The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-11079613, 2023-01-09 01:46:32

K@MPoI PERNIAGAAN

K@MPoI PERNIAGAAN

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN C (FOKUS SOALAN 10)

2. Encik Shamsul ialah pemilik Syarikat Jentayu Sdn. Bhd yang mula beroperasi di Alor Setar
Kedah selama dua tahun dalam pemprosesan pati sarang burung walid untuk pasaran
Semenanjung. Syarikat ini mempunyai 80 orang pekerja dengan jumlah jualan tahunan RM
18 juta. Seiring dengan peredaran masa, permintaan pati sarang burung walid sentiasa
mendapat pasaran yang tinggi termasuk di peringkat global. Justeru, pengurusan syarikat
ini telah mengorak langkah dengan mengambil inisiatif untuk menembusi pasaran
antarabangsa dengan cara mengeksport pati sarang burung walid ke negara Brunei dan
Singapura. Syarikat juga membeli sarang burung walid dari negara Indonesia diproses dan
dijual semula ke negara lain. Hasil perbincangan dengan pengurus pemasaran, Encik
Shamsul telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan nasihat daripada agensi
kerajaan yang berkaitan dengan promosi produk pati sarang burung walid di peringkat
antarabangsa.

Bagi memenuhi spesifikasi pati sarang burung walid yang lebih baik, syarikat telah membeli
teknologi terkini iaitu mesin pemprosesan dari negara China. Selepas penggunaan mesin
tersebut, ternyata pati sarang burung walid adalah lebih baik serta dipelbagaikan perasa
antaranya pandan, ginseng dan madu dengan jenama SHEDAP serta berjaya dipasarkan
ke negara Timur Tengah.

Berikut maklumat berkaitan pengeluaran pati sarang burung walid Syarikat Jentayu Sdn.
Bhd untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dalam tempoh setahun :

Kos bahan mentah 1 liter pati sarang burung walid RM 45
Kos buruh menghasilkan 1 liter pati sarang burung walid RM 15
Jumlah gaji kakitangan dan sewa premis RM 100 000
Anggaran kos elektrik dan air setahun RM 5 000
Harga jualan 1 liter pati sarang burung walid RM 120

Bagi meneroka lebih banyak pasaran global ke negara yang lain pula, Encik Shamsul
mencadangkan agar strategi pemasaran melibatkan aspek promosi dan agihan sahaja.
Encik Shamsul telah mengarahkan pengurus pemasaran mengiklankan pati sarang burung
walid melalui internet. Encik Shamsul juga mencadangkan agar menambah strategi
pemasaran agihan dengan mendapatkan khidmat ejen pengimport dalam memasarkan
produknya. Hal ini tidak dipersetujui oleh bahagian fungsian pengeluaran dan bahagian
fungsian jualan.

81

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN C (FOKUS SOALAN 10)

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut: [4 markah]
(a) Terangkan klasifikasi perniagaan Syarikat Jentayu Sdn. Bhd.

(b) (i) Tentukan Agensi kerajaan yang membantu Syarikat Jentayu Sdn. Bhd

mempromosikan produknya [1 markah]

(ii) Jelaskan peranan lain agensi di 10(b)(i) kepada Syarikat Jentayu Sdn. Bhd
[3 markah]

(c) Bagaimanakah Syarikat Jentayu Sdn. Bhd melindungi reka cipta produknya?
[3 markah]

(d) Hitungkan unit pengeluaran pati sarang burung walid untuk mencapai titik pulang

modal (TPM). [3 markah]

(e) Wajarkah tindakan Encik Shamsul untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran
antarabangsa dengan hanya menekankan aspek promosi dan agihan sahaja?
[ 6 markah ]

82

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN C (FOKUS SOALAN 10)

3. Kelia Frozen Food merupakan sebuah perniagaan yang dibuka sejak 5 tahun lalu oleh dua
orang rakan kongsi Encik Hakim dan Encik Haris. Modal permulaan perniagaan ini adalah
menggunakan wang simpanan Encik Hakim dan Encik Haris. Perniagaan ini mengeluarkan
makanan sejuk beku daging dan ayam yang sudah diperap dengan pelbagai perisa seperti
original, BBQ dan sos lada hitam .Setiap produk ini dijual dengan harga RM 25 sepaket.

Bagi memastikan pengurusan perniagaan Kelia Frozen Food berjalan lancar Encik Hakim
dan Encik Haris telah mengagihkan tanggungjawab mengikut pengalaman dan kepakaran
masing- masing. Encik Hakim berperanan sebagai pengurus pengeluaran manakala Encik
Haris berperanan sebagai pengurus pemasaran. Keputusan yang dibuat adalah tepat
apabila produk keluaran Kelia Frozen Food menunjukkan trend perniagaan meningkat
pada setiap tahun. Malah Kelia Frozen Food telah menunjukkan penguasaan dalam
pasaran sejuk beku . Berikut adalah syer pasaran perniagaan makanan sejuk beku.

Syer Pasaran Makanan Sejuk Beku

De lazat Frozen Kelia Frozen Food
35%
25% 23%

17% Selera Kita Sejuk Beku

lain - lain

Permintaan yang semakin meningkat menyebabkan Encik Hakim dan Encik Haris
bercadang untuk meningkatkan operasi perniagaan mereka. Bagi mencapai matlamat ini
mereka perlu menambah tiga buah mesin memproses ayam dan daging. Encik Haris
mencadangkan agar mereka membeli mesin tersebut secara tunai namun Encik Hakim
merasakan adalah lebih baik mereka memajak mesin tersebut daripada syarikat pajakan.

Baru - baru ini Encik Hakim telah menjumpai satu produk sejuk beku berjenama LazatNya
yang mempunyai resepi dan rasa yang hampir sama jenama Kelia Frozen Food . Encik
Hakim dan Encik Haris mulai bimbang berlaku masalah yang boleh menjejaskan jenama
Kelia Frozen Food pada masa akan datang. Oleh itu mereka telah bertindak untuk
membuat pendaftaran cap dagangan Kelia Frozen Food dengan perbadanan Harta Intelek
Malaysia ( MyIPO).

83

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN C (FOKUS SOALAN 10)

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan – soalan berikut

(a) Terangkan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan Kelia Frozen Food

[4 markah]

(b) Jelaskan peranan bahagian fungsian yang dijalankan oleh Encik Haris. [3 markah]

(c) Jelaskan syer pasaran perniagaan Kelia Frozen Food. [3 markah]

(d) Sejauhmanakah anda bersetuju dengan cadangan Encik Hakim untuk

mendapatkan mesin tambahan? [5 markah]

(e) Pada pendapat anda mengapakah, Encik bertindak untuk membuat

pendaftaran dengan perbadanan Harta Intelek Malaysia ( MyIPO). [5 markah]

84

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN C (FOKUS SOALAN 10)

4. Perniagaan Resepi Bonda merupakan sebuah perniagaan yang mengeluarkan pelbagai
jenis biskut. Perniagaan ini ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Puan Aisyah dan beroperasi
di Bandar Puteri Jaya Sungai Petani. Bagi membantu operasi perniagaannya beliau telah
menggaji 4 orang pekerja yang tinggal di Kawasan sekitar.

