KSSM MPV
Muka taip Moden
1. Muka taip moden ini mempunyai variasi yang sangat besar.
2. Muka taip moden sesuai untuk tajuk utama majalah, surat kha-
bar dan sebagainya.
3. Antara contoh muka taip moden ialah :
(a) Didot
(b) Bodoni
(c) Elephant.
Rajah 3.11 : Contoh muka taip moden
141
KSSM MPV
Muka taip Egyptian/Slab Serif
1. Muka taip ini juga dipanggil mechanistis, square serif antique atau
Egyptian.
2. Muka taip ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan muka taip
jenis Serif.
Rajah 3.12 : Contoh Slab Serif
3. Biasa digunakan pada mesin taip dan komputer.
4. Jenis muka taip yang sering digunakan ialah :
(a) Courier
Rajah 3.13 : Fon Courier
142
KSSM MPV
(b) Lucida
Rajah 3.14 : Fon Lucida
MUKA TAIP (TYPE FACE/FONT FAMILY)
1. Dalam tipografi, rupa kumpulan muka taip adalah satu set atau
lebih fon yang berkongsi ciri reka bentuk yang sama.
2. Setiap muka taip mempunyai ketebalan, gaya, kelebaran
(condense) kecondongan (italic) dan perhiasan (ornamentation).
3. Kumpulan muka taip merujuk kepada 3 jenis sifat iaitu, italic, bold
dan juga regular, nombor dan juga simbol.
4. Huruf bermula dari ‘A’ dan berakhir dengan ‘Z’. Manakala nom-
bor pula bermula dengan ‘0’ dan berakhir dengan ‘9’. Simbol pu-
la merangkumi tanda soal, titik, koma dan lain-lain lagi.
5. Contoh kumpulan fon:
(a) Times New Roman
143
KSSM MPV
(b) Helvetica Neue
Menghasilkan fon baharu berdasarkan jenis muka taip
1. Pada dasarnya tipografi ialah teknik dan seni untuk mengatur
huruf, reka bentuk huruf dan bentuk huruf.
2. Tipografi digunakan oleh para pereka grafik untuk
menyampaikan sesuatu pesanan tertentu ataupun sebagai
elemen grafik yang mendukung suatu reka bentuk.
3. Tipografi juga merupakan suatu komunikasi yang menarik dalam
reka bentuk yang dihasilkan.
4. Antara elemen tipografi ialah :
(a) Kontra antara Muka Taip
i. Dalam menghasilkan kontra antara muka taip, anda
boleh memilih gaya yang berbeza iaitu antara versi ita-
lik dengan versi roman bagi satu muka taip serif yang
sama.
ii. Kontra antara muka taip boleh dihasilkan dalam
pelbagai kaedah seperti :
Kontra pada struktur iaitu antara muka taip serif
dengan san serif
Kontra pada muka taip yang dilebarkan dan
dipadatkan.
iii. Kontra antara muka taip bold dan regular.
iv. Kontra antara ruang huruf
v. Kontra antara saiz yang berbeza
vi. Konta antara jenis muka taip.
144
KSSM MPV
Bold Regular
Kontra antara muka taip Bold dan Regular
Condense Expanded
Kontra antara ruang huruf
GRAFIK GRAFIK
Kontra antara saiz yang berbeza
BiondiBell MT
Kontra antara jenis muka taip
Rajah 3.15: Kontra antara muka taip
(b) Pembalikan Muka taip (Typeface Reversal)
i. Merupakan muka taip yang dicetak putih di atas latar
belakang yang hitam dengan menggunakan muka
taip yang tebal.
ii. Muka taip yang nipis tidak sesuai digunakan untuk re-
versal kerana akan menimbulkan masalah percetakan.
REVERSAL
145
KSSM MPV
(c) Menggantikan huruf dengan imej
i. Kita boleh menggunakan imej bagi menggantikan satu
huruf dalam satu tajuk utama (headline) atau logo.
ii. Penggunaan teknik ini amat berkesan kerana
menggabungkan muka taip dan imej pada satu
elemen serta memberi kebolehbacaan pada
sesetengah rekaan.
iii. Pastikan saiz imej selaras dengan skala muka taip lain
dalam perkataan itu. Sesuai digunakan untuk reka
bentuk logo, tajuk utama dan iklan dalam reka letak
editorial.
range
Ment l
Rajah 3.17 : Menggantikan huruf dengan imej
(d) Teks yang mempunyai rupa
i. Teks yang mempunyai rupa ialah seperti muka taip
yang membentuk imej bebayang seperti pagar, lampu,
muka manusia dan sebagainya.
ii. Kaedah ini penting kerana mesej yang ingin disam-
paikan dengan menggunakan kaedah ini mestilah mu-
dah difahami oleh pembaca.
146
KSSM MPV
Rajah 3.18: Teks yang mempunyai rupa
(e) Muka taip berbayang (Drop Shadow) dan Garis Luar
(Outline)
i. Muka taip yang mempunyai kesan khas di belakang
muka taip atau bebayang digunakan di atas gambar
foto yang mempunyai pelbagai ton.
ii. Boleh menggurangkan muka taip yang gelap daripada
kabur dengan ton gelap dan sebaliknya, Bayang men-
jadikan muka taip kelihatan seperti menonjol keluar dan
akan menghasilkan kesan tiga dimensi (3D).
