The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-11079613, 2023-01-09 01:46:32

K@MPoI PERNIAGAAN

K@MPoI PERNIAGAAN

K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5

7. Mengapakah kereta merupakan stok yang berisiko tinggi?
A. Mudah rosak
B. Boleh dijual dengan cepat
C. Perlukan khidmat selepas jualan
D. Ketinggalan zaman jika disimpan lama

8. Situasi manakah merupakan contoh pengeluaran bagi baucar pembayaran
A. Menerima gaji daripada majikan
B. Memperoleh bekalan daripada pembekal
C. Menerima stok untuk memenuhi pesanan
D. Memperoleh stok untuk kegunaan keluarga

9. Antara yang berikut, yang manakah bukan faktor penyumbang bagi memulakan
perniagaan ?
A. stok
B. Latihan
C. Persaingan
D. Lokasi yang sesuai

10. Antara yang berikut, kemahiran manakah yang dapat membangunkan karakter diri
seseorang usahawan?
I. Kemahiran berfikir
II.Kemahiran manipulatif
III. Kemahiran berkomunikas
IV. Kemahiran membuat keputusan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

43

K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5

11. Maklumat yang berikut berkaitan dengan faktor penyumbang untuk memulakan
perniagaan.
Kementerian Pembangunan Usahwan dan Koperasi Malaysia (MECD)
memberi bantuan khidmat nasihat dan rundingan kepada usahawan.
Apakah faktor berkenaan?
A. Modal
B. Pemasaran
C. Kemahiran
D. Bantuan professional

12. Antara yang berikut, manakah yang tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
1956?
I. Kedai Runcit Lee
II. Pasar Mini Harmoni
III. Syarikat Prima Berhad
IV. Syarikat Aloha Sendirian Berhad

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

13. Antara yang berikut, manakah yang merupakan kekuatan diri usahawan?
I Fleksibel membuat keputusan
II Perhubungan baik dengan pasangan
III Keupayaan membina jenama
IV Berani mengambil risiko

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

44

K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5

14. Manakah yang berkaitan dengan sasaran pasaran?
A Mengenal pasti cita rasa sekumpulan pengguna
B Menggunakan pengedaran yang betul dalam pasaran
C Mewujudkan komunikasi bagi memujuk pengguna
D Menguasai peratusan perniagaan dalam pasaran

15. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Chan.
Encik Rusli adalah seorang pengusaha kebun
sayur telah mencipta satu alat mudah untuk
menyemai biji benih dengan cepat dan mudah.

Apakah ciri keperibadian usahawan yang ada pada Encik Rusli?
A. Kreatif
B. Inovatif
C. Berpandangan jauh
D. Berani mengambil risiko

BAB 6
PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Akta berikut adalah berkaitan dengan penubuhan sebuah milikan perniagaan
perkongsian
A. Akta Syarikat 2016
B. Akta kontrak 1950
C. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
D. Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

2. Pernyataan manakah yang paling tepat menerangkan fungsi invois?
A. Menyatakan jumlah bayaran
B. Sebagai bukti bayaran telah dibuat
C. Menyatakan jumlah penerimaan
D. Merekod pembelian kredit

3. Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada jualan langsung ?
A. Interaksi peribadi antara penjual dan pembeli
B. Melakukan promosi melalui media massa
C. Memberikan potongan harga kepada pengguna
D. Memujuk pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan

45

K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5

4. Syukur dan Ali mahu menubuhkan syarikat persendirian. Mengapakah mereka perlu
membuat permohonan carian nama syarikat?
A. Mencari nama syarikat yang lebih bercirikan tempatan
B. Memastikan nama yang dipilih mudah diingati pengguna
C. Mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang sama
D. Mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang telah muflis

5. Apakah akta yang digubal untuk mengawal selia bagi pendaftaran perniagaan milikan
awam berhad dan sendirian berhad ?
A. Akta Syarikat 2016
B. Akta Hak Cipta 1997
C. Akta Perkongsian Liabiliti terhad
D. Akta Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2015

6. Antara yang berikut, manakah maklumat yang perlu dilengkapkan oleh usahawan yang
memohon pemerbadanan syarikat?
I. Alamat pejabat berdaftar
II. Jumlah modal diperlukan
III. Tempoh masa syarikat beroperasi
IV. Maklumat pemegang saham syarikat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Antara yang berikut, manakah yang membolehkan usahawan menamatkan perniagaan
mereka?
I. Bankrap
II. Perintah mahkamah
III. Berubah alamat utama perniagaan
IV. Pertukaran ahli lembaga pengarah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan I

46

K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5

8. Perniagaan yang manakah tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?
A Hong King Bank Berhad
B My Solution Enterprise
C Koperasi Warisan Jaya
D Penawar Sendirian Berhad

9. Apakah situasi penamatan perniagaan yang boleh didaftarkan di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia?
A Berpindah cawangan
B Kematian keluarga
C Perniagaan muflis
D Menukar pemilik

10. Antara yang berikut, yang manakah merupakan keberuntungan perniagaan?
I Meluaskan pasaran
II Meningkatkan jualan
III Menikmati keuntungan
IV Memantapkan imej perniagaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

47

K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5

11. Maklumat berikut menunjukkan satu dokumen perniagaan yang diperoleh daripada
Kedai Komputer Ayden.
Memo
Kedai Komputer Ayden
12, Jalan Perdana 11
Taman Bintang, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Kepada: Kerani Akaun
Daripada: Encik Ayden
Tarikh: 22 Mac 2022

Perkara: Pemilik telah mengeluarkan barang niaga
sebanyak RM150.00 untuk kegunaan peribadi.
Antara berikut yang manakah berkait dengan dokumen perniagaan di atas?
I Transaksi bank
II Rekod belanja
III Rekod ambilan
IV Pengurangan modal pemilik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Apakah tujuan usahawan membuat permohonan carian nama syarikat?
A Untuk mencari nama syarikat yang telah muflis
B Untuk mencari nama syarikat yang digemari pengguna
C Untuk mengelakkan daripada menggunakan akta syarikat yang sama
D Untuk mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang sama

