K MPoI
Kedah Academic Master Plan of Intervention
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MU
01 TOPIKAL OBJEKTIF TINGKATAN 4
02 TOPIKAL OBJEKTIF TINGKATAN 5
03 TOPIKAL BAHAGIAN A TINGKATAN 4
04 TOPIKAL BAHAGIAN A TINGKATAN 5
05 SET SOALAN 7
06 SET SOALAN 8
07 SET SOALAN 9
08 SET SOALAN 10
09 SET KERTAS 1
10 SET 1 KERTAS 2
11 SET 2 KERTAS 2
12 SET KERTAS 1 (HALUS)
N
UKA SURAT
1
25
52
64
71
73
76
79
87
101
108
116
PANEL PENGUBAL
MODUL K@MPOI SPM- PERNIAGAAN
PN WAN NURULHUDA BINTI ABDUL HAMID
PENOLONG PENGARAH TVET JPN KEDAH
PN NORMA BINTI AWANG EN MOHD ARPISAH B AB WAHAB PN SUHAILA BINTI MOHD SAAD
PEGAWAI SISC+ TVET SMK SERDANG BARU SMK PARIT PANJANG
PPD KUALA MUDA/YAN
PN NOR AZAH BINTI MOHAMAD EN MUHD AIZAT BIN MD NASIR PN ANIM BINTI ALI
SMK DATO’ LELA PAHLAWAN SMA IRSYADIAH SMK SUNGAI LAYAR
01 TOP
TI
PIKAL OBJEKTIF
INGKATAN 4
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
BAB 1
TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN
1. Apakah tujuan perniagaan ?
A Melambangkan imej perniagaan
B Membolehkan tanggungjawab sosial dijalankan
C Menawarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan
D Menyahut cabaran kerajaan untuk menceburi bidang
perniagaan
2. Maklumat dibawah berkaitan dengan tujuan perniagaan.
Tujuan Perniagaan
Bermotifkan Untung x
Apakah X ?
A Menjalankan perniagaan secara jualan pada harga kos
B Melibatkan aktiviti pembayaran dan pertukaran wang
C Menawarkan barang dan perkhidmatan
D Mendapatkan barang dan perkhidmatan yang dikehendaki
oleh penjual
3. Mengapakah keuntungan penting kepada perniagaan?
I Untuk Mengukur tahap prestasi
II Untuk menentukan hala tuju sesebuah perniagaan
III Untuk meningkatkan penglibatan sektor awam.
IV Untuk mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
1
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
4. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan
untung untuk menjalankan perniagaan iaitu :
I Secara percuma
II Jualan pada harga atas kos
III Secara pemberian diskaun
IV Jualan pada harga kos
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5. Gambar di bawah merupakan bentuk perniagaan lain.
Apakah jenis bentuk perniagaan diatas?
A Francais
B Usahasama
C Perkongsian PLT
D Syarikat Awam Berhad
6. Rajah berikut berkaitan dengan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).
Apakah X? Rajah 1
A Liabiliti tidak terhad 2
B Liabiliti terhad
C Rakan kongsi berhad
D Rakan kongsi biasa
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
7. Rajah berikut berkaitan dengan sektor perniagaan.
Rajah 2
Manakah yang mewakili Y?
A Encik Ali bekerja di sebuah tapak pembinaan
B Encik Ramli bekerja sebagai seorang posmen
C Encik Jamil merupakan penternak ikan air tawar
D Encik Ahmad bekerja dalam bidang kejuruteraan
8 Pernyataan manakah menerangkan kelebihan perniagaan bersaiz sederhana?
A Kos overhead rendah
B Wujudnya pengkhususan
C Cepat menyelesaikan masalah pelanggan
D Kedudukan kewangan tidak perlu diumumkan
9 Maklumat berikut berkaitan skala perniagaan.
• Perlu memenuhi permintaan dari pelbagai daerah
• Melibatkan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
A Negeri
B Kebangsaan
C Tempatan
D Zon
3
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
10. Rajah berikut menunjukkan perkaitan perniagaan
Bentuk
Pemilikan
Klasifikasi PERNIAGAAN Skala
X
Apakah X?
A. Peniaga
B. Pelanggan
C. Keperluan dan kehendak
D. Penawaran barang dan perkhidmatan
11. Apakah kelebihan bentuk pemilikan Synergy Power Berhad berbanding Kuasa Teguh
Sendirian Berhad?
A. Saham boleh diurus niaga di Bursa Malaysia
B. Pemegang syer menanggung liabiliti terhad
C. Bilangan ahli maksimum adalah 50 orang
D. Dikenakan cukai yang rendah
12. Pernyataan manakah yang menerangkan persamaan antara perniagaan bersaiz kecil
dengan perniagaan bersaiz sederhana?
A. Pengkhususan kerja mudah dilakukan
B. Pekerja berpengalaman mudah diperoleh
C. Perniagaan menikmati ekonomi bidangan
D. Perubahan dalam strategi perniagaan mudah dilaksanakan
4
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
13. Rajah berikut merupakan kategori dalam sektor sekunder.
Sektor
Sekunder
Kejuruteraan X Pembekalan Pembinaan
Tenaga
Apakah aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan X
A. Pemprosesan isi ikan
B. Penternakan lembu tenusu
C. Perkhidmatan bas sekolah
D. Pembekalan barang runcit
14. Rajah berikut berkaitan dengan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia.
Selepas 1990-an Abad 21
Merdeka
Sektor Utama P Q
Apakah aktiviti berkaitan P dan Q?
P Q
A Pembinaan Pengilangan
B Pelancongan Pembinaan
C Pelancongan Pendidikan
D Pengilangan Pelancongan
5
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
15. Gambar di bawah berkaitan dengan satu bentuk perniagaan di Malaysia
Apakah bentuk perniagaan tersebut.
A. Francais
B. Usaha sama
C. Perkongsian
D. Milikan tunggal
BAB 2
TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
1. Maklumat berikut berkaitan dengan pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada
Syarikat Wawa Sdn. Bhd.
