©Kolej Komuniti Tawau, 2018
Hakcipta Terpelihara
Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, fotokopi, gambar, rakaman
dan sebagainya tanpa mendapatkan kebenaran bertulis.
eISBN 978-967-16263-0-6
Penerbit
Unit Penyelidikan dan Inovasi (RnI)
Kolej Komuniti Tawau
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Perdana Square Commercial Centre
Batu 4, Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah
Tel : 089-913400
Fax : 089-914201
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Prakata
IDEA’S Penulisan Ilmiah merupakan penerbitan Kolej Komuniti Tawau, Sabah dalam usaha
membudayakan penulisan ilmiah dalam kalangan warga Kolej Komuniti ke arah
kecemerlangan diri dan kerjaya. Selain itu, IDEA’S boleh menjadi wahana transformasi
pendidikan dalam TVET antara kolej dengan masyarakat, atau orang-orang yang berminat
membacanya. Seterusnya, IDEA’S ini secara tidak langsung akan melonjak nama kolej komuniti,
khususnya Kolej Komuniti Tawau, Sabah di arena penerbitan penulisan ilmiah serta
menghasilkan teknik-teknik PdP yang berinovasi. Di samping itu, IDEA’S juga berjaya membina
jaringan antara warga kolej komuniti di Sabah dan Sarawak dalam meningkatkan
pengetahuan dan pencambahan idea.
IDEA’S edisi pertama ini boleh menjadi batu loncatan untuk menggalak dan membudayakan
penulisan ilmiah dalam kalangan warga kolej komuniti di negeri Sabah ke arah kecemerlangan
diri, kerjaya dan organisasi. Selanjutnya, IDEA’S boleh menjadi rujukan untuk meningkatkan
keyakinan dan kompetensi para pensyarah dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang
berkualiti dan berkesan. Inisiatif pengumpulan bahan-bahan bagi penyediaan penerbitan ini
amat bermakna dalam menyuburkan budaya perkongsian ilmu dalam dalam bentuk penulisan
dalam kalangan warga pendidik kolej komuniti amnya, khususnya kolej komuniti di Sabah dan
Sarawak. Dalam merealisasikan penghasilan buku ini, Unit Penyelidikan dan Inovasi (RnI) Kolej
Komuniti Tawau, Sabah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para penulis dari kolej
komuniti negeri Sabah dan Sarawak serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah
menyumbangkan artikel untuk penerbitan ini. Diharapkan lebih banyak lagi sumbangan artikel
dapat disumbangkan pada terbitan akan datang.
Akhir kata, semoga penerbitan IDEA’S ini akan memberi manfaat kepada warga pendidik
dalam memperkayakan lagi khazanah ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang
dimiliki oleh para intelektual ke arah kesejahteraan masyarakat.
Nur Angriani binti Nurja
Unit Penyelidikan & Inovasi (RnI)
Kolej Komuniti Tawau
Kementerian Pendidikan Malaysia
i
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
KATA ALU-ALUAN
SEUNTAI KATA SERAUT BAHASA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan
rahmat serta izinNya, IDEA’S Penulisan Ilmiah 2018
telah berjaya diterbitkan. Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih
dan tahniah kepada Unit Penyelidikan dan
Inovasi (RnI) Kolej Komuniti Tawau, Sabah di atas
kesungguhan dan usaha dalam menjayakan
penerbitan IDEA’S ini. Sekalung penghargaan
dan ucapan jutaan terima kasih kepada para penulis yang telah menyumbang artikel dan
penulisan untuk dizahirkan dalam IDEA’S. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada para panel penilai yang telah memberi sumbangan, kerjasama dan
meluangkan masa untuk menyemak semua artikel penulisan ilmiah sempena penerbitan IDEA’S.
Semoga ukhuwah dan kolaborasi ini berkekalan pada masa akan datang.
Sepanjang proses penyediaan IDEA’S ini dapat kita sama-sama perhatikan sejumlah idea serta
sumbangsaran dengan elemen inovasi serta kreativiti berjaya ditonjolkan dalam kalangan
pensyarah institusi pengajian tinggi, khususnya kolej komuniti negeri Sabah dan Sarawak. Kolej
Komuniti Tawau, Sabah dengan sedaya upaya cuba menyediakan pentas untuk warganya
berkarya serta mencurahkan segenap kreativiti dan daya inovasi yang terpendam untuk
dimanfaatkan demi kepentingan perkhidmatan keseluruhannya.
Akhir kata, sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan IDEA’S
Penulisan Ilmiah ini.
Syabas!
Mohammad Rashid bin Saad
Pengarah
Kolej Komuniti Tawau
Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
SEKAPUR SIRIH
SEHALUS BICARA MERUNGKAI KATA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T & Salam Muhibah
Alhamdulillah, rasa syukur dan puji-pujian dapat
dizahirkan kepada-Nya memandangkan IDEA’S
Penulisan Ilmiah berjaya diterbitkan pada tahun
ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
tahniah kepada Unit Penyelidikan dan Inovasi
(RnI) Kolej Komuniti Tawau, panel-panel penilai
dan para penulis yang berkorban masa, tenaga
dan idea bagi memastikan IDEA’S Penulisan
Ilmiah ini dapat diterbitkan dengan jayanya.
IDEA’S Penulisan Ilmiah merupakan penzahiran
yang menunjukkan kepentingan melaksanakan perubahan dalam bidang pendidikan di mana
amalan penulisan tentang PdP, penyelidikan dan inovasi dalam kalangan para intelektual kini
perlu seiring dengan ledakan teknologi serta isu atau cabaran dalam bidang pendidikan.
Justeru, IDEA’S amat signifikan dalam usaha untuk melestarikan budaya ilmu ke arah
kesejahteraan masyarakat dalam kalangan pensyarah. Penulisan ilmiah tentang pelaksanaan
penyelidikan dan inovasi menuntut warga akademik kolej komuniti untuk berfikiran lebih terbuka
serta sentiasa dinamik dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan
untuk diadaptasi di dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Akhir kalam, saya percaya IDEA’S merupakan satu simbol pembudayaan penulisan yang
memberi fokus dalam PdP, penyelidikan dan inovasi di kalangan warga pendidik kolej komuniti,
khususnya di Sabah & Sarawak. Pendekatan ideal melalui IDEA’S diharap menjadi titik tolak
kepada pengukuhan budaya penulisan ilmiah dan kreatif dalam warga akademik Kolej
Komuniti Tawau, Sabah.
Sekian, terima kasih.
Ts. Mohd Zulhasnan bin Mat
Timbalan Pengarah (Akademik)
Kolej Komuniti Tawau
Kementerian Pendidikan Malaysia
iii
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Sekalung Penghargaan
Barisan Panel Penilai IDEA’S Penulisan Ilmiah 2018
Prof. Madya Dr. Lai Chee Sern
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Prof. Madya Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Prof. Madya Dr. Adnan Zainorabidin
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Prof. Madya Dr. Anita binti Abdul Rahman
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Prof. Madya Mohamadu Boyie Jalloh
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Dr. Yusmarwarti binti Yusof
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Dr. Marlina binti Mohamad
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Dr. Azman bin Hassan
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Dr. Lee Ming Fong
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
Dr. Masni binti Mat Yusoff
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Dr. Zul’azmi bin Yaakob
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dr. Sharon Kwan Sam Mee
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Dr. May Liu Siaw Mei
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
iv
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Kandungan i
ii
Prakata iii
Kata-kata Aluan iv
Sekapur Sirih
Penghargaan
Bil Tajuk Penulisan
1 A Study of street plants and micro-climate at urban street area 1
Mohd Arami bin Md. Jais
2 Penggunaan bahan bangunan bagi penjimatan tenaga 11
Rabeah binti Md. Zin
3 Konsep reka bentuk mampan untuk lanskap taman 17
Azhar bin Yaakub, Mohd Faizal Effendy bin Zakaria
4 Migrasi dan menerbit laman web ke server 26
Suzila Farni binti Mohamad Ibrahim
5 Penggunaan aplikasi EDMODO dalam membantu pengajaran dan pembelajaran di kolej komuniti 37
Zulkurnain bin Hassan
6 Perception on Sabah Island Tourism: A case of Tunku Abdul Rahman Marine Parks 45
Edi Rizal Kassim, Chang Vui Seng Wilson, Lucas Kee
7 Tinjauan pelaksanaan ibadah dalam pelancongan 52
Rizuan bin Zainal, Zakina Izienty binti Zainal, Mahadi bin Ripin
8 Kajian pembangunan produk biskut butter udang kering (BiBUK) sebagai produk biskut 64
berasaskan hasilan laut
Welzan Saimon, Rozita binti Mohd Jamil, Nurul Qistina @ Christina Khoo
9 Kajian pembangunan produk sweet & spicy sos cili cempedak (SosCEM) sebagai produk 69
sos baru
Welzan Saimon, Nurul Qistina @ Christina Khoo, Rozita binti Mohd Jamil
10 Role plays as utensil in comprehending English courses: 75
A case study in Lahad Datu Community College
Nurul Qistina @ Christina Khoo, Welzan Saimon, Rozita binti Mohd Jamil
v
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Bil Tajuk Penulisan
11 Mengenali gangguan seksual 88
Azizi Yahaya, Sharon Kwan Sam Mee, Ismail Maakip, Peter Voo
12 Personal Solving Card (PSC) sebagai alternatif alat bantu aktiviti perhubungan menolong 94
Nur Angriani Nurja, Zarina Samin
13 Andragogi di kolej komuniti 102
Liu Tse Hui, Nazrina binti Bakar, Hayati binti Ibrahim
14 Pengurusan stress dalam organisasi 108
Mohd Zulhasnan bin Mat, Nur Angriani Nurja, Chang Vui Seng Wilson
15 Keperluan terhadap penyelidikan dalam kebudayaan dan jurang gender di kalangan 119
graduan pendidikan TVET hospitaliti
Norharnani Zulkifli, Noraizah binti Mhd Sarbon
16 Peranan pensyarah dalam mempengaruhi motivasi pelajar melalui modul Pengajian Malaysia 1 125
Lenny Lai Mei Lan, Wee Chiau Yen
17 Persepsi pelatih: Keberkesanan program Kursus Pendek Pastri Bermodul di Taman Sri Puteri 131
Liu Tse Hui, Nazrina binti Bakar
18 Pelaksanaan Outcomes Based Learning (OBE) dalam pengajaran dan pembelajaran 137
Zulkurnain bin Hassan
19 Gangguan dan masalah komunikasi berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran 145
Munirah binti Yahya, Haslinda binti Jama'in
20 Keberkesanan pelaksanaan pengambilan tiga kali setahun di Kolej Komuniti Santubong 152
