kemahiran dikuasai atau dipelajari dengan teradun (blended learning)
secara bersemuka dan juga pembelajaran secara maya. Konsep PdP seumpama inilah yang menjadi
gaya pembelajaran Gen-Z masa kini yang perlu dididik secara beretika untuk bersaing di peringkat
global.

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Islam (2015), Maklumat Asas Pelaksanaan
Kurikulum bersepadu Dini.

Benade, L. (2015). Teachers‟ Crtitical Reflective Practice in The Context of Twenty-first Century
Learning. Open Review of Educational Research, Vol. 2 (1), 42-54.

Buletin Anjakan (Bil 4/2015). Pembelajaran abad ke-21: Amalan dan pelaksanaan di sekolah. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my
pemberitahuan

Ehrcke., T. (2013). 21st Century Learning Inc. WINTER 2013, 62-81.

Kamarulzaman Abdul Ghani. (2020). Pengajaran Mata Pelajaran Agama Berasaskan Bahasa
Arab Dalam Kurikulum Bersepadu Dini. Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pendidikan Dini
Dan Tahfiz 2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025.
Online) (www. moe. gov. my)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pembelajaran abad ke-21 (PAK 21). Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/nsyairie74/kit-penerangan-pak21-79959132

129

Maria Uffa Zulkafeli. (2016, November 29). Malaysia perbaiki kedudukan dalam TIMMS 2015. Berita
Harian. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/node/218122

Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod. (2013). Penyepaduan Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa
Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Pertama, 338-352.

Mohamed Amin. (2016). Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-
21. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pendidik. (2016, November). ‘Saya membalas jasa baik kerajaan’ – Dr. Khair. Majalah Pendidik. 8-14
Ravitz, J. (2014). A Survey for Measuring 21st Century Teaching and Learning: West Virginia 21st

Century Teaching and Learning Survey [WVDE-CIS-28]. Department of Education, West
Virginia.
Syarifah Nor Puteh. (1997). Kurikulum Abad 21. Konvensyen PERPEMA Ke 9. Kuala Lumpur.

130

TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU-GURU BAHARU SEKOLAH
RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI KAHOOT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN

Malar a/p Muthiah PhD, Mohd Fauzi bin Rejab,
Mahmud Khusairi bin Abdullah & Ananthan a/l Nagu PhD

Corresponding author:
Dr. Malar a/p Muthiah

Abstrak
Penggunaan aplikasi Kahoot merupakan satu kaedah pembelajaran interaktif yang berfokus kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menekankan penglibatan murid secara aktif.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru baharu
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi Kahoot. Seterusnya,
mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan dan kesediaan penggunaan aplikasi Kahoot dalam
talian semasa PKP. Kajian ini dijalankan terhadap 110 orang guru-guru baharu di sekolah rendah
Zon Utara. Model yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Pembelajaran Interaktif Mayer (1999).
Aplikasi Kahoot adalah salah satu platform yang dapat digunakan sebagai medium interaktif seperti
membina dan menjawab soalan kuiz secara online oleh guru dan pelajar dan paparan markah dapat
terus dipamerkan di skrin. Hasil dapatan data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 21. Data
dianalisis secara diskriptif menggunakan min dan sisihan piawai serta secara inferen dengan
menggunakan Korelasi Pearson. Hasil dapatan menunjukkan min pengetahuan adalah pada tahap
sederhana dan tahap kesediaan adalah rendah dalam kalangan guru-guru baharu di zon utara.
Hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap pelaksanaan aplikasi Zon Utara menunjukkan
hubungan yang sederhana iaitu r =. 383. Kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada pihak
berkepentingan tentang kepentingan menggunakan aplikasi Kahoot dan keberkesanan pelaksanaannya
melalui dalam talian di dalam bilik darjah.

Kata kunci: Kahoot, guru baharu, perintah kawalan bergerak, sekolah rendah

PENGENALAN

Pada abad ke 21 kini, kaedah pembelajaran secara interaktif adalah penting di dalam menarik minat
pelajar dalam memahami sesuatu konsep. Gaya pengajaran guru adalah perlu dipelbagaikan dan
berbeza mengikut peredaran semasa bagi menarik minat mereka seiring dengan perubahan era yang
dilalui oleh mereka. Menurut Harlina, Zubaidah dan Ainee Ahmad (2017) bagi memastikan proses
pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran abad ke-
21, sedikit perubahan pedagogi pengajaran perlu dilakukan. Hal Ini jelas dinyatakan di dalam kajian
Che Ghani et al. (2016) yang jika guru tidak menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran
pelajar, maka ia akan menimbulkan implikasi ketidakselesaan dan kurangnya perhatian oleh pelajar
semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyebabkan murid ketinggalan dalam
pembelajaran mereka.

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020.
Berdasarkan keadaan semasa dan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19, kerajaan telah
mengisytiharkan lanjutan PKP bermula 1 April hingga 14 April 2020. Berikutan Perlanjutan Tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan bagi menzahirkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam
keadaan yang selamat maka guru perlu melaksanakan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran

131

hanya dari rumah. Hal ini bagi memastikan akses kepada PdP dapat diteruskan dalam tempoh PKP ini.
Perkara ini selaras dengan surat dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Arahan Bekerja Dari
Rumah. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan Penutupan Premis Kerajaan bertarikh 17 Mac
2020. Melalui pelaksanaan perintah PKP telah mendorong warga pendidik untuk mengkaji semula
amalan PdP dan mencari kaedah baru untuk menjalankannya. Pandemik Covid 19 mencabar minda
guru-guru untuk menggunakan pendekatan baru yang inovatif untuk menyokong pembelajaran dan
interaksi sosial murid. Proses pembelajaran yang menggabungkan pengajaran dalam talian dan tanpa
interaksi bersemuka menjadi sangat penting dalam membantu mempersiapkan murid untuk meneruskan
proses pembelajaran. Dalam aspek perubahan pendidikan, sekolah dan institut pendidikan tinggi (IPT)
diminta mengubah kaedah pelaksanaan pendidikan kepada atas talian sepenuhnya. Pembelajaran atas
talian ini sebenarnya mampu menghasilkan seseorang yang mempunyai kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat (Life Long Learning). Pengajaran dan Pembelajaran semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermaksud proses PdP yang dilaksanakan perlu melibatkan kaedah pembelajaran
yang bersesuaian mengikut keupayaan dan kesediaan murid dalam menggunakan medium komunikasi
dan aplikasi yang bersesuaian.

PERNYATAAN MASALAH

Pada hakikatnya, penularan Covid-19 ketika ini menjadi titik tolak kepada perubahan yang besar dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berusaha melatih guru-guru
dengan pelbagai kaedah pembelajaran dalam talian, meskipun kaedah ini hanya sebagai alat atau bahan
bantu mengajar guru. Selama ini guru hanya diberi pilihan untuk mengaplikasikan kaedah pembelajaran
secara maya. Persoalan yang timbul ialah, adakah guru-guru bersedia untuk melaksanakan kaedah
pembelajaran secara maya dan bagaimana mahu menilai pembelajaran murid dengan lebih efektif
terutamanya semasa PKP. Perubahan mod penyampaian dalam talian serta memastikan murid terus
kekal terlibat dalam pembelajaran menyebabkan peningkatan stress dan beban secara signifikan kerana
guru terpaksa berusaha untuk tidak hanya memindahkan isi kandungan dan bahan bantu pengajaran ke
ruang dalam talian, tetapi juga perlu mahir dalam perkongsian platform atau perisian yang diperlukan
semasa PdP. Kesan perubahan PdP dalam talian ini meninggalkan kesan yang berlainan terhadap guru
dan murid. Ini adalah kerana kemungkinan amalan PdP dalam talian menimbulkan kesulitan yang besar
kepada para guru yang perlu menyesuaikan diri dengan apa yang mungkin menjadi “norma baru” dalam
jangka waktu yang lama (Jeanne, 2020)

