The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kktawaurni, 2020-12-09 22:57:45

eBOOK IDEA'S PENULISAN ILMIAH 2018

eBOOK IDEA'S PENULISAN ILMIAH 2018

Keywords: PENULISAN ILMIAH,IDEA'S,2018,KOLEJ KOMUNITI TAWAU

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

5. Potensi Pasaran
Buah tin boleh dipasarkan terus sebagai produk buah segar. Harga per kg untuk buah tin

adalah berbeza mengikut jenis buah terutamanya dari segi warna dan kualiti. Buah warna hitam
adalah lebih mahal berbanding buah warna lain. Ini berikutan keupayaan kebanyakan pokok tin
yang buahnya berwarna hitam memerlukan masa yang lebih lama untuk berbuah, masak dan
jumlah buah yang terhad dalam sepokok. Walaupun begitu, kualiti buah warna hitam
kebanyakannya adalah sangat sedap dan manis. Oleh sebab itu, harga sekilo buah warna hitam
boleh mencecah RM200 sekilo. Keadaan ini berbeza untuk pokok tin yang buahnya berwarna
merah dan kuning/hijau. Oleh itu, harga untuk buah selain warna hitam adalah lebih murah iaitu
sekitar RM80-RM120 sekilo. Sungguhpun demikian, untuk memenuhi keperluan pasaran
tempatan, harga buah tin segar boleh didapati dengan harga yang lebih rendah terutamanya
daripada pekebun kecil.

Selain daripada itu, buah tin juga boleh dipasarkan dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim,
kek, jem, produk kesihatan serta produk-produk kecantikan. Produk pokok tin bukan sahaja
terhad kepada buah sahaja malah daun pokok tin juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Daun
pokok tin yang sihat dan segar boleh dijadikan sebagai minuman teh. Kandungan daun pokok tin
mampu digunakan sebagai penawar kepada penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing
manis, asma dan sebagainya. Sekilo daun segar boleh dijual dengan harga sehingga RM40 sekilo
sementara daun yang telah siap diproses boleh didapati dengan harga sekitar RM5 untuk 60g.

Produk jualan benih juga sangat rancak di pasaran seperti jualan keratan batang, tut, anak
benih dan juga ‘bareroot’. Harga pula berbeza bergantung kepada variasi pokok tersebut.
Keratan batang boleh dibeli serendah RM5 ke harga ratusan ringgit sementara benih tut dan
sebagainya adalah lebih mahal daripada harga keratan batang.

Sungguhpun pokok tin mempunyai potensi besar dalam pasaran namun masih
memerlukan usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk memartabatkan pokok ini
sebagai pokok tanaman yang membantu negara dalam menjana pendapatan rakyat khasnya dan
seterusnya negara umumnya.

242

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

6. Kesimpulan
Potensi pemasaran buah tin serta produk hiliran secara komersil masih lagi diperingkat

permulaan untuk Negara kita. Ramai pekebun mula menceburi bidang penanaman pokok tin
ini,namun ramai juga yang tidak mampu untuk pergi lebih jauh disebabkan faktor kurangnya
penglibatan badan yang berwajib dalam menjadikan negara sebagai antara pengeluar buah tin
segar dan produk hiliran dalam industri ini. Untuk pengeluaran produk secara komersil,sekurang-
kurangnya 500 pokok diperlukan dan kosnya pula adalah mahal. Selain daripada itu,kesukaran
untuk mendapatkan benih yang sesuai dalam kuantiti yang banyak untuk pengeluaran buah juga
menjadi satu cabaran.Kebanyakkan promosi yang dijalankan pula hanya terhad daripada pihak
pengusaha sahaja seperti melalui media sosial dan masih memerlukan program promosi yang
lebih menyeluruh daripada media perdana.Semoga satu hari nanti,industri pokok tin akan
memberi sumbangan dalam ekonomi negara umumnya dan khasnya kepada pengusaha-
pengusaha pokok tin di negara kita.

Rujukan

Montserrat Pons I Boscana. (2016). Fig Tress of The Balearic Islands, Saf Fa Fig Garden.
Marzuki Safiee. (2016). Standard Operating Procedure: Penanaman Pokok Tin Secara Fertigasi,

Edisi Kedua.
Nasnan Jajuli. (2016). Teknik Pembiakan Tanaman (Siri Usahawan Tani). Dewan Bahasa dan

Pustaka: Kuala Lumpur.
Fahmi Abu Bakar. (2015). Pokok Tin: Penyakit. Formeniaga Training Center
Fahmi Abu Bakar. (2015). Pokok Tin: Pembajaan. Formeniaga Training Center
http://www.tinohtin.com
http://www.nutrition-and-you.com/fig-fruit.html
http://raihanpahimi.blogspot.my
http://catatan-siwan.blogspot.my/2016/10/manfaat-buah-daun-dan-getah-tin.html
http://pokoktinmalaysia.blogspot.my/2015/06/khasiat-dan-kelebihan-daun-pokok-tin.html
https://ms-my.facebook.com/pg/fig.fertigation.malaysia/posts/
https://www.facebook.com/datosyed