48

K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5

13. Gambar di bawah berkaitan tentang kaedah promosi

Apakah campuran pemasaran yang berkaitan?
A Publisiti
B Pengiklanan
C Promosi jualan
D Jualan langsung

14. Antara yang berikut, faktor manakah yang perlu dipertimbangkan oleh
usahawan sebelum menetapkan harga?
I Sasaran pasaran
II Kos pengeluaran
III Permintaan pengguna
IV Penawaran pengguna

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

15. Antara perniagaan berikut, milikan perniagaan yang manakah tertakluk di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956?
A Syarikat Mega Berhad
B Perniagaan Cemerlang PLT
C Klik Niaga Gemilang Enterprise
D Syarikat Pendidikan Pintar Sdn Bhd

49

K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5

BAB 7
MERANCANG PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1. Bagaimanakah rancangan perniagaan yang baik dapat meyakinkan pihak bank?

I Menunjukkan lokasi perniagaan
II Menunjukkan jumlah simpanan perniagaan
III Menunjukkan sasaran keuntungan yang diperoleh
IV Menunjukkan keupayaan membayar ansuran pinjaman

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Mengapakah rancangan perniagaan perlu disediakan oleh usahawan sebelum
memulakan perniagaan?
A. memastikan usahawan berani mengambil risiko dalam dunia perniagaan.
B. memastikan usahawan merancang keperluan sumber perniagaan
C. memastikan usahawan membuat keputusan dengan betul.
D. memastikan usahawan dapat memperolehi keuntungan.

3. Manakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?
A. Dokumen bertulis yang menerangkan matlamat perniagaan
B. Dokumen bertulis yang menunjukkan urus niaga perniagaan yang berlaku
C. Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan secara terperinci
D. Dokumen bertulis yang menjelaskan jumlah hutang perniagaan

4. Pernyataan manakah yang merupakan kepentingan menyediakan rancangan
perniagaan?
A. Memberi gambaran tentang kedudukan semasa kewangan
B. Menilai operasi perniagaan yang sedang dijalankan
C. Menilai dengan teliti projek yang dirancang
D. Mengelakkan terjadinya risiko

50

K@MPoI (PERNIAGAAN) OBJEKTIF TOPIKAL TINGKATAN 5

5. Gambar di bawah menunjukkan dokumen bertulis sebuah perniagaan.

Apakah tujuan seseorang usahawan menyediakan dokumen diatas?
I. Untuk merancang sumber perniagaan
II. Untuk mencari lokasi perniagaan
III. Untuk mencari pelanggan
IV. Untuk mendapat modal pembiayaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat yang terdapat di rancangan
operasi?
I Sasaran jualan
II Carta aliran proses
III Carta organisasi
IV Spesifikasi tugas pengurusan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Maklumat di bawah ini menunjukkan persoalan yang boleh dijawab apabila menyediakan
rancangan perniagaan.
Siapakah sasaran pasaran untuk produk ?
Berapa ramaikah pesaing dalam pasaran?
Berapakah jumlah syer pasaran
Pada bahagian manakah maklumat di atas diperoleh dalam rancangan perniagaan?
A. Rancangan pemasaran
B. Rancangan kewangan
C. Rancangan pentadbiran
D. Rancangan operasi

51

03 TOPIKA
TIN

AL BAHAGIAN A
NGKATAN 4

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

BAB 1
TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

1. (a) Terangkan kelebihan Perkongsian Liabiliti Terhad. [4 markah]

(b) Gambar di bawah menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan.

Jelaskan hak anggota pemilikan perniagaan tersebut. [3 markah]
(c ) Rajah berikut menunjukkan skala perniagaan.

Huraikan X. [3 markah]

52

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

2. (a) Gambar dibawah menunjukkan logo sebuah organisasi perniagaan.

Organisasi A Organisasi B

Jelaskan perbezaan organisasi diatas. [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah Syarikat Palas Sdn.Bhd.

Encik Thaqif membuka sebuah kilang ketupat palas sejuk beku di Pekan Jitra, Kedah.
Beliau dibantu oleh 75 orang pekerja tetap bagi memudahkan penghasilan ketupat palas
untuk memenuhi permintaan pelanggan dan menikmati jualan tahunan RM 15 juta.
Permintaan ketupat palasnya mendapat sambutan hangat dari dalam dan luar negara.
Oleh itu Encik Thaqif bercadang untuk menambah modal tambahan dengan menerbitkan
syer.

Jelaskan perkaitan antara saiz syarikat dengan bentuk pemilikan perniagaan diatas.
[6 markah]

3. (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan perkembangan perniagaan.

Selepas merdeka X Abad ke-21

Jelaskan X. [3 markah]

(b) Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah perniagaan.

Syarikat Abu Bakar Oil Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk
Minyak Masak. Syarikat ini mempunyai seramai 100 orang pekerja tetap dan jumlah
jualan tahunan sebanyak RM20 juta setahun. Syarikat bercadang memperbesarkan
saiz perniagaan mereka dengan menjual saham kepada orang ramai untuk
mendapatkan modal tambahan.

(i) Terangkan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan tersebut. [4 markah]
(ii) Jelaskan klasifikasi Syarikat Abu Bakar Oil Sdn.Bhd. [4 markah]

53

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

4. (a) Gambar dibawah berkaitan dengan dua jenis pemilikan perniagaan.

Gambar A Gambar B

Jelaskan perbezaan pemilikan perniagaan tersebut. [6 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.

