IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
3. Jenis-jenis Gangguan Seksual
Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual
kepada lima jenis utama, iaitu :
i. Gangguan Secara Lisan
Ini meliputi kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan berbentuk
ancaman atau cadangan seksual (Welsh, 1999).
ii. Gangguan Secara Isyarat atau Bukan Lisan
Pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat
bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau
bahawa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang
berterusan dan apa-apa sahaja isyarat lucah (Paludi, 1999).
iii. Gangguan Secara Visual
Gangguan Secara Visualmenunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar-gambar
lucah, menulis surat berunsurkan seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang
tidak sepatutnya didedahkan (Foulis, 1997).
iv. Gangguan Secara Psikologi
Mengulangi jemputan sosial yamg telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk
keluar bersama atau untuk bercumbuan dan sebagainya (Welsh, 1999).
v. Gangguan Secara Fizikal
Sentuhan yang tidak didingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan,
memeluk, mencium dan serangan seksual lain (Lightle, 1992).
4. Kesimpulan
Oleh itu, adalah penting bagi sesebuah organisasi untuk memahami dan bersikap lebih
prihatin dalam menangani masalah ini. Menangani masalah gangguan seksual bukanlah sesuatu
yang mudah kerana kebanyakannya melibatkan kuasa dan memerlukan kekuatan dalaman serta
sokongan moral dan sosial dari persekitaran. Semua pihak dalam organisasi daripada peringkat
atasan sehinggalah bawahan perlu memberikan kerjasama yang sewajarnya dan tidak
memandang masalah ini sebagai suatu perkara yang remeh.
92
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Foulis, D., & McCabe, M. P. (1997). Sexual harassment : Factors affecting attitudes and
perceptions. Sex Roles : A Journal of Research. Dipetik daripada Find Articles database.
Golden III., J. H., Johnson, C. A., & Lopez, R. A. (2001). Sexual harassemnt in the workplace :
Exploring the effects of attractiveness on perception of harassment. Sex Roles : A Jurnal
of Research. Dipetik daripada Find Articles database.
Kementerian Sumber Manusia (1999). Kod amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan
seksual di tempat kerja. Malaysia: Kuala Lumpur.
Ligthle, J., & Doucet, E. H. (1992). Sexual harassment in the workplace. A guide to prevention.
California: Crisp Publications Inc.
Montemurro, B. (2003). Not a laughing matter: Sexual Harassment as “material” on workplace-
based situation comedies”. Sex Roles: A Journal Of Research. Dipetik daripada Find
Articles database.
Paludi, M. A., DeFour, D. C., Attah, K., & Betts, J. (1999). Sexual harassment in education and
workplace: A view from the field of psychology. Dalam M. A. Paulidi (Ed.), The
psychoogy of sexual victimization: A handbook. West-Port, Ct: Greenwood.
Sabhita Marican. (1999). Punca gangguan seksual di tempat kerja. Dipetik daripada
http://www.utusan.com.my. Utusan Online 2 September 1999.
Welsh, S. (1999). Gender and Sexual Harassment. Annual Review of Sociology. 25, 169-190.
93
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Personal Solving Card (PSC) sebagai alternatif alat bantu aktiviti perhubungan menolong
Nur Angriani Nurja
Kolej Komuniti Tawau
Zarina binti Samin
Kolej Komuniti Ledang
94
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Personal Solving Card adalah berasaskan kad panduan penyelesaian masalah yang dibina
berdasarkan konsep WDEP dalam teori Terapi Realiti (Zarina Samin, Khairul Aizal & Nur
Angriani, 2016). PSC merupakan cetusan idea alat bantu perhubungan menolong (bimbingan dan
kaunseling) berasaskan teknik WDEP (wants, direct, evaluate, plan) oleh tiga orang pensyarah
Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Zarina Samin, Khairul Aizal bin Osman
dan Nur Angriani Nurja pada tahun 2016. Aplikasi kad ini menjelaskan kepada individu proses
penyelesaian masalah secara terarah dan terpandu secara sistematik. Pengguna hanya perlu
mengikuti arahan di atas kad dan mereka akan dipandu untuk membuka minda bagi mendapat
celik akal dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada secara sendirian atau
bimbingan. Personal Solving Card (PSC) merupakan inovasi alat bantu kaunseling yang boleh
diaplikasikan dalam pelbagai situasi sesuai dengan objektif idea inovasi PSC untuk
memudahcara kaunselor dalam mengendalikan sesi kaunseling.
Melalui PSC, teknik WDEP ini dizahirkan dalam bentuk kad yang mempunyai kelebihan
‘tulis dan padam’ untuk memudahkan kaunselor dan klien semasa sesi kaunseling dijalankan.
Secara khususnya, PSC dihasilkan untuk membimbing pengguna menyelesaikan permasalahan
atau konflik berdasarkan aplikasi Teori Realiti. Kad mudah guna ini dihasilkan sebagai inisiatif
pemudahcara bagi membantu individu yang bermasalah. Melalui kad PSC ini, pengguna hanya
perlu mengisi dan melengkapkan panduan sebagai garis panduan penyelesaian masalah
menggunakan teknik WDEP yang diperkenalkan oleh tokoh psikologi William Glasser (1965).
Kad ini boleh digunakan secara individu atau berkumpulan. Kad tersebut memiliki konsep
membersihkan tulisan dan padam selepas digunakan. Justeru, ianya dapat menjimatkan kos dan
boleh digunakan berkali-kali kerana konsepnya yang mesra pengguna.
Satu kajian telah dilaksanakan yang bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan
Personal Solving Card dalam sesi kaunseling dan kelompok bimbingan. Kajian tindakan tersebut
dilakukan ke atas tiga orang kaunselor yang menggunakan Personal Solving Card dalam sesi
kaunseling dan kelompok bimbingan. Kajian ini mengambil masa selama 2 minggu dan
mengambil kira penggunaan kad ini melebihi dari 7 kali penggunaan bagi setiap sampel kajian
sejak diperkenalkan pada tahun 2016. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temubual.
Data dianalisis secara kualitatif dengan membincangkan tema yang wujud di dalam kajian. Hasil
95
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
kajian mendapati terdapat kesan positif hasil daripada penggunaan kad ini. Selain itu,terdapat
perkembangan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling yang dikaji dan berlaku peningkatan
profesionalisme kaunselor.
Rajah 1: Personal Solving Card (PSC) [MyIPO: LY2016003532]
2. Refleksi aspek amalan
Setelah hampir memasuki tahun ke 15 berkhidmat dalam kolej komuniti, bermula sebagai
kaunselor kemudian menjadi kumpulan pengurusan kaunseling masih tidak dapat dipisahkan dan
sebati dengan diri. Jatuh bangun, bersama Unit Perkhidmatan Kaunseling sejak penubuhan kolej
komuniti 2003 sehingga kini, pelbagai pengalaman pahit dan manis dilalui bersama-sama rakan
sealiran. Bermula dengan kesukaran memberi kefahaman keperluan kaunseling kepada golongan
aliran teknikal sehinggalah kaunseling diangkat seiring dengan keperluan teknik dan vokasional
dalam sistem kolej komuniti. Kepelbagaian atau variasi dalam perkhidmatan kaunseling
96
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
dianggap satu keperluan yang dominan apatah lagi kejayaan perkhidmatan ini amat sukar
dibuktikan secara nyata bagi pendapat sesetengah pihak.
Justeru, pengkaji ingin mengetengahkan perkhidmatan kaunseling ini kepada mata umum
dengan menghasilkan satu bentuk alat (tool) bagi mempopularkan perkhidmatan ini sekaligus
membantu dalam proses perhubungan menolong. Dengan terciptanya kaedah ini ianya telah
menjadi satu fenomena yang baharu di kolej komuniti apabila penggunaannya disebar luas dan
dilaksanakan dalam bentuk kursus pendek atau akaun amanah yang menjana pendapatan kepada
kolej komuniti. Di samping itu, alat bantu kaunseling ini membantu kelancaran proses
kaunseling bagi pelajar aliran teknikal yang sering dikaitkan dengan personaliti realistic (Zuria et
al., 2004).
3. Keberkesanan PSC dalam aktiviti perhubungan menolong
3.1. Pelaksanaan kajian keberkesanan PSC
Kepelbagaian atau variasi dalam perkhidmatan kaunseling dianggap satu keperluan yang
dominan apatah lagi kejayaan perkhidmatan ini amat sukar dibuktikan secara nyata bagi
pendapat sesetengah pihak. Justeru, melalui inovasi kad PSC ini dapat mengetengahkan
perkhidmatan kaunseling ini kepada mata umum dengan menghasilkan satu bentuk alat (tool)
bagi mempopularkan perkhidmatan ini sekaligus membantu dalam proses perhubungan
menolong. Dengan terciptanya kaedah ini ianya telah menjadi satu fenomena yang baharu di
kolej komuniti apabila penggunaannya disebar luas dan dilaksanakan dalam bentuk kursus
pendek atau akaun amanah yang menjana pendapatan kepada kolej komuniti. Di samping itu,
alat bantu kaunseling ini membantu kelancaran proses kaunseling bagi pelajar aliran teknikal
yang sering dikaitkan dengan personaliti realistik (Zuria et al., 2004).
Brott (2006) mencadangkan bahawa keberkesanan seseorang kaunselor mempunyai
kaitan dengan penilaian yang dibuat terhadap hasilan khidmat kaunseling itu sendiri. Justeru,
kajian ini ingin melihat sejauh mana penggunaan Personal Solving Card sebagai alternatif bahan
bantu aktiviti bimbingan dan kaunseling. Secara khususnya kajian ini bertujuan;
97
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
i. Mengenalpasti kesan penggunaan Personal Solving Card kepada sesi kaunseling atau
kelompok bimbingan;
ii. Mengenalpasti cadangan penambahbaikan Personal Solving Card kepada sesi kaunseling
atau kelompok bimbingan; dan
iii. Menentukan impak pengunaan Personal Solving Card terhadap peningkatan
profesionalisme kaunselor.
Kajian ini bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan bagi menambahbaik perkhidmatan
kaunseling dan bimbingan di kolej komuniti yang dipilih. Sebagai pencipta inovasi respon dari
pengguna amat diperlukan bagi mengetahui keberkesanan proses sesi kaunseling yang
dijalankan. Responden kajian akan merasai suasana baharu dalam menjalankan perkhidmatan
kaunseling dan tidak tertumpu kepada cara kaunseling yang konvensional.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan bagi mengenalpasti kesan
penggunaan PSC kepada tiga orang kaunselor di kolej komuniti yang telah menggunakan kad ini
dalam sesi kaunseling dan kelompok bimbingan. Kaedah temubual telah digunakan dalam proses
pengumpulan data di setiap gelung bagi mendapat maklumat agar pembaikan dapat dilakukan
digelung yang berikutnya. Sebanyak 2 gelung telah digunakan untuk menghasilkan alat ukur ini
sejak ia diperkenalkan pada bulan Ogos 2016.
PSC dihasilkan untuk membimbing pengguna menyelesaikan permasalahan atau konflik
berdasarkan aplikasi terapi Realiti. Kad mudah guna ini dihasilkan sebagai inisiatif pemudahcara
bagi membantu individu yang bermasalah. Pengguna hanya perlu mengisi dan melengkapkan
PSC sebagai garis panduan penyelesaian masalah menggunakan sistem WDEP yang
diperkenalkan oleh tokoh psikologi William Glasser (1965). Kad PSC ini bertujuan untuk
membantu individu memahami cara penyelesaian masalah berdasarkan panduan yang diberikan.
Secara tidak langsung, pengguna tidak bergantung kepada kaunselor atau terapis dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Rajah 1 menunjukan PSC yang digunakan oleh pengguna
atau klien. Dalam kajian ini, PSC telah digunakan dalam dua cara iaitu sesi kaunseling dan
kelompok bimbingan. Kelompok bimbingan di sini bermaksud kaunselor menjalankan
perkhidmatan kursus kecerdasan emosi dan aplikasi PSC bersama pelajar sekolah menengah,
pelajar kolej komuniti, pelajar kolej vokasional.