243

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

Kepuasan bekerja dalam sesebuah organisasi

Chang Vui Seng Wilson
Kolej Komuniti Sandakan

Nur Angriani Nurja
Mohd Zulhasnan bin Mat

Kolej Komuniti Tawau
244

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

1. Pengenalan
Kepuasan bekerja dalam sesebuah organisasi didefinisikan sebagai sikap seseorang

individu terhadap pekerjaannya yang berupaya membezakan antara penghargaan yang diterima
dengan penghargaan yang seharusnya diterima (Muchlas, 2008). Seterusnya, Kreitner & Kinicki
(2014) menyatakan kepuasan kerja (job satisfaction) adalah sebuah tanggapan efektif atau
emosional terhadap berbagai segi pekerjaan seseorang. Kepuasan bekerja ini juga merujuk
kepada stress pekerjaan yang disarankan oleh Cooper, Sloan, & William (1989) dalam
Thiruchelvi & Supriya (2009) menyatakan kepuasaan bekerja dilihat dari aspek kepuasan
terhadap kerjaya dan pencapaian, nilai dan perkembangan, kepuasan terhadap pekerjaan yang
dipegangkan, kepuasan terhadap reka bentuk dan struktur dan organisasi dan kepuasan terhadap
hubungan interpersonal. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa kepuasan bekerja
adalah mencerminkan sikap tenaga kerja terhadap pekerjaannya.

Kepuasan bekerja boleh dikatakan sebagai seseorang pekerja itu mendapat kejayaan atau
berjaya dalam kerjanya yang sememangnya bersangkut dengan produktiviti dalam sesebuah
organisasi. Bukan itu sahaja, kepuasan bekerja juga boleh dikaitrapat dengan sikap seseorang itu
terhadap kerja yang sedang dilakukan. Kepuasan bekerja dalam sesebuah organisasi akan
dipengaruhi oleh beberapa aspek. Ini termasuklah dari segi aspek luaran serta aspek dalaman.
Aspek luaran ini adalah terdiri daripada keselamatan etika bekerja dalam kelompok, kepuasan
terhadap orang atasan, kepuasan terhadap rakan sekerja dan sebagainya. Dari segi aspek dalaman
adalah terdiri daripada gaji yang diterima yang setaraf dengan kerjanya, kemahuan dan
kesempatan untuk memajukan diri, tekanan (stress) dan sebagainya. Menurut Mathis & Jacksons
(2000) dalam Bamba (2016) menyatakan bahawanya kepuasan bekerja adalah dipengaruhi oleh
faktor dalaman iaitu dari segi pekerjaan itu sendiri, gaji, pengakuan, kerjasama yang baik dengan
teman kerja, serta kesempatan untuk berkembang.

2. Teori – teori kepuasan bekerja
Pakar-pakar psikologi sentiasa membuat penyelidikan dan kajian tentang kepuasan

bekerja. Antara berikut adalah teori-teori yang disarankan oleh pakar psikologi;-

245

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

a) Teori Pertentangan (Discrepancy Theory)
Menurut Locke (1976) dalam Eka Daryanto (2014) menyatakan bahawa teori

pertentangan ini mengukur kepuasan bekerja seseorang individu dengan membandingkan
perbezaan sesuatu yang diharapkan oleh seseorang individu terhadap dengan kenyataan yang
diterima ataupun yang diharapkan. Dalam teori ini, kepuasan bekerja atau ketidakpuasan bekerja
akan mempertimbangkan 2 nilai iaitu;-

i. keinginan seseorang individu adalah berkadar terus dengan apa yang diterima
ii. kepentingan keinginan seseorang individu

Menurut Locke, seseorang individu itu akan berasa puas atau tidak puas merupakan suatu
perkara yang peribadi namun ia juga bergantung pada keadaan yang bersesuaian ataupun
bertentangan dengan keinginan.

b) Teori Erg (Existance- Related-Growth)
Dalam Teori ERG yang dipelopori oleh Alderfer (1969) merupakan gabungan huruf-

huruf pertama daripada istilah ERG iaitu:-
E = Existence (Keperluan akan eksistensi),
R = Relatedness (keperluan untuk berhubungan dengan pihak lain)
G = Growth (keperluan akan pertumbuhan)

Dalam teori ini, terdapat tiga perkara penting yang ditekankan. Pertama, secara
konseptual terdapat persamaan di antara teori atau model yang dikembangkan oleh Abraham
Maslow dan Alderfer. Hal ini disebabkan “Existence” dalam teori ERG Aldefer menyatakan
bahawa dengan hierarki pertama dan kedua dalam teori Maslow; “ Relatedness” selaras dengan
hierarki ketiga dan keempat iaitu keperluan. Menurut teori Keperluan Maslow, ianya mempunyai
persamaan dengan “self actualization”. Kedua, teori ERG Alderfer menekankan bahawa pelbagai
jenis keperluan manusia itu dijalankan secara serentak. Kesimpulannya, teori ERG Alderfer
menyatakan bahawa:

 semakin banyak keperluan tidak yang tidak dipenuhi maka semakin tinggi keinginan
untuk dipuaskan