Encik Rais mempunyai sebuah perniagaan yang diberi nama Global
Enterprise. Baru-baru ini beliau telah menjemput rakannya iaitu Encik Sawal
untuk menjalankan perniagaan bersama-sama bagi memajukan lagi
perniagaan tersebut.

i. Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang baru? [1 markah]
ii. Jelaskan kelebihan bentuk milikan perniagaan di 4(b)(i). [3 markah]

BAB 2
TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

1. (a) Mengapakah sesebuah perniagaan ingin meluaskan syer pasaran mereka?
[ 3 markah ]

(b) Rajah berikut berkaitan dengan Trend persekitaran perniagaan.

Trend Persekitaran Perniagaan

Trend Trend X
Meningkat Mendatar

(i) Apakah X? [1 markah]

(ii) Jelaskan faktor dalaman dan faktor luaran yang menyebabkan berlakunya situasi X.
[6 markah]

54

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

2. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.

Encik Fadlan telah menceburi perniagaan pengeluaran minuman ringan dengan jenama
“Joy Juice “ setelah berhenti kerja dari sebuah Syarikat Automotif. Bagi
mengembangkan perniagaannya, Encik Fadlan merancang untuk meluaskan pasaran
ke Bandar Seri Begawan, Brunei. Namun beliau menghadapi masalah apabila
mengeksport barang kerana tidak dapat berjumpa dengan pengimport- pengimport dari
Negara Brunei.

(a) Jelaskan peranan agensi kerajaan yang terlibat dalam membantu perkembangan

aktiviti perniagaan tersebut. [6 markah]

(b) Jelaskan maksud inflasi dan langkah mengatasinya. [4 markah]

3. (a) Jelaskan kelebihan sumber manusia dalaman. [4 markah]

(b) Berikut adalah perbualan di antara Encik Hadari dengan Puan Zahirah pengurus
sebuah perniagaan.

Saya suka pekerja mengikut segala Saya pula, suka pekerja yang sama-
arahan saya tanpa ada sebarang sama memberi idea dalam membantu
bantahan. Segala keputusan saya mencapai matlamat perniagaan.
adalah muktamad

Bezakan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Hadari dan Puan Zahirah.
[4 markah]

(c) Nyatakan dua matlamat undang-undang perlindungan pengguna. [2 markah]

55

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

4. (a) Maklumat yang berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Melly

Puan Melly menjalankan perusahaan perabot berasaskan rotan sebagai menyahut
cabaran kerajaan melalui kempen Belilah Barang Buatan Malaysia. Oleh kerana
perniagaan ini masih baru ditubuhkan, beliau telah memohon bantuan kerajaan dari
aspek pelepasan cukai. Hasil keluaran perabotnya juga dieksport ke negara jiran
seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

Terangkan dua pelepasan cukai yang boleh diberikan oleh kerajaan kepada

Puan Melly. [4 Markah]

(b) Jelaskan peranan pihak berkuasa tempatan [6 markah]

BAB 3
PENETAPAN VISI MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

1. Maklumat berikut berkaitan dengan penyataan visi bagi sebuah bank.

Kami berhasrat untuk memberi semua warganegara Malaysia peluang untuk
menikmati kehidupan yang lebih baik dengan memungkinkan masa depan
kewangan yang lebih yang lebih baik melalui rangkaian yang meluas dan
perkhidmatan yang pelbagai.

(a) Apakah maksud pernyataan visi? [2 markah]
(b) Jelaskan empat ciri yang ada pada pernyataan visi di atas. [4 markah]
(c) Nyatakan empat kepentingan visi kepada sesebuah perniagaan [4 Markah]

56

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

2 Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah syarikat.

Tiara Tekstil Sdn Bhd menjalankan perniagaan tekstil sejak tahun 2019.
Memandangkan keadaan ekonomi tidak menentu, Pengarah Urusannya telah
mengambil alih sebuah syarikat makanan yang diberi nama Tiara Food Industries.
Baru- baru ini syarikat telah melancarkan produk baru iaitu kurma tangkai yang
diimpot dari Tunisia untuk jualan di bulan Ramadan. Selain itu untuk memenuhi
tanggungjawab sosial, Pengarah Urusannya mengalu-alukan syarikat korporat yang
berminat memberi sedekah sempena bulan Ramadan dengan menyediakan
kurma-kurma bertangkai dengan harga yang berpatutan.

(a) Berikan dua faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan visi, misi dan

objektif syarikat di atas. [2 Markah]

(b) Terangkan dua perancangan yang telah diambil oleh syarikat untuk meningkatkan

hasil jualan. [4 Markah]

(c ) Sekiranya anda ditugaskan sebagai pengurus pemasaran, apakah tindakan anda

untuk menambahkan lagi hasil jualan Tiara Tekstil Sdn Bhd. [4 Markah]

3 (a ) Bezakan Organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan

untung dari aspek Visi, Misi dan Objektif. [4 markah]

( b) Maklumat berikut berkaitan dengan objektif perniagaan sebuah syarikat pelancongan.

Syarikat Terat Inn Sdn Bhd menetapkan objektif perniagaan mereka untuk
“Meningkatkan hasil perkhidmatan sebanyak RM3 juta pada tahun 2025”.

Huraikan dua ciri objektif perniagaan tersebut. [4 markah]

57

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

BAB 4
BAHAGIAN FUNGSIAN UTAMA DALAM ORGANISASI PERNIAGAAN

1. (a) Gambar berikut menunjukkan satu bahagian fungsian

Terangkan peranan bahagian fungsian tersebut. [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan jenis saluran agihan.

