KSSM MPV
c. Superimpose
Teknik superimpose ialah meletakkan dan menyatukan imej
dengan imej lain bertujuan sebagai penambahan kepada
imej bagi menimbulkan kesan dramatik pada karya grafik
digital yang baru.
Contoh 1:
Rajah 4.2.9.5: Contoh imej Superimpose
Contoh 2:
Rajah 4.2.9.6: Contoh imej Superimpose
241
KSSM MPV
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisian Pemprosesan perkataan (MS Word)
2. Talian Internet
TUGASAN 1
Murid meneroka karya grafik digital dan
mengklasifikasikan mengikut jenis teknik manipulasi
imej yang dipelajari
LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Murid mencari 5 buah karya grafik digital mengikut teknik ma-
nipulasi imej
2. Murid menyediakan dokumen menggunakan MS Words
dengan mengkategorikan karya grafok digital mengikut teknik
manipulasi imej yang betul
3. Murid menghantar hasil kerja menggunakan jaringan di dalam
makmal
242
KSSM MPV
LATIHAN/PENILAIAN
1. Nyatakan teknik manipulasi imej yang betul bagi setiap karya
grafik digital di bawah.
243
KSSM MPV
2. Hasilkan imej menggunakan teknik manipulasi imej yang
menepati sebuah karya grafik digital yang kreatif.
i. Photomerge
ii. Photocollage
iii. Superimpose
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Standard 4.2 Manipulasi Imej Digital
Kandungan:
4.2.9 Menghasilkan karya grafik berdasarkan teknik manipulasi
Standard imej:
Pembelajaran: i. Photomerge
ii. Photocollage
iii. Superimpose
Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
1 Karya grafik digital yang
menggunakan teknik manipulasi
imej:
i. Photomerge
ii. Photocollage
iii. Superimpose
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh
Tandatangan &
Tarikh
244
KSSM MPV
KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI
Nama Murid: 4.0 Reka Bentuk Grafik Digital
Tahun: 4.2 Manipulasi Imej Digital
Kelas
Modul:
Standard
Kandungan:
Tahap Standard Prestasi Terampil
Penguasaan Ya Belum
Tafsiran
1
Menyatakan mod warna, saiz
dan resolusi imej berdasarkan
keperluan karya grafik.
Menerangkan fungsi alat dan
2
fitur dalam teknik suntingan imej.
Menghasilkan karya grafik
3 dengan menggunakan teknik
suntingan dan manipulasi imej.
Membuat analisis kesesuaian
4 kesan khas imej dan teks
dalam karya grafik.
Menilai karya grafik dengan
membuat justifikasi keperluan
5 penambahbaikan
berdasarkan elemen dan prinsip
rekaan grafik secara rasional.
Menghasilkan karya grafik berte-
ma dengan menekankan aspek
6 kandungan dan nilai estetika
secara beretika, sistematik, ber-
makna dan kreatif.
Keputusan Tahap
Nama Tandatangan
Guru: & Tarikh
Disahkan Tandatangan
oleh: & Tarikh
245
KSSM MPV
MODUL REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL
04
4.3
Ilustrasi imej digital
Standard Pembelajaran Ilustrasi digital
4.3.1 Menyatakan 1. Ilustrasi digital ialah penggunaan alat
4.3.2 kepentingan ilustrasi digital untuk menghasilkan karya re-
4.3.3 dalam karya grafik. kaan grafik.
4.3.4
Mengenal pasti fungsi 2. Antara contoh alat digital ialah seperti:-
4.3.5 alat dan fitur asas (a) Tablet
ilustrasi dalam perisian (b) Tetikus
ilustrasi grafik. (c) Pen Stylus
Menerangkan langkah 3. Pereka grafik boleh memindahkan
menyisip imej ke dalam ilustrasi dengan cara mengimbas
perisian grafik vektor daripada kaedah lukisan secara
langsung di atas kertas ke kanvas digital
Melakar imej atau pad.
menggunakan teknik
surihan (tracing) 4. Maklumat dimuat naik secara digital
dalam perisian grafik dan dipaparkan terus ke antaramuka
vektor. (interface) ilustrasi digital.
Membina objek dan 5. Grafik vektor bergantung pada
teks menggunakan alat algoritma dan formula matematik untuk
dan fitur menghasilkan paparan.
ilustrasi yang sesuai.