246

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

 sekiranya seseorang individu itu berjaya memenuhi kepuasan pada peringkat yang rendah
maka secara tidak langsung ini akan meningkatkan keinginan untuk memberi kepuasan
pada peringkat yang lebih tinggi. Hal ini juga berlaku disebaliknya

Jelas di sini bahawa pandangan ini berdasarkan sifat pragmatisme manusia. Dengan kata
lain, seseorang yang menyedari limitasi dirinya akan dapat menyesuaikan diri dengan objektif
kendiri dan menumpukan kepada perkara-perkara yang mungkin boleh dicapai.

c) Teori Motivation-Hygiene Hezberg’s
Teori Motivation-Hygiene Hezberg’s dipelopori oleh pakar psikologi iaitu Frederick

Herzberg (Tan & Waheed, 2011). Dalam teori ini, Frederick Hezberg menyatakan bahawa
terdapat dua faktor berlainan yang boleh digunakan untuk menerangkan kepuasan dan
ketidakpuasan bekerja, iaitu motivator dan hygiene. Dalam aspek motivator akan menghasilkan
kepuasan manakala faktor hygiene akan menghasilkan ketidakpuasan. Kepuasan bekerja boleh
diperjelaskan lagi pada Rajah 1. Rajah 1 menggambarkan teori motivation-hygiene Herzberg
yang menyatakan bahawa persekitaran bekerja yang positif didominasi oleh kemahuan untuk
peningkatan, pekerjaan yang mencabar, tanggungjawab, dan kenaikan pangkat. Manakala
persekitaran yang negatif didominasi oleh hubungan interpersonal dengan ketua dan rakan
sekerja, pengawalan teknikal, polisi dan pentadbiran sesuatu organisasi, keadaan tempat kerja,
gaji dan kehidupan peribadi. Secara kesimpulan, kemunculan sesuatu faktor di dalam pekerjaan
adalah untuk meningkatkan kepuasan kerja seseorang, tetapi ketiadaan faktor-faktor tersebut
tidak semestinya memberikan kepuasan kerja.

Hygiene Motivator
Hubungan interpersonal (dengan subordinat) Pencapaian
Berpuas hati
Hubungan interpersonal (dengan rakan Kerja tersebut
sekerja) Kawalan (teknikal) Tanggungjawab
Polisi dan pentadbiran Kemajuan
Keadaan tempat kerja
Kehidupan peribadi
Keselamatan kerja dan gaji

KETIDAKPUASAN KEPUASAN

Rajah 1. Teori motivation-hygiene Herzberg (Sumber: Hoy, W. K., & Miskel., C. G. (2005), ms. 117)

247

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Kepuasan dan ketidakpuasan kerja bukanlah perkara yang berlawanan, tetapi adalah dari
dimensi yang sangat berlainan. Oleh itu, pihak pengurusan perlu sentiasa mengenal pasti faktor-
faktor tersebut kerana ia dapat menjadikan pekerjaan mengajar lebih menarik, di samping
mengenepikan aspek aspek yang boleh membawa kepada ketidakpuasan kerja. Kedua-dua faktor
hygiene dan motivator adalah penting, tetapi untuk sebab-sebab yang berlainan.
d) Teori Hireakri Keperluan Maslow
Berdasarkan Atan Long (1976), keperluan bagi setiap individu adalah berperingkat
dengan berdasarkan dengan teori Maslow. Peringkat-peringkat keperluan manusia haruslah
dipenuhi dari keperluan yang paling asas iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan,
keperluan kasih-sayang, keperluan penghargaan kendiri dan yang terakhir adalah keperluan
penyempurnaan kendiri. Dalam teori ini, peringkat keperluan dapat diperlihatkan pada rajah
berikut:-

Rajah 2: Piramid keperluan Maslow

3. Langkah-langkah untuk mewujudkan kepuasan bekerja
Dalam mewujudkan sebuah organisasi yang mempunyai tahap kepuasan bekerja tinggi

amat dititikberatkan. Namun demikian, terdapat beberapa persoalan yang mungkin terlintas pada
fikiran masing-masing. Ini termasuklah bagaimanakah kepuasan bekerja ini diwujudkan ?