Pengeluar Pengguna

Jelaskan jenis barang dan perkhidmatan yang menggunakan saluran agihan di atas.
[3 markah]

(c) Jelaskan kepentingan peniaga berinteraksi dengan pihak pembekal. [3 markah]

2. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan interaksi bahagian fungsian dengan
organisasi luar

Interaksi dengan organisasi luar bertujuan mewujudkan komunikasi antara
perniagaan dengan organisasi luar seperti pihak pembekal, pembiaya,
pelabur, agensi kerajaan dan pelanggan

Jelaskan kepentingan interaksi tersebut. [ 6 markah ]

(b) Gambar berikut berkaitan aktiviti dalam sebuah perniagaan pemprosesan makanan.

Jelaskan tujuan aktiviti tersebut dilaksanakan. [ 4 markah]
58

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

3. (a) Apakah tujuan bahagian fungsian pengeluaran dalam perniagaan? [2 markah]

(b) Jelaskan kepentingan pasaran baharu kepada usahawan. [2 markah]

(c) Gambar berikut berkaitan dengan beberapa alat teknologi maklumat yang digunakan
dalam aktiviti perniagaan.

Terangkan kaedah untuk mengaplikasi peralatan tersebut dalam aktiviti perniagaan.
[6 markah]

4. (a) Terangkan dua aspek penting yang digambarkan dalam carta organisasi.
[4 markah]

(b) Jelaskan peranan pengurusan kewangan dalam organisasi perniagaan.
[2 markah]

(c) Rajah dibawah berkaitan dengan prosedur proses pembelian barang.

Menerima tempahan Mencari Menerima sebut
belian daripada pengurus pembekal harga daripada
yang sesuai para pembekal
jualan

Y Membuat pesanan belian X

Jelaskan X dan Y. [4 markah]

59

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

5. (a) Jelaskan peranan bahagian fungsian jualan dalam sesebuah organisasi perniagaan.
[3 markah]

(b) Gambar dibawah menunjukkan produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Hi-Tech Motor
Berhad.

Terangkan proses kawalan yang dilaksanakan oleh pengurus di syarikat tersebut.
[4 markah]

(c) Gambar di bawah berkaitan aktiviti perniagaan.

Kenalpasti saluran agihan yang sesuai bagi aktiviti di atas. Kemukakan alasan.
[3 markah]

60

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

6. (a) Senaraikan langkah-langkah dalam pembangunan produk baharu. [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan Syarikat Mekar Frozen Food Sendirian Berhad.

Syarikat Mekar Frozen Food Sendirian Berhad adalah pengeluar produk
makanan berasaskan sejuk beku. Persaingan yang sengit dalam produk
makanan sejuk beku membuatkan Syarikat Mekar Frozen Food Sendirian
Berhad merancang untuk mencari dan membangunkan pasaran baharu.

(i) Jelaskan kepentingan pasaran baharu kepada Syarikat Mekar Frozen Food

Sendirian Berhad. [3 markah]

(ii) Bagaimanakah pembangunan pasaran baharu ini dilakukan? [3 markah]

7 (a) Jelaskan proses komersialisasi dalam langkah-langkah pembangunan

produk baharu [3 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan [3 markah]
kewangan.

• Menyediakan perancangan kewangan
• Mengagihkan sumber kewangan
•X

Jelaskan X.

(c) Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Nurul.

Puan Nurul, pemilik Ayu Trading ingin memasarkan
produk kesihatan yang dihasilkan secara atas talian
untuk memudahkan urusan perniagaan.

Jelaskan kaedah yang boleh digunakan agar pelanggan mudah untuk membuat

tempahan dengan cepat [4 markah]

61

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4

8. (a) Terangkan dua elemen dalam campuran pemasaran bagi sebuah kilang perabot.
[4 markah]

(b) Rajah dibawah menunjukkan carta organisasi satu bahagian fungsian Syarikat WS Berhad
yang menawarkan perkhidmatan hiasan dalaman.

Mahani Daud
Ketua Pegawai Eksekutif

Sumber Manusia

Alina bt Ali David Chan Mary Raman
Pengurus Pengurus Pengurus
perancangan Latihan dan Hubungan
Sumber Manusia Pembangunan Industri

Mengapakah bahagian fungsian tersebut penting kepada Syarikat WS Berhad?
[ 6 markah ]

9. (a) Dialog berikut adalah perbualan di antara Encik Azmi, pengurus pengeluaran dengan
Encik Malik, pengurus pembelian di syarikat pengeluaran sejuk beku.

Encik Azmi: Penyelia bahagian pengeluaran melaporkan kekurangan stok
bahan mentah sedangkan banyak tempahan perlu dipenuhi.

Encik Malik : Kalau begitu, hantarkan segera senarai keperluan kepada saya
untuk tindakan.

Bagaimanakah aplikasi teknologi maklumat dapat digunakan untuk mengatasi masalah

tersebut? [4 markah]

(b) Gambar 2 menunjukkan aktiviti yang berlaku dalam satu bahagian fungsian

X

(i) Apakah input X ? Gambar 2 [ 2 markah]
62

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 4 [ 4 markah
[4 markah]
(ii) Terangkan peranan bahagian fungsian tersebut
10. (a) Terangkan peranan fungsian Pengurusan Sumber Manusia

(b) Maklumat berikut berkaitan bahagian fungsian

Syarikat Hikmah Sdn Bhd pengeluar sos cili mendapatkan bekalan cili merah segar
daripada pekebun sayur di Baling Kedah. Mereka telah mengeluarkan
sebanyak 100000 botol sos cili pada tahun 2021.