98
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
3.2. Dapatan
Berdasarkan dapatan kajian, tiga kesan yang telah muncul dalam temubual pengkaji
bersama responden kajian dalam penggunaan intervensi yang dihasilkan. Kesan tersebut ialah
perubahan dari segi kognitif, tingkahlaku dan afektif yang dilihat oleh responden kajian melalui
penggunaan alat intervensi ini.
Prosedur dalam terapi realiti menggunakan sistem WDEP menjana perubahan kepada
tingkah laku klien (Wubbolding, 2007). Elemen kemahuan merupakan permulaan kepada proses
dalam kaunseling menggunakan aplikasi teori realiti. Kemahuan inilah yang disebut sebagai
kognitif dalam kajian ini. Antara dapatan temubual kajian ini adalah memahami dengan jelas
tentang keinginan (S1/K1), pelajar dapat meneroka apa yang diinginkan (S1/K2) dan memberi
keutamaan kepada apa yang diinginkannya (klien) dalam masa yang terdekat (S1/K3). Di
samping, dapatan kajian turut menunjukkan klien jelas dengan tindakan yang perlu dilakukannya
untuk memcapai apa yang diinginkan (S1/K4) dan tahu tindakan mana yang perlu diberikan
fokus dan lain-lain (S1/K5).
Seterusnya responden kajian menyebut tentang kesan aspek tingkahlaku dalam
penggunaan intervensi ini. Aspek tingkah laku melibatkan tindakan (doing) dalam teori realiti.
Justeru dapatan temubual menunjukkan PSC sesuai untuk klien yang pasif untuk berkongsi apa
yang dihadapi (S2/T2) dan PSC memberi pendedahan kepada klien untuk menilai keinginan
yang diinginkan (S3/T1).
Kesan lain yang dilihat dalam penggunaan PSC ialah berlaku perubahan kepada afektif
apabila responden kajian menyatakan terdapat eleman nilai dalam intervensi ini. Justeru, dapatan
temubual menunjukkan klien dapat menilai keinginannya dan memberi keutamaan kepada apa
yang diinginkan dalam masa terdekat (S1E1) dan menilai keinginan tersebut (S3/E2).
Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti cadangan penambahbaikan PSC
kepada sesi kaunseling atau kelompok bimbingan. Responden kajian, telah mencadangkan
beberapa cadangan penambahbaikan untuk intervensi ini. Oleh yang demikian, dapatan temubual
mendapat klien (kaunselor) memberi cadangan untuk mengaitkan hierarki Maslow dalam PSC
(S2/A1 & S2/A2), penambahan tingkap Jauhari (S1/B1) dan pemurniaan dari segi penjelasan
dengan menggunakan terma atau istilah yang mudah difahami (S1/B3).
99
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
4. Kesimpulan
Hasil dapatan kajian mendapati kesan penggunaan kad ini menambahbaik amalan
kaunselor dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Tema yang ditemui meliputi aspek
kognitif, tigkahlaku dan afektif bertepatan dengan amalan sesi kaunseling terapi realiti yang
menekankan kepada konsep WDEP. Sekiranya kesan penggunaan kad PSC tidak menekankan
amalan ini untuk pengguna terapi realiti, seolah-olah kaunselor menjalankan sesi kitaran
kaunseling yang tidak lengkap. Beberapa elemen penambahbaikan telah dicadangkan oleh
responden kajian. Penekanan Aspek amalan psikologi dan kaunseling masih diteruskan dalam
usaha menambahbaik kad PSC. Responden kajian mencadangkan kad ini mengaplikasi hierarki
keperluan Maslow untuk membantu klien pada peringkat pertama iaitu menentukan kemahuan
klien di dalam hidupnya.
Peringkat permulaan kad ini jelas menyatakan bahawa klien perlu menentukan apakah
perkara yang paling dikehendakinya. Selain itu, penggunaan tingkap Johari juga dilihat sebagai
salah satu cadangan penambahbaikan yang baik kepada kad PSC. Dalam hal ini, responden
kajian yang mengendalikan kelompok bimbingan mungkin lebih sesuai menggunakan elemen
tingkap Johari. Di samping itu, terdapat terma yang agak teknikal dalam kad PSC yang
memerlukan penelitian semula pengkaji dalam usaha menambahbaik penggunaan kad PSC.
Penggunaan PSC didapati dapat menambahbaik kepada aspek amalan kaunselor di tempat kerja
untuk melancarkan proses kaunseling atau menjadi alat perlaksanaan aktiviti kelompok
bimbingan kepada pelajar. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di organisasi menjadi aktif,
dan secara tidak langsung kewujudannya disedari oleh pentadbir dan pelajar.
Rumusannya, pengkaji yang akan datang boleh meneruskan kajian ini dengan
menggunakan kaedah yang sama untuk mencapai objektif yang berbeza iaitu melihat kesan kad
ini kepada klien. Semoga pengkaji dapat mencipta sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan para
pelajar di kolej komuniti khususnya bagi melahirkan modal insan yang seimbang selari dengan
acuan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga golongan kaunselor dapat meningkatkan tahap
profesionalisme dengan sentiasa menambah ilmu dan menghasilkan ciptan inovasi seiring
perkembangan pesat amalan penyelidikan dan inovasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
100
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Brott, P.E. (2006). Counselor education accountability: Training the effective counselor.
Professional School Counseling, 10 (2) 179-189.
Wubbolding, R. (2007). Applying counseling theories. NJ: Upper Saddle River. Pearson
Education
Kementerian Pendidikan Malaysia Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi)
Zarina, S., Khairul Aizal, O., & Nur Angriani, N. (2016). Personal Solving Card: An
application. Prosiding ASEAN psychology & counselling conference (APCC), 155-161
Zuria, M., Noriah, M.I., & Syafrimen, S. (2004). Penyesuaian akademik, sosial, dan emosi
pelajar-pelajar di kampus. Jurnal Personalia Pelajar, 8, 1-16.
101
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Andragogi di kolej komuniti
Liu Tse Hui
Nazrina binti Bakar
Kolej Komuniti Mas Gading
Hayati binti Ibrahim
Kolej Komuniti Kuching
102
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Andragogi dan pelajar dewasa
Andragogi didefinisikan oleh Knowles (1980) sebagai seni dan sains yang membantu
pelajar dewasa untuk belajar, manakala mengikut Cross (1981), pelajar dewasa atau juga dikenali
sebagai pelajar bukan tradisional merupakan sub kategori pelajar yang menyambung semula
pengajaran di kampus, setelah meninggalkan bangku persekolahan. Dalam konteks Malaysia,
Rabiatul-Adawiah dan Nooraida Yakub (2015) dalam kajian mereka menyatakan bahawa
terdapat pelbagai jenis program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar dewasa untuk
memenuhi keperluan mereka, sama ada secara jarak jauh, secara atas talian telefon atau ambil
pengajian sepenuh masa di kolej atau kampus. Bagi mereka yang mengikuti pengajian sepenuh
masa, mereka adalah sama dengan pelajar tradisional, di mana mereka perlu menghadiri sesi
kuliah, menyiapkan tugasan dan melakukan pembentangan seperti yang ditetapkan oleh
pensyarah.
2. Andragogi dalam kolej komuniti
Kolej Komuniti merupakan satu institusi pendidikan kerajaan yang sangat istimewa dan
unik jika berbanding dengan institusi pendidikan yang lain seperti politeknik, kolej vokasional,
sekolah menengah dan sekolah rendah. Selain daripada menyediakan kursus kemahiran jangka
pendek kepada penduduk setempat, kolej komuniti turut menyediakan kursus kemahiran jangka
panjang kepada semua warganegara Malaysia yang berminat, dengan syarat minimum
memperolehi status ‘Lulus’ dalam subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Justeru itu, fenomena ini akan berlaku apabila pelajar-pelajar dari latar
belakang dan peringkat usia yang berbeza-beza dalam satu kelas. Contohnya, terdapat jurang
usia yang besar apabila berlakunya percampuran pelajar generasi Z lepasan SPM dengan pelajar
Generasi X dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) yang mendaftar
dalam satu kursus yang tertentu di Kolej Komuniti.
Dengan ini, hala tuju kendiri, kerelevanan dengan pengalaman hidup dan pengetahuan
mereka adalah berbeza-beza. Untuk menghadapi cabaran yang sangat menarik ini, seseorang
pendidik dari kolej komuniti hendaklah mempunyai pentauliahan dari segi andragogi, kecerdasan
emosi (Emotional Intelligence) serta tahap kesabaran yang tinggi, selain daripada bekalan ilmu
yang tersimpan di dada. Akan tetapi, dalam sistem Skim Perkhidmatan DH (Didik Higher) di
103
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
politeknik dan kolej komuniti, faktor kelayakan iktisas dalam pendidikan seseorang adalah bukan
merupakan faktor utama dalam pemohonan sebagai tenaga pengajar. Dengan alternatif lain, bagi
pensyarah yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan iktisas ini akan mengikuti Kursus
Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi (KIPA) selepas berkhidmat di kolej
komuniti dalam tempoh masa yang bertentu. Akan tetapi, tempoh kursus mereka adalah singkat,
iaitu dalam lingkungan 2 minggu.
Selain daripada mempelajari pendekatan pendidikan melalui pengalaman mereka sendiri
sebagai seorang pensyarah di kolej komuniti semasa mengikuti kursus KIPA, mereka perlu
mempelajari segala intipati pengajaran dan pembelajaran dalam kursus tersebut dalam tempoh
masa yang singkat. Terdapat juga kajian daripada Nor Hidayu (2006) yang mengatakan bahawa
pensyarah yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan ikhtisas adalah kurang berkemahiran
dalam kaedah mengajar dan kurang memberi penekanan terhadap objektif pengajaran dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini telah dibuktikan oleh satu kajian lagi yang dijalankan
oleh Liu, Lenny dan Nurhafidzah (2012) bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
tahap kompetensi berdasarkan kelayakan iktisas pendidikan dalam kalangan pensyarah.
Dengan berpandukan kepada pernyataan masalah di atas, adalah rasional kertas ini
memberikan sedikit sebanyak input tentang ciri-ciri pembelajaran sebagai pelajar dewasa supaya
dapat menjadi rujukan dan panduan khasnya kepada pensyarah lantikan baru yang belum
menjalani Kursus Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi (KIPA), supaya dapat
merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untutk kumpulan pelajar ini.
3. Konsep kendiri
Mengikut Epstein (1980), konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang
ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara
positif dan negatif. Dalam senario ini, pelajar dewasa ini mempunyai konsep kendiri yang ingin
bertanggungjawab ke atas keputusan sendiri, lebih memerlukan pengarahan diri walaupun dalam
keadaan tertentu bersifat tergantung. Dengan kata erti lain, mereka adalah lebih berdikari dan
mempunyai idea mereka sendiri dalam menentukan sesuatu perkembangan sesuatu aktiviti
pembelajaran yang diberikan sekiranya diberikan bimbingan. Justeru, ini adalah benar mengikut
apa yang dikatakan oleh Sunhaji (2013) dalam kajian beliau yang menyatakan bahawa pensyarah
104
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
tidak hanya bertindak sebagai sumber rujukan, tetapi lebih kepada seorang pemudahcara yang
mempunyai kemahiran komunikasi dan dapat membimbing mereka merancang, mengatur dan
menilai pembelajaran mereka.
Dalam kolej komuniti, peranan pensyarah berubah terutamanya daripada seorang
pembekal maklumat dan penilai pembelajaran kepada seorang fasilitator pembelajaran kepada
pelajar dewasa ini. Contohnya dalam perlaksanaan lawatan sambil belajar, sebagai satu aktiviti
ilmiah pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah adalah perlu memberitahu mereka rasional
kenapa aktiviti ini dijalankan dan garis panduan untuk melaksanakan aktiviti ilmiah tersebut.