248

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

Apakah elemen yang terlibat dalam mewujudkan kepuasan bekerja? Dalam sesebuah organisasi
dapat mewujudkan kepuasan bekerja dengan mewujudkan satu sistem pada tempat kerja dimana
seseorang pekerja itu diberi cabaran dalam kerja seharian mereka dan seterusnya diberi
peneguhan positif dalam organisasi tersebut. Dalam sesebuah organisasi yang dapat mewujudkan
sebuah suasana kerja yang memberi impak dalam kepuasan bekerja tu memerlukan beberapa
kriteria yang tertentu. Ini termasuklah :-

i. Mempunyai sistem penyusunan kerja anjal yang fleksibel
ii. Berpeluang untuk memberi latihan staf yang mencukupi .
iii. Berpeluang untuk menawarkan pelbagai cabaran dan membenarkan pekerja

tersebut untuk meletakan nama pada produk yang dihasilkan atau dicipta.
iv. Berpeluang untuk menggunakan bakat atau kreatif serta kepakaran pada

seseorang pekerja.
v. Berpeluang untuk bertanggungjawab dan berkebolehan untuk berdikari.
vi. Mewujudkan suasana kerja yang stabil serta persekitaran kerja selamat yang

terdiri daripada jaminan pekerjaaan.
vii. Mewujudkan suasana yang mempunyai sokongan daripada pihak atasan

melalui menyediakan maklum balas yang tepat daripada mewujudkan
semangat kerjasama dalam kumpulan.
viii. Menawarkan perkhidmatan yang fleksibel iaitu kemudahan senaman.
ix. Penggunaan teknologi yang terkini
x. Tawaran gaji yang lumayan serta peluang untuk kenaikan pangkat yang
tinggi.

Selain daripada faktor yang telah dinyatakan diatas, kepuasan bekerja adalah berkadar
langsung dengan ciri-ciri seorang pekerja, ciri-ciri seorang pegawai atasan, serta gaya
pengurusan dalam sesebuah organisasi. Sekiranya seseorang pegawai atasan ingin mencapai
tahap kepuasan bekerja yang tinggi, maka seseorang pegawai atasan ini perlu memahami
keperluan bagi setiap pekerja dalam sesebuah organisasi tersebut. Sebagai contoh, dalam kerja
berpasukan, seseorang pegawai atasan perlu meningkatkan kepuasan bekerja melalui

249

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

penempatan pekerja yang berkaitan dengan bidang tersebut, pengalaman yang ditimba, serta
keperluan dalam sebuah kumpulan kerja berpasukan tersebut.

Di samping itu, pegawai atasan haruslah menempatkan pekerja yang sepadan dengan
kerja yang dilakukan itu bagi mempertingkatkan kepuasan bekerja. Sebagai contoh, seseorang
pekerja yang bersifat kurang mengambil perhatian amat sukar ditempatkan pada kerja yang
memerlukan kerja-kerja penyelengaraan manakala seseorang pekerja itu bersifat malu amat sukar
ditempatkan pada kerja yang memerlukan komunikasi dengan ramai orang. Boleh disimpulkan
bahawa personaliti seseorang itu perlu sepadan dengan kerja yang dijalankan supaya dapat
mempertingkatkan kepuasan bekerja dalam sesebuah organisasi.

Dalam mewujudkan suasana kerja yang meransang, pegawai atasan dalam sesebuah
organisasi haruslah mengambil langkah-langkah. Langkah-langkah yang boleh diambil adala
pengayaan kerja atau Job Enrichment. Menurut Daft (1997), menyatakan bahawa pengayaan
kerja ini merupakan satu teknik dalam meningkatkan tanggungjawab bagi seseorang individu,
serta cabaran dan skop kerja yang tersendiri. Pengayaan kerja ini adalah termasuk
tanggungjawab, pengiktirafan dan peluang-peluang untuk pertumbuhan, pengajian dan
pencapaian. Di samping itu, sistem pentadbiran yang sistematik serta pengurusan yang baik
mempunyai potensi dalam semangat bekerja yang tinggi, produktiviti dalam sesebuah organisasi
akan meningkat serta mempunyai arah tuju yang betul.

4. Peranan seseorang pekerja dalam kepuasan bekerja
Bagi memastikan kepuasan bekerja itu berada pada tahap yang optimum, seseorang

pekerja memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Terdapat beberapa langkah
yang boleh diambil oleh seseorang pekerja dalam mencapai kepuasan bekerja:-

 Mencari peluang untuk menunjukkan kemahiran serta bakat yang ada pada seseorang
pekerja. Dengan ini, seseorang pekerja itu akan menuju ke arah pekerjaan yang mencabar
dan tanggungjawab yang dipikul itu adalah lebih berat.

 Peningkatan dalam kemahiran komunikasi. Seseorang majikan haruslah memberi
penganugerahan terhadap pekerja yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam
membaca, mendengar, menulis serta mempunyai kemahiran berkomunikasi.

250

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

 Memupuk semangat ingin mempelajari. Seseorang pekerja itu haruslah mempelajari ilmu
pengetahuan yang baru. Dengan adanya ilmu pengetahuan baru ini dapat membantu
seseorang pekerja itu mempersembahkan kerja mereka dengan lebih efisien dan berkesan.
Ini dapat mengelakkan seseorang pekerja itu menjadi bosan dan secara tak langsung
dapat memberi impak positif terhadap organisasi tersebut.

 Mewujudkan semangat kerja berpasukan dan peningkatan kemahiran merupakan
sebahagian besar daripada kejayaan dalam melakukan sesuatu kerjaya.

 Bersedia untuk menerima kelemahan seseorang dan belajar memberi dan menerima
kritikan yang membina.