6. Rujuk laman web ini untuk maklumat
4.3.6 Menyunting objek lanjut:
menggunakan fitur
4.3.7 gabungan: https://www.youtube.com/watch?v=TY0_HXDmtQk
4.3.8 i. Persilangan https://prezi.com/4saawjoo0ayc/digital-illustration-history/
4.3.9
(Intersect)
ii. Penolakan (Subtract)
iii. Pembahagian
(Divide)
iv. Pencantuman
(Union/Unite)
v. Pemotongan (Crop)
Mewarna objek
menggunakan alat dan
fitur warna
yang sesuai.
Menjana kesan khas
objek mengikut
kesesuaian
dengan menggunakan
alat dan fitur yang
sesuai.
Mencadangkan susun
atur objek
menggunakan fitur :
i. Layer
ii. Penjajaran
iii. Penyusunan
4.3.10 Menghasilkan karya
grafik ilustrasi:
(i) Editorial
(ii) Imaginatif
246
KSSM MPV
Kepentingan ilustrasi dalam karya grafik
1. Menggambarkan dekoratif, atau unsur objek yang dipermudah
oleh pereka untuk menarik minat khalayak.
2. Memberikan maklumat tentang sesuatu objek atau subjek secara
terperinci mengikut mesej atau informasi yang hendak
disampaikan kepada pengguna.
3. Menyampaikan penerangan tentang maklumat atau subjek
dengan lebih jelas.
Jenis-jenis ilustrasi
1. Ilustrasi alam
(a) Menggambarkan lukisan dan catan yang merujuk kepada
subjek semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan.
(b) Selalu digunakan dalam penghasilan ilustrasi untuk setem.
Rajah 4.3.1 : Contoh ilustrasi alam
2. Ilustrasi haiwan
(a) Dihasilkan atau direka untuk menunjukkan lakaran
bahagian haiwan.
(b) Memaparkan rajah segmen badan dan otot haiwan dari ja-
rak dekat dengan penerangan yang jelas.
(c) Selalu digunakan dalam penghasilan ilustrasi untuk setem.
247
KSSM MPV
Rajah 4.3.2 : Contoh ilustrasi haiwan
3. Ilustrasi perubatan
(a) Meliputi ilustrasi yang berkaitan dengan anatomi tubuh dan
organ manusia yang menjadi bahan kajian untuk ahli
kesihatan.
(b) Digunakan untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama
dalam bidang perubatan dengan bidang lain yang
berkaitan dengan kesihatan.
3.Rajah 4.3.3 : Contoh ilustrasi perubatan
4. Ilustrasi fesyen
(a) Digunakan sebagai lakaran idea awal sebelum menyiapkan
rekaan fesyen yang sebenar.
(b) Merupakan gambaran visual idea persembahan akhir
sebelum diperagakan oleh model fesyen.
248
KSSM MPV
Rajah 4.3.4 : Contoh ilustrasi fesyen
5. Ilustrasi teknikal
(a) Lakaran teknikal ialah lukisan mekanikal dan reka bentuk
berbantukan komputer.
(b) Memerlukan elemen model geometrik yang kompleks.
(c) Digubah dalam bentuk geometri dua dimensi (2D) dan tiga
dimensi (3D)
(d) Boleh dimanipulasikan pada sudut pandangan yang
berbeza.
(e) Digunakan sebagai asas idea penghasilan ciptaan produk
industri
Rajah 4.3.5 : Contoh ilustrasi teknikal
249
KSSM MPV
6. Ilustrasi maklumat
(a) Ilustrasi dalam bentuk rekaan grafik yang bermaklumat dan
tersusun untuk menyampaikan maklumat dengan mudah
kepada pengguna.
(b) Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan da-
lam bentuk rajah,j adual, carta, pelan, dan peta.
Rajah 4.3.6 : Contoh ilustrasi maklumat
7. Ilustrasi perindustrian
(a) Lakaran idea untuk rekaan barangan industri.
(b) Untuk kejuruteraan seperti kenderaan dan enjin.
(c) Selalu digunakan untuk manual penggunaan sesuatu produk
industri bagi memudahkan pengguna memahami fungsi dan
juga struktur produk.
Rajah 4.3.7 : Contoh ilustrasi perindustrian
250
KSSM MPV
8. Ilustrasi penerbitan
(a) Ilustrasi pada kulit serta isi majalah, buku, risalah,surat khabar,
kartun, komik dan lain-lain.
(b) Berfungsi untuk menarik minat pembaca mengikut tahap
umur dan tema rekaan yang dihasilkan.