- Menyertai promosi kerajaan
- Dikecualikan pembayaran cukai selama 5 tahun
Apakah jenis pelepasan cukai tersebut ?
A Taraf perintis
B Potongan cukai
C Pengecualian cukai
D Elaun pelaburan semula
2. Pernyataan manakah menunjukkan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada
perniagaan.
A Mengawal kesihatan awam dan keselamatan
B Mendaftar perniagaan peniaga kecil
C Menguatkuasakan undang-undang
D Mewujudkan pusat latihan pekerja
6
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
3. Pernyataan berikut berkaitan sejenis pengangguran
Pak Dollah merupakan seorang penoreh getah. Berikutan hujan
yang berlarutan, beliau tidak dapat pergi menoreh getah.
Apakah jenis pengangguran tersebut?
A Pengangguran kitaran
B Pengangguran struktur
C Pengangguran bermusim
D Pengangguran sementara
4. Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal satu keadaan
ekonomi.
* Menaikkan kadar cukai
* Meningkatkan kadar faedah simpanan
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk
A Mengurangkan penawaran di pasaran
B Mengurangkan simpanan di bank
C Mengurangkan kuasa beli pengguna
D Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
5. Graf di bawah ini menunjukkan kitaran ekonomi.
Apakah yang berlaku semasa ekonomi berada pada Fasa II?
A Kos pengeluaran seunit meningkat
B Pengeluaran produk secara besar-besaran
C Meningkatkan kadar import negara
D Kadar pengangguran meningkat
6. Manakah yang merupakan kekurangan sumber manusia dalaman?
I Pekerja kurang bermotivasi
II Pekerja kekurangan idea baharu
III Pengetahuan pekerja yang tidak berubah
IV Prestasi pekerja sudah diketahui oleh majikan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
7
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
7. Rajah di bawah menunjukkan graf kitaran ekonomi.
Apakah yang akan berlaku pada X?
I Pendapatan kerajaan merosot
II Kadar pengangguran meningkat
III Pekerja dibayar upah yang tinggi
IV Pendapatan penduduk meningkat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8. Apakah peranan Bank Negara Malaysia?
A Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan
B Menawarkan pembiayaan kepada orang ramai
C Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
D Menerbitkan syer syarikat awam berhad
9. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?
A Menghadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu
B Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesatan ekonomi
C Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja
D Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa
10. Pernyataan manakah merupakan persekitaran luaran yang boleh menjayakan sesebuah
perniagaan?
A Struktur organisasi yang mantap dapat menyelaraskan aktiviti antara jabatan
B Pembekal bahan mentah memberikan kemudahan kredit jangka pendek
C Peluang kenaikan pangkat disediakan sebagai strategi untuk meningkatkan motivasi
pekerja
D Sumber kewangan syarikat mencukupi untuk membiayai kos pembangunan
11. Apakah itu inflasi?
A Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
C Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran secara berlebihan
D Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak
8
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
12. Gambar dibawah menunjukkan logo dua agensi kerajaan.
Antara yang berikut, manakah yang merupakan bidang kuasa agensi di atas?
I Menggubal undang-undang kecil berkaitan perniagaan
II Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan
III Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat
IV Menguatkuasakan semua undang-undang jalan raya di sesuatu kawasan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
13. Yang manakah peranan kerajaan negeri?
A Menyediakan kemudahan infranstruktur
B Menggubal sesuatu undang-undang berkaitan perniagaan
C Mewujudkan pusat-pusat perniagaan atau perdagangan seperti pasar atau gerai
D Memberi bantuan kepada usahawan baharu melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri (PKEN)
14. Rajah berikut menunjukkan trend persekitaran pertumbuhan ekonomi.
Apakah faktor dalaman yang wujud dalam gambar di atas?
A Wujud persaingan yang positif
B Pengurusan yang cekap dan sistematik
C Situasi politik dan perundangan yang stabil
D Keadaan ekonomi dalam keadaan berkembang pesat
9
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
15. Faktor luaran manakah yang merujuk kepada trend menurun
A Pekerja kurang bermotivasi
B Keadaan ekonomi semakin lembap
C Strategi pemasaran yang kurang berkesan
D Kos pengeluaran yang semakin meningkat
BAB 3
PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN
1. Rajah berikut berkaitan dengan organisasi perniagaan.
Apakah X?
A Merupakan penetapan perancangan melibatkan fokus perancangan jangka masa
panjang
B Merupakan suatu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai
matlamat
C Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus dan spesifik
D Merupakan pengukuran sasaran bagi membantu pencapaian tujuan organisasi
2. Mengapakah objektif sesebuah organisasi mesti selaras dengan visi dan misi?
A Pembentukan objektif dibuat setelah ditetapkan visi dan misi
B Objektif pendokong kepada pencapaian visi dan misi
C Pencapaian visi dan misi bergantung pada pencapaian objektif
D Objektif dijadikan sebagai penjelasan lanjut tentang visi dan misi
10
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
3. Antara berikut, manakah yang mewakili visi, misi dan objektif organisasi bermotifkan
untung (OBU) ?
I Memaksimumkan untung
II Menyediakan produk secara percuma
III Menyediakan perkhidmatan sukarela
IV Mementingkan kecekapan dalam pengeluaran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan I
4. Mengapakah penetapan visi penting untuk sesebuah organisasi?
I Membantu mencapai matlamat perniagaan jangkamasa panjang
II Mendorong semua pihak memahami dan bekerjasama dalam bentuk tindakan
III Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi dalam organisasi
IV Bagi meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka pendek
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5. Apakah tujuan penetapan misi perniagaan?
A Membantu organisasi mencapai matlamat jangka panjang melebihi lima tahun
B Memudahkan organisasi mengagihkan sumber kepada setiap jabatan secara
tepat dan digunakan dengan cekap dan berkesan
C Membantu semua pihak dalam organisasi memahami dan menterjemahkan visi
yang ditetapkan dalam bentuk tindakan
D Memudahkan organisasi mengenalpasti objektif yang dibentuk selari dengan visi
dan misi
11
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
6. Sebuah kilang pakaian bercadang meningkatkan pengeluaran sebanyak 40 000 helai pada
tahun ini, berbanding 20 000 pada tahun lepas. Apakah ciri objektif yang baik yang
digunakan oleh syarikat tersebut?