Trend keuntungan Perniagaan Resepi Bonda bagi 5 tahun adalah seperti graf berikut.

UNTUNG (RM) 60000 60000
2021
70000

60000 58000
50000
47000 52000

40000

30000

20000

10000

0 2018 2019 2020
2017

TAHUN

Melihat kepada trend keuntungan yang semakin mendatar sejak 2 tahun kebelakangan ini
Puan Aisyah mengambil keputusan untuk melakukan pembangunan produk. Beliau telah
menambah empat jenis kuih baharu dan mula mengeluarkan beberapa jenis roti. Di
samping itu sahabatnya Puan Salmah turut mencadangkan agar Puan Aisyah melakukan
jualan secara atas talian. Menurutnya kaedah ini juga mampu meningkatkan kembali
keuntungan memandangkan kaedah ini menjadi pilihan ramai pengguna.

Tindakan yang dibuat oleh Puan Aisyah adalah tepat apabila berlaku peningkatan jualan
yang mendadak terhadap kuih dan roti keluarannya. Keadaan ini menyebabkan beliau
terpaksa meningkatkan operasi pengeluaran. Oleh itu beliau perlu menambah 2 buah
ketuhar pembakar. Beliau sedang mempertimbangkan dua kaedah berikut untuk
mendapatkan mesin baharunya.

PROMOSI HEBAT KEDAI ELEKTIK CERIA
JOM DAPATKAN KETUHAR

SEWABELI
TEMPOH ANSURAN 3 TAHUN
DEPOSIT TERENDAH
ANSURAN BULANAN RM 220

HARGA TUNAI
SERENDAH RM 4999

85

K@MPoI (PERNIAGAAN) BAHAGIAN C (FOKUS SOALAN 10)

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan - soalan berikut:

(a) Terangkan peranan Puan Aisyah kepada masyarakat. [4 markah]

(b) Jelaskan trend perniagaan Perniagaan Resepi Bonda dari tahun 2018 hingga tahun

2019. [3 markah]

(c) Mengapakah Puan Aisyah melakukan pembangunan produk? [3 markah]

(d) Bagaimanakah cadangan Puan Salmah mampu meningkatkan kembali keuntungan

perniagaan Resepi Bonda. [5 markah]

(e) Kaedah manakah yang patut dipilih oleh Puan Aisyah bagi mendapatkan ketuhar

pembakar untuk perniagaannya. Beri alasan anda. [5 markah]

86

09 SE

ET KERTAS 1

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

NAMA : ........................................................................... TINGKATAN : ......................................
3766/1
Perniagaan
Kertas 1
1 ¼ jam

MODUL KAMPOI
TINGKATAN 5

PERNIAGAAN

Kertas 1
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Modul ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.
__________________________________________________________________________________

87

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

1 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan
A Mewujudkan faedah kepada pengguna
B Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan untung
D Menawarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

2 Antara berikut yang manakah merupakan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan?

I Perbankan
II Pembuatan
III Pembalakan
IV Pengangkutan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Pernyataan manakah menerangkan bentuk pemilikan koperasi?
A Anggota terlibat dengan liabiliti tidak terhad
B Perniagaan dikenakan kadar cukai yang tinggi
C Anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
D Perniagaan bebas memindah milik syer kepada syarikat lain

4 Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Badaruddin Seramik
Pengilangan

Jumlah Jualan tahunan Bilangan Pekerja Tetap
80 orang
17 juta

Apakah saiz perniagaan di atas?
A Kecil
B Sederhana
C Mega
D Besar

88

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

5 Maklumat berikut berkaitan dengan pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan
kepada Syarikat Synergy Sdn Bhd
• Menyertai promosi kerajaan
• Dikecualikan pembayaran cukai selama 5 tahun
Apakah jenis pelepasan cukai tersebut ?
A Taraf perintis
B Potongan cukai
C Pengeculian cukai
D Elaun pelaburan semula

6 Rajah 1 menunjukkan trend persekitaran perniagaan bagi sebuah perniagaan

Rajah 1
Mengapakah berlaku trend sedemikian pada tempoh Januari 2018 hingga Julai 2018?
A Gaya pengurusan yang cekap
B Pasaran Ekonomi yang mengembang
C Sistem politik dan perundangan yang stabil
D Pengeluaran yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan

89

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

7 Situasi manakah yang berkaitan dengan gaya pengurusan sederhana
A Puan Fakhira tidak menerima sebarang pendapat pekerjanya
B Puan Norzahira sentiasa memberi motivasi kepada pekerjanya
C Puan Zaidatul memberi kebebasan penuh kepada pekerjanya
D Puan Mala sentiasa bertoleransi dengan pekerjanya

8 Graf dibawah berkaitan dengan kitaran ekonomi untuk tahun 2020.

Apakah kesan yang menyebabkan berlakunya “D”
I Penduduk tidak mempunyai wang untuk berbelanja
II Kadar pengangguran meningkat
III Pendapatan negara naik
IV Mampu membayar gaji
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

90

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

9 Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang dalam perniagaan.
Perniagaan perlu mengeluarkan produk yang sesuai dengan
tujuan penggunaan seperti makanan yang tidak mengandungi
pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan

Apakah undang-undang tersebut?.
A Undang-undang Pengiklanan
B Undang-undang Persekitaran
C Undang-undang Perlindungan pengguna
D Undang-undang kesihatan dan keselamatan

10 Maklumat berikut berkaitan analisis dalaman dan luaran sebuah perniagaan

Syarikat Richest Empire membeli bahan mentah secara pukal
dengan kos yang rendah supaya dapat menjual produk dengan harga
yang murah di pasaran dengan persaingan sengit

Apakah analisis SWOT yang terlibat ?
A Kekuatan (S) dan Peluang (O)
B Kekuatan (S) dan Ancaman (T)
C Kelemahan (W) dan Peluang (O)
D Kelemahan (W) dan Ancaman (T)

11 Apakah kekuatan dalaman yang boleh memacu pertumbuhan dan perkembangan
sesuatu perniagaan?
A Keadaan politik yang stabil
B Aktiviti pemasaran yang berkesan
C Perkembangan ekonomi yang pesat
D Penggunaan teknologi baharu