Rajah 4.3.8 : Contoh ilustrasi penerbitan
251
KSSM MPV
Alat Asas Ilustrasi Grafik
Bil Nama Contoh Fungsi tool
jenis tool simbol
Proses memilih objek tunggal
1 Selection atau sebahagian objek dalam
Tool imej
2 Drawing Digunakan untuk pengukuran
Tool dan susun atur lukisan
3 Type /Text Digunakan untuk membuat teks
Tool dan ia mempunyai banyak teta-
pan untuk mengawal sifat
7 Painting teks yang dibuat
Tool Digunakan Untuk meletakkan
warna pada objek yang dilukis
8 Modify
Tool Digunakan untuk
mengubahsuai semula objek
9 Navigation
Tool Digunakan untuk memaparkan
navigasi pada paparan objek
Jadual 4.3.1 : Contoh alat asas ilustrasi grafik
252
KSSM MPV
Menyisip imej ke dalam perisian grafik vektor
1. Proses menyisip imej merupakan satu proses untuk memasukkan
sesuatu imej ke dalam ruang kerja.
2. Arahan yang biasa digunakan untuk menyisip imej pada
beberapa perisian grafik vector adalah :
(a) Klik menu FILE > IMPORT
(b) Contoh proses :
i. Pilih File > import > pilih fail ‘1sisip cendawan’.
1
2
253
KSSM MPV
Melakar imej menggunakan teknik surihan (tracing)
dalam perisian grafik vektor.
1. Melakar imej menggunakan teknik surihan (Tracing) adalah
proses menekap semula imej yang hendak dilukis dengan
menggunakan tool surihan yang bersesuai.
Simbol Tool Fungsi Tool Contoh Surihan
Alat Pen (P) boleh
membina garis lurus dan
melengkung
untuk membuat objek
Alat Segmen Jalur (\)
untuk membina garisan
lurus
Alat Smooth Bezier
dapat membina garisan
dalam bentuk
lengkungan
Alat Pencil (N) menarik
dan menyunting garis
bebas
Jadual 4.3.2 : Contoh teknik surihan mengunakan tool yang
tertentu
254
KSSM MPV
Membina objek dan teks menggunakan alat dan fitur
ilustrasi yang sesuai
1. Membina objek baharu menggunakan tool tertentu yang
bersesuaian.
Retangle Rounded Retangle Ellipse Tool
Polygon Star Tool Flare Tool
Rajah 4.3.9 : Contoh objek yang dibina menggunakan tool sep-
erti yang dinyatakan
255
KSSM MPV
2. Berikut adalah contoh binaan teks yang mengunakan tool yang
bersesuaian :
Simbol Tool Fungsi Tool Teks Contoh Binaan Teks
Type tool digunakan untuk
menaip tulisan secara
mendatar dalam ruang
kawasan yang ditentukan
pada petak biru.
Area Type tool digunakan
untuk menaip dalam
kawasan yang dibentuk
secara mendatar dalam
bentuk yang dibina
Type on a path tool
digunakan untuk menaip
pada arah yang
ditetapkan atau mengikut
garis lengkungan yang
dibina
Vetrical Type tool
digunakan untuk menaip
dengan arah tulisan
secara menegak ke
bawah
Vertical Area Type tool
digunakan untuk menaip
dalam kawasan yang
dibentuk secara menegak
ke bawah.
Vertical Type on a path
tool digunakan untuk
menaip pada arah yang
ditetapkan atau mengikut
garis lengkungan yang
ditetapkan secara
menegak
Jadual 4.3.3 : Contoh binaan teks
256
KSSM MPV
Menyunting objek menggunakan fitur gabungan
1. Penghasilan dua objek seperti dalam Rajah 4.3.10 ialah
(a) Binaan objek segi empat sama yang dibina menggunakan
tool rectangles
(b) Objek bulat dibina dengan menggunakan tool ellipse.
(c) Kedudukan kedua-dua objek ini mestilah saling bertindan
untuk memastikan penyuntingan fitur gabungan dapat
memberi kesan yang dikehendaki
Rajah 4.3.10 : Contoh dua objek yang bertindan
257
KSSM MPV
Bil Fitur Arahan menu path Hasil akhir
1. Persilangan
(Intersect)
Objek yang
bersilang atau
bertindih
2. Penolakan
(Substract)/
Pemotongan
(Crop)
Bentuk yang be-
rada di atas
memotong
bentuk yang be-
rada di bawah
3. Pembahagian
(Divide)
Memotong
bentuk mengikut
segmen dan
warna
4. Pencantuman
(Union/Unite)
Meng-
gabungkan ob-
jek yang
disatukan
Jadual 4.3.4 : Contoh Penyuntingan objek menggunakan
fitur gabungan
258
KSSM MPV
Bold Regular
Kontra antara muka taip Bold dan Regular
Condense Expanded
Kontra antara ruang huruf
GRAFIK GRAFIK
Kontra antara saiz yang berbeza
BiondiBell MT
Kontra antara jenis muka taip
Rajah 3.15: Kontra antara muka taip
(b) Pembalikan Muka taip (Typeface Reversal)
i. Merupakan muka taip yang dicetak putih di atas latar
belakang yang hitam dengan menggunakan muka
taip yang tebal.
ii. Muka taip yang nipis tidak sesuai digunakan untuk
reversal kerana akan menimbulkan masalah
percetakan.