Sebagai contoh, perlaksanaan mesyuarat, perlantikan ahli jawatankuasa (AJK), berurusan dengan
pihak agensi luar (sekiranya perlu), persediaan sebelum aktiviti dijalankan, penyediaan tentatif
dan segala dokumentasi selepas aktiviti tersebut dijalankan. Ini boleh dijalankan secara projek
berkumpulan mengikut skop kerja. Selain itu, pensyarah juga seharusnya menunjukkan sokongan
ikhlas serta responsif terhadap keperluan pelajar, serta membantu pelajar menerokai peranan
mereka sebagai pelajar dewasa agar mereka dapat meningkatkan tanggungjawab dalam
perlaksanaan lawatan sambil belajar ini.
4. Orientasi untuk pembelajaran
Azman (2009) dalam buku beliau ada membezakan andaian Model Andragogi dan Model
Pedagogi. Dari aspek orientasi untuk pembelajaran, beliau menyatakan bahawa Pelajar dewasa
adalah individu yang berteraskan kehidupan (life-centered), berorientasikan tugasan atau
masalah dalam proses pembelajaran. Mereka bermotivasi untuk belajar sesuatu demi
mengembangkan ilmu yang dilihat dan membantu mereka menjalankan tugas atau menguruskan
masalah dalam sehidupan seharian mereka.
Berpandukan kepada pernyataan ini, pensyarah di kolej komuniti perlu memberi peluang
kepada pelajar menyelesaikan masalah melalui pengumpulan, aplikasi dan penilaian maklumat
dalam sesuatu penilaian untuk menggalakkan mereka belajar menyelidik, berfikir dan mengkritik
tentang sesuatu topik. Contohnya, menggunakan soalan situasi dalam menyelesaikan masalah
dalam kajian kes. Contoh soalan tugasan yang berasaskan masalah adalah seperti di bawah:
105
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
“En Rahim selaku urusetia di Kolej Komuniti ingin menganjurkan satu kursus pendek
Homemade Chocolate untuk peserta seramai 100 orang dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),
dan anda mengalami kesukaran untuk mencetak nama peserta secara manual dalam urusan sijil.
Sebagai seorang pelajar Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti, sila mencadangkan
langkah yang sesuai untuk memudahkan En Rahim dalam urusan pencetakan sijil peserta
tersebut, dan terangkan langkah demi langkah bagaimana masalah ini dapat diselesaikan,
dengan mendemostrasikan kepadanya, memandangkan En Rahim seorang yang buta IT.”
Dalam soalan ini, pelajar akan didedahkan kepada aplikasikan balik tentang apa yang
mereka telah pelajari dan terangkan semula bagaimana masalah ini dapat diselesaikan dalam
urusan pencetakan sijil yang melibatkan bilangan peserta yang ramai.
5. Kesediaan untuk belajar
Kesediaan bermaksud kesanggupan dan kemampuan individu itu dalam mempelajari
sesuatu, memperoleh pengalaman baru, dan mengamalkan apa yang dipelajari. Azman (2009)
menyatakan pelajar dewasa lebih bersedia dalam mempelajari sesuatu yang baru. Jika
dibandingkan dengan model pedagogi, pelajar dewasa merasakan keperluan untuk sesuatu
pembelajaran itu adalah penting dan dapat digunakan dalam kehidupan yang sebenar.
Mok (2006) dan Kamaruddin (1997) bersetuju bahawa kesediaan untuk belajar berkait
rapat dengan kematangan pelajar. Ini merujuk kepada kematangan yang ada pada pelajar dewasa
tidak kira daripada segi fizikal, intelek, emosi, mahupun sosial. Sebagai contoh, dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran pelajar dewasa, pensyarah perlu menjelaskan objektif sesuatu topik
yang diajar dan apakah hasil pembelajaran yang perlu dicapai pada akhir pembelajaran. Instruksi
yang diberikan kepada pelajar dewasa juga adalah berorientasikan tugasan dan bukan sekadar
mengingat semata-mata. Selain itu, intsruksi juga memberi peluang kepada pelajar dewasa
melakukan penemuan sendiri. Walau bagaimanapun, pensyarah harus sentiasa memantau,
memberi bimbingan dan bantuan sekiranya pelajar dewasa menghadapi masalah dalam membuat
penyelasaian atas tugasan yang diberi.
Justeru, dari konteks pembelajaran dewasa, kesediaan untuk belajar memainkan peranan
yang penting kerana kesanggupan mereka dalam mempelajari sesuatu memberi peluang kepada
106
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
mereka untuk mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan sebenar.
Selain itu, pembelajaran juga akan lebih menyeronokkan dan berkesan (Mok, 2006).
6. Kesimpulan
Andragogi dan pembelajaran dewasa merupakan proses pembelajaran yang melibatkan
individu yang matang dari segi pemikirannya. Skop latihan, sesi pengajaran perlu diperluaskan
bagi memenuhi keperluan pelajar dewasa. Mereka lebih kepada pembelajaran kendiri tetapi
dalam masa yang sama masih memerlukan bimbingan tenaga pengajar. Justeru, pensyarah harus
bijak merangka strategi pembelajaran yang sesuai bagi memenuhi keperluan pelajar dewasa
supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna.
Rujukan
Azman, N. (2009). Panduan amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan. PPA: UKM:
Pembelajaran Dewasa.
Cross, P. (1981). Adult as learners. San Francisco: Jossey Bass.
Epstein, S. (1980). The self-concept: A review and the proposal of an integrated theory of
personality. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Kamaruddin, H. (1997). Psikologi bilik darjah: Asas pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Knowles, M. (1980). The modern practice of adult education. New York: Cambridge.
Liu, T. H., Lenny, L., & Nurhafidzah, M. (2012). Persepsi pensyarah terhadap kompetensi dalam
pengajaran: satu kajian di Kolej Komuniti. Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti
Wilayah Sarawak 2012, 107-129.
Mok, S. S. (2006). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Sekolah
Rendah: Komponen 1 & 2 psikologi pendidikan & pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Nor Hidayu. (2006). Kualiti pengajaran pensyarah kejuruteraan yang bukan
berlatarbelakangkan pendidikan ikhtisas terhadap pengalaman pembelajaran pelajar.
Satu tinjauan di KUiTTHO. Johor: Universiti Tun Hussein Onn.
Rabiatul-Adawiah, A. R., & Nooraida, Y. (2015). Pendidikan sepanjang hayat dan cabaran
sosial pada kalangan pelajar dewasa. ASEAN Journal of Teaching and Learning in
Higher Education, 7 (1), 26-32.
Sunhaji, S. (2013). Konsep pendidikan orang dewasa. Jurnal Kependidikan, 1(1), 1-11.
107
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Pengurusan stres dalam organisasi
Mohd Zulhasnan bin Mat
Nur Angriani Nurja
Kolej Komuniti Tawau
Chang Vui Seng Wilson
Kolej Komuniti Sandakan
108
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Dalam setiap kehidupan seharian, pekerjaan dan pelajaran kita tidak terlepas dari keadaan
ketegangan atau stres. Manusia seringkali mengalami stres, tekanan atau tegang. Lebih-lebih lagi
apabila musim peperiksaan hampir tiba. Banyak perkara yang belum habis ditelaah. Banyak
perkara yang belum difahami dan bermacam-macam lagi yang datang menghantui. Apabila
berada dalam situasi ini seringkali kita menyatakan bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa dan
potensi diri tidak dapat diterjemahkan dengan baik. Selain itu, stres juga merupakan pengalaman
tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialami secara mental, fizikal, emosi dan
spiritual. Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku.
Menurut Szilagyi (2000), stres adalah pengalaman bersifat internal yang mewujudkan
ketidakseimbangan fizikal dan psikologi seseorang akibat dari faktor lingkungan eksternal,
organisasi atau orang lain. Apa yang dapat dilihat stres ialah satu situasi yang tidak selesa yang
mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Stres ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal
seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah,
gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi
semangat atau spiritual yang ada. Stres adalah istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik,
keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxieti, kemurungan dan hilang daya. Di
samping itu, Menurut Siagian (2009) dalam Anggit Astianito et al. (2014) mendefinisikan stres
sebagai kondisi ketegangan yang berpengaruh terhadap emosi, fikiran, dan kondisi fizikal
seseorang.
Stres yang tidak dapat diatasi dengan baik biasanya menyebabkan ketidakmampuan
seseorang berinteraksi dengan persekitarannya, baik dalam pekerjaan mahu pun di luar
pekerjaaan. Stres adalah sebahagian daripada hidup kita. Kebanyakan individu akan berasa
tertekan pada suatu masa tertentu. Tekanan boleh datang daripada berbagai sumber yang
berlainan. Biasanya tekanan yang kita alami datangnya dari kerja, sekolah, keluarga,
perhubungan, kesihatan dan berbagai peristiwa hidup. Menurut dapatan kajian terdahulu
sebanyak 40 peratus orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi
pun. Seterusnya, 30 peratus orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas. Manakala
sebanyak 12 peratus orang risau tentang kesihatan. Sebanyak 10 peratus orang risau tentang
109
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
perkara-perkara yang amat kecil dan 4 peratus pula risau tentang perkara yang akan datang.
Manakala 4 peratus lagi adalah risau tentang sesuatu yang boleh kita lakukan.
Stres merupakan suatu fakta dalam kehidupan harian yang tidak boleh dihindarkan. Tidak
semua stres berbahaya, dalam kadar tertentu stres boleh meningkatkan motivasi, penampilan,
belajar mengatasi masalah dan menjadi matang. Stres yang berlebihan boleh merosakan
kesihatan fizikal dan mental. Menurut Robbins (1993) dalam Aikaterini (2015), stres ialah
“Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan
atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan
hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.
Dengan kata lain, stres adalah sesuatu yang normal dan berlaku kepada setiap insan.
Manusia memerlukan stres sebagai perangsang. Namun begitu, hal yang sebaliknya akan berlaku
sekiranya stres itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.
Rajah 1: Keluk Yerkes – Dodson (Sumber: Selye, H. (1956) dalam Zafir & Fazilah, 2006)
Rajah 1 di atas merupakan Keluk Yerkes – Dodson yang menerangkan dari 0 hingga titik
optimum, seseorang individu itu boleh mengawal stres mereka. Apabila melampaui titik
optimum, seseorang itu tidak dapat mengawal stresnya dan memerlukan bantuan dari orang yang
dipercayai atau disayangi. Manakala garisan yang menuju ke bawah dari garisan tahap stres
individu tersebut tergolong dalam kategori “gila”. Terdapat tiga tahap tanggapan seseorang
terhadap stres. Antaranya ialah alarm (alarm), perlawanan (resistance) dan peredaan
(exhaustion). Gitosudarmo dan Sudita (2000) telah menggambarkan tiga tahap ini dalam rajah 2.
110
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
Tingkat perlawanan normal
Alarm Resistance Exhaustion
Adanya perubahan karakteristik Tahap kedua terjadi jika kelanjutan Dengan adanya eksposur terhadap
tubuh dari eksposur pertama eksposur terhadap stresor selari stresor yang sama, tubuh akan
terhadap stresor. Pada waktu yg dengan adaptasi. Perlawanan menyesuaikan diri. Akhirnya tenaga
sama perlawanannya berkurang meningkat di atas normal adaptasi dikeluarkan.
Rajah 2 : Tahap tanggapan terhadap stress (Sumber: Gitosudarmo dan Sudita, 2000)
2. Stres positif
Stres adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Stres yang sedikit boleh membantu kita
mencapai apa yang kita mahukan dalam kehidupan seharian. Stres memberi kesan terhadap
tubuh dan otak kita. Tubuh kita memberi reaksi terhadap kedua-dua jenis stres iaitu stres positif
dan stres negatif. Kita perlu menangani stres supaya tubuh tidak terlalu terkesan dengan stres.