12 Bagaimanakah misi perniagaan penting kepada pihak pengurusan?
A Memudahkan pengagihan sumber kepada bahagian fungsian
B Menentukan jumlah pinjaman perniagaan yang ingin diluluskan
C Menjangkakan kejayaan organisasi perniagaan pada masa Panjang
D Menilai kemampuan organisasi perniagaan membayar balik pinjaman

91

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

13 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan objektif perniagaan?
I Pembentukan matlamat yang lebih khusus
II Menjelaskan tujuan utama perniagaan
III Sesuatu yang memberikan inspirasi kepada pekerja
IV Terdiri daripada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Maklumat berikut telah disediakan oleh seorang akauntan sebuah syarikat bagi
menentukan pengeluaran unit bola sepak

Sewa kedai RM 20000.00
Harga seunit bola RM 150.00
Kos berubah seunit bola RM 100.00

Berapakah unit bola sepak perlu dikeluarkan untuk capai TPM?
A 300
B 400
C 500
D 600

15 Apakah kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif perniagaan?
A Kualiti produk terjejas
B Gagal dalam persaingan
C Produktiviti pekerja menurun
D Pengeluaran produk berkurang

16 Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami
kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?

A Motivasi pekerja akan terjejas
B Imej produk terjejas di mata pengguna
C Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
D Terpaksa mengurangkan harga jualan semasa barang

92

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

17 Bagaimanakah penguna teknologi maklumat mengintegrasi bahagian-bahagian fungsian?
A Mengurangkan gangguan dalam komunikasi
B Maklumat dapat disampaikan dengan tepat
C Meningkatkan komunikasi antara majikan dengan pekerja
D Maklumat perniagaan dapat dihantar dengan mudah dan cepat

18 Maklumat berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian

• Menguruskan rekod
• Mengendalikan mesyuarat
• Menjalankan urusan dalam organisasi

Apakah bahagian fungsian yang terlibat?
A Kewangan
B Pentadbiran
C Sumber manusia
D Khidmat pelangan

19 Apakah kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan dalam
organisasi perniagaan?
A Pemasaran produk yang terhad
B Mempercepatkan proses pengeluaran produk
C Dapat membangunkan produk baharu dan berkualiti tinggi
D Memastikan pengeluaran barang yang maksimum

20 Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan sumber manusia.

Amalan kerja berintegriti dapat melonjakkan
kecemerlangan sesebuah perniagaan

Bagaimanakah amalan tersebut membantu organisasi?
A Meningkatkan jualan organisasi
B Pekerja memberikan perkhidmatan terbaik
C Menggalakkan kreativiti dan inovasi
D Meningkatkan imej organisasi

93

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

21 Antara berikut yang manakah kepentingan sumber manusia kepada sesebuah organisasi
perniagaan
I Memastikan pekerja mendapat latihan yang secukupnya
II Menjaga sistem komunikasi agar berfungsi dengan baik
III Memastikan bahan mentah sentiasa cukup
IV Kebajikan pekerja sentiasa dijaga
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

22 Mengapakah kemahiran kebolehankerjaan perlu ada pada seorang bakal graduan?
A Dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik
B Boleh membuat perancangan dan mengurus diri
C Menarik minat bakal majikan untuk menawarkan pekerjaan
D Berkebolehan untuk selesaikan masalah

23 Rajah 3 menunjukkan struktur organisasi sebuah Perniagaan Masakan Panas.

Rajah 3
Apakah kepentingan struktur organisasi tersebut?

A Dapat mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi
B Mewujudkan tempat kerja yang kondusif
C Memudahkan proses ambil pekerja
D Memberi insentif kepada pekerja

94

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

24 Syarikat Perfileman Amsyar memohon hak cipta terpelihara bagi filem yang ditayangkan.
Mengapakah syarikat tersebut berbuat demikian?
A Mendapat kebenaran untuk memberi diskaun
B Mendapat hak perundangan ke atas hasil karya mereka
C Mendapat bantuan dari pihak kerajaan untuk karya tersebut
D Mendapat kelulusan untuk buat promosi dan tayangan di luar negara

25 Antara yang berikut manakah diklafikasikan sebagai harta intelek?
I Lagu
II Kamera
III Komputer
IV Perisian Komputer
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26 Gambar 2 di bawah adalah sumber yang digunakan dalam sebuah perniagaan.

Gambar 2
Bagaimanakah sesebuah perniagaan menguruskan sumber tersebut?

I Memohon hak cipta terpelihara
II Mendapatkan perlindungan insurans
III Membuat penyelengaraan dan baik pulih secara terancang
IV Membuat pendaftaran dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia(MyIPO)
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

95

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

27 Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan.

“Seseorang usahawan menggunakan sesebuah mesin atau jentera
dengan cara menyewa daripada bank atau intitusi kewangan bagi
tempoh tertentu”

Apakah sumber pembiayaan di atas?
A Syer
B Modal
C Pajakan
D Sewa beli

28 Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pihak bank sebelum meluluskan
sesuatu pinjaman.
I Tempat operasi
II Nama perniagaan
III Nilai aset sebagai cagaran
IV Tempoh bayaran balik pinjaman
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

29 Pembiayaan hutang oleh pihak bank atau intitusi kewangan terhadap invois dikenali
sebagai
A Pinjaman perniagaan
B Pemfaktoran
C Overdraf
D Pajakan

30 Penyataan manakah yang berkaitan dengan Kos Jualan?
A Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan ditolak dengan pulangan jualan
B Merupakan kos barang yang dibeli oleh sesorang peniaga
C Merupakan kos dan belanja untuk membeli barang niaga
D Merupakan kos yang dibayar dalam perniagaan

96

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

31 Maklumat berkaitan dengan Perniagaan Cik Mai Sate pada 31 Disember 2020

Perkara Jumlah (RM)
Modal 40 000.00
Aset Semasa 15 200.00
Liabiliti Semasa 9 800.00

Hitung nisbah semasa Perniagaan Cik Mai Sate

A 1.55 : 1

B 1.46 : 1

C 2.63 : 1

D 2.71 : 1

32 Maklumat berikut berkaitan dengan Nisbah untung Syarikat My Hero’s

Nisbah Tahun
Peratusan Margin Untung
2020 2021
Kasar
60% 45%

Apakah yang dapat dirumuskan berdasarkan maklumat diatas?
I Syarikat tidak cekap menguruskan penghutang syarikat
II Syarikat kurang cekap dalam penentapan harga jualan
III Perbelanjaan kos jualan tidak diurus dengan baik
IV Kos belian menurun pada tahun 2021
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33 Antara berikut yang manakah kepentingan penyata kewangan disediakan?
I Menunjukkan jumlah perbelanjaan perniagaan
II Menilai kekuatan yang ada pada perniagaan
III Mengukur kemampuan perniagaan
IV Mengukur prestasi perniagaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