Buat masa ini, berdasarkan pada tinjauan awal saya boleh dikatakan bahawa sebahagian besar murid,
guru serta ibu bapa belum bersedia sepenuhnya. Kaedah pembelajaran secara maya ketika ini hanya
berada pada tahap sederhana memuaskan. Ini disebabkan keadaan semasa terutamanya dari segi
kemudahan prasarana (komputer, komputer riba, tab dan telefon pintar) serta capaian internet.
Ditambah pula, sebelum ini kita tidak memberikan tumpuan serius terhadap kaedah pembelajaran
secara maya. Pada masa ini, kreativiti guru diperlukan untuk memastikan pembelajaran dalam talian
dilaksanakan dengan lebih berkesan sepanjang PKP. Ia kini menjadi medium utama pembelajaran
murid dan pelajar. Guru perlu mempunyai perancangan yang teliti termasuk berkongsi bersama rakan
sejawat lain dalam menyediakan modul dan penjadualan pembelajaran sebelum melaksanakan
pembelajaran dalam talian. Melalui perkongsian ini, guru dapat meningkatkan kemahiran pedagogi,
teknologi maklumat dan yang paling penting proses penilaian secara dalam talian. Situasi ini memberi
satu fenomena baru dalam pembelajaran murid iaitu pembelajaran mereka tidak mengikut masa sebenar
seperti di sekolah. Ia lebih fleksibel, bukan hanya menggunakan Google Classroom, malah boleh
mengaplikasikan pelbagai aplikasi lain seperti Google Meet, Microsoft Team, Zoom, Telegram dan
WhatsApp.

132

Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu melakukan anjakan paradigma untuk menguasai ilmu pengetahuan
bersumberkan teknologi maklumat terkini bagi menangani masalah ini. Telefon pintar hanya
sebahagian dari peralatan bantuan pembelajaran bagi memastikan anak-anak dapat meneruskan
pembelajaran mereka semasa di rumah. Guru yang bijak haruslah mempunyai perancangan yang teratur
untuk memastikan anak muridnya melaksanakan tugasan yang diberi. Langkah yang boleh diambil oleh
guru ialah menggunakan smartphone hanya untuk menyampaikan mesej tugasan dan berhubung dengan
para murid. Bagusnya tugasan ini mestilah melalui ibu bapa penjaga anak-anak itu sendiri kerana ibu
bapa di rumah juga mempunyai peranan yang besar dalam mengawal penggunaan gadget oleh anak-
anak mereka.

Cadangannya ialah, tugasan perlulah ada banyak variasi dan mempunyai elemen KBAT iaitu kemahiran
berfikir aras tinggi. Tugasan diberi mestilah berbentuk tugasan yang tidak memerlukan anak-anak
mencarinya di internet semata-mata. Elemen-elemen KBAT seperti kurikulum, pedagogi, pentaksiran,
sumber, sokongan masyarakat, kokurikulum dan latihan harus dititik beratkan. Tujuh elemen yang ada
dalam pelaksanaan KBAT ini mestilah diambil kira bagi memantapkan setiap tugasan yang diberi dalam
talian. Sehubungan itu, salah satu kaedah yang mampu memenuhi aspirasi penilaian pelbagai aras ialah
aplikasi Kahoot. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji ingin melaksanakan tinjauan pelaksanaan aplikasi
Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan:

i) Menentukan tahap pengetahuan aplikasi Kahoot dalam kalangan guru baharu sekolah
rendah

ii) Menghuraikan tahap kesediaan guru-guru baharu sekolah rendah dalam melaksanakan
aplikasi Kahoot semasa pengajaran dan pembelajaran

iii) Menjelaskan kekuatan hubungan antara tahap pengetahuan dengan kesediaan guru baharu
dalam melaksanakan aplikasi Kahoot semasa PKP.

Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian di atas pengkaji telah membentuk beberapa persoalan kajian seperti
butiran di bawah:

i) Sejauhmanakah tahap pengetahuan aplikasi Kahoot dalam kalangan guru baharu sekolah
rendah?

ii) Bagaimanakah tahap kesediaan guru-guru baharu sekolah dalam melaksanakan aplikasi
Kahoot semasa pengajaran dan pembelajaran?

iii) Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan dengan kesediaan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan aplikasi Kahoot dalam kalangan guru- guru baharu
sekolah rendah?

133

DEFINISI OPERASIONAL

Kesediaan

Kesediaan merupakan perkara yang perlu ada pada diri seseorang guru. Guru yang kompeten sentiasa
menyiapkan diri dengan segala bentuk perubahan dalam pendidikan. Kesediaan guru dalam
melaksanakan aplikasi Kahoot antara faktor penting dalam menghasilkan pendidikan yang bermutu dan
berkualiti. Guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang pelbagai untuk mendepani
cabaran melaksanakan PdP berkesan semasa PKP dan pasca PKP. Guru perlu bersedia untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran murid secara efisien dalam talian. Guru juga perlu bersedia
mewujudkan suasana komunikatif yang baik secara dua hala dengan murid. Oleh itu, guru perlu
bersedia memahirkan diri menggunakan teknologi terkini (Melita & Katitia, 2015). Justeru, kesediaan
guru terhadap pelaksanaan aplikasi Kahoot yang merupakan elemen penting dalam PAK21 merupakan
aspek penting yang perlu diberi perhatian memandangkan kesediaan para guru terhadap hal ini secara
menyeluruh belum dapat dikenal pasti (Hayati Ismail, 2018).

Pengetahuan

Che Rasmaniah (2011) menyatakan pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu pengetahuan sedia ada dan
pengetahuan yang dibina setelah melalui proses pembelajaran. Dalam konteks kajian ini, pengetahuan
merujuk kepada ilmu atau sesuatu yang dipelajari oleh guru-guru baharu tentang aplikasi Kahoot dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Guru Baharu

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil:1/1987, guru permulaan didefinisikan sebagai guru yang
terlatih dan berkhidmat ntara 1-3 tahun dalam tempoh percubaab dan belum disahkan lagi dalam
jawatan. Menurut Zamri (2007), guru baharu atau guru novis yang berkhidmat antara 1 hingga 3 tahun.
Guru permulaan yang baik ialah guru baru yang mempunyai etika kepimpinan yang berkualiti dalam
pengajaran, pembelajaran, kepimpinan, perlakuan dan personaliti

TINJAUAN LITERATUR

Agenda melahirkan modal insan minda kelas pertama merupakan aspek penting dalam perlaksanaan
PAK21. Ia selaras dengan aspirasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pelajaran, 2013). Seiring dengan itu sudah tentunya ia memerlukan
kesediaan pada diri sesorang guru untuk lebih kompeten dan sentiasa menyiapkan diri dengan segala
bentuk perubahan dalam melaksanakan pendidikan di bilik darjah. Pengetahuan dan kesediaan guru
dalam pelaksanaan PAK21 antara faktor penting dalam menghasilkan pendidikan yang bermutu dan
berkualiti. Guru perlu melengkapkan diri mereka dengan segala jenis kemahiran terutamanya dalam
bidang teknologi terkini (Melita & Katitia, 2015). Justeru, pengetahuan dan kesediaan guru yang
mantap terhadap aplikasi digital secara dalam talian perlu diberi perhatian memandangkan kesediaan
para guru terhadap hal ini secara menyeluruh belum dapat dikenal pasti. Oleh itu, penggunaan TMK
dalam proses PdP sangat penting bagi meningkatkan keupayaan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Dalam hal ini, guru sepatutnya memiliki kemahiran dan sikap yang positif serta berkeyakinan untuk
menggunakan TMK secara berkesan terutamanya proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian
semasa PKP.

134

Seiring dengan perbincangan di atas Kahoot adalah antara platform pembelajaran atas talian yang boleh
digunakan untuk PdP secara ‘Blended Learning‘. Ia menyediakan ruang pembelajaran yang menarik
iaitu kaedah berasaskan pedagogi digital melalui pertandingan atau permainan. Portal Kahoot juga
menawarkan khidmat percuma kepada ahlinya untuk menghasilkan ujian dalam talian dalam bentuk
permainan. Khidmat penilaian secara berkumpulan ini amat menyeronokkan kerana mampu menyuntik
unsur pertandingan atau persaingan yang sihat dalam kalangan murid. Guru juga dapat mencetak
analisis jawapan murid secara individu dan memuat turun data untuk melakukan aktiviti pemulihan
susulan. Kahoot merupakan sejenis aplikasi kuiz secara atas talian (online) yang dibina sendiri oleh
guru untuk merangsang minat murid semasa proses PdP melalui suasana pembelajaran secara didik
hibur dan interaktif. Menurut Marissa Correia & Raquel Santos (2017) aplikasi platform merupakan
gabungan teknologi pembelajaran dengan penilaian tahap pembelajaran melalui permainan interaktif
dalam talian. Platform Kahoot dapat membantu aktiviti penilaian pembelajaran menjadi menarik,
interaktif, kondusif dan mudah serta mendapat maklumbalas secara spontan.