REVERSAL
Rajah 3.16 : Muka taip reversal
259
KSSM MPV
Mewarna objek menggunakan alat dan fitur warna yang
sesuai
Simbol Tool Fungsi Tool Mewarna Contoh Me-
warna
Alat Paint Bucket digunakan untuk
mewarna objek yang dibina.
Alat Paintbrush menarik garis bebas
dan kaligrafi, serta seni, co-
rak,ataupun garisan.
Alat Mesh mencipta dan boleh diu-
bah suai dalam kawasan jaring
yang ditentukan
Alat Gradien meletakkan tona
warna ke dalam objek
Alat Eyedropper mengambil sam-
pel sifat warna, jenis, dan penampi-
lan, termasuk kesan, ke dalam ob-
jek baharu
Alat Pemilihan Paint Live memilih
kawasan sekeliling sesuatu objek
bagi menghasilkan objek baharu
Alat Blob Brush menarik laluan
secara automatik dan meng-
gabungkan laluan yang berkongsi
warna yang sama dan bersebe-
lahan dengan susunan teratur.
Jadual 4.3.5 : Contoh penggunaan alat dan fitur warna
260
KSSM MPV
Menjana kesan khas objek mengikut kesesuaia dengan
menggunakan alat dan fitur yang sesuai.
Rajah 4.3.11 : Contoh kesan khas dalam perisian grafik
261
KSSM MPV
Mencadangkan susun atur objek menggunakan fitur layer,
alightment dan arrangment
1. Layer berfungsi seperti helaian kertas.
Tambah Layer Bawa Layer ke atas
Bawa Layer ke bawah
Buang layer
Rajah 4.3.12 : Contoh sistem layer .
2. Penjajaran (Alignment) dan sempadan objek
(a) Align dan Distribution membolehkan kedudukan sesuatu
objek diselaraskan dengan objek lain atau kepada
pemilihan, lukisan, atau halaman.
Rajah 4.3.13 : Contoh paparan Align dan Distribution
262
KSSM MPV
3. Penyusunan (Arrangement)
(a) Pilihan penyusunan objek terdiri daripada objek yang
ditentukan oleh pemilihan, lukisan, atau halaman, pilihan
pertama, dan pilihan terakhir.
(b) Jika lebih daripada satu objek dipilih pada masa yang sama,
ini bersamaan dengan objek atas atau bawah dalam
susunan objek apabila pertindihan obejk berlaku.
(c) Sebagai alternatif, objek boleh ditentukan untuk menjadi
item terbesar atau paling kecil, di mana saiz ditentukan oleh
saiz kotak(bounding box), lebar untuk penjajaran menegak
dan ketinggian bagi penjajaran mendatar.
(d) Sisi kotak yang digunakan sebagai titik rujukan bagi
penyelarasan kecuali teks, di mana garis dasar digunakan.
Rajah 4.3.14 : Kedudukan dan komposisi imej di susun
dengan seimbang di dalam rekaan berdasarkan pada titik
biru.
263
KSSM MPV
Menghasilkan karya grafik ilustrasi editorial & imaginatif
1. Karya ilustrasi Grafik Editorial :
(a) Penghasilan rekaan grafik yang menyampaikan mesej
kepada pengguna.
(b) Menggunakan perisian penyuntingan grafik yang sesuai
seperti Adobe Ilustrator, Inkscape dan Krita.
2. Jenis karya Grafik Ilustrasi Editorial :
(a) Kategori Rekaan Infografik
i. Konsep rekaan yang dihasilkan adalah dalam bentuk
persembahan sekeping kertas yang dimuatkan
keseluruhan maklumat.
ii. Penggunaan warna yang pelbagai untuk menarik
minat pembaca dan juga sistem pengasingan informasi
bagi memudahakan pembaca membaca.
iii. Penggunaan Saiz Tajuk yang besar (Headline)
memberikan kesan penegasan kepada pembaca
iv. Penggunaan ilustrasi yang mudah menunjukkan visual
pada rekaan infografik .
v. Penerangan ayat (Bodytext) yang mudah difahami dan
tersusun dan mengikut hierarki sistem pembacaan
pembaca.
vi. Penegasan yang jelas pada mesej yang disampaikan
dan diikuti dengan huraian maklumat yang lengkap.