97

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

34 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sifat berani mengambil risiko sebagai
seorang usahawan?
A Mempunyai semangat untuk bekerja dalam satu pasukan bagi mencapai matlamat
perniagaan
B Mengambil suatu tindakan untuk memulakan perniagaan yang belum pasti berjaya
C Berupaya mengubahsuai sesuatu produk yang sedia ada
D Berkemampuan menghasilkan produk baharu

35 Mengapakah kerjaya sebagai ahli perniagaan boleh mendatangkan faedah kepada
matlamat peribadi seseorang usahawan?
A Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial perniagaan
B Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat
C Memberi kebebasan mutlak untuk mengurus diri serta ahli keluarga
D Boleh menghasilkan pelbagai produk yang dapat memenuhi keperluan

36 Ciri lokasi yang manakah sesuai untuk memulakan perniagaan?
A Jauh dari bandar
B Terdapat kemudahan infrastruktur
C Berhampiran dengan stesen minyak
D Kos sewa yang tinggi

37 Pernyataan manakah berkaitan dengan promosi dalam campuran pemasaran ?
A Menyalurkan produk kepada pengguna
B Membolehkan barang mampu berdaya saing
C Memastikan perniagaan memperoleh keuntungan
D Menyedarkan pengguna akan kewujudan barang

98

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

38 Gambar 3 menunjukkan sejenis stok.

Gambar 3
Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan jenis stok berkenaan?

A Stok berisiko rendah
B Stok dapat dijual dengan pantas
C Stok yang mengambil masa untuk dijual
D Stok tidak berisiko menjadi ketinggalan zaman
39 Gambar 4 dibawah berkaitan dengan dokumen yang terlibat dalam sebuah perniagaan

Gambar 4

Apakah fungsi dokumen diatas

A Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti jualan yang dilakukan

B Dokumen yang mengandungi catatan perbelanjaan atau kos barang

C Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti pembelian yang dilakukan

D Dokumen yang dihantar oleh pembekal kepada peniaga yang menunjukkan barang-
barang dibeli secara kredit

99

K@MPoI (PERNIAGAAN) SET KERTAS 1

40 Gambar 5 berkaitan dengan rancangan perniagaan SPA Qaseh Anggerik.

Gambar 5
Apakah tujuan seseorang menyediakan dokumen diatas?

I Untuk mencari pelanggan
II Untuk mendapat pekerjaan
III Untuk menilai prestasi perniagaan
IV Untuk mendapat bantuan kewangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

100

10 SET

T 1 KERTAS 2

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 1)

Bahagian A
[ 50 markah ]
Jawab mana-mana lima soalan dalam bahagian ini.

1 (a) Terangkan ciri-ciri koperasi. [ 6 markah ]

(b) Rajah 1 menunjukkan carta pai kadar peratusan syer pasaran bagi
perniagaan perkhidmatan dobi di Sungai Petani Kedah.

Dobi Laguna Dobi Mesra
15% 60%

Dobi Harmoni
25%

Rajah 1 [4 markah ]
Jelaskan syer pasaran Perniagaan Dobi Mesra

2 (a) Jelaskan tujuan penetapan misi bagi sesebuah perniagaan. [ 4 markah ]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan kesan perubahan aspek pasaran.

Perspektif Kesan Perubahan Persekitaran
I Diana dan rakan-rakannya lebih banyak membeli kasut
berjenama luar negara.

II Stephen Chong adalah pembekal utama telefon mudah alih
di negeri Kedah. Beliau mendapati permintaan terhadap
telefon mudah alih 5G pada masa kini lebih banyak
berbanding 4G.

Terangkan kesan perubahan persekitaran berdasarkan setiap perspektif

tersebut. [ 6 markah ]

101

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 1)

3 (a) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis organisasi perniagaan yang
terdapat di Malaysia.

Organisasi A Organisasi B

Bezakan kedua-dua jenis organisasi perniagaan tersebut. [ 4 markah ]

(b) Pernyataan berikut bhedrkaitan dengan penggunaan aplikasi di sebuah
perniagaan.

Kamil merupakan Pengurus Kewangan di Syarikat Gangsa Sdn Bhd.
Beliau ingin memperbaharui cukai jalan dan insurans lori syarikatnya
yang telah tamat tempoh dengan menggunakan aplikasi teknologi
maklumat yang sesuai.

Terangkan aplikasi yang boleh digunakan oleh Kamil. [ 4 markah ]

(c ) Mengapakah peniaga menggunakan overdraf sebagai sumber pembiayaan?
[ 2 markah ]

4 (a) (i) Jelaskan definisi pengurusan sumber manusia. [ 2 markah ]
(ii) Jelaskan kepentingan pengurusan sumber manusia. [ 3 markah ]

(b) Gambar berikut berkaitan dengan promosi sebuah syarikat penjual kereta.

Bagaimanakah syarikat tersebut melaksanakan kaedah promosi tersebut?
[ 5 markah ]

102

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 1) [ 6 markah ]

5 (a) Berikut adalah ciri – ciri keperibadian seorang usahawan.

• Berani mengambil risiko
• Kreatif dan Inovatif
• Komitmen yang tinggi

Jelaskan setiap ciri-ciri keperibadian tersebut.

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan jus mengkudu madu.

Puan Rita pemilik Rayha Enterprise adalah seorang pengusaha jus
mengkudu madu ‘Pure Mengkudu’ di Baling Kedah. Ramai pengguna
memberi maklum balas yang baik kerana produk ini adalah minuman
kesihatan.

Bagaimanakah prosedur mengurus sumber teknologi bagi Rayha Enterprise?
[ 4 markah ]

6 (a) Jelaskan kepentingan usahawan menganalisis operasi kewangan perniagaan

menggunakan kunci kira-kira [ 6 markah ]

(b) Maklumat berikut adalah kelebihan berniaga.

Encik Mahfuz mengusahakan sebuah restoran nasi Arab semenjak
tahun 2015. Sehingga kini, perniagaan beliau berjaya memperoleh
keuntungan sehingga mampu memiliki 2 buah cawangan restoran di
Sungai Petani

Jelaskan kelebihan tersebut kepada perniagaan Encik Mahfuz.

[ 4 markah ]

103

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 1)

Bahagian B
[ 30 markah ]
Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini.

7 Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Spa Kecantikan.

Puan Suraya merupakan pemilik Beauty Su Spa yang baru beroperasi di
Taman Berjaya, Kulim Kedah. Beliau menggaji seorang pengurus operasi,
seorang kerani dan 3 orang pekerja operasi. Bagi memudahkan beliau
melakukan pengelolaan terhadap pekerjanya, Puan Suraya telah
menyediakan struktur organisasi perniagaannya sendiri dengan harapan
setiap pekerja akan jelas dengan tanggungjawab masing-masing. Di
peringkat permulaan beliau juga berpendapat untuk menggunakan gaya
pengurusan yang boleh mewujudkan hubungan yang baik antara majikan
dengan pekerja agar perniagaannya dapat berkembang maju.

