IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Malaysia hab dan negara contoh dalam kerja sukarelawan di kalangan rakyat berbilang kaum
berteraskan gagasan 1Malaysia. Selain itu juga, kolej komuniti juga berkolaborasi dengan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mewujudkan Pasukan Institusi Pertahanan
Awam (PISPA) Kolej Komuniti dalam usaha untuk menyemai semangat kesukarelawanan di
kalangan pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti. Penubuhan PISPA Kolej Komuniti menjadi
landasan kepada Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) untuk melahirkan anggota yang
berkepimpinan dan berkelayakan dalam APM dengan cara:
i. Menyebar dan mendidik pegawai mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang
awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seseorang yang
berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam.
ii. Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan
awam yang diterapkan dan digunakan di peringkat Institusi Pendidikan.
iii. Melahirkan Pegawai yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan
yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas.
iv. Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia dan
cintakan negara.
PISPA telah tertubuh dengan penambahan nilai kepada Briged Sukarelawan Kolej
Komuniti (BriSK) yang menjadi platform kepada warga kolej komuniti untuk menggiatkan
aktiviti-aktiviti kesukarelawanan. Nilai tambah yang dimaksudkan ialah ilmu pertahanan awam
yang dipelopori oleh Angkatan Pertahanan Awam. Tanpa ilmu tersebut, gerak kerja BriSK dalam
aktiviti-aktiviti kesukarelawanan agak terbatas, terutamanya yang melibatkan zon-zon bencana.
Musibah banjir kuning yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur menjadi titik permulaan
yang penting kepada kewujudan PISPA di Kolej Komuniti. Pada masa itu, Kolej komuniti turut
terlibat menghulurkan bantuan. Namun, pergerakan para sukarelawan agak terhad di lokasi-
lokasi tertentu sahaja atas faktor keselamatan. Maka, satu inisiatif telah diambil melalui beberapa
siri perbincangan di antara pegawai-pegawai Kolej Komuniti dan APM, pada tanggal 6 Mac
2015, secara rasminya, PISPA ditubuhkan di Kolej Komuniti. Sejak itu, banyak aktiviti PISPA
Kolej Komuniti dilaksanakan di seluruh negara. Antaranya, Kursus Asas Pertahanan Awam,
Majlis Watikah dan Pemakaian Pangkat Pegawai Bersekutu, Latihan Orang Awam, dan aktiviti-
192
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
aktiviti CSR atau kesukarelawanan. PISPA digerakkan secara sistematik di Kolej Komuniti
berpandukan Buku Garis Panduan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti
yang telah digubal pada November 2015.
3. Kategori sukarelawan
Stukas et al. (2009) menyatakan bahawa sukarelawan memberikan bantuan tanpa bayaran
kepada mereka yang benar-benar memerlukan termasuklah golongan berikut: kesunyian, sakit,
berdukacita dan serba kekurangan. Ini, secara tidak langsung, akan dapat mengisi kekosongan
yang tidak diberikan perhatian oleh masyarakat sekeliling. Di sini, seseorang sukarelawan
berperanan dalam menghubungkan anggota masyarakat daripada pelbagai latar belakang.
Menurut Bellamy (2001), sukarelawan boleh dikategorikan kepada empat, iaitu:
i. Profesional – sukarelawan yang mempunyai lesen serta kemahiran yang tertentu seperti
jururawat, mekanik, jurutera, akauntan dan doktor dan selalunya akan bergerak secara
individu atau berkumpulan.
ii. Tidak berkemahiran – sukarelawan yang tidak mempunyai kemahiran tetapi mempunyai
masa dan juga tenaga untuk menyumbang dan bersedia untuk menjalani kursus
kemahiran
iii. Spontan – sukarelawan yang berkhidmat mengikut keperluan dengan segera dalam
keadaan kecemasan seperti kebakaran serta tidak terbalas kepada mana-mana kemahiran
iv. Rakan kongsi – sukarelawan yang menjadi ahli dalam mana-mana agensi sukarela yang
mempunyai kemahiran yang tertentu untuk menangani bencana dan sentiasa bersedia
pada bila-bila masa kecemasan.
193
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rajah 1: Kategori Sukarelawan
4. Cadangan
Seluruh dunia bimbang sekiranya budaya kesukarelawanan semakin pudar di kalangan
masyarakat dunia. Dalam usaha untuk menggilap nilai keusahawanan agar semakin menebal di
dalam setiap individu di seluruh dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah
menetapkan tarikh 5 Disember setiap tahun sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa. Selain itu,
antara langkah strategik yang komprehensif untuk menggalakkan rakyat Malaysia amnya dan
warga Kolej Komuniti khususnya untuk melibatkan diri dalam kegiatan kesukarelawanan ialah
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 yang berikut:
194
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rajah 2 : Cadangan untuk menggalakkan aktiviti kesukarelawan
Kolej Komuniti disarankan agar sentiasa komited untuk mengerakkan Pasukan Pelatih
Institusi Kemahiran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (PELATIH APM) kerana penubuhan
ini bertepatan ke arah melahirkan graduan yang holistik, bercirikan kesukarelawanan dan
seimbang seperti yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi).
5. Kesimpulan
Kesimpulannya, usaha daripada kerajaan dan institusi pendidikan tinggi adalah perlu
dalam meningkatkan penglibatan pelajar dan staf dalam aktiviti kesukarelawanan. Selain itu
juga, rakan kolaborasi strategic Kolej Komuniti bersama APM haruslah sentiasa dipelihara untuk
terus menyemai semangat kesukarelawanan di kalangan warga Kolej Komuniti. Golongan
pengurusan tertinggi dan pensyarah Kolej Komuniti juga haruslah menunjukkan kepimpinan
melalui teladan dengan menonjolkan teladan yang baik seperti terlibat secara aktif dalam aktiviti
kesukarelawanan di peringkat komuniti setempat mahupun antarabangsa untuk memberikan
contoh terbaik kepada semua pelajar Kolej Komuniti yang juga pelatih APM.
195
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Bellamy, C. (2001). The State of the World’s Children. New York: UNICEF (104)
Ward, Lorrae; Parr, & Judy. (2006). Authority, Volunteerism, and Sustainability: Creating and
Sustaining an Online Community through Teacher Leadership. Leadership and Policy in
Schools, 5 (2), 109-129.
Okun, M., & Michel, J. (2006). Sense Of Community And Being A Volunteer Among The
Young_Old. Journal Of Applied Gerontology, 25, 173-188.
Finkelstein, M. A., & Brannick, M. T. (2007). Applying theories of institutional helping to
informal volunteering: Motives, role identity, and prosocial personality. Social Behavior
and Personality, 35, 101-114.
Stukas, A., Worth, K., Clary, E., & Snyder, M. (2009). The Matching of Motivations to
Affordances in the Volunteer Environment: An Index for Assessing the Impact of
Multiple Matches on Volunteer Outcomes. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly, 38
(1), 5.
Tuan Pah Rokiah Syed Hussain & Lilah Yasin. (2016). Belia dan pembudayaan semangat
sukarelawan di Malaysia: Suatu pemerhatian konseptual. GEOGRAFIA OnlineTM
Malaysian Journal of Society and Space, 161-172.
Julinawati Suanda, Mohammad Rezal Hamzah, Azizan Bahari, Ku Amir Ku Daud,
Siti Rabaah Hamzah, & Turiman Suandi. (2012). Semangat Kesukarelawan Dalam
Kalangan Mahasiswa Melayu Di IPTA: Satu Tinjauan Ke Arah Pembentukan Pendidikan
Kesukarelawan. Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA),1-13.
https://www.mohe.gov.my/en/pppm-pt
http://belia.org.my/wp/2013/12/22/aktiviti-kesukarelawan-satu-gaya-hidup-baharu-rakyat-msia/
https://www.unimap.edu.my/index.php/my/berita-malay/1223-mahasiswa-diseru-tingkatkan-
semangat-kesukarelawan
https://azemi09.wordpress.com/2010/02/11/esei-usaha-usaha-menggalakkan-rakyat-melibatkan-
diri-dalam-kegiatan-kesukarelaan/
196
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
The acceptance of agriculture among youth
Siti Nurjiah binti Abdullah
Kolej Komuniti Tambunan
197
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Abstract
The emergence of agriculture sector has promised a lot of potential for income generating.
However, do the youths, as the pillar of this country accepts the important of agriculture? The
focus of this concept paper is to identify the efforts taken to increase the acceptance importance
of agriculture among youth. Youth plays very important role in driving the development of
agriculture sector in Malaysia. Youth acceptance can be consider as the key for the agriculture
industry to be sustain. Based on the study before, positive acceptance towards agriculture is
instrumental to agricultural industry success. Hence, this concept paper will identify the efforts
taken to increase the acceptance in the importance of agricultural among youth. This paper will
also discuss the involvement of the public universities to encourage the youth to be more
cautious about the importance of agriculture.
1. Introduction
Agriculture or farming is generally an activity that involves cultivation of crops and
growing livestock for foods and medicines. Along with the increasing of human needs,
agricultural activity has been shifted not only to provide food and medicines but used to produce
non-food products such as fuel, biofuel, fibers, clothing line and building materials. The science
of agriculture also shifted from simply grows crops for food and rearing farms animal to a new
agriculture sector that involves agricultural economy, agricultural biochemistry and even
agricultural engineering.
According Mahidin (2017), in Malaysia, agriculture presents 7.8% of Gross Domestic
Product for Second Quarter 2017 making it the third important sector after services and
manufacturing Sector. A steady growth rate of this sector that is 5.9% also shows a good sign on
the important of agriculture sector. Malaysia can be considered as one of the strategic location
for agricultural activity based on the climate that is hot and humid throughout the year and has
enough rain for the crops. However, the acceptance of the importance of agricultural activity is
still need to be work about among our youth. In Malaysia, the involvement of youth in
agriculture sector is only 14%. Most of the youth still has no clear picture when talking about
agriculture as an activity that generates money. The youth tend to choose other professional
career as source of income. This trend need to be changed as we cannot imagine what is the
198
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
future of our country in few years ahead if we keep depends on other country for our own food
issues.
Nowadays, youth has a wrong perspective about agriculture activity. They think that it is
a dirty work and outdated. Youth is more interested towards other sector such as industrial and
manufacturing sector because it involves a lot of high technology hardware and software. Youth
nowadays are more regularly engaged to technology (Irby & Strong, 2013) and pay more
attention to anything that related to it. Their lives are saturated by mobile technology and social
media. Youth are reluctant and less inclined to work in the agriculture sector because the pay is
low and does not promise a bright future (Abdullah & Sulaiman, 2013). A study done by Abullah
et al. ( 2012) proved that is not a professional dan attractive job by youths. Hence we can try to
make the agricultural education more high technology and more acceptable by the students.