Wee Chiau Yen, Mira Faizura binti Narawi, Mohd Huzaifah Bin Abdullah
21 Halangan dan gangguan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik 158
darjah serta cara menangani
Lucas Kee, Edi Rizal Kassim, Chang Vui Seng Wilson
22 Membudayakan persekitaran kerja yang positif 169
Shirley Phillip, Mira Faizura binti Narawi, Suharyati binti Sulaiman
vi
IDEA’S Penulisan Ilmiah 175
Integration Diversity, Education and Sustainability
182
Bil Tajuk Penulisan 190
197
23 Peranan pensyarah ke arah komunikasi berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran 204
di kolej komuniti 212
Haslinda binti Jama’in, Munirah binti Yahya 219
229
24 Psikologi pembelajaran kontekstual dan pengaplikasiannya di kolej komuniti 235
Zulkurnain bin Hassan 244
253
25 Faktor galakan kesukarelawanan dalam kalangan warga kolej komuniti
Mira Faizura binti Narawi, Shirley Phillip, Suharyati binti Sulaiman
26 The acceptance of agriculture among youth
Siti Nurjiah binti Abdullah
27 Strategi promosi untuk pengambilan pelajar di kolej komuniti
Nurul Anith binti Abu Bakar, Edi Rizal Kassim, Chang Vui Seng Wilson
28 Komunikasi dalam pengurusan organisasi
Suharyati binti Sulaiman, Shirley Phillip, Mira Faizura binti Narawi
29 Kepuasan majikan terhadap prestasi pelajar latihan industri Program Sijil Kulinari, KKBS
Mohd Zulhasnan bin Mat, Nur Angriani Nurja, Noraizah binti Mhd Sarbon
30 Ulang kaji pantas 24 jam sebelum peperiksaan
Mohd Fairus bin Sulaiman
31 Pokok Tin, Pohon Syurga
Mohd Huzaifah bin Abdullah, Mira Faizura binti Narawi
32 Kepuasan bekerja dalam sesebuah organisasi
Chang Vui Seng Wilson, Nur Angriani Nurja, Mohd Zulhasnan bin Mat
33 Modul MPU 1421 Ko-kurikulum (Sukan) : Aplikasi 5 prinsip Taekwon-do ITF dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran
Nurul Anith binti Abu Bakar, Muhammad Afiq bin Basiron
vii
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
A study of street plants and micro-climate at urban street area
Mohd Arami bin Md Jais
Kolej Komuniti Penampang
1
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Abstract
The research is focusing on urban street in attempt to understanding the physical characteristic of
street which affecting the urban heat island. An urban street is important to connect human
society as a networking medium to interact and moves from one place to another. Adopting
comparative study purposely to compare two urban street, Jalan Bukit Bintang and Jalan PJU8/1
with similar criteria; orientation, width and length and site context while differ on plants density
and man-made material usage along the street. The fieldwork involving collection of
environmental data (temperature, relative humidity, sun radiation and wind) and observation on
trees characteristic was carried out during data collection processes. The comparison is
combining in a form of graph to show the pattern from the data gathered. From the results shows
Jalan PJU8/1 has lower temperature and consistency throughout the day but Jalan Bukit Bintang
has higher temperature with range of differences is between 1°C-5°C. Furthermore, higher
percentage in relative humidity at Jalan PJU8/1 (70%) than Jalan Bukit Bintang (67%) because
of high number of trees planted along the street. Fewer trees planted and more hard surfaces
install along Jalan Bukit Bintang decrease the percentage of relative humidity. From the detail
observation on plants characteristic, plants suitability in urban areas are achieved to be a
guideline in order design urban landscape in urban area. The plants characteristic such as tree
location, leaf shape, foliage texture and crown shape are evaluated to address the suitability of
plants in urban areas.
1. Introduction
This study aims to deliberate on the condition of urban streets in the city centre which has
lead to the increases of urban temperature. For that reason, this research is introduced to create
an understanding on microclimate and street plants element within urban streets particularly in
Kuala Lumpur. Focus is made on urban streets as it plays a vital role in creating a linkage from
the city centre to other areas. Bukit Bintang is notorious for being one of the congested areas in
Kuala Lumpur. Jalan Bukit Bintang is renowned with its commercial activities such as shopping
malls, hotels, offices, food restaurants and shops. It goes without saying that commercial centers
attract high number of users not only during weekend but also on weekday. Transportation
networks either road network or train network is sufficient to transport people from other places
2
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
to come to Jalan Bukit Bintang. Human activities at Jalan Bukit Bintang attract high number of
users that comprise of pedestrian, vehicle users and the use of the streets in Jalan Bukit Bintang
may influence the study. Jalan PJU8/1, Damansara Perdana is the second site area chosen due to
the similarities in physical condition that can be compared in this study. The street itself is fully
utilized by commercial center and apartments along the street. The width consists with four lanes
of two-way road which easier to compare with Jalan Bukit Bintang.
3.1. Urban Street
Based in Aguado et al. (1999), ‘street’ can be defined as a public road in a city, town or
village usually running between two lines of houses or the other buildings. Street also can be
described into other terms such as path, avenue, highway, route, road, boulevard, mall and
promenade carries similar meanings (Arnfield, 2003). According to Bradshaw et al. (1995), the
concept of a street is a product of a city that acts as urban function from its role, meaning and
function. Street is the bridge between spaces and places, as well as being spaces themselves and
can be divided into two main precedents which are hard space and soft space (Brown & DeKay,
2001).
3.2. Climate Influence in Urban Street
Based on Brown & DeKay (2001), building control access to the resources of sun, wind
and light and have major impact on reducing or magnifying the heating, cooling and lighting the
temperature in urban area. In other words, buildings play an important role in influencing the
climate condition in urban setting. However, according to Brown & DeKay (2001), factors thet
influences the urban street depends on the ratio of blockage between street and buildings, height
of surrounded buildings, organization of the city itself, reflection of surface and also the types of
material used. The space formed by the street and building walls on either side is called “urban
canyon” (Brown & DeKay, 2001). However, based on Coley et al. (1995) climate influences in
urban street can be divided into several factors, which is:
i. Location and orientation;
Densely building located near to each other give self-shading to the urban streets shape
and orientation;
3
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Tall building creates turbulent downward air flows towards street level and benefit hot
humid climates in increasing comfort and cooling in the streets.
ii. Grid organizations;
According to Coley et al. (1997), the orientation and layout of streets gives a significant
effect on microclimate around the buildings and also on access to sun and wind for use
surrounding.
iii. Dispersed and compact organization; and
A loose urban pattern helps to maximizing the cool breezes in especially in hot and
humid region. Usually in urban settings, the organization of building sets where the tall
buildings on narrow street protects the most while low rise building with wider street
promotes wind movements.
iv. Surface temperature in material usage.
Based on Coley et al. (1997), the surface temperature of a material is dependent on both
abilities to reject solar radiation and its ability to release heat to the environment that has
been absorbed.
3.3. Plants in Urban Street
As mentioned in Bradshaw et al. (1995), implementation of trees in the commercial
centre, housing area, industry, transportation hub and open spaces is lacking due to the removal
of natural vegetation then the new plants to be planted is costly. Besides that, maintenance of
trees costly in term of watering, pruning the canopy and cutting the branches gives high
possibility to reducing percentage of plants in urban setting (Bradshaw et al., 1995). However, as
outlined by Eisner et al. (1993), functions of trees in urban setting are identified into two major
aspects, which are:
i. Architectural aspect; and
According to Eisner et al. (1993), trees used to enhance the buildings, to add grandeur
vistas and to soften the harshness of roads.
ii. Climatic aspect.
Naturally, the architectural form of trees benefits human such as trees can lower the
prevailing wind speed, provide protection from hot sun and remove dust and pollutants
4
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
(Eisner et al., 1993). Moreover, trees also may help to reduce noise with its ability to
absorb noise.
2. Methodology
The research and methodology adopted in achieving the aim and objectives of the
research. Thus, comparative study approaches are selected to create comparison between street
that similar criteria but different in physical characteristics – trees density and materials usage
along the street (Melville, 2004). The fieldwork involving collection of environmental data
(temperature, relative humidity, sun radiation and wind) and observation on trees characteristic
and types of materials uses was carried out during data collection processes (Moughtin, 2003).
Gathered relevant information as it’s further supported by computer analyzing in comparing the
case study area located at Jalan Bukit Bintang and Jalan PJU8/1.