Berhubung dengan perbincangan di atas aplikasi Kahoot jelas dapat membantu guru untuk
mengembangkan teknologi pendidikan yang berasakan pembelajaran secara permainan digital yang
boleh digabungkan dengan proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan kemudahan akses
melalui telefon pintar dan komputer menjadikan Kahoot sebagai satu media pembelajaran yang sangat
baik untuk diaplikasikan dalam bilik darjah. Menurut Nurul Ain binti Azmi et al.(2018) menyatakan
Kahoot adalah cara berkesan bagi melibatkan keseluruhan murid untuk aktif dalam pembelajaran dan
bersaing sesama sendiri. Elemen muzik dan paparan warna dapat menarik minat dan menjadikan murid
tidak sabar untuk memulakan permainan dalam talian. Penglibatan yang aktif ini secara tidak langsung
dapat memotivasikan murid dalam sesi pembelajaran (Ismail & Mohammad, 2017).

Pendapat di atas disokong dengan kajian Sherlock, Jade, Helen & Ben (2017) iaitu aplikasi Kahoot juga
menjadilkan sesi pembelajaran yang tidak membosankan lebih-lebih lagi apabila dijalankan di
pertengahan pembelajaran dalam tempoh masa yang lama. Di samping itu, Kahoot juga berperanan
untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan bagi memperbaiki kelemahan murid berkaitan sesuatu
topik atau tajuk dengan segera. Seterusnya, aplikasi Kahoot mampu membantu murid secara tidak
langsung untuk membuat ulangkaji berulang kali dan membantu mereka mengingati konsep teori
khasnya. Selain itu, aplikasi Kahoot menyediakan ruang dimana sesi perbincangan bersama rakan
sekelas semasa pembelajaran atas talian, meneroka soalan untuk mendapatkan pemahaman yang tepat,
memperbetulkan kesilapan mereka dengan serta merta dan murid juga cepat mengingati kesilapan
soalan yang dilakukan semasa sesi aplikasi Kahoot (Premanand, 2014; Wang , 2015).

Semasa pelaksanaan PKP seharusnya pembelajaran dalam talian seharusnya menarik perhatian murid
untuk turut serta dalam sesi tersebut tanpa mengira tempoh masa dan suasana pembelajaran. Ini adalah
kerana kajian Carolyn M. & Julia La Rosa (2017) tentang penggunaan aplikasi Kahoot menunjukkan
98% berasa seronok, 92% murid mendapati aplikasi Kahoot mudah digunakan serta 87% pula
berpendapat mereka mudah memahami isi kandungan. Justeru, bagi mewujudkan suasana pembelajaran
yang tidak membosankan adalah perlu guru-guru mempunyai pengetahuan dan kesediaan yang rapi
untuk melaksanakannya semasa proses pengajaran.

Sementara itu, Nailui Azmi dan Zaleha Ahmad (2016) menyatakan pengajaran di dalam dan di luar
bilik darjah juga seharusnya lebih bersifat interaktif dengan melibatkan murid agar mereka mudah
mengetahui dan memahami pelajaran yang diikuti. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah membuat
keputusan untuk meninjau pengunaan aplikasi Kahoot sebagai satu platform yang boleh digunakan
sebagai media pembelajaran interaktif terutamanya semasa PKP. Ini adalah kerana guru berpengalaman

135

atau guru baharu memerlukan alat yang boleh membantu mereka mendapatkan maklum balas
pembelajaran dan respons murid dengan cepat dan pantas terutamanya semasa pembelajaran tidak
bersemuka. Kajian ini memberikan tumpuan kepada penggunaan aplikasi Kahoot yang membolehkan
guru baharu memperoleh data mengenai pembelajaran dan pemahaman murid secara individu dalam
talian. Ini adalah kerana PdP berupaya menjadi lebih menarik dengan pelbagai kaedah namun dalam
abad ke-21 ini, teknologi digital memainkan peranan penting dalam pembelajaran murid.

MODEL PEMBELAJARAN INTERAKTIF (1999)

Penggunaan aplikasi Kahoot memaparkan ciri-ciri pembelajaran berasaskan Model Pembelajaran
Interaktif Mayer (1999). Tiga unsur penting dalam Model Pembelajaran Interaktif Mayer (1999) ialah
kognisi, kendiri, dan afektif. Kognisi berfokus kepada pemikiran murid terhadap kandungan pelajaran,
isu-isu yang berlaku di sekelilingnya yang akan memberi impak kepada pemikiran semasa menjana
maklumat. Oleh itu, tumpuan perlu diberi dan dititikberatkan terhadap cara untuk memperoleh
maklumat yang merupakan proses untuk mengetahui atau mempelajari sesuatu. Kemampuan kendiri
setiap murid penting dalam membimbing mereka ke arah pencapaian optimum yang dipengaruhi oleh
keupayaan kendiri serta tahap autonomi semasa sesuatu pembelajaran.

Manakala afektif merujuk merujuk kepada unsur dalaman dalam diri murid dan dihubungkaitkan
dengan dengan harga diri, perasaan dan nilai. Afektif sangat berkaitan dengan kendiri kerana menjadi
kayu ukuran kepada tahap keyakinan seseorang murid semasa proses pembelajaran semasa
melengkapkan sesuatu tugasan. Pembelajaran interaktif memberi penekanan kepada interaksi dua hala
semasa proses pembelajaran konvensional ataupun pembelajaran yang melibatkan media dalam talian.
Dalam konteks pembelajaran dalam talian terutamanya semasa PKP, pembelajaran interaktif merujuk
kepada suasana interaktif dengan menggunakan bahan rangsangan seperti paparan gambar, dialog,
tutorial serta maklum balas jawapan. Rangsangan memainkan peranan penting kerana sumber PdP
seperti teks, gambar, dialog, carta ataupun audio visual mampu mewujudkan suasana pembelajaran
serta komunikasi 2 hala yang lebih berkesan. Pemilihan bahan rangsang yang sesuai sangat penting
untuk mencapai hasil pembelajaran sesuatu tema atau tajuk kerana ianya boleh meningkatkan perhatian
murid serta mengekalkan minat terhadap pembelajaran untuk tempoh masa yang lebih lama.

Justeru pengetahuan dan kesediaan guru baharu tentang aplikasi Kahoot ini diharap dapat merangsang
minat minat murid terhadap gaya pengajaran,maklum balas jawapan sebagai proses interaktif. Ini
adalah kerana maklum balas murid terhadap kuiz mengarah kepada pemantapan konsep dan penguasaan
sesuatu kemahiran yang tertera dalam sesuatu tema atau tajuk pelajaran.

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan berfokuskan kepada kaedah kajian tinjauan
deskriptif dan inferens. Menurut Ranjit (2014), kajian kuantitatif sesuai digunakan dalam kajian yang
melibatkan satu komuniti terutamanya dalam kajian tinjauan kerana mempunyai bilangan responden
yang ramai dan dalam kajian ini pengkaji berfokus kepada guru-guru baharu sekolah rendah di Zon
Utara. Bukan itu sahaja, kaedah ini sesuai dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk mengumpul
maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa
menyoal mengapa pemboleh ubah-pemboleh ubah itu wujud (Majid Konting, 2005).