Engaging technology in agricultural education will not only benefit the students but also the
educators. More data and input can be processed within shorter time making it easier to make a
conclusion for any projected study or analysis.
2. Objective
i. Identify the steps taken by government to ensure the youth have a good level of
appreaciation towards agriculture.
ii. Identify the involvement of the public universities to encourage the youth to be more
cautious about the importance of agriculture.
3. Problem Statement
Agriculture has been mentioned as one of the sectors with the potential to employ
Malaysia youth. However this would be difficult to be realized if the youth do not change their
mindset towards agriclture sector. Hence, this concept paper will identify the steps taken by
government to ensure the youth have a good level of acceptance towards agriculture. This paper
will also discuss the involvement of the public universities to encourage the youth to be more
cautious about the importance of agriculture.
199
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
4. Literature Review and Conceptual Framework
Agriculture has become an instrument in elevating the Malaysian economy as
emphasized in all of the Malaysian Plans for example Ninth Malaysian Plan. In order to boost
the agriculture sectors, the Malaysian government has introduced High Impact Agriculture
Program (HIP) such as Agropolitan Project, Zone Industry Aquaculture (ZIA) and Sustainable
Food Production Park (TKPM).These programs attempt to achieve the objectives of increasing
farmers’ income, reduce poverty problems, providing employment opportunities and increasing
their quality of life (Hayrol et al., 2010). Implementation of such agriculture programs is not a
big problem for Malaysia as there are more than 20 departments and authorities that are placed
under the Ministry of Agriculture and Agro Based Industry. Universiti Putra Malaysia as the
agriculture focused university is also playing its significant role towards achieving these goals.
To ensure the success of this activity, the involvement of youths is necessary (Alam et al., 2009).
Youths is the future generation of the agriculture industry and must be encouraged to be part of
the agriculture community (Atsan et al., 2009). The United Nation (UN) defined youths as those
whose age range between 15 to 24 years old while the Malaysian Youth Council (MYC) defined
youths as those whose age range between 15 to 40 years old.
However, to encourage and persuade youths to be part of the agriculture community is
the major challenge that needs to be overcome. They have negative attitude towards agriculture
(Jeffrey et al., 2010; Norsida, 2008). The negative perception that agriculture is only for poor and
needy must be removed from the youths. Norsida (2008) in her study concluded that youths have
a negative attitude towards agriculture even though they believe that agriculture can generate a
lot of income if it is conducted in a right way.
5. Discussion
To ensure the success of the agriculture industry, it is important to ensure the
participation of youth as the backup generation (Alam, 2009). This concept paper will
highlighted the efforts taken by government and the involvement of the public universities to
encourage the youth towards agriculture. Universiti Putra Malaysia (UPM) as the agriculture
focused university has played an important role as an agriculture educator in Malaysia. They
have been provided an early education as early as pre-university level. Agriculture Science
200
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Foundation has been introduce since 2009 and the number of intake has increase from 312 to the
latest reported on 2016 is 1509 enrollment. UPM also have a number of institutes that work on
agricultural technology such as Institute of Tropical Agriculture and Food Security, Institute of
Agricultural and Food Policy, Institute of Tropical Forestry and Forest Products and Institute of
Plantation Studies. In a more practical and technical teaching method, Ministry of Higher
Education (MOHE) has built a Community College or Kolej Komuniti in order to provide an
opportunity to the youngster to learn more about agriculture. They offer several level of
education started from Certificate in Agriculture and Aquaculture to Diploma in Agriculture
Technology. For example, Tambunan Community College in Sabah provide the Certificate in
Agriculture.
On the other hand, the community also has been working on their very own initiative to
educate the citizen about the beauty of farming and agriculture. A group of Agriculture Graduate
from UPM has created Facebook page named “Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri” in order to
provide a support group to the urban community that has an interest on doing agriculture but lack
in knowledge and ideas. The activity of this support groups including seeds exchange among
members, knowledge sharing by the established agriculture scholar and monthly gathering. This
group has reached almost 260 thousands members all over Malaysia ever since it has been
created back on 2013. The founder of this support group, Izham Alias graduated in Bachelor of
Science Horticulture, UPM stated that he realized that there is little information on how to grow
crops in Malaysia climate and decided take the responsibility to share his knowledge. He also
started a webpage kebunbandar.com in order to reach more audience and educate more people.
Currently, he is lecturer in Tambunan Community College in Sabah.
Another big step that has been introduce in order to make more people more aware about
the important of agriculture and farming is “Satu Pingat, Satu Pokok” that has been launched in
conjunction with Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ( Omar, 2017). The Malaysia Organising
Comitte (MASOC) has decided to give a sapling to the athlete that won a medal instead of a
bouquet of flower as per previous practices. Besides, they will also plant the saplings won by
Malaysian Athlete at the provided area. This campaign has been talked by a lot of the citizen and
some of them even make an effort to share the species of the saplings won by the athlete. It is a
successful campaign that in indirectly has created awareness among Malaysian on agriculture
201
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
activity. Besides, the government has set up a Agroprenuer Club or known as MyAgronis at the
public university to encourage students to venture into the agricultural sector. The government
has also allocated RM 90 million for a young agropreneur development program.
6. Conclusion
Agriculture sector will always play an important role in our economy. It is not only a
source of income to our nation. It also provides a continuous supply of food to our people.
Hence, all parties need to work together to create an awareness among citizen especially the
youth on the importance of agriculture for our country. Because our youth is, our tomorrow and
our agriculture is our future.
References
Abdullah, A.A. and Sulaiman, N.N. (2013). Factors that influence the interest of youths in
agricultural entrepreneurship. International Journal of Business and Social Science 4(3):
288 – 302.
Abdullah, F.A., Samah, B.A.and Othman, J. (2012). Inclination towards agriculture among rural
youth in Malaysia. Journal of Basic and Applied Scientific Research 2(11): 10892 –
10894.
Alam GM (2009). Can governance and regulatory control ensure private higher education as
business or public goods in Bangladesh? Afr. J. Bus. Manage, 3(12): 890-906, December
2009.
Atsan T, Isik HB, Yavuz F, Yurttas Z (2009). Factors affecting agricultural extension services in
Northeast Anatolia region, Afr. J. Agric. Res., 4(4): 305-310.
Hayrol Azril MS, Ahmad Faiz AN, Khairuddin I, Jegak U, Jeffrey Lawrence DS. (2010).
Agriculture project as an economic development tool to boost socio-economic level of
the poor community: The case of agropolitan project in Malaysia. Afr. J. Bus. Manage.,
4(11): 2354-2361.
Irby T.L. and Strong R. (2013). Agricultural Education Students Acceptance and Self-Efficacy of
Mobile Technology in Classrooms. NACTA Journal. 83-87.
Jeffrey DS, Hayrol Azril MS, Jegak U, Bahaman AS. (2010). Sociodemography factors that
influence youth attitude towards contract farming: A case from Peninsular Malaysia. Am.
J. Appl. Sci., 7(4): 603-608.
202
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Mahidin, M.U. (2017). “Gross Domestic Product Second Quarter 2017.” Department of Statistic
Malaysia Official Portal. Department of Statistic Malaysia. 18 August 2017. 1 September
2017.
Norsida M. (2008). Perception towards agriculture among youth farmers and the needs of
agriculture educations. J. Youth Dev., 2008.
Omar, F. (2017). Inisiatif Hijau Kuala Lumpur 2017 Cipta Legasi Baru Bagi Sukan Sea Dan
Sukan Para Asean. Kuala Lumpur 2017. Malaysia Organising Comitte (MASOC), 5 June
2017. 1 September 2017.
203
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Strategi promosi untuk pengambilan pelajar di kolej komuniti
Nurul Anith binti Abu Bakar
Edi Rizal Kassim
Chang Vui Seng Wilson
Kolej Komuniti Sandakan
204
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Kesedaran pelajar tentang keperluan pendidikan di peringkat tertiari pada zaman yang
serba mencabar ini semakin meningkat. Pendidikan yang berterusan adalah sangat penting untuk
pemangkin kehidupan masa mendatang dan penjanaan modal insan yang lebih berkualiti. Pelajar
merupakan nadi sesebuah institusi pengajian tinggi. Tanpa pelajar, institut pengajian tinggi (IPT)
tidak dapat berfungsi dan berkembang maju. Dewasa ini, kemunculan institusi pengajian tinggi
sama ada IPTA, IPTS, ILKA dan ILKS bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan di
Malaysia. Pelajar mempunyai pelbagai pilihan tempat untuk menyambung pelajaran selepas
mereka tamat tingkatan lima. Menurut Rahmahtunnisa et al. (2014), tren peningkatan jumlah
institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia menyaksikan persaingan dalam usaha menambah
peratus kemasukan pelajar ke IPT masing-masing termasuklah kolej komuniti.
2. Pengambilan pelajar di kolej komuniti
Pengambilan pelajar di kolej komuniti seluruh Malaysia adalah sebanyak tiga kali
setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November untuk Sijil Kolej Komuniti Berterusan (T)
dan Sijil Kolej Komuniti Bermodular (M). Kemasukan pelajar ke kolej komuniti mengikut
peratus data dan statistik pelajar kolej komuniti seluruh Malaysia kadang-kala mengalami
pengurangan jumlah pelajar mendaftar daripada norma yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) terutamanya pada ambilan Mac dan November. Pelbagai
strategi dan promosi telah direncana dan dilaksanakan di pelbagai peringkat sama ada di
peringkat JPKK sehinggalah di peringkat kolej tersebut. Muhd. Abi Sofian Abd. Halim (2005)
menegaskan promosi atau bentuk komunikasi yang berlaku bagi memasarkan produk (program-
program yang ditawarkan di kolej komuniti) kepada pembeli (bakal pelajar, ibu bapa pelajar, dan
orang awam) merupakan salah satu keperluan bagi setiap kolej komuniti dalam memperkenalkan
dan memperkukuhkan jenama kolej komuniti kepada masyarakat awam.