Data collection is conducted on 17th and 18th January 2016 (Saturday and Sunday) at 8.00
a.m. until 6.00 p.m. before starting the data collection, all instrument and equipments been
checked to ensure all the devices are well functioning. The instrument is the checklist, digital
camera to recording purposes, digital Lux thermometer to record the sun intensity during
daytime, digital thermometer and relative humidity device to track the temperature and relative
humidity on the site. The data was taken in every 30 minutes’ interval from 8.00 a.m. until 6.00
p.m. and all the value from the devices were recorded onto prepared checklist form. On the
visual observation, the elements exist was identified and captured including the streetscape
element, plants type and numbers to ensure the information will influence the analysis process.
The data entry was screened out and analyzed in order to obtain the essence that leads towards
the achievement of the aim and the objectives of this research. The data collected during the
fieldwork been assembled and the quantitative data gathered was analyzed and represented in
statistical form to show the pattern of climate variables of the site.
5
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
3. Climatic Findings and Analysis: Jalan PJU8/1 and Jalan Bukit Bintang
3.1. Temperature
Pattern of dry bulb temperature (DBT) throughout the day from 1100 a.m. until 1630
p.m. of average reading temperature shows a consistency pattern with relatively small deviation
for both case study; Jalan PJU8/1 is at 1430 which is 40ᵒC while the highest reading for Jalan
Bukit Bintang appears during 1530h which is 36ᵒC. Furthermore, the lowest reading shows for
Jalan PJU8/1 is 1630h (28ᵒC) while 1100h (30ᵒC) appears as the lowest at Jalan Bukit Bintang. A
consistency occurs at both case study areas in between 1100h until 1400h which average
temperature between 30ᵒC-35ᵒC. At Jalan PJU8/1, starting from 1430h the increasing of
temperature represents the highest reading throughout the day but no consistency increase after
this hour.
The reading temperature decreases gradually with small deviation after 1430h appears
until 1630h. At the same time, for Jalan Bukit Bintang shows consistency in increment of
temperature from 1430h until 1530h while small deviation temperature decreases towards
evening. Thus the high temperature (>35ᵒC) observed for both case studies area during 1400h to
1500h. however, Jalan Bukit Bintang shows a consistency on higher temperature than Jalan
PJU8/1. From the results, Jalan Bukit Bintang temperature captured high throughtout the day and
shows a consistency in increament as the sun penetrates during the daytime. However, at Jalan
PJU8/1 captured the highest and lowest temperature reading.
3.2. Relattive Humidity
Based on the analysis, relative humidity readings taken by 30 minutes’ interval at Jalan
Bukit Bintang and Jalan PJU8/1 shows a different pattern as observed throughout the day.
Inconsistency of relative humidity for both area shows relative humidity is change in time. For
Jalan PJU8/1, most of the reading took are higher than Jalan Bukit Bintang in between 1100h to
1430h. however, towards evening readings of Jalan PJU8/1 are decreasing while Jalan Bukit
Bintang is increasing towards evening. The highest reading for relative humidty is 70% on 1330h
at Jalan PJU8/1, while lowest reading for relative humidity is 67% on 1630h (evening) while
lowest reading is 34% on 1500h at Jalan Bukit Bintang. From the analysis, Jalan PJU8/1 shows
6
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
higher percentage in relative humidity than Jalan Bukit Bintang due to high number of plants is
planted along the street that influences the environmental reading. Trees along the street protect
the environment to decrease the temperature. It can be concluding that existence high density of
plants can increase the relative humidity at urban area as well as reducing the temperature.
3.3. Solar Radiation
Jalan Bukit Bintang shows instability pattern of sun radiation throughout the day along
the street. To adding, Jalan PJU8/1 pattern of line graph shows increasing of reading until noon
(90ᵒ sun) then deviate towards late evening. From the result obtained, Jalan PJU8/1 received
more sunlight than Jalan Bukit Bintang which obtained higher reading during data collection.
However, highest reading solar radiation on 1430h at Jalan Bukit Bintang – with reading 715
lux. In addition, highest reading for Jalan PJU8/1 is on 1430h with reading 690 lux. For both
case study area, the most sun penetrates to the urban street is between 1400h to 1500h. numerous
reading obtained from data collection shows no sun radiates few hours which are 1230h, 1300h,
1530h, 1600h and 1630h that carries reading 0 lux. from the result shows, the areas are shaded
from sunlight sunlight to penetrates to the street. Along the street, it is surrounded by high rise
buildings. Thus, sunlight cannot penetrate directly to the urban street because it is obstructed and
light is filtered before it reaches to the street.
Based on design strategies, the daylight envelopes tend to produce street-oriented
building of high site coverage. Whenever the solar envelopes are concerned with access to
direct-beam sunlight, thus it determined by sun angles and daylight envelopes protects access to
light [4]. From the observation, building heights and daylight envelope consideration at both case
study area creates a sun angle that obstruct the sunlight access directly to the site. While for Jalan
Bukit Bintang, its received less access direct light caused by narrower street and building are
close to each other than Jalan PJU8/1 that creates different cutting angle of shades.
3.4. Wind Flows
It is summarized that Jalan Bukit Bintang breezier than Jalan PJU8/1. From the results
gathered, 59% of wind blowing with speed between 0.6 to 1.5 m/s, while Jalan PJU8/1 is 18% of
wind blowing with speed between 0.6 to 1.5 m/s. Its proved that Jalan Bukit Bintang has more
7
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
consistency on breezy wind air blow throughout the day. In addition, Jalan PJU8/1 wind speed is
less than 0.5 m/s which is calmer than Jalan Bukit Bintang. The percentage of calm wind
blowing at Jalan PJU8/1 is 55% than Jalan Bukit Bintang is 33% of wind flow. Furthermore,
Jalan PJU8/1 wind blow are varies in speed throughout the day where 18% of wind between 1.6
to 2.5 m/s and 9% of wind speed between 3.6 to 4.5 m/s, while Jalan Bukit Bintang 8% of wind
speed between 1.6 to 2.5 m/s and no wind blowing exceed 2.5 m/s is identified during the data
collection. From the observation, data gathered shows wind flow from various angle.
However, prevailing wind flow for Jalan Bukit Bintang comes from the north west
(50%), south west and south east (16.7%) and south and west (8.3%). Wind flow pattern from
morning to evening is change in time where in the morning comes from north west and towards
evening wind flows from south west and south east. Additionally, Jalan PJU8/1 wind flow
pattern also change in time from morning to evening which in the prevailing wind flows from
north east and evening flows from south west. The most significant wind flows at Jalan PJU8/1
from north east (33%) south west (16.7%) and west (8.3%).
4. Softscape Findings
The data collected generally to identify softscape elements such as groundcover, shrubs
and trees to evaluate the trees functionality towards the outdoor urban environment (Oke, 1981).
Softscape evaluation are based on three form, three canopy, leave density and also aesthetic.
From the detail observation on plants characteristics, plants suitability in urban areas is achieved
to be guideline in order to designing the urban landscape.
5. Recommendations and Implications
From the conclusion, the more trees planted along the street, the cooler temperature of
outdoor urban environment. Creating a sustainable city in order to greening the city with plants is
the newest trend in built environment industry. There are many technologies invented by
designer to meets the idea of greening the city as well as to encounter issues of global warming
occurs today. The approach to create a sustainable street design is proposing a green corridor
along the street. The idea of implementing green corridors allocates types of design urban
landscape along the street such as eco parks, ecological parks, linear parks and green spines
8
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
(Oke, 1982). Pedestrian walkway and road are the main elements along the street at outdoor
urban environment.
Building heights and trees are the medium to shield street from radiate heat. Other than
that, urban streetscape element design can be upgraded to meets the concept of sustainable city.
Latest technologies permit designers to create an innovative and creative design for streetscape
element to solve the UHI issues. The current trend is creating roof tops garden and creating
vertical garden are the invention that benefits the outdoor urban environment in order to help
reducing impact of UHI (Simonds, 1993). This kind of approaches does not neglect development
in urban areas and still guaranteed the health of environment. The approach covering the street
furniture with groundcovers covered the man-made material from expose to the sun as well as
give natural setting while users using it. Vertical garden is one of the approaches to cover wall
that expose to the direct sunlight. A vertical garden increases the sense of interest in outdoor
environment as it using various types of plant like groundcover to create a garden by using the
leaf texture, colors and organization (Taha et al., 1988).
Other than vertical garden, roof top garden also one of the method to protect urban
elements from sun exposure. The approach reducing the admittance of heat that transferred by
man-made material. Besides that, climbers also used to weave with the panels of the bus shelter.
The possible variation of combining the evergreen and deciduous plants can provide maximum
shade during the sunny day. Small slivers of planting area allow the plant to ‘touch down’
doesn’t obstruct on the pedestrian setting but the panels become both functional and beautiful.
9
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
References
Aguado, R., Castro, J.M., Company, M., & de Gea, G.A. (1999). Aptian Bioevents-An integrated
biostratigraphic analysis of the almadich formation. Inner Prebetic Domain, SE Spain.
Arnfield, A.J. (2003). Two decades of urban climate research: A review of turbulence, exchanges
of energy and water, and the urban heat island. International Journal of Climatology, 23,
1 – 26.
Bradshaw, H.D., Jr., S.M. Wilbert, K.G. Otto, & D.W. Sche- ske. (1995). Genetic Mapping of
Floral Traits Associated with Reproductive Isolation in Monkeyflowers (Mimulus).
Nature.
Brown G.Z., & DeKay M. (2001). Sun, wind, and light: Architectural Design Strategies (2nd ed.).
John Wiley, New York.