Rajah 3.19: Muka taip berbayang (drop shadow) dan
garis luar (outline)
147
KSSM MPV
(f) Permulaan Huruf (Initial Caps)
i. Initial caps merupakan huruf permulaan yang dibesar-
kan pada baris ayat yang pertama dalam satu pereng-
gan yang boleh dihasilkan dengan cara dekoratif dan
juga grafik.
ii. Cara ini boleh meningkatkan lagi gaya persembahan
pada permulaan teks. Initial caps sesuai digunakan un-
tuk reka letak majalah.
At the bringing of text when there is
an angled or overhanging initial
cap, the designer often has to “Mortise” the
body copy around the capital letter to Make
clean, neat text copy. This is what no mortising
looks like next to an initial capital; it’s harder to
read the first word.
Rajah 3.20 : Permulaan huruf (Initial caps)
148
KSSM MPV
Anatomi Huruf Pada Tipografi
Dalam kaitannya anatomi huruf terdapat istilah yang digunakan iai-
tu :
1. ARM : Stroke horizontal yang tidak bersambung pada satu atau
kedua ujungnya pada huruf.
2. STROKE (Diagonal Stroke) : Stroke condong pada huruf.
3. SHOULDER : Stroke melengkung yang berasal dari batang huruf.
4. APEX : Titik puncak dari sebuah huruf, biasanya terdapat huruf
capital ‘A’.
5. SPINE : Garis kecil dari stroke melengkung pada huruf.
6. BOWL : Stroke melengkung yang menutupi counter huruf.
7. EAR : Stroke kecil seperti lebihan di sebelah kanan atas dari be-
berapa huruf ‘g’ kecil.
8. EYE : Ruang tertutup yang berbentuk seperti mata.
9. CROSSBAR : Stroke horizontal yang menjadi penghubung suatu
huruf.
10. LOOP : Counter tertutup atau sebagian tertutup di bawah base-
line yang menjadi bahagian bawah huruf kecil ‘g’.
149
KSSM MPV
11. LINK : Stroke yang menghubungkan mangkuk atas dan bawah
ganda pada huruf kecil ‘g’.
12. LEG : Sebuah lengan kaki yang terdapat kecondongan pada hu-
ruf.
13. CAPLINE : Batas teratas dari topi suatu huruf atau puncak suatu
huruf baik itu capital atau bukan.
14. MEANLINE : Batas atas dari huruf kecil pada suatu huruf, tetapi tid-
ak termasuk ascender suatu huruf.
15. X-HEIGHT : Tinggi utama huruf kecil, khususnya x huruf kecil, tidak
termasuk ascenders dan descenders.
16. BASELINE : Garis tidak terlihat apabila suatu huruf didudukkan,
atau batas bawah suatu huruf tanpa descender.
17. DESCENDER : Sebuah stroke vertikal ke bawah yang ditemukan
pada huruf kecil yang memanjang di bawah baseline.
150
KSSM MPV
Penetapan Dan Penyusunan Muka Taip
Pelbagai aspek perlu diambil kira semasa proses penetapan dan
penyusunan muka taip pada sesuatu karya yang melibatkan
tipografi.
Antara aspek tersebut ialah :
1. Saiz muka taip
(a) Penentuan saiz muka taip merupakan sesuatu yang agak
subjektif
(b) Muka taip yang berlainan akan dipaparkan dalam saiz yang
agak berbeza walaupun menggunakan ukuran yang sama.
(c) Contohnya, muka taip yang menggunakan fon Times New
Roman dengan saiz 14 tidak sama ukurannya dengan muka
taip yang menggunakan muka taip Verdana yang
menggunakan saiz yang serupa.
(d) Berikut merupakan dua jenis rupa taip yang menggunakan
saiz yang sama iaitu 20 poin tetapi memperlihatkan ukuran
yang berbeza.
Ravie Perpetua
Saiz Saiz
20
20
Rajah 3.21 : Contoh ukuran saiz huruf
151
KSSM MPV
2. Leading
(a) Leading ialah jarak antara baris ayat yang bertujuan untuk
memudahkan pembacaan terutamanya untuk bahan ber-
cetak seperti majalah, buku dan proster.
(b) Penggunaan leading yang sesuai dapat memastikan ruang
yang wujud antara baris akan memberikan keselesaan
kepada mata.
(c) Rajah di bawah menunjukkan contoh-contoh jarak antara
baris (leading).
Rajah 3.22 : Contoh Leading
152
KSSM MPV
3. Kerning
(a) Kerning ialah jarak antara abjad supaya muka taip tidak
bercantum antara satu sama lain.
(b) Percantuman muka taip akan memberikan kesan kepada
proses pembacaan ayat atau perenggan.
(c) Muka taip yang berasaskan Serif lebih cenderung
menghadapi masalah ini jika saiz Kerning adalah terlalu kecil.
(d) Antara muka taip yang dikenal pasti bermasalah adalah
seperti W, V, Y, T, L dan F.