Promosi boleh ditakrifkan sebagai segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau
mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan); mempromosikan melakukan promosi
utk sesuatu yang (hendak) dipasarkan. Promosi juga adalah sinonim dengan penggalakan,
pengiklanan, penonjolan, pemaparan, pencanangan, dan penghebahan (Kamus Dewan Edisi
Keempat). Menurut Semenik (2002) pula promosi adalah medium pemasaran yang mampu
205
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
mempengaruhi seseorang individu cenderung memilih jenama sesuatu produk atau
perkhidmatan. Pelbagai kaedah dan strategi promosi telah digunapakai dalam menarik minat
masyarakat untuk menyambung belajar di kolej komuniti iaitu antaranya ceramah, media cetak,
media elektronik, ceramah, ‘road show’ dan sebagainya dalam mencapai peratus pendaftaran
pelajar yang selaras dan mematuhi norma pelajar.
3. Strategi promosi untuk pengambilan pelajar
Dapatan George C. Dehne (2004) menyatakan reputasi sesuatu produk atau perkhidmatan
adalah ditentukan oleh komunikasi tidak formal (word-of-mouth). Penyampaian informasi
tentang kolej komuniti dari mulut ke mulut adalah antara faktor penggerak utama kemasukan
pelajar ke kolej komuniti. Pelajar dan ibu bapa lebih tertarik dalam melihat kolej komuniti
sebagai medium menyambung pelajaran apabila mendapat saranan orang yang dikenali atau
seseorang yang berpengaruh dalam hidup mereka contohnya pelajar dan pensyarah di kolej
komuniti itu sendiri. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Joseph (2000)
yang juga membincangkan pengaruh luaran yang mendorong pelajar memilih sesuatu destinasi
pengajian tinggi di mana maklumat tentang institusi tersebut serta pengaruh dan saranan ahli
keluarga dan rakan sebaya memainkan peranan dalam pemilihan tersebut terutamanya di
kalangan pelajar berketurunan Asia. Justeru itu, setiap pelajar dan kakitangan setiap kolej
komuniti hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan dan fakta yang jelas serta tepat tentang segala
maklumat kolej komuniti tersebut kerana mereka adalah duta atau barisan hadapan dalam
mempromosikan kolej komuniti. Komunikasi dua hala yang berkesan serta meyakinkan mampu
memberi impak yang tinggi dalam memperkenalkan kolej komuniti di mata masyarakat.
Strategi pemujukan atau pesuasif perlu dibuat secara halus semasa penerangan tentang
kolej komuniti disampaikan kepada orang ramai supaya mereka menaruh kepercayaan dan
keyakinan kepada kolej komuniti. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus
tepung tidak berselerak. Informasi yang disampaikan seharusnya dapat membuka mata
masyarakat tentang kolej komuniti dan menyahkan stigma kolej komuniti adalah institusi swasta.
Di samping itu, dicadangkan untuk menggunakan strategi membawa bersama pelajar kolej
komuniti yang menjadi alumni kepada sekolah-sekolah menengah yang mana pihak kolej
komuniti dipanggil untuk mengadakan pameran atau taklimat. Pelajar-pelajar ini boleh diminta
206
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
untuk berkongsi pengalaman mereka belajar dan perubahan yang mereka perolehi di kolej
komuniti semasa taklimat dilaksanakan. Manusia senang dipengaruhi dan dipujuk apabila
mereka melihat contoh yang baik dan nyata di depan mata mereka sendiri.
Yuzainee et al. (2011) menyatakan bahawa kualiti program yang diiktiraf merupakan
antara faktor paling penting yang mempengaruhi keputusan pemilihan pelajar oleh kerana
terdapat jaminan kebolehpasaran. Masyarakat lebih memandang kursus yang dapat menawarkan
mereka peluang pekerjaan setelah tamat belajar memandangkan saingan dunia pekerjaan yang
semakin sengit sekarang. Ramai pelajar lepasan ijazah sekalipun masih tidak mendapat pekerjaan
yang setimpal dan setaraf dengan pendidikan yang mereka perolehi. Ini merupakan isu utama
yang boleh diutarakan atau diuar-uarkan kepada orang ramai semasa promosi dijalankan dengan
menunjukkan statistik data kebolehpasaran graduan kolej komuniti yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Tinggi.
Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain
Ching di Majlis Anugerah Gemilang Politeknik dan Kolej Komuniti (AGPKK) 2016, ‘Pelajar
lepasan Kolej Komuniti dan Politeknik di negara ini mempunyai kebolehpasaran kerja yang
tinggi. Berdasarkan rekod tahun lalu, 97.4 peratus lepasan pelajar dari Kolej Komuniti berjaya
mendapat pekerjaan manakala lepasan pelajar Politeknik yang memperoleh kerja adalah
hampir 80 peratus’ (Berita Harian, 2016). Hal ini membuktikan peluang pekerjaan lulusan kolej
komuniti adalah tinggi dan banyak mendapat permintaan majikan terutamanya di bidang industri.
Disarankan semasa proses promosi dilaksanakan, gambar dan maklumat pekerjaan graduan kolej
komuniti tersebut ditayang dan dicanangkan kepada orang ramai sebagai bukti yang kukuh serta
berlandaskan fakta yang benar sama ada dicetak di banting atau tayangan video. Davis & Van
Dusen (1975) berpendapat pelajar akan mempertimbangkan kursus dan memilih institusi yang
memberi manfaat pada masa hadapan serta dapat menawarkan program pengajian yang
dikehendaki dan dapat memenuhi keperluan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih
tinggi atau pencarian kerja kelak.
Kaedah ini boleh diaplikasikan juga dalam memaparkan kejayaan dan anugerah yang
disertai serta dimenangi oleh pelajar atau kakitangan kolej komuniti. Jane Scott dan Margaret
Craig-Lees (2010) menyatakan bahawa hubungan di antara persepsi pelanggan mengenai kualiti
memori kognitif dan emosi dengan hiburan itu sendiri dikuatkan lagi dengan kepandaian
207
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
peletakan produk. Manusia sememangnya tertarik dengan sesuatu yang diluar kebiasaan mereka
serta dapat menyempurnakan impian mereka. Ibarat menyulam kata pepatah, kolej komuniti
membolehkan impian setiap orang menjadi kenyataan. Oleh yang demikian, kejayaan-kejayaan
yang besar dan memberi impak yang kuat kepada emosi orang ramai perlu ditonjolkan semasa
promosi seperti kejayaan pelajar kolej komuniti mengharumkan nama Malaysia di persada
antarabangsa apabila seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) dari Kolej Komuniti Selayang
berjaya meraih tempat kelima daripada 24 peserta dari 12 negara pada International Abilympics
Competition di Perancis, Mac 2016 (Berita Harian, 2016) serta pelajar Langkawi Tourism
Academy@Kolej Komuniti Langkawi mendapat pingat gangsa dalam ASEAN World Skills
Competition 2016 (Perutusan Tahun Baharu 2017 Ketua Pengarah Jpkk/Jpp, 2017). Penekanan
kepada peluang pelajar kolej komuniti untuk mewakili Malaysia dan seterusnya mendapat
peluang ke luar negara perlu dititikberatkan dan ditonjolkan dalam membuai emosi dan
keyakinan masyarakat dalam memilih kolej komuniti. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan,
‘dari zero menjadi hero’. Strategi ini adalah rasional kerana menurut Elaine & Charles (2009),
kejayaan pendekatan ‘buzz marketing’ atau pemasaran dari individu kepada individu
(memanjangkan mesej mengenai kebaikan / kelebihan sesuatu produk) dikaitkan dengan kadar
tertariknya seseorang pelanggan itu untuk melakukan aktiviti tersebut.
Seterusnya, hebahan tentang kolej komuniti dan pengambilan pelajar di zaman teknologi
ini semestinya dan seharusnya melalui media massa, cetak, elektronik dan internet. Maggie et al.
(2010), mengkaji keberkesanan penggunaan media massa sebagai medium untuk mengiklankan
produk komersil adalah terbukti berjaya kerana jangkauan akses kepada media massa adalah
meluas untuk sampai kepada sasaran yang memiliki karakteristik yang berbeza-beza. Iklan dan
hebahan di stesen radio dan televisyen memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan
kolej komuniti di setiap pelusuk negeri di Malaysia kerana promosi tidak mampu bergerak dan
dijalankan di setiap tempat dan daerah berasaskan pelbagai kekangan seperti masa, kos dan
tenaga kerja. Justeru, dicadangkan pihak kolej komuniti mendapatkan slot temubual di radio
tempatan yang didengari oleh komuniti setempat seperti menjalankan temuramah bersama
alumni pelajar kolej komuniti yang telah berjaya sama ada di bidang pekerjaan atau
menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi serta hebahan setiap kali sesi pengambilan
pelajar telah dibuka.
208
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Tidak dilupakan juga dengan impak jaringan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
penggunaan internet menjadi medium paling penting dalam memastikan maklumat tentang Kolej
Komuniti dapat disalurkan kepada orang ramai. Promosi dapat dilakukan melalui aplikasi ‘Web’,
‘Facebook’, ‘Telegram’, ‘WhatsApp’, ‘Instagram’, ‘Twitter’, ‘Blog’ dan ‘Wechat’ sebagai
contoh. Semua aplikasi ini banyak digunakan oleh golongan sasaran untuk menjadi pelajar kolej
komuniti iaitu remaja tetapi pada masa yang sama golongan ibu bapa juga sudah banyak yang
celik ICT dan pandai menggunakan semua aplikasi tersebut. Hanya satu ketikan di papan
kekunci, segala maklumat tentang kolej komuniti dapat dipaparkan di skrin komputer riba atau
telefon bimbit mereka. Justeru itu, segala aplikasi tersebut mestilah sentiasa dikemaskini dengan
informasi dan maklumat aktiviti-aktiviti kolej komuniti yang terbaharu oleh pegawai yang telah
dipertanggungjawabkan. Susunan ayat yang ditaip dan digunakan mestilah menarik serta
menyentuh minat orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang kolej komuniti. Seterusnya,
setiap entri yang dipaparkan di ‘Facebook’ Kolej Komuniti sebagai contoh bolehlah disarankan
kepada pelajar kolej komuniti tersebut untuk berkongsi entri demikian di laman sosial mereka
supaya rakan-rakan ‘Facebook’ mereka dapat mengetahui maklumat terkini apa-apa aktiviti di
Kolej komuniti.
Menurut Model Champan (1981), pemilihan institusi dipengaruhi oleh satu set
perwatakan pelajar serta kombinasi satu siri pengaruh luaran iaitu: pengaruh orang yang
berkepentingan, ciri-ciri tetap institusi dan inisiatif institusi tersebut berkomunikasi dengan bakal
pelajar. Oleh yang demikian, kolej komuniti boleh menjalankan kerjasama dengan pihak luar
seperti kaunselor sekolah, panitia teknik & vokasional, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), NGO
yang terkenal dengan kerja-kerja sukarelawan, Jabatan Penerangan, ketua kampung,
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya. Pelbagai aktiviti
boleh dilaksanakan secara bersama dengan pihak-pihak tersebut dan ini dapat memperkenalkan
dan menyebarkan maklumat tentang kolej komuniti kepada pelbagai lapisan masyarakat.