A Boleh diukur
B Boleh dicapai
C Realistik
D Spesifik
7. Antara berikut, yang manakah tujuan penetapan misi dalam sesebuah
organisasi?
I Menggambarkan matlamat yang ingin dicapai pada masa akan datang
II Menerangkan aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan
III Memudahkan pengurusan yang terlibat mengagihkan sumber kepada unit-
unit
IV Mendorong semua pihak untuk memahami dan bekerjasama dalam
tindakan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8. Berikut adalah pernyataan tentang sebuah syarikat telekomunikasi.
Sebuah syarikat telekomunikasi telah membuat pengambilan 5 orang
pekerja baharu yang mempunyai pengalaman yang luas dalam
bidang komputer.
Antara berikut, yang manakah mempengaruhi pihak pengurusan dalam membuat
perubahan penetapan visi, misi dan objektif perniagaan?
A Pekerja yang memiliki kemahiran yang tinggi
B Penawaran gaji yang kompetitif oleh pesaing
C Penggubalan undang-undang berkaitan pekerja
D Teknologi yang tinggi dalam pengurusan sumber manusia
12
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
9. Apakah faktor dalaman yang dianggap sebagai kekuatan yang boleh mempengaruhi
perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?
A Pertumbuhan ekonomi yang memberikan kesan positif kepada perniagaan
B Penggubalan undang-undang baharu yang melibatkan pengurangan kadar
cukai
C Perkembangan teknologi memudahkan penyelidikan dan pembangunan
produk
D Pengambilan pekerja baharu yang dapat meningkatkan kecekapan
Pengeluar
10. Pernyataan manakah yang benar tentang visi
A Penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa
panjang
B Sasaran yang boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi
C Pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat sesebuah
perniagaan
D Pembentukan matlamat yang lebih khusus
11. Mengapakah pembentukan objektif bergantung kepada pembentukan visi
dan misi organisasi?
A Penyataan visi dan misi dibuat oleh pihak atasan manakala penyataan
objektif dibuat oleh pekerja bawahan
B Penetapan objektif perlu selaras dengan pembentukan visi dan misi
organisasi perniagaan
C Objektif merupakan wawasan yang dimasukkan dalam komponen
pengurusan strategik
D Tujuan penetapan visi, misi dan objektif adalah berbeza
12. Padanan yang tepat berkaitan visi dan misi ialah
VISI MISI
A Perancangan jangka masa panjang Menjelaskan tujuan perniagaan
B Ketetapan dalam melakukan aktiviti Panduan untuk membuat keputusan
perniagaan Sasaran yang boleh diukur
C Memaksimumkan keuntungan Menjaga kebajikan ahli
D Pembentukan maklumat lebih
\
khusus
13
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
13. “Organiasasi perniagaan yang mengutamakan visi, misi dan objektif perniagaan
merupakan organisasi yang memahami maksud sebenar dan tujuan penetapan visi misi
dan objektif perniagaan.
Pernyataan di atas bermaksud
A Visi, misi dan objektif merupakan rancangan intervensi untuk meningkatkan jualan dan
keuntungan
B Visi misi dan objektif merupakan sasaran perniagaan dalam jangka masa
panjang
C Visi misi dan objektif merupakan perancangan yang digunakan untuk mencapai
sesuatu matlamat yang telah ditetapkan
D. Visi misi dan objektif merupakan kayu pengukur perniagaan
14. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif .
Perniagaan Perabot Mawar menyediakan jadual kerja untuk
menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
A Spesifik
B Munasabah
C Jangka masa
D Boleh diukur
15. Antara yang berikut, faktor dalaman manakah yang mempengaruhi perubahan
objektif perniagaan?
I Pekerja syarikat memerlukan latihan untuk meningkatkan kemahiran
II Syarikat berjaya memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi pengeluaran
III Keadaan ekonomi yang meleset telah memberi kesan kepada jualan syarikat
IV Kos operasi syarikat meningkat kerana undang-undang baharu diluluskan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
14
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
BAB 4
BAHAGIAN-BAHAGIAN FUNGSIAN UTAMA DALAM ORGANISASI PERNIAGAAN
1. Encik Fadhli merupakan seorang pekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat.
Apakah tugas beliau?
A. Meningkatkan tahap pengeluaran produk
B. Menyediakan penyata kewangan syarikat
C. Menguruskan fail dan dokumen perniagaan
D. Mengedarkan produk terus kepada pengguna
2. Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?
A. Memaksimumkan keuntungan
B. Mengurangkan bilangan pekerja
C. Meminimumkan kos pengeluaran
D. Mengetahui tugas masing-masing
3. Pernyataan berikut menunjukkan kelebihan dalam menggunakan teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah perniagaan
dapat meluaskan pasaran ke peringkat global
Apakah peranan bahagian fungsian tersebut?
A. Membuat promosi melalui radio dan surat khabar
B. Membina laman web untuk memperkenalkan barang
C. Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang
D. Mengambil lebih ramai pekerja untuk memasarkan barang
4. Maklumat berikut berkaitan Encik Ilyas.
Encik Ilyas seorang pemilik restoran menerima bahan mentah perniagaannya
daripada pemborong Ikmal setiap 3 hari. Beliau membuat bayaran dengan
menggunakan cek.
Encik Ilyas terlibat dalam interaksi dengan
A. Bank
B. Pembekal
C. Pelanggan
D. Agensi kerajaan
15
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
5. Apakah kepentingan yang diperoleh oleh peniaga yang berinteraksi dengan organisasi
luar?
I Menambah sumber perniagaan
II Mewujudkan jaringan perniagaan
III Mematuhi jadual pengeluaran yang ditetapkan
IV Menggunakan dokumen perniagaan dengan cekap
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
6. Rajah berikut menunjukkan proses pengeluaran di sebuah kilang roti.
Input Proses tambah nilai Output
X Roti
X merupakan sumber fizikal yang digunakan di kilang tersebut.
Apakah X ?