(e) Rajah di bawah menunjukkan contoh-contoh Kerning.
Kerning Normal
Kerning 20%
Kerning 48%
Rajah 3.23 : Contoh kerning
153
KSSM MPV
4. Format
(a) Apabila kita ada muka taip ditetapkan dalam bentuk teks
atau bentuk headline, muka taip ini boleh berada dalam
banyak bentuk.
(b) Apabila memilih alternatif untuk komposisi, kita patut
menghormati corak pembacaan khalayak.
(c) Terdapat empat jenis komposisi muka taip,
i. Penjajaran kiri (Align Left)
Teksnya bergerigi di sebelah kanan dan urutan teks
yang semulajadi.
Pilihan pereka grafik sejak dahulu.
Menggunakan margin sebelah kiri sahaja.
Cara mesin taip bekerja.
The harder you work for
something, the greater you’ll
feel when you achieve it.
Rajah 3.24 : Contoh Penjajaran kiri
i. Penjajaran kanan (Align Right)
Teksnya bergerigi di sebelah kiri.
Menggunakan margin kiri yang lemah.
Sesuai untuk maklumat pendek seperti teks iklan,
sistem perniagaan dan tajuk utama (headline)
dengan spacing yang bagus.
The harder you work for
something, the greater you’ll
feel when you achieve it.
Rajah 3.25 : Contoh Penjajaran kanan
154
KSSM MPV
iii. Justified
Menggunakan kedua-dua flush kanan dan flush kiri.
Dijumpai dalam buku dan majalah.
Nampak tidak sempurna untuk baris teks yang pen-
dek kerana ‘ruang’ visual dalam jarak
perkataan (word spacing).
Sukar untuk diperbetul.
The harder you work for
something, the greater you’ll
feel when you achieve it.
Rajah 3.26 : Penjajaran Justify
iv. Tengah (centered)
Bersimetri.
Menggunakan margin kiri dan kanan yang
bergerigi.
Jarak antara perkataan (word spacing) yang
bagus.
Baris patut mempunyai panjang tidak sekata untuk
silhouette yang menarik.
Selalu digunakan untuk teks pendek seperti sistem
perniagaan, jemputan dan pemakluman.
The harder you work for
something, the greater you’ll
feel when you achieve it.
Rajah 3.27 : Penjajaran tengah
155
KSSM MPV
Karya Tipografi
1. Karya Tipografi ialah karya yang mengunakan pengaturan huruf
sebagai elemen utama yang dapat menimbulkan kesan tertentu.
2. Pemilihan jenis muka taip memainkan peranan penting dalam
penghasilan karya selain penggunaan warna dan gaya fon.
3. Berikut adalah antara contoh karya tipografi
Rajah 3.29 : Contoh karya tipografi
156
KSSM MPV
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisan Microsoft Word
2. Bahan Media Cetak / Elektronik
3. Perisan MS Powerpoint.
4. Perisian grafik.
5. Aplikasi multimedia (Contoh : CD Pembelajaran Interaktif) / Laman
Web.
TUGASAN 1
Murid meneroka jenis muka taip yang digunakan
dalam media cetak dan elektronik dan meneroka
jenis muka taip, kategori muka taip dan fon yang
terdapat dalam perisian aplikasi (contohnya : MS
Word).
LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Murid meneroka beberapa karya grafik dan menyatakan lima
contoh fon bagi setiap jenis muka taip.
2. Murid melihat ciri muka taip dan menjelaskan perbezaan muka
taip serta mengkelaskan kategori muka taip berdasarkan rupa
dan bentuk.
3. Buat carian muka taip di internet berdasarkan tema secara
berhemah dan mengenal pasti kumpulan fon bagi muka taip ter-
sebut. Muat turun fon dan buat pemasangan (installation) fon ter-
sebut.
TUGASAN 2
Buat kajian lapangan dan cipta muka taip anda
sendiri berdasarkan jenis dan kategori muka taip serta
hasilkan kumpulan fon bagi muka taip rekaan
tersebut.
157
KSSM MPV
LANGKAH KERJA (TUGASAN 2)
1. Murid membuat kajian lapangan fon bagi setiap jenis muka taip
dan memilih satu jenis muka taip yang ingin direka.
2. Murid menghasilkan empat lakaran kasar (thumbnail) bagi fon
baharu.
3. Murid membuat lakaran akhir bagi satu fon baharu.
TUGASAN 3
Guru menyediakan satu contoh karya tipografi dan
murid diminta untuk membuat analisis dan penilaian
tentang penggunaan muka taip dan fon yang
terdapat dalam aplikasi tersebut serta berikan
cadangan penambahbaikan.
LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Guru memaparkan contoh karya tipografi seperti poster.
2. Murid menilai penggunaan muka taip karya tersebut
berdasarkan saiz, leading, kerning dan stail format.
3. Murid menjelaskan ciri-ciri penggunaan muka taip yang efektif.
TUGASAN 3
Hasilkan karya tipografi bertema dengan
menggunakan teknik kolaj secara manual atau digital.