4. Kesimpulan
Pendidikan berperanan penting dalam mencapai kehidupan yang berkualiti kerana ia
merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan membantu
individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dunia pekerjaan, malah pendidikan yang
209
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
baik dapat memberikan seseorang individu itu laluan ke arah pembangunan diri termasukalah
pendidikan TVET dalam kolej komuniti di mana pelajar lebih fokus kepada kemahiran teknikal
berasaskan hasil. Justeru itu kerjasama semua pihak bermula daripada ibubapa, sekolah, NGO,
agensi-agensi kerajaan dan GLC adalah penting dalam memastikan ketampakan fungsi kolej
komuniti sebagai satu institusi pendidikan tinggi yang melahirkan modal insan berkemahiran
dalam membangunkan negara, disamping dapat bersaing dalam arus pembanganan negara.
Semua usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mencapai lonjakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
Rujukan
Chapmen. (1981). A Model of Student College Choice. Journal of Higher Education, 52, 490-
505.
Davis J.S & Van Dusen. (1975). A survey of student values and choices: A pilot studies of the
relationship of student values, perceptions and choices of institution. New York College
Entrance Examination Board.
Dewan Bahasa & Pustaka. (2017). Promosi. http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=promosi
Elaine M., & Charles J. (2009). The effectiveness of a buzz marketing approach compared to
traditional advertising: An exploration. Journal of Promotion Management, (15), 455-
464.
George C. Dehne. (2014). The future of promotional marketing in higher education
(http://www.dehne.com/news_research/research _future_marketing.html).
Jane Scott & Margaret. (2010). Audience engagement and its effects on product placement
recognition. Journal of promotion Management, (16), 39-58.
Julinawati S, Che Mohd, Mohd Mustafa, Zuber, Ruzalina & Nor Azmah. (2010). Promosi
Unimap: Keberkesanan dan hala tuju. Proceeding of the Second International Conference
on The Role of the Humanities and Social Sciences in Engineering (ICoHSE 2010).
Maggie G., & Tine, F. (2010). Emotional advertising: revisiting the role of product category.
Journal of Business research. Oxford University Express.
Muhd Halim. (2005). Mengurus gerai pameran. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
M. Y. Yuzainee, A. R. Fadhilah & B. Faridah. (2001). Faktor yang mempengaruhi pelajar dalam
memilih universiti: Kajian Kes. Proceeding 1st Inyternational Symposium on Conductive
learning environment For Smart School. 134-147.
210
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Norhayati O., & Intan Junizah, A.B. (2014). Pengaruh pemilihan pengajian ke kolej komuniti
dan cadangan promosi. Kolej Komuniti Selayang.
http://www.kkselayang.edu.my/images/penerbitan/kertas3.pdf.
Rahmahtunnisah S., Norziah O., Nor ‘Adha A.H., Nurkaliza K., Abdul Hadi A. & Mohd Farok
M.N. (2014). Faktor mendorong pelajar baharu ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS). 1st International Research Management and Innovation Conference
2014 (IRMIC2014).
Semenik J.S. (2002). Promotion & integrated marketing communication. Australia:
South_Western/Thomsan Learning.
Berita Harian. Lepasan Kolej Komuniti, Politeknik punyai kebolehpasaran kerja tinggi. Ruangan
Nasional. Rabu, 30 November 2016.
Bernama Online. Nabilah Salleh. Strategi KUIS Pikat Pelajar. Rencana. 29 April 2008.
211
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Komunikasi dalam pengurusan organisasi
Suharyati binti Sulaiman
Shirley Phillip
Kolej Komuniti Mas Gading
Mira Faizura binti Narawi
Kolej Komuniti Santubong
212
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan komunikasi dan organisasi? Komunikasi ialah jantung utama
dalam kehidupan manusia seharian. Ia menzahirkan pendapat dan perasaan sesiapa sahaja.
Dalam sedar atau tidak, manusia semacam tidak dapat hidup tanpa komunikasi. Menurut George
dan Jones (1996), komunikasi merupakan perkongsian maklumat antara dua atau lebih individu
atau kumpulan dalam mencapai satu pemahamam umum. Maklumat yang dikongsikan termasuk
fakta, idea, konsep, pendapat, kepercayaan, sikap, arahan dan juga emosi. Komunikasi bukan
sahaja berbentuk lisan tapi boleh juga dalam bentuk gerak-geri, bahasa isyarat, pandangan mata,
sentuhan dan penulisan. Manakala organisasi pula ialah sebuah entiti atau satu unit sosial yang
berstruktur untuk mencapai sesuatu matlamat yang dikaitkan dengan persekitaran luar.
Setiap organisasi mempunyai struktur pengurusan yang membahagikan peranan,
tanggungjawab, dan kuasa untuk menjalankan tugas yang berbeza. Organisasi juga merupakan
satu rangkaian yang mempunyai hubungan saling bergantungan. Tanpa komunikasi,
penyampaian dan penerimaan komunikasi antara semua warga dalam struktur organisasi tidak
dapat dilakukan, maka organisasi sedemikian merupakan organisasi yang tidak aktif. Contoh
struktur organisasi ditunjukkan dalam Rajah 1.
Pengarah
Timbalan Timbalan
Pengarah Pengarah
Akademik Pengurusan
Unit Unit Unit
Peperiksaan Penyelidikan & Pentadbiran
Inovasi
Rajah 1 : Contoh Struktur Organisasi
213
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Komunikasi yang baik di dalam organisasi dapat mempengaruhi pengurusan organisasi,
dimana komunikasi yang lebih dapat dipraktikkan oleh pekerja dan akan dapat menghasilkan
kepuasan kerja yang maksimum serta dapat mempengaruhi mutu hasil kerja yang dihasilkan.
2. Komunikasi formal dalam organisasi
Apakah komunikasi formal? Ia adalah sesuatu proses penyampaian dan penerimaan
maklumat oleh dua atau lebih orang yang mematuhi ketetapan profesional, piawaian dan proses,
dan mengelak daripada menggunakan istilah slang. Menurut Gerald (1997), komunikasi dalam
organisasi merupakan proses untuk mencipta dan bertukar-tukar mesej dalam rangkaian
hubungan yang saling bergantungan antara satu sama lain untuk menyelesaikan perkara yang
berlaku di persekitaran yang tidak menentu. Beberapa konsep komunikasi dalam organisasi
ditunjukkan seperti Rajah 2.
Mesej
Ketidaktentuan Rangkaian
Proses
Persekitaran Saling
Bergantung
Hubungan
Rajah 2 : Konsep utama komunikasi dalam organisasi
Proses ialah di mana penyampaian maklumat ini terus menerus tanpa henti di dalam
sesuatu organisasi. Manakala mesej atau pesanan pula ialah penyampaian maklumat, pertukaran
informasi di antara anggota di dalam sesebuah organisasi. Cara penyampaian maklumat juga
pelbagai, di antaranya, memo, mesyuarat, surat, email dan sebagainya. Rangkaian pula ialah
214
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
suatu jaringan komunikasi yang mungkin mencukupi hanya dua orang, beberapa orang atau
keseluruhan organisasi. Hakikat dan luasnya jaringan ini dipengaruhi oleh hubungan peranan,
arah pesanan atau mesej dan isi mesej tersebut. Keadaan saling tergantung merupakan antara satu
bahagian dengan bahagian yang lain dalam organisasi yang saling mempengaruhi di antara satu
sama lain. Manakala hubungan pula ialah hubungan manusia di dalam organisasi yang
memfokuskan kepada tingkah laku komunikasi daripada orang yang terlibat dalam suatu
hubungan yang dimuali dari yang sederhana kepada hubungan yang kompleks.
Persekitaran pula ialah lingkungan semua faktor-faktor sosial yang ditekankan sebelum
membuat keputusan mengenai individu di dalam sesuatu sistem. Dan yang terakhir sekali ialah
ketidakpastian di mana perbezaan maklumat yang tersedia ada dengan maklumat yang
diharapkan. Komunikasi formal mementingkan status pekerjaan seseorang. Pekerja yang
memegang jawatan yang lebih tinggi perlu dihormati oleh pekerja yang memegang jawatan yang
lebih rendah. Maka dengan itu, sebarang arahan daripada pihak atasan perlu diutamakan dan
dipatuhi oleh semua pekerja-pekerja dalam organisasi.
3. Halangan kepada komunikasi yang berkesan
Komunikasi selalunya menjadi masalah utama dalam organisasi. Menurut Timm dan
Detienne (1995), komunikasi yang digunakan dapat mempengaruhi kejayaan sesebuah
organisasi. Namun, sejauh manakah komunikasi dalam organisasi dapat memberikan kepuasan
kerja terhadap setiap individu dalam organisasi tersebut? Antara halangan-halangan yang
biasanya terjadi kepada komunikasi di dalam organisasi prasangka atau prejudis, perhubungan
dan respon. Prasangka atau prejudis ialah sikap atau penilaian yang dibentuk sebelum kenalpasti
fakta-fakta yang jelas, tepat atau mencukupi dan adakalanya ia tidak berubah walaupun individu
itu telah didedahkan dan dicabar oleh pengetahuan dan bukti-bukti yang baharu.
Manakala halangan yang kedua pula ialah perhubungan iaitu sikap keterbukaan,
berkomunikasi pada waktu yang salah, penggunaan bahasa dan nada suara yang salah dan sikap
suka bertindak terburu-buru. Halangan yang terakhir sekali ialah respon di mana secara
kebiasaannya, emosi seseorang invidu mempengaruhi proses komunikasi. Sekiranya individu
tersebut mengalami masalah emosi yang negetaif biasanya tidak dapat menyampaikan maklumat
yang baik kepada orang lain dan begitulah sebaliknya.
215
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
4. Impak komunikasi kepada organisasi
Pentingnya komunikasi dalam organisasi sangat memberikan kesan positif dan negatif.
Pengarah atau ketua jabatan kerap kali tidak menyedari pentingnya komunikasi di tempat kerja
dengan tidak menyampaikan idea, tujuan dan visi dengan jelas dan ini secara tidak langsung
senior menciptakan ruang yang terbuka iaitu kurang mampu berkomunikasi dengan jelas, maka
hal ini boleh memberikan kesan yang negetif ke atas budaya kerja. Organisasi tidak mungkin
dapat berfungsi tanpa adanya komunikasi. Apabila tiada komunikasi di antara anggotanya, maka
mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh anggota lain, ketua jabatan juga tidak dapat menyelia,
tidak dapat memberikan maklumat dan koordinasi kerja juga tidak dapat dilakukan. Sekiranya ini
terjadi, maka runtuhlah organisasi tersebut.
