IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
skop pengetahuan pelajar-pelajar di peringkat IPT. OBE memudahkan pemantauan menyeluruh
serta penambahbaikan yang ingin dilakukan dalam peningkatan kualiti berterusan yang akan
diguna pakai. OBE menekankan:-
i. Menggunakan penyataan hasil pembelajaran tertentu dengan tujuan bagi
memudahkan pelajar mengetahui dan memahami jangkaan hasil yang harus dicapai
oleh mereka.
ii. Menyediakan aktiviti pembelajaran yang tertentu bagi tujuan membolehkan pelajar
mencapai hasil yang dirancang.
iii. Menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian yang telah ditetapkan
secara jelas dan berkesan.
Semua penilaian yang dijalankan akan dianalisa bagi membandingkan perancangan dan
kejayaan yang dicapai. Analisa hasil sama ada tercapai atau tidak bergantung kepada indeks
pencapaian utama (KPI) yang telah ditetapkan. Kaedah penilaian menjadi alat yang penting
dalam mengenal pasti pencapaian setiap pelajar. Jika pencapaian di bawah sasaran yang
ditetapkan, proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) perlu dijalankan bagi
meningkatkan pencapaian hasil program yang dirancang secara berterusan. Pelaksanaan OBE
mewajibkan setiap program akademik perlu mempunyai Objektif Pendidikan Program
(Programme Educational Objectives) atau PEO. Penyataan tersebut mestilah merangkumi
domein pengetahuan dan kemahiran praktikal dan merangkumi gabungan tujuh domain
kemahiran Insaniah. Analisa pencapaian PEO sama ada tercapai atau tidak bergantung kepada
KPI yang ditetapkan.
Lazimnya pencapaian PEO terhadap pelajar bagi sesuatu program dinilai atau diukur
selepas empat hingga lima tahun setelah pelajar bergraduat. Setelah PEO disediakan, hasil
pembelajaran program (Programme Learning Outcomes) atau PLO perlu disemak semula dengan
menghubungkaitkannya dengan PEO. PLO mesilah dinyatakan secara jelas dan nyata tentang
pengetahuan, kemahiran serta sikap yang perlu dicapai oleh pelajar. Killen (2000) telah
mendefinisikan dua jenis asas terhadap hasil pembelajaran dalam sistem OBE iaitu perkara
pertama melalui pengukuran kepada pencapaian pelajar yang dapat dilihat melalui ujian dan
peperiksaan. Selain kadar atau masa yang diambil oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah
142
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
serta pasaran kerja juga diambil kira. Pelajar yang mengikuti pembelajaran secara OBE, biasanya
telah berjaya menguasai isi pembelajaran dan beberapa disiplin seperti menyelesaikan masalah,
bijak berkomunikasi dan menangani sebarang situasi yang timbul dan sebagainya. Perkara kedua
adalah melibatkan penekanan terhadap pengetahuan dan keupayaan pelajar untuk
mengaplikasikan pengetahuan melalui pembelajaran mereka. Dalam jangsa masa yang panjang,
perkara ini boleh diaplikasikan dalam kerjaya mereka ke arah menjadi seorang pekerja yang
proaktif.
6. Kesimpulan
Kejayaan Outcome-Based Education (OBE) bermakna pelajar dapat lakukan dengan
jayanya pada akhir pengalaman pembelajaran mereka. Ini bermakna, bermula dengan gambaran
yang jelas tentang apa yang penting bagi pelajar untuk dapat lakukan, disusuli dengan menyusun
kurikulum, pengajaran, dan penilaian demi untuk memastikan pembelajaran ini akhirnya berlaku.
Dalam OBE, hasil pembelajaran digunakan semata-mata untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran (Biggs & Tang, 2007). Dalam model ini, pengajar mesti menyatakan dengan jelas
dan memaklumkan hasil pembelajaran yang diingini (Intended Learning Outcomes), dan
standard minimum yang boleh diterima untuk berjaya diwujudkan supaya pelajar memahami apa
yang diharapkan daripada mereka. Pengajar kemudian memilih strategi pengajaran yang akan
membantu pelajar untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan atau nilai-nilai yang dikehendaki.
Akhir sekali, pengajar memilih penilaian yang sejajar dengan hasil pembelajaran dan
menyediakan bukti bahawa hasil pembelajaran ini telah dicapai. Pelaksanaan OBE di kolej
komuniti sedang giat dijalankan melalui pengubalan kurikulum dan pelbagai kursus kepada para
pensyarah. Ia adalah bagi memastikan bahawa semua pensyarah memahami dengan jelas tentang
OBE. Ia juga sebagai persediaan peralihan daripada model transmission dan pendekatan teacher-
centred menuju kepada pendekatan learner-centred. Di samping itu, ia merupakan peralihan
pandangan dari memberi fokus kepada input pengajar (pengajaran atau kandungan silibus)
semata-mata, kepada memfokuskan hasil pembelajaran pelajar, sebagai proses aktif. Walaupun
OBE sudah lama dalam sistem pendidikan namun masih terdapat pensyarah kolej komuniti yang
kurang memahami konsep ini. Masih banyak usaha yang boleh dilakukan kearah pemantapan
143
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
pemahaman namun ianya perlukan komitmen semua pihak. Di bahagian JPKK dan kementerian
telah banyak yang dilakukan
Rujukan
Abdul Rahim, Z.L., & Mustapha, R. (2007). Pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi Subjek
Elektronik: Satu kajian tindakan di sekolah menengah teknik.
Abdullah, M. C., Roslan, S., & Sulaiman, T. (2009). Strategi pengajaran di institusi pengajian
tinggi: Satu anjakan paradigma. Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Biggs, J. and Tang, C. (2007). Teaching for quality learning at university. (3rd ed.) Berkshire,
England: McGraw-Hill.
Chyun, L.T. (2007). Hubungan Antara Pendekatan Pegajaran Guru Dengan Pendekatan
Pembelajaran Pelajar Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat. Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis Sarjana.
Killen, R. (2000). Outcomes-Based Educatioan : Principles and Possibilities. Universiti of
Newcastle, Australia. Faculty of Education. Retrieved from
http://drjj.uitm.edu.my/DRJJ/CONFERENCE/UPSI?OBEKillen.pdf.
Mahyuddin, R., Elias, H., & Abu Bakar, K. (1997). Pedagogi 2 pelaksanaan pengajaran.
Longman Malaysia : Selangor.
Othman, H. Mohd Salleh, B., Al-Edrus, S.M.D., & Sulaiman, A. (2010). Pelaksanaan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBM dan PBMBP) Bagi
Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar. Journal of Humman Capital Development, I
(I), 61-73.
Schit, G.G, Dauphee, W.D., & Patel, V.L (1987). Comparing The Effect of Problem Based
Laerning and Conventional Curricula in International Sample. Journal of Mediacal
Education, 62(4), 305-315.
Siraj, S., & Shuib, A.S, (2004). Preferen pelajar terhadap teknik pengajaran guru. Jurnal
Pendidikan 2004 (Universiti Malaya), 93-112.
Sulung, R. (2002). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Mata Pelajaran Seni Reka Fesyen bagi
Kursus Seni Reka Fesyen di Politeknik Johor Bharu. Kolej Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Tesis Sarjana.
144
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Gangguan dan masalah komunikasi berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran
Munirah Binti Yahya
Haslinda Binti Jama’in
Kolej Komuniti Mas Gading
145
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Terdapat pelbagai definisi telah dikemukakan oleh pakar berkaitan dengan
komunikasi,dan kemahiran ini adalah penting dan perlu diintegrasi dalam semua disiplin
pengajian. Komunikasi adalah interaksi sosial melalui berita atau pesanan (Fiske, 1990). Selain
itu, komunikasi bukan sahaja merupakan proses perkongsian maklumat antara seseorang dengan
seseorang yang lain bagi meningkatkan kefahaman, tetapi juga merupakan aktiviti penghantaran
kandungan simbol daripada satu sumber ke suatu sumber yang lain serta saling tukar di antara
ejen manusia yang berinteraksi di dalam perkongsian situasi atau konteks percakapan. Menurut
Trenholm (1999) pula, komunikasi adalah satu proses yang dilakukan oleh manusia dalam
sesuatu kumpulan berdasarkan budaya setempat bagi mewujudkan keadaan yang
realiti.Komunikasi adalah satu proses perhubungan yang kadangkala boleh diramalkan
berdasarkan pada mesej yang dihantar dan mesej yang diterima.
Komunikasi penting untuk meningkatkan pertukaran dan perkongsian pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan yang boleh memberi faedah kepada pengajar dan pelajar dan
sesungguhnya amalan komunikasi antara pengajar dan pelajar penting (Young dan Perrewe,
2000). Menurut Altman dan Taylor (1973), teori tembusan sosial (social penetration theory)
menyatakan bahawa dalam proses menjalin hubungan, komunikasi berubah daripada tahap cetek,
tidak intim kepada tahap yang lebih mendalam dan peribadi dalam jangka masa tertentu.
Manakala menurut Berger (1985) pula, teori pengurangan ketidakpastian (uncertainty reduction
theory) menyatakan bahawa tumpuan terhadap komunikasi manusia adalah untuk mendapatkan
pengetahuan dan membentuk persefahaman di antara satu sama lain. Sebahagian definisi
menekankan aspek sosial dan budaya bagi komunikasi, dan sebahagiannya pula memberi fokus
kepada aspek behaviourisme dan kognitif. Kemahiran komunikasi juga sama seperti kemahiran
berfikiran kritikal dan menyelesaikan masalah yang perlu dikuasai oleh semua pelajar di institusi
pengajian atau pendidikan. Kemahiran komunikasi adalah merentasi kurikulum dan setiap
pelajar sering mempraktikkan kemahiran komunikasi.
146
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
2. Gangguan komunikasi berkesan
Komunikasi antara pensyarah dan pelajar tidak akan berkesan sekiranya terdapat banyak
gangguan sewaktu berkomunikasi. Antara gangguan yang boleh menyebabkan komunikasi tidak
berkesan ialah kebisingan kelas sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran. Pelajar tidak akan
dapat mendengar dengan jelas pengajaran pensyarah mereka. Sebagai contoh bunyi bising
pelajar-pelajar lain, kerja pembinaan dan banyak lagi. Hasil penerangan pensyarah akan
disalahfaham oleh pelajar. Anggapan umum terhadap pensyarah mereka terutamanya pensyarah
baru yang baru mengajar. Pelajar akan menganggap mereka tidak mempunyai banyak
pengalaman dan pengetahuan dalam bidang mereka. Ini akan menyebabkan pelajar kurang
memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Seseorang itu perlulah sentiasa bersedia dan bersemangat sebelum melakukan sesuatu
perkara. Begitu juga halnya dengan pensyarah dan pelajar perlulah bersemangat dan bersedia
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya pensyarah dan pelajar
mempunyai emosi yang kurang stabil sebagai contoh pensyarah mempunyai masalah peribadi di
rumah sehingga terbawa-bawa sewaktu mengajar. Bagi pelajar pula, kemungkinan mempunyai
masalah kewangan sepanjang tempoh mereka melanjutkan pelajaran. Emosi yang terganggu ini
menyebabakan penumpuan mereka terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Tumpuan yang kurang teliti dan terganggu ini akan sedikit sebanyak menjejaskan komunikasi di
antara pensyarah dan pelajar (Sulaiman, 1997).