Coley, R.L., Kuo, F.E., & Sullivan, W.C. (1997). Where does community grow? The social
context created by nature in urban public housing. Environment and Behaviour, USA.
Eisner, S., Gallion, A. & Eisner, S. (1993). The urban pattern (6th ed.). John Wiley & Son,
Canada.
Melville, K. (2004). Concrete jungle good for plants. Retrieved from
http://www.scienceagogo.com.
Moughtin, C. (2003). Urban design: Street and square (3rd ed.). Architectural Press, Oxford.
Oke, T.R. (1981). Canyon geometry and the nocturnal urban heat island: Comparison of scale
model and field observations. Journal of Climatology.
Oke, T.R. (1982). The energetic basis of the urban heat island. Quart J R Met Social.
Simonds, J.O. (1993). Garden cities 21: Creating a livable urban environment. McGraw Hill,
USA.
Lawrence Berkley in Davis, Laboratory Report-24593, Berkley. (1998). Vegetation Canopy
Micro-Climate: A Field Project in Davis, California. Taha, H.G., Akbari, H., &
Rosenfeld, A.H.
10
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Penggunaan bahan bangunan bagi penjimatan tenaga
Rabeah binti Md Zin
Kolej Komuniti Kota Marudu
11
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Kepesatan pembangunan negara dewasa ini amat membanggakan kita. Bandar-bandar
baru muncul di sana-sini. Bangunan-bangunan pencakar langit hampir memenuhi keseluruhan
kawasan utama bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu, Pulau Pinang dan
Shah Alam. Istilah-istilah baru seperti ‘intelligent building’, ‘high-tech’ diperkenalkan oleh para
professional bagi menggambarkan kecanggihan rekaan baru. Taman-taman perumahan baru
dibina di kawasan persekitaran bandar-bandar besar dan kecil.
Namun, pada asasnya kebanyakan bangunan-bangunan baru ini masih kurang diterapkan
dengan ciri-ciri keikliman dan penjimatan tenaga. Cahaya semulajadi kurang dimanfaatkan pada
waktu siang di dalam bangunan. Terutamanya bangunan pejabat dan komersial untuk
mengurangkan kadar keberpegangtungan kepada tenaga elektrik. Banyak bangunan kaca tanpa
peneduh dan terdedah terus kepada sinar matahari.
Bahan-bahan yang menyerap dan menyimpan haba pula digunakan dengan sewenang-
wenangnya tanpa penerapan kaedah penebatan yang berkesan. Penghawa dingin digunakan
sepenuhnya walaupun pada kawasan yang tidak kritikal dan tidak perlu kawalan aktif seratus
peratus. Contoh-contoh ini menggambarkan betapa penekanan terhadap rekabentuk berteraskan
iklim kurang diambil perhatian. Kita sememangnya telah terlalu banyak menciplak rekabentuk
bangunan dari negara luar tanpa membuat kajian tentang kesesuaiannya dengan iklim dan
persekitaran negara ini terlebih dahulu.
2. Objektif
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan membangunkan bahan atau bentuk bahan
yang mampu untuk mengurangkan penyerapan dan pemerangkapan haba di dalam bangunan.
Kajian ini dilakukan berpandukan skop berikut:
i. Kajian mengenai mekanisme penyerapan dan penyimpanan haba di dalam bangunan
ii. Mengkaji bahan yang boleh mengurangkan penyerapan haba ke dalam bangunan.
iii. Menghasilkan campuran bahan untuk mengetahui kemampuan penyerapan haba oleh
bahan yang dikaji
12
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
3. Pernyataan masalah
i. Memahami teori pemindahan haba
ii. Mengungkapkan kaedah untuk memaksa haba keluar dari bangunan secara
semulajadi
iii. Mengungkapkan bahan atau bentuk bahan untuk mencapai objektif seperti di atas.
4. Penggunaan bahan bangunan bagi penjimatan tenaga
Ketidakselesaan di dalam bangunan di negara kita sebahagian besarnya berpunca
daripada peningkatan suhu dalaman yang terlalu tinggi dan ditambah pula oleh kadar
kelembapan udara yang sememangnya telah tinggi. Badan kita akan merasa panas dan kulit kita
terasa lekit berpeluh dan seterusnya melahirkan rasa rimas dan tidak selesa untuk berpakaian.
Untuk memudahkan kita memahami dan meneliti masalah peningkatan suhu dalaman secara
keterlaluan, eloklah kita teliti secara ringkas faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan suhu
ini. Lazimnya di negara kita suhu di dalam bangunan memang akan meningkat beberapa darjah
lebih tinggi daripada suhu di luar bangunan oleh beberapa faktor seperti berikut:
i. Tambahan haba oleh kepanasan dari badan penghuni
ii. Tambahan haba oleh lampu dan peralatan elektrik dan mekanikal
iii. Haba bahangan dan konduksi dari luar menerusi dinding dan bumbung bangunan
iv. Haba matahari yang masuk menerusi tingkap dan bukaan
v. Haba perolakan oleh udara panas dari luar
Daripada segi rekabentuk, terdapat dua punca utama kesalahan yang akan menyebabkan
peningkatan suhu dalaman yang keterlaluan, iaitu:
i. Salah orientasi
ii. Salah pilih bahan dan rekabantuk
Anehnya kedua-dua kesalahan ini tidak dianggap serius, walhal kedua-duanya merupakan
punca utama peningkatan suhu yang keterlaluan dalam bangunan. Sekiranya orientasi bangunan
tidak betul dan bahan serta binaan jenis penyerap dan penyimpan haba digunakan, komponen
tambahan haba matahari, aliran masuk haba secara bahangan dan konduksi akan bertambah dan
13
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
seterusnya suhu dalaman akan meningkat melampui kelaziman. Peningkatan melebihi 4 hingga
10 darjah Celcius di atas aras suhu luar amat sukar untuk diredakan dengan kaedah semulajadi
seperti tiupan angin ataupun bantuan kipas angin. Hanya penghawa dingin sahaja yang akan
dapat menyelesaikan kesemua masalah ini.
Walau bagaimanapun, penggunaaan penghawa dingin dalam keadaan seperti ini amat
membebankan pengguna kerana bil elektriknya tentulah tinggi. Pembaziran tenaga yang
disebabkan oleh pendekatan rekabentuk yang tidak tepat tidak sepatutnya dibebankan kepada
pengguna tetapi sepatutnya dipertanggung jawabkan kepada pereka bentuk (Arkitek).
Suhu dalam bangunan pada waktu malam berkemungkinan akan kekal tinggi walaupun
sumber utama haba iaitu matahari telahpun tiada. Hal ini terjadi kerana haba yang tersimpan
pada bahan dinding dan bumbung pada waktu siang akan dipancarkan semula ke dalam ruang
dalaman pula pada waktu malam. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan di dalam bangunan
kekal berpanjangan dari waktu siang hinggalah ke malam.
Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya bahan bumbung dan dinding dipilih
daripada bahan yang tidak menyimpan haba. Bahan-bahan seperti blok konkrit untuk dinding
dan genting konkrit lebih banyak menyimpan haba jika dibandingkan dengan bata dan genting
yang dipererbuat daripada tanah liat. Bahan-bahan daripada keluli untuk bumbung pula
merupakan pengalir haba yang baik yang berupaya mengalirkan haba matahari kedalam ruang
dalam bangunan dengan cepat. Penebatan yang sempurna diperlukan untuk menghalang
pengaliran haba melalui bahan bumbung seperti ini. Jadual 1 meyenaraikan nilai U (ketransmitan
udara ke udara) beberapa bahan-bahan binaan utama sebagai perbandingan.
14
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Jadual 1: Nilai U untuk beberapa bahan binaan utama Nilai U (W/M2dar.C)
Bahan Binaan (Dinding) 3.2
Blok konkrit, 203 mm, berplaster, 15 mm 2.3
Bata tanah liat, 215 mm, berplaster, 15 mm
Bata tanah liat, 215 mm dengan serat papan 13 mm di atas 1.19
kasau di bahagian dalam dinding
Bahan Binaan (Bumbung Curam) Nilai U (W/M2dar.C)
Kepingan besi berombak 7.95
Kepingan besi berombak + serat papan 13 mm 1.3
Genting tanah liat merah + serat papan 13 mm + kerajang
aluminium 0.82
(Sumber : Koenigsberger,1976, Evans, 1980, McMullan, 1993)
Sekiranya bangunan dibina dengan mengabaikan orientasi kearah matahari, tambahan
haba matahari pula akan berlaku dan suhu dalaman akan meningkat lebih tinggi lagi. Dewasa ini
terdapat banyak bangunan yang sengaja dibina dengan fasad panjangnya menghadap arah barat
dan timur serta dengan bukaan dinding berkaca yang luas pada bahagian ini. Rajah laluan
matahari untuk negara ini menghendaki bangunan menghalakan fasad yang panjang ke arah
utara-selatan dan fasad pendek ke arah timur-barat. Tujuan utama kaedah ini ialah untuk
mengurangkan pendedahan kepada sinar terus matahari. Orientasi salah dengan menidakkan
kesan geometri laluan matahari terhadap tambahan haba matahari sepatutnya dihindarkan.
5. Kesimpulan
Aspek penjimatan tenaga sebagai salah satu komponen penyenggaraan bangunan
sebahagian besarnya berakar umbi dalam asas rekabentuk bangunan. Pemahaman terhadap asas
rekabentuk yang sensitif kepada aspek-aspek keikliman, bahan dan binaan serta teknologi yang
tepat yang bukannya setakat menciplak tanpa penelitian akan dapat merintis jalan kepada
pengekalan keberkesanan bangunan. Keberkesanan bangunan sebenarnya sebahagian daripada
gambaran kejayaan dan keunggulan satu-satu hasil karya seseorang arkitek.