Oleh kerana itu, dengan adanya komunikasi berkesan, kakitangan akan mudah
memahami peranan, tugas dan tanggungjawab kerana Ketua Jabatan dapat menjelaskan visi dan
misi yang jelas fungsi jabatan. Ketua Jabatan dan senior juga dapat melihat apa yang dilakukan
setiap anggota demi memastikan visi dan misi jabatan tercapai sekaligus ia juga dapat
meningkatkan produktiviti hasil kerja dan secara tidak langsung dapat memberikan kepuasan
bekerja setiap anggota kerana setiap anggota di dalam organisasi sudah diperjelaskan tentang
visi, misi dan peranan masing-masing oleh Ketua Jabatan.
5. Panduan berkomunikasi secara berkesan
Kemahiran komunikasi adalah penting terutamanya kerja yang memerlukan individu
tersebut bertemu dengan ramai orang. Oleh itu, setiap individu harus memiliki kemahiran
komunikasi agar mereka dapat berhadapan dengan setiap ragam manusia dengan baik dan
berkesan. Rajah 4 menunjukkan beberapa panduan untuk membantu individu berkomunikasi
secara berkesan.
216
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
i. Penyampai maklumat ii. Penerima juga seharusnya
seharusnya memahami memberi sepenuhnya perhatian
maklumat yang hendak kepada penyampai supaya maklumat
disampaikan supaya penerima yang hendak disampaikan mudah
maklumat tersebut dengan baik.
untuk diterima
iii. Jika mempunyai perbezaan
pendapat anda perlu berbincang
dengan baik tanpa
menggunakan intonasi nada
suara yang tinggi.
Rajah 4 : Panduan komunikasi berkesan
6. Kesimpulan
Komunikasi dalam organisasi di antara satu sama lain adalah amat penting terhadap
sesuatu output atau produktiviti kerja dan prestasi. Sistem penghantaran dan penerimaan
maklumat yang baik dapat memastikan penyelarasan aktiviti organisasi dibuat tanpa sebarang
masalah dan keraguan. Sekiranya organisasi ada mewujudkan dasar, peraturan, prosedur dan
aturcara yang jelas, maka semua kakitangan organisasi akan faham dan jelas segala visi, misi dan
fungsi jabatan sekaligus tidak memerlukan pengawasan yang rapi ke atas kakitangannya untuk
menentukan pelaksanaannya. Dengan demikian, pihak pengurusan organisasi akan dapat lebih
memberi tumpuan sepenuhnya urusan yang lebih penting seperti perancangan jangka masa
panjang organisasi.
217
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Rujukan
Gerald, M. G. (1997). Komunikasi dalam organisasi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.
Timm, P.R., & Detienne, K. B. (1995). Managerial communication: A finger on the pulse. New
Jersey: Prentice Hall.
Abdullah Hassan. (2006). Komunikasi di Tempat Kerja. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.
Samsuddin A. Rahim (2003). Komunikasi Asas. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Jack G. McAuley (Terjemahan: Mohd. Safar Hashim, Fatimah Yusooff) (1988). Komunikasi
Antara Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi untuk Guru. Utusan Publications: Kuala
Lumpur.
Chek Mat . (2007). Kemahiran Memimpin. Utusan Publications: Kuala Lumpur.
Ab. Aziz Yusof. (2003). Komunikasi untuk pengurus. Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan.
Utusan Publications: Kuala Lumpur.
Zawiyah Mohammad Yusof . (2009). Kemahiran Komunikasi. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
Abrams, K.S. (1986). Communication at work: listening, speaking, writing and reading. New
Jersey: Prentice Hall Inc.
218
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Kepuasan majikan terhadap prestasi pelajar latihan industri Program Sijil Kulinari,
Kolej Komuniti Beaufort, Sabah (KKBS)
Mohd Zulhasnan bin Mat
Nur Angriani Nurja
Kolej Komuniti Tawau
Noraizah binti Mhd Sarbon
Kolej Komuniti Beaufort
219
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Latihan industri merupakan pendedahan awal kepada para pelajar sebelum memasuki
alam pekerjaan yang sebenar. Sepanjang tempoh latihan industri, para pelajar program Sijil
Kulinari dapat mempelajari dan mempraktikkan perkara baharu yang berkaitan dengan program
Sijil Kulinari, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi. Merujuk
kepada Buku Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi (2010), latihan industri adalah
satu syarat wajib untuk pelajar dalam program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda bagi memenuhi
syarat penganugerahan masing-masing.
Dalam konteks hari ini, para pelajar perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran untuk
berdaya saing di pasaran pekerjaan. Para pelajar yang akan bergelar graduat selepas menamatkan
pengajian di Kolej Komuniti Beaufort, Sabah (KKBS) harus mempunyai pengetahuan yang
releven dan terkini, kemahiran hands-on, kemahiran insaniah serta sikap positif . Ali et al. (2009)
menyatakan sistem pendidikan harus mampu memenuhi kehendak komersil dan industri serta
boleh menghasilkan tenaga kerja yang bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. Latihan
industri dapat membantu para pelajar apabila diberi pendedahan kepada situasi sebenar semasa
bekerja dan meluaskan pengetahuan dan kemahiran. Di samping itu, Nordin (2009) menyatakan
bahawa latihan industri turut memberi ruang kepada para pelajar untuk membentuk unsur-unsur
penambaikan dalam aspek seperti disiplin diri, bekerja mengikut tatacara kerja sebenar dan
semangat kerja berpasukan. Melalui program latihan industri ini, para pelajar mendapat peluang
untuk mengenali alam pekerjaan, organisasi, operasi organisasi, hubungan dan kepelbagaian
komunikasi yang tidak terdapat dalam bilik kuliah.
Kolej Komuniti Beaufort, Sabah telah melaksanakan latihan industri mulai November
2014 melalui kumpulan pelajar pertama program Sijil Kulinari (SKU) ambilan sesi Julai 2013
sejak penubuhannya pada 22 November 2012. Tempoh pelaksanaan latihan industri ini adalah
selama 4 bulan dan penempatan adalah berdasarkan bidang atau program pengajian. Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) mendefinisikan majikan sebagai organisasi yang
menyediakan pekerjaan kepada orang lain. Tempat latihan pula menjurus kepada organisasi
swasta atau awam yang menawarkan tempat untuk pelajar melaksanakan latihan industri.
Matlamat utama latihan industri ialah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan
220
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
sebenar sambil menpraktikkan pengetahuan secara teori kepada amalan. Di samping itu, melalui
latihan industri juga para pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
pengajian masing-masing.
Kajian lepas menyatakan bahawa 78 peratus pelajar bersetuju bahawa aktiviti kuliah dan
kerja amali yang dipelajari dapat membantu semasa mereka menjalani latihan industri. Selain itu,
latihan industri memberi peluang pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar untuk menerima
pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasaran. Lantaran itu, terdapat
peningkatan ketara selepas pelajar melalui program latihan industri dari aspek sikap, personaliti
dan kemahiran. Seterusnya, skop kajian ini memberi fokus kepada faktor-faktor tahap kepuasan
majikan terhadap pelajar yang menjalani latihan industri, khususnya pelajar program Sijil
Kulinari, Kolej Komuniti Beaufort. Dalam konteks kajian ini, kepuasan majikan merujuk kepada
keupayaan pelajar melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik serta memenuhi kriteria yang
ditetapkan oleh majikan. Justeru, kepuasan majikan bermaksud kepuasan berprestasi tinggi
dalam pencapaian dan hubungan kerja yang berkesan.
Selanjutnya, perspektif kajian tentang sahsiah diri merujuk kepada sikap atau tingkah
laku kerja positif, menggunakan asas kemahiran sosial, kreatif dan mempunyai azam untuk
belajar, mematuhi arahan dan peraturan, menyesuaikan diri serta keupayaan membuat kerja
tanpa penyeliaan. Di samping itu, sahsiah pelajar dilihat dalam konteks kebolehan penyelesaian
masalah, berfikir secara kritikal dan bertanggungjawab. Hubungan pelajar dengan majikan
dilihat daripada sudut kemahiran pelajar berkomunikasi secara efektif semasa menjalani latihan
industri. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa rungutan dan aduan daripada
majikan tentang isu personaliti, sahsiah dan peningkatan kemahiran pelajar semasa menjalani
latihan industri. Lantaran itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap kepuasan
majikan terhadap prestasi pelajar latihan industri program Sijil Kulinari, Kolej Komuniti
Beaufort. Menurut Rashidah et al. (2012), persepsi positif daripada majikan menunjukkan
prestasi pelajar mengikut tahap tenaga mahir yang diperlukan.
221
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
2. Objektif
Objektif kajian ini adalah untuk:-
i. mengenalpasti tahap kepuasan majikan terhadap sikap dan personaliti pelajar semasa
menjalani latihan industri; dan
ii. mengenalpasti tahap kepuasan majikan terhadap kebolehan pelajar dari segi kemahiran
teknikal.
Berdasarkan objektif kajian ini, pengkaji ingin melihat tahap kepuasan majikan terhadap
prestasi pelajar latihan industri program Sijil Kulinari (SKU), Kolej Komuniti Beaufort.
3. Metodologi
Kajian ini melibatkan 14 orang responden daripada pelbagai organisasi yang menawarkan
latihan industri bagi sesi November 2014 di sekitar negeri Sabah. Manakala seramai 26 orang
pelajar semester 5 program Sijil Kulinari, Kolej Komuniti Beaufort yang menjalani latihan
industri bagi sesi November 2014. Responden kajian ini terdiri daripada pengurus-pengurus
bahagian yang menjadi penyelia pelajar program Sijil Kulinari (SKU), Kolej Komuniti Beaufort
sepanjang latihan industri bagi sesi November 2014. Kaedah persampelan mudah digunakan
dalam kajian ini berdasarkan populasi yang terdiri daripada semua majikan yang terlibat dalam
latihan industri semasa sesi November 2014.