A Oven
B Pekerja
C Resepi roti
D Tepung gandum
7. Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.
• Menyediakan sebut harga
• Memberi khidmat teknikal kepada pengguna
Apakah bahagian fungsian tersebut?
A. Jualan
B. Kewangan
C. Pemasaran
D. Pengagihan
8. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bagi suatu bahagian fungsian.
Bahagian Fungsian Peranan
P Memastikan keselamatan sistem
Apakah P?
A. Pengagihan
B. Khidmat pelanggan
C. Pengurusan sumber manusia
D. Teknologi maklumat dan komunikasi
16
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
9. Apakah kelebihan e-dagang kepada peniaga?
A. Mengurangkan persaingan
B. Meluaskan liputan pasaran
C. Memudahkan jualan kredit
D. Mengurangkan risiko penyelewengan
10. Maklumat berikut berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat.
Apakah kelebihan yang diperoleh peniaga sekiranya menggunakan saluran tersebut?
I Pasaran yang meluas
II Komen positif terhadap produk
III Terdedah kepada penipuan bayaran
IV Menjimatkan kos promosi perniagaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
11. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian.
• Menyediakan faedah perubatan untuk staf dan ahli keluarga
• Mewujudkan sistem kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan
• Mengadakan program latihan pembangunan kerjaya
Apakah bahagian fungsian yang bertanggungjawab terhadap perkara – perkara tersebut?
A. Kewangan
B. Pemasaran
C. Sumber manusia
D. Khidmat pelanggan
12. Jawatan manakah yang terlibat dalam bahagian fungsian kewangan?
A. Pengurus belian
B. Penyelia jualan
C. Penyelaras ICT
D. Pegawai kredit
17
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
13. Gambar berikut berkaitan dengan aliran kerja satu bahagian fungsian dalam aktiviti
perniagaan.
Apakah bahagian fungsian tersebut?
A. Jualan
B. Pemasaran
C. Pengurusan sumber manusia
D. Penyelidikan dan pembangunan
14. Encik Amran menghadapi masalah kemerosotan jualan akibat lambakan produk baharu
yang lebih berkualiti dan menarik di pasaran.
Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah tersebut?
A. Pemasaran
B. Pengeluaran
C. Khidmat pelanggan
D. Penyelidikan dan pembangunan
15. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian dalam aktiviti
perniagaan.
• Menentukan pemilihan pembekal
• Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang
Apakah bahagian fungsian yang terlibat?
A. Pengeluaran
B. Pemasaran
C. Pembelian
D. Pengagihan
16. Apakah aplikasi teknologi maklumat yang digunakan untuk membuat tempahan dan
pengesahan pembelian barangan?
A. e-dagang
B. e-banking
C. e-pemasaran
D. e-government
18
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
17. Bahagian fungsian manakah yang dapat membantu peniaga menjual produknya secara
atas talian?
A. Teknologi maklumat dan komunikasi
B. Pengurusan pelanggan
C. Pengagihan
D. Pemasaran
18. Rajah berikut berkaitan dengan peranan suatu bahagian fungsian.
Kawalan Kawalan Kawalan
Awalan SRemajaasha2 Selepas
Bahagian fungsian yang manakah terlibat?
A. Pembelian
B. Pemasaran
C. Pengagihan
D. Pengeluaran
19. Manakah antara yang berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian pengurusan
sumber manusia?
I. Memantau aktiviti setiap bahagian fungsian
II. Menyelesaikan pertikaian semasa proses perundingan
III. Membentuk polisi berkaitan pembangunan kerjaya pekerja
IV. Membantu menyelesaikan masalah penggunaan perisian baharu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
20. Gambar berikut berkaitan sebuah produk.
Apakah saluran agihan yang sesuai digunakan bagi produk tersebut?
A. Pengeluar → Pengguna
B. Pengeluar → Peruncit → Pengguna
C. Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna
D. Pengeluar → Pemborong → Peruncit → Pengguna
19
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
21. Rajah berkaitan dengan saluran agihan.
Pengeluar Pengguna
Produk manakah yang sesuai menggunakan saluran agihan tersebut?
A. Kosmetik
B. Ubat-ubatan
C. Alat elektrik
D. Kapal terbang
22. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian.
Mei Fong bekerja di syarikat pengeluaran pakaian. Dia menghubungi beberapa
pembekal untuk mendapatkan sebut harga kain bagi mengeluarkan pakaian unit
beruniform sekolah.
Mei Fong telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di bahagian fungsian
A. Pemasaran
B. Pembelian
C. Pentadbiran
D. Pengagihan
23. Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan tujuan bahagian fungsian?
I. Boleh melatih lebih ramai pekerja mahir
II. Dapat mengurangkan kos dan masalah dalam pengurusan
III. Mewujudkan pengkhususan dalam bidang tugas
IV. Memperoleh keuntungan yang lebih banyak
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
24. Susun tatacara pembelian bahan mentah dengan betul
I. Mencari pembekal yang sesuai
II. Membuat pesanan pembelian
III. Menilai pembekal-pembekal berdasarkan sebut harga yang dikemukakan
IV. Menerima sebut harga daripada syarikat-syarikat pembekal
A. I, II, IV, III
B. IV, I, III, II
C. I, IV, III, II
D. IV, III, I, II
20
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
25. Lengkapkan rajah berikut.
Peranan Pengurusan Kewangan
Merancang hal yang Y Mengawal
berkaitan dengan penggunaan sumber
organisasi kewangan
Apakah peranan Y?
A. Mengawal risiko syarikat
B. Membuat analisis perniagaan
C. Mengagihkan sumber kewangan
D. Menjana keuntungan dan meningkatkan produktiviti pengeluaran
26. Maklumat berikut berkaitan peranan suatu fungsian.
• Menyediakan dokumen dengan menggunakan perisian
• Menyediakan pelan atau program untuk staf
• Mengurus dan menyediakan dokumen syarikat
• Membeli alat tulis dan peralatan syarikat
Apakah bahagian fungsian tersebut?