15
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Evans, M. (1980). Housing Climate and Comfort. The Architectural Press Ltd: UK.
Hanafi, Z. (1992). A comparison of traditional Malay House and modern housing design in
relation to environmental comfort. Bulletin HBP, 5 (2).
Ismail, A.M. (1993). Penjimatan tenaga menerusi rekabentuk yang berkesan. Bulletin HBP, 4
(1).
Ismail, A.M. (1993). Pengudaraan dan alir udara di dalam bangunan dan permasalahannya.
Bulletin HBP, 6 (1).
Ismail, A.M. (1996). Wind driven natural ventilation in high-rise office buildings with special
reference to the hot-humid climate of Malaysia, Ph.D Thesis, UWCC.
Koenigsberger, O.H. (1978). Manual of Tropical Housing and Building: Part 1: Climatic
Design. Longman: New York.
Markus, T.A., & Morris. (1980). Building, Climate and Energy. Pitman International: London.
Martin, P.L. Feber & Kell’s. (1989). Heating and Conditioning. Butterworth: UK.
McMullan, R. (1993). Environmental Science in Building (3rd. Ed). The Macmillan Press: UK.
Moore, F. (1993). Environmental Control Systems: Heating Cooling Lighting. McGraw-Hill:
USA.
16
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Konsep reka bentuk mampan untuk landskap taman
Azhar bin Yaakub
Mohd Faizal Effendy bin Zakaria
Kolej Komuniti Mas Gading
17
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Bidang reka bentuk landskap taman adalah satu bidang yang memerlukan keupayaan
untuk berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah. Ia bukan sahaja tentang keupayaan
untuk berfikir bahkan memerlukan pereka menggambarkan hasil pemikiran mereka ke dalam
hasil kerja. Konsep dan pelaksanaan perlu berjalan seiring dalam mewujudkan reka bentuk
landskap taman yang mampan. Konsep ini berasal dari idea yang kemudiannya dibangunkan
untuk menyelaraskan dan menjelaskan pelbagai kemungkinan yang diterjemah dalam reka
bentuk, warna dan susunatur. Dalam kata yang mudah, konsep merupakan idea penggayaan
sesuatu rekaan yang ingin diketengahkan dengan pengaruh dari unsur tertentu. Bagi menguatkan
sesuatu konsep reka bentuk landskap taman, tema reka bentuk diterapkan dalam konsep tersebut.
Tema reka bentuk merupakan sesuatu objek atau imej yang mendominasi reka bentuk
dalam sesuatu konsep yang telah dipilih. Dalam kata yang mudah konsep adalah gaya reka
bentuk secara keseluruhan manakala tema pula merupakan objek atau imej fizikal yang
mendominasi sesuatu reka bentuk landskap taman. Contoh konsep ialah seperti konsep moden,
tropika, taman Jepun, taman Inggeris, taman Perancis, taman Itali dan lain-lain. Manakala contoh
tema pula ialah seperti tema Alam semulajadi, kehijauan, ukiran/kerawang, rekreasi, mewah,
kesederhanan, khayalan dan lain-lain. Secara kesimpulannya konsep didefinisikan sebagai idea
reka bentuk yang ingin diketengahkan, luahan perasaan seseorang yang diterjemahkan dalam
bentuk fizikal, jalan penyelesaian masalah dalam reka bentuk, identiti terhadap gaya reka bentuk
yang ingin diketengahkan dan lain lain (Aziz, 2016).
2. Kepentingan konsep landskap taman dalam proses reka bentuk
Konsep dan tema seringkali memberikan suatu cabaran dalam pelaksanaan sesuatu idea
dan ia adalah sesuatu yang abstrak. Ia membantu menjadi peta perancangan (mind mapping)
yang berguna sebagai panduan kepada juru reka bentuk. Contoh konsep: moden, tropika, taman
Jepun, taman Inggeris, taman Perancis, taman Itali dan lain-lain. Contoh tema: alam semulajadi,
ukiran / kerawang, hidupan laut, mewah, kesederhanan, khayalan dan lain-lain (Wiley, 2000).
Berikut adalah falsafah konsep dalam reka bentuk yang popular di kalangan juru reka bentuk
bagi menunjukkan kepentingannya.
18
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Study nature, love nature, stay close to nature, it will never fail you..frank lloyd wright
Simplicity is the ultimate sophistication....Leonardo Davinci
A house is a machine for living in.. le corbusier
A house is a garden for living – Geoffrey Bawa
Less is more – mies Van Der Rohe
To command nature you must respect the nature
Turner dan Tom (2005)
Kefahaman terhadap konsep landskap taman dalam proses reka bentuk akan membantu
para jurureka dalam beberapa hal seperti dapat menciptakan konsep taman indah yang dapat
menghilangkan stres, menaikkan nilai estetika, menaikkan nilai hartanah dan mengekspresikan
citarasa tersendiri seseorang terhadap landskap taman yang diidamkan.
3. Elemen yang dipertimbangkan sebelum membuat pemilihan sesuatu konsep reka
bentuk
Pemilihan sesuatu konsep reka bentuk adalah bergantung kepada beberapa faktor.
Antaranya ialah dari segi fungsi reka bentuk yang ingin di ketengahkan contoh nya seperti untuk
tujuan rekreasi, menikmati pemandangan dan kerehatan, tujuan hiburan, tafakur/ketenangan,
bersosial, nilai perubatan, sumber makanan harian, mendekati alam semulajadi dan lain-lain
(Hansen & Alvarez, 2010). Sebagai contoh, sekiranya fungsi reka bentuk adalah untuk tujuan
ketenangan maka konsep yang sesuai ialah konsep semulajadi di mana pengunjung lebih
menghampirkan kepada pencipta. Faktor yang kedua ialah dari segi ruang dan bentuk rekacipta
yang dikehandaki oleh pihak pelanggan. Antara bentuk yang terdapat dalam reka bentuk
landskap ialah seperti bentuk organik, geometrik, linear, radial, formal, tak formal, semulajadi
dan lain-lain. Sebagai contoh jika bentuk geometrik yang ingin diterapkan dalam reka bentuk
maka konsep yang sesuai ialah seperti konsep minimalis, konsep moden, konsep islamik dan
lain-lain.
Faktor yang ke tiga ialah dari segi bahan binaan yang ingin digunakan, contohnya seperti
bahan logam (besi, keluli, aluminium, alucobond, zink dan alloy), bahan kayu (fibre wood, solid
wood, plywood, laminated wood dan decorative wood), bahan batu bata (clade stone, sand stone,
19
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
brick, pebble stone, granite, marble dan slate stone), bahan konkrit (plaster cement, surface
concrete dan decorative concrete), bahan organik (jerami, buluh dan atap nipah) dan bahan kaca
(tinted glass, wired glass, glass block, laminated glass dan decorative glass). Sebagai contoh,
sekiranya pihak pelanggan menginginkan penggunaan bahan dari jenis logam dan kaca maka
konsep yang sesuai untuk diketengahkan ialah seperti konsep moden, konsep simplisiti, konsep
hi-tech dan lain-lain. Faktor yang keempat ialah dari segi falsafah pemikiran pelanggan
contohnya seperti pencinta alam sekitar, pencinta alam semulajadi, pencinta bahan kitarsemula,
pencinta haiwan, pencinta kemewahan dan lain lain. Sebagai contoh sekiranya citarasa
pelanggan adalah pencinta alam semulajadi maka konsep yang sesuai digunapakai ialah seperti
konsep tropika, konsep Melayu, konsep Jepun, konsep China, konsep organik dan lain-lain.
Pengetahuan terhadap pemilihan sesuatu konsep landskap taman sebenarnya dapat
membantu memberi pandu arah dalam pembinaan sesebuah landskap taman. Kejahilan terhadap
pemilihan tema atau konsep boleh menjadikan taman yang dibina kelihatan bercelaru. Pemilihan
konsep landskap taman akan membantu menyelaraskan imej reka bentuk, pemilihan spesies
tanaman, bahan-bahan perabot taman yang digunakan, susun atur ruang serta kesinambungan
antara satu bahagian taman ke bahagian taman lainnya. Pemilihan konsep kebiasaanya satu
sahaja untuk keseluruhan taman namun boleh juga menggabungkan beberapa tema sekiranya
perlu. Apa yang penting ia memenuhi hasrat yang ingin dicapai dan mampu untuk disesuaikan
dengan penggunaan ruang yang ada (Nurani, 2010). pemilihan konsep landskap mestilah
bermakna dan ada kelebihan tersendiri. Contohnya, konsep Jepun lebih kepada penggunaan
tumbuhan semulajadi, batu asli, batu kerikil, pasir, warna yang serba putih, kolam air terjun,
binaan pemijak kaki taman daripada batu semulajadi, binaan pavilion dan lain-lain.
Pemilihan konsep Islam pula lebih tertumpu kepada tumbuhan harum, aliran air,
kehidupan dan bunyi. Manakala, pemilihan konsep landskap di kawasan perumahan pula
menggabungkan dua atau lebih konsep sekaligus bagi menampakkan kreativiti dalam
penghasilan tersebut. Tanpa pemilihan konsep atau tema taman yang sesuai, kita tidak dapat
memastikan apa sebenarnya yang ingin ditonjolkan di taman tersebut. Sebaliknya tema akan
membuatkan reka bentuk taman menjadi lebih fokus, tersusun dan kelihatan sepadan (Muniandy,
2015).