Terangkan bahagian fungsian yang terlibat dalam kilang syarikat Hikmah Sdn. Bhd.
[6 markah]

63

04 TOPIKA
TIN

AL BAHAGIAN A
NGKATAN 5

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 5

BAB1
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. (a) Gambar berikut menunjukkan sebuah syarikat pengeluar kereta tempatan

Jelaskan peranan pengurusan sumber manusia syarikat tersebut di dalam

menjadikan syarikat tersebut sebuah perniagaan yang mampan. [4 markah]

(b) Gambar dibawah menunjukkan maklumat berkaitan satu iklan jawatan kosong

Gambar 2

Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dititikberatkan oleh Pengurus

Sumber Manusia dalam sesebuah perniagaan [4 markah]

(c) Nyatakan faktor-faktor penentu sistem penggajian? [4 markah]

(d) Jelaskan kesan negatif yang akan timbul akibat tindakan pihak pengurusan yang
sering mengamalkan sikap pilih kasih dalam proses pengambilan pekerja baharu.
[4 markah]

64

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 5

BAB 2
PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

1. (a) Mengapakah usahawan perlu menguruskan paten bagi ciptaan sesuatu produk?
[4 markah]

(b)Gambar di bawah merupakan sebuah mesin pengisar yang digunakan oleh Basy Cofee
Cafe

Jelaskan prosedur mengurus mesin yang boleh diambil oleh perniagaan tersebut?
[4 markah]

(c) Jelaskan tujuan mengurus sumber fizikal dalam sesebuah perniagaan. [4 markah]

(d) Jelaskan tujuan pengurusan stok yang baik dalam perniagaan [4 markah]

BAB 3
SUMBER PEMBIAYAAN

1 (a) Gambar dibawah menunjukkan aset yang digunakan dalam perniagaan penghantaran
barang bagi syarikat Laju Sdn. Bhd

Terangkan sumber pembiayaan yang sesuai digunakan untuk memiliki aset tersebut.
[4 Markah]

65

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 5

(b) Gambar dibawah memaparkan logo sebuah agensi perniagaan yang membantu bagi
membangunkan perniagaan.

Jelaskan peranan yang dimainkan oleh agensi tersebut dalam membantu perniagaan
[3Markah]

2. (a) Rajah berikut memaparkan sumber pembiayaan dalam sesebuah perniagaan.

Sumber Pembiayaan

Sumber Sumber
luaran X

(i) Apakah sumber pembiayaan X ? [1 Markah]

(ii) Berdasarkan jawapan anda di a(i), jelaskan kekuatan pembiayaan X kepada

sesebuah perniagaan. [3 Markah]

(b) Jelaskan kebaikan meminjam melalui agensi kerajaan. [3 Markah]

3. (a) Situasi berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Ahmad

Encik Ahmad bercadang untuk membeli mesin cetak untuk kegunaan
perniagaannya. Namun harga mesin cetak yang ingin dibelinya
terlalu mahal. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk
menggunakan kedah pembiayaan Y.

Terangkan jenis kaedah pembiayaan Y yang sesuai digunakan oleh Encik Ahmad.
[4 Markah]

(b) Situasi berikut berkaitan satu sumber pembiayaan luaran.

Puan Aisyah mempunyai masalah modal untuk menampung modal
perniagaannya. Beliau mempunyai dua utas rantai yang bernilai
tinggi.

Jelaskan jenis pembiayaan yang sesuai digunakan oleh Puan Aisyah ? [4 Markah]

66

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 5

BAB 4
PENYATA KEWANGAN

1. (a) Maklumat berikut diperolehi daripada Syarikat Aryan Sdn. Bhd

Butiran Jumlah RM
Stok akhir 11,000.00
Penghutang 5,000.00
Tunai 300.00
Sewa belum terima 800.00
Pemiutang 4,500.00
Overdraf bank 200.00

(i) Hitungkan nisbah semasa syarikat Aryan Sdn. Bhd [3 markah]
(ii) Berikan alasan anda bagi nisbah semasa di 1 (a)(i) [2 markah]
(b) Terangkan tiga jenis penyata kewangan [6 markah]

2. Jadual dibawah menunjukkan maklumat kewangan Syarikat Suria Sdn. Bhd

Butiran 2020 (RM) 2021 (RM)
Kos jualan 80000 60000
Aset semasa 75 000 50 000
Liabiliti semasa 30 000 25 000
Stok purata 18 000 15 000

(a) Hitungkan nisbah kecekapan bagi kedua-dua tahun tersebut. [6 markah]
(b) Tentukan tahun manakah Syarikat tersebut paling cekap. Beri alasan [2 markah]

3. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Penyata Aliran Tunai.

Butiran RM
Baki Awal 2 500
Jumlah penerimaan 11 300
Kurangan
80

(a) (i) Hitungkan jumlah pembayaran untuk penyata aliran tunai berkenaan. [3 markah]

(ii) Jelaskan maksud kurangan dalam penyata aliran tunai. [2 markah]
(b) Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelak kurangan tersebut. [2 markah]

67

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 5

BAB 5
PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN

1. (a) Antara kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya ialah mencapai objektif
perniagaan

Jelaskan kelebihan dari aspek objektif perniagaan. [4 markah]

(b) Gambar 1 dan gambar 2 memaparkan jenis stok yang digunakan dalam sesebuah
perniagaan.

Gambar 1 Gambar 2

Jelaskan perbezaan jenis stok bagi gambar 1 dan gambar 2. [4 markah]

2. (a) Faktor penyumbang bagi memulakan perniagaan berupaya menentukan kejayaan
seseorang usahawan yang baru menceburi dunia perniagaan.

Jelaskan faktor penyumbang memulakan perniagaan berikut:

(i) Modal perniagaan [2 markah]
(ii) Kemahiran usahawan [2 markah]

(b) Terangkan kekuatan diri yang perlu ada pada diri usahawan. [4 markah]

3. (a) Situasi berikut berkait dengan faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan.

Encik Syafiq sentiasa memilih lokasi yang sesuai untuk memulakan
perniagaannya.

Jelaskan lokasi yang sesuai dipilih oleh Encik Syafiq dalam memulakan perniagaan.

[4 markah]

(b) Seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri keperibadian yang unggul.