Rajah 4.3.14 :Contoh rekaan Infografik
Sumber : https://www.pressreader.com/malaysia/berita
-harian-malaysia/20180517/281887298958728
264
KSSM MPV
(b) Kategori Rekaan Muka Depan
i. Ilustrasi merujuk pada kandungan buku / majalah
ii. Mempunyai penegasan ilustrasi yang dipaparkan
bergantung pada konsep rekaan buku atau majalah.
iii. Penggunaan elemen warna yang seimbang dan
menarik minat pembaca mengikut genre terbitan.
iv. Setiap Terbitan buku atau majalah semestinya ada
nama penerbit keluaran dan nama penulis buku atau
majalah.
v. Terdapat infomarsi berkaitan kandungan tajuk yang
terdapat pada rekaan muka depan buku atau muka
depan majalah (Highlight Story)
Rajah 4.3.15 : Contoh rekaan muka depan ilutrasi buku
dan majalah
(c) Kategori Poster
i. Mempunyai penegasan pada mesej ilustrasi dan
bergantung pada konsep rekaan tema poster yang
dihasilkan.
ii. Penggunaan elemen warna yang seimbang dan
menarik minat pembaca mengikut tema poster.
iii. Mempunyai informasi yang tersusun dan mudah untuk
difahami oleh pembaca
265
KSSM MPV
Rajah 4.3.15 : Contoh rekaan ilustrasi poster
Sumber : https://www.flickr.com/
266
KSSM MPV
(d) Kategori Komik
i. Mempunyai ilustrasi yang menarik dan dipermudahkan
visual secara santai dalam menyampaikan mesej
berbentuk humor kepada pembaca.
ii. Penggunaan elemen dan prinsip rekaan grafik yang
sesuai akan menghasilkan ilustrasi kartun yang kreatif
dan bersahaja.
iii. Mempunyai format ilustrasi yang tertentu bagi
menghasilkan jalan cerita komik yang menarik.
Rajah 4.3.16 : Contoh rekaan ilustrasi muka depan komik
(kiri) dan format illutrasi kartun (kanan)
Sumber : https://www.thevocket.com/10-kartunis-ini-
pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-
1990an/
267
KSSM MPV
3. Karya ilustrasi Grafik Imaginatif : Konseptual
(a) Rekaan karya grafik ilustrasi yang berkonsepkan imginasi
atau daya kreatif yang berasaskan khayalan.
(b) Mempunyai mesej yang jelas dan divisualkan dalam
gabungan komposisi imej yang menarik.
4. Jenis Rekaan Grafik Ilustrasi Imaginatif : Konseptual
(a) Penggabungan beberapa imej yang dikomposisikan dalam
bentuk yang kreatif namun masih berada dalam lingkungan
idea konsep yang sama.
(b) Gaya olahan idea yang kreatif dan menarik minat
pembaca.
Rekaan grafik yang
berkonsepkan System
Security (Sistem
keselamatan data
pada alam maya)
Rekaan grafik yang
berkonsepkan Knowledge
(Keilmuan)
Rekaan grafik yang
berkonsepkan proses
penyelenggaraan data
pada alam maya
Rajah 4.3.17 : Contoh karya ilustrasi Grafik
Imaginatif : Konseptual
268
KSSM MPV
5. Karya ilustrasi Grafik Imaginatif : Artistik
(a) Rekaan karya grafik ilustrasi artistik yang berkonsepkan daya
imaginasi yang kreatif dan mempunyai nilai estetika dalam
penghasilan karya.
(b) Mempunyai mesej yang abstrak dan divisualkan dalam
gabungan komposisi elemen serta prinsip yang menarik
untuk diterjemahkan kepada penonton.
Ilustrasi imaginatif artistik manipulasi imej yang
menyampaikan mesej saling bekerjasama dalam
melaksanakan sesuatu projek pembangunan.
Ilustrasi imaginatif artistik
gabungan gaya olahan
seni vintage dan Grunge
Ilustrasi imaginatif artistik gaya
abstrak dengan gabungan
elemen warna
Rajah 4.3.1 : Contoh karya rekaan grafik ilustrasi Imaginatif:
Artistik
269
KSSM MPV
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Kertas Sebak
2. Gunting
3. Gam
4. Marker
TUGASAN 1
Murid mengumpul jenis-jenis ilustrasi imej digital
berdasarkan kategori yang telah dipelajari (dari
sumber laman web atau sumber bahan bercetak
seperti surat khabar, majalah, buku, katalog dan
lain-lain yang berkaitan) dan murid membuat
pembentangkan tentang fungsi ilustrasi dalam karya
grafik. tersebut.
LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Murid mengumpul jenis-jenis ilustrasi imej digital dalam bidang
grafik.
2. Murid membuat kajian tentang fungsi ilustrasi imej digital dan
peranannya dalam karya grafik.
3. Murid menampal karya jenis ilustrasi imej digital grafik di atas
kertas sebak.
4. Murid membuat justifikasi kepentingan dan juga jenis ilustrasi imej
digital pada kertas sebak.
5. Murid membuat pembentangan secara berkumpulan.
Anda kreatif?
Menghasilkan lakaran jenis ilustrasi grafik digital pilihan
seperti laman web, surat khabar, majalah, buku,
catalog, dan lain-lain.
270
KSSM MPV
BAHAN DAN PERALATAN
1. Komputer
2. Bahan koleksi gambar vektor dalam bentuk softcopy
3. Pad Melukis Elektronik
TUGASAN 2
Menghasilkan 5 objek dengan menggunakan
teknik surihan, mewarna, memberikan kesan
khas d a n
pen- jajaran dalam perisian rekaan ilustrasi merujuk
pada gambar rajah yang diberikan seperti di bawah.
Objek Batu Objek Cendawan Objek Ladybird
Objek Rumput Objek Rumput
LANGKAH KERJA
1. Murid dikehendaki untuk membuat surihan , mewarna, mem-
berikan kesan khas dan penjajaran pada setiap objek yang
diberikan di bawah secara individu bagi meningkatnkan lagi pen-
guasaan teknik surihan.
2. Murid boleh dapatkan salinan fail softcopy imej objek pada fail
sumber yang disediakan oleh guru.
271
KSSM MPV
3. Hasilkan surihan , mewarna, memberikan kesan khas dan penjaja-
ran dalam bentuk layer yang berasingan bagi setiap tekapan
yang dilakukan dengan baik.
Anda kreatif?
Menghasilkan tekapan dan warnakan pagar kayu
seperti dalam rajah yang diberi di sebelah.
272
KSSM MPV
LATIHAN/PENILAIAN
1. Apakah jenis ilustrasi di sebelah?
(a) Ilustrasi imej digital alam
(b) Ilustrasi imej digital fesyen
(c) Ilustrasi imej digital perubatan
(d) Ilustrasi imej teknikal
2. Apakah objek yang sesuai untuk dijadikan ilustrasi imej digital
teknikal?
(a) Bunga Matahari
(b) Pokok Buluh
(c) Tengkorak manusia
(d) Mesin pengisar
3. Pilih pernyataan yang menepati maksud ilustrasi teknikal.
(a) Ilustrasi imej digital yang mementingkan prinsip ruang.
(b) Ilustrasi imej digital yang digubah dalam objek geometri
dua dan tiga dimensi
(c) Ilustrasi imej digital yang mesti menggunkan perisian kom-
puter
(d) Ilustrasi imej digital yang digunkan dalam industri fesyen
273
KSSM MPV
4. Pilih kerjaya yang banyak melibatkan ilustrasi imej digital.
(a) Doktor
(b) Penyampai radio
(c) Jururawat
(d) Peniaga kedai ikan
5. Apakah fitur asas yang paling penting perlu diketahui dalam
penggunaan perisian rekaan ilustrasi
(a) Menu (di bahagian atas tetingkap)
(b) Bar Perintah (Command Bar)
(c) Kotak peralatan (Toolbox)
(d) Bar Kawalan Alat (Tool Controls Bar)
6. Apakah simbol toolbox yang digunakan untuk membina objek
geometri.
(a)
(b)
(c)
(d)
274
KSSM MPV
7. Lengkapkan jadual di bawah dengan menyatakan fungsi Tool
seperti yang telah anda pelajari dalam kelas.
NAMA TOOL FUNGSI TOOL
275
KSSM MPV
8. Nyatakan maksud ilustrasi grafik digital.
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………...
9. Senaraikan 3 fungsi ilustrasi imej digital.
(a) ……………………………………………………………………………
(b) ……………………………………………………………………………
(c) ……………………………………………………………………………
10. Nyatakan 8 jenis ilustrasi imej digital dan peranannya dalam kar-
ya grafik.