A. Bahagian fungsian pembelian
B. Bahagian fungsian pentadbiran
C. Bahagian fungsian sumber manusia
D. Bahagian fungsian teknologi maklumat
27. Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam
sesebuah organisasi perniagaan?
A. Meningkatkan produktiviti organisasi
B. Memudahkan pengurusan inventori
C. Membuat perancangan kewangan
D. Memastikan keselamatan sistem ICT
28. Apakah kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan dalam
organisasi perniagaan?
A. Memasarkan produk yang berinovasi
B. Mempercepat proses pengeluaran produk
C. Membangunkan produk baharu dan berkualiti tinggi
D. Memastikan pengeluaran barang yang maksimum
21
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
29. Rajah berikut berkaitan peranan bahagian sesuatu fungsian
Perancangan sumber
manusia
XPerkhidmatan Latihan dan
pembangunan
pekerja dan
kebajikan
Skim intensif
produktiviti
Apakah bahagian fungsian X?
A. Bahagian pentadbiran
B. Bahagian pengeluaran
C. Bahagian sumber manusia
D. Bahagian khidmat pelanggan
30. Maklumat berikut berkaitan sesuatu peranan bahagian fungsian.
• Merancang dan menjalankan proses transformasi input
• Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Apakah bahagian fungsian tersebut?
A. Bahagian fungsian pembelian
B. Bahagian fungsian pemasaran
C. Bahagian fungsian pentadbiran
D. Bahagian fungsian pengeluaran
31. Mengapakah kawalan selepas pengeluaran perlu dilakukan oleh staf bahagian fungsian
pengeluaran?
A. Mengawal penggunaan sumber secara efektif
B. Memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik
C. Mengatasi setiap masalah yang timbul dalam pengeluaran dengan segera
D. Memastikan produk yang dihasilkan merikut standard yang betul
22
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
32. Lengkapkan rajah berikut.
Strategi Pemasaran
Y Campuran pemasaran
Apakah Y?
A. Lokasi
B. Harga
C. Promosi
D. Sasaran pemasaran
33. Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran dengan tepat?
A. Aktiviti menjual barang kepada pengguna akhir
B. Aktiviti mengagihkan barang daripada penjual kepada pengguna
C. Aktiviti memperkenalkan barang oleh penjual kepada pengguna
D. Aktiviti mencipta nilai barang dan menggalakan pertukaran
34. Maklumat berikut tentang ciri-ciri sesuatu barang atau perkhidmatan.
• Perlu tempahan
• Tidak tahan lama
Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai untuk memasarkan produk tersebut?
A. Pengeluar Pengguna
B. Pengeluar Peruncit Pengguna
C. Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna
D. Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna
35. Maklumat berikut merupakan antara tugas yang perlu dilakukan oleh Encik Azmi.
• Melengkapkan dokumen penghantaran
• Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
• Menyelesaikan masalah proses pengedaran
Di bahagian fungsian apakah Encik Azmi bertugas?
A. Bahagian fungsian jualan
B. Bahagian fungsian pengagihan
C. Bahagian fungsian pemasaran
D. Bahagian fungsian pentadbiran
36. Apakah kepentingan mewujudkan pasaran baharu?
A. Dapat membuat promosi
B. Dapat menguasai pasaran baharu
C. Dapat meningkatkan jumlah pekerja
D. Dapat menggunakan teknologi moden
23
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 4
37. Pernyataan berikut berkaitan dengan aktiviti dalam strategi meneroka pasaran baharu.
• Menjalankan promosi yang agresif di pasaran
yang menjadi tumpuan
• Melibatkan diri atau organisasi dalam rundingan
yang aktif melalui hubungan dua hala
Mengapakah aktiviti tersebut dilaksanakan?
A. Meneroka pasaran setempat
B. Meneroka pasaran tempatan
C. Meneroka pasaran domestik
D. Meneroka pasaran antarabangsa
38. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsian jualan?
I. Mengurus belian barang
II. Menghantar barang jualan
III. Mengambil tindakan pernyataan pelanggan
IV.Menyediakan sebut harga kepada pelanggan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
39. Apakah bahagian fungsian yang terlibat dalam pernyataan berikut?
“Pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan”
A. Kewangan
B. Sumber Manusia
C. Khidmat pelanggan
D. Belian
40. Mengapakah teknologi maklumat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan?
A. Dapat meluaskan pasaran
B. Dapat memproses barang dengan cepat
C. Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran
D. Dapat mengagihkan barang kepada pengguna
24
02 TOP
TI
PIKAL OBJEKTIF
INGKATAN 5
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
BAB 1
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Pernyataan manakah yang menerangkan maksud Pengurusan sumber manusia?
A. Usaha membina imej baik organisasi
B. Usaha untuk membangunkan tenaga kerja dalam organisasi
C. Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan
D. Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi.
2. Apakah kepentingan pengurusan sumber manusia?
A Meningkatkan kualiti pengeluaran
B Memudahkan komunikasi staff
C Menyediakan program latihan
D Memberikan maklum balas
3. Mengapakah pengurusan sumber manusia penting untuk sesebuah organisasi
perniagaan?
I. Dapat mengekalkan tahap motivasi pekerja
II. Dapat mengurangkan kadar pengangguran pekerja dalam negara
III.Dapat mengatasi persasingan yang dihadapi di pasaran
IV.Dapat memastikan tenaga pekerja sentiasa mencukupi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
4. Antara berikut, yang manakah merupakan penggajian?
I. Gaji Asas
II. Elaun
III. Faedah
IV Prestasi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
25
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
5. Apakah kepentingan Indeks Pencapaian Utama (KPI) kepada pekerja?
A Menjadi petunjuk kepada prestasi pencapaian kerja pekerja
B Menjadi panduan utama melaksanakan pencapaian kerja
C Menjadi piawaian kepada hasil kerja
D Menjadi rekod prestasi
6. Antara berikut, manakah merupakan faedah yang diberikan oleh majikan kepada
seseorang pekerja?
A Gaji asas
B Elaun
C Upah
D Kemudahan perubatan
7. Penyataan di bawah adalah mengenai Puan Khadijah
Puan Khadijah telah menggunakan kenderaan syarikat
bertujuan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah
tanpa mendapat kelulusan dan kebenaran pihak
pengurusan syarikat
Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Puan Khadijah?