136

Persampelan Kajian

Jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah seramai 110 orang guru baharu sekolah rendah
di zon utara. Kelompok lokasi bagi kajian tertumpu kepada sekolah rendah yang terdapat di daerah
Seberang Prai Utara, Kulim, Kuala Muda/Yan, Sik, Baling dan Kota Setar. Kaedah purposive sampling
telah digunakan untuk memilih sampel kajian. Menurut Chua (2014) sekiranya pengkaji mempunyai
tujuan tertentu maka kaedah ini boleh digunakan untuk pemilihan sampel kajian.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik merupakan kaedah
pengumpulan data yang paling praktikal dan berkesan bagi kajian tinjauan, jika melibatkan populasi
yang besar dan kedudukan sampel pula adalah jauh antara satu sama lain (Bhasah dan Yuslina, 2013).
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang dibina oleh pengkaji
sendiri berdasarkan objektif kajian dan kajian literatur mengenai aplikasi Kahoot yang berfokus kepada
pengetahuan dan kesediaan pelaksanaan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Soal selidik
yang disediakan oleh pengkaji terdiri dari tiga bahagian iaitu bahagian A ialah demografi responden,
bahagian B ialah item pengetahuan responden (10 item) dan bahagian C ialah kesediaan pelaksanaan
(10 item). Skor untuk setiap respons bagi soal selidik diberi berdasarkan Skala Likert, empat mata yang
mempunyai julat nilai 1 hingga 4. Berdasarkan skala ini, jika item berorientasikan positif maka 4 mata
diberi untuk pilihan sangat setuju dan 1 mata untuk sangat tidak bersetuju dan seandainya item
berorientasikan negatif keadaan sebaliknya telah berlaku.

Kajian Rintis

Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang guru baharu sekolah rendah di Seberang Prai Utara, Pulau
Pinang yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian tetapi tidak terlibat dalam kajian
yang sebenar. Data daripada kajian rintis dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For
Social Science (SPSS versi 21.0) untuk mendapatkan nilai Alpha Cronbach. Nilai kebolehpercayaan
Alpha Croanbach bagi item pengetahuan ialah 0.962 dan bagi kesediaan pelaksanaan ialah 0.964.
Analisis keseluruhan instrumen soal selidik pengetahuan dan kesediaan pelaksanaan aplikasi Kahoot
menunjukkan nilai kebolehpercayaan Alpha Croanbach yang tinggi iaitu 0.975.

Kesahan Instrumen Kajian

Dalam setiap kajian satu keperluan untuk melihat kesahan asas soal selidik yang diedarkan perlu
diambil kira sebelum menjalankan kajian. Menurut (Azizi et al., 2010) Dalam kajian kesahan bertujuan
untuk mengukur kesesuaian dan kebolehgunaan instrumen dalam mengumpulkan maklumat mengenai
kajian penyelidikan yang dilakukan ini. Tuntasnya, kesahan dalam kajian ini bertujuan untuk
mengumpulkan maklumat yang diingini daripada sampel kajian sahaja. Bagi mendapatkan kesahan isi
kandungan, soal selidik tersebut disemak oleh dua orang pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan bagi
memastikan kesesuaian dengan bidang kajian dan dua orang pensyarah Jabatan Teknogi Pendidikan
yang memang mempunyai pengalaman sebagai Jurulatih Utama (JU) aplikasi Kahoot.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan sesuatu alat kajian adalah merupakan ketekalan alat kajian untuk mengukur
pembolehubah. Sekiranya alat kajian menghasilkan keputusan yang berubah-ubah tentang

137

pembolehubah yang sama maka alat kajian tersebut dikatakan tidak tekal atapun mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan ataupun
ketekalan alat kajian iaitu faktor sistematik yang merujuk kepada faktor yang terkawal dan tidak
mengganggu kebolehpercayaan alat ukur dan juga faktor tidak sistematik seperti variasi individu,
variasi tugasan dan variasi gagasan yang merupakan faktor yang tidak dijangka berpotensi untuk
mempengaruhi alat kajian dalam.

DAPATAN KAJIAN

Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 21.0 dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu dalam bentuk min dan sisihan
piawai. Penggunaan nilai min adalah kaedah yang digunakan secara meluas untuk menggambarkan
respons kesemua peserta kajian terhadap item di dalam sesuatu instrumen (Creswell, 2008). Bagi tujuan
menghuraikan pengetahuan dan kesediaan pelaksanaan aplikasi Kahoot dalam kalangan guru-guru
baharu sekolah rendah di Zon Utara, pengkaji telah menggunakan garis panduan tahap min skor min
yang diperoleh akan diinterpretasikan berdasarkan skala Likert empat mata yang diadaptasi daripada
Riduwan (2012) seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 1: Interpretasi skor min skala Likert empat mata Interpretasi Min
Kurang kaitan
Skor Min Rendah
1.00 – 1.50 Sederhana
1.51 – 2.50 Tinggi
2.51 – 3.50
3.51 – 4.00

Berdasarkan Jadual 1, skor min yang menunjukkan 1.00 hingga 1.50 adalah kurang berkaitan, skor min
1.51 hingga 2.50 rendah, skor min 2.51 hingga 3.50 adalah sederhana manakala skor min 3.51 hingga
4.00 adalah pada tahap yang tinggi.

Analisis korelasi digunakan untuk menghuraikan kekuatan dan arah hubungan linear di antara dua
pembolehubah (pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar). Pada umumnya, nilai hubungan
di antara pengetahuan tentang Kahoot ini dinyatakan dengan bilangan.besar dan kecilnya bilangan ini
dinyatakan sebagai koefisien korelasi. Kekuatan hubungan ini diukur dari 0 hingga 1.00. Arah atau hala
pula menunjukkan sama ada hubungan tersebut berbentuk positif (0.00 hingga +1.00) atau negatif (0.00
hingga -1.00). Dalam kajian ini, analisis korelasi Pearson juga digunakan bagi menentukan sama ada
terdapat hubungan antara dua pemboleh ubah iaitu pengetahuan guru dengan kesediaan pelaksanaaan
Kahoot dalam talian. Hubungan antara dua pemboleh ubah ini diuji dengan mengambilkira kekuatan
hubungan berpandukan kepada skala kekuatan hubungan oleh Cohen, Manion dan Marrison (2011).

Jadual 2: Skala Kekuatan Hubungan Korelasi

Saiz Pekali Korelasi Kekuatan Korelas

±.81 hingga 1.00 Sangat Kuat
±.51 hingga .80 Kuat
±.31 hingga .50
Sederhana

138

±.21 hingga .30 Lemah
±.01 hingga .20 Sangat lemah
Tiada korelasi
. 00

Secara keseluruhannya, perbincangan dapatan kajian ini adalah berdasarkan objektif dan soalan kajian
yang ditetapkan. Paparan data merupakan hasil proses data mentah daripada maklum balas responden
terhadap instrumen soal selidik, manakala interpretasi data pula melibatkan proses memberi makna dan
kesignifikanan kepada analisis.

Analisis Profil Responden

Taburan sampel kajian terdiri daripada 110 orang guru baharu yang mengajar di sekolah rendah di zon
utara. Analisis latar belakang responden melibatkan demografi seperti jantina, kehadiran dalam
bengkel/kursus, kekerapan menggunakan aplikasi Kahoot dan jangkamasa menggunakan aplikasi
Kahoot. Profil demografi responden dipaparkan di Jadual 3.

Jadual 3: Profil Demografi Responden

Faktor Bilangan Faktor Frekuensi Peratus
Demografi 110
Jantina Lelaki 34 30.9
perempuan 76 69.1
54 49.1
Pengalaman 110 0-1 tahun 56 50.9
2-3tahun 36 32.7
74 67.3
hadir 110 Ya 107 2.7
bengkel/kursus tidak 3 97.3

Tempoh 110 < 2 jam
pelaksanaan >4 jam
Kahoot

Responden kajian adalah terdiri daripada 34 orang guru lelaki dengan peratusan (30.9%) dan 76 orang
(69.1%) guru perempuan. Dari aspek pengalaman mengajar, 54 orang (49.1%) guru mengajar telah
mengajar selama 0 hingga 1 tahun dan 56 orang (50.9%) mengajar 2 hingga 3 tahun. Manakala
kehadiran bengkel/kursus adalah 74 (67.30%) tidak pernah hadir kursus/bengkel tentang aplikasi
Kahoot manakala 36 orang (32.70%) tidak pernah hadir sebarang kursus/bengkel pelaksanaan aplikasi
Kahoot. Seterusnya 107 orang (97.3%) guru baharu hanya menggunakan aplikasi Kahoot kurang dari
2 jam manakala hanya 3 orang guru atau 2.7% sahaja yang menggunakan Kahoot lebih dari 4 jam.
Rumusan daripada data demografi yang diperoleh mendapati guru-guru baharu yang terlibat dalam
kajian ini kurang mempunyai pengetahuan tentang apliaksi Kahoot dan jumlah guru yang menggunakan
aplikasi Kahoot lebih dari 2 jam adalah sangat tinggi berbanding dengan jumlah guru yang
menggunakan aplikasi Kahoot melebihi 4 jam.