(a) Bagaimanakah Puan Suraya menentukan sistem penggajian pekerjanya?
[ 6 markah ]

(b) Anda bersetuju dengan tindakan Puan Suraya dalam aspek pengelolaan
terhadap pekerja-pekerjanya.Kemukakan alasan anda.
[ 5 markah ]

(c) Terangkan gaya pengurusan yang wajar diamalkan oleh Puan Suraya dalam

perniagaannya. [ 4 markah ]

8. Situasi di bawah berkaitan dengan kekuatan diri usahawan.

Setelah menamatkan persekolahan, Puan Aziah memulakan perniagaan nasi
lemak secara atas talian. Setelah enam tahun beroperasi, beliau ingin menubuhkan
Syarikat Azzie Sendirian. Berhad. yang menjalankan perniagaan menjual nasi
lemak frozen menggunakan jenama ‘Sedap Rasa’ dan mempunyai bilangan
pekerja seramai 80 orang. Pada peringkat awal penetapan objektif, syarikat
mengalami pelbagai masalah terutamanya faktor dalaman iaitu pekerja dan
kewangan. Namun, segala masalah dapat diatasi. Selain itu, pelbagai kaedah
promosi juga digunakan oleh syarikat untuk memperkenalkan jenama tersebut
kepada pengguna. Kini jenama ‘Sedap rasa’ telah terkenal hingga ke pasaran
antarabangsa seperti di London, Korea dan Singapura.

(a) Jelaskan keberuntungan perniagaan tersebut kepada Puan Aziah.
[ 6 markah ]

(b) Terangkan saiz dan skala Syarikat Azzie Sendirian Berhad. [ 4 markah ]

(c) Jelaskan setiap faktor yang berjaya diatasi oleh syarikat tersebut. [ 5 markah ]

104

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 1)

9. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat kosmetik

Syarikat Era Beauty merupakan pengeluar barangan kosmetik seperti pencuci muka
dan losyen kulit. Baru-baru ini syarikat merancang untuk menambah satu lagi produk
baharu iaitu Krim Perlindungan Sinaran Matahari bagi memenuhi permintaan
pelanggan yang semakin banyak.

Sehubungan itu pihak pentadbiran meminta pengurus penyelidikan dan
pembangunan melaksanakan langkah-langkah pembangunan produk baharu supaya
produk yang dihasilkan kelak dapat menepati citarasa pengguna. Projek produk
baharu ini memerlukan modal tambahan dan syarikat bercadang untuk
mendapatkannya melalui pembiayaan bank. Encik Amri selaku pengurus besar juga
berharap pembiayaan ini akan mengukuhkan faktor dalaman sebagai menghadapi
perubahan dalam objektif perniagaannya.

(a) Jelaskan prosedur am yang perlu dilakukan oleh Syarikat Era Beauty bagi
mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak bank? [ 5 markah ]

(b) Anda bersetuju bahawa pengurus penyelidikan dan pembangunan

bertanggungjawab melaksanakan langkah-langkah tersebut.

Kemukakan alasan anda. [ 6 markah ]

(c) Mengapakah faktor dalaman syarikat perlu diperkukuhkan? [ 4 markah ]

105

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 1)

Bahagian C
[ 20 markah ]
Soalan ini wajib dijawab

10. Encik Asyraf Bakar baru menamatkan pengajian dari Universiti Utara Malaysia di bidang
pentadbiran perniagaan. Beliau bercadang membuka sebuah pasar raya dengan
menggunakan wang simpanan sendiri dan pinjaman wang daripada rakan baiknya iaitu
David. Di peringkat awal penubuhan, David menawarkan diri untuk bersama-sama
mengusahakan pasar raya tersebut tetapi Asyraf telah memilih untuk menubuh dan
mengusahakannya sendiri.

Tindakan Asyraf membuka perniagaan sendiri sebaik sahaja menamatkan pengajian
sebenarnya tidak dipersetujui keluarganya. Mereka berpendapat Asyraf perlu memupuk
kekuatan diri yang tinggi sekiranya hendak menjadi usahawan. Mereka juga menyatakan
bahawa kelulusan akademik di bidang perniagaan sahaja masih tidak mencukupi.
Tambahan pula Asyraf langsung tidak ada pengalaman dan latihan bersesuaian di bidang
tersebut. Asyraf perlu mempelajari kemahiran tertentu di bidang perniagaan serta
mengikuti latihan dan kursus yang banyak ditawarkan oleh agensi kerajaan mahupun pihak
swasta. Kedua-dua faktor tersebut iaitu kemahiran dan latihan perlu dipertimbangkan
apabila Asyraf hendak memulakan perniagaannya.

Setelah beberapa bulan menjalankan perniagaan, Asyraf mendapati aliran wang tunai

beliau tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan perniagaan. Beliau cuba

mengurangkan perbelanjaan kecuali perbelanjaan tersebut bernilai tetap dan perlu dibayar

setiap bulan. Berikut adalah Penyata Aliran Tunai perniagaan Asyraf bermula bulan Januari

hingga Mac 2022.

PENYATA ALIRAN TUNAI TAHUN 2022

BUTIRAN JAN FEB MAC

RM RM RM

Baki Awal 0 44,280 39,537
Penerimaan 54000 0 0

Modal

Jualan 18,480 19,589 24,428

Jumlah Penerimaan 72,480 19,589 24,428
Pembayaran
GAJI PEKERJA 6100 6100 6100
KADAR BAYARAN 600 600 600
SEWA PREMIS
1500 1500 1500

BELIAN TUNAI 20,000 16,132 17,100
Jumlah Pembayaran 28,200 24,332 25,300
Lebihan / Kurangan 44280 X
Baki h/b 44280 39.537 (872)
Z

106

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 1)

Namun begitu keadaan ini tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berusaha dan
membuktikan tanggapan keluarganya adalah salah. Asyraf berpendapat beliau perlu
meningkatkan jumlah penerimaan berbanding pembayaran agar perniagaanya
memperolehi nilai lebihan yang baik. Beliau telah bertindak menetapkan peningkatan
sebanyak 20% dalam jumlah jualan pada setiap bulan. Ini akan dijadikan objektif yang
wajib dicapai semua pekerja terutamanya pekerja di Bahagian Fungsian Jualan. Pekerja
di Bahagian Fungsian tersebut perlu merancang dan bertindak demi kejayaan perniagaan
tersebut.