A Rasuah
B Pecah amanah
C Salah guna aset syarikat
D Ingkar arahan tanpa sebab kukuh
8. Situasi di bawah menunjukkan pelbagai kemahiran kebolehkerjaan bagi seorang calon
pekerja.
Kepelbagaian ujian diperlukan untuk menilai personailiti
dan kebolehan calon daripada pelbagai aspek penting
yang memenuhi kehendak bakal majikan.
Berdasarkan kenyataan di atas, apakah kemahiran kebolehkerjaan yang digunakan
untuk memilih pekerja?
A Berpengalaman
B Kelayakan dan bersesuaian
C Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan
D Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan
26
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
9. Apakah jenis penggajian yang dibayar oleh majikan kepada para pekerjanya pada akhir
suatu tempoh tertentu berdasarkan prestasi syarikat?
A Elaun
B Bonus tunai
C Komisen
D Gaji pokok
10. Antara berikut, manakah butiran yang akan mengurangkan gaji bersih yang diterima oleh
pekerja?
A Bonus tunai
B Biasiswa pendidikan
C Pinjaman perumahan
D Elaun kerja lebih masa
11. Antara berikut, manakah potongan wajib dalam sistem penggajian pekerja?
I Caruman kepada KWSP
II Bayaran balik pinjaman perumahan
III Caruman kepada PERKESO
IV Bayaran skim insurans
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
12. Maklumat berikut berkaitan jenis faedah yang diberikan oleh Syarikat Seng Hong Sdn.
Bhd.
• Syarikat membayar premium untuk melindungi pekerja
daripada sebarang risiko.
• Faedah yang dibiayai oleh syarikat menerusi klinik
panel kepada pekerja tanpa perlu membayar.
Berdasarkan penyataan di atas, nyatakan jenis-jenis faedah yang diterima oleh pekerja.
A Kemudahan cuti
B Kemudahan perubatan
C Kemudahan insurans dan keselamatan
D Kemudahan perubatan dan insurans berkelompo
27
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
13. Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?
A Bilangan pelanggan bank adalah ramai
B Bank mempunyai cawangan di merata rata tempat
C Bank dapat meminimumkan kos operasi perniagaan
D Bank menyediakan pelbagai perkhidmatan kewanga
14. Antara berikut, yang manakah peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah
perniagaan?
I Prestasi pasukan
II Penyelesaian masalah
III Standard Prosedur Operasi
IV Pemantapan budaya professional
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
15. Mengapakah penting bagi sesebuah organisasi untuk sentiasa memantau prestasi
pekerja mereka?
A. Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi
B. Memastikan tahap motivasi pekerja berada di tahap yang tinggi
C. Membangun dan memastikan sumber manusia sentiasa berprestasi tinggi
D. Memastikan sumber manusia yang berkelayakan menyandang jawatan yang
Tinggi
BAB 2
PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI
1. Pilih pernyataan yang tepat tentang sumber fizikal perniagaan.
A Aset nyata sesebuah perniagaan
B Aset ketara sesebuah perniagaan
C Bangunan dan kemudahan perniagaan
D Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi perniagaan
28
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
2. Antara yang berikut, manakah yang merupakan jenis sumber teknologi?
I Lesen perisian
II Peralatan kilang
III Kemahiran dan pengalaman
IV Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
3. Bagaimanakah perniagaan melindungi sumber teknologi ?
A. Memohon kelulusan daripada SIRIM
B. Memohon lessen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C. Mendaftarkan paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MYIPO
D. Mendaftarkan paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans
4. Mengapakah sesebuah organisasi perniagaan perlu menguruskan stok secara
sistematik?
A Mengelak dari berlaku kerosakan bahan mentah sebelum diproses
B Mengawal kualiti produk berada dalam keadaan yang baik
C Membolehkan proses pengeluaran berjalan dengan lancar
D Memastikan produk sentiasa mencukupi
5. Apakah maksud harta intelek?
A Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada kemampuan intelektual seseorang
B Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada daya imaginasi seseorang
C Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada daya intelektual seseorang
D Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada ilham atau inspirasi seseorang
6. Apakah tujuan usahawan memohon hak cipta terpelihara?
A. Melindungi hasil ciptaan supaya tidak disalahgunakan
B. Mengelak dari disaman oleh pengguna
C. Menghasilkan sesuatu yang baharu
D. Mengurus sumber teknologi
29
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
7. Syarikat Penfilman Amsyar memohon hak cipta terpelihara bagi film yang ditayangkan.
Mengapakah syarikat tersebut berbuat demikian?
A. Mendapat kebenaran untuk memberi diskaun
B. Mendapat hak perundangan ke atas hasil karya mereka
C. Mendapat bantuan dari pihak kerajaan untuk karya tersebut
D. Mendapat kelulusan untuk buat promosi dan tayangan di luar negara
8. Perlindungan insurans terhadap sumber fizikal penting kepada usahawan kerana
A boleh melindungi nyawa pekerja
B boleh melindungi ahli keluarga semua pekerja
C boleh melindungi perniagaan daripada risiko kecurian
D boleh melindungi diri usahawan daripada penyakit berjangkit
9. Antara berikut, manakah merupakan ciri-ciri sumber fizikal?
I Boleh disentuh
II Boleh dilihat
III Tidak mempunyai susut nilai
IV Mudah ditunaikan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
10. Apakah kelebihan mengurus sumber fizikal?
A Meningkatkan nilai
B Mengurangkan kos penyelenggaraan
C Meningkatkan kos operasi perniagaan
D Mengurangkan keuntungan jangka Panjang
11. Penyelenggaraan berkala ke atas mesin membolehkan
A mesin ditukar baharu
B operasi kilang berjalan lancar
C operasi pengeluaran terus diberhentikan
D usahawan menjual mesin kepada syarikat lain
30
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
12. Rajah di bawah merupakan prosedur mengurus sumber teknologi.
Paten
R
Antara berikut, yang manakah merupakan prosedur yang betul bagi R?