139

Tahap pengetahuan Aplikasi Kahoot
Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama mengenai pengetahuan Kahoot dalam kalangan guru
baharu sekolah rendah di zon utara. Analisis skor min dan sisihan piawai telah dijalankan. Jadual 4
menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru baharu sekolah rendah tentang Kahoot yang mengandungi
sepuluh item.

Jadual 4: Tahap Pengetahuan Aplikasi Kahoot Sisihan Tahap
Item Min piawai
sederhana
Berpengetahuan tentang Kahoot 2.60 0.91 sederhana
2.70 0.87 sederhana
Kahoot menjadikan pengajaran lebih kreatif 2.92 0.71 sederhana
2.73 0.96 sederhana
Menimba pengetahuan tentang Kahoot dari 2.85 0.80 sederhana
internet 2.98 1.02
Tahu tentang kepentingan Kahoot dalam 2.02 1.10 rendah
aktiviti PdP yang menyeronokkan 3.52 0.57 sederhana
Tahu cara menyediakan bahan pdp yang sesuai 2.90 0.73 sederhana
dengan Kahoot 3.21 0.51 sederhana
Tahu aplikasi Kahoot dalam PdP memakan 2.84 0.82 Sederhana
masa dan tidak efektif
Tahu tentang Kahoot selepas menghadiri
bengkel/kursus anjuran JPN/PPD/sekolah
Mengetahui kepentingan Kahoot untuk
membuat pentaksiran murid
Tahu menggunakan Kahoot samada secara
dalam talian dan bahan cetak
Berpengetahuan Kahoot adalah gabungjalin
elemen visual dan muzik dalam PdP
Skor keseluruhan

Hasil dapatan kajian tentang pengetahuan tentang aplikasi Kahoot guru baharu berada pada min 3.52
bagi pengetahuan kepentingan Kahoot tentang pentaksiran, min 3.21 bagi tentang Kahoot merangkumi
animasi, gambar dan media interaktif, min tahu aplikasi Kahoot dalam PdP memakan masa dan tidak
efektif 2.98, min 2.92 bagi pengetahuan tentang menimba pengetahuan tentang aplikasi Kahoot dari
internet, min 2.90 bagi pengetahuan menggunakan Kahoot samada secara talian dan bahan cetak, min
2.85 bagi pengetahuan cara menyediakan bahan PdP yang sesuai dengan aplikasi Kahoot, dan min 2.73
tahu tentang kepentingan Kahoot dalam aktiviti PdP menyeronokkan, bagi pengetahuan tentang
Kahoot menjadikan pengajaran dengan lebih kreatif dengan min 2.70. Min yang paling terendah ialah
2.02 iaitu tahu tentang Kahoot selepas menghadiri kursus/bengkel anjuran JPN/PPD/sekolah. Daripada
hasil analisis kajian, didapati min keseluruhan bagi pengetahuan guru-guru baharu sekolah rendah
semasa perintah kawalan bergerak (min =2.84, SP=0.82) iaitu tahap sederhana. Ini menunjukkan
bahawa guru-guru baharu hanya mempunyai tahap pengetahuan sederhana tentang aplikasi Kahoot.

140

Jadual 5 : Tahap Kesediaan Pelaksanaan Kahoot Min Sisihan piawai Tahap
2.02 1.06 rendah
Item 2.52 0.75 sederhana
2.34 0.89 rendah
Saya membuat persediaan awal dengan mencari 2.30 1.06 rendah
maklumat tambahan tentang Kahoot 2.58 1.09 sederhana
Saya berusaha menyediakan bahan Kahoot untuk 1.84 0.98 rendah
menarik minat murid
Saya membuat pembelajaran kendiri untuk 2.50 1.05 rendah
menyediakan PdP interaktif 2.30 0.91 rendah
Saya yakin mewujudkan elemen persaingan sihat 3.40 0.53 tinggi
semasa PdP dalam talian
Mampu membuat persediaan aktiviti yang 2.36 0.82 rendah
bersesuaian dengan pelbagai aras kecerdasan murid 2.40 0.91 rendah
Membuat persediaan dengan menggunakan pelbagai
sumber dengan menggunakan pelbagai elemen
Kahoot
Bersedia dengan aktiviti pembelajaran interaktif
dengan elemen muzik
Saya lebih suka mengajar secara syarahan semasa
Pdp dalam talian
Menyediakan pelbagai jenis soalan untuk
mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan
Kahoot
Yakin Kahoot membantu untuk mengetahui tahap
penguasaan pembelajaran
Skor keseluruhan

Guru-guru baharu bersedia melaksanakan aplikasi Kahoot dengan menyediakan pelbagai jenis soalan
pada tahap min tinggi iaitu 3.40 berbanding dengan min item lain. Manakala kesediaan melaksanakan
aplikasi Kahoot secara teliti (min 2.58) dan berusaha menyediakan bahan aplikasi Kahoot untuk
menarik minat (min 2.52) adalah pada tahap sederhana, bersedia dengan aktiviti pembelajaran interaktif
dengan elemen muzik iaitu min 2.50 manakala item 3 iaitu mewujudkan elemen persaingan sihat
semasa PdP dalam talian dan item 8 memaparkan yang sama iaitu min 2.30 bagi lebih suka mengajar
secara syarahan semasa PdP dalam talian dan min 2.36 bagi yakin penggunaan boleh diintegrasikan
dalam PdP dalam talian adalah rendah dan min 2.34 bagi membuat pembelajaran kendiri dengan
menggunakan pelbagai bahan untuk menyediakan aktiviti PdP. Manakala item pertama iaitu
mengetahui mencari maklumat tambahan tentang aplikasi Kahoot mencatatkan min 2.02 sementara item
membuat persediaan dengan menggunakan pelbagai sumber dengan menggunakan pelbagai elemen
aplikasi Kahoot mencatatkan skor min 1.84 yang paling rendah berbanding dengan skor min item lain.

Hubungan pengetahuan dengan kesediaan pelaksanaan Kahoot It

Kekuatan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut dipaparkan melalui data yang dianalisis
dengan menggunakan ujian korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara tahap pengetahuan dengan
tahap kesediaan pelaksanaan Kahoot dalam kalangan guru-guru baharu di zon utara. Model korelasi
Pearson perlu digunakan bagi data-data daripada skala interval yang berdistribusi secara normal
melalui person product-moment correlation yang disimbolkan oleh nilai ‘r’ mempunyai nilai -1 hingga
+1 (Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin, 2018).