Stres yang positif membantu kita menjadi peka dan mendorong kita untuk menghadapi cabaran
dan membantu kita menyelesaikan masalah. Stres sebegini boleh diuruskan dan sebenarnya
diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Di samping itu, kita juga perlu tahu bahawa bukan
semua stres ini membawa keburukan. Kenapa dikatakan demikian ? Kerana manusia juga
memerlukan stres sebagai satu perangsang dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh,
jika tidak merasai stres, peperiksaan yang akan diambil adalah perkara biasa yang tidak perlu
dibimbangkan. Bagi pelajar, tugasan yang diberikan oleh guru adalah perkara biasa yang tidak
111
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
perlu disiapkan. Ia tidak merasa malu dan tidak merasakan bahawa tugasan itu adalah
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Enik & Asmadi (2012) menyatakan ketegangan atau tekanan ini tidak semestinya negatif
atau tidak sihat. Sebenarnya ia merupakan satu proses semulajadi yang perlu dijangkakan dalam
hubungan sesama manusia. Stres juga perlu untuk merangsang diri bertindak dan boleh
memotivasikan dan menginspirasikan seseorang itu untuk menggerakkan segala sumber dan
potensi diri bagi mencapai kejayaan di luar keupayaan normal. Untuk mendapat kejayaan
optimum dalam kehidupan, secara tidak langsung ia memerlukan penekanan pada diri. Rahsia
kejayaan adalah membentuk imbangan supaya kita tidak terlampau menekan diri leka. Tanpa
kesedaran ini tekanan kreatif boleh bertukar menjadi stres yang memudaratkan. Jadi reaksi stres
itu tidak boleh dikatakan baik atau tidak, tetapi bergantung kepada cara kita bereaksi kepada
stres dan mengendalikannya untuk menentukan samada ia menjadi dorongan yang kreatif atau
musuh yang merosakkan diri.
3. Stres negatif
Stres sebagai reaksi akut, adalah reaksi yang mempertahankan atau melindungi diri.
Ianya merangsang diri untuk bertindak. Hormon adrenalin dan rangkaian hormon-hormon lain
merangsang tubuh untuk bersedia samada untuk melawan atau lari. Stres negatif ini berlaku
apabila tubuh kita bertindakbalas terhadap rangsangan yang berlaku di sekeliling kita. Hal ini
dikenali sebagai tindak balas “lawan atau lari” (fight or flight). Tindakbalas sebegini mungkin
sesuai pada masa dahulu di mana manusia selalu menghadapi atau memilih antara hidup atau
mati. Pada hari ini, keadaan sangat berbeza. Walaubagaimanapun, kita masih bertindakbalas
terhadap sesuatu peristiwa seolah-olah ia adalah pilihan hidup atau mati. Pendedahan yang
berulang dan berterusan kepada stres boleh melemahkan seseorang kepada penyakit fizikal,
emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yang tidak tenteram. Ini menjadi lebih
teruk jika dalam kehidupan tiada aktiviti riadah dan bersantai yang membentuk keseimbangan.
Ketiadaan aktiviti ini akan membuat diri hilang kecekapan mengendalikan stres. Ini kerana
persepsi diri ke atas aspek-aspek kehidupan akan terjejas. Selain dari itu stres juga boleh
memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuai atau tidak praktikal. Pernahkah
112
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
kita mengalami perasaan marah apabila terperangkap di tengah kesesakan jalan raya, atau marah
kepada kerani yang memungut bayaran bil kerana terpaksa menunggu lama.
Stres paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus bergantung kepadanya tanpa
merelakan ia berlalu, walaupun punca stres itu telah bertahun-tahun berlalu. Di sini kebimbingan
(anxiety), kemarahan, perasaan bersalah dan ketakutan adalah stres yang terus bermain di minda
dan perasaan kita. Contoh stres seperti ini ialah perasaan kecewa dengan peristiwa-peristiwa
lama atau perasaan hasad dengki dalam diri kita. Stres berpotensi membawa keburukan bila
mana seseorang itu merasa begitu tertekan. Apabila seseorang tertekan perasaannya ia boleh
menyebabkan orang itu tidak dapat berbuat apa-apa maka ini merupakan stres yang tidak
membina. Keadaan mental menjadi bercelaru, emosinya tidak stabil. Keadaannya marah-marah
dan menyepi diri dari bergaul. Ini yang dikatakan stres yang tidak baik atau yang membawa
keburukan kepada kita. Jikalau ia menjadi serius akan menyebabkan musibah kepada kita. Gejala
ini perlu dibendung supaya tidak sampai ke tahap yang lebih teruk seperti tahap psikosis. Belajar
bertenang, melepaskan dan merelakan adalah penting untuk keharmonian dalam diri, kebahagian
dan kesihatan.
4. Kesan-kesan stres
Stres menunjukkan gejala-gejala yang berbeza di antara seseorang individu dengan
individu yang lain. Gejala atau simptom stres ini dapat dikategorikan dalam tiga tahap iaitu ;
i. Gejala fisiologi
Kebanyakan pakar psikologi memberi perhatian dan penekanan dalam gejala stres yang
melibatkan fisiologi. Hal ini berlaku disebabkan beberapa kajian dan penyelidikan yang
dilakukan oleh pakar psikologi dan psikiatri melibatkan ilmu perubatan dan kedoktoran.
Penelitian dan kajian ini memberi kesimpulan bahawa stres dapat mewujudkan perubahan-
perubahan dalam metabolisme, meningkatkan kadar denyutan jantung dan pernafasan,
menaikkan tekanan darah, menimbulkan sakit kepala serta serangan jantung.
ii. Gejala psikologi
Stres secara tidak langsung boleh menimbulkan rasa ketidakpuasan. Stres yang berkaitan
dengan pekerjaan dengan sendirinya akan menimbulkan ketidakpuasan kerja. Terdapat kajian
113
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
yang menunjukkan bahawa seseorang individu yang berada dalam persekitaran pekerjaan yang
banyak membuat tuntutan dan berlakunya konflik akan meningkatkan kadar stres dan
ketidakpuasan.
iii. Gejala tingkah laku
Gejala-gejala stres yang berkaitan dengan tingkahlaku biasanya melibatkan perubahan-
perubahan dalam produktiviti, kehadiran bekerja dan pindah kerja. Ini secara tidak langsung
melibatkan perubahan dalam amalan pemakanan harian, semakin kuat merokok, ketagihan
alkohol, gelisah, dan mengalami gangguan tidur.
5. Strategi menguruskan stres
Stres adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang
demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau strategi untuk
mengurus stres dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stres dinyatakan di sini
beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh seseorang individu. Stres perlu diurus dengan
baik kerana sekiranya ia tidak diurus tidak mustahil ia boleh membawa kepada perkara-perkara
yang tidak baik. Terdapat dua jenis pendekatan yang boleh diaplikasi dalam pengurusan stres
iaitu pendekatan secara individual dan pendekatan organisasi.
i. Riadah
Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan
menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita
beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita
selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat mengurangkan stres.
ii. Ganjaran Diri
Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-
kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan
penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga
114
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan
itu ia dapat mengurangkan stres dalam diri.
iii. Percakapan diri yang membina
Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan
komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia di sebalik kejayaan
tersebut. Melalui kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat
melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan
kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stres. Ini mengelakkkan kita daripada hanya
mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh
membantu diri kita.
iv. Berjenaka
Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka
sebagai satu hiburan sampingan. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isteri baginda.
Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama,
budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang
mana masalah itu merupakan rentetan dari stres yang timbul.
v. Penulisan
Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-
badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya.
Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stres ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan.
Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan
yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini
sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita
dapat mengurus stres dalam corak yang lebih baik.
115
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
vi. Komunikasi Organisasi
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan rakan sekerja dapat mengurangkan
ketidakpastian dengan tujuan untuk mengurangkan sifat keraguan, konflik dan stres. Pengurusan
sesebuah organisasi yang mengaplikasikan komunikasi berkesan akan mengurangkan stres yang
dihadapi oleh para pekerja. Di samping itu, komunikasi dua hala yang efektif akan memperbaiki
persepsi dan tanggapan di kalangan pekerja.
vii. Meninjau orang yang kurang bernasib baik
Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stres sering
berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu
dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan
yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-
kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih
beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang
pentingnya bersyukur.
viii. Realistik
Jangan terlalu meletakkan satu bebanan yang terlalu tinggi pada diri. Tidak salah untuk
mensasarkan sesuatu yang tinggi untuk memotivasikan diri tetapi jangan sampai sasaran yang
dibuat terlalu tinggi untuk digapai sehingga memakan diri. Jadilah seorang yang realistik dengan
meletakkan tahap-tahap tertentu untuk dicapai. Lebih baik mencapai sasaran sedikit demi sedikit
berbanding meletakkan sasaran yang terlalu tinggi dan akhirnya entah ke mana.
ix. Positifkan Pemikiran
Muhasabah diri sendiri dan teliti kembali apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada
diri. Setiap kelebihan yang ada digilap agar potensi diri dapat ditonjolkan. Jangan jadikan
kelemahan diri sebagai sebab untuk bersedih. Kenal pasti kelemahan dan atasilah dengan bijak.
Lebih baik jika kelemahan yang ada dimanipulasi sehingga menjadi kekuatan pada diri.
116
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
x. Tidur Sejenak
Tidur sejenak dalam lingkungan masa 30-45 minit mampu menyegarkan tubuh dan
minda untuk kembali bekerja. Gunakan sebahagian waktu rehat anda untuk melelapkan mata
buat seketika agar tubuh kembali segar apabila kembali bekerja. Jangan terlalu memaksa diri jika
tahu bahawa anda sememangnya kepenatan. Tidurlah sejenak kerana sesungguhnya ia tidak
membazirkan masa anda bahkan memberi pulangan kualiti kerja yang lebih baik apabila anda
terjaga nanti.
xi. Pengurusan Masa
Terdapat prinsip-prinsip yang terdapat dalam pengurusan masa dapat membantu
seseorang individu dalam menghadapi stres. Antaranya ialah;
Membuat daftar harian tentang kegiatan-kegiatan yang harus diselesaikan
Mengutamakan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan
Membuat jadual kegiatan yang mempunyai keutamaan
6. Kesimpulan
Secara keseluruhannya pemahaman tentang stres yang sering mendatangi kita adalah
penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stres dan bagaimana pula
untuk mengurus stres, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai
seseorang individu yang normal. Jika kita berada dalam keadaan stres, apabila menghadapi
peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stres dengan baik.
117
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Aikaterini, L. (2015). The role of leadership in the organization and administration of Women’s
Agricultural Cooperatives in Greece: A case study. Open Journal of Business and
Mangement, 3 (1), 1 – 10.
Anggit, A., & Heru, S. (2014). Pengaruh stres kerja dan beban kerja terhadap kinerja karyawan
PDAM Surabaya. Jurnal Ilmu & Riset Manajemen, 3 (7). Retrieved from
http://repository.stiesia.ac.id/370/.
Enik, N.K., & Asmadi, A. (2012). Berfiki positif untuk menurunkan stress psikologis. Jurnal
Psikologi, 39 (1), 67 – 75.
Gitosudarmo, I., & Sudita, I.N. (1997). Perilaku Keorganisasian. Yogyakarta : BPFE.
Szilagyi, M.N. (2000). Quantitative relationships between collective action and prisoners’
dilemma. Journal of Systems and Behavioral Research Science, 17 (1), 65 – 72.
Zafir, M.M., & Fazilah, M.H. (2006). Stres di tempat kerja dan kesannya terhadap keselamatan
dan kesihatan pekerjaan. Malaysia Journal of Community Health, 12, 1 – 10.
118
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Keperluan terhadap penyelidikan dalam kebudayaan dan jurang gender di kalangan
graduan pendidikan TVET
Norharnani binti Zulkifli
Noraizah binti Mhd Sarbon
Kolej Komuniti Beaufort
119
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
BAJET 2017 dikatakan bonus kepada pihak akademik, instruktor dan pelajar aliran
pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta limpahan kepada industri yang menyediakan
ruang dan peluang lebih luas kepada pelajar TVET menjalani praktikal dan latihan industri.