A Hak Cipta Terpelihara
B Penyelenggaraan
C Keselamatan
D Insurans
13. Bagaimanakah sumber teknologi dilindungi?
A Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MyIPO
B Memohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C Memohon kelulusan daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Asas Tani
D Memohon kebenaran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
14. Antara yang berikut, yang manakah merupakan syarat yang perlu dipenuhi oleh sesuatu
karya supaya boleh dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987?
I. Usaha mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya bersifat asli
II. Karya itu direkod, ditulis atau dijadikan dalam bentuk cetakan atau elektronik
III. Penciptanya merupakan orang yang berpendidikan
IV.Karya terseburt dibuat di Malaysia dan pertama di Malaysia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
15. Antara yang berikut manakah diklafikasikan sebagai harta intelek?
I. Lagu
II. Kamera
III. Komputer
IV.Perisian Komputer
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
31
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
BAB 3
SUMBER PEMBIAYAAN
1. Rajah dibawah merupakan dua sumber pembiayaan.
Sumber Pembiayaan
Sumber Sumber
luaran X
Sumber pembiayaan X merupakan
A. Modal yang diperoleh daripada simpanan peribadi
B. Modal yang diperoleh daripada kemudahan overdraf
C. Modal yang diperoleh daripada agensi kerajaan
D. Modal permulaan yang diperoleh daripada bank
2. Antara yang berikut yang manakah sumber pembiayaan luaran ?
I Syer
II Rizab
III Simpanan peribadi
IV Overdraf
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3. Antara yang berikut manakah modal yang terlibat dalam sesebuah perniagaan
I Wang tunai
II Jentera
III sumber manusia
IV Teknologi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
32
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
4. Rizab dalam sesebuah perniagaan merujuk kepada
I Modal pinjaman bank
II Keuntungan daripada hasil pelaburan
III Pembiayaan semasa
IV Kemudahan kredit yang disedia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5. Gambar di bawah menunjukkan sebuah kenderaan yang terdapat dalam sesebuah
perniagaan.
Apakah sumber pembiayaan yang sesuai digunakan untuk memiliki kenderaan ini ?
A. Syer
B. Pemfaktoran
C. Simpanan peribadi
D. Sewa beli
6. Antara yang berikut, manakah kelebihan mendapatkan sumber pembiayaan daripada
agensi kerajaan ?
I Tempoh pinjaman boleh disesuaikan mengikut kemampuan
II Memerlukan penjamin
III Tidak mempunyai kadar faedah
IV Tidak dikenakan cagaran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
7. Gambar dibawah memaparkan sebuah agensi kerajaan.
Apakah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan ini ?
A. Memberi jaminan kredit
B. Memberi Latihan dan pinjaman
C. Mempromosikan produk Malaysia ke luar negara
D. Mempergiatkan inovasi produk keluaran Malaysia
33
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
8. Gambar dibawah menunjukkan sebuah institusi perniagaan
Apakah dana yang ditawarkan oleh institusi perniagaan ini
I Modal usahawan 1 Malaysia
II Kemudahan pembiayaan Modal Kerja-I
III Skim pembiayaan Kontrak Ekspres
IV Skim pembiayaan peningkatan perniagaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelemahan agensi kerajaan
berbanding agensi bank
I Persaingan yang sengit
II Memerlukan pinjamin
III Dikenakan kadar faedah yang tinggi
IV Jumlah pinjaman terhad
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
10. Kemudahan yang disediakan oleh bank atau institusi kewangan kepada usahawan
yang mempunyai akaun semasa ialah
A Sewa beli
B Draf bank
C Overdraf
D Kad kredit
34
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
11. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan dalam perniagaan.
Mengelakkan masalah hutang lapuk Tidak perlu
menghadapi masalah aset usang
Berdasarkan maklumat yang diberikan, apakah sumber pembiayaan perniagaan yang
terlibat?
A. Sewa beli
B. Pemfaktoran
C. Syer
D. Pajakan
12. Maklumat berikut berkaitan dengan Pn. Noni.
Encik Azman memerlukan modal tambahan sebanyak RM300 000 bagi
mengembangkan perniagaannya.Beliau bercadang membuat
permohonan dengan MARA sebagai keperluan modal tambahan.
Pada pendapat anda, mengapakah Pn. Noni mengambil keputusan tersebut?
A Kadar faedah atas pinjaman rendah
B Jumlah pinjaman tidak terhad
C Perlukan cagaran bernilai
D Tidak tertakluk kepada terma dan syarat
13. Maklumat berikut berkaitan dengan kelemahan sejenis pembiayaan.
Barang akan ditarik balik jika penyewa gagal menjelaskan
ansuran .
Apakah jenis pembiayaan tersebut?
A Sewa beli
B Pinjaman
C Gadaian
D Pajakan
14. Apakah jenis sumber pembiayaan yang membolehkan perniagaan mencagar
barang yang berharga untuk mendapat pinjaman?
A Sewa beli
B Pajakan
C Pemfaktoran
D Ar-Rahnu
35
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
15. Sumber pembiayaaan dalaman yang manakah merupakan sumber sebuah perniagaan
perkongsian?
A. Overdraft
B. Pemfaktoran
C. Modal daripada keuntungan
D. Geran penyelidikan dan pembangunan
BAB 4
PENYATA KEWANGAN
1. Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam penyata pendapatan?
I Aset semasa
II Overdraf
III Jualan
IV Untung kasar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
2. Apakah maksud kedudukan nisbah kecairan yang tinggi dalam sesebuah perniagaan?
A. Hubungan antara kos jualan dengan stok purata
B. Kecekapan pihak pengurusan dalam mengendalikan stok
C. Kecekapan perniagaan dalam menggunakan asset untuk menjana jualan
D. Mampu mendapatkan tunai untuk membayar hutang dalam tempoh yang singkat
36
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
3. Maklumat berikut berkaitan dengan Kunci Kira-Kira Syarikat Cahaya Sana Sini Sendirian
Berhad.
Modal awal RM
Untung bersih 150 000
Ambilan
Pinjaman bank 72 000
Pemiutang 570
50 000
17 800
Berapakah ekuiti pemilik?