LANGKAH KERJA
1. Murid menghasilkan lakaran poster tipografi bertema dengan
menggunakan perisian yang bersesuaian.
2. Murid menghasilkan poster tersebut dengan menggunakan muka
taip yang telah dipilih mengikut kreativiti masing-masing.
158
KSSM MPV
LATIHAN/PENILAIAN
1. Nyatakan definisi tipografi.
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………...
2. Nyatakan empat jenis muka taip, lukiskan contohnya dan
namakan muka taip dan kategorikan muka taip tersebut.
Jenis Muka Taip
Lakaran contoh
muka taip
Contoh muka taip
Kategori muka
taip
3. Pilih pernyataan yang paling tepat untuk tipografi
(a) Seni menyusun atur atau mereka letak menggunakan huruf
(b) Seni gubahan tulisan cantik atau kaligrafi
(c) Seni dekorasi huruf
(d) Seni hiasan abjad dan nombor
159
KSSM MPV
4. Nyatakan jenis muka taip di bawah
MUKA TAIP
(a) Sans serif
(b) Egyptian/Slab serif
(c) Serif
(d) Dekoratif
5. Pilih kumpulan muka taip Egyptian/slab serif
(a) Courier, Lucida
(b) Helvetica, Arial
(c) Franklin Gothic, Optima
(d) Old style, transitional
6. Nyatakan klasifikasi muka taip gambar rajah di bawah :
Grafik
(a) Muka taip dekoratif
(b) Muka taip sans serif
(c) Muka taip serif
(d) Muka taip script dan kaligrafi
160
KSSM MPV
7. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat.
(a) Muka taip ____________ sesuai digunakan untuk majalah
dan risalah.
(b) Muka taip ini dipanggil_____________, kerana mewakili
peralihan awal dari era ____________ ke era Modern.
8. Jelaskan maksud Leading dan kerning Kerning
Leading
9. Apakah komposisi muka taip bagi teks di bawah:
perancangan dan penentuan
bentuk huruf yang sesuai untuk
sesuatu kerja percetakan
(a) Jajaran kiri
(b) Jajaran kanan
(c) Centered
(d) Justify
10. Teks berikut digunakan sebagai tajuk dalam satu banner. Ca-
dangkan penetapan dan penggunaan muka taip bagi tajuk ter-
sebut
MAJLIS ANUGERAH MUTIARA GEMILANG
………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….…
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
161
KSSM MPV
11. Lakarkan satu karya tipografi bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat’
162
KSSM MPV
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid: 3.0 Tipografi
Tahun:
Kelas
Standard
Kandungan:
Standard 3.1.1 Menjelaskan maksud tipografi.
Pembelajaran: 3.1.2 Membezakan jenis muka taip (typeface):
i. Serif
ii. Sans Serif
iii. Script
iv. Dekoratif
3.1.3 Menghasilkan fon baharu berdasarkan
jenis muka taip.
3.1.4 Membuat justifikasi penggunaan muka
taip dalam karya grafik bertema.
3.1.5 Mencadangkan penetapan dan
penyusunan muka taip dalam
menghasilkan karya grafik daripada
aspek:
i. Saiz
ii. Jarak
iii. Format
3.1.6 Menghasilkan karya tipografi mengikut te-
ma yang dipilih.
163
KSSM MPV
Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Belum Catatan
Terampil Terampil
1 Menghasilkan fon baharu
berdasarkan jenis muka
taip
2 Menjelaskan fungsi teks
dalam sesuatu karya.
3 Membuat justifikasi
penggunaan muka taip
dalam sesuatu karya.
4 Membuat penetapan saiz
muka taip, leading, kern-
ing dan stail format.
5 Membuat kajian lapan-
gan dan lakaran olahan
idea.
6 Mencadangkan peneta-
pan saiz muka taip, lead-
ing, kerning dan stail for-
mat dalam karya tipo-
grafi.
7 Menghasilkan karya (CAPAI / TIDAK CAPAI)
tipografi.
Tandatangan &
KEPUTUSAN Tarikh
TARIKH Tandatangan &
Nama Guru: Tarikh
Disahkan
oleh:
164
KSSM MPV
KEPUTUSAN STANDAR PRESTASI
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: 3.0 Tipografi
Standard 3.1 Tipografi dan Grafik
Kandungan:
Tahap Standard Prestasi Terampil
Penguasaan
Tafsiran Ya Belum
1
2 Menyatakan maksud tipografi.
3
Menjelaskan muka taip dan fon
4 berdasarkan contoh.
5 Melakar fon baharu berdasarkan jenis muka
taip yang dipilih melalui proses pengolahan
6 idea.
Menilai penyusunan muka taip dari aspek
saiz, jarak dan format dalam karya tipografi.
Memberi justifikasi kesesuaian
penggunaan muka taip dan fon serta
penyusunan teks berdasarkan
elemen dan prinsip rekaan grafik
secara rasional.
Menghasilkan karya tipografi dengan
menekankan aspek kandungan dan nilai es-
tetika secara beretika,
sistematik, bermakna dan kreatif.