Jelaskan ciri-ciri keperibadian usahawan berikut:

(i) Berani mengambil risiko [2 markah]
(ii) Kreatif dan Inovatif [2 markah]

68

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 5

BAB 6
PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. (a) Maklumat berikut berkaitan akta yang perlu dipatuhi oleh usahawan bagi menjalankan
perniagaan.
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

Jelaskan jenis milikan yang menggunakan akta tersebut. [4 markah]

(b) Situasi berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan baju yang diusahakan oleh Alia.

Alia telah mendaftarkan perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat
Malaysia dan telah memperoleh Sijil Pendaftaran Perniagaan.

Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh Alia setelah memperoleh Sijil

Pendaftaran Perniagaan tersebut. [4 markah]

2. (a) Jelaskan prosedur yang perlu dipatuhi oleh perniagaan milikan tunggal. [4 markah]
(b) Situasi berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan Restoran Nasi Ayam Syafiq.

Syafiq sering menghubungi pembekal Ayam Gemilang bagi memperoleh
bahan mentah tersebut. Namun syafiq membeli ayam tersebut hutang.

Terangkan dokumen yang perlu diberikan oleh Pembekal Ayam Gemilang kepada

Syafiq. [3 markah]

3. (a) Gambar dibawah menunjukkan kaedah promosi yang dijalankan oleh perniagaan Roti
Azhar.

Jelaskan kaedah promosi yang dijalankan oleh perniagaan Roti Azhar. [3 markah]

(b) Terangkan akta yang dijalankan ke atas milikan tunggal. [3 markah]

69

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN A TOPIKAL TINGKATAN 5

BAB 7
MERANCANG PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1. Maklumat berikut berkaitan Encik Akashah seorang usahawan

Encik Akashah seorang usahawan muda berhasrat untuk mengembangkan
lagi perniagaannya. Beliau ingin mendapatkan tambahan modal daripada
Bank Bersatu Berhad. Pihak Bank meminta Encik Akashah menyediakan
Rancangan Perniagaan.

Terangkan pihak lain yang mempunyai kepentingan terhadap rancangan perniagaan

yang disediakan oleh Encik Akashah. [4 markah]

2. Jelaskan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan. [3 markah]

3. Mengapakah rancangan perniagaan penting kepada pihak bank ? [3 markah]

70

05 SE

ET SOALAN 7

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN B (FOKUS SOALAN 7)

1. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan

Rolly Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan mengeluarkan mee segera di Sungai
Petani, Kedah. Perniagaan ini menggaji tiga pengurus, empat orang kerani di bahagian
kewangan dan pentadbiran serta sepuluh orang pekerja untuk membantu di bahagian
operasi perniagaannya. Oleh kerana baharu ditubuhkan, perniagaan ini menghadapi
masalah kewangan. Ini menyebabkan perniagaan telah membayar gaji yang rendah
kepada pekerjanya. Pekerja bahagian operasi hanya dibayar sebanyak RM850 sebulan.
Terdapat juga beberapa aduan tentang pengurus yang bersikap tidak ambil peduli dalam
urusan kebajikan pekerja tetapi aduan tersebut tidak diambil tindakan oleh pihak
pengurusan atasan.

(a) Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan di atas. [4 markah]

(b) Jika anda adalah pengurus sumber manusia, cadangkan aspek pengelolaan sumber

manusia yang sepatutnya diamalkan oleh perniagaan ini. [5 markah]

(c) Huraikan faktor penyumbang yang membantu Rolly Sdn Bhd memulakan

perniagaannya. [6 markah]

71

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN B (FOKUS SOALAN 7)

2. Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan sebuah perniagaan.

Pada tahun 1970an, Encik Jefry telah mengusahakan perusahaan batu kapur di Kinta
Perak dengan pekerja tetap seramai 90 orang. Disebabkan kekurangan alatan jentera
memproses batu kapur, Pada tahun 1990, beliau telah menceburi diri dalam bidang
pembuatan kosmetik dengan pekerja seramai 180 orang. Salah satu bahan yang
digunakan dalam pembuatan kosmetiknya ialah bahan campuran kapur sebagai bahan
pemutih, berjenama JJ Krim. JJ Krim berjaya dijual sebanyak 200 000 ribu botol kerana
mendapat sambutan yang mengalakkan daripada dalam dan luar negara. Pada tahun
2020, perniagaan ini mampu menghasilkan sebanyak 800 000 ribu botol JJ krim sebulan
dengan 250 orang pekerja. Baru-baru ini terdapat aduan daripada pengguna tentang
kualiti produk kosmetiknya yang menyebabkan kulit pengguna menjadi kemerahan,
mengelupas dan ada yang mengalami alahan yang teruk.

(a) Jelaskan perkembangan perniagaan Encik Jefry pada tahun 1990. [3 markah]

(b) Bagaimanakah kerajaan dapat mengatasi isu keselamatan dan kesihatan

pengguna. [6 markah]

(c) Jelaskan kesan perubahan dari aspek guna tenaga dalam perkembangan

perniagaan Encik Jefry. [6 markah]

3. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Mariyya.

Puan Mariyya adalah seorang pengusaha kilang Aiskrim di Sungai Petani, Kedah yang
memasarkan keluarannya ke seluruh Malaysia. Beliau menggaji seramai 40 orang
pekerja tetap dan purata jualan tahunan aiskrim adalah sebanyak RM 400 000. Melihat
kepada sambutan yang amat menggalakkan Puan Mariyya telah meluaskan pasaran ais
krimnya ke Brunei dan Singapura. Beliau menggunakan promosi jualan dengan melantik
beberapa agen untuk menarik lebih ramai pelanggan. Aiskrim tersebut didatangkan
dalam pelbagai bentuk pembungkusan dan perisa seperti strawberry, Lemon, Manggis
dan Durian.