Selain itu,kurangnya tumpuan yang diberikan oleh pelajar semasa pensyarah mengajar di
dalam kelas juga merupakan salah satu gangguan komunikasi. Pelajar kadang-kadang bercakap
sesama sendiri, bermain telefon bimbit, melayari internet dan terdapat juga pelajar yang tidur di
dalam kelas. Ini menyebabkan tumpuan yang penuh tidak dapat diberikan oleh pelajar kepada
pensyarah. Justeru, komunikasi yang berkesan tidak akan berlaku. Sesetengah pelajar berfikiran
tertutup tidak akan minat sesuatu topik dan bertindak untuk enggan mendengar apa yang
diterangkan oleh pensyarah di dalam kelas. Bagi pensyarah pula, mereka selalunya tidak bersedia
menerima pendapat pelajar berkaitan dengan pembelajaran. Ini sebenarnya tidak akan
menggalakkan komunikasi terbuka di antara pelajar dan pensyarah.
Kepimpinan pensyarah yang autokratik juga faktor yang mengganggu komunikasi
berkesan. Pensyarah yang bersifat autokratik menentukan segala aktiviti pembelajaran dan
147
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
pengajaran di dalam kelas. Para pelajar akan mengikut arahan sepenuhnya dan tidak diberikan
peluang untuk menyuarakan pendapat dan mereka tidak digalakkan untuk bercakap atau
berbincang sesama sendiri. Suasana pembelajaran ini tidak akan seronok dan ini akan
menimbulkan rasa kurang puas hati dan benci pelajar kepada pensyarah. Hubungan yang tidak
mesra ini tentu akan menyukarkan interaksi dan komunikasi yang berkesan di dalam kelas.Faktor
bilangan pelajar yang terlalu ramai juga akan menyebabkan komunikasi tidak berkesan. Ini
kerana kelas akan menjadi sempit dan tidak selesa dan ini menyebabkan sukar untuk melakukan
aktiviti pembelajaran. Pembelajaran yang efektif sukar dilakukan kerana banyak aktiviti sukar
dilaksanakan serta hubungan yang mesra juga sukar diwujudkan.
3. Masalah komunikasi berkesan
Kajian telah menunjukkan masalah-masalah komunikasi wujud apabila pensyarah
menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai di dalam kelas. Antara tingkah laku yang kurang
sesuai dalam komunikasi berkesan ialah kritikan daripada pensyarah. Kritikan yang sering
dilemparkan oleh pensyarah kepada pelajarnya terutamanya apabila pelajar tersebut melakukan
kesalahan yang tidak disengaja atau dengan sengaja. Lebih-lebih lagi kritikan dilakukan di
hadapan rakan-rakan yang lain dan ini menyebabkan pelajar akan lebih merendah diri dan tidak
bersemangat di dalam kelas kerana sesetengah pelajar tidak suka dikritik. Oleh itu, pelajar akan
betindak mendiamkan diri sahaja. Sikap sesetengah pensyarah yang suka melabel pelajarnya
dengan gelaran-gelaran yang berunsur negatif sebagai contoh “si pemalas” atau “kaki ponteng”.
Ini akan menyebabkan satu halangan dalam berkomunikasi. Pelajar akan merasakan setiap kali
ingin berkomunikasi dengan pesnyarah tersebut tetapi sering dilabelkan dengan nama negatif,
maka mereka akan lebih gemar memilih untuk tidak bercakap kerana ia lebih selamat bebanding
bercakap dengan pensyarah mereka.
Selain itu juga, pensyarah yang suka memberi arahan untuk memaksa murid melakukan
tugasan akan menghalang komunikasi. Sebagai contoh, pelajar diberi arahan melakukan aktiviti
lasak di luar. Pelajar tersebut tidak mampu untuk melakukan aktiviti lasak kerana ada masalah
kesihatan,tetapi pensyarah tersebut tetap memaksa untuk semua wajib terlibat tanpa
mempersoalkannya. Sesetengah pensyarah suka mengancam pelajar mereka dengan ancaman
negatif sekiranya mereka tidak menghantar tugasan yang diberikan. Sebagai contoh, sekiranya
148
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
seorang pelajar tidak menghantar tugasan, seluruh kelas akan berdiri sehingga habis waktu
pembelajaran. Ancaman seperti ini tidak akan menggalakkan komunikasi berkesan.Mimik muka
seorang pensyarah yang serius dan marah akan menyebabkan pelajar takut untuk menanyakan
soalan dan memberikan jawapan. Ada sesetengah pensyarah sengaja berpewatakan garang bagi
menakut-nakutkan pelajar mereka. Adakalanya, ini memberi kesan negatif pelajar tersebut
dengan mereka kerana pelajar beranggapan, pensyarah itu sukar untuk didekati. Ini juga maslah
untuk berkomunikasi dengan berkesan di dalam kelas.
Menurut Nazirmudin Ahmad (2001) pensyarah kadang-kadang lebih suka memilih untuk
duduk sahaja di tempat duduk mereka tanpa berjalan-jalan memantau tugasan dan aktiviti pelajar
di dalam kelas. Adakalanya, mereka lebih gemar membuat kerja sendiri tanpa mempedulikan
pelajar mereka. Sikap yang kurang memberi perhatian kepada pelajar mereka akan menyebabkan
pelajar akan rasa kecewa kerana tidak diberi perhatian oleh pensyarah mereka terutamanya
apabila mereka memerlukan bantuan dalam menyelesaikan ketidakfahaman mereka dalam
tugasan yang diberikan. Ini akan menyebabkan komunikasi antara pensyarah dan pelajar tidak
berkesan.
Sesetengah pensyarah kadangkala terbawa-bawa masalah peribadi sehingga ke kelas.
Emosi mereka yang kurang baik seperti marah, kecewa, bosan, gelisah sebenarnya menganggu
keberkesanan komunikasi. Emosi mereka ini mengganggu sesi pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas. Sebagai contoh, apabila pensyarah tersebut dalam keadaan marah, pelajar akan
berasa takut untuk menanya soalan dan ini menyebabkan komunikasi tidak berkesan.
Suasana kelas yang kurang kondusif juga menjejaskan komunikasi. Apa yang dikatakan
kurang kondusif ialah sebagai contoh, sesuatu kuliah tersebut diadakan di bilik kuliah yang kecil
tetapi bilangan pelajar yang ramai tanpa pengudaraan yang cukup menyebabkan pelajar tidak
selesa. Ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat memberi sepenuhnya perhatian sewaktu
pensyarah memberi pengajaran.
Menurut Ee (2001), seseorang pensyarah berkemungkinan menyampaikan maklumat
tanpa menyoal pelajar-pelajarnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna
proses pengajaran tersebut hanya melibatkan komunikasi sehala. Dalam komunikasi sehala,
komunikasi antara pensyarah dengan pelajar adalah kurang berkesan. Bahasa penyampaian juga
adalah perkara yang sangat penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang
149
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
gemar menggunakan bahasa-bahasa yang sukar di fahami oleh pelajar untuk memberi
penerangan kepada pelajar. Kadangkala bahasa yang menggunakan perkataan yang sukar untuk
difahami. Selain itu, ayat yang terlalu panjang juga menyukarkan pemahaman pelajar. Ini juga
menyebabkan komunikasi akan kurang berkesan. Terdapat juga pensyarah yang bertutur terlalu
pantas sehingga sukar difahami apa yang diterangkan di hadapan. Pelajar tidak akan dapat
mengikuti segala pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tanpa dapat memahami logisnya.
Selain itu, pertuturan pensyarah yang pantas menyebabkan penerangan yang diberikan kepada
pelajar tidak dapat diikuti dan difahami oleh mereka. Ini lebih membebankan pelajar sekiranya
pengajaran itu melibatkan proses atau langkah-langkah matematik yang perlukan pemahaman
satu persatu.
Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, sekiranya kekurangan persediaan yang rapi
untuk mengajar pelajar juga menyebabkan komunikasi juga tidak berkesan. Ini dimaksudkan
dengan seseorang pensyarah itu tidak bersedia dari segi isi pengajaran yang ingin disampaikan di
dalam kelas. Apabila mengajar di hadapan kelas, kurangnya persediaan yang merapi akan
menimbulkan masalah apabila penerangan yang diberikan mungkin salah, kurang padat. Ini
menyebabkan pelajar akan keliru dengan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh
pensyarah tersebut (Bull, Shirley & Jonathan, 1987). Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang kurang
menarik juga faktor yang menyebabkan komunikasi tidak berkesan. Sekiranya kelas teori yang
lebih kepada pembacaan, seseorang pensyarah hanya memberi syarahan di hadapan. Ini
menyebabkan pelajar akan lebih bosan, mengantuk dan tidak memberi penumpuan di dalam
kelas. Selain itu, mungkin juga aktiviti-aktiviti seperti berbincang di dalam kumpulan tetapi
pelajar tidak faham arahan yang diberikan oleh pensyarah. Ini juga menyebabkan komunikasi
tidak berkesan.
4. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, komunikasi tidak akan sempurna sekiranya terdapat gangguan
dan masalah dalam komunikasi tersebut. Ini seharusnya diatasi bagi menghasilkan komunikasi
yang berkesan. Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sangat memerlukan komunikasi
berkesan ini. Ini kerana, jika komunikasi itu jelas tanpa gangguan dan halangan, secara
keseluruhan hasil pembelajaran semua kursus akan tercapai dengan jayanya. Ini kerana
150
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
komunikasi yang jelas bermakna pembelajaran yang jelas dan pelajar faham apa yang dipelajari
oleh mereka. Seterusnya menghasilkan pelajar yang cemerlang di samping menaikkan taraf
pendidikan sesebuah organisasi tersebut.
Rujukan
Altman, I., & Taylor, D.A. (1973). Social penetration: The Development of Interpersonal
Relationship. Holt, Rinehart & Winston: New York.
Berger. (1985). Review of Watson-Glaser critical thinking appraisal. Lincoln, NE: Buros
Institute of Mental Measurement of the University of Nebraska.
Bull, Shirley& Jonathan, S. (1987). Classroom management: Principles to practice. NSW:
Dcroom Helm.
Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi II –Edisi Ke-2. Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Fiske, J. (1990). Introduction To Communication Studies (2nd ed). London: Routledge.
Nazirmuddin, A. (2004). Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Trenholm, S. (1999). Thinking through communication: An Introduction to the Study of Human
Communication (3rd ed). Boston: Allyn and Bacon.
Sulaiman, M. (1997). Komunikasi berkesan (Penulisan Berita, Rencana dan Ulasan). Kuala
Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Young, A., & Perrewe, P. (2004). The role of expectations in the mentoring exchange: An
analysis of mentor and protégé expectations in relations to perceived support. Journal of
Managerial Issues, XVI, 103-126.
151
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Keberkesanan pelaksanaan pengambilan tiga kali setahun di Kolej Komuniti Santubong
Wee Chiau Yen
Mira Faizura binti Narawi
Mohd Huzaifah bin Abdullah
Kolej Komuniti Santubong
152
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No.
398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan
pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej komuniti ditubuhkan bagi setiap
kawasan parlimen, bertujuan untuk memastikan semua rakyat Malaysia terutama komuniti
setempat mendapat akses kepada pendidikan tidak kira di mana mereka berada. Dalam bidang
pendidikan, komitmen kerajaan adalah untuk memastikan setiap warga Malaysia tanpa mengira
kaum, agama dan juga latar belakang dapat menikmati pendidikan yang berkualiti dan
berkemampuan. Ia juga merupakan satu usaha untuk meneraju pendidikan dan latihan di
peringkat separa professional yang berkualiti dan bertaraf dunia serta merupakan pemangkin
pembelajaran sepanjang hayat yang memenuhi keperluan modal insan negara (Nurul Ain
Hussain, 2009).
Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan telah menyusun pelan transformasi menyeluruh dalam
sistem pendidikan negara (Ahmad et al., 2013). Oleh itu, Kolej Komuniti Kementerian
Pendidikan Malaysia menjadi satu institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran
pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke
pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi (Jasli & Siti, 2014;
Othman et al., 2014). Dari awal penubuhannya, kolej komuniti telah menawarkan 5 mod
pengajian selain kursus pendek, iaitu (i) pengajian sepenuh masa (2003 – 2010); (ii) Sijil
Modular Kebangsaan (SMK); (iii) Sijil Kolej Komuniti Bermodular Kemahiran Khas; (iv) Sijil
Kolej Komuniti Bermodular dan (v) Sijil Kolej Komuniti Berterusan (SKK(T). Penawaran
pelbagai mod pengajian ini adalah untuk memberi pilihan kepada pelajar untuk melanjutkan
pelajaran mengikut mod pengajian yang tertentu (Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, KPT,
2012).
Kolej Komuniti Santubong menawarkan satu program sahaja iaitu Sijil Kolej Komuniti
(Bermodular) Pemasangan Elektrik dengan kekuatan pensyarah seramai 13 orang dan 7 orang
staf pentadbiran. Sistem Sijil Kolej Komuniti (Bermodular) memperuntukkan pengajian selama 5
semester dengan 14 minggu per semester. Kolej Komuniti Santubong seperti kolej komuniti
yang lain di seluruh Malaysia membuat sesi pengambilan pelajar sebanyak 3 kali setahun
bermula pada Mac 2013. Sebelum 2013, ambilan pelajar dibuat 2 kali setahun iaitu pada Sesi
153
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Januari dan Sesi Julai. Sistem pengambilan dua kali setahun banyak memberi ruang dan masa
kepada para pensayrah untuk merancang, melaksana dan memantau perjalanan PdP. Menurut
Baldwin & McInnis (2002), pelaksanaan sesuatu sistem akan mempengaruhi aktiviti utama
institut pendidikan iaitu termasuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Hal ini berikutan
penyusunan semula takwim tahunan yang boleh mempunyai kesan positif bagi rekabentuk
kurikulum, kualiti dalam pembelajaran pelajar, mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan
sumber fizikal.
Kolej Komuniti perlu kekal relevan sebagai pusat penyedia latihan TVET kepada
komuniti tetapi kos pembinaan dan pentadbiran kolej juga turut meningkat seiring dengan
perkembangan pesat pembangunan negara. Oleh itu, langkah alternatif yang diambil untuk
meningkatkan enrolmen pelajar kolej komuniti pada setiap tahun ialah dengan menambah sesi
pengambilan pelajar daripada 2 kali setahun kepada 3 kali setahun. Permasalahan lain yang
timbul apabila pengambilan pelajar ditukar ke 3 kali setahun ialah apakah impak pelaksanaan
dengan pengambilan 3 kali setahun ini?
2. Impak pengambilan tiga kali setahun
Penulisan ini dibuat bertujuan untuk melihat kerelevanan pengambilan tiga kali setahun
Kolej Komuniti Santubong dari segi jumlah pengambilan pelajar. Aspek-aspek yang perlu
diambil berat untuk melihat isu keberkesanan pengambilan tiga kali setahun termasuklah melihat
pola/tren dan kesesuaian pengambilan pelajar mengikut sesi pengambilan.
154
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK
35
30
25
20 MAC
15 JULAI
NOVEMBER
10
5
0 2014 2015 2016
2013
Rajah1: Tren Statistik Pengambilan Pelajar, Data Pengambilan Tahun 2013 sehingga 2016 Kolej Komuniti
Santubong
Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Siti Nurul Mahfuzah et al. (2015) dan
(Mohamad et al., 2015), didapati semua kolej komuniti mengalami tren yang sama pada setiap
tahun berkenaan dengan kemasukan pelajar ambilan Mac, Julai dan November. Ambilan Julai
merupakan ambilan perdana di mana ia telah banyak menyumbang kepada enrolmen.
Peningkatan pelajar pada setiap ambilan bergantung kepada kekerapan melaksanakan promosi
atau hebahan dengan berkesan (Mohamad et al., 2015).
Perbandingan tren statisik kemasukan pelajar di Kolej Komuniti Santubong dibuat di
antara ambilan tiga kali setahun (2015-2016) dan ambilan dua kali setahun (2013-2014). Rajah 1
jelas menunjukkan bahawa Kolej Komuniti Santubong menerima jumlah kemasukan pelajar
pada ambilan sesi Julai lebih baik berbanding ambilan Mac dan November setiap tahun. Merujuk
kepada Rajah 1 turut didapati ada berlaku penurunan bilangan jumlah kemasukan pelajar dari 37
orang pada tahun 2013 kepada 34 orang pada tahun 2014. Tetapi pengambilan dua kali setahun
ada menunjukkan peningkatan dari 35 orang pada tahun 2016 kepada 38 orang pada 2016.
Menurut Azizan et al. (2015), terdapat kelemahan pelaksanaan pengambilan tiga kali
setahun berikutan ini akan memberi kesan yang dramatik pada kurikulum dan cara mata
pelajaran tersebut diajar. Ia juga akan meningkatkan beban bagi pentadbiran pendaftaran,
mengemaskini rekod pelajar dan pemilihan pelajar untuk kemasukan. Pada masa yang sama,
155
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
keperluan pejabat dan kemudahan kakitangan turut perlu ditingkatkan kerana wujudnya
peningkatan beban pengurusan pelajar yang beroperasi sepanjang tahun (Baldwin & Mclnnis,
2002).
3. Cadangan pada masa akan datang
Impak pelaksanaan pengambilan dilihat dari aspek perbandingan enrolmen tiga kali
setahun dan dua kali setahun. Hasil perbandingan data pengambilan mendapati terdapat
peningkatan enrolmen bagi pelaksanaan pengambilan dua kali setahun dari tahun 2015 hingga
2016 berbanding pengambilan tiga kali setahun yang berlaku penurunan dari tahun 2013 hingga
2014. Selain itu, beberapa impak pelaksanaan pengambilan tiga kali setahun telah dikenalpasti
antaranya ialah meningkatkan beban bagi pentadbiran pendaftaran, mengemaskini rekod pelajar
dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya pengambilan dibuat tiga kali setahun, keadaan ini
akan menyebabkan pegawai pengambilan terkejar-kerja untuk membuat promosi sebanyak tiga
kali setahun untuk masa yang agak singkat iaitu setiap 4 bulan sekali. Pegawai pengambilan
yang turut menjadi tenaga pengajar tidak dapat melakukan CQI yang berkualiti kerana terkejar-
kejar dengan semakan skrip jawapan pada minggu selepas peperiksaan di samping perlu
menjalankan proses Moderasi Skrip Jawapan Penilaian Akhir dan Analisi Hasil Pembelajaran
Setelah itu, pensyarah yang sama juga harus menyiapkan persiapan PdP untuk sesi seterusnya
dan ini menyebabkan urusan peperiksaan di hujung semester dilakukan secara kurang cermat.
Kuota yang perlu dipenuhi oleh Kolej Komuniti Santubong untuk ambilan tahunan ialah
seramai 45 orang pelajar. Lantaran itu, pengambilan dua kali setahun adalah memadai untuk
Kolej Komuniti Santubong, selari dengan ruang yang terhad serta tenaga pengajar yang tidak
ramai. Pengurusan Unit Peperiksaan pula dapat dijalankan dengan sempurna dan mengikut
takwim seperti yang dirancangkan. Adalah menjadi harapan sekiranya setiap ambilan Mac dan
Julai masing-masing mencapai angka 23 orang setiap semester. Jumlah ini akan mewujudkan
hanya satu kelas untuk setiap semester. Keadaan ini akan memudahkan pengurusan akademik
dalam pengagihan kelas, pengajar dan bahan PdP agar perlaksanaan PdP dapat berjalan dengan
licin, lancar dan kondusif.
156
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
4. Kesimpulan
Kesimpulannya di sini pengambilan dua kali setahun memberi kesan yang lebih baik
untuk pengurusan perancangan PdP dan perancangan Unit Pengambilan. Selain daripada itu,
penulisan ini boleh dijadikan panduan kepada Kolej Komuniti Santubong untuk membuat
jangkaan terhadap enrolmen pelajar pada masa akan datang dan merangka pelan-pelan promosi
yang berstrategi dalam meningkatkan lagi kemasukan pelajar pada ambilan yang akan datang.
Rujukan
Ahmad, Z., Zarulrizam A. J., dan Nor A. C. A. (2013). Trend kemasukan pelajar ke Kolej
Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia: Satu analisa ke atas sebuah kolej
komuniti di negeri Melaka. Penulisan Ilmiah dan Karya Kreatif, 42-53.
Azizan, N. I., Zanariah, D., Nazneen, I., dan Sahlawati, A.B. (2015). Faktor-faktor yang
mendorong pemilihan institusi pengajian tinggi di kalangan pelajar akademi Islam. E-
Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic
Civilization, 567-571.
Baldwin, G., & McInnis, C. (2002). The organisation of the academic year: Trends, implications
and issues. Australia: Commonwealth Department of Education, Science and Training.
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, KPT (2012), Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013–2015.
Diperolehi daripada http://www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/
Pemerkasaan_Kolej_ Komuniti_2013-2015.pdf di capai pada 24 Mac 2016.
Jasli, M. F., & Siti, Z. I. (2014). Keupayaan dan kemampuan Kolej Komuniti seluruh Malaysia
dalam menawarkan Sijil Modular Kebangsaan secara berterusan, Jurnal Pembelajaran
Sepanjang Hayat, 134-146.
Mohamad, S.N.M., Intan, S.S., & Azlan, M. (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi tren
kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti, Prosiding persidangan pendidikan (Penyelidikan
dan Inovasi) dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional 2015 (Cie-Tvet
2015).
Nurul Ain Hussain. (2009). Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti akan dipisahkan -
Khaled. The Star, Selasa, Oktober 6.
Siti Nurul Mahfuzah. (2015). Diges penyelidikan dan penulisan llmiah Kolej Komuniti Wilayah
Negeri Sembilan dan Melaka.
157
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Halangan dan gangguan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
serta cara menangani
Lucas Kee
Edi Rizal Kassim
Chang Vui Seng Wilson
Kolej Komuniti Sandakan
158
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Proses komunikasi dalam bilik darjah merujuk kepada pergerakan maklumat di antara
pemberi maklumat dan penerima maklumat. Dalam proses tersebut, pemberi maklumat akan
“enkodkan” mesej ke medium yang boleh difahami oleh bakal penerima. Seperti contoh dalam
bentuk surat, memo, sistem pesanan ringkas, perbualan telefon, atau penyampaian pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Bentuk medium-medium ini kemudiannya akan “didekodkan”
oleh penerima untuk memahami mesej-mesej yang ingin disampaikan. Penerima yang telah
memahami mesej akan memberi maklum balas ataupun membuat tindakan selanjutnya.
Gangguan boleh berlaku semasa proses komunikasi berlangsung sehingga menyebabkan mesej
tidak disampaikan dengan berkesan. Halangan dan gangguan komunikasi dalam bilik darjah
boleh diklasifikasikan kepada suasanan bising, fizikal, semantik, teknik mengajar, psiko-sosial,
dan penguasaan bahasa yang lemajh. Rajah 1 menunjukkan illustrasi proses komunikasi.