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Mengapakah Asyraf memilih untuk menubuhkan bentuk pemilikan perniagaan

tersebut? [ 4 markah ]

(b) (i) Anda bersetuju dengan pendapat keluarga Asyraf. Kemukakan alasan anda.
[ 4 markah]

(ii) Bagaimanakah dua faktor tersebut penting kepada Asyraf apabila hendak

memulakan perniagaannya? [ 4 markah ]

(c) Hitungkan nilai X dan Z yang terdapat dalam Penyata Aliran Tunai Perniagaan

Encik Asyraf. [ 4 markah ]

(d) Jelaskan peranan Bahagian Fungsian yang dinyatakan oleh Encik Asyraf dalam
memastikan objektif perniagaan yang ditetapkan tercapai.
[ 4 markah ]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

107

11 SET

T 2 KERTAS 2

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 2)

BAHAGIAN A
[50 markah]

Jawab lima soalan sahaja.

1. (a) Gambar 1 menunjukkan dua jenis organisasi perniagaan.

Organisasi Y Organisasi Z

Gambar 1

(i) Mengapakah organisasi Y memerlukan untung dalam perniagaannya. [3 markah]
(ii) Terangkan kaedah organisasi Z menjalankan perniagaan. [4 markah]
b) Dialog berikut berkaitan perbualan Encik Shukri dan Encik Kassim
[3 markah]
Encik Kassim : Mengapa saya lihat awak begitu risau Shukri

Encik Shukri : Saya sudah diberhentikan kerja
oleh majikan saya, kerana tugas saya sebagai
juruwang digantikan dengan penggunaan mesin
elektronik.

Jelaskan jenis pengangguran yang berlaku kepada Encik Shukri

2. (a) Jelaskan tujuan sesebuah perniagaan menetapkan misi. [3 markah]
(b) Mengapakah sesebuah perniagaan ingin meluaskan syer pasaran mereka? [3 markah]

108

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 2)

(c) Rajah 1 menunjukkan interaksi peniagaan Ceria dengan beberapa pihak luar.
.

Interaksi Interaksi agensi
pelanggan kerajaan

Interaksi Interaksi X
bank Perniagaa

n Ceria

Rajah 1 [ 4 markah]
Jelaskan interaksi perniagaan Ceria dengan X.

3. (a) Gambar 2 menunjukkan sejenis sumber yang digunakan oleh sebuah syarikat perfileman.

Gambar 2

Mengapakah sumber di atas perlu diuruskan dengan baik. [4 markah]

(b) Bezakan stok bergerak pantas dan stok bergerak pelahan. [4 markah]

(c) Jelaskan kekuatan menggunakan agensi kerajaan sebagai sumber pembiayaan. [3 markah]

4. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan satu urus niaga perniagaan di Kedai Elektrik Cerah

Tarikh Urus Niaga Butiran Urus Niaga
10 Ogos 2022 Membeli 10 unit periuk elektronik daripada Pemborong
Maju bernilai RM 1200 secara kredit.

31 Ogos 2022 Membayar sewa rumah sebanyak RM750

Jelaskan dokumen perniagaan bagi setiap urus niaga tersebut. [4 markah]

109

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 2)

(b) Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Rahimah.

Puan Rahimah, pemilik Chanteeq Trading ingin memasarkan produk
kosmetik yang dihasilkan olehnya secara atas talian untuk
memudahkan urusan perniagaan.

Terangkan aplikasi teknologi maklumat yang boleh digunakan oleh Puan Rahimah.
[4 markah]

(c) Jelaskan ciri kreatif dan inovatif sebagai satu ciri yang perlu ada pada seorang usahawan.
[2 markah]

5. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.

Puan Jamilah merupakan seorang penjual kuih muih dan nasi lemak di Taman
Wawasan. Beliau menguruskan perniagaan secara bersendirian. Perniagaannya
dibuka dari 7 pagi sehingga jualannya habis. Kebanyakan pelanggannya terdiri
daripada penduduk dari kawasan sekitar.

(i) Apakah bentuk milikan tersebut. [1 markah]
(ii) Jelaskan kelebihan bentuk milikan peniagaan Puan Jamilah. [5 markah]

(b) Gambar 3 menunjukkan dua produk keluaran Syarikat Global Berhad.

Tahun 1998 Tahun 2018

Gambar 3

Jelaskan bahagian fungsian yang berperanan membuat perubahan terhadap dua produk

Syarikat Global Berhad. [4 markah]

110

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 2)

6. (a) Maklumat yang berikut berkaitan dengan dengan ciri – ciri sesuatu produk.

Barang tidak tahan lama
Barang bernilai tinggi
Perkhidmatan profesional

Jelaskan jenis saluran agihan yang sesuai untuk mengagihkan produk tersebut. [3 markah]

(b) Mengapakah penyata pendapatan penting kepada seorang usahawan. [3 markah]

(c) Jelaskan ciri – ciri lokasi yang menjadi penyumbang untuk memulakan perniagaan. [4 markah]

111

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 2)

BAHAGIAN B

[30 markah]
Jawab dua soalan sahaja.

7. Maklumat berikut berkaitan perniagaan Syarikat V Smart Kitchen.

Syarikat V Smart Kitchen Sendirian Berhad merupakan pengeluar pelbagai kabinet dapur yang

berkualiti tinggi. Pejabat dan kilang syarikat terletak di kawasan perindustrian Sungai Petani,

Kedah. Encik Adam merupakan pengurus sumber manusia di Syarikat V Smart Kitchen Sendirian

Berhad . Beliau memegang prinsip pekerja tidak boleh diberikan kepercayaan terutama dalam

hal-hal membuat keputusan. Encik Adam juga sering membekukan cuti dan mengarahkan

. pekerjanya bekerja lebih masa demi memenuhi permintaan pelanggan dengan segera. Keadaan

ini menyebabkan beberapa orang pekerja telah mengambil tindakan untuk berhenti kerja.

Malahan terdapat juga pekerja yang mula menjalankan kerja – kerja pemasangan karbinet dapur

secara sambil lewa dan tidak kemas bagi menunjukkan tanda protes kepada pihak Syarikat. Pihak

Pengurusan bercadang untuk mengkaji semula sistem penggajian bagi membendung masalah

tersebut memandangkan syarikat telah mula menerima aduan tidak puas hati daripada

pelanggan. [3 markah]
(a) Jelaskan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Adam?