141

Jadual 6: Korelasi antara pengetahuan dengan kesediaan pelaksanaan

Pengetahuan Tahap kesediaan
r

.383 .000

sig. pada <0.005

Dapatan kajian (Jadual 6) menunjukkan pembolehubah pengetahuan mempunyai hubungan yang
signifikan (r = .383, p=0.000) dengan tahap kesediaan pelaksanaan. Koefisien korelasi tersebut
menunjukkan hubungan yang sederhana (moderate) berpandukan kepada skala kekuatan hubungan
oleh Cohen, Manion dan Marrison (2011). Ini bermaksud tahap pengetahuan aplikasi Kahoot
mempengaruhi kesediaan pelaksanaan aplikasi Kahoot di kalangan guru-guru baharu sekolah rendah.
Semakin tinggi tahap pengetahuan aplikasi Kahoot maka semakin tinggi jugalah kesediaan pelaksanaan
aplikasi Kahoot di sekolah rendah.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan aplikasi Kahoot merupakan salah satu aplikasi
yang digunakan dalam PAK21 dan memerlukan penambahbaikan dan pemantapan pengetahuan untuk
dilaksanakan di sekolah dalam kalangan guru-guru baharu khususnya. Ini kerana tahap pengetahuan
dalam kalangan guru-guru baharu zon utara adalah pada tahap sederhana. Ini adalah berdasarkan
maklumbalas dari soal selidik 110 responden yang terlibat dalam kajian ini. Skor min keseluruhan min
tahap pengetahuan responden kajian ialah (M=2.84, SP = 0.82). Hasil dapatan kajian ini tidak selaras
dengan dapatan kajian (Jaganathan, 2014). Ini adalah kerana beliau berpendapat guru boleh menimba
pengetahuan tentang soalan kuiz dalam talian dengan menggunakan aplikasi Kahoot ini dengan mudah
dan mampu membina soalan, mewujudkan suasana pembelajaran PdP lebih meriah serta menarik yang
amat perlu dilaksanakan semasa PKP. Ini adalah kerana aplikasi Kahoot merupakan salah satu medium
pembelajaran interaktif dan terkini yang mampu melibatkan murid secara aktif dan isi kandungan
permainan adalah berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang diajar (Matthews J, Matthews M &
Alcena F, 2015). Selain itu, semasa pelaksanaan PKP guru-guru berpeluang untuk meningkatkan
pengetahuan mereka tentang aplikasi Kahoot dengan menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar
dengan lebih mudah dari rumah. Guru-guru baharu seharusnya tidak hanya berfokus kepada elemen
kepantasan masa yang digunakan dalam aplikasi Kahoot serta beranggapan ianya tidak bersesuaian bagi
pembelajaran yang kompleks dan sukar kerana menggunakan masa yang lama untuk menyelesaikan
sesuatu soalan. Dalam kajian ini terdapat bukti bahawa tahap pengetahuan guru-guru baharu adalah
sederhana terutamanya dari segi kurang berkemampuan untuk menimba pengetahuan, kurang inovasi,
memahami kepentingan aplikasi Kahoot mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan.

Hasil dapatan kajian tahap amalan dalam kalangan guru-guru sejarah juga menunjukkan tahap
sederhana iaitu (M=2.40, SD= 0.91). Hasil dapatan kajian ini bercanggah dengan dapatan kajian Plum
dan LaRosa (2017) iaitu kesediaan pelaksanaan aplikasi Kahoot yang rapi membolehkan murid terlibat
dalam pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan, mudah, interaktif dan membantu mereka
memahami topik yang dipelajari dengan lebih baik. Aplikasi Kahoot dengan perancangan yang teliti
merupakan salah satu aktiviti yang terbaik semasa sesi pembelajaran dalam talian dan menjadikan
murid lebih bermotivasi menghadapi cabaran terutamanya pelbagai jenis aras soalan (Whitton, 2011).
Murid juga menjadi lebih bermotivasi dan bersedia menghabiskan lebih masa bagi pembelajaran jika

142

mereka merasakan proses pembelajaran tersebut adalah menarik dan menyeronokkan (Ismail &
Mohammad, 2017). Selain itu, semasa PKP murid mempunyai peluang akses Wifi yang lebih baik serta
mudah berbanding dengan di sekolah. Oleh itu, guru seharusnya menggunakan peluang ini untuk
menggunakan aplikasi Kahoot bagi menjadikan pembelajaran tidak membosankan lebih-lebih lagi
apabila aplikasi Kahoot dijalankan dipertengahan atau penghujung proses pembelajaran. Kebosanan
kerana tempoh masa yang lama terutamanya pembelajaran dalam talian dapat diatasi melalui aktiviti
Kahoot. Aktiviti yang menyeronokkan ini secara tidak langsung memberikan ruang kepada murid untuk
mengingati kembali apa yang telah dipelajari dan bertenaga semula untuk menyambung kembali sesi
pembelajaran seterusnya (Sherlock, Jade, Helen & Ben, 2017).

Dapatan kajian menunjukkan pembolehubah pengetahuan mempunyai hubungan yang positif dengan
tahap kesediaan pelaksanaan aplikasi Kahoot dalam talian. Ini menjelaskan bahawa pengetahuan
tentang aplikasi Kahoot mempunyai hubungan dengan tahap kesediaanya perlu diberi lebih penekanan
supaya dapat meningkatkan lagi tahap pelaksanaannya dalam kalangan guru-guru baharu zon utara.
Guru-guru baharu terutamanya semasa PKP perlu merangka dan merancang pembelajaran yang bersifat
intelektual, inovatif dan kreatif untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang bersifat memupuk
kemahiran teknologi digital dalam aktiviti PdP. Ini disokong dengan dapatan kajian Harlina Ishak,
Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad (2017) iaitu penggunaan aplikasi Kahoot akan mewujudkan
menjadikan persaingan sihat yang lebih sengit untuk berlawan antara satu sama lain bagi mendahului
dan menjawab soalan dengan pantas serta betul. Pengetahuan dan persediaan aplikasi Kahoot adalah
cara yang berkesan bagi melibatkan keseluruhan murid untuk aktif dalam pembelajaran dan bersaing
sesama sendiri. Pembelajaran interaktif dengan mengabungjalin elemen muzik dan paparan warna
dapat menarik minat dan menjadikan murid tidak sabar untuk memulakan permainan.

Penglibatan yang aktif ini secara tidak langsung dapat memotivasikan murid dalam sesi pembelajaran
(Ismail & Mohammad, 2017). Ini merupakan aspek yang perlu diambilkira dengan positif oleh guru-
guru baharu kerana pengetahuan yang tinggi akan membantu persediaan pelaksanaan aplikasi Kahoot
dalam kalangan guru baharu terutamanya semasa PKP. Oleh itu, guru-guru baharu seharusnya
mengambil inisiatif sendiri untuk menimba ilmu pengetahuan dan membuat persediaan rapi serta teratur
dengan melaksanakan aplikasi Kahoot semasa proses pembelajaran dalam talian. Menurut Nor Lian
Mohd Nordin,et al(2018) tentang aplikasi Kahoot mampu menjimatkan masa iaitu dari segi
penyediaan soalan dan penandaan jawapan murid. Selain itu, dengan menggunakan aplikasi ini juga
dapat menjimatkan penggunaan kertas dan dapat menerapkan aplikasi teknologi dalam pembelajaran.
Justru, semasa PKP penggunaan aplikasi Kahoot membantu meringankan beban tugas guru-guru
baharu.

Oleh itu, adalah dicadangkan supaya pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir sekolah seharusnya memberikan perhatian yang
aktif dalam memastikan guru-guru di sekolah diberi pendedahan sepenuhnya tentang apliksi interaktif
seperti apliaksi Kahoot. Pihak sekolah harus memberi sokongan dan galakan sepenuhnya kepada
aplikasi digital dengan memberikan sokongan dan galakan dalam bentuk perkongsian pengetahuan
dengan menggunakan alat kolaboratif dalam Profesional Learning Community (PLC) seperti Critical
Friend, Teacher Sharing Session, Peer Coaching dan sebagainya. Dengan adanya sokongan dan
galakan ini, para guru baharu akan mempunyai minat dan bersemangat untuk mengaplikasikan aplikasi
dalam PAK 21 bagi mewujudkan pengajaran dengan efektif.

Oleh itu, kajian akan datang perlu menggunakan faktor-faktor lain seperti amalan, keperluan
bengkel/kursus serta sokongan rakan sebaya yang boleh meningkatkan tahap pelaksanaan alar digital

143

dalam talian seperti Quizze semasa pengajaran dalam talian. Seterusnya, dalam kajian ini, pengkaji
hanya menggunakan instrumen soal selidik sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan supaya menggunakan
kaedah lain seperti kaedah pemerhatian, eksperimen atau temubual untuk mendapatkan maklumat yang
lebih lengkap. Selain itu, dalam kajian ini pengkaji menggunakan teknik purposive sampling, oleh itu
bagi kajian lanjutan adalah sesuai digunakan pemilihan responden secara rawak.