Instrumen kajian iaitu set soal selidik telah diedarkan kepada responden semasa proses
penyeliaan terhadap pelajar oleh pensyarah yang terlibat. Di samping itu, pengkaji turut merujuk
Borang Lawatan Penyeliaan Latihan Industri Pelajar daripada panduan prosedur kerja yang
diperkenalkan oleh Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan & Alumni, Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK). Dapatan data kajian diproses menggunakan program IBM
SPSS Statistics. Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah. Soal
selidik ini mempunyai 14 item yang menggunakan 5 skala Likert iaitu;
i. amat baik
ii. baik
iii. memuaskan
222
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
iv. lemah
v. amat lemah
Jadual 1 menunjukkan item-item soal selidik kajian ini mengikut domain kepuasan majikan
terhadap prestasi pelajar dari segi sikap dan personaliti. Manakala Jadual 2 menunjukkan domain
kepuasan majikan terhadap prestasi pelajar dari segi kemahiran semasa menjalani latihan
industri.
Jadual 1: Prestasi pelajar dari aspek sikap dan personaliti
No. Item Pernyataan item
1. Kehadiran pelajar semasa menjalani latihan industri
2. Bersedia menerima tugasan yang diberi
3. Sentiasa mematuhi arahan dalam melaksanakan tugas
4. Melaksanakan tugas dalam jangka masa yang ditetapkan
5. Dapat menyesuaikan diri dengan kakitangan syarikat
6. Kebolehan bekerja dalam satu pasukan
7. Kemahiran berkomunikasi dengan kakitangan syarikat
Jadual 2: Prestasi pelajar dari segi kemahiran semasa menjalani latihan industri
No. Item Pernyataan item
8. Mampu bekerja sendiri dengan pengawasan yang minimum
9. Hasil kerja menepati tahap yang ditetapkan oleh syarikat
10. Mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerja
11. Berkemahiran dan berpengetahuan asas dalam bidang tugas
12. Mengamalkan aspek keselamatan dalam menjalankan tugas
13. Berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
14. Mempunyai daya kreativiti dalam menyelesaikan masalah tugas
Berdasarkan soal selidik ini, satu kajian rintis telah dijalankan bertujuan untuk
menentukan kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Justeru,
untuk tujuan kajian rintis ini, responden menunjukkan ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian
sebenar. Responden hanya mengambil masa antara 5-10 minit untuk menjawab soal selidik yang
diberikan. Kajian rintis ini melibatkan 10 orang majikan yang berada di sekitar bandaraya Kota
223
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Kinabalu yang mempunyai latar belakang bidang perhotelan yang mempunyai pengalaman
dalam memberi peluang latihan industri kepada para pelajar. Penentuan nilai kebolehpercayaan
instrumen kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti ketekalan dalaman item-item yang
digunakan. Dapatan analisis nilai kebolehpercayaan item-item kajian ini adalah seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 3.
Jadual 3: Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen kepuasan majikan
Domain Bilangan item Nilai Alpha
Prestasi pelajar dari aspek sikap dan personaliti 7 0.911
Prestasi pelajar dari segi kemahiran 7 0.919
Hasil analisis nilai kebolehpercayaan soal selidik ini menunjukkan bahawa kedua-dua
domain ini mempunyai aras kebolehpercayaan yang tinggi (>0.70) dan boleh digunakan dalam
kajian sebenar.
4. Dapatan kajian
Soal selidik kajian ini telah diberikan kepada responden yang telah berperanan sebagai
penyelia pelajar program Sijil Kulinari (SKU) yang menjalani latihan industri di lokasi berikut;
i. Hotel Tiara Labuan, Labuan
ii. Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah
iii. Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran, Sabah
iv. Nexus Karambunai Resort, Kota Kinabalu, Sabah
v. Promenade Hotel Kota Kinabalu
vi. Hotel Four Points by Sheraton, Sandakan, Sabah
vii. C’haya Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
224
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Jadual 4: Demografi responden (N=14)
Bil. Latar belakang responden N%
1. Jantina Lelaki 5 35.71
Perempuan 9 64.29
2. Umur 20 – 30 tahun 2 14.28
31 – 40 tahun 6 42.86
41 – 50 tahun 4 28.58
51 – 60 tahun 2 14.28
3. Tempoh bekerja < 10 tahun 8 57.14
> 10 tahun 6 42.86
Jadual 4 menunjukan dapatan data untuk demografi responden kajian yang terdiri
daripada 5 orang lelaki (35.71%) dan 9 orang perempuan (64.29%). Dapatan data turut
menunjukkan bahawa 8 orang responden telah bekerja kurang daripada 10 tahun manakala 6
orang bekerja lebih 10 tahun. Seterusnya, Jadual 6 menunjukkan skor min dapatan data tentang
tahap kepuasan majikan terhadap pelajar latihan industri Kolej Komuniti Beaufort berdasarkan
prestasi. Manakala Jadual 5 merupakan interpretasi skor min dalam tiga tahap kepuasan majikan
iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
Jadual 5: Interpretasi skor min (skala Likert 5)
Skor min Interpretasi (tahap)
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Jamil Ahmad (1993)
Analisis Jadual 6 merangkumi tahap kepuasan majikan dalam domain prestasi dari aspek
sikap dan personaliti serta kemahiran teknikal semasa pelajar menjalani latihan industri.
Berdasarkan dapatan data Jadual 6, min keseluruhan tahap kepuasan majikan terhadap pelajar
latihan industri Kolej Komuniti Beaufort iaitu program Sijil Kulinari berada pada tahap tinggi
iaitu 4.0 ke atas. Hal ini menunjukkan bahawa prestasi pelajar dari aspek sikap, personaliti dan
kemahiran semasa menjalani latihan industri memberi tahap kepuasan yang tinggi di kalangan
majikan.
225
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Jadual 6: Skor min tahap kepuasan majikan terhadap pelajar latihan industri
Kekerapan & Peratus (%) Intrepretasi
(Tahap)
Bil. Item Min
TINGGI
AB B ML AL 4.17 TINGGI
4.86 TINGGI
Prestasi pelajar dari aspek sikap dan personaliti 4.57 TINGGI
4.43 TINGGI
Kehadiran pelajar 11 21 - - 4.71 TINGGI
1. semasa menjalani 78.6% 14.3% 7.1% - 4.86 TINGGI
- 4.36
latihan industri - TINGGI
- 4.57 TINGGI
2. Bersedia menerima 12 2 - - - 4.43 TINGGI
tugasan yang diberi 85.7% 14.3% - 4.50 TINGGI
4.57 TINGGI
Sentiasa mematuhi 10 2 2 - 4.86 TINGGI
3. arahan dalam 71.4% 14.3% 14.3% 4.86
TINGGI
melaksanakan tugas 4.71
Melaksanakan tugas 9 2 3 -
4. dalam jangka masa 64.3% 14.3% 31.4%
yang ditetapkan
5. Dapat menyesuaikan 11 2 1 -
diri dengan kakitangan 78.6% 14.3% 7.1%
syarikat
6. Kebolehan bekerja 12 2 - -
dalam satu pasukan 85.7% 14.3%
7. Kemahiran 8 3 3 -
berkomunikasi dengan 57.1% 21.4% 21.4%
kakitangan syarikat
Prestasi pelajar dari segi kemahiran
8. Mampu bekerja sendiri 10 2 2 - -
dengan pengawasan 71.4% 14.3% 14.3%
yang minimum
9. Hasil kerja menepati 8 4 2 - -
tahap yang ditetapkan 57.1% 28.6% 14.3%
oleh syarikat
10. Mampu menyelesaikan 8 51 - -
masalah yang berkaitan 27.1% 35.7% 7.1%
dengan kerja
Berkemahiran dan 10 2 2 - -
11. berpengetahuan asas 71.4% 14.3% 14.3%
dalam bidang tugas
Mengamalkan aspek 12 2 - - -
12. keselamatan dalam 85.7% 14.3%
menjalankan tugas
Berusaha
13. meningkatkan 12 2 - - -
kemahiran dan 85.7% 14.3%
pengetahuan
Mempunyai daya
14. kreativiti dalam 11 21 - -
14.3% 7.1%
menyelesaikan masalah 78.6%
tugas
*AB – Amat baik, B – Baik, M – Memuaskan, L – Lemah, AL- Amat lemah
226
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Selanjutnya, melalui Jadual 6 juga dapat dilihat bahawa majikan mempunyai interpretasi
yang tinggi terhadap kemahiran teknikal para pelajar program Sijil Kulinari seperti yang
dinyatakan dalam item no. 11 dengan min 4.57. Para pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran yang telah dipelajari di Kolej Komuniti Beaufort semasa menjalani latihan
industri.
5. Kesimpulan
Dapatan data kajian menunjukkan skor min keseluruhan menunjukkan bahawa tahap
kepuasan majikan terhadap prestasi pelajar latihan industri program Sijil Kulinari, Kolej
Komuniti Beaufort adalah pada tahap tinggi iaitu 4.0 ke atas. Prestasi yang ditunjukkan oleh
pelajar semasa menjalani latihan industri secara tidak langsung bertindak sebagai mekanisme
berkesan untuk menjalin hubungan yang baik antara institusi pengajian tinggi dan industri ke
arah pembangunan sistem pendidikan yang efektif (Zhao & Harris, 2004). Selain itu, kemahiran
teknikal yang telah dipelajari pada semester satu hingga 4 telah membantu para pelajar
melaksanakan latihan industri. Menurut Siti Zaleha et al. (2007), matapelajaran yang ditawarkan
oleh IPT di Malaysia perlulah memenuhi keperluan industri. Justeru, dapat dilihat di sini bahawa
kurikulum dan kemahiran serta pengetahuan asas dalam program Sijil Kulinari selari dengan
keperluan industri hospitaliti. Di samping itu, prestasi dari aspek dan personaliti para pelajar
latihan industri mencatatkan skor min yang tinggi dan ini menunjukkan bahawa ketrampilan
sahsiah diri penting dalam melahirkan modal insan berdaya saing dalam pembangunan negara.
Namun begitu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan untuk semua pelajar
program Sijil Kulinari di kolej komuniti yang lain memandang perbezaan lokaliti. Walau
bagaimanapun, dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk kajian lanjutan tentang
tahap kepuasan majikan atau persepsi mereka terhadap pelajar latihan industri, khususnya
program Sijil Kulinari, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Zaliza Hanapi et al. (2016) menyatakan bahawa terdapat jurang antara elemen kemahiran
kebolehkerjaan seperti kemahiran komunikasi, pengurusan maklumat, pengurusan diri,
kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan yang telah diintergrasikan semasa proses PdP
dalam kalangan graduan bidang elektrik kolej komuniti. Kajian tersebut mendapati kemahiran-
kemahiran kebolehkerjaan tersebut perlu dikuasai semasa sesi PdP dijalankan. Kajian lanjutan
227
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
atau kajian susulan boleh dilaksanakan untuk mengkaji impak latihan industri dalam
meningkatkan peluang employability dalam kalangan graduan kolej komuniti dalam memenuhi
sumber tenaga kolar biru di negara ini. Oleh yang demikian, hal ini sejajar dengan ucapan
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Datuk Mary Yap Kain Ching bahawa 90 peratus
lepasan kolej komuniti di seluruh negara berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulan
sejurus tamat pengajian (Utusan Online, 31 Mac 2014).