TVET diperakui sebagai pendidikan paling tepat untuk menyediakan modal insan yang sedia
memasuki terus pasaran kerja pada peringkat separa mahir. Maka, peruntukan RM4.6 bilion
untuk memperkasa institusi TVET perlu diguna sebaik mungkin bukan sahaja untuk
pembangunan prasarana, infrastruktur dan fasiliti lebih bersifat fizikal, malah untuk
pembangunan profesionalisme pelajar, pelatih dan juga pekerja.
2. Kebudayaan dan jurang gender di kalangan graduan pendidikan TVET
Namun begitu, menyentuh mengenai kualiti graduan institusi TVET, ada satu persoalan
sentiasa dikaji iaitu tentang ketidaksaksamaan berdasarkan jantina yang terus menjadi perhatian
utama di seluruh dunia. Lelaki dan wanita dianggap tidak menerima layanan seimbang dalam
politik, perniagaan, organisasi, dan pendidikan bukan sahaja di negara miskin, tetapi di negara
kaya. Pembangunan sosioekonomi, pemodenan, sejarah, warisan politik, dan faktor institusi telah
dilihat sebagai faktor terpenting yang mempengaruhi ketidaksamaan gender. Munasabah untuk
mencadangkan bahawa nilai-nilai kebudayaan mempunyai implikasi dalam pembezaan ini.
Krober dan Kluckhohn (1952) mencadangkan definisi yang sangat menyeluruh seperti
berikut: "budaya terdiri daripada corak, eksplisit dan tersirat dari dan untuk tingkah laku yang
diperoleh dan dihantar oleh simbol-simbol, yang membentuk pencapaian khusus kumpulan
manusia, termasuk perwujudan mereka dalam artefak; inti teras kebudayaan terdiri daripada
idea-idea tradisional dan nilai-nilai utama mereka. Schwartz (1992, 1994, 2006) menggambarkan
budaya dalam tiga nilai:
i. konservatisme / autonomi;
ii. hierarki / egalitarianisme; dan
iii. penguasaan / keharmonian.
Jenis nilai konservatisme dicirikan oleh keteraturan sosial, menghormati tradisi,
keselamatan keluarga, dan kebijaksanaan yang menekankan status quo, kepatutan, dan tindakan
120
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
atau kecenderungan yang mungkin mengganggu perpaduan atau susunan tradisional. Sebaliknya,
jenis nilai autonomi menekankan usaha mengejar keinginan individu. Dalam masyarakat
hierarki, penekanan budaya adalah pada legitimasi pengedaran kuasa, peranan dan sumber,
kuasa, dan kekayaan yang tidak sama rata. Sebaliknya, egalitarianisme sepadan dengan ciri-ciri
seperti kesamaan, keadilan sosial, kebebasan, tanggungjawab, dan kejujuran. Penguasaan /
keharmonian adalah pasangan ketiga jenis nilai budaya Schwartz. Penguasaan dicirikan oleh
penegasan diri sendiri, cita-cita, kejayaan, berani, dan kecekapan. Sebaliknya, jenis nilai budaya
harmoni menerima dunia kerana ia adalah dan menekankan perpaduan dengan alam semula jadi
(Schwartz, 1992, 1994).
Menurut Parsons dan Shillis (1951), pembahagian tenaga kerja berdasarkan jantina
bertahan kerana ia memberi manfaat kepada masyarakat. Oleh itu, kestabilan sosial dikekalkan
kerana lelaki menganggap peranan pencari nafkah dan wanita menerima peranan membesarkan
anak dan menguruskan hubungan dalam keluarga. Sebaliknya (O'Neil et al., 1995) berhujah
bahawa pembahagian buruh itu telah dikekalkan oleh orang-orang yang berkuasa dan tidak
semestinya memberi manfaat kepada masyarakat. Trend terkini mendakwa bahawa
ketidaksamaan jantina adalah usang di zaman moden dan harus diubah. Peranan jantina yang
berbeza membawa kepada ketidaksamaan yang besar dalam pelbagai isu sosial, ekonomi,
pendidikan, politik, sosial, suami, kewangan, dan berkaitan pekerja (Wirls, 1986).
Banyak kajian yang sedia ada menangani beberapa aspek yang terhad dalam
ketidaksamaan berasaskan jantina seperti perbezaan gender dalam politik, kontrak buruh, saraan,
dan kepimpinan. Apatah lagi, apabila wujud isu bahawa majikan dalam beberapa sektor terpilih
yang mengamalkan perbezaan pemberian upah terhadap pekerja wanita disebabkan sentimen
pekerja wanita yang tidak produktif dan kurang komited dalam kerjaya terutamanya bagi wanita
yang sudah berkeluarga. Diskriminasi upah mengikut jantina wujud dalam keadaan ini apabila
kadar upah yang diterima tidak sama dengan kadar yang diterima oleh lelaki walaupun beban
kerja adalah sama. Penglibatan kaum wanita dalam bidang pendidikan semakin meningkat dan
keadaan ini boleh digambarkan berdasarkan statistik terkini dari Jabatan Pelajaran dan Jabatan
Pengajian Tinggi.
Jurang penerimaan pendidikan mengikut gender pada setiap tahun menunjukkan
penglibatan setara antara lelaki dan wanita di peringkat rendah, menengah, menengah tinggi dan
121
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
tinggi. Kesungguhan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan membuahkan hasil apabila kadar
celik huruf sehingga tahun 2009 bagi kedua-dua jantina ini adalah sama iaitu 95%. Selain itu,
penglibatan pada setiap tahap pendidikan menunjukkan tren peningkatan setiap tahun terutama
penyertaan dari wanita. Bilangan enrolmen pelajar wanita di institusi pengajian tinggi melebihi
pelajar lelaki berdasarkan bidang dan institusi tertentu. Namun begitu, apabila membincangkan
isu penglibatan tenaga buruh, secara umumnya penglibatan kaum wanita adalah lebih rendah
daripada kaum lelaki. Begitu juga dengan kadar pengangguran dalam kalangan wanita melebihi
lelaki secara keseluruhannya.
Berdasarkan jadual pivot bilangan pelajar TVET yang mendapat peluang pekerjaan
mengikut jantina, bilangan pelajar lelaki melebihi pelajar perempuan setiap tahun. Ada beberapa
isu semasa latihan industri yang mana pihak industri cenderung memberikan markah yang lebih
tinggi kepada pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan dari institusi yang sama walaupun
pelajar perempuan menunjukkan sahsiah yang lebih baik dan lebih berupaya melaksanakan
sesuatu kerja. Indeks gap jantina global (GGI), yang diperkenalkan oleh Forum Ekonomi Dunia
pada tahun 2006, menggambarkan ketidaksamaan berasaskan jantina nasional dari segi kriteria
ekonomi, politik, pendidikan dan kesihatan (Hausmann et al., 2007) wajar diselit dalam kajian.
Dalam erti kata lain, GGI meneliti jurang antara lelaki dan wanita dalam empat kategori asas:
i. penyertaan dan peluang ekonomi;
ii. pencapaian pendidikan;
iii. pemberdayaan politik; dan
iv. kesihatan dan kelangsungan hidup
Menurut penjelasan struktur yang dicadangkan oleh Wilensky (2002), masyarakat maju
terlibat dalam proses perindustrian yang berterusan yang membawa kepada perubahan dalam
struktur pekerjaan dan penguasaan pekerja mahir, profesional, dan pengurus. Di dalam
masyarakat ini, kos ekonomi mengalami peningkatan, sementara manfaat ekonomi turun.
Akibatnya, wanita di negara maju mempunyai lebih banyak insentif untuk mengambil bahagian
dalam pasaran buruh, daripada tinggal di rumah dan menjaga anak-anak (Bergh, 2006). Pada
masa yang sama, jenis pekerjaan moden juga menimbulkan keperluan untuk pendidikan tinggi,
122
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
bagi lelaki dan wanita. Apabila wanita belajar dan bekerja bersama lelaki, sikap sosial menjadi
lebih liberal dan masyarakat menunjukkan kecenderungan ke arah kesetaraan gender.
Teori pemodenan yang sama seperti yang dikemukakan oleh Inglehart (1997)
menekankan pembangunan ekonomi ke dalam proses budaya pembangunan manusia yang
menimbulkan pandangan dunia emansipatif, yang ditunjukkan dalam nilai ekspresi diri yang
menekankan pilihan manusia dan autonomi, termasuk pilihan dan autonomi wanita. Konsep
jurang jantina tidak menunjukkan sejauh mana sifat kejantanan atau kewanitaan dalam
masyarakat; Sebaliknya ia menunjukkan perbezaan relatif antara lelaki dan wanita dalam
mengakses sumber dan peluang yang ada. Jadi, adakah relevan untuk mengatakan kaum wanita
menguasai sektor perkhidmatan berbanding kaum lelaki kerana sektor ini lebih bersesuaian
dengan kaum wanita iaitu komunikasi, pengurusan, kesihatan dan pentadbiran, manakala kaum
lelaki cenderung untuk melibatkan diri dalam pekerjaan yang berteraskan kemahiran praktikal.
Budaya konservatif umumnya percaya bahawa lelaki menjadi pemimpin politik yang
lebih baik daripada wanita dan lelaki yang lebih berhak bekerja daripada rakan sekerja mereka
(Inglehart dan Welzel, 2005). Sebaliknya, autonomi adalah orientasi budaya masyarakat moden
yang menghargai keinginan individu untuk menikmati pembangunan ekonomi. Negara-negara
yang mempunyai nilai-nilai konservatif yang lebih tinggi lebih cenderung untuk menekankan
ketidaksamaan jantina. Namun begitu pembangunan ekonomi merupakan punca penting dalam
peningkatan kesamaan jantina, justeru faktor budaya yang menguntungkan tidak boleh
diabaikan.
3. Kesimpulan
Dengan mempertimbangkan implikasi nilai budaya, pembuat dasar dan pemimpin
perniagaan boleh menggunakan strategi yang berkesan untuk meningkatkan kesamaan jantina di
peringkat masyarakat dan organisasi. Walaupun banyak kajian telah memberi tumpuan kepada
beberapa aspek yang sempit seperti perbezaan berasaskan jantina dalam bidang tenaga kerja,
pekerjaan, imbuhan, perwakilan politik, pendidikan, dan kepemimpinan, kajian yang bergantung
pada pemahaman yang komprehensif mengenai jurang gender patut dipertimbangkan. Pada
peringkat teoretikal kajian begini boleh meningkatkan pemahaman kita tentang faktor-faktor
yang mendasari jurang jantina. Di peringkat praktikal, ia boleh membantu pembuat dasar
123
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
mengamalkan strategi yang sesuai untuk mempromosikan kesaksamaan jantina. Jika wanita
selalunya dikaitkan dengan tugas sebagai kerani, jurutaip, guru dan jururawat, ia tidak lagi
relevan dengan kelahiran graduan wanita yang melebihi lelaki, terutamanya dalam bidang-
bidang teknikal seperti kejuruteraan, kulinari, fasyen, teknologi komputer dan hospitaliti. Setiap
yang berkelulusan serta berkemahiran dalam sesuatu bidang perlu diberi peluang yang adil dan
saksama tanpa mengambil kira jenis jantina dalam memastikan pembangunan potensi diri setiap
individu tercapai.
Rujukan
Hausmann, R, Tyson, L. & Zahidi, S. (2007). Global gender gap report. World Economic
Forum, Geneva.
Inglehart, R.F. & Welzel, C. (2005). Modernization, cultural change, and democracy: The
human development sequence. Cambridge University Press: New York, NY.
Inglehart, R.F.(1997). Modernization and post modernization : Cultural, economic and political
change in 43 societies. Sage, Thousand Oaks: CA.
Krober, A.L. And Kluckhohn, C. (1952). Culture a critical review of concepts and definitions.
Papers Of The Peabody Museum Of American Archeology And Ethnology,.47, 1-223.