(a) (i) Jelaskan klasifikasi perniagaan Puan Mariyya mengikut saiz [3 markah]

(ii) Huraikan skala perniagaan Puan Mariyya [3 markah]

(b) Adakah anda bersetuju dengan keputusan Puan Mariyya menggunakan kaedah

promosi tersebut? Kemukakan alasan anda. [6 markah]

(c) Jelaskan keupayaan Puan Mariyya membina jenama ais krimnya? [3 markah]

72

06 SET

T SOALAN 8

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN B (FOKUS SOALAN 8)

1. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Amir, seorang usahawan.

Encik Amir merupakan seorang pengusaha jus minumam berasaskan buah-buahan
tempatan yang dibantu oleh dua orang pekerja. Dia menjual jus minuman tersebut di
kedainya secara runcit dan borong. Dalam usaha meningkatkan kecekapan dalam
pengurusan perniagaan serta kewangan, beliau menyertai kursus atau latihan yang
dianjurkan oleh pelbagai agensi sekitar tempat perniagaannya. Namun, kebelakangan
ini jus minumannya kurang mendapat sambutan disebabkan strategi produk yang
kurang berkesan. Oleh itu, dia terpaksa menjual pada harga yang murah dan
menyebabkan keuntungan yang diperoleh rendah sehingga tidak dapat menampung
kos operasi perniagaan.

(a) Jelaskan kelebihan Encik Amir sebagai usahawan kepada masyarakat. [3 markah]

(b) Mengapakah Encik Amir menanggap latihan sangat penting kepada diri dan

perniagaannya [5 markah]

(c) Terangkan strategi produk dan harga yang perlu dilakukan oleh Encik Amir untuk

meningkatkan jualannya. [7 markah]

73

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN B (FOKUS SOALAN 8)

2. Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan sebuah syarikat pengeluaran makanan
sejuk beku

Puan Ayu seorang pengusaha makanan sejuk beku yang terkenal di Negeri Kedah.
Perniagaan Ayu Frozen Food Sdn Bhd menjual pelbagai jenis makanan sejuk beku sejak
lebih 10 tahun yang lalu. Antara produknya seperti karipap, donut, samosa, popia, roti
canai, roti boom dan pelbagai lagi.

Atas saranan suaminya yang meminta Puan Ayu menghubungi Majlis Amanah Rakyat
(MARA) untuk mendapat khidmat nasihat untuk meluaskan lagi pasarannya. Pegawai
MARA menyarankan supaya beliau menyediakan satu rancangan perniagaan yang
lengkap berkaitan perniagaan yang dijalankan.

Puan Ayu sentiasa membantu pekerjanya seramai 6 orang bagi memastikan
perniagaannya dapat memenuhi permintaan tempatan dan luar.

Ciri-ciri keperibadian usahawan dan strategi campuran pemasaran yang berkesan telah
membawa Perniagaan Ayu Frozen Food memperolehi keuntungan yang lumayan setiap
tahun.

(a) Jelaskan manfaat saranan Pegawai MARA kepada Puan Ayu supaya menyediakan

rancangan perniagaan. [4 markah]

(b) Bagaimanakah ciri-ciri keperibadaian yang positif di terapkan dalam perniagaan

makananan sejuk bekunya sehingga mendapat untung dan berjaya. [5 markah]

(c) Terangkan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Perniagaan Ayu

Frozen Food untuk memperkukuhkan perniagaannya. [6 markah]

74

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN B (FOKUS SOALAN 8)

3. Maklumat berikut berkaitan dengan Laju Pantas Sdn Bhd.

Laju Pantas Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan dobi di sekitar kawasan Kulim, Kedah.
Misi syarikat ialah menyediakan perkhidmatan dobi yang cekap dan mesra pelanggan.

Perkhidmatan dobinya di bantu oleh 2 orang pekerja yang mahir tentang perkhidmatan ini.
Berikut adalah senarai kelengkapan yang digunakan dalam operasi perkhidmatannya.
- 6 mesin basuh
- 4 mesin pengering
Permintaan yang tinggi daripada penduduk sekitar menyebabkan perniagaan tersebut
perlu menambah beberapa buah lagi mesin basuh serta pengering. Oleh itu, pihak
pengurusan mempertimbangkan untuk membeli mesin tersebut secara tunai atau sewa
beli.

a) Mengapakah Laju Pantas Sdn Bhd menetapkan misi bagi perniagaannya?
[6 markah]

b) Laju Pantas Sdn Bhd perlu mengurus mesin dan peralatan dengan sistematik.

Jelaskan tujuan perniagaan ini bertindak sedemikian. [4 markah]

c) Apakah jenis pembiayaan yang sesuai dipilih oleh perniagaan tersebut?

Beri alasan anda. [5 markah]

75

07 SET

T SOALAN 9

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN B (FOKUS SOALAN 9)

1. Berikut merupakan butiran yang diambil dari Penyata Kedudukan Kewangan dua
buah perniagaan yang beroperasi di Kulim, Kedah.

Kenderaan Syarikat Cemerlang Syarikat
Kelengkapan Sdn Bhd GemilangSdn
Akaun Belum Terima
Bank RM Bhd
Tunai 19 000
Modal awal RM
Untung bersih 4 000 18 000
Pinjaman bank 5 300
Akaun Belum Bayar 6 500 4 500
Inventori Akhir 3 200 6 000
28 000 5 000
7 500 2 500
6 500 25 500
5 000 5 500
9 500 7 500
5 500
8 000

a) Hitung Analisis Nisbah Kecairan bagi kedua-dua syarikat [5 markah]
[5 markah]
b) Syarikat manakah yang menunjukkan prestasi yang lebih baik?
Berikan alasan anda.

c) Syarikat Gemilang Sdn Bhd memerlukan tunai segera sebanyak
RM10,000.
Bagaimanakah mereka boleh mendapatkannya tanpa perlu menambahkan hutang?
[5 markah]