(b) Terangkan faktor – faktor yang perlu diambil kira oleh pihak pengurusan dalam menawarkan

sistem penggajian kepada pekerja -pekerjanya? [6 markah]

(c) Cadangkan tindakan yang perlu diambil untuk meningkatkan semula mutu pekerja Syarikat V

Smart Kitchen? [6 markah]

112

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 2)

8. Maklumat berikut berkaitan situasi

Cik Laila merupakan seorang pelajar lepasan Politeknik dalam
bidang penyediaan makanan. Berbekalkan modal sumbangan ibu
bapanya beliau membuka gerai menjual ayam percik dengan dibantu
oleh seorang pekerja di kawasan perumahan Bandar Laguna Sungai
Petani. Peniagaannya didaftarkan dengan menggunakan nama ‘Laila
Ayam Percik’. Sambutan yang diterima selepas 3 tahun beroperasi
adalah amat menggalakkan. Justeru Cik Laila berhasrat menambah
cawangan perniagaannya dalam masa 5 tahun akan datang.Cik Laila
percaya untuk terus menarik perhatian pelanggannya beliau perlu
membuat strategi pemasaran yang betul. Bagi mencari kelainan Cik
Laila menggunakan resipi ciptaannya sendiri untuk ayam perciknya.
(a) RJeelassikpain lparnogdkauhk– laayngakmah upneturckiCkikmLaeilnagmgeundnaaftkaarknanamrialiknagn pkearnyiaugasaennrtyaa. s[o4smarkah]
(b) pBaegraciimknanyaakamh efamktaonr gpesrsaenkigtaaratnilsutairmanedwaapatdmaennjaleyamkaankhabserartkCrimk L.aPileandgalgamun5atahun
aakkaanndadtaanpga. t menikmati ayam yang baru siap dibakar seca[5ramarkah]
(c) Htruardaiiksaion nelaelmdeannpebmoalseahramn leainnjayamngupseerlluedriabedriikpaelrahaatiyanamolenhyCaikmLaaislai.h pana[6s.markah]

9 Maklumat di bawah berkaitan dengan prestasi kewangan dua buah syarikat.

Butiran Syarikat Gagah Syarikat Bersatu
Berhad (RM)
Aset Semasa Berhad (RM)
Aset Bukan Semasa 36600 52800
Liabiliti Semasa 45000 38700
Liabiliti Bukan Semasa 19800 15300
19800 9730

(a)(i) Hitung nisbah semasa bagi kedua-dua syarikat tersebut. [4 markah]

(ii) Syarikat manakah yang akan lebih mudah membuat permohonan pinjaman?Kemukakan

alasan anda. [5 markah]

(b) Bagaimanakah syarikat yang berprestasi rendah boleh membuat penambahbaikan bagi

syarikatnya? [6 markah]

113

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 2)

Bahagian C
[20markah]
Soalan ini

wajib
dijawab

10. Perniagaan Bunga Raya merupakan sebuah perniagaan yang menyediakan
perkhidmatan cetakan digital. Di antara cetakan perniagaan ini ialah buku , majalah
, katalog dan dokumen perniagaan. Perniagaan ini beroperasi di Sungai Petani,
Kedah. Modal permulaan perniagaan ini diperoleh daripada pemilik perniagaan ini
sendiri iaitu Encik Firdaus seorang graduan dalam bidang pengurusan perniagaan.
Pelanggan utama perniagaan ini adalah warga sekolah, agensi kerajaan dan swasta
di sekitar Sungai Petani, Kulim dan Baling.

Sepanjang 7 tahun beroperasi perniagaan ini telah menunjukkan trend perniagaan
yang meningkat. Namun pada bulan Ogos yang lepas , hampir keseluruhan premis
perniagaan Bunga Raya telah musnah akibat kebakaran. Namun Encik Firdaus
tetap gigih berusaha membangunkan semula premis perniagaannya dengan
bantuan ahli keluarganya. Bagi Encik Firdaus beliau tetap tekad untuk mencapai
visi perniagaannya iaitu “Menjadi Perniagaan Pencetakan Terkemuka Di Negeri
Kedah” suatu hari nanti. Beliau yakin visi ini akan tercapai memandangkan industri
cetakan kini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Baru – baru ini peniagaan Bunga Raya telah mendapat tempahan majalah secara
serentak daripada 10 buah sekolah. Keadaan ini menyebabkan Encik Firdaus
berhasrat untuk menambah operasi perniagaannya.Bagi menambahkan modal
perniagaan, beliau telah mengenalpasti dua buah bank untuk mendapatkan
pembiayaan. Berikut adalah maklumat pinjaman yang ditawarkan oleh kedua – dua
buah bank tersebut:

Butiran Pinjaman Bank Impian Berhad Bank Wawasan Berhad
Jumlah Pinjaman RM 20 000 RM 20 000
Tempoh pinjaman 7 tahun 10 tahun
Faedah pinjaman setahun 4.8 % ( kadar berubah) 5.6 % ( kadar tetap)
Cagaran Tiada Ada

Melihat kejayaan yang dicapai oleh Encik Firdaus sahabatnya Encik Farid
menawarkan diri untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan Bunga Raya. Encik
Farid merupakan sahabat lama Encik Firdaus yang berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Maklumat. Encik Firdaus masih mempertimbangkan tawaran
tersebut memandangkan beliau selama ini menguruskan perniagaan Bunga Raya
secara bersendirian. Menurut Encik Farid perniagaan Bunga Raya boleh
berkembang lebih pesat dengan menambah produk cetakan pada pakaian dan
barangan cenderamata. Namun Encik Firdaus perlu bijak menggunakan
kemudahan teknologi.

115

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 2 (SET 2)

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Jelaskan skala perniagaan Bunga Raya. [3 markah]

(b) Terangkan ciri – ciri usahawan yang terdapat pada Encik Firdaus.
[4 markah]

(c) Cadangkan bank yang patut di pilih oleh Encik Firdaus. Kemukakan alasan

anda. [4 markah]

(d) Sejauhmanakah anda bersetuju agar Encik Firdaus menerima Encik Farid

sebagai rakan kongsi? [5 markah]

(e) Bagaimanakah kemudahan teknologi mempengaruhi produktiviti pengeluaran

perniagaan Bunga Raya? [4 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

115

12 SE
(CA

ET KERTAS 1
ALON HALUS)

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 1 (SET PELAJAR HALUS)

1. Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?
A. Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
B. Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan

2. Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal?
A. Perniagaan kekal berterusan
B. Keputusan adalah hak pemilik

3. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan.
• Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 1978)
• Kerjasama antara dua atau lebih individu
• Setiap ahli menggabungkan modal, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan

Apakah bentuk pemilikan tersebut?
A. Perkongsian
B. Milikan tunggal

4. Rajah berikut berkaitan dengan prinsip suatu bentuk pemilikan perniagaan.
Pemilikan Q

Prihatin terhadap Keanggotaan Kebebasan
komuniti sukarela autonomi

Apakah Pemilikan Q?

A. Perkongsian
B. Koperasi

5. Carta berikut berkaitan prosedur mendaftarkan perniagaan
Mengisi Borang II III
Carian Nama

Borang D IV

Apakah langkah II ?
A Mengisi Borang A
B Menghantar Borang kepada SSM

116

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 1 (SET PELAJAR HALUS)

6. Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.

• Mudah ditubuhkan dan mudah diurus
• Dikenakan cukai individu
• Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik

Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?