20
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Coughran (2017) menyatakan bahawa pemilihan konsep reka bentuk taman dapat
menyeragamkan sebuah taman dan dapat dijadikan sebagai garis panduan di dalam membuat
pemilihan penggunaan bahan binaan dan jenis tanaman, bentuk ruang (sama ada berbentuk
geometri atau organik) dan perasaan yang ingin diketengahkan. Reid (1993) menyatakan
kebanyakan pemilik taman mempunyai idea yang ingin dicapai terhadap taman mereka, cuma
mereka tidak mempunyai kemahiran untuk membuat pemilihan susun atur terhadap elemen-
elemen yang berkaitan kearah menghasilkan sebuah taman kreatif dan memenuhi fungsi.
Pemilihan konsep dalam reka bentuk dapat memberikan inspirasi dan panduan di dalam
membuat keputusan berkaitan dengan ciri-ciri yang ingin dimasukkan, bahan binaan dan susun
atur ruang.
Kefahaman terhadap pemilihan konsep landskap taman dapat membantu bagi membuat
cadangan konsep reka bentuk taman yang sesuai bagi sesebuah taman. Pemilihan konsep taman
bagi bangunan yang bercirikan senibina tradisional Melayu atau Jepun yang memang sudah
mempunyai ciri-ciri yang jelas adalah agak terbatas. Sebaliknya konsep taman bagi bangunan
yang jenis senibina nya tidak begitu jelas, pemilihan konsep taman boleh dipelbagaikan
mengikut citarasa pemilik seperti konsep minimalis, moden, tropika, taman Inggeris, taman Itali
dan lain-lain. Konsep reka bentuk taman boleh dipilih berdasarkan bentuk bangunan, gaya
senibina, jenis landskap atau menggabungkan salah satu daripada item tersebut.
4. Konsep-konsep landskap taman
Konsep landskap taman amat penting semasa proses reka bentuk landskap taman kerana
ia bertindak sebagai garis panduan yang menjadi rujukan kepada para juru reka bentuk supaya
tidak tersasar jauh daripada imej dan objektif reka bentuk yang ingin dicapai. Antara jenis
konsep-konsep reka bentuk landskap taman yang popular digunakan akan diterangkan secara
ringkas seperti berikut:
i. Konsep landskap Taman Islam
Merujuk kepada taman-taman di syurga yang diceritakan dalam al-Quran. Taman-taman
Islam yang terkenal termasuk Taj Mahal di India dan Generalife serta Alhambra di Sepanyol.
Taman-taman Islam adalah bertujuan untuk berehat dan renungan. Justeru, atas sebab ini taman-
21
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
taman Islam biasanya terdapat tempat untuk duduk. Empat elemen terpenting dari taman Islam
iaitu air, bayang-bayang, warna dan keharuman. Keempat-empat elemen tersebut dicerminkan ke
dalam bentuk-bentuk air pancur, bunga-bungaan, dan pohon buah. Taman Islam berbentuk taman
yang tertutup, air merupakan elemen terpenting yang memiliki tiga fungsi, iaitu praktikal, agama
dan nilai estetika. Taman Islam dibina melakui dekorasi pola geometri yang indah. Penggunaan
corak geometris pada paving dan hiasan dinding, dengan warna-warna yang cerah, berbeza
dengan warna hijau tua pada tanaman yang menciptakan suasana ketenangan (Ruggles &
Fairchild, 2008).
ii. Konsep landskap Taman Melayu
Mempunyai hubungkait yang rapat dengan alam semulajadi, adat resam budaya dan juga
agama Islam. Setiap tumbuhan di halaman rumah berfungsi untuk tujuan makanan, perubatan,
teduhan atau kecantikan.Pemilihan tumbuhan pula adalah terdiri daripada tumbuhan yang biasa
ditanam oleh masyarakat Melayu di halaman rumah. Mempunyai nilai ciri-ciri perkampungan
melayu. Bercirikan reka bentuk landskap tropika (landskap yang merujuk kepada sesuatu
kawasan landskap tropika) melalui penggunaan elemen-elemen landskap (kejur dan lembut)
yang sebati dengan iklim tropika. Susunan adalah secara bebas (informal) dan lebih banyak
ruang terbuka wujud seolah-olah dirancang bagi memastikan tiada privasi antara sempadan
tanah. Ruang-ruang terbuka ini boleh dijadikan ruang komuniti bagi aktiviti penduduk seperti
gotong royong, kenduri-kendara, acara kebudayaan dan sukan tradisi. Penyusunan ruang di
bahagikan kepada tiga ruang iaitu utama, iaitu ruang laman hadapan, ruang kiri dan kanan dan
ruang belakang (Salleh, 2015).
iii. Konsep landskap Taman Bali
Konsep yang merujuk kepada kawasan tropika yang terletak di Bali, Indonesia sebagai
ikon utama. Penyusunan reka bentuk taman sebenarnya mempunyai gaya yang sama dengan
taman tropika yang lain iaitu susunan yang tidak sama namun memperlihatkan kelainan
berasaskan budaya dan sumber semulajadi yang terdapat di Bali. Elemen utama ialah pengaruh
budaya Pulau Dewata yang kelihatan jelas seperti penggunaan tanaman yang berasal daripada
Bali yang menjadi salah satu ciri taman ini. Contohnya pohon kemboja, keladi, helikornia, paku
22
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
pakis, palma dan pandan bali. Penggunaan bahan binaan dan aksesori tradisional terutamanya
patung eknik, batuan semulajadi, stepping stone asli, pintu gerbang kuil, pasuan dan kolam air
buatan Bali merupakan identiti tersendiri yang unik dan berbeza dari taman- taman tropikal yang
lain. Pemakaian bahan binaan yang begitu sinonim dengan persekitaran setempat dan unsur
kebersihan amat ditekankan dalam landskap taman.
Arca dan patung melambangkan kecintaan kepada dewa-dewa dan ketuhanan kerana
penduduk asal Bali mengamalkan agama Hindu dan Buddha. Namun, untuk zaman moden,
patung-patung itu digantikan dengan arca berbentuk haiwan seperti gajah, harimau, ikan,
pepatung dan rama-rama. Kini, ramai yang menggunakan hiasan seperti pasu, tempayan,
terendak lampu dan arca corak abstrak menggantikan penggunaan patung. Elemen batuan dalam
laman konsep Bali adalah batu-batuan untuk laluan di sepanjang laman (Warren & Tettoni,
2006).
iv. Konsep landskap Taman China
Pada peringkat permulaan, taman China hanya diperuntukan bagi raja, tempat raja
menikmati keindahan taman. Pengaruh taman China begitu kuat dalam membentuk taman Jepun.
Taman yang menekankan suasana alam untuk memberikan suatu kedamaian melalui
perhubungan dengan alam semulajadi melalui kesatuan yang tak terpisah antara bangunan dan
juga halaman taman. Sebagai contoh ada bangunan Lotus, yang digunakan untuk melihat lotus
saat mekar dan mencium aroma bunga. Di dalam taman ada bangunan kecil (gazebo) untuk
berlindung dari hujan dan panas, digunakan untuk beristirehat, bermeditasi, bersosial, menikmati
pemandangan taman, bermain musik dan membaca puisi di tengah taman. Elemen landskap kejur
tidak direka bentuk untuk mendominasi kawasan taman, tetapi dibina secara harmoni dengan
konsep taman china yang begitu menekankan elemen semulajadi. Penggunaan landskap
pinjaman iaitu pemandangan dari taman yang berlatar belakangkan pemandangan kearah puncak
gunung seolah-olah ianya merupakan sebahagian daripada taman tersebut (Turner & Tom,
2005).
23
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
5. Kesimpulan
Secara kesimpulannya pengetahuan berkaitan dengan pemilihan konsep-konsep reka
bentuk landskap taman amat penting ke arah penghasilan reka bentuk landskap taman yang
kreatif dan mampan. Ianya memberi impak yang besar darisegi pencapaian tahap kepuasan
pelanggan & pengguna, membantu pihak juru reka bentuk ke arah penghasilan reka bentuk
landskap taman yang mencapai objektif yang dikehendakli oleh pihak pelanggan,
mempertingkatkan tahap keselesaan ruang persekitaran landskap terhadap masyarakat dari segi
nilai estetik dan fungsi, membantu pihak pelanggan menterjemahkan idea yang ingin diluahkan
secara analogi mahupun secara metafora dalam bentuk fizikal reka bentuk landskap taman yang
dihasilkan. Secara kesimpulannya, unsur-unsur yang perlu diambil kira semasa membuat
pemilihan sesuatu konsep dan tema reka bentuk ialah seperti:
Fungsi reka bentuk yang ingin diketengahkan
Ruang dan bentuk rekacipta yang dikehandaki oleh pihak pelanggan
Bahan binaan yang ingin digunakan
Falsafah pemikiran pelanggan
Oleh itu, pengetahuan terhadap pemilihan konsep reka bentuk landskap taman mampu
memberikan pengetahuan dan kemahiran dari segi teknikal, inovatif, produktif, berdaya saing,
berdaya tahan dan kreatif terhadap pelajar bagi menangani cabaran dalam arus globalisasi ini.
Profesion dalam bidang landskap bukanlah sesuatu yang mudah berikutan tanggungjawab yang
banyak dan mencabar. Bakal graduan Sijil Landskap bukan sahaja perlu membuat cadangan idea
reka bentuk dalam sesuatu tempoh yang diberikan, mereka juga perlu meyakinkan pelanggan
terhadap pemilihan konsep idea yang ingin diketengahkan. Di samping itu, mereka terpaksa
berhadapan dengan pelbagai karenah dan sikap pelanggan yang terdiri daripada pelbagai status
dan latar belakang taraf pendidikan.