Mat Yusop. (2016). Memperluas TVET bagi melahirkan tenaga kerja berpendapatan tinggi.
Laporan Tahunan MARA (2016). Majlis Amanah Rakyat.
O’Neil, J.M., Good, G.E. & Holmes, S. (1995). Fifteen years of theory and research on men’s
gender role conflict: New paradigms for empirical research. The New Psychology Of
Men, 164-206.
Parsons, T. & Shills, T. (1951). Toward a general theory of action. Harvard University Press:
Cambridge, MA.
Schwartz, S.H. (1992). Universals in the content and structure of values: Theoretical advances
and empirical tests in 20 countries. Advances In Experimental Social Psychology
Academic, 25, 1-65.
Schwartz, S.H. (1994). Are there universal aspects of the structure and contents of human values.
Journal Of Social Issues, 50 (4), 19-45.
Schwartz, S.H. (2006). A theory of cultural value orientations: Explication and applications.
Comparative Sociology, 5 (2/3), 137-82.
Wirls, D. (1986). Reinterpreting the gender gap. Public Opinion Quarterly, 50, 316-330.
124
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Peranan pensyarah dalam mempengaruhi motivasi pelajar melalui modul Pengajian
Malaysia 1
Lenny Lai Mei Lan
Kolej Komuniti Mas Gading
Wee Chiau Yen
Kolej Komuniti Santubong
125
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Modul Pengajian Malaysia 1 merupakan salah satu modul yang wajib diambil semua
pelajar di kolej komuniti seluruh Malaysia. Modul ini memperkenalkan kepada pelajar tentang
Sejarah Negara, Masyarakat Malaysia, Sistem Pemerintahan Negara, Perkembangan Sosio
Ekonomi dan Dasar-dasar Negara. Matlamat modul Pengajian Malaysia 1 dibangunkan adalah
untuk mempertingkatkan kualiti modal insan sejajar dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara (PSPTN) untuk melahirkan graduan Kolej Komuniti yang holistik, menghayati
nilai-nilai patriotisme dan jati diri beracuankan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah ke
arah memenuhi kebolehpasaran pekerjaan. Modul ini mempunyai nilai 2 jam kredit dengan 52
jam (Masa Pembelajaran Terpandu) setiap semester. Kaedah penyampaian dilaksanakan dalam
bentuk kuliah, kerja kumpulan dan perbincangan. Kaedah penilaian modul ini pula terbahagi
kepada 2 iaitu penilaian berterusan dan penilaian akhir. Penilaian berterusan merangkumi kuiz,
ujian, tugasan, projek dan pembentangan dengan jumlah markah 70 peratus manakala penilaian
akhir adalah berbentuk teori berjumlah 30 peratus. Berdasarkan statistik melalui pencapaian
markah keseluruhan bagi modul Pengajian Malaysia 1 selama tiga semester lepas, didapati
kurang daripada 15 peratus pelajar mendapat markah lebih 76 peratus iaitu gred A- ke atas.
2. Masalah yang dikenalpasti
Modul Pengajian Malaysia 1 boleh dikatakan seolah-olah mata pelajaran Sejarah di
sekolah menengah. Oleh yang demikian, tidak hairanlah pelajar-pelajar kolej komuniti
mengatakan modul ini membosankan dan tidak menarik minat mereka untuk mendapat skor yang
tinggi dalam penilaian. Mengikut Anuar Ahmad, Siti Haishah dan Nur Atiqah (2009), mata
pelajaran Sejarah kurang mendapat tempat di hati pelajar kerana dikatakan membosankan dan
padat dengan fakta-fakta. Dyah Kulamasari (2005) menyimpulkan bahawa terdapat empat
komponen yang saling berkait dan menjadi penyebab munculnya masalah dalam pembelajaran
Sejarah iaitu kredibiliti tenaga pengajar, penggunaan bahan mengajar, minat pelajar dan objektif
mata pelajaran Sejarah. Syazwani, Kamarulzaman, Nur Azuki dan Mohd Mahzan (2015) pula
menyatakan bahawa kelemahan sebenar dalam menguasai kurikulum sejarah adalah disebabkan
gaya penyampaian yang kurang berkesan. Kedua-dua penyataan ini menunjukkan bahawa
pensyarah berperanan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis dan
126
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
mencipta pengajaran yang berkesan bagi menarik minat dan membantu pelajar-pelajar
mempelajari Pengajian Malaysia dengan mudah.
Menurut Glickman (1990), untuk menjadi seorang guru yang berkesan perlu mempunyai
tiga kategori utama iaitu keperluan menguasai ilmu pengetahuan yang luas, tugasan dan
tanggungjawab, dan keperluan mempraktik kemahiran dan kepakaran. Ashaari (1999)
menjelaskan bahawa peringkat pertama sebelum proses pengajaran, guru perlu mempunyai
kebolehan untuk mentafsir sukatan bagi matapelajaran yang hendak diajar. Pentafsiran sukatan
pelajaran ini adalah bagi memudahkan para guru dalam merancang pengajaran dan penggunaan
kaedah yang berkesan. Namun begitu, cabaran utama pensyarah kolej komuniti yang mengajar
modul Pengajian Malaysia adalah kurangnya penguasaan secara mendalam tentang isi
kandungan pelajaran yang hendak diajar dan seterusnya menentukan strategi, kaedah, teknik dan
cara pendekatan yang baik dalam menyampaikan modul ini. Ini adalah kerana rata-rata
pensyarah yang mengajar adalah bukan dalam bidang. Kesannya, pensyarah beranggapan
bahawa peranan mereka hanya mengajar pelajar-pelajar mengikut sukatan pelajaran yang
disediakan dan memastikan sukatan pelajaran yang diperuntukkan perlu dihabiskan mengikut
jangka masa yang ditetapkan.
3. Peranan pensyarah
Bagi memastikan pengajaran Pengajian Malaysia 1 menjadi lebih berkesan, terdapat
beberapa langkah yang perlu di dilakukan oleh pensyarah Kolej Komuniti. Para pensyarah perlu
melengkapkan diri dengan intelektual yang luas dan latihan yang baik, mempunyai suka dan
minat serta menunjukkan sikap yang baik terhadap pelajar sebelum memulakan pengajaran.
Selain itu, perlu juga diadakan kursus-kursus latihan profesional supaya pensyarah-pensyarah
Pengajian Malaysia 1 didedahkan kaedah dan teknik yang sesuai dalam Pengajaran dan
pembelajaran. Mengikut teori belajar Gagne (1983), pensyarah hendaklah memulakan
pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar. Contohnya
dalam tajuk Kesultanan Melayu Melaka. Pensyarah menunjukkan gambar beberapa jenis kuih
nyonya untuk diteka oleh pelajar. Kreativiti pensyarah dalam merancang set induksi dapat
merangsang pelajar memberi respon dan seterusnya meningkatkan motivasi pelajar untuk terus
mengikuti pelajaran seterusnya.
127
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah, pensyarah boleh memilih
teknik pengajaran yang sesuai berdasarkan latar belakang pelajar, tahap pemikiran dan
pengalaman pelajar, serta peruntukan masa. Pensyarah harus mengenal latar belakang pelajar-
pelajarnya agar dapat menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemampuan
dan kebolehan pelajar-pelajar. Di samping itu, pensyarah juga perlu mengetahui tahap pemikiran
dan pengalaman pelajar agar dapat menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu pelajar
memahami sesuatu topik. Tempoh masa yang sesuai juga perlu ditentukan pada peringkat ini
agar masa pengajaran dapat diselaraskan dan dilakukan dengan sempurna dan penglibatan para
pelajar dalam sesuatu aktiviti dapat dimaksimumkan. Dalam pengajaran Pengajian Malaysia 1,
terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam bilik kuliah. Antaranya,
kaedah ilustrasi komik dan teknik analisis data secara kualitatif (Azalina Abdul Wahap, 2013).
Teknik ini adalah fokus kepada pelajar yang mempunyai masalah dalam mengingati fakta yang
berbentuk teks. Melalui kaedah ini, pelajar dapat membina satu pengetahuan baru berdasarkan
pengetahuan sedia ada melalui perbincangan bersama pasangan mereka. Mereka dapat
mengingat semula apa yang dilakarkan dan dilukis bersama rakan tanpa perlu melihat kepada
teks.
Kaedah lawatan ke tempat bersejarah merupakan salah satu kaedah yang biasa digunakan
dalam proses Pengajaran dan pembelajaran. Tujuan lawatan ke muzium adalah membolehkan
pelajar menganalisis fakta-fakta sejarah secara rasional, mengemukakan idea baru dan
memberikan pandangan terhadap maklumat yang diperoleh (Mohamad Johdi Salleh &
Ariegusrini Agus, 2009). Pelajar lebih memahami apa yang dipelajari berbanding di dalam bilik
kuliah. Lawatan ke muzium biasanya dalam bentuk pendidikan formal iaitu ceramah dan tidak
formal iaitu kunjungan biasa. Namun, aktiviti lawatan ini akan menjadi lebih menyeronokkan
dan berkesan sekiranya diselitkan dengan aktiviti. Contohnya, pelajar diminta untuk berlakon
sebagai pelancong dan pegawai penerangan muzium. Teknik tutorial, penerokaan, komunikasi
dan aplikasi melalui alat bantu mengajar menggunakan multimedia didapati mampu
meningkatkan motivasi, gaya, teknik, kaedah dan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Lee Bih
Ni, 2013). Penggunaan alat bantu mengajar menggunakan multimedia adalah penting dalam
pendidikan kerana ia membolehkan pelajar dan pensyarah berinteraksi secara tidak bersemuka.
Melalui pembelajaran tutorial pelajar dapat membuat latihan dan dikawal selia oleh sistem serta
128
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
dapat menggunakan bahan dengan bimbingan daripada pensyarah. Melalui penerokaan pula,
pelajar dapat menentukan sendiri maklumat yang diterima dan ini amat sesuai dengan
pendekatan pembelajaran yang ingin melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran.
Pembelajaran menggunakan internet akan menyebabkan bahan-bahan dapat dikongsi bersama
walaupun berada di tempat yang berbeza melalui audio, video dan pelbagai mod gabungan.
Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin pesat ini, terdapat
pelbagai laman web yang sesuai diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya laman Web 2.0 yang boleh digunakan oleh pelajar bagi tujuan menghasilkan tugasan
mahupun projek adalah StoryJumper dan Bubbls (Johan@Eddy Luaran, 2013). StoryJumper
merupakan sebuah laman web interaktif yang digunakan untuk membina buku folio secara
elektronik manakala Bubbls pula adalah untuk membina peta minda interaktif kemudian
disimpan dan seterusnya boleh dikongsi dengan pengguna lain. Bagi tujuan penutupan
pengajaran pula, beberapa teknik perlu dirancang bagi memilih cara penutupan pengajaran yang
sesuai. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti susulan, membuat penilaian matlamat pengajaran,
membuat rumusan, serta membuat kesimpulan. Ini akan membantu para pelajar untuk
memahami akan tujuan topik yang mereka pelajari. Pensyarah kemudiannya boleh memberitahu
pelajar bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang baik dengan harapan mereka akan
melakukannya lagi.
Sistem pengukuhan ini bertujuan untuk memotivasikan para pelajar supaya meminati
pembelajaran mereka. Oleh yang demikian, pensyarah bukan sahaja perlu bersedia dan bijak
dalam merancang strategi dan teknik Pengajaran dan pembelajaran mereka, malah perlu
diterapkan nilai kreativiti bagi memotivasikan pelajar. Kemampuan seseorang pensyarah dalam
menyampaikan pengajarannya adalah bergantung kepada kreativiti yang dimiliki (Abdul Razaq
& Isjoni, 2009). Dengan adanya kreativiti pensyarah, objektif pengajaran dan pembelajaran
modul Pengajian Malaysia 1 dapat dicapai dengan menarik perhatian dan minat para pelajar.