RUMUSAN

Aplikasi Kahoot dapat memberi banyak kelebihan kepada guru-guru baharu untuk menggunakan
teknologi terkini untuk diadaptasi dalam sesi pembelajaran dalam talian. Guru-guru baharu pada masa
kini berhadapan dengan cabaran untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada
murid generasi Z yang lebih cenderung ke arah pembelajaran interaktif berbanding pembelajaran
tradisional. Guru-guru baharu perlu lebih kreatif untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran dengan
menggunakan segala kelebihan teknologi yang ada untuk menarik minat murid terutamanya semasa
pelaksanaan PKP. Menurut Nurul Ain bt Azmi et al (2018) penggunaan aplikasi Kahoot dapat menarik
minat murid yang mampu memanfaatkan sepenuhnya deria penglihatan dan pendengaran yang
membolehkan murid lebih fokus semasa sesi pembelajaran. Penglibatan sepenuhnya murid, suasana
persaingan yang sihat, ketekunan menjawab soalan, suasana pengalaman pembelajaran yang
menyeronokkan, persediaan sebelum sesi Kahoot secara tidak langsung dapat meningkatkan minat,
tahap pemahaman, motivasi pembelajaran dan tahap penguasaan dalam pembelajaran. Amalan aplikasi
Kahoot semasa sesi pembelajaran dalam talian dapat memberi maklumbalas tahap penguasaan murid
dengan segera serta tindakan yang progresif dapat diambil segera untuk mengurangkan jurang antara
murid pada waktu tersebut. Oleh itu, penggunaan aplikasi Kahoot ialah alternatif yang sesuai digunakan
melalui kaedah pembelajaran berasaskan permainan yang mampu menarik minat murid serta
menyeronokkan dan pada masa yang sama berfokus kepada isi kandungan pelajaran supaya tidak
tersasar dari tujuan hasil pembelajaran utama. Namun begitu, harus diingat bahawa aplikasi Kahoot
hanya bertindak sebagai pelengkap, alternatif dan alat bantu mengajar kepada guru-guru baharu.

RUJUKAN

Cohen,L.,Manion, L.,& Marrison, K. (2011). Research methods in education (7th ed.). USA: Routledge
Taylor & Francis Group.

El-Nasr, M. S., & Smith, B. K. (2006). Learning Through Game Modding. Computer Entertainment,
4(1), Art. 3B, 1 – 20.

Faizatul Hafilah Abdul Halim & Nor Syahilia Aris. (2017). Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran
Teradun (Blended Learning). 53-62.

Giang F. (2013). Gamification and Learning: A Review Of Issues And Research. Journal of e Learning
and Knowledge Society. 1(1): 212-215.

Harlina Ishak, Z. M. (2017). Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran
Abad Ke-21.

Ismail MA-A, Mohammad JA-M.(2017). Kahoot: A Promising Tool For Formative Assessment In
Medical Education. Education in Medicine Journal. 9(2):19–26.

Jeanne Allen, Leonie Rowan & Pavlo Singh.(2020). Teaching and teacher education in the time of
COVID 19. Asia Pasific Journal of Teacher Education.Vol.48, Issue(3).

144

Krejcie, R. M. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and
Psychological Measurement.

Lee, J. F. K. 2019. “Enhancing Preservice Teachers’ Professional Competence through Experiential
Learning.” Journal of Education for Teaching 45 (3): 353–357.
doi:10.1080/09589236.2019.1599507.

Mayer, R.E. (1999). Multimedia: Learning Cambridge Cambridge University Press Interactive
Teaching and Learning. Cambridge University Press.

Papastergiou M. Digital Game-Based Learning In High School Computer Science Education: Impact
On Educational Effectiveness and Student Motivation. Computers & Education. 2009;
52(1):1–12.

Peachey, N. (2017). “Synchronous Online Teaching.” In Digital Language Learning and Teaching,
edited by M. Carrier, R. M. Damerow, and K. M. Bailey, 143–155. New York,
NY: Routledge.

Plump CM, LaRosa J.(2017). Using Kahoot! In The Classroom To Create Engagement And Active
Learning: A Game-Based Technology Solution For Elearning Novices. Management Teaching
Review. :1–8.

Premanand. E. M ( September, 2014). Gamification In The Classroom. International Journal Of
Innovative Research In Computer Science & Technology (IJIRCST), ISSN: 2347- 5552,
Volume-2, Issue-5.

Sherlock A. Licorisha, J. L. (2017). “Go Kahoot!” Enriching Classroom Motivation And Learning
Experience With Games. Proceedings of the 25th International Conference on Computers in
Education., 755-764.

Wang, A. I. (2015). The Wear Out Effect Of A Game-Based Student Response System. Computers &
Education, 82, 217-227.

145

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH: KEMAHIRAN
KEPEMIMPINAN, AUTONOMI DAN TANGGUNGJAWAB (KAT)

DALAM KALANGAN SISWA GURU SEMESTER 8
DI IPGK ZON UTARA

Rohani Che Hashim PhD, Abdul Rahim bin Othman
Hamiza binti Ismail & Farah Ziba binti Zainal Abidin

Corresponding author:
Dr. Rohani binti Che Hashim

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kemahiran Insaniah bagi domain
Kepimpinan, Tanggungjawab dan Autonomi (KAT) yang merupakan Dimensi KI yang ke empat dalam
Kemahiran Insaniah IPGM (2019). Pemilihan dimensi ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan
kemahiran kepemimpinan, autonomi dan tanggungjawab siswa pendidik sebelum keluar mengajar di
seluruh Malaysia. Kajian ini telah dilaksanakan di semua IPGK Zon Utara. Peserta kajian terdiri
daripada 228 orang siswa pendidik semester 8 merangkumi 14 bidang pengkhususan di IPGK Zon
Utara. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik
sebagai rujukan utama. Rubrik KAT dalam Buku Panduan Kemahiran Insaniah IPGM (2019) telah
digunakan sebagai instrumen untuk mengukur tahap penguasaan dimensi KAT dalam kajian ini.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 207 orang (91%) siswa guru menguasai dimensi KAT tahap
tinggi manakala 21 orang (9%) siswa guru menguasai dimensi KAT pada tahap sederhana. Dapatan
kajian menunjukkan tiada siswa pendidik semester 8 yang tidak menguasai kemahiran insaniah
Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab (KAT) sebelum mereka di tempatkan di sekolah. Purata
min skor bagi setiap dimensi Kemahiran Kepemimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab ada melebihi
min skor 4.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa siswa pendidik semester lapan menguasai
kemahiran KAT pada tahap tinggi bagi kesemua sub-dimensi yang telah diuji. Sehubungan dengan itu,
dapatlah disimpulkan bahawa IPG telah berjaya melahirkan bakal guru yang kompeten dan menguasai
kemahiran kepemimpinan, autonomi dan tanggungjawab di mana dimensi kemahiran insaniah KAT
adalah sangat penting dalam pembentukan jiwa guru pendidik masa depan sebagaimana yang telah
dihasratkan oleh IPGM khususnya.