 Menilai dalam kerja sendiri. Seseorang pekerja haruslah menghargai dan memimpin
kepuasan bekerja dalam kerja sendiri.

 Mengetahui cara-cara untuk mengurangkan tekanan melalui teknik yang betul.

5. Kesimpulan
Boleh disimpulkan bahawa kejayaan sesebuah organisasi memerlukan aset bagi

memajukan pentadbiran, pengurusan ataupun perniagaan yang dijalankan. Aset yang
dimaksudkan di sini adalah kepuasan bekerja oleh seseorang pekerja dalam sesebuah organisasi
tersebut. Seseorang pekerja itu akan berpuas hati terhadap pekerjaannya apabila sesebuah
organisasi tersebut menghargai jasa yang dicurahkan oleh seseorang pekerja tersebut. Di
samping itu, sesebuah organisasi haruslah memberi penganugerahan atau penghargaan terhadap
seseorang pekerja tersebut apabila seseorang pekerja itu memberi pendapat yang boleh
meningkatkan pengurusan atau pentadbiran pada tahap yang optimum bagi sesebuah organisasi
tersebut. Selain itu, sesebuah organisasi haruslah memberi perkhidmatan yang tertentu bagi
meningkat kemahiran pekerja. Hal ini termasuklah reskilling, upskilling and multi skilling
kemahiran pekerja tersebut. Dengan adanya kemahiran sedemikian, seseorang pekerja akan
berpuas hati terhadap pekerjaannya iaitu bukan sahaja dapat bekerja dalam sesebuah organisasi
malah dapat meningkatkan kemahiran mereka tersendiri mengikut bidang masing-masing.

251

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

Rujukan

Alderfer, C. (1969). ERG Theory (Existence, Relatedness, and Growth): An empirical test of a
new theory of human needs. Organizational Behavior and Human Performance, 4 (2),
142 – 175. Retrieved from
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/003050736990004X.

Atan Long. (1976). Psikologi pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala Lumpur.
Bamba, M. (2016). Stress Management and Job Performance in the Industries Sector of Mali.

Journal of Service Science and Management, 9 (3). Retrieved from
http://file.scirp.org/pdf/JSSM_2016051313531986.pdf.
Daft, R.T. (1997). Understanding mangement. New York: Dryden Press.
Eka Daryanto. (2014). Individual Characteristics, Job Characteristics, and Career Development:
A Study on Vocational School Teachers’ Satisfaction in Indonesia. American Journal of
Education Research, 2 (8), 698 – 702. Retrieved from
http://pubs.sciepub.com/education/2/8/20/index.html.
Hoy, W. K., & Miskel, C. G. (2005). Educational Administration: Theory, Research, and
Practice. New York: McGraw- Hill.
Kreitner, R., Kinicki, A. (2014). Perilaku Organisasi (9th ed.). Buku 1, Jakarta : Salemba Empat.
Muchlas, M. (2008). Perilaku organisasi. Yogyakarta: Gajahmada Pers.
Tan, T.H., & Waheed, A. (2011). Herzberg's motivation-hygiene theory and job satisfaction in
the malaysian retail sector: the mediating effect of love of money. Asian Academy of
Management Journal , 16, (1), 73-94. Retrieved from https://mpra.ub.uni-
muenchen.de/30419/
Thiruchelvi, A., & Supriya, M.V. (2009). Emotional intelligence and job satisfaction. Asia-
Pacific Journal of Management Research and Innovation, 5 (2), 109 – 115.

252

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

Modul MPU 1421 Ko-kurikulum (Sukan): Aplikasi lima prinsip Taekwon-do ITF dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran

Nurul Anith binti Abu Bakar
Muhammad Afiq bin Basiron

Kolej Komuniti Sandakan
253

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

1. Pengenalan
MPU 1421: Kokurikulum (Sukan) berpandukan kepada Silibus daripada Jabatan

Pendidikan Kolej Komuniti (Semakan Oktober 2015) adalah memfokuskan kepada penyediaan
pengetahuan dan kemahiran sukan yang boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik kuliah bagi
perkembangan minda, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai murni. Kursus
ini terbahagi kepada dua topik. Topik pertama adalah menerangkan tentang pengenalan dan
sejarah berkaitan sukan dan permainan pilihan merangkumi pengetahuan asas dan kemahiran
kursus yang berkenaan. Seterusnya, kursus ini juga turut mendedahkan kepada peserta tentang
asas pengurusan acara bagi sukan dan permainan pilihan merangkumi perancangan aktiviti dan
pengelolaan pertandingan bagi topik kedua. Pelajar akan dinilai melalui kuiz, tugasan amali
(ujian kemahiran), penulisan kertas kerja, pembentangan dan laporan. Fokus utama penulis
adalah pada topik satu iaitu pelajar mempelajari kemahiran khusus tentang bidang sukan pilihan.
Antara perkara yang akan diajar kepada pelajar melalui topik ini adalah sejarah dan
perkembangan bidang sukan pilihan. Pelajar juga akan dilatih untuk mengetahui kemahiran asas,
keperluan permainan, peraturan dan undang-undang, menerangkan peralatan, etika, istilah-
istilah, pengiraan mata, format pertandingan, mempraktik teknik-teknik asas dan memahami
strategi permianan bidang sukan pilihan.