(a) ……………………………………………………………………………
(b) ……………………………………………………………………………
(c) ……………………………………………………………………………
(d) …………………………………………….………………………………
(e) ……………………………………………………………………………
(f) ……………………………………………………………………………
(g) ……………………………………………………………………………
(h) …………………………………………………………………………...
276
KSSM MPV
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Standard 4.3 ilustrasi Imej Digital
Kandungan:
4.3.1 Menyatakan kepentingan ilustrasi dalam
Standard karya grafik.
Pembelajaran:
4.3.2 Mengenal pasti fungsi alat dan fitur asas
ilustrasi dalam perisian ilustrasi grafik.
4.3.3 Menerangkan langkah menyisip imej ke
dalam perisian grafik vektor.
4.3.4 Melakar imej menggunakan teknik surihan
(tracing) dalam perisian grafik vektor.
4.3.5 Membina objek dan teks menggunakan
alat dan fitur ilustrasi yang sesuai.
4.3.6 Menyunting objek menggunakan fitur
gabungan:
i. Persilangan (Intersect)
ii. Penolakan (Subtract)
iii. Pembahagian (Divide)
iv. Pencantuman (Union/Unite)
v. Pemotongan (Crop)
4.3.7 Mewarna objek menggunakan alat dan
fitur warna yang sesuai.
4.3.8 Menjana kesan khas objek mengikut
kesesuaian dengan menggunakan alat
dan fitur yang sesuai.
4.3.9 Mencadangkan susun atur objek
menggunakan fitur:
4.3.10 Menghasilkan karya grafik ilustrasi:
i. Editorial
ii. Imaginatif
277
KSSM MPV
Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Belum Catatan
Terampil Terampil
1 Menyatakan
kepentingan ilustrasi dalam
karya grafik.
2 Mengenal pasti fungsi alat
dan fitur asas ilustrasi dalam
perisian ilustrasi grafik.
3 Menerangkan langkah me-
nyisip imej ke dalam
perisian grafik vektor.
4 Melakar imej
menggunakan teknik
surihan (tracing) dalam
perisian grafik vektor.
5 Membina objek dan teks
menggunakan alat dan fitur
ilustrasi yang sesuai.
6 Menyunting objek
menggunakan fitur
gabungan:
i. Persilangan (Intersect)
ii. Penolakan (Subtract)
iii. Pembahagian (Divide)
iv. Pencantuman (Union/
Unite)
v. Pemotongan (Crop)
7 Mewarna objek
menggunakan alat dan fitur
warna yang sesuai.
8 Menjana kesan khas objek
mengikut kesesuaian
dengan menggunakan alat
dan fitur yang sesuai
278
KSSM MPV
Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Belum Catatan
Terampil Terampil
9 Mencadangkan susun
atur objek menggunakan
fitur :
i. Layer
ii. Penjajaran
iii. Penyusunan
10 Menghasilkan karya grafik (CAPAI / TIDAK CAPAI)
ilustrasi:
i. Editorial
ii. Imaginatif
KEPUTUSAN
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh
Disahkan
oleh: Tandatangan &
Tarikh
279
KSSM MPV
KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: 4.3 ilustrasi Imej Digital
Standard 4.3.1 Menyatakan kepentingan ilustrasi dalam kar-
Kandungan:
ya grafik.
4.3.2 Mengenal pasti fungsi alat dan fitur asas ilus-
trasi dalam perisian ilustrasi grafik.
4.3.3 Menerangkan langkah menyisip imej ke da-
lam perisian grafik vektor.
4.3.4 Melakar imej menggunakan teknik surihan
(tracing) dalam perisian grafik vektor.
4.3.5 Membina objek dan teks menggunakan alat
dan fitur ilustrasi yang sesuai.
4.3.6 Menyunting objek menggunakan fitur
gabungan:
i. Persilangan (Intersect)
ii. Penolakan (Subtract)
iii. Pembahagian (Divide)
iv. Pencantuman (Union/Unite)
v. Pemotongan (Crop)
4.3.7 Mewarna objek menggunakan alat dan fitur
warna yang sesuai.
4.3.8 Menjana kesan khas objek mengikut
kesesuaian dengan menggunakan alat dan
fitur yang sesuai.
4.3.9 Mencadangkan susun atur objek
menggunakan fitur:
4.3.10 Menghasilkan karya grafik ilustrasi:
i. Editorial
ii. Imaginatif
280
KSSM MPV
Standard Prestasi Terampil
Tahap Tafsiran Ya Belum
Penguasaan
Menyatakan kepentingan ilustrasi
1 dalam penghasilan karya grafik.
2 Menerangkan proses teknik surihan
(tracing) dalam lakaran imej.