4. Kesimpulan
Pengajian Malaysia 1 merupakan modul yang mempunyai idea dan konsep yang khusus.
Pemahaman dan penghayatan tentang idea dan konsep tersebut amat penting untuk menjadikan
pengetahuan Pengajian Malaysia relevan dan berguna dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana
129
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
modul Pengajian Malaysia adalah pendukung utama dalam memupuk semangat patriotik di
kalangan generasi muda. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan pensyarah amatlah
ditagih dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar
menghayati peristiwa sebenar sejarah Malaysia. Kesimpulannya, nadi penggerak kepada
kejayaan meningkatkan motivasi pelajar untuk modul Pengajian Malaysia 1 bergantung kepada
minat, kreativiti dalam mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan penggunaan alat bantu
mengajar oleh pensyarah.
Rujukan
Abdul Razaq & Isjoni. (2009). Transformasi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Bangi:
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuar, A., Siti Haishah, A.R., & Nur Atiqah, T.A. (2009). Tahap keupayaan pengajaran guru
sejarah dan hubunganya dengan pencapaian murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 34(1):53-66.
Ashaari Omardin. (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Azalina Abdul Wahap. (2013). Konteks, input, proses dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi
komik terhadap pelajar Tingkatan Empat dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di
salah sebuah sekolah di daerah Papar: Satu kajian kes. Seminar Pendidikan Sejarah dan
Geografi, 29-54.
Bih Ni, Lee. (2013). ICT dan pengajaran-pembelajaran Sejarah di sekolah. Seminar Pendidikan
Sejarah dan Geografi, 106-115.
Dyah Kulamasari. (2005). Sejarah dan problemtika pendidikan. Historia, 7-22.
Gagne, Robert. (1983). The Cconditions of learning. Japan: Holt Saunders.
Glickman, C. D. (1990). Supervision in transition: A developmental approach. (2nd ed.). Boston:
Allyn & Bacon.
Johan@Eddy Luaran. (2013). Pengintegrasian Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek Sejarah dan Geografi. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. 16-28.
Mohamad Johdi, S., & Ariegusrini, A. (2009). Kaedah lawatan ke tempat sejarah: Kepentingan
dan strategi. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Syazwani, A.T., Kamarulzaman, A.G., Nur Azuku. Y., & Mohd Mahzan, A. (2015). Kaedah
pembelajaran Sejarah dengan mengambil kira minat dan peningkatan prestasi. Seminar
Penyelidikan Kebangsaan 2016, 135.
130
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Persepsi pelatih: keberkesanan Program kursus pendek pastri bermodul di Taman Sri
Puteri
Liu Tse Hui
Nazrina Bt Bakar
Kolej Komuniti Mas Gading
131
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Remaja terutamanya dalam umur belasan tahun merupakan golongan yang paling cetek
akal pemikiran di mana pemikiran mereka sentiasa terdorong oleh unsur-unsur yang boleh
membara hawa nafsu (Abd Rahman, 2010). Justeru, masyarakat perlu bekerjasama memainkan
peranan untuk mencegah sebarang gejala yang boleh menghancurkan akhlak dan jiwa remaja,
terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Usaha pemuliharaan remaja perempuan ini
telah mendapat perhatian serius dari negara lain. Di Australia, terdapat Rumah Perlindungan
Bethany disediakan untuk membantu remaja mengandung yang belum berkahwin (Taylor, 1974).
Rumah Perlindungan Bethany ini bukan sahaja memberi perlindungan kepada remaja yang
mengandung tetapi juga memberi perlindungan kepada anak-anak yang dilahirkan oleh remaja.
Di Malaysia, gadis remaja yang terlibat dalam masalah sosial dihantar ke pusat perlindungan
bagi menjalani proses pemulihan.
Bagi remaja perempuan berumur 18 tahun dan di bawah yang terlibat dalam kes
pelacuran serta masalah sosial yang ringan akan dihantar ke Taman Seri Puteri di bawah
peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001 (Yahaya, Rahman, Anuar, Hamdan dan Boon, 2010).
Melalui Akta kanak-kanak tersebut, mereka diberi perlindungan tidak melebihi 3 tahun atau
tidak melebihi umur 18 tahun. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dijalankan semasa mereka
ditempatkan di Taman Seri Puteri (TSP), seperti mereka diberi kemahiran seperti gubahan
bunga, menjahit, memasak dan kraftangan, dengan harapan mereka dapat bekerja untuk
memenuhi keperluan dalam pasaran dan memberi sumbangan kepada negara pada masa akan
datang.
Satu usaha telah dilakukan antara kolej komuniti Mas Gading dengan TSP terhadap
pelatih-pelatih dalam menyediakan program kursus pendek pastri bermodul dalam bentuk
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) kepada mereka, bertujuan untuk memberi
pengetahuan dan kemahiran kepada mereka dalam bidang Pastri serta memberikan pengiktirafan
sijil mengikut tahap kemahiran mereka. Mekanisme kursus pendek bermodul adalah adaptasi
daripada modul Pembuatan Dessert dalam Sijil Pastri Kolej Komuniti. Pelatih telah
melengkapkan tiga komponen utama dalam modul Pembuatan Dessert iaitu penyediaan assorted
biscuit, dessert tempatan dan international dessert akan mendapat sijil pencapaian. Secara
keseluruhan, terdapat 39 menu yang telah dipelajari dalam modul pembuatan dessert ini. Sijil ini
132
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
penting untuk menambah nilai tambahan mereka apabila mereka dibebaskan dari TSP, dan ingin
melanjutkan langkah lanjutan dalam bidang pastri pada masa akan datang.
2. Keberkesanan kursus bermodul
Penulisan ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelatih-pelatih terhadap
keberkesanan kursus bermodul ini, memandangkan kursus ini adalah julung kali dibuat bersama
dengan pihak TSP. Dengan dokumentasikan keberkesanan kursus ini, pihak kolej akan
mempertingkatkan lagi kualiti kursus berdasarkan elemen-elemen yang terdapat dalam hasil
kajian tersebut. Secara tidak langsung, pihak kolej akan mengorak langkah ke hadapan lagi ke
arah mempromosikan lagi kursus-kursus bermodul seperti ini kepada agensi-agensi luar,
khususnya kepada pihak TSP pada masa yang akan datang.
Seramai 10 orang pelatih daripada TSP telah menyertai Kursus Pendek Pastri Bermodul.
Daripada kajian keberkesanan yang berbentuk temuramah, didapati bahawa persepsi informan
terhadap kursus pendek ini adalah baik. Majoriti informan menyatakan bahawa kursus pendek ini
adalah berkesan dari segi peranan pengajar. Kenyataan ini adalah sejajar dengan hasil dapatan
kajian Ihkasan, Mohd Nor, Md Ab Patah dan Nurshahida (2012) yang menyatakan bahawa para
pensyarah yang mengajar kursus jangka pendek di Kolej Komuniti mempunyai tahap kesediaan
kognitif, afektif dan psikomotor yang tinggi di samping dapat membuktikan bahawa Kolej
Komuniti berjaya menjadi hab Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) yang mampu memenuhi
kehendak komuniti serta membentuk komuniti menjadi masyarakat yang berpengetahuan. Ini
juga disokong oleh Siti Masliza dan Norzila (2014) yang menyatakan bahawa pensyarah
mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran kerja dalam menguruskan kursus PSH
dan sedar tentang tanggungjawab mereka dalam menguruskan kursus PSH.
Informan juga menyatakan bahawa kursus pendek adalah berkesan dari segi penerapan
elemen keusahawanan, dan hasil kajian ini adalah selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh
Siti Saleha dan Yufiza (2014) dari segi keberkesanan kursus pendek membangunkan sosio
ekonomi komuniti, mereka menyatakan bahawa daripada 100 responden, 86% daripada mereka
bersetuju bahawa kursus pendek yang dianjurkan oleh kolej komuniti banyak membantu
penduduk meningkatkan sosio ekonomi harian mereka melalui perniagaan kecil-kecilan. Majoriti
responden telah menyatakan bahawa mereka minat untuk membuka perniagaan sendiri selepas
133
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
menghadiri kursus pendek tersebut. Ini adalah sejajar dengan hasil dapatan kajian daripada
Ghazalan (2015) yang menyatakan bahawa kesediaan minat peserta terhadap keusahawanan
berada pada tahap yang tinggi selepas mereka mengikuti kursus pendek pastri di Kolej Komuniti
Negeri Johor.
Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa informan berasa lebih bersemangat dan yakin
selepas resepi-resepi pastri yang mereka buat berjaya. Menurut salah seorang informan, selepas
kursus ini, mereka sentiasa ingin mengetahui lebih mendalam mengenai pastri dan telah
menunjukkan sikap minat malah berusaha untuk membuat dengan lebih baik serta lebih kreatif
lagi. Senario ini adalah selari dengan Marsh & Craven (2005) yang menyatakan bahawa faktor
yang dapat mempengaruhi konsep kendiri, ialah prestasi individu yang lepas dan pencapaian
berkumpulan. Daripada prestasi yang telah ditunjukkan dalam kursus pendek tersebut, mereka
telah menunjukkan konsep kendiri yang positif bahawa mereka mampu dan berbakat dalam
bidang pastri.
Pemberian sijil pengiktirafan dapat membantu informan untuk menceburi kerjaya dalam
bidang pastri pada tahap yang lebih tinggi lagi selepas keluar dari TSP. Dapatan ini seiring
dengan kajian Nabil Fikri (2014) yang menyatakan bahawa, dengan adanya pengiktirafan ini,
sijil yang mempunyai nilai ini boleh digunapakai untuk tujuan bekerja dan melanjutkan
pengajian pada masa hadapan mereka. Ini sedikit sebanyak dapat merangsang keinginan
responden dalam menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran menerusi PSH yang dianjurkan
oleh kolej komuniti.
3. Cadangan pada masa akan datang
Kursus pendek bermodul perlu diteruskan sebagai pelengkap kepada pelatih dalam kelas
memasak yang sedia ada di TSP. Di samping itu, penekanan kepada aspek motivasi kepada
pelatih perlu diberikan agar konsep kendiri mereka dipertingkatkan serta lebih yakin dengan
kebolehan diri sendiri. Oleh itu, mereka akan bersungguh-sungguh mempraktikkan sesuatu yang
telah dipelajari.
Keberkesanan kursus dalam konteks pelatih di TSP Kuching bergantung kepada lapan
elemen yang penting, setelah ditemuramah dengan mereka. Elemen-elemen ini adalah
fleksibiliti, peranan pengajar, motivasi, keusahawanan, peralatan, masa kursus, susulan dan
134
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
maklum balas serta model latihan yang sistematik. Justeru, Kolej komuniti perlu bekerjasama
dengan TSP dengan kelapan-lapan elemen sebagai pelengkap untuk meningkatkan keberkesanan
sesuatu kursus yang akan dijalankan terhadap pelatih-pelatih di Taman Seri Puteri.
4. Kesimpulan
Melalui kajian ini, dapat dilihat informan mempunyai motivasi untuk mempelajari ilmu
dan kemahiran dalam kursus pendek yang dianjurkan. Antara faktor yang meningkatkan motivasi
mereka adalah mereka berjaya menghasilkan sendiri pastri-pastri yang diajar. Justeru membawa
kepuasan hati kepada mereka dan berminat untuk menghasilkannya lagi (faktor instrinsik).
Selain itu, sijil juga merupakan faktor ekstrinsik kepada motivasi mereka untuk mengikuti kursus
ini. Dalam kelas memasak yang sedia ada pula, silibus adalah tidak rigid, dan pengajar perlu
bertolak ansur dengan pelatih tentang resepi yang perlu diajar untuk mengelakkan kelas menjadi
bosan. Pelatih juga dikehendaki untuk mendedahkan unsur-unsur keusahawanan dalam kursus
yang mereka hadiri. Untuk mencapai keberkesanan kursus secara maksima, dorongan pengajar
dan rakan juga memainkan peranan penting di samping mengadakan kursus susulan kepada
mereka selepas mereka megikuti kursus. Kesimpulannya, latihan kemahiran yang berkesan amat
penting untuk pelatih sebagai bekalan ilmu untuk diri mereka apabila dibebaskan nanti.