Rajah 1 : Proses komunikasi
2. Halangan dan gangguan komunikasi
Menurut (Shaw, 2011) di penulisannya bertajuk “The greatest problem with
communication is the illusion that it has been accomplishes”, menerangkan bahawa terdapat
empat halangan atau gangguan komunikasi iaitu “bunyi bising”, “fizikal”, “semantik”, “teknik
mengajar”, “psiko-sosial” dan “penguasaan bahasa yang lemah”.
159
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Jadual 1 : Halangan / gangguan komunikasi
Bil Halangan / gangguan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
1 Bunyi bising
2 Fizikal
3 Semantik
4 Teknik mengajar
5 Halangan psiko-sosial
6 Penguasaan bahasa yang lemah
2.1 Bunyi bising
Menurut Kmus Pelajar Edisi Kedua, “bising” terjadi apabila terdapatnya gangguan yang
berlaku semasa proses komunikasi berlaku. Bunyi bising boleh terjadi di setiap proses
komunikasi misalnya pada peringkat penghantar, penerima, enkod, dekod, medium, dan maklum
balas. Seperti contoh, mesej yang disampaikan tidak diterima dengan baik oleh pelajar apabila
suara pensyarah tidak didengari dalam suasana kelas yang bising. Suasana yang bising juga
berlaku apabila terdapatnya aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran oleh pelajar. Misalnya bergurau-senda dengan rakan sekelas, dan berjalan-jalan ke
tempat rakan, dan membuat perbincangan yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran kelas. Suasana yang bising dari luar bilik darjah juga boleh menyumbang kepada
halangan dan gangguan komunikasi. Seperti contoh, bunyi kenderaan, aktiviti pembinaan yang
berdekatan, dan suara orang yang lalu lalang.
Kovar, Henry & Monsoon (2013) telah membincangkan mengenai faktor mempengaruhi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka mendapati bahawa
keadaan kelas yang padat akan menyebabkan kesan negatif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya suasana yang bising. Oleh itu, pihak institusi harus mengambil kira
keupayaan pensyarah dalam mengawal sejumlah pelajar dalam sesi kuliah. Sesuatu sesi kuliah
tersebut harus dihadkan ke jumlah yang boleh dikawal untuk mengurangkan suasana bising
ataupun aktiviti-aktiviti pelajar yang tidak berkaitan.
160
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
2.2 Halangan fizikal
Halangan fizikal dalam bilik darjah boleh dikaitkan dengan kekurangan kemudahan
misalnya peralatan elektrik seperti kipas atau penghawa dingin rosak yang menyebabkan
keadaan kelas panas dan tidak kondusif untuk pembelajaran. Contoh yang sama juga ialah alat
bantu mengajar yang tidak berfungsi dengan baik seperti komputer dan alat peranti paparan yang
berkemungkinan tergendala semasa proses pegajaran dan pembelajaran. Perabot yang tidak
lengkap atau rosak juga menyumbang kepada halangan fizikal untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, pendawaian elektrik yang tidak diselengara dengan baik juga
menyebabkan halangan dan gangguan apabila kelas berlangsung. Seperti contoh berlakunya litar
pintas. Untuk mengelakkan gangguan kerosakan tersebut, pihak pengurusan institusi hendaklah
memastikan kemudahan institusi sentiasa diselenggaran dan diperiksa.
2.3 Halangan semantik
Halangan semantik berlaku apabila salah satu penyampai atau penerima maklumat
kurang fasih dengan ayat, maksud, dan perkataan yang digunakan. Keadaan ini akan
menyebabkan maklumat tidak disampaikan dengan efektif apabila tahap kefahaman penerima
berbeza dengan pemberi maklumat. Penggunaakan ayat teknikal atau teminologi juga antara
faktor kepada halangan semantik. Seperti contoh, penggunaan bahasa inggeris dalam ceramah
dimana audience atau pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan bahasa tersebut yang
sederhana. Perkara ini akan menyebabkan pelajar kurang fasih dengan penyampaian sesuatu
ceramah tersebut hingga menyebabkan maklumat tidak diterima dengan efektif. Johnson (1997)
menegaskan bahawa seorang pendidik harus memahami ciri-ciri bahasa dan perbezaan dialek
serta mengetahui tahap pemahaman pelajar. Johnson juga mencadangkan bahawa latar belakang
pelajar yang dari pelbagai dialek bahasa boleh mempengaruhi kefahaman penyampaian dimana
makna ayat boleh diintepretasi kepada maksud lain
2.4 Teknik mengajar yang kurang berkesan
Pelajar atau audien mempunyai cara atau kaedah pembelajaran yang berlainan. Oleh itu,
teknik mengajar yang konventional akan menyebabkan pelajar mudah bosan atau kurang
menumpukan perhatian. Pelajar juga akan hilang minat dalam satu pengajaran dan pembelajaran
161
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
yang konventional apabila interaksi kurang antara penerima maklumat dan pemberi maklumat.
Perreault, Waldman & Alexander (2002), menyatakan bahawa komunikasi konventional
mempunyai kadar interaksi yang kurang hingga boleh memyebabkan komunikasi kurang efektif.
Seperti contoh pensyarah A mengajar menggunakan kaedah “menulis dan menyalin” manakala
pensyarah B mengajar menggunakan kaedah “kajian kes dan pembentangan”. Pelajar kurang
berinteraksi bersama pensyarah A dimana mereka hanya diarahkan menyalin dan memahami
nota yang ditulis di papan tulis.
Selain itu, terdapat juga penyelidik yang mendapati bahawa kaedah pengajaran secara
“autokratik” dimana pelajar tidak dibenarkan untuk menyuarakan pendapat peribadi atau
sumbangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dicadangkan oleh Barret (2002),
dimana beliau menyatakan bahawa pelajar akan merasa merendah diri atau disisih sekiranya
tenaga pengajar tidak memberi peluang untuk berinteraksi di bilik darjah.
2.5 Halangan psiko-sosial
Menurut (Antos, 2011), terdapat empat konsep yang dikaitkan dengan halangan psiko-
sosial dalam komunikasi iaitu “pengalaman”, “latar belakang demografi”, “keperluan”, dan
“jangkaan”. Halangan psiko-sosial juga melibatkan pemikiran atau persepsi pemberi dan
penerima maklumat dalam proses komunikasi tersebut. Seperti contoh pendapat yang
bercanggah diantara pemberi dan penerima maklumat kebiasaannya akan menyebabkan
gangguan dalam proses komunikasi apabila maklumat tidak diterima dengan baik oleh keda-dua
pihak. Selain itu, “perasaan” juga antara salah satu penentu keberkesanan proses komunikasi
dalam bilik darjah. Misalnya, pensyarah yang sedang mengalami emosi yang kurang tenteram
seperti marah, kecewa, dan sedih akan menghadapi kesukaran untuk menyampaikan maklumat
kepada pelajar kerana pertimbangan beliau dikaburi oleh perasaan tersebut.
Perbezaan status sosial antara pemberi maklumat dan penerima maklumat juga akan
menjadi halangan apabila salah satu diantara penerima atau pemberi maklumat yang segan dan
merasa rendah diri untuk memberi maklum balas. Seperti contoh, seorang pelajar takut atau
segan untuk berjumpa dengan seorang pensyarah disebabkan perbezaan status sosial atau taraf
pendidikan. Contoh lain yang boleh dikaitkan juga ialah isu kepercayaan diantara penerima dan
pemberi maklumat dimana ianya juga disebabkan oleh pengalaman yang pernah dialami
162
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
sehingga salah satu pihak enggan mengambil risiko. Hal ini sejurus berlakunya tanggapan yang
“pra-matang” dilakukan oleh salah satu pihak menyebabkan komunikasi kurang berkesan.
2.6 Penguasaan bahasa yang lemah
Akhir sekali, peguasaan bahasa yang lemah juga mendorong kepada halangan
komunikasi di bilik darjah. Di sesetengah institusi di Malaysia mengamalkan penggunaan bahasa
kedua seperti Inggeris dalam sesi kuliah ataupun medium perbualan. Sekiranya pengguasaan
bahasa yang lemah, penghantar maklumat atau penerima maklumat akan menghadapi kesukaran
untuk berkomunikasi dimana maklumat tidak diterima dengan baik. Hal ini disokong oleh Pathan
(2013), dimana beliau mencadangkan bahawa pelajar mempunyai kesukaran untuk menguasai
bahasa kedua apabila cara dan kaedah sebutan yang belainan berbanding dengan bahasa pertama.
Beliau juga menerangkan bahawa kebanyakan pelajar keliru dengan cara sebutan bahasa pertama
dan kedua sehingga akan membawa kepada maksud lain.
3. Cara menangani halangan komunikasi dalam bilik darjah
Jadual 2 : Cara menangani halangan komunikasi dalam bilik darjah
Bil Cara menangani halangan komunikasi dalam bilik darjah
1 Tanggungjawab penghantar maklumat / pensyarah
2 Tanggungjawab penerima maklumat / pelajar
3 Menambahbaik kemudahan di bilik darjah
4 Menggalakkan mobiliti sosial di bilik darjah
5 Mempelbagai teknik mengajar di bilik darjah
3.1 Tanggungjawab pensyarah / penghantar maklumat
Beberapa orang penyelidik komunikasi telah mengemukakan sepuluh panduan
komunikasi dimana ianya hanya tertumpu kepada penghantar atau dalam perkara ini ialah
tanggungjawab pensyarah tersebut. Menurut (Cheney, 2011; Keyton, 2011; Tourish, 2010),
panduan kepada penghantar tersebut ialah seperti Jadual 3 di bawah.
163
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Jadual 3: Panduan penghantar dan untuk komunikasi Panduan penerima untuk komunikasi
Berhenti bercakap
Bil. Panduan penghantar untuk komunikasi Memberi keselesaan kepada penghantar maklumat
1 Mengenalpasti idea penyampaian kesungguhan mendengar
2 Memastikan tujuan utama komunikasi Mengetepikan gangguan
3 Mengambil kira faktor fizikal dan sosial Mengamalkan empati
4 Mengambil kira pendapat pihak lain Bersabar
5 Bewaspada dalam bahasa badan dan intonasi Menahan perasaan marah
6 Melihat sudut pandangan dari orang lain Menerima kritikan dengan hati terbuka
7 Mendapat maklum balas
8 Sentiasa berhubung atau komunikasi dengan Menanya soalan dan maklumbalas
konsisten
9 Memastikan tindakan menepati mesej atau Tidak menilai situasi dengan terburu-buru
maklumbalas
10 Menjadi pendengar yang baik
(Sumber : Cheney, 2011; Keyton, 2011; Tourish, 2010)
Dengan mengamalkan sepuluh panduan tersebut, halangan komunikasi diantara
pensyarah dan pelajar di bilik darjah boleh diatasi. Merupakan tanggunjawab pensyarah untuk
mengetahui idea penyampaian sebelum berkomunikasi dengan pendengar agar tindakan susulan
dapat difahami sepenuhnya. Selain itu, pensyarah juga perlu mengambil kira faktor fizikal dan
sosial untuk memastikan penyampaian idea atau kuliah tidak terbatas. Misalnya untuk faktor-
faktor fizikal berkenaan, pensyarah hendaklah memastikan kelas atau bilik darjah bebas dari
halangan fizikal seperti contoh, pintu ditutup rapat, alat bantu mengajar dalam keadaan baik,
telefon pintar dalam mod senyap dan juga kemudahan bilik darjah. Faktor sosial pula ialah
seperti latar belakang pelajar, penggunaan bahasa, dan juga budaya. Penyampaian idea atau
kuliah hendaklah selaras dengan keadaan sosio-budaya agar ianya tidak diintepretasi ke maksud
lain. Semasa kuliah berlangsung juga, tumpuan pelajar mudah terganggu apabila tempoh kuliah
yang panjang dan memenatkan otak. Sehubungan itu, penghantar maklumat atau pensyarah harus
mendapat maklum balas daripada pelajar agar berada di fasa pembelajaran yang betul.