24
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Dania Abdel-Aziz. (2016). Architectural Concepts-A Guide to architectural design
concepts, University Lecturer at the University of Jordan.
Er Beng Kiong. (2008). Kajian Kepuasan Bekerja Warga Jabatan Akauntan Negara
Malaysia. JANM.
F. Gianni & I.T. Luca. (2002). The art of tropical living. Periplus Edition Ltd, Hong Kong.
Gail Hansen & Erin Alvarez (2010). Landscape design: Finding inspiration for a design theme.
Department: UF/IFAS.
Ismail Hafiz Salleh. (2015). Malay garden concept from the traditional Malay landscape design.
Department of Landscape Architecture, Faculty of Architecture, Planning & Surveying:
Universiti Teknologi MARA (Perak).
John Wiley & Sons. (2000 ). Introduction to landscape design. Wiley.com.
Kavitra Devi Muniandy. (2015). Landskap melestarikan kehidupan. Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/deref/http%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fnbnews%2F%3
Fp%3D1024.
Made Wijaya. (2002). Tropical garden design. Archipelago Press: Singapore.
Myles Coughran. (2017). The importance of theme in landscape design. Aspen Falls Custom
Design & Landscape.
Niteesh Patel. (2011). Architectural design concept. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/-architectural-design-concept
Nurani. (2010). Taman dan tema: Taman Indah. Diperolehi daripada
http://www.bestlandscaping-and-gardening.com/.
Reid, G. (1993). From concept to form in landscape design. New York: Van Nostrand Reinhold.
Ruggles, D. Fairchild. (2008). Islamic gardens and landscapes. University of
Pennsylvania Press.
Timothy, J. N., & Donald, A. S. (1987). Learning abstract concepts: The use of analogies as a
mediational strategy. Springer Nature Journals.
Turner, T. (2005). Garden history: Philosophy and design 2000 BC–2000 AD. Routledge.
Ulrich, T. (2009). Modern garden design: The big book of ideas. Schöner Wohnen.
William, W., & Luca, I.T. (2006). Balinese gardens. Periplus Editions (HK) Ltd.
25
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Migrasi dan menerbit laman web ke server
Suzila Farni binti Mohamad Ibrahim
Kolej Komuniti Mas Gading
26
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Migrasi adalah proses pemindahan ke satu destinasi yang baru. Manakala migrasi laman
web ke server pula adalah proses pemindahan laman web dari akaun asal ke server yang
ditetapkan. Menerbit laman web pula bermaksud laman web yang telah dipindahkan ke server
boleh dicapai oleh semua pengguna internet dengan menggunakan alamat web (domain) yang
telah ditetapkan.
2. Langkah-langkah Migrasi Dan Menerbit Laman Web Ke Server
Rajah 1: Langkah-langkah migrasi dan menerbit laman web ke server
Rajah 1 menunjukkan langkah-langkah migrasi dan menerbit laman web ke server.
Langkah pertama adalah pengujian sistem atau laman web yang sedia ada. Pengujian sistem
sedia ada bermaksud sistem atau laman web yang telah dibina akan diuji keboleh fungsiannya.
Dalam pengujian sistem pula terbahagi kepada dua iaitu ujian alpha dan ujian beta. Ujian alpha
dilaksanakan oleh pembangun laman web yang mahir dalam pengaturcaraan. Manakala ujian
beta pula akan dilaksanakan oleh pengguna secara umum. Pengujian sistem atau laman web ini
amat penting bagi mengetahui keboleh fungsian sistem sebelum ianya diterbitkan.
27
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Langkah yang kedua pula adalah mengenalpasti server yang sesuai. Perlu difahami di sini
bahawa di dalam web hosting mengandungi beberapa server yang telah diuruskan dan dipantau
oleh peniaga web hosting.
WEB HOSTING
SERVER A SERVER B SERVER C
Rajah 2: Web hosting dan server
Rajah 2 menunjukkan web hosting dan server. Web hosting adalah satu platform yang
mempunyai ratusan malah ribuan server yang boleh digunakan oleh pembangun laman web
contohnya server A, server B dan server C. Antara ciri-ciri web hosting adalah web hosting
menyediakan server yang berkuasa tinggi. Selain itu, ianya sentiasa disambungkan ke internet
dengan beberapa sambungan yang berkelajuan tinggi. Terdapat web hosting yang percuma dan
juga berbayar. Bagi para pelajar yang berjinak-jinak dalam pembangunan dan penerbitan laman
web, web hosting percuma adalah amat sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana bagi web hosting yang percuma, tempoh penggunaan adalah selama
tiga bulan sahaja. Bagi peniaga-peniaga pula, web hosting secara berbayar amatlah digalakkan.
Para peniaga boleh membayar web hosting secara tahunan.
28
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rajah 3: Contoh Web hosting
Rajah 3 menunjukkan contoh web hosting yang telah disediakan oleh peniaga-peniaga
web hosting. Bagi proses mengenalpasti server yang sesuai, 000webhost telah terpilih bagi
29
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
proses migrasi dan menerbit laman web kali ini. Ini kerana, 000webhost telah menyediakan
pelbagai kemudahan dan kelebihan yang lebih menarik. Antaranya adalah tiada batasan bagi
kapasiti sistem atau laman web, boleh digunakan bagi bahasa pengaturcaraan HTML, CSS, PHP,
MySQL dan banyak lagi kemudahan lain.
Langkah yang ketiga pula adalah memindahkan fail HTML/CSS ke server. Berikut
adalah tatacara bagi pemindahan fail HTML/CSS ke server 000webhost.
Rajah 4: Pendaftaran pengguna
Pengguna hendaklah mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada Free Sign Up.
Rajah 5: Pengguna mengisi maklumat
30
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Seterusnya pengguna dikehendaki untuk mengisi e-mel, kata laluan dan juga nama laman web
yang akan diterbitkan. Pengguna boleh menggunakan nama sistem atau laman web itu sendiri
sebagai nama laman web. Contoh bagi nama laman web adalah stmigrasi.
Rajah 6: Antaramuka yang akan dipaparkan setelah mendaftar
Setelah berjaya mendaftar, pengguna akan mendapati stmigrasi yang telah didaftarkan berstatus
running. Ini bermaksud server ini telah aktif. Seterusnya, pengguna dikehendaki untuk klik
pada butang Manage Website.
31
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1
2
Rajah 7: Muatnaik fail html/ css pada Upload Files
Langkah seterusnya adalah, pengguna dikehendaki untuk klik pada butang Upload files pada
menu yang telah ditandakan di nombor (1). Seterusnya pengguna perlu klik pada butang Upload
files now seperti yang telah ditandakan di nombor (2).
Rajah 8: Muatnaik fail html/ css pada public.html
Setelah pengguna klik pada butang Upload files now, antaramuka ini akan dipaparkan. Langkah
seterusnya adalah pengguna hendaklah klik pada Upload files seperti yang ditunjukkan pada
rajah di atas.
32
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rajah 9: Muatnaik fail html/ css pada public.html
Paparan ini akan muncul setelah pengguna klik pada Upload files. Seterusnya klik pada
SELECT FILES.
Rajah 10: Muatnaik fail html/ css pada SELECT FILES
Setelah pengguna klik pada SELECT FILES, pengguna dikehendaki untuk memilih fail html
beserta dengan gambar (jika ada) untuk dimuatnaik ke server. Pengguna perlu menekan butang
UPLOAD, untuk meneruskan proses memuatnaik fail html dan gambar ke server.
33
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rajah 11: Fail html/css yang berjaya dimuatnaik
Setelah proses memuatnaik fail berjaya, antaramuka ini akan dipaparkan. Pengguna hendaklah
memastikan fail html beserta gambar telah dimuatnaik dengan sepenuhnya.
Langkah yang terakhir adalah menguji hosting dan domain. Hosting dan domain haruslah diuji
bagi memastikan keboleh fungsian laman web yang telah dimuatnaik oleh pengguna.
Rajah 12: Menguji alamat domain yang telah disediakan
Bagi memastikan laman web yang telah dimuatnaik berfungsi, pengguna hendaklah klik pada
pautan domain yang telah diberikan oleh web hosting. Contoh nama domain adalah
34
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
stmigrasi.000webhostapp.com iaitu nama domain yang telah didaftarkan pada awal proses
pendaftaran ke web hosting.
Rajah 13: Laman web yang berjaya dipindahkan dan diterbitkan
Setelah klik pada stmigrasi.000webhostapp.com paparan ini akan muncul. Dari segi alamat
URL pula, https://stmigrasi.000webhostapp.com/index.html adalah alamat URL bagi laman web
ini. Laman web yang telah diterbitkan ini dapat dipaparkan oleh pengguna internet secara
global.
3. Kesimpulan
Kaedah pemindahan fail html/css dan menerbit laman web ke server boleh dilaksanakan dalam
beberapa cara. Walau bagaimanapun, bagi pengguna atau pembangun laman web yang masih
35
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
baharu dalam pemindahan fail html/ css ke server, kaedah ini amat sesuai digunakan kerana
ianya lebih mudah untuk difahami dan tatacara pemindahan hanya memerlukan langkah-
langkah yang singkat lagi tepat.
Rujukan
Edi Puspayasa. (2016). Materi integrasi dan migrasi sistem. Udayana University Bali Indonesia,
Information Technology, Diperolehi pada 3 September 2017.
Ahmad Faizar Jaafar. (2015). Konsep pembangunan & pengurusan tapak laman web. Jabatan
Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat, PTAR.