Keputusan Tahap
Nama Guru:
Disahkan oleh: Tandatangan
& Tarikh
Tandatangan
& Tarikh
165
KSSM MPV
166
KSSM MPV
REKA BENTUK
GRAFIK DIGITAL
STANDARD KANDUNGAN
4.1 Fotografi Digital
4.2 Manipulasi Imej Digital
4.3 Ilustrasi Imej Digital
167
KSSM MPV
168
KSSM MPV
MODUL Fotografi Digital
04
4.1
Standard Pembelajaran
4.1.1 Menjelaskan
4.1.2 keperluan fotografi
dalam reka bentuk
grafik
Menerangkan fitur
dan fungsi kamera
digital
4.1.3 Menetapkan resolusi
dan format imej
fotografi
4.1.4 Menghasilkan imej
fotografi dengan
menetapkan: FOTOGRAFI
i) Exposure triangle a. Pengenalan Kepada Fotografi
(ISO, Shutter Speed,
Aperture) i) Perkataan fotografi berasal dari
gabungan dua perkataan Greek iaitu
ii) Pencahayaan Phos (cahaya) dan Graphein (tulis/
lukis).
iii)Medan fokus (Depth
of field) ii) Ringkasnya, fotografi boleh
iii) dimaksudkan dengan melukis dengan
cahaya.
iv) Menurut Kamus Dewan (Edisi
Keempat), fotografi bermaksud seni,
proses atau pekerjaan mengambil atau
menghasilkan fotograf.
v) Fotografi banyak digunakan dalam
bidang seni, perniagaan, sains,
komunikasi massa, dan lain-lain.
vi) Fotografi juga merupakan satu hobi
yang boleh menjana pendapatan.
169
KSSM MPV
b. Fotografi dalam Reka Bentuk Grafik
i) Fotografi merupakan satu daripada elemen yang memain-
kan peranan penting dalam reka bentuk grafik. Antara
peranan fotografi adalah:
Memberikan stimulasi atau ransangan dalam bentuk
visual. Satu imej yang baik dapat menyampaikan lebih
daripada satu maklumat kepada audien.
Menimbulkan minat atau daya tarikan pada audien.
Meningkatkan daya kreativiti pereka grafik.
Kamera Digital
Perkembangan teknologi digital masakini, kamera turut mengalami
revolusi melalui fitur dan fungsi yang membolehkan gambar
dirakam dengan lebih efisyen. Berikut adalah contoh fitur dan fungsi
yang terdapat pada kamera Digital Single-Lens Reflection (DSLR):
a. Fitur dan Fungsi Kamera Digital
Binaan sebuah kamera terdiri daripada beberapa komponen
utama misalnya:
Fitur Fungsi
Denyar Membantu kerja-kerja fotografi jika keadaan di lokasi
(Flash) kurang atau ketiadaan cahaya.
Butang penutup Butang bagi merakam foto. Ditekan separuh, kamera
(Shutter button) mengunci fokus dan mengukur tahap pencahayaan foto.
Dial mod Tempat berkumpulnya pelbagai mod merakam foto. Bagi
(Mode dial) setengah kamera, butang ini terletak di bahagian kiri.
Lensa (Lens) Menentukan ketajaman dan kedalaman foto.
Pemutar fokus lensa Memfokuskan kawasan yang kelihatan jelas apabila lensa
(Lens focus) difokuskan kepada sesuatu objek
Butang pembuka Melepaskan lensa daripada badan kamera.
lensa (Lens release
Membantu fokus pada sasaran.
button) Memaparkan foto, live preview (sekiranya ada) dan menu
kamera.
Jendela bidik
(Viewfinder)
Skrin paparan imej
(Monitor)
Jadual 4.1.1: Fitur dan fungsi kamera digital
170
KSSM MPV
Dial mod Denyar (Flash)
Butang penutup
Butang pembuka
Lensa lensa
Pemutar fokus
lensa
Jendela bidik
Skrin paparan imej
Rajah 4.1.1: Komponen utama kamera DSLR
171
KSSM MPV
i. Denyar (Flash)
Terdapat pada badan kamera yang boleh digunakan secara
automatik atau manual. Juga merupakan aksesori tambahan
yang boleh dipasang pada tapak yang terdapat pada badan
kamera. Ianya berfungsi untuk memberikan pencahayaan
tambahan yang diperlukan mengikut persekitaran rakaman.
Jurufoto boleh menentukan tetapan tertentu pada unit denyar
mereka sama ada auto flash, red eye reduction, force/fill
(mengurangkan bayang; menyediakan cahaya yang
mencukupi apabila denyar tidak menyala) atau rear curtain
flash (untuk pendedahan lama).
Rajah 4.1.2: Contoh denyar jenis speedlight
ii. Lensa
Lensa adalah salah satu kelebihan kamera DSLR. Tidak seperti
kamera kompak ataupun prosumer, lensa DSLR dapat ditukar
ganti atas keperluan. Lensa kamera bolehlah diibaratkan
sebagai mata bagi sebuah kamera. Tanpa lensa, kamera tidak
boleh digunakan. Pemilihan lensa dalam fotografi yang
bersesuaian juga sangat penting iaitu:
Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas pada
sensor dalam kamera.