Pensyarah modul MPU 1421: Kokurikulum (Sukan) di Kolej Komuniti Sandakan telah
memilih untuk mengajar Sukan Mempertahankan Diri iaitu Taekwon-Do ITF kepada pelajar Sijil
Pelancongan dan Pengembaraan Semester Tiga Sesi Julai 2017. Pemilihan untuk mengajar sukan
seni mempertahankan diri adalah kerana terdapat pelbagai kes jenayah yang menyebabkan
kehilangan harta mahupun nyawa seringkali disiarkan di media cetak mahupun media sosial
dewasa ini. Kes-kes tersebut menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat. Oleh yang
demikian, kita wajar melakukan sesuatu demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa
penjenayah yang seterusnya kerana pepatah ada mengatakan “malang itu tidak berbau”. Dengan
mempelajari seni pertahanan diri lebih-lebih lagi kepada kaum wanita, kita dapat menggunakan
teknik yang dipelajari semasa kecemasan untuk mempertahankan diri apabila diserang
penjenayah.

Memetik kata-kata Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) yang
juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang, Noraini Idris di Program Wanita Anti Jenayah

254

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

(WAJA), ‘Mempelajari teknik asas seni mempertahankan diri penting untuk wanita dalam
menghadapi sebarang kemungkinan ancaman jenayah selain membantu mereka tampil dengan
lebih berkeyakinan. berkata, bagi meningkatkan kesedaran wanita mengenai kepentingan seni
mempertahankan diri, MPWK mengadakan program Wanita Anti Jenayah (WAJA). Program itu
khusus untuk wanita kerana golongan itu sering menjadi sasaran penjenayah’. (Sayang Sabah,
2014) Kenyataan tersebut disokong oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Putatan, Dahlia Mohd
Zain semasa Program Membara Solidariti Malaysia di Balai Raya Kampung Tanjong Aru yang
menyatakan, ‘Generasi muda khususnya wanita disarankan mempelajari seni mempertahankan
diri kerana ia dapat membantu mengurangkan kadar jenayah terhadap golongan wanita’. Jelas
Dahlia lagi, kesedaran wanita muda terhadap seni mempertahankan diri semakin meningkat
ekoran isu rogol dan gangguan yang tinggi membabitkan wanita. (Sayang Sabah, 2015)

2. Sejarah dan informasi Taekwon-Do ITF
Taekwon-Do ITF diasaskan pada tahun 1955 oleh General Choi Hong Hi. ITF

ditubuhkan pada tahun 1966 dengan 9 negara ahli dan General Choi menjadi Presiden ITF yang
pertama. General Choi adalah pencipta kepada 24 pattern (dikenali sebagai 'Tul') yang
diterbitkan di dalam buku "Taekwon-Do The Art Of Self Defense" pada tahun 1965. Semua Tul
dinamakan sempena pahlawan Korea silam dan berkonsepkan sejarah Korea. Cara persembahan
dan aplikasi teknik ITF juga berbeza dengan WTF. Pergerakan ‘pattern’ ITF mempunyai asas
gerakan gelombang atau dikenali sebagai ‘sine wave motion’. Pelatih menggunakan sarung
tangan (hand glove), sarung kaki (leg glove) dan sarung kepala (head guard), khas untuk ‘free-
sparring’ bagi mengurangkan sebarang risiko kecederaan terhadap lawan dan diri sendiri.
Perlindungan lain adalah untuk mulut (mouthguard) yang diperbuat daripada bahan lembut juga
dibenarkan sekiranya perlu. Tumbukan ke arah muka dan badan dibenarkan. Bahagian larangan
ialah belakang kepala, belakang tubuh dan paras bawah tali pinggang. Jika konsep 'light-
sparring' digunakan, pengamal tidak benarkan menjana teknik dengan daya yang melampau atau
tinggi yang boleh mencederakan lawan.

Acara dalam pertandingan tidak terhad kepada ‘free sparring’ sahaja tetapi ‘pattern’,
teknik khas, pecahan dan acara berkumpulan. Uniform putih ITF pula menggunakan zip dari
bawah hingga ke bahagian tengah baju. Pemegang tali pinggang hitam menggunakan uniform

255

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

berjalur hitam pada bahagian bawah baju. Pemegang tali pinggang hitam 4th Dan dan ke atas
mempunyai tambahan jalur pada lengan baju dan seluar. Sistem tahap dalam ITF mempunyai 10
gred tali pinggang warna dan 9 tahap tali pinggang hitam dikenali sebagai Dan. Panggilan
Master hanya untuk mereka yang memperolehi 7 Dan ke 8 Dan. Panggilan Grandmaster pula
hanya untuk 9 Dan. ITF mematuhi rukun-rukun Taekwon-Do dan falsafah yang diajar oleh
General Choi Hong Hi, pengasas Taekwon-Do. Penekanan diberikan kepada pelatih dalam
bentuk falsafah, nilai murni, teori ‘pattern’, kesempurnaan teknikal dan aspek-aspek kesukanan
serta kesenian.