Shamsuddin B Ahmad. (2010). Membina laman web mudah menggunakan Adobe Dreamweaver
CS3, Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Sultan Mizan 22200 Besut,
Terengganu.
36
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Penggunaan aplikasi EDMODO dalam membantu pengajaran dan pembelajaran di kolej
komuniti
Zulkurnain bin Hassan
Kolej Komuniti Kota Marudu
37
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Abstrak
Di zaman yang serba canggih ini, pelbagai perkembangan teknologi sentiasa update begitu jua
dalam bidang pendidikan. Transformasi pendidikan yang berlaku dengan begitu pesat pada masa
kini telah memberikan impak yang besar terhadap budaya pembelajaran pelajar termasuklah
pembelajaran secara atas talian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institusi pengajian
tinggi. Melalui pembelajaran secara atas talian, segala informasi berkenaan pendidikan dapat
disampaikan tanpa had dan sempadan. Kolej Komuniti juga tidak terkecuali daripada digalakkan
mengamalkan budaya pembelajaran secara atas talian. Sejajar dengan itu dalam dunia
pendidikan, terdapatnya beberapa sistem pembelajaran secara e-Learning. Salah satu
daripadanya adalah penggunaan aplikasi EDMODO. Aplikasi EDMODO merupakan satu
perisian aplikasi pendidikan (platform pembelajaran sosial) yang menghubungkan antara guru
dengan murid serta pensyarah dan pelajar. Ia dikembangkan oleh Nic Borg dan Jeff O’Hara pada
akhir tahun 2008. Seperti yang diketahui genarasi pelajar masa kini amat terdedah dengan
pelbagai peranti elektronik peribadi terutamanya telefon pintar. Penggunaanya yang terlalu
meluas dan tidak terkawal boleh mendatangkan kesan yang negatif. Justeru itu, penguasaan
penggunaan teknologi ini perlu diperluaskan penggunaanya di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PDP) agar perlaksanaanyanya lebih efektif dan berkesan seiring dengan zaman.
Oleh itu penulisan ini akan mendedahkan serba sedikit mengenai penggunan aplikasi EDMODO
yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan pensyarah kolej komuniti dalam usaha meningkatkan
lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kolej komuniti.
1. Pengenalan
Di dalam era perkembangan teknologi yang semakin pesat pada masa kini, teknologi dan
Internet tidak dapat dipisahkan. Pembelajaran dunia maya telah banyak membantu para pendidik
dalam usaha untuk memberi pengajaran terbaik kepada para pelajar. Hal ini dapat dibuktikan
bahawa pengunaan pembelajaran berdasarkan laman web meningkat secara drastik sedekad yang
lalu bagi memberi peluang baharu kepada para pelajar berkomunikasi dengan pensyarah dengan
menggunakan teknologi secara maya (Li, L., & Pitts, J.P., 2009). Perkembangan teknologi dan
komunikasi mengubah cara dan gaya seseorang pendidik itu mengajar dan mempelajari
bagaimana untuk mengajar. Mengikut Elliot (2009), penggunaan teknologi maklumat (ICT)
38
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
menawarkan suasana pembelajaran yang membuat sesebuah kelas itu lebih termotivasi, mudah
dan menarik. Ianya juga menggalakkan interaksi pembelajaran dengan membuat pelbagai
tugasan yang banyak dalam satu suasanan maya. Justeru itu, pendekatan proses pengajaran dan
pembelajaran berubah mengikut kesesuaian perubahan digital dengan mengabungkan e-
pembelajaran di dalam kelas (Cowie & Sakui, 2013).
Salah satu daripada aplikasi Web 2.0 iaitu EDMODO yang merupakan satu platform bagi
rangkaian sosial yang bertindak sebagai Learning Management System (LMS), ianya menyamai
ciri susun atur dan reka bentuk yang hampir serupa dengan ciri-ciri yang digunakan oleh
Facebook (Suriadhi, 2014). Aplikasi EDMODO telah mempunyai pengguna lebih daripada 78
juta di seluruh dunia pada 2017. Pelajar yang mempunyai akaun EDMODO boleh membina
laman profil peribadi. Selain itu, pelajar-pelajar lain juga boleh turut serta dalam perbincangan
bersama ahli kumpulan yang disertai. Salah satu ciri yang ada dalam EDMODO adalah
resources. Resources membolehkan pelajar memuat naik gambar profil, dokumen, pautan dan
video. Fungsi ini membolehkan pelajar dan pengajar menyimpan dokumen yang bersaiz besar di
ruang perpustakaan untuk dikongsi bersama dengan ahli-ahli yang lain dalam kumpulan
perbincangan yang sama. Selain itu, ciri utama laman EDMODO membolehkan pelajar
membuka dan melihat dokumen yang dikehendaki pada bila-bila atau di mana-mana sahaja.
Pengguna EDMODO boleh dikelaskan dalam kumpulan mengikut subjek pengajaran dan
pembelajaran yang sama, dan ciri ini dapat membantu pelajar untuk menggunakan platform
EDMODO sebagai medium alternatif pembelajaran di luar bilik darjah dengan lebih menarik dan
berinovasi (Thompson, Lindstrom & Schmidt-Crawford, 2015).
2. Apakah itu EDMODO
EDMODO merupakan platform sosial persendirian yang sesuai sebagai medium
pengajaran untuk semua peringkat pendidikan dan latihan .Ia adalah percuma dan pengajar
mempunyai kawalan sepenuhnya untuk menghubungkan pensyarah-pensyarah lain dan juga
pelajar. EDMODO menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan
bekerjasama dalam kelas. Di samping itu, EDMODO menyediakan persekitaran yang selamat
serta berfungsi sebagai sumber pembelajaran, alat penilaian dan komunikasi. Laman ini boleh
diakses di Internet dan dari mana-mana peranti mudah alih melalui aplikasi telefon pintar.
39
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Berasaskan model penulisan blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan,
EDMODO membolehkan pengajar menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran,
memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran, serta
membina rangkaian dan bertukar-tukar idea sesama pengajar lain. Selain itu, mereka boleh
menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan
mengadakan tinjauan. EDMODO dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna
pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut.
Rajah 1: Paparan di dalam aplikasi WEB–EDMODO
Rajah 2: EDMODO tersenarai sebagai Top Top 100 Tools for Learning 2015 dan berada di tangga ke-39
3. Ciri-ciri EDMODO
Salah satu ciri utama yang terdapat pada EDMODO adalah ketersediaan papan forum
(forum board) untuk pelajar berkolaborasi bagi membantu menjelaskan isu-isu yang berkaitan
40
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
dengan bahan dan aktiviti pembelajaran. Alat ini membolehkan teks dihantar berulang-alik
antara dua orang atau lebih yang berada di lokasi yang berbeza. Pertukaran teks ini
membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan untuk bekerjasama dalam satu komuniti pelajar,
meneroka setiap pengetahuan dan idea yang lain di samping menyediakan sokongan sosial.
Selain itu, papan forum juga membolehkan ahli untuk melihat sumbangan ahli yang lain pada
aktiviti yang dijalankan dan memberi respon segera, sekaligus mewujudkan interaksi, menjana
persekitaran pembelajaran yang berkolaboratif dan interaktif (Healey & Bryan-Kinns, 2000). Di
samping itu, pelajar juga boleh membaca berulangkali teks yang dihantar sehingga pengetahuan
terbina (Robinson, 2001) bertujuan mengulangkaji dan meningkatkan kefahaman.
EDMODO juga berfungsi untuk menguji kefahaman pelajar dengan menyediakan
aktiviti-aktiviti atau kuiz berinteraktif sepanjang proses P&P. Aplikasi kuiz ini berguna bagi
pensyarah untuk menilai prestasi pelajar. Ia juga merupakan cara yang sangat menarik dan
berkesan untuk menilai prestasi pelajar dalam jangka masa yang ditetapkan (Purnawarman &
Sundayana, 2016). Pelajar mendapat skor sebaik sahaja menamatkan sesi kuiz. Melalui cara ini,
pelajar berupaya mempelajari sesuatu topik bukan sahaja menerusi sesi kuliah bersama
pensyarah tetapi turut dilatih merujuk dan menganalisis setiap topik itu dengan lebih mendalam.
Sokongan pembelajaran menerusi komen atau cadangan rakan-rakan dan pensyarah kursus juga
sedikit sebanyak membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pelajar tidak lagi terikat atau
bergantung sepenuhnya dengan pensyarah di bilik kuliah.
EDMODO juga menggalakkan kaedah P&P menggunakan pendekatan flipped classroom.
Flipped classroom merupakan model pedagogi di mana P&P yang kebiasaannya dilakukan
dalam kuliah diterbalikkan atau disongsangkan dan dilakukan di luar kuliah. Video kuliah yang
pendek dilihat terlebih dahulu oleh pelajar sebelum sesi kuliah sementara di dalam kuliah pula
pensyarah menumpukan kepada latihan dan perbincangan. Syarahan video sama ada
dibangunkan sendiri oleh pensyarah atau dipilih dari repositori atas talian seringkali dilihat
sebagai bahan utama dalam pendekatan flipped classroom. Pendekatan ini menggalakkan
pembelajaran aktif, penglibatan pelajar, reka bentuk kursus hibrid dan kursus podcasting.
Kelebihan kaedah ini ialah pensyarah boleh bertanya mengenai kandungan kursus,
menguji kemahiran pelajar dan berinteraksi antara satu sama lain semasa aktiviti hands-on.
Semasa sesi kuliah, pensyarah hanya bertindak sebagai fasilitator untuk menggalakkan pelajar
41