Ciri utama lensa ialah jarak fokusnya.
Kanta yang berlainan jarak fokus digunakan untuk
membentuk imej yang berlainan saiz.
Jarak fokus kanta disukat dalam unit mm.
172
KSSM MPV
Dalam fotografi, ada tiga jenis umum lensa iaitu lensa normal
(Standard/normal lens), lensa sudut luas (wide angle lens) dan lensa
foto jauh (telefoto lens). Perbezaannya terletak pada panjang fokal
lensa dan efek yang dihasilkan pada foto.
Jenis Fungsi
Lensa Normal
(Standard/ normal lens) Digunakan untuk merakamfoto daripada
pandangan sudut mata manusia.
Lensa normal mempunyai panjang fokal
sekitar ukuran 35mm sehingga 55mm.
Lensa Sudut Luas Digunakan untuk merakam
(Wide Angle Lens) pemandanganatau kawasan yang
mempunyai keluasan yang terhad bagi
jurukamera.
Lensa sudut luas mempunyai panjang fokal
sekitar ukuran 10mm hingga 20mm.
Lensa Foto Jauh Digunakan untuk mendekatkan subjek foto
(Telefoto lens) iaitu jarak objek yang jauh dari lensa tidak
terlalu berbeza berbanding objek yang
dekat.
Lensa foto jauh mempunya ukuran seperti:
i. 85 mm – 120 mm (untuk gambar potret).
ii. 135 mm – 200 mm (untuk sukan).
iii. 300 mm – 600 mm (pergerakan, alam
semulajadi dan hidupan liar).
Jadual 4.1.2: Jenis dan fungsi lensa
iii. Dial Mod (Mode Dial)
Dial Mod adalah mod merakam foto dengan
pendedahan cahaya secara auto atau dengan
pilihan seperti:
a. Program mod (P) – Dedahan secara automatik, tetapi
tetapan ISO, white ballance dan mod warna boleh
ditetapkan secara manual.
173
KSSM MPV
a. Automatik (AUTO) – Dalam mod ini, kamera akan cuba
mendapatkan imej yang terbaik semampunya, memberikan
jumlah cahaya persekitaran yang ada di situ.
b. Shutter priority(S) - Jurufoto menetapkan kelajuan buka tutup
shutter (shutter speed), yang lain ditentukan secara automatik oleh
kamera.
c. Apeture priority (A) – Jurufoto menetapkan bukaan apeture pada
lensa, yang lain ditentukan secara automatik oleh kamera.
d. Manual (M) – Jurufoto perlu membuat semua tetapan mengikut
kehendaknya sendiri.
e. Scene mod – Terdapat pelbagai mod scene yang boleh dipilih
pada butang kawalan kamera dengan menentukan jenis subject
matter. Jika anda mengambil gambar pemandangan, pilih lah
mod landskap dan jika mengambil gambar manusia pilih mod
potret.
iv. Penyimpanan Memori/Imej
a. Kad Memori
Bila kita ingin merakam gambar
dengan menggunakan kamera
digital, selain daripada sensor
dan lensa, kad memori juga
memainkan peranan yang
penting bagi menyimpan
segala gambar dan peristiwa
yang dirakam. Kad ini berbeza mengikut kad slot yang ada pada
kamera yang digunakan. Lebih besar saiz kad penyimpanan,
lebih banyak rakaman boleh dilakukan tetapi ianya juga
bergantung kepada tetapan saiz imej dalam kamera.
b. Jenis Kad Memori
i. Compact Flash (CF)
Compact Flash (CF) merujuk kepada kad
penyimpanan memori yang selalu
digunakan oleh jurufoto profesional.
Kebanyakkan DSLR berspesifikasi tinggi
(high-end) seperti Canon EOS-1D X Mark III
menggunakan kad penyimpanan jenis ini.
174
KSSM MPV
ii. Secure Digital (SD)
Secure Digital (SD) adalah format asas untuk kad
SD. Saiz kad berukuran 32mm x 24mm dan
2.1mm tebal. Biasanya kapasiti kad ini dihadkan
kepada 4GB, manakala jika kapasiti lebih besar
ianya dalam bentuk kad SDHC.
iii. Secure Digital High Capacity (SDHC)
Secure Digital High Capacity (SDHC) dicipta untuk memenuhi
kehendak fotografi dan videografi definisi tinggi. Saiz
fizikalnya adalah sama seperti kad SD tetapi memenuhi
spesifikasi versi 2.0. Kad SD yang berkapasiti lebih 4GB adalah
SDHC. Pada masa ini, ianya dihadkan sehingga 64GB.
CLASS MINIMUM SPEED
2 2 MB/s
4 4 MB/s
6 6 MB/s
8 8 MB/s
10 10 MB/s
Jadual 4.1.3: Jenis kapasiti kad SDHC
iv. Secure Digital Extended Capacity (SDXC)
Secure Digital Extended Capacity (SDXC) merupakan kad
penyimpanan yang lebih berkuasa berbanding SDHC. Kad
ini bermula dengan 64GB dan boleh mencapai 2 TB.