135
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Abd Rahman, S. (2010). Kerjasama banteras pembuangan, pembunuhan bayi. Utusan Malaysia,
p. 12.
Ghazalan, M. S. (2015). Tahap kesediaan peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) dalam kecenderungan menceburi keusahawanan di Kolej Komuniti Negeri Johor.
Unpublished master's thesis, UTHM. Johor.
Ihkasan, M. N., Md A. P., & Nurshahida. (2012). Kesediaan pensyarah terhadap perlaksanaan
pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus jangka pendek di kolej komuniti.
Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional CIE-TVT 2012. Dilayari Oktober, 4, 2015 dari
http://eprints.uthm.edu.my/3368/1/Kesediaan_Pensyarah_Terhadap_Perlaksanaan_Pemb
elajaran.pdf
Marsh, H. W., & Craven, R. G. (2005). Reciprocal effects of self-concept and achievement:
Competing multidimensional and unidimensional perspectives. Diakses pada Oktober 5,
2015, dari laman web Self Research Centre University of Western Sydney, Australia:
http://www.aare.edu.au./
Nabil Fikri, A. H. (2014). Pembangunan modal insan menerusi Pendidikan Sepanjang Hayat di
Kolej Komuniti. Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014, 1-13.
Siti Masliza, M. N., & Norzila, A. R. (2014). Persepsi pensyarah terhadap pengurusan kursus
pembelajaran sepanjang di Kolej Komuniti Hulu Langat. Jurnal Pembelajaran
Sepanjang Hayat 2014, 14-33.
Siti Saleha, A. A., & Yufiza, M. Y. (2012). Pembelajaran sepanjang hayat pencetus kemahiran
tinggi secara holistik dalam membangunkan komuniti Kampung Sungai Sejuk, Sungai
Siput. Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2012, 48-64.
Taylor, M. (1974). Bethany home. Dicapai pada September 03, 2015, dari
http://www.magdalenelaundries.com/bethany_history
Yahaya, A., Rahman, A., Anuar, M., Hamdan, A. R., & Boon, Y. (2010). Program pemulihan
akhlak wanita: Sejauh manakah keberkesanan Pusat Perlindungan Wanita membantu
proses pemulihan? Program Pemulihan Akhlak Wanita: Sejauh manakah Keberkesanan
Pusat Perlindungan Wanita Membantu Proses Pemulihan? 1-9.
136
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) dalam pengajaran dan pembelajaran
Zulkurnain Bin Hassan
Kolej Komuniti Kota Marudu
137
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Abstrak
Outcome Based Education (OBE) telah diperkenalkan secara menyeluruh dalam sistem
pendidikan Kolej Komuniti . Ia telah menjadi satu kewajipan bagi memastikan kualiti
pembelajaran dan pengajaran yang mampu memberikan impak yang tinggi kearah
merealisasikan pencapaian Lesson Learning Outcome (LLO), Course Learning Outcome (CLO),
Programme Learning Outcome (PLO) dan Programme Education Objective (PEO). OBE
diperkenalkan bagi menambahbaik sistem pembelajaran tradisional yang hanya menjalankan
penilaian bersifat kuantitatif. OBE menambahbaik sistem sedia ada dengan menambah elemen
penilaian yang bersifat kualitatif (Aravind, et al., 2008). Ia adalah satu sistem pembelajaran
berpusatkan pelajar mengfokusan kepada keputusan peperiksaan akhir pelajar dan hasil
pembelajaran lain yang dapat memberi nilai tambah kepada pelajar (Spady & Marshall, 1991).
Melalui OBE, kemahiran praktikal, kemahiran komunikasi, kemahiran penyelesaian masalah dan
berfikir secara kritikal, kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban, pembelajaran berterusan
dan kemahiran pengurusan maklumat, kemahiran mengurus dan keusahawanan, profesionalisma,
etika dan moral dan juga daya kepimpinan dan semangat berpasukan. Kertas penulisan ilmiah ini
membincangkan tentang bagaimana pelaksanaan OBE dapat diaplikasikan dan pengajaran dan
pembelajaran . Di antara yang dihuraikan apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah
pengajaran secara konvensional, kaedah pengajaran berpusatkan pelajar dan akhir sekali kaedah
OBE. Dapat disimpulkan bahawa penerapan OBE dapat meningkatkan skop pengetahuan pelajar,
memudahkan pemantauan dan penambahbaikan kualiti berterusan. .
1. Pengenalan
Pendidikan merupakan asas penting untuk pembangunan masyarakat dan negara ke arah
yang lebih maju. Melalui pendidikan, masyarakat akan dibentuk dengan memberikan
pembelajaran kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit.
Pendidikan negara bergerak seiring dengan keperluan semasa masyarakat dimana perubahan
mengikut arus pemodenan dan globalisasi. Pendidikan yang sempurna menjadi pendekatan yang
digunakan bagi merealisasikan wawasan negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah
negara yang maju. Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia juga secara tidak langsung
138
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
telah menyebabkan perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran samaada di sekolah
mahupun di IPT.
Sebelum zaman globalisasi, kebanyakan pendekatan pengajaran yang dilaksanakan
adalah melalui kaedah “chalk and talk”. Syed Yahya Kamal & Tasir (2010) menjelaskan bahawa
pada era yang serba maju dan moden, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan teknologi yang
semakin berkembang. Perkembangan pendidikan daripada kaedah tradisional kepada
pembelajaran berasaskan masalah masih diperkatakan hingga kini. Adalah menjadi
tanggungjawab pengajar untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dirasakan
paling sesuai dalam memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran mereka.
Abdullah, Roslan & Sulaiman (2009) menyatakan terdapat dua strategi utama yang dipraktikkan
di dalam bilik darjah atau bilik kuliah iaitu pengajaran berpusatkan guru dan strategi pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan pelajar.
2. Kedah pengajaran dan pembelajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai merupakan salah satu aspek yang
penting agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat
memotivasikan pelajar untuk belajar. Mahyuddin, Elias dan Abu Bakar (1997) menegaskan
bahawa bagi memotivasikan minat pelajar terhadap pelajarannya, seseorang guru itu hendaklah
mempelbagaikan kaedah penyampaian. Proses pengajaran merupakan satu sistem yang diarahkan
kepada pelajar-pelajar yang mana kebiasaannya adalah secara bersemuka dengan guru bertujuan
untuk membawa sesuatu perubahan kepada diri pelajar-pelajar. Oleh itu, pelbagai aktiviti
diadakan semasa pengajaran dilaksanakan bagi tujuan menghasilkan pembelajaran atau
perubahan dalam tingkah laku.
Proses pembelajaran hanya terjadi apabila terdapat perubahan pada seseorang samaada
perubahan kearah kebaikan ataupun kejahatan. Menurut Siraj & Shuib (2004) adalah menjadi
hak seseorang pengajar untuk memilih mana-mana teknik atau kaedah yang dirasakan sesuai
dalam mengajarannya. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan kebanyakan menunjukkan
bahawa tiada satu pun kaedah yang paling sesuai untuk semua keadaan pengajaran dan
pembelajaran.
139
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
3. Kaedah pengajaran secara konvensional
Proses pengajaran yang menggunakan kaedah kuliah atau kaedah tradisi merupakan
antara salah satu kaedah yang menggunakan pendekatan berpusatkan guru. Kaedah ini
kebiasaannya sesuai untuk mata pelajaran yang bergantung sepenuhnnya kepada guru. Sulung
(2002), menyatakan bahawa pengajaran secara tradisi merupakan pengajaran yang mana guru-
guru lebih gemar menjalankan sesi pembelajaran dan mengajaran secara satu hala di dalam kelas.
Guru akan bertindak sebagai pemberi maklumat sedangkan pelajar bertindak sebagai pendengar
yang menerima maklumat tanpa diberi peluang untuk berkelakuan dengan lebih aktif di dalam
kelas. Kaedah pengajaran ini hanyalah akademik semata-mata di mana pelajar berada di dalam
kumpulan besar serta pergerakan dan suasana kelas adalah amat rigid dan berstruktur.
Pengajaran berpusatkan guru mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk
pemikiran yang betul dan menggalakkan suasana elitis yang sering dikaitkan denggan kaedah
kumpulan. Berdasarkan kajian Schmit, Dauphee & Patel (1987) mendapati bahawa seseorang
pelajar yang mengikuti kaedah ini akan mendapat keputusan yang cemerlang kerana melalui
kaedah tersebut dapat melahirkan pelajar yang mahir dalam mengingat segala yang dipelajari.
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti apabila pengajar menggunakan
kaedah ini di mana didapati kurang penyertaan daripada pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Chyun (2007) menjelaskan bahawa keadaan ini menyebabkan para pelajar dalam
keadaan yang tertekan serta menyukarkan mereka untuk mengaitkan apa yang dipelajari di dalam
kelas dengan keadaan di luar kelas serta kehidupan seharian mereka. Dalam keadaan ini
kebergantungan pelajar kepada pengajar yang tinggi dan berkemungkinan pelajar menjadi pasif
juga tinggi.
4. Kaedah pengajaran berpusatkan pelajar
Pengajaran berpusatkan pelajar merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran dimana
pelajar akan memainkan perana utama dan terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran.
Menurut Mahyuddin et al. (1997) dalam pendekatan ini pelajar memiliki kebebasan tetapi
dengan bimbingan guru yang mana guru berada di belakang dan pelajar menjadi tumpuan
perhatian. Guru akan berfungsi sebagai pembimbing/fasilitator yang membimbing pelajar bagi
menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar menjadikan pelajar lebih
140
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
berdikari, bermotivasi tinggi dan bertanggungjawab terhadap aspek yang dipelajari.
Pembelajaran berasakan masalah (PBL) adalah salah satu pendekatan berpusatkan pelajar di
mana ia menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif bagi menyelesaikan masalah yang
diberikan dan berusaha mencapai matlamat yang telah dipersetujui oleh ahli kumpulan. Menurut
Othman et al. (2008) dalam PBL pelajar akan diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan
dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada buku, jurnal, surat khabar,
risalah, intenet dan organisasi-organisasi yang terlibat.
Dalam kajian Abdul Rahim & Mustapha (2007) mendapati pendekatan ini dapat
membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran serta menjadikannya
lebih bermakna. Ini kerana PBL merupakan satu kaedah di mana masalah yang sebenar serta
bermakna digunakan sebagai focus dalam proses pembelajaran. Ianya di dapati sesuai digunakan
bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu
menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran berkerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi dan sebagainya (Universiti
Teknologi Malaysia 2005).
5. Outcome Based Education
Pendekatan OBE ini bermula sejak lewat 70an dan telah diamalkan secara meluas di
negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom pada sekitar awal tahun 80-an
dan 90-an (Stroup, 2007). Seterusnya pendekatan OBE ini telah berkembang di Malaysia yang
mana pendekatan ini telah diamalkan di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia dalam
semua bidang pada masa kini. OBE ialah satu pendekatan dalam pendidikan yang memfokuskan
kepada hasil pembelajaran “an approach to education that focuses on the intended outcomes that
result from instruction.” (Goff, 2010). Hasil Pembelajaran (learning outcomes) pula adalah
pernyataan yang menjelaskan apa yang pelajar harus tahu, faham dan boleh lakukan setelah
selesai suatu tempoh pengajian. “Hasil pembelajaran merupakan rujukan bagi standard dan
kualiti serta pembangunan kurikulum dari segi pengajaran-pembelajaran, penetapan kredit dan
penilaian pelajar” (MQA portal).
Penerapan OBE di peringkat IPT lebih berfokuskan pembelajaran pelajar berbanding
dengan skop pengajaran itu sendiri. Di dapati ia bertepatan dengan usaha bagi meningkatkan lagi
141