A. Maju Jaya Enterprise
B. Perniagaan Razi dan Rakan – rakan

7. Perbezaan manakah yang betul tentang Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat
Awam Berhad?

Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
A. Saham tidak boleh diurus niaga di Saham boleh diurus niaga di Bursa
Malaysia
Bursa Malaysia Laporan kewangan tidak perlu
B. Laporan kewangan akan diumumkan kepada orang ramai

diumumkan kepada orang ramai

8. Pilih pernyataan yang benar berkaitan francais.

Francaisor Francaisi
A. Memiliki hak asal jenama produk Risiko kegagalan perniagaan
rendah
B. Pengalaman berniaga tidak Melibatkan jenama terkenal dan
diperlukan jaringan luas

9. Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?

A. Membayar fi tertentu kepada francaisor
B. Melakukan promosi

10. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
• Perkongsian strategik antara dua syarikat
• Perniagaan diuruskan sehingga tercapainya objektif

Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
A. Usaha sama
B. Perkongsian

117

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 1 (SET PELAJAR HALUS)

11. Gambar berikut menunjukkan logo suatu bentuk pemilikan perniagaan.

Logo Gardenia Sdn. Bhd.

Antara yang berikut, yang manakah ciri pemilikan perniagaan tersebut?
I Saham syarikat diniagakan di Bursa Malaysia
II Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
III Ahli menanggung liabiliti terhad
A. I dan II
B. II dan III

12. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri – ciri koperasi?
I Ahli mempunyai kepentingan yang sama
II Anggota koperasi menanggung liabiliti tidak terhad
III Setiap anggota berhak membuat keputusan
A. I dan III
B. II dan III

13. Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?
A. Menjual ketam di tepi sungai
B. Menternak udang dalam kolam

14. Rajah berikut berkaitan dengan sektor perniagaan

Sektor Primer

Sektor Perniagaan Sektor X

Sektor Tertier

Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?
A. Pembinaan jambatan
B. Perlombongan emas

118

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 1 (SET PELAJAR HALUS)

15. Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan perkilangan
berdasarkan saiz.

I II
Jualan tahunan RM300 000 hingga Bilangan pekerja tetap 75 orang
kurang daripada RM15 juta. hingga kurang daripada 200 orang

Klasifikasi saiz manakah yang tepat?

I II

A. Sederhana Besar

B. Kecil Sederhana

16. Maklumat berikut menunjukkan dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

• Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP)
• Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Antara yang berikut manakah merupakan bidang kuasa pihak PBT tersebut?
I. Menggubal undang-undang kecil berkaitan dengan perniagaan.
II. Menguatkuasakan semua undang-undang jalan raya di sesuatu kawasan.
III. Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat

A. I dan II
B. I dan III

17. Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran
perniagaan?

Faktor Dalaman Faktor Luaran
A. Ekonomi Undang – undang
B. Sumber manusia
Politik

18. Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya inflasi?

I Peningkatan tinggi permintaan berbanding penawaran barang
II Peningkatan tinggi penawaran berbanding permintaan barang
III Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan

A. I dan II
B. I dan III

119

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 1 (SET PELAJAR HALUS)

19. Pernyataan di bawah berkaitan dengan pengangguran

Keadaan ini berlaku apabila ekonomi mengalami kemelesetan. Pada masa
ini majikan tidak mampu membayar gaji pekerja dan terpaksa mengurangkan
bilangan pekerja.

Apakah jenis pengangguran yang sesuai dengan pernyataan di atas ?
A. Pengangguran Kitaran
B. Pengangguran Struktur

20. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sebuah perniagaan.

Syarikat Sejati Sendirian Berhad menyasarkan pengeluaran sebanyak 200 000
botol sos pada tahun 2021. Pada hujung tahun 2021, hanya sebanyak 150 000
unit botol sos yang berjaya dikeluarkan.

Apakah ciri objektif yang gagal dipenuhi oleh Syarikat Sejati Sendirian Berhad?
A. Boleh dicapai (Attainable)
B. Boleh diukur (Measureable)

21. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan objektif perniagaan ?
A. Dicapai dalam jangka pendek.
B. Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

22. Puan Mimi merupakan seorang pekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat.
Apakah tugas beliau?
A. Meningkatkan tahap pengeluaran produk
B. Menyelia fail dan dokumen syarikat

23. Rajah berikut berkaitan dengan peranan suatu bahagian fungsian.

Kawalan Kawalan Kawalan
Awalan Semasa Selepas

Bahagian fungsian yang manakah terlibat?

A. Pengagihan
B. Pengeluaran

120

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 1 (SET PELAJAR HALUS)

24. Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi
perniagaan.

• Menyediakan sebut harga
• Memberi khidmat teknikal kepada pengguna

Apakah bahagian fungsian tersebut?
A. Jualan
B. Pengagihan

25. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bagi suatu bahagian fungsian.

Bahagian Fungsian Peranan
P Memastikan keselamatan sistem

Apakah P?
A. Khidmat pelanggan
B. Teknologi maklumat dan komunikasi

26. Apakah kelebihan e-dagang kepada peniaga?
A. Mengurangkan persaingan
B. Meluaskan liputan pasaran

27. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian.

• Menyediakan faedah perubatan untuk staf dan ahli keluarga
• Mewujudkan sistem kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan
• Mengadakan program latihan pembangunan kerjaya

Apakah bahagian fungsian yang bertanggungjawab terhadap perkara – perkara
tersebut?
A. Kewangan
B. Sumber manusia

28. Encik Mahfuz menghadapi masalah kemerosotan jualan akibat lambakan produk
baharu yang lebih berkualiti dan menarik di pasaran.
Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah
tersebut?

A. Pengeluaran
B. Penyelidikan dan pembangunan

121

K@MPoI (PERNIAGAAN) KERTAS 1 (SET PELAJAR HALUS)

29. Jawatan manakah yang terlibat dalam bahagian fungsian kewangan?
A. Penyelia jualan
B. Pegawai kredit

30. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian dalam aktiviti
perniagaan.
• Menentukan pemilihan pembekal
• Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang
Apakah bahagian fungsian yang terlibat?
A. Pengeluaran
B. Pembelian

31. Apakah aplikasi teknologi maklumat yang digunakan untuk membuat tempahan
dan pengesahan pembelian barangan?
A. e-dagang
B. e-pemasaran

32. Bahagian fungsian manakah yang dapat membantu peniaga menjual produknya
secara atas talian?
A. Teknologi maklumat dan komunikasi
B. Pemasaran

33. Apakah kepentingan yang diperoleh oleh peniaga yang berinteraksi dengan
organisasi luar?
I Menambah sumber perniagaan
II Mewujudkan jaringan perniagaan
III Menggunakan dokumen perniagaan dengan cekap
A. I dan II
B. I dan III

122


Click to View FlipBook Version