CLASS MINIMUM SPEED
1 10 MB/s
3 30 MB/s
Jadual 4.1.4: Jenis kapasiti kad SDXC
175
KSSM MPV
v. Micro Secure Digital (MicroSD)
Kad MicroSD merupakan kad SD dalam versi
yang lebih kecil seperti namanya. Saiz
fizikalnya berukuran 15mm x 11mm dan
1mm tebal.
vi. Extreme Digital Picture Card (xD)
Extreme Digital Picture Card (xD) merupakan memori kad
yang digunakan jenama kamera digital yang tertentu seperti
Fujifilm dan Olympus. Saiz fizikalnya ialah 20mm x 25mm dan
berketebalan 1.7mm.
c. Sistem Kuasa
Kebanyakan kamera digital menggunakan bateri AA sebagai
sumber kuasa. Namun demikian, terdapat bateri jenis pakai
buang, boleh di caj semula dan juga pek bateri yang boleh
digunakan oleh kamera untuk mengambil gambar. Anda
hanya perlu menentukan apakah jenis bateri yang paling sesuai
untuk kamera anda.
i. Bateri Alkali
Bateri tradisional yang biasa digunakan tetapi mempunyai
hayat yang pendek bagi kamera digital.
ii. Bateri Lithium
Bateri jenis ini biasanya bertahan lebih lama. Ia juga sesuai
dalam cuaca sejuk.
iii. Bateri Caj Semula
Kandungannya terdiri daripada nickel metal-hydride (NiMH)
yang memberikan lebih kuasa, lebih mesra alam, dan
mempunyai kelbihan tertentu berbanding jenis yang lain. An-
da juga boleh menggunakan bateri yang boleh dicaj semula
lithium-ion (Li-Ion), yang mampu bertahan lebih lama.
176
KSSM MPV
Rajah 4.1.3: Bateri caj semula
Resolusi dan Format Kamera Imej Fotografi
Format kamera merujuk kepada saiz (contoh: 35mm,medium) dan
kualiti resolusi (contoh: 25 megapiksel, bingkai penuh) imej yang
dihasilkan sama ada dalam bentuk analog ataupun digital. Kualiti
resolusi bagi kamera digital juga dipengaruhi oleh saiz sensor.
Kamera digital yang mempunyai saiz sensor yang besar akan
menghasilkan kualiti resolusi imej yang lebih tinggi.
177
KSSM MPV
a. Perbandingan Format dan Siaz Sensor pada Kamera dan Peranti
Pengimejan
Rajah 4.1.4: Perbandingan format bingkai penuh dengan format medium
(Sumber: Buku Teks KSSM PSV Tingkatan 3)
178
KSSM MPV
b. Resolusi yang diperlukan untuk saiz cetakan yang berbeza:
Resolusi Kualiti purata Kualiti terbaik
0.5 megapixels 2x3 in. NA
3 megapixels 5x7 in.
5 megapixels 6x8 in. 4x6 in.
8 megapixels 8x10 in. 5x7 in.
12 megapixels 9x12 in. 6x8 in.
15 megapixels 8x10 in.
18 megapixels 12x15 in. 10x12 in.
20 megapixels 13x18 in. 12x15 in.
25+ megapixels 16x20 in. 13x18 in.
20x25 in. 16x20 in.
Jadual 4.1.5: Jenis resolusi
Menghasilkan Imej Fotografi
a. Exposure Triangle (ISO, Shutter Speed,Aperture)
Menghasilkan imej yang baik dan menarik memerlukan
kepada pendedahan cahaya yang mencukupi. Jurufoto
perlulah pandai mengawal jumlah cahaya yang memasuki
kamera.
Pengawalan dedahan cahaya (exposure) di dalam sesuatu
kamera akan menentukan jumlah cahaya yang akan sampai
ke sensor. Tiga komponen iaitu ISO, Shutter Speed, dan
Aperture memainkan peranan utama bagi menentukan
dedahan (exposure) yang betul dalam sesuatu kamera. Rajah
4.1.5 menunjukkan hubungkait ketiga-tiga komponen tersebut
bagi menentukan dedahan.
179
KSSM MPV
Rajah 4.1.5: Hubungkait ISO, Shutter Speed, dan Aperture
180
KSSM MPV
i. ISO
ISO merujuk kepada kadar kepekaan sensor terhadap
cahaya. Biasanya diwakili oleh piawaian tertentu seperti ISO,
ASA (American Standard Association), DIN (Deutch Industrie
Norm), atau index dedahan (Exposure Index). Semakin tinggi
nilai sensor ISO bermakna semakin sensitif sensor tersebut
terhadap cahaya. Contoh bacaan ISO seperti ISO 100, ISO
200, dan ISO 1600.
ii. Shutter Speed
Satu komponen di dalam kamera yang berfungsi untuk
menentukan jumlah cahaya yang akan masuk ke kamera
pada jumlah masa yang tertentu. Indeks kelajuan pengatup
ditunjukkan dengan angka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125,
250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1
menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk
membenarkan cahaya daripada aperture masuk ke dalam
kamera. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa
dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan
pengatup maka lebih lama dedahan dibenarkan.
iii. Aperture (Dedahan Cahaya)
Lensa kamera boleh mengubah ukuran diameter aperture
untuk memasukkan cahaya yang lebih atau kurang
sebagaimana yang diperlukan.