Rujukan
Ali, H., L. Ahmad, S. Ahmad & N. Ali. (2009). Keperluan, kepentingan dan sumbangan
perancangan pendidikan dalam pembangunan ekonomi Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains
Sosial dan Kemanusiaan,4(1): 13-29.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.
Jamil Ahmad. (1993). Tinjauan kekangan-kekangan dalam pelaksanaan Sains KBSM di Sekolah-
sekolah menengah di negeri Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nordin, M.S. & Hun, D. L. E. (2009). Persepsi pelajar-pelajar tahun empat pendidikan teknikal
dan kejuruteraan terhadap program latihan industri. Retrieved from:
eprints.utm.my/10174/2/David_Ling_Ee_Hun.pdf
Rashidah, M., Nur Huda, J., Safura Adeela,S., & Azizah, A.R. (2012). Continuous quality
improvement (CQI) readiness towards Malaysian Quality Assurance (MQA). Dalam
Proceeding of the International Conference On Management, Economics and Finance
(ICMEF) (231 – 241). Kuching, Sarawak, Malaysia.
Siti Zaleha, O., Ahmad, J., Low, H.E., Norliza, M.S., & Shafudin, M.Y. (2007) Penentuan
kemahiran yang bersesuaian untuk pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi. Laporan
Projek Penyelidikan VOT75101. Research Management Center, UTM.
Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kampus/20140331/ka_01/Lepasan-kolej-
komuniti-jadi-rebutan-majikan. Retrieved on 8 Februari 2015.
Zhao, J., & Harris, K.J. (2004). Industry internships: Feedback from participating faculty and
industry executives. International Journal of Contemporary Hospitality Management, 16
(2), 429-436
Zaliza, H., Arasinah, K., Tee, T.K., & Mohd Hasni, H. (2016). Jurang integrasi kemahiran
employabiliti di Malaysia: Satu kajian empirikal graduan kejuruteraan Kolej Komuniti.
Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3), 145 – 153. Retrieved from :
file:///C:/Users/lenovo/Desktop/17647-50275-1-PB.pdf
228
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Ulang kaji pantas 24 jam sebelum peperiksaan
Mohd Fairus bin Sulaiman
Kolej Komuniti Sandakan
229
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Ulangkaji merupakan kaedah atau teknik dimana kita akan menyemak dan mendapatkan
teks/nota yang betul untuk digunakan dalam ujian mahupun peperiksaan. Ulangkaji
keseluruhannya adalah proses menguasai setiap bab, bahagian,sub-seksyen,perenggan dan ayat
tertentu dengan cara yang sama iaitu membaca semua isi kandungan dan menyalin teks/nota
yang difikirkan penting .
Ulangkaji juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan iaitu merubah isi kandungan buku
yang besar dan tebal menjadi nota kaki yang pendek dan ringkas dimana kita akan membacanya
berulang-ulang kali untuk persiapan menempui peperiksaan. Terdapat beberapa kaedah yang
boleh digunapakai dalam pembelajaran saat akhir, di sini penulis akan kupaskan beberapa teknik
cara ulangkaji pantas sebelum menghadapi peperiksaan keesokan harinya yang saya sendiri
pernah menggunakanya.
a) Jadual peperiksaan
Rujuk jadual peperiksaan subjek apa yang perlu diulangkaji pada hari ini untuk
menjawab soalan keesokan harinya. Sekiranya terdapat 2 subjek maka kita hendaklah
menyediakan 2 nota ringkas untuk persediaan peperiksaan. Kita bermula seawal 8.00 pagi
sebelum menghadiri peperiksaan pukul 8.00 pagi keesokan harinya.
b) Nota marathon
Sentiasa mempunyai hubungan baik dari kalangan ‘budak skema’ (nerds) bagi mudah
mendapat pertolongan dan hubungi semua mereka untuk meminta nota yang mereka telah
ciptakan bagi setiap sukatan matapelajaran dan selalunya maklumat atau bahan dapat diperolehi
sekurang-kurangnya 40% dari perkara yang dinyatakan dalam buku-buku pelajaran.
Bagi melengkapkan nota 60% lagi kita perlulah mempunyai kertas soalan lepas sekurang-
kurangnya 5 semester yang berlainan dan soalan dalam kertas tugasan yang telah diberikan oleh
pensyarah kita di sepanjang semester. Ini adalah sumber yang paling penting yang kita perlukan
sekiranya masih bermimpi mendapat keputusan cemerlang. Sekiranya kita mempunyai hubungan
yang baik dengan pensyarah, kita masih boleh mendapatkan petunjuk dari pensyarah dan
mungkin boleh memberi beberapa maklumat penting dalam satu malam sebelum peperiksaan,
230
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
ianya boleh menjadi berharga untuk menyumbang mendapat markah tinggi dalam memberi
jawapan pada kertas peperiksaan. Proses ini boleh mengambil masa 3 jam. Baki masa yang kita
ada ialah 21 jam
c) Cipta bank soalan
Melalui tips-tips soalan daripada pensyarah atau pun soalan-soalan peperiksaan lampau
yang sering ditanya tahun-tahun sebelumnya dengan sepintas lalu pilih tajuk yang berkaitan
dalam setiap unit yang berasingan daripada buku pelajaran. Tandakan semua soalan-soalan itu.
Lakukan ini untuk semua unit-unit dalam buku/nota sehingga kita mempunyai sebuah bank
soalan kira-kira 50 soalan-soalan yang unik untuk 1 subjek. Proses ini mengambil masa setengah
jam untuk mengumpul dan menanda soalan-soalan ramalan yang kita cukup yakin akan
ditanyakan pada kertas soalan peperiksaan.
Mengkaji semua soalan 50 dengan membaca dan mencari jawapan hampir tepat. Catatkan
perkara-perkara yang penting bagi setiap soalan. Katakan kita mengambil masa kira-kira 10-15
minit setiap soalan. Masa yang diperlukan untuk melengkapkan semua soalan-soalan ini adalah 8
jam. Mengkaji selama sejam dan kemudian berehat sebentar 10 minit sambil mengunyah snek,
mendengar lagu yang menenangkan, berjalan kaki, dan sebagainya agar minda kita tidak terlalu
tertekan. Baki masa = 13 jam.
d) Menakluk
Hubungi semula beberapa rakan dan pensyarah untuk pastikan semula tentang tajuk-tajuk
yang paling penting dalam setiap unit berkaitan. Fokus baca pada topik penting yang sahaja
mengikut urutan dari Unit 1 ke Unit 2, dan seterusnya. Hal ini adalah penting mengekalkan
keseimbangan dalam perjalanan anda menyediakan nota. Alternatif lain adalah dengan
melengkapkan betul Unit 1, sederhana lengkap Unit 2 dan Unit 3, dan sedikit lengkap melalui
Unit 4 dan Unit 5. Ini kerana dalam soalan peperiksaan selalunya pelajar dibahagi pilihan untuk
menjawab 2 soalan dari 3 pilihan dalam kertas peperiksaan dan selalunya soalan mengikut unit
dalam buku nota.
Dalam kes ini, pelajar wajib faham dan menakluk semua tajuk-tajuk penting daripada
setiap unit yang telah dipilih, melainkan pelajar mempunyai lebih banyak masa lagi untuk
231
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
mendapatkan semua isi penting dalam setiap unit dalam buku nota. JANGAN LUPA UNTUK
MENCATAT NOTA-NOTA RINGKAS UNTUK SEMUA YANG TELAH BACA!
Andaikan 4 jam digunakan untuk keseluruhan proses di atas dan sekurang-kurangnya 50% dari
topik-topik yang penting daripada setiap unit telah anda takluk. Baki masa = 9 jam.
e) Tidur
Tidur adalah elemen paling penting, ini kerana otak dan mata akan penat. Ianya mampu
mengurangkan tahap fokus dan proses menyimpan maklumat di dalam otak kita akan tergendala
oleh itu pilihan terbaik adalah tidur. Keseluruhan proses akan menjadi satu pembaziran, dan
minda anda mungkin akan kosong semasa dalam peperiksaan sekiranya tiada rehat. Elakkan
belajar sampai larut malam. Jangan panik akan kekurangan masa, tidur lah selama 4 jam dan
setkan jam lonceng untuk mengejutkan anda dari terus terlena. Baki masa = 5jam.
f) Bangun Awal Dan Review
Bangun awal setelah mendapat tidur yang cukup. Anda boleh teruskan mengulangkaji
dengan membaca nota ringkas dan cuba menjawab soalan dalam bank soalan yang ada telah
cipta. Guna kaedah flash card untuk nota-nota ringkas dengan menggunakan kertas yang
berlainan warna bagi setiap unit. Ianya membantu anda untuk membuat semakan dan mudah
ingat. Selanjutnya, boleh mengunakan teknik key code important bits seperti dalam gambarajah
6.1 menggambarkan tentang teknik-teknik untuk membantu anda mengingati maklumat penting.
232
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Gambarajah 6.1 : Teknik membezakan maklumat penting
g) Menyampaikan
Peruntukan 1 jam untuk bertanya diri sendiri dan sampaikan jawapan dalam bentuk
tulisan diatas kertas. Lakukan ini sehingga anda faham akan setiap tajuk penting. 30 minit
terakhir bersiaplah untuk menghadiri peperiksaan. Jangan tinggalkan sarapan, matikan telefon,
mengumpul semua nota dan alat tulis anda ke dalam beg dan tinggalkan bilik dengan minda yang
tenang tanpa buku atau nota di tangan. Semasa peperiksaan jangan panik. Langkau soalan jika
tidak tahu jawapan. Hanya pilih dan jawab semua jawapan anda tahu terlebih dahulu dan
kemudian cuba yang lain dengan apa jua ilmu sedikit yang anda ada. Tinggalkan dewan
peperiksaan seperti juara!.
2. Kesimpulan
Ulang kaji perlulah dilaksanakan dengan kerelaan hati tetapi bukan dengan memaksa diri.