3.2 Tanggungjawab penerima maklumat/pelajar
Selain daripada penghantar maklumat, penerima maklumat atau pelajar juga
bertanggungjawab untuk memastikan proses komunikasi tidak terganggu. Merujuk kepada jadual
3 juga, terdapat beberapa panduan atau tanggungjawab penerima maklumat untuk memudahkan
proses komunikasi dari penghantar maklumat. Penerima atau dalam konteks ini merupakan
164
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
seorang pelajar yang ingin menuntut ilmu dari seorang pensyarah. Pertama sekali, pelajar
hendaklah berhenti bercakap semasa pensyarah ingin menyampaikan kuliah. Pelajar juga harus
memberi keselesaan terhadap pensyarah agar pensyarah berkenaan boleh berinteraksi dalam
pengajaran dan pembelajaran tanpa rasa janggal.
Selain itu, pelajar juga perlu bersedia untuk menerima kritikan dan teguran dengan hati
yang terbuka. Hal ini untuk mengelakan sebarang konflik atau perbahasan yang boleh
menyebabkan mesej disalahtafsir. Oleh itu, pertanyaan susulan adalah penting untuk
mengesahkan kesahihan kandungan maklumat atau mengelakkan mesej terlepas pandang.
Penerima maklumat atau pelajar yang bertanggunjawab semasa dalam proses komunikasi
bersama pensyarah di dalam kelas juga ialah tidak menilai sesuatu situasi dengan terburu-buru.
Pelajar perlu mentafsir mesej yang dihantar dengan sebaik mungkin dan juga meramal beberapa
kemungkinan agar dapat memberi respon atau maklum balas dengan sesuai.
3.3 Tanggungjawab institusi
Selain dari tanggungjawab pensyarah dan pelajar, pihak pengurusan institusi juga
memainkan peranan dalam menambahbaik kemudahan di dalam bilik darjah. Kovar, Henry &
Monsoon (2013) menyokong bahawa kemudahan di dalam bilik darjah hendaklah kondusif
untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar. Sesebuah kelas hendaklah mempunyai kemudahan
yang sempurna dari kerosakan dan juga mencukupi. Penggunaan kelas juga sepatutnya
mencukupi untuk menampung bilangan pelajar agar pengajaran dan pembelajaran lebih selesa.
Peralatan elektrik juga perlu diselenggara dengan berkala untuk mengelakkan kerosakan semasa
kuliah dilaksanakan. Seperti contoh penghawa dingin dan peralatan-peralatan elektrik yang lain.
Institusi juga berperanan untuk mengadakan dan merancang program-program dan kursus
yang penting untuk pelajar. Misalnya minggu suai kenal pelajar baru, ceramah motivasi, kem
kepimpinan, dan sebagainya. Program seumpama ini boleh meningkatkan kemahiran dan
motivasi pelajar dan motivasi untuk lebih mengurangkan halangan komunikasi. Selain daripada
merancang, institusi juga berperanan untuk menyediakan dana untuk mengadakan bengkel-
bengkel wajib kepada pensyarah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Seperti contoh “Kursus Kepimpinan Instruktional & Pembangunan Andragogi (KIPA)” yang
165
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
diwajibkan kepada lantikan baru Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan
Tinggi.
3.4 Mobiliti sosial
Salah satu cara untuk mengelakkan halangan komunikasi di bilik darjah juga ialah
dengan menerapkan pendekatan mobiliti sosial. Merujuk di jadual 1, psiko-sosial merupakan
antara halangan sosial dalam proses komunikasi dimana terdapatnya perbezaan latar belakang,
budaya, dan taraf hidup di kalangan penerima maklumat ataupun pelajar. Dengan menerapkan
pendekatan mobiliti sosial, pensyarah boleh meningkatkan interaksi antara pelajar dan sejurus
boleh meningkatkan keberkesanan proses komunikasi.
Antara contoh teknik yang boleh dilakukan oleh pensyarah ialah “jigsaw puzzle” dan
“brainstorming”. Kedua-dua teknik tersebut merupakan satu cara perbincangan penyelesaian
masalah dimana pensyarah akan menentukan ahli-ahli dalam kumpulan. Setiap kumpulan
hendaklah diwakili oleh pelajar yang dari pelbagai kaum dan latar belakang agar jurang atau
perbezaan boleh ditutup. Cara ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan diantara
kumpulan dan juga pembelajaran berorientasikan pelajar “Student Centered Learning” dimana
pelajar mempelajari sesuatu dari satu sama lain. Selain itu,pelajar juga berpeluang untuk
menyuarakan pendapat apabila setiap ahli wajib mengemukakan pendapat untuk
penambahbaikan dimana ia akan meningkatkan keyakinan diri.
3.5 Mempelbagaikan teknik mengajar
Mempelbagaikan teknik mengajar di bilik darjah juga merupakan cara untuk mengatasi
halangan dan gangguan komunikasi. Seorang pensyarah kena peka dengan teknik mengajar
sendiri agar tidak tertakluk kepada satu kaedah sahaja. Hal ini kerana pengajaran dan
pembelajaran yang sama akan menghalang maklumat disampaikan disebabkan pelajar bosan atau
kurang cabaran. Mempelbagaikan alat bantu mengajar dan kreatif boleh meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dimana ia akan menimbulkan minat dan perasaan
ingin tahu pelajar.
Misalnya, (Bruner, 1973) dalam Teori Pembelajaran Bruner telah mencadangkan bahawa
pembelajaran penemuan atau “discover learning” merupakan kaedah yang boleh menimbulkan
166
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
minat dan motivasi pelajar. Bruner juga berpendapat bahawa pengajaran konventional dimana
pelajar diminta menghafal akan menyebabkan minda pelajar terkongkong dan akan membentuk
gangguan kepada proses komunikasi. Melalui cara “discover learning”, bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran harus distrukturkan atau dikodkan secara sistematik oleh pensyarah untuk
memudahkan pelajar mengamati, mengenalpasti, dan memahami sesuatu pengetahuan dengan
lebih jelas.
4. Kesimpulan
Halangan komunikasi di bilik darjah merupakan cabaran kepada institusi atau tenaga
pengajar. Oleh itu, adalah penting untuk pihak institusi untuk memahami halangan dan gangguan
tersebut untuk merancang pendekatan yang sesuai. CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffet
pernah berkata, “sekiranya anda menguasai kemahiran komunikasi, anda akan meraih lima puluh
peratus lebih keuntungan dalam kehidupan”. Hal ini menerangkan peranan pengajar atau insitusi
untuk melahirkan pelajar atau graduan yang berkualiti di industri dimana segala kemahiran
komunikasi haruslah dikuasai dahulu oleh seorang pensyarah. Seorang pensyarah yang memiliki
kemahiran komunikasi yang baik akan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada pelajarnya.
Hal ini sejurus akan dimanfaatkan oleh pelajar apabila telah bergraduasi dari institusi
serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diajar dengan sepenuhnya. Sehubungan itu,
pensyarah dan institusi berikut bukan sahaja berjaya meluluskan pelajar berkenaan, tetapi berjaya
menjadikan pelajar masing-masing bekualiti dalam industri. Dari sudut institusi pula, pensyarah
perlu dilengkapkan dengan kemahiran komunikasi yang mencukupi melalui latihan berterusan.
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi)
dimana tenaga-tenaga pengajar institusi pengajian tinggi akan diberi sokongan latihan untuk
memantapkan kemahiran mengikut bidang.
167
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Aytekin, I., & Fahriye, A. (2005). Communication Barriers : A Study of Eastern Medditeranean
University Students and Teachers of Online Program and Courses. Turkish Online
Journal of Distance Education. Vol 6, Num 4, Article 13.
Fred C. Lunenburg (2010). Communication : The Process, Barriers, and Improving
Effectiveness. Schooling. Vol 1, Num 1.
Nilanjana, P., Santoshi, H., & Abhijit, G. (2016). Study on Communication Barriers in the
Classroom : A Teacher’s Perspective. Online Journal of Communication and Media
Technologies. Vol 6, Issue 1.
Nor Kamsiah, J., & Hamizi, O. (2017). Bab 2, Sosiologi Pendidikan dan Mobiliti Sosial ; Bab 7,
Psikologi Pendidikan. Nota Kursus Kepimpinan Instruksional & Pembangunan
Andragogi (KIPA) Edisi 2017. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
T. Ravichandran. (2012). Nota kuliah “Barriers to Communication”. Department of Humanities
and Social Sciences, IIT Kanpur.
168
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Membudayakan persekitaran kerja yang positif
Shirley Phillip
Kolej Komuniti Mas Gading
Mira Faizura binti Narawi
Kolej Komuniti Santubong
Suharyati binti Sulaiman
Kolej Komuniti Mas Gading
169
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Pekerja adalah penentu kejayaan sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat,
keuntungan dan kecemerlangan yang telah disasarkan. Pekerja menghabiskan masa yang begitu
panjang dalam menjalankan tugas mereka dan dengan keadaan ekonomi sekarang, kehendak
daripada pemimpin dalam organisasi menimbulkan tekanan kerja yang lebih mencabar.
Pengurusan organisasi yang mantap boleh mendorong pekerja untuk lebih komited, beretika,
berdisiplin dan seterusnya meningkatkan produktiviti masing-masing. Pengurusan organisasi ini
banyak didorong oleh kewujudan persekitaran kerja yang positif, selamat dan stabil. Faktor-
faktor persekitaran dan keselamatan di tempat kerja boleh memberi kesan terhadap perlakuan
seseorang pekerja. Faktor-faktor ini adalah seperti ganjaran dan insentif, keselesaan, tempoh
bekerja atau berkhidmat, jarak di antara rumah dan tempat kerja, pengaruh rakan sekerja serta
penyalahgunaan dadah atau alkohol.
2. Kaedah untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif
Produktiviti sesebuah organisasi akan terjejas apabila pekerja merasakan dirinya tidak
lagi komited atau berpuas hati terhadap kerjanya. Kepuasan bekerja ini berkait rapat dengan
motivasi pekerja tersebut dan persekitaran kerjanya. Terdapat beberapa kaedah yang boleh
dipraktikkan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif seperti yang dinyatakan di
bawah.
a) Ganjaran dan hukuman
Pekerja tidak hanya terdorong oleh insentif berbentuk wang ringgit. Oleh kerana limitasi
kewangan, sesebuah organisasi boleh memberikan ganjaran dan insentif dalam bentuk yang lebih
kreatif di mana pekerja diberikan pujian, anugerah dan apresiasi. Kebanyakan organisasi
sekarang memberikan pengiktirafan secara bulanan kepada pekerja-pekerja mereka yang telah
mencapai sasaran kerja yang ditetapkan. Ganjaran-ganjaran ini harus diberikan secara adil dan
konsisten serta kriteria penganugerahan hendaklah dinyatakan dengan jelas kepada setiap
pekerja. Selain daripada itu, anugerah ini juga boleh diberikan berdasarkan penilaian daripada
rakan sekerja sendiri dan bukannya daripada ketua organisasi semata-mata.