3. Penerapan prinsip Taekwon-Do semasa sesi pengajaran & pembelajaran
Pemilihan Taekwon-Do ITF sebagai bidang sukan pilihan yang diajar untuk Modul

MPU 1421: Kokurikulum (Sukan) adalah selaras dengan kepercayaan dan pegangan Taekwon-
Do ITF itu sendiri. Terdapat lima prinsip yang sepatutnya diamalkan oleh pelatih Taekwon-Do
ITF ini. Prinsip-prinsip ini dipanggil sebagai Taekwon-do Jungshin iaitu Kesopanan (Ye Ui),
Integriti (Yom Chi), Ketabahan (Dalam Nae), Kawalan diri (Guk Gi), dan Semangat yang tidak
terhingga (Baekjool Boolgool). Pelajar akan diterapkan dengan nilai-nilai keharmonian tersebut
sepanjang mereka mengikuti modul ini. Kesopanan (Ye Ui) boleh dikatakan adalah peraturan
yang tidak tertulis atau sesuatu yang sepatutnya ada dalam setiap diri manusia di mana telah
ditetapkan oleh guru falsafah purba sebagai cara untuk mendisiplinkan manusia di samping
mengekalkan masyarakat yang harmoni. Ia boleh menjadi kriteria utama yang diperlukan untuk
manusia. Pelajar Taekwon-Do ITF harus berusaha untuk mempraktikkan unsur-unsur kesopanan
berikut untuk membina watak mulia mereka dalam menjalani latihan secara teratur. Berdisiplin
dan menghormati satu sama lain sangat ditekankan semasa proses pembelajaran dan pengajaran
Taekwon-Do berlaku. Sifat ini dititikberatkan sepanjang pelajar menjalani latihan supaya tidak
memandang enteng terhadap keupayaan dan kedudukan orang lain. Prinsip Kesopanan (Ye Ui)
ditegaskan adalah kerana:

a) Untuk menggalakkan semangat konsesi bersama
b) Ada perasaan malu untuk menghina orang lain
c) Bersikap sopan antara satu sama lain
d) Untuk menggalakkan rasa keadilan dan kemanusiaan

256

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

e) Untuk membezakan pengajar dari pelajar, senior dari junior, dan lebih tua dari yang lebih
muda

f) Untuk berperangai baik menurut etika
g) Untuk menghormati harta benda orang lain
h) Untuk mengendalikan perkara dengan keadilan dan keikhlasan
i) Untuk mengelakkan daripada memberi atau menerima hadiah apabila ragu-ragu

Prinsip kedua adalah Integriti (Yom Chi). Integriti sekiranya ditafsirkan maksudnya
melalui kefahaman dunia Taekwon-Do, adalah mempunyai definisi yang lebih mudah daripada
yang biasanya dibentangkan dalam mana-mana kamus. Manusia mesti dapat menentukan sesuatu
yang betul dan salah serta mempunyai hati nurani. Justeru itu, sekiranya mereka membuat
kesalahan, mereka seharusnya mengakui dan merasa bersalah. Disenaraikan adalah beberapa
contoh di mana kekurangan integriti di dalam sistem Taekwon-Do:

a) Pengajar yang salah merosakkan diri dan seninya dengan menyampaikan teknik yang
tidak wajar kepada pelajarnya kerana kurangnya pengetahuan atau sikap tidak peduli.

b) Pelajar yang menyalahtafsir dirinya dengan "memperbetulkan" bahan untuk dipecahkan
sebelum demonstrasi.

c) Pengajar yang menunjukkan teknik buruk tetapi berlatih di dewan latihan mewah dan
memberi pujian palsu kepada murid-muridnya.

d) Pelajar yang meminta kenaikan tali pinggang dari pengajar, atau cuba membelinya.
e) Pelajar yang memperoleh kenaikan tali pinggang untuk tujuan ego atau perasaan

kekuasaan.
f) Pengajar yang mengajar dan mempromosikan seninya untuk keuntungan materialistik.
g) Para pelajar yang tindakannya tidak sesuai dengan kata-katanya.
h) Pelajar yang berasa malu mendengar pendapat daripada juniornya.