Kata kunci: Kemahiran Insaniah, Kepemimpinan, Tanggungjawab, Autonomi, siswa pendidik

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT)
(Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, 2015) dirangka berasaskan wawasan dan aspirasi PPPM
(2013-2025) dan PSPTN dalam mendidik pelajar yang berbakat, berkemahiran dan berilmu yang
bersedia menghadapi cabaran abad ke-21. Lonjakan 1 PPPM (PT) bertujuan membentuk graduan yang
holistik, seimbang dan berciri keusahawanan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Bagi
melahirkan guru-guru yang kompeten, kita perlu mengenal pasti unsur atau elemen yang akan dapat
melahirkan bakal guru yang kompeten dan mempunyai kemahiran kepemimpinan yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, IPGM berusaha menghasilkan buku panduan KI yang lengkap dengan rubrik
pentaksiran Kemahiran Insaniah yang boleh menjadi panduan kepada semua pensyarah di IPGK bagi
memastikan enam atribut kemahiran insaniah IPGM (Kemahiran Kognitif, Kemahiran Interpersonal
dan Komunikasi, Kemahiran Digital dan Numerasi, Kemahiran Kepemimpinan, Autonomi dan
Tanggungjawab, Kemahiran Personal dan Keusahawanan, dan Kemahiran Etika, Nilai dan
Profesionalisme) di pupuk dalam jiwa bakal guru yang dilatih di IPGK. Buku Panduan KI IPGM (2019)
telah di tambahbaik dengan rubrik yang lengkap menggabungkan maklumat-maklumat dari dokumen-
dokumen utama seperti Kemahiran Insaniah IPGM (2016), Kerangka Kelayakan Malaysia edisi kedua,

146

elemen kompetensi pembelajaran global 6C bagi Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna,
kemahiran insaniah IPT, elemen-elemen futuristik, Rubrik PNGK Bersepadu iCGPA, elemen
kemenjadian pendidik guru dan pemikiran komputational yang menuju ke arah pencapaian matlamat
IPG untuk menjadi Institut Pendidikan Tinggi (IPT) utama yang berupaya meningkatkan standard
pendidikan di Malaysia melalui latihan dan pembangunan pendidikan guru di samping mencapai
matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

TINJAUAN LITERATUR

Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar, tetapi turut meliputi tugas lain seperti mengelola aktiviti
murid, mengurus organisasi, mengurus jawatankuasa dan bekerjasama dengan guru lain dalam
melaksanakan agenda-agenda pendidikan di sekolah (Subahan & Syed Ismail, 2015). Oleh yang
demikian, guru-guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran bukan sahaja kemahiran mengajar, tetapi
juga kemahiran mengurus, memimpin, berkomunikasi dengan berkesan dengan guru lain, mampu
menyelesaikan masalah, serta mempunyai etika kerja yang tinggi (Nur Nashuha, 2009). Semua elemen
ini merupakan elemen yang membawa kepada pembentukan atribut siswa guru dalam kemahiran
insaniah terutama sekali atribut KAT.

Guru yang kompeten mempunyai kemahiran kepemimpinan yang tinggi sebagai pemimpin guru
(teacher leader). Hasrat yang tinggi ini dinyatakan oleh Dr.Rusmini Ku Ahmad, Rektot IPGM dalam
Laporan Guru Futuristik Malaysia (2018) agar IPG dapat melatih guru-guru yang dapat menyediakan
murid yang berkeyakinan dan berkemahiran tinggi yang mampu berdaya saing di peringkat antara
bangsa. Semoga kelestarian kemakmuran dan perpaduan Malaysia bertambah teguh melalui pendidikan
(Rusmini,2018). Justeru itu, siswa guru yang keluar haruslah mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang
tinggi bagi menjayakan hasrat ini. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap
penguasaan kemahiran kepemimpinan, autonomi dan tanggungjawab (KAT) dalam kalangan siswa
pendidik yang akan berkhidmat dalam dunia sebenar pendidikan dalam masa yang terdekat.

Adakah pemimpin guru dilahirkan atau dipupuk untuk menjadi pemimpin? Kedua-duanya benar
namun begitu dalam konteks kajian ini kita menumpukan kepada kapasiti kepemimpinan yang boleh di
gilap dan digarap oleh IPGK untuk memastikan guru-guru yang kita latih memenuhi keperluan sekolah
dalam segenap bidang pendidikan. Kepemimpinan guru yang tinggi mampu memacu perubahan sekolah
dalam pelbagai bidang yang dikehendaki (Harrisson & Killion, 2007)

147

sumber: Laporan Guru Futuristik Malaysia, IPGM (2018)

Rajah 2 Model Peranan Guru Futuristik Malaysia

Kajian Guru Futuristik Malaysia oleh IPGM 2019 menunjukkan secara keseluruhannya, dapatan kajian
jelas menunjukkan pelajar-pelajar PISMP Semester 8 Ambilan Jun 2015 mempunyai tahap ciri-ciri
Guru Futuristik Malaysia yang tinggi. Kebanyakan pelajar-pelajar semester 8 Ambilan Jun 2015 di
semua kampus IPGK mempunyai elemen pemikiran futuristik yang amat penting bagi mereka
menjalankan tugas sebagai seorang guru di Malaysia. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa siswa guru
yang dilatih di IPGK mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi setelah dilatih oleh pensyarah-
pensyarah IPGK menggunakan kurikulum dan penerapan kemahiran insaniah IPGM. Model ini
menunjukkan bahawa ciri-ciri kepemimpinan harus dimiliki oleh semua siswa guru IPGK. Modul ini
yang menggariskan 3 Fasa Peranan Guru iaitu Fasa Penggerak, Fasa Pengukuhan/Mapan dan Fasa
Pelestarian. Kesemua fasa menyenaraikan ciri-ciri pemimpin guru seperti peneraju integriti,
pembimbing nurani, pembudaya pelbagai kemahiran berfikir, pencetus inovasi, penukil teknologi,
peneraju pembelajaran masa depan dan komunikasi berkesan. Dua fasa akhir pun menunjukkan bahawa
siswa guru perlu memenuhi setiap ciri kepemimpinan yang ada dalam GFM. Justeru itu, hasrat untuk

148

melahirkan teacher leader yang serba berkebolehan dan kompeten ini perlu dikenal pasti tahap
penguasaannya agar sesuatu dapat dilaksanakan untuk memastikan hasrat ini tercapai dengan jayanya.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran insaniah: kemahiran kepemimpinan,
autonomi dan tanggungjawab (KAT) siswa guru semester 8 Institut Pendidikan Guru Kampus di Zon
Utara.

METODOLOGI

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah siswa guru semester 8
Ambilan Jun 2016. Responden kajian terdiri daripada siswa guru semester 8 Ambilan Jun 2016 di semua
IPGK di Zon Utara. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan melalui soal selidik secara dalam
talian atau online yang disediakan oleh penyelidik. Lokasi bagi kajian ini adalah di lima buah IPGK
Zon Utara iaitu IPGK Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Pulau Pinang, IPG Kampus Ipoh,
IPG Kampus Perlis dan IPG Kampus Darul Aman.. Jumlah pelajar yang terlibat ialah seramai 228
orang.

Dalam kajian ini, soal selidik yang digunapakai terdiri daripada 17 item yang mana item-item ini
dibahagikan mengikut elemen-elemen dalam Kepemimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab (KAT).
Item ini dibahagikan seperti yang tercatat dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Elemen-elemen dalam Kemahiran Insaniah KAT

Elemen Kemahiran Insaniah Item
Kemahiran Kepemimpinan
Kemahiran Autonomi 1 hingga 10
Kemahiran Tanggungjawab 11
12 hingga 18

Dalam soal selidik secara dalam talian ini, responden diberikan skala 1 hingga 5 yang mana skala 1
sebagai Sangat Tidak Setuju, skala 2 sebagai Tidak Setuju, skala 3 sebagai Kurang Setuju, skala 4
sebagai Setuju manakala skala 5 sebagai Sangat Setuju. Skala ini juga lebih dikenali sebagai Skala
Likert yang menggunakan kontinum nombor bagi membuat suatu julat. Responden diminta untuk klik
hanya kepada satu pilihan skala bagi setiap satu item. Setelah selesai membuat klik jawapan kepada
semua item yang disediakan, responden akan membuat perakuan telah menjawab soal selidik yang
diberikan dengan jujur dan ikhlas. Hal ini sebagai suatu andaian penting dalam kajian ini untuk
membolehkan data yang diperoleh kelak merupakan data yang sahih dan atas dasar sukarela dan
tanggungjawab. Setelah itu, responden diminta klik pada butang submit dan sistem akan menerima
maklum balas ini.

Kaedah Pemilihan Sampel

Kaedah pemilihan sampel atau persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel yang diambil
dapat merangkumi populasi. Sampel terpilih untuk soal selidik haruslah mengikuti beberapa kriteria
dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Persampelan merupakan
elemen penting di dalam sesuatu kajian. Kesahan, kebolehpercayaan dan kualiti kajian datangnya dari
proses persampelan yang betul dan tepat.

149


Click to View FlipBook Version