Ulang kaji kerana terpaksa tidak dapat membantu anda belajar dengan sempurna dan boleh
membuatkan anda gugup dalam peperiksaan nanti. Yakin akan kebolehan diri. Amatlah
diingatkan ulang kaji saat akhir sangat tidak digalakkan, kerana otak manusia tidak boleh
menyerap segala maklumat dalam tempoh yang singkat. Hal ini mampu mengundang kegagalan
sekiranya anda tidak mampu menanganinya namun sekiranya pelajar sibuk dengan pelbagai
233
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
aktiviti tentu masa makin terhad. Dalam situasi ini anda boleh gunakan tips dan teknik di atas
serta praktikkan bagi memperolehi kejayaan yang baik walaupun tidak cemerlang .
Harus diingatkan bahawa setiap orang ada rezeki masing-masing. Walau apa pun
keputusan anda, jangan pernah putus asa untuk berusaha. Kejayaan bukan hanya diukur dengan
kejayaan semasa peperiksaan atau kejayaan mendapat pekerjaan pangkat tinggi, tetapi kejayaan
yang sebenar adalah kejayaan menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain dan sentiasa
hampir kepada Allah SWT.
Rujukan
Malek Muhammad Said. (2016). Studi Smart. Kuala Lumpur.
Osman Affan. (2010). Tip belajar saat akhir. Kuala Lumpur.
https://Www.Uq.Edu.Au/Student-Services/Phdwriting/Phlink09.Html
https://Www.Tescoliving.Com/Articles/Last-Minute-Revision-Tips-Exams
http://Www.Cicinta.Com/2013/11/Belajar-Saat-Akhir-Last-Minute-Study.Html
234
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Pohon Tin, Pohon Syurga
Mohd Huzaifah bin Abdullah
Mira Faizura binti Narawi
Kolej Komuniti Santubong
235
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
1. Pengenalan
Penanaman pokok tin masih lagi baru di Malaysia namun ianya telah menarik minat
ramai penggemar pokok-pokok yang bersifat ‘rare’ di negara kita. Negara jiran seperti Thailand,
Indonesia, Singapura dan Brunei juga tidak ketinggalan mengusahakan tanaman pokok ini.
Keunikan pokok yang disebut dalam Al Quran, Surah At-Tin ini, amat terserlah apabila tibanya
musim buah. Anak pokok ini hanya memerlukan empat ke lima bulan untuk menghasilkan buah.
Proses pembuahan pula tidak melibatkan proses pendebungaan dan buah terus tumbuh tanpa
berbunga.
Pengeksport terbesar dunia untuk buah tin kering ialah negara Turki, seterusnya negara-
negara Eropah yang lain. Buah tin kering kebiasaannya banyak kelihatan di pasaran terutama
menjelangnya bulan Ramadhan. Sebaliknya, buah tin ataupun fig, dalam bahasa Inggerisnya,
yang segar amat jarang dijumpai dan hanya boleh didapati di beberapa pasaraya tertentu sahaja
malah jumlahnya juga amat terhad.Di Malaysia,beberapa pengusaha sahaja yang telah memberi
tumpuan kepada penjualan buah tin sama ada dalam bentuk buah tin segar ataupun produk
hiliran berasaskan buah tin.Antaranya ialah seperti Figs Malaysia,Figs Fiesta Malaysia,Fig
Fertigation Malaysia,Mutiara figs dan Fahmie Formeniaga.
2. Jenis Pokok Tin
Dipercayai terdapat lebih daripada tiga ribu variasi pokok tin di seluruh dunia dan ianya
boleh dikategorikan kepada empat kumpulan besar iaitu Smyrna, San Pedro, Caprifigs dan
Common. Jenis Common tidak memerlukan pendebungaan dan ia menjadi buruan penggemar
pokok tin di negara ini.Selain kategori common,variati tersebut memerlukan pendebungan oleh
sejenis seranggga yang dinamakan ‘wasp’ dan serangga ini tidak ada di Malaysia. Oleh itu,
proses pendebungan terhadap pokok tin dari jenis tersebut tidak akan berlaku dan tiada buah
yang akan dihasilkan.
Sebaliknya,untuk variati common,buah yang dihasilkan pula mempunyai pelbagai warna,
rasa, saiz, berat, aroma dan sebagainya. Berikut adalah antara variati yang digemari oleh
penggemar pokok syurga ini:
236
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Buah warna merah: red kurtmani,super jumbo,super red hydbrid,moyuna
Buah warna hijau: green Jordan,da ponte,digredo,ponte tresa
Buah warna kuning: xin jiang,meliya,deanna,jin au feng
Buah warna hitam: delareina,manresa,maltenese falcon,noire de caromb
Rajah 1: Buah Tin (Sumber: Foto sendiri)
Selain daripada itu, daun pokok tin yang pelbagai bentuk juga boleh dijadikan sebagai
minuman untuk kesihatan.Antara variati yang menjadi pilihan untuk tujuan pengeluaran teh
daripada daun pokok tin ialah black Iranian,red Libya dan black Portugal.Variati ini dipilih keran
saiz daun yang besar,lebat,tebal serta beraroma.
Rajah 2: Daun pokok Tin (Sumber: http://www.kebunpedia.com)
237
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
3. Khasiat
Buah tin mempunyai khasiat kesihatan yang begitu banyak dengan antioksida dan
kandungan pelbagai jenis vitamin. Antara manfaat buah tin ialah seperti penawar kencing manis,
mencegah serangan sakit jantung, menurunkan kadar kolestrol, mencegah penyakit kanser,
mengatasi tekanan darah tinggi, kecantikan kulit dan sebagainya. Jadual 1 di bawah
menunjukkan kandungan nutrisi per 100g buah tin.
Principle Nutrient Value Percentage of RDA
74 Kcal 4%
Energy 19.18 g 15%
Carbohydrates 0.75 g 1.5%
Protein 0.30 g 1%
Total Fat 0 mg 0%
Cholesterol 2.9 g 7%
Dietary Fiber
Vitamins 6 µg 1.5%
Folates 0.400 mg 2.5%
Niacin 0.300 mg 6%
Pantothenic acid 0.113 mg 9%
Pyridoxine 0.050 mg 4%
Riboflavin 5%
Thiamin 0.060 5%
Vitamin A 142 IU 3%
Vitamin C 2 mg 1%
Vitamin E 0.11 mg 4%
Vitamin K 4.7 µg
Electrolytes 0%
Sodium 1 mg 5%
Potassium 232 mg
Minerals 3.5%
Calcium 35 mg 8%
Copper 0.070 mg 5%
Iron 0.37 mg 4%
Magnesium 5.5%
Manganese 17 mg <1%
Selenium 0.128 mg 1%
Zinc
Phyto-nutrients 0.2 µg --
Carotene-ß 0.15 mg --
Lutein-zeaxanthin
85 µg
9 µg
Jadual 1: Nutrisi per 100 g (Sumber : USDA National Nutrient Data Base)
Rahsia khasiat buah pokok tin telah banyak dikaji dan dibuktikan oleh penyelidik-
penyelidik serata dunia. Kajian oleh California Fig Nutrition Information menyatakan bahawa
buah tin mengandungi serat yang tinggi iaitu dalam setiap 100g buah tin kering, terdapat 12.2 g
238
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
serat berbanding buah epal yang mengandungi hanya 2g. Kajian dari Universiti Rutgers, New
Jersey pula telah membuktikan bahawa buah tin mengandungi antioksidan, Omega-3, Omega-6
yang berupaya untuk mencegah penyakit jantung dan kencing manis. Vitamin A, C, kalsium dan
mineral adalah antara nutrien yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Prof.J.A. Vinson
dari University Scranton, Amerika Syarikat mendapati dalam 100g buah tin, terdapat 9.76IU
vitamin A, 0.68mg vitamin C, 133g kalsium dan 3.07mg zat besi.
Selain daripada manfaat buah,daun pokok tin juga digunakan dalam penjagaan kesihatan
serta sebagai penawar beberapa penyakit.Berikut adalah antara khasiat daun pokok tin:
Mengawal tekanan darah tinggi & jantung
Mengandung serat tinggi
Mengurangi sesak nafas
Mengawal kadar gula dalam darah
Sebagai pelancar membuang hajat besar
Tidak mengandung garam, lemak, & kolestrol
Mengandung kalium, serat, & zat besi tinggi
Mencegah cancer dan usus besar
Mengandung anti oksida
Memperlambatkan proses penyerapan glukosa di usus kecil
Membersihkan hati & limpa
Mengatasi masalah berat badan
Terapi diabetes.
Kandungan Daun Tin:
Carbohydrates
Cumarines
Flavonoids
Fixed oils
Glycosides
Proteins and amino acids
Steroids and sterols
239
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Triterpenoids
4. Penanaman Pokok Tin
Pokok tin memerlukan media tanaman yang poros serta minimum 5 jam terdedah dengan
cahaya matahari secara langsung.Di Malaysia,beberapa kaedah penanaman telah dilakukan oleh
pengusaha komersil pokok tin.Kaedah yang paling sesuai digunakan untuk tujuan ini ialah
penanaman dalam rumah perlindungan hujan.Sifat pokok tin yang sensitif terhadap kelembapan
terutamanya ketika musim hujan,sangat mempengaruhi kualiti buah yang dihasilkan. Buah pecah
dan penyakit karat daun adalah masalah yang sangat sinonim dengan musim hujan.Oleh
itu,dengan adanya sistem ini,masalah tersebut boleh diatasi disamping serangan serangga juga
dapat diminimumkan dengan adanya rumah perlindungan hujan ini.
Rajah 3: Rumah Perlindungan Hujan (Sumber: http://www.pokoktin.com/2016/06/rumah-pelindung-hujan-pokok-
tin.html)
240
IDEA’S Penulisan Ilmiah
Integration Diversity, Education and Sustainability
Teknik penanaman juga berbeza mengikut kepakaran masing-masing.Sebagai contoh,fig
fertigation Malaysia menggunakan kaedah fertigasi baja AB untuk pengeluaran buah diladang
mereka.Kaedah ini hanya menggunakan serbuk sabut kelapa sebagai media tanaman dan
pembajaan kaedah titisan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh sistem.Ladang yang dimiliki
oleh Dato Syed Elias di Janda Baik Pahang pula menggunakan kaedah batas dengan media
utama, tanah topsoil. Kaedah ini juga digunakan oleh ladang madam Young Yong di Ipoh Perak
dan hasilnya sangat membanggakan.
Rajah 4: Penanaman Kaedah Fertigasi (Sumber: FB Fig Fertigation Malaysia)
Rajah 5: Penanaman Kaedah Batas (Sumber: Foto sendiri)
241