170
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Pekerja yang tidak menunjukkan usaha dan produktivi yang tinggi harus dikenakan tindakan
yang setimpal. Ini penting untuk memastikan pekerja kekal fokus dalam setiap aspek kerjanya.
b) Fokus dan kerjasama
Setiap organisasi mempunyai visi dan misi yang perlu dicapai. Sehubungan dengan itu,
fokus daripada setiap warga kerja amatlah diperlukan. Dengan kecanggihan teknologi yang
begitu pantas, fokus pekerja akan mudah terganggu kerana aplikasi-aplikasi media sosial yang
mungkin akan disalahguna. Walau bagaimanapun, capaian terhadap media sosial ini tidak wajar
dihadkan kerana ini akan menyebabkan pekerja memberontak. Adalah amat penting untuk setiap
pekerja termasuk peringkat atasan untuk memberikan fokus dalam mencapai matlamat visi dan
misi. Fokus ini dapat dizahirkan melalui sistem sokongan yang padu, penyediaan peralatan dan
teknologi yang diperlukan, keselesaan di tempat kerja dan penganjuran latihan berbentuk
upskilling atau reskilling untuk pekerja. Keutamaan juga harus diberikan kepada sasaran yang
lebih penting. Kerjasama yang kuat dalam satu pasukan harus dititikberatkan supaya para pekerja
dapat memaksimumkan keupayaan masing-masing tanpa berasa penat dan ahli pasukan yang lain
akan dapat memberikan motivasi untuk terus berusaha. Pemimpin dalam organisasi juga perlu
mengiktiraf kemajuan kerja yang telah dilakukan bukannya berdasarkan hasil keputusan sahaja.
c) Cabaran baru
Pekerja yang telah berkhidmat terlalu lama atau membuat perkara rutin setiap hari di
sesuatu organisasi akan cepat berasa bosan atau terlalu selesa sehinggakan mereka tidak lagi
mahu menjadi lebih proaktif atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti di organisasi. Untuk
mengelakkan pekerja berada dalam zon selesa ini, galakkan pekerja untuk mencuba tugasan baru
serta membawa idea kreatif mereka untuk mencapai sasaran.
d) Pemikiran positif
Ketua atau pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu sentiasa menggalakkan warga
kerja untuk berfikiran positif kerana ini akan membantu pekerja untuk tidak berada dalam
keadaan tertekan. Pekerja yang berkelakuan atau berfikiran negatif akan mempengaruhi rakan
sekerja yang lain sehinggakan mereka berasa penat dan berputus asa. Pekerja yang negatif akan
171
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
sentiasa mencari alasan sedangkan pekerja yang berfikiran positif akan mencari jalan untuk
menyelesaikan sesuatu permasalahan.
e) Komunikasi
Komunikasi di antara semua pekerja amat penting untuk memastikan semua pihak
mencapai pengertian dan kefahaman yang sama dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Idea dan
penyelesaian juga akan dapat disampaikan dengan lebih jelas sekiranya setiap pekerja
berkomunikasi dengan berkesan tidak kira secara lisan atau verbal. Di samping itu, sikap
keterbukaan juga mempengaruhi komunikasi dalam sesebuah organisasi kerana pekerja akan
berasa lebih bebas dan berani untuk menyampaikan buah fikiran mereka tanpa melangkaui
batasan. Ini seterusnya mengalakkan pekerja untuk berfikiran lebih kreatif.
f) Persekitaran Kondusif
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk memperkukuhkan budaya
kerja berprestasi tinggi melalui penyediaan persekitaran yang selesa dan kondusif, serta
meningkatkan imej korporat. Persekitaran kerja yang kondusif ini akan dapat memastikan
pekerja bekerja dalam keadaan yang bersih, kemas dan selamat sekali gus meningkatkan
motivasi pekerja untuk menjalankan tugasan harian yang diamanahkan. Rajah 1 di menunjukkan
ringkasan enam (6) kaedah yang dikenalpasti dapat digunakan di orgasnisasi untuk
membudayakan persekitaran kerja yang positif.
172
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
PERSEKITARAN
KONDUSIF
PEMIKIRAN KE ARAH GANJARAN
POSITIF PEMBUDAYAAN DAN
PERSEKITARAN
HUKUMAN
KERJA YANG
FOKUS DAN
POSITIF KERJASAMA
CABARAN KOMUNIKASI
BARU
Rajah 1: Kaedah membudayakan persekitaran kerja yang positif
3. Kesimpulan
Persekitaran kerja yang positif amat penting dalam memotivasi sikap pekerja dalam
menghadapi dunia pekerjaan yang semakin mencabar dan pantas seperti sekarang. Cabaran yang
kian meningkat dan tekanan yang terpaksa dilalui untuk mencapai sasaran sudah tentu
menyebabkan motivasi pekerja menurun dan seterusnya mempengaruhi produktiviti sesebuah
organisasi. Sehubungan dengan itu, satu persekitaran kerja yang positif perlu dicapai dan
dibudayakan. Pembudayaan ini boleh dicapai melalui ganjaran, menggalakkan fokus dan
kerjasama, menerokai cabaran baru, menerapkan pemikiran yang positif, komunikasi yang
berkesan serta persekitaran yang kondusif dan selamat. Cara sesebuah organisasi berfungsi juga
173
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
perlu lebih terbuka dalam menunjukkan penghargaan, berkongsi kegembiraan bersama-sama dan
bersikap lebih adil dan telus.
Rujukan
Adey, N. H., & Bahari, F.H. (2010). Hubungan Antara Kecerdasan Emosi, Kepuasan Kerja dan
Komitmen Terhadap Organisasi. Jurnal Kemanusiaan, 16, 62-82.
Azlinda binti Jaini. (2013). A Study On The Factors That Influence Employees Job Satisfaction
At Scope International (M) Sdn Bhd. Disertasi Sarjana. Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Shah Alam.
Faizillullahwati Haji Mura. (2002). Kajian faktor ganjaran dalam memotivasikan pekerja
sokongan: kajian di salah sebuah organisasi kerajaan. Laporan Projek. Universiti
Malaysia Sarawak (unpublished).
Friedman, V. J., Lipshitz, R., & Overmeer, W. (2001). Creating conditions for organizational
learning In M. Dierkes, A. Berthoin Antal, J. Child and I. Nonaka (Eds.), Handbook of
organizational learning and knowledge (pp. 757 – 774). Oxford, UK: Oxford University
Press.
Jamaludin, Z., & Zawawi, M.Z. (2014). Kesan ganjaran dan persekitaran kerja terhadap
komitmen afektif staf sokongan. Diperoleh pada 17 Ogos 2017 daripada
http://www.kuis.edu.my/comm2014/eproceedings/C028%20KESAN%20GANJARAN%
20DAN%20PERSEKITARAN%20KERJA%20TERHADAP%20KOMITMEN%20AFE
KTIF%20STAF%20SOKONGAN.pdf.
174
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Peranan pensyarah ke arah komunikasi berkesan dalam sesi pengajaran pembelajaran di
kolej komuniti
Haslinda binti Jama’in
Munirah binti Yahya
Kolej Komuniti Mas Gading
175
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Abstrak
Penulisan ini adalah berkaitan dengan kepentingan komunikasi berkesan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi pensyarah di kolej komuniti dalam mencapai objektif pembelajaran.
Dalam penulisan ini menyatakan beberapa definisi daripada beberapa orang tokoh tentang
komunikasi. Penulisan ini juga menghuraikan tentang beberapa peranan pensyarah dalam
mewujudkan komunikasi berkesan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya
adalah; pensyarah meminati subjeknya/bermotivasi, pensyarah yang bermaklumat, berkemahiran
berucap dalam menyampaikan idea, bersediaan mengajar yang lengkap, dapat memahami emosi
pelajar, bahasa badan dalam pengajaran dan nada suara dalam pembelajaran. Secara
keseluruhannya, komunikasi yang meningkatkan keberkesanan dalam sesuatu putaran
komunikasi, pensyarah perlu memberikan perhatian kepada beberapa elemen yang telah
disenaraikan, dipraktikank dan diaplikasikan dengan penuh yakin supaya proses interaksi yang
wujud dalam kelas akan cukup bermakna, ceria dan bermanfaat.
1. Pengenalan
Komunikasi merupakan komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi ialah satu proses memindahkan atau menyampaikan mesej dari satu pihak kepada
pihak yang lain (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 1993). Manakala Sillars (1998)
mendefinisikan komunikasi sebagai penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat. Sillar
(1998) melihat maklumat dalam bentuk pendapat, idea-idea dalam bentuk tulisan, percakapan
atau imej visual yang boleh difahami oleh orang yang melihat atau mendengar. Gregory (1997)
menyatakan komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat daripada satu pihak
(penyampai) kepada satu pihak lain (penerima).
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1998) menyatakan terdapat empat elemen dalam
proses komunikasi iaitu penyampai, mesej, pengantara dan penerima. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran, penyampai itu adalah para pensyarah. Mereka akan menyampaikan mesej
melalui media yang berbeza kepada penerima iaitu pelajar. Komunikasi yang berkesan ialah
apabila pelajar berjaya mentafsir semula mesej yang disampaikan. Contohnya, pelajar berhasil
mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pensyarah.
176
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Sehubungan itu, jenis komunikasi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu
komunikasi secara lisan (verbal) dan komunikasi secara bukan lisan (non-verbal) atau bertulis.
Komunikasi secara lisan melibatkan proses mendengar mesej yang disampaikan oleh orang lain
secara lisan seperti pensyarah bersyarah kepada pelajar. Manakala komunikasi secara bukan lisan
melibatkan proses melihat dan memahami sahaja apa yang ditulis atau diisyaratkan oleh orang
lain seperti pensyarah menulis maklumat di papan putih atau menunjukkan tanda isyarat sewaktu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi juga merupakan interaksi sosial yang dilakukan
melalui mesej. Aktiviti komunikasi dianggap berkesan sekiranya maksud yang disampaikan
diterima dengan jelas oleh penerima. Selain itu, sebagai penerima mesej, seharusnya beliau perlu
mendengar dengan baik utusan atau mesej yang disampaikan mengekalkan komunikasi yang
berkesan (Bahagian Pendidikan Guru, 2007).
2. Tujuan
i. Melihat peranan pensyarah dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran di kolej komuniti.
3. Peranan pensyarah
Menurut Nazirmuddin Ahmad (2004), terdapat beberapa peranan pensyarah yang
dianggap penting yang mewujudkan komunikasi berkesan di antara pelajar. Antara peranan
pensyarah adalah seperti pada Rajah 1.
177
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Pensyarah meminati Persediaan mengajar yang
subjeknya/bermotivasi lengkap
Pensyarah yang Keberkesanan Pensyarah memahami
bermaklumat komunikasi dalam emosi pelajar
Pensyarah berucap pengajaran & Menggunakan bahasa
dalam menyampaikan pembelajaran badan dalam
pengajaran
idea Nada suara dalam pengajaran
Rajah 1: Peranan pensyarah dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
i. Pensyarah meminati subjeknya/bermotivasi
Sulaiman Masri (1997) berpendapat seorang pensyarah yang meminati subjeknya akan
dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan minat, pensyarah akan
meningkatkan ilmu dan kemahiran serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
bagi menyampaikan pengajaran yang bermanfaat dan berkesan. Sebagai contoh, pensyarah di
kolej komuniti sering diberi peluang untuk menghasilkan inovasi dalam bidang diceburi. Melalui
aktiviti seperti ini, para pensyarah diberi peluang untuk menerokai dengan lebih lanjut dan teliti
dalam bidang masing-masing. Tambahan lagi, para pensyarah yang berminat akan diberi peluang
untuk menjalani SIP (Sangkutan Industri Pensyarah) untuk mendedahkan para pensyarah dengan
ilmu dan pengetahuan mengikut bidang perkembangan semasa serta mengikut kehendak industri.