Justeru itu, melalui penerapan latihan Taekwon-Do yang berterusan dan tepat serta
pergaulan yang menghormati sesama pelatih yang lain, ia dapat mengajar pelajar untuk
membuang sifat riak, angkuh, kekuasaan, negatif, dengki dan mengejar kemewahan. Prinsip
Integriti mengajar pelajar untuk mempunyai nilai jati diri yang kuat dan tidak akan melakukan

257

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

perkara buruk sewenang-wenangnya. Terdapat kata-kata Oriental yang lama, "Kesabaran
membawa kebaikan atau satu kebaikan, dapat membuat rumah yang damai dengan bersabar
selama 100 kali." Pastinya kebahagiaan dan kemakmuran datang kepada manusia yang sabar.
Inilah yang dikaitkan dengan prinsip ketiga iaitu Ketabahan (Dalam Nae). Untuk mencapai
sesuatu, sama ada ia adalah tahap yang lebih tinggi atau kesempurnaan teknik Taekwon-Do,
seseorang mesti terus bertahan dan sabar dalam menggapai matlamatnya. Robert Bruce belajar
tentang ketekunan dengan melihat usaha gigih membina sarang oleh labah-labah yang rendah. Ia
adalah ketekunan dan ketabahan yang akhirnya membolehkan beliau membebaskan Scotland
pada abad keempat belas. Salah satu rahsia yang paling penting dalam menjadi pemimpin
Taekwon-Do adalah mengatasi segala kesulitan dengan ketekunan dan kesabaran. Confucius
berkata, "seseorang yang tidak sabar dalam hal-hal remeh jarang dapat mencapai kejayaan dalam
hal-hal yang sangat penting."

Prinsip keempat adalah kawalan diri (Guk Gi). Prinsip ini sangat penting di dalam dan di
luar dojang (tempat latihan), sama ada mengendalikan diri semasa ‘sparring’ (berlawan) atau
dalam urusan peribadi seseorang. Kehilangan kawalan kendiri semasa ‘sparring’ boleh
membahayakan pelajar dan pihak lawan. Semestinya akan berlaku sentuhan fizikal semasa dua
pihak berlawan dan kekasaran tetap akan terjadi. Oleh yang demikian, keupayaan pelatih atau
pelajar untuk menahan marah dan mengawal diri dari menunjukkan apa-apa tindak balas di luar
pertimbangan amat diperlukan apabila berada di dalam suasana yang tegang seperti ini. Menurut
Lao-Tzu "istilah yang lebih kuat adalah orang yang menang atas diri sendiri daripada orang lain."
Ayat tersebut boleh diterjemahkan sebagai musuh adalah kadang-kala berada di dalam diri kita
sendiri. Kita hendaklah mengalahkan kelemahan dan keburukan yang menguasai diri seperti
hawa nafsu atau sifat malas yang boleh mengakibatkan perkara-perkara buruk terjadi kepada diri
sendiri. Pelajar akan dilatih mengawal sifat amarah, ego, menerima teguran atau kekalahan dan
tahu mengendalikan diri sendiri melalui pembelajaran Taekwon-Do ITF ini.

Prinsip yang terakhir ialah semangat yang tidak terhingga (Baekjool Boolgool). Pelajar
Taekwon-Do yang serius akan sentiasa mengamalkan sifat sederhana dan jujur. Sekiranya
berhadapan dengan ketidakadilan, dia akan berurusan dengan pihak yang melakukan kesalahan
atau keburukan tanpa rasa takut atau ragu-ragu sama sekali. Confucius mengisytiharkan, "Ia
adalah tindakan pengecut untuk gagal bercakap menentang ketidakadilan." Berbekalkan

258

IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability

semangat yang tidak terhingga, pelatih Taekwon-Do tersebut tidak akan mengambil kisah siapa
pun bakal lawannya dan berapa banyak bilangannya. Hal ini dapat diterapkan sama ada dalam
sudut pembelajaran Taekwon-Do di mana pelajar akan sentiasa bersemangat untuk menguasai
sesuatu teknik dan menghadirkan diri ke latihan tanpa gagal. Di samping itu, pelajar dapat
mengaplikasikan semangat bersungguh-sungguh ini di dalam pelajaran mereka juga. Seperti
yang telah dibuktikan oleh sejarah, mereka yang telah mengejar impian mereka dengan
bersungguh-sungguh dan dengan semangat yang gigih tidak akan pernah gagal mencapai
matlamat mereka.

4. Kesimpulan
Pemilihan Taekwon-Do ITF sebagai bidang sukan pilihan di dalam pengajaran dan

pembelajaran modul MPU 1421: Kokurikulum (Sukan) adalah bersesuaian dengan suasana dan
keselamatan di negara kita sekarang. Di samping dapat mempelajari cara-cara pertahanan diri
dan mengamalkan gaya hidup sihat setiap kali menjalani latihan Taekwon-Do, pelajar juga dapat
menerapkan nilai-nilai murni dan positif dalam kehidupan masing-masing.

Rujukan

Choi Hong Hi. General. Encyclopedia of Taekwon-Do. (viii)
Sitti Nor Azizah Talata. 05/10/2015. Seni pertahankan diri bantu atasi kes rogol, gangguan.

https://www.sayangsabah.com/seni-pertahankan-diri-bantu-atasi-kes-rogol-gangguan/
Sitti Nor Azizah Talata. 07/11/2014. Berita Negeri Kita. Wanita perlu tahu teknik pertahanan

diri. https://www.sayangsabah.com/wanita-perlu-tahu-teknik-pertahanan-diri/

259


Click to View FlipBook Version