3 Menghasilkan ilustrasi imej dengan
menggunakan alat dan fitur yang
sesuai.
4 Membuat analisis kesesuaian susun
atur objek dalam ilustrasi imej.
5 Menilai ilustrasi imej dengan
membuat justifikasi keperluan
penambahbaikan berdasarkan
elemen dan prinsip rekaan grafik
secara rasional.
6 Menghasilkan karya grafik ilustrasi
Editorial dan Imaginatif dengan
menekankan aspek kandungan dan
nilai estetika secara beretika,
sistematik, bermakna dan kreatif.
Keputusan Tahap
Nama Guru:
Disahkan oleh: Tandatangan
& Tarikh
Tandatangan
& Tarikh
281
RUJUKAN
Veronica Napoles (1951) Corporate Identity Design, John Wiley & Sons, INC:
United States of America.
Elizabeth Resnick (2003) Design for Communication: Conceptual Draphic
Design Basics, John Wiley & Sons, INC: United States of America.
Quentin Newark (2007) What is Graphic Design?, Ivy Press: United Kingdom.
Iskandar AB Rashid & Zaitun Ismail (2006) Fotografi Digital Cara Mudah,
Venton Publishing: Selangor.
The Artists of Walter Foster (2012) 100 Things Every Artist Should Know, Walter
Foster Publishing, Inc: Irvine.
Joel Lardner & Paul Robert (2012) The Digital Art Technique Manual for
Illustrators & Artists, Quarto Publishing, Inc: North America.
Will Cheung (2008) Digital SLR From Click to Print, Reader’s Digest: New York.
Karen Triedman (2015) Colour: The Professional’s Guide, Octopus Publishing
Group Ltd.: London.
Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir (2006) Teknologi & Rekabentuk Grafik
Digital, Venton Publishing, Batu Caves.
Sharkawi Che Din & Majdan bin Yahya (2007) Animasi & Reka Bentuk
Penerbitan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.
David Dabner, Sandra Steward, Eric Zempol & Abbie Vickress (2017) Graphic
Design School: A Foundation Course for Graphic Designers Working in
Print, Moving Image and Digital Media,Thames & Hudson Ltd. : United
Kingdom.
Ellen Lupton (2008) Indie Publishing, Princeton Architectural Press: New York.
282
PANEL PENULIS DAN PENGHARGAAN
Panel Penulis
1. Pn. Suraya binti Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum
2. Pn. Siti Zulikha binti Zelkepli Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Prof. Madya Dr. Muhammad Zaffwan bin Idris Universiti Pendidikan Sultan Idris
4. En. Ahmad Sofiyuddin bin Mohd Shuib Universiti Teknologi Mara, Sri Iskandar
5. YM Tuan Rosdan bin Tuan Muda IPG Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah
6. Pn. Haidaturayani binti Md. Noor SMK Khir Johari
7. Pn. Rohaiza binti Tahir SMK Abi
8. Pn. Nor Aziah binti Zakaria SMK Tok Muda Abdul Aziz
9. Pn. Roslin binti Hajis SMK Dang Anum
10. Cik Siti Norazlikha binti Zelkepli SMK Benut
11. En. Mohd Arieff bin Zakaria Kolej Vokasional Kuala Krai
12. Pn. Roslina binti Yusof SMK Padang Tembak
13. En. Muhammad Sharraf bin Muhamad Yasin SMK Seksyen 5 Wangsa Maju
14. Cik Noor Amirah binti Ghazalli Kolej Vokasional Balik Pulau
15. Pn. Masdura binti Ibrahim SMK Puchong Perdana
16. Pn. Rossafenaz binti A. Rahim SMK Pusat Bandar Puchong 1
17. En. Mohd Hamudi bin Ismail SMK Dengkil
18. Cik Nor Masitah Saila binti Daud SMK Binjai
19. Pn. Norazlinawati binti Mohd Nasir SMK Sri Tapah
20. En. Sharwan bin Shari SMK Cherang Ruku
21. En. Shamsul Bahri bin Zainal Abidin SMK Chiku 2
22. En. Ahmad Jafni bin Mat Yunus SMK Perantau Damai
23. En. Abdul Halim bin Awang SMK Bukit Gambir
283
Panel Penulis
24. Cik Norhana binti Kasani @ Awang SMK Kota Bharu
25. Pn. Aniza binti Yusup SMK Engkilili
26. Pn. Farah Wahida binti Mohd Khalil SMK Seri Pagi
27. En. Suhairun Nizam bin Supal SMK Dato’ Bendahara C M Yusuf
284
Penghargaan
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan
modul pembelajaran MPV ini.
285
286