Pensyarah boleh menceritakan pengalaman yang sebenar kepada para pelajar dan mereka akan
lebih berminat dan menumpukan perhatian ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
ii. Pensyarah yang bermaklumat
Pensyarah seharusnya memiliki maklumat dan pengetahuan terkini supaya pengajaran
baru yang akan disampaikan nanti dapat meningkatkan minat dan kualiti pengajarannya menurut
(Arends, 2000). Pensyarah perlu bermaklumat dan menguasai tajuk-tajuk secara terperinci.
Sebagai contohnya, pensyarah dalam bidang teknologi maklumat harus sentiasa tahu teknologi
terkini yang dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan cara
178
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
penyampaian pelajar kolej komuniti lebih kepada amali bagi melahirkan tenaga kerja yang
mahir. Hal ini akan memudahkan para pensyarah membuat simulasi kepada para pelajarnya.
Dengan cara seperti ini, pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu yang disampaikan.
iii. Berkemahiran berucap dalam menyampaikan idea
Pengajaran yang berkesan ialah pensyarah berucap dengan lancar dihadapan pelajar-
pelajar (Arends, 2000). Cara penyampaian isi pelajaran dengan cara yang menarik minat pelajar
akan dapat meningkatkan daya tanggapan, dan tahan kefahaman para pelajar. Pensyarah telah
menguasi isi pelajaran. Iaitu pensyarah telah membuat rujukan dan persedian yang rapi. Oleh itu,
kemahiran berucap yang dimiliki oleh para pensyarah dapat memberi impak yang tinggi dalam
mempersembahkan isi pelajaran kepada para pelajarnya.
iv. Persediaan mengajar yang lengkap
Fail rekod pensyarah (FRP) adalah dokumen rasmi pensyarah untuk persediaan mengajar.
Contohnya, rancangan mengajar, nota, tugasan, kuiz dan amali yang hendak disampaikan dalam
pengajaran dan pembelajaran pensyarah sepanjang satu semester. Segala perancangan yang rapi
boleh membantu komunikasi yang berkesan kepada pelajar (Bull, Shirley dan Jonathan, 1987).
v. Dapat memahami emosi pelajar
Para pensyarah perlu berusaha memahami emosi pelajar dengan beberapa kaedah iaitu
dengan melihat air mukanya, memahami latar belakang keluarganya, status sosio-ekonominya
dan aspek kesihatannya berdasarkan Balson (1991). Emosi pelajar merupakan unsur penting
untuk mereka terus komited untuk belajar ataupun tidak menghiraukan apa yag diajar oleh
pensyarah. Pensyarah yang berjaya sentiasa memikirkan, malah meneliti aspek emosi pelajar dan
cuba mengadaptasi diri mereka dengan keperluan pelajar.
vi. Bahasa badan dalam pengajaran
Emmert dan Emmert (1984) berpendapat pergerakan atau bahasa badan pensyarah akan
menarik perhatian dan minat agar dapat memusatkan pemikiran pelajar kepada tajuk dan isi
pelajaran yang disampaikan. Contohnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran para
179
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
pensyarah boleh menggunakan kepala untuk mengganguk atau menggeleng yang memberi
isyarat setuju atau tidak setuju.
vii. Nada suara dalam pembelajaran
Menurut Abd. Halim Hassan (1994) Pensyarah hendaklah mahir menggunakan nada
suara yang sesuai dengan maksud dan hasrat semasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan
pelajar. Pensyarah yang komited sentiasa menggunakan nada suara yang lantang dan jelas
supaya dapat menarik perhatian pelajar.
4. Kesimpulan
Dapatlah dirumuskan bahawa untuk meningkatkan keberkesanan dalam sesuatu putaran
komunikasi, pensyarah perlu memberikan perhatian kepada beberapa elemen yang telah
disenaraikan, dipraktikank dan diaplikasikan dengan penuh yakin supaya proses interaksi yang
wujud dalam kelas akan cukup bermakna, ceria dan bermanfaat. Tidak dapat dinafikan elemen
komunikasi merupakan salah satu elemen yang cukup penting dalam fasa pemindahan ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi yang berkesan dan komunikasi yang mesra anata pensyarah dan pelajar akan
meningkatkan lagi bukan sahaja interaksi yang intim dan akrab, malah mewujudkan suasana
yang cukup harmoni dan ini akan menghindari segala halangan dan sekatan yang akan
membatasi dan menghadkan perhubungan pensyarah-pelajar.
Sebagai seorang pensyarah, komunikasi berkesan haruslah bermula dari kita. Justeru itu,
seorang pensyarah yang inginkan pelajar-pelajarnya berjaya, inginkan berlakunya perubahan
sikap terhadap pelajarnya, maka pensyarah harus menghasilkan komunikasi yang berkesan
terhadap para pelajar (Ee Ah Meng, 2001). Pelajar merasa diri mereka dihargai yang mana
pendapat mereka diterima sebaiknya. Pensyarah sentiasa bersedia berbincang untuk
menyelesaikan masalah pembelajaran para pelajarnya. Walaupun minat merupakan faktor utama
dalam mempengaruhi sikap para pelajar, tetapi komunikasi juga merupakan faktor yang boleh
mempengaruhi sikap pelajar terhadap sesuatu kursus. Kurangnya minat pelajar terhadap sesuatu
kursus boleh diatasi dengan komunikasi dan dorongan membina sikap dan minat yang lebih
positif. Inilah peranan dan tanggugjawab yang dimainkan oleh para pensyarah.
180
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1993). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan
Publication Bhd.
Abd. Halim Hassan. (1994). Komunikasi dalam pengurusan pendidikan, Kuala Lumpur:
Percetakan Sentosa.
Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi II –Edisi Ke-2. Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gregory, H. (1996). Public speaking for college & career. London: Mc Graw Hill.
Nazirmuddin Ahmad (2004). Komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Sillars, S. (1998). Success in communication. Suffolk: John Murry.
Sulaiman Masri. (1997). Komunikasi berkesan (Penulisan Berita, Rencana dan Ulasan). Kuala
Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Arends, R. I. (2000). Learning to teach (5th Ed.). Boston: McGraw Hill.
Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Modul 2: Pedagogi 1, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Balson, M. (1991). Understanding classroom behaviour. Australia: Australian Print Group.
Bull, Shirley dan Jonathan, S. (1987). Classroom management: Principles to practice. NSW:
Dcroom Helm.
Emmert, P. dan Emmert, V.J.K. (1984). Interpersonal communication. Iowa: Brown Publisher.
181
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Psikologi pembelajaran kontekstual dan pengaplikasiannya di kolej komuniti
Zulkurnain Bin Hassan
Kolej Komuniti Kota Marudu
182
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Abstrak
Psikologi pembelajaran ialah ilmu psikologi yang mengkaji bagaimana teori-teori psikologi
boleh diaplikasikan dalam bilik darjah (Borich & Tombari, 1997). Fokus utama kajian ahli
psikologi pembelajaran adalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerhati,
mengkaji dan membina teori tentang bagaimana menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih berkesan. Pengertian pembelajaran adalah suatu proses yang dilakukan oleh individu untuk
memperoleh suatu perubahan perilaku yang baru secara keseluruhan, sebagai hasil dari
pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan lingkungannya. Kaedah Pengajaran
secara kontekstual menurut Hull D.(1997) mempunyai ciri-ciri yang perlu dilaksanakan agar
pengajaran lebih berkesan. Ciri yang pertama ialah guru menghubungkaitkan pengajaran dalam
konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu
tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar. Kertas konsep ini
akan membincangkkan tentang apakah psikologi pembelajaran kontekstual dan bagaimana ia di
aplikasikan di Kolej Komuniti. Di sini juga dibincangkan tentang program pembelajaran di Kolej
Komuniti, prosedur dan bagaimana pelaksanaan pembelajaran kontektual. Didapati pembelajaran
secara kontekstual ini merupakan salah satu iniasiatif dalam meningkatkan pembelajaran pelajar
diharapkan memberi impak positif sekaligus melahirkan sumber tenaga manusia yang lebih
berkualiti dan mempunyi modal insan yang merupakan prasyarat kepada transformasi
1. Pengenalan
Pembelajaran sebagai suatu usaha memperoleh perubahan perilaku. Prinsip ini bermakna
bahawa proses pembelajaran itu ialah adanya perubahan perilaku dalam diri individu.
Pembelajaran merupakan suatu proses dan merupakan suatu aktiviti yang berkesinambungan.
Proses pembelajaran terjadi kerana adanya sesuatu yang mendorong dan ada suatu tujuan yang
ingin dicapai. Psikologi pembelajaran adalah cabang psikologi secara khusus mengkaji berbagai
perilaku individu dan kaitannya dengan pendidikan, tujuannya untuk menemukan fakta,
generalisasi dan teori psikologis yang berkaitan dengan pendidikan untuk digunakan dalam
melaksanakan proses pendidikan yang efektif. Pembelajaran dianggap sebagai perolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan
kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan.
183
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata,
tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi
oleh pembelajaran.
2. Pernyataan masalah
Pembelajaran di Kolej Komuniti merupakan satu kaedah pembelajaran yang
menggabungkan pembelajaran teori dan amali secara serentak dimana kebanyakan masa pelajar
akan melakukan amali-amali di bengkel. Kualiti pendidikan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar
di kolej komuniti banyak bergantung kepada kualiti pengajaran pensyarah sendiri. Pelajar-pelajar
kolej komuniti akan memperolehi pendidikan yang lebih baik jika diajar oleh pensyarah-
pensyarah yang bertindak sebagai pendidik dan memahami kaedah-kaedah pendekatan
pembelajaran yang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak akan berkesan sekiranya
pensyarah-pensyarah tidak mempunyai kemahiran dan bersikap negatif seperti bertindak hanya
menyampaikan fakta dan pemberi tugas semata-mata. Walaupun banyak kaedah pembelajaran
digunakan namun kadang kala kurang berkesan kerana kurangnya pengetahuan pensyarah
mengenai kaedah yang tepat untuk pelajar dan bagaimana caranya bagi memastikan bahawa
proses pembelajaran telah berlaku. Bagi menunjukkan bagaimana sesuatu proses pembelajaran
boleh berlaku dan kaedah yang boleh digunakan dalam membuatkan proses pembelajaran
menjadi lebih berkesan maka satu konsep pembelajaran dan matlamat bagi satu pengajaran boleh
dijalankan.
Konsep yang digunakan dalam pengajaran ini adalah konsep pembelajaran kontektual.
Pembelajaran secara kontekstual merupakan alternatif bagi menarik lebih minat pelajar
mengikuti aliran teknikal di kolej komuniti. Oleh yang demikian, penulisan ini akan
membincangkan mengenai pendekatan pembelajaran secara kontektual dan bagaimana ia boleh
diaplikasikan di kolej komuniti melalui kaedah kupasan literasi
3. Program pembelajaran di Kolej Komuniti
Pendidikan di Kolej Komuniti adalah bagi melahirkan pelajar yang dapat membentuk
perkembangan ilmu kemahiran, kerohanian, emosi dan jasmani manusia dengan menggunakan
184
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
pelbagai pendekatan. Sebenarnya kolej komuniti telah menjalankan kaedah pembelajaran yang
pelbagai dalam usaha untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai semua kemahiran dan
pengetahuan yang diajar. Salah satunya adalah pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran
yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on
dan minds-on. Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal
bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks.
Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu
kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, yang mampu membawa pelajar
ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga
memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.
4. Kaedah pengajaran secara kontekstual
Menurut Hull D.(1997) pembelajaran secara kontekstual mempunyai ciri-ciri yang perlu
dilaksanakan agar pengajaran lebih berkesan. Ciri yang pertama ialah pengajar
menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup dimana pengajar perlu
membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan
pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar. Ciri yang kedua ialah pengalaman dimana
pengajar memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar.
Pengajar perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea
dan fakta. Ciri yang ketiga dalam pengajaran secara kontekstual ialah aplikasi. Dalam hal ini,
pengajar menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar boleh menggunakan
maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi dalam alam pekerjaan
pada masa akan datang. Ciri yang keempat pula ialah bekerjasama iaitu pengajaran dalam
konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan cara pengajar perlu
mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses pengajaran
lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar (Pedrotti L. S.,1997). Ciri
yang kelima ialah pemindahan pembelajaran iaitu pengajar akan menyalurkan pengetahuan
185
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
mereka melalui kaedah-kaedah yang disarankan dalam kaedah pengajaran secara kontekstual
dengan cara timbal balik.
5. Bentuk pembelajaran kontektual
Pembelajaran kontektual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Pembelajaran
kontekstual memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna
melalui pengalaman dan maklumat, dengan menggunakan pengalaman serta maklumat bagi
membina pengetahuan sendiri. Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas apabila mereka
berupaya mengaitkan pengetahuan yang diperoleh dengan situasi semasa.
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds–on.
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat
memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda
mereka. Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian
persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Dalam pengajaran kontekstual terdapat sebuah model pembelajaran yang boleh
digunakan iaitu Model Pembelajaran Kontekstual REACT (Crawford, 2001). Model
pembelajaran kontekstual REACT ini terdiri dari 5 tahap iaitu relating (menghubungkait),
experiencing (mengalami), applying (mengaplikasi), cooperating (bekerjasama) dan transferring
(memindahkan)
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai
melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami,
mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus
mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Pelajar yang melalui kaedah
pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan
mengaplikasikannya kepada situasi lain.
Manusia memperolehi pembelajaran melalui berbagai-bagai cara dan boleh dibahagikan
kepada beberapa mazhab behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Mazhab behavioris
menganggap pembelajaran sebagai perubahan dalam tingkahlaku. Mazhab Kognitif menganggap
186
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
pembelajaran sebagai satu proses dalaman yang tidak diperhatikan secara langsung. Mazhab
Humanis menekankan perbezaan individu dan kehendak sikap dalam pembelajaran. Mazhab
Sosial menganggap pembelajaran meliputi aspek yang lebih daripada tingkahlaku yang nyata.
6. Prosedur dan pelaksanaan pembelajaran
Pembelajaran kontekstual sesuatu proses pembelajaran membantu pelajar dalam
menghubungkaitkan dengan konteks kehidupan mereka seharian sama ada berkaitan peribadi
sosial ataupun budaya. Oleh yang demikian, pembelajaran ini dapat dicapai melalui pelbagai
bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubungkait, mengalami, mengaplikasi,
bekerjasama dan memindahkan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2009).
i. Menghubungkait
Pensyarah boleh menggunakan strategi aktiviti yang menggunakan pengalaman
kehidupan pelajar atau pengetahuan sedia ada pelajar. Aktiviti yang baik biasanya bermula
dengan soalan dan fenomena yang menarik dan merupakan pengalaman biasa pelajar, bukan
dengan pengutarakan penyataan dan fenomena di luar lingkungan persepsi, kefahaman atau
pengetahuan pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2009).
ii. Mengalami
Strategi ini menglibatkan pelajar dengan aktiviti penerokaan, penemuan dan perekaan.
Pengalaman secara hands-on ini termasuklah penggunaan manipulatif, aktiviti penyelesaian
masalah dan aktiviti pembelajaran.
iii. Mengaplikasi
Mengaplikasi merupakan strategi yang memberikan fokus kepada pengaplikasian
pengetahuan. Aktiviti-aktiviti yang relevan dan realistik memberi motivasi kepada pelajar untuk
mempelajari konsep-konsep pengetahuan dan kemahiran pada aras kefahaman yang lebih
mendalam. Masalah yang mengandungi situasi kehidupan sebenar akan menggalakkan pelajar
untuk menghubungkan kandungan pengetahuan yang dipelajari dari aktiviti dengan situasi
kehidupan sebenar.
187
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
iv. Bekerjasama
Tujuan pelajar bekerja secara kumpulan adalah untuk meningkatkan keyakinan dan
motivasi pelajar dalam pekerjaan. Aktiviti kumpulan akan menstrukturkan suatu bentuk
kebergantungan positif dan menggalakkan interaksi dan menimbulkan rasa tanggungjawab.
v. Pemindahan
Dalam setiap aktiviti, peranan pensyarah diperluaskan untuk merangkumi penciptaan
pelbagai pengalaman pembelajaran dalam pekerjaan dengan memberi fokus kepada pemahaman
berbanding penghafalan. Keupayaan pelajar menggunakan pengetahuan baru dalam pelbagai
konteks akan bertambah melebihi apa yang dipelajari di kelas teori biasa apabila pensyarah
membuat generalisasi terhadap maklumat asas selepas menggunakan maklumat atau pengalaman
di dalam konteks yang spesifik.
7. Kesimpulan
Pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari
perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan
atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti dadah dan penyakit. Prinsip
pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-
faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu pensyarah boleh merancang dengan lebih
sempurna untuk melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan. Dari dahulu hinggalah kini,
ahli ilmuan sentiasa cuba mengaitkan semua teori dan konsep pembelajaran agar sistem
pembelajaran menjadi lebih baik dan berkembang dengan peredaran zaman. Pembelajaran
hendaklah sentiasa berubah dari segi mutu dan kaedah agar proses pembelajaran dapat berlaku
dengan jayanya.
Pengajaran dan pembelajaran sebenarnya adalah dua aspek penting yang dapat
rnenentukan mutu pendidikan atau modal insan yang dihasilkan. Walaupun keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran terletak pada berbagai faktor, namun konsep yang jelas dan
menjurus ke arah pembinaaan manusia berfikir merupakan titik tolak kejayaan sesuatu
pengajaran. Oleh itu, setelah meninjau beberapa konsep dan teori pembelajaran dan pengajaran
yang ada, maka konsep pembelajaran kontektual dikenalpasti sebagai suatu konsep yang proaktif
188
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
dan sesuai untuk diadaptasikan di Kolej Komuniti. Konsep ini berupaya membawa pelajar
meneroka alam yang luas dan mencungkil intipati yang tersirat didalamnya.
Pada masa yang sama, kita juga perlulah menyemai semangat bekerjasama serta
menghargai pengalaman dan pengetahuan orang lain. Konsep ini akan meletakkan manusia
sebagai insan yang aktif dan sentiasa dahagakan pengetahuan, bukan insan pasif yang berminda
kosong dan sentiasa mengharapkan sesuatu dari luar untuk mengisi kekosongan itu. Usaha untuk
memperadabkan manusia bukan bergantung kepada peralatan yang berteknologi tinggi semata-
mata. Kefahaman yang jelas tentang pengajaran dan pembelajaran mengatasi segalanya. Melalui
kefahaman ini barulah mungkin satu gagasan tindakan dapat disusun sesuai dengan matlamat
pendidikan negara. Usaha memupuk kefahaman yang benar tentang pengajaran dan
pembelajaran adalah amat penting dalam kita menghadapi cabaran pendidikan di alaf baru.
Rujukan
Cikgu PJ3, Kaedah Pembelajaran Secara Kontektual, Januari 30 2012. Diperolehi daripada
http://cikgu2pj3.blogspot.com/2012/01/kaedah-pembelajaran-secara-kontekstual.html.
Hazanah Abdullah. Kaedah Pembelajaran Kontektual. Diperolehi daripada
http://www.slideshare.net/hazanah/kaedah-pembelajaran-kontekstual-16775787#
Mok Soon Sang. (2003). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan
Mutimedia Sdn. Bhd.
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2010). Panduan ilmu pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Teknik Pengajaran Kontektual, September 10 2012. Diperolehi daripada
http://eta305.wordpress.com/2011/09/30/teknik-pengajaran-kontekstual/.
Tinjauan Pustaka. Diperolehi daripada
http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/23511/4/Chapter%20II.pdf.
189
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Faktor galakan kesukarelawanan dalam kalangan warga kolej komuniti
Mira Faizura binti Narawi
Kolej Komuniti Santubong
Shirley Phillip
Suharyati binti Sulaiman
Kolej Komuniti Mas Gading
190
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Perkembangan kesukarelawanan sering dikaitkan dengan lumrah kehidupan manusia
yang hidup bermasyarakat dan saling bergantung antara satu sama lain. Aktiviti kesukarelawanan
dikaitkan dengan aktiviti kerja amal atau kebajikan yang dilakukan oleh individu atau secara
berkumpulan untuk golongan yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan apa-apa bayaran
atau ganjaran. Kesukarelawanan dalam bahasa mudahnya ialah perbuatan memberi atau
kemahuan untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan orang lain (Ward dan Parr, 2006). Okun dan
Michel (2006) pula menyatakan bahawa kesukarelawanan adalah bertujuan untuk membantu
orang lain atau organisasi tanpa paksaan dan tanpa mendapat sebarang bayaran atau pampasan
kebendaan. Justeru, secara umumnya, kesukarelawanan boleh didefinisikan sebagai kerja tidak
berbayar yang dilakukan dengan sokongan organisasi (Finkelstein dan Brannick, 2007).
2. Matlamat kerajaan dan usaha kolej komuniti
Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia menyahut
seruan kerajaan untuk membudayakan aktiviti kesukarelawanan di kalangan pelajarnya dalam
usaha untuk mencapai matlamat Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang, seperti
yang telah dinyatakan dalam Lonjakan 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-
2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT). Menjadi matlamat kerajaan agar setiap institusi
pendidikan tinggi dapat melahirkan graduan yang mempunyai ilmu, akhlak, tingkahlaku, set
minda dan beradab untuk menjadi insan mulia. Mereka bakal menjadi warga sejagat dengan jati
diri Malaysia yang menyerlah, bersedia dan sanggup untuk berkorban demi keharmonian dan
kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara dan sejagat. Graduan holistik, berciri keusahawanan
dan seimbang sedemikian adalah kesinambungan daripada sistem pendidikan asas untuk
melahirkan warga Malaysia yang berjiwa mulia. (Lonjakan 1: PPPM(PT))
Kolej komuniti telah melancarkan Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) pada
tahun 2013 sebagai salah satu usaha untuk menjadi penggerak kepada aktiviti-aktiviti
kesukarelawanan di Kolej Komuniti. Setiap kolej perlu merancang aktiviti kesukarelawanan di
bawah pasukan BriSK kolej atau zon masing-masing. Penubuhan BriSK di Kolej Komuniti
menjadi batu loncatan dan pencetus semangat warga Kolej Komuniti untuk bergiat lebih aktif,
efektif, berdaya saing dan peduli masyarakat selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan
191