• Aperture akan membuka dan menutup mengikut kelajuan
shutter.
• Saiz ukuran diameter dikenali sebagai f/number. Contoh:
f/1, f/1.4.
• Semakin besar f/nombor, Semakin Kecil Bukaan Diameter
Aperture.
• Semakin kecil bukaan diameter, semakin sikit cahaya
masuk.
181
KSSM MPV
Rajah 4.1.6: Aperture (Dedahan Cahaya)
b. Pencahayaan
Menentukan ketetapan shutter speed, aperture dan ISO. Dapat
menimbulkan mood dan suasana. Pencahayaan boleh
dilakukan/diperolehi secara semula jadi (cahaya matahari),
menggunakan flash atau pantulan cahaya (bounce light).
182
KSSM MPV
Rajah 4.1.7: Pencahayaan semula jadi
Rajah 4.1.8: Pencahayaan berbantukan flash
i. Pencahayaan Belakang (backlighting)
Mewujudkan mood dan suasana yang dramatik.
Untuk menegaskan rupa sesuatu bentuk dengan cara
‘silhouette’
Kesan pencahayaan adalah berbeza mengikut waktu
dan cuaca.
Objek kelihatan legap.
Pembacaan dedahan diambil antara bahagian yang
‘bercahaya’ dengan bahagian yang gelap. Terdapat
juga butang kawalan untuk ‘backlighting’ pada
sesetengah kamera.
183
KSSM MPV
Rajah 4.1.9: Pencahayaan Belakang ‘backlighting’
c. Medan Fokus (Depth of field)
Medan fokus dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu aperture, focal
lenght dan jarak subjek. Bergantung pada subject matter yang
ingin dirakam, jurufoto boleh menggunakan medan fokus bagi
mendapatkan kualiti gambar yang optimum.
i. Aperture
Lagi kecil bukaan aperture (nombor f tinggi), lagi luas medan
fokus.
ii. Focal Length (FL)
Keupayaan lensa membesar atau mengecilkan imej subjek
dalam paparan skrin viewfinder.
Lebih banyak subjek dibesarkan, lebih luas FL: lebih luas
medan fokus.
Lensa normal atau wide angle mempunyai medan fokus
yang lebih luas.
Lensa telefoto dan makro, medan fokus adalah sempit.
iii. Jarak subjek
Jarak antara kamera dan subjek menentukan keluasan
medan fokus.
Subjek yang jauh mempunyai medan fokus yang luas
daripada subjek yang dekat
Ruang kejelasan fokus (region of sharp fokus) bagi gambar
makro adalah sempit; memerlukan ketelitian semasa fokus.
Manakala ruang kejelasan fokus bagi gambar jarak jauh
adalah lebih luas dan senang untuk fokus.
184
KSSM MPV
Rajah 4.1.10: Perbandingan bagi menunjukkan bukaan aperture
mempengaruhi medan fokus
185
KSSM MPV
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Kamera DSLR
2. Aksesori kamera
3. PC dan lcd projector
4. Bahan Media Elektronik
TUGASAN
Murid menamakan fitur kamera dan fungsinya.
LANGKAH KERJA (TUGASAN )
1. Guru membuat demonstrasi penggunaan kamera dslr dan
aksesorinya.
2. Murid melabel fitur kamera di dalam kertas edaran.
3. Murid menyatakan fungsi bagi setiap fitur.
186
KSSM MPV
LATIHAN/PENILAIAN
1. Senaraikan tiga peranan fotografi.
i. ……………………………………………........................................
ii. ……………………………………………........................................
iii. ……………………………………………........................................
2. Labelkan fitur yang terdapat pada kamera DSLR.
187
KSSM MPV Fungsi
3. Nyatakan fungsi tiga jenis lensa berikut:
Jenis
4. Adakah dengan mempunyai peralatan kamera yang canggih
dapat menghasilkan gambar foto yang menarik? Bincangkan
bersama rakan anda.
_____________________________________________________________
188
KSSM MPV
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid: 4.1 Fotografi Digital
Tahun:
Kelas 4.1.1 Menjelaskan keperluan fotografi dalam reka bentuk
grafik.
Standard 4.1.2 Menerangkan fitur dan fungsi kamera digital.
Kandungan: 4.1.3 Menetapkan resolusi dan format imej fotografi.
Standard 4.1.4 Menghasilkan imej fotografi dengan menetapkan:
Pembelajaran: i) Exposure triangle (ISO, Shutter Speed, Aperture)
ii) Pencahayaan
iii) Medan fokus (Depth of field)
Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
1 Menyenaraikan peralatan
asas fotografi digital
Kamera dslr
Lensa
Denyar
Kad memori
Tripod
2 Melabel fitur-fitur yang
terdapat pada sebuah kamera
dslr
189
KSSM MPV
Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
3 Menyatakan fungsi mod dedahan
pada butang kawalan kamera
dslr.
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Tandatangan &
Nama Guru: Tarikh
Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh
190