A. RM 217 800
B. RM 221 430
C. RM 222 000
D. RM 289 230
4. Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.
Sewa diterima RM
Susut nilai mesin 1 200
Stok akhir
Untung kasar 800
Faedah dibayar 900
Komisen diterima 8 000
700
400
Barakah untung bersih perniagaan itu?
A. RM 9 000
B. RM 8 100
C. RM 7 200
D. RM 9 700
5. Apakah maksud penyata kewangan
A. Penyata kedudukan kewangan yang menunjukkan harta dan hutang perniagaan
B. Menunjukkan punca perolehan dan penggunaan tunai dalam satu tempoh masa
tertentu
C. Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
bagi suatu tempoh masa tertentu.
D. Satu akaun terdiri daripada akaun perniagaan dan akaun untung rugi
37
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
6. Maklumat di bawah berkaitan dengan penyata kewangan kepada salah satu pihak
berkepentingan.
Dapat mengetahui hala tuju perniagaan.
Mengetahui bakal pulangan yang akan diperoleh.
Siapakah pihak berkepentingan yang berkenaan?
A. Pembekal
B. Pembiaya
C. Pihak pengurusan
D. Pemegang saham
7. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan maklumat kewangan Syarikat ABC Bhd pada
akhir tahun 2020.
RM
Untung kasar 50, 000
Untung Bersih 30,000
Modal Awal 300,000
Modal Akhir 330,000
Kira peratusan pulangan atas modal Syarikat ABC Bhd.
A. 9.1%
B. 10%
C. 15.2%
D. 16.7%
8. Maklumat di bawah diambil daripada perniagaan Luncai Emas Sdn Bhd.
Aset semasa RM55 000
RM25 000
Liabiliti semasa RM30 000
Untung bersih
Hitungkan nisbah semasa?
A. 1.0 kali
B. 1.83 kali
C. 2.2 kali
D. 2.7 kali
38
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
9. Maklumat di bawah adalah perbandingan prestasi dalam dua tahun Perniagaan Nathan
Tahun 2017 2018
pusing ganti stok 2.5 kali 3.0 kali
Pernyataan manakah benar tentang justifikasi prestasi Perniagaan Nathan?
A. Perniagaan Nathan mengurus stok lebih baik pada tahun 2017 berbanding
tahun2018
B. Perniagaan Nathan mengurus stok dengan lebih cekap tahun 2018 berbanding tahun
2017
C. Tahun 2018 pengurusan stok telah diganti sebanyak 2.5 kali dalam setahun
berbanding tahun 2017
D. Tahun 2017 pengurusan stok telah diganti sebanyak 3.0 kali dalam setahun
berbanding tahun 2018
10. Antara berikut, item manakah merupakan penerimaan dalam Penyata Aliran Tunai?
A. Jualan tunai
B. Belian tunai
C. Ansuran sewa beli
D. Faedah pinjaman
39
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
11. Butiran berikut diambil daripada buku perniagaan Percetakan Canteeq.
Butiran RM
Modal pada 1 Januari 2020 60 000
Modal pada 31 Disember 2020 70 020
Untung kasar 15 620
Untung bersih 10 820
Berapakah patinas pulangan atas modal?
A 15.45%
B 18.03%
C 22.31% D 26.03%
12. Butiran manakah yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi?
I. Kos belian
II. Aset semasa
III. Ekuiti pemilik
IV. Jualan bersih
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
13. Butiran manakah yang terdapat dalam Penyata Aliran Tunai?
A. Jualan kredit
B. Hutang lapuk
C. Ambilan barang niaga oleh pemilik
D. Penerimaan daripada penghutang
40
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
14. Maklumat yang berikut diperoleh daripada Perniagaan Marsha pada 31 Disember
2020.
Modal RM32000
Aset Semasa RM10400
Liabiliti Semasa RM5500
Hitung nisbah semasa Perniagaan Marsha.
A. 0.15 : 1
B. 0.52 : 1
C. 1.89 : 1
D. 3.38 : 1
15. Apakah nisbah yang menunjukkan kemampuan perniagaan menjelaskan liabiliti jangka
pendek?
A. Nisbah Untung
B. Nisbah Semasa
C. Nisbah Kecekapan
D. Peratusan Untung Tokokan
BAB 5
PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN
1. Gambar di bawah menunjukkan beberapa bahan mentah yang digunakan dalam
perniagaan Restoran Nasi Ayam Ali.
Apakah kategori barang tersebut?
A Stok bergerak pantas
B Stok bergerak perlahan
C Stok segera
D Stok static
41
K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5
2. Berikut menunjukkan agensi yang memberi bantuan profesional kepada usahawan.
Perbadanan Pembangunan
Bandar (UDA)
Apakah bantuan profesional yang disediakan oleh agensi tersebut?
A Kewangan
B Pengurusan
C Pelaburan
D Khidmat nasihat dan rundingan
3. Mengapakah pemilihan lokasi yang startegik penting kepada sesebuah perniagaan ?
A. Memudahkan aktiviti promosi
B. Dapat meminimumkan kos jualan
C. Memudahkan usahawan mendapat pembiayaan
D. Dapat memaksimumkan jualan dan keuntungan
4. Manakah diantara berikut maksud stok bergerak perlahan yang tepat?
A. Barang-barang yang dijual secara hutang dan lambat menerima bayaran
B. Barang-barang yang mengambil masa yang lama untuk dijual
C. Barang-barang yang lambat diterima daripada pembekal
D. Barang-barang lama yang tidak dapat dijual
5. Apakah kelebihan usahawan kepada negara?
A. Mewujudkan sikap berdikari
B. Memperkenalkan produk keluar negara
C. Sumber pendapatan dalam memajukan keluarga
D. Memupuk minat keusahawanan dalam kalangan keluarga
6. Apakah peranan usahawan kepada masyarakat?
A. Meningkatkan nilai sumber
B. Mewujudkan kerjasama serantau
C. Menyediakan pelbagai jenis barang
D. Mempercepatkan proses pembangunan ekonomi
42