76

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN B (FOKUS SOALAN 9)

2. Maklumat berikut diperoleh daripada dua firma yang menjual makanan ringan pada
31 Mac 2021.

Firma Zulia RM
Untung Kasar
Jualan 11 000
Belanja Operasi 50 000
Akaun Belum Terima
Akaun Belum Bayar 4 500
Bank 1 500
Aset Bukan Semasa 2 500
Inventori pada 1 April 2020 6 000
Inventori pada 31 Mac 2021 20 000
Modal pada 1 April 2020 3 500
4 000
32 500

Firma Nurlia 5 kali
Kadar Pusing Ganti Inventori 25 %
Pulangan Atas Modal 2 :1
Nisbah Semasa

a) Hitungkan nisbah berikut bagi Firma Zulia : [3 markah]
[3 markah]
(i) Pusing Ganti Stok
(ii) Pulangan Atas Modal

b) Jika anda seorang pelabur, perniagaan manakah yang akan dipilih?

Beri alasan anda. [3 markah]

c) Berikan cadangan-cadangan yang perlu diambilkira oleh pengurusan Firma
Zulia untuk meningkatkan kecekapan dan menambahkan untung. [6 markah]

77

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN B (FOKUS SOALAN 9)

3. Maklumat berikut merupakan penyata kewangan sebuah perniagaan.
Perniagaan Zafran

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2021

Jualan RM RM RM
Tolak: Pulangan Jualan 28000
Jualan Bersih 18000 1600 (190)
Tolak: Kos Jualan (140) 27810
Inventori Awal 17 860 17980
Belian 120 19580 (16780)
Tolak: Pulangan Belian (2800) 11030
Belian Bersih
Tambah: Angkutan Masuk 75
Kos Barang Untuk Dijual 528
Tolak: Inventori Akhir 11633
X
Untung Kasar
Tambah: Hasil
Diskaun Diterima
Komisen Diterima

Tolak: Belanja 60 (5893)
Diskaun Diberi 350 5740
Promosi 1250
Sewa 370
Insurans 3500
Gaji 123
Belanja Am 240
Alat Tulis
Untung Bersih

(i) Apakah X? [1 markah]
(ii) Jelaskan komponen-komponen di (a) (i). [4 markah]

(a) Hitungkan margin untung kasar dan margin untung bersih bagi Perniagaan

Zafran. [6 markah]

(c) Terangkan kegunaan penyata pendapatan. [4 markah]

78

08 SET

T SOALAN 10

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN C (FOKUS SOALAN 10)

Bahagian C
[ 20 markah ]
Soalan ini wajib dijawab.

1. Syarikat Pembinaan Utara Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat pembinaan yang
sedang berkembang maju diterajui oleh Encik Daniel Zane selaku pemegang saham
terbesar syarikat tersebut. Pada tahun 2017, syarikat telah berjaya memperoleh tender
kerajaan persekutuan untuk membina Bandar Perindustrian Kedah Rubber City (KRC) di
Kuala Nerang Kedah. Tawaran untuk membina bandar perindustrian KRC dengan 7
Kluster tersebut merupakan bidang yang baru kepada syarikat memandangkan syarikat
kekurangan tenaga kerja mahir untuk melaksanakannya.

KEDAH
RUBBER CITY

(KRC)

Nilai projek: RM14.7
Billion
Keluasan : 1,244
ekar
Tahun mula : 2017
Tahun dijangka
siap : 2030

Justeru Syarikat Pembinaan Utara Sendirian Berhad telah mewujudkan satu perkongsian
strategik dengan sebuah syarikat pembinaan daripada negara China. Kerjasama strategik
tersebut berjaya membangunkan bandar KRC, namun Encik Daniel Zane telah
mengingatkan Pengurus Projek agar sentiasa membuat analisis terhadap Penyata
Pendapatan dan Kunci Kira-Kira yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan sepanjang
tempoh pelaksanaan projek tersebut.

Pihak pengurusan syarikat juga sentiasa memantau perjalanan projek tersebut agar

mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. Berikut merupakan sebahagian maklumat

kewangan pada 30 Jun 2022.

Butiran RM

Untung Kasar 46 837

Untung Bersih 28 850

Aset Semasa 143 500

Liabiliti Semasa 43 210

Modal Awal 218 198

Ekuiti Pemilik 247 048

Pihak pengurusan juga telah menetapkan bahawa setiap bahagian dalam syarikat perlu
berinteraksi secara berkesan untuk menjamin kelancaran aktiviti syarikat. Baru-baru ini
Encik Daniel Zane telah meminta Bahagian Kewangan menyediakan peratusan pulangan
atas modal menggunakan maklumat kewangan tersebut.

Perkembangan syarikat juga amat dibantu oleh interaksi dengan organisasi luar. Encik
Daniel Zane telah mengingatkan semua pengurus agar sentiasa menjaga dan

79

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN C (FOKUS SOALAN 10)

mengeratkan interaksi dengan organisasi luar. Beliau berpendapat banyak manfaat yang
boleh diperoleh syarikat hasil interaksi tersebut.

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a) (i) Apakah bentuk perkongsian strategik yang diwujudkan oleh Syarikat

Pembinaan Utara Sendirian Berhad? [1 markah]

(ii) Mengapakah Syarikat Pembinaan Utara Sendirian Berhad mewujudkan

perkongsian di 10(a)(i)? [5 markah]

(b) Jelaskan kepentingan pengurus projek menganalisis penyata kewangan tersebut.
[6 markah]

(c) Sekiranya anda merupakan pekerja di Bahagian Kewangan, jelaskan tentang

maklumat peratusan yang diperlukan oleh Encik Daniel Zane. [4 markah]

(d) Adakah anda bersetuju dengan pendapat Encik Daniel Zane? [4 markah]
Kemukakan alasan anda.

80


Click to View FlipBook Version